Selangor · 5 August 2026

15th Assembly, 4th session, 2nd meeting · not final · 427 turns · 34,358 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Selamat pagi dan salam sejahtera. Aturan Urusan Mesyuarat bagi Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Kelima Belas pada 3 Ogos 2026, maaf, pada 5 Ogos 2026 dimulakan dengan bacaan Doa.

(PENOLONG SETIAUSAHA DEWAN MEMBACA DOA)

Kertas-Kertas Mesyuarat

Setiausaha Dewan

Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya, membentangkan Kertas Mesyuarat. Kertas Mesyuarat Bilangan 28/2026 Laporan Tahunan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) bagi Tahun 2024. Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya Pertanyaan-pertanyaan.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, selamat petang, selamat pagi dan selamat sejahtera kita ucapkan kepada semua yang berada di sini. Sebelum kita bermula dengan sesi pertanyaan, saya mempunyai tiga pengumuman. Yang pertama, Dewan mengalu-alukan lawatan rombongan belia dan pelajar dari Kuala Kubu Baharu yang terdiri daripada Wakil Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Haji Kamaruddin dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Kubu Baharu. Rombongan ini diketuai oleh Puan Thilageswary Muniandi, iaitu Ahli Majlis Perbandaran Hulu Selangor Zon 8 dan Encik YAP Weng Koung, selaku Wakil daripada PeBS Zon 8 dan diaturkan oleh Ahli Yang Berhormat dari Kuala Kubu Baharu. Selamat datang ke Dewan Negeri Selangor.

Kedua, Program Saringan Kesihatan akan diteruskan pada hari ini bertempat di Bilik Rawatan bersebelahan Ruang Media. Program ini dikendalikan oleh Dr. Haswan Shariff bersama Pasukan Perubatan daripada Klinik Kesihatan Seksyen 7, Shah Alam. Saringan ini dibuka kepada semua Ahli Yang Berhormat, kakitangan, sukarelawan serta Anggota Polis yang bertugas.

Dan ketiga, kaunter semakan dan bayaran cukai tanah dan cukai petak negeri Selangor juga diteruskan pada hari ini, di lobi Wisma Dewan Negeri Selangor. Itu saja pada hari ini. Seterusnya, saya ingin menjemput Ahli Yang Berhormat dari Kawasan Dengkil untuk mengemukakan soalan pertama hari ini.

Datuk Seri Jamil bin SallehBERSATU · PNDengkil

Yang Berhormat Tuan Speaker. Soalan nombor 28.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 34. Status Pembinaan Muzium Kapal Korek Sri BantingQuestions

Datuk Seri Jamil bin SallehBERSATU · PNDengkil

34. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a) Apakah status terkini projek pengindahan Kapal Korek Sri Banting?

b) Berapakah kos yang sudah dikeluarkan dan peratusan kerja pembinaan Muzium Kapal Korek ini?

Speaker

Ya, 28. Tanjung Sepat.

Datuk Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Terima kasih, Yang Berhormat Speaker. Terima kasih, Yang Berhormat Dengkil, yang bertanyakan mengenai status terkini tentang pemindahan Kapal Korek Sri Banting dan soalan kedua, berapakah kos yang sudah dikeluarkan dan peratus kerja pembinaan muzium kapal korek yang terkini. Untuk pengetahuan, Yang Berhormat Dengkil, Mesyuarat MMKN pada Bilangan 31/2025 yang disahkan dalam MMKN Bilangan 32/2025, Kerajaan Negeri telah memutuskan supaya pelaksanaan kerja-kerja konservasi bagi Kapal Korek Sri Banting tidak diteruskan setelah mengambil kira penilaian semula terhadap aspek teknikal, kos pelaksanaan dan kemapanan projek. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri berpandangan bahawa Kapal Korek Sri Banting mempunyai nilai sejarah dan warisan yang signifikan serta wajar terus dipelihara. Sehubungan dengan itu, MMKN telah memutuskan supaya kapal korek tersebut dikekalkan sebagai aset Majlis Perbandaran Sepang dan dibangunkan sebagai produk pelancongan warisan yang berimpak tinggi. Bagi tujuan tersebut, Kapal Korek Sri Banting dicadangkan supaya dibangunkan sebagai sebuah taman rekreasi awam dan destinasi pelancongan baru melalui kerjasama strategi antara Majlis Perbandaran Sepang, Permodalan Negeri Selangor Berhad iaitu PNSB, selaku pemilik tanah dan juga Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya ataupun MOTAC.

Dalam rancangan pembangunan ini, Kapal Korek Sri Banting akan dikekalkan sebagai monuments in statue yang menjadi elemen utama kawasan tersebut dengan konsep pembangunan yang menggabungkan pemeliharaan warisan rekreasi pendidikan dan pelancongan. Jadi saya harap yang ini akan jadi satu mercu pelancongan bagi daerah Sepang ataupun di kawasan DUN Dengkil yang mana kita akan jadikan sebagai monumen iaitu tapak sejarah yang boleh dilawati dan digunakan sebagai tempat untuk rekreasi serta pelancongan Malaysia. Terima kasih.

Datuk Seri Jamil bin SallehBERSATU · PNDengkil

Soalan tambahan.

Speaker

Ya, silakan Dengkil.

Datuk Seri Jamil bin SallehBERSATU · PNDengkil

Adakah pertambahan kos akibat kelewatan projek ini akan ditanggung oleh pihak Kerajaan dan apakah tindakan yang diambil akibat kelewatan tersebut? Sama ada denda dikenakan kepada pihak Kerajaan ataupun kepada pihak yang terlibat?

Datuk Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Terima kasih Yang Berhormat Dengkil, seperti yang saya sebutkan tadi bahawa yang ini adalah di bawah kelolaan Majlis Perbandaran Sepang di mana pembelian kapal korek ini telah menelan belanja sebanyak RM10,584,000 dan tambahan nilai bagi kerja-kerja baik pulih, bumbung, dinding dan serta pembinaan jalan masuk ke kapal korek ini adalah sebanyak RM4,696,000 jadi bernilai RM15,281,000. Jadi bagi penyelenggaraan ini kita telah, kerja-kerja yang telah kita buat antaranya itu mengepam air dan beberapa rundingan juga telah diputuskan supaya dapat diteruskan projek ini. Walau bagaimanapun inilah di bawah kelolaan dan penyeliaan daripada MPSp. Jadi akan dijadikan sebagai kawasan pelancongan bukan di bawah lagi Kerajaan Negeri Selangor.

Speaker

Soalan seterusnya, Yang Berhormat Semenyih.

Tuan Nushi bin MahfodzPAS · PNSemenyih

Terima kasih. Soalan Semenyih nombor 29.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 29. Pengangkutan AwamQuestions

Tuan Nushi bin MahfodzPAS · PNSemenyih

29. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a) Apakah indikator yang digunakan Kerajaan Negeri dalam menentukan keutamaan penyediaan laluan bas baharu bagi kawasan pertumbuhan pesat seperti Semenyih?

b) Apakah sebab Semenyih masih belum menerima liputan pengangkutan awam yang setara dengan pertumbuhan penduduknya?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Terima kasih Yang Berhormat Speaker dan Yang Berhormat Semenyih, yang bertanya mengenai indikator yang digunakan Kerajaan Negeri untuk menentukan penyediaan laluan bas baru dan perancangan menambah

baik liputan pengangkutan awam di kawasan Semenyih yang kian padat. Saya mohon kedua-dua soalan dijawab secara bersekali. Untuk maklumat semua Ahli Yang Berhormat, kawasan Semenyih kini dihubungkan dengan beberapa sistem pengangkutan awam utama seperti jajaran Rel MRT2 di Kajang dan Komuter di Bangi yang menghubungkan kawasan berkenan ke ibu kota Kuala Lumpur. Namun kedua-dua sistem rail ini terletak antara 10km hingga 12km dari kawasan Semenyih menjadikan ianya sukar dicapai daripada kawasan perumahan. Untuk laluan ke stesen MRT2, pihak Rapid Bas telah menyediakan perkhidmatan bas laluan T450 dan T460 sebagai bas transit. Manakala untuk perkhidmatan komuter pula Kerajaan Negeri melalui Majlis Perbandaran Kajang telah menyediakan laluan KJ02 yang menghubungkan KTM Bangi dan Bandar Bukit Mahkota di sepadan Nilai. Selain itu perkhidmatan Rapid On Demand telah pun beroperasi di DUN-DUN sekitar kawasan Semenyih seperti Bandar Tasik Kesuma, Bandar Rinching, KTM Bangi dan Sungai Jernih bagi menyokong first and last mile connectivity di kawasan tersebut. Kerajaan Negeri akan terus bekerjasama dengan semua pembekal perkhidmatan pengangkutan utama seperti Prasarana dan KTMB supaya warga Semenyih dapat menikmati perjalanan yang lebih selesa dan sistem pengangkutan awam. Antaranya Kerajaan Negeri sedang dalam perbincangan bersama pihak KTMB untuk menyemak kembali laluan Bas Smart Selangor di stesen KTM Bangi. Di mana stesen ini akan mula beroperasi kembali secara menyeluruh menjelang tahun hadapan selepas projek naik taraf Trek KVDT2. Untuk maklumat alih Yang Berhormat indikator atau kriteria pemilihan laluan Bas Smart Selangor di kawasan MPKJ adalah berdasarkan laluan melibatkan kawasan perumahan kos sederhana dan rendah, kawasan yang tinggi kebergantungan pengangkutan awam, kawasan menghubungkan hospital, kawasan klinik kesihatan, pusat komersial, pusat pendidikan yang menghubungkan perbatuan awal dan akhir first mile and last mile ke stesen atau hab pengangkutan utama. Terima kasih.

Speaker

Ya, Semenyih.

Tuan Nushi bin MahfodzPAS · PNSemenyih

Terima kasih Yang Berhormat EXCO di atas jawapan dan terima kasih juga hari itu datang ke Semenyih untuk melihat sendiri tentang pembangunan di Semenyih dan Semenyih masih lagi berharap sebenarnya tentang missing link antara MRT Kajang ke Putrajaya kalau boleh pihak Kerajaan Negeri berhubung dengan pihak MRT CORP untuk menyambungkannya kerana Semenyih sangat memerlukan, bahkan saya percaya Bangi dan sekitarnya akan menerima manfaat kalau disambung link tersebut. Berkaitan dengan perkhidmatan bas antara perkara yang boleh diberi pertimbangan adalah di bahagian Semenyih selain daripada Kesuma dan Rinching, Semenyih Eco Hill, Eco Forest dan sekitarnya pun semakin banyak dan memerlukan perkhidmatan tersebut. Dan yang kedua sebenarnya yang paling mendesak sekarang adalah bila berlaku Klang Valley Double Track 2 yang melibatkan stesen komuter Bangi. Di situ menjejaskan pergerakan mereka yang sangat memerlukan perkhidmatan tersebut mencadangkan boleh tak kalau pihak Kerajaan menyediakan bas sementara atau kekal,

menghubungkan khususnya sekitar Bangi Avenue, Sirin Heights Alam Sari yang terputus tadi antara MRT dengan komuter untuk perhatian kalau boleh dicadangkan.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Terima kasih kepada Yang Berhormat Semenyih yang memberi cadangan yang begitu baik. Kerajaan Negeri bersama MPKJ dan juga prasarana dan pembekal perkhidmatan pengangkutan lain akan duduk bersama dan untuk membincangkan kemungkinan untuk menambah kemudahan pengangkutan awam di kawasan Semenyih yang pembangunannya begitu padat dan cepat di kawasan Hulu Langat. Terima kasih atas cadangan yang diberi.

Speaker

Hulu Kelang.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Saya menyambut baik usaha Kerajaan Negeri untuk melihat sistem pengangkutan awam di Negeri Selangor ini diperkemaskan ditambah baik khususnya isu yang banyak kita bincang sebelum ini iaitu connectivity first mile dan juga last mile. Walaupun kita ada sistem pengangkutan yang semakin baik termasuk yang terbaru di negeri Selangor LRT3 dan juga sistem rail yang mewujudkan connectivity yang lebih teratur dan tersusun. Tetapi isu first mile dan last mile ini masih menjadi isu yang menyebabkan banyak rakyat Selangor masih lagi menggunakan kenderaan persendirian walaupun kita tahu di peringkat Persekutuan dan negeri kita mahu mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian dan beralih kepada sistem pengangkutan awam. Walaupun bagaimanapun dalam konteks perbincangan kita pada pagi ini saya ingin bertanya apakah kerajaan negeri telah melihat keperluan sistem pengangkutan awam yang lebih baik di Gombak khususnya di kawasan Ulu Kelang, kerana saya mendapat maklumat daripada penduduk-penduduk Taman Melawati, Taman Permata yang mempunyai kepadatan penduduk yang agak tinggi tetapi masih belum wujud sama ada sistem laluan Bas Smart Selangor ataupun Rapid On Demand, jadi saya harap oleh kerana ini satu perkara baru yang saya bangkitkan saya harap Kerajaan Negeri dapat menimbangkan perkara ini bagi menyediakan kemudahan yang lebih baik bagi penduduk-penduduk di Parlimen Gombak dan Hulu Kelang. Terima Kasih.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Terima kasih Yang Berhormat, yang mengambil berat berkenaan pengangkutan awam ni. Sebenarnya bagi bab pengangkutan awam ni kita perlu lihat daripada secara keseluruhan di seluruh negeri Selangor, Lembah Klang dan juga Malaysia. Kita tak boleh lihat pada satu kawasan sahaja. Pada masa ini dasar Kerajaan hanya berpandu kepada kaedah konvensional, iaitu kita akan menggunakan penilaian trafik ataupun Traffic Impact Assessment (TIA) bagi segala perancangan yang baru. Jadi cabaran kita adalah Selangor, Lembah Klang dan Malaysia memang merupakan sebuah negara, kereta apa itu, car-centric. Negara car-centric, namun dengan perkembangan jajaran rail seperti LRT3 yang disebutkan oleh Yang Berhormat Lembah Klang dan juga eh Hulu Kelang, Hulu Kelang Lembaga Kelang. LRT3 dan juga hab transit yang semakin sempurna saya percaya sampai

masa lah kerajaan negeri bersama PBT dan agensi lain untuk menilai semula kaedah konvensional itu iaitu meneliti kembali garis panduan car-centric level of service mandate kepada kepada multi-modal accessibility target. Untuk pengetahuan semua Ahli Yang Berhormat sini, multi-modal accessibility target bermakna ia merupakan satu indikator. Indikator kemudahan akses keseluruhan bermakna ia mengukur seseorang itu nak pergi ke destinasi, tempoh masa itu berapa panjang dengan pelbagai model mod pengangkutan yang berbeza termasuk bawa kenderaan persendirian, menggunakan bas, rail, menaiki micro mobility ataupun berbasikal, berjalan kaki dan sebagainya untuk mengukur masa sampai ke destinasi. Jadi saya rasa tibalah masa kita untuk menilai semula garis panduan kita dan ini analisa ini juga melibatkan TIA dan TA, transport assessment yang kita harus lihat bersekali supaya kita dapat menggariskan satu kaedah ataupun solusi yang lebih baik, lebih sempurna untuk mengurangkan kesesakan trafik dan juga menggalakkan lebih ramai rakyat untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam dan ini juga selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri Selangor untuk mencapai ataupun meningkatkan kadar penggunaan pengangkutan awam kepada 40%. Terima kasih.

Speaker

Teratai, tidak hadir. Morib.

Tuan Rosnizan bin AhmadBERSATU · PNMorib

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya nombor 31.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 31. Pembangunan Luar BandarQuestions

Tuan Rosnizan bin AhmadBERSATU · PNMorib

31. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-a) Apakah pelan tindakan Kerajaan Negeri untuk menjadikan DUN Morib sebagai hab pembangunan desa berasaskan pelancongan, pertanian moden dan keusahawanan dalam tempoh 10 tahun akan datang? b) Apakah projek yang telah dan juga akan dilaksanakan sejak tahun 2023?

Dato’ Hj Rizam bin Hj IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Teratai ada pertanyaan kepada apakah pelan tindakan Kerajaan Negeri untuk menjadikan DUN Morib sebagai hab pembangunan desa berasaskan pelancongan pertanian moden keusahawanan dalam tempoh 10 tahun akan datang. Kedua, apakah projek yang telah dan juga akan dilaksanakan sejak

tahun 2023? Tuan Speaker, Kerajaan Negeri mengambil berat terhadap kepentingan pembangunan wilayah yang seimbang di seluruh negeri Selangor bagi memastikan pengagihan kekayaan yang saksama kepada kawasan bandar dan luar bandar ini termasuklah di daerah Kuala Langat yang masih merupakan kawasan pre-urban ataupun pinggir bandar yang menjadi zon peralihan di antara bandar dan desa. Sebab itulah setakat ini sebahagian besar kawasan di daerah ini adalah masih di bawah Zon Pentadbiran Pejabat Daerah dan Tanah iaitu PDT Kuala Langat. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri komited untuk memastikan Kuala Langat secara amnya dan DUN Morib secara khususnya sebagai kawasan pembangunan yang mampan, berdaya saing dan mempunyai nilai ekonomi tinggi melalui pendekatan pembangunan yang menyeluruh dalam tempoh 10 tahun akan datang, pelan tindakan yang telah dan sedang dirancang akan dilaksanakan selari dengan draf Rancangan Tempatan Kuala Langat 2030 iaitu pengubahan tiga memberi tumpuan kepada tiga teras utama iaitu pelancongan desa, pertanian moden dan pembangunan keusahawanan.

Pertama, pembangunan hab pelancongan desa. Kerajaan Negeri melalui pelbagai agensi seperti Tourism Selangor, Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) dan telah dan sedang memperkukuh produk pelancongan di DUN Morib melalui penambahbaikan infrastruktur, kemudahan awam, serta promosi pelancongan yang sedia ada seperti Pantai Morib, kawasan kampung tradisional, selain itu pembangunan produk pelancongan baru yang berasaskan komuniti akan diperkasakan melalui antaranya iaitu pembangunan homestay, inap desa yang memenuhi standard pelancongan, pelancongan Agro Eco Pelancongan yang membangunkan aktiviti pertanian, perikanan serta warisan budaya tempatan. Penganjuran program dan festival berasaskan budaya, makanan tradisional serta hasil tempatan bagi meningkatkan jumlah pengunjung sepanjang tahun dan penglibatan belia serta komuniti setempat sebagai pengusaha pelancongan.

Kedua, pemerkasaan pertanian moden Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian Selangor, Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor iaitu PKPS serta agensi berkaitan akan terus menggalakkan penggunaan teknologi dalam sektor pertanian bagi meningkatkan produktiviti dan pendapatan petani melalui penggunaan teknologi pertanian pintar, sistem ventilasi, rumah pelindungan hujan serta automasi, serta pengembangan tanaman bernilai tinggi dan industri hiliran, penyediaan latihan, khidmat nasihat teknikal dan pemindahan teknologi kepada pengusaha pertanian, pengukuhan rantaian pemasaran termasuklah penggunaan platform digital dan e-dagang dan kerjasama strategi bersama Agensi Persekutuan iaitu institusi penyelidikan serta sektor swasta bagi menarik pelaburan dalam sektor agromakanan.

Ketiga, Pembangunan Usahawan Luar Bandar, Kerajaan Negeri melalui Unit Perancangan Ekonomi Negeri Selangor dan juga Yayasan Hijrah Selangor,

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) serta Information Technology dan Digital Economy Corporation (SIDEC) dan PKPS serta agensi berkaitan untuk memberi pendekatan kepada pembangunan usahawan desa melalui pelbagai program latihan, bimbingan dan pembiayaan antara fokus utamanya ialah meningkatkan kapasiti usahawan mikro, kecil dan sederhana antaranya melalui program-program bantuan kepada usahawan di bawah Iltizam Keusahawanan Selangor, memperluas akses kepada pembiayaan dan geran pembangunan perniagaan antaranya melalui Skim Hijrah Dan Dana Usahawan Madani Selangor (DUMS), menggalakkan penggunaan teknologi digital dan pemasaran dan pengurusan perniagaan melalui program platform Selangor PLATS serta mewujudkan jaringan kerjasama antara usahawan, koperasi, institusi kewangan dan juga agensi Kerajaan. Bagi menyokong ketiga-tiga sektor tersebut, rakyat negeri akan meneruskan usaha menaik taraf kemudahan dan infrastruktur awam termasuklah jalan kampung, sistem perparitan, bekalan utiliti dan liputan internet berkelajuan tinggi bagi memastikan kawasan luar bandar mempunyai ekosistem yang kondusif kepada pelaburan dan aktiviti ekonomi. Melalui Pejabat Daerah dan Daerah Tanah Kuala Langat, sebanyak 24 projek telah dilaksanakan bagi tahun 2023, 40 projek untuk tahun 2024, 24 projek untuk tahun 2025 dan 26 projek bagi tahun 2026. Pembangunan DUN Morib akan dilaksanakan secara bersepadu melalui kerjasama antara Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan, Pihak Berkuasa Tempatan, Pejabat Daerah dan Tanah, Institusi Pengajian Tinggi, Sektor Swasta serta Komuniti Setempat. Pendekatan ini akan memastikan pembangunan yang dirancang bersifat inclusive, mampan, memberi manfaat secara langsung kepada penduduk tempatan. Secara keseluruhannya, matlamat Kerajaan Negeri adalah menjadikan DUN Morib sebagai Model Pembangunan Desa Moden yang bukan sahaja mempunyai sektor pertanian yang berdaya maju, malah berkembang sebagai destinasi pelancongan desa yang menarik serta pusat usahawan luar bandar yang mampu menjana peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan rakyat dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri Selangor dalam tempoh sedekad akan datang. Kerajaan Negeri juga sentiasa terbuka dengan cadangan daripada Yang Berhormat ke arah memperkasa pembangunan luar bandar di negeri ini. Terima kasih.

Speaker

Silakan.

Tuan Rosnizan bin AhmadBERSATU · PNMorib

Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Saya melihat memang banyak projek-projek serta pembangunan yang dibuat di kawasan khususnya di DUN Morib. Dengan perkembangan ini saya rasa mungkin akan memberi kegembiraan kepada masyarakat dan penduduk di kawasan Morib khususnya dan cuma saya nak melihat bagaimanakah Kerajaan Negeri menilai setiap projek-projek ini dari segi peningkatan pendapatan isu rumah serta peluang pekerjaan yang saya melihat kawasan-kawasan di DUN Morib ini ramai anak muda serta mereka ini keluar daripada DUN Morib dan bekerja seperti di Shah Alam atau Petaling Jaya. Saya melihat perkembangan ini yang disebut oleh Yang Berhormat EXCO menampakkan tetapi apakah perkara ini boleh daripada jangka masa, mesti melihat dari jangka masa berapa tahun sebab apa pun yang disebut dengan perkembangan

di Pantai Morib, saya ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana memberi sesuatu khususnya di Pantai Morib tetapi tidak khusus kepada isu pendapatan, isu ekonomi yang berada di kawasan khususnya di Dun Morib. Terima kasih.

Dato’ Hj Rizam bin Hj IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Yang Berhormat atas pandangan yang saya kira baik. Sebenarnya kita di peringkat Kerajaan Negeri memang sedang menilai dan telah melihat antara beberapa perkara di antaranya perkara-perkara yang Kerajaan Negeri lancarkan antara cabaran kita adalah seperti mana Yang Berhormat perkatakan tadi adalah cabarannya adalah bagaimana untuk kita menjalankan sistem ekonomi itu supaya ianya memberi impak kepada masyarakat di kawasan luar bandar sebagai contoh, saya sedia maklum kita tidak dinafikan kita berjaya melahirkan pertanian yang baik, usahawan yang bagus, perikanan yang berjaya tetapi kekangan kita ataupun cabaran kita adalah menjamin dari sudut pendapatan iaitu bila nak jual itu dari sudut pemasaran itu tadi atas sebab itu saya selaku EXCO yang memegang STANCO Koperasi telah pun menggerakkan dari sudut sistem pemasaran kerana kita nak seperti Yang Berhormat katakan tadi mereka ini dapat ekonomi yang stabil apabila mereka bertani dan sebagainya dan sebab itu Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah pun mengumumkan pusat pengumpulan hasil yang akan digerakkan di beberapa tempat dan antaranya projeknya adalah di bawah SABDA di mana kita berharap dengan adanya pusat pengumpulan hasil di bawah koperasi ini ianya dapat memberi satu persaingan ataupun memberi satu keterjaminan dari sudut pemasaran dan juga hasil jualannya kepada petani-petani khususnya di kawasan luar bandar. Terima kasih Yang Berhormat.

Speaker

Soalan seterusnya dari Sementa.

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya nombor 32.

Speaker

Silakan Yang Berhormat Kota Anggerik.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 32. Sukma 2026Questions

32. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-a) Berapakah jumlah kos keseluruhan penganjuran SUKMA 2026 di Selangor serta sumber peruntukan yang digunakan bagi menjayakan temasya tersebut? b) Berapakah pecahan kos mengikut komponen utama?

Apakah pulangan ekonomi dan manfaat kepada rakyat Selangor?

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Sementa yang bertanyakan soalan berkaitan dengan Sukan Malaysia SUKMA 2026. Untuk maklumat Yang Berhormat kos asal untuk penganjuran SUKMA ke-22 dan para SUKMA Selangor 2026 dianggarkan pada sekitar lebih RM203 juta Malaysia. Bagaimanapun selepas pelaksanaan penjimatan seperti mana yang telah dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pihak penganjur iaitu Sekretariat SUKMA hanya membelanjakan sebanyak RM50 juta untuk kos keseluruhan setakat ini dengan pelbagai langkah penjimatan yang diambil. Fokus dan tumpuan perbelanjaan hanya kepada field of play dengan izin atau gelanggang pertandingan tanpa menjejaskan standard pertandingan setiap acara dan kebajikan atlet-atlet yang bertanding. Dari segi majlis-majlis keraian diadakan dalam kadar yang sederhana sebagai contoh Majlis Pembukaan Rasmi SUKMA hanya diadakan dengan upacara perbarisan kontinjen di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 15 Ogos ini dan akan di sekalikan dengan perarakan kontinjen Atlet SUKMA dan para SUKMA oleh setiap kontinjen dan dihadkan kepada beberapa orang peserta sahaja.

Dari segi sumber dana yang digunakan sejumlah RM50 juta adalah daripada peruntukan Kerajaan Negeri manakala selebihnya daripada penajaan-penajaan yang diperolehi iaitu hampir RM8 juta Malaysia. Untuk maklumat Dewan, Kerajaan Pusat menerusi Kementerian Belia Sukan tidak menyalurkan sebarang dana untuk penganjuran Sukan Malaysia kali ini.

Dari segi pecahan kos mengikut komponen utama adalah seperti berikut. Dari segi teknikal peralatan, kelengkapan pertandingan dan game management system kos adalah dianggarkan sebanyak RM27,400,000. Bagi tujuan penginapan, makan dan subsidi kepada kontinjen daripada seluruh negara kos adalah sebanyak RM10 juta. Untuk perbelanjaan dan operasi Sekretariat SUKMA, kos sebanyak RM7.5 juta. Bagi tujuan kemudahan dan persiapan lokasi dan acara, kos sebanyak RM2 juta. Bagi tujuan pengangkutan, atlet-atlet dan pegawai-pegawai sukan, kos sebanyak RM1 juta. Bagi tujuan kesihatan dan kecemasan, melibatkan kos sebanyak RM500,000. Bagi operasi sukarelawan dan petugas teknikal juga sebanyak RM500,000. Bagi tujuan promosi, publisiti, seranta, siar raya dan media sebanyak RM500,000, manakala bagi tujuan keselamatan dan lalu-lintas, kos adalah sebanyak RM500,000 menjadikan jumlah keseluruhan adalah sebanyak RM49,900,000. Untuk maklumat Dewan, angka ini juga yang telah dipersembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor. Tujuan Kerajaan Negeri menganjurkan sukan Malaysia pada tahun ini, melibatkan 9 daerah untuk merancakkan kegiatan ekonomi setempat dan sekali gus akan menerima kunjungan ramai, atlet dan kontinjen yang juga melibatkan ahli keluarga atlet dan juga para pengunjung yang datang untuk menyaksikan pertandingan di setiap daerah nanti. Ianya akan melibatkan beberapa sektor, antaranya perniagaan F&B dengan izin,makanan dan minuman, inap desa ataupun homestay, hotel dan pelbagai kegiatan ekonomi yang lain. Memandangkan semua

pihak berkuasa tempatan, juga mewujudkan ruang niaga sementara di kawasan-kawasan berhampiran dengan fasiliti pertandingan di daerah masing-masing dan pada masa sama kita juga mengalu-alukan kehadiran tetamu daripada seluruh negara yang juga akan kita perkenalkan dengan budaya dan kepelbagaian yang ada di setiap daerah di negeri Selangor.

Soalan tambahan

Speaker

Silakan Sementa.

Okay, terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO dan atas pencerahan yang diberikan tadi dan mudah-mudahan Selangor menjadi juara dalam SUKMA kali ini, Insya-Allah. Okey,soalan tambahan saya. Pertamanya, apakah di sana ada dana yang melibatkan PBT, majlis tempatan? yang apabila kita tahu melibatkan sembilan daerah ini dan venue yang digunakan pun dinaik taraf dan berapakah jumlah yang terlibat bagi setiap PBT yang terlibat dalam SUKMA ini? Yang keduanya, berkaitan selepas SUKMA nanti, apakah pelan Kerajaan negeri bagi memastikan venue dan juga kemudahan yang telah dinaik taraf itu dimanfaatkan oleh rakyat dan tidak menjadi aset yang tidak digunakan sebabnya itu? Dan yang terakhir, apakah sasaran SUKMA bagi pihak Kerajaan Negeri Selangor kali ini? Terima kasih.

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Baik, terima kasih, Sementa. Untuk makluman Sementa, memang kita ada turut melibatkan penggunaan peruntukkan di peringkat pihak berkuasa tempatan ataupun PBT dan untuk angka yang lebih spesifik, saya mohon izin untuk dikemukakan secara bertulis. Tetapi, anggaran daripada keseluruhan PBT yang terlibat sekitar RM50 ke RM70 juta untuk kerja-kerja naik taraf. Ini kemudahan yang melibatkan PBT-PBT di seluruh negeri. Dan untuk kos yang agak besar yang kita belanjakan adalah melibatkan Pusat Akuatik Darul Ehsan yang telah kita naik taraf setelah lebih 30 tahun sebenarnya dibuka dan beroperasi. Jadi, ini antara yang memakan kos agak besar sekitar RM40 juta. Dan sudah pun siap dan dibuka untuk sekarang ini dalam peringkat latihan yang mana saya telah jelaskan dalam dewan semalam. Dan Insya-Allah bermula Oktober nanti akan dibuka kepada publik, kepada masyarakat untuk digunakan dan dimanfaatkan. Dan yang kedua adalah di lapang sasar menembak Subang yang mana kita juga turut menggunakan peruntukan sekitar RM7 ke RM8 juta untuk kita naik taraf semula lapang sasar tersebut. Dan pada masa sama selepas daripada SUKMA nanti akan dibuka untuk kegunaan awam. Dan untuk kemudahan-kemudahan PBT yang sedia ada yang telah kita naik taraf pun memang tujuannya adalah bukan kita naik taraf semata-mata untuk SUKMA tetapi ia menjadi serampang dua mata lah bila kita dah upgrade ataupun naik taraf untuk SUKMA tetapi selepas daripada SUKMA nanti PBT akan buka penggunaan kemudahan-kemudahan ini kepada masyarakat ataupun kepada komuniti awam. Jadi tidak ada isu di mana kita membina ataupun membangunkan kemudahan baru tidak ada sebarang kemudahan baru yang kita bina untuk SUKMA maksudnya tidak ada sebarang fasiliti baru yang kita bina yang menggunakan pakai duit Kerajaan Negeri

hanya yang kita laksanakan adalah menaik taraf kemudahan sedia ada bagi tujuan penganjuran SUKMA dan selepas itu akan boleh diguna pakai oleh masyarakat di negeri Selangor . Terima kasih.

Speaker

Ada soalan tambahan?

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Satu tadi, sasaran SUKMA kita menyasarkan pingat emas sebanyak 80 untuk menjadi juara keseluruhan Insya-Allah.

Speaker

Saya beri kepada Kota Damansara.

Baik, terima kasih Tuan Speaker. Soalan tambahan Kota Damansara adalah adakah Kerajaan negeri mendapat justifikasi daripada Kerajaan Persekutuan khususnya KBS yang tidak menyalurkan apa-apa sumbangan untuk SUKMA, SUKAN Malaysia yang berada di Selangor sebab kalau kita tengok rekod-rekodnya di negeri-negeri lain KBS telah menyalurkan beberapa geram jumlah geran yang saya kira agak besar cuma di Selangor ini dia tidak mengeluarkan satu saya fahamkan tidak mengeluarkan apa-apa geran. Boleh tak Kerajaan Negeri atau EXCO, berkongsi justifikasi telah yang diberikan bahawa kenapa Kerajaan Persekutuan atau KBS tidak menyalurkan apa-apa sumbangan kepada untuk menganjurkan SUKMA kali ini.

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Terima kasih yang Berhormat, untuk rekod Dewan, untuk makluman Dewan kita telah dimaklumkan sebagai tuan rumah SUKMA pada 2024 dan saya telah menulis surat kepada 2 orang Menteri Belia Namanya Menteri Belia dan Sukan yang sebelum ini kini Menteri Wilayah dan tidak ada sebarang respons sebelum itu Menteri sukan baru naik pun saya telah mengemukakan surat permohonan untuk mendapatkan sikit dana pun tidak ada dana yang turun tetapi ada respons la maksud respons itu secara khusus justifikasi kalau ada ahli dewan ahli parlimen bertanyakan soalan itu di Parlimen, cuma di Selangor ni kita memang bergerak secara persendirianlah. Maknanya kita memang menggunakan pakai sepenuhnya peruntukkan negeri cumanya untuk rekod dewan ianya sesuatu yang tidak berapa sihatlah kalau selepas ini penganjuran SUKMA seharusnya ada peruntukkan daripada Kerajaan Persekutuan kerana apa kalau penganjuran SUKMA yang sebelum ini dan di Sarawak misalnya pada tahun 2024, mereka menerima Kerajaan Persekutuan mereka menerima sebanyak hampir RM50 juta ringgit. Jadi kos perbelanjaan keseluruhan di Sarawak adalah lebih kepada RM250 Juta ringgit. Jadi kita boleh bayangkan di Selangor ni kita berjaya Insya-Allah melaksanakan SUKMA dengan kerangka perbelanjaan RM50 juta sahaja. Jadi next 2028 sahabat kita Kelantan tuan rumah jadi kita doakan mudah-mudahan akan dapat menjadi penganjur yang terbaik juga Insya-Allah. Terima kasih.

Speaker

Ada soalan tambahan? Sijangkang.

Terima kasih Tuan Speaker. Selangor akan menjadi tuan rumah SUKMA pada kali ini, apakah peluang yang diambil Selangor bagi menggalakkan lagi ramai atlet-atlet ataupun pemain sukan kita

termasuklah kelas sekolah sukan dan juga terutamanya peringkat sekolah ini lah untuk kita bawak mereka terlibat sama ada mungkin dalam beberapa acara sekurang-kurangnya ada galakkan dari Kerajaan Negeri dan biasanya selepas SUKMA ni akan ada sukan paralimpik yang saya kira itu juga ada kepentingan yang tersendiri. Cuma saya ni kerap juga didatangi persatuan-persatuan OKU yang terlibat dalam sukan termasuklah persatuan orang pekak dan sebagainya minta peruntukan dan sebagainya saya ingat saya tak pasti sama ada Kerajaan ada peruntukan tertentu pada peringkat atau tidak. Tetapi sedang wajar untuk mereka juga diberikan peruntukkan untuk membangunkan sukan di kalangan mereka juga. Terima kasih.

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Terima kasih Sijangkang soalan yang baik, untuk makluman Sijangkang kita ada menggerakkan engagement ataupun hubungan dengan pihak sekolah menerusi jabatan Kerajaan Negeri dan juga Jabatan Belia dan Sukan Kerajaan negeri untuk kita libatkan segenap lapisan termasuk pelajar sekolah dan juga anak-anak muda kita Insya-Allah pada hari Ahad ini perhimpunan pada sukarelawan pada anak-anak muda di Sepang dan untuk makluman Yang Berhormat berkaitan dengan permohonan dana daripada persatuan-persatuan sukan ini memang saya rasa bukan di peringkat Majlis Sukan Negeri sahaja dapat permohonan, saya rasa ADUN-ADUN semua pun dapat permohonan sukan ini. Jadi nature mereka ini mereka akan mengemukakan permohonan kepada sesiapa pun ataupun mana-mana pihak yang mereka rasa mereka berupaya untuk membantu. Tapi untuk makluman Yang Berhormat memang di peringkat Kerajaan negeri persatuan sukan orang pekak Malaysia Selangor kita bantu, kita ada kemukakan keluarkan peruntukkan lebih daripada RM30 ribu untuk bantu mereka sebelum ini yang bertanding dalam kejohanan orang pekak di Sarawak. Dan pada tahun ini pun kita bantu juga dari segi pendanaan program-program mereka pada masa sama di peringkat Kerajaan Negeri pun saya telah mereka majlis sukan melibatkan ADUN-ADUN bukan hanya ADUN Kerajaan tetapi ADUN blok Pembangkang pun untuk turut sama-sama terlibat SUKMA terlibat nanti kalau ada ADUN-ADUN boleh isi borang maklumat yang kita kemukakan kad akan isu untuk kita keluarkan pas kepada ADUN-ADUN Yang Berhormat untuk turun boleh dating menyaksikan acara-acara kejohanan di SUKMA nanti. Ini bukan PAS ye ini dia jangan salah faham pula. Kita dalam sukan bagi saya sukan kita rentas politik kita tak kiralah PAS ke, PKR ke, Amanah , DAP ke Bersatu ke, bila sukan kita bersatu. Ini semangat yang kita bersama-sama bersatu dalam sukan. Terima kasih.

Speaker

Cukuplah, Sungai Pelek, Sungai Pelek.

Tuan Lwi Kian KeongDAP · PHSungai Pelek

Terima kasih Tuan Speaker, soalan Sungai Pelek nombor 33.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 33. Skim Mesra Usia Emas Dan Skim Mesra Insan IstimewaQuestions

Tuan Lwi Kian KeongDAP · PHSungai Pelek

33. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-a) Adakah Kerajaan Negeri akan meneruskan kembali program inisiatif Skim Mesra Usia Emas dan Skim Mesra Insan Istimewa?

Puan Anfaal binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Terima kasih Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat Sungai Pelek, untuk makluman Yang Berhormat Sungai Pelek, Kerajaan Negeri selaras dengan teks ucapan belanjawan Selangor 2026 telah memperuntukkan RM55 juta untuk Skim Mesra Emas dan Skim Mesra Insan Istimewa. Untuk makluman Yang Berhormat Sungai Pelek, Kerajaan Negeri kini sedang memuktamadkan cadangan pembukaan semula pendaftaran baharu dan cadangan tersebut akan dibentangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk pertimbangan dan kelulusan sebelum pelaksanaannya dan saya jangkakan unjuran pendaftaran baharu yang dibenarkan sekitar 50 ribu pendaftaran Baharu saya maklum tentang kegusaran semua Ahli-ahli Yang Berhormat, tetapi seperti saya akan pastikan kelulusan itu dalam suku ketiga tahun ini sehingga akhir September, Insya-Allah.

Tuan Lwi Kian KeongDAP · PHSungai Pelek

Soalan tambahan?

Speaker

Saya tak bagi …Permatang, Permatang. Soalan seterusnya…

Puan Nurul Syazwani binti NohBERSATU · PNPermatang

Anak sunti mengukus lepat, soalan permatang nombor 34.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 34. Status Aktif Wifi SelangorQuestions

Puan Nurul Syazwani binti NohBERSATU · PNPermatang

34. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a) Apakah status terkini pelaksanaan inisiatif WiFi Smart Selangor selepas penyahaktifan perkhidmatan pada 31 Disember 2024?

b) Berapakah lokasi WiFi Smart Selangor yang telah diaktifkan semula berbanding jumlah yang ditamatkan pada tahun 2024?

Terima kasih Tuan Speaker, Terima kasih Yang Berhormat Permatang, saya tidak ada idea nak jawab pantun itu tadi saya jawab dengan soalan dengan jawapan lah. Soalannya apakah status terkini perlaksanaan WiFi Smart Selangor selepas penyahaktifan perkhidmatan pada 31 Disember 2024? Perkhidmatan percuma yang dikenali sebagai WiFi Smart Selangor merupakan inisiatif Kerajaan negeri Selangor yang 2015 bagi membantu merapatkan jurang digital dalam kalangan rakyat, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Ke - 16 2024 pada 29 Mei 2024 telah meluluskan pelan penyahaktifan perkhidmatan daripada WSS secara berperingkat sehubungan itu perkhidmatan WSS melalui model perkhidmatan terdahulu telah ditamatkan pada 31 Disember 2024, setelah mengambil kira tempoh pelaksanaan telah berakhir serta keperluan untuk beralih pada model perkhidmatan yang lebih mampan dan berdaya tahan. Salah satu lagi faktor penyahaktifan ini adalah berbanding pada tahun 2015 pada tahun ini kalau kita ada langganan data RM20 ataupun RM30 sebulan anda telah boleh mempunyai pack data yang tiada had unlimited data, data telah menjadi murah, jadi sekiranya hendak kita perkenalkan semula wifi percuma awam ini harus kita teliti apa yang manfaat yang boleh kita perolehi di peringkat Kerajaan dan juga bagaimana kita boleh tumpukan keperluan tersebut kepada golongan-golongan sesuai yang khusus. Jadi sebagai sebahagian usaha penambahbaikan ini, model baru setelah kita rangka, kita sedang membangunkan suatu model wifi percuma untuk awam, adik-adik yang kat atas tu boleh dengar ni, yang lebih selamat, yang kita bangunkan bersama dengan penyedia telekomunikasi tempatan untuk kita laksanakan di 86 buah masjid-masjid pengurusan negeri Selangor. Soalnya kenapa kita pilih masjid ini dahulu sebagai POC kita yang pertama untuk kita perkenalkan percuma ini. WiFi percuma ini akan menjadi tunjang ataupun rukun perlaksanaan infrastruktur digital lebih mampan agama Islam di masjid-masjid kita akan ada kuliah sebagainya ada juga sistem pengurusan digital masjid dan harus dihubungkan dengan baik. Jadi dengan adanya wifi ini yang kita akan bekalkan dengan kelajuan minima 800mbps cukup laju adik-adik saya rasa mobile legend speed tu kan? Tapi soalnya sekarang ni kalau kita bekalkan wifi percuma di masjid untuk anak-anak muda ini kita nak kita bagi sepenuh masa atau tidak? Tentunya bila waktu azan telah ada waktu solat kita tangguhkan dulu dan selepas waktu sembahyang mainlah semula tidak ada masalah jadi ada masalah kita terperincikan pastinya juga wifi ini harus kita kawal. Kawal dari sudut content nya saya tak nak sebut lah content-content yang tak boleh kita lihat, tetapi soal kedua adalah pengurusan maklumat contohnya waktu solat jadual waktu solat di negeri Selangor jadual waktu

solat yang sah dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor tapi kalau kita buat semakan di semua masjid yang kita ada tidak semua yang menggunakan data yang sama. Sebab skrin-skrin pempamer tu kadang-kadang diambil dari pembekal dan mungkin akan ada perbezaan 1 ataupun 2 minit daripada waktu sebenarnya tapi maklumat itu dibekalkan pada satu sumber yang sama yang diupayakan dengan wifi percuma tersebut maka maklumat sama itu dapat sampai pada kesemua masjid-masjid yang kita ada. Jadi kita sedang menggunakan POC. Pelaksanaan POC tersebut dengan kerjasama JAIS dan ianya bukan sahaja percuma saya sebut tadi ada ciri-ciri keselamatan pastinya patuh syariah dan pastinya membekalkan ilmu-ilmu yang baik yang sah di kawasan-kawasan masjid ia tak akan kembangkan di pusat-pusat penyelidikan awam dan yang sepatutnya. Untuk bahagian (b), berapakah lokasi WiFi Smart Selangor yang telah diaktifkan semula berbanding yang telah ditamatkan pada 2024? Setakat ini belum ada lagi lokasi Wifi Smart Selangor yang diaktifkan semula berikutan penamatan kontrak tersebut pada 31 Disember 2024 tetapi ini tertakluk kejayaan POC yang sedang kita laksanakan. Kalau kita ada model tersebut kita akan kembangan di kemudian hari. Walau bagaimanapun bagi mestikan kesinambungan akses internet percuma di kawasan luar bandar, pihak SKMM menyediakan 84 Pusat Sebaran Maklumat Khidmat Nasional (NADI) di seluruh Selangor saya rasa setiap DUN mungkin dan ada satu. Di samping itu Kerajaan Negeri juga melalui SmartSel Sdn Bhd dengan kerjasama Plan Malaysia Selangor telah menyediakan sambung internet jalur di lima pusat Smart Desa. Lima lokasi yang terlibat adalah seperti berikut, yang pertama Balai Raya Kampung Sungai Air Tawar, kedua Balai ICT Kampung Endah, ketiga Balai Raya Kampung Seri Taman Baru ,keempat Balai Raya Kampung Taman Seri Muda dan yang terakhir adalah Balai JPKK Kampung Teluk Gong Klang. Terima kasih.

Puan Nurul Syazwani binti NohBERSATU · PNPermatang

Soalan tambahan.

Speaker

Permatang.

Puan Nurul Syazwani binti NohBERSATU · PNPermatang

Terima kasih atas jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat EXCO. Terus terang Permatang sebenarnya agak terkilan kerana kita mendengar tentang penyahaktifan. Namun begitu Permatang percaya sudah tentu Kerajaan sudah merangka pelan-pelan untuk memastikan liputan yang menyeluruh kepada WiFi di Selangor ini. Namun begitu Yang Berhormat EXCO, Permatang ingin bertanya tentang kepada Kerajaan Negeri, kita tidak dapat menafikan berkenaan tentang data mampu milik seperti yang terangkan sebentar tadi tapi tidak juga kita nafikan kawasan-kawasan di luar bandar seperti contoh di Permatang sendiri kita ada banyak masih lagi ada masalah liputan walaupun perkara ini telah kita bincang berkali-kali dalam Dewan berbagai-bagai juga cadangan telah dan juga pelan telah diberikan masalah ini masih menjadi masalah utama sebagai contoh di Kampung Lubuk di kawasan Permatang sendiri kita ada di situ Unifi pun tidak dapat masuk masih belum lagi mendapat masuk di situ. Jadi Permatang ingin bertanya kepada Kerajaan bagaimana untuk menyelesaikan masalah-masalah yang Permatang kira

serumit dan sedetail ini selepas ini supaya kita mastikan penduduk di luar bandar tidak ketinggalan dalam capai internet. Terima kasih.

Terima Yang Berhormat Permatang. Isunya kalau isunya liputan internet di kawasan masing sekiranya bermasalah, saya sarankan tadi saya dah nota kan di sini Kampung Lubuk di Permatang, Permatang ini kampung Gulang-gulang ada Sungai Gulang-gulang itu saya biasa pergilah, kampung Lubuk tak pergi lagi. Tapi tak apa boleh gunakan aplikasi dari MCMC Nexus bila kita pasang aplikasi tersebut dia akan zoom kan kepada lokasi yang khusus dan tahap internet di kawasan itu. Data itu akan terus pergi kepada pihak MCMC dan saya secara berkala ada bermesyuarat dengan pihak MCMC untuk memastikan kawasan-kawasan yang tidak mendapat liputan sebegini agar dicerahkan semula sebab saya rasa dengan adanya internet. Insya-Allah dengan internet percuma yang kita kawal baik, maklumat yang lebih baik dan lebih betul juga akan dapat turun ke kawasan-kawasan luar bandar. Terima kasih.

Speaker

Soalan seterusnya daripada Sungai Panjang.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Mari bertandang ke Simpang Lima, soalan nombor 35.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 35. Integrasi Teknologi Digital Dalam Pengurusan JelapangQuestions

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

35. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar: a) Adakah Kerajaan bercadang mengintegrasikan ekosistem teknologi digital seperti Kecerdasan Buatan (AI), Internet of Things (IoT), penderiaan jauh (remote sensing) serta analitik data raya? b) Bagaimanakah kesediaan infrastruktur bagi meningkatkan ketepatan penyaluran subsidi, mengesan penyakit tanaman dan memantau prestasi tumbuhan padi secara masa nyata?

Dato’ Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Panjang, Yang Berhormat Tuan Speaker. Sungai Panjang bertanyakan soalan berhubung dengan cadangan mengintegrasikan ekosistem teknologi digital seperti Kecerdasan Buatan (AI), Internet of Things (IoT), penderiaan jauh (remote sensing) serta analitik

data raya adalah pertanian terutama padi. Untuk maklumat Yang Berhormat Kerajaan Negeri Selangor bersama-sama dengan Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah mula mengintegrasikan ekosistem teknologi digital seperti Kecerdasan Buatan (AI), Internet of Things (IoT), Penderiaan Jauh (Remote Sensing) serta Analitik Data Raya atau Big Data Analitic, Eco-System Technologi Digital dalam sektor padi. Khususnya di kawasan jelapang padi Selangor. Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan melalui Jabatan Pertanian telah melancarkan Kecerdasan Buatan (AI), PaddyCheck yang pada 16 Januari 2026 . Ia merupakan sebuah agen ataupun ia merupakan sebuah agen Kecerdasan Buatan Pintar yang berasaskan kepada pada Whatapps di bawah program Pemacu Digital Industri Padi 2025. Insentif ini membolehkan pesawah mendapat khidmat nasihat teknikal berkaitan agronomi padi pada masa nyata serta mengesan penyakit tanaman melalui analisis gambar. Sistem ini menjamin keselamatan data Kerajaan menyediakan maklumat sahih berpandukan rujukan rasmi bagi meningkat hasil tuaian serta memperkukuh keterjaminan makanan negara. Sepanjang tempoh pelaporan tempat PaddyCheck telah merekodkan 1097 pengguna kumulatif, dan juga 18,457 jumlah message kumulatif. Secara keseluruhan aktiviti tertinggi dicatatkan pada fasa awal peluncuran dan semasa kempen Jelajah Darul Show. Manakala fasa penstabilan menunjukkan kadar pertumbuhan yang lebih perlahan. Justeru itu semua sawah di seluruh Selangor telah dijemput untuk bersama menggunakan sebagai platform rasmi bagi meningkatkan keberkesanan pengurusan sawah dan memperkukuh jaringan komunikasi antara pesawah pihak berwajib. Jadi ini di bawah PaddyCheck yang berasaskan kepada Whatsapp. Bagi teknologi bagi aspek pengesanan penyakit pembangunan IoT contohnya selain daripada penggunaan AI tadi adalah dalam sistem amaran awal untuk mengesan perosak penyakit menerapkan konsep revolusi Industri 4.0 . Peranti perangkap serangga berkuasa solar telah mula dipasang berapa lokasi di kawasan padi jelapang padi kita negeri Selangor untuk pemerhatian lebih daripada sekadar berfungsi sebagai perangkap tapi lebih kepada satu IC dan kamera untuk merakam visual serangga melalui penggunaan aplikasi ini sebagai perintis di bawah kawasan di kawasan jelapang padi. Manakala dari segi teknologi penderiaan jauh atau remote sensing yang menggunakan satelit serta analitik data raya. Sistem maklumat Geospatial tanaman padi MakGeo dibangunkan dengan kerjasama Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) Kementerian Sains dan Teknologi (MOSTI) bersama Jabatan Pertanian dan juga Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Sistem ini dibangunkan menggunakan Integrasi Teknologi Remote Sensing, Sistem Maklumat Geografi (GRS) dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Pengoperasian sistem ini telah dilaksanakan secara berperingkat dah lama ya dan dipertingkatkan dari tahun ke tahun mulai 2012. Selain daripada itu penggunaan sistem Geo melibatkan kerjasama antara AIDA Barat Laut, Jabatan Pertanian dan Lembaga Pertubuhan Peladang serta Pertubuhan Peladang Kawasan. Sistem akan terus tambah baik bagi memperkukuh dan memantapkan pelaksanaan Bengkel Pengemasan Maklumat Geospatial Padi yang

dilaksanakan setiap tahun. Teknologi satelit digunakan mencerap keluasan tanaman sekali gus membolehkan Kerajaan menilai keberkesanan dasar serta merancang pembekalan subsidi yang lebih tepat. Terima kasih.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Soalan tambahan.

Speaker

Sungai Panjang.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Pertama, apakah pelan strategik jangka panjang Kerajaan Negeri Selangor bagi tempoh 5 hingga 10 tahun akan datang dalam menghadapi cabaran perubahan iklim global dan kenaikan kos input pertanian serta bagaimanakah pelan ini mampu memperkukuh pendapatan pesawah meningkatkan tahap sara diri beras negeri serta mengekalkan kawasan Sekinchan, Sungai leman, Pasir Panjang, Sungai Nipah, Sungai Panjang, Bagan terap sebagai wadah utama keterjaminan makanan. Soalan kedua, melalui teknologi digital ini, apakah kaedah pengagihan input subsidi yang diamalkan bagi menjamin rantaian agihan dilaksanakan secara adil berintegrasi, telus serta bebas daripada kerenah birokrasi. Ada pesawah bertanya bilakah subsidi 500 yang diumumkan pada 4 Jun hari Khamis di Majlis Penyerahan Bantuan Pertanian yang diserahkan sekali mock cheque ketidak kehadiran RMS diagihkan kepada pesawah kerana telah masuk musim yang kedua. Dan bagaimanakah pemantauan yang berkala dibuat bagi memastikan hanya petani aktif yang mengusahakan sawah secara fizikal sahaja menerima agihan tersebut. Soalan ketiga.

Speaker

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Biasanya soalan tambahan ini ikut kebiasaan satu soalan sahaja. Tapi saya benarkanlah, kadangkala ada ADUN melontarkan dua soalan tetapi biarlah soalan tersebut dalam bahasa yang mudah dan ringkas. Kalau terlalu panjang dan kadangkala EXCO yang menjawab itu akan terlepas soalan pertama. Ya saya berharap Yang Berhormat semua dapat mengambil maklum tentang nasihat ini. Bertanyakan soalan tambahan ialah satu kemahiran ialah satu kemahiran bagaimana untuk memuatkan soalan kamu dengan bahasa yang mudah difahami dan kemudiannya mendapat jawapan yang bagus daripada EXCO. Itu salah satu kemahiran. Saya mohon Pandan Indah jawab setakat apa yang dapat dijawablah.

Dato’ Hj Rizam bin Hj IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Tuan Speaker, Sungai Panjang kalau saya diberi masa dua jam pun saya boleh bercerita tentang padi ini. Tiada masalah bagi saya kerana kita memang meneliti dan kita faham kedudukan mengenai jelapang padi kita ini antara di bawah Keterjaminan Makanan merupakan aspek penting dalam pertanian negeri. Dan memang saya sering sebut dalam Dewan, pengurusan sawah adalah satu pertanian yang sangat mencabar disebabkan monocrop tanaman yang satu jenis yang berulang-ulang kali dibuat yang boleh menyebabkan masalah yang kita hadapi dari segi subur tanah penyakit dan sebagainya. Kalau tanaman lain dia berubah-ubah tukar, penyakit itu dia putus, Tapi disebabkan sawah kita tanaman yang sama berulang-ulang kekadang penyakit itu tak hilang lagi kita dan tanam baru dia jangkit balik semula. Ini merupakan perkara-perkara kita kena fahami dan

sememangnya penggunaan teknologi moden yang soalan disebut soalan asal tadi sangat penting dan perlu dalam mendepani suasana semasa ini bantuan dan sokongan teknologi tak kita dalam aspek remote sensing ataupun penggunaan dron dan sebagainya perlu dan sangat penting, cuma kosnya amat tinggi peringkat awal. Kita mempunyai 18 ribu lebih hektar yang kita perlu uruskan tentulah kita menghadapi cabaran adan kawasan yang lebih subur daripada satu yang lain-lain. Macam di kawasan Sekinchan, Sungai Leman lebih subur di tempat lain masalah air kekurangan air semua kita lihat dan kita telah buat betapa kali pertemuan perbincangan secara detail bersama secara terperinci dengan juga Kementerian Pertanian untuk melihat secara teliti bagaimana sawah ini kita dapat tingkatkan produktiviti sebab sawah kita tidak berubah, kita tidak ada tanah lagi nak besarkan lagi sawah kita. Saya dah beritahu Menteri Yang Berhormat Menteri di Selangor sawah kita banyak itu je luas. Tingkatkan produktiviti ialah dengan kita meningkatkan hasil tanaman kita. Itu sahaja yang kita boleh buat dan sebab itu kita lihat dari segi guna tanah sekarang ini ada kawasan-kawasan kita tukar kepada sayur kita sedang buat audit untuk lihat bagaimana kita nak pastikan tanah kita tidak lagi ditukar kepada tanaman lain. Kemudian kita lihat juga nasihat bagaimana jamin kesuburan tanah ini penggunaan teknologi moden juga konvensional kita guna bersekali. Kita kena pakai kedua-dua kaedah kerana sangat mahal. Kita bagi contoh Yang Berhormat kalau kita nak guna remote sensing ataupun atau pun untuk mengesan penyakit dan juga kesuburan tanah satu hektar setahun dalam setahun dalam 1 ribu, kalau 17 ribu hektar RM17 juta kita perlukan setahun dan perlu diperbaharui setiap tahun. Kaedah dia. Jadi sangat tinggi kosnya. Ini belum kira subsidi baja racun yang kita belanjakan RM3,200 satu hektar yang Kerajaan Pusat terpaksa keluarkan dalam bentuk baja dan juga racun. RM3,200 satu hektar jadi kos sangat tinggi sebab itu kita perlu melihat kewajaran untuk pulangan yang lebih baik kepada hasil padi. Kita pun nak di bawah Pelan Transformasi Agro Selangor (PETA) kita nak peta, kita letakkan sasaran kita salah satu objektif dia nak naikkan pendapatan warga tanai kita termasuk pesawah. Jadi kalau kita gagal begitu makna kita gagal dalam menguruskan sistem sawah dan sangat mencabar. Saya rasa, saya jawab kalau nak cerita panjang. Jadi teknologi kita akan gunakan dalam semua kaedah mungkin berperingkat-peringkat dan kita akan perluaskan bukan sahaja dalam pengesanan penyakit dan juga dari segi juga termasuk pembajaan penggunaan teknologi monocrop dan sebagainya kita akan gunakan untuk memastikan peningkatan padi yang lebih baik. Tentang isu di bawah Pakej Ketahanan Daya Tahan Pengukuhan Daya Tahan Selangor. Kita telah selesai proses dia adalah sikit. Sebab kita nak kena teliti begitu ramai yang terlibat 9,000 lebih apa nama nya ni yang sawah. Dan kita tidak boleh, kita berikan kepada pemilik. Kalau tuan tanah tu sewakan pada orang lain, kita tetap kita hanya punya rekod yang pemilikan sawah. Kita kena berikan dan kita proses dengan Agro Bank. Ada setengah tu tidak ada akaun dengan Agro Bank jadi proses tu panjang dan kita telah pun lulus dan clear kan dan saya rasa mereka akan bila-bila masa menerima RM500 1 hektar. Ini di bawah kerajaan Pakatan Harapan negeri Selangor ye. Kita laksanakan untuk bantu dalam keadaan disebabkan kesan daripada harga minyak sebagainya. Kita bagi

bantuan kepada pesawah cash tunai RM 500 1 hektar dan Insya-Allah saya rasa bila-bila masa akan sampai kepada para pesawah kita. Terima kasih.

Speaker

Kota Kemuning.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Tuan Speaker, soalan nombor 36.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 36. Kajian Traffic Impact Assessment (TIA) Kota KemuningQuestions

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

36. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a) Adakah Kerajaan Negeri telah menjalankan Kajian Traffic Impact Assessment (TIA) di kawasan Kota Kemuning? Jika ya, apakah dapatan utama kajian tersebut, tindakan susulan yang telah dirancang serta status pelaksanaan dan garis masa projek yang dicadangkan?

Dato’ Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Kota Kemuning yang. Tuan Speaker saya, Kota Kemuning bertanyakan soalan berhubung dengan Kajian Traffic Impact Assesment (TIA) di kawasan Kota Kemuning. Berhubung dengan isu kesesakan ya lalu lintas di kawasan berkenaan. Untuk makluman Yang Berhormat, pihak MBSA iaitu Majlis Bandar raya Shah Alam melalui kajian Traffic Impact Assessment ataupun (TIA) dan Pelan Induk Pengurusan Lalu Lintas Shah Alam SATMAS telah menilai keadaan trafik semasa serta unjuran sehingga tahun 2035 dan ini telah pun selaras juga dengan jalur yang saya sebutkan semalam iaitu Pelan Strategik Pembangunan Jalan Raya dan Lebuh Raya di Selangor sehingga tahun 2035. Dapatan kajian menunjukkan kawasan Kota Kemuning khususnya sepanjang persiaran Anggerik Mokara mengalami tekanan trafik tinggi pada waktu puncak. Sehubungan dengan itu, cadangan penyelesaian jangka panjang adalah pembinaan fly over di persimpangan dan bulatan terpilih. Dan kita kenal pasti tiga bulatan utama itu, di kawasan Kota Kemuning itu yang menghadapi masalah besar kepada kesesakan ya. Kesesakan yang agak serius. Bagi meningkatkan kapasiti dan melancarkan aliran trafik walau bagaimanapun pelaksanaan projek ini memang melibatkan kos yang tinggi. Setiap fly over yang nak dibangunkan itu bernilai dianggarkan dan dianggarkan kos nya RM101 juta atau RM102 juta bagi setiap. Jadi keseluruhannya diperlukan ialah RM304.96 juta bagi penaiktarafan 3 bulatan utama termasuk kos perunding di sekitar RM6 juta. Jadi buat masa ini pihak MBSA telah

mengenal pasti pelaksanaan untuk fly over yang pertama yang paling serius iaitu yang berdekatan dengan KESAS iaitu di Anggerik Mokara ini yang akan dimulakan pada tahun hadapan untuk dalam projek reka bentuk dan juga bina iaitu tangki ya. Akan dilaksanakan yang bernilai RM102 juta anggarannya untuk dimulakan laksanakan pada tahun hadapan. Sekian terima kasih.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Soalan tambahan.

Speaker

Kota Anggerik.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Tuan Speaker. Kota Kemuning. Boleh saya tanya soalan tambahan Speaker, untuk Kota Anggerik. Ya Kota Kemuning ok. Yang Berhormat EXCO, saya nak tanya berkenaan lagi satu fly over yang sepatutnya dibina iaitu dekat Kampung Lombong iaitu Kuala Langat yang sambung kepada Kuala Langat. Adakah fly over itu saya difahamkan peruntukan sudah ada tapi ia banyak dilengahkan kerana ada isu-isu lain. Boleh Yang Berhormat memberikan pencerahan apakah status trafik tersebut. Kedua juga saya ingin mencadangkan adakah apa-apa alternatif untuk jangka masa pendek yang kita boleh jalankan di Kota Kemuning kerana akses untuk KESAS dan LKSA hanyalah satu sahaja bila accident that’s it you have to wait until two hours dengan izin. Ia menyebabkan mereka tidak mempunyai alternatif lain. Adakah kita boleh mengadakan satu simpangan ataupun yang baru kita boleh membina untuk membantu untuk mengurangkan trafik di kawasan Kota Kemuning. Pada masa yang sama bolehkah kita melaksanakan Sistem Trafik Pintar, AI- Traffic Lights untuk mengurangkan kesesakan di beberapa junction tersebut.

Dato’ Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Kota Kemuning, sebagaimana yang sedia maklum bahawa antara perkara yang menjadi keperluan ataupun langkah segera yang boleh dibuat ialah untuk melihat traffic dispersal ataupun penyuraian trafik di kawasan berkenaan supaya tidak semua akan bertumpu ke kawasan yang 3 roundoard yang tersebutkan tadi. Di antaranya ialah itulah yang sebahagiannya disebut oleh Yang Berhormat berhubung dengan satu fly over di Kampung Lombong yang akan menuju ke Rimbayu. Tempat ini sebenarnya sudah selesai dari segi peruntukan dan sebagainya but ada sedikit masalah dengan isu tanah di situ yang sikit yang saya yakin telah ada penyelesaiannya dan kita akan pastikan mereka selesai segera dan dapat dilaksanakan terus sebab peruntukan dah ada. Sebab design nya pun reka bentuknya pun dah siap. Ya, boleh dilaksanakan bila-bila masa. Itu saya akan buat susulan untuk pastikan benda tu akan berlaku. Selain daripada itu sebagaimana saya sebutkan tadi bahawa memang satu bukan satu proses yang mudah untuk kita mencari jalan alternatif dalam masa yang singkat. Tapi apa yang kita boleh buat ialah saya dah cadangkan dengan MBSA ialah untuk langkah mitigasi jangka pendek ni ialah dengan mengoptimumkan persimpangan itu salah satu ialah penggunaan lampu isyarat secara sensor lah ye. Yang Smart Traffic light ini

adalah satu cadangan yang kita telah bawa iaitu penyelarasan lampu isyarat dan juga penambahbaikan aliran traffic contra flow dan sebagainya yang kita rasa boleh dilaksanakan. Itu sedang diteliti untuk dilaksanakan dalam masa yang terdekat. Terima kasih.

Speaker

Sungai Kandis.

Tuan Wan Dzahanurin bin AhmadBERSATU · PNSungai Kandis

Soalan Sungai Kandis nombor 37.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 37. Program PerpaduanQuestions

Tuan Wan Dzahanurin bin AhmadBERSATU · PNSungai Kandis

37. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a) Dengan kepelbagaian kaum di Sungai Kandis, apakah program perpaduan yang dilaksanakan Kerajaan Negeri di peringkat akar umbi selain program makan-makan?

b) Apakah terdapat program yang libatkan belia pelbagai kaum secara aktif? Contohnya sukan, gotong-royong, latihan kemahiran?

Dato’ Hj Rizam bin Hj IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Sungai Kandis. Yang Berhormat ada bertanya dengan kepelbagaian kaum di Sungai Kandis. Apakah program perpaduan yang dilaksanakan kerajaan negeri di peringkat Akar Umbi selain program makan-makan. Apakah terdapat program yang libatkan belia pelbagai kaum secara aktif contohnya sukan, gotong-royong, latihan dan kemahiran. Tuan Speaker, izinkan saya menjawab soalan (a) dan (b) secara bersekali.

Agenda perpaduan kaum sememangnya menjadi keutamaan bukan sahaja oleh kerajaan negeri tetapi juga merupakan matlamat negara demi memastikan keharmonian dan kestabilan di dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini terus terpelihara. Mengambil keutamaan ini lah pada Februari 2024 Kerajaan Negeri telah melancarkan Program Gagasan Rumpun Selangor sebagai insentif ke arah pemangkin semangat kebersamaan dan perkongsian rasa tanggung jawab dalam kalangan masyarakat melalui prinsip di mana bumi di pijak di situ langit di junjung. Kerencaman masyarakat di negeri ini kita harmonikan dengan prinsip iaitu ibarat sepohon pokok banyak ranting dan juga pucuknya tetapi akhirnya kita berkongsi akar dan aspirasi yang sama. Negeri Selangor yang pesat dan dinamik ini semangat Rumpun Selangor menjadi ikatan kebersamaan kita semua dalam mengejar

kemajuan bersama selaras dengan slogan “Kita Selangor Maju Bersama”. Kerajaan Negeri sentiasa berazam memastikan pembangunan yang kita rancang tidak hanya tertumpu kepada batu bata dan konkrit tetapi juga kepada pembinaan jiwa dan semangat rakyat melalui aktiviti kemasyarakatan yang menyatu padu kan kita semua di bawah naungan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor selaku payung perpaduan bagi seluruh warga Selangor yang berbilang ini. Gagasan perpaduan ini diterapkan di peringkat akar umbi termasuklah di DUN Sungai Kandis melalui pelaksanaan pelbagai program kemasyarakatan, keharmonian, sukan rakyat serta sambutan kemerdekaan yang dapat memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat yang pelbagai. Di peringkat akar umbi, Kerajaan Negeri melalui jentera pentadbirannya di bawah iaitu 6 jawatankuasa pembangunan dan keselamatan kampung (JPKK), Kampung Tradisi, 2 Ketua Komuniti India penggerak Belia, Selangor PBS dan Pusat Wanita Berdaya (PWB) sentiasa digalakkan untuk menganjurkan pelbagai program yang mengukuhkan ikatan perpaduan dalam kalangan masyarakat merentasi pelbagai lapisan masyarakat termasuklah belia dan remaja. Kerajaan Negeri juga turut di dukung dengan Kerajaan Persekutuan iaitu Kementerian Perpaduan Negara melalui pewujudan 23 buah kawasan Rukun Tetangga yakni KRT. Di dalam Sungai Kandis yang bergiat aktif dengan penglibatan hampir 600 orang ahli jawatankuasa. Antara program Akar Umbi yang dikenal pasti telah dilaksanakan dan mempunyai impak ke arah perpaduan adalah program gotong-royong, sambutan perayaan pelbagai kaum termasuklah Hari Raya, Tahun Baru Cina, Pesta Ponggal. Penganjuran pertandingan sukan, Program Belia dan Keusahawanan, Kursus Kemahiran, Sambutan Bulan Kebangsaan dan Program Keagamaan. Sesungguhnya dengan penglibatan semua pihak agenda penyatuan masyarakat yang pelbagai ini dapat terus diperkasa di peringkat akar umbi ke arah mencapai perpaduan nasional. Sebagai tambahan, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional turut melaksanakan Program Media Komuniti yakni MK sebagai agen pendamai dalam menyelesaikan konflik dan isu dalam masyarakat, ingin menyediakan kursus dan pensijilan kepada warga KRT dan individu yang berminat untuk ditauliahkan sebagai Media Komuniti. Media Komuniti ini akan berperanan sebagai agen pendamai dalam menyelesaikan konflik dan isu dalam kalangan masyarakat serta menjadi orang tengah yang membantu pihak-pihak yang berkonflik untuk mencapai kesepakatan secara bersama. Mengambil manfaat daripada inisiatif-inisiatif ini, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Kemajuan Desa Luar Bandar dan Kemampanan Kampung Tradisi Negeri Selangor sedang menjalinkan kerjasama dengan Japan In Negeri Selangor pada tahun ini dan menganjurkan Kursus Asas Media Community, Media to Community kepada 377 orang Pengerusi JPKK atau Ketua Kampung Tradisi. Selanjutnya mana-mana kampung tradisi yang berminat dan berpotensi bolehlah memohon untuk mengikuti lanjutan kursus pentauliahan. Sebagai media community, media to community. Kerjasama strategi ini bukan saja menjadikan Ketua Kampung sebagai agen pentadbiran kerajaan negeri di peringkat akar umbi tetapi juga memperkasa peranan sebagai agen pendamai pertikaian dalam kalangan masyarakat tanpa perlu memanjangkan isu dan masalah kecil kepada pihak berkuasa. Akhirnya, sempena sambutan Bulan Kebangsaan saya menyeru agar warga Rumpun Selangor

agar terus bersatu hati sebagai bangsa Malaysia yang cintakan perpaduan dan menggalakkan lebih banyak program memupuk semangat patriotisme yang dianjurkan di peringkat akar umbi termasuklah di peringkat DUN masing-masing. Terima kasih.

Speaker

Baik, Sungai Kandis.

Tuan Wan Dzahanurin bin AhmadBERSATU · PNSungai Kandis

Baik, soalan tambahan Yang Berhormat EXCO. Terima kasih Yang Berhormat EXCO kerana tidak meninggalkan Sungai Kandis di belakang walaupun kami adalah pembangkang. Jadi saya amat menghargai itu dan walau bagaimanapun yang betul kena cakap betul. Betul tak? Jadi, tapi satu yang saya nak bangkitkan di sini ya. Walaupun benda ni tidak berlaku di Sungai Kandis tapi benda ni berlaku di serata tempat. Ya yang mana dengan isu 3R yang semakin panas di media sosial. Apakah modul terbaru dalam program perpaduan untuk menangani isu sensitif dan berita-berita palsu yang rancak dimainkan terutama sekali daripada pengikut-pengikut warga politik kita. Terima kasih.

Dato’ Hj Rizam bin Hj IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Saya kira isu 3R ini memang satu isu yang perlu kita tangani lah ya di mana kita sedia maklum negeri Selangor adalah paksi kepada negara dan semua kaum sebab itu isu ini perlu di pantau dan di kekang dan saya yakin dan percaya rakyat di negeri Selangor ini sudah matang untuk menilai bagaimana isu yang dilihat terlalu ekstrem yang boleh memecah belah kan antara kaum di kalangan kaum di dalam negeri kita. Dan saya kira bulan ini bulan yang menyambut bulan kemerdekaan dan kita juga negeri Selangor menjadi tuan kepada SUKMA. Jadi kita jadikanlah sukan ini sebagai satu platform seperti mana yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Kota Anggerik tadi supaya dia dapat menyatu padu kan kita di seluruh rakyat negeri Selangor ini tanpa mengira kaum, warna kulit dan fahaman politik. Terima kasih.

Soalan tambahan.

Speaker

Seri Serdang.

Terima kasih Yang Berhormat Speaker, saya tertarik dengan soalan daripada Sungai Kandis tadi berkenaan dengan 3R. Kerana 3R ini Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat EXCO, dia boleh menghancurkan keharmonian dan perpaduan dalam negeri kita. Segala kerja buat yang dibuat oleh Kerajaan akan tidak menjadi tidak ada nilai apabila 3R ini disentuh terutama kaum, bangsa dan juga agama. Apa aktiviti ataupun perancangan Yang Berhormat EXCO untuk menangkis serangan-serangan 3R ini supaya apabila tiba pilihan raya benda ini tidak digunakan dan untuk mematangkan rakyat negeri Selangor, melihat kepada kerja, buat kerajaan. Bukan melihat kepada sentimen bangsa dan agama.

Dato’ Hj Rizam bin Hj IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Yang Berhormat Seri Serdang, sebenarnya tadi kita ada sebut, antara program yang kita tekankan di peringkat negeri Selangor ini adalah program Gagasan Rumpun Selangor, di mana di situ, telah kita letakkan bahawa Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, selaku payung perpaduan di negeri Selangor. Saya kira saya setuju dengan hujah yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Sungai Serdang, Seri Serdang tadi, bahawasanya isu 3R ini perlu kita elakkan, untuk kita pastikan negeri Selangor, menjadi negeri yang sentiasa mengekalkan keamanan dan juga kemakmuran bagi memastikan ekonomi di pacu dengan jayanya. Terima kasih.

Speaker

Ijok.

Terima kasih, Yang Berhormat Tuan Speaker. Soalan Ijok nombor 38.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 38. PerumahanQuestions

38. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

(a) Adakah Kerajaan berhasrat untuk membangunkan dashboard terbuka kepada rakyat bagi memantau status projek Rumah Selangorku dan nyatakan sekiranya terdapat projek-projek yang siap tidak mengikut waktu yang ditetapkan?

Datuk Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Terima kasih Yang Berhormat Ijok, terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Ijok bertanyakan apakah Kerajaan berhasrat untuk membangunkan dashboard, terbuka kepada rakyat bagi memantau status projek Rumah Selangorku dan menyatakan sekiranya terdapat projek-projek yang tidak mengikut waktu yang ditetapkan? Kerajaan Negeri sentiasa komited untuk memastikan, meningkatkan ketelusan serta akses rakyat kepada maklumat berkaitan dengan pembangunan Rumah Selangorku. Di peringkat negeri, Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor ataupun LPHS, menguruskan maklumat dan juga projek perumahan Selangorku melalui portal e-Hartanah, termasuk model SEPOHON, yang digunakan bagi menguruskan permohonan dan juga rekod serta status projek. Bagi mempertingkatkan lagi akses kepada maklumat ini, memperkasakan model SEPOHON, termasuk juga menambah baik, iaitu paparan maklumat dan juga dashboard yang lebih komprehensif bagi membolehkan orang awam serta pihak berkepentingan untuk mendapatkan maklumat dan memantau kemajuan projek Rumah Selangorku dengan lebih mudah. Di peringkat Persekutuan, Kementerian

Perumahan dan Kerajaan Tempatan ataupun KPKT, juga menyediakan platform TEDUH sebagai rujukan, iaitu maklumat tentang projek perumahan di seluruh negara. Untuk maklumat Yang Berhormat, sebahagian besar projek Rumah Selangorku, telah berjaya disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan. Pada masa ini hanya 2 projek sahaja, yang mengalami kelewatan iaitu Rumah Selangorku, Salak Mercu dan juga di Sepang dan juga Rumah Selangorku di Morib. Ini melibatkan dua syarikat yang sama. Hanya 2 projek saja setakat ini, untuk projek Rumah Selangorku.

Dan Kerajaan Negeri melalui LPHS, sentiasa memantau perkembangan kedua-dua projek ini, serta mengambil tindakan susulan bersama dengan pemaju untuk memastikan isu yang dihadapi ini diselesaikan dan dapat di siapkan dan diserahkan kepada pembeli dengan kadar segera. Untuk projek di Salak Mercu ini, pembinaan telah 90%, dah hampir siap, cuma nak mendapatkan CCC, kerana ada sikit masalah teknikal. Tetapi bagi Rumah Selangorku Morib ini, kita telah bawa ke mesyuarat dalam MMKN dan MMKN telah memutuskan untuk mendapatkan satu syarikat penyelamat. Dan syarikat penyelamat telah pun berjumpa dengan pemilik tanah. Kerana di kawasan Morib ini, pemilik tanahnya adalah PNB, syarikat Permodalan Nasional Berhad, dan telah berbincang. Dan saya ingat, telah mendapat satu kata putus yang boleh menyelesaikan masalah antara dua projek ini saja, untuk projek Selangorku. Terima kasih.

Speaker

Ya, Ijok.

Terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO di atas jawapannya. Ijok ingin memberikan soalan tambahan. Iaitu sekiranya terdapat projek Rumah Selangorku yang lewat untuk disiapkan tadi itu, apakah tindakan tegas yang diambil oleh pihak, terhadap pemaju. Apakah terdapat penalti, sekatan terhadap projek baharu ataupun apakah tindakan lain bagi melindungi pembeli? Terima kasih.

Datuk Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Terima kasih Yang Berhormat Ijok atas soalan-soalan tambahan. Bagi pemaju yang gagal mematuhi jadual, pelaksanaan projek, Kerajaan Negeri di bawah LPHS, boleh mengambil tindakan, dari aspek penguatkuasaan, pentadbiran, mengikut kesesuaian sesuatu projek. Antara tindakan yang boleh kita ambil, pertama termasuk mengeluarkan notis serta arahan pematuhan. Kedua, menetapkan pelan pemulihan semula dalam tempoh tindakan. Maksudnya, kita minta dia jadualkan semula, dalam tempoh pemulihan. Ketiga menghadkan pertimbangan permohonan pembangunan yang terbaharu. Ertinya kita menghadkan, selagi dia tidak selesai, tidak deliver projek yang pertama, kita akan menghadkan dan keempat mengenakan syarat tambahan, bagi kelulusan yang akan datang, serta mempertimbangkan tindakan pentadbiran terhadap pemaju yang gagal mengikut komitmen. Terima kasih.

Speaker

Bandar Baru Klang.

Tuan Dr. Quah Perng FeiDAP · PHBandar Baru Klang

Soalan 39. Terima kasih.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 39. Kecerdasan Buatan (AI) Dan Ekonomi DigitalQuestions

Tuan Dr. Quah Perng FeiDAP · PHBandar Baru Klang

39. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

(a) Apakah dasar Kerajaan Negeri dalam memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan awam, produktiviti ekonomi dan pembangunan modal insan di Selangor?

(b) Apakah langkah Kerajaan bagi memperluas ekonomi digital secara mampan?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Speaker, terima kasih Bandar Baru Klang atas soalan yang dikemukakan, merujuk kepada keterlibatan Kerajaan Negeri dalam memperkasakan kecerdasan buatan atau Artifical Intelligent, dan juga bagaimana kerajaan negeri memperkukuhkan digital economy ataupun ekonomi digital, di kalangan usahawan dan belia ataupun usahawan-usahawan di dalam negeri Selangor.

Untuk soalan (a), langkah dasar pertama adalah pelaksanaan, apa yang dipanggil sebagai Kertas Putih AI. Kertas Putih AI ini, akan dilaksanakan dalam 3 Fasa, iaitu kajian, penanda aras, penyediaan Kertas Putih AI dan pembangunan Digital Government Playbook. Ini sedang dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri, dan apabila kita telah melengkapkan kertas Putih AI ini, kita akan bentangkan termasuk dikemukakan dalam Dewan yang mulia ini, supaya masing-masing boleh berbahas. Kerana apa, premis pertama Kertas Putih AI ini, adalah kita melihat, bagaimana pengalaman kita menyertai sosial media. Sebelum kita masuk sosial media, kita tidak mempunyai garis panduan,etika, serta cabaran-cabaran yang boleh di tebak daripada sosial media. Dan sebahagian daripada kita, sekarang ini menjadi mangsa kepada keadaan sosial media yang kadang kala agak merumitkan ataupun melemaskan ataupun merimaskan.

Justeru AI masuk kepada kita, dengan menyedari kebaikan dan juga menyedari cabaran ataupun rintangan yang bakal dihadapi. So, Kertas Putih AI ini, akan menggariskan keseluruhan landskap ataupun segala bidang berkenaan dengan AI, supaya kita faham, apakah cabarannya, apakah kebaikannya, apakah nilai yang akan dapat ditambah nilai, ataupun kebaikan yang akan diperolehi. Contoh, Yang

Berhormat, hari ini, mungkin kita dapat mengurangkan kesan bersemuka, ataupun jawapan-jawapan yang tidak akurat, ataupun jawapan-jawapan yang tidak tepat dengan menggunakan AI. Tapi dalam masa yang sama, AI juga digunakan untuk penyediaan tesis, penyediaan skrip, penyediaan-penyediaan tertentu yang memerlukan kreativiti. Dan itu mengganggu gugat kepada dunia ataupun landasan-landasan tersebut. Jadi, itu satu contoh, satu juzuk sahaja, Yang Berhormat. Itu belum masuk penyamaran, persemazation dan sebagainya, yang boleh terlahir daripada AI. Jadi Kerta Putih AI ini akan menjadi garis panduan kepada kita, khususnya di negeri Selangor dan juga di Malaysia, bagaimana kita berhadapan hidup dan berinteraksi dengan Artificial Inteligent.

Yang kedua, kita ada program yagn namanya Teraju AI. Namanya sebelum ini, kita namakan AI Travelisor. Dan kita telah melahirkan tujuh sistem AI. Manakala fasa kedua, sedang dirancang, untuk melaksanakan ataupun melaksanakan proses Go Live, membolehkan system tersebut, digunakan secara menyeluruh. 7 sistem ini, lahir daripada 40 hingga 50 peserta daripada pelbagai jabatan. Jadi jabatan tersebut merangka dan mencanai, apakah isu dan juga apakah perkara-perkara yang wajar untuk dilibatkan AI. Contohnya, Media Selangor, pencarian untuk media-media dan berita berkenaan dengan topik-topik tertentu. Kalau dulu cariannya tidak menggunakan pengaturcaraan ataupun aplikasi AI. Dan dengan kaedah yang dinamakan sebagai Shira dan Lisa, maknanya Media Selangor selepas ini, pencarian berita dan sebagainya, akses boleh digunakan dengan menggunakan AI. Begitu juga juga dengan NADI daripada UPEN dan SPBT. Platform rujukan perundangan berasaskan AI. Kalau dahulu, pencarian tentang perundangan tertentu di pihak UPEN, atau Unit Perancang Ekonomi, khususnya Bahagian Pihak Berkuasa Tempatan, tidak menggunakan AI, jadi Travelisor atau pun Teraju AI, mengumpulkan pasukan ini, mencari apakah masalah dan merangka apakah aplikasi baru yang digunakan dalam bidang tersebut. Itu dua. AI Travelisor, dalam berapa program, saya hanya sebut dua tiga perkara, yang ada, contohnya, antaranya Chat Box, ini Chat Box, dibuat oleh ini, untuk mengenal pasti, apakah aplikasi-aplikasi dan program-program yang terlibat dalam Iltizam Selangor Penyayang. Sebelumnya tidak menggunakan aplikasi AI. Jadi, ada tujuh aplikasi baru, yang akan kita announce, yang akan kita kemukakan, apabila Go Live nanti, kita akan bawa dan diperkenalkan kepada rakyat negeri Selangor.

Dan, dalam memperkukuhkan pembangunan ekonomi digital pula, di bawah CIDEC, Kerajaan Negeri melaksanakan Wira AI Selangor. Iaitu program latihan AI untuk industri kecil dan sederhana. Syarikat-syarikat pemula start up dan usahawan. Program ini merangkumi latihan asas AI, prompt engenering, pembangunan AI, automasi aliran, kerja dan meningkatkan produktiviti organisasi. Di samping Kerajaan Negeri melalui beberapa program, Triple Assolator program, yang sedikit sebanyak juga diteruskan di dalam pelaksanaan CIDEC. Saya lupa nak maklumkan, program Teraju AI tadi, dilaksanakan oleh STDC dan Google, Yang Berhormat, yang sekarang ini telah melahirkan tujuh aktiviti tersebut. Ini tiga perkara, Kertas Putih, Teraju AI, dan juga Wira AI, tiga program.

Manakala soalan kedua, Yang Berhormat ialah merujuk, apakah bantuan dan sokongan pihak kerajaan negeri dalam membantu e-commerce ataupun e-dagang dalam negeri Selangor. Ada agensi penting, yang boleh saya rujuk di sini. Yang pertama adalah LEX. LEX ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri sebagai interaksi pada ketika pandemik, supaya penjaja-penjaja dapat berniaga walaupun mereka tidak dapat bertemu secara fizikal. Bermula di antara 300 hingga 500 peserta, sekarang ini, peserta-peserta kita telah mencecah 100,000 secara keseluruhan. Dan mereka telah mengembangkan perniagaan mereka dengan platform digital usahawan Selangor ataupun PLATS ini, untuk memperkenalkan produk-produk mereka. Di samping sokongan-sokongan, ada dua program penting, iaitu program Dana Plus sebanyak RM3000.00 maksimum, kerjasama dengan AgroBank dan juga Agro Plats Busines sehingga sampai RM10,000.00 untuk perniagaan ataupun keusahawanan yang melibatkan pertanian. Satu angka yang sangat menarik, Yang Berhormat. Kalau kita dapat lihat penjualan ketika dalam bulan Ramadan di sesuatu tempat. Untuk di Balai atau Bazar Ramadan Shah Alam sahaja, jualannya sampai mencecah RM7 juta. Kalau dulu angka itu tidak dicapai dan apabila saya pergi meronda di bazar-bazar Ramadan sepanjang bulan Ramadan yang lepas, saya lihat semakin ramai peniaga-peniaga, penjaja, menggunakan aplikasi. Dan hanya 1,500 daripada keseluruhan, 17,000 yang kita dapat bantu melalui AgroBank. Ada juga yang melalui Maybank dan lain, yang belum diselaraskan dan Insya-Allah, jumpa ini akan bertambah dan Platform PLATS sini telah membantu supaya usahawan mikro sebenarnya, Yang Berhormat, bukan usahawan-usahawan sederhana. Usahawan mikro, mereka dapat berkembang, terlibat activate dan dapat menggunakan platform e-dagang sebagai platform-platform perniagaan dan usahawan mereka. Ada tiga rangkaian X pula yang dilaksanakan oleh CIDEC, contohnya, Dip-X, Retail-X dan Token-X. Kalau saya nak rujuk tentang Retail-X ini, GMV dia, Growth Merchant Value dia telah mencecah sampai RM180 juta. Ada lebih kurang 110 peniaga-peniaga ataupun usahawan yang telah dilatih. Retail-X, sudah pasti satu perniagaan runcit yang digabungkan dengan perniagaan atas dagangan. Dip-X pula merujuk kepada sains, life sciences dan beberapa bidang-bidang yang lain. Token-X, merujuk kepada FinTax, atau perniagaan dagangan di dalam talian ataupun perniagaan perbankan di dalam talian, FinTax dan sebagainya. Ini tiga rangkaian X yang disusun oleh CIDEC, yang membantu dan berterusan dan CIDEC sebenarnya, telah memulakan usaha ini semenjak daripada 2015 dengan program accelerator dan sebagainya. Dan sekarang mereka fix dengan mempertingkatkan lagi dengan rangkaian 3-X ini, Dip-X, Retail-X dan Token-X. Terima kasih Yang Berhormat.

Speaker

Ya, Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, jam telah menunjukkan semakin menghampiri pukul 11.30 pagi, jadi saya menangguhkan sesi pertanyaan untuk urusan seterusnya.

Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah Selangor 2026Bill

Setiausaha Dewan

Aturan urusan mesyuarat seterusnya, Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah Selangor 2026.

Speaker

Ya, sebelum saya menjemput Ahli Yang Berhormat Sungai Panjang untuk menyambung perbahasan, saya telah pun meneliti rakaman video dan catatan dalam draf hansard, dan saya dengan ini, saya meminta Yang Berhormat Sungai Panjang, untuk menarik balik perkataan-perkataan ataupun ayat-ayat yang berikut. Daripada percakapan beliau semalam, iaitu percakapan yang dilafazkan sekitar pukul 4.10 petang. Iaitu, perkataan yang bermula dengan;

“Daripada pihak Kerajaan yang tidak masuk-masuk, khususnya daripada kalangan Muslim sehingga menyebabkan tidak cukup kuorum untuk kita memulakan persidangan Dewan dan ini menunjukkan ketidakseriusan wakil rakyat daripada pihak pembangkang untuk..”

Saya meminta Yang Berhormat Sungai Panjang untuk menarik balik perkataan-perkataan dan ayat-ayat ini daripada perbahasan, Yang Berhormat. Ya, Yang Berhormat Sungai Panjang.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Terima kasih Yang Berhormat Speaker, dengan ini Sungai Panjang menarik balik kenyataan semalam kerana menghormati integrasi Dewan yang mulia ini dan berharap nasihat-nasihat pada akan datang boleh diterima secara terbuka.

Speaker

Baik, jadi dengan itu Setiausaha nanti bila dalam penyediaan draf handsard supaya perkataan-perkataan itu dikeluarkan. Dengan itu saya menjemput Sungai Panjang untuk meneruskan perbahasan.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Yang Berhormat Speaker, sebelum Sungai Panjang meneruskan perbahasan, Sungai Panjang ingin mohon Petua daripada Yang Berhormat Speaker berkenaan dengan Aturan Mesyuarat 35 (1), seseorang ahli yang hendak bercakap hendaklah bangun di tempatnya dan apabila dipanggil oleh Pengerusi maka hendaklah ia berdiri mengarahkan ucapannya kepada pengerusi, tiada ahli boleh bercakap melainkan setelah dipanggil oleh Pengerusi. Ada Petua?

Speaker

Apa masalah Yang Berhormat dengan Peraturan mesyuarat ini.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Masalahnya, selalu diganggu.

Speaker

Selalu diganggu. Itu terpulang pada Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat sedang menyampaikan ucapan dan sekiranya ada ADUN yang lain yang memohon celah, di bawah Peraturan Tetap untuk memohon celah, bergantung pada Yang Berhormat Sungai Panjang sama ada hendak memberi laluan atau tidak, itu sahaja, saya rasa itu ...

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Baik, terima kasih Yang Berhormat. Saya teruskan perbahasan yang lepas, tengok berbunyi lagi.

Speaker

Saya minta semua Ahli Yang Berhormat supaya bertenanglah. Kalau ada apa-apa kurangkanlah.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Saya teruskan pada EMS Enakmen Mahkamah Syariah Negeri Selangor 2026 Fasal yang ke-60. Bahasa Melayu hendaklah menjadi bahasa bagi semua prosiding dalam Mahkamah Syariah dan semua dokumen dan nota prosiding boleh menggunakan tulisan rumi atau jawi. Sungai Panjang ingin bertanya, bagaimanakah galakkan perkembangan penggunaan tulisan jawi yang digunakan setakat ini. Adakah ia banyak atau sikit-sikit atau jarang-jarang atau kadang-kadang, itu pilihan EXCO.

Yang Berhormat Speaker, kemudian merujuk kepada jadual yang pertama, memandangkan EMS Negeri Selangor 2026 akan di dokumenkan serupa seperti ini, sebiji apa yang ada di dalam ini setelah diwartakan nanti, maka baiknya dibetulkan beberapa perkara yang perlu dibetulkan terutamanya istilah-istilah bahasa Arab yang banyak kesilapan dan juga kesalahan di situ agar pada masa akan datang anak-anak kita, graduan-graduan daripada lepasan pengajian Islam tidak melihat bahawa kita agak tidak nak sebut serius tak boleh dah ya, kita tidak bersungguh-sungguh dalam menjaga bahasa ataupun perkataan bahasa Arab kerana digunakan di dalam dokumen ini. Contoh, perkataan bahasa Arab bagi Hadanah sepatutnya Ta Marbutah bukan Ha, Ha itu dalam bahasa Arab adalah domir iaitu kata ganti nama, Sungai Panjang membagi contoh (bacaan ayat Arab), Ha itu bacaan ganti nama, telah kembali Amir ke negerinya, nya itu sepatutnya di sini sebagai Hadanatun, bila kita gabungkan ayatnya seperti Hadanatultifli, Hadanah anak ini bacaan yang tepat ataupun kita kata tulisan yang betul. Yang kedua, kalau kita perhatikan, jika kita perhatikan kepada hukum syarie, tidak ada di dalam teks Arab ejaan yang sedemikian Ha Kaf Wau Mim, ini mungkin kekeliruan untuk menulis sama ada ianya jamak, kalau jamak ia ahkam, bukan hukum, ataupun ia keliru sama ada jawi ataupun teks bahasa Arab, sebab di sini bentuk skrip bahasa Arab, maka perlu dibetulkan sebelum diwartakan, sebelum ditulis dan dilihat pada masa akan datang dengan perkataan-perkataan yang betul dan Sungai Panjang minta disemak keseluruhannya, tidak mampu untuk menyebutkan satu-satu kerana ada lagi beberapa perkara yang perlu dirujuk.

Dan yang kedua, jadual yang kedua, boleh perhatikan pada jadual yang kedua pada hemat Sungai Panjang, apabila adanya sumpah oleh penjawat-penjawat yang memegang jawatan, pada hemat Sungai Panjang adalah sangat patut dan dituntut untuk memulakan sumpah dengan lafaz Bismillahirahmanirahim, Wallahi Wabillahi Watallahi, kerana membaca Bismillah itu adalah sebahagian daripada tuntutan sebagaimana yang di wasiatkan oleh baginda Nabi S.A.W. kepada kita (ayat hadis) setiap perbuatan, perkara yang penting tidak dimulakan dengan Basmallah, maka ia

terputus yakni terputus dari rahmat dan keberkatan oleh Allah Jalallah. Sebab juga hadis ini sesuai kita melihat bagaimana Rasulullah S.A.W., contohnya menulis surat kepada Hiraqlah, dia bermulakan memulakan dengan Bismillahirahmanirahim Minabdillah Warasul dan kita lihat juga amalan semasa di Malaysia. Di Malaysia dokumen rasmi negara seperti teks sumpah jawatan Yang Di-Pertuan Agong mengikut Jadual Keempat Perlembagaan Persekutuan secara jelas memulakan sumpah tersebut dengan kalimah Bismillahirahmanirahim sebelum diikuti dengan lafaz kalimat Wallahi Wabillahi Watallahi.

Yang Berhormat Speaker dan Ahli Dewan sekalian, Sungai Panjang mengambil contoh untuk kes jenayah dalam Mahkamah Syariah Negeri Selangor, kesalahan yang berkaitan arak di negeri Selangor dikawal di bawah Seksyen 18 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 di bawah kategori minuman yang memabukkan. Yang mana undang-undang ini terpakai khusus untuk orang Islam sahaja. Selalunya kita melihat hanya pada satu kategori sahaja iaitu kesalahan meminum pada Seksyen 18 (1). Yang ini yang diketahui umum, yang ini yang biasa berlaku tangkapan, bahkan untuk menyabitkan salah pun bukan mudah kerana bukti itu contohnya kita pergi ke satu tempat serbu, dia pegang sahaja, tidak boleh lagi disabitkan kesalahan meminum, mesti dilihat dengan saksi air itu masuk dalam mulutnya, walaupun dia pegang cawan ada air, tidak boleh lagi dan ini kategori yang pertama.

Kategori yang kedua yang kita mahu supaya ada penguatkuasaan, supaya ada tambah baik dengan adanya mahkamah utama iaitu kesalahan pengendalian dan transaksi Seksyen 18(2), bukan sahaja meminum, malah penglibatan dalam ekosistem perniagaan atau penyediaan arak juga menjadi kesalahan undang-undang syariah bagi orang Islam sahaja, ia termasuk membuat atau menghasilkan minuman yang memabukkan, ia termasuk menjual atau menawarkan untuk jualan. Yang ini banyak tanya hukum adik-adik kita yang kerja di Speedmart bahagian kaunter, yang bekerja di 7-Eleven bahagian kaunter, yang ada ataupun di mana-mana kedai yang ada, menjual dia ada di bahagian kaunter, terpaksa pegang, terpaksa tolong jual, bagi dan sebagainya, maka perlu diperincikan perkara ini supaya rakyat, masyarakat khususnya umat Islam faham kedudukan mereka ketika itu dan supaya pengusaha-pengusaha juga faham nak meletakkan mereka ini di bahagian mana.

Yang ketiga, mempamerkan untuk jualan, yang keempat menyimpan minuman memabukkan dan kelima membeli minuman memabukkan khusus kepada orang Islam, hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali. Hukuman ini perlu sampai kepada seluruh umat Islam supaya umat Islam berhati-hati dan berjaga-jaga dalam hal ini kerana ia bertepatan dengan dalam 10 golongan yang Rasulullah S.A.W. yang laknat dalam bab arak ini termasuklah orang yang memerahnya, orang yang meminta diperahnya, orang yang meminumnya, orang yang membawanya, orang dihantar arak kepadanya, orang yang menuang dan memberi minum, orang yang menjualnya, orang yang memakan hasil jualannya yakni pemilik kedai ataupun pemegang saham, orang yang membelinya,

orang yang dibelikan arak untuknya. Jadi Sungai Panjang melihat tentang Enakmen Jenayah Syariah ini apabila melihat ada empat mahkamah, maka perlulah ditambah baik bagaimana bentuk pelaksanaan dan juga penguatkuasaan di Selangor khususnya, penguatkuasaan di Selangor, pernah Jabatan Agama Islam (JAIS) mempunyai kuasa penuh untuk melakukan serbuan, tangkapan dan pendakwaan terhadap mana-mana orang Islam yang melanggar peruntukkan bagi kedua-dua kategori ini, malah sebilangan pegawai seperti masjid, sebilangan pegawai masjid seperti nazir dan imam, di Selangor juga diberikan surat kuasa khas untuk membantu mengekang kesalahan meminum arak di tempat awam, amar makruf nahi mungkar ini. Sungai Panjang bertanya, adakah surat kuasa khas ini masih ada ataupun terpakai kepada Nazir dan juga Imam bagi membantu penguat kuasa JAIS untuk melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar. Justeru, Sungai Panjang menyeru semua Ahli Yang Berhormat di dewan ini untuk memberikan sokongan penuh kepada RUU ini, sambil memastikan pelaksanaannya kelak juga disertai dengan apa nak ganti serius, komitmen, serius dilarang sebut, juga disertai dengan komitmen, komitmen kewangan, komitmen latihan, komitmen penguatkuasaan yang bersungguh-sungguh demi kesejahteraan umat Islam dan kecemerlangan sistem kehakiman syariah di negeri Selangor. Semoga Allah Jalallah memberkati usaha kita ini dan menjadikan ianya sebagai amal jariah di alam barzakh nanti yang berterusan bagi seluruh umat Islam khususnya, sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Melihat.

Akhirnya kain songket tenunan warisan, Dipakai megah panglima perkasa, Kehakiman syariah penuh saksama, Menegak keadilan sepanjang masa.

(Pantun bahasa lain).

Terima kasih, Assalamualaikum Warahmatullah dan Salam Sejahtera.

Speaker

Pembahas seterusnya, Sungai Burong.

Terima kasih Tuan Speaker, Ahli Dewan Undangan Negeri sekalian Yang Berhormat , Yang Mulia, seterusnya sidang yang menyaksikan secara online ataupun offline dengan izin pada pagi yang berbahagia ini. Sungai Burong ingin mengambil partisifasi pada pagi ini dalam membahaskan Rang Undang-Undang Enakmen Mahkamah Syariah Negeri Selangor 2026 kertas 20/2026.

RUU ini membentuk semula struktur kehakiman syariah Selangor kepada empat peringkat mahkamah. Yang pertama Mahkamah Utama Syariah, yang kedua Mahkamah Rayuan Syariah, yang ketiga Mahkamah Tinggi Syariah dan keempat Mahkamah Rendah Syariah. Perkara ataupun peningkatan ini dilihat sebagai usaha

untuk meningkatkan kredibiliti Mahkamah Syariah dan keselariannya dengan Mahkamah Persekutuan. Apa pun perkara yang Sungai Burong ingin bahaskan dan naikkan ada lima point ataupun lima perkara ini.

Yang pertama lapisan rayuan baharu boleh meningkatkan peluang mendapatkan keadilan seperti mana yang kita tahu bila banyaknya peringkat mahkamah yang ada seperti rendah, tinggi, rayuan dan syariah tadi, keadilan semakin boleh dituntut dan di review dengan izin pada mahkamah-mahkamah yang seterusnya. Tetapi dalam masa yang sama, proses menjadi lebih panjang mengakibatkan ada sesetengah mengatakan keadilan untuk ditempuh pada mahkamah ini lebih sukar untuk didapati kerana birokrasi bahkan proses guaman juga akan menjadi meningkat. Walaupun di sana terdapat guaman, khidmat guaman percuma, tetapi que untuk mendapatkan khidmat tersebut mencecah setahun ataupun dua tahun yang memustahilkan rakyat awam untuk mendapat akses tersebut.

Jadi, itu yang pertama, dan di samping itu juga Hakim Mahkamah Utama pula mempunyai syarat pengalaman yang agak tinggi termasuk pengalaman 20 tahun dalam perkhidmatan berkaitan. Jadi adakah pengalaman yang begitu ini dapat garap sedangkan mahkamah yang sedia ada ini pun ada kalanya masih lagi kurang dari sudut modal insan untuk memenuhinya. Itu perkara yang pertama yang ingin Sungai Burong bangkitkan, yang perkara yang kedua adalah seksyen 4 (1) memberikan bidang kuasa umum yang agak luas kepada mahkamah syariah. Walaupun tiada peruntukan nyata dalam undang-undang bertulis, ini menimbulkan persoalan keserasian dengan perlembagaan persekutuan, khususnya selepas keputusan kes Nik Alin Zurina, jadi persoalan yang ditimbulkan, mengapa seksyen 4 RUU ini memberikan bidang kuasa yang kelihatan lebih luas daripada peruntukan undang-undang tubuh yang memerlukan bidang kuasa diberikan melalui undang-undang bertulis. Jadi, segalanya kita perlukan kepada kejelasan dan tulis di dalam kertas supaya tidak menjadi dakwa-dakwi dan tafsiran yang terlalu luas dan liar.

Perkara yang ketiga Tuan Speaker dan Ahli Dewan Yang Mulia, tentang kedudukan dan kebebasan hakim. Pelantikan boleh dibatalkan atas alasan tertentu dan hakim boleh digantung sementara siasatan dijalankan, tetapi di sini tiada tempoh maksimum pergantungan dinyatakan. Jadi apakah mekanisme yang menjamin Hakim Syariah tidak boleh digantung atau ditamatkan perkhidmatannya secara sewenang-wenangnya. Kerana kedudukan hakim apatah lagi ia berkaitan dengan syariah adalah sesuatu kedudukan yang mulia, apabila seseorang hakim itu boleh digantung dengan sewenang-wenangnya, ia adalah satu imej yang tidak baik kepada Islam itu sendiri dan tempoh pergantungan sekiranya berlaku kekhilafan adalah sesuatu perkara yang perlu dijelaskan.

Perkara yang keempat, kod etika hakim akan ditetapkan melalui mekanisme yang dicadangkan tetapi tidak semestinya dibentangkan di dewan negeri. Sedangkan Sungai Burong berpandangan, perlanggaran kod etika tersebut boleh menjadi asas

pembatalan pelantikan itu sendiri. Dan yang kelima, terdapat konflik kepentingan kerana Majlis Agama Islam Selangor terlibat dalam menasihati penubuhan jawatankuasa pelantikan hakim. Sedangkan majlis sendiri boleh menjadi pihak dalam prosiding mahkamah syariah. Kita tidak mahu melihat conflict of interest dengan izin, berlaku pada satu institusi yang terhormat pada kaca mata masyarakat. Seperti mana kita rakyat ada kalanya boleh mengelakkan pemimpin tertinggi negara yang memegang jawatan perdana menteri dalam masa yang sama menjadi menteri kewangan, ini adalah satu benda yang menjadi satu kelucuan dan kita bimbang perkara-perkara seumpama ini, conflict of interest dalam soal Majlis Agama Islam Selangor terlibat dalam menasihati penubuhan jawatankuasa pelantikan hakim, sedangkan majlis boleh menjadi pihak dalam prosiding mahkamah syariah.

Sebagai kesimpulan, RUU Enakmen Mahkamah Syariah Negeri Sembilan, minta maaf Negeri Selangor 2026, panas itu ada lagi ya. Prinsipnya adalah baik kerana memperkukuhkan struktur kehakiman syariah tetapi perlu diperjelaskan soal bidang kuasa, kebebasan hakim, mekanisme pergantungan ataupun pemecatan dan konflik kepentingan. Kesemua yang Sungai Burong bangkitkan adalah berkaitan rapat dengan kekuasaan dan kebebasan mahkamah. Sekian, Wabillahitaufik Wahidayah, Assalamualaikum, saya menyokong penuh enakmen mahkamah syariah negeri Selangor 2026 berserta dengan perkara-perkara yang dibangkitkan tadi, terima kasih.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekiranya tidak ada sesiapa lagi yang hendak mengambil bahagian dalam perbahasan, saya mempersilakan pihak Kerajaan untuk menggulung dan memberi penjelasan terhadap perkara-perkara yang dibangkitkan tadi dan semalam. Saya menjemput Yang Berhormat Seri Setia.

Bismillahirahmanirahim, Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih Ahli-ahli Berhormat Pelabuhan Klang, Paya Jaras, Lembah Jaya, Permatang, Kota Damansara, Hulu Bernam, Sungai Ramal, Batu Tiga, Meru, Sungai Panjang dan Sungai Burong yang telah mengambil bahagian dalam membahaskan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah Negeri Selangor 2026.

Kerajaan Negeri amat menghargai segala pandangan, cadangan dan teguran yang dikemukakan kerana ia mencerminkan keprihatinan bersama terhadap usaha memperkukuhkan sistem kehakiman syariah di negeri Selangor. Matlamat kehakiman syariah sebenarnya adalah untuk mencapai keadilan, menghapuskan kezaliman, menerapkan nilai-nilai ihsan dalam menyelesaikan kes serta memberi ruang untuk mendengar kes-kes tuntutan pembuktian tidak bersalah kepada para perayu. Jadi pada pandangan saya, penggubalan enakmen mahkamah syariah ini haruslah memberi kesan yang baik bukan hanya kepada rakyat terbanyak, tetapi yang sering kita lupakan di sini adalah para-para pengamal perundangan dan para petugas di mahkamah-mahkamah syariah kita yang terdiri daripada peguam-peguam syarie kita,

hakim-hakim syarie dan sebagainya. Untuk menzahirkan atau berkongsi permasalahan yang ada, izinkan saya berkongsi kisah mengenai hakim litar. Di negeri Selangor, ada kes-kes yang memerlukan seorang hakim itu berada di dua atau tiga tempat dalam tempoh satu hari, contohnya hakim tersebut harus pergi ke mahkamah di Sepang untuk satu kes perbicaraan sebelah pagi kemudian di sebelah petangnya perlu pula naik ke Sabak Bernam dan dalam terkejar-kejar kes-kes yang jitu tentunya isu-isu ibadat sememangnya mereka jaga dengan baik bagi memastikan prosiding-prosiding yang telah ditetapkan itu berjalan.

Namun begitu, ini adalah di antara kekangan-kekangan yang kita ada di sebabkan keluasan negeri Selangor yang ada dan disebabkan itulah di dalam pindaan yang kita cadangkan ini juga, kita menggalakkan penggunaan teknologi jarak jauh seumpamanya untuk memastikan prosiding-prosiding ini dapat berjalan dengan baik. Namun begitu yang perlu saya kongsikan di sini juga adalah beberapa angka dan statistik bagi kita sama-sama meraikan dan menghargai jiwa-jiwa dan jasad-jasad yang tidak didendangkan selama ini. Ada di hadapan saya sedikit angka untuk kita kongsikan pencapaian penyelesaian kes-kes di mahkamah syariah di negeri Selangor.

Selama ini yang kita dengar di luar, tohmahannya kes-kes lewat, tohmahannya ada hakim-hakim yang pilih bulu dan pilih kasih sebagai contoh. Tapi angka besarnya yang sering dilupakan tidak disebut, jadi di sini nak saya bentangkan adalah jumlah-jumlah kes di mahkamah rayuan syariah, mahkamah tinggi syariah, dan juga mahkamah rendah syariah. Jadi mahkamah rendah, mahkamah tinggi dan mahkamah rayuan, jumlah-jumlah kes yang didaftarkan kemudian saya akan bandingkan dengan berapa baki kes yang ada dan berapakah peratus penyelesaiannya.

Angka yang ambil ini adalah angka daripada tahun 2013 sehingga tahun 2025. Saya ambil contoh, di Mahkamah Rendah Syariah jumlah kes daripada 2013 sehingga 2025 sahaja 286,687 dengan purata kes tahunan yang didaftarkan 23,000 lebih kurang. Jadi daripada jumlah kes yang didaftarkan itu, peratus kes yang diselesaikan untuk kes-kes mal di mahkamah rendah syariah 99.3% yang selesai, untuk kes jenayah lebih kurang 96% yang telah berjaya diselesaikan sehingga kini. Jadi jumlah kes yang tertinggal sekarang ini adalah di mahkamah rendah hanya tinggal 3,907 bakinya yang sedang kita selesaikan pada tahun ini.

Saya nak sebut di sini juga isu di mahkamah tinggi, jadi kalau mahkamah rendah tadi puratanya 96% ke 99%, di mahkamah tinggi sebagai contoh jumlah-jumlah kes yang berdaftarkan dalam tempoh yang sama 2013 hingga 2025, 46,852 dengan purata kes tahun lebih kurang 3,900 kes. Kadar penyelesaian bagaimana, untuk kes-kes mal di mahkamah tinggi kita, 96% kes diselesaikan dan untuk jenayah 93%. Peratusan itu lebih rendah kerana ada isu hakim-hakim mahkamah tinggi ini dilantik oleh persekutuan dan ada masanya mereka ini dipanggil balik persekutuan. Tidak

bermakna kes tak selesai, kadar penyelesaiannya masih lagi tinggi tetapi sedikit rendah daripada Mahkamah Rendah Syariah.

Saya teruskan sahaja pada Mahkamah Rayuan Syariah, di mana Mahkamah Rayuan Syariah ini kes-kesnya jauh lebih rendah, jumlah kes yang berdaftar daripada 2013 hingga 2025, hanyalah sejumlah 1,785 dengan purata kes tahun sebanyak 150. Kadar penyelesaiannya untuk mal lebih kurang 95% dan jenayah 96%. Jadi apa yang saya cuba tunjukkan di sini, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, dalam kekangan-kekangan yang ada, penyelesaian kes dan kadar penyelesaian kes di peringkat mahkamah sedia ada masih lagi di tahap yang memuaskan, adakah ia boleh diperbaiki, saya setuju boleh diperbaiki, jadi seandainya ada kebimbangan kalau kita letakkan selapis lagi mahkamah yang dinamakan Mahkamah Utama Syariah yang di situ bilangan kesnya akan jadi lebih rendah daripada rayuan syariah, Insya-Allah saya rasa dengan semangat yang ada, dengan keupayaan yang ada, mahkamah tersebut akan dapat dioperasikan dengan baik juga.

Dari segi soalan yang saya sendiri tanya, apakah kapasiti Hakim yang kita ada berbanding dengan kes-kes yang hendak dihakimi pada ketika ini? Jadi kira peratusnya saya sebut begini, Kapasiti Hakim di Mahkamah Rendah Syariah kes purata tahunan telah 23,000 kes setahun. Kapasitinya hanyalah pada kadar 60% pada tahap peringkat ini.

Adakah wajarkah kita tambah? Saya rasa wajar. Dan itu kalau kita tambah, Insya-Allah meningkatkan lagi peratus kes-kes yang dapat kita selesaikan tapi pada kadar 60% kapasiti hakim-hakim yang sedia ada. Di Mahkamah Rendah Syariah yang puratanya lebih kurang 23,000 kes setahun. Itu pun telah menunjukkan purata penyelesaian kes pada kadar 97% ataupun 98% daripada kes-kes yang didaftarkan.

Di Mahkamah Tinggi Syariah kapasitinya hanyalah pada kadar 37% lebih rendah daripada kadar Mahkamah Syariah yang ada. Sebab itulah sebabnya, Yang Berhormat sekalian puratanya penyelesaiannya juga adalah sedikit rendah. Tapi tidaklah sampai dapat B tetapi pada kadar 95% kadar penyelesaiannya walaupun kadar kapasitinya hanya kadar 37%. Jadi saya rasa dan saya hendak ambil peluang ini juga di samping kita berusaha untuk mewujudkan satu lagi Mahkamah Utama Syariah. Saya juga mungkin sebagai kapasiti EXCO Agama akan pertimbangkan pertambahan kapasiti-kapasiti kehakiman di peringkat-peringkat Mahkamah ini. Baik, silakan Sungai Ramal.

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Yang Berhormat Seri Setia. Soalan yang mungkin yang perlu ditanya ialah adakah benar menyatakan bahawa masih banyak kes-kes yang tertangguh yang begitu lama 10 tahun, 15 tahun sebagaimana yang diuar-uarkan media di luar ataupun orang awam di luar? Terima kasih.

Baik. Terima kasih Yang Berhormat Sungai Ramal. Saya tiada pecahan mengikut yang begitu tetapi saya boleh sebut begini. Daripada 2013 sehingga 30 Jun 2026 bilangan kes yang kita kata aktiflah, saya tidak hendak sebut tertangguh. Tertangguh ini kadang-kadang sebab dia. Kadang-kadang ada sebab peserta ataupun pihak-pihak yang sepatutnya datang ke mahkamah tidak datang sebagai contoh, tidak boleh di cari dan sebagainya. Tetapi daripada angka yang saya ada untuk tempoh 2013 hingga 30 Jun 2026, jumlah kes-kes yang aktif ini adalah sebanyak 5,899. Kalau mengikut pecahannya, di Mahkamah Rendah Syariah 3,897, di Mahkamah Tinggi Syariah 1,901 dan Mahkamah Rayuan Syariah 91 kes. Jadi ini semua sedang diselesaikan dan pihak-pihak Mahkamah Syariah kita sedang berusaha dengan baik untuk menyelesaikan angka-angka ini. Saya menjawab soalan Sungai Ramal sebelum ini yang pernah ditanyakan.

Yang Berhormat EXCO. Ada sedikit.

Speaker

Silakan.

Yang Berhormat ada katakan kes daripada tahun 2013 sehingga tahun 2025 atau 2026, kalau kita tengok tadi hampir 90% telah selesai. Saya ingat apa yang menjadi persoalan sekarang ialah kes-kes tersebut kita lihat dari segi purata, setiap kes itu berapa jumlah suatu kes itu di kenal pasti berapa tempoh untuk diselesaikan? Jika kita tengok kes by kes secara tidak langsung kita boleh lihat sebenarnya hanya kes Mal ataupun kes Jenayah. Purata kes itu yang dapat diselesaikan berapa dalam tempoh setahun? Saya tahu Yang Berhormat EXCO tiada jawapan itu sekarang tapi mungkin boleh beri secara bertulis. Bukan apa jika diambil dari tempoh 2013 saya rasa 2025 ataupun pada tahun 2026, ia dalam tempoh 12 tahun. Setengah-tengah kes ini dia ambil masa sampai 7 tahun. Jadi kita tengok setiap kes itu, purata kes itu diselesaikan dan kita boleh nampak secara over view. Sebenarnya satu-satu kes itu sama ada panjang ataupun pendek tempoh satu-satu kes. Terima kasih.

Baik, Terima kasih. Saya rasa isu jika ditanya soal pecahan dan perincian yang dibuat mengikut bilangan tahun yang dibekalkan kepada saya adalah kes-kes yang agak aktif. Jadi di sini saya juga ingin membawa satu butiran yang telah disebut oleh Yang Berhormat Pematang semalam. Seandainya kita ambil kes sebagai contoh perceraian yang berlaku, maka kes perceraian itu jadi kes itu didaftarkan sebagai kes cerai. Tetapi setelah daripada itu ada tuntutan anak dan sebagainya contoh, itu satu kes lagi. Walaupun pada asalnya itu kes yang sama. Kedua, dia ada soal tuntutan-tuntutan nafkah dan adalah yang lain-lain lagi. Semua itu, semua kesalahan itu direkodkan kepada 1 kes. Jadi pada pendapat dan khidmat saya adalah lebih wajar ialah kalau kita dapat cerakinan lebih wajar. Mengikut jenis-jenis kes, dan adakah sebenarnya ia berpunca daripada satu kes asal sahaja. Satu perceraian tapi membabitkan 5 hingga 6 sub kes lain yang terpaksa wujud, dan duduk

dalam arkib ataupun dalam kategori-kategori kes-kes yang aktif itu tadi yang masih perlukan masa untuk diselesaikan. Jadi saya tiada angka tersebut Yang Berhormat dan cuma saya boleh sebut di sini pihak-pihak yang bertanggungjawab sedang berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk selesaikan ini kerana mereka telah ada SLA- SLA yang telah ditetapkan. Dan itulah yang menyebabkan kepada peratus penyelesaian yang agak tinggi. Daripada hemat saya ini satu perkhidmatan yang kita bangga bersama. Jadi saya ingin membangkitkan soalan-soalan daripada Yang Berhormat Pelabuhan Klang, Paya Jaras dan Hulu Bernam yang bertanya. Pertama, apakah jaminan bahawa bilangan kes Mahkamah yang banyak ini tidak melambatkan proses perbicaraan kes? Walaupun terdapat tambahan satu rayuan iaitu di Mahkamah Utama ia tidak semestinya menyebabkan kelewatan penyelesaian kes hanya kerana kes yang memenuhi syarat dan mempunyai merit untuk dirayu akan melalui proses-proses tersebut. Tetapi sebaliknya struktur ini akan memberikan jaminan setiap pihak mempunyai peluang yang lebih adil untuk mendapat semakan keputusan-keputusan di mahkamah. Jadi, tidak benar jika dikatakan ini menyebabkan kelewatan kepada kes-kes lagi sekali. Kedua, soalannya apakah manfaat sebenar kepada rakyat kerana sepatutnya enakmen ini sepatutnya memudahkan rakyat? Yang penting di sini Yang Berhormat - Yang Berhormat sekalian adalah pertamanya ini adalah meningkatkan akses kepada keadilan dengan memberikan satu ruang rayuan yang lebih komprehensif ditambah dengan satu lagi peringkat iaitu ke Mahkamah Utama Syariah. Kedua, penyampaian keadilan yang lebih cepat dengan adanya mekanisme pelantikan Hakim Syarie melalui Jawatankuasa Pelantikan Hakim Mahkamah Syariah yang diperkemaskan, ini akan membolehkan urusan pentauliahan pelantikan Hakim Syarie ini dipercepatkan apabila terdapat kekosongan sesuatu perjawatan yang telah diisi. Ini membantu memastikan prosedur kes di Mahkamah disegerakan selepas urusan-urusan pentauliahan Hakim Syarie selesai. Sekali gus membantu rakyat agar kes-kes mereka didengari dengan segera. Dan ketiga, dari sudut kebebasan institusi kehakiman di sini pengasingan fungsi menyebabkan Mahkamah Syariah kita dapat beroperasi dengan lebih adil dan keputusan-keputusan lantikan boleh juga dengan lebih segera berbanding dengan kaedah sebelum ini.

Yang ketiga soalan adalah apakah langkah-langkah yang diambil untuk menyampaikan isu pemindaan ini di dalam kalangan masyarakat? JAKESS dengan kerjasama MAIS telah menetapkan sasaran untuk menjalankan program berbentuk larasi undang-undang syariah khusus untuk memperkenalkan pindaan Rang Undang-Undang yang terkini kepada masyarakat awam khususnya Peguam Syarie, Jabatan Bantuan Guaman Negeri. Bagi memastikan pemakluman mengenai pindaan undang-undang sampai ke akar umbi. JAKESS telah sedia menggerakkan program lestari

undang-undang yang sesuai dan transformasi yang terkini termasuk penerbitan siri-siri dan penganjuran berinteraktif. Seterusnya soalan daripada Yang Berhormat tadi juga ada bertanya apakah usaha-usaha pengenalan transformasi pelan digital di Mahkamah Utama Syariah? Pertama adalah pelaksanaan sistem e-filing telah dimulakan pada tahun 2023 melalui sistem ini fail Mahkamah dapat dilaksanakan secara elektronik. Sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada dokumen fizikal, memudahkan urusan pihak-pihak dan mempercepatkan kes pendaftaran dan pengurusan kes. Kedua, konsep Mahkamah Digital yang bermula pada tahun 2025. pendekatan ini menguruskan Mahkamah dengan sistematik, tersusun dan selaras dengan berkembangan teknologi semasa. Buat masa ini Mahkamah Digital dilaksanakan di Mahkamah Tinggi Syariah di Dewan 3, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor, Mahkamah Rendah Syariah Sabak Bernam dan Mahkamah Rendah Syariah Sepang. Ketiga, penggunaan teknologi jarak jauh dalam prosiding Mahkamah turut diambil beratkan melalui peruntukan dalam Enakmen Mahkamah Syariah. Peruntukan ini menyediakan asas perundangan bagi membolehkan teknologi maklumat dalam menjalankan prosiding mahkamah bagi kes yang bersesuaian tertakluk kepada arahan dan pertimbangan mahkamah. Jadi, ini memberi kesan yang lebih segera yang sedang berlangsung. Seterusnya saya terus kepada soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pelabuhan Klang, Lembah Jaya, Kota Damansara, Hulu Bernam dan Sungai Ramal mengenai isu-isu pelantikan Hakim Syarie dan pegawai-pegawainya. Soalan pertama, kenapa perlu diwujudkan Jawatankuasa Pelantikan sedangkan telah ada kuasa Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan sebelum ini? Pelantikan Jawatankuasa Hakim Syarie mempunyai persamaan dengan pertubuhan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman yang telah diwujudkan Persekutuan bagi tujuan pelantikan Hakim-hakim Mahkamah Tinggi Sivil dan Mahkamah Tertinggi nya. Ini adalah untuk memastikan pembelaan 9 hakim dijalankan secara terus, merit dan bebas dari pengaruh politik sebelum nama calon dikemukakan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan. Walaupun, Duli Yang Maha Mulia Sultan mempunyai kuasa melantik tetapi ia tidak bertindak bersendirian dan Baginda dinasihati ada beberapa faktor mengikut struktur yang dicadangkan. Bagi memenuhi prinsip semak dan seimbang, check and balance. Kedua, penilaian secara profesional berdasarkan penilaian merit yang ditentukan. Penubuhan jawatankuasa ini adalah sesuatu yang perlu dilaksanakan demi memastikan hanya calon yang layak sahaja yang dapat dikemukakan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan dan pengisian jawatan hakim melalui saringan dan tapisan dibuat secara profesional. Jawatankuasa ini tidak mengambil alih kuasa Duli Yang Maha Mulia Sultan, peranannya hanya untuk menilai dan memperakui calon yang layak dan jawatankuasa kekal sebagai produktif Duli Yang Maha Mulia Sultan selaku Ketua Agama Islam Selangor. Ada juga di hint di sini kebimbangan kewangan dengan adanya jawatankuasa ini. Untuk makluman,

Jawatankuasa ini tidak beroperasi secara harian. Tidak operate setiap hari melainkan bersidang secara adhoc apabila timbul perjawatan sahaja. Oleh itu impak elaun persidangan adalah amat minimum. Manakala nilai pulangan pada rakyat negeri Selangor adalah sebuah Sistem Kehakiman Islam yang berprestij, ideal dan kalis pertikaian. Yang kedua soalannya, apakah mekanisme yang lebih baik selain jawatankuasa itu bagi mengelakkan isu-isu birokrasi. Penubuhan Jawatankuasa Pelantikan Hakim ini adalah sama dengan Enakmen Mahkamah Syariah negeri-negeri lain. Membuktikan kewujudannya adalah satu standard kebangsaan yang dipersetujui dan bukanlah satu kejanggalan ataupun tindakan bersendirian. Sebaliknya ia merupakan satu amalan yang terbaik best practice yang penggunaan mekanisme yang seragam seluruh negeri memastikan kualiti kriteria dan kreativiti Hakim Mahkamah Syariah adalah setara dan mengikut piawaian tertinggi seluruh Malaysia. Soalan selanjutnya, apakah latihan hakim dan pegawai? Dan sejauh mana tindakan ini memberi peluang kerjaya kepada graduan? Saya rasa ini daripada Yang Berhormat Paya Jaras. Dari sudut pembangunan modul insan pindaan undang-undang ini membawa transformasi positif terhadap latihan Pegawai Syariah dan peluang kerjaya graduan. Bagi menghadapi kes-kes konflik di peringkat utama Mahkamah Utama Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor sentiasa mengemaskan modul latihan pegawai secara berstruktur melalui Program Kehakiman Khas dengan kerjasama Akademik Kehakiman Syariah Malaysia di bawah Jabatan Kehakiman Mahkamah Syariah Malaysia, yang berfokus kepada analisis ratio decidendi penulisan draf taraf tinggi dan kefahaman kes-kes dahuluan. Pada masa yang sama penubuhan peringkat yang tertinggi ini membuka kesan limpahan kerjaya ataupun channel reaction luas kepada graduan baru perundangan Islam dan Syariah. Walaupun jawatan di peringkat Mahkamah Syariah Utama ini diduduki oleh hakim-hakim senior, wujudnya struktur baru ini secara tidak langsung membuka lebih banyak jawatan ke peringkat kemasukan ataupun entry level atau peringkat pertengahan seperti jawatan seperti pegawai penyelidik Mahkamah Rayuan Syariah serta pegawai-pegawai pentadbiran. Kes-kes yang diputuskan oleh Mahkamah Utama Syariah kelak bukan sahaja akan menjadi rujukan undang-undang malah berfungsi sebagai bahan rujukan praktikal atau kes law yang memantapkan kualiti penghakiman dan kemahiran kepada pegawai muda di mahkamah bawahan.

Soalan selanjutnya, berapakah jawatan hakim syarie yang baharu yang diperlukan untuk mengisi kekosongan Mahkamah Utama Syariah dan adakah pengambilan melalui sistem perjawatan sedia ada? Berdasarkan perkara 83 (b) keanggotaan Hakim Mahkamah Utama Syariah terdiri tidak lebih dari 7 orang hakim, yang mana pelantikan ini akan dicadangkan oleh Jawatankuasa Pelantikan Hakim Syarie tertakluk kepada syarat-syarat pelantikan di bawah subseksyen 20 (1) RUU Enakmen Mahkamah Syariah Negeri Selangor 2026 dan bukan pada perjawatan tetap seperti mana Hakim-hakim Syarie yang lain. Ini bermaksud panel tersebut akan hadir

bersidang pada hari khusus mengikut kes yang telah ditetapkan sahaja. Macam hakim kontraklah lebih kurang ya. Dan bilangan hakim yang diperlukan bagi satu persidangan yang dicadangkan di Mahkamah Utama Syariah akan didengar dan diputuskan oleh 3 orang Hakim Syarie. Mahkamah Utama Syariah ataupun apa-apa bilangan ganjil atau dengan lebih besar yang ditentukan oleh Ketua Hakim Syarie. Perkara ini semua dijelaskan dengan terperincinya dalam subseksyen 48 (1) EMS 2026 ini. Soalan selanjutnya ditanya mengenai berapakah pegawai-pegawai pendaftaran pula dan berapakah pula kakitangan sokongan yang diperlukan untuk Mahkamah Utama Syariah tadi? Jawapannya, pendaftaran dan pengurusan kes-kes Mahkamah Utama Syariah akan diuruskan oleh para pegawai sedia ada di Ibu Pejabat Jabatan Kehakiman Syariah Selangor. Jadi kita tidak menjangkakan sebarang peningkatan pegawai dalam jawatan-jawatan tersebut. Seterusnya, ini soalan daripada Yang Berhormat Kota Damansara yang bertanya, apakah yang dimaksudkan dengan Sulh in the legal service? Jadi di sini, okay. Cadangan peruntukan tersebut membolehkan pelantikan daripada kalangan hakim atau pesara hakim mahkamah tertinggi sivil untuk dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Utama Syariah. Ini adalah untuk memanfaatkan kepakaran teknikal hakim kanan dalam mengendalikan kes-kes rayuan yang kompleks dan perkongsian dalam menghasilkan alasan penghakiman yang lebih kukuh, teliti dan berstruktur tinggi. Selanjutnya, bagaimana dengan imuniti dan kemudahan terhadap Hakim-Hakim Syarie? Pelindungan kepada Hakim Syarie telah dijelaskan dalam Fasal 62, manakala kemudahan kepada Hakim Syarie ditentukan oleh Jawatankuasa Pelantikan Hakim Syarie di bawah sub Fasal 9 (2) selaras dengan Fasal 64 yang menjelaskan bahawa Pihak Berkuasa Negeri boleh atas syor jawatankuasa menetapkan apa-apa kemudahan dan elaun yang sesuai kepada Hakim Syarie setara dengan pangkat dan kedudukannya. Seterusnya soalan yang bertanya berkenaan dengan..

Yang Berhormat EXCO, berkenaan dengan Sulh tadi. Kita maklum dengan perkataan Sulh tadi, ia memberi ruang kepada hakim-hakim yang telah bersara dan sebagainya seperti yang saya maklumkan dulu dalam Federal Constitution dia menyatakan jelas. Maksimum sesuatu hakim ini, dia mesti sampai hingga ke umur 66 tahun. Tapi kalau di sini, dia tidak ada maksimum. Maksudnya kalau umur 80 tahun pun dia boleh dipanggil menjadi hakim juga. Sebab dia tidak ada peraturan yang jelas yang ditetapkan di sini. Yang kedua ialah, macam saya sebut tadi dalam Fasal yang lama, dia ada sebut juga kalau andai kata bagaimana seseorang itu pernah berkhidmat atau praktis khususnya lawyer-lawyer syarie yang lebih daripada 10 tahun juga boleh dilantik menjadi hakim. Tapi walau bagaimanapun dalam Fasal yang baru ini yang itu telah dihilangkan. Maksudnya tidak disenyapkan atau tidak dinyatakan dalam ini. Jadi maksudnya adakah orang yang pernah berkhidmat selama 20 tahun atau 25 tahun sebagai lawyer syarie tidak mempunyai peluang untuk dilantik menjadi hakim syarie seperti mana dalam Fasal yang terlebih dahulu? Sebab saya tanya ini bagi pihak rakan-rakan

lawyer-lawyer syarie yang dulu mempunyai peluang sekarang ini mereka bertanyakan dan mendapat penjelasan daripada Sidang Dewan, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Kota Damansara. Saya kira itu soalan yang sedikit khusus. Saya mohon supaya dibekalkan secara bertulis. Sebab itu saya rasa sekarang ini cara kita melantik Hakim Syarie itu memang telah ada enakmen, peraturan-peraturan yang ada dan peraturan-peraturan itu akan diguna pakai juga di peringkat Mahkamah Syariah walaupun dengan adanya enakmen yang khusus ini. Tapi syarat-syarat itu saya bekalkan dan pastinya ialah kalau dia 85 tahun, belum hilang akal tapi ada pengalaman dalam perkara-perkara begitu mungkin masih boleh dipertimbangkan tapi kita kena juga rujuk kepada peraturan-peraturan yang berkuat kuasa di bawah JAKESS. Okay. Tadbir urus Mahkamah Utama Syarie, kelayakan Hakim Syarie yang perlu di anggotai oleh individu yang memang berkredibiliti dan syarat pelantikan adalah berdasarkan syarat 20 tahun, adakah masa itu mencukupi bagi hakim-hakim? Ialah, adakah kita mempunyai hakim-hakim yang cukup tempoh dan syarat yang tersebut? Jadi syarat pelantikan Hakim Mahkamah Utama Syariah yang diperuntukkan di bawah Seksyen 20, Enakmen Mahkamah Syariah iaitu yang pertama, DYMM Sultan boleh atas nasihat jawatankuasa melantik lebih daripada tujuh orang Hakim Syarie Mahkamah Utama Syariah yang memenuhi syarat berikut. Jadi pertama, pernah memegang jawatan Hakim Syarie di Mahkamah Rayuan Syariah di mana-mana negeri atau selama tempoh berterusan bagi tempoh 20 tahun sebelum pelantikannya. Dia juga telah berkhidmat dalam Perkhidmatan Pegawai Syariah dalam Perkhidmatan Awam Am Persekutuan atau Perkhidmatan Awam Negeri. Telah berkhidmat dalam perkhidmatan kehakiman dan perundangan di mana-mana negeri serta berpengetahuan dalam hukum syarak atau telah berkhidmat dalam bidang undang-undang syariah atau sivil serta berpengetahuan dalam hukum syarak. Pada masa ini, terdapat hakim dan pegawai kehakiman syariah di Selangor yang mempunyai perkhidmatan melebihi 20 tahun dan mempunyai kepakaran serta rekod perkhidmatan yang bersesuaian. Walau bagaimanapun, tempoh perkhidmatan semata-mata bukan satu-satunya ukuran kelayakan. Setiap calon perlu dinilai berdasarkan keseluruhan aspek termasuk pengalaman kehakiman, kompetensi, integriti, kepakaran undang-undang serta keupayaan menjalankan fungsi sebagai hakim di peringkat tertinggi. Walaupun begitu, jika calon telahpun menjadi Hakim Mahkamah Rayuan di mana-mana negeri, dia layak menjadi Ketua Hakim Syarie tanpa terikat kepada tempoh 20 tahun seperti dalam perenggan b. Dasar kelayakan ini juga adalah dasar yang telah disyorkan secara dasar dari peringkat kebangsaan melalui Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia yang menyelaras inisiatif pemerkasaan Mahkamah Syariah dengan penubuhan empat peringkat Mahkamah Syariah di seluruh negara.

Soalan seterusnya adalah, jika Ketua Hakim Syarie meletak jawatan dan bersara, adakah jawatankuasa boleh bersidang dengan pengerusi Mahkamah Rayuan Syariah sebagai pengerusi? Atau syor pelantikan itu mesti semasa Ketua Hakim Syarie

memegang jawatannya sebagai pengerusi? Jadi dalam keadaan sedemikian, Jawatankuasa Pelantikan Kehakiman Syariah akan dipengerusikan oleh Pengerusi Mahkamah Rayuan Syariah sebagai Pengerusi. Perkara ini bertepatan dengan peruntukan yang telah sedia ada ditetapkan di Fasal 10 (1) (B) RUU Enakmen Mahkamah Syariah Negeri Selangor 2026. Dan juga dalam Perkara 10 (1), Pengerusi Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah bertindak sebagai Pengerusi selama tempoh apabila Pengerusi kerana apa-apa sebab lain tidak berupaya melaksanakan fungsinya. Jadi ini adalah di antara soalan-soalan mengenai Hakim Syarie dan Ketua Hakim Syarie yang telah dibangkitkan.

Seterusnya, saya bakulkan pula soalan-soalan yang duduk di dalam kategori implikasi-implikasi kewangan. Jadi yang pertama adalah soalan yang di tanya oleh Yang Berhormat Lembah Jaya. Apakah implikasi kewangan sebenar bagi penubuhan Mahkamah Utama Syariah? Implikasi kewangan yang perlu ditanggung oleh Kerajaan Negeri melibatkan pembayaran elaun panel Hakim Mahkamah Utama Syariah. Bagi Mahkamah Utama Syariah, selama 5 orang panel hakim lantikan negeri dicadangkan untuk diberikan elaun sebanyak RM4,000 seorang sebulan yang melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM20,000 sebulan atau RM240,000 sahaja setahun. Sehubungan itu, jumlah keseluruhan implikasi kewangan yang perlu ditanggung oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi pelaksanaan Enakmen ini adalah hanya sebanyak RM240,000 setahun. Jawatan berstatus tetap seperti Ketua Hakim Syarie dan Pengerusi Mahkamah Rayuan Syariah termasuk jawatan tertentu dalam skim JUSA serta pegawai syariah yang berkaitan adalah ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan dan tidak melibatkan tanggungan kewangan tambahan kepada Kerajaan Negeri. Berita baiknya adalah pihak Perbendaharaan Negeri Selangor juga telah sedia maklum mengenai implikasi kewangan ini dan menyatakan bahawa tiada halangan dari sudut kewangan terhadap cadangan pewartaan RUU EMS ini dan memberikan ulasan secara bertulis pada 24 April 2026 bahawa cadangan ini wajar dilaksanakan secara berhemah dan berperingkat bagi memastikan keperluan penambahbaikan institusi kehakiman syariah dapat dicapai.

Seterusnya soalan kos juga, berapakah latihan dan kos latihan bagi para pegawai? Peruntukan bajet latihan pegawai sememangnya telah sedia ada dan diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri pada setiap tahun. Walau bagaimanapun, pengurusan bajet ini dilaksanakan secara berhemah dan fleksibel, di mana penyaluran peruntukan adalah tertakluk kepada keperluan penganjuran kursus atau latihan dari semasa ke semasa. Bagi mengoptimalkan penggunaan bajet negeri serta memastikan modul latihan memenuhi piawaian, JAKESS berkeupayaan untuk melaksanakan program latihan secara usaha sama bersama Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, ini selalu dibuat dalam dan luar negara secara bersama. Kerjasama strategik ini bukan sahaja menjimatkan kos penganjuran menerusi perkongsian sumber dan kepakaran, malah memastikan para pegawai serta Hakim Syarie menerima pendedahan latihan yang seragam, berkualiti tinggi dan berimpak maksimum tanpa membebankan kewangan negeri.

Soalan selanjutnya adalah daripada Paya Jaras, Lembah Jaya, Kota Damansara tentang bagaimanakah hendak dilaksanakan RUU EMS ini? Jadi soalan yang pertamanya adalah, apakah ketersediaan bangunan ataupun pejabat fizikal Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan? Dari sudut infrastruktur fizikal, pelaksanaan Mahkamah Utama Syariah tidak berdepan kekangan besar kerana bangunan Kompleks Mahkamah Syariah sedia ada bagi Mahkamah Tinggi dan Rayuan Syariah sudah sedia lengkap untuk digunakan, malah Mahkamah Rendah Syariah di peringkat daerah sememangnya telah dirancang sejak awal untuk kegunaan jangka masa panjang. Kapasiti ruang, bilik dewan sidang dan infrastruktur kaunter di peringkat daerah sememangnya dirancang untuk menampung peningkatan jumlah kes dan perubahan struktur hierarki mahkamah. Kesediaan fasiliti ini membolehkan pelaksanaan hierarki baru berlaku secara lancar tanpa bebanan pembinaan bangunan yang baru. Adakah pelaksanaan Mahkamah Utama Syariah akan dilaksanakan di premis sedia ada atau bangunan? Jadi jawapannya adalah Mahkamah Utama Syariah ini akan beroperasi di premis sedia ada di Ibu Pejabat Jabatan Kehakiman Syariah Selangor, Shah Alam. Apakah bentuk perkhidmatan yang ditawarkan di Mahkamah Utama Syariah? Bagi penubuhan, apakah bentuk skim perkhidmatan yang ditawarkan? Bagi penubuhan Mahkamah Utama Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah, skim perkhidmatan utama bagi graduan dan pegawai syariah di bawah struktur perkhidmatan awam adalah skim Pegawai Syariah atau Penolong Pegawai Syariah atau Pembantu Syariah yang menjalankan peranan sebagai hakim atau pendaftar atau pegawai penyelidik dan mana dan jawatan-jawatan melibatkan fungsi pentadbiran kehakiman di Mahkamah Syariah. Selain itu, Mahkamah Syariah turut disokong oleh skim pentadbiran dan perkhidmatan am bagi memastikan kelancaran pengurusan mahkamah seperti Pembantu Tadbir. Soalan selanjutnya, pelaksanaan dibuat secara berperingkat dan bila Mahkamah Utama Syariah ini dijangka beroperasi? Setelah Rang Undang-Undang Enakmen Mahkamah Syariah ini diluluskan, JAKESS akan menubuhkan satu jawatankuasa kecil yang melibatkan agensi-agensi berkaitan bagi memperincikan mekanisme pelaksanaan termasuk penubuhan Jawatankuasa Pelantikan Hakim Syarie seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 5 EMS. Untuk makluman, sebelum ini beberapa siri perbincangan awal telah diadakan bersama pihak-pihak berkepentingan dan perbincangan tersebut akan diteruskan bagi memastikan struktur, fungsi, keanggotaan, serta tata cara pelantikan dapat dirangka dengan teliti dan mengambil kira aspek tadbir urus yang baik. Setelah mendapat ketetapan cadangan Hakim Mahkamah Utama Syariah oleh Jawatankuasa Pelantikan Hakim Syarie, perkara tersebut akan dipersembahkan untuk mendapat perkenan DYMM Sultan Selangor. Pelaksanaan penubuhan jawatankuasa tersebut dan pengoperasian mekanisme pelantikan Hakim Syarie dijangka dapat dilaksanakan pada penghujung tahun 2026 tertakluk kepada proses dan perkenan DYMM Sultan Selangor.

Yang Berhormat Sungai Ramal bertanya mengenai sumber hukum utama EMS dan peguam dan Hakim Syarie yang bukan Ahli Sunnah Wal Jamaah ataupun

menggunakan Al-Quran, Sunnah, Ijma dan Qiyas sebagai asas utamanya. Enakmen ini tidak bertujuan untuk menghuraikan sumber-sumber hukum syarak secara khusus. Dalam melaksanakan fungsi kehakiman, Mahkamah Syariah tetap mengguna pakai hukum syarak sebagaimana yang ditakrifkan dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor Pindaan 2025. Takrifan tersebut memperuntukkan bahawa hukum syarak, ertinya agama Islam yang merangkumi aspek akidah dan tauhid syariah dan fiqah serta akhlak dan tasawuf. Bagi aspek syariah dan fiqah pula, pelaksanaannya ialah berdasarkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah, iaitu mengikut mazhab Imam Shafie, atau dalam keadaan tertentu mengikut mazhab Hanafi, Maliki, atau Hambali atau berdasarkan ijtihad hukum oleh Jawatankuasa Fatwa sebagaimana yang diperuntukkan dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003. Oleh yang demikian, walaupun Enakmen Mahkamah Syariah Negeri Selangor 2026 tidak menyenaraikan secara khusus Al-Quran, Sunnah, Ijma dan Qiyas sebagai sumber hukum, Mahkamah Syariah tetap memutuskan kes berasaskan hukum syarak yang telah ditakrifkan dan diiktiraf dalam kerangka perundangan Islam di negeri Selangor.

Soalan selanjutnya juga daripada Yang Berhormat Sungai Ramal, Jawatankuasa Mahkamah Syariah terdiri daripada peguam syarie tetapi tidak disebut perlu dari kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah? Pada masa ini, tiada peruntukan khusus dalam undang-undang yang menetapkan bahawa seorang peguam syarie mestilah terdiri daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai syarat kelayakan untuk diterima masuk sebagai peguam syarie. Walau bagaimanapun semasa majlis pentauliahan peguam syarie, setiap peguam syarie dikehendaki melafazkan ikrar yang antara lain menyatakan komitmen untuk berpegang kepada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagaimana yang menjadi pegangan rasmi di negeri Selangor.

Soalan selanjutnya berkaitan dengan kes-kes tertunggak, tapi yang ini saya tidak perlu sebut sebab tadi dah disebutkan tadi. Tapi ada soalan yang terkena di sini juga adalah soalan mengenai, apakah unjuran terhadap pertambahan jumlah kes di Mahkamah Syariah 5 tahun yang akan datang? Jadi berdasarkan kadar pertumbuhan kadar yang sedia ada, berikut adalah unjuran julat pendaftaran kes baharu mengikut peringkat mahkamah bagi tahun 2026 sehingga 2030. Di peringkat mahkamah rendah yang dah terbeban dengan 23,000 kes setahun tadi itu, peningkatan tahunan dijangkakan 3% hingga 4% yang dirasakan akan dipengaruhi oleh faktor pertambahan populasi dan ekonomi.

Di Mahkamah Tinggi Syariah pula peningkatan di antara julat 1% hingga 2% berdasarkan corak pertumbuhan yang perlahan pada setiap tahun tapi ada sedikit peningkatan kita jangkakan. Manakala di peringkat mahkamah rayuan syariah kita merasakan pendaftaran kes akan kekal stabil pada julat di antara 140 sehingga 180 kes setahun berdasarkan kepada tahun-tahun sebelum ini. Jadi unjuran ini memberikan gambaran bahawa mahkamah syariah Selangor bakal menerima

bebanan tugas yang bertambah khususnya di mahkamah rendah syariah. Sebab itulah saya sebut angka-angka statistik pada awal tadi.

Yang Berhormat Permatang, Kota Damansara juga ada memberikan beberapa cadangan penambahbaikan yang saya kira amat baik. Cadangan pertamanya memperkukuhkan fungsi bailif di mahkamah syariah termasuk juga SOP-SOP yang bakal digunakan oleh bailif tersebut. Jadi tatacara dan garis panduan berhubung dengan pelaksanaan atau penguatkuasaan perintah mahkamah syariah oleh bailif mahkamah syariah akan diwujudkan melalui undang-undang subsidiari yang berkaitan termasuk pentafsiran keadaan-keadaan kekerasan munasabah, yang ini banyak dibangkitkan kekerasan munasabah yang dibenarkan. Buat masa ini pengukuhan fungsi bailif telah wujud dalam Arahan Amalan Nombor 10 Tahun 2020 Manual Kerja Bailif yang telah di endorse kan oleh Ketua Hakim Syarie untuk diterima pakai oleh pihak JAKESS. Perkara ini diambil maklum oleh kerajaan negeri dan walaupun Rang Undang-Undang ini memberi tumpuan kepada pengukuhan kerangka perundangan dan institusi mahkamah syariah, kerajaan negeri juga turut komited untuk menambah baik segala aspek penyampaian yang akan memberikan kesan kepada rakyat. Okay soalan tadi juga saya ditanya mengenai ’apakah kekerasan munasabah yang dimaksudkan dan kebimbangan sekiranya pegawai-pegawai bailif menggunakan kekerasan munasabah di luar daripada kawalan?’ Tatacara berhubung dengan pelaksanaan atau penguatkuasaan perintah mahkamah syariah oleh bailif mahkamah syariah akan diwujudkan melalui undang-undang subsidiari yang berkaitan termasuk keadaan-keadaan kekerasan munasabah yang dibenarkan. Jadi yang itu lebih pada garis panduan dan juga peraturan-peraturan yang boleh kita wujudkan selepas kita wujudkan Enakmen Mahkamah Syariah ini.

Yang Berhormat Meru bertanya mengenai soalan KPI penyelesaian kes. Saya kira itu ada dan itu khusus kepada kes-kes yang ada dan tak perlu saya sebutkan secara khusus. Cuma kebiasaannya sekiranya dokumen rayuan lengkap di peringkat rekod rayuan, kes itu akan diselesaikan dalam tempoh kurang daripada 6 bulan selepas dipanjangkan ke hadapan panel rayuan. Jadi dia tertakluk kepada jenis-jenis kes tapi itulah asas yang ada dan pencapaian kita setakat ini Alhamdulillah pada tahap yang sangat boleh kita banggakan. Soalan daripada Yang Berhormat Meru juga mengenai perkahwinan. Pertama soal nafkah tertunggak yang mencadangkan agar suami yang gagal membayar nafkah diambil tindakan undang-undang. Suami aje yang kena ya Yang Berhormat. Kalau isteri, tak kot. Jadi undang-undang sedia ada telah pun menyediakan peruntukan dan tindakan tegas yang boleh dikenakan ke atas pihak suami yang mengingkari perintah termasuk tindakan sitaan, tahanan pendapatan atau hukuman penjara bagi penghutang penghakiman. Walau bagaimanapun, masyarakat perlu memahami bahawa fungsi teras mahkamah terhenti sebaik saja sesuatu perintah mahkamah dikeluarkan. Mahkamah tidak mempunyai kapasiti atau bidang kuasa pentadbiran untuk bertindak sebagai agensi pemungut hutang harian yang memantau transaksi akaun bank setiap bulan. Bagi membolehkan tindakan undang-undang dipertimbangkan, pihak yang menuntut, pemegang perintah perlu mengambil

langkah proaktif dengan memfailkan permohonan penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah ataupun execution of proceeding di mahkamah. Tanpa permohonan dan maklumat rasmi daripada pihak yang menuntut, mahkamah tidak boleh bertindak secara semberono kerana mahkamah terikat dengan prinsip berkecuali dalam prosiding sivil dan syariah. Sekiranya pihak yang menuntut memilih untuk modus penguatkuasaan yang tepat dan realistik mengikut kedudukan kewangan serta aset sebenar penanggung nafkah barulah perintah tersebut dapat dikuatkuasakan secara berkesan. Oleh itu kecekapan mahkamah mempercepatkan prosiding yang diiringi dengan pilihan tindakan yang betul daripada pihak menuntut merupakan formula sebenar kepada penyelesaian isu nafkah yang tertunggak.

Ditanya juga di situ bagaimana pula dengan kes warga asing? Kalau suami tu warga asing. Sekiranya seorang defendan yang dalam kes ini adalah seorang warga asing gagal hadir ke mahkamah selepas saman atau notis disampaikan secara sempurna mengikut kehendak undang-undang, maka mahkamah mempunyai kuasa di bawah Seksyen 121(1)(b) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah untuk meneruskan pendengaran dan memutuskan permohonan. Dalam kes ini wanita tersebutlah tanpa kehadiran defendan dan peruntukan ini diwujudkan bagi memastikan pihak yang menuntut tidak dinafikan haknya semata-mata kerana pihak yang satu lagi tu enggan hadir dan tidak dapat dikesan setelah segala usaha penyampaian diperuntukkan oleh undang-undang yang telah dipatuhi.

Manakala dalam kes nafkah anak sebagai contoh sekiranya kalau defendan itu adalah suaminya warga asing telah meninggalkan Malaysia, penguatkuasaan perintah masih boleh dimohon sekiranya defendan mempunyai gaji, simpanan atau deposit atau apa-apa wang yang dipegang oleh pihak ketiga di Malaysia. Mahkamah boleh mempertimbangkan penggunaan mekanisme hiwalah ataupun garnishment di bawah Seksyen 161 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah Negeri Selangor 2003 sebagai kaedah yang boleh digunakan mengikut fakta dan keadaan dalam kesemua kes. Itu yang telah dibangkitkan dan kita bangkitkan bersama-sama semalam. Pagi ini pula ada soalan dan cadangan daripada Yang Berhormat Sungai Panjang yang saya hargai. Yang ini saya biarlah pakar-pakar bahasa kita di MAIS dan di JAKESS untuk melihat keseluruhannya cadangan-cadangan yang dicadangkan tersebut.

Yang boleh saya nak sentuh di sini adalah satu isu mengenai tugas Nazir yang tadi dicadangkan sekiranya Nazir-Nazir itu boleh dilantik untuk menguatkuasakan amal makruf dan nahi mungkar. Ada di depan saya Peraturan-peraturan Masjid dan Surau Negeri Selangor 2017 yang telah menyebut di sini bahawa di antara fungsi Jawatankuasa Kariah (Jawatankuasa Kariah ni ada timbalan nazir, setiausaha, bendahari, penolong bendahari, anggota dan sebagainya). Dalam Perkara 18(1)(q) di antara tanggungjawabnya adalah berusaha dalam mencegah atau menghalang mana-mana orang perseorangan atau kumpulan orang dalam kariah masjidnya daripada melanggar hukum syarak dan mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa. Jadi saya rasa kalau untuk orang Islam buatlah amal makruf dan nahi

mungkar tu kalau untuk nak membuat aduan kepada yang bukan Islam saya rasa dengan kaedah wasiat dan sebagainya boleh saja hantar kepada penguat kuasa yang ada.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Mohon mencelah. Sungai Panjang.

Silakan.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Berkenaan dengan kad kuasa kepada Nazir dan juga Imam. Sungai Panjang mohon pencerahan lebih lagi daripada Yang Berhormat EXCO. Pertama, berapa AJK yang dibenarkan untuk kad kuasa tersebut? Nazir, Imam. Nazir seorang sahaja imam ni dia ada Imam Kariah, ada Imam Lantikan, apakah Imam Lantikan juga terlibat, Imam Rawatib juga terlibat, begitu juga AJK-AJK lantikan daripada MAIS. Pertama.

Yang kedua, kita maklum bahawa kad kuasa yang diserahkan kepada mereka ini adalah untuk sekadar membantu. Adakah juga kad kuasa itu boleh melakukan serbuan ataupun tangkapan? Ini kerana di kawasan-kawasan kampung terlalu banyak homestay ada yang berdaftar dan tidak berdaftar dan lebih-lebih lagi sekarang homestay boleh berdaftar ataupun check-in untuk beberapa jam. Bukan sebelum ini mereka check-in satu hari tapi kita agak musykil kerana check-in homestay beberapa jam sahaja. Terima kasih.

Baik. Yang tadi tu. Baik, soalannya kalau disebut keanggotaan Jawatankuasa Kariah yang saya rujuk dalam ini dalam ini ada lebih kurang tidak lebih daripada 9 orang anggota lain tapi pastinya jika hendak melakukan tindakan penguatkuasaan yang sebegitu, kalau ada penurunan kuasa daripada JAIS maka kena adalah kad-kad kuasa yang bersesuaian. Kalau nak masuk hotel yang satu malam ke beberapa jam ke pastinya itu harus dilakukan berdasarkan had-had kuasa yang telah ditetapkan oleh pihak JAIS. Tapi kalau untuk melarang mana-mana pihak tu ataupun dia kata mencegah atau menghalang. Tu tidak mengapa. Tidak perlu kad-kad kuasa seperti yang saya sebut tadi.

Baik, saya nak terus saja kepada daripada Sungai Burong. Ada dua bahagian. Yang pertama adalah soal mengenai Fasal 4 Sungai Burong ya. Fasal 4 yang dikatakan bahawa ini boleh mengganggu bidang-bidang kuasa mahkamah sivil. Ok. Jadi kalau dibaca Fasal 4(2) mahkamah syariah hendaklah mempunyai kuasa eksklusif untuk membuat tafsiran tentang undang-undang Islam yang berada di bawah bidang kuasanya. Yang ini harus dibaca juga dengan Perlembagaan Persekutuan - Perkara 121(1a) yang memberikan kuasa yang jelas kepada Mahkamah Tinggi Persekutuan dan juga Mahkamah Syariah di negeri bahawa tidak boleh diganggu kuasa-kuasa mutlak yang ada di bawah bidang kuasa negeri. Namun jadi kita perkenalkan fasal ini sebenarnya adalah untuk kita di peringkat negeri mengiakan pemberian kuasa

tersebut. Pastinya tidak ada dalam enakmen yang kita wujudkan ini bidang-bidang kuasa di mana kita boleh mengganggu akta-akta ataupun bidang-bidang perundangan yang ada di peringkat persekutuan. Yang itu jelas. Sebab ini kita hanya tumpu kepada bidang-bidang kuasa yang telah diberikan oleh kerajaan persekutuan dalam Jadual Kesembilan Senarai II - Senarai-senarai Khas Negeri. Itu saja bidang dan ruang yang akan kita kuatkuasakan di bawah enakmen ini. Saya rasa soalan-soalan yang lain berkenaan dengan bagaimana hakim-hakim digantung, kod etika hakim-hakim dan bagaimana MAIS boleh atau tidak duduk dalam Jawatankuasa Pelaksanaan Hakim Syarie ini lebih kepada garis-garis panduan dan peraturan yang saya rasa sedia ada (kaedah-kaedah yang dah sedia ada) dan sekiranya kalau perlu ditambah baik kita boleh lihat semula. Tapi untuk tujuan hari ini kita nak luluskan Enakmen Mahkamah Syariah itu saja.

Jadi Tuan Speaker, akhir sekali Kerajaan Negeri sekali lagi untuk akhirnya ingin menegaskan bahawa Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah Negeri Selangor 2026 merupakan satu pembaharuan institusi yang penting dalam usaha memperkukuhkan sistem kehakiman syariah di Negeri Selangor. Rang Undang-Undang ini tidak mengubah asas bidang kuasa Mahkamah Syariah yang pertama. Kedua, tidak mewujudkan kuasa baru yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan seperti saya sebut tadi dan tidak menjejaskan kedudukan institusi Agama Islam yang sedia ada. Sebaliknya ia memperkemaskan struktur perundangan, memperkukuhkan tadbir urus institusi kehakiman syariah serta menyediakan asas yang lebih kukuh bagi memastikan penyampaian keadilan syariah terus dilaksanakan secara bebas, profesional, berintegriti dan diyakini oleh rakyat.

Dengan penjelasan tersebut, saya sekali lagi ingin merakamkan penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat atas pandangan telah dikemukakan dan memohon supaya Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah Negeri Selangor 2026 ini dapat diluluskan dalam Dewan yang mulia ini. Besarlah harapan agar penubuhan Enakmen Mahkamah Syariah 2026 ini melahirkan tadbir urus mahkamah yang berintegriti, berwibawa dan meyakinkan rakyat sebagaimana firman Allah S.W.T. dalam Surah Ma’idah, Ayat 8 (membacakan ayat tersebut) yang bermaksud,

‘Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil kepada sesiapa jua kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa-apa yang kamu lakukan’.

Bangun pagi pergi ke pekan, Pekan besar berdekatan kota, Mahkamah syariah kita perkasakan, Demi syiar Islam di negeri kita.

Sekian, penggulungan saya. Wabilahitaufik wal hidayah. Assalamualaikum Warahmatullhi Wabarakatuh, terima kasih.

Timbalan Speaker

Waalaikumsalam. Terima kasih Yang Berhormat EXCO Agama Islam. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, cadangan di hadapan Dewan ialah bahawa Rang Undang-Undang ini hendaklah dibacakan kali yang kedua sekarang.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ’Ya’. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata ‘Tidak’. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Bacaan kali yang kedua Rang Undang-Undang ini bernama suatu enakmen bagi mengadakan peruntukan mengenai pentadbiran kehakiman syariah dan perkara-perkara berkaitan dengannya.

Timbalan Speaker

Pencadang?

Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan supaya Dewan ini bersidang sebagai Jawatankuasa untuk menimbangkan Rang Undang-Undang ini fasal demi fasal.

Puan Anfaal binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Tuan Speaker, saya menyokong.

Timbalan Speaker

Dewan bersidang sebagai jawatankuasa. Bentara? Setiausaha?

Setiausaha Dewan

Fasal 1.

Speaker

Fasal 1 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang, Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya.

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Ya.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, yang tidak setuju sila kata Tidak. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal 2.

Speaker

Fasal 2 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang, Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya.

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Ya

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal 3.

Speaker

Fasal 3 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA,

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Ya

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal 4.

Speaker

Fasal 4 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA,

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Ya

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal 5.

Speaker

Fasal 5 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA,

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Ya

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal 6.

Speaker

Fasal 6 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA,

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Ya

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal 7.

Speaker

Fasal 7 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang, Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA,

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Ya

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal 8.

Speaker

Fasal 8 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA,

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Ya

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal 9.

Speaker

Fasal 9 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya.

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Ya.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal 10.

Speaker

Fasal 10 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya.

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Ya.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal 11.

Speaker

Fasal 11 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya.

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Ya.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal 12.

Speaker

Fasal 12 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya.

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Ya.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal 13.

Speaker

Fasal 13 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya.

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Ya.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal 14.

Speaker

Fasal 14 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang, Ahli-ahli Yang Berhormat Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya.

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Ya.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal 15.

Speaker

Fasal 15 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya.

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Ya.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal 16.

Speaker

Fasal 16 menjadi sebahagian daripada Rang Rang Undang-Undang, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya.

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Ya.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal 17.

Speaker

Fasal 17 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya.

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Ya.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal 18.

Speaker

Fasal 18 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya.

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Ya.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal 19.

Speaker

Fasal 19 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya.

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Ya.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal 20.

Speaker

Fasal 20 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya.

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Ya

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal 21.

Speaker

Fasal 21 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya.

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Ya.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal 22.

Speaker

Fasal 22 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya.

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Ya

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal 23.

Speaker

Fasal 23 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya.

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Ya.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal 24.

Speaker

Fasal 24 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya.

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Ya

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal 25.

Speaker

Fasal 25 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya.

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Ya

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal 26.

Speaker

Fasal 26 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya.

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Ya

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal 27.

Speaker

Fasal 27 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya.

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Ya.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal 28.

Speaker

Fasal 28 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya.

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Ya

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal 29.

Speaker

Fasal 29 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya.

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Ya.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal 30.

Speaker

Fasal 30 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila Ya.

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Ya.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal 31.

Speaker

Fasal 31 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya.

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Ya.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal 32.

Speaker

Fasal 32 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya.

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Ya.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal 33.

Speaker

Fasal 33 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya.

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Ya.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal 34.

Speaker

Fasal 34 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya.

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Ya.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal 35.

Speaker

Fasal 35 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya.

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Ya.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal 36.

Speaker

Fasal 36 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA,

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Ya

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal 37.

Speaker

Fasal 37 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya.

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Ya.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal 38.

Speaker

Fasal 38 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang, Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya.

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Ya.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal 39.

Speaker

Fasal 39 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya.

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Ya.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal 40.

Speaker

Fasal 40 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya.

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Ya.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal 41.

Speaker

Fasal 41 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya.

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Ya.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal 42.

Speaker

Fasal 42 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya.

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Ya.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal 43.

Speaker

Fasal 43 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya.

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Ya

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal 44.

Speaker

Fasal 44 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya.

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Ya.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal 45.

Speaker

Fasal 45 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya.

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Ya.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal 46.

Speaker

Fasal 46 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya.

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Ya.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal 47.

Speaker

Fasal 47 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya.

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Ya.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal 48.

Speaker

Fasal 48 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya.

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Ya.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal 49.

Speaker

Fasal 49 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA,

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Ya.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal 50.

Speaker

Fasal 50 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya.

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Ya.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal 51.

Speaker

Fasal 51 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya.

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Ya.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal 52.

Speaker

Fasal 52 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya.

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Ya.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal 53.

Speaker

Fasal 53 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya.

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Ya.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal 54.

Speaker

Fasal 54 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya.

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Ya.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal 55.

Speaker

Fasal 55 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya.

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Ya.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal 56.

Speaker

Fasal 56 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya.

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Ya.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal 57.

Speaker

Fasal 57 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya.

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Ya.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal 58.

Speaker

Fasal 58 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA,

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Ya.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal 59.

Speaker

Fasal 59 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya.

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Ya.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal 60.

Speaker

Fasal 60 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya.

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Ya.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal 61.

Speaker

Fasal 61 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya.

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Ya.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal 62.

Speaker

Fasal 62 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA,

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Ya.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal 63.

Speaker

Fasal 63 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya.

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Ya.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal 64.

Speaker

Fasal 64 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA,

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Ya.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal 65.

Speaker

Fasal 65 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya.

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Ya.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal 66.

Speaker

Fasal 66 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya.

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Ya.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Dipersetujui.

Tuan Pengerusi saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini seperti yang telah diperbincangkan dan dipersetujui dimaklumkan kepada Dewan sekarang.

Puan Anfaal binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Tuan Pengerusi saya menyokong.

Speaker

Bentara tolong angkat, sidang bersidang semula. Ahli-ahli Yang Berhormat masa telah menunjukkan jam 1:00 tengah hari dengan ini saya menangguhkan sesi perbahasan sehingga jam 2:30 petang nanti. Dewan ditangguhkan.

(Dewan ditangguhkan pada jam 1.00 tengah hari)

(DEWAN DISAMBUNG SEMULA)

(TUAN TIMBALAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN)

Timbalan Speaker

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam sejahtera, selamat petang kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat. Dewan mengalu-alukan lawatan rombongan dari DUN Subang Jaya. Lawatan ini diketuai oleh Penggerak Belia Selangor DUN Subang Jaya serta diaturkan oleh Yang Berhormat Ahli Dewan Negeri Subang Jaya. Selamat datang ke Dewan Negeri Selangor.

Ahli-ahli Yang Berhormat, kita sambung semula sidang kita pada petang ini dengan bacaan kali ketiga untuk Rang Undang-Undang yang di bentang, Rang Undang-Undang Enakmen Mahkamah Syariah. Dipersilakan Yang Berhormat EXCO, Agama Islam.

Tuan Speaker, saya mohon memaklumkan Dewan ini bahawa Rang Undang-Undang ini telah dipertimbangkan dalam jawatankuasa dan telah dipersetujui. Oleh itu, saya mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

Puan Anfaal binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Tuan Speaker, saya menyokong.

Timbalan Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, cadangan di hadapan Dewan ini ialah Rang Andang-andang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan ini, sila kata ya.

AHLI DEWAN : Ya.

Timbalan Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata tidak. Dipersetujui.

Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor Pindaan 2026Bill

Setiausaha Dewan

Bacaan kali ketiga, Rang Undang-Undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Mahkamah Syariah Negeri Selangor 2026. Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya, Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor Pindaan 2026. Rang Undang-Undang ini bernama suatu Enakmen untuk meminda Enakmen pentadbiran agama Islam Negeri Selangor 2003.

Timbalan Speaker

Pencadang.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, salam sejahtera. Yang berhormat Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang bernama Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor Pindaan 2026 ataupun RUU EPAINS dibacakan kali yang kedua. Yang berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-Undang ini dikemukakan bagi memperkukuhkan kerangka perundangan pentadbiran agama Islam di Negeri Selangor agar sentiasa selaras dengan perkembangan semasa, keperluan pentadbiran serta perubahan landskap perundangan syariah. Cadangan pindaan ini bukanlah bertujuan mengubah Dasar Pentadbiran Agama Islam di Negeri Selangor. Sebaliknya memperkemaskan dan memperkukuhkan peruntukan yang sedia ada supaya lebih jelas, teratur dan berkesan.

Cadangan pindaan ini merangkumi beberapa perkara utama. Di antaranya, pertama menjelaskan kuasa Majlis Agama Islam Selangor dalam menyediakan perkhidmatan bantuan guaman syarie dan perantaraan kepada masyarakat Islam di Negeri Selangor. Kedua, menyusun semula struktur perundangan berkaitan Mahkamah Syariah melalui pemansuhan Bahagian 4 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003 dan pengasingan peruntukan berkaitan Mahkamah Syariah dalam Enakmen Mahkamah Syariah Negeri Selangor 2026 sebagai suatu enakmen yang khusus. Ketiga, menambah baik beberapa peruntukan berkaitan tata cara pembuatan fatwa supaya selaras dengan amalan pentadbiran semasa di peringkat kebangsaan. Dan yang terakhir adalah untuk memperuntukkan secara khusus kuasa MAIS untuk bertindak sebagai pempetisyen atau pemohon dalam prosiding pembahagian harta pusaka orang Islam selaras dengan Akta Harta Pusaka Kecil Pembahagian Pindaan 2022.

Untuk makluman Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, perkhidmatan bantuan guaman syarie di Negeri Selangor sebenarnya telah bermula sejak tahun 2001 melalui penubuhan Unit Guaman Syarie di bawah Jabatan Agama Islam Selangor bagi membantu masyarakat Islam yang memerlukan khususnya dalam kes-kes kekeluargaan di Mahkamah Syariah. Pada tahun 2012, fungsi tersebut telah dipindahkan ke Majlis Agama Islam Selangor dan kini dikendalikan oleh Sektor Undang-undang MAIS tanpa menjejaskan objektif asalnya untuk memberikan bantuan guaman syarie secara percuma kepada golongan yang layak. Walau bagaimanapun, pelaksanaan perkhidmatan tersebut pada masa ini hanya bersandarkan kepada kuasa umum MAIS di bawah perenggan 7(2)(H) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003.

Tatacara pelaksanaannya masih bergantung kepada prosedur pentadbiran dalaman dan belum disokong oleh suatu kerangka perundangan yang khusus sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta Bantuan Guaman 1971, Akta 26.

Dalam masa yang sama, pegawai-pegawai MAIS juga telah sekian lama menjalankan prosiding di Mahkamah Syariah bagi pihak MAIS berdasarkan Seksyen 80 Enakmen

Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003. Namun demikian, kuasa tersebut pada masa ini hanya dilaksanakan melalui penentuan. Hanya dilaksanakan melalui penentuan secara pentadbiran tanpa adanya peruntukan undang-undang yang memperincikan tatacara pelantikan, skop kuasa serta pelindungan liabiliti pegawai yang melaksanakan fungsi berkenaan. Hasil semakan dalaman, penemuan audit serta siri bengkel dan sesi libat urus yang diadakan bersama pelbagai pihak berkepentingan, telah mengenal pasti bahawa terdapat keperluan untuk memperkukuhkan asas perundangan berkaitan pelaksanaan Bantuan Guaman Syarie dan perantaraan oleh MAIS. Keperluan ini termasuklah mewujudkan kuasa yang jelas bagi penggubalan peraturan-peraturan yang dapat menyeragamkan tatacara pelaksanaan perkhidmatan tersebut.

Selain itu, pindaan ini turut mengambil kira perkembangan struktur Kehakiman Syariah di Negeri Selangor, susulan cadangan penggubalan Enakmen Mahkamah Syariah Negeri Selangor 2026. Sehubungan itu dan beberapa peruntukan berkaitan Mahkamah Syariah yang kini terdapat dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003 dicadangkan untuk dimansuhkan supaya segala perkara berkaitan penubuhan, struktur, bidang kuasa dan pentadbiran Mahkamah Syariah diperuntukkan secara khusus dalam suatu enakmen yang berasingan. Pendekatan ini adalah selaras dengan prinsip pengasingan fungsi pentadbiran dan fungsi kehakiman. Berdasarkan penyusunan semula ini, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003 akan terus berfungsi sebagai undang-undang induk yang mengawal selia pentadbiran agama Islam. Manakala Mahkamah Syariah akan mempunyai kerangka perundangan tersendiri sebagai sebuah institusi kehakiman yang bebas.

Di samping itu, Rang Undang-Undang ini turut mencadangkan beberapa penambahbaikan terhadap tata cara pembuatan fatwa supaya lebih selaras dengan amalan semasa khususnya daripada aspek penyelarasan dengan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam Malaysia bagi isu-isu hukum syarak yang mempunyai implikasi di peringkat kebangsaan. Cadangan pindaan ini juga mengambil kira pindaan kepada Akta Harta Pusaka Kecil Pembahagian 1995 melalui Akta Harta Pusaka Kecil Pembahagian Pindaan 2022 yang memperuntukkan kuasa kepada Majlis Agama Islam Negeri untuk bertindak sebagai pempetisyen atau pemohon dalam prosiding pembahagian harta pusaka orang Islam. Justeru, pindaan ini bertujuan menyelaraskan fungsi tersebut dengan memperuntukkan kuasa yang jelas kepada MAIS di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003.

Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebelum saya menguraikan kandungan Rang Undang-Undang ini dengan lebih lanjut, izinkan saya menjelaskan terlebih dahulu proses sesi libat urus yang telah dilaksanakan bagi tujuan penyediaan cadangan Rang Undang-Undang ini. Cadangan pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor Pindaan 2026 ini bukanlah disediakan

dalam tempoh yang singkat ataupun hanya bagi memenuhi keperluan semasa. Sebaliknya, ia merupakan hasil penelitian yang dilaksanakan secara berperingkat melalui semakan terhadap pelaksanaan enakmen sedia ada, dapatan audit, perkembangan perundangan semasa serta siri bengkel teknikal dan sesi libat urus bersama pelbagai kementerian, jabatan dan agensi yang berkepentingan bagi memastikan setiap cadangan pindaan mempunyai justifikasi dasar dan asas-asas perundangan yang kukuh. Sepanjang proses penyediaan Rang Undang-Undang ini, pihak MAIS telah mengadakan pelbagai sesi perbincangan dan libat urus bersama pihak-pihak yang berkepentingan dan terlibat secara langsung bagi memastikan cadangan pindaan mengambil kira keperluan sebenar pihak pelaksana serta tetap tidak menimbulkan pertindihan fungsi atau konflik bidang kuasa.

Agensi yang terlibat dalam sesi libat urus cadangan pindaan RUU EPAINS ini ialah antaranya Jabatan Agama Islam Selangor, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Kamar Penasihat Undang-undang Negeri Selangor. Keseluruhan cadangan pindaan ini kemudiannya telah diperhalusi dan dimuktamadkan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Undang-undang MAIS sebelum dibentangkan dan diluluskan oleh Mesyuarat MAIS. Cadangan Pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003 berhubung dengan kuasa MAIS dalam menyediakan perkhidmatan khususnya perkhidmatan bantuan guaman dan perantaraan telah disemak dan dimuktamadkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Undang-undang MAIS Bilangan 3/2024 yang bersidang pada 14 November 2024 dan selanjutnya diluluskan dalam Mesyuarat MAIS Bilangan 1/2025 yang bersidang pada 21 Januari 2025.

Manakala cadangan Pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003 berhubung dengan Pemansuhan Bahagian 4, Fatwa dan Kuasa MAIS sebagai pemohon dan pempetisyen bagi tujuan pembahagian harta pusaka orang Islam di bawah Akta Harta Pusaka Kecil Pembahagian Pindaan 2022 telah disemak dan dimuktamadkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Undang-undang MAIS Bilangan 3/2025 yang bersidang pada 18 Disember 2025 serta seterusnya diluluskan dalam Mesyuarat MAIS Bilangan 1/2026 yang bersidang pada 20 Januari 2026 dan diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada 19 Mac 2026 untuk diwartakan sebagai Rang Undang-Undang sebelum dibentangkan dalam Dewan Negeri. Justeru, Rang Undang-Undang yang dibentangkan pada hari ini adalah hasil daripada suatu proses penelitian yang komprehensif yang turut melibatkan pelbagai pihak berkepentingan. Pendekatan ini memastikan setiap pindaan yang dicadangkan bukan sahaja mempunyai asas perundangan yang kukuh malah mampu dilaksanakan secara berkesan demi memperkukuhkan tadbir urus hal ehwal Islam di Negeri Selangor.

Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Kerajaan Negeri berpandangan bahawa sebarang pindaan kepada sesuatu enakmen adalah dibuat berdasarkan keperluan yang nyata dan bukanlah semata-mata bagi tujuan

menambah atau meminda peruntukan sedia ada. Justeru setiap cadangan pindaan dalam Rang Undang-Undang ini adalah berasaskan penelitian terhadap isu pelaksanaan perkembangan perundangan dan keperluan untuk memperkukuhkan sistem pentadbiran agama Islam di Negeri Selangor. Sehubungan dengan itu, terdapat empat pertimbangan utama yang diberikan bagi tujuan cadangan Rang Undang-Undang ini. Tujuan pertama kepada cadangan pindaan enakmen pentadbiran agama Islam Negeri Selangor 2003 adalah untuk memperkukuhkan punca kuasa statutory MAIS dalam melaksanakan perkhidmatan bantuan guaman syarie dan perantaraan yang telah lama diberikan kepada masyarakat Islam di Negeri Selangor. Walaupun perkhidmatan tersebut telah dilaksanakan secara berterusan dan memberi manfaat yang besar kepada masyarakat, pelaksanaannya pada masa ini masih bergantung kepada kuasa umum MAIS di bawah Perenggan 7(2)(H) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003 tanpa suatu peruntukan yang memperuntukkan secara khusus fungsi tersebut.

Pada pandangan Kerajaan Negeri, sesuatu fungsi yang telah berkembang menjadi perkhidmatan utama kepada masyarakat tidak seharusnya bergantung kepada tafsiran kuasa yang umum semata-mata. Sebaliknya, fungsi tersebut perlu disokong oleh punca kuasa yang jelas di sisi undang-undang bagi memberikan kepastian undang-undang, memperkukuhkan tadbir urus serta mengelakkan sebarang pertikaian terhadap kesahan tindakan MAIS pada masa hadapan. Sehubungan dengan itu, Rang Undang-Undang ini mencadangkan supaya kuasa MAIS untuk menyediakan bantuan guaman syarie dan perkhidmatan perantaraan diperuntukkan secara jelas dalam enakmen pentadbiran agama Islam Negeri Selangor 2003. Pindaan-pindaan ini juga akan menjadi asas kepada penggubalan peraturan-peraturan bantuan guaman MAIS yang akan memperincikan tatacara pelaksanaan bantuan guaman, pelantikan pegawai majlis bertauliah dan panel peguam serta pelaksanaan perkhidmatan perantaraan secara lebih sistematik dan teratur.

Kerajaan Negeri berpandangan bahawa akses kepada keadilan merupakan salah satu prinsip asas dalam pentadbiran Islam. Hak seseorang bukan saja perlu diiktiraf oleh undang-undang, malah hendaklah dapat ditegakkan melalui satu sistem yang mudah diakses, berkesan dan mampu dinikmati oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang ekonomi. Atas dasar tersebut, cadangan pindahan ini merupakan manifestasi komitmen Kerajaan Negeri untuk memastikan masyarakat Islam di negeri Selangor tidak terhalang daripada mendapatkan pembelaan undang-undang hanya kerana kekangan kewangan, kekurangan pengetahuan mengenai prosedur mahkamah syariah atau kesukaran mendapatkan khidmat guaman. Pada masa ini, MAIS menyediakan bantuan guaman kepada individu yang layak dalam kes-kes mal syariah di Mahkamah Syariah termasuk kategori umum, mualaf, serta pelaksanaan dan penguasaan perintah nafkah anak. MAIS turut menyediakan konsultasi perundangan secara percuma melalui platform khidmat konsultasi bersemuka kepada masyarakat Islam di Negeri Selangor. Walau bagaimanapun,

pelaksanaan perkhidmatan tersebut masih bergantung kepada kuasa umum di bawah Enakmen sedia ada.

Oleh itu, pindaan ini amat penting bagi memberikan punca kuasa statutory yang jelas supaya perkhidmatan tersebut dapat diperkasakan, diperluaskan, dan ditadbir secara lebih sistematik melalui peraturan-peraturan yang khusus. Impak positif pindaan ini amat besar kepada masyarakat Islam di Negeri Selangor di mana ia akan memperluaskan akses kepada keadilan, access to justice dengan izin, khususnya kepada golongan B40, asnaf, ibu tunggal, warga emas, orang-orang kurang upaya, mualaf, serta mereka yang berpendapatan di bawah RM3,000 atau tidak berkemampuan mendapatkan khidmat peguam syarie secara persendirian. Pindaan ini juga akan mengukuhkan pentadbiran keadilan terhadap institusi kekeluargaan Islam melalui bantuan guaman yang lebih mudah diperolehi dalam pertikaian berkaitan perceraian, nafkah isteri dan anak, mutaah, hadanah, hak penjagaan anak, harta sepencarian, penguatkuasaan perintah Mahkamah Syariah dan tuntutan lain di bawah Undang-undang Keluarga Islam.

Ketiga, pindaan ini membolehkan MAIS memperluaskan bantuan guaman kepada urusan muamalat dan pentadbiran harta orang Islam yang semakin kompleks pada masa kini termasuk berkaitan faraid, wasiat, hibah, amanah wakaf, pentadbiran harta pusaka dan perkara-perkara lain yang melibatkan kepentingan umat Islam. Pendekatan ini akan meningkatkan kefahaman masyarakat mengelilingi hak mereka di sisi Undang-undang serta mengurangkan risiko pertikaian keluarga yang boleh berlanjutan sehingga menjejaskan hubungan silaturahim. Melalui pindaan ini, MAIS akan dapat memainkan peranan yang lebih aktif sebagai institusi yang membantu masyarakat mendapatkan penyelesaian awal terhadap pertikaian melalui khidmat nasihat dan pengantaraan sebelum konflik menjadi lebih serius.

Berdasarkan rekod, MAIS telah menerima 167 permohonan bantuan guaman syariah pada tahun 2024 dan 183 permohonan pada tahun 2025. Daripada jumlah tersebut, 108 kes telah berjaya diselesaikan pada tahun 2024, manakala 88 kes telah diselesaikan pada tahun 2025. Pada tahun 2024, seramai 294 pelanggan telah menerima manfaat khidmat nasihat guaman melalui program K-Guam yang dikendalikan oleh Panel Peguam MAIS. Pada tahun 2025 pula, seramai 219 pelanggan telah menerima manfaat daripada program yang sama. Bilangan pelanggan yang menerima khidmat nasihat guaman secara bersemuka adalah seramai 979 orang pada tahun 2024 dan meningkat kepada 1,104 orang pada tahun 2025. Sehubungan itu, pemberian kuasa statutory yang lebih jelas kepada MAIS melalui pindaan ini merupakan satu langkah dasar yang strategik bagi memastikan lebih ramai masyarakat Islam di negeri Selangor memperolehi akses kepada keadilan sekali gus memperkukuhkan perlindungan hak-hak mereka menurut hukum syarak.

Kerajaan Negeri percaya bahawa keadilan yang sebenar bukan hanya terletak pada kewujudan undang-undang yang baik tetapi juga pada kemampuan rakyat untuk

mengakses dan menggunakan undang-undang tersebut secara adil. Oleh itu, pindaan ini mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri untuk memperkukuhkan takbir urus hal ehwal Islam, meningkatkan kesejahteraan institusi kekeluargaan Islam serta memastikan tiada masyarakat Islam yang tercicir daripada memperolehi pembelaan undang-undang hanya kerana faktor ekonomi atau kekurangan pengetahuan mengenai hak-hak mereka di sisi syarak dan undang-undang.

Tujuan pindaan yang kedua adalah untuk memperkukuhkan kedudukan Mahkamah Syariah sebagai sebuah Institusi Kehakiman yang bebas dan mempunyai kerangka perundangannya sendiri. Selaras dengan prinsip pengasingan kuasa, fungsi kehakiman hendaklah dilaksanakan secara bebas daripada fungsi pentadbiran bagi memastikan kebebasan, kewibawaan dan integriti institusi kehakiman sentiasa terpelihara. Atas pertimbangan tersebut, Kerajaan Negeri mencadangkan supaya keseluruhan bagian empat Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003 dipotong dan digubal semula melalui Enakmen Mahkamah Syariah Negeri Selangor 2026. Pendekatan ini akan mewujudkan suatu kerangka perundangan yang lebih tersusun dan komprehensif di mana semua perkara berkaitan struktur Mahkamah Syariah, pelantikan hakim, bidang kuasa dan pentadbiran kehakiman dihimpunkan di bawah suatu Enakmen yang khusus.

Kerajaan Negeri berpandangan bahawa sebuah Institusi Kehakiman yang bebas merupakan antara asas terpenting dalam menjamin keadilan kepada rakyat serta mengekalkan keyakinan masyarakat terhadap sistem perundangan Islam. Atas pertimbangan tersebut, cadangan pindaan ini bukan sekadar melibatkan penyusunan semula peruntukan undang-undang, bahkan merupakan suatu reformasi institusi yang bertujuan memperkukuhkan kedudukan Mahkamah Syariah sebagai sebuah badan kehakiman yang bebas, berwibawa dan mempunyai kerangka perundangannya sendiri. Selama ini, beberapa peruntukan berkaitan penubuhan Mahkamah Syariah, pelantikan hakim serta pentadbiran kehakiman masih ditempatkan dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003, walaupun fungsi Mahkamah Syariah secara hakikatnya adalah berbeza daripada fungsi pentadbiran yang dilaksanakan oleh MAIS dan JAIS.

Justeru, Kerajaan Negeri berpandangan bahawa institusi yang menjalankan fungsi pengadilan hendaklah mempunyai kerangka undang-undang yang tersendiri supaya kedudukannya sebagai badan kehakiman dapat dipelihara dengan lebih jelas, selaras dengan prinsip pengasingan fungsi pentadbiran dan fungsi kehakiman. Pendekatan ini juga adalah sejajar dengan amalan Institusi Kehakiman moden yang membezakan secara nyata antara badan yang melaksanakan dasar dan badan yang mengadili pertikaian. Cadangan pindaan ini membawa beberapa implikasi dasar yang amat signifikan seperti berikut.

Pertama, pindaan ini memperkukuhkan kebebasan Institusi Mahkamah Syariah. Dengan pengasingan semua peruntukan berkaitan Mahkamah Syariah ke dalam

Enakmen Mahkamah Syariah Negeri Selangor 2026, masyarakat akan dapat melihat dengan lebih jelas bahawa Mahkamah Syariah bukanlah sebahagian daripada struktur pentadbiran MAIS ataupun JAIS. Sebaliknya merupakan sebuah institusi kehakiman yang menjalankan fungsi pengadilan secara bebas mengikut undang-undang. Justeru, ini akan meningkatkan persepsi kebebasan, integriti dan ketelusan Mahkamah Syariah.

Kedua, pindaan ini akan meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap sistem keadilan Syariah. Mahkamah Syariah merupakan institusi yang menyelesaikan pelbagai pertikaian yang memberi kesan secara langsung kepada kehidupan masyarakat Islam. Oleh itu, semakin jelas kedudukan Institusi Kehakiman tersebut di sisi undang-undang, semakin tinggi keyakinan masyarakat bahawa sesuatu keputusan dibuat secara bebas dan adil.

Ketiga, pindaan ini akan memperkukuhkan kecekapan Pentadbiran Mahkamah Syariah. Apabila keseluruhan struktur kehakiman diletakkan di bawah satu Enakmen yang khusus, segala perkara berkaitan struktur mahkamah, pelantikan hakim, pentadbiran hakim, tata cara pengurusan mahkamah dan pembangunan institusi dapat di takbir secara lebih sistematik tanpa bergantung kepada Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003 yang fungsi utamanya ialah Pentadbiran Agama Islam. Ini juga akan memudahkan penambahbaikan dan pembangunan institusi ini pada masa hadapan.

Keempat, pindaan ini menyokong agenda pendigitalan dan pemodenan institusi kehakiman syariah. JAKESS secara berterusan melaksanakan inisiatif pendigitalan rekod kehakiman termasuk penjilidan fail dan pengimbasan dokumen perintah serta sijil faraid bagi meningkatkan kecekapan pengurusan rekod mahkamah. Pada tahun 2025 sahaja, JAKESS melaksanakan penjilidan lebih 16,000 fail kes mal, lebih 4,500 fail kes jenayah syariah serta mengimbas lebih 18,500 dokumen berkaitan perintah dan sijil faraid. Langkah ini menunjukkan bahawa Institusi Kehakiman Syariah di Selangor terus diperkasakan melalui pembaharuan pentadbiran dan teknologi. Cadangan pindaan ini mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri untuk memastikan Mahkamah Syariah terus berkembang sebagai sebuah institusi kehakiman yang moden, profesional dan diyakini oleh masyarakat. Ia bukan sekadar memindahkan beberapa seksyen daripada satu Enakmen kepada Enakmen yang lain, sebaliknya ia merupakan satu langkah reformasi institusi yang memperkukuhkan prinsip pengasingan, fungsi pentadbiran dan kehakiman, meningkatkan kebebasan Mahkamah Syariah, memperjelaskan struktur takbir urus kehakiman syariah, serta meletakkan Negeri Selangor sebagai antara negeri yang terus memperkasakan sistem keadilan syariah mengikut arus perkembangan semasa.

Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Berhormat sekalian, seterusnya tujuan ketiga pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003 adalah untuk menyelaraskan semula amalan pembuatan fatwa dengan struktur sebenar di

peringkat kebangsaan, di mana ia turut mengambil kira perkembangan struktur pengurusan fatwa di peringkat Negeri. Peruntukan sedia ada yang merujuk kepada jawatankuasa fatwa kebangsaan tidak lagi selaras dengan amalan semasa memandangkan fungsi penyelarasan hukum syarak kini dilaksanakan melalui jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia. Sehubungan dengan itu, pindaan ini bertujuan menyelaraskan peruntukan undang-undang Negeri dengan struktur sebenar pengurusan fatwa tanpa menjejaskan bidang kuasa jawatankuasa fatwa Negeri Selangor.

Pada masa yang sama, pindaan daripada perkataan hendaklah kepada boleh bukanlah bertujuan mengetepikan pandangkan muzakarah MKI, tetapi memberi ruang kepada Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor untuk melihat kesesuaian sesuatu pandangan berdasarkan hukum syarak, maslahat serta keperluan masyarakat Islam di Negeri Selangor. Kerajaan Negeri ingin menegaskan bahawa cadangan pindaan ini bukanlah bertujuan mengubah kedudukan Institusi Fatwa di Negeri Selangor ataupun mengurangkan kepentingan penyelarasan hukum di peringkat kebangsaan. Sebaliknya, pindaan ini bertujuan memastikan bahawa peruntukan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003 sentiasa mencerminkan struktur sebenar pentadbiran fatwa di Malaysia tanpa menjejaskan kedudukan Perlembagaan Negeri serta Kuasa Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor selaku ketua agama Islam Negeri. Kedudukan tersebut mempunyai asas perlembagaan yang jelas. Di bawah perkara 74 Perlembagaan Persekutuan yang dibaca bersama Senarai 2, Senarai Negeri Jadual ke-9 Hal Ehwal Agama Islam termasuk hukum syarak dan pewartaan fatwa adalah perkara yang terletak di bawah bidang kuasa Negeri.

Selaras dengan pembahagian kuasa tersebut, Fasal 48(1) Undang-undang Kerajaan Negeri Selangor 1959 memperuntukkan bahawa Duli Yang Maha Mulia Sultan hendaklah menjadi Ketua Agama Negeri dan Baginda boleh menyebabkan diperbuat undang-undang bagi maksud mengawal selia hal-hal Ehwal Agama Islam serta menubuhkan Majlis Agama Islam Selangor untuk membantu dan menasihati Baginda dalam semua perkara yang berhubungan dengan agama Negeri. Justeru, Jawatankuasa Fatwa Negeri dan Majlis Agama Islam Selangor menjalankan fungsi mereka sebagai institusi yang membantu dan menasihati Duli Yang Maha Mulia Sultan menurut kerangka Undang-undang Negeri. Keputusan muktamad mengenai pewartaan sesuatu fatwa kekal tertakluk kepada proses yang diperuntukkan oleh Enakmen serta perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan sebagai ketua agama Islam Negeri Selangor.

Atas asas itu, cadangan pindaan daripada perkataan hendaklah kepada boleh bukanlah bertujuan mengetepikan pandangan jawatankuasa muzakarah Majlis Kebangsaan bagi hal-ehwal agama Islam Malaysia. Sebaliknya, pindaan tersebut memperjelaskan kedudukan sebenar jawatankuasa muzakarah MKI sebagai forum penyelarasan dan perbincangan hukum syarak di peringkat kebangsaan. Manakala keputusan sama ada sesuatu pandangan itu wajar diterima sebagai fatwa di Negeri

Selangor hendaklah dipertimbangkan oleh jawatankuasa fatwa Negeri berdasarkan hukum syarak, dalil, maslahat, uruf serta keperluan masyarakat Islam di Negeri Selangor sebelum dipersembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan untuk diperkenankan.

Pindaan ini juga mempunyai beberapa implikasi dasar yang penting. Iaitu yang pertama, pindaan ini mengekalkan dan memperkukuhkan prerogatif Duli Yang Maha Duli Sultan sebagai Ketua Agama Islam Negeri selaras dengan Fasal 48 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1999, supaya kuasa Baginda dalam menentukan sama ada sesuatu fatwa hendak diperkenankan untuk di wartakan terus dipelihara dan tidak boleh ditafsirkan sebagai terikat secara automatik kepada apa-apa keputusan yang dibuat di peringkat Kebangsaan.

Kedua, pindaan ini memperkukuhkan prinsip feudalisme yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Iaitu penyelarasan hukum di peringkat kebangsaan hendaklah berjalan seiring dengan pemeliharaan bidang kuasa negeri dalam pentadbiran agama Islam.

Ketiga pindaan ini meningkatkan keyakinan masyarakat Islam terhadap institusi fatwa kerana ia mengekalkan proses semak dan imbang yang melibatkan Jawatankuasa Muzakarah (MKI) sebagai forum penyelarasan Jawatankuasa Fatwa Negeri sebagai badan yang menilai dari sudut hukum syarat dan maslahat setempat serta Duli Yang Maha Sultan sebagai Ketua Agama Islam Negeri yang memperkenankan pewarta fatwa.

Selanjutnya tujuan keempat pindaan Enakmen ini adalah untuk memperkukuhkan kuasa statutory MAIS dalam Pengurusan Harta Pusaka Orang Islam. Sebagai sebuah Badan Berkanun yang ditubuhkan melalui undang-undang negeri, setiap kuasa dan fungsi MAIS hendaklah diperuntukkan secara jelas dalam Enakmen penubuhannya. Walaupun Akta Harta Pusaka Kecil Pembahagian 1955 ataupun Akta 1998 membenarkan Majlis Agama Islam Negeri bertindak sebagai pempetisyen, Kerajaan Negeri berpandangan kuasa tersebut wajar diperuntukkan secara jelas dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003 bagi memastikan segala tindakan MAIS mempunyai asas perundangan yang kukuh dan tidak boleh dipertikaikan. Atas pertimbangan tersebut, Rang Undang-Undang ini mencadangkan pewujudan bahagian 10B yang baharu bagi memperjelaskan kuasa MAIS sebagai pemohon, pempetisyen dan pemegang Amanah Harta Pusaka Orang Islam. Pindaan ini bukan sahaja memperkukuhkan kedudukan Undang-udang MAIS, malah memastikan kepentingan waris terus dipelihara melalui Pengurusan Harta Pusaka yang lebih sistematik, telus dan berintegriti.

Kerajaan Negeri ingin menjelaskan bahawa cadangan pindaan ini bukan sekadar perjelaskan kuasa statutory MAIS bahkan merupakan manifestasi, komitmen Kerajaan Negeri Selangor untuk memperkukuhkan sistem Pengurusan Harta Pusaka

Orang Islam bagi mempercepatkan penyelesaian kes, mengurangkan kerenah birokrasi serta memberi lebih banyak pilihan kepada rakyat dalam mendapatkan bantuan Pengurusan Harta Pusaka. MAIS diberi peranan baharu kerana MAIS telah lama berfungsi sebagai wasi pemegang Amanah, Pentadbir Harta Pusaka dan Penguasa Wasiat Di bawah Undang-undang Negeri. Justeru, pemberian kuasa sebagai pempetisyen merupakan kesinambungan yang wajar kepada fungsi yang telah sedia dilaksanakan oleh MAIS. Lebih penting lagi pindaan tersebu bertujuan memastikan golongan yang kurang berkemampuan seperti asnaf, mualaf, warga emas, waris yang uzur, waris di bawah umur atau tidak mempunyai keupayaan untuk menguruskan sendiri tuntutan pusaka tidak tercicir daripada mendapat hak mereka.

Dalam keadaan tertentu, Majlis boleh membantu memulakan prosiding pembahagi pusaka bagi memastikan harta yang ditinggalkan tidak terus terbiar atau gagal dimanfaatkan oleh waris-waris yang sah. Keperluan kepada mekanisme seperti ini menjadi semakin penting apabila melihat keadaan semasa pengurusan Harta Pusaka di negara kita. Menurut jawapan rasmi Kerajaan di Parlimen sehingga 31 Disember 2025, masih terdapat 46,707 kes harta pusaka kecil yang masih belum selesai di seluruh negara. Tu negara Yang Berhormat. Pada tahun 2025 sahaja sebanyak 84,384 kes berjaya diselesaikan melibatkan nilai harta pusaka melebihi 19.01 bilion ringgit.

Antara faktor utama kelewatan ialah kegagalan waris mengemukakan permohonan, kesukaran mendapatkan kerjasama daripada semua waris yang lain serta masalah-masalah dokumentasi. Malah berdasarkan data prestasi rasmi Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan sebanyak 34,362 kes berjaya diselesaikan pada tahun 2021, 64,484 kes pada tahun 2022, 93,792 kes pada tahun 2023, 85,133 kes pada tahun 2024 dan 84,384 kes pada tahun 2025, melibatkan nilai keseluruhan harta pusaka yang berjaya diuruskan mencecah puluhan bilion ringgit setiap tahun. Statistik ini menunjukkan sistem pengurusan pusaka negara sedang diperkasakan secara berterusan. Walau bagaimanapun, jumlah tunggakan yang masih tinggi membuktikan bahawa usaha memperluaskan akses kepada pihak yang boleh memulakan permohonan adalah satu keperluan dasar yang amat penting.

Sehubungan itu, cadangan pindaan RUU EPAINS ini akan membolehkan MAIS memainkan peranan yang lebih proaktif dalam membantu masyarakat Islam. Khususnya dalam keadaan waris gagal atau enggan memfailkan permohonan, waris tidak mempunyai kemampuan kewangan atau pengetahuan undang-undang, wujud pertikaian yang menyebabkan harta terus beku, terdapat kepentingan golongan asnaf, mualaf atau kanak-kanak bawah umur juga yang perlu kita lindungi bersama-sama atau harta pusaka berisiko terbiar sehingga menjejaskan manfaat ekonomi kepada waris.

Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Izinkan saya menjelaskan secara perinci kandungan RUU EPAINS 2026 ini yang mengandungi 14

fasal iaitu 7 Peruntukan Pindaan, 6 Peruntukan Baru, 1 Pindaan Jadual dan 1 Peruntukan Kecualian dan Peralihan sebagaimana berikut. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas permulaan kuat kuasa Enakmen yang dicadangkan. Fasal 2 bertujuan untuk meminda tajuk panjang Enakmen Ibu selaras dengan pemotongan bahagian 4 berkaitan dengan Mahkamah Syariah. Susulan Penggubalan Enakmen Mahkamah Syariah Negeri Selangor 2026. Fasal 3 bertujuan untuk memotong takrif Hakim Syarie atau Hakim, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Mahkamah Rayuan Syariah dan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang tidak digunakan dalam Enakmen Ibu selepas pemotongan bahagian 4 berkaitan dengan Mahkamah Syariah selaras dengan penggubalan Enakmen Mahkamah Syariah Negeri Selangor 2026. Takrif Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dipotong bagi tujuan penyelarasan semula peruntukan berkaitan fatwa yang melibatkan isu-isu di peringkat nasional selaras dengan amalan semasa. Pada masa ini forum yang digunakan untuk membentangkan fatwa atau apa-apa persoalan berkaitan hukum syarak ialah Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) yang telah menggantikan peranan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. Kedudukan Jawatankuasa Muzakarah ini adalah berbeza kerana ia tidak mempunyai kuasa untuk membuat atau memutuskan fatwa di peringkat Kebangsaan, sebaliknya berfungsi sebagai forum perbincangan dan pemberian pandangan terhadap cadangan-cadangan fatwa.

Fasal 3 juga bertujuan untuk memasukkan takrif Jawatankuasa Muzakarah yang merujuk kepada Jawatankuasa Muzakarah yang ditubuhkan oleh Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) selaras dengan pemotongan takrif Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. Berikutan penubuhan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) yang telah menggantikan peranan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. Fasal ini juga bagi menggantikan takrif Mahkamah Syariah atau Mahkamah selaras dengan penggubalan Enakmen Mahkamah Syariah Negeri Selangor 2026. Fasal ini juga bertujuan untuk menambah takrif Pegawai Majlis Bertauliah yang merujuk kepada pegawai majlis yang ditentukan oleh Majlis.

Fasal 4 bertujuan untuk meminda Subseksyen 5(5) bagi menjelaskan kuasa Majlis bukan sahaja terhad kepada pelaksanaan kewajiban di bawah Enakmen ini. Tetapi turut merangkumi apa-apa kuasa yang diperuntukkan kepada Majlis di bawah mana-mana undang-undang lain, sama ada Enakmen negeri atau undang-undang bertulis lain sama ada di peringkat persekutuan atau negeri.

Fasal 5 bertujuan untuk meminda Subseksyen 7(2) dengan memasukkan perenggan baharu 7(2)(GA) yang membolehkan pihak majlis memberikan apa-apa perkhidmatan dan bantuan termasuk perkhidmatan bantuan guaman dan perkhidmatan perantaraan dan melantik mana-mana orang untuk mengetuai atau melaksanakan perkhidmatan atau bantuan yang berkaitan.

Fasal 6 bertujuan untuk mewujudkan peruntukan baharu 42A bagi menjelaskan pegawai majlis yang ditentukan oleh Majlis boleh hadir dan berguam sebagai pegawai majlis bertauliah di Mahkamah Syariah bagi pihak Majlis. Selain itu fasal ini juga menjelaskan Peguam Syarie yang diterima masuk di mana-mana negeri di mana-mana undang-undang bertulis dan dilantik oleh Majlis juga boleh bertindak sebagai Peguam Syarie bagi pihak Majlis di negeri itu. Fasal 6 juga bertujuan untuk mewujudkan peruntukan baharu 42B bagi menjelaskan pegawai majlis yang ditentukan oleh Majlis hendaklah diterima sebagai wakil Majlis oleh mana-mana pihak yang kehadiran tindakan dan permohonan berkaitan dengan sesuatu prosiding yang dibuat bagi pihak Majlis di Mahkamah Syariah.

Selain itu, peruntukan ini juga menjelaskan bahawa Peguam bela dan Peguam cara yang dilantik oleh Majlis dalam perkara berkaitan dengan prosiding undang-undang atau oleh atau terhadap Majlis di Mahkamah Sivil boleh bertindak sebagai Peguam bela dan Peguam cara bagi pihak Majlis. Fasal 6 juga bertujuan bagi mewujudkan peruntukan baharu 42C untuk menjelaskan pegawai majlis yang diterima sebagai wakil Majlis tidak boleh dikenakan apa-apa tindakan liabiliti, pendakwaan atau tuntutan. Walau bagaimanapun, sekiranya pegawai majlis itu melakukan apa-apa yang melibatkan froth atau salah laku yang disengajakan, tindakan, liabiliti pendakwaan atau tuntutan masih boleh dibuat terhadapnya.

Fasal 7 bertujuan untuk meminda Subseksyen 51(1)(2)(4)(5) dan (6) selaras dengan pindaan terhadap peranan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang digantikan dengan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) dan ditafsirkan sebagai Jawatankuasa Muzakarah. Pindaan ini juga selaras dengan kedudukan sebenar Jawatankuasa Muzakarah yang tidak mempunyai kuasa untuk membuat atau memutuskan fatwa di peringkat kebangsaan.

Fasal 8 bertujuan untuk meminda Subseksyen 52(1) selaras dengan pindaan terhadap peranan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang digantikan dengan Jawatankuasa Muzakarah majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) yang ditafsirkan sebagai Jawatankuasa Muzakarah.

Fasal 9 bertujuan untuk memotong keseluruhan bahagian 4, melibatkan Seksyen 55, 56, 57, 58, 59, 60, 61, 62, 63, 64, 65, 66, 67, 68, 69,70, 71, 72, 73, 74, 75, 76 dan 77, selaras dengan Enakmen Mahkamah Syariah Negeri Selangor 2026.

Fasal 10 adalah bertujuan untuk meminda Subseksyen 80(3) bagi menjelaskan perbezaan pihak-pihak yang dibenarkan untuk diwakili oleh orang yang dinyatakan di bawah Subseksyen 80(3) di Mahkamah Syariah. Bagi anggota perkhidmatan kehakiman dan perundangan, mereka tertakluk kepada Akta Prosiding Kerajaan 1996 ataupun Akta 359 yang membolehkan anggota ini mewakili pihak Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan. Bagi pegawai Jabatan Bantuan Guaman, mereka tertakluk kepada Akta Bantuan Guaman 1971 atau Akta 26 yang membolehkan

mereka mewakili pihak yang dibantu di bawah perkhidmatan Jabatan Bantuan Guaman. Bagi pegawai syariah adalah Perkhidmatan Awam Am Persekutuan dan Pegawai Majlis, mereka tertakluk kepada peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Enakmen ini yang membolehkan mereka mewakili mana-mana pihak yang dibenarkan di bawah peraturan-peraturan itu. Selanjutnya Fasal 10 ini juga bertujuan untuk mewujudkan peruntukan baharu Subseksyen 80(7) bagi memperuntukkan bahawa Majlis boleh membuat peraturan-peraturan bagi mengadakan peruntukan berkaitan dengan penentuan pegawai majlis sebagai Pegawai Majlis Bertauliah untuk hadir dan berguam di Mahkamah Syariah.

Fasal 11 bertujuan untuk mengadakan bahagian 10B yang baharu secara khusus berkaitan Pengurusan Harta Pusaka Orang Islam. Seksyen 121G yang di cadangkan bertujuan bagi menjelaskan kuasa Majlis untuk bertindak sebagai pempetisyen atau pemohon, Pembahagian Harta Pusaka Orang Islam di bawah Akta Harta Pusaka Kecil Pembahagian 1995 ataupun Akta 98. Akta 98 ini telah memberi kuasa kepada Majlis Agama Islam Negeri untuk bertindak sebagai pemohon ataupun petisyen untuk pembahagian harta pusaka kecil tidak berwasiat menurut peruntukan Akta 98. Kuasa untuk mengurus harta pusaka orang Islam ini hanya terhad kepada 2 keadaan iaitu bagi harta pusaka orang Islam yang bermastautin dalam negeri Selangor semasa kematiannya, atau harta pusaka orang Islam berada dalam negeri Selangor.

Had-had kuasa ini adalah merujuk kepada fungsi dan kewajipan majlis yang ditetapkan dalam seksyen 7 Enakmen Ibu iaitu untuk menggalakkan, mendorong, membantu dan mengusahakan kemajuan dan kesejahteraan ekonomi dan sosial masyarakat Islam dalam negeri Selangor, Seksyen 121H yang dicadangkan bertujuan untuk menjelaskan kedudukan Majlis sebagai pemegang amanah bagi harta atau wang yang diserahkan kepada Majlis yang bertujuan untuk pembahagian harta orang Islam. Peruntukan ini juga memberi kuasa kepada Majlis untuk mentadbir dan melabur harta pusaka tersebut mengikut peruntukan dalam Enakmen Ibu dan peraturan-peraturan lain yang dibuat berkaitan pengurusan amanah serta menjelaskan harta pusaka yang dipegang amanahnya oleh Majlis boleh dituntut oleh orang yang berhak dan Majlis mempunyai obligasi untuk menyerahkan harta pusaka itu kepada orang yang berhak menerimanya.

Seksyen 121I yang dicadangkan bertujuan untuk memberi kuasa kepada Majlis membuat peraturan-peraturan berkaitan fungsi pengurusan pembahagian harta pusaka orang Islam yang dilaksanakan oleh Majlis. Fasal 12 bertujuan untuk meminda seksyen 122 dengan memasukkan perenggan baharu 122(2)(JA) yang memberi kuasa kepada Majlis dengan kelulusan Duli Yang Maha Mulia Sultan untuk membuat peraturan-peraturan mengenai apa-apa perkhidmatan atau bantuan yang disediakan oleh Majlis.

Fasal 13 bertujuan untuk menggantikan jadual pertama berkaitan bentuk skrip Bahasa Arab bagi perkataan dan ungkapan tertentu selaras dengan penguatkuasaan

Enakmen A86 berkaitan dengan peruntukan yang mengandungi perkataan Ahli Sunah Waljamaah dan pemotongan keseluruhan bagi 4 berikutan penggubalan Enakmen Mahkamah Syariah Negeri Selangor 2026. Penggantian jadual pertama ini juga melibatkan pemotongan ungkapan faraq, fasakh, nas, naqib dan Quran yang tidak digunakan atau dinyatakan dalam kandungan Enakmen Ibu.

Fasal 14 bertujuan untuk mengadakan peruntukan kecualian dan peralihan. Pelaksanaan Rang Undang-Undang ini tidak melibatkan sebarang implikasi kewangan tambahan kepada Kerajaan Negeri. Cadangan pindaan yang dikemukakan lebih tertumpu kepada penambahbaikan dan pemerkasaan kerangka perundangan sedia ada melalui penyelarasan, penjelasan dan pengukuhan kuasa serta fungsi Institusi Agama Islam di negeri Selangor. Sebarang pelaksanaan susulan terhadap pindaan ini akan dilaksanakan menggunakan sumber dan peruntukan sedia ada tertakluk kepada kelulusan serta tatacara kewangan yang berkuat kuasa.

Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian sebelum saya mengakhiri penjelasan berhubung Rang Undang-Undang ini izinkan saya memberikan beberapa penegasan dasar Kerajaan Negeri berhubung Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam negeri Selangor 2003. Kerajaan Negeri yakin bahawa cadangan pindaan yang di bentangkan melalui Rang Undang-Undang ini merupakan satu langkah yang penting dalam usaha memperkukuhkan sistem pentadbiran agama Islam di negeri Selangor. Keempat-empat skop pindaan yang dicadangkan iaitu perwujudan peruntukan yang lebih jelas berhubung dengan perkhidmatan guaman syarie dan pengantaraan oleh MAIS, pemerkasaan Mahkamah Syariah sebagai institusi kehakiman yang bebas, penyelarasan peruntukan berkaitan pembuatan fatwa dengan struktur sebenar di peringkat kebangsaan serta pengukuhan kuasa, statutory MAIS dalam pengurusan harta pusaka orang Islam merupakan penambahbaikan yang saling melengkapi bagi memperkukuhkan keseluruhan pentadbiran agama Islam di negeri Selangor.

Pindaan-pindaan ini bukanlah bertujuan menggubah dasar asas pentadbiran Agama Islam di negeri Selangor sebaliknya ia memberi tumpuan kepada usaha memperjelaskan kuasa dan fungsi Institusi Agama Islam, memperkemaskan struktur perundangan sedia ada serta memastikan setiap tanggungjawab yang dipikul oleh institusi-institusi tersebut disokong oleh punca-punca kuasa yang jelas dan kukuh di sisi undang-undang. Pendekatan ini penting bagi memastikan pelaksanaan fungsi-fungsi tersebut dapat dijalankan dengan lebih cekap, berkesan, tulus dan berintegriti. Kerajaan Negeri juga berpandangan bahawa undang-undang hendaklah sentiasa berkembang seiring dengan keperluan pentadbiran dan perkembangan institusi. Oleh itu, cadangan pindaan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan Negeri untuk memastikan enakmen pentadbiran Agama Islam negeri Selangor 2003 kekal relevan, responsif dan mampu menjadi asas kepada pentadbiran agama Islam yang lebih mantap serta memenuhi keperluan masyarakat semasa di negeri Selangor.

Yang Berhormat Tuan Speaker, dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebagai penutup, izinkan saya menegaskan bahawa Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam Pindaan 2026 ini merupakan suatu langkah yang wajar dan tepat dalam memperkukuhkan kerangka perundangan Pentadbiran Agama Islam di negeri Selangor, besarlah harapan Kerajaan Negeri agar cadangan pindaan ini dapat dipertimbangkan dengan sewajarnya dan seterusnya mendapat sokongan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian demi memastikan sistem Pentadbiran Agama Islam di negeri Selangor terus diperkasakan selaras dengan keperluan semasa dan kepentingan umat Islam. Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat EXCO, ada yang menyokong?

Puan Anfaal binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Tuan Speaker, saya menyokong.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, cadangan ini telah pun disokong. Saya kemukakan Rang Undang-Undang ini untuk dibahaskan. Pelabuhan Klang.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, salam sejahtera, salam Malaysia Madani, dan salam Kita Selangor Maju Bersama. Yang Berhormat Tuan Speaker, terlebih dahulu Pelabuhan Klang ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker kerana memberikan ruang dan peluang kepada Pelabuhan Klang untuk mengambil bahagian di dalam membahaskan Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam negeri Selangor pindaan 2026. Pelabuhan Klang juga ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat EXCO Seri Setia atas pembentangan yang begitu terperinci, komprehensif. Rang Undang-Undang ini yang bertujuan meminda Enakmen Pentadbiran Agama Islam negeri Selangor 2003 bagi memperkemaskan beberapa aspek pentadbiran agama Islam di negeri Selangor.

Pentadbiran Agama Islam merupakan tunjang kepada Pengurusan Hal Ehwal Islam di negeri Selangor. Oleh itu sebarang usaha untuk menambah baik Enakmen yang menjadi asas kepada pentadbiran tersebut wajar dilihat sebagai satu ikhtiar untuk memastikan sistem Pentadbiran Agama Islam terus relevan, berkesan dan mampu memenuhi keperluan semasa serta perlu diberikan keutamaan. Pada pandangan Pelabuhan Klang, pembentangan Rang Andang-andang ini memberi beberapa cadangan pindaan yang signifikan antaranya memperkukuhkan pengasingan fungsi Pentadbiran Agama Islam, memperkemaskan proses pembuatan fatwa, memperkasakan peranan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dalam pengurusan

harta pusaka orang Islam serta memperluaskan skop perkhidmatan dan bantuan kepada masyarakat Islam.

Justeru itu, Pelabuhan Klang ingin mengambil kesempatan pada petang ini untuk mengemukakan beberapa pandangan terhadap cadangan-cadangan pindaan yang telah dibawa melalui Rang Undang-Undang ini berdasarkan objektif serta perkara-perkara penting yang telah diperuntukkan dengan harapan ia akan terus memperkukuhkan sistem Pentadbiran Agama Islam di Negeri Selangor demi kepentingan umat Islam di negeri ini.

Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Pelabuhan Klang ingin memulakan perbahasan dengan menyentuh objektif pertama Rang Undang-Undang ini iaitu memperkukuhkan pengasingan antara pentadbiran agama Islam dengan pentadbiran keadilan syariah di samping mengiktiraf kebebasan pentadbiran Kehakiman Syariah. Pada pandangan Pelabuhan Klang, cadangan ini merupakan satu penambahbaikan yang penting dalam usaha untuk memastikan setiap institusi dapat melaksanakan tanggungjawab masing-masing mengikut fungsi dan tugas yang telah diperuntukkan oleh undang-undang. Pentadbiran Agama Islam mempunyai peranan yang luas merangkumi Pengurusan Dasar, Pembangunan Institusi Agama, serta Penyampaian Perkhidmatan kepada Masyarakat Islam. Dalam masa yang sama, pentadbiran keadilan syariah pula mempunyai tanggungjawab yang berbeza dalam mengendalikan urusan kehakiman.

Justeru itu, pembahagian fungsi yang lebih jelas akan membolehkan kedua-dua institusi memberikan tumpuan sepenuhnya kepada bidang tugas masing-masing. Pelabuhan Klang juga berpandangan bahawa pengasingan ini akan mewujudkan tadbir urus yang lebih tersusun dalam pentadbiran hal ehwal Islam di negeri Selangor. Apabila peranan setiap institusi diperjelaskan melalui undang-undang, proses membuat keputusan, pelaksanaan dasar dan penyampaian perkhidmatan akan dapat dilaksanakan dengan lebih teratur serta berkesan. Pendekatan ini turut membantu mengelakkan pertindihan fungsi antara institusi-institusi yang terlibat dalam pengurusan hal ehwal agama Islam. Justeru itu, Pelabuhan Klang melihat pindaan ini sebagai satu langkah yang proaktif yang akan memperkemaskan sistem pentadbiran agama Islam di negeri Selangor melalui pembahagian fungsi yang lebih jelas sekali gus menyokong penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, teratur dan memenuhi keperluan masyarakat Islam.

Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Pelabuhan Klang seterusnya ingin menyentuh cadangan pindaan yang berkaitan dengan pengukuhan kuasa negeri dalam pembuatan fatwa termasuk fatwa yang melibatkan isu-isu di peringkat Nasional. Rang Undang-Undang ini turut memperuntukkan penyelarasan tatacara, pembuatan fatwa dengan mengambil kira kedudukan dan fungsi jawatankuasa muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI). Pada pandangan Pelabuhan Klang, fatwa merupakan salah satu

instrumen penting dalam Pentadbiran Agama Islam kerana ia akan menjadi panduan kepada umat Islam dalam menghadapi pelbagai persoalan hukum yang timbul selaras dengan perkembangan semasa. Sehubungan dengan itu, proses penghasilan sesuatu fatwa hendaklah dilaksanakan melalui tatacara yang jelas, teratur dan mempunyai asas perundangan yang kukuh agar setiap keputusan yang dibuat dapat diyakini serta dihormati oleh masyarakat.

Pelabuhan Klang juga berpandangan bahawa cadangan penyelarasan tatacara pembuatan fatwa ini akan membantu memperkemaskan proses membuat keputusan khususnya apabila sesuatu isu yang melibatkan kepentingan yang lebih luas. Penyelarasan tersebut bukan saja dapat memperkukuhkan tadbir urus dalam pengurusan fatwa malah dapat memastikan setiap pandangan hukum akan dipertimbangkan secara tersusun mengikut proses yang telah diperuntukkan oleh undang-undang. Dalam masa yang sama pengiktirafan terhadap peranan Jawatankuasa Muzakarah MKI dalam perkara yang melibatkan kepentingan Nasional menunjukkan bahawa penyelarasan di peringkat kebangsaan boleh dilaksanakan tanpa menjejaskan kuasa negeri dalam urusan pembuatan fatwa sebagaimana yang telah diperuntukkan undang-undang.

Justeru itu, Pelabuhan Klang melihat pindaan ini sebagai satu langkah yang akan memperkemaskan sistem pengurusan fatwa di negeri Selangor agar terus responsif seperti yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat EXCO Seri Setia tadi terhadap perkembangan semasa di samping memastikan setiap fatwa perlu dihasilkan melalui proses yang tersusun, berwibawa dan mengekalkan kedudukan kuasa negeri dalam perkara berkaitan hukum syarak. Cuma Pelabuhan Klang ingin mengambil kesempatan pada petang ini untuk bertanyakan tentang apa yang telah dibentangkan melalui kertas Bil. 21, 26 ini iaitu muka surat 30. Mungkin petang ini kita nak kena belajar bahasa Malaysia sikit lah. Okay, muka surat 30 pindaan seksyen 51, no. 7 seksyen 51 Enakmen Ibu dipinda. A, dalam seksyen (1) dengan menggantikan perkataan “hendaklah” dengan perkataan “boleh”.

Sebab bila saya baca fatwa yang ada hubungan dengan kepentingan Nasional seksyen 51(1) walau apa pun kuasa Jawatankuasa Fatwa selepas ini kalau lihat dalam pindaan yang dicadangkan, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ini kita akan tukar kepada Jawatankuasa Muzakarah, mendapati bahawa suatu fatwa yang dicadangkan dibuat adalah berkaitan dengan perkara yang menyentuh kepentingan Nasional. Jawatankuasa lepas ini akan jadi Jawatankuasa Muzakarah, Jawatankuasa Fatwa, hendaklah perkataan “hendaklah” itu ditukar kepada perkataan “boleh”. Jadi apa rasional nya perkataan “hendaklah” dan perkataan “boleh”. Mungkin “hendaklah” tu dia macam wajib. “Boleh” ni pun dia macam mungkin kita kena belajar tatabahasalah petang ni kan. Mungkin dia bahasa perundangan ke ataupun ke dinasihatkan oleh pihak undang-undang kenapa kita nak tukar hendaklah itu, pada saya macam wajiblah, hendaklah.

Kemudian, boleh. Hendaklah jadi boleh, menangguhkan perbincangan tentang fatwa yang dicadangkan itu, dan mengemukakan perkara itu kepada Majlis. Begitu juga kalau kita tengok dalam kertas Bilangan 21 ini, muka surat 31, dalam Seksyen (5), dengan menggantikan juga perkataan hendaklah, boleh. Okey apa dia tulis sini. “Apabila sesuatu fatwa yang dicadangkan telah dirujukkan kepada Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang selepas ini kita akan panggil Jawatankuasa Muzakarah, Jawatankuasa itu hendaklah mengemukakan nasihat dan syornya kepada Majlis Raja-raja mengikut Subseksyen 2 tentang perkara itu”. Ini pun, hendaklah itu akan ditukar kepada boleh, seperti yang ada dalam Kertas Bilangan 21 ini. Jadi apa relevannya? Apa, sebab perkataan hendaklah tu ditukar menjadi boleh. So, saya mungkin ada yang fahamlah kan, mungkin bahasa perundangan. Mungkin Yang Berhormat EXCO, kena tengok balik, supaya ianya dapat dijelaskan semasa sesi penggulungan nanti.

Dan kemudian, apabila kita buat pindaan ini, adakah pindaan ini akan menyebabkan setiap negeri boleh mengeluarkan fatwa yang bercanggah. Sebab kita pun boleh buat melalui jawatankuasa ini, kita ada kita punya undang-undang. Dan ini, bila kita pinda nanti bagaimana dengan negeri-negeri lain. Adakah kita sama, sealiran, selari, sebab sebagai umat Islam ni, kita kalau boleh, kita ada satu fatwa sajalah. Kalau tidak, banyak macam-macam fatwa keluar. Mengikut kesesuaian, ada pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab, suka mengeluarkan fatwa. Saya tak nak lah cakap dalam Dewan pada petang ini. So, jadi kita kena pastikanlah fatwa ini, betul-betul perlu dilihat, supaya ianya tidak akan mengelirukan umat Islam pada masa akan datang. Jadi, penting sebab itu, saya nak tahu, kenapa hendaklah, boleh, ini macam, kalau boleh ini, macam tak wajib, hendaklah ini, macam wajib, pada sayalah. Jadi yang ini, perlukan penjelasan yang jelas daripada Yang Berhormat EXCO Seri Setia.

Jadi, seterusnya, Yang Berhormat Tuan Speaker, Pelabuhan Klang juga, ingin menyentuh cadangan pindaan yang bertujuan untuk memastikan pengurusan harta pusaka orang Islam, dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Khususnya dalam usaha menangani isu harta pusaka beku, yang telah lama menjadi cabaran kepada masyarakat Islam di negara ini. Jadi kalau mengikut apa, Yang Berhormat EXCO Seri Setia, banyak lagi yang tak selesai. Ada 46,000 kes, yang masih lagi, yang melibatkan kes harta pusaka ini, yang masih lagi, belum selesai. Cuma itu di negeri Selangor atau di seluruh negara. Malaysialah. Malaysia. Makna ingatkan tadi Selangor banyak sampai 46,000. Dan ini telah menjadi, dah lama menjadi cabaran kepada masyarakat Islam di negara ini, dan pada pandangan Pelabuhan Klang, pengurusan harta pusaka ini bukanlah hanya sekadar melibatkan pembahagian harta, malah turut menyentuh soal kebajikan waris, kelangsungan pemilikan aset, serta pemeliharaan hak-hak yang telah ditetapkan oleh syarak.

Jadi sekiranya, urusan harta pusaka ini tidak dapat diselesaikan dengan baik, dengan adil, ia boleh mengundang pelbagai implikasi termasuk pertikaian di kalangan waris, harta yang tidak dapat di manfaatkan seperti yang diberitahu oleh Yang Berhormat

EXCO Seri Setia tadi, dari sudut ekonominya, kita tidak boleh memanfaatkan harta tersebut, seperti tanah-tanah yang terbiar, yang kita tengok, kenapa tanah ini terbiar. Oh, masih lagi hendak diselesaikan di peringkat mahkamah. Kita selalu dapat aduan, tanah-tanah jadi macam hutan, tak boleh diusahakan. Kita pun tak boleh masuk, sebab dah jadi pertikaian keluarga, pertikaian waris, tak tau siapa yang punya tanah ini. Dan kita Kerajaan pun tak boleh masuk, sebab ini ada hak milik.

Serta kelewatan penyelesaian hak pihak-pihak yang berkaitan juga, menyebabkan ini, menyusahkan para waris untuk menyelesaikan pengurusan harta pusaka. So, Pelabuhan Klang berpandangan bahawa cadangan untuk memperjelaskan peranan dan kuasa Majlis Agama Islam Selangor dalam pengurusan harta pusaka orang Islam ini, merupakan satu langkah yang tepat bagi memperkemaskan proses pengurusan tersebut selaras dengan pindaan kepada Akta Harta Pusaka Kecil Pembahagian Pindaan 2022. So, dengan peranan yang telah diperjelaskan melalui pindaan ini, diharapkan proses pengurusan harta pusaka akan dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun, dengan lebih kemas, sekali gus membantu mempercepatkan penyelesaian kes-kes yang masih lagi tertunggak, sehingga kini, yang melibatkan harta pusaka orang Islam.

Justeru itu, Pelabuhan Klang melihat bahawa pindaan ini bukan sahaja memberi nilai tambah kepada sistem pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor, malah mencerminkan keprihatinan Kerajaan Negeri Selangor dalam usaha untuk mencari penyelesaian terhadap isu harta pusaka beku, demi menjaga kepentingan dan kebajikan umat Islam.

Walau bagaimanapun, Pelabuhan Klang ingin merujuk kepada muka surat 39, Kertas Bilangan 21/26 ini, pindaan Rang Undang-Undang ini, boleh tengok muka surat 39, Seksyen 121H, Fasal 11 itu, yang dicadangkan bertujuan untuk menjelaskan kedudukan Majlis Agama Islam (MAIS) sebagai pemegang amanah bagi harta atau wang yang diserahkan kepada Majlis bagi tujuan pembahagian harta pusaka orang Islam. Peruntukan ini juga bagi memberi kuasa kepada Majlis, untuk mentadbir dan melabur harta pusaka tersebut mengikut peruntukan dalam Enakmen Ibu. Dan peraturan-peraturan lain yang dibuat berkaitan pengurusan amanah, serta menjelaskan harta pusaka, yang dipegang amanahnya oleh Majlis, boleh dituntut oleh orang yang berhak dan Majlis mempunyai obligasi untuk menyerahkan harta pusaka itu kepada orang yang berhak menerimanya.

Jadi, kalau kita baca ini, saya nak tanya, dengan Yang Berhormat EXCO, mengapa MAIS perlu menjadi pemohon atau pempetisyen harta pusaka? Yang ini kita baru, kan. So, MAIS, akan tengok, ada masalah harta beku, yang tidak dituntut, 46,000 kes, mungkin kita terpaksa buat sesuatu kena memberi MAIS kuasa untuk menyelesaikan isu tersebut. Sebab harta tidak dituntut, waris mungkin tak boleh cari, waris mungkin tak boleh jumpa, ada yang dah meninggal, ada yang duduk luar negara, ada yang

waris tak tau pun dia ada harta. Kita nak kesan, tak boleh dapat. Tapi, aset-aset itu terbiar, terutamanya isu tanah la. Rumah, harta-harta yang lain.

Dan saya nak tanya, adakah MAIS, melalui kuasa ini kalau pembacaan ayat, adakah MAIS akan mengambil alih harta pusaka tersebut, dengan kuasa diberikan melalui Enakmen ini? Kalau pemahaman saya ini macam seolah-olah, kalau mana yang tak tuntut ini, 46,000 mungkin dah 10 tahun, 20 tahun, kes masih ada lagi di mahkamah dan tak boleh selesaikan. Tapi tak ada punca kuasa yang boleh menyebabkan kita ambil harta tersebut, untuk diuruskan oleh pihak Kerajaan. Tetapi melalui MAIS, melalui kuasa yang kita peruntukan dalam Enakmen ini, menyebabkan saya lihatlah, ini pemahaman sayalah, mungkin bahasa undang-undang, mungkin ada di kalangan Ahli-ahli Dewan yang berlatarbelakangkan undang-undang ini, boleh lihat ianya adakah kita boleh memberikan kuasa kepada MAIS untuk mengambil alih harta tersebut?

Contoh ayat yang hujung ini, Majlis mempunyai obligasi untuk menyerahkan harta pusaka itu kepada orang yang berhak menerima nya. Dia banyak ini, sangat subjektif. Berhak ini kita boleh tafsirkan macam-macam. Mungkin Yang Berhormat Kuang setuju dengan saya, dia bila angguk tu Yang Berhormat Kuang lagi arif tentang undang-undang ini. So, maknanya yang ini kita kena lihat sebelum kita luluskan. Macam Yang Berhormat Gombak Setia, mungkin banyak tanah yang ini, waris apa semua. So, kalau MAIS ambil, kita dah tak boleh. Jadi kita kena tengoklah. Mungkin Yang Berhormat EXCO boleh bagi penjelasan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan, supaya sebelum kita luluskan itu kita faham. Jangan besok kemudian hari apabila berlaku banyak tanah-tanah yang tak siap, tengok-tengok semua dah tukar dah. Ini dah tukar nama MAIS, ini dah tukar nama ni, MAIS pula ambil, dia pergi jual pula kepada ini. Dia boleh, dia boleh jadi salah guna kuasa pada 5 atau 10 atau 15 tahun akan datang. Sekarang mungkin semua baik. Kita Ahli-ahli Dewan dalam ni baik, yang akan datang, kita tak tau lagi ni. Macam mana bila menggunakan undang-undang, bahasa pasarnya la, rompak di siang harilah dengan cara yang lebih teratur dan lebih tersusun dan kononnya berlandaskan undang-undang, dan dia menjadi sah ataupun legal.

Jadi saya harap yang ini, Yang Berhormat EXCO mungkin pening sikit nak jawab yang ini, tapi saya harap boleh jawab di dalam penggulungan. Jangan kita meluluskan sesuatu yang boleh mendatangkan masalah pada akan datang. Ya, kita nak selesaikan masalah-masalah harta yang tidak dituntut, harta-harta yang kita tak jumpa waris, tapi jangan sampai ianya ada orang ataupun pihak tertentu yang mengambil kesempatan di masa akan datang.

Ya, Yang Berhormat Kuang.

Saya tertarik jugalah dengan perbahasan Yang Berhormat tadi. Cuma bila penggunaan perkataan ayat berhak tadi

itu kan, mungkin kita perlu rekodkan dalam Dewan ini, di kalangan mereka yang berhak untuk mendapat itu setelah harta itu di uruskan oleh MAIS. Definisi perkataan berhak itu mestilah merujuk kepada waris-waris dalam keluarga yang samalah. Jangan definisi berhak itu besok diberi kepada pihak ketiga yang di definisi kan berhak untuk harta-harta itulah. Baik, terima kasih.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Saya setuju Yang Berhormat Kuang. Itu yang saya maksudkan tadi sebab berhak ni sangat general, sangat subjektif dalam Pindaan Rang Undang-Undang ini ataupun cadangan yang kita nak masukkan. Sebenarnya tak ada. Sekarang ini kita masukkan dalam Pindaan Rang Undang-Undang ini, kita masukkan terms yang baru ataupun ayat yang baru. Jadi bila ayat itu orang yang berhak ini, dia mungkin nanti, contoh, biar betul, nak bagi waris yang berhak. Tapi sekarang ini, waris tak ada, dah tak jumpa. Saya ada banyak tanah kat Klang ini, kalau tengok yang di viral kan, yang dekat pekan Port Klang itu, waris-warisnya tak tau dekat mana. Dia sekarang diuruskan oleh peguam-peguam. Dan yang bayar cukai taksiran itu peguam, pejabat peguam. Pejabat Peguam tolong bayar, tak tau mana dorang dapat duit apa semua saya pun tak faham. Bila kita nak ambil tindakan, kita nak tengok selalunya nak rampas tanah ataupun nak guna tanah kalau tak bayar cukai. Itu paling senang sekalilah. Akta Kanun Tanah Negara ini kalau tak bayar cukai, Kerajaan boleh ambil dan kita boleh bangunkan tanah tersebut. Tapi cukai dibayar sebab sekarang semua online. Bila semak ni kat mana dorang duduk, tu difahamkan anak-anak semua ni dah duduk luar negara. Harta dekat sini diuruskan oleh peguam. Ini macam cerita P. Ramlee dulu kan, harta Sadiq Sigaraga ada banyak di luar negara.

So, yang ini kita kena tengok, maknanya, ini berlaku, bukannya tidak berlaku. Tapi jangan sampai, nanti bila tengok tak boleh nak selesai apa semua, nanti ada yang ambil kesempatan atas mungkin kelemahan, mungkin kekuatan, mungkin kelebihan pindaan yang kita buat ini. Mengikut tafsir masing-masinglah yang baca. Ini tafsiran saya, saya tengok kuasa itu penuh kepada MAIS, untuk mengambil alih harta pusaka tersebut. So, itu yang saya harapkan pihak Yang Berhormat EXCO Seri Setia dapat menjawab nanti semasa sesi penggulungan berlandaskan daripada nasihat Pegawai Undang-undang Kerajaan Negeri Selangor.

Dan seterusnya ialah, Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Pelabuhan Klang juga ingin menyentuh cadangan pindaan yang memperjelaskan peranan Majlis Agama Islam Selangor, dalam memberikan perkhidmatan dan bantuan kepada masyarakat Islam. Melalui pindaan ini, kuasa MAIS diperjelaskan bagi membolehkan perkhidmatan dan bantuan disalurkan kepada mana-mana golongan yang ditetapkan oleh Majlis pada masa yang sama Rang Undang-Undang ini juga turut memberi penekanan kepada penyediaan inisiatif yang menyokong kesejahteraan ekonomi dan sosial masyarakat Islam.

Pada pandangan Pelabuhan Klang, fungsi sesebuah institusi agama tidak hanya tertumpu kepada aspek pentadbiran semata-mata. Malah turut melibatkan tanggungjawab untuk membantu meningkatkan kesejahteraan umat Islam di negeri Selangor. Keperluan masyarakat sentiasa berubah mengikut peredaran zaman, mengikut peredaran masa. Oleh itu, institusi seperti MAIS ini juga perlu mempunyai ruang yang mencukupi untuk merancang dan melaksanakan pelbagai bentuk bantuan serta perkhidmatan yang bersesuaian dengan keperluan semasa.

Pelabuhan Klang berpandangan bahawa penjelasan terhadap kuasa MAIS melalui pindaan ini, akan membolehkan pelaksanaan program dan inisiatif kepada masyarakat, boleh dibuat dengan lebih terancang serta memenuhi kumpulan sasar yang benar-benar memerlukan. Pada masa yang sama, ia turut memberikan asas yang lebih jelas kepada MAIS dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan di bawah Enakmen ini.

Justeru itu, Pelabuhan Klang melihat bahawa cadangan pindaan ini akan memperkukuhkan lagi peranan MAIS sebagai institusi yang bukan saja mengurus hal ehwal agama Islam, malah turut menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi dan kesejahteraan masyarakat Islam di negeri Selangor melalui penyampaian, perkhidmatan dan bantuan yang lebih berkesan. Cuma Yang Berhormat EXCO Seri Setia, kalau boleh dalam penggulungan juga, Pelabuhan Klang ingin bertanya, sebab saya tengok MAIS punya kuasa ataupun fungsi ini macam zakat pun sama juga ni. So dia macam zakat, macam adakah MAIS akan buat melalui zakat ataupun MAIS bekerjasama dengan zakat ataupun MAIS sendiri yang buat sebab membantu sosioekonomi apa semua ni, ada juga di kalangan zakat buat.

So yang ini pun kumpulan sasar juga, maknanya kalau kumpulan sasar yang kita nak bantu ni adalah kumpulan yang memerlukan dan sudah tentulah kumpulan yang memerlukan itu adalah mereka yang susah, mereka yang perlu bangkit daripada jatuh, golongan asnaf ataupun golongan ibu tunggal, golongan ibu yang ditinggalkan. So ini semua, adakah fungsinya sama seperti zakat ataupun dia lain daripada zakat ataupun nanti kalau MAIS pun buat, zakat pun buat, silap-silap orang yang sama juga dapat bantuan. Ni kita ada pengalaman di pusat-pusat khidmat kan, kadang-kadang datang jumpa kita, oh kita tak dapat bantuan apa-apa, bila kita semak lagi, JKM membantu, Jabatan Kebajikan Masyarakat bantu, zakat bantu dan pelbagai lagi agensi-agensi Kerajaan lain yang menyediakan perkhidmatan bantuan kepada masyarakat ni juga bantu. Dan kadang-kadang ada NGO-NGO yang lain juga bantu.

So apa sebenarnya yang cuba disampaikan dalam pindaan ini, fungsi sebenar-benarnya MAIS ini untuk merancang bentuk bantuan, perkhidmatan bersesuaian dengan keperluan semasa kepada golongan-golongan yang memerlukan. Jadi mungkin ada definisi-definisi yang lebih jelas, saya harap supaya ianya tidak bertindih dengan zakat, tidak bertindih dengan kita ada e-kasih, kita ada program Bingkas contohnya di Selangor, kita ada banyak program-program keprihatinan kepada

masyarakat ni. dan bila masuk MAIS ni, saya sukalah, saya suka sebab ada lagi agensi Kerajaan yang akan datang membantu. Tetapi bagaimana konsepnya? Sebab zakat pun orang Islam, MAIS pun orang Islam. Jadi bertindih ni, kadang-kadang golongan yang kita nak bantu ni orangnya sama aje. Iya, ini pengalaman kita di pusat khidmat. Orang yang sama datang, kalau ada aje bantuan baru datang, orang tu juga yang datang.

Tapi saya dengar ni ada Jom Shopping, Raya pun nak, Yang Bingkas pun nak, lepas tu dengar lagi ada program, yang ni pun nak juga, semua dia nak. Jadi yang ni kita kena tengok, data-data kita ni yang sepatutnya dah dipusatkan supaya kita tahu dia pernah dapat bantuan-bantuan apa, terutama dengan Kerajaan persekutuan, ianya masih lagi belum dapat diselesaikan secara terperinci. Dan yang ni saya harapkan supaya pihak Yang Berhormat EXCO Seri Setia, sebelum kita luluskan, sebelum kita mungkin ada lagi aduan-aduan yang lain yang akan bahaskan, akan memberikan pandangan,kita kena betul-betul terperinci untuk pastikan fungsi MAIS yang kita nak tambah ni sebagai membantu golongan-golongan yang memerlukan, terutama golongan asnaf apa semua.

Jadi mungkin, Yang Berhormat EXCO, pening lagi banyak nak jawab ni, saya tanya soalan ni, minta maaf Yang Berhormat EXCO, tapi ini penting, sebab ini bukannya perkara yang, kita tak nak orang salah tafsir kan, kan? Kita ada zakat, kenapa nak ada MAIS lagi? Ni saya sendiri membaca macam, kita dah ada zakat, kenapa ada buat melalui MAIS lagi? Mungkin zakat pun sumbangan ramai, MAIS pun mungkin daripada mana? Mungkin sumber tu, zakat sumber daripada mana? MAIS mungkin sumber pendapatan tu daripada mana? Mungkin yang ini akan dijelaskan oleh pihak Yang Berhormat EXCO. Minta maaf Yang Berhormat EXCO, yang ini soalan kita kena tanya ni,kan? Walaupun saya ADUN Kerajaan, menyokong, tapi ada juga perkara-perkara yang saya perlu tanya.

So Yang Berhormat Tuan Speaker dan juga ahli-ahli Berhormat yang ada di dalam Dewan Yang Mulia ini, Pelabuhan Klang seterusnya ingin menyentuh beberapa pindaan teknikal yang turut dicadangkan melalui Rang Undang-Undang ini bagi memperkemaskan lagi enakmen pentadbiran agama Islam Negeri Selangor 2003. Pindaan tersebut melibatkan penyelarasan beberapa bahagian dan seksyen enakmen termasuk pewujudan bahagian baru XB. Pindaan terhadap seksyen tertentu serta menjelaskan mengenai peranan Majlis Agama Islam Selangor dalam mewakili pihak-pihak yang berkaitan di Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil.

Pada pandangan Pelabuhan Klang, penambahbaikan terhadap aspek-aspek teknikal seperti ini merupakan perkara yang tidak kurang pentingnya dalam sesuatu proses pindaan undang-undang. Walaupun pindaan tersebut mungkin tidak melibatkan perubahan dasar yang besar, penyelarasan terhadap peruntukan sedia ada akan membantu memastikan pelaksanaan enakmen berjalan dengan lebih teratur, konsisten dan selaras dengan perkembangan perundangan semasa. So Pelabuhan

Klang juga berpandangan bahawa sesuatu undang-undang ini perlu sentiasa disemak dari semasa ke semasa agar kandungannya akan terus relevan serta mampu menyokong pelaksanaan fungsi institusi yang dipertanggungjawabkan di bawahnya.

Melalui pendekatan ini sebarang pertindihan kekeliruan ketidakselarasan dalam peruntukan undang-undang dapat diminimumkan sekali gus memudahkan pelaksanaan tugas oleh pihak-pihak berkaitan. Justeru itu, Pelabuhan Klang melihat cadangan pindaan ini dapat melengkapkan keseluruhan usaha Kerajaan Negeri dalam memperkemaskan enakmen pentadbiran agama Islam negeri Selangor 2023 supaya terus menjadi instrumen perundangan yang relevan, sistematik, dan mampu memenuhi keperluan pentadbiran agama Islam. Cuma yang ini nanti Yang Berhormat Speaker juga buat Speaker pula, Yang Berhormat Seri Setia kena tengok juga adakah penyediaan guaman apa semua ni macam mana orang yang MAIS mungkin garis panduan yang jelas perlu disediakan untuk MAIS dalam menyediakan perkhidmatan guaman yang macam dibentangkan tadi, so apa kalau boleh dijelaskan juga lebih secara terperinci dalam penggulungan nanti adalah lebih baik untuk kita memahamkan ahli-ahli dewan negeri sebelum kita luluskan pindaan enakmen ini.

Jadi ini diharapkan Yang Berhormat EXCO mungkin ada syarat-syarat kelayakan bantuan guaman yang perlu nak disediakan oleh MAIS dan kepada mereka yang bermastautin di negeri Selangor, so ada tak syarat-syarat dia? Ataupun yang macam mana? Sebab guaman bukan murah kan berapa ramai yang MAIS boleh sediakan bantuan guaman? Bukan murah kan jadi implikasi kewangannya macam mana budgetnya macam mana? Sumber kewangan MAIS tu datangnya daripada mana untuk menyediakan khidmat guaman. Mungkin yang ini juga boleh dijelaskan oleh Yang Berhormat EXCO dalam sesi penggulungan nanti.

Jadi Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain, Pelabuhan Klang berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor Pindaan 2026 ini merupakan satu usaha yang bertepatan dengan keperluan semasa dalam usaha untuk kita memperkemaskan Sistem Pentadbiran Agama Islam di negeri Selangor. Cadangan pindaan yang dibawa oleh Yang Berhormat EXCO Seri Setia ini bukan Sahaja mengambil kira keperluan penyelarasan terhadap beberapa peruntukan sedia ada malah turut memperkukuhkan aspek pembuatan fatwa ini yang paling penting tadi seperti yang saya nyatakan di awal ucapan saya tadi.

Pengurusan harta pusaka orang Islam, ini pun penting juga, memang ada banyak masalah pengurusan harta pusaka orang Islam ini, pemerkasaan fungsi Majlis Agama Islam Selangor. Hah, yang ni juga perlu dilihat juga jangan sampai terlebih kuasa kita bagi sehingga menyusahkan kita pada masa akan datang. Yang ini juga Yang Berhormat EXCO kena jelaskan nanti had mana imitasi kuasa MAIS terutama dalam menguruskan harta pusaka tadi. Jadi yang ni juga kena tengok jadi serta penyampaian perkhidmatan kepada Masyarakat Islam inilah yang paling penting

sekali mana yang kita bahaskan sebelum ini Rang Undang-Undang tubuh Kerajaan Negeri, Rang Undang-Undang Pemerkasaan Mahkamah Syariah kita nak mempercepatkan perkhidmatan mahkamah kita kepada rakyat yang memerlukan supaya kes-kes yang lama dapat diselesaikan, kes-kes yang baharu dapat dipercepatkan supaya tidak ada banyak isu-isu ataupun kes-kes yang tertangguh di mahkamah sehingga boleh menyebabkan masyarakat ataupun rakyat hilang kepercayaan kepada fungsi Mahkamah Syariah, fungsi Majlis Agama Islam, fungsi kita yang menjaga agama Islam ni di Selangor ini.

Jadi keyakinan itu perlu kita bina melalui perkhidmatan dan pencapaian yang baik kepada masyarakat sebaik sahaja selepas kita berjaya meluluskan enakmen ini yang tadi kita dah berjaya luluskan pindaan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri serta enakmen ataupun Rang Undang-Undang berkenaan dengan Mahkamah Syariah dan selepas ini kita insya Allah, ADUN-ADUN ataupun Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan Yang Mulia ni juga akan sama-sama menyokong untuk meluluskan pindaan Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam ini. Kita sayang agama Islam kita betul?

Yang Berhormat Hulu Kelang tapi kita nak memperkasakan agama Islam kan? Parti Islam okay? Tak apa okay so yang itu apa ni kita perkasakan ini jadi sama-sama la kita negeri Selangor ini kitalah pembuat dasar kitalah orang Islam Yang Berhormat kita sama-sama Islam okey, DAP pun sokong saya tengok untuk kita sama-sama memperkasakan agama Islam negeri Selangor ini sebab kebaikan ataupun kesemua penambahbaikan ini akan mencerminkan secara tidak langsung komitmen Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan harapan untuk memastikan pentadbiran agama Islam akan terus diperkasakan secara berterusan. Pelabuhan Klang percaya bahawa Pentadbiran Agama Islam yang cekap, tersusun, dan responsive merupakan antara faktor penting dalam memenuhi keperluan umat Islam serta meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap institusi-institusi agama di negeri Selangor. Sekinchan sokong?

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Sokong.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Okay justeru itu Pelabuhan Klang dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, menyatakan sokongan penuh terhadap Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam negeri Selangor pindaan 2026 dan berharap Rang Undang-Undang ini akan mendapat sokongan sebulat suara daripada Ahli-ahli dewan negeri Selangor demi memperkukuhkan lagi sistem pentadbiran agama Islam yang kita sayangi di negeri Selangor ini. Sekian, terima kasih, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Speaker

Batu Tiga, ya Batu Tiga.

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan

selamat petang. Terima kasih Tuan Speaker dan ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Seri Setia atas pembentangan yang panjang yang saya kira banyak perkara penting yang disebutkan dalam enakmen baharu yang kita akan pinda ini pada tahun 2026 yang akan juga memberikan kesan baik kepada seluruh masyarakat dan umat Islam di negeri Selangor. Saya bangun untuk menyatakan sokongan terhadap pindaan yang dibentangkan dalam perbahasan ini saya ingin mengambil ataupun memberikan tumpuan khusus kepada pindaan perenggan 72(GA) yang memperjelas dan memperluas kuasa Majlis Agama Islam ataupun MAIS dalam menyediakan perkhidmatan dan bantuan kepada masyarakat.

Tuan Speaker, pindaan perenggan 72(GA) memberikan kuasa kepada MAIS untuk menyediakan apa-apa perkhidmatan ataupun bantuan termasuklah perkhidmatan pengurusan wasiat, hibah, bantuan guaman, nasihat guaman dan perantaraan kepada mana-mana golongan yang ditentukan oleh MAIS. Pindaan ini juga membolehkan MAIS melantik mana-mana orang yang sesuai untuk mengetuai atau melaksanakan perkhidmatan dan bantuan tersebut. Saya menyambut baik pindaan ini kerana ia memberikan asas perundangan yang lebih jelas kepada MAIS untuk bertindak dengan lebih telus.

Flexible dan responsive terhadap semua keperluan masyarakat, cabaran yang kita hadapi oleh masyarakat hari ini bukan hanya berkaitan dengan kekurangan pendapatan, dia seperti disebut oleh Pelabuhan Klang tadi ada banyak kes-kes yang tertunggak ini akan bagi kesan kepada seluruh masyarakat dan keluarga. Dia ada masalah undang-undang, dia ada masalah pertikaian harta, ada masalah konflik keluarga dan semua itu akan bagi kesan kepada keseluruhannya termasuk dengan pengurusan harta pusaka, hutang dan kehilangan harta. Mereka mungkin tidak tergolong dalam kategori penerima bantuan kewangan tertentu, tetapi masih lagi memerlukan intervensi ataupun sokongan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Oleh itu pindaan ini penting kerana peranan institusi agama tidak hanya lagi dilihat sebagai sudut pemberian bantuan kewangan semata-mata tetapi MAIS hari ini turut memberikan ruang menyediakan perkhidmatan profesional kepada masyarakat yang memerlukan. Tuan Speaker antara perkhidmatan yang dinyatakan secara khusus ialah pengurusan wasiat dan juga hibah. Ramai dalam kalangan masyarakat hari ini masih belum mempunyai kefahaman yang jelas mencukupi untuk tentang perancangan harta semasa hidup. Ada yang menganggap wasiat, hibah, urusan pusaka hanya perlu kita fikirkan apabila usia sudah lanjut ataupun ketika seseorang itu sakit, akibatnya apabila berlaku kematian, waris berhadapan masalah dokumen yang tidak lengkap. Saya tak tahu berapa jumlah tanah yang Pelabuhan Klang sebut di kawasan dia yang ada, yang masih lagi dalam pertikaian, tak boleh beli ke Pelabuhan Klang? Tak boleh beli ya? Maknanya memang duduk kat situlah tanahnya, sebab dokumen tak lengkap, cari waris pun tak jumpa so akhirnya Kerajaan menanggung masalah itu juga turut ditanggung oleh pihak Kerajaan. Iya lah nak buat

apa akhirnya tanah yang terbiar ini akan naik semak samun ataupun pencerobohan akhirnya Kerajaan pun tak mampu buat apa-apa pun sebab kita tak boleh akses pada pemilikan tanah tersebut.

Dan atas sebab itu dan masalah yang berlaku inilah saya berharap pindaan yang kita laksanakan ini akan berikan justice keadilan yang sebaiknya dan juga mempermudahkan urusan waris untuk membuat tuntutan harta. Dalam sesetengah keadaan, pertikaian harta bukan hanya menyebabkan aset-aset terbeku tetapi turut menyebabkan hubungan ataupun kerosakan hubungan antara ahli keluarga itu juga turut terjejas. Oleh itu, saya berharap perkhidmatan yang diberikan oleh pihak MAIS tidak hanya bermula apabila berlaku kematian ataupun pertikaian. Ia juga perlu turut merangkumi pendidikan awal ataupun intervensi ataupun kita bagi advokasi kepada seluruh masyarakat supaya perancangan harta, khidmat nasihat, wasiat itu dimulakan lebih awal supaya urusan-urusan itu tidak datang masalah pada kemudian hari dan mungkin juga intervensi ini boleh jadi macam pelbagai cara, kita mungkin boleh beri khidmat nasihat, kita juga boleh bantu mereka untuk isi borang wasiat lebih awal kadang-kadang kita takut. Saya pun takut kalau Pelabuhan tidak takut, saya tidak tahulah. Takut-takut kita ini beriya sangat isi borang wasiat ini. Bukan sebab kita ini dah dapat hint nak meninggal dunia ke, bukan. Tapi sebabkan inilah suasananya yang sepatutnya kita ajar, mungkin kita juga perlu beri advokasi kepada seluruh masyarakat.

Dan apabila kita boleh melaksanakan program itu, maknanya perkhidmatan itu dimasukkan dalam perkhidmatan baharu MAIS, maka saya berharap ia juga boleh beri pendedahan awal kepada seluruh masyarakat. MAIS juga boleh jalinkan hubungan, dan saya pasti hubungan dengan pihak masjid, Pejabat Agama Daerah, pelbagai agensi, kita juga boleh jalinkan kerjasama itu supaya perkhidmatan yang nak disampaikan itu lebih dekat dengan masyarakat. Dan klinik kalau boleh saya cadangkan, klinik perancangan harta Islam ataupun harta yang disebutkan wasiat tadilah, secara berkala boleh kita laksanakan di setiap peringkat daerah. Dengan pendekatan ini, masyarakat bukan hanya perlu menunggu krisis untuk mendapatkan bantuan tetapi mereka boleh dijadikan (MAIS) boleh dijadikan sebagai one stop center untuk mendapatkan perkhidmatan-perkhidmatan tertentu.

Tuan Speaker, pindaan ini turut menyatakan bantuan guaman ataupun menyebut tentang bantuan guaman dan nasihat guaman antara perkhidmatan yang akan disediakan oleh pihak MAIS. Ini juga satu perkara yang penting dan saya menyambut baik usaha ini dan cuma masyarakat hari ini tertanya tentang kos. Apakah kalau sekadar untuk mendapatkan perkhidmatan nasihat dan sebagainya, apakah mereka perlu mengeluarkan kos? Saya mohon kalau boleh dipertimbangkan. Ada banyak kategori masyarakat kita ini yang juga memerlukan pandangan-pandangan daripada pihak MAIS terutamanya dari sudut perundangan. Ada ibu tunggal yang juga memerlukan bantuan menuntut nafkah. Ada waris yang tidak tahu cara nak menguruskan harta pusaka. Ada juga individu yang pada mereka, mereka mempunyai

hak daripada sudut sisi undang-undang tetapi tidak mampu untuk mendapatkan nasihat dan perwakilan yang sewajarnya.

Hak yang diberikan undang-undang tidak banyak ertinya kalau sekiranya seseorang itu tidak tahu yang mereka mempunyai hak tersebut dan tidak tahu bagaimana nak mengakses kepada hak tersebut. Justeru, saya mencadangkan agar MAIS membangunkan satu mekanisme bantuan guaman syariah yang lebih tersusun untuk kita berikan advokasi kepada seluruh masyarakat. Dan perkhidmatan ini saya fikir kalau kita berjaya menjelaskan kesemuanya kepada seluruh masyarakat maka urusan harta peninggalan umat Islam akan lebih prosesnya akan jauh lebih mudah.

Saya nak sentuh satu perkara yang saya kira penting kalau kita lihat kepada golongan OKU, kalau boleh saya sentuh tapi tidak disebut dalam mana-mana bahagian dalam pindaan ini dan saya mohon dipertimbangkan oleh pihak Yang Berhormat EXCO. Sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Orang Kurang Upaya Selangor, saya ingin memberikan penekanan khusus kepada akses golongan OKU Islam kepada perkhidmatan yang bakal kita sediakan dalam pindaan ini. Kita tidak boleh bercakap tentang peluasan perkhidmatan kepada masyarakat sekiranya masih terdapat sebahagian anggota masyarakat yang tidak mampu nak mengaksesnya. Pindaan ini kita mesti terjemahkan dan perubahan itu benar-benar dirasai oleh kumpulan OKU minoriti kita. Bukan sekadar mereka ini nak mendapatkan perkhidmatan, sebenarnya mereka ini nak mendapatkan maklumat pun kadang-kadang agak sukar.

Golongan OKU mempunyai hak dan keperluan yang sama seperti semua anggota masyarakat. Mereka juga perlu uruskan wasiat dan hibah. Mereka juga perlu mendapatkan nasihat guaman. Mereka juga nak mempertahankan hak mereka dalam sebarang pertikaian keluarga. Dan malah kita menyentuh tentang menuntut nafkah, menguruskan penjagaan anak serta menyelesaikan masalah urusan-urusan pusaka, itu juga warga OKU turut mengalaminya. Malah dalam sesetengah keadaan, keperluan mereka kadang-kadang lebih mendesak kerana mereka mungkin berhadapan dengan risiko eksploitasi, pengabaian dan kehilangan hak akibat ketidakupayaan. Namun realitinya, golongan OKU sering melepasi pelbagai halangan ini, sering merasakan halangan-halangan ini sukar untuk mereka mendapatkan akses kepada perkhidmatan. Contoh, saya bagi contoh. Bagi individu pekak terutamanya, halangan utamanya ialah komunikasi. Tanpa juru bahasa isyarat, mereka mungkin tidak mampu ataupun tidak boleh mendapatkan khidmat nasihat yang diberikan. Jauh sekali untuk kita mendapatkan kejelasan kedudukan masalah mereka dalam kes tersebut. Ataupun kita nak menyediakan borang dan sebagainya, tidak ada akses kepada komunikasi kepada pihak mereka.

Dalam urusan yang melibatkan hak, keluarga dan harta, kegagalan menyediakan komunikasi yang boleh diakses bukanlah kelemahan yang kecil. Ia boleh menyebabkan seseorang membuat keputusan tanpa memahami implikasinya. Saya menyentuh sebahagiannya bagi OKU pekak ini sebab kita berhadapan dengan

pelbagai kes-kes tertunggak akibat ketiadaan juru bahasa isyarat. Itu yang disebut oleh kawan-kawan daripada OKU pekak sebab bila ada kes yang telah dijadualkan, akhirnya kerana tidak ada dana tambahan untuk cari juru bahasa isyarat ataupun ada kekangan untuk mendapatkan juru bahasa isyarat, akhirnya kes mereka sering tertangguh dan tertangguh. Bagi OKU penglihatan pula, dokumen bercetak, borang permohonan dan platform digital yang tidak serasi. Semua ini menutup akses kepada mereka untuk mendapatkan perkhidmatan. Kalau seseorang itu tidak boleh membaca dalam portal melalui screen reader, butangnya susah untuk kita akses dan akhirnya segala maklumat yang kita pamerkan dalam website itu tidak mampu mereka dapatkan informasinya.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat EXCO, warga OKU penglihatan sekarang ini lebih mahir menggunakan telefon berbanding dengan kita. Saya pun tidak tahu macam mana mereka pakai. Mereka lebih mahir gunakan iPhone dan juga apps dalam ini lebih mahir tanpa melihat berbanding dengan kita, cuba test. Yang Berhormat Seri Setia tutup mata pakai handphone. Saya pun tidak tahun dia buat macam mana tapi kemahiran itu ada pada mereka dan mereka boleh akses maklumat. Cuma hari ini, mereka berdepan dengan pelbagai masalah. Website kita tidak boleh diakses oleh screen reader. Itu perkara pertama yang saya nak sebut. Dan keadaan ini bukan hanya menyusahkan, malah pelbagai lagi kalau mereka tidak boleh mendapatkan bacaan daripada screen reader itu, akhirnya segala borang dan apa pun tidak mampu mereka mendapatkan maklumat. Dan kalau kita sebut tentang cabaran yang lebih besar berhadapan dengan OKU intelektual ataupun masalah pembelajaran, saya ingat ini lagilah sangat kompleks untuk kita uruskan kehadiran dan keperluan mereka semua.

Dan saya nak bercakap pula kepada akses bangunan. Yang Berhormat Seri Setia sering bercakap tentang kita menggunakan infrastruktur sedia ada. Persoalan saya adakah infrastruktur sedia ada kita hari ini mampu diakses oleh kawan-kawan OKU berkerusi roda kita? Kita pernah cuba bawa mereka datang ke Sidang Dewan melalui kerjasama dengan Majlis Belia OKU Kebangsaan. Saya bawa datang ke Sidang Dewan di sini. Akhirnya dengan laporan yang mereka berikan, ada beberapa keadaan mereka tidak mampu dapat akses sehingga masuk ke chamber dalam kawasan kita. So mungkin kalau diperlukan saya bersedia untuk bekerjasama untuk kita jalankan audit akses untuk melihat bangunan kehakiman syariah kita, apakah ia mampu diakses oleh kawan-kawan fizikal kita?

Dan saya ingin mencadangkan supaya MAIS tidak hanya menyenaraikan OKU sebagai salah satu golongan penerima. MAIS perlu tetapkan standard penyampaian maklumat yang benar-benar inklusif, boleh diakses dan mempunyai pelaksanaan yang sangat jelas. Standard ini, dia perlu kepada kita mendengar keperluan mereka. Kalau perlu kepada dialog, saya juga terbuka untuk aturkan. Mungkin kawan-kawan OKU kita boleh datang bertemu dengan pihak Yang Berhormat ataupun pihak Jabatan Kehakiman, kita boleh aturkan, mungkin boleh mendengar pandangan dan saranan

mereka. Dan selain daripada juru bahasa isyarat itu, dia turut melibatkan kos. Di bawah Majlis Tindakan Orang Kurang Upaya Selangor, kita juga menyediakan sedikit geran bantuan juru bahasa isyarat yang mungkin boleh dimanfaatkan oleh pihak Jabatan Kehakiman Syariah dan saya pun telah sebut kepada Yang Amat Arif, mungkin kerjasama itu boleh kita laksanakan supaya ia boleh terus kita jalankan.

Dan kos itu sepatutnya ataupun bagi pihak kami tidak akan menjadi beban kepada warga OKU pekak dan saya berharap itu semua boleh mereka uruskan dan kes boleh terus dijalankan. MAIS juga boleh bangunkan sistem, mungkinlah, mungkin cadangan saya, sistem juru bahasa ataupun tempahan yang lebih tersusun. Kaedah ini boleh kita bincangkan kemudian, tidak perlu kita bahaskan di sini. Mungkin kaedah bagaimana penyusunan kes dan juga tempahan kepada juru bahasa isyarat itu saya ingat kita boleh uruskan kemudian nanti. Dan tentang laman sesawang yang saya sebutkan tadi, itu juga perlu kita laksanakan akses audit yang sangat penting. Dan keempat ialah pegawai..

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Batu Tiga.

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Mohon mencelah. Terima kasih Speaker. Saya tertarik dengan cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh Batu Tiga tentang prasarana yang membantu orang kurang upaya. Dia bukan setakat membantu fizikal kepada mereka ini, malah kepada sistem. Dan sementara MAIS diberikan ruang untuk membantu orang awam ini, apakah bagusnya kalau daripada awal lagi kita membentuk sistem supaya mereka tidak ada masalah di kaunter? Kerana kaunter juga tidak ada orang yang boleh membantu mereka untuk berkomunikasi. Kita buat seumpamanya kita buat temu janji dengan jabatan kerajaan dalam musim PKP, buat online untuk orang kurang upaya ini kemukakan temu janji mereka, masalah mereka, kemudian berikan masa dan tarikh untuk mereka hadir ke mahkamah untuk membantu mereka. Dan MAIS adalah pihak yang sangat bagus untuk membantu orang kurang upaya ini untuk memudahkan urusan mereka. Apa pandangan Batu Tiga? Terima kasih.

Baik. Saya bersetuju dengan pandangan Sungai Ramal dan saya mohon dimasukkan sekali dalam perbahasan ini. Berkenaan dengan perkara penting juga selain daripada kita menyediakan infrastruktur, kita juga menyediakan sistem yang penting juga ialah bagaimana kita juga boleh menyediakan pegawai-pegawai yang juga mahir mengendalikan warga OKU, terutama juru bahasa isyarat. Kadang-kadang kalau kita set appointment ataupun kita susun kes, jadual kes itu, kita boleh aturkan mereka ini datang pada waktu tertentu dan kita buat tempahan juga bahasa isyarat. Tetapi adakala dan kebetulannya mungkin mereka ini datang secara ad hoc dan ketika itu siapa yang kita rasa boleh bantu mereka untuk berurusan.

Umumnya, Yang Berhormat Seri Setia, kebanyakan mereka yang mungkin pergi belajar ke universiti, mereka boleh akses kepada bacaan. Yang itu okey. Di mana setengah-setengah keadaan kalau kita berhadapan dengan OKU pendengaran, mereka ini boleh membaca. So kita mungkin boleh berkomunikasi dengan mereka by text. Kita boleh bercakap dan kita boleh ini. Tapi setengah keadaan, tidak juga. So akhirnya kita akan berhadapan dengan masalah. Kita tidak ada pegawai ataupun pegawai-pegawai terlatih yang mungkin boleh menguruskan mereka. Dan latihan ini sebenarnya telah pun kami sediakan di bawah Majlis Tindakan Orang Kurang Upaya Selangor, MTOS. Tapi namanya ialah DET, Disability Equality Training yang kebanyakan training itu disesuaikan dengan bangunan-bangunan untuk kita membuat pengambilan pekerjaan. Tapi saya percaya DET ini boleh kita sesuaikan juga kepada Jabatan Kehakiman untuk kita lihat keseluruhannya supaya mereka juga boleh akses kepada perkhidmatan ini.

Yang terakhir Yang Berhormat Speaker. Dalam urusan guaman dan juga pengantaraan, saya harap urusan-urusan OKU ini tidaklah ditangguhkan kerana saya sedih bila mendengar kawan-kawan OKU kita bila kesnya ditangguhkan. Maka dia juga macam kita jugalah. Kalau urusan itu kita rasa nak cepat, kita nak selesaikan cepat. Apa jua urusanlah. Urusan harta ataupun kes penceraian dan sebagainya, kita nak semua itu juga dibuat secara cepat. Tapi bila kawan-kawan OKU kita dengan masalah accessibility dilambatkan kes ataupun ditangguhkan kes, akhirnya mereka juga berhadapan dengan masalah yang sama seperti mana yang kita alami. Saya harap kita juga perlu mempertimbangkan urusan ini agar semua pihak termasuk warga OKU juga mendapatkan akses yang baik daripada perkhidmatan kita dan saya percaya kalau kita boleh mempertimbangkan kesemuanya sekali, warga OKU tidak akan tertinggal sedikit pun daripada perkhidmatan jabatan kehakiman yang sediakan.

Yang terakhir, sedikit tentang, selesai dah. Dan yang terakhir, saya menutup dengan saya menyokong, Batu Tiga menyokong Rang Undang-Undang Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor Pindaan 2026. Sekian dahulu wabilahitaufik walhidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu.

Speaker

Ya, Sungai Panjang.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Speaker dan Ahli-ahli Dewan sekalian. Sungai Panjang memulakan dengan kalam Allah (bacaan suci ayat Al-Quran). ‘Dan ingatlah ketika tuhan mu berfirman kepada malaikat sesungguhnya aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi, mereka bertanya tentang khidmat ketetapan tuhan itu dengan berkata wahai tuhan, adakah engkau nak menjadikan mereka golongan-golongan yang suka melakukan kerosakan dan suka bergaduh sehingga menumpahkan darah, sedangkan kami ini adalah golongan yang sentiasa bertasbih memuji mu dan menyucikan mu. Tuhan berfirman kepada malaikat,

sesungguhnya aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahui’, Al-Baqarah surah yang kedua ayat 30 juzuk pertama halaman yang keenam.

Bunga selasih di tepi kali, Mekar indah warna seroja, Islam memimpin cemerlang sekali, Cahaya ilmu seluruh peradaban dunia.

Sungai Panjang mulakan dengan muka surat 28, peralihan kepada Jawatankuasa Muzakarah. Melihat betapa pentingnya merujuk kepada kepimpinan dalam hal ehwal agama, ini menunjukkan kepentingan kepada pihak berkuasa yang berwibawa dalam menentukan sesuatu hukum termasuk yang disebutkan selalu sebagai fatwa, iaitu institusi fatwa di peringkat kebangsaan untuk menjaga kesatuan ummah. Maka penggantian rujukan kepada Jawatankuasa Muzakarah, perlu dilihat dalam kerangka taat kepada pihak berkuasa yang sah.

Yang kedua, peralihan ini harus dinilai sejauh mana ia menyumbang kepada penyelarasan fatwa antara negeri bagi mengelakkan perbezaan pandangan yang berpecah belah dalam ummah. Banyak kajian yang menunjukkan bahawa keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang tidak diwartakan di sesetengah negeri menyumbang kepada ketidakseragaman fatwa tersebut. Sungai Panjang bertanya, apakah Jawatankuasa Muzakarah mampu mengatasi cabaran ini dengan lebih berkesan dan apakah jaminan bahawa peralihan rujukan daripada Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kepada Jawatankuasa Muzakarah di bawah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) tidak akan menjejaskan keseragaman fatwa antara negeri-negeri sedangkan bidang kuasa agama yang kita maklum adalah di bawah negeri dan pewartaan fatwa juga masih bergantung kepada perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan negeri masing-masing.

Sungai Panjang juga bertanya, bagaimanakah Kerajaan Negeri memastikan bahawa struktur dan kredibiliti Jawatankuasa Muzakarah ini setanding dengan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang dimansuhkan rujukannya terutamanya dalam aspek kepakaran syariah, dalam aspek autoriti dan juga dalam aspek proses perundingan yang telus.

Yang Berhormat Speaker dan Ahli Dewan sekalian, yang kedua Sungai Panjang bahaskan pada muka surat 33 pada bidang perluasan bidang kuasa majlis dalam pengurusan harta. Sudah menjadi kewajipan wasiat dan faraid sebagaimana yang disebutkan di dalam surah An-Nisa’ surah keempat ayat 11 dan 12, juzuk 4, halaman 78 dan 79 (bacaan suci ayat al-quran). Pembahagian-pembahagian tersebut, sesudah dipenuhi wasiat yang ia buat atau sesudah dibayar segala-segala hutangnya. Ini menekankan bahawa wasiat hutang adalah perkara utama dalam pembahagian harta.

Lalu, bagaimanakah kebolehan berwasiat tidak melebihi sepertiga harta? RUU Enakmen ini menunjukkan bahawa wasiat terhad kepada satu pertiga, jika Majlis diberi kuasa untuk mengurus pusaka di bahagian 10(b) atau X(b), perlulah dipastikan bahawa sebarang tindakan majlis tidak melanggar had yang telah ditetapkan oleh syariat ini, terutamanya dalam konteks tuntutan waris. Kerana pernah berlaku di zaman Rasulullah, bila sahabat bertanya kepada Rasulullah, sungguhnya aku mempunyai harta yang banyak dan hanya seorang anak perempuan ku yang akan mewarisi harta ku. Sahabat bertanya, bolehkah aku wasiatkan seluruh harta ku, baginda menjawab tidak. Bertanya lagi, separuh, baginda menjawab tidak. Bertanya lagi sepertiga, baginda menjawab ya sepertiga dan sepertiga itu sudah cukup banyak.

Jadi kepentingan pengurusan harta pusaka secara adil ini menekankan bahawa pengurusan harta pusaka adalah satu amanah yang sangat besar dan akan datang ini diambil alih oleh Majlis sebagai pemegang amanah yang perlu dipertanggungjawabkan dengan mekanisme yang jelas bagi memastikan harta tersebut sampai kepada waris yang berhak kerana kita dilarang mengambil harta secara batil. (bacaan suci ayat Al-Quran). Al-Baqarah, surah yang kedua, ayat 188, juzuk 2, halaman 29.

Persoalan yang di sini yang mahu dibangkitkan oleh Sungai Panjang, skop kuasa mengambil apa-apa tindakan yang perlu seksyen 121G sehingga 121I, apakah maksud frasa ini? Adakah ia memberi kuasa kepada Majlis untuk memohon perintah pembahagian di mahkamah sivil ataupun mahkamah tanah tanpa persetujuan eksplisit setiap waris. Jika ya, bagaimanakah hak waris dijamin selaras dengan prinsip keadilan dalam Islam itu sendiri. Persoalan yang kedua, di sini berlaku pertindihan dengan agensi-agensi sedia ada dan juga undang-undang utama yang sedia ada di Malaysia. Antaranya Akta Wang Tak Dituntut 1965, Akta 370, Akta Probet dan Pentadbiran 1933, Akta 97, Akta Perbadanan Harta Pusaka Berkanun 1959, atau Akta Amanah Raya Berhad dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam negeri-negeri yang kita sedang bahaskan ini.

Jadi, pertindihan ini bagaimana Kerajaan Negeri memastikan bahawa kuasa Majlis ini tidak bercanggah dengan bidang kuasa Unit Pembahagian Pusaka yang disebutkan tadi dan tidak bercanggah dengan Mahkamah Tinggi Sivil dalam kes probet dan pentadbiran. Adakah telah ditentukan had nilai atau hierarki yang jelas bagi mengelakkan kekeliruan-kekeliruan tersebut? Ini penting kerana Enakmen Ibu sedia ada memperuntukkan kuasa Majlis bertindak sebagai wasi atau pentadbir dan pindaan ini perlu menjelaskan peranan-peranan tersebut. Dan kita lihat baru-baru ini bagaimana dengan apa yang dicadangkan Kerajaan Persekutuan, harta yang tidak dituntut sebelum ini daripada lima belas tahun dikurangkan kepada sepuluh tahun, Kerajaan perlu selesaikan isu-isu ini dalam tempoh sepuluh tahun, jika tidak harta tersebut tidak boleh dituntut.

Persoalannya seterusnya dalam bab ini tentang akauntabiliti Majlis sebagai pemegang amanah seksyen 121H muka surat 34. Enakmen ini pula menyatakan keperluan audit tahunan. Enakmen ini tidak menyatakan keperluan audit tahunan, penyata kewangan berasingan atau pelaburan awam khusus bagi dana pusaka yang dipegang Majlis. Jadi, bagaimana Kerajaan Negeri memastikan akauntabiliti dan ketelusan pengurusan harta pusaka ini terutamanya dalam pelaburan yang boleh membawa risiko kerugian agar tidak menyalahi prinsip menunaikan amanah. Perkara yang ditimbulkan ..

Tuan Mohd Shafie bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Sungai Panjang, mohon mencelah. Dengan izin Speaker, masih mengenai pertindihan dalam pemegang amanah. Saya ingin mendapatkan pandangan Sungai Panjang dalam konteks jika berlaku pertindihan antara pihak-pihak yang Islam dan bukan Islam dalam pertikaian. Apakah pihak Majlis Agama Islam Selangor ada kuasa juga untuk menjadi pemegang amanah kepada harta orang bukan Islam yang sekiranya salah satu pihak itu adalah orang Islam dan bukan Islam? Apa pandangan Yang Berhormat Sungai Panjang? Terima kasih.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Sungai Panjang mohon dimasukkan pertanyaan itu supaya dijawab oleh EXCO. Kalau jawab Sungai Panjang terpaksa jadi EXCO. Baik, ya, benar perkara itu berlaku kerana boleh jadi mungkin ada mualaf yang masuk Islam dan keluarganya masih bukan Islam, jadi hubungan kekeluargaan itu tidak putus. Sudah tentu ada harta yang disebut sebagai sesama mereka sepencarian ataupun harta keturunan mereka. Jadi, sudah tentu ada garis panduan bagi kita sebelum kita meletakkan ketetapan dalam Enakmen ini.

Begitu juga dalam kuasa membuat peraturan seksyen 121I ini dan kekosongan perundangan. Oleh kerana pelaksanaan terperinci seperti had nilai tidak ada, had nilai pusaka tidak ada ...

Speaker

Yang Berhormat.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Ya.

Speaker

Jam telah pun menunjukkan pukul 4.30 petang, jadi saya tangguhkan sidang Dewan pada hari ini ke pukul 10, 6 Ogos 2026 iaitu hari Khamis. Dewan ditangguhkan.

(Dewan ditangguhkan pada jam 4.30 petang)