Selangor · 6 August 2026
15th Assembly, 4th session, 2nd meeting · not final · 271 turns · 35,071 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.
(Pembukaan)
Selamat pagi dan salam sejahtera. Aturan Urusan Mesyuarat bagi Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Kelima Belas pada 6 Ogos 2026 dimulakan dengan bacaan Doa.
(PENOLONG SETIAUSAHA DEWAN MEMBACA DOA)
Pertanyaan-Pertanyaan LisanQuestions
Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya, pertanyaan-pertanyaan.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam sejahtera, selamat pagi. Dewan pada pagi ini mengalu-alukan lawatan murid-murid dari Sekolah Menengah Kebangsaan Ampang Pecah yang diketuai oleh Puan Saripah Bakar. Ahli Majlis Perbandaran Hulu Selangor. Lawatan ini diatur oleh Yang Berhormat Kuala Kubu Baru.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat juga, program saringan kesihatan akan diteruskan pada hari ini bertempat di bilik rawatan bersebelahan ruang media. Program ini dikendalikan oleh Dr. Siti Hajar bersama pasukan perubatan daripada Klinik Kesihatan Kota Damansara. Saringan ini dibuka kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat, para petugas, kakitangan, sukarelawan serta anggota polis yang bertugas. Saya dah pergi dah, Alhamdulillah result nya sangat bagus.
Kita teruskan urusan mesyuarat kita pada hari ini dengan pertanyaan-pertanyaan. Saya persilakan Yang Berhormat Bukit Melawati.
Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Speaker. Soalan saya nombor 40.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 40. Skim Hpipt Anak SelangorQuestions
40. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-
a)
Adakah Kerajaan Negeri telah membuat penilaian terhadap kecukupan kadar bantuan HPIPT bagi keperluan semasa pelajar IPT?
b)
Berapakah jumlah permohonan HPIPT yang telah diluluskan di DUN Bukit Melawati bagi tahun 2025 dan 2026?
Terima kasih, Bukit Melawati atas soalan yang berkenaan dengan Hadiah Pengajian IPT Anak Selangor. Untuk makluman Yang Berhormat terdapat sedikit peningkatan penerima-penerima Hadiah IPT berbanding 2021 dan 2022 kerana pada tahun 2022 kita telah memberikan ataupun menyampaikan sumbangan ini kepada 3,000 orang pelajar berbanding 2,450 dan jumlah itu kekal pada angka 3000 orang dengan kos lebih kurang RM3 juta pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026. Jadi soalan Yang Berhormat adalah berkenaan kecukupan. Memang Yang Berhormat, daripada padatan kita terutama dia dua tahun terakhir tahun 2025 dan 2026, jumlah permintaan atau pun aplikasi yang dibuat oleh anak-anak yang masuk universiti ini mencecah lebih daripada 5 ribu orang. Justeru, Kerajaan Negeri sedang menilai dengan hasil Kerajaan Negeri yang berpadanan. Sewajarnya pada tahun hadapan, kita boleh meningkatkan jumlah penerima Hadiah Pengajian IPT kepada lebih 3,000 orang. Mungkin kita boleh mencecah kepada 5,000 ke 6,000 orang bergantung kepada hasil Kerajaan Negeri.
Perkara kedua, yang selalu menjadi pertimbangan dan juga permintaan serta rayuan daripada pemohon-pemohon adalah berkenaan tempoh masa. Tempoh masa yang diberikan sekarang ini agak singkat, kerana pelajar-pelajar itu, tidak, kadang-kadang tidak diberikan masa yang secukupnya untuk membuat permohonan. Permohonan-permohonan dibuka biasanya sebelum mereka mendapat kepastian masuk ke institusi pengajian atau pun di peringkat pengajian ketiga. Dan waktu yang diberikan itu mungkin dalam tempoh sebulan. Dan mungkin kita boleh memperpanjangkan pada masa depan. Dan ini akan segera diteliti oleh pihak Kerajaan Negeri, supaya tahun hadapan jumlah peserta kita boleh pertingkatkan dan kita boleh kembalikan masa atau pun waktu yang bersesuaian sebagaimana yang dipohon oleh pemohon-pemohon. Kita pernah memberikan sumbangan kepada 5000 orang pada satu ketika dahulu. Dan Insya-Allah kita kana kembalikan jumlah itu pada tahun hadapan tahun 2027 dalam Belanjawan Negeri Selangor.
Soalan yang kedua, adalah berkenaan jumlah penerima Hadiah Pengajian IPT untuk DUN Bukit Melawati. Pada tahun 2025, sebanyak 58 orang. Dan pada tahun 2026 sebanyak 45 orang. Daripada Kuala Selangor lebih spesifik, secara perincinya, daripada kawasan DUN Bukit Melawati. Terima kasih, Yang Berhormat.
Soalan Tambahan.
Soalan Tambahan? Silakan.
Terima kasih Yang Berhormat. Bila kita lihat ada permohonan sebanyak 5000 setakat ini mungkin ada penambahan. Jadi saya nak tanya, sejauh manakah kadar bantuan, hadiah ini, sebanyak seribu ni, masih lagi relevan dalam penampung peningkatan bagi kos permulaan, daripada untuk memasuki IPT. Termasuk yuran pendaftaran, penginapan serta keperluan asas seperti pembelian komputer riba.
Yang kedua, soalan saya, apakah bantuan alternatif sekiranya bantuan ini tidak diluluskan? Jadi, adakah bantuan-bantuan lain, untuk menampung kewangan untuk meneruskan pengajian ini. Terima kasih.
Terima kasih. Konsep Hadiah Pengajian IPT bukan lah satu konsep untuk membiayai pendidikan. Ia adalah hadiah kepada pelajar-pelajar tersebut untuk memasuki universiti-universiti terbabit. Kenapa jumlah itu kita mula sedikitkan, Yang Berhormat? Sebab, mulai tahun 2026 kita sudah memberikan hadiah itu dalam bentuk RM1,500 sebenarnya kepada anak-anak yang berumur 18 tahun dan biasanya, apabila mereka 18 tahun, mereka akan masuk ke universiti atau pun ke pendidikan ketiga. Jumlahnya pun lebih tinggi iaitu RM1,500. Sebab itu kita menjajarkan balik Hadiah Pengajian IPT supaya dilihat kesesuaiannya bersama dengan TAWAS atau pun skim TAWAS yang telah memberikan sistem RM1,500 kepada pelajar-pelajar atau pun anak-anak muda. Mungkin mereka tak masuk universiti. Mereka akan masuk pusat pengajian TVET. Dan sebab itulah Kerajaan Negeri mempertimbangkan balik. Namun kita akan semak balik dengan perlaksanaan Hadiah Pengajian IPT bersama dengan skim TAWAS pada tahun 2026. Kita nak pastikan mereka tidak bertembung atau pun lebih ramai akan dapat menikmati program tersebut. Itu yang utama.
Yang kedua, di bawah Pentadbiran kita juga, kita ada beberapa skim tajaan-tajaan dan juga pinjaman biasiswa. Sama ada pinjaman biasiswa boleh ubah atau pun pinjaman pendidikan boleh ubah milik Kerajaan Negeri. Ada sekitar 300 ke 400 orang. Dalam masa yang sama kita juga turut memberikan penajaan kepada pekerja-pekerja atau pun pegawai-pegawai Kerajaan, Anak-anak Syarikat Kerajaan Negeri dan angkanya sangat-sangat jelas. Kita ada berapa ramai. Sama ada dia pekerja atau anak pekerja. Di peringkat GLC kita juga ada penajaan. Di samping kita memperkenalkan beberapa Program seperti Biasiswa Menteri Besar dan juga tajaan Program VITARA. Yang mana program VITARA ini kita bertujuan untuk menghantar pelajar-pelajar terbaik kita, “cream of the cream” ke universiti terbaik dunia. Kita anggarkan mula-mula kepada 10 universiti terbaik dunia. Namun begitu kita sekarang lebarkan kepada 50 universiti terbaik dunia. Dan di antara mereka yang telah mendapat sokongan itu telah menamatkan pengajian. Walaupun kita letakkan bon untuk mereka kembali bekerja dengan Kerajaan Negeri, namun begitu kita juga memberikan sedikit keluasan atau pun kelonggaran bersesuaian dengan ruangan
pekerjaan ataupun ruangan yang ada di pihak Kerajaan Negeri. Selepas ini, ada yang kita ingin perhatikan ialah tajaan-tajaan seperti VITARA yang kadang kala berjumlah sampai RM1 juta ataupun Biasiswa Menteri Besar yang nilainya mungkin ratusan ribu Ringgit Malaysia akan ditujukan kepada beberapa sub-sektor penting seperti ENE. Seperti life senses. Seperti bidang perubatan yang memerlukan jumlah tenaga-tenaga ikhtisas atau pekerja-pekerja mahir dalam bidang-bidang tersebut berbanding dengan membuka kepada bidang yang biasa atau pun seperti accounting dan sebagainya yang agak lazim disertai oleh peserta-peserta terbabit. Jadi, ini antara perkara yang kita ada. Kita ada pinjaman dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah. Kita ada biasiswa kepada Anak-anak Syarikat Kerajaan Negeri yang mendapat sokongan-sokongan dari pada pihak Kerajaan Negeri. Di samping boleh meneruskan melalui PTPTN. Dan tahun ini sebenarnya kali pertama kita akan berbelanja RM17 juta untuk 4,000 anak Selangor untuk mereka melanjutkan pendidikan di Universiti Islam Selangor dan juga di Universiti Selangor. Dan tajaan pendidikan mereka akan ditaja 50%. Bukan hanya yuran, tapi pembiayaan pendidikan mereka itu 50% . Sebagai contoh, kalau kos perbelanjaan mereka, dulu masa, saya di universiti adalah RM21,000. Makannya yang perlu dibayar kepada PTPTN hanyalah ½ daripadanya. Iaitu RM11,000 atau RM10,500. Yang RM10,500 itu akan ditaja oleh pihak Kerajaan Negeri. Ini adalah ke arah pendidikan ketiga secara percuma atau pendidikan percuma yang akan diusahakan oleh pihak Kerajaan Negeri pada masa depan. Pada masa ini sebenarnya hanya kita dan Sarawak yang mempunyai program seumpama ini. Sarawak menaja hampir penuh atau sepenuhnya. Dan kita hanya menaja 50% kepada 4,000 pelajar. Kalau sambutannya sangat baik, tahun ini, kita akan cuba untuk melanjutkannya. Kerana pengambilan pelajar-pelajar tersebut akan bermula sekitar bulan 8 dan sekarang. Kita nak tengok respond dan maklum balas yang diberikan kepada Universiti Islam Selangor dan Universiti Selangor untuk tajaan 50% penajaan mereka belajar di universiti-universiti terbabit. Terima kasih.
Soalan Tambahan?
Soalan Tambahan.
Kota Damansara, silakan.
Terima kasih kepada YAB Dato’ Menteri Besar atas jawapan. Berbalik kepada Skim Hadiah Pengajian IPT. Saya juga merupakan penerima bagi skim tersebut ketika saya belajar. Cuma saya nak tanya, ketika zaman, adakah kerajaan bercadang untuk kembali seperti mana yang mana, setahun ini permohonannya dua kali. Sebab saya tahu ketika saya mohon dulu agak rush sebab kadang-kadang nak dapat tandatangan dari pihak IPT tu yang lama. Kita bagi kadang seminggu, dua minggu baru dapat balik. Jadi ini yang kadang-kadang ada masalah yang besar. Jadi sekarang ini, permohonan hanya setahun sekali. Memandangkan Kerajaan Negeri Selangor bercadang untuk menambah jumlah penerima pada tahun hadapan, boleh ke Kerajaan juga bercadang untuk
mempertimbangkan untuk dua kali setahun. Seperti sebelum ini, bulan 10 dengan bulan 3. Terima kasih.
Ini antara perkara yang saya sebutkan tadi. Selain jumlah peserta yang kita akan tambahkan atau pun permohonan yang akan dibuka, mungkin sampai ke 5,000. Kita tengok kepada kedudukan kita. Kita juga akan memberikan ruang masa yang lebih sesuai. Sesuai dengan kemasukan ke universiti-universiti. Isunya apabila sekali tu, kadang-kadang dia laps terlalu panjang. Ada yang mungkin tak sempat mendapatkan tandatangan dari pegawai, pengesahan kemasukan mereka ke universiti Sebab syaratnya jelas. Masuk dulu, daftar dan kita akan berikan. Cuma ruangan itu kadang-kadang agak, agak kecil, dan sempit dan ini akan kita susun balik sesuai dengan tarikh masuk ke universiti yang mungkin sedikit berubah selepas daripada pandemik. Mungkin dipanjangkan atau pun kita bagi ruang dua kali permohonan atau dua pintu untuk permohonan tersebut. Terima kasih, Kota Damansara.
Silakan, Sijangkang.
Terima kasih, Tuan Speaker. Saya ingat ada banyak ruangan-ruangan bantuan daripada Kerajaan Negeri kepada anak-anak atau pun pelajar-pelajar yang akan melanjutkan belajar ke peringkat ke tiga. Cuma saya melihat isu yang datang kepada kita ini kebanyakannya adalah persiapan untuk mereka masuk ke IPT. Daripada sudut keperluan asas yang mereka perlu. Begitu juga keperluan komputer. Saya ingat ini antara perkara yang ramai daripada masyarakat yang kurang berkemampuan terutamanya di kawasan luar bandarlah. Cuma saya nak tanya apa pendapat Dato’ Menteri Besar kalau antaranya yang mungkin boleh membantu mereka ini sebelum masuk universiti atau pun IPT atau pun pendidikan ketiga ini, Skim TAWAS tu, kalau sekarang ini kita bagi secara berfasa. Tapi mungkin kalau kita boleh bagi pada peringkat tidaklah seawal tahun secara ke semua yang penerima-penerima ini tapi sebagai kemudahan untuk persiapan mereka. Contohnya masuk ke universiti, Ogos atau pun September, begitu. Tapi diberikan kepada mereka ini lebih awal. Tidak bergantung pada tarikh kelahiran atau pun sambutan kelahiran. Terima kasih.
Untuk maksud tersebut kita terpaksa mengubah sedikit aturan atau pun syarat-syaratnya kerana biasanya dalam TAWAS, syarat itu diberikan kepada mereka yang cukup 18 tahun. Tetapi definisi itu boleh lebih terbuka, Yang Berhormat. Bukan cukup 18 tahun tertentu. Kalau pada tahun itu umurnya 18 kita boleh laksanakan sebagaimana pelaksanaan beberapa program-program seperti. Cadangan Yang Berhormat Sijangkang, boleh kita ambil kira dalam perlaksanaan Hadiah Pengajian IPT atau pun skim TAWAS yang kita nak laksanakan. Kedua, Yang Berhormat, cadangan yang tentang komputer ini juga maklum balas yang sangat menarik. Saya di peringkat kawasan atau pun di peringkat kawasan state di kawasan saya sendiri, kita ada mencadangkan untuk hadiah seperti tablet.
Rupanya tablet ini take up dia kurang sikit berbanding laptop. Dan harga laptop sedikit mahal lah. Sekarang ini laptop yang baik mungkin harganya RM2,500-RM3,000. Dan ini sedang dipertimbangkan oleh pihak Kerajaan Negeri. Kalau hadiah pengajian IPT ini kita convert kepada hadiah laptop secara berterusan ataupun tahun hadapan kalau hasil kita agak baik, kita boleh mencadangkan supaya di pusat-pusat khidmat ada hadiah laptop kepada pelajar-pelajar yang masuk universiti secara terus yang diuruskan oleh pusat-pusat khidmat. Cumanya apa yang perlu kita selaraskan sekarang ialah berapa jumlah pelajar anak-anak kita yang masuk ke universiti. Kita ada hampir 50,000-60,000 pelajar yang ambil SPM. Kadar kelulusan kita boleh dikatakan mencecah 70-80%. Kadar purata nasional kita juga bertambah baik mutakhir ini. Jadi angka itu merujuk berapa-berapa banyak potensi untuk pemberian laptop ataupun hadiah RM1,000 yang kita ingin berikan kepada mereka yang mampu melanjutkan pendidikan tersebut. Ini sedang dipertimbangkan, saya akan semak balik ikut trendnya sebab angka mereka yang masuk juga, maaf yang tamat SPM juga baik, yang tercicir juga sudah semakin berkurang dan cumanya adalah adakah konsepnya semua yang masuk pendidikan ini layak untuk terima seperti hadiah IPT ataupun kita letakkan kuota. Saya lebih ber tenancy untuk ataupun lebih cenderung untuk memberikan kepada semua nilainya mungkin RM1,000 atau RM1,500 tapi kalau kita nak tukar kepada komputer mungkin kita kena drag sikit sebab kita memerlukan jumlah kewangan yang tinggi kerana jumlah pelajar yang masuk itu saya belum dapat angka yang konklusif berdasarkan daripada trend di pihak Jabatan Pendidikan ataupun di Kementerian Pengajian Tinggi. Yang Berhormat dua perkara itu Insya-Allah kita akan pertimbangkan hadiah komputer untuk kita convert hadiah pengajian IPT dan kedua memberikan skim TAWAS ataupun sumbangan TAWAS itu lebih awal berbanding dengan menetapkan tarikh lahir iaitu pada tahun terbabit ataupun boleh dianggarkan dalam jeda 6 bulan daripada 3 bulan sebelum dan 3 bulan selepas supaya pengurusannya dapat dilaksanakan sebab kalau open sangat Yang Berhormat nanti ada yang lahir bulan 1 nak ambil bulan 12. Nanti dah bulan 12 dah hujung pula bila kita tak bagi dia kata kita tipu pula ini biasa lazim-lazim yang berlaku ada yang suka buat kerja last minute tapi kita akan cuba pertimbangkan buat apa yang terbaik supaya ada ruang untuk pentadbiran menguruskan data dan yang keduanya ada ruang untuk lebih ramai mendapatkan perjanjian ataupun dapatkan program yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Dato' Menteri Besar. Soalan seterusnya daripada Hulu Bernam. Yang Berhormat Hulu Bernam?
Tuan Timbalan Speaker, soalan Hulu Bernam nombor 41.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 41. Pelaburan Pusat DataQuestions
41. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-a) Sejauh manakah jaminan margin rizab air domestik Selangor tidak terjejas susulan unjuran impak permintaan air tinggi pusat data? b) Apakah mekanisme penguatkuasaan bagi memastikan pengendali beralih kepada penggunaan air kitar semula bagi sistem penyejukan?
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 82. Pusat DataQuestions
82. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-a) Nyatakan jumlah pusat data yang telah diluluskan di Selangor serta penggunaan air dan tenaga elektrik bagi setiap projek. b) Apakah langkah Kerajaan Negeri memastikan pembangunan pusat data tidak menjejaskan bekalan utiliti kepada rakyat?
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 168. Pelaburan Industri Pusat Data Di SelangorQuestions
168. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-a) Berhubung perkembangan industri pusat data di Selangor, bagaimanakah Kerajaan Negeri menangani isu penggunaan tenaga, air, bunyi bising dan pencemaran udara? b) Berapakah anggaran peluang pekerjaan tetap yang diwujudkan melalui industri ini?
Tuan Timbalan Speaker, saya mohon jawapan kepada soalan 41 dijawab bersekali dengan soalan nombor 82 dari Bandar Baru Klang dan juga 168 dari Rawang.
Soalan ini adalah mengenai isu sokongan bekalan utiliti seperti air dan elektrik untuk pusat data dan kepentingan pusat data di dalam pembangunan Negeri Selangor. Untuk makluman Yang Berhormat, menurut data yang diperoleh daripada agensi Kerajaan Persekutuan iaitu Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Malaysia Digital Economic Corporation (MDEC) bagi tempoh tahun 2021 hingga 2025 sebanyak 39 projek pusat data telah diluluskan di negeri Selangor. Pelaburan-pelaburan ini dianggarkan akan mewujudkan kira-kira lebih daripada 2,400 peluang pekerjaan tetap yang merangkumi pelbagai kategori meliputi pekerjaan dalam bidang teknikal, IT, jurutera, pentadbiran dan lain-lain. Di pihak Kerajaan Negeri, Kerajaan Negeri sentiasa memberi penekanan kepada pembangunan industri pusat data yang mampan dan seimbang dengan keperluan alam sekitar serta kesejahteraan rakyat. Bagi tujuan tersebut, Kerajaan Negeri mengadakan Mesyarat Penyelarasan Pra-Pelaburan Pre-Investment Coordination Meeting bersama Pihak Berkuasa Tempatan, agensi teknikal serta utiliti yang berkaitan termasuk Jabatan Alam Sekitar Selangor, Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Selangor bagi meneliti setiap cadangan projek daripada peringkat awal. Melalui pendekatan ini, aspek-aspek seperti keperluan bekalan elektrik dan air, kawalan bunyi bising, pengurusan pelepasan udara pematuhan kepada syarat alam sekitar serta kesiapsiagaan infrastruktur dapat dikenal pasti dan diselaraskan sebelum projek diluluskan. Di samping itu, Kerajaan Persekutuan melalui Data Centre Task Force (DCTF) turut melaksanakan proses tapisan di peringkat awal bagi memastikan pembangunan pusat data menggunakan sumber secara cekap dan mampan. Antara metrik utama yang dinilai ialah Power Usage Effectiveness (PUE) bagi mengukur kecekapan penggunaan tenaga, Water Usage Effectiveness (WUE) bagi memastikan penggunaan air yang optimum, serta Carbon Usage Effectiveness (CUE) bagi mengurangkan jejak karbon operasi pusat data. Setakat ini, permintaan pusat data di Selangor tidak memberi tekanan terhadap bekalan air domestik, khususnya di kawasan berpenduduk padat. Daripada aspek penggunaan air, setiap permohonan bekalan air bagi industri pusat data akan dinilai berdasarkan sistem keupayaan bekalan air sedia ada serta unjuran permintaan air terawat pada masa hadapan. Di samping itu, pemaju pusat data digalakkan mengguna pakai teknologi penyejukan yang lebih menjimatkan air seperti sistem penyejukan udara, air cooling serta memanfaatkan sumber air alternatif air kitar semula barclay water bagi mengurangkan kebergantungan kepada air terawat. Pada masa ini, margin reserve air terawat Air Selangor adalah 16.23% ataupun bersamaan 1,055 MLD yang mana masih mempunyai lebihan bekalan air terawat bagi menampung keperluan industri pusat data serta pembangunan baharu.
Selain itu, pemaju pusat data dikehendaki menyediakan infrastruktur bekalan air baru termasuk paip agihan dari kolam air yang bersesuaian serta tangki simpanan air luaran dan dalaman selama 3 hari bagi memastikan keperluan bekalan air pusat data dapat dipenuhi tanpa menjejaskan bekalan kepada pengguna sedia ada. Air Selangor juga meneliti keperluan masa hadapan untuk pusat data secara berterusan dengan unjuran untuk permintaan pada masa akan datang dianggarkan lebih kurang 632 MLD. Kerajaan Negeri berpandangan bahawa pelaburan pusat data adalah sebahagian daripada ekosistem sokongan pembangunan industri berteknologi tinggi seperti AI dan semikonduktor. Namun, perlu ada langkah kawalan yang progresif dan seimbang supaya kelestarian alam sekitar dan kehidupan rakyat tidak terjejas. Melalui mesyuarat penyelarasan pra-pelaburan juga, Kerajaan Negeri telah mensyaratkan supaya pelaburan pusat data perlu mempunyai 30% lokal content supaya syarikat tempatan memperoleh peluang perniagaan daripada pelaburan berskala besar ini. Terima kasih.
Soalan tambahan?
Yang Berhormat Hulu Kelang.
Gombak?
Hulu Kelang.
Hulu Kelang. Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Yang Berhormat mengakui bahawa pembangunan pusat data ini perlu diteliti dan diperhalusi kerana permintaan bekalan elektrik dan bekalan air merupakan antara tekanan yang paling mencabar dan saya melihat Yang Berhormat EXCO telah pun memberikan pencerahan tentang langkah-langkah kawalan yang diambil untuk menjamin kelestarian alam sekitar dan juga kesejahteraan rakyat negeri Selangor antaranya pelan strategik yang telah dibentangkan oleh Air Selangor untuk melihat apakah keperluan pembangunan pusat data untuk satu jangka masa yang akan datang. Persoalan saya ialah sejauh mana Kerajaan Negeri telah mengadakan libat urus dan perbincangan dengan Suruhanjaya Tenaga untuk memastikan pembangunan pusat data di negeri Selangor ini dapat menjamin bekalan elektrik yang mencukupi dan juga menggunakan kaedah-kaedah yang berinovasi supaya ianya tidak mengganggu bekalan elektrik untuk penggunaan domestik dan juga industri-industri yang lain. Begitu juga dengan Air Selangor walaupun mereka telah mengemukakan data-data yang diperlukan tetapi apakah jaminan yang boleh diberikan oleh Kerajaan Negeri supaya tidak akan berlaku catuan air untuk penggunaan domestik dan juga industri seperti yang telah berlaku di beberapa negeri yang melihat pembangunan pusat data ini menjadi keutamaan. Jadi saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat EXCO. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Hulu Kelang atas
prihatin berkenaan pembangunan industri pusat data ini. Bagi soalan yang pertama, berkenaan perbincangan bersama Suruhanjaya Tenaga itu memang merupakan satu perkara yang penting dan juga bagi Air Selangor, sebenarnya mesyuarat bersama kedua-dua agensi ini telah diadakan dan sentiasa diadakan untuk memastikan komen dan ulasan mereka kita dapat dulu sebelum kita memberi sokongan kepada apa-apa permohonan daripada syarikat pusat data. Dan ada satu lagi agensi di peringkat persekutuan iaitu Data Centre Task Force yang dipengerusikan oleh Menteri MITI dan juga Menteri Digital, pengerusi bersama di dalam jawatan kuasa Data Center Task Force (DCTF) ini untuk menilai semua aspek-aspek ataupun kemungkinan impak yang dihasilkan oleh pelaburan pusat data ini sebelum semua kelulusan penuh diberi kepada setiap permohonan daripada syarikat pusat data. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Yang Berhormat Kuala Kubu Baharu.
Terima kasih Tuan Speaker. Berkenaan dengan penggunaan air bagi pusat data apakah langkah mitigasi daripada LUAS bagi memastikan bekalan air domestik penduduk tidak terjejas dan kedua adakah polisi Zero Discharge polisi pelepasan sifar terpakai kepada pusat data.
Terima kasih. Seperti apa yang saya telah jawab tadi kita menitikberatkan Water Usage Effectiveness (WUE) untuk memastikan penggunaan air itu optimum dan bagi menggalakkan soalan yang kedua itu berkenan Zero Discharge. Ini kita kena tengok kepada teknologi masing-masing kerana setiap pusat data mempunyai teknologi yang berbeza. Ada yang memerlukan bekalan air yang tinggi sikit, ada yang memerlukan bekalan elektrik yang tinggi sikit. Jadi ini terpulang kepada teknologi yang dipilih oleh pusat data masing-masing. Tetapi apa yang penting sekali kita ada Data Center Task Force dan juga Mesyuarat Pra Pelaburan di peringkat negeri untuk memastikan mereka mematuhi semua syarat keperluan daripada setiap agensi untuk memastikan kita dapat menjaga kelestarian alam sekitar dan juga kesejahteraan rakyat di negeri Selangor.
Hulu Bernam, Yang Berhormat.
Ooo silakan Hulu.
Soalan tanya tadi tak dapat soalan tambahan ya.
Tak nampak Hulu sudah bangun.
Terima kasih Yang Berhormat Kinrara. Saya lihat tadi jawapan daripada Yang Berhormat Kinrara berkenaan dengan galakan diberikan kepada pengendali pusat data ini untuk menggunakan air pulih guna ataupun air terawat tadi. Ini adalah satu langkah untuk mengurangkan penggunaan air terawat yang mana keutamaan dia patutnya diberikan kepada pengguna domestik dan juga pengguna industri yang bukan daripada pusat data.
Jadi saya nak bertanya soalan kepada Yang Berhormat, adakah Yang Berhormat ada meletakkan satu kewajipan kepada Negeri Selangor selepas ini supaya pusat-pusat data yang masuk ke negeri ini adalah tidak menggunakan lagi teknologi penyejukan berasaskan air terawat? Sebab air terawat ini menggunakan ruang yang begitu besar di luar kompaun bangunan tersebut. Contohnya yang ada Yang Berhormat sebut tadi adalah direct cooling sistem dan juga sistem-sistem penyejukan yang lain yang mana lebih mampan. Jadi itu antara soalan yang pertama dan kedua, adakah satu sasaran maksimum diletakkan untuk kegunaan air efektif tadi itu yang WUE, PUE dan juga CUE supaya pusat-pusat data yang masuk ke Negeri Selangor ini adalah pusat-pusat data yang memang menggunakan air yang paling minima, power yang paling minima dan juga pelepasan karbon yang paling minima. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Hulu Benam. Itu memang merupakan satu cadangan baik. Sebenarnya sumber air terawat hanya merupakan salah satu sumber. Bagi pusat data yang baharu dengan teknologi yang baharu tidak semestinya dia perlu menggunakan bilangan air yang begitu banyak daripada air terawat. Dengan adanya pusat data yang mencadangkan menggunakan air mentah dan mereka akan merawat sendiri kerana dia tidak memerlukan kualiti air terawat. Dia hanya memerlukan kualiti air industri. Jadi dia ada kaedah yang berbeza untuk cooling system dan air cooling juga merupakan satu teknologi baharu di mana mereka tidak memerlukan air yang begitu banyak kalau banding dengan pusat data yang lama. Dan bagi soalan yang kedua itu adalah berkenan air recycle.
Maksimum PUE dan WUE.
Maksimum PUE dan WUE. Ya memang ada apa itu memang ada syaratnya. Saya bagi contoh WUE dan PUE itu biasanya dia perlu memenuhi syarat below (di bawah) 1.5. Itu merupakan satu syarat untuk memastikan kegunaan atau pun penggunaan utiliti ini dapat mencapai tahap optimum supaya tiada kebaziran atau pun kita mengurangkan pembaziran daripada segi utiliti tenaga dan air. Terima kasih.
Boleh Speaker?
Yang Berhormat Damansara.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker. Berkenaan Pusat Data ini. Kota Damansara kalau dalam tempoh dua minggu yang ke belakang ini memang agak panas lah berkenaan isu Pusat Data. Cuma saya hendak bertanya kepada Kerajaan Negeri, adakah Kerajaan Negeri mempunyai satu garis panduan khususnya berkenaan pembukaan-pembukaan Pusat Data sebab seperti mana di Kota Damansara, Pusat Data yang dicadangkannya tidak jauh 50m dari kawasan perumahan. Jadi ini membiasakan kebimbangan sebab pemahaman orang terhadap pusat data ini masih lagi di tahap yang agak rendah and saya pun, saya bukan menentang Pusat Data dan saya menyambut baik apabila Kerajaan memastikan 30% daripada komponen pusat data itu mesti datang daripada local which is support our local industry tapi pada masa sama juga kita perlukan guide line supaya the cold living antara manusia dengan industri. Terima kasih.
Ya ini memang betul. Persefahaman antara penduduk yang berbeza atau pun rakyat mereka mempunyai pandangan berbeza terhadap industry data centre ini. Jadi, pemilihan lokasi itu adalah sangat penting supaya kebimbangan rakyat itu dapat dijaga dan juga kesejahteraan rakyat itu perlu kita utamakan. Bagi pemilihan lokasi ini sebenarnya ada banyak pertimbangan daripada syarikat pusat data. Yang pertamanya adakah utiliti seperti air, bekalan elektrik dan juga fiber optik itu adakah dia mencukupi dan tersedia di kawasan tersebut. Yang keduanya adalah kepakaran. Kerana industry data centre ini memerlukan kepakaran yang tahap yang tinggi seperti IT Expert, Data Analyst dan sebagainya. Jadi dia memerlukan kepakaran yang mencukupi. Jadi mereka juga akan mempertimbangkan adakah lokasi tersebut mempunyai kepakaran yang sesuai untuk syarikat mereka. Jadi ini merupakan beberapa pertimbangan sebelum sesuatu lokasi itu dipilih. Tapi saya setuju dengan pandangan Kota Damansara bahawa pemilihan lokasi itu perlu ambil kira kebimbangan komuniti tempatan supaya kita tidak mendatangkan kebimbangan kepada komuniti tempatan. Terima kasih.
Yang Berhormat Kuala Kubu Baharu.
Tuan Speaker, soalan saya 42.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 42. Zero Discharge Policy (ZDP)Questions
42. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a) Nyatakan pencapaian pelaksanaan Zero Discharge Policy (ZDP), termasuk impaknya terhadap pengurangan insiden pencemaran sumber air dan gangguan operasi Loji Rawatan Air (LRA).
b) Berapakah jumlah premis industri dan komersial yang telah menyertai/mematuhi ZDP, apakah pendekatan bagi menggalakkan penyertaan?
Terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Kubu Baharu dan Tuan Timbalan Speaker. Soalan 42 bertanyakan tentang pencapaian pelaksanaan Zero Discharge Policy (ZDP) dan berapakah jumlah premis industri dan komersial yang telah menyertai dan mematuhi ZDP. Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat, berdasarkan tempoh hampir dua (2) tahun pelaksanaan ZDP jumlah pengurangan pelepasan efluen ke Sungai ini masih di peringkat kajian lanjut oleh pihak LUAS dan akan diukur selari dengan peningkatan jumlah premis yang tertakluk dan dilesenkan melalui operasi-operasi pemerkasaan yang sedang dan akan dilaksanakan oleh LUAS. Namun begitu secara statistik pelaksanaan ZDP menyumbang kepada pengurangan insiden pencemaran sumber air dan gangguan operasi Loji Rawatan Air yang turut dibantu oleh langkah-langkah lain seperti tindakan penguatkuasaan bersepadu, pemantauan strategik 24 jam di lembangan sungai dan pengaktifan Projek Skim Jaminan Air Mentah. Jadi, setakat ini tiada sebarang insiden henti tugas Loji Rawatan Air akibat daripada kesan pencemaran sumber air oleh aktiviti industri direkodkan bagi tahun 2025 dan sehingga 30 Julai 2026.
Pelaksanaan ZDP jelas menyumbang kepada peningkatan tahap pematuhan premis terhadap keperluan pelesenan, pelaporan kualiti pelepasan efluen serta pengurusan air sisa yang lebih sistematik. Sehingga Julai 2026, keseluruhannya sebanyak hampir 7,000 premis telah dilesenkan sekali gus mencerminkan keberkesanan pelaksanaan ZDP dalam meningkatkan tahap pematuhan premis terhadap keperluan pelesenan. Dan berdasarkan rekod LUAS sehingga Julai, sebanyak 936 premis di bawah kategori perindustrian telah memperoleh lesen ZDP. Yang pematuhan pihak-pihak terlibat kepada pelaksanaan ZDP ini diperkasakan dan digalakkan melalui beberapa pendekatan yang merangkumi; pertamanya sesi libat urus, taklimat program kesedaran kepada persatuan industri dan pihak berkepentingan. Keduanya, operasi 272 atau pun OPS 272 iaitu lawatan door to door bagi mengenal pasti premis industri yang terlibat di kawasan taman perindustrian dan memberi notis pemakluman serta penerangan mengenai keperluan pelesenan. Ketiga, khidmat nasihat teknikal kepada premis berkaitan, pematuhan syarat pelesenan, pemantauan kualiti pelepasan dan amalan pengurusan air sisa yang lebih mampan dan selainnya termasuk pemeriksaan serta pemantauan berkala pematuhan premis terhadap Enakmen LUAS 1999 dan Peraturan serta syarat-syarat lesen.
Seterusnya Yang Berhormat Batang Kali.
Soalan saya nombor 43.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 43. Peluang Pekerjaan Golongan BeliaQuestions
43. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a) Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk mewujudkan peluang-peluang pekerjaan yang stabil dan berimpak tinggi untuk golongan anak-anak muda di Selangor?
b) Berapakah jumlah dan jenis pekerjaan baru yang ada di kawasan Batang Kali dan Hulu Selangor?
Terima kasih Tuan Speaker dan terima kasih Yang Berhormat Batang Kali tanyakan tentang peluang pekerjaan golongan belia. Ada dua(2) soalan, apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk mewujudkan peluang-peluang pekerjaan yang stabil dan berimpak tinggi untuk golongan anak-anak muda di Selangor? Kedua, berapakah jenis peluang pekerjaan yang baharu ada di kawasan Batang Kali dan Hulu Selangor?.
Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui Rancangan Selangor (RS2) bagi tempoh 2026 hingga 2030 akan memberi penekanan kepada usaha memperkukuh struktur ekonomi negeri Selangor ke arah ekonomi bernilai tinggi, berdaya tahan dan berteraskan inovasi. RS2 dirangka sebagai hala tuju strategik bagi memastikan Selangor terus kekal sebagai destinasi pelaburan utama di Malaysia serta meningkatkan data saing negeri dalam menghadapi perubahan landskap ekonomi global. Di bawah misi RS1, RS2 iaitu memacu kepimpinan ekonomi Selangor (Advancing Economic Leadership of Selangor) Kerajaan Negeri memberi fokus untuk memperkukuh kepimpinan ekonomi Selangor melalui pembangunan sektor-sektor berimpak tinggi khususnya dalam bidang pembuatan termaju advancing manufacturing dengan izin, teknologi tinggi dan industri berasaskan inovasi. Pendekatan ini bertujuan menarik lebih banyak pelaburan berkualiti tinggi yang bukan sahaja membawa nilai pelaburan tetapi turut menyumbang kepada kewujudan pekerjaan berkemahiran tinggi, pemindahan teknologi, pembangunan bakat serta mengukuhkan ekosistem industri negeri.
Selain menarik pelaburan baharu Kerajaan Negeri turut memberi penekanan kepada peningkatan keupayaan syarikat tempatan khususnya perusahaan kecil dan sederhana melalui program Selangor International Business Summit (SIBS) Business Linkages dan Exhibition Programme, Selangor Lab Partnership Programme serta
Program syarikat pertenahkan Media Companies (dengan izin) agar mampu meningkatkan kapasiti, produktiviti dan daya saing untuk menyertai rantaian bekalan global dan serantau. Usaha ini melibatkan pengukuhan hubungan antara syarikat tempatan dengan syarikat multinasional. Pembangunan ekosistem industri, peningkatan penggunaan teknologi, pemerkasaan aktiviti penyelidikan pembangunan pengkomersialan dan inovasi serta meningkatkan kemahiran tenaga kerja tempatan.
Melalui pendekatan ini, RS2 menyasarkan untuk mewujudkan ekosistem ekonomi yang lebih inklusif dan mampan supaya pertumbuhan pelaburan asing dapat memberi kesan limpahan spill of effect (dengan izin) kepada syarikat tempatan komuniti serta keseluruhan rantaian nilai industri di negeri Selangor. Selaras dengan aspirasi tersebut Kerajaan Negeri akan terus memperkukuh peranan Selangor sebagai hab ekonomi serantau yang berdaya saing, inovatif dan bersedia menghadapi cabaran ekonomi global.
Bagi soalan 2, berdasarkan strategik, statistik PERKESO dari tempoh Januari hingga 10 Julai 2026, peluang pekerjaan yang ditawarkan di negeri Selangor adalah sebanyak 212,124 kekosongan jawatan. Daripada jumlah tersebut sebanyak 9,798 peluang pekerjaan adalah daripada Hulu Selangor termasuk kawasan Batang Kali. Manakala berdasarkan data PERKESO yang dikongsikan kepada Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor Berhad bagi tempoh 1 Januari hingga 22 Julai 2026 kawasan Batang Kali dan Hulu Selangor dianggarkan telah mencatat pewujudan sebanyak 3,602 peluang pekerjaan baharu hasil aktiviti pelaburan dan perkembangan industri. Peluang pekerjaan tersebut merangkumi pelbagai kategori dan tahap kemahiran termasuk jawatan dalam bidang pengurusan profesional , teknikal, penyeliaan operasi pengeluaran, logistik, pentadbiran serta pekerjaan logistik sokongan yang lain selaras dengan keperluan semasa industri di kawasan berkenaan. Penciptaan peluang pekerjaan ini mencerminkan permintaan tenaga kerja yang berterusan hasil daripada aktiviti pelaburan dan perkembangan sektor perindustrian di Batang Kali dan Hulu Selangor. Selain itu Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor Berhad juga telah menganjurkan program Local Business Connect siri kedua bertempat di Dewan Komuniti Serendah Hulu Selangor pada 20 Jun 2026.
Program ini melibatkan seramai 200 orang peserta yang terdiri daripada usahawan, pelabur dan pemain industri serta disokong oleh kerjasama strategik pelbagai agensi antaranya PERKESO, Majlis Perbandaran Hulu Selangor, Yayasan Hijrah Selangor, Majlis Amanah Rakyat, Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana untuk program padanan kerja atau career fair yang dianjurkan bersama PERKESO sebanyak 204 pencari kerja telah menyertai program ini. 154 telah berjaya ditawarkan pekerjaan dan 2 orang telah ditawarkan temu duga sesi kedua dan 48 tidak dapat berjaya. Yang dua 2 tadi adalah mereka telah apply kepada Executive Job dan sebagainya dia ada second layer of interview.
Kerajaan Negeri melalui PERKESO turut melaksanakan program Mini Job Care Selangor bersama My Future Job dengan kerjasama syarikat Cherry Corporation Malaysia Sdn. Bhd. pada 27 & 28 Julai 2026 di Batang Kali. Program tersebut dilaksanakan untuk memperluas akses kepada peluang pekerjaan secara terus kepada penduduk setempat khususnya golongan belia. Di samping membantu majikan mendapatkan bakat yang bersesuaian bagi menemui keperluan tenaga kerja industri. Bagi meneruskan momentum tersebut Kerajaan Negeri dengan kerjasama PERKESO akan menganjurkan Jelajah Job Care Hulu Selangor bersama My Future Jobs di Bukit Beruntung Golf Country Club Resort Hulu Selangor pada bulan Ogos 2026. Penganjuran program ini dijangka menghimpunkan majikan daripada pelbagai sektor industri bagi menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan berkualiti serta memperkukuh usaha memadankan kepada pencari kerja di kawasan Hulu Selangor. Sekian terima kasih.
Soalan tambahan Batang Kali.
Soalan tambahan. Terima kasih di atas apa yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan golongan belia berada dalam bulatan pekerjaan namun laporan jabatan perangkaan Malaysia sehingga Mei 2026 seramai 291,600 atau pun 9.9% golongan belia yang masih duduk atau pun berada dalam kelompok pengangguran di Malaysia khususnya. Cuma, di sini ingin saya lontarkan satu persoalan apakah langkah-langkah yang boleh diambil oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan golongan belia khususnya di kawasan Hulu Selangor atau pun di Selangor supaya mereka ini bukan berada dalam bom jangka sosial atau pun mereka-mereka ini golongan belia ini wajib berada di lapangan termasuk bidang-bidang yang diceburi sehingga menjelang tahun 2035, golongan belia mestilah berada dalam kelompok pekerjaan yang lebih menjamin masa depan termasuk meningkatkan taraf hidup mereka seperti mana yang persoalannya seperti mana kalau boleh golongan belia ini berada dalam Knowledge Industry Atau pun Industri Pengetahuan termasuklah Industri Digital. Apakah inisiatif Kerajaan Negeri?
Terima kasih Yang Berhormat Batang Kali atas soalan tambahan itu. Saya melihat di mana satu angka yang besar memang remaja ataupun belia ini masih belum pergi ke alam pekerjaan dan sebagainya. Mengikut data yang kita ada sebanyak 212,124 kekosongan jawatan masih wujud di Negeri Selangor dan bagi usaha Kerajaan Negeri pada 8 dan 9 akan datang, Ogos ini kita akan buat job fair, Mega JobCare di SACC Mall di mana kita menjemput lebih daripada 100 majikan yang berimpak tinggi dan kerja kosong yang kita menawarkan lebih daripada 10,000 pekerjaan. Dan, untuk soalan kedua tambahan, tambahan soalan Yang Berhormat Batang Kali pula, saya tidak nafikan ramai belia tu memang even my own daughter, anak saya sendiri pun mereka menunggu peluang pekerjaan yang berpendapatan tinggi dan sebagainya. Jadi, apa yang apa saya sarankan kepada belia ini adalah tolong jangan menunggu sangat. Once you complete, dengan
izin once you complete your education either diploma or degree do something, buat sesuatu untuk mendapatkan kerja dan sebagainya sebab peluang pekerjaan tu memang bukan senang dan lagi-lagi zaman ekonomi yang tidak menentu ini. Jadi, peluang yang ada tolong grab dan mungkin anda boleh meningkatkan diri taraf sendiri mengambil short term courses supaya kamu akan layak untuk menerima jawatan yang sepatutnya setimpal dengan pendidikan dan pengalaman kamu. Jadi, nasihat saya kepada pencari kerja ini grab apa yang ada di depan kamu. Sebab itu saya jemput sangat remaja-remaja dan juga belia-belia ini yang telah menghabiskan pelajaran keluar daripada universiti dan sebagainya. Apa-apa peluang yang ada tolong grab. Buat kerja dulu ambil masuk alam pekerjaan dulu dan kemudian boleh mempertingkatkan dan kamu sendiri boleh belajar apa yang ada dalam pasaran pekerjaan dan kamu boleh meningkatkan diri kamu dengan mengambil beberapa short term courses dan sebagainya supaya kamu boleh menceburi bidang yang betul-betul kamu layak dan kehendak kamu. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan. Boleh?
Okay, satu lagi.
Boleh ya?
Boleh.
Okay. Terima kasih. Terima kasih yang Berhormat Speaker. Yang Berhormat EXCO saya tertarik dengan soalan berkenaan dengan peluang pekerjaan ini. Sebentar tadi Yang Berhormat Batang Kali membentangkan satu data yang agak membimbangkan juga tetapi Yang Berhormat membentangkan satu data peluang pekerjaan yang banyak juga di Negeri Selangor. Jadi, isunya di sini adakah Kerajaan Negeri ada membuat satu kajian dan juga perincian bahawa peluang pekerjaan tersebut yang ditawarkan di Negeri Selangor ini sepadan ke dengan keperluan belia di negeri Selangor ini? Adakah disebabkan unmatched tersebut menjadikan belia ini masih menunggu peluang pekerjaan yang sesuai untuk mereka? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Bernam. Memang saya pun macam rasa sedikit bimbang dengan angka yang dikemukakan oleh dari Batang Kali di mana saya memang bekerja rapat dengan PERKESO. Kami buat analisa ataupun kajian tentang perkara ini di mana peluang itu memang ada cuma dia melibatkan tempat dan sebagainya. Mungkin orang yang tinggal di outskirt ataupun luar bandar, dengan izin mereka jarang datang ke ingin mengambil pekerjaan di kawasan pusat bandar dan sebagainya. Mungkin data yang saya kemukakan tadi lebih kurang 200,000 orang peluang pekerjaan tu mungkin di kawasan-kawasan pusat bandar dan sebagainya. Saya tidak nafikan di kawasan luar bandar kita patut mengadakan lebih mendalam dalam dari segi industri pertanian dan
sebagainya. Jadi, saya setuju sangat kalau Yang Berhormat boleh berkongsi dengan saya data itu dengan detail kalau ada. Dalam masa sama juga saya akan mencari balik dengan bincang balik dengan PERKESO untuk mendapatkan detail supaya kita dapat satu, membuat satu workshop di mana kita dapat menyelesaikan perkara ini. Sebab, bagi saya pencari pekerja yang luar bandar dia macam apa kita panggil, dia macam dia tidak berminat kadang-kadang hijrah ke pusat bandar dan sebagainya sebab kekangan daripada ibu bapa, keluarga dan sebagainya. Mungkin mereka ada tanah, kebun dan sebagainya. Mereka tidak berniat untuk berpindah atau berhijrah ke pusat bandar dan sebagainya. Jadi, kita perlu membuat satu peluang kepada mereka yang tinggal di luar bandar dengan cita rasa mereka tersendiri dengan perkembangan industri desa dan sebagainya supaya kita membantu juga mereka meningkatkan taraf kehidupan mereka. Dan, satu lagi adalah platform yang kita bantu melalui PLATS dan juga program-program usahawan sendiri. Mereka juga memulakan program seperti itu supaya meningkatkan taraf kehidupan dari segi ekonomi dan sebagainya. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Pelabuhan Klang.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker. Katak melompat, soalan nombor 44.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 44. Sistem Pam BanjirQuestions
44. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-a) Berapakah jumlah pam tetap dan pam bergerak yang tersedia serta kapasiti setiap satunya? b) Apakah tahap keupayaan sistem pam banjir di kawasan Pelabuhan Klang ketika hujan lebat berlaku serentak dengan air pasang besar? c) Adakah Kerajaan bercadang memasang sistem pam tambahan?
Terima kasih kepada Yang Berhormat Pelabuhan Klang. Tuan Timbalan Speaker, Pelabuhan Klang bertanyakan soalan berkaitan dengan jumlah pam tetap dan pam bergerak yang disediakan di kawasan ataupun di DUN Pelabuhan Klang. Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah pam tetap dan pam bergerak yang tersedia di DUN Pelabuhan Klang adalah seperti berikut. Yang pertama, yang tetap iaitu utama di Pintu Air Jalan Kem berkapasiti 1,100 liter sesaat dan dua unit ini pam skru sebab pam skru ni dia memang pam tetap. Dia tidak
boleh alih, mudah alih atau bergerak. Yang kedua ialah pam air Jalan Tangki, tiga unit 1,350 liter sesaat dan pam Pintu Air Sungai Aur tiga juga skru pam, pam skru berkapasiti 2,860 liter per saat. Untuk yang bergerak biasanya pam gerak ini kita letakkan di tempat-tempat yang kita rasakan projek belum siap dan memerlukan pam tambahan. Yang pertama ialah Pintu Air Sungai Pinang. Satu unit berkapasiti 145 liter sesaat. Di Pintu Air Sungai Kembung, dua unit berkapasiti 420 liter sesaat dan yang ketiga ialah Pintu Air Telok Gong iaitu dua unit berkapasiti 560 liter per saat. Penempatan pam bergerak di Pintu Air Sungai Pinang, Sungai Kembung dan Telok Gong adalah berdasarkan keperluan semasa sebab ini projek dan tidak diletakkan sehingga projek siap dilaksanakan. Pam bergerak tersebut akan dialihkan jika ada keperluan. Sebagai contoh di Pintu Air Sungai Kembung, Pulau Indah sekiranya kejadian air pasang besar berlaku serentak dengan hujan kapasiti yang agak besar. Rumah pam yang dilengkapi dengan dua unit pam berkapasiti 420 liter akan diletakkan di situ untuk berterusan selama enam jam. Tempoh operasi tersebut membolehkan aras air dalam sistem saliran dikurangkan sehingga pintu air dapat dibuka. Jadi, kita akan tengok sebab kita mempunyai pam. Untuk pam bergerak ini saya dah suruh minta pihak Jabatan Pengairan dan Saliran supaya asingkan dengan pam yang diletakkan di projek. Kalau pam terletak di projek, dia tidak dianggap pam bergerak sebab dia diperlu di situ sehingga projek siap. Jadi, itu dipanggil separa kekal. Di bawah kita punya inventori kita yang ada daripada Persekutuan yang diletakkan di Selangor ada 31 pam pelbagai kapasiti. Yang ini yang bergerak. Dan, negeri ada 96. Jadi, keseluruhan 127 pam sebenarnya yang boleh dialihkan termasuk di Pelabuhan Klang. Jika ada keperluan untuk diletakkan di pelbagai tempat di negeri Selangor dan boleh dialihkan bila diperlukan. Dan, yang separa kekal ini yang bila siap projek akan dipindahkan ada 34 pelbagai kapasiti.
Seterusnya, yang soalan yang ditanya ialah bahagian (b) ialah keupayaan sistem pam banjir adalah bergantung kepada kapasiti reka bentuk pam, intensiti dan tempoh hujan serta aras laut semasa kejadian air pasang. Sekiranya berlaku hujan luar biasa melebihi kapasiti, banjir masih boleh berlaku dan sebab itu penekanan kita ialah untuk langkah segera ialah untuk menambah pam mudah alih ini atau pam bergerak dan juga melihat potensi kawasan mana yang kita boleh buat kolam takungan sementara sebagai mana yang kita telah laksanakan di Petaling Jaya. Walaupun ini pun ada kekangan juga dari segi nak cari kawasan-kawasan yang sesuai terutama kawasan bandar yang sesuai untuk dijadikan kolam takungan sementara.
Untuk yang ketiganya ialah untuk projek ke depan yang dalam pelaksanaan di bawah Kerajaan Negeri, ada dua projek tebatan banjir iaitu di Kampung Sungai Pinang dan Kampung Sungai Kembung berjumlah RM14.5 juta. Antara skop utama projek tersebut adalah pembinaan pintu air baru dan rumah pam kekal dalam memastikan risiko banjir kawasan berkenaan dapat dikurangkan. Projek-projek kalau ikut butirannya projek ini ialah pertama di Sungai Kembung ini dah hampir siap sebenarnya dah 90% tetapi ada sedikit kekangan bekalan elektrik yang sedang diusahakan untuk disiapkan dalam masa terdekat. Yang keduanya ialah di Sungai
Pinang. Ini pun sama ada sikit isu tentang bekalan elektrik. Dah 88% siap untuk disiapkan. Selain daripada itu, kita JPS Selangor telah membuat permohonan projek baru melalui Kerajaan Negeri di bawah peruntukan Akaun Amanah Caruman Parit dan Kerajaan Persekutuan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 Rolling Plan 2 bagi pembinaan pintu air baru berserta rumah pam di kawasan Telok Gong. Perinciannya adalah seperti berikut. Yang pertama, di bawah peruntukan Kementerian PETRA ini untuk dipertimbangkan dalam RMK13 RP2 iaitu RM30 juta ialah di pembinaan pintu air dan rumah pam di Kampung Nelayan dan Jalan Tali Air. Ini yang di kawasan Telok Gong. Dan, daripada Caruman Parit ini ialah RM15 juta pembinaan pintu air dan rumah pam di Jalan Perajurit. Ini RM45 juta ini dalam permohonan untuk sebagai tambahan kepada projek tebatan banjir di sekitar kawasan Telok Gong. Terima kasih.
Silakan Ijok, Yang Berhormat Ijok.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat EXCO berkenaan dengan jawapan yang diberikan. Ijok ingin menyentuh berkenaan dengan soalan (a) berapa jumlah pam tetap. Untuk makluman Dewan yang mulia, di jajaran Sungai Buloh di kawasan Ijok kita ada empat unit pam, skru pam yang masih lagi belum beroperasi yang saya difahamkan hari ini ada trial untuk pam di Parit Gajah. Persoalannya Yang Berhormat, Ijok ingin bertanya berkenaan apakah jaminan kerajaan berkenaan dengan keselamatan yang akhir-akhir ini rumah-rumah pam ini kerap sangat dicerobohi dan berlaku kecurian? Jadi, apakah usaha Kerajaan Negeri dengan pihak berkuasa ataupun dengan pihak PDRM untuk kita kuatkuasakan berkenaan dengan penjenayah-penjenayah yang mencuri peralatan ataupun merosakkan rumah pam ini? Terima kasih.
Terima kasih kepada Ijok yang bertanya keprihatinan tentang isu berkaitan vandalisme ataupun kecurian. Ini memang satu perkara yang saya telah bangkitkan bila ada pertemuan dengan Ketua Polis Negeri Selangor untuk bagaimana langkah-langkah susulan. Saya menghadapi masalah besar dengan isu vandalisme atau kecurian ini. Pertama ialah kecurian kabel di bawah projek-projek lampu jalan dan sebagainya. Yang keduanya ialah berkait dengan rumah pam ini yang saya menerima aduan peningkatan kes-kes vandalisme ataupun kecurian di rumah pam. Mereka masuk dan curi bahagian-bahagian komponen dan bila kita hadapi masalah dalam bila nak operasikan pam-pam ini. Ini berlaku sebenarnya di fasa 1, Projek Tebatan Banjir Sungai Buloh Fasa 1. Jadi, kita telah bincang dengan polis dan juga di peringkat kita sebagai jabatan pun saya dah minta pihak JPS, JKR dan juga yang mana agensi atau jabatan berkaitan supaya meningkatkan langkah-langkah keselamatan dengan penyediaan CCTV dan sebagainya untuk dan juga pengukuhan rumah-rumah pam ini supaya dapat dikurang dan diminimakan. Tapi macam lampu jalan senang. Kita tukar kepada solar. Jadi, tak ada lagi kabel dia nak ambil. Tapi kalau macam rumah pam ni macam mana kita nak tukar? Dia tak ada kaedah lain kecuali kita perkukuhkan kawasan rumah pam
dengan keselamatan yang lebih dan juga bantuan daripada pihak polis, pihak keselamatan untuk bantu kita. Ini antara kita telah buat dan saya akan lihat lagi bagaimana lagi kaedah yang kita boleh gunakan untuk kita memperbaiki sebab kita bukan sahaja kerugian, kerugian besar sebenarnya. Bukan sahaja di Ijok juga berlaku juga di Kuala Langat baru-baru ini menyebabkan kerugian yang besar kepada kadang-kadang 300, 400,000 kita kehilangan kos. Terpaksa kita guna dapatkan untuk membaiki pam-pam kita yang dah dicuri, komponen-komponennya. Terima kasih.
Yang Berhormat Bukit Gasing.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan nombor 45.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 45. Mydigital IdQuestions
45. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-a) Adakah Kerajaan Negeri akan meluaskan penggunaan MyDigital ID? b) Memandangkan pelbagai perkhidmatan awam (JPN, JPJ, LHDN, SPA9) kini mewajibkan MyDigital ID untuk log masuk, apakah langkah Kerajaan Negeri membantu penduduk yang menghadapi kesukaran teknikal?
Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gasing bertanyakan mengenai adakah Kerajaan Negeri akan meluaskan penggunaan MyDigital ID? Kerajaan Negeri menyokong inisiatif Kerajaan Persekutuan dalam memperluaskan penggunaan MyDigital ID sebagai identiti digital yang selamat dan dipercayai bagi memudahkan urusan rakyat dengan Agensi Kerajaan. Sebagai komitmen terhadap agenda pendigitalan perkhidmatan awam, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Bil. 32/2025 yang bersidang pada 31 Oktober 2025 telah menimbang dan meluluskan cadangan penggunaan MyDigital ID sebagai kaedah pengesahan identiti digital bagi aplikasi atau sistem utama penyampaian perkhidmatan serta bantuan dan insentif Kerajaan Negeri Selangor sama ada sebagai kaedah log masuk tunggal single sign on atau sebagai kaedah pengesahan alternatif. Untuk makluman sehingga kini sebanyak lima aplikasi Kerajaan Negeri telah berjaya di integrasikan dengan MyDigital ID pada tahun 2026. Selain itu 13 aplikasi lagi sedang dalam pembangunan di mana daripada jumlah itu lapan dijangka akan siap pada tahun ini dan lima dijangka akan siap pada tahun
hadapan. Di atas 13 ini ada dua lagi yang sedang juga dalam peringkat perbincangan. Pelaksanaan integrasi ini dijangka dapat mengukuhkan keselamatan pengesahan identiti pengguna, mengurangkan risiko penipuan identiti, memudahkan akses kepada pelbagai perkhidmatan digital melalui konsep single sign on serta meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan Kerajaan Negeri kepada rakyat.
Untuk bahagian (b) apakah langkah Kerajaan Negeri untuk membantu penduduk yang menghadapi kesukaran teknikal. Kerajaan Negeri juga sedang melaksanakan majlis-majlis taklimat MyDigital ID kepada Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor untuk meluaskan penggunaannya di bawah dan kita juga komited memastikan agar tiada rakyat yang tercicir dalam pelaksanaan Inisiatif Pendigitalan Perkhidmatan Awam termasuk penggunaan MyDigital ID. Sehubungan dengan itu Kerajaan Negeri mengambil maklum bahawa masih ada terdapat sebahagian rakyat berdepan kesukaran dari aspek pendaftaran, pengaktifan akaun dan penggunaan aplikasi tersebut. Bagi menyelesaikan isu pendaftaran dan pengaktifan akaun sebanyak 22 kiosk MyDigital ID telah ditempatkan di pejabat-pejabat Kerajaan Negeri Selangor di samping itu mulai Ogos 2026 pihak MyDigital ID juga akan menempatkan kiosk dan tablet di semua Pusat Sebaran Maklumat Nasional, NADI serta Pusat Komuniti Desa di seluruh negara tambahan pula sebanyak 300 cawangan Watsons, Farmasi Watsons di seluruh Negara juga akan dijadikan sebagai salah satu lokasi penempatan kios MyDigital ID. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha Kerajaan Negeri untuk menggalakkan penggunaan MyDigital ID serta memastikan pelaksanaan identiti digital dapat diperluaskan secara berkesan di seluruh negeri Selangor. Bagi menyelesaikan isu kegagalan log masuk yang ini sudah ada akaun tetapi tidak boleh log in. Isu log masuk oleh rakyat boleh di selesaikan dengan MyDigital ID telah menyediakan fungsi hubungi kami di aplikasi mudah alih MyDigital ID yang mengandungi alamat web e-mel dan nombor telefon untuk di hubungi. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Silakan Yang Berhormat Bukit Gasing.
Adakah Kerajaan Negeri akan mewajibkan semua PBT dan semua agensi Kerajaan di bawah Negeri Selangor untuk juga memakai MyDigital ID di semua laman web dan aplikasi web mereka dan yang kedua adakah sign in alternatif yang sedia ada ini masih akan dikekalkan ataupun Kerajaan Negeri akan ikut jejak seperti JPJ yang memaksa semua orang untuk menggunakan MyDigital ID.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gasing, saya rasa kata kunci memaksa atau mewajibkan itu belum lagi menjadi satu dasar pada kita ketika ini yang pastinya kalau kita memerlukan satu kaedah mengesankan identiti yang sah dan saya rasa kalau kita wajibkan kalau kita menjurus kepada mewajibkan penggunaan MyDigital ID ini kebaikannya adalah kos integrasi itu semua akan ditanggung oleh MyDigital ID sendiri. Jadi dari segi kos ada kewajaran
untuk kita melaksanakan cadangan tersebut tetapi saya rasa itu harus diteliti dengan adanya beberapa vendor yang telah pun bergiat melaksanakan sistem-sistem digital di PBT dan mungkin akan menjadi satu menimbulkan satu kerumitan tetapi perkara itu kita akan teliti dengan baik dan sekiranya bersesuaian nanti barulah kaedah-kaedah kewajiban itu akan dilakukan tetapi setakat ini untuk bahagian kedua tadi yang kita bersetuju menggunakan hanyalah di peringkat MyDigital ID sahaja bukan syarikat-syarikat lain, kaedah-kaedah lain. Terima kasih.
Yang Berhormat Meru.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker soalan Meru nombor 46.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 46. Pekerjaan Dan Keusahawanan WanitaQuestions
46. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-a) Bagaimanakah Kerajaan Negeri melindungi pekerja wanita yang kehilangan pekerjaan? b) Apakah bentuk sokongan yang disediakan kepada pekerja wanita dan keluarga mereka supaya mereka kekal dalam sektor pekerjaan? c) Apakah inisiatif baharu Kerajaan Negeri untuk membantu usahawan wanita menghadapi peningkatan kos dan ketidaktentuan?
Terima kasih Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat Meru. Bagi soalan (a) dan (b) akan dijawab bersekali Kerajaan Negeri Selangor melindungi dan menyokong pekerja wanita yang kehilangan pekerjaan melalui beberapa intervensi berfokus kepada pemerkasaan semula peningkatan kemahiran dan akses kepada peluang pekerjaan. Antara inisiatif utama ialah pertama adalah Bengkel Career Comeback Programme ataupun CCP. Bengkel CPP ini membantu wanita yang kehilangan pekerjaan dengan menyediakan latihan peningkatan kemahiran termasuk kemahiran digital, komunikasi dan persediaan memasuki semula pasaran kerja. Bengkel ini juga memberi bimbingan kerjaya termasuk penulisan CV, simulasi temu duga dan penilaian kompetensi dan akhirnya ia membantu wanita yang terkesan dengan kehilangan pekerjaan untuk membina semula keyakinan dan daya saing. Kedua Karnival Kerjaya Wanita Negeri Selangor iaitu karnival yang membantu wanita yang kehilangan pekerjaan dengan menawarkan peluang pekerjaan secara langsung melalui penyertaan pelbagai majikan daripada sektor swasta dan sektor awam. Karnival ini juga menyediakan kaunter kaunseling
kerjaya, pendaftaran pekerjaan dan padanan pekerjaan segera di samping menyediakan bengkel ringkas di lokasi seperti persediaan temu duga, pemilihan kerjaya dan sokongan psikososial. Ketiga kerjasama dengan PERKESO, melalui siri jelajah Karnival Kerjaya Wanita, Kerajaan Negeri dan PERKESO menyediakan akses kepada Skim Perlindungan Sosial, kaunseling kehilangan pekerjaan serta peluang latihan semula. Sokongan ini memestikan wanita yang kehilangan pekerjaan tidak hanya menerima bantuan jangka pendek tetapi laluan jelas untuk kembali bekerja. Bagi soalan (c) Kerajaan Negeri Selangor amat prihatin terhadap cabaran peningkatan kos operasi dan ketidaktentuan ekonomi yang dihadapi oleh usahawan wanita. Sebagai langkah proaktif Kerajaan Negeri melalui Wanita Berdaya Selangor telah memperkasakan lagi Program USAHANITA Digital 2026 iaitu kohort ketiga sebagai inisiatif baharu yang berimpak tinggi. Program USAHANITA Digital 2026 bertujuan membantu usahawan wanita pengoptimuman kos perniagaan dan meningkatkan pendapatan menerusi pemantapan keusahawanan digital antara bentuk bantuan serta modul teras yang disediakan meliputi pertama pembangunan laman web e-dagang dan penampilan digital untuk membantu usahawan wanita menguasai teknik pemasaran digital bagi peluasan pasaran tanpa memerlukan kos premis fizikal yang tinggi. Yang kedua adalah latihan jualan live streaming untuk melatih peserta secara amali dalam teknik jualan secara langsung iaitu live streaming dan ciptaan kandungan digital bagi meningkatkan keterlihatan jenama ataupun digital appearance dengan izin serta merekodkan aliran jualan secara real time. Ketiga akses kepada latihan dan pengurusan kewangan inisiatif ini memberi kemahiran pengurusan kewangan sistem pengurusan perniagaan yang cekap serta jaringan akses kepada tajaan dan padanan pembiayaan bersama rakan strategik seperti Yayasan Hijrah, SME Corp Malaysia, Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad, CGC dan keempat adalah model eksport ini adalah satu pendekatan yang berbeza berbanding dua kohort sebelum ini di mana dalam modul eksport dan peringkat global julung kalinya modul eksport diperkenalkan dengan kerjasama dengan MATRIX ataupun Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia bagi membimbing usahawan menembusi pasaran Antarabangsa. Dan yang kelima adalah ekosistem kerjasama strategik di mana inisiatif ini disokong oleh ekosistem pelbagai pihak multi stakeholder yang melibatkan agensi Negeri dan juga Persekutuan iaitu Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad, Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad, Yayasan Hijrah Malaysia, MDEC serta platform digital seperti Tik Tok. Program USAHANITA 2026 menerima sebanyak 131 permohonan selepas melalui proses saringan yang ketat seramai 117 USAHANITA dipilih melalui program ini menyertai kohort ketiga. Program ini juga telah melalui dua kohort sejak tahun 2024 dengan jaringan alumni seramai 230 orang dan penerapan teknologi digital dan model perniagaan e-dagang ini membolehkan usahawan wanita mengurangkan kos operasi dan optimum kos meningkatkan margin keuntungan serta memastikan kelangsungan perniagaan mereka dalam mendepani persekitaran ekonomi yang mencabar.
Soalan tambahan.
Silakan Yang Berhormat Meru.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker dan terima kasih Yang Berhormat EXCO yang dengan jawapan soalan saya tadi. Apa yang penting ialah daripada Program Karnival Kerjaya mahupun USAHANITA ini ialah manfaat kepada wanita khususnya di Negeri Selangor ini. Jadi soalan saya ialah melalui Program Karnival Kerjaya berapakah jumlah wanita yang telah berjaya mendapatkan pekerjaan melalui karnival ini dan berapa kerap kah karnival ini diadakan dan adakah karnival ini akan diadakan turun ke daerah-daerah. Kedua ialah Program USAHANITA ini berapa ramai kah jumlah wanita yang telah mendapatkan latihan dan sudah sebutkan tadi tetapi berapa ramai kalau ada susulan daripada program ini wanita-wanita telah berjaya dalam bidang usahawan.
Terima kasih Yang Berhormat. Karnival Kerjaya Wanita itu telah dilaksanakan pada tahun 2025 pun begitu kita teruskan dalam bentuk Jelajah Wanita Berdaya Tahun pada tahun ini dengan lima siri bermula di Daerah Petaling iaitu di Subang Jaya kemudian di Daerah Hulu Langat di Bangi dan akan datang 15 Ogos 2026 di Bukit Beruntung untuk Daerah Hulu Selangor dan berbaki untuk Daerah Gombak dan Daerah Kuala Selangor. Untuk manfaat khusus daripada Karnival Kerjaya Wanita saya akan berikan butiran secara bertulis manakala untuk soalan kedua tentang USAHANITA untuk pengetahuan Yang Berhormat Meru peserta-peserta adalah mereka yang memang telah menjalankan perusahaan bukan lagi baru hendak mencuba jadi saya boleh kira 100% adalah mereka yang telah menceburi bidang usahawan cuma ukuran kejayaan ataupun success itu perlu diukur dari segi sasaran berapa jumlah pasaran ataupun akses kepada pasaran yang lebih luas daripada pasaran sedia ada. Jadi dari segi matrik ataupun parameter ukuran kejayaan itu kita meletakkan untuk yang terkini bagi kohort ketiga iaitu kerjasama dengan pihak MATRIC di mana mereka yang menyertai USAHANITA Digital bagi kohort ketiga perlu mengemukakan audited account, akaun beraudit bagi menunjukkan keseriusan dan kesungguhan mereka meneroka pasaran antarabangsa. Jadi jika di ukur dari segi kejayaan untuk USAHANITA kohort ketiga kita perlu ukur dari segi pasaran luar negara manakah yang dapat ditembusi oleh peserta-peserta USAHANITA Digital.
Yang Berhormat Dusun Tua.
Tuan Speaker soalan saya nombor 47.
PERTANYAAN-PERTANYAAN LISAN DARIPADA
PELEBARAN JALAN HULU LANGAT
47. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-a) Apakah status terkini cadangan pelebaran Jalan Hulu Langat bagi mengurangkan kesesakan yang semakin meningkat akibat pertambahan penduduk dan aktiviti pelancongan? b) Bilakah pelaksanaan projek dijangka dimulakan bagi meningkatkan kelancaran trafik serta keselamatan pengguna jalan raya?
Terima kasih Yang Berhormat Dusun Tua dan Tuan Timbalan Speaker. Dusun Tuan menanyakan berhubung dengan isu kesesakan jalan di Jalan Hulu Langat. Jalan yang dimaksudkan ini ialah Jalan FT3210 dan dalam pemerhatian di bawah Jabatan Kerja Raya, JKR kita dapati di kawasan Batu 9 sehingga Batu 14 di Hulu Langat merupakan sebahagian dari Jalan Dusun Tua ini kawasan ini terletak dalam Mukim Hulu Langat salah satu Mukim Daerah Hulu Langat Selangor. Hasil pantauan kesesakan ini kita perhatikan tumpuan bermula di Persimpangan Batu 14. Bagi mengurangkan kesesakan tersebut pihak Kerajaan melalui JKR ataupun Jabatan Kerja Raya dan Kementerian Kerja Raya sedang melaksanakan beberapa inisiatif seperti berikut. Pertama pelaksanaan Projek Menaik taraf Jalan Persekutuan FT3210 dari Persimpangan Batu 9 sehingga Persimpangan Dato Alias yang melibatkan pelebaran jalan daripada dua lorong kepada empat lorong setiap pembinaan jejambat di beberapa persimpangan utama. Projek ini telah siap sepenuhnya dan jangka dapat meningkatkan kapasiti trafik serta mengurangkan kesesakan di laluan tersebut dengan kos projek ini adalah RM320 juta, ini Jalan Federal, Jalan Persekutuan dan kedua adalah kerja-kerja penambahbaikan di persekitaran Batu 14 termasuk kerja-kerja pelebaran lorong susur ke kiri dari Jalan Ampang B62 ke Jalan Industri Hulu Langat FT3210 dengan kos sebanyak RM440 ribu dan kerja-kerja pelebaran lorong susur ke kiri dari Jalan Sungai Tekali B116 ke Jalan Industri Hulu Langat FT3210 dengan kos sebanyak RM536 ribu. Penambahan lorong susur ini dapat selaras dengan penambahan trafik di kawasan berkenaan sekali gus meningkatkan kelancaran trafik. Ketiga cadangan projek jangka panjang JKR Selangor telah mengemukakan permohonan bagi menaik taraf Jalan FT3210 ini secara berfasa di mana fasa pertama adalah sepanjang 3 kilometer dari Persimpangan Lebuh Raya EKVE sehingga Persimpangan Batu 14 daripada EKVE sebab sekarang ini kita nampak di trafik berlaku apabila EKVE ini telah dibuka. Di bawah Rolling Pelan 2, RP2 Rancangan Malaysia ke-13 anggaran kos berjumlah RM437 juta ini telah di buat permohonan untuk menaik taraf bagi fasa yang daripada EKVE ke Batu 14 Persimpangan. Yang keempatnya JKR juga Selangor juga telah mengenakan syarat kepada pemaju Tetuan
Scientex Park (M) Sdn Bhd untuk menaik taraf Jalan FT3210 melibatkan penambahan satu lorong di Persimpangan Jalan Sungai Tekali, Jalan Hulu Langat dan Jalan Hulu Langat Ampang. Ini antara yang di syaratkan kepada Tetuan Scientex Park (M) Sdn Bhd cadangan menaik taraf dijangka akan di sebut jangka pada tahun 2028 akan siap. Untuk makluman Yang Berhormat, selaras dengan hasil kajian Pelan Strategik Jalan dan Lebuh Raya Selangor yang saya sering sebutkan 2035, Jalur 35 ini memang kita mengenal pasti keperluan penaik taraf Jalan FT3210 ini. Cuma di buat secara berfasa dan of course sudah tentulah kelulusan ini bergantung kepada Kajian Kebolehlaksanaan dan kelulusan dana daripada Kerajaan Pusat kerana ini jalan Persekutuan ya. Selain itu, kita dah macam saya sebutkan tadi kita lihat pembukaan EKVE ini sebenarnya banyak membantu. Cuma kita perlu kesinambungan itu. Jalan itu, kelancaran itu berlaku. Kalau kita buka highway pun tetapi jalan sambungannya pun sesak. Bermakna tidak membantu sebenarnya secara langsung. Ini yang untuk kita lihat jalan-jalan yang susur yang ke lebuh raya ini pun perlu dinaik taraf. Itu yang kita cadangkan tadi, fasa pertama itu daripada EKVE itu ramp dia itu sampai ke Persimpangan Batu 14. Jadi kita akan terus memantau dan melihat apa lagi langkah-langkah tambahan yang perlu kita buat untuk memastikan sama ada jangka pendek ataupun jangka panjang bagi memastikan keadaan trafik di jalan FT 3210 ini dapat diperbaiki. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Silakan.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO, saya ingin membagi sikit input pandangan yang minggu lepas sahaja untuk pengetahuan Yang Berhormat EXCO kejadian kemalangan yang melibatkan nyawa. Ada 3 kes kemalangan satu minggu itu. Jadi isunya di sana ada terdapat 3 kuari yang berskala besar. Jadi bila lori-lori ini lalu besar, dia makan space. Jadi motosikal selalu berlaku kemalangan, yang meninggal 3 itu ada anak, 3-3 meninggal minggu lepas dan kanak sekolah sehari selepas itu. Boleh kata setiap hari ada kes. Jadi dah saya rasa sangat keperluan, kalau boleh secara sumbangan ke kuari-kuari ini ke yang diminta sangatlah di depan-depan sekolah di Sekolah Sungai Serai, speed bracker ke. Jadi saya merayulah supaya kalau kita nak tunggu dengan bajet RM437 juta ini saya pun tak tahu jangka bila dan Scientex ini pun tak buat apa-apa lagi saya tengok. Perumahan dia, rumah contoh dia dah siap juallah dulu, jalan ini tak buat lagi. Lori dia dah start masuk, jadi saya merayulah supaya Kerajaan Negeri dapat memikirkan tentang kewujudan kuari yang berhampiran dengan tepi jalan ini. Inilah punca-punca juga jalan sempit dan motor selalu sangat kemalangan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat atas keprihatinan tentang isu keselamatan jalan raya. Ini merupakan satu perkara yang kita akan beri pertimbangan dalam kita pembangunan jalan raya. Ini keselamatan merupakan aspek penting, mungkin di sini kita akan lihat dan teliti sebagaimana yang
kita telah buat di tempat-tempat lain ya. Kalau kita ada keperluan untuk kita ambil langkah-langkah tambahan, terutama dari segi aspek keselamatan jalan raya ini. Maka kita boleh laksanakan dan saya akan lihat juga isu kuari ini yang merupakan juga satu perkara, lori-lori muatan berat yang melalui kawasan ini untuk menambah langkah-langkah keselamatan untuk disediakan di kawasan-kawasan yang berkaitan. Terima kasih.
Yang Berhormat Hulu Kelang.
Soalan 48.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 48. Kehidupan BermaruahQuestions
48. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a) Apakah definisi Kehidupan Bermaruah yang diguna pakai oleh Kerajaan Negeri untuk menampung kehidupan rakyat dan menjamin keluarga hidup dengan wajar?
Terima kasih Hulu Kelang, terima kasih Timbalan Speaker dan soalan ini merupakan merujuk kepada apakah definisi pihak Kerajaan Negeri apabila mengeluarkan istilah kehidupan bermaruah. Ahli Yang Berhormat sekalian, ada 5 kerangka penting dalam kita memberikan definisi dan juga garis ukur terhadap kehidupan yang bermaruah ataupun jaminan keluarga hidup dalam konteks yang wajar. Yang pertama, pendapatan dan pekerjaan yang mencukupi untuk menampung keperluan keluarga serta menjamin martabat diri. Kita telah menetapkan bukan hanya pada paras kadar gaji median. Sebagai contoh dalam Rancangan Selangor Pertama, kita tetapkan gaji median kita adalah RM9,000.00 lebih. Pencapaian kita lebih sedikit sampai RM10,000.00. Namun dengan lebih detail kepada persoalan ini Yang Berhormat, kita bukan hanya letakkan pada angka pendapatan. Tetapi bagaimana pendapatan itu dijana. Adakah pendapatan itu menggunakan konteks yang sah atau menggunakan konteks yang tidak sah. Ataupun konteks yang mencalarkan maruah. Sebab itu antara perkara yang selalu saya titik beratkan apabila menyebut tentang pemulihan ekonomi selepas pandemik yang lepas ialah ekonomi yang bermaruah. Bermakna orang tidak menjual tubuh ataupun menjual dirinya atau terlibat dengan aktiviti jenayah jalanan, semata-mata untuk memenuhi keperluannya. Jadi, ia bukan angka RM10,000.00, RM20,000.00,
RM15,000.00, angka itu memang satu syarat yang harus dicapai tetapi bagaimana dicapai ataupun bagaimana kaedah dicapai. Yang kedua, perumahan yang selamat dan mampu milik atau disewa pada kadar yang berpatutan. Ini bersesuaian dengan satu usaha kita untuk melengkapkan 200,000 perumahan mampu milik. Sekarang ini yang dalam pipeline kita sekitar 174,000 sehingga akhir tahun 2025. Yang ketiga, akses kepada perkhidmatan kesihatan, pendidikan berkualiti tanpa bebanan kewangan yang tidak munasabah dan ini ditonjolkan dengan perbelanjaan pendidikan yang agak tinggi pada tahun ini, peningkatan sampai RM55 juta dan juga pelaksanaan Program ISS sebagaimana saringan, program kesihatan dan yang terbaru kita telah melebarkan penggunaan ataupun perkhidmatan Ambulans Kita Selangor. Ini semua Pihak-pihak Berkuasa Tempatan di semua Pusat-pusat Khidmat ataupun di semua kawasan-kawasan DUN, berbanding hanya 4-5 sewaktu fasa yang pertama. Yang keempat, Jaringan keselamatan sosial untuk golongan terdedah, warga emas, keluarga berpendapatan rendah dan orang kurang upaya supaya tidak terpinggir. Ini terpancar melalui program ataupun pelaksanaan dasar ekonomi penjagaan yang dilaksanakan di bawah Taman Templer dan juga program-program yang ada di bawahnya. Malahan kalau mengikut satu kajian, Selangor adalah satu-satunya negeri yang mempunyai kadaran yang setara di antara peningkatan hasil dan perbelanjaan untuk OKU ataupun Orang Kurang Upaya. You are the only state itu adalah satu kajian yang saya temui semalam dan ini menunjukkan komitmen kita bahawa pendapatan negeri harus disekalikan dengan bantuan dan sokongan kepada anak-anak kurang upaya dan mereka yang memerlukan. Yang kelima, Yang Berhormat, persekitaran hidup yang selamat dan bermaruah serta peluang untuk penyertaan ekonomi sosial ini agak abstrak Yang Berhormat kerana ia tidak melibatkan, bukan hanya melibatkan kuasa Kerajaan Negeri, tetapi turut melibatkan autoriti seperti Polis dan sebagainya dan mutakhir ini ada kebimbangan yang sangat melata berkenaan dengan kebanjiran warga asing, Rohingya dan sebagainya dan ini antara perkara yang saya kira Kerajaan Negeri harus teliti bagaimana rasa selamat penduduk itu dapat dikembalikan dan dapat menjadikan kehidupan yang lebih harmoni tanpa mewujudkan persengketaan dan permusuhan. Ini 5 kerangka Yang Berhormat. Pendapatan, Perumahan, Akses Kesihatan Pendidikan, Jaringan Keselamatan Sosial terutama kumpulan rentan. Yang kelima, rasa selamat, persekitaran kehidupan mereka termasuk isu-isu alam sekitar. Terima kasih Yang Berhormat.
Soalan tambahan. Hulu Kelang.
Terima kasih Yang Amat Berhormat di atas definisi yang diberikan tentang konsep gaji bermaruah. Saya berpandangan bahawa konsep gaji bermaruah ini di Selangor sangat relevan. Kerana kos sara hidup yang sangat tinggi di negeri Selangor berbanding dengan negeri-negeri yang lain dan konsep ini bertujuan untuk menjamin setiap pekerja dapat menjalani
kehidupan yang wajar dan selesa. Namun, kalau kita merujuk kepada perangkaan DOSM yang terkini, anggaran peratusan isi rumah yang tidak dapat hidup dengan wajar di Gombak, 14.7 % dan yang tertinggi di Sabak Bernam 38.7%. Maknanya keluarga 4 orang memerlukan pendapatan RM6,491.00 sebulan untuk masuk dalam kategori hidup bermaruah. Maka persoalan saya ialah, gaji minimum yang ditetapkan oleh undang-undang tidak semestinya dianggap sebagai gaji yang bermaruah. Sebagai contoh, gaji minum hari ini di peringkat Nasional adalah RM1,700.00 sebulan. Tetapi Kerajaan Persekutuan termasuk beberapa GLC menggunakan penanda aras sekitar RM3,100.00 sebulan sebagai gaji kehidupan wajar ataupun gaji bermaruah. Persoalan saya, apakah Rancangan Selangor Kedua yang akan dibentangkan pada petang esok akan mengambil kira faktor ini atau Rancangan Selangor hanya menumpukan dan melihat daripada segi kemiskinan sahaja dan yang kedua, apakah tahap pendapatan bermaruah yang boleh dilaksanakan di Negeri Selangor dan berapa ramai rakyat Selangor yang tak dapat hidup dengan bermaruah. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang. Ini adalah satu anjakan yang penting di saat kita ingin merangka dasar-dasar dan juga program-program pembasmian kemiskinan daripada hanya meletakkan garis kemiskinan sebagai satu kayu ukur kejayaan program pembasmian kemiskinan kepada kehidupan wajar ataupun dalam istilahnya kehidupan bermaruah. Istilah ini adalah cadangan daripada Tan Sri Nor Ghazali, seorang intelektual daripada Universiti Kebangsaan Malaysia yang meminta untuk kita berhentilah bercakap tentang miskin tegar, miskin relatif kerana akhirnya kehidupan yang wajar itu sebenarnya lebih relevan dengan keperluan dan kehidupan sekarang. Justeru, dalam Rancangan Selangor Kedua, ada 2 perkara yang akan saya bentangkan esok. Saya reveal sedikit. Yang pertama ialah tentang pembangunan ekonomi secara makro dan yang kedua, bagaimana merapatkan jurang antara daerah. Ini antara perkara yang saya kira akan terangkum bawahnya persoalan pendapatan rakyat yang sesuai dengan kawasan-kawasan daerah tertentu. Angka-angka makro saya percaya tidak perlu dipertikaikan lagi tentang keupayaan kita. Kitaran ekonomi, sumbangan KDNK dan banyak perkara. Sekarang saya percaya bagaimana Kerajaan Negeri ingin memastikan kualiti pencapaian makro itu dirasai oleh rakyat termasuk di daerah Sabak Bernam dan kawasan-kawasan lain. Usaha-usaha pembangunan daerah merupakan salah satu usaha, tetapi bagaimana pula kita membantu dan menyokong supaya mereka berpendapatan dengan berpendapatan yang baik. Walaupun angkanya Sabak Bernam merupakan daerah yang mempunyai peningkatan gaji yang paling tinggi dalam Rancangan Selangor Pertama sehingga sampai RM1,500.00 berbanding daerah lain. Tetapi kalau kita lihat angkanya, kadar gaji median atau gaji penengah di Petaling, masih telah hampir mencecah ke RM12,000.00 tetapi di Sabak Bernam angkanya masih lagi sekitar RM11,000.00, eh sekitar RM6,000.00, oh belum sampai RM7,000.00 pun, RM6,000.00. Hampir 1/2 walaupun jarak perjalanannya adalah sekitar 2 jam dengan WCE dan sebagainya.
Justeru, saya percaya selain daripada projek inisiatif yang kita nak laksanakan. Bagaimana kita mencipta peluang pekerjaan dan menarik pelaburan. Trend yang agak menarik di Negeri Selangor Yang Berhormat, orang sudah mula pergi ke Utara Selangor untuk pelaburan. Tetapi ia masih lagi bertakung ataupun terlibat di Hulu Selangor. Syarikat Kenderaan seperti Geely, Syarikat kenderaan seperti, maafkan saya bukan Geely. Syarikat kenderaan seperti Chery dan juga rangkaiannya akan membuka dan ia akan membuka peluang mungkin disebabkan oleh ECRL dan sebagainya. Cuma di daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam saya percaya Kerajaan Negeri perlu segera melaksanakan apa yang dilaksanakan di dalam SABDA dan memerlukan injection yang besar melibatkan kewangan Kerajaan Negeri yang saya percaya akan digembleng oleh pihak MBI dan sebagainya. Justeru itu, saya percaya ia bukan lagi soal peningkatan RM1,500.00 gaji penengah, tetapi bagaimana setiap orang itu dapat dikurangkan. Sebelum ini, pembasmian kemiskinan merupakan strateginya. Mereka kurang RM200.00, mereka kurang RM300.00. Kita bantu dengan BINGKAS kita bantu dengan zakat. Itu telah menjadikan kadar kemiskinan tegar kita telah mencecah hanya sekitar 0.9% ikut data ICU. Kemiskinan relatif kita satu digit. 8.5% berbanding 12% sebelum kita laksanakan. Tetapi sekarang kita bukan nak tengok kadar kemiskinan itu, kita nak tengok kehidupan wajar dan kita akan pecahkan ikut daerah kita akan pecahkan ikut lokaliti di masa depan, tetapi kita akan hadkan di peringkat daerah dulu termasuk apakah inisiatif tambahan Kerajaan Negeri. Bukan hanya dengan sumbangan kewangan tetapi mungkin juga kemudahan seperti perniagaan dan sebagainya. Baru-baru ini kita telah mengurangkan sewaan untuk premis-premis PBT khususnya ketika pandemik ataupun ketika pandemik, kita krisis bekalan bahan bakar sekarang. Mungkin ini adalah salah satu strategi yang menyediakan tempat berniaga kepada mereka dan sebagainya untuk meningkatkan kehidupan wajar ataupun pendapatan kepada rakyat. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Terima kasih Yang Amat Berhormat.
Speaker.
Sebab masa dah 11.30. Kita boleh tanya dalam soalan besok pula. Mungkin ada soalan-soalan berkaitan boleh Hulu Kelang. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan jam 11.30 pagi, dengan ini saya menangguhkan sesi pertanyaan untuk urusan seterusnya.
Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor, Pindaan 2026Bill
Aturan urusan mesyuarat seterusnya. Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor, Pindaan 2026.
Saya jemput Yang Berhormat Sungai Panjang untuk menyambung perbahasan.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker dan Ahli Dewan yang dimuliakan sekalian. Sungai Panjang sambung kepada semalam persoalan daripada peluang bidang kuasa Majlis dalam
Pengurusan Harta Pusaka Bahagian 10 (b) muka surat 33 dan beberapa persoalan yang dibangkitkan oleh Sungai Panjang semalam dan sambung ada 2 perkara lagi yang ingin dibangkitkan. Seterusnya berkenaan kuasa membuat peraturan Seksyen 121(i) dan kekosongan Perundangan. Disebabkan pelaksanaan terperinci seperti had nilai pusaka, prosedur tuntutan dan kadar fee bergantung sepenuhnya kepada peraturan-peraturan yang akan digubal kemudian nanti. Sungai Panjang bertanya adakah Kerajaan Negeri bersedia membentang draf peraturan tersebut bersama enakmen ini bagi membolehkan Dewan menilai kesan praktikalnya secara menyeluruh dan mengelakkan sebarang unsur gharar yakni gharar ketidakpastian yang dilarang dalam Islam. Begitu juga dalam Fasal ini berkenaan dengan fee dan charges yang dibangkitkan oleh Batu Tiga dibangkitkan oleh Pelabuhan Klang perkara yang sama, adakah fee yang akan dikenakan oleh Majlis untuk perkhidmatan Pengurusan Harta Pusaka ini, setimpal dengan perbelanjaan serta adakah pengecualian bagi golongan asnaf dan miskin. Ini penting bagi memastikan keadilan sosial dan Pengurusan Harta Pusaka yang ada dalam perundangan ataupun syariat Islam itu sendiri. Yang Berhormat Tuan Speaker, Ahli Dewan sekalian muka surat 29 patah balik ke belakang, berkenaan Fasal Perwakilan Guaman oleh Pegawai Majlis bertauliah 42(A), 42(B) dan 42(C). Benar dalam Islam konsep wakalah atau perwakilan memerlukan wakil yang berpengetahuan dan berkemampuan untuk menjalankan tugas dengan adil dan juga tugas dengan penuh amanah. Ini sesiapa yang mewakili pihak Mahkamah mestilah dari kalangan mereka yang ada kelayakan dan boleh dipercayai untuk menegakkan keadilan dan betapa pentingnya kepakaran dalam memberi keterangan untuk menunjukkan bahawa kefahaman yang mendalam tentang agama adalah satu kebaikan yang besar. Oleh kerana enakmen ini dipinda maka Pegawai Majlis yang bertauliah yang dibenarkan berguam tanpa diterima masuk sebagai Peguam Syarie perlu juga memiliki kefahaman agama dan perundangan yang mencukupi bagi menjalankan tugas dengan adil dan berkesan kerana Nabi S.W.T. mewasiatkan kepada kita (ayat al-Quran dibacakan,) Nabi tidak sebut (ayat al-Quran dibacakan) bukanya sekadar dengan sijil PHD kepandaian dan sebagainya tetapi diberikan faqeh tentang agama. Sungai Panjang bertanya apakah kriteria dan latihan minimum yang disyariatkan bagi Pegawai Majlis bertauliah di bawah Seksyen 42(A) dan 80(3)(B)(2), bagi memastikan mereka ini berkelayakan untuk berguam di Mahkamah Syariah. Selaras dengan kepakaran yang dituntut dalam syariat kita. Kedua adakah peruntukan perlindungan liabiliti di bawah Seksyen 42(C) ini iaitu bertindak dengan suci hati, memadai untuk melindungi kepentingan awam atau adakah ia berisiko menjadi perisai daripada pertanggungjawabkan, bagaimanakah pula mekanisme pengawasan dan semakan itu dilaksanakan. Sungai Panjang juga ingin bertanya adakah kelonggaran ini akan menjejaskan standard profesionalisme guaman syarie yang sedia ada dan bagaimanakah ia mempengaruhi kepercayaan orang ramai terhadap sistem keadilan syariah itu sendiri. Dan yang kedua terakhirnya muka surat 29 dan 35, berkenaan
dengan peluasan perkhidmatan wasiat, hibah, bantuan guaman dan perantaraan Seksyen 7 dan 122. Dalam Islam memang ada galakan untuk berwasiat dan juga galakan untuk melakukan hibah (ayat Al-Quran dibacakan); “Siapa-siapa saja yang mengubah wasiat itu setelah dia mendengarnya, maka sesungguhnya dosanya adalah atas orang yang mengubahnya”. Al-Baqarah : Surah ke-2, ayat 181, juzuk 2, halaman 27. Ini tanggungjawab yang besar yang ditanggung oleh Majlis yang menunjukkan kepentingan wasiat dalam Islam dan tanggungjawab menguruskan wasiat dengan penuh amanah. Majlis perlu memastikan perkhidmatan ini dilaksanakan dengan cekap, dengan telus, dengan integriti. Begitu juga dalam bab hibah, ada satu larangan untuk menarik balik hibah (ayat Al-Quran dibacakan) “Mereka yang mengambil balik hibahnya seperti orang yang menjilat kembali muntahnya”. Ini juga menunjukkan bahawa hibah dalam Islam adalah amalan yang serius. Kali ini terpaksa guna perkataan serius, hibah adalah amalan yang serius dan tidak boleh ditarik balik sewenang-wenangnya. Majlis juga perlu memberikan nasihat yang jelas kepada umat Islam tentang implikasi hibah dan wasiat ini dan apakah mekanisme yang digunakan untuk menerangkan atau menjelaskan hal-hal atau pun perkara tersebut. Maka ada beberapa pertanyaan yang Sungai Panjang ingin timbulkan di sini, pertama adakah Majlis mempunyai kapasiti operasi dan kepakaran yang mencukupi bagi menawarkan perkhidmatan wasiat, perkhidmatan hibah, perkhidmatan bantuan guaman dan perantaraan secara meluas terutamanya dalam aspek kaunseling dan dokumentasi yang mematuhi syarak. Kedua, bagaimanakah perkhidmatan ini akan berinteraksi dengan firma guaman swasta, yang kita tahu firma guaman swasta ini maka itulah rezeki mereka. Dan badan sedia ada seperti Amanah Raya Berhad, adakah ia akan mewujudkan satu persaingan yang sihat atau pertindihan yang membebankan para pengguna selepas ini. Dan yang terakhir perkara yang sama pada Enakmen Mahkamah Syariah iaitu pada Jadual Pindaan Jadual Pertama mohon agar diteliti juga bentuk-bentuk skrip Bahasa Arab bagi perkataan dan ungkapan-ungkapan tertentu yang kita lihat juga ada kesalahan-kesalahan atau kesilapan-kesilapan dalam skrip Bahasa Arab atau dalam bahasa mudah disebutkan nahu boleh dilihat kenapa semua perkataan itu banyak didatangkan dalam bentuk naqirah tidak di dalam bentuk Al-Maqrifah. Al-Maqrifah alif lam ini iaitu khusus naqirah umum contohnya Zahaba, Abbassunnillamasjidin contoh pertama itu naqirah. Yang kedua, Zahaba Abbassunnillalmasjidi ada Alif Lam. Pergi Saudara Abas tadi ke masjid umum, masjid mana dia hendak pergi, itu yang pertama naqirah. Yang kedua, telah pergi Saudara Abas tadi ke masjid itu Al-Masjidu maknanya dah umum, dah masjid itu.
Sungai Panjang, Sungai Panjang.
Ya, Abas ini nama sahabat Nabi.
Abas, Abas tak, tak, tak ada guna dalam Dewan ya sebab kalau dalam Dewan Tuan Speaker, dia tak boleh sebut nama, nama Seri Serdang, kalau dia kata Abas itu sahabat Nabi, teruskanlah.
Minta maaf, minta maaf, jangan-jangan perasan, banyak nama Abas. Minta maaf.
Okay, teruskan Sungai Panjang.
Penjelasan, minta penjelasan, fasal nama Seri Serdang nama dia pun Abas sebab sama.
Ok tak apa, teruskan Sungai Panjang, teruskan.
Peraturan 12(2), 12(2), 12(2) jadi maknanya tadi ada naqirah dan juga Al-Maqrifah, itu terpulang untuk dibincangkan cuma Sungai Panjang melontarkan sahaja dan kebanyakannya contoh yang terakhir yang Sungai Panjang hendak sebut pada Jadual Pertama tadi tentang Qawwulunmuqtamadun iaitu pendapat yang muktamad. Dalam situasi negara kita pada hari ini, kita melihat bahawa Enakmen Pentadbiran Islam Negeri Selangor Pindaan 2026 ini menetapkan Qawwulunmuqtamadun Mazhab Syafii sebagai keutamaan dalam fatwa. Walau bagaimanapun, institusi fatwa berdepan dengan cabaran seperti isu-isu kontemporari yang tidak terdapat dalam perbahasan kitab-kitab turas, kitab-kitab terdahulu dan memerlukan penguasaan Bahasa Arab dan penguasaan kaedah qawai'ulfiqh dan juga usul fiqh yang mendalam untuk mentelah sesuatu hukum. Ini sudah tentu tidak lagi mengambil muktamad dalam Mazhab Syafii sama ada ia diputuskan dengan pendapat peribadi Imam Syafii — Qalqadim atau Qaljadim ataupun daripada qanqith Mazhab Syafii iaitu Imam Ramli dan juga Imam Annawawi ataupun para ashabnya ataupun daripada pendapat ulama-ulama kontemporari yang ada pada masa ini ataupun diputuskan mengikut mazhab yang lain sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat EXCO pada pembentangan yang lalu. Maka di sini sudah tentu tidak sepenuhnya pandangan yang muktamad itu digunakan dalam perkara-perkara fatwa. Jadi bolehkah Majlis ataupun Muzakarah Fatwa memberikan jawapan secara bertulis pun tidak mengapa, berkenaan berapa peratus fatwa yang mengikut qalmuktamad, berapa peratus fatwa yang mengikut pendapat Imam As-Syafii ataupun ashabnya dan berapa peratus pendapat yang mengikut pandangan …
Tuan Timbalan Speaker, Peraturan Dewan?
Peraturan Dewan dipersilakan Yang Berhormat EXCO.
Ya, saya merujuk Peraturan Dewan 36(1) : Seorang Ahli hendaklah mengehadkan percakapannya kepada perkara yang sedang dibincangkan sahaja dan tidak boleh membawa perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan perkara yang sedang dibincangkan itu. Soalan yang ditanya tadi merujuk kepada isu fatwa dan pembuatan fatwa yang tidak ada kaitan dengan perkara yang sedang dibincangkan di dalam Dewan ini, justeru itu saya memohon petua dari Speaker.
Tak apa, saya rasa nanti Yang Berhormat EXCO boleh jawab dalam masa penggulungan nanti ya.
EXCO boleh bawa Peraturan Dewan ya? EXCO boleh bawa Peraturan Dewan?
Boleh, teruskan Sungai Panjang.
Saya bertanya saja, baru tiga tahun. Okay, di situ kemudian yang berapa kali akhir, yang ini terakhir sudah akhir. Dan tidak ada apa dah. Justeru akhirnya Sungai Panjang menyeru semua Ahli Yang Berhormat di Dewan ini agar memberikan sokongan penuh kepada RUU Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor Pindaan 2026 ini supaya memastikan pelaksanaannya kelak disertai dengan keseriusan dan komitmen kewangan. Keseriusan dan komitmen latihan dan keseriusan penguatkuasaan yang bersungguh-sungguh demi kesejahteraan umat Islam dan kecemerlangan sistem pentadbiran Agama Islam di negeri Selangor yang kita cintai ini. Semoga Allah menulisnya sebagai satu amal jariah kita ketika berada di mahkamah Allah di akhirat nanti. Allah Maha Mendengar dan Allah Maha Mengetahui.
Indah bersinar cahaya purnama Menyinar bumi di waktu malam Memimpin amanah memimpin tugas utama Adil integriti dengan cara Islam
(Pantun Bahasa Banjar)
Terima kasih, Assalamualaikum Warahmatullah.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Panjang. Seri Serdang dulu bahas bukan soalan ya. Okay, silakan.
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Pakatan Harapan. Terima kasih Yang Berhormat Speaker dan semua Ahli-ahli Dewan yang saya hormati sekalian. Seri Serdang mengambil tempat untuk membahaskan berkenaan dengan Rang Undang-undang Enakmen berkaitan dengan Mahkamah Syariah dan saya kira ini adalah satu perkara yang sangat besar pengaruhnya bagi umat Islam di negeri Selangor kita kerana ini adalah melibatkan kepentingan khusus kepada umat Islam. Dan ia memberi kesan bukan sahaja kepada umat Islam tetapi memberi kesan juga kepada negeri Selangor secara amnya. Oleh yang demikian, ada dua perkara yang saya mohon Seri Serdang mohon perhatian dan juga jawapan daripada pihak Kerajaan. Yang pertama yang berkaitan dengan Pindaan Seksyen 51 (7E) di mana jika Jawatankuasa Muzakarah menasihatkan atau mengesyorkan sesuatu fatwa yang dicadangkan itu dibuat dengan atau tanpa yang disyorkan olehnya atau menasihatkan atau mengesyorkan sesuatu fatwa lain tentang perkara yang sama dan Majlis Diraja telah bersetuju dengan nasihat dan syor daripada Jawatankuasa Muzakarah itu, Majlis boleh menimbang nasihat dari syor itu dan selepas itu bolehlah menyebabkan supaya fatwa mengikut nasihat dan syor itu disiarkan dalam warta tanpa apa-apa pindaan atau ubah suaian daripada peruntukan-peruntukan Seksyen 48 kecuali Subseksyen 48(7) hendaklah dipakai baginya.
Tuan Speaker dan Yang Berhormat semua fatwa ini adalah suatu perkara yang menjadi panduan kepada Mahkamah Syariah khususnya dan secara amnya kepada umat Islam dalam Negeri Selangor. Sudah pasti fatwa ini perlu diperhalusi sebaik mungkin supaya ia tidak menjejaskan mana-mana pihak di dalam Negeri Selangor kita. Oleh yang demikian, kalau kita lihat kepada ayat tadi ini, kita akan refer kepada fatwa-fatwa di peringkat Kebangsaan dan boleh dicadangkan dalam Jawatankuasa Muzakarah, betul Yang Berhormat EXCO ya? Pertanyaan saya ialah oleh sebab fatwa ini adalah kepentingan kepada umat Islam dalam negeri Selangor dan kepentingan ini juga akan memacu kepada Negeri Selangor secara amnya sebab itu fatwa ini selain daripada peringkat Persekutuan, apakah fatwa-fatwa peringkat negeri lain boleh menjadi references dengan izin, untuk kita membuat fatwa di dalam negeri Selangor pada masa yang akan datang. Terutama melibatkan kepentingan negeri Selangor, saya bagi contoh perpaduan dan keharmonian. Pernah berlaku satu amanat yang menyebabkan kacau bilau di dalam negara kita. Amanat Haji Hadi pada 7 April 1981, hanya Negeri Melaka sahaja memfatwakan amanat Haji Hadi sebagai sesat. Kalau kita lihat kepada isi kandungan amanat Haji Hadi, tak tahulah amanat Haji Hadi ini Presiden siapa wallahualam, apa dia kata dalam amanat ini ya. Kita menentang UMNO bukan kerana dia UMNO, kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan, kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliah oleh sebab itulah kita menentang mereka, oleh sebab itulah kita menghadapi
mereka, oleh sebab itulah kita cuba berlawan dengan mereka. Ayat ini sangat-sangat keras dan boleh menyebabkan kacau bilau dalam perpaduan yang ada pada hari ini. Apa lagi dia sebut, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad, bergantunglah kita kepada Allah dalam menghadapi puak-puak ini kerana kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid, mati kita adalah Islam, kita tidak perlu masuk Buddha, kita tidak perlu masuk Hindu, kita tidak perlu masuk Kristian tapi kita menjadi kafir dengan mengatakan politik suku, agama suku. Benda ini, amanat Haji Hadi ...
Tuan Timbalan Speaker, Peraturan Tetap.
Peraturan Tetap.
Peraturan Tetap 36(1). Ini disebutkan oleh EXCO tadi, saya ingat EXCO pun fahamlah, saya ingat perkara ini tak perlulah diperbahasakan pada peringkat ini, terima kasih.
Ini untuk dibawa oleh Seri Serdang kepada Yang Berhormat EXCO, kita minta Yang Berhormat EXCO respons dalam penggulungan nanti ya.
Baik saya setuju dengan 36(1) tapi saya gunakan amanat Haji Hadi ini sebagai contoh macam mana fatwa ini kalau tidak dijaga dengan baik dan boleh tak kita jadikan fatwa negeri lain sebagai reference kita pada masa akan datang contohnya dalam amanat Haji Hadi ini hanya negeri Melaka memfatwakan sebagai sesat. Jadi pada masa akan datang kalau berlaku isu-isu yang kita lihat fatwa-fatwa di negeri lain lagi lebih baik pandangan mereka itu, apakah Negeri Selangor akan ikut sama dan membincangkan dalam Jawatankuasa Muzakarah itu nanti, itu yang pertama.
Yang keduanya saya melihat kepada Majlis Memegang Harta Pusaka sebagai Pemegang Amanah (2). Semua harta dan wang yang diterima oleh Majlis di bawah Subseksyen 1 hendaklah ditadbir oleh Majlis dan boleh dilaburkan tertakluk kepada peruntukan lain dalam enakmen ini dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya, perkataan dilaburkan. Saya kira bila kita melibatkan pelaburan, persoalan saya ialah apakah Majlis sudah bersedia dengan pasukannya untuk menghadapi dan menerima amanah untuk pelaburan ini ya, pelaburan bukan suatu perkara yang mudah pada hari ini. Dan yang paling penting ialah kesediaan Majlis untuk membuat pelaburan di atas sumber-sumber yang didapati itu nanti. Kita tak nak nanti kita ambil perkara-perkara ini ringan dan akhirnya akan menjadi masalah pada masa akan datang kerana ia melibatkan seratus peratus kepentingan umat Islam dalam Negeri Selangor. Sering kali kepentingan umat Islam ini kita lihat dipertikaikan. Kerisauan saya ialah kita tidak
mahu pada masa yang akan datang perkara yang sama berlaku kepada Tabung Haji berlaku juga dalam negeri Selangor. Ini yang saya beri perhatian serius, ini bukan perkara kecil bayangkan bagaimana pengurusan Tabung Haji ketika dahulu ...
Mohon mencelah sekejap, sikit sikit.
Baru hendak ...
Sikit, sikit hendak tambah, hendak tambah.
Bagi ruang? Silakan Kuang.
Baik, terima kasih Yang Berhormat sebab Yang Berhormat sebut tadi tentang pelaburan itu kan, saya hendak juga mencadangkan, boleh Yang Berhormat setuju, kita hendak tahu juga berapakah jumlah aset dan hasil yang ada di Tabung Haji, juga kalau boleh Yang Berhormat dapatkan data berapakah sumbangan Kerajaan Negeri atau peruntukan Kerajaan Negeri kepada MAIS dan contoh-contoh pelaburan yang dicadangkan oleh MAIS selepas enakmen ini diluluskan dan juga tempat-tempat sasaran pelaburan, sebab ini melibatkan kepentingan orang ramai juga.
Saya setuju, saya setuju yang kedua itu, Yang Berhormat Kuang dengan berkenaan sumber-sumber pelaburan yang ada dalam MAIS dan pada masa yang akan datang apa kita luluskan enakmen ini kesediaan MAIS, Majlis itu sendiri untuk memacu pelaburan pada masa akan datang mengikut apa yang kita luluskan. Saya sambung balik tadi Yang Berhormat, kepentingan umat Islam ini perlu dipandang serius ya, sebab itu penekanan perlu diberikan supaya tidak terjadi lagi peristiwa seperti mana pengurusan tabung haji yang berlaku yang telah dibentangkan di bawah RCI. Bayangkan kehilangan RM13 bilion, pembukaan akaun palsu tabung haji. Ini semua melibatkan seratus peratus kepentingan umat Islam, sebab itu dalam hendak buat pelaburan, Seri Serdang mencadangkan supaya diperhalusi dalam ada Jawatankuasa tertentu dan dilibatkan orang-orang yang individu, korporat yang memang ahlinya di dalam Jawatankuasa tersebut supaya pelaburan ini nanti tidak terjadi lagilah perkara-perkara yang menyedihkan umat Islam dan ini melibatkan kepentingan seratus peratus umat Islam.
Pelabuhan Klang.
Terima kasih Yang Berhormat Seri Serdang setuju tak Yang Berhormat Seri Serdang supaya untuk pelaburan ini nanti
apabila kita luluskan enakmen ini, supaya diadakan satu garis panduan yang jelas, apa yang boleh dilaburkan, bagaimana pelaburan itu dibuat supaya ada tatacara bagi kita mengawal pelaburan-pelaburan yang akan dibuat oleh pihak MAIS. Bukan kita hendak mengawal sepenuhnya sekurang-kurangnya kita ada garis panduan yang jelas supaya tidak berlaku seperti yang Seri Serdang sebutkan tadi yang berlaku kepada Tabung Haji pada masa akan datang. Kita belajar daripada pengalaman yang ada di dalam negara kita seperti isu Tabung Haji untuk kita jadikan pedoman bagi kita melaksanakan pelaburan melalui Majlis Agama Islam Selangor ini lebih baik lagi pada masa hadapan dan seterusnya menjadi contoh pada negeri-negeri yang lain pada masa akan datang. Apa pandangan Yang Berhormat Seri Serdang?
Saya setuju dan saya mencadangkan ada Jawatankuasa tertentu yang boleh memantau pelaburan-pelaburan yang akan dijalankan nanti supaya pelaburan ini nanti akan mengembalikan secara positif hasil daripada pelaburan yang akan dijalankan. Sebab ini melibatkan seratus peratus kepentingan orang Islam, orang Melayu kita terutamanya. Bukan setakat Tabung Haji, FELDA juga mengalami kerugian berpuluh bilion juga melibatkan orang Melayu Islam juga sebab itu saya kira perlu diberi perhatian serius berkenaan perjalanan, pelaburan, kewangan dan sebagainya kesediaan Majlis untuk melakukan pelaburan dan ada Jawatankuasa yang memantau. Begitu juga dengan audit kita gunakan sama ada audit luar atau pun audit dalaman supaya setiap perjalanan kewangan, pelaburan, perniagaan yang akan dijalankan dipantau dengan baik dan akhirnya memberi hasil yang maksimum kepada Majlis Agama Islam Selangor dan juga dapat membantu di atas kepentingan umat Islam di dalam Negeri Selangor kita.
Jadi saya mengharapkan perhatian daripada pihak Kerajaan dan saya berkeyakinan perkara ini boleh dilakukan dan boleh berjaya oleh pihak Majlis cuma perlu ada pemantauan yang serius kerana beberapa kes yang berlaku yang saya sebutkan tadi seperti Tabung Haji yang kita sangat sedih, kehilangan RM13 bilion, buka akaun palsu dan sebagainya. Keduanya FELDA begitu juga puluhan bilion hampir RM1 bilion kerugian hampir seratus juta kehilangan, kerugian dan inilah saya rasa perlu diberi perhatian kerana negeri Selangor kita adalah negeri yang maju, negeri yang maju segala-galanya sebab itu kita perlu beri perhatian yang khusus kepada perjalanan perniagaan pelaburan dan sebagainya. Oleh itu Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker, Seri Serdang menyokong penuh penggubalan Rang Undang-undang Enakmen kali ini dan sekian dulu, Wabillahitaufiqwahidayah, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Seri Serdang. Permatang.
Terima kasih Tuan Speaker. Permatang bangun untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-Undang Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2026. Pada prinsipnya Permatang menyokong usaha Kerajaan Negeri untuk memperkukuhkan pentadbiran Agama Islam di negeri Selangor. Permatang percaya setiap undang-undang perlu sentiasa dinilai dan ditambah baik agar ianya kekal relevan dengan perkembangan semasa serta mampu memenuhi keperluan pentadbiran dan kehakiman yang semakin hari semakin kompleks. Namun begitu Permatang telah meneliti keseluruhan Rang Undang-undang ini dan mendapati terdapat satu tema yang konsisten dalam beberapa pindaan utama. Kerajaan memperluaskan kuasa institusi khususnya Majlis Agama Islam Selangor, MAIS. Permatang sama sekali tidak mempertikaikan malah mengalu-alukan keperluan untuk memperkukuhkan Institusi MAIS ini. Pada Permatang undang-undang yang baik bukan sekadar memberi kuasa undang-undang yang baik juga seharusnya memastikan kuasa itu dilaksanakan secara telus, profesional dan boleh dipertanggungjawabkan. Atas sebab itu Permatang ingin memfokuskan perbahasan ini kepada dua perkara utama. Isu pertama Tuan Speaker, Permatang ingin menyentuh berkenaan pegawai majlis bertauliah. Permatang merakamkan penghargaan dan menyambut baik inisiatif MAIS yang memperkukuhkan peranannya dalam menyediakan bantuan guaman kepada umat Islam di Selangor. Ini merupakan langkah yang amat penting bagi memastikan akses kepada keadilan tidak hanya di nikmati oleh mereka yang berkemampuan sahaja tetapi turut dinikmati oleh mereka yang kurang berkemampuan juga. Jadi Permatang menyokong usaha Kerajaan memperkenalkan konsep pegawai majlis bertauliah bagi membantu MAIS melaksanakan fungsinya dengan lebih berkesan. Namun demikian memandangkan pegawai majlis bertauliah akan memainkan peranan yang amat penting dalam mewakili pihak-pihak di mahkamah, Permatang berpandangan aspek kelayakan latihan standard profesional mestilah diperincikan dengan jelas. Melalui pindaan ini di bawah Fasa 10 Sub Seksyen 80 (3) Pegawai Majlis Bertauliah diberi kuasa hadir dan berhujah di Mahkamah Syariah tanpa perlu di terima masuk sebagai Peguam Syarie. Ini merupakan satu pengecualian yang sangat besar Permatang kira, persoalannya apakah standard yang akan digunakan bagi menentukan seseorang itu benar-benar layak untuk diberikan keistimewaan tersebut. Sub Seksyen 80(3) (b) juga yang bakal digubal ini juga ada menyatakan bahawa Majlis boleh membuat peraturan mengenai pegawai majlis bertauliah ini. Jadi ini menimbulkan persoalan yang sangat asas Permatang kira, soalan Permatang adakah pegawai dan juga peraturan-peraturan ini sebenarnya telah diwujudkan atau telah dirangka. Jadi atau dewan hari ini kita hari ini di minta untuk meluluskan satu kuasa sedangkan mekanisme pelaksanaannya sendiri masih belum kita lihat ataupun belum diwujudkan. Sekiranya peraturan tersebut masih belum digubal adakah kita sedang meluluskan kuasa tanpa kita mengetahui standard yang bakal di guna pakai sedangkan Tuan Speaker hak untuk hadir dan berhujah di mahkamah ini bukanlah perkara yang kecil, mahkamah itu adalah satu institusi yang suci dan juga institusi keadilan. Justeru Permatang benar-benar ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak Kerajaan bilakah
peraturan tersebut akan digubal dan apakah syarat minimum untuk menjadi pegawai majlis bertauliah ini dan yang paling penting sekali adakah pegawai majlis bertauliah ini menjalani latihan advokasi etika profesional dan tatacara mahkamah sebagaimana Peguam Syarie. Tuan Speaker pada pandangan Permatang perkara-perkara asas seperti ini tidak sepatutnya kita serahkan sepenuhnya kepada peraturan kerana peraturan hanya boleh memperincikan pelaksanaan tetapi prinsip-prinsip ataupun yang asas ini hendaklah diputuskan oleh Dewan melalui enakmen lebih-lebih lagi apabila seseorang itu diberikan hak untuk hadir dan hujah di hadapan mahkamah kerana kalau kita merujuk dalam Sistem Mahkamah Sivil , Pegawai Kerajaan yang mewakili Kerajaan lazimnya terdiri daripada Pegawai Undang-undang yang mempunyai kelayakan profesional yang jelas serta tertakluk kepada standard-standard etika tertentu. Oleh itu, Permatang berpandangan Mahkamah Syariah juga wajar mempunyai standard yang setara. Jadi Permatang mencadangkan agar Kerajaan mempertimbangkan untuk memasukkan perkara-perkara yang penting ke dalam enakmen ini sebagai contoh syarat kelayakan minimum, kewajipan menjalani latihan profesional serta latihan etika ketika mekanisme pelantikan yang telus mekanisme penggantungan dan bagaimana pembatalan tauliah mereka kelak dan juga bagaimana pula had bidang kuasa pegawai majlis bertauliah hadir berhujah di mahkamah nanti. Dengan adanya peruntukan asas in kuasa yang diberikan kepada MAIS akan mempunyai sempadan yang lebih jelas sekali gus meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap Sistem Perundangan Syariah.
Perkara yang kedua Permatang ingin menyentuh tentang bahagian 10 (b) berkenaan Pengurusan Harta Pusaka Orang Islam. Tuan Speaker, Permatang ingin beralih kepada bahagian 10 (b) yang pada hemat Permatang merupakan bahagian yang kita kira paling penting untuk kita bincangkan di dalam dewan yang mulia ini kerana ia menyentuh bukan sekadar melibatkan pentadbiran semata ia melibatkan hak milik rakyat ia melibatkan harta pusaka balu, anak-anak yatim serta waris seorang Islam. Pada asasnya Permatang menyokong usaha Kerajaan memberikan asas undang-undang yang jelas kepada MAIS bagi membantu menyelesaikan isu harta pusaka beku yang telah lama membelenggu masyarakat Islam. Kalau kita lihat ramai waris hari ini menghadapi kesukaran untuk mendapatkan surat kuasa mentadbir. Ramai yang terpaksa menunggu bertahun-tahun sebelum pusaka dapat diselesaikan. Oleh itu dalam usaha memperkukuhkan peranan MAIS adalah sesuatu yang saya kira amatlah kita harus alu-alukan. Namun demikian apabila Rang Undang-Undang ini memberi kuasa kepada MAIS untuk menerima, memegang, mentadbir dan melaburkan harta pusaka orang Islam maka undang-undang ini hendaklah di gubal dengan tahap penelitian yang jauh lebih tinggi. Ini kerana harta tersebut bukanlah milik MAIS, MAIS dilihat sebagai pemegang amanah dan setiap pemegang amanah harus lah memikul tanggungjawab yang sangat tinggi. Permatang ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak Kerajaan mengenai hubungan bahagian 10 (b) ini dengan seksyen sedia ada iaitu Seksyen 5(4) Enakmen Pentadbiran yang sama iaitu Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003. Seksyen tersebut telah
memperuntukkan bahawa MAIS boleh bertindak sebagai Wasi, Pentadbir Harta Pusaka dan Pemegang Amanah malah perkhidmatan tersebut telah pun di sediakan oleh MAIS pada hari ini. Justeru apakah jurang undang-undang yang hendak kita selesaikan melalui bahagian 10 (b) ini. Adakah bahagian ini sekadar memperincikan kuasa yang sedia ada atau dengan memperluaskan kuasa MAIS sehingga boleh mengambil tindakan mengurus sesuatu pusaka. Jadi Permatang berpandangan kuasa tersebut hanya boleh digunakan apabila terdapat pelantikan yang sah, persetujuan pihak yang berhak ataupun dengan perintah mahkamah supaya dengan itu tidak timbul persepsi bahawa MAIS boleh campur tangan sewenang-wenangnya dalam setiap harta pusaka orang Islam tanpa permohonan daripada waris. Tuan Speaker, pada pandangan Permatang dengan Fasa 11 di bawah Seksyen 121 (h) merupakan seksyen yang paling penting dalam keseluruhan bahagian 10 (b) ini kerana buat pertama kalinya enakmen ini secara nyata memperuntukkan bahawa MAIS memegang harta tersebut sebagai pemegang amanah bagi pihak waris. Permatang sama sekali menyokong prinsip ini namun apabila undang-undang mengiktiraf MAIS sebagai pemegang amanah maka standard amanah tersebut juga hendaklah diperincikan di dalam dewan yang mulia ini kerana sebagai perbandingan dengan izin dalam Akta Pemegang Amanah 1949 ataupun kita lebih terkenal dengan Trustee Act 1949 telah memperincikan tanggungjawab seorang pemegang amanah. Kuasa melabur yang diberi bukan diberikan secara mutlak namun ia di sertai dengan kewajipan berhati-hati yang perlu mengambil kira risiko dalam mempelbagaikan pelaburan dan bertindak demi kepentingan beneficiary. Ini menunjukkan bahawa kuasa melabur bukanlah satu cek kosong tetapi kuasa melabur sentiasa datang bersama tanggungjawab. Prinsip yang sama turut ditegaskan oleh Mahkamah Tinggi di dalam satu kes Cheung Ho Fat Cyrus dan Ng Khar Boon apabila mahkamah menegaskan bahawa pemegang amanah mempunyai kewajiban fiduciary untuk bertindak semata-mata demi kepentingan beneficiary. Prinsip ini Permatang amatlah relevan kepada Rang Undang-Undang sedang kita bahaskan. Permatang ingin menegaskan satu perkara wang pusaka bukan lah dana pelaburan milik MAIS ia juga bukanlah lebihan operasi ataupun dana institusi ia milik waris, milik balu, milik anak-anak yatim ataupun mungkin milik ibu bapa yang kehilangan tempat bergantung. Oleh itu objektif utama pengurusan wang pusaka bukanlah untuk memaksimumkan keuntungan sebaliknya objektifnya adalah untuk memelihara modal untuk memastikan kecairan, mengelakkan kerugian dan mempercepatkan pembahagian kepada waris. Jadi Permatang ingin mencadangkan kepada Kerajaan agar Seksyen 121 (h) ini dipinda dengan menetapkan bahawa wang pusaka hanya boleh di laburkan dalam instrumen yang patuh syariah dan yang berisiko rendah serta mengambil kira keselamatan modal dan tempoh pentadbiran sesuatu pusaka. Satu lagi perkara yang Permatang lihat yang tiada dalam Rang Undang-undang ini ialah kewajipan untuk mengasingkan wang pusaka daripada dana MAIS. Ini juga merupakan prinsip asas Undang-Undang Amanah kerana wang beneficiary tidak boleh bercampur dengan wang institusi jadi Permatang mencadangkan agar enakmen ini mewajibkan setiap pusaka mempunyai akaun amanah yang berasingan. Rekod individu bagi setiap
pusaka juga haruslah dicatatkan dan semua keuntungan haruslah dikreditkan kepada pusaka tersebut dan apa-apa juga fi haruslah di rekodkan secara telus dan yang paling penting penyata akaun haruslah diberikan kepada waris apabila diminta ataupun dalam tempoh berkala. Jadi Permatang ingin mendapatkan penjelasan, sekiranya pelaburan ini dibuat secara cuai sehingga menyebabkan kerugian siapakah yang akan menanggung kerugian tersebut, ini juga amatlah penting untuk kita masukkan dalam enakmen ini. Adakah waris akan menanggung liabiliti ataupun pihak MAIS kerana undang-undang hendaklah membezakan kerugian biasa yang berlaku walaupun segala langkah berhati-hati telah diambil dengan kerugian yang berpunca daripada kecuaian ataupun pelanggaran amanah kerana sekiranya berlaku kecuaian maka mesti ada mekanisme tanggungjawab yang jelas. Selain itu waris juga hendaklah diberitahu hak mereka untuk mendapatkan maklumat mengenai senarai aset mereka, baki wang dan maklumat-maklumat yang berkenaan kerana Permatang percaya ketelusan merupakan asas kepada setiap hubungan amanah. Jadi Tuan Speaker, apabila Permatang melihat keseluruhan Rang Undang-Undang ini Permatang mendapati akan tema ini tiada tema yang sama jadi kalau kita lihat isu pegawai majlis bertauliah tadi kuasa yang diwujudkan itu bagus namun syarat-sayarat asas mengenai kelayakan pelantikan dan sebagainya masih belum diperincikan di dalam enakmen. Jadi Permatang percaya sebagai contoh dalam 10 (b) juga MAIS diberi kuasa yang luas sebagai pemegang amanah untuk menerima, mentadbir dan melaburkan harta pusaka orang Islam namun standard itu masih belum juga jelas. Jadi Permatang percaya Kerajaan sudah pasti mempunyai niat yang baik dalam isu-isu ini namun dalam penggubalan undang-undang niat yang baik mestilah kita terjemahkan dalam peruntukan undang-undang yang baik dan telus juga. Dikuasa hendaklah sentiasa diimbangi dengan akauntabiliti. Jadi budi bicara hendaklah di sertai sempadan yang jelas dan setiap kuasa yang menyentuh hak rakyat apatah lagi harta pusaka hendaklah disokong dengan mekanisme semak dan imbang yang mencukupi. Justeru Permatang berharap Kerajaan dapat mempertimbangkan cadangan-cadangan yang telah Permatang bawa ini supaya enakmen ini bukan sahaja dapat memperkukuhkan pentadbiran agama Islam di negeri Selangor malah menjadi modul takbir urus yang telus, profesional, berintegriti dan diyakini oleh rakyat.
Dari tanjung singgah Permatang Singgah sebentar untuk berpesan Kuasa yang besar harus kita tatang Agar adil jangan zalimi warisan rakyat
Jadi dengan penambahbaikan tersebut Permatang menyokong Rang Undang-undang ini. Terima kasih Tuan Speaker.
Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Meru.
Terima kasih Tuan Speaker kerana memberi ruang kepada Meru untuk membahaskan Rang Undang-undang Pentadbir Agama Islam Negeri Selangor Pindaan 2026 yang dibentangkan oleh Yang Berhormat EXCO semalam. Assalamualaikum Warahmatullhi Wabarakatuh. Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam KitaSelangor. Meru memulakan perbahasan memetik satu ayat Quran ayat Allah Subhanahuwataala (dibaca petikan ayat Al-Quran). Yang bermaksud:
“ Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah S.W.T. lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu kepada satu kaum. Ini amaran Allah S.W.T. jangan sekali-kali kebencian kamu kepada satu kaum. Itu mendorong kamu untuk tidak berlaku adil. Hendaklah kamu berlaku adil kepada sesiapa jua tak kira kaum kerana sikap adil itu hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah S.W.T. sesungguhnya Allah S.W.T. Maha mengetahui dengan mendalam apa yang kamu lakukan.”
Pada adil yang kita faham di sini bukan sahaja kita bincang tentang mahkamah dan sebagainya adil ini juga dalam bentuk tuduhan-tuduhan ya, kata-kata kecaman, fitnah kepada kaum-kaum yang lain juga. Itu adalah sikap adil ini bukan hanya kita letakkan kepada hanya hakim-hakim Mahkamah Syariah, peguam-peguam, tapi adil itu perlu juga pada individu kita ya supaya kita adil kepada semua kaum.
Yang Berhormat minta mencelah sikit sahaja.
Ya boleh.
Terima kasih, saya nak tanya Yang Berhormat bila Yang Berhormat sebut tentang adil itu tadi, bolehkah Yang Berhormat setuju yang Kerajaan Negeri sepatutnya berlaku adil juga kepada ADUN-ADUN Pembangkang supaya bagi peruntukan sama macam ADUN-ADUN Kerajaan, terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih kepada Kuang. Jadi itu biasa berlaku di negeri-negeri lain juga. Di negeri-negeri lain juga kalau saya nak tanya saya akan tanya juga di pihak Kerajaan yang ada yang tidak memberi pada ini maksud saya dalam situasi kita hari ini eh dalam menghukum dan sebagainya dan begitu juga kita dalam kita melayan rakyat juga kita tak mengira latar belakang politik, kaum dan sebagainya. Ya bukan kita bantu hanya kumpulan kita sahaja dan kita kena adil pada semua. Jadi, itu selingan sebagai mukadimah daripada saya.
Tuan Speaker Meru bangun untuk menyokong Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam di Negeri Selangor 2026. Pindaan ini bukan sekadar pindaan teknikal
kepada Enakmen Pentadbiran Agama Islam di Selangor 2023 tapi merupakan satu usaha menyeluruh bagi memperkukuh Tadbir Urus Hal Ehwal Islam agar lebih berkesan. Selaras dengan pewujudan Enakmen Mahkamah Syariah Negeri Selangor 2026 pemotongan bahagian empat(4) seksyen 55 hingga 77 daripada Enakmen Pentadbiran Agama Islam akan meletakkan struktur Institusi Syariah Negeri pada landasan yang lebih jelas dan sistematik. Langkah ini akan meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap Sistem Keadilan Syariah di Negeri Selangor. Kedua, memperkukuhkan kedudukan Fatwa Negeri Pindaan Seksyen 51 dan 52 pula bertujuan memperkemaskan tatacara penyediaan fatwa. Khususnya yang melibatkan isu nasional dalam konteks masyarakat hari ini, yang berdepan pelbagai isu baharu seperti teknologi, kewangan Islam, bio etika, sosial dan kecerdasan buatan. Penyelarasan dengan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam amat penting supaya fatwa diputuskan mengambil kira kepentingan Nasional tanpa menjejaskan kuasa negeri dalam Hal Ehwal Islam. Perancangan untuk memperjelaskan tatacara semakan, pindaan dan pembatalan fatwa turut dinyatakan oleh Kerajaan Negeri bagi mengurangkan pertikaian serta litigasi berkaitan fatwa. Meru meletakkan sepatutnya Meru ada cadangan-cadangan berkaitan dengan penyelarasan Majlis Muzakarah atau Majlis Fatwa ini iaitu meletakkan tempoh masa penyediaan fatwa seperti ada garis masa yang jelas bagi menyediakan semakan pewartaan fatwa khususnya isu-isu yang memerlukan keputusan segera ini memastikan institusi fatwa lebih responsif terhadap perkembangan semasa. Kedua ialah memperluaskan penglibatan pakar selain Jawatankuasa Fatwa libatkanlah pakar dalam bidang-bidang lain bidang profesional khususnya bidang perubatan, teknologi, kecerdasan AI, kecerdasan buatan iaitu AI, Kewangan Islam, Alam Sekitar dan Undang-undang yang mengikut isu-isu yang dibincangkan. Pendekatan ini boleh menghasilkan fatwa yang lebih komprehensif dan praktikal.
Ketiga, memperkukuhkan ketelusan setiap fatwa yang diwakilkan disertakan dengan ringkasan hujah syarak, dalil dan rasional. Ini membantu meningkatkan kefahaman masyarakat dan mengurangkan salah tafsir. Keempat ialah cadangan daripada Meru, pendigitalan institusi fatwa, mewujudkan portal rasmi atau pun aplikasi yang memudahkan aplikasi fatwa semasa yang boleh memudahkan rakyat atau pun umat Islam mengakses fatwa semasa, status pewartaan dan semakan pindaan supaya orang ramai dapat menyemak maklumat ini dari sumber yang sahih. Seterusnya memperkasakan Pengurusan Harta Pusaka Orang Islam. Tuan Speaker salah satu isu besar yang sering dihadapi umat Islam ialah harta pusaka yang beku. Pindaan ini memberikan peranan yang lebih jelas kepada Majlis Agama Islam Selangor dalam menguruskan harta pusaka termasuk melalui bahagian-bahagian baharu 10(b) yang diselaraskan dengan Akta Harta Pusaka Kecil di Bahagian Pembahagian Pindaan 2022. Dengan penjelasan bidang kuasa ini, penyelarasan antara MAIS, Pentadbir Tanah dan agensi-agensi berkaitan akan menjadi lebih cekap, akhirnya masyarakat Islam akan mendapat manfaat melalui penyelarasan kes pusaka yang lebih cepat, mengurangkan pertikaian keluarga dan mengelakkan aset terus terbeku. Keempat, memperluaskan khidmat sosial kepada masyarakat Islam. Pindaan kepada perenggan 7(2) (GA) memberi kuasa yang lebih jelas kepada MAIS untuk
menyediakan perkhidmatan dan bantuan kepada mana-mana golongan yang ditentukan oleh MAIS. Peruntukan ini membolehkan MAIS bertindak lebih proaktif dalam melaksanakan program Kebajikan Pembangunan Ekonomi Ummah dan Pendidikan Pembangunan Asnaf serta pelbagai bentuk intervensi sosial mengikut keperluan semasa. Ia menjadikan institusi agama bukan sahaja berfungsi sebagai badan pentadbiran tetapi juga sebagai Institusi Pembangunan Masyarakat dan Meru mencadangkan supaya Lembaga Zakat Selangor lebih responsif terhadap isu-isu, aduan-aduan terutama berkaitan keperluan bantuan dan kemiskinan yang kadang-kadang ada disiarkan di media-media sosial atau di media-media perdana. Perlu lebih responsif dan proaktif menjejaki golongan yang memerlukan bukan sahaja menunggu daripada media sosial atau pun aduan tetapi menjejaki, turun ke lapangan untuk mengenal pasti masalah masyarakat atau pun umat Islam yang memerlukan. Meru juga mencadangkan penambahbaikan dalam mengurus dan memproses permohonan zakat. Oleh mereka yang mereka yang memerlukan tanpa banyak birokrasi. Cepat, mempercepatkan kelulusan dan penyaluran bantuan. Mudah, proses permohonan yang ringkas dan mesra pengguna. Telus, laporan prestasi dan impak yang jelas dan produktiviti membantu asnaf. Memastikan penerima bantuan dapat keluar dari kemiskinan secara berperingkat.
Seterusnya Tuan Speaker, pindaan Enakmen ini memperjelas perwakilan undang-undang. Pindaan Seksyen 80 menjelaskan siapakah yang boleh hadir dan mewakili MAIS atau pihak yang menerima bantuan MAIS di Mahkamah Syariah mahupun Mahkamah Sivil. Penjelasan ini penting bagi mengelakkan kekeliruan dari sudut prosedur dan memastikan kepentingan institusi agama sentiasa diwakili secara sah mengikut undang-undang. Tuan Speaker secara keseluruhannya Meru melihat pindaan RUU ini membawa lima (5) manfaat utama. Pertama, memperkukuh kebebasan kehakiman syariah. Kedua, memperkemaskan proses penggubalan dan penyelarasan fatwa. Ketiga, mempercepat serta memperjelas pengurusan harta pusaka orang Islam. Keempat, memperluaskan fungsi kebajikan dan pembangunan masyarakat oleh MAIS dan kelima meningkatkan kecekapan tadbir urus agama Islam di negeri Selangor.
Ini menunjukkan keseriusan, komitmen, kesungguhan Kerajaan Negeri Selangor yang tidak mengenepikan urusan umat Islam yang sebenarnya yang saya boleh mempertegaskan bahawa Islam tidak terancam di negeri Selangor seperti mana yang tersebar luas beberapa tahun yang lalu atau pun bila berlakunya kempen-kempen pilihan raya untuk menolak satu Kerajaan yang telus, adil integriti ia menyebabkan ye..beberapa institusi-institusi ini yang telah kita urus tadbir dengan baik. Inilah buktinya dan hari ini dan semalam dan sebentar lagi yang akan diluluskan oleh keseluruhan Ahli Dewan Undangan Negeri tidak ada seorang pun menolaknya tanpa mengira kaum dan mengira parti. Saya mahu saya harapkan supaya masyarakat di luar sana lihatlah perbahasan kita selama tiga (3) hari, empat (4) hari hanya membincangkan tentang Enakmen atau pun Pentadbiran Agama Islam mengurus umat Islam di negeri Selangor ini. Bermakna keseriusan, kesungguhan Kerajaan
Negeri Selangor yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor yang beragama Islam, yang Melayu dan kita berada di bawah payungan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor ya memayungi kita, kita umat Islam Negeri Selangor dan mengurus, menyelia tadbir urus agama Islam Selangor ini adalah di bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor sendiri. Tidak ada kebimbangan yang sebenarnya tapi yang ada sebenarnya ialah propaganda, sebaran maklumat palsu, fitnah-fitnah bila ketika berlaku kempen-kempen pilihan raya. Saya harap ini dimasukkan ke dalam Hansard dan kita sebarkan perkara ini ya, empat (4) hari kita bahas tentang pengurusan umat Islam ya di Selangor ini. Jadi, sedikitlah emosional sebenarnya tapi ini kebenaran, ini yang sebenarnya dan tidak ada siapa daripada pihak sana bila ada siber terupa yang menyebarkan fitnah-fitnah ini membetulkan perkara-perkara ini Islam terancam, Melayu terancam, ada pihak lain yang akan menguasai agama Islam. Tidak mungkin berlaku perkara ini di Malaysia mahupun di negeri Selangor yang kita cintai ini.
Tuan Speaker, sikit lagi. Pindaan ini bukan bertujuan memperluaskan kuasa mana-mana pihak secara tidak terkawal sebaliknya memperjelaskan fungsi setiap institusi agar pentadbiran agama Islam menjadi lebih tersusun, telus, profesional dan memenuhi keperluan semasa masyarakat. Saya percaya Rang Undang-Undang ini akan memperkukuhkan institusi agama Islam di Negeri Selangor selaras dengan prinsip perlembagaan Persekutuan, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor serta aspirasi Kerajaan Negeri untuk memperkasa tadbir urus hal ehwal Islam. Jadi dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya dan kita semua sama-sama Ahli Dewan Negeri tak kira latar belakang parti dan bangsa mahupun agama ya menyokong Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam Negeri Islam Pindaan 2026 untuk diluluskan. Sekian, terima kasih.
Hulu bernam...Hulu Bernam.
Hulu Bernam silakan.
Bismillahirrahmanirrahim, Assamualaikum Warahmatullhi Wabarakatuh. Terima kasih Tuan Speaker dan seluruh Ahli-ahli Yang Berhormat. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas pembentangan Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor Pindaan 2026. Secara keseluruhannya saya melihat Rang Undang-Undang ini merupakan satu usaha murni untuk mengemas kini Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003 agar selaras dengan perkembangan semasa khususnya dari aspek pengukuhan institusi Kehakiman Syariah, Pentadbiran Fatwa, Pengurusan Harta Pusaka serta peranan Majlis Agama Islam Selangor atau pun MAIS. Sebagai wakil rakyat yang sentiasa mendukung usaha memperkasakan Institusi Agama Islam di negeri ini Hulu Bernam menyambut baik segala pindaan yang mampu meningkatkan kecekapan pentadbiran dan memperkukuhkan tadbir urus Institusi Islam. Namun begitu, setiap pindaan yang
dibawa mestilah diteliti dengan cermat agar bukan sahaja mencapai objektif pentadbiran malah benar-benar memberi manfaat kepada rakyat dan menjamin kepastian undang-undang. Atas semangat tersebut Hulu Bernam ingin menyentuh 4 perkara yang termasuk dalam pindaan RUU ini, sama seperti perbahasan saya semalam, yang pada hemat Hulu Bernam wajar diberikan perhatian oleh pihak Kerajaan iaitu berkenaan yang pertama Jawatankuasa Fatwa dan Jawatankuasa Muzakarah. Yang kedua, penyelarasan istilah undang-undang bertulis. Yang ketiga, kuasa Majlis melantik pegawai bertauliah sebagai Peguam Syarie dan yang keempat pengurusan harta pusaka orang Islam.
Tuan Speaker, Hulu Bernam ingin memulakan perbahasan dengan menyokong sokongan penuh terhadap pindaan Seksyen 51 di bawah Fasal 7 khususnya pindaan yang menggantikan perkataan ‘hendaklah’ kepada ‘boleh’ dalam Subseksyen 51(5). Walaupun hanya melibatkan perubahan satu perkataan, Hulu Bernam berpandangan pindaan ini amat signifikan kerana ia memberikan kejelasan terhadap kedudukan sebenar Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) dalam proses pembentukan fatwa di Negeri Selangor. Perkataan ‘hendaklah’ dalam bahasa perundangan membawa maksud suatu kewajipan bersifat mandatori, sekiranya perkataan ini dikekalkan ia boleh ditafsirkan sebagai Majlis wajib menerima atau bertindak mengikut nasihat Jawatankuasa Muzakarah. Sebaliknya apabila ia diganti dengan perkataan ‘boleh’, kedudukan undang-undang menjadi lebih jelas bahawa Jawatankuasa Muzakarah hanyalah sebuah badan yang memberikan nasihat dan pandangan. Manakala kuasa untuk mempertimbangkan serta menentukan sama ada sesuatu syor itu hendak diterima ataupun tidak tetap berada di pihak Majlis dan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor. Pindaan ini juga selaras dengan huraian Rang Undang-undang yang menjelaskan bahawa Jawatankuasa Muzakarah tidak mempunyai kuasa untuk membuat atau memutuskan fatwa di peringkat Kebangsaan. Sebaliknya hanya berfungsi sebagai forum perbincangan dan pemberian pandangan terhadap cadangan fatwa. Ini sekali gus mengekalkan kedudukan Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan urusan agama Islam di bawah bidang kuasa negeri serta memelihara peranan Jawatankuasa Fatwa Negeri. MAIS dan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor sebagai Ketua Agama Islam Negeri. Justeru Hulu Bernam menyokong sepenuhnya pindaan ini kerana ia memperkukuhkan prinsip kepastian undang-undang, dengan izin, legal certainty dan memperjelaskan struktur Tadbir Urus Fatwa di Negeri Selangor. Pada masa yang sama saya mencadangkan agar Kerajaan mengeluarkan satu garis panduan atau penjelasan pentadbiran mengenai hubungan kerja antara Jawatankuasa Muzakarah, Jawatankuasa Fatwa Negeri dan MAIS supaya pelaksanaan peruntukan ini sentiasa difahami secara konsisten oleh semua pihak yang terlibat dalam pentadbiran agama Islam. Kedua, Hulu Bernam seterusnya ingin menyentuh pindaan kepada Seksyen 5 yang menggantikan frasa mana-mana enakmen lain kepada mana-mana undang-undang bertulis lain. Walaupun pindaan ini kelihatan ringkas, ia sebenarnya mempunyai implikasi penting dari sudut taksiran undang-undang kerana skop rujukannya menjadi lebih luas dan tidak terhad kepada
Enakmen Negeri semata-mata. Pindaan ini juga merupakan satu langkah yang positif kerana ia menyeragamkan penggunaan istilah dengan amalan penggubalan undang-undang moden dengan menggunakan istilah undang-undang bertulis, enakmen ini akan lebih fleksibel untuk dirujuk bersama akta, enakmen, peraturan atau pun instrumen perundangan lain yang berkaitan tanpa memerlukan pindaan berulang pada masa hadapan. Walau bagaimanapun perluasan istilah ini perlu disertai dengan penjelasan yang jelas agar tidak menimbulkan kekeliruan dari sudut pelaksanaannya. Ini kerana istilah undang-undang bertulis mempunyai skop yang lebih luas berbanding enakmen. Dan tanpa penjelasan rasmi ia boleh menimbulkan pelbagai tafsiran mengenai had kuasa serta hubungan antara Undang-Undang Negeri dan Undang-Undang Persekutuan tentang perkara berkaitan agama Islam. Sehubungan itu Hulu Bernam ingin memohon penjelasan daripada pihak Kerajaan adakah pindaan ini sekadar bersifat penyelarasan istilah atau terdapat implikasi terhadap pelaksanaan kuasa MAIS di bawah enakmen ini. Penjelasan ini penting bagi memastikan tak ada salah faham bahawa pindaan tersebut membawa peluasan kuasa yang tidak dimaksudkan oleh penggubal undang-undang.
Tuan Speaker, seterusnya Hulu Bernam ingin meneruskan perbahasan berkenaan pindaan di bawah Seksyen 80(10) B2 berkenaan kuasa kepada Majlis Agama Islam Selangor untuk menentukan pegawai Majlis sebagai Pegawai Majlis Bertauliah yang boleh hadir dan berguam di Mahkamah Syariah tanpa perlu diterima masuk sebagai Peguam Syarie di bawah enakmen ini. Saya rasa saya selari dengan perbahasan daripada Sungai Panjang, perbahasan daripada Permatang sebentar tadi berkenaan dengan perkara ini. Pada prinsipnya Hulu Bernam melihat pindaan ini adalah baik iaitu untuk mempercepatkan pengurusan kes-kes yang melibatkan kepentingan Majlis serta mengoptimumkan sumber manusia sedia ada. Namun begitu kuasa yang besar ini mestilah disertai dengan mekanisme semak dan imbang yang jelas supaya tidak menimbulkan persoalan terhadap profesionalisme Sistem Kehakiman Syariah. Persoalan yang pertama ialah dari sudut kompetensi, apakah standard kelayakan minimum seseorang pegawai yang akan ditauliahkan? Adakah memadai hanya kerana beliau merupakan pegawai Majlis atau adakah beliau wajib memiliki kelulusan undang-undang syariah, latihan litigasi, pengalaman mengendalikan kes serta memenuhi syarat pembangunan profesional yang setara dengan seorang Peguam Syarie yang beramal. Ini penting kerana seseorang yang berdiri di hadapan Mahkamah bukan sekadar mewakili institusi tetapi turut membawa amanah untuk menegakkan keadilan kepada semua pihak. Persoalan kedua ialah mengenai kesaksamaan dalam profesion guaman syariah. Peguam-peguam syarie di negeri ini perlu melalui proses kelayakan, permohonan, tapisan dan pematuhan kepada kod etika sebelum diterima masuk untuk beramal. Maka sekiranya pegawai Majlis diberikan pengecualian daripada proses tersebut, apakah jaminan bahawa mereka tetap tertakluk kepada piawaian, etika, tindakan tatatertib dan akauntabiliti profesional yang sama.
Tuan Speaker, terakhir Hulu Bernam ingin menyentuh berkenaan kuasa Majlis berhubung pengurusan harta pusaka orang Islam. Pindaan terlibat merujuk kepada Seksyen 121(G) dan Seksyen 121(H) yang memberikan kuasa kepada Majlis Agama Islam Selangor iaitu MAIS untuk mengambil tindakan bagi memohon pembahagian mengurus harta pusaka serta bertindak sebagai pemegang amanah bagi harta yang diserahkan kepadanya. Pada hemat Hulu Bernam, pindaan ini hadir tepat pada masanya kerana isu harta pusaka yang gagal diuruskan telah menjadi masalah besar kepada negara ini. Malah jika Hulu Bernam merujuk beberapa laporan media-media utama tempatan, nilai harta pusaka tidak dituntut atau pun beku di Malaysia ini dianggarkan sekitar RM90 bilion. Yang Berhormat EXCO juga ada berkongsi semalam semasa sesi pembentangan RUU ini bahawa Kerajaan berjaya menyelesaikan tuntutan harta pusaka kira-kira RM19.2 bilion pada 31 Disember 2025. Selain itu turut dinyatakan lebih 46,707 kes berkaitan harta pusaka Islam juga dilaporkan telah selesai diuruskan. Semua ini menunjukkan angka-angka yang besar menuntut strategi dan pemudah cara yang lebih berkesan semua pihak agar ia dapat diuruskan. Seperti kata peribahasa harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama, nama dalam konteks pusaka yang tidak selesai, ramai yang mati meninggalkan fail-fail yang tertangguh, tanah tidak bertuan, malah ada yang lebih malang hingga mencetuskan masalah hubungan keluarga yang retak kerana hak penting seperti ini tidak segera diselesaikan.
Tuan Speaker, terdahulu Hulu Bernam juga ada membaca rungutan para pengamal undang-undang syariah ini agar peranan institusi seperti Amanah Raya Berhad boleh diperluas dengan menyediakan khidmat guaman kos rendah, taklimat awam serta pemantauan kepada waris tentang tarikh penting dalam proses pusaka. Mereka juga menuntut agar Mahkamah Syariah perlu menambah bilangan pegawai dan mempercepatkan pendaftaran kes pusaka selain memperkenalkan peraturan khas atau mahkamah khas untuk menangani kes tertangguh melebihi 5 tahun. Cadangan ini juga diharap boleh dipertimbang dari masa ke semasa oleh Kerajaan Negeri. Justeru pindaan Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor khususnya pada bahagian ini dilihat satu langkah konstruktif Kerajaan Negeri dalam memberikan solusi tambahan kepada masalah yang sudah lama membelenggu pelbagai pihak khususnya Mahkamah Syariah dalam menyelesaikan kes-kes tuntutan pusaka yang tertunggak. Kembali kepada konteks Selangor sebagai negeri yang mempunyai jumlah penduduk Islam yang besar serta nilai hartanah yang tinggi, Hulu Bernam percaya jumlah harta pusaka yang masih belum diselesaikan juga adalah signifikan. Oleh itu Hulu Bernam ingin bertanya kepada pihak Kerajaan Negeri khususnya Yang Berhormat EXCO, berapakah anggaran nilai dan jumlah kes harta pusaka orang Islam yang masih belum dituntut, atau belum diselesaikan di Negeri Selangor ini?. Data ini penting Yang Berhormat supaya Dewan dapat menilai sejauh mana seriusnya isu ini serta dapat mengukur keberkesanan pelaksanaan MAIS dalam isu ini selepas enakmen ini berkuat kuasa.
Tuan Speaker, sebagai tambahan Hulu Bernam berpandangan bahawa kejayaan pelaksanaan bahagian ini kelak tidak hanya boleh bergantung kepada kuasa undang-undang semata-mata tetapi apa yang lebih utama ialah kesedaran masyarakat. Ramai di kalangan kita mahupun anggota waris masih hari ini tidak memahami proses faraid, pentadbiran pusaka dan keperluan menyediakan dokumen yang lengkap sehingga menyebabkan urusan berlarutan bertahun-tahun. Oleh itu Hulu Bernam ingin mencadangkan supaya MAIS bersama Jabatan Agama Islam Selangor, Pejabat Daerah, Amanah Raya dan agensi berkaitan memperhebat usaha serta kempen literasi pusaka termasuk menggalakkan penyediaan hibah, wasiat dan perancangan harta sejak awal bagi mengelakkan pertikaian dalam kalangan waris.
Tuan Speaker, sebagai penutup Hulu Bernam sekali lagi ingin menegaskan bahawa secara keseluruhannya Hulu Bernam menyokong Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor pindaan 2026 ini kerana ia membawa beberapa penambahbaikan yang signifikan kepada sistem pentadbiran agama Islam di Negeri Selangor. Pindaan-pindaan yang dicadangkan bukan sahaja memperkemaskan aspek perundangan malah memperkukuhkan fungsi institusi agama dalam mendepani cabaran semasa yang semakin kompleks. Hulu Bernam juga berharap segala persoalan yang dibangkitkan sepanjang perbahasan ini dapat diberikan penjelasan yang tuntas bagi pihak Kerajaan. Sama ada implikasi penggunaan istilah undang-undang bertulis, standard kompetensi pegawai majlis bertauliah yang akan hadir dan berguam di Mahkamah Syariah mahupun isu pengurusan harta pusaka orang Islam di Selangor. Akhir kalam, Hulu Bernam berharap Rang Undang-Undang ini akan menjadi satu lagi langkah ke hadapan dalam memperkukuhkan pentadbiran agama Islam di Negeri Selangor yang lebih cekap, profesional, telus dan berwibawa. Mudah-mudahan setiap pindaan yang diluluskan akan memberikan manfaat yang besar kepada Institusi Islam, mempertingkatkan keyakinan masyarakat terhadap sistem pentadbiran agama di negeri ini serta menjadi amal jariah kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha memperkukuhkan syiar dan pentadbiran Islam di Negeri Selangor ini. Sekian dahulu, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Hulu Bernam menyokong.
Ya, Lembah Jaya.
Terima kasih Tuan Speaker kerana memberi Lembah Jaya peluang untuk turut serta dalam perbahasan Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam pindaan kali ini untuk tahun 2026. Saya bangun pada hari ini bukan sekadar untuk menyokong tapi untuk mengiktiraf bahawa pindaan ini adalah satu langkah matang dalam usaha kita untuk memartabatkan Tadbir Urus Hal Ehwal Agama Islam di Negeri Selangor. Tadbir urus yang bukan sahaja memberi manfaat kepada umat Islam malah turut memberi kebaikan kepada seluruh rakyat Selangor tanpa mengira agama dan bangsa.
Tuan Speaker, apabila kita berbicara tentang tadbir urus agama, ramai yang secara automatik menganggapnya sebagai perkara dalaman. Sesuatu yang hanya relevan kepada jemaah masjid dan institusi keagamaan sahaja. Saya ingin memperbetulkan tanggapan ini di awal ucapan saya. Tadbir Urus Hal Ehwal Agama Islam di sebuah negeri seperti Selangor, negeri yang menjadi enjin ekonomi negara dan rumah kepada rakyat berbilang kaum dan agama adalah sebahagian daripada tadbir urus negeri secara keseluruhan. Apabila institusi ini kukuh, telus dan cekap kesannya melimpah kepada seluruh ekosistem sosial dan ekonomi negeri kita, bukan terhad kepada satu golongan sahaja. Ini adalah asas hujah yang akan saya kembangkan sepanjang perbahasan saya pada hari ini.
Tuan Speaker, inti pati pindaan ini ialah pengasingan yang jelas antara pentadbiran agama Islam dengan pentadbiran keadilan syariah. Pemotongan bahagian 4 berkaitan dengan Mahkamah Syariah, daripada enakmen ini selaras dengan penubuhan Enakmen Mahkamah Syariah Negeri Selangor tahun 2026 yang berasingan. Ini bukan sekadar susunan teknikal perundangan, ini adalah pengiktirafan kepada prinsip pengasingan kuasa antara badan pentadbiran MAIS dan badan kehakiman yakni Mahkamah Syariah. Sebuah prinsip tadbir urus yang baik yang turut menjadi tunjang kepada sistem pemerintahan moden dan juga selari dengan konsep siasah syariah dalam pentadbiran Islam di mana kuasa pentadbiran dan kehakiman perlu jelas fungsinya agar keadilan dapat ditegakkan tanpa kekeliruan bidang kuasa. Firman Allah S.W.T. dalam surah An-Nisa ayat 58, saya bacakan terjemahannya ;
“ Sesungguhnya Allah menyuruh kamu semua menyerahkan segala amanah kepada ahlinya dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia hendaklah kamu menghukum dengan adil”.
Pada khidmat saya, ayat ini meletakkan dua prinsip besar tadbir urus iaitu amanah diserahkan kepada yang layak dan keadilan ditegakkan dalam setiap penghakiman. Pindaan ini merealisasikan kedua-dua prinsip tersebut secara struktur di mana MAIS memberi tumpuan kepada pentadbiran dan kebajikan manakala Mahkamah Syariah bertindak bebas dalam penghakimannya Insya-Allah. Tuan Speaker, dalam mana-mana sistem pemerintahan yang baik sama ada dalam tradisi Islam mahupun dalam prinsip tadbir urus antarabangsa hari ini. Kebebasan badan kehakiman daripada campur tangan pentadbiran adalah tunjang kepada kepercayaan awam. Sejarah pentadbiran Islam sendiri memperlihatkan pemisahan ini sejak zaman awal apabila jawatan qadi yakni hakim diasingkan daripada jawatan wali yakni pentadbiran wilayah. Bagi memastikan keputusan kehakiman tidak dipengaruhi oleh kepentingan pentadbiran. Apa yang cuba dicapai dalam pindaan ini pada khidmat sayalah adalah menyusun semula struktur moden Selangor agar selari dengan hikmah lama ini supaya rakyat tidak mengira agama dapat melihat dengan jelas bahawa keputusan Mahkamah Syariah dibuat secara bebas bukan atas arahan pentadbiran. Pindaan Seksyen 51 dan 52 menyelaraskan tatacara pembuatan Fatwa Negeri bagi
kedudukan dan fungsi jawatan muzakarah Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia di peringkat kebangsaan khususnya bagi isu-isu yang melibatkan kepentingan nasional. Ini penting kerana ia mengelakkan percanggahan fatwa antara Negeri dan kedudukan kebangsaan dalam isu-isu besar, sekali gus mengukuhkan kesatuan pandangan hukum demi menjaga kestabilan umah.
Tuan Speaker, kita telah menyaksikan sendiri bagaimana percanggahan fatwa antara Negeri dalam isu-isu tertentu boleh mencetuskan kekeliruan awam malah menjadi bahan eksploitasi pihak-pihak tertentu untuk mencetuskan perpecahan di kalangan umat Islam sendiri. Dengan penyelarasan ini, Selangor mengambil pendirian dan bertanggungjawab bahawa isu-isu yang menyentuh kepentingan nasional, suara Negeri perlu selaras dengan muzakarah di peringkat kebangsaan tanpa menjejaskan autonomi Negeri dalam isu-isu yang bersifat setempat. Ini adalah kesinambungan yang bijak di antara autonomi Negeri dan kesatuan hukum kebangsaan. Tuan Speaker, bahagian baharu XB berkaitan pengurusan harta pusaka orang Islam, adalah salah satu peruntukan paling menyentuh dalam kehidupan harian rakyat.
Kita sedia maklum, harta pusaka beku umat Islam di negara ini bernilai puluhan bilion ringgit. Wang dan tanah yang terbeku kerana kelewatan pembahagian menyebabkan kerugian ekonomi kepada waris dan juga negara. Selarasan dengan pindaan akta harta pusaka kecil, pembahagian 2022 ini akan mempercepatkan penyelesaian, membebaskan modal untuk pembangunan dan juga paling penting mengurangkan bebanan sosial kepada keluarga yang menantikan pembahagian mereka. Rasulullah SAW bersabda, sebagaimana diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan juga Imam Muslim. Sebentar ya. Minta maaf Tuan Speaker. “Bahagikanlah harta pusaka antara ahli waris mengikut kitab Allah”. Sabda ini menegaskan bahawa pembahagian harta pusaka bukan perkara pilihan tapi satu kewajipan yang perlu ditunaikan dengan segera dan teratur. Kelewatan bertahun-tahun malah berdekad yang akan berlaku pada harta pusaka beku hari ini sebenarnya bercanggah dengan semangat ini, peruntukan bahagian baru XB memberi MAIS, kuasa dan mekanisme lebih jelas untuk memainkan peranan proaktif dalam menyelesaikan kemelut ini. Satu langkah yang saya percaya akan disambut baik oleh ribuan keluarga di Selangor yang selama ini terperangkap dalam birokrasi harta pusaka.
Satu lagi peruntukan yang wajar disebut Tuan Speaker adalah perenggan 7 (2) (ga) yang menjelaskan kuasa MAIS untuk memberikan perkhidmatan dan bantuan kepada mana-mana golongan yang ditetapkan oleh MAIS. Peruntukan ini memperluaskan skop kebajikan MAIS agar lebih fleksibel dalam menyalurkan bantuan ekonomi dan sosial kepada masyarakat Islam yang memerlukan sesuatu yang amat relevan dalam suasana kos sara hidup masa kini. Ini adalah pentadbiran agama yang bukan sahaja menjaga hal ehwal akidah dan ibadat tetapi turut prihatin kepada kesejahteraan sosial ekonomi rakyat selaras dengan matlamat Maqashid Syariah dalam memelihara Hifz al-Mal yakni pemilihan harta dan juga Hifz al-Nafs pemilihan nyawa dan kehidupan.
Di sinilah saya ingin menegaskan hujah utama saya Tuan Speaker. Ada yang mungkin beranggapan RUU ini hanya relevan kepada umat Islam. Saya berhujah sebaliknya. Sistem tadbir urus agama yang cekap, yang telus dan yang mempunyai pengisian kuasa yang jelas akan mengukuhkan keyakinan awam secara keseluruhan terhadap institusi Negeri kita. Apabila harta pusaka diselesaikan dengan cekap, ekonomi tempatan turut mendapat limpahan manfaat. Apabila fatwa dikeluarkan mengikut tata cara yang teratur dan tidak bercanggah dengan kedudukan kebangsaan, keharmonian sosial terpelihara untuk semua. Apabila institusi keagamaan ditadbir dengan baik, ia menjadi cermin kepada tadbir urus negeri secara menyeluruh dan tadbir urus yang baik memberi manfaat yang sejagat tanpa mengira agama. Ini selari dengan konsep Islam sebagai Rahmatan lil alamin, Firman Allah SWT dalam surah Al-Anbiya ayat 107 dan “tiadalah kami mengutuskan engkau, wahai Muhammad SAW, melainkan untuk menjadi rahmat kepada sekalian alam”. Rahmat ini bukan eksklusif kepada umat Islam sahaja tapi meliputi seluruh alam termasuk saudara-saudara kita yang bukan Islam ataupun belum Islam lagi yang turut menikmati kestabilan, keharmonian, kemakmuran hasil tadbir urus yang baik ini. Allah juga berfirman dalam surah Al-Mumtahanah ayat 8 “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama”. Ayat ini menjadi asas kepada keadilan sejagat dalam pentadbiran Islam bahawa keadilan dan kebaikan yang dituntut oleh syariat tidak terhad kepada umat Islam sahaja. Rasulullah SAW turut bersabda sebagaimana diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dengan memberi amalan keras kepada sesiapa yang menzalimi golongan bukan Islam yang berada di bawah naungan pemerintahan Islam bahawa baginda sendiri akan menjadi penuntut bela pada hari kiamat nanti terhadap sesiapa yang menzaliminya. Ini menunjukkan bahawa agama Islam meletakkan tanggungjawab yang amat berat ke atas pentadbir untuk memastikan kesejahteraan semua rakyat tanpa mengira agama, terpelihara di bawah sistem pentadbirannya.
Tuan Speaker, sejarah Islam sendiri kaya dengan contoh adab pemerintahan terhadap golongan bukan Islam. Salah satu yang sering dirujuk oleh para sarjana ialah piagam yang dinyatakan telah dikurniakan oleh Rasulullah SAW kepada para rahib Biara St. Catherine di Sinai yang lebih dikenali sebagai piagam Ahlul Kitab ataupun dengan izin, Tuan Speaker Covenant of the Monks of St. Catherine. Piagam ini menurut tradisi dipegang oleh biara tersebut sehingga hari ini. Ia menjanjikan perlindungan ke atas nyawa, harta, tempat ibadat dan kebebasan beragama bagi golongan Kristian di bawah pemerintahan Islam. Malah turut mengarahkan umat Islam supaya tidak memaksa mereka meninggalkan agama mereka ataupun merosakkan gereja mereka walaupun terdapat sedikit perbincangan ilmiah tentang rantaian ataupun sanad dengan izin. Periwayatan piagam ini, semangat yang terkandung di dalamnya iaitu jaminan keselamatan, kebebasan beribadat dan layanan adil kepada golongan bukan Islam selari sepenuhnya dengan prinsip-prinsip yang termaktub dalam Al-Quran dan Sunnah yang telah saya nyatakan tadi. Ini contoh sejarah yang bagaimana kepimpinan Islam tersusun, mampu membina kesefahaman merentasi agama dan bukan memecahbelahkannya.
Selain itu Tuan Speaker, kita juga tidak boleh melupakan piagam Madinah, dokumen perlembagaan pertama yang ditulis oleh seorang pemimpin beragama Islam iaitu Rasulullah SAW sejurus tiba di Madinah yang mengikat umat Islam dan kaum Yahudi Madinah dan puak-puak lain dalam satu bentuk perjanjian bersama. Piagam ini jelas mengiktirafkan kaum Yahudi dan puak bukan Islam sebagai sebahagian daripada umah dalam erti kata lain, komuniti politik dan sosial bersama dengan pihak, dengan hak masing-masing untuk mengamalkan agama mereka untuk mentadbir hal ehwal dalaman mereka sendiri sambil turut berkongsi tanggungjawab mempertahankan kota Madinah daripada ancaman luar. Piagam Madinah membuktikan bahawa sejak awal lagi dalam kepimpinan Rasulullah SAW yakni kepimpinan Islam, tadbir urus yang tersusun dan adil kepada semua golongan, bukan sekadar kepada umat Islam adalah asas kepada sebuah kota atau sebuah negeri yang aman dan bersatu padu. Inilah semangat yang saya lihat cuba dihidupkan semula melalui RUU ini dalam konteks Selangor moden hari ini.
Tuan Speaker, negeri Selangor merupakan Negeri yang majmuk dan apabila institusi agama ditadbir dengan telus, dengan adil dan cekap, ia bukan sumber perpecahan. Ia menjadi pemangkin perpaduan kerana ia mampu menunjukkan kepada semua rakyat bahawa Kerajaan Negeri mampu mentadbir hal-hal ehwal yang dilihat sebagai sensitif dengan penuh integriti. Ini selaras dengan seruan Allah SWT dalam surah Al-Hujurat ayat 13 bahawa “manusia dijadikan berbangsa-bangsa, berkabilah-kabilah dan berpuak-puak untuk saling mengenali yakni taaruf” dengan izin Tuan Speaker bukan untuk berpecah belah.
Tuan Speaker, saya percaya bahawa perpaduan sejati bukan terhasil daripada mengetepikan isu-isu agama kerana takut ia sensitif tetapi daripada mentadbir isu-isu tersebut secara telus, adil dan cekap supaya semua pihak Islam dan bukan Islam dapat melihat dengan mata kepala sendiri bahawa Kerajaan Negeri mentadbir setiap urusan rakyatnya dengan amanah. Inilah asas ataupun trust dengan izin Tuan Speaker yang menjadi tunjang kepada sebuah masyarakat majmuk yang stabil. Dengan rang undang-undang ini pada khidmat saya adalah pelaburan yang panjang ke arah perjalanan itu.
sikit je. Lembah Jaya. Adakah Lembah Jaya bersetuju bahawa urus tadbir tata kelola yang baik, pengurusan ekonomi yang baik itu adalah tuntutan Islam dan boleh mengangkat maruah dan imej Islam itu sendiri? Seperti mana yang kita lihat hari ini Malaysia begitu imejnya sangat tinggi di Asia mahu pun di dunia sekalipun.
Ya saya setuju, sebab tata kelola yang baik tadbir urus yang baik juga boleh dilihat sebagai satu usaha mendakwahkan Islam sebenarnya. Jadi kalau kita lihat balik sejarah Nabi
Muhammad SAW apabila beliau mentadbir Kota Mekah, pentadbiran yang baiknya membawa orang ke arah agama Islam. Jadi saya setujulah.
Dengan hujah-hujah ini Tuan Speaker saya dengan penuh yakin ingin menyokong Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor pindaan 2026 ini kerana ia bukan sekadar pindaan teknikal tetapi satu langkah memartabatkan tadbir urus agama demi kesejahteraan seluruh rakyat Selangor. Saya ingin menggesa semua rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan untuk terus menyokong Rang Undang-Undang ini seperti mana kita menyokong pindaan sebelum ini dari segi Mahkamah Syariah dan juga dari segi Pindaan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri. Saya difahamkan cukup undiannya untuk pindaan Rang Undang-Undang atau Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor kita mendapat sokongan sebulat suara dan begitu sama juga untuk undang-undang dalam hal yang sebelum ini tentang pemisahan atau penstrukturan semula Mahkamah Syariah Kerajaan Negeri Selangor. Dengan ini, saya ingin memohon Tuan Speaker, Lembah Jaya dengan berbesar hati sebagai wakil rakyat kepada orang yang tinggal di Lembah Jaya menyokong penuh pindaan ini. Terima kasih Tuan Speaker.
Terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat dari kawasan Lembah Jaya. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian jam telah menunjukkan pukul 1:00 petang, maka saya tangguhkan sidang dewan ke pukul 2.30 petang nanti. Dewan ditangguhkan.
(Dewan ditangguhkan pada jam 1.00 tengah hari)
(DEWAN DISAMBUNG SEMULA)
(TUAN TIMBALAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN)
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, selamat petang. Dewan pada tengah hari ini ingin mengalu-alukan lawatan daripada Pusat Wanita Berdaya (PWB) DUN Seri Setia, Yang diketuai oleh Hajah Puan Tun Alia Nadirah. Lawatan ini diatur oleh Pusat Wanita Berdaya dan juga Pusat Khidmat Masyarakat DUN Seri Setia N32. Selamat datang ke Dewan Negeri Selangor.
Ahli-ahli Yang Berhormat, kita teruskan aturan urusan mesyuarat kita pada petang ini iaitu perbahasan Rang Undang-Undang Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor. Saya jemput Yang Berhormat Ijok. Yang Berhormat Ijok, silakan.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker. Bismillahirrahmanirrahim. Ijok bangun utk menyokong sepenuhnya Rang Undang-Undang Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor Pindaan 2026. Ini kerana ia memperkukuhkan tanggungjawab Majlis dalam menguruskan amanah harta pusaka bagi umat Islam. Ijok ingin merujuk kepada muka surat 34 yang memperuntukkan bahawa Majlis bertindak sebagai pemegang amanah terhadap harta pusaka orang Islam sehingga harta tersebut diserahkan kepada waris yang berhak. Namun begitu Tuan Speaker, cabaran sebenar yang kita hadapi pada hari ini bukanlah semata-mata soal memegang atau mentadbir harta pusaka. Tetapi, bagaimana memastikan proses mengenal pasti waris, mengurus tuntutan dan mengagihkan harta dapat dilaksanakan dengan lebih cepat, lebih teratur dan lebih telus.
Realitinya, masih banyak kes harta pusaka yang tertangguh bertahun-tahun. Ada waris yang tidak memahami prosedur. Ada yang sukar dikesan. Malah ada juga yang langsung tidak mengetahui bahawa mereka mempunyai hak terhadap sesuatu harta pusaka. Kesannya, harta menjadi beku. Tidak dapat dimanfaatkan dan akhirnya memberi kerugian kepada waris yang berhak. Ijok mengambil maklum bahawa Majlis Agama Islam Selangor telah membangunkan sistem eFaraid. Yang menyediakan beberapa kemudahan seperti permohonan, pengurusan harta pusaka secara dalam talian, kalkulator pengiraan faraid serta sistem pengurusan fail bagi pegawai yang mengendalikan urusan pusaka. Justeru itu, Ijok ingin mencadangkan supaya sistem efaraid ini dipertingkatkan lagi menjadi sebuah platform digital yang lebih komprehensif, lebih mesra pengguna dan lebih inklusif, selaras dengan cadangan sahabat saya daripada Yang Berhormat Batu Tiga yang menekankan kepentingan sistem yang mudah digunakan termasuklah golongan orang kurang upaya.
Sebagai contoh, pengguna hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan si mati. Sistem kemudiannya boleh memaparkan maklumat asas berkaitan pengurusan pusaka seperti kod waris yang telah disahkan atau didaftarkan oleh agensi yang berkaitan. Status permohonan pusaka, senarai dokumen yang diperlukan serta anggaran pembahagian faraid sebagai panduan awal. Dengan adanya kemudahan ini, isu seperti yang dibangkitkan oleh sahabat saya juga Yang Berhormat Pelabuhan Klang semalam, iaitu kesukaran mendapatkan maklumat waris atau waris yang tidak dapat dikesan dapat dikurangkan. Sudah tentu semua maklumat yang dipaparkan hanyalah bagi tujuan semakan awal. Manakala, keputusan muktamad tetap tertakluk kepada proses pengesahan dan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
Selain itu, sistem ini juga boleh diintegrasikan dengan pangkalan dapat agensi-agensi berkaitan seperti Jabatan Pendaftaran Negara, Mahkamah Syariah, Pejabat Pusaka Kecil, Amanah Raya dan MAIS. Integrasi ini bukan sahaja mempercepatkan urusan, malah mengurangkan keperluan waris untuk berulang-alik ke pelbagai pejabat untuk mendapatkan maklumat yang sama.
Tuan Speaker, kita telah berjaya mendigitalkan pelbagai urusan Kerajaan seperti cukai, lesen, bayaran saman dan pelbagai perkhidmatan awam yang lain. Mengapa kita tidak mengambil langkah lebih jauh dengan memperkukuhkan pendigitalan pengurusan harta pusaka? Ijok percaya, penambahbaikan sistem eFaraid ini mampu mengurangkan jumlah harta pusaka beku, mempercepatkan penyelesaian kes, meningkatkan ketelusan proses pentadbiran serta memudahkan rakyat memperoleh hak mereka dengan lebih pantas dan teratur.
Akhir sekali, Ijok berharap, cadangan ini dapat dipertimbangkan sebagai salah satu inisiatif pendigitalan strategik Kerajaan Negeri agar pengurusan harta pusaka Islam di Negeri Selangor menjadi lebih cekap, mesra rakyat dan benar-benar selari dengan aspirasi Kerajaan Digital. Justeru itu, Ijok sekali lagi menyokong penuh Rang Undang-Undang Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor pindaan 2026. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Ijok. Yang Berhormat Sementa?
Sementa. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Speaker. Pada petang ini, Sementa ingin mengambil ruang untuk sama-sama membahaskan dan menyokong Rang Undang-Undang Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor Pindaan 2026 seperti mana yang terkandung dalam Kertas Bilangan 21/2026. Pindaan yang dibentangkan ini merupakan suatu langkah proaktif dan amat pertepatan dengan peredaran zaman. Ia menyaksikan kesungguhan Kerajaan Negeri Selangor dalam memperkemaskan institusi pentadbiran Islam, memperkasakan pengurusan harta pusaka umat Islam
serta melicinkan prosiding perundangan di Mahkamah Syariah dan Sivil, demi kesejahteraan rakyat Selangor secara keseluruhannya.
Justeru, Sementa ingin menyentuh empat perkara sahaja pada petang ini. Yang pertamanya berkaitan tentang penyelarasan istilah dan peranan Jawatankuasa Muzakarah MKI. Sementa menyokong penuh penyesuaian teknikal dan institusi di bawah Fasal 3, Fasal 7 dan Fasal 8, dan Fasal 9. Pindaan ini memotong tarif Jawatankuasa Faktwa Kebangsaan dan menggantikannya dengan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi hal ehwal Agama Islam yang disebut juga sebagai MKI. Pindaan ini memperbetulkan dan mencerminkan kedudukan sebenar di peringkat kebangsaan di mana Jawatankuasa Muzakarah bertindak sebagai forum perbincangan dan pemberi pandangan. Kuasa menetapkan fatwa kekal berada di bawah bidang kuasa negeri dan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor mengikut peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri. Ini satu bentuk penyelarasan yang sangat kemas, harmoni dan menghormati struktur kedaulatan agama di peringkat Negeri Selangor. Selain itu, pemotongan keseluruhan Bahagian 4 dalam Enakmen Ibu, adalah langkah yang sangat tepat bagi mengelakkan pertindihan undang-undang memandangkan isu Mahkamah Syariah kini dikawal selia secara khusus di bawah Enakmen Mahkamah Syariah Negeri Selangor 2026, Enakmen nombor 26 tahun 2026.
Perkara yang kedua, Tuan Speaker, berkaitan tentang transformasi pengurusan harta pusaka umat Islam yang banyak disebut oleh rakan-rakan kita. Satu lonjakan besar dalam RUU Pindaan ini adalah pembentukan Bahagian 10(B) melalui Fasal 11 Seksyen 121(J), 121(H) dan 121(I) yang memberi kuasa khusus kepada MAIS dalam pengurusan harta pusaka orang Islam. Isu harta pusaka yang tergantung yang telah disebutkan di dalam Dewan yang mulia ini yang bernilai puluhan bilion ringgit di seluruh negara merupakan cengkerama sosial yang merugikan ekonomi umat Islam. Justeru, Sementa ingin mendapatkan pencerahan Kerajaan, daripada Kerajaan Negeri, berapakah anggaran nilai harta pusaka umat Islam di negeri Selangor yang dikenal pasti masih belum dituntut atau masih tergantung penyelesaiannya? Daripada jumlah tersebut, apakah sasaran tahunan MAIS bagi menyelesaikan kes-kes yang berkenaan?
Yang keduanya, adakah MAIS akan membangunkan pangkalan data atau sistem digital bersepadu dengan agensi-agensi Kerajaan termasuk Pejabat Tanah, Amanah Raya dan Jabatan Pendaftaran Negara bagi mempercepatkan proses untuk mengesan waris? Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menetapkan KPI yang jelas kepada pasukan petugas seperti bilangan waris yang berjaya dikesan, jumlah harta yang berjaya diserahkan kepada waris serta tempoh purata penyelesaian sesuatu kes. Penyelesaian-penyelesaian kemelut harta beku ini memastikan ekonomi umat Islam di Selangor akan terus segar dan tidak tergendala akibat ketiadaan waris yang tampil memohonnya.
Manakala dalam Seksyen 121(H), MAIS bertindak sebagai pemegang amanah yang sah, berhak mentadbir dan melaburkan harta pusaka demi faedah waris, serta berkewajipan menyerahkan semula harta kepada pihak yang berhak apabila dituntut. Di sini saya ingin menegaskan, di Dewan ini, Seksyen 121(H) ini menjamin bahawa MAIS bertindak murni sebenarnya, sebagai pemegang amanah. Ini menoktahkan salah faham kononnya pihak agama ingin merampas harta rakyat. Sebaliknya MAIS memelihara nilai harta tersebut daripada terhakis dan bersedia memulangkannya pada bila-bila masa apabila waris yang sah tampil menuntutnya. Sebagai penambahbaikan, saya ingin menyarankan agar MAIS menubuhkan satu pasukan petugas, task force, yang bertindak proaktif untuk menjejaki waris yang sah. Bukan sekadar bersifat reaktif, menunggu waris hanya di kaunter-kaunter sahaja. Kerajaan Negeri juga perlu mempertimbangkan garis panduan yang jelas. Berapa lamakah tempoh masa maksimum pemegang amanah ini sebelum harta yang langsung tiada waris diuruskan sebagai sumber am Baitulmal?
Perkara yang ketiga Tuan Speaker berkaitan tahap perlindungan sosial dan bantuan guaman. Sementa juga ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada Fasal 5 dan Fasal 12 yang memasukkan perenggan baru 7(2)(J)(A) dan 122(2)(J)(A). Melalui pindaan ini, MAIS diperkasakan untuk menyediakan perkhidmatan yang kritikal seperti pengurusan wasiat, hibah, bantuan guaman, nasihat guaman dan pengantaraan kepada golongan yang memerlukan. Bantuan guaman dan pengantaraan adalah talian hayat bagi golongan berpendapatan rendah (B40) atau wanita teraniaya yang mahu menuntut hak mereka di Mahkamah Syariah tetapi terkekang dari sudut kewangannya. Dengan kewujudan khidmat pengantaraan ini dapat mengurangkan kesesakan kes di Mahkamah Syariah dengan menyelesaikan pertikaian secara damai. Walau bagaimanapun, Sementa memohon agar satu kerangka penyelarasan diwujudkan bagi inisiatif ini. Bagaimanakah perkhidmatan baru MAIS ini akan diselaraskan dengan fungsi Jabatan Bantuan Guaman Persekutuan atau Proses Suluh sedia ada di Mahkamah Syariah? Penyelarasan ini sangat penting agar tidak berlaku pertindihan bidang tugas dan pembaziran sumber antara agensi. Sementa turut ingin bertanya apakah kriteria kelayakan penerima Bantuan Guaman MAIS? Adakah ia hanya tertumpu pada golongan B40 atau turut mengambil kira kes-kes berkepentingan awam yang melibatkan institusi keluarga Islam.
Yang akhir sekali Tuan Speaker, berkaitan tentang implikasi kewangan. Satu perkara penting yang patut dipuji ialah RUU pindaan ini menyatakan tidak melibatkan sebarang perbelanjaan, wang tambahan daripada Kerajaan Negeri, seperti yang dinyatakan dalam Penyata Implikasi Kewangan. Walau pun saya memuji ketiadaan implikasi kewangan tambahan, saya ingin memohon penjelasan daripada pihak Kerajaan Negeri, memandangkan portfolio MAIS kini bertambah besar khususnya dalam pengurusan harta pusaka dan bantuan guaman. Adakah kapasiti sumber manusia dan dana dalaman MAIS sedia ada benar-benar mencukupi untuk menggalas amanah ini tanpa menjejaskan kualiti penyampaian
perkhidmatan? Apakah indikator kejayaan yang akan digunakan oleh Kerajaan Negeri bagi menilai keberkesanan pindahan enakmen ini selepas dua atau tiga tahun pelaksanaannya nanti? Adakah laporan pencapaian tersebut akan dibentangkan kepada Dewan bagi membolehkan Ahli Dewan menilai impaknya terhadap rakyat khususnya negeri Selangor ini?
Maka akhirnya Tuan Speaker, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor (Pindaan) 2026 ini, merupakan satu pakej perundangan yang lengkap, pragmatik dan progresif. Ia mengukuhkan kedudukan pentadbiran islam negeri Selangor ke tahap yang lebih tinggi, cekap dan mesra rakyat. Maka atas dasar ini, Sementa dengan penuh rasa tanggungjawab dan sukacitanya menyokong sepenuhnya Rang Undang-Undang ini untuk diluluskan oleh Dewan yang mulia ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sementa. Ada pembahas yang lain? Satu sahaja ya. Kota Damansara?
Ya, maaf lambat sikit. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Kota Damansara ingin turut juga bersama-sama dalam membahaskan Rang Undang-Undang Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor (Pindaan) 2026. Alhamdulillah, pada petang ini kita mungkin akan membuat satu lagi sejarah iaitu Enakmen Pentadbiran Agama Islam ada sedikit pindaan bagi menoktahkan beberapa isu-isu yang berbangkit setelah bertahun-tahun. Kota Damansara juga ingin menarik perhatian Dewan bahawa khususnya muka surat 37 iaitu Fasal 5 bertujuan untuk memindakan Subseksyen 72 dengan memasukkan perenggan baru 72 g(a) yang membolehkan pihak Majlis memberikan apa-apa perkhidmatan bantuan termasuk perkhidmatan guaman dan perkhidmatan penghantaran dan melantik mana-mana orang untuk mengetuai atau melaksana perkhidmatan atau bantuan yang berkaitan. Cuma Kota Damansara ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri untuk mendapatkan kepastian atau pengesahan bahawa Subseksyen 72 ini adakah pihak MAIS sendiri akan bekerjasama dengan Persatuan Peguam Syarie Selangor? Sebab kalau kita tengok sekarang ini kebanyakannya kes-kes pro bono ini dilakukan oleh Persatuan Peguam Syarie Selangor, jadi adakah pihak MAIS sendiri akan ada melantik peguam di peringkat dalaman atau ada panel di peringkat bersendirian atau melantik panel-panel tertentu ataupun pihak MAIS akan bekerjasama dengan pihak Persatuan Peguam Syarie Selangor? Sebab apa kalau kita tengok adalah lebih molek dan lebih baik kalau andai kata pihak MAIS ini bekerjasama dengan peguam-peguam Syarie yang sedia ada dan yang memang praktis di negeri Selangor ini. Ini secara tak langsung dia akan memberikan ruang dan limpah ekonomi juga dalam keadaan kita membantu mereka yang kurang berkemampuan tapi juga kita mengambil orang-orang yang berkepentingan atau orang-orang yang memang dalam bidangnya untuk membantu mereka yang memerlukan. Sebab kita tak naklah nantikan kita pihak MAIS walaupun
MAIS ini mempunyai promogatif untuk melantik siapa sahaja apabila lulusnya undang-undang ini, tapi saya mohon juga pihak MAIS untuk mempertimbangkan bahawa benda itu tak semestinya perlu diletakkan dalam ini cuma pengesahan oleh pihak Kerajaan untuk pastikan bahawa ada sinergi antara dua ini iaitu Persatuan Syarie di peringkat negeri Selangor dan juga pihak MAIS sebab mereka ini juga orang-orang yang mewakili rakyat atau mereka yang beragama Islam dalam kes-kes undang-undang Syarie.
Yang kedua ialah berkenaan Fasal 6 iaitu bertujuan mewujudkan peruntukan baru 42 (c) untuk menjelaskan bahawa pegawai Majlis yang diterima sebagai wakil Majlis tidak boleh dikenakan apa-apa tindakan, liabiliti pendakwaan, atau tuntutan. Walau bagaimanapun sekiranya pegawai Majlis itu melakukan apa-apa melibatkan fraud atau salah laku yang di sengaja tindakan liabiliti pendakwaan atau tuntutan yang masih boleh dibuat terhadapnya. Soalan yang ingin dibangkitkan oleh Kota Damansara bahawa jika peguam-peguam Syarie yang dilantik oleh pihak Majlis atau pihak MAIS, kalau mereka melakukan kesalahan adakah pihak MAIS sendiri merupakan pihak yang melantik mereka ini terlepas daripada tindakan liabiliti? Sebab yang memilih dan yang melantik ini ialah pihak MAIS sendiri. Jadi apa kita tak cakap semua orang baik. Dalam satu tandan pisang itu adalah satu yang dua yang mungkin busuk, jadi kita kalau benda ini berlaku dan mereka yang telah terkesan akibat lawyer yang dipilih oleh pihak MAIS, adakah pihak MAIS juga mungkin terdedah juga dalam tindakan atau melalui fasal ini pihak MAIS secara tak langsung menjadi absolute tak boleh diambil tindakan atas lantikan daripada pihak MAIS sendiri? Yang ini menjadi kegusaran daripada Kota Damansara sendiri dan kita perlukan jawapan dan penerangan daripada pihak Kerajaan.
Seterusnya Yang Berhormat Kota Damansara ingin terus beralih ke Seksyen 121 (h) yang dicadangkan bertujuan untuk menjelaskan kedudukan Majlis sebagai pemegang amanah dan harta atau wang yang diserahkan kepada Majlis bagi tujuan pembahagian harta pusaka orang Islam. Peruntukan ini juga memberikan kuasa kepada Majlis untuk mentadbir, melabur harta pusaka tersebut mengikut peraturan dan enakmen ibu dan peraturan-peraturan lain yang berkaitan pengurusan amanah serta menjelaskan harta pusaka yang dipegang amanahnya oleh Majlis boleh dituntut oleh orang yang berhak dan Majlis mempunyai obligasi untuk menyerahkan harta pusaka ini kepada orang yang berhak menerimanya. Melalui peruntukan Seksyen 121 (h), kalau kita tengok dia menjelaskan bahawa Majlis mempunyai hak obligasi untuk melabur, membuat pelaburan berdasarkan harta-harta yang dikumpulkan atau yang dipegang sebagai pemegang amanah. Soalan daripada Kota Damansara bahawa, kita tahu pelaburan ini semestinya ada untung dan rugi. Dia pelaburan ini dia tak boleh sepanjang masa dia untung dia memang lumrah dalam business ini dalam Islam pun dia ada untung dia ada rugi. Kalau memang confirm untung-untung-untung-untung ni dia bukan dia bukan sesuatunya yang dalam Islam. Jadi sebab itu saya ingin bertanya kalau andai kata berlakunya pelaburan yang dibuat oleh pihak
MAIS jika pelaburan itu mengalami kerugian iaitu harta-harta daripada mereka sendiri iaitu harta-harta yang dipegang amanah oleh kepadanya. Kalau kita boleh katakan lebih kurang harta anak yatim. Orang-orang ini sebab harta-harta ini dikumpulkan oleh orang daripada hasil orang yang meninggal dan dituntut oleh hak-hak orang yang mempunyai hak dan harta ini dipegang sementara oleh pihak Majlis atau pihak MAIS. Jadi sebab itu saya ingin bertanya adakah kalau andai kata berlakunya kerugian daripada pelaburan-pelaburan yang dibuat oleh pihak MAIS atau pihak Majlis, adakah pihak kerajaan juga terlibat untuk bail out atau perlu membayar atau pihak MAIS sendiri mempunyai kewangan sendiri untuk menanggung kerugian tersebut? Sebab itu saya berdiri di sini melihat Seksyen 121(h) ini mempunyai satu kelebihan tetapi kita juga setiap siling itu dia ada 2 side of coin dia ada head dia ada tail bukan sepanjang masa dia head kan jadi dia ada 2 side of coin lah jadi sebab itu saya nak tanya dan jawapan daripada pihak kerajaan jika berlaku sesuatu. Kita tak mendoakan benda ini menjadi tapi dia menjadi kegusaran dari pihak saya. Sebab kalau kita tengok pun Timbalan Speaker, Tabung Haji itu pun memang kalau ikutkan dia memegang amanah tapi berlakunya ketidakamanah yang berlaku. Ada masuk pelaburan berlakunya kerugian juga dalam Tabung Haji itu dan pihak kerajaan pusat, Kerajaan Persekutuan terpaksa bail out dan memberikan RM10 bilion ke RM20 bilion untuk pastikan Tabung Haji ini terus berjalan ya inilah amanah orang-orang ialah orang itu hidup lagi kalau macam ini bagaimana kalau anda kata orang-orang ini harta-harta pada mereka yang telah meninggal dunia yang diberikan amanah untuk menjaga. Saya tidak mempersoalkan kepada mereka yang akan mengambil tindakan atau membuat study terhadap pelaburan-pelaburan, tapi pelaburan yang bagaimana? Sebab apa kalau kita lihat dan bagaimana Jawatankuasa ini, atau kewangan yang ini akan disemak atau dia boleh diaudit? Sebab saya percaya kalau andai kata mengikut sistem transparentcy sepatutnya ada audit dan dilihat dan dibentangkan dan boleh dibahaskan dan boleh dibincangkan sebab itu saya mohon sangat kepada pihak kerajaan untuk menjelaskan bagaimana Seksyen 121 (h) ini jika berlakunya kerugian, sebab pelaburan ini dia bukan hanya pelaburan semata-mata, kalau benda yang fix ni seperti tanah dan sebagainya saya pasti pelaburannya tidak datang dalam bentuk tanah-tanah ini tidaklah akan dibuat dalam bentuk pelaburan sebab itu kalau kita tengok jumlah harta-harta yang belum lagi diuruskan atau diserahkan kepada waris-waris ini jumlahnya berbilion ringgit tapi saya percaya bukan dalam bentuk kewangan atau dalam bentuk wang tunai tapi dia dalam bentuk pegangan saham atau juga dalam bentuk-bentuk tanah, sebab itu soalan saya kepada Yang Berhormat Kerajaan atau Yang Berhormat EXCO untuk pastikan bahawa ini boleh dijawab secara tuntas dalam Dewan ini.
Yang kedua Tuan Speaker, berkenaan yang bantuan undang-undang atau bantuan peguam tadi. Kerajaan Negeri Selangor ada menyediakan dana bantuan guaman Selangor iaitu kita sediakan lebih kurang RM1 juta dana bantuan Kerajaan Negeri Selangor. Jadi kalau andai kata bagaimanakah status bantuan dana Kerajaan Negeri Selangor ni bantuan guaman ni, dana bantuan guaman Selangor ni sebab kalau kita
tengok dana bantuan Negeri Selangor ni dia membantu kepada isu-isu Syariah dengan bukan Syariah jadi adakah dengan adanya MAIS yang ambil alih adakah dana ni masuk ke pihak MAIS untuk menguruskan dibayar kepada peguam-peguam Syarie nanti untuk mewakili mereka-mereka yang kurang berkemampuan. Dan yang keduanya ialah saya nak tahu apakah tangga gaji yang akan ditentukan kepada mereka yang akan diberikan bantuan? Sebagai contoh kalau dana bantuan dia RM3,000 dan ke bawah sebab tu saya nak tahu berapakah tangga gaji yang ditetapkan? Kalau RM3,000 ke bawah ke RM5,000 ke bawah ke RM4,000 ke bawah ke kalau di Selangor ni RM5,000 dan ke bawah ni dikategorikan sebagai miskin, jadi adakah kita hanya letak RM3,000 dan ke bawah bagaimana mereka yang in between tu, kalau ikutkan kategori miskin RM5,000 ke bawah tapi bagaimana MAIS atau pihak Kerajaan Negeri meletakkan satu line yang khusus kepada mereka, sebab ada orang dia gaji dia RM6,000 tapi selepas meninggal dunia, suaminya meninggal dunia lah suaminya yang meninggal dunia tak sempat wasiat dan dipegangkan jadi dia tak ada income dia automatik dia jatuh jadi zero. Jadi bagaimana? Pihak MAIS akan mengira pendapatan isi rumah pendapatan ketika yang meninggal tu masih hidup ke atau pendapatan yang update ketika yang dah meninggal dunia. Sebab tu yang ini dia akan jadi masalah bila mana kita panggil proses birokrasi antara bagaimana orang yang memerlukan. Ini antara proses-proses bukan hanya sekadar mencari waris, tapi kita juga ada masalah ialah proses-proses bagaimana mereka memerlukan bantuan. Mereka ni perlukan pembelaan, mereka nak dapatkan hak mereka tapi mereka juga agak mempunyai keterbatasan dengan keterbatasan dengan apa yang telah kita tetapkan. Yang ini lebih kepada isu-isu technicality atau isu-isu pentadbiran. Jadi saya harapkan lah kepada Yang Berhormat Speaker, eh Yang Berhormat Speaker untuk pastikan Kerajaan untuk menjawab soalan saya ni. Landing power pusing, kalau Speaker jawab, Speaker duduk sini, sebab apa kalau kita tengok dalam Islam ni Surah An-Nisaa telah jelas mengatakan bahawa “sesungguhnya orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim ni sebenarnya mereka itu menelan api ke dalam perut mereka dan mereka juga akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala” Surah An-Nisaa Ayat 4. Allah juga berfirman, “janganlah kamu dekati harta anak yatim melainkan dengan cara yang lebih baik sehingga dia mencapai umur dewasa”. Yang ini pun antara peringatan yang telah diberikan kepada kita dan orang yang menjaga amanah ini bukan mudah, dia punya amanah lagi besar daripada amanah yang kita yang kita ni sebagai ADUN bertanggungjawab. Jadi saya mengharapkan Yang Berhormat, kalau orang yang kata 121 (h), bagaimana kalau andai kata berlakunya keuntungan daripada hasil daripada mereka yang dana-dana yang dilaburkan ni, keuntungan, zakatnya bagaimana? Sebab kita pun sekarang ni isu RCI Tabung Haji kan, isu zakat dan sebagainya, saya nak tanya kepada Kerajaan juga, bagaimana zakat ni yang akan dibayar adakah dibayar oleh pihak MAIS atau kepada pihak-pihak mereka yang dana mereka nanti bila nak dipulangkan balik ditolak sekali dengan zakat dan sebagainya, yang ini saya minta pihak Kerajaan untuk timbangkan.
Yang terakhir sekali saya minta daripada pihak Kerajaan, kalau ada kata bagaimana kes pertikaian antara orang Islam dengan orang bukan Islam, sebab yang ini pun antara jadi isu yang utama saya ada dengar daripada pembahasan dan inilah isu realiti bila mana selalunya pasangan lah, suami isteri apabila suami masuk Islam dan telah meninggal dunia. Jadi bagaimana isterinya, bagaimana anak-anaknya. Jadi ini antara jadi isu sebab isteri dan anak-anaknya akan pergi ke Mahkamah Sivil untuk menuntut haknya sepanjang hidupnya arwah telah beragama lain. Mungkin sampai waktu hidayahnya sebelum meninggal dunia dia telah masuk Islam, Alhamdulillah. Tapi bagaimana kepada mereka yang masih mempunyai hak ini sebab yang akan pegang ini ialah MAIS. Dan apabila MAIS ni pegang jadi adakah kes-kes ini bagaimana?. Adakah di bawa ke Mahkamah Syarie atau pun di bawa Mahkamah Sivil? Jadi ini antara perkara-perkara yang perlu pihak Kerajaan melihat dan menerangkan bagaimana. Sebab ini pun antara yang menjadi, kita tak nak lah nanti apabila berlakunya semakan kehakiman nanti datang pilihan raya pula, datang pula satu golongan yang akan kata Islam semakin terancam di Selangor. Jadi benda ini sebenarnya apa yang kita buat ini kita nak pastikan Islam dijaga dengan baik tetapi kita hendak juga pastikan penerangan itu mesti dibuat dengan baik pada hari ini dan kita pastikan kepada golongan-golongan ini yang khususnya mereka yang mencari keadilan atau golongan yang menuntut haknya, diberikan dengan sewajarnya.
Akhir sekali Yang Berhormat Speaker, saya mengharapkan Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Negeri Selangor khususnya berkenaan isu-isu fatwa. Saya mengharapkan bahawa agar proses ini diperkemas kan. Jadi apabila proses ini dikemas kan, fatwa-fatwa yang dikeluarkan, saya tahu fatwa dikeluarkan dan digazet kan baru boleh jadi perundangan. Kadang-kadang yang ini ialah satu-satunya fatwa yang kita perlu ikut. Dia tidak ada fatwa yang lain dia fatwa pilihan raya lain, fatwa negeri lain, fatwa pusat lain. Dia fatwa ke Negeri Sembilan kami ni tak boleh baca bersyahadah. Allahuakbar saya dengar pun saya terkejut. Asal PH aje tidak boleh cakap ucap syahadah. Ini yang diterangkan kat bawah ni. Yang ini saya mengharapkan bahawa pihak Kerajaan, pihak EXCO sendiri juga daripada pihak Majlis yang menjaga agama Islam ini kita perlukan penerangan.
Kita tidak boleh biarkan masyarakat kita terus begini and terus dibiarkan. Dibiarkan sebegini dan akhirnya dia akan merosakkan masyarakat kita dan akhirnya orang yang melihat orang Islam ini, adakah ini cerminan Islam?. Sebab itu saya mengharapkan sangat-sangat bahawa kita perkemas kan, kita perbetulkan dan kita lihat bagaimana sebenarnya kita nak mengangkat agama Islam ini. Bukan mengangkat agama Islam ini dengan menuduh orang lain dengan memfitnah orang lain malah dengan mengatakan orang lain juga bukan seperti Islam seperti mereka.
Batu Tiga bangun
Sila-sila
Terima kasih Kota Damansara. Saya tertarik dengan apa yang dibincangkan dan dibahaskan. Sekarang ini yang kita sedang laksanakan saya mohon pandangan Kota Damansara. Yang sedang kita laksanakan ialah kita nak mengangkat satu martabat agama Islam itu kepada tahap yang lebih baik. Kita buat pindaan Rang Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri, kita wujudkan Enakmen Mahkamah Syariah kita juga buat satu lagi Enakmen Pentadbiran Islam. Itu adalah usaha pentadbiran Kerajaan Perpaduan Negeri Selangor yang kita buat dan itu sebenarnya telah pun meninggikan agama Islam dalam negeri kita.
Saya percaya apa yang kita buat ini mungkin difahami oleh sebahagian orang tetapi bagaimana sebenarnya kalau kita boleh turunkan kepada masyarakat supaya melihat usaha yang kita buat adalah usaha yang membumi. Kita buat untuk praktis kepada masyarakat untuk melihat pada manfaatnya diterima oleh masyarakat dan saya berharap agar ini lah cerminan sebenarnya. Dan saya mohon pandangan Kota Damansara bagaimana caranya kalau boleh kita sampaikan ke bawah supaya mereka memahami usaha yang kita laksanakan.
Terima kasih Batu Tiga. Saya setuju dengan Batu Tiga dan saya harapkan sebahagian ucapan Batu Tiga masuk ke dalam ucapan saya. Sebab itu saya bercakap dengan Batu Tiga bahawa kadang-kadang hanya sebab sebahagian pihak dia mengamalkan cara hidup Islam, mungkin saya tidak pakai songkok atau kopiah, saya pakai tie dan kot tak bermakna saya kurang Islam berbanding dengan pihak sebelah sana. Oleh kerana dia memakai tudung labuh dan isteri saya tidak memakai tudung labuh, saya cakap terus terang, tak bermaknanya dia lebih Islam dia boleh menghakimi saya sama ada saya boleh mengucap atau tidak. Bukan. Sebab itu kalau andai kata ketika benda ini dah jadi masalah sehingga sampai ada pemikiran hulu, itu saya rasa sangat sedih. Jadi saya harapkan dengan kita telah selesai dalam tempoh seminggu ini Rang Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri, Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah, Rang Undang-Undang Enakmen Pentadbiran Agama Islam ini semua dibahaskan oleh semua orang Islam yang ada di dalam Dewan ini. Dan kita setuju dan kita luluskan sebagai..
Kota Damansara
Sikit. Kita lulus dan kita setuju dan kita menyokong sebab kita nak mengangkat martabat Islam. Dia bukan sama ada PH bukan Islam yang sebelah sana bukan Islam. Kalau kita nak tengok yang sebenarnya betul-betul Islam ni kepada mereka siapa yang benar-benar menunjukkan akhlak yang baik. Kalau kita hendak tengok orang Islam ni pada mereka yang memberikan, membuat sesuatu lebih baik dari orang lain menunjukkan contoh yang baik itu yang saya harapkan pada hari ini. Kepada Yang Berhormat Meru.
Apa pandangan Yang Berhormat Kota Damansara tentang satu video klip lah atau telah tersebar berkaitan dengan salah seorang penyokong parti menyebutkan bahawa ada pihak-pihak seolah-olah pihak belah kita ini tidak pandai menyebut syahadah dan sebagainya. Dan ia apa pandangan Yang Berhormat Kota Damansara bahawa ia sangat merbahaya kepada generasi muda sekiranya ada orang dewasa yang berkata begitu dan perkara ini perlu ditangani.
Ya, sebab itu dalam ucapan saya tadi bila sampai ketika itu saya sebut tadi fatwa lain, fatwa pilihan raya lain. Yang ini yang menjadi masalah sebab itu sampai dia keluar, “kalau undi parti lain tak masuk syurga.” Jadi susah sampai tahap level ini saya jadi sangat sedihlah. Saya bukanlah tua sangat dan saya bukanlah muda sangat tetapi kita memberikan contoh yang sangat tidak baik kepada generasi-generasi muda. Apa akan jadi pada anak-anak saya kalau andai kata kalau tau bapanya Pakatan Harapan ini bukanya orang yang tak dengan syahadah. Saya solat 5 kali sehari, saya mengucap syahadah setiap kali saya solat. Adakah hanya kerana semata-mata saya masuk parti Pakatan Harapan saya bukan Islam?.
Yang itu saya mengharapkan sangat bahawa pemikiran sebegini boleh dihancurkan atau dimusnahkan terus biar jangan ada dalam Selangor ini. Kita bagi lah contoh yang baik kepada masyarakat yang bukan Islam bagaimana orang Islam dan orang yang bukan Islam boleh melihat dan jatuh cinta kepada Islam. Jadi Kota Damansara menyokong penuh Rang Undang-Undang ini. Saya harapkan dan kita semua dalam Dewan ini semoga apa yang kita buat ini dirahmati Allah SWT dan jika kita ditanya ketika kita sudah meninggal nanti, inilah sebahagian daripada usaha kita untuk mengangkat dan memartabatkan Islam di negeri Selangor. Kota Damansara menyokong!.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Damansara. Ada perbahasan lain lagi?. Tiada ya. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang saya mempersilakan pihak Kerajaan jika ingin menggulung atau pun memberi apa-apa penjelasan tentang perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sebentar tadi.
(Bacaan doa dalam Bahasa Arab). Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, terlebih dahulu ingin saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Pelabuhan Klang, Yang Berhormat Batu Tiga, Yang Berhormat Sungai Panjang, Seri Serdang, Permatang, Meru, Hulu Bernam, Lembah Jaya, Ijok, Kota Damansara, Sementa yang telah mengambil bahagian dalam membahaskan Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor Pindaan 2026. Segala pandangan yang dikemukakan
amat dihargai dan akan terus diambil perhatian oleh Kerajaan Negeri dalam usaha memperkukuhkan pentadbiran agama Islam di negeri Selangor.
Pindaan ini secara makronya menyentuh empat perkara utama sahaja sebenarnya. Pertama, adalah menambah baik beberapa peruntukan berkaitan tatacara pembuatan fatwa supaya selaras dengan amalan pentadbiran semasa di peringkat kebangsaan. Yang kedua adalah menyusun semula struktur perundangan berkaitan Mahkamah Syariah melalui pemansuhan bahagian empat Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003 dan pengasingan peruntukan berkaitan Mahkamah Syariah dalam Enakmen Mahkamah Syariah Negeri Selangor 2026 yang kita luluskan semalam sebagai suatu enakmen yang khusus. Jadi yang ini saya tak perlu nak gulung sebab kita dah bahas dan gulung semalam. Yang ketiga adalah menjelaskan kuasa Majlis Agama Islam Selangor dalam menyediakan Perkhidmatan Bantuan Guaman Syarie dan Pengantaraan kepada masyarakat Islam di negeri Selangor. Dan yang keempat, memperuntukkan secara khusus kuasa MAIS untuk bertindak sebagai pempetisyen atau pemohon dalam prosiding pembahagian harta pusaka orang Islam selaras dengan Akta Harta Pusaka Kecil Pembahagian Pindaan 2022.
Jadi saya ucapkan terima kasih lagi sekali dan saya rasa daripada pandangan-pandangan yang telah diutarakan saya pasti ramai dan mungkin kesemua dalam Dewan ini mempunyai jiwa-jiwa dan hati-hati yang bersih dan ikhlas dan bersemangat yang mahu melihat yang terbaik untuk kemajuan umat Islam di negeri Selangor baik yang Melayunya dan bukan Melayunya di dalam Dewan ini. Saya nak masuk kepada perkara pertama yang banyak disoal iaitu isu di antara Jawatankuasa Fatwa Negeri dan bagaimana fatwa dibuat dan bagaimana fatwa tersebut dimasukkan atau pun dibincangkan di dalam Jawatankuasa Muzakarah (MKI) di peringkat persekutuan. Okey baik. Saya bagi pandangan bagaimana fatwa dibuat di peringkat negeri Selangor untuk kefahaman semua.
Di dalam negeri Selangor, Jawatankuasa Fatwa Negeri dipengerusikan oleh Sahibus Samahah Mufti Negeri Selangor dan di dalam itu dimasukkan juga pakar-pakar yang lain mengikut fatwa-fatwa yang hendak dibincangkan. Saya dimaklumkan bahawa sekiranya perlu kepada pakar-pakar dalam atau pun luar negara dalam bidang-bidang yang bukan syarie, kalau pendidikan perlu masuk, masuk. Kalau perlu kesihatan pun boleh masuk, perubatan dan sebagainya. Pakar-pakar ini akan diambil untuk dilakukan libat urus, perbahasan dan perbincangan supaya satu sighah fatwa dapat diwujudkan untuk tujuan tersebut. Di dalam itu boleh jadi ada yang bukan Islam juga. Kalau ikut bidang kesesuaian dia tetapi telah terbentuk sighah fatwa itu yang dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri maka draf fatwa tersebut akan diangkat untuk dibincangkan dan di teliti di peringkat Majlis Agama Islam sendiri peringkat MAIS. Jadi di situ memang semuanya orang Islam dan kita akan lihat dan teliti dan seumpamanya. Sekiranya sesuai dan tepat, kita akan angkat itu untuk perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.
Setelah melalui semua proses tersebut, maka fatwa tersebut akan diangkat ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hanya untuk tujuan makluman dan pewartaan sahaja. Jadi tidak ada ruang di situ walaupun kita ada Kerajaan yang bercampur di dalam MMKN ini tidak ada ruang untuk fatwa itu dipertikaikan di peringkat negeri oleh yang bukan Islam dan bukan Melayu. Jadi tidak ada isu terancam nya buat fatwa dekat negeri Selangor. Tidak ada. Dan di sini kalau sekiranya ada ruang untuk kita jemput kalau di peringkat Jawatankuasa Fatwa negeri tadi contohnya Yang Berhormat Sungai Panjang yang ucapannya saya ingat sangat-sangat teliti, sarat dengan dalil dan seumpamanya, bahasa Arabnya Masya Allah, ana pun diperingatkan Yang Berhormat Sungai Panjang Alif Lam Nakirah, Alif Lam Makrifah. Dahulu masa belajar dah lupa tetapi diperingatkan semula.
Seandainya ada keperluan sebegitu, kita pun boleh jemput masuk di dalam perbincangan-perbincangan yang berkaitan. Jadi, wujudlah satu fatwa di peringkat negeri. Maka soalnya sekarang ini apabila fatwa itu perlu diangkat ke peringkat persekutuan dan kebangsaan sebagai contoh, sekiranya ada fatwa yang sama atau keperluan yang sama maka sebab itu lah Jawatankuasa tersebut di peringkat tersebut, di peringkat MKI ini disebut sebagai Jawatankuasa Muzakarah. Muzakarah maksudnya apa, kita duduk dan bincang. Siapa yang duduk dan bincang dalam itu? Bukan Yang Berhormat Sekinchan. Yang duduk dalam itu adalah pakar-pakar, mufti-mufti negeri-negeri lain dengan pakai-pakar agamawan yang lain yang harus duduk di dalam itu dan dia akan bincang. Dan seandainya maka perlu bentuk fatwa di peringkat kebangsaan kalau ada persetujuan di situ, makan sighah tersebut , sighah fatwa berkenaan fatwa tersebut akan diangkat untuk perkenan Majlis Raja-Raja. Kalau sekiranya ada di situ perkenannya, maka mana-mana negeri yang hendak mengguna pakai fatwa tersebut boleh lah menggunakannya dan tidak boleh diubah dah sebab sultan-sultan negeri tersebut telah pun menerimanya di peringkat Majlis Raja-Raja. Okey jadi, selalunya tidak akan berlaku masalah dan fatwa tersebut akan digunakan secara terperinci dari segi sighah nya dan juga keadaan-keadaannya.
Baik, itu soal fatwa yang dibentuk di Jawatankuasa Muzakarah MKI dan juga Jawatankuasa Fatwa di negeri. Jadi yang banyak ditanya di sini adalah bila kita dah faham bagaimana fatwa itu dibuat, saya hendak bagi satu contoh supaya kita betul-betul orang kata betul-betul home down on this point supaya tidak berlaku lagi keraguan. Satgi orang buat tik tok yang lain kat luar. Tiada ya. Saya hendak beri satu contoh bagaimana fatwa berkenaan penggunaan satu ubat untuk dialisis. Ubat dialisis ini bangsa apa yang banyak pergi dialisis?. Saya sebagai seorang ADUN, saya jamin kat bawah ramai yang datang kan orang-orang Melayu juga sebab banyak makan nasi, gula tinggi jadi dia ada diabetik dan dia perlu buat dialisis. Kang datang minta berkerut dahi Yang Berhormat kalau datang sebab mahal. Sekali nak pergi dialisis nak buat tapak aje berapa ratus? Lepas tu tiap-tiap kali dialisis 2, 300. Saya sendiri di zakat pun banyak kita bantu orang Melayu kita ini. Tetapi dalam proses dialisis tersebut memerlukan satu ubat kena makan. Ubat itu kalau nak hasilkan ubat itu, ini dengar betul-betul ye. Dia memerlukan satu sel ovari hamster China. Dengar ya. Sel
daripada ovari hamster China. Benda ini bincangkan dalam Jawatankuasa Fatwa sama ada boleh kita guna pakai atau tidak. Bayangkan kalau orang-orang dalam Jawatankuasa Fatwa Negeri itu ada pandangan perkauman yang tebal. Dia kata mungkin dia tanya kenapa kena hamster China? Tak ada hamster Melayu? Dia boleh timbul persoalan-persoalan yang macam tu tanpa melihat kepada kemaslahatan yang lebih luas, kan? Dan, saya kira fatwa itu dibuat dengan baik dan membenarkan penggunaan sel ovari hamster China tersebut dan bila diangkat ke dalam MMKN dan tentunya kalau kita perlu ternak hamster China tu ke ataupun beli hamster China tu ke, saya rasa Yang Berhormat Sekinchan, Yang Berhormat Kinrara akan memanggil masuk pelabur-pelabur yang sesuai supaya perkara itu dapat membantu mengurangkan kemaslahatan dan keperluan umat Islam di Negeri Selangor.
Jadi, soal fatwa, soal buat keputusan, benda-benda macam ni kena datang daripada saya sebut tadi apa? Hati-hati yang jujur, yang percaya kepada prinsip-prinsip yang mengutamakan perpaduan kaum bukan cakap saja. Tapi buat dan inilah yang kita dah buat dan saya bunyi macam stres sikit. Memang stres sikit sebab daripada hari Isnin sampai sekarang hari Khamis, inilah undang-undang ketiga yang saya kena angkat bersama dengan pihak MAIS dan Jabatan Agama Islam Negeri menunjukkan kita serius dalam perkara ini. Bukan nak menang pilihan raya tapi ini tanggungjawab kita bagaimana kita nak perbaiki pengurusan agama Islam di negeri memberikan kuasa-kuasa yang sewajar dan terutama sekali mengangkat martabat mahkamah syariah di Negeri Selangor. Baik. Kita dah clear soal pembuatan fatwa itu. Saya nak terus sahaja kepada...
Yang Berhormat, Yang Berhormat Seri Setia. Saya nak bertanya tentang Jawatankuasa Muzakarah tadi itu. So, siapakah yang akan menentukan siapa yang akan duduk di peringkat Jawatankuasa Muzakarah ini dan apakah sudah ada garis panduan, kriteria-kriteria mereka yang akan dipilih untuk duduk dalam Jawatankuasa Muzakarah ini? Macam tadi Yang Berhormat Seri Setia kata ada agamawan ada ini. Mungkin perlukan juga pandangan daripada pihak akademik ke atau pihak-pihak lain untuk soal-soal teknikal, saintifik ataupun ada yang seperti tadi hamster China kan? So, dia mesti nak kena ada juga pandangan daripada doktor ke? Mungkin Jawatankuasa Muzakarah saya ingat lebih besar maksudnya daripada Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bila kita nak ubah dalam Enakmen ini. Jadi, memang ini satu pendekatan yang lebih orang kata luas pemikiran KerajaanNegeri Selangor dalam kita nak melaksanakan pentadbiran Islam di Negeri Selangor.
Baik. Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat Pelabuhan Klang. Terima kasih poin sebab sebenarnya saya trigger satu lagi butiran di sini iaitu di peringkat Jawatankuasa Muzakarah MKI tentunya mufti-mufti negeri yang akan duduk di situ, bekas-bekas ketua hakim, pakar-pakar perundangan dan sebagainya yang akan memperincikan semula tapi ada satu fakta penting juga bahawa Jawatankuasa Muzakarah MKI ini tidak akan
mengeluarkan fatwa sendiri. Itu dah menjadi satu ketetapan. Sebab apa tidak perlu ada pandangan-pandangan daripada negeri kan? Cuma yang diperlu mungkin penyelarasan tapi dia tak keluarkan satu fatwa secara persendirian. Jadi, itu fungsinya hanya untuk menyelaras dan tertakluk kepada perkenan Majlis Raja-Raja barulah boleh dikira fatwa itu fatwa di peringkat kebangsaan yang diangkat daripada negeri-negeri.
Baik. Saya nak terus saja soalan yang selanjut sebab banyak ditanya soal hendaklah kepada boleh kan? OK. Dari sudut Perlembagaan Hal Ehwal Agama Islam termasuk pengeluaran fatwa ini sememangnya berada di bawah kuasa negeri sebagaimana diperuntukkan dalam senarai negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Jadi, kita ada kuasa-kuasa kita di negeri dan kedudukan ini telah lama wujud dan tidak diwujudkan semata-mata melalui pindaan ini. Pindaan daripada perkataan hendaklah kepada bolehlah hanya menjelaskan bahawa Jawatankuasa Fatwa Negeri mempunyai ruang untuk menggunakan budi bicara dalam mempertimbangkan pandangan Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam MKI. Ia bukan suatu kuasa baru untuk mengeluarkan fatwa yang bercanggah dan dalam amalannya Jawatankuasa Fatwa Negeri tetap akan memberikan pertimbangan terhadap keputusan Muzakarah MKI kerana keputusan tersebut dihasilkan melalui penelitian ilmiah. Ni soalan tadi tu kan oleh para mufti, ulama dan pakar dari seluruh negara. Lazimnya keputusan dalam MKI mengembalikan kepada negeri dan tidak bersifat mengikat. Sekiranya terdapat perbezaan pendirian, ia lazimnya berpunca daripada perbezaan fakta, waqi’ ataupun keadaan setempat, maslahah awam atau keperluan pentadbiran negeri dan bukannya kerana mengabaikan keputusan MKI. Jadi, tidak ada masalah di situ.
Jadi, soalan selanjut di situ juga ditanya kalau fatwa ini penting kepada rakyat Negeri Selangor, adakah fatwa ini akan mengikat negeri lain? Jadi, tadi kita kata kalau fatwa Negeri Selangor yang buat MKI tapi kalau negeri lain yang masuk adakah kita kena ikut fatwa tersebut? Fatwa Negeri Selangor sahajalah yang mengikat kepada rakyat Negeri Selangor seperti mana Sub Seksyen 49(1) EPAINS. Jadi, kita kena guna fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor sahaja yang menjadi undang-undang sebab dia tertakluk kepada setiap negeri-negeri.
Jadi, pindaan daripada perkataan hendaklah kepada boleh bertujuan untuk memberikan budi bicara kepada Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor dalam mempertimbangkan pandangan atau nasihat yang dikeluarkan oleh Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam MKI. Jadi, MKI itu hanya memberikan pandangan dan nasihat. Kita boleh guna atau tidak dan juga sebelum ini penggunaan perkataan hendaklah boleh ditafsirkan seolah-olah fatwa Jawatankuasa Fatwa Negeri ini terikat secara mandatori atau menerima atau mengguna pakai pandangan MKI dalam semua keadaan. Makna kalau ayat hendaklah itu, MKI kata begini kita kena ikut secara mandatori. Sedangkan dari sudut pembahagian kuasa Hal Ehwal Agama
Islam merupakan bidang kuasa negeri di bawah senarai negeri, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.
Oleh itu, pindaan kepada perkataan bolehlah tidak bermaksud menolak atau mengetepikan peranan MKI sebaliknya ia memberikan ruang kepada Jawatankuasa Fatwa Negeri untuk menilai kesesuaian sesuatu pandangan berdasarkan disebut tadi keadaan maslah dan keperluan negeri ini sama ada fatwa tersebut wajar diterima atau tidak. Jadi, memberikan ruang. Baik, dalam amalan dan pandangannya, pandangan dan keputusan MKI tetap diberikan pertimbangan yang serius kerana ia merupakan hasil muzakarah ulama dan pakar di peringkat kebangsaan. Walau bagaimanapun, keputusan akhir hendaklah kekal menjadi tanggungjawab Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor dan tertakluk kepada perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan selaras dengan Sub Seksyen 48(4), Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003. Jadi, yang itu selesai yang banyak bertanya soal-soal fatwa.
Boleh mencelah?
Silakan.
Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat EXCO. Saya menghormati kita Permatang memahami bahawa kuasa mengeluarkan fatwa ini adalah di bawah bidang kuasa KerajaanNegeri dan merupakan progetive yang diperuntukkan oleh undang-undang. Namun begitu, Permatang ingin bertanya kepada kerajaan. Apakah mekanisme yang akan digunakan oleh KerajaanNegeri bagi memastikan kuasa budi bicara ini tadi yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor ini tidak akan menjejaskan keseragaman fatwa di seluruh Malaysia khususnya bagi isu-isu yang mempunyai implikasi nasional?
Baik. Seperti yang disebut tadi selainnya bila fatwa itu dibincangkan dalam muzakarah tersebut maka segala tadilah, ketidaksesuaian dan sebagainya telah dibahaskan di situ. Dan, jika telah hanya apabila ia diterima oleh Majlis Raja-Raja dan menjadi fatwa di peringkat kebangsaan maka baru itulah kita akan kalau nak menggunakan pun tadi kita bolehlah menggunakan fatwa tersebut berdasarkan kaedah yang tadi. Jadi, dia tak jadi kaedah kita rasa lain dan kita nak buat lain daripada itu sebab dalam Majlis Raja-Raja, sultan-sultan negeri itu telah pun bersetuju bahawa itulah sirah fatwa yang sepatutnya dan tidak akan ada satu sirah yang baru yang kena diguna pakai dengan satu ayat yang berbeda daripada itu. Jadi, tidak ada masalah. Isu-isu waqi’ itu semua telah dibincangkan di peringkat tersebut.
Yang Berhormat.
Saya nak.
Sambung lagi. OK.
Jadi, Yang Berhormat EXCO, jadi setuju ke Yang Berhormat EXCO dalam masa akan datang mungkin akan ada fatwa di Negeri Selangor yang berbeza dengan negeri-negeri lain?
Kemungkinan itu ada tapi kemungkinan itu akan jadi sangat rendah dan kemungkinan-kemungkinan begitu kalau adapun memang akan diselaraskan di peringkat Jawatankuasa Muzakarah MKI. Sebab itulah fungsinya di situ. Baik. Jadi clear, kita boleh menggunakan dan bukan mandatori. Saya nak pergi kepada butiran yang kedua. Banyak yang bertanya soal MAIS hendak menyediakan perkhidmatan bantuan guaman dan satu lagi menyediakan perkhidmatan pengurusan harta pusaka. Jadi, soalnya di sini di peringkat makronya dulu, adakah kita sebenarnya memberikan kuasa lebih kepada MAIS ataupun mengekang kuasa sedia ada? Setuju? Saya nak bacakan di sini. Pindaan kepada Seksyen 7 ini yang disebut banyak kali tadi Subseksyen 7(2)(GA) ini adalah pindaan kepada 7(2)(H) yang asal, saya bacakan yang asal. Dalam EPAINS 2003, 7(2)(H) merangkumkan kuasa am MAIS untuk melakukan apa-apa perbuatan atau tindakan yang difikirkan oleh Majlis sebagai dikehendaki atau sesuai bagi mencapai fungsi dan tujuan penubuhannya. Itu yang asal. Maksudnya apa-apa perbuatan dan tindakan, benda itu very generic dan very big lah. Kita boleh katakan lebih luas.
Jadi, yang dicadangkan di sini, di dalam pindaan Subseksyen ini adalah kita kata 7(2)(GA), untuk MAIS menyediakan apa-apa perkhidmatan atau bantuan termasuklah perkhidmatan pengurusan wasiat, hibah, bantuan guaman, nasihat guaman dan perantaraan kepada mana-mana golongan yang ditentukan oleh Majlis dan melantik mana-mana orang yang sesuai bagi mengetuai atau melaksanakan perkhidmatan atau bantuan itu. Maksudnya pindaan ini mengkhususkan kuasa-kuasa MAIS kepada perkara-perkara yang disebut ini saja, nasihat guaman dan juga pengurusan harta pusaka orang Islam daripada yang sebelum ini memang terbuka luas. Itu yang pertama.
Yang kedua, dari segi makronya juga MAIS selama ini telah pun menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan ini. Perkhidmatan bantuan guaman. Bukan buat kali pertama buat. Dah buat. Perkhidmatan pengurusan harta pusaka belum bukan kali pertama buat. Dah buat sebelum ini. Jadi, soalnya yang banyak ditanya itu pada saya soal peraturan dan juga tatacara. Saya nak cerita peringkat makro ni. Jadi, kalau sekiranya MAIS telah pun memberikan perkhidmatan sebagai contoh di sini khidmat guaman. Saya ada sedikit angka di sini dan saya nak sebut bahawa untuk tahun 2025 telah pun diberikan khidmat guaman oleh MAIS kepada 1,104 orang dan kalau kita ikut angka tahunan ini mereka di MAIS ini mempunyai kapasiti untuk berikan perkhidmatan kepada lebih kurang 1,600 orang setahun. Itu kapasiti yang sedia ada
dengan kaedah sedia ada sekarang ini. Pertama, so dia duk dah buat dah. Maksudnya dalam dia nak buat perkhidmatan tersebut pastinya telah ada peraturan-peraturan, garis-garis panduan, tatacara-tatacara yang perlu dipatuhi. Kalau tak dia tak buatlah. Itu yang pertama.
Yang kedua, kita sebut soal pengurusan harta pusaka pun pernah dibuat oleh pihak MAIS. Saya petik satu angka di sini. Kalau saya petik angka di dalam yang ni ada dalam MAIS. Permohonan yang datang ke dalam MAIS untuk tahun 2025 bagi pengurusan harta-harta pusaka kecil yang tertunggak ini ada 156 permohonan dan setakat ini, setakat bulan Ogos ini 53 ataupun 30% telah selesai. Soal dia, minta dengan izin, what is the level of service of this services yang telah dibekalkan oleh MAIS? Jawapannya, daripada, dipanggil customer satisfaction datalah, kajian kepuasan pelanggan yang ada, 90% daripada orang-orang yang menerima perkhidmatan ini telah menyatakan bahawa ini adalah perkhidmatan baik dan sila teruskan. Itu data sedia ada. Jadi, saya nak betul-betul bersih dan jernihkan sebarang persepsi yang mengatakan MAIS ni nak jadi kayalah sebab tu dia nak kena urus aset bilion ni. MAIS ni nak masuk ganggu peguam syarie yang privatelah. So, nak clear yang itu dulu. Jadi, daripada yang saya sebut tadi ternyata MAIS mempunyai kapasiti untuk melakukan dan meneruskan perkhidmatan-perkhidmatan ini yang diminta dalam Dewan ini hari ini adalah tolong luluskan Enakmen Pentadbiran ini supaya saya lebih terkawal dan saya rasa itu satu benda yang baik, bukan satu benda yang tidak baik Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian.
Baik. Disebut juga di situ bila kita kata soal saya nak pergi kepada hartalah sebab harta pengurusan harta pusaka orang Islam. Saya bagi yang makro, pandangan makro ini dulu. Harta orang Islam, harta pusaka ini dia akan datang dalam bentuk apa? Pertama, tunailah. Kalau ada duit wang tunai dalam bank, mak cik-mak cik yang ada akaun Tabung Haji tak habis dan dia macam tu. Yang kedua, dia kena ada aset-aset fizikal. Tanah selalunya mungkin ada lot-lot saiznya besar, boleh diwasiatkan atau diusahakan ataupun kecil tak sesuai. Ada juga benda-benda, rumah, kereta macam tu. Saya tak tahulah, sekarang ni mungkin juga ada masuk zaman moden ni. Mungkin ada akaun-akaun kriptolah sebagai contoh. Akaun-akaun forex, luar negara, pelaburan dan sebagainya. Dan, saya rasa di sini kalau saya nak ambil contoh tanah itu tadi. Bayangkan satu keluarga, waris berlaku kematian tanah tersebut rupa-rupanya yang meninggal itu tidak bayar premium dekat lima tahun. Jadi waris-waris kata apa, saya tidak berani untuk buat tuntutan nak selesaikan faraid ini sebab saya kena settle premium ini dulu baru saya boleh tukar nama. Betul?
Jadi dalam soalan kes macam itu siapa yang hendak bayar premium ini? Yang inilah saya hendak sebut contoh dan saya kena sebut betapa baiknya MAIS ini, dia boleh masuk dan dia kata tidak apa, ana settlekan dulu dan inilah khidmat-khidmat harta pusaka, urusan harta pusaka yang akan dibekalkan dan telah dibekal dan sedang dibekalkan oleh pihak MAIS. Bukan unta. Jadi kita masuk, MAIS akan masuk dan selesaikan dulu. Maksudnya bila kita dah selesaikan baru boleh buat pembahagian
dan sebagainya. Banyak juga dizahirkan tadi isu-isu fi tadi. Saya ni dibekalkan jawapan rasmi ada tapi saya nak bagi yang ini dulu. Fi-finya pun sangat minimal dan saya rasa kalau kebimbangan kita adalah jika mereka masuk dan besarkan ruang ini, itu akan mengganggu peguam-peguam syarie swasta yang giat di luar itu, saya rasa jauhlah sebab dekat negeri Selangor ni, tadi saya sebut yang tiba ke MAIS berapa permohonan? 156 sahaja tahun ini.
Saya nak bandingkan dengan bilangan kes-kes harta pusaka kecil yang tertangguh di seluruh Selangor. Semua orang cakap satu Selangor ni tak pergi kepada MAIS lagi dah. Satu Selangor, 46,077 kes harta pusaka kecil tertunggak. MAIS hanya jaga 156. Berapa peratus tu tak sampai pun berapa, 10% tidak sampai. Jadi tidak ada gangguan di situ dan saya rasa dan pasti you know kalau di peringkat swasta akan ada finya, mungkin ada peguam-peguam syarie swasta yang hatinya bersih, luhur boleh bagi free pro bono silakan. Tetapi saya yakin dan saya ada golongan dan kategori rakyat yang memerlukan contohnya dalam contoh saya tu tadi yang tidak ada kemampuan, anak-anak kecil, yang mati mak bapak sebab accident dan sebagainya siapa yang nak tolong jiwa-jiwa niyang finya minimum ataupun percuma kalau nak buat.
Jadi saya rasa ruang tersebut saya rasa kita di dewan ini boleh bersetuju supaya ruang-ruang itulah yang akan di telus oleh pihak MAIS dan disebut semalam dalam pembentangan saya bahawa dia akan melihat kepada mereka-mereka yang berpendapatan kurang daripada RM3,000.00. Kalau kita rasa itu terlalu tinggi nak rendahkan lagi, nak naikkan lagi itu semua kita boleh bincang dalam peraturan-peraturan sedia ada tetapi saya rasa kapasiti dan tindakan dan perkhidmatan baik yang telah diberikan oleh MAIS ini harus diberikan satu punca kuasa yang lebih kuat seperti ini supaya perkhidmatan baik dapat kita buat dan kita selamatkan harta umat Islam yang ada di luar itu. Jelas.
Jadi saya nak minta terus kepada yang perincian-perincian yang lain-lain. Ada di tanya oleh Pelabuhan Klang bertanya soal jelaskan peranan MAIS sebagai Wasi. Jadi Wasi ini ada dua cara untuk MAIS jika melalui permohonan exercutor melalui Geran Probate, MAIS boleh menjadi Wasi tanpa perlu ada kebenaran waris langsung kalau dia ada kaedah itu dia boleh masuk sahaja. Jika ada wasiat kepada waris dan atau melebihi 1/3 daripada harta, maka MAIS akan wajib mendapatkan keizinan daripada waris. Jadi tidak ada masalah di situ dan secara umumnya pelaksanaan wasiat oleh seseorang Wasi telah diperuntukkan di bawah Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Selangor 1999. Persoalan ini tidak mempunyai hubung kait dengan Rang Undang-Undang ini.
Walau bagaimanapun, peranan MAIS sebagai Wasi adalah melaksanakan dan menguruskan hasrat terakhir seseorang yang telah meninggal dunia sebagaimana dinyatakan dalam wasiatnya. Pelantikan MAIS sebagai Wasi bukan bermaksud MAIS menjadi pemilik harta pusaka. Ini tadi banyak tanya kan kalau harta dia kalau untung
macam mana, kalau rugi macam mana kan? Sebaliknya MAIS hanya bertindak sebagai pentadbir yang bertanggungjawab memastikan harta pusaka diurus dan di agihkan mengikut kehendak pewasiat serta kehendak hukum syarak dan undang-undang yang berkuat kuasa. Teliti atau tidak MAIS ini? Sangat teliti. Antara peranan MAIS sebagai Wasi termasuklah mengenal pasti , mengumpul, memelihara dan mengurus harta pusaka si mati, menguruskan sahaja bukan mengkuruskan, menguruskan. Mendapatkan Geran Probate atau perintah yang diperlukan dari mahkamah bagi membolehkan pentadbiran harta dijalankan, menjelaskan hutang, liabiliti tadi sebut keuntungan, zakat, fidyah, nazar atau apa-apa tanggungan si mati yang sah di sisi undang-undang dan hukum syarak.
Melaksanakan wasiat si mati setakat yang dibenarkan oleh hukum syarak termasuk memastikan wasiat kepada bukan waris atau melebihi 1/3 harta hanya dilaksanakan jika memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Mengurus penjualan, pemindahan atau pelupusan aset sekiranya perlu bagi tujuan pentadbiran harta pusaka, mengagihkan baki harta kepada waris atau beneficiary yang berhak mengikut hukum faraid dan mengikut wasiat yang sah dan menyediakan rekod serta akaun pentadbiran harta bagi memastikan pengurusan di laksanakan secara teratur, telus dan mengikut amanah yang diberikan. Sangat rinci MAIS ini, dia tak buat sendiri-sendiri kan. Saya nak bawa lagi satu lagi contoh sebagai contoh, baru ini saya belajar Wakaf sikit. Dalam Wakaf kalau sekiranya tanah yang di wakafkan itu adalah saiz kecil yang tidak boleh di maju dan diusahakan, makan dia ada satu konsep di panggil istiqdal, istiqdal. Tapi penentuan sama ada istiqdal maksudnya apa tanah itu boleh dijual dan dicari tanah lain yang lebih sesuai. Baik, ciri, syarat tersebut kalau nak buat keputusan itu pun harus dirujuk kepada Jabatan Mufti terlebih dahulu dan dia dapatkan fatwa-fatwa yang berkaitan. Jadi saya rasa kalau itu pun dia buat dengan sangat rinci, dan ini pula perkhidmatan sedia ada yang telah dibuat, saya rasa kita tidak perlu bimbang sangat dan kita harus berikan sedikit kepercayaan untuk mereka teruskan.
Jadi soalan selanjutnya adalah apakah Majlis MAIS dan pasukannya sudah bersedia untuk menerima pelaburan-pelaburan ataupun mengawal dan mengurus selia pelaburan-pelaburan yang ada. Betullah kita dalam era Tabung Haji ini bila disebut pelaburan itu kebanyakannya boleh jadi peleburan, jadi kita pun risau, kita risau dan bimbang. Jadi itu ada kewajarannya di situ. Baik, pindaan berkaitan dengan pengurusan harta pusaka orang Islam ini merupakan pindaan dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003. Justeru, apa-apa pindaan yang dibuat harus dibaca bersama dengan keseluruhan kandungan enakmen pentadbiran ini. Dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam, MAIS diberi kuasa untuk menerima terimaan berbentuk amanah antaranya wakaf, zakat, harta nazar dan amanah seperti fidyah dan kafarah. Setiap terimaan berbentuk amanah ini tertakluk kepada undang-undang khusus berkaitan dengan terimaan tersebut dan arahan terbaik pengurusan kewangan MAIS. Saya pun baru tahu hari ini ada arahan terbaik pengurusan kewangan MAIS, sounds very impressive.
Pengurusan terimaan wang atau harta amanat ini berbeza dengan pengurusan bagi hasil terimaan hasil MAIS. Namun di bawah Arahan 336, arahan terbaik pengurusan kewangan MAIS telah diperuntukkan dengan jelas bahawa penyata kewangan tahunan MAIS hendaklah dikemukakan kepada Ketua Audit Negara untuk di audit, macam Tabung Haji juga ke? Mungkin lebih rinci. Termasuk terimaan dan perbelanjaan bagi wang harta atau wang amanah, malah MAIS turut mengambil inisiatif untuk memaparkan Laporan Kewangan Tahunan beraudit secara terbuka di laman web MAIS sebagai bukti komitmen MAIS dalam memastikan integriti, akauntabiliti dan kepercayaan orang awam terhadap pengurusan dana umat Islam di Selangor. Sejak 20 tahun yang lepas sehingga tahun 2024, MAIS juga telah menerima Sijil Audit Bersih daripada Jabatan Audit Negara bagi pengauditan Penyata Kewangan.
Selain itu mengikut Seksyen 82, Enakmen Pentadbiran Agama Islam juga setiap anggaran pendapatan dan perbelanjaan MAIS hendaklah tertakluk kepada kelulusan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Kat celah mana nya pengurusan harta orang Islam dalam MAIS ini terancam? Ada ke tak? Dikawal dengan baik dan terbukti 20 tahun dikawal dengan baik.
Selanjutnya merujuk kepada isu pelaburan MAIS tertakluk kepada perenggan 7(2)(d) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003 yang memperuntukkan bahawa MAIS boleh melabur dalam apa-apa pelaburan yang dibenarkan sebagai mana yang ditakrifkan oleh Akta Pemegang Amanah 1949. Pada masa ini, pelaburan bagi wang amanah dibuat dengan peletakan deposit tetap. Apa benda tu? Fixed deposit di perbankan Islam, dia kena letak di perbankan Islam dan manfaat yang diterima dipulangkan semula dalam akaun amanah tersebut. Walau bagaimanapun MAIS dalam proses untuk menambah baik polisi pelaburan amanah dalam instrumen pelaburan yang mempunyai jaminan prinsipal dan pulangan serta kurang risiko untuk memastikan manfaat yang tetap dan lebih baik diterima oleh pemberi amanah.
Namun, ia masih tertakluk kepada pelaburan yang di benarkan di bawah Akta Pemegang Amanah 1949. Ini Undang-undang Persekutuan kalau kita silap di Negeri boleh masuk penjara sebab dia akta. Bagi tujuan pengurusan pusaka orang Islam juga, MAIS pada masa ini sedang di peringkat akhir menggubal Undang-undang subsidiary berhubung dengan pengurusan kewangan merangkumi pengurusan amanah melibatkan pengurusan harta pusaka orang Islam untuk memastikan pengurusan yang lebih teratur dan selaras dengan undang-undang dan hukum syarak. Cakap banyak-banyak tak guna. Saya nak kongsikan di sini ni, ini data daripada Laporan Kewangan MAIS 2024 yang telah di audit. Pada tahun tersebut, aset keseluruhan Majlis Agama Islam Selangor bernilai RM396 juta, ada elemen pelaburan? Ada. Pelaburannya berapa? Untuk pelaburan sahaja RM19.4 juta pulangan pada tahun itu 4.8%. Ada rugi tak macam Tabung Haji? Alhamdulillah tidak ada. Siapa yang jaga? MAIS, orang Islam yang jaga.
Terus sahaja kepada satu lagi soalan yang ditanya di sini iaitu, adakah pindaan ini memberi kuasa kepada MAIS untuk meminta pembahagian sivil atau tanah tanpa persetujuan waris? Ini saya kena baca panjang sikit. Baik, sebab dia ada frasa yang mengatakan Majlis boleh mengambil apa-apa tindakan yang perlu bagi memohon pembahagian dan mengurus harta pusaka mana-mana orang Islam yang telah meninggal dunia. Yang ini ada dalam Subseksyen 121G(1) RUU ini tapi ia perlu dibaca bersama dengan Subseksyen 2 yang menjelaskan bahawa pembahagian dan pengurusan pusaka orang Islam, dengar. Adalah tertakluk kepada Undang-undang bertulis yang berkuat kuasa yang mengawal selia pengurusan dan pembahagian pusaka orang Islam di Negara ini. Jadi secara amnya di Malaysia, pengurusan harta pusaka orang Islam tertakluk kepada sistem dwi perundangan yang unik.
Yang pertama, melibatkan Undang-undang Islam di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah yang itu ada juga yang menentukan waris berhak mewarisi harta pusaka dengan kadar atau bahagian bagi setiap waris. Yang itu bidang Negeri. Ada juga Undang-undang Sivil di peringkat Persekutuan yang mengawal proses pentadbiran, pendaftaran dan pengeluaran harta dan di antara undang-undang sebegini yang penting, adalah yang pertama, Akta Harta Pusaka Kecil Pembahagian 1995 atau sering disebut Akta 98 di bawah bidang kuasa Unit Pembahagian Pusaka Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian untuk menguruskan harta pusaka kecil yang mengandungi harta tak alih, tanah atau rumah dengan had nilai tidak melebihi RM5 juta. Bawah RM5 juta di bawah Persekutuan ada Akta 98 ini. Satu lagi akta adalah Akta Probate dan Pentadbiran 1959 atau di panggil Akta 97, yang berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi Sivil untuk mengeluarkan surat kuasa mentadbir ataupun Letter Of Administration bagi kes pusaka besar yang bernilai melebihi RM5 juta atau kes-kes tuntutan yang rumit. So, yang ini yang besar sikit.
Ketiga ada Undang-undang stated khusus melibatkan harta terikat iaitu merujuk kepada Undang-undang Bertulis Khusus yang mengawal selia jenis harta tertentu yang mana lazimnya harta-harta yang terlibat mempunyai sekatan undang-undang yang ketat daripada segi pemilikan, pindah milik dan pembahagian pusaka. Contohnya apa? Contohnya Akta Tanah Kawasan Penempatan Berkelompok 1960 melibatkan pembahagian tanah-tanah rancangan berkelompok seperti FELDA atau FELCRA yang tidak boleh dipecah bahagian secara sewenang-wenangnya jadi ada kawalan-kawalan seperti begitu.
Justeru dengan Pindaan Seksyen 121G memberi fokus kepada MAIS untuk memulakan tindakan mengurus pusaka orang Islam diantaranya tindakan seperti berikut. Jadi yang MAIS boleh buat apa? Pertama mendapat permohonan Sijil Faraid perakuan waris dengan memfailkan permohonan di Mahkamah Syariah untuk menentukan senarai waris si mati yang sah dan pecahan kadar bahagian masing-masing mengikut hukum syarak. Di bawah Akta 98. Ini Akta Persekutuan. MAIS boleh bertindak proaktif melalui pindaan terbaharu. Pertama, menjadi pempetisyen pertama. Iaitu MAIS akan memfailkan petisyen ataupun Borang A secara rasmi di Unit
Pembahagian Pusaka, JKPTG bagi memulakan kes pembahagian pusaka. Tindakan ini penting untuk dilaksanakan jika waris itu pasif atau gagal dikesan atau enggan bekerjasama. Kedua melindungi hak Baitulmal iaitu MAIS boleh mengemukakan tuntutan ke atas harta orang Islam yang tidak mempunyai sebarang waris. Mualaf yang tiada waris Islam atau menuntut lebihan baki faraid terus melalui perbicaraan pusaka kecil. Dia boleh buat juga, melindungi hak Baitulmal. Ketiga, MAIS boleh bertindak sebagai pemegang amanah bagi pihak orang kurang upaya yang Batu Tiga sering sebut itu.
MAIS mempunyai kapasiti untuk memohon bagi pihak waris yang tidak sempurna akal, kanak-kanak atau waris yang tidak diketahui keberadaannya sebagai pemegang amanah bagi harta pusaka untuk waris tersebut. Ada, tetapi setuju juga mungkin ada cadangan-cadangan yang akan memudahkan ini dari segi pegawai dan sebagainya itu kita akan ambil kira masuk dalam peraturan. MAIS juga boleh mengemukakan dokumen Perintah Mahkamah Sivil atau Perintah Pembahagian JKPTG kepada mana-mana Institusi Kewangan seperti Bank, Tabung Haji atau KWSP untuk tujuan mencairkan dan mengeluarkan wang simpanan, akaun pelaburan atau saham milik si mati, ini yang saya sebut tadi, tunai ada, akaun-akaun pelaburan ataupun saham dan akhir MAIS juga boleh mendapatkan Order For Sale di bawah Akta Probet dan Pentadbiran 1959 yang ini Akta 97 untuk mendapatkan kebenaran menjual harta si mati dalam keadaan semua waris bersetuju menjual harta tersebut di dalam keadaan harta tersebut sukar dipecahkan mengikut bahagian faraid ya.
Jadi semua tindakan ini dilaksanakan dengan pertimbangan yang teliti dan berhati-hati di pihak MAIS. Bagi tujuan ini juga MAIS dalam peringkat akhir penyediaan undang-undang subsidiari di bawah pindaan S.O.P yang khusus bagi menguruskan pusaka orang Islam dengan lebih teratur serta mematuhi prinsip-prinsip syariah ya. Ini kita skip. Seterusnya, ada juga persoalan yang dibangkitkan fungsi MAIS dalam khidmat guamannya dan juga fungsi zakat. Lembaga Zakat Selangor adalah suatu agensi di bawah MAIS daripada sudut pentadbiran. MAIS telah mengenal pasti dan menentukan fungsinya dalam beri zakat termasuk kesemua anak-anak syarikat di bawah MAIS.
Dalam hal ini, MAIS telah menetapkan bahawa perkhidmatan bantuan guaman syarie sebagai salah satu fungsi di bawah MAIS. Manakala bagi tujuan pembayaran emolumen kakitangan di bahagian syariah dan bantuan guaman adalah mengguna pakai peruntukan daripada Baitulmal ataupun daripada Lembaga Zakat Selangor. Dari segi peranan terdapat perbezaan yang jelas iaitu kedua-dua institusi ini. Lembaga Zakat Selangor berperanan menguruskan kutipan dan agihan zakat kepada golongan asnaf. Sebaliknya MAIS melalui pindaan ini, jika diberi kuasa akan menyediakan sendiri perkhidmatan guaman syarie termasuk memberi nasihat guaman mewakili pihak dalam prosiding dalam Mahkamah Syariah, menyediakan dokumen perundangan serta menjalankan pengantaraan Arbitration Act, dengan kata lain Lembaga Zakat Selangor memberi bantuan kewangan. Manakala MAIS memberi
bantuan dalam bentuk bantuan perkhidmatan guaman. Oleh itu fungsi kedua-duanya itu adalah saling melengkapi dan tidak ada pertindanan okay. Di dalam ini juga disebut bahawa perincian mengenai kategori-kategori kes, syarat-syarat kelayakan pemohon. Bentuk-bentuk bantuan yang diberikan setiap mekanisme penyelarasan antara agensi berkaitan telah pun ditetapkan melalui peraturan-peraturan bantuan guaman syarie atau tatacara yang akan diwujudkan secara pentadbiran.
Jadi ini ada kebimbangan tadi, soalan isu Kota Damansara ada sebut kalau peguam itu kelakuannya tidak baik dan sebagainya bagaimana. Telah ada protokol-protokol begini, peraturan begini yang akan menjaga keadaan-keadaan ini. Soalan selanjutnya adalah jika berlaku pertindihan di antara orang Islam dan bukan Islam, adakah MAIS mempunyai kuasa untuk menjadi pemegang amanah kepada harta orang Bukan Islam okay. Cadangan Seksyen 121(H) hanya terpakai kepada harta pusaka orang Islam dan tidak memberikan kuasa kepada MAIS untuk menjadi pemegang amanah bagi harta milik orang bukan Islam. Sekiranya si mati beragama Islam dan ada warisnya yang bukan Islam. Pelantikan MAIS sebagai pemegang amanah hanya meliputi harta pusaka orang Islam tersebut serta pelaksanaan amanah mengikut hukum syarak dan undang-undang yang berkuat kuasa.
Ia tidak menjadikan MAIS sebagai pemegang amanah kepada harta milik ahli keluarga yang Bukan Islam. Walau bagaimanapun, jika si mati tidak meninggalkan waris yang beragama Islam dan hartanya diwarisi oleh Baitulmal yang ditadbir oleh MAIS, lazimnya MAIS akan memberikan pertimbangan kepada keperluan waris si mati yang bukan beragama Islam dalam keadaan jika pihak MAIS telah pun memberikan bahagian harta si mati kepada waris si mati yang bukan Islam bagi membolehkan kelangsungan hidup kepada waris yang bukan Islam itu dan ini membuktikan satu lagi sikap ihsan MAIS dan menggambarkan keindahan Islam dan mungkin juga suatu dakwah yang baik kepada yang bukan Islam. Satu lagi saya nak sebut di sini adalah soalan tentang orang yang berhak dizahirkan pagi tadi.
Jadi, frasa orang yang berhak tidak terhad kepada waris dalam kalangan ahli keluarga semata-mata. Frasa tersebut merujuk kepada mana-mana pihak yang diiktiraf di sisi undang-undang sebagai berhak menerima harta berkenaan berdasarkan hukum syarak. Perintah Mahkamah ataupun keputusan Pihak Berkuasa yang mempunyai bidang kuasa. Jadi bukan MAIS yang menentukan siapa yang berhak dan dia tidak juga memberikan kuasa kepada MAIS untuk menentukan siapa yang berhak menerima harta tersebut. Peranan MAIS hanyalah sebagai pemegang amanah sementara atau pemudah cara bagi memastikan harta itu diserahkan kepada pihak yang telah ditentukan sebagai berhak menurut undang-undang. Ada juga soalan mengenai apakah implikasi kewangan MAIS sekiranya diwujudkan bantuan guaman. Jadi dalam perkara ini setakat ini tidak ada peruntukan yang diperlukan daripada pihak kerajaan. MAIS ada sumbernya sendiri yang datang daripada Baitulmal. Jadi ini semua akan digunakan ataupun dilaksanakan menggunakan peruntukan MAIS yang sedia ada tanpa bebanan kewangan kepada kerajaan Negeri Selangor. Baik, apakah
kriteria dan latihan minimum yang disyaratkan untuk pegawai MAIS ini, dikata tadi peguam pegawai majlis yang boleh masuk, peguam sebagai Peguam Syarie dan Mahkamah Syariah. Jadi pada masa ini pegawai MAIS ataupun pegawai Majlis Bertauliah yang mengendalikan kes Mahkamah Syariah mempunyai kelayakan akademik yang sama dengan Pegawai Syariah dan Penolong Pegawai Syariah di bawah Skim Perkhidmatan Pegawai Syariah di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam yang membolehkan penjawatnya mengendalikan kes di Mahkamah Syariah, malah kelayakan ini juga dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Majlis Bertauliah yang pada masa ini dalam semakan pihak Kamar Penasihat Undang-Undang Negeri. Dalam hal ini, keperluan meletakkan syarat-syarat kelayakan Pegawai Majlis Bertauliah adalah lebih wajar dimasukkan ke dalam undang-undang subsidiari. Maknanya selepas Enakmen ini mengambil kira syarat-syarat kelayakan bagi Peguam Syarie juga hanya dinyatakan dalam undang-undang subsidiari iaitu kaedah-kaedah Peguam Syarie Negeri Selangor 2009 yang juga diwujudkan di bawah Seksyen 80, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor. Rumusannya Pegawai Majlis sekarang ini memanglah seorang Peguam Syarie yang bertauliah, sebab itulah dia boleh masuk dan berguam ke dalam Mahkamah Syariah. Okay, ini antara soalan tambahan yang lain yang telah ditanya apakah langkah MAIS untuk memperkasakan kesedaran masyarakat mengenai wasiat dan perancangan harta. Di antara langkah-langkah MAIS untuk tujuan tersebut adalah melalui hebahan awam, program di Masjid, Surau secara berkala. Wakil pegawai MAIS untuk memberikan penerangan kepada masyarakat melalui rancangan slot seperti di radio IKIM dan slot di TV Alhijrah. Lepas ini EXCO Agama pun boleh turun dan memberikan penerangan sebegini juga.
Sungai Panjang mencelah.
Sila Sungai Panjang.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO, Sungai Panjang tertarik dengan langkah-langkah berkenaan dengan hebahan awam. Sungai Panjang ingin bertanya adakah kaedah ataupun cara yang sama diguna bagi harta-harta yang tidak dikenal pasti pemiliknya seperti hebahan awam. Kalau harta Luqathah memang digunakan kaedah sedemikian dan tempoh hebahan itu dalam kitab-kitab sebut 12 bulan 1 tahun dan apakah kaedah yang sama juga digunakan bagi mencari waris-waris harta-harta yang tidak ditemukan waris. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Panjang, boleh saya bekalkan dengan bertulis, sebab itu nampaknya sangat khusus dan mungkin ada peraturan-peraturan dan klausa-klausa yang saya tak nak salah jawab. Baik, soalan yang baik dan terima kasih. Baik, jadi saya rasa mungkin saya dah jawab sepenuhnya apa yang ada di sini dan saya cuma nak masukkan satu lagi iaitu cadangan-cadangan penambahbaikan yang telah dizahirkan oleh beberapa Ahli-Ahli Yang Berhormat, jadi soal cadangan supaya kita MAIS membuat kerjasama dengan pelbagai agensi dan membuat Klinik Perancangan
Harta di setiap daerah. Saya rasa itu satu perkara yang baik. Mungkin boleh kita masukkan sekali pihak swasta yang lain untuk turut serta. Sistem-Sistem Online yang lebih baik untuk golongan OKU di mahkamah-mahkamah kita dan juga pindaan-pindaan yang berkaitan sekiranya perlu dalam penetapan pegawai-pegawai majlis yang bertauliah supaya mereka dapat menjalankan fungsi sebagai Peguam Syarie di Mahkamah-Mahkamah Syariah kita.
Jadi sebagai akhirnya, jadi akhir sekali saya sekali lagi merakamkan penghargaan saya kepada semua Ahli Berhormat, kepada semua Ahli Yang Berhormat atas pandangan yang telah dikemukakan sepanjang perbahasan Rang Undang-Undang ini Kerajaan Negeri yakin bahawa cadangan pindaan dibawa ini adalah demi kepentingan pentadbiran agama Islam di Negeri Selangor yang lebih kemas serta memberi manfaat kepada umat Islam secara keseluruhannya sebagaimana Hadis Nabi S.A.W. ‘Hadis Nabi’, yang bermaksud ‘Manusia yang paling dikasihi oleh Allah ialah mereka yang paling banyak memberi manfaat kepada manusia dan amalan yang paling dikasihi oleh Allah ialah kegembiraan yang engkau bawa ke dalam hati seorang Muslim’.
Hadis sahih diriwayatkan oleh Athar Barani dalam Al-Mu’jam Al-Awsat, dengan penjelasan tersebut saya memohon supaya Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor Pindaan 2026 ini diluluskan oleh Dewan Yang Mulia ini saya kena tutup dengan sedikit pantun, ‘Minum teh kurangkan gula, kurangkan gula kesihatan di perkasa, perbahasan yang sangat baik saya pun hampir pening kepala, tetapi Enakmen ini harapnya disegerakan sesuai dengan masa’. Sekian penggulungan saya, Wabillahi Taufik Walhidayah. Assalamualaikum w.b.t.
Ya. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, ada cadangan di hadapan dewan ini ialah bahawa Rang Undang-Undang ini hendaklah dibacakan kali yang kedua sekarang. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ya. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata tidak. Dipersetujui.
Bacaan kali yang kedua. Rang Undang-Undang ini bernama suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003.
Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan supaya dewan ini bersidang sebagai jawatankuasa untuk menimbangkan Rang Undang-Undang ini fasal demi fasal.
Ya.
Tuan Speaker saya menyokong.
Dewan bersidang sebagai jawatankuasa. Ya.
Fasal 1.
Fasal 1 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ya.
Ya.
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata tidak. Dipersetujui.
Fasal 2.
Fasal 2 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang setuju sila kata ya,
Ya
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang tidak setuju sila kata tidak. Dipersetujui.
Fasal 3.
Fasal 3 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang setuju sila kata ya.
Ya
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang tidak setuju sila kata tidak. Dipersetujui.
Fasal 4.
Fasal 4 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang setuju sila kata ya,
Ya
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang tidak setuju sila kata tidak. Dipersetujui.
Fasal 5.
Fasal 5 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang setuju sila kata ya,
Ya.
Yang tidak setuju kata tidak. Dipersetujui.
Fasal 6.
Fasal 6 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang setuju sila kata ya.
Ya.
Yang tidak setuju kata tidak. Dipersetujui.
Fasal 7.
Fasal 7 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang setuju sila kata ya.
Ya.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak setuju kata tidak. Dipersetujui.
Fasal 8.
Fasal 8 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang setuju sila kata ya.
Ya.
Yang tidak bersetuju sila kata tidak. Dipersetujui.
Fasal 9.
Fasal 9 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang setuju sila kata ya.
Ya.
Yang tidak setuju sila kata tidak. Dipersetujui.
Fasal 10.
Fasal 10 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang setuju sila kata ya.
Ya.
Ahli-ahli Yang berhormat yang tidak setuju sila kata tidak. Dipersetujui.
Fasal 11
Fasal 11 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang setuju sila kata ya.
Ya.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak setuju sila kata tidak. Dipersetujui.
Fasal 12.
Fasal 12 Menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang setuju sila kata ya.
Ya.
Yang tidak setuju sila kata tidak. Dipersetujui.
Fasal 13.
Fasal 13 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang setuju sila kata ya.
Ya.
Ahli-ahli Yang berhormat yang tidak setuju sila kata tidak. Dipersetujui.
Fasal 14.
Fasal 14 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang setuju sila kata ya.
Ya.
Ahli-ahli Yang berhormat yang tidak bersetuju sila kata tidak. Dipersetujui.
Tuan Pengerusi saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini seperti yang telah diperbincangkan dan dipersetujui dimaklumkan kepada Dewan sekarang.
Tuan Pengerusi, saya menyokong.
Dewan bersidang semula. Ya, pencadang.
Tuan Speaker, saya mohon memaklumkan Dewan ini bahawa Rang Undang-Undang ini telah dipertimbangkan dalam Jawatankuasa dan telah dipersetujui. Oleh itu saya mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Tuan Speaker, saya menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat cadangan di hadapan Dewan ini ialah Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan ini, sila kata ya.
Ya.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata tidak, dipersetujui.
Bacaan kali ketiga Rang Undang-Undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor Pindaan 2026. Usul No. 8 Tahun 2026, Usul Resolusi Dewan Negeri Selangor bagi penutupan Akaun Kumpulan Wang Amanah Tabung Pusingan Pinjaman untuk Pelaburan dalam Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB) di bawah Subseksyen 10(2) Akta Tatacara Kewangan 1957.
Pencadang.
Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya dengan sukacitanya memohon membawa satu usul di dalam Dewan yang mulia ini yang berbunyi seperti berikut. Bahawa Dewan Negeri
Selangor yang bersidang pada hari ini bersetuju untuk membuat suatu ketetapan selaras dengan Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957 seperti yang berikut. Menutup Akaun Kumpulan Wang Amanah Tabung Pusingan Pinjaman untuk Pelaburan Dalam Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan segala baki wang di dalam akaun ini dipindahkan ke akaun hasil di satukan Kerajaan Negeri. Sekiranya terdapat keperluan untuk membuka semula akaun ini pada masa akan datang, ia hendaklah dilaksanakan dengan teratur berdasarkan peraturan yang sedang berkuat kuasa.
Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kumpulan Wang Amanah Tabung Pusingan Pinjaman untuk Pelaburan Dalam Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) merupakan Akaun Amanah Kerajaan yang ditubuhkan di bawah Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957. Berdasarkan pelaporan di dalam Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Selangor beraudit yang dikelaskan di bawah Akaun Amanah Disatukan.
Pertama, penubuhan Skim Pinjaman dan Melabur dalam ASN ASB adalah bertujuan untuk membantu rakyat bumiputera berpendapatan rendah untuk melabur di dalam Skim Amanah Saham berbentuk pelaburan sijil bagi tujuan menggalakkan serta meningkatkan budaya menabung di kalangan generasi muda sekali gus menyemai minat melabur di kalangan masyarakat.
Dua, sehubungan itu Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) pada 16 Julai 1986 telah menimbang dan meluluskan cadangan Skim Pinjaman untuk melabur dalam Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB). Ketiga, pihak UPEN, Unit Perancang Ekonomi Negeri sebagai penyelaras bagi Skim Pelaburan ini dan Tabung ASN, ASB yang diwujudkan khas dengan peruntukan sejumlah RM25 juta telah diluluskan pada ketika itu. Empat, untuk makluman Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebanyak 38,856 unit pemegang sijil Amanah Saham Bumiputera (ASB) bermula pada tahun 1987 berjaya dibuat pelaburan sehingga selesai tempoh matang iaitu pada tahun 2023.
Lima, cadangan penutupan Akaun Kumpulan Wang Amanah Tabung Pusingan Pinjaman untuk Pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) diangkat untuk pertimbangan atas justifikasi berikut.
Pertama selaras dengan permohonan maklum balas daripada pihak Jabatan Audit mengenai pengauditan Penyata Kewangan Negeri Selangor yang berakhir pada 31 Disember 2023, pihak UPEN selaku Ahli Jawatankuasa Kumpulan Wang Tabung telah menyemak dan mengenal pasti jumlah peruntukan sebanyak RM25 juta melalui Akaun Peruntukan dan baki pembiayaan dividen dan dividen yang berjumlah RM4,506,299.79 di akaun urus niaga dan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM29,506,299.79 ini memerlukan tindakan penyelarasan selanjutnya.
Kedua, inisiatif penajaan sijil pelaburan ASN, ASB yang bermula semenjak tahun 1987 ini telah pun mencapai objektifnya, dan didapati sehingga kini tiada lagi pelaburan baru dibuat. Maka proses penutupan akaun ini dilaksanakan memandangkan tiada lagi keperluan untuk beroperasi dan objektif penubuhannya juga telah tercapai. Dan yang ketiga, tiada lagi pelaburan baru dibuat untuk penerima-penerima yang layak seperti yang dilaksanakan pada tahun sebelumnya. Selaras perenggan 20 surat ikatan Amanah bagi Kumpulan Wang Amanah hendaklah disifarkan akan dipindahkan dan disalurkan semula ke Akaun Kumpulan Wang Disatukan dengan memindahkan baki ke dalam Akaun Hasil Kerajaan Negeri Selangor setelah kelulusan penutupan oleh Dewan Negeri Selangor.
Yang ketujuh, memandangkan Kumpulan Wang Amanah tersebut tergolong dalam Kumpulan Wang Amanah Kerajaan Negeri, State Government Trust Fund, maka sebarang kelulusan penubuhan termasuklah penutupannya seperti yang dinyatakan di dalam Sub Seksyen 10(4)(B) Akta 61, sewajarnya berasaskan resolusi atau Usul Badan Perundangan Negeri yang menetapkan Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957 memperuntukkan Dewan Undangan bagi sesebuah negeri selain daripada Sabah dan Sarawak, boleh dari masa ke semasa dengan resolusi menentukan Kumpulan Wang bagi maksud-maksud Seksyen ini dan Sub Seksyen 1(B2) Seksyen 2 dan 3, hendaklah dipakai kepada Kumpulan Wang tersebut, sebagaimana terpakai pada Kumpulan Wang yang ditentukan dalam Jadual Ketiga.
Yang kelapan, pihak UPEN seterusnya perlu memastikan penyata terimaan dan bayaran PTB iaitu Penyata Terimaan dan Bayaran, Kumpulan Wang Amanah yang berbaki sifar hendaklah disediakan dan dikemukakan kepada Jabatan Audit Negara Negeri Selangor dan disalin kepada Perbendaharaan Negeri Selangor dan Bendahari Negeri. Sembilan, penyata terimaan dan bayaran tadi PTB yang disahkan oleh Jabatan Audit Negara Negeri Selangor hendaklah dikemukakan kepada Perbendaharaan Negeri Selangor dan Bendahari Negeri Selangor agar surat penutupan rasmi Kumpulan Wang Amanah dapat dikeluarkan.
Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, maka dengan itu saya mohon mencadangkan.
Tuan Speaker, saya menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, adapun masalah di hadapan Dewan ini adalah suatu usul yang telah dibawa oleh wakil Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar iaitu usul resolusi Dewan Negeri Selangor bagi penutupan Akaun Kumpulan Wang Amanah Tabung Pusingan Pinjaman untuk Pelaburan Dalam Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB) di bawah Sub Seksyen 10(2) Akta Tatacara Kewangan 1957. Oleh itu saya kemukakan usul ini untuk dibahaskan oleh semua Ahli Yang Berhormat. Ya, sekarang
kalau apa-apa lagi yang hendak ditambahkan, memandangkan tidak ada Ahli Dewan yang hendak yang mengambil bahagian dalam perbahasan.
Jadi kalau tidak ada apa-apa yang hendak diperjelaskan dan ditambah lagi oleh Yang Berhormat dari kawasan Pandan Indah, maka dengan ini ingin memberitahu kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, bahawa adapun masalah di hadapan Dewan ini ialah suatu usul yang berbunyi bahawa Dewan Negeri Selangor yang bersidang pada hari ini bersetuju untuk membuat satu ketetapan selaras dengan Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957 seperti yang berikut. Menutup Akaun Kumpulan Wang Amanah Tabung Pusingan Pinjaman untuk Pelaburan Dalam Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan segala bagi wang di dalam akaun ini dipindahkan ke akaun hasil disatukan Kerajaan Negeri. Sekiranya terdapat keperluan untuk membuka semula akaun ini pada masa akan datang, ia hendaklah dilaksanakan dengan teratur berdasarkan peraturan yang sedang berkuat kuasa. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ya.
Ya.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata tidak, dipersetujui. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya juga telah menerima satu pemberitahu usul di bawah Peraturan Tetap 76(5) oleh Yang Berhormat Pandamaran, Yang Berhormat Subang Jaya dan Yang Berhormat Meru. Oleh sebab urusan Kerajaan ini perlu didahulukan saya menggunakan kuasa Speaker di bawah Peraturan Tetap 78 supaya ditangguhkan Peraturan Tetap 76(5) bagi membolehkan usul menerima penyata ini dibahaskan sekarang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ya.
Ya.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak setuju sila kata tidak, dipersetujui. Setiausaha Dewan mohon teruskan dengan aturan urusan mesyuarat.
Usul No.9 Tahun 2026 Usul Di bawah Peraturan Tetap 76(5) oleh Yang Berhormat PandamaranMotion
Aturan urusan seterusnya Usul No.9 Tahun 2026 Usul Di bawah Peraturan Tetap 76(5) oleh Yang Berhormat Pandamaran.
Yang Berhormat Pandamaran, silakan.
Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin membawa satu usul yang berbunyi seperti berikut. Bahawasanya saya menurut Peraturan 76(5) Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, Dewan yang mulia ini menerima Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Pengurusan Air, Pertanian, Infrastruktur dan Mobiliti (JPK) Infragro. Berhubung Pemerkasaan Tatacara Pengendalian Piawaian dan Penyelarasan Pelaksanaan Peruntukan MARRIS oleh Infrasel Sdn Bhd yang telah dibentangkan di
Dewan yang mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 24 Tahun 2026. Tuan Speaker, Pandamaran ingin mengambil peluang ini untuk membahas penyata berhubung Pemerkasaan Tatacara Pengendalian Piawaian SOP dan Penyelarasan Pelaksanaan Peruntukan MARRIS oleh Infrasel Sdn Bhd.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, MARRIS merupakan singkatan bagi sistem maklumat rekod jalan raya Malaysia. Malaysia Road Record Information System dengan izin, ia merupakan pangkalan data kebangsaan yang digunakan oleh Kerajaan Malaysia untuk merekod, mengurus dan menyalurkan peruntukan kewangan menerusi Kementerian Kewangan dan Jabatan Kerja Raya bagi penyelenggaraan jalan raya di peringkat negeri serta Pihak Berkuasa Tempatan. MARRIS merekodkan maklumat terperinci mengenai jalan seperti nama jalan, panjang, lebar, koordinat GPS, jenis permukaan serta keadaan semasa jalan tersebut. Kerajaan Persekutuan akan menyalurkan peruntukan tahunan kepada Kerajaan Negeri dan PBT berdasarkan jumlah jarak perbatuan jalan yang telah didaftarkan secara sah dalam sistem.
Peruntukan MARRIS ini khususnya digunakan bagi kerja-kerja penurapan semula jalan, repairing dengan izin, penampalan lubang, patching dengan izin, penyelenggaraan perabot jalan seperti papan tanda, lampu jalan dan pembahagi jalan serta pembersihan longkang di dalam rizab jalan berkenaan. Hanya jalan yang berjaya didaftarkan ke dalam sistem MARRIS layak menerima dana penyelenggaraan. Ini merangkumi jalan raya negeri, jalan raya perbandaran atau PBT, jalan perumahan, atau perumahan awam, lorong belakang, jalan pulau pelancongan, jalan kampung serta jalan pertanian di bawah seliaan Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) atau Pejabat Daerah dan Tanah (PDT).
Secara keseluruhannya, sistem ini diguna pakai secara meluas oleh agensi teknikal dan pentadbiran tempatan seperti JKR Daerah dan negeri, PBT, PDT serta JPS. Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini, Pandamaran difahamkan oleh PBT bahawa Kerajaan Negeri telah memberi kuasa kepada Infrasel Sdn Bhd untuk menguruskan peruntukkan MARRIS ini. Pandamaran tidak mempunyai sebarang bantahan sekiranya projek MARRIS di bawah Infrasel Sdn Bhd ini dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan demi menyelesaikan aduan-aduan kerosakan jalan raya demi kesejahteraan rakyat.
Di kesempatan ini, Pandamaran ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Majlis Bandar Raya Diraja Klang, JPS Daerah Klang, JKR Daerah Klang dan Pejabat Daerah dan Tanah Klang atas kerjasama erat membantu Pandamaran menyelesaikan pelbagai aduan jalan raya sama ada aduan tertunggak back lock dengan izin mahupun aduan baharu. Hampir kesemuanya telah berjaya diselesaikan.
Tuan Speaker, Jawatankuasa Pilihan Khas Infragro telah memanggil Infrasel Sdn Bhd untuk membentangkan tatacara pengendalian piawai dan penyelarasan pelaksanaan
mereka. Dalam soal tersebut, Jawatankuasa telah memberi pelbagai cadangan dan pandangan pembina. Walau bagaimanapun, Jawatankuasa tidak menerima jawapan yang memuaskan berkenaan spesifikasi bitumen yang digunakan. Pihak Infrasel Sdn Bhd hanya menyatakan bahawa mereka akan menggunakan bitumen yang berkualiti tinggi. Pada pandangan Pandamaran, jawapan sebegini kurang profesional kerana bitumen terdiri daripada pelbagai gred dan jenis. Justeru, Pandamaran mendesak Infrasel Sdn Bhd memberi penjelasan teknikal yang lebih telus dan terperinci. Selain itu Jawatankuasa turut dimaklumkan bahawa disebabkan pelaksanaan spesifikasi kualiti tinggi ini, kuantiti projek yang akan dijalankan sama ada di cadangkan oleh PBT, JPS, PDT mahupun Ahli Dewan Negeri kawasan akan berkurangan berbanding sebelum ini.
Perkara ini amat membimbangkan kerana pengurangan jumlah projek akan menyebabkan banyak cadangan pembaikan terpaksa ditangguhkan sekali gus menambah imbuhan aduan tunggakan, back lock dengan izin. Pandamaran tiada bantahan MARRIS diuruskan oleh Infrasel Sdn Bhd tetapi janganlah sampai menimbulkan aduan yang tertunggak akan menjejaskan keselesaan rakyat. Oleh itu, Pandamaran amat berharap Kerajaan Negeri dapat memantau dan meneliti kaedah kerja Infrasel Sdn Bhd secara ketat bagi memastikan mutu jalan raya terjaga tanpa mengorbankan kuantiti dan kualiti pembaikan yang diperlukan.
Akhir kata, Pandamaran menyokong dan mencadang Penyata berhubung Pemerkasaan Tatacara Pengendalian Piawai dan Pelaksanaan Peruntukan MARRIS oleh Infrasel Sdn Bhd ini untuk diterima oleh Dewan. Sekian terima kasih.
Penyokong.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Pelabuhan Klang menyokong dan seterusnya akan membahaskan Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Pengurusan Air, Pertanian, Infrastruktur dan Mobiliti JPK Infragro berhubung Pemerkasaan Tatacara Pengendalian Piawai dan Penyelarasan Pelaksanaan Peruntukan MARRIS oleh Infrasel Sdn Bhd.
Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebaik sahaja Kerajaan Negeri mengumumkan bahawa Infrasel akan mengambil alih dan melaksanakan kerja-kerja turapan MARRIS di kawasan PBT, Jawatankuasa Infragro ini saya sebagai salah seorang ahlinya yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Subang Jaya bersama dengan Ahli-ahli Yang Berhormat Jawatankuasa yang lain, kita telah mengambil inisiatif untuk membuat pendengaran bagi mendengar penjelasan daripada pihak Infrasel apakah kaedah tatacara, prosedur untuk melaksanakan proses kerja-kerja turapan yang menggunakan peruntukan MARRIS di kawasan-kawasan 12 PBT di Negeri Selangor. Sebab sebelum ini kita sedia maklum bahawa Infrasel melaksanakan kerja-kerja turapan di bawah pengendalian jalan-jalan pihak JKR Negeri Selangor.
Dan semasa kita, kerisauan sayalah sebagai Ahli Dewan Negeri yang selalu membangkitkan isu jalan raya ini, masih banyak lagi jalan-jalan raya milik JKR Negeri yang sekarang ini diuruskan oleh pihak Infrasel masih lagi belum mencapai tahap piawaian atau pun tahap kualiti yang diperlukan seperti di Pelabuhan Klang, kita ada jalan kem, kita ada jalan PKZ. Yang ini dijaga oleh pihak Infrasel di selia, diselenggara oleh pihak Infrasel tetapi ada banyak lagi masalah-masalah yang tidak diselesaikan oleh pihak Infrasel. Sebab itu kita mengambil orang kata inisiatif untuk memanggil pihak Infrasel bagi memastikan supaya pihak Infrasel apabila melaksanakan kerja-kerja MARRIS di peringkat 12 PBT di negeri Selangor ini boleh melaksanakan dengan kerja-kerja yang penuh dengan kualiti dan juga turapan yang mencapai piawaian yang telah ditetapkan oleh tiap-tiap PBT yang ada di negeri Selangor. Dan kerja-kerja tersebut telah pun dilaksanakan oleh pihak Infrasel.
Banyak penemuan-penemuan semasa pertemuan dengan CEO Infrasel yang telah datang pada 26 Februari 2026 semasa pendengaran tertutup dibuat dengan Jawatankuasa ini yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Subang Jaya. Banyak dapatan-dapatan yang kita dapat dan juga maklum balas-maklum balas daripada ADUN juga berkenaan dengan apa yang kita dengar, ok. Dan bahawa, kalau sebelum ini pihak PBT apabila melaksanakan kerja-kerja MARRIS ini adalah secara tender terbuka, makna sebut harga terbuka dan setiap kawasan itu sebelum dilaksanakan kerja-kerjanya dia akan mendapatkan pandangan daripada Ahli-ahli Dewan Negeri tentang jalan-jalan mana yang perlu diberikan keutamaan untuk kerja-kerja turapan dan juga penyelenggaraan ini. Dan juga peruntukan MARRIS ini boleh digunakan juga untuk kerja-kerja longkang, pembaikan longkang yang di tepi-tepi jalan. Jadi untuk Infrasel ini saya juga mendapat maklum balas ada di antara ADUN mungkin lepas ini ada yang boleh berbahas bahawa tidak mendapat pandangan daripada ADUN untuk jalan-jalan mana yang hendak diturap.
Jadi ini antara cadangan di dalam Jawatankuasa selepas ini apa yang telah dipraktikkan bersama dengan setiap PBT sebelum ini, sebab Infrasel juga perlu merujuk juga kepada ADUN atau pun merujuk juga kepada pihak PBT bahawa jalan-jalan mana yang perlu diberikan keutamaan sebab peruntukan yang kita ada ini terhad, jalan mungkin melebihi had peruntukan yang kita ada, kerosakan jalan itu lebih banyak daripada peruntukan yang kita ada. Jadi jalan mana yang perlu diberikan keutamaan sebab pengalaman Pelabuhan Klang sendiri semasa kerja-kerja turapan mega dan saya nyatakan dalam perjumpaan tertutup dengan pihak Infrasel itu, bahawa pada tahun 2025 turapan mega yang dibuat ada kawasan yang itunya tak sepatutnya diturap tetapi ianya diturap. Saya kata kenapa pergi turap dekat sini, ini bawah turapan mega yang dibuat oleh pihak Infrasel. Saya kata siapa yang tentukan jalan ini.
Jadi sebab itu kerisauan kami ADUN-ADUN, Ahli-ahli Yang Berhormat ini adalah kerana apabila pihak Infrasel takut ianya tidak dirujuk dengan pihak PBT untuk jalan-
jalan mana yang perlu diturap. Sebab sebelum ini praktisnya adalah kita akan bekalkan maklumat kepada pihak PBT dan pihak PBT akan melaksanakan mengikut apa yang telah ditetapkan atau pun dicadangkan oleh pihak ADUN dan biasanya ada dokumen-dokumen yang kita akan tandatangan bahawa ini cadangan-cadangan. Kalau ada lebihan boleh dibuat ke jalan yang seterusnya tapi keutamaan 3 yang ke atas, nombor 4, nombor 5, nombor 6, ada senarai jalan. Tetapi untuk di peringkat PBT, apabila kerja-kerja ini dilaksanakan secara sebut harga atau pun tender terbuka, ia akan berlaku penjimatan di situ walaupun cadangan anggaran kos untuk jalan tersebut misal katalah nilainya RM1 juta di peringkat anggaran tetapi apabila selepas tender dan sebut harga dibuat, kemungkinan besar akan ada penjimatan RM100 ke RM200 ribu sebab ada kontraktor yang akan masuk RM800 ribu, RM900 ribu mungkin akan ada penjimatan di situlah sebanyak RM100 ribu dan penjimatan-penjimatan ini akan diguna balik untuk kerja-kerja turapan MARRIS di kawasan yang lain pula.
Tetapi tidak pasti di peringkat Infrasel ini, ini buat pertama kali dan saya harap ianya akan ada juga penjimatan seperti mana yang dilaksanakan di peringkat PBT. Dan ini juga kalau sebelum ini banyak aduan-aduan jalan raya ini, dia pergi ke peringkat PBT dan sekarang ini PBT susah jugalah hendak melaksanakan kerja ini sebab ianya telah dilaksanakan oleh pihak Infrasel. Jadi nanti dia ada ding dong ding dong dekat situ, hah YB ini pihak Infrasel yang buat, kualiti turapan ini pihak Infrasel yang buat. Jadi dia nanti ada masalah di situ terutama sekali kualiti sebab apabila dimaklumkan oleh pihak Infrasel, kalau semasa PBT melaksanakan kerja turapan, ketebalannya 50mm tapi kalau Infrasel ambil ni, 40mm. Jadi kita akan jadi kekeliruan di situ sebab ini yang di bentangkan oleh pihak Infrasel semasa penemuan dengan Jawatankuasa.
Jadi mungkin di sini pihak Kerajaan Negeri kena tengok balik. Kalau PBT 50mm, bila pergi Infrasel buat juga kena 50mm lah. Tak bolehlah, sebab saya ada yang baru ini memang turapan itu dibuat kalau harga yang sedemikian, PBT boleh tarik lagi panjang. Boleh ada lagi luas jalan diturap, tetapi bila Infrasel ini dia had tu je. So, saya dimaklumkan oleh pegawai PBT, ini kalau Infrasel dia had ni saja. Kalau MPK ada sebab kita, saya bawah MBDK, MBDK boleh tarik lagi panjang jalan untuk diturap dan di selenggara. Jadi yang ini juga kena tengok, saya tidak pasti mungkin apabila, ialah Infrasel ini sebuah syarikat, semua kerja mesti nak berasaskan keuntungan, jadi kena tengok baliklah sebab ia sangat-sangat penting sebab kita nak memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.
Dan begitu juga penemuan yang kita jumpa ialah berkenaan dengan masalah penentuan jalan-jalan dan kaedah untuk kualiti turapan, sebab kalau di Pelabuhan Klang kita dah nyatakan, Yang Berhormat Kuang juga memberikan pandangan dalam penemuan ini iaitu berkenaan dengan semua jalan tak sama. Kalau jalan taman perumahan kualiti yang diperlukan berbeza dengan jalan-jalan di kawasan industri, di kawasan perbandaran, di kawasan bandar, di kawasan kampung, itu sangat-sangat berbeza. Jadi yang ini juga Infrasel tidak boleh memberikan penjelasan pada perjumpaan tersebut mungkin sebab masa itu belum lagi dilaksanakan. Mungkin
sekarang ini Kerajaan Negeri mungkin ada jawapan apakah ketetapan dan piawaian yang telah ditetapkan pada pihak Infrasel untuk setiap jenis-jenis jalan yang ada di kawasan Negeri Selangor ini.
Dan kita mencadangkan juga kepada pihak Infrasel semasa perjumpaan tu supaya menggunakan special mix bitumen. Sebab itu seperti yang dicakap oleh Yang Berhormat Pandamaran tadi bahawa Infrasel masih belum boleh lagi memberitahu ataupun menyatakan apakah jenis bitumen ataupun jenis remix yang akan digunakan. Kalau di Pelabuhan Klang, saya bersyukur sangat saya nak ucap terima kasih kepada pihak JKR Negeri Selangor yang bekerjasama dengan pihak JKR Klang dan juga pihak JKR Persekutuan dengan bajet yang telah diluluskan oleh pihak Kementerian Kerja Raya, di Pelabuhan Klang sekarang di jalan-jalan kritikal, jalan-jalan yang selama hari ini mendap, sekarang ini telah menggunakan super fiber mix feel assistant. So, ada jalan yang kita dah buat di Pelabuhan Klang selama 2 tahun tapi sampai sekarang masih lagi tahan walaupun dah 2, 3 lori terbalik dekat situ dah ada tumpahan diesel, jalan masih lagi tahan. Okay, Yang Berhormat Tuan Speaker boleh saya sambung esok sebab sekarang jam dah 4:30 petang ini, boleh ya? Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, ada banyak ni nak cakap. Terima kasih Yang Berhormat.
Ya bagus.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, memandangkan waktu telah pun menunjukkan pukul 4:30 petang, jadi saya mohon Yang Berhormat Pelabuhan Klang untuk sambunglah esok. Jadi saya tangguhkan sidang Dewan ke 7 Ogos 2026, hari Jumaat pukul 9:30 pagi. Dewan ditangguhkan.
(Dewan ditangguhkan pada jam 4.30 petang)