Selangor · 7 August 2026
15th Assembly, 4th session, 2nd meeting · not final · 205 turns · 36,563 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.
(Pembukaan)
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Aturan Urusan Mesyuarat bagi Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Kelima Belas pada 7 Ogos 2026 dimulakan dengan bacaan Doa.
(PENOLONG SETIAUSAHA DEWAN MEMBACA DOA)
Pertanyaan-Pertanyaan LisanQuestions
Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya, pertanyaan-pertanyaan.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam sejahtera, selamat pagi. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya mempunyai dua makluman penting mengenai kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di Wisma Dewan Negeri Selangor pada hari ini. Yang pertama, mengenai program saringan kesihatan. Satu program saringan kesihatan sedang dan akan dijalankan bertempat di bilik rawatan bersebelahan ruang media. Program ini dikendalikan oleh Dr. Muhammad Hafiz bersama pasukan perubatan daripada Klinik Kesihatan Seri Kembangan. Saringan ini dibuka kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat, kakitangan, sukarelawan serta anggota polis yang bertugas. Yang keduanya, mengenai kaunter bayaran cukai, kaunter semak dan bayaran cukai tanah dan cukai petak diteruskan pada hari ini bertempat di Lobi Wisma Dewan Negeri Selangor. Sekian, terima kasih. Kita teruskan urusan aturan mesyuarat kita pada hari ini dengan jawapan kepada soalan-soalan lisan saya minta Yang Berhormat Paya Jaras.
Soalan saya nombor 49.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 49. Pengurusan Kutipan Sampah Door-To-Door Mbsa Di Kampung Tradisi Paya JarasQuestions
49. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a) Apakah penilaian Kerajaan Negeri terhadap keberkesanan kutipan sampah secara door-to-door di kampung tradisi yang berkepadatan penduduk tinggi? b) Apakah langkah MBSA bagi menambah baik kutipan sampah di kawasan tersebut? c) Adakah MBSA bersedia mempertimbangkan penyediaan semula rumah atau pusat kutipan sampah?
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, terima kasih kepada Paya Jaras yang menanyakan tentang pengurusan kutipan sampah door-to-door MBSA di Kampung Tradisi. Untuk (a), pihak Majlis Bandaraya Syah Alam sentiasa memantau keberkesanan perlaksanaan perkhidmatan kutipan sisa pepejal di Kampung Tradisi secara door-to-door, pintu ke pintu dengan izin. Menggunakan trycycle yang trycycle itu lora telu dengan izin dolar tiga. Yang mana telah dilaksanakan khususnya di Kampung Paya Jaras. Secara keseluruhannya kaedah kutipan door-to-door yang telah dilaksana masih merupakan pendekatan yang praktikal dan sesuai bagi Kawasan Kampung Tradisi kerana ia memudahkan penduduk melupuskan sisa pepejal secara terus dari kediaman masing-masing. Bagi Kawasan Kampung Paya Jaras, kutipan dilaksanakan secara berjadual dengan kekerapan tiga kali, tolong kali seminggu dengan izin. Tiga kali seminggu menggunakan kaedah trycycle yang mana pihak KDEB Waste Management telah menempatkan sejumlah sepuluh unit trycycle dengan dua unit compacter. Dengan kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi, setengah laluan yang sempit serta penambahan jumlah sisa pepejal satu unit roro, telah ditambah melalui peruntukan Kerajaan Negeri bagi membantu melancarkan operasi kutipan sisa domestik yang sedia ada. Untuk (b), bagi meningkatkan penambahbaikan perkhidmatan kutipan sisa pepejal di Kawasan Kampung Tradisi MBSA, telah dan sedang melaksanakan beberapa langkah penambahbaikan. Antaranya, satu menambah keperluan logistik satu unit roro melalui peruntukan Kerajaan Negeri kepada pihak KDEB Waste Management di kawasan Kampung Tradisi yang padat untuk memastikan kutipan dapat dilaksanakan. Dua, melaksanakan pemantauan harian oleh penyelia kawasan bagi memastikan kutipan dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan. Tiga, menambah bayaran laluan dan jadual kutipan berdasarkan pertambahan penduduk serta pembangunan semasa. Dan nombor empat, pendekatan avokasi dan tindakan penguatkuasaan bersama Majlis Perwakilan Penduduk kepada penduduk kediaman dan perniagaan untuk memastikan setiap premis menyediakan tong sampah yang bersesuaian dan mengikut standard spesifikasi yang ditetapkan. Tuan Timbalan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, untuk (c) bagi kawasan Kampung Tradisi kaedah kutipan door-to-door masih menjadi kaedah yang praktikal dan memberi kemudahan kepada
penduduk serta memudahkan operasi kutipan dijalankan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kekangan iaitu untuk mengenal pasti rumah kediaman dan kedai-kedai perniagaan kampung yang baru dibina di tanah-tanah lot menyebabkan janaan sisa terhasil adalah lebih daripada yang dianggarkan. Wah, waste akad teman lah, maksudnya terlalu banyak sampah. Penyediaan pusat kutipan sampah atau lokasi pengumpulan berpusat boleh dipertimbangkan di kawasan tertentu sahaja supaya pusat tersebut tidak menjadi longgokan sampah dari pihak luar. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan Paja Jaras.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Sekinchan yang telah menjelaskan tentang kutipan sampah di Kampung Paya Jaras. Saya ucapkan terima kasih sebab sebahagian daripada kaedah itu, selesaikan itu sangat berfungsi dengan baik. Namun saya nak memberi cadangan atau pandangan, adakah kita nak semak semula beberapa kawasan yang sangat padat? Contohnya Yang Berhormat, kalau satu lot ini, kalau satu rumah, rumah tak apa. Tapi ada satu lot itu, dia berjumlah sampai 20 rumah. Adakah dibuat kajian semula tentang jumlah sebenar penduduk? Sebab saya ingat kena buat satu bancian yang sebenar oleh pihak KDEB atau pihak MBSA. Berapa jumlah sebenar rumah? Dan pada masa itu baru dapat apakah sebenarnya yang jumlah sebenar kutipan sampah itu jumlahnya berapa? Jadi dia boleh merancang. Itu yang pertama, kajian tentang jumlah rumah sebenar. Yang kedua, tentang saya nak tanya tentang isu sampah haram. Saya amat simpati dengan KDEB yang kadang-kadang terpaksa collect sampah di tempat yang tak sepatutnya. Jadi saya mohon kepada pihak EXCO, apakah rancangan pihak MBSA dan juga PBT lain bagi menangani isu buang sampah haram? Saya berpandangan kalau boleh dijadikan sebagai suatu undang-undang yang ketat, kita letak CCTV supaya kita nampak orang yang dapat itu kita saman maksimum. Ini menyebabkan masalah timbul. Sebab bila kawasan sampah itu dia terbiar, maka anjing dia datang, monyet datang, akhirnya terburai. Dan KDEB tak dapat ambil, akhirnya lagi sampah yang banyak. Jadi boleh tak kita buat satu, ketatkan undang-undang, saman mereka, buat tindakan keras kepada mereka yang memang buat sampah haram. Itu yang kedua. Yang ketiga, Yang Berhormat ada tak cadangan bagi kawasan-kawasan yang padat penduduk, tricycle ini tidak berfungsi dengan baik. Sebab tricycle ini kecil je dia punya lori, dia punya cab compactor itu, dia punya bekas itu. Jadi boleh tak, saya nak tunjukkan, ini dengan kebenaran dan kajian daripada MBSA, supaya rumah-rumah yang memang padat, satu lot itu ada 20-30 rumah, mereka itu diwajibkan atau diminta menjadikan tong sampah lebih besar. Supaya sampah itu tidak keluar. Yang Berhormat, kalau ada 20 rumah, mustahil kita letak 20 tong sampah. Katakan 20 malam, tong sampah yang saya kecil itu, 20 panjang penuh. Nanti orang curi pula. Jadi saya nak cadangkan, boleh tak kalau rumah begini dibuat arahan supaya satu ledisi yang besar ditempatkan supaya nak jaga sampah supaya tidak melimpah dan akhirnya keselamatan dan juga kesihatan penduduk terjaga. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Paya Jaras yang perhatian tentang isu sampah-sampah kampung tradisi. Mengenai bancian, bancian yang jumlah penduduk. Kerana kita sedia maklum, di kawasan tradisi, kampung-kampung tradisi, banyak lot-lot. Terutamanya di Paya Jaras dan sebagainya. Lot-lot lidi dan kadang-kadang mereka bina, orang kampung bina rumah berteraburan dan rumah ada 6, ada 10, ada yang 20 untuk disewa 30 pintu dan sebagainya. Ini telah mendatangkan masalah kepada pihak MBSA dan juga KDEB Waste Management di mana sampah yang dijanakan itu bukan sikit. Daripada biasa dan mereka lebih luar biasa. Jadi sampah itu yang melimpah itu yang besar, kuantiti yang banyak itu telah menyebabkan kita terpaksa menanggung kos tambahan untuk membersihkan sampah-sampah tersebut. Oleh sebab itu, cadangan untuk buat bancian mengenai pasti kajian tersebut berapa rumah yang sebenarnya di lapangan. Boleh kita kenal pastikan supaya tong-tong dan pengurusan itu lebih teratur. Ini kita akan lakukan, saya minta pihak MBSA dan juga KDEB kita laksanakan supaya inventori dan sebagainya lebih accurate, lebih tepat dan kita atasi dengan lebih baik. Yang kedua berkaitan dengan sampah haram, apakah rancangan MBSA? Sampah haram memang kadang-kadang kawasan tersebut memang tong dah disediakan. Sampah sedia ada dah, ada di situ. Tapi kadang-kadang sampah itu bukan penduduk setempat kampung di situ yang menjanakan sampah tersebut. Ada peniaga-peniaga ataupun setengah orang buat restoran atau homestay di mana-mana. Mereka menggunakan peluang ini untuk membuang sampah ke tong-tong yang orang kampung guna pakai. Secara bersama, mereka waktu malam mereka datang akan buang sampah mereka ke situ. Menyebabkan sampah itu bertambah kuantitinya berlipat ganda. Itu saya sedia maklum, jadi untuk mengatasi masalah ini, saya minta pihak Majlis di mana-mana pun pasang CCTV. Pasang CCTV di tempat-tempat yang kita letakkan tong sampah yang secara bersama. Untuk kita kenal pasti di mana siapa yang datang dan kita akan jejak ulat-ulat sampah ini, yang tak sepatutnya mereka buang ke sini. Ini di mana-mana berlaku, jadi kita perlu kerjasama daripada semua pihak. Ahli Majlis, ketua kampung, Ahli-ahli Dewan dan sebagainya. Bagi info dan sebagainya untuk kita jejak ulat-ulat sampah ini. Supaya kita dapat mengenal pasti di mana mereka pergi. Dan tindakan undang-undang yang ketiga tentang kawasan yang ada kepadatan penduduk. Macam mana kita nak bagi saman kepada orang-orang seperti ini yang menjanakan sampah yang banyak. Kalau di luar negara, ingin saya kongsi sedikit pengalaman. Kalau di luar negara, kawasan negara-negara yang maju. Setiap rumah kita akan kira berapa kepala isi rumah yang ada. Jumlah penduduk setiap rumah. Kita akan kira. Kalau rumah ini 5 kita anggarkan, 5 atau 6 orang sampahlah sedemikian dihasilkan. 6 kilo ke 5 kilo dihasilkan. Kalau kelebihan sampah itu, kuantitinya kita akan kenakan charge sampah. Itu di negara-negara yang maju. Setiap bulan. Jadi mereka akan tidak sewenang-wenangnya. (Cakap dalam Bahasa Jawa). Maksudnya dia suka buatkan sampah sepenuh baru dia puas hati. Dengan izinlah baru dia puas hati. Oleh kerana kita tak ada sekatan sedemikian. Jadi sampah kadang-kadang 3-4 bungkus. Walaupun dalam 2-3 hari saja. Jadi sampah itu mereka suka. Apa-apa sampah pun kita janakan. Jadi kita perlu kerjasama dengan penduduk dan sebagainya. Supaya kurangkan menghasilkan sampah boleh buat recycle dan sebagainya. Yang kedua,
kita akan Kerajaan Negeri selang berunding dengan pihak KBKT. Untuk kita menangani dalam peringkat terakhir akta 672 pengurusan sistem pepejal dan sebagainya. Kalau ini boleh diselesaikan akhir tahun ini atau awal tahun depan, kita dapat melaksanakan undang-undang yang lebih ketat. Di mana sekarang di peringkat PBT undang-undang kecil. Hanya kita kenakan nak dekat RM1,000. Siapa-siapa yang buang sampah. Longgok ke sampah haram dan sebagainya, RM1,000 saman. Itu tidak memadai dan tidak memberi kesan. Tetapi bila kita laksanakan Akta 672 di bawah SWCorp. (Cakap dalam bahasa Jawa). Siapa-siapa yang buat sampah. Siapa-siapa yang buang sampah jadi ulat sampah, dikenal pasti saman dikenakan RM100,000, RM5,000 hingga RM100,000. Itu baru ada kesannya. RM5,000 hingga RM100,000 dan kemudiannya penjara boleh dipenjarakan lima tahun. Inilah antara tindakan-tindakan yang bakal kita akan lakukan selepas ini apabila semua urusannya selesai. Jadi banyak perancangan daripada pihak Kerajaan Negeri KDEB Waste Management dan juga saya ucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar kerana telah memberi peruntukan khas kepada KDEB, tahun ini sahaja RM15 juta untuk pengurusan tambahan di kampung-kampung yang sebelum ini tidak ada yang kita lakukan dan ini kita harap dengan peruntukan sedemikian, kita optimumkan hasilnya dan kerjanya di kampung-kampung, kampung akan lebih bersih, tong-tong yang tong sampah yang sepatutnya kita letak yang besar dan sebagainya, kita letaklah sepatutnya, mencukupi dan kutipan lebih dan di mana perlukan back up kita lakukan supaya kampung tradisi, kampung baru dan kampung di mana-mana lebih bersih. Selangor sentiasa bersih di mana-mana sahaja, sekian terima kasih.
Soalan tambahan.
Batu Tiga.
Terima kasih Tuan Speaker, Yang Berhormat EXCO. Yang Berhormat EXCO tak sentuh sangat tentang peniaga-peniaga terutama gerai-gerai makan di kawasan kampung sebab mereka kebanyakannya tidak ada, tidak diberikan lesen yang sah. Saya ingin bertanya, apakah kita boleh memberikan lesen bersyarat kepada seluruh restoran-restoran ataupun penggiat-penggiat industri dan sebagainya di kawasan kampung ini sebab mereka juga menyumbangkan sampah yang agak besar berbanding dengan sampah domestik ataupun sampah di daripada rumah-rumah dan cadangan kita buat door to door itu ialah kita menyelesaikan masalah orang individu yang menetap di situ untuk buang sampah tapi kita tak selesaikan lagi masalah mereka yang meniaga terutama kedai-kedai makan. So kita dah tutup main point, dan kebanyakannya kita dah beralih, kita dah tukar door to door.
Tapi ada satu lagi masalah ialah, bila main point kita ini pun masih lagi dijadikan tempat untuk pembuangan sampah walaupun tanpa kita sediakan tong sampah yang besar di situ, lepas itu ada dua perkara yang perlu kita selesaikanlah. Peniaga dan juga masalah penduduk, penduduk Insya-Allah kita boleh selesaikan dan peniaga ada sikit masalah. Cuma saya mohon Yang Berhormat jangan jawab dengan bahasa jawa sebab saya tak faham.
Terima kasih Yang Berhormat Batu Tiga. Walaupun dia soalan ini ada keluar sikit daripada jawapan asal, tapi tak apa, saya nak respons tentang peniaga-peniaga yang tak berlesen dan sebagainya di kampung-kampung yang kadang-kadang dia pun buang sampah di sini, di sana, memang ini berlaku di mana-mana, kita harap perkara ini kita akan teliti dan kaji di mana cara yang terbaik. Sebab kita ada budaya, masyarakat kita kadang-kadang ada budaya, bukan sahaja peniaga-peniaga yang tidak berlesen, mereka suka buang sampah di mana-mana, apabila orang tak nampak, mereka akan letak. Walaupun kita kadang-kadang sediakan sampah, tong sampah yang besar, mereka pun tidak akan buang ke dalam tong sampah, mereka akan letak di luar tong sampah. Kadang-kadang nak turun bawa motor, apabila saya pernah nampak sendiri, motor sampai, mereka dah buang ke dalam tong sampah, mereka tidak buang dengan cara yang baik, mereka gunakan cara macam basketball, mereka balik dari jauh, kadang-kadang tidak menepati sasaran, akhirnya sampah itu bertaburan di tepi-tepi itu dan anjing dan sebagainya datang, gagaklah, semua datang, menyebabkan sampah itu melimpah lebih kotor dan sebagainya. Inilah masalah yang timbul, jadi kita minta pihak MBSA untuk kita pantau dan yang penting pasang CCTV lah dan peniaga-peniaga yang tidak sah mungkin mereka berniaga di kedai, tepi jalan dan sebagainya. Itulah sampah-sampah mereka, kita juga akan kenakan supaya mereka buang, apabila lepas berniaga, bawa sampah itu buang ke tempat yang sesuai, tempat yang ada tong dan buang ke dalam bukan di tepi-tepi jalan, di mana-mana ceruk-ceruk kampung, itu bukan cara penyelesaian. Jadi kita akan pantau perkara ini, sekian terima kasih Batu Tiga.
Soalan tambahan.
Sijangkang yang terakhir.
Terima kasih Tuan Speaker. Yang Berhormat EXCO, saya tengok pengurusan sampah di kampung ini, dia memakan kos yang agak tinggilah, sebulan RM50- RM60 begitu dan Sijangkang antara masalah pengurusan ini tak selesai-selesai urusan sampah ini, dan menjadi isu kepada rakyat. Cuma, macam mana pun pengurusan kena buat, sampah kena selesaikan. Cuma saya nak tanya juga, apakah status kalau disebutkan tadi, hujung tahun ataupun awal tahun depan akan dimuktamadkan penggunaan Akta 672 bersama KPKT. Adakah mungkin juga akan ada sedikit bantuanlah kepada, daripada kerajaan kepada rakyat dalam pengurusan sampah kampung ini, ataupun mungkin boleh ada satu polisi bahawa sampah ini yang dikutip oleh private ini yang beroperasi
ini juga mengambil kira kilo yang dibuang, bukan hanya sekadar secara purata begitu RM60-RM70, saya ingat rakyat di kawasan kampung ini tidak berkemampuan, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sijangkang, prihatin terhadap kos sampah. Sekarang ini, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Tuan Timbalan Speaker, kerajaan negeri dan PBT kita setiap tahun kita membelanjakan sejumlah yang besar, bebanan yang besar oleh PBT dan kerajaan negeri untuk menguruskan sisa pepejal atau sampah-sampah ini. Setiap PBT, setiap tahun membelanjakan lebih daripada 40%, sekitar 40% perbelanjaan mereka, kutipan mereka untuk pengurusan sisa pepejal di mana-mana sahaja. Dan kadang-kadang di kampung kekurangan, jadi kita perlu tambahan perbelanjaan, bajet dan sebagainya. Dan sekarang ditambah krisis global timur tengah dan sebagainya, kenaikan diesel dan sebagainya, kita perlu lagi tambahan-tambahan jumlah peruntukan yang banyak. Ini satu bebanan yang seperti apa yang di bangkitkan oleh Sijangkang, saya, kita memang akur dan tahu apa masalahnya.
Oleh sebab itu, kita kena cari kaedah bagaimana untuk tampung kos-kos ini dan antaranya adalah Akta 672 yang tadi saya sebut, sekarang kita berada di peringkat yang terakhir dan baru-baru ini Yang Berhormat Menteri KPKT, Yang Berhormat Nga Kor Ming telah membuat satu press statement bahawa MJM (Majlis Jemaah Menteri) telah bersetuju bahawa Selangor akan turut serta dalam Akta 672 dalam masa terdekat. Jadi kita berada di peringkat perbincangan yang terakhir, bagaimana untuk kita semua setuju dengan semua syarat, pra syaratnya semua kita setuju dan kita akan, kerajaan negeri bersedia untuk sign, tetapi tidak akan menggadaikan kepentingan stake holder kerajaan negeri, rakyat di seluruh negeri Selangor, termasuk kita cadangkan KDEB sebagai peneraju utama dalam Akta 672 itu, itu matlamat Kerajaan Negeri. Apabila selesaikan semua ini, dijangkakan awal tahun depan, kita ada peruntukan tambahan, kerana setiap isi rumah sekarang yang kita kutip melalui PBT kontrak dengan KDEB selama tujuh tahun ini, hanyalah sekitar satu pintu RM7 sahaja, RM7 ataupun RM7.20 sen, itu dah tujuh tahun, baru sekarang kita naik sikit. Dulu ada yang RM6.80, RM6.50 sekarang RM7, RM7.50 paling tinggi. Jadi di banding dengan di bawah Akta 672 RM14.80, RM14.80, hampir sekali ganda, sekali ganda perbezaannya. Tapi kutipannya mereka dua kali, kita tiga kali, kita lebih kerja, kontraktor-kontraktor kita. Jadi bebanan itu memang ada, tapi keberkesanan kita mampu melakukan walaupun dengan peruntukan yang tidak begitu banyak. Namun, apabila selesai dengan urusan ini, perjanjian ini, kita ada tambahan lagi dan kita yakin, kita boleh perkemaskan, perkasakan semua equipment, peralatan dan sebagainya dan kekerapan untuk mengutip sampah dan sebagai. Saya yakin pengurusan sampah akan lebih di perkasakan, lebih mantap pada masa akan datang, dan kerajaan negeri sesungguhnya sentiasa memantau apabila ada masalah sikit, peruntukan tambahan juga akan diberikan termasuk yang baru-baru ini RM15 juta. Inilah sedikit maklumat kepada Yang Berhormat Sijangkang, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Exco. Soalan lisan seterusnya Selat Klang, tak hadir. Rawang, Yang Berhormat Rawang, tak hadir
Yang Berhormat Speaker, saya menggunakan peruntukan Peraturan Tetap 24 (2) untuk mengambil soalan nombor 51.
Silakan Yang Berhormat Dato’ Menteri Besar.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 51. Pakej Pengukuhan Daya Tahan SelangorQuestions
51. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-a) Nyatakan perkembangan terkini Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor. b Nyatakan sumber dana bagi pelaksanaan Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor.
Terima kasih Timbalan Speaker, terima kasih Rawang dan Batu Tiga yang mengambil soalan tersebut. Untuk maklumat Yang Berhormat sekalian, Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri sebagai langkah proaktif untuk memastikan kesejahteraan rakyat demi kelangsungan pertumbuhan ekonomi negeri dan pakej itu telah saya bentangkan sebanyak dua fasa iaitu fasa satu dan fasa dua, yang merangkumi 22 inisiatif dan keseluruhan peruntukannya akan dibelanjakan ialah sebanyak RM355.09 juta. Sehingga Julai 2026, pelaksanaan fasa satu telah bermula mulai 15 Jun, menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan dan saya cerakinkan seperti berikut. Untuk Jualan Ehsan Rahmah ataupun JER, sehingga Julai 2026 program ini telah berjaya dilaksanakan di 732 lokasi jualan iaitu 72% daripada sasaran keseluruhan 779 lokasi di seluruh negeri Selangor. Pelaksanaan ini telah memberi manfaat kepada seratus sembilan puluh tujuh ribu tujuh ratus lima puluh pembeli, melibatkan tujuh ratus tujuh puluh sembilan ribu isi rumah khususnya di kalangan golongan rentan ataupun kelompok B40. Bagi memastikan kesinambungan pelaksanaan program ini, kerajaan negeri telah menyalurkan sembilan perpuluhan empat juta bersamaan dengan sembilan puluh empat peratus daripada keseluruhan peruntukan sepuluh juta kepada PKPS selaku agensi pelaksana. Kerajaan negeri
yakin pelaksanaan JER akan terus diperluas sehingga mencapai sasaran yang ditetapkan menjelang Disember 2026. Baucar Kita Selangor kita telah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan, ada enam belas ribu enam puluh sembilan permohonan telah diterima sehingga Julai 2026 dan kita telah memproses permohonan-permohonan tersebut dan dalam pada yang sama kita sedang mempermudahkan sebenarnya kelulusan untuk baucar Kita Selangor yang sebelum ini memerlukan verifikasi dan pengesahan berkenaan dengan gaji, namun dengan sebab itu, dengan sebab halangan tersebut hanya sekitar seribu seratus empat puluh enam telah diluluskan. Insya-Allah arahan terbaru kerajaan negeri menjelang Ogos, kita mahu minimum sepuluh hingga dua belas ribu akan diluluskan untuk kita mula mengagihkan baucar Kita Selangor dengan secepat mungkin, dengan program diurus tadbir oleh program SELCARE.
Inisiatif subsidi tambang pengangkutan pula mendapat maklum balas yang sangat positif dan seramai enam ribu dua ratus lapan puluh penerima telah menikmati manfaat dengan bantuan sebanyak seratus enam puluh enam, seratus lapan puluh enam ribu tiga ratus tiga puluh. Walaupun jumlahnya masih lagi kecil berbanding dengan sasaran yang telah ditetapkan, kita percaya tiga puluh ribu subsidi tambang, tiga puluh ribu orang, kita sasarkan tiga puluh ribu, apa yang wajar kita perbuatkan ialah meluaskan, bukan, lima puluh ribu, kita akan meluaskan termasuk sedang berbincang dengan pengendali-pengendali pengangkutan awam yang bukan hanya tertakluk pada DRT, sebaliknya pengangkutan-pengangkutan lain seperti KTMB dan sebagainya dan Insya-Allah saya percaya menjelang akhir tahun ini semakin ramai yang akan dapat memperolehi inisiatif ini berbanding enam ribu lebih yang kita sasarkan.
Untuk makluman Yang Berhormat sekalian, baru-baru ini juga telah berlangsung program ataupun bantuan sarapan percuma yang kita namakan sebagai NutriSel. Dan sambutan yang sangat baik, kita telah membantu sekitar seratus enam ribu pelajar-pelajar kita sarapan pagi ataupun makan tengah hari dan seratus enam ribu ini adalah tambahan daripada lima puluh lima ribu yang telah menerima manfaat melalui program pendidikan atau kementerian pendidikan seperti dalam program RMT. Maklum balas yang sangat positif ini, memberikan motivasi kepada kita untuk memperluas program ini di masa depan, dan mungkin boleh menjadi sebahagian inisiatif kita dalam memperkasa pendidikan untuk anak-anak di samping meringankan beban pelajar-pelajar di sekolah. Bantuan sokongan sektor pertanian, gedung makanan Selangor juga sedang berjalan mengikut perancangan yang ditetapkan. Hanya ada beberapa item yang mungkin mengalami sedikit kelewatan, contohnya pada Julai baru kita dapat melaksanakan bantuan baja, kerana ada kekangan daripada Selat Hormus dan juga agihan barang-barang tersebut. Dan yang lain-lain sekarang telah diagihkan dan Insya-Allah saya rasa semuanya akan berjalan dengan baik.
Bagi fasa kedua inisiatif yang telah dirancang kini sedang dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan. Fasa ini memberi penekanan kepada pemaksaan sektor industri dan PMKS bagi meningkatkan daya bertahan ekonomi di samping memperkukuh jaringan perlindungan sosial, melalui bantuan bersasar, inisiatif termasuk pelaksanaan yang melibatkan penyediaan garis panduan pelarasan bersama agensi pelaksanaan, pembukaan permohonan, pelaksanaan program secara berperingkat, mulai Julai sehingga September. Persediaan yang rapi ini dilaksanakan bagi memastikan setiap inisiatif dapat dilaksanakan secara tersusun, cekap dan mencapai objektif yang telah ditetapkan. Kerajaan komited untuk memastikan setiap inisiatif di bawa fasa kedua dapat dilaksanakan mengikut perancangan dan memberi impak yang optimum kepada rakyat serta komuniti perniagaan. Sehubungan itu pemantauan pelaksanaan akan dilaksanakan secara berterusan melalui mekanisme pelarasan bersama semua agensi pelaksana bagi memastikan setiap bantuan dan insentif dapat dilaksanakan.
Untuk soalan (b), sumber kewangan, saya dah menjawab, saya kira semasa penggulungan yang lepas, bahawa sebahagian besar daripada peruntukkan tiga ratus lima puluh lima perpuluhan sembilan juta itu adalah daripada kantung dan hasil dari pihak kerajaan negeri, hasil itu adalah hasil daripada penjimatan, penyaluran semula, penyusunan semula belanjawan negeri Selangor sesuai dengan keadaan krisis semasa. Anggaran kita sekitar dua ratus sehingga dua ratus sepuluh juta, selebihnya adalah komitmen daripada pihak berkuasa tempatan sebagai contoh NuriSel. NutriSel adalah sumbangan pihak PBT dan kita tambah dengan inisiatif kerajaan negeri ataupun hasil kerajaan negeri. Ada juga inisiatif yang dibelanjakan oleh pihak GLC sebagai contoh, moratorium untuk pembayaran sewa rumah-rumah Smart Sewa dan sebagainya. Itu juga berdasarkan kepada permohonan dan permintaan daripada penyewa dan itu ditanggung ataupun kosnya sebenarnya kos berlepas buat sementara beberapa bulan akan ditanggung oleh agensi terbabit seperti PHSB di bawah Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor. Manakala pengurangan 30% cukai ataupun 30% untuk sewa-sewa premis, PBT-PBT juga sedang dilaksanakan. Saya rasa telah bermula untuk Julai menjelang akhir, menjelang Ogos, sebenarnya Ogos ini adalah bulan pertama 30% sewaan-sewaan kepada premis perniagaan-perniagaan PBT akan dikurangkan terutamanya penjaja-penjaja bagi menggalakkan ataupun mengurangkan dan itu juga merupakan kos yang ditanggung oleh Pihak Berkuasa Tempatan secara keseluruhan. Maknanya kalau ditanya daripada RM300 lebih, RM200 sehingga RM210 juta adalah daripada dana dan hasil Kerajaan Negeri, selebihnya adalah dana anak syarikat seperti PKPS akan berbelanja RM25 juta, LPHS akan belanja certain amount disebabkan mereka tak boleh mengutip untuk tempoh beberapa bulan dan MBI melalui pelaksanaan program-program mereka juga akan melaksanakan untuk PLATS dan sebagainya. Jadi ini strategi the whole government approach yang mana keseluruhan agensi dan juga unit kerajaan digerakkan untuk membiayai dana dan juga program yang saya sebutkan tadi. Terima kasih Yang Berhormat.
Ada soalan tambahan dari Rawang? Tiada. Kita teruskan dengan Yang Berhormat Subang Jaya.
Tuan Speaker, Tuan Timbalan Speaker, soalan Subang Jaya nombor 52.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 52. KdebwmQuestions
52. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-a) Sila nyatakan solusi untuk masalah kenaikan diesel yang dihadapi oleh KDEBWM, yang membawa kepada kos dan seterusnya masalah operasi di lapangan.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, terima kasih kepada Subang Jaya yang juga berkaitan dengan KDEB Waste Management. Untuk (a), untuk makluman Yang Berhormat, kenaikan harga diesel tanpa subsidi sememangnya memberi kesan langsung kepada kos operasi KDEB Waste Management. Memandangkan operasi kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam bergantung sepenuhnya kepada penggunaan lori kompak, lori roro, roll on dan roll off lah roro serta kenderaan sokongan yang beroperasi setiap hari di seluruh Negeri Selangor. Kesan ini lebih ketara melibatkan operasi lori roro kerana kategori lori tersebut tidak menerima subsidi diesel sedangkan ia merupakan aset utama bagi melaksanakan kutipan sampah pukal. Pembersihan sampah haram dan pelbagai kerja sokongan di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Peningkatan harga diesel telah menyebabkan kos operasi meningkat dengan ketara dan memberi tekanan kepada keupayaan KDEB Waste Management untuk mengekalkan tahap perkhidmatan yang sedia ada. Bagi mengurus tekanan kos ini, KDEB Waste Management telah melaksanakan pelbagai langkah penjimatan dan mengoptimumkan penggunaan lori dan tenaga kerja. Memperkukuhkan pemantauan penggunaan bahan api serta meningkatkan kecekapan pengurusan. Walau bagaimanapun, ruang penjimatan dalaman adalah semakin terhad. Kerana perkhidmatan ini merupakan perkhidmatan asas yang perlu diteruskan setiap hari dan menjaga kebersihan dan kesihatan awam. Sekiranya tekanan kos ini berterusan, tanpa sokongan tambahan, terdapat risiko beberapa perkhidmatan sokongan seperti kutipan sampah pukal perlu disusun semula atau dikurangkan kekerapan pelaksanaan bagi memastikan perkhidmatan kutipan sisa domestik harian yang lebih kritikal terus diberikan keutamaan. Keadaan ini berpotensi meningkatkan aduan awam
serta menjejaskan tahap kebersihan di sesetengah kawasan sekiranya tidak ditangani dengan segera. KDEB Waste Management telah mengemukakan permohonan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDNK) agar lori roro turut dipertimbangkan di bawah mekanisme subsidi diesel. Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri Selangor juga sedang meneliti keperluan bantuan kewangan tambahan kepada KDEB Waste Management bagi menampung sebahagian peningkatan kos operasi yang berpunca daripada kenaikan harga diesel. Kerajaan Negeri memandang serius perkara ini kerana kesinambungan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam merupakan keutamaan kepada kesejahteraan rakyat. Oleh sebab itu, Kerajaan Negeri komited untuk mengambil langkah sewajarnya dan mempercepatkan penyelesaian yang bersesuaian supaya operasi KDEB Waste Management dapat terus berjalan dengan stabil sekali gus memastikan tahap kebersihan, kesihatan awam dan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada rakyat Selangor sentiasa terpelihara.
Soalan tambahan.
Silakan Yang Berhormat Kajang.
Boleh saya tanya, sejak dulu lagi selalu bila fasal cakap sampah isu sampah, selalu cakap peruntukan tak cukup, sekarang alasan diesel naik harga, tetapi sebelum itu pun belum. Tetapi kenapa selalu macam ini? Adakah Kerajaan ada kaji apa punca sebenarnya, kenapa selalu begitu.
Terima kasih Yang Berhormat Kajang. Kajang bersih di hatiku, dah bersih dah Kajang. Tak ada masalah kan?. Baik, berkaitan dengan kenaikan kos dan sebagainya, itu memang kita buat berlaku ada masa ke semasa. Tetapi kebersihan di lapangan bergantung pada banyak isu. Kita sentiasa memantau KDEB untuk memastikan kebersihan terjaga dan kekerapan, jadual dan sebagainya tidak terganggu. Kadang-kadang berlaku sedikit masalah di lapangan, kerana apa, waktu transisi. Di mana kontrak lama sudah habis, kita perlukan kontrak baru dan apabila kontraktor yang baru masuk, mereka memerlukan sedikit masa dan sebagainya untuk menyesuaikan keadaan, lokasi, lokaliti dan sebagainya. Itu juga antara punca menyebabkan setengah tempat terganggu, termasuk sebelum ini kita ada isu apa isu mendapat kelulusan permit lesen, permit lori daripada APAT, daripada APAT di mana ini telah menyebabkan apabila kontrak dah sampai, kita dah buat transisi, lori pun dah beli, berada di stor dan sebagainya, tetapi tidak boleh digunakan kerana permit tersebut belum sepenuhnya. Akhirnya, adalah backup-backup dan sebagainya kerja-kerja, tetapi juga menyebabkan tergendala kutipan di setengah kawasan termasuk sebelum ini di Subang Jaya juga berlaku keadaan sedemikian. Termasuk di Kajang dan sebagainya. Walau bagaimanapun, semua isu-isu berkenaan ini, pihak KDEB kita maklum dan sebagainya. Kita akan cuba sedaya upaya untuk meningkatkan prestasi kutipan supaya dapat membersihkan semua kawasan, pastikan aduan itu semakin hari semakin berkurangan dan kawasan persekitaran kita sentiasa seluruhnya bersih dan terkawal. Sekian, terima kasih.
Seterusnya Seri Serdang.
Yang Berhormat Speaker, soalan saya nombor 53.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 53. Masalah Tapak Perkuburan Orang Islam Dun Seri SerdangQuestions
53. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-a) Apakah usaha Kerajaan bagi menangani masalah tanah perkuburan Islam yang semakin berkurangan di DUN Seri Serdang?
Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Seri Serdang yang bertanyakan mengenai masalah tanah perkuburan Islam yang semakin berkurangan di DUN Seri Serdang. Kerajaan Negeri melalui JAIS sentiasa bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan, Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor, Jabatan Perancang Bandar dan Desa Selangor dan agensi berkaitan bagi memastikan keperluan tanah perkuburan Islam mencukupi melalui perancangan yang sistematik untuk memenuhi keperluan masyarakat Islam termasuk di DUN Seri Serdang. Walaupun dinyatakan adalah semakin berkurangan tetapi fakta di bawah menunjukkan bahawa masalah ini belum begitu meruncing, dalam 3 tapak perkuburan yang sedia ada di DUN Seri Serdang, baki lot kubur sebagai contoh di sini jumlah baki lot kubur untuk dewasa ada 1,015 dan untuk kanak-kanak ada 2,124 lot yang masih ada dan saya pasti penduduk di Seri Serdang semuanya sihat-sihat, mengamalkan gaya hidup yang baik, Insya- Allah baki ini masih lagi mencukupi buat masa ini. Namun begitu, di antara usaha yang sedang dan akan kita laksanakan juga untuk masa hadapan adalah pertama, pengekalan dasar PBT supaya setiap pembangunan baharu berskala besar memperuntukkan plot tanah, plot tapak tanah perkuburan Islam. Kedua, mengenal pasti plot tapak tanah serahan semula di bawah Seksyen 12(b) oleh pihak pemaju untuk kita wartakan dan ketiga mengenal pasti tanah kerajaan atau tanah-tanah agensi yang lain yang boleh diwartakan sebagai tapak perkuburan Islam yang baru dari semasa ke semasa. Sebagai contoh, saya juga boleh kongsi kan di sini dan di antara perbincangan yang telah dibuat adalah bersama pihak UPM yang akan membekalkan lebih kurang 2.6 ekar tanah tambahan untuk dijadikan kubur umat Islam di situ. Itu dalam proses dan kalau diberi tanah tersebut kita menjangkakan boleh ada tambahan lot kubur sebanyak 2,080 lot. Yang keempat, adalah memaksimumkan penggunaan tanah perkuburan Islam sedia ada melalui
penyusunan atau penjarakan lot dan menguatkuasakan Sistem Pengurusan Tapak Pengurusan Islam oleh PBT dan kariah dan yang terakhir adalah melaksanakan Sistem Kubur Bertingkat, 2 tingkat di tapak perkuburan Islam di tapak baru selepas syor daripada pihak PBT atau kariah melepasi piawaian pelaksanaannya oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor. Terima kasih.
Soalan tambahan Seri Serdang?.
Soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Bila saya dengar penjelasan Yang Berhormat EXCO itu saya tertanya-tanya juga. Tadi dinyatakan ada 1,000 lebih lot perkuburan orang Islam untuk kawasan Seri Serdang ini, saya nak minta penjelasan daripada Yang Berhormat EXCO, di mana tanah dan tapak 1,000 lebih itu. Itu yang pertama. Yang keduanya ialah perlu juga kita memahami saya bagi contoh di Kampung Batu 14 Puchong, di Masjid Kampung Batu 14 Puchong, kubur di situ ialah kubur yang lama dan orang-orang kampung di situ memang mengharapkan ialah bila dia orang kampung situ so bila dia meninggal dia nak lah duduk, tanam di kampung dia juga. Di situ sahaja tanah lot hanya tinggal lebih kurang itu hari sampai 100, meninggal seorang, baru ini meninggal juga jadi 97. Tinggal 97 lot. Jadi di situ ada juga satu perancangan di kawasan Saujana Puchong, tak silap saya kubur 3 bangsa yang dalam perancangan pihak MBSJ kalau tak silap saya. Saya mohon pihak EXCO untuk beri penelitian dan kalau boleh diusahakan segera tapak perkuburan di Saujana Puchong. Berkenaan dengan di kawasan UPM pula, saya juga berusaha untuk menyelesaikan masalah ini, cuma saya minta perhatian pihak EXCO untuk pewartaan baki 2.6 ekar tanah kubur tersebut. Pihak UPM telah bersetuju dan juga kos untuk kita bina tapak perkuburan itu, kariah masjid, surau berkongsi duit masing-masing. Saya buat pertemuan dengan mereka hampir lebih kurang 30 masjid, surau dan mereka kumpul duit sama-sama dan sekarang dah ada dana yang kita boleh jalankan dulu. Cuma ada juga saya minta bantuan daripada pejabat negeri, wang cagaran kubur tak silap saya, kita panggil saya minta dalam RM200,000.00 untuk top up lagi kos di situ saya minta perhatian EXCO untuk bantu masalah perkuburan. Terima kasih.
Baik, terima kasih Yang Berhormat Seri Serdang ditanya soal perincian di mana tapak-tapak tersebut. Jadi yang pertama adalah tapak di USJ 22 di bawah MBSJ yang ini ada 895 lot lagi untuk dewasa yang berbaki. Disebut tadi di Batu 14, Puchong yang ini di bawah seliaan Masjid kariah, angka yang ada pada saya 100, tadi dah ditolak oleh 3 orang mati baru ini 97, setuju dan di UPM Serdang satu lagi tapak di bawah seliaan Masjid UPM yang ini ada 20 lot sahaja pada masa ini tetapi tadi disebutkan juga bahawa UPM telah bersetuju dengan tanah 2.6 ekar itu tadi. Dana yang diperlukan adalah sebanyak RM200,000.00 untuk penyediaan tapak tersebut dan buat masa ini dana terkumpul daripada pihak masjid adalah RM120,000.00. Insya-Allah kita sama-sama tabung boleh segerakan penyediaan tapak ini. Terima kasih Yang Berhormat.
Yang Berhormat Gombak Setia.
Soalan saya nombor 54.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 54. Persiapan Kontinjen Selangor Ke Sukma 2026Questions
54. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-a) Apakah status persiapan dan sasaran kontinjen Negeri Selangor untuk SUKMA 2026?
Terima kasih sahabat saya daripada Gombak Setia yang bertanyakan tentang SUKMA, persiapan SUKMA. Saya mohon izin Yang Berhormat Tuan Speaker untuk saya menjawab soalan 54 ini bersekali dengan soalan 97 daripada Sijangkang kerana berkaitan dengan SUKMA juga. Untuk menjawab soalan Gombak Setia yang bertanyakan tentang status persiapan dan sasaran kontinjen Negeri Selangor untuk SUKMA 2026. Untuk makluman Yang Berhormat, fasa persediaan ataupun persiapan atlet dan pasukan telah memasuki fasa keempat yang mana ia nya bermula seawal daripada tahun 2025 lagi. Fasa pertama untuk saya olah sedikit, fasa pertama pembangunan kita bermula pada tahun 2025 iaitu di antara bulan Januari hingga Mei. Seterusnya fasa kedua, daripada bulan Jun hingga Oktober. Manakala fasa ketiga adalah daripada bulan November hingga Mac dan ketika ini sedang memasuki fasa akhir iaitu fasa keempat bermula daripada bulan April tahun ini sehingga Ogos iaitu bulan ini. Persediaan pada peringkat fasa empat ini menumpukan kepada latihan yang lebih berintensiti terhadap fizikal, teknikal, taktikal dan juga psiko logikal. Selain daripada itu, penerapan keperluan sokongan selain sukan turut dilaksanakan terutamanya kepada sesi pemulihan anggota ataupun rehabilitasi. Latihan kekuatan fizikal dan juga nutrisi. Pendedahan kejohanan ataupun dengan izin secara selektif juga diterapkan pada fasa ini agar atlet-atlet kita mampu untuk mengadaptasikan strategi yang telah disusun oleh jurulatih. Pasukan-pasukan Kontinjen Selangor juga disarankan untuk melaksanakan sesi latihan berpusat bagi membolehkan pelaksanaan program latihan lebih efisien dan lebih baik. Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Negeri Selangor juga telah menetapkan untuk Kontinjen Negeri Selangor sasaran sebanyak 80 pingat emas dari sejumlah 468 pihak emas yang dipertandingkan secara keseluruhan. Untuk menjawab soalan daripada Sijangkang yang bertanyakan tentang perancangan Kerajaan Negeri dalam mengambil kesempatan sempena Sukan Malaysia agar menjadi pemangkin pembangunan sukan Negeri Selangor. Untuk makluman dewan,
Kerajaan Negeri Selangor melihat penganjuran temasya Sukan Malaysia sebagai peluang besar untuk kita melonjakkan, seterusnya mempromosikan pembangunan sukan negeri secara menyeluruh. Ini, disebabkan terdapat banyak infrastruktur sukan yang telah dinaiktaraf, serta telah mencapai standard penganjuran di peringkat Antarabangsa. Antaranya pertama, Pusat Akuatik Darul Ehsan (PADE) ataupun Akuatik Selangor. Selepas daripada proses naik taraf ini, pusat akuatik kita merupakan yang pertama mempunyai teknologi under water camera, dan papan sentuh berteknologi tinggi, serta sistem penapisan air yang paling moden di Malaysia. Kedua, Lapang Sasar Menembak Subang. Selepas selesai menaik taraf, Lapang Sasar Menembak Subang, merupakan yang pertama di Malaysia, yang menggunakan sistem full electronic system scoring. Seterusnya, Padang Hoki Stadium Pandamaran dan Stadium Hoki MBPJ, yang juga telah selesai di naik taraf. Kini merupakan, dua stadium hoki ini, stadium hoki yang mendapat pengiktirafan pada daripada Persatuan Hoki Antarabangsa (FIH). Keempat, MBPJ Ekstrem Park Arena. Di mana kita akan menjalankan program, beberapa acara di situ. Dan ia telah mendapat pengiktirafan lapangan dari Persatuan Berbasikal Antarabangsa UCI. Seterusya, Dewan Bola Keranjang di Bandar Bari Bukit Tinggi. Dewan bola keranjang ini juga mendapat pengiktirafan gelanggang dari Persatuan Bola Keranjang Antarabangsa (FIBA). Manakala Dewan Bola Tampar di Seksyen 4 dan Seksyen 19, Shah Alam, telah mendapat pengiktirafan dari Persatuan Bola Tampar Antarabangsa (FIVB). Manakala yang terakhir, Astaka MBPJ, yang mana kita akan mempertandingkan sukan skuasy dan tenis. Gelanggang ini mendapat pengiktirafan daripada Persatuan Skuasy Antarabangsa (WSF) dan juga Persatuan Tenis Antarabangsa (ATF).
Di samping itu juga, SUKMA kali ini turut memberikan ruang dan peluang kepada Kerajaan Negeri selaku negeri yang berkebolehan untuk menganjurkan penganjuran sukan berskala besar, terutamanya di peringkat antarabangsa, memandangkan kebanyakan fasiliti sukan yang telah siap, dan sedia untuk digunakan. Ini secara tidak langsung membuktikan kepelbagaian sektor yang akan terlibat. Di antaranya pelancongan, perhotelan, ekonomi setempat dan sebagainya. Dan untuk makluman Dewan, selepas tamatnya SUKMA nanti, Majlis Sukan Negeri Selangor akan terus mengatur strategi untuk membangunkan atlet-atlet kita dan sukan-sukan kita, bagi memastikan kelangsungan terhadap pelan pembangunan sukan di negeri Selangor. Kemudian infrastruktur yang telah sedia ini, akan terus digunakan sebaiknya, bagi memastikan kualiti atlet yang dilahirkan benar-benar mampu memberikan impak kepada negeri Selangor dan juga kepada performance ataupun prestasi pembangunan sukan secara keseluruhan. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Exco atas jawapan yang diberikan. Bagi menjamin penganjuran SUKMA yang lancar, efisien dan juga, bagi saya berlangsung dengan jayanya. Bagaimana kerajaan negeri boleh menjamin penganjuran ini dengan baik, berlangsung dengan baik. Sedangkan kita, hari ini terpaksa melaksanakan penganjuran ini dengan dana yang terhad. Itu soalan saya yang pertama.
Soalan saya kedua, ini sebagai booster, untuk kita menghargai para atlet-atlet negeri Selangor kita, yang hari ini, saya lihat cukup gigih mengadakan latihan mereka bagi menghadapi, sebagai persiapan mereka menghadapi SUKMA. Dengan cabaran daripada negeri-negeri lain, bagi saya juga cukup hebat. Apakah, saya nak tanya, apakah cadangan kerajaan negeri untuk menyediakan insentif, sebagai booster kepada mereka ini, untuk membawa pulang lebih banyak pingat kontinjen negeri Selangor. Terima kasih.
Baik, terima kasih Gombak Setia. Soalan pertama berkaitan dengan bagaimana kita menganjurkan SUKMA ini dalam keadaan di mana keterbatasan ataupun kekangan daripada segi peruntukan. Untuk menjawab soalan Yang Berhormat, sememangnya kita melihat, perkara tersebut sebagai suatu cabaran yang perlu kita tangani. Oleh yang demikian Kerajaan melalui sekretariat SUKMA, mengambil pendekatan untuk bekerjasama dengan pelbagai Agensi-Agensi Kerajaan khususnya di peringkat PBT, peringkat Pejabat Daerah dan juga Anak-Anak Syarikat Negeri. Di samping syarikat-syarikat swasta di luar, untuk kita mendapatkan sokongan ataupun penajaan daripada pihak luar. Dan untuk makluman Yang Berhormat di peringkat Majlis Sukan Negeri juga, kita turut melantik ADUN-ADUN kita sebagai ADUN-ADUN angkat. Pada masa yang sama agensi-agensi kerajaan seperti PBT, dan juga GLC, juga turut terlibat sebagai agensi angkat bagi memastikan kelancaran ataupun persiapan sukan-sukan yang kita sasarkan untuk mendapat pingat ini, dapat kita laksanakan dengan baik. Dan insya-Allah, daripada segi teknikal juga, walaupun dengan keadaan peruntukan terhad, kerajaan negeri telah memastikan semua aspek teknikal dan penganjuran SUKMA memenuhi syarat yang telah ditetapkan dalam penganjuran dan kita pastikan, bahawa standard ataupun piawaian pengacaraan sukan itu yang paling utama. Maknanya daripada segi ceremonial, kita skill down, kita kurangkan perbelanjaan yang tidak ada keperluan ataupun tidak ada significant. Dan kita tumpukan perbelanjaan lebih kepada logistik, teknikal dan juga proses ataupun penganjuran acara sukan itu sendiri. Dan untuk makluman Yang Berhormat, berkenaan dengan booster ataupun insentif kepada atlet-atlet kita. Baru-baru ini kita juga telah mengadakan satu majlis menyerah bendera kepada ketua kontinjen kita daripada pihak kerajaan negeri, Yang Berhormat Saudara Abbas selaku ketua kontinjen Sukan Malaysia (SUKMA) Negeri Selangor. Dan juga Saudari Yang Berhormat Puan Lim Yi Wei, sebagai Ketua Kontinjen Para SUKMA. Jadi kedua-dua ini akan memikul tanggungjawab mengepalai ataupun menerajui atlet-atlet kita dan booster ini, kita tak bagi merekalah. Kita tak bagi. Booster ni, kita bagi
atlet. Booster ataupun insentif yang telah baru-baru ini diumumkan oleh Dato’ Menteri Besar, untuk atlet yang berjaya memenangi pingat emas. Ini saya kena detail sikit, dia ada banyak kategori.
Pertama, ada kategori individulah. Individu dan juga sukan di mana ada satu hingga tiga penyertaan. Kalau dapat emas, untuk kategori individu ini ataupun yang ada pasukan satu hingga tiga, misalnya sepak takraw katakanlah, kalau dapat emas, insentifnya RM10,000.00. itu emas. Kalau kita jadi juara keseluruhan, insentif itu kita akan tambahan RM5,000.00. Jadi RM15,000.00 kepada pemenang pingat emas. Yang kategori individu ataupun satu individu hingga tiga individu. Untuk kategori berpasukan, berkumpulan, yang ada anggota 4 -10 orang, sekiranya mereka memenangi pingat emas, maka akan dapat insentif RM7,500.00 untuk pasukan tersebut. Tapi seandainya kita menjadi juara, maka akan ada tambahan sebanyak RM2,500.00 kepada kumpulan 4 ke 10 orang atlet.
Dan seterusnya kepada kumpulan atlet pasukan 11 orang ke atas, macam bola sepak misalnya, kalau berjaya memenangi pingat emas, insentifnya adalah sebanyak RM5,000.00 tetapi sekiranya ada ong sikit, kita menang juara keseluruhan, maka insentif akan ditambah RM2,000.00 kepada setiap seorang. Jadi ini yang telah diumumkan baru-baru ini. Dan untuk makluman Ahli-ahli Dewan, insentif ini bukan hanya terpakai kepada atlet SUKMA, tetapi juga kepada atlet PARA SUKMA kita. Jadi ini, pertama kali, kita setarakan insentif kemenangan bukan hanya kepada atlet-atlet yang able, atlet SUKMA, tapi atlet yang disable pun akan terima insentif yang sama, nilai yang sama. Jadi ini merupakan satu langkah pertamalah daripada kerajaan negeri, yang mana kita turut didokong oleh Majlis Tindakan OKU Selangor yang turut memberikan pandangan dan input. Jadi yang pertama dan Insya-Allah, jadi dengan booster ini, kita mengharapkan atlet-atlet, anak-anak muda yang akan mewakili negeri Selangor ini akan dapat memberikan, menunjukkan prestasi terbaik, memberikan performance, dengan izin, yang terbaik. Dan kita sebagai rakyat negeri Selangor khususnya, Ahli-ahli Dewan, tak kira daripada parti politik mana pun, tak bangsa, tak kira agama, tak kira keturunan, kita sama-sama tunjukkanlah sokongan kepada atlet ataupun kontinjen negeri Selangor (DEWAN TEPUK) yang akan turun berentap membawa cabaran pada SUKMA yang akan datang ini. Jadi saya berharap Selangor, rakyat Selangor khususnya di luar, boleh turut sama terlibat, turun ke venue-venue, berikan sokongan, dan Insya-Allah, saya akan pastikan semua atlet-atlet, dan juga rakyat di negeri Selangor, kita tunjukkan sokongan luar biasa. Dan kita pastikan, pada tahun ini, Insya-Allah, negeri Selangor akan muncul sebagai juara keseluruhan Sukan Malaysia yang ke-22. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Silakan Yang Berhormat Sijangkang.
Terima kasih. Yang ini mungkin spesifik, Yang Berhormat, sukan perahu layar. Tanjung Sepat, Pantai Batu Laut adalah venue dan peminatnya mungkin ramai. Semakin ramai. Dan menarik lebih ramai lagi atlet-atlet ataupun peminat perahu layar, apakah mungkin akan ada juga menaik taraf kawasan ataupun radio perahu layar ini. Dan mungkin boleh difikirkan, kalau tak ada, sehingga ke peringkat kita boleh wartakan venue perahu layar itu sebagai venue perahu layar.
Tanjung Sepat nak jawab ke, saya nak jawab. Gurau-gurau. Kawasan dia. Baik, terima kasih Yang Berhormat Sijangkang. Untuk makluman Dewan, ADUN Tanjung dia bapa angkat kepada sukan perahu layar. Dan Alhamdulillah, baru-baru ini, kami berdua ada turun di Dataran Pantai Batu Laut, dan untuk kita menjayakan Larian Obor. Dan Alhamdulillah, ini pertama kali kita buat Larian Obor, kita bawa obor SUKMA di tepi pantai, di tepi Pantai Batu Laut itu. Untuk makluman Sijangkang, memang di peringkat PBT MPKL, telah menaik taraf sedikit sebanyak kemudahan di Pantai Batu Laut tersebut, khususnya di lokasi di venue, yang mana kita akan menganjurkan acara perahu laut, dalam SUKMA nanti. Dan Insya-Allah dari masa ke semasa, kita akan pastikan kemudahan ataupun dataran Pantai Batu Laut itu bukan hanya menarik daripada segi persiapan untuk mereka menganjurkan acara, tetapi turut memberikan keselesaan kepada para pengunjung dan juga peminat-peminat sukan perahu layar. Dan untuk makluman Dewan juga, setakat ini dimaklumkan oleh, walaupun tak ada dalam soalan, tapi saya beritahu lah makluman, YB Tanjung Sepat beritahu, homestay, inap desa, semua dah penuh di Batu Laut. Jadi, kita make sure, bila kita anjurkan acara sukan ini, dia bukan hanya promosi sukan tetapi kita dapat bantu menghidupkan ekosistem pelancongan dan juga inap desa di negeri Selangor. Terima kasih Yang Berhormat.
Soalan tambahan.
Soalan tambahan Yang Berhormat Seri Serdang.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat EXCO. Sehari dua ini, saya ada membaca kenyataan-kenyataan akhbar daripada Yang Berhormat Exco berkenaan dengan sumbangan kerajaan persekutuan kepada SUKMA kita ini. Saya difahamkan, selepas ini Kelantan akan menjadi host bagi SUKMA selepas Selangor. Dan saya juga mendapat makluman Kelantan telah menerima hampir RM400 juta, untuk penganjuran SUKMA pada selepas ini. Kelantan ini bukan kerajaan perpaduan, kerajaan pakatan harapan, dapat RM400 juta. Kita ni , kenapa yang jadi yang macam itu. Saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat EXCO.
Susah soalan Yang Berhormat ini. Baik, terima kasih Yang Berhormat, memang kita semua sedia maklum, sebagaimana
yang saya bangkitkan dalam Dewan baru-baru ini, menjawab soalan Kota Damansara tentang peruntukan yang tidak kita terima daripada pihak persekutuan. Walau bagaimanapun, Alhamdulillah dengan kerjasama dan juga dokongan daripada pelbagai segmen agensi dan juga anak-anak syarikat, kita dapat menyelaraskan dengan kekangan perbelanjaan yang sedia ada, kita dapat menyelaraskan semula perbelanjaan tersebut. Kita akan pastikan, walaupun dengan perbelanjaan yang sangat-sangat optimum, kita dapat menjayakan SUKMA pada tahun ini. Dan untuk makluman Yang Berhormat, saya difahamkan kerajaan negeri Kelantan turut peruntukan hampir ataupun lebih RM400 juta. Tapi kita kena berlaku adil. Sebenarnya peruntukan RM400 juta itu, saya difahamkan untuk mereka, bukan hanya buat persiapan dari segi SUKMA tetapi membangunkan kompleks kemudahan sukan yang baru. Sebab itu penting, kita nak kena ingat, kerajaan persekutuan ini, walaupun mungkin dia melihat Selangor ini, dia tak bagi peruntukan, tapi dia jaga juga. Walaupun negeri Selangor yang sama parti dengan di peringkat persekutuan, tetapi di Kelantan itu tak sealiran, bagi peruntukan. Masa kita nak tunjukkan keprihatinan, dia tak mengira perbezaan politik. Maksudnya bila melibatkan sukan, kita harus mengambil pendekatan rentas parti. Kita jangan menganggap sukan ini sebagai sesuatu yang hanya untuk anak-anak kecil main, anak-anak muda main, tapi ia sebagai elemen penyatuan, tak kira lah kita parti mana pun, macam yang saya sebut sebelum ini, kita parti PKR ke, parti PAS ke, DAP ke, yang penting kita bersatu. Kita Kita bersama-sama bersatu untuk sukan. Terima kasih.
Itu ada hint apa-apa ke tu...
Ada soalan tambahan lain. Tak ada. Itu saja.
Speaker,soalan tambahan.
Boleh, boleh. Soalan tambahan. Sebab jawapan ini daripada dua soalan. Dia melompat dari 97, jadi saya bagi soalan tambahan extra.
Okay. Yang Berhormat Exco. Tadi Yang Berhormat Exco ada sebut tadi fasal sumbangan-sumbangan inisiatif kepada pihak atlet kira para atlet ni boleh sampai RM15,000 lah kalau andai kata kita menjuarai keseluruhan. Tetapi bagaimana dengan coach sebab coach pun penting sebenarnya. Kadang-kadang coach ni yang kadang-kadang dia yang memastikan siapa yang nak ambil, dia train betul-betul yang menyebabkan mereka ni menjadi atlet. Atlet kalau bagus, coach tak bagus, dia tak boleh dapat emas juga. Jadi saya ingat kalau Yang Berhormat EXCO boleh bagi sikit jawapan.
Baik, terima kasih Yang Berhormat Kota Damansara. Memang kita tidak mengetepikan lah jurulatih, pegawai-pegawai sukan dan juga pihak persatuan sukan dan memang ada kita peruntukan juga inisiatif kepada mereka. Inisiatif kemenangan untuk kita punya jurulatih, pegawai-pegawai sukan dan juga persatuan sukan. Cuma kalau Yang Berhormat nak detail saya boleh beri secara bertulis lah. Saya tidak ada maklumat lanjut tentang itu. Tapi memang kita sediakan setiap kali SUKMA kita memang, kita tidak hanya berikan inisiatif kemenangan kepada atlet semata-mata tetapi juga kepada mereka yang terlibat di belakang tabir, jurulatih, pegawai-pegawai sukan, pegawai-pegawai teknikal di peringkat persatuan. Cuma kalau saya pelik fasal ketua kontinjen tak minta inisiatif. Tak nak inisiatif? Ketua kontinjen tak nak inisiatif ke kalau menang? Terima kasih Yang Berhormat.
Soalan Seterusnya dari Yang Berhormat Sijangkang.
Terima kasih Speaker. Soalan nombor 55.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 55. Status Tanah Wakaf Negeri SelangorQuestions
55. Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah status pendaftaran dan pengurusan tanah wakaf di Negeri Selangor?
b)
Apakah perancangan kerajaan bagi membangunkan tanah-tanah ini agar lebih berdaya maju?
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Sijangkang. Bertanyakan status pendaftaran dan pengurusan tanah wakaf di Negeri Selangor. Untuk bahagian A, sehingga Jun tahun 2026 sebanyak 45 permohonan hasrat wakaf telah diluluskan dan 30 daripadanya telah berjaya didaftarkan ke atas nama Majlis Agama Islam Selangor sebagai pemegang amanah tunggal bagi harta wakaf. Baki sebanyak 15 permohonan hasrat wakaf masih dalam tindakan penyediaan dokumen oleh Perbadanan Wakaf Selangor untuk didaftarkan. Pada masa ini, anggaran keseluruhan hartanah wakaf yang berjaya didaftarkan ke atas nama MAIS dan diuruskan oleh Perbadanan Wakaf Selangor adalah berjumlah 1,806 lot yang bersamaan dengan 1,778.2 ekar. Sebanyak 1,219 lot bersamaan dengan 1,329.7 ekar merupakan hartanah wakaf dengan niat tujuan wakaf am dan sebanyak 587 lot bersamaan 448.5 ekar merupakan wakaf khas. Jadi beza wakaf am ni boleh bagi pewakaf tapi tidak menetapkan syarat
kegunaan tanah tersebut tapi kalau untuk wakaf khas pewakaf akan menetapkan syarat yang khusus untuk penggunaan wakaf tersebut. Ada satu lagi kategori wakaf iaitu yang disebut Wakaf Irsod. Wakaf Irsod ini ialah wakaf yang diberikan oleh kerajaan kepada PWS atau pun MAIS untuk diuruskan wakaf. Bagi permohonan pendaftaran Wakaf Irsod, sebanyak 61 permohonan daripada 72 senarai tanah warta telah dipohon sebagai Wakaf Irsod dan bakinya masih dalam tindakan dokumentasi. Kesemua hartanah Wakaf Irsod ni dikira wakaf khas. Untuk bahagian (b), bertanya mengenai apakah perancangan kerajaan bagi membangunkan tanah-tanah ini agar lebih berdaya maju? Secara prinsipnya apa-apa perancangan bagi membangunkan tanah-tanah wakaf agar lebih berdaya maju haruslah selari sebagaimana niat pewakaf yang pertama dan pastinya hendaklah berdasarkan dengan ketetapan dengan hukum syarak. Bagi hartanah wakaf dengan tujuan wakaf am berikut adalah beberapa contoh perancangan berdaya maju yang telah dilaksanakan oleh Perbadanan Wakaf Selangor. Pertama, sebagai contoh dari segi penyewaan. Contohnya adalah penyewaan pertanian nenas berkonsepkan Agrotourism di Sungai Merab, Sepang seluas 8 ekar dan wakaf ini diterima manfaatnya oleh Masjid Sungai Ramal Luar. Ada juga impak-impak yang selainnya, di situ di mana nenas itu pun boleh dijual dan dinikmati oleh penduduk sekitar. Yang kedua adalah dari segi penyewaan-penyewaan pertanian tanah untuk rock melon di Meru, Klang seluas 3 ekar dan penerima manfaatnya adalah di Sekolah Rendah Agama Pekan Meru, Maahad Tahfiz dan masyarakat umat Islam. Kedua ada juga jenis aktiviti yang bercorak kemajuan hartanah atau pun pembangunan ekonomi. Yang ini contohnya adalah pembangunan sebuah stesen minyak berserta restoran makan segera di Sungai Merab, Sepang. Ini pun penerima manfaatnya juga adalah Masjid Sungai Ramal Luar dan yang terakhir adalah contoh adalah di mana kategori wakaf ini disebut sebagai Istibdal. Yang ini jenis untuk tanah-tanah yang tidak dapat dimanfaatkan tetapi boleh dijual dan diubah aset itu kepada bentuk-bentuk aset yang lain tetapi yang pastinya sebarang pindaan ini adalah tertakluk kepada kelulusan jawatankuasa fatwa negeri Selangor dan pihak MAIS juga dan untuk kategori yang kedua untuk sekiranya tanah tersebut adalah wakaf khas seperti masjid, surau atau pun institusi atau sebagainya, ia nya hanya digunakan untuk tujuan yang telah dikhususkan. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Ya.
Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih Tuan Speaker, Exco. Kalau saya lihat dalam 2015 dulu harta nilaian harta wakaf lebih kurang RM213.8 Juta begitu pada ketika itu bermula 2011 Perbadanan Wakaf mendapat sumbangan daripada MAIS lebih kurang dalam RM2 Juta setahun begitu. Dan saya tak tahu semalam, eh sekarang ni berapa sumbangan daripada MAIS kepada Perbadanan Wakaf. Mungkin boleh dimaklumkan. Dan saya melihat bahawa kerancakan untuk pembangunan itu masih juga. Dahulu nya ada satu
bentuk pembangunan hartanah, kalau tadi disebutkan stesen minyak. Saya ingat, seingat saya di Johan Setia, eh di Jalan Kebun ada pembangunan hartanah untuk perumahan. Saya tak tahu tidak berjalan dengan sebaik mungkin lah. Mungkin ada kekangan-kekangan dari sudut kaedah perniagaannya. Mungkin juga boleh dimaklumkan dan dalam penyata PAC 2016 ada cadangan oleh pihak jawatankuasa supaya ada satu bentuk peruntukan daripada kerajaan negeri kerana Perbadanan Wakaf ni tak ada vot pun untuk difikirkan oleh Pihak Berkuasa supaya ada peruntukan yang boleh di untuk kan untuk pembangunan-pembangunan hartanah eh harta perbadanan wakaf ini untuk dibangunkan. Kalau tak dia sekadar untuk sewaan dan sebagainya. Ia nya tidak begitu menjana pendapatan sebaik mungkin terutamanya kepada wakaf-wakaf am terutamanya. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sijangkang. Soalan pertama dikaitkan dengan nilai hartanah yang ada yang dibuat nilainya pada tahun 2015. Kalau kita bandingkan nilai hartanah secara umum di Negeri Selangor tentunya sekarang ini harga tidak setinggi tahun itu. Jadi, tu saya sebut tadi bukan soal nilainya tapi saya sebut dalam bentuk ekar yang ada. Yang pastinya ada pertambahan ekar tersebut. Kedua soalan mengenai berapakah sumbangan Kerajaan Negeri kepada MAIS bagi tujuan wakaf? Yang ini saya tidak ada angka yang jelas. Saya mohon untuk saya bekalkan secara bertulis tetapi yang pasti Kerajaan Negeri menggalaknya agensi-agensi, anak-anak syarikat untuk menyumbang wakaf tunai secara berkala kepada Perbadanan Wakaf Selangor. Itu, sedang berjalan dengan baik dan tadi disebutkan juga soal mengenai modul-modul terdahulu yang telah digunakan kalau tidak berjaya dan sebagainya, saya pasti dan yakin Perbadanan Wakaf Selangor yang sekarang kita telah ubah komposisi ahli lembaga pengarahnya, kita masukkan pengerusi yang lebih profesional sebagai contoh untuk kita lihat dan nilai semula modul-modul yang ada supaya ia memberikan pulangan yang lebih baik kepada pemohon wakaf Negeri Selangor.
Berkaitan dengan...
Ni macam soal jawab perbahasan..soalan yang sama.
Tadi saya bangkitkan, belum jawab lagi.
Okay.
Yang mana tu? Saya...
Peruntukan vot. Mungkin Kerajaan Negeri boleh memikirkan ada bentuk peruntukan kepada penerima wakaf.
Kepada might and steady. Kepada might and steady kan? Permohonan wakaf. Tu la tadi saya dah sebut kita menggalakkan kempen-kempen sebegitu untuk kita berikan secara individu-individu
di bawah kerajaan negeri untuk boleh menyumbang secara berkala kepada pemohon wakaf. Tapi kalau disebut soal satu peruntukan yang besar kepada wakaf itu tidak lah. Kerana saya rasa Kerajaan Negeri Juga menerusi MAIS ada juga bantuan-bantuan lain yang lebih besar yang telah kita berikan kepada pihak MAIS. Saya boleh sebut sebagai contoh penyelesaian kes vot dengan Universiti Islam Selangor. Dengan itu sahaja berjumlah RM170 juta tahun ini juga kita bagi seketul macam tu. Jadi ada Kerajaan Negeri perlu mempertimbangkan perkara tersebut berdasarkan kekuatan kewangan dan keperluan-keperluan lain yang ada tapi dari segi umumnya untuk menggalakkan wakaf di kalangan penjawat awam, anak-anak syarikat itu telah dilakukan dengan baik dan saya dimaklumkan juga ada beberapa anak syarikat yang komited menggalakkan setiap para-para pekerjanya untuk menyumbang kepada wakaf tunai di bawah Perbadanan Wakaf Selangor. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Terima kasih Yang Berhormat Sijangkang. Yang Berhormat Kajang.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Salam Kajang Bersih, Kajang di hatiku. Soalan Kajang 56.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 56. Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai LangatQuestions
56. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a) Sila beri status terkini RTB Sungai Langat Fasa 2 - Pakej 1.
b) Apakah kesan terhadap kawasan Kajang di bahagian hilir Hulu Langat selepas RTB Sungai Langat Fasa 2- Pakej 1 siap?
c) Bila RTB Sungai Langat Fasa 3 akan bermula?
Tak kena tu?
Macam tak betul je? (gelak). Terima kasih kepada Yang Berhormat Kajang, Tuan Timbalan Speaker. Kajang bertanyakan berhubung dengan projek status terkini Rancangan Tebatan Banjir Sungai Langat Fasa 2 – Pakej 1. Untuk maklumat Yang Berhormat, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan sebagaimana yang disebut dalam dewan sebelum ini peruntukan sebanyak RM512 Juta kepada Jabatan Pengairan dan Saliran, JPS Negeri Selangor untuk melaksanakan kerja atau pun projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Langat Fasa 2 – Pakej 1 Daerah Hulu Langat, Selangor. Yang juga melibatkan kesannya Kajang ye.
Status pelaksanaan projek adalah seperi berikut. Peringkat sekarang ini adalah peringkat reka bentuk sebagaimana yang saya sebutkan sebelum ini juga peringkat reka bentuk akan memakan masa lebih kurang 6, 9 bulan ya yang akan siap pada sukuan empat maknanya second quarter, third, fourth quarter tahun 2026. Maknanya penghujung tahun 2026 ini, tahun ini akan siap reka bentuk dan selepas itu diikuti dengan proses pengambilan tanah selepas kita kenal pasti daripada reka bentuk terperinci itu, kita tahu berapa banyak kawasan yang perlu ada pengambilan tanah. Itu akan bermula pada sebaik sahaja siap reka bentuk terperinci akan dimulakan dengan kerja-kerja pengambilan tanah yang akan mengambil masa satu tahun. Iaitu sehingga sukuan keempat tahun 2027. Dan projek dijangka bermula pada penghujung tahun depan selama 67 bulan pelaksanaan fizikalnya dan kos pengambilan tanah ni kita anggarkan walaupun belum siap sempurna lagi reka bentuknya kita anggarkan di sekitar RM166 juta diperlukan untuk kos pengambilan tanah. Bahagian (b), projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Langat Fasa 2- Pakej 1 ini dijangka beri manfaat utama berupa pengurangan risiko banjir, peningkatan kecekapan sistem saliran, perlindungan terhadap penduduk dan aset serta peningkatan daya tahan infrastruktur di kawasan Kajang dan bahagian hilir mukim Hulu Langat. Projek ini hanya menyediakan tahap perlindungan banjir sehingga 100 ARI dan keberkesanan projek ini juga bergantung pada penyelenggaraan sistem saliran dan pengurusan guna tanah di kawasan tadahan di lembangan sungai Langat. Perlu saya sebutkan di sini bahawa peruntukan Rancangan Tebatan Banjir Sungai Langat Fasa 2 – Pakej 1 ini tidak lengkap bukan keseluruhan di kawasan Daerah Hulu Langat. Jadi kita akan melihat keperluan untuk meminta dana tambahan bagi kawasan di hiliran selepas projek yang pakej 1 ini. Untuk menyambung ke Daerah Sepang sebab Daerah Sepang adalah pakej 2. Itu sedang dalam pelaksanaan dan Pakej 3 sebenarnya ialah di Kuala Langat. Itu belum lagi dapat peruntukan sebab kita kena lengkapkan Rancangan Tebatan Banjir Sungai Langat ni bermula daripada hulu sehingga ke hilir. Jadi proses itu, berterusan kita akan lihat kesan dan kita juga akan buat permohonan untuk melengkapkan Rancangan Tebatan Banjir bagi keseluruhan lembangan Sungai Langat. Bahagian (c) Yang Berhormat bertanya adakah projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Langat Fasa 3, tak ada yang tu. Yang ada hanyalah pakej 2, pakej fasa 2, pakej 1, pakej 2 dan pakej 3. Pakej 3 yang saya sebut tadi di Kuala Langat yang belum dimohon dan pakej tambahan bagi Hulu Langat pun kita perlukan tambahan untuk melengkapkan Rancangan Tebatan Banjir bagi Daerah Hulu Langat. Sekian, terima kasih.
Soalan seterusnya dari Yang Berhormat Pandamaran.
Terima kasih Timbalan Speaker. Soalan saya 57.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 57. Proses Permohonan Kebenaran Merancang Dan Lesen TempatanQuestions
57. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a) Bagaimanakah Kerajaan dapat meringkaskan dan mengurangkan masa untuk mendapat kelulusan kebenaran merancang, pelan bangunan dan lesen tempatan demi menarik pelabur ke Selangor?
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat. Terima kasih kepada Pandamaran yang bertanyakan proses permohonan kebenaran merancang KM dan lesen tempatan. (A) Kerajaan Negeri melaksanakan pelbagai inisiatif berteraskan prinsip Ease Of Doing Busines (EODB) bagi mencepatkan proses kelulusan kebenaran merancang KM pelan Bangunan Dan Lesen Tempatan sekali gus meningkatkan daya saing Negeri Selangor sebagai destinasi pelaburan. Antara inisiatif utama yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut, satu penggunaan sistem OEC 3.0 plus online di semua PBT, Pihak Berkuasa Tempatan yang membolehkan permohonan diproses secara digital dan serentak oleh PBT serta agensi teknikal berkaitan pendekatan ini mengurangkan pertindihan proses mempercepatkan penyelarasan ulasan dan memendekkan tempoh pemprosesan permohonan. Dua, pelaksanaan Industry Green Land (IGL) yang diperkenalkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan oleh KPKT bagi mempercepatkan proses kelulusan projek pembangunan perindustrian yang memenuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan melalui inisiatif ini. Tempoh kelulusan pelan pemajuan berjaya dipendekkan daripada 99 hari kepada 29 hari. Tiga, Kerajaan Negeri turut memperkenalkan garis panduan pelaksanaan Speed Selangor yang berkuat-kuatan mulai 1 Oktober 2025. Bagi mempercepatkan kelulusan projek pembangunan strategik dan berimpak tinggi melalui inisiatif ini tempoh kelulusan pelan dipendekkan kepada 9, kepada 9 hari. Manakala keseluruhan proses permohonan disasarkan di selesaikan dalam tempoh maksimum 30 hari. Sasaran ini dicapai melalui pelaksanaan sesi teknikal brief projek pengemukaan 6 pelan pemajuan secara serentak melalui sistem OSC 3.0 Plus, codeline serta penubuhan unit khas Speed Selangor di setiap PBT. Selain itu di bawah inisiatif Speed Selangor keputusan permohonan kerja awalan tapak di maklumkan kepada pemohon dalam tempoh 24 jam. Selepas permohonan lengkap diterima, manakala lesen penuh dikeluarkan dalam tempoh 24 jam. Selepas pendepositan perakuan siap dan pematuhan CCC. Kesemua inisiatif ini mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri untuk mewujudkan sistem penyampaian yang lebih pantas,cekap dan mesra perabo, tanpa menjejaskan pematuhan kepada keperluan teknikal serta peraturan yang berkuat kuasa. Sekian sahaja, terima kasih.
Soalan tambahan. Silakan.
Cuma saya nak tanya dekat pada EXCO Yang Berhormat Sekinchan. Polisi 3.0 Plus ini dilancarkan agak bila ya? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Pandamaran. OSC 3.0 Plus ini baru kita rancangan saya rasa dalam sekitar awal tahun. Sebelum kita laksanakan kita ada libat urus dengan semua pihak stake holder, PBT dan semua jabatan-jabatan, agensi yang terlibat dan melalui 3.0 Plus ini kita telah dapat memendekkan masa urusan permohonan dan sebagainya memudahkan banyak urusan melalui digital dan sebagainya. Kalau dahulunya kita kena submit penuh dengan semua dokumen-dokumen. Sekarang kita melalui online sahaja. Online submition, jadi ini mula-mula pada permulaan Ahli-ahli Berhormat, Tuan Timbalan Speaker mendatangkan banyak aduan-aduan ada konsultan, perunding yang mereka lantik mereka tidak begitu mahir pada awalnya dan mereka banyak complaint lah tentang kaedah sedemikian, tapi sekarang ini urusan-urusan di PBT saya pantau dan kita teliti dari masa ke semasa semakin rancak, semakin rancak dan mereka PSP dan sebagainya mereka tidak tahu perkara sedemikian dan melalui OSC 3.0 Plus mereka dapat mempercepatkan urusan-urusan dan sebelum ini kita ada juga rundingan awal Pre Council awal sebelum semua dokumen lengkap. Kalau dokumen tidak lengkap mereka masuk juga dalam OSC 3.0 Plus tidak bermakna mereka akan tidak akan diproses dan akan ditolak. Jadi sebelum itu mereka sudah ada Pre Council. Jadi seperti ini urusan pada jabatan kita juga percepatkan kalau dahulunya urusan jabatan satu jabatan luaran mungkin, 2 minggu, sebulan belum sampai lagi, ada yang lambat dan sebagainya. Ini antara kengkangan birokrasi yang sering kali wujud. Namun begitu sekarang kita minta mereka percepatkan itu yang pertama. Yang kedua sekiranya kita tunggu tempoh masa matang, ulasan tidak datang juga, mereka akan cuba proses terus, tidak akan tunggu. Kita akan justifikasi mereka dan setuju dan sebagainya. Dalam keadaan sedemikian untuk kita percepatkan. Sebab saingan dunia sekarang ini dalam konteks pelaburan, menarik pelaburan dan sebagainya untuk mesra perniagaan. Easy Doing Business. Kita bukan bersaing antara kita sahaja PBT sahaja kita bersaing secara global seantero dunia. Oleh sebab itu kena cekap, laju, pantas supaya dan lebih berkesan. Itu sahaja. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Soalan tambahan, Balakong.
Terima kasih Tuan Speaker, Yang Berhormat EXCO Saya nak tahu jumlah permohonan yang telah diselesaikan di bawah dasar Speed Selangor ini sejak pelaksanaan Oktober lalu. Kalau dia dapat jawab sekarang, saya minta dia jawab secara bertulis kemudian.
Baik Yang Berhormat Balakong. Oleh kerana itu melibatkan angka-angka kita akan jawab secara bertulis. Terima kasih.
Yang Berhormat Batu Tiga.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan nombor 58.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 58. Mengembangkan Pelaburan Fdi Dari IndonesiaQuestions
58. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-a) Adakah Kerajaan Negeri bercadang membangunkan kerjasama ekonomi strategik Selangor–Jawa Barat? b) Apakah sektor yang berpotensi untuk dikembangkan bersama? c) Apakah insentif yang biasanya ditawarkan untuk menarik pelaburan FDI?
Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Batu Tiga. Jawa Barat Indonesia adalah merupakan wilayah yang mesra pelabur. Ini dibuktikan menerusi rekod pelaburan yang direalisasi di peringkat nasional antara wilayah ini dengan Malaysia. Untuk tempoh 5 tahun lepas, Malaysia merupakan antara pelabur terbesar di Jawa Barat dengan pelaburan direalisasi berjumlah 47 trilion rupiah atau USD 2.63 bilion. Pelancong Malaysia juga menyumbang 12.5% daripada keseluruhan ketibaan pelancong antarabangsa ke wilayah tersebut. Mencerminkan bahawa wilayah Jawa Barat semakin dikenali dalam kalangan rakyat Malaysia. Melalui Selangor International Business Summit Asean yang berlangsung pada Julai 2026. Kerajaan Negeri Selangor berhasrat memperkukuh hubungan Perdagangan serta Pelaburan dengan Jawa barat, Indonesia menerusi kerjasama dalam beberapa sektor berpotensi tinggi yang dijangka memberi manfaat pertumbuhan ekonomi kedua-dua pihak. Meliputi sektor Aeroangkasa, Rail, Mobiliti, Semi Conductor, Pembuatan Berteknologi Tinggi serta Perusahaan Kecil dan Sederhana. Bagi PKS pula, program ini di bawah Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor ataupun SIPP Asean turut memberi peluang pada perniagaan yang membolehkan PKS mendapat manfaat dari jaringan yang diwujudkan antara Selangor dan Jawa Barat. Kerajaan Negeri Selangor komited memperkukuh kerjasama ekonomi strategik dengan provinsi Jawa Barat Indonesia. Langkah ini juga selaras dengan matlamat Rancangan Selangor Kedua RS2 untuk memperkukuh Transformasi Digital dan Integrasi Industri bernilai tinggi di peringkat serantau. Kerajaan Negeri melalui agensi Promosi Pelaburan Invest Selangor Berhad, telah menetapkan kluster berikut yang mampu dikembangkan bersama-sama Selangor dan Jawa Barat. Aeroangkasa dan Rail, Semi Conductor dan Digital, Ekonomi Halal, Pelancong Perubatan, Pendidikan Tinggi dan Mobiliti Bandar. Bagi memastikan Selangor kekal sebagai destinasi utama pelaburan asing di Asean, beberapa inisiatif Kerajaan Negeri seperti Selangor
International Business Summit Asean dan SIPP di Kuala Lumpur akan terus diperkemaskan. Selain program-program seperi pakej Managed Industrial Park, IDRISS dan Soft Landing Program akan diperkasakan. Di peringkat Kerajaan Persekutuan terdapat beberapa program yang diselaraskan bersama pihak Invest Selangor Berhad dan SIDEC seperti insentif syarikat takrif atau taraf perintis, allowance pelaburan dan lain-lain program anjuran pihak MIDA dan MDEC. Terima kasih.
Soalan tambahan. Silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker, terima kasih Yang Berhormat EXCO atas jawapan yang berikan. Saya ingin bertanya apakah kita sudah ada pengkhususan di sebut tadi ada sektor-sektor yang berkemungkinan berpotensi untuk kita kerjasama antaranya Rail, Mobiliti Pengangkutan Awam dan Aeroangkasa. Memandangkan kita di Selangor sudah pun melaksanakan beberapa inisiatif kita sudah ada VAN DRT, kita juga telah selesai mungkin bas percuma yang kita laksanakan beberapa tahun. Apakah ada perkongsian baik daripada negeri Selangor yang telah pun kita kongsikan dan mungkin ada juga perkara yang mereka sudah mula menunjukkan minat tentang kerjasama Selangor dan juga Jawa Barat? So saya ingin bertanya sudah ada mungkin sedikit ruang yang kita nampak berpotensi dilihat sebagai peluang pelaburan Negeri Selangor ke Jawa Barat dari sudut aspek mobiliti khususnya dan mungkin kalau Yang Berhormat juga boleh ulas tentang care ekonomi yang saya nampak yang agak menarik apabila dalam banyak-banyak signing ceremony itu kita ada juga aspek care ekonomi yang juga kita tandatangan bersama dengan pihak Jawa Barat? Mohon pandangan Yang Berhormat.
Terima kasih. Sebenarnya jawatankuasa Mobiliti dan MBI sedang memperhalusi bentuk kerjasama dengan pihak Institute For Transportation dan Development Policy dan Trans Jakarta untuk membangunkan sistem transit yang bersepadu termasuk kajian extention of BRT di kawasan negeri Selangor. Untuk maklumat Yang Berhormat, jaringan bas BRT di Indonesia, bas BRT di Indonesia telah bermula sejak 2004 di mana ITDP iaitu Institute For Transportation dan Development merupakan badan pemikir dan penasihat kepada BINAS perhubungan Jakarta bermula dengan hanya 13 kilometer satu koridor Tran Jakarta kini mengoperasi 14 koridor di lebih 250 kilometer. Dan berbanding di Malaysia kita hanya mempunyai Sunway BRT yang wujud dengan hanya 5.4 kilometer. Saya berpandangan kita perlu cuba mewujudkan ekosistem BRT yang mampu meningkatkan akses dan pengangkutan awam untuk pengguna. Saya bagi contoh BRT Sunway dia hanya meliputi di kawasan Sunway, ia bermakna ia hanya memberi satu perkhidmatan kepada satu cagement kawasan sahaja. Jadi saya nampak eloknya kalau kita dapat mengembangkan perkhidmatan BRT ini ke cagement yang lain seperti di Puchong ataupun dia Glenmarie ataupun sampai kawasan Damansara. Jawatankuasa Mobiliti yang sedang mengkaji kebolehlaksanaan dan sedang berbincang dengan beberapa pihak untuk mengembangkan perkhidmatan BRT ke
cagement yang lain. Jadi dengan apa itu, untuk soalan yang kedua care ekonomi sebenarnya satu sektor yang di mana Kerajaan Negeri nampak ada potensi untuk mengembangkan dalam apa tu perkembangan ekonomi di negeri Selangor tetapi dia punya butirannya detail nya saya akan serah kepada Yang Berhormat Templer untuk menjelaskan dengan lebih jelas kerana yang care ekonomi ini di bawah Yang Berhormat Taman Templer. Terima kasih.
Silakan Yang Berhormat Jeram.
Soalan saya nombor 59.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 59. Bantuan Kewangan Untuk Pemasyhuran Wau CagatQuestions
59. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-a) Apakah bentuk bantuan modal, kepakaran atau inisiatif kepada mana-mana pihak yang ini mengembangkan permainan ini ke tahap yang lebih tinggi? Berapakah jumlah peruntukan yang telah disalurkan setakat ini?
Terima kasih Yang berhormat Jeram. Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Yang Berhormat Jeram bertanyakan apakah bentuk bantuan modal, kepakaran atau inisiatif kepada mana-mana pihak yang ini mengembangkan permainan ini ke tahap yang lebih tinggi? Berapakah jumlah peruntukan yang telah disalurkan? Ini bertanya mengenai Wau Cagat. Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Kebudayaan Adat Istiadat Melayu dan Warisan sentiasa komited. Usaha untuk memelihara dan memperkasakan serta mengembangkan Wau Cagat. Wau Cagat satu kaedah permainan wau kapal yang sinonim dengan masyarakat Banjar di Jeram atau di Kuala Selangor. Jadi saya minta Wau Cagat ini bahasanya iaitu boleh disahkan oleh Yang Berhormat Sungai Panjang iaitu tegak, pacak, berdiri. Jangan salah tafsirlah. Berdiri menunjukkan bahawa teknik menerbangkan wau kapal ini sehingga kepada dalam kedudukan yang tegak di udara itu pertandingan Wau Cagat menilai kemahiran berserta menerbangkan wau Kapal menggunakan tenik tersebut sekali gus memelihara keunikan dan permainan tradisi yang menjadi identiti negeri Selangor. Bagi mengembangkan warisan ini ke taraf yang lebih tinggi Kerajaan Negeri telah melaksanakan beberapa bentuk bantuan dan inisiatif di antaranya, iaitu bantuan kepakaran melalui Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor, sebagai juri pertandingan, nasihat teknikal serta rujuk
kepada Persatuan Wau Kapal bagi memastikan keaslian teknik pembuatan dan juga permainan terus dipelihara.
Panjang lagi Yang Berhormat?
Penganjuran...
Yang Berhormat EXCO panjang ke?
Saya ingat saya minta izin sambung pada hari Isnin.
Sambung atau hantar jawapan bertulis.
Boleh, terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Masa telah menunjukkan jam 11.00 pagi. Dengan ini saya menangguhkan sesi pertanyaan untuk urusan seterusnya.
Sambungan Usul nombor 9 Tahun 2026. Usul di bawah Peraturan Tetap 76 (5) oleh Yang Berhormat PandamaranMotion
Aturan urusan mesyuarat seterusnya. Sambungan Usul nombor 9 Tahun 2026. Usul di bawah Peraturan Tetap 76 (5) oleh Yang Berhormat Pandamaran.
Dipersilakan Yang Berhormat Pelabuhan Klang untuk meneruskan ucapan.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker kerana memberikan saya peluang untuk menyambung perbahasan bagi menyokong Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Pengurusan Air, Pertanian, Infrastruktur dan Mobiliti, JPK Infragro berhubung pemerkasaan, tatacara, pengendalian pendawaian dan penyelarasan, pelaksanaan peruntukkan MARRIS oleh INFRASEL Sdn. Bhd.
Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain, seperti yang saya nyatakan semalam bahawa Jawatankuasa Infragro yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Subang Jaya. Kita telah mengadakan pertemuan dengan pihak INFRASEL bagi membincangkan isu-isu dan masalah-masalah jalan raya. Khususnya selepas INFRASEL diberikan tugas mengambil alih kerja-kerja bagi melaksanakan kerja-kerja turapan dan penyelenggaraan yang menggunakan peruntukan MARRIS di semua PBT-PBT di negeri Selangor. Dan kita amat mengharapkan apabila INFRASEL mengambil alih kerja-kerja yang dibuat sebelum ini yang dibuat oleh PBT iaitu menggunakan peruntukan MARRIS bagi penurapan jalan raya dan penyelenggaraan jalan raya tersebut adalah baik dan berkualiti daripada PBT. Janganlah selepas INFRASEL dah ambil alih, lagi teruk daripada PBT. Dan telah banyak perbincangan telah dibuat, telah kita telah mendengar apa yang telah diudarakan oleh pihak INFRASEL semasa pendengaran
dibuat. Dan banyak penemuan-penemuan Jawatankuasa selepas kita mendengar hujah daripada pihak INFRASEL. Di antaranya ialah, Jawatankuasa mendapati bagi kawasan perumahan spesifikasi ketebalan turap jalan yang selama ini diguna pakai oleh Pihak Berkuasa Tempatan adalah setebal 50mm. Manakala spesifikasi ketebalan jalan yang digunakan oleh pihak INFRASEL adalah 40mm. Jadi, Jawatankuasa berpandangan bahawa ketebalan penurapan jalan yang lebih sesuai bagi kawasan perumahan berdasarkan pengalaman semua Pihak Berkuasa Tempatan di negeri Selangor ini adalah lebih baik untuk kekalkan ketebalan penurapan jalan itu sebanyak 50mm seperti yang dibuat oleh Pihak Berkuasa Tempatan / PBT sebelum ini. Dan Jawatankuasa berharap supaya pihak INFRASEL menerima pandangan jawatankuasa supaya mengekalkan ketebalan ke turapan jalan itu 50mm. Kalau buat lagi tebal lagi bagus, lagi baik. Sebab kita pengguna aliran trafik jalan-jalan raya di negeri Selangor ini akibat penambahan pendudukan, penambahan kenderaan, aliran trafik tinggi jadi jalan raya di negeri Selangor ini boleh orang kata apa cepat rosak dan perlu di selenggara dengan lebih kerap. Jadi Jawatankuasa sekali lagi mendapati spesifikasi kerja turapan juga perlu diambil kira juga kategori jalan, jumlah aliran trafik, jumlah kenderaan dan keadaan biologi sesuatu kawasan. Sebab kita contoh seperti di Sijangkang ini banyak kawasan-kawasan tanah gambut. Kalau kita tengok jalan raya WCE itu, permulaan sebelum ia dibuat, sebelum ia digunakan sangat rata tetapi sekarang setelah hampir setahun saya ingat kita menggunakan jalan raya tersebut, kita telah nampak dah, jalan raya itu beralun sebab pemendapan jalan, pemendapan tanah gambut itu menyebabkan jalan itu beralun. Jadi mungkin kena tengok bagaimana kita hendak melihat spesifikasi dan kaedah penggunaan penurapan jalan di sesetengah kawasan itu mungkin berbeza dan tidak sama.
Kalau di kawasan Pelabuhan Klang banyak kawasan-kawasan tanah marin clay. Mungkin kaedah spesifikasinya kena guna lain. Produk premix juga kena guna lain. Seperti yang saya nyatakan semalam, ada kawasan yang kita cuba menggunakan fiber assistant yang mungkin kena guna yang itu. Sebab kita telah maklum jalan raya kita, premix yang sedia ada ini kalah dengan air yang bertakung dan kalah dengan minyak diesel, tumpahan minyak diesel. Di Pelabuhan Klang kerap berlaku kemalangan lori kontena. Bila berlaku kemalangan lori kontena dan akan berlaku tumpahan minyak diesel. Semua kawasan kemalangan lori kontena kesan daripada tumpahan diesel ini menyebabkan kerosakan jalan yang teruk. Dan bila ia mula merekah, mula apa orang kata sesak jalan itu kemudian dia akan rosak keseluruhan, semua tercabut. Tapi premix sejak kita gunakan SFM iaitu Super Fiber Mix Assistant ini, jalan itu jadi tahan. Ada lebih 2 tahun dah, ada kawasan kita buat cuba. Dan yang terbaru, Alhamdulillah JKR. Itu adalah jalan Persekutuan lah! Yang Berhormat apa ini, Yang Berhormat EXCO bahawa jalan itu dibuat oleh pihak Persekutuan. Sekarang ini 10 lagi jalan telah menggunakan produk tersebut. Insya-Allah kot boleh kekal. Ia tidak bolehlah tahan selama-lamanya tapi sekurang-kurangnya hayatnya lebih panjang daripada penggunaan kaedah teknologi yang sekarang ini.
Semasa pertemuan tersebut, semasa perjumpaan tersebut Jawatankuasa menemukan bahawa hanya seorang sahaja pegawai INFRASEL di setiap daerah, adalah masih tidak mencukupi untuk melaksanakan fungsi pemantauan dan penyelarasan secara berkesan. Sebelum ini, apabila kita beri kepada pihak PBT, pihak PBT ia ada zon yang menjaga kawasan-kawasan itu. Kalau PBT seperti di Klang, macam saya di Klang lah! Majlis Diraja Klang. Di Pelabuhan Klang dan di setiap DUN itu ada orang-orang dia. Tapi kalau INFRASEL menggunakan pengiraan satu daerah satu pegawai. Tetapi Klang ini besar. Ada pula Klang Utara ada Klang Selatan, kalau seorang pegawai hendak jaga dari Klang Utara hingga Klang Selatan untuk memantau kerja-kerja penyelenggaraan penurapan yang dibuat oleh pihak kontraktor yang mungkin di lantik oleh pihak INFRASEL itu mungkin bagaimana cara menjaga kualiti turapan.
Pada saya, pada kami Jawatankuasa melihat bahawa satu pegawai satu daerah ini adalah tidak cukup. Kita ada 9 daerah makna ada 9 pegawai sahaja, hendak jaga semua, oh... susah. Terkena daerah Hulu Selangor, daerahnya besar. Kawasan Klang, besar.
Tanya soalan.
Ya, Yang Berhormat.
Terima kasih. INFRASEL dia buat kerja sebagai kontraktor. Penyelia dia yang akan pantau kerja dan tidak cukup. Tapi kenapa tidak pakai atau minta PBT sebab dia ada penyelia juga. Dia yang pantau kerja-kerja INFRASEL. Saya rasa ini lebih baik sebab kontraktor daripada INFRASEL, Penyelia daripada PBT lebih sesuai untuk kerja-kerja pantau.
Betul, saya setuju Yang Berhormat Kajang. Okay, INFRASEL. Memang PBT juga akan ada pegawai pemantau. Kalau kita tengok road care Jalan Persekutuan setiap dia ada zonning dia. Bukanlah satu zonning tu satu daerah itu pegawai. Misal katalah PBT memantau mengikut zonning tapi tak mungkin satu pegawai satu daerah. Kerja-kerja akan jalan serentak. Kalau ada Yang Berhormat ini perasan kerja-kerja MARRIS ini akan bermula pada pertengahan tahun tapi ia jalan serentak. Ia jalan serentak dan kontraktor ini sekarang akan dilantik oleh INFRASEL. INFRASEL kena memastikan kontraktor yang dilantik, mana kerja yang kena buat dia sendiri pastikan kualiti tersebut. Pihak PBT memang akan memantau juga. Tetapi dalam masa yang sama, yang penting sekali apabila kita serahkan kepada INFRASEL ini, apa di peringkat awal yang saya nyatakan tadi ialah kenapa kita swasta? kenapa kita letak dan tidak bagi pada INFRASEL? Kita hendak kerja-kerja tersebut lebih baik daripada pihak PBT buat sebelum ini. Tapi kalau pihak PBT pun jaga juga macam dulu lebih baik pihak PBT sahaja yang menjalankan aktiviti penurapan jalan ini dan milik kontraktor, itu maksud saya. Maknanya pihak INFRASEL
kena tambah melalui perbincangan dengan Jawatankuasa dan juga pihak INFRASEL. Ya, Yang Berhormat Kajang.
Mungkin saya bagi sedikit pandangan, untuk INFRASEL kerja dia bukan setahun kerja penuh, betul tak? Ia hanya beberapa bulan ia punya MARRIS akan turun dia buat kerja di sesetempat, kalau you ada lebih penyelia, adakah kos mampu serap atau adakah ia ada kerja di bulan-bulan yang lain. Jadi boleh baik bincang dengan PBT untuk buat kerja pantau sahaja.
Betul Yang Berhormat, sebab itu saya bagi tahu INFRASEL bukan sahaja buat kerja pemantauan untuk PBT. Sekarang ini JKR Negeri punya jalan pun bawah INFRASEL juga. Tapi kalau ambil konsep satu daerah satu pegawai dengan jalan INFRASEL, dengan jalan JKR, ada lagi dengan jalan PBT dan mungkin ada jalan daerah selepas ini kot INFRASEL buat. Ini maksudnya INFRASEL memastikan kontraktor yang dipilih dan dilantik itu menjalankan kerja-kerja dengan baik. Sebab ini sudah menjadi tanggungjawab INFRASEL. Ini kita telah melihat dah pihak PBT. Saya telah lihat dah bila you tengok nanti ada lagi penemuan-penemuan yang kita kira. Bukan kita hendak mencari salah ya Yang Berhormat. Bukan kita hendak menentang keputusan kerajaan yang ini, yang apa telah menyerahkan kerja-kerja MARRIS ini kepada pihak INFRASEL tetapi kita hendak mencari titik penemuan, titik supaya ia lebih baik seperti mana yang saya cakapkan di peringkat awal tadi, kerja penurapan jalan ini kena lebih baik lagi daripada pihak PBT buat seperti sebelum ini.
Ya, Yang Berhormat Kuang.
Saya tertarik juga dengan ulasan Yang Berhormat tadi tu. Dulu kerja-kerja ini semua dikendalikan oleh PBT. Dan ada macam-macam aduan. Dan kita pun datang dengan formula baru. Hendak lantik semua bagi semua ini biar INFRASEL. Tapi nampak keputusan yang diambil itu, hasilnya lebih teruk kot daripada PBT-PBT jaga. Kalau apa yang kita telah lalui bersama, dari sudut kerjasama, jawapan-jawapan yang di minta pun tidak baik, tidak memadai untuk kita pertimbangkan aduan-aduannya. Harga yang lebih mahal. Penurapan 40 ke 50 dan sebagainya. Saya rasa kalau macam itu lebih baik kita bagi balik sahaja kepada PBT untuk handle. Jadi kita tiada masalah seperti yang dibangkitkan oleh rakan kita tadi ia 3 bulan kerja 4 bulan tiada kerja kan. Jadi kita selesaikan, kita bagi balik kepada PBT jaga, selesai semua masalah kita. Jadi apa pandangan Yang Berhormat?
Okay. Sebab itu saya berkata Yang Berhormat Kuang. Kita bagilah tempoh percubaan, sebab baru lagi ni. Memang saya ada pengalaman, jalan yang telah dibuat oleh INFRASEL di kawasan saya. Saya pun melihat memang ada masalah kualiti di situ berbanding sebelum ini oleh PBT. Ini tidak boleh, hendak dinafikan sebab pengiraan dah lain, harga dah lain. Ya, lah! mana ada
syarikat buat kerja tidak hendak untung kan? So, nanti engkau nak lantik lagi kontraktor yang lain. Sebab sebelum ini PBT terus beri kerja kepada kontraktor. Tetapi kini PBT minta pada INFRASEL dan INFRASEL yang akan juga. Faham-faham kan lah maksud saya. Itu pandangan orang biasa nampak. Pegawai-pegawai di PBT itu juga diperkatakan. Sebab itu tadi Yang Berhormat Kajang katakan kalau hendak letak lagi pegawai di PBT , kalau saya di peringkat PBT, buat apa saya nak tengok juga lagi. Sebab ini kita telah serah sepenuhnya tugasan kerja-kerja turapan ini you kena tengoklah A hingga Z. You kena pantaulah! Pihak tu datang setakat tengok report dan telah buat apa semua. Tapi in term of quality dari mula start kerja, premix semua tu sampai kena ada pegawai INFRASEL untuk memantau dan memastikan. Maknanya suhu premix yang turun itu menepati piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak PBT atau pihak teknikal jalan raya.
Terima kasih Speaker. Terima kasih Pelabuhan Klang. Bila ia bercakap sebagai orang awam mereka tidak tahu nak report pada INFRASEL ke atau PBT. Tapi yang lebih baik ialah pintu masuk adalah PBT. Bagaimana PBT pula, dapat bekerjasama dengan INFRASEL untuk selesaikan masalah, yang melihat adalah dari mata kepala rakyat sendiri. Apa penemuan di sini? Terima kasih.
Sebab itu, saya masih panjang lagi sebenarnya jawatankuasa ini bersidang dulu, tetapi tidak cukup masa kita adakan banyak lagi perbincangan. Dan selepas ini INFRASEL dan PBT ini saya akan ambil alih pula di bawah jawatankuasa PBT. Sebab kita masih tidak berkesempatan untuk mendengar pandangan PBT secara keseluruhan sebab kita ada 12 PBT. PBT sekarang telah bekerjasama dengan INFRASEL, mungkin sekarang ada pengalaman-pengalaman yang pernah bekerja dengan pihak INFRASEL. Kita ingin mendapatkan maklum balas daripada pihak-pihak PBT. Sebelum ini kita bincang masa itu kita belum bermula lagi kerja-kerja INFRASEL ini melaksanakan tugasan penurapan ini. Tetapi sekarang telah dilaksanakan oleh pihak INFRASEL mungkin di sini kita telah nampak. Mungkin ada cadangan-cadangan penambahbaikan daripada PBT. Tapi mungkin itu nanti kemudianlah! Yang Berhormat Sungai Ramal. Bahawa pada saya perlu ada kerjasama. Di sini yang kita hendak capai, bagaimana kita hendak dapatkan kerjasama daripada pihak INFRASEL dan juga pihak PBT itu. Akhirnya kita sebagai pengguna jalan raya dan kita sebagai Kerajaan hendakkan hasil yang berkualiti, turapan yang baik, penyelenggaraan yang baik. Kalau rosak itu kena buat dengan cepat. Tetapi saya difahamkan pihak INFRASEL ini hanya membuat kerja-kerja penurapan dan penyelenggaraan jalan sahaja. Tapi untuk pembaikan, tampal lubang dan sebagainya masih lagi di bawah PBT. Yang ini, saya. Ya, Yang Berhormat Bukit Gasing.
Since Yang Berhormat Pelabuhan Klang dan juga Pengerusi, Jawatankuasa PBT. Macam mana Jawatankuasa PBT ini ada datang memantau tak? Tahu tak pembaikan jalan yang dilakukan oleh PBT, ini
saya belum mendapat penyata. Mungkin saya tersilap pandang dan boleh beri penjelasan siasatan-siasatan yang telah dibuat?
Okay. Yang Berhormat kita akan buat. Kan saya telah cakap tadi. Ini adalah di bawah Jawatankuasa Khas Infragro. Selepas sahaja kerja-kerja ini telah di panggil untuk Pihak PBT sahaja. Selepas ini kita akan panggil INFRASEL sebab melalui Jawatankuasa INFRASEL ini hanya membuat kerja-kerja infra sahaja dengan pihak JKR semua. Untuk bila dah PBT dah serahkan jalan ni kepada, selepas ini memang kita nak menilai balik prestasi INFRASEL semasa jawatankuasa tersebut. Sebab masa kita buat jawatankuasa ni panggil pendengaran INFRASEL ni masa ni belum mula lagi. Sebab masa ni masih lagi ada banyak kita boleh ke tak boleh ke boleh ke. Sebab tu semasa pihak INFRASEL bentangkan apa yang mereka nak laksanakan. Sebagai contoh tadi kalau PBT sebelum ni turap 50mm pihak INFRASEL dia hanya boleh turap 40mm. Mungkin dia nak cuba capai panjang jalan seperti yang sebelum ni PBT buat. Mungkin sebab tu harga dah berbeza. Kalau PBT boleh laksanakan 50mm mungkin harga dia kita tak pasti formula harga tu macam mana. Mungkin yang tu pihak Yang Berhormat EXCO nanti boleh jelaskan. Sebab pada masa itu banyak perkara pun belum di orang kata dimuktamadkan. Tapi selepas pelaksanaan ni dibuat adalah terdengar rungutan sana sini daripada pihak PBT secara general. Tetapi bukan lagi secara kita dokumentasikan dalam penemuan jawatankuasa. Mungkin selepas ini kita akan panggil kita akan dapatkan pandangan daripada semua 12 PBT. Bagaimana selepas kerja-kerja ni diambil alih oleh pihak PBT bagaimana prestasinya kalau ada kelemahan apakah cadangan penambahbaikan daripada pihak PBT. Sebab kita dah bagi pun kepada pihak INFRASEL. Cuma yang kita nak sekarang ialah kualiti turapan itu mesti lebih baik daripada yang telah dilaksanakan oleh pihak PBT sebelum ini. Mana dulu? Sekejap Sungai Kandis, bagi Paya Jaras dulu.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat dan juga Sungai Ramal dan juga Pelabuhan Klang tentang rakyat ni dia nak cerita settle je. Siapa kualiti ke dia tak tanyalah sebab dia tahu benda settle je. Jadi pada saya, saya ingat kita bagi jawatankuasa kena tengok betul-betul bagi tempoh biar ni baru. So dalam tempoh setahun ni kena buat data you have to decide nak tentukan sama ada INFRASEL atau PBT. Pada saya keutamaan kita ialah rakyat dapat bukan siapa dapat. Sebab tu saya balik pada pandangan saya kena tengok balik nature apakah INFRASEL juga masa penubuhannya tu ditubuhkan untuk menurap jalan. Kalau asas dia perkhidmatan dia untuk menyelenggara so biar fokus menyelenggara. So kemudian PBT buat saya contoh kata jalan ni turap oleh INFRASEL. Tiba-tiba PBT nak repair pula, eh bukan kerja aku kan. Itu pada pandangan saya dia kata yang buat bukan saya, saya pulak kena nanti saya repair sikit. Jadi dia timbul konflik. Jadi pada saya teliti betul-betul Jawatankuasa kena tengok betul-betul dan dalam tempoh kita bagi tempoh 6 bulan lepas tu buat keputusan. Dan itu lapor kerajaan negeri dan decide sama ada nak teruskan INFRASEL ataupun balik pada asal. Pada pandangan saya kalau dengan
awal cerita awal ni nampak kos tu lebih banyak pada PBT sebab of course INFRASEL nak untung. Syarikat mana nak rugi kan bang? Mesti nak untung. So dia akan cut margin bila cut margin akan pendek tu jadi 40 milimeter. Jadi pada saya tengok betul-betul tapi kita kena buat keputusan segera sekarang. Jadi tengok Jawatankuasa tengok balik dan kita bentang balik dan kita decide sama-sama. Yang penting pada saya ialah kualiti jalan. Memang jalan sekarang memang ada isu besarlah. Jadi pada saya tengok balik job description kepada person adakah dia telah pada saya dia telah melepasi yang sepatutnya. Takut bila dia tak expect kita bagi dia akan menyebabkan kualiti tu akan turun. Ini pandangan saya Yang Berhormat.
Ya saya setuju dengan Yang Berhormat Paya Jaras sebab tu daripada awal lagi saya kata kalau kita dah buat keputusan ataupun Kerajaan Negeri dah buat keputusan untuk menyerahkan kepada pihak INFRASEL mesti dah ada kajian yang dibuat sebelum ini. Dan mesti kena lebih baik daripada yang dibuat oleh pihak PBT sebelum ini. Dan bukan hanya kualiti turapan tu malah tatacara kerjanya, pelantikan kontraktornya, lepas tu kaedah kerjanya, spesifikasi yang nak diguna yang itu yang perlu dibentangkan. Sebab kita nak INFRASEL buat lebih baik. Dari awal tadi saya dah bagi tahu setiap tanah-tanah yang ada di negeri Selangor ni berbeza-beza. Kita ada tanah marin clay seperti Pelabuhan Klang, di Sejangkang banyak tanah gambut dan permukaan muka bumi kita ni tak sama. Jadi mungkin dah ada mapping yang macam kita bincang ni ialah pemetaan semula jalan-jalan dan juga pendigitalan sistem pemantauan jalan ni dan perlu kena diperkasakan. Supaya kita dah boleh tahulah kalau kawasan warna ni je ini adalah tanah gambut yang mesti menggunakan kaedah yang telah ditetapkan atau yang telah difikirkan. Kalau kawasan Pelabuhan Klang macam ni jalan dia. Kalau kawasan berbukit seperti di Hulu Selangor semua okay macam ni jalan dia. Kalau di kawasan Sentosa banyak kawasan bukit dia kawasan berair. So sama juga kebanyakan kawasan tanah gambut so dah kena guna kaedah yang lain. Jadi yang ini yang perlu difikirkan. Yes INFRASEL baru saja mengambil alih kerja-kerja ni daripada pihak PBT mungkin belum dapat lagi step dan pihak PBT pun dia sedang memantau. Dan macam saya bagi tahu macam bagi tahu tadi Bukit Gasing ya selepas ni Jawatankuasa PBT akan panggil semua PBT untuk membentangkan pengalaman ataupun pandangan selepas pihak INFRASEL melaksanakan kerja-kerja MARRIS ini di semua PBT. Ya Sungai Kandis.
Baik. Terima kasih Yang Berhormat Pelabuhan Klang ya. Saya nak ingin bertanya kepada Yang Berhormat Pelabuhan Klang dan juga kepada Kerajaan Negeri juga. Setuju tak sekiranya segala projek-projek ya sama ada selenggara jalan atau apa sahaja sekalipun dapat dibuat runding direct dengan kontraktor tersebut bukan melalui ABC. Jadi maksudnya di sini mungkin kita boleh bagi sikit kelonggaran untuk sebab biasanya kontraktor yang membuat pekerjaan ataupun mengambil kontrak dalam kontrak Kerajaan adalah kontraktor-kontraktor tertentu. Jadi sama ada suka atau tak suka saya sebut juga di sini Bumiputera. Jadi bila sebut Bumiputera bermakna contoh untuk membuat jalan. Berapa percent syarikat Bumiputera yang buat jalan? Jadi bila jadi macam itu kita
menggunakan duit rakyat. Bila guna duit rakyat kalau kita direct dengan pembuat ataupun kontraktor tersebut harga adalah separuh daripada harga yang kita beri kepada ABCD. Jadi saya mohon ye saya mohon Yang Berhormat Klang, Yang Berhormat Pelabuhan Klang sebagai pengerusi dalam Jawatankuasa PBT mengesyorkan kepada pihak Kerajaan buatlah sesuatu untuk mengelakkan kerugian rakyat, kewangan rakyat lebur macam itu saja yang mana saya bagi satu contoh saya mendapat quotation untuk membuat jalan sepanjang 200 meter, lebar 3 meter, thickness 25 meter lorong di kampung. Nilai hanya RM22,500 Indian contractor. Ialah buat jalan mana ada bangsa lain. Jadi yang itu is direct. Tapi bila we get bila saya dapatkan daripada kontraktor yang berdaftar harga dah jadi RM49,500. Jadi berapa banyak kerugian yang kita ada di situ. Jadi saya harap tidak ada siapa-siapa yang tersinggung. Saya bercakap apa yang benar. Semoga benda ini akan berubah sikit hari lagi dan mohon Yang Berhormat Pelabuhan Klang dan juga Yang Berhormat Dato' Seri Menteri Besar ambillah, hentikan lah all the semua yang duduk atas angin punya itu. Buatlah direct ya untuk mendapat kualiti yang lebih baik. Terima kasih.
So Yang Berhormat Sungai Kandis, yang itu nanti saya rasa masukkan je dalam perbahasan saya sebab kalau saya nak ulas pun saya bukan di tempat yang boleh mengulas apa yang Berhormat Sungai Kandis mungkin lepas ni kerajaan ada pandangan dia. Eh, tak boleh. Tak boleh. So saya tengok ramai sangat yang nak mencelah ni macam ramai sangat nak berbahas saya rasa tajuk ni mungkin kena ramailah. Kalau nak bagi pandangan lepas ni berbahaslah. Sebab saya ada banyak lagi nak cakap ni. Kan. Jadi okey, jawatankuasa mendapati terdapat perbezaan ketara lah antara seperti yang saya bagi tahu tadi antara tatacara pelaksanaan MARRIS oleh PBT sebelum ini dan pelaksanaan oleh pihak INFRASEL. Okay, kita memang mendapati bahawa sebelum ini Adun kawasan diberikan peluang. ADUN Kerajaan lah eh, ADUN diberikan peluang untuk meneliti serta memberikan pandangan terhadap senarai jalan yang dicadangkan oleh PBT sebelum pelaksanaan projek. Walau bagaimanapun prosedur tersebut tidak lagi dilaksanakan secara menyeluruh di bawah sistem semasa. Maknanya selepas pihak INFRASEL ambil alih. Jawatankuasa mendapati bahawa penglibatan ADUN kawasan dalam proses menentukan keutamaan jalan perlu diturap adalah penting bagi memastikan keperluan sebenar penduduk setempat diambil kira. Maknanya ADUN dah tahu dah kalau kita ada peruntukan macam sekarang ni setiap DUN ada tiga juta, kita pun tak boleh turap semua kalau tiga juta ni mungkin kawasan kita perlukan lima atau enam juta tapi tiga juta ni, kita nak turap yang mana dulu. So keutamaan tu mesti mendapat orang kata pandangan daripada pihak ADUN. Sebab kadang-kadang ni, macam saya punya pengalaman semasa turapan MEGA, saya selalu cakap jalan tu tak patut turap pun tapi di turap. Oh, dia kata ini YB yang ni program turapan MEGA. So siapa yang tentukan jalan ni? Masa tu penduduk akan mula bertanya dengan kita. Penduduk pula ingat ini ADUN yang buat keputusan. Sedangkan itu bukan ADUN punya keputusan. Kita datang-datang tengok eh kenapa turap dekat sini? Oh ni bawah program turapan MEGA yang dibuat oleh pihak INFRASEL. Yang ini kena betul-betul macam saya pernah cakap dalam sidang-sidang yang lepas itu, jangan lihat turapan
jalan ini sebagai satu perniagaan. Ini adalah sebagai satu tanggungjawab kita yang kita nak berikan kepada masyarakat. Yang terbaik kita nak berikan kepada masyarakat. Kalau lihat dari sudut perniagaan memang dia nak cuba cari jalan yang senang dia nak turap janji turap. Sebab tu kalau Yang Berhormat sekarang kalau datang ke kawasan sayalah selepas buat perbincangan beberapa kali dengan pihak Jabatan Kerja Raya Persekutuan yang melalui JKR daerah Klang kerjasama juga dengan pengarah JKR negeri Selangor, tuan-tuan akan tengok dekat Pelabuhan Klang jalan dia berbelak-belak dah. Sebab saya dah tak benarkan jalan yang elok tu diturap yang jalan yang rosak saja di turap. Dan kita boleh panjangkan jalan tu. Kalau tidak nanti daripada poin A ke poin B bukannya semua rosak, tapi dia pergi turap semua poin A ke poin B. Tapi kalau sekarang ni saya tengok lorong kecemasan dah tak turap, tempat tunggu bas dah tak turap, nanti ada lorong-lorong tertentu yang masih elok yang jarang digunakan tak turap. So, di Selekoh sekarang ni diberikan keutamaan, lorong-lorong laju diberikan keutamaan yang itu perlu diturap. Sebab tu nanti boleh tengok jalan tu macam berbelang-belang ada pekat ada ni tapi jalan masih cantik. So ini matlamat kita sebab kita nak maksimumkan penggunaan peruntukan yang kita terima. Sebab setiap tahun kita akan dengar peruntukan untuk kerja-kerja turapan jalan terutama MARRIS ni memang tak pernah cukup. Tapi bila tak pernah cukup keutamaan tu kita kena berikan kepada jalan yang paling rosak dan paling teruk dulu. Lepas tu baru kita turap jalan-jalan yang lain. Terutama sekali kawasan yang mendapat aduan yang tinggi. Jadi jawatankuasa berpandangan bahawa penglibatan ADUN tu sangat-sangat penting dalam proses untuk menentukan keutamaan jalan dan untuk memastikan yang bila ADUN tu dah buat apa yang dicadangkan, tandatanganlah. Suruh ADUN tu tandatangan. Jangan besok nanti ADUN pula atau melalui Yang Berhormat pula pusing, "Eh saya tak suruh buat jalan ni." Padahal masa bincang Yang Berhormat yang suruh. So maknanya ada tandatangan, ada dokumen yang perlu disediakan. Dan yang ini memanglah jawatankuasa berharap komunikasi, aspek komunikasi, perkongsian maklumat dan penyelarasan antara pihak INFRASEL, pihak PBT, pihak ADUN kawasan serta Ahli Majlis kawasan juga perlu diambil kira bagi membincangkan di mana kita nak gunakan peruntukan MARRIS ni keutamaannya di tempat yang paling teruk. Okay. Jawatankuasa juga turut mengambil maklum penjelasan INFRASEL bahawa kos pelaksanaan yang lebih tinggi. Ha yang ini kena, ini INFRASEL sendiri yang cakap dalam penemuan kita. Iaitu kos pelaksanaan yang lebih tinggi oleh disebabkan penggunaan bahan berkualiti tinggi serta peningkatan harga bahan mentah seperti bitumen, petrol dan diesel. Yang ini kita sedia maklum sebab bila ada krisis global peperangan di Timur Tengah, kita sedia maklum bahawa harga petroleum, harga bahan mentah seperti diesel apa semua meningkat naik. Dan mungkin di sini ada masalah. Sebab itu yang macam pihak INFRASEL tadi cuba juga menggunakan bajet PBT itu dengan nak cuba tengok kos yang pihak INFRASEL kena tanggung. Mungkin di situlah ada pengurangan daripada 50mm pergi ke 40mm mungkin. yang itu pihak Kerajaan mungkin boleh tengok bagaimana nak buat lebih baik pada masa akan datang disebabkan harga-harga bahan mentah ini meningkat seperti kos pengangkutan. Itu nak hantar premix lagi pada kuari pun menggunakan diesel juga. Lori tu pun lori menggunakan diesel juga. So itu juga dah meningkat naik
dan mungkin di situ ada pertambahan-pertambahan kos. Mungkin yang itu pihak INFRASEL boleh bentang kepada pihak Kerajaan Negeri dengan kos-kos yang terpaksa ditingkatkan dengan lebih terperinci dan di situ kita buatlah keputusan yang terbaik. Okay. Dan jawatankuasa juga mendapati bahawa sebelum pelaksanaan peruntukan MARRIS diselaraskan melalui INFRASEL, PBT mempunyai fleksibiliti yang lebih luas dalam menguruskan lebihan peruntukan yang diperoleh daripada penjimatan kos pelaksanaan projek. Lebihan tersebut boleh digunakan bagi melaksanakan kerja-kerja berkaitan penyelenggaraan infrastruktur jalan dan kawasan awam seperti pemotongan pokok, pembersihan longkang, penyelenggaraan bahu jalan serta kerja-kerja kecil yang lain yang berkaitan dengan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya. Peruntukan MARRIS ini kita sedia maklum memang boleh digunakan untuk kerja-kerja penyelenggaraan yang lain selain daripada turapan jalan tetapi semua longkang-longkang yang digunakan untuk mengalirkan air yang daripada jalan semasa hujan juga itu juga boleh digunakan untuk diselenggarakan, pemangkasan pokok juga boleh digunakan, penyelenggaraan bahu jalan juga boleh digunakan. So apa yang jawatankuasa dapati ialah di bawah pelaksanaan semasa peruntukan MARRIS disalurkan sepenuhnya kepada pihak INFRASEL bagi tujuan pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan dan penurapan jalan dan keadaan ini menyebabkan PBT tidak lagi mempunyai ruang ataupun fleksibiliti yang sama untuk menggunakan lebihan peruntukan bagi melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan sokongan yang berkaitan dengan infrastruktur jalan di kawasan pentadbiran masing-masing. Dan jawatankuasa mendapati bahawa keadaan ini boleh memberi kesan kepada keupayaan PBT untuk menangani isu-isu penyelenggaraan berskala kecil yang memerlukan tindakan dengan segera khususnya yang melibatkan keselamatan awam dan penyelenggaraan persekitaran jalan. Dan saranan jawatankuasa ialah jawatankuasa mengesyorkan agar mekanisme komunikasi dan penyelarasan yang lebih berkesan diwujudkan antara INFRASEL, PBT, Ahli Majlis dan ADUN Kawasan. Penglibatan ADUN, Ahli Majlis dalam proses penentuan keutamaan jalan yang akan diturap hendaklah diperkasakan bagi memastikan keperluan sebenar penduduk setempat di ambil kira sebelum sesuatu projek dilaksanakan. Jawatankuasa menyarankan agar pihak PBT diberi tanggungjawab untuk menyelaras dan wajib mengadakan mesyuarat penyelarasan di antara semua pihak berkepentingan yang telah dinamakan di atas seperti yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Kajang tadi bahawa pihak PBT juga tak boleh lah oh ini INFRASEL dah buat pihak PBT kena lepas tangan. Itu pun tak boleh juga sebab suka tak suka itu adalah jalan PBT cuma kerja je dilaksanakan oleh pihak INFRASEL dan akhirnya aduan itu juga akan pergi kepada pihak PBT dan pihak PBT juga perlu bertanggungjawab terhadap semua aduan-aduan yang dibangkitkan oleh rakyat jadi PBT juga kena jaga. Jadi jawatankuasa mengesyorkan juga agar...
Pelabuhan Klang.
Terima kasih Pelabuhan Klang. Saya nak tanya pandangan daripada Pelabuhan Klang dalam penyata ini
disebutkan penglibatan Ahli Dewan Negeri dan juga Ahli Majlis dalam penetapan kerja-kerja yang dibuat oleh INFRASEL. Apa pandangan Pelabuhan Klang bukan setakat kepada kerja-kerja INFRASEL sahaja tetapi untuk menetapkan jalan mana kita nak turap itu pihak PBT dan juga JKR perlu buat reference atau rujuk kepada ADUN Ahli Majlis dahulu sebelum jalan itu diturap. Maksudnya kita samakan prosedur ini. Kalau di INFRASEL pun perlukan dapat persetujuan daripada ADUN tetapi di PBT, PBT kita dan juga JKR juga perlu mendapatkan pandangan daripada ADUN untuk kita turap jalan.
Yang Berhormat Seri Serdang saya kira sebelum ini memang pihak ADUN yang menentukan peruntukan MARRIS ni kita nak turap di mana. Kita dah memang betul sebab tu kita kena sign dokumen apa semua. Jadi walaupun kita dah tukar kepada INFRASEL saya kira proses yang sebelum ini kita bekerjasama dengan pihak PBT dalam menentukan jalan-jalan mana untuk di selenggara dan diturap tu dilaksanakan juga walaupun di bawah pihak INFRASEL. Jadi yang ini yang tu tadi saya bagi tahu tadi penyelarasan semula kerja-kerja MARRIS ini perlu dibuat di antara INFRASEL, PBT, Ahli Majlis, ADUN Kawasan. Maknanya kena ada perbincangan sebelum kita laksanakan kerja-kerja turapan tersebut. Yang ini maknanya kerjasama ni kena dekat semua pihak. Termasuklah JKR pun, kalau ada peruntukan MARRIS ke apa bincang dengan pihak Pejabat DUN dan mungkin saya akan libatkan juga Ahli Majlis, Ketua Kampung dan dapatkan pandangan. Kita buat keputusan peruntukan kita ada banyak ni sahaja ada sejuta sahaja tapi kos untuk turap kawasan tu mungkin tiga juta tapi kita ada satu juta sahaja, okay jalan mana kita nak buat keputusan yang utama kita perlu turap dan perlu selenggara.
Pelabuhan Klang maksud saya tadi ni bukan peruntukan MARRIS sahaja maksud peruntukan PBT peruntukan JKR yang tidak melibatkan MARRIS kita selaraskan juga supaya ADUN-ADUN kita tahu di mana tempat yang sepatutnya diturap bukan setakat peruntukan MARRIS sahaja.
Okay saya setuju dengan Yang Berhormat Seri Serdang, saya kira masukkan cadangan daripada Seri Serdang tu dalam ucapan Pelabuhan Klang. Okay dan sekali lagi jawatankuasa tadi kita dah mencadangkan dan juga jawatankuasa juga berpandangan mengesyorkan agar spesifikasi dan kaedah kerja penyelenggaraan jalan dikaji semula berdasarkan kategori jalan, tahap penggunaan trafik dan jenis-jenis kenderaan yang menggunakan laluan tersebut. Bagi kawasan perindustrian, pelabuhan dan laluan kenderaan berat penggunaan spesifikasi turapan yang lebih berkualiti dan tahan lasak hendaklah dipertimbangkan bagi menjamin ketahanan jalan serta mengurangkan kos-kos penyelenggaraan jangka masa panjang. Merujuk kepada Bill Off Quantities (BQ) yang dikemukakan oleh pihak INFRASEL didapati bahawa spesifikasi ketebalan turapan
jalan yang digunakan oleh pihak INFRASEL adalah 40mm. Kita rujuk dalam lampiran yang pihak jawatankuasa bekalkan dalam penyata. Jawatankuasa menyarankan agar pihak INFRASEL mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pihak PBT di mana ketebalan turapan jalan bagi kawasan perumahan adalah 50mm. Kalau pihak INFRASEL tak boleh nak buat juga 50mm tu disebabkan kos apa semua, saya kira sudah sampai masanya pulangkanlah balik kepada pihak PBT sebab kita tak nak lah macam saya bagi tahu di peringkat awal tadi kalau sebelum ni PBT buat 50mm kenapa INFRASEL buat 40mm. Patutnya makin tebal lah kan. Jadi yang ini perlu diambil kira kalau kemampuan INFRASEL itu tidak boleh, jadi mungkin kena bincang balik lah pihak Kerajaan Negeri di antara INFRASEL, PBT dan juga semua pihak-pihak yang berkepentingan. Dan seterusnya Jawatankuasa juga mengesyorkan agar INFRASEL memperkukuhkan sistem pemantauan dan pelaporan projek melalui penambahan pegawai penyelaras di peringkat daerah serta pembangunan sistem pemetaan dan pemantauan jalan secara digital. Kita Selangor ke arah digitalisasi mungkin selepas ini laporan-laporan dah boleh menggunakan apps-apps tertentu yang mungkin dibina dan lepas ini tak payah lagi dah nak telefon sesama sendiri mungkin menggunakan kaedah yang boleh meringkaskan hubungan komunikasi di antara semua pihak-pihak yang berkepentingan. Maknanya tak payah lagi nak kena hantar kertas laporan kepada kita mungkin lah ada sistem yang kita dah tahu dah macam sekarang kita nak tengok bil TNB kita dah boleh tahu dah kita dah pakai banyak mana banyak mana so kita dah mula fikir alamak dah terlebih bajet kita dah mungkin malam jangan tidur pakai aircond lah lagi kan macam Ijok selalulah dia kata bila tengah bulan je dah tak pakai aircond dah malam tidur sebab nak jimat bil elektrik. Ni contoh. So samalah juga macam jalan raya kita dah tahu dah berapa peratus dah buat berapa peratus dah guna peruntukan kita, ada berapa peratus penjimatan yang kita ada. Kalau kita dah ke arah digitalisasi kita betul-betul kita ke arah matlamat tersebut. Dan seorang pegawai penyelaras daripada pihak INFRASEL ditugaskan untuk memantau sekurang-kurangnya lima projek semasa kerja-kerja penurapan di kawasan tersebut dilaksanakan. Ni paling minimum lah yang seorang pegawai boleh pergi tengok lima kerja yang kalau misal kata jalan serentak dan dalam masa yang sama juga Jawatankuasa mengesyorkan agar peruntukan MARRIS ini dilaksanakan melalui tender terbuka seperti yang dibuat oleh pihak PBT sebelum ini supaya ia nya membolehkan penjimatan. Penjimatan peruntukan MARRIS ini bertujuan membolehkan pihak PBT terus mempunyai keupayaan melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan sokongan yang berkaitan dengan infrastruktur jalan seperti pemangkasan pokok, penyelenggaraan bahu jalan, pembersihan longkang dan kerja-kerja kecil yang lain yang akan memberi impak secara langsung kepada keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Dan seterusnya jawatankuasa juga menyarankan agar INFRASEL akan melaksanakan tiga coring test bagi kawasan perumahan dan sekurang-kurangnya dua daripada tiga coring test tersebut perlu menepati spesifikasi terutamanya spesifikasi ketebalan penurapan jalan. Dan yang akhir sekali seperti yang saya nyatakan selepas ini pihak Jawatankuasa PBT akan memanggil pihak PBT pula untuk mendapatkan laporan, pandangan tentang prestasi kerja-kerja yang telah
dilaksanakan oleh INFRASEL sekarang ini dan mungkin di situ kita boleh juga dapatkan pandangan daripada pihak PBT bagaimana untuk ada penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti kerja-kerja turapan dan juga penyelenggaraan di negeri Selangor. Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat setiap kali sidang dewan sampai sekarang daripada mula saya menjadi Ahli Dewan Negeri Selangor termasuk Yang Berhormat Speaker yang sebelum ini menjadi Ahli Dewan Negeri daripada Tahun 2008 kan, tak pernah tak bincang pasal sampah, pasal jalan raya. Yang Berhormat Sungai Ramal ni antara Yang Berhormat awal 2008 dulu kan, bilalah saya harap akan datang ni kita tak payah bincang lagilah pasal jalan pasal kita tak payah lagi bangkitkan isu ini sebab bila keputusan ini dibuat maknanya kita masih lagi belum jumpa belum dapat solusi yang terbaik bagi menyelesaikan masalah penyelenggaraan jalan, masalah nak memastikan kualiti jalan yang terbaik di negeri Selangor ni mungkin antara isu yang selalu Yang Berhormat Pandan Indah bangkitkan ialah tentang kos yang tidak seimbang dengan masalah yang dihadapi di negeri Selangor, peningkatan trafik di Negeri Selangor sebab tu dah sampai masanya untuk kita fikirkan apakah kaedah dan solusi yang terbaik walaupun kos kita terhad tetapi dalam masa yang sama kita boleh menyelesaikan semua isu-isu yang berbangkit tentang masalah jalan raya di negeri Selangor. Sekali lagi Yang Berhormat Tuan Speaker dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian bahawa Pelabuhan Klang dengan ini menyatakan sokongan penuh kepada penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Pengurusan Air, Pertanian, Infrastruktur dan Mobiliti (JPK INFRAGRO) Kertas Bilangan 24/2026 berhubung Pemerkasaan Tatacara Pengendalian Piawaian dan Penyelarasan Pelaksanaan Peruntukan MARRIS oleh INFRASEL Sdn. Bhd. Sekian terima kasih. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Saya benarkan Sijangkang lima minit seorang kemudian Balakong kemudian Kajang kemudian Ijok. Lima minit seorang. Lima minit seorang.
Terima kasih apa pun terima kasih Tuan Speaker. Tahniah kepada Jawatankuasa Pilihan Khas INFRAGRO yang membawa Usul cadangan yang dibentangkan dan telah disokong oleh Pelabuhan Klang. Saya ingat Pelabuhan Klang sokong lagi panjang daripada pembentangan dan saya ingat terlalu jelaslah cuma masa yang diberikan lima minit ni saya secara umumnya saya menyokong di atas segala saranan yang ada. Cuma pertamanya saya nak sebutkan khusus dalam Usul ini adalah berkaitan dengan kerja-kerja yang dilakukan oleh pihak INFRASEL dalam urusan pengurusan jalan raya di jalan di bawah PBT. Tapi saya nak mengambil pendekatan awal ini untuk mengucapkan terima kasih kepada JKR Selangor yang telah memulakan dan naik taraf jalan di Jalan Garuda susulan daripada pembangunan dan Projek Tebatan Banjir Batu 9 Kebun Baharu jalannya rosak teruk tetapi kerja-kerja tebatan banjir tu pun belum selesai lagi saya khuatir jalan yang sedia ada ni akan lebih rosak juga tapi kalau tidak diperbaiki pun keadaannya adalah akan jadi lebih teruk. Dan saya melihat bahawa apa pun sepatutnya apa yang berlaku ni INFRASEL ni sebagai agensi pelaksana kerja-kerja
penyelenggaraan dan penurapan jalan di jalan-jalan PBT tetapi saya ingat kita telah mencuba pelbagai kaedah sehingga pada hari ini keputusan kerajaan sudah tentu adalah ada justifikasinya dan rasionalnya mengambil INFRASEL sebagai satu agensi yang diberi tanggungjawab tersebut. Cuma saya melihat ada kelemahan-kelemahan yang perlu diperbaiki. Terutamanya daripada peringkat awal perancangan dan pemetaan ini harus di lakukan sebelum lagi tahun pelaksanaan itu dan ini harus dimaklumi oleh semua pihaklah termasuk PBT dan juga Ahli-ahli Dewan Negeri tak kiralah sama ada kerajaan ataupun pembangkang dan juga entiti-entiti lain organisasi dalam Negeri Selangor ini supaya kita faham dan perancangan-perancangan yang akan dilakukan dan saya melihat bahawa apa pun pemetaan ini harus ada priority-prioritynya dan peruntukan walaupun nampak besar sebenarnya peruntukan ini bukan satu peruntukan yang terlalu besar tetapi daripada seluruh penjimatan-penjimatan ini harus berlaku. Keduanya berkaitan dengan pemantauan ini. PBT tidak boleh dikesampingkan daripada faktor pemantauan projek-projek ini dan kualiti yang dilakukan dalam projek jalan dan penurapan jalan ini dan ini harus diambil dengan serius supaya akhirnya kita dapat menentukan ROI daripada kewangan yang telah kita belanjakan dan juga hasil yang kita dapat lakukan tersebut. Dan saya ingat beberapa perkara yang saya nak timbulkan adalah antaranya adalah jalan di kawasan perindustrian yang sebahagian besarnya kalau di Sijangkang atau di Kebun Baharu ni jalan kawasan perindustrian ini masih lagi berada di bawah dan senarai yang di bawah JKR, yang mana jalan ini pun tidak dapat diuruskan dengan sebaik mungkin oleh JKR disebabkan faktor kekangan kewangan dan timbul juga di pihak PBT kalau jalan ini diserahkan kepada PBT maka dia akan gunakan peruntukan di bawah MARRIS di bawah PBT ini dapat diselenggarakan dengan lebih baik. Dan saya ingat jalan di kawasan saya ini lebih banyak kepada tanah-tanah gambut yang ini harus dilihatlah kalau jalan-jalan kampung ini sebahagian besarnya jalan itu lebih tinggi, satu disebabkan oleh kerap yang penurapan yang kedua sebab mendap disebabkan oleh tanah gambut ini dan akhirnya juga memberikan keadaan yang begitu bahaya kepada masyarakat ataupun pengguna.
Saya nak menyentuh juga selain daripada jalan PBT ini yang harus dilihat secara spesifik, sebahagian besarnya saya ingat penurapan di jalan PBT ini nampak lebih ke depanlah daripada jalan-jalan kampung ini. Ada masyarakat yang menimbulkan jalan PBT ini dia turap sampai ke lorong-lorong belakang di turap, tapi jalan kampung ini agak masih tertinggal terutamanya di kawasan-kawasan lorong-lorong yang rizabnya kecil di jalan kampung ini. Saya nak bagi satu contoh sebagai perbahasaan saya ini adalah lorong Jalan Bahagia di Sijangkang ini. Rizabnya memang kecil, sebahagiannya pun berada di kawasan tanah penduduk tetapi dia tidak diselenggarakan dengan baik mungkin disebabkan oleh peruntukan-peruntukan MARRIS ini di bawah PLB ataupun di bawah Pejabat Daerah ini, yang mungkin peruntukannya lebih kecil dan tidak dapat diselenggarakan dengan lebih baik. Yang keduanya saya nak sebutkan juga, satu jalan di kawasan saya yang masih lagi jadi isu adalah Jalan Surau. Jalan Surau Jenjarom, yang menghubungkan antara
kampung Jenjarom dan juga Jalan Seri Cheeding. Jalan ini adalah, sepanjang jalan ini adalah di bawah kawasan FELCRA yang sudah diberikan hak milik lah dan rizabnya pun kecil, tetapi jalan ini adalah jalan yang melintasi WCE, ada jejambat yang kosnya berjuta dibangunkan tetapi jalan daripada perlintasan jejambat yang melintasi WCE itu sehingga ke Seri Cheeding itu masih dalam keadaan yang teruk dan ini antara laluan alternatif yang kalau dia dapat disempurnakan dengan baik dia dapat mengurangkan kesesakan di Jalan Seri Cheeding yang kecil yang melintasi juga sekolah-sekolah dan juga yang keluar ke jalan SKVE dan sebagainya. Saya harapkan kerajaan negeri mungkin boleh melihat menjurus kepada pembangunan naik taraf jalan Surau Kampung Jenjarom ini supaya ia memberikan alternatif jalan yang lebih baik kepada masyarakat yang menggunakan.
Jadi saya mengharapkan satu pemetaan yang baik harus berlaku, melibatkan PBT, melibatkan ADUN dan semua agensi-agensi dan ada saling hubungan di antara PBT, JKR dan juga Pejabat Tanah dan juga Jabatan Pertanian yang mana ada jalan juga pertanian supaya perancangan kita itu, kita dapat lihat sebelum tahun semasa pelaksanaan, kita rakyat boleh-boleh faham, boleh dapat maklumat tersebut. Jadi kalau dia tunggu 2-3 tahun pun untuk pelaksanaan naik taraf jalan kawasan mereka, mereka tahu jalan mana yang akan diperbaiki. Jadi sebab itu, tahniah kepada Jawatankuasa Infragro dan saya harapkan Jawatankuasa PBT nanti akan melihat semula, walaupun ini satu kaedah yang baharu tetapi kita harus mendapatkan input-input yang baik supaya akhirnya kalau dapat mana INFRASEL ini dapat berjalan dengan baik, dia berterusan dan impak kepada masyarakat dia memenuhi cita rasa masyarakat dan kebaikan kepada semua masyarakat. Jadi sangat sekadar itulah lima minit yang diberikan kepada saya. Lampu pun dah merah ya. Terima kasih Tuan Speaker.
Ya, Balakong.
Seri Kembangan.
Ya, Seri Kembangan.
Seri Kembangan.
Maaf-maaf. Seri Kembangan.
Saya tak cukup kuat kerja dekat Seri Kembangan ni nampaknya. Terima kasih Tuan Speaker. Saya panggil hari ini untuk menyokong dan seterusnya memberikan pandangan dan cadangan berkenaan dengan penyata JPK-Infragro berhubung pelaksanaan Peruntukan Sistem Maklumat Rekod-rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) oleh Infrasel Sdn. Bhd. Tuan Speaker, isu jalan raya bukan lagi setakat isu infrastruktur asas tetapi ia adalah isu kesejahteraan, keselamatan dan kelangsungan ekonomi rakyat negeri Selangor. Selangor merupakan sebuah negeri
maju dan mempunyai jaringan jalan yang sangat luas dan kompleks merangkumi jalan utama, jalan kawasan perumahan, taman, jalan perindustrian sehinggalah ke jalan-jalan belakang, backlands dengan izin. Malah Selangor mencatatkan jumlah pemilikan dan pergerakan kenderaan yang tertinggi di seluruh Malaysia. Beban yang ditanggung oleh permukaan jalan raya di negeri kita ini adalah tersangat tinggi berbanding negeri-negeri lain. Justeru, kerja-kerja penurapan dan penyelenggaraan jalan bukanlah sesuatu yang boleh dibuat secara cincai atau setakat melepaskan batuk di tangga. Sebaliknya, memerlukan standard kualiti yang tersangat tinggi. Tuan Speaker, merujuk kepada perenggan 5.2 Penyata Jawatankuasa, saya amat bersetuju dengan syor agar spesifikasi dan kaedah kerja penyelenggaraan jalan dikaji semula mengikut kategori dan beban trafik. Di kawasan perindustrian, seperti yang banyak terdapat di kawasan Seri Kembangan dan Balakong, jalan raya hari ini dilalui oleh kenderaan-kenderaan berat, lori muatan kargo dan jentera-jentera perindustrian setiap hari. Jalan perindustrian tidak boleh diturap dengan standard yang sama seperti jalan taman perumahan. Jika kita guna ketebalan atau kaedah turapan yang sama seperti penurapan biasa iaitu 40mm ataupun 50mm, jalan tersebut akan rosak semula dalam tempoh beberapa bulan sahaja. Ini adalah pembaziran wang rakyat. Kawasan perindustrian mesti menggunakan kaedah heavy duty dengan izin, turapan bercampur bitumen berkualiti tinggi dengan izin, special mix bitumen serta ketebalan yang betul-betul tahan lasak.
Tuan Speaker, isu kedua yang kerap diadu oleh warga Seri Kembangan dan seluruh rakyat Selangor ialah jalan berlapis-lapis. Penurapan jalan sering dibuat secara overlay dengan izin, secara terus di atas permukaan lama tanpa kerja pengisaran iaitu dengan izin, milling or mill and pave. Kesan daripada amalan ini adalah, nombor satu, aras ataupun level jalan semakin tinggi sehinggalah ada yang lebih tinggi daripada paras premis, rumah warga atau longkang. Sekali gus menyebabkan limpahan air hujan ke rumah penduduk. Kedua, masalah kedua, penyelarasan penutup besi dengan izin, manhole cover dan fasiliti utiliti tidak seimbang. Penutup manhole tenggelam menjadi lubang perangkap dan ini sebenarnya mengundang bahaya kemalangan maut khususnya kepada penunggang motosikal. Oleh itu, saya mendesak agar Infrasel mewajibkan kerja-kerja pengisaran, milling dan memastikan penyelarasan aras iaitu leveling dengan izin, penutup besi atau fasiliti utiliti dibuat selaras dengan permukaan jalan baru. Selain daripada itu, saya ingin mencadangkan memasukkan jalan pangsapuri kos rendah atau flat ke dalam lingkungan MARRIS.
Tuan Speaker, ini adalah isu teras kebajikan rakyat yang amat mendesak. Penduduk yang tinggal di flat atau pangsapuri kos rendah adalah golongan M40 bawah dan B40. Banyak kawasan flat ini telah ditindas dengan masalah kegagalan Jawatankuasa pengurusan iaitu JMB atau MC untuk mengumpul dana penyelenggaraan. Akibatnya, jalan di dalam kawasan flat rosak teruk berlubang-lubang dan tidak terselenggara. Kenderaan penduduk rosak, suspensi patah, rim pecah dan risiko kemalangan menanti anak-anak kecil mereka. Ini menambah beban kewangan dan kehidupan mereka yang sedia mencabar. Saya mendesak Kerajaan Negeri dan kementerian
berkaitan supaya satu mekanisme diwujudkan bagi membolehkan jalan-jalan di dalam kawasan pangsapuri kos rendah ataupun flat dimasukkan.
Yang Berhormat Seri Kembangan. Masa lima minit dah cukup dah.
Ya. Okay. Dimasukkan ke dalam lingkungan liputan dan peruntukan MARRIS. Kerajaan tidak boleh melepaskan tangan atas alasan kawasan swasta ataupun serata sedangkan ia melibatkan keselamatan harian warga Selangor. Point yang terakhir. Tuan Speaker, mari kita lihat anggaran realiti. Berdasarkan data demografi terkini, penduduk negeri Selangor telah mencecah kira-kira 7.44 juta orang. Manakala negeri-negeri lain seperti Johor baru sekitar 4.22 juta orang sahaja. Penduduk Selangor adalah lebih dua kali ganda daripada negeri-negeri lain. Akan tetapi peruntukan MARRIS yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Selangor adalah tidak setimpal dengan jumlah populasi, kebanyakan jalan dan tahap beban penggunaan jalan di negeri ini. Untuk menjaga hak seluruh warga Selangor secara adil dan saksama, peruntukan MARRIS bagi Selangor wajar dan mesti ditambah sekurang-kurangnya satu kali ganda lagi berbanding peruntukan sedia ada. Selangor adalah enjin ekonomi negara. Maka infrastruktur jalan mesti mencerminkan hakikat tersebut. Kesimpulannya, jalan raya yang selamat, rata dan berkualiti adalah hak asas rakyat negeri Selangor yang membayar cukai. Kita tidak mahu melihat peruntukan puluhan juta ringgit dibelanja setiap tahun tetapi hasilnya masih jalan berlubang, bertampal-tampal dan tidak tahan lama. Saya berharap Kerajaan Negeri, INFRASEL dan PBT dapat mengambil serius segala saranan dalam penyata JPK-Infragro ini demi manfaat seluruh warga Selangor, khasnya di kawasan Seri Kembangan. Dengan ini, Tuan Speaker, saya mohon menyokong pernyataan ini. Sekian terima kasih.
Yang Berhormat. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Sentosa.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Sentosa ingin mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa Pilihan Khas atas laporan yang cukup menyeluruh. Laporan ini bukan tujuan mencari kesalahan mana-mana pihak tetapi untuk menambah baik sistem penyelenggaraan jalan demi kepentingan rakyat. Sentosa juga menyokong saranan supaya penglibatan ADUN dan Ahli Majlis diperkasakan dalam menentukan keutamaan jalan yang perlu diturap. Kami berada di lapangan setiap hari, menerima aduan penduduk dan lebih memahami keperluan sebenar kawasan. Oleh itu, pandangan wakil rakyat perlu menjadi sebahagian daripada proses membuat keputusan. Kedua, saya juga Sentosa menyambut baik cadangan supaya spesifikasi penurapan jalan dikaji semula, mengikut kategori jalan, jumlah trafik dan jenis kenderaan. Sentosa juga menyokong cadangan supaya sistem pemantauan diperkukuhkan. Penambahan pegawai penyelaras di peringkat daerah serta penggunaan sistem pemetaan dan pemantauan
digital akan meningkatkan kecekapan, ketulusan dan mempercepatkan tindakan terhadap aduan. Seterusnya, Sentosa juga ingin menegaskan bahawa semua agensi seperti utiliti, Air Selangor, TNB, Telekom dan mana-mana pihak yang mengorek jalan bagi melaksanakan kerja, mereka mesti bertanggungjawab. Seterusnya, Sentosa juga ingin menyentuh satu perkara yang sering berlaku di lapangan iaitu apabila berlaku kerosakan jalan atau kelewatan pembaikan selepas kerja utiliti, wakil rakyat sering dipersalahkan oleh masyarakat, seolah-olah kami yang mengawal kontrak dan menyelia jawatan atau agensi yang melaksanakan kerja tersebut. Hakikatnya, ADUN tidak mempunyai kuasa terhadap pelaksanaan kontrak, oleh itu kerjasama dan komunikasi yang lebih baik di antara INFRASEL, PBT, agensi utiliti dan wakil rakyat amat penting.
Seterusnya, Sentosa juga menyokong syor supaya pelaksanaan projek MARRIS melalui tender, ya tender diteruskan bagi memastikan persaingan sihat, penjimatan kos dan ketulusan dalam penggunaan wang haram. Penjimatan yang diperoleh boleh digunakan semula untuk kerja-kerja perlindungan lain yang memberi manfaat. Akhir sekali, Sentosa harap semua syor jawatankuasa ini dapat dilaksanakan dengan serius. Apa yang rakyat mahu bukan sekadar jalan yang siap diturap, tetapi jalan yang berkualiti, tahan lama dan selamat digunakan, serta sistem penyelenggaraan yang lebih cekap, telus dan responsif. Sentosa menyokong. Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, jam telah pun menunjukkan pukul 12.00 tengah hari. Jadi saya tangguhkan Sidang Dewan pada hari ini ke pukul 3.00 petang nanti. Dewan ditangguhkan.
(Dewan ditangguhkan pada jam 12.00 tengah hari)
(DEWAN DISAMBUNG SEMULA)
(TUAN TIMBALAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN)
Salam sejahtera dan selamat petang di ucapkan kepada semua, dewan bersidang semula. Sebelum saya memanggil pembahas yang seterusnya, saya ingin bertanya sesiapa yang hendak membahas usul ini, sila berdiri boleh tak? Okay, itu saja empat orang. Kajang, Rawang, Batu Tiga dengan Ijok. Empat orang saja. Saya beri laluan kepada Kajang. Lima minit.
Terima kasih, Tuan Speaker. Kajang ada beberapa pandangan. Salah satu ialah tadi cakap pasal penjimatan kos pelaksanaan. Kajang rasa kos yang jimat itu harus disalurkan teruskan buat kerja-kerja tampalan pothole atau turapan baru sebab yang kerja-kerja tadi disebut seperti pemotongan pokok, pembersihan longkang, saya rasa PBT ada jabatan-jabatan berkenaan buat kerja-kerja itu. Jadi, duit peruntukan yang disalurkan harus teruskan kerja-kerja berkenaan dengan premis.
Lagi satu, untuk 5.6, berkenaan coring test hanya bagi tiga. Kalau Kajang berpendapat, kalau jalan itu lebih panjang atau lebih banyak, harus ada lebih bukan hanya terhad kepada tiga. Untuk contoh, kalau ada satu taman, ada sepuluh jalan harus ada sekurang-kurang sepuluh dan bukan hanya tiga sahaja, iaitu tak cukup. Untuk isu lagi satu, biasa yang kita tengok, bila ada lubang, kita tengok dia terkupas atau peel off dengan izin, hanya kita nampak 20mm tebal sahaja. Jadi, kalau kontraktor atau tidak ada pemantauan yang baik, mereka terus buat tampalan itu, dia tidak akan tahan lama, walaupun dengan kualiti yang bagus. Dia perlu sekurang-kurang 50mm thickness, 50mm tebal. Jadi, kena pakai cutter untuk potong dan dalamkan lagi sampai 50mm baru boleh buat tampalan sekiranya tidak, hanya 20-30, dia akan peel off atau terkupas dalam masa terdekat. Dia tidak akan tahan lama. Jadi, ini akan membazir duit pembayar cukai lagi. Jadi, ini haruslah pemantauan kena ambil lebih serius untuk kerja-kerja ini.
Lagi satu, terima kasihlah Kerajaan sekarang bagi, bila buat pre-mixing root, turapan baru dia buat sampai ke rumah, depan rumah pintu tetapi di depan pintu itu, kualiti dia sangat-sangat teruk. Dia tidak seperti di jalan besar walaupun harga yang bagi adalah sama. Harga sama tetapi kualiti langsung tak boleh pakai seperti mana rumah saya di USJ. Berapa kali saya complaint pun sama juga. Dia turap, you boleh nampak masih berlubang-lubang, you boleh nampak batu-batu. Kita pakai kasut, hanya ringan-ringan gesek sahaja, dia punya batu pun boleh keluar. Jangan cakap kereta. Tiap-tiap pagi saya kena sapu dalam rumah, keluarkan batu-batu itu. Dah 3-4 kali saya buat complaint lah. Saya ingat macam ini juga. Kualiti langsung tiada tetapi harga yang kita bayar sama harga dengan jalan besar.
Jadi masalah ini adalah 3 perkara. Either kontraktor pakai pre-mix yang sudah tiada suhu yang sesuai iaitu sudah start sejuk. Dia pakai itu yang bererti dah buruk, dia pergi pakai tidak guna, tidak boleh tahan lama. Nombor dua, compression kerja dengan tidak elok. Nombor tiga, bitumen campur dengan batu tak cukup jadi you nampak berlubang-lubang dan walaupun kaki kita pergi gesek, dia pun akan peel off terkupas. Ini memang sangat teruk kerja-kerja ini. Ini bukan USJ, saya dekat Sungai Long, bila kontraktor buat kerja, saya sendiri turun. Saya sendiri nampak pakai kaki saya pergi gesek ini, dia peel off terkupas. Ini memang ada rekod dalam Facebook saya dah tulis, TikTok saya pun ada tapi I tak tahu. Kerajaan kena buat sesuatulah ini kerja-kerja pemantauan kena lebih serius ok. Inilah 2-3 perkara yang saya boleh pandangan bagilah. Sekian, terima kasih.
Saya menyokong.
Saya beri kepada Ijok dulu, kemudian Rawang. Akhir sekali Batu Tiga.
Terima kasih, Yang Berhormat Tuan Speaker. Ijok mengambil bahagian untuk berkenaan dengan Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Pengurusan Air, Pertanian berhubung penyelarasan pelaksanaan peruntukan MARRIS oleh Infrasel Sdb Bhd. Yang Berhormat Tuan Speaker, Ijok nak merujuk kepada perenggan 4.1 muka surat 8 berkenaan kategori jalan iaitu keadaan geologi. Saya ingin memberi penekanan khusus kepada aspek keadaan geologi kerana faktor ini ialah sering menjadi punca kerosakan jalan, tanah mendap dan kegagalan struktur di banyak kawasan di luar bandar sekarang ini. Mutakhir ini, saya menerima banyak aduan daripada penduduk berhubung berkenaan tanah mendap, jalan runtuh, tanah gelongsor serta rizab yang semakin mengecil. Masalah ini bukan sahaja menjejaskan infrastruktur malah membahayakan keselamatan pengguna jalan raya.
Pandangan ini wajar diberi perhatian Yang Berhormat Tuan Speaker, terdapat juga aduan berkenan dengan punca-punca ini adalah dari segi penggunaan jentera-jentera berat semasa pengorekan parit. Jadi saya mohon kepada pihak JKR, pihak JPS, PBT ketika mengadakan kerja-kerja pengorekan parit seharusnya mengguna saya mencadangkan ataupun duduklah semeja membincangkan salah satu kaedah yang terbaik untuk mengelakkan daripada tanah-tanah ini mendap ataupun jerlus. Ijok juga ingin berkongsi kawasan-kawasan yang tanah mendap di kawasan Ijok contohnya di Jalan Merbau, Jalan Parit Mahang, Jalan Belakang Masjid, Jalan Haji Abdul Manan dan pagi ini saya ingin ucapkan terima kasih kepada pihak JKR daerah Kuala Selangor sekitar jam 11.30 pagi tadi, JKR Kuala Selangor telah menjalankan kerja-kerja penurapan ataupun penurapan jalan di Jalan Parit Mahang seperti mana yang saya adukan berkenaan dengan jalan mendap. Jadi apa pun kita tak nak pembaziran duit rakyat, duit Kerajaan digunakan untuk kerja-kerja yang sentiasa berulang.
Seterusnya Ijok ingin menyentuh berkenaan dengan perenggan 5.5 muka surat 12, Yang Berhormat Tuan Speaker, saya juga menyokong saranan Jawatankuasa pada perenggan 5.5 supaya pelaksanaan peruntukan MARRIS dibuat melalui tender terbuka bagi menjamin penjimatan. Penjimatan ini amat penting supaya PBT mempunyai lebih banyak ruang, kewangan untuk melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan, sokongan seperti pemangkasan pokok, penyelenggaraan bahu jalan, pembersihan longkang, pembaikan lampu jalan, papan tanda dan kemudahan jalan yang lain.
Namun saya ingin meraih perhatian Dewan Yang Mulia, satu isu yang semakin membimbangkan akhir-akhir ini iaitu kecurian kabel dan vandalisme terhadap aset awam. Hari ini bukan sahaja kabel saja menjadi sasaran, malah feeder pillar, lampu solar, tiang lampu, perabot jalan, turut dirosakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Akhirnya, Kerajaan terpaksa membelanjakan wang rakyat berulang-ulang kali untuk membaiki kerosakan yang sama. Ijok mengambil contoh di kawasan Ijok, iaitu di jalan B35 Bukit Badong Bestari Jaya, di mana sering berlaku kecurian kabel dan kerosakan feeder pillar sehingga lampu tidak berfungsi. Saya Ijok juga ingin berkongsi pada satu hari malam lepas telah berlaku kemalangan jam sekitar 1 pagi ya, kereta melanggar bahu jalan disebabkan oleh terlalu gelap jalan tersebut. Akibatnya, laluan menjadi gelap pada waktu malam, meningkatkan risiko kemalangan khususnya kepada penunggang motosikal dan kenderaan yang lain. Pada pandangan, Tuan Speaker, pada pandangan saya, kita bukan sekadar membaiki kerosakan yang lebih penting ialah kita memutuskan rantaian jenayah pencuri kabel ini.
Sehubungan itu, saya ingin mencadangkan. Pertama, kita perlu memperketatkan penguasaan terhadap premis besi buruk dan pusat kitar semula yang membeli kabel atau logam tanpa dokumen sah. Kedua, mengenakan hukuman yang lebih berat kepada pelaku kerana jenayah ini bukan sahaja menyebabkan kerugian harta benda, malah mengancam keselamatan awam. Ketiga, kita perlu memperkukuhkan rondaan ataupun menubuhkan jawatan khas melibatkan PDRM, PBT, TNB, JKR dan agensi yang berkaitan di kawasan yang berisiko tinggi bagi mengawal masalah ini. Jenayah ini mungkin nampak kecil, namun kesannya amat besar. Ia merugikan kerajaan, menyusahkan rakyat dan mengancam keselamatan pengguna jalan raya. Akhirnya Tuan Speaker, disebabkan penjimatan yang berlaku ini, Ijok memohon pertimbangan Kerajaan Negeri supaya peruntukan MARRIS dapat digunakan bagi kerja-kerja membaik-pulih lampu jalan di B35 Bukit Badong Bestari Jaya demi menjamin keselamatan pengguna jalan raya dan kesejahteraan penduduk setempat. Terima kasih.
Rawang.
Terima kasih Tuan Speaker dan juga ucap tahniah dan syabas kepada Jawatankuasa yang telah menyediakan satu penyataan
yang sebegitu jelas. Tuan Speaker, saya ingin mencadangkan, saya terus masuk kepada point saya adalah saya ingin mencadangkan supaya Kerajaan Negeri mengekalkan mekanisme yang asal melaksanakan peruntukan MARRIS melalui PBT. Pertama, berdasar pengalaman sebelum ini PBT telah membuktikan mereka mempunyai keupayaan yang untuk melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan jalan dengan baik. Malah saya tidak melihat wujudnya masalah besar yang memerlukan keseluruhan sistem diubah kepada model pelaksanaan melalui sebuah syarikat GLC. Sekiranya terdapat kelemahan dalam sistem terdahulu, saya berpandangan penyelesaiannya ialah menambah baik mekanisme yang sedia ada, bukannya mengambil alih keseluruhan fungsi daripada PBT.
PBT mempunyai beberapa kelebihan yang sukar diganti. Yang pertama, mereka mempunyai pegawai teknikal yang mencukupi, mereka mempunyai tenaga kerja dan pengalaman mengurus penyelenggaraan di kawasan masing-masing dan mereka lebih memahami keutamaan serta keadaan sebenarnya di lapangan. Yang paling penting, mereka mempunyai fleksibiliti untuk menyelesaikan masalah isu-isu kecil yang lebih pantas tanpa perlu melalui terlalu banyak lapisan pentadbiran. Malah perkara ini turut diakui dalam Laporan Jawatankuasa apabila dinyata bahawa sebelum ini PBT mempunyai fleksibiliti untuk menggunakan lebihan penjimatan bagi kerja-kerja kecil seperti penyelenggaraan longkang, pemotongan pokok dan kerja keselamatan jalan. Fleksibiliti ini kini semakin terhad selepas pelaksanaan melalui Infrasel.
Yang kedua, saya nak sebut adalah, saya ingin menyentuh mengenai kecenderungan Kerajaan Negeri menyerah sesuatu fungsi hanya kepada satu syarikat GLC. Saya secara prinsipnya saya kurang setuju dengan pendekatan monopoli. Saya tidak mempertikaikan kemampuan mana-mana syarikat namun dalam pentadbiran urus yang baik, saya tidak, kita tidak sepatutnya meletakkan semua tanggungjawab dalam satu entiti sahaja. Apabila hanya satu pelaksana, persaingan akan berkurang. Apabila persaingan berkurang, tekanan untuk meningkatkan prestasi juga semakin berkurangan. Yang lebih membimbangkan ialah apabila berlaku kelemahan pelaksanaan, Kerajaan sendiri berada dalam keadaan serba salah untuk mengambil tindakan kerana syarikat tersebut merupakan syarikat milik Kerajaan Negeri. Kita boleh lihat contoh dalam Pengurusan Sisa Pepejal. Apabila timbul isu kutipan sampah yang tidak memuaskan, ruang tindakan menjadi terhad. PBT tidak mempunyai kuasa yang mencukupi untuk menukar kontraktor atau memilih pelaksana lain walaupun aduan rakyat berterusan. Akhirnya, rakyat tidak peduli sesiapa melaksanakan kerja, mereka hanya mahu jalan diturap dengan baik, sampah dikutip mengikut jadual dan masalah diselesai dengan cepat. Sebab itu saya berpandangan Kerajaan Negeri perlu mengelakkan monopoli dalam pelaksanaan perkhidmatan awam. Wujud persaingan yang sihat, beri ruang kepada PBT memain peranan yang lebih besar dan pastikan setiap pelaksana boleh dipertanggungjawabkan sekiranya prestasi tidak memuaskan. Tuan Speaker saya menyokong Penyata Jawatankuasa yang disediakan oleh Jawatan Pilihan Khas. Terima kasih.
Batu Tiga.
Terima kasih Tuan Speaker, saya bangun untuk membahaskan sedikit berkenaan Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas berkenaan dengan isu MARRIS yang kita bincangkan. Yang Berhormat Speaker, saya ingin berikan fokus beberapa perkara sahaja iaitu soal pemilihan jenis turapan jalan. Dalam laporan ini banyak perbincangan dan perbahasan hanya kita bercakap tentang ketebalan 40mm dan 50mm.
Tapi saya nak bercakap tentang satu perkara lain. Apakah semua jalan, yang dikendalikan oleh Infrasel adakah menggunakan kaedah bitumen sahaja. Hakikatnya fungsi jalan berbeza mengikut kawasan. Ada jalan perumahan, kawasan industri, kawasan yang dilalui oleh lori-lori berat, kawasan parking, stesen bas dan sebagainya. Hari itu saya mencadangkan supaya Infrasel tidaklah menghadkan pendekatan penyelenggaraan kepada turapan bitumen semata-mata, sebaliknya mempunyai juga satu kerangka yang boleh kita nilai. Penggunaan interlocking concrete basement dan concrete basement yang di lokasi yang bersesuaian. Dan, saya berikan sedikit gambaran. Bagi interlocking pavement, saya lihat ia berpotensi. Kalau kita boleh gunakan di kawasan tertentu, seperti lorong-lorong perumahan yang tertentu, kawasan-kawasan industri, kawasan-kawasan laluan utiliti dan lokasi-lokasi yang kita rasakan pada masa akan datang akan kerap melakukan kerja-kerja pengorekan, utiliti. Kelebihan, ia sifatnya sangat modular, mudah untuk kita uruskan. Maknanya kalau terdapat kerja paip, kabel, utiliti, di bawah kerja jalan itu, block interlocking boleh kita buka dan pasang semula dan kos penyelenggaraan lebih mudah.
Dan di kawasan-kawasan tertentu juga, saya merasa penggunaan interlocking ini juga boleh memberikan kita fleksibiliti dari sudut penyelenggaraan jangka panjang. Kita biasa berhadapan, dengan jalan turapan bitumen yang biasanya kalau kita buat pengorekan dan kemudian kita tampal semula, biasanya keadaan permukaannya tidak akan menjadi betul-betul rata, seperti peringkat awal dulu. Dan kita juga biasa hadapi, selepas sahaja turapan dibuat dan diserah kepada Majlis, selepas itu tiba-tiba ada berlaku kerja-kerja maintenance utility dan dikorek balik. So, keadaan-keadaan tertentu seperti inilah yang mungkin, saya boleh cadangkan.
Kedua, Tuan Speaker, ialah concrete pavement, yang saya rasa di kebanyakan tempat di DUN Batu Tiga boleh digunakan. Sebab kita mempunyai kawasan perindustrian dan logistik yang sangat luas. Saya ingat Pelabuhan Klang juga berkongsi keadaan yang sama seperti mana di DUN Batu Tiga. Kita ada banyak jalan-jalan yang dilalui oleh kenderaan berat. Secara berterusan setiap hari. Dan bagi jalan-jalan seperti ini, adakah kita boleh mempertimbangkan kaedah yang berbeza untuk kita gunakan, instead of kita menggunakan kaedah turapan bitumin kepada satu cadangan lain. Ataupun mungkin cadangan saya adalah menggunakan concrete pavement, mungkin peringkat awal kos pembinaan itu akan mengambil kos yang tinggi, tetapi kadar ketahanannya, yang mungkin lebih sedikit panjang berbanding
dengan kaedah yang biasa kita gunakan. So, mungkin cadangan saya kepada pihak Yang Berhormat EXCO untuk mempertimbangkan, supaya kita juga boleh menyelesaikan apa jua yang kita rasakan perlu untuk sifatnya, sifat jangka panjang. Terima kasih Yang Berhormat Speaker, saya menyokong Penyata Jawatankuasa.
Seterusnya, saya ingin mempersilakan pihak kerajaan untuk memberikan apa-apa penjelasan, kalau perlu.
Terima kasih Tuan Speaker. Ahli-ahli Yang Berhormat semua. Saya ucapkan tahniah dan terima kasih kerana perbahasan yang menarik, berangsangkan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat berhubung dengan Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Pengurusan Air, Pertanian, infrastruktur dan mobiliti, (JPK Infra-Go).
Saya ingin mengambil maklum segala pandangan, maklum balas yang telah diberikan untuk menambahbaikkan bagaimana kita menguruskan jalan raya kita. Dan saya akui, yang sebagaimana yang disebutkan Yang Berhormat Pelabuhan Klang bahawa isu jalan raya ini, sering diperkata dan dibualkan. Tapi itu bukanlah suatu perkara yang pelik, kerana jalan raya ini, sistem jalan raya, rangkaian jalan raya ini, merupakan suatu yang kita guna setiap hari. Begitu juga sampah, setiap hari kita ada.. perkara pertama, kia keluar rumah, adalah jalanlah. Yang kita akan nampak jalan dulu. Dan penggunaan jalan yang tinggi ini, memang banyak isu penyelenggaraan yang kita perlu uruskan. Dan kalau kita tengok dibandingkan Selangor, Johor, Johor di sekitar 26,000 kilometer. Selangor, 27,000 kilometer. Ini yang angka, dua tahun lepas. Sekarang mungkin lebih lagi. Yang melibatkan jalan PBT dan juga jalan JKR.
Jadi, satu angka yang besar, yang perlu diuruskan dan perlu makan belanja yang besar, dan perlu kita sediakan untuk menguruskan jalan raya kita. Dan Selangor ini, sebenarnya berbanding Johor, tidak boleh dibandingkan. Dari segi populasi yang tinggi dan trafik yang jauh lebih besar. Jadi tentulah dana yang diperlukan lebih banyak dalam kita menguruskan jalan raya. Cuma saya ingin menarik perhatian, sebelum saya menggulung ini, saya hendak sebut beberapa salah faham atau mungkin ketika jawatankuasa menyediakan laporan ini, mungkin peringkat awal lagi. Ini untuk julung kalinya, kita memulakan pelaksanaan kaedah yang baru, dalam menguruskan jalan raya kita. Jadi mungkin masa itu pun, Infrasel pun masih baru. Mereka pun sendiri agak tidak memahami lagi bagaimana perjalanan. Dan sekarang ini, Alhamdulillah nampak makin bagus, dan saya yakin kita akan nampak penambahbaikan. Itu perkara pertama yang saya perlu tegaskan di sini. Dan kenapa perlu kita tukar kaedah itu. Tentulah kita mempunyai kriteria. Antara kriteria saya boleh sebut di sini.
Pertama, ramai yang menyebut mengenai harga. Sebenarnya jalan-jalan yang dibuat secara bidaan ini, jalan sahaja. Saya cerita bab jalan sahaja. Sebenarnya, pernah tak, Ahli-ahli Yang Berhormat, saya semasa ketika Ahli Majlis, saya siasat, saya kira kos. Tiap-tiap kali bila ada tender, saya kira berapa kos sebenarnya yang dapat, pembida
dapat itu, kos itu adakah kos yang wajar. Sebab jalan raya ini mudah nak kira, dia hanya kira per square feet sahaja. Ataupun per square meter, dia tak perlu. Tak macam bangunan, dia ada banyak, nak buat BQ, nak kena kira konkritnya, besinya, banyak dia punya kiraan. Tapi jalan ni senang. Cukup senang, dia ada dua saja. Satu melibatkan premix, per square meter, satu lagi ialah ada miling atau tidak ada potong atau tidak.
Dan biasanya harga pasaran, dia tak boleh lari. Kalau saya pernah buat masa ketika Ahli Majlis dulu di MBSA, saya buat. Kalau satu kaki persegi, ketika itulah dalam RM2.50 ke RM4.50, bergantung pada gred per square feet, bukan per square meter, per square feet. Dan tiap kali bidaan dibuat, bila saya kira, kebanyakan bawah RM2.00. bawah RM2.00. macam mana dia nak buat, kalau kosnya bawah harga pasaran. Saya pernah buat dan saya pernah bertengkar banyak kali ketika Ahli Majlis, bagaimana nak bagi kepada kontraktor yang rendah ini, sedangkan kita tau, kos itu memang tak boleh buat. Macam mana dia nak buat. Jadi saya menyamar, saya pernah satu hari, ini cerita betul. Saya menyamar, pergi jumpa subkontraktor, tadi disebut oleh Sungai Kandis. Kontraktor memang betul, kaum India yang banyak, yang buat jalan, yang betul-betul ada mesin. Saya tanya, saya menyamar, saya kata, saya ada dapat satu projek kontrak. Saya nak buat jalan. Berapa kos ini untuk per square feet. Dia kata ; berapa tuan mahu, RM2.00 boleh, RM1.50 boleh. Apa maksud dia.
Banyak di sini, bercerita menyebut tentang ketebalan. Betul, saya akui, ketebalan itu dimainkan. Satu lagi yang kita lupa, yang ramai tak tau, di sini, satu cara lagi nak mainkan harga, ialah gred premix itu. Sebab itu, disebut oleh Kajang tadi, Yang Berhormat Kajang tadi dia sebut, kualiti tak sama. Memang itulah dia cara dia bagaimana nak kurang kan kos. Dia boleh main gred itu. Sebab itu ada jalan-jalan kita, tak boleh bertahan. Dia terpaksa, kontraktor mana nak buat jalan, yang harga lebih murah daripada kos bidaannya. Dia tidak akan, dia akan tipu. Minta maaf cakap. Saya pernah buat, masa MBSA, kita buat secara rambang, pergi buat coring test. Kalau kita, berdasar kontrak, dia dah tanda, mana dah buat coding. Dia dah tanda. Itu memang tebal betul. Tapi, saya buat sendiri, kita buat independent. Daripada 5 coding yang kita buat, 3 gagal. Ketebalan gagal, dia punya gred premix pun gagal. Itu saya kata, sebab itu saya kata kadang-kadang berfikir, kenapa jalan kita tak boleh tahan.
Betul, ada faktor lain. Faktor yang disebut oleh Yang Berhormat Pelabuhan Klang, dari segi kualiti, dari air, itu, ya, tapi turapan, kualiti turapan jalan, ketebalan jalan juga menyumbang kepada kerosakan jalan kita. Sebab itu, bila kita fikirkan balik. JKR ini, dah lama dah, saya tak tau. Sejak saya jadi EXCO, sebelum jadi EXCO lagi, masa zaman 2008, ketika saya jadi pegawai khas, EXCO Infra. Masa itu, mereka dah mengamalkan dipanggil, Schedule of Rate, KJP, Kontrak Jangka Panjang. Maknanya dia lantik kontraktor, ketika itu Kumpulan Perangsang. Untuk menguruskan jalan. Dia ada standard rate. Dan saya, selalu memantau harga JKR, harga dia adalah harga yang berpatutan. Jadi kenapa, kalau JKR boleh buat begini, laksanakan jalan dengan baik, dengan mengikut KJP, ataupun kadar Schedule of Rate, ini, kenapa tidak boleh
dipanjangkan kepada PBT. Kenapa PBT pula yang mesti tender. Bila tender berlawan harga, dia turunkan harga dan akhirnya kualiti jalan kita lagi teruk.
Sebab itu negeri mencadangkan, di sama ratakan, sama ratakan kadar ini, supaya jalan yang dibuat oleh PBT dengan JKR, samalah. Perbezaan tadi yang disebut dari segi milimeter, bukan sahaja ketebalan, tapi dari segi gred, bergantung pada satu proses yang dipanggil PCA, yang ini ramai tak tau. Tapi saya pernah sebut, tapi ramai mungkin tak biasa dengar, PCA. PCA ini dalam istilah teknikal bermakna Pavement Condition Assessment. Ini satu akses teknikal. Yang kita sediakan bajet setiap tahun, RM10 juta, untuk dibuat PCA pada jalan-jalan di negeri Selangor, secara berperingkat-peringkat. PCA ini akan menilai jalan itu, dari segi ketebalan, dari segi keretakan, rating dia, dari segi dia punya rafeness, skit resistant dia, semua akan dikaji. Kita belanjakan RM10 juta setiap tahun, disediakan oleh kerajaan untuk buat PCA. Daripada PCA ini, kita tau, jalan apa tu, nak buat apa, kita nak tampal saja ke, nak buat penaik taraf saja ke. Nak betulkan struktur ke. Itu daripada PCA. Bukan boleh main-main agak, yang ini, kita buat naik taraf, yang ini, tak boleh tuan-tuan, dia ada kaedah teknikal yang perlu dibuat. Jadi bila kita selaraskan jalan-jalan kita di bawah satu badan, sama ada jalan JKR, jadi kita akan lihat kualitinya sama.
Ini kadang orang komplen, jalan ini elok, jalan ini tak elok. Sebab, agensi dan spesifikasi yang berbeza-beza. Jadi itu yang tujuan kita selaraskan. Dan satu lagi sebab kita nak selaraskan ialah penggunaan IRA ini, atau Integrated Road Assessment punya management system. Supaya semua jalan-jalan kita berada di bawah satu sistem IT, Information system yang kita boleh uruskan bersama. Itu tujuan kita atau sebab. Dan saya tak nampak, kalau kita, cara nak kita nak kurangkan atau kita nak save kos lagi. Bukan dengan cara kita mengorbankan kualiti jalan kita. Sebab harga yang dibuat oleh JKR itu adalah, itulah harga yang sesuai yang betul, yang wajar untuk dia laksanakan di semua jalan-jalan kita. Itu kita kena.
Yang keduanya ialah, kita nak supaya, apa yang kita nak buat dari segi, nak save kos, antaranya ialah penggunaan teknologi baru. Teknologi baru yang kita gunakan, saya dah sebut dalam Dewan ini, ASRR, iaitu dipanggil, Aspalt Reuse Recyle. Teknologi baru yang kita sedang order mesinnya, 5 biji kita order. Apa yang berlaku, kita gunakan milling waste itu, yang bila kita potong jalan, biasa sisa jalan itu, kita buang, atau kita bagi pada sekolah ke, pada kampung, boleh diguna semula untuk dibuat heavy patching. Tampalan yang heavy, yang besar daripada lubang jalan, dah guna laksanakan di Kuala Langat, dah berjaya. Yang Berhormat tau tak, harga dia berapa. Hanya 60% kos daripada harga jalan biasa. Kita boleh save 60%. Mesin itu hanya mula sampai bulan depan. Kita akan gunakan. Itu cara kita nak save kos. Macam mana kita nak dapat lebih panjang jalan. Bukan cara kita, dengan buat cara kaedah lama, di mana harga jalan boleh rendah daripada sebenar jalan. Macam mana nak buat. Saya pun tak, bingung memikirkan. Jadi...
Subang Jaya.
Yang Berhormat EXCO, saya faham apa yang disebut oleh Yang Berhormat EXCO. Dan niatnya untuk Infrasel dan sekarang lakukan kerja-kerja MARRIS. Adalah untuk menambah baik kerja-kerja daripada dulu. Cuma saya nak highlight, mungkin perkara ini, kita boleh tambah baik kemudian hari. Itu cara undian ini mendatangkan masalah. Sebab kontraktor-kontraktor ini diletakkan dalam satu poll. Dan dia tak mengambil kira daripada mana kontraktor itu datang. Jadi sekarang kita ada keadaan, di mana kontraktor daripada Sabak Bernam dapat kontrak dekat Sepang. So, dia melibat kos beberapa kali ganda. Sebab contohnya sekarang, kita ada masalah diesel, jadi dengan mereka perlu berjalan daripada Sabak Bernam, 3 jam, pergi Sepang untuk buat kerja. Memang perkara ini perlu penambahbaikan lah, pandangan saya, Yang Berhormat EXCO.
Itu satu pandangan yang baik. Saya pun pernah terfikir benda ini, bila kita selaraskan. Lagi satu pembangunan kontraktor, saya sebenarnya memang meneliti, pembangunan kontraktor jalan ini. Kontraktor jalan kita ini, kalau kita perhati, sebahagian besarnya tak ada perubahan. Macam itu daripada dulu. Dia dapat, dia subcontract. Dia tak pernah nak beli mesin pun tak pernah. Sebab apa? Dia tidak jamin dia kata kerja akan dapat lagi. Jadi kalau kita bagi dalam kerja yang bersesuaian, saiz dia dan regular dia dapat, dia boleh melabur dalam membeli peralatan.
Sekarang ini antara sebab kita tidak boleh buat jalan serentak ialah ketidakcukupan peralatan untuk turapan jalan. Jadi kalau kita, sebab itu kaedah kita kena ubah dan kita telah buat dan saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat Subang Jaya tadi, betul kita akan tengok balik sebab kontraktor yang Infrasel ini pelaksana saya sebut sini ya. Infrasel ini pelaksana kepada kontraktor, bukan mereka yang menentukan dan saya dengar tadi ada pandangan yang menyebut bahawa Infrasel dia buat turapan jalan yang dah diturap.
Sebenarnya turapan mega, turapan ini saya bagi maklum jawatankuasa induk yang bagi turapan ini sebenarnya melibatkan jabatan-jabatan ataupun PBT, JPS, JKR, PBT dan Pejabat Tanah. Mereka mencadangkan nama-nama jalan ini. Bukan Infrasel. Infrasel tidak ada pun dalam jawatankuasa itu. Mereka pelaksana sahaja. Jadi jalan yang di sedang itu kadang-kadang daripada Sabak Bernam dia minta 5, kita based on budget yang ada, dia dapat 4. Kita bagi priority yang mana dulu, yang 2, 3, 4 itu cara dia. Dan jalan yang sekarang ini dibuat oleh PBT, saya nak ingatkan ada beza JKR dengan PBT. JKR ini Infrasel terlibat dalam rutin maintenance. Jalan PBT tidak. PBT ini adalah peruntukan yang di serahkan kepada ADN. Yang ada dulunya 3 juta setiap ADN itu, sekarang ini kita dah tukarkan.
Dulu kita dah luluskan kita ikut jalan panjang mana, kalau kata macam Kinrara dia dapat lebih lah, 5 juta. Kalau Kota Anggerik 5 juta, sebab jalan dia lebih panjang. Kalau Sungai Air Tawar, Sungai Air Tawar dia sebabkan minimum kita letak 2 juta. Jadi dia
dapat 2 juta, antara 2 hingga 5 juta, itu kita dah luluskan dalam dana saya dah bentangkan dulu. Kita ikut panjang jalan dan jalan-jalan ini sebenarnya tidak berubah. Dia serahkan kepada PBT
Yang Berhormat.
PBT yang menentukan yang menyusun. Jadi kalau ada masalah, makna kita kena tengok balik PBT dia ambil jalan yang Yang Berhormat bagi tak itu sebenarnya. Sebab Infrasel ini tidak, Infrasel tidak menentukan jalan.
Infrasel hanya melaksana jalan yang ditentukan oleh PBT yang dapat diperolehi daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat. Dia hanya prepare BQ, bila BQ siap dia serah, PBT kata okey setuju lulus, dia akan laksanakan. Saya bersetuju kalau dulu dia boleh pantau, sekarang PBT tak nak pantau. Jadi kita minta PBT pantau juga, sebab ini jalan mereka. Dan kita lantik juga QA, QC, tidak apa quality assurance tu kita boleh lantik untuk double check supaya quality jalan kita bertambah baik. Ini penambahbaikan yang saya setuju kalau kita nak laksanakan. Sila YB.
Yang Berhormat, terima kasih. Seperti mana Yang Berhormat beritahu tadi, bahawa ia mengikut jalan dan tempat. Contoh bila kami ditanya berapa jalan yang perlu dibaiki, kami bagi satu list. Kalau kita dapat lihat list itu, list itu lebih daripada jumlah yang diperuntukkan. Contoh kawasan saya, dia kata lebih kurang 3 juta. Tapi kali ini, MARRIS projek yang diluluskan hanyalah 2 juta. Contoh di kawasan Seri Muda, kami masih belum dapat , Bukit Rimau dan Jalan Bukit Kemuning tidak dapat. So, balance satu juta itu di mana diperuntukan, DUN mana dibagi kami tidak tahu. Dan keperluan kami adalah lebih daripada 2 juta itu. Macam mana kita nak address perkara ini Yang Berhormat?
Isunya, sama je macam dulu. Ya kita memanglah kalau PBT saya macam saya Pandan Indah, saya minta memang banyak tapi saya biasanya kita akan rank kan dia yang mana yang utama 1, 2, 3, 4, 5. Kalau kita pun tidak tahu nak kira berapa banyak kita perlukan, jadi dia akan ambil daripada atas 1, 2, 3. Katakan kita minta 10, tiba-tiba bajet yang kita ada masa itu 3 juta hanya cukup sampai 5 je. Ada 5 je lah. Jadi yang lain itu kita tunggulah yang untuk bajet yang akan datang. Itu biasa dah begitu, cuma beza kali ini ialah kita dah agihkan ikut panjang jalan, jadi ada yang dapat 5 juta, ada yang 3 juta, ada 3.5, macam saya dah naik ke 3.5 ikut jalan di Pandan Indah. Kalau di Sungai Air Tawar saya rasa 2 juta sahaja Yang Berhormat, 2 juta sahaja dia cukup dah. Kita lebih lah dari 2 juta tu, ada yang 3.5 juta, ada 4.5, jadi yang jadi masalah sikit ini adalah apabila ada ADN ni yang terbagi 2. Dia ada 2 PBT, macam dia ada dekat Klang contohnya dengan MBSA. Itu mungkin ada sikit, ada sikit isu di situ.
Ya dalam kawasan saya Yang Berhormat, untuk MBSA dapat 1 juta sahaja. Untuk MBSJ dapat lapan ratus ribu sahaja. So balance is missing. Saya pun tidak tahu.
Itu YB kena, Yang Berhormat kena check, kena check tengok yang itu. Sebab saya rasa itu tidak wajar tu. Tidak ada yang bawah pada 2 juta. Dan kalau Kota Kemuning ni saya yakin berada dalam tiga, tiga setengah juta. Sepatutnya, jadi saya rasa dapat itu boleh disemak semula. Mungkin peringkat dia belum peringkat-peringkat dia buatnya saya yakin sebab dia bukan semua lagi yang lulus. Ada lagi yang masih dalam proses untuk pelaksanaan. Tapi apa yang nak saya sebut sini sebenarnya proses itu sama sahaja mana daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat pergi pada PBT. PBT akan tentukan Infrasel hanya melaksanakan BQ bila siap lulus baru dia buat. Jadi itu tidak ada perubahan sebenarnya dari segi, cuma dari segi kualiti control kita tingkatkan dengan penambahan QA QC yang dependent untuk pastikan kualiti jalan bertambah baik dan bertambah elok. Itu antara yang kita buat ya.
Satu lagi yang saya nak sebut sini ialah mengenai MARRIS, peruntukkan MARRIS. Saya setuju sebelum ini memang kita jarang buat cerapan. Sebelum kita dapat daftar bawah MARRIS ini,kita kena buat cerapan. Sebab dia bukan nak boleh pergi daftar mana-mana tu saja jalan. Dia kena ada proses dia. Nak kena tentukan dia punya koordinat dia, panjangnya, kualiti jalannya, baru dia masuk, baru dapat lulus. Dan Alhamdulillah sejak 3 tahun lepas, kita telah pun menyediakan peruntukan 5 juta setahun untuk buat cerapan. Dengan 5 juta kita berjaya buat cerapan 2,500km tahun lepas. Tahun 2 tahun lepas 2,500km tahun lepas 2,500km tahun ini pun 2,500km dan kebanyakan jalan ini adalah jalan PBT. Sebab PBT banyak tidak buat cerapan, jadi dia tidak daftar dengan MARRIS.
JKR punya up to date, tapi jalan-jalan yang di bawah Pihak Berkuasa Tempatan tidak banyak daftar. Dan saya bincang dengan Dato’ PWN, dia pun ada di sini, dia kata kita bagi tambah lagi bajet, kita buat cerapan lagi banyak. Kalau boleh dia nak pergi ke 800 juta kita dapat. Sekarang ni kita dalam 660. 660, 670. Nak sama dengan Negeri Sembilan. Negeri Sembilan 600. Sebab dia daftar habis. Jadi Insha Allah 600. Ini 400. Kemudian Johor, Johor pun tinggi. Jadi Insha Allah tahun ini dengan bajet tambahan kita akan banyakkan lagi pendaftaran jalan-jalan PBT supaya kita dapat peruntukan MARRIS yang lebih besar untuk tahun-tahun yang akan datang.
Yang Berhormat Pandan Indah bagi peluang sikit untuk Pelabuhan Klang mencelah. Ini yang kita selalu bincangkan daripada dulu berkenaan dengan masih lagi menggunakan. Sebab baru ni perjumpaan saya dengan Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya pun peruntukan ni dah tidak boleh ikut panjang jalan dah, pada sayalah. Dia mesti ikut keluasan jalan, sebab kalau panjang jalan macam kalau kata dekat kawasan Pelabuhan Klang, jalan 4 lorong. Kita banyak jalan 4 lorong tapi kalau bandingkan dengan jalan ada kawasan-
kawasan kampung dia jalan 2 lorong. Jadi sudah sampai masanya jalan 2 lorong dan kemudian kita kena tengok pula setiap pendaftaran dekat MARRIS itu, jenis tanah yang jalan itu tanah apa dia dah kena kualiti lain. Kena teknikal spec yang lain baru kita dapat unjuran orang kata anggaran bajet yang sebenarnya untuk setiap jalan-jalan itu. Kalau tidak kita akan sentiasa ada masalah ini.
Betul itu Yang Berhormat, sebenarnya bila kita buat cerapan, kita masuk semua. Cuma mungkin kaedah yang dibuat oleh Kerajaan di MARRIS ini dia agak ni sikit. Tapi sebenarnya ramai yang tidak tahu, jalan-jalan tanah pun sebenarnya boleh daftar. Jalan kampung, jalan pertanian yang bukan tar dia pun boleh daftar dan boleh dapat peruntukan. Dia tidak sama kadar dia. Memang ada. Jadi kita akan buat yang terbaik untuk daftar lebih banyak lagi di bawah MARRIS supaya peruntukan kita lebih banyak, dapat kita manfaatkan bagi pengurusan jalan-jalan kita. Jadi saya rasa cukup setakat itu. Apa yang saya nak sebut sini adalah bahawa kita meneliti dan mendengar semua pandangan ini dan kita akan buat penambahbaikan dari masa ke semasa. Sebab lagi satu yang saya lupa nak sebut, antara kaedah baru yang kita buat untuk PBT juga ialah pelaksanaan teknologi baru je, ialah jet patcher. Jet patcher ini mahal jadi kita baru dapat 2 unit. Kita perlu lagi 5, 6 mungkin 7, 8 unit lagi. 1 juta. Saya ingat satu PBT satu.
Sekarang ini tidak cukup, kita akan order berperingkat-peringkat dan saya lihat, dah 2 minggu laksanakan dia kerja dia tampal lubang sahaja, lubang jalan sahaja. Tiap-tiap hari dia pergi tampal lubang jalan sahaja dan kualitinya cantik. Dan saya akan turun melihat, 2 minggu dah dilaksanakan di Hulu Selangor, Majlis Perbandaran Hulu Selangor untuk melihat dan kita akan perluaskan. Ini semua menggunakan peruntukan MARRIS yang kita buat direct. Ini pun lagi kaedah baru yang kita laksanakan dan saya yakin dengan beberapa penambahbaikan yang kita akan buat, kita yakin bahawa insha Allah dengan teknologi dan sebagainya kita akan dapat meningkatkan lagi kualiti jalan kita. Sekian terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Pandan Indah. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, adapun masalah di hadapan Dewan ini ialah satu usul yang berbunyi bahawasanya menurut Peraturan 76 (5), Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, Dewan yang mulia ini menerima penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Pengurusan Air, Pertanian, Infrastruktur dan Mobiliti atau JPK INFRAGRO berhubung Pemerkasaan Tatacara Pengendalian Piawai Dan Penyelarasan Pelaksanaan Peruntukan MARRIS oleh Infrasel Sdn Bhd yang telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 24 Tahun 2026. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata
Ya.
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata tidak. Usul ini dipersetujui.
Sebelum saya meneruskan aturan urusan seterusnya, saya ingin mengumumkan bahawa Dewan mengalu-alukan wakil dari Fakulti Perniagaan dan Ekonomi Universiti Malaya yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Pong Siok Wai. Lawatan ini diaturkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Negeri Selangor. Selamat datang ke Dewan Negeri Selangor. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, oleh kerana urusan Kerajaan perlu didahulukan, maka saya ingin menggunakan kuasa Speaker di bawah Peraturan Tetap 78 supaya ditangguhkan Peraturan Tetap 76 (5) supaya Usul No. 12 Tahun 2026, usul tentang Rancangan Selangor Kedua, atau RS-2 dibentangkan dan dibahaskan sekarang. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata
Ya.
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata tidak. Dipersetujui. Seterusnya, Setiausaha.
Usul No.12 Tahun 2026, Usul Rancangan Selangor Kedua (RS-2).
Ya, dipersilakan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. (bacaan doa dalam bahasa Arab). Tuan Speaker, dengan penuh takzim, saya berdiri di dalam Dewan yang mulia ini untuk membawa satu usul yang berbunyi seperti berikut. Bahawa Dewan ini, menyedari akan jalan penuh berliku yang bakal dihadapi Selangor bagi mengukuhkan perkhidmatan kepada rakyat, menyediakan peluang pekerjaan bergaji tinggi, mendepani cabaran ekonomi akibat Perang Asia Barat, meningkatkan daya tahan negeri bagi membela rakyat serta membina masyarakat yang berkeyakinan melalui Cita Sempurna Rancangan Selangor Kedua antara tempoh tahun 2026-2030.
Menyepakati tekad Kerajaan untuk melipatgandakan usaha bagi melaksanakan perancangan pembangunan sosioekonomi negeri merentasi segala lapisan masyarakat selaras dengan prinsip Kita Selangor. Dan mendukung usaha supaya Selangor menjadi negeri pertama di Malaysia dengan ekonomi bernilai RM500 bilion, menawarkan peluang pekerjaan bergaji tinggi kepada rakyat Selangor, mengurangkan jurang pendapatan serta pembangunan antara daerah, meningkatkan keberkesanan pengangkutan awam serta kesejahteraan rakyat, dan merealisasikan sebaik mungkin 6 Misi merangkumi 25 Bidang Keutamaan berserta 98 Inisiatif projek dan program.
Meluluskan Rancangan Selangor Kedua (RS-2) 2026 2030. Sebagai dokumen dasar dan segala pembangunan harus berpandukan dokumen ini sebagai hala tuju rasmi
Kerajaan Negeri sekaligus menjadi kompas rujukan utama semua agensi Persekutuan Negeri, termasuk jabatan, Pihak Berkuasa Tempatan, syarikat milik Kerajaan Negeri serta semua pemegang taruh di Selangor bagi menyempurnakan tugasan pelaksanaan agenda pembangunan negeri. Bahawa dalam meluluskan Rancangan Selangor Kedua, Dewan yang mulia ini menyeru seluruh warga Selangor menggembleng komitmen bagi merealisasikan aspirasi Selangor sebagai sebuah Negeri Model ASEAN bagi membina ekonomi saksama berasaskan prinsip keadilan, menjamin kualiti hidup untuk semua menjelang tahun 2030.
Bismillahirrahmanirahim. Assalamualaikum WBT, salam Malaysia Madani, salam Kita Selangor Maju Bersama.
Tuan Speaker, keadilan sebagai asas sebuah tamadun. Setiap tamadun yang besar, mewariskan kepada generasi selepasnya bukan sekadar monumen, istana atau kekayaan. Ia mewariskan satu persoalan, keadilan sebagai asas sebuah tamadun. Bagi tamadun Yunani, persoalan itu diperdebatkan oleh Plato dan Aristotle. Bagi tamadun Islam, salah seorang pemikir yang menghuraikannya adalah Ibnu Khaldun. Bagi dunia moden, ia dirumuskan oleh John Rawls. Tetapi bagi alam Melayu, persoalan itu diwariskan oleh seorang Bendahara yang ulung, Tun Seri Lanang, melalui karya agungnya Sulalatus Salatin. Ramai membaca Sulalatus Salatin sebagai catatan sejarah raja-raja Melayu. Ramai melihatnya sebagai hikayat yang mengisahkan asal-usul kesultanan Melayu.
Namun apabila saya meneliti dan membacanya hari ini, saya menemukan sebuah karya yang jauh lebih besar dari sebuah hikayat. Saya menemukan sebuah renungan tentang kebangkitan dan keruntuhan tamadun. Tun Seri Lanang membawa kita menyaksikan sebuah Melaka yang menjadi nadi perdagangan dunia. Pelabuhannya dipenuhi kapal-kapal daripada Arab, Gujarat, China, Jawa, Kepulauan Melayu dan Eropah. Bahasanya menjadi bahasa perdagangan serantau, undang-undangnya dihormati. Istananya megah, pembesarnya ramai, Perbendaharaannya kaya. Segala-galanya memberikan gambaran sebuah Kerajaan yang seolah-olah tidak mungkin ditewaskan. Namun sejarah mempunyai sifat yang sangat tegas. Sejarah tidak pernah menjanjikan bahawa kejayaan semalam akan berterusan selama-lamanya. Kemakmuran tidak pernah menjadi lesen untuk terus memimpin kekayaan dan tidak pernah menjadi jaminan kelangsungan sesebuah tamadun.
Apabila kita merenung Sulalatus Salatin pada hari ini, kita dapat melihat bahawa sesebuah Kerajaan boleh memiliki pelabuhan yang paling sibuk, istana yang paling indah dan agam, serta kekayaan yang paling besar. Namun jika ia mula berasa terlalu selesa dengan kejayaannya, jika ia berhenti memperbaharui institusinya, jika ilmu tidak lagi diraikan, jika inovasi tidak lagi digalakkan dan jika perubahan dunia tidak lagi difahami, maka kemegahan itu sedikit demi sedikit akan hanya menjadi kenangan. Melaka akhirnya bukan sekadar berhadapan Portugis. Melaka berhadapan dengan sebuah dunia yang sedang berubah. Lautan yang juga berubah. Perdagangan
berubah, teknologi berubah, persaingan antara kuasa-kuasa besar juga berubah. Sesebuah tamadun yang gagal memahami perubahan akhirnya akan ditinggalkan oleh perubahan itu sendiri.
Tuan Speaker, saya tidak membaca Sulalatus Salatin untuk mancatat atau mencari kesilapan dan kesalahan Melaka. Saya membacanya sebagai peringatan kepada diri saya sendiri bahawa tiada Kerajaan yang kekal daripada kelekaan. Tiada pemimpin yang terlalu bijaksana sehingga tidak boleh melakukan kesilapan, tiada negeri yang terlalu maju sehingga tidak perlu lagi belajar, tiada masyarakat yang boleh bergantung selama-lamanya kepada kejayaan masa lalu. Inilah sebabnya mengapa setiap generasi perlu kembali kepada satu persoalan yang paling asas. Apakah sebenarnya yang menjadikan sesebuah negeri itu kuat? Adakah bangunan-bangunannya? Adakah angka-angka pelaburannya? Adakah keluasan lebuh rayanya? Atau adakah sesuatu yang jauh lebih mendasar dari semua yang saya sebutkan sebentar tadi?
Dari Tun Seri Lanang kepada Ibnu Khaldun. Berabad-abad sebelum Tun Seri Lanang, seorang ilmuwan Islam yang besar, Ibnu Khaldun, telah memberikan satu jawapan yang masih relevan sehingga hari ini. Dalam Muqaddimah, beliau menulis bahawa sebuah tamadun tidak runtuh dalam satu malam. Keruntuhan bermula sedikit demi sedikit. la bermula apabila pemerintah tidak lagi berlaku adil, apabila amanah bertukar menjadi keistimewaan, apabila institusi kehilangan kewibawaannya dan apabila rakyat mula hilang keyakinan terhadap pemerintahan. Empayar mungkin masih kelihatan gagah, ekonomi mungkin masih berkembang, bangunan mungkin masih berdiri megah. Namun dari dalam, asasnya sedang mereput. Ibnu Khaldun mengajar kita bahawa kekuatan sesebuah negara tidak diukur semata-mata melalui kekayaan atau kekuatan tenteranya.
Kekuatan sebenar sesebuah negara terletak pada keadilan yang menopang pemerintahannya. Keadilan melahirkan kepercayaan. Kepercayaan melahirkan keyakinan. Keyakinan menarik pelaburan. Pelaburan mencipta pekerjaan. Pekerjaan membina maruah. Dan daripada sebuah maruah itulah lahir sebuah masyarakat yang stabil dan makmur. Inilah rantaian yang sering kita terlupa. Keadilan bukan sekadar tuntutan moral. Keadilan ialah prasyarat kepada kemakmuran. la adalah asas kepada ekonomi yang sihat, institusi yang kukuh dan masyarakat yang yakin terhadap masa depannya.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang dikasihi sekalian. Lebih dua ribu tahun yang lalu, Aristotle menulis bahawa negara tidak diwujudkan semata-mata supaya manusia hidup. Negara diwujudkan supaya manusia dapat hidup dengan baik. Inilah tujuan sebenar politik. Bukan sekadar mengurus kuasa. Bukan sekadar memenangi pilihan raya. Bukan sekadar mengumumkan projek demi projek. Tujuan sebenar Kerajaan ialah membolehkan rakyat menjalani kehidupan dengan lebih bermaruah, lebih sejahtera dan lebih bermakna. Persoalannya bukan berapa banyak yang dibelanjakan oleh Kerajaan. Persoalannya ialah sama ada setiap dasar benar-benar memperbaiki
kehidupan rakyat. Adakah seorang anak dari keluarga sederhana mempunyai peluang yang lebih baik untuk berjaya? Adakah seorang usahawan kecil memperoleh ruang untuk berkembang? Adakah seorang petani menikmati hasil dari kemajuan teknologi yang datang? Adakah seorang warga emas memperoleh kehidupan yang lebih terjamin dan wajar? Adakah seorang anak muda melihat masa depannya sebagai penuh keyakinan? Jika jawapannya ya, maka Kerajaan sedang melaksanakan tugas. Jika jawapannya tidak, maka kita perlu berani memperbaiki diri. Kerana pada akhirnya, Kerajaan bukan dihakimi oleh retoriknya. Kerajaan dihakimi oleh kesan dasar-dasarnya kepada kehidupan rakyat.
Tuan Speaker, persoalan yang dibangkitkan oleh Aristotle lebih dua ribu tahun yang lalu tidak pernah benar-benar selesai. Adakah tugas sebenar sebuah Kerajaan? Apakah tugas sebenar sebuah Kerajaan? Adakah Kerajaan sekadar bertanggungjawab menjaga keamanan? Adakah Kerajaan sekadar bertanggungjawab mengurus ekonomi? Atau adakah tugas Kerajaan jauh lebih besar daripada itu? Pada tahun 1971, seorang ahli falsafah Amerika, John Rawls, menghidupkan semula perbahasan ini melalui karya agungnya, A Theory of Justice. Rawls mengajak kita melakukan satu renungan yang sangat sederhana tetapi mendalam. Bayangkan sebelum kita dilahirkan, kita diberi peluang untuk membina sebuah masyarakat. Namun kita tidak mengetahui siapakah diri kita nanti. Kita tidak tahu sama ada kita akan lahir sebagai anak seorang jutawan atau anak seorang nelayan. Kita tidak tahu sama ada kita akan tinggal di bandar atau di pelusuk desa. Kita tidak tahu sama ada kita akan menjadi usahawan, guru, petani, pekerja kilang ataupun orang kurang upaya.
Jika kita benar-benar tidak mengetahui kedudukan kita nanti, apakah bentuk masyarakat yang akan kita pilih? Sudah tentu kita akan memilih sebuah masyarakat yang memberikan peluang yang adil kepada semua. Kita akan mahukan sekolah yang baik untuk setiap anak. Kita akan mahukan hospital yang memberikan rawatan tanpa mengira latar belakang. Kita akan mahukan sebuah peluang pekerjaan yang terbuka kepada sesiapa yang rajin berusaha. Kita akan mahukan sebuah Kerajaan yang tidak membezakan rakyat berdasarkan asal-usul, tetapi berdasarkan prinsip keadilan. Inilah yang dimaksudkan oleh Rawls apabila menyebutkan keadilan sebagai asas kepada institusi. Kerana apabila institusi itu adil, rakyat akan mempercayai. Apabila rakyat mempercayai, maka akan berani pelabur-pelabur datang ke masa depan untuk melabur masa depan negeri ini. Dan apabila keyakinan itu tumbuh, ekonomi akan berkembang dengan lebih mampan.
Tuan Speaker, saya percaya inilah titik yang sering terlepas dalam perbahasan mahupun perbalahan politik. Kita terlalu banyak bercakap tentang pertumbuhan. Tetapi terlalu sedikit bercakap tentang keadilan yang memungkinkan pertumbuhan itu berlaku. Kita mungkin banyak bercakap tentang angka. Tetapi terlalu sedikit bercakap tentang manusia. Sedangkan angka yang hebat tidak semestinya melahirkan masyarakat yang hebat. Yang melahirkan masyarakat yang hebat ialah institusi yang
adil. Al-Quran al-Karim mengingatkan untuk melaksanakan keadilan dan berbuat baik sebagaimana yang ditegaskan oleh Surah An-Nahlu ayat 90 (Bacaan Ayat Suci Al-Quran). Tafsirnya atau ertinya, Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat baik, serta memberikan bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan keji dan mungkar serta kezaliman. la mengajar kamu dengan suruhan dan laranganNya, supaya kamu mengambil peringatan dan mematuhiNya.
Pembangunan adalah kebebasan. Ahli Yang Berhormat sekalian, beberapa dekad kemudian, seorang lagi tokoh besar dunia, Profesor Amartya Sen, memperluas lagi gagasan tersebut. Beliau mengingatkan bahawa kejayaan sesebuah negara tidak boleh diukur semata-mata melalui pertumbuhan ekonomi. Pertumbuhan penting. Pelaburan penting. Produktiviti juga penting. Tetapi semua itu hanyalah alat. Tujuan sebenar pembangunan ialah memperluas kebebasan manusia. Kebebasan untuk belajar. Kebebasan untuk bekerja. Kebebasan untuk memilih. Kebebasan untuk berniaga. Kebebasan untuk mendapatkan rawatan kesihatan. Kebebasan untuk membesarkan anak-anak dalam keadaan yang selamat dan wajar. Dan yang paling penting, kebebasan untuk menentukan masa depan mereka sendiri. Amartya Sen mengingatkan bahawa kemiskinan bukan sekadar kekurangan pendapatan. Kemiskinan ialah kekangan peluang. Seorang anak yang berbakat tetapi gagal memasuki universiti kerana keadaan keluarganya sedang kehilangan peluang. Seorang usahawan kecil yang mampu berkembang kerana kekurangan akses kepada pembiayaan sedang kehilangan peluang. Seorang belia yang terpaksa menerima pekerjaan bergaji rendah kerana tidak mempunyai kemahiran sedang kehilangan peluang. Maka tugas Kerajaan bukan sekadar memberi bantuan, tugas Kerajaan ialah membuka peluang, membina jambatan, menghapuskan halangan, memastikan setiap rakyat mempunyai ruang untuk mengembangkan potensi mereka. Inilah pembangunan yang sebenar.
Tuan Speaker, pemikiran inilah yang saya lihat diterjemah dalam gagasan Humane Economy yang diperjuangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim. Ekonomi yang baik bukanlah ekonomi yang sekadar mengejar keuntungan. Ekonomi yang baik ialah ekonomi yang mengangkat martabat manusia. la tidak menolak pasaran. la tidak menolak pelaburan. la juga tidak menolak keuntungan. Malah, kita memerlukan pelaburan yang lebih besar. Kita memerlukan syarikat yang lebih berjaya. Kita memerlukan produktiviti yang lebih tinggi. Tapi kita juga percaya bahawa kejayaan ekonomi tidak boleh diukur hanya dengan berapa banyak kekayaan yang dicipta. Kejayaan sebenar diukur melalui berapa ramai rakyat yang menikmati hasil daripada kekayaan tersebut. Berapa ramai anak muda memperoleh pekerjaan berkualiti. Berapa ramai usahawan kecil berjaya menjadi syarikat besar. Berapa ramai keluarga dapat menghantar anak-anak mereka ke universiti. Berapa ramai warga emas dapat menikmati hari tua dengan bermaruah. Kerana pada akhirnya, manusia bukan alat kepada ekonomi. Ekonomilah yang mesti
berkhidmat kepada manusia. Dan di sinilah saya melihat satu kesinambungan pemikiran yang sangat menarik.
Tun Seri Lanang mengingatkan kita bahawa sebuah tamadun boleh runtuh apabila ia gagal memperbaharui dirinya. Ibnu Khaldun menjelaskan bahawa keadilan ialah prasyarat kepada kelangsungan tamadun. Aristotle mengingatkan bahawa negara diwujudkan supaya manusia hidup dengan baik. John Rawls menerangkan bagaimana institusi yang adil harus dibina. Manakala Amartya Sen menunjukkan bahawa pembangunan ialah memperluas kebebasan manusia. Humane Economy mengingatkan kita pula bahawa kemakmuran hanya bermakna apabila ia benar-benar meningkatkan taraf kehidupan rakyat. Maka persoalannya sekarang bukan lagi apakah itu keadilan? Persoalannya kepada kita, bagaimana kita menterjemahkan keadilan itu menjadi dasar? Dan bagaimana kita menterjemahkan falsafah menjadi tindakan? Bagaimana kita memastikan cita-cita kita dirasai oleh setiap keluarga dan rakyat di negeri Selangor? Jawapan kepada persoalan itu yang melahirkan Rancangan Selangor Kedua.
Ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin menyorot prestasi Rancangan Selangor Pertama. Apabila saya membentangkan Rancangan Selangor Pertama di Dewan ini pada 27 Julai 2022, ketika itu dunia sedang berhadapan dengan krisis. Perang Russo-Ukraine tercetus pada awal tahun itu, wilayah Luhansk dan Donetsk mula ditakluki. Harga makanan asas melonjak kerana Rusia dan Ukraine membekalkan hampir seperempat gandum seluruh dunia dan 14% hasil jagung dunia. Melatari situasi tersebut, Rancangan Selangor Pertama digagaskan bagi melindungi rakyat dan ekonomi serta membina sebuah negeri Pintar, Berdaya Huni, Makmur menjelang tahun 2025. Juga sebagai ikhtiar kita keluar daripada rangkuman dan genggaman pendemik Covid-19.
Bagi menjayakan hasrat tersebut, pentadbiran ini menggubal RS-1 dengan empat tema utama. Pertama, ekonomi. Kedua, sosial. Diikuti kelestarian. Dan yang terakhir, pengukuhan tadbir urus sebagai tema keempat untuk melaksanakan segala ikhtiar. Secara asasnya, nilai keseluruhan ekonomi Selangor sebelum Rancangan Selangor Pertama iaitu pada tahun 2020 berjumlah sebanyak RM326.8 bilion. Sudah pasti nilai ini perlu mengambil kira penguncupan ekonomi negeri dan negara akibat pandemik Covid 19. Dengan mengambil kira faktor tersebut termasuk beberapa usaha pemulihan yang dilaksanakan oleh pentadbiran negeri, nilai ekonomi negeri berjaya meningkat sebanyak RM133.3 bilion iaitu sebanyak 28.97% sepanjang rancangan tempoh atau tempoh Rancangan Selangor Pertama. Pencapaian tersebut adalah hasil sumbangan setiap rakyat bermula daripada usaha pekerja kilang, guru di sekolah, kepada petugas yang membersihkan taman serta menurap jalan termasuk pemandu bas serta penunggang e-hailing. Sehinggalah kepada usahawan, peniaga-peniaga gerai, PLATS serta pasukan penjawat awam.
Dari segi garis ukur yang telah ditetapkan di dalam Rancangan Selangor Pertama, sebanyak 16 indikator telah digariskan. Setelah tamat tempoh Rancangan Selangor Pertama, sebanyak ataupun sejumlah 79% daripada segala ikhtiar berjaya dicapai dan berada dalam pelbagai fasa pelaksanaan. Daripada kesemua indikator utama, pasukan ini atau Kerajaan berjaya melepasi sebanyak 9 daripada 16 indikator yang ditetapkan. Antaranya, pertumbuhan KDNK, berjaya mencapai pertumbuhan kadar purata 7.5% secara konsisten, melebihi sasaran dalam Rancangan Selangor Pertama iaitu sekitar 6.5 sehingga 7%. Begitu juga nilai pelaburan guna tenaga, pendapatan median, isi rumah bulanan yang melebihi sasaran sebanyak RM1,436 sebulan, iaitu RM10,726.00 berbanding dengan pendapatan median RM9,290.00 yang disasarkan oleh Rancangan Selangor Pertama.
Kadar kemiskinan relatif turut berjaya dikurangkan kepada 8.5%. Indeks kebahagiaan meningkat kepada 7.21 berbanding sasaran 7.00. Bekalan air bersih terus disediakan tanpa gangguan terutamanya akibat pencemaran sungai, keluasan hutan simpan kekal meningkat 31.7%. Tahap kepuasan rakyat terhadap perkhidmatan PBT melebihi sasaran sehingga 94.21%. Speaker, dalam pada itu, kita juga menyedari bahawa masih terdapat 7 petunjuk yang belum dicapai dan perlu disempurnakan. Misalnya dari aspek kelestarian alam sekitar, tahap kualiti udara serta kadar kitar semula perlu diperteguhkan. Begitu juga dari segi kadar kemiskinan mutlak, dalam Rancangan Selangor Pertama kita mensasarkan untuk mengurangkan kadar kemiskinan mutlak kepada 0.7%. Tapi kita hanya mampu mengurangkan kadar ini kepada 0.9% sebagaimana yang telah disasarkan.
Tambahan kepada itu, tahap pelaksanaan dan kemampuan sistem Kerajaan untuk merealisasikan dasar, mempunyai ruang besar untuk dipertingkatkan, baik dari segi perkhidmatan digital, prestasi PBT malah prestasi negeri dari segi pelaksanaan projek pemacu ataupun 20 games changes yang ditetapkan dalam Rancangan Selangor Pertama. Antara iktibar utama yang diterima pasukan kami daripada pengalaman sepanjang Rancangan Selangor Pertama adalah kepentingan projek infrastruktur kritikal yang berimpak tinggi. Selain itu kepentingan bakat tempatan yang sepadan dengan keperluan industri juga merupakan antara tunjang utama supaya Selangor tidak bergantung hanya ke pelabur, kepada pelaburan asing ataupun FDI, sekali gus meningkatkan nisbah pelaburan tempatan dan pelaburan asing. Dari sudut sosial pula, bantuan kebajikan Kerajaan perlu dilihat dari aspek kemampanan, keberkesanan, serta sudut pemberdayaan. Sama ada mereka yang menerima bantuan, setelah 2 atau 3 tahun dapat keluar daripada kebergantungan bantuan dan menerima peluang pekerjaan dengan gaji yang lebih berpatutan.
Seperti yang saya ungkapkan tadi, perubahan iklim masih menjadi cabaran yang perlu ditangani secara lebih pantas dan efektif. Alhamdulillah, Skim Jaminan Air Mentah yang di rencana di dalam Rancangan Selangor Pertama berjaya dilaksanakan sepenuhnya. Disebabkan itu pada tahun 2025 merupakan tahun pertama dalam sejarah Negeri Selangor di mana tiada gangguan bekalan air yang berpunca daripada
pencemaran sungai. Kita masih perlu meningkatkan pengurusan saliran air bagi mengurangkan insiden banjir, terutamanya banjir kilat yang menyusahkan kehidupan rakyat termasuk pelaksanaan lebih menyeluruh berbentuk amaran awal kepada rakyat.
Ketiga-tiga sudut inilah ekonomi, sosial, dan kelestarian memerlukan elemen pelaksanaan yang lebih kukuh dan untuk itu, terdapat keperluan mendesak untuk Kerajaan Negeri mencari strategi mempelbagaikan hasil secara lebih konsisten dan mampan supaya tidak bergantung kepada pendapatan tanah belaka. Memasuki anjung Rancangan Selangor Kedua dari tempoh 2026 hingga 2030, beberapa aspek negeri perlu dilihat yang melatari perancangan Rancangan Selangor Kedua. Sudah pasti antara cabaran paling besar melangkah ke hadapan adalah pemulihan serta maklum balas kepada krisis bekalan akibat Perang Asia Barat. Selain daripada bahan bakar, bahan bagi penghasilan makanan atau produk makanan seperti urea, produk sampingan penghasilan petroleum seperti bitumen, kimia, ethylene untuk membuat plastik, gas, helium, kesemua ini diambil kira dalam melaksanakan sumber alternatif supaya industri di Selangor tidak terdedah kepada risiko di masa hadapan.
Selain daripada usaha Kerajaan Negeri melalui Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor yang bertujuan untuk menampan impak krisis bekalan, kita perlu merancang daya tahan ekonomi bagi industri-industri utama yang bertapak di Negeri Selangor. Ahli Yang Berhormat sekalian, 6 misi merangkumi 25 bidang menggerakkan 98 inisiatif bagi mencapai satu matlamat. Misi pertama, memacu kepimpinan ekonomi Selangor. Speaker, disebabkan krisis yang tercetus awal tahun ini berpunca daripada Perang Asia Barat, Bank Dunia telah mengunjurkan pertumbuhan ekonomi Malaysia sebanyak 4.4% bagi tahun 2026 akibat ketidaktentuan jangka masa panjang, serta usaha pemulihan yang sudah pasti mengambil masa. Unjuran ini adalah lebih rendah berbanding pertumbuhan ekonomi Malaysia pada tahun 2025 yang mencapai kadar sebanyak 5.2%.
Pertumbuhan ekonomi Selangor pula mencatatkan kadar melebihi paras nasional iaitu 6.3%. Nilainya pertumbuhan ini adalah sebanyak RM28 bilion pada tahun 2025. Kerajaan Negeri mempunyai hasrat untuk menjadi negeri pertama di Malaysia dengan nilai ekonomi RM500 bilion. Kita yakin, tempoh dalam Rancangan Selangor Kedua, nilai ekonomi Selangor mampu mencecah nilai RM600 bilion. Untuk merealisasikan sasaran tersebut, kita tidak boleh bergerak seperti dengan izin business as usual. Konteks ini juga perlu mengambil kira dua aspek, masa depan industri terutamanya syarikat-syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana di Malaysia dan Selangor dan masa depan pekerja di Selangor. Dari segi ekonomi, Kerajaan Negeri berpendirian bahawa fungsi Kerajaan bukan sekadar pentadbir bagi industri dan perniagaan, akan tetapi memainkan peranan proaktif dalam merangka pertumbuhan sesebuah industri yang sudah pun rancak dan sejauh mana kita mampu meneroka peluang baru dan industri baharu.
Dalam negeri yang menyumbang 26.5% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar bernilai RM460.1 bilion, Selangor tidak boleh mengubah struktur ekonomi secara drastik. Kita tidak berupaya tiba-tiba menjadi sebuah negeri pertanian ataupun hanya berasaskan industri pembuatan teknologi konvensional. Kita harus menyedari bahawa dengan keluasan tanah yang terhad di dalam negeri ini harus merancang penggunaan tanah secara berhemah dan memaksimumkan sebaik mungkin bidang berteknologi tinggi supaya sebarang industri baharu tidak bergantung kepada tanah yang luas. Regenerasi dan rejuvenasi harus menjadi asas kepada sebarang pembaharuan yang dijalankan.
Secara asasnya, Kerajaan Negeri menggariskan lima sektor yang akan menjadi tumpuan ke arah tahun 2030. Yang pertama, bidang elektrik dan elektronik. Kedua, aeroangkasa. Ketiga automotif, keempat ekonomi digital dan yang kelima ekonomi kreatif. Kesemua lima bidang ini akan disusun secara aktif melalui 13 inisiatif supaya nilai ekonomi dan KDNK berkembang secara mampan dengan sasaran 6.1%, memperkukuh pelaburan terutamanya daripada sumber domestik dengan sasaran RM330 bilion secara keseluruhan, serta pengurangan kadar pengangguran kepada 2.2% menjelang tahun 2030. Dalam bidang elektrik dan elektronik, sudah pasti usaha Integrated Circuit Design Park akan diperluas dalam Fasa Dua dengan mensasarkan 800 peluang pekerjaan bergaji tinggi dapat ditawarkan kepada jurutera terutamanya anak-anak Selangor.
Strategi ini penting supaya peranan Selangor dalam bidang semikonduktor dapat dipertingkatkan kepada fasa bernilai tinggi dan syarikat-syarikat Selangor dapat memiliki hak harta intelek bagi reka bentuk cip litar bersepadu yang menjadi tulang belakang ekonomi digital dunia. Dari segi pendanaan, Kerajaan Negeri berpandukan dua strategi iaitu daripada modal teroka serta pelaburan domestik serta antarabangsa supaya keseluruhan rantaian sektor semikonduktor dapat menawarkan 10,000 peluang pekerjaan menjelang 2030.
Tuan Speaker, Selangor menghimpunkan lebih 67% daripada keseluruhan aktiviti bidang aeroangkasa di Malaysia. Kerajaan Negeri percaya bahawa inisiatif Selangor Aero Park @ KLIA Aeropolis dan Subang Airport Regeneration Plan berupaya merancakkan aktiviti subsektor industri aeroangkasa seperti logistik, penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) serta pembinaan peralatan kapal terbang dan pendidikan TVET. Lapangan Terbang Antarabangsa Subang pula mempunyai potensi untuk memperbanyakkan aktiviti penerbangan jet perniagaan dan peribadi. Bagi industri automotif pula, Kerajaan Negeri telah merancang dan memberi fokus kepada Hulu Selangor untuk menjadi hab utama melalui Lembah Beringin High Tech Auto Valley termasuk bagi industri pembuatan kenderaan elektrik.
Di samping itu, Ekonomi Digital serta Ekonomi Kreatif akan digerakkan secara lebih pantas melalui Selangor Digital Future Action Plan 2030 serta Selangor Creative Economy Advancement Hub yang bertujuan memposisikan Selangor sebagai
peneraju dalam dua bidang penting ini. Speaker, satu aspek kritikal yang turut diteliti oleh pentadbiran ini adalah usaha mengatasi cabaran yang sedang dihadapi oleh syarikat-syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana di Selangor. Sebahagian besar bermula sebagai syarikat mikro dan syarikat pemula atau startup dan kini telah berjaya berkembang kepada saiz PKS.
Namun begitu, cabaran besar adalah bagaimana untuk mencipta the great leap dengan izin untuk bersaing dengan syarikat PKS dari negara-negara lain di rantau Asia Tenggara dan Benua Asia. Untuk melepasi cabaran ini, Kerajaan Negeri membantu syarikat-syarikat strategik di Selangor supaya dapat mengakses pasaran di luar negara. Usaha ini telah dimulakan tahun ini apabila Selangor International Business Summit dianjurkan atau dianjurkan buat julung kalinya di luar negara dan diadakan di Bandung pada bulan 7 atau bulan lalu. Secara keseluruhannya, Kerajaan Negeri menganggarkan peruntukan sebanyak RM3 bilion bagi Misi Pertama Rancangan Selangor Kedua dalam tempoh lima tahun 2026 hingga 2030 dalam subsektor ekonomi.
Misi Kedua : Pembangunan Seimbang dan Peluang Saksama Merentasi Daerah. Speaker, antara asas pembangunan yang berprinsipkan keadilan sosial adalah merapatkan jurang, baik dari segi jurang pendapatan individu serta isi rumah dan jurang antara lokaliti ataupun daerah. Inilah yang menjadi asas kepada ungkapan no one will be left behind dengan izin yang telah saya terapkan semenjak 2018 lagi.
Dalam Rancangan Selangor Kedua, Tuan Speaker, kita berhasrat memperluas prinsip ini supaya dengan izin no district will be left behind. Prinsip itu yang melatari misi kedua, Pembangunan Seimbang dan Peluang Saksama Merentasi Daerah menerusi 10 inisiatif supaya batu asas yang diletakkan sebermula Rancangan Selangor Pertama direalisasikan sepenuhnya dalam Rancangan Selangor Kedua.
Sabak Bernam Development Area (SABDA) yang bertujuan mengintegrasikan sektor pertanian serta ekopelancongan di Pantai Barat Selangor akan digerakkan secara lebih pantas. Beberapa usaha seperti Selangor Biosphere Reserve serta Pusat Pendaratan Makanan Laut di Sekinchan termasuk Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Air Manis akan menjadi asas bagi menyegarkan kawasan utara Selangor.
Di samping itu, Integrated Development Region in South Selangor atau IDRISS dengan terletaknya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA serta tarikan utama mampu menarik pelaburan mampan supaya Sepang Gold Coast Village dan Amverton Cove Eco-Integrated serta Hab AgTech Sains Hayat Bersepadu dapat menambah aktiviti ekonomi di IDRISS yang telah dimulakan hasil daripada NCT Smart Industrial Park yang telah dibina.
Zon Pembangunan Ekonomi Selangor Maritime Gateway yang berada sepanjang koridor Sungai Klang turut akan terus digerakkan seperti beberapa usaha seperti
pembangunan Kampung Sungai Fajar ataupun Kampung Fajar termasuk perumahan mampu milik yang telah dimulakan. Dalam Rancangan Selangor Pertama, Kerajaan Negeri telah bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan melalui anak syarikat berkenaan pembangunan Pelabuhan Ketiga Pulau Carey supaya kerja-kerja perancangan awal berhubung konsep, kaedah, serta hala tuju pembangunan Pelabuhan Ketiga Pulau Carey dapat meningkatkan posisi Selangor dalam bidang logistik daripada tahap lebih tinggi kepada kedudukan 10 pelabuhan terbaik di dunia.
Kompleks Sukan Shah Alam turut dihasratkan untuk menjadi mercu tanda sukan di Selangor dan sukan permotoran di Sepang serta Litar Rakyat Kuala Selangor akan diperkemas kan mempunyai potensi luas supaya aktiviti permotoran dapat dijalankan secara aktif di persekitaran yang selamat bagi anak-anak muda. Aspek kedua ini, dalam Misi Kedua ini akan memberikan fokus kepada kerangka sistem pengangkutan awam untuk benar-benar mencapai hasrat sekurang-kurangnya 60% penggunaan pengangkutan awam berbanding kadar hari ini iaitu 40%.
Dengan wujudnya jajaran Light Rail Transit Shah Alam yang telah dipanjangkan sehingga ke Klang, Selangor harus merebut peluang ini untuk mempercepat transisi daripada kebergantungan kenderaan peribadi kepada pengangkutan awam. Hal ini kerana 6 daripada 12 Pihak Berkuasa Tempatan di Selangor telah dihubungkan dengan perkhidmatan LRT dan MRT iaitu Klang, Shah Alam, Subang Jaya, Petaling Jaya, Ampang dan juga Kajang. Projek perintis demand-responsive transit telah memberikan kita beberapa pengalaman berguna dan perlu disesuaikan supaya tiada pertindihan antara fungsi bas, bas mini, dan juga van. Menerusi Selangor Mobility, Kerajaan Negeri akan menyesuaikan semula pelaksanaan DRT agar pengangkutan tersebut difokuskan untuk menggerakkan rakyat ke kawasan-kawasan komersial.
Sementara itu, kita akan meningkatkan kekerapan pengangkutan awam yang akan berfungsi membawa penumpang dari stesen bas ke stesen LRT dan MRT. Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri ingin mewujudkan persekitaran walkable city di Selangor dengan memerlukan laluan perjalan kaki berbumbung sekurang-kurangnya 500 meter dari setiap stesen tren supaya lebih ramai rakyat Selangor berasa selesa ketika berjalan di antara stesen dan lokasi-lokasi tumpuan mereka. Tambahan kepada itu, Kerajaan Negeri turut akan mewajibkan satu hentian bas di setiap kawasan rumah Selangor Ku idaman dan rumah Selangor Kuharapan. Langkah ini agar pembeli turut rumah mampu milik turut dapat menggunakan pengangkutan awam.
Perancangan dan pelarasan ini perlu menerapkan penggunaan teknologi untuk meneliti tempat trafik yang paling tinggi, kawasan penumpuan awam serta mapping setiap taman perumahan di Selangor untuk menilai keperluan hentian bas kecil di kawasan perumahan. Untuk merealisasikan hasrat ini, Pelan Induk Mobiliti Negeri Selangor akan merangkumi setiap aspek yang dinyatakan supaya Selangor dapat menjadi satu-satunya negeri di Malaysia yang menawarkan sistem pengangkutan
awam yang mesra dan selesa kepada pengguna justru akan mempertingkatkan penggunaan pengangkutan awam di kalangan rakyat negeri Selangor.
Sementara itu, Kerajaan Negeri menerusi projek jajaran rel kita Selangor yang menghubungkan kawasan pesisir pantai barat Selangor ke Lembah Klang dapat direalisasikan sama ada menggunakan pembinaan rel sepenuhnya ataupun campuran bas rapid transit untuk minimumkan kos pembangunan infrastruktur. Bagi merealisasikan misi ketiga, Kerajaan Negeri menganggarkan sebanyak 6.7 bilion diperlukan sepanjang tempoh Rancangan Selangor ke-2. Misi ketiga, Negeri Penyayang dan Berdaya Huni.
Tuan Speaker, jika misi pertama dan misi kedua memberi fokus kepada ekonomi, misi ketiga pula melihat kepada peranan mewujudkan bandar-bandar yang berdaya huni bagi rakyat Selangor, demi komuniti serta kesejahteraan rakyat melalui 25 inisiatif secara keseluruhannya. Sudah pasti, kos sara hidup menjadi perhatian dan kekangan rakyat. Ini terkait juga dengan memastikan suatu persekitaran yang selesa, pembangunan perumahan mampu milik kesihatan awam, gaya hidup aktif bagi belia termasuk sukan serta kepentingan budaya dan warisan dalam kepelbagaian yang harmoni yang hanya boleh didapati di Negeri Selangor.
Kelima-lima bidang ini menjadi tunjang kepada misi ketiga Rancangan Selangor ke-2 iaitu membina Negeri Penyayang dan Berdaya Huni. Melalui Dasar Rumah Selangor Kuharapan dan Idaman, Kerajaan Negeri mensasarkan pembelian 200 ribu unit rumah mampu milik khusus untuk rakyat Negeri Selangor yang belum memiliki rumah. Sehingga kini sebanyak 64,188 unit telah siap manakala sebanyak 69,014 unit sedang dibina dengan jumlah keseluruhan 133,202 unit secara keseluruhannya yang telah siap dan yang sedang dalam proses perbinaan.
Bagi mereka yang belum mampu memperoleh pinjaman bank, Kerajaan Negeri akan meningkatkan jumlah unit rumah sewa di bawah skim smart sewa kepada sebanyak 3,000 unit menjelang 2030 sebanyak 30% daripada bayaran sewa setiap bulan akan disimpan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor dan dipulangkan kepada penyewa untuk digunakan sebagai bayaran pendahuluan apabila mereka bersedia untuk membeli rumah kelak. Seperti yang telah diumumkan sebelum ini, Kerajaan Negeri berpegang kepada komitmen membentuk Selangor Greater Klang Valley ataupun Lembah Klang Raya yang merangkumi empat bandar utama Klang, Shah Alam, Subang Jaya dan Petaling Jaya agar menjadi model metropolis di Asia Tenggara yang meliputi aspek pengurusan aliran trafik, pengangkutan awam, perumahan mampu milik, kawasan peindustrian serta rejunivasi bandar.
Di samping itu, infrastruktur di kampung-kampung turut akan dipertingkatkan sebagai usaha memeliharaan khazanah warisan untuk generasi akan datang. Dari sudut menangani kos sara hidup, Kerajaan Negeri akan membangunkan Indeks Kehidupan Bermaruah Selangor yang merangkumi garis ukur pelbagai demensi selaras dengan
cabaran kehidupan di kawasan bandar. Pembangunan indeks ini akan digerakkan melalui kerangka Pembangunan Unit Statistik Baharu Negeri akan meneliti keberkesanan program bantuan dan sokongan isi rumah dan dinilai setiap 12 hingga 24 bulan untuk menyemak perkembangan kehidupan penerima bantuan negeri.
Persoalannya, adakah kehidupan mereka menunjukkan tanda-tanda perkembangan positif atau mereka masih hidup dalam keadaan yang sama seperti sebelum detik mereka menerima bantuan. Tekad pentadbiran ini adalah untuk membina sebuah negeri yang bermaruah dan meningkatkan taraf kehidupan rakyatnya. Antara ikhtiar, ia adalah dengan memadankan mereka yang menerima bantuan keuangan negeri dengan program latihan dan pekerjaan selagi mereka masih berada dalam keadaan sihat dan mampu bekerja. Program-program kesihatan awam turut akan diperkasakan dengan lebih difokuskan kepada saringan peringkat awal supaya minda rakyat beralih daripada merawat kepada mencegah penyakit.
Laporan National Health and Mobility Survey 2025 menunjukkan bahawa hanya 14.7% warga emas di atas umur 60 tahun sedang hidup dalam keadaan sihat dan ditarifkan sebagai aging well dengan izin. Ini bermakna lebih 85% warga emas menghadapi sekurang-kurangnya satu penyakit fizikal ataupun cabaran mental seperti demensia iaitu 95% dan kemurungan 8%. Kerajaan Negeri turut menyedari bahawa terdapat perkembangan positif berkaitan kesihatan mental berbanding zaman dahulu jenis muda hari ini lebih terbuka untuk menghadapi realiti berdepan dan berbincang berkenaan impak kesihatan mental termasuk aspek keresahan dan kemurungan.
Program mental sihat akan diperkasakan dengan memberikan fokus kepada intervensi lebih awal. Selain daripada sokongan kepada anak-anak istimewa RS2 atau Rancangan Selangor Kedua akan memperincikan ekonomi penjagaan bagi anak-anak dan warga emas dengan menjamin kos lebih berpatutan serta menghargai warga emas dengan mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif bagi mereka. Kepentingan sukan akan dipertingkatkan dengan meneruskan momentum penganjuran sukan Malaysia melalui penekanan sukan di setiap lokaliti seperti satu sukan satu PBT yang merentasi latar belakang umur agar rakyat Negeri Selangor mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat.
Bagi menyempurnakan misi ketiga Kerajaan Negeri mengunjurkan perbelanjaan sebanyak 3.3 bilion ringgit diperlukan sepanjang tempoh Rancangan Selangor Kedua. Misi keempat, modal insan produktif dan inklusif Tuan Speaker, setelah meneroka peluang ekonomi baru mengimbangkan pembangunan antara daerah-daerah meningkatkan mobiliti pengangkutan awam dan mewujudkan persekitaran yang berdaya huni amatlah penting untuk Selangor memberikan rakyatnya peluang memberikan penekanan paling besar kepada rakyat. Hal ini demikian kerana, kita tidak mempunyai sumber tanah yang luas kita tidak mempunyai sumber petrolium mahupun gas sumber kita adalah sumber manusia ataupun rakyat.
Jabatan Perangkaan Malaysia menganggarkan bahawa populasi negeri Selangor meningkat kepada 8.1 juta menjelang 2049. Lebih-lebih lagi apabila berdepan zaman kecerdasan buatan sudah pasti terdapat peluang baru untuk direbut. Namun begitu, kita tidak boleh menafikan bahawa ada sekumpulan rakyat yang akan kehilangan kerja disebabkan kemunculan AI ataupun kecerdasan buatan. Teringat saya tulisan Tucci Didas dalam The Sick of Malice apabila Puak Athens ingin menembusi Pulau Melos kerana gagal bersedia dan tidak dilengkapi keperluan untuk beradaptasi dengan perubahan perang Pulau Melos jatuh ke tangan Puak Athens.
The Tucci Didas mengungkapkan budaya imperialisme tersebut yang dikenali sebagai Million Dialogue dengan menulis dengan izin the strong do what they can and the weak suffer what they must. Di Selangor kita mahu mengelak AI imperialisme dimana hanya satu atau dua negara yang mempunyai kemahiran dalam bidang baru sementara rakyat lain menjadi feeder kepada sistem feeder baru ini. Keadaan ini mendesak Kerajaan Negeri untuk lebih aktif mencari ruang serta peluang berasaskan prinsip pembelajaran sepanjang hayat dengan izin lifelong learning. Ini kerana dengan perubahan begitu pantas dari segi teknologi dan ekonomi budaya tangkas dan kemampanan beradaptasi amat penting supaya jurang pendapatan dalam kalangan rakyat tidak melebar. Alhamdulillah kita telah berjaya melepasi sasaran pendapatan median isi rumah yang ditetapkan di dalam rancangan Selangor Pertama. Ini mensasarkan pendapatan isi rumah atau RS1 mensasarkan pendapatan isi rumah median sebanyak RM9,290 sebulan dan menurut angka terkini Jabatan Perangkaan Malaysia pendapatan median isi rumah di Selangor adalah RM10,726 sebulan iaitu hampir RM1,500 lebih daripada sasaran.
Oleh itu, misi keempat memberikan fokus kepada modal insan produktif dan inklusif dengan mensasarkan 3 indikator makro menjelang 2030 iaitu pertama, pendapatan median isi rumah Selangor meningkat dari RM10,726 kepada RM14,500 sebulan, kadar pengangguran menurun kepada 2.2% dan yang ketiga pertumbuhan keluaran dalam negara kasar sebanyak 6.1%. Kita menyedari bahawa sasaran ini bukan mudah untuk dicapai tapi kita yakin sekiranya kesemua 23 inisiatif yang digariskan dalam misi keempat ini Insya Allah sumber utama negeri Selangor iaitu tenaga kerja dan rakyat akan terus kukuh berkeyakinan dan makmur. Isu ketidakpadanan antara kemahiran graduan serta kemahiran yang diperlukan oleh pasaran masih menjadi cabaran.
Setelah beberapa pengalaman dan program yang digerakkan oleh negeri seperti SKOUT Kerajaan Negeri akan menubuhkan Majlis Kemahiran Pekerja Selangor supaya industri, pihak akademia, penggubal dasar serta pekerja sendiri dapat merangka hala tuju yang adaptif untuk mengatasi isu ketidakpadanan kemahiran yang wujud hari ini. Ekonomi penjagaan akan diformalasikan termasuk pekerja-pekerja tidak formal yang menawarkan khidmat penjagaan anak-anak serta warga emas tanpa bimbingan yang mencukupi. Ini termasuk meningkatkan peluang dan penglibatan
wanita di dalam ekonomi terutamanya ibu yang baru melahirkan anak yang ingin kembali ke bidang kerja melalui Career Comeback Program.
Kerangka latihan TVET negeri yang diterajui oleh Selangor Technical Skills Development Centre STDC akan dipertingkat dan dikoordinasi secara lebih proaktif melalui cadangan pemerbadanan TVET untuk mengelakkan pertindihan antara tawaran TVET di pasaran supaya benar-benar mencapai matlamat sistem TVET berkualiti tinggi. Program Tuisyen Rakyat yang telah menunjukkan hasil positif akan dikembangkan kepada 200,000 pelajar menjelang 2030 agar prestasi para pelajar dari pelbagai latar belakang dapat terus dipertingkatkan. Peranan universiti akan dilibatkan secara lebih aktif dalam menubuhkan Selangor University Network Council merangkumi sektor awam dan swasta termasuk merealisasikan hasil UNISEL untuk beralih sepenuhnya sebagai universiti yang sepadan dengan keperluan pasaran hari ini dan pada masa depan.
Bagi menyegarkan lagi ekosistem keusahawanan PLATS akan diposisikan sebagai program unggul keusahawanan negeri dan mensasarkan 150,000 PKS di seluruh Selangor untuk terlibat menerima bimbingan latihan kemahiran digital, kemahiran pengurusan, pengurusan kewangan serta strategi pengembangan perniagaan. Program bantuan usahawan seperti GROW dana PLATS akan dilancarkan dan dimpermudahkan membiayaan perniagaan serta akses pasaran bagi PKS. Bagi PKS, bagi industri halal pula program pembangunan kapasiti serta hub halal Selangor 2.0 akan memberikan peluang kepada syarikat PKS untuk meluaskan pasaran keperingkat ASEAN berbanding hanya bergantung kepada pasaran tempatan. Kerajaan Negeri menganggarkan sebanyak RM800 juta diperlukan sepanjang tempoh Rancangan Selangor Kedua untuk misi keempat.
Misi kelima, negeri lestari berdaya tahan dan strategik. Tuan Speaker, misi kelima Rancangan Selangor Kedua, menegaskan komitmen Selangor kepada kelestarian alam dan ketahanan terhadap perubahan iklim. Ini bukan sekadar kewajiban moral tapi keperluan strategik dalam dunia yang semakin menuntut piawaian dan persekitaran yang tinggi. Menurut kajian oleh Swiss Re Institute dan laporan yang dikemukakan oleh World Economic Forum menjelang tahun 2050, ekonomi dunia berpotensi kehilangan 18% daripada GDP keseluruhan akibat kesan perubahan iklim. Jumlah ini dianggarkan atau dijangkakan mencecah triliunan dolar Amerika.
Sementara itu, ekonomi negara-negara di Asia mempunyai risiko tertinggi kerana kekurangan persediaan menghadapi kesan perubahan iklim. Sebagaimana contoh, China berisiko kehilangan 24% nilai GDP berbanding Amerika Syarikat dengan nilai 10% saja. Oleh itu, Selangor menuntut atau dituntut melakukan persediaan komprehensif bagi memastikan ekonomi dan kesejahteraan negeri terus kekal tahan uji dari sebarang ancaman terutamanya perubahan iklim, konflik geopolitik serta yang mengganggu laluan bekalan tenaga global mengingatkan kita bahawa keterjaminan sumber bukan lagi isu kecil tetapi isu keselamatan dan daya tahan negeri.
Sasaran utama. Selangor akan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sebanyak 35% menjelang 2035 berbanding garis dasar 2005, dan mengekalkan Tanah Hutan Simpan Diwartakan pada sekurang-kurangnya 31% daripada tanah-tanah negeri menjelang 2030.
Ketahanan Iklim dan Pengurusan Bencana. Pihak Infrastruktur Banjir, Projek Infrastruktur Banjir yang komprehensif akan dilaksanakan, termasuk semakan pasca-pelaksanaan projek mitigasi banjir sedia ada, perluasan infrastruktur mitigasi, dan pewajiban penyepaduan penyelesaian berasaskan alam semula jadi dalam pembangunan baharu.
Selangor Flood Mitigation Plan sebagai pelan untuk mitigasi banjir strategik akan membenamkan perspektif risiko iklim dalam setiap perancangan dasar dan pembangunan daerah.
Sistem Pengurusan Data Iklim Bersepadu akan menyatukan data bencana, hidrologi serta geospatial merentasi agensi negeri, meningkatkan ketepatan amaran awal dan mempercepat tindak balas bencana. Kita sedar bahawa isu banjir masih menjadi satu cabaran yang menyentuh hati rakyat. Setiap episod banjir adalah sebuah tragedi keluarga yang tidak sepatutnya berlaku jika kita merancang dan melabur dengan tepat.
Speaker, Projek Infrastruktur Waste-to-Energy melalui dua loji WTE utama di Tanjung 12, Sultan Idris Shah Green Energy (SISGE) di Rawang akan memproses 2,400 tan sisa sehari dan menjana 58 megawatt elektrik. Ini adalah solusi yang mengatasi dua cabaran sekali gus iaitu mengurangkan pergantungan kepada tapak pelupusan dan menjana tenaga boleh baharu.
Selangor Agenda for Green Economy (SAGE) dan inisiatif Bandar Rendah Karbon akan diperluas, memacu peralihan kepada teknologi hijau.
Program kitar semula dan program kitaran SELKitar, akan melalui pembangunan SELKitar dan pembangunan Kemudahan Pemulihan Material (MRCF) di setiap daerah. Kerajaan Negeri turut meneroka kebolehlaksanaan tenaga nuklear sebagai sebahagian daripada usaha mempelbagaikan portfolio tenaga Selangor untuk jangka panjang, mengurangkan kebergantungan kepada sumber luar yang terdedah kepada gangguan geopolitik.
Keterjaminan bekalan air tetap menjadi keutamaan mutlak. Melalui lima projek infrastruktur air utama, termasuk Loji Rasau Fasa 1 dan 2, Langat 2 Fasa 2 dan Labohan Dagang Fasa 2, kita akan menambah kapasiti rawatan air negeri secara signifikan, memastikan bekalan air bersih 24 jam sehari dapat dinikmati oleh seluruh rakyat Negeri Selangor tanpa gangguan.
Projek Selangor Maritime Gateway juga akan meneruskan kerja-kerja pembersihan Sungai Klang dengan memulihkan ekosistem sungai, dan ini telah menunjukkan tanda-tanda positif yang amat menggalakkan.
Program Pemuliharaan Hutan Selangor melalui pelaksanaan Pelan Pengurusan Central Forest Spine 2020-2029 dan pembangunan Hutan Warisan Diraja Selangor akan memastikan warisan ekologi Selangor terpelihara untuk generasi akan datang.
Inisiatif Karbon Selangor akan meletakkan Selangor sebagai pemain strategik dalam pasaran karbon sukarela Malaysia, memanfaatkan 31% litupan hutan simpan negeri sebagai aset iklim yang bernilai tinggi.
Bagi menjayakan Misi Kelima, Kerajaan Negeri menganggarkan peruntukan atau perbelanjaan sebanyak RM19.4 bilion diperlukan sepanjang tempoh Rancangan Selangor Kedua.
Misi terakhir, misi Keenam. Kerajaan Efektif, Mesra Rakyat dan Perniagaan. Tuan Speaker, Misi Keenam Rancangan Selangor Kedua adalah asas kepada kejayaan semua misi yang lain, iaitu sebuah pentadbiran yang efektif, responsif kepada rakyat dan mesra perniagaan. Kepercayaan rakyat terhadap Kerajaan adalah asas kepada kejayaan Selangor yang makmur dan maju bersama. Pentadbiran yang bersih, cekap dan amanah adalah kunci bagi menarik keyakinan para pelabur, membina ekonomi yang mampan dan memelihara perpaduan rakyat.
Menjelang 2030, kita perlu terus memastikan kesemua 12 PBT Selangor disasarkan mencapai skor SPB-PBT 95% dan ke atas. Standard atau piawai perkhidmatan awam yang tinggi bukan hak istimewa kawasan tertentu, tetapi pengalaman yang sama rata dinikmati oleh setiap rakyat di seluruh Negeri Selangor.
Kita juga akan terus memacu inisiatif pendigitalan dengan mensasarkan Perkongsian Perkhidmatan Kerajaan Digital End-to-End ke arah sasaran 85% supaya perkongsian data secara digital dan perkhidmatan awam lebih cekap, responsif dan berlandaskan prinsip tadbir urus yang baik.
Selain itu, PBT harus terus berusaha dengan lebih gigih untuk memperbaiki perkhidmatan dan kecekapan. Meningkatkan tahap penyampaian perkhidmatan kepada rakyat harus menjadi keutamaan setiap PBT di Selangor. Segala bentuk aduan dan makluman yang diterima baik di media sosial mahupun secara terus, harus diberikan layanan dan perhatian yang seimbang.
PBT harus dilihat proaktif mendepani cabaran semasa perbandaran dan kesejahteraan rakyat. Saya menyeru agar semua Pihak Berkuasa Tempatan di
Selangor menyahut seruan ini agar kita wujudkan Selangor yang mampan, inklusif, maju dan sejahtera untuk semua warganya.
Penerapan dan Pecutan AI melalui program Teraju AI dan Pusat Inkubasi AI Selangor di bawah Selangor International Innovation Centre of Excellence (SLICE) yang dikelolakan oleh STDC akan mempercepat penggunaan kecerdasan buatan dalam tadbir urus negeri. Pembangunan produk AI untuk agensi Kerajaan, pensijilan profesional AI untuk tenaga kerja hingga platform inkubator bagi pembangunan ekosistem AI yang menyeluruh akan diterapkan melalui program ini.
Perluasan pelaksanaan Central Data Warehouse Negeri Selangor akan menyatukan data kritikal negeri daripada pelbagai jabatan dan agensi serta menyokong pembuatan keputusan berasaskan data.
Central Spatial Data Platform (CSDP) yang dibangunkan bersama Malaysia Space Agency (MYSA) akan memperkukuh pelaksanaan dasar berasaskan data geospatial dalam kalangan pihak berkuasa tempatan dan jabatan perancangan infrastruktur.
Selangor Urban Observatory (SUO) akan berfungsi sebagai pusat analitik negeri yang menyatukan teknologi Internet of Things dan data raya bagi pemantauan bandar yang lebih cerdas.
Ahli Yang Berhormat sekalian, Reformasi Sistem Tadbir Urus Negeri Selangor (RSTU) akan menjadi pendorong utama kepada transformasi jentera pentadbiran kita. Melalui lapan bidang reformasi strategik, daripada tadbir urus dan integriti, pemecahan budaya silo, pemerkasaan modal insan, hingga penilaian berasaskan hasil, program RSTU ini berhasrat mentransformasikan penyampaian perkhidmatan awam Selangor kepada sistem yang lebih cekap, telus dan tangkas.
Dasar Speed Selangor akan mempercepat proses kelulusan perancangan dan pembangunan secara drastik, mengurangkan tempoh kelulusan kebenaran merancang untuk kawasan industri terancang dari 3.5 bulan kepada 14 hari bekerja. Ini adalah perubahan yang akan dirasai secara langsung oleh pelabur dan rakyat yang berurusan dengan agensi Kerajaan Negeri seperti PBT.
Keupayaan penjajaran strategik antara Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan program negeri juga akan diperkukuh untuk memaksimumkan impak pelaburan awam kira-kira 75% hasil negeri kini bergantung kepada premium tanah dan cukai tanah, iaitu satu risiko struktural yang perlu kita tangani.
Misi keenam akan mempelbagaikan aliran hasil negeri melalui mekanisme pembiayaan inovatif, meningkatkan penglibatan GLC dan sektor swasta, serta mengoptimumkan tadbir urus entiti negeri. Penubuhan Syarikat Pelaburan Induk
Negeri yang bersepadu sepenuhnya akan meningkatkan kesepaduan, kecekapan kos dan pulangan kepada Kerajaan Negeri secara konsisten.
Kerajaan Negeri juga telah memulakan usaha menjajarkan peranan serta fungsi anak-anak syarikat supaya lebih optimum dan efektif. Sebagai contoh, program THRIVE 28 oleh Kumpulan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan), MBI telah dimulakan sejak tahun 2024 yang menumpukan kepada penjajaran fungsi serta peranan anak-anak syarikat Kumpulan MBI.
Usaha ini tertumpu ke arah sasaran pencapaian RM8 bilion pendapatan terkumpul Kumpulan MBI menjelang 2020. THRIVE 2024 ini berasaskan 5 misi utama menerusi tiga fasa dalam tempoh 5 Tahun. Usaha THRIVE 28 ini akan dicontohi dan diteruskan ke anak-anak syarikat yang lain bagi menumpukan usaha untuk mencipta sumber pendapatan baharu serta mencipta peluang pekerjaan bagi membantu Kerajaan Negeri dalam Rancangan Selangor Kedua.
Penjajaran GLC ini akan memastikan setiap anak-anak syarikat tidak bertindih dalam fungsi dan peranan selain berevolusi dengan sasaran dan matlamat baharu sesuai dengan perkembangan aktiviti ekonomi yang memerlukan Selangor menumpukan sektor-sektor ekonomi berasaskan teknologi dan perkhidmatan. Bagi memajukan Misi Keenam, Kerajaan Negeri menganggarkan keperluan RM110 juta diperlukan sepanjang Rancangan Selangor yang Kedua.
Tuan Speaker, Saya ingin menyatakan bahawa dengan penuh hormat terlalu lama politik negara kita dipenjarakan oleh imaginasi yang sempit. Selama berdekad-dekad, setengah kelompok membina pengaruh melalui politik identiti. Naratifnya sering berlegar di sekitar ketakutan. Ketakutan kehilangan kuasa, ketakutan kehilangan hak, ketakutan terhadap pihak yang berbeza. Hari ini, ada pihak mengulangi pendekatan yang sama, malah dalam banyak keadaan dengan nada yang lebih keras dan dengan lebih sempit. Saya tidak menafikan bahawa bangsa itu penting.
Saya tidak menafikan bahawa agama itu adalah asas akhlak dan pembentukan peribadi. Kedua-duanya adalah sebahagian dari jati diri negara ini. Tidak. Tetapi tugas Kerajaan tidak terhenti pada mempertahankan identiti. Tugas Kerajaan ialah menterjemahkan identiti itu kepada kemajuan, kepada ilmu, kepada inovasi dan kepada produktiviti, kepada tadbir urus yang bersih, kepada peluang yang lebih luas untuk rakyat.
Masalah terbesar politik identiti bukan kerana ia terlalu banyak bercakap tentang bangsa atau agama. Masalahnya, ia terlalu sedikit bercakap tentang masa depan. Kita jarang mendengar perbahasan yang mendalam tentang bagaimana Malaysia harus menjadi peneraju kecerdasan buatan. Bagaimana kita mahu menguasai rantaian nilai semikonduktor. Bagaimana pula mahu membina ekonomi hijau yang berdaya saing mampan dan bagaimana kita mahu memperkukuh universiti-universiti kita menjadi
universiti penyelidikan terkemuka. Bagaimana kita mahu melahirkan lebih ramai penyelidik, jurutera dan pencipta teknologi. Sedangkan dunia sedang berubah dengan begitu pantas. Kecerdasan buatan sedang mengubah cara manusia bekerja. Perubahan iklim sedang mengubah ekonomi dunia. Persaingan geopolitik sedang membentuk semula rantaian bekalan global. ASEAN sedang muncul sebagai salah sebuah pusat pertumbuhan ekonomi dunia. Persoalannya bukan lagi sama ada perubahan itu akan berlaku. Persoalannya ialah sama ada kita bersedia memimpinnya.
Ahli Yang Berhormat sekalian, Saya percaya rakyat Selangor sudah bersedia meninggalkan politik yang sentiasa mencari musuh. Kerana membina musuh jauh lebih mudah daripada membina universiti. Membangkitkan kemarahan jauh lebih mudah dari membangunkan industri, menabur fitnah jauh lebih mudah daripada melaksanakan reformasi. Tetapi sejarah tidak pernah mengingati mereka yang memilih jalan paling mudah. Sejarah mengingati mereka yang berani membina Athens kerana dikenang. Athens dikenang kerana falsafahnya, Baghdad dikenang kerana ilmu dan kutubkhanahnya. Kalau ada pun yang dikenang kerana kebencian, mereka adalah seperti kelompok seumpama Firaun, Hitler, mahupun Stalin atas sebab kezaliman dan kerakusan yang membawa kehancuran. Tiada sebuah tamadun menjadi agung kerana kebencian. Mereka menjadi agung kerana keberanian mereka membina masa depan.
Dan sebab itulah saya percaya politik ketakutan memerlukan musuh, politik keadilan memerlukan institusi, politik kebencian memerlukan kambing hitam, politik pembangunan memerlukan keberanian untuk melakukan pembaharuan kerana Kerajaan tidak dipilih untuk menguruskan kemarahan rakyat. Kerajaan dipilih untuk mengurus harapan rakyat di masa depan.
Tuan Speaker, setiap generasi diberikan peluang untuk memilih. Ada generasi memilih untuk hidup dalam bayang-bayang kejayaan masa lalu. Ada generasi yang memilih untuk menyalahkan orang lain atas kegagalan hari ini. Manakala itu pentadbiran ini mewakili generasi yang memilih untuk membina masa depan. Kita menginsafi bahawa sering kali masa depan sebuah negeri sebenarnya bergantung kepada kebijaksanaan rakyatnya, keberanian pemimpinnya dan kekuatan institusinya.
Sebab itulah Rancangan Selangor Kedua bukan sekadar sebuah pelan pembangunan lima tahun. Ia adalah ikrar bahawa Selangor akan terus memperbaharui dirinya. Ia adalah ikrar bahawa kita akan berpuas hati dengan kejayaan semalam. Ia adalah ikrar bahawa kita akan terus melabur dalam ilmu, penyelidikan, inovasi dan modal insan. Ia adalah ikrar bahawa pertumbuhan ekonomi tidak boleh dipisahkan daripada keadilan sosial. Ia adalah ikrar bahawa setiap anak di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Kuala Langat, Sepang, Petaling, Gombak dan Hulu Langat berhak melihat masa depan dengan penuh keyakinan.
Ahli Yang Berhormat sekalian, Saya menegaskan, keadilan bukan sekadar cita-cita moral. Keadilan ialah strategi pembangunan. Kerana daripada keadilan lahirnya kepercayaan. Daripada kepercayaan lahirnya keyakinan. Daripada keyakinan lahirnya pelaburan. Daripada pelaburan lahirnya pekerjaan. Daripada pekerjaan lahirnya maruah. Dan daripada maruah lahirnya sebuah masyarakat yang yakin dan confident dengan masa depannya. Inilah rantaian kemakmuran yang sebenar Tuan Speaker.
Mutakhir ini filem The Odyssey yang diarahkan Christopher Nolan telah pecah panggung sebelum Spiderman. Filem tersebut disadur dari syair Greek kuno Homer. Saya juga diberitahu, terkesan dengan filem tersebut, ramai kemudiannya menyerbu membeli terjemahan syair Greek kuno ini. Di Kinokuniya sukar untuk mendapatkan terjemahan Mendelsohn, Lewis mahupun Robert Fagles.
Justeru saya mahu mengimbau karya The Ordyssey itu, kerana mungkin ramai daripada pihak di antara kita yang culas membaca dan juga tidak mengetahui tentangnya. Homer menceritakan kepada kita bagaimana Ordysseus yang merindui isterinya Penelope, akhirnya berjaya pulang ke Ithaca setelah mengharungi pelbagai ujian. Namun sebelum tiba ke Ithaca di tengah pelayaran, beliau mengetahui bahawa kapalnya akan melalui godaan Siren.
Beliau tidak dapat menghapuskan godaan itu, beliau tidak dapat menghentikan nyanyi Siren, tapi beliau boleh memastikan bahawa nyanyian itu tidak menentukan arah pelayarannya. Beliau mengikat dirinya pada tiang kapal, bukan kerana beliau lemah tetapi kerana beliau memahami bahawa seorang pemimpin yang baik mesti mempunyai prinsip yang kuat daripada godaan yang dihadapinya.
Odysseus kembali dikenali sebagai polytropos man of many minds. Seorang yang cekap berdepan tentangan, licik melemahkan musuh, penuh muslihat cekal dan berwibawa. Berteraskan kekuatan tersebut dia mengharungi nyanyian Siren. Percaya, saya percaya setiap zaman mempunyai sirennya tersendiri. Ada siren yang menyanyikan kebencian, ada suara yang menyanyikan populisme, ada siren yang menyanyikan lagu perpecahan, ada suara yang menjanjikan jalan pintas kepada masalah yang rumit.
Namun sejarah mengajar kita bahawa jalan pintas, jarang sekali membawa kepada destinasi yang benar dan Selangor juga sedang belayar. Belayar dalam dunia yang semakin mencabar, belayar dalam ekonomi yang semakin kompetitif, belayar dalam cabaran yang dipacu oleh kecerdasan buatan inovasi dan persaingan global. Kita tidak boleh mengawal angin, kita tidak boleh menghentikan ombak. Tapi kita boleh memilih kompas yang akan memandu pelayan kita. Dan saya percaya kompas itu mestilah keadilan. Justeru, keadilan kita membina institusi yang diyakini. Hanya dengan institusi yang diyakini, kita menarik pelaburan, hanya dengan pelaburan kita
mencipta peluang pekerjaan dan peluang itulah yang akan mengangkat martabat dan maruah rakyat.
Rakyat yang bermaruah kita mampu membina sebuah tamadun yang berkekalan. Maka dengan penuh rasa tanggungjawab, dengan rasa rendah diri, dengan penuh keyakinan terhadap potensi rakyat Selangor, marilah bersama-sama kita melangkah ke hadapan. Bukan dengan politik yang mengecilkan imaginasi rakyat, bukan dengan politik yang memecahbelahkan masyarakat tetapi dengan politik yang membina institusi politik yang mengembangkan ilmu, politik yang memperluas peluang politik yang meletakkan manusia sebagai tujuan utama pembangunan dan akhirnya Kerajaan yang baik tidak mewariskan kemewahan semata-mata. Kerajaan yang baik mewariskan apa yang dipanggil keadilan. Keadilan itulah lahirnya kemakmuran yang berkekalan.
Tuan Speaker, dengan lafaz Bismillahhirrahmannirrahim, dengan penuh tanggungjawab, mencadangkan Rancangan Selangor Kedua dengan nilai RM33.31 bilion dibentangkan dalam Dewan yang mulia ini untuk dibahaskan. Sekian. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Walaikumassalam., penyokong.
Tuan Speaker, saya menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Adapun masalah di hadapan Dewan ini adalah suatu unsur yang telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar iaitu unsur Rancangan Selangor Kedua (RS2). Oleh itu, saya kemukakan usul ini untuk dibahaskan. Saya minta Yang Berhormat Hulu Kelang.
Tuan Speaker.
Ya.
Saya mendapat notis daripada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, bahawa perbahasan bermula pada hari Isnin. Jadi saya minta izin supaya Speaker ikut arahan Ketua Majlis perbahasan bermula pada hari Isnin. Terima kasih.
Ketua BBC menyokong.
Pelabuhan Kelang mungkin ada.
Tuan Speaker, saya ingin memberikan pandangan, bahawa dokumen yang dibentangkan oleh Dato Menteri
Besar ni suatu dokumen yang amat penting. Yang ingin meletakkan Negeri Selangor kekal sebagai Negeri yang maju dan makmur. Walaupun pada petang ini saya masih lagi Ketua Pembangkang, tetapi bila saya meneliti dan menekuni pembentangan tadi saya kira kami memerlukan sedikit masa untuk kami kemukakan perbahasan yang berkualiti demi kepentingan rakyat Negeri Selangor. Dan oleh kerana cadangan ini disokong oleh Ketua BBC, jadi saya ingat eloklah kita pertimbangkan perbahasan ini, kita mulakan pada hari Isnin demi masa depan yang lebih cemerlang. Terima kasih. Kalau saya bawa usul boleh Tuan Speaker.
Mungkin Ketua Pembangkang ada perkara-perkara nak diulaskan daripada RS2 tadi. Tak ada.
Itu masih rahsia Tuan Speaker.
Kita double check, double check. Rehat 5 minit boleh. Encik Fuad. Tangguh 5 minit ya. Peraturan Tetap. Atas kuasa yang ada pada saya, dengan ini saya tangguhkan sekejap perbahasan kita selama 10 minit. Dengan ini saya tarik balik penangguhan selama 10 minit. Dewan bersidang semula. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya menggunakan kuasa Speaker di bawah Peraturan Tetap 87 untuk menangguhkan usul nombor 12 tahun 2026. Usul Rancangan Selangor Kedua RS2 dan menyambung semula usul nombor 10 tahun 2026. Usul dibawah Peraturan Tetap 76(5) oleh Yang Berhormat Subang Jaya. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ya.
Ya.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata tidak. Dipersetujui.
Usul seterusnya usul nombor 10, tahun 2026, usul di bawah Peraturan Tetap 76(5) oleh Yang Berhormat Subang Jaya.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Tuan Timbalan Speaker dan Ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin membawa satu usul berbunyi seperti berikut. Bahawasanya menurut peraturan 76(5) Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, Dewan yang mulia ini menerima penyata Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai pengurusan air, pertanian, infrastruktur dan mobiliti JPKN INFRAGRO, berhubung pengurusan dan kesiapsiagaan bekalan air semasa musim kemarau di Negeri Selangor oleh pihak Air Selangor dan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) yang telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini, sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 25 Tahun 2026.
Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Jawatankuasa INFRAGRO telah mengadakan satu pendengaran tertutup bersama-sama dengan LUAS dan juga pihak Air Selangor selepas menerima berita bahawa kesan El Nino akan melanda negara Malaysia tidak lama lagi. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa musim monsun barat daya yang diramalkan bermula pada 14 Mei 2026 dan dijangka berterusan sehingga September pada tahun ini menyebabkan pengurangan kadar taburan hujan di kawasan tadahan.
Dan seterusnya pihak LUAS juga memaklumkan bahawa fenomena El Nino pula dijangka bermula dari Jun 2026 dan berterusan sehingga awal tahun 2027, di mana fenomena El Nino ini diramalkan mencapai kategori kuat pada hujung tahun dan boleh mengakibatkan pengurangan hujan sebanyak 20% sehingga 40%.
Dalam soalan yang pernah dikemukakan oleh salah seorang Ahli Dewan Negeri kepada Yang Berhormat EXCO pada awal Sidang Dewan ini, Yang Berhormat EXCO juga telah pun menghuraikan beberapa langkah yang sedang diambil oleh pihak Air Selangor dan juga LUAS untuk menangani perkara ini. Jadi saya tidak akan bercadang untuk mengulas setiap satunya dengan terperinci dan menyimpulkan dengan berikut.
Dalam cadangan pihak LUAS mereka telah mengemukakan tiga tindakan susulan untuk menangani kesan El Nino ini. Yang pertama iaitu pemantauan rapi status paras air empangan dan penggunaan optimum operasi SORSS iaitu Selangor Of River Storage Skim, bagi meningkatkan jangka hayat empangan. Yang kedua, pemantauan kualiti air dan kawalan aktiviti di Lembangan Sungai strategik. Dan yang ketiga, pelaksanaan langkah kawalan penjimatan air melalui kempen penggunaan air secara berkhemah.
Seterusnya pihak Air Selangor juga telah memaklumkan bahawa terdapat enam langkah mitigasi utama yang telah dikenal pasti dan dilaksanakan oleh Air Selangor seperti berikut. Pertama, pemantauan 247 dengan izin melibatkan sumber air termasuk sungai dan muka sauk dijalankan secara berterusan. Kedua, unjuran kapasiti empangan tiga bulan ke hadapan dilaksanakan berserta pengurusan pelepasan air secara strategik bagi menjamin kesinambungan bekalan air mentah. Tiga, koordinasi diperkukuhkan bersama JPS Smart, BKS A Pahang dan agensi berkaitan bagi mengoptimumkan operasi simbah air dan mengurangkan risiko pencemaran. Empat, sumber sokongan air mentah melalui OPAK, HORAS dan Sejam dioptimumkan bagi meningkatkan daya tahan bekalan khususnya di Lembangan Sungai Selangor dan juga Sungai Langat. Lima, pemantauan berterusan penyaluran air mentah Pahang – Selangor dilaksanakan dan TPAMPS diaktifkan bagi sumber alternatif strategik bagi memastikan operasi LRA Langat 2 kekal stabil. Operasi WT1 LRA Semenyih dan WT2 LRA Sungai Langat dioptimumkan berserta pengepaman air secara bersasar bagi mengekalkan operasi loji rawatan air pada tahap optimum.
Setelah meneliti taklimat yang telah diberikan oleh Pihak Air Selangor dan juga LUAS, berikut adalah penemuan Jawatankuasa. Pertama, Jawatankuasa mendapati penekanan mengenai pengurusan permintaan ataupun demand management dengan izin amat berkurangan oleh pihak LUAS dan Air Selangor. Walaupun ada sedikit sebanyak usaha untuk menangani isu tersebut, namun hasil sebenar di lapangan masih belum dapat dilihat.
Kedua, Jawatankuasa mengambil maklum bahawa infrastruktur yang diperlukan oleh pihak LUAS berjumlah RM20 juta di mana pihak UPEN memaklumkan sebanyak RM10 juta dari peruntukan tersebut telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-13. Peruntukan yang telah diluluskan ini akan dibelanjakan bagi tujuan kerja-kerja SORSS. Jawatankuasa berpandangan bahawa baki peruntukan ini berjumlah RM10 juta wajar disalurkan dengan kadar segera oleh pihak Kerajaan Negeri.
Yang ketiga, Jawatankuasa mendapati bahawa penggunaan bagi setiap rumah sebanyak 240 liter sehari adalah sangat tinggi. Jika dibandingkan dengan keperluan sesebuah negara yang dianggarkan oleh World Health Organization sebanyak 130 liter sehari sahaja.
Dan yang keempat, Jawatankuasa berpandangan agar pihak industri perlu merawat air sendiri untuk kegunaan operasi mereka supaya beban penggunaan sumber air bersih dan terawat sedia ada dapat dikurangkan.
Tuan Speaker, saranan Jawatankuasa adalah seperti berikut. Yang pertama, Jawatankuasa menyarankan agar Air Selangor memberi fokus yang lebih kepada pengurusan permintaan ataupun demand management dan ia harus dimulakan secara aktif dengan segera.
Kedua, Jawatankuasa menyarankan baki peruntukan infrastruktur berjumlah RM10 juta yang diperlukan oleh pihak LUAS harus diberikan keutamaan dan wajar disalurkan dengan kadar segera.
Yang ketiga, Jawatankuasa mencadangkan agar peringatan berterusan kepada pengguna untuk menjimatkan penggunaan air di dalam bil yang dikeluarkan sedang mengadakan program kesedaran kepada pengguna berkenaan kepentingan penjimatan bekalan air supaya penggunaan air dapat dijimatkan dan bukannya hanya ketika dalam musim kemarau sahaja.
Dan keempat dan terakhirnya, Jawatankuasa menyarankan agar pihak Kerajaan Negeri mensyaratkan pihak industri merawat air sendiri untuk kegunaan operasi mereka supaya beban penggunaan sumber air bersih dan terawat yang sedia ada dapat dikurangkan dan perbelanjaan yang dikeluarkan untuk tujuan rawat air tersebut dapat dijimatkan.
Tuan Timbalan Speaker, Subang Jaya ingin menyebut bahawa sejak tahun 2014 apabila Negeri Selangor juga pernah menghadapi masalah yang serupa di mana paras air empangan juga telah menjatuh sehingga ke tahap di mana kita kena membuat edaran bersasar, telah membawa banyak pelajaran kepada kita sebagai ADUN dan kita sebagai Kerajaan Negeri. Dan saya percaya bahawa terdapat banyak yang telah dibuat oleh pihak Kerajaan Negeri untuk memastikan bahawa kita mempunyai bekalan yang mencukupi dalam menghadapi kesan El Nino yang akan datang ini.
Subang Jaya melihat bahawa dari segi Supply Side Management dengan izin, usaha kita cukup bagus dan seperti mana telah dihuraikan oleh Yang Berhormat EXCO, kita mempunyai bekalan air yang mencukupi untuk enam sehingga sembilan bulan. Walau bagaimanapun, kalau demand management kita, ataupun demand management kita tidak mencukupi, Subang Jaya percaya bahawa pembaziran yang berterusan di negeri Selangor ini juga akan membawa impak terhadap penggunaan air. Jadi, saya berharap bahawa memandangkan supply side management kita cukup rapi, kita boleh beralih kepada demand side management untuk memastikan bahawa tiada pembaziran oleh pengguna-pengguna di negeri Selangor ini.
Akhir kata Tuan Speaker, Subang Jaya berharap ADUN-ADUN yang ada dalam Dewan yang mulia ini juga dapat menyokong usaha dan juga cadangan yang telah dikemukakan oleh Jawatankuasa Pihak INFRAGRO. Dengan itu, Subang Jaya menyokong. Terima kasih Tuan Timbalan Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat Subang Jaya. Ada yang menyokong.
Tuan Speaker, Kota Damansara menyokong dan berbahas.
Silakan.
Baik, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Sejahtera, salam Selangor Maju Bersama. Alhamdulillah hari ini satu penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Pengurusan Air, Pertanian, Infrastruktur dan Mobiliti JPK INFRAGRO berhubung pengurusan dan kesiapsiagaan bekalan air semasa musim kemarau di negeri Selangor oleh pihak Air Selangor dan Lembaga Urus Air Selangor. Dalam Jawatankuasa ini, pelbagai jenis penemuan telah dilakukan. Apabila kita lihat balik ketika 2014, saya ingat lagi ketika 2014 yang mana kita telah melakukan catuan air kerana rizab simpanan air kita sehingga ke paras bawah daripada 40%.
Jadi, bermula daripada itu pelbagai inisiatif yang telah dilakukan oleh pihak Kerajaan, bukan sahaja menukar paip-paip yang baru untuk pastikan kebocoran ini dapat dikurangkan, tapi memastikan bahawa empangan-empangan air kita atau simpanan rizab air kita juga bertambah. Jadi setelah hampir lebih daripada 10 tahun berlalu, kita lihat beberapa empangan-empangan air kita sudah mula, kita sudah siap, bersiap siagaan. Kalau dulu kita hanya menghadapi El Nino, sekarang ini kita akan menghadapi super El Nino, lagi power. Kalau andai kata lepas ini ada lagi istilah baru akan lebih lagi, maksudnya kesiapsiagaan. Sebab negeri Selangor ini bukan hanya menyalurkan air untuk rakyat di negeri Selangor, kita juga menyalurkan air di Kuala Lumpur. Kita juga bertanggungjawab menyalurkan air di Putrajaya. Jadi apabila ada masalah di Selangor, semestinya dia akan memberikan effect atau kesan kepada negeri-negeri lain. Kalau kita tengok juga ketika 2014 yang mana kita melakukan catuan, yang mana kita mengikutkan zoning zoning tertentu. Ada zon, zon A hanya hari-hari tertentu sahaja boleh menikmati air. Zon B hari-hari tertentu sahaja menyampai air.
Saya ingat kita, ketika itu kita hadapi lebih kurang 2 bulan catuan, iaitu dalam keadaan bermasalah, dia akan memberikan kesan khususnya kepada mereka yang menjalankan perniagaan atau perniagaan makan. Ketika itu, orang yang buat business dobi juga pun turut ada masalah. Saya ingat lagi ketika di HORAS, 2014 banyak juga kedai-kedai dobi ketika itu tutup sebab ada masalah dengan kesan kekurangan air ketika itu.
Saya menyambut baik beberapa saranan Jawatankuasa menyarankan Air Selangor memberikan fokus lebih kepada pengurusan iaitu demand management yang harus dimulakan dengan segera. Jawatankuasa menyarankan juga baki peruntukan sesuatu berjumlah RM10 juta yang diperlukan oleh pihak LUAS harus diberikan keutamaan dan wajar disalurkan dengan kadar segera. Dia bukan hanya sekadar RM10 juta, RM20 juta, RM30 juta, RM40 juta pun boleh diberi. Tapi isunya adalah pihak LUAS memerlukan RM10 juta untuk peruntukan infrastruktur. Bila kita berceritakan infrastruktur ni, kalau hari ni kita ada RM10 juta, belum tentu kalau esoknya kita bayar RM10 juta, dia terus boleh kembali pulih seperti biasa. Dia memerlukan masa dalam proses tender terbukanya lagi, kalau ada selective tender lagi. Dia perlukan, pihak kontraktor perlu melihat, kita tidak melihat lagi faktor-faktor luaran yang menyebabkan sesuatu kerja itu menjadi lebih panjang. Isunya ialah bukan isu duit semata-mata, Kerajaan Negeri Selangor mampu sebenarnya untuk sekadar membayar RM10 juta dalam peruntukan kepada LUAS tapi masalah utama dia ialah keperluan ini wajar diberikan sekarang. Jangan kita tunggu ketika berlakunya super El Nino, ketika itu kita ada masalah untuk kekurangan air dan ketika itu baru kita nak mulakan projek-projek seperti ini dan akhirnya ini akan memberikan effect. Dan ketika itu, apa segala perancangan yang telah kita buat, habis. Tak boleh ditunaikan, tak boleh dijalankan seperti biasa.
Jawatankuasa mencadangkan juga peringatan berterusan untuk pengguna menjimatkan penggunaan air dengan bil yang dikeluarkan serta mengadakan program kesedaran, bahawa pengguna berkenaan kepentingan penjimatan air, bekalan air supaya penggunaan air dapat dijimatkan dan bukan sahaja ketika dalam musim kemarau sahaja.
Saya ingat ia Jawatankuasa nombor tiga ni lebih kepada masyarakat sebab memang kita tahu kalau kita lihat sebenarnya di Malaysia atau di Selangor ini antara memberikan bil air yang agak murah berbanding dengan negeri-negeri lain atau negara lain. Jadi oleh kerana jumlah air bil air yang lebih murah daripada negara lain atau negeri lain, dan juga jumlah air bersih itu lebih mudah didapati berbanding negeri lain dan juga negara lain, jadi tiada rasa kebertanggungjawapan daripada masyarakat kita, yang mana air hari ini boleh digunakan sewenang-wenangnya. Sebab dia buka paip memang ada, buka paip memang ada. Ada setengah kawasan-kawasan ini memang kita akui memang ada kawasan yang ada masalah juga tapi kita boleh cakap majoriti atau lebih 98%, 95% di Selangor ini tidak mempunyai isu untuk mendapatkan air bersih.
Jadi oleh dasar itu, sebab itu rasa tanggungjawab terhadap masyarakat ini makin berkurangan. Dia ada too sword punya inisiatif iaitu kalau andai kata kita naikkan harga bil air, orang marah, dan orang marah dengan Kerajaan dan akhirnya dia akan diterjemahkan dalam pilihan raya. Tapi kalau andai kata menjadi Kerajaan tanggungjawab juga kita tak boleh terlepas juga untuk pastikan masyarakat juga mempunyai tanggungjawab yang bersama. Kita tak boleh hanya dibebankan hanya kepada LUAS atau Syarikat Selangor. Kita juga tidak boleh hanya biarkan Kerajaan untuk memikirkan. Tapi masyarakat dan rakyat Selangor juga mempunyai tanggungjawab yang sama untuk pastikan air-air yang mereka dapat ini tidak di bazirkan begitu rupa.
Seterusnya ialah Jawatankuasa juga menyarankan agar pihak Kerajaan mensyaratkan pihak industri merawat air sendiri untuk kegunaan operasi mereka supaya beban penggunaan sumber air bersih dan terawat ini sedia ada dapat dikurangkan dan perbelanjaan yang dikeluarkan untuk tujuan air turut tersebut dapat dijimatkan. Dengan ini saya juga bersetuju dengan saranan Jawatankuasa sebab ada setengah-setengah industri ni kalau kita tengok dorang tak memerlukan jumlah air yang dirawat. Saya bagi contoh paling senangnya kadang-kadang ada setengah contoh industri yang paling dibualkan, yang paling digembar-gembur kan, yang selalu disebut-sebut ialah industri, apa ini, ya Allah time ini juga lupa. Industri data center. Selalu time nak cakap ada, time ni dia masuk sekejap. Industri seperti data center. Data center ni dia memilih penggunaan air ni kerana apa, air ini paling murah berbanding dia guna liquid yang cooling liquid ni, cooling liquid ini mahal. Kalau guna air dia lebih murah. Jadi seperti industri data center, data center industri, data center yang besar ni, mereka tak seharusnya dibenarkan menggunakan air-air yang kita telah rawat. Mereka boleh gunakan kalau mereka nak guna air, mereka boleh ambil air yang
belum dirawat, kalau mereka perlukan air itu mereka rawat sendiri. Dan digunakan untuk kegunaan sendiri.
Jadi secara tak langsung ini juga akan memberikan, mengurangkan kos kita. Sebab apa, air Malaysia ni, air di Selangor ni bila kita rawat dia boleh terus minum. Dia boleh digunakan, dia boleh terus masak dan orang percaya, orang sangat percaya dengan air ini, buka paip terus masak, boleh terus guna untuk masak sekejap, untuk minumlah. Kalau yang ada, tapi ada setengah rumah ni dia akan tambah penapis-penapis tambahan. Tapi walau bagaimanapun, masih lagi setengah tempat boleh guna secara terus, boleh guna, dipercayai boleh guna untuk wuduk sebab apa, maksudnya air ni tahap level bersihnya dan selamat digunakan.
Jadi sebab itu kalau andai kata bila kita bercerita berkenaan air yang dirawat ini, saya mencadangkan kepada pihak Kerajaan dan juga nanti kalau buat SOP atau pelan induk data center khususnya di Selangor ni bukan hanya tengok sama ada dorang data center ini duduk di kawasan perumahan tapi juga mereka ini perlu merawat air mereka sendiri. Jadi apabila mereka merawat sendiri, yang ni insyaAllah saya percaya ini juga akan memberikan penjimatan kepada pihak Kerajaan Negeri dan LUAS.
Yang seterusnya, saya mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada pihak Jawatankuasa yang telah memikirkan dan membincangkan berkesiapsiagaan berkenaan khususnya dalam musim kemarau. Walaupun dah kita bincangkan ni daripada tahun 2025 lagi atau 2024 lagi kita dah bincangkan dah, kita bagi tahu siap kesiapsiagaan kita untuk musim kemarau. Kita jangkakan pada tahun 2024 tapi tidak berlaku. Tapi kita sekali lagi kita ingatkan pada pihak Kerajaan kemungkinan tahun 2025 berlaku juga musim kemarau juga, mungkin Super El Nino atau El Nino, tapi mungkin 2025 tidak berlaku.
Dan kita menjangkakan pada tahun 2026 nya mungkin berlaku. Sama ada dia berlaku atau tidak itu cerita nombor dua. Tapi tugas kita sebagai Kerajaan untuk memastikan bahawa kita perlu bersedia. Kita tak boleh dalam keadaan bila betul-betul terjadi, time tu juga kita nak buat. Kita tak boleh ulangi peristiwa ketika 2014 tu, banyak business yang terkesan, banyak rumah atau kehidupan masyarakat di Selangor juga terkesan. Dan ini juga akan memberikan ruang kepada masyarakat kita untuk mendapat kualiti hidup yang baik. Saya ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada semua dan saya menyokong Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas berkenaan Pengurusan Air, Pertanian, Infrastruktur dan Mobiliti INFRAGRO. Terima kasih Speaker.
Ada nak bahas. Silakan. Silakan Yang Berhormat Ijok.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker. Ijok juga ingin mengambil bahagian berkenaan dengan penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Mobiliti Infra JPK INFRAGRO berkenaan dengan
berhubung pengurusan dan kesiapsiagaan bekalan air semasa musim kemarau di negeri Selangor oleh pihak Air Selangor dan Lembaga Air Selangor (LUAS). Yang Berhormat Tuan Speaker, saya ingin merujuk saranan jawatankuasa pada para 5.2 bagi menyokong saranan tersebut supaya baki peruntukan RM10 juta kepada LUAS disalurkan segera bagi meneruskan kerja-kerja infrastruktur SORSS. Penyaluran ini penting bagi memperkukuhkan kesiapsiagaan negeri Selangor bagi menghadapi musim kemarau dan risiko gangguan bekalan air. Sebarang kelewatan boleh menjejaskan jadual pelaksanaan, meningkatkan kos serta mengurangkan keupayaan negeri bertindak ketika berlaku kecemasan sumber air.
Namun, penyaluran tersebut hendaklah disertakan jadual pelaksanaan, pecahan perbelanjaan, sasaran kemajuan dan pelaporan berkala bagi memastikan peruntukan digunakan secara telus, berhemah dan mencapai hasil yang ditetapkan. Bekalan air yang stabil merupakan satu keperluan asas bagi rakyat dan penting kepada pembangunan ekonomi negeri. Justeru itu, saya mengharapkan Kerajaan Negeri dapat memberi keutamaan kepada penyaluran kepada baki peruntukan ini. Yang Berhormat Tuan Speaker, saya turut menyokong saranan jawatankuasa pada perenggan 5.4 supaya Kerajaan Negeri mensyaratkan industri tertentu merawat air sendiri bagi kegunaan operasi mereka.
Langkah ini amat tepat bagi mengurangkan penggunaan air terawat dan masa yang sama memelihara rizab bekalan air negeri. Pada pandangan saya, bekalan air terawat seharusnya diberikan keutamaan kepada kegunaan domestik dan keperluan rakyat. Bagi industri yang menggunakan air dalam kuantiti yang tinggi, sudah tiba masanya mereka mengurangkan kebergantungan kepada air terawat dengan menggunakan sumber alternatif air, kitar semula serta teknologi yang lebih cekap. Yang Berhormat Tuan Speaker, hari ini kita menyaksikan pertumbuhan pesat industri berintensiti tinggi seperti Pusat Data. Ataupun data center di negeri Selangor. Sebagai contoh, di mukim Ijok sedang giat dibangunkan satu Projek Pusat Data SCF1A. Kita semua maklum bahawa Operasi Pusat Data memerlukan penggunaan air yang tinggi, khususnya bagi sistem penyejukan.
Sehubungan itu, saya ingin juga mendapatkanlah penjelasan daripada Kerajaan Negeri. Pertama, apakah sumber air yang akan digunakan oleh Projek Pusat Data ini di mukim Ijok? Iaitu Pusat Data yang seperti yang saya maklumkan tadi, Pusat Data SCF1A. Kedua, adakah bekalan tersebut menggunakan air terawat daripada Air Selangor atau melalui sistem rawatan air sendiri, air kitar semula ataupun sumber alternatif yang lain? Ketiga, adakah Kerajaan Negeri telah menetapkan syarat kepada semua pembangunan Pusat Data baru supaya penggunakan teknologi cekap air dan mengurangkan penggunaan air terawat?
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya juga ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri mewajibkan semua industri yang menggunakan air dalam jumlah yang besar dapat menyediakan pelan pengurusan air sendiri ataupun water treatment plant yang
merangkumi sasaran penggunaan air, sistem penggunaan semula atau kitar semula air serta laporan pemantauan penggunaan air secara berkala. Saya juga memohon agar Air Selangor terus memperluaskan penggunaan sumber air alternatif untuk membekalkan kepada sektor industri, khususnya Pusat Data. Hakikatnya, kebanyakan proses industri termasuklah sistem penyejukan tidak memerlukan penggunaan air terawat. Air terawat standard air minuman. Oleh itu, penggunaan air terawat bagi tujuan tersebut wajar diminimumkan supaya lebih banyak bekalan dapat dikhususkan kepada kegunaan rakyat.
Yang Berhormat Tuan Speaker, selain memastikan penggunaan air lebih cekap, kita juga perlu melindungi sumber air mentah daripada pencemaran. Setiap kali berlaku pencemaran di sungai, jari sering dituding kepada pihak industri. Kita telah memperketatkan undang-undang dan menaikkan kadar denda sehingga RM10 juta di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling. Namun, hakikatnya insiden pencemaran sungai masih berulang saban tahun hingga menyebabkan loji rawatan air terpaksa dihentikan operasi dan jutaan pengguna terputus bekalan air. Persoalannya, mengapakah perkara ini masih berlaku? Walaupun sekarang ni kita ada Skim Jaminan Air Mentah (SJAM), kita kena bersiap sedia di sebarang kemungkinan.
Pada pandangan saya, antara puncanya ialah sistem perparitan di kawasan industri masih bersifat terbuka. Mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab boleh melepaskan influent ataupun sisa toksik ke dalam longkang awam dan dalam tempoh yang singkat bahan pencemar tersebut akan mengalir terus ke sungai. Justeru itu, penguatkuasaan selepas pencemaran berlaku sahaja tidak lagi mencukupi. Kita perlu beralih kepada pendekatan mencegah sebelum berlaku.
Tuan Speaker, saya juga ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri mengkaji pelaksanaan sistem perparitan tertutup sebagai syarat utama bagi pembangunan kawasan industri, khususnya industri berisiko tinggi. Melalui sistem ini, air buangan daripada setiap lot kilang tidak lagi disalurkan terus ke sistem perparitan awam ataupun sungai. Sebaliknya, ia dialirkan melalui rangkaian paip tertutup ke loji rawatan berpusat sebelum ia dilepaskan ke sungai. Cadangan ini mungkin akan memberi manfaat yang besar.
Pertama, ia mampu mengurangkan risiko pencemaran sungai secara drastik walaupun terdapat pihak yang cuba melepaskan bahan tidak terawat secara haram. Sisa tersebut tidak akan terus memasuki sungai kerana berada di dalam sistem yang tertutup. Kedua, ia memudahkan penguasaan dengan menggunakan teknologi seperti sensor, IoT dan pemantauan masa yang nyata. Pihak berkuasa dapat mengenal pasti dengan cepat premis yang menjadi punca pencemaran tanpa perlu mengesan sepanjang aliran sungai. Mungkin ada yang mengatakan kos pelaksanaan sistem ini tinggi.
Namun saya ingin bertanya, berapakah kerugian yang ditanggung oleh kerajaan, industri dan rakyat setiap kali loji rawatan air terpaksa dihentikan akibat daripada pencemaran sungai? Gangguan bekalan air kepada jutaan pengguna, kerugian ekonomi, kos pembersihan sungai serta kemusnahan alam sekitar sudah tentu lebih jauh besar daripada kos membina sistem pencegahan ini.
Yang Berhormat Tuan Speaker, undang-undang yang tegas perlu disokong oleh infrastruktur yang bijak. Jangan kita hanya menghukum selepas pencemaran berlaku. Sebaliknya, kita perlu membina sistem yang mampu menutup ruang kepada penjenayah alam sekitar daripada terus mencemarkan sungai. Saya percaya jika pengurusan penggunaan air, penggunaan sumber alternatif oleh industri dan perlindungan sumber air mentah dapat dilaksanakan secara serentak, Selangor bukan sahaja mampu menjamin bekalan air yang mampan, malah menjadi contoh negeri yang bijak menguruskan sumber air secara lestari.
Dengan ini, Ijok menyokong penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Pengurusan Air, Pertanian, Infrastruktur Dan Mobiliti berhubung pengurusan dan kesiapsiagaan bekalan air semasa musim kemarau di negeri Selangor oleh pihak Air Selangor dan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS). Terima kasih, Tuan Speaker.
Terima kasih, Yang Berhormat Ijok. Ada pembahas yang lain? Kalau dah tiada pembahas yang lain, saya meminta pihak kerajaan untuk memberi respons apa isu-isu yang dibawa oleh apa ni Ahli-Ahli Dewan.
Terima kasih kepada Tuan Timbalan Speaker dan Ahli-Ahli Berhormat yang mengambil bahagian dalam membahas isu ataupun penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Pengurusan Air, Pertanian, Infrastruktur Dan Mobiliti JPK INFRAGRO berhubung pengurusan dan kesiapsiagaan bekalan air semasa musim kemarau di negeri Selangor oleh pihak Air Selangor dan juga Lembaga Urus Air Selangor (LUAS). Saya mengambil maklum atas segala apa yang telah dibahas dan dibincangkan dalam Dewan yang mulia ini. Dan sememangnya sebelum ini pun dalam hari pertama dulu Sidang Dewan pun saya telah menjawab soalan yang berkaitan dengan kesiapsiagaan, langkah-langkah kesiapsiagaan kita dalam menghadapi musim kemarau. Walaupun perbahasan tadi saya dengar banyak juga menceritakan juga secara pelan jangka panjang juga bagaimana kita menguruskan sumber air.
Dan untuk makluman Ahli-Ahli yang Berhormat, sebagaimana saya pernah sebut dalam Sidang Dewan ini, Kerajaan Negeri kita sedang menyiapkan Pelan Induk Air Selangor yang dalam proses saya rasa akan siap dalam bulan Mac ini fasa satu yang melihat bagaimana pengurusan air di negeri Selangor ini secara holistik. Kita nak lihat air bukan saja pengurusan air mentah, juga air terawat dan juga air kumbahan secara holistik. Makna dia sama ada isu berkaitan banjir. Kadang-kadang kita bila banjir, air
itu tidak kita manfaatkan untuk kegunaan bila masa musim kemarau. Kita menyebabkan kemusnahan.
Jadi bila musim kemarau kita tak ada air. Dan memang kita akan menghadapi isu kekurangan air ataupun ketidakcukupan air mentah di masa-masa akan datang memang akan ada. Negeri mana pun akan menghadapi masalah ni. Sebab itu persiapan awal dalam pelan induk itu ada dibincang bagaimana persiapan awal dalam kita memastikan kecukupan air kita macam saya sebutkan sebelum ini. Selain daripada sumber air daripada air permukaan iaitu air sungai ataupun empangan, juga air bumi kita, air dalam bumi dan juga air daripada laut. Dari desalination plant yang kita sedang rancang untuk dipelbagaikan dalam kita menguruskan sumber air kita. Itu dari segi sumber air.
Yang keduanya ialah kita sebagaimana saya sebut sebelum ini juga dalam dewan bahawa disebabkan sistem kita ni yang kita kekal mengekalkan sistem lama kita, sistem piping kita di mana air yang kita gunakan untuk semua jenis kegunaan, kita menggunakan air yang portable water ataupun air minum, air minuman. Termasuk dalam tandas kita, pembersihan pun kita menggunakan air minum. Jadi sebab itu kita sebenarnya bila kita tengok angka penggunaan air per liter, setiap liter per person, atau setiap orang, kita tinggi kadarnya sebab kita kalau kadar kalau ada daripada rekomendasi daripada WHO sekitar 165 liter saja setiap orang. Tapi kita 220 memang tinggi sebabkan salah satunya memang kita banyak membazir air.
Yang keduanya ialah kerana kita menggunakan air minum juga untuk pembersihan. Jadi kalau dan disebabkan kita tidak upaya untuk nak buat pengasingan paip ni sebab kos yang tinggi untuk buat second piping. Kita tidak boleh menggunakan sistem paip yang sama untuk air minum dan juga untuk air untuk air pembersihan sebab kualitinya tidak sama. Malah air untuk industri pun tidak perlu sebenarnya kita menggunakan air minum. Tapi di industri pun kita tidak ada second piping, paip yang kedua. Sebab itu cadangan dalam Pelan Induk ni antaranya ialah untuk memulakan di kawasan industri, di kluster yang ada kluster. Di situ kita boleh bina loji rawatan air sama ada desalination plant pun boleh untuk dibekalkan kepada industri sahaja dan tidak melibatkan.
Masa itu makna dia adalah kebolehlaksanaan untuk menyediakan piping kedua di kawasan yang kluster pengilangan ini. Itu adalah wajar. Tapi kalau kita nak bina secara besar-besaran untuk piping kedua ni maka tidak akan wajar untuk kita dari segi kosnya yang terlalu tinggi. Jadi semua ini kita ambil kira termasuk juga air yang dikembalikan juga akan diberi pertimbangan untuk kita gunakan sebagai bukan sahaja untuk kegunaan industri tetapi juga untuk kegunaan data center tadi yang disebutkan. Saya sedia maklum saya pun sedang berdepan dengan isu yang besar juga data center ni Pusat Data ni kerana terutama di Hulu Selangor dah mula meningkat permohonan dan kelulusan. Saya sedang meneliti bersama Air Selangor untuk melihat bagaimana kita nak menguruskan permintaan yang sangat tinggi keperluan air data center dan juga pusat.
TUAN TIMBALAN SPEAKER
: Yang Berhormat EXCO. Panjang lagi ke ataupun.
Nak habis dah.
TUAN TIMBALAN SPEAKER
: Sebab bagi saya 30 saat juga dah.
Nak habis. No worry, jangan bimbang. Tenang, tenang bertenang. Cukup cukup saya akan habiskan.
TUAN TIMBALAN SPEAKER
: Saya nak 30 saat.
Jadi itu sahaja daripada saya dan saya harapkan semua ini kita dapat selesaikan di bawah Pelan Induk Air kita nanti yang kita akan siapkan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian. Adapun masalah di hadapan dewan ini ialah suatu USUL yang berbunyi bahawasanya menurut Peraturan 76(5) Peraturan - Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor. Dewan Yang Mulia ini menerima Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Pengurusan Air, Pertanian, Infrastruktur dan Mobiliti JPK INFAGRO berhubung pengurusan dan kesiapsiagaan bekalan air semasa musim kemarau di negeri Selangor oleh pihak Air Selangor dan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) yang telah dibentangkan di Dewan Yang Mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 25 tahun 2026. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ya.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata tidak. Usul dipersetujui. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian jam telah menunjukkan pukul 5:30 petang maka dewan ditangguhkan sehingga ke hari Isnin, 10 Ogos 2026 bermula jam 10.00 pagi. Dewan ditangguhkan.
(Dewan ditangguhkan pada jam 5.30 petang)