Terengganu · 4 April 2019

14th Assembly, 2nd session, 1st meeting · 134 turns · 8,885 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalTerengganu publishes one PDF per meeting, with the written answers appended. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

Soalan-Soalan LisanQuestions

Yang di-Pertua

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,mesyuarat disambung semula.Sebagaimana biasa sebelum kita memulakan Persidangan kita,bagi memberkati Persidangan kita ini kita mulakan dengan Ummul Quran, Al-Fatihah.

Mesyuarat pagi ini diteruskan dengan Soalan-soalan Lisan. Berikut adalah Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah memberi notis untuk mengemukakan Soalan-soalan Lisan pada hari ini iaitu 4 April 2019 iaitu dari:

1. Yang Berhormat Haji Hishamuddin bin Abdul Karim

(Wakil Tepoh)

2. Yang Berhormat Muhammad Khalil bin Abdul Hadi

(Wakil Batu Burok)

3. Yang Berhormat Dato’ Haji Rozi bin Mamat

(Wakil Telemong)

4. Yang Berhormat Haji Wan Hapandi bin Wan Nik

(Wakil Sura)

5. Yang Berhormat Haji Nawi bin Mohamad

(Wakil Hulu Besut)

6. Yang Berhormat Haji Ridzuan bin Hashim

(Wakil Buluh Gading)

7. Yang Berhormat Haji Roslee bin Daud

(Wakil Bukit Besi)

8. Yang Berhormat Haji Hilmi bin Harun

(Wakil Manir)

9. Yang Berhormat Dato’ Haji Muhammad Pehimi bin Yusof

(Wakil Jertih)

10. Yang Berhormat Haji Alias bin Harun

(Wakil Rantau Abang)

11. Yang Berhormat Haji Bazlan bin Abd. Rahman

(Wakil Batu Rakit)

12. Yang Berhormat Sulaiman bin Sulong

(Wakil Pengkalan Berangan)

13. Yang Berhormat Tengku Zaihan bin Che Ku Abd. Rahman

(Wakil Kuala Besut)

14. Yang Berhormat Ahmad Shah bin Mohamed

(Wakil Bandar)

15. Yang Berhormat Ab. Razak bin Ibrahim

(Wakil Air Putih)

16. Yang Berhormat Maliaman bin Kassim

(Wakil Ajil)

17. Yang Berhormat Ir. Saiful Azmi bin Suhaili

(Wakil Kemasik)

18. Yang Berhormat Hajah Zuraida bt. Md. Noor

(Wakil Wanita)

Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Wakil Telemong untuk mengemukakan Soalan Lisan.

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya yang pertama-

Sumber pendapatan penduduk Terengganu yang bergantung kepada hasil tanaman getah dan kelapa sawit terjejas selepas harga pasaran komoditi itu menurun. Apakah strategi yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri bagi membantu golongan yang terjejas ini?

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan,terima kasih kepada Yang Berhormat Telemong yang mengajukan soalan yang berkaitan dengan usaha Kerajaan Negeri untuk membantu pekebun-pekebun yang terjejas ekoran daripada kejatuhan harga komoditi getah dan sawit.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, bantuan kepada golongan yang terjejas kerana kejatuhan harga komoditi getah dan sawit mestilah masih dalam skop Sektor Pertanian dan Sektor Perladangan. Kita tak boleh nak ajak mereka tinggalkan sektor ini kerana ini adalah dunia mereka. Dalam masa yang sama Kerajaan Negeri komited untuk terus memperjuangkan harga lantai getah pada paras RM4.00 sekilogram yang kita kira harga yang sangat munasabah dengan situasi semasa sekarang ini. Kita bercakap RM4.00 sekilogram ni dalam kes getah skrapbukan latex ataupun getah cair sebagaimana yang biasa disebut oleh Yang Berhormat Menteri yang menjaga hal ehwal getah.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya fokus jawapan saya dalam situasi the worst scenario dengan izin, iaitu rakyat yang terjejas ni cuma ada tanah getah dan tanah sawit dan tidak ada lagi sebarang aset lain sebagai tempat untuk mencari rezeki. Dengan kebun ataupun ladang getah dan sawit yang ada, pemilik mestilah diberikan sokongan bagaimana untuk menjana dan menambahkan pendapatan dengan beberapa usaha sampingan, sawit tetap kena kait jangan tinggal, getah pun tetap kena toreh, tak praktikal untuk kita cadangkan pekebun getah tukar profesion jadi pekerja kilang ataupun ajak turun ke laut menangkap ikan.

Cadangan Kerajaan Negerini bagaimana kita nak memanfaatkan ruang kebun atau ladang yang ada dengan sektor pertanian yang lain dan apa yang Kerajaan Negeri boleh bantu. Yang pertama, Kerajaan Negeri menfokeyuskan kepada ternakan lembu dan kambing secara integrasi dalam ladang. Masalah modal boleh ditampung dengan Skim Bantuan Modal Tani yang kita dah umumkan dalam Sidang DUN ini dan keperluan sebenarnya, keperluan pasaran untuk daging lembu dan daging kambing di Negeri Terengganu masih terlalu banyak kekosongan dan lompang. Apa yang ada di Negeri Terengganu setakat ni cuma mampu memenuhi sekitar 30% sahaja SSL (Self Sufficent Level) dengan izin, dan kita masih ada lagi 70% ruang kosong yang perlu diisi.Dan di antara fokus Kerajaan Negeri ialah Penternakan Lembu Sado.Sebab apa kita fokus lembu sado sebabnya yang pertama lembu sado tidak memerlukan kawasan yang luas dan yang kedua hasil dia boleh diperolehi dengan cepat, dalam sekitar lima enam bulan seekor anak lembu sado dah boleh mencecah nilai dalam RM5,000 hingga RM6,000. Dan dalam Bajet 2019 ada satu fokus khusus untuk penternakan lembu sado yang kita namakan sebagai Program Penggandaan Induk, dengan makna kita syer di antara pemohon dengan Kerajaan Negeri. Pemohon biaya 60% daripada harga induk lembu sado, Kerajaan Negeri biaya 40% dan lembu tu kita bagi terus bukan dalam konsep pawah sebagaimana yang diamalkan sebelum daripada ini.

Yang kedua, yang sangat berkesan untuk kita buat secara integrasi dalam ladang getah ialah tanaman nenas. Dan Kerajaan Negeri mencadangkan supaya diberi tumpuan kepada nenas Variety Premium MD2. Bantuan sulur untuk tanaman nenas MD2 ni memang disediakan oleh Lembaga Perindustrian Nenas Malaysia dan kalau ada bantuan-bantuan lain yang kita perlu dia boleh dimanfaatkan daripada Skim Bantuan Modal Tani. Satu lagi ialah ada banyak insentif daripada Jabatan Pertanian yang tidak dimanfaatkan dan kita boleh buat secara integrasi dalam kebun ataupun ladang getah berdasarkan kepada umur pokok getah ataupun pokok sawit yang kita ada.Di antaranya insentif tanaman tembikai, betik, pisang yang kadar insentifnya mencecah sehingga RM20,000 untuk satu hektar, yang ni banyak yang tidak dimanfaatkan oleh petani-petani kita. Kalau yang minat nak pelihara lebah madu atau lebah kelulut, dalam Bajet 2019 juga kita ada peruntukan untuk pembangunan industri lebah madu dan lebah kelulut, yang perlu hanyalah pergi ke Jabatan Pertanian bawa geran tanah untuk didaftarkan di dalam sistem.Dan Jabatan Pertanian akan atur dari segi khidmat nasihat dan juga untuk kursus mungkin akan timbul sikit isu dalam kes NGO. NGO ni Yang Berhormat Telemong, dia ada di Jabi dan di Telemong noreh getah orang maknanya kebun getah yang ditoreh tu bukan hak dia. Dalam kes ni rasanya kalau tuan kebun boleh bagi kepada orang lain untuk toreh kebun getah dia, kita rasa tidak ada masalah untuk tuan kebun juga bagi keizinan supaya setiap …..

Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya ingin mendapatkan penjelasan. Saya menyokong usaha tanaman tambahan di kawasan ladang nenas, betik dan sebagainya, tapi masalah sekarang ialah terlalu banyak musuh tanaman terutamanya melibatkan babi, khinzir dan juga kera. Jadi saya mintalah Yang Berhormat berbincang dengan Perhilitan kerana ada satu kes kalau tembak babi kena denda RM8,000 dan dengan senapang-senapang dia rampas. Kera gitu juga. Siapa tangkap kera suruh pindah ke tempat lain pula. Saya lening kalau nak tembak kera pun dokleh. Bahagian kita ni maknanya kata orang terlalu mesra sangat dengan binatang untuk tanaman. Saya minta bincang dengan Perhilitanlah nak tembak babi pun kena tangkap, kena denda, tembak kera pun kena denda. Biar Perhilitan pergi tangkaplah kera belaka. Sebab saya ada juga Yang di-Pertua, tanam Nangka Madu sebab saya bermadu. ...(Dewan Gelak) ....

140 pokok tak boleh makan sutir pun, pernah 4,500 pokok buah nangka, nak tembak tak sampai hati, kalau tembakkan, kena tangkap di Perhilitan pula.

Yang di-Pertua

Okey Yang Berhormat, okey.

Minta bincanglah dengan Perhilitan molek-molek sikit.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Sila Yang Berhormat, cuma ringkaskanlah sebab kita bukan sesi penggulungan sekarang ni. Jawab direct to the point.

Okey, terima kasih Yang Berhormat. Itulah di antara yang kita cadangkan untuk diintegrasikan dalam kebun ataupun ladang getah dan sawit dan isu yang ditimbulkan oleh Yang Berhomat Kijal insya-Allah kita bincang dengan pihak Jabatan Perhilitan. Terima Kasih.

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Yang Berhormat Yang di-Pertua, soalan tambahan saya untuk penjelasan yang lebih lanjut. Yang Berhormat EXCO Jabi, saya menyokong dan saya ucap tahniah, apa yang dimaklum dan juga telah diambil inisiatif oleh pihak Kerajaan. Walau bagaimanapun Yang Berhormat, sepatutnya kita kena tahu berapa jumlah sebenar yang peserta kita yang menghadapi masalah ini. Memang di peringkat akar umbi ini adalah masalah yang sangat besar, harga getah skrap memang RM4 tapi getah orang kampung RM2 lebih, RM2.15 gitu jer. Begitu juga kelapa sawit, harga RM200 jer lening. Jadi ini menimbulkan masalah yang besar di peringkat akar umbi dan penduduk Terengganu kalau luar bandar macam kawasan kampung saya, 80% terlibat dengan perkara-perkara berkenaan. Jadi saya pohon guideline yang jelas supaya memudahkan rakyat Negeri Terengganu untuk mengambil manfaat sebagaimana Yang Berhormat kabor tadi dengan tepat dan juga jelas dan cepat. Terima Kasih Yang di-Pertua.

Terima Kasih atas keprihatinan Yang Berhormat Telemong dalam isu yang sebenarnya melibatkan majoriti daripada rakyat kita. Yang saya sebut tadi ialah apa yang kita perjuangkan dengan pihak Kerajaan Pusat supaya satu paras harga lantai yang munasabah dan dalam masa yang sama kita sedia maklum harga getah sekarang ni RM2, RM2.10 sekilo. Untuk orang yang noreh getah orang, bagi dua pula dengan tuan kebun, jadi seringgit lebih dapat. Itu realiti yang ada di lapangan dan memang kita tekankan kepada pihak jabatan peruntukan-peruntukan yang kita ada ni memang rakyat tak nak dengar yang rakyat nak ialah pitih supaya benda ni segera sampai dan insya-Allah peringatan itu kita ambil perhatian. Terima kasih.

Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya tak dengar tadi Kerajaan Negeri tidak mengambil tindakan daripada Kerajaan Pusat supaya masalah harga kelapa sawit turun ni diganti dengan tanaman pokok buluh.

Untuk makluman Yang Berhormat Hulu Besut, setakat ni buluh-buluh yang tumbuh liar di Negeri Terengganu masih mencukupilah untuk industri lemang di negeri kita, kita tak perlu tanam pula lagi. Terima Kasih.

Yang di-Pertua

Terima Kasih. Saya persilakan Yang Berhormat Wakil Sura untuk mengemukakan Soalan Lisan.

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua, soalan saya yang pertama -

Di antara janji di dalam manifesto PRU 14 yang lalu ialah membuka pusat nursery bagi kakitangan Kerajaan di setiap jabatan. Sehingga kini berapa buahkah yang telah dilaksanakan di jabatan-jabatan dan beberapa buahkah yang akan dilaksamakan mengikut daerah pada masa akan datang?

Haji Hanafiah bin MatPAS · PNCukai

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Yang di-Pertua, soalan daripada Sura ialah: Berapa banyakkah di antara janji di dalam Manifesto PRU 14 yang lalu ialah membuka pusat nursery bagi kakitangan Kerajaan di setiap jabatan. Sehingga kini berapa buahkah yang telah dilaksanakan di jabatan-jabatan dan beberapa buahkah yang akan dilaksanakan mengikut daerah pada masa yang akan datang?

Sehingga kini 5 buah pusat dibuka ialah Taska Permata keluarga di MPK Majlis Perbandaran Kemaman, Taska Permata Keluarga Sura Hujung di UiTM Dungun, Taska Permata Keluarga Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Gong Badak, Taska Permata keluarga Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Taska Permata Keluarga Kota Putera, Majlis Daerah Besut.

Soalan tambahan yang kedua. Yang Berhormat Yang di-Pertua, di antara lima buah Taska Permata yang disebut tadi berapa buahkan yang baru dibuka selepas Kerajaan baru ambil alih dan berapa buah yang tersedia ada? Terima Kasih.

Haji Hanafiah bin MatPAS · PNCukai

Yang Berhormat Yang di-Pertua, pada tahun ini kita merancang untuk membina dua buah taska. Yang pertamanya ialah Taska Permata Keluarga Wisma Darul Iman yang mana kita sedang menunggu recommend daripada JKR untuk membuat kerja-kerja pengubahsuaian, di tingkat satu. Insya-Allah kita mengharapkan bahawa dalam bulan enam atau bulan tujuh kita akan dapat buka taska di Wisma Darul iman. Dan satu lagi ialah Taska Permata Keluarga di Majlis Perbandaran Dungun juga dalam proses, insya-Allah.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, soalan tambahan yang kedua, setakat manakah sambutan terhadap pusat nursery ataupun Taska Permata ini di kalangan kakitangan Kerajaan yang mana hasrat kita ialah untuk membantu kakitangan Kerajaan dan memudahkan urusan mereka untuk meninggal anak-anak di taska dan berapakah bayaran yang dikenakan kepada penjaga tersebut? Terima Kasih.

Haji Hanafiah bin MatPAS · PNCukai

Yang Berhormat Yang di-Pertua, sehingga kini sambutannya sangat menggalakkan, cuma bila berlaku persaingan di antara Taska Kerajaan dengan Taska Persendirian, ramai daripada pemain-pemain daripada Taska Persendirian berjumpa dengan saya, kerana bayaran yang dikenakan oleh Taska Permata kita ni sangat rendah sedangkan Taska Persendirian sangat tinggi dan ianya sedikit kegusaran kepada merekalah. Dan mereka memberi pandangan supaya jangan buka banyak sangat di jabatan-jabatan Kerajaan. Setakat ini bayaran yang dikenakan ialah 0-1 tahun bayi, pendaftaran RM100, yuran bulanan RM250, 1-3 tahun pendaftaran RM100, yuran bulanan RM230, 3-4 tahun pendaftaran RM100, yuran bulanan RM230, 5-9 tahun ataupun budak tumpang jer pendaftaran RM100, yurannya ialah RM200. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua

Saya persilakan Yang Berhormat Wakil Hulu Besut.

Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Terima Kasih, Yang Berhormat Yang di-Pertua, soalan saya soalan satu -

Apakah Program Perniagaan terbaru bagi golongan muda di Negeri Terengganu yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Terengganu?

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Terima kasih kepada Yang Berhormat Hulu Besut. Yang dihormati Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, soalan yang dikemukakan kepada saya berbunyi: Apakah program perniagaan terbaru bagi golongan muda di Negeri Terengganu yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Terengganu?

Bagi tahun 2019 ni, satu program yang terbaru yang telah diluluskan di dalam bajet yang lepas Bajet 2019 ialah Program Usahawan Belia Sejahtera atau singkatannya U-BES. Dalam bajet yang lepas Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM2 juta untuk program ini dengan sasaran untuk melahirkan usahawan belia seramai 150 orang setahun insya-Allah. Pengambilan sesi pertama seramai 40 orang yang akan bermula pada April ini, fokus utama program ini adalah kepada program latihan dan bantuan usahawan belia yang akan menjalankan aktiviti perniagaan atas talian. Pihak YPU telah membuat sesi temu duga pengambilan (U-BES) untuk kali pertama ini pada 25, 26 dan 27 Februari yang lepas dan latihan keusahawanan, insya-Allah akan bermula April ini. Wallahua’lam.

Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Saya nak ambil kesempatan tahniah la kerana ada usaha kepada orang muda di Terengganu. Cuma satu lagi yang menyebabkan saya tanya soalan ini Yang di-Pertua ada orang-orang memberitahu saya di Terengganu kitalah khasnya, ada anak-anak muda kita yang menjaja di persimpangan jalan yang ada traffic light ataupun tempat kenderaan berhenti seolah-olah keadaan di negeri kita ini, susah untuk anak muda kita mendapatkan pekerjaan. Mereka terpaksa menjaja di jalanan yang mendedahkan bahayanya mereka berniaga, mereka terpaksa, jadi seseolah negeri kita makin tidak makmur susah untuk mendapatkan pekerjaan. Jadi adakah Kerajaan Negeri menggalakkan mereka berniaga macam itu ataupun adakah Kerajaan Negeri tidak membuat tindakan supaya apabila orang pelancong datang ke Terengganu melihat seolah-olah, gambaran yang dibuat oleh anak muda kita berniaga di jalanan ini seolah-olah negeri ini kita susah, seolah-olah sepertimana kalau kita pergi ke Indonesia dulu. Jadi saya ingin tahu adakah Kerajaan Negeri tidak berusaha untuk membantu anak-anak muda kita yang berniaga di jalanan?

Terima kasih Hulu Besut, okey berkenaan dengan tumbuhnya peniaga-peniaga yang di persimpangan ini. Kita sangat aware dan ambil berat perkara ini. Cuma dari segi sudut mana kita melihat, kalau kita melihat dari segi negatif, maka negatiflah dia dan kalau melihat pada positif, akan positiflah ia. Sebenarnya kita sentiasa menggalakkan usahawan-usahawan kita mencari bidang-bidang kerja yang kreatif dalam usahawan ini. Sebab dalam usahawan ini dia perlukan kreativiti yang tinggi untuk mendapatkan pendapatan. Kalau kita copycat dengan izin, ataupun dengan tiru orang, orang jual burger, kita jual burger juga, orang jual keropok lekor, kita pun pakat jual keropok lekor belaka. Jadi benda itu jadi persaingan dan persaingan itu kadang-kadang dilihat sihat tetapi sebenarnya kalau ditanya kepada peniaga sendiri dengan persaingan itu menyebabkan kek itu dibahagi-bahagikan.

Jadi Kerajaan melihat perkara ini, contoh yang disebutkan sebagai yang menjual di persimpangan jalan itu bagi saya, saya melihat itu satu kreativiti cuma dengan pihak berwajib, kita sentiasa melihat dari segi keselamatan dari segi orang kata akan berlaku apa ni, berlanggar, accident, apa semua tu kerana perkara tersebut. Benda itu apabila saya cuba senaraikan di mana yang tidak kebolehan itu sebab ini satu kreativiti, bagi saya saya meletakkan satu kreatif dan saya mendapat maklumat kita dah pergi berjumpa dengan pengusaha-pengusaha adalah satu sumber yang jauh lebih baik daripada yang duduk dalam kedai, okey. Jadi saya melihat untuk kita buat proaktif kita nak kekangkan apa yang kebarangkalian yang berlaku, contohnya dari segi kemalangan, kita akan tingkatkan keselamatan kepada mereka dan ini kita sedang berbincang untuk cari satu jalan yang baik dengan Majlis-Majlis Daerah dan Bandaraya untuk tangani perkara ini dengan sebaik mungkin. Ada yang negatifnya begitulah yang disebutkan macam kita tak ada benda lain dah nak menjual tetapi kita kena ingat kreativiti itu adalah satu benda yang kita perlu, highlightkan perkara tersebut. Wallahua’lam.

Yang di-Pertua

Seterusnya, saya menjemput wakil daripada Buluh Gading. Cuma sebelum pada itu saya nak maklumkan, bersama kita pada pagi ini selain daripada Pemerhati yang lain, ada seramai 53 orang pelajar-pelajar dan juga guru-guru daripada Yayasan Terengganu, pelajar-pelajar IMTIAZ yang turut sama sebagai Pemerhati dalam persidangan kita pada pagi ini. Sila Yang Berhormat Wakil Buluh Gading.

Haji Ridzuan bin HashimPAS · PNBuluh Gading

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, soalan saya, soalan nombor satu -

Apakah perkembangan terkini usaha Kerajaan dalam merealisasikan Program AL-FATEH?

Haji Hanafiah bin MatPAS · PNCukai

Yang Berhormat Yang di-Pertua soalan daripada Buluh Gading Gading berbunyi: Apakah perkembangan terkini usaha Kerajaan dalam merealisasikan Program AL-FATEH?

Menerusi Yayasan Pembangunan Keluarga, YPK, Kerajaan telah merangka pelbagai pengisian bagi memperkasakan program khas yang dinamakan FITYAH Terengganu ataupun Al-FATEH. Antaranya ialah Program TAKLIF, Pemantapan Tanggungjawab Ibu Bapa dan Anak-Anak dan Program Saya Anak Terengganu yakni peningkatan Potensi Diri Dan Ingat Sebelum Terkena, di mana ianya dilaksanakan dengan kerjasama seluruh sekolah di bawah seliaan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu. YPK, kini telah mula bergerak ke sekolah-sekolah yang telah dikenalpasti menerusi YPK di setiap daerah. Sehingga kini sebanyak 4 buah sekolah telah terlibat dengan penganjuran Program FATEH dengan melibatkan seramai 350 orang pelajar dan ibu bapa. Okey.

Haji Ridzuan bin HashimPAS · PNBuluh Gading

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada pihak Kerajaan yang telah memberikan penjelasan atas soalan yang dikemukakan. Boleh Pihak Kerajaan menjelaskan dengan lebih terperinci program-program yang akan dilaksanakan melalui YPKT bagi merealisasikan Program FITYAH di masa yang akan datang? Terima kasih.

Haji Hanafiah bin MatPAS · PNCukai

Yang Berhormat Yang di-Pertua programnya ialah yang pertama Saya Anak Terengganu yakni TAKLIF, Pemantapan Tanggungjawab Ibu-bapa dan Anak. Program ini bertujuan memberi kesedaran kepada anak-anak tentang tanggungjawab sebagai khalifah, pewaris, legasi anak Terengganu. Ianya telah dijalankan sejak tahun 2007 dengan jumlah pelaksanaan program sebanyak 333 kali. Sehingga Disember 2018, program ini telah dilaksanakan di 26 buah sekolah.

Yang kedua, Saya Anak Terengganu yakni Ingat Sebelum Terkena. Program ini dilaksanakan bertujuan sebagai langkah pencegahan bagi mengelakkan berlakunya kes-kes salahlaku dan memberi panduan kepada remaja atau pelajar daripada mudah tertipu dah terlibat dengan perkara yang melalaikan.

Program ini bermula sejak tahun 2009 dengan pelaksanaan keseluruhan adalah 1,420 program bagi tahun 2018 program ini telah dilaksanakan di 140 buah sekolah dengan pendekatan secara motivasi kepada pelajar sekolah Tingkatan Satu oleh kaunselor sekolah atau penceramah daripada agensi dan jabatan.

Program yang ketiga ialah Saya Anak Terengganu, Peningkatan Potensi Diri, program ini dilaksanakan bertujuan untuk menambah potensi dan kekuatan diri melalui kemahiran dan semangat keinginan untuk berubah. Program ini telah bermula sejak tahun 2008 dengan perlaksanaan keseluruhan adalah sebanyak 122 program. Bagi tahun 2018, program ini dilaksanakan sebanyak 13 kali dengan pendekatan secara motivasi, ceramah, bengkel kepada belia dan beliawanis di seluruh Negeri Terengganu.

Haji Ridzuan bin HashimPAS · PNBuluh Gading

Yang Berhormat Yang di-Pertua, soalan tambahan yang kedua. Selain daripada program-program yang disusun oleh pihak Kerajaan melalui YPK yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan juga sekolah menengah, kita juga sedia maklum bahawa pihak Kerajaan ada menguruskan pusat-pusat asuhan kanak-kanak. Jadi, kalau boleh pihak Kerajaan boleh maklumkan kepada kita di sini jumlah terkini pusat jagaan kanak-kanak yang dikelolakan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga mengikut daerah-daerah? Terima kasih.

Haji Hanafiah bin MatPAS · PNCukai

Yang Berhormat Yang di-Pertua, kita sedia maklum selain penglibatan Program Pembangunan Sahsiah yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah rendah mahupun di peringkat menengah, YPK juga merupakan salah satu agensi Kerajaan yang menyelia dan menguruskan pusat asuhan kanak-kanak. Yayasan Pembangunan Keluarga telah mempunyai 66 buah pusat jagaan kanak-kanak iaitu Taska Permata, pecahannya ialah kalau kita ikut Parlimen:

Parlimen

Bilangan

Taska Permata

Jumlah

Kanak-kanak

Kakitangan

Besut

10

505

102

Setiu

7

380

71

Kuala Nerus

9

669

126

Kuala Terengganu

9

841

142

Marang

7

411

86

Hulu Terengganu

7

336

66

Dungun

10

546

102

Kemaman

7

420

72

JUMLAH

66

4,108

767

Terima kasih.

Yang di-Pertua

Seterusnya saya persilakan Yang Berhormat Wakil Bukit Besi untuk mengemukakan Soalan Lisan.

Haji Roslee bin DaudUMNO · BNBukit Besi

Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, soalan saya nombor satu.

Yang di-Pertua

Satu?

Haji Roslee bin DaudUMNO · BNBukit Besi

Nombor satu, he...he...he..., Paka.

Yang di-Pertua

Soalan Yang Berhormat telahpun dijawab sebelum pada ini. Jadi soalan seterusnyalah.

Yang di-Pertua

Soalan yang ketiga Yang Berhormat.

Haji Roslee bin DaudUMNO · BNBukit Besi

Soalan ketiga?

Yang di-Pertua

Dok jupe cari ke?

Haji Roslee bin DaudUMNO · BNBukit Besi

Takpe, soalan yang ketiga? Sebab saya soalan nombor dua yang ditolak kan? Itu yang saya ambil soalan nombor satu. Okeylah, nombor tiga kalau gitu. Soalan nombor tiga -

Sila nyatakan jumlah Pusat Hemodialisis yang terdapat di Negeri ini mengikut pecahan daerah dan apakah ianya mencukupi bagi menampung keperluan pesakit buah pinggang di Terengganu dan nyatakan juga berapa ramaikah di kalangan rakyat Terengganu yang menderita akibat penyakit buah pinggang?

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Guaner semabur habis tu? Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Pengerusi, soalan daripada Bukit Besi, soalan nombor tigalah. Nombor tiga yang berbunyi: Sila nyatakan jumlah Pusat Hemodialisis yang terdapat di negeri ini mengikut pecahan daerah dan apakah ianya mencukupi bagi menampung keperluan pesakit buah pinggang di Terengganu dan nyatakan juga berapa ramaikah di kalangan rakyat Terengganu yang menderita akibat penyakit buah pinggang? Dia ada tiga komponen soalan ini. Tiga dalam satu. Sebab itu semabur. Soalan nombor tiga tolak satu dok tahu nak jawab.

Untuk makluman Wakil Bukit Besi dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, jumlah pesakit di Pusat Hemodialisis di Negeri Terengganu, kita ada sebanyak 25 buah semuanya. Pecahan mengikut daerah, Daerah Kuala Terengganu 9 buah, Kuala Nerus 4, Hulu Terengganu 1, Kemaman 3, Dungun 4, Besut 2 dan Setiu 1, Marang juga 1. Jumlah keseluruhannya 25. Berkaitan saya jawab cukup tak cukup saya jawab bilangan pesakit dulu. Jumlah pesakit yang perlu Hemodialisis, untuk rekod kita ada tiga jenis. Pertama yang sedang dalam rawatan ada 1,367, yang dirawat secara Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD) seramai 348 orang dan yang sedang menunggu continuous sekitar 500 menunggu kerana tidak cukup tempat. Ada 291 orang. Jumlah keseluruhan ialah 2,066 orang penghidap penyakit buah pinggang yang perlu Hemodialisis untuk setakat inilah yang ada rekod dengan kita. Dengan sendiri menjawab bahagian yang kedua tadi, ada yang mencukupi? Sudah tentu tidak mencukupi. Sekian terima kasih.

Haji Roslee bin DaudUMNO · BNBukit Besi

Okey, terima kasih atas jawapan daripada Bukit Tunggal, EXCO yang berkaitan. Jadi kalau kita tengok dari segi perkembangan semasa setakat ini memang tak cukuplah, Pusat Hemodialisis ini. Jadi dalam tidak kecukupan pusat ini, apakah perancangan Kerajaan untuk menangani masalah-masalah ini sebab apa yang kita maklum bahawa pesakit buah pinggang ini merupakan sakit yang kronik, jadi apakah perancangan ataupun strategi Kerajaan untuk mengatasi masalah ini? Terima kasih.

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Terima kasih atas soalan tambahan. Pihak Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu telah mengambil beberapa langkah bagi mengatasi masalah yang kita kenalpasti. Antaranya ialah untuk menambah bilangan syif di pusat-pusat yang kita kira masih beroperasi satu syif, ditambah kepada dua syif dan akan bertambah sekali ganda lagi. Itu satu cadangan jangka pendek. Yang kedua ialah membina pusat, menambah unit Hemodialisis di pusat-pusat sedia ada. Pusat sedia ada masih boleh, ada ruang untuk ditambah mesin Hemodialisis. Antaranya di hospital-hospital kita memerlukan lebih kurang 68 unit yang boleh ditambah untuk menambah bilangan pesakit yang boleh menggunakannya. Juga dalam rancangan untuk mengadakan pusat-pusat baharu, antaranya pusat baharu yang telah siap ialah di Telaga Mengkudu yang kapasiti 10 mesin, satu syif sahaja dan insya-Allah ini akan dapat memberi manfaat kepada 20 orang pesakit di Daerah Marang. Juga yang paling penting sebenarnya bila kita melihat begitu tinggi kadar penghidap buah pinggang, pesakit buah pinggang kronik yang memerlukan rawatan Hemodialisis, maka kaedah pencegahan itulah yang lebih baik. Kalau kita semua mengambil perhatian tentang kaedah menjaga kesihatan, mengelakkan kita daripada terkena penyakit buah pinggang ini, insya-Allah keperluan itu tidaklah setinggi apa yang berlaku pada hari ini. Antaranya pihak Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu telah menjalankan promosi pendidikan dan pencegahan penyakit buah pinggang secara berterusan kepada pesakit-pesakit diabetis. Di antara mereka yang berisiko tinggi untuk mendapat ataupun terkena penyakit buah pinggang adalah mereka-mereka yang menghidap penyakit kencing manis. Jadi sesiapa yang ada history keluarga yang ada kencing manis dan juga yang berumur dah melebihi umur dah lewat 35 tahun ke atas silalah buat pemeriksaan kencing manis ataupun diabetis peringkat awal supaya tahu lebih awal dan dapat dirawat secara yang sempurna di peringkat awal. Bila dapat dirawat, dikawal, insya-Allah penyakit .....

Haji Roslee bin DaudUMNO · BNBukit Besi

Paka ada kencing manis dok?

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Ya?

Haji Roslee bin DaudUMNO · BNBukit Besi

Paka ada kencing manis dok?

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Nanti nak tengok muka dulu.

Haji Roslee bin DaudUMNO · BNBukit Besi

Ke kencing masam ....(Sambil gelak) .....

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Insya-Allah Yang Berhormat semua ni kena periksa. Periksa mudah jer kencing manis ni, kita periksa semua supaya kita jaga kesihatan. Kita pun dah ada seorang sahabat kita yang terkena yang akan menjalankan rawatan. Dan inilah kita tekankan pada pesakit-pesakit kencing manis ini supaya mereka mendapat rawatan yang sempurna dan mengawal, mengawal kandungan gula dalam darah, itu yang paling penting, dengarlah nasihat doktor, mana yang perlu makan ubat, makan ubat, yang perlu exercise, kena exercise. Nak naik basikalpun boleh sama dengan M.B. Yang Berhormat selalu naik basikal, pergi beli basikal untuk exercise, insya-Allah antara exercise yang terbaik, tapi kalau umur dah meningkat macam kita jalan kaki cukuplah. Haa ..... itu pun cara Kijal exercise lagi bagus dia ada tiga padang. ...(Dewan gelak) ....

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Kalau kencing hancing ada ubat tak?

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Kalau hancing kuat kena jatuhlah 15 kekgi. Kalau jatuh 15 kekgi hilanglah hancing dia, insya-Allah.

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Yang kedua ialah juga kita menekankan pendidikan kesihatan di kalangan orang awam juga di pelajar-pelajar sekolah supaya mereka aware tentang bahayanya kencing manis dan penyakit yang berkaitan yang boleh membawa kepada komplikasi rosaknya atau mendapat penyakit buah pinggang. Juga di Daerah Besut kita dapati yang agak ramai yang menunggu, 75 orang, insya-Allah pihak swasta akan membina sebuah lagi Pusat Dialis is Swasta di untuk kegunaan pesakit di Daerah Besut. Sekian, terima kasih.

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Soalan tambahan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bukit Tunggal – EXCO, saya melihat orang sakit buah pinggang ini adalah satu penyakit yang sangat menyusahkan dan juga menderitalah, menderita bagi orang kampung. Kalau kena hampir-hampir tergadai, saya rasa Yang Berhormat EXCO seorang doktor lebih fahamlah. Dan satu tindakan jangka masa panjang itu, itu kita kena buat secara berterusan sebagaimana Yang Berhormat EXCO beritahu. Tapi dalam jangka masa pendek Yang Berhormat, kita lihat keadaan ini menyebabkan pihak Kementerian walaupun dia kata nak tambah, nak tambah, still tidak cukup Yang Berhormat. Apakah Kerajaan Negeri sendiri tidak mengambil inisiatif untuk kita tambah, hok negeri kita ni, kita buat hal negeri kita, kita tambah Besut se ke, Kemaman se ke, di Hulu Terengganu se ke, kita tambah di bawah pengawasan ataupun sedialah peruntukan sikit daripada Kerajaan Negeri dalam masa terdekat ini. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Terima kasih di atas cadangan yang sangat baik daripada Wakil Telemong. Memang Kerajaan pun dah banyak membantu antaranya kita menubuhkan Pusat-Pusat Hemodialisis dengan kerjasama pihak MAIDAM, Kementerian Kesihatan dan pihak Kerajaan Negeri. MAIDAM menyediakan mesin Hemodialisis, Kerajaan Negeri menyediakan tempat, bangunan dan Kementerian Kesihatan menyediakan tenaga sebab memanglah pengendali ataupun operator kepada Hemodialisis hendaklah kepada yang terlatih, tidak boleh kita ambil lebih kurang. Dan kedua mereka ini sentiasa dipantau akan amalan yang mengikut SOP yang sebenar yang dikehendaki oleh Kementerian Kesihatan. Oleh itulah kita memang, sayapun dari semasa ke semasa berbincang antara dengan pihak hospital, Pengarah Kesihatan, pihak MKF dan juga pihak MAIDAM dan juga Kerajaan sendiri supaya kita dapat menambah beberapa lagi Pusat Hemodialisis di Negeri Terengganu antara yang terdekat ini mungkin insya-Allah kita akan buka pula di Kuala Berang, insya-Allah. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Ada, soalan terakhir.

Haji Roslee bin DaudUMNO · BNBukit Besi

Ada, soalan tambahan soalan terakhir. Terima kasih Yang di-Pertua dan terima kasih juga pada Yang Berhormat Bukit Tunggal. Soalan tambahan terakhir saya sebenarnya apa yang kita difahamkanlah bahawa kos untuk mewujudkan pusat-pusat ni memang cukup tinggi apatah lagi dengan sepertimana yang dijelaskan oleh Yang Berhormat Bukit Tunggal tadi dengan diberi latihan kepada pengendali untuk mengatasi masalah-masalah yang ada ni, cuma saya nak ambil maklum kalau boleh kita nak suruh rakyat kita semua tahulah Kerajaan maklum bahawa berapakah kos untuk buat satu Pusat Hemodialisis ini?

Yang di-Pertua

Sila, Yang Berhormat

Haji Roslee bin DaudUMNO · BNBukit Besi

Boleh tu dok? Saya bukan apa nak suruh rakyat tahu bukan senang maknanya untuk buat ni? Terima kasih.

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Terima kasih Bukit Besi. Kos untuk membina sesuatu pusat memang tinggi, antaranya mesin dia saja satu unit memerlukan dalam RM30,000 hingga RM50,000 tengok jenis mesin. Untuk tempat iaitu tempat yang paling mahalnya sama ada kita sewa ataupun kita buat bangunan. Jadi bangunan ini mengikut saizlah. Ada yang dah offer di Kuala Berang nak bagi sewa RM10,000 sebulan, itu juga kos yang sangat tinggi dan dari segi kakitangan dah tentu kita terpaksa menggaji Kerajaan Negeri, kalau yang kerjasama dengan Kementerian Kesihatan bayaran kakitangan itu ditanggung oleh Kerajaan Negeri. Maka ianya adalah melibatkan untuk pembukaan sesuatu itu mesti dipertimbangkan dengan teliti. Oleh itulah dengan kos yang besar ini kita harap rakyat Negeri Terengganu lebih menekankan pada pencegahan daripada kita dah kena sakit. Tadi yang Telemong kata bila sakit adalah satu benda yang amat sukarlah bagi mereka yang menghidap penyakit buah pinggang ini dan terpaksa mendapat rawatan Hemodialisis tiga kali seminggu, selang sehari dan terpaksa berbaring di situ nak buat kerja buat dokleh doh untuk diri dia. Tapi kesan kepada Kerajaan juga, pada rakyat yang menanggung, kos yang untuk membuka satu pusat dan untuk pengoperasian pusat itu sangat-sangat tinggi yang mana kita hanya mengenakan bayaran kepada rakyat untuk Hospital Kerajaan dan yang NBOS ini hanya RM13 sahaja satu sesi sedangkan di NGO mengenakan RM200, kalau swasta RM250 hingga RM300 untuk setiap sekali cuci untuk satu sesi. Hospital Kerajaan hanya bayar RM13. Jadi itulah kos yang ditanggung, subsidi yang ditanggung oleh Kerajaan begitu besar untuk satu-satu kes menggunakan ataupun rawatan melalui Hemodialisis ini.

Saya harap rakyat dapat ambil pertimbanganlah di antara perkara-perkara yang mana yang lebih penting kita mencegah atau kita membiarkan kita terkena penyakit dan akhirnya tergolong dalam golongan yang menghidap penyakit buah pinggang ini. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Wakil Jertih

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Yang Berhormat Yang di-Pertua, soalan saya soalan pertama -

Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam penyediaan rumah kepada rakyat Terengganu (seperti Rumah Mampu Milik, Projek Perumahan Rakyat Termiskin dan lain-lain)?

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Terima kasih Jertih, saya rasa soalan Jertih ini saya dah jawab dalam penggulungan panjang semalam tu dok? Tapi kalau nak jawab sekali lagi tu boleh juga, tak ada masalah.

Yang di-Pertua

Saya ingat ringkas Yang Berhormat, dah jawab dah.

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Jadi di antara soalan Jertih yang berbunyi: Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam meyediakan rumah kepada rakyat Terengganu (seperti Rumah Mampu Milik, Projek Perumahan Rakyat Miskin dan lain-lain)?

Jadi untuk makluman Wakil Jertih di mana telah saya sebut semalam. Untuk projek yang dalam pembinaan disebut pada 1,740 unit yang akan siap pada tahun ini dan untuk Rumah PPRT, yang dulu nama PPRT dan sekarang kita panggil rumah PPTS (Projek Perumahan Terengganu Sejahtera) yang kita jangka 500 unit akan dibuat untuk tahun ini mengikut DUN masing-masing dan

rancangan kita, rancangan untuk 2019-2020, kita ada 8,550 setakat ini dan insya-Allah yang akan kita laksanakan, mulakan pembinaan pada tahun inilah sebanyak 5,317 mengikut beberapa kategori yang disebutkan semalam. Saya rasa tak perlu ulang lagilah. Wallahua’lam.

Okey, terima kasih Bukit Tunggal. Yalah, kelmarin dah digulung panjang lebar. Cuma ada yang tidak disentuh saya nak tanya, berapa bajet ataupun berapa unit setiap DUN Rumah PPRT ataupun PPTS ini yang dibina, adakah bilangannya sama banyak mengikut DUN dan adakah bajet Kerajaan Negeri untuk membaiki rumah dan kalau ada, berapa bagi satu unit. Terima kasih Yang Berhomat Yang di-Pertua.

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Terima kasih Jertih. Dalam PPTS ataupun PPRT dahululah namanya, Kerajaan menyediakan peruntukan melalui DUN masing-masing untuk bina baharu dan baiki rumah adalah RM1 juta setahun dan untuk kawasan yang tidak dimenangi oleh Pihak Kerajaan, diberi RM750,000 untuk setiap DUN. Jadi, duit itu dia boleh guna untuk sama ada bina rumah baru ataupun untuk baiki rumah yang rosak. Terima kasih.

Okey, terima kasih. Soalan soalan tambahan kedua, saya bagi DUN Jertih terima kasihlah kepada Pihak Kerajaan kerana kita dapat maklum bahawa KPKT yang telah bersetuju untuk meluluskan RM1 juta bus stand ataupun Stesen Bas Jertih baru-baru ini dan pada akhir tahun lepas juga kita dimaklum, Dewan dimaklum bahawa Kerajaan Negeri juga telah meluluskan RM1 juta untuk Bus Stand Jertih. Jadi, yang itu saya ucap terima kasihlah. Saya nak tanya, apakah usaha Kerajaan untuk follow up dengan KPKT projek perumahan di Paroh Padang Tapong yang telah pun dilulus dan dipecah tanah sebelum pilihan raya baru ini sebanyak 500 unit. Jadi, saya difahamkan ada sebahagian tempat diteruskan oleh KPKT dan sebahagiannya ada ..... Jadi saya nak tahu status Projek PPRT, Projek Perumahan Rakyat di Paroh Padang Tapong? Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Terima kasih Jertih. Dalam satu soalan, banyak soalan, dia beranak-anak. Berkaitan dengan terminal bas itu, kita dah bincang dengan KPKT, dia beri peruntukan RM1 juta untuk penggunaan tahun ini dan insya-Allah yang lain akan menyusul, kita sedang berbincang. Insya-Allah benda ini memang macam confirmlah setakat ini dengan menteri yang berkenaan. Jertih, saya pun tak tahu sebab dia bukan pegang kawasan ni. Cuma yang saya dapat sebut di sini yang dalam maklumat kita Jertih untung, KPKT lulus satu projek perumahan yang dipanggilkan PPR Bukit Puteri 300 unit dan tahun depan dia akan ada buat pula di Gong Medang, Besut, 300 unit juga dan ada satu projek swasta di Alor Akar ke, dalam Pasir Akar, di Pasir Akar ada .....

Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya rasa itu projek lain itu. Maksud saya projek PPR, Projek Perumahan Rakyat di bawah KPKT yang mana di Besut, di Terengganu hanya ada 2 projek iaitu di Kuala Nerus dan juga di Besut dan di Besutnya, di Paroh Padang Tapong dan di Paroh Padang Tapong, tanah telah dibeli dan diserah, saya ingat diserah kepada KPKT. Cuma, saya difahamkan pihak Federal macam dia perlu surat baru, macam bus stand, sepatutnya tak perlu surat dah. Jadi, nak tahu, ataupun kalau tidak dapat jawab hari ini pun, kita nak minta supaya Kerajaan Negeri follow up lah.

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Boleh sebab itu tidak ada dalam maklumat kita. Cuma apa yang kita maklumkan Projek PPR yang disebutkan itu telah dibatalkan kerana tanah tersebut tanah milik, bukan tanah Kerajaan. Jadi, saya dah jumpa dengan menteri baru ni dia cakap secara umum, mana-mana projek PPR, tanah bukan tanah Kerajaan dia akan batalkan, dia akan cari tanah Kerajaan. So, termasuklah PPR, sebut Tapah tadi kan? Dibatalkan kerana tanah itu tanah milik, bukan tanah Kerajaan. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Okey, saya persilakan.

Yang di-Pertua, mohon .....

Yang di-Pertua

Ya?

Mohon mencelah soalan tambahan?

Yang di-Pertua

Sekejap-sekejap.

Boleh?

Yang di-Pertua

Soalan tambahan?

Ya.

Yang di-Pertua

Okey.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Jertih. Kalau kita lihat kepada definisi rakyat yang miskin ada dua bahagian, miskin luar bandar dan miskin di kawasan bandar. Kalau kita lihat kepada penyelesaian untuk membina rumah-rumah bagi rakyat miskin ini, dalam penjelasan yang diberikan di sini kebanyakan di kawasan luar bandarlah. Jadi, apakah konsep Rumah Rakyat Termiskin dalam kawasan bandar seperti Kuala Terengganu?

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Terima kasih Batu Burok. Konsep Kerajaan masih sama, cuma kita tengok di mana pertama, keperluan. Yang kedua, lokasi tanah Kerajaan ada ke tidak di kawasan tersebut. Kalau sebut dalam bandar ini, kita untuk yang telah siap, macam sekarang ini PPR Hiliran telah siap dan yang akan datang ini, insya-Allah kita akan siapkan di Batu Burok di Tok Adis projek yang terbengkalai itu dan tender telah dibuka dan dah dipilih pemaju yang tersebut, cuma nak tinggal masa untuk dimulakan saja. Dari segi kita, pemilihan tidaklah kata nak pilih, ada pilih kasih mana-mana, tidak ada. Pertama, kita tengok senarai yang memohon di mana banyak. Yang kedua, yang pentingnya adalah tanah Kerajaan ada tak kat situ untuk kita utamakan sebab kalau kita nak ambil balik tanah orang, tanah rakyat, tanah milik untuk dijadikan projek perumahan kosnya terlalu tinggi dan tidak ekonomiklah, tidak berbaloi. Insya-Allah, kita lebih utamakan tanah-tanah Kerajaan dahulu dan juga tempat permohonan yang paling tinggi yang kita perlu selesaikan. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Saya persilakan Wakil Rantau Abang.

Haji Alias bin HarunPAS · GSRantau Abang

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Soalan saya ialah soalan nombor satu –

Apakah janji Manifesto PAS Terengganu adalah memberi Caj Percuma Wad Kelas 3 di Hospital Kerajaan di Negeri Terengganu. Bilakah pelaksanaan akan mula berkuatkuasa kepada rakyat Terengganu?

Dr Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Acap bangun teh, minta maaflah. .....(Sambil gelak).... Terima kasih kekanda saya Rantau Abang yang ingin tahu antara janji Manifesto PAS Terengganu adalah memberikan Caj Percuma Wad Kelas Ketiga di Hospital Kerajaan di Negeri Terengganu. Bilakah pelaksanaan akan dimula berkuatkuasa pada rakyat Terengganu. Sebagai jawapannya, untuk makluman Yang Berhormat dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, tarikh cadangan pelaksanaan Caj Percuma Wad Kelas Ketiga ialah pada Jun 2019. Terima kasih.

Haji Alias bin HarunPAS · GSRantau Abang

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Tunggal atas jawapan yang telah diberikan. Cuma, agak menjadi tanda tanya kepada rakyat sebab berkaitan dengan percuma-percuma ini memang ditunggu-tunggu oleh rakyat terutama sekali yang berpendapatan rendah apabila mereka berada di wad, mereka senantiasa rasa risau untuk membayar caj-caj yang dikenakan. Jadi, kemungkinan kita tahu bahawa hospital ini melibatkan bersama dengan Kerajaan Pusat. Jadi, saya ingin tahulah dan juga rakyat ingin tahu apakah sebab berlaku kelewatan dalam pelaksanaan ini? Terima kasih.

Dr Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Terima kasih kekanda Rantau Abang. Memang Kerajaan kita ini sangat prihatin dan kita berusaha sedaya upaya untuk menepati janji-janji yang telah kita berikan khususnya dalam Pilihan Raya Ke-14 yang lalu dan antara yang terlibat yang disebutkan tadi ialah berkaitan dengan Wad Kelas Ketiga percuma untuk hospital-hospital Kerajaan. Ekoran begitu jawatankuasa saya dah mula bermesyuarat dan berjumpa dengan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu bagaimana mekanisme dan pelaksanaannya. Sebenarnya mekanisme ini telah siap pada tahun lepas lagi dan apabila bajet telah diluluskan kita telah memperkemaskan teknik-teknik ataupun teknikal dari segi pelaksanaannya, maka bila dah siap kita kemukakan kepada Kementerian Kesihatan maka didapati tidak direstui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, maka walaupun di peringkat Pengarah Kesihatan berjumpa dengan pihak Kementerian Kesihatan memaklumkan perkara ini dan ditolak maka kita membuat rayuan. Pihak Kerajaan Negeri beberapa kali membuat rayuan dan akhirnya kita terima satu surat daripada Kementerian yang menyatakan antaranya, panjang kalau saya nak baca pun, mungkin padan saya sorang jer arini. Saya baca apa-apa yang mustahak untuk dimaklumkan kepada Ahli Dewan sekalian dan juga para Pemerhati.

Cadangan ini didapati akan mengakibatkan lambakan pesakit di Wad Kelas 3 hospital-hospital di Terengganu. Jumlah katil di Wad Kelas 3 di hospital-hospital di Terengganu sedia ada tidak dapat menampung jumlah pesakit yang ramai. Saya takmboh komen, tuan-tuan komen sendirilah. Dia kata sebab takut ramai orang pergi ke hospital.

Pelaksanaan cadangan ini akan menyebabkan peningkatan kos pentadbiran bilangan perjawatan perlu ditambah kerana terdapat kakitangan yang perlu ditugaskan khusus bagi menyemak dan menyelenggara bil-bil yang akan dituntut daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu.

Sebab cadangan kita ialah mudah jer, pihak hospital hantar bil pada SUK, kakitangan bayar dua minggu sekali, sebulan sekali, lambat sangat sebulan sekali, dua minggu sekali okey, kita setuju dua minggu sekali. Tapi, itu alasan yang ditolak jugalah. Dia kata pada masa ini unit hasil hospital sememangnya mempunyai masalah kekurangan kakitangan untuk menanggung tugas-tugasan sedia ada. Dia tambah pulak, dia kata berat. Tu komen sendiri.

Ketiadaan sistem yang teratur bagi menyelenggara pelaksanaan pemberian kemudahan rawatan tersebut dikhuatiri akan menimbulkan isu audit pada masa hadapan. Kos untuk membangunkan System Information Technology (IT) di hospital semata-mata tujuan tersebut adalah tinggi katanya.

Itulah antara alasan yang diberikan kepada kami. Maka kami walau bagaimanapun, sedang berusaha juga untuk menyelesaikan masalah ini secara baik cara adik beradik bagi pihak Kementerian, pihak Kerajaan Pusat. Namun, kita ada pelan kita untuk mengatasinya. Jadi antara pelan yang kita ada, dua pelan lagi, Pelan B dan Pelan C.

Pelan B ni insya-Allah kita akan laksanakan atau kita akan kemukakan kalau rundingan terakhir kita ni masih ditolak oleh pihak Kementerian. Terima kasih.

Haji Alias bin HarunPAS · GSRantau Abang

Terima kasih, Yang Berhormat Bukit Tunggal. Nampaknya Kerajaan Baru Negeri Terengganu terlalu peka terhadap kesusahan yang dialami oleh rakyat, pertama sekali yang menerima rawatan di hospital Wad Kelas Ketiga ini. Dan saya kira memang pihak Kerajaan sekarang sedang merangka langkah-langkah bagaimana untuk mengatasi kerana daripada jawapan tadi akan dilaksanakan dicadangkan pada bulan Jun. Jadi, soalan saya apakah langkah-langkah dan cadangan pihak Kerajaan untuk memenuhi janji manifesto ini? Terima kasih.

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Terima

kasih sekali lagi Rantau Abang. Jika, kita harap doklah, kita harap cara baik sokmo. Harap Kerajaan Pusat di bawah Kementerian Kesihatan dapat menerima rayuan kita seterusnya. Jika tidak, maka kita bercadang insya-Allah akan menempatkan seorang pegawai kita di setiap hospital khusus untuk melaksanakan pembayaran kepada pihak hospital melalui kaedah-kaedah yang tertentulah bukan keslah. Itu cara kita yang sedang dalam rangka kita, kita akan letakkan satu pegawai untuk membayar bil bagi pihak pesakit di hospital. Kerajaan Pusat takmboh tanggung kos gaji kakitangan kita, insya-Allah kita akan menyediakannya. Ini kira begitu bersungguh usaha kita untuk menyelesaikan masalah rakyat mendapatkan rawatan percuma Wad Kelas 3 di hospital-hospital Kerajaan. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Saya persilakan Wakil Batu Rakit.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Terima

kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang Di-Pertua. Sebelum itu saya mengalu-alukan kehadiran Pemerhati. Selamat datang terutamanya kepada pelajar IMTIAZ kerana soalan saya berkenaan Sekolah Menengah IMTIAZ. Dan soalan saya satu-satunya nombor satu -

Sehingga kini Kerajaan Negeri melalui Yayasan Terengganu telah mempunyai 8 buah Sekolah Menengah IMTIAZ yang mana pelajar-pelajarnya mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mengadakan kerjasama dengan mana-mana universiti bagi memudahkan pelajar-pelajar tersebut melanjutkan pengajian?

Terima kasih.

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Yang Berhormat Yang Di-Pertua, Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat-Yang Berhormat dan seluruh hadirin sekalian. Soalan ADUN Batu Rakit berbunyi: Sehingga kini Kerajaan Negeri melalui Yayasan Terengganu telah mempunyai 8 buah Sekolah Menengah IMTIAZ yang mana pelajar-pelajarnya mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mengadakan kerjasama dengan mana-mana universiti bagi memudahkan pelajar-pelajar tersebut untuk melanjutkan pengajian.

Untuk makluman, memang Kerajaan Negeri melalui Yayasan Terengganu telah mengadakan kerjasama dengan beberapa universiti khususnya universiti tempatan dan juga bercadang untuk memperluaskan lagi kerjasama berkenaan bagi memastikan kecemerlangan dan hala tuju pelajar-pelajar IMTIAZ terjamin. Terima kasih.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Soalan tambahan saya, sekiranya ada kerjasama dengan mana-mana universiti, berapakah kuota yang diperuntukkan kepada pelajar Sekolah Menengah IMTIAZ ini dan apakah kelulusan minima yang diperlukan? Terima kasih.

Setakat

ini antara universiti yang ada kerjasama dengan pihak Yayasan Terengganu. Antaranya adalah UniSZA yang telah diadakan persefahaman MoU pada tahun 2016. Antaranya melibatkan pelajar-pelajar untuk ke arah pembangunan kecemerlangan pelajar dan juga beberapa tawaran program pengajian yang berkaitan.

Yang kedua, antaranya Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang terlibat secara langsung dalam mengadakan Program Pencarian Saintis Islam Terengganu dan program itu masih lagi berlangsung sehingga kini dan pelajar kita tahun ini juga akan dihantar ke Jepun dan juga UK. Saintis Islam dan kita juga sedang buat penyaringan untuk pelajar yang cemerlang dalam keputusan baru-baru ini. Dan mereka juga sudah melalui program sebelum keputusan SPM keluar baru-baru ini bersama dengan UMT. Untuk ke peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan juga Doktor Falsafah (PhD). Pihak Yayasan Terengganu juga mengadakan hubungan dengan USIM (Universiti Sains Islam Malaysia) dan antaranya pihak USIM juga ada menyediakan program khusus antaranya Program Hafazan dan juga untuk kemasukan Tamhidi USIM tahun 2018 telah disediakan kouta 50 pelajar IMTIAZ. Dan pihak USIM juga turut bersetuju untuk mewujudkan Program Double Degree, Double Ijazah untuk bidang agama dan juga Bidang Sains. Dan Pihak Yayasan juga mengadakan MoU dengan Universiti Malaya pada April 2015 dengan beberapa program yang ditawarkan untuk pelajar-pelajar membuat pilihan. Terima kasih.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Soalan

tambahan saya seterusnya. Adakah pelajar-pelajar IMTIAZ ini ada yang tercicir daripada memasuki IPT, sekiranya ada apakah inisiatif yang diambil untuk mempastikan pelajar-pelajar ini dapat meneruskan pengajian di IPT? Terima kasih.

Data tu perlu notis. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Saya persilakan Wakil Pengkalan Berangan.

Sulaiman bin SulongPAS · PNPengkalan Berangan

Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh, soalan nombor satu –

Apakah perkembangan penubuhan Pusat Pemulihan Penagih Dadah Secara Holistik dan dijanjikan dalam Manifesto PAS Terengganu dalam Pilihanraya Umum ke 14.

Mohd Nor bin HamzahPAS · GSBukit Payung

Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Pengkalan Berangan. Soalannya: Apakah perkembangan penubuhan Pusat Pemulihan Penagih Dadah Secara Holistik yang dijanjikan dalam Manisfesto PAS Terengganu dalam Pilihraya Umum Yang Ke-14?

Kita menjangkakan bahawa pelaksanaannya akan dilaksanakan pada tahun 2020. Dalam usaha ke arah pelaksanaan yang menyeluruh bagi menunaikan Janji Manisfesto, usaha-usaha telah dilakukan:

Yang pertama, Kertas Cadangan Membangunkan Pusat Pemulihan Dadah pada Tahun 2020 di setiap daerah dalam jangka pendek, bermodelkan Pusat Komuniti Sa’adah yang telah dibangunkan oleh UniSZA sebagai asas kepada pusat pemulihan penagih dadah secara holistik oleh UniSZA.

Yang Kedua, pihak AADK telah menyediakan garis panduan untuk Pusat Pemulihan Penagih Dadah Secara Holistik.

Yang ketiga, menyediakan modul-modul Pusat Pemulihan Dadah Secara Holistik merangkumi modul rawatan, pencegahan, penguatkuasaan dan pemulihan dadah.

Dan yang ke seterusnya, menyediakan kertas cadangan bagi menempatkan mubaligh-mubaligh oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.

Sulaiman bin SulongPAS · PNPengkalan Berangan

Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO di atas penjelasan yang diberikan sebentar tadi. Dan kita rakamkan ucapan penghargaan terima kasih kepada Kerajaan yang begitu bersungguh-sungguh untuk melaksanakan Janji-janji Manifesto.

Soalan tambahan saya, kita melihat penagih-penagih ini, bilangan dia agak ramai, jadi kita nak tanya berkenaan dengan tempat yang kita yang cadangkan untuk adakan Pusat Pemulihan Dadah Secara Holistik ini. Berapakah kapasiti penghuni bagi setiap tempat pemulihan yang kita akan bina selepas daripada ini? Sekian.

Mohd Nor bin HamzahPAS · GSBukit Payung

Terima kasih kepada Yang Berhormat Pengkalan Berangan, setakat ini kita masih lagi menilai beberapa tempat yang dicadangkan khususnya Pusat-Pusat PLKN yang telah dihentikan operasinya. Sehingga hari ini kita memohon daripada pihak UPEN untuk buat kajian tentang Pusat PLKN di Cador yang kita rasakan agak sesuai dengan sebab tanahnya milik Kerajaan dan pihak yang membina bangunan-bangunan PLKN di Cador itu bersedia untuk menjualnya dengan harga yang sewajarnya kepada Pihak Kerajaan. Sehingga hari ini masih lagi dalam meneliti dan buat kajian dan keputusan yang sewajarnya. Terima kasih.

Sulaiman bin SulongPAS · PNPengkalan Berangan

Okey, terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Payong. Setelah kita melihat pusat-pusat pemulihan yang ada dan kita mendengar cakap-cakap bahawa kalangan-kalangan mereka yang keluar daripada pusat pemulihan ini kadang-kadang menjadi penagih yang berulang dan melihat di sana ada kegagalan-kegagalan dalam pelaksanan kepada modul-modul yang telah diadakan.

Jadi soalan saya pada pagi ini ialah apakah kriteria mereka-mereka yang akan kita ambil untuk memastikan Pusat Pemulihan Dadah Secara Holistik ini berjaya kita laksanakan dan berjaya untuk memulihkan penagih-penagih yang ada? Sekian.

Mohd Nor bin HamzahPAS · GSBukit Payung

Secara asasnya pusat pemulihan penagih dadah ini dilaksanakan dalam bentuk perkampungan dengan kita membahagikan dalam tiga kategori. Yang pertama, kemungkinan penagih dadah tegar. Yang kedua, yang agak dalam kawalan. Yang ketiga, sudah dalam pemulihan yang baik dan kita akan sediakan tempat juga di kawasan tersebut untuk mereka berdikari dan mereka menunaikan tanggungjawab sebagai satu komuniti. Jadi dengan erti kata yang lain Pusat Pemulihan Penagih Dadah Secara Holistik ini dalam bentuk perkampungan dan kita akan bagi ruang kepada mereka pulang ke kampung-kampung kerana mengikut penelitian daripada banyak pihak, bila balik kampung temu tauke balik, temu penjual balik, temu geng-geng balik, jadi tauke balik, mengedar balik. Jadi dengan sebab itulah, kita masih lagi banyak penelitian-penelitian yang kita sedang buat kajian dan insya-Allah, kita harap kita mendapat sokongan dan saya ucap terima kasih banyak-banyak khususnya daripada pihak AADK, pihak PEMADAM dan seluruh khususnya pensyarah-pensyarah UniSZA yang memberikan kerjasama dalam menyediakan cadangan dalam melaksanakan pusat pemulihan ini.

Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, pada kebiasaannya sesi soal jawab Soalan Lisan ini satu jam, hari ini saya bagi masa lebih daripada satu jam, lebih lima belas minit sebenarnya. Jadi saya nak berhenti setakat ini sahaja. Mana-mana yang tidak sempat ditanya insya-Allah akan dijawab secara bertulis.

Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Berhormat sekalian saya juga bercadang untuk menyambung terus Tertib Pekerjaan Dewan ataupun Agenda Persidangan kita tanpa kita berhenti rehat, kita ikat perut sekejap sebab saya tengok pada agenda ia mungkin tidak memakan masa yang lama, jadi kita rehat dan tangguh sekaligus.

Enakmen Perbadanan Memajukan IktisadBill

Yang di-Pertua

NEGERI TERENGGANU 1965 (PINDAAN) 2019

Bacaan Kali Yang Pertama

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan Rang Undang-Undang bernama suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu 1965, dibaca bagi kali yang pertama.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu.

RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN PERBADANAN MEMAJUKAN IKTISAD NEGERI TERENGGANU 1965, DIBACA KALI YANG PERTAMA.

Bacaan Kali Yang Kedua

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan Rang Undang-Undang bernama suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu 1965, dibaca bagi kali yang kedua.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, Rang Undang-Undang ini bertujuan untuk meminda Enakmen Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu 1965. [En. Tr. 3/1965] (“Enakmen”).

2. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa Enakmen, yang dicadangkan.

3. Fasal 2 mengandungi pindaan am untuk menggantikan perkataan “General Manager” dengan perkataan “Group Chief Executive Officer” selaras dengan penstrukturan semula Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu.

Implikasi Kewangan

Rang Undang-Undang ini tidak akan melibatkan Kerajaan Negeri dalam apa-apa perbelanjaan wang tambahan.

Yang berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Saiful Azmi bin SuhailiPAS · PNKemasik

Yang Berhormat Tuan di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu.

Yang di-Pertua

Rang Enakmen ini telah mendapat sokongan bagi bacaan kali yang kedua. Sekarang saya buka untuk perbahasan, ada sesiapa Ahli Yang Berhormat yang nak berucap? Sila. Tidak ada.

Oleh kerana tiada sesiapa Ahli Yang Berhomat yang hendak berucap, maka kita teruskan kepada proses perjalanan Rang Undang-Undang seterusnya. Sekarang saya buka kepada undian –

Cadangan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang kedua dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan sebulat suara.

RANG UNDANG-UNDANG YANG BERNAMA SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN PERBADANAN MEMAJUKAN IKTISAD NEGERI TERENGGANU 1965, DIBACA KALI YANG KEDUA.

Dalam Jawatankuasa

Yang di-Pertua

Mesyuarat sekarang menjadi Jawatankuasa.

RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN PERBADANAN MEMAJUKAN IKTISAD NEGERI TERENGGANU 1965, TELAH DITIMBANGKAN DARI SATU FASAL KE SATU FASAL DAN TELAH DIPERSETUJUI DENGAN TIADA PINDAAN DENGAN SEBULAT SUARA.

Mesyuarat balik semula.

Bacaan Kali Yang Ketiga

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya maklumkan bahawa Rang Enakmen ini telah ditimbangkan dalam Jawatankuasa dan telah dipersetujui dengan tiada pindaan. Saya mohon mencadangkan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu.

Yang di-Pertua

Rang Enakmen ini telah mendapat sokongan untuk dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan.

Cadangan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang ketiga dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan sebulat suara.

RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN PERBADANAN MEMAJUKAN IKTISAD NEGERI TERENGGANU 1965, DIBACA BAGI KALI YANG KETIGA DAN DILULUSKAN.

Yang di-Pertua

Rang Enakmen ini telah diluluskan dan menjadi Enakmen Pentadbiran Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (Pindaan) 2019.

Enakmen Tanah Simpan BagiBill

Yang di-Pertua

ORANG-ORANG MELAYU (PINDAAN) 2019

Bacaan Kali Yang Pertama

Dr. Ahmad Samsuri bin MokhtarPAS · PNMenteri Besar · Ru Rendang

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan Rang Undang-Undang bernama suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Tanah Simpan bagi Orang-Orang Melayu 1360, dibaca bagi kali yang pertama.

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu.

RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN TANAH SIMPAN BAGI ORANG-ORANG MELAYU 1360, DIBACA KALI YANG PERTAMA.

Bacaan Kali Yang Kedua

Dr. Ahmad Samsuri bin MokhtarPAS · PNMenteri Besar · Ru Rendang

Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan Rang Undang-Undang bernama suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Tanah Simpan bagi Orang-Orang Melayu 1360, dibaca bagi kali yang kedua.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, Rang Undang-Undang ini bertujuan untuk meminda Enakmen Tanah Simpan bagi Orang-orang Melayu [En. Tr. 17/1360].

Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan tarikh permulaan kuat kuasa.

Fasal 2 bertujuan untuk memasukkan SMEB ASSET MANAGEMENT SDN. BHD. menjadi badan yang kepadanya tanah Orang-Orang Melayu boleh dipindahmilik.

Implikasi Kewangan

Rang Undang-Undang ini tidak akan melibatkan Kerajaan dalam apa-apa pebelanjaan wang tambahan.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu.

Yang di-Pertua

Rang Enakmen ini telah mendapat sokongan bagi bacaan kali yang kedua. Sekarang saya buka untuk perbahasan. Ada siapa-siapa Yang Berhormat yang ingin berucap?

Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya tidak bercadang untuk membahaskan tetapi saya ingin mendapatkan penjelasan, pihak Kerajaan iaitu apakah maksud SMEB? Sama ada Small Middle Bank atau apa-apa? SMEB. Itu sahaja.

Yang di-Pertua

Tunggu sekejap Yang Berhormat, ya.

Dr. Ahmad Samsuri bin MokhtarPAS · PNMenteri Besar · Ru Rendang

Boleh?

Yang di-Pertua

Sila.

Dr. Ahmad Samsuri bin MokhtarPAS · PNMenteri Besar · Ru Rendang

SMEB ASSET MANAGEMENT SDN. BHD. adalah anak syarikat di bawah SME Bank. Terima kasih.

Tuan yang di-Pertua, sebelum kita luluskan pindaan Enakmen Tanah Rizab Melayu pada kali ini, saya ingin bertanya kepada pihak Kerajaan, apakah tujuan sebenar kita membuat pindaan ini dengan memasukkan SMEB ASSET MANAGEMENT SDN. BHD. menjadi badan kepadanya Tanah Orang-Orang Melayu boleh dipindahmilik dalam pindaan Enakmen pada kali ini. Adakah ada projek yang tertentu yang lebih spesifik yang boleh kita, pihak Kerajaan nyatakan dengan kita membuat pindaan kali ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dr. Ahmad Samsuri bin MokhtarPAS · PNMenteri Besar · Ru Rendang

Terima kasih kepada pertanyaan. SMEB ASSET MANAGEMENT SDN. BHD. ini dimasukkan kerana ada permohonan daripada SME Bank untuk memasukkan syarikat ini sebagai salah satu syarikat yang boleh mengendalikan tanah rizab, tanah simpanan Orang Melayu dan ianya adalah untuk menjadikan tanah tersebut berdaya maju dan diusahakan. Sekian terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih. Kita telahpun selesai membahaskan Enakmen Tanah Simpan Bagi Orang-Orang Melayu (Pindaan) 2019. Sekarang saya buka kepada undian –

Cadangan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang kedua dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan sebulat suara.

RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN TANAH SIMPAN BAGI ORANG-ORANG MELAYU 1360, DIBACA BAGI KALI YANG KEDUA.

Dalam Jawatankuasa

Yang di-Pertua

Mesyuarat sekarang menjadi Jawatankuasa.

RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN TANAH SIMPAN BAGI ORANG-ORANG MELAYU 1360, TELAH DITIMBANGKAN DARI SATU FASAL KE SATU FASAL DAN TELAH DIPERSETUJUI DIBUAT PINDAAN PADA FASAL 2 VERSI JAWI IAITU PERKATAAN KEPADA

DENGAN SEBULAT SUARA.

Mesyuarat balik semula.

Bacaan Kali Yang Ketiga

Dr. Ahmad Samsuri bin MokhtarPAS · PNMenteri Besar · Ru Rendang

Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya maklumkan bahawa Rang Enakmen ini telah ditimbang dalam Jawatankuasa dan telah dipersetujui dengan pindaan. Saya mohon mencadangkan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan.

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu.

Yang di-Pertua

Rang Enakmen ini telah mendapat sokongan untuk dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan.

Cadangan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang ketiga dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan sebulat suara.

RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN TANAH SIMPAN BAGI ORANG-ORANG MELAYU 1360, DIBACA BAGI KALI YANG KETIGA DAN DILULUSKAN.

Yang di-Pertua

Rang Enakmen ini diluluskan dan menjadi Enakmen Tanah Simpan Bagi Orang-Orang Melayu (Pindaan) 2019.

TangguhanAdjournment

Dr. Ahmad Samsuri bin MokhtarPAS · PNMenteri Besar · Ru Rendang

Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Persidangan Dewan ditangguhkan kepada suatu masa yang akan ditetapkan kemudian.

Yang di-Pertua

Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebelum saya tangguhkan Dewan ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan berbanyak terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat selama empat hari kita bersidang. Di luar sana, saya mendapat mesej yang baik daripada orang ramai bahawa Persidangan kita berjalan dalam suasana yang penuh ukhuwah dan matang. Bukan semestinya Persidangan Dewan yang baik itu penuh dengan perbalahan dan suasana yang riuh rendah. Apa yang penting ialah isi perbincangan kita, isi Persidangan kita dan keputusan yang kita buat. Semoga ini semua dapat merealisasikan Visi Dewan Undangan kita untuk kita jadikan sebagai ‘Dewan Undangan Negeri Yang Terbilang’ di Malaysia. Insya-Allah.

Saya juga memohon maaf di atas apa-apa kelemahan sepanjang pengendalian Persidangan pada kali ini dan juga saya nak ingatkan jangan lupa janji kita pada petang ini untuk sama-sama kita menembak.

Yang Berhormat sekalian, saya tangguhkan Persidangan Dewan ini ke suatu masa dan tarikh yang akan ditetapkan kemudian dan marilah kita sama-sama membaca Tasbih Kafarah dan Suratul ‘Asr.

DEWAN DITANGGUHKAN PADA PUKUL 11.04 PAGI.

LAMPIRAN