Terengganu · 15 July 2019
14th Assembly, 2nd session, 2nd meeting · 287 turns · 14,534 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalTerengganu publishes one PDF per meeting, with the written answers appended. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
(Pembukaan)
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Sebelum kita memulakan Persidangan Dewan pada pagi ini, marilah kita sama-sama membaca Ummul Kitab Al-Fatihah. ….(Al-Fatihah) ….
Perkara pertama di dalam Tertib Pekerjaan Dewan pada hari ini ialah Doa oleh Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan.
DOA Dibaca oleh Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan.
Ucapan Yang Berhormat Yang Di-Pertua
Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan, Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Perkara berikut di dalam Tertib Pekerjaan Dewan pada hari ini ialah ucapan Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan.
Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala waabarakatuh. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, para Pemerhati, tuan-tuan, puan-puan yang dikasihi sekalian.
Alhamdulillah, kita bersyukur kepada Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan taufiq dan inayah-Nya kita dapat bersama lagi bagi menjayakan Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Bagi Dewan Undangan Negeri Keempat Belas. Sidang kita pada kali ini hanya selama 2 hari sahaja. Walau pun begitu, saya berharap mesyuarat kita dapat berjalan dengan lancar dalam suasana perbincangan yang baik. Lebih-lebih
lagi pada minggu lepas Ahli-ahli Yang Berhormat baru saja mendapat suntikan semangat dan ilmu pengetahuan selepas mengikuti program Bengkel Literasi ADUN Dan Ahli Parlimen yang memberi pendedahan tentang peranan Ahli-ahli Yang Berhormat sebagai Legislator. Saya yakin pengisian dan pengalaman Mantan Speaker Parlimen Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang, Ahli Parlimen Dewan Rakyat, Yang Berhormat Dato' Takiyuddin Hassan, Mantan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Haji Shafie Ngah dan Pensyarah Undang-Undang Universiti Teknologi Malaysia, Dr. Fathi Yusof sangat baik untuk dimanfaatkan.
Ahli-ahli Yang Berhormat Sekalian, sesiapa sahaja yang diberi kuasa memerintah sama ada sekarang atau akan datang mestilah mempunyai keazaman politik (political will) bagi melaksanakan tugas sebagai Khalifah Allah di atas muka bumi ini sebagaimana yang diperintahkan:
Yang bermaksud: "Mereka yakni (umat Islam) yang jika kami memberikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah dari perbuatan yang mungkar dan ingatlah bagi Allah jualah kesudahan segala urusan." Justeru, semua pihak harus memainkan peranan melaksanakan tanggungjawab ini termasuk Ahli-ahli Yang Berhormat sebelah kiri saya untuk berperanan secara konstruktif. Peranan Ahli-ahli Yang Berhormat bukan Kerajaan tidak kurang pentingnya bagi menghidupkan suasana perbahasan yang sihat dan lebih bermakna. Sebagai Wakil Rakyat, sudah tentu Ahli-ahli Yang Berhormat akan mengambil kesempatan, Sidang tiga atau empat bulan sekali ini untuk menyuarakan kepentingan rakyat. Saya juga yakin semua pihak seiring dan sepakat bagi menjadikan Negeri kita sebagai Negeri Maju, Berkat, Sejahtera. Bagi merealisasikannya setiap kita ada peranan masing-masing. Nabi Salallahu Alaihi Wassalam bersabda:
. : ໂ
(Rawahul Muslim) Yang bermaksud: “Agama itulah nasihat, tanya kami nasihat bagi siapa Ya Rasulullah? Jawab beliau: Bagi Allah, bagi Kitab-Nya, bagi Rasul-Nya, bagi para pemimpin kaum muslimin dan bagi orang ramai.”
Oleh sebab itu kita tidak boleh berada dalam zon selesa (comfort zone) dan mesti sentiasa bermuhasabah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat perlu memainkan peranan yang berkesan termasuk peranan semak dan imbang (check and balance) kepada segala perancangan dan pelaksanaan kegiatan Kerajaan.
Apa yang penting ialah usaha untuk meningkatkan diri setiap Ahli-ahli Yang Berhormat bagi memainkan peranan secara berkesan. Usaha untuk meningkatkan diri bukan sahaja dari segi kemahiran bercakap, tetapi juga dari aspek ilmu pengetahuan dan penguasaan dalam memahami urusan pentadbiran Kerajaan termasuk aspek kewangan, pengurusan sumber manusia, pembangunan dan sebagainya.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, walaupun kita bersidang dua hari sahaja, sebagai Yang di-Pertua Dewan saya kena berlaku adil untuk memberi peluang kepada Ahli-ahli Yang Berhormat menyuarakan kepentingan rakyat. Oleh itu, dalam persidangan kali ini, saya bersetuju untuk melanjutkan masa sesi soal jawab Soalan Lisan, saya akan beri tambahan masa dan menyambung sesi ini selepas waktu rehat nanti, insya-Allah. Selamat bersidang. Siru‘ala Barakatillah. Wassalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh.
Kertas-Kertas Kerja Dan Laporan-Laporan
Perkara seterusnya dalam tertib Kerajaan Dewan ialah kertas-kertas kerja dan laporan-laporan.
Kertas kerja dan laporan yang dibentangkan pada kali ini hanya satu iaitu:-1.
Penyata Kewangan Tahun 2017 Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu. (DUN Bil.7/2019) SOALAN-SOALAN YANG TELAH DIBERI NOTIS SOALAN-SOALAN BERTULIS [LAMPIRAN]
Perkara berikut ialah Soalan-soalan Yang Telah Diberi Notis: 1. Soalan-soalan Bertulis.
2. Soalan-soalan Lisan.
Jawapan-jawapan kepada Soalan-soalan Bertulis yang telah diberi notis dan dibentangkan di hadapan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian ialah soalan-soalan daripada:-1.
Yang Berhormat Wakil Tepoh. 2.
Yang Berhormat Wakil Batu Burok. 3.
Yang Berhormat Wakil Bukit Besi. 4.
Yang Berhormat Wakil Sura. 5.
Yang Berhormat Wakil Kuala Besut. 6.
Yang Berhormat Wakil Buluh Gading. 7.
Yang Berhormat Wakil Manir.
8.
Yang Berhormat Wakil Rantau Abang. 9.
Yang Berhormat Wakil Pengkalan Berangan. 10.
Yang Berhormat Wakil Bandar. 11.
Yang Berhormat Wakil Air Putih. 12.
Yang Berhormat Wakil Ajil. 13.
Yang Berhormat Wakil Kemasik. 14.
Yang Berhormat Wakil Wanita.
Soalan-Soalan LisanQuestions
Sekarang kita masuk kepada Soalan-soalan Lisan. Berikut adalah Ahli-ahli yang telah memberi notis untuk mengemukakan Soalan-soalan Lisan iaitu:
1. Yang Berhormat Wakil Tepoh.
2. Yang Berhormat Batu Burok.
3. Yang Berhormat Wakil Telemong. 4. Yang Berhormat Wakil Sura.
5. Yang Berhormat Wakil Bukit Besi. 6. Yang Berhormat Wakil Buluh Gading. 7. Yang Berhormat Wakil Batu Rakit. 8. Yang Berhormat Wakil Manir.
9. Yang Berhormat Wakil Kuala Besut. 10. Yang Berhormat Wakil Rantau Abang. 11. Yang Berhormat Wakil Pengkalan Berangan. 12. Yang Berhormat Wakil Bandar.
13. Yang Berhormat Wakil Air Putih.
14. Yang Berhormat Wakil Ajil.
15. Yang Berhormat Wakil Kemasik. 16. Yang Berhormat Wakil Wanita.
Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Wakil Tepoh untuk mengemukakan soalan.
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, soalan saya nombor satu - Apakah perancangan pihak Kerajaan terhadap Pembangunan Pulau Bayas, Kenyir dan berapakah perbelanjaan semasa yang telah dibelanjakan dari jumlah peruntukan keseluruhan?
Tuan Yang di-Pertua Dewan, ADUN Tepoh telah mengemukakan soalan yang pertama berbunyi: Apakah perancangan pihak Kerajaan terhadap Pembangunan Pulau Bayas, Kenyir dan berapakah perbelanjaan semasa yang telah dibelanjakan daripada jumlah peruntukan keseluruhan?
Jawapannya: Perancangan pihak Kerajaan terhadap Pembangunan Pulau Bayas, Kenyir adalah dalam pertimbangan untuk menyiapkan projek ini dengan menggunakan beberapa pilihan cadangan penyelesaian. Perbelanjaan semasa yang telah dibelanjakan adalah berjumlah RM188,117,514.63 (Seratus Lapan Puluh Lapan Juta) daripada kos keseluruhan projek yang bernilai RM243,555,183.35 sen bagi kesemua 6 pakej yang terlibat dalam Pembangunan Bebas Cukai Pulau Bayas. Sekian.
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya yang pertama: Berapakah pakej yang mengalami kelewatan dan jumlah denda yang dikenakan sehingga kini?
Tuan Yang di-Pertua Dewan dan seluruh Ahli Dewan, Pakej Pembangunan Pulau Bayas ada enam - 1, 2, 3, 4, 5, 6. Pakej 4 dan 6 telah siap sepenuhnya. Pakej yang lewat adalah Pakej 1, 2, 3 dan 5.
Jumlah denda yakni LAD sehingga 30 hari bulan April tahun 2019, saya sebut perlahan-lahan ni sebab angka supaya mungkin wartawan ke siapa-siapa yang untuk kod dia.
Pakej yang pertama: RM10,790.94 (Sepuluh Ribu Tujuh Ratus Sembilan Puluh dan Sembilan Puluh Empat Sen) sehari dengan jumlah dendanya RM4,003,438.74 (Empat Juta Tiga Ratus Empat Puluh Lapan Dan Tujuh Puluh Empat). Pakej yang kedua: RM8,808.48 (Lapan Ribu Lapan Ratus Lapan Empat Puluh Lapan) sehari dengan jumlah denda RM3,866,922.72.
Pakej yang ketiga: RM1,355.08 sehari dengan jumlah denda RM1,340,174.12. Pakej yang kelima: RM2,019.03 sehari dengan jumlah keseluruhan denda sehingga 30.4.2019 - RM1,221,513.13. (RM1.2 juta).
Dan jumlah keseluruhannya RM10,432,098.70. Jadi ini keseluruhan jumlah denda. Wallahua’lam.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, penjelasan.
...[Bangun serentak bersama-sama Y.B. Wakil Tepoh] .....
Habiskan dulu, lepas ini kita.
Sila, sila Yang Berhormat Kijal.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, kebanyakan Ahli Dewan ni tak tahu pakej-pakej ni.
Boleh tak Yang Berhormat ADUN Alur Limbat menjelaskan pakej satu apa dia, pakej dua apa dia supaya dapat dengar semua oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dan Ahli Dewan yang mulia ini. Terima kasih.
Okey, terima kasih. Pakej yang dah siap tu tak apalah, saya sebut pakej yang tergendala. Yang pertama sekali …
Yang Berhormat Yang di-Pertua yang dah siap tu kena sebut juga sebab tak tahu pakej-pakej tu benda apa.
Okey, okey.
Kerja-Kerja Membina Dan Menyiapkan Bangunan Terminal Utama, Jeti Penumpang, Jeti Servis Dan Kerja-Kerja Berkaitan Untuk Pembangunan Kenyir Trade Centre Di Pulau Bayas, Tasik Kenyir Hulu Terengganu, Terengganu Darul Iman itu yang pakej yang pertama. Pakej yang kedua, Kerja Membina Dan Menyiapkan Kompleks Membeli Belah Dan Kerja Berkaitan Untuk Pembangunan Kenyir Trade Centre Di Pulau Bayas Tasik Kenyir. Pakej yang ketiga adalah Kerja Membina Dan Menyiapkan Pencawang Elektrik, Sistem Agihan Bekalan Voltan Tinggi Dan Rendah Serta Kerja Berkaitan Untuk Pembangunan Kenyir Trade Centre. Pakej yang kelima .....
Yang Berhormat Yang di-Pertua, boleh jelas sikit lagi tak, lepas sebut tu status nya, siap lapan puluh peratus, tujuh puluh peratus ke.
Ya, ya, boleh, boleh, boleh, panjang pulok kan. Okey, saya sebut semula:-Pakej yang pertama: Membina Dan Menyiap Bangunan Terminal Utama dan seterusnyalah Jeti Penumpang, Jeti Servis harga kontrak dia RM70 juta,(RM70,993 030.30). Sekarang ini peratus kemajuannya 80.84%. LAD dia RM10 juta sebagaimana yang RM10,000 sehari sebagaimana yang saya sebut. LAD ini bergantung kepada jumlah kontrak.
Pakej yang kedua: Kerja Membina Dan Menyiapkan Kompleks Membeli Belah Dan Kerja Berkaitan Untuk Pembangunan Kenyir Trade Centre di Pulau Bayas Tasik Kenyir. Harga kontraknya RM57,955,500 percentagenya 55.04% sehingga Mei 2019. Dendanya RM8,808.00 sehari.
Pakej yang ketiga: Kerja Membina Dan Menyiapkan Pencawang Elektrik, Sistem Agihan Bekalan Voltan Tingi Dan Rendah Serta Kerja-Kerja Berkaitan Untuk Pembangunan Kenyir Trade Centre, peratus kemajuan 73.45% sehingga Mei 2019, yang jumlah denda RM1,355.08.
Pakej yang kelima: Kerja Membina Dan Menyiapkan Sistem Rawatan Air, Sistem Rawatan Kumbahan Dan Kerja Berkaitan Untuk Pembangunan Kenyir Trade Centre di Pulau Bayas, peratus kemajuannya 79.90% dengan denda RM2,019.00 sehari. Sekian.
Sila, saya nak persilakan tuan punya asal soalan. Yang Berhormat Tepoh.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih juga Kijal yang ambil kesempatan untuk tambah soalan tadi. Saya berhasrat untuk mengemukakan satu lagi soalan yang terakhir, ekoran daripada berlaku extension of time yang agak tinggi enam hingga tujuh, yang saya difahamkan dulu ketika mana Persidangan yang lalu dan sekarang ini saya tak tahulah berapa jumlah extension of time yang berlaku kepada semua projek-projek yang tergendala ini yang kelewatan. Soalan saya apakah perancangan Kerajaan untuk menangani isu kelewatan penyiapan kerja-kerja untuk Projek Pulau Bebas Cukai ini, untuk diselesaikan dalam kadar segera kerana perbezaan jumlah di antara yang disebut tadi, sekitar RM55 juta sahaja lagi yang masih berbaki. Jadi pohon penjelasan pihak Kerajaan untuk tujuan ini?
Yang di-Pertua Dewan, isu yang berlaku sekarang ini adalah pihak kontraktor sehingga hari ini tidak menjalankan kerja mereka, lalu pihak Kerajaan ada berapa mekanismelah yang kita cadangkan. Yang pertama, kontrak diteruskan dengan tarikh penyiapan baru melalui perjanjian tambahan kepada pihak kontraktor asal, supplementary agreement dan dia ada kelebihannya, ada kelebihan dan kelemahanlah. Hari ini
saya sebut kelebihan sahaja. Kos pembinaan sebagaimana kontrak asal iaitulah kadar harga asal. Yang kedua, tarikh penyiapan baru melalui perjanjian tambahan yang mengambil kira faktor kelewatan penerimaan bayaran dan faktor lain berkaitan. Dan yang ketiga, pembekal sedia ada dan warranty pembinaan dapat diteruskan, itu yang pertama.
Kemudian yang kedua, Penamatan Kontrak Secara Persetujuan Bersama (Mutual Termination) dengan izin, melalui Perjanjian Tambahan (Supplementary Agreement) antara kelebihannya rundingan antara pihak kontraktor dan Kerajaan boleh dibuat untuk mencapai persetujuan bersama bagi penyelesaian sebarang tuntutan.
Kemudian yang ketiga, Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor boleh dibuat berdasarkan Klausa 51, disebabkan kemungkiran-kemungkiran oleh pihak kontraktor sebagaimana yang disenaraikan dalam Klausa 51(A), dan kelebihannya proses penamatan kontraktor boleh dibuat mengikut tatacara yang telah ditetapkan mengikut amaran-amaran kemungkiran dan notis yang dikeluarkan oleh pihak Pegawai Penguasa. Kontraktor baru yang berkemampuan dapat dilantik untuk menyiapkan baki projek.
Jadi dengan masalah yang ada ini, pihak Kerajaan sedang menimbangkan beberapa perkara tentang projek Pulau Bayas yang pertama sekali, projek ditender semula untuk kerja-kerja penyiapan oleh pihak kontraktor yang layak, dengan skop dan rekabentuk bangunan asal yang pertama sekali kita cadang mengikut rekabentuk bangunan asal. Yang kedua, projek ditender semula untuk kerja penyiapan dengan membuat perubahan rekabentuk dan spesifikasi pembinaan bagi membolehkan projek dapat disiapkan dan digunakan dengan kos yang lebih rendah berbanding skop kerja dan rekabentuk asal. Kalau kita lihat, oleh kerana projek ini tertangguh, kosnya sebenarnya meningkat dari setahun ke setahun walaupun kita buat perubahan rekabentuk ataupun pengurangan (reduce) dengan izin, rekabentuk asalnya, mungkin bagi tujuan yang berbeza, masih lagi pada pandangan kami, masih lagi kosnya lebih tinggi daripada kos asal. Cadangan yang ketiga, alternatif bagi penyiapan bagi pihak pelabur swasta dengan mengambil kira faktor dan kajian yang lebih menyeluruh berkaitan hala tuju projek.
Inipun sedang kita pertimbangkan. Allahua’alam. Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Wakil Alur Limbat. Sebelum pada itu, saya ingin mengalu-alukan, kehadiran adik-adik kita, anak-anak kita iaitu daripda Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin (SMAAZA) Kuala Terengganu seramai 64 orang. Yang lain, daripada yang biasa hadir daripada Khairunnisa’ dan juga daripada Majlis Tindakan DUN. Seterusnya saya persilakan Yang Berhormat Wakil Batu Burok mengemukakan soalan.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, soalan saya nombor 1 - Apakah perancangan jangka masa panjang dan menyeluruh daripada Pihak Kerajaan Negeri dan JPS untuk menangani banjir kilat yang kerap berlaku dalam Daerah Kuala Terengganu?
Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat-Yang Berhormat, Ketua Jabatan dan wakil-wakil Pemerhati, tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Soalan dari Wakil Batu Burok tadi, berbunyi: Apakah perancangan jangka masa panjang dan menyeluruh daripada pihak Kerajaan Negeri dan JPS untuk menangani banjir kilat yang kerap berlaku dalam Daerah Kuala Terengganu? Jadi soalan ini khusus untuk Daerah Kuala Terengganu dan berkaitan dengan banjiir kilat.
Takrif banjir kilat ialah hujan yang lebat dan berlaku dalam tempoh kurang dari tiga jam dan akan surut dalam tempoh kurang dari enam jam. Kalau lebih daripada itu dikira banjirlah bukan banjir kilat lagi. Jadi berkaitan dengan persoalan ini dia ada dua perkaralah yang perlu kita lihat untuk jangka masa yang panjang. Pertama, Kerajaan Negeri hendaklah menyiapkan satu master plan untuk mengurangkan masalah banjir ini.
Jadi Negeri Terengganu telah pada tahun 2016 telah membuat dan menyediakan master plan atau pun pelan induk yang dinamakan Pelan Induk Saliran Mesra Alam dan dijangka pelan induk ini akan siap pada akhir tahun ini dengan belanjanya RM1.2 juta plus. Dan apabila master plan ini siap, ia bolehlah dijadikan rujukan kepada semua jabatan termasuklah JPS, JKR, PBT dan yang lain-lain. Keduanya, Kerajaan Negeri hendaklah membina sistem-sistem saliran yang baru untuk menangani masalah banjir ini. Jadi untuk pengetahuan kita semua pada tahun lepas kita telah menyiapkan satu sistem saliran di Padang Negara dengan kos RM15.8 juta kemudian dalam pembinaan sekarang ini dan masih belum siap iaitu Sistem Saliran di Tok Jiring bahagian Utara Kuala Terengganu dan insyaAllah akan ditender pada akhir tahun ini Tebatan Banjir di Gong Kiat dan akan mengalirkan airnya ke Sungai Ibai. Pada tahun ini juga Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah RM30 juta untuk kerja-kerja mendalam, membaikpulih sungai dan saliran. Terima kasih.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, soalan tambahan saya. Yang pertamanya, terima kasih kepada Exco, Yang Berhormat Kuala Berang yang telah memberikan jawapan di atas soalan yang dikemukakan tadi. Soalan saya ialah memandangkan kita melihat banjir kilat ini satu fenomena yang tidak dijangka bukan sahaja ia berlaku pada musim tengkujuh bahkan pada musim-musim lain memandangkan isu yang besar yang dibicarakan pada hari ini di peringkat global antaranya adalah Climate Change. Jadi soalan saya ialah adakah dengan pembinaan kolam tadahan membantu untuk mengatasi masalah banjir kilat ataupun di sana ada mekanisma-mekanisma lain?
Terima kasih.
Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan, kalau kita lihat bahawa masalah di Kuala Terengganu ini secara keseluruhannya saliran air sungai atau pun parit adalah akan mengalir ke Sungai Ibai. Di sana kita lihat ada tiga cabang anak sungai, kalau kita google tiga cabang anak sungai daripada Tok Adis bergerak ke Padang Negara satu dan keduanya sehinggalah ke Taman Pusara Jalan Kamarudin, yang ketiganya sehingga melalui sekitar Pasir Panjang dan Panji Alam. Jadi keseluruhan kawasan-kawasan ini akan mengalirkan alirannya ke Tok Adis dan seterusnya ke Sungai Ibai. Itu secara umum.
Kemudian kalau semulajadi kita lihat kalau zaman dahulu tidak ada pembangunan di kawasan-kawasan tanah rendah hanya ada kawasan pertanian padi dan sebagainya tetapi apabila ada pembangunan, mereka-mereka menambun, menimbus tanah mana-mana tempat yang agak rendah dinaikkan untuk menghalang atau pun mengurangkan banjir, jadi kawan yang datang kemudian ini, dia tambun lagi tinggi itulah jadi masalah. Kemudian kita lihat bahawa masing-masing untuk mengalirkan cepat atau pun deras longkang-longkang di rumah ini kalau boleh dibuat dari simen dan sebagainya nak dialirkan air ini secara cepat supaya tidak banjir di sekitar rumah mereka. Apabila air ini sampai ke longkang yang lebih besar jadi isipadu air di kawasan alur yang lebih besar ini akan bertambah dengan cepat dan sehinggalah sampai ke satu kawasan kita panggil bottle neck iaitu kawasan yang agak sempit sebagaimana kalau di sini Kuala Terengganu bottle necknya ialah di pintu air di Tok Adis.
Kemudian kita perlu kaji bagaimanakah kalau kita tanya pihak JPS, kita tanya orang lama dari Kuala Besut tu Tengku Zaihan, Y.B. Tengku Zaihan dari Kuala Besut, dia orang JPS, kalau kita tanya JPS dia perlu satu kawasan takungan air yang mana air-air ini akan mengalir ke takungan dan takungan ini kalau boleh dapat menampung air-air tersebut dan dalam masa yang sama air ini akan dialirkan secara perlahan ke Tok Adis dan seterusnya Sungai Ibai. Jadi perlu satu takungan iaitu di kawasan sebelah timur dari Gong Tok Nasik itu dan sebelah barat daripada Batu Burok. Kawasan itu agak rendah, kawasan pertanian padi. Jadi kita harap dengan takungan ini akan mengurangkan masalah banjir kilat ataupun banjir yang lebih besar. Kita lihat contohlah, contoh iaitu takungan yang besar misalnya Tasik Kenyir itulah, takungan yang besar dengan adanya Tasik Kenyir ini dia dapat menghalang banjir di sekitar Sungai Terengganu kalau zaman dulu 20-30 tahun lebih dulu memang kawasan Kuala Berang ini memang dah begitu besar sekali banjirnya. Dan hari ini kita lihat tidak ada lagi banjir besar kerana adanya kawasan takungan yang besar iaitu tasik buatan di Tasik Kenyir.
Okey Yang Berhormat, ringkaskan.
Terima kasih.
Seterusnya kita harap takungan yang bakal dibuat di kawasan Tok Adis ini dapat menampung daripada banjir kilat dan banjir keseluruhan. Terima kasih.
Seterusnya, sebab saya jaga masa, ya. Seterusnya saya nak jemput…
Tuan Speaker …
Ada lagi?
Kuala Berang ada sebut nama saya. Saya rasa nak terlibat sekali dalam soalan yang rasa kita perlu sama-sama tanya pihak Kerajaan. Okey, soalan yang dibangkitkan oleh Batu Burok tadi berkenaan isu banjir kilat dan saya teringat dulu difahamkan oleh pihak Kerajaan ada melancarkan satu kaedah, terlalu banyak kaedah untuk menyelesaikan isu banjir kilat ini iaitu yang dirancangkan oleh pihak jabatan teknikal melalui Kerajaan dan juga universiti-universiti awam di Malaysia ini iaitu kaedah untuk mengurangkan banjir kilat iaitu Sistem Mengaplikasikan Sistem Penuaian Air Hujan atau pun Bahasa Inggeris dia dengan izin Rain Water Harvesting. Jadi nak tahu setakat manakah di pihak kerajaan khususnya kita di Negeri Terengganu ini, setakat manakah amalan menggunakan Sistem Penuaian Air Hujan daripada bumbung lagi sampai ke tangki air ini kita gunakan di Negeri Terengganu khususnya di jabatan-jabatan Kerajaan dan juga di rumah-rumah persendirian. Terima kasih.
Okey, Yang Berhormat sila, ringkas.
Dia pakar bahagian JPS nak lawan dengan Doktor Perubatan biasa tak danglah kalau dari segi bab banjir ini. Tapi tak mengapa, kalau kita lihat bahawa berkaitan dengan Rain Water Harvesting ini makna kita kena takung air di rumah-rumah, di pejabat-pejabat kena takung, kemudian air yang ditakung ini boleh diguna untuk kegunaan kita harian dan juga kalau semuanya takung air secara keseluruhannya dapat mengurangkan dan membantu untuk mengurangkan banjir kilat. Jadi itu satu idea yang bagus tetapi kita kena lihat juga di sana ada beberapa kelemahan. Pertama, di negara kita ini sendiri memang banyak hujan. Sentiasa air tu…dari segi harganya tidaklah, orang kampung rasa tidaklah amat berharga benda tu, sedangkan untuk
menyediakan takungan-takungan dan sebagainya mungkin dari segi kosnya lebih mahal. Saya rasa itulah, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Wakil Kuala Berang. Sekarang saya jemput, saya persilakan Yang Berhormat Wakil Telemong.
Assalamu’aikum warahmatullahhi ta’ala wabarakatuh. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya yang pertama - Pengganguran merupakan isu di peringkat nasional dan Negeri Terengganu juga tidak terlepas pada masalah ini. Statistik menunjukkan kadar 4.3% pengangguran berlaku di Terengganu, dan data ini lebih membimbangkan kita kerana sebahagian besar golongan ini terdiri daripada mereka yang memiliki tahap pendidikan tinggi. Salah satu faktor yang menyumbang berlakunya fenomena ini adalah kerana kehendak pasaran di Negeri Terengganu tidak selari dengan kebanyakan kelayakan pelajar di Terengganu.
Selain daripada penubuhan THRDC (Pusat Pembangunan Sumber Manusia Negeri Terengganu) bagi mengatasi masalah penggangguran, adakah Kerajaan Negeri hari ini mempunyai perancangan untuk menarik pelabur ke negeri. Ini baru soalan dia. Bagi mengatasi masalah penggangguran, adakah Kerajaan Negeri hari ini mempunyai perancangan untuk menarik pelabur ke Negeri Terengganu bagi memberi ruang pekerjaan kepada penduduk tempatan?
Yang Berhormat, soalan bunga panjang, ya. Bunga soalan tu panjang.
Jawab pendek jer.
Sila. …(Sambil gelak)…
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Ahli-ahli EXCO dan juga Yang Berhormat, dan semua hadirin yang hadir hari ini.
Soalan daripada Telemong ni, dia macam menjawab dah. Sebab soalan dia panjang. Ni saya baca soalan dulu, bukan jawapan lagi ni, soalan dulu: Pengganguran merupakan isu di peringkat nasional dan Negeri Terengganu juga tidak terlepas daripada masalah ini. Statistik menunjukkan kadar 4.3% pengangguran berlaku di Terengganu dan data ini lebih membimbangkan kita kerana sebahagian besar golongan ini terdiri daripada mereka yang memiliki tahap pendidikan tinggi. Salah satu faktor yang menyumbang berlakunya fenomena ini adalah kerana kehendak pasaran di Negeri Terengganu tidak selari dengan kebanyakan kelayakan pelajar di Terengganu. Ni macam jawapan dah ni. Selain daripada penubuhan THRDC (Pusat Pembangunan Sumber Manusia Negeri Terengganu) bagi mengatasi masalah penggangguran, adakah Kerajaan Negeri hari ini mempunyai perancangan untuk menarik pelabur ke negeri. Ini baru soalan dia. Bagi mengatasi masalah penggangguran, adakah Kerajaan Negeri hari ini mempunyai perancangan untuk menarik pelabur ke Negeri Terengganu bagi memberi ruang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Kalau nak jawab ringkas boleh sahaja, kata ada.
Yang Berhormat, saya, saya peringatkan sahaja. Soalan-soalan seumpama ini jawab sekaligus. Ada soalan sekaligus? Ataupun untuk soalan ni sahaja?
Hok ni kita jawab se dulu. Hok lain ada lagi.
Okey, sila…
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, memang kita ada perancangan untuk menarik pelaburan dan diharapkan supaya dengan pelaburan ini akan memberi peluang pekerjaan sekaligus mengurangkan pengangguran.
Untuk menarik pelaburan ini, kita ada strategi. Pertamanya, kita wujudkan hubungan baik kita dengan pelabur tempatan dan asing. Dan yang keduanya, mengadakan promosi pelaburan di luar negara. Di luar negara tu, panggil-panggil orang mari tu, panggil dan jemput orang datang. Dan ketika bersama dengan MATRADE, yang mengadakan promosi produk-produk tempatan di Malaysia secara amnya, dan Negeri Terengganu secara khususnya ke luar negara. Kemudian kita ada hubungan dengan ECER, MIDA. MIDA ni selalu ajak kita ke luar negara tapi tahun ni tak ajak lagi, tahun lepas ajak dah. Dan juga ECER membantu kita untuk mendapatkan pelabur ke negeri ini. Kerajaan Negeri juga menyediakan insentif-insentif pelaburan yang menarik kepada pelabur. Contohnya diskaun ke atas premium tanah antara 10 - 50% kepada pelabur yang layak. Kedua, pembiayaan pembayaran premium tanah secara ansuran selama setahun. Tengok keadaanlah kita bagi ansuran tu. Kemudian, rebate sehingga 30% ke atas premium tanah kepada pelabur yang laksanakan projek dalam tempoh yang ditetapkan. Kemudian membantu pelabur untuk menerima menikmati skim galakan pelaburan yang menarik daripada agensi-agensi pelaburan seperti MIDA dan ECER. Kemudian kita membaiki sistem delivery kita untuk memastikan permohonan pelaburan dapat diluluskan dengan cepat. Kita juga menyediakan kawasan-kawasan industri yang mencukupi dan dilengkapi dengan infrastruktur asas. Itu jawapan pertama. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Yang Di-Pertua, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Kerajaan atas usaha yang dilaksanakan untuk menarik pelabur ke Negeri Terengganu. Walau bagaimanapun, saya ingin mendapat penjelasan, sehingga kini banyak-banyak perancangan yang kita buat, ataupun apa yang telah kita laksanakan itu, telah banyak mana yang kita bawa masuk ke Terengganu dan betul-betul confirmed bahawa mereka ini akan melabur di Terengganu setakat ini? Terima kasih Dato’ Yang Di-Pertua.
Untuk makluman kepada Dewan, kita banyak menjemput mereka datang daripada luar tapi yang kita pergi ni, yang besar-besar. Misalnya kita pergi ke Taiwan Glass, Taiwan baru-baru ini. Dia tu adalah untuk projek silika. Dia salah satu player terbesar di dunia dan dia cuma menjanjikan untuk datang. Dia kata biasanya kita akan memberikan masa lebih kurang tiga tahun dari mula bersetuju,
sehingga kita buat tu, tiga tahun. Jadi maksudnya, panjang masa yang diperlukan. Pada perjumpaan yang lepas, mereka bersetuju untuk datang. Kita pergi tu pada bulan Mac, dia kata bulan lapan (8) nak mari pulak. Lepas tu bulan sepuluh (10) kalau jadi nak buat MoU. Itu baru nak mari, dok mari lagi. Jadi ke dok pun, wallahua’lam tak tahu lagi. Begitu juga kita pergi ke Negeri China. Mereka baru-baru ini, yang terakhir kita pergi ialah 27 Jun yang lepas. Kita pergi 27 Jun, balik 2 Julai, 5 hari kemudian dia terus datang untuk meninjau keadaan yang kita sebut tadi betul ke dok. Dia mari, dia melawat daripada Kemaman sampai ke Bari, dia tengok apa-apa yang kita sebut tadi betul ke tak. Dia sudah datang dan balik, dan insya-Allah akan datang balik membawa spesifik pelaburan yang mereka mahu buat di sini. Jadi kalau pelaburan yang besar-besar ini, dia bukan mudahlah untuk menarik mereka. Namun, ada yang memberi komitmen untuk datang terutamanya di Kerteh contohnya. Kerteh itu ada pelaburan-pelaburan yang sudah ada dan ingin membesarkan lagi pelaburan mereka. Misalnya yang buat glove, apa orang panggil, sarung tangan tu…dah ada dah tapi nak besarkan lagi. Dan peluang pekerjaan yang insya-Allah yang dijangka boleh, kalau saya boleh jawab selalulah, pekerjaan yang ada sehingga 2019 ini terkumpul 7,057 orang, dan kita anjurkan ataupun unjurkan pada 2024, jumlah pekerjaan yang insya-Allah yang kita dapat janakan ialah lebih kurang 16,720 orang. Jadi manifesto kita untuk mengadakan peluang pekerjaan dapat disediakan 20,000 orang itu insyaAllah tercapai. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, yang menjadi kerisauan di peringkat akar umbi sekarang ini adalah berkaitan dengan pengangguran. Dan kalau pengganguran di peringkat rendah itu merupakan satu fenomena yang agak sudah lamalah, zaman-zaman kita dulu pun ini yang menimbulkan isu. Tapi sekarang ini Dato’ Yang di-Pertua, pengangguran ini adalah di peringkat mereka yang mempunyai pendidikan yang tinggi, terutamanya lepasan-lepasan ijazah, dan ini yang kita menerima feedback daripada perjumpaan-perjumpaan antara kita dengan anak-anak muda sekarang ini. Yang menjadi masalah Dato’ Yang di-Pertua, di Terengganu ini ramai lepasan yang berpendidikan tinggi sebagaimana yang saya maklum tadi, tapi tidak sesuai dengan kehendak pasaran kerja di Terengganu. Jadi adakah usaha Kerajaan Negeri, kita bermula untuk menyediakan platform yang kedua kepada pelajar-pelajar kita atau lepasan-lepasan pelajar kita yang lepas ijazah dan pendidikan tinggi ini, platform yang kedua untuk sesuaikan dengan
pekerjaan yang ada di Terengganu ini khususnya di TATI ke, di TESDEC ke, sebab banyak yang kita juruskan adalah kepada dalam bidang-bidang petroleum sahaja di situ. Jadi pasaran kita sudah terhad. Sebagaimana Yang Berhormat kata tadi, tarik pelabur, sarung getah, tangan apa gitu-gini, dok sesuai di Terengganu, dok secure dengan pendidikan mereka, Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih.
Pelaburan ini ada pelbagai jenis. Ada yang perlukan skill workers. Biasanya yang kalau di Kerteh tu, di Biopolimer Park tu, dia nak orang yang mahir dalam bidang-bidang tertentu. Dan begitu juga kalau kita lihat di Eastern Steel contohnya, dia nak workers tu yang biasa dan jugak ada peringkat teknikal yang lebih tinggi, jadi kita bekerjasama dengan pihak-pihak institusi pendidikan yang ada di Terengganu seperti yang di sebut oleh Yang Berhormat sendiri seperti TESDEC, TATI dan sebagainya untuk membolehkan kita memenuhi keperluan yang ada di Terengganu ini, peluang-peluang pekerjaan yang mungkin wujud. Saya fikir itu sahaja untuk ini, sebab ada lagi soalan-soalan yang berkaitan dengan pelaburan yang saya akan jawab kemudian tentang banyak lagilah tentang pekerjaan dan sebagainya. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Ladang. Saya persilakan Yang Berhormat Sura untuk mengemukakan soalan.
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kepada yang di-Pertua, soalan saya pertama - Berapakah jumlah nilai pelaburan dalam sektor perindustrian bermula dari Jun 2018 - Jun 2019?
Terima kasih Sura. Soalan satu tu Yang di-Pertua ialah tentang: Berapakah jumlah nilai pelaburan dalam sektor perindustrian bermula dari Jun 2018 – Jun 2019?
Jadi jumlah nilai pelaburan dalam sektor industri bermula dari Jun 2018 sehingga Jun 2019 bermakna setahun ialah RM801,546,578.00. Terima kasih.
Soalan tambahan saya yang pertama ialah: Daripada jumlah RM801 juta lebih itu, berapakah jumlah pelaburan yang datang dari pelabur tempatan ataupun domestik dan jugak daripada pelabur asing, dan apakah jenis-jenis industri yang melibatkan pelaburan itu? Terima kasih.
Jumlah pelaburan domestik ialah RM320,000,924.00. Pelabur asing pula dia mari melabur lebih kurang RM480,622,000.00. Peluang pekerja lebih kurang 2,096 orang. Jenis tu macam-macamlah jenis pelaburan itu, kalau saya sebut tadi kalau di Kerteh itu dia lebih kepada soal biochemical, kalau di sebelah Kemaman itu oil and gas dan juga steel. Dan ada permohonan yang kita masih lagi pertimbangkan ialah tentang pelaburan dalam bidang plastik dan copper iaitu mungkin kita tolak tapi ada permohonan seperti itu dan ada satu lagi berdasarkan kepada wood base ataupun berunsurkan kayu iaitu di Wakaf Tapai. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua soalan tambahan saya yang kedua ialah: Saya ingin mendapatkan maklumat daripada pihak Kerajaan berhubung kait dengan kawasan industri Batu 7 di Dungun yang mana isu ini telah lama dibangkit dan sehingga hari ini, saya melihat seolah-olah kawasan itu tidak dibangunkan untuk industri dan juga untuk memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat? Terima kasih.
Terima kasih. Saya sebutkan statusnya dahulu macam mana yang di Batu 7 ini. Batu 7 ini orang tidak berapa nak mari, saya pun tak berapa faham, dulu kita buat untuk plastik tapi tidak ada orang mari gok. Sekarang ini ada lot yang kita sediakan 184 lot dan 44% daripadanya 81 lot tidak beroperasi yang 17 lot sahaja 10% yang aktif beroperasi. Dan 86 lot industri 46% belum diberi milik dan tidak beroperasi. Yang tidak beroperasi sebenarnya lebih kurang 90% maknanya 10% sahaja yang beroperasi, apa masalah dia, kita pun tidak tahu, ini business dia orang tidak mahu datang nak buat macam mana kita sediakan apa yang boleh. Cuma masalah kerana lama tidak mari itu dia ada masalah infra di situ tidak sempurna jalan masuk, air, api, ada masalah sebab tidak ada permohonan untuk ke situ, jadi kita tidak memberikan priority untuk itu. Tanah ini telah banyak kali
diberi milik maknanya telah ada title tapi dia tidak mari, tanah tu tanah dia dah, jadi wallahua’lam, kita duk panggil sokmo mari tapi dia nak pilih lebih kepada Kerteh, Paka, Kemaman sana tidak sampai ke Dungun. Kita akan cuba lagi insyaAllah.
Terima kasih Yang Berhormat Ladang. Saya persilakan Yang Berhormat Wakil Bukit Besi.
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Tuan di-Pertua, soalan saya, soalan nombor satu - Sila nyatakan jumlah penerima Dana Hari Raya yang telah dikeluarkan dari senarai penerima yang digunapakai sebelum 2018 dan apakah kriteria mereka yang telah digugurkan itu serta berapa ramai pula jika ada yang layak tetapi tidak menerima bantuan tersebut pada tahun ini?
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon untuk jawab sekalilah soalan ADUN Bukit Besi dan juga Batu Rakit, insyaAllah.
Okey saya boleh terima, soalan tambahan mungkin boleh tambah sedikit.
Hok tu, atas Yang Berhormat Yang di-Pertua. Soalan yang pertama yang ditanya oleh ADUN Bukit Besi: Sila nyatakan jumlah penerima Dana Hari Raya yang telah dikeluarkan dari senarai penerima yang diguna pakai sebelum 2018 dan apakah kriteria mereka yang telah digugurkan serta berapa ramai pula jika ada yang layak tetapi tidak menerima bantuan tersebut pada tahun ini? Dan soalan Yang Berhormat Batu Rakit: Berapakah peruntukan yang dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri untuk Bantuan Dana Raya 2019?
Jumlah penerima Dana Raya pada tahun 2019 adalah 79,085 orang yang berjumlah RM15,000,817.00. Jadi tidak timbul angka mereka yang digugurkan, sebab ini bukan penerima wajib jadi kita buka untuk pendaftaran dan mereka mendaftar dengan syarat-syarat yang kita tetapkan dan senarai tersebut yang kita beri daripada mereka yang layak. Terima kasih.
Soalan saya yang pertama, ialah pada pandangan kita pada peringkat bawah ini memang rasa tercicirlah. Jadi saya nak tanya pihak Kerajaan: Apakah kaedah yang terbaik ataupun mekanisma-mekanisma yang boleh digunapakai untuk masa yang akan datang dalam menangani masalah ini bagi memastikan mereka yang layak sebab kita di peringkat kampung ini ialah rungutan masih terdengar tentang bantuan dana ini. Jadi apakah mekanisma yang boleh pihak kerajaan buat agar tidak tercicir untuk masa-masa yang akan datang? Terima kasih.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, Dana Raya ini bukan penyelesai masalah, bukan dia ada masalah kita pun nak selesai kita beri dana raya. Ini hanya sebagai apa yang dipanggil ehsan Kerajaan sempena menghadapi hari raya. Kalau mereka merupakan daripada golongan miskin mereka boleh mendaftar e-Kasih dan sebagainya ataupun Pejabat Kebajikan Masyarakat untuk kita beri secara tetap bulanan dan sebagainya, jadi saya rasa tidak berbangkit isu itulah. Cuma mekanisma yang kita gunakan pada tahun ini, sebelum daripada ini syarat yang mereka beri kepada dana raya ini berdasarkan kepada pendapatan KIR (Ketua Isi Rumah) yang tidak melebihi RM2,500 sebulan. Jadi tahun ini kita mengguna pakai apa yang garis panduan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Pusat selaras iaitu KIR tidak melebihi RM1,100 sebulan. Jadi bagi KIR pendapatan yang kurang RM1,500 di bandar ataupun RM1,000 di luar bandar dia boleh berdaftar dengan e-Kasih dan kita ada group focus di daerah-daerah akan merancang untuk menyelesaikan masalah-masalah kemiskinan yang berbangkit dan kita tengok data-data, saya ucap terima kasihlah Kerajaan dulu kerana berjaya mengurangkan kadar kemiskinan yang banyak di Terengganu ini, miskin tegar kata 35 orang saja. Jadi, kita beri ini pun RM78,000 dah, RM79,000. Jadi, saya rasa benda ini boleh dikurang, dikurang, dikurang demi tahun demi tahun dan kita rasa sebagaimana hasrat Kerajaan Negerilah kita “takmboh bagi ikan lagi doh, kita beri kail untuk mereka cari ikan esok”. Terima kasih.
Soalan tambahan saya, cara EXCO kabor tu berasa dok berapa jijok sikit, dok berapa nyangkut sikit sebab di kalangan rakyat memang rasa tidak puas hati kerana EXCO kata ini bukan jalan penyelesaian masalah. Memang kita akui, tetapi ini sebagai bantuan kepada rakyat. Jadi, kita tengok di bawah baru-baru ini memang rakyat tidak puas hati. Jadi, tindakan kita juga terkebelakanglah kerana kita buat secara manual dan ….
Yang Berhormat, dia tidak puas hati nape tu, cer kabor?
Dia rasa dia layak, tetapi tidak dapat kerana peruntukan yang diberi hanya RM500,000 atau setengah juta 1 DUN dan sama banyak setiap DUN. Adakah orang di bandar dengan orang di kampung yang RM1,100 ke bawah ini sama ramai setiap DUN, sudah tentu tidak sama ramai dan kenapa tidak secara online? Haa, dua soalan situ, sila jawablah.
Macam sesi Q&A pulak dah. Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya sebut tadi dah. Ini bukan sebagai penyelesai masalah. Ini macam duit raya, macam kita pergi rumah orang memanglah kadang-kadang orang …..
Betul dah duit raya tapi dia rasa dia layak, dia naklah …..
Satu per satu Yang Berhormat.
Tapi ramai yang tercicir ni.
Kalau kita gi, tuan rumah ni, dia beri RM5, hok ni RM2.
Maknanya, sekampung hak dalam 60 orang …..
Atas tuan rumah tu, jangan ....
Hok dulu, 100 lebih setiap kampung. Jadi, ramai yang tertinggal.
Kalau dia nok beri duit raya banyak, dia pergi rumah Yang Berhormat Batu Rakit. Kalau dia pergi rumah orang kampung RM0.50, RM1.00.
Dia bukan soal duit raya, dia rasa dia layak. Jangan main wak lari gitu, jawablah soalan tu.
Doh, saya kabor doh syarat kelayakan …..
Bakpe, kalau online, automatik semua orang boleh buat, ini bila bagi borang …..
Ya.
Bila bagi borang, dipilih-pilih. Rase nak beri, beri. Berase takmboh beri, dok beri.
Siapa pulok kata dok pakai online? Semua online belaka. Kita tolong orang hok dok pandai masuk online tu, jabat tolong masuk online.
Dok, jelas dulu sebab apa tidak guna online macam biasa, sekarang bagi borang?
Bakpe dok online, online lah tu. Laa ila ha illallah Yang Berhormat .....
Ini, saya dapat info daripada orang kampung.
Salah infolah tu. Yang Berhormat dok teliti molek.
Cer cerita, cerita kaedah dia tu lagu mana, ceritalah.
Dia isi boring …..
Yang Berhormat, biar se-se. Biar teratur sikit. Tanya, lepas tu, jawab. Dang simbung, payoh.
Dok dang jawab, marah.
Sebab dia cara tu dok jawab soalan, jawab dulu soalan. Dia bahang kita dulu.
Yang Berhomat kena sabar, Yang Berhomat kena sabar. Lepas itu, celah balik.
Dok dang nak jawab lagi.
Sebab dok puas hati ni.
Dok puas hati, duduklah dulu, biar giliran aku jawab dulu.
Sebab dia duk haruk ke Wakil Rakyat sebenarnya.
Laa ila ha illallah. Doh nok pitih banyok, memang doh kena gi rumah Wakil Rakyat. Saboh sungguh.
Okey, okey, sila. Bertenang, bertenang.
Okey Yang Berhormat. Lama dah dok panas Dewan ini, sedap juga sekali sekala. ...(Sambil gelak).... Jadi, sebenarnya sebagaimana kita maklum, sama jer. Kita menggunakan apa orang panggil, sistem yang sama. Cuma, orang panggil ada kampung-kampung, tempat-tempat dokleh nok isi, dok pandai nak isi borang online. Jadi, dia mari isi jabat. Dia key-in, masuk online belaka dan pejabat yang keluarkan …..
….[Bangun untuk mencelah] ….
Biar dia beri penjelasan dulu, biar selesai dulu, selesai dulu.
Bayaran tersebut berdasarkan orang panggil data yang diperolehi di peringkat Kerajaan Negerilah, berpusat. Sistem i-DANA kita pakai sama jer. Sistem i-DANA, nama dok tukar lagi, takut orang lama berasa hati.
Okey, sila Yang Berhormat.
Err …..
Nanti dulu, dok habis lagi, baru soalan hok bobok tu, nanti nak terang …..
Okey, perhabis dulu.
Jadi, saya sebut dah tadi kriteria, syarat dia…
Perhabis dulu.
Berdasarkan KIR, RM1,100. RM1,100 ini bukan Kerajaan Negeri buat, Kerajaan Pusat buat. Jadi,
kita selaras jerlah. Jadi, pendapatan yang lebih daripada itu, tidak layak walaupun dia guling bating kata layak pun.
Dia, tahap ini atas Kerajaan Negeri masing-masing nak buat, kalau kita nak buat RM2,500 pun boleh, tidak ada masalah, jangan kata Kerajaan Pusat tetap.
Doh, Kerajaan Negeri sekarang ambil keputusan buat keluar yang ini.
Doh, dok apalah.
Takdok masalah.
Tak apalah, dia ambil keputusan RM1,100.
Yalah, betul.
Tapi, ramai lagi di antara RM1,100 ini tercicir dan yang tercicir ini tidak puas hati. Apa tindakan Kerajaan, buka balik ke, lagu mana ke, dan dari segi peruntukan saya kata tadi sama jer RM500 setiap DUN, tidak munasabah, takkan sama ramai jer setiap DUN.
Jangan kata dok munasabah, orang bandar ini ada miskin juga dipanggil miskin bandar. Rakyat pun ramai lagi.
Saya faham tetapi, kalau kita check betul-betul, tidak sama.
Duduklah.
Banyak dah soalan tu Yang Berhormat, saya beri 10 dah tu.
Benda yang sama, soalan yang sama, tetapi EXCO tidak menjawab soalan.
Apa dok jawab soalannya, jawablah tu.
Duduk nak bahang orang, jawab dulu soalan tu.
Jangan banyak soal, nok jawab.
Yang Berhormat.
Yang Berhormat, saya yang jadi banyak soal sebab EXCO tidak menjawab soalan.
Laa ila ha illallah. Orang jawab belaka dah ni. Duduklah. ....(Dewan ketawa)....
Jawab hok dok tanya.
(Gelak)....
Bahang rambang.
Yang Berhormat, Yang Berhormat, bertenang, bertenang.
Saya jawab hok ditanyalah ni. Buat apa jawab hok dok tanya.
Saya terpaksa gunakan Peraturan .....
Dia nak suruh panas Dewan, jadi panaslah.
Nanti dulu, nanti dulu. Saya nak jelaskan Peraturan. Peraturan Dewan Perkara 26: Soalan-soalan tidak boleh dijadikan helah bagi satu perbahasan. Jadi, jangan panjang sangat. Ambil hak asas jer dulu. Hok dok puas hati tu, bukan semesti di dalam Dewan, kita selesai di luar. YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit) Sekarang ini, Yang Berhormat Speaker, EXCO yang buat helah, saya tidak buat helah.
Yang Berhormat antara kategori, bila soalan tu jadi hok Dewan, kita pihak Kerajaan jawablah ni.
Ya.
Yalah jawab, tapi cara jawab tu helah.
Takpe Yang Berhormat.
Helah guaner pulok? Astaghfirullah.
Dia zaman masing-masing.
Yang Berhormat Speaker tuduh saya helah, EXCO hok helah.
Saya kata siapa dia, saya sebut umum tadi.
Okey, okey.
Nanti Yang Berhormat.
Peraturan Dewan, Peraturan Dewan, itu maksud saya dalam soalan jangan jadikan perbahasan.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya nak sebut kategori dia. Jadi, antara penerima yang boleh dana baru ini antaranya ibu tunggal, Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas, penerima yang belum berkahwin dan berumur 41 tahun ke atas. Jadi, kita rasa ini golongan penerima berpendapatan rendah dan penerima berkeluarga. Jadi, ini kategori-kategori yang kita beri. Keutamaan biasa OKU apa sebagai warga emas itu pun mereka-mereka yang tidak mendapat apa orang panggil bantuan-bantuan lainlah dan boleh membuktikan bahawa pendapatan dia, KIR dia tidak melebihi RM1,100 sebulan. Terima kasih Yang Berhormat.
Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli Yang Berhormat, oleh kerana kena kita panas sekejap, kita sejuk balik. Jadi, saya tangguhkan sementara Dewan ini dan kita sambung semula pukul 11.00 pagi.
PUKUL 11.10 PAGI
Perbahasan
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Mesyuarat disambung semula dan sebagaimana yang saya janjikan, Dewan masih lagi dalam sesi Soalan-soalan Lisan. Sebelum pada itu, saya ingin hendak mengingatkan kepada Yang Berhormat bagi menjaga kemuliaan Dewan supaya apabila ada soalan-soalan yang berbangkit yang melibatkan perbahasan untuk kita merujuk kepada Peraturan Dewan, Perkara 47(A) iaitu “Seseorang Ahli Yang Berhormat yang berucap boleh diganggu oleh Ahli Yang Berhormat yang lain dengan syarat Ahli Yang Berhormat yang sedang berucap sanggup beralah dan duduk sementara ADUN yang hendak berucap akan dipanggil oleh Yang di-Pertua Dewan”. Ini sebagai hendak menjaga ketertiban Dewan. Ini penting supaya dalam Dewan kita, kalau kita bersemangat, bersungguh macam mana sekalipun, Peraturan Dewan jangan kita tinggalkan.
Ahli Yang Berhormat sekalian, seterusnya saya ingin mempersilakan Yang Berhormat Wakil Buluh Gading untuk mengemukakan soalan.
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya, nombor satu – Berapakah jumlah penerima bantuan pinjaman melalui Tabung Usahawan (TUGAS) yang telah diluluskan sehingga Jun 2019 dan berapakah jumlah keseluruhan?
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, barisan EXCO seterusnya Ahli-ahli Yang Berhormat dan sidang hadirin-hadirat yang dirahmati Allah sekalian. Soalan daripada Yang Berhormat Buluh Gading berbunyi: Berapakah jumlah penerima bantuan pinjaman melalui Tabung Usahawan (TUGAS) yang telah diluluskan sehingga Jun 2019 dan berapakah jumlah keseluruhan?
Alhamdulillah, TUGAS ataupun Tabung Usahawan Sejahtera telah menerima sambutan baik daripada usahawan-usahawan dan menjawab persoalan yang ditanya, berapakah yang telah diluluskan ialah berjumlah RM4,486,939.20 yang melibatkan seramai 528 usahawan dan peniaga kecil. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya yang pertama: Sehingga kini, berapakah jumlah permohonan yang telah diterima oleh pihak YPU dan berapakah anggaran jumlah pembiayaan yang akan diluluskan dalam masa terdekat ini. Dan di waktu yang sama, sejauh manakah pemantauan yang dibuat oleh pihak Kerajaan khususnya YPU bagi memastikan pembiayaan yang diluluskan ini benar-benar dimanfaatkan oleh usahawan kita dan bagi memastikan kejayaan dalam bidang keusahawanan yang mereka cuba? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Buluh Gading. Tuan Yang di-Pertua, jumlah permohonan yang diterima untuk permohonan dalam tabung TUGAS melalui YPU, kita telah menerima permohonan sebanyak 642 dan dalam masa terdekat ini, insyaAllah 80 kita sedang dalam peringkat akhir untuk kita luluskan dan berdasarkan kepada jumlah permohonan itu, anggaran yang kita jangkakan akan dikeluarkan lagi adalah berjumlah lebih kurang RM1.2 juta. Berkenaan dengan soalan seterusnya, berkenaan untuk memastikan usahawan-usahawan kita berjaya, ini kita di peringkat YPU mempunyai kaedah-kaedah yang tersendirilah antaranya kita menjalinkan hubungan baik dengan peminjam-peminjam tersebut dan memastikan peminjam-peminjam menggunakan pinjaman yang mereka dapat itu bersesuaian ataupun bertepatan dengan hasrat sebenar.
Yang keduanya, pihak YPU sendiri sentiasa memantau mereka ini dan meminta laporan-laporan yang berkaitan. Dan yang seterusnya, untuk usahawan-usahawan, kita menggalakkan mereka ini mengikuti kursus-kursus bukan sekadar apabila mereka usahawan ini buat kerja semata-mata untuk mengeluarkan produk-produk mereka, mereka perlu hadir ataupun masuk ke dalam program-program yang kita anjurkan khususnya YPU dan begitu juga ada agensi-agensi kita dibawah PEUTER yang banyak membantu usahawan ini, jadi kita menggalakkan mereka untuk sama-sama mengikuti kursus itu untuk menambahkan pengetahuan dalam dia hendak merancang urusan perniagaan dia. Wallahua’lam.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya yang kedua: Tadi dalam jawapan Yang Berhormat EXCO kepada soalan asal saya, ada menyebut jumlah penerima bantuan pinjaman TUGAS yang diluluskan sehingga Jun 2019 seramai 528 usahawan dan peniaga kecil. Daripada jumlah ini, ada tidak di kalangan OKU, Orang Kelainan Upaya yang berjaya menerima wang pinjaman ini dan kalau ada berapa jumlah mereka dan biasanya bidang apa penglibatan mereka dalam keusahawanan ini? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, ya, alhamdulillah, dalam TUGAS kita telah memperincikan lagi kepada tabung-tabung dan salah satu dari tabungnya kita namakan Tabung D-Hati (Dana Prihatin Terengganu) yang khusus untuk Orang Kelainan Upaya. Sejak ianya dilancarkan, alhamdulillah kita ada menerima dan kita telah meluluskan 100% tetapi jumlahnya iaitu 2 orang. Dalam Dewan yang mulia ini, saya ingin menarik perhatian supaya golongan OKU ini mengambil kesempatan atas tawaran Kerajaan ini untuk membantu mereka melicinkan lagi perniagaan atau pun bidang keusahawanan yang mereka ceburi. Jadi sekarang hari ini hanya dua lah yang kita menerima dan alhamdulilllah kedua-duanya kita lulus. Dalam bidang apa yang mereka ceburi kedua-dua ini adalah dalam bidang pembuatan batik dan satu laginya urut. Apa ni, urut tradisional. Terima kasih.
Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Wakil Manir.
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Yang di-Pertua soalan saya nombor satu - Apakah peranan yang dimainkan oleh Pusat Pembangunan Sumber Manusia Negeri Terengganu (THRDC) dalam pengurusan sumber tenaga manusia?
Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat-Yang Berhormat, seterusnya sidang hadirin sekalian. Terima kasih kepada Y.B. Manir
yang bertanya berkenaan dengan soalan nombor satu yang berbunyi: Apakah peranan yang dimainkan oleh Pusat Pembangunan Sumber Manusia Negeri Terengganu (THRDC) dalam pengurusan sumber tenaga manusia? Peranan yang dimainkan oleh Pusat Pembangunan Sumber Manusia Negeri Terengganu iaitu dengan nama (THRDC) adalah bagi menjadikan platform penyelarasan dan perundingan yang lebih efektif ke arah mencapai hala tuju serta pelaksanaan program dan aktiviti sumber manusia negeri meliputi peluang pekerjaan, mengurangkan kadar pengangguran negeri. Begitu juga bagi membantu Kerajaan Negeri untuk membentuk kaedah dan pendekatan yang lebih holistik dalam pembangunan sumber manusia negeri pada masa hadapan. THRDC akan menjadi badan yang membantu mengumpulkan maklumat bagi usaha pelaksanaan, pemantauan dan penilaian pencapaian prestasi Program Pembangunan Sumber Manusia Negeri Terengganu. Juga ianya mengenal pasti sumber bagi mengoptimumkan tenaga kerja dalam peluang pekerjaan terutama pada para belia lepasan sekolah.
Dan yang akhirnya adalah iaitu mengenal pasti tenaga kerja bersesuaian dengan kemahiran dan kehendak pasaran sepertimana persoalan yang ditimbulkan oleh Wakil Telemong tadi berkenaan dengan THRDC. Itulah secara keseluruhan fungsi dan tugas THRDC. Sekian terima kasih.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, soalan tambahan saya ialah apakah beza Bahagian Pengurusan Sumber Manusia yang ada di bawah SUK dan THRDC ini? Terima kasih.
Tuan Yang Di-Pertua, perbezaannya jelas sekali iaitu THRDC memberi fokus yang lebih holistik untuk menangani isu pengangguran seperti kenal pasti punca pengangguran, mengurangkan kadar pengangguran dan kenal pasti langkah-langkah yang mengimbangi kadar-kadar pengangguran untuk pada rakyat keseluruhan. Apa yang pada bahagian yang di bawah Sumber Manusia di bawah SUK, lebih fokus kepada kepentingan kebajikan kakitangan Kerajaan, GLC semata-mata. Jadi kita ada dua saling lengkap-melengkapilah untuk sumber manusia di negeri ini. InsyaAllah. Wallahu’alam.
Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan, kalau mengikut pembentangan dan kefahaman kita tentang THRDC ini, ianya baru ditubuhkan. Jadi bagaimana sebenarnya pihak Kerajaan sebelum ini menguruskan sumber manusia di peringkat negeri sebelum ini? Terima kasih.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, terima kasih kepada Y.B. Manir. Itulah persoalan kita apabila kita diberi tanggungjawab untuk melaksanakan khususnya saya untuk melaksanakan sumber manusia, kita sentiasa sepertimana cadangan Yang Amat Berhormat Menteri Besar supaya looking forward lah untuk melihat ke depan apa yang kita boleh menambah baikkan lagi sektor-sektor ataupun portfolio yang kita hadapi. Cuma untuk pengetahuanlah saya tidak dapat menjawab secara spesifik bagaimana Kerajaan atau pun orang terdahulu melaksanakan sumber manusia ini, pengurusan sumber manusia, cuma sekadar makluman ketika saya diberi tanggungjawab ini diambil alih tanggungjawab ini antara fail yang saya dapat adalah fail Sumber Manusia. Tetapi bila saya buka fail itu terus nampak kulit belakang, jadi tak ada apa-apa walaupun sehelai kertas di belakangnya menyebabkan situlah kita memulakan, menggarapkan langkah kita untuk bagaimana menyusun strategi untuk memastikan portfolio ini berjalan dengan lancar.
Alhamdulillah lebih kurang hampir setahun kita dapat melahirkan THRDC ini untuk memastikan portfolio ini ditangani dengan baik dan insyaAllah akan menjadi pusat data kepada Kerajaan Negeri berkenaan dengan sumber manusia negeri ini. Wallahu’alam.
Terima kasih. Saya persilakan Yang Berhormat Wakil Kuala Besut.
Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua, soalan saya nombor satu -
Tuan Yang Di-Pertua …..
Tuan Yang Di-Pertua, silap silap. Soalan saya nombor dua – Berapakah jumlah hasil pelaburan yang dibawa oleh Pihak Kerajaan Negeri, hasil lawatan pihak Kerajaan Negeri keluar negara pada Mei 2018 hingga Mei 2019?
Nombor dua? Haa .... Okey, ingatkan hatrik tadi.
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Yang di-Pertua, terima kasih kepada Kuala Besut yang bertanya tentang: Berapakah jumlah hasil pelaburan yang dibawa oleh Pihak Kerajaan Negeri, hasil lawatan pihak Kerajaan Negeri keluar negara pada Mei 2018 hingga Mei 2019?
Jumlah pelaburan yang kita terima, diperoleh kita Negeri Terengganu daripada Jun 2018 sehingga Mei berjumlah RM801,546,578.00. Terima kasih.
Jawapan ni berulang dah Yang Berhormat.
Takpelah dia nak tahu kita jawab jer.
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua, soalan tambahan saya yang pertama: Saya tertarik akan kandungan Bajet yang diumumkan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada November tahun lalu iaitu berkenaan Terengganu Silicon Valley yang mana pelaburan yang dijangkakan di Taman Industri Silika Valley ini yang seluas hampir 4,000 hektar dan jumlah pelaburan yang dijangka bernilai RM13 bilion yang mana juga memberi peluang pekerjaan hampir 7,600 orang pekerja di Taman Industri itu. Jadi boleh tak pihak Kerajaan sampaikan status terkini kepada Dewan untuk kita rakyat mengetahui status terkini tentang pelaburan yang dijangkakan di TSV tersebut? Terima kasih Tuan Yang di Pertua.
Yang Berhormat, sebahagian daripada jawapan tadi dah disampaikan cuma mungkin ada benda baru yang Yang Berhormat Ladang nak tambah kot.
Ya, terima kasih. Tentang TSV ini sebenarnya kita dah jawab pada sesi yang lepas. Sebagai refresh balik apa yang berlaku, TSV ini ataupun Terengganu Silicon Valley ini letaknya di Jambu Bongkok, luasnya lebih kurang 4,000 hektar. Statusnya sekarang ini kita sudah baru menerima laporan kajian ataupun yang kajian tentang TSV oleh consultant, kita baru terima dan kita ada milestone kita untuk melaksanakan TSV tadi. Memang kita anggarkan pelaburan yang pelabur yang akan datang tu besar dan peluang pekerjaan juga besar cuma dia ambil masa yang panjang untuk tujuan ini. Contoh, kita dah ada kawasan kemudian salah satu komponen besar dalam Industri Silika ini ialah selain daripada silika ialah gas. Gas, PETRONAS telah memberi persetujuan dasar untuk membina paip gas daripada Santong hingga ke TSV dan gas ini cuma boleh sampai ke TSV ini pada tahun 2023.
Cuma kita sedang rancak mencari pelabur kerana pelabur mempunyai perlu masa yang panjang untuk menubuhkan kilang-kilang di situ maksudnya bukan kita datang hari ini, tahun depan dia terus bina tidak, macam yang saya sebut tadi Taiwan Glass memerlukan masa tiga tahun kata dia untuk membina dan Taiwan Glass contohnya dia nak bina tu kilang berkenaan dengan pakaian silika, baju
silika, seluar silika, dia kata sebab glass-glass ini dah penuh dah dalam market dunia ni kita nak beralih kepada itu tapi dia perlu masa untuk mengkaji dan melihat kemungkinan-kemungkinan yang ada untuk datang ke TSV ini.
Jadi, kesimpulannya memang kita ada dapat menerima banyak pertanyaan tentang silika ini, tentang TSV tapi yang lebih ramai lagi yang bertanya adakah kita boleh bawa pasir keluar, itu yang ramai orang bertanya. Ambil pasir tu buat keluar daripada Negeri Terengganu, pasir silika maksud saya. Setakat ini kita tak benarkan pasir-pasir ini dibawa keluar kecuali kepada mereka yang telah dilesenkan sebelum daripada ini. Terima kasih.
Terima kasih.
Satu lagi Tuan Yang di-Pertua, kita di Besut kawasan yang tapak yang digazzettkan sebagai kawasan perindustrian iaitu di Kawasan Perindustrian Kampung Gong Medang, jadi kita nak tahu jugalah perancangan usaha pihak Kerajaan Negeri khususnya untuk merancakkan lagi di kawasan perindustrian di kawasan Gong Medang itu, nak tambah infra ke nak bawa mari pelabur-pelabur ke, khususnya untuk kita di Besut? Terima kasih.
Ini soalan lain dah Yang Berhormat.
Dia sabit dengan pelaburan itu juga Yang Berhormat.
Sabit belaka kalau nak sabit sebenarnya. Gong Medang tu dia jauh sikit dari port daripada Kemaman, jadi orang tak berapa nak mari juga ke Besut ni, tak tahu. Besut, kita memang sentiasa menambahbaik keadaan Taman Industri situ, tapi akhirnya pelabur yang akan membuat keputusan nak mari ke tak, kita memang mencari pelabur, apa jenis pelabur yang nak datang mari, sehingga ada pelabur yang nak datang ke Terengganu ini, nak extract gula daripada pokok, nak ambik gula daripada pokok Akasia dan gula itu saya dah rasa manis tapi dia baik untuk kencing manis, orang yang hidap kencing manis tapi dia akan diproses lagi menjadi barang medical, itupun ada orang datang bertanya kita sedang menilai semuanya ini tapi bukan Gong Medang tapi di sebelah Kemaman, Paka, di Gong Medang ini mungkin kita kena ajak juga Yang Berhormat Kuala Besut melawat-
melawat ke luar negara untuk sesama cuba menarik pelabur mari ke Gong Medang la khususnya. Sebab setakat ini tak berapa berjaya lagi kita mari panggil. Okey terima kasih.
Okey, terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Rantau Abang.
Guaner nak bawak Kuala Besut semacam.
Kebetulan baik dengan dia nok buat guaner.
Sila Yang Berhormat Rantau Abang.
Okey, Yang Berhormat Yang di-Pertua, soalan saya soalan nombor satu - Berapakah jumlah lot tapak rumah permohonan ‘terkilan’ yang telah berjaya diselesaikan sehingga Mei 2019 di setiap Daerah?
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli Yang Berhormat, Pegawai-pegawai Kerajaan, Pemerhati sekalian, kekanda saya daripada Rantau Abang ingin tahu berapakah jumlah ‘Lot Tapak Rumah Permohonan Terkilan’ yang telah berjaya diselesaikan sehingga Mei 2019 di setiap daerah.
Untuk makluman Yang Berhormat Rantau Abang dan tuan-tuan dan puan-puan sekalian, jumlah ‘Permohonan Lot Tapak Rumah Yang Terkilan’. Yang ‘terkilan’ ini mungkin ada Ahli Dewan yang tak faham apa yang ‘terkilan’ ini. Yang ‘terkilan’ ialah pemohon-pemohon yang telah kita luluskan pada tahun 1999 hingga 2004 ada yang telah diambil balik oleh Kerajaan selepas Pilihan Raya 2004. Semuanya ada sehingga Mei 2019 terdapat sejumlah 2,934 permohonan yang telah diluluskan ataupun yang diproses dan diluluskan. Pecahan mengikut Daerah adalah seperti berikut: Daerah Kuala Terengganu sebanyak 40 lot, Daerah Kemaman 588 lot, Daerah Dungun 10, ini mungkin yang ADUN Rantau Abang tanya ni, Dungun 10
sahaja lambat. Besut 841, Hulu Terengganu 83, Marang 218, Setiu 1,154, Kuala Nerus - 0, buat masa inilah yang telah diluluskan jadi jumlahnya 2,934 lot. Terima kasih.
Soalan tambahan saya yang pertama: Pertama, saya mengucapkan banyak terima kasih kepada Kerajaan baru kerana peka kepada rakyat yang sebelum ini diberi permohonan tapak rumah tetapi disebabkan oleh perubahan semasa disebabkan tanah mereka ditarik balik dan alhamdullilah dengan Kerajaan baru ini mengambil langkah supaya membela balik orang-orang yang tidak mendapat pembelaan. Dan soalan saya yang pertama ialah daripada 2,934 permohonan yang telah dikeluarkan yang telah diluluskan, saya kira akan diberi Borang 5A untuk mereka melunaskan premium kepada tanah yang diberi milik ini. Berapakah pemohon yang berjaya melunaskan bayaran premium? Sebab rata-rata masyarakat bukan berpendapatan sama rata, ada yang susah, jadi kita nak tahulah daripada 2,934 yang telah diambil oleh tindakan Jawatankuasa Tindakan Daerah untuk meluluskan ini dan akan diberi borang 5A dan daripada jumlah ini berapa yang telah ataupun yang mampu menjelaskan premium ini?
Sila Yang Berhormat.
Terima kasih Wakil Rantau Abang, soalan yang dikemukakan ialah ingin mengetahui berapa pula yang telah selesai membayar. Kita sebenarnya memberi tempoh, dalam tempoh 3 tahun untuk menyelesaikan bayaran ini dan setakat ini untuk dapatkan maklumat itu kita perlu notislah berapa yang sebenarnya daripada 2,900 lebih tadi, 2,934 yang benar-benar telah selesai bayaran. Tempoh kita beri belum tamat lagi, jadi insyaAllah kita boleh bagi notis tentang perkara itu.
Yang di-Pertua Dewan, soalan seterusnya ialah adakah Kerajaan bercadang melanjutkan tempoh bayaran bagi yang tidak mampu ini?
Ada pembetulan sikit tadi. Saya jawab yang ini dulu. Bagi yang tidak mampu ataupun golongan yang berpendapatan rendah khususnya yang berpendapatan kurang rendah RM1,750.00 sebulan, kita beri tempoh 3 tahun bayar secara ansuran. Inilah antara satu usaha kita untuk bagi meringankan beban pada mereka yang
berpendapatan kurang daripada RM1,750.00 tempoh bayaran secara ansuran dalam tempoh 3 tahun. Tapi yang mampu tadi sebenarnya 3 bulan, dia kena selesaikan dalam masa 3 bulan. Terima kasih.
Okey, terima kasih Yang Berhormat.
Yang Berhormat Yang di-Pertua.
Ya, sila.
Terima Kasih Yang Berhormat Yang di-pertua, saya ingin mendapatkan penjelasan. Satu, masalah istilah atau penggunaan terkilan itu sendiri. Di bawah seksyen berapa dalam Kanun Tanah Negara? Yang kedua, sebenarnya setiap permohonan hendaklah diisi dengan Jadual 1 dan kita dapati tidak ada permohonan di Jadual 1 di Pejabat-pejabat Tanah. Jadi kalau permohonan ditolak apa yang boleh dilakukan ialah buat rayuan. Istilah sendiri tak betul dah. Saya harap Datuk Tengku Hassan sebagai PTG boleh perbetulkan dalam permohonan ini kerana tidak ada Jadual 1. Di Pejabat Tanah macam-macam sebut ada RM40,00.00 ada RM30,000.00. Kerana ketika itu saya melihat bahawa pengagihan dibuat oleh pihak-pihak tertentu tanpa merujuk pihak Pejabat Tanah. Saya nak betulkan ini kadangkala gambaran yang dibuat seolah-olah Kerajaan Negeri dahulu zalim, rampas tanah dan sebagainya. Soal rampasan tanah tidak timbul. Saya harap perbetulkan istilah ini dan sebagainya kerana tak pernah dikeluarkan borang yang telah diisi Jadual 1 Pejabat Tanah.
Okey.
Boleh dapatkan pengesahan di Pejabat-pejabat Tanah, D.O-D.O Pejabat Tanah tidak ada Jadual 1 dikeluarkan. Cuma ada satu kawasan tu ada kata 1,000 ada 500 sebab itulah saya mintalah perkara itu diperbetulkan Dato’ Tengku Hassan dengan PTG kalau ada Jadual 1 di Pejabat Tanah saya minta lepas ini, keluarkan kenyataan secara bertulis iaitu Pejabat Tanah Kemaman contohnya ada 20,000 permohonan atau 5,000 permohonan yang telah ditolak atau sebagainya.
Begitu juga dengan Jadual 5A, bila turun Jadual 5A dia ada 4 perkara yang perlu diselesaikan. Pertama, harga tanah, upah ukur, cukai tahun pertama dan pasang batu. Walaupun Jadual 5A telah dikeluarkan tidak lazim jadi hak rakyat lagi walaupun telah dibayar. Selepas dibayar tercatat geran atas nama pemohon barulah boleh dianggap. Sebab itu Kerajaan boleh batal bila-bila masa kepada tuan tanah. Saya harap perkara ini diperbetulkan dari segi kenyataan-kenyataan dari semasa ke semasa. Terima kasih.
Terima kasih Kijal. Sebenarnya istilah terkilan ini, kerana kita hendak menganugerahkan semula kepada mereka antaranya yang telah dikeluarkan Jadual 5A dahulu. Memang hak Kerajaan sebelum dapat geran memang belum hak pemilik lagi. Tapi oleh kerana keprihatinan kita, kerana mereka dalam proses untuk mendapatkan hak milik pada ketika itu, selesai Jadual 5A, mereka rasa terkilanlah sebab tunggu-tunggu tidak dapat. Itu satulah. Yang kedua, sudah ada MS, beri tempoh 3 tahun MS, tiba-tiba sudah buat sebahagian dari rumah dia dan dibatalkan MS itu. Memang hak Kerajaan nak batalkan, kita tahu. Tetapi itulah rasa terkilan sebab dia rasa tidak puas hati. So, Kerajaan yang prihatin ni beri semula. Tidak ada salah apa Yang Berhormat.
Okey, kita hentikan perbahasan ini.
Masalahnya sebut yang 4,000 lebih. Jadi kita minta supaya .....
Memang betul yang terkilan senarai bilangan yang mohon, 5,186 tapi setakat ini kita dapat selesai 2,934. Ada lagi yang belum itu, dalam tempoh kita sehingga .....
Okey, okey.
Sehingga 29 Ogos dan 29 Oktober 2019.
Kerajaan dah jawab tadi. Saya hendak kita berhenti dulu setakat tu sahaja.
Tak, Yang di-Pertua, saya minta penjelasan sebab itu saya suka untuk rujuk kepada Tengku Hassan sebab dia Pegawai PTG. Saya pun kerja di Pejabat Tanah, jadi saya tahu peraturan undang-undang. Terima kasih.
Tak apa. Tak apa.
Jadi saya nak kena jawab ke guaner?
Saya rasa semua orang tahu perkara ini.
Kita bincang kat luar kekgilah.
Saya jemput Wakil Pengkalan Berangan.
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua soalan nombor satu - Berapakah jumlah pemain industri di dalam Kawasan Perindustrian Wakaf Tapai?
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada soalan daripada Wakil Pengkalan Berangan. Soalan mudah, dia tanya: Berapakah jumlah pemain industri (industry player) bukan pemain bola ni, pemain industri dalam Kawasan Perindustrian Wakaf Tapai? Merujuk apa yang ada sekarang ini, dan di sana setakat ini ada 24 pemain industri dalam Kawasan Industri Wakaf Tapai sekarang ini. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Ladang, di atas jawapan yang diberikan. Soalan tambahan saya yang pertama: Daripada 24 pemain industri ataupun Industry Player yang terdapat di Kawasan Perindustrian Wakaf Tapai, berapakah jumlah peluang pekerjaan yang berjaya diwujudkan?
Tuan Yang di-Pertua, peluang pekerjaan yang ada itu, kita tidak ada bilangan tepat. Cuma saya ada lebih penting kepada apa yang hendak dibuat lagi di situ untuk tambah apa yang ada. Kita mempunyai perancangan segera, untuk mewujudkan lebih kurang 1,000 hingga 1,500 lagi pekerjaan di sana melalui pewujudan tambahan kepada Wakaf Tapai Industrial Park itu tadi. Kita ada satu lagi cadangan segera iaitu kita namakan Wakaf Tapai Inovation Park, yang insya Allah akan menempatkan lebih kurang 10 pemain industri baru yang dianggarkan pelaburannya lebih kurang, daripada RM150 juta yang melibatkan 10 lot. Dan pelaburan ini, masih berasaskan kepada perkayuan, pengurusan tanah, pengurusan sisa dan penggunaan pengurusan sisa dan teknologi hijau. Kita kali ini kita buat bersama dengan Dewan Perniagaan Melayu, Dewan Perniagaan Cina dan Dewan Perniagaan India. Kita gabungkan sekali dengan kerjasama mereka, mereka akan keluarkan modal asas untuk membina kawasan baru yang termasuk pembinaan sebuah jambatan untuk ke tanah itu. Dan insyaAllah perancangan berjalan dengan baik dan mudah-mudahan awal tahun hadapan kita akan mula melihat ada industri yang dibina di situ. Dan pemain ini setakat ini datang dari luar negara dan daripada tempatan. Terima kasih.
Seterusnya sila.
Terima Kasih di atas penjelasan yang telah diberikan dan kita doakan supaya hasrat dan cita-cita pihak Kerajaan untuk membangunkan Wakaf Tapai sebagai sebuah kawasan industri dapat dilaksanakan. Soalan tambahan saya yang kedua ialah berkenaan dengan: Kita dapati dalam maklumat yang ada daftar 2016 menyatakan Negeri Terengganu mempunyai 25 kawasan perindustrian dan mempunyai keluasan sebanyak 4419.41 hektar. Daripada jumlah tersebut sebanyak 410.04 hektar yang belum dibangunkan. Jadi soalan saya apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan bagi membangunkan kawasan-kawasan perindustrian yang ada di seluruh Negeri Terengganu bagi kita menjana ataupun memberi impak kepada satu peluang pekerjaan kepada rakyat Negeri Terengganu? Allahu wa’alam.
Ya, terima kasih. Kita dapati Kawasan industri ini bertaburan di Terengganu terutamanya di Kemaman. Di Kemaman tu, kalau ikut on paper kita
tu semua dah penuh tapi on the ground hampir separuh orang tak kerja atas tanah dan sebenarnya sudah diberi milik tanah. Kita sedang menimbang untuk membuat pemutihan di kawasan itu supaya mereka yang dapat tanah itu membangunkan tanah untuk perkara yang dipohon. Kita sedang meneliti tentang implikasi undang-undang kalau kita tamatkan mereka atau kita rampas balik tanah mereka. Yang kedua, ialah kawasan-kawasan baru seperti di Perasing misalnya, Perasing di sempadan Pahang, Perasing Jabor. Kawasan itu belum dibuat apa-apa tetapi kita telah kita tetapkan zonkan untuk kawasan industri dan kita bekerjasama dengan pihak swasta, paling kurangnya sekarang sudah ada dua cadangan daripada pihak swasta untuk membangunkan secara private tanah-tanah di kawasan itu. Maksudnya Kerajaan tidak perlu mengeluarkan belanja yang banyak untuk membina kawasan-kawasan itu untuk bekerjasama dengan swasta. Kawasan-kawasan lain kita melihat keadaan sekarang ini yang kita juga berterima kasih kepada pihak Kerajaan Pusat yang meluluskan setiap tahun satu peruntukan untuk maintainance, ia tak banyak tapi ada. Yang itu kita gunakan untuk maintainance kawasan-kawasan yang sedia ada supaya lebih baik keadaannya supaya lebih selesa kepada pelabur-pelabur yang nak datang.
Satu lagi ialah di kawasan Paka, Biopolimer Park, kawasan itu diselenggara bersama atau diurus bersama oleh ECER bersama kita dan kawasan itu sudah hampir penuh dan kita sedang melihat kawasan baru untuk ditambah lagi. Itulah yang sedang dibuat oleh Kerajaan Negeri untuk menggalakkan pelaburan datang ke Terengganu. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat, saya persilakan Wakil Bandar.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, soalan saya yang kedua - Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam menyediakan suasana selamat untuk meyakinkan pelabur asing melabur di Negeri Terengganu?
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu’alaikum warahmatullahi
wabarakatuh. Hari ini hari industri nampaknya. Wakil Bandar nak tahu tentang: Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam menyediakan suasana selamat untuk meyakinkan pelabur asing untuk datang ke Terengganu?
Dalam usaha kita untuk menarik pelaburan, kita selalu nyatakan pada mereka bahawa mereka selamat untuk datang ke Terengganu. Mengapa selamat? Kerana memang kita selamat dari segi politik, saya rasa tidak ada masalah di Terengganu melainkan kita buat masalah. Sekarang ini tiada masalah lagi. Dari segi keselamatan tempat kerja, alhamdulillah mereka memenuhi kriteria-kriteria yang diperlukan oleh Kerajaan untuk membina kawasan ini. Dan dari segi hubungan kita dengan pelabur-pelabur yang sudah ada contohnya, bagaimana kita hendak mempercepatkan proses permohonan mereka. Saya beri contoh misalnya, di Eastern Steel Kemaman, kilang besar besi waja, mereka perlukan satu rumah pekerja yang juga disebut sebagai hostel pekerja. Kalau mengikut asalnya, mereka sukar untuk membuat bangunan itu kerana dia tidak memenuhi kehendak EIA awalnya kerana mereka perlukan buffer zon yang luas. Tapi setelah berbincang dan meneliti segala aspek, akhirnya dengan segera kita membenarkan mereka untuk membina rumah pekerja atau hostel pekerja ini dan mereka mengucapkan terima kasih kepada kita kerana membenarkan mereka untuk membawa pekerja-pekerja luar datang dan tinggal ke satu-satu tempat. Itu yang kita sedang lakukan sekarang ini.
Dari segi mereka juga bertanya tentang kemudahan-kemudahan lain yang perlu kita upgradekan contohnya pelabuhan kita. Pelabuhan yang ada ini tidak mempunyai kemudahan untuk contena service. Jadi kita sedang melihat kita dah minta agensi kita melihat semula keadaan pelabuhan itu kerana kemungkinan akan datang ini akan ada barang-barang yang akan dikeluarkan ke luar negara melalui pelabuhan ini dan perlu ada kemudahan perkhidmatan kontena.
Rata-ratanyalah secara kesimpulannya kalau kita pergi ke luar negara itu mereka tidak persoalkanlah tentang keselamatan, mereka nak datang cuma mereka lebih tumpu pada business model ataupun dari segi kiraannyalah sama ada menguntungkan atau tidak. Mengapa di Terengganu, mengapa tak tempat lain? Kita kaborlah bahawa kita lebih baik dari tempat lain. Jadi tak tahulah dia dengar ke tak tapi contohnya, contoh yang terakhir ini bila kita pergi ke China baru-baru ini, mereka terus datang cepat. Respon dia seminggu selepas kita pergi terus
datang. Maknanya ada respon yang baik daripada mereka untuk melabur di Terengganu ini. Kita seronok melihat mereka bila cepat begitu. So, insyaAllah kita akan teruskan usaha-usaha ini lagi untuk memberikan keadaan yang kondusif, yang selamat untuk mereka datang melabur ke sini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, saya ada soalan tambahan yang pertama: Boleh tak Yang Berhormat nyatakan nilai pelaburan yang telah masuk ke Negeri Terengganu bermula pada tahun 2014, 2015 sehingga pada tahun 2018?
2014 tu kita tak perintah lagi tapi pada 2014 ada masuk lebih kurang RM1.5 bilion pelaburan ke Negeri Terengganu, 2015 lebih kurang sama maintain RM1.4 bilion, 2016 lebih kurang RM2.1 bilion tapi dia menurun pada 2017, RM73 juta, jauh beza tu, daripada bilion kepada milion. Pada 2018 naik lagi pula jadi RM4.9 bilion lebih kurang RM5 bilion. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, saya nak tanya sikit lagi soalan tambahan. Angka yang telah diberi oleh Yang Berhormat EXCO tadi melihat kepada tahun 2017 itu terlalu jauh beza dengan tahun-tahun yang lain sehingga tahun 2018, RM4 bilion, RM4.9 bilion sedangkan tahun 2017, RM73 juta sahaja. Boleh tak Yang Berhormat tolong jelaskan sedikit apakah sebab berlakunya penurunan yang begitu ketara dan kenapa pula pada tahun 2018 tu meningkat yang begitu ketara? Sekian.
Terima kasih. Saya tidak ada sebab khusus untuk memberitahu mengapa turunnya 2017 tapi saya mengandaikan bahawa ketika itu suasana pelaburan di seluruh negara memang turun dan juga Terengganu terkesan. Cuma bila tahun 2018 ini, dia naik kepada RM4.9 bilion ataupun hampir RM5 bilion itu kerana ada satu pelaburan besar di Kemaman iaitu untuk memulihkan kembali besi kilang besi waja yang dimiliki oleh PERWAJA dahulu. Itu sahaja telah disebut pelaburannya berjumlah lebih pada RM4 bilion. Itu yang telah menyebabkan pelaburan itu meningkat dan insyaAllah kita rasa pelaburan ini akan terus meningkat dengan adanya kegiatan-kegiatan yang kita buat untuk menarik pelaburan ke Terengganu. Terima kasih.
Terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam Soalan-soalan Lisan. Saya kira saya telah bermurah hati untuk menambahkan masa soal jawab Soalan Lisan selama satu jam satu pendekatan barulah untuk memberikan kepuasan kepada Dewan bersidang tiga empat bulan sekali, jadi saya minta maaf saya tidak boleh melanjutkan masa seterusnya oleh kerana kita ada Tertib Peraturan Dewan seterusnya.
Rang Undang-Undang Enakmen Taman Negara (Terengganu) (Pindaan) 2019Bill
Bacaan Kali Yang Pertama
Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan, saya memohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Taman Negara (Terengganu) 1939 [Enakmen No. 6 Tahun 1939], dibaca bagi kali yang pertama.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya memohon menyokong cadangan itu. RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN TAMAN NEGARA (TERENGGANU) 1939 [ENAKMEN NO. 6 TAHUN 1939], DIBACA BAGI KALI YANG PERTAMA. Bacaan Kali Yang Kedua
Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan, saya memohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen Untuk Meminda Enakmen Taman Negara (Terengganu) 1939 [Enakmen Nombor 6 Tahun 1939], dibaca bagi kali yang kedua.
Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan, tujuan Rang Undang-Undang ini ialah untuk meminda Enakmen Taman Negara (Terengganu) 1939 (“Enakmen terpinda”).
2. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa Enakmen yang dicadangkan.
3. Fasal 2 bertujuan meminda seksyen 8 Enakmen terpinda untuk memasukkan peruntukan kesalahan dan penalti bagi pelanggaran subseksyen (i).
4. Fasal 3 bertujuan untuk meminda seksyen 9 Enakmen untuk memasukkan hukuman bagi kesalahan-kesalahan di bawah subseksyen (i), (ii) atau (iii).
5. Fasal 4 bertujuan bagi menggantikan seksyen 11 Enakmen terpinda yang sedia ada dengan yang baru berkaitan dengan penalti am.
6. Fasal 5 bertujuan menggantikan seksyen 12 Enakmen terpinda yang sedia ada dengan yang baru berkaitan dengan perbicaraan dan pengkompaunan kesalahan.
7. Fasal 6 bertujuan untuk meminda seksyen 13 Enakmen terpinda dengan menggantikan perkataan “miles”
dengan perkataan “kilometer” dan memasukkan perkataan “without warrant” dan selepas perkataan “arrest”.
Implikasi Kewangan Rang Undang-Undang ini tidak akan melibatkan Kerajaan Negeri dalam apa-apa perbelanjaan wang tambahan.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Terima kasih.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu.
Rang Enakmen ini telah mendapat sokongan bagi bacaan kali yang kedua. Sekarang saya buka kepada Ahli Yang Berhormat yang ingin mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Enakmen ini. Dipersilakan.
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillahir rabbil ‘alamin. Wassolatu wassalamu’ala asyrafil anbiya iwal mursalin. Wa’ala alihi wasahbihi ajmain. Amma ba’d.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan para hadirin-hadirat yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah, cadangan pindaan Enakmen Taman Negara Terengganu 1939 [Enakmen No. 6 1939] merupakan langkah yang tepat dan mesti disokong demi kepentingan khazanah Negeri dan Negara.
Sebagaimana yang diketahui, Taman Negara Malaysia dibuka pada 1938 ataupun 1939 sebagai Taman Negara King George V, ia kemudian dinamakan sebagai Taman Negara selepas kemerdekaan. Keluasan sebenar kawasan Taman Negara ialah 4,343 kilometer persegi. Taman Negara terletak di antara sempadan tiga Negeri; Pahang, Terengganu dan Kelantan. Masing-masing memiliki kawasan milik sendiri iaitu di Pahang, Terengganu dan juga Negeri Kelantan. Masing-masing juga memiliki Enakmen yang tersendiri. Pahang telahpun melakukan pindaan sebelum daripada ini, 2018 dan kini mengorak langkah adalah Negeri Terengganu. Semakan yang saya buat pada 26 November 2015, Majlis Fatwa Negeri Terengganu telah mengisyhtiharkan pemburuan haram binatang liar adalah haram. Fatwa ini bagi menegaskan usaha pencegahan kepupusan spesis binatang dan melindungi alam. Tetapi fatwa semata-mata tanpa memiliki suatu kaedah untuk melakukan pencegahan kepupusan spesis ini, ia tidak akan memberikan suatu kesan yang cukup besar kepada pencegahan.
Oleh kerana itu, sepatutnya pada tahun 2015, kita telahpun mengorak langkah lebih serius untuk melakukan pindaan Enakmen ini supaya kita mampu untuk mengekang mana-mana aktiviti pemburuan haram yang telah dilakukan sama ada oleh warga tempatan ataupun daripada kalangan warga asing. Justeru itu, usaha Kerajaan untuk memperkenalkan pindaan ini, kita memuji dan kita dapat melihat gambaran usaha yang lebih serius untuk memastikan kepupusan spesis kehidupan liar mampu dihalang dan proses pemuliharaan akan dapat dijalankan dengan baik.
Contoh suasana kritikal, hidupan liar sekarang ini adalah Harimau Malaya. Harimau Malaya adalah salah satu daripada enam spesis harimau di dunia dan ia hanya berada di Semenanjung Malaysia. Kini Harimau Malaya telah disenaraikan sebagai sangat teracam, memiliki risiko yang sangat tinggi untuk pupus. Harimau dilindungi di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 Akta 716, sebagai spesis yang dilindungi sepenuhnya. Survey Harimau Kebangsaan kini yang dijalankan oleh pakar-pakar, mengangggarkan bahawa terdapat lebih kurang 200 ekor sahaja Harimau Malaya. Malahan saya yakin, ia telah jauh berkurangan daripada angka 200 ekor yang pernah diisytiharkan oleh pihak Kerajaan. Ancaman yang paling besar adalah aktiviti pemburuan haram. Ancaman paling kritikal untuk Harimau Malaya adalah pemburu-pemburu warga asing daripada Indo-China telah mula masuk dalam kawasan hutan kita bagi mengaut keuntungan lumayan daripada aktiviti pemburuan ini. Perdagangan hidupan liar dengan pelbagai elemen yang ada pada binatang-binatang ini, mendapat permintaan tinggi dari Negara Asing sehingga menyebabkan mereka sanggup untuk bermukim di dalam Hutan Taman Negara bagi meraih hasil yang cukup lumayan.
Saya sekadar menyebut beberapa perkara ini, untuk memastikan rakaman sokongan ini berada dalam Dewan Yang Mulia, bagi memberikan bukti kepada seluruh masyarakat di dunia ini bahawa kita sangat serius untuk menangani dan juga kita sangat serius untuk mengekang aktiviti pemburuan haram sehingga semua spesis binatang hidupan liar akan pupus daripada negara ini. Kesempatan perbahasan sokongan ini, saya ingin merakamkan ucapan tahniah di dalam Dewan yang mulia buat semua Warga Perhilitan Terengganu yang telah berjaya melumpuhkan sindiket pemburuan haram Warga Vietnam pada April tempohari melalui Ops Belang. Kegigihan Warga Perhilitan dalam mendepani pemburu haram bersenjata ini amat wajar diberikan pujian.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Terengganu kerana telah mewartakan Taman Negeri Lawit Cenana di Kenyir sebagai tempat yang juga diisytiharkan sebagai Taman Negeri untuk diteruskan pemeliharaan dan kesinambungan daripada usaha tersebut hari ini kita memperkenalkan pula Enakmen untuk meminda walaupun dalam aspek hukuman dan penguatkuasaan, ia merupakan langkah pertama yang wajar disokong dan wajar untuk diberikan sepenuhnya perhatian oleh semua masyarakat di Negeri
Terengganu. Dengan ucapan ini saya menyokong pindaan Enakmen yang dicadangkan. Terima kasih.
Terima kasih pada Yang Berhormat Wakil Tepoh yang telah mengambil bahagian, saya persilakan mana-mana lagi Ahli Yang Berhormat yang ingin mengambil bahagian dalam Rang Undang-Undang, Pindaan Enakmen ini. Tidak ada? Sekarang saya buka untuk undian - Cadangan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang kedua dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan sebulat suara.
RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN TAMAN NEGARA (TERENGGANU) 1939 [ENAKMEN NO. 6 TAHUN 1939], DIBACA BAGI KALI YANG KEDUA. Dalam Jawatankuasa
Mesyuarat sekarang menjadi Jawatankuasa. RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN TAMAN NEGARA (TERENGGANU) 1939 [ENAKMEN NO. 6 TAHUN 1939], TELAH DITIMBANGKAN DARI SATU FASAL KE SATU FASAL DAN TELAH DIPERSETUJUI DENGAN TIADA PINDAAN DENGAN SEBULAT SUARA. Mesyuarat balik semula.
Bacaan Kali Yang Ketiga
Yang Berhormat Yang di-Pertua saya maklumkan bahawa Rang Enakmen ini telah ditimbangkan dalam Jawatankuasa dan telah dipersetujui dengan tiada pindaan. Saya mohon mencadangkan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan.
Yang Berhormat Yang di-Pertua saya mohon menyokong cadangan itu.
Rang Enakmen ini telah mendapat sokongan untuk dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan. Cadangan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang ketiga dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan sebulat suara.
RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN TAMAN NEGARA (TERENGGANU) 1939 [ENAKMEN NO. 6 TAHUN 1939]. DIPERBUAT UNDANG-UNDANG INI OLEH KUASA UNDANGAN NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN SEPERTI YANG BERIKUT:-1. (1) ENAKMEN INI BOLEHLAH DINAMAKAN ENAKMEN TAMAN NEGARA (TERENGGANU) (PINDAAN) 2019. (2) ENAKMEN INI HENDAKLAH MULA BERKUAT KUASA PADA TARIKH IANYA DISIARKAN DALAM WARTA.
Rang Enakmen ini diluluskan dan menjadi Enakmen Taman Negara (Terengganu) (Pindaan) 2019.
Enakmen Anggota Pentadbiran Dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2019Bill
Bacaan Kali Yang Pertama
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarokatuh. Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Anggota Pentadbiran Dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) 1980 [Enakmen Bil. 9 Tahun 1980], dibaca bagi kali yang pertama.
Yang Berhormat Yang di-Pertua saya mohon menyokong cadangan itu. RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN ANGGOTA PENTADBIRAN DAN AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (SARAAN) 1980 [ENAKMEN BIL. 9 TAHUN 1980], DIBACA KALI YANG PERTAMA. Bacaan Kali Yang Kedua
Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Anggota Pentadbiran Dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) 1980 [Enakmen Bil. 9 Tahun 1980], dibaca lagi kali yang kedua.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, tujuan Rang Undang-Undang ini adalah untuk meminda Enakmen Anggota Pentadbiran Dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) 1980 [En.Tr.9/1980].
1. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa Enakmen yang dicadangkan.
2. Fasal 2 bertujuan untuk meminda tafsiran “Ahli atau Anggota” adalah yang termasuk Ahli yang dilantik di bawah Fasal 27(2) Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu (Bab Yang Pertama).
3. Fasal 3 bertujuan untuk meminda Seksyen 3 dengan memasukkan saraan elaun bulanan bagi Ahli yang dilantik di bawah Fasal 27 (2) Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu (Bab Yang Pertama).
4. Fasal 4 bertujuan untuk meminda Seksyen 8 bagi memperuntukkan bahawa Ahli yang dilantik di bawah Fasal 27 (2) Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu (Bab Yang Pertama) adalah tidak berhak untuk mendapat pencen.
Implikasi Kewangan Rang Undang-Undang ini akan melibatkan Kerajaan Negeri dalam perbelanjaan wang tambahan yang amaunnya tidak dapat ditentukan sekarang ini. Yang Berhormat Yang di-Pertua saya mohon mencadangkan. Terima kasih.
Yang Berhormat Yang di-Pertua saya memohon menyokong cadangan itu.
Rang Enakmen ini telah mendapat sokongan bagi bacaan kali yang kedua. Sekarang saya buka untuk perbahasaan. Sila Ahli-ahli Yang Berhormat yang ingin mengambil bahagian.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya bukan nak berbahas cuma saya nak bagi pandangan sedikit jer. Apakah Kerajaan terikat dari segi elaun, perkara kedua ini kerana kalau ikut sini, kalau ikut cadangan dalam RM7,000.00 tak padan Yang Berhormat, sikit
sangat. Nak bagi ke Yang Berhormat juga tapi sikit sangat Yang Berhormat second hand. Kalau nak beri berilah RM10,000.00 ke, berapa ribu ke, RM12,000.00 ke, ke ada halangan tak boleh, syarat dia kata gitu? Minta LA beri nasihatlah. Saya cadang RM10,000.00 paling kurang. Terima kasih Yang di-Pertua.
Yang Berhormat ini cadangan sahaja bukan?
Macam saya kata tadilah sebab sikit do’oh lalu. Wakil Rakyat biasa berapa belas ribu, Yang Berhormat juga walaupun lantik tak dilantik pun tugas serupa jer. Macam D.O.lah D.O. daerah kecil, daerah besar sama ramai jer, bermesyuarat. Terima kasih.
Ahli Yang Berhormat sekalian, oleh kerana tiada lagi perbahasan ke atas Enakmen yang dikemukakan ini .....
Yang Berhormat Yang di-Pertua, naikkanlah sikit.
Itu saya tunggu tadi, saya tunggu tapi tak ada respon.
Kita ke Jawatankuasa, nanti kita bincang baliklah, insyaAllah. Itu cadangan kan? Boleh dipertimbangkan cadangan DUN Kijal tu. Bagus Abang Mat. Terima kasih.
Setuju lalu, angkat tangan, RM10 ribu, setuju dok? Angkat tangan selalu. Ni enakmen kan ni, bukan main-main, boleh balik mesyuarat baliklah, bila pulak? Ni Enakmen.
Kita ada pilihan Yang Berhormat. Sama ada kita nak kekalkan apa yang ada ataupun kalau kita nak buat pindaan bukan pada kali ini.
Yang di-Pertua, pindaan, dipinda daripada RM7,000 kepada RM10,000, itu aje. Setuju dok setuju, angkat tangan belaka. Setujulah.
Saya serah kepada pihak Kerajaanlah.
Setuju dengan pindaan, jumlah elaun.
Nanti cokmar turun dulu. Kekgi kita itulah. Dia ada se-se kekgi kan. Masa Jawatankuasa kekgi.
Sekarang ini kita dalam perbahasan umum, belum lagi peringkat Jawatankuasa.
Jangan gaduh Abang Mat.
Okey, okey.
Okey ...(Sambil Gelak) ....
Balloh agi lening.
Okey, terima kasih. Ahli Yang Berhormat sekalian, saya rasa tidak ada lagi perbahasan ke atas Enakmen yang dikemukakan ini, maka saya teruskan ke peringkat undian - Cadangan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang kedua dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan sebulat suara.
Rang Undang-Undang Bernama Suatu Enakmen Untuk Meminda Enakmen Anggota Pentadbiran Dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) 1980Bill
[ENAKMEN BILANGAN 9 TAHUN 1980], DIBACA BAGI KALI YANG KEDUA. Dalam Jawatankuasa
Mesyuarat sekarang menjadi Jawatankuasa. RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN ANGGOTA PENTADBIRAN DAN AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (SARAAN) 1980 [ENAKMEN BILANGAN 9 TAHUN 1980], TELAH DITIMBANGKAN DARI SATU FASAL KE SATU FASAL DAN TELAH DIPERSETUJUI DIBUAT PINDAAN PADA FASAL 3 – SEKSYEN 3(B) SUBSEKSYEN TAMBAHAN (2) “HENDAKLAH DIBERI ELAUN BULANAN SEBANYAK TUJUH RIBU RINGGIT DIPINDA KEPADA SEPULUH RIBU RINGGIT”, DENGAN SEBULAT SUARA. Mesyuarat balik semula.
Bacaan Kali Yang Ketiga
Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya maklumkan bahawa Rang Enakmen ini telah dipertimbangkan dalam Jawatankuasa dan telah dipersetujui dengan pindaan. Saya mohon mencadangkan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu.
Rang Enakmen ini telah mendapat sokongan untuk dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan.
Cadangan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang ketiga dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan pindaan dengan sebulat suara.
RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN ANGGOTA PENTADBIRAN DAN AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (SARAAN) 1980 [ENAKMEN BIL. 9 TAHUN 1980]. DIPERBUAT UNDANG-UNDANG INI OLEH KUASA UNDANGAN NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN SEPERTI BERIKUT:-1. (1) ENAKMEN INI BOLEHLAH DINAMAKAN ENAKMEN ANGGOTA PENTADBIRAN DAN AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (SARAAN) (PINDAAN) 2019. 2.
(2) ENAKMEN INI DISIFATKAN TELAH MULA BERKUAT KUASA PADA 4 APRIL 2019.
Rang Enakmen ini diluluskan dan menjadi Enakmen Anggota Pentadbiran Dan Ahli Dewan Udangan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2019.
Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Terengganu) (Pindaan) 2019Bill
Bacaan Kali Yang Pertama
Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Terengganu) 2017, dibaca bagi kali yang pertama.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu. RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (TERENGGANU) 2017, DIBACA BAGI KALI YANG PERTAMA. Bacaan Kali Yang Kedua
Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Terengganu) 2017, dibaca bagi kali yang kedua. Yang Berhormat Yang di-Pertua, Rang Undang-Undang ini bertujuan untuk meminda Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Terengganu) 2017 (“Enakmen”).
2.
Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan permulaan kuatkuasa enakmen yang dicadangkan.
3.
Fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 27 dengan memasukkan selepas perkataan Ketua Pendaftar, perkataan Timbalan Ketua Pendaftar.
Bagi mewujudkan jawatan
Timbalan Ketua Pendaftar, bagi melaksanakan tugas-tugas Ketua Pendaftar, tertakluk kepada syarat.
4.
Fasal 3 bertujuan untuk meminda seksyen 52 dengan memasukkan subseksyen 6 selepas subseksyen 5 bagi membolehkan Timbalan Ketua Pendaftar bertindak sebagai Ketua Pendaftar khusus dalam hal mendaftarkan penceraian dan mengeluarkan surat perakuan cerai. Pindaan ini sangat mustahak dan penting kerana kuasa mendaftarkan penceraian dan mengeluarkan surat perakuan cerai adalah kuasa eksklusif Ketua Pendaftar, sebagaimana diperuntukkan dalam seksyen 52(5) dan 53 Enakmen ini.
Implikasi Kewangan Rang Undang-Undang ini tidak akan melibatkan Kerajaan Negeri dalam apa-apa perbelanjaan wang tambahan.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Terima kasih.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu.
Rang Enakmen ini telah mendapat sokongan bagi bacaan kali yang kedua. Sekarang saya persilakan Ahli-ahli Yang Berhormat untuk sesi perbahasan sekiranya ada.
Bismillahir Rahmanir Rahim. Alhamdulillahir rabbil alamin. Wassolatu wassolamu’ala asyrafil anbiya iwal mursalin. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli Majlis Kerajaan Negeri, Yang Berhormat-Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, tuan-tuan, puan-puan yang dihormati sekalian.
Berdasarkan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Terengganu antara Kuasa Ketua Pendaftar adalah mendaftarkan penceraian dan mengeluarkan Surat Perakuan Cerai ataupun pembatalan. Perkara ini jelas dinyatakan dalam Subseksyen 52(5) Enakmen Ibu yang membutuhkan sebagaimana berikut:-Apabila mendaftarkan sesuatu talak ataupun perintah penceraian ataupun pembatalan itu dan apabila dibayar kepadanya fi yang telah ditetapkan, Ketua Pendaftar hendaklah mengeluarkan Surat Pengakuan Cerai Dan Pembatalan Borang yang ditetapkan kepada kedua-dua pihak tersebut. Dalam Borang 14 pula menyatakan bahawa kaedah-kaedah Undang-undang Pentadbiran Keluarga Islam Borang dan Fi 1987 ruang tandatangan telah diletakkan sebagai tandatangan Ketua Pendaftar dan ini bermakna peruntukan enakmen hanya membenarkan Ketua Pendaftar sahaja mengeluarkan Surat Perakuan Cerai dan Pembatalan Nikah.
Hal ini menyebabkan Bahagian Undang-Undang Keluarga, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu menghadapi masalah mengeluarkan Surat Perakuan Cerai, apatah lagi secara purata sebanyak 10 permohonan cerai dikemukakan di negeri ini setiap hari. Ini termasuk permohonan-permohonan cerai taklik dan kes penceraian di luar mahkamah yang sebahagian besarnya membabitkan pasangan yang berumur 30 hingga 50 tahun. Sudah pasti akan menjadi situasi lambakan dokumen yang perlu diuruskan dengan segera terutamanya, apabila kemungkinan keuzuran dan ketidakupayaan Ketua Pendaftar untuk menandatangi dokumen yang berkaitan. Dalam hal ini juga, tidak ada peruntukan dalam enakmen ibu yang memberi kuasa kepada Ketua Pendaftar untuk menurunkan kuasanya kepada orang lain.
Berdasarkan maklumat yang saya perolehi, saya memberi beberapa contoh. Contoh yang pertama, tempoh masa lantikan Ketua Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Negeri Terengganu, tarikh tamat tempoh lantikan Dato’ Hajah Samsiah binti Dato’ Haji Awang tarikh tamatnya ialah pada 3.7.2018 dan lantikan semula kepada Haji Mohd Noor Bin Muhammad ialah pada 20.9.2018. Masa yang tertangguh adalah sebanyak 78 hari. Kesan daripada tangguh masa yang lama itu, sebanyak 200 ratus keping Surat Akuan Cerai yang tertunggak yang tidak dapat dikeluarkan, itu contoh yang pertama.
Begitu juga contoh yang kedua, apabila berlaku pertukaran Haji Mohd Noor bin Muhammad kepada Yang Mulia Syed Nazri bin Tuan Taufik yang mengambil masa 23 hari tempoh lantikan semula itu menyebabkan hampir 90 keping Surat Perakuan Cerai tidak dapat dikeluarkan dan tertunggak.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, terdapat beberapa kesan yang besar daripada berlakunya tunggakan pengeluran Surat Perakuan Cerai kepada orang awam antaranya adalah yang pertama pemohon tidak dapat memohon untuk berkahwin semula ataupun berkahwin lain memandangkan proses memohon kebenaran berkahwin bagi duda ataupun janda perlu dilampirkan bersama dengan Surat Perakuan Cerai. Perkara ini penting untuk dikepilkan bersama kerana melibatkan perakuan status bilangan talak dan tempoh idah yang menglibatkan Hukum Syarak.
Dan yang kedua, pemohon tidak dapat memohon Bantuan Sara Hidup memandangkan pihak LHDN menghendaki lampiran Surat Perakuan Cerai ini jika pemohon berstatus ibu ataupun bapa tunggal memandangkan Bantuan Sara Hidup ini terdapat tarikh tutup permohonan untuk membuat permohonan, maka perkara ini amatlah menyukarkan orang awam apabila membuat permohonan tersebut. Dan yang ketiga, pemohon tidak dapat memohon bantuan JKM ataupun MAIDAM memandangkan pihak-pihak berkenaan menghendaki lampiran Surat Perakuan Cerai jika pemohon berstatus ibu ataupun bapa tunggal, maka perkara ini amatlah menyukarkan orang awam membuat permohonan mereka.
Dan yang terakhir juga melibatkan urusan .....
Yang Berhormat, Peraturan Dewan Perkara 46, sewaktu Ahli Yang Berhormat berucap jangan pandang orang lain, pandang saya sahaja.
Minta maaf Tuan Yang di-Pertua .... (Sambil gelak) ....
Hok lain tak pesan lagu tu, kena hok puan, pesan.
Sila teruskan.
Dan yang terakhir kesannya adalah ialah apabila urusan persekolahan anak-anak juga akan terkesan jika ibu bapa ataupun penjaga membuat permohonan pertukaran sekolah dan bantuan sekolah kerana perkara ini hendaklah dikepilkan bersama dengan Surat Perakuan Cerai. Dan justeru itu, bagi memastikan urusan Pendaftaran Cerai dan pengeluaran Surat Perakuan Cerai di Negeri Terengganu berjalan lancar, saya menyokong supaya Pindaan Rang Undang-Undang ini diterima.
Terima kasih dan saya mohon sokongan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih pada yang Berhormat Wakil Wanita kita. Saya persilakan lagi kalau ada Yang Berhormat lain yang ingin mengambil bahagian.
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya akan mengambil masa sedikit dan sebut dua point sahaja. Yang pertama, saya nak ucapkan syabas dan tahniah kepada pihak Kerajaan Negeri atas cadangan Pindaan Enakmen ini kerana sekiranya cadangan ini diterima oleh Dewan, bererti Negeri Terengganu ini merupakan negeri yang pertama berbanding negeri-negeri lain di seluruh Malaysia yang memperuntukkan ataupun yang mewujudkan jawatan Timbalan Ketua Pendaftar ini yang tujuannya seperti mana yang kita sedia maklum yang dibincangkan ataupun yang disebutkan tadi.
Yang kedua, apa yang dilakukan ini menggambarkan betapa Kerajaan Negeri sendiri sangat serius dan menunjukkan komitmen yang begitu tinggi ke arah memperkasakan pelaksanaan hukum-hakam syariah dan undang-undang khususnya yang berkait dengan Undang-Undang Keluarga Islam.
Jadi sekali lagi saya mengambil kesempatan di sini mengucapkan syabas dan tahniah dan saya rasa, kita semua boleh menyokong cadangan Pindaan Enakmen ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Wakil Buluh Gading. Sekarang saya buka kepada undian - Cadangan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang kedua dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan sebulat suara.
RANG UNDANG-UNDANG YANG BERNAMA SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (TERENGGANU) 2017, DIBACA BAGI KALI YANG KEDUA. Dalam Jawatankuasa
Mesyuarat sekarang menjadi Jawatankuasa.
Rang Undang-Undang Yang Bernama Suatu Enakmen Untuk Meminda Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Terengganu)Bill
2017, TELAH DITIMBANGKAN DARI SATU FASAL KE SATU FASAL DAN TELAH DIPERSETUJUI TANPA PINDAAN DENGAN SEBULAT SUARA. Mesyuarat balik semula.
Bacaan Kali Yang Ketiga
Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya maklumkan bahawa Rang Enakmen ini telah ditimbangkan dalam Jawatankuasa dan telah dipersetujui dengan tiada pindaan. Saya mohon mencadangkan supaya Rang Enakmen ini dibaca pada kali yang ketiga dan diluluskan.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu.
Rang Enakmen ini telah mendapat sokongan untuk dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan. Cadangan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang ketiga dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan sebulat suara.
RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (TERENGGANU) 2017. DIPERBUAT UNDANG-UNDANG INI OLEH KUASA UNDANGAN NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN SEPERTI YANG BERIKUT:-1.
(1) ENAKMEN INI BOLEH DINAMAKAN ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (TERENGGANU) (PINDAAN) 2019. (2) ENAKMEN INI HENDAKLAH DISIFATKAN TELAH MULA BERKUAT KUASA PADA 1 JANUARI 2019.
Rang Enakmen ini diluluskan dan menjadi Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Terengganu) (Pindaan) 2019. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli Yang Berhormat sekalian, Tertib Perkataan Dewan kita pada hari ini setakat itu sahaja. Saya berhasrat untuk menangguhkan sidang dan sebelum saya menangguhkan sidang, jemputan ke Jamuan Makan Tengah Hari yang dihoskan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, seperti biasa Ahli Yang Berhormat di Damai Lounge manakala Ketua-ketua Jabatan dan Pemerhati di Perkarangan U2 Dewan Undangan Negeri.
Yang Berhormat sekalian, saya tangguhkan Persidangan Dewan sehingga hari esok, Selasa, 16 Julai 2019, jam 9.30 pagi dan marilah sama-sama kita menangguhkannya dengan Tasbih Kafarah dan Suratul ‘Asr.
DEWAN DITANGGUHKAN PADA PUKUL 12.45 TENGAH HARI.