Terengganu · 25 November 2019
14th Assembly, 2nd session, 3rd meeting · 241 turns · 27,818 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalTerengganu publishes one PDF per meeting, with the written answers appended. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
Soalan-Soalan LisanQuestions
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian bagi memberkati Persidangan kita marilah kita mulakan dengan Ummu Kitab Al-Fatihah. Al-Fatihah)
Ahli-ahli yang berhormat sekalian, mesyuarat disambung semula. Mesyuarat pada pagi ini diteruskan dengan Soalan-soalan Lisan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberi notis untuk mengemukakan Soalan-soalan Lisan pada hari ini iaitu pada 25 Disember 2019 adalah sebagaimana berikut;
1.
Yang Berhormat Wakil Rantau Abang
2.
Yang Berhormat Wakil Bukit Besi
3.
Yang Berhormat Wakil Pengkalan Berangan
4.
Yang Berhormat Wakil Jertih
5.
Yang Berhormat Wakil Bandar
6.
Yang Berhormat Wakil Air Putih
7.
Yang Berhormat Wakil Batu Rakit
8.
Yang Berhormat Wakil Ajil
9.
Yang Berhormat Wakil Kuala Besut
10.
Yang Berhormat Wakil Kemasik
11.
Yang Berhormat Wakil Wanita
12.
Yang Berhormat Wakil Tepoh
13.
Yang Berhormat Wakil Batu Burok
14.
Yang Berhormat Wakil Kijal
15.
Yang Berhormat Wakil Sura
16.
Yang Berhormat Wakil Seberang Takir
17.
Yang Berhormat Wakil Buluh Gading
18.
Yang Berhormat Wakil Telemong
19.
Yang Berhormat Wakil Manir
20.
Yang Berhormat Wakil Hulu Besut
Sebelum saya benarkan Soalan-soalan Lisan dikemukakan pada hari ini saya hendak peringatkan khususnya kepada Ketua-ketua Jabatan supaya penggunaan QR Code yang sepatutnya perlu dibuat imbasan untuk kehadiran pagi dan petang dapat diberi perhatian dan tindakan yang sewajarnyalah. Dan juga saya mengucapkan selamat datang kepada para Pemerhati yang sempat hadir pada pagi ini.
Yang Berhormat sekalian untuk berlaku adil saya mulakan dengan Ahli-ahli Yang Berhormat yang tak sempat untuk mengemukakan soalan kelmarin iaitu saya mulakan dengan mempersilakan Wakil Rantau Abang.
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dato’ Yang di-Pertua soalan saya ialah soalan nombor 1 -
Apakah Usaha daripada Pihak Kerajaan Negeri untuk menarik pelancong mengunjungi Terengganu selain daripada tarikan utama melalui pulau-pulau di negeri ini?
Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan, soalan nombor 1, Apakah usaha daripada pihak Kerajaan Negeri untuk menarik pelancong mengunjungi Terengganu selain daripada tarikan utama melalui pulau-pulau di negeri ini?
Setelah saya meneliti soalan ini ada sedikit persamaan dengan Yang Berhormat daripada Ajil yang bertanya, Memperkasakan sektor pelancongan khususnya dalam sumber flora dan fauna yang ada di Negeri Terengganu. Jadi saya bercadang untuk menjawab sekaliguslah soalan ini. Berkenaan dengan soalan pertama daripada Yang Berhormat Rantau Abang, sebenarnya banyak usaha-usaha yang telah dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri antaranya sebagaimana berikut, kita telah menubuhkan ECTC (East Coast Tourism Corridor) yang melibatkan empat Negeri Pantai Timur, Terengganu, Kelantan, Pahang
dan juga Johor. Jadi tujuannya untuk memperkenalkan pakej Pelancongan Pantai Timur, oleh kerana dari segi lapangan terbang yang ada dan kita mempunyai persamaan dengan empat negeri ini dan telah ada beberapa siri mesyuaratlah yang terakhir dua minggu lepas yang diadakan di Negeri Pahang dan insya-Allah giliran Terengganu selepas daripada ini. Seterusnya, Inbound Tourism Bootcamp (ITB) pun hasil daripada perbincangan daripada ECTC. Tujuannya untuk mengenalpasti beberapa pemain industri pelancongan di Pantai Timur yang berpotensi untuk bekembang lebih jauhlah. Kemudiannya Showcasing Tourism Products (STP), jadi pemain industri yang berpotensi yang dikenalpasti kita memberi peluang kepada mereka untuk mempromosikan produk pelancongan merekalah dalam sesi „Business to Business’ dengan izin, untuk pembeli (buyers) mengenal dengan lebih mengenai produk pelancongan yg ditawarkan oleh penjual (sellers). Kemudian ada MaTEx (Persijilan Malaysia Tourism Excellence Business). Kemudian ada lawatan Pengenalan Produk Pelancongan Media yang selalu kita buatlah di mana Lawatan Pengenalan Media Familiarisation Trip yang merupakan Produk Pendedahan mengenai produk pelancongan Negeri Terengganu kepada rakan-rakan media untuk dibuat artikel ataupun penulisan mengenai produk pelancongan tersebut. Penulisan ini akan menjadi perangsang kepada promosi produk pelancongan tersebut. Yang terakhir daripada Brunei dan juga Indonesia datang dan kita raikan sepenuhnya kerana mereka, alhamdullilah bila semua di kalangan Fam Trip yang kita adakan ini mereka sangat teruja dengan Negeri Terengganu ini. Sekian.
Soalan tambahan saya yang pertama ialah: Kita melihat dalam kita nak menarik pelancong-pelancong untuk datang ke Negeri Terengganu ini, beberapa usaha telah diadakan oleh Kerajaan Negeri sebagai contoh Ekspo MATTA yang terbesar yang diadakan baru-baru ini pada tahun 2019 selama dua kali jadi saya ingin tahulah apakah hasil daripada ekspo ini kepada Kerajaan Negeri?
Kerajaan Negeri menghantar dua kali group untuk menghadiri MATTA Fair yang diadakan di Kuala Lumpur iaitulah pada bulan Mac 2019 dengan jumlah pakej sepertimana berikut. Hari pertama kita mendapat RM181,049.00, hari kedua RM260,891.00, hari ketiga RM266,560.00, jumlah keseluruhannya RM708,501.50.
Pada bulan September kali kedua, jumlah jualan pakej adalah sebagaimana yang berikut. Hari pertama 6 September kita mendapat RM72,292.00, hari kedua 7 September
RM86,842.00, hari ketiga 8 September 2019, RM189,055.00 jumlah keseluruhan untuk pakej yang kedua RM355,189.00. Sekian.
Soalan tambahan saya yang kedua, kita tahu bahawa Negeri Terengganu sememangnya berpotensi dan terkenal dengan anugerah khazanah dan alam semulajadi. Jadi, soalan sayanya ialah ada kawasan-kawasan pelancongan yang sebelum ini merupakan tempat-tempat yang menjadi tumpuan kepada pelancong-pelancong tetapi ada yang terbiar. Jadi soalan sayanya ialah apakah usaha Kerajaan menaiktaraf kawasan pelancongan sedia ada di Air Terjun Chemerong dan kawasan Chengal Besar di Hulu Dungun. Terima kasih.
Air Terjun Chemerong ini memang merupakan satu tempat yang sangat cantiklah di Negeri Terengganu, walau bagaimanapun ia terletak agak jauh daripada, agak pendalamanlah. Jadi Persatuan Malim Gunung Daerah Dungun (PMGDD) mengambil inisiatif untuk mewujudkan tandas awam. Ini antara usaha yang dibuatlah di kawasan Air Terjun Lasir, puncak terakhir trek pendakian bagi memudahkan kegunaan pendaki yang mengambil pakej pendakian gunung CBL. Kita juga telah mengadakan kursus-kursus untuk Malim Gunung sebab sebahagian sebelum daripada ini Malim Gunung tidak ditauliahkan lagi khususnya untuk green batch. Alhamdulillah 46 orang bakal ditauliahkan selepas mereka telah menganjur atau menghadiri kursus yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri untuk menjadi pemandu pelancong berkemahiran alam semulajadi di Terengganu khususnya penduduk-penduduk yang ada di sekitar CBL ataupun sekitar Air Terjun Chemerong dan juga di sekitar Chengal Besar-lah yang yang mengadakan pakej ke Chengal Besar. Jawapan saya cuma tadi saya sebut untuk menggabungkan, berkenaan tadi saya lupa untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Ajil.
Silakan.
Saya ingat boleh gabung.
Sila- sila
Cadangan Kerajaan soalannya untuk memperkasakan sektor pelancongan dalam memanfaatkan setiap inci
kekayaan sumber flora dan fauna yang ada di Negeri Terengganu. Jadi Kerajaan Negeri mengadakan dengan kerjasama bersama Jabatan Perhutanan Negeri khususnya Jabatan Perhutanan Negeri Terengganulah untuk menjenamakan semula Hutan Lipur Rekreasi di bawah Akta Perhutanan sebagai Taman Eko Rimba (TER). Sebagaimana yang saya sebut tadi oleh kerana jawapannya bersama, jadi Kerajaan Negeri telah mengadakan kursus pemandu pelancong berkemahiran alam semulajadi setempat tahap yang kedua Negeri Terengganu dengan kerjasama daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (PERHILITAN), bagi memastikan pelancong diberikan pendidikan yang lengkap mengenai kepentingan untuk menjaga sumber flora dan fauna. Selain daripada itu, penubuhan Majlis Pengurusan Taman Negeri (MPTN) juga akan memberi manfaat kepada Kerajaan Negeri dalam mengekalkan ekosistem dan kekayaan sumber flora serta fauna melalui penerapan nilai-nilai reservasi dan konservasi dalam masyarakat setempat. Sekian.
Sila Wakil Ajil kalau ada soalan tambahan…
Soalan tambahan…
Mintak
Biar- biar tuan punya soalan asal dahulu. Saya bagi peluang tuan punya soalan asal dahulu
Dua dah dok?
Yang dua tadi soalan daripada Rantau Abang.
Okey.. Okey
Ini sebab gabungkan soalan daripada Wakil Ajil.
Terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua, soalan tambahan saya berkenaan dengan usaha Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu untuk memperkasakan hasil sumber kita telah menjenamakan semula
Hutan Lipur Rekreasi kepada Taman Eko Rimba, jadi saya nak tahu berkenaan dengan status Taman Eko Rimba ini adakah sama dengan Taman Rekreasi dan bagaimana dia punya konsep ataupun matlamatnya. Terima kasih.
Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Taman Eko Rimba ini, dia ada matlamat penubuhan dia sebagaimana berikut. Yang pertama menyediakan tempat untuk kemudahan beristirehat dalam hutanlah seperti tempat berkelah, pemandangan jauh (look out) dengan izin, taman-taman rekreasi dan kawasan semulajadi yang indah kepada orang ramai terutamanya kepada golongan masyarakat. Kemudian, untuk melahirkan kesedaran, keaslian alam semulajadi yang ada anugerah daripada Allah Subhanahu Wa Taa’ala begitu indah khususnya kepada Kerajaan Negeri. Kemudian meninggikan prestasi individu menerusi pembebasan fikiran daripada tekanan kesibukan kerja-kerja harian sebab memang kalau kita berada di bandar, dengan kerja harian yang kita ada mungkin kita stress dengan izin dengan pergi kepada taman di tempat-tempat seumpama Taman Eko Rimba, menenangkan fikiran kita. Yang keempat, memberi peluang dan dorongan untuk menjelajah di kawasan hutan sambil menikmati keindahan melalui penyediaan denai-denai hutan, kemudahan aktiviti mendaki gunung serta lain-lain aktiviti yang berbentuk aktif. Yang kelima, berperanan sebagai menambah kepada kawasan pendidikan yang sedia ada sesuai dengan keasliannya yang terpelihara dan menambah kawasan yang boleh menarik lebih ramai pelancong yang berkunjung ke Negara ataupun Negeri kita yang mana hasilnya akan menolong dalam peningkatan ekonomi Negeri ataupun Negara. Wallahu’alam.
Soalan tambahan seterusnya berkenaan dengan yang berkaitan dengan Taman Eko Rimba ini, di kawasan Ajil terdapat satu perkelahan satu pusat perkelahan yang sangat terkenal iaitu Taman Perkelahan Belukar Bukit, pusat perkelahan di Belukar Bukit dan kawasan ni sangat cantik, menarik tetapi sangat bahaya. Dan walaupun bahaya ia menjadi tumpuan walaupun kadang-kadang nyawa terkorban. Ini menunjukkan bahawa tempat itu sangat menarik walaupun bahaya orang pergi juga. Jadi, adakah apa-apa cadangan Kerajaan untuk memajukan Pusat Perkelahan Belukar Bukit ini supaya menjadi satu pusat perkelahan yang selamat dan menjadi tumpuan dalam keadaan yang boleh kita releasekan diri kita daripada kesibukan. Wallahua’lam.
Memang kita tak dapat menafikan di Belukar Bukit ini memang ada sedikit masalahlah dari segi keselamatan dan
keselamatan dari segi pelancongan perkara yang sangat-sangat diutamakan. Sebab itulah kami sentiasa mengawasi tempat-tempat yang seumpama ini, supaya berlaku saja satu kes umpamanya yang mengancam jiwa ataupun lemas dan seumpamanya yang boleh meragut nyawa menjadi satu masalahlah kepada kita untuk menyelesaikan perkara ini kerana sekarang ini zaman viral, dan kawasan perkelahan Belukar Bukit yang merupakan yang ada di Kuala Berang ini sebenarnya tidak termasuk di dalam Taman Eko Rimba Sekayu yang sebagaimana yang saya sebutkan tadi oleh kerana senarai Taman Eko Rimba memandangkan kawasan ini dia tidak terletak dalam Hutan Simpan Kekal sebaliknya dalam kawasan Tanah Kerajaan. Jadi kawasan ini adalah di bawah seliaan Majlis Daerah Hulu Terengganu. Insya-Allah saya yakin dengan kerjasama Kerajaan Negeri serta Majlis Daerah Hulu Terengganu kita akan memperkasakan kawasan inilah insya-Allah terutamanya dari sudut keselamatan. Wallahu’alam.
Sila Wakil Langkap.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Saya nak tahu berapakah jumlah pelancong yang masuk ke Negeri Terengganu bagi tahun 2018. Dan yang paling ramai itu daripada negara mana? China ke Arab ke atau Bangladesh? Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan, saya minta notis dari segi angka insya-Allah sebenarnya telah dari segi ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita telah memaklumkan perbandingan Januari - Ogos 2018 dan juga 2019 kita meningkat 9.8% dan insya-Allah, kita ada angka sehingga Disember ini lebih daripada 9.8% peningkatan jumlah pengunjung khususnya pengunjung-pengunjung tempatanlah maksudnya daripada Malaysia dan sebahagiannya sangat teruja untuk datang melihat drawbridge dan insya-Allah kami dan Alhamdulillah telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri melalui ucapan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Kampung Budaya dan pelbagai aktiviti yang menarik yang akan kita sediakan untuk masa akan datang. Sebab itulah kami optimis, insya-Allah tahun hadapan bersempena dengan Visit Malaysia 2020, Terengganu akan menjadi destinasi tumpuan seluruh negeri, bahkan juga seluruh dunia, insya-Allah. Wallahu’alam.
Terima kasih. Saya jemput Wakil Bukit Besi.
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Assalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Soalan saya nombor 1-
Sejauh manakah langkah yang diambil Kerajaan Negeri dalam melaksanakan Garis Panduan Syariah yang diperkenalkan Kerajaan Negeri bagi aktiviti persembahan pentas, pelancongan dan rekreasi di Negeri ini?
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua. ADUN Bukit Besi bertanyakan sejauh manakah langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri dalam melaksanakan garis panduan syariah yang diperkenalkan Kerajaan Negeri bagi aktiviti persembahan pentas pelancongan dan rekreasi di negeri ini. Untuk makluman, Kerajaan Negeri baru selesai menyediakan garis panduan yang lebih detaillah, khususnya sebagai panduan kepada aktiviti hiburan persembahan Kebudayaan, Pelancongan dan Sukan yang akan digunapakai bagi seluruh Negeri Terengganu, dan insya-Allah akan dilancarkan pada tahun hadapan. Dan, kita ambil kesempatan ini ucap terima kasih kepada semua mereka yang terlibat, agensi-agensi termasuk Jabatan Mufti, Pejabat Hal Ehwal Agama, Pelancongan, Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Sukan Negeri, pakar-pakar Akademik, TSIS dan sebagainya telah merangka dan dibengkelkan dan sebagai satu garis panduan yang lebih detaillah, dan kita juga membuat rujukan kepada Enakmen Hiburan Negeri Terengganu 2002, Enakmen Hiburan Negeri Kelantan 1998, Garis Panduan Karnival dan juga Hiburan Islam (Perak 2008) dan juga Garis Panduan Hiburan Islam (JAKIM 2015). Terima kasih.
Terima kasih, Paka.
Soalan tambahan saya yang pertama, setelah pende ni, Peraturan Panduan Syariah akan dilaksanakan ini, kita nak tahu jugalah sejauh manakah persediaan Kerajaan Negeri, sekira ianya memberi impak terhadap industri Pelancongan dan bagaimana pula, kaji dok tu, bagaimana pula penerimaan masyarakat serta kepada penggiat seni itu sendiri, sebab ini dari segi pelancongan juga.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, slow sahabat saya tanya, tidak kalu slow gini, tahun depan tambah lagi RM100,000 lagi. Dakpe-dakpe. Terima kasih kepada sahabat saya Adun Bukit Besi, senyak Dewan pagi-pagi ni dok. Sebenarnya pihak Kerajaan Negeri telah mengambil
pendekatan cara pendidikanlah memberi kesedaran kepada masyakat dan sebagainya untuk semua memainkan peranan dan menyedari bahawa kita berhajat kepada syariah itu sendiri untuk dilaksanakan. Masing-masing ambil peranan tanggungjawab jabatan, masyarakat serta keluarga, individu dan sebagainya, iaitu kita akan melancarkan kempen tahun hadapan, „Indahnya Hidup Bersyariah’ supaya mereka sedar bahawa dengan melaksanakan syariah terhadap peribadi mereka, masing-masing ataupun keluarga mereka, insya-Allah akan menurunkan barakah buat mereka dan juga buat Negeri Terengganu Darul Iman ini, insya-Allah. Dan kita juga akan meningkatkan kempen kesedaran supaya patuh syariah ini dilaksanakan di semua peringkat. Dan juga kita juga akan membuat pendedahan terhadap peraturan-peraturan, undang-undang yang boleh dikuatkuasakan terhadap masyarakat kita supaya patuh dengan syariah. Pihak Kerajaan Negeri juga telah melancarkan penubuhan sukarelawan syariah ini yang insya-Allah juga mengambil pendekatan untuk „amal makruf nahi mungkar’ supaya semua berjalan dengan lebih baiklah, insya-Allah. Dan ini bukan bermakna kita menghalang pelancong-pelancong untuk hadirlah ataupun memberi imej seolah Terengganu ini negeri „Taliban’ dan sebagainya. Tapi pendekatan yang bil hikmah kita ambil. Tapi dalam masa yang sama kita sedar bahawa pelancong-pelancong yang hadir ke Terengganu ini bukan, orang panggil nak menjadikan tempat negeri kita ini sebagai lubuk maksiat kerana kalau berbanding maksiat negeri mereka itu lebih banyak. Kalau dia nak minum arak, contohnya, negara mereka lebih bebas ataupun dia nak melakukan maksiat negara mereka lebih terang-terangan lebih bebas tapi yang mereka ingin lihat adalah persekitaran, kecantikan negeri kita, budaya negeri kita dan sebagainya dan apa yang ada di negeri kita ini berdasarkan rakyat negeri kita ini yang melaksanakan syariah, duduk bermuafakat dan juga hidup dalam keadaan memenuhi tuntutan syariah, insya-Allah. Dan begitu juga yang melibatkan Kerajaan Tempatan khususnya, orang panggil billboard dan sebagainyalah. Kita harap semua itu dan termasuk program-program yang dianjurkan kita memandu mereka supaya patuh syariah dan tidaklah bermakna kita nak buka seluas-luasnya sehingga bercanggah syariah dan mereka yang melaksanakan perkara yang bercanggah syariah di negeri kita ini, insya-Allah. Saya rasa cukup sebagai makluman pihak yang bertanya. Terima kasih.
Sila
Satu soalan tambahan lagi. Sebelum kita melaksanakan tahun depan katanya, iaitu sebagai Negeri Indah Hidup Bersyariah, jadi kita nak tahu jugalah sehinga kini sebelum kita laksanakan ini, kalau slow
kata slow plok, kang kasar kang, kate kasar pulok, doh kite nok pakat molek doh ni kang, kene beralus sikit.
Sila-sila Yang Berhormat, teruskan.
Jadi sehingga kini mengikut kajianlah, berapa banyakkah kes-kes pelanggaran dasar yang telah Kerajaan kenal pasti di negeri kita ini, dan apakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan bagi menangani kes-kes yang berlaku dalam negeri kita. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua melibatkan angka,lah. Cuma untuk makluman secara umumnya bukan maknanya Terengganu ni tidak ada peraturan. Kita sudah apa melaksanakan peraturan-peraturan termasuklah melibatkan Enakmen Takzir 2002. Tapi yang saya sebut tadi merupakan pendetaillan penjelasan supaya apa-apa program yang ingin dianjurkan di Negeri Terengganu ini supaya ada penerangan penjelasan apa yang boleh dibuat apa yang tidak boleh dibuat secara yang lebih detail untuk diberi kelulusan. Kadang-kadang di sana timbul beberapa pandangan imej negatif terhadap pemerintahan Negeri Terengganu apabila timbulnya, khususnya dalam media barulah. Kadang-kadang berlaku salah faham. Contohnya kita memberi kelulusan apa, penganjuran apa, sarkas dok di apa, Terengganu, kadang dia ambil iklan di Pahang tu, yang gambor wanita seksi apa dan sebagainya. Sedangkan yang dianjurkan di Terengganu dia ikut peraturan kita, takdok puang ape, menutup aurat, yang apa, ikut patuh syariah kite, kite bagi saja. Jadi adapun gambaran imej ataupun iklan secara maya itu, kadang-kadang kita payah juga nak halang. Sebab itu di luar bidang kuasa kitalah. Cuma sepatutnya kita tahulah kita di Terengganu ni kita ada peraturan-peraturan yang kita boleh izinkan jika sekiranya dia mengikut peraturan-peraturan kita yang sedia ada. Untuk angka tu, mintak tangguh la. Minum air semula la Yang Berhormat deh.
Nanti Yang Berhormat deh, last.
Assalamualaikum Dato’ Yang di-Pertua, boleh tambah?
Boleh, last.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Saya ingin memohon penjelasan daripada sahabat dan juga rakan saya daripada Yang Berhormat Paka. Kalau kita melihat trend pada hari ini Yang Berhormat, terutamanya generasi-generasi muda Terengganu,lah anak-anak muda Terengganu, jadi saya nak, apa pandangan Kerajaan Negeri berkaitan dengan minat anak-anak muda terutamanya orang perempuan yang minat berkaitan dengan kesihatan diri untuk senaman earobik. Senamrobik lah… dakpe lah paham sudahlah… Jadi saya nak tahu garis panduan dia. Benda ni kita tak boleh nak sekat. Kita paham, jadi sekarang ni diaorang pun duk tertanya-tanya. Kadang-kadang minta sini dok boleh, sinidok boleh. Jabatan agensi sendiri pun…
Yang Berhormat biasa tengok?
Saya?
Biasa tengok?
Saya biasa gok, tapi dok tengok depanlah. Saya tengok dalam TV.
Saya tanya je
Kita tak boleh nak lari menda ni. Jadi yang pentingnya pada saya, kita takmboh bagi lari orang-orang Terengganu ni terbabas jauh daripada bercanggah dengan syariah kita. Yang Kerajaan Negeri nak buat tu, kita sokong, baguslah tu, kita pun nak lagu tu. Tapi bagaimana kita nak buat satu garis panduan supaya semua orang selesa. Win-win situation.
Okey faham-faham.....
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Senam aerobik jadi proton saga aeroback ...... (sambil gelak) ..... Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, sebenarnya kita sendiri tak menghalang mana-mana muslimat wanita untuk bersukan,
berekreasi, beriadah dan sebagainya, tetapi masih lagi dalam ruang lingkup dan sebagaimana yang disebut patuh syariah. Kalau dia buat dalam rumah dia, tiada masalah. Ataupun dia buat kawasan yang tertutup, sama wanita, ikut pandai dia nak buat guana pun kan. Tak dok masalah. Yang timbul apabila yang kita melibatkan kawasan-kawasan awam dan sebagainya. Itupun pendekatan yang kita ambil, ada isu, timbul isu yang apa orang panggil bercampur dan sebagainyalah. Kita ambil pendekatan, kita telah melatih instructor sebab kebanyakan yang tukang ajar ni, dari kalangan orang perempuan belaka. Nak buat lagu mana, padan tengok instructor je, dok bawah ni. Jadi kita dah latih laki, orang lelaki. Sekarang ni, dah ada golongan lelakilah yang akan…
Paka rajin tengok ke? Paka rajin tengok ke dok?
Aku dok dang jawab lagi, mu kacau dah. Jadi, merekalah yang akan bagi, orang panggil arahan dan sebagainya. Dan muzik-muzik pun kita dah bagi alternatif, tawaran-tawaran baru, muzik-muzik baru yang dok lah apa orang panggil yang keras sangat, metal apa dan sebagainya, yang sesuailah. Dok lah maksud kita masuk lagu-lagu yang dok munasabah pulak. Tapi dah ada pilihan-pilihan alternatif buat dia. Dan kita telah, orang panggil, kalu hok tu sikit, ada tazkirah beno, tapi mungkinan doklah se tu yang lain tapi kalau ada lagi bagus. Sekarang pun kita dan bahagi dua, makna orang lelaki duk depan, orang puan duk belakang. Jadi hok sekali sekala gi round tengok belakang tu, hok tu masing-masing man ra’a minkum munkaran lah, sesiapa tengok kerja mungkar, badi tegurlah. Tetapi dasar Kerajaan macam tu, kita bagi, takdok masalah, tapi ikut peraturan, menutup aurat dan sebagainya. Jadi orang perempuan pakaian dia doklah fit sapa ketat gelemat gitu. Biar longgar-longar sikit, jangan nampak bentuk muka bumi apa, takdok masalahlah. Tapi ada jugak yang.....
Nampak benda sakni?
Bentuk muka bumi la….. (sambil gelak) .… Jadi ada juga yang apa menimbulkan apa orang panggil kekeliruan contohnya zumba. Sebab zumba ni fatwa Negeri Sabah dah menfatwakan dia tu sebagai haram, jadi acu boleh kena ganti altenatif lainlah. Kalau Telemong nak buatpun, kabolah, kita tolong tu etek…..Wallahualam.
Okey terima kasih. Sangat syukurlah, panjang begitu kita kaitkan perkara ni. Sekarang saya jemput wakil daripada wakil Jertih. Sila.
Assalamua’laikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya soalan yang pertama-
Berapakah bilangan penerima ‘Rumah Mampu Milik’ yang diberi notis untutk tujuan ditarik hak mereka, di seluruh Negeri Terengganu pada tahun 2018 dan 2019?
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamua’laikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Selamat Pagi. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, Pegawai Kerajaan dan para Pemerhati yang dikasihi sekalian. Wakil daripada Jertih ingin tahu berapakah bilangan penerima Rumah Mampu Milik (RMM) yang diberi notis untuk tujuan ditarik balik hak mereka, sebenarnya bukan hak merekalah, sewaan mereka, di seluruh Negeri Terengganu pada tahun 2018 dan 2019? Untuk makluman, untuk maklumat pengetahuan wakil Jerteh dan seluruh hadirin sekalian, sehingga 31 Oktober 2019, sebanyak 181 unit Rumah Mampu Milik telah diberi notis penguatkuasaan untuk penamatan sewa ataupun ditarikbalik oleh Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) kepada penama-penama ataupun penyewa-penyewa, dia bukan lagi, kita belum lagi bagi dia sewa beli, hanya sewa sahaja dalam masa tiga tahun pertama. Penyewa-penyewa yang melanggar syarat-syarat yang telah dipersetujui dalam perjanjian sewa beli, sewa itu. Pertama, tidak membayar sewa. Yang kedua, tidak menduduki rumah yang telah diberi sewa, tidak duduk sendiri. Dan yang ketiga, yang menyewakan rumah itu kepada penyewa yang lain pula. Itu antara kategori-kategori ataupun syarat-syarat yang ditetapkan, mana-mana penyewa yang melanggar syarat-syarat tersebut, maka pihak PMINT akan mengeluarkan notis untuk ditarik balik rumah mereka. Terima kasih.
Soalan tambahan yang pertama, Yang Berhormat Yang di-Pertua, jumlah 181 orang tu jumlah yang sangat ramailah, sangat ramai. Dan saya dimaklumkan oleh mereka-mereka, sebahagian daripada mereka-mereka yang mendapat notis penamatan penyewaan ni, apa yang berlaku mungkin ada sebab bagi mereka yang mereka tidak boleh perjelaskan
melalui surat. Jadi saya nak tanya apakah boleh lagi untuk mereka buat rayuan mengikut alasan masing masing, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua?
Terima kasih wakil Jertih. Kita mengeluarkan notis 30 hari. Dalam masa 30 hari, mereka boleh buat rayuan kepada kita. Sekiranya dalam masa 30 hari itu tidak terima apa-apa rayuan, maka dikeluarkan notis 14 hari untuk diserah kunci. Hasil daripada itu, setakat ini, yang telah menyerah kunci kerana mereka menyedari kesalahan mereka, melanggar syarat, ialah seramai hanya 28 orang sahaja. Yang lain masih dalam penelitian kita, kerana alasan-alasan yang diberikan antaranya ialah, yang tidak duduk sendiri dan biarkan kosong. Ada sampai sejak dapat rumah, tak pernah duduk pun, rumah dah jadi macam, orang panggil lalangnya, semaknya, hingga jiran-jiran ni mengadu, kucing berak dan sebagainya, jadi busuk, mengganggu jiran sebelah. Ini aduan-aduan yang kita terima. Tapi bila disiasat, alasan, standard banyak alasan yang kita terima ialah kerana jaga emak ayah sakit. Jadi duduk rumah emak ayah kerana 3 tahun sakit. Sedangkan rumah emak dan ayah dia tu dekat sekampung je, bukan jauh pun. Jadi alasan-alasan kadang-kadang sukar jugak untuk kita pertimbangkan. Ada yang alasan, setelah dapat rumah, dia kena tukar jauh. Kerja contoh dapat Kemaman, dia kerja di Kuala Lumpur. Maka ini antara alasan-alasan yang biasa kita terima dan masih lagi dalam proses kita buat kajian teliti, mendengar pandangan-pandangan daripada wakil-wakil rakyat mereka, dan juga MPKK untuk kita buat keputusan yang final-lah, yang adil dan insya-Allah kalau didapati rumah yang menyewa kita tidak beri kelonggaran yang didapati yang duduk itu orang lain dan menyewa daripada penyewa asal, ini memang satu kesalahan yang sangat tidak dapat kita nak maafkan dan ini antara yang telah diserah kunci kepada kita daripada 161, 28 yang telah serah kunci kepada pihak PMINT. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan tambahan yang kedua: Daripada 28 orang yang menyerah kunci ni adakah bayaran balik seperti deposit ataupun apa nama ni kos-kos yang telah dibayar kepada Kerajaan dibayar balik kepada penyewa tersebut. Saya nak tahu kaedah dia dan soalan yang terakhir. Kebanyakan yang menerima notis ini, perlu saya ingat perlu dipanggil secara bersemuka kalau dia nak jawab melalui surat saja mungkin kita tidak dapat. Makna pihak Kerajaan tidak dapat menilai apa nama ni kebenaran ataupun alasan kebenaran, kesahihan alasan-alasan yang diberi dan saya utarakan perkara ini supaya kita nak mengelak, mengelak daripada persepsi rakyat yang mana tindakan yang diambil oleh mereka ini bukan atas alasan disebabkan oleh
melanggar peraturan, kita takut mereka anggap mungkin atas dasar perbezaan politik maka mereka diambil tindakan.
Jadi-jadi
Mungkin perlu kita panggil untuk bersemuka memberi penjelasan supaya ada clear ada apa nama ni penjelasan yang sejelas-jelasnya kita ambil tindakan kepada mereka kerana mereka telah melanggar apa nama ni, ketetapan ataupun persetujuan awal yang telah dibuat antara penyewa dan juga pihak Kerajaan. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Terima kasih wakil Jertih. Ada dua soalan di situ, yang pertama berkaitan yang telah menyerah kunci makna yang mana mengakui dia telah buat kesalahan, tidak menduduki atau menyewakan kepada orang lain dan dia dengan rela hati setelah diberi notis 14 hari, 30 hari tidak buat rayuan, notis 40 hari dia menyerah kunci. Kita kena ingat rumah ini adalah rumah sewaan sahaja, maka sewa tu kira hangus la deposit tu akan dipulangkanlah insya-Allah tetapi sekarang ini masih lagi proses belum selesai sepenuhnya lagilah dari segi pembatalan sewa tu yang diserah kunci dahulu. Yang seterusnya berkaitan dengan persepsi memang kita pun sama-sama kita Kerajaan, kita nak berlaku adil kepada semua. Pertama yang memohon rumah terlalu ramai dan yang jiran-jiran complain keadaan rumah jiran sebelah rumah tidak pernah duduk dan Pegawai-pegawai PMINT dah pergi turun melihat perubahan meter air, berapa unit pakai dalam masa 3 tahun, api berapa unit dah dipakai ada sampai air baru guna 2 unit sahaja. 3 tahun ada yang api baru 20 unit sahaja, 3 tahun tak munasabah, jadi ini di antara hujah-hujah ataupun fakta yang diambil kira oleh pihak SEDC untuk menamatkan sewaan tersebut. Macam kita sewa 3 tahun tak bayar sewa kita maaf lagi kena siasat latar belakang yang tak bayar sewa kalau dia ni orang asnaf kita akan rujuk kepada MAIDAM untuk MAIDAM bantu untuk bayaran dan ada yang duduk tidak bayar sewa sampai 3 tahun kita masih boleh maafkan jugak, kerana atas dasar kemiskinan dan sebagainya tetapi yang saya sebut tadi tak duduk terus jiran bising rumahnya semak dan sebagainya. Itu memang pihak PMINT sendiri buat temuduga, jumpa yang terlibat dan mereka yang merayu jumpa saya pun mari jumpa, Yang Berhormat masing-masing pun ada jumpa, ini kita akan timbang betul-betul. Memang sebenarnya, kita nak menjaga kemaslahatan orang ramai jadi orang yang mintak dia akan terasa saya yang betul-betul perlu rumah tak dapat yang dapat rumah tidak duduk pula dan dibiarkan kosong. Memang tidak adil. Jadi ini ada pertimbangan-
pertimbangan yang kita ambil kira dan memang sebelum ini pun tidak ada pertimbangan politik langsung dimaklum sebab yang menyiasat Pegawai-pegawai SEDC dan kita pula di pihak perumahan, pihak jabatan kita buat counter check balik dengan MPKK yang terlibat, dengan Yang Berhormat adakah perkara ini berkaitan politik dan sebagainya? Bila perkara ini didapati tidak ada, setakat inilah tidak ada unsur-unsur diskriminasi politik, kaum, agama dan sebagainya, semata-mata atas pelanggaran syarat yang telah dipersetujui kedua-dua belah pihak, penyewa dan kepada pihak SEDC sendiri jadi insya-Allah perkara ini dapat difahami akan hasrat Kerajaan untuk berlaku adil tapi bukan hanya adil kepada penyewa adil juga kepada orang lain yang nak menyewa. Sekian, terima kasih.
Terima kasih, sekarang saya jemput.
Yang di-Pertua, satu je.
Cukup-cukup satu jelah. Meraikan kawan-kawan kita yang panjang lagi. Penjelasan tadi dah jelas. Tujuan kita mengemukakan soalan lisan untuk mendapat penjelasan bukan untuk perbahasan.
tapi soalan saya tidak sama yang rakan tadi.
Cukup-cukup
Soalan saya, siapa yang dah habis..
Saya jemput sekarang ni wakil daripada Bandar untuk mengemukakan soalan cuma saya nampak soalan Wakil Bandar ini macam dah disentuh sikit oleh Wakil Jabi tapi takpelah terpulang pada budi bicara, sila.
Assalamua’laikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya yang kedua-
Pihak Kerajaan telah dilihat serius dengan program melabuhkan tukun dan unjam di laut. Apakah usaha ini memberi kesan positif kepada peningktan hasil para nelayan?
Assalamua’laikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat ADUN Bandar, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Dua hari ini soalan ikan sahaja, mungkin bimbang musim boh ini ikan tak berapa cukup. Soalan berkaitan dengan apakah usaha pihak Kerajaan melaksanakan program labuh unjam dan tukun memberikan kesan positif kepada peningkatan pendapatan nelayan kita. Jawapannya, ya positif selepas setiap program labuh unjam dan tukun, selain daripada kita mendapat maklumbalas daripada komuniti nelayan setempat, Jabatan Perikanan dan ada ketikanya saya turut sama turun dalam program pemantauan tukun, didapati bahawa tukun dan unjam kita dikunjungi oleh spesis-spesis ikan Gred A seperti ikan merah, ikan kerapu dan ikan tenggiri. Jabatan Perikanan Malaysia pernah menjalankan kajian Biomass dan Biodiversiti kepada tukun-tukun yang terdapat di perairan Terengganu. Hasil daripada kajian membuktikan bahawa terdapat lebih daripada 30 spesis ikan komersial yang berada di sekitar tukun dan unjam di perairan kita. Cuma peratusan peningkatan ini kita tidak dapat kemukakan secara tepat kerana keluasan perairan kita dan juga jarak lokasi yang jauh di antara tukun ditambah lagi dengan satu faktor Tangkapan Secara Rekreasi tidak dilaporkan kepada kita. Terima kasih.
Dato’ Yang di-Pertua, soalan yang tambahan saya yang pertama: Adakah lokasi ataupun tempat pembuangan tukun dan unjam ini, juga menjadi sasaran kepada pencerobohan nelayan asing dan adakah kesan daripada pencerobohan itu merosakkan unjam dan tukun tersebut.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, lokasi di mana dilabuhkan tukun dan unjam sebagaimana yang saya sebut dalam Kawasan Zon A sekitar 4 hingga 5 batu nautika daripada pantai. Ini adalah kawasan larangan Zon Pukat Tunda dan apabila berlaku pencerobohan, pencerobohan kadang-kadang dia mari dari nelayan tempatan sendiri di samping daripada nelayan asing. Unjam kita memang habis kena kokoklah bukan setakat unjam malah bubu sekali cuma tukun, dengan beratnya berbelas-belas tan dan tukun kita dibina daripada konkrit gred di antara 30 hingga 50 yang lebih keras daripada konkrit yang digunakan untuk
landasan terbang maka, biasanya dia tidak berlaku kerosakan tetapi pukat yang koyak, yang melekat pada tukun jadi pukat hantu yang akan memerangkap ikan dan kos yang tinggi diperlukan untuk penyelenggaraan tukun di antaranya untuk pembersihan pukat-pukat hantu dan sangat berisiko kepada penyelam-penyelam kita. Terima kasih.
Dato’ Yang di-Pertua, soalan tambahan kedua: Selain daripada usaha membuang tukun dan unjam ini, untuk merangsang pembiakan dan jugak memulihara spesis ikan. Adakah kesan-kesan lain atau manafaat lain yang diperolehi daripada pembuangan tukun dan unjam ini. Terima kasih.
Terima kasih. Memang ada fungsi-fungsi lain di antaranya lokasi tukun kita dijadikan sebagai tempat untuk kajian dan penyelidikan saintifik berkaitan dengan ilmu marin, yang kedua tukun konkrit yang beratnya yang berbelas-belas tan boleh menjadi satu fungsi penahan ombak dan arus yang boleh meminimakan kesan kepada hakisan pantai dan yang ketiga untuk aktiviti agrotourism bagi aktiviti tangkapan secara rekreasi dan juga selaman skuba dan yang terakhir sekali sebagaimana yang saya sebut dia boleh menjadi zon penampan untuk aktiviti tangkapan secara pukat tunda di kawasan di pesisir pantai. Terima kasih.
Terima kasih, sekarang saya menjemput Wakil Air Putih.
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya nombor 1 -
Berapakah purata sebulan pembiayaan yang dikeluarkan oleh Tabung Darul Iman dalam membantu mereka yang terlibat dengan penyakit kronik, kemalangan dan sebagainya?
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, para Pemerhati sekalian, soalan pertama, berapakah purata sebulan pembiayaan yang dikeluarkan oleh Tabung Darul Iman dengan membantu mereka yang terlibat dengan penyakit kronik, kemalangan, sebagainya. Secara purata
pembiayaan yang dikeluarkan oleh Tabung Darul Iman pada setiap bulan adalah RM553,306.55.
Soalan tambahan saya yang pertama, mohon nyatakan jumlah dan pecahan perbelanjaan bantuan Tabung Darul Iman bagi setiap kategori bantuan bermula Januari hingga Oktober 2019.
Soalan tambahan yang pertama ialah perbelanjaan dari Januari hingga Oktober 2019
BIL KATEGORI BANTUAN JUMLAH PERBELANJAAN (RM) 1 Bantuan Sara Diri Tahunan RM2,342,500.00 2 Bantuan Musibah RM2,255,783.21 3 Bantuan Susu dan Lampin Pakai Buang RM940,694.70 4 Bantuan Perubatan RM791,302.67 5 Bayaran Balik Kepada GLC RM202,785.00 JUMLAH PERBELANJAAN RM5,533,065.58
Soalan tambahan yang kedua, mohon penjelasan berkaitan jumlah terimaan sumbangan kepada Tabung Darul Iman bagi tahun 2019 memastikan khidmat bantuan rakyat Terengganu pastinya dapat dipenuhi dan dibantu sebaiknya.
Terima kasih yang pertamanya, sumbangan dan penerimaan daripada Kerajaan Negeri ialah RM5,000,000.00, daripada GLC lebih kurang dalam RM1,000,000.00 manakala potongan-potongan daripada Menteri Besar, EXCO, Yang Berhormat, kakitangan kerajaan peringkat Negeri dan Pusat serta beberapa ahli korporat lebih kurang dalam RM400 ribu lebih.
Saya jemput Wakil Batu Rakit.
Assalamua’laikum Warahmatullahi Ta’ala Wabarakatuh, terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya, soalan nombor 2-
Status terkini penubuhan Yayasan Tok Ku Paloh yang telah diluluskan oleh DUN oleh kerajaan terdahulu?
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Ta’ala Wabarakatuh, soalan Batu Rakit, nombor dua. Status terkini penubuhan Yayasan Tok Ku Paloh yang telah diluluskan oleh DUN oleh kerajaan terdahulu?
Yang Pertama Kertas Cadangan Penubuhan Yayasan Tok Ku Paloh Negeri Terengganu telah dipersetujui oleh Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri yang bersidang kali yang pertama tahun 2019 pada 2 Januari 2019 yang telah bersetuju meluluskan Kertas Cadangan Penubuhan tersebut. Pentadbiran Negeri telah bersetuju menyalurkan sumbangan sebanyak RM500,000.00 bagi tujuan tersebut manakala RM500,000.00 lagi sumbangan daripada GLC, terima kasih.
Adakah Yayasan ini telah beroperasi dari segi penjelasan tadi seolah-olahnya Yayasan ini telah beroperasi.
Pada sudut asasnya Yayasan ini sudah beroperasi pada sudut pentadbirannya. Pengurusannya ialah Dr. Ideris bin Endot, Timbalan Pengerusi Yang Berbahagia Dato’ Tuan Mamat Bin Tuan Ngah, Setiausaha Syarikat Nur Abdah dan seterusnya insya-Allah akan diteruskan perjalanannya selepas ini.
Jadi, apakah fungsi ataupun peranan utama Yayasan tersebut?
Yang pertama peranan Yayasan ini untuk menggambarkan kepada masyarakat tentang keprihatinan dan pencaknaan Kerajaan terhadap jasa Tok Ku Paloh. Yang kedua untuk menggarabkan seluruh masyarakat agar mengambil cakna tentang nilai-nilai yang ditinggalkan oleh Tok Ku Paloh dan yang ketiga bagi menghargai jasa keluarga Tok Ku Paloh dalam meneruskan sumbangan mereka terhadap Kerajaan.
Sekarang saya persilakan Wakil Kemasik.
YANG BERHORMAT Ir. SAIFUL AZMI BIN SUHAILI (Wakil Kemasik): Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya, soalan nombor 2 -
Apakah polisi dan pelan strategik perindustrian baharu yang dibuat dalam usaha menarik pelabur melabur di Negeri Terengganu?
Bismillahir Rahmanir Rahim, Assalamua’laikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat, Ketua Jabatan dan Pemerhati sekalian. Soalan nombor dua daripada Kemasik berkenaan dengan apakah polisi dan pelan strategi perindustrian baru yang dibuat dalam usaha menarik pelabur melabur dengan Terengganu?
Pembangunan dasar perindustrian negeri adalah tujuan untuk meningkatkan daya saing ekonomi negeri dan yang bersifat mesra pelabur serta melindungi kepentingan rakyat. Maknanya pertamanya, daya saing ekonomi negeri yang mesra pelabur dan kemudian untuk melindungi kepentingan rakyat dan negeri. Di samping itu, kekayaan pelbagai sumber mineral dan alam semulajadi negeri ini merupakan kelebihan negeri ini berbanding negeri-negeri lain di Malaysia yang akan menjadi tarikan kepada pelaburan-pelaburan tempatan dan asing ke Negeri Terengganu, antara perkara yang akan diambilkira dalam pembangunan dasar tersebut demi melindungi kepentingan negeri dan rakyat adalah seperti berikut:
1. Memastikan pelabur mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan bagi mengekalkan ekosistem yang sedia ada dan tidak memberi kesan negatif kepada alam sekitar serta penduduk sekitarnya.
2. Mewujudkan hubungan yang baik dengan pelabur-pelabur tempatan dan asing yang sedia ada sebagai salah satu langkah untuk menggalakkan syarikat-syarikat berkenaan meningkatkan pelaburan mereka dan juga menarik lain-lain pelaburan yang menjadi pelengkap kepada produk mereka.
3. Bekerjasama dengan MATRADE dalam mempromosikan peluang-peluang pelaburan di Malaysia secara amnya dan Negeri Terengganu secara khususnya ke luar negara. Kalau nak ke luar negara kita jumpa MATRADE.
4. Mengadakan hubungan yang baik dengan agensi-agensi pelaburan seperti MIDA dan ECER dalam usaha mendapatkan pelabur ke negeri ini. Nak bawa masuk pelabur dari luar ke negeri ini kena kita jumpa MIDA dan baru ini kita mengikuti rombongan MIDA ke beberapa negara di Eropah dan alhamdulillah baru-baru ini ada syarikat telah memberi jaminan untuk membawa pelaburan ke Negeri Terengganu dan jumlah lebih kurang RM500,000,000 iaitu dia kata lebih kurang 90% telah bersetuju untuk datang ke Terengganu, iaitu di kawasan di Paka.
5. Membantu pelabur untuk menikmati skim galakan pelaburan yang menarik daripada industri-industri pelaburan seperti MIDA dan ECER.
6. Menambah baik delivery system untuk memastikan permohonan pelaburan dapat diteruskan dengan cepat, kita masih lagi meneliti dan menambah baik supaya permohonan-permohonan dapat kita luluskan dengan kadar yang bersegera.
7. Menyediakan kawasan-kawasan perindustrian yang mencukupi dan dilengkapi dengan infrastruktur asas.
8. Kerajaan Negeri akan memperkenalkan insentif-insentif pelaburan yang menarik kepada pelabur.
Itulah antara perkara yang sedang dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk menarik pelabur ke sini dan mudah-mudahan apa yang kita lakukan dapat memberikan manfaat kepada negeri kita, insya-Allah.
YANG BERHORMAT Ir. SAIFUL AZMI BIN SUHAILI (Wakil Kemasik): Dato’ Yang di-Pertua, soalan tambahan pertama saya berbunyi, unit manakah dalam Kerajaan yang berperanan dan bertanggungjawab untuk menilai peluang-peluang baharu yang dibangunkan terutama dari sektor hiliran minyak dan gas, petrol chemical dan polimer serta industri berat serta apakah perancangan yang dirangka?
Terima kasih. Unit manakah? Yang bertanggungjawab ini ialah Unit Pelaburan di bawah Unit Perancang Ekonomi Negeri yang berperanan dan mempunyai tanggungjawab dalam pelaburan dari sektor hiliran (downstream) bagi industri minyak dan gas serta industri berat di Negeri Terengganu. Dan satu jawatankuasa khas telah ditubuh, telah diwujudkan
bagi mempertimbangkan permohonan yang diterima terutama dalam sektor minyak dan gas.
Bagi perancangan masa akan datang ini, Unit Pelaburan sentiasa mengadakan perbincangan dengan pihak Petronas sebab pihak Petronas untuk menilai peluang-peluang baharu yang boleh dibangunkan dari sektor hiliran bagi industri minyak dan gas di Negeri Terengganu. Saya sentiasa berbincang sebenarnya dengan Petronas, saya beritahu dia kata: Lets be a revisit, kita lawati semula perkara yang telah kita buat selama ini sudah 30 tahun Petronas di sini, mari kita lihat kembali apakah faedah-faedah lain yang boleh kita terima daripada Petronas dengan kehadiran mereka di sini. Kita juga ada JWC (Join Working Council) dengan Rantau Petronas dan negeri yang sentiasa berbincang untuk mencari jalan untuk memberikan faedah lebih kepada Kerajaan Negeri hasil daripada kegiatan Petronas di sini. Biasanya kalau pelabur mari ni, biasa pelabur yang datang kepada kita, nak itu nak ini dan macam-macam jenis hok mari ni. Sekarang ni kita juga pergi kepada mereka bukan mereka sahaja datang, kita pergi, kita kenalpasti beberapa syarikat-syarikat yang berminat kita terus pergi untuk memujuk mereka untuk datang dan yang mari itu pulak macam-macam peseng jenis. Ada yang betul-betul berminat, berminat belaka tapi ada sesetengah tu jadi broker pun ramai jugok mari. Lepas tu merata jual projek, sampai masa tak ada apa satu. Ada juga kerja-kerja yang kita buat bila investor datang ni kita menilai dan akhirnya bersetuju untuk lulus, sampai masa kita minta pitis, tak mboh wat mari pitis, dia kata takdok. Ada dua-tiga projek yang macam tu lepas dua tahun beritahu kita kata takdok, tak boleh dia nak memenuhi syarat kita jadi membazir masa banyak, so, kita careful sikitlah sekarang ni. Sekian terima kasih.
Sila.
YANG BERHORMAT Ir. SAIFUL AZMI BIN SUHAILI (Wakil Kemasik): Dato’ Yang di-Pertua, soalan tambahan yang kedua, bagaimanakah penumpuan Kerajaan dalam mengutamakan industri-industri yang bersifat „low hanging fruit’ dengan izin, kerana kita ketahui mana-mana kawasan perindustrian yang telah tersedia terutamanya infrastruktur asas lebih cepat dibangunkan berbanding dengan industri-industri baharu yang kita lihat untuk pembinaan infrastruktur sahaja dah memakan masa yang panjanglah. Terima kasih.
„Low hanging fruits’ ni benda apa? Maknanya buah hak bawah boleh ambil cepatkan, hok boleh petik tu, petik awal-awal dan yang mudah dilaksanakan jika kawasan yang ada itu telah penuh dengan ada infrastruktur. Ini sedikit masalah kepada kita, kawasan-kawasan industri yang ada infranya kebanyakannya telah kita beri kepada pemilik-pemilik tapi dia tak buat. Macam di Kemaman tu daripada 100% yang kita bagi lebih pada 55% atau 45% tidak diusahakan, kawasan ada, orang nak masuk, tak boleh.
Jadi antara langkah yang kita buat ialah untuk mengambil langkah yang agak drastik iaitu kita telah bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa untuk menilai tanah-tanah ini dan akhirnya untuk merampas tanah-tanah yang telah diberi tapi tidak diusahakan supaya kawasan ini boleh diberikan kepada mereka yang berminat untuk datang segera. Minggu lepas ada syarikat yang datang nak melabur di kawasan itu di kawasan yang sudah penuh itu. Kita kata sabar dulu kita nak sediakan tanah yang sudah ada ini tapi orang punya, kita nak ambil balik lepas tu bolehlah mari. Jadi itu satu halanganlah dan kita sedang berusaha ke arah itu, insya-Allah. Dan kita juga memang ada satu jawatankuasa juga lagi untuk menilai projek-projek yang disebut „low hanging fruit’ ini yang boleh kita buat segera, insya-Allah itu dalam proses kita. Terima kasih.
Soalan tambahan..
Kalau Yang Berhormat nak bercakap masukkan dalam ucapan pergulungan, nanti akan dijawab sebab saya kejar masa ni. Saya jemput Wakil Wanita.
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya soalan 2 -
Apakah laporan terkini Laporan Alam sekitar berikutan pembinaan Jambatan Angkat (Drawbridge) terhadap ekosistem hidupan akuatik di sekitar kawasan yang telah dibangunkan dan apakah tindakan Kerajaan terhadap laporan tersebut?
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dato’ Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, Pegawai-pegawai Kerajaan dan Pemerhati sekalian. Soalan daripada ADUN Wanita, soalan no 2 yang berbunyi, apakah laporan terkini Jabatan Alam Sekitar berikutan pembinaan Jambatan Angkat ataupun Drawbridge terhadap ekosistem hidupan akuatik di sekitar kawasan yang telah dibangunkan dan apakah tindakan Kerajaan terhadap laporan tersebut? Sebagai respon untuk jawapan kepada soalan tersebut berdasarkan rekod pengawasan Alam Sekitar yang dikemukakan setiap tiga bulan sekali, Alam Sekitar buat penilaian kita dapati kualiti air di sekitar tapak Drawbridge tidak berubah jika dibandingkan data asas sebelum dan sekarang iaitu masih lagi dalam kategori atau Kelas II berdasar kepada National Water Quality Standards For Malaysia. Kualiti Kelas II ni ialah kualiti air yang tidak menjejaskan ekosistem dan juga hidupan air ataupun akuatik cuma tidak boleh diminum terus, perlu dirawat dahulu. Kalau Kelas I dia boleh minum begitu sahaja, tapi Kelas II mesti dirawat untuk dijadikan minuman tapi di situ bukan orang suruh minum hanya untuk hidupan air akuatik maka setakat ini tidak menjejaskan hidupan akuatik mahupun ekosistem. Terima kasih.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, soalan tambahan saya yang pertama: Secara teknikal apabila berlaku pembangunan di muara sungai tersebut iaitu di sekitar Drawbridge adakah telah berlaku pemendapan pasir yang mengakibatkan muara sungai menjadi cetek dan masalah kepada laluan bot-bot besar dan sekali gus akan menjejaskan ekosistem di kawasan yang telah dibangunkan. Sekiranya berlaku permasalahan ini, apakah langkah-langkah Kerajaan bagi mengatasi masalah tersebut. Yalah seperti kita tahu tidak dapat dinafikan apabila masalah ini berterusan dan menyebabkan kos mendalami muara sungai agak besar. Saya mohon pandangan ataupun jawapan daripada Yang Berhormat.
Terima kasih Wakil Wanita. Pembinaan Drawbridge ini dari segi kesan mendapan dia tidak berapa besar kerana tiang tengah dan juga yang kita panggil satu lagi istilah yang kita sebut sebagai pile cap ataupun penutup cerucuk tengah tidaklah menghalang begitu besar aliran sungai dari segi hidroliknya, memang ada kesan, melambatkan aliran daripada upstream, daripada hulu ke hilir maka ada berlaku sedikit mendapan di sebahagian di sebelah dalam ataupun sebelah hulu tapi, bila air dah keluar, dia keluar dengan laju, maka pemendapan di bahagian hilir tidak berlaku. Cuma, kesannya setakat ini memang pihak Alam Sekitar telahpun dari segi NAHRIMnya telah membuat kajian Enviromental
Management Plan yang dikemukakan, dicadangkan supaya dibuat pengerukan dua tahun sekali sebab dia bukan menimbun begitu besar dan kualiti air dibuat kajian sebanyak tiga bulan sekali. Jadi, setakat ini belum ada laporan yang memerlukan kita mendalami muara sungai. Cuma, jadi masalah kita adalah spank dia, spank tu agak sempit dan menyebabkan kapal-kapal besar tidak boleh masuk, dari segi mendapan pasir tidak begitu serius. Terima kasih.
Soalan tambahan saya yang terakhir: Adakah pihak Kerajaan bercadang untuk mengadakan Zon Pemampan untuk melarang pemancing bagi memelihara hidupan akuatik di kawasan tersebut?
Setakat ini, dia tidak mengganggu hidupan akuatik. Jadi, tidak ada sebab kenapa kita nak menghalang orang nak memancing dari segi apa tujuan ikan ada dalam sungai. Ikan dalam sungai nak memancing, nak tengok tak nampak, jauh kalau dalam kolam bolehlah kita tengok. Jadi, orang nak memancing, tak ada masalah cuma, keselamatan diutamakan. Nak memancing, jaga keselamatan. Tapi, dari segi ikan tak apa kalau ada ikan, boleh memancing, tak ada masalah. Tidak ada peraturan yang kita nak buat, nak menghalang orang memancing dari segi untuk menjaga ikan dalam sungai sebab air itu selamat. Terima kasih.
Okey, terima kasih. Saya nak bagi peluang soalan terakhir daripada Wakil Tepoh.
Assalamuala’laikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya nombor 1-
Sejauhmanakah perkembangan projek pembangunan Bandar Baru Kuala Nerus sehingga hari ini? Apakah bentuk komponen pembangunan untuk perbelanjaan RM600 juta yang dibelanjakan?
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamuala’laikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang
Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Soalan satu daripada Tepoh, sejauh manakah perkembangan projek pembangunan Bandar Baru Kuala Nerus sehingga hari ini? Apakah bentuk komponen pembangunan perbelanjaan RM600 juta yang dibelanjakan?
Setakat ini, kemajuan fizikal Projek Pembangunan Bandar Baru Kuala Nerus ini ialah 81 hari ke depan daripada asal. Maknanya, comel, baguslah tu. Kemajuan kerja di tapak bina sehingga 20 Oktober 2019 adalah 78.77% sebenar sekarang ini berbanding 72.25% seperti kalau ikut jadual. Manakala, bentuk komponen pembangunan bagi kos perbelanjaan sebanyak RM600 juta adalah melibatkan enam perkara berikut:
BIL KOMPONEN KERJA KONTRAK (RM) 1 Preliminaries and Turnkey Cost RM23 juta 2 General Items and Preliminaries RM40.5 juta 3 Komponen 1, iaitu Pembinaan jalan dari laluan Persekutuan di Kawasan Perindustrian Gong Badak serta bulatan Pusat Pentadbiran Daerah Kuala Nerus RM251 juta 4 Komponen 2, Bangunan Pentadbiran RM175 juta 5 Komponen 3, pembinaan jalan dari laluan masuk ke Padang Nenas ke Pusat Pentadbiran Daerah Kuala Nerus hampir RM51 juta 6 Ambil balik tanah RM25 juta
Lepas tu, GST, ni kes GST ada 6% kena bayar, RM34 juta lebih kurang. Jumlah semua sekali RM600 juta. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya yang pertama: Difahamkan dalam jawapan yang dikemukakan tadi adalah proses pengambilan tanah diberikan mandat kepada pihak kontraktor. Adakah pihak Kerajaan menyedari bahawa pihak kontraktor masih belum lagi menyelesaikan pembayaran pampasan kepada yang terlibat dalam kawasan Bandar Baru Kuala Nerus daripada jumlah RM25 juta yang dimaksudkan sebentar tadi? Terima kasih.
Memang sedar dan kontraktor memang tidak bayar lagi. Dia kena bayar RM25 juta tapi, dia bayar baru RM1,851,565.00 sahaja pada 13 November 2019, baru lagi. Dia bayar
banyak tu sahaja. Kita sedar sekarang ini sepatutnya dia bayar lagi RM21 juta terhutang untuk bayar. Jadi, UPEN telah mengadakan perbincangan dengan pihak JKR, Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Nerus, Pejabat Perbendaharaan Negeri dan Pejabat Undang-Undang Negeri pada 21 November yang lepas. Keputusan hasil perbincangan ini adalah baki bayaran pampasan akan dibuat oleh pihak kontraktor sebagaimana tertakluk dalam kontrak asal. Dia tak boleh lari, dia kena bayar tapi, dia belum bayar lagi, bayar sikit baru. Terima kasih.
Oleh kerana berlaku kelewatan pembayaran, tentu sekali akan berlaku denda yang terlibat. Adakah ia akan memberi kesan kepada projek ini ataupun memberi kesan kepada pembayaran tambahan daripada pihak Kerajaan kesan daripada kelewatan membayar pampasan yang dimaksudkan?
Ya, seperti disebut tadi perbincangan telah dibuat dan kalau ikut sekarang ini perkembangan sekarang ini kemajuan tu ke depan dan insya-Allah kalau berjalan seperti yang dijadualkan, Bangunan Gunasama Pejabat Tanah Daerah ini dan Dewan Perdana ini boleh kita gunakan pada 14 Disember 2020 nanti. Maknanya, itu harapan kita. Namun begitu, kita tengoklah macamana perkembangan setelah diadakan perbincangan nanti insya-Allah. Kita harap dia bayarlah sebab memang tanggungjawab bayar. Kalau ada apa-apa perkara yang berlaku selepas pada itu, kita akan ambil tindakan sewajarnya, insya-Allah.
Okey, terima kasih. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya tangguhkan sementara Persidangan kita dan disambung semula pada pukul 11.15 pagi.
DEWAN DITANGGUHKAN SEMENTARA PADA PUKUL 10.55 PAGI.
PUKUL 11.30 PAGI
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamua’laikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Pada pagi kelmarin Rang Enakmen Perbekalan 2020 untuk bacaan kali yang kedua telah mendapat sokongan. Sebelum saya jemput Ahli Yang Berhormat memulakan Perbahasan Belanjawan kita, yang pertama saya nak mintak Yang Berhormat untuk menjaga masa di mana penyokong kepada Cadangan Rang Undang-undang ini saya akan bagi masa 20 minit. Semua Ahli-ahli Berhormat lain diberi masa selama 15 minit dan ketua kepada kawan-kawan kita, kita akan bagi masa selama 20 minit juga. Cuma, oleh kerana kita nak jaga masa saya ingat tak perlu panjang sangatlah dari segi mukadimah. Yang penting kita mintak landing direct to the point, apa nama ni perkara-perkara yang hendak dibahaskan dalam apa nama ni agenda kita sekarang ini.
Yang kedua, saya juga nak maklumkan system timer kita, kita dah tukar skrin baru, bukan tukar skrin, kita tukar dia punya yang daripada biasa kepada digital sepenuhnya. Jadi peruntukan masa kepada setiap Ahli-ahli Yang Berhormat boleh merujuk kepada skrin lebih jelas sebenarnya dan kita harap dengan panduan masa digital yang lebih jelas ini, kita dapat sama-sama jaga masa-lah. Saya nak mulakan dengan satu pantun:
Jauh sungguh Pulau Mahasan, Pantainya cantik tidak terkira, Mari bersungguh agenda perbahasan, Wakil Tepoh pembuka bicara.
Dipersilakan Wakil Tepoh.
Assalamua’laikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Alhamdulillahhirrabil alamin Wassolatu Wassalamu’ala asyrofil anbiya iwal mursalin. Wa’ala alihi wa ashabihi ajmain Amma Ba’d.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, seluruh Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, semua wakil-wakil Kakitangan Kerajaan, hadirin hadirat
yang dirahmati Allah sekalian. Alhamdulillah kita bersyukur kepada Allah, diberikan peluang dan keizinan pada hari ini, untuk memulakan ucapan perbahasan bagi menyokong bajet 2020 yang telahpun dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar pada hari kelmarin.
Sebagai sebuah Kerajaan, tanggungjawab yang paling utama kepimpinan adalah kepada Allah SWT dan seterusnya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap rakyat jelata. Tanpa Kerajaan, golongan miskin dan lemah akan sentiasa tertindas oleh golongan yang kaya dan berpengaruh. Meskipun demikian, ada ketikanya Kerajaan juga membawa sikap golongan penindas. Justeru, sempadan ini perlu diletakkan sejelasnya oleh kita sebagai pemegang amanah menguruskan sebuah Kerajaan.
Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala di dalam Al-Quranul Karim:
Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang kamu kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Demikian juga firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala di dalam Al Quranul Karim:
Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang, mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara sembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian”.
Yang Berhormat Dato’ Yang Di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Ahli Dewan berhubung dengan bebanan kewangan yang agak besar dilalui oleh Kerajaan Negeri sebagaimana yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar kelmarin. Ada beberapa aspek yang perlu diberikan perhatian:
i) Pemotongan 25% amaun Wang Tunai Petroleum ii) Komitmen wajib melibatkan projek „bayaran tertangguh’ dan „bayaran berjadual’.
Izinkan saya membicarakan dua topik ini untuk mendapat perhatian pihak Dewan sebagai satu rakaman suara daripada Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu
Pemotongan 25% amaun Bayaran Tunai Petroleum untuk pembayaran semula hutang Kerajaan Negeri kepada pihak Kerajaan Persekutuan. Jumlah baki hutang yang disemak sehingga 31 Oktober 2019 adalah berjumlah sebanyak RM310 juta. Lebih mengejutkan, baki hutang ini juga akan membabitkan sejumlah hutang yang belum cukup tempoh matangnya. Semakan yang dibuat untuk baki dari RM310 juta ini, hanya RM68 juta sahaja hutang yang cukup tempoh matang. Manakala RM242 juta pula mengikut kontrak perjanjian yang akan bermula pada tahun 2021.
Kita bersetuju, penurunan jumlah hutang berlaku dengan ketara setelah pemotongan 25% ini dilaksanakan. Pada Tahun 2017 menyaksikan jumlah hutang terkumpul sebanyak RM907 juta dan tahun 2018 sebanyak RM733 juta dan kini jumlah berbaki sebanyak RM310 juta. Walaupun begitu, suka untuk Dewan Undangan Negeri Terengganu menyampaikan mesej kepada Kerajaan Persekutuan agar dapat mempertimbangkan pembayaran hutang hanya melibatkan jumlah yang cukup tempoh matang sahaja untuk 2020 bagi memberikan kesaksamaan agenda pembangunan dalam negeri demi kepentingan rakyat. Semangat federalisme perlu diterjemahkan sebaiknya oleh Kerajaan persekutuan.
Yang Berhormat Dato’ Yang Di-Pertua, dalam hal ini, suka untuk saya merakamkan rasa dukacita apabila ada pemimpin politik hari ini masih lagi ingin mengamalkan sikap dendam dan khianat. 9 November 2019, dilaporkan bahawa pemimpin Pakatan Harapan Terengganu mahu wang royalti diuruskan oleh agensi Kerajaan Pusat. Saya bersetuju dengan Wakil Kijal dalam sesi Soalan Lisan kelmarin berkenaan status royalti. Ia juga membenarkan apa yang telah berlaku di awal perolehan royalti. Izinkan saya membaca
transkrip Ucapan Belanjawan Tahun 1979 oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Haji Wan Mokhtar Ahmad pada 26 Disember 1978 dalam mempertegaskan royalti petroleum adalah hak milik Terengganu. Kata beliau;
“Tidak satu senpun daripada tambahan pendapatan hasil bagi tahun ini adalah melalui kenaikan kadar hasil, cukai atau lesen. Punca hasil yang terbesar bagi tahun 1979 ialah perolehan daripada petroleum dan gas iaitu yang dianggar sebanyak RM52 juta. Pendapatan tersebut merupakan kadar 5% daripada nilai petroleum dan gas yang dikeluarkan dari dasar laut berhadapan dengan Negeri Terengganu mengikut perjanjian yang telah dimeterikan di antara Kerajaan Negeri Terengganu dengan Petronas.
Tahun 1979 adalah tahun kedua bagi Negeri Terengganu menikmati hasil daripada punca yang baharu ini. Dalam tahun pertama iaitu semenjak dasar laut Terengganu mula memerintah minyak pada 13 Mac 1978, anggaran hasil yang dipinda sehingga akhir tahun ialah sebanyak lebih kurang RM25 juta ".
Transkrip ini penting untuk sejarah Terengganu. Kesilapan ini juga perlu diperakui oleh rakan-rakan kami di sebelah sana. Kerana royalti minyak ini ditarik pada penggal pemerintahan PAS pada tahun 1999-2004. Ini cerita lama dan kita harap ia tidak berulang lagi di masa yang mendatang. Malahan kita berganding bahu untuk melihat masa depan yang lebih baik buat rakyat Negeri Terengganu.
Kekesalan ini saya rakamkan dalam persidangan kerana kebanyakan yang inginkan royalti minyak diurus oleh agensi pusat adalah daripada kalangan pejuang royalti ketika bergelar pembangkang suatu ketika dahulu. Saya mengharapkan agar hasrat ini mereka tidak teruskan. Malah sepatutnya kita perlu berganding bahu antara kita sesama Terengganu melupakan seketika persengketaan politik demi meningkatkan upaya Negeri tanah tumpah ini agar lebih berdaya saing. Menggunakan sepenuhnya ruang berada di peringkat Kerajaan Persekutuan untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi di Negeri ini, mengembalikan cukai rakyat Terengganu dalam pembangunan di Negeri ini.
Paling tidak berusahalah di peringkat Persekutuan dan mungkin ini cadangan saya buat mereka, yang pertama, kadar pembayaran hutang yang belum cukup tempoh matang ini tidak perlu lagi dipaksa bayar atau berusaha mendesak Kerajaan Persekutuan dapat melunasi segera pembayaran yang masih tertunggak kepada Kerajaan Negeri sebanyak RM1.431 bilion.
Tidak lain dan tidak bukan, demi melihat kelangsungan pertumbuhan ekonomi yang lebih mapan, berdaya saing, melihat kepentingan rakyat dan Negeri sewajarnya semua ahli politik bergandingan untuk memberikan khidmat terbaik buat rakyat. Komitmen wajib yang melibatkan projek „bayaran tertangguh’ dan „bayaran berjadual’.
Laporan Jawapan Lisan oleh Yang Berhormat Wakil Kuala Berang kelmarin dan pembentangan rasmi Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar membuktikan 6 projek yang menggunakan kaedah „bayaran tertangguh’ dan „bayaran berjadual’ akan mula dirasai bebannya bermula pada tahun 2020. Sejumlah RM400 juta akan menjadi komitmen wajib yang mesti ditanggung oleh pihak Kerajaan.
Saya mengucapkan syabas dan tahniah buat kepimpinan Kerajaan Negeri kerana begitu teguh menggalas bebanan ini untuk dilunas. Kita percaya semua projek ini demi kepentingan rakyat. Cuma mungkin kaedahnya sahaja yang dilihat membebankan. Tiada gunanya lagi untuk berbicara soal yang telah berlaku. Marilah kita bergerak ke depan dan menilai kepentingan rakyat. Itulah yang lebih utama diberikan perhatian.
Justeru, saya berhasrat untuk mengajak Dewan menyemak kembali kemajuan keseluruhan projek utama ini agar ia mampu memberikan pulangan yang berbaloi buat rakyat Terengganu. Enam (6) projek ini seperti Loji Rawatan Air Bukit Sah, Kemaman, dimaklumkan akan mengalami lanjutan tempoh masa yang sepatutnya disiapkan pada Mei 2020. Loji Bekalan Air Kuala Terengganu Utara yang dijangka siap pada 14 Mei 2020 juga akan melalui tempoh lanjutan masa. Pusat Pentadbiran Daerah Kuala Nerus akan dijangka beroperasi pada 14 Disember 2020. Pembangunan Muara Sungai Terengganu yang sepatutnya telah siap. Asrama Atlet Majlis Sukan Negeri Terengganu dijangka siap 8 April 2021. Fasa 2 Bandar Baru Kijal 10 Oktober 2021.
Sebentar tadi kita dapat menyaksikan umpamanya Pembangunan Bandar Baru Kuala Nerus, kalau mengikut kemajuan kerja, ia dikatakan telah jauh ke depan dibandingkan dengan jadual. Pun begitu, dalam aspek pampasan yang saya kemukakan melalui soalan tambahan sebentar tadi, kita perlu untuk memberikan tumpuan juga kepada kebajikan penduduk yang terlibat dengan pampasan ini. Proses ini diserahkan sepenuhnya kepada pihak kontraktor dan tidak wajar kita membiarkan kontraktor ini bebas dalam keadaan mereka tidak membayar, hanya RM1 juta lebih sahaja yang telah dikeluarkan pembayaran sedangkan saya difahamkan Kerajaan pula memberi dan melunasi pembayaran berjadual ini pada setiap tahun.
Menjadi harapan kita kemajuan semua projek ini dapat disiapkan mengikut jadual. Paling tidak, ia tidak memakan masa terlalu lama untuk disiapkan. Mesti mengikuti piawaian kualiti yang digariskan dan menepati kos yang ditetapkan. Dengan dua beban utama yang dipikul Kerajaan pada hari ini, tidak keterlaluanlah apabila Bajet 2020 terpaksa melalui dasar pengurusan bajet defisit. Pun begitu, tidaklah juga membimbangkan ekoran keberhutangan kita untuk development expenditure ataupun devex (perbelanjaan untuk pembangunan) bukannya untuk operating expenditure. Justeru bajet kali ini tidak mengalami defisit pada operasinya iaitu bahasa mudahnya, revenue atau hasil Kerajaan melebihi daripada operasi yang disenaraikan kepada kita.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, berdasarkan “Membina Generasi Terengganu Sejahtera”, Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dilihat makin serius untuk melihat tagline Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera dapat dibentuk sebaiknya. Berbekalkan 5 teras utama, 25 strategi dan 134 inisiatif amat diyakini mampu membuat lonjakan bagi mencapai objektif yang digariskan. Apatah lagi Kerajaan Negeri telah memperkasakan kaedah perolehan idea pembentukan bajet melalui kaedah „bottom up’. Penganjuran CBRT (Cadangan Belanjawan Rakyat Terengganu) dilihat membawa suara dari bawah untuk diberikan perhatian. Kami merakamkan setinggi ucapan tahniah atas usaha seperti ini. Dalam suasana berhemah dan berawas membelanjakan kewangan Negeri, kriteria berimpak tinggi, memacu pertumbuhan ekonomi, mensasarkan keperluan golongan miskin dan menjana peluang pekerjaan hendaklah menjadi teras keutamaan oleh pihak Kerajaan.
Justeru, Dasar Integriti Darul Iman (DIDI) amat wajar digerakkan secara menyeluruh dan serius. Melahirkan kepimpinan masyarakat yang berintegriti, amanah dan bertaqwa merupakan satu tanggungjawab besar pihak Kerajaan. Menjadikan perkhidmatan untuk rakyat jelata sebagai suatu tanggungjawab yang besar bukannya untuk mencipta kekayaan peribadi secara jalan yang salah. Pendeta Za’aba pernah berpantun:
Nyaris-nyaris tertembak rusa Rusa sedang makan di tanah Berjenis-jenis rupanya dosa Dosa besar pecah amanah
Sama ada kita bergelar wakil rakyat mahupun kakitangan awam, kerja secara konsisten, berkualiti serta bersifat resilience (berdaya tahan) perlu dijadikan budaya dalam
perkhidmatan. Setiap daripada kita semua mesti mempunyai inisiatif untuk sentiasa mengkaji semula sistem dan prosedur kerja supaya proses membuat keputusan dan tindakan dapat dipercepatkan. Janji-janji dalam piagam-piagam pelanggan hendaklah sentiasa disemak bagi memastikan ianya sesuai dengan pelanggan dan juga persekitaran. Saya nyatakan hal ini, kerana ingin menarik perhatian semua pihak sama ada kepimpinan bergelar Wakil Rakyat mahupun Pegawai Tadbir Negeri untuk bergerak seiring dan berganding bahu dalam menjayakan dasar Kerajaan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, tidak kurang pentingnya untuk melihat kembali kelemahan dokumen kontrak kita sehingga menyebabkan Kerajaan berdepan dengan kerugian. Kita pernah ditimbulkan isu penyelesaian luar mahkamah dalam kes Taman Ilmu sebagai suatu contoh. Saya juga percaya masih ada kes yang lain sama ada melibatkan Kerajaan Negeri secara langsung atau melalui GLC Kerajaan Negeri. Agak hairan apabila kita gagal dalam mempertahankan kes. Apakah kerana kecuaian kerja kita? Atau kerana kita mengambil sikap sambil lewa? Atau mungkinkah terma perjanjian kontrak kita tidak kukuh untuk memberikan peluang Kerajaan bertahan dan menang ketika mana kita berdepan dengan situasi kes mahkamah seperti ini.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, kelmarin juga, Yang Berhormat Wakil Pengkalan Berangan mengambil peluang mengemukakan Usul Di Bawah Fasal 30, Perkara-perkara Yang Mustahak Bagi Orang Ramai dengan mengusulkan Bantahan Usaha Menggabungkan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Dalam kerancakan Kerajaan Negeri menawarkan pelbagai inisiatif dan insentif dalam aspek pendidikan, rakyat masih lagi dikejutkan dengan cadangan yang dikemukakan pihak Kementerian untuk menggabungkan dua buah universiti ini. Agak menghairankan apabila dua buah universiti di Terengganu ini juga yang menjadi pilihan Kerajaan Persekutuan. Kesan paling mudah dari dua buah universiti akan berbaki hanya satu. Sebenarnya bukan mudah untuk mendapatkan kembali hak sebuah universiti awam bertapak di Negeri kita ini. Dari dua buah universiti, kita hanya tinggal sebuah sahaja. Untuk meningkatkan prestij universiti, apakah tiada formula lain selain gabungan? Kita jangkakan tidak banyak penjimatan yang boleh dicapai. Penjimatan yang berlaku pun kerana resizing, dengan izin mengecilkan jumlah kakitangan, menamatkan semua kakitangan kontrak. Itu menurut jangkaan kami.
Apa yang disaksikan kini, UMT dan UniSZA tetap menjadi pilihan pelajar untuk menyambung pengajian di kedua universiti ini. Ertinya, bukan kerana dua universiti ini
tidak mendapat sambutan. Usul yang dibawa kelmarin sangat dimaklumi, kalau dibuka undian tentu sekali akan mendapat sokongan sebulat suara pihak Dewan. Kita memahami masa yang terhad menyebabkan keperluan untuk mendahulukan usul ini agak sukar untuk diputuskan oleh pihak Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Meskipun demikian, saya ulangi kembali suara bantahan ini supaya mendapat rakaman Dewan dan dicatatkan suara Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu yang membantah usaha penggabungan yang dijalankan ini. ….[Tepukan sokongan] …..
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin merakamkan ucapan tahniah khusus buat Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua bukan kerana masa telah tamat.
Tak apa teruskan masa kecederaan.
Atas usaha gigih memartabatkan Badan Legislatif melalui Dewan Undangan Negeri Terengganu. Keseimbangan antara kuasa Legislatif dan Eksekutif ini amat wajar diketengahkan agar sesebuah Kerajaan akan kukuh dan benar-benar memulangkan manfaat untuk rakyat jelata. Dalam Kertas Laporan DUN Bil. 27 telah dikemukakan satu Laporan Jawatankuasa Terpilih Pengurusan Dewan Undangan Negeri Terengganu berkenaan dengan Kajian Penambahbaikan Dewan Undangan Negeri untuk kali pertamanya. Kini, sedikit sebanyak kita mula melihat beberapa perubahan telah diperkenalkan dalam setiap sesi Persidangan. Untuk memiliki sistem pentadbiran Kerajaan yang lebih kuat, pemerkasaan Badan Legislatif ini amat perlu diberikan perhatian.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, inisiatif yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar adalah penubuhan Pusat Tafaqquh Fi Din Tok Syeikh Duyung yang bersifat Edu-Tourism di Taman Tamadun Islam. Hasrat yang baik ini hendaklah diutamakan sebagai satu medan penyuburan penguasaan disiplin ilmu agama secara komprehensif di Terengganu. Malah menjadi lokasi penting kunjungan ulama-ulama dunia yang berkongsi ilmu di lokasi ini, mengatasi semangat tourism yang dicanang. Menyambut usaha ini, Masjid Kristal yang difahamkan masih ditutup untuk baik pulih hendaklah disegerakan proses baik pulih, meningkatkan servis sebagai masjid utama kunjungan orang ramai. Taman Tamadun Islam sangat diharapkan menjadi lokasi tumpuan utama pelancongan ke Negeri Terengganu. Sesuai dengan jolokan Serambi Madinah. Difahamkan ada rombongan pelancong muslim hanya menumpang solat di surau sementara dan difahamkan juga ia agak menyedihkan.
Oleh kerana Taman Tamadun Islam telah dibina oleh Kerajaan terdahulu untuk merancakkan pembangunan industri pelancongan, sewajarnya kita memberikan fokus utama memulih dan menjadikan kembali lokasi ini sebagai tempat tumpuan dan juga sambutan pelancong. Apatah lagi, tahun 2020, dijangka penerimaan pelancong akan bertambah ekoran Tahun Melawat Malaysia. Alternatif pelancongan Islam akan menjadi daya tarikan. Usaha gigih Kerajaan dalam menggiatkan industri pelancongan sewajarnya diberikan pujian. Apatah lagi unjuran kunjungan pelancong dari Januari hingga Ogos 2019 berlaku peningkatan sebanyak 9.8% berbanding tempoh yang sama pada 2018.
Selain Edu-Tourism, Sport Tourism juga sebaiknya ditumpukan oleh pihak Kerajaan. Kompleks Sukan Gong Badak yang menjadi hub sukan di Negeri Terengganu perlu diberikan nafas yang lebih baik. Pusat Latihan Pasukan TFC perlu diperkasakan dan diberi suntikan yang lebih baik. Saya rakamkan ucapan tahniah atas usaha Kerajaan Membina Pusat Skuasy Negeri di Kompleks Sukan Gong Badak dalam Bajet 2020. Ia dilihat mampu untuk membuka peluang kepada atlet negeri yang lebih berdaya saing, memiliki peluang yang lebih luas untuk menjadi atlet negara di masa yang akan datang.
Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dijangka akan digunakan untuk pasukan Liga Super bersaing pada musim hadapan. Padang bola sepak yang dibaik pulih oleh pihak Malaysia Football League (MFL) meletakkan sebagai padang bola sepak terbaik di negeri ini, pun begitu, masih banyak infrastruktur yang memerlukan komitmen pihak Kerajaan untuk memastikan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin ini boleh beroperasi sebaiknya. Sport Tourism melalui sukan basikal dilihat mampu merancakkan kunjungan pelancong untuk sukan ini. Tempoh hari, Tour of Peninsular berjaya dianjurkan di Negeri Terengganu dan Terengganu antara lokasi penting penganjuran. Kita berharap Le Tour De Langkawi (LTDL) untuk 2020 juga akan kembali memilih Terengganu sebagai destinasi kunjungan. Saya berharap pihak Kerajaan melalui pelancongan dapat bekerjasama dengan aktiviti-aktiviti sukan bagi menjayakan sport tourism di negeri ini.
Yang Berhormat …..
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, secara keseluruhan …..
Masa Yang Berhormat telah tamat.
Nak habis dah, Bajet 2020 yang bertemakan Membina Generasi Terengganu Sejahtera cukup membanggakan walaupun dihimpit dengan bebanan luar biasa seperti yang telah dinyatakan di awal perbahasan saya. Saya berdoa agar Allah Subhanahu Wa Ta’ala mengurniakan Terengganu sebagai sebuah negeri yang benar-benar maju, yang benar-benar berkat dan benar-benar sejahtera.
Tepoh, mohon menyokong. Sekian, terima kasih.
Terima kasih pada Wakil Tepoh, saya pertimbangkan masa yang lebih atas kedudukan beliau sebagai Pengerusi BBC. Seterusnya dijemput…..
Tak apalah gitu, ingat ke letak masa untuk langgar?
Hah, dok. Sila, siapa Ahli Yang Berhormat yang nak bercakap, sila Wakil Bandar.
Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Alhamdulillahilladzi bi nimatihi tatimmush sholihat. Asyhadu alla illaha illallah wahdahulla syarikalah wa ashhadu anna Muhammadan wa abduhu wa rasullulluh. Allahuma salli wa sallim „ala habibina wa syafi’na Muhammad wa’ala alihi wa sahbihi ajmain. Amma Ba’d.
Yang dihormati Dato’ Yang di-Pertua, seterusnya Dato’ Seri Menteri Besar dan pimpinan Kerajaan Negeri serta para hadirin yang dikasihi sekalian. Pertama-tamanya, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada barisan pimpinan Kerajaan Negeri yang telah menyusun Belanjawan Negeri Terengganu 2020 yang berasaskan Rancangan Negeri dan kepentingan rakyat.
Dato’ Yang di-Pertua dan para hadirin sekalian, perancangan Belanjawan Negeri Terengganu 2020 ini yang mencakupi kepentingan Kerajaan dan juga masyarakat rakyat Negeri Terengganu, dan bagaimana Kerajaan ingin membawa rakyat Negeri Terengganu hala tuju di masa hadapan. Bajet yang bersifat defisit menggambarkan komitmen
Kerajaan untuk memastikan segala pembangunan dan janji-janji kepada rakyat dapat ditunaikan dengan penuh amanah. Saya tumpang pantun sekerat:
Turun ke pekan di pagi hari, Jangan lupa bawa bekalan, Janji bukan sebarang janji, Bila berjanji mesti ditunaikan.
Dato’ Yang di-Pertua saya juga ingin memetik ayat 41 surah Al–Hajj:
Maksudnya: Orang-orang yang jika kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi nescaya mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat ma’aruf dan mencegah daripada perbuatan mungkar dan kepada Allahlah kembali segala urusan.
Berdasar kepada ayat ini saya ingin menfokuskan perbahasan saya kepada teras yang pertama iaitu memartabatkan pelaksanaan Islam.
Utaranya Besut, selatannya Kemaman Timurnya laut, baratnya hutan Kalau inginkan negeri yang aman Al-Quran dan Sunnah jadikan ikutan.
Dato’ Yang di-Pertua, saya mengambil Teras yang Pertama sebagai tajuk perbahasan pada pagi ini. Melihat kepada Pasca PRU yang ke-14 yang telah memaparkan pelbagai situasi yang tidak selesa dan menyenangkan khususnya kepada orang Islam di negara ini. Kita melihat ada pihak yang sudah berani mempertikaikan kedudukan Islam di dalam negara kita. Walhal kedudukan Islam itu telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, dalam Perkara 3 (1), Islam Agama Persekutuan yang sudah dimaklum dan maklum kepada rakyat tetapi hari ini kita melihat walaupun termaktub di dalam Perlembagaan, Agama Islam sebagai agama rasmi, sudah ada ruang-ruang dan juga
pihak yang berani mempertikaikan. Ia bukan sahaja masalah Agama Islam, terus berantai dengan masalah hak istimewa orang Melayu, bahkan kedudukan kedaulatan Raja-raja juga diperkecil dan diperlekehkan.
Dato’ Yang di-Pertua, para hadirin yang dikasihi sekalian, fenomena ini bukan satu fenomena yang baik, yang telah menyebabkan rakyat menjadi resah dan gelisah. Bagaimana mungkin sebuah negara yang mempunyai majoritinya Muslim Melayu, tidak dapat mempertahan apabila ada pihak yang mempertikaikan Islam sebagai Agama Persekutuan, bahkan kita melihat baru-baru ini, penghinaan kepada Baginda Rasulullah SAW Sallallahu Alaihi Wasallam juga menjadi begitu serius dan ini merupakan sesuatu yang amat memalukan kita umat Islam di seluruh Malaysia.
Dato’ Yang di-Pertua, saya amat tertarik dan merasa yakin dengan strategi yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri. Lima strategi untuk memperkasakan pelaksanaan syariah di Negeri Terengganu. Dato’ Yang di-Pertua, Strategi yang Pertama, Merancakkan Program Keagamaan dan Penghayatan Syariat Islam. Sejarah Negeri Terengganu memang masyhur dengan Batu Bersurat yang dijumpai lebih daripada 700, yang telah bercatat 700 tahun lebih yang merupakan satu daripada bukti bagaimana Negeri Terengganu ini sudah berlandaskan dengan hukum syariah.
Para hadirin, tuan-tuan sekalian, maka amat baik dan tepatlah program-program yang dianjur, yang disusun bagi merancakkan kembali penghayatan kepada Islam dan dalam masa yang sama, bukan sahaja program yang kita cuba utarakan kepada rakyat tetapi pihak kerajaan juga harus memantau, meneliti dan juga membuat penilaian adakah program-program yang kita laksanakan itu menepati dan mencapai sasaran. Sekiranya telah mencapai sasaran, mungkin ada ruang lagi untuk ditambah baik. Sekiranya program itu tidak mencapai sasaran, perlu dibedah siasat untuk diperbaiki dan diberi kembali kepada rakyat.
Dato’ Yang di-Pertua, program keagamaan dan penghayatan ini tidak akan bermakna sekiranya semua pihak tidak menggembleng tenaga dan bersungguh-sungguh bersama dengan rakyat untuk sama-sama mengikuti dan melaksanakan. Seterusnya strategi yang kedua, menyemarakkan kecintaan terhadap Al-Quran. Al-Quran adalah panduan kita yang seharus dan semestinya perlu hidup di dalam diri kita. Perlu ditanamkan ke dalam masyarakat, kepada anak kita, keluarga kita, budaya cinta dan kasihkan kepada Al-Quran. Untuk memastikan pelaksanaan syariah ini berjalan baik mengikut acuannya, tidak
mungkin tanpa kita mendekatkan mereka dengan Al-Quranul Karim. Program Celik Al-Quran bukan sahaja untuk memastikan rakyat kita tahu membaca Al-Quran tetapi juga memahami apakah sebenarnya isi dan juga kehendak Al-Quran itu sendiri dan seterusnya yakin untuk beramal dengan Al-Quranul Karim. Kita mungkin baca Al-Quran hari-hari, kita mungkin melihat Al-Quran itu hari-hari, waktu subuh kita baca Quran, sebelum tidur kita baca Quran tetapi kita hendakkan sedar kepada masyarakat, kepada kaum keluarga kita bahawa Quran itu bukan setakat untuk dibaca tetapi perlu kita laksana dalam alam amalan kita seharian. Peruntukan yang begitu besar sebanyak RM7.85 juta adalah merupakan satu inisiatif yang sangat bijak bagi memastikan rakyat akhirnya dekat dengan Al-Quranul Karim.
Dato’ Yang di-Pertua, Strategi yang Ketiga yang telah dirangka iaitu Mengembangkan Dakwah Islam. Saya begitu tertarik apabila Yang Amat Berhormat menyebut untuk menubuh Pusat Dakwah Ummah pertama di Pulau Redang. Ini merupakan satu pendekatan yang baru yang begitu hebat kalau benar-benar dapat dilaksanakan. Umum tahu bahawa Pulau Redang pulau pelancongan dan tempatnya tempat pelancongan. Yang hadir ke sana bukan pakai serban, bukan pakai kopiah. Akhirnya pakai serban pun kalau pergi sana boleh terbang dengan serban-serban. Pakaiannya yang memang seronoklah. Hok sakit pun, segor. Yang Berhormat sakit boleh pergi sanalah. Tapi dengan inisiatif ini..
Paka terbang dok? Serban…(Sambil ketawa)….
Inisiatif yang dibuat di dalam Bajet 2020 ini sekiranya betul pelaksanaan dia, saya yakin ia boleh merubah membuat iklim baru di Pulau Redang. Tahniah Yang Berhormat Dato’ Seri.
Dato’ Yang di-Pertua, Pusat Dakwah Ummah ini bukan sahaja untuk memastikan, melahirkan pelajar-pelajar yang boleh berdakwah dalam suasana kontemporari, semasa dan moden tetapi juga dapat mewujudkan masyarakat persekitaran yang baik di samping mendekatkan mereka dengan Islam. Ini merupakan satu tindakan dan rancangan yang cukup bijak. Begitu juga penubuhan DUAT, Akademik Didik Ulama Amilin Terengganu juga merupakan satu daripada pendekatan untuk mengajak masyarakat kita bersama dengan Islam.
Dato’ Yang di-Pertua, Strategi yang Keempat, Mengimarahkan Institusi Masjid. Para hadirin sekalian, masjid bukan merupakan tempat untuk kita bersujud, sembahyang sahaja tetapi masjid perlu diperluaskan manfaat dan penggunaannya. Sepatutnya masjid mestilah menjadi tempat untuk memupuk ukhuwah sesama masyarakat, tempat untuk menyampaikan maklumat yang jelas dan juga tempat untuk menambah dan berkongsi ilmu, menyemai kasih dan hubungan silaturrahim. Satu lagi…..
Peringatan masa.
Dato’ Yang di-Pertua, agak malang kita mempunyai masjid yang banyak tetapi cara pengurusan masjid itu belum dimaksimumkan. Ada masjid yang mempunyai dana ratusan ribu, duitnya banyak tetapi kedekut untuk dibelanjakan. Bila hendak belanja minta dengan Yang Berhormat, padahal dana-dana masjid itu beratus ribu. Sedangkan rakyat yang melihat perlu untuk diberi peluang penggunaan masjid itu, dananya untuk masyarakat. Dato’ Yang di-Pertua, saya memohon pihak Kerajaan untuk memberi sedikit garis panduan kepada Jawatankuasa Masjid memastikan supaya dana-dana ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya.
Masa dah berbunyi Yang Berhormat.
Pantun sekali.
Okey, pantun tak apa.
Pantun tak apa. Dato’ Yang di-Pertua, sebelum saya beri pantun, saya mohon sikit hasrat orang Bandar.
Ngelat ni.
Hasrat orang Bandar ini Dato’ Yang di-Pertua, kita nak mohon supaya Kerajaan mencari jalan untuk menyegarkan balik Pasar Chabang Tiga dan Pasar Kampung Tiong. Ini hasrat daripada orang pasar, kerana pasar tersebut agak terselindung dan perlu diberi nafas baru, insya-Allah mudah-mudahan dapat perhatian Kerajaan. Yang kedua, untuk menyegarkan balik dan memulih Perkampungan Industri Tradisional Terengganu khususnya di Bandar. Akhir kata:
Ayam Katib, Ayam Hutan, Dipelihara bersama di dalam reban, Buang pedih buang kepahitan, Demi Islam kita bergandingan.
Pohon Selasih, Pohon Bidara, Tumbuh berjiran tepi telaga, Bajet lengkap raikan semua, Barulah berkat maju sejahtera.
Wabillahi taufik wal hidayah, Bandar mohon menyokong.
Terima kasih kepada wakil Bandar. Saya persilakan pula Wakil Hulu Besut.
Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli EXCO, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, Pemerhati yang dirahmati Allah sekalian. Syukur kepada Allah kerana kita dapat bersama lagi dan istimewanya saya dapat berucap lagi di Dewan yang mulia ini. Sebelum saya meneruskan ucapan, saya juga hendak baca semula pantun yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar di muka surat 86:
Daratan menghijau langit membiru, Indahnya alam ciptaan Tuhan, PAS UMNO dahulunya seteru, Kini kita saling bergandingan.
Sebab itulah kelmarin kita dapat RM250,000 setiap DUN …(Sambil ketawa)…. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana PAS dan UMNO dulunya seteru tapi hari ini dah berganding.
Sebenarnya Muafakat Nasional inilah yang perkara utama yang menjadikan pada saya masa depan Terengganu kita insya-Allah akan lebih baik dan insya-Allah akan lebih sejahtera. Sebelum saya pergi kepada ucapan menyokong Ucapan Bajet, saya nak sebut
nak bercakap sikit perihal Muafakat Nasional. Muafakat Nasional ni sebagaimana yang kita telah tahu sangat memberi kekuatan kepada Melayu Islam di seluruh negara. Cuma di Terengganu ni kita agak istimewa sedikit kerana dua parti politik PAS dengan UMNO di Terengganu ni dia sama kuat. Tahun 1999 PAS menang jadi Kerajaan, Tahun 2014 UMNO balik, UMNO jadi Kerajaan, 2004 sorry. Tahun 2018 PAS boleh balik. Dari situ apa maknanya. Maknanya kalau kita perhati segala program, segala projek yang dibuat oleh Kerajaan sebelum Tahun 1999 apabila PAS menjadi Kerajaan, PAS tukar semua. JKK diganti dengan JSR, Jawatankuasa Masjid diganti dengan Jawatankuasa PAS, masa tu, balloh semula. 2004 BN ambil balik, tukar pula JSR diganti dengan JKK balik, Jawatankuasa Masjid diganti dengan UMNO balik, tukar pula. 2018 PAS ambik balik, tukar pula.
Tukar abis ke campur-campur Yang Berhormat?
Tapi masa tu belum ada Muafakat Nasional lagi.
[Ketawa]….
Dan kita UMNO pun dah terima dah sedia dah kalah abis. Jawatankuasa Masjid kita mesti habis, JKK kita mesti takdok, kita dah sedia. Bajet doksoh kiralah.
Betul ke gitu tu?
Betul.
Dok… tidak… Jawatankuasa Masjid masih terbuka.
Jawatankuasa Masjid baru ni…. Minta maaflah ni saya nak tanya.
Cuba tengok semulalah. Cuba tengok semulalah.
Saya nak sebut pasal Muafakat Nasional. Pasal ini untuk kepentingan sesuai dengan hasrat Yang Amat Berhormat Menteri Besar nak tengok Terengganu kita ni sejahtera dan saya sangat suka. Dan saya sebenarnya umur saya ni sebenarnya pun dah nak masuk 60 dah. Syukur pada Allah.
60 dah Yang Berhormat?
Dekat-dekat nak 60.
Muda lagi.
Tapi anak baru umur tiga tahun. Haha ….[Ketawa]…. Syukur kerana sebelum ini bila nak masuk Dewan saya dengan rakan-rakan lain duduk mikir lagu mana kita nak cari isu untuk nak jatuhkan sebelah sana. Apa benda isu yang kita nak cari. Tapi hari ini kita takdok mikir gape. Takdok mikir apa dah, masuk Dewan kalau kita nak berucap kita berucap, kita rasa senang hati. Takdok nak cari jalan, nak cari isu nak jatuh sebelah sana, takdok.
Saya perhati tadi ucapan daripada Wakil Bandar. Adalah dia tegur sikit, kalau nak pergi Pulau Redang cabbut serban. Lek ni tak pakai serban lek ni. Kalau pergi tu tak cabbut serban. Jadi tegur sama sendiri dah lening. Sama sendiri dah dia tegur. Tapi masa sebelum ini kita UMNO, kita BN bila masuk Dewan kita fikir apa benda isu yang boleh menyebabkan sebelah sana tu jatuh tapi hari ni tak fikir dah. Saya pun berucap hari ni berucap gitulah. Tak apalah sesama sendiri… [Sambil ketawa]. Betul sesama sendiri. Cuma saya nak kaitnya Muafakat Nasional ni di Terengganulah khasnya. Pasal kita istimewa Negeri Terengganu. Negeri lain, sakni masa makan pukul 10.00, tengahari sakning, makan sama dengan Ahli Parlimen dia kata di negeri lain hebat dah UMNO dengan PAS ini, di Selangor, di perak, di Johor. UMNO dengan PAS duduk sekali, tiap-tiap malam dah minum sekali, minum air sekali, Mesyuarat Agong UMNOpun PAS yang rasmi dah di sebelah sana. Tapi di Terengganu ni dok, pasal istimewa tadi. Pasal istimewa sekali boleh ke UMNO, sekali boleh ke PAS, sekali boleh ke BN, ni boleh ke PAS pula. Tukar sokmo itu yang istimewanya. Jadi dengan sebab tu, saya selaku orang lama sini, saya ini antara orang paling lama sini.
Dah Yang Berhormat lepas pada ini dah kita MU tak tukar dah ork… PAS sokmolah. ….[Sambil ketawa]….
Tu yang saya nak jawab. ….[ketawa]…. Istimewa kita ini dan kita di kalangan Barisan Nasional dah boleh terima dah. Kalau kita pergi kampung hari inilah, Jawatankuasa Masjid tak ada sorang pun UMNO, kalau di kawasan sayalah, kawasan Hulu Besut saya. Jawatankuasa Masjid saya tanya ada tak mu lantik UMNO, takdok, semua orang PAS. Tak apa kita baik belaka, kita Muafakat Nasional dah, tak apa, takdok masalah. Lohlah. Saya tanya MPKK ada dok UMNO, takdok. Tak apalah, tak apa, Jangan bising. Pasal kita Muafakat Nasional takdok masalahlah. …. [Dewan ketawa]….. Betul. Lepas tu saya tanya Y.B. Setiu: Lagu mana tanah-tanah kelompok yang kita lulus masa BN menang dulu? Dah keluar Borang 5A, macam mana Setiu? Oh, kena batal habis. Besut macam mana? Kena batal juga. Tak apa itu Muafakat Nasional, takdok masalah. ….(Sambil Ketawa)….. Betul. Dan hari ni kita dapat pula RM250,000.00. Syukur alhamdulillah kerana Muafakat Nasional.
Cuma akhirnya saya duduk perhati, saya memang nak Muafakat Nasional menjadi suatu kenyataan. PAS dengan UMNO duduk sekali, sembahyang sekali, nikah pun kalau boleh hok orang sapa cadang hari tu, nombor 1 orang PAS, nombor 2 orang UMNO. Haa… gitu kalau bolehlah … [Sambil ketawa]….
Kalau nak ramai sangat.
Kalau nak ramai macam saya ni, saya ni biasalah. …[Ketawa]. Kita nak, hok suruh bersatu ni, macam mana nak buat? Pasal akhir sekali kita di Terengganu ni istimewanya pilihan raya, saya duk perhati macam mana pilihan raya akan datang. Kalau ikut sebelah sana dia nak suruh UMNO tanding 10 saja. Dia tanding 22. Kalau saya sebelah sana pun saya nak lagu tu. Betul dok? Pas tanding 22 kerusi UMNO tanding 10 kerusi sudah cukup. Pasal kita Muafakat Nasional. Kalau sayalah jadi Ketua Pembangkanglah tapi saya tak tanya lagi Ketua Pembangkang macam mana. Kalau saya, untuk Muafakat Nasional pilihan raya akan datang ni kita bertanding…..
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, kita tak payah tandinglah tahun depan.
Kita bertanding cara adik-beradik, 32 kita lawan 32 tapi kita janji dulu sebelum bertanding bila menang siapa jadi Kerajaan sekali lagi, katalah menang PAS, okey Menteri Besar beri ke orang PAS, EXCO beri ke UMNO separuh PAS separuh. Kita janji siap-siap. Kalau Rancangan Tanah Kelompok hok dari Pas tengah buat, kita jangan batal sebagaimana hari ini, kita teruskan jugak. Kalau rancangan contohnya PAS nak wak gape? Nak buat Tadika Islam ke gape bende, kita beri jugak. Kita teruskan juga jangan kita batal. Kita berlawan pulak kita jangan bersyarah menda-menda pelik. Bila menang sikit agi baru kita berkira dengan molek. Haa, tu hak saya rasa munasabah kalau cadangan Muafakat Nasional. Kalau 22 di sana 10 sini, Muafakat Nasional tak berapa jadi saya rasa. Kita tanding 32 kerusi lawan 32 kerusi barulah Terengganu menjadi contoh Muafakat Nasional pasal dah berjanji siap-siap bila menang nanti kalau menang PAS, PAS Perdana Menteri, PAS Menteri Besar, UMNO EXCO. Kalau boleh beri Timbalan Menteri Besar pun lagi baik, kalau boleh ubah Undang-Undang Tubuh Negeri, Menteri Besar PAS, Timbalan Menteri Besar UMNO. Kalau menang UMNO banyak, Menteri Besar UMNO, Timbalan Menteri Besarnya PAS.
Takut menang PAS belaka takdoklah takleh jadi EXCOlah.
Barulah kita sikit lagi tak balloh doh. Kita tanding 32-32 pun kita dok balloh dah kalau menang pun PAS Menteri Besar, UMNO Timbalan, kalau UMNO menang UMNO Menteri Besar, PAS Timbalan, dok balloh doh. EXCO sama ramai. Rancangan Tanah Kelompok ke, apa ke, tak batal teruskan. MPKK ada hari ini kita teruskan. Kalau UMNO menang, Pengerusi MPKK UMNO, Timbalan PAS. Daripada atas ke bawah kita siap-siap dah. Gitu juga masjid, Pengerusi Masjid kalau menang UMNO, UMNO jadi Pengerusi, Timbalan PAS. Kalau PAS menang, Pengerusi Masjid PAS, Timbalan UMNO. Ataupun kita gilir dua tahun sekali, tiga tahun sekali. Kalau menang tengok kita bincanglah puak kita ni, okey, kalau menang Menteri Besar dua tahun PAS, Menteri Besar UMNO dua tahun, boleh juga. Asalkan ada Muafakat Nasional. Kalau itu yang boleh dibuat di Terengganu, saya nampak Terengganu menjadi contoh kerana Terengganu ni merupakan negeri yang paling istimewa, takdok berlaku sebagaimana di Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, pasal dia orang tu takdok berlaku macam kita ni. Takdok masalah pasal dia sama-sama jadi Pembangkang belaka.
Kita ini tidak, hari ini PAS jadi Kerajaan, dulu UMNO jadi Kerajaan. Ni jadi masalah. Kita hari ini orang UMNO, orang Barisan Nasional boleh terima takdok masalah. Boleh pitih RM250 mujur sangat balik syarah dah. Kelmarin saya syarah dah. Kita tahun depan kita akan atur program kerana Kerajaan baru PAS telah beri kepada kita RM250,000 ini tandanya Muafakat Nasional berlaku di Terengganu.
Takbir.
Takbir. Tak apalah Pengerusi Masjid ke, MPKK ke, hok tanah hok batal tu biarlah kita kira lepas ni. Sayapun esok nok jumpa Menteri Besar jugak pasal tanah hok kita minta tu dibatal. …[Ketawa] … Dia batal, esok saya nak gi jumpa. Dah kita Muafakat Nasional kan lulus jelah, ke guaner. Mesyuarat Tanah ambe tahu juga, muge ambe bese jugak mesyuarat ni dok? Kita lulus jelah hoh gitu.
Jadi inilah antara yang pada saya boleh memberi jaminan keyakinan pelabur mari ke Terengganu, tidak lening, hari ini pelabur nak mari takut, dia rasa sekali agi nak menang PAS pulok. Sekali agi ni menang UMNO pulok. Kalau menang UMNO pulak mungkin dasar pelaburan ni macam lain pulak. Ni dok doh, pelabur dah tahu PAS dengan UMNO ni memang dah bincang siap-siap dah akan datang pilihan raya ni menang PAS ke, menang UMNO ke, loni pun pelabur akan mari doh. Pemimpin-pemimpin BN pun akan kerah dah semua pelabur mari melabur di Negeri Terengganu. Kita pakat lagu mano nak bangun Negeri Terengganu. Kita cari jalan bagaimana nak melahirkan Negeri Terengganu ni negeri terbaik takdok masalah dah. Bertukar Kerajaan pun supo tula je. Kalau kita sama-sama nak membangunkan Terengganu, takdok masalah, pada sayalah. Itu Muafakat Nasional yang sangat istimewa berlaku di Negeri Terengganu.
Yang Berhormat, hari ini nak cakap bab ni je dok?
Dok, saya nak masuk hal projek pula.
Tu saya peringat tu, masa tak banyak. Sila, sila.
Saya nak masuk bab kedua, bab Bajet. Saya juga turut menyokonglah Ucapan Belanjawan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar istimewa sekali saya duk perhati berkaitan dengan usahawan ni. Antara slogan yang ada dalam usahawan ni “Mu Buat Kami Bantu”, betul dok mu buat kami bantu?
Saya tanya soalan yang sama kelmarin pasal saya duk perhati usahawan kita ni bila saya duduk kedai kopi, bila saya bual dengan rakan-rakan, menjaja di persimpangan jalan ni, menjaja di depan bank-bank di Terengganu nampak Negeri Terengganu kita ni tidak ada kemakmuran. Usahawan kita semacam tersepit terpaksa berniaga di persimpangan jalan di depan bank, jadi sesuailah dengan slogan „Mu Buat Kami Bantu’. Jadi hok mana penjaja ke, peniaga yang berniaga di depan bank ke di persimpangan jalan ni kita pergi bantu dia jangan menyebabkan dia berniaga menjatuhkan imej Negeri Terengganu dia nok kita jadikan Negeri Terengganu kita ni Negeri yang sejahtera, pasal orang tengok kita ni tak dok sejahtera tak sejahtera terhimpit usahawan kita. Itu yang saya kemukakan soalan yang sama dalam masa Dewan ni. Dan seterusnya saya juga nak ambil peluang di sini mengucap terima kasih kerana kita nampak macam fokus jugak kepada pelancongan untuk majukan pelancongan Negeri Terengganu. Ini antara sumber baru kitalah selain daripada minyak, pelancongan kita kena fokus. Menteri Besar pun saya nampak dalam Ucapan Bajet ni dia fokus kepada usahawan.
Akhir sekali saya juga nak ambil untuk DUN saya ni. Terima kasih kerana rumah murah di DUN saya dibuat jugak di Pasir Akar, cuma masjid jelah nampak takdok dibuat di Hulu Besut. Jadi saya nak pohon jugak Kerajaan Negeri supaya dapat satu pun tak apa dah masjid dalam masa lima tahun ni, masa PAS jadi Kerajaan ni dapat satu tak apa dah, cukup dah, pasal kita kesempitan wang ni.
Dan saya harap, insya-Allah kita sama-sama cari jalan membangunkan Negeri kita. Daripada saya contoh yang paling mudah, kalau kita nok gi gak di Thailand, mudah alik Siam. Pergilah alik Siam tengok, macam mana dia didik macam mana dia asuh orang kita tak tahu. Kalau pergi jah alik Siam kita sembahyang di masjid, anok kunci boleh tinggal di motor, takdok orang curi pun. Usahawan dia pun lagu tu jugak, takdok di tepi-tepi jalan macam kita ni, bagus, dia ada macam disiplin macam usaha sendiri. Jadi pergilah alik Siam. Saya selalu suka saya, kalau nak pergi alik Siam royat ke saya, saya pergi sokmo alik Siam. Saya pergi tengok, memang pada saya bukan nak puji alik dia, dok. Memang dia lebih baik dari kita, motor tak payah kunci, di masjid kita hari ini, di
Terengganu lepas kunci, lepas rantai, masa sembahyang pun ingat ke motor lagi. Jadi dengan sebab tu…..
Yang Berhormat, kalau ke Siam tu, pergi biasalah, ke ada apa-apa?
Takdok.
Takut ada buka cawangan dinung kot?
Takdok. Jadi tu sahaja. Salah silap, saya pohon menyokong Ucapan Bajet. Sekian. Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Hulu Besut. Saya persilakan, sila.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamua’laikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillahi rabbil alamin wabihi nastain wanusali wanusalim ala rasulihi lamin waalaalihi wasahabihi ajmain. Amma Ba’d
Firman Allah yang bermaksud: “dan orang-orang yang apabila mereka membelanjakan harta mereka, mereka tidak boros dan tidak pula merasa kedekut dan adalah di antara yang demikian itu mengambil jalan pertengahan”.
Surah Al-Furqan, ayat 67.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang Di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, seluruh Ahlli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, Pegawai-pegawai dan Pemerhati sidang hadirin yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah, terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’
Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut serta mengambil bahagian membahaskan Belanjawan membahaskan Ucapan Bajet 2020 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhomat Dato’ Seri Menteri Besar pada hari kelmarin yang bertemakan Membina Generasi Terengganu Sejahtera.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Bajet atau Belanjawan adalah pembentangan untuk menjelaskan anggaran sumber dan hasil Kerajaan serta belanja serta cara belanja Kerajaan. Semua hasil dan cara belanja ini merupakan dua perkara penting yang perlu diusaha dan diurus dengan baik dengan penuh rasa amanah dan tanggungjawab kerana ia bukan sahaja memberi kesan kepada kehidupan rakyat bahkan ia juga akan disoal dan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah pada hari akhirat kelak. Dalam satu hadis riwayat At Tirmidzi dan Ibnu Hibban meriwayatkan bahawa Rasullulahi Sallallahu Alaihi Wa Sallam pernah mengingatkan kepada kita semua dengan sabdanya yang bermaksud “Kedua kaki seorang hamba pada hari kiamat kelak ketika berdiri di padang masyhar di hadapan Mahkamah Allah tidak akan berganjak sehinggalah ditanya tentang empat perkara”.
Di antara empat perkara itu ialah „Ammalihi Min Ainnatasabbahu wafii maa ann fatah’ tentang hartanya, daripada mana sumber hasil yang diusahakan dan ke mana dan bagaimana cara ia dibelanjakan. Manakala dalam ayat yang saya baca di awal mukadimah ucapan tadi, menjelaskan antara ciri Ibadur Rahman ialah apabila mereka berbelanja mereka tidak boros dan tidak pula bersikap bakhil bahkan bersifat pertengahan antara kedua sifat tersebut iaitu berbelanja mengikut keperluan dan keutamaan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, sesi perbahasan ini juga merupakan sesi untuk kita bermuhasabah atas gerak kerja dan juga perancangan yang telah disusun sebelum daripada ini. Oleh itu sebelum saya membangkitkan beberapa isu untuk perhatian dan tindakan pihak Kerajaan, terlebih dahulu saya ingin meminta penjelasan dan seterusnya tindakan Kerajaan atas satu-dua perkara yang pernah disebut dan dibangkitkan oleh saya sebelum daripada ini.
Yang pertama berkaitan dengan T-VOLT. Apakah perkembangan terkini T-VOLT setelah ia dilancarkan pada Februari 2019 yang lalu oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar sendiri. Apakah konsep T-VOLT ini? Sejauh manakah sambutan rakyat Terengganu khususnya di kalangan anak-anak muda sehingga kini. Apakah T-VOLT yang bertujuan
membantu rakyat ketika ditimpa bencana itu hanya berperanan di Terengganu sahaja atau merentasi sempadan negeri dan negara.
Yang kedua berkaitan dengan isu Pemerkasaan Mahkamah Syariah yang pernah saya bangkitkan ketika berucap membahaskan Titah Ucapan Tuanku Al-Sultan di Dewan yang mulia ini pada sesi pembukaan Persidangan Dewan awal April 2019 yang lalu. Pada Persidangan kali ini saya mengambil kesempatan untuk memohon dan menyeru kepada pihak Kerajaan agar dapat memberikan perhatian serius dan seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya kalau boleh pada tahun hadapan 2020. Yang pertama, menyegerakan proses pengambilan dan pengisian kekosongan perjawatan Pegawai Syariah seramai lima orang yang masih berbaki untuk mengatasi masalah-masalah yang berbangkit khususnya yang melibatkan kes-kes sulh. Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, hari ini hanya ada dua orang Pegawai Syariah sahaja untuk cover seluruh kes di Negeri Terengganu ini. Yang kedua, menyediakan sejumlah peruntukan bagi menambah Dewan Bicara bagi Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu. Pada masa ini, dua buah dewan sedia ada dilihat tidak lagi dapat menampung keperluan kes-kes yang berlaku. Yang ketiga, menggantikan komputer-komputer yang sedia ada khususnya yang berusia melebihi sepuluh tahun yang sentiasa rosak. Kebanyakan komputer yang ada pada hari ini adalah versi lama yang tidak dapat memenuhi spesifikasi sistem eSyariah versi ketiga yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan, 2020. Yang keempat, perkara yang perlu juga diberikan perhatian khususnya di masa akan datang pembinaan bangunan fizikal mahkamah syariah bagi Mahkamah Tinggi Syariah di Besut dan juga di Kemaman. Begitu juga pembangunan Mahkamah Rendah Syariah di beberapa daerah yang hari ini menumpang di premis-premis tertentu termasuk di rumah kedai.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, baru-baru ini diviralkan dalam FB, bagaimana masih wujud Mahkamah Rendah Syariah, Terengganu Darul Iman menyewa di rumah kedai iaitu antaranya di Setiu sehingga mendapat respon yang agak sinis daripada netizen yang memberikan gambaran yang tidak baik kepada Kerajaan Terengganu Darul Iman yang sememangnya berhasrat untuk memperkasakan syariah dan pelaksanaannya di Negeri Terengganu ini.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, itu dua perkara yang telah saya sebutkan sebelum ini dan hari ini kita nak tengok dan penjelasan daripada pihak Kerajaan untuk diambil tindakan lanjut selepas daripada ini. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, di kesempatan yang terbatas ini juga saya ingin membangkitkan beberapa isu untuk
perhatian dan tindakan pihak Kerajaan. Tadi ada disebut berkait dengan masalah Masjid Kristal. Saya menyokong penuh apa yang disebut dan dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tepoh, mudah-mudahan dengan peruntukan RM4 juta yang diumumkan oleh YAB Menteri Besar, maka Masjid Kristal ini akan diberikan keutamaan, insya-Allah. RM4 juta yang bertujuan untuk baikpulih dan juga penyelenggaraan masjid sedia ada.
Yang kedua berkait dengan isu perumahan. Saya mengambil kesempatan di sini untuk mencadangkan kepada pihak-pihak Kerajaan agar mewujudkan kerjasama dengan pihak MAIDAM. Bagaimana bentuk kerjasama tersebut yang boleh dilaksanakan, itu terserah kepada pihak Kerajaan Negeri untuk berbincang dengan lebih lanjut dengan pihak MAIDAM. Di mana dengan kerjasama ini, sekurang-kurangnya kita dapat meringankan bebanan Kerajaan dalam menyediakan rumah kepada rakyat khususnya di kalangan asnaf zakat. Saya bangkitkan perkara ini kerana saya dimaklumkan bahawa pihak MAIDAM pernah, pihak Kerajaan Negeri pernah mengadakan kerjasama seumpama ini oleh Pentadbiran Kerajaan yang lalu dan saya kira ia memberikan satu impak yang sangat positif demi untuk kesejahteraan hidup rakyat di Terengganu ini.
Yang ketiga, saya nak sebut di sini berkait dengan isu permohonan tanah. Berdasarkan pengalaman berurusan dengan rakyat dalam hal yang berkait dengan permohonan tanah ini, saya dapat merasakan orang lain saya tak pasti, Ahli Yang Berhormat mungkin berkongsi perasaan yang sama. Saya dapat merasakan tempoh masa untuk proses kelulusan permohonan tanah ini agak lama, berbulan-bulan bahkan mungkin makan tahun. Saya tidak pasti apakah itulah masa sebenar yang diperlukan untuk kelulusan satu-satu permohonan tanah atau bagaimana? Oleh itu saya menyeru kepada pihak Kerajaan agar melihat dan mengkaji semula SOP (Standard Operation Procedur) dalam proses permohonan tanah ini, demi kebaikan dan kesejahteraan hidup rakyat.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, yang keempat, masa ada tak kurang dua minit. Ini yang terakhir Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan di sini bagi pihak rakyat DUN Buluh Gading khususnya rakyat Kampung Teluk Pasu dan sekitarnya untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Terengganu khususnya kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah meluluskan peruntukan segera berjumlah RM200,000.00 bagi membina Pusat Rekreasi Kampung Teluk Pasu sempena Program “MB Mari Kampung Kite” yang diadakan pada 13 Mac 2019 yang lalu.
Alhamdulillah, projek pembinaan Taman Rekreasi itu, telahpun siap dibina dan sekarang menjadi tumpuan rakyat bersama dengan keluarga masing-masing. Untuk makluman pihak Kerajaan, pembinaan Taman Rekreasi ini merupakan fasa pertama daripada tiga fasa keseluruhan pembangunan yang dicadangkan di kawasan berkenaan. Oleh itu saya memohon kepada pihak Kerajaan dapat meluluskan sejumlah peruntukan bagi membina fasa kedua iaitu Medan Selera dan juga fasa ketiga iaitu pembinaan Kawasan Dataran. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kawasan yang saya sebutkan ini berada di tepi atau persisiran Sungai Terengganu, suasananya berangin sepoi-sepoi bahasa dan nyaman sekali terutamanya di sebelah petang. Viewnya yang agak cantik dan menarik sangat sesuai untuk dibangunkan sebagai salah satu destinasi pelancongan sekaligus memberi impak yang sangat positif kepada pembangunan ekonomi masyarakat setempat.
Masa kecederaan Yang Berhormat.
Sikit lagi.
Sehubungan dengan itu, pembinaan jeti juga satu keperluan bagi pelancong berkunjung melalui jalan air. Saya nak jemput Yang Berhormat EXCO Pelancongan ADUN Alur Limbat selepas daripada ini untuk turun dan meninjau keadaan tempat tersebut dan insya-Allah sesuai untuk dibangunkan sebagai tempat destinasi pelancongan. Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua atas peluang yang diberi semoga persidangan kita kali ini berjalan dengan baik dan lancar dan diberkati Allah Ta’ala. Sekian. Assalamua’laikum sebelum itu saya mohon menyokong ucapan Bajet 2020 yang disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Sekian. Wassalamua’laikum warahmatullahi wabarakatuh.
Wassalam warahmatullah, terima kasih wakil Buluh Gading. Saya jemput sorang lagi. Sila.
YANG BERHORMAT Ir. SAIFUL AZMI BIN SUHAILI (Wakil Kemasik): Bismillahir rahmanir rahim, Assalamua’laikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Alhamdulillahir rabbil „alamin. Washolatu wassalamu „ala aysrofil ambiya iwal mursalin Saidina Muhammadin wa „ala alihi wasabihi aj’main. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, tuan-tuan, hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian. Alhamdulillah saya merakamkan setinggi-tinggi syukur kepada Allah Subhanahu Wa Taa’la di atas peluang bersama lagi dapat dalam hadir dalam persidangan kali ini
dalam usaha dan cita-cita untuk menjaga dan mandaulatkan kepentingan agama rakyat dan Negeri Terengganu. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, sebagaimana Pembentangan Bajet 2020 semalam oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar antara lain menyebut berkenaan status kekangan kewangan negeri yang memuncak pada tahun 2020, yang mana memerlukan kepada perubahan penyusunan belanjawan berbanding bajet lalu.
Perubahan ini juga dapat dilihat pada perbelanjaan ataupun belanjawan yang dikeluarkan melalui dasar bajet defisit 10%. Amalan berjimat cermat dan berhemah serta mengutamakan perkara-perkara terpenting seharusnya menjadi asas utama pada setiap perancangan dan perbelanjaan yang dilakukan. Penyusunan semula struktur bayaran balik hutang ataupun bayaran tertangguh dan pembayaran berjadual termasuk menangguh atau mengurangkan jumlah bayaran balik pada tahun 2020 khususnya, bertujuan mengimbang pengurangan pendapatan hasil pemotongan bayaran tunai petroleum yang dijangka akan berlaku pada tahun 2020 tersebut. Jika ia ada ruang ataupun peluang untuk Kerajaan menangguhkan ataupun maknanya 2020 dok bayar lagi 2021 baru bayar mungkin. Kalaulah usaha itu boleh dilihat dan diperhatikan mungkin kekangan yang berlaku dapat sedikit dikurangkan. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, disebut Belanjawan Persekutuan 2020 yang diumumkan pada 11 Oktober 2019 di Dewan Rakyat, tidak memperuntukkan projek mega sebagai katalis untuk memangkin perkembangan ekonomi Terengganu, namun kita yakin dan percaya walaupun tanpa projek-projek mega tersebut terdapat lagi banyak perkara-perkara yang boleh menjadi katalis ataupun pemangkin kepada perkembangan ataupun kepada peningkatan ekonomi di Negeri Terengganu. Sumber dan peluang terutama pada segmen-segmen hiliran perlu kita sama-sama terokai kerana ia juga mampu menyumbang kepada perkembangan ekonomi ini terutama yang kita semua maklum dalam sektor minyak dan gas, petrochemical, polimer serta industri-industri berat lain. Projek-projek ataupun program-program yang berimpak tinggi juga perlu kita sama-sama lihat justeru kita dapat memastikan kesan terhadap ekonomi negeri dapat berkembang dengan baik.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Belanjawan 2020 Negeri Terengganu yang bertemakan „Membina Generasi Terengganu Sejahtera’ didokong oleh lima teras utama. Teras Kedua ialah Menjana Pertumbuhan Ekonomi, ia dirancang untuk dijayakan melalui tujuh strategi utama termasuk pengukuhan industri agriculture, agroternak, akuakultur serta industri asas tani. Kemahiran dan kepakaran perlu dipertingkatkan bagi menafikan stigma bahawa sektor pertanian kita ketinggalan jauh dari negara jiran, sebagaimana
yang disebut oleh Yang Berhormat yang biasa pergi ke Siam tadi dia kata dok? Orang sebut berkenaan dengan pertanian yang berlaku di Siam jauh sedangkan sebagaimana disebut dalam lawatan Pengarah Pertanian di Kemasik baru ni, disebut lebih kurang menyatakan bahawa Siam belajar daripada kita, tetapi macam mana pelaksanaan ataupun tindakan sewajarnya boleh kita sama-sama perhatikan bagi memastikan perkara tersebut dapat dipertingkatkan. Gelombang Revolusi Industri 4.0 pula bukannya ancaman kepada industri sedia ada sebaliknya ia merupakan nilai tambah dan instrument untuk menjadikan kita lebih baik dan berdaya saing. IOT (Internet Of Things) dan Artificial Intelligent (AI) boleh digunakan untuk mengurus, mengawal, mengoperasi dan memperkasakan lagi industri asas tani ini daripada pendekatan konvensional yang biasa kita laksanakan. Sumber pertanian baharu juga perlu diperkasa dan dipelbagaikan melalui pemerkasaan dan pengembangan bioteknologi. Kerjasama dengan pelbagai pihak yang lebih terkehadapan daripada kita juga perlu dijalankan dan ditambah baik. Usaha mengembang sektor penternakan di Negeri Terengganu melalui penaiktarafan infrastruktur penternakan diharap dapat turut menyenaraikan kawasan veterinar kambing dan padang ragut rakyat di Kampung Chabang, Kertih di dalam perancangan, insya-Allah.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Teras Ketiga Belanjawan 2020 Terengganu ialah Membangun Modal Insan. Ia merangkumi semua peringkat dan tahap kemampuan pendidikan rakyat. Bukan sahaja mereka yang berjaya di bidang pendidikan dibantu, malah mereka yang kurang berjaya juga perlu dibantu. Banyak tawaran-tawaran ataupun bantuan-bantuan kepada mereka-mereka yang berjaya, namun kita yakin sebahagian yang berjaya dan sebahagian lagi yang kurang berjaya. Kita yakin bukan sahaja perlu penumpuan kepada mereka yang berjaya, malah mereka-mereka yang kurang berjaya perlu juga diberi inisiatif ataupun bantuan bagi memastikan keseluruhan Negeri Terengganu berada dalam keadaan selamat dan sejahtera, insya-Allah.
Mereka yang dibekalkan dengan pendidikan dan kemahiran melalui kursus latihan dan program pembangunan manusia antara lain adalah kaedah dan pendekatan yang sesuai mungkin, kepada mereka-mereka yang kurang berjaya dalam pendidikan, mereka mungkin minat bidang-bidang kemahiran dan seterusnya. Namun, apabila kita tinggalkan mereka, mereka akan dekat ataupun lebih mudah menjurus kepada perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Pusat Pembangunan Sumber Manusia Terengganu (THRDC) termasuk menyediakan satu sistem data perangkaan maklumat sumber manusia diharap mampu mengenalpasti program pembangunan yang bersesuaian dengan setiap sumber tenaga yang berada di Terengganu. Program TSEPS, kursus penternakan bagi golongan belia,
latihan kemahiran berkaitan ECRL dan program Train and Place Scaffolder termasuk program-program pembangunan di lokaliti, masing-masing turut mampu memperkasa dan meningkatkan jati diri seluruh rakyat Terenganu terutama mendepani cabaran globalisasi dan kemajuan kita akhir-akhir ini. Pengisian pembangunan modal insan ini diharap mampu membendung peningkatan masalah sosial sebagaimana kata pepatah „mencegah adalah lebih baik dari mengubati’.
Dato’ Tuan Yang di-Pertua, Teras Pertama iaitu Memartabatkan Pelaksanaan Islam di bawah Strategi Merancakkan Program Keagamaan dan Penghayatan Islam juga diharap akan membantu usaha pembangunan modal insan ini. Semua kelompok masyarakat seharusnya dapat meningkatkan kefahaman Islam melalui Modul Itqan Insani yang menggabungkan aspek fizikal intelektual dan spiritual melibatkan pelajar sekolah dan belia. Dilihat masalah sosial berlaku lebih ketara sebaik habis tempoh persekolahan. Remaja yang tidak dapat menyambung persekolahan akan sama ada terus bekerja atau berpeleseran tidak bekerja dan suasana tersebut sudah pasti akan menyebabkan mereka terjebak dengan masalah-masalah sosial. Kebiasaan kalaulah kita lihat di sekolah walaupun mereka kurang ke sekolah, namun oleh kerana institusi persekolahan tersebut masih lagi dapat mengawal mereka, mereka masih lagi terselamat. Selepas sahaja mereka dibebaskan, ataupun habis sekolah, mulalah mereka terdedah ataupun terkesan dengan suasana-suasana yang sangat mencabar di luar sana.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Teras Kedua pada strategi keempat untuk menumpukan kepada menggalakkan pelaburan, memantapkan perdagangan, penumpuan berterusan kepada sektor yang telah establish, dengan izin, mampu membuka lebih banyak peluang pelaburan baharu terutama dalam segmen hiliran. Keadaan prasarana yang lengkap dan siap sedia mampu mempercepatkan kemasukan pelabur-pelabur baharu, kerja-kerja mempercepatkan kemasukan pelaburan baharu, kerja-kerja menaiktaraf struktur utama di kawasan industri sedia ada sudah pasti akan mempercepatkan pengembangan ekonomi di kawasan perindustrian tersebut. Kerjasama erat dengan pihak ECRDC dan semua pihak yang berkepentingan sudah pasti akan mempercepatkan lagi pengembangan pelaburan. Penumpuan pihak Kerajaan dalam mengenalpasti peluang-peluang baharu dan menyediakan platform penghubung dengan pelabur-pelabur melalui pelbagai aktiviti yang bersesuaian termasuk exhibition-exhibition, forum, business matching dan lain-lain berkaitan, juga akan mampu meningkatkan kewujudan pelaburan baharu. Segmen dan sektor yang lebih bersifat segera dan mudah
juga perlu diteliti dan ditumpukan kerana ia sudah pasti mampu mempercepatkan pertumbuhan dan kemasukan pelabur baharu.
Inisiatif pelaburan yang menarik ditawarkan juga diharap dapat menarik lebih ramai kehadiran pelaburan baharu. Selari dengan pengembangan Revolusi Industri 4.0 dan perkembangan sistem digital, kemudahan talian jalur lebar perlu ditingkatkan terutama di kawasan-kawasan perindustrian. Ia memandangkan majoriti urusniaga dan komunikasi kini dijalankan menerusi atas talian. Kemampuan memuat naik dan memuat turun segala transaksi dengan pantas sudah pasti akan menarik minat pelabur untuk bersama dalam kawasan-kawasan industri tersebut.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Teras Keempat Belanjawan 2020 Terengganu Membina Generasi Terengganu Sejahtera ialah Melestarikan Kehidupan Sejahtera. Turut menyentuh strategi menitikberatkan penjagaan kebersihan dan kesihatan sangat wajar dijalankan.
Antara lain, terutama sekali tempat-tempat ataupun lokasi-lokasi pelancongan. Kemungkinan tindakan penguatkuasaan perlu dipertingkatkan. Kalaulah perlu diletak CCTV adalah merupakan salah satu daripada unsur ataupun inisiatif yang bagus. Tempat tinggal yang selesa merupakan harapan semua masyarakat. Sebahagiannya sangat memerlukan bantuan dan sokongan Kerajaan. Usaha berterusan Kerajaan dapat membina Rumah Mampu Milik amatlah dihargai. Sebahagian daripada kita, terutama sekali sebagai contoh nelayan, petani dan sebagainya ia sangat-sangat mengharapkan bantuan Kerajaan. Bank-bank ataupun pinjaman melalui bank-bank, kebanyakan mereka tidak layak kerana keadaan dan situasi ekonomi masing-masing.
Masa Yang Berhormat dah cukup.
YANG BERHORMAT Ir. SAIFUL AZMI BIN SUHAILI (Wakil Kemasik): Sikit lagi.
Ayat terakhir ya.
YANG BERHORMAT Ir. SAIFUL AZMI BIN SUHAILI (Wakil Kemasik): Sikit lagi. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, sedikit berkenaan dengan DUN Kemasiklah, saya sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan kerana telah bersetuju ataupun memasukkan Rumah Murah Gong Cengal sebagai salah satu daripada projek yang akan dijalankan. Kami juga di DUN Kemasik diberi maklum Lapangan Terbang Kertih operasi helikopternya akan keseluruhannya dipindahkan ke Kuala Terengganu pada tahun 2020.
Justeru, orang kata faktor utama pengembangan ataupun operasi yang berlaku di Lapangan Terbang Kertih adalah atas operasi helikopter. Saya berharap kajian ataupun penelitian sewajarnya oleh pihak Kerajaan bagi memastikan Lapangan Terbang Kertih terutama sekali dapat diteruskan kerana antara lain, ia hampir ataupun berdekatan dengan cadangan lokasi stesen ECRL di ECRL Kemasik, insya-Allah.
Okay, terima kasih.
YANG BERHORMAT Ir. SAIFUL AZMI BIN SUHAILI (Wakil Kemasik): Saya, Yang Berhormat Dato’ Tuan Yang di-Pertua, saya kira ini sahaja ucapan yang boleh saya sampaikan sebagai ucapan sokongan untuk Bajet 2020. Kemasik mohon menyokong. Sekian, terima kasih.
Terima kasih kepada Wakil Kemasik atas ucapan perbahasan. Sebelum saya tangguh, saya ingin sampaikan jemputan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, majlis jamuan makan tengah hari Ahli Yang Berhormat di Damai Lounge dan Ketua-ketua Jabatan di perkarangan. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya tangguhkan persidangan kita, dan kita sambung semula pada pukul 2.30 petang ini.
DEWAN DITANGGUHKAN SEMENTARA PADA PUKUL 1.05 TENGAH HARI
PUKUL 2.30 PETANG
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Perbahasan Bajet 2020 diteruskan. Saya persilakan mana-mana Yang Berhormat yang nak memulakan perbahasan pada petang ini. Sila. Kalau lambat, nak gulung awal ni.
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Dato’ yang di-Pertua Dewan, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan dan para Pemerhati yang saya hormati sekalian. Tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana membentangkan Bajet 2020 kelmarin dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat kerana memberikan peruntukan sejumlah RM250,000.00 kepada ADUN-ADUN di sebelah sini. Merujuk kepada Buku Bajet 2020, muka surat 1, Bajet 2020 menunjukkan trend baru yang kurang positif kepada ekonomi Negeri Terengganu. Merujuk kepada trend bajet atau Belanjawan Negeri dalam Belanjawan 2020 anggaran pendapatan Negeri 2020 adalah yang paling rendah dalam masa lima tahun yang bermula daripada 2016, 2017 dan 2018 dan yang viral di media laporan rasmi terkini oleh Ketua Audit Negara membuat kesimpulan bahawa prestasi kewangan Negeri Terengganu adalah kurang stabil.
Dato’ Yang di-Pertua Dewan, signal ataupun isyarat daripada MOF, kepada kita Terengganu pada tahun 2020 adalah agak menyedihkan. Yang pertama duit minyak masih lagi kekal sebagai dana khas bukan royalti. Yang kedua, potongan mengejut sejumlah 25% daripada jumlah yang patut dibayar adalah membebankan kita kerana ianya bermula daripada 2019 dan akan membawa beban, membawa kesan kepada Bajet 2020. Yang ketiga, hutang yang belum cukup matang pun telah dipotong daripada Kerajaan Terengganu sedangkan hutang Pusat kepada Negeri sejumlah RM1.431 billion tidak diambil kira semasa memotong sejumlah yang besar RM425 juta yang disifatkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar sebagai secara paksaan. 2020 juga kalau kita lihat kepada muka surat 4 dalam Buku Bajet kita tiada langsung suntikan Persekutuan untuk Negeri Terengganu. Soalannya apakah langkah yang akan Kerajaan ambil bersama-sama dengan agensi-agensi dan syarikat-syarikat GLC Terengganu untuk memulihkan ekonomi Negeri Terengganu bermula daripada sekarang dan dalam tahun 2020. Kerajaan sepatutnya melihat kepada perkara ini secara serius dan merancang untuk menjalankan urusan Negeri sebagaimana kita sebut sebagai unusual business, dengan izin untuk pemulihan ekonomi Negeri Terengganu. Jika Kerajaan terus
menjalankan business unusual, dengan izin maka ekonomi kita akan terus menurun pada tahun akan datang.
Dato’ Yang Di-Pertua Dewan, rakyat mengharapkan kepada suntikan Kerajaan Negeri dan juga suntikan Persekutuan untuk mengecapi kesejahteraan pada tahun 2020. Jadi pihak Kerajaan Negeri seharusnya terus berbincang dengan MOF, dengan izin dan juga dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri supaya Negeri Terengganu tidak disisihkan daripada mendapat suntikan yang sepatutnya untuk menyalurkan peruntukan kepada rakyat supaya kesejahteraan kebajikan dan juga lain-lain peruntukan dapat kita berikan kepada rakyat.
Dato’ Yang di-Pertua Dewan dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya hormati sekalian, mewakili Daerah Setiu khususnya di DUN saya DUN Permaisuri kita amat berharap Kerajaan terus merancang untuk memajukan sektor pertanian, sektor perikanan, agro tourism serta perumahan dalam kawasan Permaisuri di samping menambahbaik aktiviti-aktiviti ekonomi yang sudah sedia ada. Saya juga ingin mendapatkan maklumbalas daripada pihak Kerajaan tentang status cadangan kerja-kerja di muara sungai Setiu yang saya telah bertanya di Dewan yang mulia ini yang sepatutnya ditender pada Februari 2019 yang lalu. Pembinaan muara ini amatlah mustahak bukan sahaja untuk menjaga muara sungai Setiu tetapi untuk memberikan peluang kepada penternak ikan di Kuala Setiu supaya terus menjana pendapatan, berbalik kepada asal yang pernah suatu ketika dulu pernah sampai kepada tahap penjanaan pendapatan sejumlah RM22 juta setahun. Tetapi bila saya melihat data pada tiga empat tahun yang lalu hasil penternakan ikan siakap di Kuala Setiu dan juga ikan kerapu hybrid telah menurun. Penurunan ini disebabkan oleh kerana kawasan penternakan sudah menjadi cetek. Jadi saya harap Kerajaan memberi fokus dan meneruskan projek muara sungai Setiu demi untuk menjana pendapatan nelayan-nelayan dan memberikan hasil kepada Daerah Setiu. Kita mohon mencadangkan supaya kawasan-kawasan dan projek-projek perumahan yang telah dikenalpasti dimulakan oleh pihak Kerajaan kalau tidak ada sumber kewangan yang cukup boleh dilaksanakan secara berfasa. Ertinya bermula dengan kerja-kerja perundingan dan kerja-kerja tanah pada fasa awal dan kemudiannya diikuti dengan fasa-fasa yang seterusnya daripada tahun ke tahun. Kita berharap Setiu akan bertambah maju hasil kerjasama Pentadbiran Tertinggi Negeri, Agensi-agensi Negeri dan juga Persekutuan serta pihak swasta. Permaisuri mohon menyokong Belanjawan 2020.
Terima kasih pada Wakil Permaisuri yang berucap kurang pada peruntukan masa. Saya persilakan Ahli Berhormat seterusnya. ADUN Wanita sila.
Assalamua’laikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Bismillahir Rahmanir Rahim. Alhamdulillahi Rabbil 'Alamin Wassalatu Wassalamu 'Ala-Asyarafil Anbiya'e Wal Mursalin Wa'ala Alihi Wasahbihi Ajma'in. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Haji Yahya Ali, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri serta hadirin-hadirat yang dirahmati Allah sekalian. Alhamdulillah. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, setinggi tahniah diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas pengumuman Bajet 2020 yang banyak menimbulkan reaksi positif daripada rakyat Negeri Terengganu dan Malaysia amnya. Bajet 2020 yang membawakan tema Membina Generasi Terengganu Sejahtera berasaskan Surah Al-Baqarah ayat yang ke-30 menjadi peringatan buat kita semua sebagai pimpinan Kerajaan Negeri iaitu untuk bertanggungjawab sebagai khalifah untuk memakmurkan negeri ini. Lima teras telah digariskan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar semalam menepati hasrat rakyat secara seluruhnya. Ia turut diperkukuhkan dengan 25 strategi dan 134 inisiatif. Sepintas lalu mungkin tidak banyak insentif khusus kepada wanita diwujudkan dalam Belanjawan 2020 ini namun saya percaya dan memberikan harapan yang tinggi, wanita sekali tidak akan dipinggirkan malah akan turut diberi perhatian yang lebih berbanding tahun-tahun yang lepas. Di kesempatan ini saya ingin menarik beberapa perkara yang akan saya tekankan dalam perbahasaan saya di Dewan yang mulia ini.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Dalam Belanjawan 2020, Teras yang Pertama adalah untuk Memartabatkan Islam, tidak syak lagi bahawa Kerajaan menunjukkan komitmen jitu untuk memastikan agenda mempertabatkan Islam bergerak secara progresif di Negeri ini. Secara tidak langsung menjadikan Terengganu sebagai ikon pentadbiran Islam dan terus menarik perhatian negeri lain sebagai model ataupun acuan terbaik dan pembangunan serta agenda memperkasakan ummah di peringkat antarabangsa. Strategi yang pertama dan teras ini ialah merancakkan Program Keagamaan dan Penghayatan Syariah Islam. Saya amat teruja sebenarnya dengan pengumuman Yang Amat Berhormat Menteri Besar tentang Garis Panduan Patuh Syariah seperti Garis Panduan Hiburan, Pelancongan, Sukan, Persembahan dan Kebudayaan dan Kerajaan Tempatan, namun saya ingin mengambil
perhatian Ahli Dewan sekalian kerana masih ada wujud program-program yang tidak patuh Syariah diadakan, contohnya program senamrobik yang melibatkan wanita dijalankan secara terbuka di tempat awam, juga beberapa program yang melibatkan wanita yang tidak wajar dipertontonkan di khalayak ramai. Walaupun kita telah ada garis panduan yang telah dikeluarkan oleh pihak Kerajaan, namun di sana masih ada kelonggaran dari sudut pelaksanaan, isunya bilakah sasaran garis panduan lengkap akan diluluskan dan akan dilaksanakan secara menyeluruh dan persoalan saya bagaimana pula tentang Pusat Rekreasi Mesra Wanita yang pernah dicadangkan dalam Perbentangan Bajet 2019 yang lepas. Apakah status terkini cadangan tersebut ini kerana saya berpendapat bahawa pusat rekreasi ini dapat memberi peluang kepada wanita untuk beriadah dengan lebih selesa.
Yang Berhormat Dato’ di-Pertua, baru-baru ini telah diadakan Seminar Anak Susuan Patuh Syariah yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu dengan kerjasama Universiti Zainal Abidin (UniSZA). Tahniah saya ucapkan ke atas program yang memberi kesedaran tentang kepentingan dokumentasi, bukti penyusuan dan pengambilan ibu susuan. Di sini saya ingin menyarankan agar pihak berkuasa menyegerakan proses dokumentasi berbentuk kad anak susuan. Kad tersebut adalah sebagaimana kad seperti mana contoh, seperti contoh kad pengenalan ataupun sijil kelahiran yang tercatat segala maklumat berkenaan ibu susuan dan anak susuan. Langkah ini merupakan aplikasi kaedah saddu al-zara’ie iaitu mengelakkan daripada berlaku implikasi hukum syarak seperti perkahwinan sesama mahram susuan kelak. Dokumentasi bukti penyusuan atau pengambilan ibu susuan ini diharapkan dapat mengharmonikan lagi hubungan dalam sistem kekeluargaan islam. Besar harapan saya agar pihak Kerajaan memberi sokongan penuh kepada usaha ini.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, rakyat Malaysia khususnya rakyat Terengganu sebenarnya tentunya amat berbangga dengan strategi yang kelima dan teras iaitu Membangunkan Institusi Pendidikan Islam. Cukup jelas Kerajaan Negeri pada hari ini begitu serius dalam usaha membangunkan institusi pengajian islam di Terengganu. Tertubuhnya Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) dan Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) dan terkini bakal didirikan Kolej Universiti Quran Terengganu membuktikan kesungguhan Kerajaan Negeri Terengganu dalam bidang pendidikan. Menurut dapatan terbaru dari kajian yang dilakukan oleh pakar neurologi, mendapati bahawa 80 hingga 85% perkembangan otak manusia berlaku dalam tempoh enam tahun pertama usia. Boleh dikatakan di sini bahawa, ketinggian kualiti pendedahan dan
pendidikan awal seseorang anak merupakan asas kepada keseluruhan perkembangan yang akan datang. Dan justeru itu saya ingin mancadangkan kepada pihak Kerajaan supaya mempertimbangkan bantuan kepada Institusi Pendidikan Awal iaitu prasekolah yang menerapkan penghayatan Islam seperti Tadika Yayasan Islam dan Pusat Asuhan Tunas Islam dan prasekolah yang berkaitan. Semoga dengan bantuan ini dapat memperkasakan pendidikan Islam di peringkat awal usia kanak-kanak di peringkat pra-persekolahan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang Teras yang Kedua iaitu Merangsang Pertumbuhan Ekonomi khususnya melalui Strategi Skim Modal Tani. Sektor pertanian berada di tangga ketiga selaku pemacu kepada ekonomi Malaysia. Angka ini boleh dianggap significant kepada prestasi ekonomi Malaysia dalam suku tahun ketiga 2019. Oleh yang demikian, pembentangan Teras kedua iaitu merangsang pertumbuhan ekonomi melalui sektor pertanian amatlah wajar bagi menjana pendapatan rakyat. Namun begitu, besar harapan saya agar diwujudkan satu skim khusus untuk petani wanita. Di mana skim boleh disasarkan kepada surirumah, graduan dan beliawanis yang menggangur. Saya juga ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya menjadikan projek pertanian bandar ataupun urban farming, dengan izin sebagai produk pertanian Negeri Terengganu. Pertanian bandar merujuk kepada sebarang aktiviti pertanian yang dilakukan dalam kawasan bandar seperti yang sedia maklum ruang kediaman yang terhad merupakan masalah utama di bandar. Namun begitu penggunaan ruang boleh dioptimumkan dengan kecanggihan teknologi pada masa kini. Contohnya, saya memberi contoh yang pertama kebun komuniti yang dikelolakan sepenuhnya oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung MPKK-MPKK yang berada di Gong Datuk dan juga di Bukit Kecil. Saya melihat program sebegini lebih berjaya sekiranya diusahakan di bawah satu organisasi seperti MPKK, berbanding jika dilaksanakan secara individu. Metodologi seperti ini, memberi ruang keterlibatan kepada seluruh anggota masyarakat terutamanya golongan wanita.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, jika dilihat dalam Manifesto PAS Negeri Terengganu yang lalu, terdapat cadangan untuk membina Pusat Pemulihan Dadah yang holistik, saya senada dengan Kerajaan atas usaha ini. Saya mengalu-alukan peruntukan sebanyak RM4 juta bagi tujuan pembinaan pusat pemulihan dadah, memandangkan Terengganu merupakan antara negeri-negeri yang mencatatkan bilangan penagih dadah yang tinggi. Statistik menunjukkan pada tahun 2018 mencatatkan peningkatan berdasarkan jumlah per kes iaitu sebanyak 2054 kes berbanding pada tahun 2017 iaitu
2044 kes. Namun hari ini, saya ingin menarik perhatian Ahli Yang Berhormat tentang penggunaan rokok elektronik ataupun vape yang serius dalam kalangan pelajar sekolah. Petikan akhbar Sinar Harian pada 16 Oktober yang lalu menunjukkan bahawa terdapat lebih 300 ribu pelajar sekolah di seluruh negara terjebak dengan vape dan yang menyedihkan saya, 50 ribu daripada jumlah ini adalah melibatkan pelajar wanita. Penggunaan cecair nikotin yang tidak terkawal juga boleh menyebabkan masalah ketagihan kepada penghisap vape. Ini akan mendorong penguna vape mencuba bahan lain yang memberikan kesan yang lebih kuat. Apabila perkara ini berlaku kita khuatir pengguna vape akan lebih cenderung dalam penyalahgunaan dadah termasuklah pelajar sekolah rendah. Untuk makluman pada Disember 2015, Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu telah memutuskan bahawa penggunaan vape adalah haram. Persoalannya apakah garis panduan khusus di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berkenaan penjualan vape di premis Terengganu yang agak berleluasa mutakhir ini. Tidak mustahil gejala ini akan membarah di Terengganu sekiranya tiada tindakan penguatkuasaan dari awal maka amat sukar bagi pihak Kerajaan untuk merealisasikan strategi membangunkan institusi insani dan teras ketiga iaitu membangunkan modal insan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih saya ucapkan kepada pihak Kerajaan atas cadangan untuk mewujudkan pusat transit kepada wanita dan kanak-kanak bagi melindungi golongan ini daripada pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi. Ia selaras dengan teras Melestarikan Kehidupan Sejahtera di bawah strategik membina keluarga bahagia. Namun saya berpendapat sewajarnya pihak Kerajaan turut memberi perhatian kepada warga emas. Menurut Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, negara menua bermaksud penduduk berusia 60 tahun ke atas yang melebihi 15% daripada jumlah penduduk. Jangkaan tahun 2020 bilangan penduduk berusia 60 tahun ke atas mencecah 7% dan bilangannya akan meningkat kepada 15% pada tahun 2030. Oleh itu negara Malaysia bakal menjadi negara menua menjelang tahun 2030. Saya ingin mencadangkan agar pusat jagaan harian warga emas diwujudkan di bawah Kerajaan Negeri Terengganu. Pusat penjagaan ini dilengkapi dengan modul khusus seperti kelas pengajian Al-Quran, kelas pengajian agama dan sebagainya, penubuhan pusat ini bukan sahaja menempatkan warga emas secara sementara tetapi mereka juga mendapat manfaat dengan pengisian yang diberikan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, tidak dapat dinafikan bahawa golongan wanita memainkan peranan penting dalam sebuah pentadbiran atau organisasi. Berdasarkan
jumlah sumber Jabatan Perangkaan Malaysia, jumlah wanita bekerja semakin meningkat dari tahun ke tahun. Namun saya agak gusar apabila ada kajian mendapati bahawa 1 daripada 5 wanita bekerjaya memilih untuk berhenti kerja kerana mahu memberikan fokus kepada keluarga walaupun mereka berada dalam kemuncak kerjaya masing-masing. Oleh hal yang demikian saya ingin melihat kepada perlunya penyediaan pelan atau polisi yang membolehkan wanita terus memberi sumbangan perkhidmatan walaupun bekerja di rumah. Sebagai contoh polisi bekerja dari rumah bagi wanita sekurang-kurangnya satu hari dalam seminggu atau empat jam sehari. Ia boleh diaplikasikan di sektor yang bersesuaian seperti sektor pemasaran, teknologi maklumat, perakaunan dan lain-lain. Polisi bekerja dari rumah ini sebenarnya telah lama diguna oleh syarikat antarabangsa seperti Intel Corporation, Hewlett Packard dan Shell. Polisi yang diperkenalkan ini akan memberi manfaat kepada wanita terutamanya dari sudut kebajikan, keselamatan sosial, emosi dan pengurusan hal ehwal rumahtangga.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, wanita mempunyai peranan yang besar dalam masyarakat. Sejarah telah membuktikan ramai tokoh Islam, tokoh wanita Islam yang lahir daripada tulang belakang dari pelbagai bidang termasuk politik, sosial, ekonomi, kesihatan dan pendidikan. Begitu juga halnya dengan wanita pada masa kini. Bagi memastikan pembangunan potensi wanita dapat dijalankan secara optimum, satu strategi khusus perlu dirangka bagi menjayakan hasrat ini. Oleh itu saya mencadangkan agar Urus Setia Wanita Terengganu ditubuhkan dengan segera di bawah Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional. Urus Setia Wanita Terengganu akan menjadi badan pelaksana yang akan merangka, melaksana dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti wanita di Negeri ini. Paling penting saya mencadangkan agar urus setia ini juga akan menggerakkan dasar wanita dan pelan induk wanita Terengganu. Dengan penubuhan Urus setia Wanita Terengganu ini saya yakin bahawa lebih ramai golongan wanita akan mendapat manfaat dengan pengurusan potensi wanita yang lebih sistematik dan bersepadu.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih selaku rakyat Terengganu berterima kasih kepada pihak Kerajaan kerana telah menyediakan kemudahan jalur lebar untuk manfaat rakyat. Kemudahan ini tidak dinafikan amat membantu terutamanya buat para usahawan dalam meluaskan jaringan perniagaan di peringkat lebih tinggi dan antarabangsa. Walau bagaimanapun saya ada menerima berbagai aduan dan rungutan daripada ibu bapa berkenaan anak-anak mereka seawal
enam tahun yang terpengaruh dengan unsur negatif seperti permainan dalam talian, ketagihan video lucah atau ponografi dan sebagainya.
Saya mohon masa tambahan Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua.
Teruskan. teruskan…
Terima kasih, ketagihan ini amat membimbangkan kerana membabitkan kanak-kanak…
jangan berdengki ni, satu-satunya ADUN Wanita, itu pertimbangan saya. Satu-satunya ADUN Wanita sila, teruskan, teruskan.
Suka untuk saya bangkitkan isu keselamatan siber sekiranya Kerajaan Negeri Terengganu menaiktaraf jalur lebar, saya mencadangkan agar pihak Kerajaan Negeri perlu menyediakan sekatan seperti firewall untuk menyekat akses kepada laman sesawang yang berunsur ponografi, perjudian dan sebagainya. Ini adalah sebagai langkah pencegahan untuk menjamin keselamatan pengguna internet terutamanya di kalangan kanak-kanak.
Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, harapan saya sebagai rakyat Terengganu agar Belanjawan 2020 ini tidak sekadar cantik di tatap di atas kertas dan manis hanya di bibir tanpa pelaksanaan yang cekap di peringkat jabatan dan agensi kerajaan serta anak syarikat berkaitan Kerajaan. Apa yang paling penting rakyat seluruhnya perlu bersama-sama berganding bahu dalam menterjemahkan hasrat rakyat dengan penuh iltizam. Sebelum mengakhiri perbahasan saya pada hari ini, izinkan saya membaca serangkap pantun.
Mencari remis di Pantai Geliga Untuk dibawa ke Teluk Bidara Kerajaan Terengganu bijak saksama Membina generasi Terengganu Sejahtera
Dato’ Yang di-Pertua, Wanita mohon menyokong. Wabillahitaufik walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih pada Wakil Wanita dengan perjuangan wanitanya dan juga isu-isu yang lain. Saya persilakan, sila Wakil Jertih.
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Alhamdulillah. Alhamdulillahirabbil alamin wabihinastain. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, Wakil-wakil Jabatan Negeri dan Persekutuan, Wakil-wakil Media, para Pemerhati, hadirin hadirat yang dimuliakan. Alhamdulillah, syukur dan terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua yang telah membenarkan saya untuk sama-sama membahaskan usul Pembentangan Bajet yang telah disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar kelmarin, semalam, Bajet 2020 yang mana 2020 ni angkanya dulu sangat hebatlah, sinonim dengan Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Tun Mahathir dulu tapi yelah ingat ke tahun depan kita ni boleh negara maju doh, adalah silap di mana-mana dan bertemakan Membina Generasi Terengganu Sejahtera, saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah, tahniah dan terima kasih kepada Menteri Besar dan semua kakitangan yang terlibat di dalam menjayakan penyediaan bajet yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar semalam, ianya menarik dan menyeluruh menyentuh pelbagai lapisan masyarakat, termasuk memulakan langkah menjayakan Muafakat Nasional dengan siap berpantun ada warna biru, ada warna hijau dan pantunnya agak menarik, sebab tulah Yang Berhormat Hulu Besut ulangi pantun tadi. Kalu saya nak ulangi sekali lagi boleh dok?
Sila…sila..
Boleh?
Sila... sila…
Okay, pantunnya berbunyi Dataran menghijau, hijau ini PAS lah, langit membiru, biru tu BN, indahnya alam ciptaan Tuhan, PAS UMNO dulu seteru, ulangi hok mu baca pantun tadi Wi…
Dang lagi kabor ke kawan
Kini saling bergandingan. Tapi Yang Amat Berhormat Menteri Besar tak dok petang nih, dia gi Kuala Lumpur. Jertih nok balas pantun boleh?
Mesej tu sampai ke dia nanti
Ha sampai, biar mitok Yang Berhormat Yang di-Pertua sampaikan pantun Jertih pulok, nok balas ni.
Pergi Jertih beli bahulu, (orang Jertih panggil woh ulu. Tapi ikut buku bahulu).
Buat bekal pergi mendaki, Kita dahulu memang seteru, Di hari ini kita sekaki
Ko guana Paka. Paka senyum jer. Dan sebelum saya pergi kepada Ucapan Bajet ni, saya nak mengambil kesempatan untuk sama-sama bersetuju apa yang diutarakan oleh YB Tepoh berkait dengan pergabungan universiti iaitu UMT dan UnisZa, yang mana saya juga turut tidak bersetuju kerana dalam pemikiran mudahnya mana lebih baik kita ada dua nak dijadikan satu. Sepatutnya kita ada dua nak jadi tiga, kalu ada tiga nak jadi empat, ko lagu mano?
Setakat empat jer.
Dan dulunya kita begitu teruja apabila ada ura-ura untuk kita nak wujudkan satu lagi universiti, iaitu Universiti P. Ramlee di Taman Ilmu. Tetapi, setakat ini tak tahulah sejauh mana apa ini usaha yang dibuat kerana soalan, saya ingat soalan saya dengan soalan Tepoh juga diterima surat ditolak berkait dengan pembangunan Taman Ilmu ini dan saya ingat masih ada ruang kepada Kerajaan Negeri untuk mengambil inisiatif bagi memastikan kalau boleh hok universiti hok ada ini kita nak tambah satu lagi iaitu di Taman Ilmu.
Dato’ Yang di-Pertua, saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak disangka-sangka, yalah, tak bincang dengan saya tak tahulah. Takut bincang dengan orang lain
kerana Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar telah bersetuju untuk membentangkan peruntukan bantuan am sebanyak RM250,000.00 kepada ADUN bukan Kerajaan kerana selama ini hampir dua tahun dah Wakil Rakyat bukan Kerajaan ini guna duit gaji jer untuk membantu rakyat masing-masing di kawasan masing-masing. Tetapi, dengan adanya peruntukan ini insya-Allah kita akan gunakan sebaik mungkin dan insya-Allah tanda terima kasih kita, kita tak pilih bululah di kampung-kampung untuk membelanjakan duit ini. Okey, dan walau bagaimanapun, kita juga perlu fikir sesuatu perlu kita buat supaya bukan sahaja Muafakat Nasional ini antara pemimpin sama pemimpin. Kita masih lihat lagi rakyat-rakyat di bawah masih lagi terasa, mereka ini tidak ada persamaan dan tidak ada kebersamaan lagi. Jadi, maknanya bukan sahaja di sebelah Kerajaan tetapi juga di sebelah kita kena ada usaha dibuat supaya penyokong-penyokong di kedua-dua belah pihak ini telah mula kendurlah supaya Muafakat Nasional ini boleh menjadi realiti bukan sahaja di peringkat pemimpin tetapi juga di peringkat akar umbi. Kita takut esok-esok kalau dia tidak setuju dengan pemimpin, dia corner pula ikut parti se lagi, susah juga kita.
Dan berbalik kepada Belanjawan ini, saya bagi pihak pemandu teksi juga berterima kasihlah di muka surat 59, ada bantuan RM200,000 iaitu Skim Kemalangan Sosial Pemandu Teksi untuk diberi pada tahun hadapan. Cuma saya juga terfikir bahawa pelanggan hari ini, pengguna-pengguna teksi hari ini lebih suka menggunakan talian untuk menempah teksi, penggunaan teksi ini. Jadi, saya ingat Kerajaan juga perlu fikir untuk memberi pendedahan baru kepada pemandu-pemandu teksi yang rata-ratanya sudah berusia ini. Kalau tidak, mereka akan tertinggal kerana hari ini kita lebih suka duduk di rumah ataupun duduk di mana-mana, kita call teksi mari tempat kita. Bukan kita pergi di stesen-stesen teksi.
Dan yang keduanya, di dalam muka surat 60. Terima kasih juga kerana Kerajaan meneruskan bantuan di bawah Tabung Darul Iman iaitu peruntukan sebanyak RM5 juta yang mana kalau ikutnya jumlah ini memang tidak mencukupi sebagaimana yang diutarakan oleh Yang Berhormat Cukai pagi tadi. Selain daripada RM5 juta kita ada lagi bantuan daripada GLC, kita ada lagi tambahan daripada potongan gaji Ahli-ahli Yang Berhormat dan kalau ikutnya dengan pertambahan RM5 juta tambah dengan saya ingat RM1.5 juta lagi itu, memang tidak mencukupi. Jadi, saya kalau tidak mencukupi pun mungkin yalah boleh guna setakat tak cukup. Tetapi, saya pohon supaya diberi keutamaan kerana mengikut pengalaman lepas-lepas, tabung ini memerlukan perbelanjaan, saya ingat RM10 juta setahun, baru rakyat yang memerlukan bantuan di
bawah tabung ini dapat kita bantu kerana hari ini, bantuan, hari ini kos perubatan sangat tinggi dan minta supaya Kerajaan mempertimbangkan untuk tambah lagi peruntukan di atas Tabung Darul Iman ini.
Okey, dan berbalik kepada sektor pertanian. Saya suka juga menyentuh bahawa tidak ada disebut oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar berkait dengan program sumber kekayaan baru yang sentiasa diuar-uarkan oleh Kementerian Pertanian iaitu untuk tanaman durian Musang King ke, Black Thorn ke dan juga apa nama ni tanaman kelapa yang mana mengikut sumber-sumber yang kita ketahui bahawa inilah merupakan perancangan Kementerian yang dijadikan sumber kekayaan baru yang boleh menjamin pulangan yang lumayan kepada mereka-mereka yang menceburkan diri. Jadi, saya pohon supaya ada satu dia panggil fokus ataupun ada satu sentuhan ataupun monitoring, dengan izin supaya projek-projek yang berimpak pendapatan tinggi ini juga Kerajaan Negeri memainkan peranan untuk merangsang agar petani-petani di Negeri Terengganu terlibat secara langsung dan saya difahamkan bahawa untuk tanaman durian dan juga kelapa ini juga menjadi Negeri Terengganu kerana kebetulan Ketua Pengarah Pertanian Malaysia hari ni juga bekas Pengarah Negeri Terengganu, dia minta supaya Kerajaan Negeri dapat memberi kerjasama. Okey, dan berkait dengan sektor pertanian ini juga saya berterima kasih kerana disebut di muka surat 47 iaitu ada kursus ternakan terutamanya kepada belia dan juga generasi muda. Saya tengok hari ini golongan-golongan belia di kampung-kampung hari ini sangat berminat kepada sektor ternakan ini terutamanya ternakan lembu. Rata-rata belia hari ini hak tak ada kerja, dia ada seekor lembu, dua ekor lembu. Daripada dua ekor, tiga ekor lembu kerana mungkin ada ilmu bagi mereka. Cuma, saya melihat kalau bolehlah Kerajaan mengambil inisiatif untuk membantu sektor ini terutamanya yang telah menjadi minat golongan orang muda ini iaitu bagi cari kaedah supaya makanan ternakan ini jadi murah kerana telah berlaku sebenarnya apabila golongan belia ini begitu minat tengok projeknya berjaya bila keluar benih-benih hok laki dia jual, hok jantan dia jual, hok betina dia pelihara kerana nak suruh jadi baka lagi. Tetapi, sampai satu masa bila kemarau berpanjangan, begitu hebat, sumber makanan yang murah iaitu menggunakan rumput mati. Maka, projek mereka terbengkalai dan saya mintalah supaya pihak Kerajaan juga melihat kaedah mana, cara mana supaya apa nama ni makanan ternakan ini dapat diperolehi oleh penternak-penternak terutamanya penternak lembu dan kambinglah supaya harga yang diperolehi dengan kadar yang lebih murah hari ini kerana kita tahu bahawa tidak ada kilang ternakan di Pantai Timur dan apabila Pantai Barat dia terlibat dengan transport dan sebagainya, orang hok nego ini pula ambil sedikit sebanyak keuntungan. Maka, harga
meningkat. Tapi, fikirlah cara mana ataupun dengan kita galakkan supaya apa nama ni belia juga dapat berkecimpung dalam industri kecil pengeluaran makanan ternakan.
Okey, dan seterusnya, muka surat 52, saya berterima kasih juga kerana bantuan diberi sebanyak RM10 juta kepada pelajar-pelajar untuk pakaian sekolah yang dijangkakan seramai 89 orang akan, 89 ribu pelajar akan menerima bantuan. Cuma saya nak mintak supaya kaedah pemberian pakaian sekolah ini, perlu ditambahbaik kerana program yang dibuat baru-baru ini ramai daripada ibu bapa yang tak tahu adanya bantuan ini. Selepas daripada jiran-jiran mereka pergi ukur dan sebagainya. Allah, masa begitu mencemburui. Tambah sikit lagi boleh?
Cuba ringkaskan.
Jadi mintak supaya ada sedikit pengubahsuaian iaitu sistem penyampaian agar mereka-mereka yang sepatutnya dapat menerima bantuan ini. Mereka tahu bila, masa mana dan di mana permohonan ini boleh dibuat. Dalam muka surat 27, Yang Berhormat Dato’ di-Pertua, saya ialah rasa gembira kerana penekanan yang diberi oleh Kerajaan untuk nak wujudkan Sekolah Rendah Agama, Sekolah Menengah Agama ni. Ada 6 buah Sekolah Rendah dipanggil SRIDI dan juga SMIDI dok? SRIDI dan SMIDI. Cuma saya pohon penjelasan apa beza pondok moden yang kita telah ada. Contohnya ada di Besut satu, di Padang Luas. Pondok Moden dengan SRIDI ini. Sekoloh Rendah Agama ini. Apa bezanya? Sekolah Rendah Agama dengan Pondok Moden ni.
Secara ringkasnya, saya juga berterima kasih tahun depan kita ada 4 buah masjid baru dengan peruntukan RM17.5 juta. Cuma saya pohon supaya susulan minta tolonglah Kerajaan Negeri buat susulan hak ni hak masjid baru kita berterima kasih. Tetapi di kampung saya tu Masjid Alor Lintah duk buat dah leni dan hari ini terbengkalai kerana kontraktor lari. Katanya, tender telah dibuat baru ni dan dok tahulah apa keputusannya sehingga hari ini dah hampir 2 tahun ni, dah naik semak samun baru ni saya mintak supaya masyarakat pergi cuci JKR kata tak boleh kerana kawasan larangan. Saya mintak JKR cuci sebab dah naik semak samun jadi mintak supaya hak baru hak baru jugak tapi mintak supaya susulan dibuat oleh Kerajaan Negeri hak tengah buat separuh jalan dah ni supaya dapat diteruskan dengan segera dan nak hak berbalik kepada DUN Jertih ni. Saya nak mintak tiga perkara yang perlu diberi pertimbangan oleh Kerajaan, yang pertamanya saya dok napok jalan lagi ni Terminal Bas Jerteh ini menjadi realiti. Baru ni kata ada dah
bajet sejuta dan apabila Menteri mari kata tambah lagi sejuta. Tapi saya nak tahu setakat mana perkembangan Terminal Bas Jerteh. Yang keduanya, saya tengok juga R&R Padang Luas di Jerteh hari ini dah terbiar sekian lama, tepi jalan besar. Jadi nak tengok apakah perancangan yang boleh dilihat oleh Kerajaan bagi memastikan supaya R&R ini dapat dimanfaatkan oleh masyarakat. Dan seterusnya…..
Ringkaskan Yang Berhormat, masa dah melebihi 2-3 minit.
Dan akhir sekali, saya juga memohon supaya Kerajaan Negeri membuat susulan kerana semasa pilihan raya baru ni. Pihak Kerajaan Pusat telah bersetuju sebenarnya, telah dipanggil telah melancarkan dipanggil batu asas Projek PPR di Tapoh. Apa nama ni, di Paruh Padang Tapoh sebanyak 500 unit. Dan katanya apabila tidak tanah Kerajaan tak jadi. Jadi mintak supaya kalau boleh pasal 500 unit pelan telah siap, batu asas telah buat, perasmian telah buat, lembu telah sembelih dah, kalau boleh Kerajaan Negeri buat susulanlah pujuk Kerajaan Pusat supaya projek ini dapat diteruskan. Okey akhir sekali saya berterima kasih dan tahniah pada Kerajaan Negeri yang telah membentangkan bajet dengan begitu menyeluruh bukan sahaja kepada rakyat tetapi juga kepada Wakil Rakyat-wakil rakyat bukan Kerajaan, terima kasih. Saya daripada DUN Jertih juga turut menyokong pembentangan bajet yang telah disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar kelmarin, sekian. Wabillahi Taufik Alhidayah Assalamua’laikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih Wakil Jertih. Saya persilakan Wakil Rantau Abang, sila.
Bismillahir Rahmanir Rahhim. Assalamua’laikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillahiroobil „alamin. Wal „aqibatu lil muttaqin. Wala udwana illa „ala dzolimin. Asyhadu alla ilaha ilallah wa asyhadu anna Muhammad Rasulullah. Qala Rabbisyh rahli sadri wayassirli amri wahlul ukhdatan minllisani yafqauhu qauli.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat-yang berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, Tuan-tuan, Puan-puan yang dihormati Allah sekalian.
Alhamdulillah saya memanjatkan setinggi-tinggi ucapan syukur kepada Allah Subahanahu Wa Ta’ala yang memberi peluang dan ruang untuk kita bersama-sama di dalam Dewan yang mulia ini demi menjaga kepentingan agama rakyat Negeri Terengganu yang tercinta ini. Semalam, kita semua telah mengikuti secara keseluruhan Ucapan Pembentangan Bajet bagi tahun 2020 oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Bajet yang bertemakan “Membina Generasi Terengganu Sejahtera” diharapkan agar mampu membawa seluruh rakyat Negeri Terengganu kepada penghayatan syariat islam, kecintaan terhadap Al-Quran dan pengembangan dakwah islam yang lebih tersusun di masa-masa akan datang seiring dengan pembangunan fizikal negeri ini.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Kerajaan Negeri yang telah membawa kesinambungan perjuangan dari pemerintahan yang lalu iaitu ketika kemenangan Parti Islam SeMalaysia (PAS) pada tahun 1999 sehingga 2004. Yang mana ketika pemerintahan ini, Kerajaan ketika itu telah berusaha sedaya upaya untuk melaksanakan satu amanah sebagai hamba Allah tanggungjawab yang besar memikul sebagai hamba di bumi Allah ini semata-mata untuk memartabatkan syariat Allah. Dan ketika itu telahpun terlaksana satu Enakmen sebagai ibu Perlembagaan Negeri Terengganu iaitu Enakmen Syariah. Yang saya masih ingat telahpun diwartakan pada 27.10.2003. Usaha bermula daripada 1999 dan akhirnya Tuanku tandatangani dan diwartakan. Alhamdulillah atas usaha inilah apabila kerajaan baru diberi peluang untuk memerintah Kerajaan Negeri Terengganu ini, ini merupakan usaha utama sebab itulah terima kasih banyak-banyak kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana meletakkan teras pertama ialah Memartabatkan Pelaksanaan Islam. Kita mengharapkan garis-garis panduan dan pelaksanaannya nanti yang sedang diusahakan dengan bantuan kerjasama daripada seluruh ahli masyarakat. Terlebih-lebih lagi daripada kakitangan Kerajaan supaya menyokong penuh atas usaha ini supaya kita tidak lagi rasa ragu-ragu untuk kita nak jawab apabila kita dihadapkan oleh Allah bertemu di Padang Mahsyar nanti, apa jawapan kita. Dan Alhamdulillah kita mengharapkan perkara ini dapat kerjasama semua dan setakat ini Alhamdulillah terima kasih kepada kakitangan Kerajaan yang senantiasa bersama dengan Kerajaan sekarang untuk kita meletakkan teras ini sebagai Teras Pertama.
Dato’ Yang di-Pertua, di dalam usaha untuk membina generasi yang sejahtera ini, kita dapat melihat enam inisiatif yang telah dibentang oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar semalam di bawah Teras Empat, iaitu Melestarikan Kehidupan Sejahtera. Jadi untuk masa yang singkat ini, saya hanya fokuskan kepada Teras Empat sahaja. Kita
ketahui bahawa daripada pembentangan-pembentangan rakan-rakan sebelum ini, telahpun menyebutkan bahawa kekangan kita berkenaan dengan Bajet kita yang sebelum-sebelum ini. Tahun lepas, Bajet Berimbang tetapi tahun ini Bajet Defisit. Sudah tentu kita akan mengalami kesukaran dan semua tahu. Oleh itu, kita tidak akan kecewa sebaliknya akan berusaha lebih kuat untuk memakmurkan negeri yang kita sayangi ini.
Jadi, saya benar-benar berharap kepada semua yang diamanahkan supaya memikul sebaik mungkin dari segi masa, tenaga, keupayaan yang ada, kita bersama-sama muafakat untuk memartabatkan Negeri Terengganu yang kita sayangi ini. Strategi pertama, menyediakan sistem sokongan keluarga. Cabaran yang ada dalam mana-mana institusi keluarga adalah dalam mengimbangi keperluan hidup dan pengurusan keluarga yang berkualiti. Ketidakupayaan dalam mengendalikan urusan kekeluargaan ini akan membawa kepada suatu keadaan yang tidak harmoni. Sistem sokongan ini hendaklah dan seharusnya dapat membantu meringan beban anggota masyarakat dalam membantu mengurus kehidupan, meneruskan pemberian Bantuan Pakaian dan Alat Sekolah yang tercatat dalam Buku Bajet ini, terima kasih banyak-banyak kerana perkara yang telah diberi pada 2019 tahun ini akan teruskan untuk tahun 2020 dan nilainya sebanyak RM10,000,000. Sekurang-kurangnya untuk meringankan keperitan hidup masyarakat yang menghadapi kesukaran dari masa ke semasa ini. Sasaran 89,000 yang disebutkan tadi kepada pelajar yang layak. Kita kena faham, kita tahu bahawa peruntukan terhad, oleh itu syarat-syarat yang dikenakan itu telahpun diikuti oleh anggota-anggota yang dipertanggungjawabkan dan untuk tahun 2020 sekadar 89,000 yang akan memperolehi bantuan ini.
Dan di samping itu, terima kasih kepada Kerajaan kerana telahpun meluluskan empat buah lagi taska yang akan berjumlah 70 buah taska. Sekarang ada 66 buah taska dan empat lagi. Cuma isunya ialah dapat tidak jabatan-jabatan Kerajaan dan pihak agensi Kerajaan yang telah menyediakan kemudahan ini dapat meneruskan pengambilan pelajar-pelajar pada awal tahun 2020. Sebagai contoh, di Majlis Perbandaran Dungun, bangunannya telahpun siap, cuma kelengkapan belum ada. Oleh itu, kita mengharapkan kepada Kerajaan supaya mengambil suatu inisiatif untuk menyegerakan apa-apa keperluan, pembinaan, menempatkan pelajar ini dapat kita teruskan pada 2020 ini.
Seterusnya, Strategi Kedua, Menitikberatkan Penjagaan Kebersihan dan Kesihatan. Dato’ Yang di-Pertua, Negeri Terengganu ini amat kaya dengan sumber alam semulajadi yang menjadi tarikan para pelancong sama ada dari dalam ataupun dari luar negara.
Mengekalkan kebersihan di Negeri ini adalah satu cabaran yang memerlukan komitmen bersama di antara pihak Kerajaan dan rakyat. Bagaimana kita di pihak Kerajaan pada hari ini begitu bersungguh-sungguh mencari jalan untuk menjaga kebersihan di Negeri ini namun sekiranya usaha ini tidak dituruti bersama masyarakat maka ianya akan menjadi usaha yang sukar. Penglibatan ahli masyarakat dan penguatkuasaan undang-undang perlu digerakkan bersama bagi memastikan masyarakat dan Kerajaan dapat saling bahu-membahu dan menangani isu kebersihan ini. Isu yang timbul terutama sekali pada muka surat 107, ada dinyatakan berkaitan dengan penjagaan kesihatan ini iaitu yang mengalami kanser payudara. Kerajaan telahpun memperuntukkan sejumlah bajet berkaitan dengan program saringan pap smear dan mamogram secara percuma. Oleh itu, kita mengharapkan kerjasama daripada masyarakat supaya tawaran ini dapat diambil oleh warga masyarakat supaya hasrat Kerajaan untuk memberi kesihatan yang baik kepada masyarakat akan tercapai. Begitu juga, satu lagi Pusat Dialisis akan dilaksanakan. Terima kasih kepada Kerajaan Negeri atas keprihatinan ini.
Berkaitan dengan kebersihan, isu timbulnya ialah Pusat Pelupusan Sampah Sungai Ikan 2, akan dibina. Cuma saya rujuk kepada kawasan Dungun, Kawasan Pelupusan Sampah di Serdang, perlu diperluaskan. Dan saya kira sudahpun ada usaha untuk mengambilbalik tanah untuk diperluaskan kerana sampah sekarang terlalu banyak. Begitu juga di Kawasan Pelupusan Santong, saya harap perkara ini dapat perhatian daripada Kerajaan Negeri supaya dapat disegerakan untuk kita memberi keselesaan dan kebersihan kepada rakyat kita. Saya merasa bangga sebenarnya apabila Tandas Awam Rantau Abang di negeri ini telah dinobatkan sebagai tandas terbaik dalam kategori „Asian Best Toilet Standard 2019-2021’ bersempena dengan Forum Pelancongan Asia 2019 yang diadakan di Ha Long City, Vietnam. Terima kasih banyak-banyak kepada Majlis Perbandaran Dungun kerana telahpun berusaha untuk dinobatkan sebagai yang terbaik di Asia ini.
Strategi ketiga, menyediakan kediaman mampu milik bagi rakyat. Dato’ Yang di-Pertua, di dalam janji manifesto kita, inilah antara perkara yang menjadi fokus utama Kerajaan Negeri bagi membantu rakyat di negeri ini untuk memiliki kediaman sendiri yang mampu dimiliki oleh mereka, saya amat menyokong projek pembelian Rumah Mampu Milik yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar semalam dengan menyasarkan keutamaan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
Yang Berhormat, panjang lagi ke?
Sikit lagi, umum mengetahui bahawa kos pembinaan unit kediaman ini akan menelan belanja yang besar dan kerana itu, kita melihat Kerajaan Negeri telah membuka peluang baru kepada para pelabur dengan dasar perumahan yang baru dengan menyasarkan untuk tahun depan 4,000 unit Rumah Mampu Milik akan dibina. Persoalan ialah ada kawasan-kawasan yang telah diwartakan untuk dibina Rumah Mampu Milik seawal 2016 lagi tetapi sehingga kini tidak dapat diusahakan lagi dan dalam bajet ini contohnya ialah di tempat saya, di Rantau Abang iaitu Kampung Kuala Abang telahpun dikenalpasti dan telahpun diwartakan untuk diadakan penempatan Rumah Mampu Milik ini tetapi belum terlaksana jadi saya mengharapkan Kerajaan ambil sedikit perhatian supaya perkara ini dapat disegerakan kerana rakyat selalu terutama sekali nelayan-nelayan amat memerlukan, nelayan di Besut, alhamdullilah sudah pun ada tetapi, nelayan di kawasan Dungun masih menunggu Rumah Mampu Milik ini. Seterusnya Dato’ Yang di-Pertua, Strategi yang Keempat, Menjamin Kebahagian Keluarga, hasrat Kerajaan untuk melaksanakan Walimatulurus Perdana akan diteruskan cuma sasaran target yang Kerajaan Negeri telahpun letak sebagai suatu target untuk diadakan satu DUN, dalam satu, sekarang ini ialah satu kawasan satu pelaksanaan tapi hasrat Kerajaan Negeri ialah nak melaksanakan setiap DUN, ini belum tercapai oleh itu kita mengharapkan kepada agensi-agensi yang terlibat main peranan yang lebih untuk kita war-warkan kepada masyarakat supaya mereka mengambil peluang ini kerana Bajet ini bukan sedikit, ia memakan belanja RM1.5 juta dan yang seterusnya…..
Yang Berhormat yang terakhir ya, sebab dah 3 minit lewat ni.. habiskan ayat yang terakhir.
Okey, Dato’ Yang di-Pertua, pembangunan infrastruktur adalah satu penilaian yang besar buat rakyat. Pembangunan berbentuk fizikal ini selalu menjadi perbandingan buat masyarakat. Saya kira dengan apa yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam belanjawan kali ini mampu memberi impak yang positif kepada khalayak, kepada masyarakat terhadap penambahbaikan yang bakal dibuat oleh Kerajaan bagi keselesaan rakyat di Negeri ini. Persoalannya satu, iaitu bekalan air terawat terutama sekali di kawasan luar bandar masih lagi terkebelakang. Saya mengharapkan agensi berkenaan terutama sekali SATU supaya dapat melihat perkara ini, sebab di kawasan-kawasan luar bandar masih ada lagi masyarakat yang belum mendapat bekalan air terawat yang sempurna. Jadi tuan-tuan yang dihormati sekalian, Tuan Yang di-Pertua, saya kira inilah
saja ucapan yang boleh saya sampaikan dalam ucapan perbahasan menyokong Bajet 2020 ini. Saya sekali lagi merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu di atas inisiatif yang ditawarkan melalui Bajet 2020, saya kira Bajet 2020 ini benar-benar menepati apa yang dimahukan oleh rakyat Negeri Terengganu dan saya berdoa agar Allah mengurniakan Negeri Terengganu ini sebagai Negeri yang Maju, Berkat Dan Sejahtera. Rantau Abang pohon menyokong. Wabillahhi Taufiq Wal Hidayah, Assalamua’laikum Warahmutllahi Wabarakatuh.
Terima Kasih kepada Wakil Rantau Abang, saya tangguhkan Persidangan kita buat sementara dan kita masuk semula pada pukul 4.00 petang.
DEWAN DITANGGUHKAN SEMENTARA PADA PUKUL 3.40 PETANG
PUKUL 4.00 PETANG
(Selepas Soalan-Soalan Lisan)Questions
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Ta’ala Wabarakatuh. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, mesyuarat disambung semula. Saya persilakan Wakil Ajil. Sila.
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillahilladzi lam yalid walam yulad. Walam yakullahu kufuwan ahad. Asyhadu alla ilaha illahu wahdahu la syarikalah, waashadu anna muhammadan abduhu warasuluh. Allahumma solli ala Muhammad. Waala alihi wasohbihi ajmain. Amma Ba’d.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan, Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, tuan-tuan dan puan-puan, muslimin dan muslimat semua, pertama sekali, marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran kehadrat Allah Ta’ala, kerana masih lagi diberi kesempatan masa untuk kita bersama pada petang ini, pada petang yang mengantuk ini, tapi jangan tidurlah. Kita bersyukur kehadrat Allah Ta’ala kerana diberi nikmat yang banyak sebenarnya.
“Demi kalau sekiranya kamu bersyukur, aku akan tambahkan bagimu dan kalau sekiranya kamu kufur, ingatlah bahawa azabku sangatlah pedih.”
(Surah Ibrahim Ayat 7).
Dan dengan kekayaan sumber alam yang banyak di Negeri Terengganu, minyak, gas, sumber-sumber alam, perhutanan, flora, fauna, kekayaan unggas, ruminan dan sebagainya, maka tidak menjadi suatu alasanlah bagi kita untuk tidak bersyukur kepada Allah Ta’ala. Mudah-mudahan kita rakyat Terengganu, pimpinan dan rakyat semua sekali akan dilimpahi oleh nikmat yang berpanjangan apabila kita menjadi orang-orang yang bersyukur. Walau bagaimanapun, sebagai seorang yang beriman, kita yakin dan kita sedar bahawa kadang-kadang kita akan diuji. Kadang-kadang wujud beberapa halangan dan kita menganggap halangan-halangan itu merupakan satu ujian yang boleh mematangkan kita termasuklah diuji dengan perkara-perkara yang perlu kita sabar,
keikhlasan kita. Politik kita sekarang nipun diuji dengan ujian yang agak berbeza sikit daripada sebelum ini. Kita diuji dengan perdamaian yang sangat mendamaikan. Mudah-mudahan ujian ini akan kekal kita dalam keadaan aman, seronok saya rasa bila tengok ahli-ahli dewan dapat berbahas dengan tenang tanpa wujudnya orang kata macam sebelum ni, baloh-balohlah dan kalau mungkin berlakulah sedikit sebanyak yang disebut oleh Kuala Besut ke Hulu Besut tadi berkenaan dengan MPKK.
Hulu Besut.
Ataupun Jawatankuasa Masjid yang didominasi oleh satu parti ataupun PAS sahaja ke. Tu mungkin wujud sebelum berlaku Muafakat Nasional. Tapi saya di Ajil dok gitu, insya-Allah dan baru inipun kita bagi borang 5A kepada RTB Kampung Sungai Binjai termasuklah orang PAS, orang UMNO, bereh belaka. Satu masalahlah di RTB Sungai Binjai ini berpuluh-puluh tahun tak selesai start daripada tahun 70-an lagi. Jadi Alhamdulillah baru ini, pada 13 haribulan baru, kita telahpun mengadakan majlis penyerahan borang 5A kepada penduduk RTB Sungai Binjai seramai 100 orang dan baki ada 65 orang lagi, dan dengan tema Belanjawan hari ini, “Membina Generasi Terengganu Sejahtera”, maka usaha Kerajaan mengadakan pelbagai program termasuklah program-program yang disebut sebagai Skim Mus’ab bin Umair, penubuhan DUAT, penubuhan pusat dakwah, SRIDI, SMIDI. Ini merupakan satu daripada rintisan yang kukuh yang insya-Allah akan merealisasikan pembinaan insan yang seimbang di antara dunia dan akhirat. Apatah lagi kalau kita perhatikan Belanjawan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar kelmarin, mencakupi keperluan dunia dan akhirat, rohani dan jasmani, material dan spiritual yang insya-Allah itu merupakan satu daripada asas yang kukuh untuk kita membina generasi yang seimbang tetapi walau bagaimanapun kita faham bahawa akhirat itu adalah lebih baik dan lebih kekal.
Dan dalam aspek pendidikan, saya nak sentuh sikit berkenaan dengan kematangan politik yang ada pada hari ini dan kerajaan kita kerajaan PAS dengan sokongan sahabat-sahabat daripada UMNO, kita lihat kematangan berpolitik sudah meningkat dan ini merupakan satu perkembangan yang sangat bagus, sangat baik untuk kita. Cuma, dari sudut aspek pendidikan ini, ada sedikit kekeliruan wujud. Apabila sekolah-sekolah kita inilah, sekolah-sekolah menengah harian dan sekolah-sekolah menengah SBP ke di bawah kementerian, berada di dalam DUN kita. Kadang-kadang mereka ini minta bantuan, sumbangan dari kita. Nak Mesyuarat Agung PIBG, minta sumbangan. Nak buat lawatan, minta
sumbangan. Nak buat Hari Anugerah Kecemerlangan Koko ke, akademik ke, minta sumbangan daripada wakil rakyat. Tapi wakil rakyat nak masuk tu agak payah sikit. Dulu banyak syarat, rukun, sah, batal banyak sangat. Sebelum ni rasa nampak molek sikit. Lening jadi napok macam ada sedikit halangan. Saya pernah di dua buah sekolah takleh masuk. Bukan masalah pengetua. Pengetua kata, kita nak ajak sangat ustaz masuk dia kata, tapi dokleh masuk. Saya kata wakpe? Ada arahan daripada atasan. Ye ke arahan daripada atasan? Saya ada bukti daripada Whatsapps yang diberi oleh seseorang, Whatsapps ni dihantar daripada seseorang yang saya tokleh nak sebutlah. Cuma isi je saya royat neh. Salam. Dia salam. Mohon semua pengetua, guru besar pastikan tiada jemputan kepada politik pembangkang masuk ke dalam kawasan sekolah. Eh kita ni bukan nak masuk ngempen politik, kalau kita masuk dalam sekolah pun bukan kita nak masuk ngempen. Kita nak masuk tu kadang-kadang atas jemputan sahabat-sahabat kita di sekolah. Pengetua, guru besar ni memang saing-saing kita. Jadi diaorang nak mintak lah kita masuk. Saya rasa JPN pun takdok masalah.
Yang Berhormat masuk ini, masuk nak berucap ke masuk saja-saja?
Masuk.. ye, ye masuk nak berucaplah.
….(Ketawa) ….
Masuk dengan program. Saya masuk dengan program rasmilah. Di Dungun, di Daerah Dungun, saya pernah dibatalkan program kemasukan saya untuk merasmikan mesyuarat agong sekali, pada awal tahun baru ni dan baru ni di Daerah Hulu Terengganu sendiri di kawasan Yang Berhormat Dato’ Rozi. Mula-mula dia jemput saya untuk rasmi anugerah. Adalah. Tapi tokleh sebutlah sekolah mana-mana. Lepas tu dua hari sebelum tu, sebelum berlangsungnya dia hantar mesej pulok, tokleh sebab tidak dibenarkan oleh makhluk atasan. Sape tu takleh nak ceritalah. Pastu dia kata kawasan sekolah adalah premis Kerajaan. Macamlah kita dok tahu. Kawasan sekoloh ni memanglah premis Kerajaan. Kita pun bukan nak masuk ngempen dok, kita nak masuk atas dasar atas kapasiti kita sebagai.. macam saya Timbalan Exco Pendidikan, saya pulak bekas guru. Jiwa kita ni bila masuk ke sekolah kita berasa seronok dan kita boleh juga bagi sumbangan ke sekolah tapi oleh kerana wujudnya politik hok tidak matang, tapi banyak juga sekolah hok boleh masuk. Hok tu
peliknya. Jadi kita leni jadi macam wujud kekeliruan. Keliru sikitlah ada hok boleh masuk, ada hok tak leh masuk.
Kalau padi katakan padi, Tidaklah jerami menjadi layu, Kalau sudi katalah sudi, Tidaklah kami jadi keliru.
(Ketawa)
Aaa... dah alang-alang pantun, pantun sekali lagi.
Masuk ke hutan berburu binatang, Boleh rusa tanduk bercabang, Kalau berpolitik biarlah matang, Bimbang bangsa jadi petualang.
Kalau politik tidak matang ni yang kita bimbangnya takut pelajar yang jadi mangsa. Jadi di situ kita nampak wujudnya elemen yang kadang-kadang bukan sokmo, bukan semua. Jadi di situlah kita mengharapkan sahabat-sahabat yang berada di Kementerian untuk bersama-sama membantu anak bangsa kitalah, kemajuan dari sudut pendidikan dan sebagainya. Kemudian satu perkara lagi iaitu hal pendidikan, hal yang berlaku di kawasan terutamanya kawasan-kawasan pendalaman tentang kebergantungan rakyat kita ini kepada wakil rakyat. Nampak macam terlalu bergantung sangat, sampai cabut atap sekeping pun hello wakil rakyat. Memanglah kita ada tanggungjawab kita tapi kalau bedooh-dooh lalu berasa rimas juga tapi orang kata nak jadi Wakil Rakyat sangat. Padan ah. Bukan itu maksud kita, jadi kita sekarang ni, sayalah, saya nampak, kita boleh pihak Kerajaan sendiripun kena ada satu usaha bagaimana kita nak mengurangkan sedikit kebergantungan orang ramai kepada Wakil Rakyat sebab merekapun mempunyai tanggungjawab sebenarnya. Dua tiga hari lepas saya diberitahu oleh seorang Pengerusi MPKK dia kata ada seorang hamba Allah kampung dia ini duduk berungut kerana mak dia takleh bantuan. Mak dia umur 9 tahun, eh 9 tahun 90 tahun. Mak dia umur 90 tahun. Dia ni hok duduk merungut ini dia tu anak laki, sedangkan tanggungjawab syaraknya anak lakilah yang patutnya jaga mak dan dia ada kemampuan tetapi duk merungut kepada wakil rakyat yang kenanya, jadi pengerusi MPKK maklum saya tapi kita ambil responlah.
Cuma kita melihat di situ bagaimana meraka cuba hendak lari daripada tanggungjawab sebagai seorang anak. Jadi di situ kita nampak perlunya usaha daripada pihak Kerajaan untuk menyedarkan tanggungjawab mereka itu terhadap keluarga, tidaklah bergantung 100% kepada wakil rakyat. Wakil Rakyat sebagai elemen sokongan sahaja melalui agensi-agensi yang ada sama ada JKM dah kalau hendak dibebankan semua sekali, itulah yang kita kata berat sikit. Berat tu se dah, kita bimbang takut wujud satu masa mungkin lima tahun, sepuluh tahun lagi wakil rakyatlah segala-galanya untuk menyelesaikan semua masalah yang ada di kampung. Anak, ayah, takdok tanggungjawab seolah-olah macam melepaskan diri daripada tanggungjawab masing-masing nak letak kepada wakil rakyat. Kemudian rentetan daripada keadaan itu menunjukkan bahawa rakyat kita kadang-kadang bukan sahaja miskin harta tapi miskin jiwa. Menyingkap apa yang berlaku di Zaman Khalifah Saidina Umar Abdul Aziz, saya baca dalam artikel yang ditulis, dalam buku yang ditulis oleh Professor Ahmad Shalabi, dia kata wujudnya keadaan masyarakat di Zaman Khalifah Umar Abdul Aziz yang takdok orang yang boleh terima zakat atau pun tidak layak untuk mereka menerima zakat dan Professor Ahmad Shalabi, dia kata ada dua kemungkinan di situ; satu, kemungkinan rakyat Zaman Khalifah Umar Abdul Aziz kaya harta sehingga tidak layak untuk mereka menerima zakat dan kemungkinan yang keduanya ialah rakyat di Zaman Khalifah Saidina Umar Abdul Aziz kaya jiwa sehingga mereka tidak sanggup untuk menerima zakat. Jadi di situlah kalau boleh kita wujudkan suasana biar ada juga tanggungjawab di kalangan ahli masyarakat untuk menyelesaikan kes-kes yang mungkin melibatkan keluarga mereka sendiri dan untuk akhir, masa nak habis ni saya nak ucap terima kasih dan mengharapkan Kerajaan akan memulakan Sekolah SRIDI yang pertama untuk wujud bangunan kekal harap-harap Kerajaan akan pilih SRIDI Ajil sebagai SRIDI contoh dan yang pertama. Boleh? Boleh Kerajaan? Haa.. tu cadang, Ustaz Saiful angguk doh tu.
Daun selasih ikan puyu, Terima kasih Thank You.
Ajil mohon menyokong. Terima kasih.
Terima Kasih wakil Ajil. Pendek sangat pantun tadi tu, ringkas. Sebelum saya teruskan saya nak tahu berapa ramai yang nak bercakap petang ni. Kalau tidak saya nak gulung awal. Tak ada dah? Sorang je nak bercakap petang ni? Ada? Tak, cuba angkat tangan sapa yang nak bercakap. Okey, sila. Okey Kuala Besut.
Assalamua’laikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Bismillahillazi La Yadurru Ma’asmihi Syaiun fill Ardi Wala Fissamaa’ Wahuwassami’ul „Alim“. Robbisy rahli sadri, wa yassirli amri, wah lul ukhdatan mii lisaani, yaf kahu kauli. Aamin. Terima Kasih pada Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi ruang dan peluang saya pada petang ini untuk sama-sama membahaskan Ucapan Belanjawan ataupun Bajet 2020 yang telah disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar kelmarin.
Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Barisan EXCO, Barisan Ahli-Ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, Pemerhati, rakan-rakan media dan seterusnya tuan-tuan dan puan-puan sidang Dewan yang mengikuti secara langsung dan juga secara live, langsung juga melalui facebook yang saya hormati dan kasihi sekalian. Okey, pertamanya saya sebenarnya tak bercadang nak ambil masa yang lama cuma nak terus kepada point-point dan juga spesifik tentang strategi, touch point yang telah diutarakan yang dibentangkan semasa ucapan Bajet 2020 semalam. Okey, sememangnya kita tahu bahawa Bajet yang diumumkan semalam merupakan Bajet yang defisit dan banyak yang telah diumumkan, banyak yang telah diutarakan khususnya demi kesejahteraan rakyat. Walau bagaimanapun kami di barisan sebelah sini sebagai tanggungjawab selaku pembangkang, selaku check and balance kepada pihak Kerajaan yang mana di sebelah sana sebagai menyokong Kerajaan, kami di sebelah sini walaupun tidak membangkang tapi check and balance, dok. Tugas kita, amanah kita yang telah diberikan oleh rakyat selaku checker, dok…
Ce cadang sekali nak guna istilah apa tu… sekarang ni. Acu cadang sekali.
Terpulang kepada kebijaksanaan Dato’ Yang di-Pertua lah… Orait? Okey. Perkara yang pertama seperti yang telah diumumkan semalam iaitu Pelan Pembangunan Industri Digital sebanyak RM500,000.00 yang telah diumumkan. Jadi, boleh tak masa penggulangan nanti pihak Kerajaan maklum pada kita dan juga maklum pada rakyat apakah fokus dan juga target dan juga hala tuju dan juga misi Pelan Pembangunan Industri Digital yang bernilai RM500,000.00 untuk kita laksanakan pada tahun hadapan, 2020.
Perkara yang kedua Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dan juga hadirin sekalian, yang diumumkan semalam juga sebanyak RM2 juta iaitu Pusat Pembangunan Sumber Manusia Terengganu yang mana secara ringkasnya diberi nama THRDC, cuma yang menjadi persoalan ataupun pertanyaan bukan sahaja saya dan rakan-rakan tapi juga rakyat di luar sana yang bertanyakan dan mahukan kami menyuarakan kepada pihak Kerajaan apakah THRDC ini, THRDC ini apakah bezanya dengan TESDEC hok ada sekarang ini, apakah bezanya dengan TESDEC yang ada sekarang ini dan ada juga pandangan pihak di luar sana dan juga rakan-rakan kita yang terlibat dalam industri ini secara langsung dan tidak langsung mengapakah tidak kita luaskan sahaja skop TESDEC sepertimana skop yang kita nak buat sepertimana THRDC ini. Jadi bolehkah pihak Kerajaan beri penjelasan kepada kita nanti, kita tengok apa beza TESDEC dengan THRDC ini. Perkara yang berikutnya, Yang Berhormat Dato’ di-Pertua, diumumkan juga semalam sebanyak RM4.5 juta iaitu promosi pelancongan untuk Negeri Terengganu pada tahun hadapan. Jadi, kita juga ingin tahu pecahan peratusan ataupun lebihan bajet promosi domestik tersebut dan promosi tersebut boleh tak kita utamakan juga selain daripada produk-produk hok kita ada dah tapi kita utamakan juga produk-produk yang baru, baru timbul ni. Macam Besut kita ada, ada air Lata apa Hulu Besut tu, bukan La Hot Spring, Pittung dan juga De Rhu Ecopark dan pelbagai lagi. Jadi boleh tak pihak Kerajaan utamakan juga produk-produk yang baru-baru timbul ni, dan kalau ada lebihan lagi boleh tak beri kepada NGO-NGO yang berkepentingan dalam bidang pelancongan supaya mereka ni juga bersama-sama menggembleng tenaga dengan pihak Kerajaan untuk mempromosikan Negeri Terengganu yang tercinta ini supaya Negeri Terengganu kita ni dikunjungi oleh lebih ramai lagi pelancong-pelancong bukan sahaja pelancong domestik tapi juga pelancong daripada antarabangsa.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, perkara yang berikut iaitu kita suka bahawa bila tengok kelmarin Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah mengumumkan bajet sebanyak RM70 juta iaitu untuk kerja-kerja dan juga aktiviti-aktiviti kebersihan, yang mana lebih banyak daripada tahun sebelum ini, yang mana sebelum ini tahun 2019 sebanyak RM50 juta, tahun depan kita Kerajaan telah menambah lagi sebanyak RM70 juta. Jadi jumlahnya RM70 juta, cuma kita mahu juga supaya pihak Kerajaan menggembleng tenaga supaya dapat tingkatkan lagi aspek dan juga kerja-kerja kebersihan ini fokus dan juga memberi kempen yang lebih komprehensif lagi tentang kempen 4R, yang mana banyak digunakan di serata dunia iaitu 4R ini bermaksud, Reduce, Reuse, Recycle dan juga Relook. Relook ni jana semula, dan banyak juga aktiviti-aktiviti untuk kita pertingkatkan kebersihan di negeri kita dengan kita mengambil inisiatif
bank sampah sepertimana projek yang dilaksanakan oleh UNESCO bersama dengan negara-negara jiran kita yang lain dan bukan sahaja setakat tu tapi galakan kesedaran tentang kebersihan ini dapat kita tingkatkan lagi seawal pra-persekolahan supaya budaya pembersihan masyarakat kita dapat kita terapkan lagi seperti mana kita tengok di negara matahari terbit, Negara Jepun seawal pra-persekolahan, masa budak-budak duk tadika lagi mereka telah diasuh untuk membersih bilik air dan juga tandas dan sekaligus budaya pembersihan itu dapat diterapkan ke dalam diri mereka apabila mereka menjadi dewasa kelak.
Dato’ Yang di-Pertua dan tuan-tuan yang saya hormati dan kasihi sekalian, perkara yang berikut semalam juga diumumkan sebanyak RM3 juta untuk pengurusan Tasik Kenyir, jadi boleh tak pihak Kerajaan memaklumkan kepada kita tentang pelan masa depan ataupun pelan perancangan khususnya melibatkan tahun hadapan, apakah kita nak menambahkan lagi promosi ataupun dan sebagainya tentang daya tarikan kita yang berada di Tasik Kenyir. Sebab kita semua sedia maklum bahawa pengunjung-pengunjung yang mari ke Tasik Kenyir yang mengunjungi keindahan flora dan fauna di Tasik Kenyir saban tahun bertambah dan makin bertambah. Tahun 2018 sahaja kalau tidak silap saya hampir 800 ribu orang pengunjung daripada serata tempat melibatkan antarabangsa dan juga tempatan mengunjungi Tasik Kenyir, jadi boleh tak Kerajaan memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini dengan peruntukan sebanyak RM3 juta untuk kelulusan Tasik Kenyir itu, apakah perancangan dan juga strategi pihak Kerajaan untuk memantapkan lagi aktiviti pelancongan khususnya kita di Tasik Kenyir.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, tuan-tuan yang dihormati dan kasihi sekalian, perkara yang berikut iaitu menaik taraf infrastruktur di kawasan perindustrian, kita juga di Besut, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua ada kawasan perindustrian, jadi boleh tak pihak Kerajaan tidak lupakan juga kami di Besut ini supaya kawasan perindustrian di Besut iaitu di kawasan Gong Medang juga mendapat perhatian pihak Kerajaan untuk kita majukan dari segi infrastrukturnya.
Dato’ Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh tentang Rumah Mampu Milik. Tadi saya pun nak tanya pihak Kerajaan patut soalan lisan tapi tidak sempat jadi saya mengguna ruang ini di mana dimaklumkan oleh Dato’ Yang di-Pertua untuk bertanyakan kepada pihak Kerajaan tentang rumah mampu milik. Dato’ Yang di-Pertua, tadi kita dengar dan sebelum ini kita pun mendengar bahawa rakan-rakan kita bercerita tentang penyewa-penyewa Rumah Mampu Milik yang ditarik balik, Yang Berhormat EXCO pun
telah menjawab dan telah memberi penjelasan, cuma yang saya nak sentuh pada petang ini tentang yang tadi tu mungkin penyewa-penyewa yang terlibat dengan kemungkiran dok, tidak patuhi syarat dan sebagainya. Cuma yang saya nak sentuh pada petang ini, tentang penyewa-penyewa yang sentiasa mematuhi peraturan, mematuhi peraturan dan juga bayar sewa yang tidak tertunggak dan sentiasa mematuhi apa jua arahan oleh pihak Kerajaan tentang masa mereka ni menduduki Rumah Mampu Milik, sentiasa patuhi peraturan dan mereka ni telah lebih tiga tahun dah, tiga tahun dah telah menduduki Rumah Mampu Milik dan kalau ikut perjanjian oleh pihak Kerajaan, anak syarikat Kerajaan dengan penyewa selepas tiga tahun Rumah Mampu Milik ini dan tidak berlaku sebarang kemungkiran kepada proses mendiami Rumah Mampu Milik ini, mereka ini akan ditawarkan perjanjian sewa beli. Sebelum ni perjanjian sewa sahaja, selepas pada tiga tahun ada perjanjian sewa beli dan ada sebahagian daripada mereka ini sudah hampir empat tahunpun masih belum lagi mendapat menandatangani perjanjian sewa beli tersebut. Memang mereka faham bahawa dalam klausa perjanjian tersebut memang ada klausa yang mengatakan bahawa lanjutan masa kepada tempoh menyewa ini tanpa diberi notis kepada penyewa. Selaras dengan slogan Negeri Terengganu Maju, Berkat Dan Sejahtera pada rakyat kita ini boleh tak, pihak Kerajaan dengan penuh kasih sayang memberi kelonggaran dan juga menyegerakan perjanjian jual beli ini khususnya kepada penyewa-penyewa yang tidak terlibat dengan kemungkiran klausa-klausa dan juga peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan. Itu yang saya mohon.
Dato’ Yang di-Pertua, minta penjelasan.
Okeylah…
Oleh kerana kes ini mungkin kes terpencil, jadi kita tak nafikan mungkin ada berlaku kesilapan di sebelah pihak Kerajaan, kalau boleh senarai tu beri kepada kita supaya saya boleh siasat balik dengan pegawai yang terlibat untuk kita pertimbangkan satu persatu, mengikut case by case lah. Terima kasih.
Okey, Yang Berhormat EXCO. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Dan insya-Allah saya akan bagi maklumat itu kepada pihak Kerajaan
Orait, perkara yang berikutnya Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang muka surat 4, Buku Belanjawan 2020, iaitu tentang Strategi 4, Menggalakkan Pelaburan Memantapkan Perdagangan. Seperti mana tadi pun kita ada dengar, Soalan Lisan yang bertanyakan tentang pelaburan di Negeri Terengganu. Memanglah tentang pelaburan ni kita sering dengar dalam setiap sidang DUN, memang ada Soalan-soalan Lisan, memang ada perbahasan tentang pelaburan di negeri kita. Dan perkara ini memang dinanti-nantikan kerana perkara ini sangat penting kerana rakyat di luar sana, di kampung-kampung di ceruk mana pun memang nak tahu apa yang berlaku khususnya tentang ekonomi di negeri kita, apatah lagi kita semua sedia maklum bahawa ekonomi kita sekarang ini dengan kadar penyusutan nilai wang ringgit kita 0.5% sejak awal tahun 2019 sampai ke hari ini berbanding dengan Dollar Amerika dan melesetnya ekonomi negara kita hari ini, sebab tu tentang pelaburan ini memang rakyat kita nak tahu. Jadi boleh tak pihak kerajaan, kalau merujuk muka surat 34, pihak Kerajaan telah memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri bersama ECERDC telah merealisasikan pelaburan swasta berjumlah RM3.59 billion sepanjang tahun ini 2019; 12 di sektor pembuatan, satu di Pertanian, satu di Pendidikan dan minyak dan gas serta tiga di sektor perkhidmatan dan tujuh di sektor pelancongan dan hartanah. Boleh tak pihak Kerajaan kerana perkara ini sangat penting, detailkan kepada kita, maklumkan kepada kita, tentang pelaburan yang telah yang telah berlangsung. Kita bukan nak dengar yang akan, yang baru dalam perancangan tetapi yang telah bertapak di bumi Terengganu supaya rakyat tahu apa yang berlaku tentang pelaburan di Terengganu yang kita sayangi ini. Okey Dato’ Yang di-Pertua, oleh kerana masa tidak lama doh ada sedikit lagi. Akhirnya saya ingin merujuk muka surat 41, selaku barisan sama-sama untuk check and balance dalam suasana Muafakat Nasional dan juga Penyatuan Ummah ini, kita rujuk muka surat 41 iaitu Strategi 7, Membangun Negeri Sejajar Revolusi Industri 4.0 dan seperti mana yang saya sebut sakning Pelan Pembangunan Industri Digital yang banyak tentang IT. Sedikit lagi Dato’ Yang di-Pertua, seminit lagi.
Ringkaskan sebab saya nak bagi seorang lagi tapi dia kena berucap sebelum pukul 5 mengikut Peraturan Dewan. Kita kena jaga masa ye.
dan juga muka surat 64 Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Menaik Taraf Prasarana Teknologi yang mana kita nak buat 5G Internet of Things dan sebagainya dan nak naik taraf wifi, nak meluaskan lagi lokasi jalur lebar percuma dan yang yang menarik perhatian kami juga adalah Pusat Internet Akses Rakyat iaitu PINTAR dan perkara ini sangat penting dan disokong oleh rakyat cuma yang menjadi persoalan, yang menjadi kegusaran, yang menjadi tanda tanya rakyat di luar sana iaitu apabila pada akhir September baru-baru ini seramai 51 orang yang terlibat dengan IT ini iaitu mereka yang terlibat dengan tugas EIO dan juga TSO telah ditamatkan kontrak pada tahun ini dan tidak disambung pada tahun hadapan. Jadi boleh tak pihak Kerajaan sejajar dengan kita nak lahirkan negeri kita yang penuh dengan digital dan juga jalur lebar dan juga 5G hok nak mari dah ning boleh tak beri peluang kepada mereka supaya kita seiring supaya mereka boleh membantu khususnya di PINTAR supaya dapat memberi kemudahan kepada rakyat khususnya untuk menjadikan masyarakat Terengganu masyarakat yang hebat dari segi industri digitalnya.
Terima kasih
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dan sebagai akhirnya penutup saya bagi demi keselesaan rakyat di Besut dan juga melalui Setiu nak mari ke Terengganu kita juga nak tanya perancangan Pihak Kerajaan lama doh ning nak tanya apakah perancangan pihak Kerajaan untuk memberi keselesaan kepada rakyat Besut, rakyat Terengganu juga ini, untuk sama-sama membuat cadangan jalan empat lorong, kalau kita tengok ke selatan jalan comel doh tetapi dari Terengganu nak pergi ke utara masih lagi memerlukan sokongan dan perhatian pihak kerajaan. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Assalamua’laikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih kepada Kuala Besut. Saya hendak jemput ada yang terakhir tetapi kena berhenti sebelum pukul 5.00.
Insya-Allah...
Bismillahir Rahmanir Rahim, Assalamua’laikum Warahmatullahi Wabarakatuh, terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Mesyuarat Negeri, rakan-rakan Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, para Pemerhati serta hadirin yang saya hormati sekalian. Alhamdullilah syukur kepada Allah
Subhanahu Wa Taa’la kerana petang ini saya dapat bersama untuk menyatakan beberapa perkara yang berhubungkait Bajet 2020. Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan penghargaan dan tahniah kepada pihak Kerajaan di bawah Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah dapat menyediakan satu Bajet yang menyeluruh, yang merangkumi seluruh aspek kehidupan masyarakat ataupun rakyat Negeri Terengganu kita pada tahun 2020 ini. Jadi saya akan terus kepada point yang saya hendak nyatakan iaitu yang pertama berkaitan pendapatan negeri kita yang mana kita lihat saban tahun kebergantungan kita kepada hasil petroleum dan gas sekitar 85, 86% sementara hasil cukai dan hasil bukan cukai sekitar 14%. Maka, perkara ini telah berkali disebut sebagai suatu muhasabah kepada Kerajaan supaya dapat sama-sama berusaha untuk meningkatkan hasil negeri kita dan kalau boleh kita dapat keluar daripada zon selesa kita, kebergantungan kita kepada hasil petroleum dan gas ini dan seterusnya saya nak juga menyatakan bahawa dalam Teras Pertama yang disebut dalam Bajet iaitu pada muka surat 25, iaitu dalam memperkasakan ataupun Memartabatkan Pelaksanaan Islam, terima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri kerana telah memberikan satu peruntukan untuk pembinaan masjid, sebanyak empat buah masjid dan juga peruntukan untuk membaiki prasarana di masjid. Cuma saya ingin mencadangkan kepada pihak Kerajaan kalau boleh memberikan peruntukan kepada masjid-masjid daerah sebagai satu geran, peruntukan kepada masjid daerah kerana sebahagian daripada masjid-masjid daerah ini bukan semua masjid, yang menghadapi masalah kewangan dalam menguruskan menyediakan prasarana yang lebih selesa kepada para Jemaah, khususnya saya tujukan kepada Masjid Intan Zaharah di Dungun-lah kerana masalah kebocoran, masalah tangki air yang lama, yang berkali-kali memohon peruntukan tetapi tidak dapat, bertunda-tunda, dan seterusnya pada Teras yang Kedua yang disebut Menjana Pertumbuhan Ekonomi yang telah disebut oleh Yang Berhormat rakan saya sebentar tadi sebanyak RM3.59 billion yang merupakan pelaburan pihak swasta. Saya juga ingin atau berhasrat untuk mendapatkan maklumat di sektor mana yang telah dilaksanakan dan yang akan dilaksanakan bagi meningkatkan lagi hasil kepada Kerajaan Negeri Terengganu kita dan perkara dalam muka surat 37 berkaitan dengan pelancongan yang diberikan peruntukan sebanyak RM4.5 juta, saya ingin juga mengharapkan supaya pihak EXCO Pelancongan supaya dapat melihat cadangan untuk memajukan Kawasan Pelancongan di Pesisiran Sungai Dungun daripada muara hingga ke Kampung Tanjung Pagar sekitar lebih kurang 1.5 kilometer. Sehingga kini masih tidak menampakkan usaha walaupun beberapa kali persidangan, perkara ini telah disebut dan kita mengharapkan agar perkara ini dapat kita pertingkatkan untuk merancakkan lagi industri pelancongan di mana kita nak mengundang kehadiran pelancong di daerah dan juga negeri kita.
Dan seterusnya dalam Teras Ketiga Membangun Modal Insan, saya juga mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Kerajaan kerana telah bersedia untuk mewujudkan satu Pusat Pemulihan Dadah dan peruntukan yang diberikan ialah sebanyak RM4 Juta. Kita mengharapkan dengan wujudnya Pusat ini insya-Allah sekurang-kurangnya kita dapat mengatasi masalah yang melanda terutama sekali kaum remaja kita di Negeri Terengganu ini. Boleh dikatakan di segenap kampung, segenap daerah pasti ada mereka-mereka yang terlibat dengan gejala dadah ini yang ia merupakan suatu bebanan bukan sahaja kepada pihak Kerajaan Negeri malahan bebanan kepada masyarakat dan menimbulkan pelbagai masalah sosial yang saya kira dari segi angkanya terus meningkat, tidak ada perangkaan peratus yang menurun jadi ini satu masalah yang perlu kita fikir bersama dalam usaha kita untuk melahirkan modal insan yang dapat memberi manfaat kepada Negeri Terengganu kita. Dan pada muka surat 50, terima kasih juga kepada pihak Kerajaan telah menyediakan sebanyak RM13.2 juta bagi kemudahan sukan, fasiliti-fasiliti sukan-sukan di Negeri Terengganu ini. Saya juga ingin sebut perkara ini ialah berkaitan dengan kemudahan sukan, tempat ataupun padang bola khususnya di Daerah Dungun. Saya difahamkan di daerah-daerah lain mempunyai prasarana yang cukup dan mempunyai tempat permainan yang sempurna tetapi di daerah Dungun padang yang ada di Arena Merdeka perlu dinaiktarafkan. Dan kita juga di peringkat Daerah Dungun mengharapkan kalau boleh usaha daripada EXCO Belia Sukan supaya dapat berusaha untuk menyediakan sebuah mini stadium kerana kita melihat mutakhir ini, remaja-remaja sebahagian besarnya kita dapat himpun, dapat kumpulkan mereka dalam aktiviti-aktiviti sukan ini. Sekurang-kurangnya kita dapat mengisi masanya dengan lebih bermanfaat dan di samping itu kita dapat mengelakkan remaja-remaja kita ini berkeliaran dan seterusnya terjebak dengan berbagai-bagai unsur yang negatif.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin juga menyentuh Teras Keempat ialah Melestarikan Kehidupan Sejahtera di mana dalam persidangan tahun lepas pihak Kerajaan telah menyatakan bahawa untuk melaksanakan manifesto, salah satu daripada manifesto iaitu Mewujudkan Bandar Lestari. Jadi saya ingin juga mendapatkan penjelasan daripada pihak Kerajaan sejauh manakah usaha bagi Mewujudkan Bandar Lestari ini telah diambil perjalanan kerana memandangkan harapan rakyat terhadap perumahan sangat tinggi dan dimaklumkan dalam sidang yang dahulu rakyat Terengganu kita hampir 120,000 lebih yang kata orang dalam senarai memohon rumah mampu milik. Sedangkan sasaran Kerajaan hanya boleh menyediakan sekitar 4,000 rumah sahaja dan untuk tahun hadapan ada empat projek perumahan yang disebut oleh Kerajaan yang juga mampu
menyediakan hanya 710 buah rumah sahaja. Maka dengan adanya Projek Bandar Lestari ini sekurang-kurangnya dapat menyelesaikan sedikit permasalahan perumahan kepada rakyat. Dan saya juga mengharapkan dengan dasar perumahan yang diperkenalkan oleh Kerajaan insya–Allah mengharap kerjasama daripada pihak Kerajaan dan juga kepimpinan masyarakat dan juga Pegawai-pegawai Kerajaan untuk memperkasakan usaha ini agar sekurang-kurangnya dapat kita memberikan peluang yang lebih kepada rakyat kita dalam menikmati kehidupan rumah yang lebih selesa. Jadi ini suatu perkara yang saya kira perkara utama yang perlu diberikan perhatian oleh pihak Kerajaan.
Yang Berhormat nak bercakap panjang lagi ke?
Masa ada 4 minit lagi. insya–Allah
Saya takmboh jugok masa yang dekat-dekat sangat, jadi ada..
Saya akan berhenti sebelum pukul 5.00 la. insya–Allah, sikit lagi Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Tak sambung doh insya-Allah hari ini.
Tak, maksud saya kalau ada lagi Yang Berhormat rasa tak lawas nak bercakap, saya akan beri kebenaran sambung pagi besok.
Takpe-takpe insya-Allah saya nak habiskan.
Okey, teruskan
Jadi, saya mengharapkan segala perancangan dalam Bajet yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar ini, kita mengharapkan suatu usaha yang dapat membantu rakyat Negeri Terengganu kita dalam mendapatkan kehidupan yang lebih sejahtera sesuai dengan tema kita “Membina Generasi Terengganu Yang Sejahtera”. Itulah harapan kita semua dan persidangan kita ini jugalah merupakan suatu persidangan yang bersifat
muhasabah untuk sama-sama kita melihat sejauh mana perancangan yang telah dilaksanakan dan yang akan dilaksanakan dengan satu matlamat untuk membawa kehidupan rakyat yang lebih selesa dan akhirnya melahirkan kehidupan yang sejahtera kepada seluruh rakyat kita di semua peringkat. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya kira itulah di antara beberapa perkara yang saya ingin sebutkan dalam ucapan perbahasan ini dan saya mohon menyokong Bajet 2020. Sekian terima kasih. Wabillah hiwataufik wal hidayah, Assalamua’laikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah, dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat Wakil Sura kerana meraikan masa. Sebenarnya saya ingin berikan masa kepada Yang Berhormat tadi kalau rasa tak selesa untuk sambung pagi besok. Dan saya sendiri tidak berhasrat untuk melanjutkan persidangan lebih pada pukul 5 kerana memerlukan satu usul daripada pihak Kerajaan dari segi lanjutan masa. Jadi Yang Berhormat sekalian, saya tangguhkan persidangan kita dan kita sambung pada pagi besok 26 November dengan membaca tasbih kafarah dan surah An-Asr.
Assalamua’laikum warahmatullahi wabarakatuh.