Terengganu · 26 November 2019

14th Assembly, 2nd session, 3rd meeting · 282 turns · 27,528 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalTerengganu publishes one PDF per meeting, with the written answers appended. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

Soalan-Soalan LisanQuestions

Yang di-Pertua

Bismillahir Rahmanir Rahim.

Assalamua'laikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Mesyuarat disambung semula. Bagi memberkati persidangan kita, kita mulakan dengan Ummul Quran Al-Fatihah. Mesyuarat pagi ini diteruskan dengan Soalan-soalan Lisan Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberi notis untuk mengemukakan Soalan-soalan Lisan pada hari ini, 26 November 2019 adalah sebagaimana yang berikut;

1.

Yang Berhormat Wakil Batu Burok

2.

Yang Berhormat Wakil Kijal

3.

Yang Berhormat Wakil Sura

4.

Yang Berhormat Wakil Seberang Takir

5.

Yang Berhormat Wakil Buluh Gading

6.

Yang Berhormat Wakil Telemong

7.

Yang Berhormat Wakil Manir

8.

Yang Berhormat Wakil Hulu Besut

9.

Yang Berhormat Wakil Rantau Abang

10.

Yang Berhormat Wakil Bukit Besi

11.

Yang Berhormat Wakil Pengkalan Berangan

12.

Yang Berhormat Wakil Jertih

13.

Yang Berhormat Wakil Bandar

14.

Yang Berhormat Wakil Langkap

15.

Yang Berhormat Wakil Air Putih

16.

Yang Berhormat Wakil Batu Rakit

17.

Yang Berhormat Wakil Ajil

18.

Yang Berhormat Wakil Kuala Besut

19.

Yang Berhormat Wakil Kemasik

20.

Yang Berhormat Wakil Wanita

21.

Yang Berhormat Wakil Tepoh

Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Wakil Kijal untuk memulakan Soalan Lisan kita pada pagi ini. Silakan.

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, soalan saya yang pertama-

Berapakah jumlah hasil yang diperolehi oleh Kerajaan Negeri menerusi perlombongan bauksit pada tahun 2018.

Bismillahir Rahmanir Rahim.

Assalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat-Yang Berhormat, Tuan-tuan, Puan-puan, yang hadir sekalian. Soalan daripada Kijal bertanya tentang bauksit. Berapakah jumlah hasil yang diperolehi oleh Kerajaan Negeri menerusi perlombongan bauksit pada tahun 2018. Hanya 2018 sahajalah. Jumlah hok kita terimanya lebih kurang 100, bukan lebih kurang, memang RM126,117.00 sahaja.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, soalan tambahan, berapakah jumlah syarikat yang dikeluarkan lesen untuk mengeluarkan bauksit dan di mana?

Hok kita beri lesennya dua je. Kerajaan beri dua je lesen setakat ni. Satu kepada Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu dan keduanya, Sime Darby Plantation. Pajakan Melombong tu, dia ada ML dia. Kejap yer…Nak tengok 2018, 2018… Emmm….. Kita ada blok, blok, dia ada ML, ML 5/2018 yang kita beri sehingga 2018 hingga November 2019. Satu lagi ML 6/2018 November 2018 sehingga 27 November. Semuanya di sebelah sempadan sana.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, soalan tambahan, adakah pengusaha-pengusaha haram yang telah dikenalpasti oleh pihak Kerajaan yang mengusahakannya.

Emm…… Pengusaha haram dok, tidak dapat pulok kita kesan lagi setakat ni. Kalau ada kabo kita, kita ambik tindakan, insya-Allah.

Yang di-Pertua, saya harap pihak Berkuasa PTG ….(Mikrofon tertutup)

Dok dengor, dok dengor..

di kawasan sempadan Kemaman dan Hulu Jabor itu. Terima kasih.

Dok dengor, semula, semula.

Saya berharap pihak berkuasa PTG dapat mengadakan penguatkuasaan dan pergi sendiri menyiasat kawasan yang berkenaan. Terima kasih Yang di-Pertua.

Insya-Allah kita akan arahkan supaya menguatkuasakan apa-apa yang patut dikuatkuasakan, dengan serta-mertanya. Insya-Allah.

Yang di-Pertua

Terima kasih pada Wakil Kijal. Sekarang kita berpindah kepada soalan daripada Yang Berhormat Wakil Seberang Takir.

DATO' SERI HAJI AHMAD RAZIF BIN ABD. RAHMAN (Wakil Seberang Takir): Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Dato' Yang di-Pertua, soalan saya soalan nombor satu. Terima Kasih.

Selain slogan Maju, Berkat dan Sejahtera, apakah sebanarnya perancangan, pelan strategik atau wawasan Kerajaan Negeri dalam membangunkan ekonomi Negeri Terangganu?

Soalan daripada Seberang Takir berbunyi, selain slogan Maju, Berkat, dan Sejahtera, Maju, Berkat, Sejahtera. Apakah sebenarnya perancangan pelan strategik atau urusan Kerajaan Negeri dalam membangunkan Ekonomi Negeri Terengganu. Ya, slogan kita, “Maju, Berkat, dan Sejahtera”. Dan kita mempunyai strategi, paling kurang kita ada beberapa strategi, tujuh strategi;

1. Untuk menambahkan pertumbuhan ekonomi ya, ini ekonomi sahaja. Untuk menjana ekonomi, kita ada strategi. Pertamanya untuk mengukuhkan industri agriculture, agrikultur.

2. Untuk mengembangkan sektor Agroternak.

3. Untuk memperkayakan sektor aquaculture.

4. Strategi menggalakkan pelaburan dan memantapkan perdagangan. Itu strategi kita.

5. Untuk merancakkan pelancongan dan kebudayaan.

6. Untuk menyediakan latihan, keusahawanan dan kemahiran perniagaan. 7. Untuk membangunkan Negeri sejajar revolusi industry impact. Itu strategi untuk menambah menjana pertumbuhan ekonomi negeri. Insya-Allah.

DATO' SERI HAJI AHMAD RAZIF BIN ABD. RAHMAN (Wakil Seberang Takir): Soalan tambahan saya yang pertama, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, kita kaya

dengan bahan mineral. Bukan sahaja silika, mana yang disebut oleh Wakil Kijal tadi, bauksit, bijih besi, emas dan lain-lainlah mineral. Jadi soalan saya, apakah strategi pihak Kerajaan Negeri dalam memastikan industri ini dapat dibangunkan dengan betul seterusnya dapat menjana ekonomi Negeri Terengganu. Terima kasih.

Terima kasih. Tadi yang disebut, bauksit dan silika. Sebenarnya pelabur-pelabur datang ini, bukan hanya untuk itu. Baru-baru ini kami ikut rombongan MIDA ke Holland dan di sana kita telah berjaya bekerjasama dengan ECER. Ada syarikat telah bersetuju untuk datang, katanya 90% confirm, untuk datang melabur dalam bidang campuran dua acetic acid iaitu hiliran daripada Petroleum di Kerteh, di Paka dicampur dengan Waze, dia akan jadi kayu. Kayu tu boleh tahan, papan itu boleh tahan 50 tahun kata dia dan insya-Allah mereka telah mengenalpasti kawasan dan kita telah offer kawasan itu di kawasan Kerteh, Paka Biopolimer Park, dan di situ juga sebenarnya di Paka itu, kawasan itu menjadi rebutan, kita ada satu lot yang sudah tersedia ada 5 syarikat yang datang untuk melabur di sana dan selain daripada mineral tadi ada juga kita mendapat pertanyaan untuk membangunkan Pertroleum Hub atau refinery baru seperti yang dicadangkan di Pulau Kerengga. Kawasan itu telah kita sediakan untuk urusan ataupun berkaitan dengan petroleum dan kita telah menerima tiga pertanyaan daripada luar negara, satunya daripada Negeri China, kita telah jumpa dan meminta laporan daripada mereka. Keduanya daripada Dubai, yang ketiga baru-baru ini ialah daripada Rusia yang bertanya khabar untuk datang ke sini. Semua itu dalam peringkat awal, insya-Allah kita sedang berkira untuk menarik mereka datang ke sini dan nampaknya positif.

Selain daripada perkara berikut, ada juga datang kebanyakannya tentang wood base contohnya di Wakaf Tapai kita sedang bekerjasama dengan Dewan Perniagaan Melayu, China Dan India untuk membangunkan satu kawasan lebih kurang 10 lot untuk industri berdasarkan daripada kayu insya-Allah akan dibangun pada tahun depan. Banyak lagilah yang datang dan biasanya kalau mereka datang kita bertanya pada mereka, kata you nak niaga you niaga you rasa untung buat, pertama. Yang keduanya cuma kita tanya apa untung kepada Kerajaan Negeri? Ketiga apa untung kepada rakyat kita? Contoh, ini contoh sajalah, yang sudah berlakulah, ada syarikat daripada China yang meminta kita menyediakan satu kawasan air dan mereka telah berkenan untuk mengambil Kenyir, Tasik Kenyir itu, dia hendak bela ikan. Ikan itu organik dan dia kata ikan tu kita boleh lepas bebas dalam air itu dan dalam masa tiga bulan kita boleh panggil balik ikan itu, ikan lepas-lepas merata tu boleh balik dia

panggil balik, dia panggil guane dok reti, tapi dia niaga ikut pandai dialah, tapi kita kata doh tu apa untung kita? Dia kata kalau setuju dia akan bayar RM1 juta setahun, kerana kita pakai air, air tidak habis, tapi hendak bayar kita RM1 juta setahun, tapi betul ke tidak ini? Jadi kita pergi tengok, saya dengan EXCO Pertanian pergi tengok betul ada ikan, ikan kepala besar dan ikan tu besarlah 7 kilo satu ekor tu kalu tu dan ikan itu tak makan ikan…

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Nama apa ikan kepala besar ini?

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Yang Berhormat tidak kenal?

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Pergi tengok mana tu?

Tengok di China, Naming, di Nanchang, di Lake Poyang nama dia, situ macam Kenyir jugak sama bela ikan situ. Ikan kepala besar ini dia panggil kap kepala besar dan kap kepala besar ini, ikan ini tidak makan cacing, tidak makan, dia organik, dia makan organiklah, dia makan benda alga dan sebagainya rumpai.

Yang di-Pertua

Yang Berhormat, saya hak kepala besar saya tidak hairan sangat, tapi hak panggil hak jenis spesis dia tadi tu.

Hor hok itu yang kita pelik tu, kita pergi tengok dulu.

Yang di-Pertua

Dia pakai teknologi apa tu?

Dia kata kita biar tiga bulan dia mari balik, tapi masa kita pergi tu kita tidak boleh panggil pakai seruling ke pakai apa ke kita tidak pandai, tapi dia kata kita boleh elak dia supaya dia masuk dalam keroncong kita dan saya memang pergi sungguh

saya bawa bot sendiri masa tu, dia kejut saya pandai bawa bot. Kemudian, itulah sebahagiannya gurau-gurau jugak tapi memang itulah adalah pertanyaan mereka. Cuma kita bimbang takut ikan ini mari dia kata tak makan jenis ikan daging takut satu masa dia dah sesuaikan diri, dia makan ikan kita, jadi pemangsa pulak, jadi itulah kita berhati-hati jugaklah. Banyak hal lain-lain lagi tu mari dan mereka infact… tiap-tiap hari orang mari tanya kadang-kadang betul kadang-kadang tidak betul tapi kita layan semua. Tentang silika itu memang banyak pertanyaan dan kita sedang berusaha untuk memantapkan lagi dasar kita berkenaan silika. insya-Allah. Terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, sukalah yang saya nasihatkan Kerajaan supaya berhati-hati dengan syarikat-syarikat yang ingin membangunkan Pulau Kerengga ini kerana pengalaman kita dulu banyak syarikat-syarikat yang datang tapi nampaknya tidak menjadi kenyataan. Sebab Pulau Kerengga adalah merupakan aset utama kita dan di Pantai Timur ini hanya dua yang sesuai untuk dijadikan pelabuhan air dalam. Pertama, di Tanjung Berhala, Kemaman, yang kedua Pulau Kerengga sebab itu saya minta pihak Kerajaan dalam memilih pelaburan kerana saya takut ada yang kata hendak datang tapi yang kemudiannya tinggal begitu sahaja. Pengalaman kita dulu sama. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Terima kasih atas pandangan itu. Kita bukan berhati-hati, kita sangat berhati-hati. Bimbang, macam baru ni daripada Negeri China mari kita soal-soal banyak dia tidak boleh hendak jawab dia kata bye-byelah, tidak boleh. Pertama kita tanya crude you nak ambil mana? Minyak mentah tu nak mari mana? tidak boleh jawab, dia kata di Petronas. Petronas ada sama kita senyum saja dengar. Tidak betul yang kedua, daripada Dubai kita tanya jugak crude you nak ambil mana? Dia kata crude kita sendiri daripada Rusia. Soalan lagi kenapa Rusia? Kenapa Rusia nak mari ke Terengganu, itu pun kita fikir jugak, betul ke tidak? Yang ketiga dia kata ini Lukoil, one of the biggest oil players di dunia ni. Dia kata, kita tanya soalan yang sama dia kata kita ada minyak kita sendiri di Rusia tapi minyak ni kita hantar merata termasuk di Thailand dan bekalan Thailand akan datang sini. Munasabah sikit cerita itu. Tapi kita nampak gaya EXCO kena benar saya pergi Moscow pulaklah untuk tengok betul ke tidak. Okey, terima kasih.

Yang Berhormat Yang di- Pertua, Pengalaman kita dulu daripada Iran. Kata Presiden Iran anak sedara dialah macam-macam.

[ketawa] tidak apalah dia mengaku itu, tapi kita sangatlah berhati-hatilah, insya-Allah.

Yang di-Pertua

Okey terima kasih.

Soalan tambahan saya yang terakhir Dato’ Yang di-Pertua, kalau dilihat pada hari ini kita lihat bahawa trend semasa sekarang ni berasas kepada gig ekonomi. Jadi dalam Pembentangan Bajet oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar..

Kalau boleh ekonomi apa? Ki Ekonomi?

gig ekonomi, dia gig ekonomi ini ialah berasas kepada pekerjaan yang di luar waktu kerja yang berkait dengan teknologi macam grab, macam apa nama ni, apa tu yang Food Panda, Panda, yang Panda Food. Itu yang dipanggil gig ekonomi, jadi dalam bajet yang lepas yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada dua hari yang lepas ada menyebut tentang…..

ejaan macamana? Gig tu tidak faham.

G.I.G.

Gig ekonomi, dalam Pembentangan Bajet RM1.9 juta adalah Program Usahawan Digital dan RM500,000.00 Pelan Pembangunan Industri Digital.

Jadi soalan saya, apakah pihak Kerajaan Negeri berhasrat untuk mengawal selia sektor gig ekonomi ini khususnya di Negeri Terengganu ini. Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.

Terima kasih. Perkara ini perkara baru, kita kena teliti moleklah. Kita bincang semula kalau ada kita perlu minta padangan daripada Yang Berhormat kita minta pandangan, insya-Allah kita akan ke arah itu juga. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Okey, terima kasih Wakil Seberang Takir. Saya berpindah kepada Wakil Buluh Gading. Sila.

Ustaz Ridzuan bin Hj. HashimPAS · PNBuluh Gading

Assalamua’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua soalan saya soalan pertama-

Berapakah jumlah pinjaman yang diluluskan kepada usahawan online dan sejauh manakah kejayaan yang dipamerkan pemohon?

Haji Mohd NurkhuzainiPAS · PNKota Putera

Bismillahir Rahmanir Rahim, Assalamua’laikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Buluh Gading yang bertanyakan soalan yang berbunyi, berapakah jumlah pinjaman yang diluluskan kepada usahawan online dan sejauh manakah kejayaan yang dipamerkan oleh pemohon? Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, jumlah pinjaman yang telah diluluskan kepada usahawan online adalah sebanyak RM245,000.00 iaitu di bawah Skim Pinjaman Atas Talian (SPiNT). Berdasar kepada pemantauan yang dijalankan oleh penilai Yayasan Pembangunan Usahawan, sekitar lebih kurang 50% daripada usahawan kita telah mendapat manfaat dan telah meningkatkan jualan mereka berbanding daripada sebelumnya. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Yang Berhormat, saya cuma nak ingat sajalah sebab saya nampak ada satu lagi soalan yang lebih kurang sama daripada Kuala Besut, pada 28 haribulan, jadi jawab gabung sekaligus ya.

Haji Mohd NurkhuzainiPAS · PNKota Putera

Saya kena teliti dulu tidak perasan lagi, nanti kena tengok dulu… Kuala Besut.

Yang di-Pertua

Semua business online semua? Tidak apa, sementara itu apa nama ni wakil Buluh Gading boleh teruskan soalan.

Haji Mohd NurkhuzainiPAS · PNKota Putera

Okey.

Haji Ridzuan bin Haji HashimPAS · PNBuluh Gading

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua soalan tambahan pertama pertama saya, apakah had umur dan syarat-syarat permohonan untuk menjadi peserta SPiNT ini? Terima kasih.

Haji Mohd NurkhuzainiPAS · PNKota Putera

Apabila apa ni, terima kasih kepada Buluh Gading. Had umur untuk SPiNT ini sehingga 55 tahun, daripada 18 sehingga 25 tahun dan antara syarat-syarat permohonannya adalah bumiputra, rakyat Terengganu dan mempunyai perniagaan sendiri di Negeri Terengganu, mempunyai tempat perniagaan dan jenis perniagaan khusus. Jenis perniagaan adalah perniagaan dalam talian 100%, mana kalau dia buat 50 50 itu kita tak masuk lagi dalam kategori SPiNT ini kita masuk kepada kategori yang selain daripada SPiNT. Dan asas yang lainnya adalah, syarat yang lainnya adalah mestilah mempunyai SSM yang sah dan masih belum tamat tempoh, telah menjalankan perniagaan lebih kurang daripada enam, apa ni enam bulan, terlibat secara langsung dengan perniagaan, bukan secara part-time dan keutamaan kita berikan kepada usahawan-usahawan yang terlibat ataupun telah mengikuti bimbingan-bimbingan yang dianjurkan oleh YPU ataupun daripada PEUTER. Itu syarat-syarat yang kita apa ni kemukakan kepada pemohon-pemohon yang memohon pada Skim Pembiayaan Atas Talian (SPiNT). Terima kasih.

Haji Ridzuan bin HashimPAS · PNBuluh Gading

Yang Berhormat Yang di-Pertua, soalan tambahan saya yang kedua, apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak Kerajaan melalui YPU untuk membantu peserta-peserta SPiNT ini dalam meningkatkan jualan mereka. Terima kasih.

Terima kasih soalan tambahan kedua. Langkah-langkah ini, kita sentiasa mengikuti rapat perkembangan usahawan-usahawan kita ini, bukan sahaja dalam pembiayaan

SPiNT ni sahaja. Semua pembiayaan-pembiayaan yang kita berikan di bawah YPU kita letakkan KPI dan ada laporan berkala berkenaan dengan perkembangan perniagaan mereka. Kepada yang memohon ataupun usahawan SPiNT ini, kita menjemput dan memberi peluang kepada mereka untuk mengikuti kursus-kursus yang berterusan yang ada di YPU begitu juga seperti kursus-kursus berkaitan dengan kewangan, pemasaran secara digital yang lebih mendalam dan kerana cara pemasaran digital hari ini, berkembang setiap waktu. Kalaulah dia gunakan teknik itu dah hampir setahun, mungkin dah melepasi tarikh luputnya, mungkin tidak lagi sesuai untuk digunakan dan dia perlu untuk bergerak mengikut kadar perkembangan teknologi itu sendiri. Begitu juga kita adakan program-program motivasi untuk mereka-mereka ini kerana mungkin apabila mereka memulakan perniagaan itu, ada masalah-masalah yang tidak positif menyebabkan mereka ini drop dari segi motivasi mereka dan perkara-perkara ini kita buat secara berkala di YPU. Jadi kita mengharapkan usahawan-usahawan ini dan pemohon-pemohon ataupun peminjam-peminjam SPiNT ini boleh menjadikan YPU dan PEUTER sebagai tempat untuk mereka dapat khidmat nasihat bagi memajukan lagi perniagaan mereka. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Saya nak bagi peluang pada Wakil Kuala Besut sebenarnya. Sebab saya nampak soalan tu lebih kurang sama. Yang daripada Wakil Buluh Gading, berkait dengan apa nama ni usahawan online. Yang Kuala Besut tanya ini, 28 haribulan ini perniagaan digital. Dia interelated. Lebih kurang sama je. Dia takut soalan apabila sampai masa nanti takut tak sempat.

Okey, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua kerana beri peluang kepada saya. Okey, soalan saya berkaitan dengan macam mana perancangan pihak Kerajaan untuk memantapkan budaya perniagaan digital dalam kalangan masyarakat Negeri Terengganu. Tadi pun Yang Berhormat EXCO pun ada jawab doh, cuma dia berkait jugak dengan sokongan pihak EIO dan juga TSO maknanya dia berkaitan dengan apa yang saya bahaskan dalam Ucapan Bajet semalam. Yang ingin saya tekankan bahawa peranan EIO dan juga TSO khususnya dalam membantu masyarakat dalam industri perniagaan digital ini, sangat-sangat penting. Jadi saya mohon sangatlah pihak Kerajaan supaya memberi ruang dan juga peluang kepada EIO dan juga TSO yang mana 51 orang yang telah tidak sambung kontrak ini supaya diberi ruang kepada mereka supaya disambung lagi kontrak pada tahun hadapan, kerana mereka ini telah bekerja ada yang lebih 10 tahun, ada yang hampir 15 tahun. Jadi mohon sangatlah Kerajaan dengan kita mengaplikasikan slogan Negeri “Terengganu Maju,

Berkat dan Sejahtera” ini berilah peluang kepada mereka untuk sambung kontrak pada tahun hadapan. Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.

Okey, berkaitan dengan penamatan kontrak itu, mungkin kita melihat dari segi perspektif yang berbeza dan saya kalau di peringkat Pembangunan Usahawan, kita mempunyai cara dan strategi yang tersendiri untuk menangani apa ni, usahawan digital ini. Insya-Allah mungkin berkenaan dengan penamatan kontrak itu boleh direspond oleh EXCO ITlah. Berkenaan dengan kesesuaian dan penyambungan apa ni kontrak tersebut. Wallahu a’lam.

Yang di-Pertua

Sila.

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Saya akan jawab penggulungan nanti sebab ada perbahasan sebelum ini.

Yang di-Pertua

Wakil Wanita

Memang tidak dinafikanlah yang usahawan online ataupun yang mengambil Skim Pembiayaan Atas Talian, skim ini adalah, majoritinya adalah orang muda. Memang menarik minat orang muda dan sebenarnya mengikut apa, pemantauan saya, kalau skim pembiayaan mobile truck juga sebenarnya menarik perhatian orang muda juga. Baru ini kami ada kunjung hormat, lawatan bersama dengan YB Speaker dengan ADUN-ADUN ke YPU, bila saya tanya soalan berapakah kejayaan ataupun berapa dah peserta yang masuk skim pembiayaan mobile ini sepanjang 2019, jawapannya hanya seorang. Seorang sahaja diluluskan. Jadi persoalan sekarang ini, adakah program ini tidak menarik minat orang muda ataupun masalah dokumentasi ataupun masalah-masalah lain yang maksudnya boleh menghalang mereka dapat pinjaman ataupun skim pembiayaan mobile truck ini, dan apatah lagi pada, MB kita telah membentangkan peruntukan pulak pada tahun ini sebanyak RM150 ribu untuk menyediakan hotspot food truck di kawasan yang terpilih. Jadi maksudnya, sekiranya program ini tidak dapat sambutan, adakah wajar diteruskan pada tahun ini ataupun apakah langkah pendekatan untuk kita orang kata menarik minat anak-anak muda untuk berniaga secara mobile truck ini. Itu soalan saya.

Terima kasih kepada YB Wakil Wanita. Okey, berkenaan dengan mobile truck ini, memang kita di Negeri Terengganu ini, masih agak kurang mendapat sambutan daripada pihak usahawan-usahawan untuk menceburkan diri dalam bidang mobile truck ini, tetapi kita melihat dalam bidang ini sangat boleh maju kalau kita tengok negeri-negeri maju sepertimana yang berada di Lembah Kelang seperti Selangor dan Wilayah Persekutuan, antara bidang yang menjadi tarik minat, menarik minat usahawan-usahawan kita dalam food truck dan pendapatan mereka melebihi daripada perniagaan-perniagaan secara konvensional dan itulah, alhamdulillah kerana bajet kita telah diluluskan untuk membina infra food truck. Antara sebab tidak ada galakan ataupun tidak ada daya tarikan itu adalah kerana kita tidak ada infra yang mencukupi ataupun bukan takde mencukupi, memang takde lagi satu tempat yang khusus untuk pengusaha-pengusaha food truck ni menjalankan aktiviti mereka kerana, kita tengok macam mudah je. Dia boleh parking di mana-mana kat mana yang sesuai tapi, satu, dia perlukan power supply. Yang ini yang agak mendatangkan kos, jadi tidak ada lagi prasarana itu. Jadi insya-Allah dengan apa ni, Bajet yang baru ini, kita pun memang bercadang untuk mencari satu tempat yang sesuai dan kita jadikan pilot projek kepada mereka ini dan untuk pengetahuan sidang dewan sekalian, dalam daerah kita ini kita ada lapan daerah di Negeri Terengganu ni. Hanya daerah Kuala Terengganu sahaja yang mempunyai jumlah pengusaha usahawan-usahawan food truck yang ramai, di daerah-daerah lain masih lagi kurang sambutan, kurang lagi pengusaha-pengusaha tersebut. Jadi kita dalam proses untuk memperkenalkan di masa yang sama kita melengkapkan infra-infra yang ada mudah-mudahan ruang ini dapat diambil oleh usahawan-usahawan kita untuk ceburkan diri dalam food truck.

Yang keduanya kita juga pihak YPU telah mengadakan MoU dengan koperasi apa ni untuk menyediakan food truck yang lengkap. Kalau sebelum daripada ni, pengusaha sendiri perlu cari food truck dan dia perlu design macam mana food truck yang dia nak tetapi dengan koperasi ini kita dah apa ni pengusaha tu boleh pilih dan dia mempunyai banyak design bersandar kepada design jenis perniagaan mereka. Maknanya kalau dia nak meniaga dalam bentuk kering dia ada design food truck tu sendiri.

Yang Berhormat Yang di- Pertua, saya pinta penjelasan boleh tak bagitahu koperasi yang terlibat?

Koperasi Kitab...Koperasi KOKITAB

Yang di-Pertua

KOKITAB, ya

KOKITAB.

Yang di-Pertua

Ya. Okey. Saya ingat cukup.

Okey. Wallahhu a’lam.

Yang di-Pertua

Ia lari dari soalan asal dah sebenarnya.

Okey saya jemput apa nama ni Wakil Telemong untuk kemukakan soalan.

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua.

Assalamua’laikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Soalan saya yang pertama –

Nyatakan usaha Kerajaan Negeri dalam membantu golongan pemandu pelancong @ “Tourist Guide” warga Terengganu sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2020

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya, soalan saya (ketawa). Soalan daripada Telemong persamaannya dekat-dekat sangatlah dengan Ajil. Jadi saya jawab sekalilah. Telemong bertanya, nyatakan usaha Kerajaan Negeri dalam membantu golongan pemandu pelancong warga Terengganu sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2020. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pelancongan Negeri bersama Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dengan kerjasama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) telah mengadakan Kursus Pemandu Pelancong Berkemahiran Alam Semulajadi Setempat Tahap Dua di Negeri Terengganu bagi penyediaan lebih ramai pemandu pelancong untuk menghadapi TMM 2020. Program kursus ini apa ini Kursus Pemandu Pelancong Berkemahiran Alam Semulajadi Setempat Tahap Dua Negeri Terengganu diadakan pada 8 hingga 24 Oktober 2019

selama 18 hari bertempat di Peladang Setiu Agro Resort, peserta seramai 46 orang. Sebelum ini pun di bawah Program Tranformasi Graduan Terengganu (TGTP) yang mana dibahagikan kepada beberapa bidang utama kerjaya termasuk sektor pelancongan. Melalui program ini kita telah berjaya melahirkan TGTP yang berlesen sebagai pemandu pelancong bandar seramai 16 orang graduan yang berjaya serta masih aktif sehingga kini. Adapun soalan yang dikemukakan oleh Ajil, apakah ada cadangan dari Kerajaan untuk menguatkuasakan peraturan mewajibkan setiap rombongan asing mengambil khidmat pemandu pelancong di kalangan rakyat tempatan supaya sektor pelancongan dapat melebarkan peluang pekerjaan kepada orang ramai. Sebenarnya Peraturan Pemakaian Pemandu Pelancong adalah di luar bidang kuasa Kerajaan Negeri tetapi diperuntukkan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 yang digunapakai oleh Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) dan terpakai di seluruh negeri. Akta tersebut menggariskan setiap agensi syarikat pelancongan yang membawa pelancong asing perlu menggunakan khidmat pemandu pelancong bagi menjamin penyampaian informasi pelancongan yang tepat oleh pemandu pelancong yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), sekian.

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Kita tadi mendengar penjelasan daripada Yang Berhormat EXCO Pelancongan yang menyatakan bahawa Tahun 2020 kita adalah merupakan Tahun Melawat Malaysia. Tahun melawat Malaysia dan Negeri Terenganu saya difahamkan telah menyasarkan pada Tahun 2020 ni nak target lima juta pelancong. Jadi menyedari hakikat bahawa tourist guide ini ataupun pemandu pelancong Dato’ Yang di-Pertua, merupakan satu peluang pekerjaan yang saya rasa, terbuka luas untuk anak-anak muda Terengganu dan ianya akan memberi satu income, pulangan yang baik dengan kedatangan pelancong yang lima juta. Kalau yang kita ada sekarang ini kalau mengikut kepada data yang kita ada, lebih kurang 90 orang pemandu pelancong yang berlesen dalam Negeri Terengganu. Jadi saya nak tanya Kerajaan Negeri apakah langkah-langkah yang tadi tu kabo tu biasa lagi saya nampak kalau nak sambut lima juta pelancong ini kalau dengan buat kursus 40 orang, 30 orang tu tidak agresif lagi. Apa langkah-langkah yang lebih agresif yang kita buka ruang untuk anak-anak muda Terengganu untuk menjadi tourist guide yang hari ini kita lihat peluang pekerjaan sangat-sangat kekanganlah kepada orang Terengganu, terima kasih.

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Kita bersedia sebenarnya sebab kursus ini memakan masa. Kemudian bajet, kita buat peringkat demi peringkat, insya-Allah tahun depan kalau ada kita akan bincang balik dengan pihak yang berkenaan untuk menambahkan tourist guide cuma isu yang berlaku di Terengganu banyak di kalangan pelancong sebab pelancongan sebagaimana yang saya sebut kita jangka tahun ini sebenarnya sehingga lima juta pelancong dan tahun depan lebih lagilah kehadirannya. Jadi kebanyakan yang datang ke Terengganu tidak menggunakan tourist guide kerana mereka datang 80% sehingga 90% adalah pelancong-pelancong tempatan bukan luar negara maksudnya mari daripada Johor, Perak, Melaka. Mereka sekarang ini dengan teknologi yang ada mereka pakai Agoda, pakai Trivago, dia direct booking hotel kemudian datang dengan keluarga ataupun mari rombongan dengan bas sekalipun kebanyakannya mereka sudah tahu tempat dan sudah boleh berbahasa kita dan mereka cari sendiri. Ini masalah sebenarnya yang dihadapi oleh trourist guide dan kita kenal pasti itulah masalah utama bukan sahaja di Terengganu tetapi juga berlaku di semua negeri-negeri yang lain. Jadi budaya pelancongan, back packers dengan izin dan lain-lain ni mereka kebanyakannya datang sendiri tanpa menggunakan khidmat tourist guide yang pentingnya kita macam mana nak selesaikan isu ini perlu perbincangan bersamalah, wallahu wa’lam.

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Dato’ Yang di-Pertua. Saya kurang setuju bukan saya nak lawan tapi kurang setuju. Kalau kata tahun depan baru nak buat orang nak mari dah tahun depan. Kita nak wat leni nak wat guana? Nak 6.5 Juta orang nak mari. Yang Berhormat kata tadi makna orang pakai Agoda ke pakai Waze ke pakai apa ke pemandu pelancong ni bukan letak situ saja. Pemandu pelancong ni dia mari walaupun dia orang Kelantan mari Terengganu dia tak tahu dan pemandu pelancong ni kita tengok kalau kita pergi kat orang pun dia cerita tu kadang-kadang kita kata ye ke dop cerita ke kita tak tahu. Itu sebenarnya. Dia jual ini tak perlu modal. Saya beritahu ini sebab perniagaan ini tidak memerlukan modal yang besar, memerlukan kemahiran bercakap. Budak kita pandai bercakap. Cakap kedai kopi cakap bowoh kawe cakap kedai nu kedai ni. Kita latih biar dia cakap benda yang untuk kebaikan Negeri Terengganu pada pandangan saya. Jadi 6.5 Juta kita target. Kadang kita melihat data daripada pelancongan negeri dia target ia hasil kepada Kerajaan Negeri Terengganu RM6 Bilion, besar tu. Boleh RM10 Juta pun padan dah ke budak kita. Jadi saya nak minta Kerajaan Negeri buat tahun ni bukan kata buat peringkat-peringkat tahun depan. Tahun depan orang mari tak pakai gawa dah...tahun ni, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Nak habis dah tahun ni syeikh.

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Untuk makluman kita dah buat, kan saya bagitahu dah dengan tarikh dia sekali pada 8 hingga 24 Oktober seramai 46 orang itu pun penggunaannya tidak maximise lagi. Insya-Allah sebenarnya penggunaan dia. Dia orang ni memang sebahagiannya memang keluar dia boleh kerja sebab ada isu-isu yang berbangkit apabila di beberapa tempat tidak digunakan tourist guide, tourist guide yang tidak berkemahiran ataupun tidak dikhususkan dan ada yang datang dari Kuala Lumpur, tourist guide sebab mereka boleh bukan sahaja Terengganu, seluruh Malaysia tapi tidak menggunakan tourist guide kita lalu kita kursuskan dia. Pada kami, Jabatan Pelancongan dengan jumlah yang ada untuk tahun ini cukup dah dan saya nak betul balik jumlah senarai Pemandu Pelancong berdaftar bukan 90, City Guide sebanyak 62, kemudian Nature Guide sebanyak 69, sebanyak 131 orang dah. Tidak termasuk lagi dengan tambahan yang saya sebutkan tadi. Wallahua’lam.

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Ada lagi Dato’ Yang di-Pertua. Boleh lagi dok?

Yang di-Pertua

Hok tula doh ork?

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Dok hok tula lagi.

Yang di-Pertua

Tourist Guide.

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Dok soalan nok penjelasan….

Yang di-Pertua

(Ketawa) Tourist guide dari Telemong dok berapa ada, dok berapa ramai lening.

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Hok tu yang nok tanya ni, Dato’ Yang di-Pertua, satu lagi.

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Beri kepada YB Maliaman puloklah.

Yang di-Pertua

…Okay, last-last.

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Satu lagi Dato’ Yang di-Pertua. Saya terima kasihlah sebab ni baru yang ketiga Dato’ Yang di-Pertua. Dato’ Yang di-Pertua kalau kena ke orang lelaki payoh sokmo, hok ni aku geramnya. Dato’ Yang di-Pertua …[Dewan gelak] ….

Yang di-Pertua

Sila-sila.

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih, minta maaf. Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya yang ketiga tambahan: Saya nak dapat penjelasan, boleh dok Kerajaan Negeri kita lihatlah, kita ni nok tuju kepada pelancongan sebab tu saya tekan ni dan saya, Telemong Dato’ Yang di-Pertua, saya sebenarnya kalau nak gattung kepada industri, saya takdok kawasan industri, saya nak gattung kepada kawasan bandar, saya bukan kawasan bandar, saya more kepada pergerakan saya lebih kepada untuk nak menaikkan pelancongan kawasan saya Telemong ni. Kalau pelancongan pun dokleh nak buat juga di Telemong, doh nak wat nape gi doh. Ni, saya nak beri tekanan, boleh ke dok Kerajaan Negeri kita tengok hari ni, saya setuju dengan Yang Berhormat Ajil, Ajil pun lebih kurang saya juga sebab orang hulu jugok. Boleh ke dok Kerajaan Negeri membuat satu guide line sebab kita tengok kita ni loose dari segi ni. Kalau kita tengok kita gi, Yang Berhormat pun buat pelancongan kuat gi luar negara, kita tengokkan, taklah, kita tengok bagus tu, saya tak marah, bagus sebenarnya kita tengok.

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Terima kasih-terima kasih.

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Kita tengok kalau kita gi ke China, kita kena ambil Pemandu Pelancong dia. Lepas tu dia suruh gi pulak ke tempat ni, tempat jual ubatlah, tempat mengurut kakilah, tempat tu tempat ni, pada hal kita tak nak pergi pun, tempat jual tehlah, lepas tu dia paksa suruh gi. Jadi, kita ni kalau boleh orang mari ke Terengganu menggunakan khidmat

pelancongan Terengganu, kita centralizekan dan guna khidmat pelancong budak tempatan macam kita, lepas tu kita paksalah. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Okey.

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Terima kasih, setuju, beres.

Yang di-Pertua

Okey. Saya pindah kepada soalan seterusnya daripada Wakil Manir.

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya nombor 1-

Berapakah jumlah peserta tanah terkilan, yang menerima tanah lot masing-masing dari Mei 2018 hingga Oktober 2019, mengikut pecahan daerah?

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dato’ Yang di-Pertua, soalan daripada Manir, berapakah jumlah peserta tanah terkilan, ada istilah baru sekarang, tanah terkilan, yang menerima tanah lot masing-masing dari Mei 2018 hingga Oktober 2019, mengikut pecahan daerah?

Yang di-Pertua

Yang Berhormat gabung sekali dok?

Itu nok khabor ni.

Yang di-Pertua

Okey.

Begitu juga ada satu soalan daripada Langkap bertanya, mohon pihak Kerajaan menjelaskan berapakah jumlah tanah yang telah diluluskan dan diberi Jadual 5A dalam tempoh pentadbiran Kerajaan Negeri untuk tahun 2018-2019. Kita kira

lebih kuranglah tu. Jadi jawapannya, berapakah jumlah lot yang telah diberi pada Mei 2018 hingga 2019, jumlahnya ialah 1,241 lot. Terima kasih.

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, apakah tanah terkilan itu hanya tanah tapak kediaman ataupun termasuk juga tanah pertanian? Terima kasih.

Yang terkilan tu dok kira tanah apa-apa asal dia terkilan, dia kira tanah terkilanlah. Tapak rumah ada, pertanianpun ada. Terima kasih.

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, ada rungutan berkenaan proses lambat selesai tanah-tanah terkilan ini. Apakah sebenarnya sebab-sebab yang berlakunya lambat proses tersebut? Terima kasih.

Dato’ Yang di-Pertua, penjelasan. Saya tak faham tanah terkilan ni sama ada kalau tanah ditolak walhal kita boleh kemukakan rayuan, terkilan takdok dalam KTN apa semua sekali ni.

Sebab tu saya kata…..

Yang di-Pertua

Okey, jawab se-se. Jawab se-se.

Sebab tu saya kata istilah baru tadi. Takdok dalam KTN, betul. Dia ADO jugak dulu. Saya senior pada dia sikit kadang. Untuk maklumanlah, kita menerima banyak permohonan, tadi yang diluluskan, yang tak lulus lagi tu ada lagi. Jumlah yang kita terima sebenarnya ialah 7,637. Tapak rumah sahaja 6,161, pertanian 1,476 lot, itu yang kita terima, yang diproses dan telah diberi banyak tu tadi 1,400 lebih.

Antara isu yang kita kenal pasti mengapa lambat, antaranya kita lulus kepada orang lain, tapi tanah yang kita lulus itu terlibat dengan bangunan. Jadi kita kena kenalpasti tapak gantian dulu. Kita settle tapak, masa dulu, lepas tu tapak tu untuk pembangunan, jadi kita ganti tapak lain, itu salah satu sebab jadi lambat. Keduanya, Pentadbir Tanah kata ada juga permohonan yang tidak lengkap, terpaksa semak dan

siasat terlebih dahulu. Ketiga, proses pewujudan susunatur RTB baharu bagi jadikan tapak gantian kepada peserta terkilan, bila ganti tu kena buat lot pula. Jadi tu jadi lambat semua tu. Kemudian banyaklah antaranya yang jadi lambat delivery system ni sebab tanah-tanah tu dah lama yang perlu disiasat supaya tidak berlaku lagi, tidak adil kepada mereka yang terlibat. Dan untuk makluman juga, selalu orang sebut Pejabat Tanah ni lambat, jadi bagaimana caranya ialah kita sedang berusaha antaranya ialah untuk wujudkan sistem baru dalam Pentadbiran Tanah yang disebut e-Tanah yang akan dilaksanakan pada 2020 nanti. Jadi, itu antaranya. Yang keduanya, kita sedang meneliti kembali tentang keadaan perjawatan iaitu staffingnya, sistemnya dan sebagainya sedang diteliti dengan baik, insya-Allah. Mudah-mudahan lepas pada ni akan lebih baiklah. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Sila Wakil Langkap.

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Saya ada juga ni, tanah terkilan ni. …(Dewan ketawa)… Terlebih dahulu saya ucap terima kasihlah kepada Kerajaan Negeri pada bulan berapa baru ni, bulan 26.8.2019 kerana telah bagi Jadual 5A di Daerah Setiu. Daerah Setiu ada dua DUN sahaja, DUN Permaisuri dan DUN Langkap. Yang saya terkilannya, ada Jadual 5A yang sudah dapat pada 8 Jun 2018. Ni Jadual 5A ni dan sudah dibayar, Jadual 5A ni bayar, bila bayar dapat geran tapi yang terkilannya sampai hari ni tak dapat geran. Jadi saya nak tahu, nak tanyalah bagi pihak Kerajaan, adakah yang dapat Jadual 5A ini sudah dibatalkan, saya nak tahulah, boleh bagi penjelasan?

Yang di-Pertua

Okey.

Saya ingat Yang Berhormat sendiri ada, rupanya saya ada tu maksudnya untuk orang lainlah, ya. Kalau boleh Yang Berhormat beri tu, lot mana-mana tu kita check sebab 5A dok keluar tu kemungkinan ada proses dia lagi, penyediaan, title, dan sebagainya tu kita check betul-betul. Lepas tu, siapa dia, di mana dan insya-Allah kita kabor ke Yang Berhormat. Boleh gitu?

Banyak ni Yang Berhormat.

Banyak pun tak apa, kabor jer.

Peserta berjaya pun ada jugak ni sebab kelompok di kawasan Langkap ni, kawasan Setiu, ada 19 kelompok, 19 kelompok ada 6 tapak rumah dan peserta yang Berjaya, ada yang ditolak baru ni 36 peserta di tapak rumah Sungai Tong.

Yang di-Pertua

Tak apa, Yang Berhormat boleh serah lepas ni.

Boleh serah?

Yang di-Pertua

…. untuk buat semakan.

Tapi saya harap jangan serah saja ni, serah suruh biar boleh.

Yang di-Pertua

Insya-Allah.

Okey.

Serahlah dulu.

Sebab kita lening Muafakat doh kan, ke guana.

Tak apa, serah dulu lepas itu kita pakat kan.

Pakat biar comel dok?

Yang di-Pertua

Insya-Allah.

Okey, terima kasih banyak.

Yang di-Pertua

Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Hulu Besut.

Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Assalamu’alaikum aarahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya soalan 1–

Berapakah jumlah permohonan Skim Bantuan Modal Tani (SBMT) seluruh Negeri Terengganu sehingga 2019, dan berapakah jumlah petani yang telah mendapat faedah serta berapakah peruntukan yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu sehingga tahun 2019?

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Hulu Besut yang mengajukan soalan berkait dengan jumlah permohonan Skim Bantuan Modal Tani seluruh Negeri Terengganu sehingga 2019. Dan berapakah jumlah petani yang telah mendapat faedah serta berapakah peruntukan yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu sehingga 2019?

Untuk makluman Yang Berhormat Hulu Besut, memang Skim Bantuan Modal Tani (SBMT) ni ada untuk tahun 2019 saja. Kalau tanya tahun lain memang kita takdok. Sebab dia baru dilancarkan pada 29 Januari 2019 yang lalu. Dalam tempoh ni seramai 201 pemohon telah memohon yang melibatkan nilai permohonan sekitar 6.8 juta dan daripada 201 pemohon telah luluskan 118 orang dengan nilai RM2.46 juta dan ada baki 73 orang lagi insya-Allah kita akan pertimbangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Skim Bantuan Modal Tani (SBMT) yang terakhir untuk tahun ni pada 30 November akan datang. Insya-Allah. Terima kasih.

Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua soalan tambahan sayanya: Apakah bentuk dan kaedah bantuan disalurkan kepada pemohon?

Skim Bantuan Modal Tani (SBMT) melibatkan empat (4) sektor utama dalam bidang pertanian iaitu pertanian, penternakan, perikanan dan juga industri asas tani. Kita salurkan dalam bentuk In-kind Cooperation dengan izin, dengan makna kita bekalkan apa yang diperlukan oleh pemohon untuk nak menjalankan apa-apa projek pertanian. Sama ada barangan, persiapan tapak, kelengkapan dan sebagainya dan kita tidak bagi dalam bentuk bantuan wang tunai supaya bantuan dana yang disalurkan ni digunakan betul dan tepat dengan tujuan dia dipohon. Okey, terima kasih.

Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin tahu, yang disalurkan dalam bentuk barangan. Apakah barangan yang disalur tu dicari oleh pemohon ataupun Kerajaan yang cari pembekal-pembekal tu salur kepada pemohon?

Pemohon yang memohon Skim Bantuan Modal Tani (SBMT) boleh mencadangkan spek barang yang diperlukan dan mereka boleh cadangkan daripada pembekal mana yang mereka nak ambik barang tu dan urusan akan dibuat oleh Urus Setia Skim Bantuan Modal Tani (SBMT) iaitu PPK. Dan sesuatu barangan tu mestilah dipersetujui secara bersama di antara pemohon dan PPK sebelum daripada perjanjian ditandatangani dengan makna kita tidak akan bekalkan barangan kelengkapan keperluan yang tidak dipersetujui oleh pemohon. Terima kasih.

Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya berpuas hati dengan jawapan yang diberi. Saya tanya soalan ni kerana ada pemohon yang berjumpa dengan saya. Dia beritahu saya barangan yang dibekalkan kepada mereka dibekal secara tanpa pengetahuan mereka, kedai mana, banyak mana. Mereka kata RM5,000 tu kalau dia beli ni pun tak sampai RM2,000. Tapi jawapan yang diberi oleh Wakil Jabi bagi saya, saya boleh balik ke kampung beritahu pemohon yang berjaya mereka boleh pergi ke kedai, cari kedai mana yang boleh bekalkan kepada mereka kemudian Kerajaan yang akan bayar kepada kedai yang membekalkan barangan itu. Macam tu ke maksud yang boleh saya katakan?

Betul sebagaimana yang difahami oleh Yang Berhormat Hulu Besut, betul. Dan kita permudahkan dari segi syarikat yang nak membekalkan dengan syarat ada SSM sahaja, dia tidak perlu ada

lesen kewangan kerana kita menyedari di peringkat luar bandar macam Hulu Besut, macam di Jabi, kita sukar nak dapat pembekal yang ada lesen kewangan. Sedaya yang mampu kita cuba permudahkan urusan pemohon. Okey, terima kasih.

Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Terima kasih.

Yang di-Pertua

Cuma saya nampak soalan daripada Wakil Bukit Besi esok ada hubungan dengan soalan pada hari ini. Saya nak kejar masa sebenarnya kalau tidak nanti tercicir.

Terlupa saya nak maklum, bukan setakat ada hubungan sama secara huruf dan perkataan mungkin takdok koordinasilah masa nak hantar soalan tu.

Yang di-Pertua

Dia berkait dengan Usahawan Asas Tani Yang Berhormat.

Saya jawab sekali tu doh.

Yang di-Pertua

Ke padan dah Yang Berhormat, tak payah jawab dah untuk esok. Soalan sama nyaknye ke orang lain pula Yang Berhormat. Soalan sama jer kita pakat perabis hari ni selalulah.

[Terdapat daripada kalangan Yang Berhormat menyatakan sesuatu yang kurang jelas]

Yang di-Pertua

Ya? Betul dah, soalan tu lebih kurang sama saja, berkait dengan usahawan tani. Okey, baik. Sekarang kita pindah kepada Wakil Rantau Abang.

Haji Alias bin HarunPAS · GSRantau Abang

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua soalan saya ialah soalan no.1-

Apakah status terkini mengenai cadangan penutupan MRSM Imtiyaz di Bandar Al Muktafi Billah Shah?

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Wakil Rantau Abang bertanyakan apakah status terkini mengenai cadangan penutupan MRSM Imtiaz di Bandar Al-Muktafi Billah Shah?

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, setelah mengambil kira semua aspek dan juga agar tidak membebankan mana-mana pihak, pihak Yayasan Terengganu dan juga pihak MARA bersetuju menamatkan operasi MRSM Imtiaz pada 31 Disember 2019. Terima kasih.

Haji Alias bin HarunPAS · GSRantau Abang

Terima kasih atas jawapan daripada pihak Kerajaan Negeri. Yang Berhormat Dato’, soalan tambahan saya yang pertama ialah, kita melihat bahawa MRSM Imtiaz ini adalah MRSM yang lain daripada MRSM yang ada dalam negara kita kerana pelajar-pelajar ini bukan beraliran Sains tetapi ia merupakan aliran ekonomi, accounting, keusahawanan. Jadi, apakah rasional MRSM Imtiaz, Yayasan Terengganu ini ditutup sedangkan pelajar ini hanya tinggal setahun lagi yang mana mereka akan menghadapi peperiksaan. Sekarang tingkatan 4, tahun depan tingkatan 5. Jadi, apa rasionalnyalah? Terima kasih.

Yang Berhormat Yang di-Pertua sebenarnya satu perjumpaan khas telah diadakan pada 23 April. Bukan sebulan lepas baru buat. 23 April yang lalu telah diadakan pertemuan antara pihak Yayasan Terengganu dan juga Timbalan Pengarah (Pendidikan), MARA, yang diketuai oleh Dato’ Mohamed Roseli bin Dol. Jadi ada perbincangan di mana pihak MARA antaranya menyebut tentang permasalahan kos-lah, kekangan kewangan. Pihak MARA sendiri menghadapi kekangan kewangan dalam memastikan MRSM Imtiaz di KETENGAH itu dapat diteruskan. Sebab antaranya pihak MRSM MARA sendiri sudah ada, salah satunya Program Ulul Albab di Besut. Dan penubuhan MRSM Imtiaz di KETENGAH ini yang menawarkan kursus di KETENGAH itu tidak menarik minat dari kalangan para ibu bapa untuk menghantar pelajar berbanding dengan program-program lainlah. Contohnya, Imtiaz sendiri dan juga MRSM di Besut sebab dia menawarkan hafazan jadi ibu bapa lebih cenderung kepada untuk menghantar anak-anak mereka base kepada hafazan Al-Quran dan apatah lagi tawaran program keusahawan dan perniagaan itu tidak menarik minat dan kedudukan MRSM sendirilah. Saya dapat maklumat kediang ni pulak macam seolah dia tarik pulak, apa orang panggil, peruntukan melibatkan hafazan ini di pihak MARA sendiri. Jadi, perkembangan ini menyebabkan sebagaimana perjanjian asal itu, Yayasan

Terengganu apa jaga, apa orang panggil, infrastrukturlah ataupun penyerahan tapak fizikal bangunan dan juga penyenggaraan struktur bangunan sahaja. Jadi, pihak MARA melibatkan pengambilan guru, kakitangan dan sebagainya. Jadi, antaranya apa orang panggil, kekangan koslah, kewangan pihak MARA sendiri dan mengharapkan pihak Kerajaan Negeri pulak untuk apa, bukan hanya melibatkan kawasan pembangunan itu, tapi luar pada apa orang panggil perjanjian yang sedia ada, juga hasrat pertama jugak, pengambilan pelajar Terengganu 60%. Tapi, apabila kita teliti dok sampai, jauh daripada kadar 60% yang sepatutnya diambil hasrat awal pembinaan tersebut diambil daripada pelajar-pelajar daripada anak Negeri Terengganu sendiri. Seterusnya juga, apabila pihak Kerajaan Pusat sendiri, majlis MARA telah meluluskan pembinaan sebuah MRSM baru di Kampung Tiong, Mukim Yang Berhormatlah, Rantau Abang, luas 60 ekar dan dijangka ambil pelajar 750 orang pelajar bermula tahun depan jugak, 2020. Jadi, dengan kekangan kos dan sebagainya, akhirnya kita, orang panggil kira win-win situation untuk menang-menang belaka dok membebankan dua pihak antara di pihak Yayasan dan juga pihak MARA. Jadi, pihak MARA ambil keputusan untuk menutup atau memberhentikan operasi di situ. Tapi, tidak mengganggu kepada pelajar, lebih kurang 134 orang pelajar dipindahkan kepada MRSM Kuala Terengganu.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, boleh saya aju soalan tambahan?

Yang di-Pertua

Biar, beri peluang pada tuan asal soalan satu lagi. Sila..

Haji Alias bin HarunPAS · GSRantau Abang

Dakpe deh, nok perabih je. (Ketawa kecil). Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya yang kedua ialah bangunan sudah ada, kan? Apabila keluar, jadi apakah perancangan kepada tapak yang sedia ada ini supaya kita dapat manfaatkan bangunan yang ada itu. Satu lagi, ini bukan soalan tetapi, memandangkan dalam Bajet Negeri Terengganu bercadang, Kerajaan Negeri Terengganu bercadang menghantar 30 pelajar cemerlang untuk membuat ACCA dan pelajar-pelajar ini merupakan salah satu sekolah yang akan melahirkan sebab saya dimaklumkan keputusan tahun lepas, pelajar daripada IMTIAZ, MARA IMTIAZ ini merupakan pelajar cemerlang dan dia merupakan ten top ranking. Jadi, saya rasa benda ni perlu jugaklah diambil kira. Jadi, apakah perancangan untuk tapak yang sedia ada ini…

Yang di-Pertua

Okey, okey Yang Berhormat.

Haji Alias bin HarunPAS · GSRantau Abang

Adakah nak ditinggal begitu ataupun macam mana? Wallahua’lam.

Top ten Yang Berhormat deh. Ten top jadi takut Dato’ Tok pulok. (Ketawa kecil). Okey, okey, gini.. jadi, hok yang kedua tu, pandangan Yang Berhormatlah. Soalan dia, bangunan yang sedia ada. Sebenarnya, pihak Kerajaan Negeri sudah bercadang untuk mewujudkan SMIDI di tapak KIST, Kolej Islam Sains Terengganu milik Kerajaan Negeri tersebut. Jadi, hasrat Kerajaan Negeri untuk mewujudkan SMIDI, Sekolah Menengah Islam Darul Iman di KIST yang pertama sebab janji Manifestonya, satu daerah, satu Sekolah Menengah yang berkesinambungan daripada SRIDI nanti. Tapi, insya-Allah kita apa, dah siap modul dia apa sebagainya. Jadi, tapaknya adalah di KIST Ajil di dalam proses orang panggil baikpulih, kita akan buat bangunan tambahan asrama dan menggunapakai sebahagian daripada pembangunan yang sedia ada. Jadi, memerlukan tempoh dalam setahun, dua tahun. Jadi, kita dah berbincang dengan pihak Yayasan dan sebagainya, jadi pihak Jabatan Agama Islam Terengganu (Bahagian Pendidikan) akan menggunapakai bangunan ini untuk kemasukan Januari ini. Jadi, kita rasa dok berbangkitlah orang panggil, tempat ataupun terbengkalai apa dan sebagainya, tidak digunakan. Insya-Allah, kita akan memanfaatkan untuk SMIDI dan kita akan mulakan pengajian pada awal Januari nanti. Berkait dengan ACCA ni, dok berkait Yang Berhormat. ACCA ini kita offer kepada pelajar-pelajar yang sudah ada ijazah. Akauntan untuk mendapat sijil ACCAlah. Jadi, itu dok berkait dengan tempat nilah. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Sila…

Baik, terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua. Saya cuma nak menyarankan sajalah sebabkan sayanglah dengan IMTIAZ, KETENGAH dan juga Yayasan Terengganu ini, kita sebenarnya bila kita laksanakan dulu di zaman sayalah dulu, kita laksanakan kerana konsep kita adalah konsep untuk kita nak save bajet, kita nak jimat perbelanjaan. Ada tiga parti di situ, KETENGAH, kemudian Yayasan Terengganu dan juga pihak MRSM. Tetapi, dengan kehilangan MRSM IMTIAZ ini adalah satu kerugian besar sebenarnya dan dalam masa yang sama saya rasa tidak,

perkara ini tidak logiklah apabila MRSM kata masalah kewangan tiba-tiba dalam soal timbul isu kewangan, ada pula IMTIAZ baru, ada apa ni MRSM baru. Jadi, sedangkan kalau kita kekalkan perkara yang ini dengan adanya MRSM baru, ini ada satu memberi manfaat kepada rakyat kita dan satu lagi, tujuan kita buat IMTIAZ ini adalah untuk jadikan sebagai model. Model untuk menyatakan bahawa pembelajaran secara berkonsepkan kepada hafazan, berkonsep kepada IMTIAZ, MRSM sepertimana laksanakan di MRSM Kota Putera. Ini adalah cara yang terbaik. Jadi, kita nak jadikan Terengganu sebagai model sepertimana yang disebut oleh pihak Kerajaan sebagai Serambi Madinah dan dalam soal itu juga, Kerajaan pula melaksanakan satu konsep ataupun sekolah yang baru yang sudah tentu akan memberikan bebanan kepada Kerajaan. Makna, tidak secara langsung, kena bayar gaji cikgu, kena pengurusan, kena bangunan dan sebagainya. Sedangkan, apa yang kita ada ini, kita tidak menanggung sebegitu besar sepertimana yang kita ada sekarang. Jadi, saya pohonlah Kerajaan supaya berhati-hati dalam perkara ini. Kita tidak mahu sepertimana kita kehilangan penerbangan secara direct flight daripada Terengganu ke Johor, kita boleh hilang dan ini satu kerugian besar kepada Negeri Terengganu. Jangan pula kita akan hilang MRSM, KETENGAH dan juga apa ni, Yayasan Terengganu ini dan jangan juga kita akan kehilangan satu lagi universiti kita. Jadi, saya pohonlah Kerajaan Negeri supaya kita pertahankan apa yang ada dan kalau boleh biar kita tambah, jangan kita berkurang. Itu saja makluman Yang Berhormat yang ingin saya sampaikan. Terima kasih.

Ya, terima kasih. Yelah lain ni bukan apa melibatkan MRSM, kita bawah Yayasan saja. Apapun, yalah kalau dia sebut macam tu, kita pun rai jugak jelah. Cuma, kita pun dah ada perancangan, kita dah berjalan dah. Insya-Allah, moga-moga Allah Taa’la permudahkan. Assalamua’laikum.

Yang di-Pertua

Yang Berhormat sekalian, masa untuk Soalan Lisan, saya tamatkan di sini dan saya tangguhkan Persidangan Dewan kita ini untuk sementara dan kita masuk balik pukul 11:05 pagi.

DEWAN DITANGGUHKAN PADA PUKUL 10.50 PAGI

PUKUL 11.15 PAGI

Enakmen Perbekalan 2020Bill

Yang di-Pertua

Bismillahir Rahmanir Rahim.

Assalamua’laikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, mesyuarat disambung semula. Kita masih lagi dalam sesi perbahasan ke atas Enakmen Perbekalan 2020. Sebelum saya teruskan persidangan kita ini, yang pertama sekali saya nak pastikan berapa ramai nak bercakap, satu, okey. Okey, sebelum pada itu saya nak beri sedikit peringatanlah beberapa perkara yang pertama sekali dari segi ketepatan masa-lah, saya sebenarnya standby je mengikut masa yang telah ditentukan tapi saya nampak Ahli-ahli Yang Berhormat bukan semualah tapi ramai yang masuk lewat dalam Dewan kita ini menyebabkan kita terpaksa tunggu sehingga dah agak ramai baru kita boleh teruskan. Saya harap perkara ini boleh diberi perhatianlah.

Yang kedua, dalam Ucapan Aluan saya dan juga apa yang kita putuskan dalam retreat ADUN bersama-sama dengan pegawai-pegawai di Pejabat Perhubungan PAS, di bawah Pejabat Dewan Undangan Negeri kita setuju untuk menjadikan sebagai satu visi kita iaitu menjadikan Dewan Undangan Negeri Terengganu sebagai Dewan yang terbilang sebab itu terbilang tak terbilangnya banyak bergantung kepada partisipasi daripada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian sama ada daripada Ahli Yang Berhormat bukan EXCO dan juga EXCO dan kita kena ingat bahawa apa nama ni dewan persidangan dalam Dewan Negeri kita ini disiarkan secara live secara langsung dan saya nampak dalam apa nama ni media sosial rakyat Negeri Terengganu khususnya memberikan respond termasuk yang berada di luar negeri sebab itu kita harap dalam sesi perbahasaan ini, antara sesi yang ditunggu-tunggu oleh rakyat kerana apa yang Ahli Yang Berhormat sampaikan dalam sidang Dewan ini sama ada dalam masa perbahasan, sewaktu mengemukakan soalan, dalam apa nama ni perbahasan Rang Undang-Undang dan juga Usul, sebenarnya rakyat sangat menunggu-nunggu apa yang akan dikemukakan kerana itu semuanya menggambarkan suara rakyat dan saya harap juga apa yang kita bahaskan dalam sidang seumpama ini supaya tidak banyak point-point yang berulang. Saya faham kebanyakan Ahli Yang Berhormat ini kadang-kadang buat preparation, persiapan lebih awal untuk berucap jadi sebaik-baiknya apabila point-point yang sama telahpun disebutkan oleh seorang Ahli Berhormat tak perlu kita ulang, lebih-lebih lagi dalam Perbahasaan Bajet ini Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah merangka satu bajet dengan Lima Teras Utama dan pelbagai Strategi dalam mencapai Teras yang telah dijadikan sebagai target. Oleh sebab itu ruangnya sangat luas dan kita harap atas keluasan apa nama ni Bajet ini, Ucapan

Bajet ini dari segi terasnya dan juga dari segi strategi ini boleh dimanfaatkan sebaik mungkin oleh Ahli Yang Berhormat sama ada dalam bentuk pandangan-pandangan, kritikan-kritikan dan juga kita harap yang paling penting ialah cadangan-cadangan yang membina untuk menjadikan negeri kita ini Maju, Berkat dan Sejahtera. Jadi saya nak teruskan apa nama ni agenda sesi perbahasan kita ke atas Enakmen Perbekalan 2020, saya mulakan dengan Wakil Bukit Besi. Sila.

Haji Roslee bin DaudUMNO · BNBukit Besi

Assalamua’laikum Warahmatullahi Ta’ala Wabarakatuh. Bismillahir Rahmanir Rahim. Alhamdulillahirobbil alamin, washolatuwassalamu 'ala asrofil ambiya iwalmursalin saidina muhammadin waala alihi wasohbihi ajma’in. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat-Yang Berhormat EXCO, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, para Pemerhati, serta para hadirin yang saya kasihi sekalian. Alhamdulillah pada pagi ini, saya rasa amat bertuah dan bersyukur kerana berkesempatan untuk mengambil bahagian membahaskan Bajet bagi tahun 2020 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dua hari yang lalu. Dalam suasana kesulitan ekonomi, saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana telah berjaya merangka satu bajet yang bertemakan Membina Generasi Terengganu Sejahtera yang mana sekiranya kita teliti, kekal berpaksikan kepada usaha Pembangunan Modal Insan ke tahap yang lebih baik. Pada masa yang sama Bajet 2020 juga dilihat ikhlas dan mencuba sebaik mungkin untuk menyantuni dan memenuhi keperluan rakyat secara keseluruhannya. Dalam rangka Bajet ini Kerajaan Negeri diakui bertindak tepat dengan mengambil kira beberapa faktor termasuklah kekangan dari segi sumber pendapatan yang dapat dijana dan bebanan kewangan yang setelah Jemaah Menteri memotong 25% amaun Bayaran Tunai Petroleum iaitu BTP. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya juga turut menarik perhatian kepada Teras 2 iaitu Menjana Pertumbuhan Ekonomi. Pada saya, harapan rakyat kebanyakan sudah pasti menggunung mengharapkan sesuatu yang bukan sahaja progresif tetapi mampu memberikan kesejahteraan kepada kehidupan mereka. Usaha memperkukuhkan industri agriculture satu keputusan baik dan kita juga akui ramai rakyat luar bandar terlibat dalam sektor ini, dengan insentif Bajet sejumlah RM8 juta diharapkan agar sektor ini mampu menggerakkan kembali keupayaan ekonomi masyarakat desa yang terlibat. Namun begitu, saya ingin mencadangkan agar pendekatan moden berteraskan kejuruteraan pertanian, diberikan fokus agar kecekapan penghasilan dan pendapatan dapat diperolehi. Kita melihat bagaimana dengan latihan-latihan kaedah pertanian moden membantu anak-anak muda untuk menceburi diri dalam sektor ini. Langkah menyediakan Skim Projek

Tranformasi Sistem Tanaman Tradisional wajar diberi keutamaan. Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Kerajaan kerana masih meneruskan Skim Bantuan Modal Tani (SBMT) dengan peruntukan sebanyak RM5 juta untuk tahun 2020 dan tadi kita dah dapat penjelasan daripada pihak Kerajaan iaitu bagi tahun 2019, cuma saya di sini ingin mengambil sikit pendekatan iaitu untuk ambil tahu berapakah pengagihan yang telah diagihkan di bawah Skim Bantuan Modal Tani bagi tahun 2019 mengikut pecahan daerah-daerah? Sebab tadi bagitahu jumlah bilangan dan kos tapi kita nak tahu kos yang dibelanjakan pada tahun 2019, iaitu tahun ini mengikut daerah-daerah dan di sini juga saya ingin mendapat kepastian sama ada terdapat usaha-usaha Kerajaan Negeri membantu para pekebun kecil dan juga pekebun kelapa sawit, yang kita semua tahu mereka ini berhadapan dengan isu kejatuhan harga komoditi, yang diakui perubahan harga komoditi adalah di luar kawalan kita tetapi apakah ada usaha-usaha tertentu untuk membantu mereka beralih kepada sektor pertanian yang lebih berdaya maju, atau apakah ada insentif tertentu untuk membantu keupayaan ekonomi mereka ini.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, selain daripada itu saya juga ingin menarik perhatian berkaitan Strategik Keempat dalam Teras Kedua iaitu Menggalakkan Pelaburan dan Perdagangan terutamanya Pembangunan KTCC khususnya KTCC Mall. KTCC Mall difahamkan akan mulai beroperasi pada tahun 2020, tahun depan, dok berapa lama dah, dan apakah Kerajaan Negeri mempunyai program khusus untuk membantu penglibatan usahawan atau peniaga bumiputera Terengganu mendapatkan manfaat daripada pembukaan KTCC Mall. Saya mengutarakan hal ini, sekiranya perkara yang sama berlaku kepada pengusaha tempatan yang gagal bersaing untuk mendapatkan premis di KTCC Mall, kerana isu sewaan yang tinggi, biasalah orang kita ini. Apakah wujud usaha Kerajaan menentukan kouta kepada peniaga bumiputera Terengganu di KTCC Mall tersebut atau sebaliknya menyerahkan 100% keputusan pasaran bagi tujuan penyewaan premis KTCC Mall itu? Kami mengharapkan kelahiran KTCC Mall itu juga sewajarnya menjadi pemangkin penjanaan pertumbuhan ekonomi bumiputera Terengganu, insya-Allah, kita sama-sama doakan. Satu lagi strategik yang turut menarik perhatian saya untuk membahaskan Bajet 2020 dalam Teras Kedua ini adalah Strategik Kelima iaitu Merancakkan Pelancongan dan Kebudayaan. Tahniah Kerajaan kerana terus memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Saya menjelaskan begini kerana, secara umum analisa telah memperlihatkan Terengganu tidak memiliki competitive advantage untuk menjadi sebuah negeri perindustrian, namun memiliki competitive advantage untuk mengembangkan potensi sebagai negeri pelancongan. Banyak telah kita bahaskan dalam Dewan ini mengenai pelancongan

dan di sini saya ingin menarik perhatian Kerajaan Negeri agar turut memberi fokus kepada lokasi under tourism seperti Bukit Besi. Untuk makluman satu draf, Draf Rancangan Kawasan Khas Bukit Besi sebagai Bandar Bersejarah menjelang 2030 yang telah disediakan oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa serta Majlis Daerah Dungun. Justeru itu, dan telah dimain peranan oleh KETENGAH jugak, kan tinggal pulok KETENGAH ini, justeru itu adalah diharapkan agar usaha-usaha promosi dan pembangunan pelancongan Terengganu turut mengambil kira aspek pelancongan kawasan potensi pelancongan yang masih kurang dipromosikan lagi. Adalah diharapkan peruntukan promosi pelancongan wajar difokuskan kepada promosi kawasan yang masih dengan izin dikatakan under tourism sebagai contoh Bukit Besi sendiri. Kesempatan ini juga, saya ingin bertanya bilakah agaknya pengisian Muzium Bukit Besi? Saya difahamkan siap lama dah tapi masih lagi beroperasi. Dengan kata lain, masih lagi tutup. Hok tu saya maksudkan sini. Adalah diharapkan peruntukan promosi pelancongan wajar difokuskan kepada promosi kawasan yang di bawah under tourism ini. Kalau kita perhatikan Sungai Lembing, mampu dijadikan Hub Bandar Sejarah, negeri sebelah kita ini, Sungai Lembing mengapa tidak dengan Bukit Besi, dia pun peninggalan sejarah juga. Oleh itu, saya amat-amat mengharapkan kawasan saya wakili ini akan turut mendapat perhatian serius daripada pihak Kerajaan Negeri untuk mempromosikan Bukit Besi sebagai produk pelancongan Negeri Terengganu. Oleh itu, RM4 juta yang diperuntukkan sebagai bajet promosi sewajarnya memberi fokus juga kepada usaha promosi produk yang masih dalam under tourism yang saya maksudkan berbanding dengan usaha-usaha promosi produk yang dah dikenali seperti pulau-pulau yang mungkin boleh saya katakan dah over tourism. Berkaitan dengan Strategik Keenam dalam Fasa Teras Kedua saya ingin mencadangkan agar aspek latihan pemasaran dan jualan menjadi keutamaan untuk membangunkan keusahawanan. Kita kena akui bahawa telah banyak program latihan pembuatan produk PKS. Yang mampu membuat produk dengan baik akan tetapi mereka yang pandai membuat produk menghadapi masalah untuk menjual produk atau memasarkan produk, rata-rata usahawan mikro terutama di desa mengakui mereka tiada masalah membuat produk tetapi masalah menjual atau mempromosikan produk. Oleh hal yang demikian, adalah menjadi harapan saya agar tahun 2020 dijadikan tahun khusus membantu pemasaran-pemasaran dan penjualan produk PKS. Diakui era dunia digital boleh meluaskan pasaran produk, namun jika mereka tidak dilatih dan dibantu dengan asas pemasaran digital dan kaedah penjualan yang baik, isu yang sama akan terus membelenggui keupayaan PKS tempatan. Justeru itu, fokus program harus berubah, dan disarankan agensi keusahawanan negeri merangka

program-program yang bersesuaian dengan pasaran semasa bukan lagi bersifat program-program biasa, rutin.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, sebelum saya mengakhiri ucapan, satu perkara yang saya ingin mendapat pencerahan tentang Strategi Ketujuh iaitu Membangunkan Negeri Sejajar dengan Revolusi IR 4.0. Saya masih ingat pada pembahasan Bajet 2019, saya ada menyentuh keperluan persediaan terhadap IR 4.0 dengan fokus untuk membantu PKS lebih berdaya saing, dengan insentif bantuan kewangan, atau teknologi, apa yang saya ingin tarik perhatian Dewan hari ini tentang cadangan Strategi Ketujuh iaitu peruntukan RM3 juta untuk mentransformasikan Terengganu berkonsepkan smart city dengan melaksanakan beberapa insentif secara berperingkat seperti smart traffic light, automatic boom gate, face recognition, Artificial Intelligence Park dan Artificial Intelligence CCTV. Habis dah ke Yang Berhormat Yang di-Pertua?

Yang di-Pertua

Yang Berhormat dengar bunyi ke sakni? Dengar bunyi habis dah.

Haji Roslee bin DaudUMNO · BNBukit Besi

Dengar dah bunyi.

Tapi boleh Yang Berhormat bagi sikit lagi?

Yang di-Pertua

Sikit lagi. Sila .....

Haji Roslee bin DaudUMNO · BNBukit Besi

Boleh? Dalam berapa minit tu? Panjang ni.....

Yang di-Pertua

Tak boleh lamalah Yang Berhormat.

Sebab nak rai orang lain pulak ni. Takut dok dang.

Haji Roslee bin DaudUMNO · BNBukit Besi

Hor tu lah. Tapi dakpe lah. Sikit lagi. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, alhamdulillah suasana politik negeri ini semakin baik. Saya nak perabih dah tu. Slow dah tu Paka. Semangat Muafakat Nasional menjadi kita memiliki kesamaan misi dalam semangat membangunkan negeri. Apa jua kritikan dan teguran daripada pihak sebelah sini adalah demi kelangsungan visi mahu melihat ekonomi rakyat dan negeri dalam keadaan sejahtera dan maju. Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi atas kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang begitu

diplomatik dan memiliki kepimpinan teladan yang menjadi role model kepimpinan di akar umbi. Kalau boleh tambah.....

Boleh minta tambah lagi?

Haji Roslee bin DaudUMNO · BNBukit Besi

Dakpe..... Bayangan ucapanlah.

Makna faham sendirilah.

Kerana kesediaan Bajet 2020 telah memperuntukkan bagi ADUN Barisan Nasional, ini satu tindakan tepat, dan sekali lagi saya merakamkan ucapan terima kasih. Jadi sebelum saya tutup, saya nak pantun jugoklah, sebab ada hok pantun tu, jadi saya pantun jugak se Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Sila..... sila.....

Haji Roslee bin DaudUMNO · BNBukit Besi

Kuasa Melayu pada keris Bukit Besi sejarah tersurat Bajet 2020 jangan ada tertiris Demi kesejahteraan seluruh rakyat

Bukit Besi turut menyokong.

Yang di-Pertua

Terima kasih.

Haji Roslee bin DaudUMNO · BNBukit Besi

Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Yang di-Pertua

Terima kasih Wakil Bukit Besi. Pantun pun comel tadi tu. Okey saya persilakan... sila, Wakil Telemong.

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillahirobbil alamin, washolatuwassalamu 'ala asrofil anbiya iwal mursalim. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, rakan-rakan Ahli Yang Berhormat, Ketua-

ketua Jabatan, seterusnya para hadirin, Pemerhati yang saya kasihi sekalian. Alhamdulillah, dan juga saya memanjatkan rasa syukur kepada Allah Subhanahu Wata’ala dan juga mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua Dewan atas memberi ruang dan juga peluang kepada saya dalam masa yang terhad ini untuk sama-sama membahas Ucapan Belanjawan yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada dua hari yang lepas.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya juga ambil kesempatan ucap terima kasih banyak kepada Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua sekali lagi, kerana Yang Berhormat Yang di-Pertua telah banyak melakukan banyak transformasi kepada Dewan kita, terutama setiap kali Persidangan, ada transformasi-transformasi baru, dan ini satu perkembangan yang sangat baik kepada kita semua untuk membina dan juga melatih kita ke arah yang lebih profesional berada di dalam Dewan yang sangat mulia ini. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua dan kita tengok Dato’ Yang di-Pertua kita pun pada perbahasan dan juga Persidangan kali ini, menampakkan sangat tegas, tegas saya tengok terik ni. Ketat sikit. Makna tegas terutamanya dari segi masa, dan juga dari segi masa tidak dibenarkan lebih daripada yang telah diperuntukkan. Nampak ketegasan itu ada.

Yang di-Pertua

Lebih banyak jugak tu Yang Berhormat.

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Tapi kalau dengan orang perempuan kalah juga saya nampak, Dato’ Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Satu-satunya.

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Satu-satu.

Bagus..... saya pun lagu tu jugak. Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih juga kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, saya merakamkan ucapan terima kasih daripada rakan-rakan, mewakili rakan-rakan dan juga rakyat bagi daerah DUN Telemong. Ucap terima kasih kepada Yang Amat Berhormat atas pembentangan Bajet yang begitu besar sebenarnya. Besar dah pada kita. Percayalah kata saya, RM1.8 bilion ini satu pembentangan Bajet yang sangat besar, dan kita sebagai rakyat Negeri Terengganu harus bersyukur, kerana dalam keadaan kepayahan kesusahan sebagaimana rakan-rakan kita sebut, semua rakan-rakan kita sebut kepayahan, kesusahan, tapi sebenarnya RM1.8 bilion ini kalau nak bandingkan dengan negeri-negeri lain dalam Malaysia ini, kalau tolak Sabah Sarawaklah, tolak Selangor, dua tiga

buah negeri tu, Terengganu masih yang terbaik sebenarnya. Dan saya rasa ini, ianya dapat diterjemahkan dalam pembentangan Bajet tersebut, dan ianya insya-Allah akan mendapat manfaat kepada seluruh rakyat Negeri Terengganu. Dan juga saya rasa pembentangan Bajet pada kali ini, yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, ianya cuba untuk menyentuh kepada semua pihak. Walaupun dalam keadaan yang kecil-kecil, sikit-sikit, tapi cuba nak memenuhi semua kehendak, memenuhi keperluan seluruh rakyat Negeri Terengganu. Namun begitu, saya berharap ianya juga kita perlu melihat kepada fokus kita, teras kita, yang mana yang perlu kita fokus, walaupun dalam keadaan yang kecil, mungkin kita boleh sambung pada masa-masa yang akan datang, kerana ianya akan menjadi tonggak dan juga teras kepada pembangunan Negeri Terengganu yang berkekalan dan untuk generasi yang akan datang.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, selain daripada itu juga, saya juga ingin memulakan sedikit, saya tengok rakan-rakan saya semua pantun kelmarin, saya pun nak berucap mareng, tapi saya dok reka lagi pantun, saya dok dang Dato’ Yang di-Pertua. Balik semalam duk menengung, mari mikir, dang jugak se ......

Pelangi indah terukir di awan, Jauh ternampak di hujung tanjung, Memasang telinga mendengar Belanjawan, Kebajikan rakyat terus dijunjung

Malam semalaman mikir... Sabar la dulu Dato’. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, selain daripada itu juga, saya melihat kepada yang lebih penting sebenarnya, kita ingin menggerakkan ekonomi Negeri Terengganu. Kita ingin menggerakkan ekonomi rakyat Negeri Terengganu. Jadi saya memohon Kerajaan Negeri supaya memberi fokus yang lebih, terutamanya negeri kita ini, walaupun kita lihat kepada Bajet kita ini adalah hasil dapatan daripada bukan cukai, lain daripada cukai adalah sangat besar. Dan bukan ini yang berlaku sejak tahun-tahun dulu pun gini lah jugok. Dan cukai kita tidak banyakpun, dalam RM66 juta saya nampak. Jadi, ini yang menyebabkan pergantungan kita tidak lain tidak bukan kepada hasil petroleum semata-mata, jadi ini memerlukan satu kepimpinan Negeri, barisan Kerajaan Negeri yang melihat jauh ke hadapan bagaimana kita nak menggerakkan supaya generasi akan datang akan menikmati apa yang kita rasa pada hari ini dapat diteruskan. Kalau tidak akan habis begitu saja. Minyak ini kita tahu, benda hak ada dalam tanah selepas sedut-sedut habislah, macam air dalam botol, kita sedut-sedut habis, sampai masa akan habis

rane-rane pun. Jadi oleh sebab itu, kita harus memberi fokus yang lebih terutamanya Negeri Terengganu ini yang sudah ada, yang kuat di peringkat akar umbi iaitu dalam sektor pertanian dan juga dalam sektor pelancongan yang harus diberi fokus. Pertanian dan juga pelancongan ini harus menjadi teras kepada kita dan pertanian ini kita cukuplah, kita cukup melihat kepada peringkat-peringkat bawah ini. Orang Terengganu ini kalau nak kata rajin memang rajin sebenarnya, tapi apa masalah orang kita? Tengok masalah dulu, masalah orang kita adalah peringkat yang kedua dan peringkat yang ketiga. Peringkat kedua dan ketiga ini, melibatkan dari segi marketing dan juga pemasaran dan juga IKS dalam bidang-bidang berkenaan, ini yang menyebabkan orang kita fail lagi setakat ini. Jadi fokus harus diberi ke dalam bidang ini yang lebih besar peruntukan dan juga bajet yang disediakan oleh Kerajaan ini. Kalau kita tengok semua hasil-hasil pertanian orang kita tidak dapat hendak dipasarkan, usah ke benda lain, duku kita berpuluh-puluh tahun kita tidak boleh hendak selesai, bukan hari ini saja tidak boleh selesai, bukan Kerajaan, apa ini, nak sebut pun salah aku ni, Kerajaan yang ada pada hari ini saja, Kerajaan belah lek ni hak duduk pun tak boleh nak selesai jugak masalah ini.

Yang di-Pertua

Kerajaan kitalah Yang Berhormat.

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Kerajaan kitalah.

Yang di-Pertua

haa..

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Saya duduk belah sana dulu, Yang Berhormat ni bahang sokmo saya ni, gugga gugga gugga kes benda ni, tapi hari ini saya nak peringat pula takut tak sedar hak deme duk kata ke saya mula, saya peringat pulok kena beri fokus benda ni, kita selesai masalah ini. Masalah duku kita tak boleh nak jual, masalah limau kita tak boleh nak jual, masalah rambutan kita tak boleh nak jual, masalah tukka kita tak boleh nak jual macam-macam lagi. Ini masalahnya, sebab itulah kita dulu cuba juga tubuh TADC dan sebagainya.

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Apa, Yang Berhormat, tukka tu menda apa, tukka?

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

hak ni ah hok bahang saya ni, saya tahu aa.., berasa aa.. tu, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua selain daripada tu juga hari ini sikit-sikit tidak sempat nak hurai panjang pun tidak sempat. Yang kedua tengok balik dari segi pelancongan. Pelancongan pun sama, saya mohonlah kepada Yang Berhormat EXCO Pertanian, Pelancongan kena beri penegasan dan juga sebagaimana yang saya maklum dalam apa ni, ucapan celahan soalan saya tadi. Kita melihat kita nak panggil Tahun Melawat Malaysia 2020 dan Terengganu menyasarkan lebih kurang 5 juta hingga 6 juta pelancong nak mari, hendak menarik mari ke Terengganu. Saya nak tanya, apa benda kita sedia? 5 juta orang mari bukan sikit ni, kalau RM1,000 sorang kita dah nampak berapa berapa banyak mana pitih tu, 6 billion, enam berapa tak tahu, tidak boleh nak kali aku ni, hoo, dok dang. Apa persediaan kita? Persediaan pemandu pelancong pun kita tidak berapa lagi, kalau tidak boleh buat kursus 40 orang, 47 orang gitu tak rok dah nak sambut 6 juta, ini persediaan benda asas saja ni.

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Tadi jawab dah tadi..

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Sabar la dulu

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Tubik pulok.

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Mu jawab kekgi, ni flow saya ini … [Dewan gamat]… jadi Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya harap, kita harus membuat satu benda yang luar daripada pemikiran kita. Kita kena ambush betul-betul. Kita fokuskan bahawa sebab ini boleh memberi pendapatan yang sangat besar kepada pendapatan kepada anak-anak muda kita yang banyak menganggur hari ini, anak muda kita ramai menganggur, pada hari ini bukan sahaja hak anak-anak muda yang duduk di kampung tapi orang-orang yang dah ada ijazah dan sebagainya menganggur. Jadi ini satu salah satu peluang, saya tengok budak-budak kawasan saya tu adalah dua tiga orang pemandu pelancong, sebab itu saya kata, bila pelancong luar mari, dia hendak pergi, hendak masuk dalam Kenyir ke, nak masuk kat mana-mana ke, nak pergi naik gunung ke, nape ke, dia keluar-keluar boleh budak ni dalam RM150 sorang, sekali pergi hantar saja. Selepas itu beritahulah ceritalah nape-nape pun takpelah, ini batu ini jadi gini, batu ini daripada ini kepada beratus tahun doh dulu bukan tahu pun. Tapi sekurang-kurangnya kita cerita dia jadi menarik saja sebenarnya, Dato’ Yang di-Pertua.

Yang kedua, EXCO Pelancongan saya minta tolong juga supaya kita perkasakan apa yang ada, dan jangan keluar statement pelik-pelik. Jangan keluar statement, ooo…. kita akan Kerajaan Negeri nak tutup Tasik Kenyir. Tidak boleh buat begitu, kejut habis orang, auuu settok.

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Bila tarikh saya kata begitu?

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Dok eh saya..saya contoh saja tu. tengok dalam

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Contoh ke gane?

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Saya kabo ni, saya tengok dalam media massa , saya pun dok caya juga media massa

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

(ketawa)

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Kalau Yang Berhormat EXCO dok sebut betul, dakpe la, saya tengok dalam media massa

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

(ketawa) eh dok, baca dok betul ke

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Saya tengok dalam media massa Yang Berhormat EXCO tulis situ dia kata kita bercadang untuk nak tutup di Tasik Kenyir, saya kata tidak betul tu kalau nak tutup sebab benda tu ada dah

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Beri RM3 juta dah kan tambah, tutup guana?

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Macamana?

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Ini bajet RM3 juta ada, tutup guana?

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Hoo dakpe, Alhamdullilah.

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Tutup macamana?

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya nak beritahu, Tasik Kenyir ini ramai jugak dalam orang lain pun begitu juga. Rakan-rakan saya daripada parti belah-belah sana pun begitu juga. Dia kabo bakpe dok tukar, apa ni Pusat Bebas Cukai ni ke dekat lain, dekat di Pulau Kapas ke Pulau Perhentian ke, tidak ada masalah. Cuma saya nak beritahu benda tu sudah ada di situ dan kita sudah 77%. Saya tengok laporanlah, 77% bahawa sudah siap, hanya tinggal 23% doh. Kita geraklah slow-slow, kita carilah kaedah lagu mana, cara mana nak selesai, kalau dah siap, tidak boleh hendak jual juga, kita panggil orang duduklah guane-guane pun, supaya boleh berniaga di situ. Makna orang kampung kita takpe, suruh niaga. Payah-payah sangat kita berilah ke orang lain yang tukang urus, supaya ianya akan menjadi pemangkin. Pemangkin kepada pelancongan di Tasik Kenyir. Dia nak jadi pusat pelancongan ni, dia kena ada pemangkin-pemangkin lain, kalau harap ke tasik, terbayya begitu berpuluh tahun siapa dia nak pergi, tidak ada faedah juga ni pergi tengok air, buat apa main air berdo’oh lalu. Kena ada Santuari Kelah, kena ada sikit apa ni Kebun Bunga, kena ada sikit apa ni burung, dan sebagainyalah. Itu jadi pemangkin supaya boleh menarik lebih ramai orang mari, bila orang ramai mari tu ramai la berlaku transaksi, berniaga dan sebagainya. Tok soh bimbang ah hok tu, nak mintak tolong, jangan keluar statement yang pelik-pelik. Kita jangan ikut, Kerajaan yang satu lagi nu, dia buat keluar statement guggang-guggang gugga, rooomm saham jatuh, groom saham jatuh, ini kita sebagai sebuah Kerajaan.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya pun rasa terima kasihlah, kepada Kerajaan beri ada saya tengok peruntukan RM3 juta untuk Tasik Kenyir, saya kabo terus terang saya pergi saya pergi saya pun pergi kawasan saya tak mahu pergi gane kampung saya. Tengok, alaaa.. saya nok royak tak kena dalam Dewan ini. Minta tolonglah, kalau tidak percaya pergi dua hari lepas, dua tiga hari lepas pun saya pergi tengok, hak mana tidak bukan, tidak comel tapi kebersihan dan sebagainya. Pelancong mari tengok, itu menda-menda dia, kebersihan terutama kebersihan kita Terengganu ini dan bajet untuk kebersihan pun sangat tinggi yang Menteri Besar beri jadi, benda-benda sebagaimana ini, jabatan dan juga agensi yang berkaitan, habis dah, berkaitan sila ambil perhatian.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, yang keseterusnya, berkaitan dengan Muafakat Nasional. Saya nak sebut juga sini, Muafakat Nasional, kita sebut belaka dah ni, semua sekali sebut terima kasih daripada Menteri, Menteri Yang Amat Berhormat kerana memberi peruntukan, kena ucap terima kasih. Orang memberi kita merasa, orang memberi biar kita reti bahasa, reti bahasa ucap terima kasih. Pada sayalah, terima kasih banyak-banyak kerana ini merupakan satu sejarahlah, sejarah permulaan yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Kerajaan atas dasar Nasional Muafakat, beri peruntukan kepada kita sebanyak RM250,000.00 seorang untuk permulaan dia kata, tambah lagi tu saya rasa, saya rasalah. Terima kasih daun keladi dan kalau ada nak lagi. Insya-Allah.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Muafakat Nasional, sabar dulu Dato’ Yang di-Pertua, sebab beri ke orang puan kemarin, saya pun kena beri jugak ni. Muafakat Nasional ni, kita ni peringkat atas ni, pemimpin dan saya yakin pemimpin ni tak ada masalah sangat, tapi bagaimana kita nak terjemahkan Muafakat Nasional ini di peringkat akar umbi. Ini yang perlu diterjemahkan. Terjemahkan di peringkat akar umbi dalam semua aspek, kita faham, kita tahu bahawa Kerajaan PAS menjadi Kerajaan pada hari ini dan orang di bawah pun tahu seluruh, seluruh di bawah nung, tapi tolonglah tolong jangan njaaa rapat-rapat sangat, saya cakap bahasa saya senang, sebab tahun 99 dulu UMNO memerintah, tahun 99 macam YB Nawi kata PAS memerintah, PAS pun prunggg njaaa habis. Tahun 2004 UMNO pula dah balik, UMNO balik UMNO njaaa pula krunggg, PAS baham pulok dah, jangan njaaa takut prungg peseng lain pula orang bawah nung sebab kita ni bergantung dengan orang bawah. Ini yang saya hendak bagitau.

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Bergantung dengan Allah Ta’ala je, bergantung dengan Allah Ta’ala.

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Guane

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Bergantung dengan Allah Ta’ala.

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Hok tu memang dop lari doh hidup mari sini pun bergantung Allah Ta’ala. Boyak wat menatang apa dop payah sarroh kita kalu lagu ning… Allah. Baik kita dop payah sarroh, ning saya nak peringat. Saya sayang ning. Aku sayang mung ning.

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Terima kasih, terima kasih.

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Aku dop tahan duduk sini ning sebab peruntukan beri doh ning. Kalau boleh beri besar lagi koho sarroh lagi hari ni mo’or. Nak cerita Yang Berhorrmat, Yang Berhormat Manir, jadi saya mintok ianya diselaraskan dengan baik sebab tuan-tuan Kerajaan. Selaras baik rakyat melihat. Saya kawasan saya sendiri pun ye lah kawasan hok kuat deme kuat deme lah, kuat kita kuat kita jugak,kan. Gitu jugak orang kata Yang Berhormat Yang Berhormat je pakat atas kami dop pakat-pakat ye jar sokmo kami jalor. Soh beng pakat-pakat lah kalu gini payah saya nak jawab. Sabar, tenang sebab kita baru lagi. Baru nikah ning dop dang dop tahu kaler baler lagi ning. Sabar. Tu je yang boleh saya kabo. Ning saya cerita atas luahan dan juga ingatan betul-betul doh saya kabo ning. Sebenarnya supaya dapat ingatan rakan-rakan beloh nung lah. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,

Yang di-Pertua

Ayat akhir deh.

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Kena minta juga yang dalam kawasan, tiidak menjadi Yang Berhormat tidak beritahu dalam kawasan ini. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Saya dalam kawasan saya ada dulu saya dah peringat doh masjid ada dua yang ditolak, doh lulus doh. Peruntukan lulus doh, degung tolak. Lulus daripada pusat sebenarnya daripada JPP degung tolak. Jadi saya minta tolonglah minta tolong Yang Berhormat Infra, Yang Berhormat Kuala Berang minta tolong tengok kalau boleh satu sahaja dahulu sebab lama doh diorang berjuang mintak selesaikan masalah itu.

Yang kedua, masalah perumahan. Perumahan ini saya jadi, jadi apa orang kata ning kena sokmo. Zaman BN dulu pun dop buat juga. Ning saya minta tolong zaman Yang Berhormat, zaman PAS plok saya nak mintak tolong buat satu perumahan di Telemong, saya minta tolong sungguh. Tidak apa, rakyat akan lihat zaman PAS pulak yang buat. Bagus. Bagus ah saya ini kerja nak suruh rakyat boleh senang je. Saya tidak apa tidak senang mudoh pun. Nak suruh biar PAS buat satu. Zaman Kerajaan PAS ning buat satu perumahan di Kawasan Telemong. Saya minta tolong..

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Yang Berhormat, Yang Berhormat buat Manir, Telemong pergi Manir tidak apa.

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Manir banyak doh BN buat, kamu kalah pun kita buat bertimbun-timbun dah buat. Zaman menang saya zaman menang orang tidak buat. Saya merayu doh dua orang saya tidak tahulah tanya deme lah. Merayu dah ini dua orang Menteri Besar tidak buat juga. Dok dang bukan tidak mahu buat dok dang lagi. Dia nak buat tapi kalah. Jadi saya merayu pada Kerajaan yang ada pada hari ini. Tolong buat satu dan orang akan tengok sampai bila-bila zaman PAS Yang Berhormat buat. Tidak apa. Bagus, Alhamdullilah manfaat dapat ke rakyat tidak apa kita tidak dapat ini baru serah kepada Allah Ta’ala, Yang Berhormat Manir. Wallah ah’lam.

Mana bubu mana pukat Air didahulu tiada ikatan Yang indah itu maufakat Yang manis itu ingatan

Wabillahi Taufiq Wal Hidayah. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Yang di-Pertua

Terima kasih Wakil Telemong. Siapa lagi yang nak berucap? Sila Wakil Air Putih.

Ab. Razak bin IbrahimPAS · GSAir Putih

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillah hi rabbil alamin assalatu wasalam mu’ala asyrapi anbiya iwal mursalim Saidina Muhammadin Waala Alihi Wasahbihi Ajmain. Robbisrohli sodri wa yassirli amri wahlul uqdatammillisaani yafkahul kauli amma Bad’u. Yang Amat Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Terengganu, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, para Pemerhati, Pengamal Media, Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya kasihi sekalian. Yang Berhormat Dato’ yang Dipertua, terima kasih memberi peluang kepada saya mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2020 yang telah dibentang oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar Terengganu pada hari pertama sidang Dewan, Alhamdullilah sama-sama kita melahirkan kesyukuran yang tidak terhingga di atas kurniaan Allah azawajalla di mana sudah setahun lebih Kerajaan baru pimpinan PAS memegang tampuk pemerintahan selepas PRU yang ke 14.

Goreng bertih di dalam pasar Digoreng oleh si anak dara.

Peralihan kuasa berjalan lancar Terengganu Maju Berkat Sejahtera

Peralihan kuasa berjalan lancar Terengganu Maju Berkat Sejahtera Masalah rakyat diselesai segera Sudah tentu rakyat gembira

Bajet 2020 telah dibentang Dibahas oleh semua wakil rakyat Rakyat setia bersama Kerajaan Segala keresahan telah terjawab

Membina Generasi Terengganu Sejahtera Temanya serasi tidak terkira Maufakat Nasional sudah ternyata Jom bangunkan Terengganu kita

Yang Berhormat Dato’ yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat masing-masing banyak membahaskan berkaitan isu-isu membentuk menyeluruh serta peranan Kerajaan bagi membantu rakyat ke arah kehidupan yang sejahtera. Tidak kurang juga kupasan berhubung dengan Penyatuan Ummah, PAS dan UMNO yang disebut Muafakat Nasional. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya memfokuskan perbahasan ini kepada situasi local yang ada di dalam DUN saya DUN Air Putih. Sebelum saya meneruskan perbahasan ini, sukacita saya memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini, di mana sidang yang lepas saya telah menyebut berhubung keperitan rakyat di Kampung Darat Sungai Buaya Teladas Air Putih tiada mempunyai bekalan air yang bersih. Keluhan rakyat telah didengar oleh pihak Kerajaan, agensi yang berkaitan di mana proses kerja-kerja pemasangan paip, rumah pam, tangki air sudah selesai dipasang cuma tunggu electrical sahaja. Alhamdullilah. Mudah-mudahan bekalan air dapat dinikmati oleh rakyat setempat dalam masa terdekat ini. Segala keprihatinan ini saya rakamkan dua pantun.

Terima kasih tidak terhingga Kepada Kerajaan yang budiman

Tuan CEO SATU banyak berjasa Impian rakyat dah jadi kenyataan

Terima kasih daun keladi Selesai satu ada satu lagi Telah dipohon berkali-kali Kampung Lubuk Batu rakyat menanti

Yang Berhormat Dato’ Yang di- Pertua, dimaklumkan bahawa Kampung Lubuk Batu berada dalam laluan Mak Lagam ke Bandar Cheneh Baru. Kampung ini didiami hampir 30 tahun yang lalu. Satunya kampung yang tidak berkembang disebabkan oleh tiada bekalan paip. Penempatan asal disini terdapat lebih kurang 30 buah rumah tetapi sekarang sudah berkurangan berikutan generasi kedua tidak berminat tinggal di sini lagi. Berbekalkan sebuah telaga Geosains yang dibina oleh pihak KETENGAH dan sebahagian lagi penduduk menggunakan perigi yang dibina sendiri untuk mendapat air dan sangat malang sekali sekiranya musim kemarau berpanjangan menyebabkan mereka akan mengalami masalah kekeringan air. Alangkah indahnya sekiranya keperluan penduduk di sini diberi keutamaan. Hal ini sebenarnya sudah ada dalam makluman kepada pihak Kerajaan beberapa agensi yang berkaitan. Semoga dengan sebutan kali kedua Dewan ini, ianya mendapat pendengaran yang baik oleh pihak yang berkenaan.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Berang kepada Soalan Lisan saya pada hari pertama dijawab secara Bertulis berkaitan dengan status permohonan bekalan air untuk Kampung Lubuk Batu. Bajet telahpun dikeluarkan, diluluskan oleh pihak KPLB. Dijangka urusan bermula pada bulan Mei 2020 tahun hadapan. Semoga ianya dipercepatkan.

Ikan kembung perutnya buncit Mungkin makan ikut selera Hidup Rakyat semakin tersepit Air bersih agenda mereka

Siang malam terbayang-bayang Air bersih kami perlukan Harap agensi buat kajian Datang selalu kami tunggukan

Ini untuk Lubuk Batu, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Bajet 2020 dengan tema Membina Generasi Terengganu Sejahtera telah selesai dibentangkan. Lima Teras Utama dalam pembentangan Bajet pada kali ini. Antaranya;

1. Memartabatkan Pelaksanaan Islam.

2. Menjana Pertumbuhan Ekonomi.

3. Membangun Modal Insan.

4. Melestari Kehidupan Sejahtera, dan kelima Memantapkan Penyampaian Tadbir Urus Negeri.

Kesempatan pendek ini saya ingin mengambil bahagian bagi menyatakan sedikit pandangan dan cadangan. Saya merujuk kepada Teras Keempat iaitu Melestasikan Kehidupan Sejahtera. Kehidupan sejahtera akan terbentuk sekiranya keperluan kehidupan sejahtera terbina. Di antara yang sangat penting ialah tempat kediaman yang selesa. Dalam muka surat 55 dalam buku Bajet 2020, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar telah mengambil hadis Nabi sebagai dalil betapa pentingnya kediaman selesa. Marhum hadisnya antara perkara yang membahagiakan anak Adam ialah jiran yang baik, kenderaan yang baik dan tempat kediaman selesa. Yang demikian saya ingin mengulangi buat kali kedua dalam Dewan yang Mulia ini berhubung Rumah Mampu Milik di kawasan Air Putih. Hasil kajian mudah yang dibuat oleh Pusat Khidmat Masyarakat DUN dengan mengedarkan borang kajian keperluan Rumah Mampu Milik program PKK kepada 4000 orang yang tinggal di Kawasan DUN Air Putih. Kajian ini pada akhir 2018 yang lalu, hasil yang didapati bahawa lebih 80% daripada 4000 orang iaitu 3,186 orang memerlukan rumah manakala selebihnya mereka memilih untuk lot tapak rumah untuk mereka bina rumah. Mereka yang terlibat sekitar umur 23 hingga 55 tahun. Malang sekali bagi mereka yang berumur, masih ada lagi mereka yang umur lebih 60 tahun ke atas belum lagi mempunyai rumah.

Negeri maju rakyat sejahtera Hidup berkat sepanjang masa Rumah rakyat perlu dibina Bukan sikit tapi berganda

Permohonan online dibuka selalu Sudah bertahun sehingga lupa Setiap detik rakyat menunggu Bila lagi rumah akan dibina

Rumah kediaman kami mahu Harapan rakyat menggunung tinggi Binalah ia setakat yang mampu Rakyat marhaen sedang menanti

Dato’ Yang di-Pertua, satu lagi masalah berkenaan dengan kediaman selesa, Kampung Pasir Gajah dan Kampung Paman, 2 buah kampung yang terlibat dengan kerja-kerja naik taraf jalan exit Cukai, LPT 2. Lebih kurang 70 orang keluarga yang tinggal di atas tanah ROW yang telah diberi notis untuk pindah bila-bila masa sahaja. Untuk mencadangkan, kita mencadangkan kepada mereka yang terlibat diberi satu lot tanah tapak rumah untuk mereka membina rumah kediaman sebagai ganti rumah mereka yang dirobohkan.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, pertemuan dengan yang terlibat telah dibuat, boleh dikatakan ke semua mereka ini tidak mampu membuat rumah sekiranya mereka diberi lot tapak rumah. Sekarang mereka ini pindah sementara di rumah anak-anak dan saudara mereka yang berhampiran. Alangkah cantiknya sekiranya kerajaan memberi keutamaan melalui PMINT

Yang Berhormat Yang di-Pertua, nok celoh sket ni, DUN Air Putih tiga buah rumah gi buat je lah, tak payah buat dewan ah kalu tiga buah

Ab. Razak bin IbrahimPAS · GSAir Putih

Dok dengo..

Tiga buah rumah terlibat tu Yang Berhormat buat ah, gi cari tapok diri khabo bisik dengan MB je. Tak payah cakap sini tiga buah…

Ab. Razak bin IbrahimPAS · GSAir Putih

70 buah. 70 buah tu 70 keluarga. Bukan 3 buah tu, Yang Berhormat Kijal

boleh selesai, kan. Selesai jelah, tanah banyok Air Putih.

Ab. Razak bin IbrahimPAS · GSAir Putih

Alangkah cantiknya sekiranya Kerajaan memberi keutamaan melalui PMINT membina Rumah Mampu Milik di atas tanah yang dicadangkan itu demi kesejahteraan dan kebahagiaan mereka.

Kediaman mereka bakal tiada Akan diroboh bila-bila masa.

Wakil rakyatlah harapan mereka Supaya masalah diselesai segera

Binalah rumah untuk mereka indahnya cerita bila berbicara Gembiranya rakyat tidak terkira Masalah mereka ditunai segera

Anak kera di dalam hutan Menangis ia kerana kelaparan Rumah selesa jadi idaman Harapan semata kepada Kerajaan

Dato’ Yang di-Pertua, merujuk muka surat 43 dalam Ucapan Bajet Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Teras Ketiga iaitu Membangun Modal Insan. Maju dan berdaya saing sesuatu ummah berkait rapat dengan pembangunan modal insan. Rakyat merempat miskin akan terbela dengan ilmu. Terengganu telah lama mengungguli kecemerlangan melalui beberapa jenis periksaan.

Prestasi kecemerlangan ini harus dijaga. Program-program yang melibatkan ketua keluarga untuk memberi input yang baik berhubung dengan pendidikan anak-anak sangat penting. Sering kedengaran suara daripada ibu bapa yang kecewa dengan anak yang lemah belajar tinggi-tinggi pun tak ke mana. Berapa ramai yang lulus universiti tak dapat kerja. Lebih baik tak payah sekolahlah buat abih pitih saja. Begitu juga dengan anak-anak yang menghadapi masalah disiplin ibu bapa buntu menghadapi suasana sedemikian.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, anak sebenarnya insan yang dapat membaiki kehidupan keluarga. Keluarga bahagia terbentuk melalui isi rumah yang berilmu. Di

kesempatan ini saya mencadangkan satu modul khusus bagi bimbingan kekeluargaan perlu dibentuk di peringkat kawasan masing-masing untuk membantu ibubapa dalam menanggani masalah anak-anak lemah dan masalah disiplin sekolah. Oleh itu langkah yang sewajarnya perlu diambil oleh pihak Kerajaan demi anak-anak tersayang. Ibu-ibu muda kadang-kadang buntu menghadapi suasana sedemikian. Merujuk kepada muka surat 43 dalam buku Bajet 2020 ada nyatakan beberapa program sokongan untuk mengekalkan kecemerlangan pendidikan di kalangan pelajar terutamanya apabila di alam pekerjaan nanti.

Yang di-Pertua

Yang Berhormat, saya tarik perhatian Peraturan Dewan Perkara 46 (5) supaya Ahli Yang Berhormat tidak membaca sepenuhnya teks. Yang kedua kena pandang pada Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan.

Ab. Razak bin IbrahimPAS · GSAir Putih

Maaf Yang di-Pertua.

Di antara tuisyen rakyat Terengganu, kursus motivasi, peperiksaan awam di setiap DUN dan lain-lain. Kerajaan memperuntukkan RM1 juta untuk tujuan tersebut. Terima kasih Kerajaan.

Ilmu berkembang melalui pendidikan Rakyat negeri menjadi maju Allah berfirman di dalam Al-Quran Hebat manusia dengan ilmu

Biar SAR berdaya saing Modal insan mesti diperkasa Ayuh bantu seberapa mungkin Sehingga melonjak di hari muka

Modal insan mesti diperkasa Ayuh bantu seberapa segera Bajet disalur begitu bantulah mereka Semoga anak sentiasa terbela

Budak pondok meminta ilmu Ilmu ditimba penuh ujian Bantulah mereka jangan jemu Bajet ditambah sebagai keperluan

Ab. Razak bin IbrahimPAS · GSAir Putih

Boleh terus lagi, sikit lagi

Yang di-Pertua

panjang lagi pantun Yang Berhormat?

Ab. Razak bin IbrahimPAS · GSAir Putih

dok abih lagi pantun ni.

Yang di-Pertua

aaa..ringkaskan..ringkaskan.

Ab. Razak bin IbrahimPAS · GSAir Putih

Sekolah agama dalam perhatian.

Setiap kawasan perlu dibina Semoga impian jadi kenyataan Kerajaan prihatin disukai semua

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Bajet ini juga Kerajaan menekankan kepada aktiviti penguasaan Bahasa Inggeris sekaligus ianya akan meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar terutamanya apabila di alam pekerjaan nanti. Bagi mencapai maksud tersebut RM35.3 juta peruntukan untuk program ini. Syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, pencapaian dalam bidang pelajaran Bahasa Inggeris di SMA, Sekolah Menengah Agama di bawah kawalan Kerajaan Negeri buat masa ini tidak memberangsangkan. Saya difahamkan Yayasan Terengganu ada mengambil guru T-Help iaitu guru Bahasa Inggeris sokongan yang dibayar gaji oleh Yayasan Terengganu. Tugasan T-Help ini ialah untuk memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris pelajar-pelajar sekolah menengah. Guru T-Help ini tidak mengajar tetapi melaksana aktiviti sokongan untuk peningkatan penguasaan Bahasa Inggeris maka sekolah SMK dipilih oleh di bawah seliaan kawalan pusat. Saya mendapat maklumat bahawa SMA Khairiah ialah satunya sekolah menengah agama ada tempatkan guru T-Help ini. Bagaimanakah sekolah menengah agama yang lain rata-rata kekurangan guru Bahasa Inggeris. Oleh itu sesuai dengan hasrat Yang Amat Berhormat Menteri Besar Dato’ Seri mahu melihat kelestarian penguasaan Bahasa

Inggeris di kalangan pelajar kita khususnya apabila berhadapan dengan peluang pekerjaan nanti. Maka amat wajarlah sekiranya guru T-Help ini ditempatkan di sekolah menengah agama seliaan Kerajaan Negeri supaya penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar kita meningkat di samping subjek mata pelajaran yang lain.

Yang di-Pertua

habiskan ayat terakhir Yang Berhormat

Ab. Razak bin IbrahimPAS · GSAir Putih

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, sekadar itulah sahaja perbahasan saya mohon maaf tersilap bicara.

Ikan kembung ikan selayang Mari dimasak bersama kangkung Belanjawan 2020 sudah dibahaskan Air putih mohon menyokong

Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Yang di-Pertua

Alhamdulillah, terima kasih Wakil Air Putih yang membahaskan Ucapan Bajet dengan gaya tersendiri, dalam bentuk puisi pantun sepanjang masa. Sila Ahli Yang Berhormat yang sila Wakil Batu Rakit.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum Warahmatullahi Ta’ala Wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan dan semua yang hadir. Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk sama-sama membahaskan bajet 2020. Sebelum tu, oleh kerana masing-masing hari ini macam pesta pantun pulok hari ini, saya nak jawablah pantun MB se, hok ada dalam bajet.

PAS UMNO dahulu seteru, Kini kita saling bergandingan, Jangan diungkit hok dulu-dulu, Kepentingan rakyat kita utamakan.

Sebelum meneruskan perbahasan, saya nak tanya, ada tiga soalan saya ditolak. Soalan adakah Program Pintar Quran di Tabika Kemas diteruskan, ditolak alasan ketiga-tiga soalan saya ini di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Tetapi dalam soalan bertulis dijawab, Pintar Quran. Yang kedua apakah perancangan Kerajaan Negeri kepada sekolah elit juga ditolak. Maksud saya Kerajaan Negeri, apa peranan Kerajaan Negeri dalam sekolah elit yang kita tubuh dulu yang Kerajaan Negeri nok dulu dan dalam Bajet, Alhamdulillah ada disebut sekolah elit dan yang ketiga rungutan peniaga hari ini, kuasa beli telah berkurangan apakah inisiatif yang Kerajaan Negeri ambil. Jadi, saya rasa dok patut ditolaklah sebab ini berkaitan dengan Negeri. Jadi, oleh sebab itu diharap akan datanglah Yang Berhormat Yang di-Pertua tengok-tengoklah soalan nok tolak tu, tengok-tengoklah dan begitu juga dengan soalan tambahan, biasanya tiga hari ini saya tengok ada hok tiga, maring dua nok tumpang se dokleh, dulu kita pakat dua campur satu tuan punya soalan dua beri beloh pembangkang se tapi maring dua saya tengok nok celoh pun dokleh, bende hok penting GLC, pelaburan jadi saya harap Yang Berhormat Yang di-Pertua tengoklah eh..

Yang di-Pertua

Tengok pada keadaan dan keperluan semasa

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Betul doh, tapi kadang-kadang macam boleh pilih..

Yang di-Pertua

Kadang-kadang apabila kita bincang dah panjang dah hok tu pun nak kena tengok juga tapi takpelah teruskan…teruskan..

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Tapi takpelah kuasa terletak pada Yang Berhormat Yang di-Pertua tapi saya kabo, tegur, biar koho comel. Baik dalam perbahasan ini, dalam Bajet saya tengok dalam Teras Pertama Memartabatkan Pelaksanaan Islam, jadi rasa macam adakah selama ini Islam tidak dimartabatkan dan saya tengok dalam strategi-strategi seolah-olahnya lebih kurang sama je dengan dulu. Cuma mungkin nama je lain tapi takpelah tahniah walau bagaimanapun kita nak memperkasakan Islam banyak program-program telah dibuat, cuma ada disebut empat buah masjid. Saya sebut sokmo setiap kali Dewan saya selalu sebut Masjid Mengabang Lekar, Batu Rakit dan MB pernah jawab bahawa ranking pertama. Harap-harap dalam empat buah ni termasuklah masjid tersebut dan

dalam nok memperkasakan apa ni pelaksanaan syariah ni, molek kita praktik dululah, saya napok Yang Berhormat ADUN Wanita ni rapat je mungkin boleh letak jauh sikit kut ork. Letok beloh Batu Rakit takpe

Yang di-Pertua

Kita boleh pertimbang kalau Yang Berhormat betul nok, Ok.. Sila..Sila..Teruskan..Teruskan..

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Ok, Teras Kedua, Menjana Pertumbuhan Ekonomi, saya nok sentuh tentang penanaman padi yang mana disebut dalam Bajet di muka surat 29 nombor 49 cuma Kerajaan sedar ataupun tidak baru-baru ini benih padi amat payah dan mahal. Jadi, perkara-perkara inilah sepatutnya diambil peranan oleh Kerajaan untuk membantu petani-petani supaya masalah mereka selesai dan difahamkan sehinggakan benih ni dapat di luar musim. Jadi, saya pun hairanlah maksudnya kenapa perkara-perkara sebegini tidak diambil peranan oleh pihak Kerajaan, agensi-agensi yang tertentu untuk menyelesaikan permasalahan penanaman padi ini dan seterusnya mengenai nelayan. Terima kasihlah dalam bajet ini memberi bantuan pukat dan bubu kepada nelayan tapi kita lihat hari ini, rata-rata tangkapan ikan telah berkurangan. Telah berkurangan sudah tentu pendapatan mereka berkurangan dan kadang-kadang nelayan ini masalah dia sebenarnya kadang-kadang rosok enjin, rosok bot, tetapi walaupun kita beri bantuan pukat dan bubu tetapi apabila enjin dan bot ini rosok sudah tentu dia tidak mampu walaupun kita beri bantuan pukat dan bubu ini. Saya rasa Kerajaan patut tengoklah eh, tentang bantuan-bantuan lain yang berkaitan dengan nelayan ini terutamanya yang selalu kita dengar bila pendapatan dok banyak mana tapi sekali rosok, RM200 ke RM300 kena baiki. Jadi ini memberi kesan kepada nelayan-nelayan dan seterusnya saya juga terima kasihlah kerana dalam Bajet ini untuk memajukan Pulau Bidong sebagai produk pelancongan cuma harapan kitalah, harapan saya supaya mana-mana tempat yang kita majukan ini biarlah penduduk setempat atau sekitarnya yang mendapat manfaat sebagaimana di Pulau Redang, kadang-kadang orang luar lebih mendapat manfaat daripada penduduk setempat dan mungkin juga di kalangan mereka ini tiada kemahiran dan tiada modal. Inilah yang perlu Kerajaan tengok untuk bantu dan bimbing mereka supaya sama-sama dapat manfaat daripada kemajuan yang terdapat di tempat mereka. Begitu juga tentang seterusnya tentang peniaga dan penjaja yang hari ini perniagaan kurang, kurang maju dan merosot. Pendapatan yang tidak seimbang, mungkin setengahnya di pasar baru tu mungkin pendapatan dia tinggi tetapi di kat stesen bas ni peniaga ini merosot. Jadi kerajaan perlu juga tengok supaya peniaga-peniaga di kawasan mana-manapun supaya

seimbang begitu juga yang semalam dibangkitkan oleh rakan saya semalam, mengenai peniaga-peniaga tepi jalan. Kita juga perlu tengok keadaan ini supaya mereka lebih selesa. Begitu juga dengan Kerajaan perlu memikirkan peluang-peluang ataupun punca-punca kekayaan baru untuk merancakkan kegiatan ekonomi. Apabila hari ini pertanian kelapa sawit, getah yang suram apakah yang difikirkan oleh pihak Kerajaan untuk menggantikan ataupun punca-punca baru supaya petani-petani ini mendapat pendapatan yang berpatutan dengan mereka. Begitu juga dalam soal perikanan, perniagaan dan sebagainya kerana apabila pendapatan mereka kurang sudah tentu peniaga-peniaga juga merosot.

Jadi, oleh sebab itu kita kena melihat kepada akar umbi supaya pendapatan akar umbi ini baik maka dengan sendirinya ia akan merancakkan kegiatan ekonomi dan Teras Ketiga Membangunkan Modal Insan. Saya duk lihat perhatikan bantuan pendidikan terutamanya kepada JPNT telah berkurangan dan kalau kita lihat rekod, rekod bantuan peruntukan kepada JPNT ini (Jabatan Pendidikan) kalau kita lihat 2011 - RM11 juta, 2012 - RM13 juta dan hari ini untuk 2020 hanya RM6.3 juta dan RM5.3 juta hanya untuk percetakan. Cuma yang lain-lain hanya RM1 juta sahaja untuk kegiatan-kegiatan lain. Jadi oleh sebab itu saya bimbang kerana di tahun 2011, 2012, 2013, 2014, 2015 ini pencapaian kita meningkat kerana mungkin kerana peruntukan yang besar. Apabila peruntukan ini sudah menurun mungkin dari segi kegiatan-kegiatan jadi kurang dan akhirnya penurunan pencapaian kecemerlangan anak-anak kita ini. Jadi oleh sebab itu, kena lihat balik bantuan-bantuan kepada PIBG dan sebagainya perlu diberi, saya rasa.

Seterusnya, Teras Keempat, Melestarikan Kehidupan Sejahtera. Dan saya nak sebut tentang Dana Pakaian Sekolah, ini rungutan daripada rakyat. Kerana kita masih lagi, sebab Dewan yang lepas, saya menyebut tentang Dana Raya. Kita guna borang daripada online kita guna borang, dan ada yang tertinggal, dan seolahnya berpilih siapa dapat borang, dapatlah bantuan ini. Begitu juga dengan pakaian sekolah. Ramai lagi yang sepatutnya dapat, merungut, tidak dapat borang. Dan apabila tidak dapat borang, bila tidak dapat borang, sudah tentu tidak dapat dana bantuan ini. Jadi oleh sebab itu, saya berharaplah Kerajaan Negeri tengok balik seolah-olah kita undur ke belakang hari ini. Daripada online kepada pembahagian borang. Kalau online ini sudah tentu telus, semua orang boleh masuk, dan kita tengoklah. Kalau rasa bajet sikit, kita naik syarat dia. Daripada berapa-berapa ribu, mungkin naik sikit, kalau kita nak kurang. Tapi janganlah sehinggakan orang yang sepatutnya dapat, tetapi tidak dapat.

Teras yang Kelima, Memantapkan Penyampaian Tadbir Urus. Di era teknologi 5G, di Era Revolusi Industri 4.0, walaupun kita perhatikan memang ada untuk memperkasakan benda ini, tetapi ia perlu seluruh rakyat faham apa itu Revolusi Industri 4.0. Kerana kita nak tengok juga ibu bapa, kadang-kadang ibu bapa tidak fahampun Revolusi 4.0. Dan dia tak tahu kadang-kadang anak dia balik, buat balik benda dan sebagainya, dia tak tahu, dan dia tak boleh nak beri sokongan, nak beri semangat, apakah Era Revolusi 4.0 ini. Jadi oleh sebab itu, kita perlu memberi pengetahuan kepada seluruh rakyat kita, supaya dia faham dan pemikiran mereka seiring. Ibu bapa boleh beri motivasi, semangat, sokongan kepada anak-anak mereka, keadaan semasa era di masa yang akan datang. Ia berkait dengan peluang-peluang pekerjaan masa depan.

Dan seterusnya, mengenai soalan saya yang ditolak, mengenai Guru Pintar Quran, yang terdapat di Tadika Kemas ini ditanggung oleh Kerajaan Negeri. Saya difahamkan rungutan elaun mereka ialah RM500, tetapi telah dipotong kepada RM400. Jadi yang RM100 ini pah mana, sebab apa dipotong? Dia pun tak tahu sebab apa dipotong. Sedangkan, bayangkanlah dapat daripada RM500 bukanlah RM5,000. Bukanlah RM1,000, kita. RM500 sebulan dia dapat, dipotong pula RM100. Jadi, saya berharap Kerajaan Negeri tengoklah tentang ini. Dan rungutan tentang juga tentang Jawatankuasa Masjid. Walaupun rakan-rakan saya telah sebut, tapi malangnya kadang-kadang pemilihan, bukan saya kata semua ini, pemilihan Jawatankuasa Masjid ini, biarlah orang yang sentiasa pergi masjid. Kadang-kadang yang dipilih ini sekalipun tak pergi masjid. Masjid yang dilantik tak tahulah masjid lain, mungkinlah dia pergi masjid lain. Tetapi, tak pergi, kadang-kadang, tak sembahyang pun situ, jadi Jawatankuasa Masjid. Jadi yang ini perlu ditengok baliklah.

Dan saya juga hendak menyebut tentang hakisan. Sebab dalam Bajet ini tak ada sebut tentang hakisan. Adakah tentang hakisan ini tidak menjadi keutamaan oleh Kerajaan Negeri. Kerana saya juga bimbanglah, sepanjang pantai kawasan Batu Rakit, daripada Telipot, Mengabang Panjang ini, berlakulah hakisan. Dan apakah tindakan-tindakan, walaupun ada tindakan, tapi tidak besar mana tindakan yang diambil, sehinggakan nelayan-nelayan nak melabuhkan bot mereka, tak boleh hari ini. Dan lebih-lebih lagi tempat yang kita tambak ini berbatu. Jadi saya berharaplah Kerajaan Negeri lakukan sesuatu usaha untuk mengatasi perkara ini, untuk kepentingan rakyat. Dan saya minta tambah sikit lagi, saya hendak check and balance tentang Manifesto PAS. Pasal Manifesto.

Yang di-Pertua

Masa kecederaan, jangan lama sangat.

Sekarang ini masa kecederaan. Tak boleh lama sangat.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Okey masa kecederaan. Okey, saya nak tahu tentang lot tapak rumah ini. Sejauh mana pelaksanaan, lot tapak rumah, betul dah ini. Dalam Manifesto, setiap rakyat Terengganu berumur 21 tahun ke atas yang layak berhak dapat satu lot tapak rumah ini. Sejauh mana telah diambil perjalanan. Dan yang seterusnya, wad hospital percuma, peruntukan caj wad kelas tiga percuma di semua hospital Kerajaan. Saya nampak ada juga masih lagi, tak tahulah bayar-bayar benda apa ini, kadang-kadang ada mari mengadu kena RM300 dan sebagainya ini. Yang bagaimana, saya pun tak tahulah, mungkin bayar ubat ke apa, tak tahu bayar apa.

Yang di-Pertua

Ada soalan Yang Berhormat, Ada soalan…

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Lepas itu Bantuan Lesen Motosikal. Pemberian RM300 untuk pemuda-pemudi mendapatkan lesen motosikal. Dan difahamkan dalam ini 25,000 pada tahun 2019. Bermaknanya 25,000 ini, 781 orang setiap DUN. Ye ke dok ni? Sebab dengar-dengar macam, tak balas mana. Satu DUN naik satu banner je macam tak sungguh, macam lepas batuk di tangga sahaja. Jadi, mungkin boleh lihat baliklah perkara-perkara ini. Begitu juga dengan peluang pekerjaan. Menyediakan 20,000 peluang pekerjaan dalam tempoh empat tahun, setakat ini setara mana dah? Dan mengenai Kad Sejahtera, menyediakan Kad Sejahtera bernilai RM500 setahun untuk golongan berpendapatan rendah setiap keluarga. Berapa orang mendapat manfaat dan pinjaman perumahan memperuntukkan RM50 juta setahun untuk Tabung Pinjaman Perumahan Rakyat. Okey, habis yang itu. Jadi saya ucapkan terima kasih banyaklah, Langkap suruh pantun. Okeylah. Ini merupakan pandangan, cadangan, teguran, Yang Berhormat Yang di-Pertua jangan salah faham, supaya keseluruhan rakyat mendapat manfaat di bawah Kerajaan yang berslogan Maju Berkat Sejahtera ini, dan jangan sampai rakyat tidak sejahtera. Biarlah perkara ini menjadi realiti. Walaupun banyak perkara telah diumumkan, tetapi bagaimanapun pelaksanaan perlu diuruskan dengan cekap. Banyak kita umum, tetapi bagaimana pelaksanaan di peringkat bawah kadang-kadang berlaku ketirisan. Jadi, saya tutup dengan pantunlah, Yang Berhormat Langkap suruh pantun.

MB bentang belanjawan ADUN BN tidak dilupakan Terima kasih diucapkan Diharap ada lagi tambahan

Batu Rakit mohon menyokong. Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah, Assalamua'laikum Warahmatullahitaala Wabarakatuh.

Yang di-Pertua

Terima kasih Batu Rakit. Sila, ada lagi yang nak berucap? Sila Wakil Pengkalan Berangan.

Sulaiman bin SulongPAS · PNPengkalan Berangan

Assalamua'laikum Warahmatullahitaala Wabarakatuh.

Maksudnya: “Dan berhubung dengan hal kaum yang kufur ingkar. Allah memberikan satu contoh. Sebuah negeri yang aman damai dan tenteram, yang didatangi rezekinya yang mewah dari tiap-tiap tempat, kemudian penduduknya kufur akan nikmat-nikmat Allah itu, maka Allah merasakannya kelaparan dan ketakutan yang meliputi keseluruhannya disebabkan apa yang mereka telah lakukan”.

Terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua kerana telah memberi peluang dan ruang kepada saya untuk bercakap bagi membahaskan Belanjawan Tahun 2020. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat-yang berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Yang Berhormat-yang berhormat rakan-rakan daripada BBC dan juga daripada rakan-rakan Muafakat Nasional. Pertamanya tahniah diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar di atas Pembentangan Belanjawan Negeri Terengganu dengan tajuk Membina Generasi Terengganu Sejahtera. Terengganu adalah antara negeri yang agak terbelakang dari segi pembangunan infrastruktur disebabkan oleh kedudukannya yang agak jauh daripada Pusat Pemerintahan Pusat. Yang mana pusat dipusatkan pemusatan aktiviti dan pembangunan yang lebih fokus kepada kawasan tengah yang

merangkumi Wilayah Persekutuan, Selangor ataupun lebih jelas disebut sebagai Lembah Kelang. Keadaan ini telah mendorong tenaga kerja dan mereka yang berkemahiran untuk keluar dan membanjiri Lembah Kelang dan sekitarnya. Saya berharap agar Kerajaan dapat mencari penyelesaian jangka panjang bagi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan menjana pertumbuhan ekonomi yang lebih banyak bagi memberi peluang kepada anak tempatan untuk terus kekal memajukan negeri yang kita sayangi ini. Persoalan saya bagaimanakah dengan perkembangan terkini TSV, Terengganu Silica Valley dan lain-lain peluang-peluang pekerjaan jangka panjang untuk rakyat Terengganu. Kita tidak mahu lagi rakyat Terengganu terus dibuai khayal dengan pepatah melayu yang menyatakan „hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri’.

Dato’ Yang di-Pertua, keadaan ekonomi yang agak lembab dengan pertumbuhan sebanyak 2.5% pada tahun 2018 tidak banyak memberi kesan kepada kemampuan rakyat untuk terus membina kehidupan yang lebih sejahtera. Rakyat masih bergelut dengan kos sara hidup yang semakin meningkat dan harga komuniti yang sangat tidak membantu menyebabkan rakyat terpaksa bergantung dengan banyak bergantung kepada bantuan dan pemberian daripada Kerajaan. Melihat kepada kedaifan kehidupan rakyat, saya sangat berharap agar Kerajaan terus mempertingkatkan keberkesanan mekanisma pentadbiran bagi memastikan penyaluran sumbangan dan bantuan kepada rakyat dapat dilaksanakan dengan berkesan sama ada bantuan langsung ataupun bantuan tidak langsung. Penglibatan agensi dan jabatan yang berkaitan perlu disepadukan agar rakyat tidak diperangkap dan terperangkap dengan birokrasi dan kerenah pentadbiran yang menyusahkan.

Dato’ Yang di-Pertua, peningkatan anak tidak sah taraf seluruh negara sebagaimana laporan pihak Jabatan Pendaftaran Negara telah memberikan angka yang agak menggerunkan, bila mana sejumlah 53,492 orang telah didaftarkan pada tahun 2013. 54,614 orang telah didaftarkan pada tahun 2014 dan 51,169 orang pula telah didaftarkan pada tahun 2015. Purata lebih 50,000 anak tidak sah taraf didaftarkan setiap tahun. Ini adalah satu angka yang cukup dan sangat membimbangkan kita. Saya berharap pihak Kerajaan melakukan tindakan segera dan proaktif dalam membendung gejala sosial yang sangat merosakkan kesejahteraan masyarakat ini. Pembinaan modul yang lebih membina jati diri perlu disegerakan. Saya juga menyeru Kerajaan dan semua pihak, termasuk komuniti untuk terus menjalankan kerja amal ma’aruf nahi mungkar dalam masyarakat. Masyarakat perlu menjadi individu yang peduli dan peka kepada perkembangan, persekitaran. Kerajaan perlu membantu

masyarakat dalam membina persekitaran yang lebih aman dan sejahtera dengan mewujudkan insentif kepada penubuhan komuniti kejiranan yang prihatin agar setiap individu masyarakat mampu berperanan dalam membentuk kesejahteraan bersama. Oleh itu, apa yang dibentangkan dalam Belanjawan 2020 dalam Teras yang pertama memartabatkan pelaksanaan islam dan dalam Teras yang keempat melestarikan kehidupan sejahtera perlu dilaksanakan dan dipromosikan sebaiknya insya-Allah rakyat akan terus menyokong kita sebab itu mereka telah memilih PAS dalam PRU yang lepas.

Dato’ Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan beberapa isu dalam kawasan saya, yang pertama; Sekolah IMTIAZ kebanggaan rakyat, Wakaf Tapai tempat cadangan, Pengambilan tanah telah dibuat, Bila lagi nak didirikan bangunan.

Saya telah membangkitkan isu berkaitan pembinaan bangunan baru di atas tanah yang telahpun diluluskan dan dibayar pampasan bagi membina IMTIAZ Marang dalam ucapan Pembentangan Belanjawan pada tahun yang lepas. Saya berharap agar Kerajaan dapat melaksanakan pembangunan secepat mungkin memandangkan keperluan mendesak bagi pelajar yang sudah tidak dapat ditampung oleh bangunan yang ditumpangi sekarang. Bangunan yang ditumpang pula milik Kerajaan Persekutuan yang pada bila-bila masa akan diambil alih bagi kegunaan Sekolah Menengah Wakaf Tapai. Sekiranya pembinaan tidak dimulakan segera, kita bimbang ianya akan membantutkan perkembangan pembelajaran anak-anak yang sedang mempersiapkan diri untuk mereka lahir sebagai hafiz dan hufaz dan hufazah, hafiz dan hafizah yang akan mencorak generasi Terengganu Sejahtera pada masa akan datang.

Dato’ Yang di-Pertua,

Sungai Merchang mengalir lesu, Kerana muaranya sudah terhalang, Pembangunan muara sangat perlu, Derita nelayan bukan kepalang.

Pembinaan benteng pemecah ombak muara sungai Merchang adalah antara keperluan semasa yang perlu diberi perhatian secara serius oleh pihak yang berkenaan. Peruntukan telah diluluskan, kajian juga telah dijalankan, saya sangat berharap agar kerajaan memberi keutamaan untuk turut sama berperanan bagi membantu kemelut nelayan muara Sungai Merchang yang sudah lama mengharapkan penyelesaian. Muara Sungai Merchang digunakan oleh kebanyakan nelayan pantai di mukim Merchang. Kebergantungan hidup kepada hasil perikanan ataupun hasil sumber laut sangat terjejas apabila muara Sungai Merchang yang menjadi pintu masuk hasil perikanan tidak dapat digunakan disebabkan oleh penambakan muara Sungai Merchang secara semulajadi oleh pergerakan pasir laut yang tidak dapat dikawal. Keadaan ini menjadikan nelayan tidak mempunyai pilihan lain melainkan terpaksa membahayakan diri dan nyawa serta harta benda bagi meneruskan kehidupan mengisi perut dan membina keluarga sejahtera dalam perspektif dan kemampuan mereka dengan segala kedaifan yang ada. Saya bangkitkan isu ini di Dewan yang mulia, iaitu isu pembinaan benteng pemecah ombak muara Sungai Merchang untuk memberitahu kepada Dewan ini keperluan nelayan pantai Merchang untuk diambil perhatian dan tindakan oleh EXCO atau Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar bagi memanjangkan isu ini, isu berkenaan dengan pembinaan benteng pemecah ombak ini kepada Kementerian ataupun agensi-agensi yang berkaitan di Peringkat Pusat.

Dato’ Yang di-Pertua, akhirnya menarik kepada ayat yang saya baca di awal ucapan tadi adalah peringatan dan amaran keras daripada Allah Subhanahu Wa Ta’ala dalam mengurus dan mentadbir negeri serta mendidik dan mengajar rakyat erti kehidupan dan hidup bersyukur dari serta jauh dari kezaliman dan penindasan. Marilah kita kembali kepada kebenaran Al-Quran dan petunjuk dari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam insan mulia yang sangat kita kasihi. Membina Generasi Terengganu Sejahtera mestilah berpaksi kepada iman dan taqwa kepada Allah di mana semua usaha dan perancangan berpusat kepada mendapat redha Allah, bukan kepada redha sesiapa. Rakyat adalah amanah Allah kepada Kerajaan untuk diurus secara telus dan adil berdasarkan kepada petunjuk Ilahi. Segala hasil masyhur dan kekayaan negeri mesti diagih dan diurus secara adil dan saksama. Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada seluruh rakyat Negeri Terengganu untuk senantiasa patuh, tunduk akur kepada hukum dan peraturan Allah dan juga kepada pemerintah yang terus berbakti dan berbudi kepada rakyat dalam membina Generasi Terengganu Sejahtera. Jadi, saya juga menyokong apa yang dicadang oleh rakan-rakan daripada Yang Berhormat sama ada daripada rakan rakan BBC ataupun Muafakat Nasional

berkenaan dengan keperluan-keperluan semasa dan keperluan-keperluan mendesak rakyat di seluruh Negeri Terengganu. Akhirnya saya akhiri ucapan saya dengan firman Allah Subhanahu Wata’ala:

Maksudnya: “Maka kemakmuran dan kemudahan itu menjadikan mereka sombong dan kufur. Lalu berkata, wahai Tuhan kami, jauhkanlah jarak perjalanan kami di antara sebuah bandar dengan yang lain dan mereka yang berlaku zalim kepada diri mereka sendiri lalu kami jadikan kisah perbuatan derhaka, mereka buah mulut orang ramai serta kami pecah belahkan mereka berkecai-kecai. Sesungguhnya kisah mereka yang disebut, sesungguhnya kisah mereka yang tersebut mengandungi tanda-tanda besar pengajarannya bagi tiap-tiap seorang mukmin yang sentiasa sabar lagi sentiasa bersyukur”.

Dengan itu, Pengkalan Berangan mohon menyokong Belanjawan 2020 dengan tema “Membina Generasi Terengganu Sejahtera”. Sekian, Wabillahi taufik wal hidayah. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Yang di-Pertua

Terima kasih pada wakil Pengkalan Berangan yang telah menggunakan peruntukan masa dengan setepatnya. Saya nak tamatkan di sini dulu. Apa nama ni perbahasan untuk sesi ini. Cuma sebelah petang nanti, saya nak bagi peluang pada ketua kepada kawan-kawan kitalah untuk berucap dan kalau sempat nak minta apa nama ni Yang Berhormat wakil Kerajaan untuk gulung tapi, Seberang Takir nak berucap? Berucap? Okey. Daripada BBC? Ada ruang lagi. Okey kita sambung. Saya tangguhkan persidangan kita dan kita masuk semula pada pukul 2.30 petang.

DEWAN DITANGGUHKAN PADA PUKUL 1.00 PETANG.

PUKUL 2.30 PETANG

Yang di-Pertua

Bismillahir Rahmanir Rahim.

Assalamua’laikum Warahmatullahi Ta’ala Wabarakatuh. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, mesyuarat disambung semula. Sebagaimana yang saya janjikan sebelum rehat tengahari tadi, untuk memberi peluang kepada semua baki ahli Yang Berhormat yang masih belum berucap, ini tak dok, tak nak berucap ke?

Dikira guane kalau takdok hok belah nung, dikira guane? Tak pe?

Yang di-Pertua

Tak apa.. Sekarang saya persilakan Wakil Rhu Rendang… Sila.. Manir kedian.

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Rhu Rendang dok masuk lagi YB..

Yang di-Pertua

Hah?....

Batu Burok.. Batu Burok..

Yang di-Pertua

Sorry.. [Sambil ketawa] Minta Maaf.

Tengok muka Batu Burok, teringat kepada Rhu Rendang. Saya persilakan Wakil Batu Burok untuk memulakan Ucapan Perbahasan pada petang ini. Dipersilakan.

Bismillahir Rahmanir Rahim.

Assalamua’laikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Alhamdulillah wassola tu wassala muala rosulillah waba’. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, EXCO-EXCO Kerajaan Negeri, Ketua-ketua Jabatan, Ahli-ahli Yang Berhormat, Pengamal-pengamal Media dan seluruh Pemerhati sama ada yang berada di dalam Dewan ini ataupun yang mengikuti secara langsung persidangan Perbahasan Bajet pada hari yang berbahagia ini. Yang pertamanya saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua kerana memberikan ruang untuk saya membahaskan Bajet yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dua hari yang lepas. Seterusnya daripada pembentangan Bajet yang telah disempurnakan oleh Yang Amat

Berhormat Menteri Besar, saya melihat ia adalah satu Bajet yang seimbang di antara keperluan dunia dan akhirat, keperluan lahiriah dan rohani. Menunjukkan kepada kita bagaimana penyediaan Bajet tersebut dilakukan secara terperinci dan menyeluruh. Seterusnya dalam ruang yang singkat ini saya suka untuk memfokuskan kepada beberapa perkara. Yang pertamanya ialah, saya suka untuk membuat perbandingan Belanjawan 2019 dan Belanjawan 2020 yang baru sahaja dibentangkan. Pembentangan Belanjawan kali ini jelas menunjukkan kematangan Kerajaan Negeri selepas lebih setahun mentadbir Negeri. Pada tahun lalu Belanjawan 2019 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar mengandungi empat Teras Utama iaitu Keberkatan, Kemajuan, Kebajikan dan Kecekapan. Jika dikaji semula, boleh saya rumuskan Belanjawan tahun lalu secara amnya menjurus kepada memberikan keutamaan untuk memulihkan kembali keadaan kewangan Negeri serta meletakkan kembali Negeri Terengganu kepada landasan yang sepatutnya. Sebagai contoh, KDNK per kapita bagi Negeri Terengganu telah meningkat kepada RM30,216.00 untuk tahun 2019 berbanding RM29,885.00 untuk tahun 2018 dan RM29,347.00 untuk tahun 2017. Ini jelas menunjukkan bahawa Belanjawan 2019 yang dibentang tahun lalu sudah mula menampakkan hasil walaupun berlaku ketidakstabilan ekonomi sama ada di peringkat Nasional mahupun Dunia. Berbeza dengan belanjawan 2019, Belanjawan 2020 adalah lebih spesifik dan ke arah pembangunan Negeri yang lebih mampan di samping menambah nilai modal insan dalam setiap warga Terengganu supaya lebih maju dan berdaya saing serta beriman kepada Allah subhanahuwataala. Sebagai contoh, Teras Kedua iaitu Menjana Pertumbuhan Ekonomi, seperti sedia maklum Negeri Terengganu banyak bergantung kepada hasil bukan cukai, iaitu bayaran tunai petroleum untuk melaksana agenda pembangunan Negeri sejak dahulu lagi. Namun pertumbuhan ekonomi negeri boleh dikatakan statik malah mendatar jika tidak menerima mahupun memanfaatkan hasil terimaan petroleum. Oleh itu satu pujian untuk Kerajaan Negeri kerana berusaha meningkatkan keadaan semasa ekonomi negeri, menambah pendapatan rakyat, mencari sumber ekonomi baharu dan memperkasakan ekonomi semasa seperti mengukuhkan industri agriculture, mengembangkan sektor agroternak, memperkayakan sektor aquaculture, menggalakkan pelaburan, memantapkan perdagangan, merancakkan pelancongan dan kebudayaan, menyediakan latihan keusahawanan dan kemahiran perniagaan dan membangunkan negeri sejajar Revolusi Industri 4.0. Saya percaya jika semua stategi di dalam Teras menjana pertumbuhan ekonomi berjaya dilaksanakan, saya berasa amat yakin bahawa Kerajaan Negeri Terengganu mampu menambah pendapatan dan memperbaiki keadaan kewangan di samping menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada

rakyat Negeri Terengganu. Berbanding dengan Belanjawan 2019 yang boleh disifatkan sebagai mengekalkan momentum keadaan ekonomi semasa Kerajaan Negeri selepas mengambil alih permerintahan Negeri Terengganu. Belanjawan 2020 yang dibentangkan ini dilihat memberikan penumpuan khusus ke arah sektor baharu ekonomi, menyediakan infrastruktur yang baik untuk pembangunan ekonomi Negeri, menggilap semula sektor ekonomi sedia ada agar dapat menjana sumber pendapatan yang lebih baik. Merancakkan momentum pembangunan Negeri serta Teras Belanjawan yang dilihat mampu memberikan impak kepada pertumbuhan ekonomi Negeri Terengganu amnya. Nescaya jika kita semua berganding bahu tidak mustahil matlamat ini berjaya dicapai seterusnya mewujudkan banyak peluang pekerjaan untuk anak negeri serta mampu menarik lebih banyak pelabur untuk melabur di Negeri Terengganu.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin memberikan beberapa cadangan dan kritikan yang membina untuk dilihat oleh pihak Kerajaan bagi dilaksanakan pada tahun ini ataupun pada penggal ini secara umumnya. Yang pertamanya ialah jika sekiranya kita melihat kepada Strategi yang Keempat, Teras yang Ketiga yang menyebut meneruskan Kecemerlangan Sukan, memang kita tidak nafi sukan adalah suatu perkara yag penting kerana ia menjadi minat anak muda khususnya sukan bola sepak dan lain-lain lagi. Namun jika sekiranya kita melihat kepada situasi semasa kewangan Negeri contohnya ialah 25% daripada hasil terimaan petroleum oleh Kerajaan Persekutuan bermula daripada tahun ini, 2019 saya menyarankan agar perbelanjaan kewangan Negeri diuruskan dengan lebih berhemah dan langkah jimat cermat harus diambil untuk memastikan segala pelaksanaan pembangunan dan matlamat Belanjawan dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya serta diterima golongan sasaran di kalangan rakyat jelata.

Namun begitu terdapat beberapa segmen di dalam Teras Belanjawan kali ini yang saya rasakan menerima peruntukan besar, dirasakan wajar dikurangkan serta disalurkan kepada agenda pembangunan infrastruktur dan keperluan rakyat yang dilihat mendesak dan harus diutamakan. Salah satunya ialah jika kita sekiranya melihat kepada Bajet yang disalurkan untuk sukan dan perkara-perkara yang berkait dengannya. Pada Belanjawan 2019 sejumlah RM21.2 juta diperuntukkan untuk segmen yang berteraskan sukan namun ia naik RM1 Juta untuk Belanjawan 2020 iaitu sebanyak RM22.2 juta. Namun begitu saya tertarik dalam Belanjawan pada tahun ini diperuntukkan sebanya RM3 juta untuk difokuskan kepada sukan-sukan rakyat. Saya kira ini satu inisiatif yang sangat baik daripada pihak Kerajaan supaya kita study

dengan baik yang mana yang patut kita berikan keutamaan dari sudut sukan supaya kita boleh membelanjakan duit yang ada kepada perkara yang paling bermanfaat untuk rakyat dan sukan rakyat ini salah satu daripada perkara yang harus dipuji kerana ia boleh merapatkan hubungan di antara pihak Kerajaan dengan rakyat itu sendiri seperti sukan bola sepak di peringkat daerah, di peringkat DUN, sepak taktraw. Barangkali kita juga boleh untuk memberikan fokus kepada sukan-sukan tradisional seperti silat, pertandingan memanah dan seumpamanya.

Yang Kedua, Pelancongan. Saya ingin memberikan cadangan dalam Strategi yang Kelima dalam Teras Kedua yang berkait dengan Pelancongan dan Kebudayaan. Sebagaimana yang kita maklum Negeri Terengganu kita adalah sebuah negeri yang mempunyai kelebihan yang sangat besar dari sudut tempat-tempat yang menarik. Saya ingin mencadangkan supaya Kerajaan mengambil peluang daripada kempen yang diadakan pada hari ini iaitu Kempen BMF (Buy Muslim First) dengan kita memperkenalkan satu konsep VMF (Visit Muslim First) supaya kita boleh fokus untuk menarik pelancong-pelancong khususnya daripada negara-negara Islam. Saya dapat maklumat dalam beberapa bulan lepas, pesawat Qatar Airways sebuah syarikat penerbangan antarabangsa yang masyhur, yang bersifat global dalam masa yang sama melihat peluang-peluang local, telah membuat penerbangan direct daripada Doha ke Pulau Langkawi kerana ramai pelancong-pelancong daripada Qatar yang mahu pergi ke Langkawi kerana tarikan di sana. Saya percaya jika sekiranya kita dapat untuk membuat satu kempen yang agresif dan berstrategik untuk kita menarik pelancong-pelancong dari Timur Tengah sama ada daripada Qatar dan lain-lain lagi, saya percaya tidak mustahil pesawat Qatar Airways juga akan mendarat di Lapangan Terbang Kuala Terengganu satu hari nanti, insya-Allah. Seterusnya saya tertarik juga untuk memberikan cadangan, tadi rakan saya daripada Telemong banyak berbicara tentang Kenyir yang merupakan satu kawasan pelancongan yang paling popular ataupun di antara yang paling popular di negeri kita, Terengganu walaupun saya orang pantai tetapi saya selalu pergi ke Kenyir. Tahniah kepada Yang Berhormat Telemong, di mana saya juga menyokong apa yang disebut oleh Yang Berhormat Telemong dan saya mahu memberikan cadangan di sini supaya Kerajaan mempercepatkan pembinaan jalan raya yang menghubungkan antara Exit LPT 2 Kuala Telemong ke simpang Tasik Kenyir kerana sudah tentu akan merancakkan lagi aktiviti pelancongan ke Tasik Kenyir itu sendiri. Saya percaya sekiranya projek itu dipercepatkan akan menambahkan lagi pelancong-pelancong sama ada daripada dalam negara mahupun luar negara untuk pergi melancong ke Tasik Kenyir. Seterusnya saya ingin memberikan cadangan daripada Strategi Keenam, Teras yang

Kedua, berbalik apa yang saya sebutkan tadi berkait dengan kempen Buy Muslim First yang mana kita melihat alhamdulillah satu kesedaran yang sangat baik daripada orang-orang Melayu Islam ini bukan bermakna kita memboikot barangan daripada kaum bangsa lain rakyat Malaysia, tidak tetapi ini kita bercakap dari sudut keutamaan kita sebagai orang Islam kita mahu memberi keutamaan kepada produk „halalan thoyyiban’ buatan orang Islam, orang Melayu kita dan kita di Negeri Terengganu kita dapati bahawa terdapat produk-produk daripada Negeri kita yang harus kita tingkatkan dari sudut marketingnya dan lain-lain lagi. Contohnya ialah produk ikan sardin PERTIMA antara lain juga ialah produk T-Kitchen jika sekiranya kita boleh buat satu kempen secara besar-besaran dan berstrategik saya percaya kita boleh membantu produk-produk ini dijual dengan sebanyak mungkin dan seterusnya dapat memperkenalkan Negeri Terengganu kita dengan lebih baik lagi kepada dunia luar.

Seterusnya, sebenarnya ada beberapa perkara lagi yang saya mahu nyatakan di sini, tetapi memandangkan masa tidak mengizinkan akhirnya ialah saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih mewakili rakyat dalam DUN Batu Burok Kepada Kerajaan Negeri yang telah memperuntukkan sebanyak RM1 juta untuk menambahbaik sistem perparitan di Chendering, Kuala Terengganu dan juga saya ingin menyentuh sedikit tentang DUN Batu Burok ini kalau kita lihat kepada profilnya, di antara kepada profil DUN Batu Burok ini ialah sebuah DUN yang banyak IKS-IKS, masyarakat yang membuat produk kraftangan tradisional Terengganu contohnya ialah batik, songket dan lain-lain lagi. Saya ingin memberikan cadangan di sini supaya Kerajaan Negeri memikirkan untuk kita mempromosikan produk ini dengan sebaik mungkin contohnya ialah boleh dibuat satu hari dalam setahun Hari Batik Sedunia oleh EXCO Pelancongan boleh fikir untuk mengadakan atau menganjurkannya dan juga saya ingin mencadangkan supaya sekolah-sekolah dalam Negeri Terengganu kita, di bawah Kerajaan kita contohnya Sekolah Imtiaz boleh menetapkan dalam satu hari dalam seminggu memakai baju batik. Jadi ini boleh menggalakkan apa ni peniaga-peniaga dan pengusaha-pengusaha kita di Negeri Terengganu khususnya dalam DUN Batu Burok dan lain-lain lagi untuk meningkatkan produktivi mereka. Saya rasa cukup sekadar itu, Batu Burok mohon menyokong. Sekian, Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Wakil Batu Burok. Saya persilakan Wakil Seberang Takir.

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, para Pegawai Kerajaan, para Pemerhati, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Pertamanya saya merakamkan setinggi ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua yang telah memberi peluang kepada saya untuk turut sama memberi input dalam Sesi Perbahasan Bajet Terengganu 2020 pada hari ini.

Pergi pasar naik bas Seberang Takir turut berbahas

Di kesempatan yang terhad ini ada tiga perkara yang ingin saya sentuh. Pertama ialah beberapa dapatan dan pandangan tentang Bajet Terengganu 2020. Dato’ Yang di-Pertua, saya hendak mengambil peluang dan kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri dan kepada Yang Amat Berhormat Rhu Rendang atas pembentangan Bajet yang saya sifatkan sebagai sarat, sarat dengan inisiatif-inisiatif ekonomi rakyat atau dengan izin „people’s economy’. Hal ini saya percaya adalah disebabkan proses merangka bajet ini telah turut mengambil kira pandangan rakyat yang telah melalui sesi-sesi townhall dan juga roadshow yang telah disebut sebagai Cadangan Belanjawan Rakyat Terengganu ataupun CBRT dan ini juga telah kita sebenarnya Kerajaan sebelum ini telah melaksanakan proses ini yang kita mulakan semenjak tahun 2016 dan terbukti proses ini berkesan dan memberi peluang kepada rakyat untuk bersuara dan turut sama memberi pendapat dalam merangka dasar-dasar Kerajaan.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, setelah saya baca dan teliti, Ucapan Bajet berserta dengan infografik yang telah menjadi peneman yang setia dengan 5 Teras Utama, 25 Strategi dan 134 Inisiatif, saya ucap tahniah kerana laras dan susun atau bahasa dalam ucapan tersebut sangat mudah difahami dan tersusun dan infografiknya juga cantik dan ringkas dan saya ucap tahniah khasnya kepada kakitangan dan Pegawai Kerajaan yang terlibat.

Saya juga terpanggil untuk menyatakan bahawa Bajet ini walaupun sarat dengan inisiatif ekonomi rakyat tetapi saya berpandangan belum ternampak akan sebarang pelan ekonomi yang bersifat lestari atau dengan izin „sustainable’ khasnya yang menyentuh tentang inisiatif ekonomi yang baharu ataupun yang berkait dengan peluang pekerjaan. Saya telah cuba bangkitkan hal ini dalam soalan pada hari yang

pertama, tapi malangnya soalan saya telah ditolak jadi saya mohon izin Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua untuk saya mengenengahkan sekali lagi soalan berkait dengan yang pernah dilaksanakan oleh Kerajaan sebelum ini iaitu berkait dengan Majlis Ekonomi Negeri Terengganu atau MEN-T yang telah melaksanakan transformasi ekonomi di Negeri Terengganu di mana kita melibatkan tidak kurang daripada 200 orang usahawan dan pemain industri tempatan dan akhirnya kita telah mendapat ataupun telah mengenalpasti 18 yang kita kenali sebagai EPP ataupun dengan izin Entry Point Project. 71 projek untuk dilaksanakan yang kita jangka dapat memberikan atau mewujudkan peluang 41,000 peluang pekerjaan dan saya akui, memang apa yang kita rancang itu tidak dapat kita laksanakan sepenuhnya, tetapi paling tidak dengan pelan yang telah kita laksanakan itu memberikan panduan kepada kita untuk kita melaksanakan terutama untuk mewujudkan peluang pekerjaan. Jadi di sini saya ingin mengutarakan pertanyaan, apakah MEN-T telah digantikan dengan Pelan Induk Terengganu Sejahtera ataupun PITAS yang dilancarkan oleh Kerajaan Negeri dan soalannya setakat manakah pelaksanaan PITAS itu berbanding MEN-T dan sejauh manakah PITAS dapat membantu mewujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat. Saya juga dapati perkataan pekerjaan di dalam Ucapan Bajet kali ini kalau tidak silap saya hanya dua kali disebut iaitu di para 48 dan 82. Itupun saya nampak disebut sambil lalu dan tiada sasaran atau inisiatif yang spesifik tentang peluang mewujudkan pekerjaan untuk rakyat. Saya percaya mungkin pihak Kerajaan terlepas pandang. Hal ini sangat penting Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua kerana isu terbesar di kalangan rakyat khususnya generasi millennium ialah sama ada Kerajaan Negeri ada atau tidak sebarang perancangan ekonomi untuk mewujudkan peluang pekerjaan atau tidak. Setidak-tidaknya Kerajaan Negeri ada ikhtiar, terancang dalam membina ekosistem yang boleh mewujudkan peluang pekerjaan dan berkait dengan hal PITAS ini, saya juga hendak tahu setakat mana PITAS ini dihayati oleh Kakitangan Kerajaan peringkat Negeri mahupun peringkat Persekutuan kerana saya duduk perhatikan, duduk dengar-dengar ucapan, jarang saya dengar ucapan sama ada daripada EXCO atau wakil rakyat Kerajaan sebut berkait dengan hal PITAS-PITAS ini.

Jadi saya juga hendak cadangkan supaya persembahan atau dengan izin presentation tentang PITAS ini baiklah dikaji semula kerana ada tujuh prinsip, sembilan strategi, lima bidang utama, sepuluh program induk, enam sasaran dan tiga teras pelaksanaan. Banyak sangat saya tengok ini. Saya sendiri pun jadi tidak berapa faham dan pening juga tu, dan saya yakin dan percaya Kakitangan Kerajaan pun macam itu juga, jadi saya harap Kerajaan Negeri permudahkan dan ringkaskan PITAS ini dan mengambil kira daripada awok-awok Terengganu kita dan janganlah kita mengambil idea ini

daripada kalangan yang mungkin tidak faham dengan budaya kita di Terengganu ini. Saya juga hendak cadangkan supaya sebarang inisiatif baharu oleh Kerajaan Negeri diperhalusi supaya tidak berlaku pertindihan kerana saya melihat contohnya Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) dengan peruntukan sebanyak RM30 juta kerana saya berpendapat kalau RM30 juta ini, kalau kita gunakan untuk memperkasakan sekolah-sekolah Imtiaz dan sekolah-sekolah menengah agama yang sedia ada walaupun Sekolah Imtiaz atau sebahagian sekolah agama di bawah bidang kuasa Kerajaan Pusat tetapi pokoknya ia akan mendapat manfaat kepada rakyat Terengganu kita, pelajar-pelajar atau anak-anak Terengganu dan juga guru-guru Terengganu juga.

Begitu juga inisiatif Dasar Integriti Darul Iman (DIDI) dengan peruntukan sebanyak RM2 juta. Memang usaha ini sangat baik tetapi saya berharaplah supaya tidak ada satu pertindangan atau pertindihan dengan SPRM dan juga Institut Integriti Malaysia. Jadi, kalau boleh kita lihat semula tentang perkara ini. Menyentuh tentang hal pendidikan, saya hendak mengambil peluang dan kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu juga PIBG, guru-guru, para ibu-bapa dan juga anak-anak kita yang telah mendapat keputusan UPSR baru ini. Walaupun keputusan UPSR tahun ini kalau kita lihat secara perbandingan dengan tahun lepas agak menurun kerana tahun lepas kita mendapat 534 orang yang mendapat 6A, tahun ini kita dapat 513 orang dengan 2.56% kerana dulu kita pernah meletak target untuk mendapat straight A UPSR ini adalah 10% dan kita pernah mencapai sehingga 7%.

Jadi saya hendak mengambil peluang kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Jabatan Pendidikan dan juga kepada sekolah-sekolah di atas kejayaan yang telah dicapai dan juga hendak ucap tahniah kepada adik Nurul Mukminah binti Muhamad Suzuri pada hari ini di Universiti Sains Islam Malaysia telah dianugerah sebagai Anugerah Pelajaran DiRaja atau Pingat Jaya Cemerlang Sarjana Muda Perubatan dan Surgery di Majlis Konvokesyen USIM pada hari ini. Jadi ini kehebatan anak Terengganu dalam bidang pendidikan. Jadi saya hendak mencadangkan di sini supaya cerita-cerita tentang success story dengan izin atau kejayaan-kejayaan dalam pendidikan ini perlu kita war-warkan kerana saya kebetulan dalam bidang kaunseling, saya melihat bahawa dengan adanya unsur-unsur meningkatkan semangat, memberikan, menceritakan tentang kejayaan ini akan memberikan satu semangat kepada anak-anak kita untuk mereka juga mencapai kejayaan sepertimana kejayaan yang telah dicapai oleh anak-anak Terengganu ini. Jadi cerita kejayaan ini sangat

penting Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, jadi saya harap perkara ini juga perlu diambil perhatian oleh Kerajaan.

Saya juga ingin bertanya berkenaan dengan Yayasan Tok Ku Paloh yang pernah dibentangkan dalam Bajet 2018, sebab sampai sekarang saya tak tahu apa statusnya. Kerajaan Negeri dalam Bajet 2018 telah memperuntukkan RM500 ribu untuk penubuhan Yayasan ini dan selebihnya daripada GLC Negeri sebanyak RM500 ribu, kerana saya difahamkan program ini masih terbantut dan saya pohon dapat penjelasan adakah Yayasan ini akan diteruskan ataupun tidak. Yang Berhormat Dato Yang di-Pertua, perkara kedua yang ingin saya sentuh ialah keyakinan saya tentang khidmat dan sumbangan Pegawai dan Kakitangan Awam. Saya yakin dan percaya bahawa pegawai dan kakitangan Kerajaan Awam baik di peringkat Negeri mahupun Persekutuan adalah professional. Walaupun kita terkejut dengan apa yang berlaku dengan seorang kakitangan peringkat Pusat yang telah dikenakan tindakan kerana ada perkara-perkara yang dikatakan telah berlaku. Jadi, saya yakin dan percaya bahawa pegawai dan kakitangan awam di Negeri Terengganu adalah merupakan yang professional dan saya berharap para pegawai dan kakitangan awam diberi kebebasan untuk bersuara dan membuat keputusan berdasarkan peruntukan peraturan, prosedur, dan undang-undang yang sedia ada. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, kakitangan awam adalah benteng terakhir dalam memastikan pelaksanaan sebarang Dasar Kerajaan adalah benar-benar memenuhi kehendak rakyat. Dan mereka sering berada dalam situasi mencari keseimbangan antara prosedur dengan tuntutan politik. Saya yakin dan percaya, tidak terdapat sebarang masalah yang berkaitan dengan hal ini di Terengganu.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, perkara ketiga yang ingin saya sentuh dalam hal ini adalah Muafakat Nasional yang disebut oleh sahabat-sabahat saya sebelum ini. Saya juga sama jugalah dengan sahabat saya yang lain, ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar atas peruntukan yang diberi kepada ADUN bukan Kerajaan atas dasar Muafakat Nasional. Saya amat menghargailah peruntukan tersebut kerana dengan tidak secara langsung akan membantu khidmat saya di kawasan saya sendiri dan juga ia dapat menyumbang kepada usaha membina keyakinan di kalangan semua pendokong Muafakat Nasional. Di masa yang sama, saya juga ingin tegaskan bahawa kita perlu hayati naratif baru Muafakat Nasional dalam ekosistem politik Malaysia Baharu. Kalau kita benar-benar bermuafakat, kita akan lebih berjaya dalam menghadapi seteru politik yang sama. Sekiranya tidak, kita akan hilang segala-galanya dan selama-

lamanya. Justeru, yang jadi Kerajaan, jadilah Kerajaan dengan mentaliti Kerajaan. Kerajaan lama mungkin tinggalkan liabiliti tetapi mereka juga tinggalkan banyak aset. Kita hentikanlah salahkan orang lain. Yang jadi Pembangkang, anda bukan lagi Kerajaan, kita jadilah pembangkang yang konstruktif. Bagi pendokong Muafakat Nasional, pemuafakatan harus digembleng untuk berhadapan dengan seteru politik yang sama. Bergerak ke hadapan, saya ingin cadangkan supaya Kerajaan Negeri yang mempunyai banyak sumber dan kekuatan, janganlah kita hanya tertumpu kepada usaha menguatkan parti sahaja. Sebaliknya, berilah tumpuan kepada usaha celik demokrasi atau dengan izin democracy literacy di kalangan rakyat khasnya mereka yang bakal berumur 18 tahun dan boleh mengundi dalam PRU yang ke-15. Hal ini, saya adalah sangat kritikal dalam usaha mengukuhkan Muafakat Nasional. Jadi, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya berharap selepas daripada ini Permuafakatan Nasional ini akan dapat kita realisasikan dengan sebaik-baiknya kerana apa yang kita laksanakan adalah bukan untuk kita sebenarnya, tetapi adalah untuk generasi kita yang akan datang. Marilah kita doakan semoga Negeri Terengganu kita akan sentiasa sejahtera, sentiasa dirahmati dan sentiasa diberkati oleh Allah Subhanahu Wa Taa’la. Saya sekali lagi mengucapkan tahniah kepada Kerajaan atas pelaksanaan cadangan-cadangan untuk dilaksanakan pada 2020 nanti. Jadi saya dengan apa ini, segala sukacitanya juga sama dengan rakan-rakan saya yang lain adalah apa nama ini, menyokong dengan Bajet yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar. Sekian, Wabillahi Taufiq Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Yang di-Pertua

Waalaikumussalam Warahmatullah. Terima kasih pada Wakil Seberang Takir yang menggunakan masa dengan sebaik-baiknya. Kita nak bagi pada Top Gun ini, tak ada? Okey, yang terakhir saya menjemput, tak ada ya? Saya jemput wakil daripada, Wakil Manir. Yang Berhormat Manir untuk mengakhiri perbahasan Ucapan Bajet kita pada kali ini. Dipersilakan.

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Assalamua’laikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, barisan EXCO, YB-YB, Ketua-ketua Jabatan, para Pegawai dan seluruh Pemerhati sekalian. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar serta barisan EXCO, yang telah memperuntukkan peruntukan-peruntukan yang sangat baik untuk manfaat rakyat Negeri Terengganu. Insya-Allah, Belanjawan yang seperti ini adalah satu rangsangan positif kepada pusingan ekonomi di Negeri Terengganu.

Maksudnya: “Dialah yang menjadikan muka bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit serta segala isinya sebagai bangunan yang dibina dengan kukuhnya, dan diturunkan oleh Allah akan air hujan dari langit, lalu dikeluarkan oleh Allah dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu. Maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah sebarang sekutu padahal kamu sama mengetahui bahawa Allah adalah Tuhan yang Maha Esa”.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, jika kita meneliti kehidupan masyarakat dan penduduk di Negeri Terengganu, sememangnya masih banyak peluang-peluang untuk mereka bergerak lebih maju dalam industri pertanian dan juga industri-industri kecil. Oleh itu bajet kali ini adalah satu bajet yang sangat bertepatan kerana di sana terdapatnya penerusan bantuan pinjaman dan bantuan ini kepada para petani, para nelayan, para penternak serta pemain-pemain industri kecil. Alhamdulillah peruntukan-peruntukan yang seumpama ini, bila mana diteruskan dalam Bajet pada kali ini ianya memberi satu rangsangan ekonomi kepada rakyat Negeri Terengganu. Kita ambil sebagai contoh Skim Bantuan Modal Tani (SBMT) setakat ini sebagaimana yang dimaklumkan, telah diluluskan sebanyak 118 orang dan masih lagi ada banyak senarai yang menunggu, yang untuk diluluskan oleh Skim SBMT ini dan jika dibandingkan dengan apa yang telah berlaku sebelum ini dengan sistem yang seakan sama iaitu melalui DUTA pada tahun-tahun sebelum itu yang hanya kalau kita ambil contoh pada tahun 2014, hanya 10 orang saja pada tahun tersebut, mendapat manfaat daripada Skim DUTA tersebut. Ini adalah satu gambaran yang jelas bahawa skim ataupun Bajet pada kali ini dan pada tahun lepas juga memberikan suatu suntikan yang sangat besar kepada rakyat Negeri Terengganu. Begitu juga permohonan-permohonan bantuan pinjaman di bawah YPU yang semuanya umum mengakui bahawa bila mana Kerajaan pada sesi lepas ataupun pada tahun lepas memberikan suatu suntikan Bajet yang besar yang sehingga kini maklumat yang saya perolehi seramai 370 orang daripada pemohon-pemohon pada tahun 2019 telah

diluluskan permohonan mereka dan saya kira ianya satu angka yang sangat besar, yang sangat berjaya jika dibandingkan dengan kelulusan-kelulusan pada tahun-tahun yang sebelum itu, yang tidak melebihi daripada 150 orang setahun. Inilah satu suntikan yang benar-benar memberikan kesan yang sangat besar kepada rakyat Negeri Terengganu, insya-Allah. Cuma, mungkin pemain-pemain industri tani dan juga industri-industri kecil ini perlukan kepada lebih bimbingan yang lebih baik supaya apa yang mereka lakukan itu dapat diteruskan dengan baik dan mendapat pulangan yang lebih besar kepada mereka, dalam masa yang sama, insya-Allah menambahbaik pusingan ekonomi di Negeri Terengganu ini, insya-Allah.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, apa yang dapat dilihat di dalam Belanjawan kali ini alhamdulilllah, Kerajaan walaupun dalam menguruskan Bajet Defisit, Kerajaan masih tetap dan telah mengisytiharkan sebahagian daripada peruntukan hasil bumi Terengganu, duit rakyat Negeri Terengganu kepada Penjawat-penjawat Awam dalam masa yang sama, kita melihat adanya bantuan-bantuan rakyat yang telah disusun dan diatur semula, maka sudah tentu ianya memberikan sedikit kesan kepada rakyat. Amat terkilan jika apa yang telah diumumkan oleh Kerajaan di dalam Bajet Belanjawan 2020 ini, jika sekiranya kakitangan Kerajaan Negeri tidak memaksimumkan kerja mereka dengan sebaiknya kerana ada orang yang memberitahu, walaupun saya tidak tahu setakat mana dan sejauh mana kesahihannya, tetapi ianya menjadi salah satu perbualan di kalangan rakyat. Saya pun bukan nak percaya, tetapi bila ianya dilaporkan, dia kata, bila kita pergi ke pejabat, nak jumpa dia, dia kata nak minum air dulu, sedangkan masa dan waktu tersebut adalah waktu bekerja.

Mintak terang sikit jabatan mana tu?

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Nak cakap sikit je, sebut sikit je, Dato’ bekeng sungguhlah. (Ketawa kecil).

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, jika adanya perkara-perkara ini, kita harapkan ia tidak benar, kita harapkan ia tidak betul kerana mungkin kalau berlaku secara tidak sengaja, kita harapkan ianya dapat dimaafkan dan mungkin seorang itu sahaja, mungkin hari itu sahaja. Tetapi, jika ianya banyak diperkatakan, kita bimbang ianya tidak sedap telinga mendengar. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, dalam keadaan sememangnya kita

mengakui bahawa kakitangan dan petugas-petugas di kebanyakan agensi-agensi Kerajaan sememangnya kurang bilangan, tak cukup kakitangan sebab itulah kadang-kadang bila mana berlakunya kelambatan dalam proses-proses tertentu, kita juga tidak menyalahkan mereka mungkin kerana kakitangan yang berkurangan. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Bajet pada kali ini juga dapat dilihat bahawa Negeri Terengganu telah melalui fasa Belanjawan Defisit kerana tidak lain dan tidak bukan Kerajaan hari ini merasai perkara tersebut dan juga Kerajaan sebelum ini melalui fasa defisit ini dan sudah tentu ianya ada sebab-sebab tertentu bila mana pada sesi yang terdahulu, kita dulunya sebagai pembangkang membentangkan dan menyuarakan bahawa agar dipelbagaikan sumber hasil negeri, tetapi apa yang kita semua tahu dan kita semua faham bahawa 85% daripada Belanjawan Kerajaan Negeri adalah hasil daripada petroleum. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, sebab apa saya sebut perkara ini kerana kalau kita ambil contoh bila mana sahabat-sahabat kita menyebut bahawa kita, Negeri kita mempunyai banyak sumber mineral yang banyak, maka sudah tentu kita tidak dapat menafikan perkara tersebut. Kita ambil contoh, bagaimana suatu perkara yang telah berlaku sebagai contoh lombong-lombong emas, lombong emas lubuk mandi yang ada disebut juga dalam satu info bahawa Bukit Panji di mana dua tempat ini telah diserahkan kepada satu Syarikat Angka Alamjaya Sdn. Bhd. yang merupakan anak syarikat kepada Anchor Resources yang mana persoalannya ialah bila mana kita bertanya, kenapa lombong ini diserahkan kepada mereka? Jawapan yang kita terima ialah kerana lombong ini tidak membawa keuntungan.

Apa yang saya dapat maklumat bila mana perlombongan ini dilakukan, syarikat yang bertanggungjawab menguruskan lombong ini adalah di antara public listed company di Singapura yang mana pada baru-baru ini kita dapat melihat bagaimana company ini telah melaburkan dengan tambahan nilai capital sebanyak RM20 juta. Jika sekiranya prestasi lombong ini tidak memberangsangkan, sudah tentu perkara ini pertambahan capital ini tidak berlaku di dalam syarikat ini. Yang Berhormat Yang di-Pertua, bila mana kita bercakap dan kita bertanya, kita menyelidik beberapa pandangan daripada pelombong-pelombong yang menyatakan bahawa bila ada emas, bukan emas sahaja yang ada, tetapi di sana ada radiant, sterling silver, copper, iron dan sebagainya bahkan sebahagian daripada sumber-sumber mineral ini, kadang-kadang ada lebih tinggi nilainya dan harganya daripada emas. Ini yang kita dapat maklumat bahawa syarikat ini telah mendapat atau telah bersetuju membekalkan emas, eksport kepada Beijing Fuhaihua Import yang mana syarikat yang melombong ini telah bersetuju untuk menghantar emas sebanyak 300 tan hingga 500 tan sebulan yang ianya

merupakan angka yang besar kepada apa nama, sistem perlombongan ini. Jadi oleh kerana itu, saya berharap kalau kita kira daripada sudut ekonomi dan kita kira sudut pendapatan kepada Negeri, kita mengharapkan perkara ini tidak berulang dan kalau kita kali RM100,000 sudahlah satu kilo, kali 300 kilo sebulan, maka ia telah bawa kepada angka RM45 juta sebulan. Itu kalau kita letak RM100, tetapi harga emas sekilo, bukan RM100, RM100 ribu sekilo, tetapi ia mencapai kepada RM150 ke atas. Yang Berhormat Yang di-Pertua, kita pun tidak pasti bila mana kita bertanya beberapa sumber apakah syarikat ini membawa tribute kepada Kerajaan Negeri. Ini perlu diperhalusi supaya ianya tidak menjadi kerugian kepada Kerajaan Negeri. Alhamdulillah, kita mendengar sebahagian daripada jawapan daripada Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan dan Perindustrian, kita mendengar bagaimana adanya khabar gembira walaupun dalam keadaan kita menghadapi Bajet ataupun Belanjawan Defisit ini, kita melihat bagaimana adanya pelabur-pelabur luar negara yang disebut tadi Lukoil dan bila saya tengok balik Lukoil ini adalah di antara company yang besar, yang ketiga di Rusia dan yang kelima di dunia, yang insya-Allah kita mengharapkan tapak ataupun hak petroleum kita di Pulau Kerengga, Marang yang keluasan yang saya lihat yang saya dapat maklumat ialah 2,075 ekar. Insya-Allah setelah mana selama 30 tahun dibiarkan begitu, insya-Allah kita harapkan Kerajaan kali ini membangunkan hak petroleum tersebut dan sudah tentu ia mendatangkan peluang pekerjaan yang banyak kepada rakyat Negeri Terengganu, insya-Allah dan saya rasa perkara tersebut mungkin kena buat cepat lagilah sebab hok saya fahamnya ia duduk di kawasan ataupun DUN Menteri Besar. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya rasa itulah yang dapat saya perkatakan dan mudah-mudahan kita semua harapkan perkara terbaik untuk negeri kita yang sama-sama kita sayangi ini dan kita mencari yang terbaik dan melakukan yang terbaik untuk generasi yang akan datang dan sudah tentu perkara yang baik itu tidak datang dengan senang dan mudah, tetapi mesti diusahakan dengan usaha yang gigih. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Sekian, Manir mohon menyokong perbentangan Ucapan Belanjawan 2020 oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar agar kita dapat sama-sama membina Generasi Terengganu Sejahtera, insya-Allah. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Alhamdulillah, kita selesai mengadakan perbahasan daripada semua Ahli Berhormat sekalian dalam membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan ataupun Bajet 2020 dengan Yang Berhormat Wakil Manir sebagai pembahas yang terakhir. Sekarang saya nak jemput penggulungan yang akan dilakukan oleh pihak Kerajaan, jadi saya mulakan penggulungan daripada pihak Kerajaan daripada Wakil Kota Putera, dipersilakan. Cuma sebelum pada itu saya nak

peringatkan walaupun saya, kita tak letakkan masa, oleh kerana Ahli Yang Berhormat Kerajaan akan membuat penggulungan berdasarkan kepada isu-isu yang berbangkit cuma pandai-pandailah jaga masa dengan bijaksana, dipersilakan.

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, Assalamua’laikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh. Alhamdulillahilladzi Arsala Rosulahu Bil Huda Wadinil Haq, Liyudzhirohu „Aladdini Kullih Walau Karihal Mushrikun Asyhadu Alla Ilaha Illahu Wa Asyhadu Anna Sayyidana Muhammadan Abduhu Warosuluh Subhanaka La „Ilma Lana Illa Ma’allamtana Innaka Antal „Alimul Hakim Robbisrohli Sodri, Wa Yassirli Amri, Wah Lul Uqdatan Min Lisani, Yafqohu Qouli. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, sahabat-sahabat pada barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan dan agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan, wakil-wakil Media, seterusnya para Pemerhati yang dirahmati Allah sekalian. Pertama-tamanya saya memanjatkan syukur kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan berterima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua kerana memberikan peluang untuk giliran saya yang pertama di peringkat Kerajaan untuk menggulung perbahasan yang telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Sebelum saya menyentuh kepada ucapan saya, sukalah saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar kerana meneruskan perbelanjaan kepada Portfolio yang telah dipertanggungjawabkan kepada saya iaitu Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja dan jika sekiranya kita melihat di dalam Buku Bajet 2020 itu, antara dua Teras yang telah disentuh secara khusus kepada Portfolio yang telah dipertanggungjawabkan kepada saya iaitu Teras Dua, Strategi Enam untuk Portfolio Keusahawanan dan Teras Tiga, Strategi Dua untuk Portfolio Sumber Manusia. Dengan tanggungjawab yang besar yang diberikan itu, kami di bahagian Portfolio Keusahawanan ini berjanji dan bersetia untuk melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan ini dengan lebih bersemangat lagi khususnya dalam permohonan-permohonan daripada usahawan-usahawan yang telah kita kaji sehingga ini ada hikap-hikap ataupun ada permasalahan-permasalahan yang perlu kita atasi dan insya-Allah pada tahun 2020 nanti, kita akan memberikan suatu komitmen dan penyelesaian yang baik kepada semua pemohon-pemohon di dalam bidang keusahawanan ini untuk membantu usahawan-usahawan kita dalam semua segi, semua skop yang ada.

Seterusnya saya ingin juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat yang telah bercakap dalam perbahasaan masing-masing,

telah menyentuh portfolio yang berada di bawah tanggungjawab saya. Kalau ikutkan catatan saya, ada tujuh Yang Berhormat yang menyentuh secara langsung ataupun tidak langsung dalam perbahasan mereka dan insya-Allah saya cuba memberikan ataupun memberikan maklumat berkenaan dengan apa yang telah dibangkitkan dan sekurang-kurangnya memberi suatu kepuasan kepada yang telah membangkitkan. Dato’ Yang di-Pertua, kalau melihat kepada perbahasaan tadi ataupun bermula daripada semalam antara yang dibangkitkan adalah dalam bidang keusahawanan ini daripada Yang Berhormat daripada Hulu Besut, Yang Berhormat daripada Bukit Besi, Batu Rakit yang menyentuh berkenaan dengan usahawan. Secara umumnya saya ingin menjawab secara keseluruhan khususnya kepada penjaja traffic light walaupun dalam ucapan ataupun jawapan soalan yang dikemukakan telah saya kemukakan jawapan dan maklumat ini, tetapi dalam sidang saya ambil kesempatan dalam penggulungan ini untuk menyentuh sekali lagi, cuma memberi sedikit gambaran yang berbeza. Kalau dilihat berkenaan dengan penjaja di traffic light ini, dia ada dua golongan yang terlibat iaitu yang pertama adalah pengusaha menyediakan produk-produk tersebut dan yang keduanya adalah penjaja-penjaja yang bekerja ataupun mengambil upah untuk menjual produk-produk tersebut. Jadi pihak YPU dalam menangani isu ini, kita panggil kedua-kedua pihak bukan sahaja pengusaha tetapi penjaja-penjaja juga kita panggil untuk menerima pandangan-pandangan mereka dan berbincang dengan mereka. Dari segi pengusaha alhamdulillahlah sebab pendapatan mereka boleh cecah kepada lima angka atas usaha gigih penjaja-penjaja ini mereka mendapat keuntungan yang baik. Tidak kurang juga untungnya kepada penjaja-penjaja kerana mereka dapat menjual dan tidak ada batas waktu dan ada waktu puncak yang boleh mendatangkan jualan mereka yang sangat baik. Tetapi apabila Kerajaan telah mengambil satu keputusan yang melarang kegiatan mereka ini dari pihak pengusaha mereka cepat dapat mencari alternatif sama ada mereka mencari, memulakan perniagaan di dalam sektor lain ataupun memindahkan operasi mereka di tempat yang masih lagi tidak dikuatkuasakan undang-undang tersebut. Sebagai contoh sebahagian besar daripada pengusaha-pengusaha ini telah berpindah ke Lembah Kelang dan maklumat yang kita dapat, mereka ini dapat hasil lipat ganda lagi daripada jual di Negeri Terengganu. Tetapi itu bukanlah bermakna di Lembah Kelang itu luar daripada Undang-undang Malaysia cumanya di Lembah Kelang dan Selangor ini, tidak dikuatkuasakan undang-undang yang ada dalam Undang-Undang Jalan Raya 1959. Dari pihak penjaja pula, apabila mereka kehilangan pengusaha-pengusaha ini memang secara total mereka hilang mata pencarian, dan inilah keadaan ataupun situasi ini yang kita sedang melihat bagaimana untuk mengganti sumber pendapatan harian mereka itu kepada suatu punca yang lain. Kita masih lagi menerima

pandangan-pandangan, cadangan-cadangan daripada mereka dan sepertimana yang ada di YPU ini, kita hanya boleh membantu jika sekiranya mereka ada bahan yang, untuk kita bantu, ada yang datang untuk juga menjadi pengusaha-pengusaha secara kecilan dan kita minta pada mereka membuat sedikit kertas kerja dan insya-Allah kita akan pertimbangkan mengikut kesesuaian yang ada, jadi kemusykilan ataupun kegusaran pihak YB Hulu Besut dan Batu Rakit, juga saya rasa pihak Kerajaan juga mengambil inisiatif yang sama untuk menghilangkan kegusaran itu insya-Allah.

Ramai pemuda berperut buncit, Kurang senaman antara punca, Penjaja traffic light hidup terhimpit, Portfolio Usahawan akan membela, insya-Allah.

Begitu juga beberapa Yang Berhormat, yang membangkitkan permasalahan pasaran kepada pengusaha-pengusaha kita yang disebut juga oleh Yang Berhormat Bukit Besi berkenaan dengan latihan untuk menghasilkan produk ini dah banyak dah, dan memang ya pun kita mempunyai ramai dah usahawan-usahawan yang boleh buat produk yang baik dan ada sebahagiannya boleh bawa kepada peringkat international, dari segi rasanya, dari segi kualitinya dari segi packagingnya boleh kita bawa kepada peringkat international. Tetapi yang menjadi permasalahan, bukan permasalahan sekarang, daripada dulu lagi adalah masalah pasaran. Jadi itulah kita di peringkat YPU, cuba sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah ini dan insya-Allah suatu, hasrat saya sejak daripada diberikan tanggungjawab ini ingin menjadikan YPU sebagai hub pasaran kepada usahawan-usahawan kita. Alhamdullilah, setakat ini kita telah pun mengadakan MOU dengan pihak Kerajaan Negeri China, yang di dalam proposalnya adalah ingin menjadikan hub halal yang terbesar di dunia, di Negara China dan 100% setakat ini produk daripada usahawan-usahawan kita adalah usahawan yang muslim dan insya-Allah halal produk-produk yang mereka keluarkan. Kita telah mengadakan kerjasama ini dan kita telah menyediakan suatu tempat kepada mereka di YPU dan alhamdulillah dengan kesudian kita memberikan tempat itu, dia juga telah memberikan tempat untuk kita seluas 20 ribu kaki persegi di Kuala Lumpur untuk kita meletakkan produk-produk kita, dan kita dijadikan hub Pantai Timur untuk mencari lagi produk-produk muslim di Pantai Timur khususnya di Kelantan dan Pahang untuk kita jadikan hub marketing kita di Kuala Lumpur untuk dihantar ke Negeri China. Itulah status yang ada sekarang hari ini dan kita telahpun membuat dua minggu yang lepas, kita telah memanggil pengusaha-pengusaha, usahawan-usahawan yang mengeluarkan produk ini, untuk kita terangkan kepada

mereka apakah garis panduan dan ciri-ciri yang perlu mereka patuhi, untuk kita senaraikan produk mereka ke Negeri China, insya-Allah. Kita harapkan usaha kita ini dapat kita jayakan dan menjadikan suatu pilot project kepada kita sebagai hub pasaran di Negeri kita insya-Allah. Di samping itu, kita juga menerima permintaan daripada mereka, daripada Negara China, antara produk pilihan mereka adalah, apa, produk hasil daripada burung walid. Ini permintaan yang tinggi dan sehingga ini kita di YPU telah membuat suatu jawatankuasa khas dengan Persatuan Peniaga Melayu dan Persatuan Peniaga Cina untuk melihat, jadi pembekal utama kepada permintaan ini, dan alhamdulillah sudah ada komitmen untuk kita hantar memberi kepada permintaan mereka tiga kontena satu bulan, dan insya-Allah dengan sekarang ini kapasiti yang kita ada, kita mampu untuk memberikan satu kontena dulu kepada permintaan ini, insya-Allah.

Masalah pasaran agenda utama telah dan sedang tangani untuk diatasi penjaja kecil insya- Allah akan dibela, beberapa bantuan akan diberi. Dato’ Yang di-Pertua, dalam Portfolio Keusahawan Sumber Manusia di dalam Teras Tiga Strategi Dua, alhamdullilah Kerajaan telah memperuntukkan RM2 Juta kepada penubuhan THRDC. Dengan ini sangat mengujakan saya untuk menjadi dengan peruntukan ini sekaligus mengiktiraf penubuhan THRDC ini di dalam Negeri Terengganu. Jika kita melihat daripada senarai-senarai negeri di dalam Negara kita, kita adalah Negeri yang kedua yang menubuhkan agensi seperti ini untuk menanggani isu ataupun hal ehwal sumber manusia selepas daripada Negeri Selangor. Alhamdulillah, ini menampakkan kita cuba menjadikan sumber manusia ini suatu bidang yang penting dan sekali gus akan menangani permasalahan pengangguran di dalam Negeri kita. Dato’ Yang di-Pertua, di dalam Ucapan Perbahasan ADUN atau YB daripada Kuala Besut dan Kemasik ada menyentuh secara direct berkenaan dengan THRDC dan antara yang dibangkitkan oleh Kuala Besut bertanyakan kenapa tidak diperkasakan TESDEC dan perlu ditubuhkan suatu agensi baru. Satu perkara yang kita perlu lihat, TESDEC berada di bawah Jawatankuasa Pendidikan, dan fokus kepada aspek latihan dan pendidikan. Jadi agak sempit ruangnya untuk melangkaui beberapa portfolio yang lain kerana apabila dia bercakap atas bidang latihan dan kursus sahaja, dia boleh, hanya boleh menceritakan tentang hal dia, apa yang ada padanya. Dia tidak, agak sukar baginya untuk menjadi jambatan kepada jabatan ataupun agensi pendidikan yang lain. Di situlah kita melihat penubuhan THRDC ini suatu benda yang khusus untuk kita jadikan penyelaras kepada sumber manusia yang ada. Ia bukan setakat di peringkat jabatan ataupun agensi tersebut sahaja, tetapi kita melihat dari segi sumber manusia sama ada tenaga dengan demand ataupun permintaan. Jadi, kita di THRDC ini, besar kita

punya hasrat kita untuk menjadikan pusat sumber manusia yang mempunyai semua data-data yang boleh menyalurkan kepada pihak pentadbir Kerajaan untuk menangani permasalahan sumber manusia di dalam Negeri. Contohnya, sekarang hari ini kita bercakap bahawa kadar pengangguran Negeri 4.7% daripada kadar penduduk Negeri, tetapi dalam bidang mana? Tidak ada data tersebut. Data-data tersebut ada dengan agensi-agensi yang berbeza, jadi tidak ada satu agensi yang menjadi pengumpul kepada data-data tersebut dan kita boleh analisa data-data dan kita boleh bagikan pencerahan ataupun pencerakinan hasil daripada data-data yang kita perolehi. Itulah antara step ataupun KPI pertama yang saya letakkan kepada THRDC untuk dia habiskan pada tahun 2019 ini untuk dia mendapatkan data-data tersebut daripada agensi-agensi Kerajaan, Negeri ataupun Persekutuan untuk kita lihat, kita satukan data-data ini, dan kita keluarkan dalam bentuk analisa-analisa yang baik untuk pentadbiran kita. Dan setakat hari ini, alhamdulillah, kita telah dapat kerjasama yang baik di peringkat Kerajaan Persekutuan dan kita telah ada pertemuan dengan ILMIA ataupun Institute of Labour Market Information And Analysis, di bawah Kementerian Sumber Manusia yang ada telah dibangunkan dengan kos yang banyak untuk semua, satu negara, dan kita boleh menjuzukkan untuk Negeri Terengganu dalam bidang apa yang mereka ada. Yang setakat hari ini, kita dimaklumkan dia membuat analisa Malaysian Standard Industrial Clasification ini daripada tahun 2018 (MSIC). Dia mempunyai dua standard, satu standard industri, dan satu lagi standard pekerjaan. Standard industri ini dia tengok daripada berapa industri yang ada dalam Negara kita, dalam Negeri-negeri kita. Yang kita dapat senarai setakat ini ada 21 industri, dan industri itu kita boleh terapkan tengok industri mana yang ada related dengan Negeri kita. Dan begitu juga dari segi standard pekerjaan ni daripada susunan daripada CEO sehinggalah kepada tukang kebun. Jadi di mana, kat mana banyak kekosongan dan permintaan-permintaan itu. Jadi, data-data ini, insya-Allah kita akan gunakan sebaik mungkin untuk kita bahagikan input yang lebih tepat lagi kepada Negeri, berkenaan dengan sumber manusia, dan ILMIA ini mempunyai satu apps yang baik yang dipanggil LMI Gateway ataupun Labour Market Information Gateway yang menjadi tempat mendapatkan maklumat secara umum apa perkara yang kita kehendaki itu.

Tuan Yang di-Pertua, Dato’ Yang di-Pertua, step yang kedua, THRDC ini adalah kita akan mewujudkan suatu majlis pekerjaan yang kita akan bentukkan dalam step kedua kita, insya-Allah pada tahun hadapan untuk menyelaraskan semua stakeholders pekerjaan yang melibatkan industri latihan wakil daripada majikan dan sektor-sektor utama. Melalui majlis ini kita akan mengenalpasti keperluan guna tenaga dan

memastikan keperluan ini disediakan melalui skim latihan yang bersesuaian, insya-Allah.

Dato’ Yang di-Pertua, seterusnya perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dalam Ucapan Perbahasan mereka adalah daripada Jertih yang menyebut berkenaan dengan pemandu teksi. Alhamdulillah, kita sudah bagi bantuan sebanyak RM200 ribu untuk PERKESO teksi Negeri Terengganu, dan insya-Allah jika kewangan Kerajaan Negeri diizinkan, masih ada lagi, banyak lagi sektor-sektor yang kita perlu tangani untuk memberikan kemudahan PERKESO ini dalam menjamin keselamatan mereka dalam menjalankan pekerjaan mereka. Dan ......

Dato’ Yang di-Pertua, boleh celah sikit?

Boleh, sila.

Berkait dengan pemandu teksi, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, apa yang saya utarakan, adakah pihak Kerajaan merancang untuk memberi ilmu kepada pemandu teksi-pemandu teksi yang rata-rata kita tengok seluruh Negeri, usianya telah tua, orang-orang lama belaka, dari segi mendapatkan pelanggan melalui talian, kita takut sikit lagi tak dok dah, masa depan ni tak doh teksi-teksi, dan takut sikit lagi tak dok teksi dah, orang pakai Grab belaka. Maksudnya tidak ada lagi keperluan teksi-teksi.

Yang di-Pertua

Ada cadangan nak pakai kereta terbang pula Yang Berhormat.

Jadi pertanyaan saya tadi, kajian yang dibuat oleh Kerajaan, masa depan mereka ini, atau masa depan industri teksi di Terengganu. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ daripada Jertih. Ya, jawapannya ya, dan setakat ini kita telah buat enggagement kepada dua syarikat yang boleh membuat, mencadangkan kepada kita suatu apps kepada pemandu-pemandu teksi. Di peringkat sekarang hari ini, dua minggu lagi, satu syarikat yang akan membentangkan dan

memberikan stereotype dia itu untuk kita lihat dan insya-Allah kita akan lihat perkara ini. Cuma kita di peringkat YPU juga sedar kalau kita buat apps untuk teksi sahaja, mungkin lambat dari segi rakyat dapat nak guna itu, dari segi pengetahuan, dari segi penggunaan tersebut, jadi kita hendak pakejkan, mungkin dengan dua tiga apps yang ada, dua tiga perkara yang ada dalam satu apps tersebut. Contohnya yang berkaitan dengan YPU sendiri, contoh yang kita fikirkan perlu adalah suatu laporan kepada semua peminjam-peminjam kita ini, laporan runcitan, runcit mereka harian itu, juga kita masukkan dalam apps tersebut. Jadi, secara tidak langsung, menjadi pemangkin kepada penggunaan apps kita. Insya-Allah apa yang digusarkan oleh YB, kita sudah tangani dan itulah apabila saya pergi kepada Persatuan-persatuan Teksi yang menjemput dalam apa ini mesyuarat-mesyuarat tahunan saya, saya memberikan cabaran kepada mereka, kerana saya tengok memang umur mereka ini paling muda rasanya 40 dah, yang lain itu semua yang agak berumur yang saya musykil, pengetahuan dia menggunakan telefon pintar ini. Walau bagaimanapun kita rasa itulah cabaran yang perlu mereka hadapi jika tidak, begitulah mari jumpa Yang Berhormat mintak nak bayar sewa pejabat pun tidak lepas sekarang ini, kerana penyumbang daripada pemandu-pemandu teksi agak kurang kerana pendapatan mereka yang sangat berkurangan dan penduduk ataupun rakyat kita pula hari ini sudah semakin berkurang kalau kita tak gunakan apps ini kerana mereka sekarang ini tak mahu dah tunggu tepi jalan panas, berpanas berhujan, nak berjalan ke jalan besar sampai peluh pela. Jadi, tidak ada dah nak gitu, orang nak, siap-siap daripada rumah, turun itu tengok kereta ada dah depan rumah terus naik dan pergi ke destinasi. Jadi itulah perkara-perkara yang kita perlu tangani dan kita berikan cabaran-cabaran itu kepada pemandu-pemandu teksi kita supaya mereka merubah ataupun ada anjakan paradigma mereka supaya menggunakan mengikut arus teknologi yang ada, insya-Allah.

Dato’ Yang di-Pertua, yang antara yang akhir saya rasa yang saya nak sebut adalah berkenaan yang disebut oleh, berkenaan dengan pasir di muara kerana juga berada di bawah portfolio saya. Perkara ini, kita alhamdullilah semua, apa ni muara-muara kita menjadi Dasar Kerajaan, muara-muara di Negeri Terengganu ini dibenarkan untuk pengusaha-pengusaha untuk mengeksport pasir mereka, kerana untuk mendalamkan muara ini menggunakan sand pump biasa agak mustahil dan tidak ada kesannya, perlulah buat menggunakan dredging ataupun dengan kapal korek barulah apa ni dapat melihat kesannya tetapi nak menggunakan dredging itu kalau untuk pasaran tempatan tidak ekonomi. Jadi kita memberikan kebenaran ini untuk mereka ini mengusahakan dengan menggunakan kapal korek dredger dan dia boleh

mengeksport pasir-pasir yang disedut itu. Cuma apa yang saya nak menarik perhatian Sidang Dewan hari ini, walaupun kelulusan di peringkat Kerajaan telah kita beri dan sebahagiannya, sudah hampir enam bulan tapi mereka masih lagi gagal untuk memulakan kerja-kerja mereka ini. Jadi inilah kita minta supaya kerjasama sebab kerjasama kelulusan ini melibatkan agensi daripada Kerajaan Persekutuan khususnya JPS, Jabatan Laut, ini antara yang melambatkan proses-proses ini. Kalau kita tengok kemarin tular lagi, apa ini video daripada di Merchang kerana masalah muara yang cetek. Merchang ini kita dah lulus di peringkat Kerajaan Negeri hampir enam bulan tetapi apabila kita tanya kepada pengusaha-pengusaha, mereka gagal lagi untuk melaksanakan kerana belum lagi dapat kelulusan daripada agensi-agensi Kerajaan Persekutuan. Jadi harapan kita di peringkat UPEN boleh menjadikan kita sebagai apa ini, suatu tempat untuk kita carikan jalan penyelesaian perkara ini dan memudahkan apa ini penduduk-penduduk kita dan akhirnya Dato’ Yang di-Pertua, oleh kerana semua yang bercakap khususnya di peringkat apa ini Muafakat Nasional cerita pasal Muafakat Nasional sebelah sana jadi saya tak nak sentuh cuma nak baca pantun sahaja, berkenaan dengan kita, Kerajaan dah lulus dah RM250,000.00, alhamdullilah diterima baik cuma ada sikit-sikit mintak tambahan jadi pantun ini berkenaan dengan itulah kot.

ADUN bukan Kerajaan sangat terharu, Pastu minta tambahkan peruntukan, Terimalah pemberian ini dahulu, Kot yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran

Yang kedua,

Beri betis nak paha, Perumpamaan orang dulu kala, Syukurlah apa yang ada, Hak tambah itu kita belakang kira.

Wallahu’alam, akulu kauli haza astagfirullahalazim walakum, Assalamua’laikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Yang di-Pertua

Terima kasih Wakil Kota Putera di atas penggulungan bagi Pihak Kerajaan. Saya nak tangguhkan sekali gus jadi saya nak

jemput seorang lagi Wakil Kerajaan untuk membuat penggulungan. Sila, wakil dari Kuala Berang.

Dr. Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

Bismillahir Rahmanir Rahim, Assalamua’laikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillahirobbil alamin, washolatu wassalamu 'ala asrofil ambiya iwal mursalin wa'ala alihi wasohbihi ajma'in. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat-yang berhormat, Ketua-ketua Jabatan dan Wakil, Ketua-ketua Agensi Kerajaan Negeri dan Federal, Pemerhati-pemerhati yang dirahmati Allah sekalian. Pertama saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasihlah, di atas Yang di-Pertua Dewan memberi saya peluang untuk bercakap di dalam penggulungan ini. Kita tahu bahawa Pembentangan Belanjawan bagi Tahun 2020 yang bertemakan “Membina Generasi Terengganu Sejahtera”, yang menampilkan Lima Teras yang akan menjadi asas kepada 25 Strategi yang menyentuh terus kepada keperluan utama untuk rakyat kita.

Belanjawan 2020 telah memperuntukkan sebanyak RM1.832 billion anggaran perbelanjaan mengurus manakala anggaran hasil adalah sebanyak RM1.66 billion menjadikan Bajet kita Bajet yang defisit sebanyak 10% bersamaan dengan RM166 juta. Belanjawan 2020 mencadangkan sebanyak RM1.832 billion akan diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus manakala sebanyak RM700 juta adalah untuk pembangunan dan RM1.63 juta diperuntukkan untuk Kumpulan Wang Bekalan Air.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan, kita ingin mengucapkan terima kasihlah kepada sahabat-sahabat daripada sini sebelah kanan saya, dan juga daripada sebelah kiri saya, yang depan di atas beberapa isu yang telah dibangkitkan di dalam membahas usul-usul yang telah dibentangkan oleh Menteri Besar di dalam Bajet kita. Pertama, saya ingin bangkit berkaitan dengan masjidlah. Saya lihat banyak persoalan yang dibangkitkan oleh wakil-wakil dari contohnya dari Hulu Besut, dari Tepoh, dari Buluh Gading, dari Jertih dan yang lain-lain yang berkaitan dengan masjid. Kita tahu bahawa di Negeri Terengganu kita ini kita ada lebih kurang 500 lebih masjid dan apa yang telah kita cadangkan untuk dibina baru tahun depan hanya empat sahaja, tidak sampai 1 % cuma dalam 0.8 % sahaja nak bina masjid baru iaitu empat buah, yang diperuntukkan sebanyak RM17.5 juta belum lagi surau, jadi memanglah banyak kita di peringkat negeri kita ini keperluan samada masjid baru ataupun memperbaiki masjid-masjid ataupun rumah ibadat kita yang banyak di seluruh Negeri Terengganu ini. Jadi kita kena utamakan yang utama dan kalau tidak ada bajet tak semestinya tidak boleh

buat, tidak semestinya tidak boleh dilaksana. Kita pakatlah cari infaq sana sikit, derma sana sikit. Insya-Allah kalau tak banyak pun, kita boleh membina sikit-sikit, sebagaimana saya rasa kita di sebelah sini, orang-orang PAS ini memang selalu begitulah daripada dulu lagi, setengah-setengah masjid ini kita buat sendiri. Jadi kita jadikan budaya menderma dan infaq ini sebagai satu budaya kitalah walaupun kita tidak mendapat banyak daripada peruntukan daripada Kerajaan Negeri di masa-masa yang akan datang. Saya suka menarik perhatian, iaitu Masjid di Alor Lintah, sebagaimana yang dibangkitkan oleh Jertih. Masjid ini sebenarnya agak masalah sikit, masjid ini dibina dengan peruntukan Kerajaan Federal sebanyak RM3.686 juta, tetapi tidak dapat disiapkan dan terpaksa dihentikan. Sekarang ini siap baru 60% dan SO ataupun Jurutera JKR Besut telah mengambil tindakan untuk nak ditender semulakan. Jadi insya-Allahlah kita harap Wakil Jertih puas hati, insya-Allah dalam masa terdekat bila ditender, dibuat semula siaplah tu, mungkin tahun 2020 siap agaknya. Satu lagi berkaitan dengan Masjid Kristal. Ini bawah, saya rasa bawah YB Alor Limbat akan jawab nantilah, kerana di bawah Pelancongan. Seterusnya berkaitan dengan permohonan jalan-jalan. Jalan ini memang banyaklah, kalau boleh kita pun, kampung kita pun nak juga jalan, kerana jalan ini penting untuk sistem perhubungan termasuklah juga jalan daripada Airport kita ini ke Besut. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Kuala Besut. Permohonan supaya jalan ini dipercepatkan kalau boleh double carriage way, four lane. Maknanya dua belah itu dan empat naik. Itu lagi bagus. Sebenarnya benda ini telah dibangkitkan dan dimohon dalam RMK 1 lagi, kos sebanyak RM742 juta, tapi gitulah kita ni mitok sokmo dok, nok beri dok beri itu, atas sanalah daripada Federal-lah. So jalan ini sejauh 90 kilometer, dengan 8 buah jambatan dan lain-lain perkaralah yang perlu dibuat. Tetapi kita kena ambil maklum bahawa sebelum satu-satu projek ini diluluskan oleh Kementerian Kerja Raya, pasti dia check dulu sama ada, ada jambatan yang rosak, yang perlu disegerakan ataupun daripada isipadu kenderaan yang lalu, dia buat bancian tepi-tepi jalan, kita tengokkan tiap-tiap tahun ada JKR membuat bancian di tepi jalan, melihat berapa jumlah kenderaan dan juga berkaitan dengan keperluan ekonomi, pusat pertumbuhan perindustrian ke atau apa-apa yang memerlukan segera daripada jalan-jalan ataupun lebuhraya ini. Jadi Kementerian Kerja Raya memang dia tengok hok tu, kita memang kita mitok sokmo, tapi Kementerian Kerja Raya akan lihat perlu dibuat ataupun tidak.

Seterusnya apa yang dibangkit berkaitan dengan jalan raya oleh Batu Burok, saya rasa ke Kenyir untuk melancarkan pergerakan orang ramai ke kawasan pelancongan di Kenyir. Untuk makluman kita bahawa projek ini pun juga dimohon, dia panggil Projek 7C, dekat Kuala Jeneris itu sehinggalah ke Kenyir dan inipun diangkat untuk

RMK yang Keduabelas sejumlah RM232 juta. Berkaitan dengan ada sahabat daripada YB yang bertanya berkaitan dengan jambatan. Kita kalau di musim perayaan, menghadapi masalah besar kesesakan di atas jalan raya. Kita lihat bagaimana keadaan di Jambatan Jertih, Jambatan Marang, Jambatan Pulau Rusa dan Jambatan Kuala Ibai. Semuanya ini menghadapi masalah di musim-musim perayaan. Dan kalau satu-satu jambatan ini memang kos dia agak tinggi. Kita pun mohon untuk RMK yang Keduabelas. Untuk makluman kita semua di Marang pun kita ada minta, sejumlah RM570 juta, di Pulau Rusa, Jambatan Pulau Rusa RM450 juta dan Jambatan Jertih sebanyak RM600 juta. Semuanya ada di sini, kalau kita nak tengok pun boleh.

Seterusnya ada sahabat kita bertanya berkaitan dengan Hentian Terminal Bas di Jertih. Ini Jertih, dulu dah tanya dah ni, tapi memanglah masa itu kita kata lulus RM1 juta, kemudian kita bawa ke dalam satu Mesyuarat iaitu Jawatankuasa Perancang Ekonomi Negeri Terengganu. Dalam keputusan mesyuarat tersebut, kita telah menyerahkan kepada KPKT untuk meneruskan projek ini dan setelah berbincang dengan Menteri KPKT, dia telah lulus RM1 juta, tapi katanya tak boleh lagi duit itu. Itulah masalah kita, ork sikit lah dok..seterusnya kalau kita

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, pohon mencelah. Satunya yang disebut oleh Yang Berhormat tadi iaitu jumlah jambatan Jertih ini RM600 juta, banyak RM600 juta itu.

Dr. Haji Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

Dia macam flyover, dia flyover daripada sebelah sini ini, terus ke sebelah sana. Terus…

Oooo flyover

Dr. Haji Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

Pasal itu, kita ada dalam ni, ada dia punya JKR dia buat kajian memang RM600 juta.

Okay, tak apalah nanti kita buat susulan. Yang keduanya berkait dengan Terminal Bas itu, ialah, ianya merupakan satu keperluan, dulunya ada kesanggupan daripada Kerajaan Negeri dan daripada bajet RM16 juta, katanya design baru turun kepada RM8 juta, dan saya buat follow up dengan pihak UPEN, design itupun telah ada. Jadi kalau kita, ialah kalau kita bermula dengan sikit-sikit pun saya rasa dang Yang di-

Pertua, dang sebelum Pilihanraya sekali lagi. Jadi saya minta supaya ada dua kaedahlah, kalau nampak susulan hok Kuala Lumpur tu tak nampak jalan, kena fikirlah cara buat sendiri. Terima kasihlah Dato’ Yang di-Pertua atas usaha yang dibuat oleh Kerajaan Negeri.

Dr. Haji Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

Ya, terima kasih, terima kasih. Memang baru-baru ini Yang Berhormat Zuraida Kamaruddin, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ada berjanji nak beri RM1 juta sebagai permulaanlah, tetapi Majlis Daerah masih, Majis Daerah Besutlah cuba mohon dan tidak dapat. Setakat hari ini, tak dapat lagilah. Itu hok peringkat Federal, tapi peringkat Negeri pun nampak tahun depan tak berapa ada lagi. Kita memanglah walaupun jauh, Jertih tu jauh tapi dekat dihati saya, insya-Allah.

Yang di-Pertua

Panjang lagi Yang Berhormat, panjang lagi. Saya tanya sahaja.

Dr. Haji Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

Sikit lagi, berkaitan dengan airport Kertih, yang dibangkitkan oleh Wakil Rakyat, ini di bawah sebenarnya airport ini bawah pengendalian Petronas-lah. Jadi sama ada ini nak teruskan ataupun tidak ini di atas personal decision. Jadi kita tak nak masuk campurlah ini.

Yang Berhormat Kuala Berang, dimaklumkan melalui percakapan tidak langsung, ia akan diserahkan kepada pihak Negeri untuk diuruskan. Justeru mungkin perbincangan lanjut boleh dijalankanlah. Terima kasih.

Dr. Haji Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

Kita ambil maklum hal tersebut. Seterusnya berkaitan dengan masalah kita semua, iaitu masalah muara sungai. Malam tadi ada disiarkan di TV1, pukul 8.00 malam tadi. Salah satunya muara Sungai Kuala Ibai. Kita tahu bahawa bukan Kuala Ibai saja yang jadi masalah. Kalau kita pergi sebelah utara, Sungai Merang musim hujan, musim gini tak berapa adalah orang pergi ke pulau-pulau, tetapi musim panas atau musim ombak reda ramai orang pergi ke Pulau Redang. Jadi muara Sungai Merang ini merupakan satu perjalanan yang penting untuk nelayan dan juga kepada pelancong. Ini pun kita minta juga, dah lama dah minta ni, kos dia RM200 juta dok boleh-boleh lagi tapi katanya dalam kajian akhir dah. Begitu juga di Sungai Setiu, apa yang dibangkitkan

oleh ADUN Permaisuri saya rasa berkaitan dengan sungai di kawasan Mangkuk, Sungai Setiu ini, Kuala Sungai Setiu di sana perlu dibuat satu breakwater dan perkara-perkara lain yang memakan belanja sekitar RM150 juta dan ini dalam peringkat kajian, saya rasa dalam peringkat kajian dah untuk ditender tidak lama lagi. Seterusnya Sungai Ibai pun memerlukan kos sebanyak RM30 Juta untuk membina breakwater di sana seterusnya dibangkitkan oleh Pengkalan Berangan di Merchang, yang mana kosnya RM43 juta. Ini masih di dalam kajian terperinci untuk dibuat design dia lepas itu boleh tender. Insya-Allah tahun depan benda ini boleh ditender, ini semuanya projek federal bukan projek kita nah. Begitu jugak kita menghadapi masalah di Muara Sungai Dungun sudah berkali-kali dibangkit yang sana kos dia dalam RM250 juta, kita pun belum dapat lagi peruntukan.

Seterusnya berkaitan dengan pantai. Pantai kita sejauh 244 km yang sentiasa menghadapi masalah berkaitan dengan hakisan. Pertamanya pantai kita ini jauh ataupun luas dan berhadapan dengan direct Monson Timur Laut dan juga Angin Tenggara, tidak berapa banyak pulau yang menyebabkan kawasan kita ni banyak terhakis. Saya suka baca sedikit berkaitan dengan National Coastal Erosion Study (NCES) pada 2015 yang mana di seluruh negara terdapat 44 kawasan yang serius kategori satu, yang mana kategori satu ini kawasan yang paling banyak yang terlibat dengan hakisan dan lapan location terdapat di Negeri Terengganu kita ini, dan salah satunya ialah di Pantai Seberang Takir kita ini dan juga sekitar itu Pengkalan Pak Tuyu dan juga di kawasan Kemasik, di kawasan Paka dan lain-lain, ada lapan kawasan dan kalau kita tengok score dia itu memang tinggi. Sepatutnya kerajaan federal memberi cakna berkaitan dengan hakisan tersebut sehingga ada beberapa belas markah ataupun teruknya yang perlu diberi perhatian kepada negeri kita ini.

Kita tahu bahawa penyakit kita nak kata penyakit pun betul jugak, pantai kita ini kalau kita tambak ataupun kita buatlah rock revetment di sebelah katakan sebelah selatan dok ada rock revetment maka akan berlakulah hakisan yang teruk di bahagian utara kerana kita pergi cara ke dia, ataupun membentuk satu-satu benda ke sama ada contohnya lapangan terbanglah di bahagian utara sahaja, lapangan terbang akan berlaku hakisan. Kalau kita buat rock revetment dia akan hujung daripada rock revetment tersebut akan berlaku hakisan kerana peredaran pasir yang dipanggil littoral cell ada tempat ambil dan ada tempat letak kemudian ada arus perjalanan yang mengambil pasir tersebut dan benda ini bekerja 24 jam dan menyebabkan berlakunya hakisan-hakisan di kawasan kita ini. Kita ambil contoh, kalau kita lihat di Muara Sungai Kuala Terengganu hok dekat dengan kita, kita lihat bahawa timbunan

pasir akan berlaku sebelah Batu Burok tetapi sebelah kiri iaitu di hujung hala ke Seberang Takir itu akan berlaku hakisan di sana, jadi penyakit ini kalau dulunya sebelah sahaja daripada airport itu, dia berjangkit terus daripada Pengkalan Pak Tuyu itu daripada Tok Jembal itu terus naik ke Telipot, kemudian sekarang ini sehinggalah ke Pengkalan Maras. Walaupun Kerajaan telah membelanjakan berjuta iaitu beberapa kita katakan near shore breakwater macam pulau jadian tu ataupun dalam bentuk groin, unjuran ke laut yang mana ini pun tidak dapat menyelesaikan. Sebenarnya penyakit ini, dengan rock revetment ini hanya mengalih penyakit tersebut daripada selatan ke utara tetapi dia tidak dapat menyelesaikan penyakit iaitu penyakit hakisan pantai. Kita ambil contoh di Pengkalan Maras, Pengkalan Maras ini sebenarnya telah diluluskan kalau kita baca star online, tahun 2017 telah diluluskan peruntukan untuk membaiki di kawasan Pengkalan Maras ini sebanyak RM90 juta dan tambahan lagi RM10 juta untuk beach nourishment ataupun timbunan pasir, tu 2017. Dia beritahu masa itu tahun depan nak buat maknanya tahun 2018, ini 2019 nak habis dah dan kita dapati masih sehingga hari ini projek hok ni nih di Kuala Nerus ataupun di Pengkalan Maras ini dalam Jawatankuasa Pelantikan Perunding maknanya jauh lagi hendak pergi dan dijangka tender tahun 2021, berapa tahun doh tu. Kalau 2021 hendak tender mungkin siap 2023 ataupun 2024. Itu kalaulah kontraktor tu dapat buat dengan baik. Kalau ada masalah pula macam buat masjid tadi, tak tahulah, jadi bermakna kalau Kerajaan federal katalah lulus doh maknanya belum tentu boleh buat. Kadang-kadang pitisnya takdok lagi. Haaa…., itulah yang menjadi masalah kepada kita.

Yang di-Pertua

Yang Berhormat, saya tanya tadi panjang lagi tu sebenarnya kalau panjang sungguh saya hendak suruh sambung esok, jadi kalau Yang Berhormat hendak landing doh perabihlah.

Dr. Haji Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

Dalam 10 minit lagi insya-Allah, tidak apalah saya pendekkan sikit lagi. Kemudian kita pergi kepada ini masalah kepentingan…

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Yang berhormat, saya celah sikit..

Dr. Haji Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

Ya, silakan

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Lepas tu jadi pandangan Kerajaan macam mana, lok gitu ke lagu mana, cadangan tu..

Dr. Haji Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

Sebenarnya kita usaha sudah termasuk Yang Amat Berhormat Menteri Besar sudah pergi doh, tengok keadaan, wakil media dan sebagainya, dan sudah disebutpun di Parlimen. Inilah masalah kita, kita dari segi hendak buat dalam bentuk rock revetment, rock revetment panjang sikit saja dalam 200 meter perlu RM500 ribu. Kemudian kalau buat menda tu hujung tu sikit di sebelah utara daripada rock revetment akan berlaku hakisan dalam masa beberapa bulan sahaja. Inilah yang jadi masalah jadi ia perlu kepada pembaikan menyeluruh bukan hanya baiki sikit-sikit sahaja tidak. Seterusnya kita pergi kepada Conies Road kita ni ataupun dipanggil Miami Beach yang mana projek ini RM32 juta telah siap tetapi bulan Januari baru-baru ni, bulan satu baru-baru ini telah berlaku sedikit hakisan yang menyebabkan pihak ECER telah membuat kajian dan bersetuju untuk memperbaiki kawasan pantai yang elok itu dengan tambahan perbelanjaan sebanyak RM15.5 juta lagi.

Seterusnya kita pergi kepada yang terakhir iaitu berkaitan dengan Teluk Lipat atau pun Teluk Gadung yang mana projek ini di bawah ECER yang telah dilaksanakan pada tahun 2014. Dalam kajian mereka, mereka kata perlu buat sebanyak lapan head land, head land ini groin yang lebih besar yang ada tanah tengah-tengah. Dia ada cadang empat, lapan head land tetapi telah dibuat cuma empat sahaja kerana dia kata selebihnya itu perlu peruntukan dan kurang dari segi hakisannya tetapi apa yang berlaku pada bulan Januari baru-baru ini di Teluk Gadung berlaku hakisan besar yang menyebabkan rumah pam kepunyaan JPS itu hampir terkena hakisan daripada ombak yang menyebabkan pihak JPS telah diberi peruntukan darurat sebanyak RM1.5 juta untuk dibina rock revetment itu untuk sementara. Apa yang berlaku baru-baru ini bila angin tenggara kuat ini maka berlakulah hakisan yang agak besar dan kita telah mengambil beberapa tindakan iaitu kita pergi melawat seingat saya dah tiga empat kali pergi melawat, kemudian kita minta pihak ECER mengambil satu inisiatif memberi peruntukan awal dan alhamdulillah pada hari rabu minggu lepas telah ada satu mesyuarat Majlis ECER di Kuala Lumpur bersama dengan MEA, MOF dan Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita sendiri dan dalam makluman Perdana Menteri dah benda tersebut jadi kita berdoalah kepada Allah Subhanahu Wata’ala supaya turun peruntukan untuk kita baiki, bagaimana Sura, boleh setuju begitu ya, di kawasan beliau, di kawasan YB Sura. Seterusnya ada sikit lagi

Yang di-Pertua

Seterusnya ustaz

Haji Mamad bin PutihPAS · PNKuala Berang

Ini agak penting kerana berkaitan dengan apa yang jadi masalah yang besar kepada kita, saya tak nak lebarkanlah berkaitan dengan air di Air Putih, dah diluluskan sebanyak RM2 juta untuk 14 family. Dia kata dulu 30 family lari tinggal 14 sahaja family kerana tidak ada sistem air sumber air untuk digunakan oleh kampung itu. Kalau kita kira RM2 juta Kerajaan ini, alhamdulillah kita ucap terima kasihlah bawah KPLB. Walaupun tidak besar 2 juta untuk 14 family, maknanya satu family tu RM145 ribu, besar angka tu, RM145 ribu untuk satu family.

Yang di-Pertua

Selesai cepatlah Yang Berhormat, dok cekak nok pantun doh kawan ni..

Haji Mamad bin PutihPAS · PNKuala Berang

Sikit-sikit je lagi.

Seterusnya perancangan yang akan datang iaitu berkaitan dengan ECRL. Soalan tu tak dapat dijawab kerana kehabisan masa baru-baru ini. ECRL kita ringkasnya kita ada 6 stesen dan kita ada 2 spur dan kita sekarang ni finalize alignment dia dan juga nak finalize stesen-stesen dia, kita untuk Kuala Terengganu ni kita tidak ada stesenlah di Daerah Kuala Terengganu. Kita ada di Bukit Sawalah, yang mana Marang, orang Kuala Berang pun dan orang Kuala Terengganu boleh naik di stesen di Bukit Sawa.

Seterusnya berkaitan dengan LRT yang ketiga, ini projek yang agak besar RM5.4 bilion untuk dihubungkan antara Bukit Gemuruh kita seterus sampailah ke Kelantan RM5.4 bilion dan RM30 juta telah diberi peruntukan awal untuk kerja-kerja berkaitan dengan survey dan sebagainya. Jadi oleh kerana masa agak terhad, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua saya rasa sekadar itulah ucapan ringkas saya pada kali ini di dalam penggulungan ini saya ucap terima kasih di atas peluang yang diberi, dan terima kasih kepada semua, Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Yang di-Pertua

Dok ringkas doh Yang Berhormat setengah jam doh, Ahli Yang Berhormat sekalian, saya tangguhkan persidangan kita ke hari esok 27 November, jam 9.30 pagi.

DEWAN DITANGGUHKAN PADA PUKUL 5.00 PETANG.