Terengganu · 16 November 2021

14th Assembly, 4th session, 2nd meeting · 308 turns · 30,159 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalTerengganu publishes one PDF per meeting, with the written answers appended. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

Soalan-Soalan LisanQuestions

Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, mesyuarat disambung semula. Bagi memberkati persidangan kita marilah kita mulakan dengan Ummul Quran Al-Fatihah.

Sekarang kita masuk kepada Soalan-soalan Lisan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberi notis untuk mengemukakan Soalan-soalan Lisan pada hari ini, 16 November 2021 adalah sebagaimana berikut:

1 Yang Berhormat Wakil Bukit Besi 2 Yang Berhormat Wakil Rantau Abang 3 Yang Berhormat Wakil Jerteh 4 Yang Berhormat Wakil Pengkalan Berangan 5 Yang Berhormat Wakil Langkap 6 Yang Berhormat Wakil Bandar 7 Yang Berhormat Wakil Batu Rakit 8 Yang Berhormat Wakil Air Putih 9 Yang Berhormat Wakil Kuala Besut 10 Yang Berhormat Wakil Ajil 11 Yang Berhormat Wakil Permaisuri 12 Yang Berhormat Wakil Kemasik 13 Yang Berhormat Wakil Wanita 14 Yang Berhormat Wakil Tepoh 15 Yang Berhormat Wakil Batu Buruk 16 Yang Berhormat Wakil Seberang Takir 17 Yang Berhormat Wakil Sura 18 Yang Berhormat Wakil Telemong 19 Yang Berhormat Wakil Buluh Gading 20 Yang Berhormat Wakil Hulu Besut 21 Yang Berhormat Wakil Manir

Ahli Yang Berhormat sekalian. Berdasarkan kepada soal jawab Soalan Lisan kelmarin saya dapati ramai di kalangan Ahli-ahli Yang Berhormat yang tak sempat untuk bertanya, saya bersimpati sebenarnya. Oleh sebab itu saya ada membuat sedikit kajian sama ada di peringkat negeri-negeri lain ataupun di Perlimen bahkan ada negeri yang tak benar pun soalan tambahan dikemukakan. Saya tak payah sebutlah negeri mana. Oleh sebab itu merujuk kepada Standing Orders Perkara 26 (1) tujuan kita mengemukakan soalan ialah untuk mendapat penjelasan daripada soalan asal bukan kita nak mengadakan suatu perbahasan. Oleh sebab itu untuk hari ini saya cuma nak benarkan satu soalan tambahan sahaja daripada Ahli Yang Berhormat. Melainkan ada perkara-perkara yang pada pertimbangan saya sangat penting untuk diberi peluang seterusnya. Jadi Yang Berhormat sekalian, saya nak mulakan sesi Soalan Lisan kita pada pagi ni dengan menyampaikan satu pantun:

Terlihat gadis bergetar jiwa Teringat isteri terus tak jalan Bukit Besi tampak wibawa Jemput Yang Berhormat kemuka soalan.

Haji Roslee bin DaudUMNO · BNBukit Besi

Hebat Yang Berhormat

Yang di-Pertua

Saya nak bagi semangat kepada Bukit Besi hari ini.

Haji Roslee bin DaudUMNO · BNBukit Besi

Memang semangat sokmo ni

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya yang pertama ditolak, jadi soalan kedua-

Sila nyatakan jumlah kes perceraian yang direkodkan di Terengganu pada tahun 2020 dan 2021 mengikut pecahan daerah, berapakah umur mereka yang terbabit dan apakah sebab-sebab berlakunya perceraian tersebut?

Mohd Nor bin HamzahPAS · GSBukit Payung

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat ADUN Bukit Besi, seluruh Yang Berhormat dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan, soalan daripada Yang Berhormat ADUN Bukit Besi bertanya tentang tiga perkara. Yang pertama, tentang jumlah kes perceraian ataupun pembubaran perkahwinan yang direkodkan di Terengganu pada tahun 2020 dan 2021 mengikut pecahan daerah. Statistik pendaftaran kes pembubaran perkahwinan dari tahun 2020 sehingga 2021 adalah sebagaimana berikut:-

STATISTIK PENDAFTARAN KES PEMBUBARAN PERKAHWINAN DARI TAHUN 2020 SEHINGGA 2021

NAMA MAHKAMAH 2020 2021 Jumlah Mahkamah Tinggi Rayuan dari Mahkamah Rendah Syariah 9 4 13 Mahkamah Rendah Syariah Daerah Besut 610 361 971 Mahkamah Rendah Syariah Daerah Dungun 614 389 1003 Mahkamah Rendah Syariah Daerah Hulu Terengganu 238 143 381 Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kemaman 721 430 1151 Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Terengganu 1243 680 1923 Mahkamah Rendah Syariah Daerah Marang 459 292 751 Mahkamah Rendah Syariah Daerah Setiu 238 134 372 Jumlah 4132 1753 6565

Manakala kes yang didaftarkan keseluruhannya mengikut kategori umur yang terbabit antara lingkungan 21 sehingga 65 tahun. Soalan yang ketiga yang berkaitan apakah sebab-sebab berlakunya berceraian, punca yang paling utama ialah kurangnya penghayatan agama Islam dalam hidup pasangan mereka. Yang kedua, kelaziman yang ditimbulkan dan dinyatakan di dalam persoalan-persoalan yang dilahirkan ialah tiada persefahaman antara pihak-pihak yang berkaitan. Itu sahaja biasanya pendedahan yang ditimbulkan oleh pasangan, hanya alasan-alasan lain yang didedahkan semasa soal siasat hakim dalam kamar bicara atau pegawai sulh ialah faktor ekonomi, masalah kewangan. Yang

ketiga pengaruh media sosial, yang keempat suami atau isteri tidak menjalankan tanggungjawab sebaiknya, campur tangan keluarga ataupun bekas pasangan, kehadiran orang yang ketiga, kegagalan berkomunikasi dengan baik di antara pasangan, ketidak adilan dalam berpoligami, masalah ketagihan dadah, pil kuda atau bahan-bahan yang berkaitan dengannya, pasangan di dalam penjara, keganasan rumah tangga sama ada penderaan secara mental atau fizikal, faktor personaliti sendiri, sikap negatif yang ada dalam diri individu seperti cemburu yang melampau, ego dan terlalu mengokong pasangan. Terima kasih.

Haji Roslee bin DaudUMNO · BNBukit Besi

Terima kasih, saya ada satu soalan tambahan.

Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat.

Haji Roslee bin DaudUMNO · BNBukit Besi

Kalau mengikut daripada statistik yang diperturunkan tadi tu, jadi saya nak bertanyalah adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk menyemak semula modul kursus perkahwinan kepada bakal-bakal pengantin agar ia lebih berkesan kepada bakal pengantin supaya untuk lebih berkesan lagi mengelakkan daripada berlakunya perceraian di Negeri Terengganu kita ini dengan lebih banyak lagi, terima kasih.

Mohd Nor bin HamzahPAS · GSBukit Payung

Terima kasih Yang Berhormat ADUN Bukit Besi yang memberikan suatu cadangan yang baik dalam soalannya iaitu adakah Kerajaan bersedia untuk menilai, menambah baik tentang modul-modul yang ada. Insya-Allah kita daripada semasa ke semasa memang sentiasa melihat modul-modul yang telah tersedia ada dan insya-Allah kita sedang merangka dan insya-Allah kita akan cuba untuk laksanakan pada tahun yang hadapan sebab tahun ini kita kemungkinan agak berhadapan dengan isu COVID-19, PKP berbentuk satu modul baru yang lebih berkesan, lebih baik berkaitan dengan kursus pra-perkahwinan sesuai dengan keberkesanan semasa mengikut uruf masyarakat tempatan. Yang kedua, wujudkan mentor dalam kalangan penjawat awam, korporat dan orang awam yang mempunyai masalah kewangan dengan mewujudkan modul khas yang berkaitan dengan kemahiran dan ilmu yang membantu orang awam menguruskan kewangan keluarga juga kita akan adakan program motivasi dan kesedaran bulanan, nilah yang mengganggu kita sebelum ni kita dakleh nak

buat bulanan program, insya-Allah tahun depan jika diberikan keizinan oleh Allah program kesedaran motivasi bulanan bagi memberi pendedahan tentang tugas, peranan, tanggungjawab dalam rumahtangga dan yang juga kita akan sediakan menerusi program honeymoon melalui Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) dengan penambahbaikan modul-modul yang lebih berkesan dan efektif, insya-Allah. Dan yang kelima, kita akan mewujudkan kaunselor-kaunselor yang bertauliah sebagai pakar rujuk dan orang tengah dalam menyelesaikan masalah yang wujud dalam tempoh perkahwinan, insya-Allah. Dalam erti kata lain, Kerajaan bersedia untuk menambahbaik modul-modul yang sudah ada dan menambahbaik tentang kursus-kursus yang sudah dibuat, insya-Allah.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat.

Sekarang saya jemput Wakil Rantau Abang.

Haji Alias bin HarunPAS · GSRantau Abang

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan, soalan saya ialah soalan satu-

Berapakah jumlah penternak ikan sangkar dan kolam di Negeri Terengganu sama ada yang berdaftar dan belum berdaftar dan apakah langkah kerajaan untuk mempastikan semua penternak berdaftar dengan Jabatan Perikanan?

YANG BERHORMAT Dr. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi):

Dato’ Yang di-Pertua, Ikan Siakap Ikan Kerapu, Saya jawab soalan nombor satu.

Jumlah penternak ikan sangkar dan juga kolam yang berdaftar di Negeri Terengganu mengikut rekod daripada tahun 2016 sehingga tahun 2021 seramai 1,238 orang manakala yang belum berdaftar hanyalah 27 orang sahaja dengan peratusan yang sangat kecil kira-kira 2.18% hasil daripada gerakan secara intensif Kerajaan Negeri bersama dengan Jabatan Perikanan untuk memastikan pendaftaran semua penternak-penternak ikan sama ada sektor kolam ataupun

sangkar dan langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri dan terus diambil untuk memastikan semua pemain dalam industri akuakultur kita ni berdaftar yang pertama sekali punca penternak-penternak kita tidak berdaftar ataupun belum berdaftar adalah kerana status tanah. Tanah di mana dibina kolam dan sangkar ikan yang belum mendapat kelulusan Lesen Menduduki Sementara dan Kerajaan telah berusaha dalam tempoh tiga tahun ini, di antaranya kita telah menyelesaikan pemberian Lesen Menduduki Sementara untuk tapak tanah pembenihan siakap dan kerapu hybrid di Kampung Air Tawar, di Besut. Yang Kedua, kita telah menyelesaikan sebahagian besar daripada pemberian LMS untuk sangkar-sangkar ikan yang beroperasi di Kuala Setiu dan juga di Laguna, Setiu. Dan kita sedang dalam proses penyelesaian LMS untuk tanah seluas kira-kira 200 ekar yang dijadikan kawasan kolam ikan di Kampung Pengkalan Gaduh di Keluang di Besut. Penyelesaian status tanah dan juga sangkar ikan ni penting kerana kita dah masuk dua puluh tahun lebih dalam era milenium tak sepatutnya ada lagi rakyat kita yang cari makan dengan menternak ikan buat kerja secara haram. Dan satu lagi dia penting kerana bila status tanah diselesaikan pendaftaran boleh dibuat dengan Jabatan Perikanan membolehkan penternak-penternak kita memohon pensijilan MyGAP dan apabila berlaku bencana penyaluran bantuan teknikal ataupun bantuan dari segi input penternak-penternak yang tidak berdaftar kita tidak dapat senaraikan dalam senarai penerima bantuan.

Yang kedua, belum mendaftar kerana projek yang belum bermula dengan sepenuhnya dalam kes ini jabatan perikanan menyediakan khidmat nasihat sama ada khidmat nasihat dari segi pembenihan, dari segi asuhan dan juga untuk penternakan. Yang kedua program-program kursus intensif secara berkala dalam berkaitan dengan kursus asas akuakultur dan juga kursus pembenihan ikan memang diadakan secara berkala oleh Jabatan Perikanan dan yang ketiga bagi penternak yang memerlukan sokongan dana kita ada dana di bawah program intensif MyGAP akuakultur. Yang kedua dana daripada skim bantuan modal tani juga banyak dimanfaatkan oleh penternak kita dan yang ketiga ada dana di bawah program Dana Jaminan Makanan. Dan yang terakhir sekali punca penternak kita tidak berdaftar adalah kerana mereka hanyalah menternak secara hobi dalam skala kecil-kecilan sahaja. Terima kasih.

Haji Alias bin HarunPAS · GSRantau Abang

Soalan tambahan saya yang pertama ialah daripada jumlah 1,238 penternak sangkar dan kolam yang berdaftar, berapakah jumlah mereka yang telah berjaya

melepasi tahap pendapatan kemiskinan kerana kita tahu bahawa Kerajaan telah pun memberi pelbagai sokongan bantuan dan inisiatif kepada penternak-penternak ini. Jadi soalan saya ialah sejauh mana kejayaan penternak ini untuk pendapatan lepas daripada paras kemiskinan? Terima kasih.

YANG BERHORMAT Dr. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi): Dato’ Yang di-Pertua, melepasi paras kemiskinan bermakna pendapatan yang melebihi daripada RM3,000 sebulan saya perlukan notis untuk data yang lebih tepat cumanya secara umumnya penternak ikan kita memang ikan daripada Terengganu ni mendapat permintaan pasaran yang tinggi kecuali beberapa keadaan-keadaan yang berlaku di musim pandemik ni yang membataskan dari segi pendapatan kepada penternak dan insya-Allah jawapan kita akan jawab secara bertulis kepada Rantau Abang, terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat.

Sekarang saya persilakan Wakil Jerteh untuk kemukakan soalan.

Soalan saya soalan yang pertama-

Berapakah kos bantuan untuk tukun tiruan daripada Kerajaan Negeri Terengganu dan berapakah kos bantuan dari Kerajaan Pusat untuk tahun 2020 dan 2021?

YANG BERHORMAT Dr. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi): Dato Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Jerteh, kalau ada anugerah untuk Yang Berhormat paling banyak tanya soalan pertanian Yang Berhormat Jertih yang paling layak menerimanya. Peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Persekutuan untuk program tukun tiruan pada tahun 2020 dan juga tahun 2021.

Untuk tahun 2020, peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM200,000.00, peruntukan daripada Kerajaan Negeri RM300,000.00 menjadikan jumlah keseluruhan RM500,000.00 dan kita telah melabuhkan sebanyak 16 unit tukun dasar lembut di antaranya di kawasan Yang Berhormat Jerteh sendiri di Besut di kawasan perairan Kuala Besut. Untuk tahun 2021,

peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan RM325,000.00. Manakala peruntukan daripada Kerajaan Negeri RM1.069 juta kira-kira empat kali ganda daripada peruntukan Kerajaan Persekutuan menjadikan jumlah keseluruhan RM1,394,000.00 dan dengan peruntukan ini kita telah selesai melabuhkan sebanyak 45 unit tukun tiruan di lima lokasi. Sembilan unit di setiap lokasi di beberapa daerah, manakala peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan kita labuhkan dalam bentuk tukun konservasi di kawasan perairan Pulau Kapas di Marang, terima kasih.

Soalan tambahan Dato’ Yang di-Pertua, okeylah kita rasa bangga kerana saban tahun ada bantuan ataupun kewangan diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri sebab tidak banyak Kerajaan Negeri bagi peruntukan untuk melabuhkan tukun di perairan masing-masing dan selain daripada itu banyak bantuan yang diberi oleh Kerajaan Negeri kepada nelayan-nelayan terutamanya nelayan pantai seperti enjin bot, seperti fiber, apa nama ini macam-macam lagilah dan saya ada soalan minta ditanya oleh kumpulan usahawan C’0’ kerana selama ini mereka menggunakan pemberat daripada pasir yang ditaruk dalam guni, yang mana pasir ini tidak tahan lama dan mengikut maklumat yang saya terima ada kaedah pemberat konkrit yang saiznya 1.5 kaki x 0.5 kaki, yang mana kosnya lebih kurang dalam RM30.00 satu. Kalau Kerajaan Negeri boleh membantu kerana golongan C’0’ ni golongan yang mengeluarkan ikan rakyat, ikan selayang, ikan aya. Jadi mengikut pandangan mereka pemberat konkrit ini lama kelamaan akan menjadi tukun secara tidak langsunglah, lama kelamaan. Jadi soalan saya, adakah Kerajaan berhasrat untuk membantu golongan nelayan C’0’ untuk bantuan pemberat konkrit, terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua.

YANG BERHORMAT Dr. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi): Dato’ Yang di-Pertua, isu yang sama telah ditimbulkan oleh Wakil Jertih dalam persidangan yang lepas dan sebenarnya kita dah buat keputusan untuk menyalurkan bantuan dalam bentuk pemberat konkrit ini kepada pengusaha-pengusaha bot laut dalam untuk buat unjam pada tahun depan, insya-Allah. Kerana untuk tahun ini peruntukan kita dalam RM1.2 juta bagi program memperkayakan sumber perikanan, semua kita dah salurkan untuk program tukun, program unjam dan juga program pelepasan benih ikan ke perairan umum, insya-Allah tahun depan Yang Berhormat, terima kasih.

Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat.

Wakil Buluh Gading ada soalan tambahan? Sebab soalan ni saya nampak digabungkan jawapannya. Takdok ah? Seterusnya saya jemput Wakil Pengkalan Berangan.

Sulaiman bin SulongPAS · PNPengkalan Berangan

Soalan saya soalan nombor 1-

Berapakah jumlah akaun pengguna SATU mengikut daerah-daerah seluruh Negeri Terengganu?

YANG BERHORMAT Dr. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang):

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Dato’-Dato’, Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian. Semua Ketua-ketua jabatan, pemerhati sama ada online ataupun tidak. Soalan daripada Pengkalan Berangan saya ucap terima kasih. Ingin tahu berkaitan dengan jumlah akaun pengguna air iaitu SATU mengikut daerah-daerah:

BIL DAERAH AKAUN AKTIF 1 Besut 37,633 2 Dungun 37,938 3 Hulu Terengganu 24,755 4 Kemaman 60,141 5 Kuala Terengganu 111,444 6 Marang 33,870 7 Setiu 15,391 8 Ketengah 7,792

Jadi keseluruhannya pengguna di Negeri Terengganu berjumlah 328,964 akaun dan di sana ada akaun-akaun setiap daerahlah masjid dan surau yang mana

Kerajaan Negeri telah memberi secara percuma kepada surau dan masjid sebanyak dalam 2,100 akaun berjumlah lebih kurang RM1.2 juta setahun, terima kasih.

Sulaiman bin SulongPAS · PNPengkalan Berangan

Terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Berang, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang telah pun menjelaskan berkenaan dengan jumlah akaun pengguna SATU mengikut daerah-daerah. Soalan tambahan saya, berdasarkan kepada jumlah pengguna di Marang yang juga bilangan dia agak tinggi mewakili 33,870 akaun dan apa yang saya ingin tanya ialah adakah kerajaan bercadang untuk membina loji penapis air khusus untuk warga Marang yang saya dimaklumkan bahawa sehingga hari ini Marang masih lagi tidak mempunyai loji air sendiri yang terpaksa menggunakan daripada loji air Kuala Terengganu dan jika sekiranya Kerajaan bercadang bilakah proses pembinaan itu akan dilaksanakan. Sekian.

YANG BERHORMAT Dr. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Soalan selanjutnya berkaitan dengan kawasan Maranglah, daerah Marang. Kita tahu tadi bahawa sejumlah lebih kurang 33,870 pemilik akaun di Marang ni dan kita tahu juga bahawa sekarang ini dalam beberapa tahun yang mutakhir ini bahawa daerah Marang ini mengalami masalah kekurangan air. Untuk makluman kita bersama, khususnya kepada Yang Berhormat Pengkalan Berangan, kita ada tiga kaedah untuk jangka pendek untuk menyelesaikan masalah air di Marang. Pertama saya percaya di kawasan Kampung Kubu kita telah adakan satu mini loji yang mengeluarkan 2mld dan masih sekarang ini beroperasi, yang keduanya dicadangkan juga satu mini loji juga di daerah di Kampung Pasir Tinggi, kawasan daerah Marang, yang ini mengeluarkan air sebanyak 5mld dan yang terdekatnya iaitu pada tahun hadapan, kita tahu bahawa projek KTU kita ini antaranya ialah membina longkang pulok, eh membina paip air ke daerah Marang bermula daripada tangki Kepong ke tangki MIEL di Marang sejauh lebih kurang 14.5km yang mana projek ini termasuk di dalam KTU yang akan dibina pada tahun hadapan dan kita jangka akan siap sepenuhnya sekitar bulan Jun pada tahun hadapan. Dengan adanya paip yang baru ini kita rasa boleh menyelesaikan masalah air di daerah Marang yang mana daripada Loji Kepong tersebut dapat membekalkan sekitar tiga puluh lapan MLD, jadi sudah mencukupi untuk masa yang terdekat ini sehinggalah dijangka untuk lima tahun yang akan datang. Sebagaimana minat daripada

Yang Berhormat Pengkalan Berangan tadi menanyakan berkaitan dengan loji baru. Kita tahu bahawa Sungai Marang ini agak pendek dan air masin masuk sehinggalah ke penghujung sungai. Sehingga ke Kampung Kubu. Jadi sudah tentu tidak sesuai untuk kita membina loji di sungai sana. Kalau kita nak buat pun, kita kena buat dam atau baraj, yang mana kita sekat air daripada luar, daripada laut masuk ke Kampung Kubu dan seterusnya. Sudah tentu akan mengubah ekosistem yang mana banyak impact kepada berkaitan dengan alam sekitar akan terjadi. Jadi kita cadangkan untuk loji air yang baru ini, kita ambil daripada kawasan Kampung Tanggol atau kawasan Pantai Ali. Jadi kita gunakan juga Sungai Terengganu kita ni dan kita alirkan ke tangki kita, tangki MIEL di Daerah Marang dan juga tangki, dan lain-lain tangkilah, Tangki Gondang, Tangki Belat di Daerah Marang. Jadi, kita dah ada kajian awal kira-kira memerlukan sebanyak lebih kurang RM400 hingga RM500 juta untuk membina loji berkapasiti sedalam 120 MLD untuk keperluan penduduk di daerah Marang daripada tahun 2025 ke atas. Mungkin 15 tahun hingga 20 tahun selepas daripada itu.

Yang di-Pertua

Okay, Yang Berhormat. Panjang lagi Yang Berhormat?

YANG BERHORMAT Dr. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Sikit, sikit lagi. Untuk makluman kita terutamanya daerah Marang ni, jadi kita jangka yang ini, kalau kita award pun, kita mengambil masa empat hingga lima tahun untuk dibina. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat.

Sebelum saya pergi pada soalan seterusnya, saya minta maaf tadi. Saya ada bagi buka peluang kepada Wakil Buluh Gading. Oleh kerana dia mengemukakan soalan sama dengan Wakil Jertih. Cuma saya baru terlihat, ada notis. Dia tak dapat hadir persidangan pada hari ini dan seterusnya atas urusan-urusan yang tak dapat dielakkan. Sekarang saya menjemput Wakil Bandar untuk kemukakan soalan.

Ahmad Shah bin MohamedPAS · PNBandar

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya soalan satu-

Apakah perancangan Kerajaan untuk membentuk masyarakat dan para remaja agar selaras dengan tuntutan syariah dan agama?

Mohd Nor bin HamzahPAS · GSBukit Payung

Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat ADUN Bandar. Saya minta izin daripada Yang Berhormat Yang di-Pertua untuk ambil ruang sedikit daripada jawapan ini untuk mengucapkan…

Yang di-Pertua

Sila

Mohd Nor bin HamzahPAS · GSBukit Payung

Selamat hari lahir, Sanah Helwah untuk Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar agar Allah Ta’ala panjangkan usianya dan merahmati hidupnya, insya-Allah. Soalan daripada Yang Berhormat Bandar. Apakah perancangan Kerajaan untuk membentuk masyarakat dan para remaja agar selaras dengan tuntutan syariat dan agama.

Yang pertama, dalam menjayakan usaha untuk membentuk masyarakat dan para remaja agar selaras dengan tuntutan syariat dan agama. Ia perlu dilakukan secara kolaborasi ataupun kerjasama daripada semua pihak sama ada agensi di bawah portfolio Pembangunan Insan Dakwah dan Penerangan dan juga di mana-mana portfolio. Di atas asas itulah, pertamanya Kerajaan Negeri telah meletakkan agar semua portfolio agensi dan jabatan meletakkan asas dalam semua program-program mereka patuh syariah. Sama ada bawah portfolio sukan, pelancongan, pembangunan keluarga dan apa sahaja bawah agensi Kerajaan, programnya mesti patuh syariat dan jangan sekali-kali bercanggah dengan ketetapan agama. Oleh kerana itulah, sudah wujud dasar pembangunan belia, sudah wujud dasar sukan negeri, sudah wujud dasar beberapa dasar yang ditetapkan agar tidak bercanggah dengan agama. Itu yang pertama.

Yang kedua dalam menjayakan usaha masyarakat dan remaja ini, berasaskan tuntutan syariat dan agama. Modul Itqan Insani yang telah kita jayakan pada tahun ini dengan susunan agar sepuluh golongan sasar mesti melalui modul ini.

Yang pertama, pegawai dan penjawat awam, penceramah agama, takmir, iman, bilal atau sesiapa sahaja di bawah agensi agama, JPKK yang juga selaku pimpinan masyarakat, Guru KAFA, pendakwah bebas, mahasiswa, remaja, peniaga dan usahawan, golongan B40 dan buruh, golongan LGBT. Sepuluh golongan sasaran ini kita akan usahakan agar mereka mengikuti Modul Itqan Insani yang kita susun dan dia akan dijayakan oleh IMITS dan beberapa agensi-agensi yang lain. Oleh kerana itu kita mengharapkan agar seluruh yang telah disusun termasuk Akademi Fateh yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan diselaraskan agar ia mencapai tuntutan syariat dan agama, insya-Allah.

Yang ketiga akan menyemarakkan program-program keagamaan dan kerohanian dalam masyarakat dan juga remaja melalui beberapa agensi yang penting seperti Pejabat Agama, DUAT, IMITS, Yayasan Islam Terengganu, dan semua yang berperanan di dalam Kerajaan Negeri ini, insya-Allah agar menjadikan agenda islamiah di negeri ini tercapai dan negeri ini akan terus “Terengganu Maju Berkat Sejahtera”, insya-Allah.

Ahmad Shah bin MohamedPAS · PNBandar

Dato’ Yang di-Pertua, soalan tambahan saya. Bagaimana sambutan para remaja kepada program-program yang telah disusun oleh pihak Kerajaan dan dengan kedatangan ataupun pandemik COVID-19 ini sudah tentu program-program tersebut mungkin menghadapi kesukaran. Bagaimana pihak Kerajaan menyesuaikan program-program tersebut dalam suasana pandemik COVID-19. Terima kasih.

Mohd Nor bin HamzahPAS · GSBukit Payung

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, kita mengakui kekangan suasana situasi pandemik yang berlaku. Maka kita telah mempergunakan ataupun mengambil kesempatan sepenuhnya pengguna media sosial melalui program-program maya yang kita susun, untuk menyuburkan program-program dakwah dan program keagamaan ini. Kita melihat bahawa program-program itu, agak berjaya dan ada sambutan yang agak baik dari peringkat masyarakat dan remaja kerana orang-orang muda Terengganu sangat cintakan ilmu. Malah sebelum berlaku COVID-19 Kerajaan Negeri berjaya menganjurkan Program Himpunan Daie Ummah Nusantara yang rata-rata para remaja yang membanjiri Dataran Drawbridge, dengan penampilan khas pendakwah bebas terkenal daripada Indonesia Ustaz Abdul Somad dan pendakwah tersohor tempatan,

Ustaz Azhar Idrus. Walaupun demikian saya perlukan notis untuk menunjuk secara jelas angka kehadiran mengikut penilaian kita berasaskan views dan likes yang ada dalam Facebook-Facebook program maya. Insya-Allah, saya melihat pada umumnya program itu mendapat sambutan yang baik.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat.

Sekarang saya mempersilakan Wakil Batu Rakit.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Di-Pertua. Soalan saya soalan nombor satu-

Berapakah jumlah peruntukan bukan pembangunan yang telah diperuntukkan untuk kecemerlangan Pendidikan Terengganu?

Yang Berhomat Dato’ Yang di-Pertua, Batu Rakit bertanyakan berapakah jumlah peruntukan bukan pembangunan yang telah diperuntukkan untuk kecemerlangan pendidikan Terengganu. Untuk makluman Dato’ Yang di-Pertua, jumlah peruntukan bukan pembangunan yang telah diperuntukkan untuk kecemerlangan Pendidikan Terengganu pada tahun 2021 sahaja adalah sebanyak 69.5 Juta.

Kupang bukit atas batu, Jawapan Batu Rakit untuk nombor satu.

Haji Bazlan bin Abd.RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Minta penjelasan semula, berapa? 69.5 Juta?

Haji Bazlan bin Abd.RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Tidak termasuk pembangunan?

Ya, Yang Berhormat.

Haji Bazlan bin Abd.RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Ok, terima kasih.

Kejut ke?

Haji Bazlan bin Abd.RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Kejut sikit.

Banyak sangat ke guana?

Haji Bazlan bin Abd.RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Banyak sangat.

Haji Bazlan bin Abd.RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Tapi dok padan dengan peningkatan pencapaian tapi soalan saya seterusnya. Berapakah yang telah diperuntukkan secara pecahan kepada Sekolah Menengah Agama Negeri dan Sekolah Harian Persekutuan?

Kena minta notis dulu Yang Berhormat melibatkan data.

Yang di-Pertua

Details sangat Yang Berhormat, kena notis ni. Terima kasih.

Haji Bazlan bin Abd.RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Soalan saya seterusnya adakah bantuan pentadbiran tahunan kepada PIBG seluruh Terengganu diteruskan ataupun tidak? Terima kasih.

Untuk makluman kita ada keluarkan peruntukan untuk PIBG tahun ini. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat.

Haji Bazlan bin Abd.RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Tahun ni ke? Sebelum ni dah beri ke baru tahun ini?

Sebelum ni dah bagi.

Haji Bazlan bin Abd.RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Jumlah?

Yang itu kena notis pulak tak ingat pulak dah, cuma kita akan teruskan untuk tahun-tahun akan datanglah. Tapi tahun lepas telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat, dan kita dah bahagi dah. Terima kasih

Haji Bazlan bin Abd.RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Terima kasih.

Yang di-Pertua

Ok, terima kasih Yang Berhormat, sekarang saya jemput Wakil Air Putih.

Ab Razak bin IbrahimPAS · GSAir Putih

Ada pantun Yang Berhormat.

Cenderawasih terbang berdua, Turun hinggap di atas batu, Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, Soalan saya nombor satu.

Apakah hala tuju Darul HUFFAZ TATI SKILLS (DHTS) melalui Program “Fast Track” SPM dan berapakah jumlah pelajar yang telah dan sedang mengikuti program tersebut?

Yang di-Pertua

Pantun sokmo Wakil Air Putih.

Yang di-Pertua

EXCO nak balas pantun ke?

Ralik pantun tu ha (sambil ketawa)

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Air Putih bertanyakan apakah hala tuju Darul Huffaz TATI Skills melalui Program “Fast Track” SPM dan berapakah jumlah pelajar yang telah dan sedang mengikuti program tersebut.

Program Darul Huffaz TATI Skills ini merupakan satu program “Fast Track” SPM yang telah dijalankan bermula pada tahun 2019 yang disediakan oleh TATI Skills. Program ini ditubuhkan bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar Tahfiz dan Madrasah khususnya rakyat Terengganu untuk menduduki SPM. Selain itu, Program Darul Huffaz ini juga adalah untuk memberi ruang kepada pelajar-pelajar untuk memasuki bidang ataupun ruang yang lebih luas bagi menyambung pengajian mereka dan secara langsung juga sebagai feeder kepada UC TATI bagi menyumbang kepada peratusan kemasukan pelajar ke Institusi berkenaan.

Jumlah Pelajar dari tahun 2019 sehingga 2021

KATEGORI PELAJAR 2019 2020 2021 Pelajar Tajaan Yayasan Terengganu 35 81 71 Pelajar Bukan Tajaan Yayasan Terengganu 32 24 23 JUMLAH KESELURUHAN 67 105 94

Pelajar yang bukan tajaan tu luar pada Terengganu lah. Terima kasih.

Ab Razak bin IbrahimPAS · GSAir Putih

Soalan tambahan yang pertama Yang Berhomat Dato’, berdasarkan rekod lepasan SPM, 2019 apakah hala tuju yang ditetap oleh TATI dan berapa peratus sasaran program yang ditetapkan? Terima kasih.

Bagi pelajar Darul Huffaz TATI Skills, akan ditawarkan syarat-syarat sebagaimana berikut bagi melanjutkan pengajian khususnya di UC TATI, paling kurang pelajar mendapat lima kepujian boleh menyambung ke Program Asasi UC TATI, yang kedua pelajar yang mendapat sekurang-kurangnya tiga kepujian layak ke Program Diploma UC TATI, bagi yang tidak mendapat sekurang-kurangnya tiga kepujian boleh memohon program di TATI Skills. Berdasarkan rekod bagi lepasan pelajar SPM 2019, berikut merupakan peratusan pelajar yang menyambung pelajar telah melanjutkan pengajian yang pertama terdapat lapan orang pelajar telah melanjutkan pengajian ke peringkat Asasi di UC TATI dalam jumlah 12%. Pelajar yang telah melanjutkan pengajian ke bidang kemahiran di peringkat persijilan 16%, di peringkat diploma pula melanjutkan Pengajian Diploma UC TATI sebanyak 24% mahupun melanjutkan pengajian ke Kolej-kolej lain iaitu Kolej Felcra, KUIPSAS, Politeknik, Kolej Teknologi Darul Naim sebanyak 24%. 32 orang lagi pelajar tidak berminat untuk meneruskan pengajian peringkat yang lebih tinggi sama ada mereka meneruskan pengajian mereka dalam bidang hafazan, mahupun sudah bekerja dengan sektor-sektor swasta, sebagai pengajar di Madrasah pusat pengajian Islam ada yang bekerja di sektor perhotelan, Imam Masjid, Guru Taska dan lain-lain sebanyak 48%.

Berdasarkan rekod bagi lepasan pelajar SPM 2020 Darul Huffaz TATI Skills, berikut merupakan peratusan pelajar yang menyambung pengajian ke peringkat STPM 3.8%, menduduki semula SPM bagi kertas ulangan 2%, melanjutkan pelajaran ke peringkat kemahiran Pusat Latihan mahupun Kemahiran TATI sendiri iaitu 45.2%, menyambung pengajian ke peringkat asasi seramai 15 orang telah diterima di peringkat asasi UC TATI 15.2%, melanjutkan pengajian di peringkat Diploma di UC TATI sebanyak 29.0% termasuk di Politeknik Dungun, UIAS (Universiti Islam Antarabangsa Selangor), Universiti Sultan Azlan Shah dan Universiti Yarmouk di Turki 29.0% dan tidak berminat meneruskan pengajian ataupun meneruskan pengajian mereka di bidang hafazan ataupun ke pusat-pusat tahfiz mahupun bekerja di institusi-institusi sebanyak 4.80%. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat, sekarang saya jemput Wakil Kuala Besut.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya nombor dua-

Apakah kadar pengangguran rakyat Terengganu pada tahun 2019 hingga tahun 2021?

Yang di-Pertua

Soalan nombor dua?

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Kuala Besut memberikan soalan nombor dua berkenaan dengan kadar pengangguran rakyat Terengganu tahun 2019 hingga 2021. Pecahannya adalah seperti berikut:

TAHUN KADAR PENGANGGURAN (%) NEGERI (TERENGGANU) NASIONAL (MALAYSIA) 2019 3.5% 3.3% 2020 4.1% 4.5% 2021

Suku pertama 3.7% 4.8% Suku kedua 4.2% 4.8%

Terima kasih.

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, soalan tambahan saya yang pertama saya difahamkan pada April tahun ini Kerajaan Negeri mengambil inisiatif sama-sama dengan Kementerian Sumber Manusia menganjurkan suatu karnival. Karnival Penjana Kerjaya Terengganu 2021 di Duyong Marina Resort, dan difahamkan lebih 11,000 peluang pekerjaan telah ditawarkan, jadi soalan saya daripada 11,000 peluang pekerjaan yang ditawarkan tersebut berapa ramaikah angka sebenarnya rakyat Terengganu yang telah ditawarkan pekerjaan dalam karnival tersebut, terima kasih Dato’.

Dato’ Yang di-Pertua, kalau angka sebenar saya perlukan notis, cuma roughly kita menerima kunjungan untuk temuduga lebih kurang dalam 3,000 orang dan jumlah yang mendapat pekerjaaan 900 lebih, angka tersebut kalau itu kita, bagi jawapan bertulis, insya-Allah, terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat, sekarang saya jemput Wakil Ajil.

Soalan saya nombor satu-

Apakah persediaan kerajaan untuk berdepan dengan pengundi muda 18 tahun supaya mereka lebih berminat untuk peka dengan perkembangan Politik, Ekonomi dan Sosial Negara?

Wan Sukairi bin Wan AbdullahPAS · PNWakaf Mempelam

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, rakan-rakan EXCO, Ahli-ahli Yang Berhormat, dan Ketua-ketua Jabatan dan pemerhati sekalian. Terima kasih pada Yang Berhormat Ajil, yang telah menanyakan soalan tentang apakah persediaan Kerajaan untuk berhadapan dengan pengundi muda 18 tahun supaya mereka lebih berminat untuk peka dengan perkembangan politik ekonomi dan sosial negara? Untuk makluman Yang Berhormat SPR melalui Akademi Pilihan Raya (APR) telah menjalinkan kerjasama strategik dengan beberapa Kementerian untuk melaksanakan Program Pendidikan Pengundi, Voter Education (VE), yang bertujuan untuk memberikan kefahaman pendidikan pengundi tentang terhadap proses pilihan raya yang dijalankan di Malaysia dan mempersiap siaga golongan belia agar menjadi warganegara yang bertanggungjawab dengan melibatkan diri dalam pilihan raya. Selain daripada itu bagi meluaskan penyampaian maklumat pilihan raya kepada golongan belia, APR juga telah pun melaksanakan program APR associate trainer atau lebih di kenali sebagai AAT, melalui program ini APR dapat melatih lebih ramai lagi penceramah dan jurulatih yang mampu untuk

bersama-sama dengan APR menyampaikan maklumat tentang proses pilihan raya di Malaysia kepada sekolah, pada pelajar-pelajar sekolah, dan juga golongan belia dalam institusi Pendidikan di seluruh negara dan setakat ini alhamdulillah seramai 273 peserta telah pun mengikuti latihan intensif oleh APR dan seterusnya dilantik sebagai AAT. APR juga mengambil inisiatif perkongsian secara maya dalam media sosial bagi memberikan penerangan dengan lebih mudah dan ringkas mengenai proses pilihan raya melalui platform Facebook, Youtube, Instagram, Twiter, dan juga Tik Tok yang pada ketika ini menjadi trending kepada belia dan anak muda. Kerajaan Negeri juga melalui Urus Setia Belia Sukan dan NGO Negeri Terengganu juga telah memperkenalkan program GMTS, Generasi Muda Terengganu Sejahtera yang daripada program ini kita mengharapkan agar dapat melahirkan anak-anak muda yang berkepimpinan serta berjaya menerapkan minda politik matang dan sejahtera. Kerajaan Negeri juga telah memperkenalkan program ADUN Belia semenjak 2019 lagi bagi memberikan pendedahan dan melatih golongan belia untuk menjadi pemimpin pelapis di masa depan dan selain daripada itu, Jabatan Belia dan Sukan Terengganu juga telah mengadakan Program Rukun Negara @ Belia dan Program ETOS Anak Muda, terima kasih.

Terima kasih pada Yang Berhormat EXCO di atas penjelasan dan soalan tambahan saya setakat ini, dimanakah Program Pendidikan Pengundi telah pun dilaksanakan dan berapa jumlah pelajar ataupun remaja terlibat? Terima kasih.

Wan Sukairi bin Wan AbdullahPAS · PNWakaf Mempelam

Untuk makluman Yang Berhormat, Program Pendidikan Pengundi (VE) ini, telah pun dilaksanakan di 14 buah institusi pengajian dan enam buah sekolah menengah melibatkan 7,600 orang pelajar di seluruh Negeri Terengganu. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat saya persilakan Wakil Permaisuri.

Datuk Abd. Halim bin JusohUMNO · BNPermaisuri

Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya, soalan nombor satu-

Apakah status terkini Projek Muara Sungai Setiu di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran?

Dr. Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan, terima kasih soalan dari Yang Berhormat Dato’ Permaisuri, berkaitan dengan status terkini Projek Pemuliharaan Muara Sungai di Setiu. Sebenarnya projek ini telah diiklankan pada 3 Jun 2021 dan iklannya telah ditutup dan kita menunggu daripada MOF untuk menekan button. Projek ini dianggar dalam RM150 juta dan bila-bila masa sahaja sekiranya Yang Berhormat Dato’ Seri MOF tekan button luluslah projek ini.

Yang di-Pertua

Terima kasih.

Datuk Abd. Halim bin JusohUMNO · BNPermaisuri

Lulus ke award itu?

Dr. Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

Akan diawardkan tidak berapa lama lagi apabila dipersetujui oleh MOF, kita tunggu final decision sahaja.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat, sekarang saya persilakan Wakil Kemasik.

YANG BERHORMAT Ir. SAIFUL AZMI BIN SUHAILI (Wakil Kemasik): Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya nombor satu-

Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk pembesaran dan peningkatan operasi Pelabuhan Kemaman terutamanya dalam meningkatkan keboleh hubungan pengangkutan dalam menyokong pengembangan industri berat di Kemaman sebagaimana yang digariskan pada PITAS 2030 dan apakah status terkini?

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, soalan Kemasik bertanya tentang Pelabuhan Kemaman, apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk pembesaran dan peningkatan operasi Pelabuhan Kemaman terutama dalam meningkatkan kebolehhubungan pengangkutan dalam menyokong pengembangan industri berat di Kemaman sebagaimana yang digariskan pada PITAS 2030 dan apakah status terkini. Perancangan Kerajaan Negeri untuk pembesaran dan peningkatan operasi Pelabuhan Kemaman terutama dalam meningkatkan kebolehhubungan pengangkutan dalam menyokong perkembangan industri berat di Kemaman, ada beberapa perkara insya-Allah akan dilakukan dan sebagai permulaannyalah kita membangunkan muatan kontena. Setakat ini belum ada perkhidmatan yang besar untuk perkhidmatan kontena di Pelabuhan Kemaman. KPK akan menyediakan kemudahan untuk mengendalikan kargo kontena dari kawasan industri di sekitar Pelabuhan Kemaman dan kawasan industri di Negeri Terengganu. Memang banyak permohonan sebenarnya permintaan daripada industri-industri baru yang bakal tumbuh di Kemaman untuk mendapat kemudahan kontena dan perkara ini sedang diuruskan oleh pihak Pelabuhan Kemaman.

Yang keduanya ialah untuk kita membangunkan zon bebas untuk menarik minat pelabur asing, pelabur domestik dan pemain industri yang baru, seterusnya meletakkan KPK sebagai pusat perdagangan utama di Pantai Timur dalam jangka masa yang panjang. Insya-Allah kita akan wujudkan pembangunan zon bebas di sana.

Kemudian, pembesaran kawasan pelabuhan. Pelabuhan yang ada ini perlu dibesarkan dan kita akan besarkan dermaga, kawasan penyimpanan dan pemasangan peralatan yang baru, insya-Allah akan meningkatkan kapasiti perlabuhan daripada tujuh juta tan setahun kepada 45 juta tan setahun untuk memenuhi permintaan masa hadapan. Status terkini perkembangan setakat Oktober 2021 adalah seperti berikut:-

1. Kertas konseptual rancangan pembesaran Pelabuhan Kemaman telah disiapkan. Ianya melibatkan pasukan teknikal dalaman EPIC Berhad dan pasukan perunding yang menjalankan kajian kebolehlaksanaan teknikal, dengan izin Technical Feasibility Study, rekabentuk Front End Conceptual Design dan anggaran kos projek sedang kita lakukan.

2. Projek Fasa 1 akan bermula pada suku kedua dan suku ketiga pada tahun 2022 dengan kemudahan perkhidmatan kargo kontena dan dua unit kren dermaga (quay crane) akan dipasang bagi meningkatkan kapasiti dan kecekapan Pelabuhan Kemaman.

3. Fasa rekabentuk terperinci (detailed design) pembesaran pelabuhan sedang dilaksanakan, insya-Allah.

YANG BERHORMAT Ir. SAIFUL AZMI BIN SUHAILI (Wakil Kemasik): Dato’ Yang di-Pertua, soalan tambahan saya, apakah usaha dan pakej sokongan yang akan diberikan oleh Kerajaan bagi menarik minat para pelabur untuk terlibat sama dalam pembangunan Pelabuhan Kemaman ini.

Ya, terima kasih kepada soalan tambahan. Ya, untuk menarik minat pelabur, usaha gigih sedang dijalankan untuk meningkatkan keupayaan pengedalian serta kapasiti kargo di samping mempelbagaikan bidang perkhidmatan di pelabuhan. Antara fokus utama adalah khidmat kontena dan penambahan peralatan kren untuk meningkatkan tahap efisiensi pengendalian kargo. Pemain dan penyedia perkhidmatan kontena dijangka akan memberi impak kepada industri dan aktiviti perkapalan di pelabuhan Kemaman. Banyak sebenarnya permohonan-permohonan daripada pemain-pemain industri yang meminta supaya pelabuhan Kemaman ini dibesarkan, dan insya-Allah memang itu yang sedang kita lakukan sekarang, insya-Allah. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat.

Akhirnya saya ingin persilakan wakil dari ADUN Wanita untuk mengemukakan soalan.

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya soalan yang pertama-

Dalam Pelan PITAS pastinya terdapat Pelan Pembangunan Belia Terengganu melalui Akademi Kepimpinan Terengganu. Mohon nyatakan apakah perincian pelan tersebut dan bilakah akan

dilaksanakan?

Wan Sukairi bin Wan AbdullahPAS · PNWakaf Mempelam

Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat, Yang Berhormat ADUN Wanita telah pun mengemukakan soalan berkenaan dengan dalam Pelan PITAS pastinya terdapat Pelan Pembangunan Belia Terengganu melalui Akademi Kepimpinan Terengganu. Mohon nyatakan apakah perincian pelan tersebut dan bilakah akan dilaksanakan?

Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri telah pun memperkenalkan program Generasi Muda Terengganu Sejahtera (GMTS) sebagai program pembangunan belia secara menyeluruh bermula usia mereka seawal 11 tahun. Di bawah program ini pula diwujudkan Akademi Kepimpinan Generasi Al-Fateh yang akan menumpukan kepada pembentukan sahsiah dan kepimpinan secara holistik. Program yang digubal melalui PITAS ini adalah untuk mendekati anak muda dengan tema BISE atau Belia Saing Kite.

Untuk menjayakan pelan ini, Kerajaan Negeri telah pun menyasarkan belia dalam pembahagian pembahagian tertentu seperti TUNAS, DIDIK, BAKAT, ELIT dan IKON yang bermula 11 tahun sehinggalah 30 tahun dan program ini insya-Allah dijangka akan mula dilaksanakan pada Januari 2022. Terima kasih.

Terima kasih kepada Yang Berhormat. Soalan tambahan saya yang pertama, bolehkah Yang Berhormat menyatakan dengan lebih terperinci apakah program-program yang telah dan akan dilaksanakan demi untuk merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri untuk melahirkan generasi belia Terengganu yang sejahtera ini. Terima kasih.

Wan Sukairi bin Wan AbdullahPAS · PNWakaf Mempelam

Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman, satu bengkel Pelan Pembangunan Belia Terengganu yang diberi nama Pelan Pembangunan Generasi Al-Fateh telah pun diadakan pada 17 dan 18 Mac 2021 yang lalu, dan menerusi bengkel ini, Kerajaan Negeri telah pun bersetuju untuk mengadakan beberapa program pembangunan generasi Al-Fateh seperti program ADUN Belia

Terengganu, program IKON Anak Muda, program Motivasi Belia Terengganu, School Attack, Studio Live, program Hiwar Belia Manis, program Jejak Usahawan dan Kerjaya dan banyak lagi program-program yang bakal dilaksanakan. Kerajaan Negeri juga bersetuju untuk mewujudkan sekretariat Al-Fateh yang terdiri daripada kepimpian belia Negeri Terengganu dan golongan teknokrat berkaitan dengan pembangunan belia. Urus Setia Belia, Sukan dan NGO Terengganu Sejahtera (UBSNT) juga telah mengambil tindakan proaktif dengan mengadakan beberapa siri perbincangan bersama dengan TSIS untuk merealisasikan hasrat ini. Terima kasih.

(Selepas Soalan-Soalan Lisan)Questions

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat.

Pada hari ini alhamdulillah kita dapat selesaikan semua Soalan-Soalan Lisan yang telah diberi notis lebih awal. Sebelum saya tangguhkan persidangan, saya juga ingin mengambil kesempatan oleh kerana diberi peringatan lebih awal untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir, Sannah Helwah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar. Semoga Yang Amat Berhormat Dato’ Seri sentiasa berada dalam keadaan sihat, cergas untuk terus memimpin Negeri Terengganu Darul Iman. Yang Berhormat sekalian, sekarang saya tangguhkan sementara Dewan ini dan kita sambung semula pada pukul 11.00 pagi.

DEWAN DITANGGUHKAN PADA PUKUL 10.40 PAGI.

PUKUL 11.00 PAGI

Rang Enakmen Perbekalan 2022Bill

Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, mesyuarat disambung semula. Pada pagi kelmarin Rang Enakmen Perbekalan 2022 untuk bacaan kali yang kedua telah mendapat sokongan. Sebelum saya buka kepada perbahasan saya nak sebutkan satu dua perkara. Saya dah hubungi kedua-dua pihak sama ada dari pihak wakil BBC dan juga wakil rakan-rakan kita sebelah kiri saya, berapa ramai yang nak berucap ataupun nak terlibat dalam perbahasan. Saya nampak agak ramai tetapi macamana pun kita juga tertakluk kepada Tertib Pekerjaan Dewan, yang kita ada lagi Rang Enakmen yang lain dan usul-usul yang akan perlu diselesaikan. Oleh sebab itu, setakat ini saya nak beri peluang perbahasan yang

berkait dengan Bajet ini sehingga pada petang ini. Pihak Kerajaan insya-Allah akan membuat penggulungan pada hari esok. Sebagaimana biasa dari segi masa pencadang usul yang pertama akan diberi masa selama 20 minit begitu juga Pengerusi BBC dan juga Pengerusi kepada wakil sebelah kiri saya selama 20 minit, yang lain-lain akan diberi masa selama 15 minit dan saya harap semua Ahli Yang Berhormat akan menghormati masa bila siren jam berbunyi untuk berhenti apabila masa telah cukup. Sekarang saya buka untuk perbahasan. Saya nak jemput pencadang kepada usul ini sebagai pembahas pertama iaitu Wakil daripada Batu Buruk. Dipersilakan.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, rakan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, pengarah dan ketua jabatan serta seluruh hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah Subhanahu Wa Ta’ala sekalian. Yang pertamanya saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar atas pembentangan Rang Enakmen Perbekalan Tahun 2022 yang bertemakan Merakyatkan Sejahtera Untuk Semua. Secara umumnya Belanjawan 2022 yang telah dibentangkan mengikut pemerhatian saya menepati prinsip-prinsip Maqasid As-Syari’ah dalam Assiyasah As-syarri’ah khususnya untuk memperbaiki apa yang kurang, meningkatkan apa yang baik, menambah sumber pendapatan negeri, perbelanjaan berhemah, berjimat cermat, fokus kepada awlawiyyat, ketulusan dalam perbelanjaan dan yang seumpamanya.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, dalam ruang ini saya ingin memberikan beberapa cadangan. Saya terus pergi kepada point-point. Yang pertamanya Teras 2 Objektif 2 dan 3 yang membincangkan tentang isu pembangunan generasi muda khususnya belia pada muka surat 24 hingga 32. Sejak daripada semalam sehingga hari ini kalau kita perhati kepada soalan-soalan dikemukakan oleh sebahagian Ahli-ahli Yang Berhormat, sebahagiannya menyentuh tentang isu pembangunan generasi muda khususnya belia. Contohnya tadi ada satu soalan daripada Yang Berhormat ADUN Wanita yang telah dijawab oleh Yang Berhormat Wakaf Mempelam. Apa yang saya nak sentuhkan di sini supaya kita

sama-sama berfikir berkait dengan generasi muda ini khususnya dalam konteks penerusan ataupun kesinambungan hala tuju politik negara kita. Sebagaimana yang pernah disebut oleh pujangga Islam jika sekiranya kita mahu melihat nasib ataupun keadaan satu-satu bangsa dan negara maka hendaklah dilihat kepada generasi muda mereka. Kita semua maklum bahawa sudah diputuskan perubahan sistem pilihan raya dalam negara kita. Pilihan raya umum ke-15 yang akan datang mereka yang mengundi bukan sahaja daripada kalangan pengundi-pengundi teras bahkan daripada kalangan generasi muda itu sendiri. Umur 18 tahun boleh mengundi, tidak perlu berdaftar lagi. Walaupun ini sebenarnya satu cabaran yang membimbangkan kita kerana dalam sistem demokrasi barat tidak mengira orang yang mengundi mahupun orang yang diundi. Orang yang mengundi orang yang tidak mempunyai ciri-ciri al-Adalah di sisi Islam boleh mengundi, orang kurang siuman pun boleh mengundi. Maka di sinilah satu cabaran yang perlu kita hadapi bersama. Saya bercakap ini bukan bagi pihak parti PAS sahaja termasuklah daripada mana-mana parti sekalipun, daripada parti UMNO, parti BERSATU dan lain-lain lagi. Apa yang berlaku dalam pilihan raya umum ke-14 yang lepas menjadi satu muhasabah kepada kita bagaimana hala tuju negara kita selama 22 bulan diperintah oleh Pakatan Harapan yang didominasi oleh orang bukan Islam. Di sini bukan kita anti kepada orang bukan Islam tetapi kita anti kepada orang bukan Islam yang anti kepada Islam. Di mana apa yang berlaku membimbangkan kita dari sudut kepimpinan negara yang mestilah diterajui oleh orang-orang Islam itu sendiri. Dalam tempoh 22 bulan Pakatan Harapan memerintah apa yang mereka lakukan cuba untuk membuang tonggak-tonggak perlembagaan dalam negara kita berkait dengan keistimewaan ugama Islam, hak melayu bumiputera dan lain-lain lagi. Dalam pilihan raya umum yang akan datang, dalam Negeri Terengganu sahaja umur 18 tahun yang boleh mengundi lebih kurang 140,000 orang, dalam peringkat negara kita lebih daripada satu juta orang. Ini satu jumlah yang sangat besar, yang akan bertambah daripada pilihan raya umum ke pilihan raya umum yang berikutnya, yang perlu kita fikir bersama. Saya ucap tahniah kepada Kerajaan Negeri yang telah memperuntukkan satu jumlah untuk kita mendidik, mentarbiah, membimbing generasi muda dan belia ini. Cuma persoalannya, apakah program-programnya?

Adakah sekadar program kesukanan semata-mata? Yang perlu kita fikir lebih daripada itu lagi. Kita sebagai umat Islam, kita perlu memikirkan bagaimana untuk mendidik mereka mengikut acuan Islam. Itu yang perlu kita bekerjasama tidak kira daripada mana-mana parti sekalipun.

Saya mahu memberi contoh di sini, supaya mungkin pihak daripada EXCO Agama, Dakwah dan Belia boleh buat satu kajian di mana di Turki sejak daripada zaman Kerajaan Islam Uthmaniah lagi terdapat satu tariqat iaitu Tariqat Sulaimaniah di mana mereka membina masjid, dan konsep masjid yang dibina oleh mereka mempunyai ciri-ciri yang sangat menarik untuk membina, mentarbiah golongan generasi muda ini. Masjid yang mereka bina akan dibina sekali tempat kediaman ataupun hostel. Hostel ni bukan menjadi milik kepada sekolah yang dibina berserta dengan masjid, sekoloh tahfiz. Kalau tempat kita biasanya sekolah tahfizlah. Tetapi mereka bina hostel ini supaya keluarga yang ada di keliling masjid hantar anak-anak mereka, remaja, tinggal di hostel ini. Kemudian pihak masjid yang akan mendidik dan mentarbiah anak-anak ini supaya diikat hati mereka dengan masjid. Ini satu contoh yang sangat menarik di mana dalam konteks Negeri Terengganu kita, memang kita tak boleh nak buat 100%, ikut 100% tetapi kita boleh belajar daripadanya, mungkin kita boleh hantar dan pergi lihat bagaimana pelaksanaannya, dan kita melihat dalam konteks masjid di Negeri Terengganu kita, sudah ada program-program ke arah itu. Perlu ditingkatkan lagi contohnya masjid-masjid perlu dibina pusat-pusat sukan, padang futsal, sepak takraw, badminton dan seumpamanya dibina berhampiran dengan masjid supaya kita dapat mentarbiah generasi muda ini, mengikat hati mereka dengan masjid. Orang muda ni kalau kita nak ajak mereka pergi ke masjid secara langsung begitu, payah. Tetapi bila kita buat tempat-tempat permainan yang berdekatan dengan masjid ini, ia adalah dakwah secara tidak lansung. Akhirnya mereka akan malu dan mereka akan pergi ke masjid. Itu yang pertama.

Yang kedua, Teras yang ketiga, objektif yang keempat di bawah tajuk “Melaksanakan Projek Rakyat”, muka surat 41 hingga 42. Terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang telah memperuntukkan satu peruntukan dalam melaksanakan projek rakyat, menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri kepada aspek ini. Cuma saya nak memberi satu cadangan di sini supaya kita perlu melihat secara holistik keseluruhan kawasan pedalaman, kawasan pinggir bandar dan kawasan bandar. Saya daripada DUN Batu Buruk berada dalam kawasan Kuala Terengganu, kawasan bandar, di mana masalah yang paling besar kepada kita ialah masalah yang melibatkan sistem perparitan. Setiap kali musim banjir, hujan turun dengan lebat, maka longkang-longkang akan penuh. Tempat yang tak ada longkang akan naik air, akan menyebabkan banyak penduduk yang terkesan dan terpaksa berpindah. Dalam DUN Batu Buruk sahaja tahun ini kita mendapat 46 permohonanan untuk longkang baru. Jadi

saya harap Kerajaan perlu memikirkan untuk memberikan satu peruntukan yang lebih kepada kawasan-kawasan pinggir bandar dan bandar ini untuk fokus kepada projek rakyat yang melibatkan longkang dan seumpamanya supaya kita adil dalam memberi ataupun memperuntukkan bajet ataupun peruntukan ini. Bukan dibuat secara sekali gus, dipukul dan diletakkan dalam satu bakul sama sahaja mengikut kawasan-kawasan sedangkan di sana ada keutamaan-keutamaan yang perlu diberikan perhatian.

Seterusnya, yang ketiga yang saya nak sentuh, juga dalam Teras yang ketiga, objektif yang keempat, objektif sama yang berkait dengan projek rakyat juga di mana saya melihat dalam objektif ini ada disebut tentang bagaimana untuk menghadapi bencana alam. Dalam konteks Negeri Terengganu kita ini, biasanya bencana alam ini, banjirlah. Musim tengkujuh macam kita sekarang ini, di mana saya melihat di sana ada satu cadangan yang perlu dipertimbangkan oleh Kerajaan iaitu mewajibkan sistem pengumpulan dan penggunaan semula air hujan (SPAH). Sistem ini telah pun diwajibkan di negara-negara maju seperti Jepun dan Australia. Kalau kita pergi ke negara Jepun sebagai contoh, di bandar raya Tokyo, satu bandar raya yang besar, setiap kali turunnya hujan, hujan ni tidak disalurkan ke sungai tetapi disalurkan ke dalam satu tangki yang besar. Lalu air ini diproses, dirawat dan digunakan balik sama ada digunakan untuk minum, memasak dan seumpamanya. Walaupun Negeri Terengganu kita ni negeri yang kaya dengan sumber air ni, barangkali kita tidak fikir mana. Kita ada Tasik Kenyir, hujan pula turun sepanjang tahun, tak perlu fikir. Tetapi kita perlu melihat falsafah yang diajar kepada kita oleh Nabi . Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah, Abdullah Ibnu Umar, satu hari Abdullah Ibnu Umar berwudhu, ambil wudhu dan membazir dalam mengambil wudhu. Lalu Nabi pesan dan nasihat kepada Abdullah bin Umar.

Maknanya walaupun kamu ambil wudhu, ambil wudhu dalam sungai, sungai ni air penuh, tetapi kamu mestilah berjimat dengannya. Dalam konteks ini kita perlu mengambil manfaat, kita perlu menggunakan semaksima mungkin sumber air yang ada di Negeri Terengganu ini supaya kita dapat manfaatkan untuk negeri, untuk rakyat dan seumpamanya.

Di negara kita Malaysia ni saya lihat Negeri Melaka, antara negeri yang telah mewajibkan pemasangan SPAH dalam pembangunan melalui pindaan undang-

undang. Antara kebaikan sistem ini ialah selain mampu mencegah banjir kilat, pemasangan “tuaian hujan” atau dengan izin rainwater harvesting ini boleh membantu mengatasi masalah gangguan air dan boleh menyumbang ke arah teknologi hijau dan kelestarian alam sekitar. Air ini boleh diguna semula dan antara kebaikannya ialah boleh mengurangkan hakisan tanah yang boleh mencemarkan longkang dan perparitan. Tadi pun saya sebut isu longkang dan perparitan. Jadi ini antara cara untuk kita mengatasi masalah ini, dan seterusnya akan mengurangkan kos Kerajaan Negeri itu sendiri, dengan kita manfaatkan air. Air hujan boleh bawa bencana. Macam mana kita kena fikir supaya mudarat ini kita buang terus ataupun kita kurangkan mudarat ini untuk manfaat negeri dan juga rakyat dalam Negeri Terengganu kita ini. Seterusnya, Teras yang kelima. Ini yang keempat yang saya nak sentuh di sini. Teras kelima objektif satu, muka surat 56 berkait dengan kebersihan dan keceriaan.

Saya ucap tahniah kepada Kerajaan Negeri yang telah memperuntukkan satu jumlah kepada aspek ini dan di sini saya bersetuju dengan usaha untuk menganjurkan pertandingan “Kampungku Bersih”. Cuma yang saya bimbangnya ialah program ini mungkin lebih bersifat sementara. Kita anjur program “Kampungku Bersih”. Setiap kampung buat persiapan. Tahun tu sajalah ataupun bulan tu saja tetapi ia tidak berterusan. Oleh kerana itulah saya ingin mencadangkan supaya peruntukan itu perlu juga diberi untuk melaksanakan kempen-kempen kesedaran alam sekitar yang berterusan seperti kempen kitar semula dan kempen tiada penggunaan plastik. Jadi, bagaimana kita hendak menggunakan bajet tersebut supaya kempen itu dibuat secara berterusan bukan bersifat sementara. Saya difahamkan di peringkat agensi Kerajaan Negeri sudah tidak lagi menggunakan botol air, tetapi ada botol kaca. Jadi, ini perlu dikembangkan lagi termasuklah juga untuk rakyat, daripada mengguna plastik-plastik, menggunakan bag daripada kain, kertas dan seumpamanya. Saya beri satu contohlah bagaimana kritikalnya masalah sampah daripada plastik ini, baru ini saya menyertai satu program yang dianjurkan oleh satu NGO, Geng Plastik Hijau, yang turun ke Pantai Pandak, Chendering, saya difahamkan di pantai-pantai lain pun mereka turun juga. Jadi tempat yang saya pergi ini mereka berjaya kutip sampah, plastik di mana beratnya ialah 704 kilogram, cuba bayang hampir satu tan, mereka kutip sampah hanya di kawasan pantai yang kira-kiranya lebih kurang dua kilometer sahaja. Saya diberitahu oleh mereka, mereka pergi ke pantai-pantai lain juga jumlah yang mereka kutip lebih daripada itu lagi. Ada satu tan, ada satu tan

lebih dan seumpamanya, jadi ini benda serius yang perlu kita bincangkan bersama untuk mengatasi masalah ini.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, akhirnya saya ingin mengucap tahniah kepada Kerajaan Negeri pimpinan PAS yang telah berjaya menunaikan sebahagian besar manifestonya dalam PRU-14 yang lepas. Ini menunjukkan PAS bukan sahaja parti yang pandai bercakap tetapi mengotakan apa yang dicakap. Kejayaan ini juga membuktikan satu kajian yang komprehensif dan teliti telah dijalankan sebelum ia dibentangkan kepada rakyat. Orang Terengganu kata manifesto yang „jijok’, bukan sebagaimana setengah parti yang hanya berjanji tetapi akhirnya melopong mulut kerana tidak mampu untuk menunaikan janji tersebut. Kita faham semualah siapakah parti tersebut walaupun tidak ada di sini tetapi sekurang-kurangnya mesej itu sampai kepada rakyat di luar sana. Seterusnya, untuk akhirnya Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon menyokong, sekian dulu.

Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Wakil Batu Buruk, saya buka lagi kepada Wakil yang lain, sila Wakil Bandar.

Ahmad Shah bin MohamedPAS · PNBandar

Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya untuk membahaskan Belanjawan Negeri Terengganu 2022 kali ini.

Hujan lebat pagi dan petang Tanda tengkujuh menjelang tiba Bajet 2022 sudah dibentang Merakyatkan sejahtera untuk semua

Sebelum saya memulakan perbahasan pada hari ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan penghargaan dan juga terima kasih di atas ketegasan dan kecekapan seluruh barisan hadapan negara khasnya sehingga berjaya menjadikan Negeri Terengganu Darul Iman ini beralih ke fasa keempat, Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada Oktober yang lalu sekali gus

lebih membuka ruang sosial terutamanya dari segi ekonomi dan pelancongan untuk bernafas dengan lebih baik. Semoga segala usaha dan amal kebajikan yang telah dilaksanakan diberi ganjaran oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Seperti firmannya di dalam surah Al-Kahfi dalam ayat 88 :

Adapun orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan maka dia mendapat pahala yang terbaik sebagai balasan.

Berdasarkan Tafsir al-Tabari terma sebaik-baik ganjaran yang diberikan itu adalah membawa maksud syurga. Justeru marilah kita mendoakan agar segala jasa pejuang barisan hadapan, khususnya, dikira sebagai amal mahmudah, sekali gus diberi ganjaran dan diredhai oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,

Walau bagaimanapun trend kebolehjangkitan atau R-naught, COVID-19 di Malaysia terus meningkat dan pada awal bulan November ini Terengganu telah mencatat 24 kematian dalam minggu pertama dan penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) COVID-19 juga telah mencecah 84%, bukan satu angka yang kecil. Oleh sebab itu belanjawan Negeri Terengganu pada kali ini dilihat mampu memperkasakan dan mempersediakan rakyat pada saat-saat yang getir seperti ini untuk berhadapan dengan COVID-19 yang belum berakhir.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku kedua pada tahun 2021 telah menunjukkan peningkatan berbanding sebelumnya iaitu sebanyak 19.1%. Ini menunjukkan bahawa trend ekonomi di negara ini semakin memulih secara berterusan daripada penguncupan ekonomi pada suku-suku sebelumnya. Meskipun begitu, Kementerian Kewangan Malaysia juga melaporkan bahawa kita masih berdepan dengan risiko ketidaktentuan ekonomi, sama ada domestik dan global akibat penularan varian baru dan gangguan bekalan vaksin pada masa akan datang. Oleh sebab itu, usaha Kerajaan Negeri untuk menambah peruntukan Tabung Usahawan Terengganu Sejahtera (TUGAS) kepada RM10 juta perlu dilihat satu usaha yang berani untuk terus memperkasakan peniaga-peniaga di negeri ini. TUGAS yang sebelum ini diletakkan di bawah Yayasan

Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) dilihat lebih telah banyak membantu dan membiayai perusahaan mikro, kecil dan sederhana untuk bangkit dan boleh berdiri sendiri. Sebahagian daripada peniaga-peniaga kecil memang berhadapan dengan masalah apabila berhadapan dengan COVID-19 tidak dapat berniaga sebahagian mereka mempunyai modal yang kecil, modal harian dan dengan bantuan yang seperti inilah boleh memberi nafas lega kepada mereka. Hasil tinjauan menunjukkan 70% peminjam dan penerima geran di bawah TUGAS mendapat peningkatan hasil bulanan manakala 30% lagi memperolehi pendapatan yang sama walaupun masih dalam fasa pandemik lagi. Peratus ini menunjukkan usaha Kerajaan Negeri Terengganu menaikkan peruntukan TUGAS adalah sangat significant untuk membantu dan terus memperkasakan IKS di negeri ini. Bantuan bagi peniaga kecil dan penjaja yang terjejas, akibat pandemik juga turut diserta dalam belanjawan akan datang, iaitu sebanyak RM500.00 sehingga RM1000.00 sama ada dalam bentuk tunai atau peralatan kepada bakal 3000 peniaga yang memerlukan. Ini juga jelas menunjukkan salah satu usaha Kerajaan Negeri dalam menyediakan persediaan jika berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada para peniaga sekali gus memperkasakan mereka untuk terus berdiri sendiri dan memakmurkan negeri ini.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,

Kita sedia maklum bahawa Kerajaan Negeri pernah merangka sebanyak 128 program pertanian dalam Pelan Strategik Halatuju Pertanian Negeri Terengganu pada tahun 2019 sehingga 2023 dan dilaporkan bahawa sebanyak 72 program dan 33 projek telah dilaksanakan. Tahniah kepada EXCO Pertanian dan Kerajaan Negeri. Oleh itu, dalam mendepani cabaran semasa pelan ini haruslah dipandang secara significant dan mampu menjadi salah satu solusi bagi meringankan beban rakyat sekali gus memacu ekonomi negeri. Transformasi ini perlu diambil serius kerana realiti Malaysia masih lagi bergantung kepada import makanan dan berada pada tahap yang membimbangkan. Kita tahu bahawa Kerajaan kita masih lagi banyak mengimport makanan daripada luar negara. Justeru itu belanjawan untuk membangunkan kembali tanah terbiar sebanyak RM1 juta serta penyediaan kawasan dan infrastruktur pertanian moden sebanyak RM500,000.00 dilihat sangat bertepatan dan objektif dan idea Dasar Agro Makanan Negara 2021-2030 dan 2.0 antaranya ialah memperkukuhkan sekuriti makanan negara dalam menghadapi krisis pandemik ini dan mengurangkan kebergantungan import makanan daripada luar.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, sidang dewan yang dikasihi sekalian.

Al-Quran juga ada menyebut bahawa pertanian ini juga sebahagian daripada alat yang boleh menambahkan keimanan kita seperti dinyatakan di dalam surah Al-An'am Ayat 99:

Dan dialah yang menurunkan hujan dari langit, lalu kami tumbuhkan dengan air hujan itu segala jenis tumbuhan-tumbuhan, kemudian kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, kami keluarkan pula daripada tanaman itu butir-butir (buah-buahan) yang bergugus-gugus dari pohon-pohon tamar dan mayang-mayangnya, tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta delima yang bersamaan bentuk, rupa dan rasanya dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu pada buahnya apabila ia berubah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang menunjukkan kekuasaan kami bagi orang-orang yang beriman.

Oleh yang demikian peruntukan sebanyak RM7.43 juta khas untuk sektor pertanian ini mampu memberi impak besar kepada persediaan negeri untuk merakyatkan sejahtera untuk semua khususnya penduduk Negeri Terengganu.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,

Pembangunan berlandaskan Islam satu keperluan. Sudah terang lagi bersuluh agenda penghayatan dan pelaksanaan Islam telah diletakkan sebagai salah satu objektif dalam Teras Belanjawan yang kedua. Ini menunjukkan satu keputusan yang sangat signifikan dan menandakan kesungguhan Kerajaan Negeri Terengganu untuk melihat negeri ini berada di bawah lindungan perjalanan

pemerintahan cara yang disuruh oleh agama dan menjayakan tema Merakyatkan Sejahtera untuk semua.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,

Bertepatan dengan statistik terkini daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, populasi rakyat Terengganu yang beragama Islam adalah lebih 97% dan nisbah jenayah indeks pada tahun 2019 telah mencatat angka di bawah aras nasional iaitu sebanyak 105.3 dan kedua terendah selepas Negeri Sabah. Ini merupakan satu perkara yang sangat dibanggakan namun statistik ini tidak menjanjikan kesejahteraan yang berpanjangan jika tiada usaha pengekalan daripada pihak Kerajaan Negeri atas rekod yang baik ini. Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman di dalam surah Ibrahim ayat 24 – 25:

Tidaklah engkau melihat wahai Muhammad bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan iaitu kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik yang pangkalnya akar tunjangnya tetap teguh dan cabang pucuknya menjulang ke langit. Ia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin tuhannya dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia supaya mereka beringat (mendapat pelajaran).

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,

Sesungguhnya Allah telah mendatangkan satu analogi yang sangat baik dan perlu diamati terutama oleh Ahli-ahli Dewan di dalam mencari solusi kepada isu-isu kebejatan sosial yang kian membimbangkan.

Allah telah mengumpamakan satu pokok yang baik adalah asalnya dari akar yang teguh. Begitu juga untuk melahirkan rakyat yang beretika lagi berintegriti. Usaha memperteguhkan akar ataupun asas iman perlulah dipandang serius oleh Kerajaan Negeri. Ini kerana hanya di atas asas agama yang kukuhlah akan melahirkan rakyat yang sejahtera sama ada daripada fikiran mahupun tindakan mereka.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,

Fokus belanjawan untuk memartabatkan sistem serta kefahaman syariah perlu dilihat sebagai usaha untuk memperkukuhkan lagi akar agama serta memandu rakyat akan batasan kehidupan berlandaskan agama sekali gus memelihara kesejahteraan rakyat negeri ini. Belanjawan bagi merancakkan program dakwah serta mega juga adalah sangat wajar diketengahkan dalam bajet belanjawan kali ini. Sudah menjadi satu kebiasaan program mega yang meraikan alim ulamak telah mendapat bajet khusus dalam belanjawan Kerajaan Negeri.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,

Saya ingin merakamkan ucapan syabas di atas segala yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan barisan EXCO kita yang menunjukkan prihatin kepada kepentingan rakyat. Mudah-mudahan negeri ini menjadi sebuah negeri yang termasuk di dalam firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala

Sebelum saya mengakhiri ucapan, dua rangkap pantun,

Negeri Terengganu negeri berdaulat Di bawah pemerintah raja bijaksana Rakyat Terengganu rakyat yang hebat Banyak kejayaan sudah dicipta

Berpagi hari turun ke pekan Singgah membeli keropok sira Usaha yang baik perlu diteruskan Terengganu Maju, Berkat, Sejahtera

Dengan itu, ADUN Bandar memohon menyokong belanjawan ini.

Yang di-Pertua

Terima kasih kepada ADUN Bandar. Sekarang saya persilakan Wakil Hulu Besut.

Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan serta pemerhati yang dirahmati Allah sekalian. Syukur kepada Allah kerana saya dapat juga bangun untuk membahas ucapan Belanjawan 2022 pada pagi ini dan saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut membahas Belanjawan 2022 dan saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah juga kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah berjaya membentang Belanjawan 2022 pada hari ini kepada kita semua. Sebelum saya membahas belanjawan ini suka juga saya hendak menyentuh sedikit berkaitan dengan pilihan raya di Melaka kerana sebenarnya pilihan raya di Melaka memberi kesan juga kepada perpaduan rakyat Terengganu. Saya berkata memberi kesan kepada perpaduan rakyat Terengganu kerana PAS telah membuat keputusan untuk bersama dengan BERSATU. Tidak lagi ada muafakat di antara PAS dengan UMNO di Melaka. Sedikit saya ingin menggambarkan sejarah bermulanya muafakat antara PAS dan UMNO ini. Setelah PH menjadi Kerajaan Persekutuan banyak kerugian yang telah dialami oleh melayu Islam di negara kita ini sebagai contohnya kalau di Terengganu, kalau sebelum PH menjadi Kerajaan, Hotel Tabung Haji ada di Kuala Terengganu yang menjadi kebanggaan orang Islam, orang Terengganu kerana adanya Hotel Tabung Haji di Kuala Terengganu. Tetapi apabila PAS menjadi Kerajaan, Hotel Tabung Haji di Kuala Terengganu sudah ditukar dengan nama lain. Mungkin itu di antara bermulanya titik tolak orang melayu, orang Islam di negara kita dan khasnya di Terengganu, parti PAS, parti UMNO bergabung kerana melihat akibat perpecahan ini membawa kerugian kepada orang melayu orang Islam di negara kita dan khasnya di Terengganu.

Maka, Presiden PAS, Presiden UMNO bertemu mata untuk membincangkan perkara ini. Akhirnya keputusan dibuat, Muafakat Nasional ditandatangani dan disambut dengan kegembiraan seluruh orang melayu orang Islam. Saya juga turut berhimpun di Stadium Negeri untuk melihat Muafakat Nasional ini ditandatangani di Terengganu. Bukan sedikit yang menangis kegembiraan, mengalir air mata, inilah sejarah orang melayu berhimpun untuk bersatu. Ada yang mengalirkan air mata kerana pada masa itu mereka melihat melayu PAS,

melayu UMNO akan bersatu kembali. Menitis air mata. Bukan sedikit rata-rata boleh dikatakan yang berumur 50 macam saya ini, 60 macam saya, dia kata inilah masanya dia melihat orang melayu ini bersatu di Stadium Negeri. Rasa kegembiraan mengalir air mata. Tapi bila pilihan raya di Melaka, kita melihat sekali lagi orang tua macam saya ini, tua tapi semangat muda turut mengalir air mata kerana PAS dengan UMNO tidak lagi ada muafakat. Kemungkinan selepas ini akan ada lagi perkara-perkara yang sebelum ini yang menyebabkan melayu Islam khasnya di Terengganu berpecah semula. Kalau sebelum ini kita dengar cerita sembahyang dua imey, lepas orang UMNO jadi tok imey, orang PAS pikul tok imey gi ke belakey orang PAS pulok jadi tok imey di depan. Sembahyang suku-suku…

Yang Berhormat, minta laluan…

Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Sembelih orang UMNO, orang PAS tokleh makey ada pulak lepas ini. Ini masa saya, saya tok wi…

Yang di-Pertua

Yang Berhormat Wakil Tepoh minta laluan.

Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Nikah sapa dua kali. Saya tok wi pasal masa terhad. Ada sembilan minit lagi, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua.

dok, kekeliruan Yang Berhormat, kekeliruan…

Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Mungkin lepas ini akan ada lagi perkara yang sebegini maka mengalir semula air mata…

Yang Berhormat Dato’..

Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Orang melayu Islam.

Yang di-Pertua, atas sifat gentleman kena bui..

Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Dan dilihat pada saya…

Takdok orang PAS pikul tok imam wat tubek…

Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Pada saya…

Reka mana hok tu?...

Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Ini masa saya. Saya tok wi lagi. Sikit lagi…

Doh maksud mana tu, contoh…

Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Pasal saya takut saya terlupa apa saya nak cakap. Sabar dulu…

Tak sabarlah ni. Sebab banyak doh tu. Jadi beri peluang pada…

Yang di-Pertua

Minta laluan Yang Berhormat. Kata nanti nak pakat.

Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Okey, okey, saya bagi.

Terima kasih Yang Berhormat. Saya berhasrat nak tanya pada Hulu Besut, bila bercakap tentang perpaduan, kita nak sangat perpaduan ini. Wakil Hulu Besut merujuk ataupun tidak piagam Muafakat Nasional? Jadi saya cadang supaya perhalusi semua isi kandungan piagam Muafakat Nasional untuk kita lihat

sejauh mana dakwaan yang telah dibuat oleh Hulu Besut sebentar tadi. Jadi saya nak tanya, piagam itu dirujuk ataupun tidak dalam ucapan Yang Berhormat?

Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Terima kasih Yang Berhormat Tepoh. Memang saya pun baca. Atas nama muafakat pun maksudnya muafakat pun dah orang faham. Muafakat ni pakat. Tok baloh. Baik. Berkerjasama. Itu maksud muafakat. Atas muafakat tu orang dah faham. Orang melayu Islam dah faham dah muafakat. Tak payah saya cerita lanjut maksud muafakat…

Muafakat kerjasama atas naratif melayu dan Islam…

Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Orang dah tahu dah…

Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Tapi…

naratif…

Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

bila…

melayu Islam. Jadi, Yang Berhormat jangan kelirukan Dewan kata PAS nak berpecah dan seumpamanya. Dok…

Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Saya tak ter..

Dia tetap di atas perpaduan

Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya nak bercakap. Orang dah faham dah muafakat ni gapo benda maksud. Bukan baloh maksud dia. Baik. Ke muafakat ni maksud baloh? Dok. Baik…

Sebelum pilihan raya Melaka Yang Berhormat.

Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Di Melaka…

Terengganu ni, panas sokmo doh. Kita suruh baik sokmo, peruntukan kita beri. Tak betul Yang Berhormat kata begitu. Tak betul…

Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Dok, saya royak ni cerita hal kesan kepada perpaduan melayu Terengganu di Melaka, apabila PAS membuat keputusan tak baik dah dengan UMNO, takdok dah muafakat, haa gitu. Bahasa mudah. Jadi ini memberi satu kesan kepada orang muda sebagaimana kata Yang Berhormat Batu Buruk tadi, kalau nak lihat orang muda hari ini pada masa depan, tengok orang muda hari ini. Tetapi parti PAS hari ini, seolah-olah mengkhianati orang muda. Mengajar orang muda supaya dulu berjanji nak baik, sampai masa tak baik. Kalau dulu kita menyemai nilai-nilai murni di kalangan orang muda supaya kita jangan baloh, bersatu-padu, tapi apabila PAS membuat keputusan di Melaka, seolah-olah mengajar orang muda supaya tidak ada nilai-nilai murni, pakat berpadu. Ini mengkhianati orang muda. Orang muda yang melihat PAS ini, apa bendalah ini. Dulu dilihat diajar untuk bersatu. Tapi hari ini mengajar pula mereka untuk tidak bersatu. Mengkhianati orang muda. PAS mengkhianati orang muda…

Yang Berhormat Hulu Besut, mohon mencelah.

Yang di-Pertua

Soalan.

Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Saya ada masa 5 minit lagi. Ini masa saya nak cakap soal belanjawan.

Siapa dia yang menjatuhkan kerajaan di Melaka tu?...

Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

PAS mengkhianati perpaduan. PAS mengkhianati orang melayu. Pakat molek, sapa masa, toksey pakat. Mengkhianati orang melayu. PAS mengkhianati orang melayu…

Ahmad Shah bin MohamedPAS · PNBandar

Minta laluan Yang Berhormat. Yang Berhormat minta laluan

Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Masa ada empat minit. Minta maaf

Ahmad Shah bin MohamedPAS · PNBandar

Yang Berhormat cakap berkenaan dengan politik, waktu perbahasan untuk bajet

Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Bukan politik. Ini memberi. Sebab tu kita kata tadi bila

Ahmad Shah bin MohamedPAS · PNBandar

Kalau Yang Berhormat nak sebut tentang pilihan raya …

Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

pilihan raya di Melaka memberi kesan kepada perpaduan melayu di Terengganu…

Ahmad Shah bin MohamedPAS · PNBandar

Yang Berhormat, kita ajak pada perpaduan kan…

Yang Berhormat, dia pasir sama pasir dia baloh pahtu dia kata ke kita. Tu yang susah ni.

Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

pilihan raya di Melaka memberi kesan kepada perpaduan melayu di Terengganu kerana saya bimbang lepas pada ini

Dok melayu sama melayu di Melaka tu

Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

timbul pula cerita kena nikah dua kali

Yang Berhormat

Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

sembahyang suku

Melayu sama melayu tu

Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

sembelih orang UMNO dokleh makey…

baloh kerana pasir ke, tiba-tiba kata kita hok buat pecah

Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Itu yang akan berlaku

Dok betul tu Yang Berhormat

Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Balik semula, akan berlaku

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Nak tanya PM, PM kita daripada mana

Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

kalau sidang dewan akan datang ni, kalau benda ni, tak pilihan raya kita tengok. Akan ada semula orang UMNO sembelih, orang PAS takleh makan pasal baloh semula. Baru ni molek-molek doh. Boleh sembahyang sekali doh. Lupa doh, doh

kita lupa doh benda tu. Pasal kita nak perpaduan. Kita lupa doh toksey doh, orang UMNO pun toksey doh benda tu. Kita nak perpaduan melayu…

Sulaiman bin SulongPAS · PNPengkalan Berangan

Yang Berhormat, minta laluan

Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Kita nak bina negeri kita supaya maju

Sulaiman bin SulongPAS · PNPengkalan Berangan

Melaka itu, siapa sembelih siapa?

Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Melaka itu betul tapi saya royak takdok muafakat antara PAS. Saya dulu bercakap bangga doh orang melayu orang Islam di Terengganu, PAS dengan UMNO bersatu padu doh. Saya pun mengalir air mata..

Masa tu UMNO menjatuhkan UMNO. Terima kasih

Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Tak apa lah kata gitu. Tapi saya melihat ini dan orang muda pun, saya rasa kalu tanya orang muda, orang muda pun sedih pasal orang tua PAS duk ajar dia ni belawok, orang PAS duk ajar dio ni tak sir buwi bersatu, orang muda pun sedih, soh ko kita orang tua ni. PAS mengkhianati orang muda, orang Terengganu pada saya. Dan sebelum tu jugok saya nak masuk sikit hal belanjawan.

Khianat kut mana pulok PAS.

Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Saya jugok nak ucap Selamat Hari Jadi kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Kena ingat hok khianat sebenar tu sape tapi kita ni lapang dada doh.

Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Betul.

YANG BERHORMAT DATO’ SERI Dr. HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Yang Berhormat Dato’ Yang Di-Pertua, penjelasan.

Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Betul, Pemimpin PAS, saya tak nampak, orang atas buat keputusan

YANG BERHORMAT DATO’ SERI Dr. HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Hulu Besut, Hulu Besut minta laluan sekejap. Hulu Besut minta laluan sekejap

YANG BERHORMAT DATO’ SERI Dr. HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Tak payoh ungkitlah sape semeleh sape. Ni politik namanya Terengganu pernoh berlaku awal sekali, tahun 61…PAS semeleh PAS jugok. Aaa jangan ulang orang ingat belake sejaroh Yang di-Pertua. Terima kasih.

PAS semeleh PAS guano pulok

YANG BERHORMAT DATO’ SERI Dr. HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Mu tau dok tahun 61, undi dok caye Dewan

Royak ah. Kita nok tahu ah ni, tu kita tanya

YANG BERHORMAT DATO’ SERI Dr. HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Undi dok caye kepada PAS tahun 61

Apa menda

YANG BERHORMAT DATO’ SERI Dr. HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Amenda apa Kerajaan PAS kan memerintah Terengganu dulu.

Hoo. lepas tu

YANG BERHORMAT DATO’ SERI Dr. HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Doh pahtu undi tak caye Kerajaan PAS, termasuk orang PAS sendiri. Tak tahu sejarah, jangan racun

Tak tahu, tu yang kita tanya apa berlaku.

Yang di-Pertua

Okay Yang Berhormat Wakil Hulu Besut, teruskan

YANG BERHORMAT DATO’ SERI Dr. HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Mu beranok dok lagi tahun 61, mu beranok dok lagi

Yang di-Pertua

Masa Yang Berhormat Hulu Besut ada sikit lagi

YANG BERHORMAT DATO’ SERI Dr. HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Apa yang bodo ngat

YANG BERHORMAT DATO’ SERI Dr. HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Sape bodo pun kita boleh tengok. Royalti tu sape dia yang tarik

Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat cuba control, cuba control

NG BERHORMAT DATO’ SERI Dr. HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Dakpelah, hey menda ape mung kata

Jaga melayu sangat, sape dia tarik

YANG BERHORMAT DATO’ SERI Dr. HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Tahun 61 PAS undi dak caye ke PAS jugok

Tak apalah, sape dia tarik royalti kerana melayu

YANG BERHORMAT DATO’ SERI Dr. HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Guana mu bangkit tah ke lain pulok, takdi mu cakap hok yang pertama

Doh tadi cakap pasal perpaduan melayu.

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

bolok nguh

YANG BERHORMAT DATO’ SERI Dr. HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Hal perpaduan ah ni bodo

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

bolok ngat Kijal tu, guana yang bolok ngat tu

hok lebih teruk orang tua bodo

Sulaiman bin SulongPAS · PNPengkalan Berangan

Kijal, sabor sikit. Malu ke orang muda ni.

Malu ke budok-budok.. malu ke budok-budok

Yang di-Pertua

Bertenang bertenang.

Sama bodo ah kalu gitu

Yang di-Pertua

Bertenang. Bertenang sekejap sekejap, saya nak buat ruling sekejap. Saya ingat Yang Berhormat Wakil Kijal pun tok sohlah sebut sangat kalimah-kalimah macam tu. Tidak bersopanlah. Saya tak nak gunalah kuasa saya, cuma saya ingat jangan ah…

YANG BERHORMAT DATO’ SERI Dr. HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Maaf Dato’ Yang di-Pertua, saya memang pesen gitu, kalu samseng saya samseng kalu lembut takdok hal

Dakpe samseng belake ni tapi kita hormat Dewan ni.

Yang di-Pertua

Yang Berhormat, kita berada dalam…

Kalu nok samseng kita boleh samseng ni

YANG BERHORMAT DATO’ SERI Dr. HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Okey, aku tunggu mung

Hor.. tak dok masaloh. Bereh

Yang di-Pertua

Kita berada di dalam Dewan yang mulia, jadi sebagaimana ucapan saya dalam persidangan awal baru ni, saya harap semua sekali kena bertenang, kena mengikut standing orders dan tidak ada mana-mana pihak yang dibenarkan untuk menggunakan platform Dewan ini dalam perkara-perkara yang tidak perlu sebenarnya. jadi saya minta ni Wakil Hulu Besut, saya bagi masa seminit je menghabiskan.

Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya juga nak ambil peluang nak sentuh mengenai bajet yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Saya juga ingin ucap terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana pada tahun hadapan disediakan duit untuk sambutan Hari Raya i-Fitri namanya, kalu masa UMNO dulu Bantuan Dana Raya, hok ni i-Fitri, tak apalah i-Fitri ko, Dana Raya ko yang pentingnya duit raya tu akan dapat kepada penduduk ataupun rakyat kita di Terengganu. Cuma saya nampak pemberian ini nak pilihan raya ni bakali dok, kerana sebelum ni Yang Amat Berhormat Menteri Besar kata kalu wi pitis pun tak dan enam bulan ni habis, baik tak beri, sebab tu lah dua tahun sebelum ni tak buwi tak apa, hok dua tahu tak buwi tu tak apa, cuma saya nak ambil peluang ni nak ucap kalu bagi pitih raya tahun depan ni jangan pilih bulu lah, wi belako lah ko orang UMNO ko orang PAS dok, walaupun mungkin sikit lagi sebagaimana saya kata tadi lepas ceramah lepas pilihan raya di Melaka ni akan ada ceramah serupo saya sebut tadi, kita harap di Terengganu ni, di Terengganu.

Yang di-Pertua

Abiskan kalimah akhir Yang Berhormat.

Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Ok, di Terengganu kita jangan ulang lagilah perkara-perkara tu, kita pakat molek antara orang melayu PAS orang melayu UMNO ni. Itulah harapan saya. Itu saja, ada silap saya pohon maaf. Sekian.

Yang di-Pertua

Terima kasih Wakil Hulu Besut, saya nak buka lagi Wakil Wanita, cuma sekali lagilah saya nak ingatkan Peraturan-peraturan dan Perintah Tetap Dewan supaya dihormati supaya kita tidak mencemar perjalanan Dewan ini dalam perkara-perkara yang tidak perlu, umpamanya dalam Perkara 46 Peraturan Dewan dan Perkara 46 (13) seorang Ahli Dewan dilarang untuk menggunakan bahasa yang cemar ataupun mencela. Sila Wakil Wanita.

Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Haji Yahaya Ali, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Samsuri Mokhtar, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua-ketua jabatan serta hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian. Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas pengumuman Bajet 2022 yang banyak menimbulkan reaksi positif daripada rakyat Negeri Terengganu. Bajet 2022 bertema Merakyatkan Sejahtera Untuk Semua. Lima Teras telah digariskan menepati hasrat rakyat secara keseluruhannya. Ia turut diperkukuhkan dengan 22 strategi dan 147 inisiatif. Sepintas lalu pelbagai bentuk insentif khusus kepada wanita disediakan dalam Belanjawan 2022 kali ini. Jelas menunjukkan bahawa wanita turut diberi perhatian dan keutamaan. Terlebih dahulu jutaan terima kasih kepada pihak kerajaan atas kecaknaan terhadap isu-isu yang telah saya lontarkan dalam siri sidang yang lepas. Saya berbesar hati dengan keperihatinan pihak kerajaan atas usaha mereliasasikan saranan yang dikemukakan sebagai contoh Pusat Autisme Sejahtera Terengganu, Majlis Sosial Negeri Terengganu, Kompleks Wanita Sejahtera, Dasar Wanita Terengganu dan Baitul Ummi, terima kasih saya ucapkan. Saya juga ingin menzahirkan rasa

syukur atas perhatian terhadap masalah kesihatan mental di kalangan rakyat Terengganu khususnya Wanita. Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dato’ Dr. Kasmaini Embong, seramai 2,144 individu telah mendaftar dan mendapatkan rawatan di Pusat Kesihatan Mental Masyarakat (MENTARI). Kenyataan ini jelas menunjukkan keperluan dalam kalangan rakyat bagi mendapatkan rawatan kesihatan mental selari dengan usaha Kerajaan yang akan menawarkan khidmat rawatan secara percuma di hospital dan juga pusat kaunseling terpilih di Negeri Terengganu. Jutaan terima kasih dan tahniah saya tujukan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan usaha bagi mencapai aspirasi Negeri Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera.

Dato’ Yang di-Pertua, dalam sidang belanjawan yang lepas Kerajaan Negeri Terengganu telah memberikan insentif lanjutan bagi tahun ketiga bantuan caruman skim bencana kerja pekerjaan sendiri di bawah PERKESO. Caruman ini telah melibatkan pemandu kereta sewa dan bas persendirian serta caruman baharu adalah kepada penarik beca di negeri ini. Tahniah saya ucapkan. Kemudahan caruman percuma ini melalui dana khas seramai 515 orang pencarum. Langkah ini jelas menggambarkan seriusnya kerajaan dalam memelihara segenap aspek kebajikan rakyat. Usaha yang dilakukan telah meletakkan Kerajaan Negeri Terengganu sebagai penanda aras kepada negeri lain di Malaysia. Terengganu menjadi negeri pertama yang amat prihatin kepada rakyat bukan sahaja dengan memberi insentif dalam bentuk wang ringgit malah menjaga keselamatan sosial rakyatnya. Penyediaan safetynet dengan izin seumpama ini amat membantu terutamanya apabila pencarum terlibat dalam musibah dan kemalangan. Sekali gus memelihara kebajikan ahli keluarga yang lain. Situasi seperti kekurangan sumber kewangan dapat dikurangkan dan membantu meningkatkan daya tahan isi rumah pasca kecemerlangan. Bertepatan dengan Teras 1, memperkuat daya tahan isi rumah dalam pembentangan Belanjawan 2022 semalam, di sini saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan agar dapat membiayai bantuan caruman Skim Pekerjaan Sendiri (SPS) kepada wanita. Seperti dimaklumi wanita Terengganu ramai menjalankan perniagaan kecil-kecilan di rumah seperti menjadi tukang jahit, membuat kuih, jual goreng pisang, usahawan dan berniaga di atas talian. Maka dengan itu dengan ada usaha yang bantuan caruman ini dapat membantu golongan sasar yang terlibat bagi mendapatkan perlindungan apabila berhadapan dengan situasi di luar jangka seperti kemalangan dan kecederaan di tempat kerja. Pada di peringkat permulaan ia boleh dilaksanakan kepada peniaga-peniaga wanita yang berdaftar dengan

kelab ataupun persatuan peniaga di Negeri Terengganu. Hasilnya, kebajikan dan kelangsungan hidup wanita dan kestabilan ekonomi keluarga lebih terjamin.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, merujuk kepada Teras kedua Objektif keenam iaitu mengembangkan kecemerlangan Pendidikan. Saya mengambil peluang di Dewan yang mulia ini dengan mencadangkan pemerkasaan ilmu kepada wanita. Ilmu merupakan perisai hidup yang utama bagi wanita dalam menghadapi cabaran kehidupan selari dengan peredaran zaman selain ilmu untuk memenuhi keperluan hidup wanita juga perlu mempunyai ilmu untuk memelihara kehormatan diri. Ilmu untuk mendirikan rumah tangga, ilmu untuk mendidik anak-anak, ilmu untuk bergaul dengan rakan taulan dan ilmu untuk menyatakan kebenaran. Dengan ilmu wanita akan jadi lebih berani dan bersedia dalam menghadapi pelbagai situasi kehidupan. Tanpa ilmu wanita akan lebih mudah ditindas dan diskriminasi. Tanggungjawab wanita sebagai isteri dan ibu tidak sepatutnya menghalang wanita untuk menuntut ilmu, menyampaikan ilmu dan menjadi pakar dalam satu-satu bidang ilmu. Apatah lagi dengan peranan wanita untuk mendidik generasi pada era ini, keperluan menjadi ibu yang berilmu menjadi sangat kritikal. Maka dengan itu, perlu ada usaha yang padu bagi memperkasakan wanita untuk memiliki sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Ini ialah kunci utama untuk melanjutkan pelajaran secara formal dan nonformal juga sebagai tiket bagi mendapatkan pekerjaan. Budaya ilmu dari kalangan wanita perlu dipandang secara serius kerana wanita berperanan besar dalam membentuk institusi kekeluargaan serta masyarakat yang lebih sempurna.

Untuk mengimplementasikan Pendidikan berteraskan nilai dan program Pendidikan baik secara formal dan nonformal pihak berwajib perlu bertanggungjawab menyediakan prasarana yang bersesuaian bagi memastikan pembelajaran wanita adalah kondusif.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, memandangkan Kerajaan Negeri bakal merancakkan sektor perindustrian berasaskan Sains Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik ataupun STEM maka menjadi satu keperluan untuk menyediakan tenaga kerja yang ramai. Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Pusat Kecemerlangan Sains Data, penglibatan wanita dalam industri kejuruteraan sains dan teknologi hanyalah 28% berbanding dengan lelaki. Menurut Penyelaras bagi Persidangan Antarabangsa mengenai Wanita dalam Sains, Teknologi dan Inovasi, Dr. Noor Hasnah Mohamed Khairullah

berkata, antara faktor meyumbang kepada masalah ini ialah wanita terpaksa berdepan persepsi yang menganggap mereka kurang layak terbabit dalam bidang STEM ini dan idea mereka sering didiskriminasi dan juga sumbangan mereka tidak dihargai. Hal ini bukan sahaja merugikan organisasi malah memberi kesan jangka masa panjang kepada penglibatan wanita dalam sektor ini. Wanita berhak untuk menguasai ilmu dan kemahiran STEM. Memandangkan bidang ini memerlukan kos yang lebih tinggi dan mengambil masa yang lebih panjang maka ahli keluarga dan pihak berwajib wajar memberikan sokongan dan galakan kepada wanita yang berminat untuk menceburi bidang tersebut. Bagi memastikan kapasiti dan keutamaan wanita sentiasa meningkat dalam semua sektor, pihak berautoriti perlu menyediakan pendidikan formal, informal dan nonformal yang kekal relevan dengan keperluan semasa. Sinergi antara agensi pendidikan kerajaan, sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan di peringkat nasional dan antarabangsa perlu ditambah dan dipelbagaikan bagi memastikan sumber maklumat dan kepakaran dalam bidang pendidikan adalah terkini dan mengikut peredaran zaman. Strategi yang paling ampuh ialah melalui Pembudayaan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH). Warkah ini perlu bagi memberi peluang kepada wanita melengkapkan potensi diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran ke arah pembentukan masyarakat yang berilmu. Wanita yang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi serta membudayakan PSH ini akan membawa perkembangan positif kepada diri mereka sendiri sekali gus mengubah imej stereotaip wanita. Pelbagai pihak perlu menyokong pembudayaan PSH ini bagi memastikan wanita hidup dengan produktif serta meningkatkan potensi diri. Ini adalah grand design dengan izin untuk memacu wanita Terengganu, wanita berilmu.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, dalam sidang yang lepas, saya telah lontarkan isu sosial yang melibatkan wanita. Sidang kali ini saya ingin mencadangkan beberapa solusi dan peranan kita untuk memberi pendidikan tentang hak-hak wanita dari segi undang-undang. Saya mengambil kesempatan untuk berkongsi senario pada hari ini apabila kurang kesedaran dalam kalangan wanita tentang hak dan undang-undang akan menyebabkan diskriminasi terhadap wanita dan membuka ruang kepada setengah pihak untuk mengambil kesempatan. Wanita di negara dan khususnya di negeri ini perlu tahu hak dan undang-undang yang melindungi mereka sekiranya berlaku jenayah seperti rogol, cabul, keganasan rumah tangga dan juga gangguan seksual di tempat kerja. Selain itu, kecenderungan wanita menggunakan kemudahan teknologi pada hari ini khususnya telefon pintar untuk menguruskan kerja dan bersosial

mendedahkan diri mereka sebagai mangsa ancaman siber dan juga kecurian identiti. Prinsip menghormati dan mengangkat hak serta martabat wanita telah dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan. Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan menjelaskan bahawa semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang. Jelas, Perlembagaan Malaysia mengiktiraf semua golongan di Malaysia dan mendapat perlindungan yang sama rata tanpa membezakan antara agama, bangsa dan jantina seseorang. Di sudut Islam martabatkan wanita tidak pernah dipandang rendah tetapi perlu diingat bahawa Islam tidak pula menyamakan peranan antara lelaki dan perempuan. Apa yang penting Islam menghormati kaum wanita dan mengangkatnya dengan darjat tinggi mengikut lunas-lunas Islam. Oleh itu wanita hendaklah sentiasa dilindungi dan diiktiraf sebagai individu yang boleh memberikan sumbangan dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan negara. Antara program yang dicadangkan adalah sebarang ilmu literasi undang-undang sehingga ke peringkat akar umbi seperti mengadakan kursus, bengkel, ceramah serta menyebarluaskan maklumat melalui media cetak dan elektronik.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, dalam ruang masa yang singkat ini, suka saya menyentuh isu sosial rapat dengan wanita, dunia digital ini semakin mendapat tumpuan dalam pelbagai lapisan masyarakat. Perniagaan secara atas talian menjadi pilihan kebanyakan golongan pada hari ini untuk mencari pendapatan. Usaha seperti ini sangat bagus bagi meningkatkan taraf hidup masing-masing. Namun begitu, terdapat perkara yang perlu dilihat semula dalam usaha menarik pelanggan untuk mengunjungi jualan langsung ataupun live dengan izin yang diadakan. Sebenarnya terdapat segelintir dan saya sendiri menerima aduan terdapat peniaga wanita di negeri ini yang tidak mengambil berat tentang penampilan yang sopan, tambahan pula penggunaan ayat ataupun perkataan berunsur lucah yang tidak bersesuaian untuk tatapan orang ramai di ruang media sosial. Turut diburukkan lagi dengan dialek Terengganu yang digunakan secara tidak langsung memberi satu stigma negatif terhadap rakyat Negeri Terengganu. Jika dibiarkan berterusan hal ini menjadi normalisasi bagi perkara yang bertentangan dengan syariat Islam dan adat ketimuran. Oleh itu, saya menyeru agar tindakan pemantauan, penguatkuasaan dan sekatan dapat dilakukan bagi content dengan izin yang saya sebutkan tadi. Tindakan ini penting bagi mendidik pelaku yang terlibat dan memelihara nama baik agama Islam itu sendiri.

Dato’ Yang di-Pertua, hujah saya yang terakhir, walaupun Kerajaan telah pun menawarkan pelbagai inisiatif untuk melahirkan masyarakat yang sejahtera, namun perlu diingatkan bahawa peranan wali, wali memainkan peranan yang sangat penting dalam mencapai matlamat tersebut. Wali adalah satu amanah yang dipertanggungjawabkan kepada golongan lelaki secara umumnya untuk menjaga dan memastikan urusan orang yang berada di bawah tanggungannya sentiasa mendapat kebaikan dan terhindar dari sebarang keburukan termasuklah dalam soal perkahwinan, pemberian nafkah, penasaban dan seumpamanya. Kepentingan wali terhadap wanita adalah bersandarkan kepada hukum syarak di mana Allah Subhanahu Wa Ta’ala meletakkan tanggungjawab kepada lelaki lebih daripada perempuan. Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala dalam surah An-Nisa’, ayat yang ke 34 yang bermaksud,

“kaum lelaki adalah pemimpin bagi Wanita kerana Allah telah melebihkan orang lelaki atas wanita dan juga kerana orang lelaki telah membelanjakan dari harta mereka”.

Justeru itu, peranan wali perlu diperkasakan dengan menambah baik dan merangka modul bersesuaian, sebagai contoh kesedaran ini boleh terapkan melalui kursus pra perkahwinan. Sebagai penutup, besar harapan saya, besar harapan rakyat Terengganu agar Belanjawan 2022 ini memberi manfaat secara menyeluruh kepada rakyat, bertepatan dengan tema “Merakyatkan Sejahtera Untuk Semua”.

Dari Terengganu pergi ke Kedah Singgah sebentar di Tanjung Tokong Bajet 2022 dibentang sudah Wakil Wanita mohon menyokong

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Wakil Wanita. Saya teruskan lagi perbahasan bajet ini, sila Wakil Kemasik.

YANG BERHORMAT Ir. SAIFUL AZMI BIN SUHAILI (Wakil Kemasik):

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad , ahli keluarga baginda serta seluruh para sahabat .

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, rakan-rakan Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, para pemerhati termasuk yang dalam talian, tuan-tuan, puan-puan yang dirahmati Allah sekalian. Pada kesempatan yang diberikan kepada saya pada hari ini, izinkan saya untuk merakamkan ucapan penghargaan terhadap Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar di atas pembentangan Belanjawan 2022 dengan tema “Merakyatkan Sejahtera Untuk Semua”.

Terengganu indah dijaga bersama Flora dan fauna pelbagai mergastua Kerajaan memerintah penuh saksama Merakyatkan sejahtera untuk semua

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mulakan ucapan saya dengan turut merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua petugas barisan hadapan, kesihatan, keselamatan dan sukarelawan yang bersiap siaga dan bertungkus lumus setiap masa untuk mengawal pandemik dan memberikan bantuan kepada yang memerlukan. Semoga kita semua dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Tema Belanjawan 2022 Terengganu Darul Iman “Merakyatkan Sejahtera Untuk Semua” yang dekat dengan denyut nadi rakyat yang sentiasa mengharapkan keprihatinan dan kekuatan Kerajaan dalam usaha meringkankan beban rakyat terutama dalam berhadapan dengan pandemik COVID-19. Seterusnya kembali bangun dan mengembangkan kesejahteraan untuk semua susulan berpindahnya kita kepada fasa endemik.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, di bawah Teras pertama, memperkuat dayakan isi rumah, Objektif Kedua menggalakkan keusahawanan dan meningkatkan keupayaan kendiri, kita dapati sebahagian rakyat kita telah mempunyai minda usahawan. Mereka telah mengikuti latihan asas dan telah pun menjalankan kerja-kerja keusahawanan dam perniagaan dalam bidang

masing-masing. Malah, sebahagiannya telah mendapat pembiayaan untuk mengembangkan perniagaan mereka. Namun, mereka hanya mampu berada di dalam pagar rumah masing-masing. Mereka tidak mampu lagi berkembang melepasi kekangan tersebut. Mereka hanya mampu menjalankan kerja-kerja sebagai contoh kimpalan di tepi rumah mereka dan ada yang terpaksa menutup perniagaan mereka apabila mendapat laporan daripada jiran-jiran kerana bising dan sebagainya. Ada pula yang menjalankan kerja-kerja mengecat kereta juga di tepi rumah mereka tidak mampu berkembang kerana kekangan kawasan kerja. Ada pula yang menceburi bidang pembuatan makanan halal tetapi tidak dapat berkembang kerana kekangan tempat untuk meningkatkan operasi mereka disebabkan kekangan lokasi kerja, seterusnya mereka tidak mampu masuk ke pasaran yang lebih besar disebabkan tidak mampu untuk mendapatkan pensijilan halal dan sebagainya. Untuk maklumat, kedai atau bengkel untuk usahawan bagi mereka berkembang maju di dalam DUN Kemasik sangat sedikit, malah mungkin boleh dikatakan tiada melainkan hanya untuk sektor berkenaan minyak dan gas serta sektor hilirannya yang dibangunkan di Kawasan Perindustrian Kerteh dan juga Labohan. Justeru kami memohon perhatian yang sewajarnya daripada pihak kerajaan untuk mempertimbangkan pembinaan bengkel atau kedai untuk usahawan-usahawan PKS di DUN Kemasik bagi mereka terus berkembang maju. Ada daripada mereka berkelulusan diploma dan ijazah dalam bidang yang mereka ceburi dan telah mengikuti pelbagai latihan namun tidak dapat berkembang kerana kekangan kawasan ataupun bengkel untuk mereka berniaga. Perhatian daripada pihak kerajaan untuk menyediakan kawasan PKS baharu di DUN Kemasik, insya-Allah akan mampu mempercepatkan lagi perkembangan PKS tersebut, ia termasuk menyediakan platform pemasaran digital yang lebih baik untuk dimanfaatkan bersama, sama ada untuk usahawan baharu mahupun yang sedang meningkat.

Dato’ Yang di-Pertua, Geran Tunas Usahawan yang diperuntukkan oleh kerajaan pada Belanjawan 2022 ini, dipohon agar dapat diagihkan sekata mengikut DUN-DUN. Ramai usahawan ataupun rakyat mengadu dan memohon bantuan daripada pejabat-pejabat ADUN dan penyelaras DUN termasuk semasa kami menjalankan program perjumpaan dan kerjasama usahawan dan ADUN. Namun ia sedikit menyukarkan kami untuk mengurus atau membantu mereka kerana tiada agihan yang jelas terhadap peruntukan mengikut DUN-DUN. Justeru kami berharap, peruntukan RM2 juta untuk Geran Tunas Usahawan, TUGAS serta bantuan-bantuan lain yang diperuntukkan dapat melibatkan DUN-DUN dalam menjayakannya.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Kemasik mengalu-alukan pelbagai bantuan one-off yang diperuntukkan oleh Kerajaan melibatkan semua peringkat dan lapisan rakyat termasuk bantuan i-Fitri, skim mubaligh, isteri ketua isi rumah e-Kasih, ibu tunggal, OKU, golongan belia, mahasiswa serta penjawat awam dan juga peniaga kecil dan penjaja sebagaimana yang diperuntukkan dalam Belanjawan ini. Semoga ia sedikit sebanyak mampu membantu meringankan beban rakyat yang majoritinya terkesan dengan pandemik COVID-19.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, seterusnya, Kemasik juga ingin mengutarakan isu berkenaan Teras ketiga, Memperbaik Ketersediaan Kemudahan Awam Rakyat. Alhamdulillah, Kemasik mendapat peruntukan bagi pembinaan Rumah Mampu Milik Gong Cengal Fasa II. Cuma ingin kami mengutarakan sedikit harapan melihat keadaan Rumah Mampu Milik Gong Cengal Fasa I yang terdiri daripada sebanyak 466 unit. Mohon pertimbangan untuk penyediaan premis kedai untuk komuniti. Sekarang mereka membina kedai-kedai makan, lot-lot perniagaan mereka di lot rumah masing-masing disebabkan ketiadaan kawasan dan lot khas untuk berniaga. Ia bersalahan dengan perjanjian yang ditetapkan pihak kerajaan. Namun tiada pilihan untuk mereka berniaga.

Manakala bagi Objektif ketiga untuk Teras ketiga dalam menyokong memajukan capaian urusan dalam talian, alhamdulillah Kerajaan telah menaik taraf Pusat-pusat Internet Komuniti Pintar. Namun difahamkan, PINTAR Kemasik masih bermasalah dengan sambungan jalur lebar ke premis PINTAR, masih tidak dinaik taraf kepada unifi, masih lagi streamyx walaupun kawasan terlibat mempunyai coverage dengan izin unifi menyebabkan fasiliti yang disediakan tidak dapat digunakan sepenuhnya. Komputer ada tetapi internet slow, daripada banyak-banyak komputer ada tu, dua je boleh pakai ataupun boleh digunakan dalam masa yang sama.

Yang Berhormat Dato’ Yang Di-Pertua, ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Terengganu, melalui EXCO Pertanian dan Industri Asas Tani yang telah menjayakan usaha membangunkan Ladang Ragut Rakyat dan juga Pusat Lembu Sado di Kampung Cabang Kertih seterusnya meneruskan Pembangunan Hub Lembu Sado di kawasan tersebut. Di samping itu kami juga berharap kerajaan meneliti untuk menambah baik segala prasarana yang telah rosak di

Pusat Vaterinar Cabang dengan membaik pulih pejabat, kuarters pekerja, stor dan tempat proses makanan serta dewan mesyuarat dan lain-lain kelengkapan yang telah lama tidak digunakan. Di samping itu kami juga berharap untuk dipertimbangkan oleh pihak kerajaan untuk membina sebuah pusat penyembelihan di kawasan penternakan Kampung Cabang memandangkan tapak dan lokasi yang strategik untuk dijadikan Pusat Penyembelihan Daerah Kemaman dan Dungun. Harapan agar ianya dapat direalisasikan. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya juga sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Jabi kerana telah merealisasikan usaha memperkayakan sumber perikanan negeri dengan melabuhkan unjam di Perairan Kemasik. Semoga ia terus dapat diperkasakan.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Teras Keempat Objektif Keempat memperkembangkan pelaburan dan perindustrian antara lain melalui ECERDC akan membangunkan kawasan tambahan fasa empat di Taman Biopolimer Kerteh. Perubahan dasar negara berkenaan penggunaan sumber tenaga, minyak dan gas kepada tenaga boleh baharu melalui komitmen negara kepada Perjanjian Paris di bawah UNFCCC bagi mengurangkan intensiti pelepasan GHG kepada KDNK sehingga 45% pada tahun 2030 sedang berjalan. Apakah persediakan jangka masa sederhana dan panjang Kerajaan Negeri dalam menyokong komitmen ini menjelang 2020/2030 nanti. Saya percaya pembangunan industri dalam kawasan baharu ini mestilah mengambil kira usaha dan komitmen negara ini. Antaranya pembangunan teknologi berasaskan ekonomi hidrogen terutama green hydrogen dan juga blue hydrogen dengan izin berbanding grey hydrogen terdahulu. Petronas antara lain telah menandatangani perjanjian dengan Enosh Corporation Japan dalam mengenal pasti peluang baharu dalam industri pengeluaran low carbon hydrogen. Daripada fasiliti petrochemical Petronas dan untuk masa akan datang dalam segmen green hydrogen yang dihasilkan daripada tenaga boleh baharu. Justeru kerjasama antara Kerajaan Negeri Terengganu dan Petronas harap dapat diperkasakan bagi mempastikan kawasan tambahan fasa empat di Taman Biopolimer Kerteh ini menjadi sebagai lokasi pilihan untuk pembangunan industri baharu ini di samping industri biopolimer.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, seterusnya saya juga ingin mengutarakan berkenaan dengan Pusat Autism Sejahtera Terengganu. Untuk makluman, The National Autism Society of Malaysia (NASOM) telah membina sebuah pusat jagaan di Kerteh, bagi memberi khidmat untuk anak-anak di

sekitar Kemaman dan Dungun. Ia ditubuhkan oleh sekumpulan ibu bapa dan profesional yang didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan kebajikan pada 1987. Pusatnya di Kerteh ditubuhkan pada 2016, hasil sumbangan Suria KLCC dan beroperasi di sebuah rumah semi-d dengan sepuluh orang murid dan empat orang guru. Program yang ditawarkan di NASOM Kerteh ialah Program Intensiti Awal. Seterusnya, mereka merancang untuk melaksanakan Program Kemahiran Vokasional supaya nanti anak-anak ini mampu untuk berdikari selepas tempoh latihan. Justeru kami berharap ia juga dapat dipertimbangkan untuk dibantu dan mungkin diselaraskan bersama inisiatif Pusat Autism Sejahtera Terengganu.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, buat yang terakhir berkenaan Teras keempat, Memperdaya Pertumbuhan Ekonomi Negeri di bawah Objektif Kedua merancak industri pelancongan. Alhamdulillah Kemasik memiliki pantai-pantai yang indah, bukan sahaja Pantai Kemasik, malah juga ada Pantai Tampin dengan keistimewaannya tersendiri iaitu batu-batu yang cantik di gigi pantai. Pantai Telekom, Pantai Kertih dan Pantai Ma’ Daerah. Tidak ketinggalan Bukit Harimau Menangis dan Air Terjun Menderu. Semoga inisiatif CBT dan peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan mampu mempertingkatkan lagi daya tarikan pelancongan yang menarik ini.

Dato’ Yang di-Pertua, Pantai Kemasik cantik berbatu Konservasi Penyu di Ma’ Daerah Setinggi tahniah kita bersatu Moga Belanjawan direstui Allah.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Kemasik mohon menyokong.

Yang di-Pertua

Terima kasih Wakil daripada Kemasik. Sebelum saya jemput Wakil daripada Permaisuri, saya nak peringatkan Ahli Dewan supaya kita menjaga kemuliaan dalam Dewan kita ini dan menjaga disiplin dan berdasarkan kepada Peraturan-Peraturan dan juga Peraturan Tetap Dewan terutamanya kepada orang lama kitalah. Sebab jangan kita orang kata lambat chokek sikit, jettak selalu. Sebab di antara adab kepimpinan yang baik ialah dia boleh mengawal kemarahannya. Jadi saya mempersilakan Wakil daripada Permaisuri. Sila.

Datuk Abd. Halim bin JusohUMNO · BNPermaisuri

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, ketua-ketua jabatan, pemerhati, para hadirin yang saya hormati dan saya kasihi sekalian. Terima kasih kerana saya diberi peluang untuk berbahas Belanjawan 2022 kali ini. Sebelum saya meneruskan perbahasan saya, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah, sanah helwah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang meyambut hari jadi pada hari ini. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Mulia Tengku Seri Bijaya Raja Dato’ Tengku Farouk Hussin Tengku Abdul Jalil atas perlantikan sebagai Setiausaha Kerajaan yang berkuatkuasa pada 17 Oktober yang lalu. Saya juga mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Tuan Haji Zainal Abidin Mohamed atas pelantikan sebagai Pegawai Kewangan Negeri yang baru yang juga berkuatkuasa pada 17 Oktober yang lalu.

Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah membentangkan Belanjawan Negeri untuk 2022 semalam. Untuk Belanjawan Tahun 2022, pecahan adalah seperti berikut, belanja mengurus RM1.657 billion, belanja pembangunan RM600 juta, belanja bekalan air RM40 juta dan anggaran Hasil Negeri adalah RM1.507 billion.

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian, alhamdulillah negara kita, negeri kita, daerah kita kampung-kampung kita sedang pulih daripada kesan pandemik COVID-19 dan kita sekarang berada dalam fasa 4.0 PPN dan kita juga berada dalam endemik bukan lagi pandemik, yang bermaksud sekarang ini COVID-19 berada dalam environment kita. Tetapi kita tidak boleh alpa, kita mestilah mengamalkan SOP dan kita juga mesti sentiasa mendidik komuniti di kampung kita supaya mengamalkan SOP supaya COVID-19 yang sekarang ini berada pada tahap yang kita kata agak selesa tidak kembali kepada tahap pandemik sebagaimana sebelum ini, dan kita mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang ketiga untuk Penggal Keempat Belas Malaysia yang telahpun membuka sektor-sektor ekonomi untuk beroperasi dan juga telah membuka sempadan negeri yang mana, anak beranak, keluarga yang dulunya tak dapat menziarah dan bertemu orang tua mereka, sekarang sudah boleh pulang ke kampung masing-masing, sudah boleh pulang dan bertemu dengan orang tua mereka untuk pelbagai

tujuan. Ada yang tak dapat berjumpa dengan orang tua mereka, orang tua yang uzur di kampung, orang tua yang tak sihat dan tak dapat menziarah saudara mara, dan tak dapat hadir apa-apa majlis yang ada di kampung mereka kerana sekatan sewaktu PKP yang lalu.

Tuan-tuan dan puan-puan suasana politik di negara kita pada penggal yang Keempat belas ini adalah sangat unik tidak pernah sebelum ini Negara Malaysia dalam satu Penggal dalam masa lebih kurang tiga tahun kita sudah ada tiga Perdana Menteri, yang pertamanya Perdana Menteri di bawah PH, yang kedua Perdana Menteri di bawah Perikatan Nasional dari Parti BERSATU dan kali ini Perdana Menteri yang ketiga masih lagi di bawah Perikatan Nasional tetapi Perdana Menteri daripada UMNO.

Alhamdulillah negara kita secara amnya kita lihat politiknya kekal stabil dan ekonomi sekarang ini kembali pulih dan sama-samalah kita menjaga negara kita supaya orang luar, pelabur asing ada keyakinan untuk terus melabur di negara kita. Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian, saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana beberapa pengiktirafan telah diberikan kepada Daerah Setiu dan juga kawasan Permaisuri. Yang pertama, Setiu telah diisytiharkan sebagai Gedung Pengeluaran Makanan di Negeri Terengganu kerana Setiu ada 1,214 hektar tanah yang masih lagi terbiar dan kalau mengikut perancangan kalau program ini berjalan maka insyaallah petani-petani di Setiu akan boleh meningkatkan pendapatan mereka kepada RM3,000.00 sebulan. Jadi ini akan boleh memberikan sumbangan kepada KDNK Negeri Terengganu.

Jadi saya mewakili petani-petani di Daerah Setiu mengharapkan supaya Bajet 2022 ini dapat digunakan sepenuhnya untuk memacu Program Gedung Pengeluaran Makanan di Negeri Terengganu supaya ianya dapat menggubah nasib, menggubah tahap ekonomi petani-petani di Daerah Setiu. Yang kedua, di kawasan Permaisuri, Kampung Mangkok dan Penarik telah diisytihar sebagai Kampung Pelancongan Pertama Negeri Terengganu jadi saya berharap dengan adanya program ini pantai-pantai dapat dijaga dengan baik dikawal hakisan, dikawal pembangunan dan juga dijaga kebersihannya. Wetland adalah merupakan sumber semulajadi yang perlu dimanfaatkan sepenuhnya kepada industri pelancongan di negeri ini dan saya berharap juga pengusaha-pengusaha homestay akan mendapat faedah daripada Program Kampung Pelancongan Pertama Negeri Terengganu ini dan kita mengharapkan

pendidikan kepada komuniti melalui Projek CBT ataupun Community Based Tourism akan berlaku di dalam Program Kampung Pelancongan ini. Kita berharap program ini juga akan menambah hasil pendapatan kepada nelayan-nelayan dan penduduk setempat.

Dato’ Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, di kawasan saya Permaisuri kita ada pelbagai aktiviti pelancongan kebanyakannya yang related kepada ataupun yang berkaitan dengan pulau dan pantai. Jadi kita ada usahawan di kawasan saya ada lima belas pengusaha muda yang ada tiga puluh buah bot yang mana setiap bot mereka bernilai lebih kurang RM100,000.00. Jadi mereka ini menyediakan pakej pelancongan kebanyakannya day trip dan juga pakej memancing di laut, day trip adalah ke Pulau Redang dan juga Pulau Lang Tengah. Jadi mereka berharap dengan terisytiharnya Kampung Mangkok dan Kampung Penarik sebagai Kampung Pelancongan Negeri Terengganu, mereka berharap supaya jeti-jeti yang ada di Kampung Penarik dan Kampung Mangkok diluluskan sebagai jeti pelancongan yang diwartakan. Buat masa ini hanya Jeti Merang sahaja yang diwartakan sebagai jeti pelancongan oleh badan-badan yang terlibat dengan aktiviti-aktiviti ini. Jadi kita berharap supaya disegerakan kelulusan untuk mewartakan jeti-jeti ini supaya dapat diguna kerana kita menerima pelancongan, mereka ada customers atau pelanggan bukan sahaja daripada Negeri Terengganu tetapi daripada seluruh Malaysia. Jadi kita berharap pihak-pihak yang terlibat membantu usahawan-usahawan muda ini untuk boleh menjalankan perniagaan mereka dengan baik dan selamat kepada pelancong-pelancong daripada seluruh Malaysia.

Akhirnya saya ingin menyentuh sedikit mengenai pendidikan.

Dato’ Yang di-Pertua, pendidikan buat masa ini walaupun pelajar-pelajar sudah boleh ke sekolah tetapi mereka ke sekolah secara bergilir, tak penuh, 50/50 jadi maknanya PdPR masih lagi berterusan jadi kami memohon supaya Kerajaan Negeri membuat intervensi kepada sistem pendidikan ini supaya pelajar kita dapat berterusan mengikuti PdPR secara efektif kerana bila saya bercakap dengan guru-guru pelajar yang ramai hadir kelas online ni pelajar kelas A je, pelajar kelas B dalam 20/29 pelajar kelas C mungkin 5/29, kerana apa? Kerana mereka berkongsi perantis dengan keluarga mereka, kerana apa? Kerana mereka tinggal dan guru-guru juga tinggal di kawasan yang mana liputan internet adalah sangat lemah. Jadi saya harap pihak Kerajaan Negeri dalam tahun 2022 gunakanlah bajet ini sebaik yang mungkin untuk meningkatkan liputan di kawasan-kawasan yang lemah liputan supaya anak-anak kita dapat

mengikuti PdPR dengan sempurna dan baik. Dato’ Yang di-Pertua, Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih pada Wakil Permaisuri, saya nak jemput seorang lagi, Wakil daripada Ajil. Sila.

Terima kasih Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Kerajaan Negeri, pegawai-pegawai Kerajaan Negeri, ketua-ketua jabatan dan semua yang hadir, terutama sekali kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana diberi kesempatan bermuhasabah, berbincang dan berbahas berkenaan dengan sidang bajet ini, mudah-mudahan kita boleh berbincang dalam keadaan tenang walaupun sakni napok macam ada orang tukang panas line, saya mengharapkan benda-benda, perkara-perkara yang menyebabkan berlakunya pemanasan dalam bilik yang mulia ini, cubalah kita elakkan seperti yang ditimbulkan oleh sahabat kita tadi berkenaan dengan isu yang berlaku di tahun 70-an, 80-an itu, ramai orang terlupa dah, kalau ibarat kata, laki bini duduk baloh sokmo tiba-tiba nak baik, bila nak baik ini kalau duduk bangkit benda-benda hok lama-lama sejak sebelum-sebelum itulah, saya rasa pah sokmo kita tak leh nak baik, bahkan sebaiknya kita lupakan apa yang lalu dan kita fokus pada apa yang ada di hadapan kita, khususnya di segi kelemahan dan kekurangan kuasa politik melayu.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Masalahnya buat pula, ia panas sikit, sejuk, sejuk, masalahnya buat pula, kecek pula.

Yang di-Pertua

Tak apa, tak apa… teruskan teruskan, fokus kepada apa yang Yang Berhormat nak bercakap.

Ya, ya, saya nak peringat supaya kita jangan panas gitu je, bukan nak panas kalau nak panas saya buat cara lain.

Yang di-Pertua

Teruskan teruskan.

Okey, naper tahu hok ini nak sebut, terlupa doh jadi dan saya mengharapkan kita semua boleh berbahas secara matang dan juga secara munasabahlah dengan kita sebagai Ahli Dewan ini, dan dalam kesempatan ini saya merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada pihak Kerajaan Negeri kerana masih lagi memberi fokus kepada rakyat khususnya ada bantuan i-Raya, i-Fitri, insya-Allah akan melegakan rakyat kita untuk menghadapi perayaan yang akan datang dan juga saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Kerajaan kerana masih lagi memberi fokus yang utama kepada bidang pendidikan, yang mana kita semua tahu bidang pendidikan ini merupakan satu bidang yang sangat penting suatu sektor satu aspek yang perlu diperkemaskan dari masa ke semasa supaya hasil daripada bidang pendidikan ini akan menerbitkan, akan melahirkan tokoh-tokoh yang menjadi apatah lagi dalam aspek kemenjadian manusia, kemenjadian murid yang disasarkan oleh Kementerian Pendidikan sekarang ini dalam TS25. Saya ingin merujuk satu perkara yang telah pun saya sebut dalam ucapan pada September baru ini berkenaan dengan memperkasakan khidmat keguruan, dan saya nak sebut di sini hari ini berkenaan satu lagi golongan terpinggir, saya sifatkan seumpama semacam golongan terpinggir di kalangan guru-guru kita mempunyai dua institusi pendidikan di bawah Yayasan Terengganu iaitu Pusat Pendidikan Yayasan Terengganu di Kuala Berang dan juga di Besut dan kebanyakan guru yang mengajar di situ adalah guru-guru kontrak bentuk bayarannya ialah per jam bukan harian, bayaran per jam mengikut jam, sedangkan kita tahu PPYT ini telah melahirkan ramai anak-anak kita yang berjaya termasuklah dalam SPM 2020 baru ini, PPYT Kuala Berang telah melahirkan seorang pelajar straight A, jadi hasrat kitanya seboleh-bolehnya kita perkasakan guru kita ini, setidak-tidaknya saya mengharapkan pihak Kerajaan terus melantik mereka ini ke jawatan GSTT sebagaimana yang dicadangkan dan kita mengharapkan pihak SUK mempercepatkan proses lantikan mereka ke jawatan GSTT walaupun tidak berjawatan tetap.

Saya juga mengucapkan terima kasih pihak Kerajaan kerana meneruskan agenda untuk merealisasikan menifesto satu daripada menifesto ialah PRU-15 dulu daripada PAS untuk mewujudkan sebuah universiti menggantikan KUSZA yang telah dijual kepada pihak Kerajaan Pusat dan manifesto untuk melahirkan

sebuah universiti ataupun kolej universiti berasaskan Al-Quran ini telah pun diasas, telah pun dibincang dan dibahaskan secara panjang lebar oleh pihak TSIS dengan tenaga-tenaga pakar daripada KKP, UMT dan UniSZA yang beberapa kali sudah mereka berbincang dan juga membuat beberapa resolusi untuk menjayakan penubuhan KQT dengan bajet sebanyak RM350 juta, sebagaimana yang dibentangkan kelmarin saya harap kita mengharapkan ia akan menjadi satu realiti bahawa Negeri Terengganu akan memiliki sebuah kolej universiti di bawah Kerajaan Negeri yang tersendiri dan untuk dana pendidikan sebagaimana yang dinyatakan dalam kertas jawapan 2021, RM64.13 juta untuk pendidikan merupakan satu daripada usaha Kerajaan untuk mengangkat martabat pendidikan mengharapkan ada dalam pasaran pendidikan di Terengganu dan juga dengan lahirnya kolej universiti yang masih lagi belum dinamakan dengan nama yang khusus, kita mengharapkan pendidikan di Terengganu akan terus menuju ke era yang lebih hebat dan menjadi satu mercu tanda baru ikonik pendidikan kepada kita di Negeri Terengganu ini yang mungkin tidak pernah sebelum ini.

Dalam pendidikan sebenarnya kita telah pun melahirkan beberapa institusi pendidikan yang tidak pernah sebelum ini, SRIDI, SMIDI, Pusat Bahasa, Pusat Pendidikan Tok Syeikh Duyung dan juga fokus Kerajaan Negeri kepada menaikkan martabat sistem pendidikan pondok, sekolah agama rakyat dan juga sekolah-sekolah agama swasta, pusat-pusat tahfiz dan sebagainya. Dalam kesempatan ini saya mengharapkan satu kajian boleh dibuat oleh pihak Kerajaan bagaimana kita nak memanfaatkan tenaga-tenaga pakar dalam bidang agama yang dilahirkan daripada sistem pengajian pondok tetapi mereka ini tidak memiliki SPM, saya tidaklah mengharapkan mereka ini dimasukkan terus dalam penjawat awam tetapi kalau boleh dibuat kajian walaupun mungkin sekarang ini, merupakan satu halangan kepada tenaga yang tidak memiliki SPM untuk diserapkan masuk ke dalam penjawat awam oleh kerana syarat yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam mesti sekurang-kurangnya memiliki SPM kalau boleh dibuat kajian bagaimana kita nak memanfaatkan tenaga-tenaga pakar dalam bidang agama ini yang lahir daripada institusi pondok untuk kita tempatkan mereka sebagai imam ataupun bilal secara lantikan tetap sebagai penjawat awam di masjid-masjid terpilih sebab mereka ini kebanyakan mempunyai kepakaran yang khusus dalam bidang yang boleh diduduki oleh mereka untuk membangunkan pengurusan masjid, pengurusan Islam dan juga pengurusan masjid hasil daripada kepakaran ataupun ilmu yang mereka perolehi daripada

sistem pondok tetapi halangannya ialah mereka tidak memiliki SPM. Jadi kalau sekiranya kita boleh buat satu kajian bagaimana untuk kita letakkan mereka ini di pusat-pusat pendidikan ataupun di masjid-masjid dan surau supaya tidak berlaku larian, sebab sebelum ini kita lantik orang yang mempunyai ijazah untuk duduk di masjid-masjid, apabila mereka mendapat peluang yang lebih baik, mereka meninggalkan masjid kosong tanpa ada tok imamlah, bukan lari tetapi mereka memiliki ruang untuk maju, lebih terkedepan jadi mereka meninggalkan jawatan itu. Jadi bagaimana kalau kita boleh ikat mereka ini dengan satu tawaran perjawatan yang lebih kukuh untuk mereka terus berkhidmat di masjid-masjid dan surau-surau sedangkan kita mempunyai tenaga-tenaga mahir yang pakar, yang boleh kita anggap pakar sebab dari sudut bacaan kitab mereka yang duduk di pondok ini kalau banding dengan kita yang biasa belajar ilmu agama di universiti ini, saya rasa orang-orang pondok memang hebat dari segi kitab Turath dan sebagainya.

Jadi, dengan bajet yang telah diperuntukkan sebanyak RM4 juta per kapita untuk bantuan sekolah pondok, sekolah-sekolah agama rakyat dan sekolah-sekolah tahfiz yang berdaftar di bawah JAKIM, kita mengharapkan ia akan melahirkan tenaga yang boleh kita manfaatkan dalam pasaran pekerjaan, boleh digunapakai mereka dalam pasaran pekerjaan yang terikat dengan perkhidmatan awam. Mereka merupakan generasi kita boleh anggapkan orang yang berada di dalam institusi agama ini, merupakan di antara penyelamat kepada kerosakan akidah yang mungkin berlaku kepada generasi kita yang terkemudian. Mereka ini mempunyai kebolehan, jadi kita nampak manfaat dia, jadi kita ambillah kesempatan saya rasa, kita buat satu sistem yang kebolehpasaran mereka dalam pekerjaan. Untuk seterusnya saya nak menarik perhatian berkenaan dengan apa yang telah diperjelaskan oleh EXCO Belia tadi berkenaan dengan bagaimana muda-mudi ataupun remaja kita yang merupakan satu jumlah yang ramai tetapi mereka ini tidak minat dari sudut politik, tak berapa minat, dari sudut ekonomi ataupun sosial pun, mereka kurang mempunyai minat, jadi kita mengharapkan Kerajaan akan memberi fokus yang lebih serius kepada remaja ini supaya mereka mempunyai halatuju dan mereka mempunyai minat yang mendalam untuk mengambil tahu hal ehwal di persekitaran mereka khususnya benda-benda yang berkaitan dengan politik di mana kesedaran politik orang-orang melayu kita ini terutamanya generasi muda semakin terhakis dan mereka agak tak berapa suka untuk membicarakan isu-isu politik, jadi kita cuba untuk mengetengahkan satu produk politik yang matang supaya menarik perhatian mereka. Kalau kita jual produk

politik kita dalam situasi kita duduk baloh, kita duduk nak cuba nak kekoh ke gape ke, sedangkan budak-budak muda ini dia boleh bergaul mesra tanpa mengira politik. Maknanya mu anak orang PAS ke, anak orang UMNO ke, mereka boleh duduk semeja untuk minum air bersama, naik motor bersama, gi mari gi mari bersama. Kalau kita ini di peringkat orang yang matang gini, kalau kita mengeluarkan satu produk politik kita, kita pamerkan satu sikap yang kita kata tak berapa comel, mungkin akan memberi kesan kepada generasi muda ni, dia mikir tak payah cara politiklah, baloh…baik toksoh cara. Jadi sebab itulah saya rasa di satu sudut, kita mesti melihat satu perhubungan politik yang lebih matang. Untuk akhirnya, nak pantun eteklah…

Buah betik, buah sukun Sambil sembang, makan di tepi muara ADUN Ajil mohon menyokong Untuk rakyat Terengganu Sejahtera

Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Wakil Ajil. Saya berhasrat untuk menangguhkan sementara Persidangan kita. Sebelum pada itu, saya ingin menyampaikan jemputan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk majlis jamuan makan tengah hari selepas pada persidangan kita ditangguhkan dan selepas naik semula, masuk semula pukul 2.30 saya minta Wakil Bukit Besi untuk bersedia untuk terlibat dalam perbahasan. Yang Berhormat sekalian, saya tangguhkan sementara Dewan ini dan disambung semula pada pukul 2.30 petang.

DEWAN DITANGGUHKAN PADA PUKUL 1.08 PETANG.

PUKUL 2.30 PETANG

Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, mesyuarat disambung semula. Sebelum saya menjemput Yang Berhormat Wakil Bukit Besi sepertimana yang dijanjikan, saya nak sebutkan yang pertamanya tapi semua takde lagi. Saya nak pastikan berapa ramai yang nak bercakap sebab saya sebenarnya seberapa yang mungkin nak cuba habiskan perbahasan di kalangan Ahli-ahli Yang Berhormat berhubung dengan Bajet ini pada petang ini juga kecuali kalau tak dapat dielakkanlah. Yang keduanya saya nak merujuk kepada Standing Orders dalam Perkara 46 (6) iaitu “tiap-tiap Ahli hendaklah menumpukan pandangannya kepada perkara yang sedang dirunding”. Perkara yang sedang dirunding oleh kita sekarang ini ialah berkait dengan soal Perbahasan Bajet, sebab itu saya mengharapkan semua Ahli Yang Berhormat boleh memberikan tumpuan kepada Perbahasan Bajet walaupun saya tahu Perbahasan Bajet ini sifatnya agak umum tapi oleh kerana banyak perkara atau butiran-butiran dalam perkara Bajet ini yang boleh dibincangkan sebab itu saya harap fokus diberikan kepada apa yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dalam mengemukakan Bajet kelmarin. Jadi dengan tidak bertangguh lagi saya mempersilakan Yang Berhormat Wakil Bukit Besi untuk memulakan perbahasan pada petang ini dalam tempoh selama 15 minit. Dipersilakan.

Haji Roslee bin DaudUMNO · BNBukit Besi

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat EXCO dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat, pegawai-pegawai Kerajaan Persekutuan dan Negeri, sahabat-sahabat rakan media yang berada di luar, para pemerhati yang saya hormati lagi saya kasihi sekalian. Saya nak mulakan dengan pantun ni:

Menteri Besar menunggang biker Keluar bersiar mengubah selera Terima kasih Tuan Speaker Bukit Besi mohon bicara

Yang di-Pertua

Terima kasih. Sila.

Haji Roslee bin DaudUMNO · BNBukit Besi

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, pertamanya saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua kerana telah

sudi memberikan saya peluang dan ruang untuk sama-sama menyertai Perbahasan Bajet Kerajaan Negeri 2022 yang dibentangkan di Dewan yang mulia ini semalam. Sebagai seorang wakil rakyat yang mewakili sebuah parti yang sentiasa terbuka dan matang dalam politik, pada umumnya Bajet 2022 ini adalah baik untuk rakyat dan negeri Terengganu. Saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu yang telah membentangkan Bajet Negeri semalam. Bagaimanapun daripada jumlah Bajet yang disediakan tahun hadapan sebanyak RM1.657 bilion, terdapat beberapa perkara yang wajar dan perlu diberikan perhatian oleh pihak Kerajaan Negeri. Peruntukan sebanyak RM40 juta untuk perbelanjaan bekalan air misalnya hendaklah dimanfaatkan sepenuh bagi menyelesaikan isu atau masalah bekalan air di Terengganu sekali gus bagi memastikan kejadian penduduk terputus bekalan air yang berlaku di Kuala Nerus baru-baru ini tidak berulang. Sesungguhnya insiden tersebut adalah sesuatu yang sangat mendukacitakan kerana air adalah antara keperluan paling asas bagi rakyat dalam menjalani kehidupan seharian. Bagi saya Kerajaan Negeri sepatutnya memberikan ganti rugi kepada pemilik akaun yang terjejas baru-baru ini dengan memberikan subsidi atau bekalan air secara percuma untuk tempoh tertentu, jika boleh untuk tempoh beberapa bulan walaupun perkara ini memang dibangkitkan oleh sahabat-sahabat kita sebelum ini. Perkara ini sepatutnya dipertimbangkan dan dimasukkan ke dalam Bajet Negeri 2022. Saya sedih melihat penderitaan rakyat tempoh hari akibat insiden terputus bekalan air sehingga memerlukan pihak luar datang ke sini untuk memberikan bantuan air kepada penduduk. Saya berharap dengan peruntukan RM40 juta tersebut yang akan dapat menyelesaikan masalah yang ada dan apa yang berlaku jangan dibiarkan berulang lagi. Bak kata orang Terengganu “malu ke orang”.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, setelah melihat keadaan pembangunan di Terengganu dalam tempoh 2018 sehingga sekarang yang begitu perlahan akhirnya Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan yang agak besar iaitu sebanyak RM600 juta bagi tujuan tersebut dengan RM436.92 juta diperuntukkan untuk sektor sosial merangkumi pendidikan, infrastruktur dan kemudahan awam, pembangunan bandar dan luar bandar serta sukan dan perumahan. Tahniah saya ucapkan kepada Kerajaan Negeri kerana melihat peri pentingnya pembangunan di Terengganu yang perlu dilaksanakan. Dalam hal ini, saya berbangga apabila kebanyakan pembangunan yang ada di Terengganu ketika ini, ia adalah peninggalan kerajaan Barisan Nasional yang mempunyai rekod cemerlang dalam usaha memajukan Negeri Terengganu kita ini dan

hakikat ini diakui oleh rakyat Terengganu yang telah melihat sendiri perbezaan di negeri mereka antara sebelum 2018 berbanding selepas daripada itu. Tidak mengapalah, biar rakyat yang akan menilainya. Apa yang penting kita ingin melihat negeri kita ini terus maju dan tidak ketinggalan berbanding dengan negeri-negeri lain di negara ini. Terengganu tidak akan maju hanya dengan slogan semata-mata. Ia mestilah disertai dengan komitmen dan pelaksanaan bagi merealisasikan matlamat negara maju. Slogan yang baik sememangnya sedap didengar namun ia belum tentu menjadi kenyataan yang diharapkan rakyat, sebagaimana rakyat, saya juga menaruh harapan melalui Bajet Negeri 2022 akan berlaku sedikit sebanyak perubahan di bumi Terengganu ini, insya-Allah.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, tema Bajet 2022 - Merakyatkan Sejahtera Untuk Semua. Memang sedap kita dengar tetapi sejauh manakah ia akan menjadi kenyataan. Masih terlalu awal untuk kita nilai atau memberikan markah. Apa yang saya harapkan melalui peruntukan besar yang disediakan Kerajaan Negeri, program pembangunan tanpa mengira apa jua sektor sekalipun ia mestilah dilaksanakan secara menyeluruh serta tidak memberi fokus kepada satu-satu kawasan atau daerah sahaja. Seperti DUN Bukit Besi juga memerlukan perhatian Kerajaan Negeri bagi memastikan ia tidak terpinggir dari arus pembangunan yang dirancang. Jika benar Kerajaan Negeri yang diterajui sebagai parti yang katanya melaksanakan politik matang, maka apa yang saya sebutkan ini perlulah dipertimbangkan. Bukit Besi atau sebagai destinasi bersejarah yang sangat terkenal dengan lombong bijih besi malah Bukit Besi pernah menjadi jantung ekonomi kepada Terengganu di era kegemilangannya dahulu. Bukan itu saja, DUN Bukit Besi mempunyai banyak lokasi menarik yang sesuai untuk aktiviti riadah sekali gus menyumbang kepada sektor pelancongan di Terengganu itu sendiri. Dengan lokasinya di pinggir Lebuh Raya Pantai Timur, sudah tentu jika dibangunkan dengan strategik, Bukit Besi akan kembali menjadi destinasi pilihan penduduk di negara ini mahupun luar negara, insya-Allah.

Begitu juga pembangunan infrastrutur lain termasuk kemudahan asas, perumahan dan sebagainya yang wajar diberikan perhatian kerana Bukit Besi masih memerlukan perhatian Kerajaan untuk mengubah wajah masa depannya. Saya memberikan komitmen untuk memberikan kerja sama sepenuhnya, insya-Allah terhadap apa jua program yang hendak dilaksanakan Kerajaan Negeri di Bukit Besi dan di sini saya juga ingin mencadangkan agar, kepala kereta api.

Saya harap Yang Amat Berhormat Menteri Besar dapat mengambil perhatian dalam hal ini iaitu kepala kereta api hok lama yang masih berada di Muzium Kuala Terengganu supaya dipindahkan ke Muzium Perlombongan Bukit Besi kerana ini hasrat dan permintaan warga kita Bukit Besi untuk nak menarik seberapa ramai pelancong ke Bukit Besi kerana ini adalah semata-mata sumber ekonomi, pendapatan kepada warga Bukit Besi. Kalau boleh, segera pun lagi baik, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, melalui pembentangan Belanjawan 2022, Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah menggariskan 147 inisiatif di bawah 22 objektif yang dipayungi oleh lima Teras. Lima teras itu adalah, Memperkuatkan Daya Tahan Isi Rumah, Memperkukuhkan Kesejahteraan Sosial Rakyat, Memperbaiki Ketersediaan Kemudahan Rakyat, Memberdaya Pertumbuhan Ekonomi Negeri dan Memperindah Persekitaran dan Melindungi Alam. Bagi saya, jika ini benar-benar menjadi kenyataan, ia adalah sesuatu yang akan mampu mengubah wajah Negeri Terengganu masa hadapan. Apa yang penting kita tidak boleh terlalu bermain dengan slogan atau kata-kata untuk sedap telinga mendengarnya. Tetapi apa yang rakyat ingin lihat adalah pelaksanaan, pembuktian kepada slogan dan kata-kata tersebut. Begitu juga dengan usaha memberdaya pertumbuhan ekonomi negeri, yang sebagaimana kita tahu telah berada dalam keadaan agak teruk akibat pandemik COVID-19 yang masih belum reda.

Oleh kerana itu, Belanjawan 2022 akan turut memberi fokus kepada hampir 10, 000 usahawan yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19. Begitu juga dengan kontraktor kecil, peniaga dan banyak lagi. Semuanya ini adalah pemain di sektor ekonomi dan mereka turut terjejas. Dengan keadaan di mana lebih 95% rakyat yang telah lengkap divaksin dan sektor ekonomi mulai dibuka semula setelah lebih empat bulan kita dikurung melalui lock down separuh masak. Saya berharap Kerajaan Negeri akan mengatur strategi yang lebih mampan bagi merancakkan kembali sektor ekonomi di Terengganu pada masa-masa yang akan datang. Begitu juga dengan isu-isu sosial yang berlaku di negeri ini, ia perlu diberikan perhatian oleh Kerajaan Negeri. Masalah kes perceraian misalnya, tadi saya ada bangkit tadi, dan dah ada jawapan. Ia dikatakan masih tinggi. Sebab tengok laporan tadi pun, daripada EXCO pun memang masih lagi tinggi, yang berlaku di Terengganu. Begitu juga dengan kes lain yang melibatkan institusi kekeluargaan. Perkara sedemikian, jika

dipandang sebelah mata, ia akan merencatkan matlamat belanjawan Kerajaan Negeri untuk memperkukuhkan kesejahteraan sosial rakyat.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, kita sedar bahawa Pilihan Raya Umum Ke-15 sudah semakin hampir. Justeru saya melihat atau mentafsir. Jangan maroh saya deh, saya tafsir. Adanya elemen atau unsur-unsur ke arah itu melalui Belanjawan 2022 yang dibentangkan. Namun tidak mengapalah. Itu hak Kerajaan Negeri. Cuma dahulu kita sahabat di sebelah sana, ketika sahabat di sebelah sana menjadi pembangkang, demikianlah tohmahan yang selalu dilemparkan setiap kali Bajet Negeri atau Persekutuan, itu merupakan perkara biasa. Cuma antara yang menarik melalui Belanjawan Negeri 2022 kali ini, Kerajaan Negeri turut menyediakan peruntukan bantuan hari raya yang dahulunya dipanggil sebagai Dana Khas tetapi ditukar dengan nama I-Fitri. Kaedah yang sama hanya sebutan saja yang berbeza. I-Fitri akan diberikan kepada seramai 115,000 rakyat yang layak pada tahun depan membabitkan peruntukan kira-kira RM33.47 juta.

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Laluan sekali Bukit Besi. Laluan sekali Manir. Doh hok sebut-sebut I-Fitri ni doh beri ke dok sebenor ni. Masa kita dok beri kata dok beri. Kalau kita beri, kata beri pulok.

Haji Roslee bin DaudUMNO · BNBukit Besi

Tak apalah tu.

Saya terang sini. Saya harap rakyat faham lah.

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Doh nok beri ke dok ni?

Haji Roslee bin DaudUMNO · BNBukit Besi

Apa dia?

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

I-Fitri tu lah.

Haji Roslee bin DaudUMNO · BNBukit Besi

I-Fitri? Kita dulu doh menyokong.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Nok tamboh lagi. Dok padan RM400.00. Sekali gi supermarket je RM400.00

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Dok apalah.

Yang di-Pertua

Yang Berhormat teruskan

Haji Roslee bin DaudUMNO · BNBukit Besi

I-Fitri akan diberi kepada seramai 115, 000 rakyat yang layak pada tahun depan membabitkan peruntukan kira-kira RM33.47 juta. Bantuan berjumlah RM400.00 akan disalurkan kepada 31, 500 isi rumah miskin manakala bantuan RM250.00 pula diberikan kepada 83, 500 isi rumah berpendapatan antara RM2,500.00 hingga 5,000.00. Apapun jenama atau nama bantuan tersebut, asasnya adalah sama dengan apa yang disediakan Kerajaan Barisan Nasional dahulu. Jika dulu Bantuan Dana Khas ini dikritik hebat kononnya itu dan ini, tetapi akhirnya Kerajaan Negeri meneruskan bantuan tersebut. Alhamdulillah. Sebagaimana yang saya sebutkan tadi, setiap sesuatu yang hendak dilaksanakan demi kebaikan rakyat, kita sangat-sangat mengalu-alukan dan akan terus menyokong, insya-Allah.

Yang di-Pertua

Masa Yang Berhormat dah tamat, Yang Berhormat.

Haji Roslee bin DaudUMNO · BNBukit Besi

Ha, tulah.

Yang di-Pertua

Ringkaskan, ringkaskan ya.

Haji Roslee bin DaudUMNO · BNBukit Besi

Ringkaskan sikit eh. Saya gembira kerana akhirnya Kerajaan Negeri mengiktiraf pemberian bantuan kewangan kepada rakyat ini kerana sebelum ini adalah yang menyindir kononnya nilai RM300.00 dan RM400.00 boleh bertahan berapa lama lah sangat. Minta maaf banyok. Sebenornya ini untuk kepentingan rakyat. Bagi Kerajaan Barisan Nasional dahulu kita mempunyai matlamat dan strategi tersendiri. Bukan saja untuk membantu rakyat tetapi untuk merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi domestik yang hasilnya sudah tentu akan Kembali dan dapat dinikmati oleh rakyat. Apapun saya berharap bantuan ini akan disalurkan dengan seadil-adilnya kepada rakyat sebagaimana Kerajaan Barisan Nasional dahulu kepada semua rakyat termasuk kepada mereka yang menentang kerajaan pada waktu itu. Jadi, saya rasa masa tidak mencukupi bagi saya, saya pun kena..

Yang di-Pertua

Ya, Yang Berhormat,

Haji Roslee bin DaudUMNO · BNBukit Besi

saya pun kena menghormati Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat

Haji Roslee bin DaudUMNO · BNBukit Besi

kita sama ya, jadi sebelum saya mengakhiri

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Sama mende? sama guane dengan Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua?

Haji Roslee bin DaudUMNO · BNBukit Besi

Sama sekerja dulu

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Ha?

Haji Roslee bin DaudUMNO · BNBukit Besi

Sama sekerja dulu

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Oo sama sekerja.

Yang di-Pertua

Kawan lama, kawan lama.

Haji Roslee bin DaudUMNO · BNBukit Besi

kawan lama, kawan lama

Yang di-Pertua

Masih ada ingatan lagi

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Bukan ahli kelab?

Yang di-Pertua

Ya?

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Bukan ahli kelab? Sama se ahli kelab?

Yang di-Pertua

Belum lagi setakat ini.

Haji Roslee bin DaudUMNO · BNBukit Besi

Hok tu lain, hok tu lain, hok tu jangan campur dalam Dewan yang mulia ini.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,

Walaupun secara keseluruhannya Belanjawan 2022 ini adalah baik namun Kerajaan perlu memberikan perhatian kepada keupayaan dan pelaksanaannya sebagaimana saya sebutkan tadi. Saya yakin sebagai Wakil Rakyat yang dipilih oleh rakyat kami akan memberikan kerjasama sepenuhnya bagi melaksanakan program-program yang memberi faedah kepada rakyat. Bagi saya kepentingan dan kebajikan rakyat adalah satu keutamaan ketika ini di mana rakyat baru hendak bermula membina kehidupan setelah berdepan dengan pandemik COVID-19 yang menjejaskan kehidupan dan ekonomi mereka selama ini. Jadi sebelum saya tutup saya nak berpantun

Yang di-Pertua

Sila,

Haji Roslee bin DaudUMNO · BNBukit Besi

Insya-Allah,

Bukit Besi bandar bersejarah Ramai orang mahu ke sini Belanjawan Negeri cipta sejarah Tanda PRU tidak lama lagi

Pergi ke kedai membeli terompah Untuk dipakai pergi ke pasar Bicara sudah, berbahas sudah Terima kasih kerana sudi mendengar

Bukit besi turut menyokong, sekian.

Yang di-Pertua

Terima kasih Wakil Bukit Besi.

Saya teruskan memberi peluang kepada Yang Berhormat untuk mengambil bahagian dalam perbahasan ini. Sila Wakil Sura, sila.

Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, rakan-rakan Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, para pemerhati serta hadirin hadirat yang saya hormati sekalian. Alhamdullilah pertamanya, kita bersyukur kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala, kerana pada hari ini merupakan hari yang kedua Persidangan Dewan Undangan Negeri, Alhamdullilah kita dapat terus berada di Dewan ini untuk sama-sama kita meneliti dan membahaskan Ucapan Belanjawan bagi tahun 2022 dan terlebih dahulu saya mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang selaku mengetuai Kerajaan Negeri Terengganu kerana telah berjaya membentangkan Belanjawan bagi tahun 2022 ini dan kita telah meneliti keseluruhan Bajet yang dibentangkan itu yang merangkumi seluruh segmen rakyat yang melibatkan yang pertamanya, mensejahterakan kehidupan rakyat, yang keduanya mensejahterakan ekonomi rakyat dan yang ketiganya ialah mensejahterakan alam persekitaran Negeri Terengganu kita. Alhamdullilah saya mengambil kesempatan dalam perbahasan ini, yang pertamanya ialah untuk sekali lagi mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri di bawah Kerajaan pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana telah berjaya melaksanakan janji-janji dalam manifesto PRU-14 yang lalu yang difahamkan dan dinyatakan sebanyak 18 manifesto telah dilaksanakan yang dua lagi yang dalam proses pelaksanakan. Alhamdullilah dalam tempoh tahun yang keempat kita telah berjaya melaksanakan hampir keseluruhan manifesto ini. Walaupun ada suara yang mengatakan bahawa selama PAS Kerajaan Terengganu memerintah tidak ada projek ataupun kemajuan-kemajuan yang nampak dalam bentuk projek-projek mega sebagaimana kerajaan yang terdahulu.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Siapa hok kata tu, dok retinya

Projek-projek mega yang

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Ya la, siapa dia hok kata?

Yela suara-suaralah.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Oo suara-suara..

Suara-suara yang mengatakan..

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Dok reti

Selama pemerintahan PAS ini tidak ada projek-projek mega

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Betul ke?

Memang pun, kita tak nampak projek-projek mega yang dibina oleh Kerajaan Negeri namun pendekatan Kerajaan Negeri ialah untuk memastikan rakyat kita dapat berbagai-bagai insentif bagi memperbaiki taraf hidup rakyat Negeri Terengganu. Itulah pendekatan ataupun kepimpinan kerajaan yang ada pada hari ini dan memastikan hasrat rakyat dapat kita santuni dan penuhi.

Yang seterusnya saya ingin juga mengambil kesempatan pada sidang perbahasan ini ialah untuk mengucapkan takziah kepada keluarga-keluarga yang kehilangan orang-orang yang dikasihi yang mana disebut dalam Bajet, anak-anak yatim yang akibat daripada COVID-19 ini, maka pihak Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM500.00 bagi satu keluarga. Ini suatu usaha yang baik bagi membantu keluarga yang terjejas akibat daripada kehilangan keluarga yang dikasihi dan memanglah dalam kehidupan kita, kita

tidak boleh lari daripada suasana ataupun ujian daripada Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana hidup itu sendiri adalah merupakan, dunia ini adalah merupakan medan untuk diuji. Walau bagaimanapun kita sentiasa mengambil peringatan daripada firman-firman Allah yang mengingatkan kepada kita daripada surah Al-Baqarah ayat 216 yang dinyatakan,

“sesuatu yang kamu tidak sukai itu mungkin lebih baik bagi kamu dan sesuatu yang kamu sukai itu boleh jadi tidak baik bagi kamu”.

Jadi dengan suasana COVID-19 yang kita hadapi ini mungkin kita melihat dari sudut positifnya, insya-Allah mudah-mudahan ada kebaikan di sebaliknya kerana setiap kesukaran, kesulitan itu pasti akan ada kesenangan dan kemudahan. Allah juga menegaskan dalam Al-Quran,

, Bersama kesulitan itu, akan ada kemudahan, akan ada kesenangan.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Perkara seterusnya ialah saya ingin merujuk kepada Teras 1, Objektif 1, iaitu Memperkuatkan Daya Tahan Isi Rumah. Saya mengambil kesempatan juga untuk merakamkan ucapan tahniah juga kepada Kerajaan Negeri khususnya di bawah THRDC iaitu Unit Sumber Manusia yang telah berjaya menempatkan pekerjaan bagi rakyat Negeri Terengganu dalam tempoh dari tahun 2019 sehingga 2021 sebanyak 18,420 peluang pekerjaan telah ditawarkan kepada rakyat Terengganu di bawah UPNT, Unit Urusetia Perkerjaan Negeri Terengganu. Ini suatu angka yang saya kira hampir menepati target ataupun sasaran Kerajaan Negeri kita untuk menyediakan peluang pekerjaan sebanyak 20,000 dan sebagaimana dalam Bajet juga kerajaan mensasarkan pada tahun hadapan sebanyak 4,000 peluang pekerjaan akan disediakan. Tahniah kepada Kerajaan Negeri dan seterusnya ialah Teras 1 juga, Objektif ke-3, di mana yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Bukit Besi sebentar tadi juga merupakan satu insentif baru bagi Bajet 2022 ini Kerajaan telah menyediakan suatu sumbangan i-Fitri ini suatu juga yang memberikan peluang kepada rakyat untuk meningkatkan taraf hidup dan juga meningkatkan sumber pendapatan, memperbaiki ekonomi rakyat yang melibatkan 115 orang akan menerima peruntukkan dengan jumlah RM400 dan juga RM250.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,

Seterusnya saya ingin merujuk kepada Teras yang kedua iaitu Objektif 1 dan 2 yang menekankan berkaitan dengan penghayatan dan pelaksanaan Islam dan juga meningkatkan kesejahteraan institusi keluarga dan masyarakat. Yang mana saya mengharapkan dengan bajet yang disediakan oleh pihak Kerajaan Negeri kita mengharapkan bahagian agama kita dapat memperkasakan lagi rakyat kita khususnya dikalangan remaja-remaja yang dinyatakan sebahagian besar daripada remaja kita yang tidak sempurna solatnya, tidak cukup solatnya kerana kita tahu bahawa kita dalam Islam solat adalah merupakan perintah yang asas kepada kita. Jadi kita nak pastikan rakyat kita ialah rakyat yang melaksanakan tuntutan perintah Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana di sana Allah Subhanahu Wa Ta’ala jamin kepada mereka yang solat akan terhindar daripada perkara-perkara fahsya` dan mungkar maka wajarlah bagi kita, Kerajaan supaya menitikberatkan dan memperkasakan lagi program-program bagi memastikan rakyat Negeri Terengganu kita ini ialah rakyat yang sentiasa taat kepada perintah Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana kejayaan rakyat, kejayaan masyarakat itu terletak kepada solat. Allah Subhanahu Wa Ta’ala meletakkan dalam surahtul al-mu’minun ayat yang pertama dan kedua,

Kejayaan dan keuntungan bagi orang mukmin ialah mereka yang solat dan khusyuk dalam solatnya. Jadi saya mengharapkan dengan bajet yang disediakan kali ini insya-Allah kita dapat terus memperkasakan anak-anak muda remaja kita dan masyarakat Terengganu kita untuk terus menjadi mereka-mereka yang benar-benar beriman bertaqwa kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Perkara seterusnya ialah saya juga ingin menyatakan berhubung kait dengan Teras yang kelima memperindahkan persekitaran dan melindungi alam sekitar di mana pihak Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM55.5 juta yang mana saya kira satu peruntukan yang agak besar yang insya-Allah dengan peruntukan ini dapat menyelesaikan masalah-masalah yang sentiasa kita dengari dalam masyarakat. Masalah kebersihan, masalah sampah merata, jadi dengan bajet ini dengan tambahan juga RM1juta untuk tong sampah maka insya-Allah kita mengharapkan perkara-perkara yang berlaku sebelum ini akan

dapat kita perbaiki untuk mewujudkan sebuah negeri ataupun suasana yang lebih selesa untuk kehidupan masyarakat di Negeri Terengganu ini.

Perkara berikutnya ialah berkaitan dengan saya ingin menyentuh di daerah Dungun. Saya mendapat maklumat menyatakan bahawa khususnya di DUN Sura banyak kawasan-kawasan ataupun tanah yang dimiliki oleh Persekutuan Seperti Polis, Kastam yang tidak dibangunkan yang memakan hampir masa 15 20 tahun tidak dibangunkan terutama sekali di balai polis lama di Kuala Dungun, jadi kalau boleh saya mengharapkan supaya pihak Kerajaan Negeri dengan saluran-saluran yang ada untuk berbincang dengan Kerajaan Pusat supaya tanah ini dapat dibangunkan dan boleh memberi manfaat kepada rakyat tidaklah menjadi tanah yang terbiar apatah lagi berada di tengah-tengah bandar yang menjejaskan pemandangan. Jadi saya mengharapkan Kerajaan Negeri boleh berbincang dengan pihak-pihak yang berkenaan di peringkat Pusat bagi membangunkan tanah-tanah yang terbiar ini.

Yang seterusnya ialah menyentuh mengenai kemudahan dan keselesaan kepada belia-belia khususnya dalam aktiviti sukan. Saya mengharapkan supaya pihak dengan peruntukan yang ada di Unit Belia dan Sukan boleh menaiktarafkan khususnya di Padang Arena, Dungun kerana di Dungun itulah satu-satunya padang yang ada jadi saya mengharapkan dengan peruntukan bajet yang ada ini dapat memperbaiki infrastruktur yang ada dinaik taraf padang bola yang ada supaya pemuda remaja kita dapat bermain dengan dalam keadaan yang lebih baik dan yang akhirnya ialah saya ingin juga menyebut bahawa masalah yang berterusan khususnya di muara sungai Dungun yang saya kira perkara ini memang setiap kali persidangan akan sentiasa menjadi isu kerana masalah muara sungai cetek yang menimbulkan masalah kepada apa sektor-sektor pelancongan dan juga nelayan sendiri untuk keluar masuk ke muara sungai kerana kalaulah air surut kata orang boleh berjalan kaki. Ini suatu perkara yang saya berharap kepada pihak Kerajaan Negeri mungkin dengan kerjasama Kerajaan Pusat untuk mengatasi masalah muara sungai cetek ini akibat daripada longgokan pasir yang berada di muara kerana ini juga menjejaskan nelayan-nelayan kita untuk keluar dan saban tahun akan berlaku kehilangan nyawa di muara sungai Dungun dan tahun ini pun ada seorang yang jatuh bot di muara dan meninggal. Jadi setiap tahun akan ada kematian, jadi saya mengharapkan pihak Kerajaan dengan peruntukan yang ada dan juga dengan kerjasama Kerajaan Pusat insya-Allah akan dapat menyelesaikan masalah rakyat khususnya kaum nelayan.

Dan akhirnya Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana telah mengambil cakna kepada warga emas kita yang berusia 60 tahun ke atas dengan memberikan peruntukan sebanyak RM13 juta bagi kesejahteraan rakyat khususnya kepada warga emas dan saya mengharapkan bukan sahaja dengan peruntukan RM13 juta itu sahaja malahan kita boleh merancang program-program dan aktiviti-aktiviti yang memberi manfaat khususnya kepada warga emas kita ini. Semoga akan lahir rakyat kita bukan sahaja di peringkat remaja, peringkat pemuda malahan hingga kepada warga emas akan sentiasa dibela, akan sentiasa diberikan sesuatu yang akan membawa kebaikan kepada kehidupan mereka di dunia yang sementara dan insya-Allah di kehidupan yang kekal abadi di akhirat.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya rasa sekadar itulah ucapan perbahasan saya pada petang ini dan sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua dan seluruh pimpinan Kerajaan Negeri dan staf-staf sokongan bagi memastikan Kerajaan kita terus dapat melaksanakan segala program yang memastikan rakyat kita beroleh kesejahteraan kehidupan di Negeri Terengganu kita ini. Sekian, saya menyokong Bajet 2022. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Terima kasih Wakil daripada Sura. Sebelum saya teruskan perbahasan, saya hendak tahu berapa ramai lagi yang hendak bercakap. Berapa ramai lagi yang hendak bercakap tidak termasuk Pengerusi BBC dan juga Ketua pada rakan-rakan sebelah kiri saya ini, saya beri jaminan akan beri peluang. Okey saya jemput Wakil daripada Jertih.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, rakan-rakan Ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, rakan-rakan media dan semua sekalilah para pemerhati. Alhamdullilah terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang di-

Pertua di atas kebenaran untuk membahaskan Bajet pada kali ini dan saya juga ingin mengambil kesempatan dan tahniahlah kepada Dewan kerana telah membuat pembaharuan dengan mengadakan Digital Library cuma kita tertunggu-tunggu password tidak sapa-sapa lagi. Kalau tidak boleh guna doh untuk dewan ini.

Yang di-Pertua

Saya dah sebut dalam ucapan saya, insya-Allah akan dihubungi.

Okey, dan saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari lahir kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu. Kita doakan supaya sejahtera selalulah dan terima kasih juga kepada Yang Amat Berhormat di atas pembentangan bajet kelmarin, semalam yang mana diakhiri dengan pantun yang berbunyi:

Pergi ke pantai memancing tenggiri, Pergi ke hutan melihat tempua, Bersama kita majukan negeri, Merakyatkan sejahtera untuk semua.

Cuma bila Yang Amat Berhormat baca pantun ni, saya teringat pantun yang Yang Amat Berhormat baca pada Bajet Tahun 2020 yang berbunyi-

Daratan menghijau langit membiru, Indahnya alam ciptaan tuhan, PAS UMNO dulunya seteru, Kini kita saling bergandingan.

Tu pantun dululah. Tok tahulah dulu baca dengan ikhlas ke lagu mana ke. Cuma Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, tahniahlah di atas Pembentangan Bajet. Cuma,…

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Nak cakap hal Bajet ke hal pantun ni?

Mukadimah baru tu. Ada berapa minit lagi? 12 minit?

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Dah pantun sakni dok ulas sikit. Pakai senyap gitu habis gitu je?

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Pakai habis gitu je pantun?

Yang di-Pertua

Yang Berhormat Batu Rakit jangan ganggu dia. Biar dia teruskan.

Dan tahniahlah kepada Bajet yang telah diutarakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar kelmarin, tapi kalau Bajet seumpama itu disampaikan oleh Kerajaan dulu, saya masih ingat parti pembangkang dia akan kata ni bajet gula-gulalah ni. Tapi takpelah, asal ianya untuk kebaikan rakyat. Gula-gula pun gula-gulalah. Cuma saya tengok, Bajet kepada Portfolio Pertanian turun begitu banyak Dato’ Seri, Dato’ Yang di-Pertua Dewan. Maknanya tinggal RM7 juta je lagi. RM7 juta kita kena bahagi kepada tiga portfolio, nelayan pun situlah, pertanian pun situlah, penternakan pun situlah dan kelmarin ada ditanya oleh Yang Berhormat Batu Buruk berkait dengan prestasi Portfolio Pertanian kerana tahun ini adalah merupakan Tahun Pertanian Terengganu. Ni bulan sebelas dah. Apa yang diutarakan oleh Yang Berhormat EXCO, banyaklah kelmarin. Makna nak tulis tok dang. Kena baca hansard program-program yang telah dibuat. Cuma saya melihat Kerajaan Negeri kena ada KPI cara nak ukur bagaimana penerimaan rakyat terhadap program tersebut kerana minta maaf kalau saya sebut bahawa ialah mungkin orang lain tak tahu tapi saya tidak terasa yang mana ni telah bulan sebelas, bahawa tahun ini adalah merupakan Tahun Pertanian Terengganu. Apabila diutarakan oleh Yang Berhormat EXCO, banyak program rupanya. Mungkin ada gap di mana-mana dan saya harap supaya duit yang banyak itu memberi impact yang besar kepada rakyat terutamanya kepada golongan petani ialah merupakan golongan yang bawah di negeri kita ini. Okey dan di situ kita boleh…

Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua boleh dok saya mencelah sedikit.

Yang di-Pertua

Boleh diberi laluan.

Sila-sila.

Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Ni saya nak tanya kalau ikan rakyat, ikan selayang tu dulu RM4.00 sekilo sekarang ni dah jadi RM14.00 tu bawah Pertanian ke dok? Pahtu ikan pulak ayam pulak sekarang ni dulu RM4.50, sekarang ni dah RM10.00. Tu Pertanian ke apa itu?

Hok tu Yang Berhormat EXCO kena jawab tu. Tapi biasanya jawapan dibuat, untunglah petani, nelayan bila harga mahal, tetapi dia kena ambil kira juga dari segi rakyat terbanyak. Sebab itu sebagaimana, yang pertanyaan dibuat oleh YB Nawi tadi sebenarnya ini suara-suara rakyat. YB Hulu Besut tadi yang mana kena ada satu pengukuran yang dibuat oleh Kerajaan untuk kita nak ukur kepuasan pelanggan ataupun rakyat yang menerimalah, rakyat yang menerima bantuan tersebut. Okey, ini mungkin boleh diulas semasa penggulungan nanti.

Yang keduanya ucapan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri besar juga ada menyebut bahawa kita nak upgrade dengan izin, makna kita nak menaik taraf Tabung Darul Iman kepada Yayasan Darul Iman. Saya ucap tabiklah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana Tabung Darul Iman ini adalah merupakan satu dana yang sangat diperlukan kepada rakyat Terengganu yang sakit tetapi tidak ada punca nak dapat kewangan untuk membiayai rawatan mereka dan kadang-kadang ialah, tak terfikir kita cara mana mereka kalau orang seney tak apa, tapi kalau orang susah nok gi hospital kena bayar, nak keluar wad tu kena bayar dulu dan tahniah kerana kita naik taraf daripada tabung kepada yayasan. Cuma saya nak sebut bahawa naik taraf tu terima kasih dah tetapi bajet masih lagi RM6 juta, Dato’ Seri. RM6 juta sama dengan bajet tahun-tahun yang lalu. Ha? RM5 juta? Tengok bajet mula bukan RM6 juta ke RM5 juta. Makna sama dengan tahun-tahun lain dan penerima dalam sekitar enam ribu. Kita kena ambil indicator petunjuk bahawa barangan contohnya lampin, ataupun susu, ataupun keperluan-keperluan lain harganya meningkat dan bilangan yang memerlukan juga meningkat. Kalau kita nak harapkan daripada kutipan potongan gaji ataupun sumbangan daripada NGO dan juga sumbangan daripada GLC anak syarikat Kerajaan Negeri, ialah tapi saya rasa

kalau kita tidak buat promosi yang sangat hebat saya rasa cara paling mudah kalau boleh kita tambahlah sikit lagi kerana sesuai dengan nama daripada tabung kepada yayasan.

Okey dan seterusnya Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya juga berterima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana telah mengadakan semula Dana Raya walaupun kita sebut i-Fitri ke apa, tak apalah tetapi untuk membantu rakyat Terengganu selepas puasa, merayakan hari kejayaan hari raya bagi mereka yang tidak mampu. Cuma di sini saya duk hitung sebagaimana YB Bukit Besi tadi, jumlah penerima adalah bagi B40 dengan M40, jumlah penerima adalah sebanyak 115 ribu. Okey dan ada kategori harga yang berbezalah, RM400.00 dengan RM250.00. Saya cadangkan supaya tidak berlaku lagi kita bahagi penerima mengikut bilangan per kampung. Maksud saya kita kena bagi, bahagikan penerima tadi mengikut kategori. Contohnya bagi kampung ni, kita nak bagi 50 orang. Saya rasa tidak boleh guna kaedah itu. Kalau kampung ni ada 30 orang, kita bagi sekerat 30 lah. Kalau kampung ni ada 60, kita bagi sekerat 60 kerana bilangan yang layak menerima mengikut kampung berbeza kerana tak tahu kerana tidak silap ingatan saya dulunya kita ikut bilangan per kampung. Jadi kalau boleh kaedah ini kita ubah supaya mengikut kategori yang layak walaupun tidak sama mengikut MPKK ataupun JPKK dan seterusnya, saya tak tahu ni bawah Portfolio Pertanian ataupun Perumahan. Saya tengok bajet dalam Bajet 2022 tidak ada untuk perumahan nelayan dia panggil hok ni yang kita rancang di Besut, di Setiu dan di Kemaman. Tanah-tanah tu terima kasihlah kerana telah ditambun tetapi menjadi harapan kepada nelayan nak melihat bila kita nak start buat rumah ni tetapi pada tahun hadapan saya tengok ada RM10.00. Jadi saya nak mendengar jawapan dalam penggulungan nanti apakah perancangan yang akan dibuat oleh Kerajaan untuk merealisasikan rumah nelayan ini iaitu di tiga lokasi di Benting Lintang di Setiu dan juga di Kemaman. Jadi masa pun tak panjang dah ni, 4 minit…

Yang di-Pertua

Masa Yang Berhormat tak panjang dah.

Okey, saya takut tok dey hok Jertih, hok Jertih dululah. Permohonan daripada Jertih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya hari tu ialah kalau kita baca hansard dulu saya amat berterima kasih kepada Kerajaan, dalam Dewan ni, dalam Ucapan Bajet 2019 kerana dalam Bajet 2019 ada dinyatakan peruntukan

sebanyak RM1 juta untuk membina terminal bas di Jerteh. Terminal bas di Jerteh ni bukey ore kaya-kaya guna. Ore kaya nak gi Kuala Lumpur naik kapal terbang naik kereta, tapi rakyat marhaen dia guna bas nak gi Kuala Lumpur nak gi ke Johor nak gi luar daripada Besut tetapi sebuah daerah tidak ada terminal bas sehingga ke hari ini dan saya diberitahu dalam mesyuarat tak silap saya bulan 4 pada tahun 2019. Tadi saya kata RM1 juta peruntukan Kerajaan Negeri dalam Bajet masa pembentangan 2018 akhir tahun, bulan 4/2019 semasa Mesyuarat Dewan diberitahu oleh pihak Kerajaan ada tambahan janji yang dibuat oleh Kerajaan Federal RM1 juta lagi untuk terminal bas ini. Saya balik kapung cerita ko ore kapung. Ore kapung terima kasihlah. Tunggu punya tunggu saya tengok Bajet dalam yang diutarakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar kelmarin tengok RM10 ringgit semula. Aa kata sudoh dohlah…nok balik nok jawab lagu mana tok tahu ni. Kata janji mesti dikota, dok? Manifesto mesti ditunai, ialah kita jong mitok ni mudah jah, Kerajaan nak buat ni memey payoh saya tau, tapi saya ingat saya pohonlah saya merayulah ada sedikit kesungguhan di mana-mana supaya bus stand ini akan menjadi realiti. Aa sudoh tinggal seminit lagi.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,

Saya tahu, satu perkara lagi saya tahu bila kita tanya dalam Soalan Lisan, kita tanya dalam Soalan Bertulis berkait dengan Taman Ilmu jawapannya tak boleh bincang kerana masih lagi dalam proses mahkamah. Cuma pada petang ini saya nak tahu dua perkara je, kita tahu ianya proses mahkamah kita tak boleh bincang, kita nak tanya tapi rakyat bertanya khabar. Kita nak tahu dua perkara yang pertamanya bila agak-agak proses mahkamah ini selesai dan bila selesai apakah perancangan yang nak dibuat kepada Taman Ilmu itu, kita nak beritahu kepada rakyat. Ni yang kedua, yang ketiganya saya nak tahu adakah hari ini penjagaan dibuat kepada aset-aset dan bangunan di Taman Ilmu selain daripada masjid tu. Kita takut sikit lagi barang-barang ataupun aset serta bangunan-bangunan itu terbiar, dia akan melibatkan belanja yang besar pulak untuk nak buat. Seterusnya saya juga memohon ada 43 saat lagi ini ada perancangan yang dibuat oleh Kerajaan dengan menyediakan peruntukan RM75 juta untuk surau dan masjid bagi tahun hadapan. Okey, jadi saya memohon Kerajaan Negeri supaya memberitahu kepada kita memberitahu kepada rakyat Negeri Terengganu perancangan pembinaan masjid, pembaikian masjid ada diutarakan oleh tadi YB Baru Buruk dia kata kalu buleh masjid ni buat padey futsal boleh guna selain daripada buleh semaye buleh guna menda-menda lain

tapi ada hari ini masjid yang telah uzur yang bukan sahaja nok beki pun tok leh doh contohnya di DUN saya, ada Masjid Kubang Bembam, Masjid Kampung Tok Raja, Masjid Pok Wong, sikit lagi mitok maaf Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, ringkas-ringkas jah. Jadi tak apalah kita tahu Kerajaan Negeri nak buat masjid ini bukey memerlukan duit yang sedikit tapi kalu boleh kita boleh jawab kepada… okey mu tunggu dulu masjid mu ni kita buat dua tahun lagi, masjid mu ni molek lagi kita nok buat tiga tahun lagi, masjid mu uzur benar kita nok buat tahun ni, jadi ada perancangan jangka pendek jangka panjang yang diberitahu kepada rakyat sekurang-kurangnya kita boleh jawab pertanyaan-pertanyaan rakyat berkait dengan masjid dan seterusnya…

Yang di-Pertua

Masa yang berhormat dah cukup.

Cukup doh?

Yang di-Pertua

Ho, kalimah yang akhirlah. Kalimah yang akhir

Sikit lagi eh

Yang di-Pertua

Kalimah yang akhir

Kalimah yang terakhirnya, saya berterima kasih kepada perancangan untuk meneruskan dio panggil hok nikoh ore muda tu walimatulurus. Alhamdulillah cuma kalu boleh tambah lagi hok ni orang muda nak nikoh tetapi orang tua hok cerai. Dulu saya ingat masa Yang Berhormat Kijal dulu dio bagi saguhati, ore duda nikoh ada saguhati, ore janda nikoh ada saguhati bagi nak galak supaya sebab berlaku perceraian ini ada peningkatan saya tengok mengikut Jawapan Bertulis. Kena ada inisiatif supaya dia dok duk sore ni, orang laki duk sore, ore puan duk sore, biar ada inisiatif dio panggil gapo aritu, bantuan gapo?

Okey dan seterusnya saya juga ingin bertanya berkait dengan projek PPR di Padang Tapung, Jerteh sama ada, ada usaha dibuat oleh Kerajaan untuk diteruskan kerana dulu jawapan daripada Kerajaan, Federal tidak bercadang

nak buat kerana ia milik individu kecuali milik Kerajaan ianya mungkin diteruskan. Cuma kita nak tahu jawapan daripada Kerajaan Negeri.

Yang di-Pertua

Cukup. Cukup Yang Berhormat

Yang di-Pertua

Cukup, kalu saya tanya Yang Berhormat cukup dok, kawan-kawan Yang Berhormat yang lain nok bercakap ork

Okey, terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saloh silap saya mohon maaf. Yang Berhormat Jertih juga pohon menyokong kerana kalu tak sokong tok leh gerok kita tahun depan.

Yang di-Pertua

Terima kasih Wakil Jertih. Saya teruskan untuk menjemput Wakil Air Putih.

Ab. Razak bin IbrahimPAS · GSAir Putih

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar Terengganu, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, rakan-rakan Yang Berhormat, Yang dihormati ketua-ketua jabatan, pengamal media dan seterusnya tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Alhamdulillah bersyukur kepada Allah ta’ala kerana dengan limpah kurnianya Dewan yang mulia ini dapat bersidang dengan baik dan selamat walaupun kita berada pada Fasa 4 dengan pergerakan yang masih terbatas, beberapa SOP yang perlu kita patuhi. Peluang yang pendek ini saya mengambil kesempatan merakamkan ucapan terima kasih tak terhingga kepada pihak Kerajaan khususnya, agensi-agensi yang berkaitan, petugas-petugas barisan hadapan yang sentiasa bersedia dan

setia dalam memastikan COVID-19 dapat ditangani dengan baik. Alhamdulillah suatu kejayaan tercapai kepada Fasa 4 dan pandemik bertukar kepada endemik. Semoga kerja buat petugas ini dikira oleh Allah sebagai amal soleh.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,

saya mengambil peluang juga merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas pembentangan Bajet bagi tahun yang ketiga yang penuh bersasar dan mantap.

Sekawan tempua di pokok rambutan Berkicau riang tanpa disekat Belanjawan 2022 selesai dibentang Lima teras telah digarap

Orkid di hutan tumbuh meliar Cantik terperi ramai berkenan Nasib rakyat takkan terbiar Belanjawan 2022 jadi jaminan

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Belanjawan 2022 membawa tema “Merakyatkan Sejahtera Untuk Semua” merupakan tema yang sangat bertepatan dengan kemalapan ekonomi selepas negara dilanda musibah COVID-19. Rata-rata rakyat sangat terkesan dan semua sektor ekonomi mengalami keruntunan. Saya mengambil peluang kepada perbahasan ini membincang empat Objektif daripada lima Teras daripada Bajet yang dibentang oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Teras 1 - Memperkuatkan Daya Tahan Isi Rumah dan Objektif 3 iaitu Memperkasakan Pengurusan Bantuan Kerajaan. Ramai Ahli Yang Berhormat berbahas menyokong terima kasih di atas pemberian-pemberian i-Fikri yang melibatkan 100,015 orang miskin dalam negeri ini dan bagi saya sudah tentu bantuan yang sedemikian sudah ditunggu-tunggu oleh rakyat marhaen. Kita gambarkan terserlah kegembiraan pada raut wajah rakyat kampung rata-rata masalah dalam kehidupan yang serba serbi dengan kekurangan. Sedikit sebanyak dengan bajet yang diberikan oleh peruntukan oleh Kerajaan pada kali ini dapat meringankan beban rakyat miskin B40 dan M40, terima kasih pada kerajaan. Tadi kita dengar Wakil Jerteh mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas menaik tarafnya Tabung Darul Iman kepada Yayasan Darul Iman

memperuntukkan hampir 5 juta setahun. Ianya memberi impak yang sangat besar kepada rakyat yang menghadapi masalah kewangan apabila ditimpa musibah, sakit, kemalangan dan bencana. TDI (Tabung Darul Iman) adalah sangat sinonim bagi mereka menghadapi masalah seperti di atas rata-rata rakyat bawahan sangat memerlukan bantuan yang sedemikian itu. Sudah tepat sekali TDI tukar kepada Yayasan dengan peruntukan yang agak besar buat masa akan datang.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Teras Yang Ketiga Memperkukuhkan Kesejahteraan Sosial Masyarakat melalui Objektif Yang Ketiga menyokong Pembudayaan Wanita dan Belia. Melalui objektif ini Kerajaan mengajak rakyat mengamalkan gaya hidup sihat menerusi Program Sukan Untuk Semua (SUS) daripada program yang telah dicadangkan oleh kerajaan dan tiba masanya kerajaan harus melihat keperluan jangka panjang untuk khusus para anak muda seperti anak muda beliawanis misalnya ada keterbatasan untuk bersukan. Belum ada lagi satu tempat yang memberikan keselesaan kepada golongan wanita untuk bersukan contohnya gelanggang bola jaring, gelanggang badminton dan sebagainya. Kerajaan seharusnya memikirkan setiap daerah diwujudkan satu kompleks sukan yang bertaraf patuh syariah misalnya. Oleh kerana Terengganu mendapat jolokan “Negeri Kayuhan Basikal” menerusi jenama Gateh, Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah wang menyediakan laluan kayuhan tersebut untuk Kerajaan disarankan pihak-pihak yang berkaitan supaya mempromosikan kayuhan muslimah memakai pakaian menepati syariah. Usaha ini penting dalam suasana rakyat yang mahu segala-galanya patuh syariah sesuai dengan Negeri Terengganu yang dikenal Negeri Serambi Madinah. Kayuhan basikal jenama Gateh, menitip segenap percakapan rakyat, kayuh mek kayuh, walaupun letih kayuh berbasikal menutup aurat.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, keperluan makan minum dan pakaian, tempat tinggal merupakan aspek yang sangat penting dan perlu dititikberatkan oleh pihak Kerajaan. Apa yang berlaku pada hari ini ialah pembinaan rumah-rumah dan projek-projek perumahan masih belum mencukupi dengan nisbah penduduk. Masih ramai lagi rakyat yang tidak memiliki rumah sendiri walaupun sudah bekerjaya dan berumahtangga. Melalui Teras Ketiga Objek Satu menambah baik bekalan dan pengurusan perumahan Kerajaan telah memperuntukan sejumlah RM24.4 juta untuk pembinaan rumah mampu milik di enam kawasan. Sebagai seorang wakil rakyat kawasan, isu rumah kediaman rumah mampu milik, rumah mesra rakyat, lot tanah tapak rumah kediaman

merupakan masalah besar yang dihadapi saban hari rakyat menagih rumah. Melalui Dewan ini saya menyeru, merayu agar pihak Kerajaan memberi peruntukan yang lebih kepada projek perumahan. Tidak dinafikan pihak Kerajaan mempunyai perancangan dalam perkara ini.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, setiap rakyat Terengganu yang berumur 21 tahun ke atas layak memiliki rumah kediaman ataupun satu lot tapak rumah. Ia merupakan manifesto menjanjikan kepada rakyat, kini sebahagian besar daripadanya Kerajaan telah laksanakan. Di antaranya Kerajaan telah meluluskan perumahan lot tapak rumah RTB pada rakyat yang mendapat tanah ini sudah tentu mereka mahu membina rumah kediaman sendiri. Permasalahan besar yang dihadapi oleh ialah masalah prasarana seperti jalan masuk ke RTB, api letrik, bekalan air dan saliran. Sekiranya prasarana ini dapat dilengkapi dapatlah rakyat bertatih membina rumah kediaman sekadar mereka mampu.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, akhir sekali melalui Teras Ketiga Objektif Ketiga Memajukan Penerimagunaan Teknologi Digital dan Telekomunikasi. Masalah capaian internet menjadi perbualan di kalangan rakyat khususnya rakyat di kawasan pedalaman ianya sangat terkesan apabila pembelajaran di atas talian anak-anak sekolah, belajar di rumah menggunakan handphone, laptop, tablet dan sebagainya. Di kawasan saya Air Putih misalnya, N32, N yang terakhir sekali harap-harap bukanlah N nusuk sekali terakhir dari segi DUN. Disebabkan di sebelah pedalaman Jabor, Perasing, Felda Neram 1, Cheneh dan Felda Neram 2 melalui situasi capaian internet yang sangat lemah malah ada kawasan yang tiada internet langsung. Oleh kerana Kerajaan sedang mengambil inisiatif di bawah Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang menambahkan jalinan fiber optik dan meningkat liputan 4G termasuk menambah bilangan menara telekomunikasi di luar bandar agar projek ini tidak ketinggalan di DUN Air Putih sebagaimana saya sebutkan di atas.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, sebagai penutup saya baca dua pantun,

Bangun sederap menggenggam bara Meredah lautan sedang bergelora Tema Belanjawan Tahun 2022 Merakyat sejahtera untuk semua

Sujud syukur pada Ilahi

Belanjawan rakyat telah dibentang Semua rakyat kena berjanji Bangkit bersama menyokong Kerajaan

Ab. Razak bin IbrahimPAS · GSAir Putih

Air putih menyokong belanjawan.

Yang di-Pertua

Terima kasih Wakil Air Putih, saya teruskan perbahasan dijemput Wakil daripada Kuala Besut.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, kerana memberi peluang dan ruang kepada saya untuk sama-sama dalam sesi perbahasan Ucapan Belanjawan 2022. Yang saya hormati Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, tahniah di atas pembentangan bajet semalam, Bajet 2022. Yang Berhormat SUK, Yang Berhormat EXCO, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua-ketua Jabatan, wakil-wakil Ketua Jabatan dan seterusnya para media dan juga tuan-tuan, puan-puan yang sama-sama mengikuti perbahasan, sesi perbahasan kita pada petang ini sama ada di dalam Dewan ataupun secara langsung melalui “Live Facebook”. Pertamanya syukur kepada Allah Ta’ala kerana dapat bersama-sama dalam sesi perbahasan Bajet pada kali ini dan saya terus kepada point saya Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua sebab kita nak kejar masa ni. Yang pertamanya saya ingin bertanya kepada pihak Kerajaan, YB cakap pasal kesihatan jadi ada persoalan daripada penduduk Pulau Perhentian khususnya, nak tahu macam mana status Klinik Kesihatan Pulau Perhentian. Sebab saya dengar cerita dulu memang ada cadangan nak membina satu klinik baharu, nak upgrade klinik lama kepada klinik kesihatan yang baharu. Cuma mungkin ada dari segi teknikalnya, dari segi lokasinya, dari segi perbincangan semulanya. Jadi mohon daripada pihak Kerajaan memaklumkan kepada kita supaya senang kita nak maklumkan

kepada masyarakat khususnya Pulau Perhentian, status terkini pembinaan ataupun menaik taraf klinik Pulau Perhentian.

Perkara yang kedua Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya juga ada tanya dalam Soalan Lisan bersama dengan Seberang Takir iaitu tentang status keuntungan yang disasarkan yang telah dicapai oleh anak-anak syarikat Kerajaan Negeri tetapi soalan itu ditolak, jadi saya nak tanya kepada pihak Kerajaan, anak syarikat Kerajaan Negeri khususnya TMEX. Kita difahamkan pada tahun lepas, dimaklumkan kepada Dewan, dimaklumkan kepada masyarakat Terengganu dan dimaklumkan kepada kita bahawa ada satu syarikat yang usahasama di bawah YPU, Yayasan Pembangunan Usahawan yang saya difahamkan bisnes ataupun niaga emas ini pada tahun lepas. Jadi boleh tak maklumkan kepada kita, apakah status TMEX yang meniaga emas itu, sama ada kalau untung beritahu untung kalau tak untung apakah kaedah.

Yang di-Pertua

Yang Berhormat.

Ya Dato’.

Yang di-Pertua

Soalan-soalan Lisan yang tak sempat dijawab akan dijawab secara bertulis. Adapun soalan-soalan yang ditolak tu ada sebab.

Ye ye.

Yang di-Pertua

Banyak sebablah. Antaranya soalan yang berulang dan seumpamanya, jadi saya ingat tak payah ulang.

Alright-alright, kalau boleh maklumlah tentang TMEX tu. Okey, yang ketiga Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, kita sedia maklum bahawa progress kemajuan kerja kereta api laju ataupun ECRL sekarang ni berlangsung, berlaku dengan agak menggalakkan terutamanya termasuklah kita di Terengganu termasuklah di daerah Besut. Cuma kalau ikut alignment asal dulu, alignment ECRL ini akan lalu ikut Kuala Besut. Tapi bila tukar Kerajaan Pusat dipinda ke alignment ke sebelah Hulu. Jadi difahamkan

alignment asal untuk ECRL itu akan dibina pula untuk alignment dengan izin ataupun jajaran bagi LPT 3. Jadi boleh tak pihak Kerajaan maklumkan kepada kita status terkini LPT 3 dan juga alignment dia jajaran dia kerana perkara ini menjadi „hear say’ ataupun dengar-dengar masyarakat kampung bahawa akan lalu sini, akan ada exit sini, jadi boleh tak pihak Kerajaan memaklumkan kepada kita status dan juga apakah benar „hear say’ itu bahawa alignment LPT 3 ini seperti yang digambarkan di bawah sana. Sebab dengar cerita ada dah pengukuran, jadi boleh tak maklum status terkini sama ada dalam reka bentuk terperinci ataupun dengan ukur halusnya ataupun masih dalam perancangan ataupun dalam proses tender dan sebagainya.

Perkara yang berikut, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin merujuk kepada buku kecil Ucapan Belanjawan 2022 ini, iaitu merujuk muka surat 25. Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak Kerajaan khususnya Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar kerana menghargai, kalau tengok perkara 59 menghargai peranan 150 orang imam dan bilal di bawah Skim Mubaligh dengan bantuan tunai one-off sebanyak RM150.00, one-off sekali je ni dan bantuan ni mungkin boleh meringankan beban mereka kerana saya difahamkan masih ada lagi imam-imam dan juga bilal-bilal di masjid-masjid yang saya dimaklumkan masjid kerajaan masih lagi bertaraf kontrak dan juga bertaraf sementara dan ada gaji bilal itu yang RM900.00. Saya difahamkan, saya berjumpa dengan mereka, supaya mereka meminta supaya perkara ini dibawa ke atas untuk perhatian dan tindakan pihak Kerajaan sebab ada yang bilal ada juga imam bila habis bertugas di masjid, khususnya masjid kerajaan kena balik buat kerja part time pulok. Ada yang balik kena mesin rumput, kena buat kerja part time, jadi saya mohonlah perhatian serius pihak Kerajaan supaya mengambil kira perkara tersebut kalau boleh bagi tetap kenaikan sikit lagi elaun dan gaji mereka dan sebagainya.

Perkara yang berikut yang saya ingin sentuh Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, adalah merujuk para 76 iaitu muka surat 31 dalam buku kecil ini iaitu program yang negeri Terengganu terkenal sebagai negeri kayuhan basikal melalui menerusi jenama Gateh dan difahamkan sebanyak 920,000 akan diperuntukkan bagi membina monumen dan juga laluan kayuhan basikal sepanjang 9.3 km dari Kuala Ibai ke Teluk Ketapang. Jadi hendak tanya adakah projek ini, program Gateh ini akan dikembangkan lagi, akan dipanjangkan lagi ke daerah-daerah lain kerana kita semua sedia maklum bahawa gateh basikal ini menyeluruh di negara kita tapi kalau di Terengganu ni memang semua

daerah memang orang sebut gateh. Jadi moleklah cadangan laluan kayuhan basikal ataupun laluan yang digazetkan disediakan untuk pengayuh-pengayuh basikal ini disediakan dan kalau boleh dikembangkan lagi kepada daerah-daerah lain.

Perkara yang berikut Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya juga ingin sentuh tentang program JENDELA. JENDELA iaitu Jalinan Digital Negara dalam menambah jalinan fiber optik dan juga meningkatkan liputan 4G dan juga menambah bilangan menara telekomunikasi. Jadi boleh tak pihak Kerajaan dalam ucapan penggulungan nanti maklumkan kepada Dewan yang mulia ini dengan lebih spesifik dok, saya suka memetik kata rakan kita Wakil Kemasik tadi, dok, kita banyak komputer, banyak laptop, handphone banyak, tapi kadang-kadang internet takdok. Jadi boleh tak dengan lebih spesifik, pihak Kerajaan memaklumkan bagi Bajet 2022 nanti melalui program Jalinan Digital Negara ataupun JENDELA ini dengan lebih spesifik, di manakah akan dibina menara-menara telekomunikasi supaya rakyat lebih tahu di mana akan dibina coverage yang boleh membantu mereka khususnya dalam kita menghadapi kehidupan seharian sekarang ini.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, perkara yang berikut yang ingin saya sentuh juga iaitu berhubung dengan para 103 iaitu melaksanakan projek rakyat yang mana kerja-kerja menaik taraf jalan, dewan, balai raya, longkang dan juga saliran serta projek-projek kecil DUN akan terus dilaksanakan dan ini akan memberi impak yang besar kepada sosio ekonomi rakyat setempat. Okey, saya setuju, sangat setuju dengan kenyataan ini kerana dua minggu lepas di Pulau Perhentian, setelah lima tahun lalu dilanda banjir kilat, banjir selama hampir empat jam di Pulau Perhentian dan bila kita tengok kesan dia, penyebab dia adalah struktur saliran ataupun tidak diselenggara ataupun tidak cukup bagi menampung jumlah keamatan hujan ataupun rainfall intensity dengan izin yang sangat tinggi di Pulau Perhentian pada waktu ini. Jadi saya risau kalau sebelum ini lima tahun sekali berlaku banjir di Pulau Perhentian, kita takut dengan lebih kerap lagi akan berlaku banjir di tempat mereka jika kita tidak upgrade longkang dan juga sistem saliran di Pulau Perhentian. Begitu juga dengan yang saya sebut sebelum ini ada juga, cuma nak bangkitkan lagi iaitu banjir di Kampung Kayu Kelat, kalau boleh dibina juga culvert di Kampung Pachakan tersebut. Alright, dan begitu juga anggaran bajet untuk CBT jadi macam mana langkah kaedah untuk mengukur CBT dan nak tahu sama ada dia one-off ataupun dia akan dibuat secara berkala. Alright, masa sekejap je, dan akhirnya,

terakhirlah saya nak sentuh sikit lagi Dato’ Yang di-Pertua iaitu tentang banyak sentuh tadi tentang indeks kesejahteraan rakyat. Jadi saya nak tahu juga pihak Kerajaan ada tak menilai macam mana kesejahteraan rakyat, sebab indeks kesejahteraan rakyat di Malaysia bagi Negeri Terengganu, kita ada lima komponen yang perlu kita titik beratkan iaitu lima komponen ekonomi iaitu melibatkan pengangkutan, komunikasi, pendidikan, pendapatan dan juga pengagihan dan juga persekitaran kerja. Jadi boleh nilai dan ada sembilan komponen sosial iaitu perumahan, tadbir urus, alam sekitar, keluarga, perkilangan mmm bukan, kebudayaan, hiburan, dan rekreasi, keselamatan, penyertaan sosial, dan juga kesihatan. Jadi Indeks Kesejahteraan rakyat ini, perlu kita ada di negeri kita supaya dia menjadi tools yang penting dalam kita nak gubal dasar dan juga program ke arah mencapai negeri maju dan juga berpendapatan tinggi. Apatah lagi macam mana kita nak cari satu mekanisma yang boleh diukur yang orang kata measureable dengan izin, yang boleh diukur kalau kita tak dok Indeks Kesejahteraan rakyat Malaysia. Apakah kita nak ukur slogan, Maju Berkat Sejahtera kalau kita tak dok indeks yang boleh diukur dan akhirnya, Yang Berhormat Dato’ Yang Di-Pertua, saya nak sentuh tentang Bajet yang betul-betul nilai dia ni, iaitu kalau tengok pada Buku Bajet yang besar ni, kita tengok daripada RM1.657 bilion anggaran Bajet pada tahun hadapan. Kita dapat lihat bahawa pecahan dia, hanya 24.13% ataupun RM400 juta sahaja yang dicarumkan kepada Kumpulan Wang Amanah Pembangunan daripada keseluruhan Bajet. Jadi dan difahamkan juga sebanyak RM25.8 juta ataupun 4% sahaja untuk projek-projek ekonomi, yang lain lebih kepada projek-projek sosial. Jadi persoalannya, soalan kita dan boleh kita sama-sama fikirkan, bagaimana kita nak jadikan ekonomi Negeri Terengganu berkembang dengan secara mampan dan juga secara baik sekiranya peruntukan pembangunan berbanding dengan Bajet asal adalah sangat sedikit iaitu 24.31% berbanding RM1.6577 bilion yang telah dibentangkan semalam. Jadi mohon pihak Kerajaan supaya memikirkan juga supaya belanja pembangunan juga perlu ditingkatkan juga supaya dia boleh, orang kata belanja pembangunan boleh meransang dari segi future economic growth, Dato’ Yang Di-Pertua.

Dan ada satu lagi Dato’ Yang Di-Pertua, saya terbaca ni, pada muka surat 56 buku kecil ini, iaitu Project Integrated Island Waste Management iaitu ke arah penambahbaikan pengurusan sisa pepejal ataupun pengurusan sampah di Pulau Redang dan Pulau Perhentian, termasuklah Pulau Kapas dengan Kerjasama PBT dan juga UMDP. Jadi boleh tak pihak Kerajaan masukkan apa sebenarnya Project Integrated Island Waste Management ni. Sama ada

pengurusan sisa pepejal secara compose ataupun membawa balik juga sampah pepejal ke darat ataupun ada kaedah lain yang lebih sesuai untuk diadakan bagi pengurusan sisa pepejal di pulau-pulau. Dan ada lagi ni, dan ada juga permintaan-permintaan persoalan daripada orang kampung iaitu muka surat lima puluh iaitu RM1.42 juta diperuntukkan bagi pembangunan sektor perternakan, termasuklah pembangunan padang ragut. Jadi ada orang kampung di Mukim Bukit Puteri khususnya kampung Tok Has. Dia tanya status padang ragut yang pernah dibangkitkan dalam Sidang DUN yang lalu, jadi ada tak, status terkini, sama ada padang ragut itu masih ada lagi ataupun telah dibatalkan warta dia di padang ragut. Ataupun kalau ada padang ragut di tempat lain, di manakah mereka hendak cerut rumput, nak potong rumput, untuk bagi makan kepada lembu-lembu ternakan mereka khususnya lembu sado dan juga ternakan mereka yang lain lagi. Dan yang akhir sekali, betul-betul akhirnya, ada permohonan daripada bot-bot pengusaha bot, Dato’ Yang di-Pertua, iaitu supaya boleh tingkatkan lagi lesen bot dipanggil mix-domestic yang terhad ni. Kalau sebelum ni, dia boleh bergerak antara point ke point dalam dua puluh lima radius kilometer radar radius tapi kalau boleh kembangkan lagi kepada 100 kilometer radius supaya boleh merancakkan lagi pergerakan dan juga agenda pelancongan negeri dan sekali gus juga merancakkan juga dari segi spot fishing kita di Negeri Terengganu. Okey, Dato’ Yang Di-Pertua, Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Wakil Kuala Besut. Saya nak teruskan perbahasan kita ini, ramai nak bercakap. Saya jemput Wakil Rantau Abang.

Haji Alias bin HarunPAS · GSRantau Abang

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, Pegawai-pegawai Kerajaan, rakan-rakan media, seterusnya seluruh yang hadir di dalam dewan yang mulia ini. Alhamdulillah, pertama-tama dan selama-lamanya marilah kita sama-sama merapat kesyukuran kita kepada Allah

SWT, kerana dengan limpah kurnia dapat kita bersama pada petang yang mulia ini. Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan kerana memberi peluang dan ruang kepada saya untuk turut sama mengambil bahagian dalam ucapan perbahasan bagi Bajet 2022 sebagaimana yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhrmat Dato’ Seri Menteri Besar pada pagi kelmarin. Saya mewakili DUN Rantau Abang, mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas serta penghargaan kepada pihak Kerajaan Negeri kerana masih mampu membentang satu belanjawan yang memberi manfaat kepada semua rakyat. Tahniah, terima kasih mudah-mudahan dengan belanjawan yang telah dibentang pagi kelmarin, sama-sama kita menghayati dan kita sama-sama mensyukuri apa sahaja yang telah dibentang untuk kita meneliti, untuk kita bahas dan mungkin ada perkara yang perlu kita membuat persoalan-persoalan.

Kerajaan Negeri juga menyedari bahawa kesan pandemik COVID-19 yang teruk pada awal tahun 2020, mengakibatkan berlakunya kelembapan ekonomi. Kelembapan ekonomi ini bukan sahaja melibatkan Negeri Terengganu, bahkan juga melibatkan negeri-negeri di Malaysia. Malah, yang melibatkan seluruh dunia yang turut terkesan dengan COVID-19 ini. Ekonomi dunia hampir lumpuh disebabkan pandemik COVID-19. Antaranya ialah Amerika Syarikat merekod kelembapan ekonomi pada kadar -3.4% dan ekonomi Eropah merosot pada kadar -6.5%. Walaupun, KDNK Negeri Terengganu berada pada paras 0.1 mata % di bawah paras nasional, namun kedudukan bertambah baik dibandingkan dengan negeri-negeri lain bagi tempoh 3 tahun. Ini adalah usaha bersungguh-sungguh daripada Kerajaan Negeri di bawah pemerintahan PAS sejak mengambil alih 2018. Ini menggalakkan daya tahan dan daya saing ekonomi Terengganu yang mempunyai potensi yang mengukuh. Begitu juga kadar pengangguran. Pada tahun 2019, Negeri Terengganu, kadarnya ialah 3.5% tetapi pada 2020, 4.1%. Dengan usaha Kerajaan Negeri pengangguran ini menurun pada tahun 2021 iaitu pada suku pertama 3.7% dan disebabkan pada tahun ini, disebabkan kemungkinan rakyat tak sama berada semasa 18 Mac ketika PKP diadakan masa itu mereka begitu patuh dengan SOP-SOP yang telah ditetapkan oleh KKM, MKN tapi pada pertengahan 2021 agak lega dan rakyat mula kurang mematuhi SOP yang menyebabkan berlaku pada suku kedua meningkat balik 4.2%. Walau macamanapun Kerajaan sentiasa berusaha menurunkan pengangguran negeri ini melalui kaedah strategik yang meliputi sasaran jangka pendek dan jangka panjang. Ini bermaksud mempertingkatkan pasaran buruh negeri melalui program intervensi yang sesuai.

Seterusnya atas perkara yang berlaku pada tahun 2020, maka pada tahun 2021 Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan telah pun mengambil langkah untuk menyokong pemulihan individu, isi rumah dan perniagaan yang terjejas dengan Pakej Rangsangan Terengganu Cakna 2020 serta inisiatif khas Covid-19 Bantuan Ekonomi Rakyat Terengganu 2.0 Berkat dan 3.0 Berkat 2021. Alhamdulillah, terima kasih buat Kerajaan Negeri Terengganu di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar yang berusaha sedaya upaya mengikut kemampuan yang ada, telah melaksanakan 18 daripada 20 janji-janji Manifesto Negeri Terengganu. Tahniah sekali lagi kepada Kerajaan Negeri. Justeru itu bagi mendepani ekonomi 2022, pasca pandemik Kerajaan Negeri komited sedaya upaya menyalurkan pelbagai inisiatif kepada semua lapisan masyarakat bermula di peringkat sekolah sehinggalah warga emas. Ini dapat kita lihat dalam pembentangan pagi kelmarin.

Pada Bajet kali ini Kerajaan Negeri Terengganu memperuntukkan sebanyak RM78.7 juta dengan sepuluh berita yang menggembirakan rakyat Terengganu antaranya ialah bantuan belia mahasiswa, bantuan tunai untuk OKU, bantuan ibu tunggal, bantuan i-fitri dan lain-lain sebagaimana yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Merujuk kepada muka surat tiga puluh Buku Belanjawan, saya menyokong penuh usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk membangunkan golongan belia dengan acuan Agama Islam yang sebenar dengan penubuhan akademik kepimpinan generasi Al Fateh. Saya yakin dan insya-Allah belia Negeri Terengganu mampu menjadi belia rabbani dan mereka inilah yang bakal mewarisi kepimpinan yang ada sekarang ini. Saya rujuk kepada Teras Ketiga iaitu memperbaiki ketersediaan kemudahan awam rakyat dan saya melihat rujuk kepada Objektif Kedua, iaitu Meningkat Kualiti Perkhidmatan Bekalan Air, muka surat 38, yang mana peruntukannya telah diberi berjumlah RM40 Juta.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan, pembangunan perumahan yang semakin rancak dan pertambahan penduduk terutama sekali dalam kawasan saya, DUN Rantau Abang tentulah menjadi cabaran besar dalam menyalurkan bekalan air bersih kepada penduduk. Dalam situasi sekarang rakyat sering menghadapi tekanan air yang rendah terutama pada waktu puncak, kebanyakan kawasan yang terlibat contoh dalam DUN saya, kampung Pulau Serai, Bembang, Batu Tiung, Pelandang, yang sering menghadapi tekanan air

yang rendah. Saya yakin pihak Kerajaan telah pun mengenal pasti kawasan-kawasan yang terlibat. Dengan ini saya ingin mencadangkan kajian perlu diambil untuk mengatasi masalah tekanan air ini dengan membina tangki tambahan seperti yang sepatutnya. Untuk makluman Dewan, cadangan pembinaan tangki ini hasil daripada perbincangan antara Pusat Khidmat DUN Rantau Abang bersama Yang Berhormat Ahli Parlimen Dungun dengan pihak Syarikat Air Terengganu (SATU). Saya mengharapkan cadangan ini dapat dipertimbangkan oleh pihak Kerajaan dengan sewajarnya, sama ada kerja-kerja pemasangan paip air, penukaran paip-paip baru serta kerja menaik taraf infrastruktur bekalan air di seluruh negeri.

Saya merujuk kepada Teras yang Ketiga, iaitu Objektif yang Keempat, Laksana Projek Rakyat. Demi memenuhi keperluan dan keselesaan rakyat, infrastruktur menjadi perkara asas bagi rakyat menjalani kehidupan dengan lebih baik. Dalam DUN Rantau Abang terdapat tujuh RTB tapak rumah baru yang telah diberi kepada rakyat dengan jumlah 1,311 lot yang sangat memerlukan infrastruktur di tapak berkenaan seperti dalam asas elektik, air, longkang dan sebagainya. Saya berharap Kerajaan mengambil perhatian serius akan perkara ini bagi meningkatkan kemudahan infrastruktur kerana sering menjadi rungutan penduduk. Saliran dan peparitan juga menjadi masalah kepada kami di DUN Rantau Abang ini, terutama sekali di Tanjung Jara. Sebelum MRSM ini dibangunkan, sekarang ini sedang proses persediaan tapak yang menjadi kesusahan bagi penduduk Tanjung Jara ialah sebelum-sebelum ini mereka senantiasa menerima air yang banyak ketika musim banjir, rumah mereka tenggelam dan apabila pembangunan MRSM Dungun ini akan lagi menyebabkan mereka akan mengalami lebih teruk lagi. Oleh itu saya mengharapkan perkara ini perlu mendapat perhatian terutama sekali Jabatan Pengairan dan Saliran dan ke mana sebenarnya air ini hendak disalurkan sebab apa yang kita lihat saluran ini hanya pergi pada satu hala sahaja, yang dikeluarkan oleh air daripada tiga punca sebelum MRSM ini dibina, bila MRSM ini dibina ada empat punca air, keluar pada satu tempat iaitu dalam kawasan Tanjong Jara Resort, jadi sudah tentulah ini perlu diambil perhatian oleh pihak Kerajaan bagaimana nak menyelesaikan ini supaya ianya tidak berterusan dengan masalah banjir ini.

Yang di-Pertua

Masa Yang Berhormat sudah cukup, Yang Berhormat.

Haji Alias bin HarunPAS · GSRantau Abang

Sikit lagi boleh? Sikit je, okey ada satu perkara iaitu rungutan masyarakat terutama sekali penggiat pelancongan. Pulau Tenggol merupakan satu destinasi yang menarik terutama sekali penggiat yang berusaha untuk meneruskan kegiatan skuba, jadi yang menjadi masalahnya ialah seperti yang disebutkan oleh ADUN Sura tadi, air cetek daripada pengkalan nak keluar ke muara menyebabkan apabila air surut sudah tentu menyebabkan terganggu, keluar masuk bot-bot pelancongan ini, selain daripada bot-bot nelayan, jadi ini juga perlu perhatian oleh pihak Kerajaan supaya untuk merancakkan pelancongan yang sedang giat sekarang ini perlu diberi perhatian yang serius untuk kita menambah pendapatan ekonomi Negeri Terengganu dan akhir sekali.

Yang di-Pertua

Ringkaskan Yang Berhormat

Haji Alias bin HarunPAS · GSRantau Abang

Okey, daripada 1,238 penternak ikan sangkar dan kolam, 27 belum mendaftar. Apa yang saya nak mohon ialah apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi menjamin pengurusan pembangunan industri akuakultur negeri agar lebih teratur kerana perikanan merupakan sumber pendapatan bagi penduduk Rantau Abang terutama sekali di Seberang Pintasan jadi saya ingin mengetahui tentang jaminan pengurusan pembangunan industri negeri akuakultur agar lebih teratur.

Yang di-Pertua

Okey, last-last word.

Haji Alias bin HarunPAS · GSRantau Abang

Okey, saya mengakhiri ucapan perbahasan saya ini dengan firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala

“Dan ingatlah ketika Tuhan mu memaklumkan sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya aku akan menambah nikmat kepada mu, tetapi jika kamu ingkar, maka pasti azab-Ku sangat berat”

Jadi apa yang saya utarakan ini ialah perbentangan Bajet ini telah dibentang dengan sebaik-baiknya tetapi walau macamana pun nak menyelesaikan semua

masalah, nak memberi keyakinan, nak beri keselesaan kepada semua sudah tentu ianya di luar batas kerana ianya bergantung kepada bajet yang kita ada, jadi yang penting di sini ialah kita perlu bersyukur kepada Allah atas pada sahaja semua kurnian Allah beri kepada kita dan menjadi tanggungjawab kita untuk sama-sama kita

Yang di-Pertua

Okey Yang Berhormat.

Haji Alias bin HarunPAS · GSRantau Abang

Kita merealisasikan bajet 2022. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan, Rantau Abang mohon menyokong.

Yang di-Pertua

Terima kasih pada Wakil Rantau Abang. Saya masih berhasrat untuk meneruskan persidangan, sebab saya anggap Tertib Pekerjaan Dewan berkait dengan Bajet ini penting, tak apalah sekali sekala kita rehat sekali gus dan amalan menjadi kebanyakan Dewan Negeri lain ia tidak banyak masa rehat, cuma dia celah-celah secara beruncitlah siapa nak keluar, siapa nak minum sekejap, sebab saya check tadi ramai yang nak berucap itu yang saya beri perhatian. Yang keduanya kadang-kadang apabila kita keluar berehat, saya minta maaf bercakap ini, masa yang diambil terlalu lama, saya terpaksa tunggu Ahli Yang Berhormat untuk memulakan persidangan. Saya fikir tidak adil bagi sayalah ini bukan nak balas ini, cuma saya minta jaga masa, jadi saya minta teruskan siapa yang nak bercakap lagi, okey pada Pengkalan Berangan.

Sulaiman bin SulongPAS · PNPengkalan Berangan

tau mam amaa aajt jaj ,nkaauaaam aakana jaaaaa am aka kaaD jammana jaaaaa ,m nk jtaa tjka amoama nam aaacnaa sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan.

Ketahuilah bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang sebenarnya membuat bencana dan kerosakan mereka tidak menyedarinya.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Yang Berhormat rakan-rakan ADUN, ketua-ketua jabatan, pengamal media, pemerhati yang dihormati sekalian.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, masyarakat hari ini sangat teruja dengan kalimah kemajuan dan pembangunan, sehingga ianya menjadi kata keramat yang sangat memukau dan melihat sebarang langkah ke belakang, sebagai anti pembangunan, kolot dan mundur.

Kalimah pembangunan ini telah dikeramatkan sedemikian sehingga berstatus kalimah suci yang tidak boleh dipersoalkan lagi. Al Sayyid Qutb menjelaskan fenomana tragis ini, dengan istilah dengan izin, penghancuran kemanusiaan bahawa manusia sedang mengalami proses penghapusan ciri-ciri kemanusian dan sekaligus mengalami pemupukan kerobotan dan kehaiwanan. Oleh itu, kita mesti memandu dan meneraju pembangunan negeri sesuai dengan acuan Islam yang telah digariskan oleh Allah pencipta kepada alam ini, menuju kepada masyarakat insani, rabbani yang melengkapi antara satu sama lain, dalam membina kehidupan yang lebih aman, berkat, dan sejahtera. COVID-19 yang melanda dunia keseluruhannya adalah satu peringatan daripada Allah Subhanahu Wa Ta’ala pemilik alam ini, bagaimana kecanggihan teknologi yang dicapai oleh manusia tidak mampu untuk menolak takdir dan kehendak Ilahi. Ianya adalah peringatan agar manusia tidak lupa diri, lalai akan hakikat kejadian insan yang diciptakan sebagai hamba kepada pemilik alam ini.

Dato’ Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan dan peluang dalam ruang terbatas ini bagi mengucapkan tahniah atas Ucapan Belanjawan 2022 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dengan tema “Merakyatkan Sejahtera Untuk Semua”. 5 Teras dan 22 Objektif yang diharapkan mampu dan berkeupayaan untuk benar-benar mensejahterakan Negeri Terengganu yang kita kasihi ini. Aspirasi rakyat bagi melihat satu belanjawan yang merangkumi keperluan mendesak rakyat dalam kemelut pandemik yang mula beranjak kepada endemik COVID-19 kini menampakkan sinar kelegaan dengan 147 Inisiatif yang akan memberi insentif dan bantuan yang insya-Allah dilihat mampu untuk merangsang ekonomi dan kesejahteraan

rakyat secara keseluruhannya. Rakyat sedang bergelut dengan kemelut kehidupan yang merubah norma kehidupan kebiasaan kepada satu norma yang asing dan sangat meresahkan. Kehidupan mula dibayangi dengan ketakutan dan kegusaran sehingga menghadkan norma kehidupan biasa kepada norma baharu yang menyekat dan menghalang gerak kerja dan aturan kehidupan yang lazim dilakukan sebelum daripada ini. Dengan inisiatif yang diketengahkan diharap mampu untuk meringankan beban yang sedang dihadapi oleh rakyat keseluruhannya. Penguncupan ekonomi yang berlaku hasil dari pandemik ini perlu diperbaiki segera bagi meningkatkan kebolehupayaan dan kemampuan kita untuk berhadapan dengan kemungkinan yang bakal berlaku di masa hadapan. Oleh itu, Kerajaan Negeri mesti membina kekuatan sendiri yang mampu untuk menjadi perisai dalam apa jua keadaan dah situasi ekonomi yang bakal dihadapi. Beberapa segmen kritikal keperluan demi kelangsungan hidup rakyat seperti keperluan asas perlu diberi perhatian yang lebih khusus dan berstrategi, agar ianya mampu mengekang dan membina kelangsungan hidup rakyat yang lebih terjamin dan terpelihara. Peruntukan yang ada hendaklah senantiasa melihat keperluan dan kepentingan dalam menampung ketahanan ekonomi mikro supaya ianya dapat membina ekonomi makro yang lebih mampan dan teguh. Kadar pengangguran yang makin meningkat perlu dipulihkan dengan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaaan di semua sektor sama ada pertanian atau perindustrian. Kerajaan perlu mengambil peranan aktif bagi memastikan sektor ekonomi mampu berkembang dan berdaya saing secara aktif dan dinamik.

Dato’ Yang di-Pertua, peranan penting Kerajaan sebagai payung kepada rakyat perlu digerakkan secara lebih agresif bagi memastikan budaya ekonomi kapitalis tidak berkembang dalam situasi pandemik ini. Industri tidak perlu hanya melihat keuntungan semata-mata dalam masa yang sama menindas dan mencengkam serta mencekik kehidupan rakyat sehingga memangsakan pekerja demi kelangsungan rakus keuntungan industri. Hak dan keperluan pekerja yang menjadi kekuatan dan penggerak kepada industri perlu diberi perhatian dan pembelaan. Kerajaan mesti mengambil iktibar dari kisah Saidina Umar Al-khattab yang memikul dan menguli sendiri tepung makanan bagi memenuhi tanggungjawab pemerintahan dalam memastikan setiap rakyat dibela dan terbela tanpa melihat siapa, apa jua latar belakang serta teras idealogi politik mereka. Pemimpin masyarakat mesti menyantuni setiap kalangan rakyat dengan adil dan saksama. Setiap kepimpinan peringkat bawah

mesti senantiasa menjadi mata dan telinga kepada Kerajaan dalam mengadaptasi sistem pentadbiran yang mesra rakyat, adil dan peduli.

Dato’ Yang di-Pertua, saya juga mengambil peluang mengucapkan tahniah dan syabas kepada kepimpinan Kerajaan Negeri terutama kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar yang telah berjaya dan mampu untuk melaksanakan hampir keseluruhan agenda Manifesto PRU-14 sebagaimana yang telah dijanjikan. Ini membuktikan bahawa kemampuan Kerajaan Negeri memerintah dan mentadbir Negeri Terengganu yang kita kasihi ini tidak perlu diragukan lagi. Kita juga berharap agar Kerajaan Negeri pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang hari ini berkebetulan dengan tarikh kelahiran Yang Amat Berhormat Menteri Besar terus maju dan cemerlang dalam mengurus dan mentadbir negeri dengan agenda Maju, Berkat, Sejahtera dalam mencapai redha Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Dato’ Yang di-Pertua, di kesempatan dalam Dewan Yang Mulia ini, saya mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Haji Awang, Ahli Parlimen Marang yang juga merupakan Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) di atas anugerah bintang kebesaran Panglima Setia Mahkota oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Ianya adalah satu pengiktirafan di atas jasa dan pengorbanan besar yang telah dilakukan oleh Yang Berhormat Tan Sri Tuan Guru dalam memartabatkan agenda perpaduan Melayu dan Islam dan menjaga kemuliaan kesucian ajaran Islam di Terengganu khususnya serta Malaysia dan dunia amnya. Tahniah diucapkan kepada Yang Berhormat Tan Sri Tuan Guru.

Dato’ Yang di-Pertua, dalam membangun dan mencorak pembangunan negeri, garis panduan yang disebut dan digariskan oleh Allah melalui kalimah suci sebagaimana ayat yang telah saya bacakan tadi, hendaklah diambil sebagai arahan yang memandu kepada hakikat sebenar pembangunan. Janganlah kita nantinya membina pembangunan yang menghancurkan jati diri dan kemuliaan insan sehingga melahirkan manusia yang lupa hakikat kejadian dan penciptaan alam oleh Allah Yang Maha Pencipta. Pendidikan adalah hakikat keutamaan yang mesti diberi penekanan. Marang, sebagai sebuah daerah yang terkenal dengan pengajian ilmu Talaqqi yang dipelopori sejak berzaman dan diteruskan oleh Yang Berhormat Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Haji Awang perlu

dimartabatkan dan diinstitusikan bagi memastikan tradisi ilmu ini tidak hilang dan pupus dimakan dek zaman.

Dato’ Yang di-Pertua, sekali lagi saya mengambil kesempatan di dalam Dewan Yang Mulia ini bagi mengucapkan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Menteri Alam Sekitar Dan Air yang telah meluluskan peruntukan bagi membina benteng pemecah ombak di muara Sungai Merchang yang mana tender telah dikeluarkan dan sedang dalam proses mengenalpasti penender yang berjaya bagi melaksanakan kerja pembinaan yang dijangka menelan belanja lebih kurang RM30 juta. Ianya adalah juga merupakan bukti usaha yang bersungguh yang telah ditunjukkan dan dibuktikan oleh pimpinan yang kita kasihi, Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Haji Awang, Ahli Parlimen Marang dan juga Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar yang kita kasihi dalam menyelesaikan masalah rakyat. Diharapkan dengan pembinaan benteng pemecah ombak yang menjadi impian rakyat yang saban hari dan masa bergantung kepada hasil tangkapan laut dapat meneruskan kehidupan mereka dengan lebih sempurna dan sejahtera. “Terengganu Maju Berkat & Sejahtera”, moto yang insya-Allah akan memberi kekuatan dan semangat buat sekalian rakyat yang terbabit. Dato’ Yang di-Pertua, Marang sebagai sebuah bandar kecil yang terkenal sedikit masa dulu sebagai bandar koboi, mula mengorak langkah kemajuan dengan wujudnya industri pelancongan di Pulau Kapas dan Pulau Gemia yang menjadi kunjungan pelancong luar dan dalam negeri. Bagi menampung keperluan dan kehendak semasa dicadangkan agar Kerajaan mempertimbangkan pembinaan Bandar Baru Marang yang lebih berstruktur dan tersusun. Pembangunan bandar baru ini adalah sejajar dan selaras dengan perkembangan semasa yang melihat pembinaan Jambatan Marang yang menelan belanja lebih RM400 juta dan pembinaan stesen utama ECRL Negeri Terengganu di Binjai Rendah, Marang. Kedua projek ini dilihat akan menjadi pemangkin yang mampu menjana pembangunan menjadikan kemajuan Marang tidak hanya bergantung kepada kemajuan dan pembangunan daerah-daerah berjiran.

Oleh itu, satu jajaran baru pembangunan perlu dibina segera bagi memastikan kemajuan dan pembangunan Bandar Kecil Marang selaras dengan arus yang sedang berlaku. Satu lokasi yang strategik dan mampu untuk melonjakkan lagi pembangunan Bandar Kecil Marang perlu dicari dan dibangunkan dengan segera. Dato’ Yang di-Pertua,

Pejuang berhemah langsung dijulang Sisihkan rasa menyumbang jasa Pantang Ummah mengusung petualang Gigih berdakwah menggalang masa

Jalan-jalan ke tengah kota Melihat gedung berkata-kata Jangan bekerja demi harta Bekerjalah demi Allah semata

Dengan ini, Pengkalan Berangan menyokong Belanjawan 2022 yang bertajuk “Merakyatkan Sejahtera Untuk Semua”. Sekian.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Wakil Pengkalan Berangan. Saya persilakan Yang Berhormat Manir.

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat-Yang Berhormat EXCO, rakan-rakan YB, pegawai-pegawai Kerajaan, media dan pemerhati sekalian. Pertama-tamanya kita memanjat rasa syukur kepada Allah di atas segala pemberian Allah Subhanahu Wa Ta’ala kepada kita mudah-mudahan Allah Ta’ala berikan yang terbaik keberkatan untuk kita semua. Saya ucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan EXCO-EXCO yang telah berusaha membentangkan Belanjawan 2022 dengan agak baik sebagaimana lima Teras yang telah dibentangkan dalam Belanjawan 2022 itu, sebenarnya mencangkupi roh firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala;

agar harta negara ataupun harta benda negeri ini tidak berlegar di kalangan orang-orang yang kaya di kalangan kamu. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, bila membaca dan melihat memerhati Belanjawan 2022 ini, kita melihat suasana yang sangat sesuai walaupun dengan suasana wabak yang seolah-olah akan berlabuh yang mana Belanjawan ini menyentuh semua aspek dan

menyantuni pelbagai pihak dan impak yang jelas dirasai oleh rakyat Negeri Terengganu secara umumnya oleh orang-orang muda, pelajar-pelajar, golongan warga emas, golongan wanita dan kita melihat juga telah disentuh berkenaan dengan Bajet berkenaan golongan yang tersilap langkah. Secara umumnya ia boleh dikategorikan sebagai suatu Bajet ataupun Belanjawan yang menekankan pembangunan sumber manusia secara khusus.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya cuma menyentuh topik yang kemungkinan telah disebut disentuh oleh beberapa orang rakan daripada wakil-wakil rakyat Yang Berhormat di mana dalam muka surat 45 dalam Bajet Buku Belanjawan ini Tabung Usahawan Negeri Terengganu yang diletakkan di bawah tanggungjawab YPU yang sekira-kira mendapat peruntukan sebanya RM10 juta. Kita mengharapkan di era pasca pemulihan ini, peruntukan ini dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin kerana bila melihat kepada fakta-fakta sejak daripada Belanjawan ataupun peruntukan yang besar yang telah memberi impak yang sangat besar kepada usahawan-usahawan Negeri Terengganu. Kalau dibandingkan dengan statistik sejak daripada 1997 hingga tahun 2018 secara purata usahawan-usahawan yang mendapat pembiayaan ataupun pinjaman daripada Kerajaan Negeri melalui Yayasan Pembangunan Usahawan ini. Mengikut tahunan pecahan tahunan 110 orang setiap tahun tetapi dengan penambahan Belanjawan, suntikan peruntukan kepada Yayasan Pembangunan Usahawan ini, maka lebih ramai usahawan sekitar 400 lebih pada tahun 2019 sekitar 446 orang usahawan yang mampu mendapat pembiayaan ataupun pinjaman dan tahun 2020 seramai 471. Pada tahun 2021 tahun ini seramai 451 orang yang melihat kepada Belanjawan yang telah disuntikkan kepada Yayasan Pembangunan Usahawan ini adalah satu kaedah yang sangat sesuai untuk membangunkan usahawan-usahawan di Negeri Terengganu dan kita mengucapkan tahniah pada Kerajaan Negeri yang telah memperuntukkan belanjawan yang sangat tinggi kepada Yayasan Pembangunan Usahawan mengambil roh untuk menjayakan usahawan-usahawan kita agar mereka dapat maju setanding dengan usahawan ataupun peniaga-peniaga lain.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, begitu juga kalau diambil contoh keprihatinan ataupun keistimewaan Bajet ataupun Belanjawan 2022 ini, berkenaan pertanian sebagai contohnya. Kita mengambil contoh berkaitan dengan peningkatan usaha meningkatkan SSL dengan izin Self Sufficient Level keperluan padi ataupun beras Negeri Terengganu yang mana usaha ini telah berlaku sebenarnya semenjak tahun 2008 tetapi ianya tidak diselesaikan dengan

baik dan kita pada tahun ini telah melihat bagaimana Kerajaan Negeri Terengganu telah memperuntukan tambahan nilai sebanyak RM2.25 juta bagi membuat dan memperbaiki sistem pengairan yang telah sedia ada yang tidak mampu yang masih lagi belum diselesaikan dengan baik. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, untuk menjaga dan mengekalkan keperluan padi rakyat Negeri Terengganu ataupun beras rakyat Negeri Terengganu ini Kerajaan telah banyak menghabiskan belanja kalau ikut daripada tahun 2008 sehingga 2015 lebih kurang RM400 juta lebih tetapi masih belum berfungsi dengan baik.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, dengan suntikan-suntikan tambahan ini, kita amat yakin bahawa Kerajaan Negeri mampu menyelesaikan permasalahan ini dengan cara yang terbaik, insya-Allah. Apa yang nak ditekankan dalam isu ini ialah, walaupun kerajaan menghabiskan ratusan juta untuk melaksanakan keperluan rakyat Negeri Terengganu, kalau sebelum ini ratusan juta telah dihabiskan untuk pembangunan kawasan padi di kawasan Kuala Terengganu, tetapi bila masa yang berlalu itu dengan keadaan semasa, akhirnya tanah-tanah sawah padi ini telah dijadikan tempat-tempat untuk dibuat perumahan. Jadi oleh kerana itu, tempat-tempat yang telah diubahsuai menjadi tempat perumahan ini akan menghilangkan dan merugikan pihak kerajaan yang telah membelanjakan ratusan juta untuk mengekalkan kawasan keperluan padi ini. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, perlu ditekankan supaya masyarakat sedar dengan keperluan kita, kebergantungan kita terutamanya perkara yang berkaitan dengan makanan, rata-rata yang memperkatakan tentang kenaikan harga barang, tidak kiralah harga apa sekalipun. Ini kerana tidak lain dan tidak bukan kerana kadar kebergantungan kita kepada barangan yang diambil daripada luar.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, adapun perkara yang berkaitan dengan jugak yang disentuh di dalam Belanjawan 2022 ini jugak ialah berkaitan dengan cabaran baru bila mana berlakunya wabak COVID-19 ini yang mana dunia semuanya beralih arah kepada dunia digital. Maka peruntukan yang telah diperuntukkan oleh pihak Kerajaan untuk membantu memperhebatkan sambutan kepada dunia digital ini sangatlah memberi suatu rangsangan yang baik kepada masyarakat secara yang kita lihat sebagai mendapat satu impak yang positif terhadap dunia digital ini. Rata-rata mereka menggunakan sistem digital bukan saja dunia pendidikan bahkan dunia urus niaga yang banyak memberi kesan positif terhadap dunia sehari ini.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, begitu juga saya menyebut di dalam mukaddimah saya tadi di mana Kerajaan telah memperuntukkan satu jumlah yang dikira jumlah yang munasabah untuk mendidik dan membentuk semula golongan yang tersilap langkah, golongan penagih dadah. Usaha Kerajaan mengambil berat golongan yang tersilap langkah ini adalah merupakan suatu bentuk penghargaan kepada mereka yang mana golongan ini telah dianggap sebagai sampah masyarakat tetapi oleh kerana kita menyedari, pihak Kerajaan menyedari ianya satu perkara yang masih lagi boleh dididik sahsiah mereka supaya mereka menyedari dan balik ke pangkal jalan dan insya-Allah, kita merasakan bahawa dengan usaha-usaha yang seberkat ini akan dapat mengurangkan masalah sosial di dalam masyarakat kita sehari ini. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, kekangan masa yang ada ini, memanglah belanjawan yang sebaik ini tidak mampu untuk dilaksanakan dengan baik dan tidak dapat dijayakan dengan kejayaan yang cemerlang kecuali dengan kerjasama yang diberi oleh semua pihak terutamanya pihak-pihak pegawai kerajaan yang perlu memainkan peranan dan maksimumkan kerjasama di antara semua pihak untuk kita melancarkan perjalanan Bajet 2022 ini.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, teringat kepada Hulu Besut. Hulu Besut pun tadok doh napok. Ke ada lagi? Tadok doh. Teringat biasa ucapan dia daripada sejak kenal sapa lening gitulah. Biasa provoke sokmo. Apa yang kita hendak cuba gandingkan ialah bagaimana kebersamaan daripada semua pihak untuk pembangunan insan yang lebih baik. Sahabat-sahabat Yang Berhormat yang dirahmati oleh Allah Ta’ala sekalian, sememangnya kita melihat dalam belanjawan ini, kurangnya ataupun tidak ada projek-projek mega yang boleh dijadikan wow factor, dengan izin dengan mata kasar tetapi sebutlah kepada rakyat, berlaku adil kepada rakyat bahawa Kerajaan hari ini sebenarnya membelanjakan banyak daripada belanjawan yang ada ini untuk membayar hutang-hutang projek-projek yang besar sebelum daripada ini dan pada tahun ini, dan sememangnya saya penuh yakin, bahawa semua pihak mengetahui bahawa tahun ini sahaja kita perlu membayar deferred payment ini dengan izin sejumlah RM497.32 juta dan pada tahun lepas kita juga terpaksa membelanjakan sebanyak RM439 juta untuk membayar segala perkara, segala projek yang terletak di bawah tajuk deferred payment ini. Yang ini perlu dihighlightkan jugok oleh pembangkang. Jangan duk kata bahawa zaman ni tadok pembangunan, tadok pembangunan. Pembangunan yang lama tu kita tolong bayor. Hok ni masalah dia. Walaupun begitu, kita masih mampu

memberikan pulangan yang baik kepada rakyat. Sebagai contohnya saya sebut, bantuan pembiayaan kepada pihak usahawan di bawah…

Yang di-Pertua

Yang Berhormat, saya ingat kena habiskan. Kalau tidak.. Masa di paras bahaya sekarang ini.

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Okey baik

Yang di-Pertua

Kalau tidak kita memerlukan satu usul untuk melanjutkan masa selepas pukul lima. Habiskan, habiskan.

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Baik, okey. Kalau kita lihat bantuan pembiayaan di YPU sebagai contohnya RM3 juta di dalam tahun 2019, RM5 juta pada tahun 2020, 2021 RM3.3 juta, tahun ini 2022 insya-Allah RM10 juta nak berbanding dengan tahun-tahun sebelum daripada ini, 2016 tadok lansung. 2017, RM350,000.00 sahaja. 2018, RM300,000.00 sahaja dan inilah kesan yang kita lihat bagaimana usahawan tidak mampu nak bergerak dengan sekatan-sekatan yang ada pada mereka dan insya-Allah, tiap-tiap tahun kalau sebelum ni 100 orang, tahun-tahun yang lepas ni insya-Allah kita mensasarkan dengan bilangan yang lebih besar sebagaimana yang saya sebutkan tadi, insya-Allah.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Manir mohon menyokong ucapan Belanjawan Tahun 2022.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Wakil Manir yang merupakan pembahas terakhir dalam perbahasan bajet kita pada petang ini. Alhamdulillah, saya rasa saya dah beri peluang seberapa yang mungkin kepada sebahagian besar Ahli-ahli Yang Berhormat untuk terlibat dalam perbahasan. Saya fikir, saya rekod ini yang terbaiklah sepanjang yang saya ikuti persidangan. Kita jugak mempunyai Tertib Pekerjaan Dewan yang lain, yang masih banyak lagi yang perlu diselesaikan. Oleh sebab itu untuk hari esok, saya hanya nak beri peluang kepada dua orang saja. Satu daripada pengerusi rakan-rakan kita di sebelah kiri saya, yang kedua daripada Pengerusi BBC, Kelab Penyokong Kerajaan untuk menutup tirai perbahasan. Selepas itu akan digulung oleh pihak Kerajaan.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya tangguhkan sementara persidangan kita ini kepada hari esok 17 November 2021, pada pukul 9.30 pagi dan marilah kita tangguhkan dengan membaca Tasbih Kaffarah dan Suratul Asr. DEWAN DITANGGUHKAN PADA PUKUL 4.52 PETANG