Terengganu · 17 November 2021
14th Assembly, 4th session, 2nd meeting · 292 turns · 38,720 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalTerengganu publishes one PDF per meeting, with the written answers appended. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
Soalan-Soalan LisanQuestions
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, mesyuarat disambung semula untuk memberkati persidangan kita marilah kita mulakan dengan Ummul Quran, Al-Fatihah.
Mesyuarat kita pada pagi ini diteruskan dengan Soalan-soalan Lisan. Berikut adalah Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberi notis untuk mengemukakan Soalan-soalan Lisan pada hari ini, 17 November 2021.
1 Yang Berhormat Wakil Tepoh 2 Yang Berhormat Wakil Batu Buruk 3 Yang Berhormat Wakil Seberang Takir 4 Yang Berhormat Wakil Sura 5 Yang Berhormat Wakil Telemong 6 Yang Berhormat Wakil Buluh Gading 7 Yang Berhormat Wakil Hulu Besut 8 Yang Berhormat Wakil Manir 9 Yang Berhormat Wakil Bukit Besi 10 Yang Berhormat Wakil Rantau Abang 11 Yang Berhormat Wakil Jertih 12 Yang Berhormat Wakil Pengkalan Berangan 13 Yang Berhormat Wakil Langkap 14 Yang Berhormat Wakil Bandar 15 Yang Berhormat Wakil Batu Rakit 16 Yang Berhormat Wakil Air Putih 17 Yang Berhormat Wakil Kuala Besut 18 Yang Berhormat Wakil Ajil 19 Yang Berhormat Wakil Kemasik 20 Yang Berhormat Wakil Wanita
Sebelum saya jemput Ahli Yang Berhormat sekalian untuk mengemukakan Soalan Lisan, saya masih mahu mengekalkan ruling saya pada pagi kelmarin, iaitu saya benarkan satu soalan tambahan sahaja untuk memberi peluang
lebih ramai di kalangan Ahli-ahli Yang Berhormat yang bertanya melainkan ada perkara-perkara yang saya perlu pertimbangkan termasuklah soalan-soalan yang digabungkan untuk dijawabkan sekaligus. Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Wakil, Seberang Takir tak ada ke? Belum? Belum masuk? Kelmarin sebenarnya saya nak bagi peluang kepada dia untuk berucap sebenarnya. Kelmarin itu saya tunggu dia tapi saya nampak dia tak ada, jadi saya skip lah. Saya persilakan Wakil Sura untuk kemukakan soalan, sila.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya, soalan yang pertama.
Apakah Kerajaan Persekutuan masih berhutang dengan Kerajaan Negeri sehingga tahun 2021?
Terima kasih kepada soalan Wakil Sura.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, keadaan terkini ada dinyatakan menerusi satu surat yang ditandatangani oleh satu individu di Kementerian Kewangan yang beranggapan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak mempunyai apa-apa hutang dengan Kerajaan Negeri sehingga tahun 2021. Walaupun begitu, fakta ini tidak dipersetujui oleh Kerajaan Negeri di mana berdasarkan tanggungjawab Kerajaan Pusat dalam senarai persekutuan dalam Jadual ke-9 Perlembagaan Persekutuan dan rekod komunikasi lalu, Kerajaan Negeri berpandangan masih ada urusan yang belum selesai dari segi kewangan iaitu hutang Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. Terima kasih.
Soalan tambahan saya yang pertama ialah adakah Kerajaan Negeri mengadakan sebarang bentuk perjanjian dengan Kerajaan Pusat dalam kita mendahului
perbelanjaan untuk pembinaan LPT 2 memandangkan dengan peruntukan yang begitu besar RM1.85 bilion dan terkini dinyatakan masih ada lagi berbaki RM1.431.5 bilion yang masih kita di peringkat negeri beranggap Kerajaan Pusat masih berhutang dengan Kerajaan Negeri. Itu yang pertama. Yang seterusnya ialah apakah usaha-usaha Kerajaan Negeri untuk memperolehi balik sejumlah RM1.431.5 bilion itu yang merupakan suatu jumlah yang sangat besar yang boleh kita manfaatkan bagi perbelanjaan kita di Negeri Terengganu ini, ingin penjelasan.
Terima kasih kepada soalan tambahan. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, perkara yang disebut oleh Yang Berhormat Sura itu tadi ialah berkait dengan apa yang dipandang oleh Kerajaan Negeri sebagai bayaran berkaitan yang masih belum dijelaskan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai baki bayaran balik Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) bagi projek Lebuhraya Pantai Timur 2 atau LPT 2, yang jumlahnya pada waktu ini adalah RM1.431.5 bilion di mana keadaan yang saya jelaskan dalam jawapan saya yang pertama tadi bahawa Kerajaan Persekutuan melalui surat yang ditandatangani tadi oleh individu dalam MOF yang tidak mengiktiraf baki tersebut sebagai hutang Kerajaan Negeri. Walaupun begitu, apa yang ada di dalam makluman Kerajaan Negeri ianya telah dipersetujui dan ada kertas kabinet pada waktu itu yang telah memberi kelulusan untuk pembayaran balik kepada Kerajaan Negeri dan ini dapat dilihat apabila sejumlahnya telah diberikan dalam bentuk in kind dengan izin kepada Kerajaan Negeri. Sekiranya tidak diberikan dalam bentuk in kind itu atau dibuat pembayaran tentulah mereka tidak mengiktiraf ianya sebagai satu hutang. Apa yang berlaku sekarang ini ialah Kerajaan Negeri sedang dalam proses rundingan bagi menyelesaikan baki pembayaran DKKP ini dengan pihak Kementerian Kewangan Malaysia dan insya-Allah kita komited untuk terus berusaha bagi memastikan baki itu diperolehi oleh Kerajaan Negeri, terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, boleh mitok penjelasan dok sikit. Terima kasih, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, saya ingin tahu satu masa dulu masa Kerajaan Barisan Nasional dulu telah ada persetujuan bahawa Kerajaan Persekutuan akan membayar sejumlah hutang-hutang ini setiap tahun. Jadi saya nak tahu sekarang ini diterus ke tidak lagi
pembayaran tersebut dan kalau diteruskan berapa amaunnya setahun? Terima kasih.
Terima kasih kepada Wakil Telemong, saya rasa apa yang dibangkitkan oleh Wakil Telemong itu adalah berkait dengan pembayaran LPT 1 di mana pembayaran bagi LPT 1 yang berjumlah lebih kurang RM200 juta setahun itu telah berakhir pada tahun lepas dan sebab itulah kita bermula pada waktu itu juga kita sedang berusaha untuk memperolehi bayaran untuk LPT 2. Terima kasih.
Terima kasih, sekarang saya persilakan, Wakil Besut tak ada juga ke? Ramai takdok ini, Seberang Takir takdok, Hulu Besut takdok, soalan ada. Okey, saya teruslah, saya terus kepada soalan daripada Wakil Bukit Besi.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya soalan dua-
Apakah persiapan yang diambil Kerajaan Negeri bagi menangani kemungkinan berlakunya banjir di Terengganu dalam waktu terdekat dan sila nyatakan jumlah peruntukan serta tenaga kerja yang akan digerakkan Kerajaan Negeri?
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Wakil Bukit Besi yang satu sekolah dengan saya 40 tahun dahulu, Ahli-ahli Yang Berhormat dan semua yang hadir pada pagi ini. Soalan yang dikemukakan oleh Bukit Besi, apakah persiapan yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menangani kemungkinan berlakunya banjir di Terengganu dalam waktu terdekat dan sila nyatakan jumlah peruntukan serta tenaga kerja yang akan digerakkan oleh Kerajaan Negeri.
Antara persediaan yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menangani kemungkinan berlakunya banjir di Terengganu dalam masa terdekat adalah:
i. Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Bencana Negeri Khas yang dipengerusi oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Negeri Terengganu pada 18 Oktober 2021 dan selepas daripada itu semua Jawatankuasa Bencana Daerah yang dipengerusikan oleh tuan Pegawai Daerah telah mengadakan mesyuarat di daerah masing-masing.
ii. Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyiapkan 580 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang berdaftar dan boleh menampung kapasiti seramai 147,600 orang. Dalam situasi pandemik COVID-19 kapasiti ini akan berkurang separuh daripada jumlah kerana faktor penjarakan sosial.
iii. Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga telah menyediakan sebuah Depoh Simpanan Keperluan Bencana, 17 mini depo dan 149 pengkalan hadapan bagi menghadapi banjir pada tahun ini. Agihan bekalan makanan ke daerah, pengkalan hadapan dan keperluan seperti Pulau Redang dan Pulau Perhentian telah selesai diagihkan bermula pada awal Oktober sehingga akhir bulan bulan Oktober baru-baru ini.
iv. Pihak Jabatan Pengairan dan Saliran telah menyelenggara sungai atau alur yang menelan perbelanjaan sebanyak RM6,686,940.00 dan diperuntukkan bagi projek pemuliharaan sungai dan menguruskan risiko banjir. Manakala RM4,809,600.00 telah diperuntukkan bagi Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) bagi projek pemuliharaan sungai. Pihak kesihatan (KKM) juga memohon setiap PPS menyediakan bilik isolasi bagi mengenal pasti mereka yang bergejala akan diasingkan semasa berlaku perpindahan. Saya juga telah memohon kepada setiap daerah supaya menyediakan hospital sementara di setiap PPS. Pejabat daerah juga dengan kerjasama agensi seperti polis, bomba, APM, JPKK, Khidmat Malaysia Terengganu telah mengadakan simulasi banjir di setiap daerah.
v. Penyediaan 59 stesen hidrologi dengan tambahan 34 stesen daripada Program Ramalan dan Amaran Banjir fasa 1 yang telah beroperasi bermula Ogos 2021 dan 66 stesen daripada fasa 2 yang dijangka siap pada November 2022. Jumlah keseluruhan stesen hidrologi yang akan digunakan bagi pemantauan banjir Negeri Terengganu adalah sebanyak 159 stesen.
Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menerima peruntukan daripada perolehan bencana bagi tahun 2021 sebagaimana berikut:
Bil Jenis Peruntukan Perkara Jumlah 1 Persekutuan Perolehan barangan bencana di Depoh Simpanan Keperluan Bencana (DSKB) RM1.5 juta 2 Negeri Pengurusan Bekalan Makanan RM500,000.00 JUMLAH RM2,000,000.00
Jumlah tenaga kerja pula daripada agensi penyelamat yang terdiri adalah sebagaimana berikut:
Agensi Pegawai (Orang) Anggota (Orang) Jumlah (Orang) PDRM 124 679 803 APM 25 492 517 JPBM 61 772 833 ATM 8 200 208 RELA 26 350 376 APMM 2 40 42 Khidmat Malaysia Terengganu 150
Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya persilakan Wakil Rantau Abang.
Soalah saya ialah soalan satu-
Negeri Terengganu sangat kaya dengan kebudayaan, kesenian, dan warisan tersendiri. Malahan, terdapat bangunan rumah melayu lama yang menjadi peninggalan sejarah. Apakah perancangan yang dibuat oleh pihak Kerajaan dalam usaha pemuliharaan dan pemeliharaan warisan sejarah?
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dan seluruh ahli Dewan. Soalan Nombor satu, apakah perancangan yang dibuat oleh pihak Kerajaan dalam usaha pemuliharaan dan pemeliharaan warisan sejarah. Perancangan dibuat oleh pihak Kerajaan dalam usaha pemuliharaan dan pemeliharaan warisan sejarah terutama bangunan rumah melayu lama adalah melalui program konservasi ke atas rumah warisan. Di antara beberapa rumah warisan adalah Istana Tengku Long, Rumah Bujang Berkembar, Rumah Limas Belanda, Rumah Bujang Berserambi Selasar, Rumah Nelayan khususnya yang berada di Kampung Budaya di Muzium Negeri Terengganu. Terdapat juga rumah warisan lain yang berada juga di bawah seliaan Lembaga Muzium Negeri Terengganu seperti Rumah Warisan Haji Su dan Kota Lama Duyung. Pihak Lembaga Muzium sentiasa memainkan peranan dan memelihara dan memulihara khazanah warisan dengan menjalankan kerja-kerja konservasi ke atas rumah warisan. Sekian.
Yang Berhormat, soalan yang dijawab ini gabung sekali dengan Batu Rakit ke? Sekali gus ataupun Batu Rakit soalan lain. Saya hendak pasti je. Tak apa. Sila.
Soalan tambahan saya. Bagaimanakah bentuk program konservasi ke atas rumah warisan yang dirancang oleh Kerajaan Negeri.
Terima kasih Rantau Abang. "The heritage of the past is the seed that brings forth the harvest of the future" dengan izin. Kerajaan komited untuk memelihara dan memulihara tempat pelancongan warisan Negeri Terengganu. Melalui usaha ini Kerajaan Negeri akan mewujudkan Kampung Melayu bagi menjaga kembali warisan peninggalan Negeri Terengganu. Justeru itu pemeliharaan dan pemuliharaan tempat-tempat pelancongan warisan Negeri Terengganu akan menarik kedatangan pelancong ke Negeri Terengganu. Warisan itu menjadi tarikan utama bagi produk pelancongan yang ditawarkan dan kebanyakan pelancong akan mengunjungi destinasi pelancongan yang berteraskan warisan sejarah bagi mengingati dan menghayati nilai di setiap penceritaan yang dijaga.
Antara salah satu rumah warisan yang akan dipelihara adalah Rumah Warisan Kampung Losong, Negeri Terengganu. Di antara objektifnya. Objektif utama pemuliharaan dan pemeliharaan rumah warisan ini adalah untuk;
1. Membangunkan kawasan Kampung Losong sebagai satu tarikan pelancongan melalui pelancongan budaya dan senibina rumah melayu tradisional Negeri Terengganu.
2. Mengembangkan kualiti hidup komuniti Kampung Losong. 3. Mempertahankan keunikan, kesenian dan kebudayaan warisan yang sedia ada di Kampung Losong.
4. Memelihara dan memulihara keunikan senibina Warisan Negeri Terengganu.
5. Menjadikan Kampung Melayu Losong sebagai tempat rujukan kepada masyarakat, penyelidik dan juga pelancong domestik dan antarabangsa.
6. Memacu sektor Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Terengganu tercapai menerusi seni bina rumah tradisional Negeri Terengganu.
7. Menjadikan Kampung Melayu Losong ini sebagai salah satu kawasan yang mempamerkan seni bina rumah dan suasana perkampungan melayu dahulu bagi dijadikan salah satu tarikan pelancong ke Negeri Terengganu.
Kesimpulannya warisan yang dijaga ini akan dijadikan rujukan sejarah terhadap generasi baru pada masa akan datang. Pelancongan yang
berkonsepkan keseniaan, kebudayan dan warisan merupakan satu daya tarikan untuk menceritakan warisan sejarah di setiap negara. Warisan yang terjaga ini adalah merupakan pusaka peninggalan masa silam dan menjadi khazanah negara yang bernilai. Sekian.
Batu Rakit ada nak tanya?
Boleh jugok. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya berbezalah sikit. Saya tanya tentang kebajikan kepada ni, jadi saya nak tanya adakah Kerajaan Negeri memberi peruntukan kewangan kepada Badan-badan NGO Kesenian dan Kebudayaan bagi pengurusan tahunan? Terima kasih.
Dato’ Yang di-Pertua, soalan daripada Batu Rakit. Sebenarnya kita ada peruntukan RM1 juta untuk NGO dan Badan-badan Kesenian yang setiap tahun sebenarnya tetapi kita tidak tetaplah kepada badan ni bagi sebab Badan-badan NGO, Kesenian dan Kebudayaan ini dia banyak. Itu bergantung kepada semasalah.
Boleh gi?
Silalah sebab kita gabung dah ni.
Baiknya Dato’ Yang di-Pertua.
Baik Yang Berhormat. Bila tak baiknya.
Soalan ini ditanya kerana rungutan daripada Badan-badan NGO Kesenian dan Kebudayaan ini menyatakan bahawa mereka tidak diberi peruntukan. Jadi saya mencadangkanlah supaya seperti belia, semua persatuan belia diberi.
Jadi begitu juga dengan penggiat seni ini supaya kesemua badan-badan penggiat seni ini diberi peruntukan. Terima kasih.
Okey, terima kasih Batu Rakit. Kita menyelaraskan bantuan ini kerana setiap daerah mereka ada persatuan dia dan diselaraskan melalui Pejabat Daerah dan insya-Allah kita akan lihatlah perkara ini.
Terima kasih Yang Berhormat.
Sekarang saya persilakan Wakil Jertih.
Soalan saya soalan yang pertama –
Kerajaan Negeri ada mengisytiharkan pengwujudan Gedung Pengeluaran Makanan Terengganu, di manakah lokasi tersebut dan apakah jenis tanaman?
YANG BERHORMAT Dr. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi):
Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Wakil Jertih. Setiu telah disytiharkan sebagai Gedung Pengeluaran Makanan Negeri Terengganu pada 16 Jun 2021 dan satu Jawatankuasa Gedung Pengeluaran Makanan Negeri Terengganu telah ditubuhkan yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Setiu bersama dengan jabatan-jabatan berkaitan. Di antara justifikasi kenapa Setiu dipilih sebagai Gedung Pengeluaran Makanan ialah kerana daerah ini masih mempunyai tanah pertanian dengan saiz yang besar berskala komersial. Di antaranya kita mempunyai 2,104 hektar tanah yang telah diwartakan di bawah Seksyen 62 KTN untuk tujuan pertanian dan penternakan.
Yang kedua tanah terbiar daripada 8,000 hektar di seluruh Negeri Terengganu lebih kurang 1,214 hektar berada di Daerah Setiu dan ini adalah di antara justifikasi kenapa Setiu dipilih sebagai Gedung Pengeluaran Makanan. Bukan bermakna di daerah-daerah lain kita tidak ada projek-projek
pertanian. Kita telah menyenaraikan sebanyak 18 projek yang sedang dan dalam proses untuk dilaksanakan dan juga yang akan dilaksanakan. Di antaranya Projek Mega Tanaman Lada Hitam oleh Syarikat McCormick di Bukit Bidong di Setiu bernilai RM386 juta pelaburan terbesar dalam sektor pertanian. Yang kedua Projek Pengeluaran Benih Kerapu Hibrid di Limau Nipis di Setiu, Projek Induk Penggandaan Kambing Tenusu di Kampung Bari Setiu, Projek Tanaman Nenas MD2 di Pak Kancil di Permaisuri, Projek Ternakan Lembu Semi Feedlot juga di Kampung Pak Kancil, Projek Tanaman Ubi Secara Berkelompok bersama dengan belia-belia di Kampung Banggol di Permaisuri, Projek Tanaman Napier di Kampung Setia Jaya di Merang, Projek Tanaman Kelapa di Kampung Banggol di Mukim Tasik juga dalam DUN Permaisuri, Projek Nurseri Pertanian di Kampung Putera Jaya juga di Permaisuri, Projek Pembangunan Jeti Pendaratan Ikan LKIM di Sungai Merang, Projek Tanaman Musang King di Kampung Hulu Seladang dan juga Sungai Liring di Setiu, Projek Ternakan Ayam di Kampung Banggol di Setiu secara bersepadu, Projek Tanaman Kontan di Kampung Setia Jaya di Merang, Projek Pembangunan Tanah Terbiar di RTB Pengkalan Aman, Permaisuri dan juga RTB Kampung Rahmat dengan tanaman Musang King dan juga Mangga King. Projek Ternakan Ketam Nipah oleh Yayasan Diraja Sultan Mizan dan Projek Perluasan Kawasan Jelapang Padi Fasa II. Semua projek-projek ini dibiayai dengan dana daripada pelbagai pihak. Di antaranya dana daripada Agensi Pelaksanaan Ekonomi dan Koordinasi Strategik Nasional ataupun LAKSANA di bawah Kementerian Kewangan Malaysia di mana tahun ini kita dapat sebanyak RM30.44 juta daripada LAKSANA. Yang kedua peruntukan daripada Kerajaan Negeri seperti Projek Pembangunan Tanah Terbiar dengan peruntukan RM1 juta sebagaimana yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam Belanjawan Negeri. Yang ketiga daripada pelabur swasta dan yang keempat daripada anak syarikat Kerajaan Negeri khususnya Terengganu Agrotech Development Corporation dan yang kelima peruntukan daripada Federal sebanyak RM25 juta untuk Pembangunan Jeti Perikanan di Sungai Merang. Terima kasih.
Soalan tambahan Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Kita ingin menuntut kefahaman apabila kita declare, isytiharkan ianya Gedung Pertanian di Negeri Terengganu. Apakah keistimewaan di daerah lain contoh kata Hulu Terengganu ke, daerah lain yang tidak diisytiharkan Gedung dan daripada senarai yang dinyatakan oleh pihak Kerajaan tadi yang mana satu yang
merupakan projek baharu ataupun projek lama yang ditambah baik. Okey dan satu lagi ada disebut oleh pihak Kerajaan tadi berkait dengan Projek Lada Hitam yang bagi saya sangat berpotensi yang mana dulunya syarikat tersebut menjanjikan benih lada hitam akan dibekalkan kepada orang kampung dan seterusnya ada macam contract farming untuk ambil balik sebagai pemasaran. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua.
YANG BERHORMAT Dr. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi): Terima kasih Jertih. Selalu prihatin dengan sektor pertanian. Sebagaimana yang saya nyatakan tadi dan yang kita senaraikan dalam Pelan Strategik Pertanian Negeri Terengganu 2019-2023, juga 74 program dan 45 projek yang berada dalam Tahun Pertanian Negeri Terengganu semuanya kita agih secara menyeluruh di semua daerah daripada Kemaman sehingga ke Besut. Cuma ada penumpuan disebabkan oleh justifikasi-justifikasi yang saya nyatakan tadi untuk kita isytiharkan bagi peringkat pertamanya Daerah Setiu dulu sebagai Gedung Pengeluaran Makanan dan selepas ini mungkin menyusul kepada daerah-daerah pertanian lain seperti Besut dan juga Hulu Terengganu. Projek-projek yang kita buat ni sebahagiannya adalah projek baru, sebahagiannya adalah penerusan daripada projek sebelum ini seperti yang dibangkitkan oleh Jertih, Projek Tanaman Lada Hitam oleh syarikat McCormick daripada Amerika Syarikat. Sebelum daripada ini syarikat ini telah buat 20 hektar dalam bentuk POC (proof of concept) untuk hendak membuktikan bahawa lada hitam ini boleh ditanam di tanah beris dan setelah terbukti lada hitam berjaya ditanam dan memberikan hasil yang lumayan di tanah beris, mereka mohon untuk kembangkan projek ini dalam skala komersial dan Kerajaan Negeri telah meluluskan sebanyak 660 hektar tanah yang sekarang ini berada dalam peringkat untuk dimuktamadkan perjanjian di antara Lembaga Tabung Amanah Warisan dengan syarikat McCormick. Dalam masa yang sama kita juga peka bila kita bawa pelabur masuk ke Negeri Terengganu, kita tak nak rakyat kita cuma hanya menjadi penonton, sebab itulah kita tambah lagi 100 hektar untuk program outgrowers yang kita akan libatkan orang-orang kampung supaya mereka boleh bertanam, dalam masa yang sama mereka dapat satu ilmu secara pemindahan teknologi dan oleh kerana projek lada hitam ini juga akan disertakan dengan pembinaan kilang, jadi hasil daripada apa yang orang kampung tanam tu boleh terus dijual kepada syarikat McComick dan itulah syarat kita kerana kita tak nak cuma tanam lepas itu tuai dan lada ini dibawa ke negeri lain ataupun di proses di tempat lain. Kita nak supaya diproses di Negeri Terengganu kita dengan
sasaran kawasan sekitar Lembah Bidong dan Rhu Tapai. Kalau pun tidak jadi satu bandar lada hitam, sekurang-kurangnya jadi satu pekan lada hitam. Ada projek-projek yang kita baik pulih seperti Projek Penggandaan Kambing Tenusu di Kampung Bari yang ini reban ataupun kandang kambing Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang kita naik taraf, ada projek seperti Projek Pengeluaran Benih Kerapu Hybrid di Limau Nipis, di Setiu. Ini Pusat Pembenihan Hatchery milik Jabatan Perikanan yang terbiar yang kita pulihkan semula dan sebahagiannya adalah projek-projek baru, majoritinya adalah projek baru. Itulah kesimpulannya, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat.
Wakil Ajil tak dok tambahan lah ork? Wakil Ajil?
Ada, ada
Ada jugok
Adakah Kerajaan bersedia untuk kuat kuasakan satu peraturan supaya tanah-tanah pertanian ini tidak digunakan untuk buat bangunan sebab dia mungkin membahayakan kepada industri makananlah. Terima kasih
YANG BERHORMAT Dr. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi): Dato’ Yang di-Pertua, bagi setiap permohonan tukar syarat guna tanah kita mendapat pandangan teknikal daripada jabatan-jabatan berkaitan seperti PBT, PLANMalaysia, Jabatan Pertanian dan juga kita merujuk kepada zon guna tanah yang ada dalam rancangan tempatan daerah masing-masing. Secara prinsipnya tanah-tanah yang sedang digunakan secara aktif untuk pertanian memang kita tidak pertimbangkan untuk ditukar kepada syarat lain seperti bina bangunan ataupun rumah kediaman tapi dalam masa yang sama kita perlu realistik dengan pertambahan penduduk, keperluan penempatan, keperluan perumahan yang memerlukan kawasan-kawasan penempatan baru diwujudkan, kerana itulah tanah-tanah yang tidak lagi aktif digunakan untuk tujuan pertanian bolehlah dipertimbangkan untuk ditukar dari segi syarat guna tanah. Terima kasih.
Sekarang saya persilakan Wakil Pengkalan Berangan.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan nombor satu:
Apakah Kerajaan mempunyai perancangan dan usaha untuk memohon agar Hospital Sultanah Nur Zahirah dinaik taraf?
YANG BERHORMAT Dr. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal):
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, rakan-rakan Yang Berhormat, pegawai kerajaan. Pengkalan Berangan ingin tahu apakah Kerajaan mempunyai perancangan dan usaha untuk memohon agar Hospital Sultanah Nur Zahirah dinaik taraf. Pentadbiran hospital adalah di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia yang melalui Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu tidaklah secara langsung di bawah Kerajaan Negeri. Oleh itu di pihak Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa melihat kepada keperluan-keperluan dan proses naik taraf dilaksanakan dari masa ke semasa. Ianya melibatkan di bawah peruntukan Rancangan Malaysia ataupun di bawah Peruntukan Pembangunan. Projek Pembangunan BP00600. Jadi maksudnya memang sejak dari dulu lagi, sekarang dan juga akan datang sentiasa dinilai keadaan hospital kita dan jika keperluan itu ada dia akan mohon dan dilaksanakan penaiktarafan semua hospital-hospital kita bukan sahaja di Hospital Sultanah Nur Zahirah. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua.
Terima kasih. Soalan tambahan saya, bolehkah dinyatakan apakah projek-projek yang dipohon untuk naik taraf dan berapakah jumlah peruntukan yang dipohon.
YANG BERHORMAT Dr. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, kalau kira angka-angka banyak gini kena minta notis sebenarnya, tapi tak apalah saya rai apa yang nak diketahui oleh Wakil Pengkalan Berangan. Pertamanya projek-projek di bawah Peruntukan
Pembangunan BP 00600 Tahun 2021 ada kerana lebih kurang 12 projek yang telah diluluskan.
BIL NAMA PROJEK
PERUNTUKAN DILULUSKAN (RM) 1 Kerja-kerja Naik Taraf ruang koridor ACC, Hospital Sultanah Nur Zahirah
100,000.00 2 Tukar Tajuk:
Kerja-kerja Perpindahan Unit Keselamatan Blok D ke Jabatan Rekod Perubatan, Hospital Sultanah Nur Zahirah.
80,000.00 3 Menaik taraf Sistem Pembekalan Oksigen Dan Kerja-Kerja Berkaitan Di Bangunan Wad Isolasi, Hospital Sultanah Nur Zahirah
Ini berkaitan yang sekarang ini kita hadapi banyak kes-kes COVID-19 yang ada beberapa wad yang kita terpaksa convert (menukar) menjadi wad COVID-19 untuk ICU dan sebagainya, sudah tentu memerlukan bekalan oksigen. Semua telah dilaksanakan.
125,000.00 4 Kerja-Kerja Naik Taraf Stor Simpanan Jabatan Kecemasan Sedia ada Untuk Dijadikan Observation Short Stay, Jabatan Kecemasan, Hospital Sultanah Nur Zahirah
50,000.00 5 Kerja-Kerja Menaik Taraf Makmal Molekular COVID-19. Ini peruntukan khas untuk musim COVID-19 yang melanda kita sejak tahun 2020 dan sehingga sekarang masih ada lagi di Kompleks Rawatan Harian (ACC), Hospital Sultanah Nur Zahirah, yang mana kelulusan asal hanyalah RM30,000.00, ditambah lagi RM20,000.00. Menjadi RM50,000.00
50,000.00 6 Kerja-Kerja Naik Taraf dan Pembaikian PKRC. Ini yang kita convert ataupun dengan izin asrama 24,150.00
jururawat kepada PKRC di HSNZ. Ini kalau kes-kes COVID-19 sebahagiannya kita kuarantinkan di PKRC kita di asrama jururawat. Itu peruntukan-peruntukan yang telah diberikan mengikut naik taraf ataupun ubah suai di asrama jururawat tersebut.
7 Kerja-Kerja Naik Taraf dan Pembaikian PKRC Kolej Bidan Di HSNZ
40,300.00 8 Kerja-Kerja Naik Taraf, Ubahsuai dan Pembaikan Ruang Pendispensan Farmasi Klinik Pakar, Unit Farmasi ACC HSNZ
65,000.00 9 Pembaikan Struktur Bumbung Blok A Di Bangunan Utama Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu
2,980,459.20 10 Kerja-Kerja Pembinaan Tandas dan Bilik Mandi Di Mock Ward, PKRC HSNZ Serta Pemasangan Point Oksigen di Wad 6a (Wad COVID-19) Bangunan Utama, Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu
20,000.00 11 Kerja-Kerja pemasangan perkakasan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 PKRC ILKKM di HSNZ
16,400.00 12 Kerja-kerja pemasangan exhaust dan fan dan kerja-kerja lain yang berkaitan di wad 7AB juga wad COVID-19 di HSNZ.
26,000.00
Jadi jumlah yang telah kita belanjakan untuk ubah suai dan naik taraf di bawah peruntukan BP00600 ini tahun ini sahaja berjumlah RM3,577,309.20, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua.
Manakala projek-projek yang besar yang juga telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia pertama
BIL NAMA PROJEK
PERUNTUKAN DILULUSKAN (RM) 1 Membina blok Psikiatri Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu Fasa 2: Membina Bangunan dan lain-lain kerja yang berkaitan
62,200,000.00 2 Stor Farmasi Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu
26,048,000.00 3 Menaik taraf sistem gas perubatan sistem elektrik dan kerja-kerja berkaitan di bangunan utama Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu
36,500,000.00 4 Pembaikan kerosakan struktur bumbung dan kerja-kerja yang berkaitan di Blok C bangunan Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu
9,237,195.00 5 Kerja-kerja menaik taraf dan penggantian sistem lif di Hospital Sultanah Nur Zahirah
6,400,000.00
JUMLAH 140,385,195.00
Okay, Yang Berhormat
YANG BERHORMAT Dr. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Manakala ada lagi beberapa projek yang besar juga ini yang kita dah telah diluluskan dalam RMK-12 BIL NAMA PROJEK
PERUNTUKAN DILULUSKAN (RM) 1 Sambungan projek stor farmasi
22,631,000.00 2 Menaik taraf sistem gas perubatan, sistem elektrik dan kerja-kerja berkaitan di bangunan utama HSNZ
83,000,000.00
3 Pembaikan kerosakan struktur bumbung dan kerja-kerja yang berkaitan di blok C, HSNZ
9,400,000.00 4 Kerja-kerja Menaik taraf lif dan penggantian sistem lif
4,800,000.00
JUMLAH 119,831,000.00
Jadi tahun tu yang tahun 2023, Rolling Plan yang ketiga jumlahnya ada tiga projek sebanyak RM73 juta maksudnya kalau kita kira ni dah hampir billion dah beratus juta dah dibelanjakan oleh KKM untuk menaiktarafkan Hospital Sultanah Nur Zahirah sahaja tak termasuk lagi pembinaan hospital baru dan sebagainya. Sekian, untuk makluman Ahli Dewan. Sekian, terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat.
Pihak EXCO bermurah hati, soalan ni soalan federal, federal matters tapi takpe, ni untuk kepentingan rakyat. Saya mempersilakan wakil Langkap.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya nombor dua-
Berapakah keluasan kawasan hutan yang telah diisytiharkan sebagai hutan simpan kekal dan kawasan tadahan hujan sebelum ini, yang akan dibatalkan status tersebut bagi tujuan pembalakan?
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih kepada Langkap di atas soalan. Kata kunci bagi soalan ini ialah Hutan Simpan Kekal dan Kawasan Tadahan Hujan yang dibatalkan status bagi tujuan pembalakan. Setakat ini tiada kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) yang telah diwartakan dan
berfungsi sebagai Hutan Tadahan Air terlibat atau telah dibatalkan bagi tujuan pembalakan, terima kasih.
Soalan tambahan, saya dengar, dengar ni. Saya dengar Hutan Simpan Gunung Tebu
Yang Berhormat, kuat sikit.
Saya dengar Hutan Simpan Gunung Tebu di kawasan DUN Jabi, kawasan EXCO Pertanian nak dibatalkan status Hutan Simpan Kekal. Adakah betul dakwaan ini? Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua.
Terima kasih di atas soalan tambahan, kita memerlukan maklumat yang lebih lanjut untuk membuat siasatan dan memberikan jawapan kepada persoalan itu. Cuma, saya rasa agak adil juga untuk saya jelaskan dalam Dewan yang mulia ini untuk pengetahuan rakyat kita di luar sana apakah yang dimaksudkan sebenarnya dengan Hutan Simpan Kekal adakah bermakna Hutan Simpan Kekal ini adalah kawasan hutan yang tidak boleh diusahakan langsung kerana ada sesetengah-sesetengah di kalangan rakyat kita di luar yang mempunyai fahaman yang sedemikian. Ingin saya jelaskan bahawa kawasan Hutan Simpan Kekal ini sebenarnya dikelaskan kepada 12 fungsi kelas di bawah Akta Perhutanan Negara 1984, di mana 12 kategori ini saya baca dan sama-sama kita nilai supaya sebenarnya kalau persoalan dibangkitkan oleh Langkap itu terletak di bawah fungsi mana. 12 pengekalasan kawasan Hutan Simpan Kekal yang mana pengekalasan ini ada yang boleh diusahakan dan ada yang tidak boleh diusahakan.
i.
Hutan pengeluaran kayu di bawah perolehan berkekalan, yang ni boleh diusahakan. Jadi kita kena pasti betul-betul yang dimaksudkan kawasan yang dimaksudkan itu dalam kategori mana.
ii.
Hutan perlindungan tanah; iii.
Hutan tebus guna tanah; iv.
Hutan kawalan banjir; v.
Hutan tadahan air;
vi.
Hutan perlindungan hidupan liar; vii.
Hutan simpanan hutan dara; viii.
Hutan lipur; ix.
Hutan pelajaran x.
Hutan penyelidikan; xi.
Hutan bagi maksud-maksud persekutuan; xii.
Hutan Taman Negeri
Jadi ini pengkelasan yang ada dan kita mohon pendetailan tentang kawasan di mana di Gunung Tebu yang dimaksudkan itu supaya kita dapat kita jalankan siasatan ianya termasuk dalam kategori mana dalam 12 kategori ini, terima kasih.
Terima kasih Yang Amat Berhormat. Saya jemput Wakil Bandar.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya soalan satu-
Apakah perancangan promosi yang digerakkan oleh Kerajaan Negeri dalam usaha untuk menarik kunjungan pelancong domestik dan antarabangsa ke Negeri Terengganu pada tahun 2022?
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan, soalan daripada Bandar berkait dengan promosi yang digerakkan oleh Kerajaan Negeri dalam usaha untuk menarik kunjungan pelancong domestik dan antarabangsa ke Negeri Terengganu pada tahun hadapan. Kerajaan Negeri telah merangka berapa Pelan Tindakan untuk menarik kunjungan pelancong domestik dan antarabangsa sebagaimana berikut :
i.
Promosi menerusi pendigitalisasi berteraskan pelancongan; ii.
Promosi berterusan melalui media elektronik dan media sosial; dan
iii.
Penyertaan Kerajaan Negeri di EXPO Dubai. Insya-Allah, pada hujung tahun ini.
Kempen promosi yang digerakkan agresif menerusi pendigitalisasi berteraskan pelancongan negeri, promosi bersepadu dan terancang di media perdana, cetak dan elektronik. Kerjasama promosi kandungan digital dengan menggunakan influencer yang berpengaruh melalui platform media sosial, memperkasakan promosi di platform media sosial rasmi Beautiful Terengganu Malaysia, dengan kandungan yang lebih interaktif dan kreatif. Mengadakan familiarisation trip ke Terengganu, cadangan penyertaan kerjasama dengan influencer/ bloggers/ penulis bertaraf antarabangsa bagi promosi Kempen Visit Beautiful Terengganu, Stay Safe, program Jelajah Beautiful Terengganu Malaysia ke negeri-negeri di seluruh Malaysia di bawah Tourism Friends. Kerajaan Negeri telah melancarkan Video Pakej Pelancongan tiga hari dua malam (3H2M) dengan kerjasama Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu dan disiarkan di saluran RTM dan laman rasmi media sosial Beautiful Terengganu.
Program pengindahan dan keceriaan tempat-tempat pelancongan telah digerakkan dengan kerjasama bersepadu bersama pejabat daerah di seluruh negeri dan juga NGO tempatan dalam menceriakan semula produk pelancongan mereka dengan peruntukan RM1 juta melibatkan lebih daripada 40 lokasi. Kerajaan Negeri juga telah mengadakan pelbagai siri webinar dan promosi secara e-travel dalam mempromosikan Beautiful Terengganu Malaysia secara maya, dengan penyertaan di peringkat antarabangsa seperti Uzakrota Travel Mart, PATA Travel Mart, Sydney Travel Fair, Asean Travel Mart dan lain-lain sebagai persediaan bagi pembukaan pelancongan antarabangsa dan pelbagai lagi promosi-promosi yang diadakan, sekian.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya ada soalan tambahan. Melihat kepada banyaknya program promosi yang teklah dilaksanakan oleh pihak Kerajaan. Bagaimana Yang Berhormat melihat kesan kepada industri ataupun perkembangan pada industri pelancongan di Negeri Terengganu. Terima kasih.
Terima kasih kepada Bandar. Sememangnya subjektif dari segi kesannya, kerana penilaiannya berdasarkan kepada antaranya peningkatan jumlah kedatangan
pelancongan selepas daripada dibenarkan rentas negeri, alhamdulillah, Terengganu menerima jumlah pelancong yang agak, sangat memberangsangkan. Antara yang menjadi lokasi tumpuannya adalah di Bandaraya Kuala Terengganu, Tasik Kenyir, pulau-pulau yang menunjukkan peningkatan yang sangat significant. Yang kedua kadar purata penginapan AOR 2021. Menurut data, kadar purata penginapan AOR yang dikeluarkan oleh Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Cawangan Terengganu sehingga September 2021, Terengganu berada di kedudukan kedua, iaitu 50.05% selepas Sarawak 60.17%. Yang ketiga, Kampung Budaya. Sebaik sahaja dibuka kembali pada 3 Oktober 2021, jumlah kedatangan pengunjung bagi bulan Oktober adalah 16,709 pelawat. Manakala sehingga 16 November 2021, 8722 pelawat direkodkan hadir. Yang keempat, Tasik Kenyir. Seramai 15,000 pengunjung tertumpu di Tasik Kenyir pada satu-satu masa sekarang ini melibatkan 4,500 kenderaan yang direkodkan masuk ke Tasik Kenyir yang membabitkan penglibatan semua pengusaha houseboat, bot laju dan rumah rakit. Ada yang kita hubungi menyatakan houseboat mereka bulan Februari, bulan Mac dah penuh. Maksudnya sehingga mereka dah booking daripada sekarang. Houseboat mereka dah penuh sehingga Mac tahun hadapan. Yang kelima, Terengganu Drawbridge, daftar kehadiran pelawat di jambatan angkat yang diperolehi daripada TI Properties, daripada 3 hingga 31 Oktober adalah seramai 8,580 pengunjung manakala dari 1 hingga 16 November, adalah seramai 8880 pengunjung dan juga kita mengadakan hasil penghasilan teknologi kreatif, dengan terhasilnya filem-filem pendek yang telah ditayangkan di saluran TV Al-Hijrah, dan juga TV RTM. Jadi, ada beberapa babak yang ditayangkan menunjukkan tentang keindahan pulau-pulau di Terengganu. Menunjukkan bahawa, minat yang begitu banyak masyarakat di seluruh negara untuk datang ke Terengganu. Sekian.
YANG BERHORMAT DATO’ SERI Dr. HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Yang Di-Pertua, soalan tambahan, sikit je. Saya nak tanya Bukit Payung, berapakah jumlah pengunjung yang hadir ke Jambatan Pulau Poh Tasik Kenyir sehingga kini.
Kehadiran di Pulau Poh kita, oleh kerana sebenarnya belum diserahkan kepada Kerajaan Negeri. Jambatan Pulau Poh tetapi menarik pengunjung-pengunjung yang begitu ramai sekalilah di Pulau Poh. Mereka boleh berjalan kaki, tetapi
kenderaan masih belum dibenarkan masuk. Insya-Allah dalam waktu terdekat kerajaan akan merasmikan pembukaan jambatan ikonik Pulau Poh. Sekian.
Terima kasih. Saya jemput Wakil Air Putih.
Terima kasih Dato’ Yang Di-Pertua, soalan saya nombor satu.
Penubuhan Urusetia Wanita (USWA) dilihat tepat dalam memperkasakan peranan Wanita di negeri Terengganu. Mohon penjelasan berkait halatuju, peranan sertas visi dan misi USWA dalam menggapai objektif penubuhan mereka?
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat daripada Air Putih. Yang bertanyakan soalan apakah perancangan Kerajaan dalam membina program ke arah melahirkan pemimpin yang berwibawa di kalangan belia dan beliawanis. Untuk pengetahuan Dewan dan juga Yang Berhormat Air Putih. Kerajaan Negeri seperti yang saya telahpun saya maklum kelmarin, telah pun memperkenalkan Program Generasi Muda Terengganu Sejahtera sebagai program pembangunan belia secara menyeluruh yang bermula seawal 11 tahun dan di dalam program ini juga diwujudkan akademik kepimpinan generasi Al-Fateh yang akan menumpukan kepada pembentukan sahsiah dan kepimpinan secara holistik. Satu pelan, bengkel pelan pembangunan telahpun diadakan pada Mac yang lalu untuk mengenal pasti pencapaian indeks anak muda Terengganu dan menyelaras program pembangunan belia di dalam semua aspek termasuklah pendidikan, kemahiran kursus dan bengkel berkaitan belia dan beliawanis. Melalui pelan ini juga Kerajaan telah berjaya mengadakan Program ADUN Belia semenjak 2019 dan yang merangkumi kem teori dan kem induksi kepada peserta yang akan menyertai pemilihan ADUN Belia sebelum sesi pemilihan ADUN Belia dan Persidangan ADUN Belia dapat
dilaksanakan. Insya-Allah untuk sesi yang kedua ADUN Belia dijadualkan akan diadakan pada 2 Disember pada tahun ini.
Kerajaan Negeri juga bersetuju untuk meneruskan Program Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Negeri dan juga Anugerah Belia Terengganu. Selain daripada itu, Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Belia dan Sukan yang berkolaborasi dengan Kerajaan Negeri juga sentiasa mengadakan program ke arah melahirkan pemimpin yang beribawa seperti Program Felo Perdana dan Felo Korporat, Program Kursus Kepimpinan Organisasi (KPO) dan juga program Bual Polisi Belia Bersama Yang Berhormat Menteri dan Program Anugerah Belia Negara. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya soalan tambahan saya. Bolehkah Yang Berhormat terangkan tentang Program Majlis Perundingan Belia Negara dan Anugerah Belia Terengganu. Terima kasih.
Untuk makluman Yang Berhormat Air Putih dan juga semua Ahli-ahli Yang Berhormat. Program Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) adalah merupakan program tahunan yang diadakan oleh Kerajaan Negeri bekerjasama dengan Jabatan Belia dan Sukan yang mana program ini adalah platfom kepada pertubuhan-pertubuhan Belia pelbagai peringkat di dalam menyampaikan cadangan dan mendapatkan jawapan kepada persoalan berkaitan Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Persekutuan secara telus dan secara langsung di mana dalam program ini kita akan melibatkan bukan sahaja seluruh wakil-wakil kepimpinan belia daripada semua daerah termasuk juga wakil-wakil kerajaan sama ada Kerajaan Negeri dan juga Persekutuan yang turut hadir untuk memberikan respon secara langsung. Dan usul-usul yang telah pun disenaraikan dibentangkan di dalam persidangan tersebut untuk dibincang seterusnya diambil satu keputusan untuk pertimbangan oleh pihak Kerajaan.
Sementara Anugerah Belia Terengganu pula, mula diperkenalkan tahun 2019 yang melibatkan tiga kategori iaitu kategori Usahawan Belia, Belia Tani dan juga Belia Sukarelawan dan Anugerah Belia Terengganu ini diadakan serentak bersama dengan sambutan Hari Belia Negara yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan pada setiap tahun pada Mei setiap tahun dan di
peringkat Negeri diadakan pada bersama-sama kolaborasi dengan Jabatan Belia dan Sukan. Pada tahun ini kita telahpun mengadakan pada 13 November yang lalu dalam acara yang penuh gilang-gemilang. Sementara pada tahun 2021, kita telah pun menambahkan kategori anugerah ini daripada tiga kepada lima. Daripada anugerah yang asalnya Usahawan Belia, Belia Tani dan Belia Sukarelawan, kita tambah dua lagi iaitu Anugerah ADUN Belia dan juga Anugerah Permata Belia. Kita sangat yakin bahawa dengan peningkatan peserta yang begitu memberangsangkan daripada peringkat awal penyertaan pada 2019, kita hanya dapat 20 peserta sahaja tetapi pada tahun 2021 ini, meningkat sehingga hampir 100 orang peserta dan kita yakin insya-Allah pada tahun-tahun yang akan datang kita akan upgrade lagi anugerah yang seperti ini demi untuk melahirkan lebih ramai lagi pemimpin-pemimpin belia dan juga pengikut-pengikut ataupun mereka yang menjadikan pemimpin-pemimpin belia ini sebagai ikon di dalam kehidupan mereka. Terima kasih.
Sekarang saya menjemput Wakil Kuala Besut.
Terima kasih Dato’ Yang Di-Pertua, soalan saya nombor tiga.
Apakah usaha Kerajaan negeri dalam pemulihan industri pelancongan (berasaskan norma baharu) di Negeri Terengganu?
YANG BERHORMAT Dr. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Nombor tiga, Kuala Besut. Terima kasih. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Kuala Besut bertanya berkaitan dengan apakah usaha pihak Kerajaan dalam menaik taraf simpang empat Kampung Pajakan di Kuala Besut. Saya percaya Kuala Besut bermaksud simpang empat antara Kuala Besut ke Bali dan juga dari Tok Sabah ke Teluk Budu di kawasan pantai. Jalan tersebut adalah Jalan Persekutuan. Jadi kita dari segi JKR, peringkat daerah telah angkat paper tu ke Peringkat Negeri, dan Peringkat Negeri telah angkat papernya ke Kementerian Kerja Raya, Kuala Lumpur untuk memohon satu unit ataupun satu sistem lampu isyarat untuk menaik taraf persimpangan tersebut.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Maksudnya, projek ini lulus dahlah, akan dibuat dalam tempoh terdekat?
YANG BERHORMAT Dr. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Lulus doh maksudnya? Sebenarnya telah ada satu waran. Maknanya bahawa Kementerian Kerja Raya telah membuat kajian berkaitan dengan persimpangan ini dan bersetuju maknanya ada waran berkaitan dengan simpang tersebut pada beberapa tahun yang lepas. Cumanya kita minta peruntukan kepada Kementerian Kerja Raya di Kuala Lumpur. Kosnya tak banyak mana dalam RM500,000.00 sahaja, dan saya secara peribadinya telah communicate dengan Ketua Pengarah Kementerian Kerja Raya dan beliau bersetuju untuk consider persimpangan ataupun mengadakan lampu isyarat di sini. Terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat sekalian. Saya tangguhkan sementara dewan ini. Dan kita sambung semula pada pukul 10.55 pagi.
DEWAN DITANGGUHKAN PADA PUKUL 10.35 PAGI
PUKUL 11.00 PAGI
Enakmen Perbekalan 2022Bill
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, mesyuarat disambung semula. Sebelum saya menjemput Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya dah sebut petang kelmarin untuk menyambung perbahasan, saya dah beri peluang sebenarnya kepada hampir sebahagian besar di kalangan Ahli Yang Berhormat untuk terlibat dalam perbahasan Enakmen Perbekalan 2022 sehingga kita tak berhenti rehat, semata-mata kerana mempertimbangkan perkara ini merupakan perkara yang sangat
penting dan Ahli-ahli Yang Berhormat terlibat secara langsung sebelum Rang Enakmen ini diluluskan.
Memang saya bercadang untuk habiskan petang kelmarin juga, tapi saya nampak tak sempat, jadi saya umumkan kelmarin untuk memberi peluang kepada dua orang yang menjadi tenaga penting dalam Persidangan Dewan kita ini, iaitu daripada Pengerusi BBC yang keduanya daripada Pengerusi kawan-kawan kitalah, sebelah kiri saya. Tapi saya ada special request daripada Yang Berhormat Wakil Seberang Takir dan sebenarnya saya cari dia kelmarin, petang kelmarin saya memang cari dia, tapi kebetulan dia tak ada, sewaktu perbahasan yang terakhir sehingga saya bagi peluang kepada Wakil Manir dan kerana pada pagi ini dia ada jumpa saya dan menimbangkan beliau merupakan orang yang pernah menjadi kepimpinan utama Kerajaan Negeri, banyak berjasa dan dia kata dia sudah well-prepared jadi saya menimbangkan juga untuk memberi peluang kepada Wakil Seberang Takir untuk terlibat dalam perbahasan pada pagi ini. Cuma saya kata masa terpaksa saya hadkan daripada 15 minit kepada 10 minit sahaja.
Dan saya juga meminta supaya fokus Ahli-ahli Yang Berhormat dalam perbahasan Bajet ini walaupun perbahasan Bajet ini sifatnya umum, tapi kita juga kena mengambil kira standing orders dalam Perkara 46 Ceraian (vi), iaitu Ahli-ahli Yang Berhormat mestilah memberikan tumpuan perkara yang sedang dirunding maksudnya perkara yang berkait dengan soal Perbahasan Bajet supaya tidak banyak melencong kepada perkara-perkara lainlah. Jadi, saya minta jaga masa sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Wakil Seberang Takir untuk berucap membahaskan Rang Enakmen Perbekalan 2022 dalam masa 10 minit. Dipersilakan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan, terima kasih banyak-banyak kerana memberi ruang dan peluang, saya tebal ni Yang di-Pertua, tapi saya cubalah dengan masa yang diperuntukkan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat-Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat
Kerajaan Negeri rakan-rakan Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan dan wakil-wakil serta rakan-rakan media yang dihormati sekalian.
Pertamanya saya nak ucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, dan Kerajaan Negeri kerana telah dapat dan berjaya membentangkan Belanjawan 2022 yang saya kira merangkumi semua perkara, dan dalam saat-saat kegawatan ekonomi sekarang masih lagi mampu untuk membelanjakan tidak kurang daripada RM1.657 billion dan hasil yang dijangka adalah sebanyak RM1.507 billion. Cuma Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, saya duk cari, jadi tidak ada statement atau kenyataan sama ada Bajet ini surplus ataupun defisit jadi kalau dapatlah pihak Kerajaan Negeri untuk maklumkan berapa defisit yang dialami dengan Bajet yang tersebut itu.
Saya juga nak mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pihak-pihak Kerajaan Negeri kerana juga memperuntukkan dalam Bajet ini berkait dengan isu COVID-19. Cuma saya nak cadangkan disinilah kalau boleh diberi pertimbangan agar Kerajaan Negeri juga dapat memperlihatkan juga kepada isu-isu mengenai pra dan pos berkait dengan isu COVID-19 ini, kerana memandangkan kebelakangan ini kalau kita lihat daripada data 9 November hingga 15 November baru ini kes yang berlaku adalah sebanyak 1,716 kes dan melibatkan kematian seramai 28 kematian. Jadi eloklah kalau dapat dipertimbangkan untuk Bajet tahun hadapan, juga perlu disediakan, bagaimana untuk kita nak menangani ataupun bagaimana untuk kita nak membantu mereka yang terlibat terutama kepada kepada frontliner-frontliner dan juga peniaga-peniaga, pengusaha beca, pengusaha bot penambang dan juga yang juga terlibat dengan industri perniagaan dan kerja sendiri. Lagipun kalau kita dengar daripada kenyataan Pengarah Kesihatan baru-baru ini yang telah disebut rakan saya sebelum ini bahawa penggunaan katil ICU COVID-19 ini sudah mencecah 84%. Cuma di sini saya nak dapatkan pengesahan disebabkan ada beberapa pihak yang telah berjumpa dengan saya, salah satunya adalah warga emas yang menyatakan bahawa pencen warga emas ada yang sampai sekarang belum menerima. Jadi saya nak mendapatkan pengesahanlah sama ada betul atau tidak yang menyatakan Bajet tahun ini masih lagi ada warga emas yang telah mengisi borang belum lagi menerima wang pencen tersebut yang sebanyak RM50 jadi berjumlah RM600.
Dan satu lagi isunya ialah dalam Bajet tahun ini ada juga disebut bahawa pengusaha teksi, pengusaha beca dan juga bot penambang akan dicarumkan dalam PERKESO tetapi apabila saya dimaklumkan oleh pihak Taxi Airport bahawa mereka belum lagi menerima ataupun dimaklumkan bahawa mereka sudah dicarum kerana baru-baru ini bekas Pengerusi Taxi Airport Kuala Terengganu meninggal, dan apabila saya berhubung dengan pihak PERKESO untuk mendapatkan maklum balas supaya boleh diambil tindakan, malangnya dimaklumkan oleh pihak PERKESO bahawa pemandu teksi di Airport belum lagi dicarumkan dengan PERKESO.
Jadi saya mohonlah supaya diambil tindakan yang segera kalau belum lagi dilaksana, dan kalau boleh kerana saya melihat dalam Bajet tahun ini tidak ada berkait dengan caruman PERKESO ini, saya mohonlah untuk Kerajaan Negeri dapat pertimbangkan supaya dapat diperluaskan lagi caruman PERKESO ini kepada pemandu bot pelancong, kemudian usahawan-usahawan kecil, ibu-ibu tunggal saya rasa amat sesuailah dengan ada tema dalam bajet tahun hadapan memperkasakan wanita, jadi kalau berlaku apa-apa saya melihat banyak faedah yang akan disediakan oleh pihak PERKESO dalam membantu mereka ini. Seterusnya saya juga ingin apa ini mencadangkan kepada Kerajaan Negeri dalam mewujudkan 4000 peluang pekerjaan yang pelbagai sektor, saya ucapkan terima kasih atas keprihatinan cuma saya mohon Kerajaan Negeri dapat juga memberi tumpuan kepada peluang-peluang pekerjaan di bidang teknologi baru dan berpendapatan tinggi yang mulai muncul selaras dengan Polisi Revolusi Industri 4.0 Nasional atau dengan izin Nasional For IR Policy contohnya ialah Artificial Intelligence, Genetic Computing, Gio Engineering dan sebagainya dan seterusya saya mohon jugalah, nak saya ucapkan tahniah dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana akur dengan permintaan kami dan rakyat apabila dalam Bajet tahun hadapan ada dijenamakan baru iaitu Dana Raya atau lebih dikenali sebagai i-Fitri, sebanyak RM400, ada yang ada RM250. Walau bagaimanapun, ini sudah pasti akan dapat melegakan golongan-golongan yang terbabit untuk bergembira di hari raya, cuma saya mohon Yang Amat Berhormat Dato’ Seri, Kerajaan Negeri dapat memperjelaskan adakah Bajet ini termasuk kepada semua golongan rakyat termasuk rakyat bukan melayu, kerana adakah kalau rakyat kita menyambut Deepavali maka namanya i-Fitri ataupun i-Deepavali, begitu juga yang menyambut Hari Raya Cina adakah i-Raya Cina ataupun masih kekal dengan i-Fitri, ataupun i-Kongsi Fa Cai, itu terpulanglah kepada Kerajaan Negerilah.
I love you ah, Yang Berhormat
Jangan I Love You sudah, dan berkait dengan Dana Mahasiswa saya nak ucapkan tahniahlah dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang prihatin kepada golongan muda termasuk pelajar-pelajar di Pusat Pengajian Tinggi, cuma saya nak mohon supaya kerajaan tidak mengehadkanlah sebab dalam bajet itu mengehadkan pemberian kepada keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM4,000 sebulan, saya rasa eloklah dalam kita nak menjadikan anak-anak Negeri Terengganu, Sebuah Rumah Seorang Graduan dan sebagai tanda appreciate kita kepada mereka atas kejayaan mereka, belajar dan seterusnya menaikkan nama Kerajaan Negeri, saya berpandangan kalau boleh kita bagi semualah kepada rakyat kita yang masuk universiti tanpa mengira berapa pendapatan keluarga mereka dan seterusnya saya, juga menyokonglah dengan Bajet yang dibentang berkait dengan mengalakkan dalam bidang apa ini ekonomi, perniagaan cuma saya tidak nampak dalam Bajet ini tentang perkara-perkara yang perlu dijelaskan oleh Kerajaan berkait dengan insintif-insintif baru seperti diskaun, tapak kilang, pengecualian cukai pintu dan lain-lain lagi yang boleh menarik pelabur-pelabur kita untuk melabur di negeri kita, dalam saat-saat dan keadaan begini, dan akhir sekali saya juga nak menyentuh tentang sektor pertanian, kerana saya dapati bahawa Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM2.25 juta bagi Projek Pembangunan Padi tetapi dalam persoalan yang saya kemukakan kenapa hanya diberikan tumpuan kepada tanaman padi sahaja, saya ingin mencadangkan agar tumpuan juga harus diberikan untuk menjadikan sektor pertanian sebagai sumber pendapatan rakyat, terutama tanaman yang bernilai tinggi serta mempunyai tempoh matang yang singkat seperti tembikai, cili, timun, pisang dan seumpamanya dengan keluasan yang terhad, rakyat boleh menggunakan kawasan sekitar kediaman mereka untuk memulakan projek pertanian bagi menjana pendapatan mereka yang terjejas sumber pendapatan terutama yang menghadapi pandemik COVID-19 ini, jadi sekali lagi saya ucapkan tahniah kepada Kerajaan di atas pembentangan Bajet pada hari Isnin baru-baru ini, dan saya turut menyokong Bajet yang dikemukakan. Sekian.
Terima kasih, Wakil Seberang Takir, menghormati masa yang telah diperuntukkan, seterusnya saya nak jemput Wakil seterusnya dengan serangkap pantun,
Tiga permaisuri katanya biasa Kalau mahu jangan banyak alasan Yang Berhormat Kijal orangnya perkasa Silakan bangun sambung perbahasan
20 minit Yang Berhormat?
Yang saya hormati Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Barisan EXCO, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua Jabatan, pemerhati dan para media sekalian.
Alhamdulillah saya bersyukur kehadrat Allah Ta’ala kerana pada kali ini saya diberi lagi peluang untuk membahaskan Bajet Negeri Terengganu bagi tahun 2022. Bajet yang berjumlah RM2.29 bilion ini menyebabkan belanja mengurus RM1.6570 bilion dan pembangunan RM600 juta, bekalan air RM40 juta, hasil Kerajaan RM1.50 bilion, hasil cukai RM61.02 juta, hasil bukan cukai RM7.9 juta, terimaan bukan hasil RM1.283 bilion termasuk royalti petroleum tetapi saya tidak dapat dengan jelas berapakah sebenarnya hasil petroleum sahaja bagi tahun 2022, dan congak perkiraan saya, minta maaf Dato’ Yang di-Pertua, saya dilahirkan pada bulan ruqyah bukan bulan hisab, kalau silap minta diperbetulkan iaitu ini Bajet bermakna defisit yang ditanggung oleh Kerajaan pada bajet sebanyak RM750 juta.
Mengenai Perkara 94, saya menarik perhatian dengan pembinaan rumah dan saya berharap ini diakui oleh Kerajaan bahawa RPMM Pulau Redang sebanyak 160 unit yang belum diagih ini dibina oleh Kerajaan BN pada ketika itu, begitu juga dengan Bukit Nenas, Tepoh sebanyak 500 unit, dibina oleh Kerajaan BN hasil Peruntukan Pusat, Dato’ Seri Najib Tun Razak, dibina semasa Yang
Berhormat Dato’ Ahmad Razif menjadi Menteri Besar, manakala perumahan Seri Bandi sebanyak 250 unit, dibina semasa saya dulu dan Yang Berbahagia Dato’ Menteri Besar mengatakan akan diagihkan pada tahun hadapan, saya ingat ini laporan silaplah Dato’ Menteri Besar, mungkin ketinggalan bas, rumah itu telah pun diagihkan di Seri Bandi. Mengenai Lamanda Perumahan Generasi Ke-2 Felda di Neram, sebanyak 105 unit, saya harap ada dalam maklumat Yang Berhormat Menteri Besar, sebenarnya rumah yang dibina di Felda Generasi ke-2, ini dijual secara tunai dan saya telah pun menulis surat kepada Yang Amat Berhormat Menteri supaya mengkaji balik perkara ini kerana daripada 105 ini, setakat ini hanya ada sembilan yang sanggup membayar rumah ini secara tunai, ini membebankan anak-anak peneroka. Saya juga agak terkilan apabila Bajet disediakan untuk pelancongan hanya sebanyak RM4.5 juta pada tahun 2021, sedangkan kita lihat bahawa Kenyir pada hari ini merupakan destinasi utama pelancongan di Negeri Terengganu. Bayangkan pada tahun 2017, seramai 817,000 pelancong telah melawat Kenyir dan hari ini lebih 100 buah houseboat yang berada tidak mencukupi dan saya dimaklumkan oleh pengusaha-pengusaha bot sampai bulan Februari ini ada yang telah penuh tempahan. Jadi saya harap Kerajaan dapat mempertimbangkan langkah-langkah yang sesuai untuk memajukan Tasik Kenyir ini kerana ia mempunyai potensi begitu besar bagi rakyat Terengganu dan satu ketika dulu walaupun ada rakan-rakan saya di sebelah sana mengatakan siapa nak pergi ke tempat jin tendang. Tapi hakikatnya berlaku sebaliknya dan begitu juga mengenai apa yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar mengenai Perkara 121. Tasik Kenyir akan dijadikan sebagai Taman Geologi atau Geopark. Saya nak bagitahu bahawa usaha-usaha sebenarnya telah dibuat sejak dahulu lagi untuk menjadikan Gua Bewah sebagai Geopark Negeri Terengganu yang pada ketika itu Kerajaan Negeri bersama dengan Professor Dr. Ibrahim Komoo, bekas VC UMT, kita harapkan ia dapat disegerakan untuk mendapatkan pengiktirafan tersebut dan sebagainya.
Saya juga merasa sukacita dan terpanggil untuk sama-sama mengucap terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Besar dan Kerajaan Negeri yang telah pun memenuhi hasrat kita selama ini untuk mengagihkan bantuan hari raya kepada rakyat, walaupun saya sedar suatu ketika dulu, Yang Berhormat Dato’ Menteri Besar secara sinis menyatakan kita bagi RM350, RM300 ini, tahan 6 bulan ke 3 bulan sebagainya. Tetapi hari ini, mungkin barangkali pilihan raya tidak lama dah, jadi rakyat juga akan mendapat habuannya. Terima kasih
daun keladi, kalau boleh tambah-tambahlah lagi. Sebab saya menjangkakan bila tiga tahun tak bagi, tahun yang keempat bagi, saya ingat dapatlah RM600 seorang. Hok seorang tiga tahun RM200, RM200, RM600 campur RM200, RM800, sedap sikit rakyat, nak sambut raya ni. Tetapi tak apalah, kata orang, saya harap rakyat bersyukur dengan apa yang ada apa tah lagi dalam keadaan pandemik yang berlaku pada hari ini. Saya takmboh ulas panjang-panjang perkara ini. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, cuma saya juga merasa terkilanlah dengan apa yang dilakukan oleh Kerajaan pimpinan Menteri Besar ketika ini, Kerajaan PASlah iaitu mengenai pemberian tapak tanah PT4479 Lot 5206 seluas 11.294 meter persegi terletak di Batas Baru, Bandar Kuala Terengganu yang pernah diambil balik oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2006, iaitu tanah ini adalah merupakan tapak mahkamah lama diberikan ketika itu kepada Koperasi PAS iaitu Koperasi Insaf Terengganu Berhad (KOINSAF) tetapi diambil balik oleh Kerajaan BN pada tahun 2006 dengan kos sebanyak RM8.6 juta. Dan hari ini tanah tersebut telah pun diberikan pula kepada Persatuan Isteri-isteri Wakil Rakyat dan Bekas Wakil Rakyat PAS Negeri Terengganu dan kita merasa dukacitalah dengan kos yang diberikan begitu murah iaitu RM500 ribu lebih sikit sedangkan kalau mengikut nilaian Pejabat Penilaian bernilai sebanyak RM29,370,000.00 sebagaimana surat Jabatan Penilaian Negeri Terengganu bertarikh 18.7.2019 dan tanah ini telah diwartakan Bilangan 388 bertarikh 28.4.2011. Jadi, kita serahkan perkara ini untuk diuruskan oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu tetapi kalau inilah berlaku dengan harga sekitar RM500 ribu dan diberikan kepada Khairunnisa’, No. Pendaftaran 833, beralamat 33, Taman Sri Intan, Jalan Sultan Omar, Kuala Terengganu, dengan harga pada peringkat awalnya dengan bayaran RM5,817,955.00, tetapi setelah bayaran dibuat, bertarikh 9.8.2020, tanah ini diberikan kepada Khairunnisa’ dengan hanya berharga RM503,855.00. Minta maaf Dato’ Yang di-Pertua, saya anggap ini adalah satu pengkhianatan kepada rakyat Terengganu kerana belanja yang kita belanjakan untuk kita ambil tanah balik daripada KOINSAF ketika itu RM8.6 juta nilai RM29 juta. Kita beri kepada Khairunnisa’ hanya dengan harga RM503,000.00. Ini duit rakyat yang kita ambil balik tu, RM8.6 juta. Sebagaimana notis hasil tanah yang dibayar bertarikh 4 Januari 2021 iaitu hanya 10% sahaja. Sedangkan rakyat yang mendapat tanah terpaksa membayar dengan harga lebih tinggi tapi kita ambil balik sekali, serah balik, dan saya nak maklumkan bahawa ianya bercanggah dengan Akta Pengambilan Tanah bila Kerajaan ketika itu mengambil balik dengan RM8.6 juta iaitu dengan alasan untuk menggunakan tanah ini sebagai tanah
gunasama untuk Kerajaan, tetapi sekarang telah diberi kepada Khairunnisa’ untuk dimajukan oleh seorang pemaju dengan komersil. Ini bercanggah dengan Akta Pemilik Tanah, Dato’ Yang di-Pertua.
Yang kedua, iaitu sama ada juga mengenai sebidang lagi tanah PT2866 seluas 14,353 meter persegi iaitu lebih daripada tiga ekar diberikan kepada Koperasi Kokhidmat Badan Batu Burok Kuala Terengganu untuk tambak komersil di penempatan semula Tok Adis Fasa 2, Mukim Kuala Ibai, Daerah Kuala Terengganu. Kerajaan Negeri melalui keputusan MMKN kali ke-6 2021, Kertas Mesyuarat Bil. 232/2021 bertarikh 17 Februari 2021 telah bersetuju meluluskan permohonan tanah untuk tapak bangunan perumahan komersil di Kawasan Penempatan Semula Tok Adis 2, Fasa 2 Mukim Kuala Ibai, Daerah Kuala Terengganu kepada Koperasi Kokhidmat Batu Burok Kuala Terengganu (KOKHIDMAT) Berhad. Premium dikenakan sebanyak RM2,368,500.00 satu lot untuk pada kadar 50% daripada nilaian semasa iaitu RM4,737,000.00 satu lot. Tuntutan Borang 5A telah dikeluarkan pada 18 Februari 2021 dan 18 Oktober 2021 dengan jumlah keseluruhan bayaran sebanyak RM2,369,704.00 namun belum dijelaskan oleh pemohon dan pemohon telah membuat rayuan. Justeru itu, saya percaya bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Tanah dan Daerah Kuala Terengganu Kali ke-8/2021 pada 28 Oktober 2021 telah mengesyorkan bayaran premium dikurangkan sebanyak 90% bagi permit ini iaitu RM236,800.00 sahaja, kawasan 14,353 meter persegi. Saya merasakan ini satu juga pengkhianatan kepada rakyat Terengganulah, Yang di-Pertua. Tanah ini merupakan rezab kawasan lapang dan sebelum ini bertindih dengan beberapa permohonan yang lain. KOKHIDMAT pernah ditolak permohonan yang pertama tetapi lulus pada permohonan yang kedua yang telah diguna oleh penduduk setempat untuk tempat beriadah seperti padang bola dan sebagainya. Kerana mengikut JKR mereka tidak setuju MBKT tidak sokong bercanggah dengan ketetapan Rancangan Tempatan Daerah Kuala Terengganu, Kuala Nerus 2035 yang telah diwartakan pada 19 Disember 2011 Warta 1700 sebagai kawasan lapang. Dulu pernah diagihkan sebahagian daripadanya kepada orang-orang yang tertentu, termasuk pemimpin PAS ketika itu, yang takmboh saya sebutkan di sini, Dato Yang di-Pertua. Saya haraplah ini merupakan satu lagi peringatan kepada rakyat Negeri Terengganu kerana tanah yang begitu mahal dan strategik tanah lapang diberikan dengan harga yang murah untuk komersil. Saya harap Kerajaan Negeri berfikir banyak kali kerana kita tahu semasa PAS memerintah Terengganu pada tahun 1994, telah banyak tanah-tanah Kerajaan dalam
bandar diberikan koperasi-koperasi termasuk apa yang ada sekarang di Mydin dan sebagainya. Jadi, inilah merupakan suatu perkara yang mendukacitakan kita.
Di samping itu, saya juga melihat bahawa Kerajaan Negeri melalui Yayasan Terengganu telah memohon 15,000 ekar kawasan KSK di kawasan Gunung Tebu untuk menggantikan kira-kira 10,000 ekar kawasan Besut Tsuda yang dikatakan tidak boleh ditebang oleh Jabatan Hutan. Dan saya dapati setakat ini ada sembilan permohonan untuk mendapatkan kawasan tersebut. Jadi, ini sekali lagi merupakan satu perkara yang mendukacitakan kita. Di samping itu, satu lagi yang saya dapati ialah mengenai pembelian bangunan di Mesir iaitu dulu kita ada bangunan yang kita beli iaitu di Mansurah, tetapi hari ni Kerajaan Negeri telah menjual kembali kepada Syarikat Al-Attar dari Mesir dan membeli bangunan baru yang nilainya begitu tinggi bagi kita dan kita berharap bahawa Kerajaan adakah menggunakan penilai antarabangsa untuk membeli bangunan tersebut iaitu Menara Cecilia terletak di Blok Nombor 18, Blok Nombor 3, kawasan ketujuh Nasr City Cairo berkeluasan 540 meter persegi dan Menara El-Huda terletak di Blok Nombor 18, Blok Nombor 3, kawasan ketujuh Nasr City Cairo berkeluasan 542 meter. Penjual Menara Cecilia oleh Al-Attar Group kepada Syarikat Yayasan Terengganu harga belian USD6,730,000.00 bersamaan RM26,120,071.00 dan Menara El-Huda dengan harga belian USD6 juta bersamaan RM25,950,000.00 dengan kadaran tukaran wang USD pada masa itu RM4.16. Di samping itu, Kerajaan Negeri juga turut menjual bangunan lama iaitu Bangunan Al-Noor, Mansurah dijual dengan harga USD2 juta bersamaan RM8,654,000.00 sedangkan asal pembelian adalah sebanyak RM15,240,000.00. Al-Qais Hayyu Sabi’ iaitu sebuah banglo dijual dengan USD50,000.00 bersamaan dengan RM216,350.00. Di samping itu, saya dapati bahawa syarikat ini juga telah pun memasukkan perabot-perabot yang berharga lebih kurang RM6 juta sedangkan keputusan belum dibuat tentang perkara ini dan saya dapati bahawa ada laporan mengatakan bahawa perabot-perabot itu bernilai berkualiti rendah. Jadi saya haraplah perkara ini diperhalusi semula kerana setakat ini tiada perjanjian dibuat untuk kemasukan perabot tersebut tapi telah dibekalkan oleh pihak pembuat bangunan Al-Attar ini. Jadi kita percaya Yayasan Terengganu perlu mengkaji semula tentang pembekalan perabot ini dan begitu juga pengubahsuaian mezzanine floor, tingkat bawah yang dijadikan sebagai surau kerana setakat yang kita ketahui Kerajaan Mesir tidak meluluskan pembinaan surau di peringkat bawah. Sebab itulah saya yakin dan percaya bahawa dengan
perkara-perkara yang berlaku ini banyak perkara yang merisaukan kita sebenarnya. Jadi apatah lagi ianya suatu perkara melibatkan lebih daripada RM50 juta duit rakyat dibelanjakan untuk membeli bangunan baru sedangkan bangunan ada masih boleh dipakai dan masih boleh digunakan. Saya tak tahu apakah justifikasinya perlu Kerajaan membeli bangunan baru ini. Di samping itu, saya juga menyebut suatu ketika dulu supaya Kerajaan Negeri membuat laporan polis mengenai apa dilakukan oleh Ahad Khan mengeluarkan duit dan saya beri tempoh masa tu hanya 2 minggu tetapi sampai sekarang urusan maklumat Yayasan buat laporan polis tapi tidak jadi mungkin ada yang ketakutan apa-apa pun yang dibuat banyak lagi perkara-perkara yang tidak betul didedahkan oleh Ahad Khan dan alhamdulillah pagi ini pemuda UMNO di Terengganu telah membuat laporan polis mengenai salahlaku melibatkan oleh Abdul Ahad Khan mengeluarkan wang daripada akaun Standard Chartered Malaysia Berhad tanpa tandatangan pihak kedua. Cuma Ahad Khan seorang je keluarkan duit itu. Ini yang menimbulkan soalan kepada kita kenapa ketika itu setelah pelaburan dibuat tidak ada tandatangan baru dikeluarkan tandatangan sekurang-kurang ada pihak mewakili Yayasan Terengganu. Ini suatu perkara luar biasa berlaku. Apakah tujuan dilakukan oleh Ahad Khan ataupun dengan kerjasama pihak pegawai di Standard Chartered dan di samping itu, saya nak tahu status kedudukan sekarang mengenai kilang itu yang kata telah ditutup yang mana kita telah buat tawaran kepada Ahad Khan untuk membeli saham kita balik dengan harga RM3.99 juta melibatkan kerugian lebih RM600,000.00. Tak pe lah.
Masa Yang Berhormat nak habis dah Yang Berhormat.
YANG BERHORMAT DATO’ SERI Dr. HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal) : Jadi saya benar-benar berharap Yang di-Pertua, perkara ini difikirkan kembali demi masa depan rakyat Terengganu kerana ini melibatkan wang rakyat Terengganu dan saya nak beritahu risikonya bila tanah yang diberikan terutama melibatkan di Batas Baru, diberikan kepada pemaju kerana saya dimaklumkan pemaju telah bersedia untuk membayar harga tanah ini untuk dibuat pembangunan tapi bila ada pihak-pihak yang buat kerja maka tanah ini akan terbatal kerana tanah ini adalah untuk kegunaan awam semata-mata. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya bercakap ringkas-ringkas demi masa depan rakyat Terengganu. Kita harap perkara ini diperhatikan oleh pihak Kerajaan kerana Kerajaan Negeri yang berslogankan
Berkat dan Sejahtera ini supaya ini benar-benar menjadi keberkatan pada umat melayu Islam terutamanya di Negeri Terengganu Darul Iman ini. Sekian.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Wakil Kijal, selaku mewakili ketua kepada kawan-kawan kita. Seterusnya sebagai penutup tirai kepada perbahasan ini, saya nak jemput Wakil Tepoh yang juga selaku Pengerusi BBC. Silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, rakan-rakan media serta semua para pendengar yang mengikuti lintas langsung Persidangan Dewan Undangan Negeri pada kali ini. Alhamdulillah saya mengucapkan terima kasih atas peluang yang diberikan kepada saya untuk membahaskan Enakmen Perbekalan Tahun 2022 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar baru-baru ini.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua serta semua Ahli-ahli Yang Berhormat izinkan saya memetik firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala di dalam al-qur’an nurqarim
Maksudnya: “Kemudian kami jadikan al-Qur’an itu diwarisi oleh orang-orang yang kami pilih dari kalangan hamba-hamba kami. Maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri dan di antaranya ada yang bersikap sederhana dan di antaranya ada pula yang mendahului orang lain dalam berbuat
kebaikan dengan izin daripada Allah dan demikian itu ialah limpah kurnia yang besar dari Allah semata-mata”.
Surah Fatir, Ayat 32.
Ibnu Kathir menghuraikan 3 kelompok manusia yang disebut di dalam ayat yang saya bacakan sebentar tadi, dengan menyatakan kelompok yang pertama Zhalimun linafsih mereka adalah golongan yang abaikan perkara yang wajib dan mereka melakukan pula perkara yang haram. Kelompok yang kedua adalah golongan muqtasid iaitu golongan yang melaksanakan perkara yang wajib dan meninggalkan perkara yang haram. Kadang-kadang tinggalkan yang sunat dan melakukan pula yang makruh dan kelompok yang ketiga adalah sabiqun bil khairat, sabiqulil khairat melaksanakan yang wajib dan sunat, meninggalkan yang haram dan makruh dan sebahagian yang harus.
Saya memulakan ucapan perbahasan dengan ayat ini supaya kita semua saling bermuhasabah untuk menilai adakah kita golongan yang Zhalimun linafsih, menzalimi diri sendiri ataupun golongan yang bersederhana ataupun golongan yang sedang berlumba-lumba melakukan kebaikan.
Saya mengambil kesempatan pada hari ini walaupun sudah berlalu kelmarin, tetapi ucapan dibawa ke hari ini juga untuk mengambil peluang mengucapkan selamat hari lahir buat Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar. Ucapan tahniah yang sama saya juga ingin bawa dalam persidangan ini dan perbahasan ini kepada Yang Berhormat Mulia Tengku Seri Bijaya Raja yang telah menjalankan tugas sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu yang baharu. Demikian juga buat Yang Berhormat di sebelah saya, Tuan Haji Zainal Abidin bin Mohamed yang juga menjalankan tugas Pegawai Kewangan Negeri yang baharu. Semoga kedua-dua kepimpinan baharu ini dapat menjalankan tugas dengan lebih efektif, lebih efisien untuk kepentingan rakyat dan juga Kerajaan Negeri Terengganu. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, dalam perbahasan Bajet ini, saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Kerajaan Negeri kerana buat pertama kalinya dalam tempoh 2016 hingga 2021 menyatakan dengan jelas di dalam ucapan Belanjawan Tahunan, sasaran fiskal yang ingin dicapai. Izinkan untuk saya memetik semula ucapan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar kelmarin. Justeru, Kerajaan Negeri mengunjurkan KDNT Terengganu bagi keseluruhan tahun 2021 kembali bertumbuh positif kepada antara 2% hingga 2.2% dan menyasarkan berkembang kepada antara 3% hingga 3.4% pada tahun 2022.
Pernyataan ini walaupun ringkas tapi sangat penting kerana ada dua perkara. Yang pertama, memberikan keyakinan kepada para pelabur, kepada para peniaga kepada para pengguna mengenai kebolehpulihan ekonomi negeri kita. Yang kedua, memastikan jentera Kerajaan Negeri dan sektor swasta digerakkan secara optimum untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Selain KDNK, dua indicator ekonomi lagi yang turut dinyatakan sasarannya ialah 4,000 peluang pekerjaan dan nilai pelaburan berjumlah sehingga RM5 bilion. Justeru, saya mengambil ruang sekali lagi melalui Dewan yang mulia ini, merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan tahniah buat Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar serta seluruh pasukan kerja Kerajaan Negeri Terengganu yang telah berjaya menampilkan Bajet 2022 yang saya boleh sifatkan sebagai bajet yang komprehensif, seimbang dan bertanggungjawab secara fiskal. Agak menarik kerana situasi semasa kini, kita sedang berada di pasca pandemik. Situasi pemulihan kembali kehidupan normal rakyat negeri dan negara kita. Pelan Pemulihan Negara yang diperkenalkan oleh pihak Kerajaan Malaysia, perlu dilihat bersama di peringkat negeri agar kita mampu membawa keluar negeri ini daripada kemelut kesukaran rakyat dan memulih kembali mata pencarian rakyat selepas ini.
Secara keseluruhan, bajet yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, saya lihat adalah bajet defisit yang tidak melebihi 10%. Walaupun pelbagai tanggapan yang dibuat dengan menyatakan bajet untuk gula-gula pilihan raya, ternyata jika diperhalusi perkiraan bajet ini, Kerajaan Terengganu saya lihat begitu berhati-hati dalam berbelanja, bajet yang tidak meninggalkan beban buat tahun mendatang. Saya telah menyemak jumlah anggaran terimaan bukan hasil yang terkandung sebahagian besar di dalamnya royalti petroleum atau wang tunai petroleum. Sejumlah RM1.28 bilion, anggaran ini berasaskan harga siling petroleum yang ditetapkan dalam pengiraan anggaran hasil iaitu sebanyak $50 satu tong oleh pihak Perbendaharaan Negeri. Betulkan saya jika maklumat saya silap. Walaupan harga brand oil satu tong hari ini, yang saya sempat semak, mencecah $83 satu tong, malah pihak persekutuan juga telah meletakkan unjuran hasil berasaskan $60 satu tong. Ertinya, kalau kita guna pemakaian Kerajaan Persekutuan akan berlaku lagi peningkatan hasil dan saya jangkakan Bajet 2022 tidak berlaku defisit. Lebih menarik kalau dikekalkan defisit 10% tentunya pelbagai inisiatif yang boleh ditambah. Walaupun begitu, langkah berhati-hati pihak Kerajaan dalam isu ini sangat saya hormati. Walaupun
perkara tersebut mampu dan boleh dilaksanakan, apatah lagi saya difahamkan pembayaran tunai petroleum tidak dibayar mengikut kaedah royalti petroleum setelah ia singgah terlebih dahulu di Kementerian Kewangan. Justeru sangat berbeza dengan apa yang berlaku dahulu kerana perubahan yang sengaja dipinda pada awal tahun 2000. Malangnya setelah Petronas mula membayar terus kepada pihak Kementerian Kewangan, hasil milik Terengganu sudah tidak sama seperti diuruskan seperti tahun 1978 hingga 1999. Malah kita pernah dipaksa melalui pemotongan wajib 25% setiap tahun di zaman Kerajaan Pakatan Harapan. Saya mengharapkan selepas daripada ini Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri dapat memberikan fokus di dalam melakukan rundingan dengan pihak Kementerian Kewangan supaya usaha-usaha untuk mendapatkan pembayaran yang adil dan saksama dapat dilunaskan kepada Kerajaan Negeri Terengganu. Kerana saya difahamkan, bermula beberapa tahun kebelakangan apabila pengiraan tidak dibuat dengan harga minyak yang sepatutnya.
Menjunjung tinggi sikap professionalism pihak Kerajaan, memastikan beban kewangan negeri stabil dan tidak terbeban pada masa depan. Saya yakin bajet ini bukan untuk pilihan raya tetapi bajet ini adalah bajet bertanggungjawab buat rakyat Terengganu. Dengan beberapa inisiatif saya melihat ia merupakan satu gambaran Kerajaan Negeri berusaha mendengar suara hati rakyat dan terus untuk melaksanakan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, aspek yang kedua untuk saya teliti adalah agenda pelaksanaan dan pemantauan inisiatif Bajet 2022 untuk dilaksanakan oleh semua pihak yang berkaitan. Saya mengambil ruang pada hari ini untuk menyeru semua lapisan peringkat pelaksana khususnya kakitangan dan penjawat awam untuk memberikan fokus yang lebih serius dalam pelbagai agenda yang digariskan pihak Kerajaan. Ini termasuk dalam usaha menjayakan Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS) 2030 apatah lagi Teras, Objektif dan Inisiatif Bajet 2022 dilihat menyokong agenda PITAS 2030 yang sempat saya baca isi kandungan.
Saya ingin mencadangkan agar sebuah jawatankuasa task force dapat ditubuhkan sebagaimana jawatankuasa task force pelaksanaan manifesto yang dipengerusikan bersama oleh Yang Berhormat Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri dan juga Yang Berhormat EXCO Kerajaan Negeri agar semua ketua jabatan dapat mengambil maklum dan memberikan fokus malah ia menjadi salah satu key performance indicator (dengan izin) bagi setiap
kakitangan dan juga jabatan. Task force yang sama perlu melihat ruang lingkup Rancangan RMK-12 untuk dilakukan pemantauan dan melihat kemajuan kerja di seluruh Terengganu. Task force yang sama boleh melakukan semakan silang dengan Bajet Kerajaan Persekuatuan 2022. Pakej Prihatin, Pakej Permai, Pakej Penjana dan lain-lain dari Kerajaan Persekutuan agar kepentingan rakyat negeri ini tidak tercicir. Mahu ataupun tidak semua pihak perlu menggembleng tenaga demi rakyat dan kemajuan negeri yang kita cintai. Semua Agenda Teras dan Objektif hendaklah dibengkelkan oleh semua kakitangan dan bergerak selari dalam menjayakan proses penyampaian perkhidmatan cemerlang kepada rakyat negeri ini. Disiplin kerja perlu ditingkatkan, aduan rakyat perlu diutamakan, penyelesaian isu hendaklah disegerakan, karenah birokrasi hendaklah diusahakan agar terhapus. Ini harapan saya. Kalau tidak, kita berdepan kesukaran untuk melakukan pecutan dalam meraih kejayaan dan kecemerlangan. Dato’ Yang di-Pertua, secara ringkas saya ingin merakamkan ucapan terima kasih di atas pemilihan Bukit Seraya sebagai projek rintis untuk Bandar Baharu Lestari. Saya harap pelan Malaysia Terengganu bersegera untuk merangka rancangan pembangunan secara komprehensif bagi kawasan ini. Saya ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Terengganu atas komitmen untuk tebatan banjir Baruh Tok Jiring. Seterusnya saya mengharapkan supaya kawasan yang berada di sebelah barat sana dapat diberikan tumpuan oleh pihak Kerajaan Negeri untuk menggesa pihak pusat melaksanakan Projek Rancangan Tebatan banjir Tok Jiring / Batu Rakit Fasa 2 kerana kesan yang ditanggung oleh penduduk kawasan tersebut ekoran Tebatan Banjir Baroh Tok Jiring. Saya juga menggesa pihak Kerajaan Negeri dapat menggesa Kerajaan Persekutuan dalam membantu usaha pembinaan parit Teluk Gabus yang sudah lama dirancang tetapi masih belum dapat melihat perkembangan yang positif.
Dato’ Yang di-Pertua, tidak lengkap kalau saya tidak menyentuh tentang krisis air yang melanda Kuala Nerus tempoh hari. Sebulan kita menanggung beban tersebut. Saya yakin perkara ini telah diperhalusi oleh pihak Kerajaan Negeri melalui Jabatan Bekalan Air, LAUT dan juga SATU agar insiden ini tidak berulang. Walaupun begitu, apa yang dilalui pada hari ini di pelbagai tempat adalah banyaknya tempat-tempat yang berlaku paip-paip pecah yang saya difahamkan paip ini sudah berusia lebih daripada 40 tahun. Saya ucap terima kasih atas komitmen Kerajaan kerana saya melihat rekod daripada 2015, Kerajaan membelanjakan RM486,000.00 untuk tahun tersebut, 2016 tiada
perbelanjaan dikeluarkan untuk baik pulih paip, 2017 dikeluarkan sebanyak RM1 juta untuk baikpulih paip sepanjang 4.04 km, 2018 tidak ada perbelanjaan tetapi tahun 2019 Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM6,313,450.20 sepanjang 15.83 km.
Saya ucap tahniah dan saya harap dengan peruntukan pada tahun ini dan tahun hadapan yang lebih meningkat. Saya juga tertarik pada agenda kebajikan yang ingin diperkasakan, penubuhan Teganu Care yang memberikan fokus dalam empat aspek-kebajikan, kesihatan, agama dan sosial. Pemerkasaan Tabung Darul Iman dengan proses naik taraf menjadi Yayasan Darul Iman, usaha yang significant dan dipercayai berjaya membantu hasrat penubuhan Teganu Care. Kelmarin, Wakil Jertih bangkitkan juga isu ini, saya mengambil pendirian yang sama, bersetuju dengan Jertih. Justeru saya mencadangkan agar bajet RM5 juta setahun itu sewajarnya ditingkatkan lagi mencecah RM7 juta setahun disamping ia dikembangkan lagi dengan memastikan semua anak syarikat yang berjaya dan membawa keuntungan untuk masukkan bajet sumbangan wajib demi kepentingan Yayasan Darul Iman.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, sebagai akhir setelah saya membahaskan perkara yang kita rundingkan dalam kesempatan pagi ini, saya juga ingin menyebut isu perpaduan melayu yang sebenarnya pintu perpaduan tidak pernah tertutup. Beberapa perkara yang ditimbulkan oleh Wakil Hulu Besut, saya cadangkan Wakil Hulu Besut bolehlah belajar perbahasan yang dibuat oleh dua tokoh sebentar tadi daripada sebelah sana, Wakil daripada Seberang Takir dan juga Wakil daripada Kijal, yang memberikan tumpuan terhadap isu rundingan bersama yang kita buat pada hari ini. Kritikan dan juga perkara-perkara yang ingin disampaikan dalam Dewan itu perkara biasa tetapi mengheret isu-isu lama yang dibawa dalam kesempatan Dewan ini hampir keseluruhan masa digunakan, saya kira ia tidak wajar dan saya perlu untuk mengambil ruang ini memberikan sedikit teguran. Saya ingin kongsikan di Dewan Yang Mulia ini, saya mendapat pendidikan di Maahad Darul Quran, Rusila, selama dalam tempoh tujuh tahun. Mengikuti pengajian dengan Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, hampir setiap minggu melalui kuliah pagi jumaat. Setiap kali bercuti saya mengunjungi masjid-masjid Kerajaan walaupun pada waktu tersebut bukan PAS yang memerintah negeri. Ya, saya bermakmumkan imam yang bertugas, kerana sepanjang kami menuntut ilmu saya tidak pula diberikan ajaran seperti yang didakwa oleh Hulu Besut malah
kami menjadi makmum di belakang imam di masjid-masjid Kerajaan sebelum Muafakat Nasional dilangsungkan lagi sewaktu kami dahulu di kerusi pembangkang malah Almarhum Tuan Guru Harun Taib menjadikan hari Jumaat, solat di masjid-masjid di kawasan beliau sewaktu bergelar Wakil Rakyat Manir pada waktu itu. Ini menunjukkan ulama-ulama PAS tidak pula melakukan dua imam dan seumpamanya. Walaupun begitu kita tidak menafikan ada segelintir yang memainkan sentimen ini, sebahagian mereka ada yang telahpun meninggalkan PAS dan ini adalah merupakan sejarah.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua saya ingin penjelasan.
Sila saya beri terus.
Saya nak tahu adakah Wakil Tepoh sedar bahawa kejadian sembahyang dua imam di Besut berlaku? Nikah dua kali di Besut, berlaku. Fatwa menyatakan sembelih haiwan UMNO tidak sah dimakan, apakah Wakil Tepoh tidak tahu perkara ini berlaku di Besut.
Saya rasa Hulu Besut tidak mengamati ucapan yang telah saya sampaikan sebentar tadi, saya ulang balik. Walaupun begitu kita tidak menafikan ada segelintir yang memainkan sentimen ini sebahagian mereka ada yang telahpun meninggalkan PAS. Amatilah ucapan saya ini dengan penuh teliti kita tidak menafikan dan kita tidak tahu fatwa yang mengatakan sembelihan itu tidak boleh dimakan kerana saya pergi kepada jamuan yang dianjurkan, yang dibuat dan dijemput oleh ahli-ahli UMNO di kampung saya sendiri, boleh buat, boleh disahkan. Menunjukkan bahawa ajaran ini tidak berlaku dalam PAS tapi sebahagiannya, sebahagian yang mengatakan perkara ini telah meninggalkan PAS
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Yang Berhormat, Yang Berhormat tunggu saya dulu, sekarang ini kita tumpu pada isu perpaduan,
jadi kita balik isu-isu lama yang kita kata kita nak tinggal dah, pastu kita ulang balik dalam suasana kita dah mula orang kata nak mencapai matlamat perpaduan ini saya ingat biar dulu la. Saya nak minta Yang Berhormat habiskan ucapan
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua saya sebut itu kerana untuk kepentingan perpaduan Yang Berhomat Yang di-Pertua
Tak, sebab dia dah beri penjelasan tadi, jadi saya ingat tak perlu bangkitkan, sila.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya tidak kisah sebenarnya Hulu Besut nak bangun berapa kali pun, kalau saya ada masa, saya bagi.
Ya, tapi masa kecederaan Yang Berhormat
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, ada sorang nyanyuk.
Sila-sila
bawa candat tiba-tiba sakit perut, bila mana dia duduk waktu tersebut nak buang, nak berok la kita sebut, dia amik candat tersebut kemudian dia catok duduk atas pokok, buang najis. Kebetulan lepas selesai daripada dia buang najis tersebut tengok-tengok candat siapa yang comel sangat letak sini. Maka pada waktu tersebut dia kata baik aku ambil sebelum orang lain ambil. Sedang molek dia ambil candat tersebut, jalan sikit tiba-tiba pijok tahi hok dia berok tadi. Dia kata siapa dia pulok yang bengong duduk berok sini. Dia dok ingat hok tu candat dia, hok tu juga tahi dia, dia dok ingat. Saya harap Hulu Besut beringat benda ini.
Yang di-Pertua
Sangat wajar untuk kita melihat
Saya rasa yang berok, yang pijok tu orang PAS saya rasa
dan Islam sebagai keutamaan
Yang Berhormat biar dia cakap
bukan dilihat dalam neraca Negeri Terengganu malah perlu dilihat secara lebih holistik di peringkat nasional. Saya nak bentang pun banyak, boleh, takdok masalah, jumpa saya lepas ini Hulu Besut. Jangan bimbang, saya boleh cerita sejarah satu demi satu.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Tema Bajet Amatlah Selesa Merakyat Sejahtera Untuk Semua Sudah Pasti Rakyat Terbela Terengganu Maju, Berkat, Sejahtera
Dato’ Seri Menteri Besar Ketua Negeri Penuh Ceria Bajet Hebat Penuh Bersasar Asalkan Rakyat Hidup Sejahtera
Tepoh mohon menyokong.
Terima kasih Wakil daripada Tepoh yang telah menutup tirai perbahasan Enakmen Perbekalan 2022. Yang Berhormat sekalian sekarang sampai masanya pihak kerajaan untuk membuat penggulungan. Saya terus mempersilakan Wakil Kerajaan dari siapa nak cakap dulu? Sila, Kota Putera, sila.
Yang dihormati Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Dihormati lagi dikasihi Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, sahabat-sahabat Yang Berhormat Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan dari Negeri dan Persekutuan, wakil-wakil media seterusnya pemerhati yang mengikuti siaran langsung sidang kita pada hari ini seterusnya hadirin hadirat yang dirahmati oleh Allah sekalian.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya untuk memulakan sesi penggulungan Perbahasan Bajet 2022 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar pada 15 November yang lepas. Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana kita masih lagi kita diberikan rezeki dan kesempatan untuk terus berada di atas muka bumi Allah ini dengan mengecapi nikmat-nikmat yang ada dan pada hari yang berbahagia ini di dalam dewan yang mulia ini kita sama-sama memulakan ataupun sama-sama menunaikan tanggungjawab kita sebagai wakil rakyat dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Mudah-mudahan kehadiran kita di dalam sidang DUN pada kali ini dijadikan amal soleh di akhirat nanti insya-Allah.
Sebelum saya meneruskan ucapan penggulungan ini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar kerana membentangkan Bajet 2022 yang mencakupi keseluruhan segmen masyarakat sekaligus memberi berita gembira kepada rakyat. Bajet yang telah dibentangkan sangat mendasar ke akar umbi sekali gus menyelami denyut nadi rakyat untuk berhadapan dengan pasca COVID-19. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar kerana menjadikan bidang keusahawan
dan sumber manusia antara yang tidak ketinggalan dalam peruntukan yang diluluskan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya juga mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam Perbahasan Bajet khususnya yang telah menyentuh portfolio saya. Walaupun tidak ramai yang menyentuh portfolio saya tetapi sudah cukup dengan empat ataupun lima orang Yang Berhormat yang bercakap memberikan pandangan dan cadangan dalam melaksanakan Bajet 2022 nanti dengan lebih baik dan sistematik. YB bandar dan YB Bukit Besi menyatakan usahawan perlu pembelaan dan insya-Allah itulah memang fokus kerajaan kita pada hari ini. Yang Berhormat Seberang Takir sebentar tadi membangkitkan isu caruman PERKESO kepada Persatuan Teksi Negeri Terengganu. Untuk maklumat Yang Berhormat, masalah teknikal telah kita selesaikan dan insya-Allah caruman PERKESO kepada Persatuan Pemandu Teksi akan dilaksanakan dalam masa terdekat. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Manir dan YB Sura yang telah menerangkan agak terperinci mengenai progam-program usahawan dan sumber manusia.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, dengan peruntukan RM10 juta kepada Tabung Usahawan Sejahtera ataupun TUGAS memberikan semangat kepada kami untuk menyantuni usahawan-usahawan yang ramai terjejas akibat dari COVID-19. Begitu juga YPU yang menjadi agensi pelaksana kepada peruntukan ini akan menggembleng dengan kudrat yang ada bagi mencapai hasrat kerajaan. Jika dilihat statistik yang ada sejak 2019 peningkatan ketara jumlah usahawan yang dibantu oleh Kerajaan berbanding sebelum daripada itu. Sebelum 2019 hanya sekitar 100 orang sahaja setahun yang menerima bantuan kerajaan melalui YPU tetapi sejak 2019 sehingga sekarang lebih 400 orang setahun usahawan Terengganu telah disantuni dengan jumlah peruntukan kali ini yang diluluskan sekali ganda ini pada tahun sebelumnya. Saya yakin dan percaya dengan lebih ramai lagi usahawan yang dapat dibantu insya-Allah dengan peruntukan sekali ganda ini.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, semalam YB Kemasik dalam ucapannya memohon agar bantuan usahawan ini disalurkan mengikut DUN-DUN khususnya Geran Tunas Usahawan. Sebelum ini telah wujud pembahagian bantuan melalui DUN-DUN tetapi mungkin permohonan direct daripada pemohonon daripada pemohon terus kepada YPU tidak melalui
ADUN-ADUN. Untuk maklumat Ahli Dewan yang mulia sejak 2019 kita telah kita mempunyai data meluluskan bantuan-bantuan melalui DUN-DUN. Izinkan saya berkongsi maklumat tersebut. Pada tahun 2019 hingga 2021 Kuala Besut menerima 12 bantuan, Kota Putera 44, Jertih 32, Hulu Besut 18, Jabi 14, Permaisuri 19, Langkap 20, Batu Rakit 22, Tepoh 36, Buluh Gading 43, Seberang Takir 29, Bukit Tunggal 28, Wakaf Mempelam 47, Bandar 233, Ladang 35, Batu Buruk 55, Alur Limbat 52, Bukit Payung 36, Rhu Rendang 46, Pengkalan Berangan 41, Telemong 9, Manir 45, Kuala Berang 21, Ajil 18, Bukit Besi 14, Rantau Abang 28, Sura 30, Paka 20, Kemasik 13, Kijal 13, Chukai 36 dan Air putih 25. Jumlah keseluruhan sehingga kini adalah 1,139. Bantuan telah disalurkan kepada usahawan-usahawan kita di setiap DUN-DUN. Walau bagaimanapun cadangan YB Kemasik kami cuba kemaskini dan insya-Allah pada tahun ini kita tambah baik untuk melihat usahawan-usahawan kita terus dibela di setiap DUN-DUN insya-Allah.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, menurut Buku Bajet 2022 melalui Teras Satu Objektif satu menambahkan peluang dan penempatan kerja tahun 2022 kerajaan mensasarkan 4,000 peluang pekerjaan akan ditawarkan dalam pelbagai sektor insya-Allah THRDC sebagai agensi pelaksana sangat optimis untuk merealisasikannya dengan peruntukan RM800,000.00 bagi mewujudkan pusat cari kerja akan mempercepatkan lagi usaha ke arah itu. Sekarang ini THRDC mula dikenali dan diketahui oleh rakyat yang mencari kerja dan majikan yang mempunyai kekosongan jawatan sebagai satu platform terbaik bagi menyelesaikan kehendak masing-masing.
Platform yang telah diwujudkan oleh THRDC ini sangat sesuai dalam pelaksanaan job matching dengan izin ditambahkan lagi dengan kerjasama strategik dengan PERKESO. Perkongsian data My Future Job sangat membantu untuk menyampaikan maklumat kekosongan ke peringkat akar umbi. Insya-Allah dengan terlaksananya pusat cari kerja ini akan memberikan maklumat dihujung jari mengikut DUN dan bidang-bidang permintaan perkerjaan semasa. Justeru itu Urus Setia Perkerjaan Negeri Terengganu (UPNT) telah ditubuhkan dengan rasmi pada Julai tahun ini di tengah-tengah kemelut pandemik. Sebenarnya usaha-usaha membina rangkaian antara agensi telah bermula lebih awal lagi sejurus penubuhan THRDC iaitu pada pertengahan tahun 2019. Tiga strategi yang telah dan akan kita ambil. Yang pertama ialah menguruskan demand dan supply bagi tenaga kerja tahun semasa iaitu existing demand & supply dengan izin yang
terdapat dalam pasaran buruh. Strategi yang kedua adalah menguruskan demand dan supply bagi tenaga kerja yang akan datang (future demand and supply) melalui perkongsian maklumat dan data antara agensi dan industri. Dan strategi yang ketiga adalah menguruskan demand dan supply bagi kemahiran (demand and supply for skills) dengan izin iaitu memperincikan keperluan kemahiran yang diperlukan oleh majikan. Ini adalah kerana terdapat rungutan di kalangan majikan-majikan bahawa tenaga kerja dan graduan-graduan yang dihasilkan masih kurang bersedia untuk bekerja kerana kekurangan kemahiran, sikap ataupun attitude dengan izin, diperlukan oleh industri.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, alhamdulillah satu lagi pendekatan baru THRDC lakukan adalah Program Outreach Kesejahteraan Pekerjaan Rakyat Terengganu dimulakan dengan tiga daerah pada bulan November yang baru lalu iaitu Besut, Kuala Terengganu dan Dungun, hasilnya 136 yang telah ditemu duga, 87% telah berjaya ditempatkan pekerjaan kepada rakyat kita, Negeri Terengganu. Insya-Allah dengan peruntukan RM200,000.00 yang telah dicadangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dalam Bajet 2022 ini, kita akan teruskan program ini menyeluruh dan lebih sistematik lagi. Impak daripada Kerja Karnival dan Outreach dapat dinikmati oleh semua pihak antaranya kerajaan, rakyat dan majikan.
Yang pertama, impak kepada Kerajaan. Melalui program ini, Kerajaan Negeri dapat memastikan setiap insentif yang disediakan oleh Kerajaan Persekutuan melalui agensinya seperti PERKESO, sampai kepada rakyat Negeri Terengganu. Kerajaan akan mendapat maklumat berkenaan pencari kerja yang mana akan memudahkan lagi kerajaan membuat perancangan yang lebih teliti dan berkesan bagi mengatasi masalah pengangguran. Impak kepada rakyat melalui Program Outreach rakyat khususnya golongan belia dan yang tidak berpengalaman berpeluang menghadiri sesi temu duga bersama majikan di daerah masing-masing atau daerah-daerah yang berdekatan. Rakyat dapat mendaftar dengan sistem PERKESO secara langsung dalam sesi yang sama dan berpeluang untuk mendapatkan penjelasan yang mendalam berkenaan insentif-insentif yang disalurkan kepada mereka. Melalui pendapatan yang dijana oleh pekerja daripada Negeri Terengganu ini, mereka dapat menyalurkan kepada keluarga dan ibu bapa mereka di Terengganu. Ini akan menghasilkan suatu tunai bulanan, aliran
tunai bulanan yang besar seterusnya memberi impak yang baik kepada ekonomi-ekonomi negeri.
Sebagai contoh dalam program terkini iaitu peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh Panasonic Appliances Air-Condition Malaysia Sdn. Bhd. (PAPAMAI) sehingga kini 119 orang warga Terengganu telah diambil bekerja. Dianggarkan sebanyak RM261,800.00 pendapatan iaitu berdasarkan RM2,200.00 pendapatan kasar dikalikan dengan 119 orang dapat dijana setiap bulan. Jika mereka memberi bantuan bulanan kepada keluarga mereka sebanyak 10%, maka sebanyak RM26,180.00 akan dihantar balik ke negeri setiap bulan. Rakyat mendapat insentif yang disediakan oleh PERKESO hasil daripada usaha mencari dan mendapatkan pekerjaan. Jangkaan insentif yang diperolehi oleh calon yang berjaya mendapat pekerjaan adalah sebanyak RM1,700.00. Ini ramai lagi belia-belia kita yang tidak mengetahui perkara ini, yang tidak mempunyai pekerjaan di mana apabila berdaftar dengan PERKESO di bawah My Future Job, mereka mendapat elaun mencari pekerjaan sebanyak RM300.00. Apabila mereka menghadiri temu duga dan dapat, berjaya dalam temu duga tersebut, pihak Kerajaan memberi lagi Elaun Memulakan Pekerjaan sebanyak RM400.00 dan sekiranya tempat kerja mereka itu kurang daripada 100 km daripada rumah, mereka mendapat RM500.00 dan sekiranya lebih daripada 100 km, kerajaan memberikan Bantuan Mobiliti sebanyak RM1,000.00. Dengan bilangan seramai 119 orang yang kita telah supplykan ataupun kita telah berikan kepada PAPAMAI, ini bermakna PERKESO dapat menyalurkan sebanyak RM202,300.00 insentif berkaitan pekerjaan kepada rakyat Negeri Terengganu.
Yang ketiga adalah impak kepada majikan. Majikan amat memerlukan bekalan segera pekerja dengan pembukaan semula ekonomi dalam Fasa 4 ini. Syarikat akan mengalami kerugian yang besar sekiranya mereka gagal mendapat bekalan tenaga kerja dalam tempoh yang ditetapkan kerana kehilangan produktiviti. Oleh itu Program Pemadanan Kerja ini membantu majikan mendapatkan pekerjaan dengan segera. Berdasarkan laporan daripada pihak Panasonic Appliances Air-Condition Malaysia Sdn. Bhd. (PAPAMAI), Gerak Kerja Outreach Negeri Terengganu ini telah berjaya mencipta rekod kadar pengambilan pekerja yang paling tinggi berbanding di negeri-negeri lain sehingga mendapat perhatian daripada pihak pengurusan negara Jepun. Kami dimaklumkan oleh pihak pengurusan PAPAMAI bahawa hasil sehari Program Outreach di Besut pada 11 Oktober lalu bersamaan
dengan hasil gerak kerja selama dua minggu di negeri lain di Pantai Barat. Ini adalah satu pengiktirafan yang membanggakan negeri. Kerjasama erat antara pemegang taruh, UPNT seperti THRDC, PERKESO, i-MiTS, UBSNT dan Pejabat-pejabat Daerah telah menjadi kajian mereka dan menjadi formula yang menawarkan solusi kepada masalah pengambilan pekerja yang lembab sebelum ini. Majikan juga dapat menikmati insentif kewangan bagi pengambilan pekerja yang disediakan oleh Kerajaan melalui PERKESO seperti Insentif Pengambilan Pekerja dan Program Latihan Hiring Insentive Programme And Training Programme, dengan izin. Melalui insentif ini, bebanan kewangan daripada pengambilan pekerja baru dapat dikurangkan dalam tempoh tertentu. Ini memberi peluang kepada majikan memacu pengeluaran sementara menunggu tahap kewangan mereka pulih kembali.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, semalam melalui Soalan Tambahan Lisan daripada Yang Berhormat Kuala Besut ada membangkitkan mengenai Karnival Penjana Kerjaya anjuran THRDC dan PERKESO. Suka saya kongsikan maklumat lengkapnya adalah seperti berikut. Bilangan kekosongan jawatan yang ditawarkan adalah 10 ribu. Bilangan majikan yang terlibat dan hadir sebanyak 85 majikan. Bilangan peserta yang mendaftar melalui online adalah 4,458 orang. Bilangan peserta yang hadir secara fizikal seramai 2,377 orang, bilangan peserta berjaya mendapat pekerjaan adalah seramai 982 orang. Untuk makluman Sidang Dewan yang mulia, setakat ini penganjuran Karnival Penjana Kerjaya dilakukan seluruh negara. Penganjuran di Terengganu menjadi penganjuran yang terbesar dan jumlah kehadiran yang mendapat pekerjaan juga antara yang terbesar di dalam negara kita. Alhamdulillah.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya juga tertarik untuk menyentuh sedikit mengenai politik. Ini bukan tujuan untuk panas line, atau apa-apa. Tetapi satu fakta yang saya ingin ketengahkan untuk makluman kita bersama. Jika ianya baik ambillah sebagai titik asas pemahaman. Kita mengimbau sedikit ke belakang iaitu pada 4 April 2021 tidak silap saya, Yang Berhormat Kijal membuat Sidang Akhbar dan menyatakan UMNO Terengganu akan bertanding di semua DUN dan Parlimen dan cukup sampai di sini sayang. Asas yang digunakan oleh Yang Berhormat Kijal adalah kerana Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar mengumumkan PAS akan bertanding 6 kerusi Parlimen dan disebut juga Yang Berhormat Cukai mengumumkan PAS akan bertanding 22 kerusi DUN dan UMNO tinggal apa? Sebenarnya apa yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dan Yang
Berhormat Cukai bukan menunjukkan PAS tamak, tetapi inspirasi daripada persetujuan Muafakat Nasional di peringkat Pusat bahawa asas persetujuan muafakat kita adalah bertanding di atas status quo PRU 14 dan selain daripada status quo itu barulah dibincang untuk dibahagi-bahagikan. Jika UMNO Terengganu melihat UMNO dapat apa, sepatutnya kena tanya juga apa yang PAS dapat terhadap negeri-negeri di luar Terengganu yang contohnya Melaka, UMNO menang 13 kerusi, PAS dari awal perundingan bersetuju mengekalkan status quo UMNO. Walaupun dalam PRU 14 PAS bertanding lebih daripada itu, tetapi walaupun PAS berjiwa besar untuk memberikan status quo, kita lihat akan ada sifat ketamakan untuk bertanding lebih daripada itu yang telah menatijahkan pertandingan tiga penjuru di Negeri Melaka. Sebenarnya tidak timbul PAS yang bersalah dalam isu ini, itu hanya sekadar pandangan saya. Akhirnya Dato’ Yang di-Pertua, marilah kita sama-sama renungkan kata-kata ini, suatu hari…
Celahan Dato’, Dato’
Nak tanya
Ada soalan nak tanya
Ya, sila
Dia tak berkaitan dengan politik, cuma saya nak tanya status, soalan saya semalam tentang T-MEX, status terkini nak tanya Yang Berhormat EXCO, terima kasih.
Ulang ulang
T-MEX, T-MEX. Status anak syarikat YPU mula, sekarang ni status dia macam mana, T-MEX. Terima kasih.
Okey. Untuk makluman hadirin ataupun Sidang Dewan yang mulia. Untuk urusan T-MEX kita tangguhkan sementara kerana ada beberapa isu teknikal yang kita perlu selesaikan dahulu dan insya-Allah apabila ada perkembangan nanti saya akan maklumkan kemudian.
Ok, terima kasih.
Okey. Akhirnya Dato’ Yang di-Pertua, marilah kita renungkan kata-kata ini. Satu hari yang berlalu bererti satu hari pula berkurang berkurang umur kita. Umur kita yang tersisa di hari ini sungguh tidak ternilai harganya sebab hari esok belum tentu jadi bahagian diri kita. Kerana itu jika hari yang berlalu tapi tiada kebaikan dan kebajikan yang kita lakukan maka keringlah batin kita. Jangan tertipu dengan usia muda kerana syarat mati tidaklah harus tua. Jangan terpedaya dengan badan sihat kerana syarat untuk mati tidak pula sakit. Teruslah berbuat baik dan berkatalah dengan baik semoga ianya bermunafat.
Terima kasih, Wakil Kota Putera atas penggulungan Kerajaan. Saya memang nak tengok berapa lama masa yang diambil dalam sesi penggulungan ni. Yang pertama saya nampak lebih kurang setengah jamlah. Saya fikir Ahli Yang Berhormat Kerajaan ataupun EXCO mempunyai kemampuan untuk menguruskan masa dengan lebih baik dan trend dari segi pengurusan persidangan sekarang ni pun di peringkat Parlimen, Menteri-menteri pun dikawal masanya, maknanya tak dibiarkan bebas untuk bercakap berapa lama nak bercakap tapi saya tak adalah saya nak sampai di peringkat itu lagi sekarang ni, cuma saya minta supaya kita menguruskan masa dengan lebih baik kerana saya bercadang Rang Undang-undang Perbekalan 2022 ni kita nak habiskan kesemua sekali hingga menjadi satu Enakmen pada petang ni jugak. Kalau perlu lanjutan tempoh masa pun kita akan sambung. Jadi saya persilakan seterusnya.
YANG BERHORMAT Dr. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Ringkas saja Dato’ Yang di-Pertua.
Tak, saya terpulang kepada Yang Berhormat.
YANG BERHORMAT Dr. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang):
Yang berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian, ketua-ketua jabatan, pengamal media dan muslimin muslimat hadirin sekalian. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih atas belanjawan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dua hari lepas dan bajet kali ini bertemakan Merakyatkan Sejahtera Untuk Semua. Peruntukan Perbelanjaan Mengurus yang disediakan pada tahun hadapan berjumlah RM1.657 billion manakala Perbelanjaan Pembangunan berjumlah RM600 juta. Terima kasih diucapkan atas peruntukan yang disediakan untuk Perbelanjaan Bekalan Air sebanyak RM40 juta. Terima kasih juga diucapkan kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat yang telah turut serta dalam pembahasan Ucapan Belanjawan 2022 kelmarin dan ucapan penggulungan saya akan merangkumi jawapan kepada beberapa persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat sepanjang perbahasan yang berlangsung semalam.
Ringkasnya daripada Yang Berhormat Batu Buruk mencadangkan penggunaan sistem pengumpulan air hujan dalam usaha untuk menggunakan sepenuhnya sumber air dan bagi mengurangkan impak banjir. Kerajaan Negeri amat menggalakkan penggunaan sistem penuaian air hujan atau SPAH dalam projek-projek pembangunan khususnya projek perumahan dan bangunan kerajaan. SPAH merupakan salah satu kaedah base management practice dalam pengurusan air larian permukaan secara kawalan di punca atau control at the source selain melambatkan aliran air larian permukaan SPAH juga dapat mengoptimumkan penggunaan air secara efisyen. Antara bangunan yang menggunakan SPAH ini adalah di pejabat JPS Daerah Dungun dan kilang elektronik LED di Perindustrian Gong Badak. Kerajaan Negeri melalui JPS
juga telah mensyaratkan pematuhan kepada pemakaian garis panduan Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) edisi kedua tahun 2012 dalam setiap permohonan pembangunan bagi tujuan pengurusan air larian permukaan yang berkesan dengan menyediakan struktur-struktur kawalan di punca seperti on site detention, kolam takungan dan lain-lain struktur.
Berkaitan dengan apa yang dibangkit oleh Wakil Bukit Besi mencadangkan pemberian subsidi air atau pemberian air percuma kepada semua pemilik akaun yang terlibat semasa krisis bekalan air di Daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus baru-baru ini, Kerajaan Negeri telah mengumumkan bantuan kewangan bagi menghadapi krisis bekalan air yang telah saya sebutkan dalam Sidang Dewan yang lepas antaranya ialah berkaitan dengan inisiatif air percuma kepada penduduk terjejas semasa krisis bekalan air iaitu kerajaan Negeri juga telah membuktikan keprihatinan dalam merasai keperitan yang dihadapi oleh rakyat dalam menghadapi krisis bekalan air yang telah berlaku di sebahagian Daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus pada bulan Ogos yang lalu. Justeru Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk memberi air percuma selama dua bulan iaitu pada bulan Oktober dan juga bulan November tahun ini kepada 130,000 pengguna daripada 28,700 akaun. Ini melibatkan anggaran penggunaan 2 juta meter padu air dengan anggaran kos RM1.2 juta.
YB Sura ada membangkitkan berkaitan dengan muara sungai Dungun yang cetek yang menyusahkan pengguna seperti nelayan dan juga pelancong. Bagi mengatasi masalah kecetekan di muara sungai Dungun, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran telah mengangkat permohonan bagi cadangan projek pemuliharaan muara Sungai Dungun. Cadangan projek berkenaan telah diluluskan dalam rancangan Malaysia yang ke-11 Rolling Plan yang keempat, projek ini bernilai anggaran RM250 juta dan telah berada di peringkat penyediaan reka bentuk terperinci oleh perunding bermula Disember 2020 lagi dan dijangka siap pada Mac tahun hadapan. Projek ini akan dilaksanakan setelah semua prosedur perolehan kontrak diselesaikan sewajarnya yang dijangka pada pertengahan tahun hadapan. YB Jertih juga ada berkata berkaitan dengan pembinaan masjid, sebenarnya
Kemasik Yang Berhormat, YB Kerteh, YB Kemasik
YANG BERHORMAT Dr. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Jertih.
Jertih.
YANG BERHORMAT Dr. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Jertih.. Jertih
Haaa.. Silap saya.
YANG BERHORMAT Dr. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Dalam usaha untuk memartabatkan institusi keagamaan, Kerajaan Negeri telah melaksanakan dan merancang pembinaan beberapa buah masjid antaranya dalam sudah yang dilaksana dan ada juga dalam pelaksanaan ataupun dalam pembinaan dan ada juga dalam perancangan. Untuk makluman kita bersama pada tahun…
Minta penjelasan sikit Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, boleh dok? Minta penjelasan sikit Yang Berhormat.
Sila.
YANG BERHORMAT Dr. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Ya, Sila.
Bagi laluan. Ya, okay.
Terima kasih, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Saya ni sebenarnya saya nak kabo dalam ucapan tapi dokleh berucap sekali haram pun saya ni, dok dang.
Doh nok wak guaner Yang Berhormat, masa tak mengizinkan.
Saya akur, saya hormat ke Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Cuma saya nak tanya Yang Berhormat EXCO Infra sebagaimana yang dimaklum sakni, saya nak tanya yang senarai masjid-masjid ni dulu pun saya dah pohon, dalam Dewan ni juga Yang Berhormat, kata akan pertimbangkan, saya nak tahu
Telemong ni ada dok termasuk senarai nak buat masjid ni. Masjid yang saya minta dulu, masjid dekat dengan Tasik Kenyir tu Kampung Basong saya pun MPKK juga yang duk desak saya sangat-sangat ni. Masjid Kampung Basong ni orang mari puluh-puluh ribu hari Jumaat, pahtu nak sembahyang susah. Masjid ada tapi tidak boleh nak menampung dah kapasiti hari ini, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Saya minta sangat-sangat, Yang Berhormat EXCO tolonglah, tanah kita dah selesai dah. Dulu pun, peruntukan lulus dah tapi bila kalah tu orang tarik balik. Takpe, tak dok masalah. Saya merayu ni sekali lagi
Duduk dekat dah Yang Berhormat, berjiranan dah. Patutnya Yang Berhormat bisik jek.
Tekpun, saya pun dok cekak nok bincang dah saya, baru ni
Bakpe dok rajin minum air sekali
Baru ni saya wak naik dah minggu lepas Yang Berhormat EXCO ni ke Kenyir. Wak naik bot habis keliling Kenyir dua orang, tapi saya merayulah ni. Minta tolong dok makan juga Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua.
Sila, sila [Ketawa]
Yang Berhormat minta telur tekpun, orang minta tolong. [Ketawa]
Minta..
Saya rasa Yang Berhormat Kuala Berang faham saya cakap. Lama dah saya cakap dengan dia tak dok bende, tak dok masalah pun, dia faham. Terima kasih.
YANG BERHORMAT Dr. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Terima kasih, terima kasih Telemong. Sebenarnya dalam makluman kita dah dan
saya pun telah melawat tapak tersebut dan kita akan mohon peruntukan untuk Telemong ni tetapi untuk tahun hadapan
Terima kasih, terima kasih. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, sedap kita dengar tu. Saya sayang ke dialah tu. Saya sayang Dr. Mad tu saya oyak ni.
Okey, teruskan, teruskan.
YANG BERHORMAT Dr. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Okey, okey.. Untuk tahun hadapan kita ada di Masjid Tanjung Putat dulu. Masjid Tanjung Putat, Hulu Terengganu dan juga Masjid Bujal. Yang lain-lain kita akan fikir untuk mencari peruntukan dari semasa ke semasa.
Seterusnya, Yang Berhormat Kuala Besut juga memohon penjelasan berkaitan dengan status terkini cadangan Lebuhraya Pantai Timur Fasa Ketiga ataupun kita panggil LPT3. Kerajaan Negeri telah dimaklumkan bahawa Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa Ketiga ini ataupun LPT3 telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan. Projek ini melibatkan jajaran laluan daripada Gemuruh melalui Permaisuri seterusnya ke Kampung Raja dan Tok Bali sepanjang 100 kilometer. Anggaran awal kos pelaksanaan projek ini ialah RM2.8 bilion. Pada tahun lepas, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan sebanyak RM30 juta untuk kerja-kerja awalan melibatkan survey dan kajian tanah. Projek ini sedang diperingkat pelaksanaan kerja-kerja awal dan kita tunggulah di peringkat pembentangan kepada KKR dan MOF selepas itu kita tengoklah bagaimana kesudahannya.
Kuala Besut juga membangkitkan berkaitan dengan isu banjir, di Pulau Perhentian dan juga di Kampung Pachakan, Besut. Isu banjir yang berlaku di Pulau Perhentian dan Pachakan ini adalah disebabkan oleh sistem saliran yang tidak sempurna dan tidak mencukupi untuk menampung air larian permukaan apabila berlaku hujan yang lebat. Bagi tujuan penyelesaian jangka panjang, Kerajaan Negeri melalui JPS Negeri Terengganu akan memohon peruntukan Kerajaan Persekutuan di dalam rolling Malaysia RMK-12 rolling plan yang ketiga. Berhubung penyediaan kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam Daerah Besut dan seterusnya memperhalusi isu-isu banjir yang disebabkan oleh sistem saliran yang tidak sempurna. Selain daripada itu, isu banjir di Kampung Pachakan, Kerajaan Negeri melulus melalui JPS Negeri
Terengganu telah memohon projek melalui rancangan tempatan banjir sungai Besut fasa kedua dalam rolling plan yang kedua RMK-12.
Seterusnya, apa yang dibangkitkan oleh YB Wakil Air Putih dan juga Rantau Abang berkaitan dengan penyediaan infrastruktur asas seperti jalan, bekalan air, bekalan elektrik di kawasan-kawasan Rancangan Tanah Berkelompok RTB kita. Kerajaan Negeri sentiasa merancang dalam penyediaan peruntukan infrastruktur kepada tanah-tanah RTB yang telah dibuka dan diluluskan untuk memberi kemudahan kepada bakal penghuni RTB. Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan bagi penyediaan infrastruktur melalui beberapa peruntukan iaitu pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam. Kemudahan prasarana pembangunan daerah dan luar bandar serta pelaksanaan projek-projek kecil di DUN masing-masing. Projek-projek menaik taraf dan pembinaan jalan juga boleh dilaksanakan melalui peruntukan MARRIS terdapat peruntukan kerja-kerja menaik taraf jalan, parit, jambatan, cerun mengikut skop dalam tatacara garis panduan perbelanjaan pemberian dalam negeri oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Kerajaan Persekutuan juga menyediakan peruntukan bagi pembangunan kemudahan awam seperti jalan, bekalan air, bekalan elektrik ke kawasan kawasan yang baharu dan di luar bandar melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar ataupun KPLB. KPLB melaksanakan projek kemudahan awam mengikut keperluan dan permohonan berpandukan garis panduan yang telah ditetapkan oleh kementerian. Pejabat KPLB Negeri Terengganu sentiasa bekerjasama dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan pejabat-pejabat daerah bagi mendapatkan senarai keperluan infrastruktur asas seperti Bekalan Air Luar Bandar (BALB), Jalan Perhubungan Desa (JPD), Jalan Luar Bandar (JALB) serta Bekalan Elektrik Luar Bandar atau BELB tertakluk kepada garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar.
Apa yang dibangkitkan oleh Rantau Abang, dimaklumkan kawasan Rantau Abang seperti Pualu Serai, Batu Tiong, kerap menghadapi masalah tekanan air yang rendah. Perbincangan bersama pihak SATU telah dibuat, antara cadangannya ialah pertama, cadangan pembinaan sebuah tangki tambahan, cadangan tukar paip dan menaik taraf infra sedia ada. Untuk makluman kita Bersama, akaun aktif seluruh daerah Dungun adalah sebanyak 45,163 akaun termasuk sebahagiannya daerah Marang iaitu Jambu Bongkok serta daerah Kemaman iaitu Kerteh 5 dan juga Kerteh 6. Terdapat empat loji rawatan air yang beroperasi di daerah Dungun di mana tiga loji diuruskan oleh pihak
SATU dan satu loji di pihak seliaan BAKIPC. Loji rawatan air seliaan SATU adalah di Bukit Bauk berkapisiti 63 MLD, di Serdang berkapisiti 18 MLD dan di Tepoh berkapisiti 11 MLD. Manakala loji rawatan air seliaan BAKIPC di LRA Kemudi adalah berkapisiti 230 MLD. Pecahan akaun domestik dan bukan domestik adalah seperti berikut, domestik 38,173 akaun bersamaan 85% manakala industri 6,999 akaun bersamaan 15%. Kawasan yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Rantau Abang menerima bekalan air dari LRA Serdang yang berkapisiti 18 MLD yang mula beroperasi pada tahun 1986 lagi. Keupayaan loji ini telah mencapai kadar pengeluaran maksimum pada tahun 2014 namun dibantu oleh bekalan dari loji kemudi sebanyak 12 MLD untuk memenuhi keperluan pengguna sehingga ke Kampung Jambu Bongkok yang turut kita kenali sebagai Terengganu Silica Valley (TSV). Memandangkan kawasan berkenaan iaitu Pulau Serai, Batu Tiong, Kampung Tok kah, Kampung Bemban, Lubuk Kawah Paya Jara, Tanjong Jara, Rantau Abang dan Jambu Bongkok merupakan kawasan utama di pinggir bandar yang menjadi pilihan bagi pembangunan perumahan serta industri silika menyebabkan permintaan air harian meningkat. Pembangunan ini tidak dapat ditampung oleh paip utama yang bersaiz 450 MM diameter. Jadi bagi menangani masalah tekanan air di kawasan tersebut Kerajaan Negeri dalam perancangan untuk menaik taraf loji rawatan air Serdang daripada 18 MLD kepada 25 MLD. Jabatan-jabatan yang terlibat sedang menilai secara terperinci dari pelbagai aspek teknikal untuk memastikan projek ini dilaksanakan dengan jayanya. Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri juga sedang memohon peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan bagi membiayai projek ini melalui RP yang ketiga RMK-12. Dengan terlaksananya projek naik taraf ini ia mampu menyelesaikan masalah tekanan air rendah untuk jangka masa sederhana. Walau bagaimanapun, cadangan pembinaan tangki air baharu ini diambil maklum dan akan dipertimbangkan setelah dibuat kajian yang lebih terperinci. Bagi cadangan menaik taraf paip-paip lama pula, kerja-kerja ini akan dilaksanakan secara berperingkat dari semasa ke semasa. Anggaran kos bagi pembinaan tangki air baru berkapisiti 10 MLD seperti cadangan Yang Berhormat Wakil Rantau Abang yang mampu menampung permintaan harian bagi kawasan Pulau Serai, Batu Tiong, Kampung Tok kah, Kampung Bemban dan Lubuk Kawah untuk kira-kira 7,000 akaun adalah dianggarkan 30 juta tanpa mengira pengambilan tanah dan kos paip ratikulasi.
Seterusnya YB Rantau Abang juga membangkitkan berkaitan dengan isu saliran selepas pembinaan MRSM di Tanjong Jara, projek pembinaan MRSM di
Tanjung Jara ini tertakluk kepada kelulusan kebenaran atau pun KN di bawah Seksyen 20A. Lokasi projek ini terletak di bahagian hulu atau pun upstream dan terdapat sebatang anak iaitu Sungai Jara yang mengalir merentasi kawasan projek tersebut. Bagi tujuan pengurusan air larian permukaan agar tidak meningkatkan aliran puncak yang boleh menyebabkan impact banjir semakin terjejas Kerajaan Negeri melalui JPS Negeri Terengganu telah memastikan bahawa projek pembinaan MRSM tersebut mematuhi kepada pemakaian Garis Panduan Manual Saliran Mesra Alam (MSMA). Pelaksanaan projek tersebut akan menyediakan struktur kawalan di punca iaitu dengan menyediakan kolam takungan.
Selain daripada itu, sistem saliran di hadapan MRSM tersebut juga akan dinaik taraf agar tidak menganggu aliran air. Punca utama banjir berlakunya di kawasan Tanjung Jara adalah disebabkan oleh beberapa perkara. Iaitu, pertama limpahan air Sungai Jara akibat daripada hujan yang lebat. Kedua saiz culvert yang tidak sesuai dengan kapasiti air semasa musim hujan dan ketiga, kapasiti saliran yang tidak mencukupi di bahagian muara. Terdapat cadangan jangka panjang bagi mengurangkan risiko banjir di kawasan tersebut dengan melaksanakan rancangan tebatan banjir secara menyeluruh sehingga ke muara Sungai Jara. JPS Negeri sedang memperincikan skop dan akan memohon peruntukan melalui Kerajaan Persekutuan. Antara skop kerja yang dicadangkan adalah menaik taraf culvert dan juga menaik taraf Sungai Jara.
Seterusnya, apa yang dibangkitkan oleh Wakil daripada Kemasik, daripada Air Putih, Kuala Besut, dan juga Manir, berkaitan dengan pencapaian internet dan juga pembinaan menara telekomunikasi dan juga pemasangan fiber optik. Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk meningkatkan perkhidmatan jalur lebar di seluruh Negeri Terengganu. Pihak kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sentiasa memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur komunikasi yang komprehensif merangkumi penyediaan liputan jalur lebar, talian tetap dan mudah alih yang dapat memberi perkhidmatan komunikasi yang lebih menyeluruh, stable dan berkualiti di seluruh negeri, terutamanya di kawasan luar bandar dan pendalaman. Sasaran telah ditetapkan di bawah plan Jalinan Digital Negara iaitu JENDELA iaitu 100% kawasan berpenduduk akan mendapat rangkaian liputan 4G berkelajuan purata 100 megabytes per second menjelang tahun 2025 dengan menggunakan teknologi yang bersesuaian di seluruh negara,
termasuklah di Negeri Terengganu kita. Bagi Negeri Terengganu di bawah JENDELA fasa pertama, sebanyak 112 struktur komunikasi baharu akan dibina dan 1109 stesen pemancar akan dinaik taraf kepada liputan 4G dan 123,246 premis akan diliputi junction optic dan dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir tahun hadapan. Sehingga suku ketiga tahun ini, sebanyak 33 struktur pemancar baharu telah siap dan 762 struktur pemancar telah dinaik taraf kepada liputan 4G demi memastikan kesalinghubungan liputan rangkaian 4G yang bakal menggantikan secara tetap liputan 3G yang akan ditutup pada hujung tahun ini. Bagi liputan talian tetap sebanyak 26,398 premis telah diliputi Junction Optic yang mampu memberikan liputan internet yang lebih pantas dan stable berkelajuan sehingga 100 Gigabytes per second. Pelaksanaan inisiatif-inisiatif ini telah menyumbang kepada peningkatan peratusan liputan rangkaian 4G di kawasan berpenduduk di Negeri Terengganu dari 93.68% pada suku kedua tahun 2020 kepada 94.22% setakat suku kedua tahun ini. Setelah semua projek ini di bawah Pelan JENDELA fasa pertama siap, dijangka peratusan liputan jalur lebar mudah alih 4G akan mencapai 96.18% bagi kawasan berpenduduk di Negeri Terengganu. Sikit lagi.
Bagi menjawab apa yang dibangkitkan oleh YB Wakil Tepoh tadi, berkaitan dengan sistem saliran di Baroh Tok Jiring, kawasan Yang Berhormat. Sebenarnya, fasa pertama hampir siap, dalam 99% begitu siap dan dijangka akan diserahkan pada akhir tahun ini. Pun begitu, ditanyakan juga berkaitan dengan fasa seterusnya, iaitu fasa kedua. Untuk makluman kita bersama, fasa kedua ini telah diangkat oleh JPS dalam RMK yang ke-12 RP yang kedua dengan anggaran kos sebanyak RM200 juta. Berkaitan dengan penggantian paip-paip lama, memang wajarlah kerana apabila ada loji baru, tekanan air tinggi, menyebabkan paip-paip lama menjadi pecah di sana dan di sini kerana tidak dapat menahan tekanan yang tinggi dan Kerajaan Negeri telah dan sedang juga memohon untuk peruntukan berkaitan dengan penggantian paip-paip baru dan juga paip-paip retikulasi ini dari semasa ke semasa. Alhamdulillah pada tahun ini, pada tahun hadapan kita diberi peruntukan sebanyak RM40 juta antaranya untuk menyelesaikan masalah ini. Berkaitan dengan parit di Teluk Gabus ataupun kita panggil Rancangan Tebatan Banjir di Banggol Air Lilih, yang ini pun kita telah angkat kepada JPS Malaysia dan selama ini belum diluluskan lagi dan kita mengharapkan supaya projek ini dapat diluluskan. Jadi, keseluruhannya kita berdoalah, apa-apa yang kita minta daripada Kerajaan Federal supaya diberi kelulusan segera untuk
mendapat memberi manfaat kepada rakyat kita. Akhirnya saya ucap terima kasih dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan saya menyokong Bajet 2022.
Terima kasih Yang Berhormat Wakil Kuala Berang. Saya masih berkeyakinan, kita mampu untuk menguruskan masa dengan lebih baik. Yang Berhormat Kuala Berang mengambil masa hampir sama dengan Yang Berhormat Kota Putera, hampir setengah jam juga. Jadi kita harap penggulungan yang selepas pada ini sebelah petang nanti, boleh mengambil kira apa yang saya sebutkan tadi. Cuma saya nak tahu lepas pada petang ini, Wakil Wakaf Mempelam ya. Okey. So, kita akan sambung petang ini. Jadi Yang Berhormat sekalian, saya tangguhkan persidangan kita kepada pukul 2.30 petang ini.
DEWAN DITANGGUHKAN PADA PUKUL 1.00 PETANG
PUKUL 2.30 PETANG
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, mesyuarat disambung semula. Kita masih lagi dalam Sesi Penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022. Sebelum saya jemput Yang Berhormat Wakil Wakaf Mempelam, saya cuma nak sebut dari segi pengurusan masa je lah. Jadi, kalau mengikut trend penggulungan yang telah dimulakan oleh dua orang Yang Berhormat kita tadi dan mengambil kira masa rehat kita akan berehat macam biasa. Mengambil kira lanjutan masa, kita akan habis dalam pukul 6.30 petang kalau dengan trend tadi, trend lebih kurang setengah jam seorang tadi.
Saya yakin Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mempunyai keupayaan dan juga kebijaksanaan dalam menguruskan masa, saya boleh cadangkan dari segi penggulungan tidak lebih daripada 20 minit
tapi kalau kata tidak perlu sampai 20 minit, itu adalah yang terbaiklah. Walau macam mana pun, saya masih meraikan di kalangan Ahli-ahli Yang Berhormat terutama di kalangan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ataupun EXCO yang kanan, ada kepentingan-kepentingan yang tertentu yang perlu melanjutkan masa, terutama dalam soal-soal perkara-perkara polisi hal kerajaan. Jadi, saya dengan ini menjemput Yang Berhormat Wakil Wakaf Mempelam untuk membuat penggulungan, dipersilakan.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, barisan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, rakan-rakan, pemerhati, media, tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian.
Pertama saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada enam orang rakan-rakan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri yang telahpun respond kepada portfolio yang saya ketuai, mereka adalah ADUN Batu Buruk, ADUN Ajil, ADUN Sura, ADUN Air Putih, ADUN Kuala Besut dan juga ADUN Rantau Abang. Yang pertamanya ADUN Batu Buruk menyentuh berkenaan dengan pengundi berumur 18 tahun. Sebagaimana yang sedia maklum, Kerajaan Persekutuan pada tahun 2019 telah mengemukakan satu Rang Undang-Undang Perlembagaan Pindaan 2019 bagi menurunkan had umur pengundi daripada 21 kepada 18 tahun dan pindaan ini memerlukan sokongan 2/3 daripada Yang Berhomat Ahli Dewan Rakyat dan juga Yang Berhormat Ahli Dewan Negara. Yang Berhormat daripada blok pembangkang menyatakan kesediaan menyokong cadangan tersebut sekiranya pindaan Perkara 119, kelayakan pemilih Perlembagaan Persekutuan turut melibatkan pendaftaran pemilih secara automatik dan penurunan had umur calon daripada 21 tahun kepada 18 tahun. Cadangan berkenaan telah pun dipersetujui dan sokongan bipartisan telah direkodkan dalam sejarah parlimen apabila semua 211 orang Ahli-Ahli Dewan Rakyat dan semua 47 orang Ahli Dewan Negara yang hadir mewakili pelbagai parti telah menyatakan sokongan ke atas pindaan
berkenaan dan pindaan ini melibatkan Perkara 47, Perkara 119 dan Jadual ke-8 Perlembagaan Persekutuan bagi Pindaan Umur Pengundi Dan Umur Calon Daripada 21 tahun Kepada 18 tahun serta Pelaksanaan Pendaftaran Pemilih Secara Automatik.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 4 September 2019, telah memperkenankan pindaan yang melibatkan Perkara 47 dan Jadual ke-8, Perlembagaan Persekutuan dan ia telah disiarkan dalam Warta sebagai Akta A1603 pada 10 Oktober 2019. Dengan pewartaan berkenaan, had umur calon 18 tahun bagi Dewan Rakyat telah pun berkuatkuasa mulai 11 September 2019. Susulan daripada itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melalui Akademik Pilihan Raya (APR) telah pun menjalinkan kerjasama strategik dengan beberapa Kementerian untuk melaksanakan Program Pendidikan Pengundi sepertimana yang telah pun saya terangkan sewaktu menjawab soalan ADUN Ajil.
Selain daripada program-program yang telah pun saya sebut dalam jawapan kepada ADUN Ajil sebelum daripada ini, Kerajaan Negeri juga melalui Urusetia Belia Sukan dan NGO Terengganu memperkenalkan Program Generasi Muda Terengganu Sejahtera yang telah saya terangkan yang menyasarkan belia dalam pembahagian-pembahagian tertentu yang pertamanya, peringkat yang pertama Tunas yang berumur 11 hingga 12 tahun, yang keduanya Didik 13 hingga 15 tahun, Bakat yang berumur 16 hingga 19 tahun, yang keempatnya Elit yang berumur 20 hingga 25 tahun dan Ikon yang berumur 26 hingga 30 tahun. Dan insya-Allah kita mengharapkan agar program-program yang telah pun dinyatakan dengan sasaran had umur yang berkenaan mampu untuk menjadikan dan juga menyediakan para belia kita dengan kefahaman politik matang dan sejahtera yang seterusnya menjadikan mereka mampu untuk memilih mereka yang benar-benar mampu untuk menguruskan negeri dan negara kelak, insya-Allah.
Seterusnya Batu Buruk juga menyatakan tentang mencadangkan supaya masjid menjadi Pusat Tarbiyah dengan penyediaan kemudahan-kemudahan sukan. Ini adalah satu cadangan yang baik yang datangnya daripada ADUN Batu Buruk dan sebenarnya untuk pengetahuan Yang Berhormat dan Dewan, ianya telah pun dilaksanakan di beberapa buah masjid sebelum daripada ini, dan saya sendiri telah pernah beberapa kali mendapat permohonan daripada bukan sahaja jawatankuasa masjid tetapi juga daripada petugas-petugas
masjid yang terdiri daripada imam dan bilal sebagai satu contoh sebuah masjid ternama di Kuala Terengganu pernah berjumpa dengan saya untuk menganjurkan pertandingan e-sport peringkat daerah Kuala Terengganu. Saya bertanya pada mereka nak buat di mana? Dia kata buat di masjid. Saya kata dalam masjid ke? Dok di dewan masjid, bukan tempat sembahyang tu, di dewan masjid, dan mereka menyusun satu program untuk menarik orang muda melalui sukan e-sport ini dan yang agak tertariknya yang menganjurkannya adalah penganjurnya adalah Persatuan Imam dan Bilal di kawasan tersebut. Jadi ini satu pendekatan yang proaktif bertujuan untuk menggalakkan para belia remaja untuk hadir ke masjid bermain dan dalam masa yang sama secara tidak langsung mereka juga terikat dengan peraturan-peraturan pertandingan yang menghendaki mereka berhenti setengah jam sebelum masuknya waktu dan berhenti untuk sembahyang berjemaah, mendengar sedikit tazkirah dan kemudian menyambung kembali pertandingan dan ini menjadi syarat kepada semua calon ataupun peserta yang menyertai pertandingan tersebut. Jadi insya-Allah kita akan berbincang dengan portfolio berkaitan dengan dakwah untuk menjadikan ia sesuatu program yang akan dilakukan di seberapa banyak buah masjid dalam Negeri Terengganu, insya-Allah. Terima kasih Yang Berhormat Batu Buruk.
Seterusnya Yang Berhormat Sura, menyentuh tentang naik taraf padang bola di Padang Bola Arena Merdeka di Dungun. Untuk makluman Kerajaan Negeri telah pun menerima proposal untuk Menaik taraf Padang Bola Sepak Arena Merdeka, Dungun dan pihak UPEN Terengganu juga telah mengadakan mesyuarat pada 2 November 2021 yang lalu bagi melihat lebih terperinci cadangan yang dikemukakan ini dan hasil daripada mesyuarat tersebut, pihak Kerajaaan Negeri bersetuju supaya Majlis Perbandaran Dungun, Pejabat Daerah Dungun, dan Pejabat Tanah Dungun meneliti semula proposal berkenaan sebelum dikemukakan Kembali kepada UPEN memandangkan terdapat isu-isu ternikal yang perlu diperjelaskan terlebih dahulu. Yang ketiganya daripada Air Putih, ADUN Air Putih menyentuh tentang perkara yang berkaitan dengan Kompleks Sukan Patuh Syariah, pusat sukan untuk wanita dan juga sukan patuh syariah itu sendiri, seperti mana yang telah pun kita ketahui bahawa kerajaan Terengganu adalah kerajaan yang di ketuai oleh Parti Islam Se Malaysia (PAS) yang meletak islam sebagai dasar di dalam perjuangan yang sudah tentulah Kerajaan Negeri Terengganu, yang meletakkan moto “Maju Berkat Sejahtera” sentiasa menjadikan Islam sebagai sumber rujukan dan menjadikan Islam untuk kita melakukan apa-apa juga
program di dalam negeri kita ini dan tidak terkecuali sukan dan juga pelancongan dan juga lain-lain dan seperti yang kita semua tahu juga bahawa satu garis panduan berkaitan dengan Buku Garis Panduan Hiburan Persembahan Kebudayaan Pelancongan Dan Sukan Patuh Syariah, telah pun di lancarkan pada 12 Mac tahun 2020 lagi, sebelum daripada COVID melanda negara kita dan ianya masih ada sehingga sekarang dan insya-Allah kita memberikan satu komitmen seperti yang telah dinyatakan oleh EXCO dakwah dalam jawapan beliau hari ini ataupun semalam, bahawa semua portfolio terikat dan harus melaksanakan program mereka berdasarkan kepada garis panduan yang telah pun ditetapkan oleh Buku Panduan Patuh Syariah tersebut, dan sebenarnya Negeri Terengganu adalah sebuah negeri yang orang kata bersungguh-sungguh untuk melaksanakan sukan patuh syariah ini.
Kerana itu, dalam isu ini berkaitan dengan isu Kompleks Sukan Wanita seperti yang kita telah tahu pendekatan yang kita lakukan sekarang ini adalah Kerajaan Negeri bersetuju supaya mana-mana premis sukan di bawah seliaan agensi Kerajaan Negeri terutamanya Pihak Berkuasa Tempatan untuk membuat penjadualan bagi memberikan laluan pada wanita yang ingin bersukan untuk menjalankan aktiviti riadah dengan lebih terbuka kerana walaupun hasrat kita ingin mengadakan satu pusat sukan, bangunan sukan yang berbeza ataupun yang suku daripada yang telah sedia ada yang sudah tentu menuntut satu komitmen bukan sahaja kewangan tetapi juga masa jadi kerana itu, untuk sekarang ini kita lebih mengambil pendekatan meminta kepada Pihak Berkuasa Tempatan supaya buat jadual dalam menguruskan pusat-pusat riadah yang sedia ada waktu untuk orang lelaki, ada waktu juga untuk wanita dan sebagainya, begitulah juga dalam isu sukan patuh syariah seperti yang kita semua tahu Negeri Terengganu menjadi negeri yang pertama melantik mufti sebagai salah seorang daripada Ahli Lembaga Pengarah Majlis Sukan Negeri dan Terengganu juga menjadi negeri yang pertama yang mewujudkan satu pos berkaitan dengan agama yang bertaraf pegawai dalam Majlis Sukan Negeri dan kita juga sekarang ini sedang bekerjasama dengan pihak UNISZA untuk mencipta pakaian-pakaian sukan yang bukan sahaja patuh syariah tetapi juga yang menepati dengan kehendak disiplin dan sains sukan berkenaan.
Dan yang keempatnya saya juga suka menyatakan di sini bahawa kita sekarang ini telah pun melepasi tiga tahun walaupun dua tahun daripadanya adalah tempoh kita berada dalam COVID, tetapi saya merasakan bahawa kita
telah pun memberikan satu tempoh yang agak munasabah kepada ahli-ahli sukan kita ataupun para atlet kita untuk bersukan dan walaupun pendekatan yang kita gunakan sebelum daripada ini adalah pendekatan dengan galakkan dan juga pendekatan memberikan rangsangan pendidikan dan sebagainya, tetapi ia bukanlah sesuatu yang bersifat begitu selama-lamanya tiba juga masanya untuk kita mula menguatkuasakan kepada atlet kita untuk mula mematuhi apa nama ini garis panduan yang telah pun di sediakan oleh Kerajaan Negeri dan insya-Allah kita mensasarkan pada tahun 2022. Tahun depan atlet-atlet kita insya-Allah akan mula untuk menguatkuasakan pakaian patuh syariah secara keseluruhan insya-Allah, seterusnya.
Boleh, boleh celoh sedikit,
sila-sila
Sebab pergi jauh dah takdi mengenai selenggara-selenggara padang takdi, jadi saya nak tanya tentang gelanggang futsal banyak dah rosak yang telah dibina dulu, tetapi saya tengok kalau dalam DUN saya tiada satu pun yang diselenggara adakah kerajaan bercadang untuk menyelenggara gelanggang futsal ini, terima kasih.
Okey, terima kasih, untuk makluman kita ada lebih kurang dalam 135, 36 lebih kurang kalau tidak silap saya jumlah padang futsal di seluruh Negeri Terengganu dan daripada jumlah itu ada 90 lebih sahaja yang orang kata layak ataupun boleh untuk dibaiki lain daripada itu, bakinya lebih kurang dua puluh lebih memang orang kata tidak layak nak baiki dari baiki baik buat hok baru dan untuk makluman Ahli Yang Berhormat, saya telah pun berjumpa dengan Menteri apa nama ini Belia dan Sukan pada bulan lepas, saya berjumpa beliau sendiri dan menyerahkan satu surat untuk meminta pertimbangan beliau untuk memberikan satu peruntukan untuk kita membaiki kesemua 90 buah lebih padang-padang futsal yang sekarang ini memang berada dalam keadaan yang kita kata sangat menyedihkanlah, tetapi masih boleh dibaiki berbanding 20 lebih 30 memang tidak layak untuk dibaiki dan insya-Allah untuk tahun hadapan juga saya telah pun berbincang dengan
pihak kewangan untuk menyediakan satu jumlah duit untuk kita mula membaiki padang-padang futsal ini walaupun tidak banyak tetapi paling kurang kita membaiki dalam jumlah-jumlah yang tertentu, komang-komang pun se DUN se padang doh mula-mula ni deh, itu hasrat kita insya-Allah.
Seterusnya Dato Yang di-Pertua saya juga suka untuk meneruskan berkenaan dengan kebajikan atlet Terengganu, takdi Yang Berhormat daripada Seberang Takir ada menyebut tentang caruman PERKESO untuk ibu tunggal dan sebagainya untuk makluman di Majlis Sukan Negeri Terengganu kita juga telah pun membuat caruman PERKESO kepada atlet-atlet di bawah program Majlis Sukan Negeri Terengganu yang berusia lapan belas tahun ke atas, dan ianya telah pun bermula Januari 2020 lagi dan seramai 360 orang telah pun dibayar caruman mereka oleh Majlis Sukan Negeri Terengganu, melibatkan dana berjumlah RM310,646.10 dan selain daripada itu, Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Negeri juga dalam proses untuk mewujudkan Yayasan ataupun Secretariat Kebajikan Bekas-bekas Atlet Terengganu yang mana konsepnya pelaksanaanya mempunyai persamaan dengan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) dan sebelum daripada saya menyatakan perkara ini kita telah pun kerajaan terlebih dahulu meluluskan pemberian Kad Sejahtera kepada bekas-bekas atlet Terengganu yang berjasa yang berada seluruh Negeri Terengganu untuk mereka mendapat Kad Sejahtera bagi manfaat perubatan di tempat di mana mereka berada.
Seterusnya yang kelima sahabat saya dari Kuala Besut yang juga menyentuh tentang Program Gatih dan Program Berbasikal diperluaskan di seluruh daerah, untuk makluman saya juga suka untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, di atas penguman Belanjawan 2022 bagi Program Gatih dengan bajet berjumlah RM920,000.00 dan bajet ini merangkumi laluan berbasikal di Teluk Ketapang yang berjumlah RM320,000.00 juga pembinaan monumen basikal berjumlah RM100,000.00 yang kita akan adakan di antara Besut ke Kemaman. Kita akan pilih tempat-tempat lokasi strategik untuk diadakan monumen basikal ini dan selain daripada itu Program Gatih iaitu pertandingan pelumbaan basikal yang berjumlah RM500,000.00 juga disediakan untuk penganjuran Program Berbasikal Jelajah Terengganu insya-Allah, sebenarnya ia telah pun dirancang dua tahun sebelum, tetapi seperti yang kita semua tahu tidak dapat dilaksanakan dan kita harap tahun ini kita dapat laksanakan insya-Allah walaupun begitu program-program berbasikal di peringkat negeri terutama di
daerah-daerah telah pun dilaksanakan pada tahun 2021, seterusnya sahabat saya daripada Rantau Abang
Celahan sedikit Dato’ Yang di-Pertua, cuma nak comfirm maksud saya kayuhan basikal itu, dari segi laluan itu sama ada yang di buat ini daripada Kuala Ibai ke Teluk Ketapang daerah lain, adakah nak buat macam laluan itu, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Setakat ini laluan kita kata laluan berbasikal yang khusus yang kita sediakan adalah daripada Teluk Ketapang ke Kuala Ibai ataupun Kuala Ibai ke Teluk Ketapang adapun laluan daripada Besut ke Kemaman hanyalah kita menggazetkan jalan sahaja kita sediakan link atau kita letak buat monumen-monumen di tempat-tempat tertentu.
Seterusnya sahabat saya daripada Rantau Abang juga menyentuh tentang melahirkan belia pemimpin belia dan beliawanis. Matlamat kita daripada program generasi AL-FATEH ini, kita menyasarkan untuk melahirkan remaja ataupun pemuda-pemuda yang mempunyai 10 sifat iaitulah akidah yang betul, ibadah yang benar, akhlak yang kukuh, kekuatan jasmani, intelek dalam berfikir, berjuang melawan hawa nafsu, menepati waktu, tersusun dalam urusan hidup, berdikari di atas kaki sendiri dan bermanfaat pada orang lain. Ada sepuluh sifat yang kita nak lahirkan dari generasi AL-FATEH ini.
Yang seterusnya berkenaan dengan kebudayaan sukan untuk semua juga kita akan teruskan dengan program yang kita rancang selama ini insya-Allah akan diteruskan bermula daripada pihak peringkat akar umbi dengan penglibatan bukan sahaja UBSNT tetapi juga daripada JPKKK. Yang seterusnya berkenaan dengan NGO juga seperti yang kita sedia maklum, NGO mempunyai peranan yang besar dalam membantu kerajaan, untuk itu kita berhasrat untuk mengadakan Anugerah Perdana NGO dan sukarelawan Negeri Terengganu bagi mengiktiraf NGO terbaik di Negeri Terengganu selain sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang telah menyumbang bakti kepada masyarakat di Negeri Terengganu ini, insya-Allah, dan untuk akhirnya Dato’ Yang di-Pertua, saya juga suka untuk mengajak kepada semua Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri terutama rakan-rakan saya daripada sebelah kanan saya ini supaya ayuh mari kita bersungguh-sunguh untuk mengotakan hasrat
dan cita-cita kita untuk menyatakan hasrat kita untuk bersatu. Dato’ Yang di-Pertua, bersatu ni susah. Kita PAS dengan UMNO ni nak boleh bersatu berpuluh-puluh tahun kita ambil masa. Tapi kita nak pecah sekejap je, buat satu statement, buat dua statement, telah cukup untuk memecahkan keadaan dan juga penyatuan kita ini. Jadi sebab itulah kita di pihak PAS ini orang kata sangat bersabar, walaupun kita merasakan kadang-kadang kita perlu jawab, tapi kita ork untuk tidak jawab supaya tidak mengeruhkan keadaan, kerana kita tahu sekali kita jawab ataupun kita berikan reaksi, maka penyatuan itu akan terpecah. Sebab pecah ini senang berbanding dengan nak bersatu. Berkenaan dengan…
Laluan sikit Dato’ Yang di-Pertua.
Ya, sila…
Terima kasihla Yang Berhormat EXCO. Sebenarnya, kita UMNO ni memang kita nak bermuafakat, tapi kadang-kadang macam orang nak nikah la, kalau orang laki saje nak, orang puan takmboh, tak jadi jugak. Jadi kena dua-dua tu kena win-win, baru jadi. Jadi kalu nak tuduh UMNO je takmboh, dok saboh saya rasa. Kena pandai-pandai lah. Itu pada pandangan saya lah. Itu pandangan saya. Terima Kasih Yang Berhormat.
Okey, saya sokong kenyataan sahabat saya daripada Telemong. Memang muafakat ni dia kena dua-dua, se dok boleh, se dok jaddi, dia kena dua-dua sebab tu salah satu cara kita nak bermuafakat ni kita kena jalan depan sokmo, jangan paling tah ke belakang, jangan paling tah ke belakang. Hok belakang-belakang tu boleh, tapi jangan tengok
Saya celah sikit.
Sebab tu…
Ye cakap…
Nanti dulu Yang Berhormat…sikit lagi, sikit lagi.
Ye cakap dan buat kena sekata. Tapi cakap lain buat lain dok betul.
Yang Berhormat, biar se se.
Nak bersatu ni payah…
Niat, buat, cakap ni kena sama, Dato Yang di-Pertua.
Dakpelah.
Tadi cakap nak, tapi buat dok, dok jadi.
Ni soal tafsiran la ni. Tafsiran.
Bukan tafsiran gane, kita nampak doh.
Okey Yang Berhormat, dah nak habis dah, kan?
Dah nak habis dah ni…
Yang Berhormat, sila duduk, sila duduk.
Terima kasih.
Saya nak sebut gini je Dato’ Yang di-Pertua, untuk kita orang kata bermuafakat, fikir positif sokmo kan, kita guna mata dan kaki kita untuk jalan ke depan, sebab tu kereta cermin depan dia besar, berbanding cermin sisi kanan kiri dan juga tengah untuk tengok belakang. Hok belakang ni kecik-kecik je walaupun banyak, hok depan tu besar walaupun se, sebab kalau kita jalan depan sokmo, insya-Allah kita akan berjaya, tetapi kalau sikit-sikit tengok tah belakang, sikit-sikit tengok tah belakang, masuk lubang kita, berlanggar kita. Sebab tu nak bersatu ni, kena berjalan depan sokmo. Muka kita, hidung kita, mulut kita, kaki kita, jalan depan sokmo, barulah kita boleh bersatu Yang Berhormat. Ini peringatan saya kepada semualah, insya-Allah. Jadi sebab tu kalau saya nak sebut se se ni, jadi baloh pulok la kita ni. Jadi…
Jangan baloh, niat nak baloh doh. Kan kita bincang. Kita bincang, tegur-menegur. Tapi masalahnya macam saya kata, niat cakap dan buat tidak sama.
Okey Yang Berhormat, mesej tu sampai dah.
Okey, saya ucap terima kasih
Cakap boleh belaka
Dato’ Yang di-Pertua.
Dia nak habis dah. Sikit lagi.
Tanya sikit EXCO, boleh?
Boleh, boleh. Saya tak mboh dah cakap hal-hal….
Dok, saya nak tanya. Dato’ Yang di-Pertua, ada masa lagi ni?
Takdok dah, masa cukup dah.
Kalau boleh, saya beri je, tak dok hal.
Cukup, cukup…
Saya nak ikut ni saranan Yang Berhormat EXCO kata pandang ke depan. Jadi saya nak banyak sebenarnya nak tanya tetapi kekangan masa. Saya tak mboh nak ulas dah sakni, nak tengok hok tadi belakang, Yang Berhormat EXCO. Pertama, saya ucap terima kasih kerana Yang Berhormat EXCO Belia dan Sukan Terengganu meneruskan kesinambungan kecemerlangan atlet-atlet Terengganu, sukan-sukan Terengganu. Dan Terengganu memang terkenal, kalau sebelum pada ni memang tempat orang cedok, orang ambil atlet-atlet berbakat untuk peringkat yang lebih tinggi. Jadi sekarang ini persediaan untuk SUKMA pada tahun 2022. Jadi saya dalam Buku Bajet ni saya cuba kelebek-kelebek jugok tapi saya dok nampak, minta maaf mungkin benda ni terselit di bawah Yang Berhormat EXCO, sebab tu saya nak tahu apakah persediaan, berapakah bajet yang disediakan untuk persediaan SUKMA Terengganu untuk tahun depan, terima kasih.
Jawab dah Yang Berhormat. Sidang lepas jawab dah.
Hah?
Sidang lepas pun jawab dah.
Tak jawab lagi ni dalam Bajet ni. Hok ni hok dalam Bajet ni. Saya tak jumpa dalam Bajet, Dato’ Yang di-Pertua.
Dah sentuh dah, dalam soalan-soalan pun ada sentuh dah. Sebahagian je lah.
Ya, saya nak tengok details sebab anak-anak muda ni dia nak tahu.
Ini floor-floor pihak Kerajaan.
Jadi tak soh timbul woh baru, jadi panjang pulak. Yang akhir pulak Yang Berhormat. Yang akhir…
Okey yang akhir. Terima kasih kepada sahabat saya ADUN Telemong. Ya, betul, sebenarnya memang peruntukan untuk SUKMA 2022 memang telah pun ada dalam Bajet, cuma tidak disebut kerana ia adalah di antara perkara yang bukan semua nak kena sebut, termasuklah contohnya berkenaan dengan lesen motosikal, pun ada dalam Bajet tapi tidak disebut. Sebanyak RM4.5 juta dipersiapkan untuk lesen motosikal, ada tetapi tidak disebut dalam Bajet. Jadi, Dato’ Yang di-Pertua, saya rasa itu sahaja. Terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat, mudah-mudahan kita semua dapat membuat sesuatu seperti yang kita ucapkan.
Terima kasih Yang Berhormat Wakil Wakaf Mempelam. Jam tu sebenarnya sebagai tu je, nak bagitahu 15 minit dah, tu je. Jadi saya persilakan Wakil Cukai. Sila.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan, Ahli-Ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, tuan-tuan, dan puan-puan sekalian. Terima kasih kerana memberikan peluang kepada saya untuk turut mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Enakmen Perbekalan 2020 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar yang kita
kasihi. Alhamdulillah, syukur kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala pada petang ini, dalam Dewan yang mulia, kita sekali lagi diberi kekuatan, kesihatan dan keinginan tinggi untuk bersama-sama membawa perubahan serta pembaharuan berterusan bagi Negeri Terengganu yang insya-Allah hasilnya nanti dapat dimanfaatkan oleh anak-anak bangsa di masa hadapan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, pertama-tamanya saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar Negeri Terengganu yang telah membentangkan satu Bajet Negeri Terengganu 2022 yang dinamik dan berimbang di mana Kerajaan dan rakyat berganding tangan dalam menjayakan setiap perancangan dan aktiviti bersesuaian dengan moto Bajet, “Merakyatkan Sejahtera Untuk Semua”, atau di dalam konteks Negeri Terengganu, Kerajaan sentiasa komited dan menyediakan taraf kualiti hidup terbaik demi memastikan kesejateraan dan kehidupan rakyat yang komprehensif dan harmoni. Perancangan Bajet tersebut telah dibuat sangat komprehensif serta inklusif dan boleh membawa manfaat yang besar kepada seluruh rakyat daripada pelbagai lapisan peringkat umur di negeri ini dan bakal memperkasakan pembangunan modal insan dalam merealisasikan Teras Kedua dan Ketiga Belanjawan 2022 kali ini yakni Memperkuat Daya Tahan Isi Rumah dan Memperkukuhkan Kesejahteraan Sosial Masyarakat.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, menerusi portfolio saya, portfolio Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional, pelbagai inisiatif telah dirangka dan dicadang bagi dilaksanakan pada tahun hadapan demi memastikan kehidupan rakyat yang lestari lagi terjamin. Alhamdulillah, sebilangan besar inisiatif sedia ada yang berimpak positif seperti program saguhati kelahiran, ataupun Skim Simpanan Permata Sejahtera, dan program Walimatul Urus Perdana Teruna Dara dan Janda Duda akan dilaksanakan pada tahun 2022 setelah mendapat reaksi dan penerimaan positif daripada orang ramai dan juga golongan belia dan juga para janda dan duda, insya-Allah. Program Generasi Islah Falah Terengganu dan Fityah Terengganu ataupun (FATEH) kelolaan YPK juga akan diteruskan di mana sambutan yang sangat luar biasa daripada hampir 10,000 pelajar sekolah yang terlibat. Kerajaan Negeri juga telah mengumumkan beberapa program dan inisiatif berbentuk bantuan baru dan segar sepanjang Belanjawan 2022 tempoh hari. Antaranya bantuan tunai one-off RM150.00 kepada 6,000 ketua isi rumah e-Kasih dan juga ibu-ibu tunggal yang sangat
disayangi yang berpendapatan RM2,500.00 ke bawah. Selain daripada itu juga, bantuan one-off kepada OKU yang berpendapatan RM4,000.00 ke bawah yang juga bernilai RM150.00. Diharap agar bantuan-bantuan yang telah disediakan kepada golongan-golongan ini sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan yang dihadapi oleh mereka.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, pewujudan Urus Setia Wanita ataupun USWa dilihat sangat tepat dalam memperkasakan peranan golongan wanita di samping memelihara kebajikan wanita di negeri ini. Sejak penubuhan USWa pada awal tahun lalu pelbagai program kewanitaan yang telah kita laksanakan dalam mendampingi serta menyediakan medium terbaik kepada mereka dalam membentuk jati diri serta personaliti muslimah yang unggul. Justeru program-program seperti Sambutan Hari Sayiddatina Aisyah, Wanita Bijak Wang, Jelajah Untukmu Wanita, Persidangan Wanita Inspirasi Terengganu serta pelbagai ziarah kebajikan wanita melibatkan kerjasama setiap Parlimen dan DUN aktif dilaksanakan. Menerusi Belanjawan 2022 ini juga turut diumumkan beberapa program baru seperti Program Bengkel Kemahiran Suri dan Program Inspirasi Suri Sejahtera yang akan bakal dilaksanakan di bawah Pelan Keberdayaan Suri Rumah Terengganu kendalian USWa. Kami juga sedang dalam rangka dan bengkel terakhir menyediakan Dasar Wanita Negeri Terengganu untuk dibentangkan kepada pentadbiran Kerajaan Negeri menjelang awal tahun hadapan. Suka saya maklumkan gerak kerja pewujudan pelan dasar wanita negara ini kita telah libatkan tenaga-tenaga profesional dan mahir daripada IPTA serta golongan profesional yang dilantik menerusi MAWADDAH yakni sebuah pertubuhan wanita yang berperanan dalam menasihati pentadbiran Kerajaan Negeri dalam memperkasakan golongan hawa di negeri ini. Merujuk kepada garapan idea dan cadangan yang telah dikemukakan oleh ADUN Wanita dalam sesi perbahasan kelmarin berkait cadangan pembangunan dan permerkasaan Wanita, saya menyambut baik akan saranan-saranan tersebut dan saya cukup percaya menerusi USWa di samping kerjasama agensi-agensi dan NGO-NGO yang berkaitan kita akan dapat menterjemahkannya dengan sebaik mungkin demi manfaat masyarakat khasnya.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, cadangan penubuhan Kompleks Wanita Sejahtera, pewujudan Baitul Ummi di Kuala Terengganu, Pusat Integrasi Sosial Warga Emas dan Pusat Autism Sejahtera Terengganu ataupun panggilan singkat ialah (PAS-T) turut kita sambut baik demi
memastikan kebajikan rohani dan spiritual warga emas serta peningkatan potensi diri anak-anak autism di negeri ini meningkat dan terpelihara. Berkaitan dengan inisiatif pencen rakyat yang telah diinisiatifkan menerusi Manifesto Terengganu MT20. Saya melahirkan kesyukuran kepada Allah Subhanallahhu Wa Ta’ala kerana dengan nilai bajet yang sebesar RM13 juta tersebut akan kita manfaatkan sebaik-baiknya kepada warga emas yang berkelayakan dan menepati syarat permohonan pada tahun 2022. Saya juga ingin menegaskan soalan yang telah dikemukakan oleh ADUN Seberang Takir bahawa pencen rakyat akan kita bayar selama enam bulan bermula Julai hingga Disember tahun ini bermula pada 21 hari bulan. Jadi saya harapkan bahawa warga-warga emas akan dapat wangnya bermula dari minggu hadapan insya-Allah.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana pada tahun hadapan dalam Bajet setuju meluluskan RM33.5 juta kepada rakyat Negeri Terengganu yang berpendapatan di antara RM2,500.00 sehingga RM5,000.00 sempena perayaan aidilfitri dengan harapan supaya mereka akan lebih meriah setelah dua tahun akibat daripada pandemik COVID-19 tidak dapat menyambut hari raya dan insya-Allah mereka akan dapat berhari raya pada tahun hadapan ini dengan penuh bergaya kerana adanya i-Fitri.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua..
Boleh saya celah sedikit sebab Speaker dok…
Yang Berhormat, beri laluan tak Yang Berhormat?
Beri laluan sikit.
Sila.
Terima kasih. Cuma saya nak tanya yang one off yang ibu tunggal tu kerana
cakap hal wanita-wanita tadi saya celah lalu la RM150 one-off ibu tunggal itu dia layak tak dapat i-Fitri pula?
Layak, insya-Allah.
Jadi dua-dua boleh?
Ia ikut gaji. Kita kabo dah RM2,500.00 sehingga RM5,000.00. Mereka ini akan layak dapat.
Ialah maknanya dia boleh bantuan one-off ibu tunggal se, lepas itu dia boleh i-Fitri pula.
Kita angkat dulu. Kita tengoklah dulu masa dia angkat itu. Permohonan dia, insya-Allah.
Okey, terima Kasih.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, pengumuman penaiktarafan Sekretariat Tabung Darul Iman kepada Yayasan Darul Iman turut dilihat sebagai satu langkah baik dan cukup proaktif oleh Kerajaan Negeri dalam memperkasakan peranan dan fungsi Tabung Darul Iman. Justifikasi pemerkasaan TDI kepada Yayasan Darul Iman yang telah diutarakan oleh Yang Berhormat Jertih dan juga Yang Berhormat Bukit Tunggal bahawa inisiatif ini merupakan salah satu daripada mercu tanda PITAS 2030 dalam bidang sosial bagi melahirkan rakyat yang beragama, bermasyarakat dan berkebajikan. Bagi menjayakannya majlis sosial Terengganu yang sedang dalam rangka penubuhannya akan bertanggungjawab merangka dasar pelan tindakan pemerkasaan bantuan kebajikan secara menyeluruh dan berpusat menerusi jenama Teganu Care. Fungsi TDI akan turut diperluaskan dengan merangkumi pelbagai aspek dan yayasan ini akan didaftarkan di bawah Akta 258 dengan dikawal selia oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri. Yayasan ini juga akan berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri dan akan ditadbir
oleh Lembaga Pemegang Amanah yang dikawal selia oleh surat ikatan amanah. Berkaitan isu kelewatan bantuan-bantuan kendalian Tabung Darul Iman baru-baru ini yang turut diutarakan oleh Yang Berhormat Jertih saya cukup menghargai akan kecaknaan dan keprihatinan yang ditampilkan oleh beliau dan mengakui akan beberapa kelewatan bantuan yang berlaku. Saya memohon maaf kepada seluruh rakyat Negeri Terengganu kerana pada tahun ini berlaku banyak kelewatan pembayaran kerana sistem kewangan negeri daripada Sistem Speks kepada Sistem i-Speks dilaksanakan demi kelancaran proses kewangan jabatan di seluruh negeri. Alhamdulillah masalah dan isu-isu ini telah dapat kita atasi dan saya menjangkakan pada tahun 2022 sasaran bagi bantuan sara diri tahunan boleh diselesaikan dengan lebih pantas di samping kelancaran bantuan-bantuan lain yang sedia ada di Tabung Darul Iman.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, pengumuman sebanyak RM500,000.00 bagi pelaksanaan program-program yang berunsurkan perpaduan dan keharmonian kaum di samping sambutan-sambutan perayaan seperti sambutan Deepavali dan Tahun Baru Cina dan kita akan mengekalkan juga sambutan ini dengan nama sambutan Deepavali dia takde i-Vali ataupun dia takde i-Ne. Ia tetap dengan sambutan Deepavali dan sambutan Tahun Baru Cina biarpun peratus bukan bumiputera di negeri kita ini tidak sampai 10%. Kerajaan Negeri menerusi portfolio saya akan terus komited dalam memastikan kesepaduan dan keharmonian kaum di negeri ini akan kekal terpelihara, insya-Allah.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, apa yang saya boleh rumuskan setelah saya melihat 147 inisiatif Belanjawan 2022 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar baru-baru ini sememangnya cukup menyeluruh dan antara yang terbaik. Dari sekecil-kecil bayi disediakan Skim Simpanan Permata Sejahtera hinggalah penyediaan kemudahan aktiviti kerohanian di Baitul Umi, Pusat Integrasi Sosial Warga Emas. Alhamdulillah. Menerusi Belanjawan 2022 ini, sebagai inisiatif telah diwujud dan diteruskan demi kebaikan masyarakat Terengganu di segenap peringkat umur menerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional dan insya-Allah kami akan galas dan sampaikan sebaik mungkin kepada rakyat selari dengan moto 2022 “Merakyatkan Sejahtera Untuk Semua”. Sesungguhnya semua perancangan ini memerlukan kerjasama kita. Jika kita sayang kepada negeri kita, usaha ganding bahu di antara rakyat dan
Kerajaan akan membawa keuntungan pembangunan masa depan negeri kita. Saya yakin, insya-Allah dengan sikap yang ada pada majoriti rakyat dan pendekatan yang telah dicipta oleh kerajaan kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, serta semangat kerjasama kita semua, Terengganu kita akan hebat dan maju sebagaimana hasrat dan perancangan kita.
Yang terakhirnya, saya ingat saya nak bercakap dengan ADUN Hulu Besut tapi dok masuk. Saya sangat kecewa dan dukacita di atas ucapan semalam, yang kononnya memperkatakan selepas habis sahaja PRM Melaka ini, akan berlaku perkara-perkara seperti sembahyang dua imam dan seumpamanya. Jadi saya nak nasihatkan kepada ADUN walaupun dia dok mari. Kawan-kawan hok lain ni saya tabik. Kamu semua sangat baik. Muafakat Nasional kita jalinkan dengan sebaik mungkin. Tapi ADUN Hulu Besut ni, dia jangan ambik menda yang akan datang. Itu kerja Tuhan. Jangan ambik kerja Tuhan.
Jangan main tuduh gitu, dia peringat. Takut perkara ni berlaku bila-bila.
Dok. Itu kerja Tuhan, akan datang kita dok tahu. Kita serah kepada Allah Ta’ala. Kita kan orang Islam.
Betul doh kita dok tahu tapi kita kena berjaga-jaga.
Kita orang Islam. Kita bermuafakat dengan baik.
Betul doh kita orang islam tapi macam saya kata tadilah kadang-kadang
Yang Berhomat…
Doh, dok jadi la.
Kita balik kepada asal.
Peringat dengan buat dok sama. Dia peringat.
Faham tetapi itu semua andaian. Andaian tu dok baik.
Sebab masalahnya…
Yang Berhomat sila duduk dulu
oo..dok
Takdok masalah kita minum bersama, pakat Bersama, tak dok masalah
Yang Berhormat ork dulu tahan senafas.
Sebab masalahnya, dia peringat..
Tadok masalah.
Tadok masalah, hari ni kita bincang bab Bajet, cakap la bab Bajet.
Mentang-mentang dia jangok hari ni gok.
Yang Berhormat Batu Rakit sila duduk dulu.
Cakap benda lain dok tahu. Ke mabuk ketum?
Pencelahan sekejap boleh dok?
Ha..
Guane pulok?
Ha.. ni panas ea.
Yang Berhormat, teruskan.
Sekarang dah kalimat akhir doh. Duduk
Tadi molek doh. Main moto pulok apa semua, lagu mana..
Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Jertih, Yang Berhormat Batu Rakit, sila duduk. Sila Yang Berhormat Cukai habiskan.
Yang Berhormat Cukai saloh faham ni. Dia dengor peseng lain. Saya rasa Cukai saloh faham.
Saya ucap terima kasih kepada..
Saya rasa Cukai saloh faham.
Kita mitok maaf.
sakni cakap kasor sakni, mitok maaf.
Dok, ni..
Tadok, saya tadok benor, ni floor kerajaan, duduk.
Okey.
Saya ucap terima kasih kepada wakil Cukai. Itu saya kata, kena sabor. Masa orang beloh ni kata, orang beloh ni sabor je. Tu saya kata kena sabor.
Kabo doh tadi kan..
Babil sokmo Batu Rakit. Babil sungguh, duduk lah. Giliran kita plok cakap dang aku start bekeng pulok kang, pulok doh. Duduk la doh orang kata duduk. Allah..
Saya ucapkan terima kasih kepada Wakil Cukai. Saya nak jemput.. (ketawa). Saya nak jemput wakil Kerajaan seterusnya. Okey Alor Limbat, sila.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat, Pegawai-pegawai kerajaan dan semua yang hadir pada petang ini. Alhamdulillah, saya insya-Allah akan fokus kepada jawapan-jawapan soalan yang dikemukakan ataupun perbahasan sebelum daripada ini. Antaranya daripada Kuala Besut, Kemasik, Air Puteh, Permaisuri, Rantau Abang dan Kijal di mana Permaisuri ada bertanya berkait dengan pengukuran impak CBT (community base tourism) di mana di dalam usaha membangunkan sektor pelancongan di sesebuah negeri, komuniti setempat sewajarnya perlu dilibatkan. Tanpa penglibatan komuniti setempat dalam sebuah pembangunan pelancongan, ianya belum boleh dianggap berjaya dan isu penglibatan penduduk dalam pelancongan adalah suatu hal yang serius.
Di antara pengukuran CBT boleh dilihat daripada aspek, yang pertama aspek ekonomi. Memberi peluang pekerjaan dan perniagaan kepada komuniti setempat seperti pemandu pelancong, pengusaha makanan, pengusaha kraf tempatan dan lain-lain. Aspek kebudayaan, kesenian dan warisan, wujudnya kumpulan-kumpulan kebudayaan di lokasi CBT kerana diberi ruang untuk mengadakan aktiviti mereka yang mana sebelum ini hampir pupus dan tiada penggerak dan kumpulan kebudayaan ini akan dapat elaun persembahan pada setiap kali ianya diadakan. Aspek sosial, hak komuniti setempat dalam melibatkan diri diberi ruang yang sewajarnya dan anak-anak muda tidak berpindah ke tempat lain kerana ruang dan peluang yang diberikan pada mereka dalam menjana pendapatan. Pembentukan modal insan merupakan antara faktor penting dalam menggerakkan sesuatu industri. Penghayatan modal insan perlu diberikan penekanan dan penilaian secara berterusan
melalui pelbagai kursus dan latihan bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan khususnya dalam kerjaya di bawah industri pelancongan.
Seterusnya meningkatkan kefahaman pendidikan dalam komuniti, meningkatkan kualiti perkhidmatan dan yang ketiga, aspek alam sekitar. Sempatkan mempunyai perasaan sayangkan sumber alam tempat mereka kerana itu menjadi tarikan pelancong dan sumber rezeki mereka. Menganjurkan aktiviti keceriaan di setiap kawasan komuniti dan pemuliharaan warisan alam secara berterusan memainkan peranan penting dalam memaju pertumbuhan industri pelancongan dan diadakan hala tuju pembangunan CBT dibentuk melalui bengkel modul CBT, nilai moral dan spiritual di kalangan penggiat pelancongan, survivor pembangunan dan keusahawanan komuniti, penyediaan geran dan pinjaman, membangunkan produk hiliran baru yang berteraskan pelancongan.
Saya ringkas je kerana memberi peluang masa untuk rakan-rakan yang lain, dan berkait dengan CBT, pengisytiharan Kampung Mangkuk dan Kampung Baru Penarik sebagai Kampung Pelancongan Negeri Terengganu, yang kampung ini juga terkenal dengan keunikan suasana kampung melayu tradisional yang majoriti penduduknya adalah nelayan pinggir pantai. Suasana kampung yang menghadap Laut China Selatan menambahkan lagi keunikan kampung ini dan menjadi satu daya tarikan kepada pelancong dengan adanya Sungai Setiu di sempadan baratnya, menambahkan lagi kekayaan budaya tempatan di Kampung Mangkuk kerana masyarakatnya dapat faedah kekayaan sumber tumbuhan dan haiwan yang ada di dalam dan di tebing sungai untuk kelangsungan hidup mereka.
Selain daripada kepentingannya dari segi budaya kerana keunikannya sebagai model Perkampungan Nelayan Tradisional Terengganu, ia juga merupakan lokasi penting dari segi alam sekitar kerana di sinilah habitat bagi pelbagai spesis terancam. Untuk pengetahuan Ahli dewan, kawasan sungainya menjadi tapak penetasan tuntung sungai, “Batagur Baska”. Manakala kawasan pantainya pula menjadi tempat pendaratan penyu. Malahan di sini adalah satu-satunya kawasan pilihan penyu lipas untuk bertelur di Pantai Timur, Semenanjung Malaysia. Selain daripada itu, penyu agar yang sememangnya populasi penyu terbesar di Terengganu juga bertelur di sini di bawah seliaan WWF yang mana ini menyebabkan ia pernah disarankan pada tahun 80-an
sebagai santuari penyu lipas yang sememangnya agak jarang ditemui di Malaysia selain daripada penyu belimbing pada ketika ini. Selain itu juga, Kampung Mangkuk telah disenaraipendekkan sebagai “The Best Tourism Village” yang bersaing dengan dua buah kampung iaitu Miso Walai di Sabah dan Kampung Bario, Sarawak di bawah Program Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia. Di kawasan Mangkuk juga mempunyai sebuah jeti di bawah seliaan Majlis Daerah Setiu. Soalan yang ditanya sebelum daripada ni, di mana saya telah merasmikan dalam program yang sama sebuah jeti di bawah seliaan majlis yang saya rasmikan sebagai jeti pelancongan Mangkuk kerana potensi yang besar untuk perkhidmatan bot dan menjadikan kawasan ni sebagai satu lagi laluan rasmi keluar masuk untuk pakej-pakej day trip ke Pulau Redang, Lang Tengah, Pulau Bidong dan Perhentian yang kini juga telah diusahakan oleh orang-orang tempatan. Begitu juga, jeti ini boleh dijadikan jeti utama oleh pakej yang ditawarkan oleh travel agent dan persatuan berdaftar seperti aktiviti tangkapan kerang, kepah, ketam khususnya di sekitar Setiu Wetland. Antara aktiviti lain yang popular di Kawasan ini adalah aktiviti memancing, berkelah dan perkhemahan. Desa Pancaran Delima merupakan satu tarikan produk terbaru di Pantai Kampung Mangkuk, yang mana desa ini menawarkan produk yang berkonsepkan tradisional dari segi persembahan, makanan, pakaian dan aktiviti yang akan dilaksanakan.
Selain itu, APM Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Setiu telah mengambil inisiatif dengan mewujudkan kawasan mandian pantai selamat yang dibina sebuah menara dan diletakkan boya di kawasan mandian selamat kepada pengunjung yang berkunjung ke Desa Pancaran Delima dengan seliaan anggota penyelamat sepanjang masa. Untuk makluman, Terengganu memang pantainya cantik sepanjang 244 kilometer, isu yang besar kepada pelancong di sini dan juga penduduk tempatan adalah pantai kita sangat bahaya untuk mandi, jadi ini adalah satu inisiatif yang sangat baik daripada APM, di mana ditimbulkan juga daripada ADUN Kemasik berkenaan dengan CBT Pusat-Pusat Pelancongan yang menarik di sana, alhamdullilah di Kemaman sendiri ada di DUN Kemasik ada Bukit Harimau Menangis, DUN Air Putih ada di Bukit Mentok, Pasir Gajah, Kampung Ibok dan lain-lain lagi yang memang sangat banyak di mana segala cadangan program CBT di daerah Kemaman akan diperolehi daripada Pejabat Daerah Kemaman dan akan dianalis ataupun dianalisa dari segi kesiapsiagaan penduduk setempat. Ini
dari segi dia punya syarat dia. Kekuatan dan kelestarian produk secara komersial, prasana kemudahsampaian, aksesibiliti, peluang pekerjaan, sokongan dan bantuan pemegang taruh.
Seterusnya, dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kijal, alhamdullilah sebenarnya Kerajaan Negeri tidak membelakangkan Tasik Kenyir, alhamdullilah sekarang ini, Tasik Kenyir mendapat sambutan yang sangat baik sebagaimana yang kita sebut sebelum ini kita ada jambatan ikonik dan kita ada Pulau Poh, insya-Allah hotel akan siap tak lama lagi. Jambatan ikonik akan diserahkan kepada Kerajaan Negeri dan insya-Allah akan dirasmikan dan Pulau Bayas sendiri insya-Allah kita sedang lihat kerana dalam proses mutual termination dan ramai pelabur-pelabur daripada luar datang sebenarnya untuk melabur di Tasik Kenyir yang sedang kita bincang sebenarnya macam mana kita nak selaraskan dengan mereka dan berkenaan dengan cadangan penubuhan Kenyir Geopark telah dipersetujui dan jawatankuasa kerja diketuai oleh Pejabat Daerah Hulu Terengganu dan diurusetiakan bersama oleh Majlis Daerah Hulu Terengganu dan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia. Di mana empat jawatankuasa kecil telah dibentuk iaitu yang pertama, Jawatankuasa Kecil Kesejahteraan Dan Pembangunan Komuniti, Jawatankuasa Kecil Pelindungan Dan Pemuliharaan, Jawatankuasa Kecil Pelancongan, Promosi Dan Pembangunan, Jawatankuasa Kecil Saintifik yang melibatkan Majlis Daerah Hulu Terengganu, PERHILITAN, KETENGAH, UMT, JMG dan tidak lupa kepada UPEN yang mengetuai keseluruhan ini. Dengan penubuhan Geopark Tasik Kenyir nanti khazanah ikonik antarabangsa dapat dimanfaatkan dari segi ekonomi dan akan memberi nilai tambah kepada pelancongan dan aktiviti ekonomi sedia ada yang semestinya berkait dengan komuniti setempat. Ianya akan memberi kesan kepada kehadiran pelancong iaitu peningkatan yang ketara berdasarkan pengalaman-pengalaman Geopark Langkawi dan lain-lain.
Berkenaan dengan portfolio digital sebagaimana yang ditimbulkan isu yang berkait dengan ADUN Kemasik ada menimbulkan berkenaan dengan Pusat Internet Akses Rakyat iaitulah PINTAR. Bagi memastikan liputan internet dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat terutamanya untuk kegunaan pembelajaran Kerajaan Negeri komited untuk menaiktaraf Pusat Internet Akses Rakyat ataupun PINTAR ini kepada internet berkelajuan tinggi. Penaiktarafan internet ini terbahagikan kepada tiga fasa. Fasa pertama melibatkan 15 pusat PINTAR, sebanyak lapan PINTAR telah siap dilengkapi
dengan Unifi dan tujuh lagi akan dipasang dalam masa terdekat dan dijangka siap pada suku pertama pada tahun 2022. Fasa kedua pula bagi kawasan yang mempunyai liputan Unifi namun mempunyai kekangan limitasi infrastruktur iaitu port phone yang memerlukan tambahan port oleh pihak TM. Fasa ketiga, pemasangan talian internet alternatif bagi kawasan yang tiada kemudahan infra Unifi. Rancangan penambah penaiktarafan internet ini dijangka siap pada suku pertama tahun 2023 namun hari ini terdapat 20 pusat internet akses PINTAR yang sedia digunakan bagi pembelajaran online dengan kemudahan talian internet halaju Unifi ataupun T@WAN. Semua peralatan di PINTAR sedang dinaiktaraf dengan kelengkapan projektor, pencetak, perabot baru bagi memberi keselesaan dan kemudahan yang lengkap kepada para pengunjung. insya-Allah akan selesai pada Disember 2021. Pelbagai program berasaskan pembangunan usahawan digital akan dijalankan di PINTAR dengan kerjasama TD1303 supaya dapat memberi peluang kepada seluruh masyarakat menyertai kelas-kelas usahawan yang dijalankan di PINTAR pada tahun 2022. Menyahut permintaan penduduk di Pulau Redang yang inginkan kemudahan internet percuma Kerajaan Negeri melalui Bahagian Pembangunan Teknologi Maklumat telah membuka sebuah PINTAR baru di Pulau Redang yang bertempat di balai raya pulau berkenaan dengan kapasiti komputer 10 buah, dengan kelengkapan projektor dan pencetak. Tujuannya kelengkapan ini untuk memperkasakan program digital bagi penduduk Pulau Redang, dan antara soalan yang berkait dengan digital adalah peluang pekerjaan dalam AI dan 4IR di mana revolusi industri 4.0 yang sedang rancak dibangunkan oleh Kerajaan bakal mencipta peluang pekerjaan berkemahiran tinggi baharu pada masa hadapan berbanding menyebabkan penggaguran yang tinggi. Industri 4.0 walaupun kita nampak penggunaan teknologi dalam industri perkilangan, perkhidmatan dan lain-lain tapi ia juga mencipta kerja-kerja baharu yang berkemahiran tinggi. Peralihan kepada industri 4.0 akan meningkatkan permintaan terhadap kumpulan sumber tenaga berkemahiran tinggi berteraskan teknologi yang bakal mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.
Selain meningkatkan produktiviti, kecekapan kos, pengukuhan keupayaan inovasi dan pembangunan teknologi tempatan, menyediakan kerangka ke arah melahirkan tenaga mahir bagi pekerjaan-pekerjaan yang diwujudkan. Bagi Negeri Terengganu, di bawah Tajdid Corporation Sdn. Bhd. dan juga BPTM melalui Pelan Induk Kerajaan Pintar 2021-2030, terdapat enam projek 4IR yang kita rancang. Yang pertama Taman Pelancongan AI, yang kedua Taman Pertanian AI, yang ketiga Taman Kesihatan AI, yang keempat Taman
Autonomous, yang kelima Taman Pendidikan AI dan yang keenam Taman Wisma Kerajaan AI, yang dijangka insya-Allah, boleh memberikan peluang pekerjaan yang ramai. Di antara Pelan Pekerjaan dalam bidang AI dan 4IR adalah yang pertama, drone pilot, drone pilot di bawah Taman Pelancongan AI dan Taman Pertanian AI akan memberi perkhidmatan kepada kepada sektor pelancongan dan pertanian contoh seperti pembajaan menggunakan drone, yang kedua AI engineer, yang ketiga IOT engineer, yang keempat block chain engineer seterusnya autonomous maker engineer, big data engineer for IR business developer, data saintis dan juga banyak yang lain-lain lagi insya-Allah. Pada tahun 2021, Kerajaan Negeri telah menyiapkan dua projek untuk menjadikan Negeri Terengganu sebagai Bandar Pintar (Smart City), dengan projek pertama pembangunan projek smart traffic light, lampu insyarat di Jalan Sultan Ismail, di hadapan ini dekat dengan Wisma dan keduanya smart masjid yang telah siap dipasang dan digunakan di Masjid Pengadang Baru menjadikan Terengganu negeri yang pertama di Malaysia ada penggunaan smart masjid ini. Persediaan ke arah Bandar Pintar ini bukan sahaja pelaksanaan dua projek ini namun pada tahun 2022 kita akan melaksanakan beberapa pembangunan projek bagi membawa Terengganu ke arah Kerajaan Digital antaranya Pembangunan Sistem Bersepadu Bantuan Kerajaan Negeri, Sistem Keselamatan AI di Wisma Darul Iman Terengganu Government Cloud (T-Cloud) pengaplikasi internet optic dalam sektor pertanian dan pembangunan Taman Pelancongan AI.
Kerajaan Negeri amat komited dalam mempersiapkan Negeri Terengganu ke arah Kerajaan pintar dengan memastikan liputan dan kualiti perkhidmatan serta jalur lebar di Negeri Terengganu dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa agar seiring dengan perkembangan ekonomi dan pembangunan yang pesat supaya tiada rakyat di negeri ini yang ketinggalan dalam arus teknologi digital. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan, jadi itulah beberapa jawapan yang saya kemukakan dengan ini saya menyokong Ucapan Belanjawan 2022 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Sekian,
Terima kasih Yang Berhormat Alur Limbat yang telah menguruskan masa dengan baik. Seterusnya, saya menjemput Wakil Ladang.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dan semua Yang Berhormat-Yang Berhormat dan pegawai yang hadir. Alhamdullilah saya juga ingin mengambil bahagian dalam penggulungan ini dan saya berterima kasih kepada semua yang mengambil bahagian yang menyentuh soal pelaburan industri di Terengganu. Bila kita bercakap tentang industri pelaburan yang datang melabur itu bukan hanya di bidang industry manufacturing tetapi juga di bidang-bidang yang lain termasuk agriculture ataupun pertanian, pelancongan dan sebagainya. Dan alhamdullilah dalam keadaan pandemik yang masih ada ini atau yang disebut sebagai endemik sekarang ini, nampaknya pelaburan ke Negeri Terengganu masih boleh tahanlah dan kita telah bekerjasama erat dengan ECERDC ataupun disebut Majlis Pembangunan Wilayah Pantai Timur, kita bekerjasama rapat, kita kongsi data bersama dan kita juga bekerjasama dengan erat dengan MIDA, dengan SEDC dan semua agensi yang terlibat. Hasil daripada gabungan kerjasama ini kita masih melihat dan kita sasarkan sebenarnya untuk Negeri Terengganu untuk negeri kita. Untuk tahun 2021 sahaja kita sasarkan jumlah nilai pelaburan yang patut datang ke Terengganu, sasaran kita ialah RM3.9 bilion dan Januari sehingga Oktober 2021 kita telah mencapai 69% daripada target kita iaitu RM2.7 bilion dan kita telah menyasarkan juga peluang pekerjaan di bidang ini ialah sebanyak 3,120 orang untuk setahun. Kita cuma capai 3,040 orang. Yang tu bagus doh tu dan juga memberikan peluang-peluang pekerjaan yang lain. Kita sasarkan 370 peluang dan kita dapat 214 peluang pekerjaan. Dan pelaburan swasta yang direalisasi iaitu sehingga inilah RM1.15 bilion.
Untuk memudahkan kefahaman kita tentang jenis pelaburan ini atau tahap-tahap pelaburan, dia ada tiga jenis yang kita buatlah untuk mudah faham. Satunya yang direalisasi, satu lagi yang komited dan dan satu lagi berpotensi tinggi. Dia yang direalisasi ini yang sudah betul-betul ada dah ada dekat kita dapat lesen ML. ML ini makna Manufacturing License, lesen pengilangan yang dikeluarkan oleh MIDA. MIDA ini kalau kita mari banyak-banyak
manapun tak dapat lesen lagi dia kira tak ada lagi pelaburan. Dia kira gitu. Jadi yang komited ini memang dia komited tapi tak ada lesen lagi betul-betul komited nak dan ada juga yang berpotensi tinggi. Kita check memang berpotensi tinggi untuk hadir ke Terengganu untuk melabur. Yang terkini, hari Ahad lepas kita tandatangan satu Surat Setuju Terima, kita offer dia dan dia setuju terima iaitu projek berkenaan dengan urusan sisa berjadual yang akan dibina di Kerteh dan kita buat cepat tak sampai sebulan kita uruskan dan kita dah dapat persetujuan mereka untuk datang ke Terengganu dengan pelaburan RM220 juta dan menjanjikan peluang pekerjaan sebanyak 220 orang. Dan insya-Allah sebelum akhir tahun ini, kita cuba untuk menandatangani satu perjanjian MoU dengan sebuah syarikat yang insya-Allah akan melabur dengan membina kilang kaca Float Glass dipanggil di Teluk Kalong bernilai RM2.5 bilion dan insya-Allah akan ditandatangani perjanjian itu sebelum akhir tahun ini dan ada juga pelabur-pelabur yang datang untuk melabur dalam bidang green technology ini untuk Kemasik ada sebut sakning ada pelabur yang nak datang hendak buat yang nak buat dalam bidang hidrogen. Hidrogen kan H₂O, dia buang oksigen dia ambil hidrogen untuk keluarkan energy. Itu insya-Allah akan dicadangkan dibuat di Tasik Kenyir menggunakan air di Tasik Kenyir itu. Itupun mereka datang patutnya dia hendak datang minggu ini tetapi kita bersidang mungkin minggu depan dia datang untuk bentangkan kepada kita. Dan kita juga telah menambah kawasan industri baharu, membuka kawasan industri baharu, hendak kata baharu sangat tidak juga di satu kawasan di Pulau kerengga itu yang kita telah reservedkan untuk dipanggil dulu Petrol Village. Dia ada situ doh sejak tahun 90, masa itu saya di Pengarah UPEN lagi sehingga sekarang takdok takers. Takdok orang mari macam-macam orang hendak melabur sehingga dua tiga hari lepas lagi ada untuk buat refinery centre di sana tapi tak jadi. Tak tahu lah bukan mudah sebenarnya jadi tanah itu kita telah reboot, yang di reserved itu telah kita batalkan dan sebahagiannya kita serahkan kepada SEDC lebih kurang 509 ekar untuk jadikan kawasan industri baharu di Pulau Kerengga. Kita juga telah habis sebenarnya menjual tanah ataupun memajak tanah di Kerteh Biopolimer Park, habis dah tanah yang diuruskan oleh ECERDC dan mereka minta lagi tanah untuk tambah untuk diuruskan untuk pelabur-pelabur luar dan ada 1000 ekar lagi juga di Kerteh yang telah kita serahkan kepada TI untuk uruskan supaya dapat menama tanah-tanah yang sedia ada itu memudahkan untuk pelabur datang.
Ada dua kekangan besarlah yang kita hadapi dalam menangani isu orang yang hendak datang ini. Satu ialah tanah yang belum siap. Macam yang nak mari Kemaman itu, kena tambun tanah lebih kurang 2 meter tinggi tapi dia masih nak marilah. Ada satu lagi syarikat daripada Korea. Daripada Korea Selatan akhirnya terpaksa menarik diri sebab harga gas kita ini berbanding harga gas di Sabah dan Sarawak, mereka boleh beri diskaun. Sini Kerajaan Pusat tidak bersedia untuk memberi diskaun. Dia kalah itu mungkin dia pergi tempat lain tidak mari kat kita. Itu yang terbarulah daripada Korea Selatan.
Ada tanah-tanah yang kita dapati beri lama dah beri tanah tapi dia tak buat. Jadi kita janji kita hendak lucuthak mereka dan kita telah buat sebenarnya. Terbaru kita telah lucuthak lebih kurang 500 ekar ke gitu yang dia tak buat kerja, kita beri dia langgar syarat, lepas itu kita ambil kita rampas gitu je sebenarnya bukan kita ambil balik, ambil balik kena bayar. Kita ambil lebih kurang 323 hektar sebab dia langgar syarat. Lama dah beri notis dan sebagainya dengan melalui proses-proses berkenaan akhirnya kita ambil balik tanah itu. Ambil balik maknanya kita lucuthak mereka dan tanah ini insya-Allah akan diserahkan kepada syarikat lain pulak. Itulah senario keadaan industri di Terengganu dan saya juga dapat khabar bahawa Syarikat Besi Waja di Kemaman akan expand lagi akan menambah kapasiti mereka untuk melabur lebih kurang RM3 bilion lagi dalam masa terdekat ini dan menjadikan peluang pekerjaan yang agak banyak. Selain daripada itu, ada syarikat yang sedang wujud, Bitumen yang dulu ada ura-ura dia nak wat balik ke Thailand, dok jadi balik doh rasanya dan dia akan tambah lagi lebih kurang RM1 bilion lagi pelaburan di Kemaman. Dekat-dekat lain ini ada juga kawasan-kawasan industri. Kita ada 25 atau 26 kawasan tapi orang dok berapa hendak gi. Dia nak mari dekat-dekat pelabuhan juga jadi kita besar lagi pelabuhan kita insya-Allah. Kita terpaksa belanja banyak dan untuk pembesaran itu sahaja memakan lebih kurang RM21.5 bilion tetapi sedang diuruskan dengan baik oleh EPIC sebenarnya. Saya rasa saya hendak hormati permohonan daripada Speaker tadi sebab tadi minta supaya jangan panjang tadi semua panjang belaka jadi saya.
Terima kasih Yang Berhormat.
Sian juga ke Yang Berhormat. Jadi saya hendak tunai permohonan daripada Yang Berhormat Speaker, saya hendak duduk doh lah.
Saya jaga semua Yang Berhormat.
Okey. Terima kasih banyak. Assalamua’laikum warahmatullahi wabarakatuh.
Wa’alaikumussalam warahmatullah. Terima kasih Yang Berhormat Wakil Ladang yang menjimatkan masa. Seterusnya saya menjemput Wakil Jabi untuk membuat penggulungan. Silakan.
YANG BERHORMAT Dr. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi):
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
.
.
Maksudnya dan siapakah yang menjadikan langit dan bumi, dan siapakah yang telah menurunkan hujan daripada langit? Lalu hujan yang turun ini menumbuhkan tanam-tanaman yang membentuk kebun-kebun yang indah. Kamu tidak akan mampu menumbuhkan tanam-tanaman ini. Maka adakah lagi Tuhan yang lain selain daripada Allah, tetapi mereka adalah kaum yang berpaling daripada kebenaran.
Dato’ Yang di-Pertua, Jabi juga mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar atas pembentangan Belanjawan 2022 dan penyaluran peruntukan berjumlah RM7.3 juta kepada Sektor Pertanian. Saya mulakan ucapan ini dengan sekalung penghargaan kepada barisan hadapan frontliners daripada petani, nelayan dan penternak yang terus tekun bekerja dalam situasi pandemik bagi menghasilkan makanan yang kita makan pada setiap hari.
Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih atas keprihatinan Bandar yang menyentuh tentang program-program dalam Pelan Strategik Pertanian Negeri Terengganu 2019-2023. Satu perancangan yang disasarkan menjadi solusi untuk meringankan beban rakyat dengan objektif besar bagi meningkatkan food security Negeri Terengganu dan usaha kita ini mula menampakkan hasil dengan peningkatan self-sufficient level beberapa sektor dalam bidang pertanian, di antaranya SSL padi yang meningkat daripada 43% pada tahun 2018 kepada 48% 2019, meningkat lagi kepada 53% tahun 2020 dan SSL untuk tahun 2021 dianggarkan mampu mencapai pada tahap 55.8%. Pembangunan Tanah Terbiar dengan peruntukan RM1 juta antara yang turut disentuh oleh Bandar. Negeri kita memiliki seluas lebih kurang 8,000 hektar tanah terbiar. Suatu jumlah yang sangat besar dan sangat merugikan negeri. Dengan peruntukan RM1 juta ini, pilot projek sedang dilaksanakan di RTB Pengkalan Aman di Permaisuri dan RTB Kampung Rahmat di Langkap sebagai Projek Perintis Tanah Terbiar. Kerjasama antara Kerajaan Negeri, TADC dan pemilik-pemilik tanah yang akan melibatkan seramai 100 orang peserta dengan tanaman Musang King dan juga Pauh Wongi Manih Letting. Yang ni jenama mangga yang kita jenamakan daripada Harum Manis khas untuk Negeri Terengganu sebab nama Harum Manis ni ada orang pakai doh. Kita tokleh guna. Kita guna nama lain dan Kerajaan menyasarkan pendapatan minima RM3,000.00 sebulan kepada setiap peserta bagi mengeluarkan mereka daripada garis kemiskinan.
Dato’ Yang di-Pertua, Hulu Besut mengingatkan supaya berlaku adil dalam agihan kepada rakyat tanpa mengira apa pegangan politik. Saya bawa contoh keadilan. Tahun 2021 bila Kerajaan Negeri agihkan 600 Lesen Nelayan Sampan, salah satu syarat yang perlu dipenuhi ialah warna bot mesti dicat hijau. Kod warna bot untuk nelayan Terengganu sejak zaman berzaman. Bukan saya yang arahkan supaya cat hijau. Dengan arahan ini, ramai orang yang marahkan saya. Walaupun bukan EXCO Pertanian yang suruh cat hijau. Apa maknanya bila kena marah, maknanya ramai penerima lesen tersebut bukan orang hijau. Sebab tu mereka marah. Tapi saya tak sekat pemberian lesen untuk mereka kerana hak mereka sebagai nelayan. Ini satu contoh keadilan.
Dato’ Yang di-Pertua, tahun 2020 untuk Yang Berhormat Kemasik, kita telah bangunkan kandang lembu sado berkelompok di Kampung Chabang di Kerteh dan empat orang peserta telah diberikan induk lembu sado bernilai kira-kira
RM10,000.00 seekor. Kami menerima info dua ekor induk telah melahirkan zuriat, prince of sado, nanti bawok dalam Himpunan Lembu Sado Pantai Timur nanti. Penambahbaikan Pusat Veterinar Kampung Chabang yang dicadangkan oleh Kemasik, sukacita dimaklumkan bahawa veterinar tidak memiliki Pusat Veterinar di Chabang. Yang ada di Chabang ialah Lembah Kaprima. Pusat Veterinar bagi daerah Kemaman ialah Pusat Veterinar Kerteh, Pusat Veterinar Cheneh dan juga Pusat Veterinar Air Putih. Jadi penternak daripada Kampung Chabang bolehlah memanfaatkan Pusat Veterinar Kerteh dengan jarak kira-kira 10 kilometer sahaja dan semua Pusat Veterinar ini sedang melalui proses tambah baik dari semasa ke semasa. Lembah Kaprima Kampung Chabang dalam perancangan veterinar untuk penambahbaikan. Sebahagian kita telah gunakan sebagai tapak untuk projek lembu sado berkelompok. Sebahagian lagi seluas enam ekar telah ditanam rumput untuk keperluan penternak setempat dan kandang yang ada di Lembah Kaprima di Kampung Chabang digunakan untuk menempatkan kambing-kambing yang berkeliaran.
Berkaitan dengan rumah sembelihan Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, daerah Kemaman telah memiliki rumah sembelihan yang telah dibangunkan oleh Kerajaan Persekutuan di Kampung Air di DUN Cukai bernilai kira-kira RM1 juta yang dibina pada tahun 1993. Memang Kerajaan ada menerima hasrat dari penternak di Kampung Chabang agar dibangunkan rumah sembelihan di situ terutamanya untuk kegunaan pada musim Raya Haji. Tetapi setakat ini Kerajaan menilai adalah tidak begitu ekonomi dengan kos pembangunan untuk dibina sebuah rumah sembelihan dinisbahkan dengan jumlah ternakan yang ada di Padang Ragut Kampung Chabang dan penggunaannya adalah secara bermusim sahaja. Rumah sembelihan bagi daerah Kemaman yang ada di Chukai mempunyai kapasiti sembelihan empat ekor sehari pada hari-hari biasa dan boleh ditingkatkan pada 15 ekor sehari pada musim perayaan. Setakat ini purata sembelihan pada hari biasa hanyalah dua ekor sahaja sehari. Masih under utilize dengan izin.
Kerajaan Negeri pada tahun 2021 ini, kita memperuntukkan RM500,000.00 untuk membina rumah sembelihan bagi daerah Marang di Wakaf Tapai. Marang merupakan satu-satunya daerah yang masih lagi belum memiliki rumah sembelihan. Daerah lain semua dah ada rumah sembelihan dan Majlis Pecah Tanah Rumah Sembelihan di Wakaf Tapai Marang insya-Allah akan diadakan pada 9 Disember nanti. Tukun juga kita beri untuk Kemasik pada
tahun ini. Sembilan unit tukun bernilai RM216,000.00 telah dilabuhkan di Perairan Kemasik pada 1 Oktober 2021. Team kami terpaksa meredah laut dengan gelombang angin tenggara untuk nak selesaikan proses labuh tukun. YB kena gi test tengoklah bawa pancing ikan apa yang dah ada di tukun itu. Yang Berhormat Permaisuri ada menyentuh tentang Setiu sebagai Gedung Pengeluaran Makanan Negeri Terengganu. Senarai projek-projek di DUN Permaisuri yang diminta oleh Yang Berhormat Permaisuri telah saya jelaskan dalam Sesi Soal Jawab Lisan pada pagi tadi.
Dato’ Yang di-Pertua, saya setuju dengan ungkapan Bukit Besi bahawa Terengganu tak akan maju dengan slogan. Memang kita tidak akan maju dengan slogan kerana itulah daripada 74 program yang disenaraikan dalam Kalendar Tahun Pertanian Terengganu 2021, sebanyak 59 program atau 79.8% daripadanya dengan peruntukan RM2,951,380.00 telah dijayakan pelaksanaannya dan kita yakin sebelum daripada tirai Tahun Pertanian Terengganu 2021 ditutup, Kerajaan negeri meyakini akan mampu melaksanakan lebih 85% daripada program yang tersenarai dalam kalendar dengan manfaat langsung kepada rakyat. Kita tak akan hidup dengan slogan. Kerana itulah daripada 45 projek pembangunan dalam kalendar dalam Tahun Pertanian Terengganu 2021, Kerajaan telah berjaya melaksanakan kesemua 45 projek yang melibatkan peruntukan RM12,436,335.00.
Dato’ Yang di-Pertua, Jertih menyentuh apakah impak secara langsung program-program pertanian yang diadakan dengan senarai yang panjang kepada rakyat. Yang Berhormat, kita perlu berada bersama rakyat untuk merasai impak dan denyut nadi rakyat. Apatah lagi penilaian kesan daripada projek serta program-program pertanian adalah subjektif dan relatif. Pelaksanaan program-program yang terkandung dalam Pelan Strategik Pertanian Terengganu 2019-2023 sentiasa melalui proses penilaian semula sebagai analisa berkala terhadap kejayaan dan keberkesanan. Kita tidak syok sendiri. Saya dan team sentiasa berada di lapangan, bersama petani, bersama penternak dan nelayan mendengar sendiri suka duka dan jerit perih rakyat kita.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya lihat sendiri bagaimana kegembiraan para nelayan bila musim sotong pada tahun ini berpanjangan sehingga Oktober, apabila tukun-tukun yang kita labuhkan di kandang-kandang sotong berjaya menghalang aktiviti-aktiviti pukat tunda yang selama
ini selalu merosakkan habitat sotong. Ketika berdepan dengan PKP, hasil ternakan akuakultur tidak dapat dipasarkan, Kerajaan memperuntukkan RM200,000.00 untuk menyalurkan bantuan makanan ikan kepada 700 penternak akuakultur air tawar dan air payau yang berdaftar di seluruh negeri. Tak sayugia kita katakan kalau bantuan ini tidak memberi apa-apa impak.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, kawasan sawah padi di Kampung Pengkalan Nangka, Kampung Bharu dan Tok Sabah di besut berjumlah ribuan ekar yang terbiar disebabkan kerosakan empangan sejak tahun 2012 alhamdulillah telah berjaya dihijaukan kembali. Projek gabungan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang telah memberi impak besar kepada petani dan penghasilan makanan Negeri.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, pesawah di Skim Perairan Che Mohid di Setiu yang sekian lama berdepan dengan masalah perairan akhirnya diselesaikan dilema mereka dengan pembinaan empangan low weir dengan peruntukan Kerajaan Negeri, 200 hektar tanah sawah kembali subur menghijau. Peserta padang ragut di Kampung Oh, Jabi memang sinonim dengan jalan lecoh dan berlumpur. Kita bina jalan baru dan menaik taraf padang ragut sebagai hub lembu sado. Boleh jemput mari melawat dan kita lihat bagaimana padang ragut ini telah berubah wajah.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, nelayan di jeti Kampung Batin di Seberang Takir dan Kampung Geliga di Kemaman sekian lama menggunakan kemudahan jeti kayu yang uzur, membahayakan dan berisiko. Kita tukar bina jeti baru, jeti konkrit yang kukuh dan cantik. Tentu sekali ada impak kepada masyarakat nelayan kita. Nelayan pantai yang tak cukup modal untuk beli peralatan, Kerajaan Negeri membelanjakan lebih RM300,000.00 bagi bantuan peralatan untuk nelayan Zon A, antaranya kita bagi fish finder, peralatan memancing, kawat bubu, pukat tangsi dan lain-lain. Seramai 415 orang nelayan di seluruh negeri yang telah mendapat manfaat. Cuba kita selami perasaan apabila bantuan one-off RM500.00 diagihkan kepada petani, penternak dan nelayan yang disahkan positif covid sejak PKP pada Mac 2020 sehingga Jun 2021 ketika mereka sedang berada di dalam keadaan yang kesempitan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, dalam musim PKP kita berjaya agihkan sebanyak 600 lesen nelayan sampan yang menoktahkan penantian mereka sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu. Jemput Yang Berhormat turun tepi pantai, jumpa mata dengan mereka ini, dengar sendiri luahan isi hati para nelayan yang telah turun ke laut sejak daripada zaman remaja sampai tua akhirnya dapat juga rasa pegang buku lesen nelayan sampan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, ketika harga lada jatuh, petani kehabisan modal untuk kembali bertanam, Kerajaan Negeri mengeluarkan peruntukan untuk bagi bantuan input benih, baja, racun, foliar, plastik UV, pam air dan beberapa peralatan lain agar petani kita boleh bangkit bertanam kembali. Ini program dengan impak langsung kepada rakyat. Ketika penanam tembikai tak dapat pasarkan hasil dari lebih 200 ekar kebun..
Yang Berhormat, panjang lagi ke nak gulung? Saya bukan apa, saya tanya saja. Kalau panjang lagi saya nak tangguh dulu rehat, Yang Berhormat boleh sambung semula lepas kita masuk semula di dalam Dewan.
YANG BERHORMAT Dr. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi): Dalam masa 5 minit, boleh?
Okey.
YANG BERHORMAT Dr. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi): Ketika penanam tembikai tak dapat pasarkan hasil dari lebih 200 ekar kebun disebabkan PKP pada bulan Mac 2020, Kerajaan Negeri membelanjakan lebih RM200,000.00 untuk beli hasil tembikai dan membuka lebih 40 outlet jualan untuk bantu pemasaran. Penanam tembikai kita yang hampir menangis kembali tersenyum. Pelaksanaan pelbagai program dan bantuan daripada Januari sehingga November 2021 telah memberi manfaat kepada seramai 3,447 orang petani, 622 orang penternak dan 1,880 orang nelayan dengan nilai RM3,051,380.00. Panjang kalau kita nak huraikan topik ini. Dari segi way forward untuk Tahun Pertanian Terengganu 2021 apabila tamat Tahun Pertanian Terengganu 2021 pada Januari 2022 nanti, sekretariat Tahun Pertanian Terengganu bertanggungjawab untuk mengukur pencapaian dan keberkesanan semua program ini kepada golongan sasar melalui soal selidik di lapangan. Yang kedua, sekretariat Tahun Pertanian Terengganu
bertanggungjawab untuk memantau pelaksanaan serta menyediakan perancangan untuk penambahbaikan Pelan Strategik Pertanian Terengganu 2019-2023. Yang ketiga sekretariat Tahun Pertanian Terengganu ditugaskan untuk menyediakan Pelan Perancangan ke arah penubuhan Perbadanan Pertanian Negeri Terengganu. Negeri-negeri lain yang menjadikan pertanian sebagai teras ekonomi rakyat mempunyai perancangan bersistematik melalui perbadanan pertanian negeri. Terengganu juga mempunyai perancangan untuk menubuhkan perbadanan pertanian negeri melalui perancangan yang tuntas berbekalkan data yang tepat.
Berkenaan dengan projek Penempatan Semula Nelayan di tiga tapak, Besut, Setiu dan Kemaman. Beting Lintang, Penarik dan juga Pulau Sekepeng. Projek pembinaan 50 unit rumah di setiap tapak dengan kos RM29 juta, RM13 juta dari peruntukan LKIM, baki RM16 juta adalah dari peruntukan Kerajaan Negeri. Dalam jadual perancangan kerja, tender Penempatan Semula Nelayan Kemaman telah ditutup pada 14 November dan tender untuk Perumahan Semula Nelayan Besut akan ditutup pada 25 November sementara Penempatan Semula Nelayan Setiu masih dalam proses tender. Seterusnya fasa laporan tender disusuli dengan mesyuarat lembaga tender, SST kepada kontraktor dan kita jadualkan kontraktor akan mula masuk tapak untuk PSN Kemaman pada 5 Disember 2021 dan menyusul dengan Besut dan juga Setiu. Alhamdulillah, perancangan Penempatan Semula Nelayan yang telah bermula sejak daripada Mei 2017 lagi, akhirnya bakal berjaya dilaksanakan pada tahun 2021. Terima kasih kepada pasukan kami dalam Jawatankuasa Khas Perumahan Nelayan yang terdiri dari Kerajaan Negeri melalui UPEN dan SUK Perumahan, LKIM, JKR, PMINT, Pejabat Daerah, Majlis Perbandaran, Majlis Daerah serta semua team yang terlibat dalam perancangan besar ini.
Kuala Besut menyentuh berkaitan status padang ragut Tok Has di Kuala Besut. Saya dah turun untuk bincang di lapangan dengan gentlemen sebagaimana janji saya kepada Yang Berhormat Kuala Besut dalam sidang DUN sebelum daripada ini.
Mohon laluan sekali Dato’ Yang di-Pertua, panjang nampaknya ni, ke guane?
Nampok dia nok landing doh.
hah?
Nok landing doh?
nok landing doh.
Kalau panjang lagi, saya nok tanya sikit sebab saya ada musakoh sikit.
YANG BERHORMAT Dr. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi): ya
hok baru pulok?
Takpelah Dato’ Yang di-Pertua, saya minta izin.
tak pe lah tu. Penggulungan ini berdasarkan di atas apa yang disebutkan sewaktu Yang Berhormat berucap sewaktu perbahasan.
saya nak minta penjelasan je, bukan nak minta…, kalau tak boleh tak apalah.
Jangan cepat ngajuk yang Berhormat.
Dok ngajuk tapi saya minta izin dengan Dato’ Yang di-Pertua.
Sila.. sila..
Saya meneliti apa yang Yang Berhormat membuat penggulungan tadi dan saya nampak banyak program-program yang dilaksanakan sepanjang tahun terutama Tahun Pertanian Negeri Terengganu 2021 ini. Tahniahlah saya ucapkan cuma Yang Berhormat, pertanyaan saya apakah fokus pertanian Terengganu itu sendiri. Kalau kita kabo general gitu, itu biasalah selama ni pun.. apa fokus. Kalau katalah pertanian di Perlis dia bangga dengan harum manis dia, kalau pertanian di Pahang, dia bangga dengan Musang King dia,
kalau di Kedah Jelapang Padi dia, Terengganu ni nape yang anggarannya boleh ketengah sikit, pauh manis ke pauh masam ked ok kira ah nape yang kita boleh ketengah. Terima kasih.
Rasa panjang lebor doh cakap, dok takkap lagi? Sila Yang Berhormat, ringkaskan sahaja.
YANG BERHORMAT Dr. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi): Terima kasih Yang Berhormat Telemong. Esok saya akan bagi satu naskhah Pelan Strategik Pertanian Terengganu 2019-2023 kepada Yang Berhormat, semua fokus ada di dalam tu.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, berkait dengan Padang Ragut Tok Has di Kuala Besut saya dah turun bertemu dengan masyarakat untuk bincang isu ni sebagaimana janji saya kepada Yang Berhormat Kuala Besut dalam sidang DUN sebelum ni turun untuk bincang secara elok tapi orang kampung mari buat demo angkat sepanduk, angkat banner, menyebabkan perbincangan secara baik tak dapat nak diteruskan. Saya ni jenis orang baik, bila orang mari kasar-kasar ni, kita balik dululah. Gitulah kiranya, okay. Dan kita buat mesyuarat berasingan, keputusan kita Padang Ragut Tok Has berkeluasan 73.15 hektar sedang dalam proses nyahwarta oleh Pejabat Tanah Besut untuk dipecahkan kepada lapan lot bagi tujuan RTB perumahan dan pewartaan balik sebagai padang ragut. Daripada lapan lot, lima lot akan diwartakan semula sebagai padang ragut iaitu lot tiga, saya tak bacalah nombor lot ni, manakala baki tiga lot akan dibatalkan warta untuk dijadikan tapak rumah. Jadi lapan, lima kekal sebagai padang ragut, tiga jadi tapak rumah. Inilah solusi terbaik win-win situation.
Yang Berhormat, ringkaskan.
YANG BERHORMAT Dr. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi): Dalam masa yang sama terdapat dua lagi padang ragut berhampiran iaitu Padang Ragut Gong Melur seluas 4.93 hektar dan Padang Ragut Gong Penaga seluas 4.7 hektar sebagai alternatif kepada penternak. Yang lain-lain yang disentuh oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sebahagiannya saya telah jawab dalam jawapan berkaitan dengan Soalan-soalan Lisan dan saya ucapkan terima kasih kepada semua Yang Berhormat di atas perhatian kepada sektor pertanian yang paling
memberi perhatian Yang Berhormat Jertih yang kita akan berikan anugerah sebagai Yang Berhormat yang paling banyak bertanya soalan pertanian.
Okay..
YANG BERHORMAT Dr. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi): Akhir sekali, perjalanan kita masih jauh. Ranjau dan halangan kita masih banyak. Insya-Allah, pertanian Terengganu akan terus kekalkan fokus dan kita berserah kepada Allah segala-galanya. Jabi mohon menyokong Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih.
Terima kasih, Wakil Jabi. Kita sekarang dah hampir masuk waktu Asar. Sedang molek baru kita nak tangguhkan persidangan pada yang nak sembahyang awal waktulah. Yang Berhormat sekalian saya tangguhkan sementara dewan ini dan kita sambung semula pada pukul 4.30 petang.
DEWAN DITANGGUHKAN PADA PUKUL 4.05 PETANG
PUKUL 4.40 PETANG
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Mesyuarat disambung semula. Kita teruskan sesi penggulungan daripada pihak kerajaan ke atas Enakmen Perbekalan 2022. Saya jemput Wakil Bukit Payung untuk menyampaikan ucapan penggulungan, sila.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan, pegawai-pegawai Kerajaan yang saya hormati lagi saya kasihi sekalian.
)651( ) 655(
Maksudnya: Dan bahawa benar-benarlah kami akan menguji mereka dengan sesuatu daripada perasaan takut lapar dan kekurangan daripada harta benda jiwa dan buah-buahan dan khabar gembiralah kepada orang-orang yang tahan sabar. Orang-orang yang apabila ditimpa musibah kepada mereka berkata sesungguhnya kita adalah milik Allah dan sesungguhnya kita akan kembali kepadanya. Mereka inilah akan dikurniakan keampunan dan kebaikan daripada tuhan mereka dan kerahmatan dan mereka inilah orang yang sentiasa mendapat hidayah petunjuk daripada Allah.
Surah al-Baqarah Ayat 155-157
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya jugak mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat, Dato’ Seri Menteri Besar yang telah menunjukkan keperihatinannya dan Kerajaan ini jugak mengambil perhatian tentang komitmennya bagi menjulang dan memartabatkan segala nilai-nilai Islam di dalam kehidupan negeri ini insya-Allah. Saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih dan sentiasa memohon agar Allah memberikan ganjaran pahala kepada golongan frontliners yang saya golongkan jugak sebagai frontlines imam, bilal, guru agama, ustaz-ustaz, ustazah, tok guru-tok guru yang sentiasa berdoa siang malam untuk menyelamatkan kita daripada pandemik COVIC-19. Kita telah melalui situasi pandemik COVIC-19 yang sangat mencabar yang akhirnya kita terpaksa mengharungi berbagai-bagai cabaran dalam seluruh aspek kehidupan kita. Aspek yang memberi kesan kepada mental dan minda, memberi kesan pada ekonomi, ekonomi rakyat dan negeri ini, memberi kesan kepada kehidupan kemasyarakatan dan sosial, memberi kesan kepada aktiviti-aktiviti keagamaan dan kerohanian.
Saya hanya mahu fokus tentang tiga perkara yang disebut oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat kita, Wakil Rakyat Batu Buruk menceritakan dan memberikan saranan yang penting dan kita akan ambil perhatian tentang peranan masjid untuk mendampingi anak-anak muda. Bandar, penghayatan Islam dalam masyarakat, program-program mega yang berkaitan dengan agama dan kerja dakwah mesti disemarakkan. Wanita menunjukkan kepentingan ilmu dalam kehidupan wanita, Ajil memberikan saranan agar mengambil peluang tentang tok guru-tok guru, guru-guru agama kita yang sewajarnya berperanan besar dalam masyarakat. Sura meletakkan keyakinan agar diperkasakan rakyat dan remaja dengan ibadat solat dan Pengkalan Berangan yang meletakkan asas bahawa Kerajaan ini mesti membangunkan negeri mengikut Islam agar lahirnya insan Rabbani. Ringkasnya saya mahu respon terhadap apa yang disebut oleh Yang Berhormat ini dalam tiga perkara sahaja, yang pertama insya-Allah dengan suasana yang kita sedang lalui dan insya-Allah Allah ta’ala akan mempermudahkan urusan kita di masa depan, program-program kerohanian, program-program keagamaan, program-program membangunkan insan ini bagi menjayakan Teras Pertama yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar iaitu memperkuat daya tahan isi rumah. Ia bersesuaian dengan ayat yang saya sebut berilah khabar gembira kepada orang yang sabar tahan. Orang yang sabar tahan kuat daya ini adalah orang-orang yang perlu kita libatkan mereka dan kita perlu bangunkan mereka dengan agama dan program-program kerohanian, insya-Allah. Saya melihat seluruh portfolio mengambil peranan penting bersama dalam membangunkan insan ini. Portfolio pembangunan keluarga sebagai contoh juga mengambil perhatian tentang pembangunan keluarga kerana keluarga daripada insan.
Pembangunan belia mengambil perhatian tentang pembangunan insan kerana belia adalah insan. Seluruh kita sedang kolaborasi bergerak untuk memperkukuhkan insan dan membangunkannya dengan agama insya-Allah.
Yang kedua kita dalam usaha pelaksanaan pembangunan insan berasaskan modul itqan insani. Itqan kita ambil daripada satu kalimah yang disebut oleh Rasulullah
.
) ( Sesungguhnya Allah mengasihi apabila sesorang melakukan satu amalan bahawa dia mengitqankannya.
Dia itqan dalam melakukan amalan. Rangka Modul Itqan Insani berasaskan pembinaan insan ini. Itqan:
I Ihsan T Taqwa Q Quwwah - kekuatan dalam melaksanakan segala usaha dan A Amanah bersikap integriti dalam melaksanakan kerja N Najah- akhirnya berjaya di dunia dan berjaya di akhirat, insya-Allah.
Yang ketiga peranan yang disarankan oleh Yang Berhormat Batu Buruk agar diperkasakan peranan masjid itu juga berteraskan kepada Teras Strategi 03 mercu tanda PITAS 2030 agensi agama sebagai pemacu komuniti, pengukuhan pembangunan insan.
Insya-Allah kita sedang bergerak menjayakan PITAS 2030 antaranya koperasi masjid diperuntukkan RM200,000.00 dan kita sedang juga bergerak berasaskan Modul Itqan Insani memberikan kesedaran memberikan keyakinan dan kesungguhan kepada pihak pengurusan masjid sama ada ahli jawatankuasa masjid, imam, bilal dan semuanya. Pada waktu yang sama juga kita sedang menggerakkan agar komuniti juga berperanan besar dalam menjayakan kerja-kerja dakwah dan pembangunan insan di masjid ini, insya-Allah. Saya rasa saya nak fokus tiga perkara itu sahaja dalam tempoh yang singkat ini, ucap terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri yang sangat mengambil cakna tentang pembangunan insan dan seluruh Yang Berhormat yang telah memberikan pandangan. Saya, Yang Berhormat Bukit Payong sentiasa menyokong ucapan yang disampaikan.
Terima kasih Yang Berhormat Wakil Bukit Payong, yang menguruskan masa dengan bijaksana tetapi matlamat penggulungan telah dapat disampaikan dengan baik. Seterusnya saya menjemput Wakil Bukit Tunggal. Sila, Yang Berhormat.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, Pegawai Kerajaan dan para pemerhati sekalian, sama ada yang berada di dalam Dewan mahupun di luar Dewan terutamanya saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua kerana di waktu yang lewat ini masih memberi ruang untuk saya sama-sama membahas Ucapan Bajet yang disampaikan Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada hari Isnin yang lalu.
Bajet kali ini dengan tajuk “Merakyatkan Sejahtera Untuk Semua”. Di bawah portfolio yang saya diamanahkan, ada empat bahagian; Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar kerana empat-empat portfolio ini disentuh dan ada peruntukan masing-masing dan ditunjukkan betapa caknanya dan pentingnya untuk…
USUL MELANJUTKAN TEMPOH MASA PERSIDANGAN DI BAWAH PERKARA 7 (1A) PERATURAN-PERATURAN DAN PERINTAH-PERINTAH TETAP DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, memandangkan masa persidangan akan tamat tempohnya pada pukul 5.00 petang, dengan ini saya mencadangkan supaya tempoh persidangan hari ini dilanjutkan sehingga selesai Tertib Pekerjaan Dewan sebagaimana yang telah ditetapkan menurut di bawah Perkara 7(1A) Peraturan-peraturan dan Perintah-perintah Tetap Dewan Undangan Negeri.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya telah menerima satu cadangan supaya melanjutkan tempoh masa persidangan pada hari ini. Oleh yang demikian masa persidangan Dewan ini dilanjutkan sehingga selesai Tertib Pekerjaan Dewan sebagaimana yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri yang Keempat Belas. Persidangan diteruskan. Sila Yang Berhormat.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, rasa lega sikit dah ada extension of time, boleh beri masa saya sikitlah. Walaupun dalam susunan portfolio yang saya diamanahkan itu, meletakkan Kerajaan Tempatan di hadapan tapi untuk petang ini sebagai meraikan frontliners daripada Kesihatan, saya ambil tajuk kesihatan dahulu kerana mereka ini dah hampir dua tahun menjaga dalam keadaan berisiko yang sangat tinggi. Kita hanya takut dengan close contact tapi mereka berdepan dengan contact hari-hari, itulah risiko yang mereka tanggung dan terpaksa menjaga diri dia, pakaian yang saya rasa kalau beri kita pakai satu jam pun tak tahan, ini mereka terpaksa pakai enam-lapan jam sehari untuk berdepan dengan virus COVID-19 ini.
Dalam aspek kesihatan, kita meluluskan lagi pemberian Kad Sejahtera yang telah diperuntukkan RM10 juta untuk tahun 2022 yang mana dalam setiap kad itu ada nilai RM500.00 untuk memudahkan golongan B40 khususnya mendapat rawatan segera di klinik-klinik swasta yang berdekatan. Ini pun satu lagi bagaimana kita membantu bukan sahaja membantu rakyat yang B40 memang mereka ini golongan yang tidak mampu untuk mendapat rawatan di klinik swasta. Biasanya mereka ini akan pergi ke hospital-hospital kerajaan. Maka dengan itu kita juga secara tidak langsung mengurangkan beban frontliners kita yang berada di hospital-hospital kerajaan dan juga pusat-pusat kesihatan kita.
Kalau untuk rekodnya, selama dalam tempoh sembilan bulan daripada Mac sehingga September iaitu fasa kedua kita, kita telah melakukan ataupun transaksi yang berlaku, transaksi ini maksudnya pesakit-pesakit yang menggunakan Kad Sejahtera mendapat rawatan di klinik swasta berjumlah 29,757 orang. Maknanya sudah kurang beban di klinik kerajaan ataupun di hospital kerajaan seramai 29,757 orang yang sepatutnya kalau sekiranya tidak ada kad sejahtera, dia terpaksa pergi dapat rawatan di klinik-klinik kerajaan. Jadi telah mengurangkan beban yang ditanggung oleh frontliners kita yang hari ini nak berperang dengan COVID-19. Jadi, kes-kes biasa dia boleh dapatkan rawatan di klinik swasta menggunakan Kad Sejahtera yang kita berikan dan melibatkan kos sebanyak RM1.724 juta ataupun lebih dekat lagi RM1.725 juta, satu juta tujuh ratus dua puluh empat ribu sembilan ratus dua puluh enam ringgit lima puluh satu sen, yang telah dibelanjakan dalam tempoh tersebut. Insya-Allah penerima setakat ini adalah 19,894 orang, kita
target untuk tahun depan 20,000 orang akan kita berikan kad ini dan alhamdulillah pada peringkat awal memang kita mengalami masalah dari segi penyertaan klinik-klinik swasta. Daripada peringkat awal, tak sampai 30 yang sanggup tapi sekarang sudah berjumlah 71 buah klinik swasta yang menjadi panel kepada kita melalui Kad Sejahtera di seluruh daerah ada, daripada Besut sampai Kemaman semua ada. Makna rakyat dengan Kad Sejahtera ini mudah untuk mendapat rawatan segera di klinik-klinik yang berdekatan.
Seterusnya suatu perkara satu perhargaan yang diberikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri pada kaum wanita iaitu dengan mengadakan atau memberi perkhidmatan pemeriksaan mammogram dan juga pap smear secara percuma untuk rakyat Negeri Terengganu ini. Sebagaimana yang kita tahu, antara kanser yang paling banyak, kerap peratusan yang tinggi berlakulah kanser payudara yang melibatkan GRID 32.9% ini tahun 2020. Sebahagian besar kanser yang berlaku pada wanita adalah kanser payudara. Mammogram adalah alatan untuk kita mengesan di peringkat awal kanser ini. Insya-Allah mana-mana yang dapat dikesan di peringkat awal ianya dapat dirawat, ada yang dapat sembuh 100%. Tapi pada peringkat dah berkudis baru nak jumpa doktor, pada peringkat itu, malang sekalilah paling-paling kurang pun kita kena buang sebelah, kalau tidak dua belah pun, yang terpaksa kena kimo dan sebagainya. Jadi insya-Allah dengan ada screening tapisan yang dibuat dengan mammogram ini, insya-Allah perkara-perkara yang keadaan lebih teruk itu akan dapat kita hindari ataupun kita halang.
Yang kedua antara kes kanser yang banyak jugalah kes pangkal rahim/serviks. Ini melibatkan 6.8% jadi dengan ada pap smear ini kita dapat mengesan awal juga kanser ini yang di peringkat awal insya-Allah ianya dapat kita rawat dan dapat dipulihkan 100%, insya-Allah. Inilah antara perkara yang ditawarkan untuk khusus kaum wanita kita.
Seterusnya yang ketiga adalah tentang kesihatan mental. Memang sekarang ini, juga berkaitan juga dengan ucapan ADUN Wanita yang berkaitan dengan mental illness kita semakin meningkat, ada kajian menyatakan 20% daripada orang ramai rakyat ini population ini adalah mengalami mental illness dalam kategori yang berbagai-bagailah. Cuma yang jadi masalahnya, orang kita sebut-sebut mental, dia kata gila. Ini masalah kita, orang ni dia pergi jumpa pakar psikiatri maka bila pergi jadi satu taboo, satu orang panggil perkara yang negatif di pandang orang gila. Sedangkan range ataupun ruangan julat
penyakit mental ni banyak daripada kesedihan biasa kepada kemurungan, despression dan sebagainya. Daripada peringkat awal jadi sentiasa cemas sikit-sikit, bila dibiarkan menjadi lebih teruk dan boleh membawa kepada penyakit yang lebih teruk dan kita tengok kes bunuh diri juga meningkat kerana masalah mental ini. Yang akhir-akhir ini, apatah lagi apabila zaman sekarang ini dikatakan, tekanan ekonomi penyakit COVID-19 dan sebagainya juga menimbulkan sesuatu keadaan yang lebih teruk. Oleh itu, Kerajaan bercadang untuk mengadakan kaunseling kalau sebut pergi jumpa psikiatri mungkin rasa tak sedap sikit, kita panggil kaunselorlah senang walaupun dia ni pakar jiwa, psikiatri tapi kita sebut sebagai kaunselor. Tak apalah ringan sikit. Supaya orang ramai tak rasa bimbang tak rasa negatif sangat. Bila sebut pakar jiwa ni, sakit jiwalah tu. Itu yang jadi masalah kita. Jadi insya-Allah dengan, sekarang ini sudah ada dua tempat, satu di Hospital Sultanah Zahirah dan satu lagi di Pusat kesihatan Wakaf Tapai. Saya, kita bercadang sudah bincang juga lebih kurang untuk kita boleh bukakan setiap pusat khidmat kita, kalau ada tempat boleh kita buat secara, mungkin bulanan, dua bulan sekali, pakar psikiatri ini akan buat lawatan dan mereka yang bermasalah, yang rasa dia ada masalah dan ada tanda-tanda bermasalah boleh jumpa dengan pakar psikiatri ini untuk dapat kaunseling, insya-Allah. Itu antara perkara yang saya rasa dapat diselesaikan dari peringkat awallah.
Seterusnya daripada perumahan, perumahan peruntukan yang agak besar. Satu di bawah i-RAHMAN RM30 juta. Untuk menguruskan projek perumahan yang sedia ada dan juga projek baru tahun depan rumah mampu milik adalah berjumlah RM54.4 juta. Ini kita ada beberapa kategori sebenarnya. Dari segi pembinaan rumah ni, kalau untuk golongan B40 yang tak mampu nak bayaran bulanan dia ada tanah ini boleh pohon di bawah PPTS, yang kita peruntukan RM16 juta untuk tahun depan. Bagi yang mampu untuk beli, dia boleh beli rumah Type A, bagi golongan yang sederhana boleh memiliki ataupun membeli Rumah Mampu Milik Type B dan yang lebih berpendapatan kita juga buat rumah komersial. Itu tiada subsidilah rumah komersial ini. Seterusnya kita ada satu peruntukan yang kita panggil RMR RAHMAN. Ini satu kolaborasi Kerajaan Negeri bersama dengan SPNB untuk bina rumah yang berkeluasan 1000 kaki bersegi di tanah sendiri dan kosnya dibiayai oleh Tabung i-RAHMAN ini dengan pinjaman sebanyak RM55 ribu sahaja. Harga rumah RM75 ribu, subsidi RM20 ribu oleh MOF dan dia hanya perlu dapatkan pinjaman daripada Tabung i-RAHMAN, RM55 ribu sahaja bayar selama 15 tahun lebih kurang RM280 sebulan tanpa apa-apa kos tambahan. Ini bukan
sebut riba pun tak dok doh. Pinjam RM55 bayar RM55. Inilah kerajaan prihatin nak memastikan rakyat kita ni tidak terlibat dengan pinjaman yang berunsurkan riba. Riba pun tidak dan kerajaan tak ambil untung pun sesen pun tak ambil untung. Ini antara keistimewaan pinjaman di bawah i-RAHMAN ini. Seterusnya kita ada di bawah projek pusat, alhamdulillah. Pihak KPKT telah bersetuju paling kurang tahun depan untuk diusahakan Terengganu akan mendapat dua projek rumah PPR di Negeri Terengganu. Satu di Daerah Kuala Terengganu, satu lagi di Dungun. Walaupun kita mohon untuk lima tapak yang kita berikan tapi tu dulu yang dijanjikan kepada kita untuk kita diusahakan diluluskan untuk projek tahun 2022.
Yang seterusnya berkaitan PBT juga peruntukan yang agak besar lebih kurang RM55.5 juta untuk kebersihan dan keceriaan. Kita mendapat sesuatu peruntukan khas daripada MOF melalui peruntukan yang disebut dalam Bajet untuk RM10 juta untuk negeri-negeri pelancongan. Terengganu mendapat separuh lebih daripada peruntukan tersebut iaitu RM5.5 juta untuk projek perintis kita untuk projek perusahaan sisa pepejal secara WTW (Waste to Wealth). Sekarang ini kita ke arah nak tukar dah. Sekarang ni pakai land free kepada Waste to Wealth ataupun Waste to Energy. Sampah nak jadikan tenaga ini antara kita sedang bergerak ke arah itu. Tetapi kita akan buat dulu di projek di tiga buah pulau kita, iaitu di Pulau Perhentian, Pulau Redang dan Pulau Kapas yang kita namakan Integrated Island Waste Management. Peruntukan ini RM5.5 juta ini daripada Kerajaan Pusat. Cuma yang istimewa di Pulau Redang, Pulau Redang kita akan buat di satu kompleks, tanah dah kita kenal pasti bukan sahaja kita ada dua jenis. Satu yang kita panggil pusat pengurusan secara kompos, mesin kompos maknanya makanan-makanan sampah tu dijadikan baja, baja kompos. Yang kedua kita ada juga mesin ammonia simulator. Ini yang akan membakar sampah itu jadi abulah. Cadangannya ialah, kita akan menempatkan di suatu lokasi satu kompleks satu bangunan satu mesin kompos yang berkapasiti 500 kilogram sehari, kecik je. Yang kedua mesin mini simulator yang berkapasiti 4 tan sehari dan juga ada di situ tempat pengumpulan barang kitar semula 3R insya-Allah dengan cara ini kita akan mengurangkan sampah yang akan diangkat, setakat ini pelupusan sampah ini di pulau ini dibuat secara manual. Dia kutip sampah dan dia bawa ke mainland ke darat ini untuk dilupuskan itu yang berlaku di Kuala Besut sebut tumpah di tengah laut, bot karam dan sebagainya, sampah itu mencemarkan persekitaran pulau, laut dan sebagainya. Dengan cara ini dapat menyelesaikan masalah sampah di pulau-pulau dan juga kita akan
dapat mengurangkan pencemaran di perairan kita daripada sampah yang tumpah nanti. Juga akan dibina satu mesin kompos ini di Rumah Pangsa Mampu Milik di Pulau Redang ada dua. Satu yang berhampiran dengan Redang Beach Resort yang kita kata ada kompleks yang ada dua mesin tadi kompos dan juga mini simulator. Manakala di kawasan Rumah Pangsa Mampu Milik yang bakal diserahkan tidak lama lagi, itu ada mesin kompos sahaja yang berkapasiti 500 kilogram sehari. Seterusnya di Kampung Pasir Hantu, Pulau Perhentian Kecil juga kita akan menempatkan satu unit mesin kompos ini dan satu lagi, tiga mesin cukuplah tu tiga mesin. Cuma di Pulau Redang, di Pulau Redang pula, di Pulau Kapas kita hanya menempatkan tong sampah kitar semula (3R) ni belum kita tengok bagaimana kejayaan kita di tiga lokasi, di Pulau Redang ada dua dan di Pulau Perhentian satu. Kalau berjaya insya-Allah ia akan dikembangkan di tempat-tempat lain termasuk juga di mainland di tanah besar kita ini insya-Allah. Itu antara bagi kita mengurus sampah yang kita ada ini. Juga disebutkan, kita memperuntukan untuk tahun hadapan membeli lebih kurang 1000 unit tong sampah dengan nilai RM1 juta. Sekarang kita dah ada 12,000 unit seluruh Negeri Terengganu. 12,000 banyak dah, tapi banyak yang dibeli banyak juga yang rosak. Jadi orang kita ni pelik dalam tong sampah pun dibakar juga tong sampah tu plastik dia gi bakor dalam tong sampah. Memanglah rosok tong sampah kita. Lepas tu mengadu kita sampah melimpah. Ada yang dipecahkan tong sampah macam-macam.
Minta laluan sikit, dok?
YANG BERHORMAT Dr. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Sila
Sistem yang kata nak buat tu, berapa kos dia tu?
YANG BERHORMAT Dr. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): RM5.5 juta
Okey, terima kasih. Untuk satu mesin ke tiga mesin?
YANG BERHORMAT Dr. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Tiga mesin.
Ya, terima kasih.
YANG BERHORMAT Dr. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Sama…
Dato’ Yang di- Pertua satu lagi saya tertarik dengan sistem composting tu. Maksudnya sistem composting tu, orang kampung segregate, kena asing daripada rumah ke ataupun situ akan asingkan dari segi nok composting punya ni…
YANG BERHORMAT Dr. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Kita akan sediakan tong 3R.
Okey..
YANG BERHORMAT Dr. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): So, yang makanan ada tong sampah, jadi dia akan buangkan dalam. Kita yang akan, pekerja kita akan buang dalam mesin composting nanti, insya-Allah. Dia kena bersekali dengan 3R ni.
Seterusnya, alam sekitar. Yang keempat alam sekitar. Alam sekitar kita mendapat peruntukan RM400 ribu. Ini berkaitan dengan kempen kita, kempen kebersihan alam sekitar. Khususnya kempen, single used plastic yang kita akan buat secara berpanjangan kerana di pihak Kerajaan Pusat ada satu program, satu Pelan Hala Tuju ke Arah Sifar Pengunaan Plastik Sekali Guna (Road Maps Towards Zero Single-Use Plastic) menjelang 2030. Jadi insya-Allah tahun depan kita akan memperkuatkan, pertingkatkan kempen kita untuk tidak mengunakan single-use plastic ini. Ini semua kita tahu, plastik ini dia susah hendak dilupuskan. Kalau kita tanam pun makan masa 200, 300 tahun baru dia boleh habis daripada muka bumi ini. So ini kita akan buat kempen sepanjang masa untuk memastikan rakyat kita sedar akan kepentingan tidak menggunakan plastik sekali guna yang hari ini memang
saya ingat kita pun banyak guna juga ini, minum air mineral water dalam plastik, macam-macam. Ini akan kita pertingkatkan kempen tahun depan kerana menjelang 2030 kita harap negara kita ini akan sampai ke tahap zero single use plastic dengan izin, di samping itu juga kita ada program-program seperti Terengganu Clean Up Day yang kita akan buat aktiviti gotong royang. Gotong-royong ini sebenarnya tidak menyelesaikan masalah sebab buat sekali-sekala tetapi yang pentingnya education kerana dengan gotong royong itu kita mengajak masyarakat sama-sama dengan kita dan mereka akan memahami kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar ini. Itu antara tujuan kita. Panjang lagi ya, saya ingat masa pun sudah banyak, masa itu tidak apa masa sudah tambah, tidak apa la tu.
Yang Berhormat Dato Yang di-Pertua, nak tanya status Klinik Kesihatan Pulau Perhentian, ada maklumat terkini?
Belum sampai kepada jawapan soalan, itu baru mukadimah baru itu.
Sebab masa tamat itu
Iya, masa tamat itu atas kita belaka. Okey saya pergi kepada jawapan-jawapan kepada yang ditimbulkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya mengucapkan banyak terima kasih kepada semua kerana saya menerima sentuhan daripada dua belas Yang Berhormat di bawah portfolio saya ini. Saya pergi satu satu insya-Allah.
Batu Burok menyebut tentang kebersihan, keceriaan saya dah sebut. Insya-Allah Pertandingan KampungKu akan dibuat dan kempen akan berjalan sepanjang masa khususnya berkaitan dengan 3R, dan juga No Single Use Plastic. ADUN Bandar dan ADUN Seberang Takir menyebut tentang wad COVID-19 yang kritikal, memang kritikal sekarang. Wad katil, pengunaan katil ICU COVID-19 minggu ini 73.7%, penggunaan katil COVID-19 tadi ICU, ini COVID-19 yang general COVID 71.2%. Satu keadaan yang membimbangkan kita. Sebab itu kita kena faham kadang-kadang ada salah faham kita, bila kata dia dah cucuk dua kali, vaksin date dah dua dos, penggalak pun sudah
beri juga, tidak semestinya bila kita sudah dapat dua suntikan dan ada dos penggalak yang ketiga, kita ini kebal daripada jangkitan virus, tidak. Jangkitan masih boleh berlaku cuma mungkin boleh mengurangkan dari segi seviority dengan izin yang kena pada kita tetapi ada juga yang dua suntikan yang pernah kena pun sudah sekali, masih lagi sevior dan terpaksa masuk hospital duduk ICU, ada juga. Jadi kita kena faham di situ bukannya bila kita suntik kita tidak akan dijangkiti, tidak. Boleh dijangkiti. Hanya yang boleh halang jangkitan kita jaga SOP itu yang sebenarnya tetapi inilah yang orang kita payah hendak faham, payah nak buat, oo…sekarang sudah buka sempadan, boleh melintas sempadan tak apa dah, dah boleh dine in. Melintas sempadan tak apa, boleh dine in, kita pun makan ramai-ramai, kumpul ramai-ramai, duduk dekat-dekat, sembang tengah makan, buat jamuan kenduri. Macam-macam kita buat. Inilah antara punca yang meningkat sekarang ini kerana telah dibuka sempadan, boleh melintas negeri dan boleh makan, boleh berjamu maka kes meningkat pula sekarang. Jadi kita hendak jaga pertama penjarakan itu penting. Ini alhamdulillah, tahniahlah kepada Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, jarak kita lebih daripada satu meter dari satu orang, ada penghadang pula, ini selamat insya-Allah, baru boleh buka mask, kalau tidak saya pakai mask dan diminta pakai mask sepanjang masa melainkan tengah makan. Dalam rumah bolehlah, doh anak beranak kita kalau negatif belaka okeylah tetapi apabila keluar rumah pakailah mask, kecuali hendak makan. Sebab itu saya tidak galakkan juga dine-in ini, orang kedai marah saya pula tetapi apabila kita makan kita kena sembang, makan seorang tidak sedap, ajak rakan-rakan, sembang, lepas itu masa itulah transmission berlaku ataupun jangkitan itu boleh berlaku dan kerap cuci tangan. Peringkat awal dulu, PKP awal dulu, masing-masing bawa hand sanitizer, gantung celoh kalau orang perempuan letak dalam handbag dia, orang lelaki gantung di tali pinggang dan sebagainya. Sekarang ini sudah tidak ada sudah jadi seolah-olah sudah jadi balik asal semula. Kita perlu amalkan kebersihan kita ini, khususnya selalu kita cuci tangan kita untuk menggelakkan daripada jangkitan. Jangan pergi tempat yang sesak yang ramai orang, jangan bersembang dekat-dekat. Ini antara perkara-perkara yang kita perlu jaga kalau kita hendak selamatkan diri kita dan untuk mengurangkan beban frontliners kita dan juga beban di hospital-hospital kita. Dari segi kesihatan majlis saya sudah sebut tadi, ADUN Wanita. Kemasik tanya berkaitan dengan ketiadaan lot perkedaian Rumah Mampu Milik di Gong Cengal Kemaman. Kerajaan menyedari perkara ini sebab yang dulunya sepatut ada dalam lapan unit untuk kita buat lot kedai tetapi entah macamana masalah yang timbul
semuanya tidak dijadikan kedai dijadikan rumah semula. Maka insya-Allah tapak RMM Gong Cengal II ini kita akan adakan unit rumah kedai ini untuk tujuan kedai runcitlah insya-Allah, Yang Berhormat ADUN Kemasik, akan ada insya-Allah.
Yang Berhomat Bukit Besi tanya tentang projek-projek di Bukit Besi. Projek Bukit Besi ini banyak, dia kata tidak ada. Pertama Program Pemajuan Kawasan KPLB Al-Muktafil Billah Shah 130 unit dalam pembinaan. Rumah Bina Negara RISDA 7 unit dalam pembinaan, Rumah Mesra Rakyat (SPNB) 11 unit. Ini dalam perancangan kita dan pembinaan rumah di Lot 3922, Bandar AMBS 40 unit, bangunan bercampur di atas Lot 60091 Bukit Besi bawah KETENGAH 27 unit, jumlah 215 unit. Insya-Allah ini akan disiapkan dalam masa terdekat, insya-Allah. Manakala ADUN Sura tanya tentang apa, saya dah jawab tadi tentang integrated solid waste sudah sebut, peruntukan tong sampah sejuta pun dah sebut.
Jertih tanya tentang Terminal Bersepadu Bas dan Teksi di Bandar Jertih. Sebenarnya projek ini telah kita mulakan perbincangannya sejak 2018 lagi dan pada masa itu Kerajaan PH. Menteri memberi jaminan bila lawatan ke Terengganu untuk memberi peruntukan pembinaan terminal bas ini. So kita dengan suka hati jelah Kerajaan bawah UPEN kita lulus RM1 juta untuk kerja awalan tetapi oleh kerana akhirnya senyap begitu saja, so panjanglah cerita, akhirnya Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar bersama dengan Yang Berhormat Mulia Tengku Seri Bijaya dan saya sendiri membuat kunjungan hormat kepada Menteri KPKT baharu Yang Berhormat Dato’ Seri Rizal berbincang secara hati ke hati bagaimana hendak menyelesaikan masalah ini dan akhirnya dia memberi jaminan untuk diberi peruntukan untuk Bajet 2022 sebanyak RM16.4 juta tetapi malangnya tidak masuk juga dalam Bajet baru ini dan dia beri sanggupan kepada kami semua ini untuk masuk juga melalui notice of change dengan izin kepada EPU (Unit Perancang Ekonomi) pada tahun 2022, insya-Allah, kita doalah. Minta dengan orang ini begitulah, dia pun hendak bagi sebenarnya, saya nampak dia ikhlas tetapi masalah pentadbiran, masalah kewangan, mungkin menjadi masalah tetapi kita akan usaha lagi insya-Allah supaya Terminal Bas di Bandar Jertih ini menjadi kenyataan sebab memang betul sebagaimana Wakil Jertih sebut dia akan menjadi pintu masuk Jertih bila siap ECRL nanti, siap LPT3 dan sebagainya jadi kita naklah, satu terminal yang sesuai dengan zaman pada masa itu, insya-Allah. Berkaitan dengan soalan Jertih juga, PPR Padang
Tampung, Jertih, kenapa dok jadi? Sebenarnya PPR Padang Tampung ini di bawah KPKT. Memang asalnya hendak buat PPR di Padang Tampung tetapi akhirnya tanah itu tanah milik. Bila tanah milik pengambilan terpaksa dibuat dengan kos yang tinggi maka dipindahkan projek itu ke Bukit Puteri yang ada sekarang yang sedang dalam proses, telah diluluskan, sudah dibuat tender dan telah dikeluarkan SST pada 2 September 2021. Projek rumah PPR Besut dipindahkan daripada Padang Tampung ke Bukit Puteri yang berkeluasan 36 ekar saya ingat dalam 400 unit lebih untuk itu jadi tidak timbul lagi soalan Padang Tampung ini kerana sudah dipindahkan projek ke Bukit Puteri kerana masalah tanah.
Manakala Yang Berhormat Air Putih pula bertanya tentang projek-projek perumahan di Air Putih. Suka saya maklumkan bahawa ada tiga projek di Air Putih ini. Satu program pemajuan kawasan KPLB Air Putih Kemaman 200 unit dalam pembinaan. Rumah Mesra Rakyat SPNB 13 unit dalam pembinaan dan yang disebut oleh Wakil Kijal juga rumah Lamanda Seri Iman, Felda Neram di bawah FELDA, 105 unit telah siap dibahagikan dan diagih-agihkan. Jumlahnya 318 unit. Banyak Air Putih ini, insya-Allah yang lain kalua ada tanah kita akan usahakan untuk tambah lagi rumah bukan sahaja di Air Putih, bukan sahaja di Bukit Besi tetapi juga di DUN-DUN yang lain insya-Allah. Manakala Kuala Besut bertanya tentang status Klinik Kesihatan di Pulau Perhentian. Pulau Perhentian ini memang masalah dia tanah dia tu kalau ikut JPS dia dah masuk, kalau kita buat, dia akan masuk dalam reserve sungai takdok, lautlah situ. Walau bagaimanapun, telah kita berbincang dengan JPS dan juga dengan pihak kesihatan, kita kena beri satu kelonggaran pengecualian untuk reserve laut ni untuk ke Pusat Kesihatan, sebab keperluan tu sangat-sangat mendesak, saya faham sebab kalau berlaku musim tengkujuh, orang sakit nak bawak ke darat bukan mudah, nak musim-musim macam ni, dan kalau orang nak bersalin tu, memanglah dia tak tunggu waktu, bila-bila masa dia boleh bersalin, kecemasan bila-bila masa boleh berlaku. Memang sangat, klinik kesihatan memang sangat perlu dinaiktaraf pusat kesihatan yang sedia ada dan telah dipersetuju oleh JKNT, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu sekiranya tanah ini dapat diselesaikan masalah reserve sungai tadi, dia akan masukkan priority dalam Rolling Plan yang kedua RMK-12 nanti, insya-Allah akan dilaksanakan juga dalam masa yang terdekat ni. Insya-Allah jangan bimbang Kuala Besut. Kita memang ambik cakna sungguh hok ni, hal klinik ni saya memanglah sensitif sikit. Kita hal-hal kesihatan ini sangat-sangat penting kita kena jaga. Dari segi indeks kesejahteraan rakyat,
kita ada dah KPI kita melalui MURNInets 2.0. Untuk makluman semua, dalam MURNInets 2.0 2020 di Negeri Terengganu kita mendapat penarafan mampan. Seluruh Negeri Terengganu kalau kita jumlahkan 82.26%. Apa yang dinilai ialah yang pertama dari segi ekonomi berdaya saing, kedua, kualiti persekitaran mampan, tiga komuniti sejahtera, yang keempat guna tanah dan sumber asli optimum, yang kelima, infrastruktur dan pengangkutan efisien, yang keenam urus tadbir yang efektif. Majlis Bandaraya Kuala Terengganu mendapat markah 96.65%, bandaraya mampan iaitu 96.65%, sikit lagi nak 100%, itu perfect mana boleh. Itu kerja Allah Ta’ala. Majlis Perbandaran Dungun 88.39% mampan. Ini kalau sebut-sebut kan berasa pulok hok rendah dok? Jangan sebut la hok rendah deh? Sebut hok molek je lah. Majlis Daerah Marang 83.66%. Makna tiga PBT kita penarafan mampan dan empat sederhana mampan, yang kurang mampan takdok. Maknanya alhamdulillah la tu. Kita tengok kita punya pegawai kita, pekerja kita sudah buat satu perkara yang sangat baiklah setakat ini, yang boleh dapat taraf yang begitu tinggi. Manakala Seberang Takir sama tadi, tentang COVID kita, katil, sudah jawab tadi ya, katil COVID kita 71.2% ICU, 73.7% pengisiannya.
Manakala Kijal, Yang Berhormat Kijal tanya tentang RMM di Seri Bandi. RMM di Seri Bandi telah diagihkan, telah selesai dah. RMM Pulau Redang, ini ada masalah. Sebenarnya patut diserah pada bulan ini, tetapi bila semasa proses mendapat CCC dibuat pemeriksaan, didapati paip pembentungan tersumbat pulok, dah lama sangat buat, paip pembentungan tersumbat dan sekarang sedang diperbaiki dijangka siap dalam minggu ini dan insya-Allah kalau cuaca mengizinkan kita dapat selesaikan dalam sebelum akhir tahun ini. Manakala PPR Bukit Nanas, Bukit Nanas ini yang tak siapnya hanyalah kabel TNB bawah tanah, selepas siap kabel TNB bawah tanah, baru boleh kita turap jalan dan boleh dapat CC paling awal Februari 2022, insya-Allah, boleh kita agihkan. Kalau saya boleh cerita projek Lamanda Seri Iman ini, sebenarnya projek 2009 lagi, di bawah FELDA. Dan CC boleh 24 Mei 2018. Harga kos projek RM7.9 juta. Ada 79 unit rumah kos rendah dan 105 unit rumah kos sederhana. Itu yang kita ada.
Last sekali, di Tepoh. YB Tepoh sebutkan pasal Bandar Lestari Bukit Seraya. Sebenarnya apa yang kita usahakan untuk Bandar Lestari Bukit Seraya ni walaupun tanah tak besar mana, tetapi ia merupakan pintu masuk, gateway kita, pintu masuk ke bandar Kuala Terengganu ketika itu. Jadi sekarang ini kalau kita naik kenderaan daripada Kuala Lumpur sampai ke Gemuroh, kita
hanya nampak pokok sawit aje lah, sawit hutan, sawit hutan, sawit hutan, bandarnya tak ada. Jadi insya-Allah dengan adanya Bandar Lestari di Bukit Seraya, pelannya pun dah siap sebenarnya, tunggu nak masuk MMKN untuk dapat kelulusan, lepas tu baru boleh kita buat projek secara penswastaanlah. Insya-Allah ada penswastaan. Dan bila masuk keluar je exit Gemuroh tu, tengok bandar dulu, dok lah tengok kuari dulu. Sekarang ni keluar tengok kuari. Dok saboh sikit masuk bandar Kuala Terengganu ni. Biar nampak standard sikitlah bandar kita ni. Masuk Kuala Terengganu, disambut dengan Bandar Baharu Lestari. Di sana, kita boleh, kalau orang dah letih-letih, kita akan sediakan hotel, dia boleh berehat situ, tempat parking lori dan sebagainya. Tak payahlah lori parking sampai depan rumah. Dia tinggal situ, naik kereta baliklah rumah dia, ataupun naik motosikal. Ini antara yang kita nak bagi satu bandar yang sangat komprehensiflah, yang Bandar Lestari, insya-Allah.
Itulah apa yang sempat saya sebutlah pada petang ini. Saya sekali lagi mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Dato Yang di-Pertua, terima kasih dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar yang telah menyentuh semua-semua portfolio yang saya pegang dengan ada peruntukan masing-masing dan terima kasih kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat khususnya 12 Yang Berhormat yang disebutkan tadi yang telah menyentuh tentang portfolio yang saya diamanahkan, dan saya Dato Yang di-Pertua, mengambil kesempatan ini untuk sama-sama menyokong Bajet 2022 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Wakil Bukit Tunggal. Sekarang saya ingin menjemput Wakil Paka untuk membuat penggulungan. Dipersilakan Yang Berhormat.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan dan juga
seluruh hadirin hadirat muslimin-muslimat yang dihormati sekalian. Guane ni… sampai pukul berapa ni Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua?
Kita buat usul dah. Kalau Yang Berhormat nak sampai ke malam pun dakpe.
Kalau tidak, MB sambung malam ni lah. Pertamanya, alhamdulillah kita mengucap syukur kepada Allah Ta’ala dapat sama-sama kita mengikuti Ucapan Belanjawan 2022 yang bertemakan “Merakyatkan Sejahtera Untuk Semua”. Dan saya merakamkan ucapan jazakumullah terima kasih dan juga tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar yang telah membentangkan Bajet ini untuk sampai kepada golongan sasar yang seimbang di semua peringkat dan mementingkan kesejahteraan untuk semua lapisan dan segmen masyarakat. Sebagaimana kita sedia maklum, kesejahteraan yang kita hasratkan, . Bukan hanya kita berbangga dengan sejahteranya rakyat kita di dunia ini, tapi kita sama-sama mengembleng, mengajak dan juga membimbing untuk kita sama-sama selamat di hari akhirat kelak, dan itulah sebagai , sebagai satu perkara yang amat besar kejayaannya dan kesejahteraannya. Itulah yang kita hasrat dan kita doakan. Kita sedia maklum bahawa sumber pendapatan kepada Negeri Terengganu kita ni masih lagi banyak bergantung kepada petroleum dan kita berdoa kepada Allah semoga adanya sumber-sumber lain yang akan memberi ruang kesempatan kepada Negeri Terengganu ini untuk lebih banyak pulangan manfaatnya kepada kita. Kerana itu kita beriman dan kita yakin dengan apa yang difirmankan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala,
Bagaimana jika sekiranya penduduk sebuah negeri itu beriman dan bertaqwa, Allah Ta’ala akan bukakan ke atas mereka barakah yang insya-Allah akan memberi kejayaan bukan hanya di dunia tapi juga di hari akhirat.
Kejayaan yang melimpah ruah di dunia ini sendiri, manfaat dan kerana itulah kita meletakkan sasaran kempen kita, ke arah meletakkan tema kita “Maju, Berkat dan Sejahtera”, dan keimanan, ketaqwaan yang disebut oleh sahabat saya Yang Berhormat Bukit Payong telah menerangkan secara jelas tentang
berkait dengan itqan dan sebagainya. Dan kita juga memperingatkan, tapi kebanyakan mereka itu membohongi, kufur kepada Allah, melakukan perkara yang ditegah, yang diharamkan, ingatlah
Mungkin, mungkin diberi kekayaan dan kemewahan yang melimpah-ruah, tetapi sesungguhnya ianya tidak ada barakah di sana, bahkan ianya merupakan bukan nikmat tetapi juga merupakan nikmah kerana itu lah dalam hal itu kita cuba mempastikan semua peringkat supaya mengambil kira pengamalan syariah dan mengambil kira halal dan haram. Saya mengucap tahniah kepada Portfolio Belia Sukan, Pelancongan sebagainya dan termasuk Kerajaan Tempatan yang menjadikan panduan pelaksana syariah di portfolio masing-masing walaupun ianya dilakukan secara peringkat demi peringkat insya-Allah kita harap kita berada di atas jalan seperti itu dan kita juga mengharapkan perbelanjaan dalam Bajet yang kita tawarkan ini yang kita rasa banyak untuk memberikan kepada rakyat dan kita yakin antaranya juga adalah untuk memberi pulangan balik kepada kita yang Allah ta’ala buka pintu sumber rezeki yang melimpah ruah. Hasrat kita apabila banyak kita membantu kepada rakyat dan insya-Allah, Allah ta’ala akan beri kurniaan lain yang melimpah ruah insya-Allah. Dalam masa yang sama sebagai Islam itu datang dengan mendatangkan kerahmatan untuk seluruh alam. Kita juga mengambil kira tentang rahmat itu bukan hanya untuk manusia tapi juga bumi, persekitaran, alam sekitar dan sebagainya. Hasrat Kerajaan Pusat melancarkan penghijauan bumi, saya merakamkan ucapan tahniah kepada Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu yang turut serta berusaha untuk melaksanakan hasrat 100 juta pokok ditanam di Malaysia dalam lima tahun ini dan juga satu juta hasrat kita untuk di Negeri Terengganu ini. Jadi kita mengharapkanlah semua pihak dapat sama-sama mengemblengkan tenaga, jabatan-jabatan, Ahli-ahli Yang Berhormat dan sebagainya dapat menghubungi Jabatan Perhutanan kerana pokok-pokok itu insya-Allah akan dibekalkan secara percuma bagi melihat Terengganu dalam lima tahun akan datang insya-Allah dengan di samping alam sekitar yang sedia ada kita mendidik generasi masyarakat supaya memelihara bumi kita ini sendiri.
Punah binasanya bumi, laut, darat dan sebagainya kerana tangan-tangan manusia
Dan moga-moga tangan-tangan kita ini menolong membantu menghijaukan bumi ini sebagai tanggungjawab kita sebagai ibadah kita dalam menjaga
perkembangan bumi ini sendiri. Dalam isu yang berkait disentuh tentang pelaksanaan syariah ini dalam Dewan yang mulia ini saya mengambil kesempatan merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Sanusi, Menteri Besar Negeri Kedah yang merupakan telah mengambil keputusan untuk menutup kedai-kedai judi dan juga mengawal penjualan arak di Negeri Kedah. Ini merupakan satu hasrat kita bersama dalam perjuangan kita yang selepas Kelantan, Terengganu dan kini sudah mula di Negeri Kedah. Tahniah kita ucapkan dan sebenarnya PAS merupakan parti yang istiqamah bukan hanya bercakap tetapi cuba untuk melaksanakan sebaik kesempatan ruang yang kita ada sebagaimana kita sedia maklum kaedah apa yang tidak mampu kamu lakukan laksanakan semua jangan kamu tinggalkan semua. Apa yang mampu kita buat yang diperintah oleh Allah subhanallah ta’ala maka kita laksanakan apa yang mampu kita tinggalkan apa yang menjadi tegahan, larangan maka kita cuba untuk melaksanakan meninggalkan apa yang menjadi tegahan dan perkara yang diharamkan oleh Allah subhanallah ta’ala janganlah kita perli sindir menyindir berkaitan dengan hal ini dan PAS daripada dulu 1951 meletakkan untuk pelaksanaan Islam dan Syariah Islam ini ialah paling kurang kalau tak sempat melaksanakannya kita mampu bercakap kalau tidak pun kita berniat untuk melaksanakan seorang muslim dua perkara yang wajib dia niatkan mesti dia niatkan kalau dia tak gi Mekah lagi wajib untuk dia berniat melaksanakan ibadah haji bahkan dalam Islam kalau dia ada ruang ada kesempatan cukup pitih cukup ruang dan sebagainya dia dikecualikan untuk tiga tahun sahaja untuk tidak menunaikan ibadah haji. Tahun yang keempat itu dia sudah menangung dosa besar kecuali tiada kuota, sakit dan sebagainya, tak cukup kewangan. Yang kedua adalah niat untuk mati walaupun kita ni jenis penakut pahit pun tapi kita kena berniat untuk mati syahid dalam suasana seperti apa pun insya-Allah dengan niat yang betul dan ikhlas walaupun kita mati atas katil. Semoga Allah ta’ala berikan pahala mati syahid kepadanya. Macam kahwin dua juga. Kita orang laki ni patut ada niat ada sahabat saya tu Yang Berhormat Rantau Abang niat pun takut dah dia kata bini dia mimpi kalau niat nak bini dua. Jadi berat lah. Paling kurang niat. Kalau cakap.
Yang Berhormat peringkat mana doh sakni?
Cakap tu bagus. Cakap pun alhamdulillah. Ada orang cakap pun takut. Kita pelaksanaan syariah.
Hok cakap tu berani ke tak?
Dakpe aku suruh wi telor, Manir wi. Yang Berhormat Yang di-Pertua, sama juga dengan pelaksanaan Syariah dari dulu PAS ni orang kata mende-mende pun cakap nak wak Islam. Nak wak Islam. Sekarang ni kita cakap. Dekat pilihan raya tu cakap pulok or. Dok memang ini merupakan hasrat kita. Kalau takleh laksana pun kita cakap kalau dokleh cakap pun kita berniat. Insya-Allah itu merupakan jalan-jalan. Saya ingat apa Yang Amat Berhormat arwah Menteri Besar Kelantan kita ni macam kenderaan kereta makna kita tak mati enjin sapa kt trafik light merah kita tak jalan tapi enjin tak mati. Gedah gedah gedah. Makna cakap Islam tu tak berhenti. Kan hijau kita jalan ah. Jadi hok mana sakok kita berhenti senafas. Hok ada ruang lepas alhamdulillah. Ikut orang kata ni tak selesai mat. Kita ucap tahniah kepada Negeri Kedah walaupun posisi kaum dia tidak sama seperti Kelantan dan Terengganu tapi keberanian keyakinan dan insya-Allah, Allah subhanallah ta’ala memberi kemudahan lain pada negeri Kedah insya-Allah.
Saya juga ambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar yang telah berusaha untuk melaksanakan dua lagi janji manifesto kita iaitu untuk mewujudkan institusi menggantikan KUSZA dan juga Bandar Lestari sebagaimana disebut insya-Allah kita berusaha untuk awal tahun hadapan untuk melakukan pecah tanah dengan tanah yang telah apa diberikan kepada IQT, KQT yang insya-Allah kita akan angkat taraf sebagai Universiti Kolej di Exit Durian Mentangau macam Yang Berhormat Bukit Tunggal sebut tadi dalam highway kita nampak hutan-hutan, kelapa sawit-kelapa sawit setengah negeri bila exit turun turun exit bandar kita turun exit hutan hutan juga jadi insya-Allah exit Dungun itu kita akan bangunkan 300 ekar dengan kompleks institusi ini insya-Allah dan sebelah pada itu 900 ekar adalah untuk Bandar Lestari yang merupakan komponen integrasi bersama yang insya-Allah dalam perancangan Kerajaan Negeri untuk membangunkan Bandar Lestari antaranya adalah untuk
memberi kesempatan kepada anak generasi baru kita untuk mendiami rumah-rumah yang akan dibina khususnya di Bandar Lestari ini.
Saya juga ambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan tahniah kepada pelajar-pelajar anak Negeri Terengganu yang meskipun kita dalam suasana pandemik COVID-19 dengan pengajaran PdPR secara online masih lagi meraih kecemerlangan dan berturut-turut daripada tahun 2018, 2019 dan 2020 bahkan pada tahun lepas 2020 kita telah memecah empat rekod baru pendidikan Negeri Terengganu. Saya ambil kesempatan ini ucap tahniah kepada Pengarah JPN, Pengarah JAPIM dan juga semua warga pendidik, PPD dan sebagainya sampai guru-guru, di semua peringkat ibu bapa dan juga anak-anak yang berusaha bertungkus-lumus untuk meraih kecemerlangan sama ada STAM, STPM dan termasuk SPM di mana 337 pelajar kita mendapat semua A dan empat pelajar kita mendapat semua A+. Kalau kita tengok 2018 semua A dapat 1.58%, 2019 naik kepada 1.71% dan 2020 mencecah 2.06%. Kalau kita melihat peratus layak SPM pada tahun 2018 - 90.04%, tahun 2019 - 90.98%, tahun 2020 meningkat lagi menjadi 92.94%, lulus semua mata pelajaran tahun 2018 55.24%, tahun 2019 menokok kepada 61.21%, 2020 naik lagi kepada 62.36% dan JPN daripada 2018, 4.9%, 2019 JPN Gred Purata dia kepada 4.69%, 2020 kepada 4.55%. Empat-empat itu merupakan rekod baru buat Negeri Terengganu. Saya amat berbangga dengan anak-anak kita Terengganu ini dan insya-Allah moga-moga kecemerlangan ini akan dapat diteruskan, tidak ada apa yang mampu kita sebut melainkan kita bersyukur kepada Allah dan antaranya saya rasa, apabila Kerajaan Negeri telah mengumumkan untuk membuka balik Anugerah Pelajar Cemerlang RM5 juta setahun supaya pelajar-pelajar yang penting berusaha untuk mencapai yang terbaik, dan insya-Allah mereka akan ditaja untuk meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi secara biasiswa mahupun pinjaman RM10 juta yang kita sediakan sebagai galakan anak-anak kita menyambung pengajian kepada peringkat yang lebih tinggi.
Untuk makluman juga sebagaimana yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, kesungguhan Kerajaan bagi melaksanakan SRIDI. Sebenarnya ada dua SRIDI baru yang akan kita buka pada tahun depan. Satu SRIDI di Kuala Berang, dan satu lagi di Cukai, insya-Allah, dan kita juga sebagaimana sedia maklum, bahawa sekarang ni kita berusaha ke arah untuk membina bangunan-bangunan kekal yang sekarang ni masih lagi banyak bangunan sementara antaranya yang sudah ada bangunan kekal iaitu SRIDI
di Kota Putera dan juga SRIDI di Permaisuri. Dua SRIDI ni sudah merupakan bangunan kekal dan alhamdulillah, insya-Allah kita berusaha ke arah membina semua SRIDI-SRIDI itu dengan bangunan yang kekal yang lebih kondusif, insya-Allah.
Juga yang melibatkan pusat braille, hasrat kita adalah kalau sekarang ni dua pusat braille yang ada, adalah untuk mereka yang buta bagi mendapat pendidikan braille al-Quran dan juga ke arah membentuk mereka kepada hafazan, kita insya-Allah akan menambah baik dan memperluaskan kepada orang pekak sebab cukup sukar untuk mengajar al-Quran, mengajar agama, kewajipan fardhu ain kepada orang pekak ni melainkan perlu kepada kepakaran, dan ada aplikasi baru yang insya-Allah akan kita kembangkan di pusat braille kita ni insya-Allah. Jugak melibatkan pusat bahasa, sekarang ini kita memanfaatkan pusat bahasa kita pelajar-pelajar yang tidak dapat belajar ke pusat bahasa di Mesir, di Kaherah, mereka belajar secara online dan manfaatkan pusat-pusat bahasa kita, dan sekarang ni pelajar telah menyambung pengajian direct masuk ke kuliah dan insya-Allah kita akan manfaatkan pusat bahasa tersebut, dan hari ni juga dibuka kepada semua masyarakat kita untuk belajar al-Quran, memahami bahasa al-Quran, penaksiran al-Quran melalui memahami Bahasa Arab dan mendapat sambutan yang ramai, alhamdulillah. Bahkan kita akan buka kepada bahasa-bahasa lain berdasarkan apa yang disebut:
“Siapa-siapa yang belajar bahasa suatu kaum itu insya-Allah dia akan selamat daripada tipu daya mereka”
Jadi kita akan memperluaskan bahasa ini sebab biasa dua bahasa saja. Setengah-setengah negara maju dan sebagainya tiga ataupun empat bahasa pelajar-pelajar mereka. Apatah lagi persekitaran kita dengan Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Mandarin, Bahasa India ataupun bahasa-bahasa lain Rusia, Sepanyol, mahupun Perancis dan sebagainya.
Yang melibatkan pelajar berkait dengan UCTATI, sebenarnya kita telah menambah empat program lain melibatkan Master dan juga satu program yang melibatkan PHD dan bermula Februari 2022, kita akan membuka cawangan di bandar Kuala Terengganu ni, akan buka city campus yang insya-Allah banyak program-program baru yang memberi kemudahan kepada kawasan sekitar kita ni untuk mendapat pengajian luar kampus dan
sebagainya dan alhamdulillah walaupun dengan suasana pandemik yang ada, pelajar-pelajar masih ramai lagi memilih pusat UCTATI sebagai pilihan termasuk anak-anak Terengganu. Pada tahun 2019, ada 1202 orang pelajar. Pada tahun 2020 telah meningkat kepada 1395 pelajar. Pada tahun 2021 telah meningkat kepada 1531 pelajar dan pada tahun ni walaupun suasana pandemik dan sebagainya, tahun 2022, kita memiliki 1700 pelajar. Itupun dalam suasana pelajar-pelajar luor, pelajar India, Bangladesh, Indonesia dan sebagainya, Thailand yang mendapat pengajian kat kita tidak dapat hadir dan saya merasakan bahawa insya-Allah sekarang ni semua asrama lama-lama hok dok paka tu kita guna belaka doh dan kita yakin insya-Allah dapat memaksimakan penggunaan pusat UCTATI ini ke arah maksima insya-Allah.
Berkait dengan beberapa persoalan yang timbul dan dibangkitkan antara yang melibatkan SPM kepada wanita, saya rasa program Darul Huffaz insya-Allah kita akan membuat penambahbaikan untuk melibatkan semua sama ada lelaki dan perempuan, wanita, dan kita ada pusat PPYT di Besut dan Kuala Berang yang memang membuka termasuk untuk wanita. Lelaki dan wanita dan juga calon-calon yang melibatkan mereka yang berdaftar secara persendirian.
Berkait dengan Yang Berhormat Permaisuri yang menyentuh tentang intervensi PdPR secara penggiliran, antara tindakan yang dilaksanakan oleh pihak JPNT adalah membangunkan Modul Cakna Pembelajaran (MCP) untuk kegunaan guru dan murid sekolah rendah dan sekolah menengah. Modul ini akan diagihkan kepada semua sekolah pada 24 November pada tahun ini. Pihak JPNT juga sedang laksanakan peperiksaan percubaan SPM bermula 14 November sehingga 2 Disember dan pelajar akan mengambil peperiksaan SPM pada bulan Mac dan bagi menilai tahap penguasaan calon SPM dan semua pembangunan dan percetakan kertas dan sebagainya dibiayai oleh Kerajaan Negeri melalui program pendidikan Anjung Ilmu. JPNT juga mengadakan kursus pembinaan item kepada guru sekolah menengah Negeri Terengganu pada 18 November 2021 untuk terus memugarkan kemahiran guru membina item yang berkualiti dan insya-Allah kita cuba di segenap segi untuk mengekalkan kecemerlangan yang ada ataupun memecahkan rekod baru buat Negeri Terengganu dalam peperiksaan-peperiksaan pada Mac akan datang, insya-Allah.
Berkait dengan status Pusat Pendidikan Yayasan Terengganu (PPYT) yang disebut oleh Yang Berhormat Ajil, Mesyuarat Lembaga Pemegang-pemegang
Amanah Yayasan Terengganu kali ke-162 yang bersidang pada 17 April 2021 telah bersetuju memberi kelulusan khas bagi tujuan lantikan 11 orang guru jemputan PPYT kepada guru sandaran yang tidak terlatih yang disebut oleh Yang Berhormat bayar gaji ikut jam, harian tadok tu apa sebagainya dan alhamdulillah, sebenarnya pihak Yayasan Terengganu kita dah bincang, dah berbelas tahun kadang tu dah bekerja demikian, jadi 7 orang di PPYT Besut dan 4 orang di Kuala Berang telah diberi kelulusan insya-Allah untuk lantikan guru interim Gred DC41 dan tarikh lantikan bermula 1 Disember, Yang Berhormat. 1 Disember 2021, insya-Allah. Tu khabor gembira lah buat diaorang.
Berkait dengan Taman Ilmu, sebagaimana sedia maklum, ni projek-projek zaman sahabat-sahabat kita seberang lalu nun ah. Jadi zaman kita ni hado.. payoh jugok. Saya, Yang Berhormat Dato’ Seri Menteri Besor pergi wat lawatan dok, tengok suasana tu memang dahsyatlah. Projek RM300 juta tapi JKR kata kalu nok baiki RM350 juta hingga RM400 juta. Jadi mahal tali daripada beruk doh ni. Dalam suasana demikian, kita nok baiki pun dok boleh. Kita sedia maklumlah apabila kes mahkamah dan sebagainya. Pihak Kerajaan dulu pun telah membayor RM45 juta sebagai satu penyelesaian dan juga ada syarat-syaratnya terpaksa beri kerja kepada 17 kontraktor yang dilantik. Jadi pihak Kerajaan Negeri pun 18 Ogos beri tawaran kerja kepada 17 kontraktor tu, LOI tapi mereka tolok. Dok sesuai, ginilah macam-macamlah dan sebahagian pulok ambik tindakan mahkamoh, ca’ra pulok. Jadi lambat pulok ah. Wase jadi tempat istana jin doh situ napok or. Jadi dulu memang hasrat kita, kampus baru kolej ganti KUSZA ni kita hasrat nok wat situ lah. Tapi dengan suasana sekarang, kita tanya JKR kalu buat tempat baru, berapa harga. Dia kata dalam RM350 juta. Baik wat tempat baru, kan. Nak buat tempat yang sedia ada tu tapi alhamdullilah UNISZA apa manfaat tapi kita sedia maklum gitu la nak cakap panjang-panjang pun payah juga, masa pun agak terhad kan, kan cakap panjang koho panas pula dok? Okey, sahabat kita pun dok hadir kan, Kijal pun dok hadir, Hulu Besut pun takdok, ho takdok.
masih lagi ramai yang setia ini.
Ada yang setia, se lagi doh yang berkait tentang Menara Cecilia dan Menara El-Huda di Mesir. Memang Kerajaan, MMKN telah bersetuju untuk membuat
pembelian ini. Jadi Yang Berhormat Kijal kata mahal lah apa lah, sebagainya. Ini bukan beli bas dua alam ni, masuk dalam laut tu, dalam sungai ni, ini bangunan saudara dan bangunan yang dibeli ini 10 tingkat. Ini dua menara, makna kalau dua tingkat 20 tingkat, dua bangunan dan kawasan yang duduk itu strategik, iaitu Haiyyu Sabi’. Saya dok tahu Yang Berhormat Kijal ini pernah pergi Mesir ke dok.
Yang Berhormat berapa juta Yang Berhormat? Sekali lagi, berapa juta?
Mana?
Hok tadi, sebut tadi.
Harga dia?
Ya, ya.
Harga dia RM6.7 juta. Gini pihak Kerajaan telah melantik Perunding Hartanah Antarabangsa iaitu Rahim & Co, bukan kita anggar-anggar pakai tengok gitu. Dia pergi sana, dia check bangunan apa dan sebagainya dan ini harga dia. Menara Cecilia ikut nilaian harga semasa Tetuan Rahim & Co, RM6.731 juta, harga yang ditawarkan oleh El-Attal RM6.750 juta tapi harga yang dipersetuju perbincangan RM6.730 juta. Menara El-Huda, kita dok buat lagi menara ini, dia bayar percent sebab tanah. Tanah dan juga bangunan, jadi hok yang siap dah baru Cecilia, 10 tingkat, satu tingkat tu, dia boleh muat ada lapan bilik. Setiap bilik boleh muat empat orang, lebih kurang 250 orang untuk satu bangunan. Bakpe gi beli? Sekarang bangunan yang sedia ada pelajar Terengganu kita ini, ini masa COVID-19 eh, masa pelajar hok dok gi lagi, sakok ape sebagai, hok ade dinung belang-belang COVID-19 pun ada 450 orang pelajar. Jadi hok ada muat bangunan lama tu, 114 orang sahaja. Itu pun bangunan sedia maklum la, berapa puluh tahun dah. Jadi dia sebut berkait dengan bangunan Al-Mansoura, ana rasa bangunan Mansoura ini Yang Berhormat Seberang Takir lebih arif la, lebih maklum bakpe beli situ ape.
Mansoura ini takdok pelajar dah, ada 24 orang je. Sekarang JPA dok iktiraf doh medic Mesir dan pihak Al-Azhar dok benar doh cawangan-cawangan, jadi semua berkumpul di Kaherah. Kaherah ini ya lah, berapa puluh juta duduk di Kaherah sahaja. Pelajar kita nak sewa bangunan memang payah la dengan kos yang tinggi, jadi itulah Kerajaan dan bukan kita sahaja Kelantan beli tiga dah bangunan. Takut kita komang pada Kelantan dok, kita minyak ada, ape ada. Dia bajet dia RM600–700 juta saja, untuk keselesaan pelajar dan ini lebih hampir dengan pengajian Al-Azhar dekat dengan khususnya muslimat apa sebagainya boleh jalan kaki je. Sebelah itu adalah bangunan apa Wilayah Persekutuan, jadi dekat dengan komuniti pelajar dan sebagainya. Jadi bangunan di Mansoura tu tak boleh pakai dah, saje je rosak apa doh terbiar macam itu, jadi harga Tetuan Rahim & Co kata bangunan tu RM1.4 juta sahaja dan El-Attal nak beli RM1.8 juta. Nego, nego, nego, dia sanggup beli RM2.0 juta, jadi untung dah, kalau tidak sekung situ dan dia pun dah bandar dia pindah dah daripada kawasan penempatan kepada pusat bandar Mansoura baru. Apartment tingkat Emroa Al-Qays, hok ni zaman saya mengaji dulu bangunan ini. Satu apartment sahaja, tu pun dia nak beli mujur tukar, USD50,000.00 sahaja. Di Haiyyu Sabi’ juga, ni zaman saya dulu, jadi sebelum pada saya ramai lagi. Saya ingat zaman Tan Sri Wan Mokhtar dulu dengan bangunan ini jadi nak pakai pun dokleh payoh dah, berhantu dah situ jadi dia pun ambil, mujur la jadi selesai pemasalahan tersebut. Jadi saya rasa ini tindakan yang baik yang telah diambil keputusan oleh Kerajaan Negeri Terengganu. Isu perabot dan sebagainya, isu teknikal, insya-Allah, pihak JKR dan pihak Yayasan Terengganu akan pergi balik untuk buat rundingan dan sebagainya, insya-Allah. Cuma saya tengok kertas ini serupa dah dengan Yang Berhormat Kijal, serupa ye dia fotostat ambil hok tule je mo’oo jadi maklumat-maklumat ada belaka la. Jadi saya rasa itu saja kot yang saya ingin saya sentuh, dang molek pukul enam. Esok ah la Yang Berhormat dok, saya mohon menyokong ucapan Belanjawan 2022, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Wakil Paka atas penggulungan tadi. Sekarang sampai la masa yang kita tunggu sebagai penggulungan terakhir untuk kita mendengar penggulungan daripada Wakil Rhu Rendang dan juga selaku Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita, saya persilakan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan peringkat Negeri dan Persekutuan dan semua yang mengikuti sesi Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu pada kali ini.
Alhamdullilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana memberikan ruang dan peluang untuk kita berada dalam Dewan Yang Mulia ini, bagi melaksanakan amanat Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan tanggungjawab yang telah diletakkan kepada kita oleh rakyat Negeri Terengganu Darul Iman. Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat khususnya di atas pandangan yang bernas dan membina sama ada daripada pihak Kerajaan ataupun bukan Kerajaan yang mengambil bahagian dalam perbahasan Enakmen Perbekalan 2022. Segala pandangan yang baik akan diambil perhatian yang serius oleh pihak kerajaan bagi memastikan Belanjawan 2022 iaitu bajet defisit 10% iaitu defisit RM150.7 juta bagi mencapai objektifnya.
Saya juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ketua-ketua jabatan, pegawai kerajaan dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam persidangan kali ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan media yang memberikan liputan terbaik sepanjang Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu berlangsung. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dan semua pihak yang telah menghantar ucapan selamat hari lahir kepada saya pada semalam, 16 November. Apapun kita berdoa agar semua kita sentiasa berada dalam rahmat dan keampunan Allah Subhanahu Wa Ta’ala jua.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya meneliti ucapan Ahli-ahli Yang Berhormat yang menyentuh tentang pelaksanaan Belanjawan 2022 dan saya bagi pihak Kerajaan Negeri Terengganu memahami sepenuhnya keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat terhadap pelaksanaan Belanjawan pada tahun 2022 nanti. Sebenarnya pada tahun ini pelaksanaan dan prestasi Belanjawan 2021 telah dipantau oleh TSIS, malah mekanisma ini akan ditambah baik pada tahun hadapan dengan penubuhan sebuah jawatankuasa khas yang berperanan mengurus prestasi Kerajaan Negeri khususnya inisiatif belanjawan tahunan. Saya ingin
mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tepoh selaku Pengerusi BBC yang telah menjelaskan strategi Kerajaan dalam pengiraan kadar harga minyak per barrel di mana kita menjangkakan bahawa hasil Negeri Terengganu akan berlebihan sekiranya kadar pengiraan berdasarkan harga semasa diambil kira. Untuk makluman semua Ahli-ahli Yang Berhormat Kerajaan Negeri telah pun berkomunikasi dengan perbendaharaan di peringkat pusat untuk mendapatkan kepastian yang sebenar tentang sifir pengiraan yang digunakan oleh mereka dalam mengira jumlah dana khas Kerajaan Persekutuan atau royalti petroleum kerana setelah kita semak dengan rekod penerimaan sebelum ini termasuklah yang tahun-tahun yang lalu, yang lampau terdapat perbezaan kadar minyak per barrel yang digunakan oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat. Perbezaan puluhan juta dan mungkin mencecah ratusan juta setiap tahun yang kita kategorikan sebagai discrepancy dengan izin adalah hasil boleh menjadi hasil tambahan kepada Kerajaan Negeri. Ini sedang kita tekuni dan kita bincang dengan pihak perbendaharaan.
Kebanyakan soalan-soalan yang berbangkit ada yang dijawab secara lisan, bertulis sebagaimana dalam aturan dewan dan juga yang dijawab oleh sahabat-sahabat Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sepanjang sesi penggulungan mereka pada hari ini. Oleh yang demikian saya ingin fokuskan kepada beberapa perkara sahaja.
Terima kasih di atas sokongan dan dalam inisiatif bajet 2022 untuk i-Fitri bagi tahun 2022 ini dari semua pihak. Ini menunjukkan bahawa Kerajaan yang ada ini adalah responsif dengan cadangan dari semua pihak dan apa yang lebih penting ialah i-Fitri mesti lebih bersifat bersasar dan saya ingin memberi satu ingatan dan amaran yang tegas kepada jentera Kerajaan dan pemimpin masyarakat supaya berlaku adil dalam penentuan untuk pemberian i-Fitri nanti tanpa mengira fahaman politik kepartian dan tentunya mestilah mengikut syarat-syarat ditentukan kepada yang layak. Kelemahan lalu dalam pengagihan sama ada semasa Kerajaan sesi ini atau sesi Kerajaan yang lalu mestilah diperbetulkan supaya mereka yang berhak dan selayaknya hanya menerima duit ini ataupun bantuan ini.
Pihak Kerajaan juga dalam masa yang sama ingin menaik taraf Tabung Darul Iman kepada Yayasan Darul Iman dan ini ada beberapa persoalan yang ditimbulkan tentang Tabung Darul Iman dan Yayasan Darul Iman dan
beberapa perkara yang berkaitan dengan ataupun persoalan tentang Yayasan Darul Iman di mana Yayasan Darul iman ini akan menyelaras semua bantuan tunai Kerajaan dan dengan penubuhan atas nama yayasan ini kita percaya akan dapat memainkan peranan seperti berikut:
1. Meningkatkan saiz dana kebajikan rakyat melalui sumbangan pelbagai pihak sama ada pihak kerajaan, GLC, korporat, pertubuhan mahupun individu persendirian.
2. Memastikan bantuan yang disediakan sampai kepada semua penerima yang memerlukan.
3. Meningkatkan keupayaan kendiri supaya rakyat tidak berterusan bergantung kepada bantuan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, suatu tajuk yang dibicarakan sepanjang persidangan kali ini daripada hari selasa sampai ke hari ini ialah tentang kerjasama politik, yang saya rasa bukan sahaja menarik minat Ahli-ahli Yang Berhormat yang berada dalam Dewan yang mulia ini bahkan juga menarik minat rakyat kita yang berada di luar sana. Tentunya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh tentang agenda kerjasama politik dalam ucapan perbahasan pada Dewan kali ini dan sudah tentunya perpaduan dan penyatuan kerjasama antara parti-parti melayu Islam ini adalah menjadi hasrat dan harapan kita untuk berhadapan dengan cabaran-cabaran yang mendatang. Malah dengan berkat kerjasama yang erat dalam Kerajaan pusat pada waktu ini di antara PAS, UMNO dan Bersatu dan parti-parti yang lain, negara kita semakin pulih daripada ujian yang paling getir pada waktu ini iaitu pandemik COVID-19 dan kita sama-sama berganding bahu dalam suasana yang sukar ini bagi menjaga rakyat jelata kita. Inilah bukti yang nyata yang ada di hadapan kita bahawa dengan berkat kesatuan ini rakyat kita kini beransur-ansur dapat hidup seperti sedia kala malah sentimen perkauman dan agama yang agak tegang ketika pemerintahan Kerajaan Pakatan Harapan mentadbir negara kita dahulu dapat kita redakan dengan adanya kerjasama yang datang dari jiwa dan niat yang suci.
Pengulungan saya pada hari ini juga terpaksa menyentuh tentang aturan atau tajuk kerjasama politik kepartian kerana empat sebab.
1. Ianya dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat.
2. Ianya berkait dengan kepentingan rakyat Terengganu yang inginkan keharmonian dalam masyarakat 3. Ianya juga berkait dengan kelancaran jentera pentadbiran dan kaedah penyampaian yang lebih efektif sekiranya kerjasama wujud di tahap optimum.
4. Apa jua yang berlaku di peringkat persekutuan adalah juga berkait dengan kita di Negeri Terengganu ini.
Pada waktu ini kita bercakap tentang penyatuan ummah dan kerjasama politik. Sudah tentu satu hakikat yang tidak dapat kita nafikan ialah bahawa kita semua ada kelemahan. Kita harus melihat sekiranya kita gagal berpakat, gagal berbincang ianya adalah kerana kelemahan kita juga tidak orang lain. Sekiranya ketiga-ketiga parti ini gagal merendahkan egonya kita akan balik asal menyaksikan kembalinya sengsara 22 bulan Kerajaan scammer dan kita lupakah tempoh 22 bulan dikelirukan oleh mereka yang menjanjikan bulan dan bintang dalam PRU ke empat belas dan mereka menang walaupun akhirnya mereka mengaku bahawa mereka tidak mampu untuk melaksanakan janji mereka. Kita lupakah selama 22 bulan itulah ada pegawai kerajaan, pegawai tadbir diplomatik yang telah dipinggirkan dalam kementerian tertentu sehingga menyebabkan krisis pentabiran yang serius di peringkat Persekutuan. Kecekapannya terjejas dan adakah kita juga lupa bagaimana institusi Islam dan melayu digegarkan dan terancam dengan pelbagai virus yang dicampakkan oleh mereka pada zaman pemerintahan mereka. Kini ancaman mereka akan kembali melihat jalannya jika kita gagal berpakat. Bayangkan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, semua perkara ini berlaku dan hiruk-pikuknya di peringkat Persekutuan adalah kerana cita-cita orang tertentu sejak akhir 1990-an yang mengheret rakyat menjayakan cita-cita peribadi ingin menjadi perdana menteri dengan mengadakan persepakatan dengan sesiapa sahaja asalkan cita-cita beliau untuk menjadi perdana menteri dapat dicapai. Kitalah yang mesti memastikan ketua-ketua kita di peringkat pusat tidak menjadi orang yang turut sama menaikkan mereka itu walau apa jua janji individu berkenaan kepada ketua kita.
Adakah kita menyangka anak-anak kita yang berumur 18 dan generasi mereka yang akan menjadi pengundi pada tahun hadapan kisah sangat tentang titik bengik parti-parti yang ada. Kelompok mereka ini dan
sebilangan besar yang ada dalam negara kita ini tidak berparti. Tidak seperti kita dalam Dewan pada hari ini. Mereka hanya mahukan masalah mereka dibela dan dijaga oleh kita semua yang menjadi pemimpin. Saya percaya semua kita yang ada dalam Dewan ini mempunyai hasrat yang sama dengan rakyat Terengganu dan rakyat melayu Islam yang ada dalam negara kita ini untuk melihat kerjasama dan persefahaman memasuki fasa yang lebih baik. Sudah tentu tidak siapa menyatakan bahawa ianya mudah tetapi itulah tugas kita sebagai pemimpin. Kalau mudah tak perlulah tugas ini dipikul oleh pemimpin. Kita serah pada orang lain jelah kalau mudah kerana payahlah maka ianya menjadi tugas kita. Ianya merupakan satu jihad bagi kita memikul tugas ini. Untuk memastikan kerjasama semua parti melayu ini boleh berlaku berdasarkan pengalaman saya sendiri dan rakan-rakan yang lain maka ianya tidak mustahil untuk dicapai. Kuncinya kena duduk dan bincang. Saya beri satu contoh di mana saya sendiri terlibat secara langsung iaitu perbincangan untuk membentuk kerjasama tiga parti dalam PRN Melaka, Pilihan Raya Negeri Melaka. Di mana dari peringkat awalnya berjaya menemui jalan penyelesaian setelah pertemuan tiga parti berjaya diadakan dan pertemuan tiga parti ini saya terpaksa sebut di sini telah mendapat mandat daripada ketua parti masing-masing diadakan pada rabu, 27 oktober dan kehadiran pula bukan calang-calang level ataupun tingkat level timbalan presiden, naib presiden, setiausaha agong, ahli Majlis Kerja Tertinggi, di mana pada pertemuan Rabu 27 Oktober, lima orang wakil daripada UMNO, dua orang daripada PAS, dua daripada BERSATU. Kali kedua bertemu lagi kami pada Jumaat 29 Oktober, enam orang wakil daripada UMNO, dua daripada PAS, tiga daripada BERSATU, di mana pada peringkat itu beberapa persetujuan telah dicapai dan cadangan Pre-Election Agreement dirangka untuk kerjasama berlaku untuk Pilihan Raya Negeri Melaka. Pun begitu langit tidak selalu cerah, Rabu 3 November Pasukan Perunding dalam kekecewaan dimaklumkan bahawa ada seorang Ketua Parti yang akhirnya tidak bersetuju dan tetap mahu tiga penjuru. Memang semua kecewa, tapi apa nak buat, sikap Abang Long inilah yang mengganggu kerjasama sesama kita.
Apa yang perlu ialah semua pihak berlapang dada, ikhlas dan mampu untuk mengelakkan dari mempunyai beberapa ciri yang boleh merosakkan usaha dan antara ciri yang boleh merosakkan usaha, perbincangan, kerjasama kelompok kita ini ialah yang pertama, sikap Abang Long dalam apa jua perundingan. Yang kedua sikap watak samseng kampung dusun iaitu watak Shariff Dol dalam filem Seniman Bujang Lapok. Yang ketiga sifat tamak
haloba mementingkan diri sendiri seperti watak Abdul Wahab dan Abdul Wahid iaitu anak-anak kepada Ismet Ulam Raja dalam filem Tiga Abdul. Badiuzzaman Said Nursi berkata, “musuh kita adalah kejahilan, keperluan dan perselisihan. Kita akan memerangi ketiga-tiga musuh ini dengan senjata kemajuan, pengetahuan dan penyatuan, permusuhan dan perseteruan adalah kebinasaan. Kita sebenarnya tidak punya waktu untuk bermusuhan sesama sendiri”.
Sebagai mengakhiri ucapan ini, saya mengajak kita semua untuk menghayati Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Dalam surah Ali-„Imran ayat 103. Di mana Allah Subhanahu Wa Ta’ala menjelaskan-
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah yakni agama Islam dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan semasa jahiliah dahulu. Lalu Allah menyatukan di antara hati kamu sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam. Maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara.
Sekianlah sahaja Penggulungan saya pada kali ini. Sekian,
Terima kasih Yang Amat Berhormat Wakil dari Rhu Rendang yang telah menyelesaikan Penggulungan Bajet ataupun Rang Enakmen Perbekalan 2022. Sekarang saya buka kepada undian-
Cadangan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang kedua dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan sebulat suara.
RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN BAGI MENGGUNAKAN SEJUMLAH WANG DARI KUMPULAN WANG DISATUKAN UNTUK PERKHIDMATAN BAGI TAHUN 2022 DAN BAGI MEMPERUNTUKKAN JUMLAH WANG ITU UNTUK PERKHIDMATAN BAGI TAHUN ITU
Dalam Jawatankuasa
Mesyuarat sekarang menjadi Jawatankuasa.
Rang Undang-Undang Bernama Suatu Enakmen Bagi Menggunakan Sejumlah Wang Daripada Kumpulan Wang Disatukan Untuk Perkhidmatan Bagi TahunBill
2022 DAN BAGI MEMPERUNTUKKAN JUMLAH WANG ITU UNTUK PERKHIDMATAN BAGI TAHUN ITU TELAH DITIMBANGKAN DARI SATU FASAL KE SATU FASAL DAN TELAH DIPERSETUJUI TANPA PINDAAN DENGAN SEBULAT SUARA
Mesyuarat balik semula.
Bacaan Kali Yang Ketiga
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya maklumkan bahawa Rang Enakmen ini telah ditimbangkan dalam Jawatankuasa dan telah dipersetujui tiada pindaan. Saya mohon mencadangkan supaya Rang Enakmen ini dibaca kali yang ketiga dan diluluskan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu.
Rang Enakmen ini telah mendapat sokongan untuk dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan.
Cadangan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang ketiga dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan sebulat suara.
RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN BAGI MENGGUNAKAN SEJUMLAH WANG DARIPADA KUMPULAN WANG DISATUKAN UNTUK PERKHIDMATAN BAGI TAHUN 2022 DAN BAGI MEMPERUNTUKKAN JUMLAH WANG ITU.
DIPERBUAT UNDANG-UNDANG INI OLEH KUASA UNDANGAN NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN SEPERTI YANG BERIKUT:
1 (1) ENAKMEN INI BOLEHLAH DINAMAKAN ENAKMEN PERBEKALAN 2022.
(2) ENAKMEN INI HENDAKLAH MULA BERKUAT KUASA PADA 1 JANUARI 2022
Rang Enakmen ini telah diluluskan dan menjadi Enakmen Perbekalan 2022.
Sebelum saya tangguhkan persidangan, saya terlebih dahulu mengucapkan banyak terima kasih di atas kesabaran semua Ahli Yang Berhormat yang dapat tunggu sehingga selesai Enakmen ini diluluskan dan juga saya nak ingatkan sebagaimana yang telah diputuskan, pakaian rasmi esok adalah berbaju batik lengan panjang. Ini juga dipanjangkan kepada pegawai-pegawai ataupun ketua-ketua jabatan yang turut hadir.
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya tangguhkan sementara Dewan ini ke hari esok 18 November 2021 pada pukul 9.30 pagi. Untuk itu, marilah kita tangguhkan dengan membaca Tasbih Kafarah dan Suratul „Al-Asr’.
DEWAN DITANGGUHKAN PADA PUKUL 6.00 PETANG.