Terengganu · 18 November 2021

14th Assembly, 4th session, 2nd meeting · 115 turns · 9,542 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalTerengganu publishes one PDF per meeting, with the written answers appended. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

Soalan-Soalan LisanQuestions

Yang di-Pertua

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, seperti biasa bagi memberkati persidangan kita pada hari yang terakhir ini marilah kita mulakan dengan Ummul Quran al-Fatihah.

Mesyuarat pada pagi ini 18 November 2021 diteruskan dengan Soalan-soalan Lisan. Berikut adalah Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberi notis untuk mengemukakan Soalan-soalan Lisan pada hari ini, iaitu daripada:-

1 Yang Berhormat Wakil Ajil 2 Yang Berhormat Wakil Permaisuri 3 Yang Berhormat Wakil Kemasik 4 Yang Berhormat Wakil Wanita 5 Yang Berhormat Wakil Tepoh 6 Yang Berhormat Wakil Batu Buruk 7 Yang Berhormat Wakil Seberang Takir 8 Yang Berhormat Wakil Sura 9 Yang Berhormat Wakil Telemong 10 Yang Berhormat Wakil Buluh Gading 11 Yang Berhormat Wakil Hulu Besut 12 Yang Berhormat Wakil Manir 13 Yang Berhormat Wakil Bukit Besi 14 Yang Berhormat Wakil Rantau Abang 15 Yang Berhormat Wakil Jertih 16 Yang Berhormat Wakil Pengkalan Berangan 17 Yang Berhormat Wakil Langkap 18 Yang Berhormat Wakil Bandar 19 Yang Berhormat Wakil Batu Rakit 20 Yang Berhormat Wakil Air Putih 21 Yang Berhormat Wakil Kuala Besut

Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Wakil Ajil untuk memulakan Soalan Lisan kita pada pagi ini, dipersilakan.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya nombor satu-

Apakah aktiviti-aktiviti yang telah dan akan dibuat bagi mempastikan nasib anak-anak Terengganu di perantauan terus terbela sebagaimana anak-anak Terengganu yang berada dalam negeri?

Wan Sukairi bin Wan AbdullahPAS · PNWakaf Mempelam

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ajil dan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat, semua rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan dan juga pemerhati yang berada dalam Dewan dan juga yang berada di talian. Pertama saya suka untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua atas kebenaran untuk kita berpakaian batik pada pagi ini. Rasa selesa sikit pakai lagu ni nih, kalau boleh kerek-kerek sikit pun dakpe lain pakai baju batik ni.

Yang di-Pertua

Hari Khamis je Yang Berhormat. [ketawa]

Wan Sukairi bin Wan AbdullahPAS · PNWakaf Mempelam

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ajil bertanyakan soalan apakah aktiviti-aktiviti yang telah dan akan dibuat bagi memastikan nasib anak-anak Terengganu di perantauan terus terbela sebagaimana Anak-anak Terengganu yang berada dalam Negeri. Untuk makluman Yang Berhormat dan Dewan semua pada Februari 2020 yang lalu, Kerajaan Negeri telah mengadakan bengkel dan perjumpaan di Kuala Lumpur bersama dengan 16 pertubuhan NGO Anak Terengganu di perantauan. Melalui bengkel yang diadakan selama dua hari tersebut, satu sekreteriat yang dinamakan Jawatankuasa Kepimpinan Persatuan Anak-anak Terengganu di

Perantauan (KPATD) telah berjaya ditubuhkan. Melalui sesi bengkel tersebut juga, pelbagai perancangan program menerusi Jelajah Informasi dan Ramah Mesra Anak Terengganu di Perantauan (JARINGAN 2020) telah diatur untuk kepimpinan Negeri turun bersama anak-anak perantau. Namun program ini hanya sempat diadakan di Johor sahaja bersama Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada 21 Februari 2020 manakala di negeri-negeri yang lain terpaksa ditangguhkan kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Berikutan pelaksanaan PKP 1.0 pada 18 Mac 2020 yang lalu, Kerajaan Negeri telah memanfaatkan sekretariat yang ditubuhkan ini dan bersetuju untuk menyalurkan peruntukan sebanyak RM50,000.00 kepada persatuan Anak-anak Terengganu di perantauan bagi membantu sebilangan Anak-anak Terengganu perantauan yang menetap di luar.

Seterusnya pada tahun 2021 pada tahun ini, Kerajaan Negeri telah bersetuju menyediakan bantuan kewangan secara one-off kepada persatuan-persatuan anak-anak Terengganu di perantauan menerusi bantuan COVID-19 2.0 pada pertengahan Jun 2021 berjumlah RM100,000.00. Melalui peruntukan ini, sebanyak 500 keluarga yang terdiri daripada mereka yang berpendapatan kurang daripada RM3,000.00 seisi keluarga sebulan telah pun diberi bantuan dan bantuan yang disalurkan ini diberikan kepada anak-anak Terengganu di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Pada tahun 2022, Kerajaan Negeri berhasrat untuk menganjurkan program perantau dengan mengadakan lawatan ke negeri-negeri lain mengikut zon bagi memberi penerangan berkenaan kejayaan dan inisiatif yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dengan kerjasama agensi Kerajaan Negeri. Terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan supaya diberi keistimewaan kepada anak-anak kepada perantau Terengganu ini untuk memasuki sekolah-sekolah berasrama khususnya sekolah-sekolah berasrama penuh di bawah kelolaan Negeri, di bawah kelolaan Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu ataupun MRSM ataupun SBP di bawah kelolaan Kementerian supaya mereka yang berada di luar Terengganu ini akan terus merasai kebersamaan dengan negeri tanah kelahiran mereka sendiri. Terima kasih.

Wan Sukairi bin Wan AbdullahPAS · PNWakaf Mempelam

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ajil, saya sangat bersetuju dengan cadangan yang telah pun dikemukakan oleh Yang

Berhormat Ajil sebentar tadi. Saya juga ada mendengar beberapa rungutan daripada anak-anak Terengganu di perantauan yang ingin menghantar anak-anak mereka bersekolah di Terengganu khususnya di institusi pendidikan Terengganu yang mana mereka ini terpaksa bersaing dengan pelajar-pelajar daripada luar yang kuotanya telah pun ditetapkan. Saya rasa kalau tidak silap saya 10% kuota untuk orang luar dan mereka terpaksa bersaing. Jadi sekiranya anak-anak perantauan ini mereka boleh sama ada diberikan kuota yang suku ataupun kuota yang sama seperti mana anak-anak Terengganu saya rasa peluang ini jauh lebih baik dan lebih menggembirakan mereka, insya-Allah. Jadi, saya mohon bersetuju dengan cadangan ini dan boleh EXCO Pendidikan untuk ambil perhatian. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Ya, terima kasih Yang Berhormat. Saya jemput Wakil Kemasik.

YANG BERHORMAT Ir. SAIFUL AZMI BIN SUHAILI (Wakil Kemasik): Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya nombor dua-

Apakah perancangan Kerajaan dalam menyokong usahawan kecil dan sederhana untuk berkembang maju dalam bidang makanan halal terutama dalam penyediaan premis yang mematuhi syarat-syarat halal yang ditetapkan JAKIM?

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih kepada Kemasik memberikan soalan berkenaan dengan perancangan Kerajaan dalam menyokong usahawan kecil dan sederhana untuk berkembang maju makanan halal dalam penyediaan premis yang mematuhi syarat-syarat halal daripada JAKIM.

Bagi sokongan kepada penyediaan premis yang memenuhi syarat-syarat halal yang ditetapkan JAKIM, YPU ataupun Yayasan Pembangunan Usahawan tiada mempunyai program khusus. Walau bagaimanapun, pihak YPU memberi khidmat nasihat kepada usahawan yang memohon serta menyelaras permohonan di bawah Urus Setia Pembangunan Usahawan Terengganu

(PEUTER). Usahawan juga boleh memohon pembiayaan tanpa faedah (No-RIBA) di bawah Tabung Usahawan Terengganu (TUGAS) bagi kerja-kerja pengubahsuaian premis-premis untuk mematuhi syarat-syarat halal yang ditetapkan oleh JAKIM. Antara skim pembiayaan yang layak dipohon ialah:

1. Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan Terengganu (SP3T) 2. Tabung Siti Khadijah 3. Skim Pembiayaan Atas Talian (SPINT), dan 4. Skim Dana Industri Asas Tani (DUNIA) Terima kasih.

YANG BERHORMAT Ir. SAIFUL AZMI BIN SUHAILI (Wakil Kemasik): Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan tambahan saya dari segi sokongan kewangan alhamdulillah cumanya cabaran kita usahawan-usahawan antaranya adalah berkenaan dengan marketing ataupun mengembangkan jualan masing-masing dan mungkin untuk mereka kembangkan ke pasaran luar negara, apakah tindakan ataupun usaha yang Kerajaan lakukan untuk membantu mereka.

Terima kasih Kemasik. Bagi memastikan usahawan-usahawan Terengganu dapat mengembangkan jualan masing-masing dan mungkin hingga ke pasaran luar negara pihak Kerajaan melalui YPU dan urus setia Pembangunan Usahawan Terengganu (PEUTER) sedang meningkatkan usaha untuk melaksanakan aktiviti promosi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terutamanya melalui penganjuran Terengganu showcase. Ini untuk dalam negeri dululah kerana sambutan ataupun makluman yang kita dapat daripada usahawan-usahawan apabila kita menganjurkan Terengganu showcase ini dapat menambahkan jualan mereka dan sekali gus menambahkan pendapatan mereka. Jadi penganjuran Terengganu showcase yang terdekat adalah di Mesra Mall, Kemaman pada 22–26 Disember ini yang akan melibatkan seramai 20 orang usahawan, manakala dalam bulan Mac tahun 2022 kita merangka untuk mengadakan Terengganu showcase ini di AEON Mall, Nilai Negeri Sembilan yang melibatkan 35 usahawan insya-Allah. Siri jelajah Terengganu showcase ini dalam negara, kita laksanakan tiga kali dalam setahun dan pihak Kerajaan juga akan mengenal pasti beberapa karnival keusahawanan yang dianjurkan oleh Kerajaan ataupun swasta bagi penyertaan usahawan Terengganu.

Bagi pasaran luar negara, pihak Kerajaan Negeri akan turut sama menyertai aktiviti promosi dan jualan yang dilaksanakan oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Negara (MATRADE) sebagai agensi peneraju untuk mempromosi produk tempatan dan pasaran luar negara. Pihak YPU akan meneruskan beberapa program usahawan yang sedia ada bagi membantu usahawan mengembangkan jualan mereka, meningkatkan kapasiti pengeluaran mereka itu. Untuk makluman Dewan, kita mengadakan promosi untuk luar negara ini dengan memanggil dulu beberapa pengusaha-pengusaha yang berada di luar negara untuk melihat ataupun merasa produk-produk ini dan mereka akan buat tempahan. Kemudian selepas daripada itu kita barulah susuli dengan promosi. Sekarang ni, alhamdulillah walaupun dalam pandemik ini kita berjaya menghantar empat SKU ataupun empat produk kita ke Dublin, UK dalam pandemik baru ini dan insya-Allah kita akan susuli selepas daripada pintu negara dibuka nanti, insya-Allah. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat.

Saya teruskan dengan menjemput Wakil Wanita.

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya soalan pertama-

Dalam suasana ekonomi tidak menentu sekarang dan syarikat yang sedang mengalami cabaran kos pekerja, bagaimanakah kerajaan memastikan rakyat Terengganu mendapat pekerjaan yang ada?

Dato’ Yang di-Pertua, sekali lagi berkenaan dengan kali ini adalah berkenaan dengan pekerjaanlah sumber manusia yang dibangkitkan oleh ADUN Wanita berkenaan cabaran pekerja bagaimana Kerajaan memastikan rakyat Terengganu dapat pekerjaan dalam suasana ekonomi yang tidak menentu ini.

Antara langkah Kerajaan Negeri bagi memastikan rakyat Terengganu mendapat pekerjaan adalah melalui Karnival Kerjaya Negeri Terengganu yang saya sebutkan dalam penggulungan semalam dan program outreach Kesejahteraan Pekerjaan Terengganu. Program-program tersebut adalah program padanan

pekerjaan yang dianjurkan oleh Urus Setia Pekerjaan Negeri Terengganu (UPNT) dan diurusetiakan oleh Pusat Pembangunan Manusia Terengganu (T-HRDC) dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Negeri Terengganu, terima kasih.

Soalan tambahan saya. Dalam ucapan penggulungan semalam Yang Berhormat ada sebut syarikat panasonic dalam bidang penghawa dingin telah mengadakan MoU dengan Kerajaan Negeri bagi memberi peluang pekerjaan kepada anak-anak Negeri Terengganu, soalan saya setakat ini ada lagikah syarikat-syarikat lain yang berminat untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri bagi tujuan yang sama. Terima kasih.

Terima kasih ADUN Wanita. Alhamdulillah, sepertimana yang saya sebutkan juga dalam penggulungan semalam, platform yang kita sediakan yang disediakan oleh T-HRDC sekarang ni mula diketahui dan menarik minat daripada kalangan pencari kerja (job hunter) dengan izin dan juga majikan-majikan yang mempunyai kekosongan-kekosongan dan alhamdulillah apabila dengan PAPAMAI semalam yang disebut semalam kita telah mengadakan MoU sehingga ke hari ini ada beberapa lagi syarikat-syarikat yang telah menghubungi T-HRDC untuk mengadakan perkara yang sama. Antara yang boleh saya kongsikan di sini, Dato’ Yang di-Pertua adalah PHN syarikat majikan bernama PHN dalam bidang automotif komponen ada menyediakan peluang pekerjaan seramai 300 orang, DHL Shah Alam bahagian logistik seramai 160 orang kekosongan yang dia ada dan H2R dalam bidang perladangan seramai 1200 orang dan dalam bidang oil and gas, redteam mempunyai 120 orang kekosongan dan careplus dalam bidang glove MFG mempunyai 100 orang. Dan begitu juga dalam (GPG) Golden Pharos Glass juga anak syarikat Kerajaan Negeri mempunyai 30 kekosongan. Jadi ini adalah senarai-senarai majikan-majikan yang insya-Allah yang akan buat kerjasama dengan Kerajaan Negeri dan kita akan tawarkan kepada anak-anak negeri yang berminat dan yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan tersebut. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya jemput Wakil Tepoh.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya nombor satu-

Apakah kaedah yang diguna pakai oleh pihak Kerajaan Negeri bagi memastikan rakyat yang terlibat dalam permohonan rumah mampu milik terdiri daripada kalangan golongan yang benar-benar berkelayakan?

YANG BERHORMAT Dr. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal):

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat. Tepoh ingin tahu apakah kaedah yang digunapakai oleh pihak Kerajaan Negeri bagi memastikan rakyat yang terlibat dalam permohonan Rumah Mampu Milik (RMM) terdiri daripada kalangan golongan yang benar-benar berkelayakan. Untuk makluman Dato’ Yang di-Pertua dan seluruh Ahli Dewan sekalian, bagi memastikan mereka yang benar-benar layak mendapat atau memiliki Rumah Mampu Milik ini oleh kerana kita memang, rumah ini terhad jadi nak pastikan mereka yang ada kelayakanlah.

Yang pertama sekali kita telah meletakkan syarat-syarat dia, siapa yang layak dan syarat-syarat ini dimasukkan dalam Sistem e-Perumahan yang mana semua yang nak memohon rumah mampu milik mesti memohon melalui laman web e-Perumahan kita yang versi yang terakhir itu versi tiga, yang telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar pada 13 Oktober baru-baru ini dan telah mula beroperasi 17 Oktober 2021, yang mana setiap pemohon, dia mesti mengikut laman web tersebut, mana-mana yang layak secara automatik sistem yang akan mengawalnya bukan manusia. Ini sistem yang akan mengawal, yang layak akan terus boleh meneruskan pengisian selanjutnya, mana yang tidak layak, dia akan reject situlah, tidak ada manipulasi oleh manusia, ini sistem kita untuk berlaku adil, jadi tidak ada apa nak dicomplainlah, dia ada automatik.

Setelah itu nama-nama ini bila ada rumah telah siap akan diserahkan pada Pejabat Daerah. Kita ada Jawatankuasa Pemilih Rumah di peringkat daerah

yang dipengerusikan oleh Tuan DO sendiri dan Ahli-ahlinya adalah pegawai-pegawai wakil daripada DUN-DUN yang Pengerusilah, Tuan Pegawai Daerah sendiri. Setelah itu selesai di peringkat daerah dia akan bawa balik kepada SUK Bahagian Perumahan untuk ditemuduga. Sebab apa kita perlu temuduga, ada kadang-kadang yang mohon dah lama bila tarikh yang kita nak bagi rumah, dia dah beli rumah sendiri dah ada, ada setengah yang dapat tanah anugerah Kerajaan pun dah ada dan ada setengahnya pendapatan sudah melebihi kelayakan dan sebagainya, adalah perkara-perkara yang perlu disemak secara fizikal Bahagian Perumahan. Setelah itu nama tersebut akan diangkat ke Jawatankuasa Perumahan Pemilih Rumah di peringkat Negeri yang diketuai atau yang dipengerusikan oleh Pengarah UPEN ataupun Timbalan Setiausaha, Bahagian Pembangunan jadi di sana saya rasa itu adalah satu sistem yang kita buat yang agak telus dan UPEN terus bila dah diendorse dilulus oleh UPEN terus akan diserah balik pada perumahan untuk pengagihan rumah-rumah tersebut ataupun untuk pengundian dan sebagainya, biar sistem yang kita gunakan untuk pastikan betul-betul mereka yang layak akan mendapat hak mereka, yang tidak layak kita minta maaflah, yang tak layak tak dapatlah dan tidak ada campur tangan mana-mana pihak dalam memanipulasi keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa-jawatankusa yang telah saya maksudkan tadi itu. Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya merakamkan ucapan tahniah di atas sistem yang cukup baik dan transparent untuk kita agihkan rumah, boleh saya mohon kepada pihak Kerajaan untuk memaklumkan kepada kita, kepada Dewan syarat-syarat untuk memiliki Rumah Mampu Milik yang ditawarkan oleh pihak Kerajaan?

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Terima kasih Yang Berhormat Tepoh yang ingin tahu syarat-syarat yang ada dalam sistem kita bagi memastikan pemohon faham sebab bukan semua yang mohon itu cukup syarat, yang cukup syarat memang tak dapat diteruskan dalam pengisisan-pengisian sistem kita. Sudah berlaku tapisan di situ, yang pertama pemohon atau pasangan yang memohon itu mestilah merupakan rakyat Terengganu yang menetap dalam negeri Terengganu. Dia kalau menetap di luar Terengganu setakat ini kita tak sistem tidak akan terimalah, ha gitu. Kita nak yang rakyat Terengganu duduk di Terengganu dulu itu yang keutamaan kita. Yang kedua mesti berumur 21 tahun ke atas yang muda kita tidak, sistem

tidak akan terimalah dan juga tidak melebihi 50 tahun kalau umur 50 tahun dia kena guna sama ada anak dia dan sebagainya dan ini kita kira tempoh pinjaman itu takut tak sempat nak habis bayar. Itu syarat yang ditetapkan ataupun boleh dipertimbangkan dengan syarat mempunyai jaminan bayaran daripada ahli keluarga, boleh juga 50 tahun tapi mesti ada jaminan ahli keluarga, anak, dan sebagainyalah yang umur bawah daripada 50 tahun. Seterusnya pemohon dan pasangan belum pernah memiliki rumah, dah ada rumah dah automatik sistem ini akan tolak, sebab itu kata kadang-kadang orang boleh di sini orang boleh tipu kita, orang boleh… bukan tipulah minta maaflah, salah guna pulok, boleh tidak mengisytiharkan bahawa dia ada rumah makna sistem terima, sebab itu panggil temuduga pulok untuk pastikan bahawa betul-betul yang diisi itu sama dengan apa yang sebenarnya berlaku.

Yang kelima pemohon dan pasangan tidak pernah menerima tanah anugerah kediaman daripada pihak Kerajaan, sebab ada pemohon yang memohon tanah anugerah sama-sama mohon rumah, jadi dia dah dapat tanah anugerah yang bayar premium yang begitu rendah, juga dapat rumah pulok rumah susbsidi pulok, jadi dua kali atas seorang ni, dia akan berlaku ketidakadilan pada orang lain, kita bagi ruang seramai-ramainya boleh insya-Allah rakyat Terengganu.

Seterusnya pendapatan isi rumah pemohon dan pasangan mesti antara RM1,500.00 sehingga RM4,000.00 sebulan. Kalau kita ambil rendah daripada RM1,500.00, pengalaman kita dan rekod kita, mereka tidak mampu untuk bayar sebab ini bukan rumah percuma, rumah terpaksa bayar ansuran bulanan so kalau kurang RM1,500.00 akan berlaku tunggakan, tidak bayar dan sebagainya akhir terpaksa kita ambik tindakan untuk menamatkan sewaan atau sewa beli tersebut jadi ini suatu perkara yang malanglah tak mahu perkara itu berlaku. Mereka yang berpendapatan RM1,500.00 ke bawah boleh memohon di bawah rumah PPTS dan sebagainya ada lagi agensi-agensi yang menangani mereka yang berpendapatan rendah daripada RM1,500.00, yang lebih sangat dia boleh beli rumah yang lebih mahallah yang RM4,000.00 ke atas. Seterusnya pemohon dan pasangan dari penjawat awam hanya yang bergred 1 hingga 22 sahaja penjawat awam juga ada peluang tapi gred 1 hingga 22 sahaja.

Bagi pemohon yang mempunyai isteri yang lebih daripada satu mintak maaflah muslimat, sensitif sikit tapi kita terpaksa ubuh sebab ada pemohonan yang lebih daripada satu, isteri kedua ketiga dan keempat layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi RM2,500, kalau isteri

itu pendapatan dia kurang daripada RM2,500 itu layak untuk kita pertimbangkan sebab ialah tidak boleh duduk serumah dua orang ini, susah. Tak tahulah, saya belum ada pengalaman lagi mungkin orang yang ada pengalaman tahulah dengan duduk rumah asing-asing juga, duduk sebumbungkan lain cerita jadinya. Nanti dengan bumbung-bumbung hilang nanti.

Yang seterusnya penerima hanya layak memilik RMM ataupun RPMM sekali sahaja dan sekiranya rumah tersebut telah dijual, maka ia tidak lagi layak untuk memohon Rumah Mampu Milik jadi chance cuma, peluangnya sekali seorang sahaja. Bila boleh rumah ye gi jual nak mohon pulok automatik kita akan tolak dalam sistem kita. Sekian untuk makluman Dato’ Yang di-Pertua dan seluruh Ahli Dewan sekalian. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Saya persilakan wakil…

Yang Berhormat, tanya sikit boleh dok? Kalau yang kahwin dua ni diberi keutamaan dok YB? Pasal rumah ini, mendapatkan rumah ini?

Yang di-Pertua

Macam mana Yang Berhormat, kahwin dua?

Kalau yang beristeri dua, rumah kedua? Maksudnya gitu, ada diberi keutamaan ke tidak? Untuk memohon rumah ini?

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Saya dah sebut tadi, diberi ada syarat itu memenuhi sekiranya pendapatannya kurang daripada RM2,500 isteri kedua.

Yang di-Pertua

Ada rancangan Yang Berhormat?

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Jadi bukan nak mengalakkan tetapi kita beri peluang belaka. Insya-Allah supaya dua tiga pun aman damailah hidup atas muka bumi ini. Insya-Allah.

Yang di-Pertua

Ok, terima kasih saya persilakan Wakil Batu Buruk.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya nombor satu.

Berapa banyakkah permohonan yang diterima daripada skim I-Rahman yang dilancarkan baru-baru ini?

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Batu Buruk ingin tahu, ini saya ingat soalan ini macam dia pakat je dua ni, dia berkait. Duduk dekat kot, duduk dekat pulok tu, ingin tahu berapa banyakkah permohonan yang diterima daripada skim i-Rahman dilancarkan baru-baru ini. Jadi yang saya sebut-sebut tadi kita telah melancarkan versi tiga, termasuk juga permohonan segi i-Rahman ini, i-Rahman adalah pinjaman perumahan yang dana Kerajaan Negeri sama ada untuk bina rumah di atas tanah sendiri, pinjam duit dia ada tanah sendiri tak dok duit nak buat rumah pinjaman dengan Kerajaan, dengan syarat-syarat yang tertentu, ataupun untuk rumah penswastaan kalau rumah RMM Kerajaan Negeri memang dia langsung pinjam dengan Kerajaan Negerilah, bawah SEDC bayar ansuran, tapi rumah yang penswastaan pemaju yang buat, tanah Kerajaan rumah RMM yang disubsidi, dia boleh buat pinjaman sama ada pergi ke bank-bank konvensional ataupun kalau tidak layak di bank konvensional, dia boleh mohon melalui i-Rahman ini, dah ada dalam promosi kita yang telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar pada 13 Oktober sebut tadi dan telah operasi bermula pada 17 Oktober 2021. Jadi daripada 17 Oktober 2021 hingga 28 Oktober 2021 kita telah menerima permohonan sebanyak 176 permohonan, Yang Berhormat Dato’ Yang Di-Pertua. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat.

Saya jemput seterusnya Wakil Seberang Takir.

YANG BERHORMAT DATO’ SERI Dr. HAJI AHMAD RAZIF BIN ABD. RAHMAN (Wakil Seberang Takir):

Yang Berhormat Dato’ Yang Di-Pertua. Soalan nombor satu-

Apakah insiatif-insiatif Kerajaan Negeri Terengganu kepada pengusaha-pengusaha IKS yang bergantung kepada pekerja-pekerja asing seperti pengusaha restoran, nelayan laut dalam dan berkaitan dengan produk-produk tempatan yang terjejas dengan sekatan masuk pekerja asing akibat pandemic COVID-19 ini?

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih kepada YB Seberang Takir membangkitkan isu berkenaan dengan permasalahan kepada usahawan-usahawan kita apabila Kerajaan melakukan sekatan kemasukan pekerja asing yang terlibat kepada pengusaha-pengusaha IKS ataupun beberapa pengusaha-pengusaha restoran dan nelayan laut kita.

Jadi isu ini, satunya untuk makluman Dewan adalah isu pekerja asing ataupun larangan kemasukan pekerja asing ini adalah dasar Kerajaan Persekutuan yang mana tidak melibatkan Kerajaan Negeri tetapi walau bagaimanapun syarikat ataupun majikan-majikan yang terkesan dengan kemasukan pekerja asing ke Malaysia ini mempunyai pilihan dengan mengambil pekerja tempatan dengan insentif-insentif yang menarik yang ditawarkan melalui PEMULIH. Antaranya adalah Elaun Mencari Kerja, Elaun Mendapatkan Pekerjaan, Elaun Mobiliti dan Program Subsidi Upah.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, berkenaan dengan perkara ini, pihak Kerajaan dalam usaha untuk memberi kesedaran kepada majikan-majikan yang terlibat kerana mereka ini kebanyakannya masih belum dapat maklumat ataupun tahu tentang bentuk-bentuk bantuan yang pihak Kerajaan kemukakan kepada mereka dan mereka layak memohon. Jadi insya-Allah dalam situasi

yang ada ini, kita akan teruskan lagi kegiatan ini untuk memberi kesedaran kepada majikan-majikan dan syarikat-syarikat yang terlibat. Terima kasih.

YANG BERHORMAT DATO’ SERI Dr. HAJI AHMAD RAZIF BIN ABD. RAHMAN (Wakil Seberang Takir): Soalan tambahan saya ialah kalau kita melihat yang amat terkesan dengan apa yang berlaku ini adalah nelayan laut dalam. Jadi kesannya kita dapati bahawa ramai pengusaha-pengusaha nelayan laut dalam ini tidak dapat beroperasi yang mengakibatkan kekurangan tangkapan dan ini juga menjejaskan dan tidak secara langsung ini juga dikatakan sebagai salah satu faktor yang menyebabkan harga ikan tinggi di Negeri Terengganu. Jadi adakah Kerajaan ada cadangan atau langkah untuk mengatasi tentang perkara ini? Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Seberang Takir. Iya, perkara itu pihak Kerajaan menyedarinya dan kalau pengalaman saya sendirinya, di Besut juga ramai nelayan-nelayan laut dalam yang terlibat dengan perkara tersebut. Jadi kita telah memberikan cadangan dan pemudahcaraan untuk kita bertemu dengan pihak Kementerian untuk mendapatkan penjelasan dan satu memorandum telah disiapkan dan telah pun dihantar kepada pihak Kementerian mengenai isu ini. Jadi mungkin kalau YB EXCO Pertanian ada tambahan juga elok dikongsikanlah.

Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat kalau ada.

YANG BERHORMAT DATO’ SERI Dr. HAJI AHMAD RAZIF BIN ABD. RAHMAN (Wakil Seberang Takir): Ada satu lagi last, terakhir. Boleh? Tambahan terakhir. Jadi daripada jawapan Yang Berhormat EXCO tadi berkait dengan apa yang telah dilaksanakan oleh PERKESO tadi tetapi sedar atau tidak Yang Berhormat EXCO atau Kerajaan Negeri berasas kepada statistik Pekerjaan Nasional ataupun MYFutureJobs seramai 55,742 orang kehilangan pekerjaan di Malaysia dan yang ada didaftarkan di Terengganu hanya 579. Jadi 579 orang ini lah yang berjaya mendapat bantuan Insentif Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) selama enam bulan dan Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA) secara one-off dari PERKESO. Apakah pelan Kerajaan bagi membantu rakyat yang kehilangan pekerjaan yang tiada dalam perlindungan PERKESO. Jadi saya sebut ni sebab diberi jawapan oleh Yang Berhormat EXCO. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Jawab se-se Yang Berhormat.

Yang Berhormat EXCO Pertanian ada nak tambah tadi. Saya persilakan.

YANG BERHORMAT Dr. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi): Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Memang kita akui berlaku penurunan jumlah tangkapan nelayan laut dalam daripada kira-kira 40,000 metrik tan pada tahun 2019 menurun kepada 37,000 metrik tan pada tahun 2020. Di antara puncanya ialah kerana bot-bot pukat jerut dan bot laut dalam yang memanfaatkan awak-awak daripada warga asing tak dapat keluar dan beroperasi. Jadi isu pas Lawatan Kerja Sementara (PSKS) ini, isu yang melibatkan Kementerian Dalam Negeri dan kita dah syorkan supaya diwujudkan perbincangan bersama di antara MAFI (Kementerian Pertanian dan Industri Makanan) bersama dengan Kementerian Dalam Negeri supaya isu pas Lawatan Kerja Sementara untuk nelayan-nelayan asing ini dapat diselesaikan seberapa segera yang mungkin. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat. Sekejap-sekejap, satu-satu.

Dok, sikit je.

Yang di-Pertua

Tunggu saya beritahu dulu.

Sebab kita hari terakhir, nak bagi peluang pada ramai Ahli Yang Berhormat. Yang terakhir ditanyakan oleh Seberang Takir tadi. Saya nak dahulukan itu.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Iya berkenaan dengan apa yang disebutkan oleh YB Seberang Takir tadi. Jumlah tu lebih sekarang ni lebih daripada 500. Cuma agak sikit lagi berbanding dengan pengangguran yang ada. Itulah kesedaran yang kita buat melalui outreach, kita bertemu terus dengan rakyat dan kebanyakan mereka tak tahu ada benda ini. Jadi itulah kita kena lipat gandakan lagi dan alhamdulillah dalam Bajet yang diluluskan semalam pun ada peruntukan dan kita akan tambah baik lagi untuk memberi kesedaran kepada rakyat berkenaan dengan insentif-insentif yang ditawarkan oleh pihak Kerajaan ini, terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat

YANG BERHORMAT DATO’ SERI Dr. HAJI AHMAD RAZIF BIN ABD. RAHMAN (Wakil Seberang Takir): Dato’ Yang Di-Pertua, saya harap..

Yang di-Pertua

Tak-tak saya tak benarkan dah, panjang, panjang dah.

YANG BERHORMAT DATO’ SERI Dr. HAJI AHMAD RAZIF BIN ABD. RAHMAN (Wakil Seberang Takir): Sekejap je. Bajet yang tahun ini tu, berkait dengan caruman PERKESO itu dapat disegerakan yang telah diluluskan tahun lepas tu, agar dapat disegerakan kepada pemandu teksi, pengusaha beca dan juga pengusaha bot. Saya harap begitulah. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Okey, terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya menjemput Wakil Sura.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua soalan saya yang pertama-

Bilakah hospital baharu Daerah Dungun akan mulai beroperasi?

YANG BERHORMAT Dr. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal):

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dan Ahli Yang Berhormat, terima kasih kepada Wakil Sura yang ingin tahu bilakah hospital baharu Daerah Dungun akan mula beroperasi? Dah lama dibina, sejak tahun 2016, banyak kali tertangguh.

Untuk makluman Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, hospital baharu Daerah Dungun dijangka siap secara fizikal serta insya-Allah akan diserahkan oleh Jabatan Kerja Raya dalam bulan Januari 2022, tahun depan dan insya-Allah, ianya dijangka akan boleh beroperasi pada bulan April 2022. Terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Yang Di-Pertua, saya ingin mendapat gambaran daripada pihak Kerajaan berkaitan dengan Hospital Dungun ini yang pada asalnya dijangka siap pada Februari 2019. Kemudian bertunda sebab COVID tahun 2020 dan 2021. Itu kita faham, tapi dalam tempoh yang diberi 2016 sehingga 2019 tadi pihak syarikat berkenaan tidak dapat untuk menyiapkan hospital tersebut, jadi apakah sebab yang menjadi kelewatan. Mohon penjelasan.

YANG BERHORMAT Dr. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sura memang projek-projek besar ini dia banyak masalah yang timbul. Antaranya berkaitan dengan pekerja-pekerja sendiri sebab sebahagian besarnya ia melibatkan pekerja asing, pekerja asing ni dia ada perkara yang perlu dipenuhi dalam tempoh itu adalah berlaku beberapa kes yang menyebabkan pekerja-pekerja tidak dapat datang sepenuhnya. Yang akhir ini kerana antaranya faktor PKP yang semua kita tahu dah hampir dua tahun projek-projek pembinaan ini tidak dibenarkan beroperasi kerana untuk mengawal jangkitan COVID-19, khususnya bagi syarikat-syarikat yang banyak lebih ramai mengambil pekerja-pekerja asing kita perlu hati-hati. Walau dalam keadaan hati-hati itu pun itu kita tengok hari ini kes, kita masih lagi tidak dapat dikawal dengan baik. Juga berkaitan dengan keupayaan bekalan peralatan bila dah COVID-19 ini macam-macam berlaku peralatan pun lewat sampai, perabot, bahan binaan dan sebagainya. Dia banyak faktor manusia, faktor penyakit dan juga faktor supply barang-barang yang sepatutnya sampai mengikut tempoh tetapi tidak sampai. Ini antara beberapa perkara yang menyebabkan banyak projek-projek pembinaan bukan sahaja hospital, bangunan-bangunan lain perumahan juga terjejas teruk semasa PKP hampir 2 tahun ini, sekian untuk makluman Dato’ Yang di-Pertua dan sekalian Ahli-ahli Yang Berhormat. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua

Seterusnya saya menjemput Wakil Telemong.

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Soalan saya yang pertama,

Kecenderungan penglibatan golongan muda tempatan dalam sektor perladangan adalah rendah berbanding sektor lain. Apakah perancangan pihak Kerajaan Negeri dalam membantu tenaga kerja sektor ini?

YANG BERHORMAT Dr. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi): Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Wakil Telemong, sebelum daripada itu saya mohon keizinan untuk sampaikan buah tangan Tahun Pertanian Terengganu, Melon Manis Terengganu dan senaskah Pelan Strategi Pertanian Terengganu kepada semua Ahli Dewan yang telah diletakan di tempat masing-masing.

Dato’ Yang di-Pertua, isu yang melibatkan sektor perladangan, kerja ini kerja yang melibatkan aspek 3D orang Telemong kata dirty, difficult and dangerous jadi orang muda kita ini nak bekerja dalam satu sektor yang ada tahap profesionalisma dan juga memberikan pulangan yang lumayan, ini isu selera dan kecenderungan orang muda kita. Sektor seperti minyak dan gas memang dangerous memang difficult, tapi orang minat sebab pulangan dia memang setimpal. Jadi ini di antara isu pokok sebab itu bila kita nak menyelesaikan isu minat golongan muda kita kepada sektor perladangan. Antara inisiatif yang sedang dikaji oleh Kerajaan Negeri bagaimana untuk kita meningkatkan reward ataupun pendapatan sama ada dengan ada gaji pokok, kemudian ditambah dengan pendapatan sampingan yang seiring dengan produktiviti. Cabaran kerja yang berat, dia akan jadi ringan bila pendapatan setimpal dan kerja yang bahaya, yang dangerous dengan izin, kita boleh minimakan tahapnya dengan peningkatan dari segi tahap keselamatan dan yang ketiga kesukaran (difficulty) ini kita boleh atasi dengan skim latihan kemahiran yang berterusan sesuai dengan sektor yang diceburi. Semua aspek dari segi pengurusan 3D ini sedang dalam kajian Kerajaan dan kita harap kita bakal menghasilkan suatu penjenamaan semula kepada pekerjaan dalam sektor perladangan dan apabila penjenamaan semula ini berjaya dilaksanakan insya-Allah dia akan mampu menarik lebih ramai tenaga tempatan terutamanya kalangan belia kita untuk menceburi sektor pekerjaan dalam sektor perladangan. Terima kasih.

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Soalan tambahan Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih atas penjelasan daripada Yang Berhormat. Tapi pada saya Yang Berhormat, bagaimana kita nak mengubah persepsi di kalangan generasi muda kita ini sebagaimana yang dimaklumankan

tadi, dari segi pendapatan saya kira pendapatan dari segi perladangan juga memberi pulangan yang sangat besar. Contohnya pekerja-pekerja ladang kait buah kelapa sawit ke apa ke, tidak semestinya budak yang keluar universiti ramai lagi budak-budak kita yang duduk kampung yang tidak tahu bahawa pendapatannya sampai RM4,000.00, RM5,000.00 sebulan. Oleh sebab itu, saya rasa sudah sampai masanya di zaman kita yang ramai pengganguran berlaku ini, kita ubah sedikit cara dan juga kaedah bagaimana untuk tarik minat anak muda ini untuk menyertai sektor perladangan. Kalau boleh sektor petroleum itu memang dah sedia ada dan kita pertingkat dah di TESDEC, TATI dan kita wujudkan satu pusat yang lebih di TESDEC tu, uboh satu lagi mata pelajaran yang boleh mengubah persepsi anak muda kita pakai jangok sikit ke, ubahlah cara. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua.

YANG BERHORMAT Dr. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi): Terima kasih atas cadangan yang sangat baik dari Telemong, insya-Allah Kerajaan akan segerakan perbincangan dengan beberapa syarikat perladangan sama ada anak syarikat Kerajaan Negeri ataupun syarikat-syarikat perladangan lain untuk kita rangka bagaimana satu penjenamaan semula bagi menarik minat orang muda kita terlibat dalam sektor perladangan ini, boleh dilangsungkan insya-Allah, terima kasih.

Yang di-Pertua

Seterusnya saya jemput Wakil Hulu Besut.

Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Yang Berhormat Dato’ di-Pertua soalan saya solan nombor satu-

Yang di-Pertua

Soalan nombor satu Yang Berhormat? Soalan nombor satu ditolak Yang Berhormat.

Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Soalan nombor dua Yang Berhormat.

Saya difahamkan sistem bayaran tempat letak kenderaan antara daerah-daerah di seluruh Negeri Terengganu adalah tidak sama. Jika benar, apakah rancangan Kerajaan Negeri Terengganu pada masa hadapan?

Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Yang Berhormat Dato’ di-Pertua, Yang Berhormat Dato Seri Menteri Besar, rakan-rakan Yang Berhormat, terima kasih Yang Berhormat Hulu Besut, yang bertanya dalam bentuk ayatnya saya difahamkan Sistem Bayaran Tempat Letak Kenderaan antara Daerah-daerah di seluruh Negeri Terengganu adalah tidak sama. Satu soalan. Jika benar, apakah rancangan Kerajaan Negeri Terengganu pada masa hadapan?

Memang benar Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, sistem bayaran tempat kereta di antara daerah-daerah di seluruh Negeri Terengganu tidak sama, ada macam-macam kaedah yang diguna pakai. Untuk perancangan Kerajaan Negeri, perancangan Kerajaan Negeri pada masa hadapan tertakluk kepada perancangan Pihak Berkuasa Tempatan yang ini Majlis Daerah, Majlis Bandaraya masing-masing kerana ada akta yang mengikat kita di situ. Di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, Seksyen 72 Akta 133 telah memberi kuasa kepada PBT untuk membuat penetapan sama ada sistem apa nak dipakai, nak mengenakan cas kutipan ataupun tidak terpulang kepada PBT tersebut ia bukan mari daripada Kerajaan Negeri. Walau bagaimanapun Kerajaan Negeri memantau dan cuba untuk kita melihat kesesuaian sistem sebab ada Majlis yang banyak tempat letak kereta dia nak guna sistem ikut dia lah, ada yang nak swasta dan sebagainya ada yang Majlis itu terlalu sedikit tempat kereta nak ambil bayaran pun tak munasabah. Maka itulah kadang-kadang ada berlaku ketidaksamaan bergantung sosial ekonomi, juga bilangan tempat letak kereta di daerah masing-masing dan pihak Kerajaan memang menggalakkan PBT untuk mempelbagaikan kaedah bagaimana untuk menambah hasil PBT untuk menangani kos pengurusan PBT masing-masing. Sekian untuk makluman, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua.

Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya tanya soalan ini kerana saya jumpa dengan kawan saya di Selangor dan di Pahang. Dia kata kalau di Selangor, kita guna satu sistem sahaja. Kalau kita ada Touch „n Go, kita boleh bayar guna Touch „n Go, sama ada Majlis Perbandaran Sepang ke, mana-mana ke boleh guna. Kita di Terengganu tidak, kalau pergi Besut lain, pergi Setiu lain, mari

Kuala Terengganu lain, ini menyusahkan rakyat kita Terengganu. Saya rasa masalah Akta hak tertakhluk kepada PBT tu boleh diuruskan, kalau Kerajaan Negeri panggil semua Terengganu mesti guna satu sistem untuk memudahkan rakyat Terengganu, apa lagi Menteri Besar dah galak dalam Buku Bajet pun untuk kita kurangkan penggunaan bayaran tunai. Pada saya kita patut ke arah satu sistem.

YANG BERHORMAT Dr. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Hulu Besut. Memang kita semuanya ke arah nak mendigitalizekan menggunakan sistem digital seluruh PBT kita, itu hasrat kita. Tapi walau bagaimanapun, Terengganu tak boleh banding dengan Selangor. Dia punya petak letak kereta dia banyak. Kita contoh sekarang ni Majlis Daerah Setiu ada berapa banyak sangat dan dia tidak mengenakan caj pun. Tidak dilaksanakan pun kutipan, tidak ada bayaran untuk letak kereta. Begitu juga di Majlis Daerah Hulu Terengganu, hok sikit-sikit ni, ada tak sampai 1,000 tempat letak kereta tak munasabah nak kenakan bayaran, apatah lagi nak gunakan sistem digital. Dan ada daerah-daerah yang besar seperti Besut, MBKT dah mula ke arah sistem digital, begitu juga Kemaman, insya-Allah yang lain tu belum sampai satu tahap, cukup dari segi tempat letak kereta (TLK) dia dan juga dari segi sosioekonomi tempat tu sesuai insya-Allah kita akan upgrade secara beransur-ansur. Seolah kita ni negeri kita ni perlu banyak lagi kemajuan yang perlu kita tangani untuk kita mengambil ikhtibar ataupun perbandingan dengan negeri-negeri pantai barat yang jauh lebih maju daripada kita. Sekian untuk makluman, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Sekarang saya jemput Wakil Manir.

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya yang pertama-

Di dalam situasi sekarang, pelancongan domestik berperanan dalam peningkatan kadar kedatangan pelancong ke Negeri Terengganu. Apakah usaha yang telah dibuat bagi setiap tarikan di destinasi pelancongan di Negeri Terengganu

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan pertama daripada Manir, apakah usaha yang telah dibuat bagi setiap tarikan di destinasi pelancongan di Negeri Terengganu, Antara usahanya;

1. Mempromosi destinasi, lokasi, produk pelancongan menarik di Terengganu menerusi platform media perdana, cetak, elektronik dan juga melalui platform media sosial.

2. Menerbitkan buku/risalah, Terengganu Travel Guide Book (Alami Keindahan Terengganu) yang memaparkan keseluruhan informasi berkaitan produk pelancongan di seluruh daerah di Negeri Terengganu. Buku ini juga dapat diakses secara digital.

3. Menganjurkan pelbagai program/acara di destinasi tumpuan pelancong dari semasa ke semasa. Sebagai contoh, Pelancaran Desa Pancaran Delima di Kampung Mangkuk dan Kampung Penarik.

4. Melaksanakan program pengindahan dan keceriaan produk-produk pelancongan di seluruh daerah untuk menaik taraf infra dan fasiliti bagi kemudahan pengunjung.

5. Menawarkan pelbagai pakej promosi produk dengan melancarkan pakej pelancongan 3 hari 2 malam (3H2M), Beautiful Terengganu Malaysia dengan kerjasama penggiat pelancongan, Persatuan Hotel Malaysia dan NGO.

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, apakah Kerajaan mendapati jumlah penginapan dapat menampung kedatangan pelancong. Terima kasih.

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Terima kasih Manir. Sehingga hari ini, Kerajaan mendapati sememangnya kita dapat menampung jumlah kehadiran pelancong kerana bilangan hotel kita lebih daripada 12,000 bilik dan homestay ataupun inap desa pun dengan jumlah

yang besarlah dan dapat menampung daripada Besut sehingga Kemaman. Sekian.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat.

Saya ingat kelmarin pun panjang dah Yang Berhormat membuat penggulungan. Ahli Yang Berhormat sekalian, peruntukan masa satu jam yang menjadi kelaziman dalam sesi Soalan Lisan ini telah cukup. Saya minta maaf saya tak bercadang untuk meneruskan. Hari ini saya ikut buku sekali. Saya tak bercadang untuk menggunakan budi bicara untuk nak sambung lagi Soalan-Soalan…

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Guana hari ni ikut buku? Sekala dok ikut buku Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua?

Yang di-Pertua

Apa dia?

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Hari ni Dato’ Yang di-Pertua kata ikut buku. Jadi selama ni kita dok ikut buku ke?

Yang di-Pertua

Kelaziman, saya kata kelaziman dan juga amalan satu jam dalam sesi soalan lisan. Apabila lebih tu biasanya kita guna budi bicaralah. Jadi saya minta maaf sebab saya tidak bercadang untuk nak sambung lagi sesi Soalan Lisan ni. Mana-mana Soalan Lisan yang tidak sempat dijawab akan dijawab secara bertulis selepas pada ini.

Saya juga berhasrat untuk meneruskan persidangan supaya selesai semua Tertib Pekerjaan Dewan yang masih berbaki yang saya kira tidak mengambil masa yang sangat panjang. Walau bagaimanapun, kita selepas ini banyak terlibat dalam proses pengundian. Jadi saya harap, kalau ada Ahli-ahli Yang Berhormat yang keluar pun, betul-betul perlulah sebab lepas ni banyak proses pengundian akan berlaku. Kita ork senafas hari ni deh. Kita berhenti sekali harung je.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kelmarin kita telah pun selesai meluluskan Enakmen Rang Undang-Undang yang Pertama, Rang Undang-Undang yang telah menjadi enakmen iaitu Enakmen Perbekalan 2022. Sekarang kita akan

teruskan kepada Tertib Pekerjaan seterusnya, iaitu Pembentangan Enakmen Kedua, sila Setiausaha.

Setiausaha Dewan

Dipersilakan Yang Berhormat Dr. Haji Alias bin Razak (Wakil Bukit Tunggal) untuk mengemukakan Rang Undang-Undang yang Kedua.

Enakmen Tanah Simpan Bagi Orang-Orang Melayu (Pindaan) (No.2) 2021Bill

Setiausaha Dewan

Bacaan Kali Yang Pertama

YANG BERHORMAT Dr. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal):

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan Rang Undang-Undang Bernama Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Tanah Simpan Bagi Orang-Orang Melayu 1360, dibaca bagi kali yang pertama.

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu.

Yang di-Pertua

Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang pertama.

RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN TANAH SIMPAN BAGI ORANG-ORANG MELAYU 1360, DIBACA BAGI KALI YANG PERTAMA

Bacaan Kali Yang Kedua

YANG BERHORMAT Dr. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Tanah Simpan Bagi Orang-Orang Melayu 1360, dibaca bagi kali yang kedua.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Rang Undang-Undang ini bertujuan untuk meminda perenggan 9 (iii) Enakmen Tanah Simpan Bagi Orang-Orang Melayu 1360 supaya PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA CAWANGAN TERENGGANU menjadi badan yang kepadanya Tanah Orang-Orang Melayu boleh dipindahmilik.

IMPLIKASI KEWANGAN

Rang Undang-undang ini tidak akan melibatkan Kerajaan Negeri dalam apa-apa perbelanjaan wang tambahan.

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu.

Yang di-Pertua

Rang Enakmen ini telah mendapat sokongan bagi bacaan kali yang kedua. Sekarang saya buka untuk perbahasan-

Yang di-Pertua

Oleh kerana tiada perbahasan, kita teruskan pembentangan Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Tanah Simpan Bagi Orang-Orang Melayu 1360. Sekarang saya buka kepada undian -

Cadangan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang kedua dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan sebulat suara.

RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN TANAH SIMPAN BAGI ORANG-ORANG MELAYU 1360, DIBACA BAGI KALI YANG KEDUA

Dalam Jawatankuasa

Yang di-Pertua

Mesyuarat sekarang menjadi Jawatankuasa.

RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN TANAH SIMPAN BAGI ORANG-ORANG MELAYU 1360 TELAH DITIMBANGKAN DARI SATU FASAL KE SATU FASAL DAN TELAH DIPERSETUJUI DENGAN TIADA PINDAAN DENGAN SEBULAT SUARA

Yang di-Pertua

Mesyuarat balik semula

Bacaan Kali Yang Ketiga

YANG BERHORMAT Dr. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya memaklumkan bahawa Rang Enakmen ini telah ditimbangkan dalam Jawatankuasa dan telah dipersetujui dengan tiada pindaan. Saya mohon mencadangkan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan.

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu.

Yang di-Pertua

Rang Enakmen ini telah mendapat sokongan untuk dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan.

Cadangan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang ketiga dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan sebulat suara.

Rang Undang-Undang Bernama Suatu Enakmen Untuk Meminda Enakmen Tanah Simpan Bagi Orang-Orang Melayu 1360Bill

Yang di-Pertua

DIPERBUAT UNDANG-UNDANG INI OLEH KUASA UNDANGAN NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN SEPERTI BERIKUT:

1 (1) ENAKMEN INI BOLEHLAH DINAMAKAN ENAKMEN TANAH SIMPAN BAGI ORANG-ORANG MELAYU (PINDAAN) (NO. 2) 2021.

(2) ENAKMEN INI HENDAKLAH MULA BERKUAT KUASA PADA TARIKH PENYIARANNYA DALAM WARTA.

Yang di-Pertua

Rang Enakmen ini diluluskan dan menjadi Enakmen Tanah Simpan Bagi Orang-Orang Melayu (Pindaan) (No. 2) 2021.

Setiausaha Dewan

Dipersilakan Yang Berhormat Dr. Azman bin Ibrahim (Wakil Jabi) untuk mengemukakan Rang Undang-Undang yang ketiga.

Enakmen Penyu (Pindaan) 2021Bill

Setiausaha Dewan

Bacaan Kali Yang Pertama

YANG BERHORMAT Dr. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi):

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Penyu 1951, dibaca bagi kali yang pertama.

Haji Alias bin HarunPAS · GSRantau Abang

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu.

RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN PENYU 1951, DIBACA KALI YANG PERTAMA

Bacaan Kali Yang Kedua

YANG BERHORMAT Dr. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi): Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan, saya mohon mencadangkan Rang Undang-

Undang bernama Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Penyu 1951, dibaca bagi kali yang kedua.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Rang Undang-Undang ini bertujuan untuk meminda Enakmen Penyu 1951.

2.

Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan permulaan kuatkuasa yang dicadangkan.

3.

Fasal 2 bertujuan untuk memasukkan tafsiran “Pengarah” dan meminda takrifan “penyu” bagi meluaskan ruang lingkup pemakaian Enakmen selaras dengan keperluan bagi melindungi semua spesies penyu yang telah disenaraikan dalam Senarai Merah Spesies Terancam IUCN (International Union for Conservation of Nature). Pindaan ini adalah perlu bagi membendung dan mengenakan hukuman yang lebih berat bagi kes-kes kesalahan yang berkaitan dengan penyu. Pindaan ini juga membolehkan pelaksanaan dan penguatkuasaan Enakmen ini dengan lebih meluas berbanding dengan ruang lingkup Enakmen sedia ada.

4.

Fasal 3 bertujuan menambah seksyen baru 3F dengan menambah punca kuasa bagi menubuhkan Tabung Amanah Pemeliharaan Penyu. Pindaan ini bertujuan untuk membolehkan penubuhan sesuatu tabung pemuliharaan dan pengenaan sesuatu caj dapat dilaksanakan.

Pelaksanaan ini akan membantu Kerajaan Negeri dan Jabatan Perikanan mendapatkan sumber kewangan secara telus supaya pengurusan dan pemuliharaan penyu di negeri ini dapat terus dijalankan.

5.

Fasal 4 bertujuan untuk meminda seksyen 4 untuk menggantikan perkataan perahu kepada apa-apa pengangkutan udara, darat atau air.

6.

Fasal 5 bertujuan meminda subseksyen 5(ii) yang sedia ada digantikan dengan dikenakan kadar hukuman yang dinaikkan seiring dengan perubahan masa dan kadar matawang. Ini bertujuan bagi menghalang mana-mana individu melakukan sebarang kesalahan di bawah Enakmen ini.

7.

Fasal 6 bertujuan meminda seksyen 6 menggantikan perkataan perahu kepada pengangkutan dengan tidak hanya kepada perahu sahaja.

Fasal 7 bertujuan untuk menggantikan seksyen baru 7A ke dalam Enakmen.

Subseksyen 7A(i) bertujuan untuk melindungi dan mengelakkan kepupusan bagi semua spesies penyu termasuklah tuntung laut. Ianya perlu dipinda supaya pengharaman penjualan semua spesies penyu dapat dikuatkuasakan. Seksyen ini melarang sama sekali mana-mana orang daripada memiliki semua spesies penyu kecuali bagi tujuan yang dibenarkan.

Subseksyen 7A(ii) bertujuan bagi mengekang sebarang kesalahan berkaitan penyu termasuklah penjualan telur, promosi program penyu atau lain-lain menggunakan apa-apa teknologi kecuali bagi tujuan yang dibenarkan. Kesalahan ini juga meliputi mana-mana orang yang membantu dalam perbuatan sedemikian.

Subseksyen 7A(iii) pula bertujuan menaikkan kadar hukuman sedia ada supaya dapat mengekang mana-mana individu dari melakukan kesalahan di bawah seksyen ini. Ianya wajar dilaksanakan seiring dengan arus kemodenan dan juga nilai matawang semasa yang semakin tinggi.

9 Fasal 8 bertujuan untuk memotong subseksyen 9(ii) Enakmen ibu.

10 Fasal 9 bertujuan untuk memotong seksyen 10 Enakmen Ibu.

11 Fasal 10 bertujuan untuk meminda seksyen 12A bertujuan menggantikan beberapa perkataan ke dalam Enakmen iaitu “menarik pelancung-pelancung menonton penyu” digantikan dengan perkataan yang baru. Selaras dengan kesedaran orang awam terhadap pemuliharaan penyu, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan bagi menarik minat mereka. Justeru itu, takrif “menonton penyu” perlu digantikan dengan “aktiviti berkaitan penyu”. Ini termasuklah aktiviti pelepasan anak penyu, melihat ibu penyu bertelur, pameran penyu, penyelidikan dan lain-lain aktiviti yang dibenarkan. Subseksyen 12A(v) pula menaikkan kadar hukuman sedia ada supaya dapat mengekang mana-mana individu dari melakukan kesalahan di bawah seksyen ini.

Fasal 11 pindaan Seksyen 12B bertujuan untuk menggantikan hukuman yang sedia ada kepada hukuman yang lebih berat. Kenaikan kadar hukuman perlu dilaksanakan bagi membendung sebarang aktiviti yang salah di bawah Enakmen ini.

13 Fasal 12 pindaan Seksyen 12C pula, bagi mengenakan hukuman kepada mana-mana individu yang menentang atau menghalang dengan sengaja pegawai berkuasa menjalankan tugas berkaitan penguatkuasaan undang-undang di bawah Enakmen ini. Ini bagi memastikan penguatkuasaan dapat dilaksanakan dengan lebih tegas dan lancar tanpa sebarang gangguan selain dapat memupuk sifat patuh kepada undang-undang.

14 Fasal 13 bertujuan meminda subseksyen 14(i) bagi menaikkan kadar hukuman denda yang sedia ada.

15 Fasal 14 bertujuan untuk menambah Jadual bagi menjelaskan tentang senarai spesis penyu, nama tempatan, nama saintifik serta nama inggeris penyu tersebut supaya ianya tidak menimbulkan kekeliruan di masa hadapan.

IMPLIKASI KEWANGAN

Rang Undang-Undang ini akan melibatkan Kerajaan Negeri dalam perbelanjaan wang tambahan yang amaunnya tidak dapat ditentukan sekarang ini.

Haji Alias bin HarunPAS · GSRantau Abang

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu.

Yang di-Pertua

Rang Enakmen ini telah mendapat sokongan bagi bacaan kali yang kedua. Sekarang saya buka untuk perbahasan-

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Kalau tengok pada Enakmen Penyu (Pindaan) 2021 ini, saya mengucapkan tahniah dan juga terima kasih kepada pihak Kerajaan kerana meminda Enakmen Penyu 1951 kepada pindaan kita yang kita adakan pada sidang Dewan Undangan Negeri pada kali ini. Cuma pada pandangan saya, selain daripada pindaan Enakmen dan juga penguatkuasaan undang-undang dan juga penguatkuasaan Enakmen dan juga dengan peraturan yang ada yang akan kita pinda nanti, saya suka ingin mencadangkan juga kepada pihak Kerajaan supaya kalau boleh melipat kali gandakan lagi program-program kesedaran khususnya kepada masyarakat, bukan sahaja kepada masyarakat setempat, tetapi juga kepada pelancong-pelancong yang datang melancong ke perairan ataupun ke pulau-pulau kita di Negeri Terengganu ini. Sebagai contoh kita di Pulau Perhentian, kita ada penyu, dua tiga ekor yang memang jinak di depan Teluk Pauh ataupun di depan Perhentian Island Resort. Yang mana, penyu ni bila bot pergi nok snorkeling dengan pelancong, penyu-penyu ni akan datang menghampiri pelancong-pelancong. Begitu juga di Pulau Redang, saya difahamkan jugak, ada penyu yang jinak, yang berenang bersama-sama dengan pelancong yang snorkeling di perairan Pulau Redang. Cuma yang menjadi kegusaran kita dan juga warga setempat, sekiranya tahap kesedaran pelancong-pelancong tu tidak setinggi yang kita mahukan, kita takut satu hari nanti penyu-penyu yang jinak ini akan mengalami kepupusan dan sepertimana pada zaman kegemilangan Rantau Abang ketika dahulu, kita tengok macamana ramai pelancong-pelancong yang datang ke Terengganu semata-matanya nak pergi ke Rantau Abang sebab nok tengoknya penyu belimbing dan kita difahamkan pada waktu tu, orang kata kalau nak tengok penyu sebesar kereta Volkswagon ini, pergilah ke pantai Rantau Abang, dah boleh tengok penyu jenis penyu belimbing ini yang naik bertelur di pantai Rantau Abang.

Tapi kalu kita nok bercakap tentang penyu belimbing sekarang ni, kita tengok payoh dah nok tengok penyu belimbing di Negeri Terengganu kita ini, di perairan di Terengganu sekarang ni. Yang ada kita boleh tengok di perairan kita sekarang ni hanya ada penyu karah dan penyu agar yang kita nampok. Tapi saya.. sekarang ni payoh doh nok tengok penyu belimbing. Tak tau lah orang lain. Tapi kita napok payoh doh nok tengok penyu belimbing sekarang ni. Jadi kalau boleh saya ingin mencadangkan kepada pihak Kerajaan supaya kalau boleh melipat kali gandakan lagi usaha untuk meningkatkan kesedaran kepada warga tempatan dan juga warga pelancong, apa dia do and don’ts supaya kita boleh menjaga khazanah alam iaitu penyu seperti mana yang kita

bincang pada kali ini. Sekian, terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi peluang dan ruang kepada saya untuk sama-sama membahaskan isu pindaan Enakmen Penyu 1951 kepada Pindaan Enakmen Penyu 2021. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Ada sape-sape lagi Yang Berhormat nak berucap? Tadok? Saya fikir apa yang telah dikemukakan oleh Wakil Kuala Besut tu sebagai satu pandangan. Jadi kalau tidak ada, saya nak teruskan pembentangan berkait dengan Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Penyu 1951. Jadi sekarang saya buka kepada undian-

Cadangan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang kedua dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan sebulat suara.

RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN PENYU 1951, DIBACA BAGI KALI YANG KEDUA

Dalam Jawatankuasa

Yang di-Pertua

Mesyuarat sekarang menjadi Jawatankuasa.

Rang Undang-Undang Bernama Suatu Enakmen Untuk Meminda Enakmen PenyuBill

Yang di-Pertua

1951 TELAH DITIMBANGKAN DARI SATU FASAL KE SATU FASAL DAN TELAH DIPERSETUJUI DENGAN TIADA PINDAAN DENGAN SEBULAT SUARA

Yang di-Pertua

Mesyuarat balik semula

Bacaan Kali Yang Ketiga

YANG BERHORMAT Dr. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi): Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya maklumkan bahawa Rang Enakmen ini telah ditimbangkan dalam Jawatankuasa dan telah dipersetujui dengan tiada pindaan. Saya mohon mencadangkan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan.

Haji Alias bin HarunPAS · GSRantau Abang

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu.

Yang di-Pertua

Rang Enakmen ini telah mendapat sokongan untuk dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan.

Cadangan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang ketiga dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan sebulat suara.

Rang Undang-Undang Bernama Suatu Enakmen Untuk Meminda Enakmen Penyu 1951Bill

Yang di-Pertua

DIPERBUAT UNDANG-UNDANG INI OLEH KUASA UNDANGAN NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN SEPERTI YANG BERIKUT:

1 (1) ENAKMEN INI BOLEHLAH DINAMAKAN ENAKMEN PENYU (PINDAAN) 2021

(2) ENAKMEN INI MULA BERKUAT KUASA PADA 1 JUN 2022

Yang di-Pertua

Rang Enakmen ini diluluskan dan menjadi Enakmen Penyu (Pindaan) 2021.

Usul-Usul Yang Telah Diberi NotisMotion

Setiausaha Dewan

Perkara berikut di dalam Tertib Pekerjaan Dewan ialah Usul-Usul Yang Telah Diberi Notis.

Setiausaha Dewan

Dipersilakan Yang Berhormat Haji Satiful Bahari bin Mamat, Wakil Paka mengemukakan Usul yang pertama, Usul Pembangunan 2022.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan-

“Bahawa menurut seksyen kecil (3) kepada seksyen (4) Akta Kumpulan Wang Pembangunan Tahun 1996, Dewan Undangan Negeri ini membuat KETETAPAN bersetuju meluluskan peruntukan Perbelanjaan Rancangan Pembangunan Negeri Bagi Tahun 2022 sebagaimana ditentukan dalam JADUAL:

JADUAL Maksud Tajuk Maksud Negeri (RM) Diganti Oleh Persekutuan (RM) Pinjaman (Negeri) (RM) Pinjaman (Pusat) (RM) JUMLAH

(RM) P.02 Pejabat Menteri Besar & Setiausaha Kerajaan

562,524,370.00 - - - 562,524,370.00 P.04 Pejabat Perbendaharaan

30.00 - - - 30.00 P.10 Jabatan Kerja Raya

2,000,080.00 - - - 2,000,080.00 P.11 Jabatan Pengairan & Saliran

500,000.00 - - - 500,000.00 P.12 Pejabat Daerah Besut

170,000.00 - - - 170,000.00 P.13 Pejabat Daerah Dungun

170,000.00 - - - 170,000.00 P.14 Pejabat Daerah Hulu Terengganu

170,000.00 - - - 170,000.00 P.15 Pejabat Daerah Kemaman

170,000.00 - - - 170,000.00 P.16 Pejabat Daerah Kuala Terengganu

220,000.00 - - - 220,000.00 P.17 Pejabat Daerah Marang

170,000.00 - - - 170,000.00

Butiran lanjut bagi maksud peruntukan-peruntukan ini bolehlah Ahli-ahli Yang Berhormat merujuk Kertas Dewan Bil. 8/2021.

Sulaiman bin SulongPAS · PNPengkalan Berangan

Yang Berhormat Dato’ Yang Di-Pertua, saya mohon menyokong usul itu.

Yang di-Pertua

Usul ini telah mendapat sokongan. Sekarang saya buka untuk perbahasan-

Yang di-Pertua

Oleh kerana tiada Ahli Yang Berhormat yang ingin berucap, sekarang saya buka kepada undian-

Usul ini kemudian dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan sebulat suara.

USUL INI DITERIMA.

Setiausaha Dewan

Dipersilakan Yang Berhormat Dr. Haji Mamad bin Puteh, Wakil Kuala Berang mengemukakan Usul yang kedua, Usul Perbekalan Air 2022.

Dr. Haji Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

P.18 Pejabat Daerah Setiu

170,000.00 - - - 170,000.00 P.19 Pejabat Pengarah Tanah & Galian

7,000,000.00 - - - 7,000,000.00 P.29 Pejabat Perhutanan Negeri

100,000.00 - - - 100,000.00 P.30 Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri

100,000.00 - - - 100,000.00 P.31 Jabatan Pertanian

100,000.00 - - - 100,000.00 P.32 Pelbagai Pembangunan

26,265,520.00 - - - 26,265,520.00 P.35 Pejabat Daerah Kuala Nerus

170,000.00

170,000.00

JUMLAH BESAR:

600,000,000.00 - - - 600,000,000.00

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan-

“Bahawa menurut seksyen kecil (2) kepada seksyen (4) Enakmen Kumpulan Wang Perbekalan Air 1966, Dewan Undangan Negeri ini membuat KETETAPAN bersetuju meluluskan peruntukan dari Kumpulan Wang Perbekalan Air Negeri untuk Rancangan-Rancangan Kemajuan Perbekalan Air Negeri Bagi Tahun 2022 sebagaimana ditentukan dalam JADUAL:

JADUAL Tajuk Perbelanjaan Negeri (RM) Pinjaman Pusat (RM) Jumlah (RM) Pengurusan Perbekalan Air 1,090,531.36 - 1,090,531.36 Pembangunan Perbekalan Air 40,000,000.00 - 40,000,000.00 JUMLAH 41,090,531.36 - 41,090,531.36

Dr. Haji Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

Butiran lanjut bagi maksud peruntukan-peruntukan ini bolehlah Ahli-ahli Yang Berhormat merujuk kepada Kertas Dewan Bil. 9/2021.

Ahmad Shah bin MohamedPAS · PNBandar

Yang Berhormat Dato’ Yang Di-Pertua, saya mohon menyokong usul itu.

Yang di-Pertua

Usul ini telah mendapat sokongan. Sekarang saya buka untuk perbahasan-

Yang di-Pertua

Oleh kerana tidak ada Ahli Yang Berhormat yang ingin berucap, sekarang saya buka kepada undian-

Usul ini kemudian dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan sebulat suara.

USUL INI DITERIMA.

Pelantikan Ahli Dewan Negara

Setiausaha Dewan

Perkara berikut ialah Pelantikan Ahli Dewan Negara

Yang di-Pertua

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong telah memaklumkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu, bahawa terdapat satu kekosongan Ahli Dewan Negara yang telah dipilih oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu telah berlaku. Kekosongan ini adalah disebabkan tamatnya tempoh perkhidmatan seorang Ahli Dewan Negara yang lepas dan meminta supaya dipilih seorang Ahli Dewan Negara yang baru. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan telah menitahkan supaya diadakan pemilihan seorang Ahli Dewan Negara dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri bagi memenuhi kekosongan tersebut. Oleh itu, Dewan Undangan Negeri Terengganu dikehendaki memilih seorang Ahli Dewan Negara menurut Perkara 45 (1A) Perlembagaan Malaysia mengikut Jadual Ketujuh, maka saya dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar untuk mengemukakan cadangan, sila Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar.

Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin MokhtarPAS · PNMenteri Besar · Ru Rendang

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya ingin mengemukakan cadangan pemilihan seorang calon dan mohon mencadangkan

“Bahawa Dewan Undangan Negeri ini bersetuju memilih Yang Berhormat Senator Puan Hajah Nuridah binti Mohd Salleh sebagai Ahli Dewan Negara untuk mewakili Dewan Undangan Negeri Terengganu di dalam Dewan Negara Malaysia menurut Perkara 45 (1A) Perlembagaan Malaysia bagi mengisi kekosongan”.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya ingin juga menyampaikan secara ringkas latar belakang mengenai calon yang saya kemukakan untuk mewakili Dewan Undangan Negeri ini di Dewan Negara.

Biodata Calon

Yang Berhormat Senator Puan Hajjah Nuridah binti Mohd Salleh dilahirkan pada tanggal 20 Mei 1961 di Kampung Padang Buloh, Pekan, Pahang dan dikurniakan 10 orang cahaya mata.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Agama Kuala Rompin dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke Kolej Islam Klang (KIK). Setelah mendapat keputusan yang cemerlang, beliau ditawarkan untuk menyambung pengajian ke Universiti Malaya dalam bidang Usuluddin. Oleh kerana minat yang mendalam dalam bidang pendidikan, beliau meneruskan dalam Diploma Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan seterusnya meneruskan pengajian dalam Ijazah Perubatan Islam Darul Syifa’.

Beliau bergiat cergas dalam politik sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat (Timbalan Pengerusi Lajnah Pemerkasaan Parti PAS Pusat). Beliau juga merupakan Ketua Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan dan Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Bintang. Beliau juga merupakan bekas Calon Parlimen Sungai Buloh (PRU Ke-14), bekas Calon Parlimen Rompin (PRU Ke-13) dan bekas Calon DUN Tahan (PRU Ke-12). Beliau juga bergiat aktif dalam Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) sebagai Penasihat NGO Pertubuhan Amal Khadijah Malaysia (PERAMAH), Penasihat NGO Khadimah Care, Naib Yang di-Pertua PAS Kawasan Bukit Bintang dan Penasihat NGO Al Ma’wa.

Beliau berpengalaman sebagai peserta Misi Kemanusiaan Ke Syria, Myanmar, Bangladesh, Jerman dan Republik Czech, peserta Misi Dakwah di Pulau Krismas, Australia dan peserta Misi Food Flotilla For Rohingya. Beliau juga merupakan peserta Misi Kemanusiaan Bencana Tsunami di Acheh, Indonesia, peserta Misi Kemanusiaan dan Dakwah ke Seluruh Malaysia dan Mutawif Umrah Tarbawi Dewan Muslimat PAS Malaysia.

Saya kemukakan latar belakang ini semoga dengan penyertaan beliau sebagai Wakil Terengganu dalam Dewan Negara akan dapat memberikan suatu

sumbangan kepada agama, negara dan juga negeri. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua saya mohon mencadangkan. Terima kasih.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya mohon menyokong usul itu.

Yang di-Pertua

Ahli ahli Yang Berhormat sekalian, cadangan memilih seorang Ahli Dewan Negara menurut Perkara 45 (1A) Perlembagaan Malaysia Jadual Ketujuh bagi mewakili Dewan Undangan Negeri Terengganu telah diterima dan mendapat sokongan. Sekarang saya kemukakan kepada undian-

Usul ini kemudian dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan suara terbanyak.

USUL INI DITERIMA.

Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat sekelian, dengan ini saya mengisytiharkan bahawa Yang Berhormat Senator Puan Hajah Nuridah binti Mohd Salleh telah dipilih menjadi Ahli Dewan Negara mewakili Dewan Undangan Negeri Terengganu bagi mengisi kekosongan yang ada. Saya ucapkan tahniah dan syabas. Selamat bertugas untuk kecemerlangan negeri dan rakyat Terengganu. Saya minta Yang Berhormat sila bangun untuk memperkenalkan diri.

[Yang Berhormat Senator Puan Hajah Nuridah binti Mohd Salleh berdiri].

Terima kasih.

Setiausaha Dewan

Dipersilakan Yang Berhormat Dato’ Haji Tengku Hassan bin Tengku Omar, Wakil Ladang mengemukakan Usul Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan Dan Jawatankuasa Terpilih Pengurusan Dewan Sebagai Jawatankuasa Tetap (Standing Committee) Dan Mewujudkan Jawatankuasa Terpilih Semakan Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap Dewan.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan-

Bahawa Dewan Undangan Negeri yang bersidang pada hari ini membuat KETETAPAN bersetuju melantik Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan Dan Jawatankuasa Terpilih Pengurusan Dewan Sebagai Jawatankuasa Tetap (Standing Committee) Dan Mewujudkan Jawatankuasa Terpilih Semakan Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap Dewan menurut Fasal 103 Peraturan-peraturan Dan Perintah-perintah Tetap Dewan Undangan Negeri dan Ahlinya terdiri daripada:-1.

Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Pengerusi 2.

YB Haji Hishamuddin bin Abdul Karim

3.

YB Muhammad Khalil bin Abdul Hadi

4.

YB Haji Wan Hapandi bin Wan Nik

5.

YB Haji Hilmi bin Harun

6.

YB Ir. Saiful Azmi bin Suhaili

7.

YB Dato’ Haji Rozi bin Mamat

8.

Setiausaha Dewan Undangan Negeri Setiausaha

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, skop kerja atau bidang tugas jawatankuasa ini adalah sebagaimana berikut:

1. Menyemak dan menambahbaik perjalanan Sidang Dewan. 2. Menyemak dan menambahbaik Peraturan-peraturan dan Perintah-perintah Tetap Dewan.

3. Memastikan Peraturan-peraturan dan Perintah-perintah Tetap Dewan sentiasa dikemaskini mengikut peredaran zaman dan kesesuaian keadaan semasa.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Yang Di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu. Terima Kasih.

Yang di-Pertua

Usul ini telah mendapat sokongan. Sekarang saya buka untuk perbahasan-

Yang di-Pertua

Oleh kerana tidak ada Ahli Yang Berhormat ingin berucap. Sekarang saya buka kepada undian-

Usul ini kemudian dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan sebulat suara.

USUL INI DITERIMA.

TangguhanAdjournment

Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin MokhtarPAS · PNMenteri Besar · Ru Rendang

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Persidangan Dewan ditangguhkan kepada suatu masa yang akan ditetapkan kemudian.

Yang di-Pertua

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dan Ahli Yang Berhormat sekalian, sebelum saya tangguhkan Dewan ini, saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan berbanyak terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian selama empat hari kita bersidang. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai yang turut hadir, kepada rakan-rakan media yang bertugas selama empat hari ini dan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menyempurnakan perjalanan sidang ini. Sedikit sebanyak perubahan yang dibuat yang di luar kepada kebiasaan anggapnya perkara biasa sahaja kerana kita juga perlu melihat perkembangan-perkembangan yang berlaku di tempat lain, di Dewan Undangan Negeri ataupun di badan legislatif di tempat yang lain. Apa sahaja perbezaan-perbezaan pandangan dalam persidangan kita ini apa yang saya harap natijahnya akan mematangkan kita sebagai pemimpin kitalah yang akan mencorakkan masa depan Negeri kita ini dengan izin Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Saya juga memohon maaf di atas apa-apa kelemahan dan juga kekurangan sepanjang sidang ini berjalan.

Dengan ini saya tangguhkan Persidangan Dewan ini ke suatu masa dan tarikh yang akan ditetapkan kemudian dan untuk itu marilah kita tangguh dengan membaca tasbih Kaffarah dan Surah Al-„Asr.

DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 11.10 pagi