Terengganu · 23 March 2022
14th Assembly, 5th session, 1st meeting · 316 turns · 29,105 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalTerengganu publishes one PDF per meeting, with the written answers appended. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
Soalan-Soalan LisanQuestions
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, mesyuarat disambung semula. Bagi memberkati persidangan kita marilah kita mulakan dengan Ummul Quran Al-Fatihah.
Alhamdulillah mesyuarat pagi ini kita teruskan dengan Soalan-soalan Lisan. Berikut adalah Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberi notis untuk mengemukakan Soalan-soalan Lisan pada hari ini, 23 Mac 2022:
1.
Yang Berhormat Wakil Pengkalan Berangan 2.
Yang Berhormat Wakil Batu Rakit 3.
Yang Berhormat Wakil Bandar 4.
Yang Berhormat Wakil Kuala Besut 5.
Yang Berhormat Wakil Air Putih 6.
Yang Berhormat Wakil Ajil 7.
Yang Berhormat Wakil Kemasik
8.
Yang Berhormat Wakil Wanita 9.
Yang Berhormat Wakil Batu Buruk 10.
Yang Berhormat Wakil Seberang Takir 11.
Yang Berhormat Wakil Sura 12.
Yang Berhormat Wakil Telemong 13.
Yang Berhormat Wakil Bukit Besi 14.
Yang Berhormat Wakil Manir 15.
Yang Berhormat Wakil Jertih 16.
Yang Berhormat Wakil Rantau Abang
Sekarang saya persilakan Wakil Pengkalan Berangan untuk memulakan Sesi Soalan Lisan pada pagi ini.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya wakil kepada Pengkalan Berangan.
Sila.
Soalan Nombor satu- Terima kasih.
Sejauh manakah pelaksanaan pencen rakyat Terengganu yang dilaksanakan bagi tahun 2021?
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, semua Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan dan semua yang hadir.
Terima kasih kepada Pengkalan Berangan. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalannya ialah sejauh manakah pelaksanaan Pencen Rakyat Terengganu yang telah dilaksanakan tahun 2021.
Pencen Rakyat ini merupakan janji Manifesto Pasti Islam Se-Malaysia (PAS) ketika memasuki Pilihan Raya yang Ke-14 baru-baru ini. Walaupun dia bukan merupakan kitab suci, tetapi alhamdulillah Kerajaan PAS pada kali ini berjaya menunaikan janji rakyat yakni menunaikan pencen bagi tahun 2021. Jumlah agihan insentif Pencen Rakyat adalah sebanyak RM6,207,300.00 yang melibatkan 20,691 orang yang telah menepati syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan. Soalan ini juga datang daripada Kuala Besut dan Batu Rakit. Insya-Allah saya akan jawab sekali gus. Apakah keberkesanan pelaksanaan Program Pencen Rakyat? Ternyata pelaksanaan Program Pencen Rakyat ini telah memberikan impak dan kesan yang cukup positif kepada warga emas yang memerlukan di luar sana. Antara objektif pelaksanaan program Pencen Rakyat adalah seperti berikut;
1. Memenuhi janji Kerajaan Negeri kepada rakyat sebagaimana Manifesto MT20.
2. Menzahirkan kecaknaan Kerajaan Negeri terhadap warga emas yang merupakan penduduk yang turut menyumbang kepada pembangunan negeri.
3. Membantu mengurangkan bebanan warga emas dari sudut kewangan untuk menampung perbelanjaan mereka.
Soalan daripada Batu Rakit, apakah kriteria untuk mendapatkan Bantuan Pencen Rakyat? Kriteria untuk mendapatkan Bantuan Pencen Rakyat ialah;
1. Warga Negara Malaysia yang berumur 60 tahun ke atas 2. Rakyat Negeri Terengganu atau pemastautin yang telah melebihi 15 tahun 3. Keutamaan kepada mereka yang hidup bersendirian atau mempunyai keluarga tetapi tidak berkemampuan untuk memberikan sumbangan 4. Hanya ketua keluarga atau salah seorang isi rumah warga emas yang layak memohon 5. Bukan pesara atau penerima pencen dan tidak mendapat bantuan bulanan daripada JKM, MAIDAM atau mana-mana agensi seumpamanya 6. Pendapatan isi rumah pemohon di bawah RM3,000.00 sebulan atau RM600.00 per kapita 7. Borang permohonan yang lengkap diisi
8. Lulus bancian yang dibuat akan disyorkan oleh pejabat daerah masing-masing melalui Pusat Khidmat DUN yang berkaitan.
Bil Parlimen Jumlah Pemohon Yang Layak Pecahan Bajet Yang Diperlukan (Daerah) 1 Kuala Terengganu 1,799 RM539,700.00 2 Kemaman 3,718 RM1,115,400.00 3 Dungun 1,624 RM487,200.00 4 Besut 2,798 RM839,400.00 5 Hulu Terengganu 3,424 RM1,027,200.00 6 Marang 2,437 RM731,100.00 7 Setiu 2,809 RM842,700.00 8 Kuala Nerus 2,082 RM624,600.00
Insya-Allah bajet yang telah diluluskan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada tahun lepas ialah tahun ini ialah RM12 juta. Insya-Allah pembayaran akan dibuat sekitar bulan Ogos. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Boleh saya celah?
Sila. Memang ada digabungkan soalan.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya, bagaimana bagi yang tidak tersenarai, dia rasa dia layak, apa yang patut dia lakukan dan bagaimanakah cara pembayaran? Terima kasih.
Terima kasih pada Batu Rakit. Untuk tahun ini, insya-Allah dalam bulan April ini, Pejabat Daerah melalui YPK, YPK akan buat surat-surat arahan kepada Pejabat Daerah, dan Pejabat Daerah akan kemukakan kepada PKN untuk mencari mereka-mereka nama-nama baru yang dah memasuki 60 tahun ataupun yang tertinggal. Mereka boleh memohon terus ke pejabat melalui JPKK ataupun terus ke Pejabat Khidmat Masyarakat. Dan seperti yang saya katakan untuk tahun ini, kita akan buat pembayaran sekitar bulan 8 ini. insya-Allah.
Khidmat Masyarakat tu maksudnya Khidmat Masyarakat DUN Kerajaan, BN pun boleh jugok ke macam mana..
Boleh jugok. Ato direct ke pejabat i-MITS pun boleh jugok. Boleh belaka.
Pejabat ADUN boleh?
Ya?
Pejabat ADUN pun boleh?
Pejabat ADUN?
Pejabat ADUN ato ke Pejabat Daerah.
Okey, terima kasih.
Sila, Kuala Besut.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Ada tak kuota ataupun pecahan-pecahan ikut daerah mengikut pencen rakyat yang telah dirancang oleh pihak kerajaan ni. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Takdok kuota ni.
Takdok kuota dan takdok pecahan. Semua yang layak kita beri ikut DUN.
Okay.
Ada senarai DUN ini, panjang nak baca ni.
Okay. Tak payah. Tak payah.
Tak payah baca. Sekarang saya jemput Wakil Batu Rakit untuk kemuka soalan.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Ari ning napok baik. Skale dok wi doh, dang ade doh se. Terima kasih. Tadi hok nupang, hok ni hok sebenor. Soalan saya nombor satu –
Masalah sampah berlonggok yang diviral dan hangat diperkatakan oleh umum. Apakah Tindakan susulan yang diambil oleh Kerajaan Negeri mengenai masalah tersebut?
Kang baik sokmo kang.
Terima kasih. Mareng puji doh mareng. Terima kasih. Mareng dok dang dengo. Saya mandi budok.
Saya buat contoh dari segi perbahasan ni, biar direct lalu. Tak payah banyak bunga-bunga sangat. Sebab masa tak banyak. Okay.
Terima kasih.
Sila, Yang Berhormat.
YANG BERHORMAT Dr. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal):
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, rakan-rakan Yang Berhormat, Ketua Jabatan, Pegawai Kerajaan dan para hadirin sekalian. Terima kasih Wakil Batu Rakit. Wakil Batu Rakit ingin tahu tentang masalah sampah yang berlonggok yang telah diviral dan hangat diperkatakan oleh umum. Apakah tindakan susulan yang diambil oleh Kerajaan Negeri mengenai masalah tersebut. Pertama isu sampah berlonggok ini berlaku pada awal tahun 2022. Perkara ini berlaku
kerana mengikut kontrak ataupun dalam perjanjian kontrak tu, yang kita award kepada syarikat ni pada Januari 2021 dengan syarat mereka menyediakan lori sendiri untuk satu zon, empat buah, dalam masa setahun. Bila cukup setahun, bermula Januari 2022, PBT kes di Kuala Terengganu ni, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu tidak lagi memberi sewaan lori PBT kepada kontraktor tersebut. Nak dijadikan isunya, yang berlaku adalah di sekitar Batu Enam dan juga di sekitar Gong Datuk dan Batu Rakit iaitu Zon E dan Zon G. Kontraktor Zon E I, ni dia dah beli tiga buah lori. Tak cukup satu lori. Nak dijadikan isunya pada awal tahun tu, sebuah lori dia rosak. Dan Majlis Bandaraya tak beri sewa dah. Jadi tinggal dua. Bila dua sudah tentu berlaku kelewatan ataupun longgokan badlock lah yang berlaku sampah yang tidak dikutip secara teratur untuk Zon E, Batu, Enam dan sekitar. Manakala di Zon G, dia ada empat buah lori dah. Tapi ditakdirkan Allah Subhanahu Wa Ta’ala, dua buah rosak serentak. Pada awal tahun tu dan oleh kerana kontrak dia tu tidak membenarkan sewaan, maka dia jugak mengalami masalah kekurangan lori lah.
Hasil daripada itu, setelah saya dapat maklumat ini, serta merta pada 6 haribulan, hari Khamis, dah panggil Datuk Bandar, Wakil daripada Pejabat Undang-Undang dan juga Setiausaha Bahagian untuk bincang bagaimana mengatasi masalah ini. Dan kita bersetuju dan perbincangan itu untuk kita menyewakan semula lori Majlis untuk menyelesaikan masalah yang berlaku. Tempoh sehingga akhir bulan Mac. Sekarang ini lah dan dia dimestikan mencukupkan lori dalam masa tersebut. Dan juga kita membenarkan sekiranya berlaku kerosakan, pihak kontraktor dia boleh minta pinjam sewa daripada Majlis Bandaraya dengan harga tertentu dan denda dikenakan. Iaitu selepas bulan Mac nanti. Dan saya juga telah jumpa dengan kontraktor tersebut. Mereka memberi jaminan akan mencukupkan empat buah lori yang telah dinyatakan tersebut. Walau bagaimanapun bila berlaku kerosakan ni, memang tidak dapat kita nak elakkan, sebab itu kita ada support daripada PBT untuk menyelesaikan masalah ini lah. Biasa daripada itu, hari Jumaat itu sudah ambil tindakan. Hari Khamis tu mesyuarat, hari Jumaat tu ambil tindakan. Dalam masa tiga hari alhamdulillah, saya ingat hari Isnin semua sampah dah clear di kawasan yang disebutkan itu. Jadi masalah berlaku kemalangan lah, kerosakan lori lagi, dengan perjanjian dah dikuatkuasakan. Dan untuk mengatasi masalah undang-undang, pihak Pejabat LA buat supplementary agreement. Terpaksa buat satu tambahan dalam agreement itu untuk membolehkan sewaan diberi walaupun telah tamat tempoh setahun yang kita berikan. Kita kene ikut procedure undang-undang dan sebagainya. Jadi alhamdulillah, saya rasa
tindakan cepat. Saya ucap tahniah lah kepada Datuk Bandar, khususnya Majlis Bandaraya dan Pejabat LA yang telah bekerjasama yang begitu baik sehingga dapat selesaikan isu ini dalam masa yang segera lah. Cuma yang jadi masalahnya diviralkan seolah-olah sampah seluruh Negeri Terengganu itu sepah-sepah. Padahal yang berlaku hanya di dua zon sahaja. Tapi tulah masalah viral ni dia menggambarkan satu keadaan yang tidak sihat. Sedangkan kita di Terengganu ni mendapat pengiktirafan bandar mampan dalam negeri kita dan diiktiraf baru-baru ini dapat satu lagi pengiktirafan bandar antara sepuluh bandar pelancongan yang terbersih di Asia. Ini satu benda yang orang luar pandang kita, saya ingat baik di Asian, standard bandar pelancongan bersih Asian yang telah diumumkan pada 8 Mac untuk Bandaraya Kuala Terengganu. Jadi orang luar nampak kita okay, dan saya kebetulan dihadiri oleh wakil daripada Kedutaan Singapura. Saya tanya bagaimana kebersihan Terengganu kita? Dia kata okay. You tak boleh banding dengan Singapore. Dia kata Singapore memang dia standard tinggi. Tapi untuk bandar-bandar lain di Eropah pun, Kuala Terengganu okay dia kata. Itu perjumpaan saya secara langsung lah dengan wakil daripada kedutaan Singapore. Jadi kita harap orang kita, kadang-kadang orang tengok kita okay, kita rasa tak okay. Kita duk viral. Jadi seolah satu persepsi negatif kita wujudkan. Pelancong-pelancong tidak akan datang ke negeri kita. Jadi kita kena tengok benda-benda yang kadang-kadang berlaku sekali-sekala bukan sepanjang masa itu, boleh je buat aduan kepada Majlis Bandaraya, PBT ataupun saya sendiri untuk ambil tindakan segera. Duk viral pun tak selesai masalah. Cuma kita membuka benda yang bukan kudis besar pun. Tapi dah kita buka aib kepada orang lain negatif akan mari kepada negeri kita jugak. Jadi saya kira pelancongan akan terganggu dan sebagainya. Saya rasa harap nak viral-viral ni jugak jangan jadi COVID-19 sudah lah. Jadi susah semua orang.
Untuk itu, beberapa tindakan susulan diambil bagi mengatasi masalah ini. Yang pertama kita memastikan setiap kontraktor mempunyai lori yang mencukupi iaitu empat buah setiap zon. Saya telah buat perjumpaan secara langsung dengan kontraktor dan mereka insya-Allah akan dapat menyiapkannya. Yang kedua menjalankan operasi di kawasan tong sampah awam untuk menentukan kepadatan penduduk, kesesuaian tong sampah dan penukaran tong sampah yang sesuai dengan lokasi ni dibuat dari semasa ke semasa oleh seorang pemantau kita. Dan tahun ini pun kita dah lulus dalam Dewan baru ni RM1 juta untuk menambah lagi bilangan tong sampah di seluruh Negeri Terengganu. Insya-Allah masalah tong sampah dapat kita selesaikan. Yang ketiga
menjalankan pemantauan bagi memastikan kontraktor mematuhi spesifikasi yang ditetapkan iaitu kekerapan kutipan dua kali sehari melalui system smart bin. Kita pakai smart bin semua dah. Kita tahu tong sampah mana dikutip ataupun tidak. Ini ada pemantauan berlaku. Kadang-kadang kalau kita ambik gambar sebelum lori sampai, memanglah melimpah. Nama pun tong sampah. Tempat orang buang sampah. Dia kutip pagi skali, kalu kita ambik gambar pukul 8, lori tak sampai lagi, memang melimpah masa tu. You ambik pukul 10, takdoklah sampah tu. Dah diangkut. Malam pun sama, dia mari kutip petang kalu ambik gambar pukul 3 atau pukul 4 petang sampah melimpah. You ambik gambar pukul 7 malam habislah dah dikutip. Tong sampah tempat orang buang sampah memang ada sampah. Kadang-kadang dia melimpah. Tengok musim lah. Kalau musim raya, musim orang balik cuti ramai, kadang tong sampah penuh. Tapi kita akan mengatasinya dengan menambah tong sampah lagi. Yang seterusnya penyapuan di sekitar lima meter radius jejari dari tong sampah dan pencucian tong sampah mengikut perancangan kerja yang telah ditetapkan. Memasang perangkap tong sampah di kawasan berisiko gangguan khinzir dan anjing. Ini kita dah dapat dan semalam pun ada isu khinzir dan sebagainya gangguan pada tong sampah kita ni dan kita buat perangkap. Itu okay. Dari segi haiwan boleh kita control. Tapi satu masalah lagi ialah yang mencari bahan-bahan kitar semula ini. Yang menyelongkar manusia ni tong sampah kita, cari barang untuk dijual dan bila diselongkar dia tinggal begitu saja bersepah sampah. Dia dop kutip semula. Inilah menjadi satu kelewatan pada pemungut sampah kontraktor kita, jadi terpaksa sapu plok. Makan masa, tidak dia angkut tong sampah masuk lori, makan masa lima minit selesai. Tapi kalau sampah yang terpaksa sapu kutip sampah yang berselerak ini mungkin makan masa dalam setengah jam untuk setiap tong sampah. Ini adalah perkara-perkara yang kita minta orang ramai bagi kerjasama janganlah selongkar tong sampah kita yang menyebabkan kelewatan ataupun tenaga kerja lebih terpaksa digunakan untuk bersih kawasan sekitar tong sampah dan kepada orang ramai harap buang sampah dalam beg plastik, ikat kemas-kemas buang dalam tong sampah untuk memudahkan dari segi kutipan nanti. Yang seterusnya penggunaan lori terbuka untuk melakukan pembersihan di sekitar tong sampah. Dia ada lori terbuka. Tadi lori yang kita pakai lori angkut tong itu, ini dia lori terbuka untuk kutip sampah yang bersepah tadilah. Seterusnya denda akan dikenakan jika kontaraktor tidak mematuhi spesifikasi yang ditetapkan. Yang kelima pihak PBT akan menyewakan lori jika berlaku kerosakan lori kontraktor. Itulah antara beberapa perkara, yang kita ambil
tindakan bagi memastikan kejadian-kejadian itu tidak berulang. Insya-Allah. Terima kasih.
Soalan tambahan saya, perkara kerosakan dan sebagainya kemungkinan akan berlaku lagi. Jadi apakah persediaan pihak Kerajaan atau PBT dalam untuk menyelesaikan kes ini, sebab kalau kita tunggu lama memang benda ini jadi tidak baguslah. Jadi untuk menyenggarakan sekiranya berlaku kerosakan dan sebagainya apakah persediaan kerajaan ataupun PBT? Terima kasih.
YANG BERHORMAT Dr. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Terima kasih Batu Rakit. Kita ada flying squad daripada Majlis kita untuk kawasan hot spot dan juga kira aduan berlaku longgokan sampah. Dan sebut tadi antaranya memastikan kontraktor mempunyai lori yang cukup, empat buah dan juga kita juga ada standby, sekiranya mereka ini mengalami kerosakan lori supaya boleh maklum kepada PBT untuk kita berikan sewaan untuk sementara mengatasi masalah ini. Yang masalahnya perkara ini tidak dimaklumkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan, dia viral sahaja. Kadang-kadang kita tahu melalui viral. Kadang-kadang saya pun tahu sudah diviral baru saya tahu sedangkan dia boleh je online dengan kita untuk menyelesaikan masalah ini. Kita sentiasa menjaga negeri kita insya-Allah. Kita nak menarik pelancong, menjadikan negeri yang cantik, bersih dan sebagainya. Tanpa kerjasama daripada orang ramai, sudah tentu kita tidak akan berjaya. Kita tengok buang sampah di pantai dan sebagainya, makan dan tinggal di situ. Ini budaya yang kita insya-Allah untuk tahun ini akan buat kempen besar-besaran bagi memastikan kesedaran rakyat kita memastikan rakyat kita memastikan negeri kita bersih dan apa yang dilihat oleh orang luar sebagai negeri kita bersih, cantik. Itu yang akan dapat kita pertahankan sampai bila-bila dan dipertingkatkan lagi. Insya-Allah. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Sekarang saya jemput Wakil Bandar untuk mengemukakan soalan.
Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Soalan saya soalan pertama.
Bagaimana Kerajaan prihatin terhadap kes perceraian di dalam masyarakat?
Soalan ini sebenarnya dia gabung dengan soalan Ajil. Jadi Ajil boleh membuat pencelahan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, serta Ketua Pegawai-pegawai yang saya hormati sekalian. Soalan daripada Yang Berhormat Bandar, bagaimana kerajaan prihatin terhadap kes penceraian dalam masyarakat. Soalan daripada Yang Berhormat Ajil, soalan kedua kes penceraian khususnya melibatkan pasangan muda semakin bertambah dari semasa ke semasa. Dia akan menimbulkan kesan sosial yang parah kepada masyarakat. Apakah langkah-langkah yang telah dan akan dilakukan oleh pihak kerajaan untuk membendung isu ini supaya tidak berlarutan dan boleh menimbulkan kepincangan kepada proses pembinaan institusi kekeluargaan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan, serta Yang Berhormat sekalian, kes penceraian ini menjadi satu persoalan yang saya rasa ditanya kerap kali dalam Sidang Dewan bagi nak menunjukkan pencaknaan dan keperihatinan Yang Berhormat-Yang Berhormat kita tentang isu yang berlaku dalam masyarakat yang sudah tentu ia juga akan menjejaskan situasi keharmonian sebuah masyarakat negeri dan negara. Kerajaan memang prihatin dan mengambil tindakan yang sewajarnya dalam menyelesaikan serta mengambil solution, mengambil pendekatan-pendekatan yang sepatutnya untuk berhadapan dengan kes penceraian ini. Walaupun kita tidak boleh menyekat kes penceraian ini, kerana ia satu persoalan yang berlaku dalam masyarakat dan sudah Allah Ta’ala letakkan dalam al-Quran. Bila berkahwin ada orang yang akan bercerai dalam masyarakat ini. Walaupun demikian kita cuba untuk menyelesaikannya dan kita cuba untuk membendungnya, kita cuba untuk mengawalnya. Sudah tentu peranan yang paling penting bagi menyelesaikan masalah ini ialah Jabatan Hal Ehwal Agama, diwaktu yang sama ia juga diambil peranan sama oleh Yayasan Pembangunan Keluarga, diambil peranan oleh Urus Setia Wanita (USWA), diambil peranan oleh pihak masjid yang mengadakan kuliah-kuliah di masjid-masjid mereka, dan juga program-program yang
dianjurkan oleh NGO-NGO. Tapi secara asasnya, program yang juga dianjurkan oleh Pejabat Agama telah mengambil beberapa langkah dalam menyelesaikan persoalan ini. Yang pertama, Program Turun Padang Ziarah Mahabbah ke rumah Baitu Cakna, Hulu Terengganu, Seminar Kekeluargaan Islam, Undang-Undang Islam, Keadilan dan Penindasan, Seminar Ramadhan Membentuk Keluarga Bahagia, Seminar Sihir Pemikat Pemisah Di Sisi Syariat serta Perundangan, Kursus Modul Bersepadu, Kursus Pra Perkahwinan Islam, khidmat nasihat kepada pasangan yang mengalami masalah hubungan suami isteri melalui temujanji ataupun walk-in di semua di bahagian Undang-Undang Keluarga dan semua Unit Undang-Undang Keluarga di semua daerah. Melaksanakan Program Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti yang disediakan oleh pihak JAKIM. Melaksanakan Modul Pasca Perkahwinan yang dibangunkan oleh pihak JAKIM untuk digunapakai oleh semua negeri mencakupi 4 fasa. Fasa bulan madu, tempoh perkahwinan bawah 5 tahun. Fasa sehati sejiwa, tempoh perkahwinan 6 sehingga 10 tahun. Fasa semarak kasih, tempoh perkahwinan 11 sehingga 20 tahun. Fasa syurga cinta, tempoh perkahwinan 21 tahun ke atas. Seminar mendepani cabaran keibubapaan dan berbagai-bagai lagi program yang dilaksanakan oleh YPK dan juga NGO yang lain.
Dato’ Yang di-Pertua, soalan tambahan. Terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO. Saya ingin merujuk kepada isu penceraian ini, barangkali mungkin dulu punca penceraian itu berbeza dengan punca penceraian di masa kini. Bolehkah Yang Berhomat mengikut data ataupun maklumat terkini Kerajaan, apakah punca-punca yang utama yang menjadikan mereka ini bercerai?
Terima kasih Yang Berhormat Wakil Bandar. Isu ni sebenarnya sama je Yang berhormat, Yang di-Pertua. Isu dia yang pertamanya memang sikap ketidak bertanggungjawab sama ada oleh suami ataupun oleh isteri. Tidak bertanggungjawab. Tidak bertanggungjawab bukan bermakna ada yang tidak ada fahaman agama, ada juga fahaman agama tapi dia tidak beramal dengan agama dia membuatkan dia tidak bertanggungjawab. Tahun 2021, daripada Januari sehingga Disember seramai 343 pasangan yang kita lihat dan dapati kerana punca tidak bertanggungjawab, 342 pasangan punca kerana lemah didikan agama. Bila kita buat kajian dan diselidik masalah pengajian dia, tidak
hadir masjid, tidak hadir surau, mengaji tidak faham, banyak perkara yang tidak difahami. Jadi purata tahun lepas sahaja 1,290 pasangan. Ini persoalan yang ada dalam masyarakat kita. Oleh kerana itulah kita berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan persoalan ini dengan memberikan kesedaran, dengan memberikan didikan dan memberikan kefahaman agama dengan sebaik-baiknya. Insya-Allah.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan tambahan untuk saya: Kalau mengikut keadaan semasa sekarang ini, remaja ni biasanya yang bercerai inilah biasanya berkahwin awal. Peringkat usia mungkin 18,19,20 tu dah berkahwin dah. Jadi punca kepada penceraian ini, oleh kerana pernikahan itulah yang terlalu awal dan saya rasa di antara sebab mereka berkahwin kerana terperangkap dengan cinta. Mereka kadang-kadang bukan nok nikoh sangat, tapi nok bercinta. Tapi oleh kerana orang tua tengok duk main gi mari gi mari, akhirnya orang tua paksa suruh berkahwin dalam keadaan mereka tidak bersedia untuk berkahwin dan adakah ada usaha daripada pihak Kerajaan untuk membendung supaya mereka ini tidak bercinta di peringkat awal usia? Kena muslimat…
Payah tu Yang Berhormat.
Supaya mereka ini kalau bercinta pun di peringkat matang dan bernikah pun di peringkat matang. Supaya mereka ini tidak bercerailah. Terima kasih.
[Ketawa] Terima kasih Yang Berhormat Ajil. Cinta ini macam ge lautan. Bila dah berombak kita susah untuk menyekatnya. Sebab itu Rasulullah pesan pada anak-anak muda,
Wahai anak-anak muda, wahai remaja, jika kamu memiliki keupayaan, kahwinlah.
Dia boleh merendahkan pandangan, kurang sikit dia tengok orang lain, dia tengok isteri dia comel doh. Lagi-lagi hok muda pulok. Ye dok? Hok tua dang gemok payoh doh. Betul dok? Ye tengok hok comel doh.
Boleh memelihara kemaluan dan maruah dia. Tapi jika tidak mampu, berpuasalah.
Kerana puasa itu boleh menjadi pembendung, penghalang bagi dia.
Memang kita dok boleh nak bendunglah cinta ini, dok Yang Berhormat Batu Rakit? Dokleh nok bendung, cinta kasih sayang dia. Hanya kita perlu salur dia…
Waner yang main sentuh tang ke ning?
Kita kena salur dia supaya betul dengan saluran dia. Betul dengan kebaikan dia, cinta dia. Oleh kerana itu, Pejabat Agama buat kursus pasca ataupun kursus sebelum kahwin. Mana-mana pasangan ye dokleh nok kahwin barrang-barrang, dia kena mari kursus dulu, kemudian Pejabat Agama beri latihan dulu, beri nasihat dulu, beri pandangan dulu, dan kita dokleh nok bendung dia, dan kita minta supaya pasangan-pasangan yang baru kahwin ini juga akan diuruskan oleh YPK lagi, Program Bulan Madu dia agar dengan harapan insya-Allah…
YANG BERHORMAT DATO’ SERI Dr. HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Dato’ Yang di-Pertua, penjelasan. Latihan yang macam mana ni?
[ketawa]
YANG BERHORMAT DATO’ SERI Dr. HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Ada test dulu ke waner latihan nok tahu?
Latihan maksudnya kita mengadakan bila dia berbulan madu, kita ajar dia macam mana
nak mengurus rumah tangga dengan sebaik mungkin, macam mana dia bercakap dengan tok laki dia, macam mana seorang suami bercakap dengan isteri dia, bagaimana kita nak menguruskan kerjaya dia, apa dia nafkah yang sepatutnya kita tanggung, itu yang kita faham. Tahu doh Dato’ Kijal tu nok gi mana, tapi yang boleh kita latih untuk mereka berbulan madu dengan sebaik mungkin yang mencetuskan cinta syarie, cinta yang berasaskan syariat Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Pada sudut asasnya Yang Berhormat Ajil, kita pakatlah jaga kerana ini juga sunnah bahkan disebut di dalam kitab-kitab bila anak-anak kita nak kahwin awal, galakkan kahwin awal, dipercepatkan kahwin, jangan perlewatkan nak menyelamatkan mereka daripada zina lebih besar daripada kemungkinan mereka berhadapan dengan cerai. Tapi kita didik dia, kita berikan kefahaman kepada dia lebih baik daripada kita membiarkan mereka akhirnya terjebak dalam kemurkaan Allah.
Terima kasih Yang Berhormat…
Waner Dato’ Speaker khusyuk sangat dengar?
Ye?
Dato’ Speaker khusyuk sangat dengar?
Hor.. Sama-sama dengarlah.
[Ketawa].
Patut Wakil Kijal patut dia dok payoh tanya doh. Dia boleh bagi kursus ke orang pulok. Dengan pengalaman yang ada ini. Okey, kita teruskan saya jemput Wakil Kuala Besut.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya nombor 2-
Apakah status terkini perancangan Ketara Fasa 2 di Besut?
YANG BERHORMAT Dr. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi):
Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih adinda Kuala Besut. Status terkini perancangan perluasan kawasan jelapang padi IADA Ketara Fasa 2 berada di peringkat penyediaan draft Cadangan Pembangunan di peringkat Kementerian untuk pertimbangan Jemaah Menteri. Untuk makluman Kuala Besut dan Dewan, cadangan daripada Kerajaan Negeri yang diangkat ke Kementerian untuk perluasan IADA Ketara Fasa 2 daripada 5,000 hektar yang sedia ada sekarang ini kepada kira-kira 10,000 hektar kita melalui jalan yang agak berliku. Walaupun berliku, insya-Allah kita akan lalui sehingga hasrat kita ini menjadi kenyataan. Di zaman Kerajaan Pakatan Harapan di Persekutuan, kita dimaklumkan oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi, cadangan ini tidak dapat dipertimbangkan kerana dasar Kerajaan Persekutuan tiada pembukaan kawasan padi baru sehingga kita fahamkan Kerajaan Persekutuan bahawa Ketara Fasa 2 ini sebenarnya bukan pembukaan kawasan padi baru, ia hanyalah untuk menaik taraf kawasan sawah padi yang sedia ada di luar jelapang untuk dimasukkan ke dalam kawasan jelapang padi dan Empangan Paya Peda sebagai sumber pengairan di Hulu Besut pun telah tersedia.
Apabila kertas cadangan ini diangkat ke pertimbangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, apabila berlaku pertukaran Kerajaan Persekutuan, berlaku satu lagi situasi bila kertas cadangan diangkat bersekali dengan cadangan untuk IADA Pekan dan juga IADA Perak sehingga peruntukan yang diperlukan mencecah lebih daripada RM3 bilion. Bila peruntukan yang diperlukan melebihi daripada RM3 bilion dalam situasi pandemik PKP lagi, menyebabkan ia tidak dapat dipertimbangkan. Sekali lagi kita buat kunjungan ke Kementerian supaya IADA Ketara Fasa 2 diangkat suku, jangan gabung dengan hok lain sehingga kita terpaksa pikul beban IADA di Pahang dan juga IADA di Perak.
Dalam tahun 2021 ini sahaja dalam tiga pertemuan besar, kita bangkitkan di samping isu Ketara Fasa 2 ini telah menjadi agenda tetap dalam mesyuarat EXCO-EXCO Pertanian dengan Menteri-menteri Pertanian sejak daripada awal penggal 2018 sehinggalah sekarang ini. Tahun 2021 sahaja kita telah
membangkitkan perkara ini dalam Jelajah Pasca Roadshow RMK-12 pada 17 Oktober 2021 bersama dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato’ Seri Mustapa Mohamed. Kita juga telah buat dua kali kunjungan ke Kementerian Pertanian pada 8 Februari 2021 dan juga pada 9 November 2021 yang kita perlukan hanyalah peruntukan dalam sekitar RM105 juta sahaja. Tidak mudah untuk kita meyakinkan EPU dan juga untuk kita meyakinkan Kementerian Pertanian sehinggalah segala fakta dan justifikasi kita bentangkan dan alhamdulillah sekarang ini dia berada di peringkat penyediaan Draft Cadangan Pembangunan Ketara Fasa 2 di peringkat Kementerian untuk diangkat kepada pertimbangan Jemaah Menteri. Perkara ini juga Kerajaan Negeri tekankan dalam Kajian Perancangan Guna Tanah Kawasan Sumber Makanan Negara yang bermula daripada 15 Mac 2021 dan akan berakhir pada 18 September 2022 supaya kawasan IADA Ketara seluas kira-kira 10,000 hektar ini dizonkan sebagai kawasan sumber makanan negara. Ini penegasan kita Kerajaan Negeri dan insya-Allah kita akan susun lagi sehingga hasrat Kuala Besut dan hasrat kita bersama menjadi kenyataan. Terima kasih.
Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO di atas penjelasan tersebut. Kita membawa suara pesawah-pesawah, petani-petani nak tahu IADA KETARA Fasa 2 tersebut kerana di kawasan Kuala Besut khususnya kita mempunyai beberapa skim pengairan padi yang luar jelapang iaitu Skim Pengairan Padi Pelagat, Skim Pengairan Padi Pengkalan Nangka dan juga di Baung Raja. Dan kita juga sedia maklum bahawa banyak input-input pertanian dan juga infrastruktur diberi keutamaan oleh pihak Kerajaan khususnya pihak Federal untuk menaik taraf di kawasan dalam IADA. Jadi kawasan yang luar jelapang ini agak ketinggalan khususnya di skim-skim luar jelapang. Jadi mohon pihak Kerajaan supaya Kerajaan Negeri khususnya memberi penekanan bantuan kepada skim-skim di luar jelapang ataupun luar IADA ini dan soalan saya Dato’ Yang di-Pertua, Skim Pelagat tadi tu dia mempunyai punca air daripada Sungai Pelagat dan punca air di Sungai Pelagat memang agak berkurangan ketika musim kemarau. Jadi difahamkan Skim Pengairan Padi Pelagat di kampung-kampung Tok Motong, Selising, Tok Hah dan sampai ke Dengir kena guna air recycle dan sebelum pergi ke skim yang berikutnya. Jadi, adakah pihak perancangan di mana-mana pihak Kerajaan ataupun pihak swasta nak membina apa jua sekatan di Hulu Sungai Pelagat tu sebab ada dengar-dengar cuma saya nak confirm dengan pihak Kerajaan hari ini, adakah perancangan di mana-mana pihak kerajaan ataupun pihak swasta
untuk membina apa jua struktur empangan di Hulu Sungai Pelagat tu sebab dia menjadi satu kebimbangan kepada para petani khususnya di Skim Pengairan Padi Pelagat kerana air sedia ada pun tidak cukup terutama musim kemarau kalau ada pula bina sekatan lagi boleh menjadi satu perkara yang menyukarkan kepada pesawah-pesawah. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
YANG BERHORMAT Dr. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi): Dato’ Yang di-Pertua, di Terengganu ada dua belas skim pengairan yang diklasifikasikan sebagai luar jelapang dengan keluasan kira-kira 2,728 hektar melibatkan 1,049 orang petani termasuklah Skim Pengairan Pelagat yang disebut oleh Kuala Besut tadi. Oleh kerana peruntukan Kerajaan Persekutuan banyak ditumpukan kepada kawasan dalam jelapang yang selalu saya istilahkan kawasan dalam jelapang ini anak emas, kawasan luar jelapang ini anak gangsa memang ada sikit anak tiri kerana itu peruntukan yang terkurang daripada Kerajaan Persekutuan ke kawasan luar jelapang cuba ditampung oleh Kerajaan Negeri walaupun ada keterbatasannya. Tahun 2021 Kerajaan Negeri memperuntukkan RM1.8 juta bagi pembangunan infra sama ada menaik taraf sistem pengairan dan saliran, jalan ladang dan sebagainya dan kita juga peruntukan sebanyak RM700,000.00 bagi tujuan untuk meningkatkan kesuburan tanah yang melibatkan kesemua dua belas skim pengairan di luar jelapang dan memang kita akui dengan peruntukan kira-kira hampir RM3 juta lebih tu tidak mencukupi dan kita tengok dari segi priority dan keutamaan mana yang lebih perlu didahulukan dan isu di Pelagat juga sebenarnya dalam makluman kita. Beberapa kali kita turun apabila menerima aduan daripada para pesawah berkaitan dengan masalah air dan insya-Allah cadangan daripada Yang Berhormat Kuala Besut akan dipertimbangkan sebaiknya saya akan panggil pihak UPEN untuk bincang segera. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat.
Yang Berhormat Air Putih,
Sidang dewan memang dah letih, Kumpul soalan berbulan-bulan, Jaguh pantun Yang Berhormat Air Putih, Sila bangun tanyakan soalan.
Dok dang jawab lagi tu. [Sambil ketawa]
Saya nak test je tu. [Sambil ketawa]
Burung tempua terbang berdua, Singgah berasmara di atas batu, Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, Soalan saya nombor satu
Pelan Strategik Pertanian Terengganu 2019-2023 meletakkan sasaran jumlah pengeluaran padi sehingga 60% untuk menjamin bekalan makanan kepada Negeri Terengganu pada tahun 2023. Berapakah peratus pencapaian yang telah dicapai dan adakah ukuran sasaran dalam pelan strategik releven dengan keadaan pandemik pada hari ini?
YANG BERHORMAT Dr. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi): Dato’ Yang di-Pertua, pertanian dok sempat nak prepare pantun fikirkan rakyat dok cukup makanan. [Sambil ketawa] Dari segi SSL (self sufficient level), kadar cukup sara diri padi di Negeri Terengganu saya buat sedikit unjuran, okay. 2018 SSL kita 43%, 2019 alhamdulillah meningkat kepada 48.63%, 2020 meningkat lagi kepada 52%, 2021 meningkat kepada 54%. Sasaran kita untuk 2022 56% dan penutup kepada Pelan Strategik Pertanian Terengganu 2019-2023 insya-Allah kita mampu mencapai berdasarkan unjuran semasa SSL sehingga 59%. Kiranya kurang 1% daripada sasaran awal untuk mencapai 60% SSL padi di Negeri Terengganu. Ia suatu sasaran yang realistik berdasarkan kepada pelbagai sekatan dan situasi pandemik yang kita lalui bersama dan Pelan Strategik Pertanian Terengganu 2019-2023 adalah relevan dengan situasi semasa. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat. Soalan tambahan saya yang pertama: Apakah langkah-
langkah berterusan diambil oleh Kerajaan untuk mempertingkatkan SSL padi di Terengganu? Terima kasih.
YANG BERHORMAT Dr. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi): Dato’ Yang di-Pertua, bagi terus mempertingkatkan SSL padi di Negeri Terengganu kita ada beberapa sasaran. Yang pertama, Kerajaan Negeri komited untuk mengekalkan kawasan sawah padi yang sedia ada sebagai zon pertanian. Permohonan untuk tukar guna syarat tanah daripada pertanian kepada syarat-syarat lain terutamanya kawasan yang berada dalam kawasan pertanian aktif biasanya tidak dipertimbangkan walaupun kita memahami keperluan dari segi pertambahan penduduk, keperluan penempatan dan pembangunan tapi seboleh-bolehnya komitmen daripada Kerajaan Negeri supaya kita tidak korbankan kawasan tanah yang menjadi sumber bekalan makanan kita. Yang kedua, kita juga komited untuk membuka kawasan sawah padi baru dan dia mula menunjukkan beberapa kejayaan di antaranya bagi musim pengeluaran padi 2021 ada peningkatan di beberapa daerah seperti Dungun dengan 0 metrik tan pengeluaran padi pada 2020. Pada tahun 2021 telah berjaya menyumbang 66 metrik tan. Kemaman juga 0 metrik tan pada tahun 2020, alhamdulillah telah berjaya menyumbang 127 metrik tan pada tahun 2021. Hulu Terengganu menunjukkan peningkatan tertinggi daripada 289 metrik tan pada tahun 2020 kepada 439 metrik tan 2021 dan Besut kekal sebagai penyumbang utama SSL padi Negeri Terengganu sebanyak 25,967 metrik tan pada musim 2021 berbanding 22,863 metrik tan pada tahun 2020. Satu lagi strategi kita ialah kita cuba tingkatkan pengeluaran per hektar, kalau kawasan yang mengeluarkan 2 tan per hektar kita sasarkan untuk naikkan jadi 3 tan, yang dah 3 tan naik jadi 4 ataupun 5 tan dan kita pernah ada di kawasan jelapang padi IADA KETARA di Besut sehingga pengeluaran 10 tan per hektar. Maknanya ia tidak mustahil. Ini diboleh dicapai dengan kita menaikkan taraf dan menyelenggara infra. Dalam masa yang sama program-program untuk mempertingkatkan kesuburan tanah perlu diteruskan daripada semasa ke semasa. Dalam masa yang sama juga kita nak supaya padi daripada Negeri Terengganu ini jangan lagi di hantar untuk di proses di negeri lain sebagaimana sebelum daripada ini. Kerana itulah kita bekerja keras bersama Kerajaan Persekutuan dan pelbagai agensi untuk mencukupkan jumlah kilang padi di Terengganu. Sekarang ini kita ada lima kilang padi yang aktif di Terengganu. Yang pertama di kilang padi milik BERNAS di Bukit Kenak di Jertih, yang kedua kilang konsortium Lembaga Pertubuhan Peladang di Baruh Masin, di Besut. Ada dua kilang milik swasta di Kampung Kerandang di Jabi dan juga sebuah kilang
milik swasta di Bukit Kor di Marang yang dikira mencukupi untuk keperluan kira-kira 12,000 hektar sawah padi di Negeri Terengganu. Terima kasih.
Soalan daripada Wakil Ajil telahpun dijawab tadi. Jadi sekarang saya persilakan Wakil Kemasik. YANG BERHORMAT Ir. SAIFUL AZMI BIN SUHAILI (Wakil Kemasik): Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua soalan Kemasik nombor dua-
Apakah platform yang digunakan serta kelebihan/keistimewaan yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri bagi membolehkan pembangunan industri minyak dan gas sama ada segmen huluan atau hiliran yang dirancang dan bakal dibangunkan terutama oleh pihak PETRONAS akan menjadikan kawasan perindustrian minyak dan gas Kertih sebagai lokasi utama pemilihan?
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih kepada Kemasik di atas persoalan tentang platform yang digunakan serta kelebihan atau keistimewaan yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri bagi membolehkan pembangunan industri minyak dan gas sama ada upstream atau downstream dengan izin akan menjadikan kawasan perindustrian minyak dan gas Kertih sebagai lokasi pemilihan utama.
Platform yang digunakan Kerajaan Negeri dalam memanfaatkan industri petroleum termasuk sektor hiliran bagi kepentingan rakyat negeri Terengganu adalah melalui Terengganu Petroleum Council (TPC) dan Jawatankuasa Kerja bersama Kerajaan Negeri Terengganu dan PETRONAS atau Joint Working Committee (JWC) manakala keistimewaan ataupun kelebihan yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri bagi membolehkan kawasan industri minyak dan gas terus menjadi lokasi pilihan kepada pemain industri terutama PETRONAS. Yang pertama adalah mengukuhkan kerjasama strategik dengan Petronas melalui platform yang saya sebutkan tadi. Yang kedua menambah baik kawasan industry berdekatan dengan Kompleks Kimia Bersepadu Kerteh (KIPC) atau Taman Biopolimer Kerteh seperti supaya menyokong pengembangan industri minyak dan gas. Yang ketiga menyediakan tenaga berkemahiran tinggi terutamanya di kalangan rakyat Terengganu dengan memperkasa institusi latihan kendalian Kerajaan Negeri agar memenuhi kehendak industri minyak dan gas dan yang keempat menambah baik proses
penilaian pelaburan khusus bagi industri ini agar lebih mesra dengan kehendak pelaburan industri ini bagi pengembangan segmen huluan dan hiliran. Terima Kasih.
YANG BERHORMAT Ir. SAIFUL AZMI BIN SUHAILI (Wakil Kemasik): Soalan tambahan pertama, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua: Apakah pelaburan baharu yang telah atau berpotensi dibawa masuk untuk mengisi atau memenuhkan Kawasan KIPC dan Taman Biopolimer Kerteh?
Terima kasih kepada Kemasik di atas soalan tambahan. Fokus kepada KIPC dan Taman Biopolimer Kerteh ini antara pelabuhan pelaburan baharu telah dan berpotensi untuk dibawa masuk adalah merangkumi yang pertama industri yang berkaitan dengan industri besi dan logam bukan ferus atau non ferus metal dengan izin seperti cooper, zink dan sebagainya. Yang kedua teknologi hijau dan tenaga boleh diperbaharui atau renewable energy dengan izin, yang ketiga adalah industri petrokimia, yang keempat kajian dan penyelidikan atau R&D dengan izin yang kelima tenaga elektrik dan elektronik dan yang terakhir adalah pembuatan mesin dan alatan. Terima kasih.
YANG BERHORMAT Ir. SAIFUL AZMI BIN SUHAILI (Wakil Kemasik): Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua soalan tambahan kedua: Sebagaimana semua maklum Kerajaan Negeri telah menandatangani perjanjian untuk pembangunan KTIP. Apakah pula tindakan ataupun insentif serta keistimewaan yang ditawarkan oleh Kerajaan bagi memastikan penyertaan pelabur-pelabur yang terbaik masuk dalam menjayakan pembangunan KTIP ini?
Terima kasih Kemasik. Memang antara ketika berdepan dengan COVID-19 ini adalah untuk mendapatkan para pelabur yang komited untuk melabur di negeri Terengganu atau dalam negara kita. Walaupun begitu terdapat pelbagai insentif yang ditawarkan kepada pelabur-pelabur berdasarkan kepada pakej sedia ada yang disediakan oleh antaranya oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Timur atau ECERDC dan Malaysian Investment Development Authority atau MIDA mengikut jenis aktiviti yang dijalankan. Ada perbezaan sedikit di antara pelbagai sektor umpamanya sektor pembuatan di mana terdapat pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70% atau 100% untuk tempoh 10 atau 15 tahun bergantung kepada jenis servis ataupun jenis industri, atau produk, elaun cukai
pelaburan sehingga 100% bertempoh lima tahun, pengecualian duti setem berkaitan pengambilalihan tanah dan bangunan itu contoh-contoh kluster pembuatan dan bagi kluster lain ada pembahagian yang tertentu. Tetapi dalam masa yang sama antara cabaran terbesar yang selalu kita hadapi di kalangan pelabur ialah proses untuk mendapatkan kelulusan di peringkat awal dan sehingga kilang itu didirikan. Oleh kerana itu pihak Kerajaan Negeri akan mewujudkan Jawatankuasa Fast Track atau Green Lean dengan izin yang akan bertindak sebagai pemantau dan membantu dari segi mendapatkan kelulusan yang cepat daripada pihak PBT bagi sesuatu permohonan agar pelaburan oleh pihak pelabur dapat dijalankan dengan kadar yang segera. Terima kasih.
Sekarang saya menjemput ADUN Wanita untuk mengemukakan soalan.
Terima kasih Dato’ Yang Di-Pertua soalan saya soalan pertama-
Kebanyakan permohonan bantuan menetapkan syarat umur ialah 21 tahun. Selepas Kerajaan mengumumkan umur pengundi ialah 18 tahun, adakah syarat lama masih terpakai atau telah dikurangkan kepada 18 tahun, terutamanya pemohon bantuan pinjaman di bawah Yayasan Pembangunan Usahawan?
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih kepada ADUN Wanita yang bertanyakan berkenaan dengan usahawan muda kalau maghfurnya ada di situ selepas Kerajaan mengumumkan undi ataupun umur pengundi 18 tahun adakah syarat lama masih terpakai atau telah dikurangkan kepada 18 tahun terutamanya pada pemohon bantuan pinjaman di bawah Yayasan Pembangunan Usahawan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, selaras dengan pengumuman Kerajaan Malaysia berkait pindaan had mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun
maka keseluruhan syarat lama di Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPUT) yang melibatkan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan kepada usahawan telah dipinda kepada 18 tahun termasuk permohonan pembiayaan. Langkah segera ini diambil bagi memastikan ramai belia-belia Terengganu dapat menceburkan diri dalam dunia keusahawanan. Terima kasih.
Terima kasih. Soalan tambahan saya yang pertama: Sebenarnya saya sangat teruja apabila belia ataupun beliawanis kita menceburi bidang keusahawanan. Jadi sehingga kini apakah success story dengan izin yang telah dicapai oleh Yayasan Pembangunan Usahawan yang berkaitan dengan golongan usahawan muda dan yang boleh kita kongsikan pada hari ini. Terima kasih.
Terima kasih ADUN Wanita. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua kalau di Yayasan Pembangunan Usahawan perkara yang dihighlightkan diketengahkan untuk golongan muda ini yang boleh saya kongsikan dalam Dewan yang mulia ini adalah dua signature kita iaitu yang disebut sebagai UBES dan U-GATES. U-GATES adalah usahawan graduan Terengganu Sejahtera dan UBES adalah usahawan belia Terengganu Sejahtera. Kedua-dua ini adalah dikhususkan kepada golongan muda yang baru menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Hendak dikongsikan sedikit success story yang ada melalui laporan yang telah kita war-warkan adalah jumlah keberjayaan dalam program ini yang saya rasa boleh kita banggakan, antaranya adalah kalau U-GATES untuk batch pertama, peratus kejayaan adalah 98% di mana 39 daripada 40 orang telah berjaya mencapai jualan keseluruhan RM1.7 juta setahun dan telah melahirkan seramai 38 peluang pekerjaan.
Dan insya-Allah untuk U-GATES pada tahun 2022 ini, kita telah merangka untuk mengadakan seramai 90 orang graduan yang akan dipilih dan akan menyertai program U-GATES dengan 3 batch pengambilan insya-Allah. Kalau dari segi success story di UBES pula, UBES pada tahun pertama batch pertama, peratus kejayaan adalah 83% iaitu 25 peserta telah berjaya daripada 30 orang peserta keseluruhannya setiap batch. Setiap batch yang di ambil dan jumlah jualan sebanyak RM1.03 juta setahun dan telah melahirkan 70 peluang pekerjaan. Dan bagi batch kedua, UBES yang masih dalam pemantauan kita seramai 40 peserta
telah dilatih dan seramai 38 peserta telah berjaya sebagai usahawan. Sebanyak 70 peluang pekerjaan diwujudkan di bawah program ini.
Dan untuk tahun 2022 ini, seramai 120 orang, peningkatan lagi jumlah yang kita sasarkan untuk kita latih untuk menjadi usahawan akan dipilih untuk menyertai program ini dengan pengambilan sebanyak 3 batch. Maknanya, 40 orang satu batch. Kalau U-GATES tadi, 30 orang satu batch, kita ada 3 batch 90 orang, insya-Allah untuk tahun 2022 untuk UBES seramai 40 orang satu batch dengan 3 batch seramai 120 orang, terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat di atas pencerahan, okey. Soalan tambahan saya kedua: Okey, sekiranya belia atau beliawanis kita tidak terpilih untuk menyertai U-GATES ataupun UBES. Apakah insentif ataupun dana-dana lain yang disediakan oleh pihak YPU untuk membantu mereka menjana pendapatan, bantu mereka untuk memulakan perniagaan, terima kasih.
Terima kasih ADUN Wanita. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, di dalam Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) kita meletakkan keutamaan kita kepada anak-anak muda menceburkan diri dalam bidang keusahawanan ini. Sesuai dengan hasrat Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar yang ingin menjadikan bidang keusahawanan ini sebagai satu daripada kerjaya rakyat Negeri Terengganu. Kita tidak mahu orang menceburkan diri dalam bidang keusahawanan ini menjadi pilihan terakhir kepada kerjaya mereka. Dia dah cuba interview, cari pekerjaan di peringkat swasta dan kerajaan, dah gagal semua tu barulah divert ataupun beralih arah ke keusahawanan. Jadi kita ingin menjadikan ianya satu kerjaya di peringkat anak-anak muda. Sudah barang pastilah di dalam bantuan pada yang tidak terpilih dengan UBES dan U-GATES tadi, kita mempunyai ruang yang banyak untuk golongan muda ini mendapatkan berbentuk bimbingan, berbentuk dana bantuan dan juga geran yang kita kemukakan. Jadi saya sangat berharap ramai anak-anak muda kita datang ke Yayasan Pembangunan Usahawan untuk mendapatkan penjelasan yang details ataupun yang terperinci berkenaan dengan perkara-perkara peluang-peluang seperti ini, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat.
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli Yang Berhormat sekalian,
saya tangguhkan sementara persidangan kita dan disambungkan semula pada pukul 11.05.
DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 10.35 PAGI
PUKUL 11.10 PAGI
Perbahasan
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, mesyuarat disambung semula. Sebelum kita menyambung Perbahasan Usul Menjunjung Kasih ke atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan, saya nak berikan sedikit peringatan, iaitu walaupun kita berada di dalam Dewan ini, yang kita adalah kebal, immune untuk bercakap apa saja melainkan perkara-perkara yang telah disentuh ataupun dilarang dalam Standing Orders kita tetapi sebagaimana yang saya sebutkan di dalam ucapan di awal sidang, kita mahu menjadikan Dewan Negeri kita ini lebih islamik, berasaskan kepada Undang-Undang Tubuh ataupun Undang-Undang Diri bagi Kerajaan Terengganu iaitu Itqan Al-Muluk Bi Ta’Dil As-Suluk supaya asas islamik yang telah dilakukan itu. kita sebagai Ahli Dewan Negeri perlu bergerak ke arah itu. Tugas saya sebagai Speaker selain daripada melancarkan persidangan dan juga supaya mengikut Standing Orders, saya juga perlu beri ingatan dan juga nasihat kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat. Yang pertamanya saya nak sebutkan ialah, walau apa pun yang kita bercakap, yang kita nak bahaskan apabila diberi peluang, apa yang penting ialah kita membawa cerita yang benar, kita membawa fakta yang benar macam Nabi kata Berkata benarlah walaupun pahit, Say the truth eventhough it is bitter. Ini sangat penting. Sebagaimana juga peringatan dalam Quran di dalam Suratul Hujurat ayat yang ke-6, sangat jelas memberikan satu peringatan kepada kita supaya asas kebenaran itu sangat penting. Apabila Allah Subhanahu Wa Ta’ala menyebutkan:
Suatu peringatan daripada Allah Subhanahu Wa Ta’ala supaya kita orang Islam menjadikan sebagai satu sempadan Apabila Allah Subhanahu Wa Ta’ala menyebutkan ayat tadi,
“wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang yang fasiq membawa satu berita, maka selidikilah, tabayyun untuk menentukan kebenarannya supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum, sesuatu golongan dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu mengenainya sehinggalah menjadikan kamu menyesal apa yang telah kamu lakukan.”
Jadi perkara-perkara seumpama inilah menjadi perhatian saya. Apa pun yang kita nak bercakap di dalam Dewan ini mesti berasaskan kebenaran dan jugak berdasarkan kepada fakta. Jadi sebagaimana yang saya janjikan, saya nak sambung perbahasan ini dengan menjemput Wakil ADUN Wanita. Sila.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Berhormat Dato’ Speaker sedor dok rakan kita dari awal lagi takdok sorang. Yang Berhormat Ladang.
Sedor.
Ye maklum doh?
Dah maklum.
Or sebab kelmarin YB Bukit Besi takdok, Dato’ Speaker kata dok kabor.
YB Bukit Besi sebab dok maklum lebih awal.
Hor ye, betul lah
YB Ladang dia maklumkan lebih awal.
Hor, tu saya tanya takut dok sedor.
Sedor, sedor.
Sedor-sedor takdok. Hilang sorang kita dok sedor.
Setakat ini masih sedor lagilah.
Okey terima kasih.
Terima kasihlah atas peringatan. Sila ADUN Wanita. 15 minit.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, ketua-ketua Jabatan, para media serta hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian. Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya dalam sesi Perbahasan Menjunjung Kasih Titah Tuanku al-Sultan sempena Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu Kali Keempat Belas Penggal Kelima. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang kekal cemerlang mengurus tadbir kerajaan dengan melaksanakan pelbagai agenda dan program ke arah merealisasikan “Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera”. Di kesempatan ini, saya ingin menarik beberapa perkara yang akan saya tekankan dalam perbahasan saya di dalam Dewan yang mulia ini.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh mengenai Modul Pemberdayaan Komuniti Suri Rumah PITAS. Saya ingin menarik perhatian Dewan bahawa peratus komuniti suri rumah di Terengganu mencatat angka 53% di mana peratusannya lebih tinggi berbanding dengan wanita yang berkerjaya. Di sini dapat kita lihat betapa golongan suri rumah ini perlu disantuni dan dibantu agar institusi kekeluargaan yang harmoni dapat diwujudkan sekaligus komuniti suri rumah ini dapat turut menyumbang kepada kemajuan negeri. Para suri rumah harus didedahkan dengan ilmu kemandirian agar lebih bersedia sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini seperti perceraian ataupun kematian suami. Ditambah pula mutakhir ini, ramai suri rumah yang diabaikan nafkah sehingga membawa kepada risiko masalah kesihatan mental. Untuk makluman ahli sidang, Pemberdayaan Komuniti Suri Rumah adalah mercu tanda PITAS 2020 di bawah Teras Strategik yang ketujuh iaitu Keterangkuman Kebajikan Rakyat dan Peningkatan Keberdayaan Wanita.
Suka saya kongsikan di sini, objektif modul yang merangkumi pembinaan komuniti suri rumah Terengganu yang beragama, yang berkebajikan, yang bermasyarakat. Selain itu, modul ini bakal didedahkan dengan peluang untuk mempunyai pendapatan sendiri. Modul ini juga memberi pendedahan kepada komuniti suri rumah Terengganu tentang kepentingan pembangunan psikologi diri dan keluarga serta bijak bersosial dan bermasyarakat di samping berkemahiran dalam aspek keibubapaan. Justeru itu, di kesempatan ini saya ingin mencadangkan kepada semua pihak agar memberi sokongan dalam usaha menjayakan Modul Pemberdayaan Komuniti Suri Rumah ini. Usaha ini diharapkan dapat mentransisikan suri rumah ke arah yang lebih kompeten dengan tahap kemandirian yang lebih tinggi.
Di sisi lain pula, bagi memantapkan lagi aplikasi modul ini kepada golongan lelaki yang merupakan ketua keluarga, saya ingin mencadangkan agar elemen kesedaran dan tanggungjawab para suami dalam menguruskan rumah tangga dimasukkan dalam siri teks khutbah solat Jumaat. Selain itu juga, diharapkan Kerajaan dapat meneliti cadangan caruman PERKESO kepada suri rumah yang pernah saya lontarkan dalam sidang yang lepas. Besar harapan saya agar pihak Kerajaan mengambil tindakan sewajarnya agar golongan suri rumah ini terjamin dan lebih terbela.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mengambil peluang ini untuk menyentuh isu pelaksanaan hiwalah. Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan
Kehakiman Syariah Malaysia sentiasa menjunjung tinggi prinsip keadilan dan kepatuhan kepada rukun syara’ bagi membela dan memperkukuh institusi kekeluargaan. Dalam melaksanakan perkara tersebut, Kerajaan akan mengambil segala langkah yang perlu bagi memastikan setiap yang berhak akan menerima haknya seperti yang termaktub dalam rukun syariat Islam. Bagi memastikan hak nafkah dan mut’ah bekas isteri serta anak-anak tidak diabaikan oleh bekas suami, Mahkamah Syariah akan menguatkuasakan perintah hiwalah iaitu melaksanakan pemindahan wang atau hak milikan melalui akaun bank atau institusi kewangan bekas suami yang culas dalam pemberian nafkah untuk digunakan bagi melunaskan tuntutan nafkahnya. Dan secara teorinya, kaedah ini memang sangat bagus untuk membantu mengurangkan atau menyelesaikan masalah nafkah tertunggak. Namun, untuk pengetahuan semua hadirin, proses hiwalah ini agak sulit dilaksanakan lantaran kesukaran untuk mendapatkan maklumat pihak suami daripada institusi kewangan. Suka saya mencadangkan agar kaedah hiwalah ini mendapat perhatian pihak yang terlibat dan memohon agar prosesnya dipermudahkan. Oleh itu, menjadi peranan kerajaan untuk memastikan keadilan tertegak untuk wanita khususnya di Negeri Terengganu. Antara program yang dicadangkan ialah pentingnya sebaran Ilmu Literasi Undang-Undang sehingga ke peringkat akar umbi serta menyebar luas maklumat melalui media cetak dan media elektronik. Perintah hiwalah bukanlah semata-mata ingin menghukum bekas suami namun bersifat mendidik supaya para suami tidak mengambil ringan perihal nafkah dan menjadi lebih bertanggungjawab. Dengan adanya perintah hiwalah, nasib isteri dan anak-anak lebih terbela. Insya-Allah.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, suka saya menyentuh penglibatan 30% wanita sebagai pengubah dasar dalam pembangunan khususnya dari segi bidang sosial dan dalam bidang politik. Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan dasar mencapai sekurang-kurangnya 30% wanita sebagai pembuat keputusan di sektor awam pada tahun 2004 dan manakala di sektor swasta pada tahun 2011. Jawatan peringkat pembuat keputusan di sektor perkhidmatan awam di peringkat pusat iaitu Gred Utama C dan ke atas yang dipegang oleh golongan wanita berjaya melebihi sasaran iaitu 38.2%. sebaliknya di Negeri Terengganu pula, golongan wanita yang memegang jawatan utama belum mencapai sasaran 30%. Saya difahamkan ada syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) masih belum melantik wanita sebagai Ahli Lembaga Pengarah. Hal yang sama juga terjadi dalam sektor swasta apabila hanya 25.8% keanggotaan wanita sebagai Ahli Lembaga
Pengarah di seratus syarikat teratas yang tersenarai awam iaitu Public Listed Company, dengan izin. Dan sektor politik pula, Ahli Parlimen Wanita di Dewan Rakyat hanyalah 15% iaitu 33 daripada 220 orang dan di Dewan Negara pula sebanyak 15% iaitu 8 daripada 53 orang. Di Dewan Undangan Negeri Terengganu, boleh kira. Berdasarkan indeks jurang gender Malaysia yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun lalu, terdapat jurang gender yang agak ketara antara lelaki dan wanita dalam penyertaan politik iaitu dengan skor 0.108 daripada 1.0 skor penuh lebih untuk mencapai angka yang diinginkan. Sudah pasti perlu ada persekitaran yang menyokong penglibatan wanita secara aktif bermula daripada memupuk minat melalui latihan dan pendidikan sehingga kepada usaha menghapuskan segala bentuk diskriminasi yang menghalang wanita berkecimpung dalam kepimpinan mahupun politik.
Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Imran, ayat ke 195 yang bermaksud:
“Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang yang beramal daripada kalangan kamu sama ada kamu lelaki ataupun perempuan kerana kamu adalah setengahnya yang lain.”
Ayat ini jelas menunjukkan bahawa tidak ada diskriminasi antara gender. Kedua-duanya berhak mendapat keistimewaan yang berketetapan, selari dengan fitrah masing-masing. Saya juga berpandangan bahawa Program Kepekaan Gender memainkan peranan penting dalam memberikan kefahaman berhubung kepentingan penyertaan wanita sebagai pembuat keputusan termasuklah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli Dewan Negara sekaligus Ahli Parlimen dan pendirian saya tetap konsisten untuk melihat penglibatan sekurang-kurangnya 30% wanita adalah penggubal dasar dalam Kerajaan Negeri disambut dan disokong oleh pelbagai pihak.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, seterusnya saya beralih kepada cadangan penubuhan Pusat Pemurniaan Akidah dan Akhlak, Baitul Iman, bagi pesalah wanita di Negeri Terengganu. Merujuk kepada peruntukan Seksyen 66, penempatan Pusat Pemulihan atau Rumah diluluskan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 menyatakan bahawa Majlis boleh melalui pemberitahuan dalam Warta Penempatan menetapkan mana-mana tempat atau institusi menjadi Pusat Pemulihan atau Rumah diluluskan bagi maksud Enakmen ini. Merujuk kepada Peruntukan Seksyen 97(2)(b), Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Terengganu memperuntukkan Mahkamah Syariah
boleh memerintahkan pesalah ditahan di suatu rumah kebajikan yang diluluskan oleh Majlis selama tempoh tidak melebihi 6 bulan. Namun, sehingga kini, masih belum ada mana-mana pusat ataupun rumah yang diluluskan bagi maksud Enakmen Negeri Terengganu sekarang dan usaha untuk menambah kefahaman, maksudnya beginilah, kalau nak bagi faham, sekiranya Mahkamah Syariah Terengganu memutuskan pesalah dikenakan tahanan di Pusat Pemulihan atau Rumah diluluskan pada hari ini, pesalah-pesalah tersebut dihantar ke Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ihsan, Sabak Bernam bagi wanita, manakala bagi pesalah lelaki pula, mereka akan dihantar ke Baitul Iman, Hulu Yam, Selangor sebab takdoknya rumah pemulihan akhlak atau Pusat Pemulihan Akhlak di Negeri Terengganu ini. Jadi, kedua-dua pusat ini telah dipersetujui antara MAIDAM dan MAIS (Majlis Agama Islam Selangor) untuk menempatkan pesalah ataupun pelatih di sana dengan kos yang ditanggung oleh MAIDAM dengan kadar RM7,080.00 bagi tempoh 6 bulan untuk seorang pelatih. MAIDAM menggunakan peruntukan „fi al-riqab’. Untuk pengetahuan semua, kebanyakkan kes kesalahan yang dihantar ke sana adalah melibatkan kesalahan khalwat, persediaan persetubuhan luar nikah, minum minuman yang memabukkan dan lelaki berlagak perempuan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya difahamkan bahawa Negeri Terengganu di bawah Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Yang Berhormat Ustaz Haji Satiful Bahari Mamat, bercadang untuk membina Pusat Pemulihan Akhlak dan Akidah di Marang. Setinggi tahniah dan syabas saya ucapkan. Saya mencadangkan agar pusat tersebut turut membawa fungsi sebagai Pusat Kemurnian Akidah dan Akhlak untuk pesalah wanita dengan cadangan nama Baitul Iman dan juga perlu disegerakan. Antara rasional mengapa perlunya pusat ini diwujudkan di Terengganu ialah kerana pesalah wanita akan ditempatkan di Pusat Pemulihan yang terletak di Selangor, yang sudah pasti akan memakan masa perjalanan yang panjang dan jarak yang jauh, serta pesalah juga terpaksa dimasukkan ke lokap sebelum dibawa ke Pusat Pemulihan. Di samping itu, pesalah berhadapan dengan risiko kemalangan jalan raya kerana melibatkan pengangkutan darat dan selain itu juga kita dapat menjimatkan kos pengurusan dan sebagainya. Saya yakin dan percaya kerajaan akan menyediakan Modul Pemantapan Akidah dan Akhlak yang terbaik untuk pesalah wanita setelah beroperasinya pusat ini di Terengganu kelak. Pastinya, kerajaan sentiasa peka untuk mencari solusi terbaik bagi menyelesaikan masalah rakyat dari semasa ke semasa.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, cadangan saya seterusnya ialah keterlibatan wanita dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik ataupun STEM. Satu data daripada Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan juga Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) bahawa lebih 70% penyelidik dalam STEM adalah lelaki manakala wanita pula kurang daripada 30%. Begitu juga di peringkat Pengajian Tinggi, direkodkan hanya 30% pelajar perempuan memilih untuk menceburi bidang STEM ini berbanding dengan golongan lelaki. Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan penghargaan, setinggi tahniah kepada Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI) yang juga merangkap Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Yang Berhormat Dato’ Haji Ahmad Amzad bin Hashim atas beberapa inisiatif yang telah digerakkan bagi meningkatkan keterlibatan kaum hawa dalam bidang ini antaranya termasuklah melalui penganjuran Minggu Sains Negara yang bertemakan Women in Science 2021 dengan izin, yang melibatkan lebih 73,000 wanita yang terlibat dalam program tersebut. Saya mencadangkan agar pihak Kerajaan memanfaatkan kewujudan Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT) dengan merangka program-program yang bersesuaian yang mana kumpulan fokusnya adalah wanita dengan mengambil model daripada MOSTI yang turut diaplikasikan di PSKT. Saya mohon masa tambahan dalam seminit ataupun dua minit, Yang Berhormat.
Teruskan… teruskan.
Saya teguh dengan pendirian.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua kalau orang perempuan dok berapa nok tegur…
Dialah satu-satunya wanita dalam Dewan Undangan ini.
Saya faham tapi jangan double standard. Faham? Kalau orang lelaki dua tiga kali tegur kalau orang perempuan sekali habuk dok tegur.
Masya-Allah [gelak]
Saya ambil gambar tengok…
Dok betul Yang Berhormat.
Cara Dato’ Yang di-Pertua tengok pun lain macam.
Masya-Allah [gelak]
Saya sokong Batu Rakit.
[gelak] Teruskan…teruskan.
Saya teguh dengan pendirian saya sepertimana yang telah dilontarkan pada sidang yang lalu, tentang perlunya wujud usaha untuk menarik wanita untuk menceburi bidang STEM. Mereka ini wajar mendapat galakkan serta diberi bimbingan sebagai pemangkin untuk menceburi bidang ini. Sebenarnya saya tertarik dengan satu cadangan ataupun sekarang apa yang telah dilaksanakan oleh British Council dengan izin, yang menawarkan biasiswa kepada wanita yang menyambung pelajaran ataupun pengajian dalam bidang STEM dan juga suka saya mencadangkan agar satu intensif khas diberikan untuk wanita Terengganu yang menceburi bidang ini.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, memandangkan Wakil Batu Rakit tidak mengizinkan saya walaupun Yang Berhormat mengizinkan...
Saya setuju tapi saya tegur Dato’ Yang di-Pertua je. Lima minit lagi takpe.
Oh, setuju dengan saya, terima kasih.
Saya setuju.
Okey [gelak] Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan setinggi perhargaan kepada semua yang masih teguh memberi kepercayaan kepada saya untuk memikul tugas sebagai ADUN Wanita. Semoga segala gerak kerja pentadbiran serta cekap dan telus dengan membawa budaya politik matang dan sejahtera dibawah naungan Tuanku Sultan. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, dengan lafaz rafak dan takzim, Wanita Menjunjung Kasih Titah Tuanku Al-Sultan.
Terima kasih kepada ADUN Wanita. Kita sambung lagi. Siapa yang ingin turut sama berbahas? Saya terpandang Bukit Besi dulu. Sila.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Berhormat, Pegawai-pegawai Kerajaan serta pemerhati dan rakan-rakan media yang berada di luar sana. Saya ingin memulakan ucapan perbahasan saya pada hari ini dengan menjunjung kasih di atas Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Terengganu yang mengajak kita semua untuk sentiasa bekerjasama bagi membangun dan memajukan negeri Terengganu yang tercinta ini.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya juga ingin merakam ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang sekali lagi pada tahun ini mengumunkan pemberian wang ehsan yang diasaskan Kerajaan Barisan Nasional dahulu yang telah dijenamakan semula dengan nama i-Fitri. Walau apa pun jenama yang diberikan kepada setiap pemberian untuk faedah dan kebajikan rakyat, kami akan sentiasa menyokong. Bagaimanapun pada kesempatan ini, saya ingin melontarkan cadangan kepada Kerajaan Negeri agar melakukan penambahbaikan terhadap pemberian i-Fitri ini agar ia dapat membantu lebih banyak rakyat. Namun pun i-Fitri bermaksud satu pemberian yang bersifat membantu, meraikan dan bukan kebajikan semata-mata. Justeru itu, saya
mencadangkan agar Kerajaan Negeri tidak mengenakan syarat-syarat yang terlalu ketat kepada pemohon bagi mendapatkan pemberian yang saya anggap juga sebagai imbuhan kepada rakyat. Bagi saya jangan terlalu mengikat rakyat dengan syarat-syarat yang ketat sehingga akhirnya pemberian imbuhan itu tidak mencapai matlamat. Saya juga mencadangkan agar Kerajaan Negeri mengambil kira pendapatan bersih rakyat sebagai antara syarat untuk mendapatkan imbuhan tersebut. Maksud saya, kita jangan melihat gaji kasar mereka di atas slip semata-mata kerana ada di kalangan mereka yang di atas kertas memang gajinya tinggi tetapi disebabkan banyaknya komitmen maka gaji bersih mereka menjadi kurang. Jika benarlah Kerajaan Negeri ingin meringankan bebanan rakyat, perkara ini mesti diberikan perhatian.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya amat tertarik dengan Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku yang mengesyorkan mengenai kajian impak, mengenai keadaan semasa yang berlaku sejak kebelakangan ini. Melalui kajian ini, saya sangat yakin ia akan dapat membantu Kerajaan Negeri dalam merangka serta merancang strategi bagi menghadapi masa depan yang dilihat semakin mencabar. Apatah lagi kesan penularan COVID-19 yang dapatnya cukup serius di seluruh dunia yang telah memberi kesan terhadap pelbagai sektor pertanian, pelancongan dan sebagainya. Dengan pengumuman Kerajaan mengenai pembukaan sempadan negara mulai 1 April nanti, ia sudah tentu menuntut kepada strategi baharu Kerajaan bagi berhadapan dengan keadaan semasa yang lebih mencabar. Sehubungan itu, saya mencadangkan agar cadangan impak ini akan menggabungkan pelbagai tenaga pakar agar idea-idea mereka dapat kita gunakan bagi membuah hasil kajian yang terbaik untuk negeri kita ini.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan juga menyeru agar rakyat memainkan peranan aktif dalam membantu memberikan input dalam tadbir urus Kerajaan Negeri dalam merangka dasar mereka. Ini adalah satu kaedah yang sangat tepat kerana kebersamaan dalam membentuk muafakat antara rakyat dan kerajaan adalah sangat penting sebenarnya. Jika saya boleh katakan bahawa inilah yang dilakukan Kerajaan Barisan Nasional dahulu, yang sentiasa mendengar suara akar umbi, kerana rakyat yang mempunyai kepelbagaian latar belakang, pasti mempunyai idea ataupun input yang baik dan sempurna. Kami dahulu sentiasa bertemu dengan pelbagai lapisan golongan rakyat. Tetapi malangnya tadbir urus Kerajaan Negeri pada ketika itu sentiasa diganggu dengan suara-suara politik yang sangat tidak
berasas. Sebagai pemimpin parti yang berpengalaman dan berprinsip, saya ingin menyatakan bahawa kami turut bersedia untuk menyumbang idea tenaga bagi membantu Kerajaan Negeri demi masa depan Negeri Terengganu kita ini insya-Allah. Dan Kerajaan Negeri pula janganlah malu atau segan untuk menggunakan kebolehan dan kepakaran kami untuk membantu Kerajaan Negeri.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, meskipun kita sedang menuju ke arah endemik wabak COVID-19, namun kita tidak boleh berada dalam keselesaaan. Kerana apa yang bakal berlaku pada waktu mendatang tidaklah kita ketahui. Justeru itu saya ingin mengingatkan kepada Kerajaan Negeri dan kita semua tidak mudah lalai dengan keadaan sekarang yang seolah-olah kita semakin hari semakin bebas daripada wabak tersebut. Betul, varian Omicron yang sedang menular dengan hebatnya tidak membawa kesan sampingan yang teruk tetapi apa yang wajar kita fikirkan apakah kita akan ada lagi varian-varian baharu yang lebih mengancam selepas ini. Sehubungan itu, saya ingin mencadangkan agar setiap fasiliti kesihatan perlulah sentiasa bersedia dengan apa juga kemungkinan manakala bagi rakyat pula jangan terlalu seronok dengan keadaan sekarang. Sejujurnya, saya sedih dan terkilan apabila masih ramai lagi di kalangan kita yang mulai melonggarkan pematuhan terhadap SOP yang ditetapkan. Pekerja-pekerja di premis makanan misalnya begitu ramai yang memakai mask di bawah dagu dan ada pula yang tidak memakai. Oleh itu saya ingin mencadangkan agar Pihak Berkuasa Kesihatan perlu berterusan mengadakan operasi untuk bagi memantau masalah ini kerana dibiarkan ia mendedahkan masyarakat kepada jangkitan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh mengenai perkembangan politik semasa kerana kita adalah orang politik dan kita semua berada sini juga adalah disebabkan politik. Pada fikiran saya berasaskan kepada perkembangan yang berlaku ketika ini Pilihan Raya Umum (PRU) sudah sangatlah hampir menjadi kenyataan. Malah mungkin juga ini merupakan Sidang Dewan Undangan Negeri yang terakhir sebelum PRU ke-15. Bagaimana pun PAS Terengganu telah awal-awal lagi menyatakan bahawa mereka tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri bersama dengan pembubaran parlimen agar PRU ke-15 diadakan secara bersama sebagaimana sebelum ini. Bagi kami di barisan pembangkang tidak mahu membubarkan DUN mungkin juga membawa kelebihan kepada kami tetapi sebagai pendokong demokrasi kami tidaklah mahu begitu. Saya tidak pasti apakah alasan yang Kerajaan
Negeri pimpinan PAS mengambil keputusan tersebut. Mungkin PAS takut dengan gelombang-gelombang kebangkitan dan kesedaran rakyat kita yang mahu kembali kepada Kerajaan Barisan Nasional yang lebih berpengalaman dan berkebolehan dalam membangun serta memajukan negeri. Bagaimanapun, terserahlah kepada mereka rakyat lebih berhak menilai mengenai perkara tersebut. Namun percayalah bahawa rakyat Terengganu kini sebenarnya tidak sabar untuk melihat pilihan raya berlaku. Ramai juga yang tertanya-tanya mengenai masa depan Muafakat Nasional sama ada di Terengganu ataupun di peringkat Pusat. Malah terdapat pimpinan tertentu sungguh galak membuat pelbagai mengenai nasib Muafakat Nasional dengan memberikan pelbagai gambaran yang negatif kepada kami. Sukacita saya ingin mengumumkan bahawa yang mengambil keputusan untuk meninggalkan UMNO ini adalah menyertai Perikatan Nasional adalah sahabat kita dari PAS. Tetapi pada waktu yang sama mereka mahu Muafakat Nasional bak kata ramai orang bermain banyak kolam. Saya tidak mahu mengulas mengenai pendedahan seorang bekas pemimpin kanan PAS mengenai keputusan menyertai Perikatan Nasional tetapi apa yang hendak saya sampaikan ialah jika kamu lari daripada kami mengapa kami pula mahu disalahkan. Di Terengganu pemimpin kami telah menyatakan pendirian yang sangat tegas mengenai Muafakat Nasional, dan kita semua adalah sedia maklum mengenainya.
Dagang pak malau Dagang merempat Dagang hamba membujur lalu Jangan pandang UMNO tak kuat Nanti tuan mendapat malu
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, dengan pembukaan sempadan mulai 1 April nanti sudah tentu memberi impak banyak kelebihan kepada sektor ekonomi dan pelancongan Terengganu kerana sebagaimana yang kita semua sedia maklum bahawa Terengganu adalah antara destinasi pelancongan menarik di negara kita. Pelancongan di pulau-pulau peranginan misalnya yang menjadi antara penyumbang utama di Negeri Terengganu, lumpuh selepas aktiviti terhenti sejak setahun lalu. Diharapkan pada tahun 2022, diharapkan memberikan sinar kepada kira-kira 3,000 penggiat pelancongan terutama di Pulau Perhentian, Redang, Kapas yang terjejas teruk sebelum ini.
Ringkaskan Yang Berhormat, masa dah cukup. Buat ringkasan.
Saya ingin juga melahirkan rasa sedih dan dukacita mengenai kebersihan di Terengganu sejak kebelakangan ini. Sebagai Wakil Rakyat Negeri Terengganu, saya sangat terkilan dengan keadaan tersebut apabila ditanya mengenai perkara tersebut oleh sahabat-sahabat yang berkunjung ke sini. Saya tidak tahu di mana silapnya tetapi itulah hakikatnya yang berlaku. Apalah guna bercakap berdegar-degar, kononnya kitalah yang hebat tetapi pada waktu yang sama kita gagal memastikan kebersihan. Akhir sekali saya nak bagi pantun satu Dato’ Yang di-Pertua.
Mendungnya langit beratnya awan Tadahnya tempayan hujan disukat Hanya Barisan Nasional parti berpengalaman Memaju Negeri memakmurkan rakyat
Bukit Besi turut menyokong. Terima kasih.
Terima kasih Wakil Bukit Besi. Saya jemput Wakil Ajil.
Terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua Dewan, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu, Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, rakan-rakan Ahli Dewan Undangan Negeri, Pegawai-Pegawai Kerajaan dan semua yang memerhatikan sidang Dewan Undangan Negeri pada kali ini. Pertama sekali saya panjatkan rasa syukur kehadrat Allah Ta’ala kerana diberi kesempatan untuk kita meneruskan perbahasan dalam suasana dewan yang sangat harmoni, dan pada pagi ini saya ingin meneruskan perbahasan percakapan
sahabat-sahabat daripada Sura, Telemong dan beberapa orang sahabat berkenaan dengan banjir. Insya-Allah saya akan meneruskan perbahasan ini, nok cerita hal banjir sahaja rasanya, kerana banjir yang berlaku pada kali ini meninggalkan kesan yang sangat paroh kepada struktur sosial dan juga ekonomi penduduk khususnya di Hulu Terengganu, meranapkan kalau tidak 100% pun hampir 100%, meranapkan tempat-tempat menarik untuk industri pelancongan khususnya di Belukar Bukit dan juga Pengkalan Rengas di Menerong. Merosakkan infrastruktur dan juga kesan yang paling besarnya ialah kepada sektor pendidikan, kalau di kawasan saya di Ajil itu, ada tujuh buah sekolah di Hulu Berang, hanya sebuah sekolah sahaja yang tidak terkesan dengan banjir iaitu SK Beris dan paling teruk adalah SK Lubuk Periuk dan juga SK Betong, di Telemong, SK Tapah dan juga SK Sungai Berua, dan banjir yang berlaku baru ini juga menyerlahkan kepada kita semua sikap dan hati budi rakyat Malaysia yang saya boleh letakkan satu standard rakyat Malaysia ini sangat prihatin terhadap kesusahan yang dialami oleh rakan-rakan kita sama ada yang berlaku di Johor, yang berlaku di Selangor, seluruh negara pergi bantu dan baru ini kita dapat lihat bagaimana orang luar daripada Terengganu datang membantu rakyat Terengganu sebagai Satu Keluarga Malaysia dan bertepatan dengan Tema Hari Kebangsaan, Malaysia Prihatin. Saya merakamkan penghargaan serta ucapan terima kasih yang tidak terhinggalah bagi warga Hulu Terengganu kepada semua pihak khususnya kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu yang telah menghadiahkan sebuah rumah kepada mangsa yang rumahnya ranap di Kampung Belukar Bukit dan Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, EXCO-EXCO serta rakan-rakan YB dan juga Agensi-Agensi Kerajaan. Kalau Wakaf Mempelam, EXCO kita Wakaf Mempelam ini, hari-hari pergi ke Hulu Terengganu. Sekejap pergi Ajil, sekejap pergi Telemong dan sekejap pergi Kuala Berang sehingga saya terfikir adakah itu satu strategi nak menambahkan Wakaf se lagi di Hulu Terengganu [ketawa] harap-harap kalau jadi pun takdok masalah, dan kita lihat bagaimana NGO di seluruh Malaysia yang kalau nak sebut prabis memang banyok. Saya sangat berterima kasih kepada Yayasan Taqwa dari Kuala Lumpur yang menyumbangkan sejumlah barangan dan juga wang yang banyak, dan NGO Semarak di bawah PAS Perak, SUK Pahang, UBSNT, Muzium Negeri Terengganu yang banyak juga menyumbang, Yayasan Amal, Unit Amal Terengganu, Syarikat-Syarikat Kerajaan Negeri, Terengganu Inc., Golden Pharos, EPIC, TI Properties, PPSB, dan istimewa sekali saya rasa, orang Hulu Terengganu hari itu boleh makan masakan hotel daripada PB Hotel, terima kasih Chairman PB Hotel. Daun selasih ikan puyu, terima kasih thank you.
Dan juga saya merakam terima kasih yang tidak terhinggalah kepada pengkalan hadapan, barisan hadapan dalam operasi banjir terutamanya PDRM, BOMBA, Pejabat Daerah, Majlis Daerah dan teristimewa Angkatan Pertahanan Awam khususnya yang terbabas bersama saya dalam lori masa operasi menghantar bantuan makanan di Kampung Lebok. APM yang bersama dengan saya itu adalah skuad daripada Kuala Lumpur, mereka datang semata-mata untuk membantu kita di Terengganu. Terima kasih yang sangat tidak terhingga dan kesan banjir juga khususnya di Hulu Berang telah meranapkan sebagaimana yang saya sebut diawal tadi industri pelancongan apabila kawasan pelancongan di Belukar Bukit, kawasan pelancongan di Betong yang terkenal dengan Flight Fishing, dengan izin ataupun ikan terbang ataupun disebut ikan sikang jangan saloh sebut tu bukan ikan singgang, ikan sikang yang sangat menarik perhatian pelancong-pelancong daripada luar negara. Jadi kita mengharapkan ada perancangan daripada pihak Kerajaan khususnya daripada Jabatan Pelancongan dan EXCO pelancongan untuk memulihara dan juga membaik pulih kawasan-kawasan pelancongan yang merupakan satu daripada sumber ekonomi hiliran kepada penduduk tempatan, dan kesan banjir baru ini juga telah merosakkan, telah menyebabkan satu jumlah yang besar rumah-rumah penduduk kampung yang rosak di Telemong, di DUN Telemong, DUN Yang Berhormat Dato’ Rozi, 35 buah rumah yang terkesan banjir yang rosak, di Ajil ada 32 rumah dan di Kuala Berang hanya ada sebuah rumah sahaja yang rosak. Kuala Berang ini dia kawasan bandar, kawasan Dr Mamad jadi dia orang-orang kaya bangkali rumah dia gagoh-gagoh jadi banyak hok selamatlah dan keadaan rumah ini perlu diperbaiki segera dan saya telah pun bersama dengan sahabat-sahabat daripada Persatuan Prihatin Anak Watan Terengganu sebuah NGO di Terengganu berpakat telah mengadakan satu perancangan untuk baiki rumah ini secara kami bekal barang dan NGO Prihatin hantar tukang secara sukarela tanpa upah dan kita terima kasih, saya merakam terima kasih kepada penderma-penderma terutama daripada syarikat-syarikat besar milik Kerajaan Negeri yang menyumbang sejumlah wang yang banyak dan insya-Allah lepas ini mungkin ada lagi sumbangan wang untuk membaiki rumah dan juga daripada Kerajaan Negeri.
Kesan banjir ini saya rasa perlu diberi fokus berkenaan dengan faktor-faktor dan kesan-kesan banjir yang berlaku yang nampak agak luar biasa, luar daripada kebiasaannya. Kajian perlu dibuat kepada beberapa sekolah seperti Sekolah Kebangsaan Lubuk Periuk yang memang setiap tahun, dua tiga kali,
Lubuk Periuk ini kawasan yang sangat rendah sekolahnya dan kita telah pun mencadangkan kepada Kementerian untuk sama ada membina bangunan-bangunan baru yang lebih tinggi ataupun memindah lokasi sekolah tersebut ke tempat yang lebih selamat untuk mengelak daripada berlakunya gangguan kepada sistem Pendidikan. Saban tahun, dua tiga empat kali setahun yang mengganggu aliran sistem pendidikan dan juga merosakkan perkakas-perkakas pendidikan, alatan-alatan pejabat, buku-buku pelajar dan sebagainya.
Juga saya mengharapkan kajian daripada pihak Kerajaan sama ada Kerajaan Pusat ataupun Kerajaan Negeri untuk menaik taraf jalan-jalan daripada Kampung Machang ke Kampung Felda Mengkawang dan juga Kampung Betong yang sentiasa dinaiki air yang menyebabkan sepertimana yang berlaku kepada sekolah, hampir setiap kali berlaku banjir, pelajar-pelajar tak boleh gi sekolah kerana jalan dinaiki air. Jadi sama ada kita cadangkan Kerajaan menaik taraf jalan-jalan yang terlibat khususnya menghala ke Felda Mengkawang dan juga berkemungkinan membina satu jajaran baru, laluan yang lebih selamat untuk bukan sahaja menyelamatkan sektor pendidikan bahkan sektor ekonomi kerana di Hulu Berang, kita ada dua Felda iaitu Felda Mengkawang dan juga Felda Tersat dan Felcra Betong serta ladang-ladang sawit perseorangan yang memang terganggu setiap kali berlakunya musim banjir.
Kadang-kadang buah duduk atas lori doh, nak gi hantar kilang tersadai tak boleh nak hantar kerana laluan tersekat dan kadang-kadang lebih malang lagi seperti di Kampung Betong dan Belukar Bukit, ketiga-tiga laluan alternatif juga tersekat. Saya ingin sekali lagi, satu perkara lagi menarik perhatian daripada pihak Kerajaan khususnya melalui JKR untuk mempercepatkan proses pembinaan jambatan baru di Kampung Belukar Bukit, di Kampung Belukar Bukit itu, jambatan tak rosak. Yang Amat Berhormat Menteri Besar pun sudah turun melihatnya, kepala jambatan yang runtuh, rebih, jadi saya dah beberapa kali berbincang dengan EXCO Infra dan juga dengan JKR untuk membina satu laluan sementara sama ada bentuk untuk jalan kaki dan motor ataupun mungkin bina satu jambatan bailey bridge dengan izin, ataupun apa-apa sahaja dalam bentuk yang boleh menghubungkan di antara Kampung Belukar Bukit ke Kampung Betong sebab pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Betong, yang ramainya daripada Kampung Belukar Bukit jarak daripada Kampung Belukar Bukit ke sekolah lebih kurang 1.5 kilometer tetapi oleh kerana terputus hubungan sekarang ini pelajar-pelajar sekolah akan pergi ke Sekolah Kebangsaan Betong dengan melalui jalan alternatif lebih kurang 25 kilometer.
Jadi ini merupakan satu gangguan kepada sistem pendidikan apatah lagi kebanyakkan pelajar baru ini, pakaian sekolah, peralatan sekolah, buku-buku sekolah, habis ranap musnah dengan banjir dan kita telah pun menyelesaikan beberapa sekolah termasuklah Sekolah Kebangsaan Betong, hampir pelajar dia 72 orang, hampir semua telah dibantu dengan bantuan sebuah NGO, peralatan sekolah, baju sekolah, pakaian sekolah telah pun dilengkapi. Cuma untuk beberapa sekolah lain lagi, kita masih lagi dalam proses untuk membantu pelajar-pelajar yang di mana peralatan pembelajaran mereka musnah.
Ringkaskan Yang Berhormat, masa Yang Berhormat dah cukup.
Ringkas cerita saya menyokong, menjunjung kasih, Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dan terima kasih di atas semua sokongan daripada semua pihak.
Terima kasih Wakil Ajil, sekarang saya persilakan Wakil Air Putih, sila.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu, Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, rakan-rakan Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, pengamal media, seterusnya para pemerhati sekalian. Alhamdullilah setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala di atas kurnia-Nya dapat kita semua berada Dewan yang mulia ini, Penggal Kali Kelima, Dewan Undangan Negeri Kali Keempat Belas 2022. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Air Putih merakamkan penghargaan dan menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku yang menyampaikan Titah Ucapan DiRaja mengenai Dasar-Dasar Kerajaan disampaikan oleh Yang Amat Berhormat
Menteri Besar sempena pembukaan Penggal Persidangan Kelima Dewan Undangan Negeri Kali Keempat Belas.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mengambil peluang ini mengucapkan tahniah kepada kepimpinan Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar atas kejayaan cemerlang dan mentadbir negeri sepanjang lebih kurang empat tahun, khususnya dalam melaksanakan janji-janji yang terdapat dalam manifesto PRU ke-14 yang lalu. Kini Kerajaan telah berjaya melaksanakan hampir 90% daripada janji-janji dalam manifesto pilihan raya yang lepas dan insya-Allah saya sangat optimis bahawa baki lagi akan dapat dilaksanakan sepenuhnya, insya-Allah dalam tempoh yang masih ada ini. Kita mengalu-alukan sokongan semua pihak kepada Kerajaan yang ada pada hari ini tanpa was-was lagi untuk terus membangun bersama slogan Terengganu Maju, Berkat, Sejahtera.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, suasana keharmonian kehidupan rakyat di awal tahun 2022 digarap indah oleh Kerajaan selepas penularan wabak COVID-19 yang dijangka reda ke arah keadaan hidup bertambah selesa. Program untuk rakyat terjejas dengan COVID-19 baru-baru ini sedang rancak ditangani melalui beberapa Agensi Kerajaan di bidang seperti bidang Pertanian, para Usahawan oleh YPU dengan pelbagai pinjaman, geran dan pelbagai lagi demi meningkatkan, memulihkan ekonomi rakyat khususnya ke atas isi rumah yang berpendapatan rendah B40 dan berpendapatan sederhana M40. Dan Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku ada menyarankan supaya pihak Kerajaan sentiasa memberi perhatian sepenuhnya kepada golongan yang terkesan dengan penularan COVID-19 yang terkesan dengan kenaikan harga barang makanan yang yang kian meningkat. Di mana seramai 985 orang miskin tegar dan 26,526 orang adalah golongan miskin. Namun begitu, suasana harmoni ini bertukar suram dan muram akibat musibah banjir di luar musim dan luar biasa besarnya tiba-tiba berlaku melibatkan daerah Kemaman, Hulu Terengganu dan beberapa daerah lagi. Kita baru sahaja reda dengan banjir Monsun Timur Laut di akhir tahun 2021, tiga bulan lepas. Alhamdulillah musibah ini dapat ditangani dengan baik oleh kerajaan dan pihak-pihak berkaitan. Saya mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada semua yang terlibat kerajaan, agensi bukan kerajaan, NGO yang sama berganding bahu membantu mangsa yang terkesan. Alhamdulillah, bantuan demi bantuan datang mencurah-curah menyantuni mangsa banjir sehingga sekarang.
Pokok peria naik junjung, Tumbuh merata di hujung tanjung, Tiba derita rakyat di kampung, Derita rakyat Kerajaan tanggung.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, merenung kembali apa yang berlaku di kawasan saya, Air Putih misalnya. Tidak peliklah dengan Air Putih sinonim dengan banjir dan ianya menjadi penanda aras banjir di kawasan Kemaman. Kawasan dilanda banjir luar musim pada tahun ini merupakan kawasan yang tidak pernah dilanda banjir. Ini disebabkan oleh beberapa perkara yang biasa-biasa tetapi ia menjadi banjir luar biasa. Suatu ketika kawasan ini ditanam pertanian padi secara besar-besaran dan ada saliran paip tali air untuk aliran air ke kawasan sawah padi itu. Oleh kerana beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, rakyat tidak lagi menanam padi dan mereka telah mengubah kepada tanaman pisang, nenas dan kolam ikan air tawar. Terdapat beberapa saliran tali air untuk mengalirkan air ke sawah padi suatu ketika dahulu. Tetapi sekarang saliran air itu masih ada dan pintu air keluar masuk masih lagi ada. Kemudian satu aliran sungai untuk menolak mengeluarkan mengalir air ke sungai, anak sungai ni yang menyebabkan berlakunya banjir luar biasa di kawasan tersebut. Saya melihat, saya telah membuat tinjauan bersama masyarakat setempat bahawasanya banjir berlaku disebabkan oleh dua faktor. Yang pertama faktor saliran air, yang kedua itu tidak diselenggara dengan baik. Hampir 80% anak sungai tidak dibersihkan. Dan yang kedua pintu masuk air ke saliran air yang diguna untuk padi dulu tidak diselenggara dengan baik. Saya merayu kepada pihak yang terlibat supaya tindakan segera dapat diambil membersih kawasan sungai yang menyebabkan banjir berlaku dan pintu keluar masuk air di saliran air yang ada di tempat tersebut iaitu di Kampung Darat, Sungai Buaya, Kampung Teladas Air Putih.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, di kesempatan ini juga saya mewakili penduduk Kampung Air Putih Teladas mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar kerana meluangkan sedikit masa bersama rakyat setempat di Kampung Air Putih Teladas meninjau suasana pasca banjir baru-baru ini. Kegembiraan penduduk terserlah apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar turun memberi sedikit bantuan dan melahirkan rasa simpati terhadap kesusahan dialami oleh rakyat.
Anak-anak bermain guli, Main guli tepi perigi, Terima kasih Dato’ Seri, Kalau boleh datang, datanglah lagi.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Titah Baginda ada menyentuh tentang negara demokrasi di mana demokrasi adalah memberi peluang kepada rakyat memilih iaitu dengan menyertai proses demokrasi secara jujur, secara luhur dan terhormat. Tepat sekali di mana negara kita akan memasuki era baru, era politik di mana anak-anak muda seawal usia 18 tahun diberi hak mengundi dalam PRU yang akan datang. Perlu diingat juga bahawa anak-anak muda seawal ini telah diberi peluang menentukan siapa yang akan mereka pilih memimpin sesebuah kerajaan. Kita semua sedia maklum bahawa negeri dan negara akan maju dan sejahtera apabila rakyatnya mempunyai nilai-nilai insan dan jati diri yang baik. Tanpa dua elemen tersebut, negeri dan negara terdedah kepada ketidakstabilan masyarakat, gejala sosial, penyelewengan dan salahguna kuasa. Peningkatan kes jenayah akan berleluasa. Bagaimana anak-anak muda dapat menentukan perjalanan demokrasi berparlimen berjalan dengan baik sekiranya mereka tidak didedah dengan ilmu dan maklumat.
Justeru saya mencadangkan agar kerajaan mengadakan Kem-Kem Jati Diri atau mengadakan kursus-kursus Pembinaan Insan yang berjadual untuk memantapkan pembinaan sahsiah rohani dan emosi rakyat terutamanya kepada anak-anak muda lepasan SPM. Penekanan kepada penyempurnaan solat, tuntutan solat berjemaah di surau dan di masjid hendaklah ditekankan agar terbentuk budaya mencintai masjid di kalangan anak muda dan rakyat jelata. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Air Putih merakamkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Terengganu khususnya kepada EXCO Pertanian kerana telah memberi bantuan peralatan pertanian kepada masyarakat bandar yang miskin semasa musim COVID-19 baru-baru ini, kerana membekalkan peralatan hidroponik, pasu-pasu, baja dan benih keperluan pertanian sara diri penduduk bandar. Model ini model dan kaedah yang sama ini boleh dilaksanakan secara lebih tersasar kepada anak-anak negeri yang ingin menceburi bidang pertanian dan penternakan demi menjana ekonomi mereka. Tahniah dan terima kasih EXCO Pertanian.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, menyelami keluhan setengah orang muda atau belia yang belum mendapat pekerjaan, sudah tentu mereka ini memerlukan kenderaan asas untuk ulang alik ke tempat kerja dan sebagainya. Mereka kesempitan untuk mendapatkan RM4,000.00 atau RM6,000.00 untuk membeli kenderaan motosikal ini. Institut-institut kewangan seperti bank belum lagi ada menyediakan pinjaman islamik untuk pembelian motosikal. Sudah pasti mereka ini membeli motosikal cara berhutang dan dibayar secara bulanan. Pinjaman sebegini sudah pasti terlibat dengan amalan riba. Justeru itu Air Putih mencadangkan agar Kerajaan mengadakan Skim Pinjaman Khas tanpa riba kepada peminjam pinjaman maksimum RM6,000.00/RM5,000.00 untuk pembelian motosikal kepada mereka pemuda dengan syarat-syarat yang munasabah. Dengan skim ini kita dapat menghindarkan pemuda kita dari perangkap riba. Firman Allah Ta’ala dalam surah Al-Baqarah ayat 278-280 bermaksud,
“Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan tinggallah riba yang belum dipungut, jika kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak meninggalkan sisa riba maka ketahuilah Allah dan RasulNya akan memerangi kamu”
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, mengakhiri perbahasan saya pada pagi ini, saya mengambil pendekatan yang dibuat oleh Bukit Besi tadi dengan membaca pantun Pari-pari terbang ke hulu Melihat projek zaman dahulu Negerinya aman rakyat bersatu Kerajaan pimpinan PAS bertambah maju
Ke Kedai Payang beli baju Baju dibeli bersama bahulu Kerajaan PAS bertambah maju Maju daripada Kerajaan BN dulu
Ikan selayang ikan cencaru Dimasak bersama ikan kerapu Maju daripada Kerajaan BN dahulu Rakyat susah dibantu selalu
Merayap rayap si ulat bulu Merayap masuk di dalam budu Rakyat susah dibantu selalu Sokongan kepada Kerajaan PAS tetap padu
Terbang kelulut mencari madu Mari hinggap di atas batu Sokongan rakyat kepada Kerajaan tetap padu Kerajaan bersih lagi bermutu
Pak Uteh menjaja susu Susu dijaja merata-rata Kerajaan bersih lagi bermutu Terengganu Maju Berkat Sejahtera
Air Putih mohon menyokong titah Tuanku.
Terima kasih kepada Wakil Air Putih dengan pantun-pantunnya. Sekarang saya mempersilakan Wakil Seberang Takir.
YANG BERHORMAT DATO’ SERI Dr. HAJI AHMAD RAZIF BIN ABD. RAHMAN (Wakil Seberang Takir):
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, rakan-rakan Yang Berhormat, ketua-ketua Jabatan, wakil-wakil Jabatan serta rakan-rakan media yang dihormati serta dikasihi sekalian. Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, kerana memberi ruang dan peluang kepada saya. Jadi yang pertama sekali saya nak minta Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua beri ruang sikit kepada saya sebab 3 soalan saya tidak boleh dijawab.
Tidak dijawab itu ada alasannya Yang Berhormat. Tetapi masa memang kita kena jaga.
YANG BERHORMAT DATO’ SERI Dr. HAJI AHMAD RAZIF BIN ABD. RAHMAN (Wakil Seberang Takir): Baik. Jadi saya akan rangkum soalan-soalan saya itu dalam perbahasan ini. Sembah kasih atas Titah Tuanku. Titah Tuanku boleh dijadikan panduan kepada Kerajaan Negeri untuk merancang dengan lebih teliti dan lebih bersedia dalam menghadapi kesan ketidaktentuan ekonomi masa hadapan dengan berlakunya peperangan senjata antara Rusia dan Ukraine dan kemudian tambahan pula dengan apa-apa yang berlaku banjir dan sebagainya, dan ini juga akan memberikan kesan yang sangat besar kepada rakyat kita. Jadi hari ini saya bercadang untuk memfokuskan perbahasan saya ini kepada langkah-langkah untuk mengurangi kos sara hidup rakyat kerana saya berpendapat bahawa perancangan dan pengubalan Dasar Kerajaan Negeri mestilah menjurus kepada pengurangan kos sara hidup rakyat di mana ianya memberi manfaat ke atas kualiti kehidupan yang lebih baik buat semua rakyat Negeri Terengganu.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, langkah-langkah yang perlu diambil ini perlu menjurus kepada dua matlamat utama iaitu meningkatkan pendapatan rakyat dan mengurangkan kos perbelanjaan rakyat. Dalam langkah pertama, meningkatkan pendapatan rakyat, Kerajaan Negeri telah mensasarkan 20,000 peluang pekerjaan baru kepada anak negeri dalam tempoh 4 tahun sebagaimana yang dinyatakan dalam Manifesto Pilihan Raya yang lalu. Harapan saya agar Kerajaan Negeri akan berjaya dalam mencapai unjuran tersebut. Namun pihak Kerajaan Negeri sudah pastinya tidak akan berupaya menyediakan peluang pekerjaan ini di jabatan-jabatan Kerajaan. Sudah pastinya kebergantungan kepada pihak swasta termasuk anak-anak syarikat Kerajaan Negeri untuk menyediakan peluang kerajaan yang banyak tidak dapat dielakkan. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri perlu menambah baik lagi dasar pelaburan sedia ada supaya pelabur lebih berminat untuk melabur di negeri ini berbanding di negeri-negeri yang lain. Insentif-insentif pelaburan yang lebih baik, seperti harga tapak kilang dan lain-lain prasarana mestilah lebih baik keadaannya dari negeri-negeri lain. Untuk merealisasikan perkara ini, ia memerlukan tenaga kerja yang berpengalaman, berpengetahuan dan mesra pelabur di unit ataupun jabatan yang dipertanggungjawabkan untuk menarik pelabur ke negeri ini. Merujuk kepada Titah Tuanku berhubung Kerajaan Negeri akan menjadikan Revolusi Perindustrian keempat ataupun dengan izin Industrial Revolution 4.0 sebagai pemacu, patik menjunjung kasih di atas keperihatinan Tuanku berhubung perkara ini. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat
sekalian, dalam perbahasan pembentangan Bajet Negeri 2022 yang lepas, saya telah pun mencadangkan agar Kerajaan Negeri turut memberi tumpuan kepada peluang-peluang pekerjaan di bidang teknologi baru dan berpendapatan tinggi yang mulai muncul selaras dengan Revolusi Perindustrian keempat. Selaras dengan Titah Tuanku berhubung penemuan pelbagai teknologi baru yang kompleks seperti automasi, internet of things, big data, advance analythics dan penggunaan robotik sudah pastinya ini akan membuka lebih banyak ruang dan peluang di bidang pekerjaan teknologi baru dan berpendapatan tinggi kepada rakyat. Dalam Titah Tuanku juga ada menyatakan bahawa status pelaksanaan terkini projek ECRL telah mencapai tahap 25.76%. Jadi dalam soal ini, saya ingin juga mendapatkan pencerahan daripada Kerajaan Negeri, apakah status pengambilan balik tanah telah selesai? Kerana saya difahamkan bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu yang bermesyuarat kali ke 32 tahun 2020 pada 11 November 2020 telah membuat keputusan supaya proses pengambilan balik tanah dan proses permohonan kebenaran merancang ditangguhkan buat sementara waktu. Kenapa dan atas alasan apakah keputusan penangguhan ini dibuat sedangkan projek ini sangat penting kepada perkembangan ekonomi Negeri untuk jangka panjang. Apakah keputusan MMKN tersebut kini telah dibatalkan? Minta penjelasan daripada pihak Kerajaan. Semasa menyaksikan Majlis menandatangani perjanjian persefahaman MOU Pembentukan Konsortium antara Ahmad Zaki Sdn Bhd dengan GPQ Sdn Bhd, MMC Engineering Sdn Bhd dan P Excel Management Sdn Bhd pada 2 September 2020, Menteri Besar Terengganu Yang Amat Berhormat Dato’ Seri telah mensasarkan 40% atau sekitar RM3 hingga 4 bilion nilaian projek dikhaskan untuk kontraktor tempatan Negeri Terengganu. Saya menggesa Kerajaan Negeri memaklumkan sejauh mana penglibatan kontraktor tempatan dalam projek ECRL terutamanya kontraktor yang berdaftar dengan Dewan Perniagaan Negeri Terengganu. Apakah sasaran yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar tercapai? Juga apakah status terkini MOU Konsortium antara Ahmad Zaki Sdn Bhd dengan GPQ Sdn Bhd, MMC Engineering Sdn Bhd dan P Excel Management Sdn Bhd tersebut? Apakah Konsortium tersebut berjaya menjadi payung kepada syarikat tempatan atau sudah berkubur setelah pengharapan menggunung dicanangkan kepada rakyat? Harap Kerajaan dapat memberi pencerahan. Pelaksanaan projek ECRL ini, memang akan memberi kesan yang amat positif atau sebagai spill over benefit di sepanjang jajaran landasan ini. Jadi saya haraplah Kerajaan Negeri memandang serius tentang projek ini dan sepatutnya memberikan sepenuhnya manfaat kepada rakyat.
Langkah kedua, mengurangkan kos perbelanjaan rakyat. Saya mencadangkan beberapa tindakan yang perlu Kerajaan Negeri lakukan yang pada pandangan saya ianya berhubung kait dengan langkah mengurangkan kos perbelanjaan rakyat dalam sektor-sektor yang akan saya nyatakan di sini. Pertama sekali sector pertanian saya bersetuju sangat dengan pandangan rakan-rakan kita yang menyentuh tentang pertanian ini. Dalam Titah Tuanku agar dilaksanakan kajian impak atau dengan izin impact assessment bagi menghasilkan cadangan-cadangan khusus mengurangkan impak langsung ke atas isi rumah yang berpendapatan rendah (B40) dan yang berpendapatan sederhana (M40). Sehubungan dengan itu, saya berharap Kerajaan Negeri akan buat kajian impak agar kita boleh memastikan bahawa dalam pembentangan bajet baru-baru ini tumpuan yang diberikan kepada sektor pertanian yang bernilai tinggi seperti tembikai, cili, timun, pisang dan seumpamanya dapat kita laksanakan lebih-lebih lagi dengan keadaan keluasan tanah kita yang terhad, rakyat boleh menggunakan kawasan sekitar kediaman mereka untuk memulakan projek pertanian bagi menjana pendapatan dan ini dapat mengurangkan kebergantungan kepada sumber makanan dari pasaran kerana sekarang ini pun kita dapat maklum bahawa sekarang harga sayur sendiri pun sudah semakin mahal. Jadi sekurang-kurangnya dengan pelaksanaan yang saya sebut dalam Sidang Bajet tempoh hari itu kalau dilaksanakan sekurang-kurangnya dapat mengurangkan bebanan Kerajaan. Lain-lain langkah dalam sektor pertanian yang boleh dilaksanakan adalah seperti mengurangkan kos pengeluaran bahan-bahan mentah kepada industri pemakanan, pertanian, perikanan dan penternakan seperti penghasilan makanan binatang ternakan yang lebih murah dengan memperluas ladang-ladang ragut, mewujudkan kilang-kilang pemprosesan makanan ternakan, mewujudkan pusat pembekalan input pertanian seperti baja, penghasilan benih mahupun anak-anak pokok dan seumpamanya. Saya juga nak mencadangkan supaya kita perbanyakkan lagi ladang-ladang penternakan seperti penternakan lembu, ayam, itik yang perlu dibuat secara lebih besar dalam berskala yang besar. Saya pun rasa malu juga Yang Berhormat Dato’ Yang Di-Pertua, bila baru-baru ini dalam surat khabar ada tercatat Terengganu tiada telur. Ini bahaya Dato’ Yang Di-Pertua. Jadi kita perlu buat sesuatu…
Telur apa Yang Berhormat?
YANG BERHORMAT DATO’ SERI Dr. HAJI AHMAD RAZIF BIN ABD. RAHMAN (Wakil Seberang Takir): Ya, Dato’?
Telur apa?
YANG BERHORMAT DATO’ SERI Dr. HAJI AHMAD RAZIF BIN ABD. RAHMAN (Wakil Seberang Takir): Telur ayam la tu tapi cara dia buat tu macam kita tak dok telur pulok, bahaya tu Dato’ speaker. [Sambil ketawa] Jadi dengan itu saya berharaplah Kerajaan Negeri akan memandang perkara ini sebagai satu perkara yang serius. Jadi kerana itu perlu kita memperbanyakkan lagi seperti yang saya sebut ladang ternakan, mewujudkan pusat pemprosesan dan pemasaran bekalan daging dan ayam, mewujudkan pusat pengeluaran dan pembiakan benih ikan, udang secara komersial dan selain daripada itu saya juga berharap Kerajaan Negeri juga boleh terlibat secara serius dalam sektor tenaga. Tenaga elektrik boleh berbincang dengan pihak TNB untuk mengurangkan kos penggunaan bekalan tenaga elektrik kepada rakyat Terengganu dan kemudian juga boleh berbincang dengan pihak PETRONAS untuk mendapatkan bekalan gas yang lebih murah kepada pelabur dan juga kepada rakyat negeri. Dalam sektor komunikasi, kita perlu mengadakan kerjasama pihak swasta untuk melengkapkan jajaran jalur lebar yang ada dengan fasiliti telecommunication tower dengan izin yang lebih banyak dan meluas untuk meningkatkan mutu perkhidmatan pembekal-pembekal telekomunikasi dan meminta pihak yang berkenaan mengenakan kos minima kepada mereka yang menggunakan perkhidmatan tersebut di negeri ini atas kerjasama Kerajaan Negeri.
Saya juga nak mohon supaya Kerajaan Negeri melihat balik berkait dengan kesihatan iaitu Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin kerana saya difahamkan hospital ini hanya menyediakan 200 katil pesakit berbanding cadangan awal adalah 400 katil. Jadi saya mohon Kerajaan Negeri kalau betullah bahawa hanya 200 dan 200 lagi kita tidak dapat makluman agar Kerajaan Negeri mendesak pihak Kerajaan Pusat menunaikan janji seperti mana yang dicadangkan dahulu. Saya juga menerima banyak keluhan pesakit di Hospital Pakar Kuala Terengganu anak syarikat Kerajaan Negeri, TDM Berhad berhubung caj atau bayaran ubatan yang dikenakan kepada pesakit. Kalau bolehlah saya mohon kepada Kerajaan Negeri terutama dari segi ubatan kalau boleh biarlah harga ubatan di hospital kita ini dicaj lebih murah kalau berbanding farmasi luar. Ini sedikit sebanyak akan dapat kita nak membantu
rakyat kita dan akhirnya ada dua perkara yang ingin saya sentuh di sini ialah berkait dengan i-Fitri…
Yang Berhormat Dato’ Yang Di-Pertua, minta laluan…
Minta laluan.
YANG BERHORMAT DATO’ SERI Dr. HAJI AHMAD RAZIF BIN ABD. RAHMAN (Wakil Seberang Takir): Saya dok dang dah ni. Kalau dok, kalau Yang Di-Pertua setuju tambah sikit masa saya takpe.
Minta penjelasan sikit je…
YANG BERHORMAT DATO’ SERI Dr. HAJI AHMAD RAZIF BIN ABD. RAHMAN (Wakil Seberang Takir): Sebab saya cukup-cukup dah ni.
Minta penjelasan sikit je…
YANG BERHORMAT DATO’ SERI Dr. HAJI AHMAD RAZIF BIN ABD. RAHMAN (Wakil Seberang Takir): Boleh tambah sikit masa saya Dato’ Yang Di-Pertua?
Sila, sila…
Kanda Seberang Takir. Ini berkait tentang soalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat ADUN Kijallah mareng dulu. Saya pun check-check tanya pegawai dok tahu belaka. Ramai pegawai tu 2016 ni pencen belaka. Takut Yang Berhormat… apa pernah jadi Menteri Besar masa tu ada sedikit makluman yang berkait apa RM25 juta lagi daripada Kerajaan Pusat beri RM70 juta.
Sila Yang Berhormat.
YANG BERHORMAT DATO’ SERI Dr. HAJI AHMAD RAZIF BIN ABD. RAHMAN (Wakil Seberang Takir): Ni lain daripada perbahasan saya ni Dato’ Yang Di-Pertua.
Dia buat pencelahan. Ada maklumat jawab..
YANG BERHORMAT DATO’ SERI Dr. HAJI AHMAD RAZIF BIN ABD. RAHMAN (Wakil Seberang Takir): Jadi begini cerita dia berkait dengan Taman Ilmu yang sebenarnya, kenapa Kerajaan Negeri bersetuju membuat penyelesaian di luar mahkamah dulu adalah kerana pada ketika itu KPT (Kementerian Pengajaran Tinggi) telah meluluskan peruntukan sebanyak RM70 juta untuk membaiki dan juga menaik taraf yang diberi di bawah ASWARA kerana di situ Kementerian Pengajaran Tinggi telah bersetuju menubuhkan kampus ASWARA di Taman Ilmu. Jadi diluluskan sebanyak RM70 juta, jadi dengan syarat Kerajaan Negeri boleh selesaikan dulu apa sahaja permasalahan yang ada pada ketika itu. Jadi kerana itu maka Kerajaan Negeri berbincang dengan pihak POSC-TI untuk menyelesaikan kalau tidak kita akan terlepas dengan RM peruntukan KPT dan Taman Ilmu kita juga tidak akan dapat diwujudkan kampus ASWARA di situ. Jadi sebagai untuk kita nak menyelamatkan kampus ataupun Taman Ilmu ini maka Kerajaan Negeri berunding dengan POSC-TI dan kerana itu jugalah maka Kerajaan Negeri membayar dengan menggunakan duit Kerajaan Negeri sebanyak RM45 juta. Jadi kemudian selepas itu sempatlah pihak KPT mengadakan perasmian dan penubuhan Universiti ASWARA tetapi kebetulan pada ketika itu duit RM70 juta itu belum lagi diturunkan kepada kerana masa itu adalah urusan untuk menyerahkan duit itu adalah nak digunakan untuk pembaikian, untuk menaik taraf, jadi yang itu diuruskan oleh pihak KPT, tapi dalam masa yang sama berlakunya pilihan raya, jadi bila berlaku pilihan raya maka bertukar Kerajaan dan Kerajaan yang baru telah menarik balik kelulusan tersebut dan RM70 juta itu tidak diberi kepada Kerajaan Negeri. Kerana itu saya pohonlah kepada pihak Kerajaan Negeri kerana sebenarnya kelulusan itu sudah ada sebanyak RM70 juta dan juga pelancaran ASWARA pun sudah dibuat jadi kalau bolehlah pihak Kerajaan Negeri menuntut semula RM70 juta itu dan memastikan Kampus ASWARA itu dapat diteruskan dan saya rasa itu adalah salah satu cara untuk kita nak menyelamatkan Taman Ilmu itu. Saya rasa jelas penjelasan saya. Eh… jelas dah tu dok?
Sebab apa
YANG BERHORMAT DATO’ SERI Dr. HAJI AHMAD RAZIF BIN ABD. RAHMAN (Wakil Seberang Takir): Jadi dok timbul baki RM25 juta sebab yang RM45 juta tu dibayar oleh duit Kerajaan Negeri.
Makna Kerajaan Terengganu tak dapat lagilah yang RM70 juta.
YANG BERHORMAT DATO’ SERI Dr. HAJI AHMAD RAZIF BIN ABD. RAHMAN (Wakil Seberang Takir): Yang RM70 juta kita tak dapat.
Yang janji Menteri tu ada bertulis ke macam mana?
YANG BERHORMAT DATO’ SERI Dr. HAJI AHMAD RAZIF BIN ABD. RAHMAN (Wakil Seberang Takir): Ada… Yang tu kena berurusan dengan pihak… Saya rasa Kerajaan Negeri berurusanlah dengan pihak UPEN tu.
Sebab saya pernah dengarlah maklum balas apa…
YANG BERHORMAT DATO’ SERI Dr. HAJI AHMAD RAZIF BIN ABD. RAHMAN (Wakil Seberang Takir): Dok dia sampai tahap…
Menteri KPT ketika itu bekas Ahli Parlimen Besut. Ye kata ni dok berkait dengan Kerajaan Pusat, hanya berkait dengan Kerajaan Negeri sahaja.
YANG BERHORMAT DATO’ SERI Dr. HAJI AHMAD RAZIF BIN ABD. RAHMAN (Wakil Seberang Takir): Tu kena rujuk baliklah sebab sehinggakan pada ketika itu kita telah melancarkan ataupun telah ada perasmian Kampus ASWARA pada ketika itu. Terima kasih Dato’ Yang Di-Pertua.
Sama-sama.
YANG BERHORMAT DATO’ SERI Dr. HAJI AHMAD RAZIF BIN ABD. RAHMAN (Wakil Seberang Takir): Boleh saya terus?
Tambah satu minit lagi.
YANG BERHORMAT DATO’ SERI Dr. HAJI AHMAD RAZIF BIN ABD. RAHMAN (Wakil Seberang Takir): Tambah seminit? Saya ada dua perkara nak sebut ni. Saya diganggu dua tiga empat minit.
Masa pun…
YANG BERHORMAT DATO’ SERI Dr. HAJI AHMAD RAZIF BIN ABD. RAHMAN (Wakil Seberang Takir): Cuma saya nak sambung sedikitlah berkait dengan i-fitri sebab ada rayuan Yang Berhormat Dato’ Seri dan juga Kerajaan berkait dengan syarat keenam dan ketujuh jadi saya kira sepatutnya tak perlu ada syarat beginilah. Yang penting adalah sesiapa sahaja rakyat Terengganu yang mempunyai pendapatan RM2,500.00, RM1,000.00 hingga RM5,000.00 atau RM 2,500.00 ke bawah tidak kiralah dia sama ada dia penjawat awam ataupun dia kontraktor yang berdaftar kalau dapat dibuktikan ataupun dinyatakan bahawa pendapatan mereka dalam lingkungan tersebut sepatutnya diberilah kerana mereka pun dalam keadaan sekarang ini semua seorang dalam keadaan kepayahan walaupun penjawat awam kalau setakat buruh hari ini dia pun susah tiba-tiba dia tak dapat orang lain dapat jadi saya rasa perkara ini harus dipertimbangkan. Dan yang akhir sekali saya mohon juga Kerajaan Negeri dapat membuat pencerahan berkait dengan hutang ataupun pinjaman projek LPT 2 yang asalnya RM1.85 billion. Saya nak tahu apakah status terkini bayaran balik hutang atau pinjaman kerana masa Barisan Nasional memerintah dahulu Kerajaan Pusat telah membuat bayaran dalam bentuk pembinaan jalan di Kijal sebanyak RM180 juta dan Projek Perumahan Mampu Milik dan satu lagi bagaimanakah status royalti minyak di Telaga Bertam kerana JUPEM atau Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia telah menyatakan bahawa kawasan telaga minyak itu boleh dikira paling hampir sekali adalah Negeri Terengganu. Jadi dan akhir sekali lagi Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua saya juga mengambil kesempatan untuk mendoakan agar Presiden PAS dan juga Ahli Parlimen Marang Yang Berhormat Tan Sri Haji Abdul Hadi bin Awang agar segera diberikan kesembuhan daripada jangkitan COVID-19, semoga beliau tabah untuk menghadapi ujian Allah Subhanahu Wa Ta’ala ini. Jadi saya dengan penuh kesyukuran hari ini menjunjung kasih Titah Tuanku dan menyokong. Sekian.
Terima kasih kepada Wakil Seberang Takir. Saya kesuntukan masa. Saya akan beri kepada Pengerusi BBC yang terakhir, ketua kawan-kawan kita tak nak bercakap kalau tak dok saya akan terus kepada Wakil Tepoh sebagai pembahas terakhir. Sila.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, wakil-wakil jabatan, rakan-rakan media, hadirin-hadirat yang dirahmati Allah sekalian. Alhamdulillah terima kasih atas peluang yang diberikan untuk membahaskan Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin yang telah disampaikan pada hari pertama dengan melakarkan beberapa amanah dan juga beberapa pesanan penting untuk diberikan perhatian oleh pihak Kerajaan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala:
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu berjaya memperolehi taqwa.
Saya mengambil kesempatan pada hari ini dalam tempoh berbaki sepuluh hari pada bulan Syaaban sebelum daripada kita menyambut ketibaan Ramadan Al Mubarak untuk saya mengucapkan selamat menyambut Ramadan Al Mubarak kepada semua yang berada di dalam Dewan ini dan juga berada di luar sana. Kefarduan ibadah puasa dijanjikan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala untuk menganugerahkan taqwa kepada mereka yang melaksanakannya dengan baik. Teringat apabila berbicara tentang taqwa ungkapan yang telah dibawa oleh Saidina Ali Karromallohu Wajhah di dalam menghuraikan dan memperincikan tentang taqwa kata beliau:
Taqwa itu ialah merasa takut dan gerun kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang Maha Agung, beramal dengan apa yang terkandung dalam Al-Quran, bersikap Qona’ah dengan yang sedikit dan persediaan menuju hari akhirat. Sebenarnya itulah objektif kita dalam melaksanakan ibadah puasa, mendidik dan membimbing diri agar dapat dilahirkan sebagai insan bertaqwa dari madrasah Ramadan, mereka yang berjaya dalam madrasah Ramadan ini juga amat didambakan dalam mewarnai gerak kerja politik di atas muka bumi ini agar setiap langkah yang diambil meletakkan asas dan neraca yang dikupas oleh Saidina Ali Karromallohu Wajhah. Setiap langkah yang diambil oleh kerajaan mestilah di atas paksi al-khauf min al-Jalil dengan maksud takutkan kepada yang Maha Berkuasa. Semua usaha pentadbiran diusahakan melandasi Al-'amal bi al-tanzil beramal dengan Al-Quran Nur Karim begitu juga menghidupkan sikap di semua peringkat sama ada pihak Kerajaan, ahli yang berhormat termasuklah juga kepada semua pegawai dan rakyat. Al-Qana’atu bil Qalil dengan maksud bersikap qona’ah dengan sedikit dan seterusnya membuat kepersediaan untuk menghadapi dengan membawa bekalan untuk menghadap Allah Subhanahu Wa Ta’ala pada hari akhirat. Itulah yang kita harapkan pada setiap tindak tanduk Kerajaan dalam membimbing rakyat Negeri Terengganu Darul Iman ini.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, tempoh hari kita sama-sama menyaksikan situasi cuaca ekstrem yang melanda negara kita. Terengganu tidak terkecuali apabila menerima hujan lebat yang luar biasa hingga menyebabkan banjir besar berlaku di Hulu Terengganu dan juga di Kemaman, masing-masing Ahli Yang Berhormat kawasan berkenaan telahpun mengupas dan menjelaskan apa yang berlaku. Perubahan situasi ini sangat perlu berada dalam perhatian pihak Kerajaan Negeri dengan menjalinkan kerjasama erat bersama pihak Jabatan Meteorologi bagi memastikan persediaan dan pemakluman secara langsung dalam makluman rakyat dalam masa yang sama tragedi runtuhan tanah di bukit-bukit perlu dipantau segera dan dibuat kajian terperinci walaupun yang terlibat itu bukanlah berada dalam zon kawasan pembalakan. Semua jabatan yang terlibat perlu untuk terus melaksanakan kajian mengambil langkah perlu untuk menghadapi situasi cuaca ekstrem yang melanda pada musim tengkujuh mahupun berada di luar musim tengkujuh.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin berbicara tentang peluang pekerjaan walaupun situasi pasaran pekerjaan dalam tempoh pandemik ini
amat mencabar. Negeri kita alhamdulillah masih berupaya mengharunginya dengan baik walaupun serba sukar saya dimaklumkan bagi tempoh 2018 hingga 2021 lebih 14,000 penempatan pekerjaan telah dibuat di negeri ini. Sebahagian besarnya melibatkan penduduk negeri ini sendiri. Di samping itu sehingga 10 Disember 2021 yang lalu dilaporkan masih terdapat lebih 8,000 kekosongan jawatan aktif yang bakal diisi di seluruh negeri ini. Ini adalah hasil usaha bersama semua pihak sama ada kerajaan, pihak swasta dan juga individu perseorangan yang selayaknya mendapat penghargaan di atas pencapaian ini. Namun harus diingat situasi mencabar pasaran buruh ini masih belum reda, kadar pengangguran masih menunjukkan trend peningkatan, purata kadar pengangguran tahunan di negeri ini ialah 3.6%, 3.8% dan 4.1% masing-masing bagi tahun 2019, 2020, dan 2021. Sepanjang tahun ini pula kadar ini diunjurkan antara 4.2% sehingga 4.4%. Oleh kerana itu, kita perlu berwaspada dan perlu meningkatkan proaktif daripada seluruh pihak di peringkat Kerajaan Negeri untuk memastikan kita tidak berdepan dengan situasi yang lebih membebankan ini. Secara prinsipnya, Kerajaan Negeri perlu memastikan pasaran buruh di negeri ini berkembang positif dengan pertambahan lebih banyak peluang pekerjaan yang baharu. Tenaga buruh yang menganggur di negeri ini mendapat penempatan kerja sama ada di dalam ataupun di luar negeri, kita tidak kisah walaupun berada di luar negeri kerana ia tetap memberikan peluang pekerjaan untuk rakyat. Saya tahu dan saya faham Kerajaan Negeri tidak claim bilangan yang dihantar ke luar negeri sebagai menjayakan angka 20,000 yang telah dijanjikan dalam Manifesto. Saya ucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri tetap berusaha mencari kerja tapi angkanya kita tidak letakkan di bawah angkat 20,000 yang dijanjikan. Inisiatif Kerajaan Negeri membangunkan sistem maklumat pekerjaan akar umbi atau sampai, mewujudkan pusat cari kerja adalah satu usaha yang sangat baik dan diyakini berupaya membantu penduduk di negeri ini dalam mendapatkan pekerjaan.
Selain itu, Kerajaan Negeri diharap dapat segerakan pelaksanaan inisiatif, menyediakan latihan pemahiran semula dan peningkatan kemahiran secara percuma di Institut Latihan milik Kerajaan Negeri seperti TATIUC dan juga TESDEC yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2022. Dicadangkan juga, supaya inisiatif ini diperluaskan kepada kumpulan sasaran lain seperti pekerja sektor informal dan individu bekerja sendiri yang terjejas. Dalam aspek pelaburan tahun lalu 2021, jumlah nilai pelaburan Terengganu telah meningkat kepada RM3.8 bilion berbanding RM1.9 bilion pada tahun sebelumnya. Walaupun masih jauh untuk kita bersaing dengan Pulau Pinang yang telah
berjaya meningkatkan pelaburan RM76.2 bilion, Kedah sebanyak RM66.2 bilion tetapi sebenarnya Terengganu sudah menghampiri Melaka yang telah berjaya meletakkan nilai pelaburan sebanyak RM3.9 bilion. Dan lebih baik sebenarnya dari Negeri Sembilan yang telah mencapai RM2.9 bilion yang merupakan negeri-negeri yang memiliki struktur ekonomi sepadan dengan Terengganu kalau kita ingin melakukan perbandingan. Malaysian Investment Development Authority atau MIDA juga telah klasifikasikan Terengganu sebagai State With High Investment Value dengan izin, bagi tempoh 2018 sehingga 2021 menerusi hampir 40 projek yang diluluskan sebanyak lebih 6,000 peluang pekerjaan yang disediakan. Kerajaan Negeri diharap dapat menggerakkan strategi yang lebih agresif secara berterusan untuk menarik pelaburan berkualiti tinggi daripada pelabur asing dan tempatan. Peningkatan pelaburan ini sangat penting sebagai pemangkin untuk pemulihan ekonomi. Justeru, Kerajaan Negeri perlu terus mengenal pasti peluang dalam bidang pertumbuhan baharu seperti Teknologi Maklumat dan Teknologi Digital. Menjalin kerjasama lebih erat dengan industri terutamanya dalam merancakkan Industri Agro Makanan, melonggarkan sekatan dan mengemaskini dasar berkaitan untuk memanfaatkan pembangunan, perdagangan, mengiatkan promosi dan publisiti prospek pelaburan strategik di negeri ini. Saya rakamkan ucapan tahniah buat Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar yang telah memberikan komitmen membuka pintu dan mempercepat proses buat pelabur semasa Perasmian Taman Perindustrian Kerteh Terengganu (KTIP). Semua pihak yang terbabit hendaklah memainkan peranan dalam menjayakan hasrat ini sama ada di peringkat Pejabat Tanah dan Daerah, PBT dan semua pihak yang terbabit. Insya-Allah sasaran untuk mencapai nilai pelaburan RM5 bilion pada tahun ini boleh dicapai mudah-mudahan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya telah melihat beberapa ucapan yang disampaikan dan cukup tertarik dengan apa yang disebut oleh Wakil Bukit Besi sebentar tadi berkenaan dengan PAS seolah-olahnya diberikan gambaran menolak Muafakat Nasional dan seterusnya mengambil sikap untuk berpecah. Sebenarnya, perlu ditegaskan kita tidak mengambil sikap yang demikian. Sebab itu, kalau kita melihat kronologi untuk kita kupas, 13 Ogos 2020 satu persetujuan bersama telah dimeterai oleh kedua-dua Presiden Parti dengan meletakkan surat yang bertajuk “Jemputan Kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) untuk menyertai Muafakat Nasional” tarikhnya pada 13 Ogos 2020 dan perkara yang agar menarik untuk kita berikan perhatian dalam isu ini adalah setia kawan yang ada pada PAS ketika mana berlakunya usaha
untuk menyingkirkan Perdana Menteri Ke-9, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Pada waktu tersebut, apabila usaha-usaha ini dilakukan dan ketika Tun merasai bahawa dia telah hilang sokongan, beliau telah meletakkan jawatan, di saat itu berlakulah usaha jajaran baru untuk membentuk kembali kerajaan yang melibatkan beberapa parti besar ini sehingga akhirnya ketua-ketua parti ini telah pun melakukan persetujuan untuk memberikan sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menjadi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada waktu tersebut. Ini kronologi yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa pun kerana ia dirakamkan bergambar penglibatan semua pihak ini. Justeru, dalam tempoh-tempoh tersebut secara ringkas Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, apabila usaha untuk memperkukuhkan Muafakat Nasional ini dengan 13 Ogos 2020 bersetuju untuk jemput join sertai Muafakat Nasional. 18 Ogos 2020 Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menyatakan akar umbi tak setuju jemput BERSATU masuk dalam Muafakat Nasional. Ini adalah kronologi yang berlaku. 11 September 2020, PAS tidak bertanding dalam PRN Sabah bagi memberi laluan kepada rakan Muafakat Nasional dan rakan Perikatan Nasional. 4 Disember 2020, UMNO bertindak melakukan undi tidak percaya di DUN Perak tanpa melakukan sebarang perbincangan dengan pihak PAS. 28 Mac 2021, Perhimpunan Agung UMNO muktamadkan tolak kerjasama dengan BERSATU. 30 September 2021, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bertanya ada lagi ke Muafakat Nasional dan bagitahu UMNO akan bertanding solo dalam pilihan raya. 13 Oktober 2021, Presiden UMNO, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi umum UMNO Barisan Nasional bergerak solo dalam PRM Melaka. Ini adalah kronologi yang berlaku. Justeru, kalau menyalahkan PAS pada hari ini saya kira ia tidak tepat dan PAS tetap memiliki satu sikap yang merendah diri. Kami akui UMNO juga adalah kuat untuk bersaing dengan kita. Walaupun kita masih sayang kepada Muafakat Nasional dan PAS tidak pernah untuk memandang rendah kepada keupayaan UMNO. Tetapi perlu ingat, sekalipun demikian dan itulah yang dirasai oleh UMNO, perlu ingat PAS juga tidak lemah untuk bersaing. PAS tidak terlalu kerdil untuk kita melakukan persaingan tetapi marilah sama-sama kita mencari jalan apakah lagi ruang yang boleh untuk kita pertingkatkan Kerjasama. Paling tidak, hargailah kerajaan dan rakyat Negeri Terengganu pada hari ini dengan kita menjalin hubungan yang baik dan terus mewarnai budaya politik yang lebih baik dan matang untuk melihat kepentingan rakyat diperkasakan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya juga ingin mengambil ruang yang berbaki ini menyuarakan suara dari DUN Tepoh dengan menyatakan beberapa
perkara. Satu, Rancangan Tebatan Banjir Tok Jiring, Batu Rakit Fasa 2. Ia adalah susulan dengan pembinaan Tebatan Banjir Baroh Tok Jiring yang telah menutup aliran air dari Padang Kemunting untuk melalui kawasan tadahan air atau kini Tebatan Banjir Baroh Tok Jiring. Jika Fasa 2 ini mengambil masa yang terlalu lama untuk dimulakan, kesan besar akan ditanggung oleh penduduk yang berada di kawasan Batu Rakit, yang berada dalam kawasan Tepoh.
Yang kedua, Projek Parit Banggol Air Lilih, Teluk Gabus yang melibatkan kawasan DUN Tepoh dan juga DUN Bukit Tunggal. Semua ini berada di bawah peranan pihak JPS dan peruntukan sepatutnya melalui Persekutuan. Saya mohon agar pihak Kerajaan Negeri dapat memainkan peranan agar usaha kedua-dua projek penting ini dapat memastikan kepentingan penduduk dan orang ramai dapat disegerakan.
Yang ketiga, pembangunan susulan Bandar Al-Watiqu Billah atau Bandar Baharu Kuala Nerus. Bagi tujuan merancakkan bandar baharu ini, pihak Kerajaan disaran agar menyegerakan pembinaan jalan dari Kampung Padang Air yang difahamkan sebagai Pembangunan Fasa 2. Sementara itu, perumahan rakyat yang pernah saya sebutkan dalam persidangan yang lalu hendaklah dimulakan walaupun dalam bentuk perumahan bertingkat. Sangat rugi, masjid yang dibina dan telah pun disiapkan tidak dapat difungsikan untuk solat Jumaat dan hanya bertaraf Pusat Islam semata-mata kerana tidak memiliki penduduk. Penempatan yang dikhaskan hanya untuk bangunan pentadbiran sahaja. Agak rugi tanpa dimanfaatkan untuk kepentingan awam yang lain. Menyentuh tentang masjid, saya juga ingin membuat sedikit teguran kepada Hulu Besut supaya dapat melakukan semakan dan juga dapat melakukan kajian berhubung dengan perkembangan meneruskan pembangunan masjid kerana di Besut juga kita telah membina masjid. Soalan “Kerajaan Islam apakah ini” tidak wajar untuk dikemukakan dalam Dewan Yang Mulia ini.
Dato’ Yang di-Pertua, begitu juga dengan peniaga-peniaga yang berada di ruang Bandar Baru Kuala Nerus, saya mohon pihak PBT dapat memainkan peranan mencari ruang kepada mereka untuk berniaga. Akhirnya saya menjunjung kasih kepada ucapan Tuanku dan mohon menyokong. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua dan seluruh Ahli-ahli Yang Berhormat.
Terima kasih kepada Wakil Tepoh. Alhamdulillah kita telah selesai membuat perbahasan di atas usul
Menjunjung Kasih kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan. Jadi, saya dah memberi peluang kepada hampir semua Ahli-ahli Yang Berhormat melainkan yang tidak mahu mengambil bahagian. Untuk sesi petang ini insya-Allah pihak Kerajaan akan membuat penggulungan. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya tangguhkan sementara sidang kita dan disambung semula pada pukul 2.30 petang.
DEWAN DITANGGUHKAN PADA PUKUL 1.00 PETANG.
PUKUL 2.30 PETANG
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, mesyuarat disambung semula. Sebagaimana yang saya dah maklumkan dalam sesi sebelum rehat tadi, pada petang ini sampai masanya bagi pihak Kerajaan akan menggulung perbahasan atas Titah ataupun atas usul Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan. Jadi, kita nak teruskan persidangan kita ini dengan saya terus mempersilakan dulu Wakil Wakaf Mempelam untuk memulakan penggulungan pada petang ini. Sila.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon untuk memulakan ucapan penggulungan lebih awal daripada kebiasaan. Biasanya mula dengan Yang Berhormat Haji Mohd Norkhuzaini.
Sekali-sekala kita tak ikut nombor Yang Berhormat. Sekali-sekala.
Terima kasih. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, rakan-rakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Yang Berhormat, seterusnya semua pemerhati daripada ketua-ketua jabatan dan wakil, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati lagi saya kasihi sekalian. Alhamdulillah, pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua di atas kesempatan yang telah pun diberikan ini dan saya bersyukur kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana dapat bersama-sama membuat penggulungan yang pertama pada petang ini. Saya ingin menyentuh empat perkara dalam kesempatan yang ada ini.
Yang pertamanya berkenaan dengan undi 18 tahun. Sepertimana yang telah pun diketahui bahawa undi 18 tahun telah pun diputuskan di peringkat Parlimen sebelum daripada ini dan PRN Negeri Johor adalah merupakan pilihan raya yang pertama yang menggunakan pengundi yang berumur 18 tahun ke atas. Apa yang saya ingin tarik perhatian kepada Dewan dan semua adalah secara tinjauan rawak yang kita lakukan dan kita dapati, undi 18 tahun ataupun saluran-saluran yang terdiri daripada undi-undi muda ini sangat kurang penyertaan. Dalam erti kata yang lain, undi muda kurang hadir ke pusat-pusat pengundian dan menyumbang kepada peratusan keluar mengundi yang sangat rendah.
Yang Berhormat, ini berdasarkan kepada pengalaman pilihan raya di Johor baru-baru ini ke?
Seperti yang saya nyatakan tadi, tinjauan rawak lah. Tinjauan rawak yang kita lakukan di pusat-pusat pengundian dan juga hasil daripada laporan yang kita dapat daripada petugas-petugas pilihan raya yang mewakili parti. Jadi, sangat kurang. Jadi, ini merupakan sesuatu yang mebimbangkan kita dan pun begitu ia bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana ia adalah sesuatu yang pertama kali berlaku dan diadakan di negara kita kerana itu, kita sangat mengharapkan agar usaha yang berterusan di samping usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak Kerajaan sama ada daripada SPR sendiri, yang telah pun mewujudkan pendidikan politik kepada pengundi-pengundi seperti yang telah pernah saya beri jawapan dalam sidang yang lepas dengan penumpuan kepada mahasiswa dan mahasiswi di IPT dan IPTS serta pelajar-pelajar sekolah
menengah di sekolah-sekolah yang ribuan telah pun kita sampaikan penjelasan serta taklimat pada mereka tentang undi 18. Di samping itu juga, usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak Jabatan Belia dan Sukan menerusi pelbagai program-program juga merancakkan lagi proses-proses penambahbaikan dan juga proses-proses pemberi fahaman kepada pengundi-pengundi muda tentang peranan dan tanggungjawab mereka untuk memilih kerana mereka adalah golongan yang akan mencorakkan Kerajaan yang bagaimana yang mereka nanti akan pilih.
Seterusnya, usaha yang dilakukan juga oleh pihak Kerajaan Negeri tidak ketinggalan dengan beberapa pelaksanaan di antaranya pelaksanaan Program Generasi Muda Terengganu Sejahtera (GMTS) seperti yang juga pernah saya nyatakan sebelum daripada ini, lima peringkat program yang telah pun kita kenal pasti dan telah pun kita lakukan bermula daripada peringkat Tunas yang bermula umur 11 tahun, Didik, Bakat, Elit dan Ikon. Sebanyak lima peringkat yang telah pun kita garis pandu untuk memandu generasi muda dan generasi belia kita. Selain daripada itu, program ADUN Belia yang insya-Allah akan bermula pada akhir Mac ini juga adalah merupakan di antara usaha yang dilakukan pihak Kerajaan untuk memberikan pendidikan politik kepada anak-anak muda kita dan insya-Allah kita mengharapkan pelantikan dan juga perasmian program ADUN Belia sesi yang kedua pada akhir Mac ini akan dapat memberikan impak yang baik kepada kefahaman politik di kalangan anak-anak muda kerana pada pelaksanaan sesi yang pertama hari tu, kita sangat terhalang dengan pandemik COVID-19.
Selain daripada itu juga, dalam bulan Ramadan dan juga selepas daripada sidang DUN ini berakhir, program jaulah ataupun program roadshow ke daerah-daerah akan dilakukan dengan sesi libat urus yang diadakan secara langsung dengan anak-anak muda termasuk mengenengahkan ikon-ikon belia yang merupakan peserta-peserta dalam Anugerah Belia Negara Tahun 2021 yang lepas; yang akan berkongsi pengalaman dan juga berkongsi pengetahuan serta pengalaman mereka di dalam berusaha untuk menjadi orang-orang yang hebat dalam bidang-bidang yang telah pun kita pertandingkan contohnya dalam bidang perusahawanan, dalam bidang pertanian, dalam bidang kesukarelawanan termasuk dalam bidang kepimpinan dan sebagainya lagi. jadi mereka akan berkongsi segala maklumat-maklumat tersebut kepada rakan-rakan yang seusia dan hampir sebaya dengan mereka supaya mewujudkan perkongsian yang baik. Jadi itu berkenaan dengan isu undi 18 tahun kerana itu
di antara dapatan yang kita juga dapat daripada undi 18 tahun ini adalah bagaimana kefahaman di kalangan belia-belia ataupun remaja yang menganggap politik ini adalah sesuatu yang kotor ataupun politik ini adalah sesuatu yang tidak baik. Jadi, ini adalah peranan kita semua sebagai ahli-ahli politik sama ada daripada pihak Kerajaan ataupun daripada pihak pembangkang ataupun sesiapa sahaja supaya kita menguruskan politik ini dengan baik dan kita tidaklah mengambarkan kepada generasi belia ini dengan sesuatu gambaran yang menakutkan mereka yang mungkin akan memberikan satu persepsi yang menyebabkan mereka akhirnya menjauhi politik dan bertindak untuk tidak melibatkan diri dalam pilihan raya.
Seterusnya, perkara yang kedua yang suka sentuh adalah berkenaan dengan sukan. Sepertimana yang telah kita ketahui, Terengganu adalah merupakan sebuah negeri kuasa sukan yang mana banyak bidang-bidang sukan, disiplin-disiplin sukan yang telah pun kita kuasai dan alhamdulillah Majlis Sukan Negeri Terengganu akan terus memberikan komitmen untuk meneruskan penguasaan sukan di negara Malaysia ini, terutamanya dalam berhadapan dengan SUKMA, dan suka saya nyatakan dalam Mesyuarat Lembaga Tertinggi SUKMA yang terakhir yang diadakan pada hari Ahad lepas, mesyuarat telah pun menetapkan tarikh baru SUKMA adalah pada 29 September hingga 8 Oktober yang akan diadakan di Kuala Lumpur dan insya-Allah SUKMA 2022 yang akan datang ini, kita Terengganu mengharapkan agar kita akan dapat mempertahankan kejuaraan yang telah pun kita berjaya lakukan pada tahun 2018 yang lalu di negeri Perak Darul Ridzuan.
Seterusnya saya juga suka untuk mengucapkan syabas dan tahniah pada pasukan hoki negeri Terengganu yang kelmarin telah pun muncul sebagai Juara Liga mengalahkan TNB, 3-2. Kali terakhir Terengganu muncul Juara Liga pada 2018 yang lalu. Jadi kelmarin alhamdulillah sekali lagi Terengganu berjaya muncul juara dan ini adalah merupakan kejayaan kedua yang dicapai oleh pasukan Terengganu dalam tempoh tiga bulan ini. Dan kita ada satu lagi piala yang kita akan hadapi itulah piala TNB di Kuala Lumpur pada 30 Mac nanti dan insya-Allah kita mengharapkan agar atlet-atlet hoki kita akan dapat mengekalkan momentum yang mereka dapat kelmarin dan sekiranya kita berjaya menang pada 30 Mac nanti maka bererti pasukan hoki Terengganu menyapu bersih ketiga-tiga piala yang berprestij dalam sukan hoki di negara Malaysia ini insya-Allah. Dan dalam masa yang sama, sekarang ini program atau kejohanan basikal di Terengganu sedang berlangsung dan hari ini adalah
merupakan hari yang ketiga, stage yang ketiga dan kita ada stage yang keempat dan yang kelima pada esok dan lusa insya-Allah lusa hari Jumaat adalah merupakan hari yang terakhir dan sehingga stage ketiga ini kita apa nama ni melihat kejayaan yang begitu membanggakan yang dicapai sama ada oleh pasukan bawah 23 tahun atau pun pasukan TSG itu sendiri dan insya-Allah mudahan-mudahan sukan berbasikal menjadi sukan utama di Terengganu ini akan dapat terus memberikan berita-berita yang mengembirakan.
Seterusnya, yang ketiga Dato’ Yang di-Pertua berkenaan dengan NGO, saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua NGO-NGO yang ada di Terengganu, yang khususnya dan juga NGO-NGO yang berada di luar Terengganu secara umumnya yang telah pun memberikan suatu bantuan yang begitu hebat dalam isu banjir besor berlaku di Kemaman, Hulu Terengganu, di Setiu dan juga di Besut dan juga di Dungun. Yang kuatnya di Kemaman dan juga di Hulu Terengganu. Dan alhamdulillah pelbagai NGO boleh dikatakan puluhan NGO-NGO telah pun melakukan kerja-kerja sukarela membantu mangsa-mangsa banjir sama ada memindahkan mangsa, membersihkan mangsa banjir, memberikan bantuan berupa makan minum termasuk peralatan-peralatan seperti periuk, dapur dan sebagainya lagi. Dan Terengganu semestinya adalah sebuah negeri yang sangat terkenal dengan kerja-kerja NGO dan setiap kali berlakunya bencana bukan sahaja di Terengganu bahkan di luar daripada Terengganu. Negeri Terengganu, NGO-NGO Terengganu adalah NGO-NGO yang sangat terkehadapan di dalam kerja-kerja kemasyarakatan, kemanusiaan dan sebagainya lagi. Begitu juga dalam kerja-kerja berkaitan dengan kebajikan di luar daripada hatta di luar daripada Malaysia sekalipun. Sebagai satu contoh dalam program, Terengganu for Yemen yang telah pun diusahakan oleh portfolio Kerajaan Terengganu, kita telah pun berjaya mengutip RM1.3 juta pada minggu lepas, wakil NGO, wakil NGO Yaman telah pun berjumpa dengan saya dan menyerahkan laporan program Terengganu for Yemen yang telah pun mereka lakukan di bumi Yaman walaupun kita tak berjaya untuk sampai ke Yaman tetapi alhamdulillah duit-duit yang kita kutip berjaya sampai ke sana dan memberikan manfaat kepada rakyat yang berada di sana. Dan insya-Allah begitu lah juga dan juga sekarang untuk pengetahuan Dewan sehingga sekarang NGO-NGO kita masih lagi melakukan kerja-kerja kebajikan mereka di Hulu Terengganu sama ada dalam perkara yang berkaitan pembinaan rumah termasuk yang berkaitan dengan sumbangan-sumbangan dan juga kerja-kerja infra masih lagi dilakukan sehingga sekarang alhamdulillah.
Dan yang terakhirnya Dato’ Yang di-Pertua, saya lihat apabila sehari dua ini apabila isu pendaftaran I-Fitri mula dibuka kepada rakyat, banyak komen-komen yang kita lihat, dan juga cakap-cakap sama ada daripada kalangan netizen mahupun daripada kalangan rakan-rakan terutamanya belialah yang bertanya tentang dana untuk remaja, dana untuk belia dan juga mahasiswa. Jadi apabila dana I-Fitri ini mula dibuka maka mereka bertanya adakah dana untuk belia, mahasiswa yang berupa one-off ini ada atau pun tidak sedangkan Yang Amat Berhormat Menteri Besar sebenarnya telah pun dalam ucapan belanjawan sebelum daripada ini telah pun menyatakan tentang adanya bantuan tunai, one-off RM150.00 yang akan diberikan kepada mahasiswa dan juga yang akan diberikan kepada orang bujang. Kepada mereka yang berumur di antara 18 sehingga 39 tahun daripada kategori bujang dan juga daripada mahasiswa yang semuanya berjumlah 87,200. Ya 87,200 orang insya-Allah.
Dan untuk makluman Dato’ Yang di-Pertua dan juga Dewan, insya-Allah dana Belia dan juga mahasiswa ini akan diiklan atau pun akan diumumkan selepas daripada Hari Raya Aidilfitri bukanlah semasa bulan puasa ni. Selepas daripada Hari Raya Aidilfitri ini, insya-Allah berita tentangnya akan diumumkan apabila tiba pada masanya. Jadi oleh kerana itu jangan bimbang dan jangan susah hati kerana memang ini adalah sesuatu yang telah diumumkan dan pasti akan dilaksanakan insya-Allah.
Dato’ Yang di-Pertua, saya rasa itu sahaja pengulungan yang saya dapat lakukan dan insya-Allah segala apa yang telah pun dinyatakan oleh rakan-rakan, Ahli-ahli Yang Berhormat itu akan kita berikan perhatian termasuk ada satu daripada Seberang Takir rasanya yang berkenaan dengan futsal untuk makluman, seperti yang telah juga saya lakukan jawapan dalam sidang yang lepas insya-Allah pada tahun 2022 kita akan memberikan penumpuan kepada gerak kerja membaiki futsal-futsal yang rosok. Futsal yang sebenarnya sekarang ini di Terengganu kita ada lebih daripada 139 tempat dalam Negeri Terengganu ni dan kebanyakkanya adalah rosok dan kita telah pun sebenarnya membuat permohonan kepada Kementerian Belia dan Sukan untuk dana bagi membaikinya tetapi sehingga sekarang masih lagi tidak ada. Walaupun begitu kita juga telah meminta kepada Kerajaan Negeri dan insya-Allah pihak UPEN sebenarya telah pun memperuntukkan sejumlah kewangan dan kita, sebelum daripada sidang DUN ini kita telah juga mengenalpasti beberapa tempat atau beberapa padang futsal untuk kita lakukan proses pembaikian dalam kadar
yang segera dengan penumpuan kita sekarang ini terlebih dahulu setiap satu daerah satu dahulu insya-Allah dan sekiranya kita mempunyai kewangan yang lebih barangkali kita dapat tambah lebih daripada itu.
Dato’ Yang di-Pertua, saya rasa itulah pengulungan yang dapat saya lakukan, mudah-mudahan memberi manfaat dan kebaikan kepada kita semua.
Terima kasih Wakil Wakaf Mempelam. Saya persilakan Wakil Cukai.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Mesyuarat Majlis Kerajaan, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan dan semua yang hadir pada petang ini. Pertamanya saya berasa bersyukur kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana pada petang ini dalam Dewan yang mulia ini sekali lagi, saya diberikan kekuatan kesihatan dan keinginan yang tinggi untuk bersama-sama membawa perubahan serta pembaharuan berterusan bagi Negeri Terengganu. Insya-Allah hasilnya nanti dapat dimanfaatkan oleh anak-anak bangsa di masa hadapan.
Pertamanya saya ingin menyentuh intisari Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan yang secara amnya memfokuskan berkait agenda pembangunan taraf hidup dan ekonomi rakyat. Menyedari trend perkembangan ekonomi dunia yang kian menurun dan dijangka semakin terkesan dengan situasi semasa seperti Isu Peperangan Rusia dan Ukraine sedikit sebanyak bakal mengakibatkan impak ekonomi dunia kian teruk dan menjunam. Ianya juga telah mengakibatkan harga komoditi di pasaran dunia meningkat secara mendadak. Justeru itu saya cukup menyokong dan menyambut baik akan saranan Duli Yang Maha Mulia Tuanku agar satu kajian impak merangkumi pelbagai sektor penting ekomoni diwujudkan bagi mengenal pasti impak yang bukan sahaja memberikan kesan kepada sektor ekonomi malahan golongan-golongan yang berpendapatan rendah B40 dan sederhana M40 di negeri kita.
Langkah ini juga dilihat sangat penting demi kemakmuran dan kebajikan rakyat Terengganu khasnya di masa depan yang kita lihat semakin mencabar. Memetik juga penghargaan Duli Yang Maha Mulia Tuanku kepada barisan agensi kerajaan mahupun swasta serta para NGO, saya juga ingin menzahirkan jutaan penghargaan kepada semua pihak yang cukup prihatin dan telah sama-sama berganding bahu dalam membantu mangsa-mangsa banjir yang cukup terkesan terutamanya di Hulu Terengganu, Kemaman, dan semua daerah-daerah yang lain baru-baru ini. Alhamdulillah, gerak kerja bantuan pembersihan telah kita kerahkan juga menerusi agensi-agensi kerajaan, NGO dan GLC dalam membantu mangsa-mangsa banjir ini yang rata-ratanya telah kehilangan dan kerugian harta benda yang cukup banyak. Menerusi agensi seperti Urusetia Belia Sukan Terengganu (UBSNT) dan Pusat-Pusat Khidmat DUN, kerja-kerja pasca banjir ini kita tanggung perbelanjaannya. Terlalu banyak sumbangan juga yang telah kita terima menerusi pelbagai pihak dalam pelbagai bentuk seperti barangan-barangan keperluan mahupun wang ringgit. Insya-Allah, kita akan agihkan dengan secara yang terbaik. Alhamdulillah, menerusi NADMA juga kita sediakan peruntukan melebihi RM8 juta kepada setiap KIR yang terkesan dengan bencana banjir baru-baru ini. Bantuan wang ehsan ini dalam proses agihan yang melibatkan mangsa-mangsa banjir di setiap daerah. Apa pun keperluan dan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir ini sentiasa kita pantau dan ambil berat dalam membantu mereka, insya-Allah.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, menerusi portfolio saya beberapa isu telah dibangkitkan oleh rakan-rakan kita. Sejak bermulanya sesi perbahasan kelmarin, di antara isu yang cukup panas atau pun viral hangat dan sering diperkatakan pada hari ini ialah berkaitan bantuan i-fitri. Sebelum mengulas panjang, izinkan saya terlebih dahulu untuk merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Terengganu dan barisan kepimpinan Kerajaan kerana telah mengumumkan pemberian bantuan i-Fitri istimewa untuk rakyat Terengganu baru-baru ini. Suka saya maklumkan jika tiada aral melintang kita jangkakan agihan i-Fitri ini akan kita laksanakan bermula 17 April 2022. Permohonan secara online (atas talian) bolehlah dilakukan menerusi sistem i-bantuan yang telah dihubungkan dengan Sistem Profile Rakyat Terengganu (PRT20). Untuk makluman sehingga kini dalam masa 24 jam i-bantuan ini dibuka permohonan bantuan i-fitri sudah pun lebih daripada 13,000 permohonan yang telah kita terima untuk pertimbangan kelak. Menurut data PRT20, Kerajaan Negeri dijangka membelanjakan sekitar RM56.4 juta bagi agihan bantuan i-Fitri pada tahun ini.
Persoalan yang telah dikemukakan oleh sahabat saya Batu Rakit, Kuala Besut, kita akui penjawat awam adalah golongan yang tidak layak dipertimbangkan bagi insentif ini. Maaf kerana keputusan ini telah mengambil kira para penjawat awam juga bakal menerima insentif Bonus Raya menjelang Aidilfitri ini selari dengan pengumuman Yang Amat Berhormat Menteri Besar menerusi Belanjawan 2020. Apa pun, segala cadangan dan idea yang telah dikemukakan oleh semua pihak kita akan mengambil kira dan kita pertimbangkan demi kebaikan semua dan rakyat khasnya.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya juga ingin mengulas berkait persoalan Second Honeymoon kendalian Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) dan juga dibangkitkan oleh Kuala Besut kelmarin. Insya-Allah tahun ini kita akan kembali untuk meneruskan program ini setelah ianya tertangguh beberapa tahun akibat daripada pandemik COVID-19 yang melanda. Suka saya maklumkan bahawa program ini merupakan program kerjasama agensi yang melibatkan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Jabatan Kehakiman Syariah dan Lembaga Pertubuhan Penduduk Keluarga dan Negara dimana matlamat program ini adalah untuk melahirkan keluarga yang bahagia dan berkualiti disamping mengurangkan kadar penceraian di awal usia perkahwinan. Saya juga turut tertarik dengan hasrat dan cadangan yang telah dikemukan oleh Yang Berhormat ADUN Wanita pada sesi pagi tadi tentang cadangan penubuhan Baitul Iman. Sebuah rumah kebajikan yang akan diwujudkan khas kepada para pesalah wanita. Baitul Iman ini akan berperanan sebagai pusat pemulihan akhlak dan akidah kepada para wanita yang bermasalah. Ianya persis pusat pemurnian akidah yang dipanggil Baitul Iman kendalian Majlis Agama Islam Selangor di Ulu Yam, Selangor. Insya-Allah, kita akan kaji dan lihat dengan lebih terperinci akan cadangan yang telah diuatarakan ini untuk melihatkan sehingga kini hanya Baitul Iman di Ulu Yam Selangor ini sahaja yang wujud untuk kemudahan pemulihan akidah kepada wanita-wanita yang memerlukan bimbingan dan panduan akidah ini.
Dato’ Yang di-Pertua, sesungguhnya semua perancangan ini memerlukan kerjasama kita semua jika kita sayang kepada negeri kita, usaha ganding bahu antara rakyat dan Kerajaan akan membawa membawa keuntungan pembangunan di masa depan negeri kita. Saya yakin, insya-Allah dengan sikap yang ada kepada majoriti rakyat dan pendekatan yang telah dicipta oleh Kerajaan kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar serta semangat kerja berpayungkan Maju, Berkat dan Sejahtera, Terengganu kita
akan hebat dan maju sebagaimana hasrat dan perancangan kita, insya-Allah. Akhir kata saya menyokong dan menjunjung kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al Sultan. Sekian terima kasih.
Terima kasih Wakil Cukai.
Sekarang saya minta Wakil Kota Putera untuk membuat penggulungan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Dihormati lagi Dikasihi Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, sahabat-sahabat Yang Berhormat Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan peringkat Negeri dan Persekutuan, wakil-wakil media seterusnya para pemerhati yang mengikuti siaran sidang penggulungan pada petang ini. Saya mengucapkan ribuan terima kasih pada Dato’ Yang di-Pertua kerana telah memberikan ruang kepada saya sekali lagi untuk mengisi kekosongan penggulungan ucapan menjunjung kasih Titah Ucapan Tuanku Al-Sultan. Pertama-tamanya dan selama-lamanya marilah kita mengucapkan syukur kita kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana kita semua masih lagi diberikan rezeki dan terus berada di atas muka bumi Allah ini dengan mengecapi dengan segala nikmat-nikmat walaupun kita semua masih lagi diuji dengan COVID-19. Sekarang ini, rata riti kita dapat dengar, malah kadang-kadang orang yang hampir dengan kita dijangkiti oleh virus ini. Insya-Allah tidak berapa lama lagi kita akan melangkah ke fasa endemik dengan sekaligus kita akan mengadaptasikan norma baharu dalam kehidupan seharian kita dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, sepanjang penelitian saya terhadap ucapan daripada rakan-rakan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam ucapan Titah Ucapan Ke Bawah Duli Tuanku Al-Sultan, tidak
ramai yang menyentuh portfolio yang saya dipertanggungjawabkan. Hanya beberapa orang sahaja Ahli Yang Berhormat yang menyentuhnya dalam ucapan mereka sejak semalam. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dan menyentuh portfolio yang dipertanggunjawabkan oleh saya. Insya-Allah, dalam ruang yang diberikan ini saya cuba untuk mengulas dan membuat penerangan apa yang boleh dijelaskan lagi dengan harapan ianya akan menjadi input yang baik untuk kita semua.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih saya ucapkan kepada ADUN Sura yang telah mengetengahkan dalam ucapannya peranan T-HRDC dengan menyatakan angka yang telah diberikan peluang pekerjaan kepada rakyat Negeri Terengganu sekarang ini, dan juga mengetengahkan sasaran untuk tahun ini suatu jumlah yang kita sasarkan dan insya-Allah kita yakin akan dapat mencapainya dengan baik, insya-Allah. Usaha ini bukanlah suatu perkara yang mudah yang memerlukan komitmen dan kerjasama dengan pihak-pihak yang berkenaan bagi membuahkan suatu hasil yang bernilai ini. Saya ingin mengambil peluang ini mengucapkan syabas dan tahniah dan jutaan terima kasih kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial ataupun PERKESO Negeri Terengganu yang telah begitu komited dalam melaksanakan tanggungjawab bersama dengan Kerajaan Negeri untuk pelaksanaan dalam bidang sumber manusia ini. Yang Berhormat ADUN Jertih dalam ucapannya ada menyatakan bahawa statistik ataupun jumlah pekerjaan yang kerajaan berikan agak mengelirukan kerana masih ramai lagi rakyat yang menganggur walaupun statistik jumlah pekerjaan yang Kerajaan laporkan agak tinggi. Untuk menjawab kekeliruan Yang Berhormat ADUN Jertih ini, suka saya memberi penerangan sedikit dari mana asasnya statistik ataupun angka ini diambil.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, usaha sama yang telah terjalin antara Kerajaan Negeri melalui T-HRDC dengan Kerajaan Persekutuan, melalui pertubuhan Keselamatan Sosial, PERKESO Negeri Terengganu, melalui satu MOU yang telah ditandatangani pada 3 April 2021 yang lalu telah membolehkan Kerajaan Negeri mendapat kerjasama penuh PERKESO dalam membekalkan data-data pasaran buruh yang berkaitan untuk tujuan analisa dan perancangan program ataupun inisiatif secara lebih berkesan. Sebelum kewujudan T-HRDC, kita menggunakan data pengangguran yang dibekalkan oleh Jabatan Statistik Malaysia atau DOHSM bagi mengukur keadaan pasaran buruh negeri. Dalam keadaan tersebut, data yang diberikan itu tidak hidup ataupun data mati,
ataupun disebut bukannya life data dengan izin. Ianya agak sukar bagi Kerajaan Negeri untuk merancang hala tuju perancangan untuk mengatasi masalah pengangguran. Apabila T-HRDC telah wujud, kami melihat terdapat keperluan data yang lebih terperinci dan komprehensif bagi memahami keadaan pasaran buruh negeri dengan lebih baik. Ini membolehkan Kerajaan Negeri membuat langkah intervensi yang berkesan dan cekap. Tetapi melalui system MyFuturejobs yang dimiliki oleh PERKESO, Kerajaan mampu melihat keadaan demand and supply, dengan izin pasaran buruh mengikut pecahan negeri, daerah serta bidang-bidang yang terperinci. Data ini yang bersifat life data, sekali gus menggambarkan keadaan sebenar seperti bursa pasaran buruh semasa. Untuk makluman Yang Berhormat ADUN Jertih, dengan data ini pihak kerajaan dapat melihat secara telus, secara live mengikut permintaan semasa. Proses terperinci ini, bermula dari pendaftaran temuduga, diterima bekerja dan mula bekerja, semuanya ada laporan dalam sistem yang telah dibangunkan. Jadi tidak timbullah kekeliruan angka statistik yang telah diketengahkan. Cuma dengan angka itu tidak bermakna kita telah menyelesaikan semua penempatan atau menyelesaikan isu pengangguran dalam negeri kita yang tercinta ini.
Dato’ Yang di-Pertua apa yang ada pada data ini yang kita kongsikan bersama oleh PERKESO adalah sangat komprehensif. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, apabila pendaftaran daripada rakyat negeri kita berdaftar dengan PERKESO, untuk menyatakan mereka ini memerlukan peluang pekerjaan, di situ telah menambahkan pengetahuan kita, siapa yang betul-betul sedang mencari kerja dan siapa yang juga untuk mencari penempatan baru daripada perkerjaan yang dia sekarang. Selepas daripada itu, apabila mereka ini datang ke program ataupun temuduga-temuduga, mereka ini mengupdatekan status mereka dalam MyFuturejobs, untuk melayakkan mereka ini mendapat elaun yang telah ditawarkan oleh Kerajaan Persekutuan yang turun melalui PERKESO. Jadi, syarat yang telah dikemukakan setiap rakyat kita yang berdaftar dengan MyFuturejobs dan telah melepasi temuduga tiga kali atau lebih, mereka layak mendapat elaun sebanyak RM300. Kemudian, kalaulah dia dapat kerja, mereka pula layak mendapat elaun sebanyak RM400 yang dinamakan elaun mendapat kerja. Kemudian apabila dia memulakan kerja, mereka ini pula layak untuk mendapat satu lagi elaun yang dinamakan elaun mobiliti kepada pekerja ini, jadi peluang ini kebanyakan rakyat kita ingin mengambil peluang dan dengan updatenya ataupun dengan mereka melaporkan keadaan semasa mereka dengan sendirinya kita dapat maklumat-maklumat itu melalui MyFutureJobs. Jadi itulah yang saya maksudkan tadi bahawa kita mendapat data yang hidup
hari ini dan semalam sudah barang pastinya akan berbeda data tersebut kerana hari ini dan semalam berbeza pendaftaran di dalam MyFutureJobs, jadi data inilah yang telah dikongsikan oleh Kerajaan Negeri dan kita dapat menganalisa bukan setakat daripada daerah mana, bukan setakat dia meneliti kekosongan kerja tetapi ia juga dapat kita ketahui apakah qualification ataupun kelayakan yang rakyat kita ini ada. Jadi ini juga dapat menjawab kepada persoalan daripada Yang Berhormat Wakil Telemong, yang menyatakan nak tahu jawatan apa dan kelayakan apa yang ditawarkan oleh pihak majikan dan peluang pekerjaan itu ada. Insya-Allah, THRDC akan membekalkan data-data yang terperinci ini dan kita akan pamerkan di setiap pejabat-pejabat daerah dan Pusat-pusat Khidmat Masyarakat DUN untuk pengetahuan di peringkat akar umbi, insya-Allah. Kerajaan Negeri mempunyai access kepada grassroots iaitu kerjasama terus di peringkat JPKK melalui satu kekuatan ini merupakan suatu kekuatan dan kelebihan yang ada pada Kerajaan Negeri. Kekuatan ini digunakan sepenuhnya melalui THRDC untuk memaksimakan pendaftaran golongan sasar dalam ekosistem data pasaran buruh ini. Ini membolehkan keadaan sebenar pengangguran di negeri ini diukur seterusnya menjadi maklumat kepada Kerajaan untuk merancang dan melaksanakan program ataupun inisiatif seperti yang telah dilaksanakan pada tahun 2021.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini pendaftaran pencari kerja rakyat Terengganu melalui kempen-kempen yang telah dibuat kita mempunyai datanya, yang boleh saya kongsikan di sini. Pada tahun 2019, melalui MyFutureJobs hanya 1,116 orang sahaja yang berdaftar dengan MyFutureJobs bagi mendapatkan peluang pekerjaan. Pada tahun 2020, 13,768 orang telah berdaftar untuk mencari peluang pekerjaan, tetapi selepas THRDC diwujudkan dan diperkasakan pada tahun 2021 seramai 29,201 orang telah berdaftar dengan MyFutureJobs untuk mencari peluang pekerjaan dan sehingga kini pada tahun 2022 Februari seramai 1,875 telah berdaftar. Keseluruhannya untuk Negeri Terengganu telah mempunyai data sebanyak 45,860 orang. Data ini bukanlah bermakna semuanya orang menganggur tetapi peluang yang diberikan di dalam MyFutureJobs ini adalah peluang rakyat kita mencari pekerjaan walaupun mereka sedang bekerja sekarang ini tetapi nak cari peluang pekerjaan yang lebih baik. Bila kita mempunyai data yang sebegini besar, inilah yang disebutkan kalau kita sebutkan dalam IR 4.0 penggunaan data internet of things adalah big data adalah satu perkara yang sangat-sangat penting untuk kita digest untuk kita analisakan dan data seperti inilah yang sedang ada berada di THRDC dan kita boleh mengeluarkan maklumat-
maklumat terperinci selepas daripada ini insya-Allah. Peningkatan pendaftaran dalam MyFutureJobs ini akan membolehkan THRDC menjalankan aktiviti outreach pekerjaan rakyat secara lebih bersasar kepada individu-individu tertentu mengikut bidang, taraf jawatan dan sebagainya. Di samping itu keberadaan rakyat Terengganu dalam ekosistem data ini juga membolehkan segala bantuan Kerajaan yang disediakan di peringkat Persekutuan boleh dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat Negeri Terengganu. Melalui usaha penyampaian maklumat yang melibatkan semua pihak dalam Urus Setia Pekerjaan Negeri Terengganu telah berjaya menyampaikan bantuan-bantuan kepada rakyat Terengganu. Izinkan saya Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua untuk berkongsi berapakah banyak peluang peruntukan yang telah diturunkan kepada rakyat Negeri Terengganu sepanjang pandemik yang kita lalui daripada tahun 2020 sehingga sekarang. Dalam program subsidi upah 3.0 rakyat Negeri Terengganu mendapat manfaat sebanyak RM84 juta, saya figure out sahaja tidak pada detail. Program Subsidi Upah 4.0 sebanyak RM34.9 juta telah dapat dimanfaatkan oleh rakyat Negeri Terengganu. SIP PRIHATIN 1.0 sebanyak RM1.05 juta telah dapat manfaat kepada rakyat Negeri Terengganu, hiring incentive 2.0 sebanyak RM16 juta, hiring incentive 3.0 sebanyak RM1.7 juta dan KerjayaGig sebanyak RM23,800.00. Keseluruhan rakyat Negeri Terengganu telah mendapat manfaat daripada peruntukan yang diberi oleh Kerajaan Persekutuan berjumlah RM138,594,693.68. Jadi dengan angka ini juga boleh menjawab persoalan daripada Yang Berhormat Wakil Air Putih yang bertanya bagaimanakah bayaran insetif Kerajaan Persekutuan boleh diturunkan kepada rakyat Negeri Terengganu, jadi kita boleh perincikan perkara ini dengan lebih objektif, jadi saya menyerulah kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat agar dapat memanjangkan informasi berkaitan pendaftaran kepada sistem MyFutureJobs ini kepada rakyat di kawasan masing-masing kerana ia banyak manfaatnya. Saya ulang sekali lagi bahawa untuk bagi yang menganggur elaun yang disediakan oleh Kerajaan berjumlah RM1,200.00 iaitu tiga, empat, lima yang saya sebutkan tadi, RM300.00 bagi orang yang mencari kerja berdaftar dengan MyFutureJobs, daftar dan dia interview tiga kali dan lebih dia layak dapat RM300.00, kemudian daripada interview itu dia dapat kerja, dia dapat RM400.00. Ini dia tidak kerja lagi ni. Dia menganggur. Dapat RM400.00 campur RM300.00 jadi RM700.00 dan apabila dia dapat kerja tadi, dia mula kerja di syarikat tersebut, dia dapat lagi mobiliti akaun sebanyak RM500.00. RM1,200.00 kepada penganggur adalah suatu benda yang besar dan perkara ini ramai lagi anak-anak muda kita di kampung-kampung, di kawasan kita yang
tidak tahu. Mereka masih lagi berpelesiran dan tidak mengambil kesempatan ini yang sedang ditawarkan oleh Kerajaan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, dalam kesempatan ini, saya ingin menyebut bahawa program yang kita laksanakan yag terdekat ini untuk peluang pekerjaan kepada rakyat kita, yang dinamakan Outreach Kesejahteraan Pekerjaan Rakyat Jamin Kerja @ Gerbang Kerjaya bersama dengan Karnival Usahawan Terengganu (KUAT) di Dataran Drawbridge Kuala Terengganu pada 24 hingga 28 Mac ini. Jadi, kepada anak-anak muda yang baru tahu, kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang baru tahu dan mengetahui ada ramai anak-anak muda yang mencari pekerjaan, saya merayu untuk berikan maklumat ini dan mereka boleh datang ke Dataran Drawbridge Kuala Terengganu untuk mendapat insentif yang saya sebutkan tadi. Dalam program itu nanti, kita telah mendapat komitmen daripada tujuh syarikat yang akan mewakilkan petugas atau pekerja mereka untuk datang interview terus kepada anak-anak muda kita datang interview dan pengalaman kita lebih daripada 60% yang akan diterus beri jaminan ataupun kelulusan untuk bekerja apabila program seperti ini dilakukan. Yang lebih membanggakan lagi, daripada tujuh syarikat besar ini, lima daripadanya adalah syarikat yang berada dalam Negeri Terengganu. Juga menjawab soalan Jertih semalam, adakah kita ini menjadi dasar Kerajaan yang saya sebut dah semalam untuk mengeluarkan, bawa orang-orang ataupun rakyat kita ke luar negeri kita, bekerja di sana, tidak. Kita mempunyai platform yang ada di THRDC dan kita mengalu-alukan kepada mana-mana syarikat yang mempunyai peluang pekerjaan untuk bersama-sama Kerajaan Negeri memilih rakyat kita untuk mendapat peluang ini.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh sedikit berkenaan isu kenaikan harga barang. Beberapa orang Ahli Yang Berhormat dalam ucapan mereka melahirkan kebimbangan terhadap kenaikan harga barang yang tidak terkawal mutakhir ini. Walaupun umum telah mengetahui punca berlaku semua ini adalah kerana ekonomi dunia dan ianya lebih parah lagi apabila berlakunya peperangan antara Rusia dan Ukraine. Jika peperangan ini berpanjangan, kesan kenaikan harga barang akan semakin parah. Kerajaan Negeri bersama dengan KPDNHEP, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, bergerak seiring untuk menutup ruang-ruang supaya tiada peniaga ataupun pemborong mengambil kesempatan di atas keadaan ini. Untuk makluman Dewan yang mulia, pemantauan daripada pihak KPDNHEP sentiasa bergerak dari masa ke semasa bagi memastikan ianya tidak berlaku
perkara yang salah laku itu. Sehingga akhir 2021, sebanyak 11 kertas siasatan telah dikeluarkan di bawah Seksyen 11, pelanggaran subperenggan (iii), Perintah Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan, penentuan harga maksimum menjual melebihi harga borong, maksimum dengan nilai kompaun sebanyak RM3,800.00 manakala 4 kertas siasatan telah dikeluarkan di bawah Seksyen 14(1) Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan 2011; kesalahan mencatut dengan nilai kompaun sebanyak RM7,500.00. Rentetan daripada itu, beberapa langkah proaktif pihak Kerajaan Negeri bekerjasama dengan pengimport-pengimport barangan tertentu bagi menawarkan harga barangan dengan kadar yang lebih murah daripada harga pasaran sebenar. Insya-Allah, menjelang perayaan Aidilfitri nanti, Kerajaan akan menganjurkan suatu karnival jualan daging beku import dengan harga yang rendah. Insya-Allah, tarikh dan lokasi akan dimaklumkan nanti. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada syarikat anak Terengganu yang bergiat dalam bidang pengimportan daging beku ini, yang sanggup bekerjasama dengan pihak Kerajaan Negeri bagi meringankan bebanan rakyat menjelang hari raya nanti. Saya sangat mengharapkan agar lebih banyak lagi usahawan-usahawan anak-anak Terengganu mengambil inisiatif yang sama bagi meringankan bebanan rakyat.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, semalam Yang Berhormat Jertih juga ada menyebut mengenai sistem parking yang baru diperkenalkan di Daerah Besut.
Saya ingin menyentuh sedikit kerana saya telah diberikan tanggungjawab untuk memantau sistem ini di daerah Besut. Sistem parking yang dinamakan „Smart Besut’ ini dan saya sangat bersetuju dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Jertih, sesuatu yang baru akan menyebabkan gegey sekejap tetapi insya-Allah dengan penerangan yang berterusan, ianya akan diterima baik oleh rakyat Besut. Apa yang saya ingin nyatakan ataupun menarik perhatian Dewan yang mulia ini, ada cadangan agar disediakan lot parking percuma kepada OKU, Orang Kelainan Upaya. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, perkara ini telah dipersetujui dan di peringkat akhir pelaksanaannya oleh Majlis Daerah Besut. Pihak Majlis Daerah Besut dan syarikat pelaksana telah mengenal pasti 17 lot ataupun petak parking yang akan dikhususkan kepada golongan OKU di Daerah Besut. Setakat ini, Majlis Daerah Besut telah menerima 14 OKU yang telah berdaftar bagi mendaptkan kemudahan ni, insya-Allah. Berita gembira ini harus disambut baik oleh rakyat Besut atas kecaknaan daripada pihak Kerajaan pada golongan OKU.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh sedikit berkenaan dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Hulu Besut yang menyatakan dalam ucapan beliau tidak bersetuju dengan gelaran kepada UMNO umpama itik patah kaki. Bagi saya Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, gelaran ini sebenarnya sinis budaya Melayu bagi menyedarkan pihak yang terkena sindiran. Tidak timbul isu gelaran itu sangat sebenarnya. Sepatutnya, apabila ada sindiran seperti itu, UMNO buat semakan kepada dirinya sendiri, bukan melenting ataupun melatah tidak tentu pasal. Malah memburukkan lagi, menjadikan penyebab untuk memutuskan Muafakat Nasional. Bagi yang berfikiran matang…
Salah tu, salah. Bukan penyebab tapi kita ni doh kalu betul Islam, janganlah duduk kata ke orang. Macam Hulu Besut katalah. Kita nak bawa nilai-nilai murni.
Okey, terima kasih Yang Berhormat. Jadi tidak timbul isu gelaran itu sangat sebenarnya. Sepatutnya apabila sindiran itu, UMNO buat semakan pada dirinya, bukan melenting ataupun melatah tidak tentu pasal. Bagi yang berfikiran matang, sepatutnya apabila ada sindiran sinis seperti ini, cepat-cepat cermin balik diri dan perbetulkan. Bagi saya sindiran ini sangat sesuai dan paling ringan diumpamakan dengan itik patah kaki itu. Dunia melihat keadaan sebelum ini, bagaimana sikap UMNO kepada PAS apabila dalam keadaan yang…
Doh guane patohnya? Kalau patah dok ringan.
Yang Berhormat?
Ya?
Dia bagi laluan dok?
Dok tahulah.
Yang Berhormat bagi laluan dok?
Takpe, dia nak mencelah itu tidak apa tapi setakat itu je lah.
Hor.
Saya akan teruskan.
Sebab kata ringan, patoh ringan. Duduk spital kalau patoh ni. Dok boleh gerok. Ringan guane?
Duduk dulu Yang Berhormat. Duduk dulu. Dengar biar ambe
Dia mitok, dia mitok, dia mitok.
Ringan ke dok ringan ke, jangan kata kokrang.
Masalahnya, bila dok habis lagi perbahasan, duk gomo laluh…
Masalahnya kata kokrang. Eh, kata kokrang ni comel ke? Dok comel Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Ringan, dok ringan pun, dok comel kata ke orang ni.
Yang Berhormat dok rajin kata ke orang?
Dok, dok kata. Saya puji sokmo Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua.
Kita ada video hok duk kata ke orang.
Hok ane tu?
Adalah, kita ada video.
Hok ane hor?
Hok cakak baru ni ah.
Hok cakak mane?
Hok cakak dalam PAU baru ni.
Saloh ke betol hok saya kate.
Dok betol ah.
Kat mane hok saloh?
Dakpe, kita bincang balik hok tu.
Kat mane hok saloh? Hok dok betol kat mane? Cer kabo ke saya. Hok kate saya dok betol.
Dakpelah. Yang Berhormat. Yang Berhormat. Yang berhormat. Ni. Kita balik tajuk asal. Balik tajuk asal.
Dato’ Yang di-Pertua. Hok kate saya kate dok betol kat mane. Biar dia kabo hok mane saloh.
Dakpe. Nanti kita betol.
Dakpe hok tu, Yang Berhormat duduk. Yang Berhormat duduk dulu.
Dunia melihat keadaan sebelum ini bagaimana sikap UMNO kepada PAS apabila kalah dalam PRU ke-14. Enam ataupun tujuh Pilihan Raya Kecil, PRK berlangsung, PAS menjadi teman yang utama dalam membantu PRK tersebut. Dan selepas menang, berkumandanglah lagu “Terima kasih” “Terima kasih” kepada PAS. Itu berlaku apabila mereka dalam keadaan kelemahan. Ketika lemah, tetapi selepas agak selesa sedikit, maka macam-macam alasan lapuk dikeluarkan. Seolah-olah tak ada jasa langsung PAS kepada UMNO. Bagi saya perumpamaan yang diberi sebagai itik patah kaki ini.
Dok eh. Hok ni saya dok brape puah hati Dato’ Yang di-Pertua. Cara cakak ni tuduh ni saya dok brape puah hati. Rase lapuk ape sreme ni nape. Nape?
Kene tanye.
Duduk bakit balik.
Sape yang cuba nok main dua kolam ni. Eh di akhirat takdok kaki sbeloh dalam syurga, takdok kaki sbeloh dalam neraka. Kalu syurga, syurga, kalu neraka, neraka. Dokleh main dua kolam ni. Takdok. Kalu baik, baik. Kalu jahat, jahat. Takdok kate saya nok duk sbeloh beloh baik, sbeloh beloh jahat. Dokleh. Nok duduk kaki sbeloh syurga, kaki sbeloh neraka takdok.
Okey, Yang Berhormat duduk. Yang Berhormat duduk…
Betol ke dok mase lemoh tu mitok tolong PAS. Terima kasih. Terima kasih kepada PAS.
Mitok tolong PAS guane.
Terima kasih. Terima kasih kepada PAS.
Doh kalu PAS wak molek kita memang ucap terima kasih. Tapi kalu PAS nok maing nok lari, maing nok dua kolam, maing nok selamat saje, dok betol. Dok. Jangan perbesorkan benda ni.
Yang Berhormat duduk dulu, duduk dulu.
Ni cara ni cara nok baloh ni.
Dakpelah. Tadi masa Yang Berhormat kawan-kawan kita bercakap kang banyok gangguan.
Dok.
Ni panjang ni, panjang. Brase macam nok baloh ni. Cara cara, cara nok baloh dan cakak pon dok betol.
Dakpelah. Kita tahang telinga pulok.
Duduk duduk dulu ah Batu Rakit eh…
Masalohnye cakak benda yang dok betol.
Yang Berhormat. Dengor dulu. Duduk dulu saya nok bercakap.
Sebab tu saya bangun. Kalu betol saya senyap je.
Kalau standing orders kalu saya bercakap kene duduk dulu. Duduk dulu Yang Berhormat.
Kate doh saya ni orang baik. Saya dengo hok Dato’ Yang di-Pertua.
Duduk dulu Yang Berhormat.
Tapi yang jadi masalohnye hok cakak nung dok betul.
Dakpe dakpe. Sekarang ni giliran Kerajaan floor dia. Yang Berhormat duduk dulu.
Dok betul Dato’ Yang di-Pertua.
Dakpe dakpe dakpe. Dengo dulu. Orang politik kene tahan.
Hok dok betol dakpe. Saya bengong sikit ni. Saya bengong kalu dok betol dakpe ni. Dok betol dok leh ah.
Bukan. Orang politik dia kene tahan. Kene kebal. Sebab tu ade pepatah kata kalu takut dilambung ombok, jangan berumoh di tepi pantai.
Saya tahan. Tapi saya nok perbetulkan. Hok bace nung dok betol. Sebab tu saya bangun. Kalu betol saya dok bangun.
Dok. Betol. Same jugok. Same jugok mase Wakil-Wakil kawan-kawan kita bercakap, Yang Berhormat Hulu Besut bercakap, sini rilek je.
Sebab betol.
Mana Yang Berhormat tahu betol.
Sebab betol, sebab tu diam. Ni sekarang ni saya bangun ni kerana saya rasa dok betol.
Orang tahu doh cakak. Orang dok bising pon. Senyap je dulu.
Tu orang kata kene kebal.
Dok kebal duduk ah.
Eh senyap guane.
Kebal dok linge tu. Duduk dulu.
Saya bangun kerana apa yang diucapkan dok betol.
Doh hok ye cakak tu betol dok.
Dok betol ah ni.
Itik patoh kaki biasa ah. Pelik apenye.
Tadi Hulu Besut cakak tadi mungkin betol. Sebab tu tuan-tuan dok bangun.
Yang Berhormat.
Ye.
Betol dok betol tu terpulanglah kepada sesiapa yang menilai. Sini bukan tempat perbahasan. Bukan tempat perbahasan yang kita kata hok ni betol hok ni dok betol. Terpulanglah pada masing-masinglah.
Sebab tu saya bangun sebab saya rase dok betol.
Sekarang ni floor kerajaan, kalu dia dok beri laluan, dok buleh ah. Dia tak beri laluan Yang Berhormat. Habis setakat tu je kita. Okey. Teruskan Yang Berhormat.
Takpelah. Cuma saya bangun mengatakan bahawa tidak betol.
Dakpelah. Tu pendapat Yang Berhormat.
Terima kasih ah.
Sila.
Ke nok panjang lagi. Jadi ah kalu takmboh baloh.
Tak boleh. Ni floor Kerajaan ni Yang Berhormat.
Yang Berhormat Paka.
Yang Berhormat tak boleh nak over role ni. Dia tengah bercakap. Ikot pandai dia nak bercakap macam mane. Sila.
Ahh gitu. Makna boleh cakap la.
Dok. Maksud dia, giliran dia sekarang.
Mase saya 15 minit tu nok kate macam-macam ke Dato’ Yang di-Pertua boleh?
Tak berbangkit. Sebab tu saya dah beri pingat. Saya baca ayat Al-Quran doh. Saya sebut Hadis doh.
Ha.
Baca kena amal. Bukan setakat baca sahaja. Tidak amal, dok buat, dok betol.
Itu bukan setakat satu peringatan. Okey. Terima kasih.
Bertenang sikit Batu Rakit. Mitok bertenang sikit. Kalu nok blawang bleh blawang.
Dok.
Bertenang doh.
Seroh ke Speaker la. Molek ah tu. Seroh kepada Speaker.
Okey. Sila. Sila sambung Yang Berhormat. Panjang lagi Yang Berhormat?
Sikit je. Sikit je.
Pahni kita nok minum air bersama pulok.
Hok panjang tu kerana ada gangguan la.
Teruskan. Teruskan.
Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin sambungkan sedikit lagi apa yang nok sudoh. Saya nak mengisahkan bagaimana sebut itik patah kaki tu. Lembut je.
Ulang lagi. Dato’ Yang di-Pertua ulang agi maing patoh patoh.
Doh bakpe Yang Berhormat Batu Rakit itik ke yang brase hati sangat tu. Ohh sibuk ke dia ah. Biase ah patoh kaki tu. Biase je patoh kaki itik. Bakpe yang brase hati ngat.
Dia biase je. Dia biase lagi daripada kapir mengkapir ni ringan lagi hok ni.
Dok soh ah Yang Berhormat. Dok soh ah.
Dalam Al-Quran sebut banyok lagi.
Doh ye ah. Betol doh.
Tuhan sebut dalam Al-Quran mereka tu macam binatang ternok. Binatang ternok ni kambing lembu itik masuk blake.
Betol doh. Hok ni ringan lagi. Saya faham. Kita ni takmboh baloh Dato’ Yang di-Pertua.
Takmboh baloh guane.
Dato’ Yang di-Pertua.
Dok. Bukan masaloh baloh. Ini giliran dia bercakap, biar dia bercakap dulu.
Bagilah orang jawab pulok giliran dia cakap. Kita dok jawab pon. Ikot panda dia nok cakap mende.
Sebab deme takdok.
Bila orang jawab sibuk pulok dia.
Sebab deme takdok.
Allah.
Deme doh tahan telinga. Nok tu jadi tu sangat. Wakil rakyat sangat.
Eh.
Bukan dok tahang. Saya tahang. Takdok masaloh.
Doh tahang dengo lah giliran orang cakak. Dia cakak kita dengo je.
Sebab saya kata dok betol. Sebab tu saya bangun.
Doh dakpe lah. Yang Berhormat kate dok betol dakpe lah. Kita dengo dulu. Dengo dia cakak dulu. Dokkang setiap patoh dia cakak kita nok ganggu sokmo. Sila.
Ketika lemah bersama-sama dengan PAS dan dalam PRK selepas menang, berkumandang ucapan terima kasih, terima kasih kepada PAS. Tetapi selepas daripada agak selesa sedikit, macam-macam perkara disebut kepada PAS seolah-olah tidak ada langsung jasa PAS kepada UMNO. Bagi saya perumpamaan yang diberikan sebagai itik patah kaki itu satu perumpamaan yang paling berhemah. Kalau tengok kepada sikap yang ditunjukkan itu, sepatutnya sesuai menggunakan perumpamaan melayu yang lebih masyhur iaitu bagai melepaskan anjing tersepit. Tapi kami tidak menggunakan pepatah itu. Ini point saya nye. Duk pitah tengoh jalan. Makna kita ada lagi perkataan yang lebih teruk lagi kita boleh kalau sebut kalau dengan sikap UMNO sekarang ni.
Sebut ah. Cer sebut hok teruk agi. Cer sebut. Dok eh.
Tapi kami mengambil meletakkan itik patah kaki. Itu yang saya katakan suatu perkatan yang agak berhemah.
Sebut hok teruk agi tu.
Yang Berhormat. Dia nok abih doh. Nok abih doh, dia nak landing dah. Cukup, cukup, cukup. Teruskan. Teruskan.
Dok eh. Sebut ah hok teruk agi tu.
Insya-Allah kami bertekad selepas pilihan raya nanti, bukan setakat memberikan sebelah sana duduk sebelah sini, tetapi kita akan pastikan bekerja keras untuk mengurangkan kerusi yang ada di sebalik sana. Insya-Allah.
Di atas robohan Kota Melaka Pantang melayu menyerah kalah Biarlah sayonara diucapkan atau dikata Kami tetap dengan agenda penyatuan ummah
Mari bersama kita berakit Berakit menuju ke Pulau Paya Teguh bersatu laksana bukit Terengganu Maju Berkat Sejahtera
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, dengan ini saya sepertimana rakan-rakan sahabat-sahabat yang lain juga memohon menyokong dan menjunjung kasih Titah Ucapan Tuanku Al-Sultan.
Terima kasih Wakil Kota Putera di atas penggulungan. Yang Berhormat Batu Rakit saya dok seke gok. Dari segi napok hebak, tapi dalam bab ni jadi manja sangat. Lambat orang sebut, jadi latoh selalu. Yang Berhormat sekalian, saya bercadang untuk menangguhkan persidangan ini sehingga pukul 4 petang.
DEWAN DITANGGUHKAN PADA PUKUL 3.40 PETANG
PUKUL 4.10 PETANG
Ahli Yang Berhormat sekalian, mesyuarat disambung semula. Sekarang saya persilakan Wakil Kuala Berang untuk menyambung penggulungan bagi pihak Kerajaan.
YANG BERHORMAT Dr. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang):
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Dato’ Seri, Dato’- Dato’, Yang Berhormat EXCO dan Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian, Ketua-ketua Jabatan, rakan-rakan media, semua pemerhati online dan offline. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya untuk menggulung perbahasan Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu sempena Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri yang Ke 14. Terima kasih kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat yang tahu berkaitan tentang beberapa perkara di bawah portfolio saya.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya nak tanya sikit, Yang Berhormat Kuala Berang dia nak cakap pasal itik dok? Ada nak cakap pasal itik dok?
Yang Berhormat, awal sangat. Yang Berhormat biar
Tanya dulu, tanya dulu, kalau dia nak cakap pasal itik saya nak sedia kolam
ANG BERHORMAT DATO’ YANG DI-PERTUA: Dakpe dakpe sekarang giliran dia. Biar dia cakap dulu.
Duduk dulu Yang Berhormat.
Teruskan, teruskan…
YANG BERHORMAT Dr. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Pertama, terima kasih kepada Yang Berhormat Sura, memaklumkan berkaitan hakisan iaitu yang berlaku di Pantai Teluk Lipat Dungun, berhampiran dengan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Jadi, untuk makluman kita bersama pihak JPS Malaysia telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 500,000.00 untuk kerja-kerja jangka masa pendek. JPS Daerah Dungun sedang menyediakan dokumen sebut harga dan skop kerja masih lagi di peringkat perbincangan sama ada beach nourishment sepanjang 100 meter ataupun rock revetment. Jadi masih dalam perbincangan. Pelaksanaan Projek Pemuliharaan Muara Sungai Dungun dengan kos sebanyak RM250 juta juga akan menyelesaikan masalah hakisan di kawasan berkenaan insya-Allah dan kerja-kerja beach nourishment merupakan salah satu skop kerja dalam projek tersebut. Tender telah diiklankan dan taklimat tapak akan dibuat pada 24 Mac nanti. Projek Pemuliharaan Muara Sungai Dungun ini telah diluluskan di dalam RMK yang Ke-11 lagi iaitu dalam RP4 tahun 2020. Kos projek ialah RM250 juta. Jadi saya mengharapkanlah dengan selesainya projek ini akan menyelesaikan masalah hakisan tadi.
Berkaitan dengan Yang Berhormat Jertih memaklumkan berkaitan dengan isu hakisan di Sungai Jertih berhampiran dengan Masjid Pakistan. Bagi mengatasi masalah hakisan di Sungai Jertih ini, terutama di kawasan berhampiran dengan Masjid Pakistan satu cadangan projek pemuliharaan sungai di Bandar Jertih, Besut telah dimohon melalui Rancangan Malaysia yang Ke 12, RMK 12 rolling plan yang ke 3 dengan kos sebanyak RM35 juta. Skop kerja yang terlibat adalah membina struktur pelindung kepada tebing Sungai Besut dan Sungai Jertih dan menaikkan Sungai Jertih dan membina denai sungai. Status terkini cadangan projek ini adalah telah disenaraikan dalam sistem MyProjek dan dijangka akan dibentangkan kepada EPU pada bulan Jun 2022 nanti. Jadi short listed, kita harap akan dapat menyelesaikan projek dan dapat menjaga Masjid Pakistan di Jertih nanti.
Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Batu Rakit, ha ni baru sapa, memaklumkan bahawa hakisan sentiasa berlaku di kawasan yang sama. Yang Berhormat Batu Rakit memohon pihak Kerajaan meneliti kajian yang telah dilaksanakan. Kawasan yang terlibat adalah di Kampung Kolam, Pengkalan
Maras dan juga di Kampung Pok Nong sebagaimana yang disebut semalam. Jadi untuk makluman kita dan makluman Yang Berhormat Batu Rakit satu kajian projek pengawalan hakisan pantai di Kuala Nerus Terengganu telah dilaksanakan pada tahun 2020 iaitu 7 Januari dan telah disiapkan kajian tersebut pada 6 Februari 2021. Hasil daripada kajian yang dilaksanakan berlaku pergerakan pasir ke bahagian utara dengan kuantiti sebanyak 300,000 meter padu setahun, menyumbang kepada hakisan yang teruk di kawasan Mengabang Telipot.
Berdasarkan kajian berkenaan sebagai langkah penyelesaian jangka panjang bagi mengatasi masalah hakisan yang berlaku di Kuala Nerus, satu projek pengawalan hakisan pantai di pantai Kuala Nerus telah diluluskan oleh Kerajaan Federal dalam RP3 RMK11 dulu dengan peruntukan RM90 juta. Cadangan pelaksanaan projek ini akan melibatkan pembinaan skopnya ialah pemecah ombak dan penambakan pantai, pembinaan break water bermula dari Mengabang Telipot iaitu di hadapan Warung Pok Nong sehinggalah ke Sungai Tuan Nik belakang INSTEP. Projek ini telah selesai peringkat penyediaan rekabentuk secara terperinci dan dijangka akan melalui proses tender sebelum pertengahan tahun ini, insya-Allah. Jadi Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia pada masa ini telah melantik perunding bagi menjalankan kajian dan menyediakan pelan pengurusan pantai bersepadu Integrated Shoreline Management Plan (ISMP) bagi menyediakan pelan pembangunan yang mampan termasuklah menilai kaedah menangani isu hakisan pantai di Negeri Terengganu. Pelan ISMP dijadualkan akan siap pada tahun 2023 tahun hadapan.
Terima kasih. Dato’ Yang di-Pertua, saya nak ucap terima kasih. Hok molek, molek jugak, hok dok molek…
Terima kasih Yang Berhormat
YANG BERHORMAT Dr. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Kita sayang Batu Rakit ni. Seterusnya, terima kasih kepada Yang Berhormat Seberang Takir, berkaitan dengan status pengambilan projek ECRL kita, pengambilan tanah, jadi untuk pengetahuan kita bersama penswastaan Seksyen 4 dan Seksyen 8 bagi pengambilan balik jajaran utama telah diselesaikan di seluruh Negeri Terengganu. Untuk makluman kita, proses pembicaraan di Daerah Dungun dan Kemaman telah selesai. Manakala bagi Daerah Marang sekarang ini sedang berlangsung. Pembicaraan bagi daerah Kuala Nerus dan Kuala Terengganu
akan bermula pada April tahun ini dan dijangka Setiu dan Besut bermula pada Mei tahun ini juga. Jadi kita harap dengan pengambilan balik tanah ini AKAN selesai. MMKN pernah menangguh sementara keputusan pengambilan tanah ini berikutan Kerajaan Negeri pada waktu itu masih dalam proses rundingan bersama dengan pihak MOT (Ministry of Transport), MRL, CCCC, berkenaan dengan penglibatan kontraktor tempatan dan perkara-perkara teknikal lain, jalan masuk ke tapak stesen, connectivity mode dari stesen Kuala Terengganu ke Bandar Baru Bukit Besar dan melibatkan pekerja tempatan. MMKN telah menarik balik keputusan tersebut pada bulan November tahun lepas. Berkaitan dengan penubuhan konsortium GPQ AZRB dan juga Konsortium P-Excel dengan MMC Corporation, Kerajaan Negeri mengambil langkah untuk memenuhi beberapa kriteria persaingan untuk mendapatkan kerja-kerja kontrak yang ditawarkan oleh projek ECRL ini. Konsortium berperanan sebagai payung kepada sub kontraktor, terutama kontraktor-kontraktor tempatan agar penglibatan kontraktor tempatan ini dapat dicapai sebagaimana sasaran. Walau bagaimanapun, setelah beberapa siri rundingan dan penyertaan daripada konsortium ini membida beberapa projek tetapi sehingga hari ini konsortium ini masih belum dapat memenangi apa-apa tawaran daripada projek tersebut. Walau bagaimanapun, terdapat juga kontraktor tempatan kita yang menjadi sub kontraktor kepada pembida yang berjaya yang mendapat kontrak bagi melaksanakan projek ini.
Seterusnya, terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Besut. Kuala Besut ada dok [Sambil ketawa] Yang Berhormat Kuala Besut mencadangkan agar Kerajaan Negeri mengenalpasti dan merancang pembangunan TOD bagi projek ECRL agar ianya seimbang dengan pelaksanaan projek. Bagi perancangan cadangan pembangunan di sepanjang jalan dan di sekitar stesen ECRL, perunding yang dilantik oleh PLAN Malaysia Putrajaya sedang membuat kajian bagi mencadangkan bentuk pembangunan yang bersesuaian untuk dibangunkan. Sesi libat urus telah dilaksanakan oleh perunding bersama beberapa agensi perancang pelaksana pembangunan peringkat negeri. Dijangka hasil kajian akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Perancang Negeri pada pertengahan 2022 ini. Tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri adalah untuk mengenalpasti lokasi-lokasi tanah kerajaan terlebih dahulu yang bersesuaian dengan stesen tersebut iaitu lebih kurang 10km radius kepada stesen. Pelbagai jenis pembangunan yang boleh dilaksanakan seperti Transit Oriental Development (TOD) tadi, hub logistik dan perindustrian dan sebagainya. Bagi cadangan pembangunan TOD, lapan lokasi tanah kerajaan
telah dikenal pasti dengan jarak daripada stesen sekitar 1.1km sehinggalah 1.5km dan dianggarkan keluasan tanah kerajaan tersebut keseluruhannya berjumlah 523 hektar. Cadangan ini telah dibentang kepada Jawatankuasa Perancang Negeri pada tahun 2021. Pelan Induk Pembangunan dan akan disediakan setelah hasil kajian daripada PLAN Malaysia Putrajaya disiapkan sepenuhnya.
Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Pengkalan Berangan, memohon pencerahan berkaitan perancangan Kerajaan dalam memastikan rakyat menerima manfaat daripada segi ekonomi berkaitan pelaksanaan projek ECRL. Ramai yang minat ECRL ini. Perancangan Kerajaan agar rakyat menerima manfaat ekonomi di sekitar stesen adalah membangunkan kawasan stesen dengan kaedah tadi iaitu TOD tadi, hub logistik dan sebagainya. Buat masa sekarang kajian sedang dijalankan oleh PLANMalaysia Putrajaya bagi mengenal pasti potensi kawasan tersebut dan mencadangkan kaedah pembangunan yang sesuai yang akan dilaksanakan nanti. Kerajaan Negeri akan menyediakan master plan pembangunan di kawasan stesen dan akan bekerjasama dengan pihak swasta bagi membangunkan kawasan tersebut. Yang Berhormat Pengkalan Berangan juga memohon Kerajaan menilai kembali pengorbanan rakyat yang kehilangan harta dan punca pendapatan yang terlibat dengan pengambilan balik daripada pelaksanaan projek ECRL. Secara asasnya, setiap harta milik individu yang terlibat dengan projek ECRL seperti tanah dan bangunan akan dibayar pampasan setimpal sebagaiman harga pasaran. Projek ini merupakan infrastruktur pengangkutan yang akan memberi manfaat yang lebih besar kepada rakyat dan ekonomi Negeri Terengganu dalam jangka masa pendek dan panjang.
Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Jertih dan Kuala Besut yang membangkitkan berkaitan masalah tekanan air di Besut baru-baru ini. Satu ketika baru-baru ini memanglah berlaku masalah air sedikit di Besut tapi sekarang ini sudah selesai. Kawasan yang mengalami masalah tekanan air rendah yang kritikal di daerah Besut adalah di Zon Kluang dan Pulau Perhentian. Punca utama berlakunya masalah tekanan air rendah adalah disebabkan paras tangki pengimbang iaitu yang terletak di Bukit Puteri Baru berada paras tidak normal iaitu hanya 0.4m berbanding kapasiti penuhnya 7m. Paras normal tangki berkenaan biasanya 4.5m. Selepas kajian dibuat, SATU akan memasang booster pump bagi meningkatkan paras tangki pengimbang di Bukit Puteri tersebut. Jadi dianggarkan kosnya dalam RM500,000.00 yang akan
diberi oleh pihak Kerajaan dan pihak SATU untuk menyelesaikannya. Untuk satu lagi projek berkaitan dengan Besut ini iaitu loji rawatan air Bunga SATU yang telah lama berhenti operasinya akan diaktifkan semula dengan bajet daripada bawah KPLB sebanyak RM8 juta untuk menambahkan 18mlb lagi air bersih untuk kawasan berkenaan. Insya-Allah perkara ini akan dapat mengatasi masalah air di Besut.
Seterusnya, berkaitan Kuala Besut lagi ini. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Besut berkaitan dengan mengurangkan impak banjir sama ada perancangan pembangunan, tebatan banjir ataupun pembangunan sistem saliran. Ini secara umumlah. Kerajaan Negeri melalui JPS Negeri telah merangka perancangan jangka pendek dan panjang untuk mengurangkan impak banjir dengan melaksanakan penyelenggaraan secara berkala berkaitan dengan pelaksanaan projek tebatan banjir termasuklah kajian Pelan Induk Tebatan Banjir dan kawasan-kawasan yang teruk akibat impak banjir tersebut. Untuk makluman kita bersama baru-baru ini dalam RP yang ketiga ini JPS telah memohon 18 projek untuk negeri kita dan angkanya RM1 billion lebih dan untuk di Besut ini sahaja saya suka menyebutkan bahawa pertamanya projek rancangan tempatan banjir Bukit Puteri, Besut berjumlah RM40 juta kemudian Pelan Induk Saliran Mesra Alam daerah Besut RM2.7 juta. Projek pengawalan hakisan pantai Pulau Perhentian, Pulau Perhentian Kecil berjumlah RM5 juta dan projek pemeliharaan sungai di bandar Jertih berjumlah RM35 juta so ada empat projek yang kita mohon dalam RP3 Rancangan Malaysia yang ke-12. Kalu lulus hok ni sedap lah kita dok dan untuk makluman kita juga projek baharu dalam pelaksanaan di Negeri Terengganu ini pertamanya projek di muara Sungai Merchang RM43 juta, projek di Setiu di Mangkuk RM150 juta, projek RTB Kemasik berjumlah RM60 juta. Semuanya akan dilaksanakan pada tahun ini. Seterusnya projek dalam penyediaan dokumen tender di negeri kita iaitu projek PLSB Sungai Kemaman di tebatan banjir Kemaman ini Fasa 1 hok ni RM300 juta lebih, projek sistem tebatan banjir dan sistem pencegahan hakisan di UMT dan juga projek tebatan banjir di Terengganu Utara dan kawasan sekitar. Jadi sudah tentu banyak projek-projek daripada JPS yang akan dilaksanakan di negeri kita nanti. Seterusnya banyok sikit nampok ni Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua pasal banyok soalan. Terima kasih Yang Berhormat Buluh Gading memaklumkan isu berkaitan tali air kawasan pertanian yang tidak diselenggara yang menyebabkan berlaku banjir di kawasan kampung tersebut. Tali air pertanian untuk makluman kita adalah bertujuan untuk mengairkan kawasan penanaman padi namun demikian perubahan guna tanah telah
menyebabkan tali air ini dijadikan sebagai sistem saliran terutamanya di kawasan pertanian yang tidak lagi aktif. Jadi bagi tujuan penyelenggaraan Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM500,000.00 pada tahun ini tahun 2022 dan kerja-kerja akan dilaksanakan berdasarkan peruntukan yang ditetapkan dan mengikut keutamaan di negeri ini. Kerajaan Federal pun melalui MAFI telah menyalurkan peruntukan berjumlah RM400,000.00 bagi kerja-kerja penyelenggaraan tali air untuk kawasan yang aktif bertanam padi sahaja jadi peruntukan ini akan digunakan sewajarnya dan tidak kepada yang tidak bertanam padi untuk makluman kita. Seterusnya..
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua minta laluan sikit nak kepastian semula..
Sila-sila Yang Berhormat
Maksudnya aliran tali air ke kawasan yang tidak lagi diusahakan tanaman masih di bawah tanggungjawab pertanian untuk selenggara dengan peruntukan negeri begitu.
YANG BERHORMAT Dr. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Ya.. ya
Makna hok pusat tu memang dia tak..
YANG BERHORMAT Dr. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): MAFI hanya untuk tanaman padi sahaja.
Ya
YANG BERHORMAT Dr. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): So mana-mana yang tidak tanam padi tidak termasuk di bawah peruntukan MAFI
Negeri dok
YANG BERHORMAT Dr. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Untuk negeri untuk padi ini tidak ada padi bergantung. Sekiranya ada tanaman kontang ke apa masih di bawah Kerajaan Negeri
Kalau tidak ada tanaman langsung?
YANG BERHORMAT Dr. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Kalau tidak ada langsung di bawah negeri juga tetapi bawah agensi lain
Itu yang saya nak pasti itu, kalau tidak jadi ke sana pun tak tahu ke sini tidak tahu akhirnya tergantung.
YANG BERHORMAT Dr. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Ya Insya-Allah
Itu persoalan saya nak mintak pencerahan biar ada penyelesaian
YANG BERHORMAT Dr. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Okay mungkin di bawah Pejabat daerah ataupun di bawah PPT masing-masing tapi tidak di bawah JPS
Tidak lagi di bawah JPS
YANG BERHORMAT Dr. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Tidak lagi bertanam padi ataupun tanaman kontang. Okay terima kasih.
Yang Berhormat panjang lagi dok
YANG BERHORMAT Dr. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Empat orang lagi
Boleh sebab saya nak pastikan Wakil daripada Alur Limbat boleh share sama masa pada petang ini.
YANG BERHORMAT Dr. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Okay saya cuba Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Yang Berhormat Rantau Panjang memohon agar Kerajaan menyediakan prasarana asas di kawasan RTB yang telah diluluskan. Kerajaan Negeri mengambil maklum berkaitan dengan ketiadaan prasarana di Kawasan RTB dan sentiasa merancang
Rantau Panjang ke Rantau Abang?
YANG BERHORMAT Dr. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Rantau Abang ini.
Sebut Rantau Panjang sakning
YANG BERHORMAT Dr. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Ya minta maaf sebenarnya Rantau Abang kita sayang ke abang kita. Menyediakan RTB yang telah dibuka kepada rakyat walau bagaimanapun kekangan peruntukan membataskan penyediaan prasarana ini dan pembangunan perlu dilakukan secara berfasa bagi memenuhi keperluan bakal penghuni di RTB. Namun begitu selain peruntukan Kerajaan Negeri, Kerajaan Federal juga turut menyediakan peruntukan bagi pembangunan infrastruktur awam seperti jalan, bekalan air dan bekalan elektrik di kawasan-kawasan baru di luar bandar melalui KPLP. Yang Berhormat Ajil, terima kasih berkaitan dengan kajian untuk menaik taraf jalan Kampung Felda Mengkawang dan FELCRA Betong yang sentiasa berlaku banjir kerana kawasan tersebut agak rendah. JKR bersedia untuk membuat kertas cadangan bagi menaik taraf jalan Kampung Felda Mengkawang bagi jalan FELCRA Betong pihak pemilik iaitu FELCRA boleh memohon kepada JKR bagi menyediakan kertas cadangan berkenaan. Yang Berhormat Ajil juga memohon mempercepatkan pembinaan jalan dan jambatan di Belukar Bukit. Hari ini pun kita masih ada mesyuarat berkaitan dengan ini dan bagi penyelesaian jangka pendek. Tadi hari ni dah letak barang-barang besi dan sebagainya iaitu kita nak buat titian untuk laluan pejalan kaki, berbasikal dan motosikal dan kita retoklah retok boleh angkat. Insya-Allah dalam masa kita beri tempoh seminggu ini akan siaplah. Bagi pembinaan jambatan kekal yang mana kita tahu embankment dah rosak kita perlu satu kajian daripada consultant kita akan bina jambatan yang apa ini tambahan jambatan yang baru di sana. Seterusnya Tepoh juga ada membangkitkan berkaitan dengan Tok
Jiring Fasa Dua dan juga Banggol Air Leleh di Kuala Nerus. Projek RTB Tok Jiring Fasa Dua dan projek sistem saliran Banggol Air Leleh merupakan beberapa projek yang menjadi keutamaan kepada negeri kita dan telah dimohon RP yang ketiga baru-baru ini dan kedua-dua projek ini telah di key in ke dalam sistem MyProject jadi bagi apa ini kita harapkanlah projek ini akan dapat diluluskan pada bulan Jun nanti. Seterusnya ada sedikit lagi iaitu ADUN Air Putih membangkitkan berkaitan dengan anak-anak sungai dan pintu air iaitu Skim Padi di Sungai Buaya yang tidak diselenggara samalah seperti tadi jadi bagi tujuan penyelenggaraan sungai pihak Kementerian Alam Sekitar dan Air telah memperuntukkan sejumlah peruntukan bagi kerja-kerja penyelenggaraan sungai untuk mengurangkan risiko banjir. Kerajaan Negeri melalui JPS Negeri telah membuat perancangan pelaksanaan bagi peruntukan tersebut mengikut keutamaan dan akan diperhalusi isu yang dibangkitkan. Selain itu, Kerajaan Negeri juga turut memperuntukkan peruntukan tahunan yang dilaksanakan berdasarkan kesesuaian skop dan peruntukan ditetapkan mengikut keutamaan. Jadi Skim Air Putih tidak lagi aktif ditanam padi sejak 10 tahun yang lalu dan hanya terdapat tanaman kontan sahaja yang diusahakan. Bagaimanapun, pintu air tersebut diselenggara oleh pihak JPS mengikut keperluan. Sungai Buaya adalah antara anak-anak sungai di kawasan Air Putih yang mana mengalir ke skim padi di Air Putih. Saya rasa itulah beberapa perkara yang dibangkitkan berkaitan dengan portfolio saya. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat yang membangkitkannya dan saya juga menyokong di atas Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu sempena Istiadat Pembukaan Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri Yang Keempat Belas.
Terima kasih Yang Berhormat Wakil Kuala Berang atas penggulungan tadi. Dan saya nak minta sekarang ni Wakil Alur Limbat menggulung bagi pihak Kerajaan yang terakhir petang ni dan minta berhenti sebelum pukul 5.00 lah, kalau tidak kita perlu Notis lanjutkan masa, sila.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Pegawai-pegawai Kerajaan dan seterusnya semua yang hadir pada hari ni. Terima kasih kerana telah memberikan peluang kepada saya untuk turut mengambil bahagian dalam sesi penggulungan Menjunjung Kasih Titah Tuanku sempena Sidang DUN Mesyuarat Pertama Penggal Kelima di dalam Dewan yang mulia pada hari ini. Kajian yang dijalankan oleh Tourism Malaysia 2020 sejak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun 2020 dilaksanakan. Negeri Terengganu telah menerima pelancong yang tertinggi di Pantai Timur iaitu peningkatan sebanyak 165%. Trend penginapan di hotel Terengganu pada tahun 2021 terus menunjukkan peningkatan sehingga 80% sejak pergerakan rentas negeri dibenarkan pada 11 Oktober 2020. Dari segi peluang pekerjaan kepada anak tempatan, peluang pekerjaan kepada anak tempatan terus wujud susulan Fasa Pemulihan Pandemik COVID-19, pelbagai sektor pekerjaan dalam industri pelancongan ditawarkan selaras dengan pembukaan semula aktiviti-aktiviti berkaitan pelancongan contohnya dalam aktiviti penginapan dan makanan serta minuman yang menawarkan sebanyak 2,515 peluang pekerjaan. Selain itu, sebanyak 522 pekerjaan direkodkan dalam aktiviti perdagangan, borong dan runcit - statistik sehingga 10 Disember 2021.
Bagi statistik pelancongan domestik, pada tahun 2020 terpilih mengikut negeri, data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan Terengganu merupakan negeri yang mempunyai purata bilangan menginap hari antara yang tertinggi di negara ini. Penginapan di hotel di Terengganu menunjukkan peningkatan sehingga 80% sejak pergerakan rentas negeri dibenarkan pada 11 Oktober lepas. Maklumat melalui Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Terengganu, November 2021, saya bagi contoh untuk tahun 2021, Paya Bunga (PB) Hotel untung sebelum cukai RM3.2 juta. Ni banyak lagi sebenarnya hotel lain di Terengganu mencapai keuntungan. Menerusi data daripada THRDC bermula daripada Januari 2021, peluang pekerjaan dalam aktiviti penginapan dan makanan serta minuman menawarkan sebanyak 2,515.
Kemudian untuk makluman Dewan, pembinaan Kenyir Hotel 8 tingkat insya-Allah di Pulau Poh dijangka beroperasi menjelang Jun ini insya-Allah dan akan menawarkan lebih daripada 100 peluang pekerjaan. Selain itu, kesan pembangunan Pulau Poh juga akan mewujudkan hiliran segmen pelancongan kepada industri IKS yang akan menawarkan peluang pekerjaan baru. Alhamdulillah minggu lepas kita mengadakan Karnival Beautiful Terengganu di Pulau Poh dan mendapat sambutan yang sangat baik. Merujuk kepada beberapa persoalan antaranya berkait dengan Program CBT - Pelancongan Berasaskan Komuniti (Community Based Tourism) adalah merupakan alat pembangunan masyarakat yang menguatkan keupayaan masyarakat luar bandar untuk menguruskan sumber pelancongan di samping memastikan penyertaan masyarakat setempat.
CBT yang dilihat sebagai produk pelancongan yang mempunyai kekuatan berasaskan pelancongan ekologi, pelancongan budaya, pelancongan pengalaman, pelancongan tani, pelancongan makanan dan lain-lain semestinya akan membantu masyarakat setempat di dalam menjana pendapatan, kepelbagaian ekonomi tempatan dan keusahawanan, pemeliharaan dan pemuliharaan warisan kebudayaan setempat, pengekalan jati diri bangsa yang berteraskan kesenian, kebudayaan dan warisan. Bagi tujuan membangun dan mengekalkan CBT yang telah diiktiraf, sembilan langkah telah dikenalpasti bagi mengelakkan ianya sebagai program-program one-off sahaja iaitulah menilai keperluan masyarakat dalam kesediaan untuk pelancongan, mendidik dan menyediakan masyarakat untuk pelancongan, mengenal pasti dan mewujudkan jawatan kepimpinan tempatan, menyediakan dan membangunkan organisasi masyarakat, membangunkan perkongsian, mengamalkan pendekatan bersepadu, merancang dan membentuk produk berkualiti, mengenal pasti permintaan pasaran dan membangunkan strategi pemasaran dan melaksanakan serta memantau prestasi.
Selain daripada mengenal pasti program CBT di daerah-daerah, kita juga memantau program tersebut termasuk memberi khidmat nasihat, mengadakan bengkel hala tuju CBT dan lawatan pembelajaran, membantu aktiviti promosi di media cetak, elektronik dan media sosial. Penganjuran acara dan juga bantuan kewangan. Pada tahun 2021 sahaja sebanyak RM379,000.00 telah pun disalurkan kepada 22 lokasi CBT di seluruh Negeri Terengganu bagi tujuan program pengindahan. Bagi Daerah Besut, sebanyak 5 CBT telah dikenalpasti pada fasa pertama 2021 dan salah satunya adalah di Bukit Bubus. Antara acara utama di Bukit Bubus ialah aktiviti luncur udara paragliding adalah merupakan
aktiviti sukan utama di Bukit ini dan mampu menarik minat pelancong dalam dan luar negara terutama penggemar sukan lasak kerana ianya telah diiktiraf oleh MSAF dan merupakan lokasi paragliding yang mempunyai pemandangan yang tercantik kerana kalau kita pergi ke Bukit Bubus ini, di sebelah Bukit Keluang tu di Besut, di mana adanya pantai di depannya lautan dan juga bukit. Bukit Bubus yang semakin dikenali pada masa kini telah membuka ruang ekonomi tambahan seperti aktiviti sukan sampingan dan juga gerai jualan di sekitar kawasan tersebut. Pelbagai program telah diadakan di Bukit Bubus diantaranya ialah Terengganu International Paragliding Competition 2017 dengan izin, yang berjaya menarik 74 orang peserta daripada 38 negara, Merdeka Fun Fly 2017, Discovery Paragliding 2020 dan Discovery Paragliding Beautiful Terengganu 2020 dan pada tahun ini insya-Allah kita akan menganjurkan dalam Calendar of Event (CoE) kita dengan izin Terengganu Air Festival 2022.
Perancangan seterusnya ialah membina kiosk jualan, menaik taraf laluan dan pelbagai infrastructure, insya-Allah kita akan adakan di sana dan ada soalan berkenaan dengan Pantai Pachakan dan juga Pantai Teluk Bayu di Kuala Besut. Pantai ini telah menjadi tempat tumpuan pengunjung setelah dibangunkan secara gotong-royong oleh komuniti setempat dan antara tarikannya adalah keindahan pesisir pantai, bangsal rehat, gerai jualan dan aktiviti permainan kanak-kanak dan ianya telah termasuk di dalam perancangan Jabatan Pelancongan Negeri dan juga Pejabat Daerah Besut dalam menjadikan kedua-dua lokasi tersebut sebagai produk CBT di daerah Besut bagi Fasa Yang Kedua 2022. Walau bagaimanapun, usaha memperkenalkan pantai tersebut sebagai produk CBT daerah telah terganggu kerana kerosakan infra utama di Pantai Pachakan dan Pantai Teluk Bayu akibat hakisan ombak yang berlaku baru-baru ini. Tumpuan akan diberikan terhadap kerja baik pulih insya-Allah antaranya baik pulih jalan supaya sebarang perancangan sama ada dari agensi kerajaan mahupun komuniti setempat dapat dilaksanakan sebaik-baiknya sebelum diiktiraf sebagai Program CBT di daerah Besut. Soalan seterusnya..
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, nak ucap terima kasih juga.
Okey. Saya cepat sikit kerana masa.. Insya-Allah sempat kot.
Yang Berhormat, banyak lagi benda nak bercakap?
Hor boleh. ada lagi.
Tak apa, jangan gaduh. Kalau ada benda yang nak bercakap..
Saya cuba habis sebelum.. sebelum pukul 5.00, insya-Allah.
Kalau masih belum cukup masa, saya akan minta sambung esok.
Tak apalah, saya cuba habis petang ni jugaklah.
Okey, sila.
Soalan daripada YB Kemasik, berkenaan dengan aduan kerosakan di PINTAR Kemasik berkaitan komputer dan capaian internet. Masalah kerosakan komputer dan capaian internet telah diselesaikan sebenarnya yang mana BPTM (Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat) telah menyediakan sembilan buah komputer baru.
YANG BERHORMAT Ir. SAIFUL AZMI BIN SUHAILI (Wakil Kemasik): Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua..
Ya.
YANG BERHORMAT Ir. SAIFUL AZMI BIN SUHAILI (Wakil Kemasik): Nak buat pindaan sikit. Bukan rosok, dongle wireless takdok.
Hor ya, ya.
Saya dok habis jawab lagi. Jadi kita dah sediakan sembilan komputer baru sebab sebelum ni memang ada masalah komputer dan capaian internet telah
dinaik taraf dari Streamix kepada Unifi dengan kelajuan 100 MBPS. Bagi sambungan komputer yang tak dapat connect dengan WiFi, Kerajaan Negeri sudah pun mengambil langkah segera dengan pembelian USB Dongle. Jadi, proses pengagihan insya-Allah selesai pada awal April 2022. Kemudian bagi soalan daripada Yang Berhormat Jertih, bagi Negeri Terengganu di bawah JENDELA Fasa 1, sebanyak 112 struktur komunikasi baharu akan dibina di seluruh Negeri Terengganu maksudnya 1142 stesen pemancar akan dinaiktaraf kepada liputan 4G LTE dan 55,643 premis akan diliputi gentian optik dan dijangka siap sepenuhnya menjelang penghujung tahun 2022. Sehingga suku yang keempat tahun 2021, sebanyak 37 struktur pemancar baharu telah siap dan 1042 struktur pemancar telah dinaik taraf kepada liputan 4G LTE demi memastikan kesalinghubungan liputan rangkaian 4G yang bakal menggantikan secara tetap liputan rangkaian 3G yang akan ditutup. Sebenarnya, sepatutnya ditutup penghujung tahun 2021. Bagi liputan talian tetap sebanyak 28,222 premis telah diliputi gentian optik yang mampu memberikan liputan internet yang lebih pantas dan stabil berkelajuan sehingga Gigabits Per Second (GBPS). Pelaksanaan inisiatif ini telah menyumbang kepada peningkatan peratusan liputan rangkaian 4G di kawasan berpenduduk di Negeri Terengganu kepada 96.21% kepada suku keempat tahun 2021. Setelah semua projek di bawah Pelan JENDELA Fasa 1 siap, dijangka peratusan liputan jalur lebar mudah alih 4G akan mencapai 96.9% bagi kawasan berpenduduk di Negeri Terengganu.
Merujuk kepada soalan YB ADUN Jertih berkenaan masalah liputan capaian internet di Kampung Raja Besut, peratusan capaian liputan mudah alih 4G di kawasan berpenduduk di kawasan Besut merangkumi Kuala Besut, Kota Putera, Jertih dan Hulu Besut sehingga suku yang keempat tahun 2021 adalah 94.74% dan sasaran SKMM sebanyak lapan menara akan tersedia apabila Projek JENDELA Fasa 1 selesai pada akhir 2022 sebagaimana berikut:-
Telah siap: Yang pertama, PPRT Kampung Belauh. “Betul dok sebut tu, takut saloh”. (ketawa). Kampung Belauh, yang kedua Kampung Keruak, yang ketiga Kampung Pok Sik, yang keempat Kampung Seberang Baroh.
Dalam Pelaksanaan JENDELA 1: Kampung Tok Raja, Kampung Padang Lindung, Alor Selingsing, Kampung Gong Jelutong.
Sebelum bermula Program JENDELA, ketersediaan infra gentian optik di daerah Besut yang mempunyai sambungan terus ke premis adalah sebanyak 6178
buah manakala setakat suku keempat tahun 2021, kini 8440 premis telah mempunyai sambungan terus gentian optik dan sasaran sehingga Disember 2022 sebanyak 10,560 premis akan tersedia dengan sambungan terus gentian optik ini.
Manakala bagi peratus capaian liputan mudah alih 4G di kawasan berpenduduk di Besut sebelum Program JENDELA adalah 82.61% manakala sehingga suku yang keempat tahun 2021 peratusan telah meningkat kepada 94.74% dan dijangka capaian ini akan terus meningkat kepada 95.84% apabila Projek JENDELA Fasa 1 siap sepenuhnya. Jadi saya tak bacalah semua fakta ini. Kesimpulannya insya-Allah Kerajaan melalui SKMM dan juga pelbagai pihak yang berkait antaranya Terengganu Communication Sdn. Bhd. dan juga Telco-telco yang ada kita bersedia sebenarnya untuk membangunkan Negeri Terengganu dari segi infra dan insya-Allah kita akan cuba pastikan semua masyarakat di Terengganu sama ada di bandar, luar bandar dan juga pusat-pusat pelancongan akan tersedia perkhidmatan internet dengan berkelajuan tinggi insya-Allah di masa akan datang. Sekian sahaja,
Terima kasih wakil Alor Limbat atas penggulungan yang terakhir pada petang ini dan memenuhi masa yang saya mintak. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya tangguhkan persidangan kita kepada hari esok, 24 Mac 2022 pada pukul 9.30 pagi dan untuk itu marilah sama-sama kita membaca Tasbih Kaffarah dan Surah Al-Asr.
DEWAN DITANGGUHKAN PADA PUKUL 4.54 PETANG