Terengganu · 24 March 2022

14th Assembly, 5th session, 1st meeting · 86 turns · 18,264 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalTerengganu publishes one PDF per meeting, with the written answers appended. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

Soalan-Soalan LisanQuestions

Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, mesyuarat disambung semula. Sebelum kita memulakan persidangan Dewan pada pagi ini, marilah sama-sama kita membaca Ummul Quran Al-Fatihah.

Mesyuarat pada pagi ini diteruskan dengan Soalan-soalan Lisan. Berikut adalah Ahli-ahli Berhormat yang telah memberi notis untuk mengemukakan Soalan-soalan Lisan pada hari ini iaitu 24 Mac 2022:

1.

Yang Berhormat Wakil Tepoh 2.

Yang Berhormat Wakil Batu Buruk 3.

Yang Berhormat Wakil Seberang Takir 4.

Yang Berhormat Wakil Sura 5.

Yang Berhormat Wakil Buluh Gading

6.

Yang Berhormat Wakil Bukit Besi 7.

Yang Berhormat Wakil Manir 8.

Yang Berhormat Wakil Jertih 9.

Yang Berhormat Wakil Rantau Abang 10.

Yang Berhormat Wakil Langkap 11.

Yang Berhormat Wakil Bandar 12.

Yang Berhormat Wakil Air Putih 13.

Yang Berhormat Wakil Ajil 14.

Yang Berhormat Wakil Kemasik 15.

Yang Berhormat Wakil Wanita

Oleh kerana persidangan pada hari ini merupakan persidangan yang terakhir, saya mengharapkan kerjasama daripada semua Yang Berhormat untuk menggunakan masa dengan sebaik-baiknya. Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Wakil Tepoh untuk memulakan sesi soal jawab Soalan Lisan pada pagi ini.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 1 -

Mohon dinyatakan rancangan dan usaha Kerajaan Negeri dalam menggiatkan penternakan unggas terutamanya bagi menyokong bekalan ayam dan telur ayam dalam pasaran tempatan supaya mencukupi untuk menampung permintaan di negeri ini.

YANG BERHORMAT Dr. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi):

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Tepoh. Ladang ayam di Terengganu ada 128 ladang yang menghasilkan kira-kira 3,327,600 ekor ayam bagi satu pusingan atau 17,070,588 ekor ayam setahun dengan kadar lima pusingan pengeluaran setahun. Bagi tahun 2021 sebanyak 30,722 metrik tan ayam yang dihasilkan daripada ladang-ladang ini berbanding keperluan sebenar ayam di Terengganu, kira-kira 42,880 metrik tan. Jadi, SSL ayam di Terengganu pada kadar 64.18%. Terengganu belum mempunyai ladang ayam penelur, bukan Terengganu tidak ada telur dan keperluan telur ayam negeri kita sebanyak kira-kira 465,000,192 biji setahun. Kuatnya orang

Terengganu makan telur yang dibekalkan daripada ladang ayam penelur daripada luar Terengganu.

Di antara langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk memajukan ternakan ayam ialah yang pertama membangunkan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Telaga Papan, Setiu dan TKPM Mengabang Bakong di Kuala Nerus sebagai Zon Penternakan Unggas yang dilengkapi dengan infrastruktur asas antaranya jalan dan bekalan elektrik. Maka Kerajaan mengalu-alukan pihak pelabur ahlan wasahlan, welcome untuk sama-sama memanfaatkan lot-lot tanah yang ada di Telaga Papan dan di Mengabang Bakong untuk dibina ladang-ladang ternakan unggas dengan kadar pajakan yang sangat berpatutan. Yang kedua, Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah melaksanakan Enakmen Perladangan Unggas bagi pembangunan ladang yang lebih sistematik dan pengeluaran ayam dapat ditingkatkan melalui pengurusan ladang yang lebih baik. Yang ketiga, penyaluran subsidi kepada penternak ayam pedaging berdaftar. Mengambil kira pengeluaran daripada Februari sehingga Jun 2022 dengan kadar antara 30 sen hingga 60 sen per kilogram ayam yang dikeluarkan dan subsidi ini diharap mampu untuk menyerap sebahagian daripada kos kenaikan makanan ternakan. Terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan tambahan saya yang pertama: Menjelang Ramadan, dalam tempoh terdekat ini, bagaimanakah persediaan pihak Kerajaan agar bekalan ayam, telur dapat mencukupi untuk kegunaan umat Islam dan juga rakyat Negeri Terengganu yang kita jangka bila masuk sahaja bulan Ramadan, penggunaannya mungkin berganda berbanding dengan biasa. Terima kasih.

YANG BERHORMAT Dr. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi): Terima kasih atas keprihatinan Tepoh. Kerajaan Negeri telah membuat penyelarasan terbaik bersama dengan KPDNHEP untuk nak memastikan bekalan bahan-bahan keperluan asas seperti ayam, telur dan keperluan-keperluan lain, insya-Allah mencukupi menjelang Ramadan dan mampu mengawal dari segi kadar kenaikan harga. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat.

Saya jemput Yang Berhormat Batu Buruk.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih. Soalan saya nombor 2 –

Pelabuhan Cendering merupakan Pelabuhan gah di Terengganu semasa era kegemilangan sekitar 1990 an. Namun fungsi pelabuhan ini semakin pudar ekoran pendaratan yang semakin menurun.

Apakah status terkini penambahbaikan dan pembangunan pelabuhan ini?

YANG BERHORMAT Dr. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi): Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih adinda daripada Batu Buruk. Pelabuhan LKIM Cendering yang pernah melalui zaman kegemilangan dalam sekitar tahun 90-an, dalam masa lima tahun kebelakangan ini telah mengalami pengurangan mendadak dari segi pendaratan bot-bot nelayan sekitar kira-kira 40% pengurangan. Di antara isu utama ialah kerana pemendapan pasir yang menyebabkan kawasan Pelabuhan menjadi cetek. Bot laut dalam memerlukan kedalaman minima sekitar 5 meter untuk berlabuh sedangkan kedalaman Pelabuhan Cendering telah berkurangan kepada sekitar 3 meter dan ada kawasan-kawasan pelabuhan yang tertimbus terus dengan pasir sehingga boleh dijadikan padang bola sepak pantai. Pemendapan pasir ini berpunca daripada breakwater dengan izin, atau benteng pemecah ombak yang tidak berfungsi dengan baik menyebabkan pasir boleh masuk ke kawasan pelabuhan. Di antara tindakan jangka pendek yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri ialah Kerajaan telah melantik konsesi pasir dan konsesi ini juga telah menerima kontrak Projek Pengawalan Hakisan Pantai di Marang daripada Kementerian Alam Sekitar dan Air dan dijangka proses penggalian, pengerukan pelabuhan ini akan bermula dalam masa terdekat insya-Allah.

Dalam masa yang sama untuk memperkuatkan lagi Kerajaan telah mengangkat Cadangan Projek Pembangunan dan Pemerkasaan Pelabuhan LKIM Cendering dan telah dimasukkan sebagai priority nombor satu dalam senarai Keutamaan Projek-projek Negeri Sepuluh Senarai dalam permohonan RP-3 RMK-12 yang telah diangkat kepada Kerajaan Persekutuan dan Peruntukan yang diperlukan untuk projek pembangunan dan pemerkasaan pelabuhan ini kira-kira RM100,000,095.00 juta yang melibatkan komponen untuk menaik taraf breakwater, pembinaan breakwater baru dan juga menaik taraf beberapa infrastruktur dan utiliti yang ada di pelabuhan. Terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan tambahan: Walaupun Pelabuhan Cendering ini berada di dalam DUN Batu Buruk kalau ikut secara zahirnya tanggungjawab Kerajaan Negeri tetapi kita semua maklum pelabuhan ini di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Jadi, soalannya sejauh manakah komitmen Kerajaan Persekutuan dalam mengembalikan kegemilangan pelabuhan perikanan ini?

YANG BERHORMAT Dr. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi): Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, benar sebagaimana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Batu Buruk. Pelabuhan Cendering ini ada ayoh dia dan ayohnya adalah Kerajaan Persekutuan. Oleh kerana rakyat kita di Terengganu yang mengambil manfaat daripada kewujudan pelabuhan ini, maka Kerajaan Negeri bekerjasama dan berkolaborasi secara rapat dengan Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan isu lapuk yang telah lama berlanjutan. Isu Pelabuhan Cendering ini menjadi di antara topik utama yang kita bincangkan dalam kunjungan-kunjungan hormat yang terakhirnya pada November 2021 kepada Yang Berhormat Menteri MAFI dan ekoran daripada itu pada 24 Januari 2022, Yang Berhormat Menteri MAFI telah turun untuk meninjau situasi sebenar yang sebelum itu telah didahului oleh rombongan daripada Unit Perancang Ekonomi untuk melihat situasi dan keperluan sebenarnya dan insya-Allah kita meyakini kerjasama di antara negeri dan pusat kita mampu mengembalikan semula kegemilangan Pelabuhan Chendering sebagaimana era kegemilangan pada awal 90-an dulu. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Sekarang saya jemput Wakil Seberang Takir.

YB DATO’ SERI DR. HAJI AHMAD RAZIF BIN ABD. RAHMAN (Wakil Seberang Takir):

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya ni berkait jugok dengan soalan yang sebelum ni iaitu soalan yang pertama, terima kasih.

Apakah status terkini projek Aquapolitan yang berkonsepkan Sea

Felda di Kampung Seberang Pak Abu, Seberang Takir yang telah diluluskan Kerajaan Pusat sebelum ini?

YANG BERHORMAT Dr. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi): Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Seberang Takir. Soalan berkaitan dengan Projek Aquapolitan Kuala Nerus. Selepas daripada Mesyuarat Sidang Dewan Undangan Negeri Penggal Ketiga pada Ogos 2020 ekoran daripada isu yang dibangkitkan oleh Seberang Takir, satu mesyuarat penyelarasan telah dibuat antara Kerajaan Negeri yang melibatkan UPEN, PTG, Pejabat Daerah Kuala Nerus, JKR, JPS, Jabatan Perikanan, LKIM, SUK Perumahan, PMINT bersama dengan ECER. Rumusan daripada mesyuarat ini ECERDC melaporkan Projek Aquapolitan Kuala Nerus telah ditamatkan pada tahun 2019 ekoran daripada isu-isu yang tidak dapat diselesaikan dan isu-isu ini bukan isu yang bersabit dan berkait dengan Kerajaan Negeri kerana Kerajaan Negeri memberikan komitmen dan kerjasama sepenuhnya untuk menjayakan projek ini. Isu ini adalah isu di antara ECERDC dengan Kerajaan Persekutuan. Ekoran daripada pembatalan ini maka SUK Perumahan telah mencadangkan untuk dibina perumahan, projek perumahan di atas sebahagian daripada tapak tanah cadangan projek dan cadangan ini telah diluluskan oleh Kerajaan untuk Projek Perumahan Bercampur termasuklah pembinaan 67 rumah mampu milik untuk perpindahan penduduk yang terlibat dengan Corniche Road Terengganu City Centre. Bagi Kawasan projek di tepi sungai Kampung Seberang Pak Abu dicadangkan oleh Kerajaan Negeri untuk dibina sebuah jeti perikanan dengan matlamat mewujudkan kompleks perikanan baru bagi mengantikan Kompleks Perikanan Pulau Kambing yang sekarang ni sudah terlalu sesak untuk menampung pendaratan dan pengerakan bot-bot nelayan.

Dan satu bengkel untuk merealisasikan cadangan ini telah diadakan dan Kerajaan Negeri telah meminta supaya ECERDC melihat aspek ini secara serius yang kita fokus ialah komponen-komponen asas kepada sebuah kompleks perikanan di antaranya jeti, cold room, kilang air batu dan sebagainya kerana cadangan yang terlalu ideal dalam Projek Aquapolitan Kuala Nerus dengan kos lebih daripada 300 juta akhirnya tidak dapat dilaksanakan. Biarlah cadangan projek itu dalam bentuk infra-infra asas tapi akhirnya kita dapat laksanakan supaya ia menjadi satu pemangkin kepada pembangunan industri perikanan kita, menggantikan Kompleks Perikanan di Pulau Kambing yang ada sekarang ini. Terima kasih.

YB DATO’ SERI DR. HAJI AHMAD RAZIF BIN ABD. RAHMAN (Wakil Seberang Takir): Dato’ Yang di-Pertua, soalan tambahan saya ni. Sayanglah Dato’ Yang di-Pertua sebab saya nak betulkan balik kenyataan menyatakan RM300 juta. Bukan RM300 juta, RM180 juta yang telah diluluskan melalui ECER dan malangnya sudah ada kelulusan untuk membina 500 unit rumah untuk nelayan. Jadi bermakna kita akan dapat membantu 500 keluarga miskin apabila melaksanakan projek ini dan projek ini pun telah dipecah tanah oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika itu. Dan projek itu dan duit dah turun pada ECER dan projek yang pertama adalah melaksanakan projek perumahan 500 unit rumah yang dilaksanakan melalui Kerajaan Negeri dan juga melalui ECER. Jadi sayanglah kalau maknanya dengan konsep yang telah dibuat dan projek ini merupakan projek yang pertama di dunia dan boleh membantu menyelesaikan masalah 500 keluarga yang sudah pasti akan memberikan banyak peluang-peluang pekerjaan. Soalan saya, ada atau tidak hasrat Kerajaan untuk merayu lebih-lebih lagi dengan pertukaran pentadbiran pusat sekarang ni yang bukan lagi Perdana Menteri yang lama sebab yang dibatalkan dahulu Perdana Menteri yang lama dengan Menteri Kewangan yang lama dengan harapan Perdana Menteri yang baru dan dengan Menteri Kewangan yang baru kot-kot dapat dipertimbangkan semula untuk dilaksanakan projek ini yang saya kira kalau dilaksanakan ini adalah yang pertama di dunia. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

YANG BERHORMAT Dr. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi): Dato’ Yang di-Pertua, hasrat Seberang Takir adalah hasrat kita bersama. Begitu juga yang kita lontarkan kepada ECERDC dalam mesyuarat penyelarasan. Sebaik-baiknya dan seboleh-bolehnya kita nok supaya projek ini dilaksanakan tetapi bukan hanya projek ECERDC malah banyak lagi projek-projek lain yang diistilahkan kelulusan hanya ada tapi duit tarak mari. Inilah situasi yang berlaku dan kerana itulah kita mintak ECERDC menjayakan satu projek dengan skala yang lebih kecil. Skala yang lebih kecil ni pun kalau berjaya dijayakan, kita sudah sangat bersyukur dan berterima kasih. Dan kekurangan daripada projek itu sebagaimana yang saya sebutkan tadi akan ditampung oleh Kerajaan Negeri dengan pembinaan perumahan bercampur serta perumahan rumah mampu milik, dalam masa yang sama PERMINT juga ada cadangan di atas sebahagian daripada tanah tapak projek itu untuk di bina projek perumahan juga yang sebahagianya diperuntukan untuk kakitangan awam. Dalam masa yang sama projek-projek perumahan nelayan yang lain sedang dilaksanakan di beberapa daerah. Bermakna perumahan nelayan adalah keutamaan kita tetapi oleh kerana ada

perkara-perkara yang berada di luar daripada bidang kuasa kita maka inilah keputusan yang ada sekarang ini. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Saya jemput Wakil Sura.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya yang pertama-

Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM10 juta bagi membantu rakyat melalui Program Kad Sejahtera. Apakah impak yang telah dinikmati oleh rakyat melalui program ini serta kos yang telah ditanggung oleh Kerajaan sehingga tahun 2021?

YANG BERHORMAT Dr. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal):

, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Rakan-rakan Berhormat, Ketua-Ketua Kerajaan dan Para pemerhati sekalian. Terima kasih Wakil Sura. Wakil Sura ingin tahu Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM10 juta bagi membantu rakyat melalui Program Khas Sejahtera. Apa yang ingin didapatkan maklumat tentang apakah impak yang telah dinikmati rakyat melalui program ini serta yang keduanya berapa kos yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri sehinga tahun 2021.

Untuk makluman Yang di-Pertua dan ahli Dewan semuanya, impak kepada rakyat boleh kita bahagikan kepada tiga. Inilah yang menjadikan asas kepada kita menyatakan dalam manifesto kita untuk Pilihan Raya Ke-14 yang lalu. Antaranya ialah kesan atau impak kepada peserta atau pemegang kad Sejahtera, sesuai dengan dasar Primary Health Care yang dinyatakan bahawa antara komponennya ialah untuk kita membuat pengesanan awal, early diagnosis and the form treatment. Jadi dengan adanya access rakyat yang golongan kurang, pendapatan rendah ini ke klinik-klinik swasta yang dikira seluruh negeri ada klinik swasta ini. Lebih daripada 100 buah klinik seluruh Negeri Terengganu daripada Besut sampai ke Kemaman. Dengan itu golongan yang berpendapatan rendah yang biasalah golongan yang rentan juga pelbagai

penyakit yang selama ini mungkin lewat ke Hospital Kerajaan kerana mungkin kerana jarak, yang kedua masa menunggu yang agak lama dan sebahagian besar daripadanya orang-orang yang sudah warga emas yang sudah banyak penyakit maka mereka ini sukar untuk menunggu lama dan pergi ke tempat yang jauh. Oleh itu, dengan adanya kad sejahtera ini mereka boleh mendapatkan rawatan yang segera di klinik-klinik yang berdekatan dengan kediaman masing-masing. Maka dengan itu, kos rawatan juga yang ditanggung oleh Kerajaan akan berkurangan kerana bila mendapatkan rawatan di peringkat awal ini biasanya dia cepat sembuh dan kos ubat pun tidak begitu besar, tapi sekiranya dia mendapat rawatan yang telah dua tiga hari seminggu sakit baru nak ke hospital, kemungkinan penyakit dah makin teruk, kemungkinan juga kena masuk hospital ataupun rawatan pesakit luar pun dengan kos ubat yang lebih banyak dan kos yang lebih tinggi. Itu antara manfaat utama yang akan diperolehi oleh golongan berpendapatan rendah yang memiliki kad sejahtera ini. Yang keduanya juga kita boleh memberi, mendapatkan kerjasama daripada pihak klinik swasta dalam sama-sama memberi perkhidmatan kesihatan kepada rakyat di Negeri Terengganu yang terbaiklah insya-Allah dan juga boleh menjana ekonomi setempat. Bila mereka dapat pelanggan baru, dengan peruntukan yang diberikan oleh kerajaan, ekonomi tempatan itu akan meningkat. Pendapatan klinik akan meningkat dan mereka mungkin boleh belanja dengan lebih banyak di kawasan mereka, sama ada di kedai runcit, beli bahan mentah dan sebagainya. Yang ketiganya dari segi kakitangan klinik kerajaan hari ini kita tahu sebahagian besar daripada pusat-pusat kesihatan dan juga hospital kita overload. Terlalu ramai pesakit yang membebankan, bebanan yang besar kepada kakitangan dan juga pesakit sendiri akan menunggu lama untuk menyelesaikan ataupun berjumpa dengan doktor kerana faktor pesakit melebihi kapasiti biasa sesebuah pusat kesihatan ataupun hospital-hospital kerajaan.

Dengan kita sebahagian besar atau sebahagian daripada pesakit telah mendapat rawatan di klinik swasta maka di sana kita mengurangkan bebanan ini kepada klinik-klinik kerajaan jadi kerajaan hospital juga kakitangannya akan merawat pesakit yang lebih yang kurang, buat tidak sempurna yang bilangan yang berkurangan dan juga kos yang ditanggung ubat-ubatan juga akan berkurangan. Itu antara impak yang langsung yang diperolehi oleh pada pemegang kad sendiri oleh pengusaha klinik ataupun doktor swasta dan juga pihak kerajaan sendiri. Serampang tiga mata, semua dapat manfaat secara langsung dan juga tidak langsung. insya-Allah, disamping juga menjana

ekonomi setempat bagi peniaga-peniaga tempatan. Yang keduanya tentang kos. Setakat ini setelah dilancarkan 2019 sehingga kini 2021, kos yang ditanggung oleh kerajaan oleh Kad Sejahtera ini ataupun mereka yang telah mendapat rawatan di klinik swasta yang dibiayai oleh kerajaan ialah RM5,060,037.00 yang kita tengok ada peningkatan penambahan dari tahun ke setahun. Pada tahun 2019 RM364,000.00 lebih, tahun 2020 RM1.1 juta, 2021 RM3.6 juta. Jadi menunjukkan satu sambutan rakyat sendiri makin meningkat dari tahun ke tahun. Inilah satu, saya kira satu kejayaan dan juga manfaat yang diperolehi oleh rakyat Negeri Terengganu dengan terlaksananya Manifesto PRU 14 berkenaan dengan Kad Sejahtera ini. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi penghargaan terima kasih dan tahniah kepada Kerajaan Negeri kerana usaha untuk membantu rakyat kita dalam mendapatkan rawatan perubatan. Soalan tambahan saya: Sehingga Disember 2021, seramai 10,120 orang telah menerima Kad Sejahtera ini. Jadi sejauh manakah dapatan pihak kerajaan terhadap penerima Kad Sejahtera ini. Kad Sejahtera yang diberikan kepada penerima digunakan sebaik-baiknya oleh penerima tersebut. Terima kasih.

YANG BERHORMAT Dr. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Dato’ Yang di-Pertua dan sekalian Ahli Yang Berhormat dan para pemerhati, menjawab soalan daripada Sura, kita sebenarnya telah mengeluarkan Kad Sejahtera 20,000 kepada penerima sehingga kinilah 20,000 penerima sebagaimana yang kita sasarkan dalam manifesto kita dan insya-Allah kita akan tambah lagi bila keadaan kewangan mengizinkan, sehingga kini kita dapati saya ambil setahun doh bermula daripada Mac 2021 sehingga Februari 2022 telah berlaku sebanyak 50,198 transaksi. Maknanya sudah 20,198 orang dalam tempoh setahun mendapat rawatan di klinik swasta, bermakna dengan sendirinya pihak pusat kesihatan ataupun kemudahan pusat kesihatan ataupun pusat kemudahan kerajaan telah berkurangan kehadiran 25,000 orang ini telah ke klinik swasta. Di situ nampak beban yang dikurangkan yang ditanggung oleh pusat-pusat kesihatan dan hospital kerajaan yang telah melibatkan sejumlah bayaran RM2,878,707.22. Ini menunjukkan bahawa bajet kita setahun RM10 juta tapi yang belanja hanya RM2.8 juta. Insya-Allah, bila kita tengok trend peningkatan ini, jadi saya rasa tahun 2022 ini mungkin kita boleh capai dengan

kadar yang lebih tinggi lagi. Saya harapnya pihak Kerajaan akan terus memberi peruntukan yang secukupnya untuk dua tahun yang mendatang insya-Allah dan semoga rakyat Terengganu akan terus dijaga dari segi kesihatan yang lebih baik khususnya di musim COVID-19 ini supaya tidak ramai nanti yang terlantar di hospital. Ataupun yang yang terpaksa tidak bekerja kerana mendapat penyakit yang sukar dirawati dan juga akan mengambil masa cuti yang panjang dengan ada nya rawatan yang segera ini insya-Allah perkara itu kita akan dapat kurangkan dan kita akan dapat memberi ruang yang lebih baik kepada golongan B40 ini mendapat rawatan dan juga dari segi ekonomi mereka. Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih.

Yang di-Pertua

Sila Wakil Buluh Gading kemukakan soalan.

Haji Ridzuan bin HashimPAS · PNBuluh Gading

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan nombor satu-

Sehingga kini berapakah bilangan PINTAR yang terdapat di seluruh negeri dan apakah perkhidmatan yang disediakan kepada rakyat.

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan, soalan daripada Buluh Gading bertanya berkenaan dengan bilangan PINTAR. Sekarang ini terdapat 39 buah Pusat Internet Akses Rakyat PINTAR. Di mana yang terakhir PINTAR Redang yang ke 39 yang telah dirasmikan 31 Januari 2022 yang lalu dan perkhidmatan PINTAR yang pertama e-Perkhidmatan Kerajaan, e-Government, permohonan bantuan dan perkhidmatan atas talian agensi-agensi Kerajaan MAIDAM, Bantuan Baucar Perlindungan, MySalam, Pusat Mencapai Maklumat seperti maklumat kerajaan, ilmu dan berita yang soheh dan yang terbaru kita proses i-Fitri, i-bantuan dan juga PRT untuk kemudahan rakyat. Yang kedua e-Pembelanjaran, e-Learning sebagai contoh PdPR, persidangan video atas talian, peperiksaan atas talian, seterusnya e-Dagang, e-Commerce untuk memudahkan perniagaan atas talian kepada rakyat, Pusat Komunikasi iCity, Latihan asas ICT dan teknologi digital, pusat didikan penggunaan internet dengan selamat seterusnya pembayaran bil setempat, pembayaran bil utiliti TNB, ASTRO, UNIFI, pembelian tambah nilai e-

Wallet, prabayar, Pembayaran Pinjaman Mara, AEON , PTPTN, Deposit Tunai, Tabung Haji, BSN, AGRO Bank. Kerjasama semasa PINTAR bersama agensi XOX, TM, i-MITS dan kerjasama akan datang insya-Allah, PINTAR akan bersama agensi THRDC, PERKESO, SSM, SATU, Terengganu Express, YPU. Sekian.

Haji Ridzuan bin HashimPAS · PNBuluh Gading

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan tambahan saya: Berapakah kekerapan pengunjung atau jumlah pengunjung ke Pusat Internet Akses Rakyat (PINTAR) yang disediakan oleh kerajaan ini? Adakah ia mendapat sambutan yang baik, daripada rakyat dan dimanfaatkan semaksimanya khususnya dikalangan masyarakat setempat. Terima kasih.

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Terima kasih kepada Buluh Gading. Jumlah pengunjung sepanjang tahun 2021 adalah seramai 23,371 orang selaras dengan keadaan semasa di dalam fasa peralihan ke endamik. Kadar kehadiran pengunjung menunjukkan peningkatan positif di mana kadar pengunjung pada Februari 2022 seramai 1,832 orang dibandingkan dengan Februari 2021 hanya 1,225 orang, peningkatan sebanyak 607 orang persamaan 33% dibandingkan Februari tahun 2021 dan 2022. Sekian.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Boleh saya celah satu soalan. PINTAR ini kat mana ni PINTAR ni? Bangunan PINTAR ni?

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Dok kan dok tahu carilah, dalam DUN setiap DUN ada satu.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Oh, setiap DUN ada satu, ke tapak Bestari.com dulu?

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Dia asal penubuhannya pada tahun 2001 yang kita buat di masjid-masjid beberapa buah antaranya dalam DUN Alur Limbat, Rhu Rendang, kemudian barulah wujudnya Bestari. Lepas Bestari kita upgrade kepada PINTAR dengan pelbagai

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Tapak Bestari.com dululah?

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Sebelum Bestari kita ada dah akses internet yang kita buat. Jadi bukan Bestari yang pertama.

Yang di-Pertua

Yang Berhormat, start zaman saya yang dulu, start zaman saya jadi EXCO dulu, macam yang disebut tadi, lama doh bukan baru.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Lepas tu ada berapa buah komputer setiap PINTAR ini?

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Kita sudah upgrade tahun lepas 10 buah, yang baru semua sekali PINTAR.

Yang di-Pertua

Yang Berhormat sekalian, saya jemput Wakil Bukit Besi.

Haji Roslee bin DaudUMNO · BNBukit Besi

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya nombor satu-

Sila sebutkan jumlah pengunjung yang datang ke Muzium Bukit Besi sejak dibuka sehingga sekarang dan sejauh manakah pendekatan Kerajaan Negeri dalam mempromosikan muzium tersebut memandangkan Bukit Besi adalah wilayah yang mempunyai nilai sejarahnya yang tersendiri?

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Bukit Besi. Soalan yang berkait dengan Muzium Bukit Besi, untuk pengetahuan Muzium Bukit Besi merupakan Muzium Bukit Besi yang memaparkan sejarah perlombongan bijih besi terbesar di Asia Tenggara yang mula dibuka untuk awam pada 15 Oktober 2021. Muzium tersebut menghimpunkan koleksi khazanah dan maklumat lengkap mengenai perlombongan bijih besi di kawasan Bukit Besi yang pernah beroperasi hampir 60 tahun bermula tahun 1916. Soalannya jumlah pengunjung yang sejak dibuka kepada umum, Muzium Bukit Besi telah merekodkan kedatangan seramai 19,000 pengunjung bermula 15 Ogos 2021 sehingga 18 Februari 2022. Pelbagai program promosi telah dilakukan menerusi

kerjasama antara Jabatan Pelancongan Negeri dan KETENGAH dalam usaha mempromosikan dan mengetengahkan Bukit Besi sebagai destinasi pelancongan yang memaparkan sejarah kegemilangan aktiviti perlombongan bijih timah pada suatu ketika dahulu. Selain daripada itu, promosi di media perdana juga giat dijalankan bagi promosi rakaman seperti dokumentari, tempat-tempat percutian bersejarah Bukit Besi, di siaran TV seperti RTM dan juga TV OKEY, sekian.

Haji Roslee bin DaudUMNO · BNBukit Besi

Soalan tambahan: Apakah perancangan Kerajaan Negeri sebab benda ini benda baru kan, jadi apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk meningkatkan lagi promosi sebab pada saya kehadirannya memang peringkat awal ini memang menggalakkan tetapi buat masa ini memang nampak slow sikit. Jadi, apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk masa-masa yang akan datang?

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Insya-Allah, oleh kerana Muzium Bukit Besi ini terletak di kawasan KETENGAH, kami akan sentiasa bekerjasama dengan pihak KETENGAH untuk memajukan Muzium Bukit Besi dan kita yakin oleh kerana muzium ini dia ada tarikan tersendiri, dia ada peminat tersendiri dam juga Bukit Besi ini memang tempatnya agak dikira pedalamanlah, walau bagaimanapun kita akan tingkatkan promosi antaranya sebagaimana yang kita sebut insya-Allah, kita akan terus bersiaran di TV perdana, TV OKEY dan juga melalui medium terkini Facebook, Twitter dan seumpamanya insya-Allah termasuklah Tik Tok yang mendapat sambutan yang luar biasa daripada masyarakat sekarang ini. Kita akan teruskan melalui Jabatan Pelancongan dan juga melalui KETENGAH, insya-Allah kita akan bekerjasama.

Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Wakil Manir.

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya No 1 –

Sehingga kini berapakah bilangan menara telekomunikasi terdapat di Negeri Terengganu?

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalannya adalah berapakah bilangan menara telekomunikasi terdapat di Negeri Terengganu. Sehingga suku keempat tahun 2021, terdapat 1,483 struktur telekomunikasi sedia ada di seluruh Negeri Terengganu yang telah memberikan capaian liputan 4G di kawasan berpenduduk sebanyak 96.21%. Melalui Projek JENDELA Fasa 1, sebanyak 75 lagi tambahan menara baharu akan dibina dan jangka beroperasi pada penghujung Julai 2023, menjadikan keseluruhan menara sebanyak 1558 menara telekomunikasi di Negeri Terengganu. Dengan pertambahan 75 menara baharu, peratus capaian liputan 4G bagi kawasan berpenduduk di Negeri Terengganu akan meningkat kepada 97.26%. Sekian.

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, masalah Telco ini adalah satu masalah yang berpanjangan dan dia bukan zaman Kerajaan ni je ade. Sebelum-sebelum ni pun, masa kita orang duk belah sana pun memang kita timbulkan isu-isu berkaitan dengan Telco ini dan ia masalah yang berpanjangan. Mari zaman kita ni, kita cuba lagi perbetulkan dan kita cuba mengasak pihak-pihak Kerajaan, pihak EXCO supaya lebih berdaya saing dalam mengenengahkan perkembangan yang lebih baik kepada pemancar-pemancar yang berkaitan dengan Telco ini. Jadi, soalannya apakah pihak Kerajaan mempunyai data tentang berapakah bilangan stesen-stesen pemancar yang sedia ada dan apakah stesen pemancar yang sedia ada itu telah dinaik taraf kepada liputan ataupun kita panggil liputan 4G dan apakah ada rancangan untuk menambah baik ataupun menambah bilangan menara baru bagi meningkatkan lagi mutu liputan telekomunikasi di Negeri Terengganu? Terima kasih.

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Terima kasih kepada Wakil Manir. Sebenarnya, semalam saya dah jawab dalam penggulungan sebahagian daripada soalan tersebut di mana pihak Kerajaan Negeri sebagaimana saya jawab tadi Projek Jendela Fasa Pertama, 75 lagi tambahan yang menjadikan 1,558 menara telekomunikasi dan insya-Allah sebaik sahaja selesai fasa pertama akan ada fasa kedua, fasa ketiga. Kita sebenarnya sehingga 2021, Disember kalau mengikut perancangan daripada MCMC, mereka akan menaik taraf sepenuhnya, hampir sebenarnya yang telah berjaya hampir 100% daripda 3G kepada 4G maknanya semua menara boleh menampung internet bukan sahaja talian telefon di seluruh Negeri Terengganu.

Walau bagaimanapun, kita sedar untuk memenuhi keseluruhan Negeri Terengganu, terutamanya di kawasan-kawasan pedalaman, untuk maklumannya sememangnya MCMC mereka bukan sahaja membina menara di kawasan bandar tetapi mereka juga memfokuskan di kawasan-kawasan pedalaman. Walaupun di suatu tempat hanya ada 5 atau 3 buah rumah sahaja ataupun di kawasan pelancongan misalnya yang terbaru kita telah membina menara telekomunikasi di Pulau Tenggol walaupun tiada berpenghuni tetapi ada 3 buah chalet di situ pemiliknya dan juga di kawasan pedalaman di Tasik Kenyir. Yang terbaru kita insya-Allah tahun ini di Santuari Kelah, bagi sesiapa yang pergi ke Santuari Kelah sekarang ini memang mereka tak dapat menghubungilah dengan 3G pun takde, 4G pun takde. Menara sedang dibina, ni usaha yang sedang dibuat sebenarnya untuk menyelesaikan isu-isu yang berkait dengan isu telekomunikasi di seluruh Negeri Terengganu dan insya-Allah yang terbaru kalau fasa yang seterusnya kita pergi bukan sahaja kepada 4G tetapi 5G yang berkait dengan fiberisasi yang sekarang ini bukan sahaja kita berbincang, merancang tetapi insya-Allah, Terengganu juga akan merasai 5G, liputan yang lebih meluas dengan kelajuan yang lebih lajulah, insya-Allah. Sekian.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, ada satu soalan tanya. Boleh tak nyatakan daripada 1,558 itu, pecahan ikut daerah sebab kita, ialah kita nak juga ke 5G, tapi 4G pun kadang-kadang tak complete molek lagi, kalau ada taburan mengikut daerah itu boleh maklum juga kepada kita. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Data ini saya minta notis, data ada, cuma ada sedikit masalah apabila diupgrade 3G ke 4G kerana liputannya ada gangguan tetapi telah diselesaikan oleh pihak MCMC dan sedikit tambahan, bukan sahaja menara ini diusahakan oleh pihak MCMC Suruhanjaya Komunikasi tetapi kita ada satu syarikat Terengganu Communication (TCOMM) di mana TCOMM lebih kepada menara komersial di kawasan-kawasan bandar dan MCMC menumpukan di kawasan-kawasan pedalaman dan sehingga kini ada, kita telah lebih 20 menara yang telah kita buat di kawasan bandar dengan kerjasama telco yang ada di negara kita. Alhamdullilah sehingga kini pihak telco telah memberikan kerjasama yang sangat baik dan memang kita tak dapat nafikan sehingga hari ini masih ada kawasan-kawasan yang belum mendapat liputan dan insya-Allah dalam kita

sudah ada senarai panjang untuk kita selesaikan sebaik sahaja kita selesai fasa yang pertama, JENDELA fasa pertama kita akan teruskan untuk seterusnya dan di mana kita, capaian 4G bagi kawasan berpenduduk bagi di Negeri Terengganu sebenarnya telah meningkat 97.26%, satu angka dah agak tinggi sebenarnya. Sekian.

Yang di-Pertua

Sekarang saya jemput Wakil Jertih.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya soalan kedua-

Berapakah keluasan projek pertanian di Lembah Bidong, Setiu dan berapa syarikat yang sedang aktif beroperasi?

YANG BERHORMAT Dr. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi): Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih kekanda Wakil Jertih. Kawasan pertanian Lembah Bidong di Setiu seluas 1,528 hektar, lebih kurang dan ada 19 syarikat yang sedang beroperasi sekarang ini.

BIL PROJEK/SYARIKAT LUAS (HEKTAR) 1 Tanaman Lada hitam oleh McCormick Global Ingredients (M) Sdn Bhd 617.65 2 Tanaman Kelapa Sawit oleh Ladang Rakyat Sdn Bhd 173.45 3 Tanaman Rumput Napier oleh Terengganu Agrotech Development Corp. Sdn Bhd (TADC) 100 4 Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Rhu Tapai Dalam TKPM Rhu Tapai sekarang ini sedang beroperasi 16 syarikat dan 23 individu 637.71

Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, ada dok tanah yang kita beri kepada usahawan ataupun syarikat yang tidak diusahakan? Kalau ada berapa keluasan dan yang kedua ada dok lagi lokasi yang masih kosong yang boleh dipohon oleh usahawan atau syarikat? Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua.

YANG BERHORMAT Dr. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi): Setakat ini memang kita buat pemutihan secara serius untuk nak memaksimakan dari segi peratusan kadar guna tanah, kerana itulah di antara langkah besar yang diambil oleh Kerajaan Negeri ialah pemutihan untuk TKPM Rhu Tapai, pemajak-pemajak ataupun penyewa-penyewa yang tidak produktif dan tidak mengusahakan tanah kita telah buat proses penamatan kemudian kita masukkan peserta-peserta baharu yang produktif menggantikan yang tidak produktif dan sekarang ini di TKPM Rhu Tapai masih terdapat kira-kira 40 lot lagi yang masih kosong dan kita jemput pelawa rakyat kita ataupun syarikat-syarikat yang berminat untuk mengusahakan terutamanya tanaman kontan di kawasan TKPM Rhu Tapai dengan kadar sewa yang sangat rendah berbanding dengan negeri-negeri lain, yang di luar daripada kawasan TKPM Rhu Tapai di Lembah Bidong kita sedang selesaikan isu-isu penerokaan haram dengan pemberian LMS terutamanya yang melibatkan kawasan tanah di mana Kerajaan tidak mempunyai sebarang perancangan pembangunan buat masa ini. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Sila, Wakil Rantau Abang kemukakan soalan.

Haji Alias bin HarunPAS · GSRantau Abang

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya ialah soalan nombor satu-

Dalam zaman IR 4.0 sekarang ini, apakah usaha yang telah dibuat oleh Kerajaan dalam persediaan untuk bersaing sama dalam zaman IR 4.0 ini.

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan dan juga ADUN Rantau Abang. Soalannya dalam zaman IR 4.0 sekarang ini, apakah usaha yang telah dibuat oleh Kerajaan dalam persediaan untuk turut sama berada dalam zaman IR 4.0 ini.

Usaha yang telah dibuat oleh Kerajaan dalam persediaan untuk turut sama berada dalam zaman IR 4.0 adalah Kerajaan Negeri telah menubuhkan Terengganu Advance Joint Digital Intelingence Development Corporation (TAJDID), yang mana menjadi payung bagi pelaksanaan semua projek dan program kerajaan dan bukan kerajaan, pelaksanaan semua projek dan program Kerajaan Digital Terengganu. Dua projek yang telah dilaksanakan dalam menyokong ke arah zaman IR 4.0 adalah pemasangan artificial intelligence, AI CCTV, bagi tujuan pemantauan dan kawalan keselamatan pengunjung bagi satu pecutan semangat ke arah pendigitalan dan pemasangan traffic light, smart traffic light di persimpangan Jalan Sultan Ismail bagi mengawal aliran traffic yang teruk di waktu kemuncak. Selain itu, Kerajaan Negeri turut dalam proses pembangunan Taman Maya AI yang mana menjelang 2030, insya-Allah kita bercita-cita untuk menjadi pemimpin terkemuka dalam pembangunan dan pelaksanaan AI yang berskala tinggi dalam sektor utama yang bernilai tinggi dan relevan dengan warga dan perniagaan di Terengganu. Taman AI secara progresif akan mengenalpasti projek AI Terengganu dalam sektor utama yang berimpak tinggi khususnya dari segi ekonomi dan sosial dengan menggunakan kaedah kitaran inovasi. Projek-projek ini akan membimbing pelaburan dalam penyelidikan AI, menjana permintaan dalam sektor utama untuk membangunkan bakat dan keupayaan di Negeri Terengganu dan juga membimbing Terengganu membina infrastruktur digital sokongan dan juga kita telah melancarkan tiga pelan strategik.

1. Pelan strategik Pendigitalan Pejabat SUK 2021-2025, baharu sahaja kita lancarkan beberapa minggu yang lalu dengan kerjasama MAMPU. 2. Pelan Induk Kerajaan Digital PINTAR Terengganu 2021-2030 3. Pelan Strategik Taman Maya AI Terengganu 2021-2025.

Sekian.

Haji Alias bin HarunPAS · GSRantau Abang

Terima kasih atas jawapan. Alhamdullilah telah pun wujud Taman Maya Artificial

Intelligence dan ini banyak memberi manfaat kepada masyarakat, terutama sekali peluang-peluang pekerjaanlah jadi soalan saya ialah: Selari dengan kewujudan Taman Maya Artificial Intelligence AI ini, apakah peluang pekerjaan yang akan diwujudkan kepada rakyat Terengganu? Yang kedua apakah langkah yang diambil oleh pihak Kerajaan Negeri bagi memperkasakan penggunaan-penggunaan teknologi digital ini agar rakyat tidak ketinggalan dalam pembangunan digital yang akan bersaing di tempat lain. Terima kasih.

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, selari dengan kewujudan Taman Maya AI, di antara peluang khususnya dalam bidang AI dan 4IR ini adalah yang pertama, drone pilot, drone pilot di bawah Taman Pelancongan AI dan Taman Pertanian AI akan memberikan perkhidmatan kepada sektor pelancongan dan juga pertanian sebagai contoh seperti pembajaan menggunakan drone. Seterusnya AI engineer, IOT engineer, blockchain engineer, autonomous vehicle engineer, AI for business developer, data scientist. Ini sebagai contoh dan insya-Allah kita akan bangunkan peluang-peluang pekerjaan yang sebagaimana kita sebut. Langkah yang diambil oleh pihak Kerajaan Negeri bagi memperkasakan penggunaan teknologi digital adalah yang pertama Terengganu Pay, seiring dengan pelaksanaan Kerajaan Digital, Kerajaan Negeri menerusi BPTM, BPTM ini adalah Bahagian Pembangunan Teknologi Maklumat. Kerajaan Negeri telah membangunkan satu gerbang pembayaran secara online yang dikenali sebagai Terengganu Pay. Bagi pembayaran bil-bil Kerajaan Negeri, pembayaran ke atas pelbagai bil dapat dibuat hanya melalui satu transaksi dengan caj satu perkhidmatan yang minima.

Yang kedua ialah Cashless Society. Kerajaan Negeri dengan kerjasama Bank Negara cawangan Terengganu, kita telah memperkenalkan dan melaksanakan Cashless Society di beberapa tempat. Yang pertama kita telah melancarkannya di Pulau Redang (Cashless Redang), di Pasar Payang (Cashless Pasar Payang), UNISZA (Universiti Sultan Zainal Abidin), Cashless UNISZA, alhamdulillah mendapat sambutan yang menggalakkan, yang sangat baiklah di kalangan peniaga dan juga rakyat yang mana pada hari ini sebanyak 329 peniaga telah menerima pembayaran secara atas talian dengan menggunakan QR Code, Duit Now. Kerajaan Negeri dengan sokongan Bank Negara Malaysia cawangan Terengganu dan institusi kewangan berhasrat untuk melancarkan semula Program Transformasi Digital di Pasar Payang pada tahun ini, insya-Allah dalam

waktu terdekat bagi membolehkan 100% peniaga di Pasar Payang menggunakan pembayaran secara atas talian.

Untuk makluman Ahli Mesyuarat, Pasar Payang juga telah menjadi penanda aras bagi pelaksanaan Transformasi Digital di kalangan peniaga di pasar awam di Malaysia. Insya-Allah dalam waktu yang terdekat kita akan membuat perasmian dan kita jangka insya-Allah 100% peniaga di Pasar Payang menggunakan pembayaran secara atas talian. Sekian.

YANG BERHORMAT DATO’ SERI Dr. HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Dato’ Yang di-Pertua, sikit nak penjelasan.

Yang di-Pertua

Sila

YANG BERHORMAT DATO’ SERI Dr. HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Saya dok faham I R, I R ni, mende ape? Isteri remaja ke mende ape? I R, banyak sangat istilah saya dok tahu.

Yang di-Pertua

Common doh Yang Berhormat.

YANG BERHORMAT DATO’ SERI Dr. HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Apa dia?

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Revolusi Industri 4.0 jadi…

YANG BERHORMAT DATO’ SERI Dr. HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Industri mende?

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Gini ah balik buka internet ah.

YANG BERHORMAT DATO’ SERI Dr. HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Dok, saya dok faham, kabolah selalu.

Yang di-Pertua

Dia dah sebut dah tadi.

YANG BERHORMAT DATO’ SERI Dr. HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Mende ape? Dok berapa dengor?

Yang di-Pertua

Industrial Revolution.

YANG BERHORMAT DATO’ SERI Dr. HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Oh revolution…

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Royak doh kang tadi…

YANG BERHORMAT DATO’ SERI Dr. HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Dakyoh cakap banyak. Kabo jelah. Dok I R I R. Isteri remaja ke?

Yang di-Pertua

Doh dia common doh guna Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat. Dang lagi. Sekarang saya jemput Wakil Langkap. Tak dok ke? Saya tiada maklumat. Setiausaha? Ada maklumat? Tak dok? Okey, takpelah. Tak dok takpelah. Kita terus jelah. Tapi saya harap semua Ahli Yang Berhormat yang berkeuzuran, ada masalah, sila maklum, ini memudahkan pengurusan dalam Persidangan. Seterusnya saya jemput Wakil Bandar.

Ahmad Shah bin MohamedPAS · PNBandar

Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya soalan pertama-

Kenapa Kerajaan Negeri menjadikan kempen tahun semarak dakwah 2022? Apakah aktiviti-aktiviti yang dicadangkan dan akan disusun?

Mohd Nor bin HamzahPAS · GSBukit Payung

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Bandar serta seluruh Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan. Soalan daripada DUN Bandar, kenapa Kerajaan Negeri menjadikan Kempen Tahun Semarak Dakwah 2022? Apakah aktiviti-aktiviti yang dicadangkan dan akan disusun dan dilaksanakan? Kerajaan Negeri mengambil inisiatif untuk melancarkan dan

pelancarannya akan dibuat oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar pada 30 Mac, ini dan kempen ini diadakan di atas tujuan untuk mengembalikan semula kesedaran ummah ini, hasil daripada situasi yang menjejaskan pengamalan ataupun menjejaskan aktiviti-aktiviti pengamalan, beragama, berkebajikan dan berbagai-bagai lagi apabila kita berhadapan situasi Pandemik COVID-19 dengan harapan usaha ini akan menyemarakkan semula aktiviti-aktiviti dakwah dalam masjid, di luar masjid, dalam Negeri ini.

Yang kedua akan memberikan semangat dan kesedaran yang lebih besar kepada masyarakat. Lanjutan juga hasil daripada statement ataupun lahir daripada Titah yang diungkapkan oleh ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, yang telah disampaikan oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) tentang kebimbangan rakyat muslim Negeri Terengganu yang agak kurang dalam memakmurkan rumah-rumah Allah dengan harapan kempen ini akan menyedarkan, mengembalikan semangat umat Islam negeri ini kepada pengamalan-pengamalan beragama, berakhlak dan berkebajikan, insya-Allah. Walaupun pelancarannya akan diadakan pada 30 Mac ini, sebagai pendahuluan kita telah melaksanakan beberapa Program Semarak Dakwah ini seperti Bulan Penghayatan Ibadat Solat dan Street Dakwah yang kita turun ke pasar-pasar raya untuk bertemu dengan rakyat agar mereka memakmurkan rumah Allah dan beramal dengan tuntutan-tuntutan agama. Waktu yang sama juga insya-Allah Ihya’ Ramadan yang telah disusun oleh Jabatan Hal Ehwal Agama dan beberapa agensi lain yang saya telah rangka insya-Allah 500 program online yang akan disusun sepanjang bulan Ramadan ini, disamping Program Kembara Dakwah, Sembang Santai Remaja, radio dan berbagai-bagai lagi dan kami harap insya-Allah program dakwah ini akan mendapat sambutan, sokongan daripada semua pihak agar kita hidup beragama, Terengganu Maju, Berkat, Sejahtera, insya-Allah.

Yang di-Pertua

Sila-sila.

Ahmad Shah bin MohamedPAS · PNBandar

Boleh saya minta sedikit komenlah setakat program yang telah dijalankan, bagaimana Yang Berhormat melihat sambutan orang ramailah kepada program yang telah dilaksanakan? Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Mohd Nor bin HamzahPAS · GSBukit Payung

Terima kasih Yang Berhormat Bandar. Sebagaimana yang saya sebut, kita akan lancar

pada 30 Mac ini walaupun demikian, beberapa program yang telah kita dahulukan seperti Bulan Penghayatan Ibadat Solat, kita Kempen Solat Subuh Berjemaah, dan kita Kempen Tutup Aurat mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat kita dan memang kita tahu masyarakat kita ini sudah masyarakat beragama hanya kita mahu menyemarakkan aktiviti-aktiviti seumpama ini agar mereka jangan terjejas walaupun berhadapan dengan apa sahaja isu dalam kehidupan mereka.

Yang di-Pertua

Sekarang saya jemput Wakil Air Putih.

Ab. Razak bin IbrahimPAS · GSAir Putih

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya nombor 1-

Selepas dua tahun pandemik menyebabkan pekerjaan dan sumber pendapatan rakyat terjejas. Trend sebelum ini menunjukkan kadar pengangguran semakin bertambah. Apakah data terkini kadar pengangguran bagi tahun 2021 dan bagaimana pencapaian Terengganu berbanding kadar pengangguran Malaysia?

Terima kasih kepada Yang Berhormat Air Putih. Dato’ Yang di-Pertua, soalan daripada Air Putih berkisar kepada kadar pengangguran Negeri dan kadar yang terkini. Pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia sejak tahun 2019 telah memberikan kesan yang negatif terhadap sistem politik, ekonomi, sosial, kesihatan dan pendidikan di seluruh dunia. Negeri Terengganu tidak terkecuali menerima kesan negatif ini terutama terhadap kadar pengangguran yang semakin meruncing apabila Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan di seluruh Malaysia. Untuk makluman Sidang Dewan Yang Mulia, sejak tahun 2012, Negeri Terengganu telah mencatatkan kadar peningkatan pengangguran daripada tahun ke tahun sebagaimana berikut;

Tahun Kadar Pengangguran Negeri (%) Kadar Pengangguran Nasional (%) 2012 2.9% 3.0% 2013 3.4% 3.1% 2014 4.1% 2.9% 2015 4.0% 3.1% 2016 4.2% 3.4% 2017 4.5% 3.4% 2018 4.8% 3.3% 2019 3.5% 3.3% 2020 4.1% 4.5% 2021 4.1% 4.8%

Sekian terima kasih.

YB AB. RAZAK BIN IBRAHIM (WAKIL AIR PUTIH): Terima kasih Yang Berhormat Kota Putera. Soalan tambahan saya pertama: Dato’ Yang di-Pertua, dalam ucapan penggulungan Yang Berhormat semalam, ada Yang Berhormat nyatakan berkenaan elaun inisiatif SIP Prihatin. Bagaimanakah cara untuk menggalakkan lagi anak-anak muda kita untuk merebut peluang ini. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Air Putih. Dato’ Yang di-Pertua, berkenaan dengan inisiatif SIP Prihatin ini, apa yang saya sebutkan dalam penggulungan semalam, adalah satu galakan untuk anak-anak muda yang menganggur ataupun yang tiada pekerjaan ini, mengambil peluang terhadap peluang ataupun cadangan tawaran daripada Kerajaan bagi mereka bukan setakat untuk mengisi kekosongan ataupun memberi peluang-peluang pekerjaan, tetapi diberi elaun khas yang saya sebutkan semalam sebagai tiga, empat, lima. Saya suka untuk ulang sekali lagi kerana ini adalah inisiatif ini masih lagi berada dan kena rebut peluang ini. Iaitu untuk yang berdaftar dengan MYFutureJobs, dan dia hadir temuduga tiga ataupun lebih temuduga, mereka dapat elaun daripada Kerajaan sebanyak RM300.00. Dan jika sekiranya dia dapat peluang pekerjaan itu, dia dapat RM400.00. Dan jika selepas dia melaporkan diri di syarikat yang menawarkan kerja itu, dia dapat lagi elaun RM500.00. Jadi totalnya ataupun jumlah keseluruhan tawaran daripada

Kerajaan kepada anak-anak muda ataupun pencari-pencari kerja ini RM1,200.00 tanpa mula bekerja lagi. Jadi peluang ini kita pihak Kerajaan melihat ramai lagi yang tidak mengetahui. Jadi dalam program-program, kita akan banyakkan lagi program-program yang sepertimana yang sebutkan iaitu kita turun ke bawah, kita turun ke daerah-daerah untuk memberikan penerangan dan kita memanggil sekali syarikat-syarikat itu untuk bersama-sama dengan Kerajaan memberikan peluang dan terus memberi tawaran kerja kepada mereka. Jadi kita juga menggunakan saluran melalui JPKK, melalui Pejabat-pejabat Daerah, melalui JPKK untuk mewar-warkan keadaan ini. Jadi saya sekali lagi mengharapkan Ahli-ahli Yang Berhormat agar dapat turunkan maklumat ini ke DUN ataupun kawasan masing-masing. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat sekalian, saya tangguhkan sementara sidang kita pada pukul 11.05 minit pagi.

DEWAN DITANGGUHKAN PADA PUKUL 10.40 PAGI

PUKUL 11.07 PAGI

(Selepas Soalan-Soalan Lisan)Questions

Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, mesyuarat disambung semula. Ada satu dua perkara yang saya nak beri peringatan kepada Ahli Yang Berhormat tapi oleh kerana masih ramai yang tak masuk lagi, saya sebut selepas pada inilah. Kita masih lagi dalam sesi penggulungan oleh pihak Kerajaan selepas yang terakhir daripada Wakil daripada Alur Limbat membuat penggulungan tentang kelmarin. Jadi untuk seterusnya saya jemput Wakil Jabi untuk membuat penggulungan. Sila.

YANG BERHORMAT Dr. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi):

Dan apakah mereka tidak memerhatikan kami menggerakkan (awan yang mengandungi) air ke bumi yang tandus, lalu kami tumbuhkan (dengan air hujan itu) tanam-tanaman yang dimakan oleh binatang ternak dan dimakan oleh kamu sendiri. Maka, apakah mereka tidak memerhatikannya.

Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Jabi menjunjung kasih atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dan merafak sembah takzim atas perhatian ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku kepada sektor pertanian. Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Batu Buruk yang mengulas tentang kebijaksanaan Nabi Yusuf alaihissalam mengendalikan sumber makanan Negara Mesir berhadapan dengan musim kemarau panjang. Inilah teori food security di dalam Al-Quran. Ketika ketiadaan makanan, maka orang yang mempunyai makanan adalah orang yang paling kaya dan bukannya mereka yang memiliki simpanan emas atau perak. Bencana di zaman moden yang mengancam sumber makanan bukan hanya kemarau dan banjir malah termasuk peperangan, wabak pandemik, sekatan ekonomi dan sebagainya. Saya pernah berada di Iraq selama 6 tahun, 1993 hingga 1999. Dalam tempoh sekatan ekonomi PBB selepas daripada Perang Teluk 1991, rakyat mereka tetap ada makanan walaupun disekat daripada laut, darat dan udara oleh US dan sekutunya kerana polisi Kerajaan Saddam Hussein ketika itu yang menitikberatkan pertanian dan penternakan untuk pengeluaran makanan. Malah bekalan asas makanan seperti gandum, beras, minyak masak, susu bayi diagihkan secara percuma bulanan kepada semua rakyat Iraq.

Dato Yang di-Pertua, priority dasar-dasar Kerajaan ialah kepentingan umum sama ada kepentingan ekonomi ataupun kepentingan keperluan asas. Keperluan asas manusia selepas daripada kesihatan ialah makanan kerana itulah pergerakan rantaian makanan tidak boleh terhenti. Walau situasi apapun yang dilalui oleh negeri, negara dan dunia. Kerajaan Negeri telah berusaha keras supaya petani, penternak, nelayan kekal tabah dan cekal berhadapan dengan situasi serba sukar ini jangan sampai mereka berputus asa untuk berusaha lantaran kerana fenomena kejatuhan harga, kesukaran wang pasaran, bencana alam, wabak penyakit dan pelbagai sekatan lagi. Susah senang ini biarlah kita lalui bersama.

Dato’ Yang di-Pertua, program-program dalam Pelan Strategik Pertanian Negeri Terengganu 2019-2023, disasarkan untuk menjadi satu solusi memajukan ekonomi rakyat melalui sektor pertanian dengan objektif besar untuk meningkatkan food security negeri. Kerajaan Negeri bekerja dengan satu hala tuju yang jelas, sama ada hala tuju jangka pendek atau jangka panjang dan bukannya kita kerja ikut terlintas secara ad-hoc. Perancangan yang jelas dan kerja secara berpasukan adalah kunci kita mampu menyiapkan 45 projek dan menyempurnakan 93 program dalam tempoh 12 bulan pelaksanaan Tahun Pertanian Negeri Terengganu 2021 yang menjadi sebahagian daripada pengisian Pelan Strategik Pertanian Negeri Terengganu 2019-2023.

Dato’ Yang di-Pertua, Yang berhormat Batu Buruk, Hulu Besut dan Seberang Takir membangkitkan isu kenaikan input pertanian seperti makanan ternakan dan baja. Untuk makluman dewan, tanaman jagung bijirin yang menjadi antara bahan asas pengeluaran makanan ternakan kurang berjaya di Terengganu disebabkan oleh faktor cuaca dan kadar kelembapan yang tinggi. Jagung bijirin memerlukan cuaca panas kering yang tidak kita dapati di Terengganu tapi kita ada kelebihan sumber lain sebagai bahan mentah makanan ternakan seperti PKE, Palm Kernel Extract dengan izin dan ikan baja sebagai sumber protein.

Dato’ Yang di-Pertua, berhadapan isu kenaikan harga berkenaan ternakan lebih setahun yang lepas, Kerajaan Negeri telah panggil pihak-pihak terlibat terdiri daripada pengilang, KPDNHEP, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Persatuan penternak dan lain-lain pihak berkepentingan untuk kita melihat punca dan mencari solusi ke arah kepada isu ini. Rumusan daripada perbincangan tersebut banyak faktor-faktor kenaikan harga makanan ternakan berada di luar daripada bidang kuasa negeri dan makanan ternakan bukan barang kawalan yang boleh dikawal harga oleh KPDNHEP. Maka, penyelesaiannya dengan cara kita berdasarkan situasi di negeri kita. Di Terengganu kita ada kilang makanan ternakan yang dioperasikan oleh Koperasi Peserta FELCRA Berhad (KPFB). Tetapi sebelum ini tidak dimanfaatkan sebaiknya oleh pengilang dan penternak. Under utilize dengan izin. Maka, suatu penyelarasan bersama di antara Kerajaan Negeri, KPFB, Persatuan Penternak dan pihak berkepentingan telah diadakan bagi meminimakan impak kenaikan sumber harga makanan ternakan dan memaksimumkan manfaat daripada kewujudan kilang KPFB di Gong Badak kepada penternak negeri ini. Kerajaan Negeri melalui JPV kita telah bantu KPFB dari segi kepakaran formula makanan ternakan. Kerajaan menjadi mediator

yang menghubungkan KPFB dengan persatuan-persatuan penternak dan pihak-pihak lain. Hasilnya penternak mendapat bekalan makanan dengan kualiti yang setanding tetapi harga yang lebih murah berbanding bekalan makanan daripada luar Terengganu. Dalam masa yang sama, Kerajaan sedang berbincang dengan pihak GLC negeri dengan kerjasama swasta bagi pembinaan sebuah lagi kilang makanan ternakan di Bukit Khor di Marang, sebidang tanah telah diluluskan bagi tujuan ini.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, tambahan kepada perancangan ini, pembangunan tanah rizab padang ragut sebagai padang ragut rakyat supaya penternak mempunyai kawasan cerut rumput yang mencukupi dan mengurangkan pergantungan kepada sumber dedak. 70 ekar padang ragut telah dibangunkan di semua daerah pada tahun 2021 dengan keluasan 10 ekar di setiap daerah kecuali di Kuala Terengganu. Kita juga agihkan mesin chopper supaya dapat digunakan untuk menghancurkan beberapa sumber makanan alternatif antaranya batang jagung, rumput Napier, pelepah sawit dan lain-lain lagi.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Wakil Buluh Gading membangkitkan isu binatang ternakan yang berkeliaran. Untuk makluman Dewan, lembu, kambing, kerbau dan yang sewaktu dengannya yang dilepas bebas tidak dikira sebagai suatu kaedah ternakan dan bukannya di bawah bidang kuasa Jabatan Perkhidmatan Veterinar maka JPV menyerahkan sepenuhnya kepada Pihak Berkuasa Tempatan untuk mengambil apa sahaja tindakan penguatkuasaan yang selayaknya. Berkaitan penyelenggaraan tali air pertanian yang juga dibangkitkan oleh Wakil Buluh Gading, memang benar dengan peruntukan kepada sektor pertanian yang agak terhad, Kerajaan memfokuskan kerja-kerja penyelenggaraan dan naik taraf sistem perparitan dan saliran di kawasan pertanian yang aktif dan produktif sebagai keutamaan. Dalam proses pelaksanaan ini, banyak kerja-kerja penyelenggaraan yang dilaksanakan secara CSR Tani untuk menjimatkan kos.

Pelaksanaannya jabatan-jabatan menyediakan jentera, menyediakan peralatan, petani setempat pakat keluar sama-sama bergotong-royong dan saya rasa sangat berterima kasih kalau sekiranya pejabat ADUN bersama dengan JPKK setempat juga boleh memikirkan kaedah alternatif yang sama. Komitmen Kerajaan untuk menyelesaikan isu tali air terbiar ini, Kerajaan akan memanggil satu mesyuarat penyelarasan melibatkan PBT, Pejabat Daerah, JPS, Jabatan Pertanian dan lain-lain supaya tidak lagi berlaku saling lepas tangan atau saling berharap.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Wakil Kuala Besut menyentuh tentang penggunaan teknologi dalam industri pengeluaran makanan. Ya, memang di Terengganu penggunaan teknologi sedang diaplikasikan di negeri kita. Antara contohnya, dalam sektor padi penggunaan drone untuk tabur benih dan kerja-kerja meracun, yang kedua penggunaan pH meter bagi mengukur kadar penggunaan kapur di petak sawah, yang ketiga penggunaan LCC - Leaf Colour Chart melalui aplikasi dalam telefon pintar untuk mengukur penentuan kadar baja nitrogen, yang keempat perataan sawah menggunakan teknologi laser, yang kelima automasi dalam sawah padi antaranya penggunaan transplanter, baller dan pedang slancer, yang keenam pengesanan perosak dan penyakit tanaman secara aplikasi online, yang ketujuh dalam sektor buah-buahan dan sayur-sayuran penggunaan aplikasi telefon untuk penanaman secara fertigasi boleh kontrol di hujung jari untuk kerja-kerja penyiraman dan pembajaan. Tanaman fertigasi ada di rumah kita, ada di pejabat sampai masa menyiram kita boleh siram, sampai masa membaja kita boleh baja.

Dalam sektor perikanan, program pemodenan dan mekanisasi vessel tangkapan ikan dilaksanakan di bawah Dana Jaminan Makanan. Semasa Ucapan Belanjawan 2021, Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM150 juta bagi tujuan pembiayaan Program Pemodenan Vessel Dan Mekanisasi Peralatan.

Alhamdulillah Terengganu menerima sejumlah RM19,560,090.00 sejak program ini diperkenalkan dan telah memberi manfaat kepada seramai 48 orang nelayan. Di antara objektif program ini ialah pembangunan industri perikanan pantai menerusi program pemodenan vessel dan menggalakkan penggunaan peralatan mesra alam dan moden, yang kedua kita nak buka peluang kepada nelayan tradisi daripada Zon A dan Zon B, menaik taraf dan memodenkan vessel dengan mekanisasi peralatan tangkapan yang lebih efisien dan yang ketiga menggalakkan vessel untuk beroperasi di zon yang lebih jauh dan bertukar peralatan daripada peralatan tradisional kepada peralatan komersial.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Wakil Sura, Wakil Ajil dan Wakil Telemong menyentuh tentang bencana banjir dan kerugian yang dihadapi oleh mangsa-mangsa. Untuk makluman Dewan, kerugian kepada sektor pertanian, penternakan, perikanan dan industri makanan dalam kejadian banjir yang luar biasa yang berlaku pada Februari lepas mencecah lebih RM12.9 juta. Semua data-data mangsa terlibat telah dikemaskini dan penyaluran bantuan sagu hati

melalui Tabung Bencana Pertanian Negeri Terengganu berjumlah kira-kira RM750,000.00 telah diluluskan dan akan disalurkan segera. Dalam masa yang sama Kerajaan Negeri turut berusaha untuk mendapatkan Dana Bantuan Bencana Pertanian daripada Kerajaan Persekutuan memandangkan jumlah kerugian yang perlu ditanggung adalah agak besar untuk disantuni kesemuanya oleh Kerajaan Negeri.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Wakil Jertih inginkan penjelasan bagaimana 2,000 peluang pekerjaan McCormick diwujudkan.

Sektor perladangan lada hitam memerlukan ramai pekerja terutamanya kerja-kerja penuaian yang masih menggunakan tenaga manusia secara manual. Dalam masa yang sama, McCormick akan membina sebuah kilang pemprosesan yang menjana tambahan peluang pekerjaan. Dari segi pecahan kategori guna tenaga yang diperlukan, pengurusan 21 orang, teknikal dan penyelia 90 orang, jualan dan perkeranian 20 orang, pekerjaan dan ladang 1,300 orang pekerja tetap dan 1,000 orang pekerja sementara dengan jumlah keseluruhan 2,441 orang. Fasa pertama, McCormick telah mengambil seramai 59 orang pekerja tempatan dan akan masuk dalam masa terdekat lagi seramai 88 orang. Kerajaan Negeri melalui TADC dengan konsep contract farming mewujudkan skim outgrower dengan penyertaan petani tempatan seluas 50 hektar yang dibahagikan 2 hektar kepada setiap peserta, di sini mampu menambah lagi peluang pekerjaan dan mengembangkan kepakaran secara teknologi transfer kepada pekerja tempatan. Tambahan lagi Kerajaan memperuntukkan tanah seluas 50 hektar kepada TADC untuk ditanam rumput Napier bagi dijadikan baja kompos dalam proses pemulihan tanah di ladang McCormick yang mampu menyediakan puluhan lagi peluang pekerjaan.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Wakil Jertih juga ingin tahu peranan TADC dalam memajukan sektor pertanian Terengganu sebagaimana yang didakwa oleh Jertih, TADC tidak ada modal. Untuk makluman Dewan, TADC yang kami ambil alih pengurusannya pada Oktober 2018, ketika berstatus sebuah syarikat kod warna biru, warna biru maknanya di bawah lagi daripada warna merah dan bersedia untuk digulung. Alhamdulillah kita telah berjaya pulihkan sehingga sekarang ini berada pada kod warna kuning dan insya-Allah mampu bertukar hijau. Antara peranan besar yang dijayakan oleh TADC;

1. Menyelesaikan isu pemasaran hasil pertanian ketika PKP 1.0 pada Mac 2020.

2. Memulihkan Projek Rimbunan Kasih, Rantau Abang. Untuk makluman Dewan, Projek Rimbunan Kasih ada di beberapa negeri, hanya Rimbunan Kasih Rantau Abang sahaja yang berjaya dipulihkan. 3. Projek Pembangunan Tanah Terbiar di RTB Pengkalan Aman, Permaisuri dan RTB Kampung Rahmat di Langkap.

4. Mengendalikan skim outgrower, penglibatan petani tempatan dalam projek penanaman lada hitam McCormick.

5. Memulihkan reban ayam di Bukit Lawang di Setiu.

6. Penanaman nenas MD2 di Kampung Pak Kancil di Setiu.

7. Projek penanaman ubi keledek secara berkelompok bersama dengan belia Kampung Banggol.

8. Projek penanaman kelapa di Kampung Banggol.

9. Pemulihan pusat pembenihan ikan marin di Rhu 10, dan 10. TADC diamanahkan untuk menguruskan dana sejumlah RM30.44 juta dari pakej Jaminan Keselamatan Makanan di bawah MOF yang telah dimanfaatkan untuk pembangunan Pusat Pengumpulan Hasil Tani di Telaga Papan.

Yang kedua, Pusat Pengeluaran Benih Kelapa Hibrid di Limau Nipis. Yang ketiga, Pusat Semaian Anak-Anak Pokok di Kampung Pak Kancil. Yang keempat, Pembangunan Tanaman Napier. Yang kelima, Projek Pengandaan Kambing Tenusu di Kampung Bari dan yang keenam, penternakan lembu secara semi fidlot di Kampung Pak Kancil. Sebahagian daripada projek-projek yang sedang dilaksanakan ini, ada dicadangkan oleh Wakil Seberang Takir, alhamdulillah kami telah beberapa langkah ke hadapan. Terima kasih Wakil Seberang Takir atas cadangan.

Wakil Bandar menyentuh berkenaan dengan isu pembangunan tanah terbiar. Tahun 2020, Kerajaan Negeri telah menubuhkan Task Force Pembangunan Tanah Terbiar dan sehingga 2021 keluasan tanah terbiar yang dikenal pasti di Negeri Terengganu berjumlah 8,263.05 hektar. Sebanyak 1,122.09 hektar telah berjaya dibangunkan daripada tahun 2008 sehingga tahun 2021 dengan pelbagai tanaman melibatkan tanah terbiar di semua daerah. Untuk rekod, Terengganu ialah negeri yang kedua terbaik selepas Pahang dari segi kejayaan memajukan tanah terbiar.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, bermula tahun 2021, Kerajaan Negeri telah bersetuju menyediakan insentif bagi penyediaan infrastruktur asas di

kawasan tanah terbiar seperti sistem pengairan, pagar, jalan dan lain-lain berjumlah 20,000 per hektar dengan peruntukan RM500,000.00 yang disalurkan melalui Jabatan Pertanian. Seramai 33 orang pengusaha menerima manfaat yang melibatkan keluasan tanah 53.14 hektar yang telah ditanam dengan tembikai, durian, betik, pisang dan nenas. Tahun 2022, Kerajaan Negeri mensasarkan untuk membangunkan seluas 100 hektar lagi tanah terbiar dan peruntukan sebanyak RM1 juta diperuntukkan bagi memastikan lebih ramai pemilik dapat memajukan tanah mereka.

Sasaran ini juga sedang dilaksanakan dengan pilot project Pembangunan Tanah Terbiar yang dilaksanakan secara bersepadu di RTB Pengkalan Aman dan RTB Kampung Rahmat yang sebelum ini tidak pernah dibangunkan oleh pemilik, insya-Allah akan ditanam dengan tanaman Musang King dan Mempelam Harum Manis melibatkan kos RM1.2 juta dari Kerajaan Negeri. TADC merupakan anchor company yang menyewa tanah daripada pemilik, membangunkan infrastruktur asas dan peserta-peserta yang merupakan pemilik tanah menjadi Ahli Koperasi kepada projek ini di samping bekerja dengan TADC dan tentu sekali ada halangan-halangan tertentu yang perlu kita lalui kerana takrif tanah terbiar ialah tanah orang yang ada pemilik bukan tanah kerajaan. Bila kita berhadapan dengan pemilik-pemilik tanah ada pelbagai ragam dan kerenah yang perlu kita lalui dan selesaikan.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Wakil Seberang Takir dan Wakil Telemong mencadangkan tumpuan projek pertanian yang memberikan hasil segera jangka pendek dan rakyat yang tak bertanah boleh turut bertani untuk mengurangkan kos hidup seharian. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, kita ada Projek Kebuniti ringkasan daripada Kebun Komuniti yang dilaksanakan bagi membantu mengurangkan kos sara hidup, memberi peluang pekerjaan kepada penduduk bandar dan pinggir bandar serta membantu dalam menjamin keselamatan makanan. Projek Kebuniti diperkenalkan mulai dari pada tahun 2020, Terengganu menerima peruntukan RM250,000.00 dan konsep program ini mengguna pakai kaedah penanaman sama ada secara konvensional, sistem hidroponik, sistem fertigasi dan lain-lain kaedah penanaman yang bersesuaian.

Program Kebuniti 2.0 diteruskan lagi pada tahun 2021 dengan peruntukan sebanyak RM1.33 juta disalurkan kepada Terengganu daripada Kerajaan Persekutuan. Peningkatan peruntukan sehingga 180% ini menunjukkan Kerajaan Persekutuan turut bersama memberikan sokongan dan galakan

kepada perjalanan Tahun Pertanian Terengganu 2021. Bersempena dengan itu, seramai 2,500 orang pemohon individu dan 55 komuniti di seluruh negeri telah mendapat manfaat menerusi Program Kebuniti 2.0 dengan pengagihan kit pertanian bandar. Tahun 2022, Program Kebuniti tidak diteruskan lagi tetapi Kerajaan ada peruntukan RM600,000.00 untuk program pertanian bandar yang menyamai objektif Kebuniti yang disasarkan akan mampu memberi manfaat kepada 1,204 orang peserta.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, dengan amanah yang dipikul ini insya-Allah kami akan terus bekerja. Fokus kami untuk fahami isu sebenar rakyat, cari solusi pemasalahan daripada puncanya, letakkan keutamaan yang betul dalam bertindak, utamakan program dan projek yang memberi manfaat langsung kepada rakyat sekalipun ia tidak kelihatan gah, kerja secara berpasukan dengan pengarahan dan hala tuju yang jelas dan akhirnya terus fokus dengan matlamat besar dan abaikan kemuncup dalam perjalanan. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Wakil Jabi mohon menyokong, terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Wakil Jabi yang telah membuat penggulungan bagi pihak Kerajaan. Seterusnya, saya jemput Wakil Bukit Payung.

Mohd Nor bin HamzahPAS · GSBukit Payung

Maksudnya, bulan Ramadhan diturunkan padanya al-Quranul Karim hidayat petunjuk kepada manusia penjelasan dan keterangan-keterangan kepada sekalian manusia.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan, pegawai-pegawai, para pemerhati yang saya hormati lagi saya kasih sekalian. Saya hanya mahu menyebut dan memberikan tambahan

sokongan terhadap ucapan beberapa orang rakan Yang Berhormat di dalam perbahasan Menjunjung Kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan. Yang Berhormat Tepoh mengajak kita agar sentiasa menghayati Ramadhan agar kita dilahirkan sebagai insan yang bertaqwa kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Yang Berhormat Pengkalan Berangan mengajak kita semua juga khususnya Kerajaan Negeri mengambil perhatian tentang pemerkasaan kerja-kerja dakwah dan program-program penghayatan Islam secara menyeluruh dan lengkap di masjid dan seluruh peringkat. Saya menyambut baik pandangan-pandangan yang begitu dan ia selaras dengan apa yang dikehendaki oleh Kerajaan Negeri untuk menjadikan masyarakat madani dan insan rabbani di Negeri Terengganu ini sehingga Negeri Terengganu ini terus maju, berkat dan sejahtera, insya-Allah. Oleh kerana itulah, saya mengajak diri saya dan Yang Berhormat seluruh pimpinan negeri dan rakyat agar kita sama-sama menghidupkan Ramadan kali ini dengan aktiviti-aktiviti dan program-program yang telah dirangka oleh Allah, yang disusun oleh nabi kita Muhammad agar ia menjadi bekalan bagi memperkukuhkan taqwa kita dan juga bekalan untuk kita bertemu dengan Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Insya-Allah.

Perkara yang kedua, saya juga mahu memberi pandangan tentang apa yang disebut oleh Yang Berhormat Hulu Besut dalam bentuk sindiran tentang status kerajaan ini. Adakah kerajaan ini Kerajaan Negeri Islam kerana masjid yang dikatakan tidak dibina sepanjang kepimpinan PAS, tidak dilakukan ataupun tidak dibina di Besut. Itulah yang saya dengar Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Saya harap siapa sahaja boleh menegur kerajaan ini, boleh mengkritik kerajaan ini, boleh memberi pandangan apa sahaja tentang kerajaan ini. Jangan kita mengkritik sehingga kita berbohong, jangan kita menegur sehingga kita menipu, jangan kita marah sehingga kita menjadi plawok. Bukan biawok, plawok. Kerana mengikut apa yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri dan selaras dengan kehendak penguasa agama, di bawah bayangan dan naungan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan agar kita memakmurkan masjid, maka Kerajaan Negeri mengambil komitmen dan kerjasama yang penting dalam membina masjid-masjid yang baru, yang sewajarnya bermula tahun 2018 sehingga 2022, kita membina dan menyiapkan sebuah masjid di Kampung Mengabang Lekor, Kuala Nerus, RM6.9 juta. Membina dan menyiapkan sebuah masjid dan lain-lain kerja berkaitan di Pekan Ajil, Hulu Terengganu, RM10.6 juta. Membina baru Masjid Kampung Bukit Tanah Jabi, Besut, RM3.5 juta. Membina dan menyiap sebuah masjid di Kampung Mak Lagam, Kemaman,

RM6.9 juta. Membina baru Masjid Langgar, Hulu Terengganu, RM5.7 juta. Membina baru Masjid Bujal, Kemaman, RM350,000.00. Di Besut, masjid yang baru dan sedang dalam pembinaan Daerah Besut, Masjid Kampung Bukit Tanah sebagaimana yang saya sebut tadi. Masjid Kampung Amir dibina bermula daripada Februari 2021, Masjid Kampung Alor Lintah mula dibina 24.6.2020. Kemajuan kerja 100% siap dan penyerahan projek 26.1.2022.

Penilaian Islam bukan kerana banyaknya masjid. Penilaian Islam ialah berasaskan pengamalan terhadap Islam itu sendiri. Memakmurkan rumah-rumah Allah. Inilah yang sedang kita usahakan dan kita semarakkan untuk mengajak masyarakat bukan sahaja membina masjid, membaiki masjid, membesarkan masjid tetapi meramaikan dan memakmurkan rumah-rumah Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Dengan harapan insya-Allah, masjid-masjid yang sudah terbina dipenuhi oleh pengunjung-pengunjungnya insya-Allah dan saya rasa itulah respond yang ringkas yang saya harap sesuatu ucapan yang hendak disebut perlu diteliti dengan sebaik mungkin walaupun tuan dia takdok dalam dewan ini. Tidak semangat nak ulas Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, tapi saya harap apa yang saya sebut ini perlu difahami dan sampai kepada rakyat bahawa Kerajaan Negeri Terengganu ini memang komitmennya tinggi dalam memperkasakan Islam dan kita akan perkukuhkan Islam kerana negeri ini Undang-undang Tubuhnya di bawah Itqanul Muluk bi Ta’dilil Suluk. Rujukannya jelas disebut yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa pun.

Yang Berhormat, sekejap.

Mohd Nor bin HamzahPAS · GSBukit Payung

Allah.

Wassalamualaikum doh.

Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat.

Sekejap, sekejap je.

Yang Berhormat Dato’ jangan berhenti lagi. Saya nok celoh Yang Berhormat Bukit Payung, kalau saya beri cadangan sikit, bulan puasa ni kita buat qiamullail

sekali, jemput sebelah sana, jemput sebelah sini, kita duduk di masjid supaya kita tahu pembangunan ni bukan saja pembangunan masjid tapi pengisian tu. Kalau Yang Berhormat Bukit Payung boleh pertimbangkan. Terima kasih.

Yang di-Pertua

(ketawa)

Mohd Nor bin HamzahPAS · GSBukit Payung

Insya-Allah. Terima kasih. Dah memang kita rancang dan kita beritahu dah, termasuk program saya sendiri saya beritahu dah Pejabat Agama, saya akan turun ke setiap daerah kuliah subuh dan saya minta sama qiamullail, Insya-Allah. Kita akan susun sebab tu kali ini kita buat Bulan Penghayatan Ibadat Solat bukan di waktu maghrib tapi kita pilih subuh dan termasuk qiamullail di Tanjung Sabtu baru ni kita mula dan insya-Allah, itu bukan tuntutan kerajaan tapi tuntutan agama yang perlu diamalkan oleh kita semua insya-Allah.

Yang di-Pertua

Terima kasih Wakil Bukit Payung. Seterusnya saya menjemput Wakil Bukit Tunggal membuat penggulungan bagi pihak kerajaan. Silakan.

YANG BERHORMAT Dr. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal):

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua Dewan. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli Yang Berhormat, pegawai kerajaan, para pemerhati yang dikasihi sekalian. Pertamanya saya memanjatkan setinggi kesyukuran kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana masih diberi kesempatan untuk sama-sama menjunjung kasih atas Ucapan Titah Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Watiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah yang telah disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar pada hari Isnin yang lalu sempena Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Keempat Belas. Suka saya mengambil beberapa inti pati daripada

ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku terutamanya berkaitan dengan Model Pembangunan TOD (Transport Orientation Development) yang merangkumi komponen perumahan, komersial dan industri disarankan perlu direncanakan sebaik mungkin dan bersegera. Ini berkaitan dengan pembinaan ECRL dan juga sudah tentu berkaitan juga dengan LPT kita. Untuk itu, suka saya maklumkan di sini ialah Kerajaan Negeri telah mengambil perjalanan untuk memanfaatkan LPT2 kita dan juga ECRL yang menjadi penghubung utama kita dengan negeri di pantai barat. Antaranya ialah rancangan kita untuk membina Bandar Baharu Lestari di dua Exit LPT iaitu di Exit Kuala Terengganu-Gemuruh, yang kita namakan insya-Allah Bandar Lestari Bukit Seraya dan juga Exit Kuala Dungun, Bandar Lestari Durian Mentangau. Ini melibatkan juga dengan isu-isu pengajian tinggi Islam. Yang ketiganya kita akan memajukan Bandar Baharu Kerteh Jaya dengan pembinaan perumahan bercampur di tanah seluas 200 ekar yang akan melibatkan 1,812 unit rumah yang seperti kita maklum Kerteh Jaya berdekatan dengan stesen ECRL Kemaman dan juga exit LPT 2. Ini antara beberapa perkara yang telah kita ambil perjalanan dan insya-Allah, ada lagi perancangan-perancangan untuk fasa yang berikutnya untuk bandar-bandar lestari yang lain. Kita mengambil juga tentang pembinaan menyiapkan Bandar Baru Bukit Besar, insya-Allah juga merupakan superline ataupun exit untuk ECRL. Seterusnya, dari segi perumahan, disebut juga perumahan rakyat. Kita bila kita buat versi tiga e-Perumahan, kita dah menerima permohonan seramai 35,454 pemohon sedangkan pada versi satu dan dua, ada senarai 132,000. Ini antara pemutihan yang telah kita buat, sebenarnya, yang benar-benar pada pandangan kita, apabila kita buka semula itu, adalah hanya 35,454 pemohon sahaja yang benar-benar memerlukan rumah. Jadi, selarilah dengan apa yang kita sasarkan iaitu untuk penggal ini kita akan membina, siap tu belum tentulah, mungkin lambat dua tahun, tiga tahun. Kita akan terus membina sehingga mencapai target 20,000 untuk penggal ini dan penggal depan insya-Allah, bila kita beri mandat lagi, kita akan bina pulak 20,000 maka selesai permohonan yang kita ada 35,000 itu, lebih doh rumah kita bina untuk generasi yang akan datang, insya-Allah. Setakat ini, kita dah bina dalam perancangan dan siap dan sedang dalam pembinaan, 18,619 unit, tidak termasuk dua lagi projek baru yang kita sedang berunding dengan pihak pemaju. Kita ada dua tempat lagi, satu di Dungun, satu di Batu Rakit sebelum retired saya akan jawab nanti. Di Kuala Nerus kita kira ada 1,005 unit lagi. Maka, jumlah yang akan dalam tangan kita, yang sudah siap, yang dalam pembinaan dan yang perancangan kita dah 19,624 unit iaitu mencapai 98% daripada target kita, 20,000 unit. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan banyak terima kasih, tidak

terhingga kepada pegawai-pegawai yang telah memberi kerjasama, bersungguh-sungguh saya tengok kerja Kuala Lumpur-Terengganu, Kuala Lumpur-Terengganu cari pelabur sehingga kita dapat mencapai tahap ini. Tanpa kerjasama pegawai sudah tentu saya tidak mampu untuk menawarkan sebegitu besar angka yang boleh dikatakan kalau A++ lah… 98% ini dah kira A campur, ia satu kejayaan yang besar. Begitu juga dengan manifesto-manifesto yang lain. Kita sudah capai 18 manifesto daripada 20. Dua lagipun Bandar Baru Lestari dan Pusat Pengajian Tinggi dalam proses, insya-Allah tahun ini akan dapat kita buat pecah tanah paling kurang, maka kita akan capai 100%, insya-Allah. Ini juga kerjasama pegawai. Tahniah dan terima kasih tidak terhingga yang saya nak sebutkan, rakam pada Dewan yang mulia ini kepada para Pegawai-pegawai Kerajaan.

Yang kedua dan disebut juga oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku berkaitan dengan kita akan berpindah daripada fasa pandemik kepada endemik tentang COVID-19 ini. Duli Yang Maha Mulia Tuanku memperingatkan kita tentang Duli Yang Maha Mulia merasa kebimbangan terhadap perkembangan terkini COVID-19 yang menunjukkan trend peningkatan sejak penularan varian Omicron ini. Memang benar, kita berpindah ini bukan kerana kes semakin berkurangan bahkan kalau dilihat trend kes kita masih lagi, seluruh negara lebih daripada 20,000 sehari. Terengganu pun pernah mencapai 1,000 lebih. Dua, tiga hari lepas, 500 lebih, masih keadaan yang tinggi kita punya jangkitan tetapi hanya dari segi severity ataupun keparahan kes itu berkurangan. Kes masuk hospital tidak ramai dan kurang kes-kes kematian. Jadi maknanya, dari segi fasiliti kesihatan, kita boleh menampung kes-kes yang sekiranya terpaksa dimasukkan ke hospital. Oleh itu, kita terpaksa hidup dalam endemik ini bermaksud kita hidup bersama-sama dengan virus ini dalam masyarakat yang tidak tahu siapa sebenarnya yang positif di sebelah kita, rakan kita. Kita tidak kenal sebab ia sudah tidak macam dahulu, bila positif kita akan buat active case detection, dengan izin, tetapi sekarang tidak lagi. Ini antara perkara yang kita semua kena betul-betul jaga dan perlu kejujuran kepada kita semua untuk mengelakkan daripada kita dijangkiti dan menjangkiti orang lain. Antaranya, kita perlu mematuhi SOP yang biasa seperti yang kita telah tetapkan. Bila keluar rumah, kita pastikan kita memakai mask. Ini antara pelindung kita daripada mendapat jangkitan daripada COVID-19 dan juga selalu cuci tangan untuk mengelakkan daripada jangkitan melalui sentuhan tangan kita pada partikel-partikel atau droplet droplet yang jatuh di perabot ataupun apa-apa perkaralah yang kita sentuh semasa kita keluar daripada rumah kita. Yang penting di sini ialah

kejujuran yang saya maksudkan ialah kita mengamalkan penilaian kendiri yang disebut TRIIS (T.R.I.I.S). Ini semua dah tahu tapi saya perlu peringat, ini sangat penting oleh kerana Duli Yang Maha Mulia Tuanku menyebut maka perlu saya peringatkan secara detail kepada Ahli Dewan dan yang berada di luar Dewan juga iaitu kita test buat ujian ke atas diri kita sendiri. Segera lakukan ujian pengesanan COVID-19, kendiri sekiranya kita ada alami simptom, ada selesema, sakit kepala, demam, sakit urat, sakit tubuh, kita test sendiri dengan menggunakan saliva test yang paling murah dan paling mudah. Sekiranya kita dapati kita positif, jangan tipu diri kita sendiri, jangan tipu keluarga kita, jangan tipu orang lain. Segera kita buat report, lapor keputusan ujian pengesanan di MySejahtera. Lapor terus, dan kita dengan sendirinya isolate, iaini kuarantin kendiri sekiranya kita sudah positif tadi dan patuhilah perintah WHO dan oleh Kementerian Kesihatan iaitu kuarantin di rumah masing-masing. Seterusnya, kita inform, maklum kepada kontak rapat sekiranya positif, kawan sekerja kita, anak-beranak kita, suami, isteri kita, anak-anak kita bahawa kita telah positif maka kita elakkan daripada berhubung dengan mereka dalam tempoh kuarantin yang ditetapkan untuk kita. Yang kelimanya sick iaitu dapatkan rawatan segera sekiranya kita mengalami gejala yang makin teruk. Mungkin pada hari pertama kita hanya selesema sikit-sikit, hari kedua mungkin batuk-batuk, akhirnya rasa sesak nafas, maka kita kena segera mendapatkan rawatan di klinik yang terdekat. Bagi yang B40, kita boleh pergi klinik swasta dengan Kad Sejahtera. Insya-Allah, benda ini telah sebutkan tadi. Ini perkara-perkara perlu kepada kejujuran dan kerjasama kita sendiri. Jadi, Kerajaan boleh buat peraturan bermacam-macam tetapi kalau tanpa kerjasama daripada orang ramai maka sudah tentulah perkara ini tidak akan tercapai dan kita nak mengurangkan kes dalam masyarakat juga tidak akan berjaya. Itu perkara yang sangat penting untuk kita fahami bersama.

Seterusnya, suka saya nak respon kepada beberapa perkara yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Dewan, tidak silap saya daripada 18 orang Ahli Dewan yang berucap, 10 telah menyentuh berkaitan dengan portfolio saya ini, Batu Buruk, tentang pandemik dan endemik saya dah ulas tadi. Sura memohon supaya dibina perumahan di kawasan beliau, kawasan Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat Sura, kita ada rancangan, cadangan dalam proses perundingan kita dan insya-Allah akan dibuat mesyuarat pada 10 haribulan 4 nanti iaitu Satu Projek Rumah Mampu Milik di Bukit Tebuk yang melibatkan 465 unit yang akan kita bina di Bukit Tebuk dalam masa yang terdekat, insya-Allah. Buluh Gading ada menyebut tentang status terkini Bandar Baru Lestari. Bandar

Baru Lestari, Bukit Seraya khususnya, sekarang kita sudah dalam proses perundingan antara Kerajaan, UPEN dengan pemaju yang menunjuk minat, menyatakan minat untuk melabur dalam Bandar Baru Lestari ini, kita buat konsep keswastaan. Apa yang menjadi isunya ialah pihak pemaju sudah tentu bila melabur, dia mahu mendapat keuntungan maka dia ada komponen-komponen yang dia nak dan kita, Kerajaan ada komponen-komponen penting yang kita nak untuk rakyat. Sekolah, masjid, pasar dan sebagainya. Ia nak untuk kita selaraskan supaya win-win. Kerajaan dapat nak untuk beri kepada rakyat supaya perkhidmatan kita, pemaju juga dia melabur dia mahu mendapatkan pulangan hasil daripada pelaburan. Di peringkat akhir kita berbincang insya-Allah saya jangka akan selesai pada selepas raya nanti, kita boleh buat pecah tanahlah untuk di Bukit Seraya insya-Allah. Ini juga adalah kerjasama yang saya tengok kerja-kerja di pihak UPEN, di pihak PMINT, TI, Terengganu Inc. beri kerjasama yang cukup padu, naik Kuala Lumpur turun Terengganu bincang dengan pemaju untuk cari pemaju yang sanggup untuk melabur di Bandar Baru Lestari kita ini. Tahniah semua.

Seterusnya disebut juga tentang binatang ternakan berkeliaran. Ini, memang isu ini serba salah kita dibuatnya. Kalau kita tangkap, kita kena marah. Tangkap denda, tangkap denda. Ini antara perkara yang, untuk makluman Ahli-ahli Dewan sekalian. Dato’ Yang di-Pertua, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu telah menerima Kertas Cadangan Penswastaan Tangkapan Haiwan yang berkeliaran dari sebuah syarikat bumiputera. Satu sesi perbincangan akan diadakan insya-Allah pada 29 Mac 2022 di antara MBKT dan syarikat tersebut yang mesti diperhalusi dari segi undang-undang dan sebagainya. Buat masa sekarang Majlis Bandaraya Kuala Terengganu menjalankan aktiviti penangkapan haiwan merayau seperti mana yang saya lapor di sini. Sehingga September 2021, 16 ekor lembu telah ditangkap dan ditebus oleh tuan dia dengan jumlah RM17,760.00 ini denda dok sedap la ni. Kena marah di orang. Beleber besar panjang kita. Yang di lelong sebanyak 5 ekor lembu dengan jumlah RM4,155.00, kambing 13 ekor ditangkap dan ditebus dengan nilai RM4,185.00 dan kambing merayau untuk bulan 2 baru ini 7.02.2022, 4 ekor yang ditangkap. Jadi kita buat kerja tangkap menangkap ni tapi gitulah orang marah macam-macam, kena beleber, maki-hamunlah. Ini pun satu hal tapi kita memandangkan bahaya tu tetap buat juga. Dan cabaran untuk menangkap lembu bukan mudah jugok nak tembok dok boleh. Nok kena berkas lembu maklumlah mengancam nyawa juga tuan-tuan, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua.

Seterusnya, disebut tentang babi masuk kampung hok ni pun satu hal. [gelak] Memanglah kita dah mengacau di kawasan apa yang dipanggil environment dia, kawasan dia dah dikacau oleh manusia dia dah keluar masuk kampung tapi itulah cara yang paling selamat kita pakai jerangkap babi tapi masalah sekarang sedia tanya orang Cina bakpe tak boh ambik jugok, diberi percuma pun tak boh jugok babi ni. Akhirnya kena bunuh dalam tu. Itupun kita orang terpaksa bunuh dia pun susah jugok. Siapa yang nok alih babi ni dan termasuknya juga ditanya oleh Jertih, sebenarnya telah buat beberapa tindakan kalau di Jertih ni dan di daerah Besut telah menjalankan operasi bersepadu penangkapan babi liar pada 15 dan 16 Julai 2022 bertempat di Kampung Paya Rawa, Kampung Keluang, Kampung Tembila dan Kampung Gong Bayor bersama dengan ADUN Kota Putera pun hadir PDRM, PERHILITAN, RELA, JKKK dan sebagainya. Jadi 6 ekor babi ditangkap 98 ekor anjing dan 8 ekor kera. Semua kena binatang. Dia pun nok hidup jugok tapi itulah bila mengacau, kita akan ambik tindakan bukan kita berdiam diri mengikut keadaan semasa. Parking di Bandar Jertih yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Jertih telah dijawab oleh rakan saya iaitu Jertih, betullah tu apa yang dicakap itu memang OKU ni kita bagi percuma yang mendaftar dengan kita. Jangan bimbang Yang Berhormat Jertih, insya-Allah.

Kemasik mengulas tentang SDG. Adakah dia amalkan dalam kita punya PITAS. Senarai SDG kita ada 17 sebenarnya yang ditetapkan oleh PBB, 17 Sensible Development Growth kita ni dengan izin. Kalau saya boleh baca satu persatu di sini, yang antara inisiatif yang kita ambil dalam PITAS 2030 ini selari ataupun tidak dengan SDG, 1. Tiada kemiskinan, no poverty. Ini antara program-program kebajikan kita dan juga peluang pekerjaan yang kita dapatkan untuk rakyat kita supaya tidak ada kemiskinan dalam negeri kita. Itu program-program yang berterusan.

2. Zero hunger. Kelaparan sifar. Kelaparan sifar juga banyak aktiviti-aktiviti bantu-bantuan kebajikan daripada JKM, daripada MAIDAM, daripada ADUN-ADUN kawasan sendiri banyak kita beri untuk memastikan tidak ada rakyat kita yang kelaparan.

3. Kesihatan yang baik dan kesejahteraan good health ini. Inilah kita buat kad Sejahtera, wad kelas tiga percuma.

4. Kualiti pendidikan Jabatan Islam Terengganu menubuhkan Pusat Tafaqquh Fi Din Tok Syeikh Duyung, Penubuhan SRIDI, SMIDI dan lain-lain.

5. Kesaksamaan gender. Gender equality dengan izin. Dasar wanita Terengganu telah dibuat pembudayaan komuniti surirumah, kiosk pemasaran produk ibu tunggal.

6. Air bersih dan sanitasi. Clean water and sanitization. Dalam PITAS kita ke Lembaga Sumber Air Terengganu, LAUT sebagai pelaksana kepada Enakmen Sumber Air Terengganu.

7. Tenaga mampu milik dan bersih, renewable energy. Bila dah tubuhkan Jawatankuasa Teknologi Hijau Negeri, Loji dan Kuasa Solar di Merchang contohnya.

8. Pekerjaan yang sesuai dan penubuhan ekonomi. Good job and economy growth. Terdapat Outreach Pekerjaan Rakyat Terengganu dengan kerjasama GLC Negeri dan Pertubuhan Pusat Cari Kerja Terengganu. 9. Industri inovasi dan infrastruktur. Terdapat Pelancaran Terengganu Industry Made (TMADE) pembangunan economic accelerator project (EAP) di kawasan Kemasik. Inisiatif high speed broadband, pelancaran Pelan Strategik Terengganu Digital dan lain-lain lagi.

10. Mengurangkan ketidaksamaan. Reduce Inequality. Pelaksanaan Tahun Pertanian Negeri Terengganu 2021, Tabung Usahawan Terengganu (TUGAS), Program Grown Big Usahawan.

11. Bandar dan komuniti yang mampan serta Universities and Communities, inilah rancangan kita untuk Bandar Lestari Terengganu sejahtera, Projek Perumahan i-Rahman dan sebagainya. Insya-Allah Bandar Lestari ini memang kita akan insya-Allah kita akan mulakan pada tahun ini tapi untuk siapkan mungkin dalam tiga fasa perlu dalam mungkin lima enam tahun untuk siapkannya. Untuk melihat benda ini menjadi realiti, insya-Allah berikan mandat kepada PAS untuk terus mentadbir Terengganu untuk masa-masa yang akan datang. Sampai bila-bilalah insya-Allah. Banyak ni benda kita buat untuk kebaikan rakyat ni. Jadi kalau kita tidak sambung akan terbengkalai sebagaimana sejarah-sejarah yang lalu pertukaran Menteri Besar projek ditinggalkan, buat projek baru. Berlakulah macam-macam kerugian dan pembaziran duit rakyat Negeri Terengganu. Insya-Allah kita akan teruskan selagi kita diberi mandat untuk memimpin Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman ini. Insya-Allah.

12. Penggunaan dan pengeluaran yang bertanggungjawab. Responsible consumption dengan izin. Perancangan penggunaan pelan penggunaan sisa pepejal dan mercu tanda Terengganu bersih. Ini dalam proses kita

nak menyediakan sesuatu kawasan seluas 300 ekar untuk tapak pengurusan sistem pepejal Negeri Terengganu.

13. Tindakan iklim Climate action Pembangunan Pelan Induk Pengurusan Empangan Sungai secara bersepadu, pemantauan bulanan aliran parit-parit, penyediaan dan pelaksanaan pelan pengurusan garis panduan bersepadu ENSP dan lain-lain.

14. Kehidupan bawah air Life Below Water di bawah pertanian buat penambahan tukun tiruan, labuh unjang, pelepasan benih kepada umum, Kempen Pantai Bersih.

15. Kehidupan di darat Life On Land. Mengekalkan kawasan perhutanan di Terengganu sebanyak 5%. Ini nak mengekalkan prestasi CFF, Centre Forest Farm untuk laluan atau kehidupan binatang-binatang liar ini. Ia sekarang ini nampaknya gangguan terlalu besar sehingga harimau Malaya pun dah keluar dari kawasan dia sedangkan harimau Malaya ini antara haiwan yang kita nak conserve, nak kita selamatkan daripada kepupusan. Terengganu dah tinggal beberapa ekor doh, saya ingat dok sampai 10 ekor doh ada harimau Malaya ni. Baru ni merayau di Paka dang bunuh tu. Ini sangat-sangat dilarang. Kita boleh tangkap dan kita hantar balik ke dalam hutan insya-Allah [gelak]. Sebabnya nak pupus dah tu dan seluruh negara kurang 200 ekor harimau Malaya di seluruh negara dan ia menjadi ikon kita harimau ni tapi ia pun nak pupus juga. Sebab itu ada satu Jawatankuasa Khas peringkat Pusat untuk pastikan kita dapat menyelamatkan Harimau Malaya kita ini, insya-Allah. 16. Keamanan keadilan dan institusi teguh. Menambahbaikkan sistem dan infrastrukur Mahkamah Syariah dalam proses.

17. Kerjasama demi matlamat, partnership for the goals, pemerkasaan konsep budaya politik matang, dan sejahtera dan perancangan pembangunan antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan juga antara pihak kerajaan dan pembangkang. Ha ini yang kita amalkan sekarang. Sebab itu kita nak baik, semua orang bukan dengan UMNO sahaja, BERSATU pun kita baik, dengan PR, semua yang bangsa kita. Kita mahu aman damai hidup bersatu padu untuk membangun negara bersama-sama, insya-Allah. Jangan baloh-balohlah benda kecil-kecil ini. Kita lupakanlah, buang yang keruh, ambil yang jernih. “Biduk berlalu, kiambang bertaut” memang ada benda-benda yang kita hidup ini rumahtanggapun ada benda yang kita setuju, tak setuju tapi kita tengok apa matlamat kita. Kita tengok big picture, insya-Allah kita akan

selamat. Kita ada tolak ansur dalam kehidupan ini. Takdok balohlah, insya-Allah.

Seterusnya berkaitan dengan Kuala Besut. Kebersihan tempat pelancongan, insya-Allah kita akan pertingkatkan lagi walaupun telah diisyhtiharkan 10 bandar pelancong terbersih di Asian. Insya-Allah, kita akan pertingkatkan lagi, memang dalam proses kita. Batu Rakit mohon projek perumahan kawasan Batu Rakit. Alhamdulillah, Batu Rakit, kita telah ada projek, insya-Allah, akan direalisasikan dalam masa terdekat iaitu Projek Kampung Telaga Dua Batu Rakit dan kawasan seluas 26.06 hektar anggaran 540 unit, ini 540 orang akan dapat rumah dijamin Rumah Mampu Milik di Batu Rakit, insya-Allah. Kita tak tinggal, kawasan kampung kita, BPMS, Budaya Politik Matang Sejahtera. Pembangkang ke kita tak buat. Semua rakyat kita sama. Kita bagi keutamaan kepada semuanya. Cuma dia ada giliran-giliran dia tertentu yang kita kena tengok keperluan semasalah. Bukit Besi, teks SOP COVID-19 telah sebut kebiasaan pun telah sebut.

Dan yang sembilan, Seberang Takir, dengan hospital pengajar UNiSZA, kenapa 200 katil? Memang projek ini 400 katil, Yang Berhormat. Cuma fasa pertama buat 200, 200 katil dahulu. Nanti saya tengok maklumat. Dan fasa kedua akan bermula. Dijangka fasa kedua ini tahun 2024 apabila fasa pertama telah beroperasi dengan sepenuhnya. KPT memaklumkan UNiSZA perlu memohon dalam RPRMK untuk peruntukan fasa kedua dalam proses kitalah. Dan apabila telah beroperasi dalam 200 katil dahulu, jalan dengan selamat, 2024 kita akan mulakan pula dengan fasa kedua 200 katil lagi, jumlahnya menjadi 400 katil. Insya-Allah.

Akhirnya Tepoh. Tepoh memohon untuk buat di Bandar Baru Kuala Nerus, katanya bandar ini tidak ada orang. Betullah. Cuma Pusat Pentadbiran, ada Pusat Islam satu, tapi rumah orang tak ada. Jadi nak sembahyang tak cukup oranglah, tak cukup ahli kariah untuk sembahyang di situ. Maka kita dah berunding dan telah ada syarikat sebenarnya, kita buat pilihan sedang kita mengkaji latar belakang kewangan syarikat ini, iaitu untuk membina 468 unit rumah jenis A, pangsapuri B RMM jenis B 684 unit, pangsapuri jenis C 120 unit, rumah teres dua tingkat 256 unit dan rumah berkembar dua tingkat 20 unit. Ini satu pembangunan yang besar. Melibatkan lebih daripada 1000 unit rumah akan dibina di Bandar Baru Kuala Nerus. Tentang ruang niaga Bandar Baru Kuala Nerus, Insya-Allah, sekarang ini kita akan ambil tindakan melalui MBKT

dan juga Pejabat Daerah supaya di situ ada tempat yang kita benarkan peniaga-peniaga tidak lagi dia berniaga di merata-rata, saya cakap satu tempat yang khusus untuk menyelamatkan keadaan kecantikan bandar baru dan juga tidak menghalang orang ramai peniaga-peniaga untuk mendapatkan dan mencari peluang mencari rezeki masing-masing insya-Allah. Saya rasa saya sudah respon kepada 10 di Dewan yang bawa yang telah menimbulkan dalam ucapan masing-masing. Saya ucap terima kasih dan tahniah di atas kecaknaan tentang portfolio saya dan harap terus maju ke depan dengan perancangan yang dibuat oleh pihak Kerajaan yang sudah tentunya kejayaan ini adalah kejayaan kita semua Kerajaan rakyat Terengganu Darul Iman. Sekian.

Saya menyokong Titah Ucapan Diraja. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Wakil Alur Limbat di atas penggulungan yang telah dibuat tadi. Sewaktu kita mula masuk dalam persidangan, lepas rehat ini saya ada sebut saya nak berikan sedikit peringatan cuma oleh kerana pada waktu itu belum ramai yang masuk jadi saya ambil masa sikitlah. Sebelum saya jemput Wakil Paka kerana ada teguran pada saya berkait dengan perjalanan sidang terutamanya kelmarin pada saya tidak tak kata bolok sangat sebab persidangan kita ini sumber kuasanya ialah Standing Orders. Saya tidak minta tapi kuasa dalam Standing Orders itu banyak diberikan kepada Yang di-Pertua ataupun Speaker Dewan. Secara peribadi saya lebih suka menggunakan kuasa budi bicara yang kita boleh bertolak ansur yang kita boleh orang kata tidak terlalu strict sangat tapi macam mana pun oleh kerana Dewan Negeri telah meletakkan satu visi untuk menjadikan Dewan Negeri ini sebagai Dewan Negeri yang terunggul di Malaysia. Selain daripada program-program dan juga perkara-perkara yang boleh menambah nilai dari segi prestasi Dewan kita ini. Kita tidak dapat tidak memerlukan kerjasama daripada Ahli-Ahli Dewan. Oleh sebab itu saya harap perkara-perkara yang jelas dalam Standing Orders perlu dipatuhi oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dan saya memang tidak suka dari segi membazirkan masa dalam perkara-perkara yang tidak perlu. Dari segi hak memang dalam Standing Orders disebutkan secara jelas umpamanya dalam perkara yang saya selalu sebut 47 A, seseorang ahli yang boleh menganggu ataupun mana mencelah ahli yang lain sewaktu dia berucap memang saya harap ahli yang sedang bercakap yang sedang berucap tadi mahu beralah di atas permintaan daripada Ahli Berhormat yang lain, itu satu perkara. Yang kedua apabila Yang

di-Pertua Dewan bercakap maka Ahli-Ahli Dewan yang lain yang sedang bercakap mesti serta merta duduk juga isu berkenaan pertikaian dalam soal pertikaian yang dihubungkait dengan soal pematuhan umpamanya dalam sebut Perkara 47 mana-mana Ahli Dewan yang dianggap terpesong daripada peraturan maka Yang di-Pertua boleh mengarahkan supaya ahli berkenaan untuk duduk. Begitu juga dalam soal memutuskan suatu pertikaian sama ada ahli berkenaan patuh atapun tidak maka kuasa muktamadnya diberikan kepada Yang di-Pertua Dewan. Jadi begitu juga satu lagi dalam perkara 125 (2) yang akhir ini dalam Standing Orders kita ini keputusan Yang di-Pertua Dewan apabila berlaku pertelingkahan tentang tafsiran maka keputusan muktamad diberikan oleh Yang di-Pertua Dewan. Sebab itu saya katakan saya gunakan kuasa budi bicara. Tapi, kadang-kadang saya harap Ahli-ahli Yang Berhormat tidak menguji kesabaran saya. Ada masanya saya akan menggunakan peruntukan-peruntukan yang saya sebutkan tadi demi untuk memastikan perjalanan sidang kita ini akan berjalan lancar. Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Wakil Paka untuk membuat penggulungan.

Yang dihormati Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, rakan-rakan, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, pemerhati dan juga saudara-saudari yang dihormati sekalian. Saya mengambil kesempatan ini dalam Ucapan Menjunjung Kasih Titah Ucapan Tuanku Sultan sempena pembukaan Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Keempat Belas. Untuk memberi respond pandangan-pandangan Ahli-ahli Yang Berhormat yang menyentuh tentang portfolio di bawah saya. Antaranya apa yang disebut oleh Yang Berhormat Sura, iaitu menyentuh tentang keperluan untuk menambah baik prasarana Sekolah Menengah IMTIAZ Yayasan Terengganu di Dungun, pihak Kerajaan sebenarnya pada tahun 2021 sebelum ini, telah membaik pulih bumbung Asrama Darul Abu Bakr dengan kos RM40,000.00 dan sudah selesai permasalahan tersebut. Juga memperuntukkan peruntukan untuk membaik pulih tangki kumbahan juga telah selesai dan untuk tahun 2021, 2022 pihak Yayasan Terengganu dengan peruntukan CBK telah memperuntukkan RM100,000.00 untuk membaik pulih bumbung asrama pelajar, bilik guru, kelas

akademik, surau, bilik warden dan juga pejabat. Juga, penyelenggaraan dan baik pulih tangki kumbahan serta tandas 6 buah asrama pelajar dengan kos RM111,000.00 dan pihak Yayasan Terengganu juga dalam proses cadangan pembinaan bangunan asrama baru untuk pelajar tingkatan 1 dan 3 yang akan menelan belanja lebih kurang RM500,000.00, di bawah peruntukan UPEN dan proses awal untuk melantik juruukur tanah bagi kerja-kerja ukur topografi untuk penjanaan layout pelan dan juga bangunan, dan memang kita akuilah sebahagian besar bangunan yang diguna pakai itu masih lagi bangunan lamalah, peninggalan lama sejak UiTM Dungun lama dulu. Tetapi inilah, perancangan akan kita buat bangunan baru untuk lebih selesa kepada pelajar-pelajar kita. Terima kasih kepada Yang Berhormat Sura yang membangkitkan isu ini.

Yang Berhormat Buluh Gading menyentuh tentang berkait pembinaan Mahkamah Syariah di Kemaman. Memang sepatutnya kita sudah selesai untuk mewujudkan bangunan mahkamah ini, tapi sekarang baru diambil perjalanan walaupun Mahkamah Tinggi kita sudah sepatutnya ada tiga iaitu mahkamah di Kuala Terengganu, Kemaman dan juga di Besut, dan hakim pun dah sedia ada cuma melibatkan bangunan. Jadi, terima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar yang telah meluluskan peruntukan bagi membina bangunan Mahkamah Tinggi Syariah di Kemaman dan pada tahun 2020 telah diluluskan sebidang tanah iaitu PT14186 seluas 12,164 meter persegi di kawasan Bandar Baru Kijal, Kemaman untuk dijadikan tapak Kompleks Mahkamah Tinggi Syariah Kemaman, dan Kerajaan Negeri juga telah meluluskan kos pembinaan sebanyak RM10 juta bagi pembinaan bangunan Kompleks Mahkamah Tinggi Syariah di Kemaman itu. JKR baru selesai membuat pembentangan kepada Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Terengganu pada 16 Mac baru-baru ini yang dimuktamadkan dari segi reka bentuk bangunan dan juga anggaran kos pembinaan. Dimaklumkan sebab tanah itu di kawasan sebelah BOMBA itu memerlukan proses rawatan tanah dan mengambil masa 12 hingga 18 bulan, jadi lama pulok. Jadi pihak Jabatan Kehakiman mungkin akan mengangkat pilihan, sebab ada lagi tanah bekas Mahkamah Rendah sekarang itu mungkin boleh digunapakai untuk mengurangkan koslah, sebab dijangkakan RM10 juta peringkat awal itu sepatutnya boleh selesai doh. Tapi dengar kata JKR nak angkat lebih kurang dalam RM28 juta pulok [ketawa] kita tengoklah macam mana, insya-Allah. Tapi doh, pihak Kerajaan Negeri memang doh bagi komitmenlah untuk

menyelesaikan isu pembangunan Mahkamah Tinggi di Kemaman dulu, lepas pada tu baru gi di Besut, insya-Allah.

Berkait dengan Mahkamah Rendah Syariah Setiu, memang kita mengarahkan supaya diambil perjalanan untuk membina Mahkamah Rendah Syariah Daerah Setiu yang masih lagi menumpang di rumah kedai di simpang traffic light itulah, yang menganggu perjalanan mahkamah sendiri, pada tahun 2022 ini sudah diluluskan lot 3089 di Mukim Tasik Setiu. Keluasan 4,817 meter persegi lebih kurang 1.2 ekar dan UPEN bersama JKR dan agensi yang berkaitan sedang mengambil perjalanan untuk reka bentuk dan insya-Allah kita harap di bajet akan datang akan disenaraikan untuk Mahkamah Rendah Syariah Daerah Setiu. Di samping semua bangunan mahkamah rendah di daerah-daerah lain masih lagi menggunapakai bekas Jabatan Agama Daerah masing-masing, jadi memang kalau kira dari segi pembangunan dan sebagainya tidak sesuailah dan insya-Allah itu dalam perancangan Kerajaan Negeri untuk upgradelah kesemua bangunan-bangunan tersebut agar lebih sesuai dan selayaknya sebagai mahkamah.

Tentang KQT disebut, saya rasa sudah diberi makluman perkara ini, cuma kita buat sementara dulu di kuarters Kompleks Kastam Pengkalan Gawi sebab kita sedia maklum memang untuk menyiapkan keperluan menyiapkan bangunan tapak kekal itu memerlukan masa yang panjanglah, dan sebagai Kolej Univerisiti yang kita perlukan ini dia banyak syarat-syarat dia untuk diangkat status dia sebagai Universiti jadi kita perlu memulakan khususnya melibatkan penawaran, kursus melibatkan ijazahlah di kompleks baru kita ini sendiri.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Wanita juga menyentuh tentang perihal hiwalah, kes hok bekas suami hok culas bayar nafkah setelah diputuskan di mahkamah, saya rasa melibatkan pegawai kerajaan pun dok berbangkit mana dia boleh potong gaji, ini melibatkan individu orang meniaga, kerja sendiri dan sebagainya, hok nilah biasa culas ni. Tapi saya rasa beberapa hari yang lalu Perdana Menteri telah mengumumkan kerjasama dengan pihak bank, peguam dan sebagainya untuk memotong nafkah itu direct daripada pihak bank sendiri. Jadi, pihak kita di Kehakiman Syariah sendiri melalui Bahagian Sokongan Keluarga telah bertemu dengan Jabatan Undang-Undang, Bank Negara yang diadakan pada 14 mac 2019. Sebenarnya sudah diambil perjalanan lama doh berkait isu permasalahan ini. Seterusnya pada 11 Jun 2019 satu perbincangan bersama Bahagian Syariah dan Pengharmonian Undang-Undang Jabatan

Peguam Negara BSK, BNM bagi membincangkan proses tersebut. Jadi satu Rang Undang-Undang bagi meminda jadual 11 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 telah diluluskan dan diwartakan pada 10 Februari 2021. Jadi pindaan tersebut memansuhkan pematuhan penzahiran maklumat di bawah hiwalah iaitu pemindahan hutang dengan penghutang penghakiman kepada pihak ketiga, jadi termasuk juga melibatkan perintah mahkamah termasuk juga perintah Mahkamah Seksyen serta diperluaskan perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah. Jadi berdasarkan pewartaan pindaan akta tersebut sebarang perintah hiwalah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah di mana-mana peringkat telah boleh dilaksanakan. Di JKSM juga telah mengeluarkan satu garis panduan, manual melalui Arahan Amalan No 10, tahun 2020 dan telah diterima pakai di peringkat Mahkamah Syariah Negeri dan telah dimasukkan sekali garis panduan bagaimana suatu proses hiwalah itu boleh dilaksanakan. Namun begitu bagi tujuan pelaksanaan sebenar hiwalah, di semua peringkat mahkamah ini satu bentuk penyelarasan teknikal di peringkat dasar perlu dibuat terlebih dahulu untuk pelaksanaan dan penguatkuasaan di peringkat Mahkamah Syariah, jadi perkara tersebut dalam proses tindakan buat masa ini, jadi untuk makluman Kerajaan Negeri dulu telah meluluskan peruntukan kewangan bagi tabung dan juga termasuk MAIDAM untuk kes-kes yang telah diputuskan oleh mahkamah sebelum dia dapat nafkah jadi mereka ini boleh gunapakai duit tersebut untuk membantu permasalahan yang melibatkan khususnya melibatkan anak-anak. Jadi kita rasa tak berbangkit, anak-anak yang terbiar, isu yang melibatkan pengabaian nafkah inilah dan kita dalam proses mengemaskinikan mewujudkan takaful bagi anak-anak yang terabai melibatkan keputusan Mahkamah Syariah ini khususnya kepada suami-suami yang orang panggil maknga dalam menunaikan tuntutan nafkah.

Minta maklumat sikit Yang Berhormat, adakah dia boleh menggantikan Ta’min Hadhanah yang pernah disebut dalam Sidang yang lalu? Ta’min Hadhanah.

Ya, betul la. Ta’min Hadhanah itu merupakan dalam masih lagi dalam proses jadi insya-Allah kita harap ada beberapa cadangan-cadangan untuk jangka masa panjang bagi tabung itu diguna pakai khususnya melibatkan anak-anak yang terabai dalam isu nafkah melibatkan keputusan Mahkamah Syariah ini, terima kasih.

Juga berkait tentang Pusat Pemulihan Akhlak yang kita cadangkan iaitu Pusat Pemulihan Akhlak dan juga Pusat Permurniaan Akidah Negeri Terengganu di mana telah mendapat kelulusan bajet semasa Sidang Dewan Undangan Negeri Kali Keempat Belas iaitu pada 25-29 November 2018. Jadi telah dilakukan usaha-usaha yang diseliakan oleh Mahkamah Syariah ke arah penubuhan tersebut dan lawatan-lawatan pun sudah dibuat kepada pusat-pusat yang sedia ada dengan hasrat untuk mewujudkan cadangan pusat rehabilitasi oleh Mahkamah Syariah Terengganu ini. Jadi mesyuarat penyelarasan pun sudah dibuat pada 14 Januari 2022 dan juga telah membentangkan projek dan juga modul operasi oleh Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu dengan kerjasama penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu. Jadi penubuhan pusat tersebut dicadangkan dibina di atas tanah PT 33272 di Mukim Pulau Kerengga, Marang, dekat penjara Marang. Jadi, tambahan pula isu ini telah dibincangkan dan sekarang ini kita menunggu JKR untuk membentangkan kerangka model pusat pemulihan akhlak sebab yang di Selangor dia asing jauh antara lelaki dan perempuan, kita pun hasil tinjauan kita kemungkinan kita akan buat setempat tapi untuk memisahkan antara dua la, dan juga termasuk apa orang panggil hok laki nak jadi orang puan ini payah juga, kita nak bubuh kat orang puan dia orang laki, jadi nak bubuh kat orang laki, kan ada diapa-apakan, jadi kita masih lagi dalam perbincangan lagi itu. Kalau tidak kena buat tiga pula berat la, ataupun Wakil Kijal ada cadangan, dia biasa mahir bab ini.

YANG BERHORMAT DATO’ SERI Dr. HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Yang di-Pertua kita panggil Sajat la, Sajat..

hok tu, aduh payah pula nak gi Australia kita. Jadi sekarang ini kita masih lagi tunggu tu, jadi tanah sudah ada jadi tinggal lagi untuk kita tunggu orang panggil kerangka ataupun model pembangunan la, modul itu insya-Allah akan diseliakan oleh Jabatan Kehakiman Syariah dengan kerjasama daripada penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu. Yang terakhir berkait tentang program wanita dalam isu-isu STEM apa sebagainya, saya rasa perkara ini sebenarnya tidak berbangkit isu gender dan sebagainya dalam islam sebab perkara ini kadang-kadang dia terbawa-bawa daripada perjuangan feminism di barat, menuntut hak woman boleh berhenti dan sebagainya itu benda yang berlaku berdasarkan latar belakang di baratlah, tapi dalam islam rasa tak berbangkit dalam menuntut ilmu Menuntut ilmu adalah fardhu ke atas lelaki dan perempuan. Masalah kepimpinan pun

Antara lelaki dan perempuan saling memimpin antara satu sama lain. Sejarah sirah pun kita rasa dok berbangkit, banyak contoh-contoh yang ada, Jadi dalam hal ini isu ini cuma termasuk juga di Terengganu kita ini saya rasa tidak ada isu-isu yang melibatkan diskriminasi wanita kita memberi ruang peluang yang sama rata kepada anak Negeri Terengganu dan sebagainya hatta kepada yang bukan melayu pelbagai bangsa dan juga warna kulit sebagainya, begitu juga yang melibatkan STEM, jadi saya dok tahu apa ADUN Wanita ambil mana, jadi macam orang puan sikit, persoalan kita dalam Yayasan Terengganu masa kita bincang-bincang isu yang melibatkan SPC, Skim Pelajar Cemerlang dan beberapa anugerah kita tengok orang puan ramai pada orang laki, kita rungsing hok tu, guane ni kata kan apa hok yang ramai cemerlang tu orang puan. Sepatutnya kita kena buat bincang hok lelaki pula ini pulok napok masalah dok berbangkit dah hok wanita inilah. Begitu juga pelajar-pelajar melibatkan STEM inilah, cuma perkara ini dihadapi oleh kebanyakan IPT yang melibatkan teknikal, kejuruteraan dan sebagainyalah sebab zaman kita sekolah dulu cikgu wajibkan ambil sains, mu sastera, zaman sekarang ini pilihan. Jadi ramai pelajar-pelajar ini kurang untuk memilih aliran STEM jadi perlukan kempen tapi bukan untuk wanita sahajalah untuk semua. Saya

Yang Berhormat mungkin saya buat boleh buat sedikit pencerahan. sebenarnya isu ini dibincangkan juga dalam Sidang Parlimen yang melibatkan kurangnya penglibatan wanita berbanding dengan lelaki dalam bidang STEM, jadi saya cuma melontarkan supaya adanya galakan dan sokongan daripada semua pihak untuk wanita memilih bidang STEM ini berbanding dengan bidang-bidang yang lain, apatah lagi wanita sekarang ini lebih banyak menceburi bidang TVET dan sebagainya jadi itulah saya mengharapkan satu sokongan semua pihak sebenarnya untuk wanita memilih STEM sebab kebanyakan wanita ini kadang-kadang memilih bidang yang berlainan sepertinya kedoktoran dan sebagainya jadi benda ini yang itulah yang saya cadangkan supaya kerjasama semua pihak sebenarnya dan juga turut dibincangkan dalam Sidang Parlimen yang lepas, baharu sahaja lagi.

Terima kasihlah, insya-Allah tapi sepanjang kita lihat khususnya bidang-bidang mediklah perubatan ramai pelajar-pelajar yang kita hantar itu dari kalangan pelajar wanitalah dan hari ini saya rasa bahagian medic ini orang puan belaka

conquer ini. Kalau kita duk Kertih lah, Yang Berhormat Kijal pun ada situ, kadang-kadang naik pakai coverall tapi bawah topi tengok pakai jilbab, khabat lening, di kawasan oil and gas jadi ramai jurutera-jurutera Ir kita pun dari kalangan wanitalah jadi saya rasa kita pun dok beri halangan dan sebagainya memberi ruang berdasarkan merit la, takleh la kata nok kuota 30% orang puan dokleh gok mestilah berdasarkan orang panggil keupayaan, kemahiran orang panggil yang boleh ditawarkan setandinglah dengan orang-orang lain jadi orang puan pun takleh amik kesempatan sebab dia wanita dia kena masuk line VIP suku, dok boleh lah. Sama saja kita bagi ya antara rakyat kita Terengganu kita. Ke guana ADUN Kijal?

Saya ingin menyentuh sedikit la tentang pandangan berkait dengan sahabat kita daripada Wakil Batu Rakit. Berasap mareng nok maroh sangat kes itik. Dia seorang cikgu, wang. Seorang guru. Biasalah beri tamsilan, beri contoh, beri perumpamaan. Kalau kira dalam sejarah Islamlah dulu-dulu, bakpe banyak cerita-cerita berkait binatang ini. Dulu tugas amar makruf nahi mungkar ni, tegur ni, kena tegur, tapi sampai satu peringkat, ada pemerintah-pemerintah yang zalim, yang mengunci mulut supaya dokleh bercakap, jadi terpaksa ulama-ulama cerita dalam bentuk binatang-binatang, mana ada binatang cakap, wang? Jadi binatang-binatang ini bercakap, tegur-menegur sebenarnya mereka adalah untuk memberi nasihat atau memberi peringatan kepada pemimpin-pemimpin. Jadi dalam hal ini, begitu jugok PAS sendiri-sendiri sejak tahun 1951. Mengambil pendekatan demokrasi walaupun dengan berbagai-bagai halangan yang dihadapi, jadi saya rasa pemimpin PAS ini ada yang dibunuh, ada sejarah dia. Isu Memali sebagainya pernah dituduh sebagai komunis, Lubuk Merbau dan sebagainya. Samad Gul pernah di katok, pernah dibuang daerah, pernah di penjara, berbagai-bagai kalau kira nak berasa hati, orang PAS ni lame lagilah. Tapi setiap kali berlaku isu-isu tertentu orang menghulurkan tangan, PAS bersedia. Peristiwa orang panggil 13 Mei, walau dalam keadaan mana pun PAS boleh terima, tapi ditendang keluar. Bila berlaku Tun Mahathir dipecat daripada UMNO, PAS beri platform dia untuk menyatakan apa yang ingin dinyatakan. Zaman Ku Li, Semangat 46, Anwar Ibrahim, dan sebagainya, begitulah yang terbaru ini. Jadi kadang-kadang orang kata pulok, berapa kali nak masuk lubang bewok mung dia kata. Tapi itulah yang dianjurkan dalam Islam. Jika orang dah menghulur tangan perdamaian, sambutlah tangan tersebut, dan serahlah, bertawakallah kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Jadi orang kata kena tipu kang, takpe kita berserah kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Jika ada orang

yang ingin menipu kamu, serahlah urusan itu kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala, Allah Ta’ala yang akan menguatkan kamu, mengukuhkan kamu dengan pertolonganNya, khususnya kepada mereka-mereka yang beriman kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Jadi kadang-kadang dalam PAS ini biasa dah orang panggil jadi kambing hitam. Sebagaimana pepatah Arab berkata , . Dia pukul kita, dia katok kita, pahtu dia nangis. Jadi orang tengok, mu katok dia dah dia nangis, padahal dia katok kita, tapi dia buat pandai nangis. Jadi nak kata waner? Dia memaki kita, tapi dia mengadu. Begitulah dalam suasana seperti ini. Jadi PAS dianggap sebagai khianat dan sebagainya. Saya rasa dalam Terengganu sendiri pun begitu. Panggil Ketua Perhubungan kita pun ada, saya pun antara pimpinan Terengganu juga, sempat sekali je pertemuan, selepas pada itu dok berminat bertemulah. Jadi sahabat ada seorang BERSATU tu mudah, sampai hari ini kita mengadakan beberapa kali mesyuarat dan sebagainya. Kalau nak ungkit kesilapan-kesilapan lama dok selesaian pah sudohang. Tapi kita melihat agenda untuk menyatukan kita. Memang itu dianjurkan oleh Islam. Tapi cuma dalam PAS ini begitulah. Kita terikat dengan dasar kita Islam. Memang kadang-kadang payah sikitlah, sukar sikitlah. Sebab dasar kita itu kadang-kadang orang dok bertahan mana, lari sebab kita kukuh dengan dasar kita. Menang kalah itu bukan hal, PAS ini sejak 51 lagi banyak kalah pada menang. Jarang-jarang sekali je menang. Tapi kita dok rasa sebab dasar kita . Menang sokmo tak dok istilah kalah kecuali kita lompat, kita berhenti, itu dikira kalah. Selagi mana kita istiqamah insya-Allah kita dapat, sama ada kita menang atas dunia ataupun mati syahid, makna kena mati dan sebagainya pun tetap dikira sebagai kemenangan di sisi Islam. Sebab itu dalam hal ini, ialah kita sedia maklumlah apa yang diumumkan oleh Timbalan Presiden UMNO sendiri antara dasar-dasarnya, dia kata hok mana bertanding, menang, dia tanding ah situ. Memanglah untuk Pahang, Kelantan sebagainya UMNO banyak tanding kemungkinan dia kekallah, tapi bila Terengganu, Kedah, Kelantan, saya pun pernah cakap Yang Berhormat ADUN Kijal jadi kita ni status quo. Jadi hok ada menang hok PAS ni menang ah. Balik nung hoktu tanding hok ada ah. Memanglah dia kata dah bila UMNO nok boleh pulok? Tapi itulah orang panggil ruang ataupun perbincangan yang sedia ada. Jadi kalau nok itu semula tu memang 32 lawan 32 ah. Jadi balik asallah pula, jadi dok timbul sepatutnya hal-hal seperti itulah. Dalam hal ini, begitu juga yang disebut, saya rasa saya pun dok tahu bakpe Wakil Batu Rakit berasa hati sangat isu itik patah kaki ni wang. Sebab sebelum pada itu, veteran UMNO sendiri kata orang lain jangan ajor itik berenang. Makna UMNO ni dah lama, kita akuilah. UMNO ni lama, parti

lama berpengalaman memerintah. Jadi jangan ajor itik berenang. Jadi Presiden sebutlah itik ada time patah kaki kita rawat. Jadi bila dah segor molek, ye berenang lari dok duli doh wang. Tu kate ikut saya kita melih je. [Ketawa] Gulai, kari sedap or. Makan dengan pulut kuning. Jadi sebenarnya perumpamaan-perumpaan ni dalam Quran pun banyak supaya kita boleh ambil pengajaran, iktibar. Allah Subhanahu Wa Ta’ala sendiri sebut:

Allah Ta’ala sendiri pun perumpamaan mereka contoh seperti anjing, kerja mung tu holor pun dia jelir lidah jugok, mu dokwi pun dia jelir lidah jugok. Yang demikian itu merupakan contoh, perumpamaan, misal bagi kaum yang membohongi ayat-ayat kami.

Ceritakanlah, beritahu, royak kisah-kisah ini . Moga-moga kita boleh mengambil iktibar, boleh mengambil pengajaran, jadi hikmah di sebalik itu sebenarnya banyak pengajaran-pengajaran yang boleh kita kongsi, mengambil pengiktibaran. Jangan kita larikan daripada matlamat sebenarnya, jadi janganlah dimangsakan PAS ini sebagai kambing hitam, akibatnya hasrat kita untuk meletakkan matlamat untuk perpaduan itu akhirnya akan jadi gagal. Sekadar itu sahaja pandangan ucapan saya, saya menyokong Ucapan Titah Tuanku Sultan.

Yang di-Pertua

Terima kasih Wakil Paka di atas penggulungan yang dibuat sebentar tadi. Sekarang sampai masa yang kita tunggu, saya nak jemput Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga Wakil Rhu Rendang bagi menutup penggulungan bagi pihak Kerajaan. Silakan.

Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin MokhtarPAS · PNMenteri Besar · Ru Rendang

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, pegawai-pegawai kerajaan, pemerhati dalam dewan, semua pendengar, tua, muda di alam maya yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah kita bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala di atas kesempatan yang diberikan kepada kita semua untuk sama-sama berada dalam Dewan Yang Mulia ini, dengan suasana yang penuh harmoni dan sejahtera. Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan pandangan-pandangan dan cadangan-cadangan yang bernas dan menarik untuk diteliti oleh Kerajaan serta dipertimbangkan bagi mencapai matlamat Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera. Pelbagai soalan yang ditimbulkan dalam Dewan ini telah dijawab oleh Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri semasa sesi penggulungan. Ada sebenarnya yang telah dijawab dalam Soalan Lisan, Soalan Tambahan, dan Soalan Bertulis dan ada juga yang merupakan soalan yang berulang dari sidang-sidang yang lepas dan telah dijawab di waktu yang lalu yang semuanya ada di dalam Hansard Dewan yang boleh dirujuk secara digital oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, para wartawan dan rakyat seluruhnya.

Pada kesempatan ini juga saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah membantu rakyat Negeri Terengganu dalam berhadapan dengan bencana banjir baru-baru ini. Musibah yang tidak kita jangka. Banjir besar yang luar biasa. Terima kasih terutamanya kepada penduduk-penduduk kampung, JPKK, Ahli-ahli Yang Berhormat, Agensi-agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan, Parti-parti Politik, NGO, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah melakukan lawatan singkat pada 2 Mac yang lalu kira-kira tiga minggu yang lalu, Yang Berhormat Menteri-menteri, Ketua-ketua Agensi dan Pegawai Kanan Persekutuan dan semua pihak sama ada rakyat Terengganu sendiri ataupun rakyat Malaysia yang telah sama-sama membantu mangsa-mangsa banjir di Negeri Terengganu. Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala sahaja yang membalas jasa tuan-tuan dan dengan ganjaran yang berlipat kali ganda. Marilah kita sama-sama berdiri dan memberikan tepukan sebagai tanda penghargaan dari Negeri Terengganu. Terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, dalam Titah Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu ada mengesyorkan untuk Kerajaan Negeri melakukan Kajian Impak ataupun Impact Assessment dengan izin dengan mengambil kira perkembangan ekonomi global. Perkara ini turut dibahaskan oleh Yang Berhormat Batu Buruk, Hulu Besut, Kuala Besut, Bukit Besi dan Seberang Takir. Insya-Allah, menjunjung kasih di atas Titah Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan maka Kerajaan Negeri melalui UPEN dan TSIS akan melakukan kajian tersebut bagi berhadapan dengan ketidaktentuan ekonomi global yang secara langsung memberikan kesan kepada Negeri Terengganu. Strategi Blue Ocean sudah tentunya akan digarap oleh pentadbiran kerajaan ini untuk meletakkan pemulihan ekonomi Negeri Terengganu dan rakyatnya di landasan yang betul dalam masa yang singkat. .

Yang Berhormat Seberang Takir juga ada menyentuh tentang isu hutang Kerajaan Persekutuan bagi pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2). Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sebagaimana jawapan saya sebelum ini dalam sidang yang lepas jumlah tuntutan balik adalah sebanyak RM1.85 billion. Dan Kerajaan Persekutuan telah membayar balik sebanyak RM418.5 juta dalam bentuk projek iaitu projek LPT3 Awana Kijal yang berjumlah RM118.5 juta dan projek perumahan mampu milik RM100 juta dan pendahuluan tunai RM200 juta. Jumlah yang masih berbaki adalah sebanyak RM1.43 billion. Untuk jumlah ini, Kerajaan Negeri berhasrat untuk mendapatkan bayaran balik hutang ini secara pembayaran tunai dan bukannya melalui pembangunan projek-projek di Negeri Terengganu. Sebagaimana jawapan saya yang lalu dalam sidang yang lepas, pihak kerajaan telah melakukan beberapa siri perbincangan dan perundingan termasuklah respon dan jawapan yang diterima oleh pihak kerajaan daripada kementerian pada Oktober tahun lalu yang saya kategorikan sebagai code-end-code tidak produktif. Dan juga pernah saya jelaskan dalam sidang yang lepas. Walaupun begitu, kini kita sudah ada petanda yang lebih positif hasil daripada komunikasi yang terakhir antara pihak kerajaan dengan kementerian, saya sendiri dengan Yang Berhormat Menteri Kewangan di mana insya-Allah perbincangan antara Yang Berhormat Menteri Kewangan dan saya sendiri untuk penyediaan kertas kabinet mengenai isu hutang LPT2 akan diadakan pada 28 Mac nanti di Putrajaya, insya-Allah. Sama-sama kita berdoa agar keputusan yang terbaik untuk Terengganu dapat dicapai.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, terima kasih juga saya ucapkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah bersetuju dan menyokong keputusan kerajaan untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri sehingga tamat tempoh penggal. Dan inilah juga harapan kita untuk peringkat Kerajaan Persekutuan. Keputusan ini dibuat untuk memastikan Kerajaan Negeri dapat memberi fokus kepada isu-isu rakyat yang menjadi keutamaan Kerajaan Negeri. Tambahan pula kita bakal memasuki fasa endemik selepas ini. Malah kita juga tidak mahu mengheret rakyat terlibat dengan pendekatan politik yang tidak menguntungkan mereka. Semalam saya telah menerima satu memorandum yang diserahkan oleh sekumpulan mahasiswa. Iaitu Gabungan Mahasisawa Islam Se-Malaysia (GAMIS) cawangan Terengganu yang menyokong keputusan kerajaan ini. Mereka menyatakan bahawa anak muda terutamanya pengundi muda sudah muak dengan tindakan politik berkepentingan yang tidak berkesudahan. Jangan sampai kita semua ahli politik menjadi punca terhakisnya keyakinan rakyat terutamanya anak-anak muda yang cintakan keamanan, kesejahteraan dan perpaduan. Selari dengan hasrat ini, maka Kerajaan Negeri akan lebih responsif terhadap keperluan libat urus dan suara generasi muda dalam dasar Kerajaan Negeri Terengganu. Insya-Allah saya sendiri akan turun menyantuni dan mendengar sudut pandang mereka walau di mana jua. Ruang dan peluang yang selayaknya akan diwujudkan supaya partisipasi golongan muda dan sudah tentunya golongan yang tidak berparti ini untuk lebih memahami dan seterusnya memberikan idea-idea mereka untuk kepentingan negeri dan negara secara umumnya. Adalah penting untuk kita semua fahami bahawa penyertaan dalam politik adalah tanggungjawab sebagai seorang muslim dan peranan rakyat dalam sebuah negara demokrasi tanpa mengira umur dan latar belakang sosial ekonomi mereka.

Yang Berhormat Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya bersependapat dengan Yang Berhormat Bandar dan Telemong bahawa formula yang terbaik untuk kestabilan politik negeri dan negara adalah dengan adanya penyatuan antara orang melayu Islam. Kita sedar bahawa tonggak kestabilan pada Malaysia dan Terengganu adalah kesatuan orang melayu Islam. Maka tidak dapat tidak, kita mesti berusaha bersama-sama bagi menyatukan atau mengurangkan perselisihan antara parti-parti politik ini. Malah penyatuan ini mesti bersifat inklusif dan bukannya eksklusif serta terhad kepada pihak-pihak tertentu atau hanya satu dua parti politik sahaja. Semakin ramai dan semakin besar kelompok melayu Islam yang kita jalinkan, semakin kukuh dan kuatlah

kestabilan negara. Apa jua status muafakat nasional yang kita dokongi mestilah tidak meresahkan dan membebankan rakyat yang baru sahaja hendak bernafas dengan cengkaman COVID-19. Saya juga berharap apa jua yang berlaku janganlah kita memperjudikan keharmonian dan kesejahteraan rakyat di kampung yang telah kita kecapi sebelum ini. Rakyat kita sudah mula mengenali dan selesa dengan politik matang dan sejahtera dan saling tolong menolong tanpa mengira warna politik. Perkara ini perlu dikekalkan walau apa jua yang terjadi.

Biar ribut melanda, Biar ombak menerpa, Biar badai menyapa, Nasib rakyat jangan dialpa.

Dengan penuh rendah diri saya ingin merayu agar kita semua mengingati kembali. Ya sememangnya kita ini manusia yang mudah lupa untuk kita mengingati kembali keperitan yang ditanggung oleh rakyat selama 22 bulan pemerintahan Kerajaan Pakatan Harapan.

Mengingati Kembali episod kegelojohan kerajaan 22 bulan yang berseteru dengan agensi dan pegawai kerajaan. Dan percubaan kerajaan mereka untuk mengganggu pelbagai institusi yang ada dalam negara kita dan seribu macam perkara yang telah berlaku. Di atas keperitan dan kelemahan kerajaan 22 bulan itulah, kerajaan mereka, yang mereka bina itu terlerai runtuh dan dari situ kita dapat duduk bersama dalam sebuah Kerajaan Persekutuan. PAS, Barisan Nasional, Bersatu dan parti-parti lain dari Sabah dan Sarawak sehingga telah membentuk sebuah kerajaan yang baharu. Tanpa mereka yang melompat keluar dari Kerajaan Pakatan Harapan yang menjadi sandaran dan penyebab di waktu itu, kita mungkin tidak akan mengecapi kerajaan baharu selepas kerajaan 22 bulan. Adalah tidak manis, adalah tidak elok, di waktu susah masa bertungkus lumus, masa berperit, masa berjuang untuk melakukan perubahan dan membina negara, di waktu itu kita dapat merendahkan diri untuk bekerjasama. Dan selepas berjaya, kita mula melupakan mereka, kita tinggalkan mereka yang berkorban iaitu mereka yang menjadi pencetus pertukaran Kerajaan baharu itu. Ia tentunya dalam perjalanan ini kita semua ada tercedera di sana sini, kadang kala ada di antara kita terkasar, bengkeng, bengis pada waktu yang kritikal ini. Apa pun yang berlaku tidak ada alasan untuk kita semua, parti-parti yang ada yang membentuk kerjasama di peringkat Kerajaan Persekutuan untuk tidak boleh duduk bersama dan berbincang bagi merungkai dan mencari titik persamaan.

Masalah tidak akan selesai sampai bila-bila sekiranya kita sibuk membahas noktah perbezaan. Pada tahun 1946, Almarhum Burhanuddin al-Hilmi telah menulis, di atas robohan Kota Melaka kita bangunkan jiwa merdeka, bersatu padulah segenap baka, membela hak keadilan pusaka.

Pantun saya pada hari ini, Naik bot pergi ke Pengkalan, Pergi mencari kayu gaharu, Di atas runtuhan 22 bulan, Kita bina negara baharu.

Kerajaan baharu kita usaha, Rakyat berpadu negara sejahtera, Marilah kita terus berusaha, Kita dirikan umat sejahtera.

Yang Berhormat Dato’ Yang Di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebelum melabuhkan bicara, sempena bulan Ramadhan yang bakal tiba suka untuk saya ucapkan selamat menghidupkan Ramadhan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dan rakyat Terengganu. Marilah sama-sama kita memanfaatkan bulan yang mulia ini dengan melakukan sebanyak mungkin amal kebaikan dan terus berdoa agar Allah Subhanahu Wa Ta’ala melindungi kita semua dari musibah dan bencana yang kita tidak mampu menghadapinya.

Akhirnya, sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang Di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan, pertanyaan, percambahan, pemikiran disepanjang sidang DUN ini dijalankan. Penghargaan setingginya juga kepada semua frontliners di luar sana di saat kita menghadapi pandemik, anggota-anggota keselamatan, semua pegawai-pegawai Kerajaan, Bentara Dewan, penyedia makanan minuman kita dan semua yang terlibat bagi memastikan sidang kita ini dapat berjalan dengan lancar dan sempurna. Dan, dengan itu saya menyokong dan menjunjung kasih Titah Duli Yang Mulia Sultan Negeri Terengganu. Sekian.

Yang di-Pertua

Alhamdulillah dengan penggulungan daripada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar tadi selesailah sudah penggulungan bagi pihak Kerajaan.

Ahli Yang Berhormat sekalian, saya sekarang ini buka kepada undian-

Usul ini kemudian diharapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan sebulat suara.

USUL INI DITERIMA.

TangguhanAdjournment

Setiausaha Dewan

Perkara berikut ialah Tangguhan.

Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin MokhtarPAS · PNMenteri Besar · Ru Rendang

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya persidangan dewan ditangguhkan kepada suatu masa yang akan ditetapkan kemudian.

Yang di-Pertua

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Sebelum saya tangguhkan Dewan ini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan oleh Ahli Yang Berhormat sekalian selama empat hari kita bersidang. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih terutama kepada wira-wira yang tak didendangkan, unsung heroes seperti yang telah disebutkan tadi di kalangan pegawai-pegawai Kerajaan sama ada peringkat Negeri, Persekutuan. Khusus kepada kakitangan Pejabat Dewan Negeri, pihak media yang sentiasa melaporkan berita dengan baik, pihak keselamatan dan semua sekali yang tak sempat saya sebutkan satu persatu. Sekarang, saya tangguhkan persidangan dewan ini ke satu masa dan tarikh yang akan ditetapkan kemudian dan untuk itu sama-samalah kita membaca tasbih Kaffarah dan Surah Al-„Asr.

DEWAN DITANGGUHKAN ADA JAM 1:00 PETANG.