Terengganu · 25 July 2022
14th Assembly, 5th session, 2nd meeting · 181 turns · 10,798 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalTerengganu publishes one PDF per meeting, with the written answers appended. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
(Pembukaan)
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Perkara berikut di dalam Tertib Pekerjaan Dewan pada hari ini ialah Ucapan Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan.
Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, ketua-ketua jabatan Negeri dan Persekutuan, Dato’-Dato’, tuan-tuan dan puan-puan sekalian dan para pemerhati sekalian.
Alhamdulillah, marilah kita merafakkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT yang telah mengizinkan kita untuk bersama-sama hadir ke persidangan Dewan Undangan Negeri kali ini iaitu Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Keempat belas sebagaimana yang dijadualkan.
Kita juga bersyukur kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana persidangan kita telah kembali seperti asal iaitu sebelum mengalami cabaran Covid-19 di mana semua ketua jabatan dan para pemerhati dapat hadir sama.
Walaupun Kementerian Kesihatan Malaysia telah memberi kelonggaran S.O.P. bermula 1 Mei 2022, saya ingin mengingatkan Ahli Yang Berhormat dan para hadirin sekalian untuk memakai pelitup muka sepanjang berada di dalam Dewan kecuali kepada Ahli Yang Berhormat yang ingin berucap sebagai langkah berjaga-jaga. Pemakaian pelitup muka terutama dalam bangunan masih lagi penting untuk melindungi diri serta orang sekeliling khususnya mereka yang berisiko tinggi.
Dalam persidangan kita pada kali ini selain dari Soalan-soalan Lisan dan Bertulis, kita ada 2 usul dan 4 rang enakmen yang kita mahu selesaikan. Rang Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Pindaan) 2022 tidak dibentangkan lagi pada kali ini kerana ianya memerlukan satu kajian yang lebih lanjut. Saya berharap dengan kerjasama semua Ahli Yang Berhormat, sidang selama 2 hari ini cukup bagi menyelesaikan semua Tertib Pekerjaan Dewan dengan lancar, insya-Allah. Apa yang penting, semua Ahli Yang Berhormat hendaklah sentiasa mematuhi Standing Orders yang ditetapkan sepanjang persidangan ini berjalan.
Terdapat 2 perkara yang pejabat Dewan Undangan Negeri sedang fokuskan buat masa ini. Pertamanya adalah berkaitan dengan Jawatankuasa Pilihan Semakan Peraturan dan Perintah Tetap Dewan yang dibantu oleh sebuah Jawatankuasa Pemandu (Steering Committee) yang terdiri dari kalangan mereka yang pakar dalam bidang perundangan.
Jawatankuasa ini telah dan akan mengadakan beberapa siri bengkel bagi memperhalusi kajian dan cadangan penambahbaikan dalam perkara ini. Standing Orders negeri-negeri yang lain, Perlembagaan Persekutuan, Standing Orders Parlimen dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri kita sudah tentu menjadi rujukan. Kita mahu Standing Orders negeri kita untuk jangka panjangnya sentiasa kemaskini dan mengambil kira perkembangan semasa. Saya berpendapat kita perlu memberi masa yang mencukupi kepada jawatankuasa ini menjalankan tugas mereka sebelum dikemukakan kepada sidang Dewan Undangan Negeri untuk mendapat kelulusan.
Keduanya, selari dengan Revolusi Industri 4.0 dan Pelan Induk Kerajaan Digital Pintar Terengganu (2021-2030), kita baru sahaja melancarkan 'Terengganu Lawnet', satu usaha yang telah dibuat oleh pihak TSIS dengan kerjasama UniSZA dan pejabat Dewan Undangan Negeri yang mengumpulkan semua enakmen yang digubal di Dewan Undangan Negeri Terengganu dari awal dan juga undang-undang kecil (by law) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di bawah satu sistem digital secara bersepadu.
Oleh itu semua Ahli Yang Berhormat, pegawai-pegawai, pengkaji, pelajar dan peminat undang-undang dan mana-mana sahaja pihak yang berkepentingan boleh membuat rujukan hanya melalui hujung jari sahaja. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar
yang mewakilkan kepada EXCO dalam majlis pelancaran sistem ini pada minggu lepas.
Semua usaha-usaha seumpama ini termasuk perpustakaan digital (digital library) sebelum ini bertujuan bagi menyediakan infrastruktur kelas pertama kepada Ahli Yang Berhormat sebaik mungkin. Sudah tentu kita juga mengharapkan bukan sahaja infrastrukturnya kelas pertama tetapi penggunanya juga kelas pertama, insya-Allah.
Akhir sekali, secara peribadi saya mengharapkan sidang pada kali ini bukan sidang yang terakhir sebelum kita menghadapi Pilihan Raya Umum Kelima belas. Kita masih mempunyai tempoh sehingga Jun tahun hadapan sebelum tamat penggal pemerintahan 5 tahun. Banyak perkara dan keutamaan rakyat perlu diselesaikan dalam tempoh yang diamanahkan. Ini selari dengan apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW,
"Sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat kepada orang lain".
Saya nak akhiri ucapan saya dengan serangkap pantun,
Tidak gentar musuh yang menekan, Itu Mat Kilau pendekar nusantara, Selamat bersidang saya ucapkan, ADUN berjuang rakyat sejahtera.
Sekian, selamat bersidang.
Kertas-Kertas Kerja Dan Laporan-Laporan
Perkara seterusnya dalam Tertib Pekerjaan Dewan pada hari ini ialah Kertas-Kertas Kerja Dan Laporan-Laporan.
Kertas-kertas kerja dan laporan-laporan yang dibentangkan ialah:
1.
Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2022
(D.U.N. Bil.14/2022)
2.
Penyata Kewangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) Tahun 2020
(D.U.N. Bil.15/2022)
3.
Laporan Tahunan & Kewangan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) Tahun 2020
(D.U.N. Bil.16/2022)
4.
Laporan Ketua Audit Negara 2020 Siri 1 (Aktiviti Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Terengganu)
(D.U.N. Bil.17/2022)
Soalan-Soalan Yang Telah Diberi NotisQuestions
Perkara seterusnya dalam Tertib Pekerjaan Dewan ialah Soalan-soalan Yang Telah Diberi Notis:
(1) Soalan-soalan Bertulis.
(2) Soalan-soalan Lisan.
Jawapan kepada Soalan-soalan Bertulis yang telah diberi notis dan dibentangkan di hadapan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian ialah soalan-soalan daripada:
1.
Yang Berhormat Wakil Tepoh 2.
Yang Berhormat Wakil Batu Buruk 3.
Yang Berhormat Wakil Seberang Takir 4.
Yang Berhormat Wakil Sura 5.
Yang Berhormat Wakil Bukit Besi 6.
Yang Berhormat Wakil Buluh Gading 7.
Yang Berhormat Wakil Kuala Besut 8.
Yang Berhormat Wakil Manir 9.
Yang Berhormat Wakil Rantau Abang 10.
Yang Berhormat Wakil Pengkalan Berangan 11.
Yang Berhormat Wakil Bandar 12.
Yang Berhormat Wakil Air Putih 13.
Yang Berhormat Wakil Wanita
SOALAN-SOALAN LISAN
Soalan-Soalan LisanQuestions
Sekarang kita masuk kepada Soalan-soalan Lisan. Berikut adalah Ahli-ahli yang telah memberi notis untuk mengemukakan Soalan-soalan Lisan pada hari ini, 25 Julai 2022.
1.
Yang Berhormat Wakil Tepoh 2.
Yang Berhormat Wakil Batu Buruk 3.
Yang Berhormat Wakil Kijal 4.
Yang Berhormat Wakil Sura 5.
Yang Berhormat Wakil Seberang Takir 6.
Yang Berhormat Wakil Buluh Gading 7.
Yang Berhormat Wakil Telemong 8.
Yang Berhormat Wakil Manir 9.
Yang Berhormat Wakil Bukit Besi 10.
Yang Berhormat Wakil Rantau Abang 11.
Yang Berhormat Wakil Jertih 12.
Yang Berhormat Wakil Pengkalan Berangan 13.
Yang Berhormat Wakil Batu Rakit 14.
Yang Berhormat Wakil Bandar 15.
Yang Berhormat Wakil Langkap 16.
Yang Berhormat Wakil Air Putih 17.
Yang Berhormat Wakil Kuala Besut 18.
Yang Berhormat Wakil Wanita
Untuk sidang pada kali ini, saya benarkan dua soalan tambahan sahaja melainkan ada isu tertentu yang akan saya pertimbangkan, insya-Allah.
Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Wakil Tepoh untuk mengemukakan soalan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan nombor 1 –
Apakah usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak Kerajaan dalam menaik taraf KQT sebagai sebuah universiti milik Kerajaan Negeri?
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan dan hadirin hadirat yang dihormati sekalian. Wakil Tepoh bertanyakan apakah usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak Kerajaan dalam usaha menaik taraf KQT sebagai sebuah universiti milik penuh Kerajaan Negeri?
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, dalam usaha untuk menaik taraf KQT sebagai sebuah universiti milik Kerajaan Negeri, Kerajaan Negeri sedang berusaha meletakkan sasaran pada tahun 2025 sebagai usaha untuk menjadikan KQT sebagai sebuah kolej universiti dahulu. Bagi mencapai sasaran itu, KQT perlu memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh KPT iaitu Kementerian Pengajian Tinggi. Ada 14 kriteria yang perlu dipenuhi, antaranya
1. Penarafan 2. Pengalaman dalam mengendalikan IPTS 3. Pematuhan kepada Akta 555 4. Kewangan syarikat yang kukuh 5. Premis ataupun kampus yang kondusif
6. Perantarabangsaan 7. Bilangan pelajar 8. Kebolehpasaran graduan 9. Pengurusan 10. Sistem jaminan kualiti dalaman 11. Kualiti kursus pengajian 12. Tenaga pengajar 13. Pengurusan hal ehwal dan kebajikan pelajar, dan 14. Penglibatan dalam aktiviti penyelidikan dan pembangunan.
Sekarang ini, pihak Kerajaan Negeri berusaha untuk memenuhi kriteria-kriteria tersebut sebelum 2025. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya yang berkaitan dengan soalan asal ini, dalam usaha memenuhi kriteria penubuhan naik taraf KQT sebagai universiti milik Kerajaan Negeri yang ditetapkan oleh KPT, sejauh manakah status pencapaian kriteria yang telah ditetapkan oleh KPT yang telah dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Negeri? Terima kasih.
Dato’ Yang di-Pertua, ada beberapa perkara yang telah kita berjaya penuhi dan ada yang masih lagi kita berusaha untuk mencapainya. Antaranya pengalaman dalam mengendalikan IPTS contohnya, pihak KPT meletakkan syarat paling kurang tujuh tahun di peringkat kolej bersesuaian dengan institusi yang didaftarkan di bawah Akta 555. Sekarang ini kita baru berusia enam tahun. Jadi minima perlu satu tahun lagi untuk kita boleh mengangkat kepada peringkat Kolej Universiti. Pematuhan kepada Akta 555 kita secara keseluruhannya tidak ada apa-apa kesalahan sehingga Jun 2022 dalam isu melibatkan Akta 555 ini.
Antaranya juga premis ataupun kampus yang kondusif, itulah apabila pihak Kerajaan Negeri berusaha untuk mewujudkan kampus kekal dan pihak Kerajaan Negeri telah meluluskan 300 ekar di Durian Mentangau untuk menjadikan kampus tetap yang akan melengkapkan semua infra keperluan sebagai sebuah kampus yang kondusif, insya-Allah dan sementara itu, ada beberapa perkara yang kita masih lagi belum dapat menguasainya ataupun mencukupkan syaratnya iaitu beberapa keperluan untuk menjadikan sekurang-kurangnya 1,000 orang pelajar. Jadi kita sudah ada enam kursus baru, tetapi kekangan
penempatan di kampus kita yang ada sekarang ini itulah yang menyebabkan kita sedang berusaha untuk menjadikan cawangan di Kenyir insya-Allah sebagai kampus sementara untuk memperlengkapkan kriteria-kriteria ini.
Antaranya juga melibatkan kebolehpasaran graduan. Alhamdulillah syarat yang diletakkan 70% daripada graduan kita dalam tempoh enam bulan selepas pengajian boleh dipasarkan, kita telah melebihi 80%. Dari segi pengurusan dan sebagainya yang disyaratkan 60% pasukan pengurusan yang dicadangkan terdiri daripada mereka yang berkelulusan Sarjana dan PHD dan mereka yang berpengalaman, alhamdulillah kita sebenarnya sudah mencapai pasukan pengurusan yang melebihi 60% ataupun ketua eksekutif sekurang-kurangnya berkelayakan sarjana, kita Ketua Eksekutif yang sedia ada berkelayakan PHD dan berpengalaman lebih daripada lima tahun. Banyak lagi kriteria-kriteria yang disyaratkan itu insya-Allah kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai status dan kelulusan ini untuk masa akan datang. Insya-Allah. Terima kasih.
Saya tiada soalan tambahan. Saya mengucapkan tahniah di atas usaha pihak Kerajaan Negeri.
Dato’ Yang di-Pertua, saya nak tanya sikitlah sebab perancangan untuk penubuhan Universiti Al-Quran ini adalah berasas kepada cadangan Kerajaan yang terdahulu dan Kerajaan yang terdahulu telah bercadang untuk menempatkan di kampus KIST, Kolej Islam Sains dan Teknologi Kuala Berang. Jadi soalan saya, apakah status kampus, bekas kampus KIST yang dicadangkan oleh Kerajaan sebelum ini untuk menjadikan kampus Kolej Universiti Al-Quran ini? Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Untuk makluman Dato’ Yang di-Pertua, KIST yang telah terbengkalai sekian lama dan banyak pembangunan yang ada itu rosak dan tidak sesuai apatah lagi untuk kita jadikan sebagai penempatan tahap sebagai kolej universiti. Jadi kita telah membaik pulih sekarang ini sedang proses membaik pulih untuk kita jadikan tempat bagi SMIDI kita yang sekarang ini Sekolah Menengah Islam Darul Iman ini beroperasi sementara di bangunan Yayasan di Bukit Besi, Durian Mas dan akan dipindahkan insya-Allah setelah selesai pembangunan di tapak KIST di Kuala Berang. Terima kasih.
Sekarang saya jemput Wakil Batu Buruk.
Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya nombor 1-
Senaraikan syarikat yang membangunkan ladang dalam sektor pertanian dan penternakan dengan keluasan 50 hektar ke atas?
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Wakil Batu Buruk. Senarai syarikat-syarikat yang membangunkan projek-projek pertanian dan penternakan dengan keluasan melebihi daripada 50 hektar.
1. Ladang Rakyat Terengganu Sdn. Bhd. bersama dengan Terengganu Agrotech Development Corporation (TEDC) tanaman kelapa di Kampung Banggol di Setiu seluas 492.4 hektar.
2. Bio Alpha Sdn. Bhd., tanaman herba di Kampung Pasir Raja di Dungun seluas 50 hektar.
3. Sumber Jaya Sdn. Bhd. dengan tanaman herba, tanaman sayuran dan ternakan ikan secara bersepadu juga di Dungun seluas 80.93 hektar 4. Ras Tanura Sdn.Bhd. dengan kerjasama TADC mengusahakan tanaman nanas MD2 di Kampung Pak Kancil di Setiu seluas 80.97 hektar. 5. TADC mengusahakan tanaman rumput napier di Kampung Setia Jaya di Marang seluas 400 ekar ataupun 170 hektar.
6. Syarikat Blue Archipelago Sdn. Bhd. dengan ternakan udang di Setiu seluas 1,000 hektar.
7. McCormick Global Ingredients Malaysia Sdn. Bhd. dengan tanaman lada hitam di Lembah Bidong di Setiu seluas 617.65 hektar. 8. TBM Agrobiz Sdn. Bhd. dengan ternakan ayam pedaging secara close system di Kampung Durian Mentangau di Dungun seluas 71.7 hektar.
9. TBM Agrobiz Sdn. Bhd. dengan projek tanaman cili secara fertigasi di Rasau Dungun seluas 81.3 hektar.
10. Prima Agro Ternak Sdn. Bhd. dengan tanaman kelapa pandan di Hulu Paka di Dungun seluas 161 hektar.
11. Syarikat Latas Agriculture dengan tanaman kelapa di Kampung Kubang Puyu di Setiu, seluas 100 hektar.
12. Pure Green Development Sdn. Bhd. tanaman kelapa sawit integrasi bersama dengan ternakan lembu di Marang seluas 925 hektar. 13. Koperasi Ikhwan Marang Berhad dengan tanaman kelapa sawit dan ternakan lembu juga di Marang seluas 202.6 hektar.
14. Impressive Sentiments Sdn. Bhd. dengan tanaman kelapa sawit dan ternakan lembu di Kemaman seluas 198.3 hektar.
15. Lean Applied Sdn. Bhd. yang meneruskan pembangunan daripada projek Besut, Setiu Agropolitan dengan ternakan kambing seluas 207 hektar.
16. UBAY Farm di Telaga Papan dengan ternakan kambing seluas 84 hektar 17. TADC dengan ternakan lembu semi feedlot di Kampung Pak Kancil di Setiu seluas 97.13 hektar.
18. Ladang Rakyat Terengganu Sdn. Bhd dengan ternakan lembu secara integrasi dalam ladang sawit beserta dengan ternakan ayam di Cheneh Kemaman seluas 7,512.34 hektar.
Terima kasih.
Dato’ Yang di-Pertua, soalan tambahan. Yang pertamanya tahniah kepada EXCO Pertanian di atas usaha dan projek-projek yang dinyatakan tadi. Soalan tambahan saya ialah dari jumlah projek yang disenaraikan berapakah projek tinggalan Kerajaan yang dahulu yang dipulihkan dan berapakah projek baharu.
Dato’ Yang di-Pertua, bila kita ambil alih pemerintahan daripada Kerajaan yang terdahulu, ibaratnya macam kahwin jandalah. Bukan mak sahaja yang kena ambil, anak-anak dengan ayah dulu pun, jadi anak kita. Anak pula macam-macam peel. Ada hak jurus, ada hak comot, malas mandi, ada yang tak pandai mengaji. Jadi sebagai ayah, yang comot ini kita kena mandi, pakai bedak, paka gincu biar comel semula, hak malas ngaji kita hantar mengaji, dan selepas daripada
setahun kita pun ada anak sendiri, bukan nak pelihara anak orang sokmo, jadi begitulah ibaratnya. Di antara senarai berbelas-belas projek yang saya bentangkan tadi, sebahagian besarnya adalah projek-projek baru, daripada Kerajaan sekarang ini, sebahagiannya penerusan daripada projek Kerajaan terdahulu dan ada sebahagiannya yang kita pulihkan ataupun perbesarkan daripada skala daripada apa yang ditinggalkan. Projek Ladang Rakyat Terengganu bersama dengan TADC tanaman kelapa, yang ini projek baru. Ras Tanura Sdn Bhd bersama dengan TADC Tanaman Nanas MD2 di Pak Kancil, ini projek baru. Projek Tanaman Rumput Napier di Setia Jaya Merang oleh TADC, yang ini projek baru. McCormick Global Ingredients Sdn Bhd yang ini kita perbesarkan. Kerajaan dulu tinggal 20 hektar dalam bentuk proof of concept kita perbesarkan kepada skala komersial, seluas 600 hektar. Projek Latas Agriculture di Kubang Puyu yang ini tinggalan Ladang Kelapa Matag tinggalan daripada projek Kerajaan terdahulu yang terbengkalai, pokok kelapa pun banyak yang dah mati, kita pulihkan semula. Terengganu Agrotech Development Sdn Bhd dengan ternakan lembu secara semi feedlot di Pak Kancil, ini projek baru. Itulah secara ringkasnya Dato’ Yang di- Pertua. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat.
Seterusnya saya jemput Wakil Kijal untuk kemukakan soalan.
Dato’ Yang di-Pertua, soalan pertama ditolak. Minta maaf, Yang di-Pertua. Soalan yang pertama-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menjual ladang sawit milik Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu seluas 9,225 ekar di Al-Muktafi Billah Shah (AMBS), Hulu Paka, Dungun?
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, dan semua pemerhati. Terima kasih kepada Yang Berhormat Kijal yang mengemukakan soalan yang pertama mengenai, adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menjual ladang kelapa sawit milik Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu yang berkeluasan 9,225 ekar di Al-Muktafi Billah Shah, Hulu Paka, Dungun. Jawapan bagi pihak Kerajaan Negeri, Kerajaan Negeri tidak berhasrat untuk menjual ladang kelapa sawit yang dinyatakan itu. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Yang di -Pertua, penjelasan. Saya menerima satu “whatsapps” daripada seorang daripada Kuala Lumpur. Bertanyakan soalan ini kerana ada pihak yang tertentu yang bertanyakan tentang tanah ini untuk dijual dan saya juga bertanyakan kepada pihak pengurusan Ketengah dan Ketengah menyatakan bahawa ada satu pihak peguam yang bawah Kerajaan Negeri yang menjual tanah itu berharga RM130 juta. Apakah ini benar berlaku atau ini satu fitnah ataupun ini merupakan satu usaha Kerajaan untuk menjual harta Kerajaan Negeri. Minta Yang Amat Berhormat menjelaskan secara terperinci dan saya minta jangan berbohong di Dewan mulia ini. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat atas soalan tambahan. Sebagaimana yang saya jelaskan dalam jawapan di awal tadi bahawa Kerajaan Negeri tidak berhasrat untuk menjual. Oleh kerana tidak ada hasrat untuk menjual, maka tidak timbullah melantik mana-mana pihak, sama ada pihak ketiga pihak keempat, kelima dan sebagaimananya atau mana-mana individu untuk menjual bagi pihak Kerajaan. Jadi tidak timbul dan kita akan mengambil tindakan untuk membuat laporan polis di atas apa yang disebut oleh Yang Berhormat tadi dan minta Yang Berhormat untuk boleh forwardkan kepada kamilah, supaya kami dapat mengambil tindakan segera dan membuat laporan kepada pihak berkuasa. Terima kasih.
Terima kasih Yang di-Pertua, kita akan hantar nama peguam berkenaan.
Terima kasih. Seterusnya saya menjemput Wakil Sura.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya yang pertama-
Berapakah jumlah warga emas yang telah menerima manfaat menerusi Program Pencen Rakyat Negeri Terengganu bagi tahun 2021 serta jumlah peruntukan yang telah disediakan?
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan semua ahli-ahli Yang Berhormat. Soalan berbunyi berapakah jumlah warga emas yang telah menerima manfaat menerusi Program Pencen Rakyat Negeri Terengganu bagi tahun 2021 serta jumlah peruntukan yang telah disediakan. Bilangan warga emas yang telah menerima manfaat pencen Rakyat Negeri Terengganu di Tahun 2021 ialah seramai 20,691 orang yang melibatkan peruntukan sebanyak RM6,207,300.00. Setiap penerima pencen rakyat menerima sebanyak RM300 iaitu bagi tempoh separuh tahun 2021. Majlis penyerahan telah dilaksanakan di 32 DUN bermula Disember 2021 sehinggalah bulan Mei 2022. Terima kasih.
Soalan tambahan pertama Dato’ Yang di-Pertua. Saya mohon nyatakan penerima pencen rakyat ini diagihkan mengikut Parlimen, terima kasih.
Dato Yang di-Pertua, Program Pencen Rakyat Negeri Terengganu Tahun 2021 mengikut Parlimen.
Bil Parlimen Jumlah Pemohon Yang Layak Pecahan Bajet Yang Diperlukan (Daerah) 1 Kuala Terengganu 1,799 RM539,700.00 2 Kemaman 3,718 RM1,115,400.00 3 Dungun 1,346 RM403,800.00
Besut 2,798 RM839,400.00 5 Hulu Terengganu 3,424 RM1,027,200.00 6 Marang 1,463 RM438,900.00 7 Setiu 2,809 RM842,700.00 8 Kuala Nerus 1,742 RM522,600.00 9 Dungun 278 RM83,400.00 10 Marang 974 RM292,200.00. 11 Kuala Nerus 340 RM102,000.00.
Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan tambahan kedua, adakah pemberian pencen rakyat bagi tahun 2022 ini akan diteruskan? Dan jika diteruskan, bila, ini dah masuk bulan Ogos dah ini, terima kasih.
Terima kasih.
Insya-Allah, program insentif Pencen Rakyat ini akan dilaksanakan pada tahun 2023 ini. Kita jangkakan pengagihan insentif ini akan mula kita laksanakan melalui Pejabat-Pejabat Daerah dan setiap Pusat Khidmat DUN pada bulan Oktober ini. Terima kasih.
Sekarang saya jemput Wakil Seberang Takir untuk mengemukakan soalan.
Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya soalan nombor satu. Terima kasih.
Dalam titah ucapan KDYMM Tuanku Sultan Terengganu, Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah sempena istiadat Pembukaan Penggal Kelima Sidang DUN Kali keempat belas baru-baru ini, Tuanku al-Sultan ada mengesyorkan supaya Kerajaan Negeri
melaksanakan kajian impak ekoran ketidaktentuan ekonomi dunia dan meminta Kerajaan Negeri menghasilkan cadangan khusus untuk mengurangkan impak kewangan langsung ke atas isi rumah yang berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40). Adakah kajian ini telah dibuat dan apakan cadangan yang telah dihasilkan dan akan diambil Tindakan oleh Kerajaan Negeri?
Yang berhormat Dato’ Yang di-pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat-Yang Berhormat, Ketua Jabatan dan pemerhati yang hadir, soalan satu panjang sikit ni, izinkan saya membaca soalan ini, dalam titah ucapan KDYMM Tuanku Sultan Terengganu, Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah sempena Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Sidang DUN Kali Keempat belas baru-baru ini, Tuanku Al-Sultan ada mengesyorkan supaya Kerajaan Negeri melaksanakan kajian impak ekoran ketidaktentuan ekonomi dunia dan meminta Kerajaan Negeri menghasilkan cadangan khusus untuk mengurangkan impak kewangan langsung ke atas isi rumah yang berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40). Itu statement itu. Soalannya, adakah kajian ini telah dibuat dan apakah cadangan yang telah dihasilkan dan akan diambil tindakan oleh Kerajaan Negeri?
Kerajaan Negeri melalui TSIS, Terengganu Strategic and Integrity Institute dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sedang menjalankan kajian ini dan insya-Allah akan dijangka siap pada bulan Oktober 2022. Terima kasih.
Terima kasih Yang berhormat…
Baik, Dato’ Yang Di-Pertua, satu soalanlah, jadi disebabkan kajian tak siap lagi ni, saya nak tanya jugaklah sekurang-kurangnya boleh membantu ketika nak buat kajian ini cuma soalan saya disini, apakah Kerajaan menyedari tentang baru-baru ini Bank Negara Malaysia
mengumumkan kenaikan OPR ataupun Overnight Policy Rate, sebanyak 25 mata dari 1.75% kepada 2% yang ini sudah tentu akan memberi kesan kepada peminjam-peminjam bank terutama kepada peminjam kereta, perumahan yang terdiri daripada anak-anak Terengganu ini. Apakah cadangan ataupun strategi yang terbaik yang Kerajaan jangkalah untuk membantu rakyat yang terbeban dengan pinjaman ini. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Ini soalan lain Yang Berhormat, sebab kajian belum selesai lagi jadi kita tunggu dululah.
Sekurangnya bila kita nak buat kajian kita perlu ada dia punya…
Betullah…
cadangan-cadangan kita nak buat…
Kajian itu akan mengambil kira semua perkara…
Jadi sepatutnya, dengan apa yang berlaku sekarang ini kita takut nanti kajian tak siap-tak siap rakyat kita semakin susah, susah, susah jadi ini akan memberi kesan kepada rakyat kitalah jadi sekurang-kurangnya mesti ada apakah cadangan ataupun dengan izin solution yang kita jangka nak ambil untuk bantu rakyat kita yang amat terbeban dengan keadaan ekonomi sekarang, Dato’ Yang di-Pertua.
Ya, Yang di-Pertua, izinkan saya jawablah cadangan itu tidak boleh lagi sebab kita serah lambat orang tak cadang lagi, tapi elok saya beri sedikit keterangan berkenaan dengan objektif kajian ini. Pertamanya, mengenal pasti ketidaktentuan ekonomi global, itu satu. Kedua, menentukan impak ketidaktentuan ekonomi global terhadap sektor-sektor ekonomi di Terengganu. Ketiga, menentukan impak ketidaktentuan ekonomi global terhadap sosial ekonomi isi rumah (B40) dan (M40) di Terengganu merupakan cadangan bagi
mengurangkan impak langsung ke atas sektor-sektor ekonomi serta isi rumah (B40) dan (M40) di Terengganu. Itu sedang kita itulah salah satu objektif dan QI yang diberikan kepada TSIS dan UMT sebagai asas kepada kajian yang dibuat. Jadi minta Yang Berhormat sabar dululah. Yang dicadang kita kabo kemudian.
Okey, terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya jemput Wakil Buluh Gading.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan nombor satu-
Apakah strategi Kerajaan dalam memastikan kebersamaan golongan rakyat dalam sektor pertanian?
Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Buluh Gading, strategi Kerajaan Negeri dalam memastikan kebersamaan rakyat dalam sektor pertanian. Dato’ Yang di-Pertua, daripada bulan-bulan awal PASCA PRU Mei 2018, ketika mula memikul amanah menerajui sektor Pertanian Terengganu kami telah mengorak langkah secara intensif bagi mengajak rakyat bersama membangunkan Pertanian Terengganu.
Pelusuk negeri telah kami jelajahi untuk turun jumpa rakyat sama ada dalam Program Dialog, Program Ramah Mesra, Perbincangan Sembang Santai dan sebagainya, sama ada di tepi pantai, dalam kebun, dalam ladang, di jeti-jeti perikanan, kandang lembu, dalam tasik sampai ke atas bot nelayan di tengah laut, kita pergi jumpa dengan rakyat, kita yang berada dalam sektor pertanian, perternakan dan perikanan.
Objektifnya di samping kita nak ajak rakyat bersama menganggotai keluarga besar pertanian Terengganu, program turun padang ini sangat perlu supaya isu-isu sebenar sektor pertanian difahami dan dihadam dengan baik daripada sumber yang asal first-hand info dengan izin. Memahami pokok pangkal permasalahan adalah kunci utama untuk kita merangka perancangan yang betul dan menepati keperluan rakyat.
Dato’ yang di-Pertua, dalam menyusun blueprint kerangka besar Hala Tuju Pertanian Negeri Terengganu sekali lagi kami libatkan rakyat disamping kita gabungkan idea daripada pandangan Ahli-ahli Akademik di IPT, pegawai-pegawai jabatan dan agensi di bawah MAFI, pemain-pemain dalam industri pertanian termasuk juga organisasi-organisasi dan persatuan-persatuan yang terlibat dalam sektor pertanian. Maka daripada gabungan ini lahirlah Pelan Strategik Pertanian Terengganu 2019-2023 pelan daripada kami untuk kamu.
Dato’ Yang di-Pertua, pelabur-pelabur daripada dalam dan luar negara yang datang ke Terengganu mengemukakan apa sahaja cadangan projek, mereka perlu jawab dan lepas tiga soalan asas yang pertama kami akan tanya nak buat apa, yang kedua apa yang Kerajaan Negeri yang perlu bantu, yang ketiga apa yang rakyat Terengganu boleh tumpang? Tak lepas tiga soalan ini kita tidak akan panjangkan perbincangan kepada tahap-tahap yang seterusnya kerana itulah semua projek pelaburan dalam sektor pertanian contohnya projek MEGA, McCormick, penanaman lada hitam seluas 600 hektar di Lembah Bidong di Setiu. Ada penyertaan daripada rakyat tempatan dalam bentuk Schemes Outgrower. Kita beri 600 hektar kepada McCormick, bahagian untuk rakyat 50 hektar, untuk turut dia tanam lada hitam dengan jaminan pembelian daripada McCormick, dan kita tak mahu rakyat kita hanya jadi pekerja, hanya jadi kuli, tapi dalam masa yang sama kita nak supaya rakyat kita jadi tuan dan mereka boleh belajar teknologi baru. Modal serta aspek-aspek teknikal akan diuruskan oleh anak syarikat Kerajaan Negeri TADC.
Dato’ Yang di-Pertua, lapan belas projek yang sedang dilaksanakan di bawah Program Gedung Pengeluaran Makanan Terengganu bernilai kira-kira RM 716.96 juta. Semuanya ada penyertaan daripada rakyat tempatan sama ada sektor pertanian, sektor penternakan dan perikanan. Kita jangan gah dengan senarai projek besar kalau hakikatnya rakyat hanya menjadi penonton dan pekerja. Contohnya Projek Penanaman Napier seluas 400 ekar oleh TADC di Setia Jaya di Merang, 40% atau 175 ekar diperuntukkan kepada rakyat setelah TADC menyediakan semua infra, siap proses penanaman kita serah kepada rakyat, dan saya mengambil peluang dalam Dewan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Mantan Pengerusi Gedung Pengeluaran Makanan Terengganu yang juga bekas DO Setiu Tuan Haji Rosli bin Latif di atas kerja keras menyusun serta meletakkan asas kukuh kepada pelaksanaan Program-program Gedung Pengeluaran Makanan Terengganu.
Yang keempat Dato’ Yang di-Pertua, kita ubah minda rakyat daripada sentiasa mengharapkan tender ataupun projek Kerajaan turun depan mata, kepada kerja-kerja secara gotong royong atau CSR. Kita selenggara infrastruktur perparitan dan saliran sawah padi secara CSR. Bina jalan kebun secara CSR, basmi musuh tanaman secara CSR, buat unjam dan labuh unjam secara CSR, gotong royong bina padang ragut dan banyak lagi program-program yang kita buat secara CSR. Di samping CSR dan gotong royong ini boleh menjimatkan kos dalam masa yang sama kita ingin terapkan sikap sense of belonging dengan izin dan kami selalu tekankan unjam yang kita bina dan kita labuh ini bukan unjam Kerajaan Negeri, bukan unjam jabatan perikanan, ini adalah unjam milik para nelayan semua, pakat guna dan pakat-pakat jaga.
Seterusnya, Dato’ Yang di-Pertua, jabatan-jabatan dibawah MAFI di Negeri Terengganu terlibat secara langsung membimbing rakyat dalam program-program usahawan-usahawan bimbingan, sama ada bimbingan pertanian, bimbingan perikanan, bimbingan FAMA, bimbingan LPP, bimbingan LKIM, Veterinar, MARDI dan banyak lagi. Dan akhir sekali, penglibatan rakyat secara myKomuniti ataupun myKP di antaranya kita mempunyai program myKomuniti Perikanan, yang membentuk satu kaedah pengembangan dengan hubungan kerjasama di antara jabatan dan kumpulan sasar dan jangan dilupakan bahawa 70% daripada rakyat Negeri Terengganu adalah petani, penternak dan nelayan. Tanpa rakyat siapalah kita yang berada di Dewan ini. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, sebelum saya kemukakan soalan tambahan ini saya nak ucapkan syabas, tahniah kepada Kerajaan Negeri atas usaha dan komitmen yang begitu tinggi sekali untuk membantu rakyat khususnya dalam bidang pertanian ini. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, di sana terdapat satu isu yang berbangkit dalam usaha Kerajaan memastikan kebersamaan rakyat dalam bidang pertanian iaitu wujudnya jurang pemisah antara jabatan Kerajaan dan rakyat yang dilihat menjadi penghalang kepada sistem penyampaian dasar-dasar Kerajaan kepada rakyat khususnya kepada para tani. Jadi apakah strategi Kerajaan agar karenah birokrasi dan jurang pemisah ini dapat dikurang dan diminimakan? Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, benar sebagaimana yang disebut oleh Buluh Gading. Kita Kerajaan sebagai pembuat dasar. Jabatan-jabatan adalah pelaksana dasar dan
rakyat adalah golongan sasar yang menerima manfaat daripada dasar. Kalau sekiranya sistem penyampaian tidak berjalan dengan lancar maka sebaik mana sekali pun dasar yang dirangka di peringkat Kerajaan tidak akan dapat diambil manfaat oleh golongan sasar. Inilah di antara benteng pemisah, jurang, gap atau barrier yang kita telah usahakan untuk minimakan daripada awal-awal Mei 2018 lagi. Kerana itulah dalam program-program turun padang, kalau diperhatikan memang ketua-ketua jabatan di bawah MAFI Negeri Terengganu sebanyak 13 jabatan memang sentiasa ada bersama-sama kami berjumpa dengan rakyat, berdialog, menjawab persoalan daripada rakyat dan kita bukan sahaja bawa kepimpinan jabatan di peringkat daerah, malah saya selalu arahkan supaya kepimpinan tertinggi jabatan di peringkat negeri mesti turun bersama supaya rakyat kenal ini Pengarah Perikanan, ini Pengarah Pertanian, ini Pengarah LPP dan jurang-jurang ini, bila kita minimakan akhirnya membentuk satu hubungan. Rakyat rasa bahawa mereka dihargai dan dilayan. Sebelum daripada ini ada satu sentimen bila kita minta rakyat pergi ke pejabat, dia dah letak dalam kepala siapa nak layan kita? Sentimen ini adalah satu sentimen negatif yang akan memberi kesan yang tidak baik kepada sistem penyampaian kita.
Alhamdulillah, melalui program-program besar, seperti Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Terengganu yang baru berakhir pada bulan lepas juga menjadi satu medan untuk kita mendekatkan lagi jabatan-jabatan dengan rakyat dan rakyat turut dapat hasil, di antaranya nilai jualan yang dinikmati oleh rakyat dalam tempoh tiga hari Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Terengganu melebihi RM600,000.00. Disambung pula dengan Himpunan Lembu Sado Pantai Timur menghasilkan lebih daripada RM400,000.00 nilai jualan ekonomi yang dinikmati oleh rakyat dan usaha ini insya-Allah berterusan dan tidak ada titik penghujungnya. Terima kasih.
Sekarang saya jemput Wakil Telemong.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya yang pertama-
Kepimpinan adalah perkara yang perlu diasuh dan dibentuk.
Apakah platform yang disediakan oleh Kerajaan Negeri dalam menyediakan barisan pemimpin pada masa akan datang?
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Wakil Telemong yang telah bertanyakan soalan kepimpinan adalah perkara yang perlu diasuh dan dibentuk. Apakah platform yang disediakan oleh Kerajaan Negeri dalam menyediakan barisan pelapis pada masa akan datang?
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, platform yang disediakan oleh Kerajaan Negeri dalam menyediakan barisan kepimpinan pada masa akan datang adalah melalui beberapa program yang telah dan juga sedang dirancang oleh Kerajaan Negeri di antaranya adalah melalui Pelan Pembangunan Belia Terengganu melalui program akademik kepimpinan Al-Fateh Terengganu. Program ini Alhamdulillah telah pun berjaya direalisasikan melalui program Kem Impak Belia Darul Iman ataupun ringkasnya KIAM. Tujuan utama program ini adalah untuk memacu pembangunan belia Terengganu yang sejahtera dan bakal memberi impak yang terbaik dalam aspek agama, masyarakat dan negara. Pelan Al-Fateh adalah hasrat Kerajaan Negeri Terengganu untuk mewujudkan generasi muda Terengganu yang memenuhi ciri-ciri pelapis kepimpinan pada masa yang akan datang.
Selain daripada itu, Kerajaan Negeri juga telah menganjurkan program ADUN Belia Terengganu.
Program ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada golongan belia dan beliawanis berkaitan dengan aspek-aspek kepimpinan. Selain daripada itu juga Kerajaan Negeri juga bekerjasama dengan agensi daripada Kerajaan Persekutuan. Contohnya melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu. Banyak program-program yang telah pun dikongsi di antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, di antara yang paling memberikan impak yang besar adalah program Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) yang mana di peringkat Persekutuan ada tiga kategori yang telah pun dilaksanakan iaitu Kategori Pertubuhan Belia, Individu Lelaki dan Individu Wanita. Kekuatan dan hasil kerjasama Kerajaan Negeri bersama dengan Majlis Belia Negeri
Terengganu telah pun memberikan impak yang lebih tinggi dengan tambahan sebanyak lima lagi anugerah yang telah diwujudkan di peringkat negeri di antaranya adalah Anugerah Pemimpin Muda, Pemimpin Usahawan Belia, yang ketiganya Belia Tani, yang keempatnya Sukarelawan Belia dan yang kelima ADUN Belia. Program ini adalah program yang dijalankan seiring dengan Anugerah Perdana Belia Negara yang diadakan bersekali di antara Negeri dan Persekutuan dan yang keempatnya, kerjasama dan hubungan yang erat di antara Kerajaan Negeri dengan Majlis Belia Malaysia Negeri Terengganu melalui penyaluran bantuan yang berterusan sebanyak RM1 juta untuk manfaat persatuan-persatuan belia di semua peringkat. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan tambahan saya, kalau kita lihat sejak-sejak akhir ini bahawa anak-anak muda kita bukan sahaja di Terengganu tapi yang pentingnya untuk anak-anak muda Terengganu bahawa mereka sudah kurang berminat untuk bersama-sama menggerakkan aktiviti bersama dalam berpersatuan. Ini menyebabkan kita semakin rumit untuk mendidik dan juga untuk mengajak anak-anak muda kita ini dalam bentuk kepimpinan. Ini yang perlu saya rasa. Apakah Kerajaan Negeri Terengganu bergerak ke hadapan selangkah untuk mewujudkan pusat-pusat untuk melahirkan pemimpin-pemimpin muda yang cemerlang pada masa yang akan datang?
Terima kasih kepada rakan saya ADUN Telemong, kerana itulah seperti yang telah pun saya jelaskan dalam jawapan-jawapan saya sebelum daripada ini, di dalam Program Pembangunan Belia Negeri Terengganu, sebanyak lima peringkat yang telah pun kita wujudkan yang kita beri nama Piramid Marhalah Pembangunan Generasi Belia Terengganu iaitu peringkat tunas yang berumur daripada 11-12 tahun, yang keduanya peringkat didik antara 13-15, yang ketiganya bakat antara 16-19, yang keempatnya elit di antara 20-25 dan ikon 25-30 dan di samping itu juga, kita juga bekerjasama dengan beberapa agensi Kerajaan yang lain contohnya yang terbaru menerusi agensi Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu menerusi satu program yang kita beri nama SUPER SAHABAT yang kita akan adakan di kesemua lapan daerah dengan sasaran awal sebanyak 40 orang setiap satu daerah. Begitu juga program-program yang bersifat kemahiran yang juga kita adakan dengan kerjasama agensi seperti TESDEC, IKBN dan lain-lain lagi. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat.
Sekarang saya jemput Wakil Manir untuk kemukakan soalan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, EXCO Kerajaan dan seluruh rakan-rakan Yang Berhormat sekalian, soalan saya yang pertama-
Berapakah bebanan hutang Kerajaan Negeri yang telah berjaya dikurangkan bermula dari Jan 2019 sehingga Jun 2022?
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Manir yang kemukakan soalan. Soalan daripada Yang Berhormat Manir adalah mengenai bebanan hutang Kerajaan Negeri daripada tahun 2019 hingga Jun 2022. Masa tahun 2019, jumlah hutang yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri adalah sebanyak RM733,129,563.52 dan setelah berlaku siri bayaran balik daripada tahun 2019 sehingga sekarang jumlah keseluruhan hutang yang tinggal adalah sebanyak RM267,090,009.57 iaitu setelah dibuat pembayaran, jumlah pembayaran sebanyak RM472,780,588.80. Sekian.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan tambahan, daripada bebanan-bebanan hutang yang ditinggalkan oleh Kerajaan yang terdahulu yang kita dapat dengar tadi bersama iaitu RM472 juta yang telah dikurangkan bermula daripada pengalihan Kerajaan berlaku sehingga sekarang, jadi apakah ia juga, soalannya apakah selain daripada bayaran hutang kepada Kerajaan Persekutuan tersebut, saya percaya Kerajaan Negeri juga ada komitmen kewangan besar untuk membuat bayaran berjadual kepada pihak-pihak tertentu. Ini kerana kita ada mendengar suara yang menyatakan tidak ada apa pembangunan yang dibuat oleh Kerajaan sekarang. Saya yakin ini adalah sebab di antara puncanya kerana bebanan yang terlalu banyak ditinggal oleh Kerajaan terdahulu, terima kasih.
Terima kasih, kepada Yang Berhormat Manir, dan soalan tambahan. Sebenarnya antara bebanan yang paling besar yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri di atas perkara-
perkara yang akan saya jelaskan sekejap lagi ialah terhadap bayaran balik hutang secara paksa, quote and quote dengan izin melalui pemotongan 25% bayaran tunai petroleum iaitu pada tahun 2019 apabila jumlah bayaran tunai petroleum daripada Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri telah dipotong sebanyak RM425,705,962.00 oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan daripada Kerajaan Pakatan Harapan yang lalu, iaitu 25% daripada bayaran tunai petroleum, jadi itu antara kenapa berlaku pengurangan yang sangat drastik daripada jumlah hutang daripada tahun 2019 sehingga tahun 2022. Seterusnya ialah berkenaan dengan lanjutan daripada yang dipersoalkan oleh Yang Berhormat tadi tentang tanggungan-tanggungan besar yang lain daripada Kerajaan Negeri antaranya ialah bayaran schedule payment dan deferred payment yang berjumlah bermula daripada tahun 2015 iaitu saya ambil secara dari belakang lagi iaitu pada tahun 2015 bermulanya sebanyak RM4 juta sahaja, 2016 sebanyak RM70 juta, 2017 RM70 juta, 2018 RM96 juta dan bermula pada tahun 2019 schedule payment dan deferred payment dengan izin adalah berjumlah RM156.57 juta pada tahun 2019, RM281.96 juta pada tahun 2020 dan RM439.74 juta pada tahun 2021. Peratusan jumlah hutang schedule payment dan deferred payment ini berbanding dengan anggaran hasil adalah sekitar 29% bagi tahun 2019, 19% bagi tahun 2020 dan 36% bagi tahun 2021, manakala pada tahun ini jumlah schedule payment dan deferred payment yang perlu dijelaskan sahaja sudah mencecah 54% daripada anggaran hasil, terima kasih.
Saya tidak ada soalan tambahan Yang Di-Pertua, cumanya melihat kepada jumlah hutang yang sangat besar yang ditanggung oleh Kerajaan sekarang saya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan kerana menguruskan dengan pengurusan negeri dengan baik dan saya juga mengucapkan tahniah kepada Kerajaan yang berjaya mengadakan, menjayakan manifesto, menjayakan SRIDI dan SMIDI dan seumpamanya insya-Allah, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
YANG BERHORMAT DATO’ Yang Di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat.
Boleh soalan tambahan satu Dato’ Yang di-Pertua, boleh tambah tak?
YANG BERHORMAT DATO’ Yang Di-Pertua: Lewat dah ni Yang Berhormat.
Nak dapatkan penjelasan sahaja.
YANG BERHORMAT DATO’ Yang Di-Pertua: Sila.
Sila, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, saya tertarik bila dia sebut oleh sahabat saya daripada Manir sakni dan juga telah diberi jawapan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang telah berjaya mengurangkan hutang, tetapi saya ingin tahu sebenarnya apa hutang yang kita terpaksa berhutang, apa benar kita kena jelaskan juga kadang-kadang takut ada kepentingan dengan rakyat, terpaksa kita buat demi rakyat, kita buat, jadi saya nak tahu apakah kepentingan yang menyebabkan hutang melambung naik pada tahun 2019, terima kasih Dato’ Yang Di-Pertua.
YANG BERHORMAT DATO’ Yang Di-Pertua: Yang Berhormat, nak tahu jawapan sahaja, kan. Okey sila.
Terima kasih pada soalan tambahan daripada Telemong, bermula daripada yang dibangkitkan oleh Telemong tadi tentang 2019 sebenarnya jumlah hutang Kerajaan Negeri daripada dahulu pun memang sudah ada hutang, dan hutang-hutang ini wujud dalam pelbagai bentuk projek-projek yang telah dilaksanakan antaranya ialah projek di bawah PMINT, Rancangan Bekalan Air, Perumahan Awam Kos Rendah dan pelbagai-pelbagai projek ada pun yang berkait deferred payment dan scheduled payment itu adalah projek yang selain daripada apa yang saya jelaskan tadi iaitu beberapa spesifik projek yang baharu. Terima kasih.
YANG BERHORMAT DATO’ Yang Di-Pertua: Yang Berhormat sekalian, saya rasa sekadar itu sesi soal jawab Soalan Lisan yang sempat saya benarkan, soalan-soalan yang tidak sempat yang ditanya akan dijawab secara bertulis. Yang Berhormat Dato’ Menteri Besar, Yang Berhormat sekalian saya ditangguhkan sementara sidang kita dan kita sambung semula pada pukul 11.05 minit.
PUKUL 11.15 PAGI
(Selepas Soalan-Soalan Lisan)Questions
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, mesyuarat disambung semula. Ahli Yang Berhormat sekalian saya berhasrat untuk selesaikan semua usul dan juga Rang Enakmen pada hari ini dan sudah tentu saya memerlukan kerjasama daripada semua Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian.
Usul yang telah diberi notisMotion
Perkara seterusnya dalam Tertib Pekerjaan Dewan ialah usul yang telah diberi notis. Dipersilakan Yang Berhormat Ariffin bin Deraman, Wakil Alur Limbat untuk mengemukakan usul.
Usul Yang Telah Diberi NotisMotion
Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2022
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:
“Bahawa menurut Seksyen Kecil (3) kepada Seksyen 4 Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, Dewan Undangan Negeri ini membuat KETETAPAN bersetuju meluluskan tambahan peruntukan yang pertama daripada Kumpulan Wang Pembangunan untuk perbelanjaan Rancangan Kemajuan Negeri bagi tahun 2022 sebagaimana ditentukan dalam JADUAL di bawah ini:-
JADUAL
MAKSUD TAJUK TAMBAHAN (RM) P.02 Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan 479,516,310.00 P.19 Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Terengganu 7,059,830.00 P.32 Pelbagai Pembangunan 1,814,860.00 P.33 Jabatan Bekalan Air Negeri Terengganu 11,609.000.00
JUMLAH 500,000,000.00
Butiran lanjut bagi maksud peruntukan-peruntukan ini bolehlah Ahli-ahli Yang Berhormat merujuk kepada Kertas Dewan Bil. 14/2022. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Terima kasih.
YANG BERHORMAT DR. Muhammad Khalil bin Abdul Hadi (Wakil Batu Buruk): Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya memohon menyokong usul ini.
Usul ini telah mendapat sokongan. Sekarang, saya buka untuk perbahasan. Sila, Wakil Kijal.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, pegawai kerajaan sekalian. Saya tidak bercadang untuk berbahas lebih panjang kali ini tapi saya ingin dapatkan penjelasan lanjut butiran-butiran kepada tambahan peruntukan iaitu pertama saya merujuk kepada Kod Projek 13988 Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu, RMM Gong Chengal I Kemaman, peruntukan dalam anggaran RM5 juta, tambahan dikehendaki RM5.5 juta, tambahan disyorkan RM8 juta. Kenapa ini berbeza? Yang kedua, Kod Projek 13993, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, RPMM Banggol Pauh, Kuala Nerus, peruntukan anggaran RM5 juta, tambahan dikehendaki RM5.5 juta tetapi tambahan disyorkan hanya RM3 juta, saya mohon penjelasan lanjut pihak Kerajaan. Terima kasih. Sebab tak tally, Dato’ Yang di-Pertua.
Sila Wakil Kerajaan. Asas kepada perkara-perkara yang disebutkan oleh Yang Berhormat Wakil Kijal itu sebenarnya sudah ada penjelasan dalam Kertas Dewan Bil. 14/2022. Betul Yang Berhormat? Asas kepada mengapa butiran-butiran itu diperlukan.
Ya, kerana telah ada tapi tidak, kata orang dok siku. Peruntukan yang ditambah dikehendaki lain, tambahan disyorkan lain, dua ini yang berlaku percanggahan, yang lain okey, Dato’ Yang di-Pertua.
Tak apa ambil masa, ambil masa, sila, ambil masa. Mana-mana EXCO boleh beri penjelasan, tak semestinya daripada pencadang usul.
Ulang semula soalan itu.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon penjelasan Kod Projek 13988, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, RMM Gong Chengal I, Kemaman, peruntukan dalam anggaran RM5 juta, tambahan dikehendaki RM5.5 juta, tambahan disyorkan RM8 juta. Kenapa peningkatan berlaku sedangkan disyorkan hanya RM5.5 juta. Yang kedua, Kod Projek 13933 RMM Banggol Pauh, Kuala Nerus, peruntukan dalam anggaran RM5 juta, tambahan dikehendaki RM5.5 juta, tambahan disyorkan cuma RM3 juta. Mohon penjelasan kenapa ini berlaku. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Minta pegawai bantu EXCO.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya rasa untuk penjelasan ini, untuk baca di situ, tambahan peruntukan untuk projek kod 13988 RMM Gong Cengal II, Kemaman, tambahan peruntukan diperlukan untuk bayaran bagi menyelesaikan baki kerja. Status kemajuan fizikal adalah 49.39% dan dijangka siap pada Februari 2023, tahun depan. Keperluan peruntukan bagi bayaran kerja pada tahun 2022 adalah RM13 juta, iaitu RM5 juta menggunakan peruntukan tahun
semasa dan RM5.5 juta melalui peruntukan tambahan, jadi jumlah dia RM10.5 juta dan untuk anggaran penyiapan kerja yang cepat ini, dia minta tambahan supaya RM8 jutalah. Tidak perlu kita jawab dalam Dewan dua tiga kalilah soal itu.
Yang seterusnya, Banggol Pauh. Banggol Pauh P.02 13993. Tambahan peruntukan diperlukan untuk bayaran bagi kerja-kerja tanah dan bayaran kepada perunding. Status kemajuan fizikal 2.37%. Keperluan peruntukan bagi bayaran tahun 2022 adalah RM8 juta, dan RM5 juta menggunakan peruntukan semasa dan RM5.5 juta melalui peruntukan tambahan. Yang disyorkan tambahan RM3 juta. Itu penjelasannya, terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua.
Dato’ Yang di-Pertua, ini memerlukan justifikasi. Kalau peruntukan tak cukup tahun ini, kena masuk tahun depan, masuk tahun depan, apa yang keperluan semasa?
Kos keseluruhan RM13 juta. Jadi apa yang diminta itu untuk bayaran mesti dibuat pada tahun ini, bukan tahun depan. Tahun ini kena bayar dah. Sebab projek itu lebih ke depan siapnya.
Sebab itu betul tu Yang Berhormat, Bukit Tunggal jawab sakni, kita nak wat sekaligus termasuk tahun depan. Hok tahun depan, tahun depanlah. Tadi jawapan pertama tadi.
Dakpe Yang Berhormat.
Kehadapan. Bayaran ke hadapan yang dijangkalah.
Tak boleh ke hadapan.
Semua belanja tahun ini.
Yang Berhormat, saya harap tak payah panjang. Sudah ada penjelasan dari segi approach sahaja. Okey, saya buka lagi ada lagi Yang Berhormat nak minta penjelasan?
Saya, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Sebelum kita meluluskan usul yang dibentangkan oleh pihak Kerajaan tadi, saya suka merujuk kepada peruntukan maksud P.33 Jabatan Bekalan Air Negeri Terengganu yang berjumlah RM11,609,000.00. Mohon penjelasan pihak Kerajaan kerana dalam Sidang Dewan Undangan Negeri yang lepas, pihak EXCO ada memberi penjelasan tentang isu tekanan air rendah di Besut. Yang Berhormat EXCO menyatakan bahawa isu bekalan air rendah di Besut dapat diselesaikan sekiranya booster pump dipasang, diactivate dan juga dipasang di Seberang Jertih. Jadi boleh tak pihak Kerajaan maklumkan dalam peruntukan manakah sama ada Kod Projek 06606 ataupun 06619 ataupun 06644 ataupun 06645 untuk mengadakan booster pump untuk menyelesaikan tekanan air rendah di Besut tersebut. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Terima kasih Kuala Besut. Sebenarnya baru-baru ini kita dah lulus RM40 juta untuk kegunaan pada tahun inilah. Jadi didapati tidak cukup, jadi kita minta lagi tambahan sebanyak RM11.6 juta. Jadi antaranya beberapa perkaralah yang telah disebutkan di sana tetapi berkaitan dengan booster tu, saya rasa itu insya-Allah akan dapat diselesaikan untuk Kuala Besut.
Maksudnya belum dipasang lagi ke Dato’ Yang di-Pertua?
Detail sangat Yang Berhormat, detail sangat. Saya ingat cukup setakat itu sahaja. Details sangat. Makna kita ambil benda-benda dasar sahaja.
Okey, kalau tak ada yang nak minta penjelasan lebih lanjut, sekarang saya buka pada undian-
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, kita nak setuju guana data dok betul ni, kena perbetulkan data dahulu.
Hok mana dok betul Yang Berhormat?
Hok yang Kijal sebut tadi.
Dah jawab tadi. Ni approach sahaja.
Approach guana?
Saya ingat takdok masalah dah.
Dah beri penjelasan tadi. Takpelah, sekarang ini kita di peringkat undian. Kalau Yang Berhormat bersetuju, angkat tangan.
Sebab tu saya…
Kalau Yang Berhormat dok bersetuju…
Saya sokong… saya sokong, tetapi data ini kena diperbetulkan dulu.
Data tak ada masalah sebenarnya.
Orang kata dok bijak ni. Peruntukan anggaran RM5 juta, tambahan dikehendaki RM5.5 juta.
Dah dia bagi penjelasan dah tadi kan?
Penjelasan guana?
Penjelasan dimasukkan tahun ini jugak ataupun hok yang ambil kira hok tahun depan.
Betul, jadi kena betullah. Peruntukan dalam anggaran ini jadi berapa juta. Ataupun dikurang hok ni ataupun naik hok ni, kena betul.
Takdok masalah. Takdok masalah. Yang Berhormat jangan kelirukan Dewan pulak. Ini soal angka dan juga approach sahaja.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, ini Dewan ini. Diluluskan di Dewan Negeri, jadi kena betullah. Kena ngakulah. Silap silaplah. Paling mudah jawapannya typing error, jawablah gitu.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, izinkan saya bercakap. Kalau kita lihat di sini, peruntukan pada tahun ini adalah RM13 juta. Ini berkaitan dengan perumahan di Gong Cengal. RM13 juta telah diluluskan RM5 juta, jadi baki lagi RM8 juta. So, pasal itu di sini kita minta tambahan dan disyorkan RM8 juta. Tidak ada masalah saya rasa.
Dato’ Yang di-Pertua, kalau lulus dah RM13 juta, kenapa bawa ke Dewan ini tambahan. Lulus RM13 juta, okey RM13 jutalah, cukuplah. Kenapa diperlukan lagi tambahan masuk ke dalam Dewan? Bahang rambang.
Sekarang saya nak pergi terus kepada undian-
Usul ini kemudian dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan suara terbanyak.
USUL INI DITERIMA.
Dipersilakan Yang Berhormat Dato’ Haji Tengku Hassan bin Tengku Omar, Wakil Ladang untuk mengemukakan usul.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan –
“Bahawa menurut Fasal 42 Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu (Bab Yang Pertama), Dewan Undangan Negeri yang bersidang pada hari ini membuat KETETAPAN bersetuju meminda Peraturan-peraturan dan Perintah-perintah Tetap Dewan Undangan Negeri bagi Negeri Terengganu (Pindaan) 2022 berkuatkuasa pada 18 November 2021”
Peraturan-peraturan dan Perintah-perintah Tetap Dewan Undangan Negeri bagi Negeri Terengganu adalah dipinda dengan memasukkan selepas peraturan 109 peraturan yang berikut:
Jawatankuasa Peraturan-Peraturan Tetap
109A. (1) Hendaklah ada sebuah Jawatankuasa yang akan dinamakan Jawatankuasa Peraturan-peraturan Tetap.
(2) Jawatankuasa ini hendaklah terdiri daripada− (a) Yang di-Pertua Dewan sebagai Pengerusi; dan (b) Enam orang ahli lain yang akan dilantik oleh Dewan dengan seberapa segeranya yang boleh selepas dimulakan tiap-tiap penggal persidangan.
(3) Adalah kewajipan Jawatankuasa ini menimbangkan dari satu masa ke satu masa dan mengeluarkan penyata berkaitan dengan
Peraturan-Peraturan Tetap yang diserahkan oleh Dewan kepadanya bagi ditimbangkan.
(4) Jawatankuasa ini tidak berkuasa memanggil orang hadir di hadapannya atau meminta dikeluarkan surat kecuali Dewan membuat ketetapan memberi kuasa berkenaan dengan ini.
(5) Jika pemberitahu usul mengandungi apa-apa Peraturan-Peraturan Tetap, maka pemberitahu itu hendaklah disertakan dengan satu rang pindaan yang dicadangkan itu, dan usul itu apabila dicadangkan dan disokong, adalah disifatkan telah diserahkan kepada Jawatankuasa Peraturan-Peraturan Tetap, dengan tidak dikemukakan masalah kepada mesyuarat, dan tidak boleh dibincangkan lagi usul ini sehingga Jawatankuasa Peraturan-Peraturan Tetap telah mengeluarkan penyata-penyata kepada Dewan berkenaan dengan cadangan itu.
Jawatankuasa Hak dan Kebebasan
109B (1) Hendaklah ada sebuah Jawatankuasa yang akan dinamakan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
(2) Jawatankuasa ini hendaklah terdiri daripada− (a) Yang di-Pertua Dewan sebagai Pengerusi; dan (b) tujuh orang ahli yang dilantik oleh Dewan dengan seberapa segeranya yang boleh selepas dimulakan iap-tiap penggal persidangan.
(3) Kepada Jawatankuasa ini hendaklah diserahkan apa-apa perkara yang nampaknya menyentuh kuasa, hak dan kebebasan Dewan. Adalah menjadi kewajipan atas Jawatankuasa ini menimbangkan apa-apa perkara demikian itu yang di atas perkara itu kepada Dewan.
(4) Jika Dewan tidak bersidang, seseorang ahli boleh memberitahu Yang Dipertua jika ada dikatakan telah berlaku kesalahan melanggar peraturan hak dan kebebasan Dewan. Yang di-Pertua, jika berpuas hati iaitu pada zahirnya telah dilakukan kesalahan itu,
bolehlah diserahkannya perkara itu kepada Jawatankuasa ini dan Jawatankuasa ini hendaklah mengeluarkan penyata kepada Dewan berkenaan dengan ini.
(5) Jawatankuasa ini berkuasa boleh memanggil orang hadir di hadapannya dan meminta dikeluarkan surat dan boleh mengeluarkan penyata kepada Dewan dari satu masa ke satu masa.
Jawatankuasa Pengurusan Dewan
109c. (1) Hendaklah ada sebuah Jawatankuasa yang akan dinamakan Jawatankuasa Pengurusan Dewan.
(2) Jawatankuasa ini hendaklah terdiri daripada− (a) Yang di-Pertua Dewan sebagai Pengerusi; dan (b) Enam orang ahli lain yang akan dilantik oleh Dewan dengan seberapa segeranya yang boleh selepas dimulakan tiap-tiap penggal persidangan kerana menimbangkan dan menasihatkan Yang di-Pertua atas segala perkara berkaitan dengan kesenangan dan kemudahan serta khidmat-khidmat dan kenikmatan-kenikmatan yang terdapat bagi ahli-ahli Dewan.
(3) Jawatankuasa ini tidak berkuasa memangggil orang hadir di hadapannya atau meminta dikeluarkan surat-surat kecuali Dewan membuat ketetapan memberi kuasa berkenaan dengan ini.
(4) Minit-minit mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Dewan hendaklah dihantar kepada semua ahli Dewan.”
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon menyokong usul itu.
Usul ini telah mendapat sokongan. Sekarang saya buka untuk sesi perbahasan. Ada sesiapa Yang Berhormat yang ingin berucap?
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk mencadangkan pindaan sebagaimana yang telah dibentangkan tadi pada halaman 70 bilangan 2(b) tujuh orang ahli dipinda kepada enam orang ahli. Jadi cadangannya daripada tujuh kepada enam bagi membolehkan ahli-ahli bersidang berada dalam jumlah yang ganjil untuk mempermudahkan proses pengundian jika ada. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat, ada perkara yang terlepas pandang dan telah mencadangkan pindaan ke atas keanggotaan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Sekarang saya buka kepada undian-
Usul ini kemudian dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan pindaan dengan suara terbanyak.
USUL INI DITERIMA.
Rang Undang-UndangBill
Perkara berikut ialah Rang Undang-Undang.
Dipersilakan Yang Berhormat Dr. Haji Mamad bin Puteh (Wakil Kuala Berang) mengemukakan Rang Undang-Undang Yang Pertama.
Enakmen Mineral (Terengganu) (Pindaan) 2022Bill
Bacaan Kali Yang Pertama
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan Rang Undang-Undang Bernama Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Mineral (Terengganu) 2002 dibaca bagi kali yang pertama.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya menyokong cadangan itu, terima kasih.
Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang pertama.
RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN MINERAL (TERENGGANU) 2002 DIBACA BAGI KALI YANG PERTAMA
Bacaan Kali Yang Kedua
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Mineral (Terengganu) 2002, dibaca kali yang kedua.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Rang Undang-Undang ini bertujuan untuk meminda Enakmen Mineral (Terengganu) 2002 [Enakmen Bil. 8 Tahun 2002]. Pindaan yang dicadangkan adalah untuk memotong keseluruhan peruntukan dan sebutan berkenaan lesen air dan permit air di samping memastikan pelarasan dan ketiadaan pertindihan bidang kuasa dengan Enakmen Sumber Air (Terengganu) 2020.
2.
Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan kuasa Pihak Berkuasa Negeri untuk menetapkan tarikh permulaan kuat kuasa Enakmen yang dicadangkan.
3.
Fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 2 Enakmen Mineral (Terengganu) 2002 [Enakmen Bil. 8 Tahun 2002] dengan memotong takrif
“lesen air” dan “permit air” untuk memastikan pelarasan dengan Enakmen Sumber Air (Terengganu) 2020.
4.
Fasal 3 bertujuan untuk memotong keseluruhan Bahagian VIII Enakmen Mineral (Terengganu) 2002 [Enakmen Bil. 8 Tahun 2002]. Ini kerana keseluruhan Bahagian ini adalah berkenaan “Peruntukan mengenai air” dan peruntukan ini telahpun disebut di dalam Enakmen Sumber Air (Terengganu) 2020.
5.
Fasal 4 bertujuan untuk menggantikan seksyen 115 Enakmen Mineral (Terengganu) 2002 [Enakmen Bil. 8 Tahun 2002] dengan seksyen yang baru.
6.
Fasal 5 bertujuan untuk meminda seksyen 116 Enakmen Mineral (Terengganu) 2002 [Enakmen Bil. 8 Tahun 2002]. Perkataan “dan permit” dibuang daripada nota bahu, subseksyen 116(2) dipotong memandangkan ianya berkenaan permit air dan apa-apa sebutan berkenaan “lesen air” dan “permit air” dipotong dari subseksyen 116(3).
7.
Fasal 6 bertujuan untuk memotong perkataan “lesen air dan permit air” dari perenggan 117(a) Enakmen Mineral (Terengganu) 2002 [Enakmen Bil. 8 Tahun 2002].
8.
Fasal 7 bertujuan untuk meminda seksyen 118 Enakmen Mineral (Terengganu) 2002 [Enakmen Bil. 8 Tahun 2002] dengan memotong perkataan “permit” di dalam nota bahu. Dalam subseksyen 118(1), perkataan “lesen air dan permit air” dipotong manakala perkataan “atau permit” dipotong memandangkan permit yang dirujuk ini adalah berkenaan permit air sahaja.
9.
Fasal 8 bertujuan untuk meminda seksyen 119 Enakmen Mineral (Terengganu) 2002 [Enakmen Bil. 8 Tahun 2002] dengan memotong perkataan “permit” di dalam nota bahu dan perkataan “atau lesen air” di dalam subseksyen (2). Keseluruhan subseksyen (3) juga dipotong kerana ia berkenaan permit air sahaja serta perkataan yang menyebut berkenaan permit juga dipotong daripada subseksyen (4) memandangkan permit yang dirujuk disini ialah berkenaan permit air.
10.
Fasal 9 bertujuan untuk memotong keseluruhan subseksyen 120(2) Enakmen Mineral (Terengganu) 2002 [Enakmen Bil. 8 Tahun 2002] memandangkan ia berkenaan permit air sahaja.
11.
Fasal 10 bertujuan untuk meminda seksyen 121 Enakmen Mineral (Terengganu) 2002 [Enakmen Bil. 8 Tahun 2002] dengan memotong perkataan yang menyebut berkenaan permit memandangkan permit yang dirujuk di sini ialah berkenaan permit air.
12.
Fasal 11 bertujuan untuk meminda seksyen 125 Enakmen Mineral (Terengganu) 2002 [Enakmen Bil. 8 Tahun 2002] dengan memotong perkataan “atau Penguasa Lombong, mengikut mana-mana yang berkenaan”. Ini kerana, merujuk kepada seksyen 115 Enakmen yang sama, subseksyen 115(2) telah dipotong di mana ia menyebut berkenaan keperluan Penguasa Lombong untuk membuka suatu siri buku berkenaan daftar permit air. Oleh yang demikian, untuk menyeragamkan Enakmen ini, perkataan yang disebut di atas dipotong daripada seksyen 125.
13.
Fasal 12 bertujuan untuk meminda subperenggan 188(2)(k) Enakmen Mineral (Terengganu) 2002 [Enakmen Bil. 8 Tahun 2002] dengan memotong perkataan “lesen air dan permit air” dalam memastikan pelarasan dengan Enakmen Sumber Air (Terengganu) 2020.
14.
Fasal 13 bertujuan untuk memotong Borang H dan Borang I dalam Jadual I Enakmen Mineral (Terengganu) 2002 [Enakmen Bil. 8 Tahun 2002] memandangkan borang-borang tersebut adalah berkenaan lesen air dan permit air.
Implikasi kewangan
Rang Undang-Undang ini tidak akan melibatkan kewangan Negeri dalam apa-apa perbelanjaan wang tambahan. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu. Terima kasih.
Rang Enakmen ini telah mendapat sokongan bagi bacaan kali yang kedua. Sekarang saya buka untuk perbahasan-
Oleh kerana tiada perbahasan, kita teruskan pembentangan Rang Undang-Undang Bernama Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Mineral (Terengganu) 2002. Sekarang saya buka kepada undian-
Cadangan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang kedua dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan sebulat suara.
RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN MINERAL (TERENGGANU) 2002, DIBACA BAGI KALI YANG KEDUA
Dalam Jawatankuasa
Mesyuarat sekarang menjadi Jawatankuasa.
RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN MINERAL (TERENGGANU) 2002, TELAH DITIMBANGKAN DARI SATU FASAL KE SATU FASAL DAN TELAH DIPERSETUJUI DENGAN TIADA PINDAAN DENGAN SEBULAT SUARA.
Mesyuarat balik semula.
Bacaan Kali Yang Ketiga
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya maklumkan bahawa Rang Enakmen ini telah ditimbangkan dalam Jawatankuasa dan telah dipersetujui dengan tiada
pindaan. Saya mohon mencadangkan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya menyokong cadangan itu. Terima kasih.
Rang Enakmen ini telah mendapat sokongan untuk dibaca bagi kali yang ketiga.
Cadangan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang ketiga dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan sebulat suara.
Rang Undang-Undang Bernama Suatu Enakmen Untuk Meminda Enakmen Mineral (Terengganu) 2002Bill
DIPERBUAT UNDANG-UNDANG INI OLEH KUASA UNDANGAN NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN SEPERTI BERIKUT:
1 (1) ENAKMEN INI BOLEHLAH DINAMAKAN ENAKMEN MINERAL (TERENGGANU) (PINDAAN) 2022.
(2) ENAKMEN INI HENDAKLAH MULA BERKUAT KUASA PADA TARIKH YANG DITETAPKAN OLEH PIHAK BERKUASA NEGERI MELALUI PEMBERITAHUAN DALAM WARTA.
Rang Enakmen ini diluluskan dan menjadi Enakmen Mineral (Terengganu) (Pindaan) 2022.
Dipersilakan Yang Berhormat Dr. Azman bin Ibrahim (Wakil Jabi) mengemukakan Rang Undang-Undang Yang Kedua.
Enakmen Tanah Simpan Bagi Orang-Orang Melayu (Pindaan) 2022Bill
Bacaan Kali Yang Pertama
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen Untuk Meminda Enakmen Tanah Simpan Bagi Orang-orang Melayu 1360 dibaca bagi kali yang pertama.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu.
Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang pertama.
Rang Undang-Undang Bernama Suatu Enakmen Untuk Meminda Enakmen Tanah Simpan Bagi Orang-Orang MelayuBill
1360, DIBACA BAGI KALI YANG PERTAMA
Bacaan Kali Yang Kedua
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Tanah Simpan bagi Orang-Orang Melayu 1360 dibaca bagi kali yang kedua.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Rang Undang-Undang ini bertujuan untuk meminda perenggan 9 (iii) Enakmen Tanah Simpan Bagi Orang-orang Melayu 1360 supaya P-EXCELL MANAGEMENT SDN. BHD. menjadi badan yang kepadanya Tanah Orang-Orang Melayu boleh dipindahmilik.
IMPLIKASI KEWANGAN
Rang Undang-undang ini tidak akan melibatkan Kerajaan Negeri dalam apa-apa perbelanjaan wang tambahan. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu.
Rang Enakmen ini telah mendapat sokongan bagi bacaan kali yang kedua. Sekarang saya buka untuk perbahasan-
Oleh kerana tiada perbahasan, kita teruskan pembentangan Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Tanah Simpan Bagi Orang-Orang Melayu 1360. Sekarang saya buka kepada undian-
Cadangan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang kedua dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan sebulat suara.
RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN TANAH SIMPAN BAGI ORANG-ORANG MELAYU 1360, DIBACA BAGI KALI YANG KEDUA
Dalam Jawatankuasa
Mesyuarat sekarang menjadi Jawatankuasa.
RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA TANAH SIMPAN BAGI ORANG MELAYU 1360 TELAH DITIMBANGKAN DARI SATU FASAL KE SATU FASAL DAN TELAH DIPERSETUJUI DENGAN TIADA PINDAAN DENGAN SEBULAT SUARA
Mesyuarat balik semula.
Bacaan Kali Yang Ketiga
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya maklumkan bahawa Rang Enakmen ini telah ditimbangkan dalam Jawatankuasa dan telah dipersetujui dengan tiada pindaan. Saya mohon mencadangkan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu.
Rang Enakmen ini telah mendapat sokongan untuk dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan.
Cadangan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang ketiga dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan sebulat suara.
Rang Undang-Undang Bernama Suatu Enakmen Untuk Meminda Enakmen Tanah Simpan Bagi Orang-Orang Melayu 1360Bill
DIPERBUAT UNDANG-UNDANG INI OLEH KUASA UNDANGAN NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN SEPERTI YANG BERIKUT:
1 (1) ENAKMEN INI BOLEHLAH DINAMAKAN ENAKMEN TANAH SIMPAN BAGI ORANG-ORANG MELAYU (PINDAAN) 2022.
(2) ENAKMEN INI HENDAKLAH MULA BERKUAT KUASA PADA TARIKH PENYIARANNYA DALAM WARTA.
Rang Enakmen ini diluluskan dan menjadi Enakmen Tanah Simpan Bagi Orang-Orang Melayu (Pindaan) 2022.
Dipersilakan Yang Berhormat Dr. Haji Alias bin Razak (Wakil Bukit Tunggal) mengemukakan Rang Undang-undang Yang Ketiga.
Enakmen Perbekalan Tambahan (No.2) 2021Bill
Bacaan Kali Yang Pertama
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan Rang Undang-undang bernama Suatu Enakmen Bagi Menggunakan Sejumlah Wang Daripada Kumpulan Wang Yang Disatukan Untuk Perbelanjaan Tambahan Bagi Perkhidmatan Tahun 2021 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk maksud yang tertentu bagi tahun Itu dibaca bagi kali yang pertama.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu.
Rang Undang-undang ini dibaca bagi kali yang pertama.
RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN BAGI MENGGUNAKAN SEJUMLAH WANG DARIPADA KUMPULAN WANG DISATUKAN UNTUK PERBELANJAAN TAMBAHAN BAGI PERKHIDMATAN TAHUN 2021 DAN BAGI MEMPERUNTUKKAN WANG ITU UNTUK MAKSUD YANG TERTENTU BAGI TAHUN ITU, DIBACA BAGI KALI YANG PERTAMA
Bacaan Kali Yang Kedua
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada
Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2021 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk maksud yang tertentu bagi tahun itu, dibaca bagi kali yang kedua.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Rang Undang-undang ini memberikan kuasa berkanun supaya beberapa pembayaran tambahan tertentu dibuat untuk Perkhidmatan Awam Negeri dalam tahun 2021 melebihi perbelanjaan yang dibenarkan oleh Enakmen Perbekalan 2021. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu.
Rang Enakmen ini telah mendapat sokongan bagi bacaan kali yang kedua. Sekarang saya buka untuk perbahasan. Ada sesiapa Yang Berhormat yang ingin mengambil bahagian? Sila Wakil Kijal.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya tidak akan membahaskan cuma saya buat pembetulan apa yang saya tegur tadi. Kalau salah, katakan salah, kalau betul katakan betul. Yang kedua, kalau susah sangat, macam saya sebut dah tadi, typing error. Betul lah. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Ada sesiapa Yang Berhormat yang ingin berucap? Oleh kerana tiada perbahasan, kita teruskan pembentangan Rang Undang-Undang Bernama Suatu Enakmen Bagi Menggunakan Sejumlah Wang Daripada Kumpulan Wang Disatukan Untuk Perbelanjaan Tambahan Bagi Perkhidmatan Tahun 2021 Dan Bagi Memperuntukkan Wang Itu Untuk Maksud Yang Tertentu Bagi Tahun Itu. Sekarang saya buka kepada undian-
Cadangan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang kedua dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan suara terbanyak.
RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN BAGI MENGGUNAKAN SEJUMLAH WANG DARIPADA KUMPULAN WANG DISATUKAN UNTUK PERBELANJAAN TAMBAHAN BAGI PERKHIDMATAN TAHUN 2021 DAN BAGI MEMPERUNTUKKAN WANG ITU UNTUK MAKSUD TERTENTU BAGI TAHUN ITU, DIBACA BAGI KALI YANG KEDUA
Dalam Jawatankuasa
Mesyuarat sekarang menjadi Jawatankuasa.
RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN BAGI MENGGUNAKAN SEJUMLAH WANG DARIPADA KUMPULAN WANG DISATUKAN UNTUK PERBELANJAAN TAMBAHAN BAGI PERKHIDMATAN TAHUN 2021 DAN BAGI MEMPERUNTUKKAN WANG ITU UNTUK MAKSUD TERTENTU BAGI TAHUN ITU, TELAH DITIMBANGKAN DARI SATU FASAL KE SATU FASAL DAN TELAH DIPERSETUJUI TANPA PINDAAN DENGAN SUARA TERBANYAK
Mesyuarat balik semula.
Bacaan Kali Yang Ketiga
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya memaklumkan bahawa Rang Enakmen ini telah ditimbangkan dalam jawatankuasa dan telah dipersetujui dan tiada pindaan. Saya mohon mencadangkan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu.
Rang Enakmen ini telah mendapat sokongan untuk dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan.
Cadangan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang ketiga dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan suara terbanyak
RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN BAGI MENGGUNAKAN SEJUMLAH WANG DARIPADA KUMPULAN WANG YANG DISATUKAN UNTUK PERBELANJAAN TAMBAHAN BAGI PERKHIDMATAN TAHUN 2021 DAN BAGI MEMPERUNTUKKAN WANG ITU UNTUK MAKSUD YANG TERTENTU BAGI TAHUN ITU
DIPERBUAT UNDANG-UNDANG INI OLEH KUASA UNDANGAN NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN SEPERTI YANG BERIKUT:
1 ENAKMEN INI BOLEHLAH DINAMAKAN ENAKMEN PERBEKALAN TAMBAHAN (NO. 2) 2021.
(1) MAKA ADALAH DIBENARKAN SUPAYA DIKELUARKAN SEJUMLAH WANG TIDAK LEBIH DARIPADA DUA RATUS EMPAT PULUH JUTA RINGGIT (RM240,000,000.00) DARIPADA KUMPULAN WANG DISATUKAN BAGI PERBELANJAAN UNTUK PERKHIDMATAN YANG DINYATAKAN DALAM JADUAL BAGI PERKHIDMATAN TAHUN 2021 YANG TIDAK DIPERUNTUKKAN ATAU TIDAK DIPERUNTUKKAN DENGAN SEPENUHNYA OLEH ENAKMEN PERBEKALAN 2021 [ENAKMEN 2 TAHUN 2020].
(2) WANG YANG TERSEBUT ITU ADALAH DIPERUNTUKKAN BAGI MAKSUD YANG DINYATAKAN DALAM JADUAL.
JADUAL Maksud Tajuk
Amaun (RM) B.04 Perbendaharaan Negeri
240,000,000.00 Jumlah 240,000,000.00
Rang Enakmen ini diluluskan dan menjadi Enakmen Perbekalan Tambahan (No. 2) 2021
Dipersilakan Yang Berhormat Dr. Haji Alias Bin Razak (Wakil Bukit Tunggal) mengemukakan Rang Undang-undang yang keempat.
Enakmen Perbekalan Tambahan 2022Bill
Bacaan Kali Yang Pertama
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan Rang Undang-Undang Bernama Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2022 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk maksud yang tertentu bagi tahun itu, dibaca bagi kali yang pertama.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu.
Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang pertama.
RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN BAGI MENGGUNAKAN SEJUMLAH WANG DARIPADA KUMPULAN WANG DISATUKAN UNTUK PERBELANJAAN TAMBAHAN BAGI PERKHIDMATAN TAHUN 2022 DAN BAGI MEMPERUNTUKKAN WANG ITU UNTUK MAKSUD YANG TERTENTU BAGI TAHUN ITU, DIBACA BAGI KALI YANG PERTAMA
Bacaan Kali Yang Kedua
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan Rang Undang-Undang Bernama Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2022 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk maksud yang tertentu bagi tahun itu dibaca bagi kali yang kedua.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Rang Undang-Undang ini memberikan kuasa berkanun supaya beberapa pembayaran tambahan tertentu dibuat untuk perkhidmatan awam negeri dalam tahun 2022 melebihi perbelanjaan yang dibenarkan oleh Enakmen Perbekalan 2022. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya menyokong cadangan itu.
Rang Enakmen ini telah mendapat sokongan bagi bacaan kali yang kedua. Sekarang saya buka untuk perbahasan. Ada sesiapa Yang Berhormat yang ingin mengambil bahagian?
Oleh kerana tiada perbahasan, kita teruskan pembentangan Rang Undang-Undang Bernama Suatu Enakmen Bagi Menggunakan Sejumlah Wang Daripada Kumpulan Wang Yang Disatukan Untuk Perbelanjaan Tambahan Bagi Perkhidmatan Tahun 2022 Dan Bagi Memperuntukkan Wang Itu Untuk Maksud Yang Tertentu Bagi Tahun Itu. Sekarang saya buka kepada undian-
Cadangan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang kedua dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dipersetujui dengan suara terbanyak
RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN BAGI MENGGUNAKAN SEJUMLAH WANG DARIPADA KUMPULAN WANG YANG DISATUKAN UNTUK PERBELANJAAN TAMBAHAN BAGI PERKHIDMATAN TAHUN 2022 DAN BAGI MEMPERUNTUKKAN WANG ITU UNTUK MAKSUD YANG TERTENTU BAGI TAHUN ITU, DIBACA BAGI KALI YANG KEDUA
Dalam Jawatankuasa
Mesyuarat sekarang menjadi Jawatankuasa.
RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN BAGI MENGGUNAKAN SEJUMLAH WANG DARIPADA KUMPULAN WANG DISATUKAN UNTUK PERBELANJAAN TAMBAHAN BAGI PERKHIDMATAN TAHUN 2022 DAN BAGI MEMPERUNTUKKAN WANG ITU UNTUK MAKSUD TERTENTU BAGI TAHUN ITU, TELAH DITIMBANGKAN DARI SATU FASAL KE SATU FASAL DAN TELAH DIPERSETUJUI TANPA PINDAAN DENGAN SUARA TERBANYAK
Mesyuarat balik semula.
Bacaan Kali Yang Ketiga
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya memaklumkan bahawa Rang Enakmen ini telah dipertimbangkan dalam Jawatankuasa dan telah dipersetujui dengan tiada pindaan. Saya mohon mencadangkan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu. Terima kasih.
Rang Enakmen ini telah mendapat sokongan untuk dibaca kali yang ketiga dan diluluskan.
Cadangan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang ketiga dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan suara terbanyak
RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN BAGI MENGGUNAKAN SEJUMLAH WANG DARIPADA KUMPULAN WANG YANG DISATUKAN UNTUK PERBELANJAAN TAMBAHAN BAGI PERKHIDMATAN TAHUN 2022 DAN BAGI MEMPERUNTUKKAN WANG ITU UNTUK MAKSUD YANG TERTENTU BAGI TAHUN ITU
DIPERBUAT UNDANG-UNDANG INI OLEH KUASA UNDANGAN NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN SEPERTI YANG BERIKUT:
1 ENAKMEN INI BOLEHLAH DINAMAKAN ENAKMEN PERBEKALAN TAMBAHAN 2022.
2.
(1) MAKA ADALAH DIBENARKAN SUPAYA DIKELUARKAN SEJUMLAH WANG TIDAK LEBIH DARIPADA TUJUH RATUS JUTA RINGGIT (RM700,000,000.00) DARIPADA KUMPULAN WANG DISATUKAN BAGI PERBELANJAAN UNTUK PERKHIDMATAN YANG DINYATAKAN DALAM JADUAL BAGI PERKHIDMATAN TAHUN 2022 YANG TIDAK DIPERUNTUKKAN ATAU TIDAK DIPERUNTUKKAN DENGAN SEPENUHNYA OLEH ENAKMEN PERBEKALAN 2022 [ENAKMEN A75].
(2) WANG YANG TERSEBUT ITU ADALAH DIPERUNTUKKAN BAGI MAKSUD YANG DINYATAKAN DALAM JADUAL.
JADUAL Maksud Tajuk
Amaun (RM) B.04 Perbendaharaan Negeri
700,000,000.00 Jumlah 700,000,000.00
Rang Enakmen ini diluluskan dan menjadi Enakmen Perbekalan Tambahan 2022
Yang Berhormat, saya ingin memanjangkan jemputan ke jamuan makan tengah hari yang dihoskan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar Terengganu, Ahli Yang Berhormat di Damai Lounge manakala Ketua Jabatan dan pemerhati di perkarangan Dewan Undangan Negeri seperti biasa.
Dengan ini saya tangguhkan persidangan kita kepada esok hari iaitu 26 Julai 2022 jam 9.30 pagi dan marilah sama-sama kita tangguhkan dengan membaca tasbih kaffarah dan surah Al-„Asr.