Terengganu · 26 July 2022
14th Assembly, 5th session, 2nd meeting · 134 turns · 8,893 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalTerengganu publishes one PDF per meeting, with the written answers appended. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
Soalan-Soalan LisanQuestions
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, mesyuarat disambung semula. Sebelum kita memulakan mesyuarat atau persidangan kita pada pagi ini, marilah kita membaca Ummul Kitab Al-Fatihah.
Oleh kerana kita telah membuka persidangan kita selepas kita menghadapi COVID-19, kepada pemerhati, saya difahamkan pada hari ini ada 20 orang ADUN Belia iaitu satu persidangan yang kita mahu mendedahkan belia-belia kita pada Persidangan Dewan hadir pada pagi ini. Alhamdulillah, sebagaimana yang saya cadangkan, kelmarin kita telah selesai berbincang dan meluluskan dua Usul dan empat Rang Enakmen dengan kerjasama Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Terdahulu saya ucapkan terima kasih. Hari ini kita akan teruskan dengan Soalan-soalan Lisan. Berikut adalah Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah
memberi notis untuk mengemukakan Soalan-soalan Lisan pada hari ini iaitu pada 26 Julai 2022:
1.
Yang Berhormat Wakil Bukit Besi 2.
Yang Berhormat Wakil Rantau Abang 3.
Yang Berhormat Wakil Jertih 4.
Yang Berhormat Wakil Pengkalan Berangan 5.
Yang Berhormat Wakil Batu Rakit 6.
Yang Berhormat Wakil Bandar 7.
Yang Berhormat Wakil Langkap 8.
Yang Berhormat Wakil Air Putih 9.
Yang Berhormat Wakil Kuala Besut 10.
Yang Berhormat Wakil Wanita 11.
Yang Berhormat Wakil Tepoh 12.
Yang Berhormat Wakil Batu Buruk 13.
Yang Berhormat Wakil Kijal 14.
Yang Berhormat Wakil Sura 15.
Yang Berhormat Wakil Seberang Takir 16.
Yang Berhormat Wakil Telemong 17.
Yang Berhormat Wakil Manir
Kita nak mulakan Soalan-soalan Lisan bermula dengan Ahli Berhormat yang tak sempat kemukakan soalan kelmarin, ikut susunan. Jadi saya nak mulakan dengan serangkap pantun untuk menjemput Ahli Berhormat yang berkenaan.
Budaya penjajah perlu dihalau Hidup Islam jadi amalan Yang Berhormat Bukit Besi persis Mat Kilau Mula berpencak tanyakan soalan
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 1-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri terhadap perkembangan meningkatnya jumlah pendaratan penyu di Terengganu sejak akhir-akhir ini dan apakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk menghidupkan kembali industri pelancongan berasaskan pendaratan penyu di Terengganu?
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dan seluruh Ahli Dewan. Soalannya apakah tindakan Kerajaan Negeri terhadap perkembangan meningkatnya jumlah pendaratan penyu di Terengganu sejak akhir-akhir ini dan apakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk menghidupkan kembali industri pelancongan berasaskan pendaratan penyu di Terengganu. Negeri Terengganu pernah menerima empat daripada tujuh spesies penyu di dunia mendarat di negeri ini. Kini, berbanding spesies lain iaitu Belimbing, Lipas dan Karah hanya spesies Agar yang menunjukkan sedikit peningkatan. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Jabatan Perikanan, pendaratan penyu akan meningkat sebanyak 3.18% pada tahun 2019 hingga 2020. Terdapat beberapa produk pelancongan yang terkait dengan kehadiran penyu di Negeri Terengganu seperti melihat penyu bertelur, melepaskan anak penyu ke laut, snorkeling atau menyelam, melihat penyu di Taman Laut, Pameran Sains Penyu di Pusat Penerangan dan Santuari Penyu serta penjualan produk cenderahati yang mempunyai imej penyu. Untuk menghidupkan kembali segmen pelancongan yang berkait rapat dengan penyu ini, Pihak Jabatan Pelancongan Negeri turut meletakkan sasaran utama iaitu kelestarian pelancongan penyu agar kesemua produk yang terkait dengan penyu ini akan dapat memberi manfaat kepada lebih ramai pihak untuk jangka masa yang panjang. Penggubalan Enakmen Penyu 1951 (Pindaan 2021) yang telah berkuatkuasa mulai 1 Jun 2022 yang mengandungi larangan milikan telur semua jenis penyu dan kenaikan kadar denda bagi kesalahan di bawah enakmen ini.
Seterusnya, membanyakkan tapak penetasan penyu bagi memastikan telur-telur penyu dapat dieram dan ditetaskan. Menambahkan rakan strategik pengurusan penyu dan menguatkan lagi kerjasama bersama rakan strategik sedia ada yang terdiri daripada NGO, IPT, pihak swasta dan pengusaha hotel merangkumi pengurusan pengawal seliaan pantai pendaratan penyu, penyelidikan kewangan dan sebagainya.
Dan ada pelbagai program volunteerism antaranya dengan pihak UMT di Pulau Redang, Lang Tengah Turtle Watch di Pulau Lang Tengah dan Fuze Ecoteer di Pulau Perhentian dan banyak lagi yang akan menyusul. Jadi itulah di antara usaha yang telah dibuat oleh pihak Kerajaan dan insya-Allah kita akan menjadikan walaupun tidak
sehebat dulu tapi kita akan teruskan pelancongan berasaskan pendaratan penyu di Negeri Terengganu. Sekian.
Terima kasih penjelasan. Saya nok tahu, sehingga kini berapa ramaikah pemajak kawasan pendaratan penyu di seluruh Terengganu dan sejauhmanakah mereka berperanan sebagaimana yang diinginkan Kerajaan? Mungkin melalui syarat-syarat yang telah ada. Terima kasih.
Soalan dia pemajak ke? Okey, kalau pemajak saya memerlukan notis sebab dia di bawah portfolio yang lain. Cuma apa yang saya nak sebut dari sudut pelancongannya, berasaskan rekod terdapat peningkatan jumlah pelawat. Saya akan sebut jumlah pelawat di pusat-pusat penyu seliaan Jabatan Perikanan kerana pelawat ini sangat penting khususnya dari segi pelancongan kerana ramai di kalangan yang melawat Pusat-pusat Santuari Penyu ini adalah terdiri daripada orang-orang luarlah, maksudnya pelancong daripada luar. Mungkin kita tidak dapat rasakan sebagaimana Rantau Abang yang dulu, yang terlalu banyak penyu naik dan ramai yang datang ke Rantau Abang, tetapi sebenarnya saya bagi contoh pada tahun 2018, bilangan pelawat 24,306 orang di pusat-pusat, maksudnya lawatan ke Pusat-pusat Penyu Terengganu.
Tahun Bilangan 2019 39,472 orang 2020 18,388 orang 2021 31,511 orang
Adapun sehingga Mei 2022 maksudnya hampir separuh tahun kita sudah mendapat kunjungan 35,562 orang. Maksudnya sekali gandalah daripada tahun yang sebelum. Jumlah keseluruhannya 149,239 orang. Maksudnya saya relate jawapan ini dengan soalan yang ditanya sebelum ini. Sekian.
Boleh tambahan penjelasan Dato’ Yang di-Pertua? Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya berkaitan dengan penyu ning, adalah satu akronim yang simbol dan juga akronim yang sangat sinonim bagi Negeri Terengganu lah. Bagaimana yang kita maklum sejak pada dulu lagi, berbagai usaha yang dibuat oleh pihak
Kerajaan, dan kita pula, kita kena membina satu apakah Kerajaan kalau kita tengok hari ini tadok doh penyu, dok naik doh macam dulu. Jadi guane kita nak mengekalkan penyu ini merupakan satu benda yang menjadi lekat dalam pale orang. Jadi apa kalau kita kata kita buat program-program itu, lepas pun penyu dok naik-naik juga, kita buat tempat penyu nak naik, dok naik juga. Jadi kita nak mengekalkan 50 tahun akan datang, bahawa penyu ini orang sebut penyu orang tahu Terengganu. Nok wat. Apakah peranan Kerajaan…
Penyu ngajuk Yang Berhormat.
Apa perancangan kerajaan…
Penyu ngajuk nak mari…
Ha?
Penyu ngajuk nak mari.
Sejak bila penyu ngajuk ni? Masa BN mula boleh tahan lagi.
(Ketawa).
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Dato’ Yang di-Pertua, dia bersabit dengan Portfolio Pertanian di bawah Jabatan Perikanan, saya bantu untuk bagitahu beberapa faktalah, jumlah pemajak yang ada di Negeri Terengganu dalam 100 lebih dan kawasan yang dipajak itu ialah kawasan yang rendah pendaratan penyu bagi kawasan yang tinggi kadar pendaratannya, dijaga sendiri oleh kakitangan-kakitangan yang berada di bawah Jabatan Perikanan dan apabila kita kuatkuasakan Enakmen Pemuliharaan Penyu 1951 Pindaan 2021, yang mengharamkan penjualan semua jenis telur penyu, maka pemajak-pemajak ini tidak boleh lagi nak jual telur penyu ini di pasaran terbuka, Jabatan Perikanan yang akan beli untuk tujuan penetasan dan beberapa pihak lain yang diberikan kebenaran bagi tahun
2022 ini, peruntukan untuk pembelian telur penyu dinaikkan daripada RM600,000.00 pada tahun 2021 kepada RM900,000.00 sebab kita memerlukan lebih bajet untuk beli telur.
Untuk makluman Dewan sahaja, pada tahun 2021 sebanyak 7378 sarang pendaratan penyu telah direkodkan. Maknanya tidak berkurangan. 7000 lebih dan jabatan telah berjaya mengeramkan sebanyak 582,000 telur penyu. Daripada 582,000 telur penyu yang dieramkan, sebanyak 432,000 lebih anak penyu yang menetas dan berjaya dilepaskan kembali ke laut. Kalau ikut kepada statistik umum, daripada 1000 ekor anak penyu yang dilepaskan untuk kembali ke laut, seekor akan kembali semula ke pantai di mana tempat ia menetas. Jadi kalau 432,000 yang dilepaskan kita mengharapkan paling kurang sekitar 432 ekor akan balik semula ke tempat dia menetas untuk mengundi. Terima kasih.
Dato’ Yang di-Pertua, sikit je.
Sila.
Okey. Bila bercakap pasal penyu ini, seingat saya yang sangat sinonim dengan Rantau Abang dulu adalah Penyu Belimbing dan difahamkan Penyu Belimbing lama dah tak mendarat di pantai Terengganu dan direkodkan yang lastnya mendarat di Terengganu adalah pada tahun 2017 dan saya difahamkan pihak Kerajaan Negeri ada ura-ura nak beli telur Penyu Belimbing daripada luar negara untuk dieramkan supaya banyak lagi Penyu Belimbing boleh ditetaskan di pantai Terengganu dan dapat banyakkan lagi Penyu Belimbing mendarat di Terengganu. Jadi apakah usaha itu berjaya dan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri nak beli telur Penyu Belimbing daripada luar negara dan wat mari ke Negeri Terengganu. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Dato’ Yang di-Pertua setakat ini kita tidak ada apa-apa perancangan untuk beli telur penyu daripada luar negara, ditetaskan di negeri kita sebab kalau kita tetaskan di negeri kita pun belum tentu penyu itu akan balik semula ke tempat kita. Yang kita pinda pada tahun lepas, Enakmen Pemuliharaan Penyu 1951 Pindaan 2021 itu diantaranya berkaitan dengan pendaratan Penyu Belimbing sebab Enakmen itu hanya menghalang penjualan telur Penyu Belimbing. Telur-telur penyu
spesis lain daripada belimbing tidak dihalang untuk dijual dan apabila direkodkan, kali terakhir Penyu Belimbing dikesan mendarat di pantai Terengganu adalah pada tahun 2017 bermakna Enakmen itu sudah tidak relevan lagi kerana kita mengharamkan penjualan apa sebenarnya sudah tidak wujud di Negeri Terengganu dan kita fokus kepada spesis-spesis lain diantaranya yang paling kerap mendarat di pantai Terengganu ialah spesis Penyu Agar. Terima kasih.
Terima kasih. Ada lagi tak?
Panjang dah ni. Kalau betul penting, sila.
Saya difahamkan pemajak telur penyu di Terengganu ini ada meminta Kerajaan Negeri mengkaji semula harga belian telur eksotik. Kalau kita tengok nilaian belian itu dengan harga RM1.50 sutir, kalau betul, apakah perancangan Kerajaan maknanya untuk menambahkan lagi belian itu daripada RM1.50 ke RM3.00 ke? Okey.
Sila.
Benar sebagaimana yang dinyatakan oleh Bukit Besi, memang anggaran awal kita tetapkan harga dalam RM1.50 untuk sebiji telur penyu, kemudian apabila kita buat Sesi Libat Urus bersama dengan pemajak-pemajak, majoriti tidak bersetuju sebab harga tu terlalu rendah dan saya telah arahkan Jabatan Perikanan untuk buat sekali lagi Sesi Libat Urus tengok harga yang lebih munasabah dalam masa yang sama kita juga perlu timbang dari segi beban kewangan Kerajaan sebab apabila telur penyu ini diharamkan penjualan di pasaran terbuka, beban itu dipikul sepenuhnya oleh Kerajaan untuk beli dan di samping beberapa pihak lain yang tak banyak sebenarnya mereka beli dan Sesi Libat Urus itu telah dibuat, saya belum mendapat maklumat terakhir tetapi dimaklumkan ada kenaikan dalam Libat Urus dan persetujuan bersama di antara para pemajak dan juga Jabatan Perikanan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat.
Sekarang saya jemput wakil Rantau Abang.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya nombor 1-
Apakah persediaan pihak MSNT untuk mendepani acara SUKMA September 2022 ini?
Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat sahabat saya daripada Rantau Abang yang telah bertanyakan tentang apakah persediaan pihak Majlis Sukan Negeri Terengganu untuk mendepani acara SUKMA pada September 2022 ini? Dato’ Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat sekalian, Majlis Sukan Negeri telah pun merangka pelbagai program di dalam menyediakan kontinjen negeri untuk mendepani cabaran SUKMA 2022-2020 yang dijadualkan pada 16-24 September 2022. Sekurang-kurangnya ada enam program yang telah pun dilakukan oleh Majlis Sukan Negeri Terengganu di dalam usaha untuk mendepani cabaran SUKMA yang akan datang.
Yang pertamanya ialah latihan awal. Untuk makluman, latihan atlet Terengganu telah pun dimulakan seawal 12 November 2020 iaitu lah tiga hari selepas pengumuman rasmi SUKMA 2020 dibatalkan. Bermula pada tarikh itu, latihan tidak pernah dihentikan walaupun dalam keadaan pandemik COVID-19 sehinggalah 26 Julai 2022. Kontinjen Terengganu telah menjalani latihan sehingga kini selama 662 hari. Yang keduanya, sasaran kerja. Setiap pasukan telah pun diletakkan sasaran kerja masing-masing untuk dicapai bagi membolehkan Kontinjen Terengganu muncul juara SUKMA 2022 sebagaimana tag line „2022 Victory Mission’. Yang ketiganya, latihan berfasa. Bagi mempersiapkan satu kontinjen yang mantap dan berdaya saing Majlis Sukan Negeri telah pun menyediakan pelan latihan secara berfasa mengikut jangka masa yang ditetapkan.
Yang keempatnya pemantauan. Pemantauan dan sokongan moral dari seluruh jentera semakin rancak digerakkan dan sekarang ini kita boleh melihat bapa-
bapa angkat Jabatan angkat di samping ketua kontinjen dan timbalan-timbalan kontinjen turun padang melawat sendiri pusat-pusat latihan yang sedang giat dilakukan oleh para atlet sekalian. Yang kelimanya peralatan sains sukan. Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Negeri juga telah membuat pelaburan yang agak besar di dalam pembelian peralatan sains sukan terkini di dalam mengukur dan meningkatkan prestasi serta kemampuan para atlet. Yang keenamnya pelantikan jurulatih ialah usaha untuk memantapkan kontinjen juga pelantikan jurulatih yang berpengalaman dan terbaik juga menjadi kunci utama di dalam mencapai kejayaan. Terima kasih.
Dato’ Yang di-Pertua, doh napok takdok orang nok tanya, saya tanya ah.
Sila, sila.
Boleh ehh
Sila, sila.
Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.
Kita hari akhir hari ini.
Saya ucap tahniah kepada Kerajaan Negeri yang dapat perancangan yang dibuat untuk menaikkan sukan di Negeri Terengganu dan cuma saya nak tahu Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, target Kerajaan Negeri untuk nak juara sukan SUKMA pada tahun ini alhamdulillah, cuma tadi dimaklumkan juga oleh Yang Berhormat EXCO Kerajaan Negeri bahawa kita ada elemen-elemen penyediaan sains sukan di Negeri Terengganu. Itu satu anjakan paradigma yang sepatutnya telah diadakan. Cuma saya nak tahu apakah elemen-elemen sains sukan yang dimaksudkan kepada atlet-atlet SUKMA Terengganu pada tahun ini. Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.
Terima kasih kepada sahabat saya daripada Telemong. Di antara
peralatan sains sukan yang telah pun dibeli oleh pihak Majlis Sukan Negeri di dalam orang kata mempersiapkan atlet-atlet Terengganu dengan persiapan yang rapi di antaranya adalah peralatan terkini seperti Wattbike, Contrast Bath dan lain-lain lagi dan ada juga beberapa peralatan yang telah pun kita bersetuju untuk membuat pembelian tetapi ada masalah-masalah yang tertentu yang menyebabkan tidak sampai lagi sehingga sekarang ini tetapi apa yang hendak saya nyatakan adalah komitmen yang bersungguh oleh pihak Kerajaan untuk membuat pelaburan bagi mempersiapkan atlet kita dengan persiapan yang begitu terbaik, insya-Allah.
Terima kasih Yang Berhormat.
Sekarang saya persilakan Wakil Jertih.
Saya ada soalan tambahan, beri peluang saya kan? Saya tekan tadi, tapi tak nampak.
Sila, sila.
Terima kasih.
Yang Berhormat, sabar sekejap.
Dato’ Yang di-Pertua, tahniah saya ucapkan kepada persiapan dan tag line „Victory Mission’ ni saya yakin bahawa tahun ini kita dapat menjuarai semula untuk kejohanan SUKMA ini dan sedikit maklumlah untuk saya mendapat sedikit sebab saya walaupun ada sahabat-sahabat saya kata hey orang tua pun tanya soalan orang muda jugok. Ini semangat sebenarnya, kita hendak beri keyakinan kepada ahli-ahli SUKMA kita dan juga bapa-bapa angkat dan juga jabatan angkat dan pegawai-pegawai supaya mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk kemenangan untuk tahun ini sebab sudah dua tahun kita tidak dapat menyertai dan akhirnya Alhamdulillah atas usaha maka tahun ini kita dapat teruskan. Jadi soalan tambahan saya yang pertama ialah adakah atlet-atlet yang membuat latihan dan menyertai apa-apa kejohanan di luar negara dan apakah pencapaiannya sehingga kini? Terima kasih.
Terima kasih saya ucapkan kepada sahabat saya Yang Berhormat Rantau Abang. Jadi inilah di antara orang kata bukti yang menunjukkan bahawa sukan ini adalah sukan untuk semua dan sokongan yang begitu padu daripada rakyat Terengganu meliputi semua lapisan masyarakat dan semua lapisan usia bukan sahaja budak-budak, orang muda tetapi juga mereka yang berusia ataupun yang berumur. Jadi, syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Yang Berhormat dan semua rakyat Terengganu yang cukup bersemangat dan memberikan keutamaan yang tinggi kepada sukan ini.
Untuk makluman Yang Berhormat Dato Yang di-Pertua dan semua Ahli-ahli Yang Berhormat memang salah satu di antara perkara yang boleh menguatkan lagi pencapaian para atlet kita adalah dengan adanya latihan dan juga penyertaan kejohanan-kejohanan sama ada di dalam dan juga di luar negara dan atlet-atlet SUKMA Terengganu juga tidak terlepas daripada perkara tersebut. Sebagai satu contoh yang pertamanya pasukan berbasikal negeri telah pun menghantar seramai 9 orang atlet ke Belgium selama sebulan bermula 13 April sehinggalah 13 Mei yang lalu bagi menjalani dan menyertai 20 kejohanan tempatan.
Yang keduanya attachment training Pasukan Sepak Takraw Terengganu bersama dengan Pasukan Sepak Takraw daripada Thailand bermula 20 Julai sehinggalah 18 Ogos. Yang ketiganya seramai 9 orang atlet Judo negeri telah pun menyertai kejohanan Asian Cadet & Junior Judo Championship 2022 di Indoor Stadium, Bangkok, Thailand pada 18 hingga 21 Julai yang lalu dan yang keempatnya latihan tindik, insya-Allah akan dijalankan di Surabaya, Indonesia bersama atlet Judo Kebangsaan Indonesia pada 16 hingga 30 Ogos yang akan datang. Selain daripada itu, 2 atlet Wushu daripada Medan, Indonesia juga dibawa berlatih di Majlis Sukan Negeri di tempat kita ini untuk bersama-sama berlatih dengan atlet Wushu Terengganu bermula pada 12 Mei hingga 5 Jun yang telah lalu dan yang keenamnya latihan tindik diteruskan dengan membawa 2 atlet daripada Acheh pada 7 hingga 21 Jun yang lalu. Mereka telah pun berjaya mencapai pelbagai kejayaan-kejayaan di dalam setiap kejohanan yang mereka sertai.
Terima kasih Yang Berhormat.
Sekarang saya persilakan Wakil Jertih.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya soalan yang kedua-
Berapakah jumlah kewangan yang telah digunakan untuk Tabung Darul Iman bagi tahun 2020, 2021 dan jangkaan untuk tahun 2022?
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, dan seluruh Ahli-ahli Yang Berhormat, terima kasih kepada sahabat saya daripada Jertih yang menanyakan soalan berapakah jumlah kewangan yang telah digunakan untuk Tabung Darul Iman bagi tahun 2020, 2021 dan jangkaan tahun 2022. Bagi jumlah kewangan yang telah digunakan bagi tahun 2020 adalah sebanyak RM6,897,275.67 yang melibatkan 8,214 orang. Tahun 2021 perbelanjaan melibatkan RM5,771,239.43 melibatkan seramai 7,243 orang dan bagi tahun 2022 sehingga Jun ini perbelanjaan yang sudah dibelanjakan sebanyak RM1,675,016.54 dan melibatkan 1,421 orang. Terima kasih.
Terima kasih kepada Wakil Cukai bagi pihak Kerajaan. Cuma melihat daripada angka tadi kita tengok jumlah bajet yang digunakan oleh Kerajaan agak menurun dan sebelum itu saya terima kasihlah kepada Kerajaan kerana masih meneruskan kewujudan Tabung Darul Iman ini kerana dia banyak memberi manfaat. Bukan sahaja kepada pesakit kronik tetapi juga mereka yang menerima musibah, termasuk banjir, termasuk kebakaran, termasuk, kan? Okey dan juga peralatan perubatan. Susu, susu pun harga RM79 se tin dah lening. Lampin pakai buang dan banyak dan lain-lain lagilah, termasuk apa nama ini, gigitan binatang liar. Tapi saya tengok masa zaman kita dulu, RM5 juta itu tidak cukup Dato’ Yang di-Pertua. Okey, kita tengok bajet tahun lepas, saya rasa bangga kerana daripada tabung telah kita naikkan kepada Yayasan Darul Iman.
Saya jangkakan bajet bertambah tetapi hari ini, kita lihat tahun 2020, RM6.8 juta, 2021 RM5.7 juta dan tahun ini sehingga bulan enam baru RM1 juta lebih.
Soalan Yang Berhormat, soalan.
Okey, soalan nya. Adakah program ini diteruskan, tetapi ada syarat-syarat tambahan yang boleh menyukarkan untuk mereka menerima bantuan-bantuan daripada tabung. Okey dan saya jangkakan, ini kalau ikut di akar umbilah, banyak rungutan kerana proses lambat, apa nama ini, tahun dulu dapat, loning hidup lagi, tahun ini tak dapat dan sebagainya.
Sila soalannya Yang Berhormat.
Jadi saya, semalam ada dibangkitkan oleh Wakil Kijal. Wakil Kijal dalam bajet tambahan semalam ada dibangkitkan bahawa dalam lampiran..
Yang Berhormat, kita tumpu soalan asal Yang Berhormat. Biar dulu lah
Ini berkait dengan soalan ini.
Saya nak persilakan Yang Berhormat EXCO untuk menjawab soalan asal. Soal berkait dengan yang dijangka bertambah tapi macam tak bertambah. Saya nak dengar jawapan itu dulu.
Okey. Okey.
Sila.Sila.
Soalan tambahan saya, boleh ke tidak, dalam muka surat empat, yang dibangkitkan oleh YB Kijal yang dicadangkan untuk bajet tambahan RM5.5 juta
tapi yang disyorkan RM8 juta. Yang lebih tu, masuk dalam tabung ataupun Yayasan Darul Iman.
Tak apa, tak apa Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih kepada Jertih. Banyak soalan itu. Yang pertamanya setakat ini, Tabung Darul Iman masih lagi berusaha untuk mendaftarkan sebagai Yayasan Tabung Darul Iman. Belum dapat kelulusan lagi dan saya harap dalam masa 3-4 bulan ini kita akan dapat dan sekiranya kalau jadi Yayasan, saya rasa banyaklah kita dapat kumpulkan duit dan duit pun dapat keluar dengan cepat dan mungkin ada lebih ramai lagi orang-orang akan memberi derma. Yang keduanya, kenapa lambat. Kerana lambat ialah Kerajaan Negeri telah menukarkan Sistem Kewangan Negeri ini (I-SPEKS) ataupun Sistem Akruan Kerajaan Negeri menyebabkan semua pembayaran pada tahun ini, dia berlaku lambat. Bukan sahaja kepada tabung, bahkan kepada semua akaun-akaun lain dan saya harap, selepas sistem dah stabil ini, saya harap pembayaran ini akan berlaku dengan lebih cepat lagi.
Soalan yang tanya sakning tadi tu, hak itu kita akan tengoklah. Jika sekiranya ada tambahan lain, insya-Allah kita akan masukkan dalam duit tabung dan soalan kata bakpe sikit sangat belanja sampai bulan enam. Saya rasa masih banyak lagi kelulusan yang telah kita lulus. Tetapi menunggu duit keluar daripada kewangan negeri untuk kita buat pembayaran. Baru ini kita dah bayar dah. Cuma satu lagi saranan saya, kalau susah, kalau susah nak dapat, pasal apa tak boleh nak dapat, telefon terus saya. Biar saya tanya, biar saya berurusan dengan tabung. Kenapa orang ini tidak diluluskan dan dia sakok dekat mana. Kerana pada saya, saya sangat-sangat telus dengan tabung. Saya tidak mengira warna kulit, apatah lagi ideologi politik, saya tidak kira. Saya harap semua yang berkelayakan, yang cukup syarat, yang mesti ditanggung oleh Kerajaan, Kerajaan kena beri kebajikan kepada mereka. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat.
Sekarang saya menjemput Wakil Pengkalan Berangan.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan nombor satu-
Apakah langkah jangka pendek dan jangka panjang yang diambil oleh Kerajaan bagi mengatasi masalah bekalan air terawatt bagi Daerah Marang?
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan. Terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Berangan yang bertanya, ingin tahu yang berkaitan dengan permasalahan bekalan air bersih di Daerah Marang dan perancangan kerajaan dari segi jangka pendek dan juga jangka panjang. Untuk makluman kita bersama, kita tahu bahawa bekalan air bersih di Daerah Marang ini agak kritikal dan kerajaan telah mengambil beberapa langkah.
Antara langkah jangka pendek ialah menyediakan tangki-tangki statik di kawasan-kawasan tertentu yang menghadapi masalah air. Keduanya, pihak SATU juga mengubah suai sistem bekalan air atau pun kita panggil catuanlah di waktu malam di kawasan-kawasan tertentu supaya expect keesokan harinya, penduduk dapat menggunakan air dengan baiknya dan ketiga nya, baru-baru ini Kerajaan melalui pihak SATU telah memasang satu loji air yang kecillah, yang mini di Kampung Kubu dekat dengan Alur Wan Syed untuk mengatasi masalah air di sekitarnya dan itu sebanyak 3 MLD dan seterusnya, baru-baru ini pun Kerajaan melalui SATU telah membina ataupun menyiapkan paip daripada Wakaf Tapai ke Kampung Bukit Parit dan paip ini telah siap dibina sepenuhnya dan untuk jangka masa yang panjang, pihak Kerajaan sekarang ini sedang membina satu laluan ataupun paip daripada Loji Rawatan Air Kepong Dua terus sampailah ke tangki MIEL Marang. Ini dalam proses pembinaan telah dilancarkan kira-kira dua bulan yang lepas. Begitu juga, paip air daripada Tangki MIEL ke Tangki Golang di Daerah Marang dalam pembinaan. Yang keduanya, pihak Kerajaan juga membina satu tangki air di Kepong kita panggil Loji Kepong Satu. Tangki baru ini berkapasiti 1 juta gelen untuk kemudahan
pengguna di kawasan Serada dan sekitarnya, yang selama ini penduduk di situ mengharapkan bekalan air melalui paip dan juga paip dari Kepong ke tangki Belat di Marang. Jadi dengan adanya tangki yang baru ini dia direct sahaja untuk penduduk di kawasan Serada dan persekitaran. Dan ketiganya Kerajaan juga bercadanglah masih dalam kajian awal untuk membina loji baru untuk Daerah Marang. Terima kasih.
Terima kasih di atas penjelasan dan saya mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih juga kepada pihak Kerajaan dan pihak SATU di atas usaha-usaha jangka pendek untuk menyelesaikan masalah air di Daerah Marang. Antaranya ialah menggantikan paip AC 8 inci di Wakaf Tapai ke Bukit Parit dan juga cadangan untuk membina perpaipan 900 mm daripada Loji Air Kepong II ke Tangki MIEL dan juga Tangki Gondang, insya-Allah dapat menyelesaikan.
Jadi soalan saya kalau tanya adakah ini maknanya memang Kerajaan akan jawab yalah tapi, saya nak tanya bila kalau boleh jawapan yang butir sikit ialah bila mana dinaikkan ataupun disalurkan air daripada Loji Rawatan Air Kepong ke dua tangki yang yang Tangki MIEL ini membekalkan air ke Marang dan juga kawasan-kawasan sekitar Seberang Marang sehingga ke Pasir Putih. Isunya ialah paip di sekitar jambatan bermula daripada Jambatan Marang sehinga ke Jambatan Gong Balai masih lagi paip AC 8 inci paip lama yang isunya kita bimbang berlaku sebagaimana berlaku di peringkat Wakaf Tapai ke Bukit Parit apabila ditingkatkan tekanan air, paip-paip air ini akan pecah jadi saya nak tanya pihak kerajaan untuk bila kerajaan bercadang untuk menggantikan paip AC 8 inci di DUN Rhu Rendang dan DUN Pengkalan Berangan khususnya daripada Jambatan Marang ke Jambatan Pasir Putih. Sekian
Terima kasih, kita memanglah secara umumnya keseluruhan di Negeri Terengganu kita ini masih banyak paip-paip AC ataupun asbestos cement yang mudah mereput apabila expired. Khususnya di Daerah Marang ini pun begitu juga banyak lagi paip-paip kita dan kalau kita tengok pukul rata secara keseluruhannya kita perlu ratusan juta untuk menggantikan paip-paip tersebut.
Berkaitan dengan daripada Jambatan Marang ke Gong Balai ini masih lagi menggunakan paip AC 8 inci dan ada rancangan hendak ditukar kepada paip 12 inci multilayer yang lebih tahan. Kita tahu bahawa jajaran tersebut dalam FT3 sejarak dalam 20 kilometer, jadi kalau keadaan sekarang paip 12 inci ni lebih kurang sejuta satu kilometer. Jadi kita perlu dalam RM20 juta lebih untuk menggantikan paip dan khususnya daripada Jambatan Marang ke Gong Balai dan pihak SATU ini dia menyediakan ataupun ada data-data berkaitan dengan paip pecah. So, yang ini pun perlu dilihat yang manakah paip yang terlampau kerap pecah kawasan mana dan keduanya Pihak SATU juga ada membuat forecast unjuran pada tahun sekian-sekian berapa keperluan air di tempat-tempat tertentu. Jadi yang bergantungnya, bergantung kepada kos dan juga kewangan yang sedia ada. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat saya jemput…
Dato’ Yang di-Pertua, masalah air saya nak mintak saya se…
Soalan asalnya ialah kepada kawasan Marang, Yang Berhormat nak tanya Marang, Marang. Tak, tak soalan asalnya Marang…
Saya nak tanya Pulau Redang…
Tidak boleh sebab kita nak kena raikan orang kita ramai lagi nak tanya ni. Kita hari yang akhir doh ni Yang Berhormat…
Betul doh hari akhir…
Takpe…
Inilah peluangnya…
Betul, sekarang ini dari segi soalan kita rujuk…
Saya faham…
Kalau setakat Yang berhormat nak tanya soalan asal di Marang okey, tapi kalau melibatkan kawasan lain dia dah menjadi soalan lain dah…
Main gitu pulok
Okey saya jemput wakil, sekarang ini saya jemput Yang Berhormat sekarang ini. Soalan daripada Yang Berhormat sendiri, sila. Soalan barulah, sila…
Terima kasih…
Ke tak mboh doh?
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya soalan nombor satu.
Saya mendapat maklum bahawa Kerajaan Negeri Terengganu melalui Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) mengorak Langkah membuka peluang kepada anak-anak Negeri Terengganu lepasan SPM dan STPM yang berminat menyambung pengajian ke Algeria. Unversiti yang menjadi pilihan adalah Universiti Amer Abdul Qader di Constantine dan Universiti Algiers dalam pengkhususan Pengajian Islam. Justeru itu, saya ingin tahu perkembangan lanjut mengenai program ini?
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat soalan Batu Rakit ingin mendapat penjelasan perkembangan lanjut mengenai Kerajaan Negeri melalui JPINT yang mengorak langkah membuka peluang kepada anak-anak Negeri Terengganu lepasan SPM dan juga STPM yang berminat menyambung pengajian ke Algeria. Universiti yang menjadi pilihan adalah Universiti Amer Abdul Qader di Constantine dan juga Universiti Algiers dalam pengkhususan pengajian Islam.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, sebagaimana kita sedia maklum apabila berlaku krisis politik di Timur Tengah banyak negara-negara yang menjadi pusat pengajian kepada pelajar-pelajar kita seperti di Yaman, Syria, Libya dan sebagainya ditutup dan pelajar-pelajar kita semakin hari semakin ramai yang mempunyai kelulusan cemerlang dalam pendidikan peringkat SPM, STAM dan sebagainya yang mereka ini berhasrat untuk menyambung pengajian ke negara khususnya yang menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pengantar dan yang sedia ada adalah di Mesir, di Jordan mahupun di Maghribi dan sedia maklum di Maghribi sendiri ada kuota dia. Hanya 15 orang sahaja untuk seluruh negara setiap tahun. Jadi kita cuba meneroka ruang-ruang baharu dan alhamdulillah hasil kunjungan hormat kita ke Duta Algeria di Malaysia beberapa kali dan hubungan kita dengan Kementerian Pengajian Tinggi Algeria lalu pihak Kerajaan Algeria telah menawarkan lima tempat untuk pelajar Terengganu bagi mengikuti pengajian Islam di Universiti Constantine, Universiti Amer Abdul Qader dan hasil lawatan kita dan kunjung hormat kita ke Kementerian Pendidikan, Pengajian Tinggi Algeria, pihak Kementerian Pengajian Tinggi Algeria telah menambah lima lagi tempat kepada pelajar Terengganu. Jadi sekarang ini insya-Allah pelajar-pelajar kita mendapat tempat sepuluh, lima di Constantine dan juga lima di pusat atau ibu negeri dia di Algiers. Terima kasih.
Terima kasih atas penjelasan itu. Soalan tambahan saya adakah kursus dari universiti berkenaan mendapat pengiktirafan dari JPA? Terima kasih.
Yang berhormat Dato’ Yang di-Pertua, semua kursus-kursus tersebut merupakan di
bawah Kementerian Pengajian Tinggi Algeria. Tidak ada universiti swasta di Algeria ini semua merupakan milik kerajaan dan mendapat pengiktirafan Kerajaan. Jadi kita telah membuat hubungan dengan pihak KPT kita dan ada dua kaedah dalam pengiktirafan MQA sama ada pelajar yang telah selesai mendapat pengajian di mana-mana universiti, dia mohon untuk mendapat pengiktirafan dan juga daripada penaja, kerana yang menjadi penaja kepada pelajar-pelajar Yayasan Terengganu dan Yayasan Terengganu telah membuat perhubungan dalam proses pengiktirafan MQA dan untuk makluman semua pengajian pendidikan kepada sepuluh pelajar ini dan juga pelajar-pelajar akan datang adalah percuma yang ditanggung oleh pihak Kerajaan Algeria, terima kasih.
Tak dok doh?
Maksudnya telah dapat atau pun sedang mohon?
Sekarang ini pelajar kita baru sedang proses untuk kemasukan bulan September ini. Jadi untuk proses pengiktirafan itu kita serentak dia buat serentak dan mendapat nasihat daripada Kementerian Pengajian Tinggi kita sendiri. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat sekarang saya jemput Wakil Bandar.
Yang berhormat Dato’ yang di-Pertua soalan saya mewakili Bandar soalan nombor satu-
Melihat kepada banyak kesan-kesan sejarah yang berkait dengan perkembangan Islam di Terenggganu, apakah pihak Kerajaan mempunyai perancangan untuk mempromosikan pelancongan ke destinasi bersejarah ini?
Yang berhormat Dato’ yang di-Pertua soalannya berbunyi melihat kepada banyak kesan-kesan sejarah yang berkait dengan perkembangan Islam di
Terengganu, apakah pihak Kerajaan mempunyai perancangan untuk mempromosi pelancongan ke destinasi bersejarah ini? Kerajaan Negeri dengan kerjasama Lembaga Muzium Negeri Terengganu dan TSIS dalam proses dan kajian bagi mewujudkan Ulama’ Trail dengan mengenal pasti laluan dan kesan-kesan sejarah yang membawa kepada perkembangan Islam di Negeri Terengganu dan juga Kerajaan Negeri membentuk Manuskrip Ulama’ Trail secara digital ini dalam proses kita akan buat perkara ini, secara digital manuskrip Ulama’ Terengganu dan menarik pelbagai golongan untuk lebih mengenali dan menghargai peranan ulama’ di negeri ini. Di antara objektif pendigitalan Manuskrip Ulama’ Terengganu menjadikan Negeri Terengganu sebagai sumber rujukan digital berkaitan ulama’ dan manuskrip, memelihara manuskrip-manuskrip lama yang ada di Terengganu, membina manuskrip berasaskan digital, aplikasi ini akan dibangunkan melalui penerapan elemen multimedia untuk menyampaikan informasi dalam dunia maya. Setakat masa ini, proses awalan program ini insya-Allah kita akan mulakan dengan menjejaki maklumat berkenaan Tok Ku Pulau Manis untuk divisualisasikan dalam bentuk digital. Sekian.
Apakah ada perancangan daripada pihak Kerajaan untuk menaikkan imej tokoh-tokoh sejarah kita seperti Abdul Rahman Limbong contohnya, sebab kalau kita tengok kepada silibus dahulu Abdul Rahman Limbong ini dianggap sebagai pemberontak, jadi adakah ada usaha daripada pihak Kerajaan untuk dalam bentuk contoh filem Mat Kilau ataupun apa-apa diskusi untuk menaikkan imej tokoh-tokoh sejarah kita supaya generasi muda celik sejarah yang betul, terima kasih.
Dato’ Yang di-Pertua sebagaimana yang saya maklumkan tadi, Ulama’ Trail adalah macam mana kita nak membawa pelancong-pelancong untuk melihat kesan-kesan sejarah yang lampau khususnya ulama’-ulama’ yang sememangnya ramai dan terkenal di zaman dahulu, umpamanya kita akan pergi ke Makam Tok Pelam, Makam Tok Ku Paloh, Tok Ku Pulau Manis, Masjid Hiliran, Kota Duyung, Makam Tok Gajah yang ada di Hulu Terengganu sendiri dan juga memorial Batu Bersurat yang sangat penting bagi Negeri Terengganu dan insya-Allah perkara yang diajukan tadi kita akan usahakan kerana untuk menerbitkan satu-satu filem sejarah memerlukan belanja yang besar jadi perkara ini, kita boleh panjangkan nanti, insya-Allah dan sebenarnya sudah ada produser-produser
yang bertemu dengan kita untuk membuat filem sebenarnya, tetapi memandangkan kos yang besar sehingga hari ini masih belum dapat dilaksanakan lagi, dan kita memang terkenal dengan Haji Abdul Rahman Limbong juga sebagai salah seorang ulama’ yang sememangnya kalau dilihat dari satu-satu segi beliau sebagai penderhaka sebenarnya beliau adalah pejuang untuk mempertahankan masyarakat, mempertahankan dalam sistem pencukaian dan seumpamanya pada masa itu dan sebagai satu lambang kebangkitan ulama’ pada masa itu, insya-Allah sebenarnya ramai lagi ulama’-ulama’ yang akan kita ketengahkan dan pihak khususnya Pelancongan Negeri akan memulakan Ulama’ Trail kita insya-Allah dan untuk memberikan kesedaran kepada rakyat sama ada Rakyat Negeri Terengganu dan juga pelancong bahawa kita mempunyai sejarah khususnya ulama’ dan juga pejuang-pejuang yang hebat pada masa dahulu. Sekian,
Terima kasih, sila.
Dato’ Yang di-Pertua, saya nak mengemukakan apa ini pertanyaanlah kepada EXCO sebab sebelum ini kerajaan, sebelum Kerajaan Negeri ada bercadang untuk melaksanakan Program Menyusur Sungai Jejak Ulama’ berasaskan Ulama’ Trail iaitu asasnya daripada Masjid Putih, Istana Maziah membawa kepada Makam Tok Ku Paloh, Makam Tok Ku Pulau Manis dan juga ke Duyong untuk melihat dari segi sejarah Syeikh Duyong Kecil, dan pergi kepada Seberang Takir, kerana itu kerajaan yang terdahulu kita bina Masjid Seberang Takir ini asasnya untuk buat Ulama’ Trail berasas apa yang saya sebut tadilah, jadi ada atau tidak cadangan Kerajaan Negeri untuk meneruskan cadangan ini atau merealisasikan cadangan ini supaya akhirnya kita akan dapat melaksanakan sepertimana perancangan yang disebut oleh Yang Berhormat EXCO tadi, terima kasih Dato Yang di-Pertua.
Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih kepada Seberang Takir, tadi saya telah sebut bahawa kita
akan mengadakan Ulama’ Trail dan kita akan buat kajian, dengan kerjasama pihak muzium dan juga TSIS bukan sahaja di sekitar Kuala Terengganu, tetapi umpamanya di Hulu Terengganu sebenarnya sebagai asas kepada ibu negeri pertama perkembangan dari segi ketamadunan kitalah, maksudnya ibu negeri yang pertama di sana dan di sana juga sebenarnya di sebelah hulu, Mat Kilau sendiri sampai ke Bukit Besi dan ada trail dia, dan insya-Allah kita akan membangunkan saya telah berjumpa dengan rakan-rakan daripada Pahang untuk berbincang untuk mengadakan trail Mat Kilau dan lain-lain lagilah, insya-Allah kita akan kembangkan.
Dato’ Yang di-Pertua, saya rasa, baik kita boleh laksanakan benda dah ada dah, saya takut kajian demi kajian dibuat, bertahun makan masa, akhirnya benda itu tidak menjadi. Dengan adanya fasiliti dan kemudahan dengan adanya Drawbridge, dengan adanya bot untuk menyusur sungai jadi apa salahnya kalau kita buat dulu benda yang kecil dahulu, jadi dengan apa ini dengan Makam Tok Ku Paloh, Makam Tok Ku Pulau Manis dan akhirnya nanti akan memperkasakan tentang Pasar Payang kita. Aspek ini adalah aspek pelancongan yang saya nampak dia punya sekitar itu adalah sekitar yang amat baik sekali lah untuk kita melaksanakan program Jejak Ulama ini, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Okey, saya respon sedikit Yang Berhormat, Dato’ Yang di-Pertua, sebenarnya kita bukan sekadar kajian kita telah melaksanakan misalnya Tok Ku Pulau Manis, kita telah menubuhkan Pusat Pelancongan di Pengkalan Warisan istilah orang Terengganu Kalang Warisan bila dia orang sampai sana dan ramai sebenarnya pergi ke Kubur Tok Ku Pulau Manis yang telah diindahkan sekarang ini, jadi itu sebagai contoh dan insya-Allah akan menyusul yang lainlah. Sebenarnya sekarang ini pun sudah ada pihak-pihak yang berkenaan pelancong, mereka telah melawat sama ada makam-makam, Masjid Tok Ku Paloh, Pulau Duyong sebenarnya sudah ada pelancong-pelancong sudah pergi ke tempat tersebut. Cuma apa yang kita buat misalnya manuskrip Ulama’ Trail di Tok Ku Pulau Manis kita akan buat secara digital maksudnya kita menambahbaikan lagi dan juga termasuk tempat-tempat yang lain bukan sahaja kita buat kajian tetapi perkara ini sudah mendapat sambutan di pihak pelancong, sekian.
Terima kasih Yang Berhormat, sebelum saya jemput Wakil Langkap saya ingin menyampaikan salam, daripada tiga orang Ahli Berhormat yang tidak dapat hadir dalam persidangan kerana berada di Tanah Suci mengerjakan haji iaitu daripada ADUN Bandar, ADUN Kemasik dan juga EXCO, ADUN Bukit Payung sekarang saya persilakan ADUN Langkap untuk kemukakan soalan.
Yang Berhormat Dato Yang di-Pertua, soalan saya nombor dua-
Berapakah jumlah pekerjaan di dalam Negeri Terengganu yang telah Kerajaan sediakan kepada rakyat Negeri Terengganu sehingga kini?
Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ daripada Langkap bertanya berkenaan dengan berapakah jumlah pekerjaan di dalam Negeri Terengganu, yang telah Kerajaan sediakan kepada rakyat Terengganu sehingga kini.
Dato’ Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri telah berjaya menempatkan pekerjaan di dalam kepada rakyat Negeri Terengganu daripada tahun 2018 sehingga Mei 2022. Perinciannya adalah seperti berikut:
TAHUN PENEMPATAN 2018 1,281 2019 1,603 2020 2,905 2021 8,551
2022 (hingga Mei) 971 JUMLAH 15,311
Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, apakah sektor utama yang membuka peluang pekerjaan kepada penduduk ataupun rakyat Negeri Terengganu buat masa kini?
Terima kasih kepada Dato’ DUN Langkap. Sektor yang menjadi tumpuan sekarang ini dan juga banyak sektor-sektor yang menawarkan perkhidmatan kekosongan pekerjaan adalah dalam sektor pembuatan dan juga F&B. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya jemput Wakil Air Putih.
Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya No. 1 –
Fokus utama Kerajaan dalam pembangunan pertanian memandangkan dasar di peringkat Persekutuan untuk mengembalikan negara kita sebagai negara pertanian?
Dato’ Yang di-Pertua, soalan yang berkaitan dengan agenda “Food Security” Negeri ini disentuh juga oleh Seberang Takir, Jertih, Pengkalan Berangan, Bandar di samping Air Putih. Jadi saya rangkum secara umum kesemua soalan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.
Dato’ Yang di-Pertua, ketika ketiadaan makanan, mereka yang mempunyai makanan ialah orang kaya dan bukannya orang yang mempunyai emas ataupun perak. Mengembalikan hala tuju Negeri dan Negara ke arah pertanian bukanlah
suatu langkah ke belakang, tetapi ia adalah satu langkah yang sangat tepat. Sebelum ini kita terlalu ambitious untuk menjadi sebuah negara industri. Akhirnya kita sedar bahawa kita tak makan besi dan kita tak makan skru, yang kita makan ialah makanan. Adalah suatu kesilapan besar andai negara kita nak bergantung kepada sumber makanan yang diimport untuk nak menyuap mulut rakyat kita. Belum terlalu terlambat sebenarnya untuk diperbetulkan halatuju negara ke landasan yang betul. Better late than never, dengan izin.
Dato’ Yang di-Pertua, sebelum daripada krisis makanan dunia timbul, ekoran daripada pandemik COVID-19 dan peperangan Ukraine, Kerajaan Negeri telah melangkah ke hadapan, menyusun dan melaksanakan “Pelan Strategik Pertanian Terengganu 2019-2023” dengan suatu objektif besar untuk menjadikan Negeri Terengganu sebagai sebuah negeri pengeluar makanan. Kiranya kita telah bersedia dengan payung sebelum daripada hujan turun. Kerajaan Persekutuan melancarkan “Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021-2025”. Dua tahun sebelum daripada itu, Kerajaan Negeri telah melancarkan “Pelan Strategik Pertanian Terengganu 2019-2023”. Daripada tujuh inisiatif-inisiatif utama yang dicadangkan oleh Kerajaan Persekutuan supaya dilaksanakan oleh Kerajaan-kerajaan Negeri bagi memperkasakan sekuriti makanan negara, Terengganu sebenarnya telah terlebih dahulu melaksanakan lebih 80% daripadanya. Kita tak kata Kerajaan Pusat tiru Terengganu, tetapi itulah faktanya. Di antaranya berkaitan dengan penubuhan Jawatankuasa Sekuriti Makanan, Pewartaan Tanah Kerajaan di bawah Seksyen 62 KTN sebagai tanah yang digunakan untuk tujuan pertanian, pengekalan pengezonan kawasan padi, memajukan taman kekal pengeluaran makanan, pewartaan ZIA (Zone Industry Aquaculture) dan juga pembangunan tanah terbiar. Inilah fokus-fokus yang dicadangkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri yang semuanya sebenarnya telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Terengganu. Sebagai vehicle untuk pelaksanaan Pelan Strategik Pertanian Terengganu, Kerajaan Negeri menubuhkan Jawatankuasa Jaminan Bekalan Makanan Negeri Terengganu yang dianggotai oleh Kerajaan Negeri, Jabatan-jabatan di bawah MAFI Negeri Terengganu dan juga GLC Negeri di antaranya TADC, TDM dan Ladang Rakyat Terengganu. TDM dan Ladang Rakyat yang sebelum ini menjadikan sektor perladangan sawit sebagai core business, sekarang turut sama berganding bahu menceburi sektor penternakan lembu, penternakan ayam, penanaman kelapa, nenas, cili dan juga penghasilan baja kompos.
Dato’ Yang di-Pertua, di bawah Pelan Strategik Pertanian Terengganu juga kita gerakkan program bersaiz mega yang dinamakan Program Gedung Pengeluaran Makanan Terengganu yang diwujudkan bertanggungjawab untuk melaksanakan 18 projek pertanian, penternakan dan juga perikanan bernilai lebih daripada RM716 juta dengan lima strategi utama.
Yang pertama kita nak bangunkan tanah terbiar. Yang kedua kita nak bangunkan Tanah Rezab Seksyen 62 yang diwartakan bagi tujuan pertanian. Yang ketiga untuk menaik taraf infrastruktur pertanian. Yang keempat bagi mengendalikan program-program latihan dan kemahiran dan akhirnya kita nak menjalinkan hubungan strategik bersama dengan agensi pemborong dan pemasaran.
Isu tanah terbiar ini di antara halangan utama yang merencatkan usaha penghasilan makanan negeri kita tangani dengan penubuhan Jawatankuasa Task Force Pembangunan Tanah Terbiar. Setelah semua database kita kemaskini, faktor dan isu-isu mengapa tanah tersebut terbiar kita telah kenalpasti, business plan kita telah rancang dengan baik dan akhirnya kita mulakan pilot project pembangunan tanah terbiar di RTB Pengkalan Aman di Permaisuri dan juga RTB Kampung Rahmat di Langkap dengan tanaman Musang King dan juga Mempelam Harum Manis. Ringkasnya, agenda food security Negeri Terengganu kita bukan hanya fokus kepada satu angle sahaja tetapi kita mengambil kira semua rantaian nilai yang berkaitan dalam menghasilkan food security Negeri. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Dato’ Yang di-Pertua, soalan tambahan saya, mohon Yang Berhormat dapat nyatakan secara ringkas indikator keberhasilan dari pelaksanaan program-program yang dinyatakan tersebut tadi. Terima kasih.
Dato’ Yang di-Pertua, secara ringkasnya yang pertama tentu sekali fokus kita kepada sektor makanan ruji, padi beras negeri dan negara. Pelbagai program telah kita buat untuk nak meningkatkan kadar SSL penghasilan beras negara dengan penyelenggaraan sistem pengairan dan saliran, mempertingkatkan kesuburan tanah, pelbagai infrastruktur kita selenggara walaupun dengan bajet yang agak terhad, dan alhamdulillah hasilnya telah dibuktikan melalui data. Saya bentangkan kepada Dewan dari segi penghasilan padi beras untuk Negeri
Terengganu, self-sufficient level (kadar cukup untuk sara diri) tahun 2018, kita berada pada paras 43%. 2019, alhamdulillah naik kepada 48%. 2020, naik sikit lagi kepada 53% dan tahun lepas sempena dengan Tahun Pertanian Terengganu, kita berjaya naikkan kepada 55.6%. Sikit untuk nak mencapai target yang kita sasarkan sebanyak 56%.
Pendaratan ikan marin yang menerima impak langsung daripada program tukun dan unjang, daripada tahun 2018 sehingga tahun 2021 kita telah labuhkan sebanyak 122 unit tukun tiruan di 10 lokasi. Tukun tiruan dalam bentuk tukun konkrit yang berat setiap unitnya mencecah kira-kira 17 tan, dan kita gunakan konkrit gred 35, gred yang sama dengan gred konkrit untuk buat retok sebab kita mengharapkan tukun ini mampu bertahan di dasar laut dalam tempoh sekitar 50 tahun. Dari segi pendaratan ikan, saya buat bandingan di antara tahun 2021 dengan tahun 2022 data daripada bulan Januari hingga bulan April sahaja. Pendaratan untuk tahun 2021, 8,156.29 metrik tan berbanding dengan 9,815.92 metrik tan bagi 4 bulan pertama bagi tahun 2022 dengan peningkatan sekitar 20%. Kalau kita perhati, bagaimana bot nelayan yang balik kalang dalam keadaan nyemban luan, makna hok depan dia tumuh lah depan kerana beratnya ikan hasil daripada tangkapan. Kita sebagai hamba hanya mampu berusaha, Allah sebagai Tuhan yang Maha Pemberi Rezeki.
Dari segi ternakan lembu pedaging, pada tahun 2020, seramai 85,437 ekor yang didaftarkan di Negeri Terengganu berbanding dengan 79,167 ekor untuk tahun 2019. Aset SL ayam kita berada pada paras 64% dan aset SL untuk kelapa nyior kita juga berada pada paras 64%. Inilah sedikit daripada indikator pencapaian daripada yang kita usahakan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat.
Sekarang saya jemput Wakil Kuala Besut.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya nombor satu-
Apakah perancangan untuk membaiki hakisan pantai di Kampung Pachakan dan Kampung Teluk Bayu, Kuala Besut?
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan, terima kasih Yang Berhormat Kuala Besut. Kuala Besut tanya, Kuala Berang jawab cuma Kuala Besut ada pantai, Kuala Berang tiada pantai. Maka soalan hari ini berkaitan dengan pantai. Kita tahu Kampung Pachakan dan juga Teluk Bayu ini, kalau kita tengok google lebih kurang 2 kilometer di utara Kuala Sungai Besut. Jadi, kita tahu juga bahawa di Muara Sungai Besut ini ada satu projek di bawah JPS Federal dipanggil Projek Pemulihan Kuala Besut dan Muara Sungai Besut. Kos dia dalam RM225 juta telah dimulakan kerja-kerja pada tahun 2016 tetapi projek ini telah ditamatkan kerana ada beberapa permasalahan dan kita jangka akan dilaksanakan semula pada tahun hadapan. Kita tahu bahawa projek tersebut apabila dimulakan, dia buat memasang batu-batu dan sebagainya bermula pada tahun 2017, 2018 dan kerja-kerja tersebut tergendala yang menyebabkan hakisan yang teruk akhir-akhir ini. Tahun 2019, tahun 2020 dan 2021 kita lihat bahawa sehingga ke jalan-jalan pun terkena, terlibat di dalam hakisan. Jadi kita tahu bahawa projek ini antaranya ialah skop dia iaitu membuat Beach Nourishment sehingga dua kilometer ke utara daripada projek tersebut dan ini sudah tentu termasuklah kawasan Yang Berhormat tadi iaitu di kawasan Kampung Pachakan dan juga Teluk Bay, jadi insya-Allah apabila projek ini siap Yang Berhormat Kuala Besut saya ingat tidak ada lagi masalah berkaitan dengan hakisan, insya-Allah.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Exco di atas penjelasan sakning itu. Yang disebut oleh pihak Kerajaan tadi bahawa Beach Nourishment itu akan dibuat kerana ia merupakan komponen dalam projek tersebut cuma kita semua sedia maklum dalam perancangan dan juga pelaksanaan di peringkat Kerajaan ataupun di peringkat jabatan kita ada jangka panjang, jangka sederhana dan juga jangka pendek ataupun serta merta dan di kawasan hakisan yang berlaku yang seperti saya nyatakan dalam soalan ini merupakan kira-kira dalam hampir 600 meter sahaja, bermula daripada sempadan negeri sampai ke Kampung Teluk Bayu termasuklah Kampung Pachakan dan dalam kawasan rezab pantai itu dia ada jalan yang mana merupakan jalan penghubung dan juga jalan pintu masuk penduduk-penduduk ataupun daripada Kelantan nak masuk ke Terengganu
melalui jalan pantai dan satu ketika menjadi tarikan di situ kerana ramai pengunjung-pengunjung mari ke Dataran Pachakan untuk beriadah dan sebagainya. Jadi jalan itu juga mengalami kerosakan jadi mohon supaya pihak kerajaan mengambil tindakan segera membaik pulih jalan tersebut kerana ia saja bukan saja memberi imej yang tidak molek kepada kerajaan Negeri Terengganu kerana dia merupakan pintu masuk dan tapi lagi satu merupakan satu perkara yang agak bahaya kerana boleh mengundang kemalangan yang lebih teruk lagi kalau kita tak repair, tak baiki jalan tersebut. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua.
Terima kasih atas cadangan yang tersebut. Kita akan ambil kira cumanya kita kena tengok dari segi hakisan tersebut. Apabila sebut hakisan kalau kita buat jalan pun sudah tentu kalau jalan tersebut umur dia tak panjanglah kerana dia akan terhakis jadi nak tak nak kita kena baiki dan baikinya iaitu kita kena ork sekejap pasal beach nourishment ini termasuk dia dalam skop kerja dia dan insya-Allah apabila siap saya rasa Yang Berhormat lena tidurlah. Tidak lagi berlaku hakisan apapun pandangan kita akan ambil tindakan. insya-Allah.
Hakisan di Batu Rakit boleh dok saya masuk? tak leh
Tak boleh Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat nak tanya lain kali buat soalan sendiri jangan tumpang orang sangat
Dok masalahnya soalan boleh se je. Hok maren saya ada dokleh pon.
Akan dijawab secara bertulis.
Makna soalan selesai tak sempat dijawab secara lisan akan dijawab secara bertulis
Batu Rakit negeri Terengganu jugok. Masalah air masalah negeri betullah tanya Marang sampai dokleh nok celah ni lagu mana
Faham faham. Bukan dokleh celoh, saya kata macam tadi juga. Yang Berhormat dengar saya kata dulu dari segi amalan di mana-mana pun kita boleh buat pencelahan tapi ambil tajuk asal dia itu
Macam dok bertolak ansur Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Jadi atas budi bicara itu Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua jadi macam nok kerat saya je
Itu amalannya. Dok saya sayang Yang Berhormat
Doh kalau sayang beri lah
Saya sayang sebab itu saya bagi masa tapi kadang-kadang tertentu saya kawal
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua molek hantar Algeria Batu Rakit ini belajar free doh
….[ketawa]….
Doh bakpe jadi gitu pulok. Macam nok baloh je
Tak pe Yang Berhormat kita hari ini hari akhir bersidang jadi saya nak bagi peluang yang terakhir Yang Berhormat peluang terakhir kepada adinda kita ini satu satunya ADUN Wanita ini. Kalau kita tak beri berasa sok sangat kita sebelum habis sidang ini. Jadi saya jemput Wakil ataupun ADUN Wanita untuk mengemukakan soalan, sila.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya nombor dua –
Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam mendidik atlet dalam pematuhan syariah dalam aktiviti bersukan?
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat ADUN Wanita dan semua Ahli-ahli Yang Berhormat. Terima kasih atas soalan daripada Yang Berhormat ADUN Wanita yang bertanyakan tentang apakah usaha Kerajaan Negeri di dalam mendidik atlet dalam pematuhan syariah dalam aktiviti bersukan. Seperti mana yang telah pun Kerajaan Negeri tegaskan berkali-kali sebelum daripada ini apabila kita mengambil alih tampuk pemerintahan pada 2018 maka kita telah pun diminta untuk memastikan usaha-usaha bagi menyelaraskan semua aktiviti dan juga program-program di bawah semua portfolio ke arah islam yang menjadi perjuangan kepada parti yang memerintah Negeri Terengganu pada hari ini dan bagi mendidik dan memberikan orang kata, pendidikan kepada atlet kita dalam aspek pematuhan syariah dalam aktiviti bersukan, Kerajaan Negeri telah pun melakukan pelbagai usaha di antaranya yang pertama pihak Kerajaan telah pun meluluskan penubuhan satu Unit Islam dan Kerohanian di Majlis Sukan Negeri Terengganu yang saya difahamkan oleh pihak Majlis Sukan Negeri merupakan satu-satunya negeri yang mewujudkan unit yang seumpama itu.
Di antara fungsi penubuhan unit ini adalah bertanggungjawab untuk menguruskan program keagamaan kepada pegawai dan kakitangan serta atlet Majlis Sukan Negeri. Yang keduanya merancang dan melaksanakan program keagamaan yang bersesuaian kepada jurulatih dan atlet serta pengurusan persatuan sukan negeri. Yang ketiganya menyelaras dan melaksanakan program-program kerohanian termasuk kem, seminar, bengkel kepada atlet SUKMA untuk pengukuhan jati diri. Yang keempatnya, menyelaras program-program keagamaan kepada atlet yang menginap di asrama Majlis Sukan Negeri Terengganu dan untuk itu unit ini telah pun diketuai oleh seorang kakitangan pegawai yang mempunyai pengalaman bukan sahaja dalam bidang agama tetapi juga dalam bidang motivasi dan konsultan. Selain daripada itu juga Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Negeri Terengganu juga telah mengadakan kolaborasi bersama-sama dengan Universiti Sultan Zainal Abidin
(UNISZA) di dalam membuat rekaan pakaian sukan patuh syariah. Kolaborasi ini melibatkan pakar-pakar bidang syariah, sains sukan dan juga sains sukan daripada pihak UNISZA, insya-Allah kita mengharapkan jawatankuasa yang telah pun diwujudkan ini akan dapat membuahkan hasil dalam sikit masa lagi, insya-Allah. Terima kasih.
Soalan tambahan saya yang pertama, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, okey apabila kita lihat senarai Ahli Lembaga Pengurus Majlis Sukan Negeri Terengganu, turut dipilih ialah Sahibus Samahah Dato’ Mufti dan saya ucapkan tahniah di atas pelantikan tersebut. Jadi soalan saya apakah harapan sebenarnya ataupun lebih jelas lagi apakah fungsi dan peranan Dato’ Mufti sebagai Ahli Lembaga Pengurus Majlis Sukan Negeri Terengganu?
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat ADUN Wanita, untuk makluman Dewan juga bahawa apabila kita melantik Ahli-ahli Lembaga Pengurus Majlis Sukan Negeri Terengganu saya telah pun membuat beberapa pengkhususan kepada keahlian di dalam Lembaga Pengurus Majlis Sukan Negeri Terengganu di antaranya adalah pelantikan Wakil daripada Portfolio Pelaksanaan Syariah iatulah Yang Berhormat daripada Ajil yang juga menganggotai Lembaga Pengurus Majlis Sukan Negeri atas sifat beliau sebagai Timbalan Pengerusi Pelaksanaan Syariah untuk memberikan nasihat dan apa-apa pandangan berkaitan dengan dasar-dasar yang telah pun ditetapkan oleh Kerajaan Negeri daripada aspek pelaksanaan syariah.
Yang keduanya termasuklah seperti yang disebut oleh Yang Berhormat ADUN Wanita tadi iaitulah Sahibus Samahah Dato’ Mufti yang juga turut dilantik sebagai menganggotai Ahli Lembaga Pengurus Majlis Sukan Negeri di atas sifat beliau sebagai seorang yang mempunyai authority dalam bahagian agama yang paling tinggi di dalam Negeri Terengganu kita ini, maka beliau diperlukan juga untuk kita membuat rujukan dan juga untuk kita memberikan sebarang pertanyaan dan sekiranya berlaku sebarang kekhilafan dan sehari dua ini juga ada beberapa isu yang berkaitan dengan sukan-sukan yang tertentu dan saya telah pun membuat satu tarikh untuk berjumpa dengan Sahibus Samahah Dato’ Mufti untuk kita mendapatkan pandangan tentang apa-apa juga isu berkaitan dengan sukan daripada aspek syariah. Terima kasih.
Saya mohon izin untuk soalan terakhir, okey apakah konsep yang Kerajaan ingin tekankan kepada atlet kita dalam isu syariah ini dan adakah Kerajaan bercadang ingin menguatkuasakan peraturan pemakaian patuh syariah ini secara menyeluruh? Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat ADUN Wanita. Apa yang kita ingin lakukan kepada para atlet kita, kita menggunakan konsep pendidikan dan juga menggunakan konsep memberikan kesedaran dan juga pendidikan. Kedua-dua konsep ini kita gunakan adalah kerana kita ingin perubahan yang berlaku kepada atlet itu adalah merupakan sesuatu perubahan yang boleh bertahan lama yang tidak hanya perubahan di atas dasar penguatkuasaan semata-mata. Ya, kita boleh melakukan penguatkuasaan dengan peraturan-peraturan yang tertentu tetapi atlet-atlet Terengganu seperti yang kita tahu adalah merupakan atlet-atlet yang menjadi rebutan daripada negeri-negeri yang lain, bahasa mudah gok dambaan daripada negeri-negeri yang lain dan apabila berlakunya isu-isu yang seperti ini mereka mungkin boleh berpindah ke negeri-negeri yang lain dan mengakibatkan bukan sahaja kita kehilangan atlet tetapi kita kita juga akan kehilangan peluang untuk memberikan pendidikan, tarbiah dan sebagainya kepada mereka. Justeru kita tidak orang kata melakukan satu perubahan yang drastik sebaliknya kita menganjurkan perubahan secara pendidikan dan juga peringatan dan sebagainya dengan adanya unit yang diketuai oleh seorang pegawai yang berpengalaman ini, insya-Allah kita yakin kita akan dapat melakukan sesuatu yang cukup positif di dalam sukan negeri kita daripada aspek syariah.
Berkenaan dengan soalan daripada Yang Berhormat adakah kita akan menguatkuasakan peraturan pemakaian secara keseluruhannya? Ya itulah harapan dan juga hasrat kita, pun begitu kita tidak akan melakukannya seperti yang saya nyatakan tadi secara drastik. Kita akan melakukan secara perlahan-lahan dan kerana itulah jawatankuasa yang kita wujudkan kolaborasi di antara Majlis Sukan Negeri dan juga UniSZA telah pun diberikan amanah untuk merekacipta dan membawa kepada kita satu pakaian yang mesra syariah yang satu istilah baru yang dinyatakan oleh pihak UniSZA pakaian yang mesra syariah yang insya-Allah sekurang-kurangnya lima sukan yang telah pun kita minta kepada pihak jawatankuasa ini untuk datangkan kepada kita dan antara pakaian yang paling awal yang insya-Allah akan dikemukakan kepada pihak
Kerajaan Negeri adalah pakaian dalam sukan berbasikal memandangkan sukan berbasikal ini adalah merupakan sukan yang paling utama dalam Negeri Terengganu kita ini dan insya-Allah sebaik sahaja kita telah pun mendapat contoh pakaian yang seumpama ini dan apabila ia betul-betul sesuai dan sebagainya kita akan pergi kepada sukan-sukan yang lain dan apabila kita telah betul-betul bersiap sedia dengan segala orang kata kelengkapan dan juga bersiap sedia dengan pakaian-pakaian yang boleh digunakan oleh para atlet pada waktu itu, saya tidak menolak kemungkinan untuk kita menguatkuasakan secara sepenuhnya pematuhan pakaian syariah kepada semua atlet. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat.
Alhamdulillah kita telah selesai untuk sesi Soalan-Soalan Lisan. Saya fikir saya telah memberi peluang kepada semua Ahli Yang Berhormat untuk mengemukakan soalan daripada kelmarin sehinggalah pada hari ini. Saya ingat semua telah kita beri peluang. Masa pun kita tambah daripada biasa pukul 10.30 kepada pukul 11.00 pada hari ini. Mana-mana soalan yang ada untuk pusingan kedua ada lagi yang bertanya yang tidak sempat dijawab akan dijawab secara bertulis.
TangguhanAdjournment
Perkara berikut ialah Tangguhan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Persidangan Dewan ditangguhkan kepada satu masa yang akan ditetapkan kemudian.
Ahli Yang Berhormat sekalian sebelum kita tangguh persidangan kita ini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan berbanyak terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh semua Ahli Yang Berhormat sepanjang dua hari persidangan kita ini berjalan. Begitu juga kepada semua ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai Kerajaan dan juga pihak media yang telah memberikan liputan dalam persidangan kita ini. Jadi sekarang saya tangguhkan persidangan ini kepada satu masa dan tarikh yang akan ditetapkan kemudian. Sebagai mengakhirinya kita baca tasbih kaffarah dan Suratul Al-„Asr.
DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 11.00 PAGI.