Terengganu · 29 November 2022

14th Assembly, 5th session, 3rd meeting · 334 turns · 30,663 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalTerengganu publishes one PDF per meeting, with the written answers appended. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

Soalan-Soalan LisanQuestions

Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, mesyuarat disambung semula. Sebelum kita memulakan persidangan kita pada pagi ini untuk mendapatkan keberkatan daripada Allah Subhanahu Wa Ta’ala marilah kita memulakan dengan membaca Ummul Quran, Al-Fatihah.

Al-Fatihah

Sekarang kita masuk kepada Soalan-soalan Lisan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberi notis untuk mengemukakan Soalan-soalan Lisan pada hari ini, 29 November 2022 adalah sebagaimana berikut:

1 Yang Berhormat Wakil Hulu Besut 2 Yang Berhormat Wakil Manir 3 Yang Berhormat Wakil Bukit Besi 4 Yang Berhormat Wakil Rantau Abang 5 Yang Berhormat Wakil Jertih 6 Yang Berhormat Wakil Pengkalan Berangan 7 Yang Berhormat Wakil Batu Rakit 8 Yang Berhormat Wakil Bandar 9 Yang Berhormat Wakil Kuala Besut 10 Yang Berhormat Wakil Air Putih 11 Yang Berhormat Wakil Permaisuri 12 Yang Berhormat Wakil Ajil 13 Yang Berhormat Wakil Kemasik 14 Yang Berhormat Wakil Wanita 15 Yang Berhormat Wakil Tepoh 16 Yang Berhormat Wakil Batu Burok 17 Yang Berhormat Wakil Seberang Takir 18 Yang Berhormat Wakil Sura 19 Yang Berhormat Wakil Telemong 20 Yang Berhormat Wakil Buluh Gading

Sebelum saya persilakan Ahli Yang Berhormat untuk memulakan sesi Soalan Lisan saya hendak berikan sedikit peringatan. Kelmarin sesi Soalan Lisan kita hanya sempat memberikan peluang kepada lima orang sahaja Ahli Yang Berhormat. Saya sebenarnya hendak beri masa yang seadil-adilnya kepada Ahli Yang Berhormat yang lain tapi oleh kerana masa yang digunakan untuk menghabiskan lima Soalan Lisan kelmarin mengambil masa yang agak panjang jadi terpaksa kita hadkan kepada lima orang sahaja. Saya hendak sebutkan yang pertama sekali Soalan-soalan Lisan, soalan-soalan tambahan tidak perlu jadi macam perbahasan. Apa yang nak ditanya terus direct sahaja supaya tidak berlaku perbahasan sebab dalam kita punya Standing Orders pun jelas menyebutkan tujuan daripada Soalan-soalan Lisan ini ialah untuk mendapat penjelasan. Ia tidak boleh dijadikan helah bagi sesuatu perbahasan dalam Perkara 26 (1). Begitu juga jawapan-jawapan yang diberikan saya juga merasakan perlu diberikan jawapan dalam masa yang lebih munasabah maksudnya lebih ringkas. Kalau saya ambil format yang ada di Parlimen, walaupun Parlimen itu bilangan Ahli-ahli Dewan lebih ramai, untuk soalan tambahan sebenarnya 30 saat sahaja, begitu juga jawapan daripada menteri daripada tiap-tiap soalan hanya tiga minit sahaja, lebih daripada itu alarm akan berbunyi tetapi saya tidak naklah amalan di Parlimen itu dilaksanakan dalam Dewan Negeri kita tetapi saya fikir oleh kerana kita nak berlaku lebih adil kepada Ahli Yang Berhormat yang ramai lagi yang ingin bertanya, saya harap Ahli Yang Berhormat sekalian boleh bekerjasama dengan saya bagi menyelesaikan isu yang saya sebutkan tadi. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat daripada Hulu Besut. Tak dop ke. Saya tak dop terima apa-apa notis. Okey kalau tak dop saya pergi terus kepada Yang Berhormat Manir.

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya nombor satu -

Berapa orangkah bilangan Pegawai Penguatkuasa Syariah di setiap daerah?

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dan juga seluruh hadirin hadirat sekalian. ADUN Manir bertanyakan berapa orangkah bilangan Pegawai Penguatkuasa Syariah di setiap daerah. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, bilangan penguatkuasa yang telah dilantik mengikut daerah adalah seperti berikut:

IBU PEJABAT/DAERAH BILANGAN PPS (L) BILANGAN PPS (P) JUMLAH IBU PEJABAT 14 3 17 KUALA TERENGGANU 8 1 9 KEMAMAN 10 2 12 DUNGUN 5 4 9 BESUT 6 3 9 HULU TERENGGANU 7 3 10 MARANG 4 1 5 SETIU 3 4 7 KUALA NERUS 5 2 7 JUMLAH 62 23 85

Terima kasih.

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Soalan Tambahan. Dengan mendengar daripada penjelasan Yang Berhormat EXCO daripada pihak Kerajaan nampok macam kecik sangat bilangan. Apakah cukup bilangan tersebut dan apakah langkah daripada pihak Kerajaan untuk menyelesaikan ataupun mengatasi permasalahan ini sebab kalau saya duk ingat tiga tahun lepas, rasa dengar doh cerita berkaitan dengan pendaftaran sukarelawan penguatkuasa syariah ini. Apakah ia berlaku atau lekat

mana pasal kita di bawah ning hor lah bising bangor jugok. Daftar-daftar dop gerok. Terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, kalau kira bilangan tu memang dop cukuplah. Rakyat kita dah menjangkau hampir 1.2 juta dengan daerah baru Kuala Nerus 8 jadi bilangan kita hanya 85 orang, hanya 23 orang sahaja yang melibatkan perempuan 62 lelaki jadi kalau kira bilangan itu memang dop cukuplah dan apa pun sebagaimana disebut kita berusaha untuk menjadikan penguatkuasa syariah sukarelawan yang sedia ada sebelum pada ini hanya 95 orang dan memang kita mengangkat senarai nama-nama pembantu sukarelawan ini dan kita masih lagi menunggu keputusan daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, MAIDAM kerana dia ada SOP-SOPnya tersendiri. Apa pun pihak Kerajaan Negeri berhasrat insya-Allah pada tahun hadapan untuk kita menambah penguatkuasa syariah ini walaupun secara kontrak bagi menampung bidang tugas ataupun tanggungjawab kerja-kerja yang patut dilaksanakan sebaik mungkin untuk dari segi penguatkuasaan syariah di Negeri Terengganu. Dalam masa yang sama pihak Kerajaan juga sedang dalam usaha untuk membuat penambahbaikan terhadap Portfolio Jabatan Penguatkuasaan Syariah di semua peringkat. Terima kasih.

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan tambahan yang kedua. Apakah ada daripada pihak Kerajaan cadangan untuk pengasingan kuasa seperti mana yang telah berlaku Jabatan Pendakwaan Syariah? Terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, dari segi molek comelnya macam itulah. Sebelum pada ini Mahkamah Syariah berada di bawah Jabatan Ehwal Agama Terengganu dan penguasaan ataupun pemisahan kuasa itu hari ini Mahkamah Syariah berada di bawah tapaknya sendiri. Begitu jugok pendakwaan sekarang sudah ada Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Terengganu dan kalu moleknya memang begitulah tapi kita tengoklah macam mana perkembangan-perkembangan. Cuma hasrat kita pihak Kerajaan juga berhasrat untuk menjadikan jawatan-jawatan dalam penguatkuasaan syariah itu untuk diisi dengan pegawai LC paling kurang, kerana kalau tidak dia akan sering ditukar gantilah sebab mereka-mereka yang melibatkan penguasaan syariah ini juga perlu mahir undang-undang, tidaklah dia kerap kali ditukar ke bidang-bidang lain bahagian masjid, bahagian dakwah dan sebagainya,

supaya dia stay situ untuk dia lebih berkemahiran apabila satu-satu penguatkuasaan diadakan. Terima kasih.

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Terima kasih.

Yang di-Pertua

Seterusnya saya jemput Wakil Bukit Besi.

Haji Roslee bin DaudUMNO · BNBukit Besi

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua soalan saya nombor 1-

Sila sebutkan jumlah penyu yang mati akibat penggunaan pukat pari atau pukat malas dan apakah langkah-langkah yang diambil bagi menangani masalah yang semakin membimbangkan itu?

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Wakil Bukit Besi. Daripada bulan Januari sehingga Oktober 2022, 56 ekor kematian penyu dilaporkan, meningkat 5 ekor berbanding dengan tahun 2021. Tapi tiada bukti khusus untuk disimpulkan bahawa kematiannya adalah disebabkan oleh pukat pari atau pukat palas sebagaimana soalan asal Wakil Bukit Besi. Biasanya bangkai penyu ditemui mati dalam beberapa keadaan. Antaranya bangkai penyu yang hanyut ditemui terperangkap dalam pukat nelayan. Yang kedua, penyu ditemui mati terdampar di pantai dan yang ketiga terdapat batu yang diikat pada bangkai penyu bertujuan untuk nak menenggelamkan bangkai penyu ini ke dasar lautan. Bolehlah kita simpulkan dalam keadaan-keadaan di atas kematian ini adalah disebabkan oleh perbuatan tangan-tangan manusia.

Antara langkah yang telah diambil oleh Jabatan Perikanan sebagai jabatan bertanggungjawab untuk nak mengatasi masalah kematian penyu ini ialah yang pertama operasi penguatkuasaan pukat pari. Tahun 2022, sebanyak 37 pukat pari telah dirampas dalam beberapa operasi penguatkuasaan yang melibatkan daerah Dungun dan juga daerah Kemaman. Yang kedua, operasi penguatkuasaan terhadap nelayan yang menceroboh kawasan santuari penyu daripada Kuala Merchang di Marang sehinggalah sampai ke kawasan Tanjung Jara di Dungun.

Tahun ini saja seramai 18 orang nelayan yang menceroboh kawasan santuari penyu telah ditahan. Dua daripadanya adalah nelayan tempatan, 16 adalah nelayan asing. Kesemuanya adalah bot yang berpangkalan di Pahang dan mereka ditahan mengikut Akta Perikanan 1985. Yang ketiga, menyelamatkan penyu-penyu yang terdampar di pantai dan tak mampu untuk nak berenang balik ke laut. Tahun 2022, terdapat enam kes penyu yang terdampar di pantai dan telah diselamatkan dan akhir sekali penguatkuasaan terhadap Enakmen Pemuliharaan Penyu Terengganu 1951 Pindaan 2021 yang memperuntukkan hukuman yang lebih berat terhadap tindakan-tindakan yang melibatkan kecederaan dan kematian kepada penyu. Terima kasih.

Haji Roslee bin DaudUMNO · BNBukit Besi

Soalan tambahan saya yang pertama. Sudah berapa ramaikah di kalangan nelayan yang telah dikenakan tindakan undang-undang akibat menggunakan jenis pukat ini? Boleh?

Yang di-Pertua

Bukan dah jawab Yang Berhormat?

Haji Roslee bin DaudUMNO · BNBukit Besi

Boleh?

Yang di-Pertua

Yang Berhormat, bukan dah jawab dah tadi?

Nelayan yang menggunakan pukat pari. Baik daripada penyu beralih kepada orang. Macam yang saya sebut tadi untuk tahun 2022, terdapat 37 kes rampasan yang melibatkan 37 nelayan di sekitar daerah Dungun dan juga daerah Kemaman, dan yang kedua tindakan yang dikenakan terhadap nelayan yang menceroboh kawasan santuari penyu seramai 18 orang dan semua ini adalah bukan nelayan Terengganu. Nelayan yang daripada negeri jiran yang menceroboh perairan Terengganu. Terima kasih.

Haji Roslee bin DaudUMNO · BNBukit Besi

Okey, jawapan telah diberi tu kan. Jadi soalan saya seterusnya, berdasarkan operasi yang dilakukan pihak berkuasa perikanan, sejauh manakah keseriusan penggunaan pukat ini dan apakah faktor yang menyebabkan penggunaannya masih berleluasa? Boleh?

Bila tanya bolehlah kita jawablah. [Sambil ketawa]

Yang di-Pertua

Yang Berhormat tanya pun macam tak berapa sure.

Ya, macam tak berapa sungguh nak tanya.

Yang di-Pertua

Biar sungguh sikit.

Faktor-faktor penggunaan peralatan-peralatan menangkap ikan yang dikategorikan boleh memusnahkan sumber hasil laut ini banyak. Tapi biasanya nelayan kita ini mengambil jalan mudah, dia setakat fikir dia saja dan tak fikir dari segi kelestarian sumber untuk jangka panjang. Kita bukannya fikir untuk nak tangkap ikan hari ini dan esok tapi kita perlu fikir juga kelestarian sumber hasil laut untuk anak dan cucu kita, kerana itulah Jabatan Perikanan menjalankan banyak operasi. Kadang-kadang EXCO Pertanian pun turun sendiri menjalankan operasi untuk nak membanteras penggunaan peralatan-peralatan yang boleh merosakkan sumber. Bukan setakat pukat pari dan pukat palas saja. Okey, terima kasih.

Yang di-Pertua

Seterusnya, saya jemput Wakil Rantau Abang.

Haji Alias bin HarunPAS · GSRantau Abang

Yang berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan, soalan saya ialah soalan nombor 2-

Nyatakan status kemajuan pembangunan ECRL di Terengganu khususnya di Dungun?

Dr. Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan, ADUN Rantau Abang ingin bertanya berkaitan dengan projek ECRL di Terengganu dan juga khususnya di Dungun. Terima kasih di atas soalan. Untuk makluman kita bersama, status pemajuan pembangunan ECRL di Terengganu adalah 43.96% dan lebih tinggi daripada kemajuan infrastruktur keseluruhan projek tersebut iaitu 35.88%, ini untuk bulan Oktober baru-baru inilah. Status kemajuan bagi daerah Dungun melibatkan kerja-kerja fizikal telah siap dibina merangkumi 20 kilometer kerja-kerja tanah ataupun agrade, kerja pembinaan terowong ada dua butir terowong iaitu di Bukit Bauk 871 meter dan juga di Paka 1,107 meter panjang dia serta 10 jambatan keretapi. Jadi pembinaan stesen keretapi di Dungun juga akan dijangka bermula pada tahun hadapan iaitu tahun 2023 dan sekarang ini adalah kerja-kerja reka bentuk. Terima kasih.

Haji Alias bin HarunPAS · GSRantau Abang

Terima kasih atas jawapan, pencerahan berkaitan dengan pembinaan ECRL di kawasan Dungun. Soalan tambahan saya yang kedua, yang pertama. Di Terengganu kemajuan yang telah dicatat tadi ialah 43.96%. Jadi saya juga ingin mengetahui bagaimana perkembangan pembangunan ECRL di negeri jiran kerana jangkaan siap sepenuhnya pada tahun 2026? Jadi ingin tahu perkembangan di negeri jiran.

Dr. Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

Di Terengganu memanglah sepertimana yang saya sebutkan tadi 43.96%, 8% ahead daripada keseluruhan projek tersebut. Untuk di Negeri Pahang, sekarang ini pencapaiannya 33.25%, untuk Negeri Kelantan 41.61% dan untuk Negeri Selangor cuma 2.13% kerana ada perbezaan dari segi kerajaan, Kerajaan Selangor dengan Kerajaan Persekutuan satu ketika dulu. Memanglah hasratnya kita mahu menyiapkan projek ini 31 haribulan Disember tahun 2026 dan boleh diguna sebaik-baik masuk tahun baru 2027, insya-Allah.

Yang di-Pertua

Ini kira dah cukup bagus dah ni, Yang Berhormat. Jawapan daripada menteri doh ni.

Haji Alias bin HarunPAS · GSRantau Abang

Okey terima kasih atas jawapan tersebut. Soalan tambahan saya yang kedua ialah kita melihat kemajuan pembangunan ECRL di Terengganu ini begitu memberangsangkan. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan berlaku pencapaian, keberangsangan ini di negeri kita ini?

Dr. Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

Terima kasih.

Pertama, sepertimana yang saya sebut tadi bahawa projek-projek yang besar dapat disiapkan dulu iaitu melibatkan 2 terowong dan 10 jambatan dan kerja-kerja agrade tanah ini 20 kilometer dah siap. Jadi, inilah yang menyebabkan peratusan kerja-kerja kita menjadi besar. Selain daripada itu adalah kerjasama antara jabatan-jabatan. Kita tahu bahawa mereka iaitu jabatan-jabatan kita ini sentiasa bermesyuarat antara UPEN dengan pihak-pihak MRL dan juga CCC. Jadi, mereka sentiasa bermesyuarat, 2 bulan sekali. Begitu juga melibatkan Pejabat Tanah dan Galian kita. Mereka sentiasa bermesyuarat untuk mempastikan projek ini dapat berjalan lancar. Dan terima kasih juga kepada Yang Berhormat Mulia Setiausaha Kerajaan Negeri yang sama-sama, yang sentiasa bermesyuarat bersama KSN untuk memajukan projek ini supaya dapat diselesaikan segera. Itulah antara faktor-faktor yang boleh memberangsangkan peningkatan kita yang tertinggilah di Negeri Terengganu untuk projek ini. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya, saya jemput Wakil Jertih.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya soalan yang pertama-

Apakah status terkini pembangunan Taman Ilmu di Tembila Besut?

Dato’ Yang di-Pertua, ADUN Jertih bertanyakan soalan apakah status terkini pembangunan Taman Ilmu di Tembila Besut. Dato’ Yang di-Pertua, sebagaimana yang kita sedia maklum, projek yang bernilai RM 360 juta itu telah dibuat pembayaran oleh pihak Kerajaan sebanyak RM 830 juta dan juga apabila berlaku sebagaimana yang sedia maklum, lalu apabila dibatalkan Syarikat POSC TI Sdn.

Bhd. yang menyebabkan berlakunya persetujuan luar mahkamah pada tahun 2016, 1 haribulan 12 dan telah termeterinya satu keputusan persetujuan penyelesaian luar mahkamah. Pihak Kerajaan Negeri telah membuat pembayaran sebanyak RM 45 juta sebagai penyelesaian penuh tuntutan tapi sebagaimana sedia maklum, Syarikat POSC TI ini sudah digulung dan tidak membuat pembayaran kepada subcontractor. Jadi, 17 subcontractor tersebut telah mengambil tindakan undang-undang kepada pihak Kerajaan Negeri. Jadi pihak Kerajaan Negeri dalam proses untuk memenuhi tindakan, memenuhi terma kedua iaitu Perintah Persetujuan Luar Mahkamah bagi mengadakan perbincangan dan rundingan kepada kontraktor-kontraktor terlibat yang telah kita adakan dan kontraktor tersebut telah bersetuju menerima LOI yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri dalam proses akhir pelantikan dalam melaksanakan kerja-kerja pembaikan Asrama Taman Ilmu berdasarkan skop kerja yang ditawarkan. Dalam masa yang sama iaitu pada tawaran tersebut telah dikeluarkan pada 17 kontraktor pada 18 Ogos 2019, tapi ada beberapa kontraktor berkenaan tidak bersetuju dengan skop kerja yang dikeluarkan oleh Kerajaan dan pihak Kerajaan dalam proses untuk berunding kepada kontraktor-kontraktor berkenaan. Terima kasih.

Dalam erti kata lain, proses mahkamah dah selesai? Makna tidak lagi apa nama ni tertakluk kepada saman menyaman oleh pihak kontraktor dan juga pihak Kerajaan. Jadi saya nak tahu apakah perancangan pihak Kerajaan selepas daripada persetujuan yang dibuat oleh 17 kontraktor ini dengan pihak Kerajaan?

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, untuk makluman belum selesai lagi sebab empat syarikat baru saman pulok Kerajaan Negeri. Ning masalah hok peninggalan sahabat-sahabat kita hok lalu lah.

Soalan kedua. Dok selesai lagi ya? Jangkaan pihak Kerajaan, bilo agok selesai ni pasal yelah, saya tengok seolah-olahnya…

Yang Berhormat, tanya mahkamah tu Yang Berhormat. Bila selesai tu, kena tanya mahkamah.

Dia pihak Kerajaan kena agok jugok.

Dok tahu tu, kena tanya, tunggu mahkamah dulu.

insya-Allah.

Kena ada jangka perancangan, jangka pendek, jangka panjang, bila selesai…

Kita dokleh campur tangan hok, orang politik dokleh campur tangan mahkamah ni. Kalu tidok…

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Barang kering doh.

payoh doh Tuan Speaker, barang kering garing, payoh doh nok buang.

Yang di-Pertua

Isu-isu berkait dengan pertimbangan mahkamah, biar mahkamah selesaikan. Jadi, saya ingat memadai doh tu. makna, kes lama belaka ni. Kes-kes lama, jadi lagi kita korek, lagi banyak cerita nanti.

Dato’ Speaker, saya tak nak benda ini dijadikan modal politik kerana

Yang di-Pertua

Tak, tak. Saya ingat jawapan dia jelas. Isu yang berlaku sekarang ini dalam pertimbangan mahkamah jadi

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Yang di-Pertua

Dok soh tebenglah. Okey, sekarang ini saya jemput Wakil Pengkalan Berangan.

Sulaiman bin SulongPAS · PNPengkalan Berangan

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya nombor satu-

Apakah status projek menaiktaraf bekalan air di Marang?

Dr. Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

Terima kasih Yang Berhormat ADUN Pengkalan Berangan, kawasan Marang. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan, berkaitan dengan menaiktaraf bekalan air di Marang lah, memang semua dah tahu bahawa masalah air di Marang ini agak kritikal dan kita tahu juga di Marang ini tidak ada loji yang khusus untuk dia. Yang adanya kita tumpang daripada bekalan air di Kepong, water intakenya di Serada. Dan untuk di Marang ini ada dua tangki utama iaitu Tangki Mier dan Tangki Gondang. Jadi, sekarang ni ada dua projek untuk bekalan air di Marang. Pertamanya, kita buat paip baru daripada Kepong ke Tangki Mier dalam 14 kilometer dan dari Tangki Mier ke Tangki Gondang 10 kilometer jarak dia. Kedua-dua batang paip ini, sekarang ni dalam proses untuk dibina dan dilaksanakan. Satu lagi iaitu projek yang mana membina paip-paip retikulasi yang baru di Marang termasuk juga di Kuala Terengganu yang melibatkan kos sebanyak RM10 juta sekarang ini dalam proses berjalan dalam 15% kemajuan. Terima kasih.

Sulaiman bin SulongPAS · PNPengkalan Berangan

Okey, terima kasih Yang Berhormat Kuala Berang di atas penjelasan berkenaan dengan status naik taraf bekalan air Daerah Marang. Sebagaimana yang telah dinyatakan iaitulah pemasangan paip air terawat yang baru daripada loji Kepong dua ke dua tangki utama di Marang. Soalan saya ialah bilakah dijangka projek tersebut siap dan dapat dimanfaatkan oleh pengguna air di Daerah Marang?

Dr. Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

Pertama, kita kata tadi iaitu projek paip air ke Tangki Mia daripada Kepong ini, sekarang ini dalam kemajuan dialah dalam 55.6%. Baki lagi lebih kurang 6,383 meter lagi, makna lebih daripada, hampir daripada separuh dan saya dapat maklumat bahawa setiap hari, paip baru lebih kurang 50 atau pun 51 meter. Jadi, kalau kita bahagi daripada baki tadi, 6,300 bahagi dengan 50 lebih kurang 4 bulan je lagi. Insya-Allah akan siap. Untuk paip air ke Gondang, yang ni laju sikit. Dia boleh 150 meter sehari dan kalau kita bahagi balance dia 4,379 meter. Kalau bahagi gitu, dalam

sebulan setengah je lagi. Jadi, bukan paip saja bahkan ada beberapa perkara lagi yang akan disiapkan nanti, jadi kita letaklah pada bulan 3 insya-Allah ataupun bulan 4 nanti akan siaplah projek tersebut. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Saya persilakan ADUN Batu Rakit.

Sulaiman bin SulongPAS · PNPengkalan Berangan

Se lagi tu.

Yang di-Pertua

Padan doh tu. Padan doh, padan doh.

Sulaiman bin SulongPAS · PNPengkalan Berangan

Se soalan lagi tu.

Yang di-Pertua

Sila, sila Batu Rakit.

Sulaiman bin SulongPAS · PNPengkalan Berangan

Okey, terima kasih.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya soalan nombor satu-

Berapakah lokasi tapak tong sampah milik MBKT di Daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus?

Dato’ Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Terima kasih Wakil Batu Rakit. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli Yang Berhormat, Pegawai Kerajaan, Para Pemerhati yang dihormati sekalian. Batu Rakit ingin tahu berapakah lokasi tapak tong sampah milik MBKT di Daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus. Memang MBKT ini dia operasi dia dua daerah, Kuala Terengganu dan

Kuala Nerus. Untuk jawapannya ialah untuk pengetahuan Yang Berhormat dalam Dewan sekelian, terdapat 583 lokasi tong sampah di Daerah Kuala Terengganu dan 501 lokasi tapak tong sampah di Kuala Nerus. Jadi, jumlahnya 1,084 tapak tong sampah di bawah pengelolaan MBKT. Terima kasih Yang di-Pertua.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Terima kasih. Soalan saya seterusnya soalan tambahan: Sejauh mana pemantauan yang dilakukan oleh pihak MBKT untuk mempastikan tapak-tapak ini sentiasa bersih?

Dato’ Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Terima kasih. Untuk makluman Dato’ Yang di-Pertua dan Yang Berhormat, memang ada pegawai khas yang telah ditetapkan dan juga ada client squad untuk mengawasi seluruh tapak-tapak ini, memastikan kontraktor yang terlibat menjalankan tugasnya dengan sempurna. Tapi, memanglah manusia ni ada banyak hal dalam pengawasan kita sekalipun, dengan pakai smart bin pun masih ada lagi yang cuai dalam menjaga kebersihan itu. Walau bagaimanapun, pihak Majlis Bandaraya sentiasa membuat pemantauan dan mengambil tindakan, denda, pemotongan sekiranya tapak tersebut tidak diselia dengan baik oleh kontraktor yang terbabit. Terima kasih.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Erm, adakah sebab saya duk tengok dengan tong-tong yang ada ini tidak memadai kerana melimpah keluar. Adakah pihak Kerajaan memikirkan untuk menambah tong-tong ini ataupun meletakkan sebab saya tengok tong-tong kecik sahaja yang ada. Ada tempat-tempat sampah yang banyak sepatutnya diletakkan tong yang lebih besarlah. Jadi, adakah pihak Kerajaan memikirkan untuk menambahkan tong-tong ini. Terima kasih.

Dato’ Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Terima kasih Batu Rakit. Memang tahun lepas pun telah kita beri peruntukan tambahan untuk beli tong sampah di seluruh majlis-majlis kita seluruh Negeri Terengganu sebanyak RM1 juta tambahan dan yang menjadi masalah kita walaupun ditambah tong, kita tengok daripada average, kita ada 3,255 tong sampah semuanya. Tapak 1,084 setiap tapak, 3 tong sampah disediakan. Tapi yang masalah kita pulak ada berlaku vandalisme. Tong sampah yang dibakar, pecah dan sebagainya, diganti, pecah pulak. Jadi, insya-Allah tahun ini dalam Bajet semalam diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar sudah

memberi RM1 juta tambahan lagi untuk tambah lagi tong sampah untuk tahun ini insya-Allah. Semoga dengan penambahan tong sampah dan yang penting juga disiplin ataupun rakyat sendiri harus dieducate ataupun diberi pendidikan tentang pembuangan sampah yang teratur dan juga vandalisme inilah yang menjadi masalah kita dari segi pemungut sampah haram ini dan juga yang bakar dalam tong sampah pun ada, membakar tong sampah jadi ni akan menyebabkan tong kita selalu berkurangan walaupun kita tambah dari masa ke semasa. Namun begitu, pihak MBKT sedang membuat beberapa penambahbaikan untuk memastikan masalah sampah ini dapat kita selesaikan dalam masa yang terdekat ini dan beberapa kontraktor telah pun ditamatkan kerana tidak perform dan akan dilantik kontraktor baru bagi mengatasi masalah yang kita alami sekarang. Juga tambahan dengan, kita memang Terengganu tempat tumpuan pelancong, ramai pelancong datang dan sampah juga bertambah dari masa ke semasa. Sama-samalah kita harap MBKT dapat menjalankan tanggungjawab ini bagi memastikan keadaan bandar kita bersih untuk tahun-tahun mendatang ini. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya persilakan Wakil Kuala Besut.

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya nombor dua-

Apakah usaha pihak Kerajaan Negeri dalam memperkasakan bidang pendidikan khususnya di Pulau Perhentian?

Dato’ Yang di-Pertua, ADUN Kuala Besut bertanyakan soalan Apakah usaha pihak Kerajaan Negeri dalam memperkasakan bidang pendidikan khususnya di Pulau Perhentian? Dato’ Yang di-Pertua, untuk makluman pihak jabatan bersama-sama dengan Pejabat Pendidikan Daerah sentiasa berusaha dalam memperkasakan

bidang pendidikan seluruh Negeri Terengganu. Dua program utama yang dilaksanakan ialah Program Pemulihan Khas dan juga Program Literasi dan juga Numerasi Plan dan pelaksanaan program plan di sekolah Kebangsaan Pulau Perhentian telah bermula sejak tahun 2020 memfokuskan murid tahun 2 dan 3 dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik. Bimbingan daripada pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan Jabatan Pendidikan Daerah juga telah dilaksanakan. Terima kasih.

Soalan tambahan saya Dato’ Yang di-Pertua, saya di fahamkan di Pulau Perhentian, dia hanya ada sekolah rendah, Sekolah Kebangsaan Pulau Perhentian dan dimaklumkan juga oleh pihak penduduk kampung bahawa dan juga pihak pendidikan daerah bahawa sekolah tersebut dalam proses untuk dijadikan sekolah model khas komprehensif ataupun 9 ataupun sekolah yang bermodelkan K9 di Pulau Perhentian, yang mana sekolah rendah itu daripada darjah satu sampai darjah enam dan bila dijadikan model khas K9 ini, ditambah pula tingkatan satu hingga tingkatan 3 untuk model K9. Jadi apakah pihak Kerajaan Negeri aware ataupun sedar status dan perkara tersebut dan mohon apakah status tersebut kerana saya difahamkan lama dah perancangan ke arah K9 ini supaya boleh mengelakkan keciciran pelajar menengah rendah di Pulau Perhentian supaya dapat diatasi dengan segera. Mohon apakah status K9 tersebut. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan ataupun makluman yang diberikan oleh ADUN Kuala Besut itu insya-Allah akan diambil perjalanan oleh di bawah Kementerian KPM dengan seliaan JPN, insya-Allah. Cuma apa yang kita hasratkan supaya rakyat Terengganu ini tidak ada yang ketinggalan dalam mengikuti arus pendidikan perdana. Terima kasih.

Dato’ Yang di-Pertua, sebab dia dah diwartakan pengambilan balik tanah pada bulan Jun baru ini. Jadi nak mohon pihak Kerajaan Negeri supaya lebih serius supaya perkara ini dapat dilaksanakan segera. Mohon perjalanan pihak Kerajaan Negeri betul-betul, terima kasih.

Kita ambil makluman. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya jemput Wakil Air Putih.

Ab. Razak bin IbrahimPAS · GSAir Putih

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 1-

Berapakah jumlah kerugian akibat serangan musuh tanaman mengikut kawasan-kawasan yang berisiko dan apakah Langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan dalam meminimakan serangan musuh ini?

Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Air Putih. Sebanyak 130 aduan gangguan hidupan liar diterima Jabatan Perhilitan daripada bulan Januari sehingga September 2022. Watak utama haiwan perosak tanaman ini ialah gajah, beruang, kera, babi hutan dan tapir. Daripada tahun 2020 sehingga 2022, nilai anggaran kerugian yang dicatatkan angkara makhluk Allah ini sekitar RM2,621,130.00.

Langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan, yang pertama, operasi pembasmian musuh tanaman, kerjasama di antara Jabatan Pertanian, Jabatan Perhilitan dan juga pemilik lesen senjata api setempat. Yang kedua, langkah untuk pasang perangkap kera dan babi. Lepas pasang perangkap, kera dan babi yang ditangkap itu dibuat operasi pindah. Bukan pindah kawasan, pindah alam, daripada alam dunia ke alam lain. Yang ketiga, beruang dan juga tapir biasanya dipindahkan ke habitat asal yang jauh daripada kawasan konflik dengan manusia.

Bagi ancaman gajah, ada tiga kaedah yang digunakan. Yang pertama, pemasangan pagar elektrik. Yang kedua, tembak halau, bukan tembak bunuh, tembak untuk menghalau. Dan yang ketiga, operasi tangkap pindah. Sistem pagar elektrik gajah ataupun dipanggil SPEG telah dipasang di Kampung Lawit ke Kampung Belukar Bukit di Hulu Terengganu sepanjang 29.5km. Di Kampung Pelong di Setiu ada

35km. Daripada Kampung Payong ke Chalok Barat juga di Setiu, 25km. Dalam RMKe-12, ada empat lokasi baru yang insya-Allah akan dibangunkan sistem pagar elektrik gajah ini di antaranya Kampung Ban Ho dan juga Kampung Air Putih di Kemaman, dan Kampung Gerdong dan Kampung Lubuk Periuk di Hulu Terengganu. Bilangan gajah yang telah ditangkap dan pindah, tahun 2019 ada empat ekor, 2020 enam ekor, 2021 lapan ekor dan 2022 tiga ekor. Majoritinya dipindah ke Taman Negara Royal Belum. Dan jangan tanyalah sebab apa pindah, tak pelihara di santuari kita. Sidang yang lepas kita dah jawab, sebab kos untuk nak menguruskan makanan gajah sahaja di santuari kita itu menelan belanja lebih daripada RM2 juta setahun. Jadi kita pindahkan supaya gajah-gajah ini tidak berkonflik dengan manusia dan mereka boleh hidup di habitat asal. Terima kasih.

Ab. Razak bin IbrahimPAS · GSAir Putih

Terima kasih Yang Berhormat Jabi. Ada di kalangan pekebun dan petani yang mempunyai senapang. Soalan saya apakah menembak babi dan kera dianggap suatu kesalahan?

Tembak babi ataupun kera adakah menjadi suatu kesalahan? Ya, betul. Babi dan kera merupakan hidupan liar yang tersenarai dalam spesis yang dilindungi di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 atau dipanggil Akta 176. Namun begitu, Akta 176 membenarkan pemilik kebun atau pekerjanya yang mempunyai lesen senjata api untuk mengambil tindakan menembak sekiranya hidupan tersebut mengancam nyawa ataupun merosakkan harta benda. Lepas tembak, mesti lapor kepada Jabatan Perhilitan. Jelas, lepas ini tak timbul lagi isu babi tak boleh tembak, kera tak boleh tembak. Terima kasih.

Ab. Razak bin IbrahimPAS · GSAir Putih

Terima kasih. Selain daripada gajah, babi dan kera, di akhir-akhir ini serangan harimau kepada penternak. Adakah harimau tidak dikategorikan sebagai musuh kepada sektor pertanian dan penternakan? Terima kasih.

Habis binatang dia tanya kita. Harimau mengikut National Tiger Survey yang dibuat di seluruh Semenanjung Malaysia, jumlah Harimau Malaya yang ada di bumi Terengganu ini tak lebih daripada sembilan ekor. Maknanya dok banyak sangat dah. Cuma ada sedikit konflik, bukan konflik dengan manusia sebab setakat ini Jabatan Perhilitan tidak pernah menerima sebarang kes konflik dengan harimau yang melibatkan

kecederaan ataupun kematian manusia. Yang ada ialah kematian ternakan. Ada beberapa aduan pada tahun 2021, di Kemaman ada 12 aduan, Dungun ada enam aduan, Hulu Terengganu ada enam aduan, Besut tiga aduan dan Setiu tiga aduan. Kuala Terengganu dan Kuala Nerus takdok rimau, boleh tengok di signboard Maybank saja. Harimau ini biasanya akan mengelak untuk berkonflik dengan manusia, kecuali dalam beberapa keadaan, sama ada harimau itu sakit, cedera atau terlalu tua, tak larat dah nak kejar binatang buruan dan berhati-hati dengan harimau yang bawa anak. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Saya jemput Wakil Ajil.

Soalan saya soalan nombor dua -

Mohon penjelasan dari Kerajaan mengenai status penggunaan solar di Negeri Terengganu sebagai satu usaha penjimatan penggunaan elektrik, khususnya dalam industri atau perkilangan?

Dr. Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

Terima kasih Yang Berhormat. ADUN Ajil bertanya berkaitan dengan solar ataupun NEM. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan, status penggunaan solar bagi tujuan penjimatan penggunaan elekrik khususnya dalam industri dan perkilangan amat memberansangkan di negeri Terengganu kita ini. Melalui program Net Energy Metering ataupun NEM NOVA oleh pihak SC SEDA Malaysia, penjimatan penggunaan tenaga elektrik dapat dilaksanakan dengan penggunaan tenaga berasaskan pemasangan sistem solar PV di premis berkenaan iaitu kebanyakan orang buat atas atap di bangunan masing-masing. Terima kasih Yang di-Pertua.

Soalan tambahan yang pertama. Setakat ini berapa agak-agak program NEM ini, Skim Permeteran Tenaga Bersih ini yang telah diluluskan oleh SEDA iaitu pihak berkuasa pembangunan tenaga lestari ini? Terima kasih.

Dr. Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

Skim Permeteran Tenaga Bersih ataupun Net Energy Metering (NEM) telah diperkenalkan oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) dan dikawalselia oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) dan pihak berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA), Malaysia pula dilantik sebagai agensi pelaksana. Skim NEM ini telah diperkenalkan untuk menggalakkan penggunaan tenaga boleh baharu atau TBB di Malaysia sejak tahun 2016 dan konsep NEM ini telah ditambah baik menerusi NEM 2.0 pada Januari 2019 di mana kuota sebanyak 500 megawatt iaitu pada tahun 2016 sehingga tahun 2020 telah ditawarkan dan dilanggan sepenuhnya berakhir pada 31 Disember 2020. Jadi untuk NEM 3 ini, ditawarkan lagi bermula daripada tahun 2021 sehinggalah 2023 sebanyak 800 megawatt. Alhamdulillah Negeri Terengganu kita ini sehingga 30 September baru-baru ini, SEDAR Malaysia telah meluluskan sebanyak 211 permohonan dengan kapasiti sebanyak 16.46 megawatt bagi NEM 3.0 di Terengganu kita ini, di mana 92 projek dengan kapasiti 1.33 megawatt telah beroperasi sepenuhnya yang lainnya dalam pelaksanaan, terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat, seterusnya saya jemput Wakil Kemasik.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya nombor satu.

Kerajaan Terengganu disebut sangat cakna anak muda. Apakah program dan inisiatif yang telah dijalankan oleh Kerajaan untuk pembangunan, kebajikan dan kesejahteraan anak muda sepanjang penggal ke-14 ini?

Wan Sukairi bin Wan AbdullahPAS · PNWakaf Mempelam

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, rakan-rakan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan semua Ahli-ahli Yang Berhormat. Terima kasih pada Kemasik.

Untuk makluman Yang Berhormat Kemasik dan semua, di antara program dan inisiatif yang telah pun dijalankan oleh Kerajaan Negeri untuk pembangunan kebajikan dan kesejahteraan anak-anak muda sepanjang penggal yang keempat belas ini termasuklah yang pertamanya mengekalkan Bantuan Pentadbiran kepada Pertubuhan Belia setiap tahun, mewujudkan Urusetia Belia Sukan dan NGO UBSNT, melaksanakan Program Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera (LMTS). Yang keempat menyediakan Pelan Induk Lima Tahun Portfolio Pembangunan Belia Sukan dan NGO Negeri 2021/2025 yang telah pun dilancarkan baru-baru ini. Yang kelima menyediakan Pelan Induk Sepuluh Tahun Sukan di Terengganu 2021 hingga 2030. Yang keenam mengaktifkan semula Sukan Terengganu ataupun SUTRA. Yang ketujuh mengaktifkan semula Majlis Sukan Daerah-daerah. Yang kelapan memperkenalkan empat Anugerah Belia Baharu sempena Hari Belia Peringkat Negeri Terengganu, yang kesembilan memperkenalkan pendekatan Terengganu Negeri Kayuhan Berbasikal GATEH, yang kesepuluh menubuhkan Akademi al-Fatih, yang kesebelas mewujudkan Program ADUN Belia, yang kedua belas mewujudkan Terengganu Volunteers T-VOLT, yang ketiga belas menjayakan sambutan Bulan Sukarelawan Terengganu, yang keempat belas Program Muda Terengganu Sejahtera GMTS dan yang kelima belas melaksanakan bantuan tunai one-off RM150 kepada belia dan mahasiswa seluruh Negeri Terengganu secara bersasar.

Soalan tambahan saya yang pertama, Kerajaan Negeri telah melaksanakan Kem Impak Belia. Bilakah program tersebut berlangsung dan berapa lamakah Kem tersebut berjalan serta setakat ini berapa ramaikah peserta yang mengikuti program tersebut.

Wan Sukairi bin Wan AbdullahPAS · PNWakaf Mempelam

Terima kasih kepada Kemasik, Program Kem Impak Belia Darul Iman (KIAM) telah pun digerakkan bermula Julai 2022 yang lalu dan program ini diadakan selama empat hari tiga malam, dan telah pun berjalan sebanyak 19 siri setakat ini dengan penyertaan daripada lebih 1,171 orang peserta yang melibatkan peserta yang berumur di antara 18 hingga 25 tahun dan program yang telah pun berjalan hampir empat bulan ini telah pun mengumpulkan seramai jumlah yang telah saya nyatakan tadi, yang terdiri daripada peserta-peserta daripada 32 dua DUN, sama dengan sepuluh buah kolej berdaftar dan dua penyertaan daripada sekolah yang melibatkan sasaran pelajar pelajar-pelajar STAM dan STPM.

Soalan tambahan kedua, Negeri Terengganu terkenal dengan wira-wira basikalnya dan Terengganu alhamdulillah telah memperkenalkan pendekatan Negeri Kayuhan Basikal (GATEH), apakah pengisian yang dibuat ataupun yang dirancang oleh Kerajaan Negeri memastikan program ini dapat mencapai objektif dan sasarannya?

Wan Sukairi bin Wan AbdullahPAS · PNWakaf Mempelam

Untuk makluman Yang Berhormat, di antara pengisian jenama GATEH yang telah pun diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri, adalah yang pertamanya Projek Trek Berbasikal Teluk Ketapang, Kuala Nerus ke Kuala Ibai, Kuala Terengganu yang melibatkan kos RM4.2 juta yang telah pun berjalan beberapa bulan yang lalu dan insya Allah kita menjangkakan pada Ogos 2023 ianya akan siap dan telah pun mencapai sehingga kini 28% daripada sudut progress nya yang keduanya dengan kerjasama di antara Majlis Sukan Negeri Terengganu dengan Universiti Sultan Zainal Abidin kita telah pun membentuk Jawatankuasa untuk mereka pakaian mesra syariah yang di antara sukan yang pertama yang kita pilih adalah sukan berbasikal. Yang ketiganya pengisytiharan trek kayuhan selamat berbasikal daripada Besut sehinggalah Kemaman.

Yang keempat mercu tanda berteraskan basikal di setiap daerah yang juga termasuk dalam pelan jenama GATEH ini dan yang kelimanya penganjuran Kejohanan berbasikal yang sedang dan akan kita laksanakan di antaranya yang telah pun kita jenamakan iaitulah Program Jenama Tour GATEH di Terengganu yang baru baru telah pun diadakan pada 20 Mac hingga 25 Mac yang melibatkan 26 pasukan, dan diadakan sebanyak lima peringkat dan insya-Allah pada bulan Disember yang akan datang, akan diadakan satu lagi program iaitulah Monsun Ride, yang kita akan adakan di TIEP di Lembah Bidong dan setakat ini program program yang kita rancang untuk menjadikan Terengganu sebagai negeri kayuhan berbasikal sedang berjalan dengan baik insya-Allah, terima kasih.

Yang di-Pertua

Seterusnya saya jemput, ADUN Wanita untuk mengemukakan soalan.

Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya, soalan pertama-

Apakah tujuan penubuhan Sekretariat Kebajikan Atlet Negeri Terengganu (SUKANT) sebagaimana yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri baru-baru ini dan apakah jenis-jenis perkhidmatan yang disediakan oleh SUKANT?

Wan Sukairi bin Wan AbdullahPAS · PNWakaf Mempelam

Terima kasih Yang Berhormat ADUN Wanita. Untuk makluman Yang Berhormat dan semua Ahli-ahli Yang Berhormat di antara tujuan penubuhan SUKANT ataupun Sekretariat Kebajikan Atlet Negeri Terengganu ataupun ringkasnya SUKANT adalah untuk membantu menjaga hal ehwal kebajikan, amal dan kesejahtera para penggiat sukan di Negeri Terengganu seperti khairat kematian, bantuan bencana, perubatan, rawatan hospital, insuran PERKESO, dan juga menyelaras pelbagai sumber bantuan seperti dana perkhidmatan sokongan moral secara one-off dan yang berkala yang bersesuaian dengan keadaan semasa selepas mereka bersara ataupun yang masih aktif. Yang keduanya untuk memberikan pendidikan dan pembelajaran yang berterusan dalam bidang akademik kepada mana-mana atlet yang berminat untuk menyambung pelajaran dan juga yang aktif di dalam bidang akademik selepas daripada mereka aktif di bidang sukan untuk menjamin masa hadapan mereka selepas daripada bersara. Dan yang ketiganya mengumpul dan membentuk track and trace pangkalan data yang lengkap dan terkini berkaitan maklumat para pengiat sukan terutamanya bekas-bekas atlet Terengganu sama ada sebelum atau selepas tahun 1986 sehingga kini. Yang keempat memberikan pengiktirafan khas kepada penggiat sukan yang pernah menaikan nama negeri di peringkat persada kebangsaan mahupun antarabangsa dan yang kelima menjadi perantara di antara jabatan kerajaan, badan-badan berkanun PBT, agensi, sekretariat, syarikat dan NGO sama ada dalam Negeri Terengganu mahupun di peringkat Kerajaan Persekutuan berkaitan hal-hal kebajkan, keusahawanan, kesihatan, pendidikan dan juga yang lain-lain yang berkaitan, terima kasih.

Soalan tambahan pertama, terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah kepada pihak kerajaan yang begitu cakna dengan kebajikan para pengiat sukan Negeri Terengganu, alhamdulillah dan mohon YB perincikan kategori atlet manakah yang mendapat manfaat ini?

Wan Sukairi bin Wan AbdullahPAS · PNWakaf Mempelam

Untuk makluman Yang Berhormat, golongan atlet yang mendapat manfaat daripada sukan ini yang pertamanya semua atlet dan bekas atlet anak jati Terengganu atau berkhidmat untuk Negeri Terengganu dalam sukan utama dan Sukan Temasya di semua peringkat bermula daripada Sukan SUKMA, Kebangsaan, Asia Tenggara, Asia, Komanwel, Dunia, mahupun Olimpik dan semua atlet-atlet yang demikian perlu mendaftarkan diri untuk menjadi ahli di laman web e-sukan yang telah pun disediakan oleh sekretariat dan insya-Allah pihak sekretariat akan mengumpulkan seberapa banyak atlet-atlet, anak jati Terengganu ataupun atlet yang pernah berkhidmat untuk Negeri Terengganu untuk kita berikan kebajikan kepada mereka.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat, hari ini saya ingat saya telah beri peluang kepada semua Ahli Yang Berhormat yang tidak sempat mengemukakan soalan pada hari kelmarin, jadi saya berhasrat untuk nak tangguhkan sidang kita sementara kita sambung semula masuk semula pada pukul 11.00.

MESYUARAT DITANGGUHKAN PADA JAM 10.30 PAGI

PUKUL 11.05 PAGI

Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, pada pagi kelmarin kita telah dibentangkan Rang Enakmen Perbekalan 2023 untuk bacaan kali yang kedua dan telah mendapat sokongan. Sebelum saya meneruskan persidangan, ada beberapa pihak yang tanya saya berkait dengan pilihan raya dan juga adakah ini merupakan sidang DUN Negeri yang terakhir? Saya cuma menyebutkan dalam ucapan saya iaitu dari segi tamat tempoh lima penggal pemerintahan Kerajaan Negeri yang ada sekarang ini selama lima tahun berakhir pada bulan Jun 2023. Jadi saya tak maksudkan sebab ada pihak tanya, betul ke pilihan raya pada bulan Jun 2023, saya tak maksudkan

begitu. Cuma saya maksudkan tempoh pemerintahan saja dan pilihan raya yang akan datang di peringkat negeri ini terpulang kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dan juga perkenan daripada Tuanku Al-Sultan dan juga mungkin perbincangan dengan semua negeri-negeri lain untuk tujuan penyelarasan, diadakan secara serentak.

Okey, dalam sesi perbahasan Rang Enakmen Perbekalan 2023 ini saya akan memberi peluang kepada Ahli-ahli Yang Berhormat untuk membuat perbahasan. Sekiranya semua Ahli-ahli Yang Berhormat ingin bercakap, saya akan mengambil kiralah untuk usul dilanjutkan tempoh selepas pada pukul 5.00 petang. Jadi, bagi tidak membuang masa saya persilakan Wakil Pengkalan Berangan sebagai penyokong usul untuk memulakan perbahasan dalam tempoh selama 20 minit diikuti dengan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain selama 15 minit kecuali Ketua Pembangkang dan juga Pengerusi BBC, saya juga berhasrat untuk memberi masa selama 20 minit. Dipersilakan Yang Berhormat Wakil Pengkalan Berangan. Saya nasihatkan sajalah supaya kita direct kepada isu-isu yang kita nak bangkitkan. Sila.

Sulaiman bin SulongPAS · PNPengkalan Berangan

“Katakanlah wahai Muhammad, wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan, Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah juga yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja, adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Tuhan Yang Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu”.

(Surah Al-Imran: Ayat 26)

Alhamdulillah, segala pujian dipanjatkan kehadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang telah menjadikan saat, masa yang sangat berharga ini, menghimpunkan sekalian hamba-Nya yang diamanahkan bagi membincang dan merencana satu agenda besar, pemahaman Belanjawan Tahunan Negeri Terengganu sebagai persiapan bekerja bersama-sama dalam membangunkan ummah dan negeri ke arah Maju, Berkat, Sejahtera. Dalam masa yang sama, semoga pimpinan dan rakyat dipacu ke arah mendapat reda Ilahi dunia dan akhirat.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Yang Berusaha Ketua-ketua jabatan dan agensi, para pegawai dan kakitangan Kerajaan Negeri, tetamu, petugas media, pemerhati yang dirahmati Allah Subhanahu Wa Ta’ala sekalian.

Kerajaan Negeri Terengganu sudah hampir menamatkan penggal pertama pemerintahan di bawah Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dengan menunjukkan prestasi cemerlang, berjaya melaksanakan kesemua 20 janji Manifesto PRU-14 yang lalu. Tahniah dan syabas atas kecemerlangan dan komitmen dari semua pihak bagi menjayakan kesemua janji-janji tersebut. Tidak terkecuali ucapan tahniah juga kepada semua pegawai dan kakitangan kerajaan yang telah memberi komitmen dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada usaha murni pihak Kerajaan dalam membina masyarakat Maju, Berkat, Sejahtera yang menjadi moto kepada Kerajaan Negeri Terengganu. Tahniah dan syabas sekali lagi atas segala usaha, jasa yang dilakukan. Semoga kita semua mendapat sebaik balasan dari Tuhan Rabbul Jalil. Prestasi cemerlang yang ditunjukkan diiktiraf secara telus oleh pihak yang berautoriti apabila Ketua Audit Negara dalam laporannya telah memberi laporan tanpa teguran terhadap Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Terengganu bagi Tahun Kewangan 2021 yang telah dimateri pada 8 September 2022. Teruskan usaha dalam memastikan kewibawaan dan tahap profesionalisma pentadbiran dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Setiap dari kita akan dipersoal dan ditanya oleh Allah dengan apa yang kita lakukan dan kita penuh yakin bahawa kita telah lakukan yang terbaik dalam mengendalikan urusan rakyat dan amanah yang telah diberikan.

Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman:

“Dan ingatlah pada hari ketika Allah mengumpulkan mereka yakni pada hari kiamat kelak, dengan keadaan mereka merasai seakan-akan mereka tidak tinggal di dunia ini melainkan sekadar satu saat sahaja dari siang hari. Mereka berkenal-kenalan sesama sendiri. Sungguh rugi orang yang mendustakan pertemuan mereka dengan Allah dan mereka tidak mendapat petunjuk daripada Allah”.

(Surah Yunus: Ayat 45)

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan ini, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar di atas pembentangan Bajet yang sangat reflektif, inklusif dan mampan. Tiga teras utama yang dinyatakan, yang pertama rakyat disantuni, yang kedua ekonomi dipacu, yang ketiga Pembangunan di lestari mendasari fokus memacu Terengganu berdaya tahan. Pembentangan yang sangat berfokus dan berstrategi dalam meningkatkan kesejahteraan kehidupan rakyat keseluruhannya tanpa mengira batas sempadan, bangsa dan agama akan menjadikan aspirasi rakyat bagi melihat Kerajaan yang adil dan saksama adalah kenyataan yang tidak dapat disangkal lagi. Kejayaan Kerajaan PAS dalam membangunkan negeri walau baharu sepenggal mengambil alih tampuk pemerintahan negeri dengan sendirinya menolak stigma yang berlegar di kalangan umum bahawa parti lebai hanya layak untuk menjadi imam sembahyang sahaja. Kemelut politik dan ekonomi yang sedang melanda dunia tempiasnya juga turut sama dirasai di negeri kita perlu ditangani secara mikro bagi memastikan setiap rakyat tidak terkesan secara maksimum atas apa yang berlaku. Kadar inflasi yang dijangka meningkat dengan peningkatan permintaan berbanding penawaran perlu ditangani dengan penuh berhemah. Usaha-usaha yang bersepadu dari semua agensi dan entiti sama ada di peringkat pusat mahupun negeri perlu digembleng dengan lebih efisien dan reflektif.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, hasrat murni Kerajaan bagi memastikan kesejahteraan rakyat dapat dipertingkatkan sangat dialukan. Pembentangan

Belanjawan dengan tiga teras yang menjadi dasar dan asas ke arah mewujudkan kesejahteraan rakyat dan negeri sangat tepat pada masanya. Rakyat merupakan entiti penting dan „state holder’ terbesar yang menjadi asas dan tunjang kepada pembangunan negeri mesti diberi sebaik-baik perhatian. Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman:

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yakni yang berhak menerimanya) dan menyuruh kamu apabila menjalankan hukum di antara manusia supaya kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu.

Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat

Yang Berhormat Dato’ Yang dii-Pertua, perancangan ekonomi yang berkesan perlu digerakkan ke arah mengurangkan jurang kemiskinan, mencapai guna tenaga penuh dan pertumbuhan ekonomi yang optimum. Kerajaan mesti mengurus dan memandu agar rakyat menggunakannya secara cekap dan optimum. Kesannya kemiskinan boleh diatasi dan ekonomi akan senantiasa dalam tenaga yang penuh. Pembukaan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) untuk golongan belia merupakan satu usaha yang amat disokong dan patut dilaksanakan segera. Bidang pertanian perlu dilihat secara lebih berimpak tinggi, pembinaan infrastruktur yang sesuai dan berdaya saing perlu dilaksanakan seperti penyediaan tapak pertanian baharu yang lebih sofistikated sesuai dengan perkembangan teknologi semasa, dalam masa yang sama memandangkan kebanyakan rakyat Terengganu telah mula menjadikan pertanian sebagai sumber pendapatan dan bidang pekerjaan mereka. Latih belia-belia kita yang berminat untuk terlibat dalam industri ini dengan pemudah cara oleh kerajaan dan agensi-agensi yang berkaitan. Kerajaan juga perlu melihat keperluan bagi menjadikan sektor ini bukan sekadar cukup makan dan sara diri tetapi sebagai hak pengeluaran bekalan makanan dalam negeri dan juga luar negeri. Kerajaan perlu memastikan inisiatif dan keperluan ini dapat dipenuhi. Saya juga menggesa agar Kerajaan Negeri juga berperanan melalui agensi atau anak syarikat Kerajaan dalam memastikan rantaian sumber bekalan makanan kepada rakyat dapat dipertingkatkan. Kemelut yang ditimbulkan oleh kapitalis dan korporat-korporat besar sehingga menimbulkan krisis makanan

seperti minyak, ayam, telur dan seumpamanya mesti ditangani secara bijaksana oleh Kerajaan.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,

Program Pemerkasaan Ekonomi Rakyat perlu digembeling dan diperkasakan sepenuhnya. Pemberian pencen rakyat dengan peruntukkan sebanyak RM15 juta bagi manfaat 25,000 penerima adalah bukti kerajaan mengiktiraf jasa mereka dalam memaju dan membangunkan ekonomi setempat serta negeri. Kalangan mereka adalah terdiri daripada pekerja buruh, petani, penternak, nelayan, bekerja sendiri dan lain-lain lagi. Sebagaimana kerajaan menyediakan infra yang cukup bagi penjawat awam, mereka yang bekerja sendiri juga perlu disantuni sebaiknya. Besar jasa mereka kepada rantaian keperluan masyarakat madani. Andai petani tidak bercucuk tanam mungkin krisis bekalan beras lebih kritikal. Andai nelayan tidak turun ke laut mana mungkin kita akan menikmati hidangan ikan yang lazat. Andai penternak berhenti memelihara mungkin ketika itu baru kita menyedari betapa perlunya mereka. Mereka semua adalah tenaga penting di bawah Teras Satu Rakyat Disantuni.

Pembinaan infrastruktur besar perlu dilaksanakan oleh Kerajaan tetapi sebagai Kerajaan yang prihatin dan berjiwa rakyat adalah dicadangkan juga perbanyakkan juga pembinaan infra-infra kecil seperti pembinaan bangsal penyimpanan bot, jeti pendaratan ikan untuk kumpulan-kumpulan kecil, mesin penarik bot dan lain-lain keperluan yang melibatkan kumpulan-kumpulan kecil yang perlu diadakan secara gotong-royong. Dalam erti kata, bahan binaan diberi oleh pihak kerajaan dan kaedah membinanya secara gotong-royong.

Kaedah gotong-royong juga menjadikan hubungan mereka lebih akrab dalam dan sesuatu pembinaan itu lebih dihargai kerana mereka terlibat sama dalam menjayakannya. Dalam pembinaan tersebut ada peluh dan kudrat mereka, nampak kecil tapi inilah namanya Rakyat Disantuni. Insya-Allah, produktiviti penghasilan akan bertambah.

Untuk Yang Berhormat yang membangkitkan kelmarin bahawa ikan Terengganu lebih mahal dari Kuala Lumpur telah dijawab secara fakta oleh Yang Berhormat Jabi dalam posting terbaharu di page beliau, boleh rujuk di sana. Kalau nak murah lagi mari Ngecang kita guna tagline ikan segar, harga murah. Insya-Allah.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,

Pewartaan padang ragut di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara adalah langkah proaktif Kerajaan dalam memastikan sumber makanan hijau kepada haiwan ternakan terjamin. Persoalannya, adakah padang-padang ragut rakyat yang diwartakan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh penternak? Saya suka untuk mencadangkan supaya Kerajaan melihat dengan lebih serius isu berkenaan. Proses pewartaan perlu seiring dengan cadangan pembinaan infra asas yang membolehkan setiap padang ragut rakyat dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Insya-Allah, rakyat Terengganu rajin dan pandai berusaha jika kena dengan gayanya. Di kesempatan ini saya mengucapkan selamat bekerja kepada team pertanian yang mendapat peruntukan sebanyak RM29.18 juta. Faham tu, fokus mula terarah kepada pertanian.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, di bawah Teras yang Ketiga, Pembangunan Dilestari mewakili Yang Berhormat-yang berhormat semua merakamkan ucapan terima kasih di atas penambahan peruntukan sebanyak RM32 juta bagi pelaksanan projek-projek kecil peringkat DUN. Insya-Allah, kami akan memanfaatkan untuk pembangunan infrastruktur, kemudahan awam dan sosio-ekonomi setempat. Pada masa yang sama Kerajaan juga perlu melihat dengan serius pembinaan infrastruktur-infrastruktur asas di rancangan tanah berkelompok yang baru diluluskan. Mereka memperolehi lot tapak rumah. Memang mereka berazam dan bercita-cita untuk membina sesegera mungkin kediaman idaman, baiti jannati. Hasrat mereka sedikit terbantut apabila berada di lokasi. Kepada Allah kami berdoa dan berserah semoga Kerajaan tidak mudah menyerah kalah.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, pemasangan paip sesalur air terawat daripada Loji Kepong II ke dua tangki utama Marang yang dijangka siap pada bulan April 2023. Kami sangat mengharapkan sambutan Aidilfitri nanti akan bertambah ceria dengan bekalan air terawat yang mencukupi. Persoalan saya, apakah rancangan jangka panjang untuk mengatasi masalah bekalan air bersih di Daerah Marang? Bagi pihak warga Marang, kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan dan kami bangga dengan usaha itu. Begitu juga cadangan pembinaan Loji Marang yang akan dimulakan selepas daripada ini. Terima kasih Kerajaan dan juga pegawai kerajaan serta semua yang terlibat dalam memastikan bekalan air bersih Daerah Marang dapat diatasi. Di kesempatan yang sangat berharga ini juga,

saya selaku Yang Dipertua PIBG Imtiaz Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Marang dan juga warga Imtiaz Marang, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas peruntukan awal RM6 juta yang telah diberikan bagi pembinaan Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Marang. Khabaran yang sudah sekian lama dinanti dan ditunggu oleh warga Pengkalan Berangan dan Marang, terbinanya sebuah pusat pendidikan bagi merealisasikan hasrat dan aspirasi pendidikan yang lebih cemerlang.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, mengambil peluang yang sangat berharga ini, saya mengajak semua kita yang berada dalam Dewan yang mulia ini, memanjatkan setinggi rasa syukur yang tidak terhingga di atas kurniaan yang telah diberikan oleh Allah kepada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kerana telah berjaya menang di kesemua lapan kerusi parlimen dalam Pilihan Raya Umum yang ke 15. Dan tidak lupa ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Dato’ Dr Haji Alias Abd Razak yang telah memenangi kerusi Parlimen Kuala Nerus dengan majoriti yang sangat membanggakan. Terima kasih dan tidak lupa juga terima kasih dan tahniah kepada pengundi muda yang telah membuat pilihan yang bijak dan tepat dalam Pilihan Raya Umum yang ke 15. Terima kasih kepada semua atas kejayaan cemerlang yang jelas menunjukkan bagaimana rakyat yang telah dengan bijaksana membuat keputusan tepat menolak semua pakatan-pakatan lain dan memilih PAS dan Perikatan Nasional secara konsensus pada pilihan raya umum yang baru saja berlalu. Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman:

Bertanyalah (wahai Muhammad): Adakah di antara makhluk-makhluk yang kamu sekutukan dengan Tuhan itu, sesiapa yang memberi petunjuk kepada kebenaran? Katakanlah: Allah jualah yang memberi hidayah petunjuk kepada kebenaran; (kalau sudah demikian) maka adakah yang dapat memberi hidayah petunjuk kepada kebenaran itu, lebih berhak dituruti ataupun yang tidak dapat memberi sebarang petunjuk melainkan sesudah ia diberi hidayah petunjuk? Maka apakah alasan sikap kamu itu? Bagaimana kamu sanggup mengambil keputusan (dengan perkara yang salah, yang tidak dapat diterima oleh akal)?

(Surah Yunus ayat 35)

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, N20 Pengkalan Sejahtera mohon menyokong. Sekian,

Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Wakil Pengkalan Berangan yang telah menggunakan masa dengan sebaik-baiknya bahkan sebenarnya beliau masih ada masa sedikit lagi. Seterusnya saya nak buka perbahasan ini kepada mana-mana Ahli Yang Berhormat-Yang Berhormat. Sila Wakil daripada Hulu Besut, 15 minit.

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar tiada, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, para Belia-belia, pemerhati di Dewan dan juga mungkin di luar Dewan.

Syukur kepada Allah kerana dapat bersama pada pagi ini dan terima kasih juga saya kepada Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk berbahas Bajet 2023 pada pagi ini. Sebelum saya masuk ke nak sentuh bajet 2023, saya juga nak menyentuh sedikit berkaitan dengan keputusan Pilihan Raya baru-baru ini, Pilihan Raya yang ke 15. Apapun saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada calon-calon daripada Parti Pas kerana telah menang 8 kerusi di Terengganu. Dalam masa yang sama juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu kerana tidak membubar serentak dengan PRU 15. Kalau bubar serentak harus 40-0, harus saya pun tak leh duk cakap sini dah hari ni. Itulah terima kasih saya kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana tidak membubar serentak dengan PRU-15 baru ini. Dia tidak bubar serentak mungkin kerana dia takut banjir, kalau nak tumpu kepada pembangunan negeri dan macam-macam lagi. Saya harap tidak berapa lama lagi, Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan bubar dan kita akan bertemu semula pada PRN pulak. Kalau bubar awal lagi bagus, kalau bubar lewat pun lagi baik. Insya-Allah.

Yang di-Pertua

Hak mana se Yang Berhormat? Nak awal sikit ke nak lewat sikit?

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Baik dengan bagus tu lebih kurang. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, kalau kita lihat kepada keputusan Pilihan Raya yang baru ini, sebelum saya masuk hal bajet ini, satu pengajaran yang saya dapat katakan berkaitan dengan keputusan Pilihan Raya baru ni Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Parti PAS telah berjaya menarik sokongan orang muda. Orang-orang muda memang suka PAS dan BN tidak berjaya menarik sokongan orang muda, yang pertama. Yang kedua, PAS PN berjaya merancang sehingga menang seluruh di Terengganu tetapi rancangan Allah lebih bijak dan bijaksana. Sebab itulah, walaupun PAS bersorak bila PRU diumumkan UMNO senyum kerana sesiapa sahaja yang ingin menubuhkan Kerajaan mesti berbaik dengan BN. Pada saya, saya kata dari segi berkat tu, berkat jugak BN, betul tak? Kalau tak berkat, PN ke sapa ke kata BN ni rasuah, BN ni macam-macam dimomokkan oleh sama ada PN ke oleh sapa-sapa yang bertanding lawan BN ni, dimomokkan akhirnya dia berjaya menukar persepsi pengundi-pengundi terutamanya pengundi muda betul-betul BN ni perasuah, perompak.

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, nak minta. Bukan persepsi, kes mahkamah. Bukan persepsi. Jangan sedap cakap gitu…

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Biar saya habis dulu.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Duduklah dulu. Tak bersalah lagi.

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Bukan persepsi mu.

Masuk jail dah Yang Berhormat.

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Masuk jail, masuk jail doh. Bukan persepsi mung

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Kalau salah, masuk jail betul doh.

Yang di-Pertua

Bertenang, bertenang, bertenang

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Saya nak katakan bahawa dari segi pembinaan orang muda ini untuk masa depan kita ni, orang muda perlu kita bina dengan nilai murni. Sebelum ini pun saya sentuh, untuk kita jadikan negara kita negeri kita ni lebih baik, orang muda kita mesti terapkan dengan nilai-nilai murni. Barulah insya-Allah, negeri kita, negara kita akan dilahirkan dengan generasi yang lebih baik. Tetapi pada Pilihan Raya baru ni kita lihat PAN ke termasuk PAS ke berjaya mempengaruhi pemikiran orang muda untuk menerima momokan mereka yang tidak.

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Bukan mempengaruhi, dia tengok kenyataan. Deme jangan wat pelik gitu.

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Nanti saya bercakap dulu. Walhalnya PAS pun kalau kita tengok nak kata dia bersih, tak bersih. PAS yang mengajar anak-anak muda juga, merasuah anak-anak muda untuk undi mereka. Kita boleh tengok video-video, ni saya nak tunjuk.

Yang di-Pertua

Masa Yang Berhormat untuk perbahasan Bajet nanti tergendala juga ni.

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Sekejap. Saya nak tunjuk video ini sangat penting kerana ini soal anak muda, soal pembinaan generasi orang muda di Terengganu. Jadi saya kena tunjuk bahawa PAS ini telah mengotorkan pemikiran anak muda Negeri Terengganu mengundi PAS kerana PAS ini merasuah orang-orang muda.

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Temung dok lagi?

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Temung… ni dia (sambil memainkan video di telefon bimbit).

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Hor..

Bagi duit. Orang muda dibayar Wallahi, undi PAS aku bagi ke mung RM200 ini.

Yang di-Pertua

Okey Yang Berhormat. Teruskan, teruskan dengan soalan…

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

dan di Gong Mak Som di Besut. Tok Imam di Gong Mak Som bawa duit tengah malam, jumpa salah seorang orang kuat UMNO, dia tersalah bokali, kalau nak pitih RM300, ambil pitih, esok undi PAS. Malam Pilihan Raya bergerak. PAS yang dilihat bersih, kaki perasuah. Untuk pengetahuan orang-orang belia, untuk orang-orang muda kerana momokan inilah orang muda terpengaruh. Momokan PAN, momokan PAS menyebabkan orang muda mengatakan BN ini perasuah, BN ini perompak, walhalnya PAS ini kaki pemberi rasuah untuk dapat undi. Minta maaf Yang di-Pertua, saya sebut ini…

Saya cadang.. minta laluan sikit. Minta laluan, saya cadang Hulu Besut buat report polis.

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Lepas ini kita report.

Okey, terima kasih.

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Dalam ini ada SPR. saya harap SPR menyiasat video yang saya perdengarkan tadi betul ke tidak daripada PAS…

Yang di-Pertua

Okey.

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Setahu saya YB kenal orang yang bagi duit ini.

Yang di-Pertua

Teruskan Yang Berhormat. Masa tidak banyak.

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Ini dia.

Sebab itu pada saya, orang-orang muda perlu melihat ini suatu perkara yang perlu mereka tolak kerana telah menanam nilai-nilai tidak murni kepada orang muda di Terengganu dan satu lagi yang orang muda kena faham juga. Kerajaan PN yang dipimpin oleh Tan Sri Muhyuddin belanja duit negara hampir RM600 ribu juta. RM600 bilion. Ke mana duit itu pergi? Apa yang dia buat dengan RM600 bilion ini? Nak kata buat keretapi, tidak pun. Nak kata buat bangunan tertinggi di Malaysia pun, tidak ada pun. RM600 ribu juta dibelanja semasa Tan Sri Muhyuddin menjadi Perdana Menteri Malaysia. Ke mana duit itu pergi?

Minta laluan sekali.

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Sebab itu di kesempatan Dewan Yang Mulia ini, oleh kerana..

Dato’ Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Hulu Besut, minta laluan sekejap. Boleh minta laluan sekejap?

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Nanti dulu, lepas ini saya beri, saya nak bercakap…

Dato’ Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Ahli Parlimen nak bercakap…

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Saya nak supaya di Dewan Yang Mulia ini, saya menggunakan Dewan Yang Mulia ini, SPR, SPRM, sorry. SPRM menyiasat ke mana perginya belanja RM600 ribu juta? Bukan RM60 juta. Bukan RM2.6 bilion. RM600 ribu juta. RM600 bilion dibelanjakan duit rakyat semasa dia menjadi Kerajaan.

Boleh dok beri saya laluan sekali.

Sulaiman bin SulongPAS · PNPengkalan Berangan

Hulu Besut, minta laluan sekali…

Yang di-Pertua

Yang Berhormat, diorang minta laluan…

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Jadi tidak hairanlah…

Yang di-Pertua

Ha?

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

kalau masa PRU-15 baru ini Tok imam PAS kampung boleh bawa pitih sejabir tawar pitih…

Sulaiman bin SulongPAS · PNPengkalan Berangan

Yang berhormat, minta laluan sekali, Yang Berhormat.

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Mung kalau nak undi PN, boleh ambil RM300.

Sulaiman bin SulongPAS · PNPengkalan Berangan

Yang berhormat, minta laluan sekali.

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Tidak hairanlah saya tunjuk sakni video…

Haji Mohd Nor bin HamzahPAS · GSBukit Payung

Minta laluan sekali.

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Wallahi pakoh PN...

Sulaiman bin SulongPAS · PNPengkalan Berangan

Minta laluan sekali.

Laluan sekali Yang Berhormat…

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

bui RM300 atau RM400…

Sulaiman bin SulongPAS · PNPengkalan Berangan

Yang Berhormat buat laporan SPRM ah…

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

bukan saya soal…

laluan sekali. Tepoh minta dulu.

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

ini soal peranan nilai-nilai yang tidak baik untuk orang muda di Terengganu.

Laluan sekali…

Haji Mohd Nor bin HamzahPAS · GSBukit Payung

Laluan sekali. Laluan sekali. Laluan sekali.

(Dewan bising dengan suara sampuk-menyampuk)

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

masa saya ada empat minit lagi Yang di-Pertua. Yang di-Pertua.

Dato’ Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Laluan sekali

Yang di-Pertua

Dok jadi Yang Berhormat.

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Yang di-Pertua, saya minta semua duduk. Saya nak cakap. Masa saya ada empat minit lagi.

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Yang di-Pertua, saya minta Yang di-Pertua tegur. Saya ada masa empat minit. Kalau Yang di-Pertua nak tambah masa saya beri. Kalau Yang di-Pertua nak bagi saya masa, saya beri.

Yang di-Pertua

Teruskan. Teruskan.

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Dato’ Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Hulu Besut, patut jadi Ahli Parlimen, tapi sayang tak menang Hulu Besut nak buat macam mana.

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Saya ucap tahniah dah yang menang tadi tapi kemenangan yang dimenangi oleh parti PAS tadi…

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Lapan kosong. Lapan kosong.

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

kerana merasuah pengundi-pengundi…

Haji Mohd Nor bin HamzahPAS · GSBukit Payung

Minta laluan sekali.

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

…merasuah sebab tu menang lapan kosong.

Haji Mohd Nor bin HamzahPAS · GSBukit Payung

Minta laluan sekali. Minta laluan

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Maaf Yang di-Pertua, bagi ke dok Yang di-Pertua?

Yang di-Pertua

Saya memang minta perbahasan ini profesional. Bagilah ruang.

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Dok, kalau Yang di-Pertua bagi tambah masa, saya beri. Kalau toksei saya nak teruskan.

Yang di-Pertua

Boleh. Boleh sikit-sikit.

Setuju.

Setuju tambah. Setuju tambah masa.

Yang di-Pertua

Ha, sila. Sila.

Lepas Bukit Payung bagi ke kita pula.

Haji Mohd Nor bin HamzahPAS · GSBukit Payung

Yang pertama saya mohon, nampak hebat Hulu Besut hari ini. Minta dia sebut di luar Dewan, mudah sikit nak berlawan. Dia arah SPRM dalam ini, SPRM ambil secara umum hok dia tuduh je, jadi mudah sikit orang hok dia tuduh tu, boleh juga saman dia. Jadi minta kalau berani sungguh, Hulu Besut sebut luar Dewan kekgi, biar media ambil nama hok dia sebut sorang-sorang, siapa hok dia tuduh. Tengok kekgi keluar. Dia sebut sorang-sorang biar jelas. Sebut dalam ini, dia selamat tapi hok luar je orang dakwa. Minta dia buat di luar secara jelas sebut nama sorang-sorang siapa hok terlibat itu.

Yang di-Pertua

Okey YB Tepoh. Kita sekaligus. YB Tepoh, silakan.

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua…

Haji Hanafiah bin MatPAS · PNCukai

Dato’ Yang di-Pertua…

Yang di-Pertua

YB Tepoh dulu.

Saya tertarik dengan apa yang disebut oleh Hulu Besut berkenaan dengan perbelanjaan RM600 bilion di bawah Tan Sri Muhyiddin. Cuma saya hairan macam tidak baca apa yang ditulis oleh Dato’ Seri Ismail Sabri, bekas Perdana Menteri yang mengulas

tentang RM600 bilion ini. Ada baca ke dok? Ke dok caye ke dia tu sebagai Perdana Menteri daripada BN?

Yang di-Pertua

Okey, sila Yang Berhormat.

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Terima kasih Yang di-Pertua. Saya baca dan lepas ini kita akan sebut lepas Dewan tapi dalam Dewan ini saya perlu royak dulu. Betuk ke dok? Masa Yang Berhormat Yang di-Pertua bagitahu, saya sebut kemenangan PAS baru-baru ini kerana PAS telah mendidik anak-anak muda Terengganu, cara-cara merasuahkan. Maknanya, menanam nilai-nilai tidak murni kepada anak-anak Terengganu, itu point sayanya. Bukan saya kata kerana saya kalah kerana ini tapi saya nak royak, saya nak beritahu, saya nak kabo dalam Dewan ini, PAS telah menyebabkan nilai-nilai murni yang sepatutnya orang Islam ini benda ini tidak boleh buat, kita buat tapi PAS tidak kira ke Islam, tak kira ke gapo pun, menanam nilai-nilai yang tidak baik…

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

UMNO, UMNO dok rajin buat ke gitu?

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

…kepada remaja, orang muda di Terengganu merasuah kepada orang Terengganu untuk undi PAS. Itu yang saya kata tu

Haji Hanafiah bin MatPAS · PNCukai

Dok betul kalau kata Islam suruh buat gitu…

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Tunjuk! Tunjuk! Wat mari video…

Haji Hanafiah bin MatPAS · PNCukai

Ayat dok betul tu.

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Mana ada video UMNO itu…

Haji Hanafiah bin MatPAS · PNCukai

dok eh, hok tu…

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Tunjuk hok mana ada video UMNO…

Haji Hanafiah bin MatPAS · PNCukai

hok tu tak apalah.

Tapi kata Islam lagu tu tu dok betul. Saya minta tarik balik…

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Ni jelas video PAS Wallahi undi PAS bui 300, Wallahi undi PAS boleh RM400…

Haji Hanafiah bin MatPAS · PNCukai

tu hok lain tu. tapi kena kata… ayat tu dok betul.

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Saya nak tanya…

Haji Hanafiah bin MatPAS · PNCukai

Tanya ah molek…

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Saya nak tanya YB Cukai, tu rasuah ke tak gitu?

Haji Hanafiah bin MatPAS · PNCukai

Tu bukan rasuah tu…

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Dah mende?

Haji Hanafiah bin MatPAS · PNCukai

Itu Kena tanya semulalah. Pergi tanya luar Dewan…

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Saya nak tanya YB Cukai, wang rasuah ke dok gini eh? Rasuah ke dok?

Haji Hanafiah bin MatPAS · PNCukai

Pergi tanya luar Dewan itu. Wat report luor dewan or..

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Kalau undi PAS, wallahi saya undi PAS bui RM300…

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Kalau kena ke dia dok rasuah. Kalau kena ke orang, rasuah.

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

video tu ambil mana tu?

Haji Hanafiah bin MatPAS · PNCukai

Takut UMNO hok buat

Hulu Besut tadi kata…

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua mute speaker sambil ketawa.

(Kedengaran suara tanpa visual menyampuk)

Yang di-Pertua

(Ketawa). Dah. Minta Dewan bertenang. Minta Dewan bertenang. Kita… Yang Berhormat semua, sila duduk. Sila duduk b belaka. Sila duduk.

(Dewan masih bising)

Yang di-Pertua

Dah, sila duduk. Sila duduk.

Sila duduk belaka. Kita bagi selesai molek. Okey Yang Berhormat, Yang Berhormat nak jawab ke tidak yang dia tanya tadi?

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Yang Berhormat tutup speaker saya tadi.

Dah tadi Hulu Besut tadi kata baca, menda apa baca tadi cuba sebut apa yang dibaca?

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

saya nak ulang sekali lagi, YB Cukai, hok saya tunjuk video tadi Wallahi saya…

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Hulu Besut, Hulu Besut dok baca. Dok baca-baca.

Minta bawa luar dewan hok ni…

Yang di-Pertua

mute speaker

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Orang tanya dok berapa nak jawab, hok dia tanya nak suruh orang jawab.

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

kita nak tunjuk video hok lain pula.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

orang tanya ning, jawablah dulu.

Yang di-Pertua

Yang Berhormat, duduk, duduk, duduk.

Haji Mohd Nor bin HamzahPAS · GSBukit Payung

UMNO cawangan Padang Pulut…

Yang di-Pertua

Saya bagi masa Yang Berhormat dua minit lagi.

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Haji Mohd Nor bin HamzahPAS · GSBukit Payung

UMNO Padang Pulut ni.

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Saya nak cakap hal Bajet pun dokdang lagi ni. Tuan Yang di-Pertua bagi saya masa dua minit lagi ni.

Haji Mohd Nor bin HamzahPAS · GSBukit Payung

UMNO Cawangan Padang Pulut ni (sambil tunjuk video)

Yang di-Pertua

Takpe, Yang Berhormat nanti…

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Mana UMNO Padang Pulut? Dok napok ke ada bendera bulat ke bendera dacing ini?

Haji Mohd Nor bin HamzahPAS · GSBukit Payung

Ni, Padang Pulut ini…

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

ada bendera bulat, ada bendera bulat ini…

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Padang Pulut guane, PAS ning.

Haji Mohd Nor bin HamzahPAS · GSBukit Payung

bendera PAS lain..

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Dato’ Yang di-Pertua…

Haji Mohd Nor bin HamzahPAS · GSBukit Payung

Padang Pulut ning…

(Dewan masih bising)

Yang di-Pertua

(Mute)

Yang di-Pertua

Okey, untuk berlaku adil…

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Dato’ Yang di-Pertua, saya nak tutup…

Yang di-Pertua

video-video yang ada itu kita tengok belaka dan Yang Berhormat kena sahut cabaran dia itu…

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Ya, saya sahut.

Yang di-Pertua

Okey, untuk berlaku adil.

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Dato’ Yang di-Pertua, saya nok tutup doh ni.

Yang di-Pertua

Kita tengok blake video-video hok ada tu kita tengok belaka.

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Dok, saya nok tutup doh, saya nok tutup.

Yang di-Pertua

Yang Berhormat kena sahut cabaran tadi tu dulu.

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Saya sahut, saya nok tutup doh ni.

Yang di-Pertua

Yang Berhormat di luar pada Dewan, kena sebut.

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Dato’ Yang di-Pertua, saya nok tutup doh ni.

Haji Mohd Nor bin HamzahPAS · GSBukit Payung

Dato’ Yang di-Pertua, orang lain nok dengor ni.

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Duduk ah, saya nok tutup doh ni.

Haji Mohd Nor bin HamzahPAS · GSBukit Payung

Buka ea.

Yang di-Pertua

Takpe-takpe, [mute semua sekali]

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Dato’ Yang di-Pertua, saya nok tutup ni.

Haji Mohd Nor bin HamzahPAS · GSBukit Payung

(Buka video)

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Ambik toh.

Yang di-Pertua

[Ketawa]

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Hok tu bukan video bagi duit, hok ni video Wallahi undi PAS kawe beri demo RM300. YB Chukai, betul dok rasuah ke? YB Chukai betul dok tu rasuah? Ko satu pengajaran Islam ko guano tu?

Yang di-Pertua

Dakpe-dakpe lepas ni kita tukar video, kita pakat-pakat tukar video lepas ni.

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Ok, akhir sekali Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, kerana masa dah lebih ingin saya mengucapkan terima kasih dan orang-orang muda semua, remaja semua bolehlah saya simpulkan, PAS ni keno lah ke dia takpe, kena lah kokrea ye berat ye tea kokre, gitulah. Itu sahaja, sekian.

Haji Hanafiah bin MatPAS · PNCukai

Kesimpulan yang tidak amat membetulkan.

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Patut 8-0. [ketawa]

Yang di-Pertua

Okey, boleh kita bertenang? Boleh ah? Okey, takpe-takpe saya nak pergi secara teratur. Saya jemput siapa lagi Yang Berhormat nak bercakap? Ni semua nak bercakap belaka ni dok? Semua nak bercakap, saya nak sambung masa ni. Sila, siapa yang nak bercakap seterusnya. Okey, YB Batu Buruk sila.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, barisan EXCO, Ahli-ahli Yang Berhormat, Pengarah-pengarah jabatan dan agensi, Pegawai-pegawai Kerajaan, seluruh muslimin muslimat, hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah Subhanahu Wa Ta’ala sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah, kerana hari ini kita dapat meneruskan Sidang DUN Bajet. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah membentangkan bajet yang terkandung di dalamnya tiga teras dan pelbagai insentif yang boleh saya simpulkan sebagai satu bajet yang komprehensif dan inklusif. Walaupun kita berdepan dengan pelbagai cabaran sama ada dalam konteks politik nasional mahupun politik internasional. Kalau kita lihat kepada tajuk Belanjawan 2023, Memacu Terengganu Berdaya Tahan menunjukkan kepada kita dengan memberi satu bayangan bahawa kita akan berdepan dengan cabaran-cabaran yang sangat besar pada tahun 2023 dan daripada bajet yang telah dibentangkan menunjukkan kepada kita bahawa persiapan rapi Kerajaan Negeri untuk menghadapi cabaran-cabaran tersebut dengan mengetengahkan satu bajet yang merangkumi semua aspek, khususnya aspek memberikan kebajikan-kebajikan kepada rakyat dalam mendepani kemungkinan krisis ekonomi yang sudah tentu akan memberi kesan kepada rakyat khususnya daripada kalangan fakir miskin dan mereka yang hidup dalam kesusahan.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, dalam ruang ini saya ingin menyentuh beberapa perkara. Yang pertama sekali, pemerkasaan pelaksanaan syariah. Saya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri khususnya di bawah Yang Berhormat Paka yang mengetuai EXCO Agama yang telah meneruskan dan memperkasakan agenda pelaksanaan syariah bagi Negeri Terengganu. Semalam, saya bertanyakan satu soalan berkait dengan persiapan Kerajaan Negeri jika sekiranya RUU 355 dibentangkan dalam Parlimen. Walaupun keadaan Kerajaan Pusat yang masih lagi tidak menentu, tetapi apa yang penting daripada jawapan yang telah diberikan, menunjukkan kepada kita bagaimana kesiapsiagaan Kerajaan Negeri untuk memperkasakan pelaksanaan syariah jika sekiranya RUU 355

dibentang dan diluluskan. Ini adalah tanggungjawab Kerajaan Negeri dibawah pimpinan PAS yang meletakkan perjuangan Islam sebagai satu dasar, PAS bukan sahaja memperjuangkan Islam secara retorik tetapi kita berusaha untuk melaksanakan mengikut kadar kemampuan yang kita ada. Dalam konteks bidang kuasa Kerajaan Negeri dan dalam konteks kuasa yang kita ada di peringkat persekutuan, kerana ia adalah suatu kewajipan yang diamanahkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala kepada setiap kerajaan yang memerintah. Allah Ta’ala berfirman;

“Orang-orang yang kami berikan kepada mereka pemerintahan di atas muka bumi ini, mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran dan bagi Allah akibat segala urusan”.

Para Ulama menyatakan bahawa yang dimaksudkan dengan ialah kuasa pemerintahan. Apabila PAS diberikan kuasa memerintah Negeri Terengganu kita terus berusaha memperkasakan apa yang telah menjadi teras kepada Kerajaan Negeri Terengganu sama ada Undang-Undang Tubuh „Itqan Al-Muluk Bi Ta’Dil As-Suluk’ dan juga diperkasakan lagi dengan meletakkan asas dan teras Kerajaan Negeri bertunjangkan kepada al-Quran, as-Sunnah, Ijmak dan Qiyas. Apa yang berlaku ini adalah satu terjemahan untuk kita berdepan dengan cabaran-cabaran yang bakal berlaku. Saya suka untuk menyentuh disini kebimbangan kita dengan trend yang berlaku di seluruh pelusuk dunia, keruntuhan akhlak dan moral khususnya budaya LGBT yang hari ini bukan lagi satu budaya yang diwar-war dan dimasyhurkan oleh orang-orang yang tertentu bahkan dijadikan dasar kepada negara-negara di seluruh pelusuk dunia. Mana-mana negara, mana-mana parti, mana-mana pertubuhan, mana-mana individu yang menghalang, yang mencegah, yang menghina LGBT ini maka akan dikutuk. Jadi kita sangat bimbang dengan kerajaan baru persekutuan pada hari ini ke arah manakah hala tuju negara yang akan dibawa. Dengan petanda-petanda yang kita lihat mereka sangat mesra dengan LGBT. Kita lihat negara-negara yang berjiran dengan kita sebagai contoh negara Singapura yang baru sahaja memberikan satu galakan dengan usaha untuk membatalkan Seksyen 377A yang meletakkan satu hukuman ke atas pelaku LGBT ini. Jadi dengan langkah-langkah yang diambil ini

insya-Allah Negeri Terengganu akan menjadi satu benteng kepada budaya keji dan jelek ini yang melanda seluruh dunia Islam. Kalau dahulu Negeri Terengganu menjadi benteng apabila penjajah menjajah negara-negara umat Islam di Tanah Melayu secara khususnya apabila Sultan Zainal Abidin III meluluskan „Itqan Al-Muluk Bi Ta’Dil As-Suluk’ insya-Allah dengan pemerkasaan pelaksanaan syariah di Negeri Terengganu ini akan menjadi benteng kepada umat Islam di dalam negara kita insya-Allah.

Yang kedua apa yang saya ingin sentuhkan juga ialah saya tertarik dengan pelbagai insentif yang telah dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam Ucapan Bajetnya semalam antaranya ialah berkait dengan anak muda, belia dari sudut pemerkasaan ekonomi, pelaburan dan lain-lain lagi. Apa yang menarik untuk saya kongsikan di sini ialah berkait dengan pemerkasaan sektor pembuatan ataupun industri.

Kita Negeri Terengganu masyhur dengan Negeri Pelancongan. Kita mengambil pelajaran daripada pandemik COVID-19 apabila kita bergantung kepada sektor pelancongan, pelancong-pelancong tak dapat datang ke negeri kita maka rakyat terkesan. Oleh kerana itulah kita perlu memberi perhatian juga kepada sektor pembuatan dan industri dengan pemerhatian yang lebih. Kalau kita tengok sejarah Negeri Terengganu sangat masyhur dengan produk-produk yang terkenal di seluruh negara seperti batik, alat-alat daripada tembaga dan lain-lain lagi di zaman dahulu. Maka sektor pembuatan dan industri ini saya cadangkan supaya perlu diberikan perhatian yang lebih walaupun sudah ada di sini antara ialah Tabung Usahawan Terengganu Sejahtera (TUGAS) sebanyak 10 juta setahun dan saya cadangkan supaya ia ditingkatkan lagi pada masa-masa akan datang Insya-Allah.

Yang terakhir apa yang saya nak sentuhkan disini saya suka juga untuk menarik perhatian Dewan tentang PRU-15 yang baru sahaja berlangsung. Walaupun tadi suasana agak panas sedikit. Kadang-kadang kita keliru, Wakil Hulu Besut tadi Wakil Barisan Nasional ataupun Wakil Pakatan Harapan. Apa yang menarik kepada kita ialah Pilihan Raya ke-15 baru ini menunjukkan kepada kita kematangan politik demokrasi pilihan raya dalam negara kita. Saya kira buat pertama kali dalam sejarah moden negara kita, rakyat warganegara yang layak untuk mengundi, mereka boleh mengundi dengan bebas. Tidak ada tekanan. Tidak ada politik ugut-mengugut. Ini satu trend yang sangat menarik oleh kerana itulah terjemahan pengundi-pengundi baru ini adalah terjemahan yang sebenar. Saya bacakan di sini beberapa data dan fakta yang telah dibuat oleh beberapa pengkaji. Antaranya ialah

54% daripada kalangan bumi melayu bumiputera memberikan undi mereka kepada Perikatan Nasional. 30% kepada Barisan Nasional, Pakatan Harapan 11%. Pengundi-pengundi muda kepada Perikatan Nasional sebanyak 53%, Barisan Nasional sebanyak 29%, Pakatan Harapan sebanyak 18%. Disini saya ingin mengucapkan tahniah kepada pengundi-pengundi muda. Umur 18 tahun ke atas mereka adalah generasi akan menentukan hala tuju negara kita. Mereka telah membuat satu keputusan yang betul dan tepat. Walaupun kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang tetapi kita perlu lihat secara positif. Justeru saya melihat langkah Kerajaan Negeri antaranya ialah memberi penekanan kepada pendidikan. Di sini kita lihat penambahbaikan infra sekolah-sekolah seperti SRIDI, SMIDI dan lain-lain lagi. Skim-skim, Tabung Siswa Pelajar, pemberian bantuan kepada pelajar-pelajar adalah satu tindakan proaktif untuk kita menyantuni anak muda dengan memberikan pendidikan politik kepada mereka. Kita sangat bimbang dengan perkembangan yang berlaku, justeru tindakan-tindakan yang adalah satu satu tindakan-tindakan yang betul dan tepat. Antaranya ialah seperti program Al-Fateh untuk kita mendidik anak muda dengan politik yang betul dan tepat supaya mereka membuat keputusan yang betul dan tepat. Pilihan raya umum yang lepas juga menunjukkan kepada kita kematangan politik yang sangat luar biasa dalam negara kita. Syabas diucapkan kepada penjawat awam. Kalau tadi disentuh tentang anak muda, penjawat awam, anggota-anggota keselamatan mereka boleh mengundi dengan bebas. 90% daripada undi awal berpihak kepada Perikatan Nasional. Begitu juga penjawat awam sebagai contoh Parlimen Putrajaya 90% lebih pengundi daripada kalangan penjawat awam memberi undi mereka kepada Perikatan Nasional. Ini menunjukkan kepada kita bahawa rakyat kita sudah matang jadi tidak perlu kita merendahkan intelektual rakyat kita kononnya menolak parti itu kerana ini kerana itu dan seumpamanya. Rakyat pada hari ini mereka mendapat maklumat yang betul dan tepat. Maklumat di tangan masing-masing. Oleh kerana itulah kita tidak bercakap kosong. Bila kita kata, kita kena tolak parti yang penuh dengan kes-kes rasuah kerana ia adalah fakta. Bukan cakap kosong, ada yang sudah dihukum dipenjarakan. Ada yang masih lagi dalam proses untuk dibicarakan. Jadi ini bukan cakap kosong bukan persepsi, ini fakta sebab itulah rakyat yang membuat keputusan dalam pilihan raya baru ini kita tidak boleh menjatuhkan intelektual mereka. Mereka telah membuat keputusan yang betul dan tepat untuk memilih parti yang betul-betul melaksanakan tanggungjawab dan amanah memimpin negara kita. Sekali lagi saya ucap syabas kepada seluruh pengundi khususnya anak muda yang telah membuat satu keputusan yang betul dan tepat dalam PRU

baru-baru ini. Akhirnya saya nak sentuh satu isu sebab bila bercakap tentang pilihan raya selalu disebut tentang isu perkauman. Kononnya PAS bermain isu perkauman.

Kita perlu beza di antara sayang kepada kaum dan perkauman. Perkauman adalah satu perkara negatif. Yang disebut oleh Nabi iaitu kamu menolong kaum kamu melakukan kezaliman. Kalau kaum kita buat rasuah, kalau kaum kita mencuri merompak kita tidak boleh menolong mereka. Ini perkauman tapi apa yang diperjuangkan oleh PAS ialah sayang kepada kaum. Kita sangat bimbang dengan Kerajaan Baru Persekutuan pada hari ini yang masih lagi tidak jelas hala tujunya ke mana dalam keadaan DAP mendominasi 40 kerusi dalam keadaan 73 kerusi yang dimiliki oleh Pakatan Harapan, 52 daripadanya daripada kalangan orang bukan Islam. Kita tidak tahu kemanakah hala tuju negara kita akan dibawa sebab itulah PAS sentiasa menegaskan kita perlu mempertahankan teras-teras politik dalam negara kita. Kepimpinan Islam Melayu. Raja-raja mestilah dijaga hak mereka. Dalam masa yang sama hak Melayu Bumiputera, Bahasa Melayu ini teras-teras yang mesti kita pertahankan. Kita sayang kepada kaum kita kerana kita mahu negara kita ini dipimpin oleh kaum Melayu Islam Bumiputera majoriti bukan bermakna kita mendiskriminasi kaum dan bangsa lain. Di Terengganu 97% orang Melayu Islam tidak ada pun orang bukan Islam yang dizalimi dan ditindas. Di Kelantan pun sama, di Kedah pun sama. Jadi politik seperti ini kita akan hadap dalam lima tahun yang akan datang apa yang penting kita perlu menambah maklumat memberi pendidikan khususnya kepada golongan muda untuk mendepani cabaran-cabaran yang bakal berlaku dalam negara kita dalam tempoh masa yang akan datang. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Batu Buruk menyokong Bajet yang dibentangkan. Sekian dulu.

Yang di-Pertua

Terima kasih Wakil Batu Buruk. Sila, ada Ahli Yang Berhormat yang lain hendak bercakap. Sila Wakil Bandar.

Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat, barisan EXCO, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, para pegawai, pemerhati, tetamu yang dirahmati dan dikasihi sekalian. Alhamdulillah pertama-pertamanya kita bersyukur kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua yang beri ruang kepada saya untuk sama-sama mengambil kesempatan membahas Bajet 2023 yang bertema “Memacu Terengganu Berdaya Tahan”.

Dato’ Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas pembentangan Bajet 2023 yang jelas menggambarkan kesungguhan pihak Kerajaan untuk terus memacu Negeri Terengganu ke arah yang lebih baik dan mencapai kejayaan yang lebih besar. Bajet ini boleh disifatkan benar-benar menyelami dan memahami keperluan rakyat. Justeru itu saya ingin mengucap tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan barisan EXCO yang telah bekerja keras dengan begitu tekun dan penuh dedikasi di dalam mentadbir urus negeri Terengganu sehingga telah meletakkan Negeri Terengganu dengan KDNK pada kedudukan ke-3 pada 2021 berbanding tempat ke-9 pada 2020 dan ke-11 pada tahun 2019 dan juga ke-13 pada 2018. Sepuluh tempat berganjak. Semua sektor ekonomi Terengganu merekodkan pertumbuhan positif. Jumlah pelaburan kita meningkat daripada tahun 2019 sejumlah 0.86 billion kepada 2.95 billion pada 2020, meningkat tiga kali ganda dan seterusnya mencatat keputusan yang memuaskan pada 2021 dengan 3.87 billion, empat kali ganda. Ini semua adalah bukti bahawa Kerajaan Negeri Terengganu yang dipimpin oleh PAS berjaya dan mampu untuk mentadbir urus negeri ke arah yang lebih baik. Ini juga ditunjukkan dengan kadar pengangguran yang telah menurun berbanding dengan paras nasional dan juga negeri-negeri lain. Daripada kedudukan ketiga tertinggi pada 2018 kepada tempat yang ke-4 pada tahun 2019 dan sekarang pada tahun 2020 iaitu tempat yang ke-10 menjadikan Terengganu sudah jauh meninggalkan kadar pengangguran yang tinggi.

Dato Yang di-Pertua, daripada pembentangan Bajet 2023 ini juga kita dapat melihat bagaimana Negeri Terengganu sedang berada di atas landasan yang betul. Merujuk kepada pencapaian-pencapaian yang telah dimaklumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Hakikat yang dialami oleh Kerajaan dan rakyat amat memeritkan ketika mana saat pandemik COVID-19. Banyak perniagaan yang terpaksa ditutup, kilang-kilang tidak dapat beroperasi dan ada yang gulung tikar. Sudah pasti rakyat hilang punca pendapatan untuk menyara diri dan keluarga. Dalam keadaan pandemik sudah pasti suasana berbeza berbanding dengan keadaan aman di mana cabaran-cabaran terlalu besar dihadapi. Banyak hikmah yang terselit dan banyak pengajaran yang boleh dijadikan iktibar daripada ujian COVID-19 ini.

Dato’ Yang di-Pertua, di bawah tajuk “Rakyat Disantuni” penangan COVID-19 ini bukan sesuatu yang mudah dan remeh. Pihak Kerajaan perlu prihatin dan fokus kepada rakyat yang memerlukan pembelaan dan bangkit semula. Justeru itu, pelbagai dana disediakan untuk membantu rakyat yang memerlukan pertolongan dan bantuan. Ini menggambarkan komitmen yang tinggi daripada pihak Kerajaan terhadap rakyat jelata. Meliputi daripada peringkat para pelajar sekolah, mahasiswa dan juga para graduan. Di antara bantuan yang diberikan Kerajaan menyediakan bantuan sebanyak RM300.00 melalui Skim Graduan Sejahtera kepada graduan yang layak mengikuti latihan pembangunan kerjaya. Ibu tunggal, OKU juga mendapat bantuan one-off sebanyak RM200.00. Pengawal keselamatan, imam dan bilal, petani, nelayan, penternak juga tersenarai di dalam mereka yang dibela oleh pihak Kerajaan melalui dana-dana yang telah disebutkan. Semua bantuan ini diberi kepada penerima-penerima yang layak tanpa mengira apa sahaja pegangan politik. Tanpa mengira apa sahaja pegangan politik, bangsa, kepercayaan dan agama. Dato’ Yang di-Pertua, inilah semangat dan roh yang kita bina dalam Kerajaan PAS yang kita ambil alih daripada tahun 2018. Kita tidak pernah membezakan mereka bahkan kita santuni mereka semua. Barangkali di antara punca 8 telur atau pun 8 biji itu hasil daripada kesejahteraan yang rakyat rasa akibat daripada Kerajaan “Maju Berkat Sejahtera” yang sungguh-sungguh melaksanakan amanahnya.

Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang terus memperuntukkan dana sebanyak RM2 juta untuk Tunas Usahawan sebagai bantuan modal bernilai RM3000.00 sehingga RM

5000.00 kepada para belia yang serius mahu menjalankan perniagaan. Dalam masa yang sama, saya juga ingin mencadangkan bantuan modal ini boleh ditingkatkan lagi sehingga kepada RM10,000 mengikut kesesuaian perniagaan yang diceburi. Dato’ Yang di-Pertua, begitu juga bantuan bentuk tunai yang bernilai antara RM500.00 sehingga RM1000.00 juga boleh ditingkatkan sehingga kepada RM2000.00 mengikut kesesuaian peralatan yang hendak digunakan bagi membantu perniagaan usahawan kecil ini.

Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar ada menyatakan bahawa Terengganu tersenarai antara negeri paling ramai menerima kunjungan pelancong sehingga mencecah 1.14 juta. Melihat kepada perkembangan yang amat positif ini saya ingin mencadangkan pihak Kerajaan meneroka pelbagai jenis pelancongan yang boleh menjana pendapatan kepada rakyat dan juga Kerajaan. Selain daripada pulau-pulau yang cantik dengan pantai yang sangat indah, kita perlu juga lebih agresif dalam menerokai pelancongan yang mendedahkan sejarah kegemilangan Negeri Terengganu seperti madrasah-madrasah, pondok-pondok dan kesan peninggalan tokoh-tokoh besar negeri, para ulama dan pejuang-pejuang tanah air. Selain dari ianya boleh menjana pendapatan kepada negeri dan rakyat tetapi dalam masa yang sama juga boleh mendidik masyarakat dan rakyat kita tentang jati diri bangsa, tentang jati diri bangsa Melayu, yang Islam pegangan dan perjuangan mereka. Bagaimana mereka yang terdahulu sanggup berkorban walaupun dengan menaruh taruhan nyawa mereka sendiri demi mempertahankan tanah air.

Dato’ Yang di-Pertua, saya amat menyokong segala usaha Kerajaan dengan menyediakan pelbagai dana dan bantuan-bantuan kepada para peniaga sama ada yang lama dan juga yang baru memulakan perniagaan mereka. Semoga rezeki mereka meningkat daripada hari ke hari. Dalam masa yang sama, kita juga mestilah memberi penumpuan agar rezeki yang mereka kais itu adalah berpunca daripada rezeki yang halal. Justeru itu, saya mengambil kesempatan dalam Dewan yang mulai ini untuk memohon daripada pihak Kerajaan khususnya melalui Jabatan Agama Islam dan juga jabatan yang berkaitan untuk sentiasa memantau para peniaga kita agar sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan Negeri khususnya, kerana di sana terdapat segelintir peniaga yang tidak bertanggungjawab. Yang lelaki muslim masih meneruskan perniagaan mereka, melakukan aktiviti jual beli pada hari Jumaat ketika mana azan dilaungkan dan Imam sedang membaca khutbah Jumaat. Mereka yang berniaga ini tanpa segan

silu terus berjual-beli sedangkan kewajipan mereka ketika itu hendaklah bersama umat Islam yang lain, berada di masjid untuk mendengar khutbah dan mendirikan Solat Jumaat. Saya juga mengambil kesempatan ini juga walaupun bulan Ramadhan dalam tiga, empat bulan lagi, turut untuk menyatakan betapa pentingnya penguatkuasaan daripada pihak berkuasa untuk memastikan tiada peniaga restoran-restoran ataupun kedai makan yang menyediakan makanan pagi dan juga tengahari kepada golongan yang tidak berpuasa di kalangan orang-orang lelaki muslim yang tidak mempunyai uzur syarie. Saya pohon tindakan yang tegas daripada pihak berkuasa untuk memastikan peraturan ini dapat dilaksanakan.

Dato’ Yang di-Pertua, saya juga ingin mengambil peluang di sini, menyentuh tentang isu politik. Betapa anak muda hari ini sepertimana yang disebut oleh Yang Berhormat Batu Buruk, tidak boleh lagi dipandang remeh.

Mereka mempunyai pemikiran, mereka mempunyai akademik yang boleh mereka berfikir, manakah pihak yang sepatutnya mereka pilih untuk menerajui negara kita. Syabas anak muda semua yang telah memilih parti ataupun gabungan yang benar-benar mempunyai prinsip yang menjaga tentang ketuanan Melayu dan Islam di dalam negara ini. Mudah-mudahan Allah SWT menjaga dan merahmati kita semua. Sebelum saya mengakhiri ucapan, saya ingin sedikit menyampaikan pantun.

Ambil air di dalam telaga, Untuk basuhan kain pelikat, Bukan niaga sebarang niaga, Agar dapat rezeki yang berkat.

Seruan azan mendayu-dayu, Memanggil jamaah untuk bersolat, Sungguh rugi hidupmu temanku, Panggilan solat tidak berjawab.

Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga, Hancur badan dikandung tanah, Prinsip perjuangan tetap dijaga.

Ular lidi telan buaya, Anak berudu makan haruan,

Hidup di dunia jangan terhina, Membela agama itulah tujuan.

Dengan itu,

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Yang di-Pertua, nak tanya satu boleh?

Bandar mewakili

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Yang Berhormat Dato’ di-Pertua, saya nak tanya satu. Ada ke ular lidi telan buaya?

Yang di-Pertua

Apa dia?

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Ular lidi telan buaya, ada?

Ular besar, buaya kecik.

Okey, saya dengan ini menyokong Pembentangan Bajet oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar 2023.

Yang di-Pertua

Terima kasih Wakil Batu Buruk. Saya buka lagi untuk Ahli Berhormat terlibat dalam perbahasan. Sila, Wakil Buluh Gading.

Haji Ridzuan bin HashimPAS · PNBuluh Gading

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, para Pegawai Pemerhati, muslimin muslimat, hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian.

Terima kasih kepada Yang berhormat Dato’ Yang di-Pertua yang telah memberikan peluang dan laluan kepada saya untuk mengambil bahagian bagi membahaskan Belanjawan 2023 yang telah disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar pada pagi kelmarin. Belanjawan yang bertemakan „Memacu Terengganu Berdaya Tahan’ ini saya sifatkan begitu komprehensif khususnya dalam menyantuni seluruh lapisan rakyat bermula dari anak kecil yang baru dilahirkan sehinggalah golongan warga emas. Syabas dan tahniah saya ucapkan. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, dalam banyak perkara yang disentuh, ada satu perkara yang khusus berkaitan kawasan DUN Buluh Gading iaitu pembangunan Dataran Teluk Pasu sebagaimana yang disebut pada muka surat 37, perenggan ke 113. Oleh itu, saya ingin mengambil kesempatan di sini bagi pihak warga DUN Buluh Gading khususnya rakyat di Kampung Teluk Pasu dan sekitarnya untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar atas kesediaan memperuntukkan RM1 juta bagi tujuan pembangunan Dataran Teluk Pasu Fasa Pertama dari dua fasa ke semuanya termasuk proses pembangunan medan selera, pembinaan jeti dan lain-lain. Untuk makluman Dewan, projek ini terletak bersebelahan dengan Taman Rekreasi Teluk Pasu yang telah siap dibina setelah diumumkan peruntukan awam sebanyak RM200 ribu oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar sendiri ketika membuat lawatan ke kawasan tersebut sempena dengan Program „MB Mari Kampung Kite’ pada 13 Mac 2019 yang lalu. Semoga dengan pembangunan keseluruhan kawasan tersebut yang terdiri daripada taman rekreasi, kawasan dataran dan medan selera yang terletak di tepi Sungai Terengganu yang lengkap dengan jeti yang akan dibina dan ditambah nilai dengan pemandangan indah, menarik dan unik itu. Ia bakal menjadi ikon baru dalam kawasan DUN Buluh Gading khususnya di Kampung Teluk Pasu dan secara tidak langsung akan menjadi destinasi pilihan pengunjung dari dalam atau luar daerah dan negeri sama ada melalui jalan darat ataupun melalui jalan sungai. Sekaligus, akan merancakkan lagi aktiviti ekonomi penduduk setempat di samping mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan juga silaturahim sesama komuniti, insya-Allah.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, dalam Ucapan Bajet muka surat 31, Perenggan 94 dan 95 ada menyebut peruntukan RM4.5 juta untuk melaksanakan program-program galakan pelancongan. Antaranya ialah penganjuran aktiviti air di sepanjang Sungai Terengganu. Sehubungan itu, di sini saya ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri dapat menghidupkan kembali program, pertandingan atau kejohanan perahu panjang atau perahu naga yang pernah diadakan sebelum ini sekitar tahun 80-an sepanjang tahun setiap tahun sempena Sambutan Hari Kebangsaan dengan diangkat sebagai program tahunan anjuran Kerajaan Negeri sendiri. Berdasarkan kepada beberapa penganjuran yang diadakan sebelum ini yang dianjurkan oleh kelab-kelab perahu panjang dengan kerjasama JPKK setempat khususnya di Sungai Nerus yang berukuran panjang 70 kilometer itu, ia mendapat sambutan yang begitu menggalakkan walaupun dengan infra dan prasarana yang sangat terbatas. Terakhir, yang dianjurkan di Sungai Nerus ialah Kejohanan Perahu Naga Beautiful Terengganu 2022 anjuran Persatuan Perahu Naga Terengganu dan kerjasama Kelab Rekreasi Perahu Laju (KT-KEPAL) pada 29 hingga 30 Julai 2022 yang lalu di Kampung Buluh Gading. Ia melibatkan penyertaan 24 pasukan termasuk 350 peserta dari luar Terengganu iaitu dari Kedah, Putrajaya, Perak, Melaka, Perlis, Kuala Lumpur dan juga Pulau Pinang. Saya yakin dan percaya jika penganjuran program kejohanan seumpama ini dimasukkan dalam jadual tahunan pelancongan negeri, ia akan merancakkan lagi industri pelancongan Negeri Terengganu ini pada masa hadapan, insya-Allah.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, di kesempatan ini saya juga nak sebut sedikit berkaitan dengan PPAT iaitu Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu yang merupakan agensi utama yang menyokong usaha untuk menjadikan Terengganu sebagai Negeri Anjung Ilmu. Ada tiga perkara Yang Berhormat Dato’ di-Pertua, untuk diambil perhatian oleh Kerajaan Negeri. Yang pertama, berkait dengan infrastruktur dan prasarana yang kondusif. Kemudahan infrastruktur dan prasarana yang kondusif sangat berperanan dalam memastikan perkhidmatan perpustakaan untuk terus kekal relevan dalam kehidupan. Oleh itu, bagi memastikan ianya dapat dicapai, bangunan-bangunan perpustakaan negeri dan daerah serta perpustakaan-perpustakaan desa yang lama dan uzur terutamanya yang telah melebihi 20 tahun perlu diselenggara dan dibaiki serta diberi nafas baru bagi memastikan komuniti setempat sentiasa berminat untuk ke perpustakaan yang menyediakan suasana yang lebih segar dan kondusif seterusnya dapat menarik minat lebih ramai masyarakat untuk ke perpustakaan. Yang kedua, penggantian bas-bas perpustakaan bergerak. Perkhidmatan bas bergerak pada

waktu ini masih menerima permintaan yang sangat tinggi di kalangan pelajar sekolah dan juga komuniti setempat terutama di taman-taman perumahan. Pada ketika ini, PPAT hanya mempunyai empat buah bas bergerak yang mana hanya dua buah masih boleh beroperasi dan dua buah lagi kerap mengalami kerosakan sehingga melibatkan kos penyelenggaran yang agak tinggi, lain-lain telah dilupuskan memandangkan telah tidak ekonomik untuk beroperasi.

Untuk makluman Dewan, Keputusan Mesyuarat MMKN Negeri Terengganu Kali Ke-36 Tahun 2014 telah meluluskan penggantian bas-bas perpustakaan bergerak bagi PPAT bermula tahun 2015 hingga tahun 2020 sebanyak 13 buah bas bergerak baharu bagi perpustakaan negeri dan juga untuk setiap daerah di Negeri Terengganu. Walau bagaimanapun, sehingga kini PPAT hanya menerima tiga buah bas iaitu dua buah pada tahun 2015 dan yang terakhir diterima ialah sebuah pada tahun 2016. Oleh itu, saya amat berharap pihak Kerajaan dapat meneliti semula perkara ini dan dapat mempertimbangkan semula untuk pemberian bas-bas baharu kepada PPAT sebagaimana kelulusan yang telah diberikan terdahulu bagi memastikan perkhidmatan bas-bas bergerak dapat dijalankan semula ke seluruh daerah dan juga perkampungan orang asli di Negeri Terengganu. Yang ketiga, kemudahan komputer yang terkini dan menyeluruh di PPAT. PPAT memerlukan peruntukan bagi memastikan komputer-komputer yang sudah out of date yang perlu diganti dengan yang baharu dan terkini untuk disesuaikan mengikut keperluan semasa. Pada ketika ini, kebanyakan komputer-komputer yang ada telah rosak dan melebihi 10 tahun penggunaan. Ini membantutkan usaha PPAT untuk memberikan perkhidmatan yang lebih terkini dan serba canggih pada masa kini khususnya kepada rakyat dan lebih khusus lagi kepada generasi muda pada hari ini.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, di kesempatan yang sangat terbatas ini, saya ingin membawa satu aduan rakyat daripada banyak aduan sebenarnya yang sebahagiannya telah saya bangkitkan dalam beberapa Sidang DUN sebelum ini seperti isu haiwan ternakan dan babi yang berkeliaran yang sehingga hari ini kelihatan belum ada penyelesaian yang tuntas dan berkesan, isu penyelenggaraan tali air dan lain-lain. Aduan yang saya maksudkan pada kali ini ialah berkaitan pemasangan tiang dan lampu elektrik jalan raya iaitu lampu awam di kawasan-kawasan gelap yang boleh membahayakan pengguna jalan raya. Tambah pula dengan masalah lembu dan kerbau yang berkeliaran yang tidak dapat dilihat

dengan jelas kerana gelap sehingga berlakunya kemalangan yang kadang-kadang mengakibatkan kehilangan nyawa orang yang tersayang.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, berdasarkan jawapan yang diberi oleh Kerajaan kepada Soalan Bertulis saya sempena Sidang DUN pada 25 hingga 26 Julai 2022 yang lepas berkaitan dengan permohonan lampu awam dan bilangan lampu selesai yang telah diambil tindakan di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.

Bermula daripada Jun 2018 hingga Jun 2022, daripada jawapan yang diberi untuk makluman Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dan Dewan yang mulia ini daripada Jun 2018 hingga Jun 2022, permohonan daripada 12 DUN di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Kuala Terengganu berjumlah 1582, tetapi daripada jumlah itu, hanya 276 sahaja yang berjaya diselesaikan. Saya sendiri bangkitkan isu ini dan sentiasa berjumpa, berbincang dengan Yang Berbahagia Dato’ Bandar bagi menyelesaikan aduan rakyat untuk kesejahteraan hidup mereka, tetapi jawapan yang kita terima ialah masalah peruntukan yang tidak mencukupi. Oleh kerana itu, saya memohon dan sangat mengharapkan agar kerajaan memandang serius isu rakyat yang saya bangkitkan ini dengan menyediakan peruntukan secukupnya bagi menjamin kesejahteraan hidup rakyat, sesuai dengan moto dan halatuju Kerajaan Negeri iaitu Negeri yang Maju, Berkat dan Sejahtera. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, oleh kerana masa tidak mengizinkan, saya berhenti di sini dahulu, Terima kasih atas peluang yang diberi. Buluh Gading mohon menyokong.

Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Wakil Buluh Gading. Saya nak persilakan seorang lagi sebelum kita menangguhkan persidangan. Sila. Wakil… tak ingat kejap, lama nak cakap.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat ahli EXCO, Yang Berhormat, Ketua Jabatan, pemerhati yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah

saya bersyukur kepada Allah Ta’ala kerana diberi peluang untuk berucap pada kali ini. Yang pertamanya, saya turut sama mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar Terengganu yang telah membentangkan Bajet, apa yang dinamakan program menyantun rakyat. Bagi saya, saya mengirakannya sebagai program membeli jiwa rakyat, kerana kalau kita masih ingat suatu ketika dahulu, Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah mempersendakan, mempertikaikan semasa 2018, kita membelanjakan kira-kira RM80 juta untuk dana membantu rakyat. Tetapi akhirnya Alhamdulillah atas kesedaran dan desakan kita semua Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada tahun lepas telah menyediakan peruntukan sebanyak RM20 juta untuk pelbagai i, i-Fitri, i-Mahasiswa dan sebagainya. Akhirnya ditambah kepada RM56 juta. Rakyat mendapat faedah. Alhamdulillah, syukur kepada Allah Ta’ala. Dan pada kali ini, nampaknya Kerajaan Terengganu lebih bermesra dengan rakyat. Kalau kira-kira tadi, yang saya dapat kira, jumlah yang diberi secara tidak langsung kepada rakyat sebanyak RM140,930,000.00. Ini tak termasuk yang tidak disenaraikan secara jelas iaitu seperti pap smear, mamogram dan lain lagi yang saya jangka mungkin mencecah hampir RM160,000,000.00. Tahniah Terengganu yang dapat menyantuni rakyat, membeli jiwa rakyat sempena Pilihan Raya Negeri yang akan datang, sama ada dibuat sebelum hari raya atau selepas hari raya. Tetapi apa pun, rakyat mendapat faedahnya. Terima kasih kepada Kerajaan PAS yang begitu prihatin kepada rakyat ketika ini walaupun selama ini tidak melaksanakannya.

Di samping itu Dato’ Yang di-Pertua, saya juga memohon sama-sama kita berdoa mudah-mudahan Allah merahmati kita sebagai pemimpin bagi menjalankan tugas dan tanggungjawab sebaik mungkin dan kita berdoa supaya kedua ibu bapa kita dirahmati, diampunkan dosa-dosa mereka.

Dan saya sedar bahawa saya juga melihat bagaimana Pilihan Raya yang lalu, kepingan-kepingan agung masuk ke kampung-kampung. Tetapi rakyat tengok agungnya, semua sembah, semua mengikut kata agung, kerana wang ringgit telah bertaburan di mana-mana, sama ada nafikan atau tidak, itu terpulang kepada kita. Tapi itu hakikat yang berlaku Yang di-Pertua, dan saya yakin sesungguhnya kita manusia yang lemah. Kita tahu bahawa PAS juga banyak menerima dana-dana daripada balak, pasir, projek-projek dan sebagainya, termasuk dana daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa PKP dulu dan sebagainya. Apapun, kita berdoa sebagai insan yang lemah, walaupun kita kadangkala menyebut nama-nama Allah Maha Suci, ayat-ayat suci al-Quran dan sebagainya tetapi walaupun kita berjubah, berserban, berjanggut dan sebagainya, tetapi kita insan yang lemah. Ada

kelemahan sendiri walaupun kita kata orang menyebut nama Allah ini, tetapi kita terpana dengan wang ringgit dan jawatan dan sebagainya. Apapun, kita berdoa mudah-mudahan Allah menghapuskan dosa kita itu dan kita berharap tidak akan berlaku sengketa antara kita. Dan kita percaya bahawa apa yang kita lakukan ini terbaik demi masa depan anak bangsa kita. Walaupun kita tak mengaku dengan apa jua alasan, tetapi wang diberikan kepada anak muda yang tak tahu apa-apa ini. Kepada anak muda yang menerima wang ini dan merasa bagi mereka bukan rasuah, tetapi sebagai ganjaran mengundi parti-parti berkenaan, tetapi kita berdoa mudah-mudahan Allah merahmati golongan muda ini supaya mereka tidak melaksanakan, melakukan perkara yang sama di masa yang akan datang, Dato’ Yang di-Pertua.

Justeru itu, saya juga mengharapkan bahawa kita sama-samalah memikirkan masa depan bangsa kita dan kita melahirkan insan-insan yang menerima dan memberi rasuah kerana dosanya adalah sama. Justeru itu, kita berharap supaya dosa kita diampunkan.

Kita sama-sama menghayatinya dan kita percaya bahawa kita perlu memindanya. Dan sebab itulah kepada agensi-agensi yang bertanggungjawab bersama polis, SPRM, SPR, mereka diberi kuasa untuk menilai berdasarkan dokumen, berdasarkan tik-tok, apa jua berlaku, kerana kita ini ibarat, harapkan pegar, pegar makan padi. Saya ingin perbetulkan Dato’ Yang di-Pertua, selama ini kita salah diberi ajaran oleh guru-guru kita dengan peribahasa arab, harapkan pagar, pagar makan padi. Itu tak betul, Dato’ Yang di-Pertua. Saya harap kita perbetulkan, kerana kalau budak cerdik tanya kita, cikgu macam mana pagar nak makan padi cikgu? Pagar dibuat dari kayu, besi, batu, plastik dan macam-macam. Macam mana pagar nak makan padi? Tapi perkataan yang sebenarnya ialah harapkan pegar, pegar makan padi. Pegar adalah sejenis burung Dato’ Yang di-Pertua, yang ditugaskan untuk menyelamatkan sawah, yang akan mengejar burung-burung yang makan padi, dan juga tikus-tikus yang makan padi. Tetapi burung pegar ini makan padi yang kita tanam. Itu sebabnya, perkataan betulnya ialah harapkan pegar, pegar makan padi, bukannya pagar, pagar makan padi. Ini perlu diperbetulkan oleh guru sekolah dan sebagainya. Di samping itu, sekali lagi saya merayu kepada agensi berkenaan, seperti yang saya sebut dulu, apa yang berlaku kepada usaha kita buat topeng muka, dan juga balakan saya meminta SPRM mengambil tindakan yang

sewajarnya, dan saya bersedia untuk menjadi saksi kemukakan dokumen, bukti dan sebagainya, kerana seperti yang saya kata tadi, jangan harapkan pegar, pegar makan padi, Dato’ Yang di-Pertua. Sekali lagi saya berdoa mudah-mudahan Allah merahmati kita, supaya kita tidak mengulangi perkara yang sama semasa Pilihan Raya Negeri yang akan datang sama ada sebelum hari raya ataupun selepas hari raya. Jangan jadikan alasan i-Fitri i-apa akhirnya i-Pilihanraya, Dato’ Yang di-Pertua. Sekali lagi saya mohon Allah mengampuni dosa-dosa kita, apa yang telah kita lakukan, kita insan yang lemah.

Sekian.

Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.

Haji Hanafiah bin MatPAS · PNCukai

Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih banyak kepada sahabat saya ADUN Kijal yang memberi banyak nasihat pada hari ini. Saya harap kita menjadi manusia yang sempurna lagi menyempurnakan. Terima kasih kawanku.

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Dato’ Yang di-Pertua, saya nak tanya Yang Berhormat Kijal. Saya dengar takdi kalau…

Yang di-Pertua

Habis dah ork?

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Hah?

Satu je.

Habis dah… Orang tanya masa orang tengah cakap. Yang Berhormat Kijal baca talkin dah tadi. Habis dah.

Yang di-Pertua

Tak, tak, dia dah abis dah. Kalau nak tanya, masa dia bercakap.

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

PRN ni kalau BN menang, dia nak jadikan gaji awam ni RM900, ye nak jadi sebulan gaji, Kalau menang PRN. Saya dengar tadi la.

Menape hal pulak? Saya hairan menape hal pulak?

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

PRN ni kalau BN menang, dia nak bagi sebulan gaji. Saya tak tahu la betul ke tak betul.

Go dio lagi..

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Bukan 900 dok, sebulan gaji, kepada kakitangan awam.

Sapa bobok gitu semua dah kalah tu…

Yang di-Pertua

Terima kasih pada Yang Berhormat Wakil Kijal. Brek ngejut sangat ni. Kita duk tengah ralit dengar, masa panjang lagi. Atas sifat sebagai ketua pembangkanglah. Ataupun oleh kerana Yang Berhormat memilih untuk bercakap dalam tempoh singkat, terpulanglah pada budi bicara Yang Berhormat sekalian. Yang Berhormat sekalian, saya ingin menangguhkan persidangan kita. Kita masuk semula insya-Allah pada pukul 2.30 petang.

TANGGUH 12.50 TENGAH HARI

PUKUL 2.30 PETANG

Enakmen Perbekalan 2023Bill

Yang di-Pertua

Ahli yang berhormat sekalian, mesyuarat disambung semula, perbahasan Enakmen Perbekalan 2023 diteruskan, sebelum saya jemput mana-mana Ahli Yang Berhormat yang ingin perbahasan ini, saya nak tahu dahulu berapa ramai di kalangan kita ingin bercakap, sila angkat tangan sahaja, okey sekarang saya persilakan Yang Berhormat, mana, Yang Berhormat Ajil, sila.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, Ahli-ahli EXCO Kerajaan Negeri Terengganu, rakan-rakan Yang Berhormat dan pegawai-pegawai kerajaan, terutama sekali marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah Ta’ala dengan kesempatan masih lagu kita meneruskan agenda kita dan meneruskan ucapan pada petang yang mungkin tuan-tuan pun makan kenyang belaka dah, petang-petang ini pula ngantuk kalau tidur memang sedap ni, pun begitu saya ingin merakamkan rasa syukur ke hadrat Allah Ta’ala sebagaimana yang juga diucapkan oleh rakan-rakan kita di atas kemenangan kita, di dalam PRU yang ke 15 baru-baru ini dan yang menang hendaklah kita terus bersyukur dan jangan lupa daratan dan jangan sombong, yang tidak menang mudah-mudahan semua yang tidak menang akan terus bersabar dan jangan sampai hilang pertimbangan sebab kita sebenarnya mempunyai tuhan, kita ada tuhan, kita ada Allah untuk menjadi tempat bergantung kita walau dalam keadaan apa sekalipun, yang berlaku kepada diri kita dan juga masyarakat kita, dan terima kasih, tahniah juga kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana membentang Bajet Memacu Terengganu Berdaya Tahan. Saya rasa bajet yang sangat prihatin kepada keperluan rakyat, memenuhi semua inspirasi dan juga keperluan daripada sekecil-kecil masyarakat, sampailah kepada masyarakat warga emas dan semua kakitangan kerajaan dan juga swasta ataupun orang muda menerima kesan daripada bajet yang dibentangkan ini, dan saya menarik perhatian kesejahteraan institusi keluarga yang di peruntukan kerajaan sebanyak RM4 juta untuk menguruskan Walimatul Urus Perdana, perkhidmatan sokongan profesional dan kesihatan, psikososial dan juga kesihatan mental dan juga terima kasih kepada kerajaan yang memperuntukkan RM50,000 untuk program kesihatan mental dan perkhidmatan kaunseling ke setiap DUN di Negeri Terengganu yang merupakan satu keperluan dalam dekad baru terutamanya generasi muda yang perlu kepada perhatian yang serius tentang perkembangan sosial mereka dan selaras juga dengan Program Minda Sihat daripada Bahagian Pendidikan Kesihatan di Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menanggani situasi kemurungan di

kalangan pelajar, emosi, kebimbangan dan juga tekanan ataupun kita kata stres yang boleh menyebabkan tindakan-tindakan di luar jangka, sampai ke peringkat ingin membunuh diri di kalangan pelajar. Jadi saya menyokong dan insya-Allah kita di Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu akan terus komited bersama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, untuk bersama-sama, bersungguh-sungguh untuk membina generasi muda, generasi pelajar khususnya supaya mereka membangun dalam minda yang sihat dan sejahtera untuk menguruskan diri mereka daripada tekanan-tekanan baru terutamanya mungkin datang daripada keluarga, kawan-kawan dan juga tekanan kepada pembelajaran di sekolah, dan terima kasih juga kepada kerajaan kerana banyak memberi peruntukan yang khusus kepada generasi muda dan mungkin bukan secara kebetulan dan juga mungkin kerana takdir tuhan, takdir Allah Taala yang memberi kemenangan yang besar kepada PAS di Terengganu ini, dan sokongan melebihi 80% daripada sokongan kepada Parti Islam Se-Malaysia (PAS), datangnya daripada orang muda, dan seolah-olah sebagaimana yang kita lihat dan kita tengok seumpama sebagai satu hadiah kepada generasi muda yang memberi sokongan padu kepada kerajaan, tetapi saya menarik perhatian sidang dewan bahawa kemenangan kita baru ini bukan sekadar gelombang, bukan sekadar cetusan gelombang semata-mata, tetapi merupakan satu manifestasi ataupun hasil daripada kerja keras semua pihak, semua agensi kerajaan sama ada yang di lantik di atas kemenangan politik seperti JPKK ataupun kakitangan di Pusat Khimat Masyarakat DUN-DUN, yang ada di seluruh Terengganu. Saya melihat sahabat-sahabat kita di kampung, Pengerusi-pengerusi JPKK dan juga ahli-ahli Jawatankuasa JPKK memberi satu komitmen yang padu, memberi satu komitmen istiqamah yang kuat dalam menjalankan tugas mereka membantu masyarakat, terutama semasa musim COVID pandemik dan juga musim banjir yang berlaku. Pada musim banjir dan musim COVID saya melihat bagaimana ahli-ahli Jawatankuasa JPKK dan juga kakitangan di Pusat Khidmat Masyarakat all-out buat kerja dengan izin, habis ter orang Terengganu kata, habis ter habis reeng buat kerja tanpa mengira penat lelah dan ini menunjukkan satu suasana yang baru di mana penglibatan dan kerja buat mereka tanpa mengira politik, menyantuni semua masyarakat tanpa mengira sama ada PAS, UMNO, BERSATU ataupun mana-mana ahli politik dan keadaan ini memberi satu pemahaman baru terutamanya kepada generasi muda bahawa PAS boleh mentadbir dengan baik di Negeri Terengganu, menunjukkan satu teladan yang bagus, menyantuni semua rakyat, wakil-wakil rakyat PAS yang saya perhatikan insya-Allah dan alhamdulillah menyantuni semua pihak, sama ada politik, ahli-ahli politik ataupun penyokong-

penyokong kita ataupun bukan penyokong kita, dan ini memberi satu impak kepada pemahamnan terutamanya generasi muda yang tidak terlalu memihak kepada mana-mana parti untuk melihat perkembangan ini dengan suatu perkembangan yang menarik dan mereka telah menterjemahkan apa yang dialami, apa yang dilihat di dalam persekitaran masyarakat kita di atas kertas-kertas undi sehingga kita sendiripun tidak menjangka kemenangan yang sangat besar dan agak luar biasa dan mudah-mudahan momentum ataupun rentak ini, gelombangan ini akan terus bersemarak sebagaimana yang ada di persekitaran kita hari ini dan kita mengucapkan alhamdulillah dan tahniah juga kepada generasi muda terutamanya yang berada di luar negeri, luar Terengganu yang balik mengundi dan kebanyakan mereka memberi sokongan yang jelas bahawa kita mempunyai daya keupayaan untuk mentadbir dengan lebih baik dan insya-Allah pilihan raya negeri nanti akan terus melihat kita akan terus mentadbir Negeri Terengganu dengan beberapa program yang mungkin tidak ada sebelum ni dan program-program kita, agenda-agenda kita, sampai kepada rakyat bawahan tanpa ada halangan dan sekatan. Bagaimana wujudnya i-Rahman satu pinjaman yang mudah untuk remaja ataupun orang kita buat rumah tanpa melalui pinjaman yang ada interest bahkan ada potongan pula, pinjam RM100,000.00 mungkin bayar dalam RM75,000.00 yang konvensional yang biasa di temui dan dilalui oleh mana-mana orang, pinjam RM100,000.00 mungkin bayar balik sampai RM200,000.00 ataupun RM150,000.00 tetapi Kerajaan Negeri bermurah hati mengadakan sistem i-Rahman dalam RMM (Rumah Mampu Milik) untuk dinikmati oleh rakyat khususnya yang kurang berkemampuan. Bayaran wad kelas tiga, saya ulang balik benda ni supaya masyarakat dan diri kita menyedari bahawa walaupun Kerajaan Negeri Terengganu tidak ada melakukan pembangunan mega dari sudut pembangunan tetapi duit yang kita laburkan direct sampai kepada rakyat di bawah pelbagai projek dan juga bantuan. Kad Sejahtera ataupun bayaran wad kelas tiga yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pihak sebelum ni. Penerima-penerima, orang-orang yang bawah B40, dapat menikmati secara direct, secara terus, secara langsung, pergi ke hospital, duduk di hospital seminggu, dua minggu, sebulan, dua bulan tetapi kos wad dan rawatan ditanggung oleh Kerajaan Negeri. Tahniah kepada Kerajaan Negeri dan terima kasih juga kepada semua rakyat yang mengembalikan apa yang kita beri dalam bentuk menyokong kita untuk meneruskan insya-Allah sampai ke penggal berikutnya dan berikutnya dan berikutnya. Begitu juga tentang Pencen Rakyat..

Yang Berhormat, guane yang awal sangat ngempen, baru lepas pilihan raya.

Kempen ini supaya gelombang akan berterusan. Maknanya kalau belon, belon tak akan mengecut. Haa.. terus kembang dan gelembung sokmo tapi taklah sapa pecoh. Haa.. insya-Allah. Jangan bimbang Paka, aku bersamamu (ketawa). Dan pada Isnin baru ni. Ha, ni bercakap berkenaan dengan apa yang berlaku di dalam DUN Ajil. Antara masalah besar yang berlaku di tempat saya, ialah masalah air di Pekan Ajil yang berlarutan semenjak daripada banjir besar berlaku baru ni sampai ke sekarang. Dah lebih kurang enam bulan, tujuh bulan dan alhamdulillah pada Isnin 31 Oktober baru ni, telah kami adakan perjumpaan dengan CEO SATU, membincangkan masalah air yang berlarutan itu dan jaminan penyelesaian daripada SATU dengan kos sebanyak RM10 Juta, bajet untuk pengubahsuaian meningkatkan keupayaan di semua 28 air rawat di loji Hulu Terengganu. Cuma saya ingin menarik perhatian di sini supaya, agar dipercepatkan supaya tidak menjadi satu bahan untuk penduduk-penduduk menghentam (ketawa). Dia penduduk-penduduk ni, orang ramai biasalah, air takdok. Sepatutnya dia tembak SATU tapi dia tak tembak SATU, dia tembak saya dulu, orang yang nombor dua (ketawa). Pun begitu takpelah. Saya mengucapkan terima kasih dan tahniahlah kepada SATU yang cuba untuk memberi satu komitmen yang padu untuk menyelesaikan isu air ni. Dan satu lagi berkenaan dengan banjir di kawasan Ajil khususnya di Hulu Berang. Minta izin masa sikit lagi Tuan Yang di-Pertua. Boleh?

Yang di-Pertua

Sila, sila.

Implikasi besar kepada kejadian banjir yang selalu berlaku di kawasan Mukim Hulu Berang, yang banyak merosakkan sumber-sumber pertanian, penternakan dan juga pendidikan. Di SK Lubuk Periuk saya ambil contoh. Dan saya pernah sebut dah sekali dulu di Dewan ini, di SK Lubuk Periuk kawasan yang sangat rendah dan memang sangat tidak sesuai sekolah itu berada di situ sebab apabila banjir sekejap je, hujan sekejap je, air masuk sampai ke dalam pejabat, ke dalam kelas menyebabkan alat-alat peralatan pejabat, peralatan sekolah, pakaian-pakaian sekolah budak cepat rosak dan pelajar biasanya kalau hujan sekejapnya terpaksa balik dan pembelajaran tidak dapat diteruskan. Jadi saya mengharapkan Kerajaan membuat satu kajian yang serius dan cepat, mungkin di bawah agensi JPS dan

juga Pejabat Daerah ataupun Pejabat Hutan dan sebagainya, mungkin membuat satu kajian yang serius berkenaan dengan bagaimana untuk menangani isu ini, membuat satu tebatan banjir ke, apa ke. Jadi kita mengharapkan Kerajaan akan komited untuk membantu sekolah-sekolah yang terlibat dengan mengadakan empangan ke, apa ke ikutlah yang sesuai untuk menangani kes ini kerana apabila berlaku banjir yang selalu berlakunya empat buah sekolah akan terkesan melibatkan pendidikan, melibatkan kepentingan pelajar-pelajar di SK Betong, SK Lubuk Periuk, SK Kuor dan SK Gunung. Saya rasa memang orang Jabatan Pendidikan pun memang sangat arif dan sangat banyak berfikir untuk menangani isu ini. Jadi saya harap, perkara ini akan diberi keutamaan dalam pembangunan penebatan banjir di dalam bawah KETSA insya-Allah dan sekian saja, saya mohon menyokong Belanjawan ini.

Yang di-Pertua

Terima kasih Wakil Ajil. Saya teruskan. ADUN Wanita, sila.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, ketua-ketua jabatan, para media serta hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian, firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala dalam Surah Hud ayat ke-61.

Maksudnya: Dan kepada Samud kami utus saudara mereka Soleh. Soleh berkata: “Hai kaumku, sembahlah Allah. Sekali-kali tidak ada bagimu Tuhan selain Dia. Dia telah menciptakan kamu dari bumi dan menjadikan kamu pemakmurNya, kerana itu mohonlah keampunan dari-Nya kemudian bertaubatlah kepada-

Nya, sesungguhnya Tuhanku amat dekat rahmat-Nya bagi memperkenankan ya’ni doa hambanya”.

Selayaknya kita sebagai mukmin wajib beriman dengan ayat ini setelah Allah menjadikan kita sebagai khalifah dan menempatkan kita di bumi ini, menjadi pemakmur dan membangun serta mengambil manfaat daripadanya.

Setinggi tahniah diucapkan buat Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas pengumuman Bajet 2023 yang cukup jelas menjaga kebajikan demi kesejahteraan rakyat Negeri Terengganu. Bajet 2023 pada tahun ini yang bertemakan “Memacu Terengganu Berdaya Tahan”. Tiga teras telah digariskan menepati hasrat rakyat secara keseluruhannya. Sepintas lalu pelbagai bentuk insentif khusus kepada wanita disediakan dalam Bajet 2023 kali ini jelas menunjukkan wanita turut diberi perhatian dan keutamaan. Terima kasih saya ucapkan.

Dato’ Yang di-Pertua, saya menyambut baik program-program yang memfokuskan kepada pembangunan sahsiah remaja seperti yang telah disebut oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar semalam iaitu Generasi Islah Falah Terengganu, Fitriah Terengganu dan Generasi Muda Terengganu Sejahtera jelas menggambarkan Kerajaan kita begitu cakna dengan program pembangunan belia secara menyeluruh. Namun, apa yang menggusarkan hati apabila terdapat sesetengah anak remaja kita terjebak dengan isu sosial. Contohnya, penggunaan rokok elektrik ataupun vape (dengan izin) dalam kalangan remaja khususnya di Negeri Terengganu ini semakin hari semakin berleluasa. Saya pernah menyuarakan isu ini pada sidang yang lepas dan saya telah diberi penjelasan bahawa Pihak Berkuasa Tempatan tidak pernah meluluskan sebarang lesen kepada mana-mana perniagaan berkaitan rokok elektronik ini. Walaupun begitu, pada hari ini premis yang menjual rokok elektronik ini dilihat ini sebagai cendawan tumbuh selepas hujan. Saya juga menerima aduan daripada ibu bapa dan melihat dengan mata saya sendiri terdapat remaja kita, anak-anak kita yang berpakaian sekolah yang tanpa segan silu menghisap vape di tempat terbuka. Tidak hairanlah kalau rokok elektronik ini sudah menjadi trend anak muda kita di Terengganu kerana ianya sangat mudah didapati dan kawalan yang dibuat dilihat longgar di mata saya.

Saya ingin menarik perhatian Ahli Yang Berhormat tentang kata kunci „Generasi Baharu Bebas Asap Rokok’. Buat pengetahuan Sidang Dewan sekalian, pakar-pakar di seluruh dunia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia dalam Konvensi

Kerangka Kawalan Tembakau telah melancarkan pelan tindakan agar dunia boleh mencapai the end game dengan izin pada tahun 2030. The end game ataupun Generational End Game adalah penurunan peratusan merokok dalam kalangan penduduk sesebuah negara sehingga mencapai kurang daripada 5%. Kajian pada tahun 2016 mendapati 600,000 pengguna rokok elektrik di Malaysia dan angka ini meningkat kepada 1.1 juta pada tahun 2019. Peratusan tertinggi pengguna rokok elektronik ini melibatkan umur antara 20 hingga 24 tahun. Saya yakin jumlah ini semakin meningkat dari hari ke hari. Bagaimana kita nak mencapai the end game sekiranya industri rokok elektronik atau vape ini tidak dicabar atau tidak dibendung. Oleh itu, cadangan bersifat bold dengan izin atau berani bagi membuat larangan merokok terhadap generasi akan datang perlu disokong dan dibincangkan secara serius. Sehubungan dengan itu, isu ini perlu diberi perhatian segera oleh Pihak Berkuasa Tempatan dengan penguatkuasaan yang dilakukan secara berterusan dan tindakan tegas perlu dilaksanakan terhadap premis jualan rokok elektronik terbabit.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dan Sidang Dewan sekalian, sekali lagi saya ingin menyuarakan satu lagi isu berkait penguatkuasaan Undang-Undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan iaitu perlesenan kedai gunting rambut. Saya ingin menarik perhatian Ahli Dewan terhadap satu klausa di dalam syarat-syarat lesen kedai gunting rambut ataupun mendandan rambut yang berbunyi bahawa “kedai gunting rambut unisex tidak dibenarkan, kedai gunting rambut untuk lelaki atau barber shop dengan izin dia hendaklah diuruskan oleh lelaki sahaja dan kedai gunting ataupun pendandan rambut untuk perempuan diuruskan oleh perempuan sahaja”. Persoalannya, sejauh mana syarat-syarat ini dipatuhi? Saya mendapat aduan daripada masyarakat yang menyuarakan kebimbangan apabila terdapat percampuran lelaki dan perempuan di dalam premis gunting rambut ini. Hal ini sama juga berlaku di premis spa dan salon kecantikan diri. Saya hairan bagaimana penggiat industri dandanan rambut dan salon kecantikan ini boleh terlepas pandang isu sebesar ini. Sepatutnya industri fesyen dandanan rambut turut perlu memperhalusi tentang syarak seperti yang dinyatakan dalam syarat kelulusan lesen tersebut. Sekiranya diabaikan ianya memberi kesan dan imej negatif kepada semua pihak. Para pengusaha hendaklah tidak seharusnya hanya meletakkan orientasi keuntungan semata-mata dalam perusahaan mereka tetapi perlu mengutamakan tuntutan syarak dalam kehidupan. Saya positif sebenarnya, saya positif, perkara ini boleh di atasi sekiranya pihak berwajib mengambil tanggungjawab membuat

pemantauan terhadap premis-premis yang berkaitan agar pelaksanaan syariah terealisasi dengan baik di negeri ini, insya-Allah.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dan Sidang Dewan sekalian, saya mengambil kesempatan pada hari ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada pihak Kerajaan Negeri Terengganu kerana menunjukkan kecaknaan terhadap kesihatan wanita dengan pemberian baucer pakej berpantang dengan nilaian RM200.00 kepada 5,000 orang wanita yang layak. Selain menyediakan peruntukan RM300,000.00 bagi menjayakan Program Pemeriksaan Mammogram dan Pap Smear dengan izin kepada wanita Terengganu yang berumur 35 tahun ke atas dan berikut laporan Pegawai Perubatan daripada HSNZ dalam satu forum Kempen Kesedaran Kanser Payudara anjuran Persatuan Isteri Wakil Rakyat dan Isteri Bekas Wakil Rakyat PAS Terengganu (KHAIRUNNISA’) pada baru-baru ini, kanser payudara masih berada di tangga teratas penyebab kematian dalam kalangan wanita diikuti kanser serviks. Dan kami dapati juga melalui hasil kajian ataupun data diperolehi daripada HSNZ, kanser payudara boleh dikesan awal sebenarnya melalui ujian mammogram ini. Dan pada tahun 2021, seramai 148 orang penghidap kanser payudara dikesan di Negeri Terengganu ini tanpa melalui mammogram yang bermaksud pada tahap tiga ataupun empat. Manakala, hanya 18 orang yang dikesan pada peringkat awal melalui ujian mammogram. Kesedaran terhadap saringan kanser payudara ini dilihat meningkat pada tahun 2022.

Setakat Disember pada tahun ini di mana bilangan mereka dikesan awal meningkat kepada 23 orang, Alhamdulillah. Dan disebalik situasi ini sebenarnya masih terdapat pesakit wanita gagal membuat rawatan awal sehingga akhirnya penyakitnya berada di tahap serius. Di antara faktor yang menyumbang kepada perkara ini adalah wanita tidak berani untuk mendapatkan rawatan awal di hospital sebaliknya lebih memilih rawatan alternatif seperti bomoh, dukun dan sebagainya. Hal ini menyukarkan proses rawatan dan tidak kurang juga akhirnya menelan belanja rawatan yang lebih besar, paling tragis ianya berakhir dengan kematian. Suka saya tegaskan bahawa wanita perlu bersuara dan mengambil peluang melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala agar risiko masalah kesihatan dapat dikurangkan. Hal ini bertepatan dengan satu pernyataan daripada Dasar Wanita Terengganu iaitu setiap wanita berhak dan bertanggungjawab untuk mengambil langkah pencegahan, mengamal cara hidup yang sihat, menjalani pemeriksaan saringan kesihatan berkala dan mendapatkan rawatan yang berkaitan. Besar harapan saya agar para suami, wali, ahli keluarga, pihak majikan

dan komuniti mengambil tanggungjawab untuk memenuhi dan menyokong keperluan serta penjagaan kesihatan wanita sepanjang hayat.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dan Sidang Dewan yang dihormati Allah sekalian, dewasa ini peranan wanita jauh berbeza. Jika dulu wanita hanya mengurus rumah tangga namun kini wanita juga turut berperanan sebagai penyumbang kepada ekonomi keluarga. Menurut hasil kajian daripada tesis, 53% wanita Terengganu adalah suri rumah dan berbaki 47% lagi memilih untuk bekerja dan mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing. Penglibatan wanita dalam pelbagai sektor seperti ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, politik, kesihatan dan sebagainya telah mendedahkan wanita dengan pelbagai cabaran. Antaranya termasuklah dilema tuntutan kerja dan tanggungjawab terhadap keluarga. Hal ini akan melibatkan emosi wanita mudah terganggu seterusnya mengakibatkan mutu pekerjaan menurun. Dan satu laporan daripada akhbar Sinar Harian pada Disember 2019, satu statistik menunjukkan bahawa hampir 30-40% pekerja wanita akan berhenti kerja selepas mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak. Saya sebenarnya memandang serius isu ini. Memandangkan Negeri Terengganu telah melahirkan ramai wanita professional dalam pelbagai bidang namun berlaku pembaziran kepakaran sekiranya tidak dimanfaatkan sepenuhnya. Justeru itu, saya melihat pelancaran Dasar Wanita Terengganu tepat pada waktunya dengan penekanan dalam segmen wanita dan pekerjaan yang cukup menjaga kebajikan wanita.

Oleh itu, saya menggesa yang pertama setiap wanita berhak mendapat peluang yang adil dari segi perjawatan dan kemudahan. Yang kedua, pihak berkuasa dan majikan bertanggungjawab memberi galakan, kemudahan dan memastikan persekitaran tempat kerja adalah mesra wanita dan membolehkan wanita bekerja dalam waktu yang fleksibel. Dan yang ketiga, pihak berkuasa, badan bukan kerajaan dan komuniti setempat bertanggungjawab untuk mewujudkan dan menggerakkan kumpulan sokongan bagi membantu dan memudah cara wanita yang berhadapan dengan isu pekerjaan. Demi memastikan sumbangan wanita dalam pekerjaan ini dioptimumkan diharap isu pekerjaan ini mendapat perhatian sewajar, insya-Allah.

Dato’ Yang di-Pertua dan sidang Dewan sekalian, umum mengetahui Negeri Terengganu antara Negeri terbaik dalam pencapaian akademik dan pada bajet 2023 juga memperuntukkan satu jumlah yang besar untuk pendidikan. Agenda

pendidikan ini menjadi salah satu usaha penting bagi melahirkan modal insan yang seimbang berteraskan aspek Islam. Namun dalam kita mengecapi kejayaan, jangan kita lupa terdapat anak-anak pelajar kita yang tercicir dalam pembelajaran. Jika diamati data daripada Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, disebutkan bahawa faktor utama berlakunya keciciran ini adalah disebabkan isu kemiskinan keluarga. Ada juga pelajar kita yang mencari pekerjaan untuk menyara diri sendiri dan keluarga. Ada juga kes disebabkan murid tidak minat belajar, hilang minat untuk belajar dan ada juga yang dibuang sekolah disebabkan masalah disiplin serta ketidakhadiran ke sekolah dalam tempoh yang panjang.

Saya secara peribadi, secara peribadinya sejak kebelakangan ini saya kerap menerima aduan tentang anak-anak kita yang tercicir dalam pelajaran dan membuat keputusan untuk berhenti sekolah di usia yang sangat muda dan bagi saya, kegusaran ini saya utarakan dengan harapan pelajar yang tercicir itu dibantu sehingga dapat menyambung kembali pelajaran yang tergendala. Bukan sekadar selesai hanya dengan membuat laporan semata-mata. Bahasa mudahnya bantu sampai suk, sampai berjaya bermula dengan menyediakan kelengkapan untuk menyambung persekolahan sehinggalah menghantar semula anak-anak ini ke sekolah dan pemantauan yang berterusan perlu dilakukan kepada para pelajar tersebut. Sentiasa bertanya khabar dan mengetahui keadaan semasanya. Kita tidak mahu usaha ini berakhir dengan sia-sia dan permasalahan ini tidak seharusnya dibebankan kepada guru dan pihak sekolah semata-mata. Saya cukup yakin dengan kerjasama yang erat antara pihak JPKK, Pusat Khidmat Masyarakat, NGO-NGO Kebajikan dan masyarakat setempat, insya-Allah mampu menyelesaikan isu ini dengan baik. Ingatlah bahawa Rasulullah pernah bersabda:

Siapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah mudahkan baginya jalan menuju syurga.

Dato’ Yang di-Pertua dan sidang Dewan sekalian, sebelum saya menoktahkan perbahasan ini, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan ucapan tahniah dan apresiasi saya kepada Parti Islam Se-Malaysia dan Perikatan Nasional atas kejayaan dan pencapaian cemerlang pada Pilihan Raya yang ke 15 baru-baru ini. Ucapan penghargaan terima kasih juga buat semua rakyat khususnya wanita sama ada jauh dan dekat, tua dan muda yang memberi kepercayaan penuh kepada Parti Islam Se-Malaysia. Tsunami anak muda ternyata mampu mengubah

landskap politik negara. Tahniah sekali lagi buat generasi muda yang berani menerjemahkan kuasa melalui satu pangkah.

Terang purnama di langit terbentang, Menjadi idaman para penyokong, Bajet 2023 selesai dibentang, Wakil Wanita bangkit menyokong.

Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Wakil ataupun ADUN Wanita. Satu-satunya wanita dalam Dewan kita ni yang sebagai ADUN. Saya masih teruskan sesi perbahasan ini. Saya nak jemput sebelah kiri saya, sila. Esok tak mo beri doh.

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Guane sapa kerah gitu Dato Yang di-Pertua?

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, tuan-tuan, puan-puan hadirin yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah syukur saya kehadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana dengan izin Allah Subhanahu Wa Ta’ala masih diberi kesihatan yang baik dan juga berpeluang untuk bersama-sama membahaskan Ucapan Pembentangan Bajet yang telah dilaksana, yang telah dilafazkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada hari semalam.

Pertamanya saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada semua terutamanya kepada Parti PAS yang berjaya memenangi kerusi ahli Parlimen di Terengganu, kelapan-lapan kerusi. Tahniah dan juga saya berharap kepada mereka yang terpilih dapat menunaikan tanggungjawab yang terbaik sebagai wakil Negeri Terengganu untuk negeri dan juga untuk rakyat Negeri Terengganu secara keseluruhannya dan saya secara peribadi yang terlibat sebagai salah seorang daripada calon baru-baru ini, saya menerima takdir dan juga apa yang telah ditentukan oleh dan diberikan oleh rakyat Negeri Terengganu dengan hati yang terbuka. Tidak ada masalah kerana kita juga menawarkan perkhidmatan

kita kepada rakyat. Dan Kerajaan Barisan Nasional, saya mewakili Kerajaan Barisan Nasional, menawarkan perkhidmatan kita kepada rakyat dan rakyat telah membuat pilihan yang pada mereka mungkin betul dan juga tepat pada mereka mungkin dan kita terima dengan hati yang terbuka.

Dato’ Yang di-Pertua, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian, walau bagaimanapun kemenangan tersebut sebagaimana yang dimaklum tadilah, ada banyak-banyak perkara yang kita rasa ianya banyak berlaku yang kita rasa kurang manislah dan saya berharap perkara-perkara sebagaimana ini, pada masa-masa yang akan datang tidak berlaku kerana ianya sudah tentu tidak sesuai dan tidak baik untuk rakyat dan juga perkembangan generasi kita pada masa yang akan datang. Saya juga mengambil kesempatan Dato’ Yang di-Pertua, untuk ucapkan banyak terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang telah mengumumkan satu hidangan kepada rakyat Negeri Terengganu yang saya rasa yang terbaik dan setakat ini dan saya duk kira-kira, congok-congok lah, saya pun tak kira detail jugak, pembentangan bajet semalam telah dibentang hampir RM150 juta untuk diagihkan secara one off kepada rakyat Negeri Terengganu pada tahun hadapan. Ini satu perkembangan dan apa yang kita perjuangkan selama ini bagi pihak kerajaan di bawah kita Barisan Nasional pun kita memang berharapkan perkara ini dapat diberi dan juga diteruskan oleh pihak kerajaan. Jangan sampai dekat nak pilihan raya baru kita beri. Jadi kalau kita beri dekat nak pilihan raya, macam-macam persepsi rakyat boleh lihat. Kalau kita kata sebab dulu saya rasa kita juga pernah beri dana khas kepada rakyat Negeri Terengganu tapi apa yang diungkapkan dan apa yang telah disyarahkan mengata diri bahawa ini adalah rasuah politik, ini merupakan dedak politik. Jadi, kita beri setiap tahun. Daripada awal tahun sampai ke tahun ke empat pun. Jangan sampai dekat nak Pilihan Raya baru kita wi. Sepatutnya perkara ini berlaku tahun 2019, 2020, 2021 dan 2022 kita pertingkatkan lagi. Jadi perkara-perkara ini yang saya kata bahawa kalau kita nak tuduh kepada Kerajaan Barisan Nasional sahaja yang mengamalkan rasuah dan juga kita menggambarkan perkara-perkara yang tidak baik kepada anak-anak muda kita, generasi-generasi muda kita sebagaimana yang dimaklumkan oleh rakan-rakan saya tadi bahawa…

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Telemong, laluan sekali.

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

menyatakan bahawa apa ni.

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Telemong, laluan sekali. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, peringkat awal padan duk bayar hutang hak kerajaan dulu tinggal. Kedian-kedian ni ada untung skit, banyak minyak naik ni bolehlah buat.

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Tak pelah, karang EXCO jawablah esok tak pelah, kan beloh mana EXCO ni. Kalau nak penjelasan, saya bagi penjelasan, tak pe. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, sebagaimana yang saya maklum tadi, saya berharap perkara ini dapat diteruskan sehingga akan datang supaya ianya dapat dimanfaat oleh rakyat Negeri Terengganu secara langsung dan ianya sekali gus boleh membantu rakyat kita yang dihadapi bebanan dengan kenaikan kos pada hari ini. Sebab tu semalam pun saya tanya EXCO Belia, EXCO Belia pulak dah. EXCO Pertanian semalam, saya tanya, yelah saya tanya tu benda yang lebih jauh sebenarnya. Saya tanya berapa butir ada, dia jawab molek ada lapan butir telur ayam [ketawa]. Takpe, sebenarnya Yang Berhormat, saya faham apa yang Yang Berhormat EXCO bagitahu bahawa Pelan Rancangan Pertanian Negeri Terengganu, dan kita tidak boleh nak menyalahkan kepada keadaan yang menyatakan bahawa kita import belake seme. Kita import dengan gandum, kita import dengan soya, kita import dengan jagung dan perkara-perkara ini sudah tentu bila menyebut perkara import rantaiannya akan menyebabkan kenaikan kos kepada bekalan makanan haiwan. Cuma sekarang ini saya nak tahu bahawa, apa langkah yang kita buat dan bila makanan-makanan ternakan sudah naik, apa langkah Kerajaan buat? Melalui anak-anak syarikat Kerajaan, berapa? TADC ada, kalau dulu kita ada TD Poultry, TD Poultry dapat memberi pusingan ayam keluar dari Terengganu hampir satu juta sekali satu pusingan. Tapi sekarang ini saya tidak tahu, kalau kita tidak melalui TD Poultry pun, kita melalui TADC tidak ada masalah. Tapi sekarang langkah kita yang buat, berapa pengusaha-pengusaha ayam pedaging yang boleh kita lahirkan? Berapa orang untuk sekurang-kurangnya bekalan di Terengganu? Berapa orang pengusaha-pengusaha ayam penelur yang kita boleh lahirkan? Sekurang-kurangnya bila berlaku jeng, doh kita kata bukan kita yang menjadi conquer kepada bisnes ini memang kita kata semua perniagaan pun bukan kita, tapi sekurang-kurang kita sebagai Kerajaan, kita mengambil langkah, saya faham dan

saya tahu perkara ini ianya akan memberi beban yang sangat besar kepada rakyat tuan-tuan.

Tuan-tuan, puan-puan, hadirin yang saya hormati sekalian, saya juga mengambil kesempatan bila Yang Berhormat Dato’ Speaker memberitahu bahawa kita Sidang DUN mungkin yang terakhir, saya ucap sebelum pilihan rayalah, saya ucapkan terima kasih kepada khususnya kepada pengundi-pengundi orang Telemong kerana memberi mandat kepada saya dah hampir saya 20 tahun saya dalam Dewan ini dan insya-allah saya akan terus bekerja keras dan saya berjanji akan berusaha keras untuk mempastikan untuk mengubah landskap di Telemong, walaupun kita tahu Telemong ini kawasan yang jauh. Sebab itu kita bawa dan saya berharap kepada Kerajaan Negeri supaya boleh membantu dan juga untuk kepentingan rakyat. Banyak projek-projek yang saya nampak banyak yang terbengkalai terutamanya di Tasik Kenyir, terutamanya Pembangunan Bandar Baharu Kuala Ping, ini perkara-perkara yang menjadi terbengkalai dan sebagai sebuah Kerajaan yang bertanggungjawab, sepatutnya kena terus, janganlah kita ni, sebab itu saya kata budaya politik kita ini telah banyak berubah. Kita tidak perlu menghukum orang yang telah lepas. Saya tidak bercakap kepada sebelah sana sahaja, tetapi sebelah ini pun sama juga, bila bertukar Menteri Besar, kita tidak terus, bila bertukar Kerajaan lagi parah. Ini merosakkan Pelan Pembangunan Negeri Terengganu. Yang ruginya rakyat kita sebab perbelanjaan-perbelanjaan yang dibuat semua menggunakan duit rakyat, bukannya duit saya. Ini yang saya ingin tekankan masalah dia, masalah saya tahu ada, tapi kita perbetullah masalah itu demi untuk rakyat kita. Takkan kita nak ambil yang comel sahaja. Kalau yang comel sahaja, jambatan bukka kita nak amek, jambatan kepala bangau saja kita nak amek, pahtu kita nak tunjuk ning yang bagus, takkanlah semua dalam perjalanan hidup kita ini baik belaka Dato’ Yang di-Pertua, sudah tentu ada perkara-perkara yang bagus dan ada perkara-perkara yang kita tersangkut dan kita tidak diberi peluang untuk menjadi Kerajaan. Oleh sebab itu saya berharap kepada Kerajaan yang bertanggungjawab sebagaimana belah sana boleh meneruskan demi untuk kepentingan rakyat, bukan untuk kepentingan kita yang jadi Wakil Rakyat ini tuan-tuan.

Jadi sebagaimana perkara-perkara yang kita sebut, saya juga ucap terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO Belia dan Sukan Terengganu, Yang Berhormat Wakaf Mempelam kerana meneruskan Pelan Perancangan Pembangunan Sukan Negeri Terengganu. Kita berusaha keras untuk mempastikan sukan Negeri

Terengganu ini lahir sebagai sebuah kuasa sukan yang terbaik di Malaysia. Suatu masa dahulu Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin mengimbau tidak ada orang nak tengok pun atlet-atlet Terengganu ini tidak ada pun orang nak tengok, tidak ada orang nak cara pun, tapi setelah kita menyusun dengan baik, bahawa hari ini dalam semua hal, kita tengok pada hari ini semua hal sukan dalam bidang bola baik, bola sepak baik, dalam basikal baik, dalam SUKMA baik, ianya diteruskan oleh Yang Berhormat EXCO dan saya ucap tahniah dan saya berharap perkara ini ditambah baiklah selepas pada ini. Tambah lagi yang lebih baik. Tambah lagi kepada perkara yang lebih mencabar.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, selain daripada itu juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi ruang ini kepada saya dan membawa suara hati masyarakat di bawah, dan saya juga berharap semoga kita semua terus istiqamah dalam menjalankan tugas dan membina rakyat Negeri Terengganu ini. Di kesempatan ini juga saya mendoakan kita semua diberi kesihatan yang baik, supaya diberi perkhidmatan yang terbaik untuk Negeri Terengganu Darul Iman, tanah air kita yang kita cintai ini. Sekian, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Terima kasih Wakil daripada Telemong, masa ada lagi tapi Yang Berhormat pilih berhenti lebih awal. Saya doakan Yang Berhormat kita ini, walaupun kalah dalam pilihan raya Parlimen baru ini, tapi insya-Allah ada peluang lagi, mana tahu lantik sebagai senator? Itu bukan mustahil pun, dengan semangat, nak ambil semangat Yang Berhormat ini. Saya teruskan. Sila. Okey Rantau Abang.

Yang di-Pertua

Wakil Sura. Sorry.

Alhamdulillah, terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negeri, rakan-rakan Yang Berhormat, Ketua-ketua

Jabatan, para pemerhati, serta hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian. Alhamdulillah pertamanya bersyukur kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana pada hari ini kita dapat sama-sama berada dalam Dewan yang mulia ini untuk membahaskan Ucapan Belanjawan 2023 dan di kesempatan ini terlebih dahulu saya ingin membacakan satu firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala:

Yang bermaksud, sesuatu yang kamu tidak ingini boleh jadi baik untuk kamu, dan sesuatu yang kamu ingini yang kamu cintai, boleh jadi tidak baik untuk kamu. Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang kamu tidak mengetahui.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, di kesempatan ini saya juga mengambil peluang untuk mengucapkan tahniah kepada calon-calon daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bersama Perikatan Nasional yang telah berjaya dalam PRU-15 peringkat Parlimen pada 19 November 2022 yang lalu kerana telah menunjukkan prestasi yang begitu cemerlang, dapat menguasai empat buah negeri, Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Alhamdulillah, terima kasih kepada seluruh pengundi yang telah memberikan kepercayaan kepada Perikatan Nasional untuk mengurus dan mentadbir negeri-negeri tersebut. Walau bagaimanapun kita juga merasa sedikit kekecewaanlah apabila kita tidak dapat menguasai Kerajaan peringkat pusat. Walau bagaimanapun insya-Allah moga-moga dengan situasi yang kita hadapi ini mungkin ada sesuatu yang lebih baik untuk kita. Kita berdoa kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala semoga apa yang telah ditentukan oleh Allah, yang telah ditakdirkan oleh Allah, itu adalah yang terbaik untuk kita terima sebagai seorang mukmin.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya juga mengambil kesempatan merakamkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah membentangkan Belanjawan 2023 yang bertemakan „Memacu Terengganu Berdaya Tahan’. Alhamdulillah dengan pembentangan yang telah disampaikan pada hari kelmarin, kita melihat Belanjawan yang menyentuh seluruh ataupun segenap lapisan rakyat daripada yang kecil hinggalah kepada yang warga emas. Alhamdulillah, dapat merasai ataupun menerima manfaat daripada hasil bumi Negeri Terengganu dan alhamdulillah kerajaan kita mengembalikan segala hasil yang diperolehi untuk menjaga dan memberi kebajikan kepada rakyat dan juga saya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Terengganu kerana telah

meletakkan Negeri Terengganu kita di tempat yang terbaik dari segi pengurusan KDNKnya yang berkembang kepada 3.6% pada tahun 2021 dan seterusnya mendapat anugerah daripada (JAN) Jabatan Audit Negara dalam soal pengurusan kewangan dan juga dalam masa yang sama kita juga dapat mengurangkan kadar pengangguran daripada 4.0% yang lebih baik daripada paras nasional dan kita juga berjaya menyediakan peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat sebanyak 21,977 orang pada akhir 2021 dan dalam tempoh Januari hingga November 2022 terdapat 23,525 kekosongan jawatan. Ini sudah tentulah akan memberikan peluang kepada rakyat Terengganu kita khususnya di kalangan anak-anak muda remaja kita yang sedang mencari peluang pekerjaan.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin juga menyentuh beberapa perkara yang telah dibentangkan dalam Belanjawan kelmarin, iaitu pada Teras yang pertama Perkara 33 dan 34 di mana Kerajaan telah meletakkan institusi masjid sebagai one stop centre dengan menyediakan peruntukan RM600,040.00 untuk kegiatan-kegiatan agama, ilmu dan kemasyarakatan dan RM4.5 juta untuk menaiktaraf masjid-masjid dan surau kita dan RM20 juta untuk membina lapan buah masjid baru di mana peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan ini kita mengharapkan masjid-masjid dan surau kita terus diperkasakan kerana masjid dan surau adalah merupakan institusi yang melahirkan modal insan yang akan menyumbang kepada kemakmuran dan kesejahteraan rakyat. Cuma saya mengharapkan kepada pihak Kerajaan, Ahli-ahli EXCO kita khususnya supaya kita menjadikan institusi masjid dan surau ini bukan sahaja sebagai tempat untuk kita solat, sembahyang atau pun beribadah di mana di sana kita mengharapkan rakyat kita akan senantiasa meletakkan hubungan dirinya dengan pencipta iaitu Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan dalam masa yang sama kita juga mengharapkan institusi masjid, surau ini juga menjadi penghubung silaturrahim di kalangan masyarakat kita yang melibatkan yang disebut sebagai dan juga dan saya juga mengharapkan supaya institusi surau dan masjid ini bukan sahaja sebagaimana saya sebut tempat ibadah, maka kita perlukan juga surau-surau masjid kita ini menjadi tempat untuk kita menghidupkan atau pun melaksanakan proses tarbiah, mengadakan kelas-kelas agama, tuisyen-tuisyen rakyat kerana kita melihat bahawa di Negeri Terengganu kita ada sebahagian daripada masjid ini melaksanakan kerja-kerja ini. Maka Alhamdulillah kita mengharapkan kerja-kerja yang baik ini dapat diteruskan di samping kita juga mengharapkan masjid ini boleh menjadi satu sumber kegiatan ekonomi masyarakat setempat di mana saya melihat ada masjid-masjid yang menubuhkan mini market atau pun kedai yang mana ahli-

ahli jemaah boleh menghidupkan ekonomi di samping kita membantu masjid dalam masa yang sama kita juga dapat memberikan khidmat kepada masyarakat kita. Di samping masjid juga mungkin kita boleh dijadikan sebagai tempat rehat, hotel, hostel yang juga menjadi tempat kepada pelancong-pelancong dari luar memudahkan bagi mereka bukan sahaja untuk beribadat tetapi dalam masa sama kita memberi khidmat kepada sebahagian daripada golongan yang apa ni, musafir. Di samping itu juga, masjid dan surau kita boleh dihidupkan kegiatan-kegiatan anak muda yang bersifat riadah, menyediakan gelanggang-gelanggang, takraw, badminton, pingpong, permainan-permainan yang boleh mendekatkan anak-anak muda remaja kita dengan masjid dan surau.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh apa yang telah disebut oleh EXCO Pelaksanaan Syariah berkaitan dengan penambahan Penguatkuasa secara kontrak, insya-Allah kita mengharapkan dengan penambahan ini pihak Penguatkuasa dapat terus melaksanakan amanah mereka dan saya melihat perlu diperkasakan pertama sekali pada hari-hari Jumaat kita lihat masih ramai lagi masyarakat kita, orang Islam kita yang tidak melaksanakan, tidak menunaikan solat Jumaat. Jadi saya rasa perkara ini perlu juga kita memberikan penekanan dan juga menggerakkan seluruh Penguatkuasa kita.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, perkara seterusnya ialah Perkara 72 dalam Teras pertama ayat santuni ialah berhubung kait dengan perkara yang sangat penting dengan kehidupan masyarakat ialah perumahan rakyat. Saya melihat kali ini tidak ada yang disentuh oleh Menteri Besar iaitu perumahan yang dibina di daerah-daerah. Kalau kita lihat Pembentangan Bajet yang lalu akan disebut di dua daerah, tiga daerah yang diadakan perumahan rakyat. Tetapi kali ini saya meneliti tidak ada disebut, cuma disebut ada 23 projek perumahan yang dilaksanakan oleh Kerajaan dan swasta yang melibatkan 3,174 unit rumah. Jadi kita mengharapkan supaya pihak Kerajaan memberikan suatu kecaknaan yang serius dalam kita menangani isu perumahan rakyat sebab saya kira di semua tempat, di semua DUN Negeri Terengganu kita ini, inilah di antara isu yang sering kita hadapi. Rakyat sentiasa datang mengadu, memohon untuk mendapatkan rumah PPRT, rumah RMM dan sebagainya. Jadi saya kira isu ini perlu di perkasakan, perlu kita mencari dan membantu rakyat kita dan saya juga ingin menyentuh bahawa kalau saya di Dungun, ada isu berkaitan dengan tanah-tanah yang dimiliki oleh Jabatan Persekutuan seperti Polis, Kastam yang saya kira puluhan tahun tanah itu terbiar dan tanah itu berada di bandar, di kawasan bandar jadi sangat rugilah kita

membiarkan tanah yang ada yang tidak dibangunkan. Saya mengharapkan supaya jabatan-jabatan berkenaan supaya dapat berkira dengan jabatan di peringkat Persekutuan untuk kita bangunkan kawasan-kawasan tersebut supaya dia tidak tinggal menjadi naik semak samun yang mencemarkan pemandangan kita. Begitu juga tanah di Molek Inn khususnya yang telah lama juga saya sebut dalam sidang-sidang yang lalu masih lagi tidak dibangunkan. Tanah ini difahamkan berada di bawah Tabung Warisan. Jadi ini juga tanah yang berada di tengah bandar yang mencemarkan pandangan kita dengan bangunan yang kusam dengan suasana yang tidak selesa. Jadi kita mengharapkan supaya pihak-pihak yang berkenaan supaya dapat berfikir dapat merancang sesuatu yang terbaik untuk menjana ekonomi kita di Terengganu.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh dalam Teras kedua ekonomi dipacu merujuk kepada Perkara 101 muka surat 33 iaitu menjana kekuatan ekonomi yang perlu ditingkatkan. Jadi saya juga ingin mendapatkan sedikit penjelasan daripada EXCO Bahagian Industri Perkilangan. Nak tahu juga pada tahun 2021 hingga 2022 ini berapakah bilangan syarikat-syarikat yang telah mengadakan membina kilang-kilang mereka beroperasi di Negeri Terengganu kita dalam usaha kita meningkatkan sumber ekonomi dan dalam masa yang sama kita dapat memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat Negeri Terengganu kita.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh berkaitan dengan kemudahan atau pun infrastruktur berkaitan dengan sukan anak-anak muda kita ini kerana pada sesi persidangan yang lalu saya pun telah sebut untuk kita menaiktaraf khususnya kalau di Dungun, kita ada padang bola arena satu sahaja. Sehingga kini pihak kita telah berusaha mengangkat kertas kerja untuk menaik taraf secara kerjasama antara pihak Kerajaan dengan swasta tetapi agak malang sehingga kini masih tidak menerima apa-apa jawapan dan difahamkan seolah-olah tidak luluslah. Cuma saya harapkan supaya perkara ini dapat diberikan perhatian kerana di Dungun ini tidak banyak padang bola, Arena Merdeka dan ada satu lagi ialah di Jalan Melati, padang bola Jalan Melati yang juga tidak terurus dengan sebaiknya. Jadi saya mengharapkan supaya EXCO sukan dapat memberikan perhatian perkara ini kerana ini merupakan tempat untuk anak-anak muda remaja kita setiap petang bermain dan juga di situ kita dapat mencungkil bakat-bakat baru dalam arena bola sepak negeri kita.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya rasa itulah beberapa perkara yang saya ingin sentuh pada persidangan ini dan akhir sekali saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dan juga Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan seluruh Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri dan seluruh Pegawai-pegawai Kerajaan yang telah memberikan sokongan dan dokongan dalam memastikan negeri kita terus „’Maju, Berkat dan Sejahtera”. Sekian terima kasih saya N27 DUN Sura menyokong Belanjawan, terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Wakil Sura. Ahli Berhormat sekalian, saya ingin menangguhkan sementara persidangan kita kepada pukul 3.55 petang.

MESYUARAT DITANGGUHKAN PADA JAM 3.35 PETANG

PUKUL 4.00 PETANG

Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat sekalian, mesyuarat disambung semula. Sesi perbahasan ke atas Enakmen Pembekalan 2023 diteruskan dan saya ingin menjemput siapa lagi Ahli Yang Berhormat yang bercakap. Sila. Sila Wakil Rantau Abang.

Haji Alias bin HarunPAS · GSRantau Abang

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Yang

Berusaha Ketua-ketua Jabatan dan Agensi, Pegawai-pegawai dan kakitangan Kerajaan Negeri, tetamu-tetamu, petugas media, pemerhati yang dihormati Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Alhamdulillah pertama-tama dan selama-lamanya marilah kita merapat kesyukuran kita kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana dengan limpah kurnianya dapat kita teruskan agenda kerja buat kita selama empat hari di sini semata-mata untuk kita bersama-sama, sama ada pihak Kerajaan mahupun pihak satu lagi.

Yang di-Pertua

Bakpe tak mboh sebut Yang Berhormat? Bakpe Yang Berhormat tak mboh sebut pembangkang.

Haji Alias bin HarunPAS · GSRantau Abang

Pihak Barisan Nasional. Bukan pembangkang. Pihak Barisan Nasional sama-sama untuk kita meneruskan gerak kerja kita untuk memakmur bumi Allah ini dengan apa yang telah dipertanggungjawabkan kepada kita.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih kerana diberi peluang kepada saya untuk sesi perbahasan Bajet 2023 dan saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas pembentangan Enakmen Pembekalan Tahun 2023 yang bertemakan “Memacu Terengganu Berdaya Tahan”. Saya yakin belanjawan 2023 yang setebal ini. Setebal ini kan banyak benda ada dalam itu untuk kita ambil sebagai panduan dalam gerak kerja kita. Dibentang oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar kelmarin adalah satu belanjawan yang komprehensif yang lengkap dan merangkumi semua aspek setelah mengambil kira realiti semasa pertumbuhan dan perkembangan ekonomi negeri dan prospek masa hadapan. Cabaran dan peluang serta keperluan Kerajaan Negeri. Ringkasan anggaran hasil mengurus bagi tahun 2023 dapat dilihat dalam Buku Belanjawan 2023 yang saya angkat tadi, dari muka surat 7 hingga 36 berjumlah RM1.810 bilion dan juga di terang dalam carta perkara-perkara yang terlibat dengan anggaran hasil mengurus. Begitu juga ringkasan anggaran perbelanjaan mengurus bagi tahun 2023 dapat dilihat dan juga boleh dirujuk dalam Buku Belanjawan 2023 dari muka surat 37 hingga 40 berjumlah 1.991 bilion dan disertakan dengan carta 3. Belanjawan ini adalah belanjawan defisit. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, untuk itu inisiatif Belanjawan 2023 menggariskan tiga teras pendekatan. Teras pertama, rakyat disantuni. Teras kedua, memacu ekonomi.

Teras ketiga, melestarikan pembangunan dan daripada buku ini teras satu dapat dilihat daripada item 32

hingga 80. Manakala teras dua, item 81 hingga 106. Teras tiga, item 107 hingga 116. Semuanya terdapat dalam buku sekecil ini daripada Belanjawan 2023. Sebahagian daripadanya telahpun dibahaskan oleh rakan-rakan Yang Berhormat daripada pagi tadi sehingga ke petang ini dan ketiga-tiga teras ini merangkumi ke semua EXCO yang masing-masing sedaya upaya merangka dan merancang bersama pegawai-pegawai kerajaan agensi yang terlibat untuk memenuhi kehendak kumpulan sasaran mereka. Dengan asbab ini maka layaklah ke semua EXCO diberi penghargaan atas segala usaha gigihnya oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar semalam. Tahniah saya ucapkan kepada EXCO-EXCO yang telahpun berusaha sedaya upaya untuk memenuhi kehendak rakyat.

Perkara pertama yang ingin saya sentuh yang terdapat dalam buku ini, di muka surat 13 iaitu masjid yang menjadi one-stop centre bukan sahaja untuk ibadat tetapi untuk menimba ilmu dan juga untuk menyatukan masyarakat terutama sekali orang-orang Islam dan Bajet telahpun diperuntukan sejumlah yang pertama itu untuk menyelenggarakan masjid 4.5 juta dan 20 juta lagi untuk pembinaan baru lapan buah masjid di enam daerah. Saya merakamkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana memasukkan pembinaan baru di Daerah Dungun dan dalam DUN saya kita telahpun angkat dua masjid menunggu kelulusan sahaja agar peruntukan ini diberi keutamaan. Satu, Masjid Tok Kah yang sekian lama, bangunan lama dan yang kedua ialah Masjid Kampung Burung Baru di UDM Padang Pulut. Kedua-dua ini perlu diperbaharui manakala tanah yang diangkat telah pun ada dan pihak Pejabat Tanah Daerah Dungun telahpun meluluskan tapak tersebut dan pihak Pejabat Agama telah pun melihat dan menilai. Maka saya harap dengan peruntukan yang akan diberi untuk 8 buah masjid ini termasuk salah satunya di kawasan Dungun. Ada dua permohonan kita sekurang-kurangnya satu termasuk dalam pembinaan ini.

Perkara yang kedua, saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana mengadakan peruntukan kepada belia-belia pada muka surat 22, RM 4.9 juta untuk menyelenggara dan membina kemudahan-kemudahan sukan. Terima kasih EXCO Belia dan Sukan. Dan di daerah Dungun ini seperti yang telah dimaklumkan oleh Wakil Sura tadi padang bola, padang bola agak berkurangan di daerah Dungun ini. Sebelum ini padang astaka selain daripada padang merdeka tapi padang astaka telah pun dilestarikan untuk mencantikkan sedangkan belia-belia di sekitar DUN Sura amat memerlukan padang ini. Jadi dalam DUN Rantau Abang dengan SUTERA tahun depan, Dungun menjadi tuan

rumah. Saya harap padang bola Kampung Baru yang saya rasa memang kalau banjir pun dia tidak terlibat tidak seperti padang Che Lijah, kalau padang Che Lijah itu bila hujan saja ia bertakung air tapi padang bola Kampung Baru, Kuala Abang memang sesuai untuk di upgrade kan supaya memudahkan SUTERA diadakan salah satu tapak untuk pertandingan.

Perkara yang ketiga ialah perumahan pada muka surat 25 ini. Ya cuma kepada SUK Perumahan dan jugok kepada EXCO berkenaan. Saya mengharapkan pembinaan perumahan Kampung Baru, Kuala Abang yang sedang proses Infra sekarang ini, bajetnya ialah Bajet Swasta. Dan saya harap dapat dipercepatkan kerana seperti yang dimaklumkan tadilah perumahan ini amat sangat diperlukan oleh masyarakat sebab tanah dalam DUN Rantau Abang ini rata-rata kalau dibuka pun sebab kita telah pun buka RTB tapak rumah enam RTB. Semuanya berada dalam paya. Jadi ini juga saya akan sentuh sikit lagi berkaitan dengan Infra tapi saya mengharapkan projek perumahan Kampung Baru, Kuala Abang ini dapat disegerakan walaupun sudah pun ada tanda-tanda pembersihan tapaknya dan jugok baru-baru ini ada perbincangan daripada SUK Perumahan satu tapak baru iaitu Bajet Kerajaan Negeri iaitu di Kampung Balai Besar. Saya harap jugok perkara yang dibincang ini menjadi dan mudah-mudahan dapat kita menyantuni kehendak-kehendak masyarakat.

Seterusnya, dana Yayasan Darul Iman, tahniah kepada EXCO berkenaan kerana Tabung Darul Iman ini telah di upgrade kan dan menjadi Yayasan Darul Iman dengan peruntukan RM5 juta, cuma pengalaman sebelum-sebelum ini RM5 juta ini tidak cukup. Kita mengharapkan daripada GLC-GLC yang berkenaan supaya membantu untuk memberi keselesaan kepada masyarakat yang memerlukan. Dan yang seterusnya ialah tahniah jugok kepada EXCO Pelancongan kerana telah pun memperuntukkan RM2 juta untuk komuniti based tourism. Dan dalam DUN Rantau Abang sudah ada tapaknya dan sebahagiannya dari segi Infra telah pun selesai tetapi banyak perkara lagi yang perlu diperbaiki dan dikemaskini untuk kita nak memberi peluang ekonomi kepada rakyat setempat. Jadi saya rasa boleh lagi diteruskan, seminit lagi deh.

Yang di-Pertua

Lastnya.

Haji Alias bin HarunPAS · GSRantau Abang

Namun begitu saya ingin mendapat perhatian Kerajaan Negeri dalam beberapa aspek keperluan fizikal dan infrastruktur dalam DUN Rantau Abang. Yang pertamanya ialah tebatan

banjir yang begitu terdesak di Kampung Che Lijah. Tebatan banjir Kampung Gong Pasir telah pun dibina 2011 sebelah, sebelah Taman Rakyat Gong Pasir dan Paya Balai Besar. Yang ini selesai, tetapi apabila pam bila banjir datang air daripada tiga kampung ini, dipam keluar ke tebatan banjir ini ke terusan yang ada situ airnya melimpah ke Kampung Che Lijah. Dan pada 2013, kita jangka banjir 2014 kita jangka ketika itu akan bertambah dua kali ganda ianya benar berlaku, apabila air dikeluarkan sedangkan sebelah sana tiada tebatan maka dua kali banjir berlaku. Dua kali bukan dua kali banjir, dua kali limpahan air besar yang berlaku di Kampung Che Lijah. Jadi saya mengharapkan kepada jabatan-jabatan yang berkaitan supaya ini merupakan perkara penting dan keutamaan untuk kita selesaikan kepada masyarakat di Kampung Che Lijah yang jumlah rumahnya hampir 800 buah rumah.

Yang di-Pertua

Okay Yang Berhormat.

Haji Alias bin HarunPAS · GSRantau Abang

Okay. Akhir saya merakamkan jutaan terima kasih terutama kepada Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua kerana membenarkan dan mengizinkan saya untuk tambah sedikit masa dan Rantau Abang mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Wakil daripada Rantau Abang. Sebelum saya teruskan saya nak tahu berapa ramai lagi yang nak bercakap, doh kena angkat sungguh ini kalau nak bercakap ini. Okay. Sila saya jemput, sila, sila, sila.

Datuk Abd. Halim bin JusohUMNO · BNPermaisuri

Permaisuri.

Yang di-Pertua

Permaisuri, ya sila.

Datuk Abd. Halim bin JusohUMNO · BNPermaisuri

Dato’ Yang di-Pertua, Ahli-ahli EXCO, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan dan para pemerhati yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk berucap membahaskan Bajet 2023. Tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah

membentangkan Bajet 2023 semalam yang begitu baik dan menumpukan kepada aspek sosial penduduk Negeri Terengganu. Setelah saya meneliti bajet yang dibentangkan semalam, ada beberapa perkara yang saya nak bincang dalam Dewan pada hari ini.

Yang pertama, saya ucapkan terima kasih kerana Yang Amat Berhormat ada menyebut tentang peruntukan khusus untuk pelancongan yang melibatkan komuniti dan juga pelancongan yang melibatkan day trip ke Pulau Redang. Saya rasa tak banyak day trip yang ke Pulau Perhentian ni. Day trip banyak ke Pulau Redang dan ianya melibatkan usahawan-usahawan muda daripada kawasan saya sendiri yang membelanjakan lebih kurang kalau tak silap saya RM 160 ribu untuk setiap bot yang mereka gunakan untuk bisnes pelancongan day trip ke pulau-pulau terutamanya Pulau Redang. Cuma dalam bajet tersebut disebutkan menyediakan tempat yang lebih baik di pulau-pulau. Jadi saya mengharapkan Kerajaan juga melihat fasiliti di sebelah tanah besar ini, yang mana untuk usahawan di tempat saya ianya melibatkan Jeti Merang dan juga Jeti Kampung Mangkuk. Jadi, jeti itu ada dan jeti itu cantik tetapi kita kena melihat kepada pelancong yang berkunjung ke pulau untuk day trip ini adalah pelancong-pelancong daripada luar. Daripada Kuala Lumpur, Penang dan sebagainya lah. Jadi mereka, apabila mereka mari sini, mereka mengharapkan fasiliti kita ini juga adalah satu fasiliti walaupun tidak bertaraf antarabangsa tapi mestilah bertaraf negara lah kita kata. Ada WIFInya, ada internetnya, ada tempat minum kopi yang kalau tak Starbucks pun, bertaraf seperti ya, bertaraf seperti kopitiam-kopitiam yang ada di bandar-bandar besar. Jadi saya harap pihak Kerajaan boleh berkongsi sedikit bajet bukan sahaja tertumpu di pulau-pulau tetapi tengoklah juga jeti-jeti di Mangkuk dan juga Merang sebagaimana yang saya sebutkan tadi.

Yang kedua, komuniti based tourism. Di tempat saya ada wetland dan saya melihat ramai juga usahawan-usahawan ataupun orang-orang kampung yang menceburkan diri mereka di dalam homestay. Berdasarkan kepada pengalaman saya, saya melihat konsep homestay yang baik adalah homestay yang memberikan kesan kepada orang-orang yang datang dan menginap di homestay. Dato’ Yang di-Pertua, kalau kita melihat homestay di Sabah Sarawak, mereka ada program khusus untuk homestay ini. Tidak khusus kepada satu homestay tetapi khusus kepada kelompok homestay. Yang mana katakanlah ada pengunjung yang pergi ke satu homestay tapi expertise di situ katakanlah kita kata buat pulut lepa lah, jadi kita kalau boleh orang yang berkunjung ke situ katakanlah dia duduk 3 hari, dia

balik itu dia pandailah buat pulut lepa, misalnya. Ataupun dia pandai buat kuih-kuih tradisional Terengganu ataupun dia pandai buat keropok lekor, pandai gete kepok, tahu resepi keropok. Jadi yang boleh mereka bawa balik ke tempat mereka dan mereka boleh ajak pula orang lain atau beritahu orang lain bahawasanya kalau dia nak belajar buat keropok lekor, dia duduklah di homestay homestay tertentu. Kalau nak belajar buat perkara-perkara apa kata ni nak belajar anyam tikar ke sebagainya, ada homestay homestay tertentu di Terengganu yang boleh memberikan kemahiran kepada mereka. Jadi ini boleh memberikan nilai tambah kepada homestay, tidak sekadar homestay untuk balik tidur dan bangun sahaja. Perkara asas yang masih lagi memerlukan pemerhatian kita adalah dari segi broadband coverage. Broadband coverage untuk capaian internet. Jadi saya, ada lagi kawasan-kawasan tertentu terutamanya di Daerah Setiu yang masih lagi dia punya broadband coverage tidak baik. Saya nak sebut secara khusus permintaan daripada Guru Sekolah Menengah Sains Setiu. Mereka selalu sebut dalam internet, mereka minta bantuan daripada saya, mereka minta bantuan daripada Yang Berhormat Parlimen untuk menyampaikan kepada SKMM supaya tambah baikkanlah broadband coverage di sekitar Sekolah Menengah Sains Setiu kerana itulah satu-satunya Sekolah Berasrama Penuh di Daerah Setiu dan mereka sudah pastinyalah mereka ini akan banyak menggunakan internet dalam P&P ataupun Pembelajaran dan Pengajaran mereka dalam aktiviti harian mereka di sekolah. Jadi, saya harap tengoklah juga kawasan-kawasan lain dalam Daerah Setiu supaya internet capaian internet ini tidak lagi menjadi masalah kerana semua orang nak menggunakan broadband, nak menggunakan internet untuk harian mereka. Tengok bola pun pakai internet sekarang ini. Jadi frust lah kalau nak tengok bola, nak tengok World Cup tengok-tengok internetnya sangat lemah. Jadi ini kita perlu beri perhatian dan perkara ini dah saya rasa bukan sahaja saya, ramai lagi orang yang sebut dalam Dewan ini mengenai capaian internet.

Kemudian, daripada segi aspek sosial juga kita melihat dan kita mendengar bahawasanya banyak disebut pasal SMIDI dan juga SRIDI tetapi kita ada beberapa jenis sekolah yang mana kita kata dah jadi tradisional di Negeri Terengganu ini yang cemerlang dulu tetapi langsung tak disebut dalam bajet pada kali ini. Jadi saya harap pihak Kerajaan bagilah sedikit allocation, bagilah bajet secukupnya untuk sekolah-sekolah yang dulunya cemerlang tetapi tidak mendapat suntikan yang cukup daripada Kerajaan Negeri kepada mereka supaya mereka boleh menjalankan aktiviti-aktiviti tradisi yang mereka jalankan dahulu. Sekolah-sekolah yang saya maksudkan ini adalah yang pertama adalah sekolah-sekolah elit, ya.

Satu elit kita ada Sekolah Elit Lembah Bidong, satu lagi elit kita ada Sekolah Elit di Mat Lagam, Kemaman. Yang kedua, kita ada banyak sekolah-sekolah premier. Sekolah-sekolah premier ini boleh dikatakan ada di seluruh daerah dalam Negeri Terengganu. Sekolah-sekolah premier ini seolah-olah satu flagship school yang ada di setiap daerah. Sekolah ini kalau diberi suntikan bajet yang cukup, mereka dapat menjalankan aktiviti-aktiviti dan mereka boleh menyertai banyak pertandingan-pertandingan di peringkat antarabangsa.

Yang ketiga, saya sangat-sangat berharap bahawasanya SMIDI dan SRIDI ni kepada sayalah, tak jauh bezanya dengan IMTIAZ tapi mungkin lebih baik daripada IMTIAZ sebab itu SRIDI dan SMIDI ditekan sangat dalam Kerajaan sekarang. Cuma saya mengharapkan sekolah-sekolah IMTIAZ yang ada di seluruh daerah dalam Negeri Terengganu tidak dijadikan anak angkat. Jagalah sekolah IMTIAZ kerana sekolah IMTIAZ selalunya bila keluar saja result SPM, sekolah IMTIAZ akan menjadi sekolah-sekolah yang Top 10 dalam Negeri Terengganu. Kadang kala nombor satu tu dah sekolah IMTIAZ. Jadi, kita harap sekolah IMTIAZ jangan menjadi anak angkat dan sekolah IMTIAZ perlu diberi perhatian supaya ianya lebih cemerlang dan banyak lagi sekolah-sekolah IMTIAZ yang baru yang masih lagi di peringkat perlu dibangunkan untuk mendapat kelengkapan-kelengkapan yang cukup dan kita ada sebagaimana disebut oleh rakan saya tadi kita ada Sekolah-sekolah Model Khas. Sekolah Model Khas ini kalau dijaga dengan betul, boleh melahirkan pelajar-pelajar sekolah rendah yang cepat matang ataupun cepat matured kerana mereka akan berada di dalam sekolah pelajar sekolah rendah yang akan berada dalam persekitaran pelajar sekolah menengah. Jadi, mereka akan cepat belajar kerana mereka ada model-model yang baik yang boleh membentuk mereka, cepat matang sebelum mereka masuk ke sekolah menengah.

Di samping sekolah-sekolah yang saya sebutkan tadi, kita ada banyak sebenarnya sekolah-sekolah yang berada di dalam model-model tertentu di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia seperti yang saya pernah dengar sekolah di bawah Projek TS25 dan sebagainya. Jadi sekolah-sekolah ini, dia nak buat program selalunya minta bajet daripada YB. Banyak mana sangat YB boleh menyumbang kepada sekolah-sekolah. Jadi, saya harap Kerajaan Negeri fokus dan suntiklah bajet tertentu kepada sekolah ini kerana mereka ada potensi untuk menjadi sekolah cemerlang pada masa-masa yang akan datang dan dalam Bajet kali ini juga, kita tak sebut pun pasal prasekolah. Kita ada banyak prasekolah. Kita ada sekolah KEMAS, kita ada sekolah YPK dan sudah pasti kita ada sekolah PASTI.

Anak-anak ini perlu diberi perhatian kerana sudah banyak sistem-sistem ataupun sistem pembelajaran prasekolah yang baru, yang moden, yang terkini. Tetapi, kalau kita terus mengamalkan sistem konvensional yang lama, jadi nilai tambah tak akan berlaku di sekolah-sekolah ini, maka pelajar ini yang akan masuk ke sekolah rendah adalah merupakan pelajar biasa. Sedangkan sekarang ni, ada yang hantar anak mereka sekolah masa umur empat tahun, lima tahun tu dah biasa. Super father, super mother, dia akan hantar anak dia pada umur empat tahun lagi. Empat, lima, enam. Tiga tahun mereka akan berada di prasekolah. Tiga tahun adalah fifty percent daripada the whole duration masa sekolah rendah. Jadi, kita perlu beri perhatian dan memberikan suntikan secukupnya supaya sekolah-sekolah, prasekolah ini tidak mengamalkan pengajaran secara konvensional ataupun tradisional. Mereka boleh mengambil sistem-sistem pembelajaran daripada sekolah-sekolah, daripada UK, daripada Australia misalnya untuk dia amalkan di sekolah-sekolah mereka supaya anak-anak kita ini, cucu-cucu kitalah, Dato’ Yang di-Pertua supaya cucu-cucu kita menjadi cucu yang cemerlang sebelum mereka masuk ke sekolah-sekolah rendah. Saya rasa itulah sahaja yang saya nak bincangkan di Dewan pada hari ini dan saya juga mohon menyokong Bajet 2023. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih pada Wakil Permaisuri.

Saya kira banyak cakap dalam dunia pendidikan, bagus. Sebenarnya tadi saya nak jemput Wakil Kuala Besut, tak mboh bercakap tadi. Ke ada susunan pulak?

Ada doh, ada doh.

Yang di-Pertua

Okey, saya jemput orang lain dulu. Sila. Okey Wakil Kemasik, sila.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu,

Yang Berusaha Ketua-ketua Jabatan, para media, hadirin-hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

Pertama dan utama, marilah kita sama-sama merafakkan syukur pada Allah Subhanahu Wa Ta’ala di atas limpah kurniaNya yang berterusan yang kita nikmati bersama walaupun dalam masa yang sama kita terus berhadapan dengan pelbagai cubaan dan ujian daripada Allah. Semoga kita semua dapat terus teguh menghadapinya bersama menggembleng seluruh tenaga dan sumber sebagai suatu pasukan yang saling bekerjasama untuk membawa Negeri Terengganu Darul Iman kepada suatu kejayaan yang sama-sama kita idami.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Terengganu di atas segala kejayaan yang telah berjaya dicapai dengan pelbagai rekod positif yang direkodkan. Kejayaan ini dapat dilihat sebagaimana yang telah ditunjukkan atau terjemahkan oleh rakyat seluruhnya untuk memilih PAS dan juga Perikatan Nasional keseluruhannya bagi Negeri Terengganu dalam meneruskan amanah yang besar ini bagi kesejahteraan dan ketahanan rakyat dan negeri keseluruhannya untuk berhadapan dengan cabaran yang makin mencabar. Mandat berterusan diharap dapat diberikan kepada Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan PAS untuk merealisasikan seluruh perancangan yang telah disusun menerusi Belanjawan 2023 dalam persediaan bersama-sama untuk memacu Terengganu berdaya tahan. Mengambil kira realiti semasa dan prospek masa hadapan, cabaran dan peluang serta keperluan dan kemampuan negeri, Kerajaan Negeri telah menetapkan tiga teras utama sebagaimana yang dibentangkan bagi menjadi tumpuan sebagai pendekatan dalam Belanjawan yang telah dibentangkan.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, prestasi ataupun perkembangan ekonomi dunia dijangka menurun, mengambil kira faktor-faktor yang telah disebut antara lain konflik Eropah Timur yang masih berpanjangan, langkah sifar COVID-19 di China, dasar monetari yang lebih ketat di Amerika Syarikat yang secara langsung telah mengganggu aliran bekalan dan permintaan serta telah meningkatkan harga makanan dan tenaga di peringkat global. Berfokus dan berstrategi dalam menstabilkan permintaan domestik, merancakkan sektor pertanian dan industri pelancongan, menghasilkan impak yang tinggi daripada projek-projek infrastruktur serta memampankan eksport supaya kita dapat mendepani potensi kejutan luaran

seterusnya memperbaiki taraf hidup rakyat dan memperteguhkan keyakinan peniaga seterusnya menjadi kita, Negeri Terengganu terus dapat berdaya tahan, insya-Allah.

Saya ingin menyentuh beberapa perkara khususnya dalam teras memacu ekonomi. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, usaha memperkukuhkan pertumbuhan dan memperbesarkan saiz ekonomi negeri kita, Kerajaan Negeri akan memberi tumpuan kepada beberapa sektor, antara lain sektor pertanian, sektor industri pelancongan, sektor pembangunan pelaburan dan aktiviti perniagaan. Untuk sektor pertanian, alhamdulillah peruntukan disediakan bagi menambah jelapang padi ataupun kawasan-kawasan penanaman padi. Namun, mungkin sebagaimana yang dilihat di dalam beberapa negeri termasuk Kedah dalam usaha meningkatkan kadar pengeluaran pada setiap tempat ataupun setiap jelapang, antara lain disebut untuk menanam lima kali dua tahun, instead of dua kali setahun, jika kita boleh terus dan saya yakin Kerajaan Negeri Terengganu terus berusaha untuk capai sasaran tersebut bagi mempastikan walaupun tak besar jelapang ataupun kawasan tanaman padi yang kita ada, tetapi hasil daripada kekerapan ataupun bilangan penanaman dapat dipertingkatkan, insya-Allah jumlah keluaran juga akan dapat dipertingkatkan di samping usaha-usaha lain dalam memastikan produktiviti ataupun keluaran terus dipertingkatkan. Di samping itu, di bahagian pertanian juga menambah, juga menumpukan dalam pembangunan padang ragut termasuk lembu sado, kambing tenusu dan lain-lain. Padang ragut antara perkara yang mungkin dapat kita sama-sama terus perhatikan antara lain, kalaulah di DUN Kemasik, padang ragut di Kampung Cabang, beberapa penternak masih lagi memerlukan kawasan-kawasan baharu bagi memastikan bekalan makanan dapat terus dipertingkatkan.

Dato’ Yang di-Pertua, seterusnya sektor pelancongan. Sektor pelancongan antara sektor yang memberi impak besar kepada negeri Terengganu dengan peningkatan ataupun dengan kehadiran pelancong-pelancong yang tinggi. Namun kita yakin peningkatan ataupun gandaan kesan ekonomi, perkembangan ekonomi hasil daripada pelancongan dapat kita perkasakan, antara lain dengan kita memperbanyakkan ataupun kita mempertingkatkan sektor-sektor hiliran bagi menyokong sektor pelancongan. Sebagai contoh, sebagaimana antara lain yang disebut oleh Yang Berhormat Permaisuri, berkenaan dengan tambahan produk-produk yang secara tidak langsungnya dia akan merancakkan lagi atau menambahkan lagi usaha ataupun ekonomi hasil daripada banyaknya sektor-sektor

hiliran hasil daripada kehadiran pelancong-pelancong yang ramai di Negeri Terengganu. Sudah pasti kalaulah pelancong-pelancong itu boleh membelanjakan keseluruhan duit dia di Terengganu kerana banyaknya produk-produk yang menarik yang kita dapat sediakan untuk mereka, ia tidak langsung akan memberi satu impak yang lebih baik kepada gandaan ekonomi ataupun pembangunan di dalam negeri Terengganu yang kita cintai ini. Kalaulah kita boleh tengok dok geng-geng motor, di samping kita ada program-program motor dan sebagainya, antara benda yang kita boleh tengok anak-anak muda wat balik, dia galas penyu. Boleh dikatakan setiap orang galas belaka sekor, sekor, sekor penyu belakang. Jadi, kalaulah banyak lagi produk-produk yang boleh dibawa balik yang sesuai dan menarik, kita yakin produk-produk tersebut menjadi suatu usaha ataupun suatu perkara yang terus membantu dan meningkatkan ekonomi negeri kita.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, lokasi pelancongan yang sebahagiannya telah lama kita kenal antara salah satu yang mungkin saya mohon untuk dipertimbangkan adalah Air Terjun Menderu di Kampung Cabang. Alhamdulillah kalaulah musim cuti tu, hampir penuh, orang Terengganu panggil penuh rumbu menyebabkan infrastruktur ataupun tempat parking sangat terhad. Justeru saya berharap untuk dilihat kembali mungkin beberapa lokasi pelancongan yang mendapat sambutan boleh dilihat balik untuk diperkasakan ataupun dibangunkan bagi memastikan keselesaan kepada seluruh pelancong-pelancong yang hadir bagi terus untuk hadir beberapa kali, mungkin bila jammed panjang sangat ni, jauh sangat nak parking payah dan sebagainya, keselamatan juga tidak dapat dijaga menyebabkan mereka tidak datang untuk kesekian kali selepas pada itu, insya-Allah. Saya berharap untuk dilihat juga bagi penaiktarafan infrastruktur di Air Terjun Menderu, Kemasik.

Dato’ Yang di-Pertua, industri pelancongan sukan juga merupakan suatu industri yang menjadi tumpuan khususnya kita di negeri Terengganu. Di samping program Gateh dan lain-lain program sukan, bola dan sebagainya, saya juga mengambil kesempatan untuk memohon untuk dipertimbangkan mewakili Persatuan Hoki Negeri Terengganu bagi satu kejohanan yang telah kita bincangkan di peringkat Persatuan Hoki Malaysia iaitu Kejohanan Hoki Antarabangsa Lima Sebelah pada tahun 2023 nanti. Untuk makluman, Persatuan Hoki Dunia telah bersetuju memberi hub penganjuran Hoki Dunia Lima Sebelah kepada Terengganu untuk tahun 2023. Kejohanan yang julung kali diadakan ini melibatkan lapan negara. Kejohanan ini dikelola oleh Persatuan Hoki Malaysia dan MSC. Kejohanan ini memberi impak yang

baik, sudah pasti pada segmen pelancongan dan lain-lain berkaitan, walaupun kita lihat kos bagi merealisasikan kejohanan ini tak lah setinggi mana, tapi kita yakin dengan kehadiran dan komitmen yang telah diberikan mampu memberi impak yang baik kepada negeri Terengganu khususnya di bidang pelancongan sukan, insya-Allah.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, sektor pelaburan, pembangunan pelaburan dan aktiviti perniagaan. Alhamdulillah kita terus mengorak ke hadapan untuk memperbanyakkan ataupun meningkatkan prasarana-prasarana khususnya bagi kawasan-kawasan industri bagi menyokong pelabur-pelabur untuk masuk ke kawasan ataupun ke negeri kita dengan kadar yang segera. Justeru, dalam usaha untuk pembangunan infrastruktur yang bersasar, kami berharap ataupun bolehlah kita lihat bersama bagaimana infrastruktur-infrastruktur asas bagi memastikan setiap kawasan industri kita dapat disediakan dengan yang terbaik bagi memastikan pelabur-pelabur dapat segera masuk dan terlibat dalam pelaburan dalam negeri kita disamping inisiatif-inisiatif dan tawaran-tawaran yang boleh kita tawarkan untuk mereka. Penambahbaikan premis perniagaan antara yang disebut dan menyediakan kawasan kegiatan ekonomi baharu bagi usahawan baharu ataupun usahawan-usahawan yang ingin mengembangkan perniagaan mereka juga dilihat akan mampu untuk membantu peningkatan tersebut, insya-Allah.

Dato’ Yang di-Pertua, sokongan pihak korporat juga boleh diperkasakan ataupun boleh memperkasakan peniaga kecil. Pertama sekali syarikat boleh, GLClah khususnya boleh dan harus melabur sebanyak mungkin pendapatan mereka di dalam negara, negeri, tetapi mungkin memerlukan pembentukan semula rantaian bekalan masing-masing untuk menerapkan lebih banyak input tempatan. Pihak korporat boleh memperkasakan peniaga kecil dengan membabitkan mereka dalam rantaian bekalan. Hal ini tidak sepatutnya dilihat hanya sebagai program tanggungjawab sosial ataupun CSR sahaja.

Kedua, tanggungjawab mempertingkatkan jaringan keselamatan dan perlindungan sosial tidak seharusnya terletak kepada ataupun terletak pada kerajaan semata-mata, Program Jaringan Keselamatan Sosial paling baik adalah di lengkapi pendidikan celik kewangan, sektor korporat boleh berusaha mendidik dan memperkasa komuniti setempat mereka dan seterusnya ketiga pihak korporat dan GLC harus memainkan peranan, menarik pelabur berkualiti tinggi dan mewujudkan pekerjaan bergaji tinggi dengan dasar sifar COVID di China, ramai pelabur dari pelbagai negara menyatakan minat untuk hadir ataupun berpindah ke Malaysia dan ini satu perkongsian awam swasta

yang boleh dijayakan dan seterusnya keempat pengiat dalam sektor pelancongan boleh menggalakkan pelancong domestik untuk terlibat dalam perkembangan tersebut, hakikatnya kita masih belum menggunakan sepenuhnya sebahagian daripada peruntukan untuk sektor pelancongan bagi memastikan ia terus mengorak langkah ke hadapan, dan seterusnya yang terakhir kelima syarikat korporat lebih besar mesti membantu syarikat lebih kecil terutama dalam ekosistem masing-masing untuk mencapai matlamat ESG, tumpuan kepada elemen berasaskan amalan alam sekitar Sosial dan Tadbir Urus (ESG) adalah penting ketika ini bagi mencapai pertumbuhan yang mampan selepas pandemik COVID-19. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, golongan belia terus kita Kerajaan Negeri dorong bagi memastikan perkembangan ataupun memastikan orang-orang muda belia menceburi bidang keusahawan dan terlibat dalam usahawan-usahawan ini, justeru Program Transformasi Minda, menambah baik sistem Pengurusan Kompetensi Sahabat Usahawan Terengganu (SUT) serta meningkatkan inovasi dan meluaskan pasaran produk tempatan menerusi kolaborasi dengan universiti tempatan dan pengganjuran Terengganu Showcase bagi membantu PMKS di negeri ini merupakan suatu inisiatif yang sangat baik dan yakin insya-Allah mampu untuk melahirkan usahawan-usahawan yang lebih baik dari semasa ke semasa seterusnya membantu meningkatkan ekonomi negeri kita insya-Allah. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya rasa itu sahaja untuk saya daripada Kemasik dan saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak atas sokongan dan dokongan bagi sama-sama membina Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera. Kemasik mohon menyokong Belanjawan 2023 Terengganu.

Yang di-Pertua

Terima kasih pada Wakil Kemasik, saya berhasrat untuk memberi peluang kepada Ahli Yang Berhormat yang belum bercakap, tetapi sekarang kita sudah hampir pukul lima, saya persilakan Wakil daripada Kuala Besut.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, barisan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, rakan-rakan, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua-ketua Jabatan, pemerhati dan seterusnya tuan-tuan dan puan-puan sidang Dewan Undangan Negeri yang saya hormati dan kasihi sekalian.

Pertamanya terima kasih banyak kepada Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya mengambil peluang untuk sama-sama mengikuti sesi perbahasan Ucapan Bajet 2023 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar kelmarin, cuma saya tak bercadang nak bercakap panjang, Dato’ Yang di-Pertua, cuma yang pertamanya sebelum kita tengok kepada bakal pelaksanaan bajet pada tahun 2023 saya suka kalau boleh kita juga pihak Kerajaan memaklumkan juga kepada Sidang Dewan sama ada yang berada dalam Dewan ni, dalam ucapan penggulungan nanti dan juga kepada semua masyarakat Negeri Terengganu secara amnya di luar sana, tentang keberkesanan dan juga pelaksanaan berapa peratuskah pelaksanaan bajet yang telah dilaksanakan pada tahun ini iaitu Bajet 2022, sama ada dilaksanakan sepenuhnya dan apakah impaknya kepada masyarakat Negeri Terengganu secara amnya dan secara khususnya kepada golongan sasar yang telah kita war-warkan pada sidang DUN pada tahun yang lalu, sebab kita juga nak tahu sejauh mana pelaksanaan dan juga keberkesanannya kita tidak nak ialah perkara ini menjadi hanya cantik dan juga molek di dalam buku tetapi tidak dapat mencapai sasaran dan juga keberkesanan dan juga impaknya kepada masyarakat Negeri Terengganu secara amnya.

Perkara yang kedua, Dato’ Yang di-Pertua, saya juga apabila tengok pada bejet yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar kelmarin, bila kita tengok-tengok dan tilik-tilik, dan teliti-teliti begitu banyak touchpoint kepada masyarakat kita di Terengganu, molek, sangat molek kepada masyarakat dan juga golongan sasar tersebut, cuma yang menjadi persoalan yang menjadi pertanyaan saya khususnya…

USUL MELANJUTKAN TEMPOH MASA PERSIDANGAN DI BAWAH PERKARA 7(1A) PERATURAN-PERATURAN DAN PERINTAH-PERINTAH TETAP DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, memandangkan masa persidangan yang akan tamat tempohnya pada pukul lima petang, dengan ini saya mencadangkan supaya tempoh persidangan hari ini dilanjutkan sehingga selesai Tertib Pekerjaan Dewan sebagaimana yang telah ditetapkan menurut di bawah Perkara 7(1A), Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri.

Dato’ Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu.

Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat sekalian, saya telah menerima satu cadangan supaya melanjutkan tempoh masa persidangan pada hari ini, oleh yang demikian masa persidangan ini dilanjutkan sehingga selesai semua Tertib Persidangan Dewan yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Yang Keempat Belas. Persidangan diteruskan.

Okey, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, okey saya sambung, menda apa doh tadi, moleklah touchpoint ini diberikan kepada rakyat cuma yang menjadi persoalan yang menjadi pertanyaan, yang menjadi menda apa doh ialah pertanyaan dan persoalan ketika hujung tahun 2018 ketika Kerajaan PAS mengambil tampuk pemerintahan Negeri Terengganu pada tahun 2018 antara yang disebutkan oleh pihak Kerajaan Negeri pada waktu tu dan menyatakan untuk mengurangkan ikan, lebih banyak nak beri adalah pancing-pancing kita mengurangkan nak beri ikan ni, kita nak banyakkan pancing supaya pancing tu boleh di gunakan oleh rakyat, tapi apabila kita tengok kepada touchpoint dan juga bajet yang dibentangkan pada kelmarin rupanya banyak ikan yang diberikan kepada rakyat berbanding pancing yang diumumkan oleh pihak-pihak Kerajaan Negeri ketika mengambil tampuk pemerintahan pada lepas PRU ke-14 yang lalu, yang ni menjadi persoalan kita sama ada pihak di sebelah sana dah membuat u-turn ataupun adakah berubah dasar ataupun apakah maksud di sebaliknya, ataupun ia menjadi sebahagian daripada yang di panggil „i’ untuk kita menghadapi pilihan raya ke-15 di peringkat negeri nanti, okey perkara yang berikut, Dato’ Yang di-Pertua yang saya nak sentuh lagi adalah berkenaan isu air. Pada hemat saya, isu air di Terengganu, isu pengurusan air terawat di Terengganu adalah perkara yang gagal di pihak Kerajaan Negeri, pada saya memang gagal seperti mana juga

yang disebut oleh rakan kita di sebelah kerajaan oleh Ajil tadi, ada lagi masalah air terawat di Negeri Terengganu. Begitu jugok saya duk masuk Facebook, hadir ke sidang DUN pun ada suara daripada rakyat di bawah sana supaya YB bawalah isu air di Besut tu, tak selesai sampai ke hari ini, mohonlah supaya pihak Kerajaan selaras dengan Maju, Berkat dan juga Sejahtera. Sejahtera tu hendaklah turun juga kepada rakyat, jadi mohonlah pihak Kerajaan Negeri bersungguh-sungguhlah neh, bersungguh-sungguhlah dan bersungguh-sungguhlah supaya menangani isu air terawat sebaik mungkin, sebab kita semua sedia maklum bahawa di Negeri Terengganu antara negeri yang tidak ada masalah dari segi bekalan air mentah yang tidak terawat, kita ada empangan-empangan yang ada di hulu-hulu Negeri Terengganu sebagai contoh di Besut kita ada Empangan Paya Peda. Saya difahamkan sehingga tahun 2050 bekalan air mentah yang tidak terawat tu boleh dijadikan supply ataupun bekalan untuk air terawat kepada SATU sebelum diagihkan kepada masyarakat tetapi disebabkan masalah pengurusan, saya pun tak fahamlah sampai ke hari ini, isu contohnya kita di Besut tu tak selesai lagi masalah air. Hari ni kita dengar pula daripada Ajil pun ada juga masalah air tu tidak diselesaikan Jadi mohonlah pihak Kerajaan, bersungguh-sungguhlah membantu rakyat menyelesaikan isu masalah air yang saya sebutkan ini.

Perkara yang berikut, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua adalah isu tanah di Teluk Keke. Seperti yang dinyatakan dalam Bajet kemarin dan disebut juga oleh rakan saya Permaisuri iaitu disediakan juga bajet untuk agensi pelancongan ataupun tourism player (pemain-pemain industri) khususnya melibatkan mereka yang mengadakan pelancongan secara day trip termasuklah di pulau-pulau seperti di Pulau Redang dan juga di Pulau Perhentian. Yang saya nak nyatakan isu tanah di Teluk Keke di Pulau Perhentian, kita tidak menghalang pembangunan yang hendak dibuat di tanah Teluk Keke yang seluas 104 ekar tersebut yang akan dibangunkan oleh satu syarikat swasta. Cuma yang menjadi kerisauan kita kerana di tanah Teluk Keke itulah merupakan salah satu hotspot ataupun lokasi penting dan juga lokasi utama juga untuk pengunjung-pengunjung daripada pelancong-pelancong daripada serata tempat khususnya pelancong-pelancong domestik pergi ke Pulau Perhentian dan di Teluk Keke itulah merupakan antara lokasi day trip mereka. Mereka mesti singgah situ dan di situlah juga dibuka juga gerai-gerai oleh penduduk-penduduk Pulau Perhentian untuk berniaga kerana selain daripada long beach, selain daripada Teluk Dalam, selain daripada Shark Point, selain daripada Teluk Auk, selain daripada Tanjung Tukah, selain daripada tiga ruang, selain daripada.. apadia lagi? Di sekitar kawasan snorkeling punya point tu mereka akan

singgah sebelum balik ataupun masa datang mereka akan singgah ke Teluk Keke untuk bermandi-manda dan juga untuk snorkeling kerana di Teluk Keke itulah antara pantai yang tercantik di Pulau Perhentian kerana di Teluk Keke itu juga adalah kawasan yang landai, terluas di Pulau Perhentian. Jadi sebab itu kita merayu kepada pihak Kerajaan Negeri fikirlah sebaik mungkin supaya kalau nak majukan, majukanlah tanah tersebut secara jabatan ataupun dibina, dimajukan oleh anak syarikat Kerajaan Negeri itu sendiri, tidak diberi kepada syarikat asing kerana apa, kerana kita takut, lening memang syarikat asing tu kata pantai tu akan menjadi pantai public, pantai untuk orang awam tapi takut bila siap resort tu nanti, bila siap chalet, bila siap resort yang bertaraf mewah itu nanti, kita takut dan kita risau pantai yang sebelum ni merupakan pantai yang dikunjungi oleh pelancong day trip dan juga dikunjungi oleh penduduk Pulau Perhentian dan juga penduduk di Besut khususnya secara harian mereka datang untuk bercuti tidak dapat digunakan lagi. Sebab apa, sebab kita takut bila diberi kepada syarikat asing, pantai itu juga menjadi pantai private ataupun pantai persendirian oleh mereka juga. Jadi mohon pihak Kerajaan mengambil kira perkara tersebut demi kepentingan rakyat khususnya rakyat di Terengganu, di Besut dan juga di Pulau Perhentian.

Perkara yang berikut Dato’ Yang di-Pertua, di tanah itu juga ada yang disebut helipad yang digunakan untuk membawa pesakit-pesakit khususnya dalam apa jua aktiviti, urusan melibatkan perubatan ataupun hal-hal kecemasan. Saya teringat lagi pada tahun 2014, ketika itu berlaku banjir besar di Kelantan dan ada seorang penduduk Pulau Perhentian ni dia punya pacemaker ni, rentak jantung dia bateri dia tu tak tau habis ke, bateri weak ke, dan memerlukan khidmat helikopter untuk membawa ke Hospital Kubang Kerian, HUSM tapi disebabkan laut yang bergelora, pelayaran ihsan oleh APNM tidak dapat dilaksanakan tapi mujurlah helikopter yang membawa bekalan makanan ke Kuala Krai, waktu tu dia nak mari ke Gong Kedak untuk mengisi minyak di Pengkalan Udara Gong Kedak untuk isi minyak. Sambil-sambil dia isi minyak tu, kita memaklumkan perkara kecemasan tersebut kepada pihak MKN, Alhamdulilah lepas isi minyak, helikopter Nuri tu isi minyak, sebelum dia menghantar balik bekalan makanan ke pusat-pusat pemindahan banjir di sekitar Kuala Krai, dia sempat singgah di Pulau Perhentian untuk mengambil mangsa, pesakit tersebut dan menggunakan helipad tu lah di Teluk Keke itulah dan dibawa ke Kubang Kerian dan alhamdulillah pesakit itu dapat dirawat sebaik mungkin. Jadi inilah antara perkara-perkara yang menjadi kebimbangan kita yang sebelum pada ni kita nampak mudah tetapi kita takut bila terhantuk baru kita mengadah.

Perkara yang terakhir Dato’ Yang di-Pertua, begitu juga seperti rakan-rakan yang lain saya juga ingin menyentuh isu guna tanah. Isu guna tanah kita di Terengganu dan saya mohon supaya pihak Kerajaan serius juga tentang rancangan tempatan daerah, rancangan pelan-pelan saliran, pelan-pelan induk pembangunan tanah di Negeri Terengganu kerana kita takut akhir-akhir ini bila pelan pembangunan tanah tidak dapat dilaksanakan, tidak dapat dirancang sebaik mungkin. Kita takut kelestarian bandar kita, kelestarian kampung kita, kelestarian seluruh pembangunan yang kita nak buat tidak dapat dilaksanakan seoptimum mungkin. Sebab apa, kita takut berlaku banjir yang tanpa limpahan air sungai pun boleh berlaku banjir sekiranya kita tidak ada pelan induk saliran bandar sebaik mungkin. Bila pelan induk saliran bandar tu ada, kita nak laksanakan pula, kena laksanakan sebaik mungkin mengikut pelan yang telah kita rancang sebaik mungkin. Ini kerana kita takut sekarang ni, banyak rumah sekarang ni dilimpahi air hujan apabila hujan turun. Saya berkata begitu kerana baru-baru ni banyak doh rumah, yang rumah tu rumah lama, atas tanah, bila hujan lebat tu turun, air daripada jalan tu masuk dalam rumah. Sebab apa ambe royak gitu, sebab banyak di kampung-kampung sekarang ni MPKK telah buat jalan dan lapis jalan, resurface jalan yang sama. Jalan tak rosak mana pun resurface lagi, overlap lagi overlay lagi sehinggakan jalan tu lagi tinggi daripada rumah. Jadi mohonlah pihak Kerajaan seriuslah dalam apa jua perancangan untuk melestarikan kampung-kampung dan juga bandar-bandar khususnya kita di Terengganu dan laksanakanlah sebaik mungkin, pelan guna tanah sebaik mungkin supaya pelan yang kita rancang tu tidak hanya cantik di mata, tidak hanya cantik di buku tetapi juga cantik juga dari segi pelaksanaannya. Okey, Dato’ Yang di-Pertua, saya rasa itu sahaja. Terima kasih banyak di atas keizinan Dato’ Yang di-Pertua memberi ruang kepada saya untuk sama-sama kita membahaskan isu Bajet Belanjawan 2023 Negeri Terengganu. Sekian

Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Wakil Kuala Besut. Saya jemput Wakil Air Putih.

Ab. Razak bin IbrahimPAS · GSAir Putih

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, rakan-rakan media serta para Pemerhati yang dihormati sekalian. Alhamdulillah syukur pada Allah Ta’ala kerana pada limpah kurnia-Nya dapat sama-sama kita berada di Dewan yang mulia ini ke Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima 2022. Alhamdulillah terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya untuk berucap sesi Perbahasan Bajet 2023 yang telah dibentangkan kemarin. Rakan-rakan Yang Berhormat tadi telah sebahagian besar telah selesai berucap dan hampir keseluruhan menyebut tentang PRK yang ke-15. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh para penggundi yang menunaikan tanggungjawab mereka sebagai penggundi untuk memilih calon parlimen di seluruh negara dan keputusan PRN Ke-15 sudah pun selesai. Tahniah kepada calon yang menang, yang merupakan amanah yang perlu digalas oleh mereka. Inilah satu ketentuan Allah Taala telah ditetapkan dan kepada yang tidak menang redha dengan keputusan ini. Saya bagi pihak DUN Air Putih mengucapkan terima kasih kepada penggundi khusus anak-anak muda yang memilih calon bertepatan dengan keadaan semasa memilih calon PAS memberi kemenangan dan menghantar mereka ke Parlimen.

Bajet dibentang lulus je belum, Lulus pasti di dalam tangan, Keputusan PRK15 sudah maklum, PAS Terengganu capai kemenangan.

Dihias tin di dalamnya kosong, Alur bertembung dalamnya lesung, PAS menang lapan kosong, PRN pulak harap-harap 32 kosong.

Bagi memulakan ucapan ini, saya mengucap tahniah kepada pimpinan Kerajaan Terengganu diketuai oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar di atas kejayaan cemerlang dalam mentadbir Negeri ini sehingga berjaya melaksanakan kesemua manifesto PRU-14 yang lalu di mana Kerajaan Negeri berjaya

mengekalkan integriti tinggi dengan rekod sifar rasuah dan membasmi segala bentuk penyelewengan dalam mentadbir urus negeri. Banyak kejayaan-kejayaan yang dicapai dalam sektor ekonomi, pendidikan, pertanian dan sebagainya, yang ini secara langsung memberi manfaat kepada rakyat terengganu.

Saya penuh yakin Kerajaan pimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar kini berada di landasan yang betul kerana mencapai misi dan visi dan Pelan Induk Terengganu Sejahtera 2030 (PITAS). Dalam Bajet yang dibentangkan semalam oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, ada menunjukkan kedudukan KDNK kita dimana membawa perubahan peratusan tahunan bertambah baik iaitu kepada kedudukan tempat ketiga tahun 2021. Begitu juga dengan pelaburan, menunjukkan peningkatan daripada 0.86 bilion pada tahun 2019 kepada 3.87 bilion pada tahun 2021. Begitu juga dengan peluang pekerjaan yang aktif seramai 23,525 orang kekosongan yang boleh diisi oleh rakyat Terengganu khususnya para belia dan beliawanis. Begitu juga dengan sektor pelancongan pula, Terengganu negeri yang paling ramai dikunjungi oleh pelancong sehingga mencecah 1.4 juta rakyat yang mengunjung ke Negeri Terengganu. Saya mencadangkan memperkasakan sektor pelancongan ini, Air Putih mencadangkan pihak Kerajaan perlulah memperbanyakkan seperti tempat-tempat pelancongan dan tempat rekreasi rakyat di setiap daerah. Air Putih misalnya, ada tempat-tempat yang perlu yang sesuai untuk dijadikan tempat pelancongan terutamanya ialah Tasik Biru Seberang Tayor sesuai dan wajar dijadikan pusat rekreasi dan permainan air dan satu lagi kolam air panas di Cerul dan di dalam Kota Air Putih sebagai pusat rekreasi dan perkelahan.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, hampir empat tahun lebih pimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar Terengganu dibantu oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu bersama dengan pegawai-pegawai Kerajaan telah mengorak langkah mencipta kejayaan demi kejayaan yang memberi kesejahteraan dan keselesaan kepada rakyat negeri ini. Sesuai dengan slogan Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera. Oleh yang demikian, saya menyeru kepada semua rakyat Terengganu teruslah setia memberi sokongan padu kepada Kerajaan yang ada pada hari ini.

Cicak hutan makan ceri, Makan ceri berpagi-pagi, Bijaknya kerajaan tidak terperi, Membantu rakyat di semua segi.

Debu kari dan guni, Guni hapak lagi berkarat, Nak cari mana Kerajaan gini, Jaga seluruh kebajikan rakyat.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, inisiatif Belanjawan menggaris tiga Teras Utama. Diantaranya ialah Teras 1 - Rakyat Disantuni, Teras 2 - Ekonomi Dipacu dan Teras 3 - Melestari Pembangunan. Dalam sesi bahas ini saya memilih Teras 1, menyantuni rakyat yang mana ianya meliputi keperluan perkara hidup sejahtera. Kehidupan sejahtera ini boleh berlaku bilamana rakyat hidup beragama, bijak dalam pendidikan, kukuh dalam keluarga dan ada keperluan untuk hidup. Bajet dalam Teras 1 ini digarap indah agar objektif untuk kesejahteraan rakyat dapat dicapai. Institut masjid diperkasakan dimana masjid dijadikan sebagai one stop centre demi aktiviti ibadah, tempat menuntut ilmu, kemasyarakatan setempat di setiap DUN. Bagaimana dengan kedudukan pondok dan pusat tahfiz? Saya mencadangkan supaya institusi pondok yang diurus secara persendirian yang mereka yang ingin melihat anak bangsa faham agama. Satu dana pendidikan Islam dicadangkan perlu membantu proses penambahbaikan sekolah pondok, tahfiz, SAR dan tempat-tempat pengajian agama termasuk bantuan subsidi yuran pelajar.

Di bawah bilangan 49 Teras 1, rakyat disantuni pemberian one off RM110.00 pitis belanja kepada murid sekolah rendah dan sekolah menengah yang layak. Bantuan ini perlu juga diperluaskan meliputi anak-anak pondok dan tahfiz persendirian diberi juga one off seperti ini, saya mencadangkan. Di bawah bilangan yang kelima Teras 1, Alhamdulillah sekian lama para Imam dan Bilal menunggu elaun mereka dikaji oleh pihak Kerajaan. Tambah elaun masa kini tepat sekali di mana Kerajaan menaikkan elaun Imam Bilal RM100.00.

Sebenar isu ini menjadi perbualan sekian lama. Kini impian Bilal selama ini telah menjadi kenyataan. Terima kasih kepada Kerajaan Negeri. Semoga para Imam Bilal lebih bersemangat lagi menjalankan tugas harian mereka. Begitu juga one-off yang selama ini tidak diberi kepada Imam dan Bilal dan pada Bajet ini Alhamdulillah RM200.00 telah disediakan untuk setiap Imam dan Bilal.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, akhir sekali tahniah dan terima kasih Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dengan Pembentangan Bajet kali ini oleh

Teras 1, rakyat santuni boleh dikatakan suatu bajet yang tepat sekali dan sangat relevan kerana ianya menyeluruh melibatkan institusi masjid, skim mubaligh, dakwah, pembangunan insan, mahkamah, pimpinan remaja, pendidikan, SMIDI dan SRIDI, SAR, guru Pendidikan Islam, OKU, Skim Permata, anak baru lahir, pelajar sekolah, siswa, belia, kahwin perdana, wanita USWa, wanita bersalin, rawatan kesihatan, kad sejahtera, masalah wanita mammogram, bidang sukan, belia, lesen motor, bina kerjaya, ibu tunggal, juga jaga pengawal keselamatan. Rakyat disantuni semua sekali. Semoga objektif menjadikan rakyat hidup beragama, bijak cemerlang dalam pendidikan khusus, kukuh dalam keluarga dan keperluan untuk hidup dapat dicapai oleh teras satu rakyat disantuni.

Akhir sekali Dato’ Yang di-Pertua,

Papan lorek hias di anjung, Tempat bicara tamu yang mulia, Budi dan bukti boleh disanjung, Agar sejahtera rakyat jelata.

Terengganu indah pesisir pantai, Ombak putih menderu deru, Bernafsu berjaya dirantai, Rakyat bahagia negeri pun maju.

Makan nasi ikan singgang, Hati-hati kut terlekat tulang, Kalau ginilah bagusnya Kerajaan, Pilihan raya nanti undilah Bulan.

Kota Bharu Pulau Melaka, Singgah sekejap di Kota Putera, Rakyat kini disantuni belaka, Terengganu Maju Berkat Sejahtera.

Air Putih menyokong Bajet.

Yang di-Pertua

Terima kasih Wakil Air Putih. Sedap dengar pantun-pantun daripada Wakil Air Putih ini. Saya nak jemput yang terakhir pada petang ini, Wakil daripada Manir.

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, yang mungkin ada melihat dalam online atau pun view secara live, seluruh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, rakan-rakan Yang Berhormat, seluruh pegawai, dan seluruh pemerhati yang dirahmati Allah Ta’ala sekalian. Dengan peluang yang ada ini, kita melihat ucapan Bajet Belanjawan 2023, “Memacu Terengganu Berdaya Tahan”. Manir mengucapkan tahniah kepada pihak Kerajaan yang dalam keadaan penuh kesempitan melunaskan bayaran hutang tertunggak Kerajaan sebelum ini. Menghadapi kekangan kewangan Kerajaan pasca pemulihan COVID-19 tetapi dengan penuh rasa tanggungjawab, rakyat dapat melihat bahawa Kerajaan ini sangat komited membantu rakyat dan cuba melunaskan segala manifesto yang telah dijanjikan dan saya ucapkan tahniah. Kerajaan ini dapat melunaskan seluruh manifesto yang telah dijanjikan di atas semangat yang disebut oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala :

Agar kekayaan negara tidak berlegar hanya di kalangan orang-orang kaya sahaja di kalangan kamu. Alhamdulillah kita semua mendengar dengan penuh tekun, pembentangan Bajet semalam pelbagai bantuan yang disalurkan kepada semua lapisan masyarakat dan kita dapat melihat pihak Pembangkang juga melihat dan mengakui bahawa ianya mencecah hampir RM150 juta dan mungkin lebih jika diperhalusi dan inilah sebenarnya suatu suntikan yang insya-Allah memberi rangsangan kepada ekonomi Negeri Terengganu. Tetapi walau bagaimanapun kemungkinan ada pihak yang tertinggal yang selepas ini akan kedengaran dan insya-Allah saya merasakan Kerajaan tidak meminggirkan mereka. Begitu juga saya ucapkan tahniah kepada Pembangunan Modal Insan yang telah disebut berulang kali oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian. Modal insan SRIDI, SMIDI dan termasuk usaha Kerajaan Negeri membangunkan Kolej Quran Terengganu dan kita doakan agar usaha Kerajaan pada membangunkan modal insan ini memberi manfaat kepada seluruh rakyat di Negeri Terengganu pada masa yang akan datang.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya terbaca satu kenyataan Kerajaan Malaysia yang telah dikeluarkan pada tahun 1983, bagaimana Kerajaan Malaysia telah melancarkan Kajian Dasar Perindustrian Malaysia (KDPM ) dan Pelan Induk Perindustrian (PIP) yang mana pelancaran kedua-dua kajian dasar ini, menyusun atur dasar-dasar perindustrian negara dan bagaimana menggalakkan pelaburan dan dasar-dasar peningkatan eksport Malaysia ke luar dan bagaimana PIP, Pelan Induk Perindustrian pula bertujuan menggubal objektif pembangunan perindustrian secara am dalam mengenal pasti teras strategi-strategi untuk sektor-sektor kecil yang berpotensi untuk tumbuh dengan pesat. Dasar ini secara asasnya telah dibuat untuk membina dan menjadikan Negara Malaysia sebagai sebuah negara industri tetapi malangnya atau pun tetapi secara kebetulan 1985, 1986 berlaku kemelesetan ekonomi yang melanda Negara Malaysia yang akhirnya menunjukkan kelemahan di dalam struktur industri negara ini tetapi apa nak disebutkan di sini ialah ada satu noktah penting yang mana kenyataan ini telah mencatatkan walaupun bidang pertanian di Malaysia merupakan satu kegiatan ekonomi yang penting namun demikian pertanian tidak mungkin dapat mewujudkan peluang-peluang pekerjaan bagi puluhan ribu lulusan sekolah dan institusi pengajian tinggi setiap tahun.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, apa yang kita bincangkan tentang kenaikan harga barangan terutamanya harga barangan makanan. Maka dia berkait rapat dengan kenyataan-kenyataan dan penggubalan dasar yang telah berlaku pada awal tahun pada era 80-an ini dan kita telah merasakan kesan pada hari ini dengan kekurangan bekalan makanan yang dapat dikeluarkan sendiri tetapi bila mana kita menekankan sesuatu bidang dan kita meninggalkan satu bidang yang lain dengan mengutamakan bidang industri meninggalkan bidang pertanian, yang akhirnya kita melihat hari ini bila mana puluhan ribu lulusan sekolah dan institusi pengajian tinggi yang bila dilihat kepada suatu angka daripada Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2019, yang saya sempat semak bahawa dalam peratusan 72.1% lepasan SPM tidak mahu menyambung pelajaran. Lebih kurang bilangan sebanyak 390,000 orang pelajar lepasan SPM yang tidak mahu menyambung pelajaran. Oleh kerana itu, kita melihat suara-suara yang menyebut tentang sebab apa tidak mahu sambung belajar, sebab keluar universiti pun belum tentu dapat kerja dalam bidang yang dipelajari. Akhirnya apa yang kita lihat graduan-graduan kita menjadi staff kepada grabfood, kepada foodpanda, staff kepada J&T dan sebagainya kerana inilah jalan pintas yang mereka mampu untuk menjalani kehidupan mereka sebagai insan di Negeri kita dan di Negara Malaysia

ini dan kesannya ialah bukan sahaja kita kekurangan hasil pertanian, tetapi kita kekurangan bidang pekerjaan dan kepakaran, dan kita tidak mahu menunding jari salah siapakah ini, tetapi kita melangkah ke hadapan untuk meneruskan perjuangan untuk kepentingan rakyat Negeri Terengganu ini. Oleh sebab itu, bila memperkatakan tentang food security ataupun keselamatan makanan, saya mengharapkan hala tuju Kerajaan Negeri perlu diberi lebih perhatian, digandakan bajet yang lebih besar kerana kebergantungan kita kepada Negara luar menyebabkan akan terhimpitnya keadaan masyarakat dan rakyat di Negeri Terengganu secara khususnya. Bila kita melihat secara dasar, data yang saya perolehi daripada pihak UPEN pada tahun 2020, berkaitan dengan tanaman kelapa sawit yang berkeluasan 178.628 hektar, iaitu seluas 13.73% daripada keluasan seluruh tanah di Negeri Terengganu berbanding dengan keluasan padi, keluasan tanaman padi yang berkeluasan hanya 18.835 hektar yang mana merupakan hanya 1.44% sahaja daripada keluasan Negeri Terengganu, dan ini yang akhirnya menyebabkan kita mengambil jalan yang sangat berisiko iaitu mengimport beras yang kita ambil contoh daripada negara jiran, yang mana kita melihat Negara Thailand sebagaimana yang disebut oleh YB EXCO Pertanian semalam, Thailand ada 9.2 juta hektar tanaman padi, Vietnam sekitar 7 juta hektar tanaman padi dan oleh itu, kita hendaklah memandang serius dengan perkara ini dan ini juga memberikan suatu isyarat dan signal kepada kita bila mana ramai golongan muda selepas mana berlakunya krisis Pandemik baru-baru ini, semua lapisan masyarakat mula merasai kepentingan pertanian dan cuba menjadikan ianya satu bidang yang boleh memberikan sumber rezeki kepada mereka, dan sememangnya ramai di kalangan rakyat Negeri Terengganu yang duduk di luar, yang bercita-cita untuk pulang ke kampung halaman untuk memulakan pertanian, tetapi mereka kekurangan modal, bahkan rakyat anak mukim Negeri Terengganu sendiri yang nak memulakan pertanian ini memerlukan modal yang besar. Oleh itu saya mengharapkan Kerajaan memberikan suntikan modal yang lebih besar kepada Skim Bantuan Modal Tani yang telah diperkenalkan sebelum daripada ini.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya juga ingin mencetuskan suatu yang kita sebut sebagai suatu kesedaran bagaimana kita memberi nilai impak yang tinggi kepada pengusaha-pengusaha kecil. Saya ucapkan tahniah kepada Pihak Yayasan Pembangunan Usahawan yang telah memberikan suntikan modal sebagaimana yang telah disebutkan RM10 juta, tetapi saya difahamkan Pihak YPU masih lagi tidak cukup duit untuk meluluskan semua permohonan daripada usahawan-usahawan kita di Negeri Terengganu, dan inilah di antara yang kita

sebut bantuan langsung pihak Kerajaan Negeri kepada usahawan-usahawan kita, kepada petani-petani kita, dan insya-Allah bukan sahaja kita dapat membantu anak mukim Negeri Terengganu yang duduk di Terengganu, dan lebih menggembirakan lagi bila mana saya dapat tahu bahawa pihak YPU juga memberi bantuan dan peluang kelulusan pinjaman kepada perantau-perantau yang mengundi Terengganu tetapi menginap duduk di luar daripada Terengganu. Saya ucapkan tahniah kepada pihak Kerajaan dalam melaksanakan usaha-usaha ini.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, dengan masa yang berbaki ini, saya ingin menyampaikan hasrat daripada rakyat ataupun pengundi-pengundi Manir yang telah berkeluarga memohon agar dibangunkan Taman Rekreasi di Sungai Manir ataupun Sungai Terengganu, begitu juga anak-anak muda, perlukan padang-padang bola untuk beriadah. Ada sebahagiannya telah sedia ada tetapi perlu kepada pengambilan tanah, ada juga peruntukan yang diperlukan untuk dibaik pulih padang-padang bola yang telah sedia ada. Begitu juga ada lawatan rasmi ataupun tidak rasmi daripada EXCO Pelancongan ke tempat yang bersejarah iaitu tapak Surau Tuan Haji Abdul Rahman Limbong yang juga merupakan nama besar dalam sejarah Negeri Terengganu. Kalau boleh dibangunkan kawasan ini dengan baik, kerana ia boleh menjadi suatu daya tarikan pelancongan, dan sebelum saya mengakhiri, rakyat Manir juga memohon sebagaimana rakyat-rakyat di dalam DUN-DUN lain, berkaitan dengan pembinaan rumah rakyat, walaupun kita sangat bersyukur dengan Dana Rumah i-Rahman, tetapi ia masih belum mencukupi dan Manir juga mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Terengganu yang peruntukan sebanyak RM77 juta untuk pengurusan kebersihan dan keindahan bandar kerana terlalu banyak yang mengkritik, warga netizen yang mengkiritik kebersihan Negeri, walaupun kita tahu ianya proses pertukaran kontraktor dan sebagainya. Penambahbaikan sebagaimana yang disebut pihak kontraktor perlu menyediakan lori-lori sampah sendiri, tetapi ianya suatu kritikan dan perlu kita hadapi dan insya-Allah dengan peruntukan ini kita dapat melihat Negeri Terengganu lebih baik dan lebih bersih insya-Allah. Dan saya tertarik walaupun Seberang Takir tadok, tetapi oleh kerana dia sebut dalam Dewan semalam, berkaitan dengan harga ikan di Terengganu ini, harga ikan lebih mahal daripada harga di Kuala Lumpur, bila saya minta fakta, dia herdik saya. Kita pun nak lawan kawan itu umur banyak dah, kita dok sedap juga nak lawan. Jadi bila dilihat kepada fakta yang disebut oleh, yang dikeluarkan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia yang telah dipamerkan oleh Yang Berhormat EXCO, ternyata Terengganu adalah, harga ikan di Terengganu adalah lebih murah daripada di Kuala Lumpur

bermula daripada tahun 2019, 2020, 2021 dan 2022. Semasa PAS memerintah harga ikan turun dengan pelaksanaan program-program tukun dan seumpamanya, dan inilah yang kita lihat kalau tanya mana impak yang sebagaimana yang Kuala Besut tadi, mana impak comel dalam buku, comel ke dok dalam alam sebenar. Memang ini comel sungguh, dan inilah yang kita harapkan dan sebab ini rakyat melihat ianya satu impak yang besar kepada Kerajaan Negeri.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, akhirnya saya memohon dan mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri dengan dasar keterbukaan Kerajaan Negeri kepada kakitangan-kakitangan Kerajaan Negeri Terengganu, keterbukaan berlainan, keterbukaan ini dapat diterjemahkan walaupun berlainan parti politik, kakitangan yang berlainan parti politik diberikan kenaikan pangkat dan seumpamanya. Sebagai contoh baru-baru ini, naik-naik pangkat tiba-tiba letak jawatan bertanding di Parlimen. Kita melihat, kita ucap tahniah, mungkin ramai lagi yang dalam itu, yang berlainan, berbeza politik, tetapi jangan diterjemahkan dalam gerak kerja pelaksanaan tugas. Bebas dan kita dapat melihat ada gambar, ada bukti bahawa kakitangan Kerajaan, berceramah di atas pentas Barisan Nasional, bahkan pakai baju logo Barisan Nasional. Ini berlaku, tetapi kita ucapkan tahniah, kita tidak buang, sebagaimana Pengerusi KETENGAH buang habis kakitangan yang berlainan, berbeza politik, tidak buat begitu dan insya-Allah perkara ini dapat diteruskan dan rakyat melihat dengan penuh keterbukaan, insya-Allah, mudah-mudahan perjalanan Ucapan Perbahasan Ucapan Bajet Belanjawan 2023 dirahmati, Manir mohon menyokong „Memacu Terengganu Berdaya Tahan’, insya-Allah.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Wakil Manir yang merupakan pembahas terakhir untuk sesi petang ini. Saya dah berikan peluang kepada Ahli-ahli Yang Berhormat seramai 16 orang hari ini untuk terlibat dalam perbahasan Rang Enakmen Perbekalan 2023. Insya-Allah esok sebelum pihak Kerajaan akan membuat penggulungan, selepas rehat nanti saya masih memberi peluang kepada dua orang, yang pertama ADUN Seberang Takir, dan terakhir sekali ialah Pengerusi BBC, ADUN Tepuh. Saya menangguhkan Persidangan ini kepada hari esok 30

November 2022 pada pukul 9.30 pagi. Kita tangguh dengan tasbih kafarah dan Suratul „Asr.

DEWAN DITANGGUHKAN PADA PUKUL 5.40 PETANG