Terengganu · 30 November 2022

14th Assembly, 5th session, 3rd meeting · 355 turns · 29,358 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalTerengganu publishes one PDF per meeting, with the written answers appended. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

Soalan-Soalan LisanQuestions

Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, mesyuarat disambung semula. Seperti biasa, sebelum kita memulakan Persidangan kita pada pagi ini marilah sama-sama kita mulakan dengan bacaan Al-Fatihah.

Mesyuarat pagi ini diteruskan dengan Soalan-soalan Lisan. Berikut adalah Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberi notis untuk mengemukakan Soalan Lisan pada hari ini, 30 November 2022 iaitu:

1 Yang Berhormat Wakil Tepoh 2 Yang Berhormat Wakil Batu Burok 3 Yang Berhormat Wakil Seberang Takir 4 Yang Berhormat Wakil Sura 5 Yang Berhormat Wakil Telemong 6 Yang Berhormat Wakil Buluh Gading 7 Yang Berhormat Wakil Hulu Besut 8 Yang Berhormat Wakil Manir 9 Yang Berhormat Wakil Bukit Besi 10 Yang Berhormat Wakil Rantau Abang 11 Yang Berhormat Wakil Jertih 12 Yang Berhormat Wakil Pengkalan Berangan 13 Yang Berhormat Wakil Batu Rakit 14 Yang Berhormat Wakil Bandar 15 Yang Berhormat Wakil Kuala Besut 16 Yang Berhormat Wakil Air Putih 17 Yang Berhormat Wakil Permaisuri 18 Yang Berhormat Wakil Ajil 19 Yang Berhormat Wakil Kemasik 20 Yang Berhormat Wakil Wanita

Sekarang saya persilakan Ahli Yang Berhormat Wakil Batu Buruk untuk memulakan Soalan Lisan pada pagi ini.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya nombor 1-

Apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi memperkasakan aktiviti seni budaya dan warisan di Negeri Terengganu?

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan, terima kasih kepada ADUN Batu Buruk. Kerajaan Negeri Terengganu melalui Portfolio Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital sentiasa memberikan perhatian terhadap aktiviti seni dan budaya agar kekal terpelihara dan seterusnya dimartabatkan di peringkat antarabangsa. Di antara program yang dianjurkan secara aktiviti seni budaya yang terancang

1. Penubuhan Pertubuhan Kesenian Dan Kebudayaan Daerah di setiap daerah yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah yang bertujuan merancang, mengatur dan menyusun aktiviti kesenian dan kebudayaan di setiap daerah secara menyeluruh di bawah satu daerah.

2. Program Pekan Budaya Daerah, diadakan setiap tahun bertujuan memberi tumpuan kepada daerah masing-masing, mempromosikan serta mempamerkan keunikan seni budaya negeri di setiap daerah masing-masing.

3. Program Perkembangan Seni Budaya, melalui bengkel dan latihan, muzik, gamelan dan rodat di sekolah menengah dan juga rendah.

4. Bekerjasama dengan agensi atau pihak lain seperti Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (JKKN) Terengganu, Kraftangan Malaysia, Persatuan

Kesenian dan Kebudayaan bagi menyemarakkan lagi sektor seni budaya Terengganu secara menyeluruh.

5. Penganjuran program yang bersifat Seni Budaya dan Warisan seperti Pekan Budaya, Karnival Budaya, Program Selongkar Budaya, Pesta Wau Menegak, Festival Pantai dan lain-lain program kerajaan dan juga swasta yang dianjurkan di Negeri Terengganu.

6. Pengisian aktiviti di Kampung Budaya Terengganu yang melibatkan seni budaya Terengganu seumpama yang melibatkan persembahan pentas, demonstrasi serta jualan yang melibatkan pihak antaranya, Jabatan Pelancongan Negeri melalui SUKTRA, Pertubuhan Kebudayaan Dan Kesenian Daerah (JKKN), Kraftangan Malaysia Terengganu, Yayasan Pembangunan Usahawan, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Persatuan Dikir Barat Terengganu, Warisan Sari Gamelan, Persatuan Silat Negeri Terengganu dan lain-lain pertubuhan NGO.

Sekian.

Yang di-Pertua

Sebelum saya teruskan, Wakil daripada Telemong dan juga Kemasik boleh membuat pencelahan soalan tambahan kerana soalan yang dikemukakan itu ada kaitan ataupun relevan. Sila Yang Berhormat Wakil Batu Buruk. Sila.

Soalan tambahan saya, yang pertamanya terima kasih kepada Yang Berhormat Wakil Alur Limbat yang telah memberikan jawapan berkait dengan soalan yang ditimbulkan tadi. Soalan tambahannya ialah daripada program-program yang dijalankan tadi, berapakah peruntukan yang telah dibelanjakan? Terima kasih.

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Terima kasih kepada Batu Buruk. Di antara peruntukan daripada Kerajaan Negeri;

BIL PERKARA PERUNTUKAN (RM) 1 Pekan Budaya Daerah 8 daerah x RM40,000.00 RM320,000.00 2 Pertubuhan Daerah 8 daerah x RM30,000.00 RM240,000.00 3 Bantuan Pentadbiran dan Pengurusan serta insentif penggiat kebudayaan RM320,000.00 4 Program Pemerkasaan Kebudayaan Daerah RM100,000.00

Sekian.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan tambahan daripada saya berkenaan pelancongan. Apakah usaha yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dalam sektor pelancongan bagi menarik lebih ramai pelancong di samping kesenian yang dimaklumkan?

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Soalan ni dia panjang dan ada soalan lainlah berkait dengan usaha ini. Jawab semula lah.

Yang di-Pertua

Sekarang saya jemput Wakil Seberang Takir. Takdok lagi? Seterusnya saya jemput Wakil Sura.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya nombor 1-

Apakah peranan yang diambil oleh Kerajaan Negeri terhadap isu kenaikan harga makanan ternakan yang dihadapi oleh para penternak?

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Wakil Sura. Isu kenaikan harga makanan ternakan di antara dilema besar yang menghimpit masyarakat penternak bukan sahaja di Terengganu malah di seluruh negara. Banyak faktor kenaikan harga makanan ternakan ini berada diluar daripada kawalan kerajaan disebabkan kebergantungan kita kepada sumber bahan mentah yang diimport terutamanya jagung, bijian dan juga kacang soya yang menjadi komponen utama dalam pembuatan mash atau palet makanan ternakan, ditambah dengan perang Rusia, Ukraine, wabak pandemik dan pelbagai isu dunia, masalah ini menjadi semakin parah.

Dalam konteks kita di Negeri Terengganu memang tak ekonomi untuk kita tanam jagung, bijian dan tanam soya sendiri. Jagung bijian dia perlu cuaca panas kering, kontra dengan cuaca panas lembap yang kita ada di Terengganu dan keluasan yang diperlukan untuk tanam jagung bijian ini memerlukan puluhan ribu hektar supaya mencapai tahap economic of skill untuk penggunaan machinery. Jadi sebagai alternatif, kita telah buat beberapa perbincangan dan task force bersama dengan tenaga-tenaga pakar dalam bidang formula makanan, Kerajaan Negeri keluar dengan suatu cadangan untuk mengurangkan kebergantungan kepada sumber bahan mentah yang diimport dengan kita manfaatkan bahan mentah tempatan. Antaranya yang kita ada PKE (Palm Kernel Extract) sisa isirung kelapa sawit, Humidicola Grass ataupun rumput minyak, rumput napier, isi ikan talapia hitam dan juga ikan baja yang boleh dijadikan sebagai komponen bahan mentah dalam pembuatan makanan ternakan dan kerajaan telah meluluskan 6 ekar tanah di Bukit Kor di Marang untuk pembinaan kilang makanan ternakan kerjasama di antara pelabur swasta dan juga Kerajaan Negeri. Dalam masa yang sama kita perlu memanfaatkan seoptimal mungkin sumber makanan hijau bagi ternakan ruminan kerana itulah rezab padang ragut yang diwartakan bawah Seksyen 62 KTN bawah jagaan pengarah veterinar seluas lebih 4,000 hektar di Negeri Terengganu perlu dimanfaatkan sebaik mungkin. Tahun 2021 kita telah bangunkan tujuh padang ragut rakyat dengan keluasan 70 ekar. Tahun ini kita bangunkan lagi lima padang ragut rakyat dengan peruntukan RM400,000.00 daripada Kerajaan Negeri. Dalam masa yang sama kita juga galakkan mana-mana syarikat, individu ataupun usahawan yang nak melaksanakan projek secara komersial mereka boleh mohon untuk sewa tanah rezab ni dan tahun ini sahaja daripada 27 permohonan

yang diterima oleh Kerajaan Negeri kita telah selesaikan 24 daripadanya. Beberapa syarikat telah sewa tanah diantaranya di Binjai Kertas dan juga di Kuala Ping seluas hampir 150 ekar bagi tujuan penanaman napier. Anak syarikat Kerajaan Negeri TADC membangunkan ladang napier seluas 400 ekar di Setia Jaya di Merang, ditambah lagi dengan 100 ekar di Tersat di Hulu Terengganu, untuk kita bekalkan sumber makanan hijau sebagai alternatif kepada sumber palet ataupun dedak. Dalam masa yang sama kerajaan juga menyalurkan bantuan dalam bentuk insentif. Tahun ini kita bagi RM100,00.00 dalam bentuk bantuan input untuk beli mesin chopper kita juga bagi bantuan tunai RM100.00 yang melibatkan 1,000 penternak dan dibantu oleh Kerajaan Persekutuan dengan bantuan insentif RM300.00 kepada 2,569 orang penternak yang melibatkan jumlah keseluruhan RM770,000.00 lebih. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pihak Kerajaan Negeri kerana telah membantu para penternak kita dalam menangani kenaikan kos harga makanan. Soalan saya ialah adakah Kerajaan Negeri mempunyai data atau maklumat berkenaan penternak kita yang terpaksa gulung tikar, berhenti ataupun meninggalkan bidang penternakan akibat daripada kenaikan kos harga makanan ternakan itu. Terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. memang sedih untuk dimaklumkan bila berhadapan dengan peperangan ada yang mampu bertahan dan ada yang tewas di medan dan memang kita akui kita terima maklumat penternak-penternak kita yang terpaksa jual secara keseluruhan haiwan ternakan dan beralih ke bidang lain kerana tidak mampu lagi bertahan disebabkan kenaikan kos makanan ternakan ini.

Yang di-Pertua

Sekarang saya jemput Wakil Telemong.

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya yang pertama-

Kejadian banjir yang menimpa sebahagian kawasan dalam Negeri Terengganu telah menjejaskan pelbagai sektor. Antara yang turut terjejas adalah sektor penternakan ikan sangkar. Apakah usaha Kerajaan Negeri bagi perkara ini?

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Terima kasih Telemong nampok sidang ini Telemong fokus kepada pertanian. Kerugian sektor pertanian Terengganu dalam bencana angin kuat, hujan lebat yang berterusan dan banjir yang bermula daripada Disember 2021 sehingga Februari 2022 adalah sebanyak lebih kurang 12 juta dan meninggalkan kesan yang mendalam kepada sektor sekuriti makanan negeri. Sektor perikanan akuakultur yang difokuskan oleh Telemong mencatatkan kerugian terbesar berjumlah RM8.56 juta yang melibatkan seramai 175 orang pengusaha. 104 daripadanya adalah pengusaha ternakan sangkar. Ada sangkar yang hanyut terus, ghaib royuk tok jupe cari, ada yang rosak dan ada sangkar yang tidak rosak tapi ikan mati. Bakinya adalah penternak kolam. Daerah Kuala Terengganu, Hulu Terengganu dan Daerah Besut adalah daerah yang paling terjejas sekali. Dari segi bantuan yang pertama sekali kita telah salurkan bantuan tunai melalui Tabung Bencana Pertanian Negeri Terengganu sebanyak RM221,000.00. Ini ganti rugi Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, lepas ganti masih rugi lagi. Kalau di Indonesia mereka guna istilah ganti untung, lepas ganti jadi untung. Yang kedua bantuan di bawah Program Pembangunan semula projek agro makanan daripada Kerajaan Persekutuan dalam bentuk peralatan dan input bernilai RM2.079 juta. Setiap penternak akan dapat barangan dan peralatan serta bantuan input bernilai diantara RM5,000 sehingga RM10,000.000 seorang dan penyerahan telah dibuat pada 2hb 11, 2022 di Kampung Getang di Hulu Terengganu. Kiranya penternak Terengganu ini paling beruntung berbanding dengan penternak-penternak akuakultur negeri lain. Bantuan tunai dapat daripada Kerajaan Negeri dan dapat pula bantuan peralatan daripada Kerajaan Persekutuan. Dalam masa yang sama Kerajaan Negeri bantu untuk buat penjadualan dan penstrukturan semula pinjaman-pinjaman penternak dengan beberapa agensi pembiaya diantaranya SBNT, Lembaga Pertubuhan Peladang dan juga Agro Bank supaya dibuat penstrukturan semula berdasarkan kepada kerugian dan kemampuan bayar balik daripada para penternak. Terima kasih.

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, terutamanya saya ucapkan terima kasih

lah. Memang saya pertanian ini 80% orang Hulu Terengganu ni bergerak dengan pertanian, bergantung kepada pertanian. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya nak tanya Kerajaan Negeri. Apakah bantuan yang berterusan oleh pihak Kerajaan Negeri untuk diberi kepada penternak-penternak yang utamanya kadang-kadang ikan ning dia mati semasa pertukaran air di antara air yang jernih di antara air yang keroh. Kebanyakannya berlaku kematian yang sangat besar kepada penternak-penternak, jadi saya mohon Kerajaan Negeri, apakah usaha-usaha dan juga bantuan-bantuan yang boleh lagi untuk diberi kepada penternak-penternak tersebut. Terima kasih.

Terima kasih Telemong atas keprihatinan kepada penternak akuakultur kita. Memang daripada 2019 lagi, kita tubuhkan Tabung Becana Pertanian Negeri Terengganu ni. Di antara sektor pertama yang mendapat manfaat ialah sektor akuakultur ekoran daripada kematian ternakan ikan secara besar-besaran di Kampung Pulau Musang di Kuala Terengganu. Masa itu disebabkan oleh beberapa perubahan air, air pasang bertemu dengan hujan yang turun di malam hari. Air jadi mati kemudian oksigen mendap ke bawah menyebabkan ikan dalam sangkar lemas. Tambahan pula penternak kita letak bilangan ikan padat sungguh dan ikan dalam saiz besar dah tiba masa untuk nak dituai dah menyebabkan banyak ikan yang mati tidak cukup oksigen dan kita dah salurkan bantuan bencana pertanian dan dia berterusan. Saya tengok daripada tahun 2019 bila kita tubuhkan Tabung Bencana Pertanian Negeri Terengganu sektor akuakultur adalah yang terbesar yang menerima manfaat daripada tabung ini. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Sekarang saya jemput Wakil Buluh Gading.

Haji Ridzuan bin HashimPAS · PNBuluh Gading

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya soalan nombor satu-

Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk membantu pelajar Terengganu menyambung pengajian mereka di dalam atau luar negara?

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, ADUN Buluh Gading bertanyakan soalan, apakah usaha Kerajaan Negeri untuk membantu pelajar Terengganu menyambung pengajian mereka di dalam negeri ataupun luar negara. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, pihak Kerajaan Negeri telah melalui Yayasan Terengganu khususnya telah menyediakan beberapa kemudahan bagi membantu anak-anak Terengganu kita menyambung pengajian sama ada dalam negeri mahupun keluar negara dengan sepuluh insentif ataupun sepuluh agenda kita untuk membantu mereka.

1. Sebagaimana janji kita dalam Manifesto PRU yang lalu iaitu untuk mewujudkan Tabung Kecemerlangan ataupun Skim Pelajar Cemerlang sebanyak RM 5 juta. Alhamdulillah kita telah bermula sejak 2019 jadi skim ini bertujuan untuk membiayai pengajian anak-anak Terengganu yang cemerlang sama ada yang cemerlang peringkat SPM, STPM, STAM, Matrikulasi dan juga Asasi bagi meneruskan pengajian di peringkat ijazah pertama dalam atau pun luar negara. Khususnya dengan memanfaatkan peruntukan RM5 juta setiap tahun. Biasiswa ini juga banyak turut membantu pelajar cemerlang khususnya di kalangan pelajar B40 serta M40 dan juga sekaligus merangsang semangat anak-anak pelajar untuk terus cemerlang dalam peperiksaan SPM, STPM dan juga STAM.

2. Pihak Kerajaan Negeri juga mewujudkan Skim Biasiswa peringkat Master dan juga PHD. Skim ini bertujuan untuk membiayai pelajar yang cemerlang untuk melanjutkan peringkat Master dan PHD di IPTA dalam negara dan juga jika sekiranya pelajar yang cemerlang di peringkat luar negara kita boleh pertimbangkan dengan anggaran peringkat awal ini peruntukan sebanyak RM1.5 juta setahun.

3. Biasiswa Profesional ACCA. Skim ini membuka peluang Anak Terengganu meningkatkan lagi kepakaran dan juga profesionalisme khususnya bidang perakaunan dengan anggaran peruntukan sebanyak setengah juta setahun.

4. Bantuan persediaan secara one-off bertujuan membantu meringankan beban perbelanjaan para pelajar untuk persiapan diri dan pendaftaran ke sekolah berasrama penuh dan juga IPT mengikut kadar yang ditetapkan. Setakat ini Skim Bantuan Persediaan melibatkan jumlah perbelanjaan yang besar dengan purata RM15 juta satu tahun.

5. Skim Pinjaman One-Off, ijazah pertama luar negara. Skim ini diwujudkan bagi membantu para pelajar persendirian yang tiada penaja di luar negara untuk menjelaskan yuran pengajian. Jumlah pinjaman yang ditawarkan berdasarkan kepada amaun sebenar yuran pengajian atau kadar maksimum sehingga USD 8,000.00 setahun. Biasanya pelajar yang mengambil jurusan kedoktoranlah secara persendirian.

6. Skim Pinjaman Pelajaran secara topup IPTA dan juga IPTS. Skim ini diwujudkan bagi bertujuan membantu para pelajar yang mendapat pinjaman PTPTN tetapi tidak mencukupi dan untuk membiayai yuran pengajian dan sara hidup. Mereka boleh memohon untuk topup pinjaman daripada Yayasan Terengganu.

7. Skim Pinjaman Pelajaran IPT Negeri. Skim pinjaman ini khususnya untuk anak-anak Negeri yang mengikuti pengajian di Institut Pengajian Tinggi Kerajaan Negeri seperti UCTATI, KQT, TESDEC, KYIT, akan ditawarkan secara automatik skim ini sama ada pinjaman penuh atau Top-Up dengan anggaran kos perbelanjaan RM10 juta setahun.

8. Skim Pinjaman Latihan Kemahiran. Skim Pinjaman Latihan Kemahiran ini ditawarkan kepada Anak Terengganu yang mengikuti Sijil Kemahiran Malaysia di pusat-pusat bertauliah terpilih untuk ditawarkan kos anggaran perbelanjaan RM8 juta satu tahun.

9. Kerjasama daripada pihak Yayasan Terengganu mewujudkan Tabung GLC yang bermula tahun ini setengah juta bagi menyediakan tawaran biasiswa kepada pelajar-pelajar yang terpilih dengan hasrat apabila mereka tamat pelajaran nanti akan menyambung ataupun bekerja di GLC-GLC yang telah menawarkan biasiswa kepada mereka.

10. Kerjasama Yayasan Terengganu dengan institut pengajian tinggi di mana Yayasan Terengganu telah mengadakan kerjasama kolaborasi dengan IPTA dan IPTS. Universiti-universiti UKM, UM, USM, UPM, Unisza, Universiti Teknologi MARA dan juga yang terakhir dengan UIA dan juga Universiti Teknologi Petronas dan terakhir dengan UniSHAMS untuk menyediakan pelajar-pelajar kita untuk menyambung pengajian kedoktoran. Dan juga pihak Kerajaan Negeri juga bekerjasama dengan pusat-pusat pengajian untuk penyediaan pelajar-pelajar ke luar negara seperti INSTEP, dan juga Kolej Yayasan UEM.

Terima kasih.

Haji Ridzuan bin HashimPAS · PNBuluh Gading

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, sebelum saya kemukakan soalan tambahan yang pertama terlebih dahulu saya ucapkan syabas dan tahniah kepada pihak Kerajaan Negeri atas segala usaha yang telah dilakukan dengan menyediakan pelbagai bentuk skim bagi memastikan pelajar kita terus cemerlang di masa yang akan datang yang sememangnya sedia cemerlang pada hari ini. Syabas dan tahniah. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan tambahan saya sebelum ini kita ada dimaklumkan bahawa pihak Kerajaan Negeri ada menghantar pelajar-pelajar kita menyambung pelajaran mereka ke Algeria, jadi saya mohon penjelasan lebih lanjut daripada pihak Kerajaan apakah status atau perkembangan terkini pembelajaran di sana sekarang ini. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Alhamdulillah hasil usaha daripada pihak Yayasan Terengganu dan juga JPINT yang telah mengadakan beberapa kali hubungan dengan pihak Kedutaan Algeria di Malaysia mahupun Kedutaan Malaysia di Algeria dan beberapa lawatan yang diadakan. Alhamdulillah bermula tahun ini kita telah menghantar 10 orang pelajar ke universiti yang telah disediakan oleh KPT di sana dan 5 orang pelajar di Universiti Emir Abdel Kader, 5 orang pelajar di Constantine dan 5 orang pelajar lagi di Algiers sendiri dan alhamdulillah pihak MQA sudah meluluskan Universiti Constantine sebagai universiti yang telah diiktiraf. Dan kita harap kerjasama ini dan ini merupakan pelajar pertamalah daripada Negara Malaysia yang menyambung pengajian secara kelompok seperti ini dihantar ke Algeria dan kita harap kuota ini berterusan untuk anak-anak Terengganu di masa-masa akan datang dan pengajian ini pun ditanggung secara percuma oleh pihak Kerajaan Negeri. Apapun terima kasih

kepada pihak Yayasan Terengganu kerana menyumbang atau pun memberi pinjaman kepada pelajar-pelajar kita persiapan RM 10,000 setiap seorang. Terima kasih.

Haji Ridzuan bin HashimPAS · PNBuluh Gading

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan tambahan saya yang kedua berkaitan dengan Pusat Tafaqquh Tok Syeikh Duyong, jadi saya mohon penjelasan lanjut apakah status terkini pembelajaran di situ dan kemanakah pelajar-pelajar yang tamat pengajian di situ dapat menyambung pelajaran mereka, selepas tamat pengajian di pusat tersebut? Terima kasih.

Terima kasih kepada Yang Berhormat ADUN Buluh Gading. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua setakat ini apabila kita mengambil pelajar-pelajar untuk persiapan ataupun kelas Tafaqquh Fi Din ini dan selepas pada itu mari COVID-19 kita sempat ambil satu pengambilan sahaja baru dan kerana pembangunan di tapak kekal di Pusat Tafaqquh Fi Din, Kampung Ilmu itu masih lagi dalam proses pembangunan. Jadi buat sementara ini pelajar-pelajar ini kita tempatkan di Masjid Seberang Takir dengan kemudahan yang sedia ada yang kita boleh manfaatkan dan insya-Allah mereka ini mengikuti pengajian secara Kitab Turath berterusan sehingga tempoh yang kita tetapkan. Dan untuk makluman Dewan, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua mereka sekarang ini sedang juga mengadakan pembelajaran secara online dengan satu pusat yang telah kita adakan kerjasama dengan di bawah Universiti Al-Azhar iaitu Markas Tanwir, dia merupakan Markas yang menyelia pelajar-pelajar Wafiddin, pelajar-pelajar luar negara. Jadi mereka sekarang ini sedang apa belajar secara online khususnya melibatkan Bahasa Arablah dan kita telah mengadakan apa orang panggil persetujuan dengan Markas Tanwir ini, apabila selesai mereka ini belajar di Pusat Tafaqquh, mereka akan menyambung pengajian ke Mesir, ke Kaherah, di Markas Tanwir ini untuk meneruskan pengajian Kitab Turath mereka di bawah seliaan Sheikh Azhar, terima kasih.

Yang di-Pertua

Sekarang saya persilakan Wakil Hulu Besut.

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya soalan nombor satu ini kena tolak, sebenarnya soalan ini hok ore kampung nak tahunya, takpelah, kalau Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua boleh beri penjelasan lagi bagus sebab apa tolak. Soalan saya soalan nombor dua-

Berapakah jumlah kutipan hasil dari Tempat Letak Kenderaan (Parking Kereta) yang diterima oleh Majlis Daerah Besut (MDB) mengikut tahun bermula tahun 2018 hingga tahun 2022?

Dato’ Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Terima kasih Wakil Hulu Besut, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan, rakan-rakan Ahli Yang Berhormat, Pegawai Kerajaan dan Pemerhati sekalian. Soalan nombor dua daripada Wakil Hulu Besut, ingin mengetahui tentang jumlah kutipan hasil dari tempat letak kenderaan atau parking kereta yang diterima dari Majlis Daerah Besut mengikut tahun bermula tahun 2018 hingga tahun 2022.

Untuk makluman Ahli Dewan, jumlah kutipan hasil dari tempat letak kenderaan diterima oleh Majlis Daerah Besut 2018 hingga 2022 adalah sebanyak RM1,049,974.50. Pecahan mengikut tahun 2018 sebanyak RM159,685.55, 2019 RM189,466.50, tahun 2020 RM182,997.40, manakala tahun 2021 adalah sebanyak RM183,832.84, tahun 2022 sehingga Oktober, Januari hingga Oktober, November belum masuk lagi RM333,992.21, ya, itu sahaja Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih.

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan tambahan. Masalah di Besut ini ialah masalah cara bayarannya tidak sama di antara PBT di Besut dan juga contohnya di Kuala Terengganu. Jadi orang Besut kena beli kad suku, tidak sebagaimana Kuala Lumpur, Kuala Lumpur kalau kita beli Touch n Go, mana-mana pun boleh bayar. Jadi, apakah nanti ada cadangan daripada Kerajaan untuk menyelaraskan cara bayaran parking ini?

Dato’ Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Terima kasih Hulu Besut. Caj parking dari segi rate nya sama dengan Kuala Terengganu, RM0.60 untuk satu jam. Cumanya yang di Besut, dijalankan oleh Syarikat First Parking bersama dengan MDB. First Parking dia telah menggunakan sistem yang telah diperkenalkan dan telah pun diberi taklimat, boleh katakan kepada semua pengguna-pengguna di Besut ini dan sehingga kini sudah ada 32,582 pengguna yang menggunakan sistem ataupun kaedah tersebut. Maka saya kiranya di sini tidak ada masalah yang besar ditimbulkan dan mungkin ada cadangan Hulu Besut untuk kita selaraskan mungkin pada masa akan datang boleh kita selaraskan. Buat masa ini kerana di Besut syarikat lain, di Kuala Terengganu syarikat lain, tidak sama syarikat. So, kita memang dalam proses sekarang ni kita nak bolehnya nak menyelaras seluruh Negeri Terengganu. Ini dalam proses berperingkat-peringkat. Insya-Allah, kita pertimbangkan atas cadangan daripada Hulu Besut, terima kasih.

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, satu lagi bila Kerajaan memutuskan untuk diberi kepada syarikat konsesi ataupun swasta ini untuk mengutip parking dari segi untung dan ruginya kepada PBT, mana lebih untung? Dan juga saya nak tahu berapa tempoh kita beri kepada konsesi ini, perjanjiannya?

Dato’ Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Untuk makluman Ahli Dewan, Smart Parking yang kita gunakan di Besut telah menunjukkan suatu keuntungan yang besar di pihak PBT, saya beri contoh, kita mulakan Smart Besut ini pada Mei 2021. Pada Mei 2021, kalau kita tengok untuk tahun 2021 sebelum Smart Parking, kita hanya dapat RM57,034.24 iaitu antara Januari hingga April 2021. Masuk Mei 2021 hingga Disember 2021, kutipan telah meningkat kepada RM126,798.60. Dari segi perbandingan tahun 2022, Januari hingga Oktober ini Smart Parking 100% kutipan hasil RM333,992.21 jika nak banding tahun 2020 yang sepenuhnya guna cara lama hanyalah RM182,997.40. Ini menunjukkan satu peningkatan dan kutipan yang begitu efisien, cekap dan mendatangkan hasil yang menguntungkan kepada Majlis Daerah Besut. Dari segi tempoh itu, saya kena rujuk balik beberapa tahun dia punya terma itu mungkin kita boleh bagi notis untuk beri tempoh dalam perjanjian tersebut. Terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan

Yang di-Pertua

Panjang Yang Berhormat?

dok dia berkait dengan Soalan saya…

Yang di-Pertua

Yang mana?

Yang esok tu. Ada. Pendek je. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Tahniahlah kepada Kerajaan Negeri di atas keuntungan yang banyaklah RM330 ribu tapi sebenarnya peniaga-peniaga di Jertih ini menghadapi masalah kerana ore takut nak masuk bandar Jertih, takut kes apa, kes parking. Pertama sekali kes sistem dia yang walaupun telah diberi penerangan, tidak semua ore yang faham tentang penerangan tersebut dan tidak semua pengguna berkesempatan untuk mendengar penerangan tersebut berkait dengan sistem. Yang keduanya, dari segi denda dia terlampau tinggi Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Saya ada resit ni, saya baru kena denda, kalau kita bayar dalam masa 1-7 hari RM5.00, kalau kita bayar dalam masa 8-14 hari RM10.00, kalau kita bayar dalam masa 2 minggu hingga 21 hari RM40.00, kalau kita bayar selepas daripada 21 hari RM300. Jadi, ianya menakutkan ore nak masuk ke bandar Jertih sebenarnya. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua.

Dato’ Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Terima kasih Wakil Jertih. Memanglah setiap yang baharu itu orang mesti ada fasa penyesuaian oleh rakyat. Kalau kita tidak bermula, maka sampai bila pun ia akan jadi baharu sokmo. Bila dah mula, kalau kita tengok dari segi sambutan itu, dah 32 akaun ataupun pengguna yang aktif itu, ini menunjukkan bahawa tidak ada ketakutan pun untuk datang ke bandar Jertih. Tak buat salah, dah bayar, tak ada masalah. Yang kena denda kerana buat salah dan bukankah kalau kita menggunakan perkhidmatan, tak bayar, itu berdosa juga. Jadi, itu saya ingat….

bukan maksudnya buat salah tak buat salah tetapi sistem itu menyukarkan. Bagi ore muda, bolehlah nak guna sistem itu

Dato’ Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

saya dah, nanti

…bagi orang tua yang takdok telefon ini, malas eh nok gi Jerteh.

Dato’ Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Ya.

Sekarang ini gini…

…dari segi sistem tu, bukan dari segi buat soalan.

Dato’ Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Sekarang ini semua bandar-bandar besar dah menggunakan sistem…

Jadi kalau boleh Dato’ Yang di-Pertua,

Dato’ Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Nanti nok jawab dulu

Kita minta supaya sistem itu boleh ditambah baik supaya mesra pelanggan, mesra pengguna.

Dato’ Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Ya

Jangan menakutkan pengguna.

Dato’ Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Saya…

Terima kasih.

Dato’ Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Nok kata takut, dok takut doh tu. 32 ribu doh orang Jertih guna sistem ini dan memang penerangan, penjelasan sentiasa dibuat dari masa ke semasa. Setiap perubahan pembaharuan sudah tentu perlu masa untuk penyesuaian itu dan bandar-bandar besar mana pun, semua guna sistem digital semua doh tu. Saya ingat perlu masa untuk dipertingkatkan. Dari segi denda, jumlah denda untuk tahun 2022 sehingga Oktober hanyalah 92 ribu sahaja. Jadi ini yang saya kira..

92 ribu banyok doh. Nok gi beli sayur seringgit kena denda.

Yang di-Pertua

Yang Berhormat, saya ingat Yang Berhormat…

Dato’ Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Bukan satu orang, jumlah seluruhnya Yang Berhormat. Jadi benda ini untuk kita mendidik rakyat supaya kita bertanggungjawab atas perkhidmatan yang kita terima. Jadi kalau semua orang tak nok bayor sana, semua nok percuma, saya ingat pihak Majlis takdok hasillah akhirnya. Jadi ini sudah menampakkan satu kemajuan dari segi penggunaan sistem ini, boleh tambah hasil dan juga kecekapan pihak MDB untuk mengurus dengan duit itu dan keselesaan penduduk-penduduk di Bandar Jertih. Insya-Allah dari segi sistem akan diperbaharui dari masa ke semasa. Itu memang setiap yang baharu itu perlu kepada kajian, perlu kepada apa ni dia panggil kita buat pembaharuan, penambahbaikan dari masa ke semasa. Insya-Allah kita harap Jertih atau MDB akan menjadi sebuah PBT yang berdaya maju sepertimana Majlis-Majlis Daerah yang lain di masa yang akan datang, insya-Allah dan insya-Allah kita sekarang ini proses untuk naik taraf Majlis Daerah Besut jadi Majlis Perbandaran Besut, insya-Allah. Sama dengan Dungun, Kemaman dan lain-lain yang sedang kita usaha untuk naik taraf sekarang. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Yang di-Pertua, saya nak tanya sikit je.

Yang di-Pertua

Cukup, cukup Yang Berhormat.

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Saya, saya nak tanya sikit je.

Yang di-Pertua

Saya gini. Soalan ini sebenarnya untuk dapat penjelasan berdasar pada soalan asal.

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

bukey soalan.

Yang di-Pertua

Dalam Perkara 26(1) Standing Orders kita, jangan dijadikan helah perbahasan. Ini cukup, cukuplah.

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Saya nak tahu, daripada tiga puluh tiga…

Yang di-Pertua

Ini soalan layang, soalan layang.

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Daripada tiga puluh tiga itu, Majlis dapat berapa? Itu sahaja.

Yang di-Pertua

Takpe, takpe.

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Daripada RM333,000.00 kutip tu, Majlis ni dapat berapa? Itu je.

Yang di-Pertua

Yang Berhormat nak jawab ke?

Saya… sebenarnya Standing Orders ni sebenarnya tak membenarkan berlaku perbahasan ke atas satu soalan. Saya harap cukuplah. Kita pindah kepada soalan seterusnya daripada Manir.

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya nombor 1-

Bangunan Kompleks Pentadbiran MBKT yang baharu telah dibina semenjak tahun 2013 dan masih belum diduduki sehingga

kini. Bilakah tarikh siap projek berkenaan dan bilakah pihak MBKT akan dapat menduduki bangunan tersebut?

Dato’ Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Terima kasih Manir. Yang Berhormat Dato Yang di-Pertua, Manir ingin tahu tentang bangunan Kompleks Pentadbiran Majlis Bandaraya Kuala Terengganu yang baharu yang telah dibina semenjak tahun 2013 dan masih belum diduduki sehingga kini. Bilakah tarikh siap projek berkenaan dan bilakah pihak MBKT akan dapat menduduki bangunan tersebut?

Tarikh siap projek adalah 4 Julai 2022 dan pihak MBKT akan dapat menduduki bangunan tersebut sejurus selepas Sijil CCC (Certificate of Completion and Compliance) dikeluarkan. Hasil daripada itu, pihak MBKT insya-Allah boleh duduk setelah sijil tersebut dikeluarkan pada 8 November 2022 oleh Lembaga Arkitek Malaysia. Pada ketika ini, perpindahan mengikut jabatan-jabatan sedang dilaksanakan secara berperingkat.

Proses perpindahan dijangka akan dimuktamadkan pada akhir tahun 2022 dan pihak MBKT dijangka akan beroperasi sepenuhnya di bangunan baharu tersebut pada awal tahun 2023. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, kalu dengor daripada tarikh siap itu daripada 2013 hingga tahun 2022 memang lamalah. Sebenarnya bila tarikh asal siap bangunan tersebut? Terima kasih.

Dato’ Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Terima kasih Manir. Dato’ Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan, tempoh siap asal projek tersebut adalah pada 18 September 2016. Sekarang dah 2022. Makna dah 6 tahun sudah kelewatan. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, patut siap 2016 tapi siap 2022. Makna 6 tahun lewat. Jadi orang alik sana ratib “Kerajaan PAS buat apa? Kerajaan PAS buat apa?” Duk buat ini lah. Hok sudoh sokmo dok siap ni, dok? Jadi berapakah pertambahan kos daripada tu?

Memang tambahlah, memang puluh ribu jugoklah, puluh juta jugok tambahnya kalau main lambat gini. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Dato’ Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Terima kasih Manir. Memanglah bila projek ialah ini projek lama. Bila dok siap, jadi gajah putih. Jadi kita siapkan jugoklah dengan pertambahan kos sebanyak RM49,607,809.24. Asalnya RM198,861,291.57 menjadi akhirnya… Asalnya RM 141,497,000.00, bila pertambahan RM 49 juta akhirnya menjadi RM198,861,291.57 Jadi pertambahan yang agak ketara akibat daripada kelewatan tersebut. Inilah antara masalah-masalah yang kita hadapi di projek kita di seluruh Negeri Terengganu. Selalu projek yang dahulu ataupun yang sedang berjalan pun masih banyak yang delay dan ini memerlukan kos yang besar daripada pihak Kerajaan. Semoga insya-Allah selepas pihak-pihak yang bertanggungjawab khususnya pemaju-pemaju, kontraktor dapat menjalankan amanah dengan sebaik-baiknya supaya tidak berlaku kerugian pada Kerajaan dan juga rakyat Negeri Terengganu. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Sekarang saya persilakan Wakil Bukit Besi.

Haji Roslee bin DaudUMNO · BNBukit Besi

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 1-

Sila nyatakan status terkini mengenai isu pengangguran di kalangan rakyat Terengganu sehingga kini dan apakah usaha Kerajaan Negeri bagi menangani masalah tersebut serta apakah factor-faktor yang menyumbang kepada masalah tersebut.

Yang di-Pertua

Soalan ini sepatut dijawab oleh Yang Berhormat Haji Khuzaini. Saya dimaklumkan oleh beliau, dia tak sihat. Saya harap ada Yang Berhormat EXCO yang jawab dan Wakil Jertih boleh mencelah sama sebab soalan ini soalan yang ada kaitan. Sila, Yang Berhormat Ladang.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dan semua yang hadir pada hari ini. Soalan satu daripada Bukit Besi berbunyi, sila nyatakan status terkini mengenai isu pengangguran di kalangan rakyat Terengganu sehingga kini dan apakah usaha Kerajaan Negeri bagi menangani masalah tersebut serta apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah tersebut? Jadi ada dua perkara yang nak tahu. Satu isu, satu usaha. Status terkini mengenai isu pengangguran di kalangan rakyat Terengganu; 1. Penganggur terutamanya golongan belia tidak mendapat akses kepada maklumat tentang peluang pekerjaan yang ada sama ada di dalam atau luar Negeri Terengganu.

2. Kurang kemudahan teknologi untuk mendapatkan maklumat kerja kosong.

3. Golongan belia lebih cenderung kepada platform digital sedangkan pekerjaan sektor digital dalam Negeri Terengganu masih kurang.

4. Kurang permintaan pada pekerja berkemahiran tinggi, high skill job sedangkan tahap pencapaian akademik di Terengganu adalah tinggi.

5. Ramai pelajar bidang kemahiran TVET tapi peluang kerja dalam bidang kemahiran kurang.

6. Tawaran kerja lebih banyak bagi kemahiran rendah dan sektor 3D. 3D maknanya Difficult, Dirty, Dangerous. Difficult payoh, Dirty Kotor, Dangerous bahaya. Kurang lebih banyak bagi kemahiran rendah dan sektor ini seperti di kilang dan di ladang sedangkan belia ada pilihan bekerja secara „gig’ atau kerja yang lebih mudah seperti di kedai dan pasaraya.

7. Belia terutamanya yang tiada pengalaman tidak sanggup berhijrah bagi menerokai peluang kerjaya di luar Terengganu yang menawarkan pengalaman dan peluang kerjaya yang lebih baik.

8. Banyak majikan dalam Terengganu adalah dalam kategori organisasi tak formal yang menawarkan gaji rendah.

Itu antara isu-isu yang kita kenalpasti. Bagaimana pula usaha untuk mengatasi masalah ini?

1. Kerajaan Negeri melalui Urusetia Pekerjaan Negeri Terengganu (UPNT) yang diurus setiakan oleh T-HRDC dan PERKESO Terengganu telah menubuhkan pusat cari kerja sebagai pusat fizikal yang menempatkan antaranya perkhidmatan dan maklumat pekerjaan kepada pencari kerja dan majikan. UPNT juga mengadakan kolaborasi bersama Pusat Internet Akses Rakyat (PINTAR) dan pejabat daerah di mana maklumat pekerjaan dan latihan kemahiran yang diselenggarakan oleh Sistem Maklumat Pekerjaan Akar Umbi (SAMPAI). Sistem Maklumat Pekerjaan Akar Umbi (SAMPAI) akan disiarkan secara langsung di pejabat-pejabat tersebut. Ini membantu pencari kerja sama ada belia ataupun golongan yang kehilangan pekerjaan mendapatkan maklumat tawaran pekerjaan yang bersesuaian dengan kelayakan mereka dan seterusnya menempah sesi temuduga sama ada secara fizikal ataupun secara atas talian.

2. Ia juga membantu majikan tempatan sama ada besar atau kecil mendapatkan sumber tenaga pekerja dengan segera. Proses ini berjalan secara berterusan. Itu tidak bergantung kepada program kursus seperti karnival. Ini bermaksud, sesiapa saja yang memerlukan pekerjaan boleh hadir ke pusat cari kerja atau mengunjungi cawangan PINTAR dan pejabat daerah di seluruh negeri bagi mendapatkan maklumat tawaran pekerjaan serta menempah sesi temuduga. Diharap usaha ini dapat merapatkan jurang maklumat commission gap di kalangan pencari kerja dan majikan seterusnya merancakkan proses pemadanan kerja dalam negeri ini.

3. Mengadakan Program Padanan Kerja secara Bersasar yang memberi fokus kepada golongan berkemahiran dan graduan.

4. Ia bertujuan membantu mengatasi masalah ketidaksepadanan antara kelayakan sijil dan kerja yang ada iaitu qualification gap. Terdapat graduan dan pekerja mahir yang sukar bertemu pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan sijil dan kemahiran yang mereka ada. Melalui kaedah secara bersasar ini, proses pemadanan telah mengambil kira kelayakan mereka semasa proses pemadanan kerja dilakukan. Dia akan laksanakan kepada

bakal graduan untuk menyingkatkan masa menganggur selepas tamat belajar.

5. Mewujudkan galeri kerjaya. Pendidikan kerjaya kepada bakal graduan dan lepasan sekolah bagi memberi panduan tentang pekerjaan dan kerjaya. Ini membantu pelajar memilih bidang pengajian tinggi yang sesuai dengan minat dan potensi masing-masing sesuai dengan peluang kerjaya yang ada.

Faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah tersebut iaitu; a) Kkurang pendedahan tentang kemudahan maklumat yang disediakan seperti portal MyFutureJobs b) Kurang pendedahan dengan peluang dalam pasaran buruh. c) Golongan belia yang bekerja sendiri dalam bidang „gig’ kerana bebas menentukan masa kerja d) Kurang kemahiran menggunakan IT dan mencari maklumat dan peluang kerja e) Kurang kemahiran interpersonal untuk mencari kerja seperti kaedah membuat resume, kemahiran temuduga dan pelabelan diri.

Hok tu jelah yang boleh jawab hari ni. Terima kasih.

Dalam Pembentangan Bajet Yang Amat Berhormat Menteri Besar, ada disebut bahawa Negeri Terengganu berada di tempat yang ke-10 dalam negara berkait dengan prestasi pengangguran. Jadi, dalam muka surat 7 tu, ada disebut bahawa sejumlah 23,525 kekosongan jawatan yang aktif di Negeri Terengganu. Jadi Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya pohon untuk mendapat penjelasan sektor mana, swasta ke kerajaan ke dan kategori gred mana dan bagaimanakah Kerajaan membuat pendedahan ataupun hebahan kepada masyarakat berkait dengan kekosongan jawatan yang aktif ni. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua.

Terima kasih kepada soalan tu. Boleh dok minta notis kepada soalan

yang itu supaya kita boleh cari pulok sektor-sektor mana tu. Dok tahu pulok nok tanya gitu. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Baik.

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, patut bila dah ada buku Bajet, mesti dah ada detail tu, kenapa perlu notis.

Ada, ada, ada. Tapi, tu minta notis tu, bukannya dalam proses.

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Tak perlu notis, dah ada dah.

Dakpe, kabo je.

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Ataupun yang disenaraikan tu tak betul, rekaan.

Bukan tak betul. Kekgi kita bui selepas pada ni sebab angka-angka tu biasanya kita minta masa sikit la nok tengok.

Yang di-Pertua

Biasa, biasa Yang Berhormat, biasa notis ni biasalah kalau nak dapat maklumat yang lebih lengkap. Ahli Yang Berhormat sekalian…

Terima kasih.

Yang di-Pertua

Saya tangguhkan dulu Persidangan sementara dan kita jumpa balik pukul 10.50 pagi.

DEWAN DITANGGUHKAN PADA PUKUL 10.27 PAGI

PUKUL 10.55 PAGI

Enakmen Perbekalan 2023Bill

Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat sekalian, mesyuarat disambung semula. Saya terpaksa tangguh agak lama untuk memulakan persidangan oleh kerana menunggu Yang Berhormat daripada Seberang Takir sebenarnya. Yang Berhormat Seberang Takir sepatutnya menghormati saya sebagai Speaker. Sebab saya dah sebut dah semalam, perbahasan berkait dengan Enakmen Perbekalan 2023 kita akan sambung hari ini, untuk dua orang sahaja iaitu Seberang Takir dengan Tepuh. Jadi saya tak bagi dah yang lain. Minta maaf. Semalam saya dah bagi peluang semalam. Jadi saya harap isu disiplin dalam segi kehadiran Dewan ini diberikan perhatian. Ada masalah, notis kepada saya. Jangan senyap sehingga kita katakan Dewan ini sebagai tempat yang mulia tidak bermakna lagi apabila tidak ada disiplin. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Seberang Takir untuk memulakan perbahasan pada tengah hari ini. Dipersilakan.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat-Yang Berhormat, pengarah-pengarah dan juga wakil-wakil jabatan, rakan-rakan media, tuan-tuan, puan-puan, saudara-saudara dan saudari-saudari yang dihormati sekalian. Pertamanya, saya nak merakamkan sejuta ucapan terima kasih kepada Dato’ Yang

di-Pertua memberi peluang dan kesempatan kepada saya untuk membuat perbahasan pada pagi ini dan saya juga nak mengucapkan tahniahlah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga Kerajaan Negeri yang telah membuat pembentangan Belanjawan yang memperlihatkan kepada belanja kepada rakyat sebagaimana Kerajaan yang sebelum ini. Jadi, saya ucap terima kasih kerana tidak secara langsung kerajaan pada hari ini memperakui apa telah dibuat oleh Kerajaan sebelum ini, di mana di dalam Ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada suatu ketika dulu berkait dengan Dana Raya yang telah diberi, diluluskan, dan yang telah kita agihkan pada tahun 2017 sebanyak RM80 juta dan sehinggakan Menteri Besar menyatakan dan memperlekehkan tentang pemberian duit itu, katanya RM300, RM400 yang diberi berapa lama boleh tahan, sebulan pun dokdang. Jadi, dalam masa seminggu RM80 juta itu habis.

Dan apabila dilihat daripada Bajet pada tahun 2023 ini, saya mengucapkan tahniah dan terima kasih dengan agihan yang sama Kerajaan Negeri Terengganu telah memperuntukkan tidak kurang daripada RM84.46 juta untuk diagihkan secara one-off kepada rakyat sebagaimana yang telah dibuat oleh Kerajaan sebelum ini. Tetapi harapan saya, bahawa jangan pulalah Bajet ini hanyalah sebagai untuk gula-gula bagi persediaan untuk menghadapi PRN nanti dan saya harap bahawa Bajet ini perlu kita teruskan untuk masa-masa yang akan datang kerana walaupun Yang Amat Berhormat pernah kata bahawa duit ini akan habis dalam seminggu, tetapi impak kepada ekonomi tempatan sangat besar. Ia bukan hanya kepada rakyat biasa tetapi juga kepada peniaga dan juga ekonomi, kitaran ekonomi untuk Negeri Terengganu Darul Iman kita. Jadi saya haraplah Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar tarik baliklah apa yang pernah disebut sebelum ini berkait dengan peruntukan RM80 juta ini.

Dan dalam Bajet ini, saya nak sebut tentang beberapa perkaralah dan yang saya rasa mungkin perlu dibuat ubah suai dan mungkin perlu ditambah baik. Antaranya ialah konservasi penyu dalam ekonomi dipacu No.90, muka surat 30. Dalam Belanjawan 2023, konservasi penyu telah diletakkan dalam skop memperkayakan sumber marin. Sebagaimana yang kita maklum, Kerajaan Negeri telah melaksanakan pengharaman sepenuhnya penjualan telur semua spesis penyu termasuk tuntung laut berasas kepada Enakmen Penyu 1951 pindaan 2021 yang telah dikuatkuasai mulai 1 Jun 2022. Namun begitu, Kerajaan dalam Bajet 2023 telah membuat peruntukan bagi pembelian telur penyu. Pada pandangan saya, tindakan pembelian balik ini adalah bertujuan untuk kajian mahupun penetasan

dan ianya adalah tidak konsisten dengan hasrat sebenar Kerajaan Negeri untuk menguatkuasa Enakmen tersebut. Ini berasas daripada kajian yang dibuat oleh Dr. Mahirah Kamaludin dari Fakulti Perniagaan Ekonomi dan Pembangunan Sosial, UMT di bawah tajuk Apakah Sumbangan Nilai Ekonomi Penyu yang diterbitkan oleh Majalah Sains. Beliau menyatakan bahawa penyu mempunyai nilai ekonomi dan inklusif serta menjadi penunjuk kepada tahap kestabilan ekosistem marin. Jadi oleh yang demikian, saya berpandangan adalah lebih baik sekiranya pihak Kerajaan menguatkuasakan sepenuhnya pematuhan Enakmen tersebut dan memberhentikan terus pembelian balik telur penyu daripada pemajak. Ini adalah bertujuan untuk kita menghentikan terus aktiviti yang boleh memusnahkan atau mengganggu habitat dan pantai tempat penyu naik bertelur. Di samping itu, saya rasa eloklah Kerajaan Negeri mewujudkan sumber pendapatan sampingan lain bagi pemajak-pemajak telur penyu berkenaan.

Yang berkait dengan teras yang kedua juga dalam sektor perikanan, yang telah disebut oleh Yang Berhormat EXCO sebelum ini dalam soalan saya, dalam Belanjawan 2023 hanya tertumpu kepada meneruskan projek sedia ada. Pelepasan benih ke perairan umum dan penyediaan bantuan peralatan kepada nelayan kecil, kerja-kerja pengerukan di kawasan pelabuhan LKIM Chendering pula dijangka akan membantu para nelayan meningkatkan jumlah pendaratan ikan di Negeri Terengganu. Namun demikian, untuk pengetahuan Kerajaan Negeri, bukan setakat kerja-kerja pengerukan pelabuhan LKIM Chendering, tetapi pembesaran pelabuhan tersebut perlu dilaksanakan dengan kerjasama LKIM pada kadar segera. Ini kerana infrastruktur pelabuhan sedia ada tidak mampu untuk menampung kapasiti pendaratan ikan dengan segera oleh bot-bot ikan nelayan laut dalam dan bot-bot ikan nelayan tempatan dalam masa yang sama. Masa menunggu yang lama oleh sebahagian bot-bot nelayan akan menjejaskan kualiti ikan di pasaran. Berikutan dengan masalah tersebut, menyebabkan bot-bot nelayan ini dia banyak mendarat di pelabuhan LKIM Tok Bali kerana pelabuhan ini lebih efisien dalam pengendalian pendaratan ikan. Ini sudah pasti akan menjejaskan jumlah bekalan ikan di pasaran tempatan di negeri kita.

Dalam Teras Pertama Rakyat Disantuni, nombor 33 dan 34, muka surat 12 dan 13, memperluas fungsi masjid dan surau. Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM640,000 bagi aktiviti memakmurkan masjid sebagai one stop center untuk aktiviti ibadah, keilmuan dan kemasyarakatan, namun ianya terhad kepada sebuah masjid untuk satu DUN, manakala RM4.5 juta telah diperuntukkan untuk

menyelenggara serta menaiktaraf masjid dan surau di seluruh negeri dan RM20 juta lagi diperuntukkan bagi pembinaan lapan buah masjid baru di daerah. Memandangkan Negeri terengganu ini merupakan negeri yang menarik minat pelancong tempatan datang berkunjung, maka saya ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri memberi tumpuan kepada penambahbaikan surau-surau dan masjid-masjid sedia ada bagi kemudahan pelancong atau pelawat seperti penambahan bilik tandas, bilik mandi, mahupun pembinaan bilik hotel bajet seperti di Masjid Seberang Takir, secara tidak langsung masjid akan menjadi tempat, dengan izin, tourist friendly, dan seterusnya memperluaskan fungsi surau dan masjid sebagai one-stop center dan pusat dakwah. Secara tidak langsung masjid akan menjadi tempat dengan izin tourist friendly dan seterusnya memperluaskan fungsi surau dan masjid sebagai one stop center dan pusat dakwah.

Dalam Teras Tiga Pembangunan Lestari, dalam nombor 116, muka surat 38 Pengurusan Pembersihan Dan Keindahan Bandar. Peruntukan Kerajaan Negeri berjumlah RM77 juta, adalah bagi perbelanjaan berkaitan kontrak pembersihan dan pelaksanaan program, projek pertandingan, pembelian tong sampah dan bantuan sewaan tong sampah RO-RO ataupun RORO sebagai sebuah negeri yang paling ramai dikunjungan pelancong, Kerajaan Negeri seharusnya mengkaji sistem pengurusan sampah sedia ada, ini adalah kerana masih ada lagi terdapat tong-tong sampah besar yang diletakkan di kawasan terbuka dan tidak diurus dengan baik seperti mana yang disebut oleh sahabat-sahabat saya sebelum ini, dan sudah pasti pemandangannya yang menjijikkan sedikit sebanyak akan merubah persepsi pelancong tentang negeri ini. Kerajaan Negeri sepatutnya meneruskan sistem kutipan sampah, sampah yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional terdahulu kerana tidak banyak masalah berkenaan sampah pada masa itu. Bagi mendidik minda rakyat tentang pengurusan sampah, penyediaan pusat kitar semula komuniti harus diwujudkan selain daripada memelihara kelestarian alam sekitar, rakyat juga akan memperolehi duit hasil dari kitar semula tersebut.

Berkait dengan menaiktaraf premis perniagaan di kawasan tumpuan orang ramai Kerajaan Negeri telah memperuntukan RM1.3 juta bagi menaiktaraf premis perniagaan di kawasan tumpuan orang ramai dan kemudahan di Bukit Bubus Paragliding Park, membina inkubator industri desa dan menyediakan tapak food truck di daerah-daerah selain penyediaan tapak food truck tersebut, Kerajaan Negeri juga perlu meneliti harga jualan makanan food truck yang saya dapat banyak complain dan komen daripada pengunjung-pengunjung menyatakan

harganya adalah mahal. Jadi saya ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri juga memperbanyakan gerai jualan makanan untuk perniaga makanan dan buah serta mengadakan ruang niaga tetap seperti kaedah RNR yang beroperasi 24 jam terutama di kawasan Drawbrige dan kawasan-kawasan tumpuan orang ramai.

Saya juga mengucapkan tahniahlah kepada Kerajaan Negeri yang telah memperuntukkan sejumlah wang bagi Tabung Bencana Pertanian. Namun demikian dengan pertumbuhan sub sektor ternakan dan tanaman kekal positif dan menunjukkan prestasi yang memberangsangkan selari dengan Pelan Strategik Pertanian Terengganu 2019/ 2023 Kerajaan Negeri juga seharusnya memberi tumpuan ke atas perancangan metigasi sebarang risiko yang boleh menjejaskan hasil. Sebarang langkah atau kaedah menangani sebelum ianya terjadi tidak dinyatakan dalam Belanjawan 2023 ini dan jumlah peruntukan RM1 juta tersebut dirasakan tidak mencukupi. Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk menggesa pihak-pihak yang berkenaan untuk mengambil tindakan menyelesaikan laluan keluar masuk bot nelayan di Pantai Tok Jembal.

Akhir kata saya juga ingin apa ini nak ucapkan setinggi ucapan tahniahlah, terutama kepada pihak Kerajaan Negeri yang telah memenangi PRU baru-baru ini, tetapi saya juga nak ingatkan bahawa kemenangan 8-0 baru ini, tidak juga akan menentukan kepada kemenangan 32-0, kerana tidak cara langsung ini juga akan memberi semangat kepada kami semua yang ada sepuluh orang ini, untuk memastikan insya-Allah pada PRN nanti kita akan pastikan bahawa saingan yang kita beri adalah yang terhebat dan kita akan pastikan bahawa apa yang berlaku baru-baru ini tidak akan menjadi ataupun tidak akan berlaku untuk masa yang akan datang.

Jadi tuan-tuan dan puan sekalian saya berharaplah dengan bajet yang dibentangkan ini, betul-betul dilaksanakan dengan sebaik-baiknya kerana saya tidak mahu pada masa sebelum ini apabila dikurangkan bajet dana ini, daripada RM80 juta kepada RM40 juta sehingga ramai yang teraniaya, ramai yang tak dapat daripada sebelum ini dapat, kemudian tak dapat dan ramai juga penerima-penerima bantuan JKM juga telah dipotong atas alasan kerana peruntukan Kerajaan Negeri telah dipotong kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat, jadi kerana itulah saya mohonlah supaya Kerajaan Negeri memastikan tentang bantuan-bantuan kepada rakyat ini dapat dipertingkatkan dan dapat diberi dengan sebaik-

baiknya demi kepentingan kepada rakyat kita dan jangan sekali-kali seperti mana yang berlaku dalam PRU baru-baru ini, bahawa

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, ana rasa kena beri maklumat tepat tu JKM potong, kita dok pernah ada pemotongan kecuali yang sudah terkeluar daripada syarat-syarat dialah, jadi kalau ada maklumat tu bagi direct je.

insya-Allah, insya-Allah

tidak payah tunggu dalam Dewan

Insya-Allah, jadi soalnya hari ini saya menyampaikan apa yang disebut oleh rakyat, jadi dalam soal ini, insya-Allahlah kalau

Rakyat mana tu, Yang Berhormat, biar jelas berapa orang kena potong, biar tunjuk bukti jangan pakai yaaaa gitu masalah kita ni wak laku kezaliman ini satu kezaliman jadi kalau pertuduhan

Dok, saya nak tanya sekarang ini, betul atau tidak bahawa ada sebahagian daripada penerima bantuan JKM itu yang telah dipotong..

Tanya betul ke dok, ni kabor makluman yang sebut potong dah..

Tetapi ada Dato’ Yang di-Pertua, di DUN Kota Putera, DUN Jertih ramai yang kena potong

Haji Hanafiah bin MatPAS · PNCukai

Setakat ini

hantar maklumat, hantar maklumat, untuk kita tengok.

Saya pun sebut takdi DUN Seberang Takir pun saya ramai Yang Berhormat, tak apalah kalau Yang Berhormat beri ruang dan peluang yang semacam ini selepas ini kita hantarlah, tiada masalah.

Haji Hanafiah bin MatPAS · PNCukai

Dato’ Yang di-Pertua,

Bila sebut dalam Dewan ini, biarlah jelas maklumat itu jangan pakai pukul locong gitu

Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat

Haji Hanafiah bin MatPAS · PNCukai

Dato’ Yang di-Pertua, setakat ini saya rasa, tidak ada pemotongan, yang kita potong yang mereka yang sudah tidak layak, yang dicadangkan oleh pegawai

BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit): dok potong, pahtu yang kita potong, lagu tu,

Haji Hanafiah bin MatPAS · PNCukai

Yang tu yang tidak layak, faham gop ayat sikit ni, nak berlawan sokmo

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

potong la tu, selama ini dia boleh, selepas itu dok leh

Haji Hanafiah bin MatPAS · PNCukai

dah pendapatan dia tidak layak, memang tidak boleh beri, faham dok

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

faham dok guana pulok, sakni kata dok potong pahtu ada yang dipotong,

Haji Hanafiah bin MatPAS · PNCukai

ada yang dipotong kerana tidak melepasi syarat yang telah ditetapkan.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

cakap pun dah tidak betul dalam Dewan ini.

Haji Hanafiah bin MatPAS · PNCukai

cakap melayu dohni kang aku cakap keling kang.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

jangan maroh gitu

Yang di-Pertua

Yang Berhormat, saya ingat.

dia kena faham

Yang di-Pertua

duduk, duduk, duduk dalu, saya ingat isunya tidak berbangkit, yang disebut tadi oleh Yang Berhormat EXCO ialah apa-apa sahaja perkara yang melibatkan dari segi pemotongan kalau ada, maklumkan sahaja kepada pihak yang berkenaan khususnya EXCO yang berkenaan, nanti, nanti dulu nanti dulu Yang Berhormat, jadi yang dijawab tadi pun tidak ada masalah yang dijawab tadi, kalau berlaku pemotongan macam biasalah, apabila tidak melepasi syarat yang ditetapkan, jadi apa benda masalah sekarang ni, sekarang ni kita minta kalau ada senarai mereka yang dipotong itu maklumkan sahaja, janganlah tunggu masa sidang Dewan ini, ini untuk political mailers sahaja dari segi hubungan biasa kita wakil rakyat kang, wakil rakyat kalau ada rakyat kita yang dianggap dizalimi maklumkan sahaja pada pihak Kerajaan. Saya fikir jangan kita panjangkan isu macam ini, ini zaman Kerajaan Maju, Berkat, Sejahtera ni.

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Faham Dato’ Yang di-Pertua, ini sesi perbahasan, saya rasa EXCO jawablah esok, wakpe yang panas telinga sangat, sebut hak salah dia panas selalu, tu pandangan sayalah. Dewan ini sepatutnya terbuka Dato’ Yang di-Pertua, kita pun faham, jawablah esok, apa masalah yang panas sangat, kalau kita perompak penyamun panggil deme tadok hal.

Yang di-Pertua

Yang Berhormat, dia minta penjelasan tiada masalah, okey

okey, saya nak gulung dah ni, Dato Yang di-Pertua sebab saya kaitkan ini dengan pemotongan yang telah dibuat oleh Dana Raya sebelum ini daripada RM80 juta jadi RM40 juta, jadi ramai yang,

Yang di-Pertua

ini isu lain pula, Yang Berhormat. Dana Raya lain pulak, sama jugak dengan bantuan kebajikan

betullah itulah saya, sama juga dengan isu ni, tak apalah seperti mana, jadi yang pertama sekali saya mengucapkan setinggi ucapan terima terima kasihlah kepada pihak Dato’ Yang di-Pertua dan juga Kerajaan Negeri tetapi harapan saya ialah seperti yang saya sebutlah jangan bajet untuk 2023 ini adalah asasnya untuk kegunaan kepada pilihan raya, tetapi yang pasti jadikanlah asas Bajet ini sebagai untuk Bajet rakyat bagi memastikan rakyat akan dapat manfaat dengan apa yang telah Kerajaan buat, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Terima kasih Wakil Seberang Takir.

kelmarin sebenarnya saya nak bagi peluang kepada Ahli Yang Berhormat sehingga kita terpaksa membuat unsur lanjutan masa kelmarin, tapi ada di kalangan Yang Berhormat ni yang semua ahli Yang Berhormat daripada pihak sebelah kiri saya ini kita dah habiskan kelmarin. Hok tu saya kata dalam ucapan terakhir saya kelmarin, saya akan beri kepada Wakil Seberang Takir yang minta khusus kepada saya dan juga Wakil Tepoh. Sekarang saya persilakan Wakil Tepoh selaku pengerusi BBC.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Dok jadi ah.. Dokleh tamboh ah se lagi?

Yang di-Pertua

Tak, Tak. Ini giliran penggulungan Kerajaan. Sepatutnya saya bermula dengan penggulungan.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Esok ada sehari lagi kan.

Yang di-Pertua

Yang Berhormat kena berdisiplin.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Doh ye betul doh.

Yang di-Pertua

Kena berdisiplin. Apabila masuk dalam Dewan ni, Dewan Yang Mulia ini, kena ada di sini. Jangan kita rasa nak ada, ada. Kalau takmboh mari pun tak mari. Tak boleh.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Kita susun doh, sebab tu empat orang kelmarin, bercakap kelmarin.

Yang di-Pertua

Bukan masalah Yang Berhormat susun,

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Betul doh…

Yang di-Pertua

Masalah tak menghormati Dewan dengan meninggalkan Dewan dengan tidak ada apa-apa notis. Jadi kita dah beritahu semalam, kita nak habiskan berkait dengan perbahasan ini, tinggal dua orang je lagi yang belum. Sebab tu saya bagi keistimewaan, saya panggil tadi Yang Berhormat Seberang Takir tadi saya bermurah hati suruh Setiausaha Dewan saya panggil. Bermurah hatinya saya untuk memberi peluang kepada Yang Berhormat Seberang Takir.

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Sedang molek ah Dato’ beri peluang sekali

Yang di-Pertua

Sekarang saya persilakan.

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Saya sokong Dato’ Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Wakil Tepoh, Pengerusi BBC untuk mengakhiri perbahasan berhubung dengan Enakmen Perbekalan 2023.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, seluruh kepimpinan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, semua Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli Dewan Yang Mulia ini, Ketua-ketua Jabatan, Wakil-wakil Jabatan, semua rakan-rakan media dan tidak dilupakan pada semua tetamu-tetamu yang turut hadir dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri pada kali ini.

Alhamdulillah, sama-sama kita merakamkan rasa syukur kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala, kita berada dalam Persidangan Bajet 2023 yang berkemungkinan merupakan persidangan terakhir untuk penggal ini. Saya memulakan ucapan pada kesempatan ini dengan memetik firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala di dalam Al-Quranul Karim.

Maksudnya: Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu iaitu anak kepada Nabi Syuib berkata: “Wahai ayah, ambillah dia menjadi pekerja untuk mengembala kambing kita. Sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat lagi amanah”.

(Surah Al-Qasas: Ayat 26)

Demikianlah kisah yang berlaku kepada anak-anak Nabi Syuib ketika berdepan dengan Nabi Musa a.s dalam keadaan tidak tahu siapa yang boleh membantunya untuk mengambil air daripada telaga. Nabi Musa a.s menggunakan kudratnya seorang lelaki yang kuat dalam masa yang sama seorang yang sangat amanah dalam melaksanakan kerjanya.

Alhamdulillah, saya suka untuk menyentuh perkembangan yang berlaku tempohari. Data-data Pilihanraya Umum ke-15 menyaksikan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) muncul sebagai parti Islam yang menjadi pilihan rakyat bersama dengan Perikatan Nasional dengan lebih 2.6 Juta undi popular. PAS meluaskan pengaruh dan meraih sokongan jauh dari negeri-negeri tradisi Melayu. Bukan sahaja menyapu bersih semua lapan kerusi Parlimen di Negeri Terengganu, dan 14 kerusi di Kelantan. PAS turut melebarkan sayap di Pulau Pinang, Selangor, Perak, Pahang, Johor dan Kedah di samping menawan Negeri Perlis. Kita tidak pernah merasa angkuh dengan kejayaan ini tetapi kita mengambil pedoman daripada apa yang disebut di dalam Al-Quranul Karim. Saat menyambut kemenangan ini, kita sambut dengan istighfar dan kita sambut dengan memperbanyakkan taubat kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Sebenarnya penampilan pentadbiran Kerajaan PAS yang bebas rasuah serta komited dalam menyempurnakan Manifesto yang dijanjikan dalam PRU-14 yang lalu merupakan antara faktor kejayaan menawan hati para pengundi segenap lapisan masyarakat. Bukan sahaja pengundi di kerusi majoriti Melayu, malahan termasuk di kerusi campuran. Di Negeri Terengganu ini, kita telah membuktikan kejayaan kita melaksanakan 20 Manifesto telah disahkan di bawah Jawatankuasa Pelaksanaan Manifesto yang diketuai sendiri oleh seorang Yang Berhormat EXCO dan juga oleh Yang Berhormat Dato’ Setiausaha Kerajaan.

Kejayaan besar di kerusi-kerusi Parlimen ini, membuktikan betapa rakyat Malaysia amnya dan anak muda khususnya, bersepakat menolak politik rasuah dan memilih parti yang berintegriti dan teguh mempertahankan kesucian Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. Harapan baru buat Malaysia adalah melalui kepimpinan Perikatan Nasional dan PAS untuk memimpin negara walaupun impian tersebut tersekat di tengah jalan. Kita tidak berputus asa malah akan terus bangkit dengan penuh bermaruah dan berwibawa demi berbakti kepada rakyat seluruh negara.

Sejarah tidak pernah berdusta. Seluruh jutaan rakyat Malaysia menjadi saksi, bagaimana kuatnya usaha PAS untuk mempertahankan Penyatuan Ummah sebelum Pilihanraya Umum yang ke-15 yang lalu. Seluruh pemimpin PAS berusaha untuk menyatukan PAS, UMNO Bersatu bagi mendepani kemaraan Pakatan Harapan yang jelas merupakan kuda tunggangan DAP. Pemimpin PAS berulang kali memberi amaran dan juga peringatan betapa bahayanya DAP, parti yang membawa pulang abu komunis Chin Peng, parti yang menyokong pengganas

Hindu LTTE, parti Chauvinis yang melaungkan Malaysian Malaysia Sekular. Inilah juga nada yang sama dibawa oleh semua pemimpin Umno selama ini. Sayang seribu kali sayang, kita juga menjadi saksi hari ini apabila UMNO menjunjung DAP ke Putrajaya, apabila UMNO mendukung DAP di Perak dan di Pahang.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, gelombang kebangkitan anak muda dalam pilihanraya baru-baru ini berasaskan daripada pemerhatian mereka dan bukannya secara gelombang yang dicipta dengan bayaran duit. Amat jauh dibandingkan dengan apa yang disebut oleh Hulu Besut kelmarin. Hasrat anak muda yang inginkan pemimpin negara yang bersih dan berintegriti secara dapat dilihat dan dapat dibuktikan.

Kita tidak perlu membicarakan tentang pihak lain, cukup untuk mereka melihat penampilan yang dibuat melalui tawaran calon yang dikemukakan oleh PAS dan Perikatan Nasional. Bukan soal rasuah pilihanraya seperti yang didakwa oleh Hulu Besut. Komitmen kita sentiasa kekal bersama pihak SPRM.

Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,

dalam memastikan kepimpinan..

Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya nak minta sedikit penjelasan

Sekejap, saya perabis sekejap.

Yang di-Pertua

Sekejap, dia akan bagi laluan.

Hulu Besut, Hulu Besut..saya..

Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Dia sebut Hulu Besut, Dato’ Yang di-Pertua, saya nak..

Yang di-Pertua

Takpe, jangan dok sabor gitu Yang Berhormat.

Nanti. Saya akan beri. Hulu Besut, ini floor saya. Mareng dok layan kita, kita nok bercakap.

Beri.

Saya akan berhenti. Ada noktah dia. Komitmen kita sentiasa kekal bersama pihak SPRM dalam memastikan kepimpinan Kerajaan Negeri disiasat seandainya ada dakwaan. Ini merupakan satu komitmen yang berterusan dan bukannya sekadar melepaskan batuk di tangga semata-mata. Sila Hulu Besut.

Yang di-Pertua

Sila.

Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Saya kata kelmarin dengan bukti. Bukan omongan. Kalau Dato’ Yang di-Pertua nak dengar..

Sila Hulu Besut.

Yang di-Pertua

Sila.

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Saya kata kelmarin dengan bukti, bukan omongan. Kalau Yang Berhormat Dato’ Yang Di-Pertua nak dengar sekali lagi video, kalau… apa nama di video kelmarin dia sebut, Wallahi undi PAS. Itu dah rasuah namanya. Betul dok?

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Ataupun itu tidak rasuah?

Saya faham dah. Sila duduk.

Yang di-Pertua

Cukup… Cukup Yang Berhormat.

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Maknanya PAS merasuahkan pengundi untuk…

Yang di-Pertua

Yang Berhormat…

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

pilihan raya…

Yang di-Pertua

Cukuplah… semalam dah sebut dah semalam.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, kelmarin kita telah membahaskan perkara ini secara tuntas. Perkara ini di atas komitmen kita dengan pihak SPRM bagi menyiasat secara lebih mendalam, sebut diluar, buat aduan secara rasmi. Biar SPRM yang menyiasat kita dalam memutuskan samada bersalah ataupun tidak. Jadi saya kira, Yang Berhormat daripada Hulu Besut perlu sebut di luar daripada Dewan, membuat laporan secara rasmi supaya pihak SPRM meneliti perkara ini. Di dalam ini pun ada wakil SPRM yang turut bersama dengan kita. Saya tidak tergamak untuk downgrade anak muda dengan izin seolahnya mereka mudah dibeli dan mudah disusun untuk mereka memilih ke arah mana. Soal agenda kebajikan yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri merupakan tanggungjawab yang perlu dilunasi oleh pihak Kerajaan dan sekali-kali tidak menjadi satu ukuran penentu untuk mereka menyokong parti pemerintah kerana habuan yang mereka terima.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin mengambil peluang pada hari ini untuk merakamkan setinggi ucapan tahniah buat Kerajaan Negeri Terengganu dan juga pasukan kewangan dan Perbendaharaan Negeri yang telah berjaya memperolehi Sijil Bersih Tanpa Berteguran bagi penyata kewangan Kerajaan Negeri Terengganu tahun 2021. Sijil ini diserahkan secara terus selepas daripada Mesyuarat Penutup Exit Conference pada 8 September 2022. Terengganu merupakan antara negeri yang berjaya mendapat Sijil Bersih solid tanpa apa-apa nota tambahan bagi perkara yang perlu diberi perhatian oleh pihak pengurusan. Bukan senang sebenarnya, Ketua Audit Negara menganugerahkan terus Sijil Bersih semasa mesyuarat penutup diadakan. Kebiasaannya, sijil akan diberikan selepas

pada itu. Oleh itu, sekali lagi saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Dato’ Pegawai Kerajaan Negeri dan semua pegawai dan kakitangan Pejabat Perbendaharaan Negeri Terengganu di atas pencapaian ini. Saya cadangkan EXCO Pelancongan beri pakej bercuti kepada semua pasukan ini. Ini merupakan satu pencapaian kepada Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar kerana ini menunjukkan komitmen pucuk pimpinan negeri dalam memastikan semua perbelanjaan dibuat secara teratur dan mengikut tatacara kewangan.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin merakamkan juga ucapan tahniah atas dedikasi Kerajaan Negeri dalam melangsaikan komitmen pembayaran atas pembiayaan projek-projek SKIM deffered dan schedule payment dengan izin dalam jumlah yang amat besar pada tahun ini. Saya amat terkejut dengan jawapan balas pihak Kerajaan semasa sesi Soalan Lisan yang saya kemukakan pada hari yang pertama. Sejumlah RM807 juta telah dibuat pembayaran satu jumlah yang sangat besar. Saya perkukuhkan lagi semakan dengan pihak kewangan negeri angka terbaharu yang saya perolehi sebenarnya adalah RM827.31 juta yang telah dibayar oleh Kerajaan Negeri untuk semua projek-projek ini. Tambahan RM20 juta pada dua minggu yang lalu memberikan angka yang terbaharu yang diperolehi yang saya sebutkan sebentar tadi. Saya difahamkan ia susulan kerana bayaran awal untuk projek bayaran bertangguh untuk projek membaikpulih dan menaiktaraf Loji Rawatan Air Bukit Sah, Kemaman oleh kontraktor BEWG sebanyak RM672.48 juta. Lalu berlaku penjimatan sebanyak RM14 juta dari jumlah asal yang telah termaktub. Ertinya, dalam ruang ini saya memperakui betapa sulitnya Kerajaan Negeri dalam menguruskan keseluruhan dana yang dimiliki bagi memberikan ulangan kepada rakyat dengan aliran tunai yang tidak beberapa kukuh dengan komitmen-komitmen padu yang telah disambung oleh Kerajaan Negeri pada hari ini bayangkan RM800 juta ini telah dibelanjakan untuk pembayaran atasa pembiayaan projek-projek deffered dan schedule payment yang telah disebut oleh pihak Kerajaan dalam soalan lisan yang saya kemukakan hari pertama.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, izinkan saya untuk memetik kembali ucapan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dalam pembentangan Bajet 2022 tahun yang lalu. Antaranya, kata Yang Amat Berhormat, justeru Kerajaan Negeri mengunjurkan KDNK Terengganu bagi keseluruhan tahun 2021 kembali bertumbuh positif kepada antara 2.0% hingga 2.2% dan menyasarkan berkembang kepada

antara 3.0% hingga 3.4% pada tahun 2022. Pernyataan ini, walaupun ringkas tapi sangat penting untuk dua perkara. Yang pertama memberikan keyakinan kepada para pelabur dan peniaga serta pengguna mengenai kebolehan ekonomi negeri kita. Yang kedua, memastikan jentera Kerajaan Negeri dan sektor swasta digerakkan secara optima untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan dalam tempoh 2022 ini, alhamdulillah pencapaian KDNK telah berkembang kepada 3.6% sekaligus perubahan peratusan tahunan KDNK ini meletakkan Terengganu pada kedudukan ketiga bagi tahun 2021 berbanding tahun 2018 pada kedudukan 13, 2019 pada kedudukan ke 11 dan 2022 pada kedudukan ke sembilan. Tahniah kepada pihak Kerajaan Terengganu. Tentunya dedikasi ni turut diucapkan kepada semua pasukan kerja kepada semua penjawat awam dan kepada semua pasukan kerja GLC negeri yang pastinya telah memainkan sesuatu yang bermanfaat buat negeri tercinta. Walaupun begitu, Kerajaan Negeri perlu berwaspada dengan beban ekonomi semasa yang dilihat semakin memenatkan menjelang tahun 2023. Ya, situasi Malaysia hari ini jauh berbeza jika dibandingkan pada tahun krisis 1998, 1999, 2009 dan 2020. Apa yang kita alami sekarang, bermula sebagai tekanan inflasi global telah menyebabkan ketidaktentuan di pasaran kewangan di serata dunia. Impaknya, termasuk pengurusan akses kepada dana dan juga kadar pembiayaan yang meningkat, yang pasti akan terus menjejaskan ekonomi. Mengambil UK sebagai contoh, baru-baru ini kerajaan mereka telah mengumumkan langkah pengurangan cukai berjumlah 45 bilion pound bersamaan dengan RM225 bilion. Oleh kerana bank pusat England juga telah meningkatkan kadar faedah untuk menekan inflasi tindakan pengurangan cukai ini tidak disambut baik oleh peserta pasaran kewangan mahupun pelabur. Akibatnya, pasaran saham dan bon UK telah mengalami kerugian sekitar 500 bilion USD. Dana kewangan antarabangsa IMS juga telah memberi amaran dan mengecam tindakan kerajaan UK yang akan melebarkan lagi jurang pendapatan antara golongan kaya dan miskin. Oleh kerana hutang dijangka meningkat untuk menampung pengurangan hasil cukai Agensi Penarafan Kredit Antarabangsa MUDIS telah memberikan amaran bahawa dasar tersebut akan menjejaskan keupayaan Kerajaan membayar hutang manakala agensi penarafan kredit antarabangsa S&P Global Rating pula baru sahaja menyemak semula keupayaan mereka membayar hutang daripada stabil kepada negatif. Di Amerika Syarikat pula, keputusan bank pusat yang meningkatkan kadar faedah secara mendadak menyebabkan kerugian berjumlah 9 trilion dollar bagi pasaran saham mereka. Ini telah menjejaskan simpanan hari tua rakyat Amerika Syarikat dan juga nilai syarikat-syarikat tersenarai mereka. Turki pula, mengambil keputusan disebaliknya, menurunkan kadar faedah beransur-

ansur sejak September 2021. Akibatnya mata wang mereka menyusut 52% semenjak kadar faedah mereka diturunkan. Manakala inflasi mereka kadar 80% pada bulan Ogos 2022. China juga mengalami cabaran dari segi sekuriti makanan dan sektor pertanian mereka akibat kemarau yang berpanjangan. India dan Pakistan pula sebagai antara pengeluar utama makanan dunia berdepan dengan cabaran getir perubahan iklim seperti banjir besar. Di negara-negara Afrika, peperangan di Ukraine yang berlanjutan telah mengakibatkan rakyat terputus bekalan makanan akibat kebergantungan mereka terhadap import makanan yang tinggi. Malah harga makanan di sana meningkat hampir 24% antara tahun 2020 ke 2022 tertinggi, semenjak krisis kewangan tahun 2008. Eropah pula kini sedang melalui cabaran bekalan tenaga terutamanya dari segi bekalan gas asli bagi memanaskan rumah pada musim sejuk yang akan tiba tidak lama lagi kerana harga gas asli telah meningkat dua kali ganda semenjak awal tahun akibat bekalan dunia yang terus terjejas. Nilai mata wang Euro yang terus menyusut berbanding Dollar Amerika Syarikat akan meningkatkan lagi kos dan merumitkan lagi kemelut bekalan tenaga kini.

Tempias ini akan turut dirasai oleh negara kita bermula 2023. Tentunya akan memberikan kesan yang signifikan untuk negeri kita. Dalam konteks Terengganu, laporan yang dibuat oleh Malaysia Institute of Economic Research (MIER) menunjukkan pertumbuhan ekonomi negeri Terengganu adalah bergantung kepada perbelanjaan Kerajaan untuk menggerakkan ekonomi Negeri. Melalui 3 teras Belanjawan 2023, saya yakin Kerajaan Negeri sangat menyedari tempias ekonomi dan keperluan untuk kita berdaya tahan. Justeru, selain agenda menyantuni rakyat, teras memacu ekonomi dan melestarikan pembangunan dilihat sebagai pemangkin utama untuk kita harungi cabaran ekonomi semasa secara bersama.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Saya ingin mencadangkan kepada pihak Kerajaan Negeri agar memperkenalkan pakej perintis kepada pelabur-pelabur dengan memberi kemudahan pengecualian cukai atau cukai yang sangat rendah, termasuk jika berkeupayaan memberikan dasar subsidi upah bagi pekerja yang diambil dari kalangan rakyat Negeri Terengganu, paling tidak untuk enam bulan yang pertama bagi mendorong kemasukan pelabur-pelabur beraksi di Negeri Terengganu. Merancakkan pertumbuhan Sektor Pembuatan sebagai fokus baharu. Maklumat daripada Jabatan Perangkaan menyatakan bahawa peneraju pertumbuhan utama bagi Selangor, Pulau Pinang dan Kedah adalah Sektor

Pembuatan yang meningkat masing-masing 13.1%, 12.4% dan 6.2%, disokong oleh kepesatan dalam industri yang berteraskan eksport iaitu produk elektrik, elektronik dan optikal.

Justeru, dicadangkan agar pihak Kerajaan mengkaji untuk mewujudkan kawasan Zon Industri Bebas untuk sektor pembuatan. Zon ini sangat penting untuk mengelakkan pengenaan cukai kepada setiap proses nilai tambah pengeluaran. Sebagai satu contoh, satu produk perlu melalui lima proses pengeluaran. Tanpa zon ini, setiap peringkat pengeluaran akan dikenakan cukai. Harga barang akhir akan menjadi lebih mahal. Dengan adanya zon ini, cukai hanya dikenakan sekali sahaja iaitu apabila ia keluar daripada zon tersebut. Dengan syarat semua pengilang untuk kelima-lima proses tadi berada dalam zon yang sama yang disebut zon industri bebas.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mengambil sedikit masa untuk menyentuh tentang agenda menyantuni rakyat. Khusus dalam agenda Skim Pinjaman Perumahan Rakyat Terengganu (i-Rahman). Dalam dasar perumahan yang menetapkan perumahan Jenis A yang diusahakan secara penswastaan dan memerlukan kepada pembiayaan daripada pihak bank, saya mencadangkan agar pakej Skim Pinjaman i-Rahman ini diperkasakan dengan lebih saksama. Sebaiknya diberikan kuota rakyat mengikut DUN agar pemohon yang gagal mendapatkan pembiayaan bank dapat dibantu dengan skim ini secara lebih berstrategi. Saya juga ingin menarik perhatian Dewan dan memohon pertimbangan Dewan agar memperhalusi kembali perkara 78 halaman 26, tentang pemberian tunai one-off bernilai RM300 untuk isi rumah miskin sempena menyambut hari perayaan. Apa yang dilaksanakan pada tahun ini adalah Kategori A bagi pendapatan isi rumah kurang daripada RM250 layak mendapat sebanyak RM400 dan Kategori B bagi pendapatan isi rumah antara RM2,501-RM5,000 layak mendapat sebanyak RM250. Justeru, formula yang telah dilaksanakan pada tahun ini dimohon agar dapat dikekalkan dan bukannya berstatus kekal seperti yang dibentangkan di dalam Bajet sebanyak RM300 sahaja.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, ada yang menyatakan kini Kerajaan Pas Terengganu juga sibuk memberikan ikan dan bukan lagi joran. Itu seandainya kita hanya meneliti Teras Rakyat Disantuni. Ia perlu diperhalusi secara bersama dengan Teras Ekonomi Dipacu dan Teras Pembangunan Di Lestari. Barulah kita

akan nampak agenda pemerkasaan rakyat melalui usaha memberikan joran kepada rakyat Negeri Terengganu.

Pujangga lantang dengan bermadah, Madah diungkap kena sasaran, Bajet 2023 dibentang sudah, Rakyat disantuni tiada ketinggalan.

Doa dipohon mengambil berkat, Tangan ditadah memohon restu, Teras pertama santuni rakyat, Komitmen untuk rakyat tetap nombor satu

Pendekar gagah berpencak di bumi, Mengatur langkah secara berdepan, Teras kedua memacu ekonomi, Sektor pertanian jadi harapan.

Unggas berkicau dipagi hari, Bersama mentari sedang menerangi, Teras ketiga pembangunan lestari, Alam sekitar sentiasa dilindungi.

Tepoh mohon menyokong.

Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Wakil Tepoh yang telah mengakhiri perbahasan Rang Enakmen Pembekalan 2003. Sekarang tibalah masanya Pihak Kerajaan untuk membuat penggulungan. Saya persilakan Yang Berhormat Wakil Kuala Berang.

Dr. Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan, Yang Berhormat-Yang Berhormat Dato’, Yang Berhormat-Yang Berhormat, Pegawai-pegawai Kerajaan, sidang

pemerhati dan semua pihak media, muslimin dan muslimat yang hadir sekalian. Pertama saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih ke atas Dato’ Yang di-Pertua memberi peluang kepada saya untuk menggulung perbahasan daripada Belanjawan kita. Belanjawan 2023 Terengganu Darul Iman yang bertemakan “Memacu Terengganu Berdaya Tahan” telah menggariskan tiga teras berikut iaitu teras pertamanya menyatuni rakyat, teras kedua memacu ekonomi dan teras ketiga melestarikan pembangunan. Bagi tahun 2023, Kerajaan Negeri akan membelanjakan sejumlah RM1.991 bilion untuk perbelanjaan mengurus, RM500 juta untuk perbelanjaan pembangunan dan RM30 juta untuk perbelanjaan bekalan air. Terima kasih juga kepada Kerajaan Negeri atas peruntukan sebanyak 79% iaitu RM417.73 juta untuk sektor sosial yang merangkumi pendidikan, infrastruktur dan kemudahan awam termasuklah bekalan air, pembangunan bandar dan luar bandar, serta sukan dan perumahan yang mana merangkumi sebahagian portfolio di bawah tanggung jawab saya. Saya suka menjawab beberapa persoalan yang dibangkitkan sejak hari pertama di dalam perbahasan ini. Yang pertamanya apa yang dibangkitkan oleh ADUN Seberang Takir, berkaitan dengan sehingga bilakah dua biji loji yang telah dibina iaitu LRA Bukit Berapit dan LRA Bukit Sah yang dapat menampung keperluan bekalan air bersih di kawasan yang terlibat. Untuk makluman kita bersama, LRA Bukit Berapit, kapasiti reka bentuk adalah 120MLD telah mula beroperasi pada bulan November iaitu bulan ini dengan pengeluaran sebanyak 75 MLD dan kawasan bekalan adalah Kuala Nerus sebanyak 55,000 akaun dan Setiu, 800 akaun. Lebihan atau rizab margin LRA ini ialah sebanyak 45 MLD lagi dan dijangka dapat menampung keperluan sekitar sehingga tahun 2037. Untuk LRA Bukit Sah, Kemaman, kapasiti reka bentuk adalah 255 MLD setelah dinaiktaraf pada tahun 2021, permintaan semasa adalah sebanyak 198 MLD. Kawasan bekalan LRA Bukit Sah melibatkan hampir 90 peratus pengguna di Kemaman termasuk lah kawasan industri Kerteh dan juga kawasan industri Teluk Kalong. Result margin LRA ini adalah sebanyak 57 MLD lagi dan dijangka akan menampung keperluan sekitar sehinggalah tahun 2032.

Seterusnya, apa yang dibangkitkan oleh ADUN Pengkalan Berangan, YB Pengkalan Berangan membangkitkan isu penyediaan infrastruktur asas di kawasan RTB bagi membolehkan rakyat mendirikan rumah di tanah yang telah diberikan oleh kerajaan. Memanglah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan dengan menyediakan peruntukan bagi melengkapkan pembangunan prasarana serta infrastruktur asas di kawasan RTB. Perancangan tersebut akan dilaksanakan secara berfasa di kawasan RTB yang dikenalpasti mengikut keperluan. YB

Pengkalan Berangan memohon penjelasan berkaitan perancangan jangka panjang berkaitan bekalan air di daerah Marang. Untuk makluman kita bersama, pemasangan paip air baharu bersaiz 900mm, dari LRA Kepong ke tangki MIER dan ke tangki Gondang yang sedang dilaksanakan sekarang ini, memberi bekalan tambahan sebanyak 30 MLD dan bekalan air dijangka akan bertahan sehingga tahun 2028 atau sekitar tahun 2029. Projek ini dijangka siap pada April tahun hadapan. Untuk jangka panjang, pembinaan baharu LRA Marang, secara berfasa dengan fasa pertama 60 MLD dijangka siap pada tahun 2028 atau tahun 2029. Fasa kedua pula 60 MLD lagi dijangka siap pada tahun 2042, itulah rancangan yang agak panjang.

Apa yang dibangkitkan oleh YB Ajil, YB Ajil memohon agar masalah bekalan air di Ajil diselesaikan dengan segera. Untuk makluman kita bersama, sekarang ini proses pembaikian dua pam iaitu untuk menghantarkan air ke Bukit Jalin Kuala Berang dalam proses yang mana satunya dah siap dan yang satu lagi sudah dihantar ke kilang untuk diperbaiki dan hasil membaiki pam tersebut telah meningkatkan sebanyak 2 MLD daripada 18 MLD ke 20 MLD untuk menyelesaikan sementara masalah air di Ajil ini. Jadi dengan peningkatan 2 MLD ini, sudah tentu akan melegakan penduduk di kawasan bandar Ajil yang mana melibatkan 1,638 akaun dan walaupun begitu, kita masih menjadualkan bermula daripada pukul 12.00 malam hinggalah pukul 5.00 pagi setiap malam tetapi dikurangkan kadarnya ataupun jumlahnya semakin kecil dari masa ke semasa mengikut keadaan. SATU Hulu Terengganu menjangkakan tiada lagi gangguan bekalan berjadual ini dalam tempoh sebulan, sebulan lagi iaitu selepas baik pulih pam nombor empat dapat diselesaikan pada penghujung tahun ini, insya-Allah. Seterusnya, untuk jangka panjang di Kuala Berang, iaitu menaikkan taraf LRA Hulu Terengganu dari rekabentuk asal iaitu 55 MLD kepada 60 atau 65 MLD selepas membuat lantikan juru perunding. Cadangan telah dikemukakan dengan anggaran kos sebanyak RM10 juta dan sedang menunggu kelulusan daripada Kerajaan Negeri. Yang ini kita jangka siap lebih kurang setahun lagi. Satu lagi, apa yang diutarakan oleh Yang Berhormat Ajil, iaitu berkaitan dengan masalah banjir di Lubuk Periuk, Hulu Terengganu. Kampung Lubuk Periuk, berada di Mukim Hulu Berang merupakan kawasan dataran rendah dan terdedah dengan risiko banjir dengan ketinggian banjir pernah mencecah sehingga empat meter dari aras jalan raya. Banjir ini berlaku adalah disebabkan oleh limpahan air dari Sungai Berang. Merujuk kepada Kajian Pelan Induk Daerah Hulu Terengganu pada tahun 2006 telah mencadangkan pembinaan tiga buah empangan termasuk pelebaran dan

mendalamkan Sungai Berang. Namun begitu, ianya perlu dikaji semula berikutan perubahan guna tanah semasa, kajian ini 2006 dulu. Sehubungan itu, Kerajaan Persekutuan di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia sedang melaksanakan Kajian Pelan Induk Tempatan Banjir Lembangan Sungai Terengganu yang meliputi kawasan tadahan Sungai Berang sedang dalam pelaksanaan oleh JPS Malaysia yang dijangka siap pada tahun 2023. Kajian semula Pelan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu IRBM juga telah pun dimulakan pada 1 September yang lepas dan dijangka akan siap sepenuhnya pada 30 April 2024. Dengan adanya IRBM ini, ia akan menjadikan garis panduan utama dalam perancangan dan pembangunan lembangan sungai dalam mengekalkan kelestarian sungai dan kesejahteraan penduduk pada masa hadapan, insya-Allah. Selain daripada itu, sebagai langkah penyelesaian jangka pendek pada 2022 dengan pelaksanaan kerja-kerja seperti di bawah:

1 Kerja-kerja pemulihan sungai untuk mengurangkan risiko banjir di Sungai Peneh, Kampung Lubuk Periuk serta kerja-kerja berkaitan, mendapat peruntukan RM135,990.00.

2 Kerja-kerja membaikpulih runtuhan tebing akibat banjir di embakmen jambatan Kampung Belukar Bukit baru-baru ini dengan kos sebanyak RM455,020.00. Cadangan pembinaan empangan di Betong Tengkah dan Mengkawang akan mengurangkan kadar alih puncak sehingga 50 peratus. Cadangan pembinaan tiga buah sabuk dan akan dilaksanakan pada tahun 2023.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan, jawapan kepada ADUN Rantau Abang yang mencadangkan agar dibina dua buah masjid baru iaitu di Kampung Tok Kah dan Kampung Burung Baru. Sebenarnya apa yang disebut di dalam Bajet 20 juta. 20 juta itu adalah untuk menyambung projek-projek yang telah, yang sedang dalam pembinaan bukanlah buat baru secara keseluruhan iaitu Masjid Kampung Baru Kertih sekarang ini 76% siap, Masjid Kampung Mak Lagam, Masjid Surau Kampung Bujal, kemudian Masjid Kampung Bukit Tanah, Masjid Pekan Ajil, Masjid Kampung Tanjung Putat, Masjid Kampung Mengadang Lekor dan Masjid Felda Chalok. Semua ini akan disiapkan mengikut jadual dia dan menggunakan peruntukan 20 juta tersebut, Insya-Allah.

YB Rantau Abang juga membangkitkan isu banjir di Kampung Che Lijah. Lokasi Kampung Che Lijah terletak di sebelah tebing kiri sungai Gombang dan tidak mempunyai sistem saliran yang sempurna dan mengalami banjir biasa setiap tahun akibat dari limpahan air Sungai Gombang terutamanya pada musim banjir ataupun musim tengkujuh. Kerajaan Negeri ataupun Kerajaan Persekutuan di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Terengganu sedang meneliti cadangan memohon peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 RP 4 bagi melaksanakan Projek Pembinaan Sistem Tebatan Banjir serta kerja-kerja berkaitan di Kampung Che Lijah Dungun. Skop kerja yang dicadangkan adalah pembinaan ban penahan banjir Sungai Gombang, sistem pam dan saliran yang sempurna kerana aras platform kampung ini adalah rendah. Perincian kos akan diperolehi setelah kajian dan reka bentuk dilaksanakan. Kerajaan Persekutuan di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Terengganu telah melaksanakan Projek Membina dan Menyiapkan Sistem Tebatan Banjir serta kerja berkaitan di Taman Rakyat Dungun dan telah siap pada November 2015 yang lalu. Tujuan utama projek ini adalah untuk mengurangkan risiko kejadian banjir di kawasan perumahan Taman Rakyat Dungun serta kawasan persekitarannya termasuklah Kampung Che Lijah tadi. Antara skop kerja utama yang telah dilaksanakan adalah pembinaan ban, rumah pam dan pembinaan saliran. Setelah projek siap tiada lagi rekod banjir di kawasan Taman Rakyat dan sekitarnya, alhamdulillah. Seterusnya berkaitan dengan apa yang dibangkitkan oleh Wakil Kuala Besut.

Dato’ Yang di-Pertua, penjelasan. Saya nak tahu, saya tak berapa dengar tadi. Siap bila tahun masalah tebatan banjir di Taman Rakyat Dungun tu, tahun bila?

Dr. Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

2015

Hor terima kasih.

Dr. Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

Ya terima kasih.

Saya buat dulu.

Dr. Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

Kita sama-sama untuk membangunkan negeri kita. Apa yang dibangkitkan oleh ADUN Kuala Besut. Yang Berhormat Kuala Besut memohon Kerajaan bersungguh-sungguh mengatasi masalah bekalan air yang sedang dihadapi oleh rakyat. Memanglah kita nak selesaikan secara bersungguh-sungguh. Kerajaan Negeri melalui JBA dan SATU amat komited dan bersungguh-sungguh dalam menyelesaikan masalah bekalan air di kawasan terlibat dan menambah baik mutu perkhidmatan bekalan air di seluruh Negeri Terengganu. JBA dan SATU sedang merangka dokumen 10 Years Planning yang akan menjadi master plan atau rujukan dalam merancang pembangunan infrastruktur bekalan air dan menyediakan bekalan air yang mampan. Dalam masa yang sama Kerajaan Negeri telah mengenal pasti kawasan-kawasan yang sedang dan akan menghadapi masalah bekalan air. Justeru itu beberapa projek akan dan sedang dalam peringkat pelaksanaan bagi tahun 2022 dan 2023 sebagaimana berikut:-

1. Pemasangan paip baru ataupun retikulasi melibatkan kos sebanyak RM10.935 juta.

2. Program mengurangkan kadar kehilangan air tidak berhasil ataupun kita panggil NRW melibatkan kos RM4.535 juta. Penukaran paip-paip lama seluruh negeri melibatkan RM4.695 juta. Kajian pemeliharaan sumber air negeri melibatkan RM1.8 juta dan infrastruktur bekalan air sebanyak RM7.035 juta keseluruhannya ialah RM30 juta.

Isu air di Daerah Besut adalah di DUN Kota Putera. Isu pertamanya di kawasan tersebut berpunca daripada tekanan air yang rendah dan kawasan terlibat adalah Taman Korporat Perdana, Persiaran Limbongan, Kampung Limbongan, Kampung Air Tawar dan kawasan berhampiran sekitarnya. Untuk Mengatasi masalah di kawasan tersebut, terutamanya sudah tentu kita sentiasa meletakkan tangki statik dan seterusnya kita akan mengaktifkan semula booster pam di Jerteh dan dijangkakan siap pada Januari 2023. Dulu saya telah menyebut kepada ADUN Kuala Besut kita nak siapkan awal tetapi ada kerenah sedikit. Pam ini akan dapat disiapkan pada tahun 2023, Insya-Allah akan siaplah.

Pemasangan paip baharu ms bersaiz 700 milimeter sepanjang lapan kilometer dari Kampung Tok Has ke tangki Bukit Puteri Baru. Ini pun akan dilaksanakan nanti, Insya-Allah. Seterusnya YB Kuala Besut mencadangkan agar diwujudkan Pelan

Induk Saliran Bandar bagi mengelakkan banjir di kawasan perumahan. Bagi memastikan perancangan pembangunan sistem saliran yang sempurna JPS Negeri Terengganu juga telah memohon setiap tahun peruntukan Kerajaan Persekutuan di bawah Rolling Plan ke-3 RMK yang ke-12 untuk penyediaan Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam ataupun kita panggil PISMA Daerah Besut. Kajian ini akan memperhalusi isu-isu berkaitan sistem saliran dari aspek kawalan kuantiti, kawalan kualiti dan seterusnya menyediakan inventori aset saliran bagi tujuan perancangan yang lebih berkesan. Penyediaan Pelan Pengurusan Lembangan Sungai bersepadu (IRBM) Sungai Besut telah siap pada tahun 2021. Setakat itulah penggulungan dari saya. Saya turut menyokong Belanjawan 2023 Memacu Terengganu Berdaya Tahan. Terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, satu lagi penjelasan.

Yang di-Pertua

Nak tanya siapa dia ning.

EXCO berkenaan lah.

Yang di-Pertua

Dia duduk doh Yang Berhormat

Dakpelah ada masa lagi.

Yang di-Pertua

Lambat Yang Berhormat.

Bukan.

Saya tak nak kacau.

Yang di-Pertua

Biar laju sikit.

Nak tanya se boleh jawab lagi. Se je penjelasan.

Yang di-Pertua

Yang Berhormat nak jawab ke Yang Berhormat?

Penjelasan sebab dia sebut tadi iaitu pembinaan masjid-masjid baru dan..

Orang tiup wisel doh Abang Mat. Patut nak main bola sorang.

Yang di-Pertua

(ketawa kecil)

Amboi bayang hok dia dop wi lalu. Nak tanya penjelasan dok leh gop Yang di-Pertua. Mintak masa sikit, seminit je.

Yang di-Pertua

Saya tak ada masalah cumanya kebiasaan kita orang tengah bercakap itulah kita tanya. Dia duduk doh.

Kerek-kerek kang tanya dop sedap gop. Dop dang habis kacau plok. Bolehlah sekali. Nak jelas se je.

Yang di-Pertua

Saya minta persetujuan dia.

Dia bersetuju.

Yang di-Pertua

Dia bersedia? Okey.

Iaitu pembinaan masjid baru dan juga surau tadi. Saya rasa terkilanlah sebab kenapa di Bujal dibinakan surau sahaja tidak dibuat masjid. Sebab dulu kita buat masjid, kata buat masjid, 30 tahun dulu. Ning sekarang tengah buat surau, patut buat masjid jugoklah. Penjelasan Dato’ Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

(Ketawa kecil) Ning sedap jawab ni Yang Berhormat ning.

Dr. Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

Ini sejarah lama ini tahun 20, Kerajaan PAS tahun 1999 sehingga 2004 dulu Abang Mat jugok yang apa ni rombok sejid tu jadi sekarang ini kita nak buat surau jelah.

Yang di-Pertua

[Sambil ketawa] saya kata doh. [Sambil ketawa]

Yang di-Pertua jawab dok sesuai wat masjid sebab takdok ramai orang dulu lapan buoh rumoh je wat masjid lening wat surau pulok. Pelawok belake, reke. Terima kasih Dato.

Betul doh tu Yang Berhormat memang peringkat awal Nabi hijrah, Nabi buat masjid dulu pahtu doh ramai doh bila UMNO memerintah dia buat masjid nok wat masjid apa dua butir sekampung.

Bila kita wat masjid kawasan payong ni. Bahang rambang sunggoh mu.

Rambang sokmo.

Ha ha ha Kutip derma round seluruh negara. Robohnya Masjid Bujal sambutan 25 tahun robohnya Masjid Bujal.

Doh betul peringkat awal nok wat kampung situ nok wat masjid dulu

Masjid apa nok wat surau, buat masjid apa

Kalau surau tu bahasa arab, masjid masjid bahasa arab, surau bahasa melayu

Saroh lah lebih

La Ilaha illallah. Saroh gane memang betul gitulah

Doh kita tahu tapi jangan guna politik buat masjid. Roboh Masjid Bujal seluruh negara kutip derma.

Doh memang roboh sungguh sape roboh?

Haa sapa bukan Mat Said roboh, Kerajaan roboh

Hor doh ye betul doh. Memang itu fakta dia

fakta apa? Kalau lapan buah rumah buat masjid

La Ilaha illallah sebut rumah pulok orang kata bab masjid cakap apa bab rumoh.

Doh saya cakap pelawok mu reke.

Cakap pelawok guane kita dok supoh. Ni supoh Wallahi Wabilahi Watallahi No UMNO No Anwar molek-molek ada. Tu baru supoh.

Betul lah tapi tulah berlaku dang boleh jawab jawab aku boleh jawab gok wak nok jawab setelah 30 tahun

Takmboh jawab, takmboh jawab…

Yang di-Pertua

[Sambil ketawa] cukup deh [Sambil ketawa] terima kasih Yang Berhormat Wakil Kuala Berang. Saya mempersilakan Wakil Wakaf Mempelam untuk membuat penggulungan.

Wan Sukairi bin Wan AbdullahPAS · PNWakaf Mempelam

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan Negeri, Barisan Ahli-ahli Mesyuarat Negeri, rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, rakan-rakan pemerhati dan media yang memerhatikan persidangan ini secara langsung mahupun atas talian. Seterusnya tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati dan lagi saya kasihi sekalian. Pertama saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian dalam perbahasan semalam dan telah menyentuh beberapa perkara berkaitan Portfolio saya. Insya-Allah saya akan cuba menerangkan secara terperinci akan persoalan-persoalan dan juga harapan-harapan yang telah pun diberikan.

Yang pertamanya berkenaan dengan pengundi berumur 18 tahun seperti mana telah pun kita semua ketahui undi 18 tahun telah pun dikemukakan di Dewan Rakyat dan telah pun diluluskan pada berkuatkuasa pada 11 September 2019 yang lalu. Sehubungan dengan itu,pelbagai agensi Kerajaan sama ada pihak SPR sendiri termasuk pihak Kerajaan Negeri sama ada melalui agensi urusetia belia dan sukan NGO Negeri Terengganu termasuk daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu dan pelbagai agensi-agensi yang lain telah mengadakan program dalam bentuk seminar, dalam bentuk syarahan, dan juga program-program yang lain untuk memberikan syarahan dan juga penerangan, kesedaran kepada anak-anak muda khususnya mereka yang berumur 18, 19 dan 20 tahun yang berada sama ada di sekolah-sekolah menengah termasuk di kolej, termasuk universiti dan

juga institusi-institusi pendidikan yang lain. Dan alhamdulillah dengan kesedaran yang telah pun wujud dan ada tersebut, kita menyaksikan PRU yang ke-15 baru-baru ini, kehadiran atau pun penyertaan undi muda atau pun undi kali pertama ini begitu memberangsangkan dan alhamdulillah saya juga ingin mengambil kesempatan pada peluang golongan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada anak-anak muda khususnya anak-anak muda di Terengganu yang telah pun memberikan undi mereka kepada calon-calon daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan kita boleh lihat peningkatan ataupun besarnya undi-undi ini melalui saluran-saluran anak muda yang ada di setiap unit daerah mengundi dan kita boleh lihat banyak peti-peti undi yang menyaksikan saluran undi muda ini, undi yang diperolehi oleh PAS sehingga mencecah 90% ada yang lebih daripada 90%. Jadi ini satu perkembangan yang cukup apa nama ini yang cukup memberangsangkan kita. insya-Allah, kita begitu memberikan penghargaan kepada anak-anak muda dan insya-Allah kita mengharapkan agar anak-anak muda akan terus memberikan sokongan dan dokongan kepada PAS dan juga kepada Kerajaan yang sedang kita terajui ini. Insya-Allah khusus dalam PRN yang akan datang.

Dato’ Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, yang kedua berkenaan dengan dana i-Belia dan juga dana i-Mahasiswa. Sebagaimana Yang Berhormat-Yang Berhormat sedia maklum, Kerajaan Negeri bermula pada awal November 2022 yang lalu, telah pun mengagihkan dana i-Belia dan dana i-Mahasiswa kepada seramai 62,732 orang belia dan 20,991 orang mahasiswa Negeri Terengganu yang melibatkan peruntukan berjumlah RM 12.558.450 juta dan dana i-Mahasiswa ini juga adalah pemberian yang telah pun diputuskan di dalam Belanjawan yang telah pun dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada 15 November 2021 yang lalu. Jadi ia sesuatu yang jelas dan tertolaklah kalau ada dakwaan yang menyatakan bahawa pemberian dana i-Belia dan dana i-Mahasiswa ini tidak melalui pembentangan di dalam Belanjawan. Untuk makluman Yang Berhormat juga, mesyuarat kali terakhir bersama dengan pemegang taruh untuk menetapkan tarikh-tarikh pelaksanaan program ini adalah pada 15 September 2022 iaitu hampir sebulan sebelum Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia mengumumkan pembubaran Parlimen Malaysia pada 10 Oktober 2022 yang lalu.

Dato’ Yang di-Pertua, penjelasan. Saya ingin mendapat penjelasan daripada wakil Wakaf Mempelam. i itu maksud apa? Asal i tu makna benda? i-Belia, i-Mahasiswa, i itu mende apa?

Wan Sukairi bin Wan AbdullahPAS · PNWakaf Mempelam

I ini I-Belia, i-Mahasiswa, i-Fitri adalah untuk menggambarkan, nak tunjuk bahawa permohonan ini kita buat secara online. I itu untuk menunjukkan online. Permohonan semuanya dibuat secara online. Itu sahaja.

Bukan i-Fitri asal dia?

Wan Sukairi bin Wan AbdullahPAS · PNWakaf Mempelam

Eh dok dok. I-fitri i fitri i-mahasiswa i-belia

Ya dok?

[Sambil ketawa] dok ape ah.

Yang di-Pertua

Masing-masing punya tafsiranlah tu. I love you pon boleh jugok…

Wan Sukairi bin Wan AbdullahPAS · PNWakaf Mempelam

Mesyuarat tersebut juga telah bersetuju agihan dana ini dilaksanakan pada bulan November 2022. Sidang media juga telah pun dilaksanakan pada hari yang sama dan telah disiarkan oleh media-media tempatan yang memaklumkan tarikh agihan dana akan dilaksanakan pada bulan November 2022. Oleh yang demikian tidak timbul isu bahawa Kerajaan Negeri mengagihkan dana ini semata-mata kerana pilihan raya yang diadakan. Isunya adalah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri umum waktu kita nok sapa dana i-belia itu. Sepatutnya lepas daripada apa nama umum lewat sikit biar kita sapa dana dulu tapi dia umum sewaktu tarikh memang waktu tulah kita telah pun menyatakan akan menyampaikan dana tersebut.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, seterusnya berkenaan dengan SUKMA. Ahli-ahli Yang Berhormat juga menyentuh perkara yang berkaitan dengan program sukan. Saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana mengurniakan beberapa kejayaan pada SUKMA yang ke-20 tahun 2022 yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini. Melalui kombinasi sokongan padu daripada semua pihak disusuli dengan latihan yang terancang dengan pencapaian keseluruhan 64 Emas, 49 Perak dan 55 Gangsa. Kontinjen Terengganu dinobatkan sebagai Naib Juara keseluruhan SUKMA edisi yang ke-20 MSN 2022. Walaupun kita

tidak berjaya mengekalkan kejuaraan, pencapaian mengutip 64 pingat Emas berjaya mengatasi sasaran yang ditetapkan iaitu 57 Emas dan peningkatan sebanyak 8 Emas atau 14.29 % berbanding 2018 yang lalu iaitu 56 Emas. Kontinjen SUKMA 2022 juga berjaya memecahkan rekod pencapaian terbaik kontinjen Terengganu sepanjang 19 Edisi SUKMA sebelum ini iaitu 62 Emas di SUKMA 2012 yang lalu. Ibu segala pingat iaitu pingat emat sukan bola sepak juga jadi milik Terengganu selepas kali terakhir berjaya dirangkulkan pada edisi SUKMA 2010 yang lalu. Oleh kerana itu saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah terutamanya kepada Chief de Mission kita, Yang Berbahagia Dato’ Haji Tun Ahmad Faisal bin Tun Abdul Razak yang juga Pengarah UPEN yang telah pun memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada semua atlet dan saya menyatakan bahawa KPI yang telah pun ditetapkan oleh CDM kita yang lepas agak menyusahkan pada mana-mana CDM yang akan mengambil tempat beliau selepas daripada ini.

Saya juga ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih dan tahniah kepada Timbalan-timbalan CDM iaitulah yang pertamanya Yang Berhormat Puan Hajah Zuraida binti Md Noor ADUN Wanita yang bertindak sangat cemerlang. Sepanjang SUKMA beliau berada di semua venue-venue SUKMA yang diadakan, di mana-mana sahaja ada pertandingan, di situlah beliau akan berada. Tahniah saya ucapkan kepada Yang Berhormat Puan Hajah Zuraida dan juga dibantu oleh Timbalan CDM II, Encik Ab Rashid bin Jusoh dan ucapan terima kasih juga saya ucapkan kepada Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu sehingga demam demam kediri serta semua kakitangan persatuan-persatuan sukan di Negeri Terengganu, bapa-bapa angkat serta jabatan-jabatan angkat dan seluruh pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung di dalam membantu Kontinjen Terengganu sepanjang SUKMA pada edisi kali ini yang tidak dapat saya sebutkan satu persatu. Alhamdulillah di Selangor, di Kuala Lumpur sepanjang SUKMA, kedai-kedai makan tomyam dan sebagainya riuh-rendah dengan atlet-atlet kita yang dijamu oleh bapa-bapa angkat yang terdiri daripada semua Ahli-ahli Yang Berhormat kita. Sekalung penghargaan yang setinggi tingginya saya ucapkan kepada semua bapa-bapa angkat.

Seterusnya, Yang Berhormat Dato Yang di-Pertua, Tour Gateh D'Tranung. Ahli-ahli Yang Berhormat, tuan-tuan dan puan-puan. Kerajaan Negeri pada tahun ini telah memperkenalkan kembali Jelajah Terengganu dengan nama terbarunya iaitu Tour Gateh D’Tranung 2022. Kejohanan berbasikal ini telah diadakan pada 20 hingga 25

Mac 2022 yang lalu. Penganjuran ini telah mengembalikan semula imej yang telah menjadi ikon kecemerlangan berbasikal di Negeri Terengganu dan disertai oleh seramai 260 orang atlet dan pegawai daripada 26 pasukan daripada seluruh Malaysia dan juga Singapura. Insya-Allah berkat kejayaan daripada penganjuran tahun ini, Kerajaan Negeri sekali lagi bersetuju untuk menganjurkan kejohanan pada tahun hadapan.

Dato’ Yang di-Pertua, SUTERA ataupun Sukan Terengganu juga adalah merupakan di antara acara yang dihidupkan semula oleh Kerajaan Negeri untuk mengaktifkan semula majlis-majlis sukan di peringkat daerah-daerah di samping menjadi tempat untuk Kerajaan Negeri melalui MSN memilih atlet-atlet yang berbakat yang ada di seluruh daerah dalam Negeri Terengganu. Saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Pejabat Daerah Kuala Nerus yang telah pun berjaya menganjurkan SUTERA Edisi II baru-baru ini dengan jayanya dan begitulah juga kepada Pejabat Daerah Dungun yang insya-Allah akan menjadi tuan rumah pada Edisi III.

Dato’ Yang di-Pertua, seluruh Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Terlalu banyak cerita-cerita kejayaan berkaitan sukan Terengganu yang tidak mampu saya sebutkan satu persatu termasuklah daripada pasukan Terengganu FC, Terengganu Polygon Cycling Team, Terengganu Hockey Team, pasukan ragbi dan sukan-sukan yang lain. Saya mewakili warga sukan Terengganu mengharap agar kita dapat bersama-sama berdoa agar kesinambungan pencapaian ini dapat diteruskan dan ditambah baik daripada masa ke semasa agar Negeri terengganu kekal sebagai sebuah kuasa sukan di Malaysia.

Dato’ Yang di-Pertua, kelmarin kita dengar beberapa rakan Yang Berhormat daripada Sura, Rantau Abang, Manir dan juga daripada Ajil yang menyentuh berkenaan dengan gelanggang futsal dan juga kemudahan sukan di tempat masing-masing. Kerajaan Negeri sentiasa mendengar keluhan dan harapan anak-anak muda. Oleh kerana itu walaupun dengan kekangan kewangan yang ada, Kerajaan Negeri bersama dengan Kerajaan Persekutuan telah pun berjaya membaik pulih sebanyak 17 gelanggang futsal dalam Negeri Terengganu pada tahun 2021 dan saya juga secara peribadi telah berjumpa dengan Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan Malaysia pada November 2021 yang lepas menyampaikan hasrat dan melakukan membuat permohonan daripada Kerajaan Negeri supaya menyediakan peruntukan khusus bagi pembaikian gelanggang-gelanggang futsal

ini. Kerajaan Negeri juga pada tahun ini telah bersetuju untuk membaik pulih 10 gelanggang futsal milik Kerajaan Negeri. Berkenaan dengan kemudahan sukan serta padang bola, saya mendengar dengan teliti juga perbahasan daripada rakan-rakan Yang Berhormat yang bertanyakan perkara berkenaan dengan infra kemudahan sukan serta padang-padang bola di kawasan Dewan Undangan Negeri masing-masing. Untuk makluman Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Yang Berhormat sekalian, Yang Amat Berhormat Menteri Besar menerusi

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Mohon laluan sekali.

Wan Sukairi bin Wan AbdullahPAS · PNWakaf Mempelam

… ucapan Belanjawan 2023

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Yang Berhormat EXCO, minta laluan sekali Manir.

Yang di-Pertua

Sila.

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Yang Berhormat Yang di-Pertua, ada futsal-futsal yang takdok atap tu. Hoktu pun termasuk bawoh Kerajaan Negeri jugok ke dok? Banyak futsal-futsal hok takdok atap. Zaman bila dok tahu buat?

Wan Sukairi bin Wan AbdullahPAS · PNWakaf Mempelam

Ya, futsal hok kebanyakan futsal itu futsal hok takdok ataplah. Hok ada atap tu hok yang Kerajaan Negeri buat tu. Jadi hok kebanyakan hok banyok banyok tu hok takdok atap tu adalah yang dibina di bawah Jabatan Belia dan Sukan dan jumlah semuanya ada dalam lebih kurang 100 lebih, 119 buah lebih.

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Doh, hoktu nok baiki dok tu?

Dato’ di-Pertua.

Yang di-Pertua

satu-satu.

Saya perlu beri penjelasan lah. Sebenarnya hok takdok atap pun kita buat tapi kita beri buat setiap kampung dan kita beri di peringkat PDM yang ada atap. Terengganu adalah negeri yang paling banyak gelanggang futsal di Malaysia dan saya adalah merupakan orang pertama, antara rakyat pertama Malaysia bermain futsal di Jerman pada 1991 Yang di-Pertua. Terima kasih. Sebab itu Terengganu paling banyak futsal dan gelanggang futsal pertama di Malaysia di kampung saya, Kampung Teluk Kalong. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Wan Sukairi bin Wan AbdullahPAS · PNWakaf Mempelam

Okey, terima kasih. Dekat mana doh tadi ni?

Yang di-Pertua

Hilang point eh?

Wan Sukairi bin Wan AbdullahPAS · PNWakaf Mempelam

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, menerusi ucapan Belanjawan 2023 pada Isnin yang lalu ada menyebut bahawa sebanyak RM4.9 juta disediakan untuk menyelenggara dan membina kemudahan-kemudahan sukan di setiap daerah terutamanya gelanggang-gelanggang futsal dan padang-padang bola sepak. Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan terima kasih pada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana prihatin kepada semua golongan orang-orang muda yang ingin bersukan dan insya-Allah isu yang dibangkitkan terutamanya oleh Rantau Abang dan juga oleh Sura akan kita selesaikan dalam kadar yang seberapa segera pada 2023 ini, insya-Allah.

Seterusnya yang terakhir, berkenaan dengan penganjuran Kejohanan Hoki Antarabangsa Lima Sebelah. Bagi penganjuran Kejohanan Hoki Antarabangsa Lima Sebelah pula, saya sendiri pada 18 Ogos 2022 yang lalu telah mengadakan perjumpaan bersama Presiden Konfederasi Hoki Malaysia, Dato’ Sri Subahan Kamal dan Naib Presiden KHM, Dato’ Sri Dr. Anil Jeet Singh serta Persatuan Hoki Terengganu di pejabat saya bagi membincangkan berkenaan dengan penganjuran kejohanan bertaraf antarabangsa yang akan diadakan di Negeri Terengganu. Kerjasama ini diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan di antara Kerajaan Negeri dengan persatuan-persatuan sukan negeri serta kebangsaan dan saya juga telah beberapa kali berbincang perkara ini bersama dengan Persatuan Hoki agar

perkara ini dapat direalisasikan. Insya-Allah, Kerajaan Negeri akan meneliti cadangan penganjuran ini dan sekiranya kita melihat ada sesuatu yang menarik, kita akan melaksanakannya pada tahun hadapan.

Seterusnya berkenaan dengan banjir. Sebelum saya menamatkan, saya suka juga saya menyentuh sedikit berkenaan dengan persiapan banjir ini. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui NGO yang berdaftar telah menghantar pelbagai bantuan kepada mangsa-mangsa banjir yang terjejas akibat banjir di Negeri Selangor dan Pahang pada penghujung tahun 2021 dan Negeri Terengganu sendiri pada awal tahun yang lalu. Bentuk bantuan dan cara pengagihan:-

1. Sumbangan tunai daripada Kerajaan Negeri kepada Sekretariat Kepimpinan Persatuan Anak-anak Terengganu di Perantauan melibatkan 17 NGO berdaftar dengan jumlah sumbangan sebanyak RM100,000.00 untuk diagihkan kepada semua keluarga-keluarga mangsa banjir.

2. Sumbangan kit makanan kepada mangsa-mangsa banjir yang terjejas. Kit makanan ini diagihkan secara terus kepada mangsa-mangsa banjir semasa lawatan ke lokasi bencana dan juga rumah-rumah mangsa banjir.

3. Menggerakkan Skuad Sukarelawan Terengganu Volunteers ataupun T-VOLT yang berjumlah seramai 600 orang beserta jentera logistik yang melibatkan agensi-agensi Kerajaan dan NGO di Negeri Terengganu di antara 3 hingga 28 dan 30 Disember 2021 yang lalu di Temerloh, Pahang bagi membantu kerja-kerja pembersihan pasca banjir. Kerajaan Negeri juga pada 3 hingga 5 Mac 2022 yang lalu telah menggerakkan sukarelawan T-VOLT seramai 1,000 orang bagi membantu misi pasca banjir terutamanya di Daerah Hulu Terengganu bagi membantu mangsa-mangsa banjir yang terkesan akibat bencana banjir yang melanda Negeri Terengganu baru-baru ini. Insya-Allah pada tahun ini sukarelawan T-VOLT sekali lagi bersiap sedia untuk dipanggil bagi persiapan semasa dan pasca banjir bagi membantu agensi serta mangsa-mangsa banjir yang terjejas sekiranya berlaku banjir.

Dato’ Yang di-Pertua, semua Ahli-ahli Yang Berhormat, itulah yang dapat saya lakukan penggulungan pada kali ini. Insya-Allah, mudah-mudahan Bajet yang telah pun dibentangkan akan diluluskan dan kita sama-sama berusaha bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk merealisasikan hasrat Kerajaan dan juga rakyat Negeri

Terengganu untuk menjadikan Terengganu sebagai sebuah negeri yang “Maju, Berkat, Sejahtera” sama-sama dengan Kerajaan Perikatan Nasional di bawah Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Mohon mencadang.

Yang di-Pertua

Terima kasih pada Wakil Wakaf Mempelam. Ahli Berhormat sekalian, saya tangguh sementara persidangan kita ini dan kita masuk balik pukul 2.30 petang.

DEWAN DITANGGUHKAN JAM 12.33 PETANG

PUKUL 2.30 PETANG

Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, mesyuarat disambung semula.

Sesi Penggulungan ke atas Rang Enakmen Perbekalan 2023 diteruskan. Sekarang, saya menjemput Wakil Cukai untuk membuat Penggulungan. Sila Yang Berhormat.

Haji Hanafiah bin MatPAS · PNCukai

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat-Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan dan semua para pemerhati. Alhamdulillah, mukadimahnya saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan syabas dan tahniah kepada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang telah berjaya memenangi dengan penuh bergaya menawan lapan Parlimen di Terengganu dan sekali gus menyatakan bahawa rakyat Negeri Terengganu menyokong penuh kepimpinan Kerajaan Negeri di bawah Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dan sekali lagi saya juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua para pengundi yang telah saya hubungi selepas saja

selesai mengundi untuk sekali lagi turun memberi undi kepada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dalam Pilihan Raya Negeri yang insya-Allah, sekali lagi PAS akan menyambung pemerintahannya selepas Pilihan Raya yang ke-15. Apa yang menyedihkan apabila UMNO, Barisan Nasional memutuskan untuk bersama-sama dengan DAP yang telah pun memerintah negara kita lebih 22 bulan yang lalu yang telah memberikan suatu perkara yang sangat memeritkan, menyakiti dan menyedihkan rakyat Malaysia. Apa pun, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada perkahwinan ini dan diharapkan perkahwinan UMNO dan DAP ini berkekalan, kekal abadi, insya-Allah.

Terima kasih kerana telah memberikan peluang kepada saya untuk turut mengambil bahagian dalam Perbahasan Rang Enakmen Perbekalan 2023 yang telah dicadangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar yang kita kasihi di dalam Dewan yang mulia ini. Pertamanya, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah membentangkan suatu Bajet Negeri 2023 yang dinamik dan berimbang di mana Kerajaan dan rakyat berganding tangan dalam menjayakan setiap perancangan dan aktiviti bersesuaian dengan moto Bajet “Memacu Terengganu Berdaya Tahan” atau di dalam konteks Terengganu, Kerajaan selalu komited dan menyediakan teras kualiti hidup terbaik demi memastikan kesejahteraan dan kehidupan rakyat yang komprehensif dan harmoni biarpun menerima pelbagai desakan dan tekanan sosioekonomi. Perancangan Bajet tersebut dibuat sangat komprehensif serta inklusif dan boleh membawa manfaat yang besar kepada seluruh rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat peringkat umur dan ini bakal memperkasakan pembangunan modal insan dalam merealisasikan Teras Pertama dan Kedua Belanjawan 2023 iaitu rakyat disantuni dan ekonomi dipacu.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, menerusi Portfolio saya pelbagai inisiatif telah dirangka dan dicadang bagi dilaksanakan pada tahun hadapan demi memastikan kehidupan rakyat yang lestari lagi terjamin. Alhamdulillah, sebilangan besar inisiatif sedia ada yang berimpak positif seperti Program Saguhati Kelahiran ataupun Skim Simpanan Permata Sejahtera dan Program Walimatulurus Perdana terus dilaksanakan pada tahun 2023 setelah mendapat reaksi dan penerimaan positif daripada orang ramai dan golongan belia khasnya.

Selain itu, Program Generasi Islah Falah Terengganu (GIFT) dan Fityah Terengganu (FATEH) kelolaan Yayasan Pembangunan Keluarga juga akan diteruskan kerana melihatkan sambutan luar biasa daripada hampir 10,000 pelajar sekolah yang terlibat. Itulah di antara beberapa inisiatif yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar melalui Belanjawan 2023 yang melibatkan Portfolio saya. Izinkan jua saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pentadbiran Kerajaan Negeri yang telah mengumumkan juga beberapa program inisiatif berbentuk bantuan baru dan segar sepanjang Belanjawan 2023 tempoh hari. Antaranya bantuan one-off RM150.00 kepada pengawal-pengawal keselamatan. Kita anggarkan hampir 3,000 orang akan menerima manfaat menerusi bantuan one-off yang julung-julung kali diadakan di negeri ini. Bantuan one-off juga sebanyak RM200.00 kepada ibu tunggal dan golongan OKU turut diteruskan pada tahun hadapan dan apa yang menarik ialah kedua-dua bentuk bantuan one-off ini dinaikkan nilainya sebanyak RM50.00 berbanding kadar yang telah kita bahagikan pada tahun ini sebanyak RM150.00.

Di samping itu juga, bantuan tunai one-off sempena sambutan perayaan juga telah diwujudkan dan saya menyokong penuh saranan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat ADUN Tepoh sepaya bayaran dana raya ataupun i-Fitri dan seumpamanya diberi pada tahun hadapan formulanya sama dengan tahun ini di mana RM400.00 kepada golongan yang berkeluarga dan RM250.00 kepada bujang. Syukur dan terima kasih saya ucapkan kepada pentadbiran Kerajaan Negeri yang cukup peka dan prihatin terhadap golongan yang memerlukan ini. Diharap agar bantuan-bantuan yang disediakan kepada golongan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang dihadapi mereka.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, mengenai wanita pewujudan USWa ini dilihat sangat tepat dalam memperkasa peranan golongan wanita di samping memelihara kebajikan wanita di negeri ini. Sejak penubuhan USWa awal tahun lalu, pelbagai program kewanitaan telah kita laksanakan dalam mendampingi serta menyediakan medium yang terbaik kepada mereka dalam membentuk jati diri serta personaliti muslimah yang unggul. Justeru, program-program seperti Sambutan Hari Sayyidatina Aisyah, Wanita Bijak Wang, Jelajah Untukmu Wanita, Persidangan Wanita Inspirasi Terengganu (WINTER) serta pelbagai ziarah kebajikan wanita melibatkan kerjasama setiap Parlimen dan seluruh DUN aktif dilaksanakan. Syukur dan syabas saya ucapkan kepada USWa kerana dengan gerak kerja melibatkan team Mawaddah dan golongan profesional terpilih serta pemantauan rapi oleh

ADUN Wanita akhirnya Pelan Dasar Wanita Terengganu 2030 berjaya dirasmikan oleh Yang Berhormat Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff, Yang Berhormat Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada tahun ini. Insya-Allah menerusi USWa kita akan gerakkan proses kerja melibatkan agensi-agensi Kerajaan dalam mengadaptasikan hasrat dan sasaran pewujudan Pelan Dasar Wanita Terengganu 2030. Merujuk kepada beberapa gerapan idea dan cadangan yang dikemukakan oleh ADUN Wanita dalam sesi Perbahasan kelmarin berkait cadangan pembangunan dan pemerkasaan wanita, saya menyambut baik akan saranan-saranan tersebut dan saya cukup percaya menerusi USWa di samping kerjasama agensi-agensi NGO berkait, kita akan menterjemahkannya sebaik mungkin demi manfaat masyarakat khasnya.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, menerusi Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) pelbagai intisari program kesejahteraan institusi keluarga digalak dalam melahirkan institusi keluarga yang mantap dan berketerampilan tinggi di sisi Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Selain daripada beberapa Program Walimatul Perdana, juga diwujudkan khasnya kepada golongan muda belia yang memerlukan turut juga diadakan Program Pasca Perkahwinan, perkhidmatan sokongan psycosocial dan juga kesihatan mental khasnya kepada orang ramai yang memerlukan dalam memperkuatkan lagi institusi keluarga masing-masing. Program-program khas pembangunan wanita juga diteruskan seperti Program Pinjaman Jaya Diri yang cukup sinonim dengan kaum hawa yang minat berniaga di negeri kita. Cadangan Belanjawan yang segar seperti pakej berpantang RM200.00 khasnya kepada kaum wanita di samping Pemeriksaan Mamogram dan Pap Smear secara percuma juga dilihat antara cenderahati yang terbaik kepada kaum hawa di negeri ini. Diharapkan agar kaum hawa di negeri ini. Diharapkan agar kaum hawa kita dapat menggunapakaikan keistimewaan ini dengan sebaiknya.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, menerusi portfolio saya juga, kita menyambut baik akan pengumuman Bajet berjumlah RM5 juta kepada Yayasan Darul Iman. Suka juga saya nyatakan di sini tabung ini cukup dekat dengan hati rakyat. Umum juga mengetahui tentang peranan besar yang dipikul oleh Tabung Darul Iman saban tahun demi menyediakan pelbagai bentuk bantuan kepada rakyat di Negeri Terengganu. Komitmen perbelanjaan pelbagai bantuan di setiap bulan yang mencecah hampir RM700,000.00 dan sekitar RM8 juta setahun telah diambil kira oleh pentadbiran Kerajaan Negeri dengan sewajarnya. Justeru itu, selain daripada cadangan penambahan peruntukan kepada Tabung Darul Iman,

saya juga melihat akan penglibatan dan sumbangan menerusi anak-anak syarikat Kerajaan Negeri (GLC) kepada Tabung Darul Iman amatlah penting dan perlu dalam memastikan khidmat bantuan yang disediakan oleh Tabung Darul Iman ini kekal terpelihara. Juga diingatkan kitalah satu-satu negeri di Malaysia yang memiliki kemudahan seumpama ini yang menimbulkan iri hati oleh masyarakat di negeri lain. Jadi demi memastikan kelangsungan khidmat agensi ini, saya menyeru kepada semua agar sama-samalah kita menyumbang kepada Tabung Darul Iman, kalau bukan kita, siapalah lagi. Apapun, saya juga ingin menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua ahli-ahli Yang berhormat, pegawai dan kakitangan awam, serta orang ramai yang telah sudi melaksanakan pemotongan gaji dan semangat kepada Tabung Darul Iman. Insya-Allah kita akan perkasakan lagi promosi dan hebahan bagi mengajak orang ramai dan kakitangan awam mahupun swasta untuk sama-sama menyumbang kepada Tabung Darul Iman ini.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, selari dengan peranan portfolio saya yang turut berfungsi dalam memastikan kesepaduan kaum di negeri ini kekal terjaga, jutaan penghargaan turut ingin saya zahirkan kepada kepimpinan Kerajaan Negeri yang telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM300,000 bagi melaksanakan program-program yang berunsurkan pengukuhan perpaduan dan keharmonian kaum di samping sambutan-sambutan perayaan Tahun Baru Cina dan juga Deepavali. Biarpun peratus kaum bumiputera di negeri kita tak sampai 5%, walaupun dalam pilihan raya ini sebahagian besar orang-orang cina di Negeri Terengganu memilih Pakatan Harapan. Kerajaan Negeri juga melalui portfolio saya akan terus komited dalam memastikan kesepaduan keharmonian kaum di negeri ini kekal terpelihara. Berkait dengan inisiatif Pencen Rakyat menerusi Manifesto Terengganu (MT20) saya melahirkan ribuan kesyukuran dengan nilai Bajet RM15 juta tersebut dan kita akan manfaatkan sebaiknya kepada hampir 30 ribu orang warga emas yang berkelayakan dan menepati syarat permohonan pada tahun 2023. Agihan Pencen Eakyat yang telah kita laksanakan pada tahun ini hanya melibatkan seramai 25,905 orang warga emas dengan peruntukan sekitar RM15.5 juta. Saya cukup tertarik dengan beberapa inisiatif saya lihat akan kecaknaan Kerajaan Negeri terhadap golongan-golongan yang memerlukan seperti ibu tunggal dan OKU. Selain bantuan one-off yang ditingkatkan kadar dan diteruskan lagi pada tahun hadapan, turut diwujudkan pusat pengajian Al-Quran Braille dan juga pengajian islam Al-Quran khas kepada golongan OKU di negeri ini. Bagi golongan ibu tunggal pula, ada disediakan kemudahan pekerjaan kelolaan YPK menerusi

program home-manager. Terbaru, menerusi YPKT dan Terengganu Human Resource Development Centre, akan diwujudkan satu kaedah dan jawatankuasa dalam menyediakan peluang-peluang pekerjaan terbaik kepada golongan ibu tunggal dan istimewa ini.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, apa yang boleh saya rumuskan selepas saya melihat 114 inisiatif Belanjawan 2023 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar baru-baru ini, sememangnya cukup menyeluruh dan antara yang terbaik. Dari sekecil-kecil bayi disediakan Skim Simpanan Permata Sejahtera hinggakan penyediaan insentif Pencen Rakyat kepada golongan-golongan yang menepati syarat dan memerlukan. Daripada kecik baru beranak sampai nak mati, Kerajaan tanggung, insya-Allah. Alhamdulillah, menerusi Belanjawan 2023 ini pelbagai inisiatif telah diwujudkan dan terus demi kebaikan rakyat Terengganu di semua peringkat. Menerusi jawatankuasa saya juga, kami akan galas dan sampaikan sebaik mungkin kepada rakyat selari dengan moto 2023, “Memaju Terengganu Berdaya Tahan”. Sesungguhnya, semua perancangan ini memerlukan kerjasama kita bersama. Jika kita sayang negeri kita, usaha ganding bahu antara rakyat dan kerajaan akan membawa keuntungan pembangunan masa depan negeri kita. Saya yakin dan percaya dengan sikap yang ada kepada majoriti rakyat dan pendekatan yang telah dicipta oleh Kerajaan kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar serta semangat kerjasama kita semua, Terengganu kita akan hebat dan maju sebagaimana hasrat dan perancangan kita. Akhir kata, saya mohon menyokong Belanjawan 2023 yang telah dikemukakan tersebut. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat wakil Cukai. Seterusnya saya persilakan Yang Berhormat wakil Alur Limbat untuk menggulung perbahasan.

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan, Yang Berhormat Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Yang Berusaha Ketua-ketua Jabatan dan agensi, para pegawai dan kakitangan Kerajaan

Negeri, semua tetamu, petugas media dan pemerhati yang dirahmati oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala sekalian. Alhamdulilah yang pertamanya saya ucap terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana prihatin dalam sektor pelancongan yang telah memperuntukkan sebanyak RM4.5 juta bagi pelaksanaan program-program galakan pelancongan di Negeri ini. Dalam usaha meningkatkan promosi serta program bagi menarik seluruh spektrum dalam pelancongan di Negeri Terengganu, insya-Allah kita akan melancarkan penjenamaan baharu pelancongan Negeri Terengganu dan ianya dilihat wajar sebagai wajah baru Negeri Terengganu sebagai destinasi mesra muslim yang diselami pelbagai seni kebudayaan dan warisan alam.

Selain daripada itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kerana di dalam ucapan Belanjawan telah memperuntukkan sebanyak RM2 juta untuk merancakkan, memperkasakan dan memperhebatkan produk pelancongan di setiap daerah. Dan ini insya-Allah kita akan memanfaatkan sebagaimana yang diucapkan oleh sebahagian daripada ahli-ahli Dewan pelbagai infrastruktur yang bermasalah yang ada di daerah masing-masing, insya-Allah kita akan manfaatkan dengan peruntukan RM2 juta ini. Dan di antara program yang akan dilaksanakan adalah Bank Data Segmen Pelancongan, Program Hub Edu-tourism Antarabangsa termasuk program segmen rekreasi yang melibatkan penganjuran aktiviti air di sepanjang Sungai Terengganu, Konservasi Warisan Alam, dan produk Taman Ekorimba Negeri, penambahan produk rekreasi perkhemahan seperti pusat caravan. Kerajaan Negeri juga akan melancarkan inisiatif kepada penggiat pelancongan melalui Geran Pelancongan Darul Iman (GPDI). Sebagaimana yang disebut di dalam ucapan Belanjawan, Negeri Terengganu di dalam Majlis Anugerah EMAS, Majlis Pelancongan Malaysia 2022 yang diadakan di Kuching, Sarawak pada bulan Oktober yang lepas, Kerajaan Negeri telah memenangi tujuh anugerah; 1. Gold Award New Culture Attraction (Terengganu Cultural Village), Kampung Budaya Terengganu 2. Gold Award Eco-State Park (Majlis Pengurusan Taman Negeri) 3. Gold Award Tradisional Spa (warisan SPA) 4. Gold Award Kid Edutainment Centre dimenangi Pusat Sains dan Kreativiti Negeri Terengganu 5. Gold Award Toursim Deveplement Project (Kenyir Elephant Conservation Village) di Kenyir 6. Gold Award Eco Advanture Tourism (Lantai Kolam Air Deru Ecopark) 7. Gold Award Tourist Nature Guide yang dimenangi Mohd Khairul

Jadi kita ada tujuh anugerah, alhamdullilah kita dapat tambah daripada anugerah yang sebelum daripada ini. Ada beberapa soalan yang ditimbulkan yang berkait dengan projek-projek yang ditinggalkan oleh Kerajaan yang lalu, insya-Allah Kerajaan Negeri sebenarnya tidak membiarkan projek-projek ini sebagai contoh difokuskan kepada Tasik Kenyir. Saya sebut yang pertama senarai projek sakit di Pulau Bayas, contohnya kerja-kerja membina dan menyiapkan bangunan terminal jeti penumpang, jeti servis dan kerja berkaitan untuk pembangunan Kenyir Trade Centre Pulau Bayas, Tasik Kenyir Hulu Terengganu, kerja-kerja membina dan menyiapkan kompleks membeli belah dan kerja-kerja berkaitan pembangunan Kenyir Trade Centre di Pulau Bayas, yang ketiga kerja membina dan menyiapkan bangunan pencawang elektrik, sistem bahagian bekalan woltan tinggi dan rendah dan kerja-kerja Tasik Kenyir kemudian yang keempat kerja-kerja membina dan menyiapkan sistem rawatan air, sistem kumbahan, dan kerja-kerja berkaitan untuk pembangunan Kenyir Trade Centre di Pulau Bayas, alhamdulillah hari ini, oleh kerana projek ini, projek sakit, hari ini ada satu kita ada perkembangannya tandatangan perjanjian termination projek yang diadakan pada hari ini. Bermakna kita selesai termination, insya-Allah projek baru kita akan usahakan melalui pihak UPEN, JPNT, (Jabatan Pelancongan) dan juga termasuk KETENGAH, insya-Allah akan mengadakan perbincangan dalam masa terdekat bagi hala tuju Pulau Bayas, jadi kita bukalah kepada mana-mana yang berminat untuk melabur di Pulau Bayas ini, maksudnya kita dok loklah antaranya Pulau Poh bila kita dapat Kerajaan, projek ini belum selesai, jadi alhamdulillah di Pulau Poh statusnya yang pertama jeti di Pulau Poh telah siap sepenuhnya, jambatan tu, jambatan ikonik telah siap sepenuhnya insya-Allah akan dirasmikan, kita akan memohon Duli Yang Maha Mulia Sultan akan rasmikan insya-Allah, kemudian hotel, hotel ini progres pembinaan hotel anggaran 90% hingga 95% siap, jadi kita sebenarnya Kerajaan Negeri dari segi pengurusannya kita akan serahkan kepada TI, Syarikat Kerajaan Negeri GLC. Program Homestay yang ditimbulkan sebenarnya homestay kita, kita ada di Negeri Terengganu jumlah Negeri Terengganu ini homestay ada tujuh. Bilangan pengusaha ada 108 dan jumlah bilik ada 123, yang pertama Homestay Teluk Ketapang, Kuala Nerus, Homestay Rhu Sepuluh, Setiu, Homestay Kampung Pasir Raja, Dungun, Homestay Kampung Kubang Depu di Besut, Homestay Kampung Kayu Kelat di Besut, Homestay Felda Selasih di Jertih, Homestay FELCRA Keruak di Jertih, yang lain-lain tu yang ada di merata yang tidak berdaftar sebenarnya adalah rumah tumpangan mereka buat rumah, rakyat buat rumah dia bagi sewa kepada pelancong sebenarnya homestay ini dia ada syarat-

syarat dia yang tertentu, di antara syarat asas pendaftaran bagi program homestay. Radius pendaftaran secara klaster individu bagi homestay inap desa sebenarnya homestay ni juga dinamakan inap desa mesti dalam lingkungan sepuluh kilometer di Semenjung Malaysia dan lima puluh kilometer bagi Sabah dan Sarawak dari aktiviti dan juga kawasan pelancongan, jadi banyaklah program-program yang dianjurkan di homestay ini antaranya kursus kesihatan dan keselamatan makanan untuk pengusaha, kursus pengenalan promosi secara digital untuk pengusaha dan lain-lain sebenarnya kita buat Kerajaan Negeri telah memantau homestay-homestay yang sedia ada.

Isu yang berkait dengan fasiliti pelancongan dan Community Base Tourism yang ditimbulkan, bagi memperkasakan fasiliti pelancongan di negeri ini, Kerajaan Negeri telah memperuntukan RM2 juta pada tahun 2023 insya-Allah kepada PBT bagi menampung sebagai contoh isu yang berkait dengan Pulau Perhentian, kedatangan pelancong ke Pulau Perhentian ini, Kerajaan Negeri sedang giat membina tempat one stop centre di tapak bangunan chalet kerajaan bagi menampung kedatangan pengunjung day trip ke Pulau Perhentian dengan kos pembangunan berjumlah RM300,000. Ini juga kita akan buat di Pulau Redang dan juga Pulau Kapas, antara komponen pembangunannya meroboh, mencuci dan mengeluarkan sisa bangunan chalet kerajaan, membina tandas, bilik persalinan dan surau, supaya day trip yang datang pelancong yang hanya day trip ni mereka boleh singgah di sini.

Isu yang berkait dengan pelancongan sukan, sport tourism Kerajaan Negeri sangat mengalukanlah sebagaimana yang disebut ada YB sebut kita akan mengalukan program sukan yang ingin diadakan termasuk cadangan Yang Berhormat Kemasik bagi penganjuran program Hoki Antarabangsa lima sebelah dan juga sukan pemotoran yang mutakhir ini menjadikan Terengganu sebagai destinasi mereka dan sebenarnya banyak sport tourism yang beroperasi di Negeri Terengganu.

Berkait dengan soalan tapak Surau Haji Abdul Rahman Limbong, Manir, bagi kawasan pelancongan ini kita insya-Allah kita akan melihat saya sendiri sudah beberapa kali pergi ke sana dan sangat berpotensi untuk kita ketengahkan Tapak Surau Haji Abdul Rahman Limbong yang ada di Manir sebagai pusat tumpuan pelancong di masa akan datang. Bagi kawasan pelancongan dan rekreasi lain seperti di kawasan Air Putih, Kemaman, pihak Jabatan Pelancongan insya-Allah akan meneliti dan mencari jalan terbaik bagi memperkasakan kawasan yang

dinyatakan pada hari semalam. Jadi itulah perkara yang berkait dengan pelancongan jadi saya nak sentuh isu yang berkait dengan portfolio saya di bawah teknologi digital ini..

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Penjelasan sekali Dato’ Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Sila.

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Boleh EXCO

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Boleh, boleh.

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Boleh dok ni?

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Boleh

Yang di-Pertua

Dia tak de masalah, sila

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Yang Berhormat Kerajaan, saya, adakah Yang Berhormat sedar pada sekarang ini pada awal Kerajaan PAS mengambil alih daripada Kerajaan Barisan Nasional dulu, Yang Amat Berhormat Menteri Besar ada mengumumkan bahawa kedatangan pelancong ke Tasik Kenyir hampir 700,000 orang setahun, tapi sekarang ini dah semakin menurun. Pada pandangan saya ianya tidak ada program-program ataupun aktiviti-aktiviti yang dirancang khusus untuk menarik pelancong, apakah pada tahun hadapan ini, Yang Berhormat bercadang untuk mengembalikan event-event yang berperingkat antarabangsa di Tasik Kenyir, terima kasih.

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Ialah memang sebenarnya masalah Tasik Kenyir dan juga di tempat yang lain isu kita PKP masa itu, COVID, jadi selepas daripada COVID tahun lepas, KETENGAH sendiri merancang untuk mengadakan program setahun yang dirancang dan juga Kerajaan Negeri ada beberapa program termasuk TI sendiri telah mengadakan program jet ski dan lain-lain sebenarnya dirancang, jadi insya-Allah pihak Jabatan Pelancongan, Kerajaan Negeri bersama dengan KETENGAH dan juga TI akan

sebenarnya kita ada plan strategik kita untuk dan COE insya-Allah kita akan bentang dalam waktu yang terdekat ini untuk program setahun di mainland, di pulau dan juga khususnya di KETENGAH, insya-Allah kita ada.

Jadi saya teruskan kepada portfolio yang berkait dengan digital saya nak sentuh berkenaan dengan Profil Rakyat Terengganu (PRT) sehingga 18 September 2022 sebanyak 880,338 data profil rakyat telah berjaya dikumpulkan dalam sistem PRT 2.0 ini, dan melebihi sasaranlah, kita 750,000. Jadi sistem ini telah banyak membantu pengurusan permohonan bantuan Kerajaan Negeri seperti bantuan i-Fitri, i-Perantau, ibu tunggal dan lain-lainlah yang kita ketahui dan juga untuk makluman Dewan, Kerajaan Negeri telah berjaya menjalinkan kerjasama dengan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) bagi Pembangunan Pusat Data Sektor Awam Zon Timur (PDSAZT) di Negeri Terengganu dan dijangka beroperasi sepenuhnya pada tahun 2025. PDSAZT bakal menampung keperluan Pusat Data (DC) dan Pusat Pemulihan Bencana (DRC) bagi keperluan agensi Kerajaan di Zon Timur Pahang, Terengganu dan juga Kelantan.

Pelaksanaan 5G di Terengganu. Alhamdulillah sebenarnya kalau ikut SKMM, 5G kita akan bermula pada tahun hadapan tetapi di atas usaha, perbincangan dengan MCMC ataupun SKMM di Terengganu, kita berjaya memulakan sembilan tempat 5G di Terengganu yang pertama Wisma Darul Iman, yang kedua TD1303, bangunan baru MBKT, Pusat Pentadbiran Kuala Nerus, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, UTC Paya Bunga Square, KTTC Mall, Pasar Payang dan juga Mayang Mall. Ini satu kejayaan kitalah. Kita insya-Allah kita mulakan lebih awal sembilan tempat ini dan insya-Allah akan diteruskan di tempat-tempat yang lain.

Isu yang berkait dengan masalah liputan internet di Sekolah Menengah Sains Setiu. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia melalui kerjasama Kerajaan Negeri terus komited dalam melaksanakan Projek Jalinan Digital Negara (JENDELA) dalam memastikan peningkatan peratusan kesalinghubungan jaringan telekomunikasi di Negeri Terengganu. Pihak MCMC telah mengambil maklum terhadap aduan telekomunikasi di Sekolah Menengah Sains Setiu yang disampaikan oleh Yang Berhormat Ustaz Shaharizukirnain, Ahli Parlimen Setiu pada bulan Oktober yang lalu dan telah berkongsi maklumat berkenaan kemajuan projek menara di sana. Terdapat satu projek pembinaan menara baharu di bawah projek MCMC yang akan dilaksanakan oleh DIGI di Felda Setiu 1, akan dibina 0.4 kilometer dari sekolah dan permohonan pembinaan telah dihantar melalui OAC

Majlis Daerah Setiu pada 19 September yang lalu. Projek ini dijangka mula beroperasi pada bulan Mei 2023. Selain dari itu, Projek Gentian Optik Presence (POP) oleh KKOM turut berada dalam perancangan dan dijangka siap pada pertengahan tahun hadapan. Projek ini dijangka akan memberikan kemudahan infrastruktur jalur lebar tetap kepada sekolah dan penduduk di sekitar 2.5 kilometer radius, Insya-Allah.

Jadi, itulah beberapa perkara yang berkait dengan portfolio saya. Akhirnya saya nak baca satu pantun.

Pergi membeli keropok Losong Jangan lupa membeli manisan Alhamdulillah PAS telah menang 8-0 Tersungkur UMNO tanpa nisan

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Ini ada dua ni, kan.

Yang di-Pertua

(ketawa) Terima kasih Wakil Alur Limbat. Sekarang saya persilakan Wakil Ladang, sila.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat-Yang Berhormat dan semua pegawai yang hadir pada hari ini, juga media kalau ada. Saya nak bercakap nak jawab soalan daripada yang sebelah sana tadi tapi napok macam dok berapa ada. Nok jawab ke dok dok tau.

Yang di-Pertua

Tak apa, jawablah.

Yang di-Pertua

Dia akan sampaikan.

Tolong sampaikan, Wakil Kuala Besut.

Yang di-Pertua

Yang hadir akan sampaikan kepada yang tak hadir

Yang hadir tolong kabo ke Kuala Besut. Ke Kuala Besut dan jugak ke Hulu Besut. Kuala, Hulu, Jertih. Tolong kabo hok dia tanya nok jawab ni.

Pertamanya, tentang tawaran pekerjaan oleh sektor-sektor yang disebut tadi. Saya kata mintok tangguh. Minta notis nak jawab jugok ah hari ni. Notis kita terima, kita jawab selalu. Banyaknya. boleh dok Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya nok cakap orang putih. Bukan cakap orang putih, dok jugok, nok sebut sektor tu dalam Bahasa Inggeris, senang.

Yang di-Pertua

Takpe.

Dengan izinlah. Dengan izin bolehkan?

Yang di-Pertua

Yang ada dalam ni semua faham belaka.

Sebab saya ni kan jaga industri. Jadi luor negara sokmo jadi orang putih sikit lah (ketawa).

Yang di-Pertua

Sila.

Saya hendak sebut, antara sektor-sektor penting yang menawarkan kerja yang banyak ialah satunya agriculture, forestry and fishing. Dalam Bahasa Melayunya, pertanian, perhutanan dan perikanan. Pada 2022 dia menawarkan lebih pada 2,000 pekerjaan. Sektor tu, 2043. Lepas itu mining dan quarry, ada 400 lebih. Manufacturing atau pengilangan ada dekat 3,000 pekerjaan yang ditawarkan. Kemudian banyak lagi hok lain tu saya bacakan. Doksoh baca banyok-banyok. Baca hok penting-penting doh. Construction, pembinaan-2,000 lebih. 2,133 tawaran yang kita buat di sektor ini. Wholesale dan retail, borang dan runcit ada 2,700 tawaran yang dibuat juga. Accommodation dan F&B, ini perhotelanlah. Kebanyakannya perhotelan, dia ada 1,800. Yang satu besar lagi itu ialah dalam bidang administrative dan support services. Pentadbiran, pengurusan ini ada 4,000 lebih tawaran yang kita buat. Jadi dekat 20,000 hok tu. Sektor itulah. Kalau nak tau, itulah sektor yang menawarkan peluang-peluang pekerjaan kepada kita di Terengganu ni. Tapi bukan tawaran ini semua dia ambik, yang kita tawor banyok tetapi hok isinya, tak taulah, orang takmboh kije ke guane doktau. Macam dalam bidang pertanian cuma ada 639 orang daripada 2,000 lebih itu 600 orang je nok kije bidang itu. Peluang ada tetapi orang dapat tawaran itu dia dok pergi ke guane takmboh, cuma 600 lebih hok 600 orang lebih je. Begitulah yang lain juga, construction ada 2,000 lebih.

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Mitok laluan sekali Yang Berhormat.

Boleh, boleh.

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Boleh neh…

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Saya nak tau, kerja yang berkaitan dengan pertanian yang Yang Berhormat nok tawor

kepada anok-anok Terengganu tu, termasuk mengait buoh kelapa sawit ke guane. Termasuk dok? Kalu ngait buoh, payoh anok-anok kita nok kait buah Yang Berhormat.

Nok naik buoh?

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Kait buoh

Kait buoh, kait buoh.

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Naik buoh duku kita dok aci ni. Kait buoh.

Nok panjat, ia dok panjat, dia kait kan.. kait ni kurang orang nok ngait lening. Ada banyok kosong, di KETENGAH pun kita pernoh buat training tapi dok ramai hadir tetapi yang banyoknya di bidang pertanian ni, tawaran daripada McCormick, tanaman lada hitam. Hok tu banyok sikit. Jadi r dok? Hok tu jelah. Okey kita gi hal lain pulok.

Yang seterusnya ialah tentang Pulau Perhentian. Seolah-olah macam ada satu demonstrasi kecik di pulau tu membantah pembinaan hotel mewah di sana. Lulus lama doh tapi dok tau dekat-dekat pilihan raya dia buat begitu. Dia gi pulau, hok protes. Dok tau pasal apa protes. Sehingga para pelabur kata, dia sepatutnya dia kata, kita mari ini sepatut state hampar permaidani meroh welcome dia nok mari sebab dia nok mari. Ning kita demo. Macam dok friendly dia kata. Jadi imej tu dok berapa comey sikit kepada pelabur-pelabur sedangkan mereka datang melabur dan dalam kes di Pulau Perhentian ini, pelaburan itu makan dalam empat lima enam tahun ini lebih kurang USD200 juta, lebih kurang dekat RM1 bilion. Lepas tu bimbang takut dokleh kije. Pelik pulok kalu takut dokleh kije sedangkan mereka menawarkan pekerjaan yang banyak dalam pembinaan lagi dan selepas itu banyak lagi peluang-peluang yang ada. Jadi saya ditanya oleh para pelabur, bakpe gitu dia kata. Bakpe macam dok friendly je pulok. Dok saya kata sementara je. Kita menang kekgi takdok ar kata. Mujur menang sungguh.

Kemudian tentang industri. Satu industri ini ada soalan sebenarnya besok tetapi jawab lalulah. Sebelum tanya jawab dululah. Kemudian tentang industri. Satu industri ini ada soalan sebenarnya esok tapi jawab selalulah sebelum tanya jawab dululah… Sebab tahu dah soalan tu. Jadi jawab kita. Ummm, boleh dok bagi yang nak bertanya esok? Boleh deh?

Tak dok soalanlah esok YB. (Ketawa)

Tak dok soalan nak bertanya esok? (Ketawa)

Esok YB.

Jadi tak dok soalanlah. Ahh padan… Dah kalau gitu tentang industri ini saya ada banyak benda yang nak sebut tapi saya rangkum semua untuk esoklah. Saya jawab, insya-Allah. Kalau tidak setiap soalan-soalan tu macam dok jawab pulak. Jadi, sabar kita jawab esoklah tentang industri. Banyak perkara yang saya nak sebut tentang industri ini. Kita rangkum semua dalam tajuk industri esok, insya-Allah. Saya rasa itu sajelah nak kabo je hari ini. Kita sambung esok pula. Sekian, takpe dok Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua? Pendek je takpe dok?

Yang di-Pertua

Takpe, lagi bagus.

Yang di-Pertua

Umm…

Terima kasih banyok.

Yang di-Pertua

Terima kasih pada Wakil Ladang.

Saya nak jemput Wakil Jabi. Sila Yang Berhormat.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua.

Maksudnya:

Apakah kamu tidak melihat bagaimana kami menggerakkan awan yang mengandungi air ke bumi yang tandus. Lalu hujan yang turun menumbuhkan tanam-tanaman yang dimakan oleh binatang-binatang ternak dan dimakan oleh kamu sendiri. Maka, apakah kamu tidak memerhatikannya?

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Jabi mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar atas pembentangan Belanjawan 2023 dan terima kasih atas penyaluran peruntukan RM29.18 juta. Bajet terbesar sektor pertanian dalam tempoh lima tahun. Dengan bajet yang tak berapa besar pada tahun-tahun sebelum ini, pelbagai program dan projek telah kita laksanakan untuk rakyat. Tentunya dengan bajet yang lebih besar ini, kita akan mampu bergerak lebih laju dan pergi lebih jauh, insya-Allah.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Pengkalan Berangan menyentuh tentang tanah TKPM. Tanah yang diwartakan di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara sebagai Taman Kekal Pengeluaran Makanan. Ini adalah kemudahan untuk rakyat daripada lebih 1,200 hektar tanah TKPM, ada 22% lebih kurang yang masih kosong dan bersedia untuk diisi dengan peserta. Kerajaan telah melaksanakan langkah-langkah pemutihan tanah TKPM dengan menamatkan peserta-peserta yang tak produktif dan mengisi lot-lot kosong dengan peserta baru. Dalam masa yang sama Kerajaan tak nak orang muda terpinggir kerana itulah dalam Belanjawan 2023 diperuntukkan sebanyak RM1 juta untuk pembangunan TKPM khusus bagi petani

muda. Di kawasan Telaga Papan di Setiu berkeluasan 91.78 hektar, fokus kepada tanaman kontang dan pertanian fertigasi. Agenda food security negeri sebenarnya turut disokong oleh pelbagai agensi dan GLC. Kerajaan Negeri telah menubuhkan Jawatankuasa Jaminan Bekalan Makanan Negeri Terengganu yang dianggotai bersama oleh jabatan-jabatan di bawah MAFI Negeri Terengganu dan GLC negeri Terdiri daripada TI, TADC, TDM dan juga Ladang Rakyat Terengganu. TDM dan Ladang Rakyat yang sebelum ini menjadikan sektor perladangan sawit sebagai fokus utama. Sekarang turut berganding bahu menceburi sektor penternakan lembu, penternakan ayam, penanaman kelapa, nenas, cili dan yang terbaru ialah penghasilan baja kompos.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, program-program CSR yang turut disentuh oleh Pengkalan Berangan akan diteruskan. Kita ubah minda rakyat daripada sentiasa mengharapkan tender dan projek Kerajaan turun depan mata kepada kerja-kerja secara gotong-royong ataupun CSR. Kita selenggara infrastruktur perparitan dan saliran sawah padi secara CSR, bina jalan kebun secara CSR, basmi musuh tanaman secara CSR, buat unjang dan labuh unjang untuk nelayan juga secara CSR gotong-royong, gotong-royong buat padang ragut dan banyak lagi program. Disamping langkah CSR ini boleh menjimatkan kos, kita juga ingin terapkan sikap sense of belonging, dengan izin. Sebab tu kami selalu tekankan unjang yang kita bina dan kita labuh bersama ini bukan unjang Kerajaan Negeri, bukan juga unjang Jabatan Perikanan tapi unjang milik nelayan semua pakat-pakat guna dan pakat-pakat jaga. Dan terima kasih kepada Pengkalan Berangan yang selalu prihatin dengan masalah nelayan. Kerajaan telah laksanakan program-program perikanan bagi Daerah Marang umumnya atau DUN Pengkalan Berangan secara khususnya. Diantaranya pembinaan cold room bilik sejuk di LKIM Marang, slipway, tempat baiki bot juga di Sungai Marang, pembinaan jeti pendaratan ikan di Tok Pakir, Mercang, 9 unit tukun rekreasi dan 21 tukun konservasi yang telah kita labuhkan di perairan Marang, 66 unit unjang kita telah labuhkan, naiktaraf jeti di Alur Pak Bang dan juga naiktaraf fasiliti kumpulan ekonomi nelayan di Kampung Baru, Bukit Kecil di Rhu Muda.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Pengkalan Berangan dan juga Kemasik menyentuh tentang pewartaan padang ragut yang mesti dilakukan seiring dengan pembinaan infrastruktur asas. Ya, memang pembangunan padang ragut rakyat termasuk di dalamnya komponen infra seperti jalan, pagar dan juga sistem perparitan. Bukan kita buat padang ragut saja tanpa infra-infra asas yang

diperlukan. Ajil menyentuh tentang bagaimana fungsi JPKK Terengganu dan terbukti JPKK Terengganu telah memainkan tugas dengan sangat baik dan berkesan. Kerana itulah Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, di Dewan yang mulia ini kita menghantar mesej kepada Kerajaan Baru Persekutuan agar tidak mengulangi sejarah zaman 22 bulan Kerajaan PH bila MPKK Persekutuan diwujudkan dalam kampung. JKKK atau MPKK atau JPKK atau yang seumpama dengannya adalah bidang kuasa Kerajaan Negeri dan jangan sekali-kali ganggu keharmonian pengurusan kampung bila ada dua kepala dalam satu kampung.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Telemong tanya apa yang Kerajaan buat untuk mengatasi masalah bekalan ayam dan juga makanan ternakan. Terima kasih Telemong. Saya dah jelaskan panjang lebar tentang peningkatan pengeluaran ayam dalam jawapan kepada soalan lisan tapi Telemong masih ulang tanya apa yang Kerajaan Negeri buat dan saya pun ulang jawab. Cuma kalau jawapan dengan data bilangan ayam yang berjuta-juta ekor payah nak kira, saya bagi pula jawapan dalam bentuk bilangan ladang ternakan. Tahun 2019, jumlah ladang ternakan ada 116 dengan mencukupi SSR 63.51%. 2020 jumlah ladang naik kepada 141, SSRnya 67.31%. 2021 turun sikit kerana wabak pandemik kepada 129, SSRnya 64.3%. Naik semula 2022 jumlah ladang kepada 138 ladang yang mencukupi SSR 66.98%. Jawapan kepada soalan apa yang Kerajaan Negeri buat kami bentangkan dengan peningkatan data dan peningkatan outcome. Memang akui Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, selepas TD Poultry ditalqinkan di zaman Kerajaan lepas pada tahun 2018, kami cuma tolong letak batu nisan je. Tiada lagi GLC negeri yang khusus berkecimpung dalam penternakan unggas. Sebagai Pengerusi TADC, saya sambut baik cadangan Telemong supaya TADC turut terlibat dalam penternakan ayam. Cuma untuk makluman Dewan, TADC yang kami ambil alih pada Oktober 2018 ketika tenat dalam wad ICU. Alhamdulillah, kita rawat sehingga boleh keluar ke wad biasa dan akhirnya discharge daripada hospital. Sekarang ni sudah sihat sekitar 70%, belum betul-betul sihat. Pekerja yang asalnya hanya 12 orang sekarang dah jadi 80 orang lebih. Walaupun belum sihat sepenuhnya, TADC sudah memainkan banyak peranan menjayakan agenda sekuriti makanan negeri. Antaranya, menyelesaikan isu pemasaran hasil pertanian ketika PKP pada bulan Mac tahun 2020, memulihkan Projek Rimbunan Kasih Rantau Abang, Dungun, Projek Pembangunan Tanah Terbiar di RTB Pengkalan Aman dan RTB Kampung Rahmat di Langkap, mengendalikan Skim Outgrowers, penglibatan petani tempatan dalam Projek Lada Hitam Syarikat McCormick, penanaman nenas MD2 di Pak Kancil, Projek Ubi Keledek Berkelompok 80 hektar di Kampung Banggol

di Setiu, Projek Penanaman Kelapa 1,200 ekar bersama dengan Ladang Rakyat Terengganu di Kampung Banggol. TADC juga diamanahkan menguruskan dana RM30.44 juta daripada pakej laksana Kementerian Kewangan Malaysia bagi membangunkan beberapa projek. Di antaranya Projek Pengumpulan Hasil Tani di Telaga Papan di Setiu, Pusat Pengeluaran Benih Kelapa Hybrid di Limau Nipis juga di Setiu, Pusat Semaian Anak-anak Pokok di Pak Kancil, di Beris Meraga, di Kemaman dan juga Bukit Parit di Marang, Pembangunan Tanaman Napier 400 ekar di Setia Jaya di Merang, Projek Ppenggandaan Kambing Tenusu di Bari dan juga Penternakan Lembu Secara Semi Feedlot di Kampung Pak Kancil. Orang baru nok pulih daripada sakit tenat Dato’ Yang di-Pertua. Jangan bagi beban terlalu berat, takut reboh semula terus dok leh bangun lepas ni. Insya-Allah kita akan tengok di masa depan cadangan daripada Wakil Telemong.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, cadangan Wakil Kemasik supaya tingkatkan pengeluaran padi kepada penanaman padi lima kali dua tahun, tak mampu nak dilaksanakan di semua Skim Pengairan Padi di Terengganu kerana halangan musim Monsun Timur Laut. Musim kedua yang tengah mesin padi sekarang ni pun kita dah berkejar dengan banjir. Lewat tuai sikit padi akan tenggelam banjir. Tapi kita ada strategi-strategi lain untuk mempertingkatkan hasil padi. Di antaranya ialah mengekalkan kawasan padi sedia ada. Tak mudah untuk Kerajaan nak beri kelulusan tukar syarat tanah padi terutamanya kawasan pertanian aktif untuk dijadikan lot tapak rumah dan sebagainya. Yang kedua, meningkatkan pengeluaran padi per hektar. Kawasan IADA KETARA di Besut adalah kawasan pengeluaran padi yang kedua tertinggi di Malaysia dengan purata 5.2 metrik tan per hektar kalah sikit je daripada IADA Barat Laut di Pulau Pinang 5.6 metrik tan per hektar. Yang ketiga, pembangunan infra. Kerajaan Negeri memperuntukkan RM2.5 juta bagi Projek Pembangunan Padi pada tahun 2021 dan RM700,000.00 tahun 2022. Peruntukan ini dalam usaha untuk nak memastikan infrastruktur sawah padi terutamanya sistem pengairan dilengkapi dengan sebaiknya dan ada kawasan padi yang asalnya bertanam sekali setahun misalnya Skim Padi di Paya Dadong dan Skim Padi di Paya Paman di Kemaman, juga Skim Padi Durian Mentangau di Dungun, kita telah naik taraf sehingga boleh di tanam dua kali setahun.

Wakil Tepoh menyentuh tentang cabaran semasa dunia kepada agenda food security. Antaranya cabaran climate change ataupun perubahan iklim. National Water Research Institute of Malaysia (NAHRIM) meramalkan Malaysia akan berhadapan dengan Fenomena El Nino kemarau panjang daripada tahun 2025

sehingga 2030. Kemudian di susuli dengan La Nina iaitu banjir besar pada tahun 2030 sehingga 2035. Lepas kemarau dia mari banjir dan dalam situasi inilah kita perlu belajar daripada kebijaksanaan Nabi Yusuf Alaihissalam mengendalikan sumber bekalan makanan negara Mesir ketika berhadapan dengan musim kemarau panjang. Inilah dia teori food security di dalam al-Quran. Bencana zaman moden yang mengancam sumber makanan negara bukan hanya kemarau dan banjir, malah termasuk juga peperangan, wabak pandemik, sekatan ekonomi dan sebagainya dan kita telah bersedia ke arah ini insya-Allah. Di antaranya usaha berterusan meningkatkan kadar SSR sebagai jaminan bekalan makanan untuk rakyat kita. Yang kedua, kempen supaya diamalkan kaedah pertanian baik melalui pensijilan MyGap. Dalam pensijilan MyGap, kawalan pengurusan air dan pengurusan tanah yang terkawal mengikut garis panduan yang ditetapkan boleh meminimumkan kesan sektor pertanian kepada alam sekitar dan juga perubahan cuaca. Yang ketiga, kita bangunkan padang ragut di kawasan bebas banjir bagi penghasilan rumput jeruk ataupun silaj atau rumput kering yang dipanggil hay yang boleh disimpan bagi jangka masa lama di musim kemarau dan di musim banjir.

Seterusnya kita telah kenal pasti punca air untuk pertanian di antaranya tube well dan juga deep well. Dan yang kelima, kita perkasakan sektor perikanan akuakultur yang boleh membantu bekalan ikan ketika sektor perikanan marin tergendala akibat perubahan monsun. Dan pelan besar kita KETARA Fasa 2 yang melibatkan tambahan 5,046 hektar sebagai tambahan kepada kawasan jelapang padi KETARA sedia ada 5,000 hektar. Kerajaan sasarkan supaya semua kawasan padi dibekalkan daripada air yang berpunca daripada empangan sebab empangan bermakna ada kawasan takungan yang tidak mudah terkesan oleh perubahan cuaca. Sekarang ini banyak kawasan padi yang diairi daripada tali air semulajadi, parit-parit yang mudah terkesan sama ada oleh musim kemarau atau musim banjir. Dan saya maklumkan khabar gembira dalam Mesyuarat EXCO Pertanian Negeri bersama dengan Menteri MAFI pada 20 September 2022 telah bersetuju untuk Projek KETARA Fasa 2 ini diteruskan.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Wakil Seberang Takir tak dok dia. Wakil Seberang Takir membangkitkan Enakmen Pemuliharaan Penyu Terengganu mengharamkan penjualan telur tapi kenapa masih ada peruntukan untuk pembelian balik telur penyu? Soalan straight forward. Untuk makluman Dewan, pengharaman penjualan telur penyu ialah pengharaman penjualan di pasaran

terbuka macam Pasar Payang. Jabatan Perikanan beli balik telur daripada pemajak untuk tujuan penetasan bukan untuk rebus. Adalah tidak ekonomi untuk semua kawasan pendaratan penyu dijaga dan diselia oleh staf Jabatan Perikanan terutamanya bagi kawasan di mana kadar pendaratan rendah dan jabatan juga berdepan dengan isu kekurangan kakitangan. Sebab itulah ia di pajak kepada pemajak dan telurnya dibeli balik oleh Kerajaan untuk tujuan penetasan. Kalau Kerajaan tak beli, pemajak akan jual kepada orang lain dan telur penyu ni tak akan jadi anak penyu bila dia jual kepada orang lain.

Isu Pelabuhan Laut Chendering turut disentuh oleh Wakil Seberang Takir dengan soalan, Kenapa hanya ada peruntukan untuk pengerukan sahaja sedangkan infrastruktur juga perlu dibaiki? Yang Berhormat Dato yang di-Pertua, naik taraf dan pembangunan Pelabuhan Laut Chendering dirancang dalam satu pakej lengkap iaitu mendalamkan pelabuhan, baik pulih dan memanjangkan benteng pemecah ombak (breakwater) dengan izin dan naik taraf infrastruktur pelabuhan. Pengerukan ataupun kerja-kerja mendalamkan pelabuhan dibiayai oleh Kerajaan Negeri sebab itu ada Bajet dalam Belanjawan Negeri. Baik pulih dan pemanjangan breakwater yang menelan kos RM176 juta dan kerja-kerja naik taraf infrastruktur pelabuhan yang menelan kos RM16.6 juta daripada peruntukan Kerajaan Persekutuan. Jumlah keseluruhannya RM192.7 juta. Sekarang projek ini berapa di EPU untuk dibentangkan di Parlimen, insya-Allah. Isu mendapan pasir di kawasan pendaratan nelayan di Tok Jembal, Kerajaan Negeri ada terima permohonan daripada sebuah syarikat swasta untuk melaksanakan kerja-kerja pengerukan tanpa melibatkan kos Kerajaan. UPEN telah menerima pandangan daripada jabatan teknikal berkaitan dan sedang menyiapkan kertas untuk pertimbangan MMKN, insya-Allah.

Dato’ Yang di-Pertua, akhir sekali Kuala Besut dakwa kerajaan bagi ikan, bukan pancing. Saya nafikan dengan segala hormatnya. Kita selesaikan isu lesen sampan nelayan, kita buat jeti pendaratan ikan, bina slipway, bina cold room, bina rumah enjin tarik bot, bertegas dalam penguatkuasaan pencerobohan nelayan asing, mendalamkan muara, labuh tukun, labuh unjang, lepas benih ikan ke perairan umum, bagi kawat bubu, pukat tangsi, GPS, fish finder, jaket keselamatan, kit peralatan memancing, bantuan bencana nelayan, bantuan SBMT dan banyak lagi. Ini semua pancing, bukan ikan. Kita naik taraf sistem pengairan dan infrastruktur sawah padi, program pengapuran dan kesuburan tanah, program pemulihan dusun, program basmi musuh tanaman, pembinaan jalan ladang, bantuan baja,

racun, benih, mekanisasi, program pembangunan tanah terbiar, program pemasaran hasil, langkah pemutihan tanah TKPM, penyelesaian isu penerokaan haram dan banyak lagi, ini semua pancing, bukan ikan. Ada lagi pembangunan padang ragut rakyat, pembangunan hub lembu sado, pembinaan rumah sembelih, pewartaan zon peternakan unggas dan banyak lagi, ini juga adalah pancing dan bukannya ikan.

Dato’ Yang di-Pertua, kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam usah diduga, tapi kail kita bagi panjang berjela-jela kerana lautnya dalam berpuluh meter.

Food Security jadi agenda besar Setelah sekian lama halatuju tersasar Kita betulkan perjalanan daripada peringkat dasar Akhirnya manfaat diperolehi oleh golongan sasar

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, Jabi juga mahu menyokong Belanjawan.

Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Wakil Jabi di atas penggulungan yang telah dibuat sebentar tadi. Saya jemput Wakil Bukit Payung.

Haji Mohd Nor bin HamzahPAS · GSBukit Payung

Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan, Ketua-ketua Jabatan, para pemerhati yang saya hormati lagi saya kasihi sekalian. Saya juga rasa terpanggil untuk sama-sama berkongsi pandangan dan penghargaan terhadap pembentangan ucapan Bajet 2023 yang dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat Dato Seri Menteri Besar. Sudah tentu saya dan seluruh warga kerja Portfolio saya mengucapkan kepada semua pihak yang telah berfikir, memberikan pandangan, penegasan dan akhirnya ketetapan

bagi mempastikan Portfolio pembangunan insan, dakwah dan penerangan bergerak dengan sebaik mungkin bagi mencapai Terengganu, Maju, Berkat dan Sejahtera.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, ayat yang saya baca pada mukadimah tadi bermaksud “Sesungguhnya kami telah utuskan rasul-rasul kami dengan penjelasan-penjelasan dan penerangan-penerangan dan kami turunkan bersama mereka kitab dan neraca supaya manusia itu berdiri bangkit dengan keadilan dan kami turunkan juga besi kepadanya kekuatan yang sangat hebat dan manfaat kepada sekalian manusia dan agar Allah Ta’ala mengetahui siapa yang menolongnya yakni menolong Allah dan rasul-rasulnya dalam keadaan ghaib diketahuinya. Sesungguhnya Allah Ta’ala itu Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. Jika kita membaca ayat ini, kita akan melihat ada dua perkara penting yang perlu kita teruskan, yang telah diamanahkan oleh Allah kepada Nabi-nabi dan Rasul-rasul alaihimussala tuwassala. Yang pertama ialah menyampaikan penerangan-penerangan dan penjelasan-penjelasan yang tepat kepada manusia. Yang kedua ialah menegakkan keadilan dengan neraca keseimbangan yang ditetapkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Di atas dua aspek yang disebut oleh Allah di dalam al-Quran inilah saya melihat Bajet yang dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar pada kali ini sangat memberi fokus tentang keseimbangan dan pengagihan yang penuh adil mengikut sektor, aspek dan seluruh lapisan masyarakat, dengan harapan fokus yang telah diletakkan bukan sahaja membangunkan negeri ini pada sudut fizikalnya tetapi membangunkan insan yang ada dalam negeri ini berasaskan nilai-nilai agama yang ditetapkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Di atas asas itulah saya cuba untuk menarik perhatian terhadap soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat ADUN Wanita yang tidak sempat saya jawab dan saya rasa saya perlu highlightkan, saya perlu nyatakan di sini agar bukan sahaja Yang Berhormat ADUN Wanita menunjukkan keprihatinannya tetapi seluruh rakyat juga sepatutnya memiliki sifat keprihatinan seumpama ini untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang tepat tentang Kerajaan Negeri. Sudah tentulah maklumat yang tepat yang menjadi lidah rasmi Kerajaan Negeri Terengganu dalam menyampaikan maklumat yang sahih dan tepat ialah UPDI, Urusetia Penerangan Darul Iman. Kerana semua maklumat ini bukan sahaja datang daripada Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, tetapi Ketua-ketua Jabatan, Agensi-agensi Kerajaan akan menyampaikan maklumatnya dengan tepat dengan betul dan akhirnya kita salurkan melalui media sosial, melalui portal TRDI, melalui warta, facebook dan berbagai-bagai. Oleh kerana itulah, saya juga

mengambil peluang untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh rakyat Negeri Terengganu khususnya pengundi dalam Pilihanraya ke-15 baru ini. Mereka mengambil maklumat-maklumat yang tepat dan mereka mengambil cakna tentang berita-berita yang betul, yang kita sampaikan. Akhirnya mereka telah menunjukkan bahawa mereka percaya terhadap maklumat yang kita sampaikan bahawa maklumat itu menunjukkan kejayaan Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh Parti Islam Semalaysia (PAS) dan akhirnya mereka menunjukkan keyakinan mereka di kertas-kertas undi. Melainkan beberapa orang yang saya rasa tidak perlu kita ambil perhatian melainkan kita mesti perbetulkan. Betul, sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Hulu Besut usaha-usaha untuk menerapkan nilai-nilai murni perlu dilakukan. Alhamdulillah Kerajaan Negeri sama ada melalui pembangunan belia, pembangunan keluarga, pembangunan usahawan dan juga pembangunan insan sendiri telah membina modul-modul bagi mempastikan rakyat ini sama ada pegawai-pegawai kerajaan dan seluruh lapisan masyarakat hidup di atas teras-teras utama yang kita gariskan. Contoh, Dasar Integriti Darul Iman (DIDI) yang kita rangka untuk memastikan pegawai-pegawai jabatan kerajaan kita memiliki teras utama keimanan, ketaqwaan, keikhlasan, ketelusan, kebertanggungjawaban, kecekapan dan islah. Demikian juga peruntukan yang disediakan dalam bajet kali ini bagi meneruskan modul Itqan Insani yang juga kita gariskan insan, taqwa, qawwiy, kuat, amanah dan najah yakni akhirnya berjaya. Semua teras-teras ini telah kita gariskan, telah kita susun dan kita akan laksanakan. Usaha dalam membangunkan insan ini bukan suatu yang mudah. Membina bangunan kita rasa susah tetapi ialah satu alat yang mudah kita bina tetapi manusia ini ada jiwanya, ada rohnya, ada akalnya, ada nafsunya, ada godaan syaitannya, ada manusia yang jahat maka sudah tentu ada orang yang kemungkinan terpinggir ataupun agak terkebelakang dalam menerima nilai-nilai ini. Lagi-lagi ada orang yang cuba untuk menyebarkan maklumat-maklumat dan benda-benda yang salah yang akhirnya mencetuskan kekeliruan dalam kehidupan sebuah masyarakat. Jika ada dalam sebuah negeri ini orang yang kemungkinan bercanggah dengan nilai-nilai ini tidak bermakna bahawa kita tidak melaksanakan usaha ini. Macam dalam satu sekolah jugak, kalau guru besar ataupun cikgu mengajar sesuatu yang baik tiba-tiba ada anak murid dia, murid dia dop ikut apa yang cikgu ajar bukan bermakna cikgu itu gagal. Walaupun ada anak murid itu penipu, walaupun murid itu kata sebelum pilihan raya no Anwar no DAP tapi kerana dia setia dengan cikgunya akhirnya lepas pilihan raya dia akan ikut cikgu dia jugok. Hilang doh no Anwar tak dop, no DAP tak dop. UMNO DAP dan UMNO Anwar telah berubah ucapannya kerana apa, kerana manusia ini kadang-kadang nilai-nilai ini boleh berubah dalam

kehidupannya. Bukan silap ibu bapanya dalam mendidiknya, bukan silap modul yang digariskannya dan ditetapkannya. Oleh kerana itu modul ini kita akan teruskan dan saya ucap terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri yang mengambil cakna tentang segala usaha-usaha untuk membangunkan insan termasuk saya dalam negeri ini akhirnya akan mencapai kejayaan. Yang kedua, saya sangat prihatin terhadap apa yang disebut oleh Kuala Besut dan apa yang disebut oleh Kuala Besut sebahagiannya telah dijawab oleh Yang Berhormat Jabi baru sebentar dalam sektor pertanian dan portfolio beliau. Hanya saya cuba untuk menambah sedikit lagi agar kita melihat bajet yang dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat ini adalah seimbang dan memberikan fokus dalam seluruh aspek bukan sahaja ambil bahagian tentang kebajikan untuk berikan tetapi kadang-kadang bagaimana nak memperbetulkan batang pancingnya, bagaimana nak memberi didikan kepada orang yang memegang batang kail itu, agar dia menggunakan batang kail mengikut manfaat yang baik. Kalau kita beri batang kail sahaja tetapi pemikirannya tidak terbuka dan pemikirannya tidak ada kemahiran dop perlu dop jadi maka perlu diperbetulkan. Bagaimana kerajaan telah memperuntukan RM87.15 juta untuk memastikan masyarakat terkeluar daripada garis kemiskinan dalam kerajaan sendiri. Kita tengok RM29.18 juta diberikan bagi meningkatkan nilai tambah sektor pertanian yang disebut. RM5 juta Tabung Siswa Pelajar, RM14.5 juta untuk persediaan SUKMA, RM1 juta penempatan pekerjaan, RM1 juta Home Manager, RM4.5 juta program-program pelancongan, RM2 juta memperkasakan produk pelancongan, RM1 juta menjenamakan semula Kenyir Island Hopping, RM250,000 program galakan pelaburan, RM350,000 program belia menceburi bidang keusahawanan, RM1.3 juta naik taraf premis perniagaan, RM2 juta Geran Tunas Usahawan, RM10 juta Tabung Usahawan dan banyak lagi peruntukan yang saya rasa perlu dibaca dengan keseluruhanan, jangan potong sekerat-kerat, jangan baca sebahagian-sebahagian. Oleh kerana itulah kita melihat Bajet kali ini sangat seimbang dan adil dalam pengagihannya sehingga juga mengambil cakna tentang peranan dan jasa yang dilakukan oleh imam-imam dan bilal-bilal di Negeri Terengganu ini sendiri. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri yang telah memberikan satu penghargaan yang tinggi terhadap Imam khususnya Imam mubaligh yang balik daripada Mesir mendapat peruntukan daripada MAIDAM untuk menjadi Imam di tahap mubaligh. Kita bagi sikit one-off untuk memudahkan dan memberikan rasa selesa mereka dalam bertugas. Hanya kadang-kadang kemungkinan ada kata RM100.00 sahaja, naik sikit sangat. Sedangkan kalau kita menilai kedudukan imam nak dibandingkan di seluruh negara yang memiliki tiga imam dan tiga bilal ini Negeri

Terengganu sahaja. Tiga imam Terengganu dan Sarawak, tiga bilal Terengganu sahaja. Negeri lain dua imam ada yang satu bilal. Ada dua imam satu bilal dan dua bilal. Maknanya peruntukan yang kita belanjakan begitu besar bagi memastikan kebajikan imam-imam sehingga bila Bajet yang dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat kenaikan RM100.00 sedikit khusus fokus kepada imam bilal yang tiada pendapatan tetap dalam 945 orang akan mendapat manfaatnya dalam tempoh 12 bulan belanjanya RM1.1 juta. Ini adalah satu penghargaan yang tinggi yang diberikan oleh kerajaan kita dan kalau kita melihat elaun, ini bukan gaji ye Yang Berhormat Dato’ Speaker elaun sebab itulah pendapatan gaji-gaji yang ada tu tampung dengan elaun ini. Kalau kita nak bandingkan Negeri Sembilan RM850.00 je elaun tok imam dia. Kalau Perak RM850.00 je, itu pun dua imam, dua satu bilal satu noja. Perak dua imam dua bilal kita tiga imam. Sembahyang lima waktu sehari kali tujuh hari. Seorang tok imam kemungkinan bertugas berapa kali dop tahu lah. mungkinan penat. Penghargaan dia besar tetapi diharap orang boleh melihat bagaimana keseluruhan kecaknaan nak dibandingkan dengan negeri-negeri lain, Negeri Terengganu sangat mengambil cakna tentang jasa dan tugas imam di samping bertugas dan sembahyang jumaat tetapi tugas untuk menyampaikan maklumat-maklumat yang penting yang berkaitan dengan Islam. Kesimpulannya saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Sura dan jugak Yang Berhormat Rantau Abang yang telah menyampaikan ucapan bagi menunjukkan peranan masjid yang besar dan berkali-kali saya beritahu bahawa peranan masjid ini bukan sahaja peranan pejabat agama, bukan jugak peranan MAIDAM tetapi peranan kolaborasi seluruh masyarakat, agensi-agensi GLC untuk membantu memajukan peranan masjid ini mengikut sebagaimana yang dicadangkan oleh Sura dan Rantau Abang dan itulah yang digariskan oleh kita semua agar insya-Allah kita dipelihara oleh Allah. Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera.

Ikan baung di sungai seluang Mari mengail dengan aman Usaha dakwah terus diperjuang Faham Islam kuat iman

Mendaki penat di Gunung Tahan Melihat luas keindahan alam Memacu Terengganu berdaya tahan Rakyat disantuni dengan Islam

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Sedap dengar pantun tadi. Ada dua orang EXCO yang belum lagi bercakap untuk buat penggulungan. Kalau banyak perkara yang nak diberi penjelasan, memerlukan usul lanjutan masa saya nak rehat dulu, tetapi kalau dua orang ning bercakap memadai sebelum pukul lima kita teruskan sahaja. Boleh aa.

Okey.

Saya jemput Wakil Bukit Tunggal untuk membuat penggulungan. Silakan.

Dato’ Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, Yang Dihormati Barisan Yang Berhormat, Ahli EXCO, dan rakan Yang Berhormat, Pegawai Kerajaan, para pemerhati yang dikasihi sekalian. Petang ni nampok macam dok wape nok ade orang. Walau bagaimanapun saya sekali lagi mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua, kerana beri ruang kepada saya kerana masa yang ada ini untuk sama-sama membahaskan dan membuat penggulungan atas ucapan Bajet yang telah disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar pada hari Isnin yang lalu. Pertamanya, saya mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri membentangkan Bajet yang begitu komprehensif merangkumi semuanya dengan tema “Memacu Terengganu Berdaya Tahan”.

Saya beri ringkas sajalah di bawah portfolio saya ini ada empat, kajian tempatan perumahan, kesihatan dan alam sekitar. Peruntukan yang saya kira-kira itu lebih-lebih kurang adalah RM189,850,0300. Antara peruntukan yang besar. Jadi ini saya kira ternafilah pihak yang mengatakan Bajet kita ini banyak beri umpan. Banyak beri ikan kalau wakil Jabi kata beri Joran, Wakil Bukit Payong kata baiki joran. Saya bagi bot. Hor nok ke laut kena ada bot. Nok bagi bot doh ni. Bagi motor sendiri bukan bagi ikan saja. Kerajaan bagi ikan, Kerajaan bagi joran, bagi bot mengikut keperluan masing-masing. Untuk selain itu, saya tengok dari segi pencapaian dari segi perumahan yang telah siap dalam tempoh penggal ini, setakat ini ialah 2645

unit yang telah siap dan telah diagihkan. Sementara 13,180 dalam pembinaan jadi kita minta maaf kepada rakyat Terengganu. Pembinaan kali ini lambat. Dua tahun PKP, sektor pembinaan ini terjejas besar semasa PKP. Pertama dok leh buat kerja, bila buat kerja barang takdok, ada barang pekerja pulok takdok. Ini antara perkara yang dihadapi oleh sektor pembinaan. Barang ada pulok mahal pulok naik pulok 30%. Ini semua rencatkan kerancakan pembinaan kita. Namun semuanya masih dalam pembinaan dan yang menunggu kelulusan merancang (KM) pada 4884. Kerajaan dok lulus tapi ada prosedur-prosedur yang harus dipatuhi dan diikuti sedang menunggu kelulusan merancang 4884 unit rumah. Di jumlah yang telah kita semua sekali campur di tiga-tiga tadi 20,709 unit kita target untuk penggal ini 20,000, alhamdulillah telah lebih daripada apa yang kita target cuma doa kita semoga semua yang kita rancang dalam pembinaan ini dapat berjalan dengan sebaik-baiknya lah insya-Allah time COVID-19 belum takdok cuma ancaman kita barang pulok payoh dan jugok mahal. Itu sahaja.

Yang kedua pinjaman i-Rahman, ia telah kita agihkan mengikut DUN sebenarnya tapi oleh kerana kewangan kita pun terhad dalam RM30 juta lebih kurang setahun. Maka kita bahagi- bahagi boleh lah 10 pemohon setiap DUN bermaksud 320 peserta yang mampu setakat ini kita berikan pinjaman ini dan telah berjalan dan rumah pun sebahagian telah siap. Untuk itu pihak kami merancang untuk mengkaji mengadakan satu lagi skim iaitu pinjaman kerjasama dengan Kerajaan Negeri dan bank-bank. Dia kena buat pinjaman dengan bank. Jadi bank ini masalah dia pulak kelulusannya agak ketat sekarang untuk bagi mereka yang tidak cukup syarat dan ini kita akan kerjasama mungkin sebahagian dana kita kongsi dengan bank ini untuk beri kelonggaran kepada mereka-mereka yang buat pinjaman untuk pembinaan rumah mampu milik ini. Itu antara cadangan kita untuk sesi yang akan datang. Insya-Allah. Ini semua adalah usaha-usaha kita melihat anak rakyat Negeri Terengganu ini mendapat kemudahan-kemudahan yang sepatutnya khususnya dari segi tempat kediaman. Ini untuk tahun 2023 kita masih mengekalkan slogan “Rumah Selesa Rakyat Sejahtera “untuk itu kita ada beberapa projek baru. Yang pertamanya di RMM Rumah Mampu Milik di Telaga Putat, Setiu. 250 unit jenis A 175 unit B 75 unit. Yang kedua, Rumah Mampu Milik Pulau Duyong Dua 66 unit semua jenis A ini untuk menampung kepada mereka yang duduk di tanah persendirian secara pendek kata apa dulu untuk mendapat kebenaran tok nenek mereka lah tumpang duduk jadi bila sampai generasi anak cucu dah tak izin lagi doh duduk di tanah tersebut. Sehingga ada yang dibawa ke mahkamah pun kerana menuntut hak tanah mereka diduduki tanpa ada perjanjian. Zaman dulu mana ada

perjanjian pakai mintok lisan gitu toki toknya mati doh pon tinggal cucu, jadi masih lagi mendiami walaupun tuan tanah tak redha pun tapi dia nak lari ke mana sebab tidak ada tempat. Inilah yang kita usaha supaya untuk disegerakan pembinaan rumah yang 66 unit lagi untuk kita dapat memindahkan mereka yang sudah agak terdesak dan tersepit akibat tekanan ataupun permintaan tuan tanah supaya mengosongkan tanah kerana tuan tanah nak guna tanah dia pulok doh 20, 30 tahun doh duduk tanpa bayaran satu sen pon. Insya-Allah ini akan kita buat untuk tahun 2023. Begitu juga yang telah kita insya-Allah akan mulakan pembinaan Rumah Mampu Milik Balai Besar Dungun, 182 unit, A 127, B 55 unit jadi insya-Allah orang Dungun kita ada untuk tahun hadapan. Sementara pembangunan perumahan menggunakan peruntukan Kerajaan Persekutuan adalah di Mak Kemas 100 unit, di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dengan tender semula dan Program Perumahan Rakyat di Marang 300 unit yang lulus dalam Bajet 2023 baru-baru ini tapi nasib dia, tak tahulah dah bertukar Kerajaan ini takut bertukor pulok bajetnya. Tunggulah pengumuman Bajet seterusnya kalau Kerajaan PN memang takdok masalah ini akan dilangsungkan untuk perumahan di Marang 300 unit ini. Projek yang dijangka siap yang diagihkan yang disebut tadi yang dijangka siap pada tahun hadapan iaitu RMM Gong Cengal II 200 unit, Bukit Gasing II 238 unit dan juga penempatan semula nelayan Pulau Sekepeng, Kemaman 50 unit dan penempatan semula nelayan Beting Lintang, Besut 50 unit. Semoga insya-Allah semua ini akan dapat memberi keselesaan kepada mereka-mereka yang bakal menerima rumah tersebut. Kita masih lagi meneruskan Program RMR Rahman untuk tahun 2023. Insya-Allah paling kurang 320 orang akan dapat untuk tahun hadapan ini. Ada satu lagi agenda kita cadangan kita ialah untuk membina rumah patuh syariah Rumah Bandar, Town House untuk rakyat Negeri Terengganu makna ketinggian rumah ini adalah satu hingga tiga tingkat sahaja yang sesuai untuk dibina di kawasan bandar atau pinggir bandar bagi untuk mengurangkan kos. Insya-Allah antara cadangannya ialah pembangunan yang penswastaan untuk menambah lagi bilangan rumah yang penswastaan dari Gong Kuin dari Kuala Nerus yang sudah ada sekarang dan di Tajin telah sudah ada sekarang. Insya-Allah boleh kita tambah lagi perumahan di situ dan untuk generasi muda kita ucap terima kasih banyak.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin minta izin …

Dato’ Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Ha, sila Sura.

… untuk minta penjelasan daripada EXCO Perumahan.

Dato’ Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Ya.

Saya ingin dapat penjelasan berhubung kait dengan usaha kita di Dungun lah, khususnya di DUN Sura. Projek perumahan penswastaan bersama Kerajaan yang mana usaha yang telah kita buat ini memakan masa yang agak panjang. Saya rasa lebih daripada 3 tahun sehingga kini masih belum lagi mendapat kelulusan daripada pihak Kerajaan. Jadi saya mengharapkan supaya pihak Kerajaan dapat membantu memudahkan usaha dan menyegerakan kelulusan untuk pembinaan tahun depan, insya-Allah.

Dato’ Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Terima kasih Sura. Saya faham yang dimaksudkan oleh Sura ialah permohonan rumah di Bukit Tebuk. Dia bukit dan dia melibatkan tanah cerun, dia ada di bawah peraturan cerun ni harus kita selesaikan. Alhamdulillah setakat ini di pihak kita sudah tiada halangan lagi cuma insya-Allah dalam masa terdekat kita akan selesaikan dari segi kelulusan untuk pembinaan rumah di Bukit Tebuk ini. Mana se tadi? Untuk generasi muda yang telah banyak memberi sokongan yang menolak Kerajaan yang tidak ada integriti dan yang menolak parti yang ekstrimis, memberi undi kepada kita, kita akan untuk anak Terengganu insya-Allah tahun depan, tahun atau sesi depan kita akan mulakan dengan projek bandar baru lestari, bandar yang komprehensif bukan sahaja ada tempat kediaman, tempat perniagaan, peluang pekerjaan dan berbagai lagilah. Ini sesuai untuk anak-anak muda kita untuk 5 hingga 10 tahun yang akan datang. Insya-Allah dengan terbinanya setiap bandar lestari di setiap kawasan setiap daerah, ini akan memberi penempatan yang sangat selesa, yang sangat baik untuk anak-anak muda untuk masa depan mereka. Ini adalah antara ucapan ataupun penghargaan kita atas sokongan yang diberikan kepada Perikatan Nasional PAS pada pilihan raya yang lalu. Insya-Allah, moga ini dapat kita terjemahkan demi untuk kebajikan, keselesaan, kesejahteraan anak-anak muda kita nanti, insya-Allah.

Seterusnya saya pergi bawah perkara yang dibangkitkan antaranya tentang oleh ADUN Wanita rasanya tentang vape, rokok eletronik ini. Untuk setakat ini, kita tidak ada satu undang-undang khusus untuk menghalang vape ini. Ia hanya dimasukkan di bawah Akta Racun 1952, kawalan nikotin sebab vape ini ada yang mengandungi nikotin tapi ada juga vape yang tidak ada nikotin. Ini yang masalah jugok pada pihak penguasaan. Bukan semua vape itu mengandungi nikotin. Jadi kalau kita nak denda mereka atas nama nikotin, kita kena hantar sampel itu ke makmal. Makmal-makmal kadang makan masa bukan sebulan, bukan dua, kadang bertahun baru dapat keputusan itu. Jadi untuk itu kita menggunakan satu akta atau satu peraturan peniaga tanpa lesen sebab kita tidak pernah memberi lesen pada peniaga-peniaga vape ini. Tidak ada kedai yang kita lesenkan untuk benarkan mereka menjual vape sebab vape ini dia bawah dari segi kesannya lebih kurang macam merokoklah. Jadi kalau merokok had umur dia 18 tahun ini pun begitulah. Jadi mana-mana peniaga yang meniaga tanpa lesen kita kompaun RM 1,000 setiap kali serbuan yang dibuat. Ini kita guna bawah peruntukan Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian. Itu yang boleh kita lakukan setakat ini dan memang semua PBT kita telah melaksanakan serbuan-serbuan ini di masa ke semasa untuk memastikan ia tidaklah begitu berleluasa. Namun, yang paling penting di sini ialah pendidikan tentang bahayanya merokok dan juga vape ini kita teruskan. Ini sedang dijalankan kempen yang dipanggil Generasi End Game supaya generasi yang mencapai umur 18 tahun pada tahun 20… 20… saya lupa 25 atau begitulah rasa 2023 untuk tidak lagi dibenarkan merokok ataupun menggunakan vape. Ini usaha-usaha kempen yang sedang dijalankan oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu dengan kerjasama dengan Kerajaan Negeri. Semoga perkara ini dapat kita didik dari masa ke semasa dan juga kita telah berjumpa dengan penjual-penjual vape ini menjelaskan pada mereka tentang bahayanya vape ini dan harap mereka carilah perniagaan lain yang lebih baik jangan menyusahkan orang, menyusahkan rakyat, menyusahkan kita makna dia dapat untung atas kesusahan, penderitaan yang bakal dihadapi oleh anak-anak muda kita. Jadi saya harapkan dengan kerjasama semua ini, insya-Allah dapat kita atasi untuk masa-masa yang terdekat ini.

Seterusnya berkaitan dengan yang disebut tentang kedai unisex, ha unisex, yang kedai memang dari segi Undang-Undang Kecil Kedai Gunting Rambut dan Pendandan Rambut, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dan juga Majlis-majlis Daerah yang lain memang tidak dibenarkan di masa yang sama lelaki dan perempuan menggunakan kedai gunting ataupun kedai pendandan rambut yang

sama. Denda dikenakan sebanyak RM 500 dan lesen akan dibatalkan jika didapati berlaku perkara tersebut tapi orang buat salah ini gitu deh, dia pandai dia pandai. Kalau ada penguatkuasa, dia wak puok-puok lelaki sahaja. Bila takdok, dia mari campur pulok tapi walau bagaimanapun pihak penguatkuasaan dia tetap ada penguatkuasaan dia jalankan dari masa ke semasa untuk memastikan perlakuan sumbang atau perkara yang melanggar peraturan ini tidak diteruskan. Tentang program kesihatan mental dan Perkhidmatan Kaunseling Bergerak insya-Allah dengan peruntukan yang diberikan kita akan mengadakan rotation oleh pakar-pakar ataupun kaunselor-kaunselor kita ke DUN-DUN setelah kita kenal pasti di DUN-DUN dan usaha untuk membuat rotation dengan peruntukan diberikan secara kaunseling, secara percuma pada mereka mereka yang ada kaitan kes kesihatan mental di kalangan rakyat Negeri Terengganu inilah. Kalau dikirakan setakat ini, kalau rekod yang kita ada, Data Kes Penyakit Mental dan Bunuh Diri di Kalangan Remaja Berumur 18 Tahun tempoh 2020-2022, penyakit mental di kalangan pelajar tahun 2020 203 orang yang dirujuk ke hospital lah ni, tahun 2021 257 orang, tahun 2022 hingga Oktober 367 orang. Memang di data ini ada peningkatan. Kes bunuh diri tiada cuma ada kes cubaan bunuh diri (self harm), 156 kes. Jadi kerajaan mengambil satu perhatian besar atas kejadian-kejadian ini, itulah yang disebut tadi dalam bajet kita terima kasih Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar yang telah bajet khusus untuk kita menangani masalah mental di kalangan remaja-remaja kita ini, insya-Allah. Semoga dengan beberapa kempen yang kita cadangkan ini dari segi sukan dan sebagainya lah, insya-Allah ini akan dapat mengurangkan masalah mental di kalangan anak-anak muda kita.

Seterusnya Dato’ Yang di-Pertua berkaitan dengan sampah. Bagi mengatasi masalah sampah ini beberapa langkah dan kajian telah dilaksanakan antaranya ialah menetapkan spesifikasi kerja dan syarat-syarat yang telah di dalam yang telah ada di dalam Dokumen Kontrak Perkhidmatan Kutip Sisa Pepejal di mana pihak syarikat dikehendaki untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan di sekitar tong sampah awam dua meter jejari dari sekitar tong sampah. Memang ada dalam kontrak kita dia kena bersih tong sampah tapi itulah kecuaian kontraktor kita ini tidak melaksanakan seperti yang telah kita arahkan sebab itu ramai yang kena denda, dipotong kerana tidak bersih sebagaimana dalam kontrak kita. Pihak PBT telah mengenal pasti beberapa lokasi hotspot pembuangan sampah terutamanya melibatkan tong-tong sampah di tepi jalan utama dan Kerajaan Negeri memperuntukkan RM 1 juta tahun 2022 untuk penyaluran peruntukan pembelian tong sampah baharu bagi tujuan pertambahan bilangan tong sampah terutamanya

di lokasi-lokasi hotspot tersebut. Semestinyalah dalam jawapan lisan walaupun beli tong sampah tambah yang ada dirosak-rosakkan, dibakar, pecoh dan sebagainya sama ada vandalisme ataupun juga oleh haiwan-haiwan yang berkeliaran. Selain itu juga terdapat perancangan daripada PBT untuk memperluaskan servis perkhidmatan kutip sampah dari rumah ke rumah dengan mengenakan sedikit caj bayaran bulanan kepada pemilik rumah. Kadar bayaran mengikut PBT masing-masing. PBT juga meletakkan syarat bahawa setiap premis perniagaan perlu menyediakan tong sampah persendirian dan mengenakan caj bayaran kutipan sampah tersebut. Pemilik premis perniagaan perlu mematuhi syarat tersebut dan pertimbangan kelulusan penyambungan lesen perniagaan akan dibuat berdasarkan pemantauan syarat-syarat lesen tersebut. Jadi, ini di bawah PBT sendiri bukan kontraklah ni. PBT juga telah meningkatkan kekerapan kutipan perkhidmatan sisa pepejal terutama di lokasi hotspot lebih kurang tiga kali sehari, di Majlis Bandaraya dan dua kali sehari di Perbandaran, di Majlis Perbandaran dan juga Majlis Daerah serta terdapat SOP khusus untuk dibuat pertukaran tong sampah dengan kadar segera apabila perlu. Jadi, secara ringkasnya boleh saya sebut di sini ialah kaedah dan pendekatan yang diambil oleh Kerajaan Negeri bersama Pihak Berkuasa Tempatan termasuklah dengan pendekatan perluasan perkhidmatan kutipan sampah dari rumah ke rumah dengan matlamat untuk mengurangkan kebergantungan pembuangan sampah di tong-tong awam serta mengurangkan masalah longgokan sampah di sekitar tong awam terutama di tepi jalan dan juga laluan utama. Dan Alhamdulillah, terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah menambah lagi peruntukan untuk beli tong pada tahun ini. Tentang cadangan untuk bina pusat kitar semula komuniti, program-program kitar semula bersama pihak komuniti giat dijalankan oleh PBT bersama-sama agensi Kerajaan yang lain secara berkala di pelbagai lokasi tumpuan awam seperti di pasar raya, di surau, masjid dan sebagainya. Walau bagaimanapun, terdapat perancangan di pihak PBT untuk mewujudkan pusat kitar semula secara kekal namun bergantung atas ketersediaan lokasi dan peruntukan kewangan semasa PBT. Setakat ini, terdapat Majlis Perbandaran Kemaman untuk mewujudkan pusat kitar semula dan pusat e-waste di jalan feri lama Cukai berkonsepkan pandu lalu iaitu drive-thru. Secara dasarnya, Kerajaan Negeri sudah bersetuju dengan cadangan tersebut, namun pihak MPK perlu menyelesaikan beberapa perkara utama seperti cadangan tapak, status pemilikan tanah dan sebagainya. Berkaitan dengan cadangan untuk menaikkan taraf premis perniagaan untuk PBT, Kerajaan Negeri telah mengambil maklum berkenaan keadaan infrastruktur di premis-premis perniagaan milik PBT yang memerlukan kerja-kerja menaiktaraf dan

penyelenggaraan dilaksanakan. Bagi menyelesaikan isu ini, Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan sebanyak RM1 juta tahun 2023 untuk diagihkan kepada PBT bagi menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan dan juga penaiktarafan bangunan-bangunan milik PBT terutama premis-premis perniagaan yang telah uzur dan perlu dinaiktaraf. Jadi, semua dalam tindakan kita dari masa ke semasa. Jadi, oleh itu seperti yang saya sebutkan tadi, kita bukan hanya beri ikan, beri joran, tapi kita juga beri bot sendiri untuk anak Terengganu supaya mereka dapat menambahkan ekonomi masing-masing. Juga saya di bawah PBT juga, saya ucap terima kasih kepada Kerajaan kerana telah Yang Amat Berhormat Dato’ Seri memberi peruntukan yang besar untuk kebersihan dan keindahan bandar iaitu RM77 juta. Itulah untuk kita pastikan keadaan bandar kita bersih dan ceria sentiasa. Tentang lampu-lampu jalan, saya ingat pun dah disebut dalam Bajet tentang akan ada peruntukan baru tahun ini untuk kita tambah lagi bilangan lampu-lampu dan pihak PBT juga sedang dan memang sentiasa membuat tindakan untuk pastikan haiwan-haiwan ternakan yang berkeliaran ini diambil tindakan. Tapi, itulah kata orang bukan senang. Saya pernah dimaklumkan ada bila kita nak tangkap haiwan-haiwan yang berkeliaran ini, tuan dia datang dengan parang, keluar dengan parang. Jadi, ini juga akan mengancam keselamatan petugas-petugas kita. Dalam ada sebuah negeri dimaklumkan ada gunakan bulldozer, nak serang, lori-lori kita yang, bukan bulldozerlah, ni case saya panggil, case apa, jengkaut untuk menghalang lori yang nak angkut lembu, kambing yang berkeliaran ini. Inilah ancaman-ancaman yang dihadapi oleh pihak penguatkuasa kita. Jadi, cuma yang penting beri kita ahli-ahli masyarakat, Ahli Yang Berhormat supaya beri penerangan, penjelasan kepada rakyat kita tentang pentingnya sama-sama kita bertanggungjawab menjaga ketenteraman awam khususnya ketenteraman jalan raya berkaitan dengan haiwan-haiwan yang berkeliaran ini. Insya-Allah, semua ambil tindakan kita dapat menyelesaikan perkara-perkara yang selalu disebut, yang diulang dan juga yang menjadi masalah kepada kita semua.

Saya ucap terima kasih semua kepada yang telah mengambil bahagian dan menyebut beberapa perkara, mencadang beberapa perkara yang terbaik untuk Portfolio saya ini, insya-Allah ada saya catat semuanya ada 17 orang berucap rasanya, sudah catat, mana-mana yang boleh kita lakukan segera insya-Allah kita akan lakukan. Yang perlu tempoh, kita perlukan tempoh dan sebagainya. Walau bagaimanapun, sekali lagi saya ucapkan banyak-banyak terima kasih kepada semua Ahli Dewan yang telah mengambil bahagian bagi menambah baik Portfolio di bawah, yang diamanahkan kepada saya. Terakhirnya, saya ucap banyak terima

kasih kepada Dato’ Speaker dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar di atas Ucapan Bajet yang telah dibentang pada hari Isnin yang lalu dan saya mengambil kesempatan ini untuk sama-sama menyokong di atas Pembentangan Bajet yang saya kira sangat komprehensif yang telah disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Sekian.

Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Wakil Bukit Tunggal. Sekarang saya jemput EXCO yang terakhir untuk sesi Penggulungan Perbahasan Bajet pada petang ini. Saya jemput Wakil Paka. Sila.

Yang dihormati Dato’ Yang di-Pertua, sahabat-sahabat Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, Pemerhati dan juga seluruh hadirin hadirat yang dihormati sekalian. Pertamanya, Alhamdulillah kita memanjat syukur kepada Allah Ta’ala dapat sama-sama kita bersidang dalam Dewan ini sempena Belanjawan ataupun Bajet 2023 bagi Kerajaan Negeri Terengganu dan insya-Allah kita harap kita ada satu lagi Sidang Dewan sempena perasmian awal tahun depan insya-Allah, harap-harap sempatlah. Apa pun, saya juga mengambil kesempatan ini ucap terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya untuk sama-sama berkongsi dalam membicarakan Sidang ataupun Ucapan Bajet yang telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar. Saudara-saudara yang dihormati sekalian, antara yang menjadi tanggungjawab Portfolio saya adalah melibatkan prasarana syariahlah dan ini merupakan komitmen kita Kerajaan Negeri bagi melaksanakan ataupun membuat penambahbaikan ke arah yang terbaik sebagai sebuah Kerajaan untuk melaksanakan tuntutan yang diperintah dan difardhukan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan apa-apa yang menjadi ruang ataupun kesempatan buat kita untuk melaksanakan terbaik insya-Allah, kita cuba laksanakan. Ada pun halangan-halangan, sekatan-sekatan yang di luar bidang kuasa kita insya-Allah, moga-moga di masa akan datang akan adanya penambahbaikan yang berterusan. Saya mengambil kesempatan ini mengucap jazakumullah, terima kasih kepada pihak Kerajaan yang telah memberi sokongan

dengan Ucapan Bajet yang disebut bahawa untuk memberi peruntukan buat pembinaan mahkamah rendah di Setiu dan kita sedia maklum kita hanya baru ada sebuah mahkamah syariah di Kuala Terengganu ini yang bangunan yang lebih baik dan kebanyakan bangunan-bangunan di setiap daerah yang ada sebagaimana dimaklumkan kita masih lagi menggunapakai bangunan-bangunan bekas daripada pejabat Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu yang kita rasa memang tidak kondusiflah, tidak sesuai dengan status sebagai Mahkamah Syariah. Jadi, khususnya di Setiu yang amat memerlukan dan kita harap insya-Allah satu tahun, satu mahkamah yang kita harap dapat diwujudkan melibatkan semua daerah-daerah untuk ke arah penambahbaikan, insya-Allah.

Yang kedua, juga pihak Kerajaan telah mengumumkan akan membuat penambahan bilangan kuatkuasa syariah agar lebih sesuai dan juga dengan bilangannya, lebih mampu untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Penguatkuasa ini melibatkan daerah-daerah khususnya apa yang dibangkitkan oleh dari kalangan Ahli-ahli Yang Berhormat khususnya seperti hari Jumaat dan sebagainya dan memang memerlukan penguatkuasa syariah dari kalangan wanita. Kalau penguatkuasa syariah lelaki gi tangkap orang dok Jumaat ni, dia kata pulok. Doh, mu dok Jumaat jugok. Jadi, kita terpaksa panggil melantik penguatkuasa syariah dari kalangan wanita-wanita. Dan juga melibatkan mereka-mereka yang berniaga sehingga pada hari Jumaatlah. Saya rasa perkara ini termasuklah di kawasan saya sendiri, Dungun dan juga Kemaman, yang melibatkan kawasan-kawasan industri apabila berlaku shutdown dan sebagainya, kadang-kadang ialah mungkin mereka ni luar kawasan ataupun luar daripada Terengganu, mereka dikecualikan daripada sembahyang Jumaatlah. Tapi kadang-kadang kesempatan itu diambil juga mereka-mereka yang sewajibnya melaksanakan Jumaat. Dan bilangan mereka yang ramai ini rasa tidak mampu untuk dilakukan penguatkuasaan dari kalangan penguatkuasa-penguatkuasa syariah yang sedia ada. Apa yang penting kita harapkan supaya semua memainkan peranan. Kerana itu, portfolio ini telah melaksanakan kempen Pembudayaan Syariah bermula di Seberang Takir baru ini dan insya-Allah kita akan bergerak ke semua daerah-daerah untuk memberi kefahaman kepada masyarakat bahawa pelaksanaan syariah ini merupakan satu ibadah dan juga hukum ini merupakan orang panggil satu bentuk ibadah, bukan sebagai satu hukuman ataupun denda semata-mata agar kehidupan kita sebagai seorang muslim ini semua memainkan peranan untuk melaksanakan tugas amal makruf nahi mungkar,

“Kamu merupakan ummat yang terbaik, dengan syarat kamu beriman kepada Allah, kamu mengajak manusia kepada makruf dan kamu mencegah daripada kemungkaran.”

Ajak makruf ni mudah, tapi nak cegah kemungkaran ni merupakan satu perkara yang sukar, satu perkara yang payah, dan kerana itu menjadi kewajipan semua pihak untuk saling peka dan menyampaikan maklumat khususnya kepada penguatkuasa-penguatkuasa daerah, bukan hanya untuk kita berlepas tanganlah, jangan kita ambil gambar, lepas tu mesej. Saya pun banyak terima mesej-mesej macam tu. Kadang-kadang dia ambil gambar orang berpasangan lelaki dan perempuan tepi pantai, dia ambil gambar, dia mesej, “Ha ni…Yang Berhormat EXCO Pelaksanaan Syariah, jagalah akhirat, jawablah…” Jadi dok selesai masalah macam tu, jadi kita pun dok tahu hok lelaki perempuan tu pasangan suami isteri ke, siapa ke kan, dulu ada kes Kuala Terengganu, hok lelaki dan orang puan pakai underwear sahaja, pelancong asing tu, pelancong mari sini. Topi keledar pakai, tapi pakai spek mata dengan tupak je tiga segi. Jadi dia ambil gambar, mesej “hor ni, tugas tanggungjawab EXCO Pelaksanaan Syariah, jawab la akhirat.” Jadi payah jugak ni, jadi mende-mende ni kadang-kadang maklumat dok tepat. Jadi kita pun nak tahu jugak YB, hari Jumaat tu hok jual kedai mana tu. Jadi kalau Yang Berhormat tengok, makna pakat-pakat tegurlah, pakat-pakat tahanlah. Sapa orang azan, niaga lagi, Jumaat lagi. Jadi kita harap perkara ni tak berlakulah, masing-masing kena ambil peranan.

“Siapa-siapa tengok kerja mungkar, maka cegah dengan tangannya”

Jadi masing-masing ada bidang kuasa dia, ada ruang masing-masinglah, hatta di peringkat kampung-kampung qariah, imam itu boleh memainkan peranan untuk sama-sama melaksanakan kerja-kerja Penguatkuasaan Syariah, supaya masing-masing kampung jaga kampung masing-masing, ketua-ketua jabatan, jaga jabatan masing-masing, YB jaga DUN masing-masing. Berat juga tanggungjawab tu aaa, masing-masing jaga bidang masing-masing.

“Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan ditanya dengan kepimpinan di bawah kamu”

Jadi kalau semua ni mainkan peranan, insya-Allah kita saling tegur menegurlah. Kalau dulu orang kampung walaupun anak sape pun die tengok pakaian yang dok tutup aurat, dia panggil tanya mu anak sape, dia tegur. Sekarang ni, dia kata eh ni bukan anak kita, ikut pandai dialah. Tak boleh, sebab Rasulullah umpamakan kita seumpama sebuah kapal, jika ada ada orang bawah tu tebuk kapal, kalu mu dok pegang tangan dia, tenggelam, bukan dek kapal tu sahaja, sekapal habis kita tenggelam belaka. Jadi kerja amal makruf nahi mungkar ini merupakan ibadah, ada dosa pahala, ganjaran dan sebagainya. Sebab setiap perkara tidak pernah terkecuali daripada malaikat kiraman katibin yang jaga kita. Sebab itu kadang-kadang orang kata politik ini asing daripada agama, dok… mana ada… kita nok gi ngundi malaikat kata aku dok masuklah, luar ni, masuk dalam mu ikut pandai…dok… Kita ni amalullaihi wala ilah. Siang malam semua melibatkan agama ada dosa pahala, termasuk juga dalam kerja-kerja kita ni. Kalau bo sekadar politik, makan minum sahaja sebagainya, maka binatang pun berfungsi, tetapi kita ni ambil kira, ada dosa pahala, ada hukum hakam dan sebagainya yang telah ditetapkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Jadi kita harap kempen kebudayaan…

Yang Berhormat. Yang Berhormat, minta laluan sikit.

Ya, ada kampung tu

Nak tanya status penguatkuasaan pegawai yang kita lantik sukarelawan tu penguatkuasaan. Macam mana status dia sekarang?

Saya rasa saya jawab dah mareng dok.

Nak minta penjelasan sikit lagi sebab kita rasa menda tu macam tak berjalan molek.

Kita tunggu keputusan daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu. Bila daftar situ baru dia bagi kad tu.

Yang Berhormat, jangan lama ngat Yang Berhormat, nak habis sepenggal dah.

Ini bukan bawah portfolio saya, di bawah jabatan. Tanya pejabat agama dan MAIDAM lah, insya-Allah.

Saudara saudari yang dirahmati sekalian, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, jadi kita harap hasrat kita daripada kempen pembudayaan ini, semua ambil paham, ambil maklum. Dan juga bidang kuasa-bidang kuasa ataupun enakmen-enakmen sebab lepas pada ini kita akan bentang lagi beberapa enakmen yang berkait melibatkan sihir apa dan sebagainyalah, melibatkan orang perempuan menyerupai lelaki, sebab hok ada ni hok lelaki menyerupai perempuan, agar semua enakmen ini juga difahami dari semua masyarakat dan dia tahu menda ini salah ataupun tidak bersalah, jadi semua mainkan peranan, insya-Allah, negeri kita, negara kita akan dirahmati oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Yang kedua berkait dengan pendidikan. Banyak peruntukan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri dan kita sebenarnya telah ada blueprint ataupun pelan kita iaitu Pendidikan Terengganu Sejahtera sehingga 2030. Hasrat kita melahirkan semua generasi, semua lapisan ke arah Maju, Berkat dan Sejahtera. Yang keberkatan itu ada syarat-syarat dia dan juga melahirkan kesejahteraan bukan hanya di dunia, tetapi sejahtera dunia dan juga akhirat. Mempunyai misi yang panjang, dan kerana itu cara pendekatan yang terbaik adalah melalui pendidikan. Memang kos dia tinggi dan dia tak ada return pulangan dollar and centlah. Tetapi pendidikan ni tukang perabislah. Jadi apapun, ada orang kata pendidikan ini lama akan membebankan kewangan Kerajaan, tetapi insya-Allah dengan berkat usaha kita, pendidikan untuk anak-anak ni insya-Allah akan mendatangkan sumber Insya-Allah kita boleh ubah masyarakat untuk masa akan datang melalui pendidikan, dan kita pun tengok dalam pilihan raya baru ini, saluran 8, saluran 7, 6, orang muda belaka. Hok payah degih saluran 1 lah, ke guana Telemong? Jadi hok lama-lama tu payah jugaklah. Jadi sapa satu masa Insya-Allahlah, dan ini merupakan proses pendidikan. Saya memahami hasrat Yang Berhormat Batu

Buruk, kebimbangan dia sebab ialah yang terbaru kita dengar apabila Parlimen Singapura telah membatalkan Seksyen 377A Kanun Keseksaan baru-baru ini, 93 ahli Parlimen dia menyokong, hanya tiga orang sahaja yang membantah, yang melibatkan undang-undang telah menghalalkan, tarik balik, dulu hukuman dua tahun, apabila hubungan seksual antara lelaki sama lelaki, dan sekarang ni dah halal dah, jadi dok salah doh. Jadi, Johor dulu Singapura ni negeri melayu kita, Temasik, tetapi kerana ahli parlimen dia, parti yang memerintah, dasar yang dibawa dan menda ni menghimpit kita. Termasuk jugak di Thailand Utara, dengan dasar LGBT apa dan sebagainya, dasar liberal dia. Jadi kita ni duduk tengah ni. Apatah lagi kita nak mempertahankan dasar dan prinsip kita yang Terengganu ni Itqan Al-Muluk Bi Ta’dil As-Suluk telah meletakkan melayu melayuiah islamiah, melayu islam yang merupakan 96%, 97% kita masih lagi mengekalkan dan melibatkan hukum-hukum syariat Islam termasuk yang melibatkan Enakmen Takzir dan juga yang melibatkan hudud dan sebagainya. Jadi, perkara-perkara ini orang panggil akan mempengaruhi anak muda kita, kebimbangan kita dengan benih-benih yang sedia ada, khususnya beberapa ideologi-ideologi yang bertentangan dengan Islam dan ianya semuanya datang daripada barat, dengan agenda sekularisme, agenda-agenda orang panggil kapitalis, komunis, sosialis, nasionalisme, sekarang ini dengan agenda liberal (LGBT) dan sebagainya akan sentiasa mengasak khususnya dari kalangan anak-anak muda kita.

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Laluan sekali

[ketawa] tanya lah, betul ke

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Minta laluan sekali, Dato’ Yang di-Pertua.

mentang-mentang

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Saya minta laluan

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Sedikit je, Yang Berhormat EXCO, sekarang ini Yang Berhormat takut itu, takut kepada saya rasa takut kepada perbandingan. Itu perkara yang bagus, pada saya sekarang ini, Yang Berhormat PAS dah yang terbanyak dalam Parlimen, apa-apa nak buat, buat ah, tiada masalah, kita ada tiga puluh je, buat yang terbaik kita nak tengok yang terbaik demi agama, bangsa dan negara, terima kasih. Duk royak hok jauh-jauh buat mender [ketawa]

[ketawa] Cakap sedap belaka demi bangsa, agama, negara, hok sama-sama agama, PN ni 72 kerusi melayu muslim, satu sahaja bumiputera, tetapi yang gi pakat ngan hok nung, bakpe. [ketawa]

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Yang Berhormat…

perjuangan pegangan ummah tu lain

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

kalu nak baloh lagi boleh, Yang Berhormat kena faham, kita ni kenapa Yang Berhormat kata gitu, kita dah sanggup kita jadi pembangkang tetapi atas Titah Kebawah Duli Tuanku, kita nak buat lagu mana, kalau titah Yang Berhormat, Yang Berhormat nak kata lagu mana

dakpe ah, kita lepas ni, kita minum air, kita nyanyi lagu baru hok Perdana Menteri tu, saya dok dang nyanyi anggor nak ajok Kijal hoi ho ya hoi

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Eh ni Dato’..

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

kita tetap pertahan Yang Berhormat, demi agama, bangsa, negara kita dok kira,

aku ah [ketawa]

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

kita pertahan,

aku nak translate [ketawa]

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

kalau mana-mana Yang Berhormat yang ngaruk ngabang kita lawan guaner-guaner pun

aku nok translate dengan bahasa Kuala Berang. [ketawa]

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Mung nak translate, aku lawan ganer-ganer pun, tak dok hal

hoi ho ya hoi [ketawa]

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

terima kasih. [ketawa]

Okey okey okey, jadi Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, jadi ini kebimbangan kita sebenarnya dan bukan kita tengok negara jiran kita Indonesia dan sebagainya perjuangan esleep dan sebagainya telah memberi kesan yang cukup besar bukan hanya dalam pemikiran, peramalan, praktikal dan sebagainya dan ini merupakan berkait dengan akidah, dengan pegangan, dengan kepercayaan yang akhirnya mengambil masa, akhirnya Islam ini akan terhakis daripada masa ke semasa dari segi praktikal dan pengamalan. Kita tidak runsing sebab Allah Ta’ala jaga agama ni, tapi kita runsing bangsa kita, anak didik kita, keturunan kita, zuriat kita, anak

cucu kita, makin hari makin hilang kerana itulah kita mementingkan pendidikan walaupun dari peringkat awal Prasekolah, mungkin setengah orang kata ini wak perabih pitih, duit sebagainya, tapi pendidikan itu Rasulullah sendiri suruh start bermula umur tujuh tahun jadi pandangan Yang Berhormat apa sebagainya, start daripada Prasekolah itu merupakan yang terbaiklah dan kita insya-Allah dengan kerjasama Yayasan Islam Terengganu, Yayasan Terengganu, Jabatan-jabatan dan sebagainya, insya-Allah kita mengambil orang panggil peranan untuk memastikan anak-anak kita insya-Allah sentiasa berada dalam keadaan dilindungi oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Di sana ada Ahli Yang Berhormat sebut tentang keciciran pelajar, saya mengambil kesempatan ini pada tahun 2021 ini, Terengganu masih lagi mengekalkan kecemerlangan di peringkat SPM, dengan 90.94% yang mendapat Sijil SPM dan juga GPN 4.72 dengan semua pelajar mendapat keseluruhan A - 321 orang.

Begitu juga Terengganu menjadi nombor satu yang terbaik di peringkat STPM, dengan pencapaian semua A - 204 orang dengan PNGK 3.03, saya ambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada Pengarah JPN Negeri Terengganu, Pengarah JPINT, Yayasan Terengganu dan semua mereka-mereka yang terlibat dalam pendidikan, yang terus mengungguli anak-anak Terengganu kita pencapaian di peringkat nasional dan di peringkat kebangsaan. Dan kalau berdasarkan saya sebut tadi 90.94% anak-anak Terengganu kita, dapat capai dapat Sijil SPM, mana di sana ada 9.06% yang tidak dapat Sijil SPM, dan lagi tidak semua dari kalangan anak Terengganu kita ini yang seusia mereka mengambil orang panggil SPM, sebab ada juga yang mengambil pengajian-pengajian lain dan sebagainya. Sekarang ini pihak Yayasan Terengganu sedang merangkalah untuk mendapatkan maklumat data dan sebagainya sebab kita nok tahu juga ke arah mana mereka-mereka ini, pelajar-pelajar ini kalau dia tidak ambil orang panggil ikut kos biasa ini, mereka sambung apa tahfiz ke, pondok ke sebagainya paling kurang kita dapat maklumat ke mana anak-anak kita ini pergi ataupun lepas SPM, dia tidak berjaya dari segi akademik, dia boleh pergi kemahiran-kemahiran dan sebagainya, at least kita akan dapat data sebenar dan untuk mengelakkan pelajar-pelajar kita yang tercicir, sebab memang tidak dapat di nafikanlah ada di kalangan anak-anak kita yang tidak berminat untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi dengan alasan, ye kata kekgi lulus, dapat sijil pun dokleh kerja juga, tetapi kena faham dari segi agama, dari segi Islam kita, menuntut ilmu itu merupakan ibadat

“menuntut ilmu itu merupakan satu kefardhuan atas lelaki dan juga perempuan”.

Itu merupakan ibadah, kewajiban kita menuntut ilmu, masalah kerja apa sebagainya insya-Allah Allah Ta’ala akan kurniakan rezeki dia dan memang kita menggalakkan bukan hanya meletakkan sasaran jawatan-jawatan tertentu berdasarkan keputusan ataupun pengajian mereka tetapi antaranya yang Rasulullah syorkan 9/10 datang daripada perniagaan dan kita digalakkan supaya mencipta peluang-peluang pekerjaan bukan hanya untuk diri sendiri tetapi juga anak bangsa kita agar kita semua dapat meneroka, dapat ruang-ruang rezeki yang terlalu banyak sama ada yang kurniakan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala pada negeri kita ini. Apa pun insya-Allah, kita akan cuba membuat pemantauan agar tidak ada pelajar-pelajar kita yang tercicir dalam mengikut arus perdana pendidikan ini dan insya-Allah berusaha untuk menyambung pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi, insya-Allah. Hok baki tu ye lah [ketawa] ucap terima kasih semualah kepada pengundi-pengundi yang telah mengundi dan saya pun runsing juga umur 18 tahun ini pelajar-pelajar kita doh boleh mengundi, jadi umur 18 tahun ini, 17 tahun ambil SPM, 18 tahun ambil STPM, jadi apa pun pendidikan politik ini perlu diperkenalkan dari kalangan mereka supaya mereka ini orang panggil bijak memilihlah, tidak terperangkap dengan janji-janji palsumu. [ketawa]

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Hok ni saya setuju, hok aku ni aku setuju, pendapat Yang Berhormat EXCO ini bagus Dato’ Yang di-Pertua. Saya setuju, pendidikan politik diperlukan pada anak-anak muda, jangan buat janji-janji palsu, ini beloh alik nung pulok janji-janji..

[ketawa] tapi betullah, tidak nafi hok tu, apa pun sebagaimana disebut oleh apa Yang Berhormat Tepoh, kita pun tidak boleh merendahkan pemikiran anak muda hari ini, dia jauh ke hadapan, kalau zaman kita dulu masuk darjah satu baru start A B C, sekarang ini budak nak masuk darjah satu pandai baca, pandai menulis belaka dah, dia lebih cerdik, saya kata dah budak kecil pampers duduk punggung, tangan gini dah main handset ayah dia, lebih mahir ke hadapan jadi belang-belang dok wat pendidikan politik tu, 8-0 boh. [ketawa]

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Tak apalah, mung gonglah 8-0, jumpa pulok kekgi [ketawa]

Aku bukan nganjing naper, sebut je.[ketawa]

Yang di-Pertua

Teruskan Yang Berhormat, teruskan.

Ranap dah, sekarang ini apa yang kita nak maksudkan bahawa PAS dan juga Perikatan Nasional mampu untuk ke hadapan untuk menjadi pengganti kepada UMNO, Barisan Nasional.

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Saya, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, dalam bab ini, Yang Berhormat dok boleh kata gitu, saya tidak hairan, sebab

bakpe nak marah ke saya, giliran saya cakap

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

saya dok marah, tapi pandangan saya Yang Berhormat, pada saya

Dok habis pandangan mung, giliran mung [ketawa]

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

saya tidak hairan, sebab PAS pernah duduk belaka dah, tak ape lah [ketawa]

giliran aku lah pulok cakap ini [ketawa]

Yang di-Pertua

saya ingat tidak perlu kita panjangkan

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Ni giliran UMNO pulok, dok soh marohlah

Yang di-Pertua

Yang Berhormat, cukuplah doh ork

Okey, saya kata, sebab kalau tengok ranking pun, sampaikan dah 30 dah, jadi sekarang ini PAS dan Perikatan Nasional yang melayu muslim yang perlu diletakkan sebagai pengganti yang dulu kita panggil PGU (Pas Ganti Umno). Saya rasa UMNO ni insya-Allah dok, pakat-pakat mari ke Perikatan Nasional lah.

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Wi borang lalu ke Telemong tu.

Kita pun letok batu nisan tutup kon lah.

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Sebut kata lompat dok lagi r.

Habis zaman doh. Kalu zaman dulu dinosaur ork, tadok doh lening. Masuk muzium tinggal khake doh.

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Yang Berhormat royat apa-apa pun, saya tetap bertahan duduk sini. Pada saya…

Allahu Akbar.

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Pada saya, lompat ke sana ke mari lagi tadok berintegriti.

Yang di-Pertua

Dok apa, dok apa Yang Berhormat.

Itu saja Yang Berhormat, sebab kita lapor perut, nok sembahyang deh. Sekador tu. Paka mohon menyokong.

Yang di-Pertua

Okey terima kasih Wakil Paka. Cuma saya nak ingatkan Yang Berhormat Telemong sebab tadi cakap laju sikit. Saya dokdang nok brake tadi. Ini sebagai ingatan bersama ini Yang Berhormat. Dalam kita punya Standing Orders Perkara 46 (15), nama baginda Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Duli Yang Maha Mulia Raja bagi Negeri Melayu atau salah sorang Yang Terutama Gabenor Pulau Pinang dan Melaka atau mana-mana Pemangku Raja atau Ahli Jemaah Pemangku Raja bagi sesebuah Negeri Melayu tidaklah boleh digunakan untuk mempengaruhi Dewan. Saya nak peringat jelah. Tak apalah makna dah sebut, sebut dah tadi. Sebab Yang Berhormat sebut tadi. Dah Agong wak keputusan. Jadi tak payah sebut sebenarnya yang melibatkan dari segi nama Yang di-Pertuan Agong ini. key alhamdulillah, kita dah selesai penggulungan daripada Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri setakat yang hadirlah. Sebab ada EXCO, Yang Berhormat Ajil, Yang Berhormat Kota Putera yang tak dapat hadir kerana uzur dan esok insya-Allah Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan membuat penggulungan terakhir. Oleh kerana beliau terpaksa mengiringi Duli Yang Mulia Sultan, Mesyuarat Majlis Raja-raja sejak daripada kelmarin.

Sebelum saya tangguh, saya jugak nak sebutkan bagi memberi sokongan kepada industri batik di negeri kita ini dan kita telah praktikkan setiap hari Khamis, esok kita pakat pakai batiklah dalam sidang terakhir esok. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya tangguhkan persidangan kita kepada hari esok, 1 Disember 2022 jam 9.30 pagi dan kita tangguhkan dengan Tasbih Kaffarah dan Suratul Asr.

DEWAN DITANGGUHKAN PADA PUKUL 4.40 PETANG