Terengganu · 1 December 2022

14th Assembly, 5th session, 3rd meeting · 308 turns · 16,702 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalTerengganu publishes one PDF per meeting, with the written answers appended. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

Soalan-Soalan LisanQuestions

Yang di-Pertua

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli Yang Berhormat sekalian, mesyuarat disambung semula. Bagi memulakan Persidangan kita pada pagi ini marilah sama-sama kita membaca ummul quran Al-Fatihah.

Mesyuarat pada pagi ini diteruskan dengan Soalan-soalan Lisan. Berikut adalah Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberi notis untuk mengemukakan Soalan-soalan Lisan pada hari ini, 1 Disember 2022 iaitu dari:

1 Yang Berhormat Wakil Rantau Abang 2 Yang Berhormat Wakil Jertih 3 Yang Berhormat Wakil Pengkalan Berangan 4 Yang Berhormat Wakil Batu Rakit 5 Yang Berhormat Wakil Bandar 6 Yang Berhormat Wakil Kuala Besut 7 Yang Berhormat Wakil Air Putih 8 Yang Berhormat Wakil Permaisuri 9 Yang Berhormat Wakil Ajil 10 Yang Berhormat Wakil Kemasik 11 Yang Berhormat Wakil Wanita 12 Yang Berhormat Wakil Tepoh 13 Yang Berhormat Wakil Batu Burok 14 Yang Berhormat Wakil Seberang Takir 15 Yang Berhormat Wakil Sura 16 Yang Berhormat Wakil Telemong 17 Yang Berhormat Wakil Buluh Gading 18 Yang Berhormat Wakil Hulu Besut 19 Yang Berhormat Wakil Manir

Sekarang saya persilakan dengan sebuah pantun.

Rantau Abang jadi bualan, Punyai jiwa pejuang sejati, Jemput Yang Berhormat tanyakan soalan, Lunaskan apa yang terbuku di hati.

Silakan Yang Berhormat.

Haji Alias bin HarunPAS · GSRantau Abang

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya ialah soalan nombor 1-

Apakah bentuk program yang telah dijalankan secara usahasama di antara Kerajaan Negeri, PBT dan Jabatan Alam Sekitar berkaitan dengan program-program kelestarian alam sekitar?

Dato’ Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Terima kasih kanda daripada Rantau Abang. Yang dihormati Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, rakan Berhormat, Pegawai Kerajaan dan pemerhati yang dikasihi sekalian. Wakil Rantau Abang ingin tahu tentang bentuk program yang telah dijalankan sesama di antara Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan Jabatan Alam Sekitar berkaitan dengan program-program kelestarian alam sekitar. Untuk makluman Ahli Dewan sekalian, antara bentuk program yang telah dijalankan secara usaha sama di antara kerajaan Negeri PBT dan Alam Sekitar adalah seperti antaranya program kempen-kempen gotong-royong dan program-program berkaitan alam sekitar tentang penjagaan dari segi kehijauan, kebersihan, air dan sebagainya. Semua kita buat secara kerjasama di antara Kerajaan Negeri dan juga Jabatan Alam Sekitar. Terima kasih.

Haji Alias bin HarunPAS · GSRantau Abang

Soalan tambahan saya yang pertama ialah saya merakamkan terima kasih kepada agensi-agensi yang terlibatlah dalam usaha-usaha untuk melestarikan alam sekitar kita ini sebab ini merupakan perkara yang penting dalam penghidupan kitalah sehari-hari ini. Suasana sekarang ini tidak seperti dulu terlibat terlalu banyak perkara yang boleh menggugatkan nyawa kita. Jadi soalan saya, sejauh manakah sambutan program-program yang dianjurkan.

Dato’ Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Terima kasih Rantau Abang. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli Dewan sekalian, setakat ini program-program yang telah kita anjurkan antaranya ialah Kempen Tiada Beg Plastik dan Pemberian Penyedut Minuman, Kempen Tidak Menggunakan Beg Plastik (Single Use Plastic) dan juga Penyedut Minuman. Pelancaran telah dibuat diperingkat ngeeri yang telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar pada 22 Mac 2022 susulan daripada itu, pihak PBT bersama Alam Sekitar telah membuat kempen di 63 bazar ramadan pada bulan Ramadan baru ini melibatkan 5342 peniaga yang telah menyertai program tersebut. Sambutan daripada peniaga memanglah semuanya bersetuju dengan apa yang kita kempen tapi isu yang ditimbulkan antaranya ialah pilihan setakat ini belum banyak pilihan yang boleh diberikan untuk menggantikan penggunaan plastik yang bagi mereka dia lebih mudah, lebih convenience untuk dengan izin untuk penjual-penjual dan juga pembeli-pembeli. Jadi walaupun sambutan secara persetujuannya memang ada tapi pelaksanaannya masih lagi belum capai bagaimana yang kita harapkan.

Yang kedua, program pengumpulan barangan elektrik dan elektronik yang melibatkan sisa pepejal elektrik seperti mesin basuh, televisyen, penyaman udara, dan lain-lain. Program ini dijalankan secara berkala bersama-sama pihak PBT, NGO, IPT di seluruh daerah pada setiap bulan dengan anggaran 20 metrik tan setahun. Ini juga masih belum mendapat sambutan yang kita harapkanlah daripada masyarakat kerana masih banyak kita tengok lagi bahan-bahan ini dibuang dalam tong-tong sampah awam, tepi jalan berlonggok-longgok. Itu antara yang menyebabkan sampah kita jadi banyak, jadi tak mampu ditampung oleh tong sampah yang kita ada. Sepatutnya, kalau diamalkan kita dah gazette di setiap tempat ada tempat pengutipan tambahan e-waste ini kalau itu dibuang daripada mereka dapat pulangan hasil pulak tu dengan jualan dengan harga yang dibayar.

Maka itu akan dapat mengurangkan juga longgokan sampah-sampah e-waste di tong-tong sampah kita. Tapi sambutan setakat ini memang tidak begitu menggalakkan dan masih belum meluas. Bagi kempen kiat perlu diteruskan lebih agresif lagi, insya-Allah untuk tahun 2023 nanti.

Yang ketiga, Program Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar peringkat Negeri Terengganu pada 20 September 2022 yang telah mensasarkan penglibatan para-para pelajar daripada sembilan buah sekolah rendah, manakala enam buah sekolah menengah dalam usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Ini juga antara program pendidikan awal di peringkat sekolah yang sangat baik. Tapi oleh kerana kita juga bagi peruntukan yang terhad kita menghadkan bilangan para pelajar yang menyertai program ini. Apa yang saya dapati hasil daripada program ataupun pertandingan yang dibuat memang kreativiti di kalangan para pelajar sekolah sangat tinggi dan boleh dan saya sangat menghargai sumbangan daripada pihak sekolah tentang kaedah-kaedah baharu inovasi yang untuk digunakan ataupun untuk melestarikan alam sekitar. Cuma itulah had dari segi penyertaan ini insya-Allah Bajet tahun 2023 boleh tambah supaya lebih banyak lagi dapat melibatkan sekolah-sekolah di seluruh Negeri Terengganu.

Yang keempat, Program Penghijauan Malaysia melalui kempen penanaman 100 juta pokok dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu. Pihak Berkuasa Tempatan dan Jabatan Alam Sekitar telah menagihkan sebanyak 800 anak pokok di seluruh Negeri Terengganu bagi tahun 2022. Sejuta pokok di seluruh negara, jadi untuk Terengganu setakat ini kita hanya berjaya mengagihkan 800 anak pokok. Ini juga memerlukan kerjasama dan juga kewangan untuk kita bekalkan secara percuma anak-anak pokok ini. Masalahnya dari segi masyarakat kalau tak bagi anak pokok dia pun tak nak tanam. Jadi kita kena cari duit juga mana-mana pun bagi anak pokok secara percuma supaya boleh tanam di kawasan kejiranan masing-masing.

Yang kelima Sambutan Hari Ozon Sedunia Peringkat Negeri Terengganu pada 20 September 2022 di Pejabat Daerah Kuala Nerus dengan penyertaan 305 orang peserta. Yang keenam, sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia Peringkat Negeri Terengganu diadakan di Ladang Rakyat Setiu pada 20 Jun 2022 melibatkan seramai hanya 205 orang peserta dan Sambutan Hari Alam Sekitar Peringkat Negeri Terengganu juga telah diadakan di Dewan Auditorium Mahyuddin Universiti Malaysia Terengganu (UMT) pada 29 Oktober 2022 yang melibatkan seramai 400

orang peserta. Itulah antara program-program besar yang telah kita laksanakan dan pencapaian yang telah kita capai setakat ini. Terima kasih.

Haji Alias bin HarunPAS · GSRantau Abang

Terima kasih atas penjelasan. Soalan tambahan saya yang kedua ialah, ada program-program yang nampaknya Pihak Kerajaan rasa puas hati, tapi ada juga yang tidak ada, tak capai pada tahap kepuasan kehendak Kerajaan. Jadi, secara keseluruhannya adakah Pihak Kerajaan berpuas hati terhadap ke semua program-program yang telah dilaksanakan?

Dato’ Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Terima kasih Rantau Abang. Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli Dewan sekalian. Memang kerja mendidik ataupun memberi pendidikan kepada masyarakat memerlukan masa yang panjang dan kerja yang agak meletihkan. Walau banyak kempen-kempen antaranya kita sebut, gotong royong yang kita anjurkan. Penyertaannya kalau kita jemput biasanya jabatan kerajaan yang hadirnya. Kalau melibatkan pelajar, pelajar UMT, pelajar UNISZA, pelajar-pelajar IPT lah tersebut yang mudah diarah dan memberi kerjasama. Penglibatan masyarakat setempat agak kurang memberangsangkan. Ini memang fenomena berlaku di mana-mana lah saya kira, kesedaran daripada masyarakat itu sendiri kurang tentang untuk penjagaan kebersihan dan kelestarian alam sekitar. Begitu juga tentang penggunaan plastik kita sebut tadi. Penggunaan plastik, single use plastic, yang kita nak hapuskan seboleh bolehnya penggunaan ini kerana ia satu perkara yang selain daripada mencemarkan alam sekitar ia mendatangkan bahaya kepada orang ramai kerana plastik ini dia memakan masa yang lama untuk dilupus di atas muka bumi ini. Mungkin 200 tahun ataupun lebih daripada itu dan kalau dibuang merata-rata dia akan menjadi mikroplastik dan dia akan dibawa oleh air hujan, air longkang ke sungai, ke laut dan menjadi makanan ikan. Ikan ingatkan dia punya makanan, macam orang panggil bila terapung tu, macam ikan-ikan kecil dia akan makan, dan ini akan menyebabkan bahan yang dipanggil karsinogenik bila kita makan ikan tersebut. Tapi ini maklumat ini mungkin belum dapat difahami oleh orang ramai. Pembuangan plastik merata-rata, penggunaan plastik masih berleluasa. Ini antara perkara yang sangat kita rasa tidak berpuas hati. Walaupun pihak PBT menetapkan setiap hari Sabtu, tidak guna lagi rajuk ataupun beg plastik di kedai-kedai supermarket kita dan sebagainya, tapi mereka walaupun kita denda 20 sen bagi mereka kecil sangat 20 sen tu, masih lagi tak bawak beg daripada rumah dan sanggup bayar 20 sen untuk satu beg plastik. Ini memang perkara yang

saya rasa macam tak berjaya lagilah kempen ini. Mungkin kena dipertingkatkan lagi. Begitu juga walaupun kita kata barang-barang e-waste elektrik dan elektronik waste ini boleh di recycle, boleh dibuang dan dapat imbuhan bayaran daripada bahan tersebut tetapi orang kita ni dah kaya kot jadi tak kisah sangat lah dua tiga ringgit, sepuluh ringgit, tak kisah sangat. Tak pe lah buang lah yang mana-mana yang boleh buang. Ini antara perkara yang perlu biasanya Jabatan Alam Sekitar, PBT dan Kerajaan Negeri akan melihat perkara ini untuk tahun 2023 dengan lebih berfokus dan lebih banyak lagi program-program yang kita perlu anjurkan khususnya dari segi menyedarkan masyarakat tentang kepentingan tanggungjawab bersama menjaga alam ini yang akan kita warisi pada generasi akan datang. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya jemput Wakil Jertih.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya soalan yang kedua-

Berapakah tempoh masa kontrak yang diberikan kepada Syarikat First Parking yang mengendalikan Sistem Parking Kenderaan di Besut?

Yang di-Pertua

Soalan yang kedua ni bukan kelmarin bincang dah kelmarin. Bab parking panjang dah kelmarin.

Dato’ Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Soalan nombor satu lah plak.

Yang di-Pertua

Ini nasihat saya lah, dari segi hak soalan soalan Yang Berhormat tapi saya nak Dewan ni mesti mendapat maklumat-maklumat yang tidak sama lah.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, kelmarin walaupun tajuk sama tapi tidak berkisar kepada soalan bila kontrak ni tamat.

Yang di-Pertua

Sikit je Yang Berhormat. Patut kelmarin dah selesai.

Dato’ Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Tak pe saya jawab tak pe. Tak dok masalah.

Terima kasih Wakil Jertih yang rasa nak juga soalan kelmarin. Saya nak jawab je kelmarin, tapi dah banyak soalan tambahan tu nanti orang soal plak tapi Jertih masih tidak puas hati kita jawab je lah. Soalannya berapa tempoh masa kontrak yang diberikan kepada Syarikat First Parking yang mengendalikan Sistem Parking Kenderaan di Daerah Besut? Untuk makluman Wakil Jertih dan Ahli Dewan semua, tempoh masa kontrak kepada yang diberikan kepada Syarikat First Parking Sdn Bhd adalah selama lima tahun, bermula 1 Mei 2021 sehingga 30 April 2026. Terima kasih.

Soalan tambahan yang pertama, kelmarin, semalam diberitahu bahawa pendapatan hasil daripada parking ini iaitu RM330,000 untuk tahun ini berakhir pada bulan Oktober kalau tidak silap saya. Pohon penjelasan, hasil ini berapa dapat yang diperolehi oleh syarikat. berapa yang diperolehi oleh Majlis Daerah Besut?

Dato’ Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Terima kasih Wakil Jertih. Melalui perkongsian pintar pihak Majlis tidak mengeluarkan sebarang kos. Pertama, tidak ada kos operation dan MDB, Majlis Daerah Besut akan mendapat bayaran daripada Syarikat tersebut sebanyak minimum RM20,000 ataupun 30% daripada hasil kutipan kasar bulanan hasil daripada kutipan tempat letak kereta. RM20,000 sebulan bersih tidak ada opeks. Kalau kutipan itu melebihi kita kira 30% daripada hasil kutipan tersebut. Terima kasih.

Soalan tambahan yang kedua, kita tengok peningkatan daripada 2021 iaitu RM180,000, 2022 tak berakhir lagi tahun ini RM333,000 maknanya peningkatan yang agak ketara. Jadi kita nak tahu sumber pendapatan ini, adakah hasil daripada parking ataupun hasil daripada denda, yang mana denda RM5 tadi maksima denda untuk 31 hari RM300 dan adakah cadangan daripada pihak Kerajaan untuk mengurangkan denda yang kalau ikut peratus terlalu tinggi daripada RM5 kepada RM300? Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua.

Dato’ Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Terima kasih Wakil Jertih sekali lagi. Hasil yang kita sebut itu adalah kalau yang disebut di sini, adalah hasil kutipan daripada bayaran parking. Jadi bila inilah antara kita nak mendidik masyarakat ini dia ada dua jenis, satu masyarakat yang baik ini bila kita sebut suruh bayar, bayar tiada masalah. Itu memang normal dalam masyarakat, tapi ada golongan yang jika kita tidak diugut ke apa lah, tidak dikatakan bahawa kalau tak bayar kena denda, dia baru nak bayar. Kalau semua nak kena hukuman, dia baru terfikir nak bayar tapi kalau kita kata tak bayar denda ataupun denda lebih kurang dengan bayar baik bayar denda daripada bayar tiket parking. Ini antara masyarakat kita pada hari ini. Kutipan kita sebut itu adalah kutipan hasil daripada tiket ataupun daripada bayaran parking, bukan daripada denda, denda pun tak banyak mana, yang banyak adalah daripada kutipan parking dan inilah antara kejayaan bila kita buat secara digital ini lebih mudah orang bayar parking dan juga orang mula berasa bertanggungjawab untuk membayar parking. Sebab itulah kutipan kita telah meningkat begitu baik sekali dengan pengurusan secara penswastaan dan ini semua kos operasi ditanggung oleh syarikat First Parking, terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat, saya persilakan Wakil Pengkalan Berangan.

Sulaiman bin SulongPAS · PNPengkalan Berangan

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan nombor 1-

Berapakah jumlah warga emas penerima manfaat dari Program Pencen Rakyat bagi tahun 2021 dan 2022?

Haji Hanafiah bin MatPAS · PNCukai

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dan seluruh Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan dan Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian. Soalan nombor 1: Berapakah jumlah warga emas penerima manfaat dari Program Pencen Rakyat bagi tahun 2021 dan tahun 2022?

Seramai 20,691 orang warga emas telah menerima insentif pencen rakyat bagi tahun 2021 manakala bagi tahun 2022 seramai 25,905 orang warga emas yang layak dan menepati syarat menerima pencen rakyat. Program Pencen Rakyat telah memberi manfaat kepada 20,691 orang warga emas bagi tahun 2021 melibatkan perbelanjaan RM6,207,300.00 manakala bagi tahun 2022 memberi manfaat kepada 25,905 orang yang melibatkan perbelanjaan RM25,953,000.00.

Sulaiman bin SulongPAS · PNPengkalan Berangan

Okey, terima kasih. Maklum mengetahui bahawa Program Pencen Rakyat ini adalah inisiatif menerusi Manifesto PAS Negeri Terengganu dalam Pilihanraya Umum yang ke 14 lalu. Ianya diwujudkan khusus untuk golongan warga emas di Negeri Terengganu. Sedikit isu yang berlaku ialah kadang-kadang kekeliruan berlaku apabila syarat-syarat kelayakan itu tidak difahami dengan jelas di peringkat kalangan warga emas, jadi kita minta Sidang ataupun Dewan pada hari ini untuk menyatakan syarat-syarat mereka yang layak untuk mendapatkan bantuan pencen rakyat ini.

Haji Hanafiah bin MatPAS · PNCukai

Okey, terima kasih.

Syarat-syarat kelayakan untuk mendapat bantuan pencen rakyat, ialah:

1 Berumur 60 tahun dan ke atas pada 1.1.2022.

2 Pemohon adalah ketua isi rumah atau salah seorang isi rumah warga emas yang layak memohon.

3 Pemohon bukan pesara kerajaan atau penerima pencen dan tidak mendapat bantuan bulanan daripada JKM, MAIDAM atau PERKESO atau mana-mana agensi Kerajaan.

4 Pendapatan isi rumah pemohon adalah dibawah RM2,500.00 sebulan.

5 Penerima pencen rakyat tahun 2021 layak untuk menerima semula pada tahun 2022 sekiranya memenuhi syarat yang telah ditetapkan. 6 Pemohon baharu tahun 2022 juga dibuka untuk memohon yang layak. 7 Pemohon adalah rakyat Negeri Terengganu dan menetap di Terengganu.

8 Maklumat pemohon wajib ada dalam sistem profil rakyat Terengganu PRT20. 9 Pemohon adalah pengundi berdaftar di Negeri Terengganu.

Sulaiman bin SulongPAS · PNPengkalan Berangan

Agihan pencen rakyat Terengganu bagi tahun 2022 telah selesai diagihkan baru-baru ini dan kita ucap berbanyak terima kasih kepada agensi-agensi seperti Pejabat Daerah, Pusat Khidmat DUN, IMITS, TSIS dan seumpamanya yang telah memberi kerjasama yang baik. Jadi, soalan saya ialah: Mohon dinyatakan jumlah pemohon yang layak mengikut Parlimen?

Haji Hanafiah bin MatPAS · PNCukai

Bil Parlimen Jumlah Pemohon Yang Layak Pecahan Bajet Yang Diperlukan (Daerah) 1 Kuala Terengganu 2,157 RM1,294,200 2 Kemaman 4,655 RM2,739,000 3 Dungun 1,964 RM1,178,400 4 Besut 3,376 RM2,025,600 5 Hulu Terengganu 3,583 RM2,149,800 6 Marang 4,214 RM2,528,400 7 Setiu 3,224 RM1,934,400 8 Kuala Nerus 2,732 RM1,639,200

JUMLAH 25,905 RM15,543,000

Terima kasih.

Yang di-Pertua

Sekarang saya persilakan Wakil Batu Rakit, sila.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya soalan nombor 1-

Apakah perkembangan mutakhir perancangan dan pelaksanaan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu yang mulia ini, telah diperkenankan oleh KDYMM Sultan Terengganu dan telah diwartakan oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2002 lagi iaitu pada 20 tahun lampau lagi?

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, ADUN Batu Rakit bertanyakan apakah perkembangan mutakhir perancangan dan pelaksanaan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu yang mulia ini, yang telah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu dan telah diwartakan oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2002 iaitu 20 tahun yang lampau.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah ini termasuk Hudud, Qisas dan Takzir yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri pada 8 Julai 2002 dan kita telah melaksanakan yang melibatkan Takzir. Tinggal lagi yang melibatkan hudud dan qisas, kita ada masih lagi halangan-halangan yang kita amat memerlukan, itulah hasratnya apabila setelah 22 bulan PH memerintah, kita memulakan gerak kerja untuk kelulusan RUU 355 yang dalam proses sebagaimana yang pernah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama memberi taklimat kepada negeri-negeri berkenaan perkembangan semasa Enakmen RUU 355, yang kita harap insya-Allah Kerajaan yang baru ini dapat meneruskan pembentangan RUU 355 itu.

Adapun, bagi pihak Kerajaan Negeri saya rasa kita telah menjawab soalan kelmarin yang berkait tentang persiapan soalan daripada ADUN Batu Buruk, langkah-langkah dan juga persiapan-persiapan yang kita lakukan untuk kita bersiap sedia bagi pelaksanaan Enakmen yang melibatkan, jika sekiranya Rang Undang-Undang RUU 355 diluluskan. Adapun, ada satu faktor lagi iaitu kita telah menubuhkan satu jawatankuasa khusus untuk buat pindaan di bawah Portfolio Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah ini bagi mengkaji dan menyemak kembali dan menambah baik peruntukan-peruntukan sedia ada berhubung bidang kuasa Mahkamah Syariah dalam membicarakan dan mendengar kesalahan-kesalahan melibatkan hudud dan qisas. Antaranya Seksyen 2 Enakmen ini, mahkamah telah ditafsirkan sebagai Mahkamah Bicara Khas dan Mahkamah Rayuan Khas. Jadi, dalam hal ini setiap pendakwaan bagi kesalahan hudud dan qisas yang terdapat dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Hudud dan Qisas Terengganu 2002 hendaklah dibicarakan dan didengar di mahkamah, khususnya yang dipanggil Mahkamah Bicara Syariah Khas dan Mahkamah Rayuan Syariah Khas. Jadi kedua-dua mahkamah ini seperti mana yang diperuntukkan Seksyen 2 di atas masih belum lagi diwujudkan maka secara tersiratnya mahkamah syariah yang sedia ada sekarang masih tidak berbidang kuasa untuk membicarakan dan mendengar kesalahan-kesalahan hudud dan qisas.

Oleh itu, kita telah mengadakan jawatankuasa ini yang akan membuat pindaan agar ia selaras dengan tafsiran mahkamah melibatkan terma sahaja, term Mahkamah Bicara Syariah Khas dan Mahkamah Rayuan Syariah Khas kembali kepada istilah mahkamah sahaja yakni Mahkamah Syariah yang sedia boleh untuk mendengar perbicaraan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Undang-undang Negeri Terengganu termasuk dalam Undang-undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu dan Enakmen Mahkamah Syariah Terengganu 2001. Terima kasih.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Maknanya sekiranya RUU 355 ini diluluskan bermakna Kerajaan Negeri telah bersedia untuk melaksanakan enakmen ini tanpa sebarang halangan.

Insya-Allah dan kita nak tengok juga RUU 355 itu seluas mana bidang kuasa yang diberikan sebab hudud dan qisas ini ada orang panggil limit dia ada, kadar-kadar dia. Jika tidak ada limit sebagaimana sedia ada Enakmen 356 yang

ada ning kita ada limit yang terhad lah tiga tahun penjara, RM5,000.00, enam kali sebatan sahaja. Kalau diberi tanpa limit tu Insya-Allah lah tak dop masalah bagi persediaan Negeri Terengganu infra dan sebagainya. kita telah berbincang Terengganu bila-bila masa sahaja kalau tidak ada halangan itu Insya-Allah kita dapat laksanakan. Terima kasih.

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Yang Berhormat soalan.

Yang di-Pertua

Tak apa, tak apa biar yang asal dulu lepas tu saya beri peluang kepada Hulu Besut.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Saya menerima laporan bahawa Enakmen ini tidak sama dengan Enakmen Hudud Dan Qisas di Kelantan sehinggakan ramai rakyat Negeri Kelantan yang datang ke Terengganu semata-mata mahu menonton wayang. Sejauh mana perbezaan ini berlaku.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua tidak tukor bimbo hudud qisas dia dop tahu. Panggung wayang ini dop masuk dalam hukum hudud qisas.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Faham.

Lailahaillallah

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Tetapi sejauh mana enakmen ini berbeza kalau kita tengok Kelantan dop benar tengok wayang sehinggakan orang Kelantan mari sini. Saya takut enakmen jugak berbeza.

Dakpelah Yang Berhormat. Sian dia. Dop payah jawab ah hok gitu.

Yang di-Pertua

Soalan Yang Berhormat ini jadi lain ning.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Dop. Bukan

Yang di-Pertua

Tajuk kita bincang..

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Sebab saya takut.

Yang di-Pertua

Nanti, nanti

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Enakmen pun tidak sama, peraturan undang-undang tidak sama sebab itu saya tanya.

Yang di-Pertua

Nanti saya..

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Sebab berbeza antara Terengganu dengan Kelantan.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, di Terengganu ini kita hanya duduk bawah garis panduan. Kita telah keluarkan Garis Panduan Syariah mengikut portfolio belia sukan, pelancongan, kebudayaan, Kerajaan Tempatan. Apa-apa yang boleh dop boleh panggung wayang pun gitu jugok. Rumoh ada tv ada apa jadi kita bagi yang kita dop benar itu apabila ia menyanggahi syarat-syarat garis panduan yang kita wujudkan. Bila dia bersetuju laksana mengikut panduan kita. Asing lelaki perempuan, dop lah gelap sangat untuk keluarga suku apa sebagainya dan kita pamerkan apa orang panggil garis panduan setiap kali bagi mereka yang menonton apa di panggung wayang tersebut jadi bila dia ikut garis panduan kita mende itu jalanlah. Tak dok masalah.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Jadi dop beza ah Kelantan dengan Terengganu.

Beza apanya, saya khabo ning bukan undang-undang melibatkan hudud, qisas dan sebagainya dop beza menda sabit dengan nas dengan Al-Quran. Takzir ini benda yang tak sabit yang tidak ada nas. Menda yang melibatkan orang panggil panggung wayang apa ning dia dop masuk dalam bab ini.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Betul saya faham

Masuk dalam bahagian pentadbiran je.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Saya takut

Doh faham doh dop apa lah doh faham doh.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Doh sebab Kelantan dop buat.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya minta laluan. Saya dapati dulu lah minta maaf Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Tak apa sila.

Kedua-dua perkara ini cuma saya dapat perbezaan satu je dulu. Di Kelantan disebut bahawa liwat isteri tidak salah. Sama ada dia betul agi dok betul, dok tahu ah masa tu telah menjadi isu. Meliwat isteri.

Yang di-Pertua

Dalam banyak-banyak hok tu Yang Berhormat jumpa.

Dop bukan, kita tengok.

Yang di-Pertua

Dakpe, dakpe Yang Berhormat.

Tapi saya nak tanya adakah menda itu telah diperbetulkan balik atau tinggal gitu je hok Kelantan lah hok Kelantan lah sebab tu bercanggah hok Terengganu tu. Hok tu saya jupe doh satu.

dakpe, dakpe. Saya faham, saya faham.

Saya bercakap bukan hendak reka ning.

Ye, ye. Yang orang suruh ngaji dop ngaji dulu. Mintak maaf lah. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dia kena faham ada hukuman yang melibatkan hudud. Ada walaupun dia tu kesalahan dia tidak melibatkan hudud tapi dia diturunkan kepada takzir. Contohnya seorang bapa bunuh anak bukan maknanya dalam enakmen hudud dia dop kena hudud, bapa bunuh anak. Maknanya dalam bab ini kalu kira dia diturunkan kepada takzir sebab anak dia bukan makna kita dop hukum hudud, dop gitu jugak sebab sama jugak seorang suami meliwat isteri dia. Dia dop masuk dalam kategori hudud tapi bila check dalam takzir ada masuk dalam hukum takzir. Jangan salah faham gitu wang.

Saya mintak penjelasan sebab dop sama.

Saya jelas lah ning. Cara saya jelas gitu nak wat guana.

Jangan ingat kita ngaji sorang je. Nok mari panas jugok kadang-kadang.

Dop eh peseng gitu panas guana.

Yang di-Pertua

Dakpe Yang Berhormat. Peseng dia sungguh cakap nak wat guana.

Lailahaillallah. Doh orang kabo dia maroh plok. Tanya penjelasan wi jelas maroh plok.

Dop maroh tapi panas.

Mareng saroh sikit jawab sikit lari lalu. Petang dop mari.

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, boleh dop saya satu.

Yang di-Pertua

Sila. sila

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Yang Berhormat Paka, PAS tahun 1999 dah menang, 2018 dah menang. Bila agaknya hukum kesalahan bawah hudud dan qisas ini nak boleh dilaksanakan. Bila?

Yang di-Pertua

Tadi terang doh tadi dop?

Baru kejut tido tu. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Dakpe ah.

Dalam kerja amal Islam ini dia bukan start debok wat selalu, dia start dengan ilmu dulu, ngaji ilmu lepas pada ilmu ada niat. Niat tu boleh pahala doh. Lepas tu pergi ke azam.

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

BN lama doh niat menda ning.

Ning nak terang dulu ning. Allah tu lah yang ngaji dop dang tamat sokmo. Canggoh cikgu sokmo (ketawa). Lepas pada niat lepas tu kita azam pastu amal kesungguhan PAS ini makna kita masukkan dalam rang enakmen ini kita wartakan kesungguhan kita. Bukan cakap sahaja. Cuma dah nak buat dop leh nok ada menda lagi sakot-sakot ork dulu macam kita kohek kereta gop. Dop patut kita preh 100 sokmo, Kat kona slow. Kena jumpa trafik light berhenti tapi enjin dop mapuh gedeh gedeh gedeh gedeh. Kekgi lampu kuning hijau kita jalan plok. Adui. Tu Yang Berhormat…

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Saya dengar dulu Kalau menang sahaja esok kita laksana hukum ning kalau ayam gop nak mapuh doh ayam. Kalau ayam.

Kerana menteri umum malam ini kalau menang pukul 12 minyak turun selalu.

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Lagu tu PAS pun sama jugok lagu tu.

Dop sama. Dop boleh nak laksanakan.

dok sama. nak kabo kesungguhan kita dalam melaksanakan syariah ini. Duduk dalam pala kita sokmo. Sebab tu kalu maknanya kerajaan yang diwujudkan melayu muslim ni mudah ana rasa dah ni gabung dengan hok tu gelap gambo doh.

Yang di-Pertua

Ok Terima kasih Yang Berhormat. Saya jemput Wakil Kuala Besut.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya soalan nombor satu-

Apakah usaha pihak Kerajaan untuk meningkatkan ekonomi khususnya di Kuala Besut?

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dan semua yang hadir hari ini. Soalan pertama yang ditanya ialah apakah usaha pihak kerajaan untuk meningkat ekonomi khususnya di Kuala Besut. Ini Yang Berhormat Kuala Besut tanya hal Kuala Besut. Betul lah tu dan saya hari ini jawab bagi pihak sahabat saya yang suara dia klasik sikit hari ini dia dop berapa nak cakap takut-takut spread. apa ning takut dia dop berapa sihat tek takut jangkit-jangkit jadi dia tak mboh jawab hari ini, dia minta saya jawab. Boleh dop? Kuala Besut boleh ke?

Yang di-Pertua

Tak pelah Yang Berhormat Kuala Besut dah maklum pada saya tadi.

Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kota Putera, suara dia dop boleh nak keluar.

Suara dia suara klasik sikit.

Yang di-Pertua

Tak apa, tak apa. Yang Berhormat boleh jawab. Sila.

Terima kasih. Untuk meningkatkan ekonomi di Kuala Besut pertamanya di Kuala Besut ini banyak berkait dengan pulau. Kuala Besut darat dan pulau. Dia ada kaitan dan yang telah kita buat di darat ning ialah pembinaan Kuala Besut Square yang dibina di atas Lot 3892 Mukim Kuala Besut dan siap sepenuh pada tahun lepas 2021 dan kosnya RM20 juta dan asal cadangannya adalah untuk membina satu konsep perniagaan berpusat untuk pelancongan Kuala Besut meliputi gerai jualan produk pelancongan, produk tradisional, makanan tradisional dan kraftangan daripada hasil komuniti Kuala Besut. Itu yang telah dibuat. Terima Kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Ye, kita bersetuju seperti yang dimaklumkan oleh pihak Kerajaan tadi bahawa Kuala Besut Square dibina untuk kita menjual hasil-hasil produk tempatan khususnya keropok, kraftangan dan pelbagai lagi dan Kuala Besut Square juga yang kita rancang dan kita laksanakan pada penggal lepas itu sebab di Kuala Besut kita ada hampir berpuluh kilang keropok. Namun industri hilirannya banyak dijual produk-produk hilirannya di sebelah Kampung Pachakan, di sebelah Kelantan jadi rantaian ekonominya banyak berkisar di luar daripada Besut secara amnya. Jadi dengan adanya Kuala Besut Square ini kita nak supaya produk industri hiliran itu juga dapat dijual di Besut Square dan tidaklah rantaian ekonomi itu berlaku di luar daripada Besut dan juga Terengganu. Cuma persoalan rakyat dan juga persoalan kami di Kuala Besut, Besut Square itu walaupun telah disiapkan namun masih lagi sejuk, Yang Berhormat Dato’ yang di-Pertua, masih lagi slow perniagaannya dan saya dimohon oleh peniaga-peniaga yang ada di sekitar itu yang telah buka kedai itu supaya memohon pihak Kerajaan mengaktifkan dengan aktiviti-aktiviti dan juga program-program di Kuala Besut Square itu dan kalau ada yang peniaga yang tidak meniaga kalau boleh cari peniaga-peniaga yang baru dan yang berminat supaya Kuala Besut Square itu boleh diaktifkan dan juga dirancakkan lagi supaya ekonomi setempat itu dapat digenerate kan semaksimum mungkin. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Saya rasa itu pandangan yang baik dan saya rasa Yang Berhormat di Besut boleh berbincang seterusnya di platform yang sedia ada di Jawatankuasa Pembangunan Daerah dan juga di Majlis Daerah Besut. Insya-Allah kita disini kita

akan terus membantu. Satu lagi ialah cadangan untuk membina jeti baru di Kuala Besut di dalam proses dan perlukan kajian yang lebih lanjut untuk kita laksanakan pembinaan jeti baru di Kuala Besut. Insya-Allah ia akan juga memberikan penambahan ekonomi aktiviti ekonomi di kawasan Kuala Besut. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Okey, terima kasih Yang Berhormat.

Sekarang saya nak jemput Wakil Air Putih ini dia suka berpantun.

Jaguh pantun terasa aura.

Itulah dia Yang Berhormat Air Putih Persilakan Yang Berhormat memulakan bicara Lontarkan soalan gugusan terjernih.

Ab. Razak bin IbrahimPAS · GSAir Putih

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Batang selasih bercabang dua, Satu batang telahpun patah.

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, Soalan saya nombor 1

Mohon penjelasan tentang kos keseluruhan yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri dalam penubuhan SRIDI dan SMIDI setakat ini. Berapakah jangkaan keperluan kos pembangunan SRIDI dan SMIDI untuk menyiapkan semua prasarana sebagai sebuah sekolah?

[ketawa]… ralik ralik [sambil ketawa] terkejut ke ADUN Kijal tek [sambil ketawa] rileks rileks Yang Berhormat. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, ADUN Air Putih bertanya ADUN Air Putih memohon penjelasan tentang kos keseluruhan yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri dalam penubuhan SRIDI dan SMIDI setakat ini. Berapakah jangkaan keperluan kos pembangunan SRIDI dan SMIDI untuk menyiapkan semua prasarana sebagai sebuah sekolah? Kita bab pantun-pantun ini jadi kejut lalu [sambil ketawa]. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, kos keseluruhan yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri dalam penubuhan SRIDI dan

SMIDI setakat ini adalah RM 32.520293.63 juta bagi SRIDI dan RM 9.198805.75 juta bagi SMIDI dan berapakah jangkaan keperluan kos pembangunan mengikut harga semasa prasarana yang sedia ada setakat ini kita mengguna pakai bangunan-bangunan yang sedia ada dan sebahagiannya sewa untuk sementara bagi prasarana sebuah sekolah SRIDI dianggarkan RM 35 juta bagi SMIDI dan RM 30 juta sebuah bagi SRIDI. Terima kasih.

Ab. Razak bin IbrahimPAS · GSAir Putih

Terima kasih.

Setelah hampir empat tahun SRIDI dan SMIDI beroperasi bagaimanakah sambutan masyarakat setempat terhadap sekolah tersebut? Terima kasih.

Setakat ini Alhamdulillah kesedaran masyarakat amat tinggi dan mereka ingin melihat anak-anak mereka mempunyai apa orang panggil tambahan, nilai tambah berbanding dengan pendidikan semasa yang sedia ada kerana SRIDI menawarkan pendidikan berdasarkan kurikulum konvensional yang sedia ada dan juga tambahan dengan DINI menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pengantaraan dan SMIDI merupakan kesinambungan yang masih lagi mengguna pakai kurikulum apa orang panggil KBSM dan juga DINI dan setakat ini Alhamdulillah yang kita ada sekolah-sekolah yang sedia ada memenuhi permintaan dan kadang-kadang tidak mampu untuk dipenuhilah mengikut tempat dan sebagainya. Cuma insya-Allah kita akan buka untuk tahun hadapan di Seberang Takir satu lagi sekolah rendah islam. Insya-Allah terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Saya persilakan Wakil Ajil.

Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya berkenaan dengan usaha pencegahan banjir di Hulu Berang saya rasa telah pun diperjelaskan Yang Berhormat EXCO kelmarin cuma harapan saya mohon dipercepatkan dan diberi fokus yang lebih serius untuk menangani isu ini secara yang lebih cepat. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Okey, terima kasih. Saya jemput Wakil Kemasik.

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua soalan Kemasik nombor 2-

Berapakah jumlah pelaburan yang telah berjaya Kerajaan capai bagi tahun 2022 dan berapakah sasaran untuk tahun 2023?

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih soalan daripada Kemasik. Soalannya berapakah jumlah pelaburan telah berjaya Kerajaan capai bagi tahun 2022 dan berapakah sasaran untuk tahun 2023? Pada tahun 2022 data daripada kita jumlah pelaburan ialah 3764.016963 maknanya RM3.7 billion dan itu tidak termasuk satu lagi pelaburan yang dibuat di Kerteh iaitu satu pelaburan membina kilang di antara Petronas dan satu syarikat daripada Jerman. Jerman itu syarikat dia nama PCCSE dan produk yang akan dikeluarkan ialah kilang namanya nok sebut pon dok wape reti ni ejaan dia, takut nok catit payoh saya sebut ejaan dia OXY YALKYLATES sebut gane dok au oxsyiakaylates and chemical yang Insya-Allah pelaburan ini lebih kurang dalam RM 600 juta dan di sini MBI pon ada 5% bersama dengan syarikat ini diberi 5% kepada kita Kerajaan Negeri untuk melabur sama dalam projek ini. Jadi kita dapat 37 campur dengan 6 lebih kurang target kita RM4 billion jadi kita dapat lebih kurang RM4.3 billion untuk tahun lepas. Alhamdulillah. Tahun 2023 kita ada kita jangka dapat pelaburan kepada lebih kurang RM5 billion sebenarnya target ini rendah, apa yang berlaku sekarang ini kemungkinan lebih daripada itu tetapi dalam proses perundingan dan insya-Allah rasa-rasanya untuk tahun depan itu lebih daripada RM5 billion. Terima kasih.

Soalan tambahan yang pertama apakah pakej rangsangan ataupun insentif tambahan

yang Kerajaan Negeri tawarkan untuk menarik banyak para pelabur ke Negeri Terengganu.

Ya terima kasih. Bila kita berjumpa dengan pelabur-pelabur atau pelabur-pelabur datang ke kita contohnya macam tahun lepas kami ke Korea ke Filipina, soalan yang ditanya adalah apakah insentif yang boleh diterima? Insentif itu bergantung kepada jenis perniagaan yang dia hendak buat, nak melabur. Kita beritahu kalau hendak kawasan, kita ada kawasan pelaburan. Kalau hendak bahan-bahan yang dia nak chemical, kita ada PETRONAS di Kerteh. Kalau hendak bahan-bahan seperti bahan mineral seperti silika, kita ada silika cuma dia orang ini bila kita tanya mula-mula kita pergi satu rombongan. Biasanya kami pergi bersama MIDA, ECER, PETRONAS dan MATRADE, kami pergi serentak tapi soalan yang ditanya kadang-kadang dokleh nok jawab. Dia nok harga elektrik muroh sedangkan elektrik itu kadarnya bukan di bawah kawalan Negeri. Jadi pertama kita minta supaya datang ke Malaysia dan di Malaysia itu mintok datang ke Terengganu. Bila mari ke Terengganu dia kata elektrik mahal. Kata bakpe pulok mahal? Dia kata mahal daripada Sarawak, jadi nak pilih ke Sarawak. tetapi kita ada perkara lain lagi bila kita bincang-bincang akhirnya mereka datang ke Terengganu. Ada sebuah syarikat mereka telah pergi ke negeri lain tiga puluh enam kali ulang-alik akhirnya datang ke Terengganu kerana tawaran-tawaran kita mungkin lebih baik dan ada bahan-bahan yang diperlukan itu berdekatan dengan Terengganu. Jadi ada yang di bawah kawalan kita, ada yang di luar kawalan kita tetapi kita berbincang kita bawa PETRONAS bersama untuk discuss bagaimana caranya supaya pakej the whole package itu menarik mereka untuk datang ke Terengganu. Misalnya ada syarikat, kami pergi ke Filipina pergi je lebih kurang dua minggu, dia datang balik hendak melabur dalam bidang silica rock, bukan silika pasir, silica rock course tapi dia nak satu kawasan baru yang berdekatan dengan bahan mineral itu. Jadi kita bersetuju untuk membuka satu kawasan industri baru di Cheneh dan dari itu menarik mereka dan mereka selalu datang dan terus datang berulang kali dan insya-Allah kita akan realisekan pembukaan kilang ini insya-Allah pada tahun depan. Mereka cadang kalau boleh hendak sebelum bulan 6 tahun depan. Mereka baru datang tetapi sebelum bulan enam tahun depan nok buat doh kilang ini di Terengganu, Alhamdulillah. Pergi sekali je mereka terus datang bersama kita. Bayangkan kalau di Filipina ini syarikat nok buat bahan daripada silica rock ini dia ada satu kilang di Filipina tetapi daripada Negeri China, milik Negeri China. Dia nok buat di sana dia buat dua lines saya nak gambarkan bagaimana besarnya dia, dia buat dua lines dia

pakai kira-kira 280 orang pekerja. Dia nak buat di Terengganu 32 lines. Bayangkan banyak mana pelaburan yang datang dan bagaimana banyaknya wujud peluang-peluang pekerjaan nanti, insya-Allah itu kita uruskan. Kemudian ada yang khusus tentang tawaran daripada MIDA berkenaan dengan tax holiday nak datang sini tetapi ada juga sedikit masalah bila syarikat yang sama contohnya nak datang ke Kemaman, dia kata we are ready kita dah 98% ready. Kita kata State kata kita 99.9% ready. Why not sampai 100%? Sebab semua tanah-tanah kita dah selesai, Alhamdulillah SEDC kerja kuat dah nak tawarkan kawasan ini tapi dia kata dia baru 98%. 2% itu pasal apa? Dia kata sebab insentif. Dia nak insentif daripada MIDA, MIDA pula kata dok berapa boleh sebab kilang itu dah ada dah di Melaka satu. Nok buat benda yang sama tetapi tidak ada insentif tetapi bincang-bincang dia kata syarikat ini pernah dapat insentif di Sabah. Kita kata batalkan yang Sabah itu kalau hendak datang ke Terengganu, insentif itu bawa bersama. Jadi dalam urusan lagi, insya-Allah dah 98% ready di Kemaman dan pelaburan itu lebih kurang fasa pertama RM2.5 billion. Yang saya sebut silica rock tadi lebih kurang RM2.5 billion juga. Di Kemaman itu RM 2.5 billion fasa pertama dan RM 2.5 billion lagi fasa kedua kalau jadi, insya-Allah. Itulah yang kita lakukan untuk menarik mereka datang. Ada yang datang, ada yang datang acap kali tapi bila check check rupanya dok. Yang saya pelik kadang-kadang pelabur ini datang sungguh napok, bila check, check, check bila tanya banyok-banyok akhirnya dia lari kadang-kadang keluar dalam berita, scammer. Kadang habis masa. Kita pun dok faham pasal apa dia nok habiskan masa dia dan masa kita takdok apa-apa.

Contoh lagi, ada satu projek di Ajil masa Kerajaan dulu nok buat di Ajil untuk orang Hulu Terengganu ini. Dia nak tempatkan satu kilang yang nak pindah daripada Singapore dan orang kita buat kerja dah hampir setahun, tanah itu tanah rakyat hendak ambil balik. Sudah sampai masa kita kata okey sekarang ini kita nak ambil balik tanah untuk dia, jadi buat mari pitih. Kita kata deposit RM 20 juta. Sampai ceroh dok mari, masa dah habis banyak. Adalah dua tiga perkara begitu dan yang satu lagi ialah tentang Pulau Kerengga Petroleum Bay League. Projek ini dah lama ketika saya menjadi Pengarah UPEN dulu tahun 90-an dulu ada doh projek ini mari dan sekarang ini diulang lagi datang tapi bila kita check, check, check, banyak soalan dok boleh jawab. Akhirnya lari tapi masa habis banyak dah dan sekarang ini yang terbaru juga di kawasan Marang, ada pertanyaan dan sedang diurus sekarang ini tanah-tanahnya insya-Allah peringkat kita, sebelah kita takdok masalah tetapi dia datang hendak melabur lebih kurang USD6 bilion, 6 bilion ya? Banyak tu. Nok buat satu projek berkenaan dengan dia panggil tank fund berkaitan dengan minyak

juga iaitu dalam proses perbincangan dan kalau jadi insya-Allah kita boleh alihkan aktiviti sebahagian daripada tumpuan ke sebelah Kemaman sekarang ini ke sebelah tengah di Marang. Jadi kita masih berunding, insya-Allah. Itu yang besar. Itulah sebahagian daripada yang mereka tanya dan kita jawab. Mudah-mudahan mereka datang dan memberikan pulangan yang baik kepada Kerajaan Negeri Terengganu dan juga untuk rakyatnya, insya-Allah. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Okey Yang Berhormat.

Soalan tambahan kedua. Untuk 2023 ini mungkin Kerajaan ada sektor pelaburan utama untuk ditumpukan supaya dia boleh terus direalisasikan seterusnya apakah modus operandi untuk merealisasinya?

Pelaburan baru ini… iya. Potensinya banyak. Kemudian selepas potensi kita realise atau tidak, the commit potensi tinggi dan kemudian dia jadi kenyataan atau tidak. Dia untuk tahun 2023 ini yang sudah ada yang berkenaan dengan silika tumpuannya kepada silika. Silica sand dan silica rock dua-dua itu silika tetapi untuk pembinaan berbeza. Kemungkinan juga yang belum kita explore sepenuhnya ialah tentang satu lagi mineral milik Terengganu yang banyak di bumi Terengganu tetapi belum diexplore sepenuhnya dan tentang NRREE (Non-Radioactive Rare Earth Elements) ataupun nadir bumi. Didapati di seluruh negara kita Malaysia adanya rare earth banyak deposit yang terbanyak ialah di Terengganu tetapi ada di sebalik isu yang kita kena selesaikan termasuk bahan-bahan ini duduknya dalam kawasan hutan simpan dan kita juga kalau boleh diekstrakkan mineral ini kita tak mahu mereka terus bawa kaut bawa pergi kat lain ke Negeri China contoh. Kita nak supaya ada kilangnya dibina di sini. Prosesnya panjang dan tidak mudah sebab baru. Satu pilot projek telah dibuat di Perak dan Federal minta supaya kita ikut SOP yang ada di Perak itu. Insya-Allah, ini sedang dalam proses yang kita akan buat untuk tahun hadapan, insya-Allah.

Satu lagi tentang chemical. Ada syarikat-syarikat daripada Korea kita pergi melawat lima kilang di Korea dan antaranya sudah datang balik pada kita bertanya khabar tentang projek yang nak buat termasuk yang berkenaan dengan chemical. Ada juga daripada Jepun yang datang untuk membuat bateri. Ada lagi datang nak buat hidrogen, bateri tapi nak ambil air, kan air kan H2O. Jadi, nak buang oksigen, nak

ambil hidrogen. Itu, kita kata gi Kenyir, itu juga dalam proses, insya-Allah. So, banyaklah rangka kita laksanakan untuk tahun kedepan ni. Terima kasih banyak.

Yang di-Pertua

Yang akhir sekali, saya nak jemput Wakil Wanita. Sila.

Soalan saya, soalan pertama-

Perkahwinan Perdana telah kembali dilaksanakan setelah beberapa kali ditangguhkan akibat pandemic COVID-19. Mohon perkongsian sejauh manakah impak dan sambutan pelaksanaan program ini bagi tahun 2022?

Haji Hanafiah bin MatPAS · PNCukai

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih kepada ADUN Wanita. Soalannya, Perkahwinan Perdana telah kembali dilaksanakan setelah beberapa kali ditangguhkan akibat pandemik COVID-19. Mohon perkongsian sejauh manakah impak dan sambutan pelaksanaan program ini bagi tahun 2022? Program Walimatulurus Perdana 2022 merupakan program siri ketujuh dan ia merupakan satu inisiatif Kerajaan Negeri dalam usaha untuk membantu pasangan muda, belia dan beliawanis dan juga ibu tunggal dan bapa tunggal mendirikan rumahtangga bagi meringankan beban keluarga untuk mengadakan majlis perkahwinan. Pada tahun 2022, seramai 147 pasangan telah menyertai program pada kali ini yang telah diadakan pada 17 September 2022, Sabtu serentak di seluruh Negeri Terengganu.

Soalan tambahan saya pertama. Saya ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Haji Hanafiah di atas kesungguhan, sangat-sangat bersungguhlah nak menjayakan Program Walimatulurus Perdana ini dan sebenarnya umum mengetahui bahawa program ini sebenarnya banyak memberikan faedah dan manfaat kepada para

peserta yang menyertainya. Boleh YB nyatakan sebenarnya apakah hala tuju ataupun objektif penganjuran program seperti ini?

Haji Hanafiah bin MatPAS · PNCukai

Terima kasih kepada ADUN Wanita. Antara beberapa objektif pelaksanaan ini ialah yang pertama, membantu golongan muda dan juga ibu dan bapa tunggal untuk mempercepatkan proses perkahwinan tanpa ada halangan yang boleh membantut hasrat mereka. Yang kedua, membantu meringankan bebanan ahli keluarga mereka yang tidak berkemampuan dalam urusan meraikan majlis perkahwinan mereka dan yang ketiga, memperkasakan institusi keluarga generasi baru melalui pendidikan ilmu kekeluargaan berkonsepkan mawaddah warahmah dan yang terakhir salah satu usaha Kerajaan Negeri dalam meraikan pasangan muda dan tunggal untuk mendirikan rumahtangga.

Soalan tambahan terakhir saya: Saya difahamkan Program Perkawinan Perdana ini sentiasa mendapat sambutan hangat daripada belia dan beliawanis kita, boleh Yang Berhormat nyatakan sebenarnya jumlah peserta yang telah menyertai program ini sejak mula dilaksanakan bermula tahun 2016 sehingga kini dan berapakah sebenarnya jumlah golongan ibu dan bapa tunggal yang telah menyertai Program Walimatulurus Perdana ini. Terima kasih.

Haji Hanafiah bin MatPAS · PNCukai

Terima kasih.

Tahun Jumlah 2016 217 pasangan 2017 271 pasangan 2018 485 pasangan 2019 194 pasangan 2020 Tangguh akibat COVID-19 2021 Tangguh akibat COVID-19 2022 147 pasangan

Sejak ia mula diperluaskan penyertaan golongan ibu dan bapa tunggal pada tahun 2022 ialah jumlah golongan ibu tunggal yang turut serta pada menyertai program ini adalah seramai 17 orang, manakala bapa tunggal pula adalah seramai 6 orang

menjadikan jumlah keseluruhan adalah 23 orang ibu dan bapa tunggal. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih pada Yang Berhormat.

Ahli Yang Berhormat sekali, sesi Soalan Lisan telah selesai dalam masa yang telah diperuntukkan. Saya tangguh sementara Persidangan kita ini dan kita sambung semula pada pukul 11.00 pagi.

DEWAN DITANGGUHKAN PADA PUKUL 10.37 PAGI

PUKUL 11.05 PAGI

Rang Enakmen Perbekalan 2023Bill

Yang di-Pertua

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli Yang Berhormat sekalian, mesyuarat disambung semula. Kelmarin saya dah jemput semua Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri membuat penggulungan atas perbahasan Rang Enakmen Perbekalan 2023 mengikut portfolio masing-masing. Sekarang tibalah masanya Ketua Kerajaan, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, wakil Rhu Rendang membuat penggulungan terakhir. Saya persilakan Yang Berhormat Wakil Rhu Rendang.

Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin MokhtarPAS · PNMenteri Besar · Ru Rendang

Yang Berhormat Dato Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, alhamdulilah setinggi-tinggi kesyukuran, kita sama-sama kita panjatkan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana dengan limpah rahmat dan inayah-Nya kita dapat

berkumpul dan berbahas dalam Dewan Yang Mulia ini bagi melaksanakan amanah daripada Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat Negeri Terengganu. Sekalung penghargaan saya rakamkan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Belanjawan 2023 pada kali ini. Sudah tentu segala pandangan dan cadangan baharu dan cadangan penambahbaikan, malah kritikan yang baik untuk rakyat dan negeri akan dipertimbangkan oleh pihak Kerajaan dengan hati yang terbuka, insya-Allah. Terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat termasuk juga kepada Ahli-ahli Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang telah menggulung mengikut bidang masing-masing. Apa yang pasti, pendekatan meneliti keutamaan ataupun priority, dengan izin iaitu menentukan mana yang perlu didahulukan untuk didahulukan, dan mana yang dikemudiankan untuk dikemudiankan akan senantiasa diambil kira oleh pihak Kerajaan. Pada kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai Kerajaan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam persidangan kali ini termasuklah semua rakan-rakan media yang membuat liputan serta para pemerhati yang sungguh bersabar dan tentunya terhibur dengan keadaan kami semua Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan Yang Mulia ini.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya difahamkan bahawa ramai di kalangan Ahli-ahli Yang Berhormat yang menyentuh mengenai pelbagai inisiatif pemberian tunai yang telah saya umumkan pada Isnin lalu semasa pembentangan Bajet 2023. Barangkali Ahli Yang Berhormat juga masih ingat, di mana saya pernah menekankan keperluan melaksanakan falsafah „Memberi joran kepada Pok Ya adalah lebih baik dari memberi ikan’ dalam satu ucapan saya di dalam Dewan Yang Mulia ini suatu ketika dahulu. Ada juga yang menulisnya dengan lebih panjang menyebut bahawa kita memberikan ikan kepada Pok Ya, maka ikan berkenaan boleh dimakan untuk sehari sahaja, dan kita kita mengajar Pok Ya untuk menangkap ikan, ianya akan membolehkan Pok Ya untuk menangkap ikan seumur hidupnya. Secara umumnya, kita akan nampak bahawa ada kebenaran dalam falsafah ungkapan ini kerana kita percaya kemahiran dan ilmu adalah lebih berdaya tahan dan mampu membawa kita berdepan dengan cabaran secara jangka panjang. Saya sangat bersetuju, sebagaimana Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Walaupun begitu, sekiranya kita meneliti dengan lebih mendalam, melihat dari sisi pandang yang lebih realistik, untuk keadaan yang lebih khusus atau keadaan-keadaan tertentu, maka kita akan memahami beberapa perkara, bahawa yang pertama, Pok Ya yang memilik joran sahaja tidak cukup

kerana Pok Ya perlu tahu ilmu dan kemahiran menggunakan joran. Yang kedua, sementara Pok Ya belajar ilmu dan mahir menggunakan joran, atau mahir menangkap ikan menggunakan kail, apa yang Pok Ya nak makan dalam tempoh itu? Maka kita akan bertemu dalam keadaan di mana sementara Pok Ya dapat tahu cara menggunakan joran dan mampu menangkap ikan, maka kita masih perlu memberikan ikan secara time-based, dengan izin atau berdasarkan tempoh-tempoh masa yang tertentu, kerana Pok Ya perlu memberi makan kepada keluarganya, bukan sahaja pada hari ini, bahkan pada hari esok sementara menunggu saat Pok Ya berjaya berdiri dengan sendirinya untuk menangkap ikan. Inilah keadaan yang kita perlu hadapi dalam membantu rakyat yang memerlukan sehingga mereka mampu berdiri dan bergerak tanpa lagi dibantu.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, dalam satu kajian dan rumusan oleh pengkaji ekonomi bertajuk, dalam satu kertas yang bertajuk Government Support and The COVID-19 Pandemic, dengan izin yang diterbitkan oleh OECD iaitu Organisation For Economic Cooperation and Development, iaitu salah satu forum antarabangsa di mana kerajaan dari 37 buah negara demokrasi yang mengamalkan market based economy, dengan izin untuk membangunkan standard policy bagi mempromosikan peningkatan ekonomi lestari, menekankan bahawa selain dari langkah fiskal seperti pelepasan cukai tertentu subsidi gaji, penangguhan bayaran bil dan sewa, Kerajaan juga jika boleh dalam keadaan tertentu untuk melaksanakan langkah yang membolehkan pengguna atau dalam kes kita yang kita tekuni di Terengganu ini adalah golongan bersasar untuk menggunakan tunai atau cash, dengan izin mengikut keperluan mereka sendiri yang sudah tentunya tidak sama di antara setiap individu. Tulisan itu menyebut ringkasannya dengan izin, government should favour where possible measures that benefit final consumers directly, and leave them free to decide how to spend the cash they receive. Walau bagaimanapun, keadaan seperti ini tidak sentiasa benar untuk semua jenis penerima bantuan tunai, dan tidak semestinya betul semua keadaan contohnya juga disebut oleh pakar ekonomi OECD, dalam keadaan tertentu meminta penerima bantuan untuk membelanjakan bantuan tunai untuk tujuan yang khusus tertentu contohnya seperti untuk membeli minyak petrol bersubsidi boleh menghantar mesej yang salah kepada pengeluar dan pasaran, serta mengganggu…

Yang di-Pertua, penjelasan.

Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin MokhtarPAS · PNMenteri Besar · Ru Rendang

Nanti saya perabis ayat sikit ni… serta mengganggu keperluan pilihan pengguna yang berbeza-beza keadaannya. Sila.

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, cuma nak tanya satu sahaja Yang Amat Berhormat Menteri Besar, tiga tahun lepas Pok Ya tak dok, tiga tahun lepas Pok Ya tak dok, ni baru ada Pok Ya.

Yang di-Pertua

[ketawa] Contoh je Yang Berhormat.

Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin MokhtarPAS · PNMenteri Besar · Ru Rendang

Terima kasih kepada Wakil Kijal, saya nak sebut Pok Id pun rasa dok tergamok, jadi saya sebut Pok Ya lah [ketawa]. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, di masa yang sama saya percaya bahawa semua Ahli Yang Berhormat amat memahami bahawa isu dan cabaran yang di hadapi oleh mana-mana negara di waktu ini untuk memulihkan ekonominya berdepan dengan pelbagai cabaran sebagaimana yang saya sebut dalam Pembentangan Bajet dan saya nak sebut satu dua perkara yang saya tidak sebut semasa Pembentangan Bajet. Kita berdepan dengan isu global masih lagi saki baki wabak COVID-19. Dasar sifar COVID-19 di China, konflik-konflik antarabangsa, gangguan rantaian bekalan, kenaikan harga komoditi, dasar monetari yang diperketatkan serta ancaman iklim dan bencana. Manakala isu domestik pula adalah seperti peningkatan kadar inflasi dan kos sara hidup, tahap pengangguran yang belum kembali kepada tahap pra pandemik, peningkatan golongan mudah terjejas atau golongan rentan, penyusutan mata wang ringgit serta kedudukan kewangan kerajaan yang mencabar. Ini adalah antara backdrop dengan izin, cabaran-cabaran peringkat global dan domestik yang sedang kita hadapi, masih lagi hadapi. Kita juga sedar bahawa dalam masa yang sama Kerajaan Pusat telah melaksanakan langkah fiskal seperti Pelan Pemulihan Ekonomi dan Kesejahteraan Rakyat menerusi 8 Pakej Rangsangan Ekonomi bernilai RM530 bilion dan pelbagai insentif bantuan tunai sebanyak RM8 bilion, langkah kawalan inflasi seperti kawalan harga dan penetapan harga siling, subsidi barangan terpilih dan bantuan sosial berjumlah RM77.7 bilion serta pengukuhan fiskal dengan meluaskan asas hasil dan mengurangkan hutang serta beberapa langkah monetari seperti peningkatan Kadar Dasar Semalaman (OPR). Semua langkah-langkah ini dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat sama dengan

bantuan Kerajaan Negeri. Walaupun begitu, kita masih lagi berdepan dengan isu pemulihan ekonomi yang masih belum reda sepenuh dan terus berdepan dengan cabaran. Contohnya kadar inflasi yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, yang dipetik oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri mencatatkan kedudukan inflasi keseluruhan atau purata pada bulan September 2022 adalah pada 4.5% di mana kadar tertinggi adalah pada kumpulan restoran iaitu 6.9%, makanan 6.8% dan pengangkutan 5.3% berbanding pendidikan 1.3% dan kesihatan 1.0%. Keadaan ini berbeza ketika sebelum kita berdepan dengan pandemik. Meneliti keseluruhan keadaan ini dan cabaran-cabaran yang masih lagi ada saki baki ini, maka kita sampai kepada permasalahan kita atau problem statement kita dengan izin, bahawa untuk menyelesaikan masalah semasa yang ada di kalangan rakyat kita ini, selain daripada melaksanakan intervensi monetari yang dijalankan oleh pihak Kerajaan Pusat dan langkah-langkah fiskal ini, kita juga terpaksa mengambil langkah untuk memilih penerima-penerima yang bersasar ini dan bersifat sokongan sementara bukan sampai bila-bila tetapi sementara di mana ketika ini keperluan makan minum yang menjadi cabaran dalam kadar inflasi yang tinggi sama ada restoran atau makanan itu menggambarkan bahawa kita berdepan dengan inflasi terhadap kehidupan, makan minum. Yang berada di tahap paling atas, maka penerima ini yang dikategorikan dengan pelbagai I tadi termasuklah i love you Yang Berhormat Kijal, mereka ini dibantu dan juga harus berusaha untuk membebaskan diri dari terus bergantung kepada bantuan. Yang kedua, pemberian-pemberian ini mesti dibaca bersekali dengan inisiatif-inisiatif lain yang telah diumumkan sebelum daripada ini, yang bertujuan untuk meningkatkan keupayaan kendiri kumpulan sasar antaranya bantuan pendidikan, penyeliaan peluang dan penempatan pekerjaan, penyedian program peningkatan kemahiran dan kemahiran semula, pelaksanaan latihan dan bimbingan keusahawanan termasuk penyediaan bantuan modal dan peralatan bagi menjalankan perniagaan, bantuan perkembangan pertanian dan juga inisiatif dalam sektor pelancongan. Maka kedua-dua joran dan ikan ini disediakan oleh Kerajaan Negeri setelah menimbang pelbagai perkara, sementara mereka mampu untuk belajar cara menggunakan joran dan mengail untuk membolehkan mereka memperolehi ikan. Ketiga bagi menjunjung titah Kebawah Duli Tuanku Sultan, sempena Istiadat Pembukaan Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri ke-14 pada Mac lalu, saya telah mengarahkan TSIS dengan kerjasama (UMT) Universiti Malaysia Terengganu untuk menjalankan kajian bagi melihat impak pelbagai faktor ketidaktentuan global ke atas sektor ekonomi dan sosio ekonomi di Negeri Terengganu ini.

Antara penemuan utama kajian ini ialah bahawa sejak Julai lalu prevalence pendapatan berkurang dan tidak berubah dalam kalangan isi rumah B40 dan M40 di negeri ini ialah 95.9% dan 92.6% masing-masing. Pada masa yang sama, prevalence perbelanjaan bertambah. Bagi kumpulan isi rumah ini pula adalah 86.2% dan 90.9% masing-masing. Apa yang lebih merisaukan ialah sekitar 72.5%, kumpulan isi rumah ini mengalami pengurangan simpanan. Justeru itulah, Kerajaan Negeri mengumumkan pemberian tunai ini sebagai strategi untuk memberi suntikan kecairan tunai kepada ekonomi domestik melalui perbelanjaan pengguna di samping untuk mengurangkan beban kewangan rakyat kita agar dapat terus sustain dengan izin sementara keadaan kembali stabil. Pemberian secara bersasar ini yang dipengaruhi oleh faktor masa atau time base dengan izin dan mengikut keperluan yang berbeza-beza akan berubah jika keadaan juga berubah. Lihatlah kisah yang sangat terkenal yang selalu kita baca, kisah Saidina Umar Al-Khattab Radhiyallahu Anhu yang memberikan gandum kepada si ibu yang kelaparan bersama anaknya di waktu malam itu dan ini adalah contoh pemberian bersasar yang dilaksanakan Khalifah Umar Al-Khattab manakala di ketika lain Saidina Umar Al-Khattab membangunkan saluran pertanian, tangki dan pintu air serba guna iaitu satu bentuk infrastruktur untuk orang ramai yang menjalankan aktiviti-aktiviti pertanian.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, apa yang paling penting semua bantuan ini sama ada yang bersifat direct dengan izin, bersasar kepada penerima atau bersifat umum sebagaimana yang telah saya tegaskan sebelum ini, saya senantiasa memberikan peringatan kepada agensi pelaksana sehinggalah kepada peringkat JPKK agar agihannya mestilah diberikan secara adil tanpa melihat perbezaan parti politik mahupun bangsa ataupun agama. Siapa sahaja rakyat Terengganu yang layak dan melepasi syarat-syarat yang ditetapkan, walau apa jua kaum dan agama mestilah diberikan bantuan ini asalkan mereka layak untuk menerima bantuan daripada Kerajaan.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, politik Pasca PRU ke-15, kita semua baru sahaja melalui satu proses demokrasi yang sangat penting yang dilaksanakan sejak negara mencapai kemerdekaan dan kali pertama sebelum negara merdeka iaitu melalui Pilihan Raya Umum ke-15 yang cukup penting kepada kita semua. Keputusannya menyaksikan peralihan sokongan rakyat yang amat ketara kepada Perikatan Nasional dan PAS, rakyat tua, muda sudah membuat pilihan dan keputusan. Semua parti juga sudah dapat menilai

sokongan dan dokongan rakyat kepada mereka semua. Yang menang, tidak menang semua. Yang kalah, tidak kalah semua. Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh pengundi terutamanya anak muda yang telah membawa gelombang sokongan ini kepada Perikatan Nasional dan PAS sama ada di Terengganu mahupun di seluruh negara. Apa yang penting, tegur lah kami dengan berhemah sekiranya kami alpa dan terkhilaf dalam tindakan kami yang telah dipilih ini sebagaimana kami juga akan menegur anak-anak muda pertiwi sekiranya dilihat tersasar dari perjalanan mereka. Adat bertanding ada kalah menang. Maka tentunya ada yang gembira seumpama bulan jatuh ke riba. Ada yang bersedih seumpama sudah jatuh ditimpa tangga dan sudahlah hamba, diperhambakan dan sudahlah basah, kehujanan, dan ada yang baru sedar ditipu muslihat seumpama baru terjaga dari tidur dan ada seorang sahaja yang menjadi penyebab sehingga menyusahkan semua orang. Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semuanya. Yang paling utama kepada kita semua, yang diberikan tanggungjawab ataupun tidak, kita tetap bersabar dengan ujian ini. Janganlah sampai kita hilang pertimbangan akal budi kita. Tugas kita Ahli-ahli Yang Berhormat adalah bukan suatu pekerjaan code and code, dengan izin bukan satu karier tetapi adalah tugas, tanggungjawab untuk bersama-sama membina negeri ini ke landasan yang sepatutnya. Generasi muda yang ada di hadapan pula adalah sebahagian daripada kita semua, berada di rumah kita, berada di lingkungan kita, jiran-jiran kita, sama penting dan wajar kita dengari suara hati mereka, menekuni keperluan mereka dan membawa mereka bersama-sama kita bagi membina negeri dan negara ini. Insha-Allah.

Akhirnya saya labuhkan bicara kali ini dengan dua rangkap pantun.

Hendak peruk, peruklah budi Laranglah saing membuat rusuh Mahu duduk, duduklah tinggi Janganlah disokong orang yang bermusuh

Khianatnya si Buang, negara ditawan Segala bohong diselimut alasan Usah digadai prinsip perjuangan Kelak dikebumi tanpa nisan

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat dan seluruh yang hadir di dalam Dewan Yang Mulia dan berada di luar Dewan, sekian.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Amat Berhormat. Alhamdulillah kita telah selesai perbahasan dan penggulungan Enakmen Perbekalan 2023. Sekarang saya buka kepada undian-

Alhamdulillah kita telah selesai membahaskan Enakmen Perbekalan 2023. Sekarang saya buka kepada undian-

Cadangan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang kedua dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan suara terbanyak.

RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN BAGI MENGGUNAKAN SEJUMLAH WANG DARIPADA KUMPULAN WANG DISATUKAN UNTUK PERKHIDMATAN BAGI TAHUN 2023 DAN BAGI MEMPERUNTUKKAN JUMLAH WANG ITU UNTUK PERKHIDMATAN BAGI TAHUN ITU

Yang di-Pertua

Mesyuarat sekarang menjadi Jawatankuasa.

Dalam Jawatankuasa

RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN BAGI MENGGUNAKAN SEJUMLAH WANG DARIPADA KUMPULAN WANG DISATUKAN UNTUK PERKHIDMATAN BAGI TAHUN 2023 DAN BAGI MEMPERUNTUKKAN JUMLAH WANG ITU UNTUK

PERKHIDMATAN BAGI TAHUN ITU TELAH DITIMBANGKAN DARI SATU FASAL KE SATU FASAL DAN TELAH DIPERSETUJUI TANPA PINDAAN DENGAN SUARA TERBANYAK

Yang di-Pertua

Mesyuarat balik semula.

Bacaan Kali Yang Ketiga

Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin MokhtarPAS · PNMenteri Besar · Ru Rendang

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya maklumkan bahawa Rang Enakmen ini telah ditimbangkan dalam Jawatankuasa dan telah dipersetujui dengan tiada pindaan. Saya mohon mencadangkan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan.

Sulaiman bin SulongPAS · PNPengkalan Berangan

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu.

Yang di-Pertua

Rang Enakmen ini telah mendapat sokongan untuk dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan.

Cadangan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang ketiga dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan suara terbanyak.

Rang Undang-Undang Bernama Suatu Enakmen Bagi Menggunakan Sejumlah Wang Daripada Kumpulan Wang Disatukan Untuk Perkhidmatan Bagi TahunBill

Yang di-Pertua

2023 DAN BAGI MEMPERUNTUKKAN JUMLAH WANG ITU.

DIPERBUAT UNDANG-UNDANG INI OLEH KUASA UNDANGAN NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN SEPERTI YANG BERIKUT:

1 (1) ENAKMEN INI BOLEHLAH DINAMAKAN

Enakmen Perbekalan 2023Bill

Yang di-Pertua

(2) ENAKMEN INI HENDAKLAH MULA BERKUAT KUASA PADA 1 JANUARI 2023

Yang di-Pertua

Rang Enakmen ini diluluskan dan menjadi Enakmen Perbekalan 2023.

Setiausaha Dewan

Dipersilakan Yang Berhormat Dato’ Haji Satiful Bahari bin Mamat (Wakil Paka) mengemukakan Rang Undang-Undang kedua.

Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) (Pindaan) 2022Bill

Setiausaha Dewan

Bacaan Kali Yang Pertama

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001, dibaca bagi kali yang pertama.

Haji Ridzuan bin HashimPAS · PNBuluh Gading

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu.

Yang di-Pertua

Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang pertama.

RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (TAKZIR) (TERENGGANU) 2001, DIBACA BAGI KALI YANG PERTAMA

Bacaan Kali Yang Kedua

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001, dibaca bagi kali yang kedua.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Rang Undang-Undang ini bertujuan untuk meminda Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001.

2.

Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan tentang tarikh permulaan kuat kuasa Enakmen yang dicadangkan.

3.

Fasal 2 bertujuan untuk meminda peruntukan seksyen 2 berkaitan tafsiran Hukum Syarak, Mukallaf, memotong tafsiran bagi pusat pemulihan diluluskan dan rumah diluluskan serta memasukkan tafsiran baru bagi maksud orang, persediaan liwat serta perbomohan dan sihir.

4.

Fasal 3 bertujuan untuk meminda peruntukan subseksyen 3(1) dengan menambah hukuman sebat.

5.

Fasal 4 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru iaitu seksyen 3A berkaitan dengan kesalahan perbomohan dan sihir.

6.

Fasal 5 bertujuan untuk meminda peruntukan subseksyen 4(2) dengan

menggantikan perkataan “mana-mana” dengan perkataan “apa-apa peranti” dan menambah perkataan “barang”.

7.

Fasal 6 bertujuan untuk meminda seksyen 5 dengan menambah hukuman sebatan.

8.

Fasal 7 bertujuan untuk meminda seksyen 6 dengan menggantikan perkataan “Mahadi” kepada perkataan “Mahdi” serta menambah hukuman sebat.

9.

Fasal 8 bertujuan untuk meminda seksyen 7 dengan menambah hukuman sebat.

10.

Fasal 9 bertujuan untuk meminda seksyen 8 dengan menaikkan kadar hukuman kepada hukuman maksimum iaitu didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

11.

Fasal 10 bertujuan untuk meminda seksyen 9 dengan menambah hukuman sebat.

12 Fasal 11 bertujuan untuk meminda seksyen 13 dengan memasukkan perkataan “pendapat berupa” serta perkataan “apa-apa persoalan yang belum muktamad atau yang menimbulkan kontroversi berhubungan dengan” di dalam subseksyen 13(1)

13 Fasal 12 bertujuan untuk meminda perenggan 19(a) dengan memasukkan perkataan “atau membeli” dan memotong perkataan “serta-merta” serta menaikkan hukuman denda daripada “dua ribu ringgit” kepada “tiga ribu ringgit”.

14 Fasal 13 bertujuan untuk meminda seksyen 20 dengan menaikkan kadar hukuman daripada “tiga ribu ringgit” kepada lima ribu ringgit” dan hukuman pemenjaraan daripada “tempoh tidak melebihi dua tahun” kepada “tempoh tidak melebihi tiga tahun”.

15 Fasal 14 bertujuan untuk meminda subseksyen 21(1) dan (2) dengan menaikkan kadar hukuman. Bagi subseksyen 21(1) dinaikkan hukuman denda dari “satu ribu ringgit” kepada “tiga ribu ringgit” dan hukuman penjara “tidak melebihi enam bulan” kepada “tidak melebihi satu tahun”. Manakala, subseksyen 21(2) pula menaikkan hukuman denda sahaja dari “dua ribu ringgit” kepada “tiga ribu ringgit”.

16 Fasal 15 bertujuan untuk meminda peruntukan subseksyen 23(1) dan (2). Bagi subseksyen 23(1) dimasukkan perkataan “atau lazimnya memabukkan” serta menaikkan kadar hukuman denda dari “tiga ribu ringgit” kepada “lima ribu ringgit” dan menaikkan hukuman pemenjaraan selama tempoh “dua tahun” kepada “tiga tahun” serta menambah hukuman sebatan. Manakala, bagi subseksyen 23(2) dengan memasukkan perkataan “atau menyebabkan seseorang lain meminum” serta menambah hukuman sebatan.

17 Fasal 16 bertujuan untuk meminda peruntukan seksyen 29 dengan menaikkan kadar hukuman denda dari “tiga ribu ringgit” kepada “lima ribu ringgit” dan hukuman pemenjaraan selama tempoh “dua tahun” kepada “tiga tahun” serta menambah hukuman sebatan.

18 Fasal 17 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 29A berkenaan dengan perempuan yang hamil atau melahirkan anak luar nikah.

19 Fasal 18 bertujuan untuk meminda seksyen 31 dengan memasukkan perkataan “dan bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya, boleh dikenakan sebatan tidak melebihi enam kali sebatan atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan boleh dikenakan denda tidak melebihi lima ribu ringgit”.

20 Fasal 19 bertujuan untuk meminda seksyen 33 dengan memotong perkataan “awam atas tujuan yang tidak bermoral” serta menaikkan kadar hukuman denda dari “tidak melebihi satu ribu ringgit” kepada hukuman denda “tidak kurang daripada satu ribu ringgit dan tidak melebihi dua ribu ringgit”, hukuman pemenjaraan “tidak melebihi satu tahun” kepada “tidak melebihi dua tahun” serta memasukkan hukuman bagi kesalahan yang kedua iaitu “dan bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya, boleh dikenakan sebatan tidak melebihi enam kali sebatan atau dipenjarakan selama

tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan boleh dikenakan denda tidak melebihi lima ribu ringgit”

21 Fasal 20 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 33A berkenaan dengan orang perempuan berlagak seperti lelaki.

22 Fasal 21 bertujuan untuk meminda peruntukan seksyen 34 dengan memasukkan perkataan “atau berpakaian” pada tajuk seksyen tersebut dan memasukkan berkenaan dengan hukuman.

23 Fasal 22 bertujuan untuk meminda peruntukan seksyen 35 dengan menggantikan perkataan “seorang perempuan” kepada “mana-mana orang” dan menambah perkataan “pada pandangan umum” serta menaikkan kadar hukuman denda dari “satu ribu ringgit” kepada “tiga ribu ringgit” dan hukuman pemenjaraan selama tempoh “enam bulan” kepada “dua tahun”.

24 Fasal 23 bertujuan untuk meminda seksyen 36 dengan menaikkan kadar hukuman denda dari “tiga ribu ringgit” kepada “lima ribu ringgit”, hukuman pemenjaraan tidak melebihi “dua tahun” kepada “tiga tahun” dan menambah hukuman sebat serta memasukkan subseksyen baru 36(2) untuk menjelaskan lagi maksud bagi kesalahan mewatie.

25 Fasal 24 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 36A iaitu kesalahan berkaitan persediaan melakukan liwat.

26 Fasal 25 bertujuan untuk meminda seksyen 67 dengan memasukkan perkataan “atau rumah diluluskan” bagi tujuan untuk memperluaskan maksud tempat perlindungan yang merangkumi sesuatu pusat atau rumah perlindungan.

27 Fasal 26 bertujuan untuk meminda peruntukan seksyen 68 dengan menjadikan peruntukan tersebut terpakai untuk kedua-dua jantina sama ada lelaki ataupun perempuan.

IMPLIKASI KEWANGAN

Rang Undang-Undang ini tidak akan melibatkan Kerajaan Negeri dalam apa-apa perbelanjaan wang tambahan. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Haji Ridzuan bin HashimPAS · PNBuluh Gading

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu.

Yang di-Pertua

Rang Enakmen ini telah mendapat sokongan bagi bacaan kali yang kedua. Sekarang saya buka untuk perbahasan. Sila, sila Yang Berhormat Wakil Hulu Besut.

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi peluang kepada saya. Sebelum saya setuju dengan Enakmen ini diluluskan Perkara 18 Fasal 17 yang bertujuan untuk memasukkan Seksyen baru 29(A) berkenaan dengan perempuan yang hamil dan melahirkan anak luar nikah. Saya baca sini,

29(A) (1) Mana-mana perempuan yang hamil atau melahirkan anak di luar nikah melakukan sesuatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM5,000.00 atau dipenjara selama tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

(2) Mana-mana lelaki yang menyebabkan mana-mana perempuan hamil luar nikah atau melahirkan anak luar nikah, melakukan sesuatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan dihukum menurut peruntukan Subseksyen 1.

(3) Hakikat bahawa seseorang perempuan hamil luar nikah akibat daripada persetubuhan yang dilakukan dengan kerelaannya adalah keterangan firma facie tentang perlakuan kesalahan di bawah Subseksyen 1 oleh perempuan itu.

(4) Bagi maksud Seksyen 3, mana-mana orang perempuan yang melahirkan anak yang sempurna sifatnya dalam tempoh tidak kurang daripada

enam bulan selepas tidak kurang daripada enam bulan Kamariah dari tarikh pernikahannya hendaklah disifatkan telah hamil luar nikah.

Maknanya, dia nikah dok dang tujuh bulan, beranak. Salah juga. Jadi saya tengok Seksyen ini, mana-mana perempuan yang beranak dok nikah, beranak luar nikah, dia akan dipenjara atau didenda RM5,000.00 atau disebat. Kalau di Terengganu ini saya rasa perempuan kita, anak gadis kita yang beranak, yang buang koksey saya rasa takdok dengar lagi. Apakah tujuan Enakmen ini diluluskan? Katalah, kalau ada anak gadis kita mengandung dia takut kena denda, dia beranak dia tohok, ini satu. Yang kedua lelaki, dalam Enakmen kita lelaki Islam sahaja yang masuk dalam hukum Takzir. Orang bukan Islam tak masuk. Kalaulah lelaki bukan Islam mengandungkan anak gadis kita, dia kena ke dok, dia tak kena. Naya kepada anak gadis kita. Dijadikan sebab itu, sebelum kita luluskan Enakmen ini kita kena baca betul-betul. Minta maaf Yang Berhormat Paka. Saya tengok Yang Berhormat Paka terlepas pandang. Kalaulah lelaki bukan Islam mengandungkan anak gadis kita, dia tak kena, anak gadis kita kena. Bila mengandung dia takut nak beranak. Pasal kalau beranak, dia buang anak. Pasal kalau beranak kena denda, kena sebat lagi, kena jail lagi. Bukan mahal, bukan sikit RM5,000.00. Pada saya ini tak, dari segi Islamnya tidak adil. Orang bukan Islam lepas, orang Islam kena. Tidak adil hukum ini. Oleh kerana sebab itu, sebelum kita lulus, Yang Berhormat Paka kena betul-betul. Lepas ini kesalahan ini pulak kerana beranak, bukan kerana zina, betul dok? Dia beranak luar nikah kerana gapo kerana zina. Bakpo tak bawa letak di bawah hukum Hudud, Qisas? Bakpe letak bawah Takzir? Orey jung makan pauh kena, orang jung curi tak kena. Orey jong curi pauh lepah, orey makey buah pauh hak kena curi kena. Tak adil hukum ini. Pada saya ini bukan undang-undang Islam. Ini undang-undang PAS punya negeri ini. Bukan hukum Hudud sebagaimana Al-Quran dan Hadis. Pada saya ini bukan hukum Hudud sebagaimana Al-Quran dan Hadis, tidak adil. Kesian kepada anak belia kita ini, pada saya. Sekian, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Saya marah sikit bab ini.

Yang di-Pertua

Allahu Akhbar… Sila.

Haji Ridzuan bin HashimPAS · PNBuluh Gading

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, para pegawai, pemerhati, muslimin-muslimat yang dikasihi sekalian. Saya menyokong Rang Undang-Undang yang berkait dengan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Takzir Terengganu Pindaan 2022. Alhamdulillah hari ini kita membahaskan satu Enakmen Kesalahan Takzir Pindaan 2022 yang telah pun diluluskan dalam Dewan yang mulia ini pada tahun 2001, lebih kurang 21 tahun yang lalu. Buat masa ini, inilah Enakmen yang dapat kita laksanakan di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Sebagai seorang yang beriman, sudah tentu kita sangat berharap bahkan sangat merindui agar suatu hari nanti akan terlaksana Pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Hudud dan Qisas khususnya di negeri kita ini, insya-Allah. Kerana pelaksanaan hukum syariah ini bukan masalah sesiapa, bukan masalah parti politik dan sebagainya tapi dia merupakan satu tugas tanggungjawab kita sebagai seorang yang beriman bagi menyahut seruan Allah Ta’ala,

“Dan hendaklah kamu berhukum di kalangan mereka dengan apa yang Allah Ta’ala turunkan dan jangan kamu ikut hawa nafsu mereka”.

Begitu juga dengan firman Allah,

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab (Al-Qur'an) kepadamu (Muhammad) membawa kebenaran, agar engkau mengadili antara manusia dengan apa yang telah diajarkan Allah kepadamu, dan janganlah engkau menjadi penentang (orang yang tidak bersalah), kerana (membela) orang yang berkhianat”.

Surah An Nisa, ayat 105

Siapakah mereka yang khianat? Itulah orang yang diberi kuasa tetapi tidak memikul amanah tanggungjawab, tidak melaksanakan ataupun tidak berusaha untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah pemimpin iqomatuddin wasiyasatun dunyabih menegakkan agama dan meneruskan dunia dengan agama.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Ahamdulillah di Terengganu kita telah menaikkan tanggungjawab di peringkat taqnin iaitu menjadikan ia sebagai satu undang-undang ataupun Enakmen yang boleh dilakukan di Dewan yang mulia ini setelah diberi mandat oleh rakyat selepas PRU yang kesepuluh yang lalu dengan majoriti lebih daripada dua pertiga. Dengan mandat yang diberi itu maka kita melaksanakan tanggungjawab dengan bidang kuasa yang kita ada, melaksanakan peringkat taqnin, iaitu peringkat menjadikan ia sebagai Undang-Undang Enakmen Kanun Jenayah Syariah Hudud dan Qisas di samping Takzir yang telah berjalan sekarang ini. Tinggal lagi kita tidak boleh sampai di peringkat taqbit peringkat pelaksanaan kerana bidang kuasa negeri yang sangat terbatas dan bercanggah dengan peruntukan dalam perlembagaan. Kita mengharapkan Kerajaan campuran yang baru dibentuk dapat mengambil tanggungjawab untuk bentang dan meluluskan RUU 355 yang akan beri kuasa yang lebih luas kepada Mahkamah Syariah Negeri-Negeri untuk jatuhkan hukuman berdasarkan hukum syariat Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, walaupun saya menyokong Pembentangan Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Takzir Pindaan 2022 ini, ada beberapa mulahazah, ada beberapa pemerhatian yang saya kira perlu dilihat kembali. Yang pertama, pada muka surat 16, Pindaan Seksyen 2(e), muka surat 16, iaitu berkenaan dengan persediaan liwat ertinya perbuatan-perbuatan di antara lelaki dengan lelaki yang mendorong kepada hubungan jenis homoseksual. Di sini ada timbul sedikit persoalan, kenapa dihadkan kesalahan liwat itu melibatkan perbuatan di antara lelaki dengan lelaki sahaja. Sedangkan dari sudut pandangan syariah, ia juga melibatkan kesalahan lelaki dengan perempuan yang bukan pasangan yang sah. Sebagaimana yang…

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, kalau pasangan yang sah macam mana?

Haji Ridzuan bin HashimPAS · PNBuluh Gading

Itu serah kepada YB, Dato’ Yang di-Pertua. Berdasarkan kepada Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Hudud dan Qisas Terengganu 1423 Hijrah 2002 Masihi Bahagian 4, Seksyen 14 - Liwat. Liwat ialah satu kesalahan yang merupakan persetubuhan di antara seorang lelaki dengan seorang lelaki yang lain atau di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan selain daripada isterinya yang dilakukan di luar

tabi’in iaitu melalui dubur. Ini definisi yang ada dalam kesalahan Jenayah Syariah Hudud dan Qisas yang diluluskan pada tahun 2002 Masihi tetapi bila dimasukkan kesalahan persediaan liwat hanya dikaitkan lelaki dengan lelaki. Saya rasa ini perlu dijelaskan dan perlu diharmonikan supaya tidak menimbulkan kesulitan di masa yang akan datang. Yang kedua, saya nak bangkitkan sedikit pada muka surat 22, Pindaan Seksyen 34(c) dengan memasukkan selepas Subseksyen (1) sebagaimana yang dinomborkan semula subseksyen yang berikut (2) mana-mana orang yang berpakaian tidak sopan di tempat awam melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi RM1,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya.

Ulang-ulang Yang Berhormat, dok jupe ey.

Haji Ridzuan bin HashimPAS · PNBuluh Gading

Muka surat 22, Pindaan Seksyen 34, 21(c). Saya nak tanya dan minta penjelasan berkenaan dengan berpakaian tidak sopan di tempat awam. Apakah berpakaian tidak sopan ini juga termasuk mereka yang tidak menutup aurat dengan sempurna bagi seorang muslimah ataupun muslim? Ataupun dalam keadaan mendedahkan aurat tetapi dilihat sopan maka tidak termasuk dalam kesalahan ini. Sekiranya pendedahan aurat ataupun menutup berpakaian tanpa menutup aurat dengan sempurna tidak termasuk dalam bahagian ini berpakaian tidak sopan maka saya berharap satu hari nanti boleh difikirkan..

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Yang Berhormat, Dato’ Yang di-Pertua, boleh dok saya nok pohon penjelasan maksud pakaian tidak sopan itu, boleh tak? maksud pakaian tidak sopan, boleh saya nak penjelasan.

Haji Ridzuan bin HashimPAS · PNBuluh Gading

Ini saya nak tanya ni.

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Saya pun nak penjelasan pakaian tidak sopan macam mana?

Haji Ridzuan bin HashimPAS · PNBuluh Gading

Nanti, nanti kita dengar YB EXCO akan buat penjelasan.

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Misal contohnya kalau kita pergi Primula, saya napok orang-orang wanita kita mandi, eee geram kakloh kita orang muda, tak sopan ke sopan? betul dok? kalau Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua pergi Primula tengok orang mandi macam mana? Dato’ Yang di-Pertua pun kena tangkap. [ketawa]

Ye mandi guane tu?

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Primula, tengok orang mandi.

Doh ye ar, Yang Berhormat tengok tu dia mandi tu guane? Telanjang ke?

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Allah, kalau tak caye saya nok ajok YB Paka kita gi tengok lepas ni.

Eh, ambe takmboh tengok, nok tanya Yang Berhormat hok tengok doh tu macam mana?

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Saya tengok YB, saya tengok.

Pakat kate hok dok sopan tu guane maksud dia?

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Supo telanjang la, ke Yang Berhormat Paka dok pernoh tengok orang telanjang guane?

Tanye kite pulok doh, kite mintok penjelasan dia.

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Tu yang saya tanye tu, saya nok ajok Dato’ Yang di-Pertua gi tengok.

Yang di-Pertua

Dakpe, dakpe.

Dakpe Yang Berhormat.

Yang di-Pertua

Ini peringkat perbahasan umum lagi, ini bukan peringkat jawatankuasa, tanya apa sahaja.

Haji Ridzuan bin HashimPAS · PNBuluh Gading

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Jadi sekali lagi saya sebut sekiranya berpakaian mendedahkan aurat tidak termasuk dalam erti kata berpakaian tidak sopan, maka saya berharap satu hari nanti bila tiba keadaan yang difikirkan sesuai, barangkali ada baiknya jika dimasukkan juga kesalahan berpakaian tidak menutup aurat itu dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Takzir ini. Kita tidak mahu selamanya kita berhujah bahawa kita perlu beri pendidikan, beri kesedaran tapi sampai bila? Kita menghargai usaha yang dilakukan oleh usaha wanita mengadakan Hijab Day untuk memberikan kesedaran. Tapi saya kira mesti ada tempoh masa dia untuk kita melaksanakan program-program ke arah kesedaran, kewajipan menutup aurat dengan sempurna dan bila habis tempoh masa yang ditetapkan, kena ada juga peruntukan ini kerana peruntukan yang memberikan ruang untuk diambil tindakan kepada mereka yang melakukan kesalahan mendedahkan aurat ini juga sebahagian daripada pendidikan. Jadi saya haraplah, insya-Allah satu hari akan sampai ke maksud yang saya sebutkan tadi. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, itulah perkara-perkara yang saya hendak sebutkan, sekali lagi saya menyokong pindaan ini.

Yang di-Pertua

Ada siapa-siapa lagi Yang Berhormat yang ingin bercakap? Okey, oleh kerana kita telah selesai dari segi sesi perbahasan, kita teruskan Pembentangan Rang Undang-Undang bernama..

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Yang Berhormat Dato’ di-Pertua.

Yang di-Pertua

Sila

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Tadi saya minta penjelasan lelaki itu kalau bukan Islam tu macam mana?

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Ha, macam mana tu?

Boleh ni, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Tu yang saya beri peluang tu, untuk penggulungan Kerajaan pula. Sila.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, antara hasrat asal pindaan ataupun seksyen-seksyen yang melibatkan Enakmen Takzir ini adalah untuk selarikan dengan semasa. 2001 sehingga sekarang 2022 makna dah ada lebih kurang 20 tahun tempoh dia. Ada hukuman-hukuman yang dahulunya RM1,000.00 yang kita rasa dok sesuai doh yang kita boleh angkat sehingga RM2,000.00 hingga RM3,000.00 dan sebagainya mengikut kesesuaian. Cuma ada dua sahaja yang melibatkan yang baru iaitu melibatkan perempuan yang berlagak seperti lelaki sebab sebelum pada ni Enakmen kita sudah ada lelaki yang berlagak seperti perempuan dan juga melibatkan pembomohan dan sihir. Adapun beberapa persoalan yang diutarakan oleh Yang Berhormat Hulu Besut, sebenar ni merupakan salah faham lah sehingga membuat tuduhan bahawa hukuman Islam ini merupakan hukuman yang tidak adil.

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Saya tak kata hukuman Islam itu tidak adil, saya kata Enakmen yang dibuat oleh Kerajaan PAS Terengganu ini yang tidak adil, hukum Islam adil.

Doh duduk dulu Yang Berhormat.

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Mana adilnya kalau lelaki yang mengandungkan perempuan Islam tak kena.

Nanti dulu Yang Berhormat.

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Yang kena perempuan Islam, itu namanya tidak adil. Saya kata gitu, saya tak kata hukum Islam ini tidak adil, bukan.

Yang di-Pertua

Okey Yang Berhormat.

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Saya kata hukum yang dibuat oleh kerajaan PAS Terengganu tidak adil, kalau bab Enakmen ini saya kata.

Dia pulok doh syaroh, doh tanya penjelasan nanti nok wi penjelasan. [ketawa] Doh dok tahu tanye, bila tanye nok wi penjelasan, dok dan apa nok maroh doh. Rileks Yang Berhormat. Salah faham Yang Berhormat Hulu Besut, jadi dalam Enakmen yang sedia ada ini, kalau Yang Berhormat baca molek dia apabila berkait dengan pindaan itu, maksudnya boleh dihukum. Fasal 17 dok, ayat dia berbunyi „Enakmen Ibu dipinda dengan memasukkan Seksyen 29, Seksyen berikut: Hamil atau melahirkan anak luar nikah’. Makna apabila seorang perempuan itu hamil mesti ada berlaku orang panggil persetubuhan. Satu kes sahaja dalam dunia ini Allah Ta’ala sebut iaitu berkait dengan Maryam yang melahirkan Nabi Isa A.S. Kalau dia ngaku dia kata nikoh dengan bunianlah, apalah, apa sebagainya mengandung itu sebagai tanda ada pimapasi bahawa dia mengandung. Apabila dia tidak boleh membuktikan bahawa dia berkahwin, boleh jadi dia dirogol, boleh jadi belake man, orang yang dirogol ini tidak dihukum, perogol lah kena hukum. Cuma Enakmen ini yang kita melibatkan pindaan-pindaan. Cuba mu baca, „mana-mana perempuan yang hamil atau melahirkan anak diluar nikah melakukan suatu kesalahan’. Kalau branok luor nikoh ataupun hamil luor nikoh, salohlah, dan boleh apabila disabitkan. Jadi bila disabitkan ini, masuk Mahkamah cara dulu apa

sebagainya dan memang dia berzina sungguh, baru dia dihukum, kalau dia kata dirogol ataupun dia tengah tidur saloh wati’ syubhah dia panggil, ha tu, itu ada orang panggil bidang-bidang dia, ruang-ruang dia yang disahkan oleh Hakim lah masuk cara oleh Hakim apa sebagainya. Barulah masuk bab ni denda sehingga RM5000.00 atau dipenjarakan sebagainya. Jadi Yang Berhormat sebut dok adil, kalau orang laki, orang puan tu Islam, orang laki tu dok Islam jadi dia kata zalim. Peraturan ini, hukum syarak ini memang ditentukan untuk orang Islam, bahkan ada kaedah mutatis mutandis, orang bukan Islam nak berhukum dengan hukum Islam, dia ada pilihan. Zaman Rasulullah dulu, orang Yahudi mari jumpa Rasulullah apabila kabilah mereka seorang perempuan berzina. Jadi Rasulullah kata mu hukum dengan kitab mu lah, disebut oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala dalam Quran,

Jika orang bukan Islam itu datang kepada kamu untuk berhukum dengan hukum syarak, Rasulullah diberi pilihan, mu buleh hukum dengan hukum tu ataupun ataupun mu serah biar dia berhukum dengan hukuman dia sendiri. Bila Rasulullah tanya dalam kitab Taurat mu tu kata guana? Tapi dia tutup tangan rejam, jadi dia kata coteng muka dia arok keluar kampung. Kebetulan Abdullah bin Salam seorang pendeta Yahudi yang memeluk Islam, wahai Rasulullah ce suruh dia angkat ibu jari. Dia angkat ibu jari tu ada rejam tetapi masalah ini diberi, diambil istinbat bahawa mereka-mereka yang bukan Islam ini dia bila datang kepada Mahkamah Syariah jadi kita boleh hukum dia ataupun tolak-dop payah, mung hukum dengan hukum mung ambil hukum civil lah. Tetapi kita ning orang Islam hukum mengikut syarak. Tidak timbul soal adil atau tidak adil sebab ini merupakan ibadat. Yang Berhormat sunat dop? Ah Chong dop sunat bakpe dok dekki dia guana dia dop sunat? Kerat kita sahaja. Ini ibadat. Kita sembahyang, Ah Chong dok sembahyang. Kita puasa dia dok puasa dok payah dekki, menda ibadat, aduh. Jadi masalah ini kita dengki gok ke dia bakpe? Aduh dan kita ning hukum dunia ning ada dua. Kalau lepas dunia akhirat pulok kena. Jadi ning peluang untuk mereka ning bertaubat. Ruang untuk diberi taubat jadi kalau kita sekat dop bolehlah. Jadi dia nak bertaubat ning cara dia. Dok patut Allah Taala tu zalim. Melakukan dua hukuman atas satu kesalahan. Jadi hok dok lepas dunia ning masalah. Macam kita wak salah dalam ibadat, kita salah tidur isteri kita bulan puasa, dia ada hukum dam, bayar dam, ada kafarah dan sebagainya termasuk juga bila melibatkan undang-undang ning melibatkan hudud, qisas, takzir dan sebagainya masuk dalam ruang bicara yang telah diambil kira oleh para ulama. Enam bulan, enam bulan ning memang kita mengambil kira Mazhab

Shafie, Ahli Sunnah Wal Jamaah ataupun mazhab-mazhab seperti Maliki, Hanafi, Hambali dan sebagainya. Ikut Imam Shafie tarikh kita akad nikah enam bulan lebih sejam. Sejam ke dua jam enam bulan itu tempoh dia. Jadi kalau dia akad nikoh pap hari ini esok beranok selalu. Derah benor dia buat kun faya kun jadi selalu. Maknanya dia tempoh dalam keadaan berzina. Jadi itu sudah jadi orang panggil prima facie, ada dalil ada orang panggil bukti dan ianya berlaku berzina.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, ADUN Buluh Gading bertanya tentang hubungan liwat, persediaan liwat perbuatan antara lelaki dengan lelaki yang mendorong kepada hubungan jenis seksual. Jadi hok puang dengan hok puang guana. Jadi Yang Berhormat kena ambil tengok hok asal tu. Dia ada doh sebelum musahaqah. Musahaqah tu maknanya lesbianlah.

Haji Ridzuan bin HashimPAS · PNBuluh Gading

Lelaki dengan perempuan, bukan perempuan dengan perempuan. Dia juga termasuk dalam kesalahan liwat.

Zina pulok Yang Berhormat.

Haji Ridzuan bin HashimPAS · PNBuluh Gading

Dop bukan.

Zina plok tu.

Haji Ridzuan bin HashimPAS · PNBuluh Gading

Baik. Tadi saya baca dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah, Hudud dan Qisas.

Haji Ridzuan bin HashimPAS · PNBuluh Gading

Yang mentakrifkan liwat ialah perbuatan lelaki dan lelaki, lelaki dengan perempuan yang apa pasangan yang tidak sah melakukan hubungan luar tabii iaitu…

Sebut doh sebelum ning. Musahaqah ning dia ada doh tu.

Haji Ridzuan bin HashimPAS · PNBuluh Gading

Dok bukan musahaqah.

Yang saya dengar gitulah. Biar saya terang dulu. Dengan memasukkan selepas taarif musahaqah. Taarif yang di bawah ning musahaqah itu selesai dohlah. Baru ning pun yang kes apa bising bangor sebab dalam mahkamah tu kes musahaqahlah. Aduh. Dia tak dop saksi. Hasil daripada pengakuan. Lepas musahaqah ning masuk liwat. Antara lelaki dengan lelaki. Jadi kalau lelaki dengan perempuan itu dia pergi zina pulok. Ada pun hok Yang Berhormat bangkit itu guane kalau soh bini dia.

Haji Ridzuan bin HashimPAS · PNBuluh Gading

Lelaki dengan perempuan melalui dubur, bukan bini dia.

Doh nak kata guana dok panggil liwat. Liwatlah.

Haji Ridzuan bin HashimPAS · PNBuluh Gading

Tak dimasukkan di sini hanya lelaki lelaki itu, maksud saya.

Hok itu liwat doh bukan persediaan ning baru nak.. baru nak.. (ketawa) payah nak jawab.

Haji Ridzuan bin HashimPAS · PNBuluh Gading

Yang bermaksudnya persediaan kalau persediaan yang melibatkan persediaan yang melibatkan lelaki terhadap perempuan yang bukan isteri dia.

Betul doh. Ning tangkapan untuk persediaan, Yang Berhormat. Jadi kalau puang dengan laki tu khalwat doh dia panggil. Kena cek semula Yang Berhormat minta penjelasan kita beri taklimat semula kekgi. Yang Berhormat. Ok r. Hok Yang Berhormat Hulu Besut tadi tanya, kalau hok soh macam mana. Macam hok sebut tadilah. Dia masuk bahagian takzir tetapi dok masuk dalam hudud. Macam orang puang curi pitih tok laki dia. Jadi orang puang bukan nak suruh curi ni. Saloh tapi

dok masuk dalam hukum kerat tanganlah. Ayah ambil pitih anak, kleper anak bahang RM3,000.00, RM4,000.00 lebih pada had dia tapi dok masuk dalam hudud. Dia masuk dalam takzir sahaja.

Satu lagi berkait dengan muka surat 22 Seksyen 34(C) di mana disebut mana-mana orang yang berpakaian tidak sopan di tempat awam melakukan satu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi RM1,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. Jadi Yang Berhormat kata dok sopan ini tidak menutup aurat ke? Ya. Kadar tu gok Yang Berhormat. Adapun hok Yang Berhorhormat gi tengok hok di Primula tu tengoklah kalau budak tu kanak-kanak bawah umur ikut pandai dialah. Tak patut Yang Berhormat syok gok tengok menda gitu budak-budak. Tapi Kalau dia menutup aurat apa sebagainya ada ruang dia, dop payah gi hendaplah. Tapi kalau pakai mendedahkan aurat, Muslim masuk dalam seksyen inilah. Boleh dimaklumkanlah untuk penguatkuasaan, pendakwaan dan juga bawak ke mahkamah. Terima kasih.

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, boleh tak saya hendak minta penjelasan sikit.

Yang di-Pertua

Sila.

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Saya yang sebenarnya saya tengok Enakmen ini dibuat tujuannya, tujuan dari segi untuk kepentingan masa depan ataupun tujuan Enakmen ini dipinda. Yang pertama saya nampak bila kita lulus ning anak-anak kita yang dah terlajur dia takut nak beranak. Pertama, mungkin kalau dia beranak pun dia tohok jadi buang. Yang kedua, kalau bila dah terlanjur

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Bila buang bayi ning dia dop masuk dalam Enakmen takzir ning doh. Dia masuk apa kes lain pulok.

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Bukan.

Dia melahirkan anak luar nikah. Dok saya nak royak ning.

Hok tu gi report polislah pulok. Ada tindakan lain pulok.

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Bila buat Enakmen ini ke apa ke kita kena ada tujuan, falsafahnya, rohnya apa. Tujuannya. Hok tu saya hendak tanya. Kalau kita lulus…

Kita bincang ning Enakmen dulu. Falsafah ke apa ke kemudianlah pulok.

YANG BERHORMAT DATUK HAJI NAWI BIN MOHAMAD (Wakil Hulu Besut) Bukan. Saya nak tanya.

Bukan ruang lingkup ning. Andaian-andaian yang kita buat tu dokleh Luar bidang kuasa ning Yang Berhormat.

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Enakmen ini yang dibuat oleh Paka

Luar daripada bidang kuasa Yang Berhormat

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Bukan. Sebelum kita lulus saya nak perjelaskan dulu yang saya rasa. Pada pandangan saya kita perlu faham, perlu lumat, perlu jelas. Kalau kita lulus kalau sapa-sapa yang terlanjur dan beranok sikit lagi kena sebat kena denda RM5,000.00. Takleh bayar denda, kena masuk penjara. Bukan main-main. Sebelum kita lulus sebab itu saya hendak supaya kita betul-betul dulu. Kalau rasa benda ini agak tidak memberi manfaat, kita tariklah hok ni se Enakmen. Bawak semula. Ke guana Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Apa salahnya?

Yang di-Pertua

Itu terpulanglah. Kalau nak sokong tak mboh sokong itu terpulanglah.

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Kita tarik hok ning se dulu kita lulus yang lain yang tidak memberi mudarat kepada anak muda kita. Tujuan yang kedua, katalah dia dah terlanjur bincang dengan keluarga dia nikohlah. Enam bulan beranak. Eh kena jel jugok kena denda jugok. Padahalnya kalaulah kita tak dop Enakmen ni dia pun boleh hidup harmoni tak dop masalah apa-apa. Kita pun selamat dop payah wak walimatul urus ke apa ke tak payah. Dia nikoh bertanggungjawab. Yang ketiga, kita juga boleh buat apa-apa sahajalah untuk memberi kefahaman kepada anak muda kita ning supaya tidak berlaku ning, yang ketiga dan akhir sekali kalaulah undang-undang Islam kalau di zaman, saya mintak maaflah saya bukan Ustaz Nawi. Saya tak tahulah saya ning bukan Ustaz Nawi. Saya cuma tahu gitu. Kalau di Mekah dulu, dengan zaman nabi dulu sapa-sapa yang terlibat dengan hukum takzir ke hudud ke qisas ke se undang-undang ni je kena ikut. Mung kapir ke mung Islam ke mung gapo ke mung kena ikut undang-undang ini. Itu baru namanya adil. Yang tidak adilnya dia jong ngandung anak orang dia tidak kena. Hok tu kena. Itu tidak adil. Barangkali kalau di zaman Rasulullah tidak ada pilihan. Lelaki mana-mana sama ada Kristian ke tidak Islam ko, Islam ko kalau terlibat dengan sebagaimana hok kita bincang ini kena belaka. Itu namanya adil.

Tadi terang doh Yang Berhormat.

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

dan hari ini kita ada pilihan mung nok ikut undang-undang penjajah pun boleh nok pakai perlembagaan orang putih pun boleh. Nok ikut undang-undang Islam pun boleh. Tak adil namanya. Itu saya kata tidak adil.

Yang di-Pertua

Yang Berhormat.

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Jadi undang-undang yang dibuat oleh Kerajaan PAS ini tidak adil pada saya. Bukan undang Hudud, Al-Quran dan Hadis pada sayalah. Sekian terima kasih Dato’.

Mohd Nor bin HamzahPAS · GSBukit Payung

Yang Berhormat Dato’ Speaker. Nampok Hulu Besut ini orang baca ayat Al-Quran ini dok faham lagi. Suruh buka ayat Al-Quran Surah Al-Maidah

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Bukan saya. Saya royak doh tadi saya bukan ustaz Nawi

Mohd Nor bin HamzahPAS · GSBukit Payung

Sebab itu kata orang perjelas doh tadi

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Saya ini bukan Ustaz Nawi tapi kalau zaman Rasulullah

Mohd Nor bin HamzahPAS · GSBukit Payung

Dok ni orang nok perjelas

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Lelaki yang terlibat tidak ada pilihan

Yang di-Pertua

Yang Berhormat.

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Inilah undang-undang yang mesti dilaksanakan,

Yang di-Pertua

Yang Berhormat.

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Kita hari ini, lelaki dia ada pilihan nok ikut undang-undang penjajah ke nok ikut perlembagaan orang putih. Boleh. Itu yang saya pertikaikan.

Yang di-Pertua

Yang Berhormat, sila duduklah.

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Ha itu saya pertikaikan.

Mohd Nor bin HamzahPAS · GSBukit Payung

Ini orang nak perjelas

Yang di-Pertua

Orang nok wi penjelasan.

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Undang-undang ini kena tarik dulu jangan bagi lulus.

Mohd Nor bin HamzahPAS · GSBukit Payung

Orang nok perjelas.

Yang di-Pertua

Saya nak buwi penjelasanlah ini, tadi Yang Berhormat Paka dah bagi penjelasan

Mohd Nor bin HamzahPAS · GSBukit Payung

Dia nok pakai hok dia je. Orang perjelas doh zaman Nabi dulu nanti nok baca ayat Al-quran ini

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Doh jelas biar kita puas hati pada saya dok puas hati

Mohd Nor bin HamzahPAS · GSBukit Payung

Ayat Al-Quran

Yang di-Pertua

Yang Berhormat dengar dulu

Mohd Nor bin HamzahPAS · GSBukit Payung

Dalam Surah Al-Maidah

Yang di-Pertua

bakpe jadi gaduh gitu semua

Mohd Nor bin HamzahPAS · GSBukit Payung

Baca Al-Quran kita keluar kekgi temu saya Surah Al-Maidah

Tuhan sebut, Tuhan beri pilihan kepada Nabi orang kafir yang mari laki hok sebagaimana disebut oleh ustaz Yang Berhormat Paka tadi bahawa Nabi dok adil ke bila Nabi kata mu tengok hukum hok mu lah mu pilih hok ada dalam kitab mu lah bahkan Tuhan pulok sebut dok saloh sikit pun mu Wahai Muhammad jika mu serah ke dia walaupun tidak laksanakan hukum Islam. Kena faham hok ni. Jangan komen lagi ni dok adil dok adil zaman Nabi zaman Nabi ni orang baca hok zaman Nabi ni zaman Nabi ini, baca tafsir

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Doh zaman Nabi ada undang-undang orang putih ada undang-undang pelbagai penjajah

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Yang Berhormat Yang di-Pertua saya cadangkan

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Ada saya nak tanya

Mohd Nor bin HamzahPAS · GSBukit Payung

Orang putih itu ajaran agama benda mende ape dia

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Tuhan yang satu saja yang boleh jawab

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya cadang Yayasan Terengganu buat keluar biasiswa hantar ngaji

Mohd Nor bin HamzahPAS · GSBukit Payung

Orang saroh dia dok faham

Yang di-Pertua

Yang Berhormat Yang Berhormat tolong dengar molek

Mohd Nor bin HamzahPAS · GSBukit Payung

Orang putih agama nape dia agama Kristian, agama Injil dan agama Taurat dia baca kitab dia. Oleh sebab itu Tuhan sebut jika orang kafir ini dia nak undang-undang dia ke nok undang-undang agama. Agama Islam ini Tuhan titoh dalam Al-Quran jadi kalau kita ni dalam pale baca ayat Al-Quran pun tak boh terima, cerita hok yang disebut dalam tafsir Ibnu Qasir. Ibnu Qasir pun serang macam itu ni jenis baca Ibnu Qasir pun kata dok adil ini. Oleh sebab itu, kena baca kena faham kita ngaku doh kita ini kita dok faham, dengar dulu jangan buat keputusan yang cepat. Terima kasih Dato’.

Okay Yang Berhormat ada sedikit lagi Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, jadi

persoalan yang ditimbulkan dia kata apabila seorang perempuan itu mengandung kahwin doh apa dan sebagainya kesian ke dia jadi Yang Berhormat kadang-kadang dok baca jugok ni Yang Berhormat kita buat undang-undang peraturan ini ada had dia ada limit dia dan ada ruang yang diberikan oleh mahkamah. Tok Hakim yang akan menentukan. Baca dan boleh apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM5,000 daripada RM1 sampai RM5,000. Jadi kalau Tok hakim kata dok payohlah kalau dia kahwin apa atas keputusan hakim lah. Dia letak ni harga syiling hukuman syiling dia yang kita ada ini ruang dia 356 kadar itu kita gelewak dalam itu yang nok sangat pinda RUU 355 itu tapi dok apelah sementara ada pakailah dulu ruang bidang Enakmen yang ada benda nape hok mu dok leh wat belake hok setakat boleh buat buat dulu. Jadi ini bidang aku rasa mahkamah lah bukan mesti RM 5000.00, bukan mesti jail kita kata boleh sampai peringkat itu sampai hakim kata memandangkan dia sudah kahwin moga-moga dia bertaubat bayar RM100 itu atas mahkamah lah. Jangan buat keputusan dok munasabah ini. Bahasa undang-udang dia ada bahasa dia. Terima kasih Yang Berhormat.

Yang di-Pertua

Sila

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya rasa Yang Berhormat Hulu Besut kena faham dulu Mafhum Adil. Mafhum Adil ini bukannya sama rata bukannya bila orang Islam kena hukum orang bukan Islam pun kena hukum dengan maksud hukuman yang sama. Maksud adil inilah meletakkan sesuatu kena pada tempatnya. Tadi Yang Berhormat Paka telah terang hukum berkait dengan orang Islam. Hukum kait dengan orang bukan Islam boleh rujuk kepada hukuman sivil, itu adilnya. Macam anak kita bila hari raya kalau anak lelaki beli baju melayu kalau anak perempuan beli baju kurung bukan adilnya kena beli baju melayu anak lelaki dan anak perempuan itu sama itu satu. Yang keduanya bila kita lihat falsafah undang-undang jenayah syariah Islam ini sama ada Hudud, Qisas ataupun Takzir. Falsafahnya ialah untuk menggerunkan orang melakukan kesalahan tersebut. Bukannya untuk menghukum orang jangan kita fikir ini bila undang-undang jenayah syariah Islam Hudud, Qisas, Takzir kita nak hukum orang, nak sebat orang, nak merejam orang, nak memenjarakan orang tidak. Tujuannya ialah menakutkan dan menggerunkan orang. Tujuan supaya bila orang tengok kita ada undang-undang ini orang akan insaf, orang dok jadi nok buat maksiat dan kemungkaran tersebut. Itu falsafah undang-undang jenayah syariah Islam. Sekian terima kasih.

Yang di-Pertua

Okay terima kasih saya ingat saya dah buka ruang untuk perbahasan, masing-masing dah mendapat penjelasan. Jadi sekarang saya buka kepada undian-

Cadangan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang kedua dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan suara terbanyak.

RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (TAKZIR) (TERENGGANU) 2001, DIBACA BAGI KALI YANG KEDUA

Yang di-Pertua

Mesyuarat sekarang menjadi Jawatankuasa.

Dalam Jawatankuasa

RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (TAKZIR) (TERENGGANU) 2001 TELAH DITIMBANGKAN DARI SATU FASAL KE SATU FASAL DAN TELAH DIPERSETUJUI TANPA PINDAAN DENGAN SUARA TERBANYAK

Yang di-Pertua

Mesyuarat balik semula.

Bacaan Kali Yang Ketiga

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya maklumkan bahawa Rang Enakmen ini telah

dipertimbangkan dalam Jawatankuasa dan telah dipersetujui dengan tiada pindaan. Saya mohon mencadangkan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan.

Haji Ridzuan bin HashimPAS · PNBuluh Gading

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu.

Yang di-Pertua

Rang Enakmen ini telah mendapat sokongan untuk dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan.

Rang Undang-Undang Bernama Suatu Enakmen Untuk Meminda Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001Bill

Yang di-Pertua

DIPERBUAT UNDANG-UNDANG INI OLEH KUASA UNDANGAN NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN SEPERTI YANG BERIKUT:

1 (1) ENAKMEN INI BOLEHLAH DINAMAKAN ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (TAKZIR) (TERENGGANU) (PINDAAN) 2022.

(2) ENAKMEN INI HENDAKLAH MULA BERKUAT KUASA PADA TARIKH YANG DITETAPKAN OLEH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MELALUI PEMBERITAHUAN DALAM WARTA

Yang di-Pertua

Rang Enakmen ini diluluskan dan menjadi Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) (Pindaan) 2022.

Setiausaha Dewan

Dipersilakan Yang Berhormat Dato’ Dr. Haji Alias Bin Razak (Wakil Bukit Tunggal) untuk mengemukakan Rang Undang-Undang Yang Ketiga.

Enakmen Perbekalan Tambahan (No. 2) 2022Bill

Setiausaha Dewan

Bacaan Kali Yang Pertama

Dato’ Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya memohon mencadangkan Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Yang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2022 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk maksud yang tertentu bagi tahun itu, dibaca bagi kali yang pertama.

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu.

Yang di-Pertua

Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang pertama.

RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN BAGI MENGGUNAKAN SEJUMLAH WANG DARIPADA KUMPULAN WANG DISATUKAN UNTUK PERBELANJAAN TAMBAHAN BAGI PERKHIDMATAN TAHUN 2022 DAN BAGI MEMPERUNTUKKAN WANG ITU UNTUK MAKSUD YANG TERTENTU BAGI TAHUN ITU, DIBACA BAGI KALI YANG PERTAMA

Bacaan Kali Yang Kedua

Dato’ Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan

Rang Undang-Undang Bernama Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2022 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk maksud yang tertentu bagi tahun itu, dibaca bagi kali yang kedua.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Rang Undang-Undang ini ialah untuk memberikan kuasa berkanun supaya beberapa pembayaran tambahan tertentu dibuat untuk Perkhidmatan Awam Negeri tahun 2022 melebihi perbelanjaan yang dibenarkan oleh Enakmen Perbekalan 2022. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu.

Yang di-Pertua

Rang Enakmen ini telah mendapat sokongan bagi bacaan kali yang kedua. Sekarang saya buka untuk perbahasan. Ada sesiapa Yang Berhormat yang ingin mengambil bahagian?

Yang di-Pertua

Oleh kerana tiada perbahasan, kita teruskan pembentangan Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2022 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk maksud yang tertentu bagi tahun itu. Sekarang saya buka kepada undian -

Cadangan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang kedua dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan suara terbanyak.

Rang Undang-Undang Bernama Suatu Enakmen Bagi Menggunakan Sejumlah Wang Daripada Kumpulan Wang Disatukan Untuk Perbelanjaan TambahanBill

Yang di-Pertua

BAGI PERKHIDMATAN TAHUN 2022 DAN BAGI MEMPERUNTUKKAN WANG ITU UNTUK MAKSUD YANG TERTENTU BAGI TAHUN ITU, DIBACA BAGI KALI YANG KEDUA

Yang di-Pertua

Mesyuarat sekarang menjadi Jawatankuasa.

Dalam Jawatankuasa

RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN BAGI MENGGUNAKAN SEJUMLAH WANG DARIPADA KUMPULAN WANG DISATUKAN UNTUK PERBELANJAAN TAMBAHAN BAGI PERKHIDMATAN TAHUN 2022 DAN BAGI MEMPERUNTUKKAN WANG ITU UNTUK MAKSUD YANG TERTENTU BAGI TAHUN ITU TELAH DITIMBANGKAN DARI SATU FASAL KE SATU FASAL DAN TELAH DIPERSETUJUI TANPA PINDAAN DENGAN SUARA TERBANYAK

Yang di-Pertua

Mesyuarat balik semula.

Bacaan Kali Yang Ketiga

Dato’ Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya maklumkan bahawa Rang Enakmen ini telah ditimbangkan dalam Jawatankuasa dan telah dipersetujui dengan tiada pindaan. Saya mohon mencadangkan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan.

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu.

Yang di-Pertua

Rang Enakmen ini telah mendapat sokongan untuk dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan.

Cadangan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang ketiga dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan suara terbanyak.

RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN BAGI MENGGUNAKAN SEJUMLAH WANG DARIPADA KUMPULAN WANG DISATUKAN UNTUK PERBELANJAAN TAMBAHAN BAGI PERKHIDMATAN TAHUN 2022 DAN BAGI MEMPERUNTUKKAN WANG ITU UNTUK MAKSUD YANG TERTENTU BAGI TAHUN ITU

DIPERBUAT UNDANG-UNDANG INI OLEH KUASA UNDANGAN NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN SEPERTI BERIKUT:

1 ENAKMEN INI BOLEHLAH DINAMAKAN ENAKMEN PERBEKALAN TAMBAHAN (NO 2) 2022

2 (1) MAKA ADALAH DIBENARKAN SUPAYA DIKELUARKAN SEJUMLAH WANG TIDAK LEBIH DARIPADA SERATUS DUA PULUH JUTA RINGGIT (RM120,000,000.00) DARIPADA KUMPULAN WANG DISATUKAN BAGI PERBELANJAAN UNTUK PERKHIDMATAN YANG DINYATAKAN DALAM JADUAL BAGI PERKHIDMATAN TAHUN 2022 YANG TIDAK DIPERUNTUKKAN ATAU TIDAK DIPERUNTUKKAN DENGAN SEPENUHNYA OLEH ENAKMEN PERBEKALAN 2022 (2) WANG YANG TERSEBUT ITU ADALAH DIPERUNTUKKAN BAGI MAKSUD YANG DINYATAKAN DALAM JADUAL.

JADUAL

Maksud TajuK Amaun (RM) B.04 Perbendaharaan Negeri 120,000,000.00 Jumlah 120,000,000.00

Yang di-Pertua

Rang Enakmen ini diluluskan dan menjadi Enakmen Perbekalan Tambahan (No. 2) 2022.

Setiausaha Dewan

Dipersilakan Yang Berhormat Dato’ Dr. Haji Alias bin Razak (Wakil Bukit Tunggal) mengemukakan Rang Undang-Undang Keempat.

Enakmen Perbekalan 2022 (Pindaan) 2022Bill

Setiausaha Dewan

Bacaan Kali Yang Pertama

Dato’ Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen bagi meminda Enakmen Perbekalan 2022 (Pindaan) 2022, dibaca bagi kali yang pertama.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu.

Yang di-Pertua

Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang pertama.

RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN BAGI MEMINDA ENAKMEN PERBEKALAN 2022 (PINDAAN) 2022, DIBACA BAGI KALI YANG PERTAMA

Bacaan Kali Yang Kedua

Dato’ Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen bagi meminda Enakmen Perbekalan 2022 (Pindaan) 2022, dibaca bagi kali yang kedua.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Rang Undang-Undang ini bertujuan untuk meminda Enakmen Perbekalan 2022.

2.

Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan tentang tarikh permulaan kuat kuasa Enakmen yang dicadangkan.

3.

Fasal 2 bertujuan untuk meminda peruntukan seksyen 2 dengan menaikkan jumlah peruntukan iaitu sebanyak Satu Bilion Lima Ratus Enam Puluh Lima Juta Tujuh Ratus Sembilan Puluh Lapan Ribu Lima Ratus Sembilan Puluh Ringgit dan Empat Puluh Lapan Sen (RM1,565,798,590.48) untuk perkhidmatan bagi tahun 2022.

3.

Fasal 3 bertujuan untuk meminda Jadual dengan memasukkan butiran B.33 iaitu Bekalan Air dan pindaan kepada jumlah sebenar.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu.

Yang di-Pertua

Rang Enakmen ini telah mendapat sokongan bagi bacaan kali yang kedua. Sekarang saya buka untuk perbahasan. Ada sesiapa Yang Berhormat yang ingin mengambil bahagian? Oleh kerana tiada perbahasan, kita teruskan pembentangan Rang Undang-Undang bernama Suatu

Enakmen bagi meminda Enakmen Perbekalan 2022 (Pindaan) 2022. Sekarang saya buka kepada undian -

Cadangan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang kedua dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan suara terbanyak.

RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN BAGI MEMINDA ENAKMEN PERBEKALAN 2022 (PINDAAN) 2022, DIBACA BAGI KALI YANG KEDUA

Yang di-Pertua

Mesyuarat sekarang menjadi Jawatankuasa.

Dalam Jawatankuasa

RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN BAGI MEMINDA ENAKMEN PERBEKALAN 2022 (PINDAAN) 2022 TELAH DITIMBANGKAN DARI SATU FASAL KE SATU FASAL DAN TELAH DIPERSETUJUI TANPA PINDAAN DENGAN SUARA TERBANYAK

Yang di-Pertua

Mesyuarat balik semula.

Bacaan Kali Yang Ketiga

Dato’ Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya memaklumkan bahawa Rang Enakmen ini telah ditimbangkan dalam Jawatankuasa dan telah dipersetujui dengan tiada pindaan. Saya mohon mencadangkan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu.

Yang di-Pertua

Rang Enakmen ini telah mendapat sokongan untuk dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan.

Cadangan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang ketiga dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan suara terbanyak.

Rang Undang-Undang Bernama Suatu Enakmen Bagi Meminda Enakmen PerbekalanBill

Yang di-Pertua

2022 (PINDAAN) 2022

DIPERBUAT UNDANG-UNDANG INI OLEH KUASA UNDANGAN NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN SEPERTI YANG BERIKUT:

1 (1) ENAKMEN INI BOLEHLAH DINAMAKAN ENAKMEN PERBEKALAN 2022 (PINDAAN) 2022

(2) ENAKMEN INI HENDAKLAH DISIFATKAN TELAH MULA BERKUAT KUASA PADA 1 JANUARI 2022.

Yang di-Pertua

Rang Enakmen ini diluluskan dan menjadi Enakmen Perbekalan 2022 (Pindaan) 2022.

Usul-Usul Yang Telah Diberi NotisMotion

Setiausaha Dewan

Perkara berikut di dalam Tertib Pekerjaan Dewan ialah Usul-Usul Yang Telah Diberi Notis. Dipersilakan Yang Berhormat Dato’ Haji Satiful Bahari bin Mamat, Wakil Paka mengemukakan Usul yang pertama.

Usul-Usul Yang Telah Diberi NotisMotion

Setiausaha Dewan

Perbelanjaan Rancangan Pembangunan Negeri Bagi Tahun 2023

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, doh Yang Berhormat Pembangkang dok angkat tangan, dok setuju, jadi dok bui elaun la dok, ke guane? [Sambil ketawa]. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan-

“Bahawa menurut seksyen kecil (3) kepada seksyen (4) Akta Kumpulan Wang Pembangunan Tahun 1996, Dewan Undangan Negeri ini membuat KETETAPAN bersetuju meluluskan peruntukan Perbelanjaan Rancangan Pembangunan Negeri Bagi Tahun 2023 sebagaimana ditentukan dalam JADUAL:

BIL VOT JABATAN LANGSUNG NEGERI (RM) JUMLAH (RM) 1 P02 PEJABAT MENTERI BESAR DAN SETIAUSAHA KERAJAAN 464,499,600.00 464,499,600.00

2 P04 PEJABAT PERBENDAHARAAN NEGERI TERENGGANU 30.00 30.00

3 P10 JABATAN KERJA RAYA NEGERI TERENGGANU 3,000,000.00 3,000,000.00

4 P11 JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI TERENGGANU 1,000,000.00 1,000,000.00

5 P12 PEJABAT DAERAH BESUT 1,000,010.00 1,000,010.00

6 P13 PEJABAT DAERAH DUNGUN 1,000,010.00 1,000,010.00

7 P14 PEJABAT DAERAH HULU TERENGGANU 1,000,010.00 1,000,010.00

8 P15 PEJABAT DAERAH KEMAMAN 1,000,010.00 1,000,010.00

9 P16 PEJABAT DAERAH KUALA TERENGGANU 1,500,010.00 1,500,010.00

10 P17 PEJABAT DAERAH MARANG 1,000,010.00 1,000,010.00

11 P18 PEJABAT DAERAH SETIU 1,000,010.00 1,000,010.00

12 P19 PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI TERENGGANU 12,500,000.00 12,500,000.00

13 P29 JABATAN PERHUTANAN NEGERI 100,000.00 100,000.00

14 P30 JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI TERENGGANU 200,000.00 200,000.00

15 P31 JABATAN PERTANIAN NEGERI TERENGGANU 200,000.00 200,000.00

16 P32 PELBAGAI PEMBANGUNAN 10,000,290.00 10,000,290.00

17 P35 PEJABAT DAERAH KUALA NERUS 1,000,010.00 1,000,010.00

JUMLAH KECIL PERBELANJAAN PEMBANGUNAN 500,000,000.00 500,000,000.00

Butiran lanjut bagi maksud peruntukan-peruntukan ini bolehlah Ahli-ahli Yang Berhormat merujuk kepada Kertas Dewan Bil. 19/2022. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Ab. Razak bin IbrahimPAS · GSAir Putih

Yang Berhormat Dato’ Yang Di-Pertua, saya mohon menyokong usul tersebut.

Yang di-Pertua

Usul ini telah mendapat sokongan.

Sekarang saya buka untuk perbahasan. Ada mana-mana Yang Berhormat yang ingin mengambil bahagian?

Sekarang saya buka kepada undian-

Usul ini kemudian dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan suara terbanyak.

USUL INI DITERIMA.

Setiausaha Dewan

Dipersilakan Yang Berhormat Dr. Haji Mamad Bin Puteh (Wakil Kuala Berang) mengemukakan Usul yang Kedua.

Rancangan-Rancangan Kemajuan Air Negeri Bagi Tahun 2023

Dr. Haji Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan-

“Bahawa menurut seksyen kecil (2) kepada seksyen (4) Enakmen Kumpulan Wang Perbekalan Air 1966, Dewan Undangan Negeri ini membuat KETETAPAN bersetuju meluluskan peruntukan dari Kumpulan Wang Perbekalan Air Negeri untuk Rancangan-Rancangan Kemajuan Perbekalan Air Negeri Bagi Tahun 2023 sebagaimana ditentukan dalam JADUAL:

JADUAL Tajuk Perbelanjaan Negeri (RM) Pinjaman Pusat (RM) Jumlah (RM) Pembangunan Perbekalan Air 30,000,000.00 - 30,000,000.00 JUMLAH 30,000,000.00 - 30,000,000.00

Butiran lanjut bagi maksud peruntukan-peruntukan ini, bolehlah Ahli-ahli Yang Berhormat merujuk kepada Kertas Dewan Bil. 20/2022. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Terima kasih.

Haji Alias bin HarunPAS · GSRantau Abang

Yang Berhormat Dato’ Yang Di-Pertua, saya mohon menyokong usul itu.

Yang di-Pertua

Usul ini telah mendapat sokongan.

Sekarang saya buka untuk perbahasan. Ada sesiapa Yang Berhormat yang ingin mengambil bahagian? Kalau tidak ada, saya terus kepada penerimaan usul.

Sekarang saya buka kepada undian-

Usul ini kemudian dihadapkan kepada mesyuarat dan

dipersetujui dengan suara terbanyak

USUL INI DITERIMA.

TangguhanAdjournment

Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin MokhtarPAS · PNMenteri Besar · Ru Rendang

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Persidangan Dewan ditangguhkan kepada suatu masa yang akan ditetapkan kemudian.

Yang di-Pertua

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebelum saya menangguhkan Persidangan Dewan ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan berbanyak terima kasih di atas kerjasama yang diberikan sepanjang empat hari Persidangan ini berjalan dan juga saya meminta maaf atas apa-apa kelemahan dan juga kekurangan.

Saya tangguhkan Persidangan kita ini ke suatu masa dan tarikh yang akan ditetapkan kemudian dan marilah sama-sama kita tangguhkan dengan membaca Surah Al-„Asr.

DEWAN DITANGGUHKAN PADA PUKUL 12.50 TENGAHARI.