Terengganu · 15 March 2023

14th Assembly, 5th session, 4th meeting · 182 turns · 9,910 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalTerengganu publishes one PDF per meeting, with the written answers appended. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Perkara berikut di dalam Tertib Pekerjaan Dewan pada hari ini ialah Ucapan Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan.

Yang di-Pertua

Yang Berhormat Dato' Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Yang Berbahagia Ketua-Ketua Jabatan Negeri & Persekutuan, para pemerhati, tuan-tuan & puan-puan sekalian.

Alhamdulillah, kita bersyukur kepada Allah SWT kerana dapat bertemu semula dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada kali ini iaitu Mesyuarat Keempat, Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri yang ke-14. Persidangan ini boleh dianggap sebagai persidangan terakhir sebelum Dewan Undangan Negeri kita dibubarkan pada bila-bila masa sahaja daripada sekarang. Agenda atau Tertib Pekerjaan Dewan pada kali ini ringkas sahaja dengan tumpuan hanya kepada Soalan-Soalan Lisan dan Usul Pelantikan seorang Ahli Dewan Negara yang berlaku kekosongan. Oleh sebab itu, diputuskan persidangan pada kali ini hanya setengah hari sahaja. Pada kesempatan ini, saya ingin membuat sedikit muhasabah kepada diri saya dan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian sebagai ucapan saya yang terakhir selaku Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri dalam tempoh yang dipertanggungjawabkan.

Dewan Undangan Negeri atau badan legislatif negeri adalah salah satu cabang kerajaan dalam ilmu politik dan amalan kerajaan demokratik yang perlu terus diperkasakan dari semasa ke semasa. Alhamdulillah, dengan kerjasama semua pihak, Dewan Undangan kita sedang bergerak bagi mencapai visi yang diputuskan iaitu menjadi Dewan Undangan Negeri yang terunggul. Beberapa reformasi telah dan sedang dibuat yang melibatkan program memasyarakatkan Dewan Undangan Negeri supaya dilihat lebih inklusif, pemerkasaan penyelidikan termasuk penubuhan jawatankuasa pilihan (select committee) baru, transformasi digital, pemberdayaan penulisan dan penerbitan buku dan program pemantapan dan literasi politik kepada Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri.

Saya merasa bersyukur kepada Allah SWT kerana di antara reformasi penting yang berjaya dibuat ialah bila Dewan Undangan Negeri telah meluluskan

penubuhan Jawatankuasa Pilihan (Select Committee) Pengurusan Dewan yang dianggotai oleh tujuh orang ahli pada 28 November 2018 dan seterusnya dimasukkan dalam Standing Orders berstatus Jawatankuasa Tetap (Standing Committee) pada 25 Julai 2022. Dengan sendirinya jawatankuasa ini perlu ditubuhkan selepas setiap kali pembentukan kerajaan dan pelantikan seorang Yang di-Pertua Dewan Negeri. Ini bermakna dalam menguruskan perancangan dan penambahbaikan badan legislatif negeri kita, tugas seorang Speaker tidak lagi keseorangan tetapi dibantu oleh jawatankuasa ini. Di samping itu, jawatankuasa ini diberi kuasa untuk melantik satu panel tenaga pakar dalam pelbagai bidang untuk menasihatinya. Saya menyebutkan perkara ini supaya semua pihak menghormati institusi yang kita tubuhkan bersama dalam Dewan yang mulia ini.

Sebagai usaha untuk membina badan legislatif yang cemerlang, saya telah banyak membuat lawatan dan perbincangan samada dengan pihak Parlimen, Dewan Undangan Negeri lain dan kepimpinan badan legislatif beberapa negara luar termasuk sewaktu Persidangan Ahli Parlimen Komanwel (Commonwealth Parliamentary Conference).

Kesimpulan yang saya boleh buat ialah transformasi di dalam badan legislatif semakin penting dan berkembang di seluruh dunia. Kita tidak boleh ketinggalan dalam menjadikan peranan badan legislatif di negeri kita lebih dinamik. Oleh itu, kita mesti bergerak ke hadapan melakukan reformasi institusi ini, semata-mata bagi memperkuatkan kerajaan mengikut acuan kita. Kerajaan perlu dilihat lebih 'transparent' bagi memberi peluang kepada ahli-ahli badan legislatif memainkan peranan dengan lebih berkesan. Apa yang penting kita mesti berperanan sebagai rakan mesra kerajaan yang bertanggungjawab. Dalam proses menggubal undang-undang umpamanya, semua pihak berpeluang memberi pandangan dan teguran tetapi mesti dengan niat yang baik dan cadangan yang konstruktif. Dalam kesempatan ini juga saya berharap semua Ahli-ahli Yang Berhormat dapat menunjukkan sikap bersatu padu dan bersatu hati merentasi sentimen kepartian apabila menghadapi isu-isu besar yang melibatkan kepentingan bersama rakyat negeri kita.

Perlu diingat tanggungjawab kita tidak habis setakat di dunia ini sahaja tetapi akan dipersoalkan oleh Allah di akhirat nanti.

"Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan ditanya ke atas orang yang di bawah jagaannya"

Lebih-lebih lagi sebagai seorang Islam kita ada tanggungjawab yang lebih besar sebagai khalifah Allah di muka bumi ini yang dihuraikan peranannya oleh ulamak:

"Menegakkan agama dan mentadbir dunia ini dengan agama"

Akhir sekali saya pohon kemaafan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat atas apa-apa kelemahan dan keterlanjuran saya jika ada, sepanjang saya diamanahkan menjadi Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Terengganu. Dan tidak lupa juga saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu dan memudahkan tugas saya selama ini,

Sekian, selamat bersidang.

Kertas-Kertas Kerja Dan Laporan-Laporan

Setiausaha Dewan

Perkara seterusnya dalam Tertib Pekerjaan Dewan pada hari ini ialah Kertas-Kertas Kerja Dan Laporan-Laporan.

Yang di-Pertua

Kertas-kertas kerja dan laporan-laporan yang dibentangkan ialah:

1.

Penyata Kewangan Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu Tahun 2021

(D.U.N. Bil.1/2023)

2.

Laporan Tahunan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) Tahun 2021

(D.U.N. Bil.2/2023)

3.

Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Yayasan Terengganu Tahun 2021

(D.U.N. Bil.3/2023)

4.

Laporan Tahunan dan Kewangan Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu Tahun 2021

(D.U.N. Bil.4/2023)

5.

Penyata Kewangan Yayasan Islam Terengganu Tahun 2021

(D.U.N. Bil.5/2023)

6.

Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Lembaga Muzium Negeri Terengganu Tahun 2021

(D.U.N. Bil.6/2023)

7.

Penyata Kewangan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu Tahun 2021

(D.U.N. Bil.7/2023)

Soalan-Soalan Yang Telah Diberi NotisQuestions

Setiausaha Dewan

Perkara seterusnya dalam Tertib Pekerjaan Dewan ialah Soalan-soalan Yang Telah Diberi Notis:

(1) Soalan-soalan Bertulis.

(2) Soalan-soalan Lisan.

Yang di-Pertua

Jawapan kepada Soalan-soalan Bertulis yang telah diberi notis dan dibentangkan di hadapan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian ialah soalan-soalan daripada:

1.

Yang Berhormat Wakil Sura 2.

Yang Berhormat Wakil Seberang Takir 3.

Yang Berhormat Wakil Rantau Abang 4.

Yang Berhormat Wakil Hulu Besut 5.

Yang Berhormat Wakil Pengkalan Berangan 6.

Yang Berhormat Wakil Bukit Besi 7.

Yang Berhormat Wakil Air Putih 8.

Yang Berhormat Wakil Jertih 9.

Yang Berhormat Wakil Kemasik

10.

Yang Berhormat Wakil Wanita

SOALAN-SOALAN LISAN

Soalan-Soalan LisanQuestions

Yang di-Pertua

Sekarang kita masuk kepada Soalan-soalan Lisan. Berikut adalah Ahli-ahli yang telah memberi notis untuk mengemukakan Soalan-soalan Lisan pada hari ini, 15 Mac 2023.

1.

Yang Berhormat Wakil Tepoh 2.

Yang Berhormat Wakil Seberang Takir 3.

Yang Berhormat Wakil Sura 4.

Yang Berhormat Wakil Telemong 5.

Yang Berhormat Wakil Buluh Gading 6.

Yang Berhormat Wakil Hulu Besut 7.

Yang Berhormat Wakil Manir 8.

Yang Berhormat Wakil Bukit Besi 9.

Yang Berhormat Wakil Rantau Abang 10.

Yang Berhormat Wakil Jertih 11.

Yang Berhormat Wakil Pengkalan Berangan 12.

Yang Berhormat Wakil Batu Rakit 13.

Yang Berhormat Wakil Bandar 14.

Yang Berhormat Wakil Air Putih 15.

Yang Berhormat Wakil Ajil 16.

Yang Berhormat Wakil Kemasik 17.

Yang Berhormat Wakil Wanita

Yang Berhormat sekalian, sebelum saya mempersilakan Ahli Yang Berhormat untuk mengemukakan Soalan-Soalan Lisan, saya ingin memaklumkan dalam persidangan kita pada kali ini turut dihadiri oleh Yang Berhormat Senator Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff Senator daripada Negeri Kelantan selain daripada Ahli-ahli Jawatankuasa KHAIRUNNISA (Persatuan Isteri Wakil Rakyat dan Bekas Wakil Rakyat). Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Wakil Seberang Takir untuk mengemukakan Soalan Lisan yang pertama.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan yang nombor satu-

Difahamkan Kerajaan Negeri telah bersetuju meluluskan projek perumahan komersil di tapak asal projek Akuapolitan di Kampung Seberang Pak Abu, Seberang Takir. Pohon nyatakan konsep dan komposisi pembangunan projek tersebut, kontraktor yang akan memajukan projek tersebut dan bila projek tersebut akan dimulakan?

Terima kasih.

Dat0’ Dr. Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Yang berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Dato’-Dato’, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli Yang Berhormat, Pegawai-pegawai Kerajaan, para pemerhati yang dikasihi sekalian.

Seberang Takir ingin tahu, boleh kata difahamkan Kerajaan Negeri telah bersetuju meluluskan projek perumahan komersil di tapak asal projek Akuapolitan di Kampung Seberang Pak Abu, Seberang Takir. Pohon nyatakan konsep dan komposisi pembangunan projek tersebut, kontraktor yang akan memajukan projek tersebut dan bila projek tersebut akan dimulakan?

Dato’ Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan sekalian, hingga kini hak kerajaan belum lagi meluluskan apa-apa projek kepada mana-mana kontraktor atau pemaju sehingga hari ini. Yang adanya hanyalah kita ada mencadangkan dan peringkat perancangannya di mana tanah di sana adalah seluas 18.82 ekar yang mana antara syarat kepada pemaju-pemaju yang kita tetapkan dan proses perundingan ialah mesti menyediakan rumah mampu milik yang majoritinya nanti akan kita berikan ataupun masukkan peserta-peserta ataupun mereka yang terlibat dengan pengambilan balik tanah di jalan corniche road Seberang Takir yang sehingga ini namanya ada dengan kita 62 orang, 62 penduduk.

Kita ada komponen penting yang kita akan tetapkan syarat tapi hingga hari ini Yang Berhormat, kita belum lagi memilih mana-mana pemaju dan oleh itu untuk masa bila dimulakan tidak berbangkitlah buat masa ini dan tidak dapat diberi nama pemajunya buat masa ini, terima kasih.

Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya yang pertama kerana di tapak itu sebelum ini telah diluluskan untuk projek Akuapolitan dan Kerajaan Pusat telah meluluskan sebanyak RM180 juta dan malangnya kerana pertukaran kerajaan maka projek itu dibatalkan ada atau tidak cadangan daripada kerajaan untuk mendapatkan semula peruntukan RM180 juta yang telah diluluskan, kerana dalam komposisi untuk projek Akuapolitan ini termasuk membina 500 unit rumah untuk nelayan. Jadi ada atau tidak cadangan atau pun hasrat Kerajaan untuk nak mendapatkan semula projek ini dan peruntukan sebanyak RM180 juta ini, terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.

Dat0’ Dr. Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Untuk makluman Dewan sehingga kini Kerajaan Negeri telah buat keputusan untuk membangunkan di kawasan tersebut sebagai kawasan pembangunan bercampur iaitu komersial dan juga rumah untuk rakyat khususnya nelayan dan kita mencadangkan di sana insya-Allah akan boleh muat untuk membina lebih kurang 2,000 unit rumah setakat ini tidak memohon apa-apa peruntukan daripada Kerajaan Pusat seperti yang disebutkan Yang Berhormat Seberang Takir tadi. Terima kasih.

Jadi ini bermakna RM180 juta yang telah diluluskan oleh Kerajaan Pusat sebelum ini tidak ada hasratlah oleh kerajaan untuk mendapatkan semula dan ini merupakan satu kerugian yang amat besarlah kerana projek ini adalah merupakan projek yang pertama di dunia kalau kita dapat laksanakan kerana ini adalah projek yang kita boleh kenalkan sebagai Sea Felda ataupun Felda Laut jadi saya rasa satu perkara yang merugikanlah kerana RM180 juta ini bukannya sedikit dan duit ini adalah 100% daripada Kerajaan Pusat. Cuma saya nak tanya satu perkara Dato’ Yang di-Pertua, berkait dengan 62 keluarga yang dikatakan akan diberi hasrat untuk diberi projek atau Perumahan RAHMAN ini, jadi adakah 62 ini adalah merupakan rumah-rumah yang sedia ada sekarang ini, yang berada di sepanjang corniche road itu adakah itu yang dimaksudkan dengan 62 rumah? maknanya hasrat kerajaan nak pindahkan semua 62 rumah yang ada di situ ke tempat cadangan yang disebut oleh EXCO tadi, terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.

Dat0’ Dr. Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Untuk makluman Dato’ Yang di-Pertua, kita memang Kerajaan yang baru ini, Kerajaan yang sekarang memerintah, kita telah mengubah konsep agropolitan itu kepada

konsep pembangunan bercampur memandangkan kawasan-kawasan yang tinggi nilai tanahnya dari segi komersialnya. Tapi dalam konsep pembangunan bercampur ini masih kita ada perumahan untuk nelayan dan juga untuk perpindahan mereka yang bila sebab sebahagian besar daripada di Cornhine Route itu, dia duduk dalam tapak rizab jalan dan itu termasuk yang sudah pindah dan yang akan dipindahkan daripada situ kita akan menawarkan itu bergantung kalau dia nak duduk tempat lain itu terpulang, tapi bagi sebab kerajaan kita menawarkan kepada mereka untuk tempat pemindahan di situ. Jadi tidak ada penganiayaan di sini. Kalau kata dia kata cukup duit nak beli tanah tempat lain itu atas dialah tapi ini kita beri Rumah Mampu Milik ini untuk mereka yang berminat untuk berada di situ yang lainnya kita akan bangunkan secara komersial. Untuk beberapa projek yang di sini kita sebut mungkin untuk anak-anak Terengganu yang berada di luar, yang nak membeli rumah, rumah komersial dan juga di sana ada juga kawasan-kawasan komersial gerai makan hasil laut, jeti bot persiaran, pusat-pusat beli-belah dan sebagainya. Tapi ini semua cadangan yang belum kita muktamadkan lagi. Jadi saya tak nak dedahkan satu persatu takut nanti sebut dalam Dewan lain, apa yang akhir berlaku lain. Jadi masih berada di peringkat perancangan kita, perbincangan kita dengan pemaju-pemaju yang berminat buat masa ini dan insya-Allah sebahagian peruntukan ini sebagaimana yang disebut oleh Seberang Takir nanti di bawah EXCO Pertanian, kita akan cuba dapatkan juga sebahagian sumber untuk pembangunan ini daripada Kerajaan Pusat. Insya-Allah dalam proses perundingan kita lagi.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat.

Sekarang saya persilakan Wakil Sura untuk kemukakan soalan.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua soalan saya yang pertama-

Sehingga kini, apakah impak yang diperolehi daripada pusat pemulihan dadah secara holistic yang telah beroperasi di Negeri Terengganu kita sejak penubuhannya?

Haji Mohd Nor bin HamzahPAS · GSBukit Payung

Terima kasih kepada Yang Berhormat Sura, Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri, Yang Berbahagia Pegawai-pegawai serta para pemerhati yang saya hormati sekalian. Soalan daripada ADUN Sura berbunyi, sehingga kini apakah impak yang diperolehi daripada pusat pemulihan dadah secara holistik yang telah beroperasi di Negeri Terengganu kita sejak penubuhannya?

Untuk makluman awal kepada seluruh Ahli Dewan, pusat pemulihan dadah secara holistik ini merupakan janji dalam Manifesto pilihanraya ke-14 Kerajaan Negeri Terengganu dalam usaha untuk membantu penagih dadah kembali ke pangkal jalan sekaligus mengurangkan masalah penagihan dadah dalam masyarakat. Pusat penagihan atau pusat pemulihan penagih dadah secara holistik ini telah berjaya ditubuhkan pada bulan Jun 2021 dengan nama “Perkampungan Darul Barakah” di Pengkalan Berangan. Jumlah keseluruhan pelatih sehingga hari ini seramai 96 orang. Alhamdulillah, setelah penubuhan diadakan kita mengharapkan ia akan dapat berkembang dengan baik dan memberi impak yang besar kepada negara, negeri dan seluruh masyarakat.

Yang pertama impaknya ialah dapat membantu negara ini dalam menyelesaikan segala permasalahan dan memenuhi agenda rawatan penagih-penagih dadah dan juga usaha PDRM, Jihad Dadahnya dan AADK. Yang kedua, dapat merawat pelatih-pelatih dengan pengajian islam, didikan akhlak yang mulia serta latihan kemahiran yang tertentu. Yang ketiga dapat membantu keluarga dalam menyelesaikan masalah ahli yang terlibat dengan dadah. Yang keempat, membuka kesedaran rakyat dan masyarakat bahawa permasalahan penagihan dadah ini boleh diselesaikan dengan kerjasama daripada semua pihak dan rawatan yang berjaya dan yang terakhir, sambutan yang sangat baik daripada masyarakat dan permohonan yang begitu banyak harap dapat diselesaikan daripada semasa ke semasa untuk kebaikan bersama. Insya-Allah.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan tambahan saya yang pertama iaitu berapa lamakah tempoh yang perlu dilalui oleh setiap penagih ini berada di pusat pemulihan dan daripada jumlah 96 orang yang berada di pusat itu, berapakah jumlah yang dapat kita menyelesaikan masalah mereka ataupun

kata lain berapa peratuskah ataupun jumlah yang dapat kita pulihkan dalam tempoh dua tahun ini. Terima kasih.

Haji Mohd Nor bin HamzahPAS · GSBukit Payung

Terima kasih Yang Berhormat Sura, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, konsep pusat pemulihan penagih dadah kita ini ialah pemulihan secara berterusan. Dalam erti kata ada pemulihan dilakukan dalam tempoh berasaskan modul yang telah ditetapkan dan yang kedua pemulihan yang berterusan sehingga dia mati makna kalau dia nak selesai pun rawat di situ sehingga dia mati pun, duduk situlah sehingga dia mati kerana kita sedar bahawa ada di kalangan mereka yang bila pulang, terjebak balik dalam masalah penagihan dadah ini. Walaupun demikian, hasil daripada pemulihan yang telah dilakukan sebahagian besar 96 orang ini telah mendapat respon dan positif rawatannya yang sangat baik. Walaupun di sana ada masalah-masalah yang tertentu, kadang-kadang bila setahun dia dirawat, dia balik raya, dia jadi balik. Walaupun raya itu dia balik sehari je, petang itu dia bertemu dah pengedar-pengedar balik. Jadi ada masalah. Oleh kerana itulah konsep kita bukan sahaja holistik tetapi berterusan dan kita sangat tidak menggalakkan dia pulang, ahli keluarga dia datang menziarahi sahaja dan saya harap insya-Allah 96 orang ini kita nampak positif perkembangan yang baik, bahkan ada di antara mereka yang sudah menghafal al-Quran dan sudah memahami kitab-kitab pengajian. Terima kasih.

Soalan tambahan yang kedua Yang Berhormat Yang di-Pertua, sehingga kinilah daripada bermula Jun 2021, berapakah anggaran kos yang telah dikeluarkan oleh pihak Kerajaan bagi menguruskan pusat pemulihan dadah ini?

Haji Mohd Nor bin HamzahPAS · GSBukit Payung

Terima kasih ADUN Sura, perlu notis Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Ya. Sekarang saya persilakan ADUN Telemong untuk kemukakan soalan.

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Yang Berhormat Dato’Yang di-Pertua, soalan saya yang pertama-

Apakah cadangan pihak Kerajaan Negeri bagi merancakkan Lapangan Terbang Sultan Mahmud yang bertaraf antarabangsa?

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat, Pegawai Kerajaan dan juga pemerhati sekalian. Soalan daripada Telemong, apakah cadangan pihak Kerajaan Negeri bagi merancakkan Lapangan Terbang Sultan Mahmud yang bertaraf antarabangsa? Memang kita menyedari bahawa Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) merupakan lapangan terbang bertaraf domestik, namun demikian LTSM juga memiliki kapasiti bagi menampung keperluan fasiliti penerbangan antarabangsa. Di antara usaha yang telah dibuat oleh Kerajaan Negeri, perancangannya untuk menjadikan LTSM sebagai hub antarabangsa iaitu menjadikan LTSM sebagai hub Umrah. Kita sebenarnya sejak daripada awal jadi Kerajaan, kita telah bertemu dengan pelbagai pihak sama ada pengusaha-pengusaha yang mengusahakan pakej Umrah dan juga syarikat-syarikat penerbangan. Saya ingin memaklumkan yang terakhir yang pada tahun lepas selepas daripada COVID-19, kita telah mengadakan perbincangan dengan pihak AMAL by Malaysia Airlines, di antara fokus perbincangannya adalah berkait dengan kita mahu mengadakan hub Umrah direct flight daripada Terengganu ke Jeddah ataupun Madinah. Cuma untuk makluman mereka sebenarnya keberatan kerana sehingga pada tahun lepas kita mengadakan perbincangan, tiada negeri selepas daripada COVID yang mengadakan direct flight ke Mekah kerana pelbagai alasanlah walaupun usaha sedang dibuat oleh beberapa negeri untuk mengadakan perkara demikian termasuk Negeri Terengganu. Kami juga telah mengadakan perbincangan pada bulan Jun 2022 dengan pihak Qatar Airways yang mana diwakili oleh Regional Manager Asian, Dato’ Muzammil dan Miss Lee Kuan Nee Foo. Di antara penerbangan, perbincangannya adalah direct flight ke International flight lah termasuk mengadakan direct flight untuk mengadakan sebagai hub Umrah, tetapi begitu juga dari sudut komersial mereka menyatakan bahawa sememangnya suatu kesukaran kerana mereka terpaksa menanggung kos yang besar apabila diadakan hub Umrah di Negeri Terengganu, dan pelbagai pihak lagilah yang kita mengadakan perbincangan, antaranya kita juga telah mengadakan perbincangan daripada awal jadi Kerajaan dulu sehinggalah yang terakhir pada 6 Februari 2022, 11 April 2022 dengan pihak Air Asia antaranya penerbangan direct flight ke China dan lain-lain dan juga direct flight, local flight antaranya

Kota Kinabalu, Kuching, Johor dan juga Penang. Mereka sangat berminat sebenarnya untuk mengadakan direct flight ke beberapa negeri ini tetapi sebenarnya telah diadakan direct flight ke Kota Kinabalu tetapi berjalan hanya beberapa bulan sahaja kerana dari segi kapasiti penumpang yang agak berkurangan lalu mereka menghentikan sementara dan insya-Allah, perbincangan akan terus diadakan dengan pihak Air Asia dan itulah sedikit gambaran usaha yang telah dibuat oleh Kerajaan Negeri sebenarnya kita mengadakan pelbagai perbincangan termasuklah players-players kita dengan izin telah mengadakan perbincangan direct flight daripada China dan lain-lain untuk terus ke sini,

Yang kedua kita, sebenarnya Kerajaan Negeri bersedia untuk memberikan insentif penerbangan dengan menawarkan insentif dengan mana-mana syarikat airlines yang membuka atau memperkenalkan rules baru dengan izin dan yang ketiga menganjurkan lebih banyak program bertaraf anatarabangsa. Antaranya larian, contohnya Larian Jambatan bersama dengan Lajnah, Portfolio Sukan, pelbagai acara-acara sukan dan pelbagai event-event yang ada di dalam COE, Calendar Of Events. Jabatan Pelancongan sendiri, tujuannya adalah untuk menarik pelancong-pelancong daripada luar untuk datang ke Negeri Terengganu. Sekian.

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Soalan tambahan Dato’ Yang di-Pertua, kita telah mendengar usaha yang telah dijalankan dan juga dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri. Kita menyambut baik walau bagaimanapun kita nampak keberhasilannya setakat ini masih tidak menyerlah. Kalau dulu kita sentiasa berusaha untuk merancakkan orang mari ke Terengganu dan airport itu kita dah buat dengan begitu comel dan landasan pun begitu panjang, tapi penerbangan sangat sikit sekarang ini, daripada 12 penerbangan jadi enam daripada semalam takdok langsung terus. Jadi kita kena buat sesuatu, ini yang kita nak tahu bagaimana Kerajaan, bincang-bincang ni kita tahu doh bincang sokmo, jawab bincang ni dok selesai, guana kita nok buat hok airport comel tu biar orang mari ramai di Negeri Terengganu ni, kita ni Centre pahtu orang mari ikut Terengganu bukan ikut Kelantan, bukan ikut Kuantan, itu je. Pandangan saya supaya bagaimana Kerajaan Negeri supaya boleh buat, hok bincang-bincang tu dakpe Yang Berhormat, hok tu dok selesai masalah. Terima kasih.

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Terima kasih kepada Telemong. Izinkan saya Dato’ Yang di-Pertua Dewan untuk saya sambung sedikit lagi. Sebenarnya sememangnya kita mengakui bahawa sehingga Mac, Januari, Februari, November, Disember. Januari, Februari adalah musim tengkujuh, kedatangan pelancong ke Terengganu agak terhad terutamanya pelancong antarabangsa apabila pulau-pulau yang ada, yang indah di Negeri Terengganu ini hampir semua pengusaha-pengusaha menutup premis mereka kecuali ada beberapa sahaja. Jadi flight kita memang, bukan kata tahun ni je, tahun lepas daripada dahulu sehingga sekarang dia bermula daripada selepas Hari Raya Cina ataupun awal Mac barulah apabila pulau sepenuhnya dibuka barulah kedatangan pelancong dia lebih ramai dan meriah, insya-Allah kita doa selepas dan sekarang ini dah masuk bulan Mac, apa ni, flight kita sebenarnya dah semakin meriah dah dan semakin penuh pelbagai sama ada MAS ke Air Asia dan lain-lain Malindo ke semakin banyaklah cuma sekarang ni memang keadaan pulau kita masih lagi ketenangan air itu memang istilah orang Terengganu kocoh lagi, kucoh lagi jadi insya-Allah kita doalah supaya keadaan agak stabil selepas pada ini insya-Allah pelancong akan semakin ramai, dan sehingga hari ini walaupun ada sedikit kemerosotan sehingga Mac, kedatangan pelancong terutamanya musim cuti sekolah kita tak nafi ada sedikit kemerosotan tapi kita harap dengan pembukaan pulau sepenuhnya akan dihadiri oleh pelancong sama ada pelancong tempatan dan juga luar negara. Untuk makluman, pelancong daripada China sekarang ini mereka tak boleh datang sepenuhnya hanya dibenarkan secara berkelompok sahaja dan usaha yang, ialah usaha-usaha juga memang kita buat sokmo macam kita ngail ikanlah belum tentu boleh ikan tapi usaha dibuat kalau duduk rumah tidur, dok bolehlah ikan. Jadi usaha itu lah yang kita buat, jadi ada perancangan sebenarnya insya-Allah kalau takdok aral apa-apa bulan Ramadhan walaupun Ramadhan kita akan bersama dengan rombongan Menteri Pelancongan akan ke China untuk mendapatkan pelancong-pelancong dan juga usaha yang telah dibuat oleh pihak players sendiri terutamanya di pulau-pulau yang menggamit pelancong-pelancong luar terutamaya daripada China mereka teruskan sama ada melalui website atau mereka sendiri pergi ke program-program yang dianjurkan oleh Tourism Malaysia, MATTA dan seumpamanya. Sekian,

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya persilakan Wakil.

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Dok abis lagi ni, ada lagi Dato’ Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Habis doh Dato’, habis doh.

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Habis doh?

Yang di-Pertua

Hor.

Boleh minta soalan tambahan satu?

Yang di-Pertua

Soalan tambahan lagi? Yang pertama.

Boleh minta?

Yang di-Pertua

Sila.

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Saya takmboh lah berebut Dato’ Yang di-Pertua, tapi dakpelah.

Yang di-Pertua

Dakpe-dakpe, sila.

Terima kasih YB Telemong sahabat saya. Soalan tambahan tadi Yang Berhormat Alur Limbat ada sebut tentang kedatangan pelancong yang berkurang melalui airport, tapi mengikut data yang kita lihat kedatangan pelancong ke Negeri Terengganu ini antara yang tertinggi di Malaysia. Adakah Yang Berhormat bersetuju kebanyakan pelancong yang datang sebenarnya melalui jalan darat melalui LPT berbanding dengan airport. Terima kasih.

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Terima kasih kepada Wakil Batu Buruk. Sememangnya target kedatangan pelancong 80% ini daripada sejak beberapa tahun yang lalu, 80% adalah pelancong demostik kerana kita menyediakan sebenarnya pelbagai kecantikan yang ada di Negeri

Terengganu bermula daripada Kemaman sehinggalah kepada Besut. Mereka sangat teruja untuk datang ke Terengganu terutamanya pada cuti sekolah pada hujung minggu weekend dengan izin dan pada waktu-waktu weekdays biasa menjadi pilihan dan juga event-event saya tak sebutlah di sini yang besar-besar yang diadakan di Terengganu mereka masih ingin adakan di Terengganu kerana di samping mereka hadir dalam pertandingan, program, event.

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Dato’ Yang di-Pertua, saya tanya hal airport kita lesu, saya dok tanya hal pelancong.

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Dok ni saya nok jawab hok.

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Sapa hal gi jawab hal pelancong, apa benda hal?

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Dokni, dokni, saya jawab hok Batu Buruk ni.

Yang di-Pertua

Dia jawab dia jawab yang tu, yang wakil Batu Buruk.

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Dok saya tanya airport kita lesu, bagaimana kaedah kita nak buat? Bukan saya kata salah sapa-sapa dia, mungkin salah kita jugok. Saya tanya airport kita lesu sekarang apa yang kita nak buat?

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Saya jawab hok Batu Buruk.

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Duk bincang-bincang, tanya pelancong ramai mari, dakpe la saya pun tahu.

Yang di-Pertua

Yang Berhormat slow down, slow down.

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

[ketawa] Saya jawab hok Batu Buruk.

Yang di-Pertua

Tadi dia tolong jawab berkait enga napa yang dibangkit oleh ADUN Batu Buruk. Itulah yang saya faham, takpelah.

Sepatutnya EXCO kene jawab soalan yang ditanya tidak berkaitan, jadi takyah jawablah, jawab balik soalan ni.

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Takpe dia tanya…

Yang di-Pertua

Takpe, takpe saya ringkaskan, dia meraikan..

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Kalau Dato’ izin, saya jawablah

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Okaylah, maksudnya Alhamdulillah kita buka sahaja fokus kepada pelancong domestik tetapi sebenarnya kita juga wakil pelancongan, kita pergi ke Berlin, ITB Berlin, baru balik minggu lepas. Usaha untuk menarik pelancong, dan di samping insya-Allah airport tu dalam perhatian kitalah, kita memang dah bersedia untuk international airport, cuma ground handling adalah perkara-perkara yang kita kena selesai beberapa perkara…

Sebenarnya Dato’ Yang di-Pertua, saya rasalah apa yang ditanya oleh Dato’ Rozi ini berkait dengan apakah sekarang ini masalah yang banyak timbul di airport tu. Salah satunya ialah kesian kepada pemandu-pemandu teksi yang tunggu daripada pagi sapa petang takdok langsung pelanggan hari ini.

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Doh soalan mende gitu? Bakpe takdoknya?

Jadi, maksudnya sekarang…

Yang di-Pertua

Ni soalan lain dah ni Yang Berhormat… soalan lain dah ni, Yang Berhormat.

Maksud pandangan saya perlu dibuatlah sesuatu di lapangan terbang itu supaya…

Yang di-Pertua

Yang Berhormat, lain dah tu Yang Berhormat. Soalan tu jadi lari dah.

Dok, bukan lain. Maksudnya…

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Memang kita buat sesuatu dah. Memang kita berterusan, insya-Allah. Sekian.

Yang di-Pertua

Okay, terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya persilakan Wakil Hulu Besut. Cuma, saya nak tarik perhatian. Soalan daripada wakil Hulu Besut ini berkait dengan Rumah Mampu Milik yang telah dibina Kerajaan daripada sekian-sekian masa lah. Cuma saya perhatikan, saya nak bagi peluang sahajalah sebenarnya kalau boleh diringkaskan ada satu soalan daripada ADUN Jertih yang juga bertanyakan soalan berkait dengan perumahan, tetapi lebih khusus dalam kawasan Dewan Negeri beliau iaitu di Kampung Dendung, Tembila, Besut. Kalau boleh rangkumkan, lagi bagus. Ini saya cadangkan sahajalah, itu terpulang kepada Yang Berhormat. Sila, Yang Berhormat.

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Soalan saya soalan nombor 1 -

Berapakah jumlah buah Rumah Mampu Milik yang telah dibina oleh Kerajaan Negeri Terengganu dari tahun 2018 sehingga tahun 2023 di seluruh Negeri Terengganu?

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Dato’ Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, Yang Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Dato’-Dato’Ahli-ahli Yang Berhomat dah khusus kepada Yang Berhormat Hulu Besut. Soalan yang Hulu Besut ingin tahu jumlah buah Rumah Mampu Milik yang telah dibina oleh Kerajaan Negeri Terengganu dari tahun 2018 sehingga tahun 2023 di seluruh Negeri Terengganu. Kalau soalan bulan 8, bulan 10 baru ini sehingga 2022, ini tambah sedikit lagi.

Untuk makluman Yang Berhormat dan Ahli Dewan sekelian, projek yang telah kita siap dan agihkan adalah berjumlah tahun 2023, 2,895 unit, iaitu 14.47%. Projek dalam pembinaan, sedang dibina sekarang berjumlah 13,528 unit atau 67.64%. Projek dalam perancangan, yakni yang belum mendapat kelulusan merancang ada 5,196 unit iaitu 25.98%, jadi jumlahnya sekarang ialah 21,619 unit ataupun 100.8% daripada target kita, sebab target kita 20,000 unit untuk sesi ini. Tambahan sebenarnya untuk tahun 2023, 2023 baru bulan 3,15.3, jadi ini maklumat yang terakhir, kita ada buat tambahan untuk membina 66 unit rumah mampu milik di Duyung yang dinamakan RPMM Duyung 3, dan juga di Telaga Putat ataupun Seri Keranji, Setiu, 250 unit dan di Balai Besar, Dungun 182 unit. Itu sahaja. Terima kasih.

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Soalan tambahan Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, kalau saya dengar tadi, memang banyaklah 21,000 lebih, tapi di Besut Yang Berhormat Yang di-Pertua, tak disiapkan satu buah unit pun di Besut, jadi seolah-olah Besut ni anak tiri ke macamana, Yang Berhormat?

Dato’ Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Sabar Yang Berhormat, ada Yang Berhormat. Cuma ini antara yang di Besut, yang sedang dalam pembinaan menghadapi masalah kerana PKP baru ini, COVID yang juga syarikat sendiri selepas COVID tu mengalami masalah orang panggil cash flow, dengan izin. Jadi Besut, secara khususnya ialah di Bukit Cina, Hulu Besut, ini kawasan Yang Berhormat sendiri yang syarikat ini mengalami masalah, telah dua kali melantik sub-kontraktor, ini melibatkan 348 unit, banyak tu di Hulu Besut. Sekarang ini prestasi projek telah dimulakan semula selepas PKP ini. Prestasi sekarang 16.5%. Kerja-kerja yang sedang berjalan di

tapak sekarang adalah pemasangan holding, pemasangan mainhole untuk sewerage IWK, kerja-kerja pemasangan tetulang raft foundation dan juga kerja rectification line crack di tapak asas yang sedia ada. Insya-Allah dalam masa yang terdekat ini, saya ingat dibuat pemantauan yang begitu rapi oleh Bahagian Perumahan untuk memastikan dia dapat menyiapkan sebagaimana tempoh baru yang kita diberikan. Insya-Allah bila sampai 20% nanti, kita akan buka permohonan kepada rakyat Negeri Terengganu melalui Perumahan, insya-Allah. Sabar. Ada 348 unit di Hulu Besut sahaja, terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih, sila.

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, maknanya di Besut tak ada sebuah rumahpun yang siap dibina dalam masa lima tahun?

Dato’ Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Benar sekali, sepatutnya projek ini siap, tetapi dah kena PKP dua tahun, projek tak berjalan, lepas tu syarikat mengalami cash flow yang teruk, dan terpaksa lantik sub-con yang baru. Insya-Allah, kita doa supaya dapat siap sepertimana yang dijangka nanti. Insya-Allah. Terima kasih Hulu Besut.

Yang di-Pertua

Saya persilakan wakil Manir.

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya soalan nombor 1 –

Berapakah hasil yang telah diperolehi oleh Kerajaan dari pelaburan yang masuk ke Terengganu dari tahun 2021 dan 2022?

Yang Berhormat Dato’ Yang di- Pertua, Yang Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dan semua yang hadir pada hari ini. Soalan daripada Manir adalah

berbunyi berapakah hasil yang telah diperolehi oleh Kerajaan dari pelaburan yang masuk ke Terengganu, dari tahun 2021 dan 2022?

Yang di-Pertua

Yang Berhormat kalau boleh, gabungkan sekalilah dengan soalan daripada Batu Rakit.

Arahan tu dok?

Yang di-Pertua

Ya.

Arahan kena jawablah. Jadi Batu Rakit pulak tanya, berapakah jumlah pelaburan telah diperolehi dan apakah kesan langsung yang telah dicapai oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2022? Dia ada kaitan di situ. Berkenaan soalan daripada Manir tadi, dia tanya hasil yang telah diperolehi oleh Kerajaan, bukan oleh rakyat. Kerajaan cuma dapat hasil daripada dua sumber. Satu ialah premium tanah. Premium tanah ini sejak 2018 kita serahkan kepada PMINT untuk uruskan tanah-tanah industri yang ada dan hasil daripada pelaburan yang datang ke Terengganu pada tahun 2021 dan 2022, kerajaan telah mendapat premium sebanyak lebih kurang RM17,930,000, hampir RM18 juta. Itu premium, dalam bentuk premium bayaran harga tanah oleh pelabur kepada kerajaan. Itu secara langsung, dan hasil yang diperolehi oleh pihak berkuasa tempatan dalam bentuk fi bayaran yang diterima, pusat setempat, one stop OSC tak banyak cuma lebih kurang RM700,000 sahaja, itu secara langsung, direct. Dan yang ditanya oleh Batu Rakit jumlah pelaburan telah diperolehi dan apakah kesan langsung yang telah dicapai Kerajaan Negeri pada tahun 2022. Berdasarkan kepada data yang kita perolehi daripada statistik pelaburan yang datang ke Terengganu terutamaya daripada ECERDC pada tahun 2022, yang mendapat manufacturing license, pengilang, ML dia panggil, ialah sebanyak RM3.74 bilion dan telah mewujudkan secara langsung lebih 3000 ribu peluang pekerjaan dan 100 peluang keusahawanan dan perniagaan bagi rakyat tempatan, itu jawapannya. Terima kasih.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Terima kasih kepada Yang Berhormat.

Yang di-Pertua

Tak apa, tak apa saya bagi peluang, teruskan, teruskan…

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya boleh Yang Berhormat EXCO maklumkan syarikat-syarikat yang telah melabur itu dan di mana?

Kita biasanya kita tidak kabo syarikat-syarikat mana tapi kita kabo dalam bidang apa dia melabur, kita tidak sebut nama mereka, sebab mungkin itu sensitif kepada pelabur-pelabur itu sendiri.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Sensitif guaner pulok.

Bukan dia kalau listed company dia takmboh kita uar-uar sangat benda ini kepada…

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Pulok, orang yang melabur mesti nak tahu, dia melabur dalam bidang apa…

dalam bidang apa saya dok…

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

dan sebagainya, sampai dalam Dewan ini tidak boleh nak kabo melabur di mana.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Saya difahamkan Yang Berhormat EXCO selalu ke luar negara, setiap kali ke luar negara cari pelaburan tapi sampai gini dok leh nak sebut.

Dok sebut lagi, nanti ah dulu.

Yang Berhormat Batu Rakit, Penggal lepas pun dok royak, kita tanya juga begitu, dok royak gok dulu..

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Dah wakpe jadi nak marah ke saya…

Dok maroh, royak, sebab kita pernah tanya gitu juga dulu tapi tak jawab…hak berkaitan saja dijawab

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Tapi kita tanya dokkan dokleh nok jawab.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Buleh kabo orang kerja, orang nok gi kerja, dok tahu tempat dok munasaboh

Batu Rakit, Kite royak hok dulu, Batu Rakit kita royak hok dulu penggal lepas kita mitok jugok dulu dok buleh, saya royak ke Batu Rakit je…

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Ye dok ape ah, kita mintok Yang Berhormat EXCO pulok.

Yang di-Pertua

Bertenang, bertenang, bertenang, biar se se

Kite duk situ tanya doh dulu…

Nok dengor ke dok jawapan ni.

Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat dah sebut tadi

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Yang Berhormat Yang di-Pertua beritahu kat mano takpe doh..

Yang di-Pertua

Tidak apa-apa, kita dengar jawapan daripada kerajaan pula.

Wakpe yang tidak sabar sangat ini, tidak jawab pun lagi sakni cuma jawab gitu neting dah ai

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Dok jawab guana, tidak menjawab soalan.

Yang di-Pertua

Nanti dulu Yang Berhormat.

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Saya kabo doh kat mana, lepastu maroh ke saya pulok.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, masa jadi cikgu lain jadi YB lain [ketawa]

Haji Bazlan bin Abd. RahmanUMNO · BNBatu Rakit

Saya yang soal, Yang Berhormat EXCO nok maroh ke saya..

Yang di-Pertua

Yang Berhormat duduk, kita dengar dulu penjelasan.

Doh baik dengor dulu dok, baru kok tu. Tadi baru koma dok full stop gitu tapi nok sambung lagi ni. Okey, pada 2022, ini soalan dalam bentuk 2022. Pelaburan dalam bidang berasaskan besi. Jumlah pelaburan RM2 bilion. Okey, dan peluang pekerjaan boleh diwujudkan sebanyak 3,000 orang, 3,000 peluang pekerjaan. Dalam pembinaan…

Datuk Haji Nawi bin MohamadUMNO · BNHulu Besut

Dekat mana tu saya tak tahu

di Kemaman. Di Teluk Kalong. Pembinaan awam lebih kurang setengah bilion. Dari segi perlombongan lebih kurang RM559 juta, mewujudkan

127 orang peluang pekerjaan. Dari segi dalam bidang pelancongan lebih kurang RM331 juta, tenaga hijau RM115 juta, tenaga hijau lagi RM77 juta ada dua tempat dan logistik ada lebih kurang RM24 juta menjadikannya pada tahun 2022 RM3.7 juta. Itu 2022. Saya juga boleh maklumkan sedikit sehingga sekarang, sehinggabkelmarin, kalau nak tahulah soalan itu tahun 2022 tapi saya jawab juga untuk 2023. Kelmarin baru kita menandatangani satu Memorandum Of Understanding, memorandum persefahaman dengan sebuah syarikat yang akan melabur di Cheneh, tempat itu saya kabo di Cheneh. Kalau nak tahu syarikat besar, bagitahu nama dia. Nama dia Zinda dalam bidang berasaskan kepada batu Silika (siliceous rock ataupun kuarza). Pelaburan lebih kurang RM2.5 bilion dan akan mewujudkan dalam masa yang dekat ini lebih kurang 1,000 orang pekerja. Saya nak bandingkan, saya melawat ke Filipina. Saya pergi melawat di Filipina, syarikat yang sama membuka dua line, business dia dua line sahaja, tapi di Cheneh insya-Allah akan dibuka sebanyak 32 line dalam masa tempoh lima tahun.

Itu yang telah ditandatangani persefahamannya kelmarin dan insya-Allah agreement pemberian tanah nanti akan berlaku pada bulan Mei pada tahun ini juga insya-Allah. Itu jawapan dia. Okeylah tu dok. Okey.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat.

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Tuan-tuan soalan sekali.

Yang di-Pertua

Bagi kepada Manir dahulu, sila.

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan tambahan tadi nak tanyanya tentang sumbangan, apakah bentuk sumbangan faedah dan sumbangan secara tidak langsung yang di sumbangkan oleh pemain industri dalam pelbagai sektor kepada rakyat negeri ini, itu asas soalan tambahan sayalah dan nampak sebahagian yang telah di jawab oleh pihak kerajaan cumanya memang rata-rata sangat bimbang dengan isu yang berkaitan dengan sekatan royalti ataupun hasil minyak Negeri Terengganu yang disekat oleh Kerajaan Pusat hasil daripada kesilapan pihak yang berkaitan pada zaman dahulu, zaman dahulu kalalah jadi hasil minyak sekat jadi rakyat bimbang sungguh jadi sebagaimana yang disebut tadi maka perlu kepada hasil tambahan daripada hasil lain terutamanya hasil pelaburan, dan kita ucapkan tahniah kepada Pihak Kerajaan yang berjaya mendapatkan jumlah yang besar dan insya-Allah ia akan memberikan peratusan yang besar

yang menyumbang kepada pendapatan Kerajaan Negeri. Jika ada figure ataupun numbers yang boleh diberitahu kepada Dewan, peratusan sumbangan kepada pendapatan Kerajaan Negeri kerana kita tahu hasil pendapatan Kerajaan Negeri memang bergantung penuh hampir 80% lebih kepada hasil royalti minyak, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Ya, hasil kita daripada royalti banyak mana dan saya difahamkan rundingan sedang berjalan untuk menentukan sama ada banyak mana royalti atau dalam bentuk apa pun namanya untuk Kerajaan Negeri Terengganu dari Kerajaan Pusat. Tentang sumbangan yang lain-lain itu, kebanyakannya dalam bidang manufacturing dari segi kilang-kilang yang dibina. Cuma di Terengganu ini, di negeri kita ini ada kilang-kilang, ada dua kes di mana mereka datang nak melabur ada satu syarikat itu nak datang dalam bidang kuarzt juga, dalam bidang silika, dia menjanjikan lebih kurang 2.5 billion tapi akhirnya dia tidak jadi, sebab dia nak milik silika itu, kita tak bagi dia nak milik sendiri, kita tak bagi kepada dia, nak beli dengan kita, bila dia keluar, datang lagi satu kilang yang juga silika juga lebih kurang 2.5 billion juga, berunding, runding, runding, dia kata kami dah 98% ready untuk tandatangan dengan kita. Saya tanya PMINT adakah ready, ataupun sedia untuk tandatangan, dia kata kita 99% ready, sedia. So kita kata why not kita buat sampai 100%? Di saat akhir dia mari,minta maaf Dato’, kita tidak jadi melabur. Banyak dah kerja dia buat sudah hampir setahun, tiba-tiba dia kata, dia tak jadi atas alasan sendiri, perniagaan. Dah kita nak kata guaner, dia takmboh. Kita dah buat kerja setahun dah kita buat kerja untuk dia, itulah yang berlaku, kita cuba lagi dan insya-Allah kita akan sekarang ini pun pegawai kita ada di Korea untuk membuat follow-up pada lawatan kita ke kilang-kilang lebih kurang 12 kilang di Korea dan banyak lagi sebenarnya daripada Jepun kemungkinan kita akan ke Jepun pula sebab ada janji, ini pun satu hal janji nak melabur juga bilion banyaknya dia, nak buat bateri daripada syarikat besar gergasi di Tokyo di Jepun, kita tunggu dua tahun dah masih bersabar lagi dan kita akan follow-up supaya insya-Allah, dia janji nak datang daripada tahun ini, itu yang sedang dibuat jadi kita harapkan daripada pelabur-pelaburan akan memberikan hasil yang langsung dan tidak langsung kepada Kerajaan Negeri Terengganu dan untuk makluman juga kita ada satu jawatankuasa sekarang telah ditubuhkan untuk mencari jalan bagaimana nak meningkatkan hasil negeri selain daripada hasil royalti yang ataupun wang ehsan yang kita dapat ini, itu sedang berjalan sekarang ini. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Sekarang saya jemput Wakil Bukit Besi.

Haji Roslee bin DaudUMNO · BNBukit Besi

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya nombor dua-

Sejauh manakah keberkesanan projek-projek tebatan banjir dalam menangani masalah banjir khasnya di kawasan kampung yang tidak mempunyai sistem aliran yang sistematik?

Dr. Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan, terima kasih Yang Berhormat Adun Bukit Besi yang bertanyakan sejauh manakah keberkesanan projek-projek tebatan banjir dalam menangani masalah banjir, khasnya di kawasan kampung yang tidak mempunyai sistem aliran yang sistematik? Keberkesanan projek tebatan banjir yang dilaksanakan oleh kerajaan dilihat telah memberi impak sebagaimana berikut, pertamanya mengurangkan masalah banjir setempat terutama di kawasan yang asalnya tidak mempunyai sistem saliran yang sistematik, keduanya dapat melindungi dan mengurangkan kerugian harta benda akibat daripada banjir dan ketiga memberikan nilai tambah dalam pembukaan kawasan-kawasan pembangunan yang baharu. Apabila disebut banjir ia ada dua perkara yang penting iaitu melibatkan pelan induk tebatan banjir dan juga pelan induk saliran mesra alam ataupun dipanggil PISMA, yang melibatkan beberapa jabatan. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat, saya persilakan Wakil Rantau Abang.

Haji Alias bin HarunPAS · GSRantau Abang

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya ialah soalan nombor satu-

Apakah komitmen dan sokongan Kerajaan Negeri dalam membantu Daerah Dungun untuk menjayakan penganjuran SUTERA23 dari segi keperluan tempat dan proses baik pulih

tempat sedia ada untuk kegunaan SUTERA23?

Wan Sukairi bin Wan AbdullahPAS · PNWakaf Mempelam

Yang Berhormat Dato’ Yang di-pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat, Pegawai Kerajaan dan pemerhati yang saya hormati lagi saya kasihi sekalian, terima kasih Yang Berhormat Rantau Abang yang bertanyakan tentang komitmen dan sokongan Kerajaan Negeri dalam membantu Daerah Dungun untuk menjayakan penganjuran SUTERA23 dari segi keperluan tempat dan proses baik pulih tempat yang sedia ada untuk kegunaan SUTERA 2023. Untuk makluman Yang Berhormat penganjuran SUTERA 3, 2023 yang dijadualkan berlangsung pada 17 - 21 Ogos 2023 dan Majlis Sukan Daerah Dungun telah pun dipilih sebagai tuan rumah. Pemilihan Daerah Dungun sebagai tuan rumah ini adalah merupakan anjuran pertama SUTERA selain daripada Majlis Sukan Negeri Terengganu yang menjadi penganjur induk sebelum daripada ini. Ianya juga adalah merupakan yang pertama kali diadakan di luar daripada kemudahan Kompleks Sukan Negeri Terengganu dan akan berlangsung sepenuhnya di Daerah Dungun dengan menggunakan fasiliti di daerah tersebut. Hanya gelanggang bagi sukan tenis sahaja yang memerlukan penelitian untuk dibaik pulih manakala lain-lain gelanggang adalah dalam keadaan yang baik dan di bawah kawalan pihak yang berkenaan. Kerajaan Negeri sentiasa cakna kepada keperluan membaik pulih serta menaik taraf kemudahan sukan dan pada tahun 2023 Kerajaan Negeri telahpun bersetuju untuk menyediakan peruntukan untuk membaik pulih dan juga menaik taraf gelanggang tenis di Arena Merdeka dengan peruntukan sebanyak RM150 ribu dan gelanggang tenis ini insya-Allah akan juga digunakan semasa temasya kejohanan SUTERA kali yang ketiga 2023. Selain daripada itu Kerajaan Negeri juga sentiasa berusaha untuk mendapatkan peruntukan bagi membina baharu atau membaik pulih kemudahan-kemudahan sukan dalam Negeri Terengganu menerusi peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan. Pada tahun ini juga Alhamdulillah Kerajaan Persekutuan menerusi Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu telah pun bersetuju untuk menaik taraf padang bola sepak Arena Merdeka dengan menyediakan lampu limpah dengan peruntukan sebanyak RM500 ribu dan padang bola sepak ini juga insya-Allah akan digunakan sebagai venue untuk temasya SUTERA 2023 yang akan datang. Terima kasih.

Haji Alias bin HarunPAS · GSRantau Abang

Terima kasih atas jawapan yang diberi, saya warga Dungun rasa banggalah kerana SUTERA yang ketiga ini diadakan di Daerah Dungun. Terima kasih banyak-banyak kerana ini merupakan kali pertamalah sukan secara besar-besaran bagi Negeri Terengganu ini diada di luar daripada Kompleks Sukan Negeri Terengganu. Alhamdulillah soalan tambahan saya ialah, berapa jenis sukankah yang akan dipertandingkan dalam SUTERA 2023 ini?

Wan Sukairi bin Wan AbdullahPAS · PNWakaf Mempelam

Terima kasih kepada Yang Berhormat Rantau Abang, sememangnya itulah hasrat kita untuk melebarluaskan sukan ini kepada seluruh daerah disamping menggerakkan Majlis Sukan Daerah-daerah yang ada di seluruh Negeri Terengganu termasuk yang berkaitan dengan kemudahan-kemudahan sukan. Untuk makluman sebanyak 13 jenis sukan yang akan dipertandingkan dengan penglibatan tujuh sukan wajib dan enam sukan pilihan yang akan ditentukan kemudiannya oleh pihak tuan rumah nanti. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Saya persilakan ADUN Jertih.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya soalan yang kedua-

Berapakah jumlah/bilangan penerima i-pencen dan jumlah/bilangan penerima kemudahan di bawah Program Kad Sejahtera di Negeri Terengganu untuk tahun 2020, 2021 dan 2022?

Haji Hanafiah bin MatPAS · PNCukai

Terima kasih kepada Jertih, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, semua Ahli-ahli Yang Berhormat, semua Ketua-ketua Jabatan, para pemerhati sekalian, soalannya berbunyi berapakah jumlah atau bilangan penerima i-Pencen dan jumlah/bilangan penerima kemudahan di bawah

Program Kad Sejahtera Negeri Terengganu untuk tahun 2020, 2021 dan 2022? Jumlah penerima bantuan pencen rakyat bagi tahun 2021 ialah 25,905 orang, manakala tahun 2022 adalah seramai 25,889 orang, manakala jumlah penerima Kad Sejahtera bagi tahun 2021 adalah seramai 19,709 orang dan pada tahun 2022 adalah seramai 19,461 orang. Suka juga saya memaklumkan bahawa penerima pencen mengikut DUN pada tahun 2022;

DUN JUMLAH PENERIMA Kuala Besut 974 Kota Putera 811 Jertih 569 Hulu Besut 1,022 Jabi 903 Permaisuri 666 Langkap 905 Batu Rakit 750 Tepoh 702 Buluh Gading 1,144 Seberang Takir 467 Bukit Tunggal 419 Wakaf Mempelam 620 Bandar 385 Ladang 414 Batu Buruk 738 Alor Limbat 1,306 Bukit Payong 837 Rhu Rendang 651 Pengkalan Berangan 1,420 Telemong 1,046 Manir 611 Kuala Berang 816 Ajil 1,110 Bukit Besi 428 Rantau Abang 369 Air Putih 2,121 Paka 819 Kemasik 945 Kijal

Cukai 845 Sura 348

Manakala bagi Kad Program Sejahtera pada tahun 2022:

DUN JUMLAH PENERIMA Kuala Besut 574 Kota Putera 526 Jertih 521 Hulu Besut 778 Jabi 533 Permaisuri 728 Langkap 514 Batu Rakit 582 Tepoh 605 Buluh Gading 930 Seberang Takir 573 Bukit Tunggal 548 Wakaf Mempelam 700 Bandar 490 Ladang 577 Batu Buruk 952 Alor Limbat 615 Bukit Payong 482 Rhu Rendang 365 Pengkalan Berangan 666 Telemong 498 Manir 578 Kuala Berang 810 Ajil 559 Bukit Besi 549 Rantau Abang 605 Air Putih 469 Paka 542 Kemasik 531 Kijal 395 Cukai

Sura 557

Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan tambahan pertama ramai yang bertanya untuk mendapat penjelasan daripada pihak Kerajaan syarat-syarat kelayakan kepada mereka yang ingin memohon bantuan i-pencen dan syarat kelayakan bagi mereka yang ingin memohon Program Kad Sejahtera dan adakah tempoh masa, bulan berapa start memohon ataupun boleh memohon sepanjang tahun? Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua.

Dato’ Yang di-Pertua, antara syarat-syarat tidak menerima sebarang JKM daripada MAIDAM, daripada PERKESO dan dia juga bukan penerima pencen dengan lain perkataan bahawa warga emas yang berumur 60 tahun ini tidak mendapat sebarang bantuan dari semua agensi dan inilah yang diberikan oleh Kerajaan. Yang Kad Sejahtera ini untuk mereka-mereka yang terdiri daripada B40 dan untuk tahun ini insya-Allah kita akan keluarkan notis selepas hari raya ini untuk bayaran saya jangka insya-Allah akan bayar akhir bulan 5 ataupun awal bulan 6. Tunggulah, kita akan keluarkan iklan. Terima kasih.

Soalan tambahan kedua, bagi Program Kad Sejahtera ini syarat yang dinyatakan oleh pihak Kerajaan tadi terlalu umum, B40 jadi saya hendak tahu Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua adakah pihak Kerajaan menetapkan bilangan maknanya cukup 10 orang cukup ataupun siapa yang layak dia akan diluluskan. Jadi hendak minta penjelasanlah bagi mereka yang layak semua diluluskan ataupun ada had tertentu. First come first serve dengan izin Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dan saya juga hendak tahu jumlah yang pemohon yang memohon dan jumlah yang diluluskan. Maknanya dari erti kata lain berapa yang gagal dalam permohonan tersebut. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua.

Haji Hanafiah bin MatPAS · PNCukai

Kad Sejahtera ini oleh kerana di bawah Yang Berhormat Dato’ Dr. Haji Alias jadi saya mohon dia jawablah.

Dato’ Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Yang pertamanya memang penetapan kita di bawah B40 tetapi ada had bilangan sebab itu sebab dalam Bajet kita sudah lulus RM10 juta untuk itu. So setiap tahun, satu-satu masa mesti 20 ribu orang sahaja tetapi tahun ini kita ada buat tambahan kerana kita tengok prestasi yang lepas RM10 juta yang kita letak ini tidak habis, kita tambah lagi RM5 ribu ringgit jumlahnya, jadi untuk tahun ini RM25 ribu. Data yang lengkap tentang berapa pemohon, berapa tak itu minta notislah sebab kita tidak ada data on hand sekarang. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua.

Soalan terakhir, hendak tahu 20 ribu itu adakah diagihkan bilangan yang sama mengikut DUN ataupun siapa pohon dulu, DUN mana pohon dulu, DUN mana banyak memohon dia dapat. Terima kasih, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua.

Dato’ Dr. Haji Alias bin RazakPAS · GSBukit Tunggal

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, mengikut kelayakan kriteria kita yang mana yang terhampir dengan mencukupi kriteria yang paling tinggi yang kita bagi sebab itu dia tidak sama mengikut DUN. Kita mengikut kelayakan yang paling tinggilah. Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Sekarang saya persilakan Wakil Pengkalan Berangan.

Sulaiman bin SulongPAS · PNPengkalan Berangan

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Soalan nombor satu-

Apakah status terkini penubuhan Yayasan Darul Iman?

Haji Hanafiah bin MatPAS · PNCukai

Terima kasih kepada Pengkalan Berangan. Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat dan semua pegawai-pegawai kerajaan. Soalannya apakah status terkini penubuhan Yayasan Darul Iman? Penubuhan Yayasan Darul Iman masih lagi dalam peringkat penubuhannya di mana ianya akan

melalui beberapa proses seperti proses penetapan perjawatan pegawai dan kakitangan juga penyelarasan dari segi kos pengurusan tahunan dan juga beberapa item yang memerlukan pengesahan daripada kelulusan agensi dan jabatan yang berkaitan. Terima kasih.

Sulaiman bin SulongPAS · PNPengkalan Berangan

Terima kasih kepada Kerajaan yang telah memberi jawapan berkenaan dengan status terkini. Jadi soalan tambahan saya yang pertama adalah apakah rasional ataupun kelebihan daripada penaiktarafan Tabung Darul Iman kepada Yayasan Darul Iman.

Haji Hanafiah bin MatPAS · PNCukai

Okey, terima kasih Pengkalan Berangan. Antara beberapa rasional untuk penaiktarafan ialah pertama-sesebuah yayasan yang tertubuh dibolehkan mengikut undang-undang untuk mempunyai milikan aset. Penubuhan Yayasan Darul Iman dicadangkan untuk mempunyai pemilikan aset tersendiri.

Yang kedua-mengikut undang-undang, sesebuah yayasan boleh membuat penawaran bagi menggalakkan penderma untuk menderma ke tabung yayasan seperti penawaran return back dan rebat kepada penerima. Pengagihan dana bantuan-Tabung Darul Iman tidak mempunyai wang segera yang dipanggil bantuan segera prihatin. Bantuan yang dihulurkan oleh Tabung Darul Iman buat masa sekarang adalah tertakluk kepada tatacara kewangan Kerajaan Negeri. Dengan tertubuhnya Yayasan Darul Iman bantuan akan dapat disalurkan dengan segera dengan adanya bantuan segera prihatin.

Yang ketiga-fungsi yang dijalankan oleh Tabung Darul Iman sekarang hanya tertumpu kepada dua jenis bantuan iaitu bantuan kepada rakyat yang ditimpa bencana dan musibah dan bantuan perubatan kepada pesakit-pesakit kronik. Dengan tertubuhnya Yayasan Darul Iman fungsinya dicadangkan diperluaskan dengan lebih berfokus.

Yang keempat-Penubuhan Yayasan Darul Iman juga akan mengurangkan birokrasi tatacara kewangan. Oleh itu bantuan akan dapat disalur dengan lebih cepat kerana tidak tertakluk dengan tatacara kewangan Kerajaan Negeri. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua: Saya persilakan Wakil Bandar.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya soalan dua-

Mengenai isu harga telur dan ayam yang mahal di pasaran, adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan tersendiri untuk mengatasi masalah ini?

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Bandar. Isu berkaitan dengan masalah ayam dan juga telur di pasaran dan apa perancangan Kerajaan Negeri Terengganu. Dalam Pelan Strategik Pertanian Negeri Terengganu 2019-2023, industri ternakan unggas ini di antara fokus yang kita berikan dan pelaksanaannya dibuktikan melalui peningkatan angka jumlah ladang ternakan daripada tahun 2019 sehingga data yang terakhir untuk tahun 2022. 2019, Terengganu cuma ada 116 ladang ternakan ayam yang menghasilkan kira-kira 2.8 juta ekor ayam. 2020, naik kepada 141 ladang ternakan yang menghasilkan kira-kira 3.9 juta. 2021, disebabkan oleh pandemik dan PKP, menurun sedikit kepada 129 yang menghasilkan kira-kira 3.4 juta dan naik semula beransur pulih tahun 2022 kepada 138 ladang yang menghasilkan kira-kira 3.97 juta.

Usaha berterusan ini kita tambah lagi dengan kita isytiharkan TKPM Telaga Papan di Setiu, Terengganu sebagai Zon Ternakan Unggas seluas 100 ekar. Setakat ini, ada tujuh syarikat yang telah menjalankan usaha penternakan yang menghasilkan kira-kira 140,000 ekor ayam dalam masa setahun dan ada tiga lagi syarikat yang telah diluluskan penyewaannya dan dalam perancangan untuk bina reban masing-masing yang insya-Allah akan menambahkan lagi jumlah kepada 100,000 ekor lagi. Dari segi ladang ayam penelur, Alhamdulillah pada bulan Februari baru ni, kita telah mengadakan satu perjumpaan yang sangat positif bersama dengan sebuah syarikat milik anak jati Terengganu, melayu Islam yang asal daripada Kg. Paloh yang sekarang ni sedang mengusahakan ladang ternakan ayam di Hulu Selangor dengan kapasiti ternakan hampir 1 juta ekor dan menghasilkan lebih daripada 500,000 biji telur sehari. Dan syarikat ni bila dia dengar Kerajaan Terengganu dalam

perancangan untuk buka ladang ternakan ayam penelur, mereka telah mengadakan kunjungan dan perbincangan bersama Kerajaan Negeri dan perbincangan ini sangat positif.

Apa yang menarik ialah pihak syarikat ni mempunyai rantaian pengeluaran yang cukup daripada ladang penetasan anak ayam untuk parents stock sehingga kepada kilang makanan dan juga ladang ayam penelur. Memiliki rantaian pengeluaran ini sebenarnya penting sebab sebagaimana yang kita tahu, sektor ini dikuasai bukan oleh bangsa kita, kalau sekadar kita nak selit-selit di celah mereka, kita akan tersepit dan kita akan mati. Sebab tu kita perlu memiliki rantaian pengeluaran sendiri dan Kerajaan Negeri menyediakan sebidang tanah seluas kira-kira 300 ekar di Gong Keong, Setiu bagi tujuan pelaksanaan yang insya-Allah bila mampu direalisasikan akan menjadi ladang ternakan ayam penelur yang pertama di pantai timur, terima kasih.

Ahmad Shah bin MohamedPAS · PNBandar

Dato’ Yang di-Pertua, izin saya soalan tambahan sedikit. Kita beberapa hari lagi akan berhadapan dengan bulan Ramadhan dan Raya Puasa. Apakah kerajaan mempunyai langkah-langkah sementara di dalam menghadapi isu ini sebelum ataupun selain daripada langkah jangka panjang dalam masalah isu daging, ayam dan juga telur? Terima kasih.

Yang di-Pertua

Yang Berhormat, soalan ini patut dikemuka kepada Menteri, patut, sepatutnyalah. Tapi YB EXCO bermurah hati nak menjawab juga, sila.

Tak apa, Menteri kawan baik saya. Dato’ Yang di-Pertua, sebagai langkah sementara, FAMA Terengganu, istilah FAMA Terengganu ni pun menimbulkan polemik. Orang ingat kita dakwa bahawa FAMA tu adalah milik Kerajaan Negeri Terengganu. Istilah FAMA Terengganu, FAMA Kelantan, FAMA Pahang ini istilah umum. Dia bukan menggambarkan bahawa agensi ini duduk di bawah Kerajaan Negeri tapi kita bekerja bersama-sama dalam Portfolio Pertanian Negeri.

FAMA Terengganu bermula daripada 13 Disember 2022 telah membawa masuk telur daripada beberapa ladang ternakan yang ada di negeri lain diantaranya di Negeri Sembilan dan juga di Melaka ke Terengganu sebanyak kira-kira 2,000 tray lebih telur seminggu. 2,000 tray lebih ni adalah dalam 50,000 biji lebih

untuk seminggu dan kemudian meningkat kepada 4,000 tray yang berjumlah kira-kira 120,000 biji telur seminggu dibawa masuk untuk memenuhi keperluan pasaran tempatan dan usaha ini masih lagi berjalan sehingga sekarang ni. Dan untuk memastikan bahawa harga telur yang dibawa masuk ni boleh diperolehi oleh pengguna dengan harga yang kompetitif yang tidak membebankan, FAMA menganjurkan beberapa siri program jualan terus daripada ladang dengan harga kira-kira 5%-20% yang lebih rendah daripada harga pasaran dan setakat ini Alhamdulillah tinjauan kita di lapangan mendapati bahawa isu bekalan telur tidak lagi menjadi satu rungutan besar di kalangan peniaga dan pengguna kita. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat.

Sekarang saya beri peluang soalan yang terakhir daripada ADUN Wanita. Sila.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya nombor 1-

Apakah perkembangan bantuan baju sekolah yang diuruskan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga dan apakah kaedah pembahagiannya?

Haji Hanafiah bin MatPAS · PNCukai

Terima kasih kepada ADUN Wanita. Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, Pegawai-pegawai kanan kerajaan dan para pemerhati sekalian. Soalannya apakah perkembangan bantuan baju sekolah yang diuruskan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga dan apakah kaedah pembahagiannya?

Yayasan Pembangunan Keluarga telah menerima data maklumat penerima bantuan daripada semua DUN bermula 26 Disember 2022 sehingga 07 Februari 2023. Kelewatan maklumat yang diterima kerana masih ada penerima yang tidak melengkapkan saiz pakaian dalam tempoh yang telah ditetapkan sehingga 15 Disember 2022. Proses agihan telah bermula pada 02 Februari 2023 bermula di DUN Alur Limbat bagi Parlimen Marang. Kaedah pembahagian adalah YPKT membuka pusat agihan di setiap DUN mengikut tarikh dan tempat yang dicadang dan dipersetujui bersama di antara YPKT, Pejabat DUN dan

Pejabat Daerah masing-masing. Memandangkan masih terdapat penerima yang belum melengkapkan saiz, Pihak SUK mengarahkan proses agihan diteruskan tanpa melibatkan data yang tidak lengkap. Tarikh akhir proses agihan adalah pada 11 Mac 2023.

Tahniah diucapkan kepada Yang Berhormat EXCO dan juga pihak Kerajaan di atas inisiatif yang sangat memberi manfaat kepada rakyat. Soalan tambahan saya yang pertama, berapakah jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan bagi agihan bantuan baju sekolah ini pada tahun 2022 dan berapakah jumlah anak-anak kita ataupun anak-anak pelajar kita yang mendapat manfaat daripada bantuan ini. Terima kasih.

Haji Hanafiah bin MatPAS · PNCukai

Terima kasih.

Jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan bagi agihan bantuan sekolah pada tahun 2022 adalah sebanyak RM6,600,760.00, manfaat kepada 60,016 pelajar.

Soalan saya yang terakhir…

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

…pinjam se Yang Berhormat.

Okey, sila.

Yang di-Pertua

Biar dia habiskan dulu, biar dia habiskan dulu

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Biar perabis dulu?

Yang di-Pertua

biar.. biar…

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Saya mohon doh dengan dia Dato’ Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Dia nok bagi peluang ke?

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Dia setuju.

Yang di-Pertua

Ye ke?

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Dato’ Yang di-Pertua dok setuju.

Yang di-Pertua

Betul ke? Pandai je Yang Berhormat ni. [ketawa]

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

[ketawa] Dok.. Saya mitok doh Dato’.

Yang di-Pertua

Kalau setuju, takpelah.

Okey, sila Yang Berhormat.

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Yang Berhormat boleh Yang Berhormat. Okey.

Yang di-Pertua

Pandai Yang Berhormat ni

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Hah?

Yang di-Pertua

pandai memikat. [ketawa]

Dato’ Haji Rozi bin MamatUMNO · BNTelemung

Denok manggil. Dato’ Yang di-Pertua, mitok maaf. Terima kasih banyak Yang Berhormat Wanita. Saya menyambut baik apa yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk bantu anak-anak sekolah kita. Tapi pada saya ini pengalamanlah, pengalaman kita sebab kita pun pernah duk beloh alik nung jugok. Kita beri baju ni banyok masalah daripada kita beri kepada rakyat, pada budak sekolahlah. Banyak masalah dia. Yang untungnya pembekal. Saya bukan kata Yayasan Pembangunan Keluarga tu tidak betul tapi banyak masalah biasanya.

Jadi saya minta Yang Berhormat EXCO tolong pantau balik benda ni, terima kasih banyak.

Yang di-Pertua

Sila, sila ADUN Wanita. Nak jawab sekali gus je. Saya nak jimatkan masa.

Ya, soalan terakhir saya, pada tahun 2023, tahun nilah, adakah program bantuan baju sekolah ini akan diteruskan dan jika ada, berapakah bajet yang bakal diperuntukkan? Terima kasih.

Haji Hanafiah bin MatPAS · PNCukai

Terima kasih kepada sahabat saya ADUN Telemong. Semua cadangan-cadangan daripada semua sekali telah kita ambil kira. Dan memang kita melihat banyak masalah-masalahnya. Saya rasa yang paling senangnya kita bagi duit lah, tetapi kita belum tentu duit yang kita beri ini, adakah ibu bapa ini akan beli baju ataupun tidak. Walau macam mana pun, kaedah pada tahun ini akan kita bincang balik, Insya-Allah. Pada tahun 2023 ini kita menjangkakan bahawa peruntukan sebanyak RM9.46 juta akan kita beri kepada hampir kepada 85 ribu orang pelajar. Terima kasih.

(Selepas Soalan-Soalan Lisan)Questions

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat.

Alhamdulillah, kita dah selesai semua Soalan-Soalan Lisan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat melainkan yang tak dapat hadir kerana sakit dan juga berada di luar Terengganu.

Usul Yang Telah Diberi NotisMotion

Setiausaha Dewan

Perkara berikut di dalam Tertib Pekerjaan Dewan ialah Usul Yang Telah Diberi Notis.

Pelantikan Ahli Dewan Negara

Yang di-Pertua

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli Yang Berhormat sekalian, Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong telah memaklumkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu bahawa terdapat satu kekosongan Ahli Dewan Negara yang telah dipilih oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu telah berlaku. Kekosongan ini ialah disebabkan oleh Ahli Dewan Negara yang dilantik telah melepaskan jawatan dan meminta supaya dipilih seorang Ahli Dewan Negara

yang baru. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan telah menitahkan supaya diadakan pemilihan seorang Ahli Dewan Negara dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri bagi memenuhi kekosongan itu. Oleh itu Dewan Negeri Terengganu dikehendaki memilih seorang Ahli Dewan Negara menurut Perkara 45(1A) Perlembangan Malaysia, mengikut Jadual ke-7. Maka saya dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar untuk mengemukakan cadangan. Silakan Yang Berhormat.

Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin MokhtarPAS · PNMenteri Besar · Ru Rendang

Yang Berhormat Dato Yang di-Pertua, saya ingin mengemukakan cadangan pemilihan seorang calon dan mohon mencadangkan;

Bahawa Dewan Undangan Negeri ini bersetuju memilih Yang Berbahagia Tuan Haji Hussin bin Ismail sebagai Ahli Dewan Negara untuk mewakili Dewan Undangan Negeri Terengganu Dalam Dewan Negara Malaysia dalam perkara 45(1A) Perlembagaan Malaysia bagi mengisi kekosongan”.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin juga menyampaikan sedikit ringkasan dan latar belakang mengenai dengan calon yang saya kemukakan untuk mewakili Dewan Undangan Negeri ini di Dewan Negara.

Biodata Calon

Yang Berbahagia Tuan Haji Hussin bin Ismail dilahirkan pada tanggal 10 Mei 1955, dan dikurniakan sembilan orang cahaya mata. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Padang Midin Kuala Terengganu dan Sekolah Menengah Alam Shah Kuala Lumpur seterusnya melanjutkan pelajaran kepada Universiti Pertanian Malaysia dalam bidang Science and Education. Beliau pernah berkhidmat sebagai guru sains di Sekolah Menengah Tunku Ampuan Intan, Kuala Berang, Terengganu. Beliau juga bergiat cergas dalam politik sebagai Pengerusi Tetap PAS Pusat dan Timbalan Ketua Lajnah Dakwah PAS Pusat. Beliau juga merupakan Ahli Jawatankuasa PAS kawasan Marang. Belia berpengalaman sebagai Pengarah Seminar Pendekatan Dakwah Non Muslim Serantau, penganjur bersama himpunan menentang perpindahan ibu negara Israel ke Baitulmaqdis bersama Jabatan Perdana Menteri di Masjid Putrajaya, Putrajaya.

Pengarah bersama International Conference for Rohingya,

penganjuran bersama Yayasan Amal Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya. Pengarah Conference Dakwah Rantau Asia. Beliau juga mengepalai Misi Kemanusian dan Bencana di lebih 40 buah negara. Di atas nama Yayasan Amal Malaysia dan IFRD. Beliau juga bergiat aktif dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebagai Pengerusi Kluster Dakwah Sarawak (YADIM), dan Pengerusi Lembaga Pengarah KSBL Logistik serta merupakan ahli kepada Ahli Alam Islami Council Malaysia (MAIM). Beliau merupakan Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Rangkaian Sekolah Tahfiz fasttrack Akademi Al-Quran Amalillah serta Pengasas dan Timbalan Pengerusi Eksekutif Ahli Majlis Perunding Pusat Dakwah Serantau (PDS). Beliau bergerak aktif di peringkat NGO dan merupakan Pengasas dan Presiden Yayasan Amal Malaysia, Pengasas Muktamar Dakwah Malaysia, Ketua Sekretariat bersama Pertubuhan Human Development Academy (HUDA), Dakwah Non Muslim Rantau Asia Kolaborasi IU Universiti Uganda dan Pengerusi International Conference on Malawi. Beliau juga merupakan Pengasas dan Presiden International Federation for Relief and Development (IFRD) dan Naib Pengerusi Majlis Syura Dakwah, Majlis Dakwah Negara. Saya kemukakan latar belakang ini semoga dengan penyertaan beliau sebagai wakil Terengganu dalam Dewan Negara dapat memberikan suatu sumbangan kepada agama, negara dan juga negeri. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon menyokong usul itu.

Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, cadangan memilih seorang Ahli Dewan Negara menurut Perkara 45(1A) Perlembagaan Malaysia mengikut Jadual Ketujuh bagi mewakili Dewan Undangan Negeri Terengganu telah diterima dan mendapat sokongan. Sekarang saya kemukakan kepada undian-

Usul ini kemudian dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan suara terbanyak.

USUL INI DITERIMA.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, dengan ini saya mengisytiharkan bahawa Yang Berbahagia Tuan Haji Hussin bin Ismail telah dipilih menjadi Ahli Dewan Negara mewakili Dewan Undangan Negeri Terengganu bagi mengisi kekosongan yang ada. Saya ucap tahniah dan syabas. Selamat bertugas untuk

kecemerlangan Negeri dan juga rakyat Terengganu. Bagi menghormati pelantikan beliau sebagai Ahli Dewan Negara ataupun Senator, saya menjemput Tuan Haji Hussin bin Ismail untuk berdiri bagi diperkenalkan kepada Ahli-ahli Mesyuarat.

[Yang Berbahagia Tuan Haji Hussin bin Ismail berdiri]

Okey, semua dah kenal. Handsome orangnya. Alhamdulillah.

TangguhanAdjournment

Setiausaha Dewan

Perkara berikut ialah tangguhan.

Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin MokhtarPAS · PNMenteri Besar · Ru Rendang

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Persidangan Dewan ditangguhkan kepada suatu masa yang akan ditetapkan kemudian.

Yang di-Pertua

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dan Ahli Yang Berhormat sekalian, sebelum saya tangguhkan persidangan ini, sekali lagi saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan oleh Ahli Yang Berhormat sekalian. Saya juga memohon kerjasama semua Ahli Yang Berhormat kekal berada di dalam Dewan untuk sesi bergambar yang terakhir sebelum pilihan raya ini dan memohon diberikan masa selama lima minit untuk pihak pentadbiran Dewan Undangan Negeri menyiapkan tempat bagi sesi bergambar tersebut. Ketua-ketua Jabatan dan semua hadirin yang lain dijemput makan tengah hari di Perkarangan U2. Dengan ini saya tangguhkan Persidangan Dewan ini ke suatu masa dan tarikh yang akan ditetapkan kemudian dan marilah sama-sama kita membaca Surah Al-„Asr.

DEWAN DITANGGUHKAN PADA PUKUL 11.15 PAGI.