Terengganu · 24 September 2023
15th Assembly, 1st session, 1st meeting · 10 turns · 1,116 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalTerengganu publishes one PDF per meeting, with the written answers appended. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
(Pembukaan)
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Menurut Fasal 27A Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu (Bab Yang Pertama) dan Fasal 1 Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Terengganu, Majlis Mengangkat Sumpah Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Yang Kelima Belas pada hari ini akan diteruskan dengan memilih seorang Yang di-Pertua Dewan.
Saya telah menerima satu surat daripada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar memberitahu cadangan Yang Amat Berhormat hendak mengemukakan calon untuk dipilih sebagai Yang di-Pertua Dewan dan calon yang dicadangkan itu juga telah memberikan kesanggupan berkhidmat sekiranya beliau dipilih. Ini adalah menepati dengan kehendak Fasal 2(1) Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Terengganu.
Oleh yang demikian, saya dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar untuk mengemukakan cadangan.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya dengan hormatnya memohon membuat cadangan seperti berikut:
Bahawa saya cadangkan Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Nor bin Hamzah mengambil tempat di dalam Dewan ini sebagai Yang di-Pertua Dewan.
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya menyokong cadangan itu.
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, menurut Fasal 2(3) Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri, saya dengan ini
memasyhurkan bahawa Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Nor bin Hamzah dipilih sebagai Yang di-Pertua Dewan.
Saya mempersilakan Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Nor bin Hamzah untuk mengangkat sumpah.
YANG BERHORMAT DATO’ HAJI MOHD NOR BIN HAMZAH SEBELUM MENGAMBIL TEMPAT YANG DI-PERTUA DEWAN, MENGANGKAT SUMPAH MEMEGANG JAWATAN YANG DI-PERTUA DEWAN DI HADAPAN SETIAUSAHA DEWAN.
YANG BERHORMAT DATO’ YANG DI-PERTUA:
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Saya bersyukur kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian kerana telah memberi kepercayaan kepada saya untuk menjawat jawatan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri bagi Dewan Undangan Negeri Terengganu Yang Kelima Belas pada pagi ini. Sebelum Upacara Mengangkat Sumpah Ahli-ahli Dewan dimulakan, saya mohon izin untuk menangguhkan sekejap Dewan ini.
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dan Ahli-ahli Yang Berhormat serta seluruh Ketua Jabatan dimohon kekal berada di dalam Dewan.
BENTARA, SETIAUSAHA DAN YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA DEWAN BERARAK KELUAR DEWAN DAN MASUK SEMULA DIDAHULUI DENGAN BENTARA MESYUARAT MEMBAWA COKMAR.
YANG BERHORMAT DATO’ YANG DI-PERTUA:
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Majlis disambung semula.
Sebelum saya teruskan dengan Upacara Mengangkat Sumpah Ahli-ahli Dewan, saya ingin merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada seluruh Ahli Yang Berhormat dan juga isteri-isteri Yang Berhormat yang turut hadir berada di Galeri Pemerhati pada pagi ini.
Upacara Mengangkat Sumpah Ahli-Ahli Dewan
Sekarang saya akan mulakan UPACARA MENGANGKAT SUMPAH AHLI-AHLI DEWAN. Bagi memulakan upacara ini, saya dengan segala hormatnya mempersilakan-
Yang Amat Berhormat Menteri Besar Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar (Wakil Rhu Rendang)
Yang Berhormat Dato’ Haji Satiful Bahari bin Mamat (Wakil Paka)
Yang Berhormat Datuk Razali bin Idris (Wakil Kijal)
Yang Berhormat Dr. Azman bin Ibrahim (Wakil Jabi)
Yang Berhormat Dr. Muhammad Khalil bin Abdul Hadi (Wakil Batu Burok)
Yang Berhormat Haji Wan Sukairi bin Abdullah (Wakil Wakaf Mempelam)
Yang Berhormat Haji Hishamuddin bin Abdul Karim (Wakil Tepoh)
Yang Berhormat Ariffin bin Deraman (Wakil Alur Limbat)
Yang Berhormat Haji Maliaman bin Kassim (Wakil Ajil)
Yang Berhormat Haji Hanafiah bin Mat (Wakil Cukai)
Yang Berhormat Haji Mohd Nurkhuzaini bin Ab. Rahman (Wakil Kota Putera)
Yang Berhormat Haji Ahmad Shah bin Mohamed (Wakil Bandar)
Yang Berhormat Dr. Haji Riduan bin Mohamad Nor (Wakil Jertih)
Yang Berhormat Dr. Haji Mamad bin Puteh (Wakil Kuala Berang)
Yang Berhormat Haji Ridzuan bin Hashim (Wakil Buluh Gading)
Yang Berhormat Ir. Saiful Azmi bin Suhaili (Wakil Kemasik)
Yang Berhormat Hajah Zuraida binti Md Noor (Wakil Ladang)
Yang Berhormat Sulaiman bin Sulong (Wakil Pengkalan Berangan)
Yang Berhormat Haji Hilmi bin Harun (Wakil Manir)
Yang Berhormat Haji Khazan bin Che Mat (Wakil Seberang Takir)
Yang Berhormat Mohd Yusop bin Majid (Wakil Permaisuri)
Yang Berhormat Mohd Husaimi bin Hussin (Wakil Hulu Besut)
Yang Berhormat Mohd Fadhli Rahmi bin Zulkifli (Wakil Rantau Abang)
Yang Berhormat Mohd Shafizi bin Ismail (Wakil Batu Rakit)
Yang Berhormat Azmi bin Maarof (Wakil Langkap)
Yang Berhormat Haji Mohd Hafiz bin Adam (Wakil Air Putih)
Yang Berhormat Haji Mohd Zawawi bin Ismail (Wakil Telemong)
Yang Berhormat Sr. Haji Zaharudin bin Zahid (Wakil Bukit Tunggal)
Yang Berhormat Haji Azbi bin Salleh (Wakil Kuala Besut)
Yang Berhormat Haji Ghazali bin Sulaiman (Wakil Bukit Besi)
Yang Berhormat Dr. Tengku Muhammad Fakhruddin bin Tengku Md Fauzi (Wakil Sura)
Alhamdulillah, terima kasih kepada semua Yang Berhormat. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekelian. Syukur kepada Allah, kita telah
selesai dengan Upacara Mengangkat Sumpah Ahli-ahli Dewan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya mengambil peluang, mengambil berkat kata-kata Rasulullah .
Pemilihan Timbalan Yang Di-Pertua Dewan
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Menurut Fasal 27A (2A) Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu (Bab Yang Pertama), persidangan pada hari ini akan diteruskan dengan memilih seorang Timbalan Yang di-Pertua Dewan.
Oleh yang demikian, saya dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar untuk mengemukakan cadangan.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya dengan hormatnya memohon membuat cadangan seperti berikut:
Bahawa saya cadangkan Yang Berhormat Haji Khazan bin Che Mat mengambil tempat di dalam Dewan ini sebagai Timbalan Yang di-Pertua.
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya menyokong cadangan itu.
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya dengan ini memasyhurkan bahawa Yang Berhormat Haji Khazan bin Che Mat dipilih sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan.
Saya mempersilakan Yang Berhormat Haji Khazan bin Che Mat untuk mengangkat sumpah.
YANG BERHORMAT HAJI KHAZAN BIN CHE MAT MENGANGKAT SUMPAH MEMEGANG JAWATAN YANG
TIMBALAN YANG DI-PERTUA DEWAN DI HADAPAN YANG DI-PERTUA DEWAN.
YANG BERHORMAT DATO’ YANG DI-PERTUA: Terima kasih kepada semua. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Alhamdulillah kita panjatkan sekali lagi syukur kehadrat Allah kerana kita telah selesai mengadakan Majlis Mengangkat Sumpah Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu. Semoga kita di pagi ini mendapat barakah dan rahmat daripada Allah Subhanahu Wata’ala.
Dengan itu, saya ingin tangguhkan Persidangan ini kepada hari Ahad, 1 Oktober 2023, jam 9.30 pagi. Sebelum kita mengakhiri majlis kita pada hari ini, ada sedikit makluman iaitu selepas pada sesi ini, ada Sesi Bergambar untuk semua Ahli Yang Berhormat bersama dengan Anggota Pentadbiran Negeri di hadapan cokmar di dalam Dewan ini dan memohon diberikan masa selama 5 minit untuk pihak Pentadbiran Dewan Undangan Negeri menyiapkan tempat bagi sesi bergambar tersebut. Manakala ketua-ketua jabatan dan semua hadirin-hadirat dijemput menikmati makan tengahari di Perkarangan U2. Selepas sesi bergambar, saya ingin menjemput semua Ahli Yang Berhormat untuk menikmati jamuan di Damai Lounge.
Marilah sama-sama kita tangguh majlis ini dengan membaca Tasbih Kafarah dan Suratul ‘Asr mudah-mudahan penyuraian kita pada hari ini mendapat barakah daripada Allah Subhanuhuwa Ta’ala.
DEWAN DITANGGUHKAN PADA PUKUL 11.00 PAGI.