Terengganu · 3 October 2023
15th Assembly, 1st session, 1st meeting · 209 turns · 28,276 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalTerengganu publishes one PDF per meeting, with the written answers appended. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
(Pembukaan)
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, mesyuarat disambung semula. Sebelum kita memulakan persidangan Dewan pada pagi ini, marilah kita sama-sama membaca Ummul Kitab Al-Fatihah.
(Al-Fatihah)
Ucapan Yang Berhormat Dato’ Yang Di-Pertua Dewan
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian. Perkara berikut di dalam Tertib Pekerjaan Dewan pada hari ini ialah Ucapan Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan.
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua jabatan, Para pemerhati, tuan-tuan dan puan-puan sekalian.
Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan taufik dan hidayahNya, kita dapat berada dalam Dewan Pertama, berada dalam Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Yang Kelima Belas untuk hari yang ketiga. Kita telah selesai pada hari pertama dengan Majlis Angkat Sumpah seluruh Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu diikuti pada hari yang kedua, Pembukaan Penggal Dewan Undangan Negeri Terengganu oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan seluruh Ahli-ahli Dewan yang telah memberi kepercayaan kepada saya sebagai Yang di-Pertua Dewan dan seterusnya memimpin Dewan Undangan Negeri Terengganu ini.
Saya juga merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Yang Berbahagia Dato’ Haji Yahaya bin Ali atas perkhidmatan dan bakti beliau sebagai Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Terengganu pada penggal yang lalu. Sepanjang tempoh beliau memegang tampuk kepimpinan sebagai Yang di-Pertua Dewan, pelbagai inisiatif dan pembaharuan telah dibuat dalam Memacu Pemberdayaan Badan Legislatif yang efektif, inklusif, & progresif ke arah menjadikan Dewan Undangan Negeri Terengganu sebagai sebuah badan legislatif yang terunggul. Semestinya legasi ini akan disambut baik dan disambung dengan usaha usaha yang berterusan dari semua ahli badan legislatif yang baru pada hari ini. Saya yakin dengan kerjasama yang baik daripada semua Ahli-ahli Yang Berhormat, kita akan dapat melaksanakan amanah rakyat dengan berkesan dalam Dewan yang mulia ini.
Pada kesempatan ini, bersempena limpah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan yang telah berangkat hadir dan menyampaikan Titah Ucapan Sempena Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Kelima Belas pada hari kedua yang lalu, patik mewakili Dewan Undangan Negeri Terengganu, merafak sembah ucapan Menjunjung Duli Setinggi-tinggi Tahniah Sempena Sambutan Jubli Perak, Dua Puluh Lima Tahun Pemerintahan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu. Semoga Allah memelihara dan merahmati Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Terengganu. Semoga Allah Subhanahu Wata’la sentiasa memberikan kesejahteraan dan kesihatan yang berpanjangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dalam memimpin dan mentadbir Negeri Terengganu Darul Iman ini. Daulat Tuanku.
Oleh itu, saya menyeru kepada semua Ahli Yang Berhormat agar dapat menekuni dan meneliti Titah Ucapan Baginda dengan sebaiknya. Seterusnya, saya berharap Ahli Yang Berhormat sekalian dapat memberikan perbahasan yang berkualiti dan berkesan agar hasrat dan titah baginda dapat direalisasikan dalam Dewan Yang Mulia ini.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, suka untuk saya mengingatkan bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian adalah mewakili Badan Legislatif iaitu badan yang berautoriti menggubal, meminda dan memansuhkan undang-undang sepertimana yang tertakluk dalam Sistem Federalisme negara kita. Badan Legislatif merupakan sebahagian daripada cabang sesebuah Kerajaan selain daripada Badan Eksekutif dan Badan Kehakiman. Sebagai negara Demokrasi Berparlimen, konsep pengasingan kuasa adalah berteraskan pembahagian kuasa kepada tiga komponen iaitu perundangan, pentadbiran dan kehakiman bagi mengelakkan pemusatan kuasa di tangan setengah pihak atau pemimpin.
Keputusan Pilihan Raya Negeri baru baru ini telah membuka lembaran sejarah baru di Negeri Terengganu yang menyaksikan Kerajaan Negeri dibentuk sepenuhnya tanpa adanya wakil pembangkang. Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan seluruh pimpinan dan ahli-ahli PAS yang telah mencapai kejayaan yang begini besar di dalam perjuangan dan di dalam kerja mereka. Sukacita saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan tahniah kepada YAB Dato’ Seri Menteri Besar atas pelantikan sebagai Menteri Besar Terengganu yang ke-16 dan juga atas kejayaan mengekalkan pemerintahan pada penggal yang ke-15 ini. Ini hasil daripada kejayaan gabungan Perikatan Nasional, PAS dan Parti BERSATU di dalam pilihan raya yang lalu.
Dalam kesempatan ini juga, dengan rendah diri saya ingin mengingatkan Ahli-ahli Yang Berhormat dan juga diri saya sendiri, bahawasanya semua jawatan yang kita pikul pada hari ini adalah amanah yang sangat berat dan pasti akan
dipersoal dan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah Subhanahu Wata’ala kelak. Sepertimana dalam hadis yang menyebut:
.
“Sesungguhnya kepimpinan itu suatu amanah yang akan membawa kehinaan dan penyesalan pada hari kiamat kecuali bagi orang yang mendapatkannya dengan kebenaran dan melaksanakan kewajipan-kewajipannya”
Oleh yang demikian, saya menyeru sekali lagi kepada semua Ahli Yang Berhormat dan semua anggota pentadbiran Kerajaan agar menunaikan amanah kepimpinan ini dengan bersungguh-sungguh dan penuh amanah. Semoga kita semua diberi kekuatan oleh Allah Subhanahu Wata’ala agar sentiasa dipandu dengan hidayahNya dalam melaksanakan kewajipan pemerintahan ini.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebagai Yang di-Pertua, saya amat mengalu-alukan pandangan-pandangan yang bernas dan kritikan-kritikan yang membina untuk kemajuan Negeri Terengganu Darul Iman yang sama-sama kita cintai ini. Dalam Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Negeri Terengganu ataupun Perlembagaan Negeri Terengganu Fasa 3(A) sudah cukup jelas memperuntukkan Al-Quran, As-Sunah, Ijmak dan Qias sebagai sumber asas dan sumber rujukan yang utama Perundangan Syariah negeri kita. Maka, saya menyeru kepada semua agar dapat menghayati, memahami sekali gus mempertahankan Undang-undang dan Perlembagaan Negeri ini, agar ia mendapat menjadi pemandu arah perjalanan pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu. Saya mengharapkan setiap Ahli-ahli Dewan dapat mematuhi Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan yang telah dibekalkan kepada setiap Ahli-ahli Yang Berhormat supaya perjalanan sidang atau mesyuarat kita dapat berjalan dengan lancar. Sebagai Yang di-Pertua Dewan, insya-Allah saya akan berusaha untuk memberikan keadilan kepada semua pihak dan akan menggunakan kuasa saya sebagaimana yang diperuntukkan dalam Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan dalam menjalankan aturan mesyuarat persidangan. Akhir kata, saya ucapkan selamat bersidang kepada semua Ahli Yang Berhormat semoga Allah memberikan barakah dan rahmat kepada kita sekalian, khususnya sepanjang sidang ini berjalan.
Kertas-Kertas Kerja Dan Laporan-Laporan
Perkara seterusnya di dalam Tertib Pekerjaan Dewan ialah KERTAS-KERTAS KERJA DAN LAPORAN-LAPORAN.
Kertas-kertas kerja dan laporan-laporan yang dibentangkan ialah:
1. Laporan Tahunan dan Kewangan Tahun 2021, Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT)
(D.U.N. Bil.1/2023)
2. Penyata Kewangan Tahun 2021, Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu
(D.U.N. Bil.2/2023)
Soalan-Soalan Yang Telah Diberi NotisQuestions
Perkara berikut ialah Soalan-soalan Yang Telah Diberi Notis:
(1) Soalan-soalan Bertulis.
(2) Soalan-soalan Lisan.
Soalan-Soalan LisanQuestions
Jawapan-jawapan kepada Soalan-soalan Bertulis yang telah diberi notis dan dibentangkan di hadapan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian ialah soalan-soalan daripada:
1 Yang Berhormat Wakil Bandar 2 Yang Berhormat Wakil Jertih 3 Yang Berhormat Wakil Buluh Gading 4 Yang Berhormat Wakil Ladang 5 Yang Berhormat Wakil Pengkalan Berangan 6 Yang Berhormat Wakil Seberang Takir 7 Yang Berhormat Wakil Permaisuri 8 Yang Berhormat Wakil Rantau Abang
Yang Berhormat Wakil Batu Rakit 10 Yang Berhormat Wakil Air Putih 11 Yang Berhormat Wakil Telemong 12 Yang Berhormat Wakil Bukit Tunggal 13 Yang Berhormat Wakil Bukit Besi 14 Yang Berhormat Wakil Sura
SOALAN-SOALAN LISAN
Sekarang kita masuk kepada Soalan-soalan Lisan. Berikut adalah Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberi notis untuk mengemukakan Soalan-Soalan Lisan.
1 Yang Berhormat Wakil Bandar 2 Yang Berhormat Wakil Jertih 3 Yang Berhormat Wakil Kuala Berang 4 Yang Berhormat Wakil Buluh Gading 5 Yang Berhormat Wakil Kemasik 6 Yang Berhormat Wakil Ladang 7 Yang Berhormat Wakil Pengkalan Berangan 8 Yang Berhormat Wakil Manir 9 Yang Berhormat Wakil Seberang Takir 10 Yang Berhormat Wakil Permaisuri 11 Yang Berhormat Wakil Hulu Besut 12 Yang Berhormat Wakil Rantau Abang 13 Yang Berhormat Wakil Batu Rakit 14 Yang Berhormat Wakil Langkap 15 Yang Berhormat Wakil Air Putih 16 Yang Berhormat Wakil Telemong 17 Yang Berhormat Wakil Bukit Tunggal 18 Yang Berhormat Wakil Kuala Besut 19 Yang Berhormat Wakil Bukit Besi 20 Yang Berhormat Wakil Sura
Saya persilakan Yang Berhormat Wakil Bandar untuk mengemukakan soalan.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan, Dato’ Seri Menteri Besar seterusnya barisan EXCO, Ketua-ketua Jabatan, seterusnya para hadirin sekalian. Saya memuqadimmahkan soalan pada sesi ini dengan soalan nombor 1 -
Pelan Strategik Pertanian Terengganu 2019 – 2023 berakhir tahun ini. Apa perancangan seterusnya way forward untuk sektor pertanian Terengganu?
Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Wakil Bandar. Pelan Strategik Pertanian Terengganu 2019-2023 sejak daripada dilancarkan pada 4 Ogos 2019 dan bakal berakhir menjelang penghujung 2023, sebanyak 55 daripada 58 program-program utama telah dilaksanakan dengan peratusan pelaksanaan program sebanyak 95% dan diyakini insya-Allah menjelang penutup pelaksanaan Pelan Strategik ini kita mampu melaksanakan ke semua 100% daripada perancangan yang digariskan dalam Pelan Strategik ini dan laporan pencapaian akan dikeluarkan dalam tempoh suku pertama 2024 yang insya-Allah akan dibentangkan kepada Dewan Yang Mulia ini. Kesinambungan hala tuju pertanian Terengganu selepas berakhir Pelan Strategik Pertanian Terengganu 2019-2023 ialah kita sedang mengemaskini bengkel untuk menyusun dan memperbaharui perancangan pelan strategik bagi tempoh lima tahun yang akan datang 2024-2028 dengan mengambil kira komponen yang digariskan dalam Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS 2030) dan manifesto yang telah diumumkan kepada rakyat.
Way forward selepas ini ialah:
i.
Meningkatkan pengeluaran hasil tanaman, penternakan, perikanan dan juga Industri asas tani.
ii.
Memperkasakan keselamatan dan kualiti makanan.
iii.
Melengkapkan rantaian nilai asas tani.
Ada beberapa projek yang kita masukkan di bawah tajuk quick win projek-projek yang tidak menelan belanja yang besar tetapi memberikan hasil segera kepada rakyat di antaranya kita fokus kepada bantuan input touch point kepada golongan sasar samada petani, penternak dan nelayan yang meliputi bantuan input, peralatan dan juga mekanisasi.
Yang kedua isu pembangunan infrastruktur samada infrastruktur pertanian, penternakan dan juga perikanan. Diantaranya meliputi pembangunan taman kekal pengeluaran makanan naik taraf dan juga sistem pengairan sawah padi dan juga ladang-ladang serta kebun-kebun penduduk. Dan yang ketiga menaiktaraf dari segi sistem jalan pertanian dan sebagainya.
Seterusnya fokus kita adalah untuk menangani bencana yang selalu menimpa sektor pertanian samada bencana dalam bentuk bencana alam, yang kedua bencana dalam bentuk wabak penyakit dan yang ketiga bencana dalam serangan hidupan liar yang memusnahkan sebahagian daripada hasil penduduk. Banjir besar yang berlaku pada tahun 2022 telah mengorbankan sejumlah besar binatang ternak yang menjadi sumber rezeki kepada rakyat kita yang insya-Allah sebahagiannya kita bantu melalui Tabung Bencana Pertanian Negeri Terengganu.
Seterusnya ialah sebagaimana Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dalam Titah Pembukaan Dewan sektor perikanan kita menunjukkan graf peningkatan sebanyak 9.9%. Impak positif daripada pelaksanaan pelbagai program memperkayakan sumber perikanan dan program-program yang memberikan impak positif kepada rakyat ini akan diteruskan dengan peruntukan bajet yang lebih besar. Beras Ganu, Beras MyGAP dengan jenama Beras Ganu yang menjadi fenomena dalam tempoh sebulan dua ini perlu diperkasakan memandangkan kepada permintaan yang tinggi yang melebihi daripada kapasiti pengeluaran kita dan insya-Allah menjelang musim menuai pada bulan Oktober ini kita akan susun balik dari segi pengeluaran Beras Ganu yang mempunyai pensijilan MyGAP. Dan ada banyak lagi program-program yang kita masukkan dalam quick win yang disasarkan akan memberikan manfaat terus kepada rakyat dalam masa yang sama tidak melibatkan kos yang besar dari segi pelaksanaannya sebagai kesinambungan kerana hasil daripada program-
program pertanian tanam hari ini, hasilnya mungkin kita tak akan tuai selepas tiga dan keempat tahun akan datang”. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan tambahan boleh? Yang Berhormat, boleh Yang Berhormat jelaskan apakah kita telah mencapai sasaran daripada Pelan Strategik Pertanian kita?
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, kita berada dalam langkah perjalanan yang tepat untuk menuju ke sasaran. Saya ingin menjelaskan sedikit berkaitan dengan Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia sebagaimana yang dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dalam Titah Pembukaan yang memaklumkan pengucupan sektor pertanian sebanyak 4.5 peratus. Sebenarnya, KDNK sektor Pertanian digabungkan sekali dengan KDNK komoditi untuk sawit dan peratusan besar daripada KDNK Pertanian sebenarnya dipengaruhi oleh sawit kira-kira pada kadar 30 peratus. Jadi apa-apa yang berlaku kepada sektor pengeluaran sawit akan memberikan kesan yang besar kepada sektor pertanian negeri.
Dasar Pertanian Terengganu pula telah meletakkan fokus kita adalah kepada tanaman pengeluaran makanan. Mana-mana permohonan tanah kerajaan bagi tujuan perladangan sawit sudah tidak dipertimbangkan lagi dengan makna dalam konteks negeri Terengganu, sektor sawit kita akan statik, maintain dengan keluasan yang ada dan pembukaan tanah-tanah baru kerajaan hanyalah bagi tujuan pengeluaran makanan sahaja. Sebab itu Kerajaan Negeri memberikan beberapa pandangan kepada Jabatan Perangkaan Malaysia dalam rangka untuk mengharmonikan data-data yang ada.
Yang pertama, suka saya maklumkan kepada Dewan, Banci Pertanian yang terakhir telah dibuat pada tahun 2005, kira-kira 18 tahun yang lalu. Tentu sekali dalam tempoh 18 tahun, banyak data-data yang perlu diharmonikan semula. Yang kedua, Kerajaan Negeri bersama dengan jabatan-jabatan dan agensi di bawah Jabatan Pertanian dan juga Jabatan Perangkaan, kita telah mengadakan Sesi Libat Urus dan insya-Allah akan diadakan Banci Pertanian Negeri Terengganu pada tahun 2024 akan datang. Jadi kita mengharapkan dengan Banci Pertanian ini akan memberikan data-data yang lebih tepat kepada DOSM ataupun Jabatan Perangkaan untuk mereka mengeluarkan KDNK dengan data yang lebih harmoni, dan yang ketiga Kerajaan Negeri mencadangkan kepada
Jabatan Perangkaan supaya mengasingkan di antara KDNK Pertanian dan juga KDNK komoditi sawit dan juga getah kerana kedua sektor ini diuruskan oleh kementerian yang berbeza, dan satu lagi harga sawit dan harga getah dipengaruhi oleh pasaran dunia.
Saya mengambil contoh bagi tahun 2022, sektor Perikanan Terengganu meningkat 9.9 peratus. Sektor food crop, tanaman kontan yang menghasilkan makanan meningkat 2.6 peratus, tetapi sawit kita menurun -4.5 peratus. Penurunan sawit -4.5 peratus telah menenggelamkan peningkatan sektor perikanan dan juga sektor food crop. Sebab itulah kita merasakan adalah lebih adil untuk KDNK komoditi dan KDNK pertanian ini diasingkan supaya dia memberikan satu gambaran yang lebih jelas berkaitan dengan pengeluaran dan Food Security negeri dan negara kita. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan akhir tambahan. Yang Berhormat EXCO, tadi ada Yang Berhormat EXCO sebut tentang isu beras. Saya rasa masalah isu beras ini merupakan masalah yang besar sekarang. Boleh tak Yang Berhormat EXCO tolong jelaskan berhubung dengan isu beras ini untuk mengembalikan kepercayaan rakyat pada pemimpin. Insya-Allah. Terima kasih.
Fakta utama yang perlu diambil maklum ialah pengeluaran beras negara mencukupi kira-kira 67 peratus daripada SSR (Self Sufficient Ratio) bermakna beras import kita hanyalah sekitar 33 peratus sahaja. Yang menjadi isu di kalangan rakyat sekarang ini ialah bagaimana beras Super Tempatan boleh hilang daripada pasaran dan yang timbul hanyalah Beras Super Import yang dijual dengan harga yang mahal. Saya ibaratkan seolah-olah ular lidi telah telan ular sawa. Hilang 67 peratus, yang timbulnya adalah yang 33 peratus.
Secara peribadi saya ada buat pemeriksaan, lawatan ke tempat-tempat pembungkusan beras dan memang kita temui fakta bahawa beras tempatan telah dicampurkan dengan beras import. Biasanya nisbah campuran beras tempatan 60, beras import 40 ataupun beras tempatan 70, beras importnya 30 dan akhirnya dilabelkan dengan label biru dan ditulis beras Super Import yang boleh dijual dengan harga yang mahal. Di sinilah kita nampak bagaimana kelemahan dari segi penguatkuasaan untuk kita mengatasi peranan kartel-kartel yang menyebabkan sektor makanan ruji rakyat berada dalam situasi yang
sangat terkesan sekarang ini. Dalam konteks negeri Terengganu, kita telah berusaha semaksima mungkin yang dibuktikan melalui data dan fakta tahun 2018, kecukupan SSR pengeluaran padi kita 43 peratus, 2019 naik kepada 48 peratus, 2020 naik kepada 53 peratus, 2021 naik kepada 56 peratus dan 2022 pengeluaran beras negara mengalami penurunan disebabkan oleh bencana alam dan juga wabak penyakit. Di negeri kita Terengganu, kita berhadapan dengan dua kali musim banjir tahun 2022, bulan Februari sekali, bulan Disember sekali dan banjir merupakan banjir besar luar biasa. Jadi memang kita akui pada tahun 2022, ada mengalami sedikit penurunan. Tetapi penurunan ini tidak sepatutnya menyebabkan sehingga beras tempatan terus hilang daripada pasaran. Di sinilah nampak ada beberapa perkara yang perlu diharmonikan dan sebenarnya pengeluaran beras GANU, beras yang mempunyai persijilan MYGAP adalah model bagaimana kita sebenarnya boleh mengeluarkan beras sendiri tanpa penglibatan kartel dan boleh dijual dengan harga murah, yang akhirnya memberikan manfaat kepada rakyat dan tidak ada kompromi dalam isu makanan ruji untuk mengenyangkan perut rakyat. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Jabi, Yang Berhormat Bandar, saya nak memaklumkan bahawa Yang Berhormat-Yang Berhormat yang mengemukakan soalan seramai 20 orang. Jadi, saya nak bagi untuk soalan tambahan kepada setiap Yang Berhormat sekali sahaja agar sempat Yang Berhormat belakang-belakanglah bertanya dalam persidangan kali pertama ini, Insya-Allah. Jadi kita bagi tambahan sekali jela deh. Hok lebih tu kerana Yang Berhormat Bandar kerana Pengerusi backbencher kita beri lebih sikit. Jadi silakan seterusnya Yang Berhormat Wakil Jertih.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Jertih soalan 2-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk membangunkan edutourism di negeri ini sesuai dengan banjiran ilmuan dan para asatizah di Terengganu?
Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih soalan daripada Wakil Jertih. Wakil Jertih ingin memohon penjelasan tentang Education Tourism. Sudah yang pasti usaha yang dilakukan adalah melalui kerjasama program-program Kerajaan Negeri dan penggiat seni pelancongan di negeri ini dan juga bersama-sama dengan institusi pendidikan dalam dan luar negara. Antara program yang terlibat seperti Kem Kebudayaan dan Kesenian di tempat-tempat pelancongan dan juga kebudayaan yang ada di negeri kita.
Yang keduanya adalah program demonstrasi pembuatan produk warisan seperti batik, wau, penggunaan alat-alat muzik tradisional negeri kita dan juga pertukaran pelajar dalam negeri dan juga luar negara dan kita juga mengadakan wacana ilmu dan forum keagamaan yang menarik ramai pengunjung domestik dan juga antarabangsa. Terima kasih.
Soalan tambahan Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, mohon penjelasan berkaitan usaha keseriusan Kerajaan untuk membangunkan Heritage Tourism atau juga dikenali sebagai Historical Tourism memandangkan kita ini kaya dengan sumber-sumber sejarah. Terima kasih.
Terima kasih.
Seperti mana yang kita tahu bahawa kita mempunyai satu Kampung Budaya iaitu KBT di sebelah Muzium Terengganu yang mana telah menerima ramai pengunjung dan juga pelawat daripada pelbagai negara terutamanya pelajar Institusi Pengajian Tinggi yang ingin melihat dan mempelajari seni warisan dan kebudayaan negeri Terengganu dan sebagai contoh usaha kerajaan, pertukaran lawatan 60 orang sebagai peringkat yang pertama, pelajar daripada Thailand, Indonesia dan juga negara lain ke Kampung Budaya dalam satu program anjuran Universiti Malaysia Terengganu dan juga Kampung Budaya lagi dengan kerjasama Pusat Antarabangsa UniSZA telah menerima kunjungan daripada 10 Universiti di Australia. Dan ini menunjukkan bahawasanya Kerajaan Negeri secara serius ingin memperkenalkan Heritage Negeri Terengganu.
Dan juga, kita juga bercadang, mencadangkan supaya penggiat-penggiat pelancongan membuat pertukaran di antara negeri dan juga negara dan sebagai contoh Homestay di Teluk Ketapang dan Lambo Sari telah membuat pakej Education Tourism bersama dengan institusi pendidikan di luar Negara. Antara program yang telah berjaya diadakan ialah Program Design and Cultural Heritage programme di Terengganu iaitu canting batik dan juga memperkenalkan seni budaya warisan yang mana kita mempunyai pelbagai sama ada warisan melayu dan juga warisan cina.
Terima kasih.
Terima kasih Kijal, seterusnya dipersilakan Yang Berhormat Wakil Kuala Berang.
Yang Berhormat, Dato’ Yang di-Pertua Dewan, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, semua barisan EXCO, Yang Berhormat-Yang Berhormat, Ketua-ketua jabatan dan wakil-wakil pihak media dan pemerhati sekalian. Saya ada tiga soalan ni, satu, dua, tiga. Boleh pilih ke Yang di-Pertua?
Pilih-pilih.
Terima kasih, saya kekal nombor satulah-
Saya dimaklumkan projek pembinaan Kompleks Sukan Paya Besar di Kuala Berang telah siap untuk diserahkan pada bila-bila masa. Bilakah projek tersebut dapat diserahkan secara rasmi agar penduduk sekitar dapat menerima manfaatnya?
Sebab ada tiga, boleh pilih satu, dokleh pilih doh…
Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya ialah soalan nombor tiga daripada Yang Berhormat, nama manjanya ialah Yang Berhormat Abg Mat.
Sepatutnya projek ini siap pada 17 September 2023, tetapi kerana ada sedikit masalah, projek ini insha Allah akan disiapkan pada 25 Disember 2023. Terima kasih.
Lama doh tu Dato’ Yang di-Pertua, difahamkan projek ini tahun 2015 lagi, kira-kira lapan tahun kali 12, 96. Hampir 100 bulan. Sedangkan projek ini taklah besar sangat. Kita tahu bahawa covid 2020 sehingga 2022 yang menjadi faktor antaranya ialah melambatkan penyiapan projek tersebut. Jadi apakah sebab-sebabnya yang menyebabkan projek ini lambat disiapkan?
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Sudah gaharu cendana pula, Sudah tahu bertanya pula.
Sepatutnya soalan ini Yang Berhormat jawab kerana waktu ketika itu Yang Berhormat jaga lima tahun. Jadi sebab-sebabnya saya tak tahu.
Nok tukor tempat kerusi ke?
Silakan Yang Berhormat seterusnya iaitu Yang Berhormat Buluh Gading.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Soalan nombor 1-
Bagaimana Kerajaan menangani isu kemasukan sayur-sayuran dan buah-buahan import yang mengganggu kestabilan pasaran produk tempatan?
Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Buluh Gading, isu kemasukan sayur-sayuran dan buah-buahan import yang memang kita akui mengganggu kestabilan pasaran produk tempatan.
Untuk makluman Dewan, Malaysia telah menandatangani (AFTA), Asian Free Trade Area ataupun kawasan Perdagangan Bebas ASEAN pada tahun 1992 lagi. Jadi melalui perjanjian ini, import dan eksport buah-buahan, sayur-sayuran, komoditi, hasil ternakan di antara negara-negara ASEAN adalah bebas. Jadi pengusaha Malaysia boleh import daripada luar dan kita boleh eksport keluar, ada pro dan kontra sebenarnya daripada perjanjian AFTA ini. Yang pertama saya tengok dari segi pronya, sebab banyak keperluan-keperluan rakyat dalam konteks pengeluaran negara kita belum mencukupi, kadar cukup sara diri, SSR kita. Cili contohnya, kadar SSR kebangsaan ialah 40%, kadar SSR di Terengganu 70%, kita berada lebih tinggi daripada paras kebangsaan. Ketidakcukupan ini perlu ditampung dengan cili yang diimport cuma kesilapannya kadang-kadang import itu melebihi daripada keperluan ataupun import yang tidak menepati masa sebagaimana musibah saya istilahkan sebagai bencana yang berlaku kepada penanam cili di Terengganu khususnya dan di Malaysia amnya pada tahun 2021 sehingga harga cili turun pada paras sekitar seringgit lebih sahaja sekilo. Ramai daripada penanam dan pekebun cili membiarkan cili mereka rosak di kebun tanpa dipetik kerana tidak ada harga dari segi pasaran dan Kerajaan Terengganu mengeluarkan kira-kira 300 ribu untuk kita bagi bantuan input khas sebagai satu rangsangan bagi membantu pekebun-pekebun kita bangkit kembali.
Buah mempelam, buah mempelam ini, dari segi SSR negara kita hanyalah sekitar 5% sahaja bermakna kita makan pelam import lebih daripada 90%. Jadi kalau dengan ketiadaan AFTA mungkin barang-barang ataupun produk-produk yang menjadi keperluan rakyat ini sukar untuk dibawa masuk. Tapi perlu diseimbangkan disinilah saya nampak pentingnya faktor kawalan dan keseimbangan serta diselaraskan berapa sebenarnya keperluan negara supaya apa yang dibawa masuk akhirnya tidak mengganggu produk tempatan yang memang kita akui kita tidak mampu mengeluarkan produk dengan harga sebagaimana produk import yang lebih murah tetapi dalam masa yang sama rakyat kita perlu tahu bahawa produk tempatan kita lebih selamat, khususnya yang mempunyai persijilan MyGap (Malaysia Good Agriculture Practice) lebih
selamat daripada kandungan racun, lebih selamat dari segi kesegarannya dan lebih selamat daripada banyak aspek tapi akhirnya rakyat akan tengok mana yang murah dan mana yang mahal kerana itulah biasanya produk import lebih menjadi pilihan bukan hanya hasil tanaman malah kita menerima aduan daripada penternak-penternak kambing di seluruh Negeri Terengganu yang berhadapan dengan persaingan kemasukan kambing import daripada Vietnam dan daripada Thailand yang boleh dijual dengan harga serendah RM300-RM400 sahaja seekor, sedangkan kambing tempatan paling murah kita boleh jual sekitar RM600 sehingga RM700. Kalau jual harga RM300-RM400 memang mapuh modal jadi isu-isu ini sebenarnya isu-isu yang perlu diharmonikan, kita perlu sumber yang diimport tapi janganlah diimport sehingga mengganggu dan menjejaskan kestabilan daripada segi produk tempatan kita. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO atas jawapan dan penjelasan. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan tambahan, apakah usaha yang sedang dan akan dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Negeri bagi mengurangkan kebergantungan kita kepada sumber-sumber makanan yang diimport ini? Terima kasih.
Formula asas untuk kita mengurangkan kebergantungan kepada sumber luar ialah kita cukupkan dari segi keperluan tempatan kita dengan cara kita naikkan kadar pengeluaran kita secara berperingkat dan inilah usaha yang banyak yang telah kita senaraikan dan dibentangkan beberapa kali kepada Dewan ini bagaimana usaha yang telah kita gariskan dalam Pelan Strategik Pertanian Terengganu 2019-2023, antaranya kita majukan Taman Kekal Pengeluaran Makanan, kita buat program khusus untuk pembangunan tanah terbiar, kita bagi bantuan modal kepada rakyat kita yang berhadapan dengan masalah modal. Anak-anak muda kita ramai yang terlibat dalam pertanian menggunakan kaedah fertigasi dan suka saya maklumkan kepada Dewan, data yang ada menunjukkan negeri Terengganu berada pada kedudukan teratas dalam negara dari segi penglibatan petani-petani menggunakan kaedah fertigasi seramai 700 orang. Dalam masa yang sama, kita juga adalah negeri pertama dalam Malaysia yang berada di tempat pertama beberapa tahun. Saya ingat dua tiga tahun kebelakangan ini dari segi kejayaan kita menghasilkan petani yang mempunyai persijilan MyGAP. Kita juga buat ladang kontrak untuk bantu dari segi pasaran, bantuan dari segi pelbagai kaedah pemasaran, penggunaan IoT (Internet of Things) sebenarnya bukan suatu yang asing di Negeri Terengganu, dah banyak
ladang-ladang menggunakan teknologi moden, boleh kawal, boleh siram pokok di skrin telefon je. Itu tidak asing dalam konteks Negeri Terengganu dan banyak lagi yang kita buat dalam rangka untuk melengkapkan rantaian nilai.
Dan suka saya maklumkan kepada Dewan, ikon pertanian Terengganu Melon Manis Terengganu sedang dalam proses untuk kita daftar bagi kita dapatkan intellectual properties maknanya kita akan ada hak kepada nama Melon Manis Terengganu yang orang lain tidak boleh nak campur dari segi nama itu. Ini antara usaha-usaha yang kita buat. Satu lagi kita fokuskan kepada tanaman-tanaman yang menjadi keperluan rakyat, tak payah fikir nak tanam benda-benda yang pelik yang nampak wow nampak boom sebenarnya ia tidak menjadi keperluan rakyat. Dan keperluan-keperluan ini daripada semasa ke semasa kita yakin bila kita boleh keluarkan dengan kadar yang semakin memenuhi keperluan dalam masa yang sama dengan harga yang kompetitif dan produk kita lebih selamat, pergantungan kepada sumber import akan dapat dikurangkan secara berkala. Terima kasih.
Seterusnya, persilakan Yang Berhormat Wakil Kemasik.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Alhamdulillah penggal ini PAS diamanahkan memerintah Terengganu untuk penggal kedua. Soalan saya nombor dua-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri Terengganu untuk memastikan setiap stesen ECRL baharu di Terengganu nanti akan menjadi suatu pusat pemangkin pembangunan ekonomi dan industri baharu kepada negeri dan bagaimanakah penumpuannya untuk setiap lokasi tersebut?
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, dan terima kasih kepada Wakil Kemasik di atas soalan sebagaimana yang dipaparkan. Untuk makluman kita bersama, tarikh penyerahan Lapangan Terbang Kerteh yang dipersetujui antara pihak Kerajaan Negeri dan PETRONAS adalah sehingga 31 Mac 2026 dan Kerajaan Negeri menerusi Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri telah membuat keputusan bersetuju untuk menerima secara dasar cadangan keseluruhan aset yang merangkumi tanah, bangunan dan peralatan di Lapangan Terbang Kerteh oleh PETRONAS kepada Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri juga bersetuju untuk mengekalkan tapak Lapangan Terbang Kerteh untuk aktiviti berkaitan penerbangan.
MMKN juga menubuhkan Jawatankuasa Khas Lapangan Terbang Kerteh yang bertanggungjawab untuk menyelaras dan memantau proses penyerahan Lapangan Terbang Kerteh serta menilai business model dengan izin cadangan pengurusan Lapangan Terbang Kerteh sebagai persediaan menerima penyerahan lapangan terbang nanti. Berkaitan dengan ini, Kerajaan Negeri telah melantik Terengganu Incorporated Sdn.Bhd. atau Terengganu Inc untuk meneroka segala potensi serta merangka pelan pengoperasian Lapangan Terbang Kerteh setelah penyerahan oleh PETRONAS. Hasil kajian awal oleh Terengganu Inc yang dibentangkan kepada Jawatankuasa Khas Lapangan Terbang Kerteh telah mendapati bahawa Lapangan Terbang Kerteh tidak mempunyai potensi yang cukup baik untuk Kerajaan Negeri meneruskan operasi sebagai lapangan terbang dan aktiviti berkaitan penerbangan. Jawatankuasa memutuskan agar Terengganu Inc meneruskan kajian lanjut untuk meneroka potensi dan bidang lain untuk pembangunan seterusnya tapak Lapangan Terbang Kerteh. Sekian.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan tambahan saya ataupun harapan daripada Kemasik agar Kerajaan Negeri menilai balik kajian yang dibuat khususnya terhadap pelbagai potensi berkaitan aeronautic dan potensi sokongan yang sangat luas yang mampu jadi suatu pemangkin ekonomi baharu seiring dengan usaha Kerajaan mencipta sumber kekayaan baharu melalui aset PETRONAS yang bernilai lebih RM120 juta ini yang akan diserahkan.
Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih kepada soalan tambahan Wakil Kemasik dan terima kasih juga di atas cadangan dan harapan yang begitu besar daripada Yang Berhormat Wakil Kemasik dan saya percaya juga harapan seluruh warga negeri Terengganu dan saya ingin memberikan komitmen bahawa pihak Kerajaan akan terus untuk membuat kajian dan penilaian. Walaupun begitu, antara cabaran yang besar yang wujud adalah lebih kepada economic upscale dengan izin dan return of investment dengan izin, sama ada kepada pihak Kerajaan ataupun kepada pihak swasta yang ingin meneruskan pelaburan di Lapangan Terbang Kerteh ini.
Kerajaan Negeri juga akan terus terbuka dalam tempoh ini untuk segala dapatan dan potensi baharu yang mungkin dapat diterokai dalam usaha untuk memanfaatkan penggunaan Lapangan Terbang Kerteh ini. Kita ada banyak masa lagi sehingga Mac 2026. Antara ruang lain yang boleh diterokai yang masih lagi dalam pertimbangan Kerajaan ialah untuk berbincang dan mempelawa industri sokongan sebagai mini hub aeroangkasa iaitu satu bab, yang kedua ialah sebagai hub Maintenance, Repair and Overhaul ataupun MRO untuk pesawat rotorcraft atau rotary-wing vehicle. Ini pesawat yang menggunakan kipas dan juga seperti helikopter kerana MRO untuk pesawat yang besar atau pesawat kargo yang besar memerlukan runway dengan izin yang jauh lebih panjang daripada yang ada di Kerteh. Apapun Kerajaan Negeri akan terus berusaha sehingga sebelum sampai tempoh yang telah ditetapkan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Seterusnya saya persilakan Yang Berhormat Wakil Ladang.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya soalan pertama-
Berikan penjelasan mengenai Industry Park yang ada di seluruh Negeri Terengganu iaitu berkaitan keluasan setiap Industry Park beserta jumlah yang ada di seluruh negeri dan agensi manakah yang mengawal atau menguruskan setiap Industry Park tersebut?
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Wakil Ladang atas soalan yang telah dipaparkan di dalam skrin berkenaan dengan Taman Industri di dalam negeri Terengganu dan saya boleh pecahkan soalan itu kepada tiga bahagian iaitu pertamanya keluasan setiap Industry Park yang kita ada. Yang keduanya, jumlah keseluruhan kawasan industri di seluruh negeri dan apakah agensi-agensi yang mengawal.
Berbalik kepada keluasan setiap industri, kita ada untuk makluman Yang Berhormat dan Ahli Dewan, kita mempunyai 28 buah kawasan perindustrian di dalam negeri Terengganu dan jumlah keluasan industri yang terbesar, jumlah keseluruhan dulu saya jawab soalan yang kedua itu jumlah keseluruhan adalah berjumlah 12,387.93 hektar dan daerah Kemaman mempunyai kawasan industri yang terbesar iaitu seluas 6,203.61 hektar dan melibatkan 10 kawasan industri manakala kawasan Hulu Terengganu mempunyai keluasan kawasan industri yang terkecil iaitu hanya satu sahaja kawasan industri yang melibatkan kawasan seluas 43.98 hektar. Mengikut keluasan setiap industri, saya pergi kepada daerah demi daerah;
Bil Nama Kawasan Industri Keluasan (Hektar) Jumlah Keseluruhan Marang 1 Kawasan Perindustrian Bukit Kor 32.82 hektar 4,729.87 2 Kawasan Perindustrian Wakaf Tapai 187.85 hektar 3 Kawasan Perindustrian Pulau Kerengga 509.20 hektar 4 Lembah Silica Terengganu 4000 hektar Hulu Terengganu 5 Kawasan Perindustrian Ajil 43.98 hektar 43.98 Dungun 6 Kawasan Perindustrian Batu 7 265.95 hektar 750.57 7 Kawasan Perindustrian Pulau Serai 21.20 hektar
Kawasan Perindustrian Bukit Besi 16.12 hektar 9 Kawasan Perindustrian Ketengah Jaya 12.95 hektar 10 Kawasan Perindustrian Al-Muktafi Billah Shah 70.98 hektar 11 Kawasan Perindustrian Santong 238.76 hektar 12 Kawasan Perindustrian Charchar 124.61 hektar Kuala Nerus 13 Kawasan Perindustrian Gong Badak 150.28 hektar 328.62 14 Kawasan Perindustrian Batu Rakit 178.38 hektar Kuala Terengganu 15 Kawasan Perindustrian Chenering 60.71 hektar 60.71 Setiu 16 Kawasan Perindustrian Saujana 110.28 hektar 168.07 17 Kawasan Perindustrian Sungai Bari 57.79 hektar Besut 18 Kawasan Perindustrian Gong Medang 102.50 hektar 102.50 Kemaman 19 Kawasan Perindustrian Kertih 97.39 hektar 6,203.61 20 Kawasan Perindustrian Kertih Biopolimer Park (KBP) 177.72 hektar 21 Kawasan Perindustrian Bukit Labuhan 50.88 hektar 22 Kawasan Perindustrian Telok Kalong 1806.13 hektar 23 Kawasan Perindustrian Jakar I, II, dan III 95.48 hektar 24 Kawasan Perindustrian Mak Lagam 20.00 hektar 25 Kawasan Perindustrian Cheneh 83.84 hektar 26 Kawasan Perindustrian Cheneh (Tambahan) 3237.48 hektar 27 Kawasan Perindustrian Perasing 227.19 hektar
Kawasan Kertih Terengganu Industrial Park (KTIP) 407.5 hektar Jumlah Luas Keseluruhan 12,387.93
Manakala agensi-agensi yang mengawal dan mengurus kawasan industrial park di dalam Negeri Terengganu adalah Invest Terengganu yang dibantu oleh agensi-agensi berkaitan iaitu yang pertamanya Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT). Yang keduanya, Lembaga Tabung Amanah Warisan Terengganu. Yang ketiganya, Terengganu Incorporated Sdn. Bhd dan yang keempatnya Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC). Terima kasih.
Soalan tambahan saya. Apakah pelan perancangan akan datang ataupun masa hadapan untuk industrial park ini dan adakah akan diwujudkan industrial park yang baru ataupun kita menaiktaraf industrial park ini yang sedia ada ataupun YB sendiri ada idea baru untuk industrial park ini. Terima kasih.
Terima kasih YB Ladang. Dato’ Yang di-Pertua, tumpuan kita sekarang adalah untuk menaikkan taraf infrastruktur kawasan-kawasan industri yang sedia ada sekarang ini kepada satu infra yang asas lebih baik, dan di situ juga akan menambahkan pendapatan ataupun menaikkan harga apabila kita memberikan kepada pelabur-pelabur kita nanti. Jadi pihak jawatankuasa kita akan cuba dapatkan peruntukan daripada agensi-agensi Persekutuanlah, sepertimana yang dicadangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar juga, cuba dapatkan dahulu peruntukan-peruntukan daripada Persekutuan dan antaranya adalah MIDA dan beberapa agensi-agensi lain yang terlibat.
Berkenaan dengan idea untuk penambahbaikan ini, kalau kita melihat sekarang ini, semua dunia pun ke arah hijau, teknologi hijau, green technology ini, dan saya berhasrat jugaklah untuk cuba untuk mewujudkan satu taman industri hijau di dalam Negeri Terengganu. Insya-Allah kita cuba kenalpasti dan dalam tempoh yang ada ini, kita cuba wujudkan taman industri hijau ini untuk menarik lagi pelabur-pelabur datang ke negeri kita. Terima kasih.
Seterusnya, dipersilakan Yang Berhormat DUN Pengkalan Berangan.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Syarikat air namanya SATU, bukan dua, bukan tiga.
Soalan ambe nombor 1, Selesai segera, rakyat lega
Nyatakan status terkini projek bekalan air terawat dari Loji Kepung Dua ke Tangki MIEL dan Tangki Gondang?
Terima kasih Pengkalan Berangan. Dato’ Yang di-Pertua, soalannya nyatakan status terkini projek bekalan air terawat dari Loji Kepung Dua ke Tangki MIEL dan Tangki Gondang.
Status terkini projek bekalan air terawat dari Loji Kepung Dua ke Tangki MIEL dan Tangki Gondang sehingga 25 Ogos 2023 berdasarkan Tempoh Lanjutan Masa No. 5 (EOT No.5) adalah sebagaimana berikut:-
a) Pemasangan paip 900mm dari Loji Rawatan Air (LRA) Kepong 2 ke Tangki MIEL
Jadual: 98.39%
Sebenar: 94.41%
Keseluruhan: +0.02%
b) Pemasangan paip 800mm & 700mm dari tangki MIEL ke Tangki Gondang Jadual: 98.39% Sebenar: 99.26% Keseluruhan: +0.87%
Terima kasih.
Untuk makluman, terima kasih kepada Yang Berhormat Cukai. Untuk makluman, situasi bekalan air di daerah Marang khususnya dalam DUN Pengkalan Berangan agak kritikal beberapa tempat yang sekarang ini tidak mendapat bekalan air yang mencukupilah, terpaksa dicatu sepenuhnya. Dalam masa yang sama, Akademi Bomba Wilayah Timur juga mengutus surat kepada SATU untuk permohonan semakan semula kapasiti penggunaan air di akademi yang memerlukan kepada satu penyelesaian segera kerana selepas daripada ini projek fasa 3 yang melibatkan kolam renang, swift water, highway flood crossing dan yang seumpamanya yang memerlukan bekalan air yang banyak di Akademi Bomba Wilayah Timur ini. Soalan saya bilakah pemasangan paip ini dapat disiapkan dan juga sampai bila dia mampu untuk menampung keperluan rakyat khususnya di daerah Marang.
Terima kasih Pengkalan Berangan. Saya juga berdukacita dengan kelewatan ke atas pemasangan paip tersebut. Sesungguhnya berdasarkan kelulusan tempoh lanjutan. EOT No. 5 kontraktor sepatutnya menyiapkan kerja-kerja pemasangan paip dari Loji Kepung Dua ke Tangki MIEL dan Tangki Gondang ialah pada 26 Oktober 2023. Tetapi atas beberapa masalah kepada pihak kontraktor yang semua kita telah ketahui, maka dia menyatakan bahawa berdasarkan kemajuan kerja semasa di tapak, kerja-kerja tidak dapat disiapkan dalam tempoh berkenaan. Dan kerja-kerja ini akan dibuat pada, insya-Allah akan siap pada 2023 kerana sebahagian daripada barang-barang yang telah ditempah di Selangor dan juga di Ipoh saya dapati hampir dalam 90% ataupun 80% telah siap. Dan insya-Allah dijangka akan dibawa balik pada bulan November ini ataupun awal Disember dan pemasangan paip tersebut akan dilakukan dengan harapan bahawa Disember 2023 projek ini dapat disiapkan dan akan diserahkan. Dan saya yakin dengan siapnya pemasangan paip daripada Loji Kepung Dua ke Tangki MIEL ini dan Tangki Gondang, gangguan bekalan air berjadual di Daerah Marang dapat diselesaikan. Ianya dapat bertahan sehingga tahun 2029. Terima kasih.
Terima kasih. Seterusnya yang terakhir untuk sesi soalan hari ini, kita persilakan ADUN Manir.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya yang pertama-
Berapakah jumlah bayaran dana khas (Royalti) yang telah diterima oleh Kerajaan Negeri dari Kerajaan Persekutuan? Dalam tempoh masa Disember 2022 hingga September 2023, apakah pembayaran itu sama sebagaimana tuntutan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri?
Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih kepada Manir yang mengemukakan soalan sebagaimana yang dipaparkan. Izinkan saya untuk menjawab soalan Manir ini bersama-sama dengan soalan beberapa orang Yang Berhormat daripada Seberang Takir, Kemasik dan Bukit Tunggal kerana keempat-empat mereka telah mengemukakan soalan yang lebih kurang sama maksud. Berkenaan dengan jumlah bayaran dana khas Petroleum (Royalti) dengan izin yang disebut oleh Kerajaan Persekutuan sebagai dana khas Kerajaan Pusat yang diterima oleh Kerajaan Negeri dalam tempoh Disember 2022 sehingga September 2023 adalah berjumlah RM405 juta dengan enam kali pembayaran.
BIL. TARIKH JUMLAH (RM) PERKARA 1.
30.03.2023 50,000,000.00
2.
18.05.2023 100,000,000.00
3.
14.06.2023 50,000,000.00
4.
14.06.2023 109,000,000.00 Bagi tujuan pembayaran Projek Bekalan Air Kuala Terengganu Utara (KAJV) 5.
01.08.2023 41,000,000.00
6.
21.08.2023 55,000,000.00
JUMLAH 405,000,000.00
Dan ini berbeza dengan anggaran terimaan dalam belanjawan Kerajaan Negeri tahun 2023 yang dibentangkan pada tahun lepas iaitu sejumlah lebih kurang RM1.5 bilion ringgit. Soalan daripada Seberang Takir pula bertanya tentang jumlah 5% hasil (Royalti) hasil Petroleum yang diterima oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2022, di mana pada tahun 2022, Kerajaan Negeri menerima sejumlah RM1.393 bilion daripada Kementerian Kewangan Malaysia. Manakala Kemasik dan Bukit Tunggal bertanyakan berkenaan dengan usaha Kerajaan Negeri dalam menjana pendapatan baharu bagi mengurangkan kebergantungan kepada Royalti Petroleum. Berdasarkan kepada belanjawan negeri tahun 2023, rancangan Kerajaan Negeri bagi menjana punca-punca pendapatan baru agar tidak terlalu bergantung kepada Royalti Petroleum ini adalah dengan merangka dan melaksanakan Pelan Strategik penjanaan pendapatan baharu Negeri Terengganu yang merangkumi beberapa kategori: 1. Kajian semula cukai dan hasil bukan cukai.
2. Pulangan balik pendapatan dalam bentuk tunai daripada Badan Berkanun Negeri dan Syarikat Berkaitan Kerajaan GLC.
3. Sumber galian.
4. Sumber bahan batuan 5. Sumber air.
6. Fee pelancongan dan rekreasi, dan 7. Sumber alam sekitar.
Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar. Jelas daripada penjelasan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, pembayaran dana ataupun wang ehsan yang diberikan itu adalah tidak sebagaimana sebelum-sebelumnya. Jadi apakah langkah yang akan diambil ataupun sedang diambil oleh pihak Kerajaan Negeri bagi memastikan terimaan negeri bagi tahun 2023 ini dapat dinikmati oleh seluruh rakyat Negeri Terengganu dan mencapai target anggaran Belanjawan 2023. Terima Kasih.
Dato’ Yang di-Pertua.
Terima kasih kepada Manir di atas soalan tambahan. Memanglah apa yang kita terima pada ketika ini adalah tidak sama dengan apa yang Kerajaan Negeri terima sejak daripada tahun 2018. Untuk rekod, izinkan saya untuk menyebut apa yang diterima oleh Kerajaan Negeri sejak beberapa tahun yang lalu.
BIL. TAHUN JUMLAH (RM) 1.
2018 1,373,960,000.00 2.
2019 1,497,132,808.00 3.
2020 1,226,317,693.70 4.
2021 1,287,398,605.00 5.
2022 1,393,896,335.00 6.
2023 (September) 405,000,000.00
Walau bagaimanapun, dalam masa yang sama Kerajaan Negeri akan terus mengamalkan pendekatan untuk bertemu, bermesyuarat dan berunding dengan pihak Kerajaan Pusat dan sedang berusaha dengan apa jua cara untuk memastikan Operation Expanditure (OE) dengan izin dan Development Expenditure (DE) yang dirangkakan oleh pihak Kerajaan Negeri tidak terjejas. Harus diingat kerana yang sebenarnya yang mengalami penderaan adalah rakyat yang telah menikmatinya sejak sekian lama dalam pelbagai bentuk sama ada pendidikan, kebajikan, kesihatan, keusahawanan dan sebagainya termasuklah memberdayakan rakyat dengan izin untuk keluar dari garis kemiskinan. Sebagai penutup, barangkali inilah yang tersirat dari peribahasa melayu yang selalu kita dengar. Yang pertama ialah:
“Marahkan nyamuk, kelambu dibakar”.
Yang kedua yang jarang kita dengar, peribahasa melayu menyebut:
“Marahkan pijat, kelambu dibakar, tidur terdedah.”
Sekian terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar. Alhamdulillah pagi ini kita berjaya menamatkan sesi soalan lisan daripada Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan sekalian. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya mohon untuk ditangguhkan sementara Dewan ini dan akan disambung semula pada pukul 11.00 pagi. Lanjutan
daripada itu, saya ingin mengalu-alukan kehadiran dan ucapan terima kasih kepada semua pemerhati daripada isteri-isteri Yang Berhormat, daripada wakil-wakil Pusat Khidmat serta seluruh anak-anak dan guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Lela Senggara di Galeri Pemerhati pada pagi ini. Diucapkan terima kasih kepada semua.
DEWAN DITANGGUHKAN PADA PUKUL 10.30 PAGI
PUKUL 11.05 PAGI
(Selepas Soalan-Soalan Lisan)Questions
Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan, Para pemerhati mesyuarat disambung semula.
Usul Yang Telah Diberi NotisMotion
Perkara berikut di dalam Tertib Pekerjaan Dewan ialah Usul Yang Telah Diberi Notis. Dipersilakan Yang Berhormat Dato’ Haji Satiful Bahari bin Mamat (Wakil Paka) untuk mengemukakan Usul.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan-
“Bahawa Dewan Undangan Negeri yang bersidang pada hari ini membuat KETETAPAN bersetuju merakam dan merafak sembah ucapan penghargaan dan menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan kerana menyampaikan Titah DiRaja mengenai Dasar-dasar Kerajaan bersempena dengan Pembukaan Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri Kelima Belas dan bersetuju merafak sembah ikrar taat setia Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan bersedia memberi kerjasama yang erat kepada Pentadbiran Negeri supaya dasar-dasar Kerajaan dapat dilaksanakan dengan sempurna demi kepentingan negeri dan rakyat seluruhnya”.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon menyokong usul itu.
Usul ini telah mendapat sokongan. Sekarang saya buka untuk perbahasan. Sebelum itu saya suka mengingatkan Peraturan Mesyuarat Perkara 47 (A) supaya mana-mana Ahli Yang Berhormat yang ingin mencelah untuk mendapat persetujuan laluan daripada Ahli Yang Berhormat yang sedang bercakap dan sehingga dipanggil oleh Yang di-Pertua Dewan untuk memulakan pencelahan. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Bandar untuk memulakan perbahasan bagi menyokong Usul ini, dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua kerana mengizin dan memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam ucapan Menjunjung Duli dan Menjunjung Kasih serta memulakan Perbahasan Titah Ucapan DiRaja Sempena Pembukaan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Terengganu Yang Kelima Belas Tahun 2023. Alhamdulillah, kita sama-sama mengangkat setinggi-tinggi syukur kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana kita diberi peluang berada di dalam dewan yang mulia ini.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, sebelum memulakan ucapan perbahasan pada hari ini saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan penghargaan dan jutaan terima kasih di atas jasa dan khidmat bakti khususnya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan semua agensi kerajaan yang terlibat dalam menjayakan Pilihan Raya Negeri Terengganu pada kali yang Kelima Belas yang lepas. Tidak dilupa juga ucapan penghargaan saya buat seluruh rakyat Negeri Terengganu yang telah membuat keputusan pada PRN yang lalu. Saya juga ingin mengambil kesempatan yang khusus untuk merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada warga DUN Bandar yang telah memilih dan mengekalkan saya untuk berada di Dewan yang mulia ini. Sesungguhnya segala usaha dan pengorbanan rakyat Negeri Terengganu dan juga para perantau yang pulang untuk membuang undi dalam mengekalkan tampuk Kerajaan Negeri kali ini, bahkan menjadikan Terengganu satu-satunya
negeri tanpa pembangkang. Tahniah kepada rakyat Negeri Terengganu. Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfiman,
“Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; tangan mereka akan berkata kepada Kami dan kaki mereka akan memberi kesaksian terhadap apa yang dahulu yang mereka kerjakan”
Surah Yasin Ayat 65.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, bertepatan juga dengan sambutan 25 Tahun Jubli Perak Pemerintahan Sultan Terengganu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Mizan Zainal Abidin, patik selaku Yang Berhormat ADUN Bandar Menjunjung Duli serta Menjunjung Kasih akan Titah Tuanku dan menyokong penuh serta mengambil serius akan Titah Tuanku untuk terus memakmurkan Negeri Terengganu Darul Iman ini dengan memaksimumkan segala kudrat dan perancangan yang mampan demi mengekalkan kecemerlangan dan membaiki kelompongan bersama. Saya juga mengambil peluang mewakili backbenchers merakam ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Nor bin Hamzah yang telah dipilih untuk kali ini menjadi Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, tahniah Yang Berhormat Dato’. Ucapan tahniah juga kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar yang mengekalkan sebagai Menteri Besar serta barisan EXCO-EXCO untuk sesi kali ini. Saya juga merakamkan tahniah kepada Parti Islam Semalaysia (PAS) dan juga BERSATU di atas kejayaan yang begitu hebat di dalam PRN yang lepas sehingga merangkul penuh 32-0. Alhamdulillah kemenangan ini bukan kemenangan kita sendiri tetapi kemenangan di atas sokongan dan dukungan rakyat Negeri Terengganu.
Dato’ Yang di-Pertua, saya percaya bahawa kemenangan yang dirangkul atas pemilihan rakyat ini akan menjadi satu iltizam yang besar kepada pihak Kerajaan Negeri untuk menjadikan Negeri Terengganu sebagai sebuah negeri yang maju dari segala aspek berlandaskan syariat Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Seterusnya menjadi saksi amal bakti kita di hadapan Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, pada kesempatan ini juga selaku Pengerusi backbenchers bagi Kerajaan Negeri pada kali ini dengan tegas menyambut sepenuhnya Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku agar
Kerajaan Negeri ini mampu membuat keputusan yang telus dan efisyen demi kepentingan Kerajaan dan rakyat. PRN yang lepas telah menyaksikan rakyat telah membuat keputusan dengan memberi mandat kepada satu pihak sahaja untuk membentuk sebuah Kerajaan dengan kata lain tidak ada Wakil Pembangkang di Dewan Yang Mulia ini. Saya yakin ramai orang tertanya-tanya dan merasa bimbang dan juga sangsi bagaimana Kerajaan ini boleh bergerak mentadbir negeri dan berfungsi dengan sebaik-baiknya dengan penuh dedikasi telus dan amanah. Justeru itu, saya ingin memohon kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk membuat suatu kenyataan dan penegasan bahawa Kerajaan yang telah diberi mandat seratus peratus tanpa pembangkang ini oleh rakyat Negeri Terengganu akan mengambil kira segala aspek memastikan perjalanan pentadbiran negeri mengikut lunas-lunas perundangan berasas kepada keadilan serta menjaga kepentingan Kerajaan dan rakyat.
Dato’ Yang di-Pertua, pihak BBC akan bergerak seiring dengan kepimpinan negeri dalam memberi pandangan dan cadangan kami juga bersedia untuk memberi teguran dan memberi kritikan secara berhemah dan membina agar Kerajaan ini dapat bergerak ke hadapan dengan mengambil kira kepentingan Kerajaan dan rakyat sekaligus kekal relevan dan signifikan. Prinsip adil oleh pihak Kerajaan dalam membuat keputusan iaitu meletakkan sesuatu pada tempatnya haruslah sentiasa dinilai dari segala segi tanpa mengira parti politik, kefahaman dan bangsa. Lumrahnya, manusia dan kekurangan itu tidak mampu dipisahkan. Oleh itu, suka untuk diingatkan dan ditegaskan bahawa BBC bukan sahaja akan bertindak sebagai penyokong setia kepada Kerajaan tetapi dalam suasana sifar pembangkang ini prinsip luhur dan adil serta konsisten memberi pandangan dan teguran yang berhemat akan terus dimainkan oleh BBC bagi membaiki kelompongan yang wujud. Ini bermakna proses semak dan imbang akan terus subur di dalam Kerajaan untuk penggal ini. Rasulullah bersabda:
Dari Abu Hurairah r.a Rasulullah bersabda seorang mukmin itu cermin bagi mukmin yang lain, dan seorang mukmin itu saudara bagi mukmin yang lain; ia membantu saudaranya ketika kehilangan, ketika menghadapi kesukaran serta menjaganya (membelanya) dari belakang.
Dato’ Yang di-Pertua saya ingin menyentuh tentang isu pertanian dan pelancongan, isu pengucupan sektor pertanian yang dinyatakan dalam Titah Tuanku adalah suatu perkara yang genting yang perlu dibicarakan tidak mampu dinafikan lagi keutuhan sektor pertanian sememangnya akan menjamin sekuriti makanan negara. Usaha Kerajaan Negeri terutamanya dalam memajukan komoditi sara hidup seperti beras memiliki potensi pertanian yang besar dan boleh dilihat positif, kadar sara diri ataupun dengan izin self-sufficiency ratio (SSR) bagi beberapa komoditi makanan utama di negeri ini seperti beras, sayur-sayuran, lembu dan ayam semakin meningkat dari tahun ke tahun, ini menunjukkan bahawa pengeluaran komoditi ini semakin bertambah bagi memenuhi keperluan domestik, lantas mengurangkan kebergantungan kepada import. Dalam kegawatan ekonomi di bawah Kerajaan federal yang masih terumbang ambing sehingga disifatkan tiada hala tuju oleh beberapa pengkaji ekonomi, Kerajaan Negeri bersedia menjadi tempat bernaung rakyat Negeri Terengganu dalam mendepani kenaikan harga barang, terutamanya harga beras sebagai makanan asasi. Penjualan beras tempatan di namakan Beras Ganu memiliki Sijil Amalan Pertanian Baik Malaysia MyGAP merupakan beras 100% tempatan yang telah diuji selamat dari segi kualiti dan bio sekuriti. Walaupun begitu harga Beras Ganu ini jauh lebih rendah berbanding dengan beras-beras lain sekali gus menjadi rebutan pilihan masyarakat. Beras yang dimiliki 100% melayu islam ini dilihat mampu untuk mengurangkan beban rakyat sekali gus mampu menembusi pasaran negara mahupun global.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, dalam sektor pelancongan Kerajaan Negeri dilihat sangat komited untuk melestarikan Pelan Pembangunan terutamanya apabila trend pelancongan dilihat menaik sangat ketara. Pada tahun 2022 jumlah pelancongan ke Negeri Terengganu meningkat sehingga 156.4% kepada 3.59 juta orang berbanding dengan 1.4 juta pada tahun sebelumnya. Sudah pasti ini meningkatkan kadar ekonomi negeri kita sekali gus membantu sara hidup rakyat Negeri Terengganu. Tidak cukup dengan pencapaian Negeri Terengganu yang berjaya merangkul tujuh anugerah pada majlis Malaysia Tourism Council Gold Arwards 2022 sebagai bukti Terengganu pusat percutian bertaraf global, Kerajaan Negeri pada tahun ini menyusun 100 acara dalam kalender acara tahunan untuk tahun 2023 yang terdiri daripada tujuh belas acara ikonik yang merancakkan lagi sektor ini, sekalung tahniah diucapkan kepada Yang Berhormat Menteri Besar dan EXCO serta agensi-agensi yang terlibat. Sesungguhnya kekayaan sumber alam, seni warisan budaya seperti yang dinyatakan di dalam Titah Tuanku merupakan satu nikmat besar
daripada Allah Ta’ala yang tiada mampu dihitung sekali gus menjadi satu gerbang untuk memacu ekonomi negeri.
Dato’ Yang di-Pertua bertepatan dengan Titah Tuanku, sesungguhnya pembangunan modal insan adalah satu elemen penting untuk difikirkan seterusnya dirancak dalam melahirkan persekitaran sosial yang mampan. Saya beriman dan penuh yakin bahawa pembangunan masyarakat berasaskan material semata-mata tidak mampu melangkah jauh seperti tamadun-tamadun besar dunia yang telah jatuh ditenggelami zaman sebelum ini, luka sosial terutamanya dalam kalangan remaja adalah sangat kronik dan perlukan perhatian segera. Suka untuk saya sebutkan di sini beberapa skala nasional yang akan kebejatan sosial menurut tinjauan kebangsaan, kesihatan dan morbiditi (NHMS) 2022 berkenaan dengan kesihatan remaja seperti satu daripada lima remaja merupakan peminum alkohol pada masa lalu dan 65% daripada mereka bermula sebelum umur empat belas tahun lagi, seterusnya 60,000 ribu remaja masih mengambil dadah dan tiga daripada empat mereka bermula sebelum umur empat belas tahun, izinkan saya tambah sedikit lagi Dato’ Yang di-Pertua,
Sila-sila.
Seramai 154,646 remaja di Malaysia ini pernah melakukan hubungan haram seks dan 33% bermula berhubung seks secara haram ini sebelum umur empat belas tahun dan banyak lagi luka-luka sosial yang dilakukan secara rasmi dalam laporan tersebut, betapa lelahnya modal insan masyarakat kita dan perlunya tindakan drastik dan bersinergi untuk membendung merawat barah sosial ini daripada terus membusuk lantas merosakkan khususnya para remaja dan belia negeri ini. Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman
Celupan Allah dan siapakah yang lebih baik daripada celupan Allah ia ini agamanya dan hanya kepadanyalah kami menyembah.
Justeru pendidikan yang terteraskan ubudiyah dilihat merupakan acuan terbaik dalam melentur rebung sebelum menjadi buluh.
Dato’ Yang di-Pertua, Terengganu terus mengungguli pendidikan di mana masih mengekalkan momentum kecemerlangan apabila Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) tahun 2022 semuanya mengatasi Gred Purata Kebangsaan (GPK) dan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK).
Yang Berhormat boleh landing..
Bantuan pendidikan seperti biasiswa skim pelajar cemerlang telah diberikan kepada lima ratus dua puluh orang pelajar yang melibatkan bidang kritikal seperti perubatan, pergigian, kejuruteraan dan sains, perakaunan termasuk perbankan Islam Al-Quran walqiraat. Iini menandakan bahawa kerajaan negeri sentiasa kominted dengan isu pendidikan.
Dato’ Yang di-Pertua sesungguhnya tanggungjawab kita sebagai sebuah Kerajaan adalah sangat berat dan amanah diberikan kepada kita ini adalah akan dipersoal di hadapan Allah Subhanahu Wa Ta’ala, saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Berhormat Menteri Besar dan juga EXCO Pendidikan yang telah berjaya menumbuhkan sebelas SRDI dan juga SMIDI untuk melestarikan pendidikan di Negeri kita insya-Allah, sebagai penutup mengakhirikan pembahasan saya, saya ingin merafakkan Ucapan Menjunjung Duli dan Menjunjung Kasih menyokong penuh akan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin yang dilihat sangat holistik dan mampu menjadi pedoman dalam memastikan Kerajaan Negeri bergerak ke hadapan seterusnya mengangkat Negeri Terengganu sebagai sebuah negeri yang termasuk dalam firman Allah:
Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Bandar mohon menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Wakil Bandar. Saya bagi lebihan masa sikit tiga minit selaku Penyokong Usul dan saya harap Yang Berhormat-Yang Berhormat yang lain dapat tepati masa untuk beri ruang kepada Yang Berhormat yang seterusnya untuk berucap. Seterusnya, saya persilakan Yang Berhormat Wakil Jertih.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, sebelum memulakan ucapan perbahasan Titah Tuanku, Jertih menjunjung kasih akan Titah Tuanku dan menyokong penuh serta mengambil serius akan Titah Tuanku untuk terus memberdayakan dan membawa ke negeri Terengganu Darul Iman. Jertih ingin menyentuh berkenaan pelancongan, satu cabang sertakan berkaitan dengan heritage, tourism ataupun historical tourism memandangkan negeri kita ini berbeza dengan negeri lain. Terengganu Darul Iman yang tercatat pada batu bersurat 1303 Masihi dengan erti kata lain kita lebih awal daripada negeri-negeri Melayu lain, bahkan negeri kita yang sangat unik. Tahun 1911, negeri kita masih melaksanakan Undang-undang Syariah Islam dan negeri tercinta ini, tuan-tuan sekalian muncul gerakan menentang penjajahan iaitu Gerakan Sarekat Islam Terengganu yang diinspirasikan oleh para alim ulama daripada Sarekat Islam Indonesia yang ditubuhkan oleh Sheikh Omar Said Cokroaminoto, Haji Samanhudi, Haji Agus Salim dan lain-lain. Bagaimana para alim ulama yang berjuang bukan sekadar mereka membangunkan pendidikan di negeri kita ini hingga menyebabkan negeri paling minima menerima kesan penjajahan, walau penjajah meninggalkan kesan dengan izin, the blue eyes mentality, rasa kagum dengan Barat, rasa kagum dengan tamadun Barat dan Barat yang menjajah sebahagian besar dunia Islam persaingan antara Perancis, British atau Empire Pax Britannica, Itali, Portugal, Sepanyol, Belanda dan sebagainya. Bagaimana negeri kita yang pernah dijajah oleh British dengan ungkapan yang sangat angkuh dengan izin the sun is never set in the British Empire, matahari tidak pernah terbenam di empayar British. Bagaimana kita menyaksikan para alim ulama telah bangkit dan bangun, Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong, Tuan Guru Haji Musa Minangkabau, Tuan Guru Haji Omar Siam bahkan saksikanlah bagaimana hebatnya Sultan yang memerintah Terengganu, Sultan Zainal Abidin III dengan penasihat yang sangat hebat, yang sangat warak dan sangat alim, Sayid Muhamad Abdul Rahman Al-Idrus ataupun Tok Ku Paloh.
Maka dengan hebatnya negeri kita dalam sejarah ini maka perlu kita pihak Kerajaan Terengganu, Jertih mencadangkan kita memberdayakan heritage
ataupun historical tourism dan kita mempunyai banyak tempat-tempat sejarah bukan sekadar dengan monumen sejarah, dengan artifak sejarah, dengan arkeologi bahkan juga dengan tulisan-tulisan yang direkodkan di beberapa tempat seperti MIO-Military Intelligence Officer di Museum of War, London dengan izin di Lebonesty dan sebagainya, contoh atau tempat yang boleh kita bangunkan untuk kita menggerakkan industri pelancongan, yang pertama Kubu Mat Kilau yang terletak di Pasir Raja di Dungun, antara makam Tok Ku Paloh dan juga bersebelahan dengan Syed Sagoff yang merupakan ketua kepada Sarekat Islam Terengganu yang bukti sejarah yang bertulis dokumen bersejarah bertulis a primer resource daripada MIO, Military Intelligence Officer dengan izin, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, ada 700 orang ahli-ahli Sarekat Islam Terengganu dan ini tidak dibukukan secara rasmi dalam negara kita menyebabkan anak watan kita tidak tahu bagaimana moyang mereka merupakan pejuang-pejuang yang hebat yang berjuang bahkan tercetusnya kemuncak Perang Padang Kachung pada Mei 1928 di zaman mula masuk penjajah British ke Tanah Melayu dengan Penasihat GL Hamprish, bagaimana antara tempat yang boleh kita majukan sebagai tarikan pelancong domestik dan antarabangsa seperti Rumah Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong di Kampung Beladau, kita boleh bangunkan juga, kita lestarikan juga seperti Kubur Syuhadah di Padang Kachung di Hulu Terengganu, Makam Sheikh Mohamad Shariff Al-Baghdadi di Jenagor. Kita lestarikan Lapangan Terbang Gong Kedak sebagai salah satu ruang Galeri Perang ataupun Muzium Perang sebagai contoh di Warsaw, Poland ada museum war yang dapat menarik ramai pelancong-pelancong masuk ke Muzium Perang termasuk juga kita boleh membangunkan Bukit Besi yang tempat perlombongan lama di Terengganu yang juga menjadi rebutan para penjajah bahkan juga kampung-kampung tradisi yang pernah tegaknya Kerajaan Melayu contohnya Kampung Raja di Besut, Terengganu dan juga DUN Kota Putera.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dan seluruh ADUN-ADUN dan juga EXCO antara manfaat daripada heritage tourism dan edu-tourism ialah kita boleh menambahkan peluang pekerjaan kepada rakyat. Sumber APEC menyebut 50 juta di seluruh dunia yang dapat manfaat daripada pelancongan. Pertama daripada heritage tourism ini walaupun sumber yang masuk Kerajaan Negeri itu tidak banyak, kita lihat report tahun lepas tidak banyak tetapi menyebabkan rakyat kita seronok, mereka feel good factor dengan izin, contohnya Kelantan Darul Naim, kita lihat zaman PAS memerintah sejak tahun 1990, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat bagaimana rakyat terus memberi sokongan besar kepada parti
pemerintah di sana, kerana apa rakyat merasa kesan ataupun kesan hiliran daripada pelancong-pelancong domestik dan antarabangsa masuk ke Kelantan dengan pelbagai tujuan dan dengan cara lain supaya kita mengiktiraf ikon-ikon dakwah dan ilmuwan-ilmuwan yang ada di negeri Terengganu, contoh Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus, ilmuwan Profesor Dr. Mat Bakar dan bagaimana kita pelbagaikan program-program menjemput tokoh-tokoh ilmuwan antarabangsa seperti Sheikh ataupun Baba Ismail Sepanjang Al-Fathoni, Profesor Doktor Ustaz Abu Samad, Indonesia bahkan tokoh-tokoh daripada Asia Barat dari Eropah untuk menunjukkan negeri kita negeri yang dan imej Terengganu Darul Iman dan imej intelektual dan juga negeri yang merupakan serambi kepada ilmu dan jihad ta’lim.
Jertih merafak dan menjunjung kasih akan Ucapan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Mizan dan juga ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu dan barisan EXCO, kepada teman-teman dalam pentadbiran yang berusaha bersungguh-sungguh untuk memajukan negeri ini hingga kalau kita lihat Terengganu menerima limpahan pelancong yang sangat ramai mutakhir ini. Semoga negeri kita terus dipacu dengan penuh keberkatan dan negeri kita dipanjat dengan syariat sebagaimana matlamat Allah jadikan kita khalifah di atas muka bumi „Iqomatu al-Din wa Siasatu al-Dunya bih’- menegakkan agama dan mentadbir dunia dengannya dengan sebuah kerajaan yang tegak di atas tiang seri yang disebut oleh Allah di dalam Al-Quran dalam firman-Nya surah Al-Hajj ayat 41:
“Dan orang-orang yang Kami berikan kepada mereka kekuasaan di atas muka bumi, pemerintahan di atas muka bumi, dan mereka mendirikan solat, dan mereka menunaikan zakat, dan mereka menyuruh kepada perkara ma'ruf dan mereka mencegah kepada perkara mungkar”
Daripada sebuah Kerajaan yang tegak atas seni syariat seperti dibina dimulakan Nabi hingga Nabi wafat pada 12 Rabiulawal tahun 11 hijrah bersambung Khulafah Al-Rasyidin, bermula Saidina Abu Bakar bin Abdullah ibni Abi Quhafah bersambung dengan Saidina Umar Al-Khattab bin Nufayl bin „Abd al-Uzza bersambung kepada Saidina Uthman bin Affan bersambung kepada Saidina Ali
ini ialah tahun 40 Hijrah dan bagaimana Kerajaan Islam ini terus bersambung di Dimarj Kerajaan Bani Umayyah bermula Muawiyah bin Abu Sufyan bergilir-gilirlah sampai tahun 132 hijrah dan Kerajaan Abbasiyah yang berpusat di Baghdad dan Mesir mengambil alih Kerajaan Mamluk, Zikiyah, Ayyubiah, Fatimiah dan yang terakhir Kerajaan Uthmaniah Turki yang tumbang bahkan ada kaitan menarik antara sumber-sumber primer ini hubungan Terengganu dengan Kerajaan Uthmaniah. Tuan-tuan, Kerajaan 600 tahun bumi umat Islam ini tumbang pada Mac 1964 dan kita tanpa ada sebuah kerajaan berpusat dan inilah tanggungjawab ahli-ahli politik atau tanggungjawab anggota legislatif untuk memastikan negeri ini dipacu dengan penuh keberkatan, kemakmuran dengan petunjuk Rabbani.
Wakil Jertih memohon kemaafan di atas kekhilafan.
Terima kasih Yang Berhormat Wakil Jertih. Seterusnya saya menjemput mana-mana Yang Berhormat untuk menyampaikan ucapan perbahasan. Sila Yang Berhormat Wakil Ladang.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, para media dan para pemerhati yang dihormati sekalian. Jutaan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya dalam sesi perbahasan menjunjung kasih Titah Tuanku Al-Sultan pada hari ini. Belum terlewat untuk saya merakamkan ucapan tahniah kepada Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Perikatan Nasional di atas kemenangan total di negeri bertuah ini. Semoga kemenangan ini meningkatkan lagi semangat untuk berkhidmat demi maslahah kebaikan rakyat di semua peringkat pentadbiran. Di kesempatan ini, saya ingin menarik perhatian Dewan dengan melontarkan beberapa isu untuk diambil perhatian bersama.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, melihat perkembangan ekonomi secara keseluruhannya menyaksikan kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat. Pelbagai teori pengurusan ekonomi cuba diimplementasikan oleh pelbagai pihak bagi mengurus ekonomi dengan lebih cekap dan lebih cemerlang. Antara contoh teori asas pengurusan ekonomi daripada cendekiawan Islam Ibnu Khaldun, hasil karya penulisan tersohor beliau iaitu Mukaddimah Ibnu Khaldun telah membincangkan mengenai teori-teori ekonomi antaranya mencakupi pengeluaran, pertumbuhan ekonomi dan pusingan perniagaan serta peranan kerajaan dalam ekonomi dan pembangunan perdagangan antarabangsa.
Alhamdulillah, melalui Pelan Strategik Pertanian Negeri Terengganu yang memfokuskan kepada aspek sekuriti makanan telah membuahkan hasil, yang mana kita telah berjaya membekalkan beras kepada rakyat dengan harga mampu milik dan tidak dinafikan sektor pertanian turut berperanan dalam perkembangan ekonomi melalui sumbangannya kepada pendapatan negeri dan sekaligus mewujudkan peluang-peluang pekerjaan. Selari dengan peranan utamanya, Kerajaan Negeri perlu meneruskan langkah pelarasan bagi mempercepatkan daya saing struktur ini dan menjadikan Negeri Terengganu sebagai negeri pengeluaran pertanian utama. Sektor pertanian negeri ini perlu sentiasa bersedia menghadapi cabaran baharu yang mendatang bukan sahaja daripada peringkat domestik tetapi juga pada peringkat antarabangsa.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mengambil peluang ini dan ruang ini dengan melontarkan cadangan agar memperkasakan infrastruktur dan pengurusan Pasarnita di Tanjung, Kuala Terengganu. Pasarnita ini telah dilancarkan sejak 16 November 2016. Ia diwujudkan sebagai tapak perniagaan yang khusus untuk usahawan kecil wanita tempatan dan juga sebagai tapak sehenti orang ramai untuk mendapatkan barangan keperluan keluarga. Walau bagaimanapun, kita dapati tapak Pasarnita semakin suram umpama tapak yang telah lama ditinggalkan. Bulan lalu, saya menerima aduan daripada peniaga dan orang ramai yang sangat kecewa dengan situasi Pasarnita hari ini. Sedangkan lokaliti Pasarnita ini sangat strategik dikelilingi hotel-hotel, tempat-tempat peranginan, berhampiran dengan Pasaraya KTCC dan tempat tumpuan pelancong. Justeru itu, saya ingin menarik perhatian Ahli Dewan agar perlunya ada satu perancangan untuk membentuk Pasarnita yang mempunyai identiti dan tarikannya yang tersendiri yang mampu menarik perhatian setiap pelancong yang datang ke Negeri Terengganu.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri Terengganu telah memperkasakan industri pelancongan Islam dengan mengekalkan dan menampilkan tamadun Islam sebagai satu warisan ulama ke arah kedaulatan Islam dan negeri ini. Bahkan, industri pelancongan Terengganu juga telah mendapat pengiktirafan sebagai destinasi mesra muslim melalui pengiktirafan anugerah “Standard Quality Islam” oleh Universal Crescent Standard Centre (dengan izin), dan ini sebagai pemangkin untuk memperlihatkan Terengganu sebagai koridor pelancongan Islam antarabangsa dan hub destinasi Islam yang menyasarkan pelancong Muslim serantau dan juga global. Namun, apa yang menggusarkan hati saya, terdapat sesetengah pelancong Muslim terutamanya di pusat peranginan ataupun di pulau-pulau jelas melanggar garis panduan pelancongan Negeri Terengganu iaitu tidak patuh dengan etika pemakaian untuk pelancong Muslim. Saya menyaksikan sendiri, pelancong Muslim, Islam, pelancong-pelancong Muslim daripada wanita tanpa segan silu memakai seluar pendek, bersinglet, tidak bertudung, malah semakin berani memakai pakaian menjolok mata, bersiar-siar di tempat pelancongan kita. Garis panduan pelancongan dengan jelas menyatakan dalam muka surat 25 iaitu pelancong Muslim hendaklah berpakaian menutup aurat.
Di sini ada dua kemungkinan, sama ada yang pertama, masih ramai yang tidak tahu garis panduan yang kerajaan keluarkan atau mereka tahu tetapi semakin berani untuk tidak patuh dengan garis panduan yang ditetapkan akibat tiada penguatkuasaan. Justeru itu, saya ingin memberi cadangan kepada pihak kerajaan untuk mengambil inisiatif untuk lebih agresif dalam memperkasakan garis panduan pelancongan yang telah kita gariskan bersama dengan garis panduan hiburan, persembahan, kebudayaan dan sukan Negeri Terengganu. Besar harapan saya agar pemantauan pelaksanaan patuh syariah di seluruh Negeri Terengganu ini meliputi hotel, rumah peranginan, pulau, pantai, pusat hiburan, pawagam dan sebagainya dilaksanakan di semua portfolio yang melibatkan agensi dan jabatan kerajaan. Saya yakin, ini termasuk manifestasi dakwah Islamiah dan komitmen kerajaan dalam mewujudkan..
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, minta laluan sikit.
Ye saya
Bagi laluan
Dia duduk Yang Berhormat (menunjuk kepada Wakil Ladang) Boleh?
Nak celah Yang Berhormat Ladang ni, (ketawa)
Minta penjelasan sikit, isu ni yang melibatkan pelancong luar mari ke Terengganu kita ni dengan, orang panggil tidak mengikut garis panduan syariah kita, isu-isu terpencil ke ataupun memang dah orang panggil, persekitaran tu macam tu? Kalau isu-isu terpencil tu kita rasa, kesedaran perlu kita bangkitkan dari kalangan masyarakatlah.
Sebab Yang Berhormat tengok kena tegur-tegurlah. Badi tegurlah. Gitulah. Kecuali sebab peraturan kita dari segi kerajaan tu kita dah sedia dah. Tinggal lagi kalau benda tu terpencil tu kita bukan nak abaikan.
Soalan Yang Berhormat.
Masing-masing tu tanya tadi, benda tu terpencil ke ataupun memang dah jadi orang panggil jadi kebanyakan, majoriti pulak suruh mari yang menenggelamkan suasana ataupun yang mengamalkan garis panduan syariah itu lah.
Okey Yang Berhormat Paka. Sila.
Sila Yang Berhormat
Terima kasih Yang Berhormat Paka. Saya berdasarkan pengalaman saya baru saja ada program lawatan di Pulau Perhentian dan saya menyaksikan sendirilah
pelancong-pelancong luar yang datang ke Negeri Terengganu, mereka memang seolah-olah memang tidak menghormati etika pemakaian yang kita dah gariskan. Walaupun kata, saya tidak rasa ini isu terpencil tapi ini perlu tindakan bersama, penguatkuasaan, sekurang-kurangnya kita mempergiatkan dakwah ataupun mempergiatkan kerjasama pelbagai pihak agar kita dapat melaksanakan, pelaksanaan syariah Negeri Terengganu ini lebih berkesan. Insya-Allah. Saya sambung sikit lagi Dato’ Yang di-Pertua. Kot mana doh sakning ni.
Hor dok jumpe doh.
Insya-Allah
Sila Yang Berhormat
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya menyambut baik dalam titah ucapan saranan Tuanku Al-Sultan untuk mengoptimumkan potensi bandar-bandar baru dibangunkan dengan lebih kondusif dan tersusun serta pembangunan mampan merangkumi ekonomi dan sosial. Namun, dalam masa yang sama saya menyarankan pembangunan luar bandar juga perlu seiring dalam pembangunan negeri dalam pelbagai sektor termasuklah ekonomi, kemudahan infrastruktur dan fizikal serta kemudahan sosial dan modal insan. Strategi pembangunan luar bandar seharusnya menjangkau lebih daripada penyediaan infrastruktur dan perkhidmatan asas yang berkualiti dan mencukupi tetapi juga merangkumi pengukuhan aktiviti ekonomi, peningkatan keupayaan modal insan dan penambahbaikan sistem penyampaian. Pendekatan ini akan memanfaatkan potensi besar luar bandar yang belum diteroka dengan mengembeling pelbagai pemacu pertumbuhan seperti keusahawanan, inovasi, teknologi dan penyertaan sektor swasta. Hubungan antara ekonomi bandar dan luar bandar akan diperkukuh untuk merancakkan pertumbuhan serta meningkatkan kesejahteraan masyarakat di luar bandar. Justeru itu, pengembangan dan penstabilan sektor luar bandar seperti infrastruktur asas termasuk kemudahan ICT, prasarana fizikal dan sosial dan program-program mandiri serta pembinaan sahsiah secara langsung boleh meningkatkan kesejahteraan dan daya tahan rakyat sekaligus seterusnya dapat membasmi kemiskinan luar bandar.
Yang terakhir Dato’ Yang di-Pertua, saya nak sentuh sikit isu tempatan yang berlaku di DUN Ladang, DUN saya iaitu saya menginginkan perhatian Ahli Dewan akan isu banjir apabila tiba musim tengkujuh tidak lama lagi dan DUN Ladang juga tidak berkecuali. Ikutkan rekod kita, sebanyak 673 buah rumah di DUN Ladang terjejas akibat banjir dan di antara punca banjir yang berlaku di kawasan tempat dan DUN Ladang ini disebabkan yang pertama kawasan penduduk yang rendah berbanding aras air utama. Kedua, pertembungan air pasang di muara Sungai Ibai yang telah menyebabkan air tidak dapat mengalir keluar jika hujan lebat berterusan dan yang ketiga saliran air longkang yang tersumbat ataupun sempit sehingga mengakibatkan banjir kilat. Antara solusi yang kita ambil kita telah melaksanakan kerja-kerja pembersihan longkang secara berkala sebelum musim tengkujuh oleh Jabatan Pengairan dan Saliran dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. Terima kasih saya ucapkan dan tahniah kepada agensi yang melaksanakan tindakan efisien ini. Sebenarnya saya ingin mengambil peluang ini untuk menggesa pihak yang berwajib, pihak yang berkenaan bagi mempercepatkan kawasan pelaksanaan projek pendalaman muara Sungai Ibai, sudah lama menunggu. Saya yakin dengan pelaksanaan projek ini besar manfaatnya dalam mengekang berlakunya bencana banjir di DUN Ladang, insya-Allah. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, berkaitan isu-isu yang saya lontarkan tadi saya dapat simpulkan bahawa perlunya gabung jalin semua pihak untuk mengambil berat dan mencari solusi yang mapan agar menghasilkan kejayaan. Saya yakin dengan intergasi antara semua pihak, kita berupaya menatijahkan solusi yang terbaik. Sumbang saran dan gabungan idea serta tenaga daripada pelbagai agensi diperlukan dalam menguruskan isu dan permasalahan ini. Insya-Allah, dengan iltizam dan keyakinan yang tinggi pimpinan hari ini, mudah-mudahan segala perancangan yang dirangka dengan pelbagai strategi, inisiatif dan program mencapai kejayaan dunia dan akhirat. Dato’ Yang di-Pertua, dengan lafaz dan takzim saya menjunjung kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.
Terima kasih Yang Berhormat Wakil Ladang. Seterusnya saya menjemput mana-mana Yang Berhormat untuk terus berucap. Sila Yang Berhormat Wakil Sura.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan seluruh barisan EXCO, Pegawai-pegawai Kerajaan serta semua hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian. Alhamdulillah, dengan ini Sura mengucapkan banyak terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua Dewan di atas peluang yang telah diberi untuk Menjunjung Duli dan Kasih Ke atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dan di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan banyak tahniah kepada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di atas kemenangan yang cukup bergaya dalam Pilihan Raya Negeri baru-baru ini serta saya ingin mengucapkan banyak tahniah di atas kepercayaan yang telah diberikan kepada Menteri Besar dan seluruh barisan EXCO untuk terus memimpin negeri yang tercinta ini. Dan yang menariknya apabila kita melihat dari sudut intipati Titah Tuanku Sultan menggambarkan kepada kita bagaimana satu visi untuk menjadikan Terengganu sebagai salah sebuah negeri maritim yang mempunyai kekuatan yang tersendiri dari sudut pelancongannya, dari sudut industri perikanannya dan dari sudut industri petroleumnya dan apabila kita melihat sektor perikanan yang ada dalam Negeri Terengganu sepertimana yang telah disebut dalam Titah Tuanku terdapat peningkatan sebanyak 9.9% dan saya yakin bahawa kita mampu pergi lebih jauh daripada itu. Namun, persoalannya ialah bagaimana kita menyediakan satu sistem sokongan yang cukup kukuh kepada industri perikanan, kepada nelayan-nelayan kita untuk mereka menabur bakti bagi bekerja dan mengaut hasil yang lebih banyak daripada itu. Saya mengambil contoh sepertimana yang berlaku dalam daerah saya sendiri iaitu di Dungun. Kalau kita melihat dari sudut jumlah pendaratan ikan, Dungun daerah yang ketiga tertinggi sebanyak 127 tan matrik sebulan dan mempunyai lebih kurang 1,080 orang nelayan. Namun di sana terdapat pelbagai cabaran yang berlaku. Di Dungun terutamanya di Kuala Dungun tiada satu tempat pun untuk membaiki kapal, tiada satu slipway pun. Yang menimbulkan kesusahan kepada para nelayan apabila berlaku masalah sehinggakan ada sebahagian daripada mereka tidak dapat turun ke laut dalam tempoh tiga ke empat bulan kerana menanti bot mereka siap dibaiki. Selain daripada itu juga, kita melihat bagaimana keperluan air batu yang tidak cukup, jeti LKIM yang ada usang dan tidak mampu menampung keperluan kapal yang ada. Sebab itu saya tertarik apabila diumumkan kemenangan Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah
mengumumkan satu pembentukan, dengan izin, state government four (SG4) dan melantik Tun M sebagai penasihat kepada gabungan ini. Dan kalau kita melihat hubungan yang cukup baik di antara Tun M dengan negara sebelah timur sepertimana negara Jepun, apa salahnya kalaulah penasihat atau hubungan yang ada itu kita boleh kongsikan dan dapat menjalinkan hubungan dan dapat menjamin technology transfer daripada Jepun ke negeri kita bagi memajukan industri perikanan kerana kalau kita melihat hasil perikanan di negara Jepun lebih kurang dalam GDP dia 600,037 billion yen setahun. Dan sebab itulah saya melihat bahawa prospek perikanan yang ada dalam negeri kita satu prospek yang cukup baik dengan tenaga kerjanya, golongan mudanya yang walaupun tanpa tidak berdaftar sebagai nelayan, ada kesusahan untuk mencari bahan api petrol namun masih lagi turun ke laut mencari rezeki kerana mereka yakin bahawa inilah prospek yang terbaik untuk ekonomi mereka.
Selain daripada itu, saya juga ingin menyentuh dan menyokong apa yang telah disebut oleh Jertih dengan menjadikan unique selling point untuk peningkatan industri pelancongan dalam negeri kita ialah historical heritage ataupun pelancongan berdasarkan kepada sejarah. Dan kalau kita melihat bila mana Jertih memberi contoh Bukit Besi, Bukit Besi ini duk dalam DUN Bukit Besi, kan? Tapi, perjalanan bijih itu daripada Bukit Besi yang akhirnya, ending dia berada di DUN Sura. Kalau kita melihat adanya Terowong Bukit Tebuk, adanya Pasar Mel, adanya tempat jeti, tinggalan jeti dan pelabuhan yang masih ada. Sebab itulah saya mencadangkan kalau boleh kita wujudkan satu sebagaimana historical trail, perjalanan sejarah yang menghubungkan di antara Bukit Besi sehinggalah ke Kuala Dungun supaya dia akan menjadi satu tarikan pelancongan yang baru kepada Negeri Terengganu.
Selain daripada itu juga, berkaitan dengan isu belia dan sukan, saya melihat bagaimana pembangunan sukan yang ada dalam negeri kita satu pembangunan yang cukup baik dengan penganjuran pelbagai acara sebagai contoh baru-baru ini kita ada Tour Gateh D’Tranung dan saya melihat bagaimana kalau kita tengok dalam FB tu dia punya live dia sampai kepada 30 ribu tontonan dan bagaimana acara ini mempromosikan keunikan daerah-daerah yang ada dalam Negeri Terengganu. Sebab itu saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak penganjur dan mungkin selepas daripada ini kita kena berfikir bagaimana kita nak menginovasikan aktiviti dan acara sukan yang ada di Negeri Terengganu ini supaya terus menarik minat orang untuk datang ke Negeri Terengganu. Sebagai contoh, kalau kita tengok di Pantai Sura kita ada
beberapa headland dibuat dan dibina untuk apa, untuk mencegah hakisan dan mungkin salah satu daripada headland ini boleh dibuat mini stadium untuk acara sukan bola sepak pantai yang boleh menarik minat para penggemar, peminat sukan dan seterusnya memajukan acara bola sepak pantai dalam negeri yang tercinta ini.
Saya juga ingin menyentuh bila mana di akhir titah Tuanku Sultan menyebut penghargaan secara khusus kepada petugas-petugas kesihatan. Sebab itulah bila mana menyentuh berkenaan dengan isu kesihatan awam. Saya ingin menyentuh kita dulu ada satu projek yang kita namakan sebagai Terengganu bebas Asap Rokok (TBAR) dan projek ini hanya dibuat diwartakan di Kawasan Peranginan Batu Burok sahaja. Apa salahnya, kita jadikan TBAR ini sebagai salah satu unit selling point untuk meningkatkan pelancong, pengunjung untuk datang ke negeri ini dengan TBAR ini diperluaskan. Kawasan TBAR ini diperluaskan ke seluruh daerah yang ada dalam Negeri Terengganu. Dungun ada, Marang ada, Besut ada, Setiu ada dan mungkin tempat-tempat tumpuan pelancong yang ada dalam daerah masing-masing boleh diwartakan sebagai salah satu kawasan Terengganu Bebas Asap Rokok. Kerana saya percaya inilah satu projek yang cukup bagus sebab kita bukan sahaja menjadikan mengimpikan Terengganu ini sebagai sebuah negeri yang maju bahkan masa yang sama negeri yang sejahtera dengan maksud sejahteranya rakyat yang duduk dalam negeri ini rasa senang, sihat, sejahtera dan dapat menghalang dpd penyakit-penyakit yang tidak berjangkit. Sebab itulah saya percaya kalaulah kita betul-betul realisasikan rancangan Terengganu Bebas Asap Rokok dengan gabungan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganunya, NGO kesihatannya seperti mana Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) dan semua pihak menggembleng Terengganu insya-Allah dia akan menjadi satu keunikan dan kekuatan yang ada dalam Negeri Terengganu. Sebab itulah saya percaya bahawa kita mempunyai satu kekuatan, kita mempunyai satu kehebatan, kita mempunyai hasil mahsul yang cukup banyak dan yang paling penting adalah bagaimana kita mengoptimakan hasil yang ada supaya ia dapat memberi satu lonjakan baru kepada pembangunan negeri ini. Dan yang terlebih penting juga ialah bagaimana pembangunan modal insan. Kalau kita sebut…
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,...
Kalau kita sebut berkenaan modal insan…
Minta laluan sikit.
Nak habis dah.
Sura takmboh bagi doh.
YB Sura nak bagi dok?
Haa? Boleh boleh.
Boleh?
Boleh, boleh, boleh.
Yang Berhormat setuju dok sebelum kita buat warta kawasan-kawasan lain, kita warta kawasan Dewan kita dulu. Sebab tubik tu berasap ambil nyawa belaka. [ketawa] Ramai di kalangan kita ni payah lagi nak tinggal benda ni. Kita warta kawasan ni dulu. Kalau Yang Berhormat setuju, insya Allah lah..
Nampak pada gayalah tepuk tu macam sokong belake kot.
[ketawa] Jadi mungkin kita boleh cadangkan agar sidang DUN ataupun apa bangunan Wisma Darul Iman ini juga merupakan salah satu daripada kawasan yang diwartakan sebagai kawasan Terengganu Bebas Asap Rokok.
Panjang lagi ke Yang Berhormat? Panjang lagi ke?
tak dok dah. Dan di akhirnya saya merakamkan ataupun menyampaikan dua rangkap pantun.
Bukit Tebuk kian berseri, Muzium Bukit Besi teguh berdiri, Pasar Dimel bakal menanti, Ekonomi Dungun terus mendiri.
Keropok lekor hidangan klasik, ICT pula menjadi regu, Pantai Sura terhampar cantik, Tumpuan pelancong di hujung minggu.
Dengan ini Sura menyokong penuh Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan.
Terima kasih Yang Berhormat Wakil Sura. Seterusnya, jemput mana-mana Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Wakil Kemasik.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, YAB Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu, Yang Berusaha Ketua-ketua Jabatan, para media, hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian. Terima kasih pada Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua di atas peluang yang diberikan kepada Kemasik bagi membahaskan Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah sempena Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Kelima Belas ini.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, setinggi-tinggi syukur dan tahniah di atas kurniaan Allah dengan satu kemenangan yang sangat besar kepada Perikatan Nasional, PAS dan Bersatu di Negeri Terengganu pada PRU Negeri
pada 15 Ogos 2023 yang lepas menjadikan keseluruhan 32 DUN dalam Negeri Terengganu dimenangi oleh parti yang menerajui Kerajaan Negeri Terengganu sekarang. PRN lalu telah berjaya diadakan dalam suasana yang aman dan penuh harmoni dengan mendokong semangat demokrasi. Terima kasih kepada seluruh jentera Kerajaan termasuk SPR, anggota pasukan keselamatan, semua agensi kerajaan yang memastikan semuanya berjalan dengan lancar. Tidak dilupakan jutaan terima kasih kepada seluruh pengundi Negeri Terengganu Darul Iman yang telah memilih Perikatan Nasional untuk meneragui Kerajaan Negeri Terengganu untuk lima tahun hadapan dan khusus untuk saya daripada DUN Kemasik kepada seluruh warga DUN Kemasik. Sekalung tahniah buat Yang Berhormat Bukit Payung Dato’ Mohd Nor Hamzah atas pelantikan sebagai Yang di-Pertua Dewan Negeri Terengganu bagi Penggal yang Kelima Belas ini. Saya turut mengucapkan sekalung tahniah buat yang amat berhormat Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar yang telah diamanahkan untuk mengetuai Negeri Terengganu serta seluruh barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk terus berada dalam landasan “Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera”. Amanah yang besar diberi oleh rakyat ini akan sama-sama digalas, dilaksanakan, dipenuhi, disempurnakan, dipelihara sehabis baik untuk rakyat kerana semuanya akan dipertanggungjawabkan dan akan dihitung oleh Allah suatu hari nanti.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
“Apabila Allah menghendaki kebaikan bagi seorang raja atau pemimpin itu, nescaya dijadikan baginya pembantu (menteri atau penasihat) yang benar dan ikhlas. Jika pemimpin itu lupa atau leka, nescaya diberi peringatan, jika pemimpin itu mengingatinya, nescaya akan diberikan pertolongan kepadanya. Sebaliknya jika Allah menghendaki selain daripadanya (keburukan) kepada pemimpin itu, nescaya dijadikan baginya pembantu yang jahat. Jika pemimpin itu lupa dan lalai, nescaya tidak diberi peringatan, dan jika dia mengingati, nescaya tidak diberi pertolongan kepadanya.”
(Riwayat Abu Daud).
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka terus berkembang pada kadar yang sederhana. Justeru, penumpuan perlu diberi kepada segmen pembangunan yang bakal memberikan kesan berganda.
Dalam mempersekitaran sosial serta ekonomi yang inklusif kukuh dan mampan melalui beberapa pendekatan yang digariskan sebagaimana titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan. Antaranya perkembangan pembangunan wilayah di Negeri Terengganu. Perkembangan pembangunan wilayah perlu melalui proses organisasi yang berterusan bagi mengubah sesuatu kawasan dari luar bandar kepada bandar. Petempatan bandar berkembang menjadi bandar yang lebih besar dan kompleks dan ia hendaklah dijadikan sebagai suatu agenda yang perlu dititikberatkan. Mewujudkan bandar-bandar baharu sebagai sokongan kepada bandar sedia ada yang memerlukan kepada penerokaan dalam pelbagai aspek pembangunan termasuk elemen bandar pintar, bandar selamat, bandar hijau serta rendah karbon. Usaha mengoptimumkan ruang bandar yang kondusif dan tersusun bagi kepentingan seluruh lapisan masyarakat perlu dilipat gandakan. Bandar-bandar baharu yang dibangunkan berasaskan kepada pembangunan berorientasikan transit, dengan izin Transit Oriented Development (TOD) perlu dirancang dan disusun dengan teliti termasuk mengambil kira kewujudan sumber ekonomi baharu bagi menjadi pemangkin kepada pembangunan bandar baharu tersebut selari dengan pembinaan stesen ECRL yang akan disiapkan pada akhir 2026 nanti.
Pemangkin ekonomi baharu atau faktor-faktor yang menggalakkan berlakunya organisasi seperti peningkatan peluang pekerjaan, kemajuan, pendidikan, pertumbuhan semulajadi penduduk, imigrasi dari luar bandar, keadaan politik yang kukuh, dasar kerajaan yang kuat diharap akan memperluaskan kawasan bandar seterusnya menjadi proses organisasi dapat direalisasikan. Tawaran inisiatif, galakan yang kompetitif dan mampu menarik pelabur perlu diperhalusi dan diteliti dengan lebih serius bagi memastikan keterlibatan pihak swasta lebih baik seterusnya akan memastikan keberhasilan agenda perbandaran yang berdaya huni dan maju akan dapat dicapai.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, justeru Kemasik berharap tumpuan dan penelitian yang lebih serius perlu diberikan bagi memastikan bandar-bandar baharu yang akan dibangunkan dengan siapnya stesen-stesen ECRL ini termasuk Stesen Kemasik akan mampu memangkin perkembangan bandar baharu sekitar stesen ECRL tersebut dan ia akan seterusnya menyokong berlakunya pembangunan dan perluasan Bandar Baharu Kerteh yang telah dibangunkan sejak 1986 lalu yang masih terlalu perlahan pembangunannya. Sistem pengangkutan di Kemasik yang sangat baik dan menyeluruh melibatkan Jalan Persekutuan, Exit Kerteh untuk LPT2, Lapangan Terbang Kerteh dan
seterusnya nanti bakal ada stesen ECRL, sudah pasti menjadi pemangkin kepada perkembangan ekonomi bagi pembangunan bandar Kerteh dan bandar baharu bersekitar Stesen ECRL Kemasik yang lebih baik dan sempurna bersesuaian hasrat pelaksanaan matlamat pembangunan mampan (SDG) yang mensasarkan kelestarian alam sekitar untuk generasi akan datang.
Rancangan dan pembangunan segmen ekonomi khususnya berkaitan aeronautik perlu disusun agar ia bertambah rancak setelah Lapangan Terbang Kerteh yang bernilai lebih RM120 juta akan diserah oleh Petronas kepada Kerajaan Negeri pada Mac 2026 nanti. Ia diyakini mampu menjadi suatu lokasi pemangkin ekonomi baharu termasuk pendidikan, pembuatan, perkhidmatan, sektor-sektor sokongan dan lain-lain segmen ekonomi khususnya yang berasaskan aeronautik.
Di sektor pendidikan sebagai contoh TATIUC boleh mengambil kelebihan airport yang ada untuk meneroka segmen baharu pendidikan di bidang aeronautik dan mungkin boleh bekerjasama dengan universiti luar negara yang mempunyai lapangan terbangnya sendiri sebagai contoh Cranfield University, United Kingdom yang bermula dengan College Of Aeronautic pada tahun 1946 dahulu. Ia sejajar dengan hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dalam merangka Pelan Pendidikan Baharu yang lebih komprehensif dan bidang-bidang pengajian kritikal serta menepati keperluan semasa industri. Segmen-segmen lain yang begitu luas dapat dikembang melalui kesediaan Airport Kerteh ini termasuk sekolah penerbangan, pusat pembangunan teknologi kenderaan masa hadapan termasuk perlesenannya seperti dron, pusat pangkalan udara untuk operasi pesawat amphibia dan banyak lagi peluang-peluang yang mungkin boleh diperhalusi dengan sebaik mungkin.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, usaha menaik taraf sumber ekonomi rakyat perlu terus diutamakan pada sektor khususnya Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS). Lokasi baharu untuk para usahawan PMKS perlu terus ditingkatkan. Kemasik juga tidak ketinggalan selain daripada sektor minyak dan gas, premis untuk para usahawan membangun serta meningkatkan perniagaan mereka sangat terhad. Penyediaan lokasi baru untuk para PMKS termasuk membina bengkel dan perkedaian baharu perlu dilihat dengan lebih serius. Kemasik maklum berkenaan kawasan industrial park yang berkeluasan hampir 740 hektar. Namun keseluruhannya disasarkan dalam segmen industri berskala sederhana dan besar. Justeru bagi memenuhi kehendak dan keperluan rakyat,
Kemasik mohon untuk diberi perhatian untuk kawasan industri PMKS dengan pembinaan bengkel dan perkedaian baharu kepada usahawan khususnya di DUN Kemasik. Golongan belia juga perlu terus didorong untuk menceburi bidang keusahawanan dan usahawan baru mesti diberi sokongan.
Justeru antara lain Program Transformasi Minda serta meningkatkan inovasi dan meluaskan pasaran produk tempatan menerusi kolaborasi universiti-universiti tempatan dan penganjuran showcase bagi membantu PMKS di negeri ini perlu diteruskan. Dana-dana yang disediakan Kerajaan dalam menyokong dan membantu para belia yang serius mahu menjalankan perniagaan perlu terus diperkasa.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, tahniah Kerajaan Negeri Terengganu kerana berjaya melaksanakan manifesto untuk menyediakan satu lot tanah atau rumah kediaman untuk rakyat bagi penggal yang lepas. Cuma beberapa perkara yang mungkin menjadi sedikit kekangan khususnya kepada rakyat terutama bagi rakyat-rakyat yang berpendapatan rendah dalam mereka menjalankan ataupun membangunkan rumah-rumah kediaman mereka, mereka terpaksa mendapatkan bantuan daripada agensi-agensi kewangan termasuk i-Rahman, SPNB dan kewangan swasta. Syarat utama bagi mereka ataupun bagi kelulusan bantuan mereka adalah pasaran asas untuk mereka akses kepada tapak mereka membangunkan rumah-rumah mereka. Kebanyakan tanah kawasan yang kita beri adalah bersifat paya, rendah, yang memerlukan kerja-kerja menambun yang tinggi selagi mana prasarana asas seperti air, jalan dan elektrik tidak dapat disediakan, maka mereka walaupun ramai manapun mungkin kalau DUN Kemasik ada lebih kurang 2000 yang menerima lot tanah tidak mampu untuk meminjam dan membangunkan rumah mereka. Justeru perhatian dan bantuan sewajarnya daripada Kerajaan Negeri diharap untuk dipertimbangkan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya rasa itu je sedikit daripada Kemasik. Kemasik Merafak dan Menjunjung Kasih dengan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin dan seterusnya Kemasik menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Kemasik, seterusnya dijemput Yang Berhormat Kuala Berang, comey piyoh hor. Dato’, sila.
Telemong Yang di-Pertua.
Telemong. Kuala Berang pulok doh. Silap. Minta maaf banyak. Yang Berhormat Telemong paka piyoh eh. Yang Berhormat Kuala Berang dok paka pioh tu. Sila Yang Berhormat Telemong.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua kerana beri peluang kepada saya untuk membahaskan ucapan seterusnya. Yang Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan dan semualah sidang pemerhati sekalian. Terlebih dahulu izinkan saya untuk memulakan perbahasan menyokong Usul Menjunjung Kasih Titah Tuanku dengan serangkap pantun. Boleh Yang di-Pertua dok?
Sila-sila Yang Berhormat.
Yang di-Pertua pun, rajin dengor dok Yang di-Pertua?
Pantun bahasa Telemong lah.
Kuning Emas Warna Istana, Tersergam indah dipandang mata, Menjunjung Kasih Titah DiRaja, Memayungi Rakyat Sepanjang Masa
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih atas peluang ini untuk saya menyampaikan ucapan sulong saya, setelah sekian lamalah dok mari sini. Dok mari Dewan ini lame doh, 10 tahun tinggal, mari pulok.
Jadi saya hari ini mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih banyak kepada seluruh kepimpinanlah Perikatan Nasional, Pusat, dan Negeri dan semuanyalah di atas peluang dan ruang yang telah diberikan kepada saya untuk berada menjadi calon di Telemong, kawasan yang tak pernah menang ini, kawasan yang orang tak mbohlah kira dok?
Orang tak mboh blake, tohok belaka, wi ke saya, jadi dok apelah. Kita terimalah, alhamdulillah Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dulu pon Pengarah MTD Telemong ni. Bekas Ketua Pemuda Hulu Terengganu…
Jangan saroh banyok sangat hok lain tu…
YDP fahamlah hal Telemong ni. Jadi saya hari ini kalau kita sama kita YDP, sama kita ini, beri masa lebih sikit, banyak nok kabo hal orang-orang Telemong kabo ke saya ni.. Nok kabo je, saya arini Dato’ di-Pertua..
Oklah Telemong, wat slang Telemong sikit ok ah.
Inshaallah kita tubik kekgi tu… Manir ni macam ayoh dia jugok…jadi Dato’ Yang di-Pertua juga saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucap terima kasih pada pengundi Telemonglah khususnya yang telah memberi satu kejutan yang terjadilah. Jadi saya nak buat pantun lah kepada pengundi Telemong ni…
Terbang Tempua mencari makan, Buat bekalan di malam hari, Terima Kasih pengundi Telemong saya ucapkan, Akan ku kenang sampai ke mati.
Doh main cakap straight dok sedap gok. Jadi saya hari ini terima kasih kepada semua pengundi, terima kasih kepada semua kerana telah bagi peluang saya untuk berkhidmat dan membawa suara Telemong. Jadi Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua saya takmboh cakap hal lain, saya nok cakap hal Telemong je..
Mintak maaflah, kerana ini peluang sebab itu yang boleh ke Telemong boleh kepada PAS sebab banyok daripada suara rakyat di bawah nung yang dok selesai di Telemong ini, jadi kita harap Yang Berhormat Dato’ Seri kena tengok lebih sikit Telemong ini. Insya-Allah.
Jadi saya hari inii turut menzahirkan rasa ingin menzahirkan Menjunjung Kasih kepada Duli Yang Mulia Tuanku di atas Pemerintahan Baginda ke atas golongan miskin petani terutamanya di Telemong itu dan penternak supaya Kerajaan terus mengambil langkah yang lebih berkesan untuk menangani kos sara hidup yang dialami oleh golongan miskin. Ramai orang miskin di Telemong ini, orang miskin dan miskin tegar. Jadi inilah harapan orang Telemong terutama yang perlu saya bawa hari ini ialah supaya Kerajaan melihat membuat sesuatu yang boleh membantu mereka untuk menyelesaikan apa yang berlaku pada hari ini.
Untuk makluman hadirin sekalian, di Telemong ini luas sebenarnya, luas Hulu Terengganu, ialah saya nok kabo sikit kena kabo sikit apa yang kita ada dok? Di Hulu Terengganu 387,000 hektar luas Hulu Terengganu ni. Telemong sahaja 320,000, Kuala Terengganu dan Nerus baru 60,000 hektar. Makna bayanglah, Telemong 320,000 hektar, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu baru 60,000 hektar. Banyak, luas Telemong ni. Jadi peruntukan tu Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, kalau Marris RM400,000.00, orang lain RM400,000.00 jugok patutnya Telemong sahaja hok dalam data RM60,000, YBC EXCO Cukai, Telemong saja kena dua sebab 1.9 campur 1.9, kena RM3.6 juta sebab luas Telemong ini berbanding dengan Kuala Terengganu kecil je, dapat sama. Maksud saya lah… dok dakpe dok? YBC, EXCO sendiri dakpe dok?
Jadi saya nak bagi tahu ini sekalian masa berjalan, takdoh masa doh saya kena ringkaskanlah, saya banyok perkara nok sebut sini, yang paling utama nok sebut hari ini ialah soal gajah. Gajah ni satu anasir yang.. Harini saya pun pening doh.. nak tido pon dok bulih..gangguan ada sokmo, gajoh mende lame doh, gajoh ini besor kalu banding dengan YB Manir tu, besor lagilah berkali gandalah.. Isu gajoh ni lame doh, ingat zaman saya jadi ADUN dululah, ADUN dulu dah ada doh gajoh ni, dan sampai hari ini dok selesai lagi, makin ramai
pulok tu, dulu tiga ekor je, sekarang ini berbelas ekor, YB Langkap pon dok, pening pale gok tepon saya sokmo, tapi saya dok angkat je, dia maroh saya. Tuan puan sekalian, gajah ini telah mengganggu mindset mengganggu pikiran orang Telemong abih kawasan doh, mukim Hulu Telemong, Mukim Jenagor kitanya, gangguan gajoh saya nok tunjuk gambor, banyok ni saya bawok gambor hal gajoh ni ho.
Dok napok kalu tunjuk pon.…tunjuk gajoh?
Panas ati wase.. Sebab nak kabo, mintok lah pihak-pihak yang berwajib PERHILITAN ambik seriuslah. Duk buat ala-ala dok jadi ape, kena wat kerja serius.. betul..kita dokkang nok main mende tuler sokmo buoh sawit abih, tanaman abih, abih belake tanaman-tanaman, nok wat kije nok nanam takut. ork? Beras mahal.
Apa kaitan beras dengan gajoh ni?
Nok kira guana? Biarlah nok mitak maaf lah.. Nok mitok panjang sikit ni, Nok bebel sikit ni.. Ini antara faktor yang menyebabkan pengundi Telemong ye maroh. Dok jadi satu sa ni. Telemong ni saya ingat saya main politik daripada 74 sampai ke baru ni EXCO sokmo, baru ni je dok. EXCO sokmo Telemong ni. Saya dok sorang, kena lantik saya sorang EXCO pulok.. Patut wi ke saya EXCO pulok. Orang Telemong asalnya EXCO sokmo, mitok maaf lah.. Dato’ Seri, gurau je tu… jadi makna gajoh ni tanaman rosok, nok kije dok ulih, nok buat macam mane? Pendapatan tak dok, beras mahal dok? Jadi gitulah saya haraplah, pihak Kerajaan tengoklah bende ni ya? Supaya… buat betul-betullah.. Sebab adalah kabo macam-macam ni EXCO kabo tebal ni ho, dok dan soalan saya tadi, saya tanya doh soalan lisan ni dok dan kalu dk nok bakor gane dok dan nok jawab, jawab kertas lawo belaka, pagor elektriklah, apalah, tengok kampung nung, dalam nung, dalam nung berjerit-jerit nung, saya takut bimbang ke nok tunggu rakyat mati dulu, PERHILITANlah yang berwajib contohnya. Seriuslah. Diorang bertugas pon, ganti rugi takdok, ganti rugi dok beri. Elaun bertugas pon dok dapat, kita lah tanggung diorang, pakat-pakat belaka kumpul pitih untuk orang ramai, gi halau halau halau. Gitu je boleh buat, mari pulok, halau halau gi ke
Langkap, Langkap halau pulok mari kat saya pulok duk main gitulah, tanya Langkap ho, betul dok Langkap? Ye angguk tu betullah tu, jadi tu yang pertamalah. Ni gok ambik serius lah kesian rakyat nok kabonya sebab tu saya sokong Tuanku sebut tadilah, tengok baliklah macam mana nok menangani sebab tulah di Telemong ini hari ini, tuan-tuan sekalian kalu soal perumahan. Perumahan saya ingat saya check Telemong, tahun 1980 dulu buat rumoh perumahan, 1980 dulu saya sekoloh gi mase tu ork? Sampai sekarang ni tak dok satu lagi pasal perumahan, saya check-check pulok pengundi Telemong 22,000, penduduk Telemong pun 22,000 jugok, aish wane sama pengundi dengan penduduk? Dokkan budok kecik mengundi jugok? Rupa-rupanya orang Telemong ni dok suke duduk Telemong dok? Takut gajoh, banjir lagi. Banjir satu hal pulok, banjir satu hal, dok ape YDP ork biar lah lama sikit, biarlah sekali-sekali lame dok cakap ni..
Rupanya saya check rupanya wakil rakyat Telemong dulu EXCO pertama dululah, dululah lima penggal…duduk Kuala Berang, EXCO kedua duduk Kuala Berang jugok.. EXCO ketiga, kawan saya baru inilah Kuala Berang jugok rupa-rupanya pengurusan Telemong dok suka duduk Telemong
Doh kalu lantik hok ni jadi EXCO pon duduk Kuala Berang jugok. Guana?
Saya duduk situ doh asal. Asal situ doh nok wat gane bukan salah ibu mengandung. Jeng jugok YB dia dok duduk Seberang Takir pun..
[Sambil ketawa] Baloh sesama sendiri ni Yang Berhormat Telemong panjang lagi ke?
Panjang lagi ni biarlah wi peluang sekali apa salahnya
Cakap dulu, cakap dulu
Jadi perumahan tolong buatlah perumahan di Telemong ni. Sebab Telemong ni kawasan luas Yang Berhormat. Pasal apa dok buat. Rumah di Kuala Ping hari ini lima tahun dah tiang tengok rasa malu. Kuala Ping hari ini kalau gi SPNB
buat perumahan Kuala Ping. Aduh letih tengok sebelah tu pulok rumoh kedai belok gini. Mintak maaf lah ke JKR nok kabo ni ork banyak lagi projek sakit, projek Pengairan, Matang, KEMAS, Arkib. Nasib Telemong sakit, gajah sakit pahtu janji pelawok dok tunai janji Kerajaan Pusat dulu nok buat masjid Kampung Kubang Palas janji doh dari awal maknanya sampai hari ni dok jadi lagi. 5 tahun lebih doh dia hok tu orang Telemong marah ni. Dia kalau PAS nok menang lepas ni kena wi belaka ning. Moga baru ni penolakan Kampung Kubang Palas Masjid Kubang Palas je. Itu confirm kita pulok takmboh. Masjid Kubang Palas ni 20 tahun atas tanah sehingga kini dok boleh buat masjid. Yang Berhormat Yang di-Pertua, boleh lagi dok?
Sikit lagi
Di Kenyir kita korban Kenyir berapa ribu hektar? Kenyir korban orang Telemong korban Kenyir. Macam-macam ada Kenyir, hidupan liar tenggelam, kijang pelanduk habis tenggelam, balak tenggelam, tanah tenggelam. Tapi apa kebaikan Telemong? KETENGAH ye lalu syok Pengkalan Gawi ada dok wi sumbangan kepada kampung-kampung hok laluan yang ada Durian Mas tu sampai kat Kampung Pela Ajil, Telemong takdok. Patut buat luas sikit kawasan situ. Luas kawasan jajahan KETENGAH supaya dapat juga nikmat hasil. Begitu juga TNB, TNB buat apa? hok duduk Telemong takdok. Mintak maaf TNB biar mari kita discuss dok ape kita bincang apa sumbangan TNB yang buat di Kenyir hok orang Telemong yang untuk kita. Mintak maaf lah Yang Berhormat Dato’ Seri nok kabo ni luahan rakyat bawah sana. Saya kabo ginim untuk kita tamat bahasan.
Boleh tamatkan perbahasan Yang Berhormat Telemong?
Gitulah.
Saya rasa antara, saya ada lagi sebenarnya nok kabo tapi dok apa itu sebagai antaranya kita haraplah perkara tersebut tadi projek sakit, janji dok tunai, perumahan, gangguan gajah dan juga pembangunan Tasik Kenyir, TNB dan sebagainya. Sekayu hari ini dulu Sekayu kan main idola orang nyanyi hari ini Sekayu hancur nok buat gane kuasa alam Tuhan kata kita rancang akhirnya jadi begitu. Kita dapat berapa tertentu dan lihat balik yang bagaimana perlu kepada pembangunan Telemong ini insya-Allah PAS boleh menang lagi insya-Allah
lepas ini. Saya dok doh PAS boleh menang lagi dengan sekiranya kita dah buat semua tadi walaupun betullah bukan ngundi kerana ini. Tapi Ini membantu untuk orang ngundi. Saya rasa itu saja. Begitu juga dengan banjir. Banjir ni tiap-tiap tahun banjir.
Ingatkan nok berhenti doh, ambik pulok [Sambil ketawa]
Banjir saya check Telemong ini, saya duduk Kuala Berang ini tempat walaupun banjir tiga tempat pun tempat ye selesa comel. Kuala Berang comel tempat pemindahan. Di Telemong puluh tahun banjir, tengok banjir ada buat kalau banjir besar sikit lagi jeng, Bukit Taduk air situ doh air duk sini di Kampung Kepah lagi bahaya.
Terima kasih Yang Berhormat Telemong.
Mintak maaf banyak, terima kasih banyak sebab saya gurau, saya terkasar ke saya cakap kurang tak berapa enak didengar mintak maaf banyak. Dato’ Yang di-Pertua, biar mustahaknya Yang di-Pertua saya menyokong dan Menjunjung usul Titah Ucapan Tuanku. Sekian.
Terima kasih Yang Berhormat Telemong. Seterusnya menjemput Yang Berhormat Batu Rakit
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan dan seluruh Ketua-ketua jabatan dan pegawai-pegawai Kerajaan, rakan-rakan media dan seluruh pemerhati hadirin-hadirat dan seterusnya dan khususnya staff PKM Batu Rakit yang hadir ke majlis kita pada pagi ini. Saya ucapkan selamat datang kepada semua. Dato’ Yang di-Pertua, Batu Rakit menjunjung kasih ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan di atas titah Tuanku dua hari lepas, yang
saya kira merangkumi pelbagai aspek untuk diambil perhatian oleh Kerajaan dan juga kita semua. Pertama sekali saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana telah memberi kemenangan besar kepada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk terus memerintah Negeri Terengganu tanpa pembangkang. Bagaimana yang dititahkan Tuanku Al-Sultan dalam ucapan baginda pada muka surat lima situasi ini berlaku dalam tempoh sambutan 25 tahun Jubli Perak pemerintahan baginda dan ia melakarkan lembaran sejarah baru dalam era ini. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua Kerajaan yang memerintah dan rakyat yang mengundi keseluruhannya. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin memulakan perbahasan saya dengan memetik hadis Nabi
Yang bermaksud barang siapa di kalangan kamu yang memasuki waktu pagi dalam keadaan aman ketika mana dia berada dirumahnya, sihat tubuh badannya dan dia mempunyai makanan untuk dimakan pada harinya itu, maka seolah-olah dia telah memiliki dunia keseluruhannya.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, hadis di atas telah mengajar kita paling kurang untuk mengambil perhatian pada tiga perkara. Yang pertama berkenaan keamanan rakyat, yang kedua kesihatan rakyat, yang ketiga berkenaan dengan makanan harian rakyat untuk hidup. Saya berpandangan motto Kerajaan Maju Berkat Sejahtera sangat menepati dengan hadis ini dan saya harap ia terus dikekalkan oleh penggal kedua ini bagi merealisasikan secara menyeluruh.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, isu kenaikan harga barang yang sedang menghantui rakyat negara kita hari ini yang kemuncaknya kenaikan harga beras yang seolah-olah tiada usaha yang serius oleh Kerajaan Federal untuk mengatasi perkara ini melainkan dengan pelbagai cadangan pelik untuk rakyat lakukan.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, maka dengan ini saya ada satu ataupun beberapa cadangan untuk kita ambil perhatian. Antaranya saya mencadangkan supaya hidupkan semula tanah-tanah padi yang terbiar di seluruh negeri terutamanya di Batu Rakit kita mempunyai banyak tanah-tanah terbiar, tanah padi yang terbiar perlu dihidupkan semula tanah-tanah ini. Antaranya saya
mencadangkan supaya tambahkan bantuan penanaman padi sama ada benih, racun dan baja untuk mereka yang mengusahakan. Yang seterusnya baiki dan cipta perairan-perairan baru yang bersistematik di kawasan penanaman padi dan seterusnya permudahkan ataupun sediakan kilang mesin padi di banyak tempat bagaimana saya pernah tengok cadangan dalam Youtube daripada Lembaga Zakat Kedah bersedia untuk menempatkan alat mesin padi ataupun mesin beras di masjid-masjid untuk rakyat guna mesin padi di situ. Jadi, ini pandangan yang sangat baik untuk kita ambil perhatian dan kita boleh buat di negeri kita.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, seterusnya suka saya merujuk Titah Tuanku Sultan pada muka surat 10, Baginda Tuanku mengajak seluruh umat Islam kembali menyuburkan tradisi ilmu sekiranya mahu menegakkan Islam yang syumul seperti mana sempurna dengan jasad dan rohnya. Yang berhormat Yang di-Pertua, Islam yang dibawa oleh Rasulullah adalah Islam yang sempurna syumul merangkumi keseluruhan aspek kehidupan termasuklah urusan kita berkerajaan dan bernegara. Maka dalam pada itu, saya berpandangan masjid dan surau-surau adalah institusi yang sangat penting untuk menyampaikan ilmu Islam yang syumul ini, maka di sini saya ingin menyarankan beberapa perkara, di antaranya menjadikan masjid dan surau sebagai pusat utama penyebaran ilmu Islam yang syumul ini, dan saya mencadangkan supaya masjid-masjid diperuntukkan elaun bulanan kepada imam dan juga bilal di surau-surau sebagaimana masjid-masjid kita peruntukkan elaun bulanan kepada masjid dan surau, kepada imam dan bilal, begitu juga imam dan juga bilal di surau-surau bagi kita mengimarahkan surau-surau kita di seluruh Negeri Terengganu ini. Dan juga saya menyarankan supaya di masjid-masjid ini diperbanyakkan program-program dan juga aktiviti-aktiviti, bukan sahaja masjid surau ini menjadi tempat sembahyang sahaja.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, pada muka surat yang ke-16, Tuanku Al-Sultan menitahkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat supaya memperkasakan institusi pendidikan yang sedia ada dalam negeri ini selaras dengan hasrat asal penubuhannya, maka saya berpandangan sekolah-sekolah agama rakyat yang ada dalam negeri kita perlu kita beri perhatian sepenuhnya. Sebenarnya merekalah yang membantu Kerajaan dalam memperkasakan ilmu Islam yang syumul ini. Saya mencadangkan diperuntukkan geran tahunan untuk pengurusan dan pembangunan sekolah-sekolah ini supaya pergerakan mereka lebih laju dan teratur.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, seterusnya destinasi pelancongan yang disebut, yang dititahkan oleh Tuanku Al-Sultan. Di antaranya disebut Pulau Redang di antara pulau yang sangat cantik dalam negara ini bahkan menjadi tumpuan pelancong seluruh dunia dan yang pentingnya ia berada yang dalam DUN Batu Rakit. Bagi membantu untuk memastikan Pulau Redang ini sentiasa cantik dan juga indah menjadi tempat pelancongan orang ramai, di sana ada sebuah badan NGO anak jati Pulau Redang telah ditubuhkan untuk menjalankan kerja-kerja menyemai benih coral yang boleh digunakan untuk restorasi batu karang. Sudah terdapat hampir 2000 benih batu karang yang telah dihasilkan dalam tempoh empat bulan sebelum ini. Nama NGO ini Malaysia Trader Garden Association, dengan izin Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon Kerajaan Negeri ambil perhatian dan juga bantu apa yang patut atas kerja buat NGO ini. Yang Berhormat Yang di-Pertua…
Boleh ringkaskan?
Akhir sekali, saya mewakili anak muda. Tentulah membawa suara anak muda. Anak muda biasa mari bertemu dengan kita minta rumah. Ramai mari minta rumah tempat berteduh, maka saya mohon pihak Kerajaan percepatkan projek-projek perumahan rakyat terutamanya khusus di Batu Rakit, cadangan tempat ataupun tanah perumahan di Kubur Timah dalam DUN Batu Rakit. Dan yang kedua anak muda mohon tempat-tempat permainan mereka dibaiki dan diselenggara dengan baik. Ini antara yang saya boleh sebut dalam ucapan ini. Moga-moga diambil perhatian oleh Kerajaan kita yang disayangi. Setakat ini sahaja Batu Rakit menjunjung kasih dan mohon menyokong Titah Ucapan Tuanku Sultan.
Terima kasih Yang Berhormat Batu Rakit. Seterusnya dijemput mana-mana Yang Berhormat. Yang Berhormat Pengkalan Berangan, sila.
Sesungguhnya bagi kaum Saba’ ada tanda (kekuasaan Tuhan) di tempat kediaman mereka iaitu dua buah kebun di sebelah kanan dan di sebelah kiri. (kepada mereka dikatakan): “Makanlah olehmu dari rezeki yang (dianugerahkan) Tuhanmu dan bersyukurlah kamu kepada-Nya. (Negerimu) adalah negeri yang baik dan (Tuhanmu) adalah Tuhan Yang Maha Pengampun”. –
Surah Saba, ayat yang ke-15.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, dan tahniah di atas pelantikan sebagai Yang di-Pertua Dewan yang baharu. Terima kasih juga kepada Yang Berbahagia Dato’ Haji Yahaya bin Ali atas khidmat cemerlang pada sesi lepas. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat-Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, pengarah-pengarah agensi, pemerhati dan petugas media yang dihormati sekalian. Saya mengambil kesempatan ini untuk membahaskan usul Menjunjung Kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan semasa perasmian Mesyuarat Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Yang Kelima Belas. Titah pengharapan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan mengenai Kerajaan tanpa pembangkang dan ianya berlaku dalam tempoh Sambutan 25 Tahun Jubli Perak Pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan perlu disambut dengan penuh rasa tanggungjawab dan beragenda.
Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh petugas parti dan para pengundi di atas kejayaan cemerlang yang telah dicapai oleh Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan juga rakan sekutu, parti Pribumi (BERSATU) yang telah menyapu bersih semua kerusi Dewan Undangan Negeri Terengganu pada Pilihanraya Umum Negeri baru-baru ini. Kejayaan yang sangat sukar untuk diterjemah dari sudut analisa angka dan juga statistik perangkaan oleh pakar dan penganalisis. Kejayaan yang telah
dicapai wajib disyukuri dan wajib diterjemahkan dengan tindakan dan gerak kerja yang menepati kehendak sokongan yang telah ditunjukkan oleh rakyat bagi sama-sama kita mencapai redha Allah dalam melaksanakan keadilan dan tuntutan kesaksamaan pemerintahan yang lahir dari manifestasi keimanan dan ketakwaan. Persoalannya, apakah sebenarnya yang cuba disampaikan oleh rakyat. Adakah ia satu referendum atau protes terhadap kemejatan politik dan kemungkaran golongan yang tidak bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan atau kesedaran rakyat terhadap penting dan mustahaknya memilih dan mengundi parti yang bersih serta mampu untuk membela rakyat dan membina negeri ke arah mencapai kehidupan yang “Maju Berkat Sejahtera”. Pengkalan Berangan cukup yakin dengan jawapan rakyat terbanyak adalah memilih parti yang bersih dan mampu mentadbir negeri dengan baik. Sebab itu rakyat tidak perlu bimbang bila mana Terengganu menjadi negeri yang tiada pembangkang. Pelaksanaan agenda membangun negeri dan membantu mereka yang memerlukan bantuan bukan hanya bergantung kepada teguran daripada pembangkang, tetapi ia lahir dari keimanan dan kebertanggungjawaban di hadapan Tuhan yang maha esa. Perkara inilah yang sedang diproses dan ditarbiah dalam pembinaan jati diri rakyat Terengganu “Negeri Cantik, Budaya Menarik”, orangnya baik-baik. Contoh mudah, bila mana beras tempatan hilang dalam pasaran, jenama Beras Ganu mula mendapat tempat. Benda simple sahaja, tapi dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab. Dalam masa yang sama, ianya selari dengan arahan dan peringatan daripada Allah Subhanahu Wa Ta’ala,
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul, dan juga janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kamu sedang kamu mengetahui.
Dato’ Yang di-Pertua, Negeri Terengganu adalah merupakan negeri yang sangat menarik, dan kaya dengan keaslian alam semula jadi yang menjadi tarikan pelancongan. Data Jabatan Statistik Negara menunjukkan industri pelancongan telah melepasi sasaran awal kehadiran pelancong pada tahun 2022 iaitu sebanyak 23%. Keadaan ini sangat membanggakan dan Pengkalan Berangan berharap agar sektor ini terus diperkasakan dengan mengaktifkan Tourism Friends dengan izin dan promosi yang lebih agresif bagi menarik lebih
ramai pelancong untuk berkunjung ke Negeri Terengganu. Promosi yang berstrategi dan kolaborasi dengan pemain industri perlu dipertingkatkan, penggunaan media sosial dalam menjadi agen penghubung kepada promosi yang sedia ada perlu diperluaskan dan digandakan penglibatannya. Rakyat Terengganu dan Malaysia yang berada di luar negara juga boleh diaktifkan dan dilibatkan sebagai Tourism Friends atau duta kecil pelancongan Terengganu bagi menyalurkan maklumat dan promosi terkini berkaitan industri pelancongan di Negeri Terengganu. Di samping itu, perlu dipertingkatkan lagi kemudahan dan aset-aset penting pelancongan negeri serta infra-infra yang berkaitan.
Dato’ Yang di-Pertua, langkah bijaksana yang diambil oleh empat buah negeri iaitu Terengganu, Kedah, Kelantan dan Perlis dengan mewujudkan kerjasama State Government Four dengan izin adalah merupakan langkah ke hadapan dalam mewujudkan kerjasama ke arah memantapkan lagi hubungan dan persefahaman strategik pembangunan bersama. Pengkalan Berangan sangat menyokong penuh pengwujudan jawatankuasa ini yang dilihat akan mampu untuk membina kekuatan ekonomi yang lebih berdaya saing memandangkan kerjasama yang dinamakan sebagai SG4 ini mempunyai kekuatan ekonomi yang tersendiri. Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman:
Dan tolong menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan ketakwaan dan janganlah tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. Bertakwalah kepada Allah sesungguhnya Allah sangat berat siksaanya.
Pengkalan Berangan sangat berharap agar kerjasama ini menjadi realiti yang akan membawa negeri yang dikategorikan sebagai miskin dan mundur kepada satu dimensi baru yang mampu mengubah paradigma fikir dan bertindak ke arah yang lebih dinamik dan progresif. Terengganu dan gabungan Negeri Kedah, Perlis dan Kelantan hanya menuntut 7.3% KDNK secara keseluruhan. Pendapatan perkapita setiap negeri gabungan masing-masing dengan Terengganu hanya RM32,000.00, Kedah RM25,000.00, Perlis RM23,000.00, Kelantan RM16,000.00, masih berada jauh di bawah perkapita negara pada jumlah RM54,000.00. Oleh itu, keperluan gabungan SG4 ini adalah sangat mendesak dan perlu segera diaktifkan. Suka Pengkalan Berangan mohon penjelasan lanjut dari pihak Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar berkenaan dengan SG4 ini, adakah, apakah dan bagaimanakah bentuk
kerjasama yang akan diadakan dalam membentuk kekuatan SG4 bagi membangunkan empat negeri yang dipimpin oleh Kerajaan Perikatan Nasional ini. Dalam masa yang sama, banyak pandangan dan penulisan yang dibuat berkaitan kewujudan kerjasama ini. Ada yang melihat secara positif, dan ada yang mempunyai sisi pandang negatif berkenaan dengan keperluan dan keberhasilan kerjasama ini yang tidak pernah wujud sebelum daripada ini. Bagaimanakah Kerajaan Negeri dan gabungan negeri-negeri SG4 ini bersedia untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan yang bakal dihadapi dengan terbentuknya SG4 ini. Qalallahu Subhanahu Wa Ta’ala
Dia menjawab: Kekuasaan dan kekayaan yang Tuhanku jadikan aku menguasainya lebih baik dari bayaran kamu. Oleh itu bantulah aku dengan tenaga kamu beramai-ramai dan aku akan bina antara kamu dan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh.
Pengkalan Berangan mendoakan agar gabungan ini mampu menjadi satu gabungan kerjasama yang kuat dan utuh serta mampu untuk membangunkan wilayah empat negeri ini dengan sebaik mungkin.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, se point lagi, insya-Allah ditangguh sama pukul 1.00. Saya pun mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar kerana telah memilih Kampung Durian Guling dalam DUN Pengkalan Berangan di Parlimen Marang sebagai stesen utama ECRL Negeri Terengganu. Adalah besar harapan Pengkalan Berangan agar Kerajaan Negeri melihat dengan lebih teliti dan berperancangan dalam membangunkan kawasan sekitar stesen ECRL tersebut. Bagi Pengkalan Berangan, kawasan tersebut perlu diatur dengan penempatan yang lebih tersusun dan sangat sesuai untuk dibangunkan sebagai sebuah pusat perdagangan baru bagi menjana pendapatan baharu dan memenuhi keperluan pembangunan fizikal. Tempat yang sangat strategik untuk dikembangkan dan dibangunkan sebagai sebuah kawasan perdagangan dengan elemen dan fasiliti yang lengkap mampu untuk menarik lebih ramai pengunjung. Yang pertama dicadangkan supaya Kerajaan mewujudkan kawasan perdagangan bebas cukai di kawasan tersebut sesuai dengan status stesen utama ECRL negeri yang sudah pasti menjadi tumpuan orang ramai dan pelancong. Cadangan ini
Pengkalan Berangan fikir ia lebih sesuai dari pulau bebas cukai yang telah ada di Tasik Kenyir atas beberapa sebab. Yang pertama, pengangkutan barangan dagangan direct daripada Pelabuhan Klang. Yang kedua acces perhubungan sedia ada yang lengkap dan selesa, dan yang ketiga kawasan penempatan dan berdekatan dengan bandar-bandar utama Terengganu.
Cadangan yang kedua, kedudukan stesen yang sangat strategik perlu diambil kesempatan oleh Kerajaan dengan membuka ruang kerjasama bersama pelabur-pelabur yang berpotensi dan mempunyai rekod cemerlang dalam industri peruncitan. Kerjasama dengan nama-nama besar yang telah mewujudkan Premium Outlet dengan izin seperti di Sepang, Johor, Melaka dan beberapa tempat lagi mungkin boleh dibuat bagi mewujudkan Terengganu Premium Outlet dengan izin yang mewakili Pantai Timur.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Pengkalan Berangan juga mendoakan agar negeri kita selamat dan terhindar dari pengkhianatan dan kejahatan mereka yang cuba mengganggu gugat kestabilan dan keharmonian negeri yang kita cintai ini. Insya-Allah kita bina bersama Negeri Terengganu menjadi negeri yang “Maju, Berkat, Sejahtera”. Pengkalan Berangan menyokong dan Menjunjung Kasih Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku al-Sultan. Sekian.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Pengkalan Berangan. Saya bercadang untuk kita tangguhkan sementara perbahasan ini. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya tangguhkan sementara Dewan ini dan disambung semula pada pukul 2.30 petang. Yang Berhormat dijemput ke jamuan makan tengahari yang dihoskan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar di Ruang Makan Damai. Manakala Ketua-ketua Jabatan di Perkarangan U2 Dewan Undangan Negeri, dipersilakan.
DEWAN DITANGGUHKAN PADA PUKUL 12.55 TENGAHARI
PUKUL 2.30 PETANG
Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ketua-ketua Jabatan, para pemerhati sekalian. Mesyuarat disambung semula dan kita masih lagi dalam Sesi Perbahasan ke atas Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan DiRaja. Ahli-ahli Yang Berhormat yang nak berucap dan berbahas sila angkat tangan, saya rasa masih ramai lagi yang belum berkesempatan di Sesi Pagi, sila. Sila Wakil Permaisuri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, rakan-rakan Yang Berhormat, Ketua Jabatan dan pemerhati sekalian. Pertama saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi kesempatan kepada saya untuk sama-sama berbahas pada petang yang mulia ini. Pertama saya mengambil kesempatan untuk Menjunjung Kasih Ke atas Ucapan Yang Mulia Tuanku Sultan yang telah merasmikan Mesyuarat baru-baru ini, dan dalam perbahasan ini yang diberi masa selama lima belas minit ini akan saya buat secara ringkas seringkas-ringkasnya.
Sepuluh minit.
Sepuluh minit pulok?
Ya, tapi kalau ada gangguan nanti kita tambah sikit.
Boleh jadi 15. Tuan Yang di-Pertua, di Negeri Terengganu ini kita mempunyai ahli belia seramai lebih kurang 516,900 orang, terdiri daripada belia-belia yang
berpendidikan, belia-belia yang tidak sambung pelajaran ke pusat pengajian tinggi, belia-belia usahawan dan pelbagai-bagai dan sebab itulah dalam Pilihan Raya baru-baru ini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada golongan muda yang telah menyokong sehingga kita mendapat kemenangan besar pada PRN yang Kelima belas baru-baru ini. Saya ingin menyebut di sini bahawa belia dalam Negeri Terengganu seramai 516,900 orang, di antaranya seramai 20,690 lebih kurang adalah yang terlibat di dalam bidang keusahawanan. Bidang keusahawanan ini kita sedia maklum bahawa banyak, bukan hanya usahawan niaga tetapi juga usahawan tani, usahawan ternak dan sebagainya. Benda ini nyata apabila pernah saya turun ke bendang sawah, saya melihat anak-anak muda terlibat dengan projek penanaman padi di bawah Jabatan Pertanian Negeri. Alhamdulillah, kita harap lebih ramai lagi anak-anak muda yang berminat ingin berkecimpung dalam bidang-bidang keusahawanan selain daripada anak muda yang berpendidikan tinggi dan terlibat dengan kerja-kerja makan gaji. Ini menggambarkan bahawa di Terengganu ini peluang masih banyak untuk anak-anak muda berkecimpung dalam bidang yang disebut tadi. Daripada jumlah belia yang ada di dalam Negeri Terengganu saya mendapat maklumat bahawa sebanyak 714 persatuan belia yang telah ditubuhkan. Ini memang banyak, 714 ini memang banyak, tetapi daripada 714 buah persatuan ini, kita dapati ada 46% adalah belia yang aktif, persatuan belia yang aktif dan selebihnya mungkin belia ini sudah lama maka dia sudah lupa dan dia menjadi terabai tanggungjawab mereka untuk terus aktif dalam persatuan belia. Daripada jumlah tersebut, kita rasa bangga apabila daripada jumlah tersebut 85% daripada belia-belia adalah terlibat dalam bidang keusahawanan dan bidang ini saya kira bidang yang baru kerana bidang usahawan ini adalah satu bidang yang mencabar kerana ia berdepan dengan berbagai-bagai karenah. Tetapi apabila belia kita di Negeri Terengganu sanggup terlibat, melibatkan diri dalam ini mereka adalah belia yang ada jati diri yang sanggup berdepan dengan gelombang-gelombang cabaran dalam bidang keusahawanan. Sebab itu saya fokuskan kepada agensi-agensi kerajaan yang ada dalam Negeri Terengganu mana-mana agensi yang boleh membawa belia untuk sama-sama terlibat mencebur dalam agensi tersebut seperti pertanian, keusahawanan, dan berbagai bidang lagi seperti ternakan, perladangan, mekanikal, ICT dan sebagainya saya harap jabatan-jabatan kerajaan yang terlibat dalam bidang-bidang yang tersebut dapat memberi bantuan ataupun memberi sokongan kepada golongan muda untuk sama-sama terlibat untuk memajukan diri keluarga dan juga Negeri Terengganu ini dan, ada empat minit lagi doh. Jadi dalam seruan saya inilah saya harap belia kita dapat bangkit lebih
cemerlang lagi di masa-masa yang akan datang dengan berbagai-bagai program yang patut kita anjur untuk mereka, belia inovasi dan sebagainya.
Perkara yang kedua nak saya sentuh adalah perkara berkait dengan kawasan tempatan sayalah, kerana kita di sini atas undi-undi daripada orang kampung kita dan bila ada di sini kita kena sebut juga satu perkara dua, yang menjadi perkara yang penting kepada masyarakat di tempat saya iaitu yang pertama saya nak sebut ialah di Setiu ini katanya adalah suatu dia panggil lembah, lembah Setiu untuk pertanian tanaman padi. Jadi Setiu ini kalau saya dulu pernah cakap perkara yang sama di lebih kurang tahun 2006 dulu, dah lama dah, tetapi saya nampak perkara ini masih lagi belum berubah di kawasan saya apabila masalah perairan di lembah Setiu. Perairan padi, dulu saya pernah ketengahkan soalan tetapi jawapan yang saya terima itu ialah pembinaan, apa yang dinamakan itu, empangan untuk perairan ini di Paya Peda, bila saya tengok Paya Peda sebenarnya ini duduk di daerah Besut, bukan di daerah Setiu dan Paya Peda ini tidak boleh sampai ke lembah Setiu, sebab itu empangan yang sedia ada sudah agak lama dan kawasan padi semakin luas, semakin meluas dan kita dapati airnya tak berapa sampai dan kalau saya hendak sentuh iaitu kawasan tanaman padi di Baruh Rotan Sege, Tok Nong dan sebagainya. Kerana pembinaan saliran yang dibuat oleh kontraktor pada masa itu tidak sama aras tinggi rendah dan sebagainya, akibatnya apabila air dipam secara lebih untuk sampai penghujung, di kawasan pertengahan itu jadi banjir. Jadi kalau dikurangkan banjir nak dielakkan banjir di kawasan itu lebihan air, yang di hujung tak sampai. Macam kita pakai kain tak cukup saiz, tarik kut bawah, atas terbuka, tarik ke atas kut bawah pulak terbuka, jadi masalah. Saya harap perkara ini dapat diselesaikan bukan saya kata masalah daripada Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, tetapi ini masalah saya rasa bersabit dengan kontraktor juga pada masa itu.
Yang kedua saya nak sebut juga banyak RTB-RTB untuk penempatan banjir yang ada di kawasan Setiu, di Pemaisuri tetapi malangnya, minta sedikit lagi masa, tetapi malangnya kemudahan-kemudahan asas seperti elektrik dan sebagainya tidak boleh sampai akibatnya tempat pemindahan tersebut, penempatan baru tersebut tidak dapat dihuni oleh orang yang telah diberikan tanah untuk mereka pindah ke kawasan itu. Oleh sebab itu, saya nak merayu jugalah kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB), supaya sama-sama dapat kita mencari jalan untuk supaya penempatan-penempatan banjir yang telah diberikan oleh pihak Kerajaan itu dapat dimanfaatkan oleh masyarakat yang
dapat tanah untuk bina rumah supaya mereka tidak lagi setiap tahun di Permaisuri ini banjir bukan Telemong sahaja di Permaisuri pun kuat juga banjir sebab itu saya rasa, nak kena berhenti, saya sudahi di sinilah, sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada.
Permaisuri saya nak tanya ramai lagi tidak yang nak membahaskan Titah Ucapan Tuaku kerana setakat ini baru ada sembilan orang dan kita cadangkan supaya perbahasan di tamatkan pada hari ini kerana esok kita akan ada sesi pergulungan, kalau ramai lagi yang nak berucap saya tidak boleh bagi masa lebih tapi kalau tidak ramai yang nak berucap mungkin kita boleh habiskan sehingga pukul lima petang ini dan mungkin boleh panjangkan sedikit, saya nak tahu berapa orang lagi nak berbahas petang ini, satu, dua, tiga, empat, lima, kalau lima, enam, kalau sepuluh sejam kita ada sehingga pukul lima, ada dua jam lebih saya bagi lima minit lagi.
Saya nak berhenti dah, Tuan Yang di-Pertua jadi akhirnya saya nak merakamkan ucapkan terima kasih sekali lagi kepada Yang Mulia Tuanku dalam Titah Ucapan Baginda merasmikan Dewan dan saya menyokong, Permaisuri menyokong, terima kasih.
Terima kasih Wakil Permaisuri, macam saya sebutkan tadi Dewan kita mestilah dihentikan pukul lima dan kita masih ada pembahas-bahas kalau tidak ramai mungkin kita boleh bagi sedikit masa yang lebih, tetapi jika ramai yang nak berucap mungkin masa sepuluh minit seorang sesuai, jadi kita tengok pada perbahasan tadi ada tidak ramai yang angkat tangan saya ingat lima orang lagi ada masa untuk satu jam mungkin dua belas hingga lima belas minit, siapa yang nak berbahas seterusnya sila angkat tangan, sila Wakil Bukit Tunggal.
Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua, Yang Berhormat di atas kesempatan yang diberikan kepada Bukit Tunggal untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku serta menyampaikan ucapan sulung di Dewan Yang Mulia ini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pengundi-pengundi di Dun Bukit Tunggal yang telah memberikan kepercayaan kepada Parti Islam SeMalaysia (PAS) dalam pilihan raya baru-baru ini.
Tuan Yang di-Pertua, Bukit Tunggal ingin menarik perhatian Dewan Yang Mulia ini berkenaan Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku iaitu kaedah pembangunan secara penswastaan juga perlu diperhalusi dengan lebih teliti bagi memastikan galakan dan promosi pelaburan pembangunan mendapat sambutan daripada pihak swasta di samping segala inisiatif dan galakan yang telah dan akan dilaksanakan bagi menarik minat pihak swasta untuk membuat pelaburan di dalam negeri ini khususnya di dalam bidang perumahan, pihak Kerajaan perlu melihat dengan lebih teliti berkenaan dengan penyediaan infrastruktur yang berkaitan terutamanya jalan masuk ke tapak dan juga sistem perparitan yang sempurna sebab perkara-perkara ini yang menyebabkan kebanyakan daripada developer-developer dengan izin yang datang ke Terengganu tetapi bila melihat keadaan yang tidak mesra pelabur mereka pun menangguhkan hasrat mereka. Bukit Tunggal ingin mencadangkan agar dapat diwujudkan satu pasukan yang melibatkan semua agensi-agensi yang berkaitan seperti UPEN, Pejabat Tanah dan Daerah serta Pihak Berkuasa Tempatan, JKR, JPS dan lain-lain agensi iaitu bermula daripada peringkat reka bentuk sehingga peringkat pra rundingan, peringkat kelulusan, peringkat pembinaan sehinggalah mendapat sijil siap dan pematuhan CCC. Perkara-perkara ini perlu ditekankan supaya proses kelulusan sesuatu projek tidak mengambil masa yang lama dan juga dapat memberi pulangan sebagaimana yang sama-sama kita janjikan kepada pemaju-pemaju, sebab pemaju mereka datang untuk melabur untuk dapatkan keuntungan tetapi apabila masa yang terlalu lama diambil untuk kelulusan sahaja belum lagi pembinaan menyebabkan mereka revise dengan izin, balik keuntungan yang akan mereka dapati.
Tuan Yang di-Pertua, Bukit Tunggal juga ingin mencadangkan supaya Kerajaan Negeri dapat melihat kembali, pelan ratio bagi kawasan-kawasan bandar untuk perumahan berdasarkan kepada nilai tanah setempat yang sekarang adalah satu nisbah enam puluh dan kita boleh tingkatkan kepada satu nisbah satu ratus agar lebih ramai rakyat yang dapat menikmati hasil daripada pembangunan yang kita jalankan.
Tuan Yang di-Pertua berkaitan dengan kelulusan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan berkenaan dengan permohonan pecah bahagian tanah yang tidak bermaksud pembangunan bukan untuk buat rumah ini, untuk pembangunan yang dibuat untuk menyelesaikan harta warisan ataupun pertikaian ataupun orang Terengganu kata nak bagi adik-beradik, anak-beranak yang perlu diuruskan sebagaimana kehendak seksyen 140 (1)(A) Kanun Tanah Negara 1995 yang menyatakan suatu bahagian tanah luasnya berkadar seberapa hampir dengan bahagian yang tak dipecahkan dalam tanah itu baginya. Maknanya jika bahagian beliau dalam hak milik yang belum dipecah bahagikan adalah satu ekar jangan pula nanti selepas kita buat pecah bahagian disebabkan ada keperluan yang kadang-kadang bagi kita keterlaluan, kerana rezab jalan, rezab sungai, jadi tanah dia yang asal luas satu ekar menjadi setengah ekar selepas dipecahkan. Jadi ini memberi kesan kepada penyelesaian harta pewarisan, jadi saya minta supaya EXCO Kerajaan Tempatan dan Perumahan kalau boleh beri perhatian kepada kelulusan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan ini. Saya membawa contoh Yang di-Pertua, sebab masa kita ada dua, tiga lebih minit lagi ada tambahan lagi, jadi antara contoh yang saya katakan keterlaluan yang pecah bahagian sahaja tidak tahu nampak ke tidak, jalan keliling, keliling pula nak jalan kita nak pecah bahagian sahaja, orang itu nak bahagian dia, orang ini nak bahagian dia, geran berasingan tanpa melibatkan perubahan syarat nyata kepada tanah, syarat tanah pertanian tidak berubah dia bukan boleh buat rumah, boleh buat bangunan tanah itu, cuma nak bahagian dia sahaja tetapi mereka telah disyaratkan untuk menyerahkan rezab jalan, sekeliling, jadi menyebabkan tidak selesaikan pertikaian mereka. Bagi makluman Dewan yang mulia ini juga pihak Pejabat Pengarah Tanah dan Galian, Terengganu telah mengeluarkan Arahan Pengarah Tanah dan Galian Bil 3/2022 iaitu prosedur baharu permohonan pecah bahagian tanah di bawah Seksyen 140 - 145 Kanun Tanah Negara, ini adalah tujuan untuk memurnikan dan kita mengharapkan selepas daripada ini, selepas kuatkuasa yang kalau ikut dalam pekeliling ini berkuatkuasa pada 1 September 2022, dapat mengharmonikan permohonan
pecah bahagian yang sebenarnya sangat ramai yang terkesan. Yang Berhormat Yang di-Pertua, menurut kuasa yang diberikan di bawah Seksyen 13(1)(2)(a) Kanun Tanah Negara 1995 Pihak Berkuasa Negeri Terengganu telah mewartakan warta nombor 1196 pada 14 Oktober 2010 berkenaan rizab sungai. Sebagai contoh rizab bagi Sungai Ibai ialah 50 meter pada setiap tebing makna setiap tebing kiri kanan 50 meter menjadikan rizab keseluruhan bagi Sungai Ibai ialah 100 meter. Masalah yang sering dihadapi oleh pemilik-pemilik tanah di sepanjang laluan sungai yang berhasrat untuk membuat pecah bahagian untuk mendapat bahagian masing-masing yang berada di sepanjang laluan sungai mereka perlu menyerahkan sebahagian tanah mereka menjadi rizab sungai, jadi kalau tanah dia walaupun berada pada lot yang kedua Yang Berhormat Yang di-Pertua, lot kedua dari sungai disebabkan rizab itu 50 meter dia perlu menyerahkan jadi tanah dia yang bersaiz lebih kurang 40 meter tinggal 10 meter je lagi doh macam mana nak bagi.
Yang Berhormat, pecah lot ke pecah bahagian tu?
Pecah bahagian.
Pecah bahagian pun kene wek gok
Ya, sebab itu kita bawa saya sebut dalam ini. Kalau pecah lot kita dok pelik
Kene minum air semula, bincang.
Takpe, Wakil Bukit Tunggal boleh sambung sikit lagi, walau masa dah nak habis sebab saya tengok banyak benda-benda yang Kerajaan perlu dengar dalam perkara berkaitan dengan tanah ini. Saya tahu Wakil Bukit Tunggal ini adalah jurukur, teruskan.
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua, jadi saya minta perkara ini dapat
dilihat supaya kita sebagaimana dititahkan oleh Tuanku mendahulukan rakyat, letak dalam hati kita Yang Berhormat dan juga pegawai Kerajaan letak dalam hati untuk tolong menyelesai masalah rakyat, betul kita faham ada keperluan teknikal yang perlu kita kena patuhi tetapi di sana ada juga budi bicara yang perlu kita sama-sama kongsi untuk harmonikan kehidupan kita bermasyarakat.
Satu lagi Yang Berhormat Yang di-Pertua Titah Tuanku juga Kerajaan Beta perlu meneroka potensi baharu dalam industri pelancongan agar dapat memberi nilai tambah kepada aset-aset pelancongan negeri yang sedia ada. Pulau Duyong merupakan aset pelancongan Negeri Terengganu yang belum diterokai sepenuhnya. Kedudukan Pulau Duyong berhampiran dengan bandar Terengganu yang dikenali sebagai Lidah Terengganu. Kalau tuan-tuan, Yang Berhormat Yang di-Pertua tengok Pulau Duyong itu macam lidah untuk muara sungai Terengganu yang semakin menjadi destinasi pelancongan domestik dengan keunikan dan kepelbagaian aset pelancongan yang sedia ada seperti pembuatan bot, pembuatan replika bot, Kota Lama Duyong adalah diharapkan pihak Kerajaan Negeri dapat melihat kembali aset-aset pelancongan yang berada di Pulau Duyong agar dapat dimajukan dan menjadi daya tarikan kepada pelancong. Saya difahamkan pihak UPEN pada suatu masa dahulu dengan kerjasama Taman Tamadun Islam sebelum ini pernah menjadikan Pulau Duyong sebagai salah satu destinasi persinggahan river cruise. Adalah menjadi harapan supaya Pulau Duyong dan juga kawasan di Kampung Seberang Bukit Tumbuh dan juga kawasan Yang di-Pertua Seberang Takir dapat dimasukkan sebagai suatu destinasi persinggahan river cruise oleh pihak TTI.
Terima kasih sebab sebut Seberang Takir.
Boleh seminit lagi, jadi, ianya akan dapat menjadi asbab kepada limpahan ekonomi kepada penduduk setempat. Kita juga sedang berusaha untuk menjadikan kawasan sekitar Pulau Duyong sebagai suatu tempat tarikan pelancongan dengan mewujudkan aktiviti air seperti menaiki kayak dan juga penyediaan trek bagi aktiviti ATV dan juga mountain bike. Semua perancangan ini tidak akan berjaya tanpa kerjasama semua pihak dan kami amat berharap terutamanya kerjasama daripada EXCO Pelancongan dan juga agensi-agensi yang terlibat untuk kita memajukan Pulau Duyong ini, insya-Allah.
Yang di-Pertua bersempena dengan Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku izinkan Bukit Tunggal menyampaikan pantun tanda menjunjung kasih dan taat setia kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.
Kaduk muda tumbuh melata Bawah rendangan pohon yang nyatuh Tuanku laksana payung mahkota Patik sekalian menumpang teduh
Ampuan Tuanku, Bukit Tunggal menyokong Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan, sekian terima kasih.
Terima kasih Bukit Tunggal.
Bukit Tunggal ambil masa lebih kurang 13 minit, saya rasa dengan baki masa yang kita ada Ahli-ahli Yang Berhormat yang nak bahas selepas ini boleh diberi masa lebih daripada 10 minit, jadi siapa mana-mana Ahli-ahli Yang Berhormat yang nak berbahas sila angkat tangan. Sila Wakil Manir, 15 minit boleh?
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat EXCO, Yang Berhormat-Yang Berhormat, Pegawai-pegawai Kerajaan, Ketua-ketua Jabatan dan pemerhati sekalian.
Pertama-tamanya kita panjatkan rasa syukur kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala di atas segala pemberian nikmat yang Allah Ta’ala kurniakan kepada kita semua. Manir mengambil bahagian menyokong Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Baginda Al-Sultan dan alhamdulillah Baginda Sultan telah memberikan kepercayaan penuh kepada Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan barisan EXCO untuk mengurus tadbir Kerajaan Negeri Terengganu ini.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan, ada beberapa point yang cuba saya utarakan berdasarkan Titah Ucapan Tuanku Al-Sultan. Selari dengan ucapan sulung ataupun ucapan utama yang pernah disebut oleh YAB Dato’ Seri Menteri Besar yang mana beliau pada kali ini akan bergerak dengan lebih laju dengan istilah dia bergerak dengan gear tiga, untuk memastikan perjalanan Kerajaan Negeri lebih lancar dan lebih berdaya saing. Oleh kerana itu semua di antara kita perlu mengambil perjalanan yang serius untuk melihat apa yang telah disarankan oleh YAB Menteri Besar dapat menjadi realiti sebab itu rakyat Negeri Terengganu di semua peringkat perlu mengubah mindset. Allah Subhanahu Wa Ta’ala menyebut-
Sesungguhnya Allah Ta’ala tidak mengubah sesuatu kaum sehingga mereka mengubah diri mereka sendiri.
Surat Ar-Ra'd, ayat 11
Kita memahami bahawa setiap daripada kita, setiap lapisan masyarakat ada berbagai golongan, ada yang berada di kelompok yang disebut sebagai comfort zone, zon yang selesa. Ada sebahagian daripada rakyat yang menghadapi “kais pagi makan pagi kais petang makan petang”. Oleh kerana itu, kita perlu menyedari, bergerak seiring untuk menyambut gesaan dan saranan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar supaya semua kita lebih proaktif untuk mencapai objektif yang sama-sama kita dukungi untuk negeri kita yang tercinta ini. Dalam masa yang sama kita mengetahui dan menyedari, bahawa kebergantungan Kerajaan Negeri dengan hasil wang royalti ataupun wang ehsan sebanyak hampir 85% ataupun 84.25% dan inilah yang menjadi suatu kita kata perkara yang menggerunkan apabila keperluan kita orang lain yang pegang.
Yang Berhormat Dato’, Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, kerek sungguh tersasul Dato’. Harap-harap cepat boleh Dato’. Dalam muka surat 12 Titah Tuanku Al-Sultan mengaitkan peningkatan pelaburan yang meningkat di Negeri Terengganu. Kita sebenarnya sangat mengalu-alukan investment ataupun pelaburan luar untuk tujuan penambahan hasil bagi Kerajaan Negeri, tetapi apakah sebenarnya hasil yang diperolehi daripada pelaburan-pelaburan luar. Pelaburan mereka semakin besar tetapi pendapatan kepada Kerajaan Negeri sendiri, kita melihat ianya tidak besar sebagaimana pelaburan yang berlaku. Mungkin apa yang diperolehi hasil premium tanah dan hasil cukai-
cukai yang tidak besar. Jadi oleh itu, kita mengharapkan kontrak-kontrak yang dijalankan dengan pelabur-pelabur asing ini, pelabur-pelabur luar kita harapkan dia memberi pulangan yang lebih besar kepada Negeri kita insya-Allah.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, kadang-kadang kita bertemu dengan pelabur-pelabur yang ingin melabur di Negeri Terengganu, tetapi beberapa soalan yang kadang-kadang kita tidak ada jawapan yang memberikan keyakinan kepada mereka. Antaranya ialah dia kata, bagaimana pekerja-pekerja? Apakah Negeri Terengganu boleh menyediakan pekerja-pekerja untuk keperluan industri kami? Begitu juga yang kedua antaranya Free Trade Zone (FTZ), dengan izin. Di Negeri Terengganu tidak ada Free Trade Zone dan mungkin kalau kita tengok daripada apa yang dibentangkan oleh EXCO pelaburan tadi, di antara tempat yang tidak ada, yang paling kecil sekali kawasan industri adalah Hulu Terengganu. Maka mungkin kita boleh minta, kita boleh letak sebahagian di Telemong, insya-Allah. Telemong sedor ke dok taktau (ketawa). Kita boleh letak di Telemong juga sebahagian, sebab tanah pun banyak. Tapi mungkinlah kena selesai hal gajah dulu dan sebagainya (ketawa). Dok sedor stabuk dan insya-Allah kita mengharapkan dengan berlakunya sambungan Lebuhraya Kuala Telemong ke Kuala Jeneris memberikan suatu nilai yang lebih, impak yang lebih besar kepada industri di kawasan Hulu Terengganu, insya-Allah dan agar ia selari dengan keperluan pertanian yang insya-Allah membolehkan rakyat mengecapi kemajuan ini insya-Allah.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya juga ingin bangkitkan isu berkaitan dengan kecantikan ataupun kebersihan. Sebagaimana disebut oleh Almarhum Mohd Abduh di antara ucapan yang sangat masyhur, “Aku pergi ke negara barat dan aku dapati Islam di sana tetapi aku tidak nampak orang Islam. Aku pergi ke negara arab, aku melihat orang-orang Islam tetapi aku tidak melihat Islam di negara-negara Islam” Sebelum daripada kita keluar daripada negara kita, mungkin kita tidak perasan apa maksud sebenarnya. Tetapi bila dilihat dari beberapa aspek mungkin boleh buat contoh aspek kebersihan. Di negara-negara bukan Islam, di negara-negara barat, tempat mereka bersih. Hadis Nabi yang menyebut wujud di sana tapi di tempat kita ada masalah. Kebersihan tidak dijaga. Dalam masa yang sama, kebanjiran pelancong ke Negeri Terengganu sangat menggembirakan tetapi pengawalan dari sudut pengurusan PBT ini perlu diperkasakan. Memang kita tidak nafikan perlu kerjasama di antara pihak PBT dan juga orang ramai. PBT
letak tong sampah, orang ramai gi buang sampah luar tong sampah. Pun tidak tahu yang mana se, dok? Pun tak dinafikan ada faktor-faktor luaran. Faktor - faktor kontraktor. Kontraktor yang kita kata kenapa tidak kutip ikut jadual. Dia kata, “kalau kita kutip dua kali dia kata jadi rugi minyak”. Jadi kutip sekali sehari. Perkara-perkara inilah perlu kepada enforcement, dengan izin penguatkuasaan yang mungkin ia memerlukan kepada mekanisma yang lebih baik. Tempat lain telah berubah. Orang lain telah mula “waste to wealth”. Makna kata daripada sampah menjadi benda yang berharga. Tetapi kita dengan longgokan di tempat kita di Sungai Ikan sebagai contoh, kalau banjir debor sokmo. Takut tertutup sungai dan seumpamanya. Jadi benda-benda inilah yang mungkin kita perlu mengurus dengan baik agar kita tidak ketinggalan di dalam pengurusan yang seumpama ini. Sebenarnya perkara ini sedang diperhati dan inilah yang kita bangkitkan bersama untuk kita sama-sama berubah. Kerajaan dan rakyat bekerjasama dan akhirnya kita perlu sebut self of belonging. Rakyat rasa sayang ke Negeri, Kerajaan pun sayang kepada Negeri. Jadi akhirnya..
Wakil Manir, self of belonging tu apa benda tu?
Allahu akbar, kena tanya google juga tu.
Bila kita guna bahasa selain daripada Bahasa Melayu dalam Dewan ni, kena minta izin. Jadi kalau tak mahu minta izin, sila terangkan makna dia tu.
Oh, kita ingat ke Timbalan Yang di-Pertua faham doh. (ketawa)
Untuk Ahli Dewan, bukan untuk Yang di-Pertua.
Rasa kepunyaan, nak kata keakuan pun tak boleh juga. Kepunyaan. Jadi tak berapa pandai doh pula jadi Bahasa Melayu (ketawa). Kalau nak rasa “kemaniran” pun tak boleh juga.
Cakap Telemong je YB.
(ketawa) Allah..
Jadi oleh kerana itu, bila masing-masing rasa, benda apa saknim (ketawa).
Rasa hok..
Rasa kepunyaan itu masing-masing akan jaga. Pernah duduk di tempat orang, kita cari tong sampah tidak jumpa. Dia tanya mana tong sampah. Dia minta dengan kita. Dia ambil sampah letak dalam beg. Kita ingat ke nak buang sampah, dia ambil letak dalam beg dia. Makna kata mung tak jumpa beri ke aku tolong selesai. Kita tidak. Kita cari dulu. Kalau tengok sampah, ni sapoh sape dok reti base buang. Bukan kita nak ambil dulu, tidak. Jadi itu yang menyebabkan kita jadi sedikit terkebelakang kerana kita buang masa cari siapa yang tukang buat salah.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, isu… nak sebut juga isu penempatan yang kita mungkin boleh melihat bagaimana kadar OPR yang meningkat. Automatik, secara automatik, secara tidak langsungnya akan berlaku peningkatan kadar sewa peningkatan kadaran installment bayaran bulanan yang oleh itu semua saya rasa di semua DUN mengalami masalah perumahan, penempatan. Yang telah kita fokus hanya fokus kepada perumahan awam kos rendah yang mana perlu disubsidikan oleh Kerajaan yang kita kenal dengan rumah type A tetapi sebenarnya kita ada kelompongan rumah type B yang mana Kerajaan tidak memberi subsidi tetapi harganya masih lagi berkisar di bawah RM200,000 ataupun RM185,000 ke bawah. Dan golongan yang mampu membeli rumah ini melalui pinjaman-pinjaman yang
Satu minit lagi ya.
Hah?
Satu minit lagi.
Jiran dokleh lama sikit? [Ketawa] Allah. Ada se, sikit je. Jadi oleh kerana itu kita mengharapkan
pihak Kerajaan juga memberikan tumpuan di samping apa yang disebut oleh Bukit Tunggal tadi tentang infra tetapi tumpukan jugok kepada pembangunan perumahan type B sahaja yang boleh memberikan ruang yang lebih besar. Maka jika tidak ada rumah type B ini, maka masing-masing berebut kepada type A yang menyediakan lambakan kepada permohonan rumah.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, akhirnya Manir mohon agar Kerajaan juga memberikan sedikit tumpuan kepada jambatan Manir yang agak klasik benorlah. Jadi saya rasa bukan Manir sahaja yang berharap, Buluh Gading pun berharap… heritage benor doh. Wakaf Mempelam pun rasa bersetuju supaya dibangunkan ataupun dinaiktaraf jambatan Manir tu bimbang bimbang sakut balok terik ni terbalik jambatan Manir. Jadi akhirnya insya-Allah ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Speaker dan Manir mahu menyokong dan Menjunjung Kasih Titah Tuanku Al-Sultan.
Terima kasih Wakil Manir.
Seterusnya saya persilakan siapa lagi yang YB yang nak bahas. Sila Bukit Besi.
Terima kasih kepada Timbalan Speaker, Timbalan Yang di-Pertua Dewan. Yang saya hormati Yang Berhormat-Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, rakan media, pemerhati dan semua yang hadir pada sidang Dewan Yang Mulia ini, alhamdulillah. Yang pertama syukur kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana pada kali ini giliran Bukit Besi bersama-sama dengan Menjunjung Kasih Titah Tuanku pada petang yang mulia ini, alhamdulillah. Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala pada yang bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati Amanah Yang dipercayakan kepada kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).
(Surah Al-Anfal: Ayat 27)
Sidang Dewan yang dikasihi sekalian, ucapan penuh takzim dan penghargaan terima kasih atas Junjungan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu yang bernas dan sangat menyentuh keharmonian pada kita semua. Dengan Titah Tuanku itu, dapat menyuntik semangat pada kita untuk terus bekerja dan berusaha dengan bersungguh-sungguh demi mendaulatkan segala peranan dan saranan yang dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu. Tak lupa juga marilah kita sama-sama berganding bahu, bermuafakat dan bekerjasama dalam melaksanakan apa yang disarankan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan. Ampun Tuanku! Patik mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu agar terus memimpin Terengganu Darul Iman ini, insya-Allah.
Sidang Dewan yang dikasihi sekalian, dalam muka surat yang ke-8 dalam Titah Tuanku baru ini, banyak perkara yang dititipkan antaranya perkembangan pembangunan wilayah Negeri Terengganu, melestarikan pelan bangunan pelancongan, pembasmian kemiskinan dan kesejahteraan rakyat, peluang pelaburan dan pekerjaan, perkembangan potensi pertanian, seterusnya pembangunan modal insan merupakan point point penting yang ditekankan dalam Titah Tuanku dua hari lepas, alhamdulillah. Saya ingin menyentuh, Bukit Besi ingin menyentuh tentang sektor pelancongan yang kini mencatatkan perkembangan yang baik berdasarkan data pada muka surat 9 dalam buku, kemasukan pelancong yang hadir di Terengganu seramai 3.7 juta pelancong. Oleh itu, Kerajaan harus memberi penekanan yang lebih pada kawasan-kawasan rekreasi terutamanya pada kawasan luar bandar khususnya kawasan dalam pesisir pantai khasnya di kawasan Bukit Besi yang mempunyai banyak kawasan rekreasi yang perlu dibangunkan agar lebih memberi tarikan kepada pelancongan antaranya kawasan rekreasi di Lubuk Kain Kampung Shukor, Kampung Sungai Kelemin, Kampung Talong, Sungai Loh, Bumbung Raja, Tasik Bukit Besi dan banyak lagi di sekitar Hulu Dungun tu alhamdulillah.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Dasar Malaysia sejak Strategi Perindustrian diperkenalkan sentiasa mengalu-alukan pelaburan dalam sektor
perindustrian pembuatan terutamanya pelaburan asing. Selepas lebih tiga dekad industrialisasi, ternyata Malaysia lebih menjadi antara destinasi pelaburan utama dunia untuk operasi pengeluaran pasir pantai. Modal asing terus menjadi komponen utama dalam strategi pembangunan dalam membantu pertumbuhan ekonomi dan pembangunan wilayah di negara ini. Dengan adanya pengaliran masuk modal teknologi canggih, pendapatan dan sebagainya tidak mustahil bagi kita duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negeri-negeri maju yang lain di negara ini khususnya terutama yang kita amalkan konsep „Terengganu Maju, Berkat, Sejahtera’ akan menjadi realiti insya-Allah bukan menjadi angan-angan kosong pada kita semua. Kalau kita rujuk pada muka surat 11 dalam Titah Ucapan baru ini, cabaran dalam era globalisasi bukan sahaja untuk menggalakkan pelaburan dan kepelbagaian pelaburan di Negara ini tetapi juga untuk menggalakkan pelaburan yang lebih memberi kesan positif kepada matlamat polisi umum seperti kewujudan peluang pekerjaan, pemindahan teknologi, penambahbaikan alam sekitar dan pembasmian kemiskinan bahkan Bukit Besi mengalu-alukan Kerajaan Negeri mahupun semua peringkat membuat pelaburan seperti pembukaan kilang baru di kawasan-kawasan yang khasnya di kawasan kami di Bukit Besi dan insya-Allah tapak cadangan boleh dibincangkan untuk membuka peluang pekerjaan pada rakyat tempatan khususnya, insya-Allah.
Sidang Dewan yang saya kasihi sekalian, seterusnya, sektor pertanian di Negeri ini sedang mengalami transformasi ke arah yang lebih dinamik dan kompetitif sebagaimana Ucapan Tuanku Sultan dua hari lepas. Sektor ini amat penting bukan sahaja kerana ia dapat membantu menjana pertumbuhan ekonomi negeri malahan memberi peluang pekerjaan kepada rakyat negeri.
Pembangunan industri kecil dan sederhana berasaskan pertanian lebih memberi penekanan dalam Dasar Pertanian Negara memandangkan potensinya dalam mewujudkan peluang-peluang pekerjaan dan nilai tambah kepada hasil pengeluaran pertanian walaupun dasar dan inisiatif kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat pengeluaran makanan di peringkat global namun pencapaian usaha tani terutama kaum bumiputera masih di tahap yang rendah. Kekurangan tenaga buruh dan harga komoditi pertanian yang rendah serta tidak stabil merupakan antara faktor pengucupan sektor pertanian terutama dalam kalangan pekebun kecil. Penghijrahan golongan muda ke bandar juga telah mengakibatkan ramai petani terdiri daripada golongan yang lanjut usia. Kebanyakan belia terutama graduan universiti tidak berminat ataupun kurang
berminat untuk mencebur diri dalam bidang pertanian khasnya di Bukit Besi lah ni.
Sidang Dewan yang saya kasihi sekalian, generasi ini disebabkan oleh anak-anak petani terutama pekebun-pekebun kecil tidak berminat terhadap sektor pertanian kerana keadaan sosial ekonomi yang rendah di sektor pertanian terutama di ladang-ladang. Terdapat peluang pekerjaan yang menawarkan pendapatan yang lebih tinggi dalam sektor perindustrian. Imej pekerjaan di sektor perindustrian yang lebih baik dan kemudahan infrastruktur moden di bandar. Peluang membaiki taraf ekonomi melalui pendapatan di sektor perkilangan ini dan perkhidmatan lebih terjamin. Sebaliknya, pendapatan di sektor pertanian dan perubatan tidak menentu dengan beberapa halangan, halangan cuaca dan sebagainya di Terengganu ini. Justeru, saranan peranan Industri Pertanian Kecil dan Sederhana (IKS) dalam pembangunan ekonomi negara cukup besar. Oleh itu, pelbagai program untuk meningkatkan pembangunan ekonomi pertanian, Industri Kecil dan Sederhana perlu dirangka dan dilaksanakan oleh agensi Kerajaan mahupun swasta dengan lebih efektif dalam memastikan perkembangan pesat Industri Pertanian Kecil dan Sederhana terutama di kawasan luar bandar khasnya dalam Bukit Besi dan kawasan sekitar dengannya.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, berdirinya saya pada hari ini agar Kerajaan Negeri mengemaskini semua status tanah-tanah Kerajaan yang telah direservekan dan diswastakan di bawah Seksyen 62 bagi tujuan pertanian, perikanan dan penternakan supaya tanah-tanah ini dapat dimanfaatkan dan memberi hasil kepada rakyat dan negeri, insya-Allah.
Yang kedua, mencari peluang baru dengan memanfaatkan tanah-tanah kosong yang ada di Negeri ini bagi meningkatkan hasil pertanian dan memperkayakan sumber perikanan dan penternakan. Tanah kerajaan yang kosong boleh dimanfaatkan untuk tujuan pertanian dengan beberapa cara. Yang pertama, dijadikan tanah-tanah Rancangan Tanah Berkelompok (RTB). Yang kedua, melalui Lesen Menduduki Sementara (LMS) ataupun tanaman kontang. Yang ketiga, melalui pajakan.
Sidang Dewan yang saya kasihi sekalian, akhir daripada saya, Bukit Besi sebagai penutup tirai bicara saya pada petang ini, saya menyusun sepuluh jari
memohon keampunan dan kemafaan andai tersilap kata tersalah bicara dlm ucapan saya.
Ibarat menanam sudah dituai, Musafir sudah sampai, Umpama belayar sudah sampai ke pelabuhan, Berjalan sudah sampai ke destinasi.
Merupakan ucapan pertama dan debar dok habis lagi dan masa sudah tamat tu dalam masa 10 minit. Akhir daripada saya daripada DUN Bukit Besi serangkap pantun, Bunga dedap di atas para, Anak dusun pasang pelita, Hidup mesti sentiasa berusaha, Agar hidup maju, berkat dan sejahtera.
Sekian daripada Bukit Besi, Bukit Besi mohon menyokong.
Terima kasih Bukit Besi yang telah menepati masa 10 minit cukup. Sebelum kita rehat seketika saya nak sorang lagi Ahli-Ahli Yang Berhormat untuk bahaskan ucapan Tuanku dan kemudian barulah kita rehat. Siapa yang seterusnya nak sambung. Sila, Air Putih.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, pertamanya saya selaku Ahli Dewan Undangan Negeri yang baru mewakili N32 Air Putih melahirkan rasa syukur dan berbesar hati pada pada, inilah julung-julung kali saya dapat bersama-sama menyertai dan mengambil bahagian dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu ini. Insya-Allah saya akan berusaha sebaik mungkin dalam menyambung baton perjuangan yg telah diamanahkan oleh mantan ADUN sebelum ini iaitu YB Cikgu Abdul Razak Ibrahim yang telah berkhidmat dengan cemerlang sepanjang beliau menjadi wakil rakyat di DUN Air Putih. Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan sekalung ucapan terima kasih
kepada beliau yang telah banyak menabur bakti dan jasa kepada rakyat di kawasan kami.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Air Putih juga ingin merakamkan ucapan Menjunjung Kasih Atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan. Air Putih juga merakamkan ucapan tahniah dan syabas di atas pelantikan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri bin Mokhtar bagi terus menerajui kepimpinan Negeri Terengganu sebagai Menteri Besar Terengganu untuk penggal yang kedua. Tahniah juga untuk barisan EXCO yang telah dilantik pada sesi ini. Saya percaya dan optimis berdasarkan rekod kejayaan lima tahun pertama memimpin negeri, Yang Amat Berhormat mampu membawa Terengganu Darul Iman mencapai pembangunan pesat dan berkat melalui objektif Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS 2030) yang telah dirangka dan digerakkan sejak lima tahun yang lepas.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, perkara pertama yang ingin saya sentuh dalam sidang Dewan yang mulia ini ialah satu aspek penting dalam PITAS iaitu melahirkan masyarakat yang sejahtera. Salah satu aspek kesejahteraan ialah rasa selamat dan bebas daripada ketidakselesaan dalam kehidupan harian rakyat. Kini, kita telah mula memasuki gerbang musim tengkujuh. Genap sedekad Kemaman mengalami banjir besar pada 2013. Ribuan rumah terkesan dengan banjir yang melibatkan kerugian harta benda yang besar angkanya. Kampung Air Putih, Seberang Tayor, Bandar Baru Bukit Mentok, Kampung Mukim Mentok hingga ke Kampung Mak Chili dan hampir sebahagian besar kawasan dalam DUN Air Putih ditenggelami banjir. Air yang melimpah mengalir dari kawasan hulu akan masuk ke kawasan hilir di Cukai yang padat dengan penduduk. Kita pernah diberitahu tentang projek tebatan banjir yang menelan kos ratusan juta ringgit. Kita tidak tahu sejauh mana progress projek tersebut. Entah berapa lamakah lagi projek tebatan itu akan selesai dan benar-benar menamatkan penderitaan penduduk yang saban tahun terpaksa berpindah dan berkemas rumah akibat banjir. Berhubung kait dengan itu juga, saya juga ingin membawa keluhan penduduk-penduduk di kawasan baru dibangunkan dengan projek ECRL, kini ada setengah kawasan seperti Taman Koperasi Batu Tiga, Jalan Air Putih dan sekitarnya dilanda musibah banjir sejak terbinanya laluan keretapi. Kerja-kerja penambunan tanah dan mendirikan arah keretapi telah menyebabkan kawasan yang sebelum ini bebas banjir kini dilimpahi air banjir apabila berlaku hujan lebat yang berterusan. Keadaan ini boleh dielakkan sekiranya Kerajaan dgn kerjasama pihak peneraju
melakukan kajian impak agar air hujan yang bertakung di kawasan rendah tidak melimpah hingga ke perumahan penduduk di kawasan sekitar. Daripada kajian tersebut, pihak-pihak yang terlibat hendaklah bertindak agar air dapat dialihkan segera ke sungai atau tempat yang sepatutnya. Justeru, kami sangat mengharapkan impak banjir yang berlaku setiap kali musim tengkujuh dapat diminimumkan kesannya.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, dalam menghadapi PRN-15 baru-baru ini, PAS bercadang untuk meneruskan apa yang terkandung dalam manifesto PRU-14 dahulu di samping beberapa tawaran baru kepada rakyat antaranya ialah pembinaan Rumah-Rumah Mampu Milik (RMM) bagi memenuhi keperluan penduduk terutamanya bagi mereka yang berkeluarga dan berpendapatan rendah. Rumah merupakan satu keperluan asas utama bagi mereka yang sudah berkeluarga. Mengikut kajian yang pernah dibuat, masih ramai pasangan berkeluarga tinggal di rumah sewa atau tinggal bersama ibu bapa kerana tidak mampu memiliki rumah sendiri atas faktor tertentu. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, di DUN Air Putih agak ramai penduduk bekerja sendiri. Petani, peniaga kecil-kecilan dan generasi kedua dan ketiga Felda, mereka amat memerlukan sebuah rumah untuk keluarga. Namun, rumah mampu milik yang masih belum dibangunkan di sini. Perkara ini dibangkitkan oleh mantan Cikgu Abdul Razak dalam sidang-sidang yang lalu. Antara cadangan yang pernah diutarakan ialah pembinaan Fasa 2 RMM di Taman Perasing Jaya, Hulu Jabor. Ada pun Bandar Cheneh Baru juga memerlukan RMM, kerana tambahan penduduk yang semakin meningkat. Di sana ramai penduduk yang terdiri daripada anak-anak peneroka generasi kedua dan ketiga. Justeru, Air Putih mengharapkan agar bagi penggal kali ini pembinaan RMM dapat diutamakan di Taman Perasing Jaya dan juga Bandar Baru Cheneh.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, kewujudan bandar baru ini akan mempercepatkan lagi pertumbuhan ekonomi negeri bersama dengan pembukaan bandar-bandar baharu akan diwujudkan kemudahan bekalan elektrik, air dan telekomunikasi. Projek perumahan turut dibangunkan termasuk bangunan-bangunan komersial. Di dalam DUN Air Putih, terdapat sebuah bandar baharu yang telah dibangunkan hampir 15 tahun yang lalu iaitu Bandar Baharu Cheneh. Kadar pertumbuhan ekonomi di kawasan selatan ini kelihatan agak sederhana, penduduk masih ke bandar Chukai dan ke Kuantan untuk urusan tertentu. Dengan itu, saya mencadangkan Pembangunan Bandar Baharu ini dirancakkan semula. Saya mencadangkan pembinaan sekolah-
sekolah agama berasrama seperti Sekolah Menengah Agama Al-Falah di Chukai, Kemaman dibina di zon ini. Ini memandangkan sekolah aliran agama sedia ada tidak mampu menampung permintaan yang tinggi. Dengan adanya pusat pengajian atau sekolah agama berasrama ini, dijangka aktiviti ekonomi setempat akan lebih rancak umpama serampang dua mata, aktiviti ekonomi berkembang dan keperluan pendidikan agama pun dapat dipenuhi.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, akhir kata saya mengharapkan dan mendoakan Kerajaan Perikatan Nasional yang terdiri daripada PAS dan Bersatu ini mampu melonjak lebih tinggi dari segi kemakmuran ekonomi. Pencapaian pendidikan, peningkatan peluang pekerjaan dan kesejahteraan hidup secara keseluruhannya. Segala halangan dan kolaborasi hendaklah kita hadapi dan selesaikan bersama sebagai satu team di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Setiap kejayaan pastinya diuji dengan cabaran. Insya-Allah dengan mengamalkan pentadbiran yang berintegriti, kompeten dan sentiasa mendekatkan diri dengan Allah, Allah akan bantu usaha murni kita untuk memartabatkan Terengganu agar benar-benar menjadi Negeri Maju, Berkat dan Sejahtera. Saya akhiri ucapan sulung saya ini dengan tiga rangkap pantun agar menjadi inspirasi kepada Dewan yang mulia ini.
Jangan dengar guruh di langit, Hujan bukan ribut pun bukan, Cabaran hidup semakin sengit, Masalah rakyat kita selesaikan.
Ikan apa di dalam kolam, Bersisik emas cantik sekali, Bukan dipandang pada jawatan, Memikul amanah kerana Ilahi.
Menenun songket sebelum senja, Kain batik sudah dicanting, Pacu negeri ke puncak jaya, Jujur ikhlas kita seiring.
Wakil Air Putih memohon menyokong Titah Ucapan Tuanku.
Terima kasih Wakil Air Putih.
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Esok adalah hari terakhir persidangan kita. Memandangkan ada beberapa orang lagi Ahli Yang Berhormat yang akan membahaskan Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku selepas ini, dan saya lihat wajah-wajah Yang Berhormat sekalian ramai yang keletihan dan mengantuk, dengan ini saya tangguhkan sementara Dewan ini dan akan disambung semula pada pukul 4.00 petang ini. Terima kasih.
DEWAN DITANGGUHKAN PADA PUKUL 3.35 PETANG
PUKUL 4.00 PETANG
Mesyuarat disambung semula. Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan sekalian, dipersilakan Yang Berhormat yang bersedia untuk menyampaikan pembahasannya. Sila. Sila Yang Berhormat Seberang Takir.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Kerajaan, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan dan seterusnya para pemerhati yang dihormati sekalian. Seberang Takir juga ingin mengambil kesempatan ini untuk sama-sama menyampaikan perbahasan terhadap Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dalam Perasmian Dewan pada penggal kali ini.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, Seberang Takir tak jauh beza dengan Telemong. Dok masuk lagi. Telemong dulu pernah berada di sini tapi dulu di kerusi Kuala Berang. Hari ini selepas 10 tahun kembali ke Dewan yang mulia ini di kerusi Telemong. Seberang Takir juga pernah berada di Dewan ini 10 tahun yang lalu di kerusi Batu Rakit, tapi hari ini muncul semula di kerusi Seberang Takir. Walau bagaimanapun apa yang saya nak…
Ada se lagi tu, tinggal. Dulu warna biru, lening hijau..
Minta izin dulu bangun Yang Berhormat Ajil, jangan langgar-langgar gitu.
Dulu biru. Hari ini biru campur hijau. Perikatan Nasional.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Walaupun kami ada persamaan antara Telemong dengan Seberang Takir, tapi petang ini saya bukan nak cerita tentang gajah, bukan nak cerita tentang banjir walaupun Seberang Takir mungkin ada banjir tapi Seberang Takir tak dok gajah.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dalam Titah Perasmian Baginda baru-baru ini telah menyentuh pelbagai aspek pelancongan, ekonomi, masalah rakyat dan sebagainya. Ini menunjukkan keprihatinan Baginda, Duli Yang Maha Mulia Tuanku terhadap permasalahan rakyat dan saya percaya perkara ini sedang ditangani oleh pihak Kerajaan. Walaupun Seberang Takir bukan Batu Rakit, walaupun kali ini saya mewakili Seberang Takir, tetapi sebenarnya antara Seberang Takir dengan Batu Rakit ini ada banyak persamaan dan sedikit perbezaan. Persamaannya di Seberang Takir, sebahagian penduduknya bergantung kepada hasil laut iaitulah nelayan. Jadi di Seberang Takir ada golongan nelayan, di Batu Rakit juga ada golongan nelayan. Saya ada pengalaman menangani golongan ini. Mereka memerlukan bantuan, pertamanya pada musim-musim hujung tahun terutamanya nelayan-nelayan pesisir pantai. Apabila tiba musim tengkujuh, sebulan dua bulan daripada sekarang, mereka akan menghadapi masalah untuk keluar menangkap ikan. Jadi kerana itu, saya mohon kepada pihak Kerajaan supaya melihat isu ini dengan lebih teliti kerana pada musim banjir ini bukan orang yang kena banjir sahaja perlukan kepada bantuan, tetapi orang-orang yang terlibat dengan pekerjaan di laut yang tidak dapat keluar pada musim tengkujuh ini juga memerlukan bantuan.
Saya tahu dah ada bantuan bulanan kepada nelayan, tetapi tidak semua nelayan dapat apabila ada sebahagian nelayan yang memang kerja nelayan, tapi masih lagi belum ada lesen sebagai nelayan. Jadi, saya mohon supaya
pihak Kerajaan melalui LKIM melihat kepada nelayan-nelayan yang masih lagi belum mempunyai lesen untuk diluluskan kepada mereka permohonan lesen ini supaya mereka juga dapat menikmati kemudahan-kemudahan yang lain. Selain daripada itu, saya juga nak mohonlah sebab tahun ini tengok kepada peruntukan untuk Wakil Rakyat ini tidak banyak dah. Dalam RM100 ribu lebih gitu je untuk setiap Ahli-ahli Yang Berhormat kita ini. Jadi, sebahagian besar daripada Ahli-ahli Yang Berhormat kita ini kalau hok terlibat dalam banjir dia akan perlu kepada bantuan untuk orang-orang yang terlibat banjir. Di kawasan-kawasan yang pesisir pantai yang ada ramai nelayan ini, maka sebahagian besar daripada rakyat yang terdiri daripada golongan nelayan ini akan cari Wakil Rakyat untuk dapatkan bantuan-bantuan. Jadi saya harap ada sikit lagi pertambahan untuk akhir tahun ini selain daripada apa yang telah diluluskan pada hari ini, kalau ikut pada penjelasan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Terengganu setakat ini sehingga bulan September ini hanya menerima lebih kurang RM500 juta lebih daripada dana petroleum daripada Kerajaan Persekutuan berbanding dengan tahun-tahun yang sebelum ini kita dapat RM1.2, RM1.4 juta maknanya kita ada baki lebih kurang dalam RM900 juta lagi yang perlu dibayar oleh Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri Terengganu, Dato’ Yang di-Pertua, maka kerana itu kita harap dengan kebijaksanaan Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita, Insyaallah kita doakan mudah-mudahan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dilembutkan hati dibuka pintu hati dia supaya dia dapat melaksanakan amanah ini bayar kepada siapa yang berhak menerima ini sebagaimana yang dia ucapkan sebelum daripada dia menang dalam pilihan raya, sebelum daripada dia dilantik menjadi Perdana Menteri, sebelum daripada dia menjadi Perdana Menteri dia kata semua Ahli-ahli Parlimen kalau dia jadi Perdana Menteri akan diberi diperuntukan yang sama seperti Ahli Parlimen Kerajaan. Kalau dia jadi Perdana Menteri dia akan berlaku adil bukan 5% dia akan bayar, dia pernah kata 20% untuk negeri yang terlibat dengan hasil petroleum. Jadi sebab tu kita harap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dibuka pintu hati, diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala mudah-mudahan dia berlaku adil pada rakyat Negeri Terengganu, mudah-mudahan dengan mendapat semula hak bahagian yang sepatutnya Kerajaan Negeri Terengganu terima pada tahun ini baki seperti yang saya sebut tadi banyak perkara-perkara yang boleh dibuat oleh Kerajaan untuk membantu rakyat, untuk menjelaskan, untuk membantu rakyat dan membantu Wakil-wakil Rakyat menyelesaikan masalah rakyat, Dato’ Yang di-Pertua.
Seterusnya Dato’ Yang di-Pertua, sepertimana yang kita sedia maklum, kemenangan Perikatan Nasional, PAS, BERSATU di Negeri Terengganu pada hari ini, pada Pilihan raya yang lalu adalah kemenangan yang luar biasa, tak ada dalam sejarah negeri-negeri di seluruh Semenanjung Tanah Melayu dan juga Sabah Sarawak parti memenangi 100% dan Dewan Undangan Negeri tanpa pembangkang dan kita sedar bahawa perubahan ini berlaku kemenangan yang kita perolehi ini sebahagian besar undinya datang daripada golongan belia, pengundi yang pertama kali mengundi ataupun yang kedua kali mengundi selepas daripada undi Pilihan Raya Umum yang ke-15 pada bulan November tahun lepas.
Jadi Yang Berhormat Dato’ yang di-Pertua, saya mohon Kerajaan Negeri memberi perhatian yang lebih sebagaimana yang dipohon oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain sebentar tadi diberi perhatian yang lebih kepada golongan belia ini supaya mereka akan tetap bersama dengan kita dalam pilihan raya - pilihan raya yang akan datang untuk memastikan Kerajaan yang ada pada hari ini kekal bukan untuk penggal hari ini tapi untuk penggal-penggal akan datang jika golongan belia ini diberi perhatian dan janji-janji yang kita berikan, kemukakan untuk mereka dapat kita laksanakan dengan sepenuhnya. Saya dimaklumkan bantuan untuk dapat lesen motosikal percuma masih lagi belum dilaksanakan sepenuhnya, jadi saya harap lepas ini akan dapat dilaksanakan begitu juga dengan perkara-perkara yang lain seperti pengagihan tanah dan juga rumah-rumah seperti mana yang termaktub ataupun yang ada dalam manifesto Kerajaan sebelum pilihan raya ini.
Dato’ Yang di-Pertua, Seberang Takir tidak seperti DUN-DUN yang lain, Seberang Takir hingga Kuala Terengganu sebuah DUN yang sebahagian besar saya sebut penduduknya terlibat dengan industri perikanan nelayan dan sebahagian besar lagi ada dalam terlibat dengan industri pelancongan dan juga perniagaan kecil-kecil yang terlibat dengan kedatangan pelancong yang banyak bergantung dengan kehadiran pelancong. Saya dimaklumkan bot penambang daripada Seberang Takir ke Pasar Payang tak berapa laku ataupun slow pada hari ini antara masalahnya mungkin tempat pelabuhan sebelah sana tu tak berapa kelihatan sangat, tertutup dia kena gi belakang masjid turun belakang, jadi saya harap kerajaan lihat mungkin kita boleh perelokkan jalan di situ dan sediakan kemudahan seperti letak kereta, parkir kereta dan sebagainya. Di sebelah Kuala Terengganu di belakang Pasar Payang saya dimaklumkan jeti untuk bot penambang ini ada kerosakan dan masih lagi belum diperbaiki
sehingga hari ini. Jadi Dato’ Yang di-Pertua, mudah-mudahan Seberang Takir juga mendapat manfaat daripada industri pelancongan yang akan dirancakkan oleh kerajaan selepas pada hari ini sebagaimana yang disebut oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.
Satu lagi, yang terakhir Dato’ Yang di-Pertua, Seberang Takir ada tanah macam DUN-DUN yang lain. Sejak saya jadi Wakil Rakyat terpilih mewakili DUN Seberang Takir ini saya banyak menerima aduan panggilan telefon yang mengadu meminta supaya mereka ini dipertimbangkan untuk mendapat satu unit rumah yang dibina oleh Kerajaan di Tok Jembal saya dimaklumkan ada lebih kurang 150 unit rumah di situ dan akan dibahagikan tak lama lagi. Saya percaya selepas rumah-rumah ini, unit-unit rumah ini dibahagikan pada penerima-penerima akan ada lagi orang-orang yang tak berjaya memperolehi mendapat unit rumah di sana akan terus datang dan merayu supaya dipertimbangkan tempat lain dan sebagainya. Maka kerana itu, Dato’ Yang di-Pertua, memandangkan keadaan tanah yang tak banyak dah di Seberang Takir dan nilainya tinggi, saya dimaklumkan satu ekar lebih kurang dalam RM1 juta atau RM800 ribu satu ekar, jadi saya rasa kalau ada tanah-tanah yang besar di kawasan Seberang Takir empat ekar ke atas, maka dia tidak sesuai lagi untuk diagihkan dalam bentuk lot-lot kepada penerima-penerima kerana nilainya terlalu tinggi dan individu yang memperolehi manfaatnya tak banyak kalau katakan empat ekar bahagi enam, 6 x 4, 24 orang sahaja boleh menerima jadi kita buat perumahan mungkin orang yang dapat manfaat menerima unit rumah itu mungkin lebih daripada 30 orang, 50 orang dan sebagainya.
Jadi Dato’ Yang di-Pertua, sesuai dengan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia, yang sangat cakna tentang keadaan rakyat dan pembangunan negeri ini saya mewakili Seberang Takir menjunjung setinggi-tinggi kasih dan menyokong Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Seberang Takir silakan mana-mana Yang Berhormat. Sila. Yang Berhormat Hulu Besut.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli EXCO Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat serta ketua-ketua jabatan dan pemerhati yang saya kasihi sekalian. Pertamanya terima kasih saya nak ucapkan kerana memberi peluang kepada Hulu Besut untuk membahas Titah Ucapan Tuanku Sultan Terengganu pada 1 Oktober yang lepas. Di antara Titah Tuanku semua dah disebut oleh Yang Berhormat- Yang Berhormat yang telah membahaskan antaranya berkenaan dengan ekonomi pelancongan, pendidikan, kemiskinan, pertanian dan Yang Berhormat Dato’ Speaker saya nak sentuh dari segi pembangunan ekonomi Hulu Besut. Saya nak bawa di sini berkenaan dengan, tadi saya tak sempat nak tanya soalan, saya nak sebut dalam ucapan ini berkenaan dengan ekonomi bila sebut ekonomi, bila sebut ekonomi di DUN Hulu Besut ini saya kira ekonomi di DUN Hulu Besut ini agak keterbelakang daripada DUN-DUN yang lain. Keutamaan yang saya nak sebut di sini adalah dari segi pembinaan ataupun jalan buntu ada di DUN Hulu Besut, Dato’ Yang di-Pertua jadi, apa yang rakyat Hulu Besut inginkan adalah kita nak sambungkan jalan buntu tadi supaya tidak buntu lagi dalam pemerintahan Kerajaan Negeri yang ada dalam Penggal ini, besarlah harapan rakyat DUN Hulu Besut agar pembinaan jalan di Keruak sana boleh tembusi kepada ataupun menghubungkan kepada daerah yang lain iaitu di Kelantan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, jadi berkenaan dengan pelancongan juga terdapat banyak tempat yang menarik terutamanya Air Terjun Lata Tembakah, Air Panas La (La Hot Springs) dengan izin dengan adanya pusat-pusat pelancongan seperti ini akan dapat menambahkan peningkatan ekonomi tapi suka saya ingatkan kepada kita semua kita nak laksanakan ataupun nak menarik minat kepada pengunjung-pengunjung datang kepada tempat-tempat yang menarik di Hulu Besut ini. Kita kena jaga dari segi infranya dan kita dapat lagi kekurangan-kekurangan infra di tempat-tempat yang saya sebutkan tadi supaya dapat diperbaiki. Dan saya telah berkunjung ke beberapa tempat terutamanya di La Hot Springs itu jadi keadaan infra, kadang-kadang kita tengok molek tapi bila masuk dalam itu, tandas sumbat dan sebagainya. Maknanya dari segi penguatkuasaan kena tengoklah, kena cakna tentang kemudahan-kemudahan asas yang diperlukan oleh pengunjung-pengunjung.
Dari segi pendidikan juga Besut terutamanya adalah orang kata selalu mendapat tempat yang terbaik, SPM terbaik, STPM terbaik dan baru-baru ini STPM merupakan ada seorang pelajar di DUN Hulu Besut terbaik Malaysia. Jadi suka saya ingatkan sebelum ini saya juga sentiasa memandang serius bila mana ada sahaja permohonan-permohonan PIBG terutamanya tentang pelaksanaan untuk meningkatkan dari segi pemberi maklumat ataupun kursus dan sebagainya untuk kepada pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan dengan bajet-bajet tertentu, mereka datang berjumpa dengan saya. Dan saya mohon Ahli-ahli Yang Berhormat semua jika ada sekolah-sekolah yang ingin memohon peruntukan dan sebagainya bagilah peluang kepada guru-guru agar kita dapat sama-sama membantu untuk membentuk kecemerlangan pelajar. Dari segi kesenangan saya sebut tadi tanpa pembangunan ekonomi kalau kita tidak usahakan untuk terutamanya di DUN Hulu Besut. Kita kena bantu apa yang telah dipohon oleh rakyat Hulu Besut tadi untuk mencapai mengurangkan kemiskinan di DUN Hulu Besut sebagaimana DUN-DUN lainlah terutamanya mungkin di DUN Telemong juga. Saya tengok banyak rumah-rumah yang begitu daif, sangat daif. Jadi setiap kali masuk memang bukan yang boleh bilangnya hok molek rumah yang tidak elok itu tak boleh nak bilang, banyok. Jadi saya mohon pihak Kerajaan untuk memandang serius untuk membantu rakyat-rakyat di DUN Hulu Besut yang tidak memiliki rumah. Dan rumah generasi Felda kita saya mohon pihak Kerajaan memandang serius untuk pembinaan rumah Felda generasi kedua ini sentiasa daripada dulu menjadi modal kepada Parti UMNO dia kata nak bina-bina setiap kali Pilihan Raya nak bina rumah generasi kedua selepas Pilihan Raya pun tak bina dan saya mohon jasa baik agar Kerajaan juga memandang serius dalam pembinaan rumah generasi kedua Felda ini. Untuk makluman Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, di sekolah Felda itu dulu mempunyai pelajar tiga ratus lebih. Sekarang ini mempunyai seratus lebih orang sahaja. Jadi yang generasi kedua itu tak dok doh. Dia keluar. Sebab dia tak ada tempat tinggal. Jadi untuk atasi permasalahan itu, saya mohonlah pihak Kerajaan untuk memandang serius dalam pembinaan ataupun pengagihan tempat bagi generasi Felda Tenang apa yang saya maksudkan. Dan dari segi pertanian saya mohon pihak Kerajaan melihat permasalahan yang timbul di DUN Hulu Besut adalah berkaitan dengan harga padi. Baru-baru ini mereka telah menjemput saya untuk mendengar keluhan dan apa yang diperkatakan harga yang dijual RM1200 dijual di tempat dia, tempat kita tapi tempat lain dia kata RM1500 hingga RM1700. Saya pun tak
ada jawapan yang sebenar mungkin Yang Berhormat EXCO dapat memberi jawapan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, dalam era pembangunan ECRL, DUN Hulu Besut juga tidak terlepas ataupun saya berterima kasih dengan pembangunan ini tapi pembangunan ECRL ini telah menyebabkan banyak masalah yang berlaku iaitu terutamanya dari segi banjir. Walaupun hujan bukan musim banjir pun saya terpaksa harung air yang bertangkung kerana ada rumah yang terlibat dengan banjir. Jadi saya mohonlah jasa Ketua-ketua Jabatan agar boleh memberi fokus dari segi aspek orang kata pengurusan ataupun penguatkuasaan dari segi jadual pembinaan yang telah dikeluarkan oleh pihak ECRL ataupun MRL. Kontraktor yang melaksanakan itu supaya mengikut apa yang telah digariskan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, pada permulaan selepas memenangi Pilihan Raya Negeri baru-baru ini rakyat di DUN Hulu Besut juga tanya saya apa langkah Yang Berhormat Hulu Besut nak buat. Jadi sebelum saya nak buat hok lain dalam seperti mana yang disebutkan oleh Wakil Manir tadi. Saya sangat bersetuju belaga angin tentang kebersihan. Saya sangat bersetuju yang lepas kerajaan Negeri telah melancarkan Program Bersih. Jadi kita bersih ini kita masyarakat Melayu ini orang kata sekali bagi tahu sekali royak dia buat tapi kena royak banyak kali pasal bersih ini. Bersih adalah suatu tuntutan agama kita agar bila kita mengamalkan budaya yang bersih. Bersih dari segi sampah sarap terutamanya dan dari segi kesihatan kita nak tengok bersih saya mohon penguatkuasaan terhadap kedai-kedai makan. Saya selalu tengok macam tak ada penguatkuasaan kedai-kedai makan ini bila kita masuk ialah banyak tegur dari segi aspek kesihatan dan sebagainya kalau tak bersih.
Yang Berhormat Hulu Besut menamatkan ucapan.
Kita buat penguatkuasaan. Untuk penguatkuasaan dari segi kebersihan saya maksud saya dari seluruh Negeri dan JPKK lah.
Yang Berhormat boleh ringkaskan.
Okay, satu lagi Yang Berhormat Yang Dato’ Yang di-Pertua, Terengganu telah menang 32-0, sebagaimana Titah Tuanku dalam ucapan Titah Baginda telah, Kerajaan juga terus harus melaksanakan langkah manifesto yang telah dibuat oleh Kerajaan terutamanya rakyat juga telah bertanya pasal manifesto pinjaman yang tanpa cagar RM4000 supaya dapat dilaksanakan dengan segera.
Okay, Yang Berhormat terima kasih.
Saya Hulu Besut mohon menyokong Titah Ucapan Tuanku. Sekian.
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Besut, terima kasih. Seterusnya, dipersilakan Yang Berhormat. Yang Berhormat Kuala Besut, sila.
Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan, Yang Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, barisan EXCO dan Yang Berhormat-Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan kerajaan dan pemerhati-pemerhati. Saya Wakil daripada Kuala Besut menjunjung kasih Titah Ucapan Sultan serta memulakan perbahasan sempena Pembukaan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri.
Saya ingin mengucapkan setinggi kesyukuran kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana telah memberi kemenangan secara menyeluruh 32 DUN tanpa ada pembangkang. Terima kasih kepada semua rakyat Terengganu terutamanya DUN Kuala Besut yang telah memberi kemenangan kepada calon-calon daripada Parti PAS dan BERSATU. Saya mohon agar industri pelancongan dan industri keropok di DUN Kuala Besut atau dibantu oleh kerajaan dalam industri pelancongan. Contohnya, jeti pelancongan Kuala Besut perlu dinaikkan taraf seperti jeti Pulau Langkawi. Manakala industri keropok perlu juga diadakan zon di kawasan Pachakan, manakala pekan lama Kuala Besut perlu diperindahkan
sebab ia merupakan pintu masuk ke Pulau Perhentian. Untuk sektor pertanian, khususnya penanam padi di mukim Pengkalan Akar perlu dikaji kesuburan tanah agar hasil petani di kawasan situ meningkat hasil, insya-Allah. Untuk sektor perikanan, mohon pihak Kerajaan membina dan meninggikan jambatan Kuala Besut bagi kemudahan-kemudahan bot-bot laut dalam untuk ke jeti Sungai Nail. Manakala Kompleks Ikan LKIM perlu dinaiktaraf agar lebih banyak bot-bot berlabuh disitu. Kenapa saya ambil sedikit pendekatanlah di jeti Kompleks Perikanan Kuala Besut sekarang ini bot-bot laut dalam, semua masuk di Tok Bali kerana dia tak boleh nak masuk di Kompleks Perikanan Kuala Besut ini, jambatan dia rendah, kena tinggi barulah bot-bot laut dalam boleh masuk di Jeti Kuala Besut dan juga boleh meningkat lagi hasil nelayan. Rakyat di DUN Kuala Besut dan juga hasil ekonomi, di perikanan di Kuala Besut. Dari segi permasalahan banjir, pihak Kerajaan perlu membuat pengambilan balik tanah untuk dijadikan parit bagi mengalirkan air terus ke Sungai Nail. Kawasan sini berlaku masalah perparitan musim banjir di kawasan Pachakan dan juga di kawasan Tok Sabah. Masalah ini sebenarnya 25 tahun doh, kalau boleh selesai sebenarnya di bawah pemerintahan kita ini sangat hebat, sangat hebat. Orang akan menilai kita kalau kita boleh selesai masalah ini. Manakala hakisan pantai antara kampung Pengkalan Atap, Kampung Pachakan teramat kritikal sekarang ini. Mohon Kerajaan mengambil tindakan segera. Apabila berlaku kawasan muara Sungai Kuala Besut, untuk membuat benteng itu belum siap dan juga ada tertangguh, ombak dia akan mengalir di kawasan Pachakan, dia tempuh kawasan Pachakan, Pantai Pachakan dan juga Pengkalan Atap, di sini berlaku memang kritikal. Sekarang ini, jalan raya zaman pemerintahan dulu buat semua takdok doh, tinggal pasir blako doh, jalan raya, dihakis ombak.
Jalan raya apa Yang Berhormat?
Haa?
Jalan raya apa?
Jalan raya tepi pantai. Tak dok dah jalan raya tepi pantai. Nak lalu kereta pun tak boleh dah. Minta MB datang turun datang sendiri tengok.
Panjang lagi ke Yang Berhormat?
Okay, akhir ucapan saya…
Dato’ Yang di-Pertua, sebelum akhir…Boleh nak dapat laluan Kuala Besut?
Kuala Besut benar dok ni? Benar dok nak celah ni?
Benar, benar.
Duduk dulu. Kuala Besut duduk dulu.
Kuala Besut duduk dulu. Tadi Kuala Besut timbulkan bot nelayan laut dalam tak boleh nak masuk ke kompleks LKIM sebab ketinggian jambatan. Setakat yang saya maklum, Kompleks LKIM terletak sebelum jambatan daripada kuala. Jadi maknanya tak perlu nyuruk bawah rettok lah kalau nak gi ke kompleks LKIM tu. Minta penjelasan sikit.
Sebenarnya, rungutan daripada pengusaha bot dalam. Apabila dia bawok ikan di kawasan jeti Kuala Besut, dia nak parking bot tu di sebelah sana, sebelah rettok. Bukan disebabkan oleh nak wat turun ikan, dok. Dia nak parking, nak parking situ. Berlaku kelemahan di situ, jeti ikan di Kompleks Perikanan Kuala Besut, dan akhir ucapan saya, saya nak mengucap berbanyak terima kasih kepada rakyat DUN Kuala Besut kerana memberi tanggungjawab dan juga kemenangan kepada parti PAS untuk mentadbir DUN Kuala Besut, insya-Allah kita akan buat yang terbaik dengan Titah Ucapan Tuanku, DUN Kuala Besut menyokong penuh Titah Ucapan Tuanku Sultan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih kepada Kuala Besut.
Sila mana-mana Yang Berhormat, seterusnya. Sila Yang Berhormat Kuala Berang.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri, Menteri Besar, Yang Berhormat-Yang Berhormat EXCO, Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian, ketua-ketua jabatan, para media dan juga pemerhati sekalian. Pertama, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua Dewan yang memberi ruang dalam ucapan menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada petang ini. Kita tahu bahawa kadang-kadang ada projek-projek yang menyebabkan ada kontra dan ada yang pro. Saya ambil contoh, pembangunan stesen kereta api di Durian Guling. Nanti passengers di sana akan melalui Wakaf Tapai ke Ajil dan seterusnya ke LPT2. Jadi dok sapa ke Kuala Berang. Ha tu nok kabonye. Keduanya dengan siapnya jajaran baru dari Kuala Telemong ke Kuala Jeneris seterusnya ke Pengkalan Gawi dan seterusnya ke Simpang Pulai ke Perak. Jadi itu pun tidak lalu ikut bandar Kuala Berang. Jadi dijangka dalam beberapa tahun akan datang, bandar Kuala Berang akan jadi semakin mundur sepertimana kalau kita tengok Kijal lah. Zaman dulu masyhur orang lalu ikut situ. Tapi sekarang ni orang bypass. Tidak melalui lagi. Jadi bandar Kuala Berang pun akan dijangka sedemikian jugak di masa yang akan datang. Jadi Kuala Berang nok universiti sebuoh ni. Ha. Itu saya nok kabonya. Ha. EXCO Pendidikan Tinggi dan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar tolong lobby sikit lah. Kuala Berang ni nak universiti sebenarnya. Kerana dengan adanya universiti, sudah tentu ramai orang akan duduk tinggal di sana dan perlu perkara-perkara untuk kehidupan dan pembelajaran di sana.
Yang Berhormat Kuala Berang cakak macam EXCO. Smart hari ni hor. (ketawa)
Terima kasih. Terima kasih. Sebenarnya kita ambil sejarah sikit ni. Iaitu ada satu lot tanah telah diberi kepada Kerajaan Federal pada tahun 1965. Saya baca sikit. Tanah bergeran 22350 Lot 12495. Tanah ini telah diluluskan oleh MMKN pada 27 November 1965 lagi. Kalau lahir hari itu, hari ni nak pencen dah. 58 tahun dah umur. Kepada kementerian tanah dan syarikat kerjasama atas nama Pesuruhjaya Tanah Negeri-negeri Tanah Melayu yang tujuannya adalah untuk Maktab Pertanian Pantai Timur. Maksudnya macam universiti lah. Kalu tahun 1965 waktu tu dia panggil maktab saja. Dengan syarat khas untuk masuk
Maktab Pertanian ataupun Sekolah Pertanian dan Pusat Pertanian sahaja. Maknanya seolah-olah Universiti Pertanian. Borang 5A dikeluarkan pada 4 Ogos 1965 dan telah dijelaskan pada 6 Disember 1966 oleh Kementerian Pertanian pada waktu itu. Jadi tanahnya berjumlah 386 hektar ataupun kali dengan 2.4 dalam 930 ekar. Luas. Diberi tahun 1965 sehingga hari ini tidak terbina lagi universiti ataupun maktab ataupun apa-apa di atas tanah tersebut. Tak jauh dari bandar Kuala Berang. Dua tiga kilometer sahaja. Sekarang ini tanah tersebut berada di Padang Ipoh, jalan ke Kampung Sekayu. 5 minit dah? Baru mukadimah. Jadi kita, Kerajaan Negeri saya mencadangkanlah kalau kita beri tanah kepada PTP ni kena ada had dia. Syarat kelulusan tanah itu pun kalau kita nok wak bangunan, tiada tempoh dua tahun kene buat bangunan-bangunan tersebut. Jadi kita ni seperti buka sahaja, tidak ada exit. Dah hampir nak pencen, 57 tahun tak buat apa-apa. Tak ada exit. Jadi kita mencadangkanlah pada Kerajaan Negeri supaya diberi tempoh contohnya 2 tahun ataupun 5 tahun supaya apa-apa tanah yang kita beri kepada Kerajaan Federal perlu dibina atas tujuannya. Tidak seperti apa yang berlaku kepada Kuala Berang ni yang amat merugikan. Walaupun begitu, kita nak lah juga supaya dijalankan, dibuat sebuah universiti di sana untuk membantu Kuala Berang di masa-masa yang akan datang. Insya-Allah.
Isu yang kedua iaitu berkaitan dengan Hulu Terengganu juga berkaitan dengan keselamatan dam ataupun Kenyir dam kita, yang mana pada 28 Februari 2022 yang lalu sehingga 1 dan 2 Mac 2022 yang lalu. Malapetaka besar berlaku kepada Kenyir dam kita yang menyebabkan ekoran daripada itu masalah sungainya tidak ada air kerana sumber asalnya air daripada Kenyir dam tidak dapat dialirkan. Seolah-olah Kenyir Dam ini terkunci. Air tak boleh nok tubik. Dan kita lihat banyak kawasan yang cerun-cerunnya terhakis. Puncak-puncak bukit menjadi botak kerana hakisan yang besar berlaku. Dan baru semalam ada saya baca dalam Berita Harian, baru keluar kelmarin. Dan juga dalam Sinar Harian petang kelmarin pun ada membuat tajuk 8 empangan berisiko ancam keselamatan penduduk. Ini pun Kuala Berang jugak. Kalau la pecahnya Kenyir dam itu, sudah tentu orang-orang di tebing sungai sana yang akan hadapi ancaman yang besar. Kita tahu bahawa kalau dalam kawasan TNB, adalah TNB yang menyelesaikan permasalahan ini.
Sepertimana ada pembaikian-pembaikian yang telah dibuat yang dijangka setengahnya hampir RM500 juta untuk membaiki infra di dalam kawasan TNB sahaja. Di luar kawasan TNB, misalnya jalan ke Jenagor sehingga ke stesen janakuasa tersebut adalah di bawah JKR dan dengar khabar telah ada peruntukan untuk memperbaiki. Tetapi
sebelah atas bukit itu yang tidak termasuk dalam kawasan jajaran JKR kepunyaan hutan simpan di bawah Jabatan Hutan, Jabatan Hutan dah tentu dia kata ini bukan kerja dia. Nak jaga kegondolan bukit tersebut. Jadi sehingga hari ini tidak ada pihak-pihak yang cuba untuk menyelesaikan masalah ini. Tambahan lagi baru-baru ini kita dapati ada punca-punca air yang baru yang kita bimbang penyerapan air daripada Kenyir dam ke atas bukit tersebut yang menyebabkan keselamatan kepada dam itu sendiri. Jadi kita berharaplah supaya pihak Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Pusat mengambil inisiatif yang lebih bermakna untuk menyelesaikan masalah ini kerana kita bimbang sekiranya ada apa-apa yang berlaku kepada Kenyir dam tersebut, orang Kuala Berang lah yang merupakan mangsa yang pertama yang terpaksa dihadapi.
Yang Berhormat Kuala Berang boleh tamatkan. Saya cadang nak bagi seorang lagi.
Oh. Dua je baru. Takpelah. So, atas dua isu ini, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Speaker yang memberi ruang kepada saya untuk memberi ucapan menjunjung kasih Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Kuala Berang mohon menyokong. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Berang. Terakhir saya persilakan mana-mana Yang Berhormat. Takdok. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Alhamdulillah kita telah selesai membuat perbahasan ke atas usul menjunjung kasih Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan. Jadi untuk hari esok pihak Kerajaan akan membuat penggulungan ke atas perbahasan Ucapan Titah DiRaja. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebelum saya tangguhkan persidangan ini, sukacita dimaklumkan etika pemakaian esok Rabu, 4 Oktober 2023 adalah berbaju batik Malaysia berlengan panjang dan bagi wanita pula baju kurung batik. Ini juga dipanjangkan kepada pegawai-pegawai atau Ketua-ketua Jabatan yang turut hadir. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian saya tangguhkan persidangan hari ini sehingga ke hari esok, Rabu, 4 Oktober 2023 pukul 9.30 pagi. Marilah sama-sama kita tangguhkan mesyuarat kita dengan membaca Tasbih Kaffarah dan surah Al-Asr.
DEWAN DITANGGUHKAN PADA PUKUL 4.50 PETANG