Terengganu · 4 October 2023
15th Assembly, 1st session, 1st meeting · 284 turns · 28,014 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalTerengganu publishes one PDF per meeting, with the written answers appended. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
Soalan-Soalan LisanQuestions
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, mesyuarat disambung semula pada pagi ini. Sebelum kita menyambung persidangan Dewan pada pagi ini, marilah sama-sama kita membacakan Ummul Kitab Al-Fatihah.
(Al-Fatihah)
Mesyuarat pada pagi ini akan diteruskan dengan soalan-soalan Lisan. Berikut adalah Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberi notis untuk mengemukakan soalan-soalan Lisan pada hari ini 4 Oktober 2023-
Yang Berhormat Wakil Permaisuri 2 Yang Berhormat Wakil Hulu Besut 3 Yang Berhormat Wakil Rantau Abang 4 Yang Berhormat Wakil Batu Rakit 5 Yang Berhormat Wakil Langkap 6 Yang Berhormat Wakil Air Putih 7 Yang Berhormat Wakil Telemong 8 Yang Berhormat Wakil Kuala Besut 9 Yang Berhormat Wakil Bukit Besi 10 Yang Berhormat Wakil Sura 11 Yang Berhormat Wakil Bandar 12 Yang Berhormat Wakil Jertih 13 Yang Berhormat Wakil Kuala Berang 14 Yang Berhormat Wakil Buluh Gading 15 Yang Berhormat Wakil Kemasik 16 Yang Berhormat Wakil Ladang 17 Yang Berhormat Wakil Pengkalan Berangan 18 Yang Berhormat Wakil Manir 19 Yang Berhormat Wakil Bukit Tunggal
Seperti hari kelmarin, Yang Berhormat akan diberi satu sahaja peluang untuk soalan tambahan kerana kita mempunyai masa yang sangat terhad. Dipersilakan Yang Berhormat Wakil Permaisuri untuk mengemukakan soalan.
Soalan saya, soalan nombor 1-
Apakah prospek industri pelancongan terutamanya di kawasan persisiran pantai dan sejauh manakah rakyat Terengganu khususnya dapat mengambil peluang daripada industri tersebut?
Yang di-Pertua, sepertimana soalan yang tertera di skrin, terima kasih kepada Permaisuri. Terengganu merupakan sebuah yang memiliki jajaran pantai terpanjang iaitu 244 kilometer dari utara Besut hingga ke selatan Kemaman dengan pelbagai keunikan dan keindahan panoramanya. Pulau dan pantai juga merupakan salah satu daripada lima kluster utama pelancongan Negeri Terengganu. Rakyat Terengganu boleh mendapat limpahan ekonomi kesan daripada kegiatan atau aktiviti pelancongan di pesisir pantai ataupun di pulau-pulau. Terutamanya melalui pemerkasaan program Comunity Based Tourism (CBT) dengan izin yang diusahakan oleh penduduk di pulau-pulau atau di kawasan sekitarnya, terima kasih.
Soalan tambahan saya, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Soalan awal saya merujuk kepada prospek industri pelancongan. Tetapi soalan tambahan saya ialah kita hendak tahu sejauh manakah Kerajaan dapat menyediakan kemudahan-kemudahan ataupun bantuan-bantuan kepada pengusaha-pengusaha sepanjang pantai yang melibatkan pelancongan terutamanya di kawasan Setiu, terima kasih.
Terima kasih di atas soalan yang agak baik, soalan tambahan daripada Wakil Permaisuri. Sebenarnya di pantai dia melibatkan beberapa perkara yang perlu penduduk tempatan mengambil kesempatan untuk sama-sama mendapat limpahan daripada hasil alam semulajadi yang berada di Negeri Terengganu. Pantainya cantik, pulau, kita mempunyai Pulau Tenggol, Pulau Kapas, Pulau Bidong, Pulau Lang Tengah, Pulau Redang, Pulau Perhentian Kecil dan juga Perhentian Besar. Berbalik kepada soalan yang diberikan tambahan kepada saya penglibatan yang digerakkan bersama dengan MOTAC (Ministry Of Tourism Malaysia). Penglibatan penduduk seperti anak muda di pesisir pantai, dicadangkan dan digerakkan diambil untuk menyertai kursus sebagai Tour Guide, pemandu pelancong dan juga kita menyediakan sedikit peruntukan untuk memulakan perniagaan dan juga seperti kalau di pantai kita menjual barang-barang, anting-anting daripada Pulau Kapas daripada pulau, seperti siput dan sebagainya, dan juga diberi juga kemudahan untuk mengadakan aktiviti-aktiviti lain seperti ATV, kuda dan sebagainya dan kerajaan juga menyediakan sedikit peruntukan untuk
pembuatan barangan kraf atau industri hiliran untuk dijual kepada pelancong seperti batik, keychain dan lain- lain. Jadi pada saya penduduk tempatan perlu mengambil peluang ini supaya sama-sama kita dapat hasil limpahan alam semulajadi yang berada di negeri kita, insya-Allah. Terima kasih.
Seterusnya saya persilakan Wakil Hulu Besut untuk mengemukakan soalan, silakan.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua, Hulu Besut soalan nombor 1-
Alhamdulillah, saya ucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Terengganu khususnya kepada YB ADUN Jabi kerana dapat menyelesaikan masalah tanah bagi generasi kedua Felda Selasih. Soalan: Apakah tindakan dari Kerajaan Negeri Terengganu untuk menyelesaikan masalah tanah bagi generasi kedua di seluruh Negeri Terengganu, terutamanya di Felda Tenang DUN Hulu Besut.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat Yang Berhormat Hulu Besut. Isu tanah tapak rumah untuk generasi kedua Felda adalah isu yang telah berlanjutan sejak sekian lama. Jadi antara kesan langsungnya ialah, banyak sekolah-sekolah rendah dalam kawasan Felda berhadapan masalah kekurangan murid. Sekolah Kebangsaan Felda Selasih dalam kawasan saya yang sepatutnya boleh memuatkan lebih daripada 600 orang pelajar, sekarang ini tinggal tak sampai 100 orang disebabkan generasi kedua sudah tidak ada kehidupan dalam Felda. Masalah utamanya adalah penempatan. Sebab itulah kita melihat isu tanah tapak rumah generasi kedua Felda ini sebagai satu isu besar bagi kelangsungan generasi anak-anak peneroka dan Felda Selasih, di Jabi kita mengorak langkah ke arah ini. Tidak mudah sebenarnya untuk berhadapan dengan pelbagai karenah birokrasi bagi kita mengeluarkan menyahwartakan tanah yang telah diwartakan, di bawah Akta GSA untuk dikeluarkan dan dijadikan tanah kerajaan biasa dan seterusnya
dipecahkan lot dan dibahagikan kepada anak-anak generasi kedua. Sebab secara asasnya Felda agak berat untuk memberi persetujuan bagi proses nyahwarta ini. Pelbagai perbincangan, mesyuarat, turun padang, sesi libat urus yang kita buat sehingga akhirnya kita berjaya memaksa Felda supaya beri persetujuan dan mendapat tanda tangan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika itu yang membenarkan tanah di kawasan Felda Selasih dinyahwarta daripada Akta GSA dan seterusnya kita pecahkan kepada lot-lot RTB dan diberi geran hak milik pada rakyat. Jadi bila dah ada satu prociding case yang pertama dalam Malaysia, banyak Felda-Felda daripada seluruh negara meminta pandangan dan bantuan supaya apa yang dinikmati oleh generasi kedua Felda Selasih turut melimpah kepada mereka. Kerajaan melihat kalau kita nak selesai satu-satu secara berasingan maka dia akan jadi berecek kita akan buang banyak masa sebab itulah dalam mesyuarat yang pertama antara pihak EXCO Pertanian bersama dengan UPEN kita panggil sekali dengan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) kita telah memutuskan untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Task Force bagi menyelesaikan isu tanah generasi kedua Felda yang akan melibatkan Kerajaan Negeri, Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Pejabat Tanah Daerah serta pihak pengurusan Felda daripada peringkat HQ lagi dan pihak pengurusan Felda sendiri telah menyatakan persetujuan untuk bersama dalam Jawatankuasa Task Force ini, insya-Allah kita nampak jalan yang akan dilalui selepas daripada ini tidaklah serumit sebagaimana yang kami pernah lalui ketika menyelesaikan kes di Felda Selasih ini, terima kasih.
TIMBALAN YANG BERHORMAT DATO’ YANG DI-PERTUA: Terima kasih, Wakil Kerajaan ada soalan tambahan dari Besut atau lain-lain kalau tidak ada, tahniah kepada Wakil Kerajaan dan tahniah kepada Kerajaan Negeri kerana berjaya mendahului negeri-negeri lain dalam menyelesaikan tanah-tanah Felda untuk dijadikan tapak rumah. Saya persilakan seterusnya wakil dari Rantau Abang untuk mengemukakan soalan.
Terima kasih Yang berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Soalan Rantau Abang soalan yang pertama-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam menyediakan pembangunan asas di tanah-tanah rancangan tanah berkelompok (RTB) yang telah dikeluarkan Borang 5A dan telah selesai pembayaran premium tanah.
TIMBALAN YANG BERHORMAT DATO’ YANG DI-PERTUA: Silakan.
Timbalan Yang di-Pertua, sahabat saya daripada Rantau Abang yang telah pun mengemukakan soalan berkenaan dengan perancangan Kerajaan Negeri dalam menyediakan pembangunan asas di tanah-tanah RTB yang telah dikeluarkan Borang 5A. Untuk makluman Yang Berhormat dan semua yang hadir dalam Dewan ini, DUN Rantau Abang adalah di antara DUN yang mempunyai jumlah RTB yang agak besar iaitulah sebanyak lima belas RTB kediaman dan lima RTB pertanian dan sememang kerajaan ada menyediakan peruntukan setiap tahun bagi penyediaan pembangunan prasarana dan infrastruktur pembangunan asas secara berfasa bagi memenuhi keperluan semasa rakyat Negeri Terengganu. Sebagai contoh dalam tahun ini Kerajaan membelanjakan sekitar RM711,250.00 untuk kerja-kerja pembangunan prasarana dan infrastruktur di RTB-RTB yang telah pun disediakan ini, terima kasih.
TIMBALAN YANG BERHORMAT DATO’ YANG DI-PERTUA: Terima kasih, soalan tambahan.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO, soalan tambahan daripada Rantau Abang. Dengan pelbagai kaedah untuk membangunkan kawasan-kawasan baru ini adakah pihak Kerajaan Negeri akan meneruskan pinjaman i-RAHMAN kepada mereka yang memiliki tanah sendiri ataupun yang telah menerima tanah RTB?
Terima kasih Yang Berhormat Rantau Abang untuk makluman Dewan juga bahawa menyediakan pinjaman i-RAHMAN ini adalah salah satu daripada manifesto yang telahpun dikemukakan oleh PAS sewaktu Pilihan Raya
Umum yang ke-14 yang lalu dan ianya telah pun dilaksanakan pada penggal yang lepas dan insya-Allah ia akan diteruskan lagi pada penggal semasa ini insya-Allah, jadi jawapan pihak Kerajaan insya-Allah bersedia untuk meneruskan pinjaman i-RAHMAN kepada mereka yang layak dan memerlukan, terima kasih.
TIMBALAN YANG BERHORMAT DATO’ YANG DI-PERTUA: Terima kasih Wakil Kerajaan soalan ini telah dijawab bersama soalan daripada Wakil Hulu Besut juga yang tanya berkenaan batu sempadan, Hulu Besut ada soalan tambahan? Tiada soalan tambahan daripada Hulu Besut saya persilakan Wakil daripada Wakil Batu Rakit, silakan.
Yang berhormat Timbalan Yang di-Pertua, sebelum saya nyatakan soalan saya, saya minta izin sedikit untuk Peraturan Dewan. Sebenarnya banyak soalan-soalan saya ditolak sebelum ini kerana berlakunya jawapan itu perlu daripada pihak Kerajaan Persekutuan jadi dia berkait dengan Peraturan Dewan 26(6). cuma yang menarik (6) itu saya baca sedikit Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, mengikut apabila soalan yang dibuat itu kena pada apa-apa perkara yang menurut Perlembagaan Persekutuan ialah Perkara di bawah Kerajaan Persekutuan atau mana-mana jabatannya maka bolehlah Yang di-Pertua Dewan mengikut timbangannya sama ada menolak soalan itu atau memerintah supaya dirujukkan kepada Kerajaan Persekutuan dan jawapannya dibentangkan atas meja dalam Mesyuarat Dewan yang akan datang, jadi saya merayulah Yang di-Pertua supaya..
TIMBALAN YANG BERHORMAT DATO’ YANG DI-PERTUA: Faham, faham beginilah Wakil Batu Rakit kita ada peraturan dalam soalan-soalan. Antara soalan-soalan yang boleh ditolak ialah apabila perkara ini tidak berkenaan, berkait dengan Kerajaan Negeri berkait dengan Kerajaan Persekutuan maksud soalan ini boleh dibawa ini, maksudnya mungkin melalui Ahli Parlimen ataupun Dewan mengemukakan kepada Parlimen dan ini prosesnya Panjang. Walau bagaimanapun saya cadangkan jika Yang Berhormat ada soalan berkaitan dengan Parlimen sila majukan kepada Ahli Parlimen kawasan masing-masing. Begitu juga soalan yang ditolak kadang-kadang soalan-soalan yang terlalu
umum sukar untuk pihak Kerajaan menjawabnya jadi saya ingat untuk memendekkan masa sila Batu Rakit kemukakan soalan.
Okey, terima kasih Timbalan Yang di-Pertua, soalan saya nombor satu-
Sejauh mana kesediaan Kerajaan Negeri untuk sediakan perumahan rakyat di tapak perumahan yang telah dicadangkan di Kampung Telaga Dua/Kubur Timah Batu Rakit?
TIMBALAN YANG BERHORMAT DATO’ YANG DI-PERTUA: Silakan wakil Kerajaan.
Timbalan Yang di-Pertua, Yang Berhormat sahabat saya daripada Batu Rakit soalan Yang Berhormat seperti yang tertera di skrin berkenaan dengan kesediaan Kerajaan untuk sediakan perumahan rakyat di tapak perumahan yang telah dicadangkan di Kampung Telaga Dua ataupun Kubur Timah Batu Rakit. Untuk makluman Yang Berhormat Batu Rakit Kerajaan Negeri melalui SUK Perumahan telah pun menerima Cadangan Pembangunan Perumahan Mampu Milik dan Bercampur daripada syarikat pemaju dan dalam proses untuk meneliti Laporan Cadangan Pembangunan ataupun MCP tersebut. Terdapat beberapa pindaan yang sedang diteliti MCP dalam Laporan MCP tersebut dan insya-Allah setelah selesai pindaan tersebut dan sesuai untuk dibangunkan satu kertas cadangan projek akan diangkat ke Mesyuarat MMKN pada tahun ini, insya-Allah.
TIMBALAN YANG BERHORMAT DATO’ YANG DI-PERTUA: Ada soalan tambahan.
Solan tambahan, selepas diangkat cadangan dalam MMKN nanti anggaran berapa lama tempoh untuk projek itu dapat dimulakan. Terima kasih.
Untuk makluman Yang Berhormat Batu Rakit juga bagi projek-projek Kerajaan Negeri dan Persekutuan, selepas diangkat cadangan dalam MMKN proses kelulusan kebiasaannya mengambil masa selama seminggu,
kemudian proses perolehan akan dibuat dan mengambil masa selama enam bulan, apabila perunding dan kontraktor dilantik, proses permohonan kelulusan kebenaran merancang akan dibuat kepada PBT, bagi pemaju swasta apabila keputusan MMKN diperolehi, surat tawaran akan dikemukakan kepada pemaju sebelum dimeteraikan perjanjian usahasama dengan Kerajaan Negeri dan apabila selesai proses perjanjian permohonan Kebenaran Merancang kepada PBT akan dibuat. Terima kasih.
Terima kasih, seterusnya saya persilakan Wakil Langkap.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, soalan saya yang pertama-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membina bangunan baru bagi menempatkan Mahkamah Rendah Syariah Setiu, di mana sekarang ini masih menyewa di premis perniagaan?
Silakan.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Berhormat-Yang Berhormat, terima kasih kepada ADUN Langkap yang mengemukakan soalan sebagaimana yang tertera di skrin. Memang agenda pemerkasaan syariah adalah satu agenda yang menjadi keutamaan kepada Kerajaan Negeri dalam semua aspek termasuk aspek infra. Sekarang ini kita ada Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah. Jadi untuk menjawab persoalan ini, ya, Kerajaan Negeri berhasrat untuk membina bangunan baharu Mahkamah Rendah Syariah Setiu bagi menggantikan bangunan sedia ada yang beroperasi di premis perniagaan secara sewaan.
Soalan tambahan, sila.
Terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO, soalan tambahan sayanya, kelewatan yang berlaku itu kerana tapak asalnya tidak sesuai sebagaimana yang diluluskan oleh sebelum pada inilah, cuma nak tahu kerja-kerja awal pembinaan itu akan dibuat setelah proses pewartaan tapak baharu jadi soalan saya, permohonan, bila buat permohonan untuk tapak baharu itu, sebab setakat ini seingat sayanya dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tanah Daerah, rasa tak berbangkit lagi soal permohonan.
Ya, memang ia melalui proses-proses dan permohonan itu sudah diangkat dan sudah diluluskan Insya-Allah. Alhamdulillah pada bulan Jun yang lepas.
Terima kasih, dipersilakan Wakil Air Putih untuk mengemukakan soalan. Sila, takde soalan? Ya, ya soalan ditolak.
Seterusnya dipersilakan Wakil daripada Telemong untuk mengemukakan soalan, Wakil Air Putih soalan dia kena tolak.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, soalan saya yang pertama-
Nyatakan jumlah kehadiran pelancong ke Tasik Kenyir beberapa tahun kebelakangan ini. Apakah usaha-usaha terkini yang dilakukan oleh pihak Kerajaan untuk menarik ramai pelancong hadir ke sini?
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih soalan daripada Telemong. Hari ini bukan soal gajahlah, soalan ini.
Hari ini hal pelancongan ni.
Hal pelancongan harini.
Tapi gajah juga ada dalam pelancongan Negeri Terengganu ni.
Lari sikit harini, sepertimana yang tertera dalam skrin.
Cari pasal Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua.
Jumlah kedatangan pelancong di Tasik Kenyir adalah seperti berikut. Kita ambil daripada tahun 2019 hingga 2023.
Data Pelancong ke Tasik Kenyir 2019 2020 2021 2022 2023 607,398 orang 208,097 orang 207,969 orang 246,896 orang 141,487 orang
Di antara usaha-usaha Kerajaan Negeri untuk menarik lebih ramai pelancong hadir ke Tasik Kenyir adalah seperti berikut:
1. Mempromosikan Tasik Kenyir sebagai destinasi eko-pelancongan wajib dikunjungi oleh semua platform promosi media massa, media sosial, travel fair dalam dan luar negara.
2. Menggalakkan pemain industri di Kenyir untuk merangka pakej-pakej pelancongan yang dapat menarik pengunjung.
3. Menjenamakan promosi kluster utama iaitu Tasik Kenyir kepada Geopark Kenyir, ni hok baharu ni Yang Berhormat, setelah Kenyir mendapat pengiktirafan sebagai tapak geopark secara rasminya pada 30 Mei 2023 dan; 4. Penganjuran acara yang dapat menarik minat pengunjung sekali gus mampu memberi impak peningkatan sosio ekonomi kepada penduduk kepada setempat.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua.
Ada soalan tambahan?
Terima kasih Wakil Kijal atas jawapan yang diberi tadi. Jadi saya ingin menyatakan di sini bahawa Tasik Kenyir ini adalah merupakan tasik yang besar, luas kalau orang-orang nak tahu, luar Tasik Kenyir ini lebih kurang 1 Negeri Melaka, Tasik Kenyir sahaja tak masuk lagi yang empangan kedua itu, luas. Makna kita dah rakyat Hulu Terengganu telah berkorban lebih kurang besar Kuala Terengganu.
Jangan panjang-panjang sangat, kena soalan tambahan tu apa benda.
Saya nak beritahu sikit Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, cuma saya lihat tadi yang angka yang diberi oleh Wakil Kijal tadi berlaku penurunan yang ketara. Pelancong hadir kalau kita lihat yang terakhir paling ramai 607,000, tahun 2019, 2023 ni baru 141,000. Maknanya berlaku penurunan yang sangat ketara kata, telah dikatakan dulu bahawa kedatangan pelancong ke Kenyir ini mencecah 800,000 jadi makin maju kita ini makin kurang pelancong yang datang jadi ini kerana Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, kita rakyat Hulu Terengganu sangat mengharapkan kedatangan pelancong yang ramai di sini di antara perkara-perkara yang boleh membantu merancakkan ekonomi rakyat Hulu Terengganu. Jadi kita harap Kerajaan mengambil langkah yang agak serius kerana sebelum ini difahamkan kononnya di Hulu Terengganu ini telah diisytiharkan Tasik Kenyir khususnya diisytiharkan dulu kawasan sebagai pintu masuk Terengganu, dulu diwar-warkan dulu. Kemudian, selepas itu kita dengar kita semua tahu Kerajaan Negeri telah mengisytiharkan Kenyir ini kawasan..
Soalannya Yang Berhormat? Soalannya..
Sikit lagi
Soalannya sebab kekurangan bilangan pelancong ke sebab apa benda ini
Nak tahu sikit lagi, sikit lagi Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Kerajaan Negeri telah mengisytiharkan Kenyir kawasan bebas cukai, duty free, kemudian baru-baru ini ada Geopark pula, jadi macam-macam program Kerajaan buat jadi tak menjejak, soalan saya ialah
Ini yang saya nak ni
Soalan saya ialah saya nak tahu berapa Kerajaan dah habis belanja untuk membina kononnya Kawasan Kenyir ini sebagai kawasan bebas cukai, berapa belanja telah dihabis? Telah diperuntukkan dan apa hasilnya hari ini? Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua.
Terima kasih atas soalan tambahan, saya dok tahu Wakil Kerajaan boleh jawab ataupun perlu notis kerana jumlah berapa ini mungkin perlu pada rujukan dan details sikit, sila Wakil Kerajaan.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, sebenarnya banyak soalan dia itu, soalan yang pertama hok saya dapat tangkap bakpe dia kata, bakpe penurunan kehadiran pelancong daripada tahun 2019 hingga 2020 sehingga 2022. Jadi saya nak beritahu..
2022 mungkin Covid, 2023..
(ketawa) Dato’ Speaker nak jawab ke saya nak jawab?
2019, betul 2019 600,000, 800,000 lebih. Sila.
Jadi Covid 19 tu bermaknanya 2019 kita dilanda satu wabak yang agak luar biasa. Sebab tu dia jadi gitu, jadi turun. Jadi pada tahun 2022, dia ada sedikit peningkatan, maknanya pasca Covid, Yang Berhormat dan tahun 2023 sehingga Julai kita
nampak ada peningkatan, 141. Maksudnya kita satu, dua, tiga, empat, enam bulan lagi dan saya jangka dia akan meningkat. Jadi, sebenarnya di Tasik Kenyir ini banyak peluang yang kita dapat lihat dan telah disempurnakan oleh majoritinya orang Hulu Terengganu sepertimana pembinaan houseboat. Kalau tengok hari ini houseboat dah berskala besar Timbalan Yang di-Pertua. Houseboat dah sampai dua hari satu malam mencecah sehingga RM15,000.00 dua hari satu malam dan di sana juga kita mempunyai Santuari Kelah, hok tempat berkumpulnya ikan kelah. Ini di negara lain saya rasa tiada dalam dunia ni kecuali di Tasik Kenyir dan kita juga mempunyai Pulau Herba. Beratus herba macam-macam jenis herba ada dan kita mempunyai Pulau Orkid. Maknanya kalau peminat orkid dia akan pergi khusus untuk Pulau Orkid sahaja. Maknanya day trip, pergi pagi balik petang naik bot dan bot itu adalah pengusaha daripada Hulu Terengganu dan kita mempunyai Air Terjun Lasir, Sauk. Walaupun pulau di Tasik Kenyir adalah pulau buatan manusia tetapi ada air terjun dan kita mempunyai rumah rakit. Ada rumah rakit di Tasik Kenyir yang berlesen dan tempat-tempat yang memancing. Sebagai contoh, kita dah nak masuk di musim tengkujuh ni. Kalau dulu di musim tengkujuh persepsinya tak boleh turun ke Terengganu. Pasal apa? Pasal angin kuat. Angin kencang tak boleh pergi ke laut. Itu di laut. Sekarang kita promote Tasik Kenyir. Orang Tasik Kenyir kata, kalau musim hujan Yang Berhormat Timbalan Speaker, ikan dia semakin galak. Maksudnya, pemain-pemain pemancing-pemancing ini dia memang suka ke Tasik Kenyir dan ini merupakan satu limpahan pendapatan kepada orang Tasik Kenyir terutamanya orang Hulu Terengganu.
Ha.. Soalan tambahan. Celah sikit
Tak habis lagi ni..
Timbalan Yang di-Pertua..
Saya nampak jawapan ni panjang. Jadi saya nak minta Wakil Kerajaan pendekkan jawapan dan minta sebab ini juga wakil daripada Daerah Hulu Terengganu, saya bagi satu soalan. Pendek ya. Sila.
Ya. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua, saya nak tahu juga, ada satu peraturan yang dikeluarkan oleh Jabatan Hutan, tidak boleh masuk ke kawasan Kenyir pada musim hujan kerana dibimbangi ada terjahan air terjun dan sebagainya. So, itu jadi seolah-olah kurang tepat sikitlah. Apabila berlaku musim tengkujuh di laut, suruh datang ke sungai sedangkan ada peraturan. Tidak menghalang untuk ke sungai-sungai di Kenyir.
Terima kasih. Saya rasa jelas soalan tu. Sila Wakil Kerajaan.
Saya jawab dululah soalan Kuala Berang. Dia sebenar tu peraturan yang memberi kita supaya berhati-hati. Tapi dalam isu memancing, dia memang kalau musim hujan, ikan dia semakin banyak Yang Berhormat Kuala Berang. Soal kita nak pergi memancing atau taknak pergi memancing, itu soal kita. Sama juga di laut, Kerajaan tidak pernah memberi arahan supaya tutup bisnes semasa musim tengkujuh tetapi pengusaha sendiri yang menutup bisnes kerana kekurangan kehadiran pelancong. Sama juga di Tasik Kenyir dan saya berkata sedemikian kerana saya juga bekas Pengerusi KETENGAH dan saya tengok kehadiran semasa musim tengkujuh ni agak ramai tetapi tertumpu kepada kaki pancing yang tough yang fit yang boleh masuk ke tempat-tempat yang kita benarkan. Jadi untuk yang data yang angka berapa jumlah perbelanjaan Krajaan untuk Tasik Kenyir, saya rasa saya kena bagi jawapan secara bertulis.
Wakil Kijal, saya..
Cukup dah tu.
Perancangan kawasan duty free, bebas cukai tu.
Saya bagi jawapan bertulis.
Terima kasih Wakil Telemong, soalan kita hadkan untuk satu sahaja, ni pun saya dah bagi dua kerana memandangkan orang Kuala Berang juga yang mengemukakan soalan.
Boleh saya bagi jawapan bertulis? Jumlah saya nak bagi secara..
Yang tu kita.. Sebab tu saya kata, soalan-soalan yang memerlukan kepada angka yang detail, tepat ini tidak sesuai dikemukakan sewaktu soalan lisan lebih-lebih lagi dalam soalan tambahan kerana Wakil Kerajaan kena cari angka yang tepat. Kalau jawab tidak tepat nanti tidak sesuai dengan Dewan kita yang mulia ini. Terima kasih wakil kerajaan. Seterusnya saya persilakan wakil Kuala Besut untuk mengemukakan soalan. Sila.
Terima kasih Timbalan Speaker. Soalan saya soalan satu-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan masalah perparitan yang berpanjangan di DUN Kuala Besut?
Silakan Wakil Kerajaan. Ini berkaitan dengan perumahan ke apa?
Wakil Kuala Besut, soalannya ialah? Ditujukan kepada wakil perumahan. Sila Wakil Kuala Besut bacakan soalan. Minta Wakil Kuala Besut bacakan soalan dia. Soalan nombor satu tu.
Apakah tindakan Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan (diam)
Aik? soalan sendiri pun tak tahu ni. Soalan nombor 1
Apakah tindakan Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan masalah perparitan yang berpanjangan di DUN Kuala Besut?
Soalan ni umum ni. DUN Kuala Besut tu besar. Perparitan tu saya tidak tahu ada berapa parit di Kuala Besut. Tapi ada Wakil Kerajaan nak jawab. Silakan.
Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Kuala Besut. Jawapannya tindakan Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan masalah perparitan di Besut melalui Majlis Daerah Besut telah membuat perancangan bagi merangka master plan perparitan seluruh kawasan Besut dan telah memohon peruntukan dalam RMK-12 RP4 sebagai panduan rekabentuk bagi semua agensi teknikal yang berkaitan seperti MDB, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kerja Raya, Pejabat Daerah Besut, JPP dan lain-lain. Sekiranya master ini diluluskan ataupun peruntukan yang diperolehi, masalah perparitan bukan sahaja di Kuala Besut, malah seluruh Besut akan dapat ditangani dengan cepat dan efisyen.
Sila kalau ada soalan tambahan. Kalau tak ada, tak apa.
Soalan tambahan tak ada.
Terima kasih. Seterusnya saya persilakan Wakil Bukit Besi untuk mengemukakan soalan.
Timbalan Yang di-Pertua, barisan EXCO, Ketua-ketua jabatan dan semua yang hadir. Saya soalan nombor tiga. Insya-Allah.
Apakah status tapak taman tema di susur keluar Tol Bukit Besi dan apakah perancangan Kerajaan dalam membangunkan kawasan tersebut.
Soalan nombor tiga, dipersilakan Wakil Chukai. Soalan nombor tiga ye?
Tiga, tiga.
Wakil Chukai. Sila. Kalau soalan nombor 1, Wakil Kijal. Sila.
Terima kasih kepada Bukit Besi. Timbalan Yang di-Pertua, apakah status tapak taman tema di susur keluar tol Bukit Besi? Dan apakah perancangan Kerajaan dalam membangunkan kawasan tersebut? Jawapannya, status tapak masih lagi untuk cadangan membina sebuah bandar era 60-an dan taman tema air sebagai pusat pelancongan kawasan bersejarah Bukit Besi. Bagi perancangan membangunkan kawasan tersebut, Kerajaan Negeri akan meneliti cadangan bagi membina sebuah kolej berdasarkan keputusan MMKN kali ke-10 tahun 2020 dan kedudukan kewangan semasa melalui libat urus pihak-pihak yang berkepentingan. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Silakan.
Kawasan itu doh kalau kita perhatikan, kawasan tu doh lama sangatkan dia punya… sodok lama doh lebih daripada 10 tahun doh. Bila dijangka kalau kolej ke kalau… dia dicadangkan untuk penempatan cadangan seperti itu, sebelah tu. Terima kasih.
Silakan Wakil Kerajaan.
Terima kasih kepada Bukit Besi. Pembangunan kawasan berkenaan tertangguh apabila
keputusan MMKN kali ke-10 tahun 2020 memutuskan untuk UPEN menyemak dan mengkaji semula pelaksanaan projek tersebut kepada sebuah kolej. Berdasarkan kepada nasihat perundangan, pelaksanaan cadangan asal masih terikat dengan kontrak kerana lantikan telah pun dibuat dan terdapat implikasi perundangan dan kewangan kepada Kerajaan sekiranya penamatan dibuat dengan ketiadaan kuasa dan keingkaran di pihak kontraktor. Walau bagaimanapun, pihak kontraktor telah pun membuat permohonan serta bersetuju untuk penamatan bersama dan ianya dalam proses rundingan. Sebarang pembangunan di tapak berkenaan hanya dapat dilaksanakan selepas perjanjian tambahan penamatan bersama dimuktamadkan. Terima kasih.
Terima kasih. Seterusnya saya persilakan Wakil daripada Sura untuk mengemukakan soalan.
Timbalan Yang di-Pertua, Sura, soalan nombor 1-
Apakah standard pemakaian menutup aurat yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri pada setiap acara sukan dan juga program-program yang dilaksanakan oleh badan-badan NGO di dalam Negeri Terengganu?
Silakan Wakil Kerajaan.
Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih Wakil Sura yang telah mengemukakan soalan berkenaan dengan standard pemakaian menutup aurat yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri pada setiap acara sukan dan juga program-program yang dilaksanakan oleh badan-badan NGO dalam Negeri Terengganu. Untuk maklumat Wakil Sura, Kerajaan Negeri sangat serius dalam melaksanakan dasar sukan patuh syariah termasuklah pakaian menutup aurat dalam ruang lingkup kuasa yang ada walaupun berdepan kekangan terutama perkara yang
melibatkan peraturan dan undang-undang sukan antarabangsa yang sebahagiannya tidak mesra syariah. Dalam erti kata yang lain, pendekatan yang konsep berpakaian mesra syariah pun tidak mampu dilunaskan oleh badan-badan ataupun undang-undang sukan antarabangsa ini maka apatah lagi berkenaan dengan pakaian patuh syariah.
Oleh kerana itu, Kerajaan Negeri pada tahun 2020 telah mengeluarkan Dokumen Garis Panduan Hiburan, Persembahan Kebudayaan, Pelancongan dan Sukan Negeri Terengganu yang dilancarkan pada 12 Mac 2020. Garis panduan ini telah pun diedarkan kepada semua pemegang taruh bagi memastikan sebarang pelaksanaan aktiviti berkaitan dibuat mengikut ketetapan oleh Kerajaan Negeri dan boleh juga didapati di laman sesawang rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu.
Garis panduan yang dibina berkaitan standard pemakaian seperti yang saya nyatakan ini:
Pertama Atlet iaitu peserta atau pemain yang bergiat dalam apa jua bidang sukan ini atau ahli sukan.
i) Atlet yang beragama Islam hendaklah berpakaian yang ditetapkan oleh syarak seperti menutup aurat, sopan dan bersesuaian dengan sukan yang diceburi.
ii) Atlet bukan beragama Islam disyorkan berpakaian sopan dengan maksud tidak terlalu ketat, singkat atau jarang.
Manakala jurulatih juga mengikut garis panduan sepertimana atlet yang saya nyatakan sebentar tadi. Meskipun demikian, kita terpaksa memperakui bahawa enforcement, dengan izin, bukanlah satu-satunya kunci untuk kita mencapai sesuatu kejayaan. Agenda yang kita terapkan adalah dalam bentuk memberikan suatu penerapan pendidikan dan kesedaran kepada semua atlet dan juga penggiat sukan. Sebab itu kami teringat dengan kisah yang berlaku pada Umar bin Abdul Aziz bersama dengan anaknya, Abdul Malik yang pada waktu itu menggesa kepada Umar bin Abdul Aziz supaya melaksanakan seberapa segera apa yang telah diperintahkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala walaupun berdepan dengan kemiskinan dan seumpamanya. Pada waktu itu dijawab oleh Umar bin Abdul Aziz:
Kata Umar bin Abdul Aziz kepada anaknya, “jangan gopoh wahai anak kesayanganku. Allah mengharamkan, mencela arak dalam Al-Quran dua kali dan mengharamkan pada kali yang ketiga. Aku bimbang untuk membawa kebenaran kepada manusia secara sekali gus lalu mereka juga meninggalkan secara sekali gus.”
Siapa yang membawa fitnah pada waktu itu? Maka oleh kerana itu, dengan semangat-semangat seperti ini, kami akan berusaha sebaik yang mungkin untuk memastikan semua atlet dan juga pemegang taruh dalam sukan Negeri Terengganu diberikan pendidikan dan diberikan pembangunan untuk mereka memiliki kesedaran dalam mematuhi syariah. Terima kasih.
Terima kasih Wakil Kerajaan. Saya rasa jawapan itu jelas. Ada soalan lagi Sura?
Ada, ada soalan tambahan kerana apabila kita melihat mengenai pembangunan sukan dan pembangunan belia, atlet-atlet ini dia akan menjadi satu role model pada golongan belia bila mana dia turun ke masyarakat dia ataupun turun ke kampung dia. Dan sebab itu kalau kita tengok bila mana kita panggil atlet ini untuk buat satu-satu latihan, dia memakan masa yang lama dan kita ada peluang untuk kita memberikan pendidikan dan membentuk atlet menjadi role model. Jadi soalan saya adalah bagaimana atau apakah usaha yang telah dilaksanakan oleh peringkat negeri supaya pembentukkan role model ini atlet itu sebagai role model yang boleh membentuk dan menjadi contoh kepada belia-belia kita yang ada di luar. Itu soalan tambahan daripada saya.
Terima kasih. Wakil Kerajaan dipersilakan.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih sekali lagi kepada Wakil Sura yang sangat prihatin terhadap perkembangan sukan supaya mengikuti lunas-lunas syariah. Pihak Kerajaan sedar tanggungjawab ini dan pada penggal yang lalu pihak Kerajaan telah melantik Dato’ Mufti Negeri Terengganu berada dalam Jawatankuasa Pengurus Majlis Sukan Negeri Terengganu untuk memantau secara langsung dan memberikan nasihat berkaitan dengan hal-hal seperti ini. Pejabat Mufti juga telah memberi mengambil tindakan proaktif dalam membentangkan garis panduan sukan menurut Islam kepada Jawatankuasa Pengurus Majlis Sukan Negeri Terengganu pada 5 Ogos 2019 yang menerangkan secara terperinci pakaian yang disyorkan bagi setiap sukan serta batasan aurat bagi atlet lelaki dan wanita. Di Majlis Sukan Negeri Terengganu sendiri seorang kakitangan khusus yang digelar sebagai Pegawai Agama bertindak sebagai Jurulatih Kerohanian melaksanakan berbagai-bagai program bagi memberikan pendidikan dan kesedaran tentang hukum hakam serta amalan syariat dalam kalangan atlet, jurulatih dan juga pihak pengurusan. Kerajaan Negeri telah ambil keputusan dalam perkara-perkara yang tidak ada kompromi sebagai satu contoh tidak menyertai acara gimnastik wanita dan gimrama pada SUKMA 2022 disebabkan faktornya adalah pakaian. Berbalik kepada perkara yang disebut oleh Wakil Sura sebentar tadi, saya memberikan beberapa contoh umpamanya atlet Negeri Terengganu seperti Azreen Nabila yang telah diundang untuk menyertai Sukan Temasya Olimpik secara wild card pada musim yang lalu. Beliau mendapatkan pandangan daripada Yang Berhormat EXCO di sebelah kiri saya pada waktu itu kerana diminta oleh pengurusan tertinggi supaya tidak memakai pakaian tidak bertudung atau seumpamanya. Tetapi dengan pandangan yang diberikan oleh kita, atlet seperti ini terus mengekalkan pakaian dan mempamerkan satu model yang cukup baik untuk dipamerkan kepada atlet-atlet yang berada di peringkat sekolah dan seumpamanya. Saya yakin dan percaya untuk kita lahirkan keseluruhan agak sukar tetapi insya-Allah kita bergerak untuk melahirkan model-model seperti Azreen Nabila dan juga atlet-atlet yang sangat berkualiti dalam meraih kejuaraan tetapi juga mesra dan juga patuh syariah, insya-Allah. Terima kasih.
Terima kasih. Seterusnya, saya mempersilakan Wakil Bandar. Sila.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, soalan saya yang pertama-
“Belia Rabbani Terengganu”
yang bermasyarakat dan berkepimpinan disebut bawah Teras Strategik 8 PITAS 2030. Bagaimana pihak Kerajaan melihat peranan yang dimainkan oleh NGO serta sukan dalam melahirkan belia yang bermasyarakat dan berkepimpinan?
Silakan Wakil Kerajaan. Ini juga berkaitan dengan Belia dan Sukan.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih juga kepada Wakil Bandar yang telah mengemukakan soalan berkenaan "Belia Rabbani Terengganu" yang bermasyarakat dan berkepimpinan disebut di bawah Pelan Strategik (PITAS 2030). Jadi bagaimanakah pihak Kerajaan melihat peranan yang dimainkan oleh NGO serta sukan dalam melahirkan belia yang bermasyarakat dan berkepimpinan.
Untuk maklumat Wakil Bandar, antara peranan yang dimainkan oleh NGO serta sukan dalam melahirkan belia yang bermasyarakat dan berkepimpinan yang digerakkan oleh Kerajaan Negeri adalah melahirkan belia yang berjiwa sukarelawan melalui badan NGO. Yang kedua, menubuhkan Anjung NGO Terengganu Sejahtera dengan penglibatan golongan belia untuk menggunakan fasiliti berkenaan. Untuk maklumat, Anjung NGO Terengganu Sejahtera ini berada di Kompleks Usahawan, Kubang Jela. Yang ketiga, mengadakan townhall atau kursus NGO dengan penglibatan golongan belia. Yang keempat, mengadakan kursus kerohanian kepada atlet. Yang kelima, melibatkan atlet di dalam program-program sukarelawan termasuk program pasca banjir. Yang keenam, melibatkan atlet dalam program kebajikan yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Negeri Terengganu dan sebenarnya masih banyak perkara-perkara yang kita anjurkan untuk mencapai objektif yang telah digariskan dalam PITAS 2030. Terima kasih.
Terima kasih. Silakan jika ada soalan tambahan.
Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Merujuk kepada jawapan daripada YB EXCO, saya tertarik dengan yang pertama iaitu melahirkan belia dan yang berjiwa sukarelawan. Boleh Yang Berhormat EXCO terangkan sikit, apakah dan bagaimanakah cara untuk melahirkan belia yang bersifat dengan sifat bersukarelawan itu. Terima kasih.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih sekali lagi kepada Wakil Bandar yang berhasrat untuk mengikuti apakah agenda melahirkan belia berjiwa sukarelawan.
Untuk makluman sidang mesyuarat, NGO telah berperanan dalam melahirkan belia yang berjiwa sukarelawan. Perkara ini kita dapat lihat dalam siri-siri agenda sukarelawan yang telah dilaksanakan antaranya adalah Misi Banjir Temerloh, Misi Banjir Hulu Terengganu dan “Kempen Terengganu Comey 2023”. Penglibatan belia dalam misi-misi ini sangat memuaskan dan sangat memberangsangkan. Walaupun mereka perlu mengorbankan masa dan tenaga untuk membantu mangsa banjir, demi memastikan hubungan dan komitmen para sukarelawan berterusan, T-VOLT menjadi satu medium bagi mengekalkan hubungan baik antara Kerajaan dan sukarelawan. Antara contoh-contoh siri program yang telah melibatkan sukarelawan-
T-VOLT Sukarelawan Terengganu yang merupakan sebuah badan sukarelawan yang bernaung di bawah Urus Setia Belia, Sukan & NGO (UBSNT). Kewujudan sukarelawan T-VOLT telah memberi peluang kepada belia Terengganu melibatkan diri dalam masyarakat, memperkasakan agenda melalui operasi bantuan pasca banjir, derma darah, aktiviti kemasyarakatan untuk membersihkan pantai. Setakat ini, seramai hampir 1924 orang telah berdaftar sebagai sukarelawan T-VOLT.
MISI BANJIR TEMERLOH Misi bantuan pasca banjir yang dijalankan pada tahun 2021. Dalam misi ini, seramai 676 orang sukarelawan iaitu 476 orang lelaki dan 200 orang
perempuan telah melibatkan diri. Dalam misi ini, sukarelawan telah membantu dari segi penyediaan makanan iaitu Dapur Rakyat serta operasi pembersihan rumah-rumah mangsa.
MISI BANJIR HULU TERENGGANU Misi Banjir Hulu Terengganu dijalankan bagi membersihkan kawasan rumah yang telah ditenggelami air. Dalam misi ini, seramai 595 orang sukarelawan telah melibatkan diri.
KEMPEN TERENGGANU COMEY 2023 "Kempen Terengganu Comey 2023" berkonsepkan gotong-royong, memberikan fokus kepada pantai dan juga sungai. Program ini bertujuan mewujudkan kesedaran kepada orang awam, penduduk sekitar dan juga pengunjung.
Alhamdulillah, ke semua agenda-agenda ini telah berjaya melahirkan belia berjiwa sukarelawan dan insya-Allah pada tahun ini kita akan terus memperkasakan lagi agenda ini, insya-Allah. Terima kasih.
Terima kasih Wakil Kerajaan. Kita ada sedikit masa lagi sebelum kita berehat dan sambung semula mesyuarat kita pada pukul 11.00. Jadi, untuk soalan yang terakhir saya persilakan Wakil Jertih untuk mengemukakan.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, soalan Jertih soalan nombor 1-
Mohon penceramahan berkaitan usaha pemberdayaan sumber pelancongan berorientasikan sejarah negeri ini, seperti makam Sheikh Muhammad Sharif Albaghdadi, rumah asal Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong?
Silakan Wakil Kerajaan. Ni berkaitan dengan pelancongan.
Terima kasih Wakil Jertih soalan seperti yang tertera. Kerajaan Negeri sentiasa berusaha memperkasakan lagi industri pelancongan Islam di negeri ini dengan menjejak kembali peninggalan sejarah ulama-ulama Islam termasuk yang terdapat di sekitar Sungai Terengganu dan Kuala Nerus. Merujuk kepada Makam Sharif Muhammad Al-Baghdadi di Jenagor, Hulu Terengganu, makam ini terletak di atas tanah milikan yakni persendirian dan terikat dengan peraturan pemiliknya. Sebelum ini, pihak muzium Negeri Terengganu telah beberapa kali membuat lawatan penyelidikan ke lokasi berkenaan dan sememangnya makam ini mempunyai potensi sebagai salah satu produk pelancongan Islam yang berunsurkan sejarah dan tokoh tempatan. Terima kasih.
Ada soalan tambahan?
Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, ada pakej jawapan yang tidak sempurna pada soalan saya berkaitan dengan usaha untuk memulihara dengan izin preservation memulihara rumah Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong kerana membezakan Tuan Guru dengan ulama lain kerana beliau meninggal di Mekah kerana kesan hukuman penjajah British pada tahun 1929, meninggal disana. Maka, sukar untuk masyarakat menziarahi kesan sejarah Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong di Tok Ku Pulau Manis, Tok Ku Paloh, Syed Saggaf. Jadi soalan saya, macam mana usaha untuk memulihara, preserve?
Sila Wakil Kerajaan. Saya fikir soalan ini bagaimana nak memulihara makam-makam.
Memulihara rumah asal Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong. Dua soalan yang saya tanya secara lisan. Rumah ini berada di Kampung Beladau.
Okey, okey. Silakan Wakil Kerajaan.
Terima kasih, saya kena teliti jawapan ni dan insya-Allah saya akan jawab secara bertulis. Terima kasih.
Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli Berhormat sekalian…
Boleh Kuala Berang tambah satu soalan lagi.
Ketua-ketua Jabatan, Para Pemerhati…
Ada satu minit lagi Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Soalan penting juga ni.
[ketawa] Okeylah soalan yang terakhir tapi saya nak minta supaya ringkas dan juga tiada soalan tambahan dah. Dan, Wakil Kerajaan saya minta jawab seringkas yang mungkinlah. Silakan.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, soalan saya ada tiga iaitu yang tu yang nak tanya tu. Dua ditolak iaitu 23.1.1 tu tolak warna merah, 23.3.1 tu tolak warna hitam…
Jadi teruskan kepada soalan nombor dua, hak ditolak.
Ada satu merah, ada satu hitam. [ketawa].
Sama saya rasa. Yang Berhormat pernah duduk dalam Kerajaan dulu, saya rasa Yang Berhormat dah maklum tu. Nanti saya jawab macam Kijal jawab mareng apa macam Cukai
jawab tak kena pulak. Jadi silakan terus kepada soalan dan saya nak mintak wakil Kerajaan jawab dengan ringkas.
Soalan saya nombor dua.
Bilakah Program Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera (LMTS) yang telah diluluskan pada sesi yang lalu akan dilancarkan kembali?
Silakan Wakil Kerajaan.
Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih Wakil Kuala Berang. Kuat ngosek lening. [ketawa] Soalan berkenaan dengan Program Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera yang telah diluluskan pada sesi yang lalu. Jadi, untuk makluman Yang Berhormat, Program Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera yang telah diluluskan pada sesi yang lalu dijangka akan dilancarkan kembali pada penghujung bulan ini, insya-Allah. Terima kasih.
Soalan tambahan?
Tadi saya sebut tak dok soalan tambahan dah. Kita akan rehat seketika dan kita akan sambung semula selepas ini dalam pukul 11.00. Jadi Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, para-para pemerhati sekalian, saya tangguhkan sementara Dewan ini dan insya-Allah akan disambung semula jam 11.00 pagi. Terima kasih.
DEWAN DITANGGUHKAN PADA PUKUL 10.33 PAGI
PUKUL 11.00 PAGI
Perbahasan
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Mesyuarat disambung semula. Mesyuarat pagi ini kita akan teruskan dengan penggulungan bagi perbahasan ke atas Titah Ucapan DiRaja. Sebelum saya menjemput Yang Berhormat EXCO bagi menggulung bahasan pada pagi ini, sebagai ingatan kepada kita semua, saya mengharapkan agar kita dapat menepati masa sebaik mungkin dalam Persidangan-persidangan yang akan datang sebagaimana yang kita baca, insya-Allah.
Jadi saya teruskan Persidangan ini dengan saya mempersilakan Wakil Kota Putera untuk memulakan sesi penggulungan pada pagi ini. Dipersilakan.
Yang dihormati dan dikasihi Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang dihormati lagi dikasihi Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, sahabat-sahabat barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, wakil-wakil media seterusnya pemerhati sidang hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian. Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya untuk memulakan sesi penggulungan Perbahasan Ucapan Menjunjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-marhum Sultan Mahmud Al-Mukhtafi Billah Shah yang telah disempurnakan pada 1 Oktober yang lepas. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana kita masih lagi diberikan rezeki dan kesempatan untuk terus berada di atas muka bumi Allah ini dengan mengecapi nikmat-nikmat yang ada pada hari ini di dalam Dewan yang mulia ini, kita sama-sama menunaikan tanggungjawab kita sebagai Wakil-wakil
Rakyat dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Mudah-mudahan kehadiran kita di dalam Sidang Dun pada kali ini dijadikan amal soleh di akhirat nanti insya-Allah.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam Ucapan Menjunjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan khususnya yang telah menyentuh portfolio saya. Yang pertamanya Yang Berhormat Manir ada membangkitkan mengenai hasil kedatangan pelabur, apakah perkara lain yang diperolehi selain daripada hasil premium tanah yang kita perolehi? Untuk makluman Yang Berhormat dan Dewan yang mulia, Kerajaan sedar perkara ini berlaku dan insya-Allah pendekatan yang telah dan akan dilakukan adalah satu pendekatan ataupun approach dengan izin yang akan diambil iaitu cuba kita berada dalam pengoperasian pelaburan itu sendiri. Contohnya pihak Kerajaan cuba berada di dalam pengoperasian untuk mendapatkan hasil selain daripada hasil premium tanah sahaja. Cuma perkara ini perlu diteliti supaya tidak melibatkan kerugian pihak Kerajaan di masa akan datang contohnya apabila saham-saham yang ditawarkan kepada pihak Kerajaan yang diwakili oleh anak-anak syarikat yang betul-betul berdaya saing dan boleh memberikan keuntungan kepada Kerajaan sendiri. Kita tidak mahu apabila kita terlibat dalam pengoperasian atau tujuan untuk kita mendapat kelebihan, keuntungan tetapi dalam masa yang sama akan melibatkan kerugian apabila pengoperasian pelaburan itu tidak berjaya. Tapi perkara ini insya-Allah akan diteliti oleh agensi-agensi yang ada bagi memastikan kedudukan cadangan itu untuk memberi keuntungan kepada pihak Kerajaan.
Yang keduanya adalah apabila kita juga ingin menekankan supaya di dalam pelaburan-pelaburan yang datang ke negeri kita ini ditekankan adalah berkenaan dengan sumber manusia di dalam pengoperasian itu, perlu ditekankan untuk diambil anak-anak tempatan Terengganu khususnya bagi pengoperasian mereka. Itu menjadikan suatu kelebihan kepada kita, anak-anak Terengganu dapat menikmati hasil daripada pelaburan yang datang ke negeri kita dan alhamdulillah setakat hari ini beberapa syarikat yang telah datang kepada kita boleh bekerja, boleh menerima cadangan kita tersebut tetapi satu tugasan kita selanjutnya adalah memastikan kita boleh mengadakan permintaan tenaga kerja tersebut. Contohnya dalam bidang-bidang tertentu yang dikehendaki oleh pihak pelabur, kita haruslah menyediakan tenaga kerja kita sesuai dengan apa yang dikehendaki. Inilah saya mengharapkan juga kalau
sebelum daripada ini THRDC anak syarikat kita dalam bidang Sumber Manusia boleh memainkan peranan lebih aktif lagi bagi mendapatkan maklumat awal daripada pelabur-pelabur apakah profesionalisme yang dikehendaki oleh syarikat-syarikat yang melabur ini untuk kita sediakan tenaga kerja itu. Jadi itu antara limpahan-limpahan kebaikan yang diperolehi oleh Kerajaan dan Negeri Terengganu dan satu lagi mengikut pandangan yang kita rancangkan adalah juga meminta kepada syarikat-syarikat yang mengoperasikan perniagaan mereka di dalam negeri kita ini memberi peluang kepada contohnya pembekal-pembekal barangan asas itu juga datang daripada rakyat Negeri Terengganu. Contohnya makanan-makanan ataupun peralatan pejabat diambil oleh kepada rakyat usahawan-usahawan kecil kita. Ini beberapa langkah yang kita boleh melihat selain daripada kita mendapat keuntungan daripada premium tanah, kita juga mengambil langkah beberapa yang saya sebutkan tadi, untuk memastikan kita dapat limpahan ataupun kenikmatan daripada kedatangan pelabur itu. Itu saya respon kepada apa yang dibangkitkan oleh YB Manir.
Dato’ Yang di-Pertua, soalan yang kedua yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Kertih, bertanya berkenaan dengan Kertih Technology Industrial Park KTIP, yang perlu dibesarkan fungsinya merangkumi perusahaan mikro kecil dan sederhana yang disebutkan semalam. Terima kasih kepada Wakil Kemasik, cuma untuk makluman Yang Berhormat, KTIP ini telah digazetkan sebagai kawasan industri petrokimia ataupun petrokimia hiliran dan tiada pula komersial bagi menempatkan perusahaan mikro kecil dan sederhana. Ini kalau nak mendapatkan roh permintaan cadangan daripada YB Kemasik untuk menempatkan perusahaan-perusahaan PMKS di dalam situ. Cuma apabila kita mengetengahkan beberapa langkah yang saya sebutkan tadi, tidak menuntut sepenuhnya kepada usahawan-usahawan kita bagi mendapatkan limpahan daripada perusahaan petrokimia ataupun petrokimia hiliran itu untuk dapat limpahan kepada usahawan-usahawan kita.
Dato’ Yang di-Pertua, mohon celah?
Sila..
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kota Putera, suasana yang
berlaku di Kemasik khususnya berkenaan dengan kawasan perindustrian, keseluruhan empat kawasan perindustrian termasuklah KTIP, keseluruhannya banyak kepada industri-industri heavy, heavy industry ataupun industri sederhana dan tinggilah, menyebabkan para PMKS orang Terengganu kate tak dok tempat nok sewa kedai, nok wat bengkel dan sebagainya, yang ada hanya dalam ingatan saya ataupun dalam rekod saya hanya ada empat deretan kedai daripada MARA dua, dan daripada Majlis Perbandaran dua, yang itu dah rasanyan dah hampir 30 tahun lepas pembangunannya. Justeru, usahawan-usahawan PMKS dia tidak pergi ke labuhan, dia tidak pergi ke kawasan perindustrian petrochemical dan seterusnya kerana dia khusus untuk usahawan-usahawan ataupun industri yang besarlah.
Terima kasih YB Kemasik, ya betul tapi apabila YB sebut berkenaan dengan KTIP, itu respon yang kita ada kerana kawasan itu telah pun digazetkan untuk petrokimia dan petrokimia hiliran cuma bagi PMKS ada kawasan-kawasan yang kita sediakan, antaranya di tiga kawasan yang ada antaranya kawasan industri Jakar, Cheneh dan Mak Lagam di Kemaman yang telah digazetkan sebagai kawasan industri IKS ataupun PMKS mungkin kita boleh lihat ke arah itulah apabila satu-satu itu telah digazetkan agak sukar untuk kita memasukkan PMKS di tempat-tempat sedemikian kerana industri-industri ini dia buat kursus tu satu kerana jauh, jauh daripada penempatan, agak jauh untuk mengelakkan daripada kacau ganggu kepada penduduk-penduduk.
Dato’ Yang di-Pertua, sebagaimana yang saya menjawab dalam persoalan semalam berkenaan dengan tumpuan Kerajaan dalam menaiktarafkan tempat-tempat ataupun kawasan industri di Negeri Terengganu ini, kita melalui UPEN Terengganu telah memperuntukkan sebanyak 3.1 juta pada tahun 2023 ini bagi pembangunan kawasan industri di Negeri Terengganu, difokuskan di kawasan industri di daerah Kemaman, Dungun dan Marang.
Selain itu PMINT juga mendapat peruntukan tahun ini daripada MIDA untuk menaiktarafkan infra asas kawasan integrasi sedia ada iaitu kawasan perindustrian Gong Badak di Kuala Nerus berjumlah 4.3 Juta Ringgit. Pada tahun ini juga, PMINT sedang menjalankan projek peruntukan daripada
Kementerian Ekonomi untuk menaiktaraf infra di kawasan perindustrian Gong Badak Besut, yang berjumlah 15.5 Juta ringgit. Dato’ Yang di-Pertua…
Mohon laluan.. Yang di-Pertua…
Ya, sila..
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, kepada penerangan pihak Kerajaan, Dewan memahami bahawa satu peruntukan yang besar untuk membangunkan kawasan-kawasan industri di Negeri Terengganu, persoalannya ialah sejauh mana pelabur-pelabur yang melabur di Negeri Terengganu ini, produk-produk yang mereka keluarkan, sejauh mana kita boleh pastikan ianya juga kita perolehi semula contohnya Eastern Steel sebagai contoh yang mungkin mengeluarkan yang terlibat dengan proses besi, bijih besi sejauh mana besi-besi atau finish product itu dapat digunakan oleh rakyat Negeri Terengganu sendiri ataupun semi finish product tersebut dieksport keluar dan orang Terengganu tak rasa pon benda tu yang menyebabkan, kebergantungan kita kepada negara luar sentiasa berlaku walaupun kita adalah pengeluar besi.
Setakat ni sefaham saya ada beberapa pelabur-pelabur datang ke negeri kita ini memang khusus untuk perbuatan untuk dieksport, jadi apabila daripada awal lagi hasrat mereka sebegitu, kita menyambut baik mungkin kerana tenaga buruh kita yang dalam keadaan sederhana mereka memilih tempat kita, tetapi kita tidak ada satu ketentuan memastikan hasil finish product dengan izin itu mesti juga dikemukakan ataupun di jual dalam negara kita, mungkin tengok pada bentuk-bentuk pelaburan begitulah, yang kita boleh tentukan kita tidak boleh kata semua, tetapi setakat ini ada yang dapat limpahan kepada tempatan dan ada sebahagiannya hanya untuk dieksport sahaja.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, invest Terengganu bersama PMINT telah merealisasikan jumlah pelaburan sebanyak RM3.055 billion sehingga September 2023. Daripada lapan syarikat pelaburan tempatan dan asing yang dijangka akan menyediakan sebanyak 1,755 keperluan pekerjaan kepada rakyat Negeri Terengganu. Kerajaan Negeri telah menetapkan sasaran pelaburan pada tahun ini berjumlah RM5 billion ringgit sehingga tamat 2023 ini. Insya-Allah kita cuba dengan baki lebih kurang dalam RM2 billion lagi tu dengan baki yang ada ini, kita dapat mencapai matlamat hasrat target Kerajaan insya-Allah.
Pada 13 September yang lepas saya telah menghadiri satu perjanjian pajakan majlis menandatangani perjanjian pajakan di antara PMINT dengan ZINDA DEVELOPMENT SDN. BHD. bagi pelaburan berjumlah RM2.5 billion di kawasan perindustrian Bandar Baru Cheneh tambahan di Kemaman dalam industri berasaskan batu Quartz. Pembangunan fasa pertama akan dilaksanakan di dalam kawasan seluas 21.3 hektar bagi pembinaan kilang produk bagi batu Quartz itu dengan jumlah pelaburan bernilai RM600 juta. Pembangunan kesuluruhan di kawasan ini dijangka akan mewujudkan seramai 3,700 peluang pekerjaan. Bagi menarik lebih banyak lagi pelaburan ke negeri ini Kerajaan Negeri Terengganu melalui UPEN Terengganu dan khasnya Invest Terengganu akan mengguna pakai inisiatif pembinaan ekspres. e-Sepuluh yang telah diperkenalkan oleh perbadanan produktiviti Malaysia (MPC) dan dikawal selia oleh unit MyMudah. E-Sepuluh ataupun ETEN ini dengan izin merupakan suatu inisiatif bagi pengeluaran permit pembinaan secara pantas iaitu sepantas sepuluh bulan. Inisiatif ini diperkenalkan bagi membolehkan interaksi yang berkesan di antara pelabur dan pihak berkuasa tempatan untuk memudahkan kerja-kerja pembinaan dan akhirnya pengeluaran produk itu dapat disegerakan. Ini sangat bersesuaian dengan hasrat Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar yang telah meletakkan kita satu garis kerja kita berada di tahap gear tiga. Tapi dengan perlaksanaan e-Sepuluh ini mungkin kita boleh mengurangkan proses-proses kelulusan itu daripada tiga bulan contohnya, target kepada e-Sepuluh ini insya-Allah dalam masa sepuluh bulan. Sepuluh bulan itu bukan hanya kelulusan tapi sehingga kepada terlibatnya pembinaan. Jadi e-Sepuluh ini yang dikawal selia di bawah sistem MyMudah ini saya tengok sangat membantu kerana meletakkan semua agensi-agensi yang terlibat dalam satu-satu proses itu dalam satu kumpulan dan kelulusan-kelulusan boleh dilakukan dalam masa serentak. Concurrent dengan izin. Maknanya kita tak adalah daripada agensi A pergi ke agensi B lepas itu ke C dan D dan seterusnya boleh berjalan serentak
A, B, C boleh berjalan serentak dengan kelulusan yang ada yang dikawal selia oleh satu apps yang dinamakan MyMudah ini. Jadi insya-Allah.
Panjang lagi ke Yang Berhormat? Panjang lagi ke?
Ye. Ada juga sikit lagi kenapa tak boleh dah ke? Ada tetap masa ke sebab tak nampak pun jam tu yang
Kita galakkan supaya Yang Berhormat EXCO jangan lebih daripada 20 minit
Sekarang ni?
Lebih dah ni
sekarang ini lebih doh. Okay saya cuba singkatkan Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Tapi bila nak singkat ini dia kena tengok dulu. Okay Kerajaan Negeri melalui Agensi-agensi Negeri serta Persekutuan yang berperanan sebagai investment promotion agency dengan izin (IPA) seperti Invest Terengganu, PERMINT, MyDa serta ECRDC dari masa ke semasa akan melaksanakan projek dan program utama untuk menarik pelabur serta membuat penyelarasan antara entiti Kerajaan dalam menggalakkan dan memudahkan dan mempercepatkan proses permohonanan oleh pelabur-pelabur swasta dari dalam dan luar negara.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, sebelum saya mengakhiri ucapan penggulungan ini ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada yang pertamanya Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kerana diberi nikmat oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala untuk memenangi PRU ke-15 baru-baru ini dengan penuh bergaya. Kemenangan 32-0 satu pencapaian yang di luar pemikiran kotak pemikiran kawan dan lawan. Tapi itulah ketentuan Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang wajib kita syukuri oleh semua pihak daripada pimpinan penggerak pendorong pendokong penyokong dan seterusnya pengundi yang telah mengundi pada PRU 15 hari itu. Yang Berhormat Dato’
Yang di-Pertua, daripada manisfestasi kemenangan ini bagi saya meletakkan suatu kesedaran rakyat kerana dalam proses mengempen hari itu ada usaha-usaha yang membawa pemikiran rakyat ke belakang semula. Contohnya, diskriminasi aktiviti ugut mengugut jika sekiranya mu tok undi aku, aku menang sikit agi kebajikan ataupun bantuan yang ada yang terima sekarang ini tidak ataupun akan ditarik balik. Ini suatu tindakan yang meletakkan pemikiran rakyat jauh ke belakang. Dan alhamdulillah pada situasi itu kita mula melihat rasanya rasa macam kaget kerana takut orang termakan tetapi dengan keputusan apa ini yang ada ini menambatkan rakyat telah sedar supaya politik lapuk seperti itu tak perlu dilakukan lagi dan politik fitnah yang tanpa ada usul periksa tanpa ada apa ini susur galurnya diketengahkan di masyarakat. Dan alhamdulillah khususnya anak-anak muda tahniah kepada anak-anak muda yang sedar perkara ini bahawa fitnah ini tak ke mana dan mereka ini menggunakan saluran-saluran itu hanya untuk kepentingan diri mereka sahaja.
Yang terakhirnya adalah saya ingin mengucapkan tahniah juga kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar yang diberikan untuk memimpin sekali lagi dalam tempoh penggal yang baru ini yang juga telah melenyapkan satu mitos bahawa PAS hanya Kerajaan sepenggal. Dengan kemenangan PRU ke-15 baru ini satu lagi mitos lama yang telah diletakkan pada Parti Islam Se-Malaysia PAS bahawa PAS adalah hanya Kerajaan sepenggal dan dengan kemenangan kita PAS dalam PRU baru-baru ini memadamkan mitos tersebut dan keputusannya bukan paras-paras hidung tetapi kita mendapat keputusan yang penuh daripada rakyat selepas satu penggal kita memerintah. Menunjukkan bahawa prestasi yang kita tunjukkan sepenggal dahulu dilihat oleh rakyat dan dicaknai oleh rakyat itulah hasil yang kita dapat. Jadi alhamdulillah kekuatan yang Allah berikan ini moga-moga berterusan supaya kita dapat meneruskan agenda membela rakyat di dalam Negeri Terengganu yang tercinta ini. Jadi Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Wakil Kota Putera juga mohon menyokong Titah Ucapan Tuanku Sultan.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Putera. Minta maaf kerana terpaksa mengehadkan masa untuk penggulungan yang pertama kerana saya
menganggarkan untuk penggulungan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar sekitar pukul tiga lebih. Jadi mohon daripada Yang Berhormat EXCO dapat membahagikan masa sebaik mungkin dengan menggunakan Standing Order 46 (xvii) bahawa Yang di-Pertua berhak untuk mengehadkan ucapan masa-masa ucapan jika diperlukan. Jadi saya rasa Yang Berhormat EXCO ikut masa yang sewajarnya. Dan seterusnya saya mempersilakan Yang Berhormat seterusnya EXCO nak berucap Yang Berhormat Chukai
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Negeri Terengganu, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Kerajaan Negeri, rakan-rakan Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, rakan pemerhati dan media yang memerhatikan persidangan ini secara atas talian, tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Patik ini ingin mengucapkan setinggi-tinggi jujungan kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu atas limpah perkenan merangkap mencemar duli bagi Pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri Kali Yang Kelima Belas. Ampun Tuanku.
Dato’ Yang di-Pertua, pertama dan selamanya, marilah kita sama-sama merapatkan kesyukuran kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala di atas segala nikmat dan kurniaan-Nya kepada kita. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri yang telah memenangi Pilihanraya Umum Negeri Terengganu sebanyak 32-0. Kemenangan ini memahat sejarah di mana tiada blok Pembangkang di dalam Dewan Yang Mulia ini. Kemenangan ini juga berlaku dalam tempoh 25 Tahun Jubli Perak Pemerintahan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan. Walaupun tiada pembangkang dalam Dewan Yang Mulia ini, saya berharap semua Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri dapat mengambil bahagian secara berkesan dan semak serta imbang bagi memastikan pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu sentiasa berada di atas landasan yang betul dan terus maju bersaing dengan negeri-negeri lain. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan semalam dan menyentuh portfolio saya, yang insya-Allah saya akan cuba menjawab pada
pagi ini. Menjawab soalan daripada Yang Berhormat Ladang mengenai Pasarnita Kuala Terengganu. Terima kasih Yang Berhormat Ladang, di atas keprihatinan suasana Pasarnita yang suram. Hal ini terjadi berikutan tiadanya operator yang menguruskan Pasarnita. Untuk makluman semua, MBKT ada menerima beberapa proposal untuk menguruskan Pasarnita ini. Pihak MBKT dalam proses menilai proposal yang dihantar dan akan dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan dan Pelaburan untuk melantik operator yang berkelayakan bagi menguruskan Pasarnita. Insya-Allah dalam tempoh dua bulan lagi Pasarnita akan kembali berseri dan membentuk identiti dan tarikan tersendiri.
Pengangkutan luar bandar. Bagi mengurangkan jurang jaringan perhubungan antara kawasan bandar dan luar bandar, Kerajaan Negeri dalam usaha mengkaji cadangan penyediaan perkhidmatan bas elektrik berhenti-henti bagi menggantikan bas lama milik Cas Ligas Sdn. Bhd kerana bas lama milik Cas Ligas telah berusia melebihi 15 tahun. Cas Ligas Sdn. Bhd dalam proses mengemukakan kertas cadangan pembelian melalui kaedah sewa-beli untuk penilaian Kerajaan Negeri.
Masalah banjir di Negeri Terengganu. Semua Jawatankuasa Pengurusan Banjir di peringkat daerah, di lapan daerah kini telah selesai melakukan simulasi banjir baru-baru ini bagi persediaan menghadapi bencana banjir, sebanyak RM3.45 juta persiapan banjir telah dibelanjakan bagi membeli keperluan di pengkalan hadapan untuk kegunaan pusat pemindahan sementara jua. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Daerah juga sedang mengenalpasti kawasan yang berisiko berlaku banjir dan penyelenggaraan segera akan dibuat bagi mengurangkan risiko banjir kelak. Tindakan segera akan diambil sekiranya melibatkan pembersihan longkang tersumbat dan pembersihan sungai dengan kerjasama Pejabat Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan, JPS dan JKR. Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan bagi melaksanakan kerja-kerja kecil penyelenggaraan secara berkala infrastruktur bagi sistem saliran di kawasan berkenaan sebagai langkah sementara bagi mengurangkan isu banjir melalui JPS Negeri Terengganu. Bagi tujuan perancangan dalam mengenalpasti punca banjir dan penyelesaian secara menyeluruh serta seterusnya menyediakan permohonan penyelesaian projek, JPS telah memohon di dalam Rolling Plan Empat (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12). Yang keempat, projek pemuliharaan muara Sungai Ibai. Untuk makluman Yang Berhormat, projek ini menelan belanja sebanyak RM300 juta di bawah seliaan JPS. Bagi mempercepatkan projek ini, kontrakor bagi projek ini telah dilantik dan surat
SST telahpun dikeluarkan pada Julai 2023. Insya-Allah projek ini akan siap pada 20 November 2025.
Menjawab soalan Kemasik, projek menaiktaraf jalan susur keluar LPT2. Bagi meningkatkan jaringan perhubungan jalan raya yang lebih baik di Kertih, projek menaiktaraf jalan susur keluar LPT2 exit Kertih ataupun Kampung Chabang, Kemaman menuju ke laluan FT003 telah dikaji semula dan Kerajaan Negeri mendapati keperluan mendesak bagi memastikan pembangunan bandar baru sejajar dengan adanya stesen ECRL Kertih. Sasaran ekonomi yang ditumpukan bagi Stesen Kertih adalah pembangunan pusat komersial dan pembangunan bercampur bagi menjadi pemangkin ekonomi kawasan sekitar Stesen Kertih. Kerajaan Negeri telah meminda perancangan bagi projek ini dari senarai keenam kepada senarai keempat keutamaan projek bagi Negeri Terengganu di bawah RP-4 dan RMK-12.
Lapangan Terbang Kertih. Kerajaan Negeri melalui Mesyuarat Kerajaan Negeri telah membuat suatu keputusan bersetuju menerima secara dasar cadangan penyerahan keseluruhan aset yakni tanah, bangunan dan peralatan di Lapangan Terbang Kertih oleh Petronas kepada Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri juga bersetuju untuk mengekalkan tapak Lapangan Terbang Kertih untuk aktiviti berkaitan penerbangan. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri juga bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Khas Lapangan Terbang Kertih yang bertanggungjawab untuk menyelaras dan memantau proses penyerahan Lapangan Terbang Kertih serta menilai business model cadangan pengurusan Lapangan Terbang Kertih sebagai persediaan menerima penyerahan lapangan terbang tersebut. Justeri itu, Kerajaan Negeri telah melantik Terengganu Incorporated Sdn. Bhd untuk meneroka potensi serta merangka pelan pengoperasian Lapangan Terbang Kertih setelah penyerahan. Hasil kajian oleh TI yang dibentangkan oleh Jawatankuasa Lapangan Terbang Kertih mendapati bahawa Lapangan Terbang Kertih tidak mempunyai potensi yang cukup baik untuk Kerajaan Negeri meneruskan operasi sebagaimana lapangan terbang dan aktiviti berkaitan penerbangan. Jawatankuasa memutuskan agar TI meneruskan kajian lanjut untuk meneroka potensi dalam bidang-bidang lain untuk membangunkan seterusnya tapak Lapangan Terbang Kertih. Tarikh penyerahan Lapangan Terbang Kertih yang dipersetujui bersama dengan Kerajaan Negeri dan Petronas adalah 31 Mac 2026.
Menjawab soalan Telemong…
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, mohon mencelah.
Yang Berhormat okay?
Okay.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Cukai. Tambahan daripada keperluan untuk Petronas membuat keputusan bagi mengalihkan operasi mereka di tempat lain, Pihak Petronas memerlukan masa lebih kurang dua tahun untuk kerja-kerja pembinaan hangar dan lain-lain berkenaan. Justeru, bermaksud tempoh yang perlu kita buat keputusan Pihak Kerajaan Negeri perlu beri keputusan adalah akhir tahun ini, sebab dua tahun dari tahun 2026 adalah lebih kurang Mac 2024. Justeru, pihak Petronas…
Soalannya Yang Berhormat?
Semoga berharap Kerajaan Negeri Terengganu boleh mengesahkan ataupun memberi keyakinan kepada pihak Petronas untuk Kerajaan Negeri meneruskan operasi Kertih pada tahun 2026 nanti dalam keadaan segera. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Terima kasih.
Insya-Allah tarikh penyerahannya adalah 31 Mac 2026. Menjawab soalan Telemong, peruntukan Marris bagi setiap DUN sebagaimana yang telah diperuntukkan, setiap Yang Berhormat yang menang, dan hari ini semua menang belaka 32 DUN mendapat RM1 juta setiap tahun bagi semua DUN yang menang. Tiada peruntukan tambahan diperuntukkan mengikut keluasan DUN. Mohon maaf Telemong.
Yang kedua, projek pusat komersial Kuala Ping. Projek ini dalam proses penamatan. Ini kerana kontraktor penyelamat yang dilantik telah gagal menyiapkan projek ini. Status terkini projek ini adalah proses rundingan untuk penamatan bersama. Setelah rundingan ini selesai, barulah projek ini akan dijana semula. Walaupun projek ini diistilahkan sakit namun kerajaan Negeri
komited dalam menyiapkan projek ini. Langkah-langkah bagi menjamin keselamatan mendepani masalah bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh di Hulu Terengganu, Kerajaan Negeri sentiasa prihatin terhadap permasalahan rakyat khususnya kepada mereka yang terjejas dengan bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh. Bagi mendepani isu banjir di daerah Hulu Terengganu, perancangan terperinci perlu dilaksanakan bagi menentukan penyelesaian jangka panjang yang komprehensif. Oleh itu, Kajian Pelan Induk Tebatan Banjir Lembangan Sungai Terengganu sedang dalam proses pelaksanaan oleh JPS Malaysia. Melalui kajian ini, beberapa projek tebatan banjir akan dicadangkan dan diperhalusi meliputi aspek skop, cost dan selari dengan kehendak semua pihak pemegang taruh bagi projek tersebut serta menepati objektif projek dan outcome yang telah disasarkan. Sementara menunggu kajian tersebut disiapkan, antara usaha jangka pendek yang dijalankan oleh jabatan bagi mengurangkan risiko banjir di kawasan yang dinyatakan adalah dengan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan sungai, kolam takungan banjir dan sistem saliran. Selain daripada itu, selain daripada menjalankan Projek Fizikal, jabatan juga melaksanakan Projek Ramalan Amaran Banjir Fasa 1 di mana lokasi stesen yang telah dibangunkan adalah seperti di bawah;
1. Stesen Siren Amaran Awal Banjir di PPSK Felcra Kampung Gunung Matang 2. Stesen Pemantauan Aras Air dan Lebat Hujan di Felda Mengkawang
Stesen yang dibina bertujuan memberi amaran dan ramalan awal kepada penduduk-penduduk dan agensi berkaitan dalam meramal kejadian banjir serta secara efektif dan cepat. Dengan adanya stesen yang dibangunkan tersebut, amaran akan dapat disebarkan dengan lebih awal supaya semua pihak dapat mengambil tindakan dan perancangan yang lebih awal.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, menjawab soalan Pengkalan Berangan.
Celah.
Boleh Yang Berhormat Cukai, masa singkat dah ni.
Ada tiga empat.
Ada dua orang lagi. Tiga empat, empat orang lagi.
Tak bolehlah. Biar dulu lah.
Terima kasih.
Ya?
Teruskan ucapan.
Tahniah diucapkan kepada Yang Berhormat Pengkalan Berangan kerana stesen ECRL bagi Kuala Terengganu dibina di Durian Guling. Kerajaan Negeri akan mengkaji dan mempertimbangkan cadangan pembangunan ekonomi di kawasan Durian Guling sejajar dengan pembangunan ECRL di kawasan tersebut. Sasaran ekonomi yang akan ditumpukan bagi stesen ini adalah pembangunan pusat komersial dan pembangunan bercampur. Bagi menjadi pemangkin ekonomi di kawasan tersebut.
Menjawab soalan Yang Berhormat Permaisuri, Yang Berhormat Bukit Tunggal dan Yang Berhormat Kemasik, prasarana asas RTB. Kerajaan Negeri tidak menyediakan peruntukan khas bagi RTB. Namun Kerajaan Negeri ada menyediakan peruntukan setiap tahun bagi penyediaan pembangunan prasarana dan infrastruktur secara berfasa bagi memenuhi keperluan semasa rakyat Negeri Terengganu. Namun begitu, Kerajaan Negeri juga dalam usaha perbincangan dengan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah melalui Program Pemajuan Kawasan (PPK) di bawah Pakej 2 iaitu kerja-kerja penyediaan tapak, kerja tanah dan infrastruktur asas kawasan penempatan sedia ada. Semoga perbincangan ini akan membuahkan hasil bagi Kerajaan Negeri membantu peserta RTB dengan menyediakan kemudahan asas bagi membolehkan pembinaan rumah kelak.
Menjawab soalan Yang Berhormat Manir, pembinaan Jambatan Manir. Setelah kajian dan penelitian dibuat, Kerajaan Negeri telah mendapati Jambatan Manir juga telah lama dan perlu dinaiktaraf. Ini kerana jalan daripada Durian Burung ke Pulau Rusa telah dinaiktaraf kepada jalan raya berkembar dan menyebabkan berlakunya kesesakan di Jambatan Manir. Kerana laluan ini, di Jambatan Manir masih lagi selorong ataupun sehala. Sehubungan dengan itu, projek
menaiktaraf jalan, jejambat dan jambatan di laluan jalan FT 003 dari Kampung Pulau Rusa ke Bulatan Batu Enam ke persimpangan laluan FT 065 Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu telah mendapat perhatian Kerajaan Negeri. Kerajaan nanti akan meminda senarai keutamaan projek dari senarai kesepuluh yang sebelum ini kepada senarai pertama keutamaan projek Negeri Terengganu di bawah RP4 dan juga di bawah RMK-12. Terima kasih Manir.
Terima kasih jugak pihak Kerajaan.
Menjawab soalan Air Putih. Projek Tebatan Banjir Kawasan Air Putih, Seberang Tayor - Cukai, Projek Lembangan Sungai Bersepadu ataupun sungai tiruan Sungai Kemaman Terengganu. Projek tebatan banjir bagi kawasan yang dinyatakan merupakan sebahagian daripada Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Kemaman, Terengganu. Pelaksanaan projek ini akan dilaksanakan secara berfasa bagi tender Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Kemaman, Terengganu, pembinaan lencongan banjir, bund Binjai dan kerja-kerja berkaitan. Status semasa adalah sedang dalam penelitian jawatankuasa perolehan di Kementerian Kewangan. Pada mulanya projek ini telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan pada pemerintahan Kerajaan yang lepas dan sedang menunggu surat SST untuk projek dimulakan. Namun selepas kerajaan bertukar, projek berjumlah RM300 juta ini masih kekal di peringkat MOF untuk menunggu surat SST yang terbaru pula.
Masalah banjir disebabkan pembinaan ECRL, saya telah berbincang dengan pihak MRL dan CCC supaya memperbetulkan dan mempercepatkan kerja-kerja pembinaan ECRL di kawasan yang berisiko yang boleh menyebabkan berlaku banjir.
Menjawab soalan Hulu Besut, jalan Keruak ke Gunung Bongsu, Kelantan. Mengikut perancangan asal projek lebuhraya di antara jalan Keruak ke Gunung Bongsu atau jalan Keruak dicadangkan sehingga ke Kuala Krai, Kelantan. Namun demikian, terdapat beberapa perubahan jajaran serta perubahan kos. Pembinaan projek bermula simpang jalan Keruak dan projek pembinaan hanya selesai sepanjang 10 kilometer sebelum diberhentikan. Kerajaan Negeri melalui JKR ada membuat beberapa permohonan melalui kementerian yang berbeza, namun permohonan ini telah pun ditolak.
Menjawab soalan Kuala Besut, Projek Menaiktaraf Jambatan Sungai Besut. Kerajaan telah mengkaji serta meneliti cadangan naik taraf jambatan tersebut berdasarkan keperluan dan keutamaan projek. Kerajaan Negeri juga telah menyenaraikan projek membina jejambat merentasi Sungai Besut di Jertih, Besut, Terengganu pada senarai kelima belas dalam keutamaan projek. Namun begitu, setelah melihat keperluan yang mendesak bagi daerah Besut, Kerajaan Negeri telah meminda senarai keutamaan projek daripada senarai ke-15 kepada senarai keenam keutamaan projek bagi Negeri Terengganu di bawah RP4 RMK-12.
Projek Pemuliharaan Muara Sungai Besut. Projek ini bermula 13 Disember 2016 dan sepatutnya siap 12 Disember 2019. Kontraktor telah diluluskan EOT 3 dan tarikh baru dijangka siap adalah pada 28 September 2020. Walaupun diluluskan EOT 3, namun kontraktor masih gagal menyiapkan projek ini dan kontrak ditamatkan pada 22 Disember 2020. Bagi memastikan projek ini dapat disiapkan, projek ini telah ditender semula bagi menyiapkan baki kerja projek ini. Tarikh mula bagi projek ini adalah 17 Mei 2023 dan dijangka siap 12 November 2025.
Projek Tebatan Banjir Sungai Nil. Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Nail Fasa 1 telah dilaksanakan dan siap pada 4 September 2016. Manakala terdapat perancangan bagi mengurangkan risiko banjir bagi kawasan sekitarnya yang melibatkan Fasa 2, melibatkan Jajaran Sungai Cawan, Sungai Jejawi, Sungai Kolok. Namun begitu cadangan penyelesaian isu banjir bagi tiga jajaran sungai ini juga melibatkan kawasan tadahan daripada Negeri Kelantan yang merupakan hulu sungai berkenaan. Justeru itu, satu perancangan penyeluruhan perlu dilaksanakan dan memerlukan kajian terperinci bagi isu banjir tersebut yang melibatkan Negeri Kelantan dan Negeri Terengganu. Kawasan jajaran ini kebanyakannya melibatkan tanah milik sepanjang jajaran sungai dan status terkini, kebanyakan rezab sungai telah ditebus guna tanah bagi menjadi kawasan pembangunan perumahan dan kerja penambunan tanah yang tinggi meningkatkan lagi risiko berlaku banjir. Justeru itu, pengambilan balik tanah diperlukan bagi tujuan naik taraf sungai dalam jajaran Negeri Terengganu. Buat masa ini jajaran tersebut masih belum dibuat pengambilan dan penyelenggaraan sungai hanya dilaksanakan mengikut jajaran asal.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, menjawab soalan Kuala Berang. Keselamatan Empangan Kenyir. Kajian telah dibuat pada tahun 2021 dan 2022 oleh Pasukan Flying Squad. Memandangkan telah berlaku kerosakan pada sistem kenyir disebabkan kejadian tanah runtuh pada Februari 2022 sehingga operasi stesen terhenti selama 6 bulan. Operasi penjanaan dan penghantaran telah dapat dipulihkan pada akhir Jun 2022 iaitu 3 bulan awal daripada perancangan awal dan menstabilkan sistem gred nasional dan bekalan untuk Negeri Terengganu. Sehingga kini kerja-kerja pembaikan cerun masih sedang dilakukan dalam kawasan TNB, manakala bagi bukit di luar kawasan TNB usaha-usaha oleh pelbagai pihak sedang dilakukan. Permohonan peruntukan telah dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 16 April 2023 melibatkan permohonan seperti;
1. Pembaikian kerosakan jalan cerun dan jambatan seluruh Negeri Terengganu di bawah skop JKR adalah berjumlah RM135.642 juta, 2. Pembaikian kerosakan infrastruktur pengairan dan saliran seluruh Negeri Terengganu di bawah skop JPS berjumlah RM62.705 juta.
Status terkini adalah peruntukan yang dimohon telah diluluskan, sebahagaian kerja-kerja pembaikian telah disiapkan dan insya-Allah akan diteruskan lagi.
Menjawab soalan Batu Rakit, projek penambakan pasir. Untuk makluman, projek penambakan pasir di Mengabang Telipot sehingga Batu Rakit adalah di bawah skop projek pengawalan hakisan pantai di Kuala Nerus, Terengganu di bawah seliaan JPS berjumlah RM70 juta telah bermula pada 24 Julai 2023 dan dijangka siap 23 September 2026. Pada masa sekarang, kontraktor masih dalam proses kerja-kerja awalan dan menghantar bahan binaan ke tapak projek dan dijangka kerja-kerja pembinaan struktur pemecah ombak akan dimulakan pada pertengahan bulan Februari 2024, manakala skop penambakan pasir akan dimulakan pertengahan tahun 2024 setelah dua unit pemecah ombak siap. Sekian.
Terima kasih Yang Berhormat Cukai. Seterusnya Yang Berhormat Ajil, dipersilakan.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua jabatan, para pemerhati, tuan-tuan dan puan-puan, muslimin dan muslimat semua. Pertama sekali saya ucapkan syukur dan terima kasih yang tidak terhingga ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala memberi kesempatan kepada kita untuk berbahas dalam suasana yang sangat tenang tanpa gelombang yang besar walaupun kita sudah menghampiri musim tengkujuh. Ucapan tahniah kepada kita semua yang terus mengekal Kerajaan Terengganu di bawah pemerintahan Parti Islam SeMalaysia (PAS) dengan dokongan padu daripada rakan-rakan BERSATU yang telah membuktikan bahawa kita mampu mentadbir dengan lebih baik dan menepis tanggapan bahawa Kerajaan PAS hanya sepenggal. Tahniah kepada kemenangan yang sungguh mengejutkan 32-0 dan 8-0 di Parlimen Terengganu. Sekarang ni dah 8 tolak 1 untuk sementara, tinggal 7. Insya-Allah lepas ini kita akan berkampung di Kemaman untuk mengembalikan Kemaman, Parlimen Kemaman di bawah PAS juga, pun begitu tuan-tuan dan puan-puan, muslimin dan muslimat semua kemenangan kita ini bukan suatu benda yang untuk kita megahkan, bahkan sepatutnya kita tambah tawadhu’ dan tambah syukur ke hadrat Allah Ta’ala mudah-mudahan Allah Ta’ala terus mengekalkan kuasa pemerintahan kita ini berada di kalangan orang-orang yang diberi amanah oleh Allah Ta’ala dan mampu memikul amanahNya dengan baik.
Saya juga merakam ucapan penghargaan dan terima kasih pada sahabat-sahabat yang mengambil bahagian dalam perbahasan Menjunjung Kasih Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu. Tetapi portfolio saya tidak terlalu disentuh oleh Ahli-ahli Yang Berhormat kecuali secara terusnya oleh Yang Berhormat Bandar sahaja yang menyentuh portfolio saya, soalan-soalan pun takdok, hanya satu soalan sahaja yang diterima iaitu daripada Bukit Besi, pun begitu tidak dapat dijawab oleh kerana kekangan masa pada semalam. Apa-apa pun saya mengucapkan terima kasih kepada sahabat yang melibatkan diri dalam perbahasan dan saya menyentuh apa yang disentuh oleh Yang Berhormat Wakil Bandar tentang permasalahan sosial yang berlaku di kalangan remaja, tentang penglibatan remaja dalam penagihan arak, dadah, seks bebas, merempit dan sebagainya yang mungkin banyak di kawasan bandar
terutamanya melibatkan remaja melayu. Masalah-masalah ini semuanya punca dia banyak berpunca daripada masalah pendidikan awal di rumah. Kalau kita tengok kepada punca masalah, masalah ini adalah berpunca daripada masalah dalaman remaja itu sendiri yang menerima pendidikan yang tidak kuat ataupun kerana cabaran-cabaran yang hebat yang berlaku di persekitaran remaja zaman sekarang ini. Kita melihat bagaimana penglibatan remaja kita dalam gajet, mereka hidup sekarang ini boleh kata hampir semua remaja mesti memiliki telefon bimbit. Tahun 2020, jumlah remaja yang terlibat dalam penggunaan gajet sebagaimana yang dikeluarkan oleh SKMM tahun 2020 adalah 18.4% remaja yang berumur lima hingga 17 tahun menghabiskan masanya yang banyak dengan gajet. Tahun 2016 meningkat kepada 47% remaja yang melibatkan masa sebahagian besar masa mereka dengan gajet, dan ini tak termasuk pelajar-pelajar yang berada di asrama penuh yang memang dilarang untuk mereka menggunakan telefon. Bahayanya, masa penggunaan gajet ini menyebabkan gangguan kepada sesi persekolahan ataupun sesi pembelajaran, masalah kepada penjagaan dan pendidikan anak-anak, interaksi sosial yang rosak yang mana remaja, remaja kita oleh kerana ralit bermain telefon bimbit mereka kurang berinteraksi dengan ibu bapa, orang tua ataupun masyarakat sekitar. Ini memberi kesan yang parah kepada minat mereka untuk belajar. Apabila mereka menghabiskan masa yang banyak di skrin telefon bimbit tetapi tidak berapa minat untuk melihat buku-buku sekolah. Walaupun penggunaan peranti sekarang ini ada juga aplikasi untuk akademik tetapi peratus pelajar yang melihat peranti telefon dengan aplikasi pendidikan terlalu sedikit berbanding dengan penerokaan mereka ke atas isi kandungan peranti yang kadang-kadang sampai kepada benda-benda tidak bermoral. Bahaya keinginan ini, bahaya kepada penglibatan mereka kepada peranti ataupun main telepon sebenarnya, memberi kesan kepada kesihatan mental dan juga kesihatan fizikal mereka dan ini memberi kesan kepada pembinaan sosial masyarakat. Saya rasa terpanggil bersama dengan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan juga YPK (Yayasan Pembagunan Keluarga) milik Kerajaan Negeri Terengganu untuk bersama-sama memikirkan bagaimana kita nak menangani masalah yang bimbang akan menjadi lebih parah apabila mereka ralik dengan penglibatan permainan gadget ini boleh menyebabkan acara-acara yang baik di dalam kehidupan mereka bertukar menjadi perkara-perkara negatif dalam kehidupan dan tentulah akan memberi kesan kepada kekukuhan institusi keluarga tersebut.
Institusi keluarga, seharusnya diperkasakan dan kita mempunyai Yayasan Pembangunan Keluarga insya-Allah kita akan terus memperkasakan Institusi Keluarga kerana keluargalah yang
merupakan asas kepada pembinaan negeri dan juga negara. Penglibatan remaja juga dalam sebagaimana yang disebut oleh Bandar, penglibatan dalam penagihan dadah, tuan-tuan, puan-puan, Ahli-ahli Yang Berhormat remaja kita yang terlibat dengan dadah sangat tinggi pada kadar enam puluh ribu sekarang ini remaja yang terlibat dengan dadah dan seratus dua ribu adalah remaja yang mempunyai latar belakang pernah menjadi penagih dadah. Dadah sekarang ini, dadah sintetik yang banyak terutamanya pil kuda dan juga dadah juga sudah masuk ke dalam vape. Flavor vape, perasa vape apabila ada jenama yang disebut.
Satu minit lagi Yang Berhormat
Ya
satu minit lagi
satu minit lagi, Allah baru mukadimah, mukadimah baru masuk bab-bab dadah ini
Haha.. padan doh.
Tidak apa Dato’.
takper-takper insya-Allah.
boleh saya nak mencelah di sini, Dato’ Yang di-Pertua
Nak celah ini boleh
masa tak dok ni
Ada Permaisuri
Sedikit sahaja
Bereh, boleh.
Di pendidikan awal, di sekolah, kes-kes ponteng, anak-anak ponteng, ada berlaku apabila guru pergi ke rumah anak murid yang tidak hadir di sekolah itu dia tengok mak dengan ayah sekali dengan anak duduk tidur lagi, jadi macam mana kita nak membentuk generasi baru yang kita katakan tadi, dan saya nak cadangkan di sini kepada Yang Berhormat Ajil, boleh tak kita cadangkan supaya ada satu badan yang buat satu kajian secara mendalam punca, kesan dan juga cara-cara nak mengatasi masalah sosial tadi di kalangan orang-orang melayu khususnya Negeri Terengganu, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Permaisuri.
Terima kasih Permaisuri, Permaisuri cerita berkenaan dengan cerita cikgu gi cari di rumah, di rumah gerak pelajar tengah tidur, saya sendiri pernah masuk ke bilik pelajar duk tidur, saya pergi kerana tidak hadir periksa, tidak hadir periksa cikgu gi turut ke rumah pelajar mak dia kata, ada duduk tidur lagi, ustaz gi gerak sendiri ah, saya masuk ke dalam bilik gerak dia tidur tunggu dia pergi gosok gigi, pakai baju, ambil pelajar itu wak naik kereta gi menghadapi peperiksaan di sekolah, memang betul benda itu berlaku, so lagu mana kita nak berubat. Ini yang saya sebutkan tadi punca banyak adalah daripada institusi keluarga. Bagaimana kita nak bina institusi keluarga ini, merupakan satu cabaran baru bagi saya yang dulu dipegang oleh sahabat saya YBC sekarang ini YBA dan juga Yayasan Pembangunan Keluarga Negeri Terengganu bagaimana kita nak memperkasakan institusi keluarga supaya keluarga tersebut lebih ambil cakna terhadap pendidikan mereka cikgu sepatutnya tidak payah gi ke rumah, cikgu tunggu pelajar mari, tapi pelajar tidak mari sekolah, menjadi satu tanggungjawab baru cikgu pergi gerak ke rumah, tujuh belas hari bulan baru ini
Penutup Yang Berhormat akhir
Akhir, ini akhir dah ini, tujuh belas hari bulan baru ini selepas daripada kita menang pilihan raya saya pergi ke dua buah rumah pelajar di sekolah rendah nak ceritanya tanggungjawab dan beban tugas cikgu memang sampai ke rumah dan ini merupakan satu bebanan baru, cabaran baru kepada kita insya-Allahlah sama-
sama kita akan berusaha untuk menangani isu ini dan saya melihat isu ini bukan sekadar sepatutnya ditangani oleh cikgu di sekolah, tetapi seluruh masyarakat, seluruh agensi mesti melibatkan diri secara serius dan total dalam usaha bagaimana nak menangani isu-isu keciciran pelajar, pelajar tidak minat pergi sekolah, tentulah masalah dia memang banyak berpunca daripada rumah. Sekian saya mohon menyokong Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Ajil, penerangan yang begitu jelas difahami semua. Seterusnya saya persilakan Yang Berhormat Alur Limbat.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Pegawai-pegawai Kerajaan serta pemerhati sekalian. Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan untuk merakam penghargaan dan syabas kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dan menunjukkan komitmen yang tinggi dalam sesi perbahasan Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu terutama untuk Persidangan Dewan Undangan Negeri pada kali ini. Penglibatan semua Ahli Yang Berhormat dapat memberi idea dan cadangan sememangnya sangat membantu demi pembangunan negeri ini, sebelum daripada Dewan ini, ramai yang bertanya apabila PAS telah memenangi 32 DUN macam mana perbahasan Dewan. Hari ini kita telah buktikan bahawa perbahasan Dewan Undangan Negeri kita ini dah sampai ke penghujung, mempunyai nilai yang tinggi untuk rakyat dan untuk kita sama-sama membangunkan Terengganu insya-Allah dan saya ucapkan terima kasih kepada Pengerusi BBC dan juga semua Ahli Yang Berhormat yang telah berperanan dengan baik dalam Sidang Dewan Undangan Negeri pada kali ini, cuma portfolio saya, saya tak sempat ada lima soalan tak dapat dijawab, Soalan Lisan, insya-Allah kita akan buat secara bertulis dan juga tiada yang disentuh kecuali ADUN Manir yang sebahagiannya telah dijawab oleh ADUN Kota Putera tadi dan saya sebagai mengulas sedikit Titah Ucapan Sultan kita melalui
Portfolio saya. Sebagaimana yang semua sedia maklum, Kerajaan Negeri melalui YPU iaitulah Yayasan Pembangunan Usahawan adalah berperanan dalam melahirkan usahawan bagi membantu serta membimbing usahawan yang sedia ada. Ianya juga adalah berperanan dalam memartabat dan mempertingkatkan kemampuan usahawan supaya lebih berdaya saing, berdaya tahan dan berdaya maju serta berinovasi.
Yayasan Pembangunan Usahawan dalam memainkan peranannya dalam konteks pembangunan keusahawanan terbukti dengan jumlah pendaftaran Sahabat Usahawan Terengganu yang hampir mencecah 20,000 orang. Kerajaan akan mengambil tanggungjawab untuk terus memacu program keusahawanan supaya terus aktif dan bertekad untuk memastikan supaya lebih ramai para belia khususnya menceburi dalam bidang keusahawanan ini dan menjadikan bidang usahawan ini adalah budaya hidup orang Terengganu. Bagi mencapai hasrat tersebut, saya akan memastikan Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu akan terus menyediakan program yang dapat mencapai hasrat tersebut dengan tema „Keusahawanan Adalah Kerjaya Pilihan’ akan menjadi pilihan bagi mengatasi masalah pengangguran pada masa kini. Usaha ini akan terlaksana dengan kerjasama pelbagai agensi keusahawanan yang mempunyai objektif yang sama, insya-Allah.
Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada sahabat saya Yang Berhormat Kota Putera, Yang Berhormat Nurkhuzaini Abdul Rahman, EXCO Keusahawan yang sebelum ini yang telah berjaya menjalankan tanggungjawab beliau selaku EXCO Keusahawanan pada penggal yang lepas. Tahniah Yang Berhormat, antara kejayaan beliau adalah mewujudkan Tabung Usahawan Terengganu Sejahtera ataupun ringkasnya TUGAS iaitu pinjaman tanpa mengenakan sebarang faedah keuntungan kepada usahawan ataupun lebih dikenali pinjaman no riba. Insya-Allah kita akan teruskan lagi pada masa-masa akan datang. Ini merupakan skim pinjaman yang satu-satunya yang dilaksanakan di negara ini. Tabung yang menyediakan pembiayaan sehingga RM50,000.00, telah banyak membantu banyak usahawan dalam membangunkan perniagaan mereka, ini merupakan skim pinjaman yang satu-satunya. Jumlah peruntukan yang telah dikeluarkan pada penggal lalu bagi kemudahan pinjaman adalah sebanyak RM24,210,274.00 dengan melibatkan seramai 4,887 orang usahawan yang menikmati kemudahan ini bermula pada tahun 2019 sehingga Ogos 2023.
Antara skim pembiayaan yang sedia ada adalah Program Peningkatan Kapasiti Enterprise Terengganu (PKET), Program Peningkatan Perniagaan Terengganu (Sp3t), Tabung Siti Khadijah khasnya untuk wanita, Skim Pembiayaan Atas Talian, Skim Pembiayaan Mobile Truck (SPMT). Selain daripada itu, keprihatinan Kerajaan kepada usahawan kecil dan golongan OKU direalisasikan menerusi bantuan dan geran perniagaan yang diberikan kepada golongan tersebut dengan jumlah bantuan sehingga RM5,000.00 melalui dua skim yang dilaksanakan iaitulah Dana Usahawan Dan Industri Mikro Terengganu ringkasannya DUIT, Dana Prihatin Terengganu Khas untuk OKU (D-HATI). Insya-Allah segala pelaksanaan tugas ini akan diteruskan walaupun mungkin kita menghadapi pelbagai masalah, kekangan dari segi kewangan dan seumpamanya.
Ahli Dewan semua, sebagaimana yang kita semua maklum, golongan belia adalah golongan yang sentiasa mencari peluang termasuk dalam bidang perniagaan. Bagi menzahirkan impian para belia dalam perniagaan, satu program yang diberi nama Usahawan Belia Sejahtera atau UBES telah dilaksanakan. Ianya ditumpukan kepada lepasan SPM dan para lepasan IPT, bidang perniagaan atas talian adalah menjadi keutamaan bagi menyertai program ini selain daripada perniagaan lain. Sehingga sekarang sebanyak empat peringkat pengambilan telah dilaksanakan dengan penglibatan hampir 200 orang peserta.
Bagi menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh ADUN Manir, saya tertarik dengan soalan beliau yang berkait dengan keperluan pekerja oleh pelabur. Faktor sumber manusia (Human Capital) merupakan keperluan yang kritikal dalam industri. Pelabur yang datang ke Terengganu mengharapkan jaminan bekalan tenaga pekerja yang kompeten dan mencukupi. Justeru itu, pada penggal lepas Kerajaan Negeri telah menubuhkan sebuah agensi khas iaitu THRDC-Terengganu Human Resource Development Centre bagi memenuhi keperluan pembangunan sumber manusia menangani isu pengangguran dan memenuhi keperluan bekalan tenaga kerja daripada rakyat tempatan. THRDC berperanan memastikan penglibatan tenaga pekerja tempatan daripada kalangan rakyat Terengganu dalam pembangunan negeri. Sejak ditubuhkan pada tahun 2019, THRDC memberikan fokus kepada membantu penempatan rakyat dalam peluang-peluang pekerjaan yang ada. Wabak COVID-19 yang melanda dunia selama dua tahun mengakibatkan fenomena pengangguran meningkat di seluruh negara. Dalam tahun 2021 hingga 2022, apabila kegiatan
ekonomi dibuka semula, THRDC memberi fokus sepenuhnya kepada penganjuran program penempatan pekerjaan dengan kerjasama PERKESO sebagai rakan strategik dalam Urusetia Pekerjaan Negeri Terengganu (UPNT). Pelbagai program karnival dan outreach pekerjaan telah dilaksanakan secara turun padang di daerah-daerah. Dalam penggal baharu ini dengan mandat yang diberikan oleh rakyat, Kerajaan beriltizam untuk memperkasa dan memperluaskan peranan THRDC. Objektif utama THRDC bagi penggal ini adalah;
1. Mewujudkan ekosistem pembangunan sumber manusia dan kerjaya yang mampan melalui pemerkasaan Urusetia Pekerjaan Negeri Terengganu (UPNT) sebagai platform kolaborasi antara pemegang taruh dalam sektor sumber manusia.
2. Merealisasi potensi dari belia dan graduan melalui pembangunan bakat dan jati diri serta pensijilan kemahiran agar mempunyai perancangan kerjaya yang lestari, dan 3. Pengoperasian pusat cari kerja sebagai pusat sehenti di mana pemadanan pekerjaan dan program perkembangan kerjaya rakyat dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.
4. Mewujudkan ekosistem pembangunan sumber manusia dan kerjaya yang mampan melalui pemerkasaan Urusetia Pekerjaan Negeri Terengganu (UPNT) sebagai platform kolaborasi antara pemegang taruh dalam sektor sumber manusia.
Jadi, itulah sedikit sebanyak yang dapat saya ucapkan pada hari ini. Insya-Allah saya mengharapkan pada sesi Sidang Dewan akan datang semua Yang Berhormat dapat kalau boleh tanya soalan banyak sikit kepada saya dan dalam sesi pembahasan kerana keusahawanan adalah menjadi nadi kepada sumber ekonomi selain daripada pelancongan selain daripada oil and gas dan kita. Dua orang bangun…
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua.
Cukup la dok?
Sebab YB kata takdok soalan tadi saya rasa macam ada sedikit tertinggal daripada
Takpe, jawab semula, Yang Berhormat Alor Limbat teruskan, tamatkan.
Okey, saya ingat habislah dok, saya ingat itu sahaja, kerana masa yang tidak mencukupi. Sekian sahaja,
Yang Berhormat EXCO semua akan buat penggulungan ke? Akan buat penggulungan semua? Saya harap dapat sehingga dekat Jabi pukul satu, deh? Sila Yang Berhormat.
Cenderawasih terbang berdua Hinggap berasmara di atas batu Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua Tepoh hadir untuk penggulungan itu
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar Terengganu, seluruh Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, rakan pemerhati dan media yang mengikuti persidangan ini sama ada secara fizikal ataupun secara atas talian, para hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.
Pertamanya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua memberikan keizinan untuk saya terlibat dalam penggulungan ini. Begitu juga saya mengucapkan terima kasih kepada kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan semalam dan menyentuh portfolio yang berkait dengan saya. Insya-Allah saya akan cuba menerangkan secara lebih terperinci beberapa persoalan dan
harapan yang telah diutarakan kelmarin. Alhamdulillah juga sepanjang saya ikuti perbahasan Ahli-ahli Yang Berhormat kelmarin, sekalipun DUN Terengganu pada kali ini sifar pembangkang, semangat semak dan imbang dalam Dewan legislatif ini dilihat cukup subur dan sangat competent untuk melihat perjalanan badan legislatif subur dan peranan eksekutif semakin mantap. Tahniah buat semua Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian.
Kelmarin juga saya lihat Yang Berhormat Telemong banyak menghidupkan suasana sehingga Dewan pada kali ini terasa beban dengan kes gajah. Berat kes gajah ni Telemong sehingga.. Telemong sedor dok or? (ketawa).
Berat kes gajah ni sehingga bot berhias kita pun tenggelam. Jadi jangan kata isu di Telemong, malah bot berhias kita pun tenggelam kerana kes gajah. Saya harap Telemong jangan syorkan kepada portfolio sukan untuk buat perlumbaan bergajah selepas daripada ini sebagai alternatif penyelesaian.
Dalam beberapa perkara yang disebut antaranya oleh Ahli Yang Berhormat Sura berkenaan dengan Tour Gateh D’Tranung 2023. Tuan-tuan dan para hadirin sekalian, Kerajaan Negeri pada tahun ini sekali lagi telah menganjurkan Tour Gateh D’Tranung 2023 yang diadakan pada 3-8 September 2023 tempoh hari. Kejohanan ini dikelolakan oleh Kerajaan Negeri melalui portfolio saya bersama dengan Majlis Sukan Negeri Terengganu dibantu juga oleh Persatuan Lumba Basikal Negeri Terengganu. Apa yang cukup menarik, Tour Gateh D’Tranung mendapat liputan yang meluas dengan penggunaan khidmat live streaming, dengan izin. Prestasi liputan yang sangat baik dan bertahap tinggi ini sekali gus mampu mempromosi Negeri Terengganu ke mata dunia. Untuk makluman, Tour Gateh D’Tranung dapat ditonton secara langsung tidak kurang daripada lima jam sehari iaitu dari sebelum, semasa dan selepas perlumbaan termasuk upacara penyampaian hadiah bagi setiap peringkat perlumbaan. Insya-Allah portfolio ini akan terus menyokong dan membantu mempromosikan Terengganu dalam sektor pelancongan melalui sport tourism, dengan izin atau pelancongan sukan. Juga melalui program-program lain yang dirancang pada setiap tahun.
Kita juga telah menerima dan telah melaksanakan satu lagi perkara iaitu membuat penajaan Le Tour De Langkawi tempoh hari. Penajaan yang kita buat ini sebenarnya bukan untuk menggambarkan Kerajaan memiliki kewangan yang banyak tetapi atas beberapa justifikasi yang telah pun digariskan oleh pihak
Kerajaan Negeri. Antaranya adalah untuk memupuk semangat daripada kalangan anak-anak remaja yang berada di seluruh pinggiran jalan menyaksikan perlumbaan ini supaya mereka memiliki semangat untuk terlibat sama dalam sukan berbasikal dan akhirnya mencipta nama yang cukup baik seperti Dato’ Azizul Hasni, Anuar Manan dan seumpamanya. Begitu juga kita mengambil ruang dan peluang menyokong sport tourism sehingga menyebabkan kita mendapat liputan secara langsung di dalam eurosports tempoh hari ditonton oleh seluruh dunia bermula dari tempat kita di Kerteh sehingga dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu.
Dato’ Yang Di-Pertua, saya mendengar dengan teliti perbahasan daripada rakan-rakan Yang Berhormat yang bertanyakan berkaitan infra kemudahan sukan serta padang-padang bola di kawasan Dewan Undangan Negeri masing-masing. Kerajaan Negeri terus komited untuk menyelenggara kemudahan sukan di Negeri Terengganu. Untuk tahun ini sahaja sejumlah RM704 ribu telah dibelanjakan untuk penyelenggaraan kemudahan sukan melibatkan pembaikian padang bola sepak, futsal serta kemudahan sukan yang lain. Kerajaan Negeri juga akan terus komited untuk menambah baik serta membaik pulih kemudahan sukan yang mengalami kerosakan pada tahun mendatang bagi memastikan golongan belia dan remaja di Negeri Terengganu kekal cergas selaras dengan salah satu visi Sukan Negara 2030 iaitu Pembudayaan Sukan. Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu telah melaksanakan enam projek selenggara dan baik pulih iaitu
a.
Kompleks Rakan Muda Besut b.
Kompleks Sukan dan Komuniti Jertih, Besut c.
Velodrom Dungun d.
Kompleks Sukan Telemong, Hulu Terengganu e.
Kompleks Rakan Muda Kemaman f.
Gelanggang Futsal KOMBES.
Untuk maklumat Yang Berhormat Sura, daerah Dungun kini telah memiliki tujuh padang bola sepak awam secara terbuka di sekitar bandar Dungun di mana tanah padang bola awam terbuka telah direzabkan di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara di bawah jagaan Pegawai Daerah Dungun iaitu:
a.
Padang Arena Merdeka b.
Padang Bola Astaka
c.
Padang Bola Jalan Melati d.
Padang Bola Kampung Che Lijah/Tanjung Pati e.
Padang Bola Sepak Seberang Pintasan f.
Padang Bola Sepak Kampung Padang Pulut g.
Padang Bola Kampung Tebing Tembah/Seberang Paka.
Kerajaan Negeri buat masa ini mengambil inisiatif untuk fokus kepada penyelenggaraan serta baik pulih kemudahan sukan sedia ada berbanding menambah fasiliti sukan tambahan bagi memastikan keperluan dan keselamatan golongan belia terjamin semasa bersukan. Kerajaan Negeri juga amat menggalakkan pelaburan daripada badan swasta dalam menyediakan fasiliti sukan dalam Negeri Terengganu seperti yang dibuat di daerah Dungun yang kini telah mempunyai dua padang sintetik yang dibangunkan oleh syarikat swasta dengan kerjasama Majlis Perbandaran Dungun. Kedua-dua gelanggang ini telahpun beroperasi dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada golongan belia sebagai alternatif sukan dan rekreasi kerana padang sintetik ini dibina mengikut standard FIFA. Ada yang standardnya maksimum, ada yang standardnya minimum. Padang-padang tersebut iaitu:
a.
Padang bola sepak sintetik GD SOCCER Kampung Batu 5, Mukim Sura yang dioperasikan oleh GD SOCCER ENTERPRISE. Ia berada dalam DUN Sura.
b.
Padang Bola Sintetik Prestige Way Resources, Batu 7 yang dioperasikan oleh syarikat Prestige Way Resources Sdn. Bhd. dalam DUN Paka dan c.
Satu lagi saya difahamkan padang bola sepak sintetik akan dibina oleh pihak swasta iaitu di tanah kerajaan di kawasan Perindustrian Taman Industri Paka, Kampung Cacar, DUN Paka.
Saya berharap pihak berkuasa tempatan lain dalam Negeri Terengganu turut mengambil pendekatan yang sama dalam membantu merancakkan sektor sukan seterusnya dapat meningkatkan ekonomi dalam negeri ini.
Dato’ Yang di-Pertua, persidangan kali ini dalam suasana Sambutan Jubli Perak 25 Tahun.
Yang Berhormat, laluan sekali.
Sila.
Terima kasih Yanbg Berhoramt Dato’ Yang di-Pertua, apakah ada peluang untuk dibaik pulih atau membangunkan semula padang-padang yang terbiar. Terima kasih.
Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Wakil daripada Manir. Perkara tersebut boleh diangkat untuk dilakukan perbincangan dan dibuat semakan fasiliti yang ada dalam kawasan yang dimaksudkan, insya-Allah.
Dato’ Yang di-Pertua, persidangan kali ini dalam suasana Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu. Saya menyeru semua Ahli Dewan, Pimpinan Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, Pegawai-pegawai Tadbir Negeri, Kakitangan sokongan, anggota GLC dan lain-lain untuk terus mengembling tenaga, mencurah khidmat dan bekerja dengan penuh ikhlas untuk berbakti buat Kerajaan Tuanku Sultan dan rakyat baginda. Tepoh mohon menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Tepoh. Jelas, menepati masa yang ditetapkan. Sila Yang Berhormat Wakaf Mempelam.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, rakan-rakan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, seterusnya Ketua-ketua Jabatan, Agensi dan pemerhati dan seluruh yang hadir di Dewan mahupun yang berada di luar.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua atas kesempatan untuk membuat penggulungan bagi pihak portfolio. Yang pertama saya ingin
merafak sembah Ucapan Junjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan yang telah sudi untuk berkenan untuk hadir ke merasmikan Sidang Dewan Undangan Negeri pada kali ini dan seterusnya menyampaikan Titah Ucapan dan di dalam Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku banyak juga menyentuh perkara-perkara berkenaan dengan portfolio dan patik menjunjung kasih di atas segala pesanan dan juga harapan yang telah pun diberikan. Ampun Tuanku!
Dato’ Yang di-Pertua, seramai 9 orang Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri telah pun menyampaikan ucapan dan menyentuh perkara berkenaan dengan portfolio yang saya ketuai ini. Di antaranya adalah Yang Berhormat daripada Sura yang menyentuh tentang isu Terengganu Bebas Asap Rokok ataupun TBAR. Untuk makluman Dewan, buat masa ini hanya Taman Awam Batu Burok sahaja yang telah pun diwartakan sebagai kawasan TBAR ataupun Terengganu Bebas Asap Rokok. Ia diwartakan pada 1 Julai 2017 yang lalu dengan kerjasama dan komitmen daripada Kerajaan Negeri sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Terengganu Bebas Asap Rokok. Kawasan yang diwartakan adalah bermula daripada Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang termasuk kawasan-kawasan Hospital Sultanah Nur Zahirah, sepanjang pesisir pantai hinggalah ke Taman Rekreasi Batu Burok. Dan cadangan perluasan kawasan yang digazetkan sebagai Kawasan Bebas Asap Rokok sentiasa berada dalam penelitian Kerajaan Negeri. Dan bersama-sama dengan pihak Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, dan baru-baru ini pun pihak Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu melalui Dato’ Pengarah Jabatan Kesihatan telah berkunjung ke Wisma Darul Iman dan menyatakan hasrat diantaranya adalah cadangan untuk mewujudkan di setiap daerah dalam Negeri Terengganu ini, paling-paling kurang pun satu daerah satu kawasan Terengganu Bebas Asap Rokok dan saya memandang cadangan ini adalah cadangan yang cukup positif untuk kita membebaskan Terengganu kita ini daripada asap rokok. Seterusnya mewujudkan persekitaran yang sihat dan melahirkan rakyat yang juga sihat, insya-Allah.
Maaf, pohon mencelah Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih kepada EXCO yang menjawab. Maaf soalan saya berkaitan dengan pengwartaan kepada seluruh premis ibadah Negeri Terengganu, contoh masjid dan surau untuk kita wartakan kawasan bebas asap rokok kerana obvious, dengan izin melampau
sangat dan ketara sangat kawasan masjid warga Terengganu biasa merokok waktu solat, lepas waktu kuliah. Terima kasih.
Terima kasih atas cadangan dan pandangan daripada Jertih, insya-Allah akan diambil perhatian. Yang keduanya terima kasih juga kepada ADUN Pengkalan Berangan yang telah juga menyentuh antaranya isu berkenaan Bandar Baru Lestari. Sepertimana yang telah pun dimaklumi sebelum daripada ini, proses pengenalpastian lokasi cadangan Bandar Baru Lestari di setiap daerah telah pun dilaksanakan dan terdapat dua lokasi yang telah pun dipersetujui untuk dijadikan Projek Perintis iaitulah Bandar Lestari Bukit Seraya di Kuala Nerus, dan juga Bandar Lestari Durian Mentangau di Dungun. Seterusnya Pelan Susun Atur Pembangunan telah disediakan oleh pihak PLANMalaysia Negeri Terengganu mengambil kira pandangan daripada jabatan dan agensi teknikal berkaitan dan insya-Allah perbincangan bersama dengan pelabur berpotensi juga sedang dilaksanakan oleh pihak UPEN dengan kerjasama anak syarikat Kerajaan Negeri Terengganu iaitu pihak Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. bagi memajukan Bandar Lestari secara penswastaan.
Dato’ Yang di-Pertua, yang seterusnya yang ketiga daripada ADUN Batu Rakit yang menyentuh tentang isu pembaikian taman permainan. Untuk makluman, Kerajaan Negeri menerusi PBT sentiasa mengambil berat dan memantau akan keadaan taman rekreasi dan taman permainan di kawasan operasi masing-masing. Walaupun tiada peruntukan khas bagi kerja-kerja naik taraf taman permainan, peruntukan bagi kerja-kerja naik taraf landskap dan pembangunan taman awam yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri boleh digunakan sebenarnya untuk tujuan tersebut. Pada tahun ini Kerajaan Negeri telah pun meluluskan sebanyak RM300 ribu bagi kerja-kerja naik taraf landskap dan pembangunan taman awam atau kawasan-kawasan rekreasi di bawah seliaan PBT. Pecahan peruntukan adalah seperti berikut. Landskap kawasan PBT sebanyak RM200 ribu dan landskap rekreasi keluarga sebanyak RM100 ribu dan untuk makluman, pada tahun ini tiada peruntukan disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan bagi tujuan pembangunan landskap. Walau bagaimanapun pada tahun 2019 yang lalu Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM55 juta bagi tiga buah projek mega dan semuanya masih lagi dalam proses pembinaan sebagaimana berikut;
1. MPK iaitu Cadangan Pembangunan Taman Awam Kuala Kerteh Kemaman.
2. Cadangan Pemuliharaan Kunang-kunang di Sungai Yak Yah Kemaman dan 3. Dungun Kawasan Pembangunan Landskap Perbandaran Dungun.
Seterusnya Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih juga kepada ADUN Kemasik yang mengutarakan isu berkenaan dengan pembangunan infra kawasan perumahan yang kata beliau ada 2000 lot yang melibatkan 2000 orang yang telah mendapat lot-lot tanah yang tidak mempunyai infra yang baik untuk didirikan rumah. Bagi kerja-kerja infra ia itulah kerja tanah selain daripada menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri, SUK Bahagian Perumahan boleh memohon peruntukan daripada Kerajaan Pusat iaitu Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah melalui Program Pemajuan Kawasan (PPK) serta unit Penyelarasan pelaksanaan jabatan perdana menteri. Bagi infra yang lain seperti jalan masuk, longkang, dan saliran telah dimasukkan dalam kos projek sekiranya melibatkan dalam kawasan pembangunan sahaja. Manakala kawasan-kawasan yang tidak terlibat di bawah jabatan atau PBT, manakala kawasan yang tidak terlibat adalah di bawah seliaan jabatan ataupun PBT di kawasan masing-masing. Ada di Telemong pula, ADUN Telemong…
Dato’ Yang di-Pertua, mencelah sekejap.
Ya.
Apakah ada perancangan Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan isu perumahan di Pulau Perhentian untuk generasi kedua dan ketiga? Keluhan rakyat Pulau Perhentian sekarang ini setiap rumah ada tiga pasangan dan dua pasangan, setiap rumah. Sekian terima kasih.
Terima kasih kepada Kuala Besut. Ya, seperti yang kita semua maklum, isu perumahan bukan isu yang berlaku di Kuala Besut sahaja tetapi berlaku di semua DUN dalam Negeri Terengganu ini, dan insya-Allah kita melihat satu persatu apa yang perlu didahulukan dan apa yang perlu
dikemudiankan, insya-Allah. Semuanya kalau ikutnya perlu diutamakan belaka tapi tengok case by case insya-Allah. Baik, saya nak masuk kepada Telemong. ADUN Telemong membicarakan berkenaan dengan perumahan di Telemong yang katanya lama doh tak dok, dok. Lama doh tak dok dia kata. Berapa tahun dok tahu dia sebut tadi, kelmarin. Lamalah. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, mengikut perancangan Kerajaan Negeri sedang merangka kertas kerja bagi penyediaan kos dan pelan susun atur unit rumah dalam membangunkan perumahan RMM di kawasan Bukit Tadok. Bukit Tadok… aaa bukan tak dok ni. Bukit Tadok Kuala Telemong sebanyak 170 unit dengan keluasan tanah seluas 17 ekar. Betul dok betul sebut tu? Betul doh dok, Tadok? Taduk? Okey. Permohonan yang terbaru daripada YB kawasan adalah pada awal September 2023 yang lalu dan sekiranya projek ini diluluskan, insya-Allah ianya akan bermula pada tahun hadapan, insya-Allah.
Seterusnya, ADUN Bukit Tunggal menyentuh banyak juga berkenaan dengan isu-isu yang berkaitan dengan Dasar Perumahan yang katanya tidak berapa menarik perhatian pelabur-pelabur untuk datang termasuklah isu-isu yang berkaitan dengan teknikal-teknikal dan juga syarat-syarat yang telah pun di yang menjadi syarat yang kadang-kadang menyusahkan rakyat. Jadi, saya jawab secara umum bahawa insya-Allah pihak Portfolio akan mewujudkan satu task force yang melibatkan pelbagai jabatan dan agensi yang berkaitan untuk kita melihat isu-isu yang telah pun dinyatakan oleh Yang Berhormat Bukit Tunggal dan kita akan datang dengan cadangan yang boleh bukan sahaja mesra kepada pelabur tetapi juga cadangan-cadangan yang boleh orang kata meringankan dan juga membantu rakyat khusus dalam isu yang berkaitan dengan apa yang disebut kelmarin. Seterusnya, Dasar Pembangunan Perumahan Rumah Mampu Milik Secara Penswastaan di Terengganu telah digubal pada 2019. Walau bagaimanapun, dasar ini insya-Allah seperti tadi juga akan dikaji dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian.
Yang seterusnya, ADUN Manir ada menyentuh tentang tambahan RMM Jenis B bagi golongan yang tidak dapat Jenis A. Bermula tahun 2020, Kerajaan Negeri melalui SUK Bahagian Perumahan telah pun memperuntukkan sebahagian daripada keseluruhan projek Perumahan Mampu Milik (RMM) adalah Rumah Mampu Milik Jenis B. Antaranya adalah projek RMM Bukit Gasing 2 sebanyak 65 unit, RMM Telaga Putat, Setiu sebanyak 75 unit dan RMM Balai besar, Dungun sebanyak 54 unit. Dari RMKe-12, Kerajaan Pusat juga telah meluluskan satu projek PPR di kawasan Jeram, Manir. Di Air Putih pula, ADUN Air Putih juga
menyentuh tentang isu yang berkaitan dengan perumahan juga di Bandar Baru Cheneh dan juga di Perasing. Dan saya juga telah pun menerima kedatangan ADUN Air Putih sebelum daripada ini dan insya-Allah sama sepertimana yang dijawab kepada ADUN Manir, insya-Allah kita akan melihat daripada masa ke semasa untuk pelaksanaan projek RMM di dua tempat seperti yang telah pun dinyatakan itu.
Seterusnya, ADUN Seberang Takir menyentuh tentang cadangan perumahan baru di DUN Seberang Takir. Mengikut perancangan Kerajaan Negeri juga melalui SUK Bahagian Perumahan dalam perancangan untuk membangunkan pembangunan perumahan bercampur secara penswastaan di Kampung Seberang Pak Abu seluas 18.82 ekar. Pada masa ini, SUK Bahagian Perumahan sedang menilai cadangan tersebut daripada pemaju dan satu mesyuarat telah pun di bukan satu ye, beberapa kali mesyuarat telah pun diadakan dan baru-baru ini mesyuarat di peringkat akhir telah pun diadakan dan insya-Allah sekiranya tidak ada apa-apa masalah ianya akan dibawa ke MMKN.
Seterusnya daripada Hulu Besut berkenaan Cadangan Perumahan Baru Generasi 2 Felda Tenang, saya rasa telah pun dijawab oleh Yang Berhormat Jabi. Dan, yang terakhir ADUN Batu Rakit. Perumahan di Batu Rakit, mengikut perancangan Kerajaan Negeri juga melalui SUK Bahagian Perumahan dalam proses meneliti Laporan Cadangan Permohonan Perumahan Mampu Milik dan bercampur serta lain-lain yang berkaitan di atas tanah kerajaan di Kampung Telaga 2, Mukim Batu Rakit, daerah Kuala Nerus. Cadangan LCP tersebut adalah daripada syarikat swasta dan projek ini dicadangkan akan dibangunkan sebanyak 596 unit iaitu RMM A sebanyak 137 unit dan RMM B sebanyak 192 unit dan baki keseluruhan projek adalah komersial dan terdapat beberapa pindaan dalam laporan tersebut dan sekiranya sesuai dibangunkan, kertas kerja akan dirangka untuk proses kelulusan daripada MMKN.
Jadi Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, itu sahaja yang respond yang saya dapat berikan daripada persoalan-persoalan yang telah dikemukakan oleh sepuluh orang Ahli Dewan Undangan Negeri dan saya merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua. Mudah-mudahan Allah Subhanahu Wa Ta’ala merahmati kita semua.
Wakaf Mempelam mohon menyokong Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Wakaf Mempelam. Sila Yang Berhormat kawasan Batu Buruk.
Maksud Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala:
“Dia yang menjadikan kematian dan kehidupan (kamu) supaya dia menguji kamu: siapakah di kalangan kamu yang paling baik amalannya”
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, rakan-rakan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat-Yang Berhormat, seluruh pegawai-pegawai kerajaan samada persekutuan mahupun negeri, pemerhati-pemerhati, muslimin muslimat, hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah Subhanahu Wa Ta’ala sekalian.
Alhamdulillah, yang pertamanya bersyukur kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana kita telah berada di penghujung dalam Sidang Dewan Undangan Negeri pada kali ini. Kita telah mendengar perbahasan-perbahasan yang telah dibahaskan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat melalui Titah Duli Yang Maha Mulia Baginda Tuanku yang banyak menyentuh pelbagai aspek. Kebanyakan Ahli-ahli Yang Berhormat menyentuh tentang kemenangan PAS, Perikatan Nasional 32-0 sehingga dapat mentadbir Kerajaan Negeri buat Penggal yang kedua pada kali ini. Mungkin bagi setengah pihak ianya adalah luar biasa tetapi kalau kita lihat kepada sejarah pilihan raya dalam negara kita sebenarnya ia bukanlah satu perkara yang luar biasa. Ia berlaku di negeri-negeri lain, di Johor sebagai contoh yang pernah diperintah oleh UMNO, Perikatan Barisan Nasional tanpa Pembangkang. Cuma bezanya, zaman sudah berubah. Dahulu dunia
tanpa sempadan, sekarang ini dunia langit terbuka. Walaupun Kerajaan dipilih oleh rakyat ini 32-0 tanpa pembangkang, tetapi rakyat diluar sana menilai apa yang dilakukan oleh Kerajaan yang memerintah pada hari ini. Apa yang berlaku kita boleh melihat komen-komen, pandangan-pandangan yang dilontarkan oleh rakyat dalam media sosial secara khususnya. Oleh kerana itulah kita tidak merasa bimbang tentang penyemakan ataupun satu-satu teguran jika sekiranya tidak diendahkan oleh Kerajaan yang memerintah pada hari ini, ia pasti tidak akan berlaku kerana kita mengambil kemenangan ini sebagai satu tanggungjawab dan amanah daripada Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Walaupun kita menang tanpa pembangkang tetapi kita menganggap kemenangan itu adalah satu anugerah daripada Allah Subhanahu Wa Ta’ala, bukannya daripada usaha yang kita lakukan. Usaha yang kita lakukan hanya sedikit sahaja, tetapi lebihnya adalah kurniaan daripada Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang Allah Ta’ala kurniakan untuk menguji kita. Adakah kita benar-benar melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah Allah di atas muka bumi ini dalam konteks Negeri Terengganu untuk kita menegakkan syariat Allah, memberikan kebajikan kepada rakyat dan melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya meneliti ucapan-ucapan perbahasan daripada Yang Berhormat-Yang Berhormat yang menyentuh tentang Porfolio Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah. Ada yang menyentuh secara langsung dan ada yang menyentuh secara tidak langsung. Sebanyak tiga Yang Berhormat yang menyentuh tentang Portfolio ini yang kebanyakannya adalah cadangan dan juga pandangan. Yang Berhormat Jertih ada menyentuh tentang Heritage Tourism. Kita Negeri Terengganu ini daya tarikan yang paling besar ialah pelancongan. Bermacam-macam segmen. Heritage Tourism adalah salah satu daripadanya satu segmen baru yang insya-Allah akan menjadi satu daya tarikan pelancong untuk datang ke Negeri Terengganu kita. Ada disebut beberapa contoh oleh Yang Berhormat Jertih berkait dengan tempat-tempat sejarah yang melibatkan tokoh-tokoh besar Negeri Terengganu sama ada ulama, pendakwah dan seumpamanya. Cuma saya ingin nyatakan di sini, supaya kita juga perlu berhati-hati. Di sini perlu melibatkan jabatan-jabatan yang tertentu seperti Jabatan Mufti Negeri Terengganu kerana bila kita nak membuka dengan seluas-luasnya tempat-tempat pelancongan yang seperti ini, kadang-kadang ia boleh berlaku perkara-perkara yang kita tidak ingini seperti perkara-perkara khurafat dan seumpamanya yang perlu kita beri perhatian secara bersama. Namun begitu Kerajaan Negeri begitu komited untuk kita memberikan keutamaan kepada
Heritage Tourism ini. Saya ucap tahniah kepada Yang Berhormat Paka yang memegang Portfolio Pemerkasaan Syariah sebelum daripada ini yang telah membawa satu idea yang sangat baik iaitu untuk mewujudkan satu monumen pelaksanaan syariah yang sudah ditetapkan tempatnya iaitu di Dataran Drawbridge yang mana akan ditempatkan di situ satu monumen pelaksanaan syariah, sejarah galur pelaksanaan syariah di Negeri Terengganu kita yang begitu ulung sejak daripada zaman batu bersurat yang bukan sahaja menunjukkan kedatangan awal Islam ke Tanah Melayu ini, bahkan pelaksanaan Undang-Undang Jenayah Islam di Negeri Terengganu ini. Termasuklah juga
yang merupakan satu tinta emas yang begitu hebat bagi Negeri Terengganu yang telah berjaya untuk menahan daripada gerakan penjajahan pada ketika itu.
Seterusnya Yang Berhormat Ladang ada menyebut tentang Garis Panduan Pematuhan Syariah kepada pelancong muslim. Ini pun berkait dengan pelancongan. Saya tengok bnyak soalan-soalan, pandangan-pandangan kepada EXCO Pelancongan. Jadi itu satu cabaran tapi dalam masa yang sama kita perlu melihat secara positif bila kita bercakap tentang pelancongan ini, kita nak pelancong datang ke tempat kita. Tapi dalam masa yang sama kita nak menjaga adat-adat, nilai-nilai agama khususnya daripada pelancong-pelancong asing. Sebab itulah kadang-kadang kita berada dalam keadaan dilema. Kita nak buka seluas-luasnya kita bimbang bermacam-macam perkara-perkara negatif yang boleh berlaku. Kita nak tutup orang kata kita ini negeri yang tertutup. Jadi kita perlu seimbangkan di antara kedua-dua perkara ini. Di sinilah sangat penting kepada Fiqh Muwazanah, Fiqh Aulawiyat dan juga pentingnya Siyasah Syar'iyyah dalam kita melaksanakan satu-satu Tindakan. Dalam Siyasah Syar'iyyah ada perkara yang perlu dilakukan segera, ada perkara yang perlu dilakukan secara berperingkat, ada perkara yang menjadi tanggungjawab kepada Kerajaan dan ada perkara yang menjadi tanggungjawab secara bersama. Alhamdulillah dalam konteks Kerajaan kita sudah ada Garis Panduan Pematuhan Syariah kepada pelancong, kepada program-program sukan dan seumpamanya. Tetapi sebagaimana yang saya sebutkan tadi, kita perlu bergerak secara seiring. Dalam perkara yang kita tidak boleh kompromi, kita mesti tegas. Contoh yang diberi oleh Yang Berhormat Ladang berkait dengan orang yang datang tidak tutup aurat. Jadi benda itu tanggungjawab bersama. Kalau kita nampak kita boleh tegur. Tetapi jika sekiranya satu maksiat dan kemungkaran itu berlaku secara terang-terangan, Al-Mujaharah „bil Munkar ini perlu ditegah dengan sekeras-kerasnya. Maka di sini…
Boleh saya mohon untuk mencelah sedikit, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua?
Sila Permaisuri.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Selain daripada kita melihat peluang-peluang daripada pelancongan, saya teringat masa saya sekolah dulu, sifir sampai 12 itu cikgu ajar suruh kita hafal sampai ingat dan hari ini kita tengok di sekolah-sekolah kesan daripada pendidikan itu kalau saya tanya orang tu ramai dia tidak ingat pun sifat 20 ini. Berpunca daripada pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah memahami berpegang kepada Allah Ta’ala itu yang membawa kepada lari daripada ataupun pelanggaran kepada syariat itu saya rasa perkara yang paling penting itu saya cadang kepada Batu Buruk. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Permaisuri. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, sebab itu kita bergerak secara seiring. Bukan sahaja adanya di sana undang-undang, peraturan yang telah kita luluskan, tetapi dalam masa yang sama wujudnya di sana agenda penerangan dan dakwah secara berterusan. Maknanya peraturan itu ada. Tapi dalam masa yang sama kita juga mendidik masyarakat. Kita nak orang datang ke Negeri Terengganu, pelancong-pelancong supaya mereka tahu Negeri Terengganu ini ada peraturan. Kerana kita duduk atas dunia ini kena ada peraturan. Orang berjalan atas jalan raya ada peraturan. Apatah lagi kita sebagai manusia dalam pergaulan ada peraturan bukannya bebas. Jadi bila mereka datang ke Terengganu, ada peraturannya dan kita terbuka. Itu konsep yang kita amalkan. Sebab itulah Dato’ Yang di-Pertua, insya-Allah kita bergerak secara seiring untuk kita memastikan Negeri Terengganu kita ini terus Maju, Berkat dan Sejahtera.
Dato’ Yang di-Pertua, akhirnya saya nak menyebut, kita semua melihat suasana politik dalam Negara kita yang tidak menentu. Kita Negeri Terengganu hari ini pembangkang tapi tidak mustahil satu hari nanti kita akan menjadi sebahagian daripada Kerajaan Pusat. Itulah intipati yang saya fahami daripada petikan ayat suci al-Quranul Karim yang disebut oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku ayat-26 yang kita semua maklum bahawa Kerajaan itu adalah milik Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Allah Ta’ala boleh beri, Allah Ta’ala boleh ambil balik. Dalam Quran Allah
Ta’ala cerita, Allah Ta’ala beri Kerajaan kepada orang baik, orang jahat. Allah Ta’ala beri Kerajaan kepada Firaun, Namrud. Allah Ta’ala tarik balik. Allah Ta’ala beri Kerajaan kepada Nabi Sulaiman, Nabi Daud, Allah Ta’ala tarik balik. Dalam zaman moden, Allah Ta’ala beri Kerajaan kepada Soviet Union yang telah memerintah begitu lama, hampir 100 tahun akhirnya jatuh tersungkur. Jadi perubahan Kerajaan ini adalah satu lumrah dalam kehidupan. Apa yang penting bagi kita Kerajaan Negeri Terengganu, kita buat benda yang betul. Insya-Allah kita akan terus melaksanakan agenda pemerkasaan syariah, kita akan terus melaksanakan agenda kebajikan kepada rakyat, kita akan terus mengoptimumkan agenda dakwah kepada seluruh rakyat Negeri Terengganu. Kita yakin akan janjii Allah . Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah, pasti Allah Ta’ala akan memberikan jalan keluar. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Batu Burok menyokong.
Terima kasih kepada Yang Berhormat kawasan Batu Burok. Saya akan mulakan persidangan kita dalam sesi penggulungan pada pukul 2.30 petang bermula daripada Yang Berhormat Jabi, dan saya harap Yang Berhormat EXCO kita ada tiga orang lagi dapat memenuhkan masa sehingga 3.30 petang, kita akan bagi kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Jadi Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli sekalian, saya tangguhkan sementara Dewan ini dan disambung semula pukul 2.30 petang. Terima kasih.
DEWAN DITANGGUHKAN PADA PUKUL 1.02 PETANG
PUKUL 2.30 PETANG
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, mesyuarat disambung semula. Kita masih lagi dalam sesi penggulungan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan DiRaja, saya mempersilakan Yang Berhormat Wakil Jabi untuk meneruskan sesi penggulungan kita pada petang ini. Persilakan.
Dato’ Yang di-Pertua, Jabi Menjunjung Duli dan Menjunjung setinggi-tinggi kasih di atas limpah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku menyampaikan Titah Perasmian Pembukaan Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu bagi Penggal Yang Kelima Belas.
Dato’ Yang di-Pertua, isu ketidakcukupan bekalan beras tempatan disentuh dalam perbahasan oleh ramai rakan-rakan Yang Berhormat, isu berasnya adalah isu makanan ruji rakyat. Rakyat tidak akan berkompromi dengan apa alasan sekalipun jika situasi kesukaran untuk mendapatkan bekalan beras tempatan gagal untuk ditangani. Kalau kita bergantung kepada sumber import, import dan eksport sumber makanan boleh berlaku seantero dunia, cuma polisi asas mana-mana kerajaan di dunia, mereka akan mencukupkan dahulu sumber makanan bagi rakyat mereka untuk disuap ke mulut rakyat sendiri sebelum daripada dieksport untuk dimakan oleh rakyat di negara-negara luar. Bagi orang berduit, yang mampu untuk makan beras import, maka silakan, tapi ramai rakyat umum yang mendambakan beras tempatan dengan harga berpatutan sebagai makanan runcit. Saya buat analogi ada orang yang mampu sekadar pakai kereta tempatan, tapi dalam masa yang sama ada orang kaya yang mampu untuk memandu kereta import. Yang jadi isu sekarang ialah keretanya kereta tempatan, cuma letak karpet alas kaki jenama MERC, maka kereta tersebut terus dilekatkan logo MERC dan dijual dengan harga MERC, ini tidak betul. Orang tak pertikai bila kereta MERC dijual dengan harga MERC dan tak adapun orang yang mengharapkan jualan rahmah, jualan harga rahmah untuk kereta MERC, cukuplah bila kereta Perodua dan Proton ada di pasaran dengan harga biasa, itu sebenarnya sudah okey.
Dato’ Yang di-Pertua, bagaimana Terengganu bekerja untuk memecahkan monopoli kartel beras. Yang pertama, sawah padi di Terengganu 100 peratus adalah milik Melayu Islam. Daripada 12 000 hektar keluasan keseluruhan, 500 hektar adalah sawah padi yang mempunyai persijilan MyGAP, sijil amalan pertanian baik malaysia. Padi MyGAP yang dituai ni dibayar insentif oleh Kerajaan Negeri dengan kadar RM 105 per Metric Tan, dan diproses di kilang konsortium di Baroh Masin di Jabi, pemilik kilang juga adalah Melayu Islam dan beras MyGAP dengan jenama beras GANU dibungkus dan diedarkan oleh TADC, sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri di kilang pembungkusan beras TADC di Telaga Papan di Setiu, dan ini adalah satu-satunya jenama beras 100%
tempatan dalam negara yang mempunyai pensijilan MyGAP dan telah diuji selamat dari segi kualiti dan biosekuriti. MyGAP ini pensijilan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertanian, tapi faktanya Kementerian Pertanian yang mengeluarkan sijil MyGAP tidak berjaya menghasilkan beras MyGAP sehingga final product.
Kerajaan Terengganu melalui jawatankuasa beras MyGAP Terengganu yang berusaha melengkapkan rantaian nilai dan proses sehingga sijil direalisasikan dalam bentuk beras. Sebelum ini ada sijil tapi tak ada beras, sebab itulah rakyat memberikan komen, “kami nak makan beras, bukan nak makan sijil” dan Kerajaan Negeri sama sekali tidak pernah menafikan peranan jabatan-jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dalam menjayakan program ini kerana itulah Kerajaan Negeri tolong promosi logo MAFI pada kampit beras tanpa apa-apa kos daripada Kementerian. Dan umum perlu faham bahawa pengeluaran beras GANU bukan maksud untuk kita bersaing dengan sesiapa, jauh sekali Kerajaan Negeri nak bersaing dengan Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri ini anak, Kerajaan Pusat ayah, mana mungkin anak bersaing dengan ayah, sebab itu saya tak berapa faham dan tak berapa mengerti bila ada kenyataan media daripada Pejabat Menteri Pertanian yang bernada memperlekehkan usaha pengeluaran beras GANU terutamanya memperkecilkan keluasan sawah Terengganu yang mempunyai pensijilan MyGAP. Terengganu sebenarnya adalah negeri yang mempunyai pensijilan MyGAP paling banyak dalam Malaysia dan menduduki tempat pertama untuk tempoh tiga tahun berturut-turut. Kalau yang dapat tempat pertama pun diperkecilkan, maka bagaimana dengan negeri-negeri yang dapat nombor yang lebih bawah. Ini situasi yang berlaku.
Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ladang menyentuh tentang sektor pertanian sebagai sumber ekonomi negeri dan menjana peluang pekerjaan. Dalam kita mengembangkan ekonomi berasaskan pertanian, kewajipan kita untuk santuni rakyat tempatan untuk berusaha, tapi dalam masa yang sama kita perlukan projek berimpak tinggi yang mampu menjana ekonomi dan membuka peluang pekerjaan. Projek berimpak tinggi ini memerlukan modal besar mencecah ratusan juta, yang tidak mampu dibiayai oleh rakyat setempat, jadi bila kita undang pelabur datang, mereka datang bawa modal dan bawa teknologi dan rakyat boleh tumpang kerja dalam masa yang sama berlaku teknologi transfer. Contohnya bila Kerajaan meluluskan 500 hektar tanah di Lembah Bidong di Setiu kepada sebuah syarikat antarabangsa McCormick,
untuk dibuat projek mega lada hitam. Sudah barang pasti ada impak besar kepada ekonomi negeri dan mewujudkan peluang pekerjaan.
Perjanjian yang ditandatangani antara Kerajaan Negeri dengan pelabur akan ada fasa-fasa khusus untuk melindungi kepentingan rakyat dan negeri bagi mengelakkan rakyat Terengganu hanya menjadi penonton. Antara yang dipersetujui dalam perjanjian ialah paling kurang 70% pekerja mestilah rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu. Termasuk juga Skim Outgrowers yang melibatkan penyertaan rakyat tempatan. Setakat ini McCormick, telah mengambil seramai 280 orang pekerja dan akan meningkat kepada 393 orang pekerja bagi tahun 2024, seterusnya 462 orang pekerja pada tahun 2025 sehingga mencapai 2440 orang pekerja apabila ladang dan kilang telah beroperasi sepenuhnya. Dan sehingga kini semua pekerja daripada kumpulan pengurusan, teknikal, perkeranian, sampai kepada pekerjaan adalah 100% Warganegara Malaysia, 80% daripadanya adalah rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu, bermakna McCormick mematuhi perjanjian lebih daripada aras lantai yang kita tetapkan 70 peratus.
Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sura menyentuh berkenaan dengan peningkatan industri perikanan, sistem sokongan, pembinaan slipway untuk baiki bot, keperluan air batu dan dicadangkan untuk bawa teknologi daripada Jepun ke Malaysia. Dato’ Yang di-Pertua, apa yang telah kami buat untuk sektor perikanan Terengganu dalam tempoh lima tahun yang lepas.
1.
Pemberian 600 lesen sampan nelayan yang menyelesaikan isu lapuk sejak lebih 40 tahun yang lalu.
2.
Kerajaan telah membina dan menaiktaraf beberapa jeti diantaranya jeti Kampung Geliga di Kemaman, Kampung Batin di Seberang Takir, Kampung Tok Fakir di Pengkalan Berangan, Kampung Losong di Kuala Terengganu dan jeti Kampung Fikri di Setiu.
3.
Kerajaan membina bilik sejuk cool room dengan izin di Jeti LKIM Marang dan juga jeti Kampung Batin di Seberang Takir.
4.
Kita bina slipway, slipway ini tempat untuk tarik bot naik ke darat bila nak dibaiki ataupun diselenggara. Slipway di Marang.
5.
Kita labuhkan 822 unjang di semua daerah.
6.
Melabuhkan 121 tukun daripada peruntukan negeri, dan 55 tukun daripada peruntukan Persekutuan di semua daerah kecuali Hulu Terengganu yang tak ada pantai, walaupun ada Kampung Pantai Ali.
7.
Pembinaan 30 buah rumah di bawah Projek Khas Perumahan Nelayan dengan dana daripada LKIM dan sekarang ini sedang berada di peringkat akhir pembinaan 150 buah rumah di bawah Program Penempatan Semula Nelayan di Besut, di Setiu dan juga di Kemaman.
Dengan peruntukan Kerajaan Negeri RM20 juta hampir M20 juta dan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan RM13 juta. Ada kita bagi peralatan macam Garmin Fish Finder, kawat bubu, pukat tangsi, jaket keselamatan dan kit memancing. Kita lepaskan hampir 6 juta benih ikan ke perairan umum untuk nelayan-nelayan darat kita. Seperti ikan baung, lampam sungai, udang galah, sebarau, kelah, patin dan beberapa spesies lain. Dan banyak kalau saya nak senaraikan kesemuanya. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya lebih cenderung untuk Kerajaan Negeri fokus kepada isu berbangkit nelayan yang belum selesai terutamanya isu kekurangan sumber perikanan, isu pencerobohan nelayan asing dan juga pencerobohan bot pukat tunda termasuklah isu kemudahan di pelabuhan serta jeti pendaratan supaya kita dapat tangani terlebih dahulu. Dalam masa yang sama sebenarnya proses pemodenan nelayan terus berjalan. Sebuah kapal nelayan moden berharga kira-kira RM10 juta sedang dalam proses akhir untuk disiapkan di MSET Pulau Duyong yang merupakan kapal nelayan berteknologi moden pertama di Malaysia dimiliki oleh sebuah syarikat anak jati Terengganu. Saya tak nampak kita perlu terlalu bersemangat bercita-cita ke arah kemodenan dalam masa yang sama masalah asas rakyat kita belum selesaikan. Biarlah seimbang di antara kedua-dua ini. Slipway dan kilang air batu, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, ini adalah sektor business yang memerlukan penyertaan pihak swasta sebagai satu cabang perniagaan. Sebelum ini Kerajaan Negeri ada bina sebuah slipway di Marang yang siap pada November 2020 tapi kelihatannya tidak begitu berfungsi dan dioptimumkan penggunaannya. Kilang air batu yang ada di jeti-jeti LKIM biasanya dimiliki dan dioperasikan oleh persatuan-persatuan nelayan sama ada Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) ataupun Persatuan Nelayan Terengganu (PENENTU) ataupun Persatuan Nelayan-Nelayan Kawasan (PNK). Jadi berdasarkan situasi ini buat masa ini Kerajaan Negeri tidak mempunyai sebarang perancangan untuk membina kilang air batu di mana-mana jeti pendaratan ikan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Telemong tanah luas penduduk kurang tapi gajah banyak. Daripada Januari sehingga Ogos 2023 sebanyak 117 aduan gangguan gajah diterima PERHILITAN. Di antara DUN-DUN yang sentiasa
terkesan ialah Air Putih, Langkap, Telemong, Permaisuri, Ajil dan juga Hulu Besut. Ini kawasan habitat dan laluan gajah. Tahun 2022, 127 aduan diterima. 2021, 117 aduan dan kalau kita tengok kepada angka 2023 boleh disimpulkan trend gangguan gajah ini menunjukkan graf meningkat. Tidak ke arah menurun. Dan di antara faktornya ialah faktor penarik, Pulling Factor ataupun faktor penolak, Pushing Factor. Pulling factor ini kalau kita boleh gambarkan dengan mudah. Pembukaan ladang-ladang, kebun-kebun, di kawasan pinggir hutan. Sawit dan tanaman-tanaman lain yang sebenarnya menjadi satu daya tarikan untuk gajah mendapatkan sumber makanan dengan mudah. Keluar je ada depan mata, berbeza dengan kalau perlu cari dalam hutan. Dan pushing factor ialah faktor penolak. Bila kita ganggu habitat. Tapi buat masa ini dalam konteks Negeri Terengganu saya nampak pulling factor ini lebih besar dari pushing factor sebab dalam konteks Hutan Simpan Kekal kita di Negeri Terengganu kita masih berada pada paras 41% daripada keseluruhan keluasan negeri, masih lagi dalam standard kebangsaan. Dan gajah kita mengikut statistik daripada Jabatan PERHILITAN tak sampai pun 200 ekor. Jadi dengan keluasan hutan ini sebenarnya masih mencukupi untuk didiami oleh gajah tapi ada faktor penarik yang menarik mereka untuk keluar ke kawasan penempatan terutamanya mendapatkan makanan dengan sumber yang mudah. Jadi antara langkah Kerajaan ialah yang pertama pemasangan pagar elektrik ataupun dia panggil SPAG, Sistem Pagar Elektrik Gajah. Yang kedua tembak halau, bukan tembak bunuh tembak untuk menghalau, dan yang ketiga tangkap dan pindahkan, buang negeri. Sistem pagar elektrik gajah ini telah dipasang daripada Kampung Lawit ke Belukar Bukit, 29.5 kilometer daripada Kampung Pelong di Setiu 35 kilometer, Kampung Payung ke Chalok Barat juga di Setiu 25 kilometer dan semua pagar ini dibangunkan dalam peruntukan RMK-10 dengan peruntukan RM3.5 juta dan setiap tahun diperlukan dalam sekitar RM500,000.00 bagi tujuan penyelenggaraan dan kebersihan bagi memastikan pagar ini berfungsi dengan baik.
Dalam RMK-12 ada empat lokasi akan dibangunkan. Yang pertama Kampung Banggol dan Kampung Air Putih di Kemaman serta Kampung Gerdung dan Kampung Lubuk Periuk di Hulu Terengganu. Ada bahagian orang Hulu Terengganu. Bilangan gajah yang telah ditangkap pindah 2018 4 ekor, 2019 pun 4 ekor, 2020 - 6, 2021- 7, 2022 -5, 2023 setakat ini 3 ekor. Dan setiap operasi untuk tangkap pindah gajah menelan kos puluhan ribu ringgit malah ada yang mencecah sehingga RM40,000 untuk pindah seekor gajah. Jadi dia satu operasi yang memerlukan kos yang sangat tinggi. Jadi dalam tempoh lima
tahun ini 29 ekor gajah dah dibuang negeri. Yang Berhormat Telemong tapi ramai lagi dan akan ada lagi yang akan dijatuhkan hukuman buang negeri biasanya kita buang negeri ke kawasan Royal Belum di Perak. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Batu Rakit mencadangkan supaya dihidupkan sawah padi terbiar.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, minta laluan
Sila sila sikit doh
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih jawapan daripada Yang Berhormat Jabi tadi. Terima kasihlah kerana telah berusaha sebenarnya. Kita fahamlah kerajaan berusaha untuk menangani masalah kehadiran gajah-gajah ini. Persoalnya sekarang ini masalahnya yang kita hadapi ialah gajah ini menganggu tanaman-tanaman habis, hari-hari. Kalau hari ini 10 ekar, esok 10 ekar, lusa 10 ekar, bayanglah tanaman habis rosak. Yang keduanya pulok nok usaha, petani nak usaha tak boleh takut masuk kawasan ini, dan yang ketiga gajah ini dah sampai ke rumah-rumah orang dah. Malam-malam sampai kat rumah orang dah. Kat rumah
Penjelasan Yang Berhormat
Penjelasan saya ialah makna kita minta ada usaha yang drastiklah untuk ni, satu, supaya gajah tak ganggu dah ni. Tu kita nak. Yang kedua kalau boleh Kerajaan buat danalah untuk menampung kerugian-kerugian yang dialami oleh mereka-mereka ini. Dan yang ketiga yang mereka juga penduduk ini juga mengadakan kawalan. Kawalan untuk hambat halau inilah gajah ini. Jadi mereka perlukan satu macam imbuhanlah dok. Ha.. elaun ke ikut pandailah.
Yang Berhormat
Okay sebagai ganti bayanglah bukan sehari dua ini. Bertahun-tahun dah ni
Baik terima kasih Wakil Telemong.
Terima kasih.
Kita memahami dilema ini sebab itulah Kerajaan Negeri Terengganu menubuhkan Tabung Bencana Pertanian Negeri sejak daripada tahun 2019 lagi. Di antara skop bencana ialah gangguan hidupan liar, dan Tabung Bencana Pertanian yang ada di Terengganu ini satu-satunya Tabung Bencana Pertanian di bawah Kerajaan Negeri yang ada di Malaysia. Kita memang alert dengan situasi itu.
Dato’ Yang di-Pertua, Batu Rakit mencadang supaya dihidupkan sawah padi terbiar dan juga mencadangkan diberi bantuan input benih, baja, racun serangga dan naik taraf sistem pengairan. Untuk makluman tahun 2023, RM380,000.00 Kerajaan Negeri salurkan kepada Batu Rakit untuk naik taraf infrastruktur padi di Kampung Maras dan sekitarnya. Tahun 2022, RM277,000.00 yang ini meliputi Kampung Darat, Kampung Maras, Kampung Padang Maras, Bukit Cempaka dan juga Pancur Kuin, juga dalam skim pengairan Batu Rakit. Tahun 2021, RM795,000.00 diperuntukkan untuk naik taraf pengairan dan saliran di daerah Kuala Nerus yang turut melibatkan Batu Rakit. Di tambah lagi tahun ni kita beri tambahan RM70,000.00 untuk meningkatkan kesuburan tanah juga dalam Skim Batu Rakit. Jadi sebelum Wakil Batu Rakit minta, Kerajaan Negeri bagi dah dan hasilnya kira-kira 100 ekar daripada keseluruhan 700 ekar sawah padi dalam Skim Pengairan Batu Rakit mula boleh bertanam dua kali setahun. Dan istimewanya Skim Batu Rakit ini kerana ia diusahakan sejak lebih tiga generasi yang lalu. Orang tempatan kata, sawah ni telah wujud sejak kira-kira 100 tahun yang lalu. Ini istimewanya sawah padi di Batu Rakit.
Belanjawan tahun 2023 sebanyak RM3.4 juta yang disalurkan Kerajaan Negeri melalui JPS bagi tujuan pembinaan dan naik taraf sistem pengairan sawah padi. Antara yang dapat manfaatnya ialah Gong Telikong di Besut RM400,000.00, Lembah Setiu Yang Berhormat Permaisuri RM400,000.00, Kampung Jelapang, Setiu, Yang Berhormat Langkap RM400,000.00, Sistem Pengairan Nerus RM100,000.00, Lubuk Pandan di Marang RM50,000.00, Gaung di Hulu Terengganu RM380,000.00, Paya Rapat, Telemong ada bahagian juga
RM380,000.00, Paya Paman di Kemaman RM340,000.00, Paya Dadong juga di Kemaman, RM150,000.00 dan tambahan untuk naik taraf ibu bekalan utama Sistem Pengairan Lembah Setiu RM400,000.00 jadi untuk Permaisuri sahaja RM800,000.00 dan semua usaha ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kesuburan tanah, menaik taraf sawah padi daripada sekali setahun kepada dua kali setahun dan memajukan semula sawah padi terbiar. Ada pun bantuan input benih, baja, racun, yang ini telah dibekalkan skim subsidi oleh Kerajaan Persekutuan, maka Kerajaan Negeri tak campurlah, apa yang Kerajaan Persekutuan telah sediakan..
Panjang lagi ke Yang Berhormat?
Berapa minit lagi Yang di-Pertua?
20 minit lebih dah tu
Ya?
20 minit lebih dah tu
Minta sikit lagi, sebab banyak lagi tu nak sentuh
Dua minit lagi, dua minit lagi deh
10 minit lagi boleh?
Dua minit
Yang dimaksudkan oleh YB Permaisuri nak ambil air daripada Empangan Paya Peda ke Setiu, itu adalah projek KETARA Fasa II, yang sekarang ini berada di peringkat penilaian akhir di peringkat kementerian. Kita nak salurkan air daripada Empangan Paya Peda di Hulu Besut untuk mengairi kawasan-kawasan yang berada di luar jelapang padi dengan fokus kita nak masukkan 7000 hektar lagi yang berada di luar jelapang ke dalam jelapang padi.
Bukit Besi memaklumkan anak muda kurang berminat dengan pertanian. Yang Berhormat Bukit Besi, saya berpandangan fakta ini perlu diperhalusi semula. Dalam sesi libat urus dan dialog yang telah kami turun ke serata ceruk negeri, majoriti yang hadir adalah anak muda dan lebih menarik lagi ramai antara mereka berkelulusan universiti yang berhasrat menjadikan pertanian sebagai suatu kerjaya. Dalam program-program agihan input pertanian, penternakan dan perikanan, team kami pergi ke setiap daerah, sebahagian besar penerimanya anak muda. Penternak lembu sado lebih 80% orang muda dan Terengganu mempunyai bilangan peserta pertanian fertigasi nombor satu paling ramai di Malaysia, 700 orang. Majoritinya adalah anak-anak muda. Penerima dana SBMT majoritinya juga adalah anak muda, dan Kerajaan Negeri tidak mahu anak muda terpinggir kerana itulah dalam Bajet 2023 diperuntukkan RM1 juta bagi pembangunan TKPM khusus bagi petani muda di Telaga Papan di Setiu dengan keluasan 91 hektar. Inilah di antara usaha-usaha kita untuk menarik orang muda.
Seberang Takir bangkitkan isu nelayan yang tidak berlesen. Dato’ Yang di-Pertua, perjuangan kami untuk lebih 600 nelayan Terengganu yang sebelum ini berstatus nelayan tanpa lesen bermula daripada tahun 2019. Sebahagian mereka adalah nelayan yang telah turun ke laut sejak lebih 40 tahun tanpa lesen. Bila takdok lesen, bermakna mereka tak layak dapat elaun sara hidup nelayan, tak layak minyak subsidi, bantuan bencana dan lain-lain. Kerajaan Negeri telah menubuhkan task force lesen sampan nelayan pada tahun 2019 untuk kita menyelesaikan isu lapuk ini. Panjang dan berliku jalan, saya tak nak cerita kepada Dewan. Cuma ringkasnya segala usaha kita berakhir dengan kejayaan pada tahun 2021. Kita selesai agihkan 600 lesen kepada nelayan sampan di Terengganu. Dan sebagai bonus, Kerajaan Negeri bermula daripada tahun 2021, kita tanggung bayaran lesen sampan nelayan, jadi nelayan Terengganu yang nak pergi sambung lesen, bawa lesen sahaja, tak perlu bawa pitis boleh sambung, sebab segala bayarannya telah ditanggung oleh Kerajaan Negeri dan kami menganggap isu lesen ini telah selesai kerana senarai nama yang diangkat untuk permohonan telah dibuat pemutihan menyeluruh daripada senarai persatuan-persatuan nelayan kawasan, Jabatan Perikanan, LKIM, dan saya telah arahkan dalam mesyuarat task force, pastikan jangan ada nelayan yang layak tertinggal, jangan tercicir walaupun seorang. Tapi, ada kes-kes terpencil yang tertinggal kerana nelayan tersebut sendiri yang enggan memohon disebabkan kurang yakin isu lesen ini dapat diselesaikan.
Saya pinjam kata-kata mereka “10 tahun BN memerintah tak boleh buat, bisa sangat PAS boleh buat.” Ini saya pinjam kata-kata mereka. Akhirnya orang lain mohon, mereka dok mohon, dan bila orang lain dapat, barulah mereka komplen. Hah? ambe nelayan tulen jugak, sebab apa ambe dok dapat lesen? Sedangkan mereka tidak memohon. Dan ini berlaku di beberapa pengkalan seperti Kijal dan juga Seberang Takir, kerana di situ adanya orang-orang kuat Kerajaan sebelum ini. Saya minta maaf, memang tak berapa sedap di dengar, tapi saya pun tak ada susunan ayat untuk menggambarkan situasi yang berlaku di sebalik tabir untuk dijelaskan kepada Dewan. Dan keputusan PRU baru-baru ini menunjukkan nelayan Terengganu tahu menghargai jasa dan budi, bukan hanya setakat tahu beza di antara ikan duri dan ikan tenggiri. Dan bot nelayan yang dicat hijau dengan syarat untuk dapat agihan lesen, bukan Kerajaan Negeri yang arahkan. Itu adalah kod warna nelayan Terengganu sejak zaman berzaman. Kalau nak biru, kena gi Johor, nak merah kena gi Kelantan, dan kuning untuk Pahang. Ini adalah kod nelayan yang telah ditentukan oleh Jabatan Perikanan.
Ada beberapa lagi yang disentuh saya rasa menghormati masa yang diberikan oleh Yang di-Pertua, saya akan jawab secara bertulis. Insya-Allah. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, Jabi mohon menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Jabi. Seterusnya saya persilakan Yang Berhormat Kijal. 15 minit Yang Berhormat Kijal, sebab pelancongan banyak dah ulas tadi.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, rakan-rakan yang saya hormati sekalian. Boleh dikatakan hampir semua Yang Berhormat membahas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Sultan Terengganu menyentuh sektor pelancongan sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Ini menunjukkan bahawasanya sektor pelancongan berperanan penting dalam menyumbang kepada ekonomi rakyat secara terus apabila pelancong menginap dan berbelanja di dalam negeri kita,
Terengganu. Tahun 2022, Terengganu telah merekodkan lonjakan kehadiran pelancong sehingga 125.2%. Sebanyak 10.23 juta berbanding dengan 3.7 juta pada tahun 2021. Sektor pelancongan Terengganu konsisten merekodkan kadar pertumbuhan KDNK 2.5% pada 2018, 3.3% pada 2019, 3.7% pada 2021 dan 5.9% pada 2022. Data ini menunjukkan industri pelancongan mampu memberi sumbangan signifikan kepada pertumbuhan KDNK dan ekonomi rakyat Negeri Terengganu. Merujuk kepada pertanyaan Yang Berhormat Bandar, berkaitan Pelan Strategik Pelancongan Terengganu, bahawa Kerajaan Negeri akan meneruskan Pelan Strategik Kelestarian Pelancongan Negeri Terengganu 2021-2025. Pembabitan secara berterusan akan dibuat dan mengambil kira pandangan-pandangan Ahli-ahli Yang Berhormat seperti cadangan Yang berhormat Jertih untuk memperkembangkan Heritage Tourism dan Education Tourism yang berasaskan peninggalan sejarah pejuang-pejuang seperti Mat Kilau, Abdul Rahman Limbong, Tok Ku Paloh dan ulama-ulama tersohor Terengganu. Insya-Allah kita akan teruskan. Pembentukan State Government Four (SG4) akan turut melibatkan pembentukan Pelan Strategik pelancongan bersama yang boleh digabung jalin.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, boleh celoh dok.
Boleh celoh dok.
Dakyohlah.
Sikit je.
Dokleh. Cukuplah. Kita takdok masa.
Saya jawab je.
Sila sila.
Sebab speaker bagi 15 minit je.
Sila sila.
Pelancongan di setiap negeri-negeri untuk dipromosikan secara lebih meluas bukan sahaja domestik tapi juga peringkat global insya-Allah pada 7 dan 8 haribulan nanti kita akan bertemu dengan tiga EXCO daripada Kelantan, Kedah dan juga Perlis di Tasik Kenyir sebagai pembuka tirai dalam pengusahaan pelancongan dan juga kebudayaan negeri. Kelestarian pelancongan perlu melibatkan semua pihak untuk turut terlibat berperanan. Pihak kerajaan dan swasta perlu bersama-sama merangka dan menggerakkan segala perancangan. Justeru itu, pengusaha, ejen, operator dan rakyat umum juga perlu terlibat dalam mencorakkan “Terengganu Cantik Budaya Menarik”, dan orangnya baik-baik. Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Manir bila menyebut dengan izin self of belonging kecintaan bersama kepada Negeri Terengganu. Dengan amalan dan budaya menjaga kebersihan di tempat-tempat tumpuan pelancongan serta menjaga segala kemudahan yang disediakan oleh kerajaan dan pihak pengusaha pelancongan sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Hulu Besut. Kebersihan berkait rapat dengan pelancongan. Kalau persekitaran kotor dan tandas busuk, tiada tanda pedoman di tempat-tempat menarik seperti di laut, maka tiada makna Agensi-agensi Kerajaan mencas pelancong dengan bayaran-bayaran yang tertentu.
Dato’ Yang di-Pertua, bagi memastikan industri pelancongan Negeri Terengganu terus berdaya saing sebagai sebahagian sektor mercu ekonomi negeri, langkah-langkah proaktif akan terus diberi perhatian seperti berikut.
1. Menambah baik produk pelancongan yang sedia ada melalui pendekatan strategi berbeza mengikut corak dan keperluan pelancong seperti Agrotourism, Education Tourism, Heritage Tourism, Health Tourism, Food Hunter, Rekreasi Pelancongan Keluarga dan lain-lain. Ini selari dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Besi, Kuala Besut dan Hulu Besut yang meminta Kerajaan memberi perhatian kepada penyediaan infrastruktur asas yang telah dijawab oleh kawan-kawan saya tadi. Dan insya-Allah kita akan laksanakan mengikut kemampuan yang kita ada.
2. Membangunkan produk pelancongan ikonik baru dengan penglibatan sektor swasta seperti pusat beli-belah di stesen ECRL seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Pengkalan Berangan.
Dan penganjuran acara festival utama seperti Le Tour de Langkawi telah diterangkan oleh Yang Berhormat EXCO Belia dan Sukan tadi. Dan yang seterusnya mengeratkan mengenalpasti pendekatan yang berbeza sebenarnya bagi menyelenggarakan tempat pelancongan yang tidak membebankan kewangan Kerajaan seperti penajaan oleh GLC, Badan Korporat, penguatkuasaan yang lebih tegas. Kadar bayaran berpatutan terutama kawasan-kawasan yang sensitif tapak sejarah dan juga warisan.
3. Memperkasakan aktiviti promosi dan menggabungkan pusat penerangan pelancongan. Cadangan kita insya-Allah pusat pelancongan dan kebudayaan di negeri dan juga di setiap daerah dinamakan TIC. Sepertimana yang saya pergi satu tempat di Kemaman. TIC Kemaman nampak macam dah uzur dan insya-Allah Yang Berhormat Cukai akan mendapat sedikit peruntukan sebanyak RM200,000.00 untuk membaikpulih TIC Tourism Information Center dengan izin untuk kita bersekalikan budaya dan juga pelancongan di setiap daerah seluruh Negeri Terengganu insya-Allah.
4. Kita juga berusaha mengeluarkan pensijilan produk dan aktiviti pelancongan secara progresif bagi memastikan kualiti kemampanan dan jaminan keselamatan kepada pelancong. Sebenarnya apa jua aktiviti yang dilaksanakan dalam sektor pertanian, perladangan, perikanan, keusahawanan, kebudayaan, alam sekitar dan lain-lain boleh menjadi produk pelancongan. Dan boleh dikatakan sebahagian daripada EXCO kita menjawab on behalf of pelancongan.
Saya ucap berbanyak terima kasih kerana saya dah menjadi kurang untuk jawab, Dato’ Yang Berhormat Speaker. Jadi ke arah matlamat utama sektor pelancongan adalah menarik pelancong untuk datang berkunjung, bermalam dan berbelanja seberapa banyak ke atas produk-produk yang dihasilkan. Perbelanjaan yang dilakukan oleh pelancong akan memberi manfaat langsung kepada pengusaha produk sama ada kecil ataupun berskala besar dan semua
sektor ekonomi dan juga perkhidmatan.
Pelan Strategik Kelestarian Pelancongan Terengganu 2021 - 2025 telah dirangka dan dilaksanakan berasaskan patuh syariah, Mesra syariah melalui garis panduan hiburan kebudayaan, pelancongan, sukan dan terbukti ianya tidak menjadi halangan kepada kedatangan pelancong ke Negeri Terengganu. Ini juga sudah diterangkan oleh Yang Berhormat Batu Burok. Cuma saya nak tambahkan sini antara inisiatif Yang Berhormat Zuraida sangat prihatin dengan apa yang berlaku dalam pelancongan.
Antara inisiatif yang boleh diambil adalah memperkasakan pemantauan daripada pihak berkuasa seperti Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu termasuklah di pulau-pulau. Menguar-uarkan secara besar-besaran berhubung makluman pelaksanaan garis panduan di kawasan tumpuan pelancong dan lokasi-lokasi utama pintu masuk pelancong ke Negeri Terengganu seperti Lapangan Terbang, Jeti Feri dan sebagainya melalui pembinaan papan tanda, kita banyakkan papan tanda ni.
Memenuhi garis panduan hiburan persembahan, kebudayaan, pelancongan dan juga sukan di Negeri Terengganu. Itu yang kita usahakan sekarang. Dan kita juga dalam mematuhi Mesra Syariah, kita ke arah mendidik masyarakat setempat dan juga antarabangsa mengenai budaya kita orang timur sebenarnya yang penuh dengan kepelbagaian saling hormat-menghormati di antara kita. Kita akan berusaha secara berhemah untuk memastikan semua pelancong yang hadir ke Negeri Terengganu Mesra Syariah. Insya-Allah. Dan berkaitan dengan ancaman gajah dah dijawab dah panjang lebar tadi. Cuma kalau sekiranya gajah itu lebih, kita nak minta hantar ke Zoo Kemaman. Dalam Kawasan Kijal. Boleh? Simpan situ. Kita zoo ada. Zoo peninggalan tu ada. Peninggalan Yang Berhormat Kijal.
Dang lagi.
Dato’ Yang di-Pertua, kita nak jual budaya kita. Kalau sebagai contoh kalau kita pergi ke Bali. Kita turun ke Airport Bali tu kita dah rasa bau Bali. Bau tu Bali tapi budaya Budha. Kalau kita pergi ke Thailand pun sama. Tapi apakah di negeri kita tidak ada budaya yang boleh kita buktikan kepada masyarakat luar yang budaya kita sopan, kita orang islam, mesra syariah. Kita nak tunjukkan kepada orang luar bahawasanya inilah budaya kita Terengganu. Lain daripada negeri-negeri lain. Mungkin akan ada tohmahan-tohmahan yang saya rasa akan ditohmah kepada Kerajaan Negeri Terengganu. Tapi walau bagaimanapun kita berusaha untuk
memastikan budaya Negeri Terengganu ni diangkat pada satu tahap yang kita boleh banggakan. Insya-Allah.
Dato’ Yang di-Pertua, Terengganu sebenarnya hebat Dato’ Yang di-Pertua. Alam semula jadi, kita ada pulau, kita ada tasik, kita ada flora fauna, waterfall, rainforest dan ini telah dibuktikan kepada semua kepada pemain-pemain yang berminat dalam industri yang saya sebutkan tadi bahawasanya Negeri Terengganu adalah negeri alam semulajadi. Justeru itu, di peringkat pelancongan akan meneruskan dan mensasarkan program-program supaya bersamaan dengan apa yang kita ada. Kita ada pulau, kita ada Tasik Kenyir, kita ada pantai yang cantik, kita ada underwater galeri yang cantik, maka itulah yang kita angkat sepertimana kehendak Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Terengganu, insya-Allah dan penjagaan dia amat penting dan kebersihan adalah paling utama insya-Allah, dan penjagaannya amat penting dan kebersihan adalah paling utama insya-Allah, kita akan melaksanakan satu program hashtag dengan izin cleanshelf. Kita akan buat satu program sapu bersih satu hari nanti di seluruh Negeri Terengganu daripada Besut sehingga ke Kemaman. Satu hari kita akan jadikan hari kebersihan untuk Negeri Terengganu untuk memastikan bersih menjadi perkara pokok dalam pelancongan Negeri Terengganu. Jadi, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya sekali lagi mengucapkan berbanyak terima kasih kerana diberikan peluang walaupun sedikit dan justeru itu Kijal menyokong Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Terengganu.
Terima kasih Yang Berhormat Kijal yang menepati masa yang telah dihadkan. Seterusnya saya persilakan Yang Berhormat Paka.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga semua hadirin hadirat yang dihormati sekalian. Pertamanya alhamdulillah kita merafakkan rasa syukur kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala dapat sama-sama kita berada dalam Dewan ini dalam membahaskan Ucapan Titah Tuanku Sultan sempena Pembukaan Sidang Dewan baru-baru ini, dan baginda
menyentuh tentang beberapa perkara yang melibatkan pendidikan. Antaranya melibatkan peruntukan yang besar dalam belanjawan 2023 melibatkan pendidikan, memang antara peruntukan yang besar daripada bajet kita adalah untuk pendidikan walaupun kita tahu ianya tidak memberi pulangan duit wang tetapi itulah merupakan pelaburan jangka panjang untuk anak-anak Terengganu di masa akan datang agar mereka menjadi golongan yang lebih baik dan mampu bersaing kepada peringkat yang lebih baik, bagi khususnya kepimpinan di masa-masa akan datang dan kerana itu hasrat beberapa Yang Berhormat juga menyebut, khususnya Hulu Besut tentang peruntukan-peruntukan bagi menjamin kecemerlangan anak-anak Terengganu kita ini. Alhamdulillah sebagaimana Manifesto kita yang lalu untuk mewujudkan kembali Skim Pelajar Cemerlang di mana antara kita menyediakan kemudahan-kemudahan pelajar bagi mereka-mereka yang cemerlang khususnya SPM, STPM dan STAM. Kita menyediakan peruntukan RM5 juta untuk SPC, Skim Pelajar Cemerlang dan juga RM1.5 juta untuk biasiswa peringkat Master dan PHD. Kita juga menyediakan Biasiswa Profesional ACCA RM500,000.00 setahun dan baru ini kita telah mewujudkan tabung khas yang melibatkan GLC, Yayasan Terengganu dan juga TI yang berjumlah RM500,000.00 setahun. Juga kita menyediakan skim pinjaman boleh ubah lebih kurang RM800,000.00 setahun, pinjaman One-Off bagi pelajar-pelajar yang persendirian tetapi tidak mampu untuk membuat pembayaran khususnya melibatkan yuran. Kita menyediakan peruntukan 8000 USD setahun dan juga skim pinjaman pelajaran IPT melibatkan RM10 juta, RM8 juta skim pinjaman latihan kemahiran dan juga RM15 juta untuk bantuan persediaan one-off serta bantuan-bantuan yang lain. Memang kita berbelanja besar dalam pendidikan ini. Alhamdulillah, akhirnya memberi pulangan yang baik khususnya dalam keputusan-keputusan peperiksaan, dan saya mewakili Kerajaan Negeri dalam Dewan yang mulia ini untuk merakamkan ucapan tahniah kepada mereka-mereka khususnya warga pendidik iaitu JPN, warga JPN, JPINT, Yayasan Pendidikan MAIDAM, Yayasan Terengganu dan sebagainya telah memainkan peranan untuk menyediakan anugerah dan juga memberi galakan sehingga pelajar-pelajar Terengganu khususnya dalam peperiksaan awam tahun 2022 bagi SPM meningkat kepada gred purata GP 4.59 berbanding tahun lalu 4.72 berbanding tahun 2021, dan dengan layak sijil tertinggi 94.96%.
Yang Berhormat, Jertih mohon mencelah.
Ya.
Ada tambahan waktu ke Yang Berhormat?
Takdok doh.
Yang Berhormat Paka, kalau diimbau 40 tahun lepas Negeri Terengganu ada sumbangan khas kepada pelajar-pelajar cemerlang yang mendapat 5A di dalam peperiksaan penilaian darjah 5. Itu 40 tahun yang lepas. Kalau kita saksikan Terengganu sentiasa menjadi negeri yang sangat cemerlang dalam peperiksaan awam.
Ya, ya.
Soalan saya apakah inisiatif pihak Kerajaan Negeri kepada pelajar-pelajar cemerlang untuk diberikan ganjaran ataupun penghargaan kepada pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang sama ada peringkat rendah, menengah, ataupun peringkat.
Yang Berhormat Jertih, ketinggalan doh ni, takdok doh UPSR, lama doh.
Ye, ye bukan. Dulu kita ada penilaian darjah 5. Contoh pelajar cemerlang darjah 5 menengah rendah dan menengah atas.
Pada zaman kita tu darjah 5. Pahtu takdok doh.
Duduk sorang.
Satu lagi PT3.
Duduk sorang.
Zaman lening PT3 pun takdok doh. Jadi fokus kita kepada SPM. Jadi fokus kita kepada SPM sahaja.
Ok, ok silakan Yang Berhormat Paka teruskan.
SPM, STPM dan juga STAM lah. Jauh ni ketinggalan kapal tu. minum air sekali Yang Berhormat.
Ya, Ya, Ye duk jauh, duk jauh. Ye duk Jertih.
Manakala bagi STPM purata gred keseluruhan PNGK meningkat daripada 3.04 daripada 3.03 pada tahun 2021, jadi Terengganu masih lagi mengekalkan kecemerlangan dan merupakan PNGK tertinggi selama 4 tahun berturut-turut yang melepasi 3.0. Kita ucap tahniahlah kepada warga pendidik khususnya anak-anak Terengganu kita dan juga semua yang terlibatlah, insya-Allah. Jadi atas kecemerlangan itulah yang saya sebut tadi, Yang Berhormat Skim SPC dan sebagainya. Kalau kita tengok data 2018, masa tu kita dok memerintah lagi saya pun ada dalam Dewan tanya, banyak mana Kerajaan sediakan biasiswa dua orang, memang betul, masa tu diberhentikan biasiswa saya pun dok tahu. Dua orang tu pun sebab melibatkan panggilan Saintis Islam. Local takdok tapi sebab kita janji dalam Manifesto pada 2019, Alhamdulillah lebih kurang 1,647 orang pelajar yang telah dapat menikmati hasil daripada manifesto yang telah kita lancarkan sama ada melibatkan biasiswa, pinjaman dan sebagainya. Pada tahun 2020 untuk pelajar ini, 1,779 pelajar yang dapat manfaat daripada apa yang kita sediakan dalam pendidikan bagi menyambung pengajian pada peringkat lebih tinggi. Pada tahun 2021, 1,572 orang, tahun 2022, ada 1,036 orang yang mendapat manfaat, biasa sampai empat tahunlah lepas pada itu baru ganti orang lain. Jadi ini merupakan apa yang kita sediakan kepada pelajar-pelajar kita, pelajar-pelajar cemerlang kita agar mereka terus dapat
mengekalkan kecemerlangan yang sedia ada. Duli Yang Maha Mulia Tuanku juga menyebut tentang supaya kita merangka pelan pendidikan yang lebih komprehensif bagi menjadikan Negeri Terengganu sebagai negeri contoh dalam pendidikan yang ditawarkan. Alhamdulillah perkara ini sudah kita ambil tindakan dan perjalanan dan kita sudah ada blue print untuk pendidikan tahun 2030, Pendidikan Terengganu Sejahtera PITAS 2030 dan insya-Allah, kita akan ikut, pelan yang disediakan dan kita harap insya-Allah, dapat mencapai matlamat yang kita hasratkan, dan kita juga sebagaimana yang disebut sudah meneroka ruang-ruang, peluang-peluang pelajar baru, untuk makluman pada tahun ini kita telah dapat menambah kuota 20 orang ke Algeria, tahun lepas kita dah hantar 10, maknanya sudah 30 orang pelajar mewakili Malaysia anak Terengganu sahaja, Alhamdulillah. Tahun ini juga kita mula menghantar ke Tunisia, 10 orang pelajar kita hantar ke Tunisia dan tahun ini juga ada 3 orang pelajar yang kita hantar ke Universiti di Emirates Arab Bersatu, iaitu Universiti Al-Qasimia. Semua ini percuma ditanggung oleh pihak Kerajaan dan kita sedang proses untuk menghantar 4 orang pelajar, 5 orang pelajar
Untuk kuota di Oman, soalan akhir
Yang Berhormat, sila.
Terima kasih Yang Berhormat. Alhamdulillah, tahniah saya ucapkan kepada Yang Berhormat kerana dapat hantar pelajar ke luar negara, ramai cuma soalan untuk pelajar Mesir macam mana, kot-kot ada penghantaran ataupun tidak pada tahun sebelum inilah.
Bermula dua tahun yang lalu, kita pihak Kerajaan telah menyelia semua pelajar-pelajar yang akan memohon pelajaran menyambung pengajian ke luar negara. Sebelum pada ini, mereka memohon sendiri-sendiri je tetapi sekarang di bawah Pusat Bahasa Markaz Lughah kita di bawah JPINT- Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu dan juga Yayasan Terengganu kita selia pelajar-pelajar dan pada tahun ini kita menghantar 56 orang pelajar ke Mesir. Jadi insya-Allah lah isu kekurangan pelajar menyambung ke Mesir akan kita buat menambahbaikan dan kita juga akan mula mengiktiraf balik pengajian perubatan di Universiti Al-
Azhar dan juga di Mesir, sebelum pada ini kerana enam tahun kepada lima tahun jadi pihak MBKA tidak terima tetapi sekarang kita menghantar pelajar untuk perubatan di Mesir setelah dia mengambil asasi ataupun matrikulasi satu tahun dan insya-Allah kita akan mula menghantar pada masa-masa akan datanglah dan termasuk di Jordan masih lagi kekal dan kita sudah mengadakan MoU untuk kuota di Unishams untuk khusus pelajar-pelajar Terengganu sahaja. Kita juga mengharapkan supaya kuota yang sama diberi oleh UniSZA sebab berada di Negeri Terengganu khusus kepada pelajar-pelajar Terengganu kita insya-Allah.
Batu Rakit juga menyebut tentang untuk memperkasakan ECER. Untuk makluman Yang Berhormat Batu Rakit, sebab sebelum daripada ini Yang Berhormat Batu Rakit ini dari UMNO, kemungkinan dia dok kabor maklumat ini ke bawahlah, Yang Berhormat baru masuk tanya bab ini. Sebenarnya kita sejak apa 2019 memang manifesto kita supaya untuk memberi bantuan perkapita kepada Sekolah Agama Rakyat, alhamdulillah setelah kita masuk kita memudahkan proses pendaftaran, ada 142 institusi milik rakyat di Terengganu sama ada dia tahfiz, pondok, sekolah rendah dan sebagainya dan kita merakamkan ucapan Jazakumullah terima kasih sebab dia beli tanah sendiri, dia buat bangunan sendiri, dia upah gaji guru sendiri sebagainya dan dia juga memakai modul sebahagian milik JPINT ataupun milik ataupun Kementerian Pendidikan Malaysia. Jadi, pihak Kerajaan Negeri telah memperuntukkan perkapita buat institusi-institusi ini sebagaimana hasrat yang dicadangkan oleh Batu Rakit. Pada tahun 2019, kita Kerajaan Negeri membelanjakan RM3.2 juta untuk bantuan perkapita sekolah-sekolah agama rakyat ini, pada 2020 kita membelanjakan RM5 juta, 2021 RM6 juta, 2022 RM4 juta, 2023 RM3.5 juta. Jadi dia kata sebab apa ada perbezaan itu, sebab apa kita dah wat realignment balik dengan Yayasan Pendidikan MAIDAM, ada institusi mereka juga telah mendapat bantuan MAIDAM dan juga bantuan JAKIM supaya mereka ini semua dapat kita selaraskan untuk mendapat peruntukan yang sewajarnya.
Juga disebutkan tentang SRIDI dan SMIDI, untuk makluman alhamdulillah sebagaimana hasrat kita 32 DUN satu Sekolah Rendah Islam. Setakat ini, bagi pihak Kerajaan ada 12 SRIDI dan 1 SMIDI sebab melibatkan pembangunan dan sebagainyalah dan insyaa-Allah kita akan pertingkatkan. Tapi walau macam manapun, untuk makluman di bawah Dewan Ulama PAS sendiri dia ada yang mengguna pakai modul yang sama dengan SRIDI ini iaitu sekolah dah ada 15 makna secara keseluruhan menggunakan modul yang sama ini iaitu 27 Sekolah
Rendah Islam. Jadi ini akan pergi pada sekolah-sekolah menengah, itu yang kita mengharapkan kepada kolej kita dan sebahagian mereka ini menjadi header untuk Kolej Universiti kita. Dalam hal ini, untuk akan datang pembangunan kekal kita siapkan masing-masing DUN supaya cari tapak ataupun tak dok bangunan pun, cari tanah untuk kita sediakan pembangunan kekal untuk masa-masa yang akan datang insya-Allah.
Yang Berhormat Jertih menyebut juga tentang edu-tourism. Pihak kita pernah mengadakan Program Hari Pembudayaan Syariat bermula daripada apa yang orang panggil Drawbridge turun sampai Jenagor sampai ke Kuala Berang antaranya tempat-tempat bersejarah termasuklah apa yang orang panggil apa Tok Ku Paloh ataupun apa yang disebut Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong dan sebagainya untuk mengajak anak-anak muda generasi pelapis mengenangi perjuangan-perjuangan mereka terdahulu. Dan kita mewujudkan Pusat Tafaqquh FidDin Tok Syeikh Duyong, konsep pun edu-tourism sebab sebelah Muzium itu dia ada Kampung Budaya dan ini merupakan Kampung Ilmu dan dia punya design berdasarkan warisan rumah Terengganu lama dan juga bentuk pondok tradisi, jadi insya-Allah bulan 11 ini dia akan buat penyerahan dan insya-Allah kita harap ia akan menjadi satu pusat pendidikan yang boleh kita manfaatkan dalam masa yang sama berada di Pulau Warisan itu akan menjadi tempat galakan dan juga menjadi orang panggil tarikan pelancong untuk berkunjung ke sana insya-Allah. Di samping dia melancong tapi juga insya-Allah, program-program melibatkan Dauroh Ulama dan sebagainya kita akan buat di situ akan menggabungjalinkan antara konsep pendidikan dan pelancongan.
Saudara saudari yang dihormati sekalian, apa yang juga menjadi kebimbangan kita dalam pendidikan ini dua perkara, satu yang melibatkan keciciranlah apatah lagi mutakhir-mutakhir ini tetapi keciciran yang disentuh itu mengikut takrifan Jabatan Pendidkan Negeri Terengganu ini, mereka yang belajar lepas darjah enam tidak pergi ke sekolah menengah, cicir, dan orang yang ke sekolah menengah tidak pergi menyambung ke mana-mana pusat pengajian dan sebagainya. Kita telah berbincang dan insya-Allah Yayasan Terengganu sedang menyediakan aplikasi untuk kita jadikan sebagai bank data sebagai mengumpul maklumat untuk kita kesan dan detect mereka ini pergi ke mana sebenarnya, takut selepas rendah mereka pergi masuk sekolah pondok ke tahfiz ke, pergi pusat kemahiran dan sebagainya. Kita tidak memiliki maklumat-maklumat tepatlah walaupun ada maklumat-maklumat yang disediakan oleh Pejabat
Pendidikan dan sebagainya dengan usaha-usaha yang dilakukan tapi kita nak juga untuk mengetahui ke mana mereka pergi sebenarnya dan juga untuk mengurangkan masalah keciciran khususnya menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi ini, baru ini pihak Yayasan Terengganu telah melancarkan EKPTK iaitu macam UPU, semua institusi-institusi milik Kerajaan mahupun milik swasta di bawah Negeri Terengganu ini kita buat One Stop Center situ mereka boleh mohon dan kita channel kan supaya mereka ini dapat mudah access kepada pusat pengajian kita diseliakan oleh pihak Yayasan Terengganu sendiri dan juga dengan melibatkan apa termasuk swasta yang melibatkan pinjaman-pinjaman yang diberikan oleh pihak Yayasan Terengganu. Dan kita harapkan semua anak Terengganu ini dapat menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Pada tahun 2020 dulu, pihak Kerajaan melancarkan Wawasan 2020 mereka meletakkan hasrat 500,000 saintis tetapi apa yang berlaku sebenarnya sampai pada hari ini hanya 70,000 sahaja dari kalangan jurutera yang berdaftar, lompang yang cukup besarlah. Jadi pada tahun 2020, PT3 sahaja yang daripada PT3 masa itu ada lagi PT3, masuk ke aliran Sains, Tingkatan 4 hanya 19% sahaja daripada 447,000 pelajar. Pada tahun ini, September 2023 hanya 15.2% sahaja, 62,000 sahaja daripada 415,000 pelajar. Maknanya makin menurun dari kalangan, sebab itu portfolio ini kita tambah sains dan teknologi antaranya adalah untuk memberi fokus bagi mempertingkatkan khususnya anak Negeri Terengganu memilih bidang sains dan teknologi, apatah lagi hasrat sebenar 60/40. Sains dan teknologi 60, 40 lagi sastera tetapi tidak berlaku jadi terbalik yang menyebabkan banyak institusi-institusi pendidikan yang melibatkan teknikal dan sebagainya kurang mendapat pelajar-pelajar. Apatah lagi kurang minat dari kalangan pelajar kadang-kadang lepas SPM tidak berminat untuk menyambung ke peringkat IPTA dan sebagainya, peringkat IPT mereka lebih minat untuk bekerja dan sebagainya, tapi takpe at least mereka mengambil bidang kemahiran dan sebagainya, jadi kita hasratkan supaya sumber tenaga anak-anak Terengganu ini sebagai sumber tenaga untuk manusia di masa-masa akan datang akan dimanfaatkan sebaik mungkin. Permasalahan-permasalahan ini kita harap dapat kongsi bersama supaya semua institusi, semua mengambil manfaat ataupun mengambil tanggungjawab untuk kita cuba mempertingkatkan pelajar-pelajar kita ke arah yang lebih baik di masa akan datang. Saya rasa itu sahaja yang ingin saya sentuh dengan masa sehingga 3.30 ini dan Paka memohon untuk menyokong Ucapan Titah Tuanku Sultan. Terima kasih, sekadar itu.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Paka serta seluruh Yang Berhormat-Yang Berhormat khususnya Yang Berhormat EXCO yang telah menggulung semua perbincangan ucapan perbahasan yang lalu. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang tibalah masanya Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar membuat penggulungan terakhir. Saya mempersilakan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar untuk buat penggulungan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Ketua-ketua Jabatan, Pegawai-pegawai Tadbir, Ketua Syarikat berkait Kerajaan dan Badan Berkanun, Pegawai dan Kakitangan Pejabat Dewan Undangan Negeri, para Bentara Dewan, wakil media, pemerhati dan warga maya yang mengikuti Sidang Dewan Undangan Negeri pada kali ini sekalian. Alhamdulillah marilah sama-sama kita menyatakan rasa tinggi syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala di atas limpah rahmatnya dan kita berselawat serta salam kepada junjungan Nabi Muhammad yang telah membawa obor penyelamat manusia di dunia ini. Bagi pihak anggota pentadbiran dan rakyat Negeri Terengganu, kita sama-sama menjunjung kasih di atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan ketika bertitah di Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Kelima Belas pada hari Ahad 1 Oktober 2023, bersamaan 17 Rabiulawal 1445H. Titah Tuanku sungguh padat intipatinya yang semestinya diambil perhatian serius dan tindakan yang efektif oleh semua Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan dan Agensi dan semua lapisan jentera Kerajaan Negeri serta seluruh rakyat yang menghuni Negeri Terengganu yang tercinta ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah setingginya kepada Yang Berhormat Dato’ Mohd Nor bin Hamzah di atas pelantikan sebagai Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Terengganu bagi penggal ini dan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato’ Yahaya bin Ali, mantan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri penggal lalu di atas jasa dan khidmat yang cemerlang. Semoga di bawah kepimpinan Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua perjalanan Dewan Undangan Negeri akan terus bertambah baik dan lancar.
Keluar rumah pergi membeli Pergi membeli di pasar basah Terima kasih setingginya Dato’ Yahaya Ali Selamat bertugas Dato’ Mohd Nor Hamzah
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, ucapan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat terutamanya Ahli-ahli Yang Berhormat yang baharu kerana telah mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu. Walaupun ada yang agak kekok di awal bicaranya, terutamanya apabila diganggu dengan soalan-soalan pencelahan tetapi alhamdulillah jika kita mendengar dari pandangan, ulasan dan cadangan yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini, saya percaya perjalanan Sidang DUN pada penggal kali ini dapat berjalan dengan sempurna dan mampu menjadi elemen check and balance dengan izin kepada Kerajaan walaupun tanpa rakan-rakan pembangkang sebagaimana komitmen yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Bandar dalam ucapan beliau semalam. Tahniah kepada semua yang mengutarakan soalan-soalan dan berbahas panjang sepanjang Sidang dijalankan yang kebanyakannya diutarakan kepada pimpinan Kerajaan, kepada saya, rakan-rakan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ketua-ketua Jabatan dan anggota pentadbiran. Banyak yang disebut, ada berupa cadangan dan gesaan dan ada juga yang berupa muhasabah kepada kita semua kerana siapa jua kita dalam Dewan ini kita mempunyai cita-cita yang sama iaitu untuk membina Negeri Terengganu yang “Maju, Berkat dan Sejahtera” dan yang paling utama ialah mendapat keredhaan Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Saya selalu sebut dalam kesempatan lain di luar Dewan jika kita ingin memperolehi kemenangan peribadi maka akan hanya ada satu pemenang, seorang je menang, jika kita semua bekerja sebagai sebuah pasukan, kemenangan akan kita capai bersama dalam perjalanan membina Negeri Terengganu ini. Tidak dinafikan, bahawa di awal penggal ini ramai yang bertanya, ada yang skeptik dan tertunggu-tunggu bagaimanakah pelaksanaan semak dan imbang atau check and balance dengan izin, akan berlaku tanpa kehadiran pembangkang dan ada yang lebih nakal mempersalahkan keberadaan Dewan ini tanpa pembangkang. Hujahan saya mudah, pertama, manalah kita tahu pilihan yang akan dibuat oleh rakyat pengundi seramai 950,000 di seluruh Negeri Terengganu ketika menyertai pilihan raya. Pengundi tidak bersalah membuat pilihan hati nurani mereka dalam negara yang bebas merdeka. Kedua, elemen
check and balance dengan izin di zaman serba baharu ini tentunya tidak sama dengan zaman lampau. Di waktu kini semua rakyat adalah menjadi pemberi cadangan, pengulas, pengkritik dan sebagainya menerusi medium baharu yang wujud siang dan malam, 24 jam setiap hari, 365 hari setahun. Ketiga, sistem semak imbang sudah sedia berlangsung juga sejak sekian lama menerusi undang-undang yang ada bila berlaku pengasingan kuasa eksekutif, legislatif dan judiciary dengan izin kewujudan peraturan-peraturan kewangan, peraturan pentadbiran, sistem audit kewangan dan pentadbiran samada secara dalaman atau oleh pihak ketiga dan pelbagai kaedah lagi. Keempat, iaitu semak dan imbang yang lebih memberi kesan mendalam jika kita berpegang teguh padaNYA adalah apabila melihat tugas sebagai satu amanah, ada dosa pahala, tegur-menegur antara sesama anggota pentadbiran dan rakan sekerja dan ada balasan di akhirat pada yang ingkar amanah ini dan ada imbuhan berada dalam rahmat Allah di hari yang tidak ada kuasa melainkan kekuasaan Kerajaan Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Apa yang penting dalam kita menilai check and balance ini, dengan izin bahawa semua anggota pentadbiran, semua Ahli Yang Berhormat dan kita semua termasuklah Menteri Besar hendaklah bersifat berlapang dada dengan teguran, kritikan walaupun kadang kala kritikan itu tersasar dari fakta yang sebenar. Kita kena melakukan adaptasi jiwa dan minda untuk menghadapi keadaan baharu ini, menjadi lebih kental dan menguruskannya dengan cermat dan berhemah. Dalam bahasa anak muda sekarang disebut, kita tidak cepat koyak. Jadilah seperti padi, makin berisi makin rendah. Janganlah seperti lalang, makin lama, makin tinggi.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, pada kesempatan ini juga saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pengundi rakyat Terengganu yang telah memberi kepercayaan kepada kami dengan kemenangan yang bersejarah dalam Pilihan Raya Umum Kelima Belas pada bulan November 2022 dan Pilihan Raya Negeri Kelima Belas pada Ogos 2023. Kemenangan besar 8-0 di peringkat Parlimen dan 32-0 di peringkat DUN dan satu lagi insya-Allah di Parlimen Kemaman. Walau apa pun, kita semua jangan sekali-kali merasa hebat dan angkuh. Kemenangan ini perlu dilihat dengan kaca mata penuh keinsafan. Terutamanya kepada saf kepimpinan dan pentadbiran Kerajaan Negeri untuk melaksanakan tugas amanah ini dengan lebih baik daripada penggal yang lalu. Jangan sekali-kali pun kita menghampakan kepercayaan total yang telah diberikan oleh rakyat Negeri Terengganu ini.
Kuat pohon kerana akarnya Kuat akar kerana tanah Jangan engkau khianat percaya Kelak direbah tertiarap lemah
Apa yang paling penting, pastikan bahawa kita semua melaksanakan tugas dengan penuh keadilan di semua peringkat dari bawah hingga ke atas. Dari JPKK hingga ke Menteri Besar. Prinsipnya ialah kemenangan dan kuasa sebegini bukan suatu lesen untuk kita berbuat sewenangnya kerana kita perlu bersifat adil kepada semua. Diperkiraan Allah Subhanahu Wa Ta’ala jika kita adil maka kita akan dapat kebaikan berpanjangan dan diredhai oleh Allah. Jika kita tidak adil, ya kita boleh puas di dunia ini tetapi kita mendapat kemurkaan Allah. Keadilan kita kepada semua rakyat. Kita berlaku adil sama ada yang bersama dengan kita atau yang membangkang kita, yang tidak mengundi kita kerana mereka adalah rakyat yang kita perlu jaga dan uruskan juga. Keadilan wajar diberikan kepada yang selayaknya tanpa mengira pendirian politik kepartian mereka. Ya, perkara ini tidak mudah untuk dilaksanakan. Tetapi kalau mudah, sudah tentu kita tidak berada dalam Dewan ini. Hindarilah dendam kesumat dan menghukum mereka kerana tiada yang lebih utama kepada kita selain dari kita mengambil iktibar daripada sirah Nabi ketika berlakunya Fathul Makkah iaitu pembukaan Kota Mekah pada tahun 630 Masihi. Perlu sama-sama kita insafi bahawa sikap berdendam, sikap nak membangun di tempat yang menyokong kita sahaja. Sikap tidak adil dalam tindakan akan hanya membawa negeri dan negara kita ke belakang dan akan terus tertinggal di kalangan negeri dan negara membangun. Jauh sekali untuk negeri dan negara kita mencapai status negeri dan negara berpendapatan tinggi. Bersendikan hal inilah, barulah jiwa kita akan menjadi lebih tenang dan kerja buat kita diberkati serta diberi panduan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala dalam melaksanakan tugas kita ini dan kita mendapat pahala yang berpanjangan. Soal undi dan pilihan raya dan pilihan bagi rakyat pengundi kita serahkan semula kepada mereka lima tahun di hadapan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, subtajuk yang pertama yang saya ingin sentuh adalah mengenai keberadaan Negeri Terengganu yang tercinta ini. Kita adalah sebuah negeri yang berdaulat. Ada sempadannya, ada tanah dan airnya, ada peranannya dalam membina ekonomi negara. Sedikit sebanyak, Negeri Terengganu turut menyumbang pada sebuah negara yang bernama Malaysia. Peta Malaysia di Semenanjung tidak akan
lengkap jika sebuah negeri seperti Terengganu tidak dimasukkan. Jumlah penduduk Malaysia tidak lengkap tanpa penduduk Terengganu. Penduduk Terengganu pula bukan ahli atau penyokong satu parti sahaja bahkan semua parti yang ada berdaftar di dalam negara kita ada ahlinya dari Negeri Terengganu. Sama seperti negeri-negeri lain dan sudah semestinya majoriti tidak menjadi ahli parti mana-mana. Hujahan saya ialah, inilah masalah yang menghantui parti politik yang menyertai sistem politik demokrasi dalam negara kita sejak sekian lama. Sistem sudah baik tetapi dicemarkan oleh tindakan ahli politik yang hanya mementingkan tindakan populis dan political survival, dengan izin berbanding tanggungjawab mengurus tadbir rakyat dalam negeri atau negara. Berbeza dengan negara-negara maju di dunia ini. Perbezaan politik telah menjadi duri yang menyebabkan kesejahteraan rakyat terjejas. Perbezaan politik telah menyebabkan rantaian ekonomi terganggu. Perbezaan politik kepartian juga telah merencatkan keharmonian untuk dicapai. Suasana ini perlu berubah. Dengan pemimpin yang diberikan amanah, menghormati pilihan yang dibuat oleh rakyat dan berkhidmat dengan penuh ikhlas dan profesional. Semua kita sedia maklum, bahawa kitaran ganas atau vicious cycle, dengan izin yang pernah berlaku yang pernah kita lihat sendiri bahawa projek rakyat dan infrastruktur dibatalkan dek kerana berlaku perubahan politik dan juga Kerajaan. Sudah tentu yang memberi kesannya ialah kepada rakyat yang sepatutnya mereka menikmati kesejahteraan dan pembangunan yang telah dirancangkan dan setengahnya sudah sampai pada peringkat pelaksanaan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, sesi jawapan oleh Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah selesai dengan pencerahan yang diberikan. Ada beberapa perkara yang tidak disentuh dalam jawapan penggulungan EXCO, jawapan soalan lisan dan bertulis dan saya akan berikan beberapa pencerahan sebagai tambahan daripada situ. Kembali pada ucapan Yang Berhormat pada sesi perbahasan di mana Ahli Yang Berhormat dari Kemasik, Pengkalan Berangan, Hulu Besut dan Kuala Berang ada menyentuh berkenaan dengan pembangunan ekonomi di sekitar Stesen ECRL. Suka saya maklumkan bahawa saya sendiri telah mengadakan perbincangan dengan Menteri Pengangkutan, Yang Berhormat Anthony Loke sebulan yang lalu untuk mencari jalan bagi menjadikan stesen yang asalnya direka bentuk sebagai stesen penumpang ini dapat diubah suai secara kaedah tertentu contohnya penambahan fasiliti rel tambahan di sebelah ruang kemudahan kargo berat sederhana bagi membolehkan ia digunakan sebagai
satu sistem penghantaran barangan atau kargo berat atau kargo sederhana ke bawah. Fasiliti tambahan ini akan membolehkan kawasan industri berkapasiti sederhana berhampiran dengan stesen dapat diwujudkan sekali gus dapat merancakkan rantaian ekonomi kawasan sekitarnya. Selain daripada itu juga, Kerajaan juga dalam proses bagi membangunkan kawasan sekitar enam stesen ECRL supaya menjadi pusat pemangkin pertumbuhan ekonomi dan industri baharu di mana setiap pihak berkuasa tempatan (PBT) berkaitan sedang merangka pelan induk bagi melaksanakan pembangunan berorientasikan transit atau Transit Oriented Development, dengan izin TOD di kawasan-kawasan tersebut. Beberapa siri mesyuarat yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Tempatan juga telah dilaksanakan bagi menyelaras perangkaan pelan induk ini. TOD ini pula adalah pendekatan perancangan bandar yang menekankan kepada pembangunan kawasan bercampur penggunaannya. Mudah dijelajah dan dibangunkan dengan sistem pengangkutan yang cekap. Dengan menggabungkan penduduk, aktiviti ekonomi dan ruang awam sambil menggalakkan kemudahan berjalan kaki dan berbasikal. TOD akan mampu memperkukuhkan kehidupan bandar yang lebih baik, lebih berdaya maju dan mesra alam. Selain daripada itu, Kerajaan Negeri bersama pihak Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) juga sedang merangka perancangan bagi Economic Accelerator Projects (EAP) untuk merancakkan lagi pembangunan ekonomi dan industri kawasan sekitar stesen ECRL.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, Bukit Tunggal pula ada menyentuhkan isu pecah bahagian tanah. Terima kasih Yang Berhormat Bukit Tunggal kerana membangkitkan isu ini walaupun kadangkala ianya nampak kecil tapi ianya berkait dengan hakmilik yang perlu kepada penelitian yang cermat. Pihak PTG pula sebenarnya telah melaksanakan arahan secara teliti dengan pelbagai libat urus. Pun begitu, setelah berbincang dengan pihak PTG, insya-Allah pihak PTG bercadang untuk memurnikan semula arahan PTG Bilangan 3/2022 bersama-sama dengan Jabatan Teknikal yang berkaitan terutamanya PBT dan JPS bagi tujuan mengharmonikan semula arahan tersebut terutamanya untuk menangani isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Bukit Tunggal iaitu yang pertama keperluan untuk penyerahan rizab jalan bagi kes-kes permohonan pecah bahagian melalui terekah dan bukan untuk tujuan komersial. Kedua, keperluan pilihan rizab sungai berdasarkan Warta Rizab Sungai tahun 2010. Ketiga, keperluan akses jalan masuk ke lot bagi kategori tanah pertanian yang dibuat permohonan pecah bahagian mengikut case by case dengan izin yang akan dijadikan asas bagi pemurnian tersebut.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, State-Government-4 (SG 4) dengan izin. Yang Berhormat Sura dan Pengkalan Berangan ada bertanyakan dan menyentuh tentang SG Empat atau SG 4. Perkara ini turut menarik minat dan ulasan secara positif dan skeptikal di kalangan pengulas di luar sana. Apa pun saya menerima dengan hati dan minda yang terbuka segala pandangan positif atau negatif yang dilontarkan oleh berbagai pihak di luar Dewan. Biasalah benda baharu, terkhilaf sebelum diberi penjelasan.
“Pengayuh sayang dilepas dibasahkan, sampan tak akan sampai ke seberang”
Suka saya jelaskan bahawa gabungan State-Government-4 (SG 4) ini adalah sebuah kerjasama rasmi secara strategik dan berfokus yang tidak mengikat antara Kerajaan-kerajaan Negeri Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis. Sedikit pun tidak pernah terdetik untuk kami bersaing dengan peranan kerjasama sedia ada dalam sistem pentadbiran Negara dan Negeri kita yang telah wujud sejak merdeka, apatah lagi kita juga sedar tentang risiko pertindanan atau redundancy dengan izin. Bidang kuasa sedia ada pelbagai kementerian, agensi di peringkat Persekutuan. Ikhlas di hati kami bahawa peranan Kementerian-kementerian yang turut bersama dengan Kerajaan Negeri selama ini. Sekadar menyebut beberapa contohnya seperti Kementerian Ekonomi, Kementerian Pelaburan Perdagangan dan Industri, agensi seperti Malaysian Investment Development Authority (MIDA) dan East Coast Economic Region (ECERDC) telah melaksanakan peranan terbaik mereka dan berjaya membina sektor ekonomi dan industri yang menyumbang kepada KDNK Negeri Terengganu. Setinggi-tinggi terima kasih dari kami semua. Apa yang dirangkakan menerusi SG4 adalah untuk memberi nilai tambah, elemen baharu yang boleh diusahakan melihat sisi pandang yang berbagai dengan matlamat untuk membantu sesama negeri yang ada dalam senarai SG4. Perlu diingat bahawa kesenjangan ataupun disparity dengan izin yang ada di negeri-negeri ini perlu dirapatkan dan saling bantu membantu dalam aspek yang menjadi kekuatan sesebuah negeri, yang mungkin satu negeri kuat dalam aspek-aspek tertentu dan satu negeri lain ada kelemahan dalam aspek-aspek yang demikian.
Secara umumnya kerjasama strategik ini adalah bermatlamatkan untuk meningkatkan daya saing atau competitiveness dan daya tahan resilience
dengan izin negeri-negeri anggota Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis dengan yang pertama pentadbiran yang berkesan ataupun Effective Governance, yang kedua kewangan yang kukuh, global finances dengan izin yang ketiga sosio ekonomi yang mampan sustainable social economic growth dengan izin dan Pembangunan Lestari, vible development dengan izin. Menerusi perkongsian-perkongsian intelektual dan pelbagai sumber secara optimum antara negeri-negeri termasuklah syarikat berkait Kerajaan dan Badan-badan Berkanun di Negeri-negeri terbabit. Penglibatan beberapa tokoh yang mempunyai kedudukan dan pengaruh dalam bidang-bidang tertentu akan digunakan sebaiknya bagi meraih manfaat yang sebanyaknya kepada SG4. Ketika ditanya tentang kenapa melibatkan mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir dalam urusan pro-bono ini, saya menjelaskan bahawa SG4 adalah pendekatan non-partisan bahawa kita sangat terbuka untuk menerima siapa juga yang ingin membantu termasuklah jika individu yang baru mendapat pingat Tan Sri baru-baru ini pun nak membantu, kita dengan hati yang terbuka akan mendengar pandangan dan saranan-saranan mereka walaupun daripada parti politik yang berbeza.
Saya sendiri pernah membuat cadangan dalam ucapan saya di hadapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani 2023 pada 13 Mei yang lalu di Terengganu dengan kehadiran Yang Berhormat Menteri-menteri Kabinet. Dalam majlis itu saya menyebut secara terbuka merujuk kepada problem statement dengan izin dalam ucapan saya pada malam itu. Saya sebut, maka saya dengan rasa rendah diri ingin mencadangkan agar lebih banyak inisiatif non-partisan dan by partisan atau non-partisan and by partisan initiative dengan izin diperkenalkan. Sebagaimana dalam keadaan tertentu diamalkan di negara maju ketika mereka berdepan dengan suasana yang getir. SG4 akan memfokuskan pada lima kluster iaitu yang pertama infrastruktur dan logistik. Yang kedua perdagangan, pelaburan dan perniagaan termasuklah industri pelancongan. Ketiga, pertanian dan security makanan. Keempat, perundangan dan modal insan, kelima sumber dan pendapatan baharu. SG4 ini adalah kerjasama strategik adalah kerana pertama Negeri SG4 mempunyai populasi berjumlah 5.47 juta orang atau 16.7% daripada keseluruhan jumlah populasi di Malaysia. Justeru kerjasama antara Negeri-negeri ini akan meningkatkan lagi agregat permintaan di negeri-negeri ini. Yang kedua negeri SG4 mempunyai tanah yang luas untuk diusahakan bagi meningkatkan pengeluaran hasil pertanian. Sehingga tahun 2020, jumlah keluasan guna tanah semasa tanaman makanan di Negeri SG4 ini ialah baru
mencecah 40.68% daripada keseluruhan 998,560 hektar. Selain daripada itu juga terdapat kira-kira 15,344 hektar lagi tanah terbiar yang sesuai dibangunkan untuk pertanian. Yang keempat Negeri SG4 mempunyai sejumlah 161,285 buah PMKS atau 15% daripada keseluruhan jumlah PMKS di Semenanjung Malaysia. Dengan meluaskan rangkaian dan perkongsian pintar dan perkongsian-perkongsian secara strategik di kalangan PMKS di semua Negeri SG4 ianya akan dapat merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi domestik di setiap Negeri. Yang keempat Negeri-negeri SG4 mencatatkan jumlah perdagangan bernilai RM161.1 bilion pada tahun 2022 di mana hasil hubungan dagang dengan pelbagai negara. Hubungan setiap Negeri dengan Negara rakan dagang yang berbeza ini akan turut dapat membawa manfaat kepada negeri SG4 yang lain. Yang kelima Negeri SG4 dapat membentuk kuasa rundingan yang lebih progresif dengan Kerajaan Persekutuan bagi menjamin hak dan tanggungjawab setiap Negeri ini dan Persekutuan sama-sama dilindungi dan ditunaikan selari dengan kehendak dalam Perlembagaan Persekutuan. Atas semangat untuk meneguhkan amalan federalisme yang semakin mencair, maka SG4 ini dibentuk. Justeru, tidak ada pihak yang sepatutnya merasa terancam dengan penubuhan SG4 ini sebaliknya adalah wajar semua pihak memberi sokongan dan dokongan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum melabuhkan ucapan penggulungan ini, ingin saya pertegaskan bahawa Kerajaan Negeri akan meneruskan pendekatan budaya politik matang dan sejahtera kerana ini adalah the way forward dengan izin. Pada penggal lepas, kita menerapkan pendekatan budaya politik matang dan sejahtera ini di peringkat negeri. Antaranya dengan memastikan semua rakyat yang layak mendapat bantuan, menerima bantuan tanpa mengira warna politik kerana mereka semua adalah rakyat di bawah naungan Negeri Terengganu. Pandang ke depan, kita akan terus melaksanakan dan mempromosikan pendekatan ini dan apa jua urusan di peringkat negeri sehinggalah di peringkat Persekutuan. Bak kata orang lama-lama “esa hilang dua terbilang” maksudnya terus berusaha dengan keazaman sehingga tercapai cita-cita.
Semangat federalisme yang termaktub jika disandingkan dengan budaya politik matang dan sejahtera sudah pasti akan memberikan satu harapan baharu dalam budaya pentadbiran dan politik negara. Kita akan terus bersikap professional, kita akan terus bertata krama serta saling hormat menghormati bidang kuasa yang telah digariskan dalam perlembagaan. Kita juga perlu
menanamkan dalam diri kita bahawa semua yang kita buat ini adalah untuk kebaikan rakyat, negeri dan negara. Insya-Allah, kami akan menguruskan negeri ini dengan penuh berhemah seperti peribahasa melayu “bagai menghela tali jala, rasa tegang dikendurkan, rasa kendur ditegangkan”.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, akhirnya sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih setinggi-tingginya kepada Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat dan semua pihak yang terlibat dalam menyempurnakan perjalanan Sidang DUN pada kali ini. Dengan ini saya, Rhu Rendang menyokong dan menjunjung kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu. Sekian.
Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, penggulungan daripada pihak Kerajaan telah selesai. Kita telah mengambil masa untuk perbahasan dalam tempoh empat jam dan juga penggulungan oleh pihak Kerajaan empat jam. Sebelum kita membuat undian kita terhadap Usul, izinkan saya untuk menjawab pantun daripada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri.
Apa tanda kain pelikat, Raginya halus dibentang lebar, MB pemimpin disayang rakyat, Hidup beramanah terasnya sabar.
Usul ini kemudian dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan sebulat suara.
USUL INI DITERIMA.
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Mesyuarat kita diteruskan dengan Tertib Pekerjaan yang seterusnya. Sila Setiausaha Dewan.
Dipersilakan Yang Berhormat Datuk Razali bin Idris (Wakil Kijal) mengemukakan Usul-
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan-
“Bahawa Dewan Undangan Negeri yang bersidang pada hari ini membuat KETETAPAN bersetuju melantik satu Jawatankuasa Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Undangan Negeri menurut Fasal 109A, Peraturan-peraturan Dan Perintah-perintah Tetap Dewan Undangan Negeri dan Ahli-ahlinya terdiri daripada:-1.
Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri - Pengerusi 2.
Yang Berhormat Dr. Haji Riduan bin Mohamad Nor
3.
Yang Berhormat Haji Khazan bin Che Mat
4.
Yang Berhormat Mohd Hafiz bin Adam
5.
Yang Berhormat Sulaiman bin Sulong
6.
Yang Berhormat Azmi bin Maarof
7.
Yang Berhormat Haji Ridzuan bin Hashim
8.
Setiausaha Dewan Undangan Negeri - Setiausaha
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadang.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon menyokong Usul itu.
Usul ini kemudian dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan sebulat suara.
USUL INI DITERIMA.
Dipersilakan Yang Berhormat Dr. Azman bin Ibrahim (Wakil Jabi) mengemukakan usul.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan-
“Bahawa Dewan Undangan Negeri yang bersidang pada hari ini membuat KETETAPAN bersetuju melantik satu Jawatankuasa Hak dan Kebebasan menurut Fasal 109B, Peraturan-peraturan Dan Perintah-perintah Tetap Dewan Undangan Negeri dan Ahli-ahlinya terdiri daripada:-1.
Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri - Pengerusi 2.
Yang Berhormat Haji Khazan bin Che Mat
3.
Yang Berhormat Mohd Zawawi bin Ismail
4.
Yang Berhormat Haji Azbi bin Salleh
5.
Yang Berhormat Haji Hilmi bin Harun
6.
Yang Berhormat Hajah Zuraida binti Md. Noor
7.
Yang Berhormat Haji Ghazali bin Sulaiman
8.
Setiausaha Dewan Undangan Negeri - Setiausaha
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon menyokong Usul itu.
Usul ini kemudian dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan sebulat suara.
USUL INI DITERIMA.
Dipersilakan Yang Berhormat Dr. Haji Muhammad Khalil bin Abdul Hadi (Wakil Batu Burok) mengemukakan usul.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan-
“Bahawa Dewan Undangan Negeri yang bersidang pada hari ini membuat KETETAPAN bersetuju melantik satu Jawatankuasa Pengurusan Dewan menurut Fasal 109C, Peraturan-peraturan Dan Perintah-perintah Tetap Dewan Undangan Negeri dan Ahli-ahlinya terdiri daripada:-1.
Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri - Pengerusi 2.
Yang Berhormat Haji Khazan bin Che Mat
3.
Yang Berhormat Ir Haji Saiful Azmi bin Suhaili
4.
Yang Berhormat Hajah Zuraida binti Md Noor
5.
Yang Berhormat Haji Mohd Yusop bin Majid
6.
Yang Berhormat Mohd Husaimi bin Hussin
7.
Yang Berhormat Mohd Shafizi bin Ismail
8.
Setiausaha Dewan Undangan Negeri - Setiausaha
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon menyokong Usul itu.
Usul ini kemudian dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan sebulat suara.
USUL INI DITERIMA.
Dipersilakan Yang Berhormat Haji Wan Sukairi bin Wan Abdullah (Wakil Wakaf Mempelam) mengemukakan Usul.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan-
“Bahawa Dewan Undangan Negeri yang bersidang pada hari ini membuat KETETAPAN bersetuju melantik satu Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri menurut Fasal 110, Peraturan-peraturan Dan Perintah-perintah Tetap Dewan Undangan Negeri dan Ahli-ahlinya terdiri daripada:-1.
Yang Berhormat Haji Ahmad Shah bin Mohamed - Pengerusi 2.
Yang Berhormat Haji Hilmi bin Harun
3.
Yang Berhormat Dr.
Tengku Muhammad Fakhruddin bin Tengku Md Fauzi
4.
Yang Berhormat Sr. Haji Zaharudin bin Zahid
5.
Yang Berhormat Mohd Zawawi bin Ismail
6.
Yang Berhormat Haji Ridzuan bin Hashim
7.
Yang Berhormat Mohd Fadhli Rahmi bin Zulkifli
8.
Setiausaha Dewan Undangan Negeri - Setiausaha
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadang. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon menyokong Usul itu.
Usul ini kemudian dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan sebulat suara.
USUL INI DITERIMA.
TangguhanAdjournment
Perkara berikut ialah tangguhan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Persidangan Dewan ditangguhkan kepada suatu masa yang akan ditetapkan kemudian.
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Sebelum saya tangguhkan Persidangan Dewan ini, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih atas semua ucapan tahniah terhadap saya moga-moga Allah Ta’ala memberi keberkatan kepada kita semua, dan ucap terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, kiranya saya tangguhkan Persidangan Dewan ini ke suatu masa dan tarikh yang akan ditetapkan kemudian dan marilah kita sama-sama membaca Tasbih Kaffarah dan Surah Al-’Asr.
DEWAN DITANGGUHKAN PADA PUKUL 4.10 PETANG