Terengganu · 28 November 2023

15th Assembly, 1st session, 2nd meeting · 175 turns · 27,657 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalTerengganu publishes one PDF per meeting, with the written answers appended. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

Soalan-Soalan LisanQuestions

Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ketua-ketua jabatan, para pemerhati yang saya kasihi, mesyuarat disambung semula. Sebelum kita memulakan persidangan pada pagi ini, marilah sama-sama kita membaca Ummul Kitab Al-Fatihah.

(Al-Fatihah)

Soalan-Soalan LisanQuestions

Yang di-Pertua

Mesyuarat pagi ini diteruskan dengan Soalan-soalan Lisan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberi notis untuk mengemukakan Soalan-soalan Lisan pada 28 November 2023 adalah sebagaimana berikut:-

1 Yang Berhormat Wakil Bukit Tunggal 2 Yang Berhormat Wakil Kuala Besut 3 Yang Berhormat Wakil Bukit Besi 4 Yang Berhormat Wakil Sura 5 Yang Berhormat Wakil Bandar

Yang Berhormat Wakil Jertih 7 Yang Berhormat Wakil Buluh Gading 8 Yang Berhormat Wakil Kemasik 9 Yang Berhormat Wakil Ladang 10 Yang Berhormat Wakil Pengkalan Berangan 11 Yang Berhormat Wakil Manir 12 Yang Berhormat Wakil Seberang Takir 13 Yang Berhormat Wakil Permaisuri 14 Yang Berhormat Wakil Hulu Besut 15 Yang Berhormat Wakil Rantau Abang 16 Yang Berhormat Wakil Batu Rakit 17 Yang Berhormat Wakil Langkap 18 Yang Berhormat Wakil Air Putih 19 Yang Berhormat Wakil Telemung

Seterusnya saya persilakan yang Berhormat Wakil Bukit Tunggal untuk mengemukakan soalan.

Sr. Haji Zaharudin bin ZahidPAS · PNBukit Tunggal

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Hari ini berbaju melayu, Soalan saya nombor satu.

Adakah Kerajaan Negeri membuat perbincangan bersama-sama Kementerian Kesihatan bagi tujuan menaik taraf Pusat Kesihatan Bukit Tunggal yang semakin sesak?

Wan Sukairi bin Wan AbdullahPAS · PNWakaf Mempelam

Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, rakan-rakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan rakan-rakan Ahli Dewan

Undangan Negeri dan ketua-ketua jabatan serta pemerhati saudara-saudara dan saudari-saudari sekalian.

Terima kasih kepada ADUN Bukit Tunggal yang telah pun menanyakan soalan pada saya berkenaan dengan usaha Pihak Kerajaan untuk memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada rakyat. Adakah Kerajaan Negeri membuat perbincangan bersama-sama dengan Kementerian Kesihatan bagi tujuan menaik taraf Pusat Kesihatan Bukit Tunggal yang semakin sesak?

Untuk makluman Yang Berhormat dan juga Dewan sekalian, Kementerian Kesihatan Malaysia telah membuat cadangan pembinaan Klinik Kesihatan Bukit Tunggal yang baharu bagi menggantikan klinik kesihatan yang sedia ada dan perancangan bagi membina Klinik Kesihatan Bukit Tunggal telah pun dirancang untuk dimasukkan di dalam permohonan Rancangan Malaysia ke-14. Terima kasih.

Sr. Haji Zaharudin bin ZahidPAS · PNBukit Tunggal

Soalan tambahan Dato’ Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Ya.

Sr. Haji Zaharudin bin ZahidPAS · PNBukit Tunggal

Terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO Kerajaan. Kita melihat jawapan tadi RMK-14 tuh lambat lagi tuh. Jadi apakah ada usaha-usaha di peringkat Kerajaan Negeri dan juga Persekutuan dari segi jangka pendeknya ataupun jangka panjang dan juga peranan yang perlu dimainkan oleh Kerajaan Pusat dan juga negeri untuk merealisasikan pembinaan Pusat Kesihatan Bukit Tunggal yang baru ini? Terima kasih.

Wan Sukairi bin Wan AbdullahPAS · PNWakaf Mempelam

Terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Tunggal. Seperti yang telah dinyatakan tadi, sememangnya Pusat Kesihatan Bukit Tunggal ini semakin mendapat… kita lihat kesesakan yang berlaku agak luar biasa disebabkan kerana pertambahan penduduk yang berada di kawasan sekitar dan di antara kesesakan yang kita kenal pasti adalah berkenaan dengan ruang menunggu pesakit yang tidak mencukupi dan juga bilik konsultasi yang tidak mencukupi. Bagi mengatasi masalah ini kerana kita tahu seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat tadi, RMK-14 ini lambat lagi 2031 hingga 2035 jadi kita ada masa

dalam hampir tujuh ke sepuluh tahun lagi, lambat lagi lah. Jadi dalam tempoh tersebut kesesakan akan berlaku. Jadi sehubungan dengan itu ada beberapa pelan tindakan jangka masa panjang dan juga pendek yang telah disediakan oleh pihak kementerian untuk mengatasi masalah ini. Di antaranya dalam jangka masa pendeknya adalah cadangan untuk menambah jumlah bilik konsultasi dan juga menambah keluasan ruang menunggu menggunakan peruntukan pembangunan yang ada.

Yang keduanya dari sudut jangka masa panjang iaitu memohon projek pembinaan Klinik Kesihatan Bukit Tunggal yang baharu di dalam RMK-14 seperti yang telah dinyatakan melalui perancangan-perancangan seperti menyediakan satu tapak cadangan iaitulah di Gong Kijang yang telah pun dipersetujui oleh pihak Kementerian Kesihatan seluas tujuh ekar. Namun, tapak cadangan ini perlu dibuat proses pengambilan balik yang memerlukan kos yang masih lagi dalam perincian dan juga kajian.

Yang kedua, sekiranya cadangan pertama tadi tidak dapat dilaksanakan maka cadangan membina klinik kesihatan yang baharu boleh diadakan di tapak yang sama cuma keluasannya agak kecil sedikitlah berbanding dengan cadangan yang pertama tujuh ekar, cadangan yang kedua ini tiga ekar sahaja yang telah menggunakan yang tapak sedia ada.

Yang ketiganya, kos perancangan pembangunan semula klinik kesihatan ini belum dapat diperincikan kerana kos sebenar bagi pembinaan klinik kesihatan akan ditentukan mengikut jenis klinik kesihatan yang akan diluluskan nanti. Saya rujuk wakil daripada Jabatan Kesihatan sebentar tadi, klinik ini ada tujuh jenis. Jenis yang pertama hingga jenis yang ketujuh dan jenis yang kita cadangkan untuk dilakukan ataupun untuk dibuat di sini adalah jenis yang kedua yang boleh menampung kapasiti pesakit yang lebih daripada 800 orang sehari.

Seterusnya, cadangan pembinaan Klinik Kesihatan Bukit Tunggal jenis yang kedua ini seperti yang saya nyatakan berserta dengan kuarters yang baharu bagi menggantikan klinik kesihatan sedia ada telah pun dimasukkan di dalam RMK yang ke-14 dan insya-Allah apabila ia dapat direalisasikan ia bakal dapat menampung pertambahan populasi melebihi 50 ribu orang pesakit dengan kedatangan pesakit sehingga 800 orang sehari di sekitar Bukit Tunggal. Di antara peranan yang boleh dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan dan juga

Kerajaan Negeri, yang pertamanya Kerajaan Persekutuan adalah peranannya adalah meluluskan peruntukan pembangunan untuk kerja-kerja penambahan bilik konsultasi dan penambahan ruang menunggu di Klinik Kesihatan Bukit Tunggal dalam kadar yang segera dan yang keduanya meluluskan permohonan gantian Klinik Kesihatan Bukit Tunggal yang baharu sama ada di tapak baru seluas tujuh ekar di Gong Kijang ataupun di tapak sedia ada seluas tiga ekar dan Kerajaan Negeri, peranan yang boleh dimainkan adalah menyokong dan membantu dalam mempercepatkan proses pengambilan tanah di Gong Kijang. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Wakaf Mempelam. Seterusnya saya persilakan Yang Berhormat Bukit Besi.

Ghazali bin SulaimanPAS · PNBukit Besi

Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat-Yang Berhormat, Ketua Jabatan, rakan pemerhati, media dan semua. Soalan saya nombor satu-

Apakah status bangunan sementara SRIDI Bukit Besi Di Bandar Al Muktafi Billah Shah (AMBS), Dungun dan apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam membina bangunan kekal bagi SRIDI Bukit Besi Dan SMIDI Bukit Besi?

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, ADUN Bukit Besi bertanyakan tentang SRIDI Bukit Besi di Muktafi Billah tentang bangunan sementara.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, untuk makluman SRIDI telah beroperasi di bangunan sementara yang merupakan bangunan yang dimiliki oleh Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH). Bangunan tersebut ialah bangunan perpustakaan KETENGAH dan juga Dewan Orang Ramai (DORA) KETENGAH. Bangunan tersebut telah diubahsuai mengikut keperluan untuk pengoperasian SRIDI Bukit Besi berdasarkan persetujuan yang diberikan oleh

pihak KETENGAH. Pihak KETENGAH telah bersetuju untuk menawarkan penggunaan bangunan tersebut sebagai bangunan sementara bagi SRIDI Bukit Besi sehingga 31 Disember 2025. Pada masa yang sama Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu (JPINT), telah membuat permohonan satu cadangan tapak kekal kepada Pejabat Tanah Dungun untuk dijadikan penempatan kekal SRIDI Bukit Besi di atas tanah kerajaan iaitu PT.4910. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Ada soalan tambahan? Tak ada?

Ghazali bin SulaimanPAS · PNBukit Besi

Tambahan, sepatutnya berakhir 2025, makna selepas pada itu, ke mana SRIDI?

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua sebagaimana kita sedia maklum, kita akan perbanyakkan SRIDI yang ada beroperasi di tempat sementara, kecuali di SRIDI Kota Putera tempat kekal, dan juga SRIDI Permaisuri. Yang baki lagi tu sebahagianya merupakan kita telah mengambil perjalanan untuk proses memohon tapak kekal ikut SRIDI masing-masing. Dan juga pada tempat yang tidak ada bangunan sementara kita telah proses untuk memohon untuk pembinaan bangunan kekal bagi mewujudkan SRIDI di DUN-DUN yang masih lagi belum ada SRIDI.

Jadi selepas pada tahun 2025, kita harap insya-Allah kita harap insya-Allah kita akan beroperasi di tapak kekal kita sebagaimana tanah yang dipohon iaitu di PT.4910. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Seterusnya saya persilakan Yang Berhormat Sura.

Sura soalan semalam gabung dengan Kemasik, EXCO dah jawab. Soalan yang sama.

Yang di-Pertua

Terima kasih, Yang Berhormat Bandar.

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya soalan yang pertama-

Apakah langkah kerajaan bagi memperkasakan institusi kekeluargaan dalam mengawal dan mengurangkan kes masalah sosial di negeri ini?

Terima kasih Bandar, soalan berkaitan dengan apakah langkah Kerajaan Negeri bagi memperkasakan institusi kekeluargaan dalam mengawal dan mengurangkan kes masalah sosial di negeri ini.

Terima kasih Bandar, berkaitan dengan isu masalah kekeluargaan ini ia berkaitan dengan pelbagai agensi yang terlibat dalam pembinaan kekeluargaan inilah, dan kita di pihak Kerajaan Negeri alhamdulillah, kita telah mendapat kerjasama yang baik dari pelbagai agensi sama ada Agensi Pusat ataupun Persekutuan, NGO dan sebagainya dan terima kasih kepada agensi-agensi JPN, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu, Yayasan Pembangunan Keluarga, LPPKN, Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera dan lain-lain lagi yang telahpun memberi kerjasama yang baik dalam pembinaan kekeluargaan ini dan di pihak Yayasan Pembangunan Keluarga, sebagai satu daripada agensi yang berkaitan dengan kekeluargaan, Yayasan Pembangunan Keluarga, telah pun melaksanakan pelbagai inisiatif termasuklah mengadakan Program Generasi Islah Falah Terengganu dan Program Fityah Negeri Terengganu dan juga Anugerah, telah mengadakan Anugerah Terindah Keluarga Bahagia dan juga pelbagai program yang telah pun dilaksanakan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga semuanya menjurus ke arah pembinaan keluarga sebagai satu daripada institusi asas dalam komuniti dan negeri dan juga kita juga mendapat kerjasama yang baik daripada Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, 25 hari bulan baru ini kita telah mengadakan Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan Di Kota Putera. Jadi ini di antara beberapa perkara yang telah dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri dan juga Persekutuan dalam memperkasakan institusi keluarga sebagai asas pembinaan insan. Terima kasih.

Soalan tambahan, Dato’ Yang di-Pertua, boleh?

Yang di-Pertua

Sila-sila…

Yang Berhormat semua, berhubung dengan masalah sosial yang berlaku dalam masyarakat kita khususnya, ialah gejala buli yang berlaku di kalangan remaja khususnya di sekolah-sekolah, boleh pihak Kerajaan menjelaskan langkah-langkah pencegahan isu masalah buli yang berlaku di kalangan remaja. Terima kasih.

Terima kasih Bandar, soalan berkaitan dengan pendidikan ini patutnya dijawab oleh Paka ni, sebagai EXCO Pendidikan tapi saya cuba jawab jugaklah.

Di pihak Kementerian Pendidikan untuk mengatasi masalah buli ini sama ada di Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu ataupun Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu agensi Kerajaan Negeri, telah pun mengadakan pelbagai program yang dilaksanakan untuk mengatasi masalah buli di asrama khususnya. Kes buli ini bukan sahaja berlaku di asrama sekolah menengah harian biasa bahkan berlaku di SBP, Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Agama. Pun begitu pihak kementerian telah pun mengadakan pelbagai aktiviti di antaranya telah mengeluarkan satu pekeliling IKHTISAS dan juga buku panduan cegah buli dan telah membuat peraturan dan telah membuat pendaftaran ke semua JPNT untuk dilaksanakan secara yang lebih kemas lagi, dan juga pihak kementerian telah pun memperkasakan SSBM (Sistem Salah Laku Disiplin Murid) untuk menambah baik sistem yang sedia ada, dan insya-Allah dikemaskinikan sistem ini untuk dilaksanakan secara yang lebih efektif pada tahun 2024 ini dan juga pihak kementerian juga telah mengadakan DUTA SAHSIAH di semua sekolah untuk mana-mana pelajar yang baik dari sudut sahsiahnya akan menjadi model kepada pelajar-pelajar lain. Di Sekolah-sekolah Agama, Sekolah-sekolah Agama milik Kerajaan Negeri saya rasa tidak berlaku sangatlah sebab satu daripada sebabnya mungkin sebab kawalan di sekolah di asrama. Dan di IMTIAZ kita ambil contoh di IMTIAZ, di IMTIAZ telah diwujudkan satu jawatan hakiki, jawatan warden asrama jadi jawatan hakiki ini satu-satu jawatan yang sangat penting untuk mengawal dan mengatasi buli di sekolah, jadi kementerian tidak ada jawatan hakiki. Ini satu daripada sebab ataupun masalah yang saya rasa tidak berkesudahan apabila guru yang dibeban, yang terbeban dah dengan tugas pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas diminta untuk

menjadi warden. Jadi saya juga mengharapkan pihak kementerian untuk memperkasakan jawatan warden supaya kes-kes buli yang berlaku di asrama khususnya dapat dicegah dan di antara perkara pentingnya ialah mewujudkan jawatan warden secara hakiki di semua sekolah asrama sepertimana yang kita telah pun wujudkan di sekolah IMTIAZ. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat.

Seterusnya dipersilakan Yang Berhormat Jertih.

Jertih memilih soalan nombor satu, terima kasih.

Apakah program impak tinggi untuk menanggani gejala penagihan najis dadah di kalangan generasi muda?

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dan seluruh Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan dan semua pemerhati. Terima kasih kepada Yang Berhormat Jertih yang mengemukakan soalan sebagaimana yang tertera.

Kerajaan telah menetapkan Dasar Dadah Negara iaitu menghapuskan permintaan dan bekalan dadah. Dasar ini merangkumi keseluruhan usaha kerajaan ke arah melahirkan masyarakat tanpa dadah. Strategi utama dalam menghalang masalah dadah dari terus berleluasa dalam masyarakat adalah pencegahan. Pencegahan dijalankan di Malaysia merangkumi pencegahan di institusi pendidikan, tempat kerja, keluarga dan komuniti. Antara program untuk belia ialah Program SKUAD Antidadah, Program Tomorrow’s Leader, Program SMART dan Program Masjid Angkat Daerah. Terima kasih.

Ada soalan tambahan, EXCO. Dadah adalah isu besar di seluruh dunia dan saya rasa dah separuh abad negara kita dengan gejala dadah sejak tahun 70-an selepas

era Woodstocks di Eropah dan termasuk serangan dadah di felda-felda kawasan malay belt dengan izin, muslim belt. Jadi negeri kita, Terengganu juga antara yang agak tinggi gejala penagihan dadah dan ini mencemarkan dengan dasar Maju, Berkat, Sejahtera kita. Jadi saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat EXCO untuk menerangkan tentang adakah konsep perkampungan ibadah untuk bekas penagih dadah? Insya-Allah, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Jertih. Ya, kita bersetujulah sebagaimana yang disebut di mana masalah dadah ini adalah masalah global bukan sahaja masalah dalam negara kita yang perlu ditangani secara bersama daripada pihak kerajaan dan juga masyarakat secara umumnya. Alhamdulillah, bagi Kerajaan Negeri sebenarnya kita telah menubuhkan satu pusat untuk kita memulihkan penagih-penagih dadah ini iaitu Darul Barakah, di mana pusat ini sebenarnya termasuk dalam Manifesto PAS pada PRU yang ke-14 tahun 2018 yang lalu dan pada penggal lepas kita telah tubuhkan pusat ini iaitu pada tahun 2021 bertempat di Kampung Temala, Pengkalan Berangan, Marang di mana sehingga hari ini pusat ini mempunyai 93 orang penagih-penagih dadah yang kita usaha untuk pulihkan balik dan menariknya ialah Darul Barakah ini kita buka secara sukarela bukan kata pihak berkuasa tangkap penagih-penagih dadah kemudian dihantar di situ, di mana penagih-penagih dadah yang mahu untuk kembali ke pangkal jalan mereka boleh datang secara sukarela sama ada keluarga yang hantar ataupun mereka sendiri yang datang ke situ. Sekarang ini jumlahnya seramai 93 orang dan kita buat program-program secara holistik bukan sahaja dari sudut rohani, dari sudut jasmani termasuklah kita membina jati diri mereka supaya mereka boleh untuk berdikari khususnya program-program yang berkait dengan pertanian, penternakan mereka dilatih supaya mereka boleh berdikari selepas keluar daripada pusat Darul Barakah tersebut, terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat EXCO dan Yang Berhormat Jertih. Seterusnya dipersilakan Yang Berhormat Buluh Gading.

Haji Ridzuan bin HashimPAS · PNBuluh Gading

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan nombor satu-

Apakah status perkembangan Laluan Basikal Teluk Ketapang-Kuala Ibai yang pernah dinyatakan oleh pihak Kerajaan Negeri sebelum ini?

Yang di-Pertua

Soalan Buluh Gading ini kita akan gabung dengan soalan Bukit Tunggal. Jadi Bukit Tunggal boleh untuk tanya soalan tambahan sama. Sila, Yang Berhormat EXCO.

Terima kasih Yang Berhormat Buluh Gading yang bertanyakan tentang status perkembangan laluan basikal Teluk Ketapang-Kuala Ibai yang pernah dinyatakan oleh pihak Kerajaan Negeri sebelum ini. Untuk makluman Ahli Dewan, alhamdulillah projek pembinaan laluan basikal Teluk Ketapang ke Kuala Ibai sedang berada di peringkat pembinaan dengan kemajuan kerja terkini telah mencapai 95% siap dan kita menjangkakan pada bulan Disember 2023 ia boleh digunakan sepenuhnya, insya-Allah. Projek ini telah diberi milik tapak pda 20 Jun 2022 sehingga 13 Ogos 2023, namun demikian terdapat sedikit tambahan masa dan projek ini dilanjutkan sehingga 11 November 2023. Pemilik laluan tersebut berada di bawah Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, manakala pihak JKR adalah pegawai penguasa bagi projek ini. Kos keseluruhan projek adalah sebanyak RM4.2 juta termasuk kerja-kerja pengukuran.

Kita menjangkakan insya-Allah, Disember ini akan dibuat majlis perasmian dan kita berharap laluan ini akan menjadi pilihan bagi pengguna basikal seluruh Negeri Terengganu, terima kasih.

Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Buluh Gading.

Haji Ridzuan bin HashimPAS · PNBuluh Gading

Soalan tambahan Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Adakah pihak Kerajaan mempunyai perancangan untuk membina laluan-laluan baru untuk kegunaan rakyat seluruh Terengganu apabila projek laluan basikal ini siap sepenuhnya, terima kasih.

Ya, insya-Allah. Sebenarnya perancangan pihak Kerajaan Negeri adalah untuk

menjayakan bumi Terengganu sebagai land of cyclist dan tentu sekali laluannya meliputi seluruh Negeri Terengganu. Meskipun demikian kita mengakui keadaan kewangan semasa dan kita menganggap laluan Teluk Ketapang-Kuala Ibai ini sebagai pilot projek dan akan melihat bagaimana sambutan yang diberikan oleh seluruh pengguna basikal yang akan mengambil laluan ini. Jika sekiranya ia begitu positif kita akan membawa dan mengembangkan idea ini ke seluruh Negeri Terengganu, insya-Allah. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bukit Tunggal ada nok tanya?

Sr. Haji Zaharudin bin ZahidPAS · PNBukit Tunggal

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan tambahan, kita dimaklumkan semasa pembinaan projek ini dok siap lagi, cumanya ada orang wat naik kereta atas tu Yang Berhormat, wat naik kereta. Apakah tindakan Kerajaan nanti untuk memastikan penyalahgunaan laluan tersebut, kan takutkan kita buat laluan basikal tiba-tiba kete gi lalu ataupun motosikal, jadi minta penjelasan. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Tunggal. Kita mengambil maklum apa yang telah berlaku buat masa ini dan tentu sekali peranan pihak Kerajaan adalah untuk educate rakyat dan kita akan terus untuk menyatakan kawasan ini adalah merupakan kawasan laluan berbasikal dan insya-Allah pihak MBKT juga akan memainkan peranan untuk terlibat di dalam enforcement terhadap penyalahgunaan laluan berbasikal ini. Jadi kita akan melihat selepas daripada pembukaan laluan berbasikal ini pada Disember nanti, insya-Allah.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat ADUN Kemasik, sila.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Soalan Kemasik nombor satu-

Apakah program yang dirancang oleh kerajaan dalam

membangunkan lebih ramai usahawan baharu dan meningkat keupayaan usahawan sedia ada khususnya dalam berhadapan dengan keadaan ekonomi yang semakin mencabar ini?

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Terima kasih kepada Yang Berhormat Kemasik. Antara program yang dirancang oleh Kerajaan dalam membangunkan lebih ramai usahawan baharu dan meningkatkan keupayaan usahawan sedia ada ialah Program Pemadanan Perniagaan, Program U-BES - Usahawan Belia Sejahtera, Kursus Secara Berkala Bagi Usahawan “Start-Up”, “Scale-Up”, dan “High Performance”, Skim Pembiayaan No Riba di bawah Tabung Usahawan Terengganu Sejahtera (TUGAS), Skim Bantuan Pembangunan Produk, Skim Bantuan Barkod, Skim Bantuan Analisa Nutrisi, Skim Bantuan Pembungkusan dan Skim Bantuan Papan Tanda. Sekian.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan tambahan. Kalau boleh diperincikan, berapakah peruntukan yang disediakan dan apakah segmen-segmen ini?

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Yayasan Pembangunan Usahawan menawarkan Skim Pembiayaan No Riba di bawah Tabung Usahawan Terengganu Sejahtera (TUGAS) dengan had maksima sebanyak RM50,000.00 tertakluk kepada terma dan syarat. Di antara skim pembiayaan dan geran perniagaan yang boleh dipohon ialah Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan Terengganu (SP3T), Tabung Siti Khadijah (TSK), Skim Pembiayaan Atas Talian Terengganu (SPINT), Skim Dana Usahawan Industri Asas Tani (DUNIA), Tabung Pemulihan PKS Terengganu ini semasa COVID-19, Dana Usahawan dan Industri Mikro Terengganu (DUIT), Dana Prihatin Terengganu - OKU (D-Hati), Program Peningkatan Kapasiti Perniagaan Terengganu (T’CAP), Skim Pembiayaan Khas Bazar Ramadhan, Skim Pembiayaan „Mobile Truck’.

YPU juga membantu usahawan melalui Skim Bantuan Pembangunan Produk, Skim Bantuan Barkod, Skim Bantuan Analisa Nutrisi, Skim Bantuan Pembungkusan dan juga melalui Skim Bantuan Papan Tanda.

YPU juga sentiasa mengadakan Program Pemadanan Perniagaan secara berkala sebagai program pemudah cara bagi usahawan dapat memasuki pasaraya-pasaraya besar.

Kerajaan Negeri melalui YPU mempunyai program khas keusahawanan untuk golongan muda mencipta kerjaya melalui keusahawanan iaitu Program U-BES (Usahawan Belia Sejahtera).

U-BES pada tahun 2023 untuk batch 4.0 telah memperuntukkan sebanyak RM440,000.00. Program U-BES ini adalah bertujuan untuk membantu melahirkan usahawan belia dan beliawanis lepasan SPM menjadi usahawan khususnya perniagaan atas talian selaras dengan perkembangan ekonomi digital. Setakat Oktober 2023, seramai 40 orang belia telah dipilih untuk menyertai program U-BES 4.0.

YPU juga mengadakan program-program kursus secara berkala bagi usahawan “Start-Up”, “Scale-Up” dan “High Performing” dengan bajet pada tahun ini sebanyak RM40,000.00. Pencapaian Program Usahawan Belia Sejahtera (U-BES) untuk tahun 2019 sehingga 2022, U-BES 1.0 sehingga U-BES 3.0, 120 orang usahawan telah diwujudkan. Dan untuk tahun 2023 U-BES 4.0, 40 orang usahawan telah diwujudkan. Sekian, Dato’ Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Terima Kasih Yang Berhormat EXCO. Seterusnya dipersilakan Yang Berhormat Ladang.

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya soalan pertama-

Sejauh manakah sambutan yang diterima daripada pihak NGO di seluruh Terengganu mengenai Anjung Sejahtera NGO Terengganu sejak pelancarannya?

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Ladang. Soalan yang dikemukakan adalah berkenaan dengan sambutan yang diterima daripada pihak NGO seluruh Terengganu berkenaan dengan Anjung Sejahtera NGO Terengganu sejak daripada pelancarannya? Untuk makluman Yang Berhormat, setakat hari ini, alhamdulillah sebanyak 30 buah NGO telah menggunakan kemudahan yang ada di Anjung Sejahtera NGO dan daripada 30 NGO yang telah menggunakan Anjung Sejahtera ini, tiga daripadanya adalah pengguna tetap dan selebihnya menggunakan kemudahan berdasar kepada keperluan masing-masing. Terima kasih.

Soalan tambahan saya, bagaimanakah usaha untuk kita nak mempromosikan Anjung Sejahtera NGO ini, adakah terdapat yuran-yuran penggunaan yang dikenakan dan apakah perancangan Kerajaan untuk meluaskan lagi peranan Anjung Sejahtera NGO ini di masa hadapan. Terima kasih.

Buat masa ini tidak ada sebarang yuran yang dikenakan untuk semua NGO yang menggunakan Anjung Sejahtera NGO. Walau bagaimanapun, kita ada mengenakan beberapa caj penggunaan seperti kos printer, penggunaan kertas dan seumpamanya. Begitu juga tempahan makan minum, ia diuruskan sendiri oleh pihak NGO yang menggunakan dewan ataupun menggunakan Anjung Sejahtera NGO. Untuk tujuan promosi, pihak urus setia Belia, Sukan dan NGO Terengganu Sejahtera telah menjalinkan kerjasama dengan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) Negeri Terengganu bagi mereka memaklumkan khidmat dan kemudahan yang disediakan bagi digunakan secara percuma oleh NGO yang berdaftar di bawah ROS.

Sementara itu, hasrat untuk kita kembangkan lagi sebenarnya kita berhasrat untuk bergerak dengan lebih jauh ke depan bagi mewujudkan Kompleks Anjung Sejahtera NGO berasaskan kepada Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS 2030). Walau bagaimanapun, pihak kami akan membuktikan terlebih dahulu Anjung Sejahtera NGO yang ada pada hari ini benar-benar digunakan secara maksimum oleh semua NGO-NGO Negeri Terengganu. Jadi insya-Allah pada masa yang akan datang kita berhasrat ia dikembangkan dengan lebih baik. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih. Dipersilakan Yang Berhormat ADUN Manir.

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya nombor satu-

Apakah perancangan kerajaan bagi memperkasakan lagi agenda pemerkasaan wanita di Negeri Terengganu?

Yang di-Pertua

Soalan Yang Berhormat ADUN Manir ini kita gabungkan sekali dengan Bandar, Pengkalan Berangan dan Hulu Besut. Jadi saya akan bagi ruang untuk soalan tambahan dua. Sila Yang Berhormat EXCO jawab.

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Manir, Bandar, Pengkalan Berangan dan juga Hulu Besut yang menggabungkan soalan-soalan ini. Soalan ini digabungkan untuk dijawab dalam satu jawapan sahaja mengenai apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi memperkasakan lagi agenda pemerkasaan wanita di Negeri Terengganu?

Di antara satu agenda yang jelasnya ialah wujudnya Yang Berhormat ADUN Ladang yang diwakili oleh wanita. Dan selain daripada itu melalui USWA, Kerajaan Negeri telah menubuhkan Urus setia Wanita Terengganu sebagai satu daripada Unit Tubuh untuk memperkasakan penglibatan wanita khususnya dalam pembangunan negeri dan juga negara dan di antaranya beberapa strategi penerapan budaya ilmu dalam kalangan wanita Terengganu dan juga penjenamaan Sayyidatina Aisyah sebagai Ikon Wanita Terengganu dan juga mendedahkan dan melengkapkan pelbagai kemahiran untuk meningkatkan taraf hidup wanita Transformasi Budaya Hidup Wanita Terengganu ke arah kesejahteraan dan juga penubuhan Pusat Pembangunan Wanita Terengganu serta strategi melahirkan wanita Terengganu yang berakhlak mulia dan juga mempunyai nilai-nilai ketimuran dan integriti yang tinggi. Dan melalui PITAS - Pelan Induk Terengganu Sejahtera, kita telah memperkasakan Pelan

Pemberdayaan Suri Rumah Terengganu dan juga satu laginya ialah kita telah menubuhkan Dasar Wanita Negeri Terengganu selaras dengan Dasar Wanita Kebangsaan. Di pihak Persekutuan melalui Jabatan Pembangunan Wanita, agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang juga telah menjalankan fungsi Pembangunan Wanita di Negeri Terengganu dengan memperkasakan sasaran kepada wanita B40, ibu tunggal, usahawan wanita dan juga pelajar-pelajar sekolah dan pelajar-pelajar universiti dengan pelbagai aktiviti untuk memperkasakan wanita supaya wanita kita lahir sebagai wanita yang selamat dunia dan akhirat. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Celah. Ada? Sila Yang Berhormat Manir.

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan tambahan, mengapa kita perlu wujudkan Dasar Wanita Negeri Terengganu sedangkan kita telah sedia ada Dasar Wanita Kebangsaan? Terima kasih.

Kita mengakui Dasar Wanita Kebangsaan mempunyai satu dasar yang lengkap, tetapi kita menambah baik lagi dengan menggarap Dasar Pembangunan Wanita Negeri untuk menyesuaikan dengan environment dengan izin ataupun persekitaran yang ada di Negeri Terengganu yang kita tengok, kita lihat rata-rata wanita kita ini majoritinya adalah muslim. Jadi kita memperkasakan Agenda Pembangunan Nilai-Nilai Wanita Muslim di dalam Dasar Wanita Negeri Terengganu supaya wanita-wanita kita dapat keluar daripada kepompong biasa sama ada dalam sukan, ekonomi dan sebagainya tetapi tetap menjaga nilai-nilai kewanitaan berasaskan Islam. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih. Ada soalan tambahan? Beri ruang pada Pengkalan Berangan? Bandar? Tak dok? Okey seterusnya sila Yang Berhormat Seberang Takir.

Haji Khazan bin Che MatBERSATU · PNSeberang Takir

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya nombor satu-

Apa petanda aras kejayaan projek tanaman lada hitam di bawah program PITAS di Lembah Bidong Setiu dari segi hasil dan

peluang kerja kepada penduduk tempatan?

Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Seberang Takir. Penanda aras kejayaan Projek Lada Hitam McCormick diukur dengan beberapa ukuran. Yang pertama dari segi keluasan bertanam, kedua peluang pekerjaan kepada rakyat Terengganu, ketiga hasil pengeluaran, keempat pembinaan kilang pengering (dryer plant) dengan izin dan yang kelima pemindahan teknologi kepada masyarakat setempat.

Projek ini berkeluasan 600 hektar, setakat ini telah dibangunkan seluas 150 hektar dengan bilangan pokok yang telah ditanam ialah 181,973 pokok. Apabila projek ini beroperasi sepenuhnya, dianggarkan 2,441 peluang pekerjaan akan dapat dijana daripada level pengurusan teknikal dan penyeliaan, jualan dan perkeranian dan juga pekerja am sama ada pekerja tetap ataupun pekerja sementara ketika musim penuaian. Sehingga November 2023 seramai 294 orang pekerja telah diambil secara berperingkat. 100% adalah warganegara Malaysia dan lebih daripada 90% adalah rakyat Negeri Terengganu dan ianya menepati perjanjian yang telah ditandatangani antara Kerajaan Negeri dan McCormick yang mensyaratkan paling kurang 70% daripada pekerja mestilah rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu. Projek ini kita anggarkan akan memberikan hasil sebanyak 5,100 metrik tan setahun dengan anggaran pengeluaran 10 metrik tan per hektar dan harga pasaran komoditi lada hitam ialah RM10,000.00 bagi setiap metrik tan. Dengan itu dianggarkan projek seluas 600 hektar akan mampu menjana hasil sebanyak RM51 juta setahun.

Dari segi pemindahan teknologi yang diuruskan melalui anak syarikat Kerajaan Negeri TADC kita fokuskan kepada dua fokus. Yang pertama Skim Pembangunan Out Grower di mana diperuntukkan seluas 50 hektar yang diberikan kepada rakyat tempatan dengan keluasan 2 hektar bagi setiap peserta. Mereka akan bertanam lada hitam dengan memanfaatkan teknologi daripada McCormick dan jaminan belian hasil daripada syarikat ini dengan dibantu oleh kewujudan dryer plant ataupun kilang pengering. Yang kedua TADC sebagai syarikat yang terlibat sebagai anchor dalam projek ini turut

terlibat dalam penghasilan baja kompos melalui penanaman napier seluas 400 ekar di Setia Jaya di Merang. Terima kasih.

Haji Khazan bin Che MatBERSATU · PNSeberang Takir

Soalan tambahan Dato’ Yang di-Pertua, selain daripada lada hitam ini, ada tak tanaman lain misalnya seperti kopi dan sebagainya untuk dimajukan sepertimana projek ini dan ada tak peluang untuk penduduk-penduduk tempatan di sekitar itu untuk dibantu dan dibimbing untuk tanam lada hitam di tanah masing-masing kerana peluang untuk market ataupun pasaran itu ada dah sekarang ini. Terima kasih.

Seberang Takir tanya tadi peluang penduduk tempatan kopi ke lada hitam?

Haji Khazan bin Che MatBERSATU · PNSeberang Takir

Dua-dualah. Kalau yang lada hitam itu mungkin dah ada sekarang ini.

Untuk lada hitam kita dah ada tadi kita ada Skim Out Grower yang dimanfaatkan di atas tanah berkeluasan 50 hektar.

Haji Khazan bin Che MatBERSATU · PNSeberang Takir

Maksud saya tanah persendirian. Kalau orang kampung…

Tanah persendirian pun kita alu-alukan. Dalam masa yang sama Projek Out Grower maksud saya Projek Penanaman Napier untuk baja kompos yang dikendalikan oleh TADC juga dilibatkan penduduk tempatan. Jadi 400 ekar itu bukan hanya ladang TADC tapi juga sebahagiannya diusahakan oleh penduduk tempatan, TADC beli dan proses untuk dijadikan baja kompos. Terima kasih.

Haji Khazan bin Che MatBERSATU · PNSeberang Takir

Untuk tanaman lain itu bagaimana Yang Berhormat Wakil Kerajaan?

Apa sahaja tanaman ke arah penghasilan makanan ia berada dalam Pelan Kerajaan Negeri sebab Pelan Strategik Kerajaan Negeri memfokuskan Terengganu sebagai negeri pengeluar makanan termasuklah kopi. Okey.

Yang di-Pertua

Terima kasih. Seterusnya Yang Berhormat Permaisuri.

Haji Mohd Yusop bin MajidBERSATU · PNPermaisuri

Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya nombor dua-

Apakah inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan Negeri bagi menggalakkan dan mengembangkan bidang pertanian dan sumber asas makanan sepanjang tahun 2023 dan bagaimanakah hasil bagi usaha tersebut?

Yang di-Pertua

Soalan nombor dua. Sila Yang Berhormat.

Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Permaisuri. Inisiatif Kerajaan Negeri bagi menggalakkan dan mengembangkan lagi sektor pertanian negeri bagi tahun 2023 saya ringkaskan menurut tiga sektor utama.

Yang pertama untuk pertanian kita fokuskan kepada pembangunan kawasan infrastruktur sama ada sawah, kebun dan ladang. Yang kedua bantuan input pertanian, yang ketiga bantuan dari segi peralatan jentera, mesin dan juga mekanisasi ladang. Yang keempat kemudahan fasiliti selepas daripada penuaian. Yang kelima pemindahan teknologi dan yang keenam bantuan dari segi pemasaran. Bagi tahun 2023 Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM3.475 juta untuk program-program yang saya nyatakan tadi.

Bagi Sektor Penternakan Tahun 2023 Kerajaan Negeri memperuntukkan RM907,537.00 bagi tujuan agihan input penternakan. Di antara yang kita bagi mesin chopper, bantuan untuk pembangunan tanaman napier, bantuan travis. Travis ini kandang tempat letak lembu bila nak dimasukkan benih untuk tujuan perubatan dan kegunaan-kegunaan lain dan yang keempat bantuan makanan ternakan dan peruntukan ini telah memberikan manfaat kepada 610 orang penternak. Yang kedua kita fokuskan kepada pembangunan tanah-tanah rezab padang ragut. Di seluruh Negeri Terengganu terdapat 4,047 hektar tanah yang telah diwartakan sebagai rezab tanah ragut. Setakat ini yang telah dimajukan seluas 2,060 hektar. Makna ada lebih kurang separuh lagi tanah yang belum

dimajukan. Kaedah Kerajaan memajukan sama ada dengan membangunkan padang ragut rakyat dan juga sewa ataupun pajakan kepada pihak ketiga untuk dibangunkan dengan projek-projek komersial. Bagi nelayan pantai untuk tahun 2023, RM275,776.00 telah diperuntukkan dalam bentuk bantuan input nelayan pantai. Antara yang kita bagi ialah Garmin Fish Finder ini adalah alat GPS. Yang kedua jaket keselamatan, pukat tangsi, kawat bubu dan juga kit peralatan memancing. Seramai 468 orang nelayan telah mendapat manfaat. Untuk nelayan darat, nelayan darat ini maknanya nelayan sungai nelayan air tawar, sebanyak RM75,810.00 diperuntukkan untuk pelbagai bantuan input bagi nelayan darat antaranya kita bagi pukat pangsi, kid peralatan memancing, jaket keselamatan dan juga beberapa peralatan lain yang memberi manfaat kepada 140 orang nelayan darat. Kita juga tidak tinggalkan program memperkayakan sumber perikanan, tahun ini Kerajaan Negeri memperuntukkan RM1,1779,829.50 bagi program memperkaya sumber perikanan, RM990,000.00 untuk projek tukun kita, RM139,832.00 untuk Program Unjam, untuk pelepasan benih ke perairan umum, benih ikan, udang galah, kita lepaskan ke perairan umum menelan kos hampir RM50,000.00 dan juga kita libatkan pengurusan penyu yang menelan kos sebanyak RM600,000.00. Itulah di antara secara ringkasnya inisiatif-inisiatif yang kita ambil pada tahun 2023, bagi tujuan meningkatkan lagi tiga sektor utama yang berada di bawah pertanian, terima kasih.

Haji Mohd Yusop bin MajidBERSATU · PNPermaisuri

Soalan tambahan Dato’ Yang di-Pertua, sebentar tadi kita dengar konsep pemindahan teknologi dalam pertanian yang disebut oleh Yang Berhormat Pengerusi Pertanian, saya nak tanya ini, kalau kita melihat kepada teknologi dalam ternakan, termasuklah tenusu dan sebagainya. Pemanian berhadas sejauh manakah kita telah berjaya terapkan kepada penternak-peternak kita untuk melaksanakan tanggungjawab pembakaan kepada benih-benih baru dalam ternakan, terima kasih.

Pemanian berhadas ini orang Besut, Setiu, panggil masuk benih. Kerajaan Negeri memang ada satu program khusus untuk kita lantik dan latih juru suntik pemanian berhadas di kalangan penternak-penternak kita bagi proses biak baka terutamanya baka lembu sado daripada Charolais, Limousin dan juga Belgian Blue, dan program ini berlangsung sepanjang tahun dan jabatan mempersilakan bagi mana-mana

penternak yang berminat untuk terus memohon bagi mengikuti kursus yang diadakan secara berkala.

Yang di-Pertua

Okey, terima kasih Yang Berhormat, seterusnya Yang Berhormat Hulu Besut.

Mohd Husaimi bin HussinBERSATU · PNHulu Besut

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, Hulu Besut soalan nombor dua-

Apakah status projek reban ayam berhawa dingin yang dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) di Kampung Masin, Hulu Besut yang sekian lama terbengkalai?

Dato’ Yang di-Pertua, kompleks reban ayam tertutup di Baroh Masin, sempadan di antara Hulu Besut dengan Jabi, kompleks ini dibina pada tahun 2005, dua buah reban dengan kapasiti 30,000 ekor bagi setiap pusingan, orang kampung panggil reban ayam dalam aircond. Dibina dengan dana daripada Projek Pembasmian Kemiskinan Negeri Terengganu. Sejak daripada mula kompleks reban tertutup Baroh Masin ini, disewakan kepada TD Poultry dengan kadar sewa RM10,000.00 bagi setiap pusingan dan bayaran sewa ini diagihkan kepada peserta PPRT dalam senarai ekasih. Tahun 2016 jabatan terpaksa menamatkan perjanjian dengan TD Poultry bukan masalah jabatan, bukan masalah Kerajaan Negeri, tetapi kerana masalah dalaman syarikat itu sendiri, bila ditamatkan TD Poultry disewakan kepada Syarikat Jahasrat Farming cuma sebelum disewakan pemeriksaan jabatan mendapati telah berlaku banyak kecurian dan kerosakan kelengkapan dengan anggaran kerugian melebihi RM200,000.00 dan Syarikat Jahasrat bila masuk dia bersih, tapi akhirnya dok lawan sebab kos untuk pembaikian terlalu tinggi dan mereka tidak mampu untuk membangunkan dan terpaksa tarik diri. Tiga tahun selepas itu, 2019, disewakan pula kepada anak syarikat Kerajaan Negeri TADC, juga berulang TADC pun tidak mampu untuk nak baik pulih reban ini disebabkan kos pembaikan yang tinggi dan sehingga kini kompleks reban ayam ini terbiar tanpa disewa dan jabatan buka peluang kepada mana-mana pengusaha yang berminat untuk nak mengusahakan reban ayam ini dan dukacita untuk saya maklumkan kepada Dewan inilah di antara aset yang dibina dengan dana Kerajaan Negeri melibatkan kos jutaan ringgit yang masih gagal untuk kita pulihkan sampai sekarang, terima kasih.

Yang di-Pertua

Yang Berhormat, ada soalan tambahan dok, Hulu Besut ada dok? Sila Yang Berhormat Langkap.

Azmi bin MaarofPAS · PNLangkap

Terima kasih yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua soalan saya nombor satu-

Adakah Projek Agropolitan Besut-Setiu (BSA), di Pancur Bederu, Setiu telah ditutup? Apakah sebab projek tersebut menemui kegagalan?

Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Langkap, Projek Besut-Setiu Agropolitan ataupun ringkasnya BSA projek penternakan biri-biri Dorper yang terbesar di Negeri Terengganu dimulakan projek ini pada bulan Disember 2011, 58 kandang yang boleh memuatkan 2,080 ekor bebiri yang dibawa masuk daripada Australia, bebiri Dorper ini, kepala dia hitam, tubuh dia putih, jadi hitam putih warna rasmi Negeri Terengganu, sejak daripada beroperasi pada bulan Disember 2011, BSA ini diuruskan dan dibiayai oleh Kerajaan melalui ECERDC, dan suka untuk saya maklumkan projek ini sebenarnya satu daripada Projek Basmi Kemiskinan, ada 85 keluarga yang tinggal diberikan rumah daripada kalangan peserta-peserta ekasih, bekerja dan mereka diberikan elaun bulanan oleh ECER yang mengendalikan projek ketika itu. Bermula daripada April 2022, ECERDC telah melantik Syarikat Lean Applied Sdn. Bhd. (LASB) sebagai anchor company untuk nak ambil alih projek ini berdasarkan kepada perjanjian komersil dan saya maklumkan kepada Dewan bahawa keputusan untuk ECERDC menghentikan pengurusan projek ini dan diserahkan kepada syarikat swasta tidak pernah dibincangkan bersama dengan Kerajaan Negeri. Kami hanya dimaklumkan selepas daripada keputusan dibuat oleh majlis ECER. Kalau sekiranya dibincangkan tentu sekali Kerajaan kita tidak akan bersetuju kerana kita pernah ada pengalaman projek dalam bentuk basmi kemiskinan apabila diserahkan kepada pihak swasta ia akan menuju kepada jalan kegagalan sebagaimana yang telah berlaku kepada Projek Rimbungan Kasih di Rantau Abang dan benar sebagaimana yang kita sangkakan Syarikat Lean Applied gagal untuk mencapai KPI, antaranya kematian berterusan kambing bebiri yang diternak di antaranya disebabkan kelemahan pengurusan dan kakitangan sehingga akhirnya pada 18 Oktober 2023, ECERDC menamatkan perjanjian dengan Syarikat Lean Applied Sdn. Bhd. Sekarang ECERDC dalam proses untuk melantik anchor company baru bagi menguruskan projek ini, isu yang timbul

sekarang ini, bagaimana nasib 85 keluarga yang sebelum ini menjadi peserta dan diberikan elaun bulanan oleh Kerajaan melalui ECERDC apabila projek ini diserahkan kepada pihak swasta, yang pertama mereka kehilangan peluang pekerjaan dan inilah yang dibincangkan oleh Kerajaan Negeri untuk kita tangani hari-hari depan yang terpaksa dilalui oleh rakyat kita yang menetap di Kompleks Perumahan BSA ini, terima kasih.

Azmi bin MaarofPAS · PNLangkap

Soalan tambahan, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, disebut tadi seramai 85 orang peserta, peserta keluarga makna bukan peserta bujang doklah makna berkeluarga jadi ditamatkan secara berperingkat dan akhirnya pada 30 Ogos baru-baru ini, penamatan secara menyeluruhlah maknanya kerja itu ditamatkan, jadi soalan tambahan saya apakah usaha yang telah diambil oleh pihak Kerajaan bagi membantu peserta yang disebut seramai 85 orang tadi untuk mendapat pekerjaan baru selepas diberhentikan. Terima kasih.

Okey, terima kasih Langkap. Yang pertama sekali kita perlu selesaikan isu perumahan tempat tinggal mereka. Setiap keluarga diberikan sebuah rumah, tiga bilik, ada kemudahan dewan serbaguna, taman permainan, tadika dan sebagainya di kompleks perumahan itu. Kerajaan Negeri dalam usaha untuk nak beri hak milik rumah ini supaya jadi milik mereka dan mereka boleh tinggal dengan tenang di satu rumah yang secara sah jadi milik mereka. Yang kedua, ada bekas pekerja daripada BSA yang telah diambil bekerja di Projek Fidlot Ternakan Lembu TADC di Pak Kancil. Kita juga membuka peluang kalau sekiranya peserta ini berminat dalam bidang pertanian, masih ada lagi tanah-tanah yang kosong. Di antara yang terdekat ialah TKPM Rhu Tapai di Setiu ada lagi 36 lot yang kosong berkeluasan 177 hektar. Mereka boleh datang ke Jabatan Pertanian dan memohon. Kalau berminat dalam bidang ternakan, daripada 2 ribu lebih tanah rezab padang ragut yang masih kosong di seluruh negeri, yang ada di daerah Setiu sahaja 294 hektar yang masih kosong dan mereka dipersilakan untuk memanfaatkan rezab padang ragut bagi meneruskan kegiatan dalam bidang penternakan. Ada masalah soal dana, kita sediakan Skim Bantuan Modal Tani. Dalam masa yang sama, kita mengharapkan apabila ECERDC berjaya melantik anchor company baru, sebahagian pekerja juga boleh bekerja dengan anchor company yang baru dilantik, terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat.

Kita cukup satu jam untuk sesi soalan ini. Walaupun demikian, saya nak beri ruang jugak kepada dua orang lagi Yang Berhormat, Yang Berhormat Air Putih dengan Telemung. Sian ke Telemung, jadi kita mintak buka soalan tapi tiada soalan tambahan. Sila Yang Berhormat Air Putih.

Mohd Hafiz bin AdamPAS · PNAir Putih

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan Air Putih soalan nombor dua -

Adakah pihak Kerajaan Negeri berhasrat untuk menukar rumput padang dengan jenis Zeon Zoysia seperti yang ditawarkan oleh pihak Kementerian Belia Sukan untuk stadium di Terengganu?

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Air Putih serta semua Ahli Dewan sekalian. Pihak Air putih memohon supaya Kerajaan Negeri memberikan penjelasan apakah kita akan menerima tawaran pihak Kementerian Belia Sukan untuk menukar rumput Zeon Zoysia di Stadium Negeri Terengganu. Untuk makluman Yang Berhormat, penukaran rumput pada jenis Zeon Zoysia untuk padang Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin adalah sebenarnya boleh dipertimbangkan. Walau bagaimanapun, melihat kepada status rumput sedia ada, yang sudah cukup baik dan di antara padang yang diiktiraf oleh Ketua Jurulatih Harimau Malaya termasuk daripada pasukan-pasukan yang lain, kita menganggap rumput yang telah pun dianugerahkan oleh Malaysia Football League sebelum daripada ini sudah memadai untuk kita kekalkan dan tidak perlu kepada penukaran rumput yang baru dari jenis Zeon Zoysia.

Untuk maklumat Ahli Dewan, apa yang ditawarkan oleh pihak Kementerian Belia Sukan adalah rumput sahaja, dan bagi pihak Kerajaan Negeri kita merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Kementerian Belia Sukan yang telah memberikan tawaran tersebut. Meskipun demikian, kita tidak dapat meneruskan hasrat tersebut kerana ada beberapa pertimbangan yang perlu untuk kita teliti. Antaranya adalah proses sebelum daripada penanaman rumput

yang perlu untuk dilakukan oleh Pihak Kerajaan Negeri yang memakan perbelanjaan yang cukup tinggi. Antaranya kita anggarkan kos selenggara yang bakal untuk kita belanjakan untuk tujuan naik taraf sistem saliran air, kerja-kerja tanah dan kos pembelian mesin yang diperlukan adalah sekitar RM4.7 juta. Manakala penyelenggaraan tahunan yang tinggi pada setiap tahun seperti yang telah didedahkan oleh pengguna padang ini, sekitar RM240,000.00 setahun. Jadi pertimbangan-pertimbangan seperti ini menyebabkan pihak Kerajaan Negeri tidak berhasrat untuk menukar rumput termasuklah rumput yang berada di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah yang berada di bawah seliaan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.

Buat pengetahuan Ahli Dewan juga, bukan sahaja Terengganu yang menolak rumput ini, termasuk yang menolak juga adalah Kuala Lumpur dan juga Negeri Pahang. Yang menerima hanyalah dari Sarawak sahaja. Jadi itu sahaja penjelasan daripada saya. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih. Sila, Yang Berhormat Telemung.

Mohd Zawawi bin IsmailBERSATU · PNTelemung

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya nak pantun sikit boleh dok? Pantun sikit.

Yang di-Pertua

Ya, sila-sila.

Mohd Zawawi bin IsmailBERSATU · PNTelemung

Buah pahit atas peti, Terima kasih YDP yang baik hati

Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya yang pertama -

Apakah usaha-usaha yang telah dan akan dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah banjir yang dihadapi oleh rakyat daerah Hulu Terengganu?

Haji Hanafiah bin MatPAS · PNCukai

Terima kasih kepada sahabat saya ADUN Telemung, yang sebahagian masa hidupnya duduk di dalam keadaan banjir. Soalan pun berkenaan dengan banjir. Apakah usaha-usaha yang telah dan akan dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah banjir yang sentiasa dihadapi oleh rakyat Daerah Hulu Terengganu?

Kerajaan Negeri melalui JPS Negeri Terengganu telah melaksanakan program-program penyelenggaraan secara berkala, infrastruktur, sistem saliran bagi penyelesaian jangka pendek sebagai usaha mengurangkan banjir di Daerah Hulu Terengganu. Bagi penyelesaian jangka panjang pula, perancangan terperinci perlu dilaksanakan bagi menentukan penyelesaian yang komprehensif. Oleh itu, Kajian Pelan Induk Tebatan Banjir Lembangan Sungai Terengganu sedang dalam pelaksanaan oleh JPS Malaysia. Melalui kajian ini, beberapa projek tebatan banjir akan dicadangkan dan diperhalusi meliputi aspek skop, kos dan selari dengan kehendak semua pihak pemegang taruh bagi projek tersebut serta menepati objektif projek dan outcome yang telah disasarkan. Sementara menunggu kajian tersebut disiapkan, antara usaha-usaha jangka pendek yang dijalankan oleh jabatan bagi mengurangkan risiko banjir di kawasan yang dinyatakan adalah dengan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan sungai, kolam, takungan banjir dan sistem saliran. Selain menjalankan projek fizikal, jabatan juga melaksanakan projek ramalan dan amaran banjir (Fasa 1) di mana lokasi stesen yang telah dibangunkan adalah seperti berikut:-

1. Stesen Siren Amaran Awal Banjir di downstream di Kg. Gunung, Matang 2. Stesen pemantauan aras air dan lebat hujan di Felda Mengkawang

Stesen yang dibina bertujuan untuk memberi amaran dan ramalan awal kepada penduduk dan agensi berkaitan dalam meramalkan kejadian banjir serta efektif dan cepat. Dengan adanya stesen yang dibangunkan tersebut, amaran akan dapat disebarkan dengan lebih awal supaya semua pihak dapat mengambil tindakan perancangan yang lebih awal.

Beberapa projek penyelenggaran tahun 2023 di Hulu Terengganu:-

1. Kerja menggantikan pipe culvert kepada twinboard culvert dan lain-lain kerja berkaitan bagi mengurangkan risiko banjir di Sungai Kejir, Kampung Durian Bador, Hulu Terengganu.

2. Projek Membaikpulih Tebing Sungai untuk mengurangkan risiko banjir di Kampung Durian Kasim, Ajil, Terengganu.

3. Kerja-kerja Menggali, Cuci dan Penstabilan Tebing bagi mengurangkan risiko banjir di Alor Paya Datuk, Mukim Penghulu Diman, Daerah Hulu Terengganu.

4. Projek Pemuliharaan Sungai untuk mengurangkan risiko banjir, membaikpulih tebing dan kerja-kerja berkaitan di Sungai Petai, Kuala Berang, Hulu Terengganu.

5. Program Pemuliharaan Sungai mengurangkan risiko banjir, kerja-kerja membaikpulih tebing sungai dan kerja-kerja berkaitan di Sungai Tenggeliat, Daerah Hulu Terengganu.

6. Program Pemuliharaan Sungai di Kampung Jak, Tanggol, Hulu Terengganu.

7. Projek Pemuliharaan Sungai di Sungai Rapat serta kerja berkaitan di Mukim Telemung, Daerah Hulu Terengganu.

8. Projek Membaikpulih Culvert di Kampung Lubuk Periuk, Ajil, Hulu Terengganu.

9. Program Pemuliharaan Sungai di Jalan Bukit Piatu, Kampung Kemas, Mukim Tersat, Hulu Terengganu.

10. Program Pemuliharaan Sungai dan kerja-kerja berkaitan di Sungai Por, Kampung Kemas, Hulu Terengganu.

11. Program Pemuliharaan Sungai di Sungai Kampung Teris, Mukim Telemung, Hulu Terengganu 12. Program Pemulihan Sungai di Alur Peneh, Sungai Berang Kampung Peneh, Mukim Hulu Berang, Hulu Terengganu 13. Program Pemuliharaan Sungai di Sungai Kampung Tapah, Mukim Jenagor, Daerah Hulu Terengganu.

Terima kasih.

Mohd Zawawi bin IsmailBERSATU · PNTelemung

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih kepada Wakil Cukai, jawapan yang kemah tadi lah memang jawapan yang saya rasa sangat baguslah jawapan tadi tu, cuma saya nak tamboh sikit soalan tambahan sikit lah banjir

biasa Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua biasalah kami di kawasan pendalaman…

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, sama sendiri tanya gok tanya di jabat..

Yang di-Pertua

takpe-takpe [ketawa]

Mentang-mentang tadok pembangkang tanya sama sendiri

Yang di-Pertua

[ketawa] jadi ringkas Yang Berhormat

Mohd Zawawi bin IsmailBERSATU · PNTelemung

jadi saya..

gangguan tadi etek

Yang di-Pertua

Bukan soalan utama..

Mohd Zawawi bin IsmailBERSATU · PNTelemung

Kepada penilaian kami lah rakyat Hulu Terengganu, punca yang cepat banjir hari ini cepat banjir berbanding dengan zaman dahulu ialah berpunca daripada sungai kita hari ini semakin cetek, semakin tohor airnya semakin meninggi cepat. Bila hujan lebat, dia cepat naik menyebabkan banjir cepat berlaku. Jadi ini angkara kepada mungkin akibat kepada pale air ataupun penerokaan hutan-hutan oleh mereka-mereka yang tertentulah. Jadi saya nak tanya adakah Kerajaan berhasrat untuk mendalami semua sungai-sungai di Hulu Terengganu ini kerana ini antara puncanyalah jadi betullah jawapan EXCO tadi memanglah kita..

Yang di-Pertua

Sila ringkas Yang Berhormat.

Mohd Zawawi bin IsmailBERSATU · PNTelemung

terima kasih banyaklah. Jadi kita haraplah Kerajaan akan berusaha untuk mendalam sungai-sungai ini dan juga kedua soalan saya tambahan…

Yang di-Pertua

Banyak ohh..

Mohd Zawawi bin IsmailBERSATU · PNTelemung

boleh tahu dok berapa jumlah kos yang telah dibelanjakan oleh JPS untuk menangani masalah ini pada tahun ini, terima kasih.

Haji Hanafiah bin MatPAS · PNCukai

Terima kasih kepada sahabat yang sama jugok, insya-Allah melalui JPS, Kerajaan telah memastikan bila sahaja masuk bulan 10 dan bulan 11 ini, sebahagian besar sungai-sungai dan juga parit-parit pasir yang duduk di bawah JPS insya-Allah kita akan buat penyelenggaraan yang sebaiknya dan berapa kosnya yang itu saya minta jawab kemudianlah takdok dalam ni.

Yang di-Pertua

[sambil ketawa] Terima kasih Yang Berhormat. Terima kepada semua. Alhamdulillah pagi ini kita sempat untuk bagi peluang kepada semua Yang Berhormat-Yang Berhormat untuk mengemukakan soalan..

Usul Di Bawah Perkara 30 Perkara-Perkara Yang Mustahak Bagi Orang RamaiMotion

Yang Berhormat Dato’..

Yang di-Pertua

Ya.

Sura ingin memohon Persidangan ini untuk ditangguhkan untuk kita bawa usul di bawah Fasal 30.

Yang di-Pertua

Usul?

Usul persendirian di bawah Fasal 30.

Yang di-Pertua

Ya, boleh baca tajuk?

Insya-Allah, Sura ingin membawa satu Usul bagi Mengutuk

dan mengecam keganasan Zionis Israel yang sedang berlaku di Negara Gaza sekarang.

Yang di-Pertua

Sila serah tajuk Usul tersebut kepada Bentara untuk saya teliti dahulu sebelum saya buat keputusan selepas rehat nanti, insya-Allah.

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian sebelum saya tangguhkan sementara Dewan ini saya mengalu-alukan kepada seluruh para pemerhati daripada Khairunnisa’, daripada Pusat Khidmat Masyarakat DUN Air Putih, Kemasik, Ajil, Sura, Langkap, Hulu Besut, Bukit Besi, Kuala Besut dan khusus kepada Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) yang juga bersama-sama dengan kita pada pagi ini. Ucap terima kasih saya tangguhkan persidangan ini dan kita sambung semula pada pukul 11.10 pagi, insya-Allah.

MESYUARAT DITANGGUHKAN PADA PUKUL 10.44 PAGI

PUKUL 11.10 PAGI

Yang di-Pertua

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Mesyuarat disambung semula. Sebelum rehat tadi, saya telah menerima satu Usul di bawah Perkara 30 Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri yang disampaikan oleh Yang Berhormat Wakil Sura. Setelah dibaca dan diteliti, saya dapati memang Usul ini ada perkara-perkara tertentu dan juga melibatkan orang ramai dan perlu disegerakan.

Oleh yang demikian, Usul di bawah Perkara 30 mengikut Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri yang dibawa oleh Yang Berhormat Wakil Sura diterima dengan syarat ada sokongan tidak kurang dari 9 orang Ahli Dewan. Sila bangun sesiapa yang menyokong Usul ini.

….[ Ahli-ahli Yang Berhormat telah bangun menyokong]…

Terima kasih kepada semua. Setelah saya melihat dan meneliti bahawa Usul di bawah Perkara 30 ini telah menerima sokongan lebih daripada 9 orang Ahli Dewan. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Wakil Sura untuk membentangkan Usul tersebut.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan, seluruh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, seluruh kepimpinan Kerajaan Negeri Terengganu, Yang Berhormat ADUN-ADUN, semua Pegawai-Pegawai Tinggi Kerajaan yang ada di Dewan pada hari ini. Saya memohon keprihatinan seluruh Ahli Dewan untuk kita sama-sama mengecam kekejaman Zionis di bumi Gaza.

Sejak permulaan Oktober 2023, rejim Zionis Israel telah melakukan kekejaman yang tidak boleh diterima oleh fitrah kemanusiaan apabila dibom secara rambang orang-orang awam di perumahan awam, masjid, sekolah dan hospital. Bukan sahaja orang awam bahkan petugas-petugas kesihatan dan para wartawan yang sepatutnya dilindungi dalam situasi perang telah diserang dan dibunuh oleh rejim Zionis Israel. Bilangan para syuhada’ yang terbunuh melebihi 14,000 orang manakala hampir setengah juta kehilangan tempat tinggal angkara kekejaman dan kezaliman ini dan sangat memilukan apabila 60% daripada mangsa pengeboman dan pembunuhan beramai-ramai ini adalah daripada kalangan wanita dan kanak-kanak dengan lebih 6,000 orang kanak-kanak yang tidak berdosa disahkan mati terbunuh. Situasi ini telah memberikan kepada kita bahawa genocide dengan izin telah berlaku kepada rakyat Palestin dan hak asasi manusia mereka telah hilang diragut oleh kekejaman ini. Ini secara jelas telah melanggar Undang-Undang Antarabangsa dan sepatutnya kepimpinan Zionis di bawah Benjamin Netanhayu dihadapkan ke ICJ atau Mahkamah Antarabangsa.

Walaupun gencatan senjata telah dilaksanakan dalam beberapa hari ini akibat tekanan yang berterusan oleh pihak antarabangsa namun isu ini akan terus berkekalan sehinggalah bumi Palestin betul-betul merdeka. Oleh itu, Dewan ini

hendaklah membuat satu ketetapan yang jelas bahawa isu Palestin yang berlaku sekarang, rejim Zionis Israel adalah penjajah yang telah menghalau penduduk Palestin dalam Peristiwa Nakbah 1948 dan membina penempatan di atas tanah milik umat Islam di bumi Palestin.

Kita juga mengiktiraf Hamas dan seluruh fraksi perjuangan di Gaza sebagai pejuang kemerdekaan yang telah bertindak mengikut apa yang telah dinyatakan dalam Resolusi 242 Majlis Keselamatan PBB yang menyebut bahawa wilayah yang dirampas melalui peperangan adalah tidak sah untuk dimasukkan sebagai wilayah milik negara yang menjajah berkenaan. Sebagaimana negara barat tidak mengiktiraf apa yang berlaku di Ukraine, sikap itulah yang sepatutnya dibuat kepada sebuah negara yang namanya Palestin.

Sekali lagi saya ingin menyeru agar kita seluruh Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu menunjukkan solidariti kita bersama dengan saudara-saudara kita seislam di Gaza dengan mengecam keras pencabulan hak asasi manusia dan pelanggaran Undang-undang Antarabangsa. Hari ini juga kita juga ingin membuat satu ketetapan bahawa two state solution dengan izin bukan penyelesaian kepada isu Palestin dan keamanan di bumi Timur Tengah dan isu ini hanya dapat diselesaikan dengan wujudnya sebuah negara Palestin yang merdeka. Dari Sungai hingga Segara, Palestin Pasti Merdeka.

Isu ini merupakan perkara-perkara tertentu kerana telah melibatkan pencabulan penglibatan kepentingan orang ramai kerana ia melibatkan pencabulan hak asasi manusia dan mesti segera dikecam ekoran atas apa sahaja yang berlaku. Maka saya berpandangan bahawa usul ini melibatkan perkara tertentu, kepentingan ramai yang perlu disegerakan. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat Sura. Kita menerima Usul ini untuk tidak akan dibahaskan kerana kita melihat bahawa Usul ini sudah jelas nyata. Walaupun demikian, apa-apa perbahasan yang hendak disebut oleh Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan boleh disebut dalam perbahasan nanti. Lanjutan daripada Usul ini, saya menjemput seluruh Ahli-ahli Dewan untuk kita bangun termasuk para pemerhati bagi menunjukkan solidariti kita dan juga kita membaca surah Al-Fatihah untuk kita hadiahkan kepada mereka yang telah meninggal dunia. Kemudian kita akan bertakbir sama-sama bagi menunjukkan bahawa kita mewakili rakyat Negeri Terengganu dan seluruh umat islam. Insya-Allah. Al-Fatihah. Takbir!

SEMUA: Allahu Akbar.

Yang di-Pertua

Kuat sikit. Solidariti ape. Telemung dok dengor suara. Takbir!

SEMUA: Allahu Akbar.

Yang di-Pertua

Terima kasih semua. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita akan menyambung mesyuarat kita. Kelmarin Rang Enakmen Pembekalan 2024 untuk bacaan kali kedua telah mendapat sokongan. Sekarang saya buka untuk perbahasan. Sila Yang Berhormat Bandar.

Terima kasih diucapkan kepada Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Belanjawan Negeri Terengganu 2024. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, Wakil-wakil Jabatan, para pemerhati, hadirin yang dikasihi dan dirahmati Allah sekalian.

Dato’ Yang di-Pertua, sebelum saya memulakan ucapan perbahasan Bajet 2024, Bajet berimbang yang melibatkan perbelanjaan RM1.86 billion, saya ingin mengambil kesempatan pada hari ini, di Dewan yang mulia ini untuk merakamkan ucapan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam menguruskan bencana banjir di Negeri Terengganu pada baru-baru ini. Didoakan semoga segala ujian yang dilalui oleh rakyat Negeri Terengganu khususnya pada musim Monsun Timur Laut ini dipermudah dan diberi ganjaran oleh Allah Subhanahu Wa Taala di atas kesabaran di dalam menempuh ranjau bersama. Allah Subhanahu Wa Taala berfirman,

“Demi sesungguhnya! Kami menguji kamu dengan sedikit perasaan takut, takut kepada musuh dan merasai kelaparan, dan berlakunya kekurangan dari harta benda serta jiwa dan hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar”

Saya juga mengambil kesempatan di Dewan yang mulia ini untuk sama-sama mencelah berhubung dengan isu Palestin yang hangat diperkatakan. Di atas kekejaman bangsa Yahudi Zionis yang berlaku di luar batas kemanusiaan yang sanggup membunuh, menyembelih, mencederakan saudara seagama kita di bumi Palestin.

Dato’ Yang di-Pertua, kita bersaksi dengan kezaliman mereka. Kita bersaksi dengan keangkuhan mereka sehingga mereka tidak menghiraukan apa yang dinyatakan dan ditentang oleh dunia. Paling pelik ialah ada pihak yang bersama dengan mereka dan cuba untuk membantut usaha-usaha untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang perjuangan memerdekakan bumi Palestin yang sangat mengecewakan kita.

Dato’ Yang di-Pertua, berhubung dengan isu royalti, sudah terang lagi bersuluh, tuntutan bayaran royalti petroleum milik Kerajaan dan rakyat Negeri Terengganu daripada pihak federal masih dipandang sepi walaupun pelbagai usaha telah digerakkan. Pelbagai permainan politik mahupun tafsiran undang-undang semberono dikeluarkan untuk menafikan hak bayaran royalti ini. Walaupun hanya bernilai 5% setahun, yang sebelum ini pihak tersebut menjanjikan sekiranya mendapat kuasa pemerintahan akan diberikan sebanyak 20% daripada hasil royalti tersebut. Walhal negara ini telah banyak menikmati arus pembangunan dan meraih laba daripada hasil petroleum dari laut Negeri ini. Tiada alasan yang dapat disimpulkan melainkan semata-mata dendam yang tidak berkesudahan. Kita sama-sama berdoa kepada Allah Subhanahu Wa Taala supaya membuka pintu hati pihak yang berkenaan agar bayaran royalti tersebut dapat dilunaskan dengan baik. Saya yakin dengan kemampanan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, integrasi antara ulama’ dan umara’ dan para cendekiawan dalam menetapkan haluan Belanjawan Negeri pada kali ini berserta keteguhan sokongan dan usahasama rakyat Terengganu serta variasi sumber hasil dilihat mampu meningkatkan hasil pendapatan negeri ini. Kewujudan serta langkah-langkah yang telah digariskan di bawah

Jawatankuasa Peningkatan Hasil dan Perbelanjaan Hemat Negeri Terengganu dilihat satu usaha yang sangat berfokus dan boleh disimpulkan sebagai satu roda penting dalam memaju ekonomi negeri. Penerokaan sumber baharu di samping memperhebatkan sumber yang sedia ada adalah perlu agar tidak sepertimana yang disebut di dalam pepatah “yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran”. Sekali gus dapat memaksimakan pulangan kepada negeri ini.

Dato’ Yang di-Pertua, dalam mendepani krisis sumber hasil akibat tekanan Kerajaan Federal ini, usaha pindaan cukai tanah kepada golongan yang tertentu juga dilihat relevan memandangkan pindaan ini sudah lama tidak dipinda. Namun perlu diingat dengan penuh ketegasan, hebahan serta penerangan perlulah diambil cakna oleh Kerajaan sebelum melaksanakan usaha ini dan juga perlunya kepada pengecualian yang tertentu kepada golongan-golongan miskin khususnya perlulah dinyatakan dengan baik agar rakyat dapat menikmati adilnya pemerintahan di bawah kepimpinan bersama Islam yang kita terajui ini.

Dato’ Yang di-Pertua, menyentuh fokus Belanjawan yang pertama iaitu memperkukuhkan keberkesanan Kerajaan backbenchers dengan izin yang berperanan sebagai satu badan yang kritis dan progresif, melihat usaha Kerajaan menumpukan kerelevanan penglibatan BBC adalah intipati serius Kerajaan Negeri hari ini untuk terus berdiri relevan dan menjadikan suara denyut nadi rakyat itu satu significant untuk dibawa dan diketengahkan melalui medium libat urus tersebut. Saya mengambil maklum dan memberi jaminan di atas ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan keperluan BBC sebagai tali penyambung kepada pelbagai pihak untuk menyalur cadangan, pandangan mahupun kritikan, usul dan sebagainya secara proaktif dan berterusan di dalam membina Negeri Terengganu Maju, Berkat Sejahtera. Bagi memperkukuhkan lagi keberkesanan Kerajaan, saya ingin tekankan kepentingan komitmen kakitangan. Kakitangan Kerajaan mestilah seiring dan berfokus dengan hala tuju Negeri. Suka untuk saya ketengahkan analogi daripada Surah Ibrahim ayat 24-25.

Tidakkah engkau melihat wahai Muhammad, bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan iaitu kalimah yang baik

adalah sebagai sebatang pokok yang baik yang pangkalnya, tunjangnya tetap teguh dan cabang pucuknya menjulang ke langit. Ia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhan dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia supaya mereka mendapat pelajaran.

Dato’ Yang di-Pertua, mengambil analogi sebatang pokok jika kakitangan Kerajaan itu diberikan kepercayaan sebagai akar di dalam menggerakkan perancangan, sumber dan segala kebajikan yang telah diatur untuk rakyat, maka sudah pasti buah-buah akan tumbuh dengan baik dan keindahan dapat dilihat secara jelas. Begitu juga sebaliknya, andainya kepercayaan yang diberi dirosakkan, tidak seiring dan tidak berfokus, maka sudah pasti keindahan itu tidak dapat dilihat bahkan memburukkan lagi negeri mahupun pokok yang dijadikan sebagai contoh. Perlu diingatkan juga, sesebuah negeri bukan sahaja memerlukan nakhoda yang hebat, yang berwawasan untuk maju mendepani badai tetapi dalam masa yang sama perlu kepada kakitangan sokongan yang menghayati hasrat dan matlamat untuk meneraju era baharu Terengganu. Kakitangan sokongan ini tidak boleh lagi hanya selesa bekerja menyempurnakan rutin semata-mata bahkan diharap dapat menyumbang sepenuh kemampuan demi mencapai kemajuan sejagat.

Dato’ Yang di-Pertua, saya dengan penuh yakin, kakitangan Negeri Terengganu yang berada di dalam bahtera ini merupakan individu yang telah terpilih dan mempunyai kemampuan yang mampan. Masakan tidak, trend dan data pembangunan yang lepas menunjukkan prestasi yang baik. Oleh sebab itu pihak Kerajaan diingatkan supaya tidak melakukan sebarang pertukaran jawatan dalam masa yang terlalu singkat, yang terlalu kerap sehingga mengganggu tugasan dan fokus kakitangan itu. Apatah lagi ketua-ketua jabatan yang sentiasa berfikir untuk merangka perancangan yang berjangka masa panjang. Dalam masa yang sama, kita tidak nafikan ada keperluan-keperluan tertentu tetapi perlu diingat pertukaran-pertukaran yang terlalu kerap dalam masa yang singkat ini boleh mencacatkan pembangunan dan juga hasrat kemajuan yang ingin dicapai.

Dato’ Yang di-Pertua, dalam masa yang sama juga, tidak lupa kepada kakitangan yang mencapai outstanding performance dengan izin, harus diberi pengiktirafan sebagai motivasi kepada kakitangan yang lain agar bahtera ini

terus bertumbuh dengan sihat dan jayanya. Dasar meminimumkan birokrasi dan mengurangkan masa tanpa mengenepikan perkara penting adalah nilai significant untuk diambil cakna oleh seluruh warga yang membawa imej Kerajaan Negeri Terengganu sekali gus kecaknaan akan menjadikan rakyat lebih mudah untuk mendapat access, berdaya saing serta mampu menjadi nilai dasar mesra pelabur bagi menarik minat pelabur datang ke Negeri ini.

Dato’ Yang di-Pertua, keluarga merupakan satu unit yang tidak dapat dinafikan kepentingannya. Di dalam merealisasikan masyarakat sejahtera, terlampau banyak ayat-ayat Al-Quran nur karim, hadis-hadis daripada junjungan besar Nabi Muhammad yang mengetengahkan fungsi serta kehebatan dan kesan buruk akibat pengabaian keluarga terhadap masyarakat. Allah Subhanahu Wa Taala berfirman:

“Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu”.

Dukacita realiti menunjukkan kadar penceraian di negara ini meningkat dengan begitu ketara daripada 43,936 kes pada tahun 2021 kepada 62,890 kes pada tahun 2022. Peningkatan sehingga 43.1% merupakan kadar yang tertinggi direkodkan sejak tahun 2016 dimana penceraian pasangan islam meningkat 45.8% iaitu 46,138 kes berbanding 2021 sebanyak 31,650 kes sahaja. Di Terengganu direkodkan 6,565 kes penceraian membabitkan pasangan beragama Islam pada tahun 2020 sehingga Oktober 2021. Ini adalah satu angka yang tidak kecil. Justeru itu, saya memandang serius semua strategi yang terangkum dalam menyejahterakan kehidupan rakyat sebagai fokus ketiga, sebagai Belanjawan dominan untuk melahirkan generasi hadapan yang lebih berkualiti dan menambahkan keselesaan taraf hidup rakyat.

Dato’ Yang di-Pertua, kebolehcapaian pendidikan yang baik serta kemudahan pendidikan yang cukup sama ada dari segi infrastruktur ataupun program-program yang bersasar dalam mempupuk kesedaran dan kefahaman Islam mahupun sains dan teknologi adalah satu pelaburan yang akan menguntungkan negeri di masa akan datang, kerana sudah pasti generasi inilah yang akan mengambil alih tampuk kepimpinan kita dan memimpin bersama ilmu.

Dato’ Yang di-Pertua, strategi pembangunan wanita, keluarga dan belia juga adalah penting untuk diambil kira. Menjadi model sebuah negeri Islam adalah suatu peluang bagi kita menerangkan bahawa pentadbiran Islam langsung tidak menghalang program-program pemerkasaan wanita bahkan kebajikan mereka serta kanak-kanak adalah satu agenda yang digaris secara khusus dalam Belanjawan negeri ini. Belanjawan bagi pembangunan belia pula sama ada dari segi kepimpinan, mahupun mempromosi gaya hidup sihat juga adalah satu tindakan yang signifikan kerana merekalah cerminan negeri kita di masa akan datang.

Dato’ Yang di-Pertua, sektor pelancongan mencatatkan kenaikan ketara dengan bilangan pelawat domestik sebanyak 175.2% iaitu 10.23 juta orang pada 2022 berbanding 3.7 juta pada tahun 2021 sementara itu bilangan pelancong meningkat daripada 1.14 juta pada tahun 2021 kepada 3.69 juta pada tahun 2022 dengan peningkatan 223.7% dalam meraikan pelancongan sebagai satu saluran yang rancak. Memberi seribu satu kelebihan dan rahmat kepada Negeri Terengganu Darul Iman ini. Perlu diingatkan juga slogan “Indah Hidup Bersyariat” perlulah juga diadun molek dalam merencana dan membangunkan aktiviti pelancongan di negeri ini. Merenung firma Allah Subhanahu Wa Taala

“dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata sesungguhnya aku termasuk orang-orang Muslim”.

Sudah sedia maklum, negeri ini meletakkan imej Islam sebagai rukun dalam pentadbiran Kerajaan Negeri, justeru segala etika peraturan dan segala lunas yang berkait perlulah mencerminkan dasar ini dan bukan berkiblatkan kepada laba semata-semata. Ingatlah mengejar keuntungan dunia semata dengan meninggalkan syariat sebagai rujukannya hanya akan mendatang kemudaratan semata-mata. Sikit lagi Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, boleh? Lantas menjadikan pelancongan sebagai salah satu mata dakwah adalah satu peluang yang perlu diambil serius oleh semua pihak. Pihak berkuasa PBT, pejabat agama seluruh agensi yang terlibat dalam penguatkuasaan perlu memainkan peranan yang sewajarnya. Jangan tunggu disuruh, diarah, buat kerja memastikan hasrat Kerajaan Negeri untuk melihat syariat Islam berdaulat di negeri ini. Perlu juga diingat etika pakaian, pergaulan yang boleh merosakkan generasi muda dan juga warga negeri.

Dato’ Yang di-Pertua, sebelum saya mengakhiri saya ingin mengangkat suara Bandar kami bersyukur di atas pembangunan Pasar Payang yang baru, yang begitu pesat dan akan diagihkan kepada para peniaga. Tahniah kepada Kerajaan Negeri Terengganu tapi dalam masa yang sama saya juga ingin menarik perhatian Ahli-ahli Dewan semua, untuk juga tidak lupa pasar yang tidak kurang penting yang menjadi pasar kedua di dalam Kuala Terengganu ini iaitu Pasar Chabang Tiga yang bangunannya sudah banyak kerosakan yang sudah banyak perkara yang tidak menyelesakan para pengunjung dan juga para peniaga. Saya mohon untuk pihak Kerajaan melihat perkara ini dengan serius. Saya menerima rungutan apabila datangnya musim banjir musim tengkujuh hujan tidak dapat melindungi peniaga-peniaga kita yang berada di pasar begitu juga stesen bas di bandar Kuala Terengganu yang menempatkan para peniaga yang semakin hari semakin suram. Saya mohon pihak Kerajaan untuk merencana program-program dan pembaharuan yang boleh memberi nafas baru kepada kedai-kedai yang berada di bas stesen di bandar Kuala Terengganu.

Dato’ Yang di-Pertua, sebelum saya mengakhiri ingin saya memberi sedikit pantun.

Tangisan si kecil merintih lara Jasad bonda tiada bernyawa Bukalah minda warga dunia Tentanglah kekejaman bangsa durjana

Negeri Terengganu negeri berdaulat Dipimpin raja berteras syariat Menadah tangan doa dipanjat Hidup aman bertambah berkat

Makan ketupat di tepi bendang Kuih bahulu menambah selera Bajet 2024 sudah dibentang Terengganu maju berkat sejahtera

Akhir kalam semoga Belanjawan berimbang ini yang dibentang oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar menjadi pemacu kepada kebajikan serta

kegemilangan rakyat Negeri Terengganu. Dengan ini saya mengakhiri perbahasan saya dengan lafaz Yang Mulia

ADUN Bandar mohon menyokong.

Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat Wakil Bandar. Seterusnya saya mempersilakan mana-mana Yang Berhormat. Yang Berhormat Wakil Jertih dipersila.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan, mohon Jertih sama-sama membahaskan Ucapan Belanjawan tahun 2024 bertajuk meneraju era baharu Terengganu. Saya mengambil point fokus ketiga untuk Menyejahterakan Kehidupan Rakyat. Antara yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar kita ialah usaha untuk pemerkasaan dan pembudayaan ilmu masjid dalam negeri kita tuan-tuan sekalian di mana jika kita mengimbau kembali di zaman kegemilangan Islam masjid bersifat one stop centre bahkan zaman Rasul walaupun dengan binaan yang asas 100 hasta lebar 100 hasta panjang, ⅓ bahagian belakang tempat duduk Ahli Suffah bagaimana masjid bukan sekadar tempat sujud dan rukuk kepada Allah, pengabdian kepada Allah di sanalah tempat pengilmuan, tempat orang-orang miskin menumpang, tempat melatih peperangan bahkan tempat seluruh kegiatan aktiviti masyarakat. Bahkan di zaman Khulafa’ Ar-Rasyidin terutama zaman Khalifah Umar Al-Khattab bin Naufal bin Abdul Uzza, 4000 buah masjid telah diadakan di seluruh wilayah empayar Islam yang luas di mana 4000 buah masjid ini akhirnya dijadikan juga sebagai madrasah, bangunan dibina bersebelahan dengan masjid dan masjid juga tuan-tuan, termasuk dalam sejarahnya Masjid Al-Azhar di Mesir di Kaherah. Akhirnya dengan aktifnya kegiatan ilmu akhirnya menjadi Universiti Al-Azhar. Diwujudkan universiti iaitu al-jamiah. Sama di nusantara kita iaitu di masjid Baiturrahman di Aceh sebagai pusat pengilmuan, dakwah dan Pendidikan Islam abad ke-16 daripada Masjid Al-Baiturrahman menjadi Universiti Ar-Rahman. Itulah peranan masjid sebenar sebagai tempat pengilmuan.

Jadi Jertih sangat bersetuju dengan usaha yang akan dilakukan oleh Kerajaan Terengganu untuk kita mengurus, menyelia sebaik-baiknya masjid sebagai one stop centre dan tuan-tuan dengan tambahan cadangan sebagai edu-tourism dengan izin untuk kita menggalakkan pelancong-pelancong domestik terutamanya untuk hadir berkampung di Terengganu maka masjid mestilah mempunyai homestay, rumah inap dan sebagainya dan masjid dengan program-program yang aktif, program-program pengilmuan, memperingati hari-hari kebesaran Islam bukan sekadar masuk bulan Rabiulawal dengan maulid, Rejab dengan peristiwa Israk, Ramadhan dengan peristiwa Nuzul Al-Quran tetapi masjid tempat kita melahirkan, menumbuhkan rasa kecintaan, kasih sayang kepada Nabi terutama kepada generasi muda sebagaimana sabda Nabi :

“Ajarlah anak-anak kamu cintai Nabi kamu, cintai ahli keluarga Nabi kamu dan membaca al-qur’an”

di mana boleh sahaja sepanjang tahun diadakan program-program kebesaran Islam di masjid-masjid, memperingati Peristiwa Badar Al-Kubra, memperingati peristiwa Uhud, peristiwa Bir Maunah, Yam Ar-Raji’, Perang Mu'tah, Perang Ahzab, Perang Tabuk, Perang Hunain, Perang Thaif, Perang Balqo’, Perang Yamamah, Perang Al-Qadisiah, Perang Yarmuk. Inilah peranan masjid untuk mencerdas dan mencerdikkan akal rakyat kita. Maka buatlah sambutan-sambutan penting. Contoh masuk bulan Mei bayangkan kalau Terengganu tuan-tuan menyambut seluruh masjid sambutan Nakbah Palestin sebagai contoh. Bulan Mac memperingati kejatuhan Khilafah Uthmaniah-Mac 1924. Bayangkan dengan program-program keilmuan ini tuan-tuan sekalian, Terengganu akan berbeza dengan negeri-negeri lain yang akan menggalakkan pelancong-pelancong domestik untuk hadir berkampung di Terengganu. Berkampung di negeri yang tercinta dengan tema “Maju, Berkat, Sejahtera”.

Yang kedua, point yang diutarakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar tentang program-program pemerkasaan anak-anak muda dan belia di Negeri Terengganu. Antara program yang disebut oleh Yang Amat Berhormat seperti Program Super Syabab, generasi Islah Falah Terengganu, Fityah Terengganu, tuan-tuan sekalian kerana pemuda dan belia sangat penting sebagaimana yang disebut oleh Almarhum Maududi, Maulana Maududi seorang mufaqir Islam

menyebut bahawa untuk kamu melihat masa depan Islam maka lihatlah anak-anak muda pada hari ini. Lihatlah anak remaja pada hari ini, indikator masa depan Islam. Disebut oleh Sheikh Munir Ghadban, bahawa Nabi membina dan memperkasakan anak-anak muda dan remaja. Sebab itulah generasi Al-Quran yang awal tadi dalam kalangan orang-orang muda, remaja-remaja seperti Mus’ab bin Umair berusia 17 tahun. Arqan bin Abi arqam daripada Qabilah Bani Makhzom umurnya 16 tahun. Bagaimana sahabat-sahabat Mus’ab bin Umair 17 tahun. Bahkan beliawanis (Fatayat) yang muda-muda seperti Asma’ binti Abu Bakar umurnya belasan tahun.

Dr. Husin Haikal dalam kitab Hayatul Muhammad menyebut bahawa Nabi membina orang-orang muda kerana apa, Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian? Kerana inilah masa depan kepada ummah. Anak muda sangat penting dan kalau kita melihat hari ini kerosakan yang berlaku kepada anak-anak muda di seluruh dunia Islam. Konsert-konsert hedonism, keruntuhan moral atau dekadensi moral tuan-tuan sekalian, pemurnian moral maka Terengganu sebagai negeri yang menjunjung apa yang disebut oleh Allah dalam dalam Al-Quran dalam Surah Al-Hajj ayat 41:

Maksudnya: Dan orang-orang yang Kami berikan kepada mereka kekuasaan di atas muka bumi, pemerintahan di atas muka bumi dan mereka mendirikan solat dan mereka menunaikan zakat dan mereka menyuruh kepada perkara ma'ruf dan mereka mencegah kepada perkara mungkar; dan kepada Allahlah kembali segala urusan.

Inilah tonggak kerajaan yang Allah nak tegakkan di atas muka bumi.

Sahabat-sahabat pimpinan yang dirahmati oleh Allah sekalian,

Peranan anak muda sangat penting. Remaja sangat penting dan kalau kita masuk ke akar umbi di kampung-kampung kita melihat rupanya masih ramai lagi anak-anak remaja tidak boleh membaca Al-Quran. Maka perlulah satu usaha yang serius dan konsisten dibuat untuk kita memperkasakan anak-anak

muda- program-program yang dirancang oleh Kerajaan Negeri Terengganu. Baik.

Yang dirahmati oleh Allah, Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Saya memohon sedikit untuk mencelah tentang usul tergempar tadi oleh ADUN Sura berkaitan dengan usul Palestin. Memandangkan sudah 15 ribu orang yang telah terkorban, 30 ribu orang yang telah cedera parah dan Jertih diberikan peluang oleh Allah untuk masuk empat lima kali ke bumi Gaza termasuk di Selatan Lubnan semasa perang tahun 2006 dan suasana sangat dahsyat, sangat-sangat dahsyat. Tragedi carpet bombing yang berlaku di bumi Gaza dengan izin, jumlah tan metrik bom digugurkan semenjak 7 Oktober yang lalu tuan-tuan telah berlipat kali ganda lebih banyak berbanding bom yang Amerika gugurkan di Nagasaki dan Hiroshima pada Ogos 1945. Maka wajar Sidang DUN hari ini kita meluluskan usul tergempar Palestin dan mengapa kita peduli kepada nasib umat Palestin. mengapa kita peduli bumi isra’ kerana aspirasi Al-Quran yang kita baca:

“Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara”

dan kita mendengar hadis-hadis Nabi yang dibacakan oleh para asatizah kita. Antaranya hadis dari Al-Iman Baihaqi:

Barangsiapa yang tidak mengambil berat urusan kaum muslimin maka bukan dari kalangan mereka.

Seorang mufakir Islam Al Sheikh Sayyid Qutb menyebut bahawa sempadan kita orang beriman bukan sempadan negara bangsa. Sempadan kita orang beriman bukan sempadan geografi namun sempadan kita orang beriman sempadan akidah sempadan Lailahaillallah. Di mana-mana seluruh alam buana ini ada mengucap kalimah syahadah, kalimah thoyyibah maka merekalah saudara kita yang wajib kita bantu jika mereka susah, hari ni nasib umat Islam di Ghazzah. Saya ucap tahniah kepada Kerajaan Terengganu yang mengadakan kutipan derma Aid for Palestin yang saya difahamkan hampir RM3 juta berjaya dikutip dan kita serahkan untuk bantu saudara kita di bumi Ghazzah, di bumi Palestin dengan 15 ribu kesyahidan, tuan-tuan sekalian. Ghazzah untuk maklumat tuan-

tuan sebuah jalur yang sangat sempit dengan panjangnya hanya 41 kilometer dan lebar hanya 8.6 kilometer dengan demografinya kepadatan penduduknya tuan-tuan sekalian 2.2 juta atau hampir 2.3 juta. Bayangkan regim Israel telah melanggar Convention Geneva. Mereka mengebom masjid bukan sekadar masjid tetapi juga gereja- tiga buah gereja. Mereka mengebom sekolah, hospital, klinik, ambulans, doktor, paramedik bahkan wartawan, mereka tidak peduli. Bulldoze mereka melanggar, dengan izin.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, bagaimana kezaliman Israel mesti diprotes mesti dilaungkan suara sebagaimana seluruh dunia hari ini termasuk bukan sahaja negara umat Islam tetapi di sebelah Eropah. Bagaimana hampir sejuta demonstran turun ke kota London bahkan termasuk daripada Yahudi Ortodoks yang mengangkat poster Stop The Massacre, Stop The Coldblood, Stop The Killing Fields, Stop The Genocide dengan izin. Hari ini situasi pembantaian yang berlangsung di Ghazzah membuka mata dunia betapa Israel sangat zalim dan sangat kejam. Apa lagi kita sebagai Negeri Terengganu Darul Iman dengan leluhur kita semenjak zaman berzaman mereka sangat peka kepada nasib umat Islam seperti Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong, Tuan Guru Haji Musa Minangkabau, Tuan Guru Haji Omar Siam hingga tertubuh juga syarikat Islam Terengganu dalam erti katalah orang Terengganu yang kuat beragama tuan-tuan dalam erti kata lain kita prihatin, cakna, peduli kepada nasib umat Islam yang lain. Gazzah, tuan-tuan sekalian bagaimana dengan unjuran 2027 oleh Sheikh Ahmed Ismail Yassin disebut setahun sebelum kesyahidan beliau tahun 2004 bahawa insya-Allah tahun 2027 nanti kita umat Islam akan solat berjemaah di Masjidil Aqsa, Palestin bukan sekadar tuan-tuan sekalian, ardhui Syuhada’ yang mulia bumi para anbiya’, bumi anbiya’ hampir separuh daripada para rasul beroperasi di tanah Palestin. Sebagaimana tuan-tuan membaca al-Quran, ar-Rasul seperti Nabi Sulaiman alaihissalam, Nabi Daud alaihissalam, Nabi Yahya alaihissalam, Nabi Zakaria alaihissalam, Nabi Isa alaihissalam, Nabi Zulkifli, Nabi Ilyasa’, bahkan Nabi Muhammad diisra’kan di Masjidil Aqsa di Palestin. Bagaimana juga perjalanan nabi Allah Ibrahim alaihissalam terlibat dengan tanah Palestin sebab tu digelar Abul Anbiya’ beginilah kiblat pertama kita umat Islam sebelum kita pada bulan Sya'ban tahun 2 Hijrah diperintahkan oleh Allah Subhanahu Wa Taala untuk alih kiblat kita daripada bumi Palestin ke Kaabah di Mekah.

Dato’ Yang di-Pertua yang dirahmati oleh Allah Subhanahu Wa Taala, Sidang DUN yang dirahmati oleh Allah Subhanahu Wa Taala sekalian, bagaimana hari

ini kita melihat tanah Palestin yang berkubang dengan darah di tangan rejim Zionis dan Jertih ada timbul rasa dukacita dengan apa yang berlaku di luar daripada Terengganu, konsert-konsert yang semakin bersemarak. Jertih mencadangkan supaya Enakmen kawalan hiburan kita dipantau dengan baik, diperkemaskan dengan baik supaya hiburan hedonisme ini tidak masuk ke Negeri Terengganu Darul Iman. Hiburan dibenarkan dalam kontek syariah compliance, patuh syariah dan kita pastikan anak-anak muda kita tidak terjebak dengan unsur-unsur hedonisme, kepincangan moral dan sebagainya. Apa yang kita lihat bagaimana kumpulan-kumpulan yang datang, contoh di Kuala Lumpur, kumpulan Coldplay dan membawa nuansa ataupun aspirasi LGBT, bahkan lirik-lirik lagu yang dinyanyikan yang menyeru kepada penyembahan selain daripada Allah. Ini sangat menggugat nurani kita sebagai umat Islam. Umat Islam sepatutnya dalam keadaan bumi Ghazzah yang sedang bersimbah dengan darah, sepatutnya perbanyakkan doa terutamanya doa yang disebut oleh Nabi ketika darah umat Islam tumpah dengan cara tidak halal itu membaca Qunut Nazilah. Di zaman ar-Rasul, ada berlaku pembantaian kepada umat Islam dengan dua peristiwa, peristiwa ar-Raji’ pada Safar tahun 3 Hijrah dan Peristiwa Bir Maunah (Telaga Maunah) pada bulan Safar 4 Hijrah. Nabi telah mengangkat tangan membaca Qunut Nazilah dan doa Nabi Yang Mulia, ar-Rasul Yang Mulia menyebut supaya Allah membinasakan Bani lihyan, Banu Amir, Banu Zakwan dan Banu Ushayyah. Dan, itulah sikap kita di Terengganu di semua premis-premis Kerajaan Negeri Terengganu, kita adakan bacaan doa Qunut Nazilah setiap kali himpunan-himpunan yang kita adakan bagi menunjukkan kebersamaan kita, solidariti kita bersama teman-teman kita ditindas di Palestin dengan aspirasi disebut awal tadi.

“Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara”

Jertih mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Ahmad Samsuri Mokhtar atas ucapan Belanjawan 2024 - Meneraju Era Baharu Terengganu. Semoga kita meraih pahala semaksima mungkin, dengan berusaha menegakkan agama sebagaimana asas Allah utuskan kita di atas muka bumi

“Menegakkan agama dan mentadbir dunia dengannya.”

Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker yang memberi ruang kepada Jertih untuk turut membahaskan Ucapan Belanjawan Tahun 2024. Semoga Terengganu kekal di atas jalan Maju, Berkat dan Sejahtera. Jertih mohon mencadang.

Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat Jertih. Seterusnya, saya persilakan mana-mana Yang Berhormat untuk terus. Yang Berhormat Buluh Gading. Sila.

Haji Ridzuan bin HashimPAS · PNBuluh Gading

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, rakan-rakan Ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, para pemerhati, seterusnya sidang Dewan yang dikasihi sekalian. Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk mengambil bahagian membahaskan Ucapan Belanjawan 2024 yang bertemakan Meneraju Era Baharu Terengganu yang telah disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar pada pagi kelmarin.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, izinkan saya memulakan ucapan perbahasan ini dengan membaca Firman Allah Subhanahu Wa Taala

“Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya orang-orang musyrik, mereka itu adalah najis (daripada sudut akidahnya), maka janganlah mereka menghampiri Masjidil Haram selepas daripada tahun mereka ini (tahun 9 Hijrah). Sekiranya kamu merasa bimbang ekoran daripada ketetapan tersebut, berasa bimbang berlaku kekafiran atau kemelesetan ekonomi, maka Allah yang akan memperkayakan kamu dari kurniaanNya jika Dia kehendaki. Sesungguhnya Allah Taala Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, ayat yang saya bacakan ini menyentuhkan tentang perintah Allah kepada orang yang beriman supaya tidak lagi membenarkan golongan bukan Islam memasuki Masjidil Haram bermula tahun ke-10 Hijrah. Ekoran dari polisi yang ditetapkan oleh Allah itu, timbul rasa gelisah dan kebimbangan di kalangan orang beriman kerana dengan polisi tersebut mereka akan terputus sumber untuk dapatkan makanan dan barang-barang dagangan lain yang kebiasaannya dibawa dari luar oleh pedagang-pedagang bukan Islam yang datang berniaga di Kota Mekah. Sekali gus, polisi tersebut pada zahirnya akan menjejaskan aktiviti perniagaan dan perkembangan ekonomi di Kota Mekah itu sendiri. Namun, kebimbangan itu akhirnya hilang apabila diberi jaminan oleh Allah Taala:

“Sekiranya kamu merasa bimbang berlakunya kefakiran, berlakunya kepayahan dan kemelesetan dari sudut sumber ekonomi, maka Allah Taala lah yang akan memperkayakan kamu dari kurniaan-Nya jika Dia kehendaki.”

Ayat ini mengingatkan kepada kita semua, khususnya kepada para pengurus dan pentadbir negeri bahawa punca kepada rezeki dan kekayaan sebuah negeri atau negara adalah datangnya dari kurniaan Allah. Kita hanya berusaha meningkatkan ekonomi melalui aktiviti pelaburan, perdagangan, pelancongan dan lain-lain aktiviti. Namun, kita jangan lupa yang berikan rezeki kepada kita ialah Allah. Oleh itu, jangan putus pergantungan kita kepada-Nya. Apa yang penting ialah kita sama-sama membina negeri yang tercinta ini dengan memenuhi ciri-ciri “Baldatun Toyyibatun Warobbun Ghofur.”

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, kita bukan sahaja perlu mendidik rakyat supaya benar-benar beriman dan bertaqwa kepada Allah tetapi pegangan Pentadbiran Negeri juga perlu beriman dan bertaqwa kepada Allah dengan memastikan semua polisi dan dasar-dasar serta aktiviti yang dilaksanakan di semua peringkat Kerajaan Negeri termasuk oleh NGO-NGO, persatuan-persatuan, kelab dan pihak swasta adalah tidak bercanggah dengan agama serta syariat yang telah digariskan oleh Allah.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, alhamdulillah negeri kita sudah ada garis panduan patuh syariah berkaitan sukan, hiburan, kebudayaan dan

pelancongan. Tinggal lagi kita kena pastikan ia dilaksana dan dipraktikkan dengan penuh berhemah dan hikmah termasuk dari segi etika berpakaian bagi pelancong non-muslim sebagaimana yang digariskan dalam garis panduan tersebut. Bagi maksud yang telah saya nyatakan ini, maka saya menyambut baik dan menyokong sepenuhnya apa yang digariskan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar sebagaimana yang dinyatakan dalam Ucapan Belanjawan pada pagi kelmarin yang tercatat pada muka surat 26 sehingga 28 pada paragraph perenggan 56 hingga 62. Kita yakin dengan ciri-ciri iman dan takwa ini kita yakin dengan janji Allah Taala;

“Kalau penduduk sesebuah negeri itu beriman dan bertakwa nescaya Allah akan bukakan ke atas mereka pintu-pintu keberkatan dari langit dan bumi”.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya juga ingin mengambil kesempatan di sini untuk bangkitkan satu isu yang perlu diberi perhatian serius bukan sahaja oleh pihak Kerajaan Negeri bahkan semua lapisan masyarakat sebelum ia merebak dan menjadi lebih parah. Isu yang saya maksudkan ialah berkaitan dengan vape ataupun rokok elektronik.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, merokok merupakan masalah utama di negara kita di mana dianggarkan pada masa ini terdapat lebih lima juta perokok konvensional dan lebih 1.3 juta perokok elektronik. Pada tahun 2011 kadar penghisap vape di Malaysia hanyalah 0.8% tetapi melonjak naik kepada 5.4% iaitu peningkatan sebanyak 700% pada tahun 2021. Kadar merokok di Terengganu adalah yang ketiga tertinggi di Malaysia iaitu 23.9% selepas Kedah dan Sabah manakala kadar merokok vape, rokok elektronik adalah kedua tertinggi selepas Putrajaya iaitu sebanyak 7.3%. Yang membimbangkan kita ialah apabila golongan remaja dan belia merupakan antara yang teramai terlibat dan mengambil rokok elektronik ini termasuk yang berada di peringkat sekolah rendah. Saya membangkitkan perkara ini kerana berdasarkan maklumat yang saya perolehi penggunaan vape ini membuka ruang yang sangat luas kepada pengambilan dadah-dadah yang lain ekoran dari penggunaan e-cecair yang mengandungi dadah. Menurut beberapa portal dan Pertubuhan Bukan Kerajaan berkaitan kesihatan, kecenderungan penggunaan vape khususnya golongan belia untuk menyedut e-cecair bercampur dadah ini adalah sangat membimbangkan. Oleh itu di sini saya nak cadangkan beberapa

perkara sebagai langkah untuk mengawal penggunaan vape dari terus merebak dan berleluasa.

1. Pihak Kerajaan seharusnya meningkatkan kawalan dan penguatkuasaan ke atas premis-premis dan pusat jualan yang dibuka tanpa kebenaran Majlis atau mana-mana PBT. Jangan biarkan ia tumbuh berleluasa begitu sahaja dengan sewenang-wenangnya tanpa diambil apa-apa tindakan yang sewajarnya dan tanpa mengawal pertumbuhan pusat-pusat jualan tersebut.

2. Meningkatkan kesedaran di kalangan remaja dengan mengadakan lebih banyak kempen di sekolah-sekolah atau program-program yang dihadiri oleh remaja.

3. Menyokong perundangan yang mengharamkan vape di kalangan remaja.

4. Mewujudkan program pemulihan kepada remaja yang ketagih vape di peringkat komuniti dengan kerjasama NGO-NGO Kesihatan atau dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya juga nak bertanya dan inginkan penjelasan berkaitan dengan aktiviti pinjaman wang berlesen. Berapakah jumlah lesen yang telah dikeluarkan atau telah diluluskan oleh pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dan juga PBT-PBT yang lain? Hari ini kita melihat banyak iklan yang ditampal di merata-rata berkaitan pinjaman mudah ini. Kita tidak tahu adakah ia bergerak secara haram atau sebaliknya. Ramai rakyat yang menjadi mangsa dan terjerat dengan skim pinjaman yang bergerak secara haram atau apa yang kita kenali hari ini sebagai Ah Long. Saya ingin tahu apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah tersebut supaya ia tidak terus berleluasa dalam masyarakat kita dan menyebabkan ramai lagi rakyat yang menjadi mangsa kepada mereka.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, sebelum saya mengakhiri ucapan ini saya ingin mengambil kesempatan di ruang yang ada ini bagi pihak warga DUN Buluh Gading untuk mengucapkan penghargaan dan jutaan terima kasih atas keprihatinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar apabila memasukkan Projek Pembinaan PPR Jeram yang melibatkan 150 unit rumah sebahagian daripada Ucapan Belanjawan sebagaimana yang dinyatakan pada muka surat 32 perenggan 73. Semoga ianya berjalan dengan lancar mengikut sebagaimana dan siap sebagaimana yang dirancang dan dijadualkan, insya-Allah. Terima

kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Buluh Gading turut mohon menyokong.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Buluh Gading. Kita sedang pukul 12.16 minit. Kemungkinan ada tiga orang boleh untuk berucap perbahasan pada pagi ini. Sila terus. Ada? Takdok kita nok tutup supaya gulunglah. Takdok? Sila Yang Berhormat Manir. Terima kasih.

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, YB-YB EXCO, rakan-rakan YB, semua pegawai-pegawai dan pemerhati sekalian. Alhamdulillah, kita bersyukur kepada Allah Subhanahu Wa Taala di atas pemberian segala rahmat yang diberikan oleh Allah kepada kita.

“Jika sekiranya dibilang dan dihitung sudah tentu kita tidak mampu membilang dan menghitung nikmat Allah yang diberikan oleh Allah kepada kita”.

Secara umumnya bahawa kita mengetahui Kerajaan Pakatan Harapan gabungan dengan Parti Barisan Nasional memberi tekanan dan sangat tidak friendly dengan Kerajaan Negeri dan bukan sahaja Kerajaan Negeri Terengganu tetapi seluruh Kerajaan Negeri Pembangkang. Jika diimbas sejarah yang lalu, semua kita tidak dapat berfikir, dok mari terlintas orang Terengganu kata, macam mana seorang yang melaungkan reformasi satu masa dahulu dan ramai di kalangan kita saya yakin pernah terlibat dengan perhimpunan-perhimpunan dan masing-masing ada pengalaman yang tersendiri, disembur dengan pemedih mata dan seumpama tetapi ianya menjadi suatu perkara yang pelik bila mana duduk di jawatan yang dipinta itu berubah dengan 360 darjah ataupun perubahan yang sangat ketara.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, sebenarnya kita mesti sama-sama kuat menghadapi hal keadaan ini. Saya tertarik dengan sebuah buku yang dikarang oleh Dr. Shawkiy Abu Khalil yang mana dia adalah seorang penulis dan pembahas daripada Palestin, yang membuat dan mengarang sebuah buku,: , Islam adalah diumpamakan sebuah sungai yang

sentiasa mencari tempat untuk mengalir jika sekiranya disekat pengaliran airnya.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, beberapa point yang disebut di dalam buku ini adalah , point yang ketiga adalah bahawa adanya jalur ataupun laluan air yang sedang kering, air sungai yang sentiasa mencari laluan untuk mengalir dan ingatlah bahawa Islam kekal kuat walaupun ditekan dan ditindas. Kerajaan hari ini, adalah terlahir daripada sebuah parti yang agungkan dan mendasarkan sebuah agama yang sangat terkenal dengan kekuatan rohaniah iaitu Islam. Oleh sebab itu mereka yang menyekat perkembangan Islam sebenarnya seolah-olah tidak ingat kepada ayat Allah

“Mereka merancang, Allah merancang, tetapi ingat lah bahawa Allah Taala sentiasa sebagai sebaik-baik perancang”.

Kita penuh keyakinan dan sangat optimistic dengan perancangan Allah dan janji Allah dan susunan daripada Allah Subhanahu Wa Taala.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, perkara ini di dalam Buku Bajet ini Ucapan Bajet ini telah disebut secara jelas oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar bahawa perancangan yang telah disusun oleh pihak Kerajaan dan alhamdulillah perkembangan pertumbuhan ekonomi pada tahun 2022 di Terengganu meningkat sebanyak 5.9% dan pada tahun sebelumnya pada tahun 2021 sebanyak 3.7% yang mana perkembangan ini adalah satu perkembangan yang sangat positif dalam keadaan suasana sumber ekonomi dunia yang masih lagi belum stabil sepenuhnya. Semalam membuktikan jawapan yang diberi Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar ketika mana menjawab berapakah nilai pelaburan yang masuk ke Negeri Terengganu bagi tahun 2023 di dalam jawapannya beliau menyatakan dan semua kita dengar sebanyak RM3.292 bilion yang masuk ke Terengganu pada tahun 2023. Sudah tentu pelaburan-pelaburan ini memberikan impak yang sangat baik kepada Kerajaan Negeri secara langsung ataupun tidak langsung dan inilah suatu perkara yang sangat baik.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, walaupun kita menerima tekanan daripada Kerajaan Pusat, Kerajaan Federal, kita senantiasa berusaha agar kita

dapat berdiri di atas kaki sendiri, yakni kita tidak bergantung kepada orang lain dan perkara ini telah menjadi satu amalan Kerajaan Negeri dan sebagai contoh yang mungkin semua masih ingat berkaitan dengan viral tentang padi Terengganu yang mana orang pun terkejut macam mana Terengganu ada padi, ada beras sendiri dan inilah yang kita tunjukkan bahawa usaha dan kerjasama daripada semua pihak di peringkat Kerajaan, di peringkat rakyat, di peringkat agensi-agensi akan memberikan nilai yang baik yang positif kepada Negeri Terengganu yang kita kasihi ini.

Dalam masa yang sama, Kerajaan juga telah berjaya membawa pelabur-pelabur terutama di dalam sektor pertanian yang sebelum ini ada penanaman lada hitam dan terbaru dan akan datang lagi berkaitan dengan ada pelabur-pelabur yang sangat berminat untuk memajukan pertanian dalam industri padi di Negeri Terengganu, insya-Allah.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, di antara perkara yang menjadi perbincangan di peringkat bawah, masing-masing bertanya apakah tidak ada ruang dan peluang yang boleh dibuat yang dilakukan oleh pihak Kerajaan Terengganu sendiri terutamanya bagi mengembalikan semula royalti itu sebagai royalti dan bukan dinamakan Dana Ehsan ataupun apa-apa nama yang lain dan apakah tidak ada peluang untuk kita kembalikan di atas kerangka yang asal mengikut perjanjian iaitu Petronas membayar terus ataupun langsung ke akaun Kerajaan Negeri bukan melalui Kementerian Kewangan di peringkat Pusat dan jika sekiranya perkara ini dapat dibuat secara yang terbaik insya-Allah kita tidak menghadapi suasana yang seumpama ini pada masa akan datang.

Saya penuh yakin bahawa perkara ini sedang diusahakan tetapi kita juga ingin membangkitkan kebersamaan itu agar rakyat Negeri Terengganu tahu bahawa kita sedang mengusahakan sesuatu dan semua rakyat di Negeri Terengganu bahkan di seluruh Malaysia ingat peristiwa hitam yang telah dilakukan oleh pihak Barisan Nasional yang telah mengubah kerangka asal perjanjian royalti kepada Dana Ehsan ini. Pada tahun 1999 ataupun tahun 2000 merekalah yang telah merosakkan kerangka perjanjian Kerajaan Negeri dengan Petronas dan hasilnya alhamdulillah rakyat Negeri Terengganu telah mula sedar dan akhirnya diterjemahkan di dalam Pilihan Raya pada baru-baru ini sehingga Perikatan Nasional mendapat 40-0 tapi sedih juga, akhirnya jual ubi gadung baru ni, neh?

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, ada perkara berkaitan dengan pelaburan yang mungkin hendak disebut sebagai perkembangan pelaburan di Negeri Terengganu. Ada dua pintu masuk utama iaitu pelabuhan dan juga airport, pelabuhan dan juga lapangan terbang yang sudah tentu pelabuhan ini menjadi pintu utama kepada Negeri Terengganu walaupun kita ada saingan pelabuhan di Kuantan tetapi kita juga perlu memperbaiki dan menambah baik infra-infra ataupun kita kata kelengkapan-kelengkapan di pelabuhan itu supaya kita dapat menarik lebih banyak kapal-kapal mendarat dan digunakan diutilize sepenuhnya di peringkat Negeri Terengganu dan kita memperolehi beberapa yang kita sebut sebagai aduan di mana nak dilabuhnya di Terengganu adanya kekurangan di peringkat kelengkapan begitu juga adanya penerbangan-penerbangan daripada luar negara yang kita masyhur dulu airport kita ni airport di peringkat antarabangasa. Jadi sudah tentu adanya perkara yang perlu dibaiki walaupun kedua-dua perkara tempat ini, pelabuhan dan lapangan terbang ini bukan di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri, tetapi kita perlu mengusahakan sesuatu. Tambah-tambah lagi baru-baru ini kita digemparkan, ditimbulkan dengan isu kewujudan REE dan sebagainya. Kita penuh dengan sumber-sumber mineral asli di negeri kita, tetapi kekurangan-kekurangan ini menyebabkan kurangnya hasil daripada sumber asli ini masuk ke dalam akaun Kerajaan Negeri.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, di samping kita membincangkan isu pertumbuhan dan perkembangan sumber asli di negeri kita, kita juga tidak mampu untuk membangunkan sumber-sumber mineral ini dengan sendiri kita perlu kepada pelabur tetapi bila kita bercakap tentang soal pelaburan ini, aduan yang terima ialah kita Kerajaan Negeri tidak mesra pelabur. Jadi oleh itu saya sarankan kita mengharapkan aduan ini tidak benar dan jika ia benar kita mengharapkan ia diperbaiki dengan sebaiknya. Ada orang nak melabur tetapi infra tak cukup di tempat yang dikhususkan dan inilah yang menjadi apa yang berlaku kalau baru ni ada satu syarikat daripada asalnya duduk di tempat kita akhirnya berpindah kerana adanya elemen-elemen tidak friendly pelabur. Dan akhirnya dunia ke arah sebuah teknologi yang dipanggil Green Technology. Sejauh mana Kerajaan Negeri bersedia menghadapi dan mengharungi Green Technology ini dilaksanakan di negeri kita. Sejauh mana polisis-polisi kita yang pada satu masa akan datang, barang kita nak dieksport pun akan dilihat dan ditinjau sejauh mana Green Technology ini digunakan di tempat dan sebelum dan akhirnya sekali lagi, sebelum saya mengakhiri ucapan sokongan Belanjawan Bajet 2024 ini saya mengharapkan kita semua bersama-sama di semua peringkat membangunkan negeri ini dengan penuh keyakinan dan

kebergantungan diri kita kepada Allah Subhanahu Wa Taala dan jangan kita tinggal hubungan kita dengan Allah, kerana Dialah yang menentukan segala-galanya, insya-Allah. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Manir mohon menyokong Ucapan Bajet 2024. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat Manir. Seterusnya saya persilakan mana-mana Yang Berhormat. Sila, Yang Berhormat Seberang Takir dulu, sila. Kita beri Seberang Takir kemudian Sura kekgi.

Haji Khazan bin Che MatBERSATU · PNSeberang Takir

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, seterusnya para pemerhati yang dihormati sekalian. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya untuk sama-sama mengambil bahagian dalam perbahasan menyokong pembentangan Bajet yang telah dibuat oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada pagi kelmarin.

Bajet 2024 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar kelmarin, jumlahnya lebih kurang sahaja dengan jumlah Bajet yang diumumkan pada tahun yang sebelum daripada ini dan kita sedia maklum sebahagian besar hasil pendapatan negeri kita adalah daripada hasil 5% petroleum yang diambil daripada lautan di hadapan Negeri Terengganu Darul Iman ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana terus menyebut dan memasukkan royalti ini kepada sebahagian daripada hasil untuk Negeri ini. Walaupun tahun ini saya dimaklumkan kita tidak menerima jumlah yang seperti yang sepatutnya kita anggarkan berdasarkan kepada harga minyak semasa tetapi Yang Amat Berhormat Menteri Besar terus memasukkan jumlah ini berdasarkan kepada anggaran harga pada masa akan datang untuk Bajet 2024 yang kita akan masuk dalam sebulan lebih lagi.

Saya ucap terima kasih kerana ini adalah satu perkara patut kita buat dan Yang Amat Berhormat telah buat ini kerana 5% hasil minyak ini adalah merupakan

hak Negeri Terengganu. Mana mungkin Kerajaan Pusat boleh ambil hasil minyak daripada Lautan China Selatan yang berhadapan dengan Negeri Terengganu ini jika tidak kerana Negeri Terengganu ini berada dalam Persekutuan Tanah Melayu. Kalau Terengganu ni bukan negeri Malaysia, Laut China Selatan tempat ambil minyak tu, di pelantar-pelantar minyak di Laut China Selatan walaupun lebih dari 5 batu nautika sekalipun ia adalah sebahagian daripada Wilayah Jajahan Takluk Negeri Terengganu di bawah kuasa Duli Yang Maha Mulia Al Sultan. Maka apa sekalipun, peraturan-peraturannya ia adalah hasil dan hak Negeri Terengganu, maka kerana itu saya sangat menyokong Yang Amat Berhormat terus memasukkan hasil 5% ini hasil petroleum ini dalam anggaran pendapatan Bajet untuk tahun 2024 walaupun pada tahun ini kita tidak memperolehi kadar jumlah yang sewajarnya, tak sampai satu pertiga daripada 1.4 atau 5 billion yang kita anggarkan dengan berdasarkan pada harga minyak pada hari ini.

Jadi, tuan-tuan dan puan-puan sekalian, kerana itu Kerajaan Negeri harus dan mesti terus menuntut hak ini dan saya sangat sokong usaha Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita dengan pasukannya untuk terus berunding meminta dengan cara yang baik, melalui saluran-saluran diplomatik dengan pimpinan Kerajaan Pusat. Saya percaya ini adalah cara yang terbaik kerana dalam negara yang mempunyai Perlembagaan Persekutuan ini yang paling penting ialah persefahaman antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat. Oleh kerana rakyat negeri ini telah memilih Kerajaan yang terdiri daripada kita dalam Dewan ini untuk mentadbir negeri ini dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita maka sudah tentulah sewajarnya hasil negeri ini diberikan kepada Kerajaan yang dipilih ini untuk dibelanjakan mengikut apa yang difikirkan terbaik kerana inilah pilihan rakyat negeri ini. Untuk pentadbiran negeri ini tidak wajar Kerajaan Pusat guna kuasa dia ambil duit ini dan tadbir melalui agensi Pusat yang ada di Negeri Terengganu yang sebelum ini kecil tetapi sengaja dibesar-besarkan untuk melunaskan perbelanjaan apabila duit besar masuk. Ini adalah satu pengkhianatan kepada amanah rakyat Negeri ini Dato’ Yang di-Pertua. Maka kerana itu usaha ini mesti diteruskan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita dengan pasukannya dan saya mohon rakyat dan kita sekalian meneruskan doa, doa ini adalah senjata orang mukmin. Biarlah mereka berusaha dengan cara mereka, kita usaha dengan cara kita. Dengan doa orang yang jahat boleh jadi baik. Dengan doa benda yang susah boleh jadi senang kerana doa Rasulullah untuk dua orang Umar, akhirnya

Umar Al-Khattab yang sebelum itu musuh ketat kepada Islam akhirnya masuk Islam. Jadi ini adalah sesuatu kebenaran kepada kita…

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, minta laluan sikit. Minta doa-doa, dokleh-dokleh juga, tolong Yang Berhormat cadang doa yang guana pulok.

Haji Khazan bin Che MatBERSATU · PNSeberang Takir

Dato’ Yang di-Pertua, kita doa hok molek-moleklah..

Yang di-Pertua

Ya, ya, Ya..

Haji Khazan bin Che MatBERSATU · PNSeberang Takir

Macam yang saya sebut tadi Nabi doa ahadul umarain, salah seorang daripada Umar ini tolonglah Ya Allah, biar dia boleh memperkuatkan Islam. Akhirnya di antara Amru Abdul Lahab dengan Umar Al-Khattab ini Allah Subhanahu Wa Taala pilih Umar Al-Khattab masuk Islam. Dia dan akhirnya dengan kemasukan Islam Umar Al-Khattab ini, Islam semakin kuat dan beliau akhirnya jadi Khalifah yang kedua selepas Rasulullah. Jadi tidak mustahil kalau seluruh rakyat Terengganu setiap kali sudah selepas sembahyang, berdoa meminta supaya Allah Subhanahu Wa Taala buka pintu hati pemimpin kita. Buka pintu hati Ahli-ahli Parlimen kita. Mungkin satu masa nanti dalam persidangan parlimen tak mustahil kalau semua ahli-ahli parlimen, majoriti ahli parlimen sokong supaya negeri diberi kebebasan untuk mentadbir sendiri hasil daripada buminya tak mustahil Perdana Menteri pun mesti akur dengan kehendak dan keputusan majoriti. Jadi, tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Mohd Shafizi bin IsmailPAS · PNBatu Rakit

Yang Berhormat, setuju dok kalau saya cadang supaya kita buat..

Yang di-Pertua

Bagi, bagi dok tu Seberang Takir

Mohd Shafizi bin IsmailPAS · PNBatu Rakit

Yang Berhormat, setuju dok kalau kita cadang Yang Berhormat, untuk buat Majlis Munajat Perdana sekali untuk khusus berkenaan royalti ini dan kita minta ADUN Paka jadi imam. Insya-Allah.

Haji Khazan bin Che MatBERSATU · PNSeberang Takir

Saya setuju sangat Dato’ Yang di-Pertua sebab dalam ramai-ramai ini ADUN Paka je pakai serban ni. Jadi kalau orang lain nak jadi imam dok saboh. Tapi doa macam dia sebut tadi, Dato’ Yang di-Pertua, biar doa molek-molek jangan celaka, jangan binasa. Kita minta Allah Subhanahu Wa Taala buka pintu hati pemimpin-pemimpin di atas sana yang boleh buat keputusan, supaya mereka buat keputusan yang betul, tidak menganiaya rakyat negeri kita ini.

Dato’ Yang di-Pertua, saya amat memahami keadaan Yang Amat Berhormat Menteri Besar mentadbir negeri ini, mempersiapkan bajet untuk tahun depan, dengan keadaan tidak menentu sama ada duit akan masuk atau tidak, duit cukup atau tidak. Maka kerana itulah banyak perkara-perkara saya lihat dalam bajet kita ini kita letak token je, letak anggaran RM10 je ada tajuk je. Saya percaya ini bergantung kepada keadaan kewangan semasa pada tahun hadapan. Dato’ Kewangan senyum tengok saya. Jadi Dato’ Yang di-Pertua, banyak lagi perkara-perkara yang tidak diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar seperti kelazimannya dalam Pembentangan Bajet-bajet dalam Dewan-dewan Negeri atau dalam parlimen yang seperti kebiasaannya diumumkan, imbuhan kepada penjawat awam. Kalau nak bagi kepada ADUN-ADUN pun, mungkin boleh. Ini kuasa Yang Amat Berhormat Menteri Besar, tidak diumumkan pada hari ini sebab takut nanti dikatakan rasuah kerana Yang Amat Berhormat Menteri Besar menjadi calon dalam pilihan raya di Kemaman untuk parlimen. Jadi saya ingat selepas ini, menang itu saya rasa confirm doh. Majoriti je kita tak tahu berapa, jadi kita harap lepas ini secara pentadbirannya benda ini akan diumum, Dato’ Yang di-Pertua.

Satu lagi, Dato’ Yang di-Pertua, sesuai dengan tema menuju “Era Baharu Terengganu” tema bajet pada tahun ini memfokuskan kepada Kesejahteraan Hidup Rakyat dan juga meningkatkan sumber pendapatan negeri. Memang ini satu perkara yang patut, Dato’ Yang di-Pertua. Kita sebelum ini hanya 20% ataupun 30% sahaja hasil yang kita kutip, kita capai selain daripada RM1.6 atau 5 bilion daripada hasil minyak sebab itu bila duit ini lambat masuk, tak masuk, memang pentadbiran kita agak tidak berapa lancar, Dato’ Yang di-Pertua. Maka sesuai dengan tema ini, saya mohon supaya Kerajaan Negeri melihat kepada ruang-ruang di mana kita boleh meningkatkan hasil pendapatan negeri ini. Syarikat-syarikat GLC yang ada keupayaan untuk buat keuntungan lebih, kita mohon supaya diletakkan orang yang bersesuaian dan dibuat pemantauan yang lebih teliti supaya syarikat ini dapat berjalan dengan lebih lancar dan

membuat keuntungan yang lebih besar. Dan saya juga mencadangkan sebagaimana yang kita selalu sebut bahawa mana-mana syarikat yang bagus, yang baik, jangan jual. Jual atau tutup syarikat yang dok untung. Ada saya tengok saya perihati sebelum-sebelum ini banyak syarikat-syarikat, ada dua tiga syarikat yang untung molek tapi Kerajaan lepas pegangannya, tolak. Tapi syarikat yang tak berapa berdaya maju itu, dia heret tambah, beri duit, beri modal. Berapa kali nak tambah saya tak tahu. Tapi saya rasa kita kena ada Kerajaan, kena ada garis panduan. Berapa kali Kerajaan nak backup satu-satu syarikat. Kalau dah nampak dok berdaya maju sama ada tukar pengurusan dia, ataupun tutuplah.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, selain daripada itu, pelancongan juga dilihat sebagai salah satu sumber ekonomi yang baru. Dan saya bagi mewakili masyarakat Penduduk Seberang Takir, terutamanya pengundi-pengundi, saya mohon supaya beberapa perkara boleh ditingkatkan kemudahannya di Seberang Takir, terutamanya kawasan bot penambang. Saya dimaklumkan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu telah meluluskan peruntukan untuk membaiki jeti sebelah belakang Pasar Payang itu. Terima kasih kepada Bandaraya, tetapi di sebelah Seberang Takir nung pong jalan dia kecil. Saya dengar satu masa dulu ada cadangan untuk pengambilan balik tanah belakang masjid itu supaya memudahkan jalan ke jeti penambang di sebelah sana dan juga untuk membuka ruang supaya lebih banyak parking-parking kenderaan, kereta boleh disediakan. Jadi saya ingat perkara ini untuk meningkatkan lagi sumber pendapatan berasaskan pelancongan terutamanya pada pengusaha-pengusaha bot penambang, kepada penduduk-penduduk sekitar Seberang Takir, sekitar Masjid Seberang Takir untuk memakmur dan merancakkan lagi aktiviti ekonomi di sana, saya mohon supaya Kerajaan melihat proses pengambilan balik ini, jika boleh diteruskan dan disegerakan.

Dato’ Yang di-Pertua, akhir sekali, yang terakhir saya nak sebut di sini ialah masalah utama di Seberang Takir ini. Kalau tengok bajet itu, saya rasa mungkin macam saya sebut tadilah tidak diperincikan dengan details jumlahnya, kerana mungkin kekangan tadi, tapi hal peparitan tidak mendapat peruntukan yang banyak dalam Bajet kali ini. Saya mohon Dato’ Yang di-Pertua supaya perkara ini dilihat semula dan diberikan keutamaan. Apabila saya berada di DUN Seberang Takir sebelum ini di Batu Rakit, 2008 sehingga 2013 di Batu Rakit, saya tak menghadapi masalah rakyat menghadapi banjir, ada dua tiga buah rumah sahaja, di tepi baruh Padang Kemunting, Gelung Gajah, dan juga tepi

baruh di sebelah Kubur Timah. Tapi di Seberang Takir pada hari ini, bila saya jadi wakil rakyat di kawasan ini, baru hujan dua malam dah beberapa puluh keluarga berpindah. Dan bila saya melawat pusat-pusat perpindahan bercakap dengan masyarakat dengan orang-orang yang berpindah itu, dia kata, “Kita biasa doh, tiap-tiap tahun, kalau hujan lebat dua malam memang pindah, air naik sokmo. Tapi bila hujan berhenti tak sampai satu hari, air surut”. Maknanya, air di sini, ada masalah banjir ini berlaku kerana air tak dapat dialirkan keluar dengan cepat. Saya dah bersama-sama dengan JKR, dengan JPS, Pejabat Daerah baru-baru ini melihat dua tiga longkang daripada tepi airport itu, tepi lapangan terbang dan Jalan Tok Jembal itu memang dah ada longkang. Tapi longkang ini memang tak sesuai, kecik nak dibandingkan kapasiti ataupun jumlah air yang besar daripada Taman Huda, Taman Murni dan juga kawasan persekitaran yang dulunya adalah merupakan kawasan tadahan hujan. Tapi sekarang dah banyak rumah-rumah yang dibina, banyak tanah yang telah ditimbus menyebabkan air bertakung dengan cepat dan lambat keluar kerana longkang ataupun salirannya kecil. Maka kerana itu saya memohon kalau Kerajaan belanja banyak pun, dia hanya melibatkan pada tahun ini, mungkin kali ini, selepas ini tidak akan menghadapi masalah banjir, insya-Allah. Tetapi, kita tidak besarkan longkang, tak baiki longkang, tahun depan, minggu depan pun kalau hujan lebat, kita akan pindah pula, jaga orang kita di Pusat Pemulihan dan belanja duit macam biasa. Jadi Dato’ Yang di-Pertua, banyak tempat di DUN Seberang Takir ini menghadapi masalah yang saya sebutkan tadi. Itu adalah salah satu di antara contohnya. Mungkin DUN-DUN lain juga menghadapi masalah yang sama. Saya dengan ini, saya mohon mencadangkan supaya peruntukan yang sewajarnya diberikan dan permasalahan ini dilihat.

Satu lagi yang terakhir, betul-betul terakhir ini Dato’ Yang di-Pertua, di Seberang Takir macam juga di Batu Rakit. Sebahagian daripada penduduknya bergantung kepada penangkapan ikan ataupun bekerja sebagai nelayan. Apabila masuk musim tengkujuh, macam sehari dua ini mereka tidak dapat ke laut sebab ombak besar, hujan dan juga ribut. Maka seperti kebiasaan kelazimannya, saya bila masuk Seberang Takir ini ada beberapa orang Pengerusi JPKK ini jumpa saya dia kata, Yang Berhormat kena standby sikit duit eh bulan 11, 12 itu biasa kita bagi sikit ke awok-awok nelayan ni. Saya tanya berapa orang. 300 lebih dekat-dekat 400. Dah, bagi apa? Cari ah beras 10kg, gula apa ini. Jadi saya kira kalau 100 orang, dah dekat dengan RM30,000.00. Itu baru hok beras, panggil-panggil makan-makan ni saya rasa dekat RM60,000.00 juga. Mungkin DUN lain pun ada sama. Dengan peruntukan yang

diberi pada penghujung tahun ini RM100,000.00 campur dengan hok pengurusan JPKK dok cakak nok korek doh saya, Dato’ Yang di-Pertua. Jadi saya mohon kalau boleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, pihak Kerajaan tengok semula DUN-DUN yang ada nelayan yang ramailah hok ada 40, 50, 60 orang tu dakpe. Tapi macam Seberang Takir mungkin juga di Chendering, mungkin juga di sebelah Kemaman, adalah wajar saya kira kalau Kerajaan beri peruntukan tambahan akhir tahun ini RM50,000.00 ke, kalau tak RM100,000.00.

Dato’ Yang di-Pertua, saya ucap terima kasih sekali lagi kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita yang telah membentangkan Bajet yang bersesuaian dan saya mohon menyokong. Sekian,

Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat Seberang Takir. Sila Yang Berhormat Sura.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat ADUN-ADUN serta semua ketua-ketua jabatan yang ada pada tengah hari ini. Insya-Allah. Jadi Sura bersyukur kepada Allah Subhanahu Wa Taala kerana diberikan peluang untuk sesi Perbahasan Bajet pada tahun ini dan yang pertama sekali ialah sebagai seorang ADUN muda, saya melahirkan satu bentuk kebimbingan terhadap realiti politik pasca PRU-15 yang berlaku pada hari ini. Bagaimana kita melihat amalan federalisme sebagaimana yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar semalam semakin pudar. Bahkan peruntukan kepada Ahli Parlimen dan peruntukan kepada Kerajaan Negeri seolah-olah dijadikan bahan sogokan untuk terus berkuasa. Apa guna kita buat Akta Lompat Parti kalau Wakil Rakyat dan Kerajaan Negeri yang dipilih oleh rakyat boleh diugut dengan ditarik peruntukan-peruntukan kewangan mereka. Sukalah untuk saya memberi peringatan kepada kita dan kepimpinan di Putrajaya bahawa seorang pemimpin hendaklah berlaku adil kerana seseorang

terpelajar harus sudah bersifat adil sejak dalam pemikiran apalagi dalam perbuatan.

Kalau hendak membeli cermin Belilah cermin tembus cahaya Kalau awak jadi pemimpin Jadilah pemimpin lurus bicara

Dan kita sebagai seorang Islam meyakini bahawa urusan kepimpinan adalah milik Allah Subhanahu Wa Taala. Allah Subhanahu Wa Taala yang telah meletakkan sesebuah Kerajaan. Allah berkuasa untuk menaikkan sebuah Kerajaan dan Allah berkuasa untuk meruntuhkan dan menjatuhkan sesebuah Kerajaan. Sebab itulah mungkin kita boleh melihat bahawa kepimpinan tertinggi di Wisma Darul Iman ini akan naik ke tampuk kepimpinan di Putrajaya dan marilah sama-sama kita Aamiinkan agar perubahan tampuk kepimpinan di Putrajaya dapat berlaku secara aman dan mengikut lunas-lunas demokrasi yang dibenarkan. Kalaulah sekarang ini dari Tambun dah ke Putrajaya, mana tahu selepas ini dari Kemaman terus ke Putrajaya agar perjanjian royalti yang sebelum ini ding dong ding dong dapat terus dimaterikan untuk kebaikan rakyat Negeri Terengganu.

Dato’ Yang di-Pertua Dewan, isu yang kedua yang ingin saya bangkitkan adalah berkenaan dengan Tabung Darul Iman. Kita biasanya hanya melihat Tabung Darul Iman ini biasa je. Tapi sebenarnya Tabung ini mempunyai peranan yang cukup besar bagi membantu rakyat Negeri Terengganu agar mendapat akses yang lebih baik kepada bantuan perubatan dan mengelakkan rakyat Negeri ini terbeban bila diuji dengan penyakit kronik. Kalau kita melihat dalam apa yang telah disebut oleh WHO, dia ada satu istilah yang diperkenalkan oleh WHO sebagai Universal Health Care Coverage dengan izin, yang mana WHO memaksudkan bahawa all people have accept to the full range of quality health service they need when and where they need when without financial hardship. Yang mana WHO telah menggariskan bahawa setiap orang yang ada di dunia ini perlu mendapat akses kepada kemudahan kesihatan, bila yang mereka perlukan, di mana yang mereka perlukan tanpa dibebankan kewangan kepada mereka, tanpa mereka memiliki kesuntukan kewangan. Sebab itu kita melihat pada tahun yang lepas, sebanyak RM5.6 juta telah diberikan kepada 8,000 lebih orang penerima Tabung Darul Iman dan kebanyakan penerima ini mendapat bantuan sara diri, pampers, bila mana mereka ada penyakit kronik, susu serta

bantuan perubatan-perubatan yang lain. Cuma persoalannya bagaimana Tabung ini akan terus mampan atau sustain untuk terus membantu rakyat di Negeri Terengganu. Kalau kita wak duk Dewan ini mungkin dok terkesan sangat. Ramai di antara kita yang ada insuran kesihatan. Tapi kalau kita tengok rakyat, masyarakat kita hok duk kampung, keje pun kontrak, dapatlah RM50, RM100 sehari, kalau dia accident, nok gi keje accident, patah tulang paha, masuk hospital, doktor kata kena masuk screw and plate, kena buat pembedahan, nak cari mana duit nak bayar screw and plate. Jadi, inilah peranan Tabung Darul Iman untuk terus membantu mereka. Sebab itu, Sura mencadangkan kalaulah kita nak memastikan kemampanan dan sustainability Tabung ini, kalau boleh kita cuba naik tarafkan tabung ini menjadi Yayasan, meletakkan sasaran kutipan lebih daripada RM10 juta setahun, menambah baik sumbangan kepada sumbangan implan perubatan dan ubatan-ubatan yang mahal yang menjadi keperluan beberapa orang pesakit di Negeri Terengganu sebagai contoh ada pesakit kanser payudara, kanser ovari yang memerlukan test BRCA gene yang berharga lebih kurang RM1800.00. Dan yang terakhir sepatutnya pihak Tabung Darul Iman lebih mempromosikan agar rakyat di Negeri Terengganu ini lebih ramai yang menyumbang untuk Tabung Darul Iman.

Isu yang ketiga yang ingin saya sebutkan Dato’ Yang di-Pertua Dewan ialah kalau kita melihat berkenaan dengan sumber hasil baru yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar semalam, kalau sekarang ini kita sebut tentang royalti Petroleum tetapi sepatutnya Negeri Terengganu kita sudah boleh bergerak daripada keberharapan pergantungan kepada Industri Petrol Karbon kepada Hub Tenaga Hijau dan tenaga-tenaga yang boleh diperbaharui kerana kita ada sumber yang boleh membantu untuk kita terkehadapan dalam perkara ini. Sebagai contoh inisiatif yang telah diperdengarkan semalam, inisiatif Pelan Induk Tenaga Hijau (PITiH), Pembangunan Green Industrial Park dan Hub Stesen Pengecasan Electric Vehicle kenderaan elektrik patutnya menjadi satu keutamaan agar kita hari ini selari dengan permintaan pemain industri dunia yang mula bercakap mengenai environmental, social, and governance investment (ESG) dengan izin, Dato’ Yang di-Pertua Dewan. Sebab itu, dia bukan sahaja kita materikan, kita catat dalam buku yang kita sebut dalam Buku Bajet kita tapi kita kena berusaha dari sekarang supaya kita boleh mengurangkan kebergantungan kita kepada Industri Petrol Karbon.

Yang seterusnya, saya ingin menyebut berkenaan dengan pemerkasaan ekosistem sukan. Alhamdulillah kita tahu bahawa kita Terengganu ini memang nelang ah dalam bab sukan, bagaimana kita pun kalau dalam bab sukan bola sepak baru ini kita dah boleh gi ke Final Piala Malaysia, sukan basikal baru ini saya tengok bagaimana ada atlet basikal Negeri Terengganu sudah layak untuk menjadi peserta pertandingan di peringkat kejohanan di peringkat Olimpik kejayaan dunia. Jadi ini satu benchmark yang telah kita letakkan dan kita pun semalam sebut bahawa kita nak letakkan Terengganu ini sebagai Johan SUKMA 2024. Cuma satu perkara yang kita kena lihat bagaimana kita nak kukuhkan lagi ekosistem sukan dalam negeri. Kalau kita tengok bidang sukan dia tidak melibatkan atlet sahaja, dia ada pengurus pasukan, dia ada jurulatih, dia ada pengadil, dia ada orang-orang yang terlibat dalam bidang sains sukan, sebagai contoh pakar fisioterapi bahagian fisioterapi, bahagian dietician kalau kita tengok contoh sukan bola sepak, baru-baru ini kita juara TFC dua, juara bawa balik piala MFL ke Negeri Terengganu, kali pertama piala itu dipertandingkan, di sana kita melihat bagaimana nama Hairuddin Omar naik kan sebagai seorang jurulatih kelahiran Negeri Terengganu, cuma persoalannya bagaimana kita nak melahirkan jurulatih-jurulatih lain lain, manager-manager yang ada kemampuan sebagaimana beliau. Kalau kita melihat dalam bidang pengadilan, kita pernah ada seorang namanya Cikgu Suhaimi asalnya orang Dungun, pernah menjadi pengadil FIFA, pernah mengadili piala dunia kan walaupun sebagai pengadil keempat, tetapi sekarang seolah-olah kita meminggirkan bidang ini, ramai yang di antara orang bawah-bawah ini dia berharap kepada bidang pengadilan, cari duit seriya samah kalau ada kejohanan-kejohanan, kalau orang buat apa padang sintetik tiap-tiap malam bayar juga untuk pengadil apa semua, cuma persoalannya bagaimana nak jaga kebajikan mereka dan nak upgrade supaya mereka mendapatkan sijil yang sah diiktiraf di peringkat dunia dan kita juga sekarang kekurangan pengadil dalam bidang sukan bola sepak pantai dan bola sepak futsal yang mempunyai undang-undang pertandingan yang berbeza.

Yang di-Pertua

Yang Berhormat Sura, panjang lagi ke?

Yang di-Pertua

kalau panjang lagi kita sambung petang ini

dok, sikit lagi, sikit lagi nak tutup dah. Isu terakhir nak sebut berkaitan dengan peningkatan sumber dan hasil Kerajaan sebab saya dimaklumkan ada dua, beberapa cadangan di peringkat sebelum ini yang tengah dikaji antaranya Enakmen rumah tumpangan yang cadangkan supaya ada cukai pelancongan, yang mana kita akan dapat cukai daripada orang yang menginap di hotel-hotel kita. Cuma masalahnya cadangan ini hanya setakat cadangan. Kajian ini hanya setakat kajian. Sekarang ini kita nak supaya kajian ini kena dijelmakan segera dan menjadi satu bentuk pelaksanaan untuk mengukuhkan lagi hasil Kerajaan. Saya juga mohon kepada Kerajaan Negeri agar buat satu polisi yang mesra pada pelabur, saya nak ambil contoh sikit sahaja Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, kalau kita ada satu pelaburan swasta nak buat perumahan di DUN Sura dia memerlukan masa lebih kurang lima tahun untuk dapat kelulusan. Jadi ini menyebabkan pelabur kadang-kadang tidak mesra kepada kita dan tidak berhasrat untuk mari melabur di tempat kita nanti. Sebab itulah waktu pun dah pukul satu sukalah Sura menamatkan perbahasan pada tengah hari ini dan akhirnya Sura mohon mencadang Belanjawan 2024.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Sura, Yang Berhormat Sura beruntung dah hari ini. Dua kali dah berucap tak apa terima kasih semua. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Ketua-ketua jabatan, para pemerhati saya tangguhkan sementara Dewan ini dan sambung semula pada pukul 2.30, kita tangguhkan dengan Surah Al Asr dan Tasbih Kaffarah.

DEWAN DITANGGUHKAN PADA PUKUL 1.01 PETANG

PUKUL 2.30 PETANG

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat Wakil Kerajaan, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, para pemerhati

sekalian, mesyuarat kita disambung semula. Perbahasan Enakmen Perbekalan 2024 diteruskan dan saya menjemput Yang Berhormat seterusnya untuk menyampaikan ucapan dan membahaskan bajet yang telah dibentangkan. Sila, Hulu Terengganu. Sila, Telemung, minta maaf. Wakil Telemung dipersilakan.

Mohd Zawawi bin IsmailBERSATU · PNTelemung

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Yang dihormati Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, rakan-rakan Ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, tuan-tuan, puan-puan sidang hadirin sekalian. Alhamdulillah syukur kita kepada Allah Subhanahu Wa Taala kerana pada hari ini kita diberi peluang hadir dalam Sidang Dewan ini untuk membentangkan Bajet, untuk membahaskan Bajet Negeri Terengganu kali ini. Jadi mula-mulanya saya telah wat pantun, ingat nak mulakan pantun, saya ingatkan Dato’ Yang di-Pertua yang pengerusikan Sidang, tapi Timbalan Yang di-Pertua, jadi batallah pantun ni ork. Lain, tune lain doh.

Timbalan Yang di-Pertua

Dakpe-dakpe, teruskan.

Mohd Zawawi bin IsmailBERSATU · PNTelemung

Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut sama membahaskan Bajet Belanjawan Negeri Terengganu pada tahun hadapan. Terlebih dahulu saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar kerana telah berjaya membentang satu Bajet yang saya rasa hebat, hebat jugaklah ya, untuk Negeri Terengganu ini, setelah sebelum ini Bajet yang kita buat sebelum-sebelum ini telah pun berjaya menunaikan semua janji-janji ataupun Manifesto pilihan raya yang lalu dan kali ini kita fokus kepada Bajet yang bertemakan Meneraju Era Baharu Terengganu, dengan tiga fokus utama iaitu Memperkukuhkan Keberkesanan Kerajaan. Yang kedua, Mempelbagaikan Sumber Kekayaan. Yang ketiga, Menyejahterakan Kehidupan Rakyat. Di semua lapisan masyarakat perlu berperanan untuk mencapai tujuan Bajet kita ini. Meskipun kalau kita lihat jumlah Bajet ini agak berkurang sedikit berbanding dengan tahun lepas, namun ia saya rasakan sudah memadai untuk kita

memastikan kita Negeri Terengganu ini akan menjadi sebuah negara maju pada satu hari nanti. Insya-Allah.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya berdiri pada hari ini tak nak ulas panjanglah pasal Bajet ini, kerana kita biarkanlah rakan-rakan kita yang lain untuk kita bahaskan. Saya ke sini mewakili rakyat DUN Telemung, bukan DUN Hulu Terengganu, Timbalan Yang di-Pertua, DUN Telemung, di mana saya hari ini ingin menyuarakan beberapa perkara yang disuarakan oleh rakyat saya, di mana sebelum ini sebagaimana yang kita tahu kawasan saya ni kawasan yang daripada dulu sampai ke sebelum ini EXCO sokmo, kawasan EXCO sokmo, jadi EXCO berpeluanglah untuk membahaskan bajet-bajet ini. Jadi inilah saya kali pertama mungkin, sebagai Wakil Telemung yang tak jadi EXCO ni untuk saya bawa suara, suara dari rakyat Telemung, kerana kita ketahui Telemung ini, kami ini, Timbalan Yang di-Pertua kami ini kawasan pedalaman. Kami kawasan kampung, kami kawasan hulu, kami kawasan luar bandar. Jadi mungkin dari segi pembangunan ke, dari segi apa-apa yang berkaitan dengan kemajuan. Mungkin kita agak… orang miss pandang, dengan izin, mungkin bagi sesetengah kita dapati bahawa kita terlihat di Telemung ni napok orang kurang pandai sangat berbanding dengan kawasan-kawasan bandar.

Timbalan Yang di-Pertua

Tapi beza tu. YB sebut kawasan DUN Telemung ni sebelum ni EXCO sokmo. Sepatutnya bila YB gi kawasan tu takdok masalahlah sebab sebelum ni EXCO peruntukan lebih.

Mohd Zawawi bin IsmailBERSATU · PNTelemung

Tu saya nak kabo ni. Saya nak kabo ni apa yang berlaku di kawasan EXCO ni. Kawasan dulu EXCO yang kita kata di Telemung sejak dari tahun 1974 seingat saya, sampai ke tahun 2018, EXCO sokmo, ork? EXCO sokmo. Jadi, maknanya kita kata selama berbelas tahun, hampir 40 tahun, lebih, apa yang terjadi di kawasan Telemung ini. Pertama saya nak nyatakan di sini, perkara-perkara yang utamanya hari ini yang saya nak nyatakan di sini ialah berkaitan dengan banjir. Banjir ini memang semacam, kata orang semacam kewajipanlah, di Telemung ini kewajipan, tiap-tiap tahun banjir. Mari akhir tahun, musim tengkujuh, musim hujan lebat ni, banjir. Tapi alhamdullilah tahun ini tak banjir lagi. Kita harap dok banjirlah. Insya-Allah, atas keberkatan Kerajaan kita hari ini, harap dok banjir kerana kali pertama Telemung ini, parti PAS menang. Daripada 60 tahun lebih merdeka, merdeka dok menang lagi. Cikgu Awi boleh menang. Guana Awi? Bisa ork? Boleh menang. Jadi kena beri perhatian lah.

Dok? Kalau tidak, susah gok, wi lebih kurang kan, kalah pulok lepas ini. Dok? Jadi kita haraplah. Berkaitan dengan banjir, saya tak nak terang banyak hal banjir ini. Banjir ni tadi saya dah kemukakan soalan, banjir ini adalah kerana kawasan saya ini zon rendah. Kawasan rendah, memanglah. Tapi kalau boleh Kerajaan fikirkan, apa yang kita sebut tadi, fikirkan kaedah bagaimana kita nak mendalamkan sungai, mendalamkan sungai supaya bila dalam sungai, risiko banjir akan berkurangan. Banjir jugak, tapi tak besar sangatlah, sebab banjir ni banyak yang rugi. Banyak yang rugi, rakyat rugi, macam-macam.

Timbalan Yang di-Pertua

Ada permohonan untuk ambil pasir dok ni? Dokkan Kerajaan nok gi ambil pasir sungai dok tahu nok wak gi mana.

Mohd Zawawi bin IsmailBERSATU · PNTelemung

Sungai ini bukan pasir sahaja, Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Benda lain banyak gok, bukan pasir sahaja. Jadi saya berharaplah, saya berharap agar kerugian-kerugian yang dialami oleh Kerajaan, Kerajaan rugi jugak, banyak Kerajaan rugi, bagi makan, bagi tempat-tempat pindahan, buat kemudahan rosak, banjir ni, rakyat rugi, harta benda. Gajah satu hal dah, kita rugi. Dok habis lagi hal gajah ni. Jadi kita haraplah, kalau di sebelah pantai tu kita buat dengan Kerajaan buat, tebatan pantai dok. Saya tengok, saya minta soalan, nampak ada tulis situ, hampir RM1 bilion Kerajaan belanjakan untuk tebatan laut, RM1 bilion, banyak tu. Kita takmboh banyak, Hulu Terengganu takmboh banyak, sebab kita Hulu Terengganu takdok pantai, Pantai Ali adalah, tak dok pantai, jadi kita sungai kita ada. Kalau boleh Kerajaan tengoklah, bersama JPS, kita tengok usaha mendalamkan sungai kerana boleh mengurangkan risiko banjir. Insya-Allah.

Yang kedua yang saya nak sebut di sini ialah berkenaan dengan Tasik Kenyir. Takdok masa doh tu. Enam minit lagi. Tasik Kenyir ini satu perkara yang saya haraplah Kerajaan tengok juga dari segi unjuran pelancongan, pelancong yang datang ke Kenyir dulu saya ingat paling klimaks tahun berapa dok ingat lebih kurang 600,000 orang datang. Hari ini saya ingat data yang terbaru ni, baru 200,000 paling ramai.

Hokni ada masalah ada sebab berlaku pengurangan. Begitu juga di Sekayu, di Taman Sekayu itu, di Taman Pertanian Sekayu tu, saya ada buat data unjuran dia, tengok paling ramai dulu 120,000 orang tapi hari ini 10,000 je pengurangan banyak. Jadi kita haraplah Kenyir, kita korban banyak, kita rakyat Hulu Terengganu berkorban banyak harta,

dengan kampung kena pindah, dengan kerugian dari segi flora faunanya, dengan kerugian mungkin galian banyak mungkin sebab saya difahamkan di Telemung ini, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, kita di Telemung ni sebenarnya tu duduk di Telemung tu duduk atas pitih atas duit katanya. Jadi kita haraplah, kita harap Kerajaan tengok jugalah supaya ada usaha sesuatu dibuat oleh Telemung dan Telemung ni telah banyak berkorban, kedua korban tanah, Kenyir tu lebih kurang 38,000 hektar. Kemudian tanah pulok yang berkaitan dengan Kenyir 177,000 hektar lebih kurang dalam 200,000 hektar lebih kita korban, kalau daratan ni Hulu Terengganu campur dengan Marang campur Kuala Terengganu baru tanah kita korban untuk Kenyir sahaja. Jadi kita haraplah TNB terutamanya, TNB kita dapat hasil banyak, untung banyak, kita harap TNB saya akan ulang acap kali sebab TNB tak menampakkan lagi usaha untuk membangunkan Telemung khususnya. Sebab kalau tengok PETRONAS, PETRONAS buat bandar di Kerteh, di Kemaman, di Bintulu PETRONAS buat, apa salahnya di Hulu Terengganu TNB juga buat se bandar, bandar TNB ada kemudahan, perniagaan, perumahan, buat universiti UNITEN ke, bagi nak topup kepada bandar tu, apa salahnya bukan banyak pun, dok? Untung banyakkan beri ar sikit kepada rakyat hok duk Telemung khususnya. Jadi saya ringkaskan ucapan saya ini berkaitan dengan Taman Pertanian Sekayu, yang saya sebut tadi. Saya tengok baru ni, Allah sedih tengok yang dibina tahun 1982 yang dirasmikan oleh Perdana Menteri pada masa itu, Dato’ Seri Tun Dr. Mahathir bin Mohamad yang rasmi, kemudian hari ni adik kakak sekalian jadilah angka daripada 120,000 orang boleh datang sini sekarang tinggal 10,000 orang je, hancur. Minta maaflah minta Jabatan Pertanian tengoklah, Taman Pertanian Sekayu ini kerana hari ini saya tengok tak dok apa yang bagusnya, nak tunjuk gambar, gambar kecil sangat ini, nak tunjuk gambar dewan makan hancur, asrama hancur, gelongsor air dan kolam renang hancur, rumah fertigasi dan rumah pembenihan ikan hancur, taman rekreasi hancur, ni tengok sedih tengok dengan rumputnya semak samun, dengan panjang mendaung, jadi sedih tengok, jadi kena tengoklah supaya ada pembelaan kerana ini kerana sebahagiannya dalam ucapan Bajet yang MB umum semalam, jadi hok perkara 10 muka surat 11 tu disebut bahawa industri pertanian perlu diperkasakan dengan kepelbagaian produk, ketersediaan kemudahan dan bermacam-macam sumber jayanya untuk menarik pelancong. Saya sebut tadi, Timbalan Yang di-Pertua sebut tadi, 10 juta orang akan hadir ke Terengganu pada tahun baru ini, dah hadir ke Terengganu, kita bukan makin ramai tapi makin kurang, jadi kerana pelancong datang sekurangnya memberi impak kepada rakyat di bawah sana orang berniaga boleh, penginapan dapat, pengangkutan dapat dan

sebagainya. Jadi itulah harapan Hulu Terengganu hari ini sebab kita nok hok lain tak dok doh, pelancongan je antara ada peluang yang kita boleh membantu rakyat di bawah sana untuk meneruskan kehidupan mereka untuk mencari sebahagian daripada hasil pendapatan mereka. Jadi itulah antara yang saya nak sebut di sini, kita haraplah Taman Pertanian Sekayu dan Air Terjun Sekayu, lupa sebut tadi Air Terjun Sekayu pun juga kita perlu lihat kerana dulu Air Terjun Sekayu menjadi idola ramai orang datang tapi lening 10 orang sehari mujur, tak dok orang datang ini kerana faktor-faktor alam.

Akhirnya, saya nak sebut di sini ialah berkaitan dengan capaian internet di kawasan kita Hulu Telemung ni, masih banyak kawasan yang kata orang yang masih belum dapatan capaian internet yang baik doh duk duk main gini ye main gane ye main musing-musing internet jadi dapat dok dapat. Jadi kita haraplah supaya sebab hari ini internet satu antara kemudahan yang sangat penting bagi rakyatlah jadi saya rasa saya banyak lagi nak sebut ini tapi kerana masa tidak mengizinkan jadi saya rasa itulah antara perkara yang saya ingin sebut di sini dan kita haraplah pihak Kerajaan boleh melihat balik apa yang perlu dibantu pada Telemung ini. Kena tengoklah dalam buku ni pun saya tengok tadi, cari-cari dalam buku Bajet dok jupe Telemung, dok jupe perkataan Telemung makna tak dok jadi kita haraplah biar ada lah perkataan DUN Telemung tu ada dalam buku Bajet ni supaya rakyat di bawah saya kerana akan beri kepercayaan kita undi PAS kali ini pun ada juga boleh faedah jangan macam UMNO tu, dok? Tinggal perumahan sakit di Kuala Ping, tinggal kebetulan saya ambik Telemung sakit belaka. Sekayu sakit, Kuala Ping sakit, Kenyir nung RM500 juta habis, setengah bilion habis nung apa nak jadi nung Pulau Bayas nung UMNO punya kerja ni RM500 juta

Haji Hanifah bin MatPAS · PNCukai

UMNO pun sakit cikgu.

Mohd Zawawi bin IsmailBERSATU · PNTelemung

jadi banyak. Jadi saya rasa itu sahaja minta maaf banyak, terima kasih banyak dan saya mohon menyokong Bajet yang kali ini, sekian.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Wakil Telemung kerana telah menepati masa. Saya menjemput mana-mana Ahli Yang

Berhormat yang nak meneruskan perbahasan, sila Wakil Batu Rakit. 15 minit ya.

Mohd Shafizi bin IsmailPAS · PNBatu Rakit

Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat EXCO-EXCO, Yang Berhormat ADUN-ADUN, Ketua-Ketua Jabatan dan wakil-wakil Jabatan dan seluruh pemerhati muslimin dan muslimat yang saya kasihi.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, izinkan saya mulakan perbahasan ini dengan membaca sepotong ayat al-Quranul Karim.

“Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam (manusia) dan Kami telah berikan kepada mereka menggunakan pelbagai kenderaan di daratan dan di lautan, dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka daripada sumber yang baik-baik serta kami telah lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna ke atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan”.

Ayat ini menunjukkan betapa agungnya Allah Subhanahu Wa Taala yang memuliakan dan memberi kelebihan yang sempurna kepada hamba-Nya yang bernama manusia ini sehingga Dia Allah menundukkan apa-apa sahaja di yang ada di bumi dan di lautan untuk kepentingan manusia sehingga manusia mampu melakukan apa sahaja yang dia mahu melalui akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wa Taala. Maka saya mengajak semua supaya bersyukur di atas anugerahnya ini dengan bersikap amanah terhadap pemberiannya ini. Insya-Allah.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri Terengganu telah menunjukkan contoh yang terbaik kepada masyarakat, bahkan kepada negara

sepanjang tempoh pemerintahan lima tahun yang lalu dengan melaksanakan semua janji manifesto secara adil tidak mengira warna kulit dan bentuk bendera. Selama satu penggal, kita terus menerus mengajak rakyat supaya kembali kepada ajaran Islam yang sempurna yang melengkapi seluruh kehidupan sebagaimana firman Allah Subhanahu Wa Taala

“Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam agama Islam secara keseluruhannya.”

Alhamdulillah sekarang kita sedang menikmati nikmat Islam ini bukan sahaja dalam ibadat, bahkan dalam pentadbiran Kerajaan. Kita telah meletakkan asas dosa dan pahala di hadapan dengan moto kita “Maju, Berkat dan Sejahtera”. Alhamdulillah dan tahniah kepada pegawai-pegawai serta penjawat-penjawat awam yang bekerja dan seluruh rakyat yang mengundi Parti Islam Semalaysia (PAS).

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, sebelum saya teruskan ucapan saya, saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu, APM dan Jabatan Laut yang kelmarin sanggup meredah ombak besar untuk menyampaikan bantuan pengkalan hadapan kepada penduduk Pulau Redang DUN Batu Rakit. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Batu Rakit juga menyokong penuh Usul yang dibawa oleh ADUN Sura tadi. Sebenarnya adalah menjadi kewajipan kepada seluruh umat Islam membantu sahabat-sahabat kita yang sedang dizalimi di Palestin sehingga mengorbankan belasan ribu syahid. Alhamdulillah menariknya peristiwa ini berlaku dan menyebabkan ia membuka mata seluruh masyarakat dunia bahawa Yahudi Zionis ini adalah organisasi jahat dan zalim. Tidak berperikemanusiaan yang perlu diambil tindakan tegas ke atas mereka walaupun kerajaan-kerajaan dalam dunia ini tidak bersama dengan rakyat mereka, dalam masa yang sama kumpulan pejuang di Palestin adalah kumpulan yang benar yang menuntut hak tanah air mereka. Bukanlah mereka ini terrorist. Dan sebenarnya mereka ini adalah kumpulan bagaimana yang disebut oleh Rasulullah,

( )

“Masih ada kalangan umatku kumpulan yang tegak bersama kebenaran, berani menzahirkan diri terhadap musuh dengan gagah perkasa tidak boleh dikalahkan oleh sesiapa yang menentang atau yang mengecewakan mereka, mereka terus menerus berjuang sehingga datangnya keputusan Allah dalam keadaan mereka terus bersama dengan perjuangan Islam. Lalu para sahabat bertanya: Siapakah mereka itu wahai Rasulullah? Sabda Rasulullah . Mereka itu ialah yang berada di Baitul-Maqdis dan yang dikelilingi di Baitul-Maqdis”

Seterusnya saya mulakan dengan perbahasan ini untuk menyentuh sektor pertanian. Saya ingin mendengar sedikit pandangan Kerajaan Negeri berkenaan dengan peningkatan harga benih padi yang sangat tinggi harganya. Apakah sebab ia berlaku dan apakah tindakan Kerajaan Negeri terhadap isu ini. Saya harapkan supaya Kerajaan boleh jawab selepas ini.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, seterusnya merujuk kepada buku ringkasan Ucapan Bajet Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar perkara 93 berkenaan dengan Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang. Saya mencadangkan supaya dimasukkan juga anugerah kecemerlangan untuk Sijil UPSRi, Sekolah Rendah Agama Rakyat dan Sijil Syahadah Tsanawiyah Sekolah Menengah Agama Rakyat serta biasiswa untuk mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kerana saya berpandangan mereka ini sebenarnya adalah aset yang sangat bernilai untuk Kerajaan Negeri. Bahkan pelajar-pelajar ini sebagai pelapis kepimpinan Kerajaan untuk masa yang akan datang.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, merujuk perkara 29 ringkasan Ucapan Bajet Yang Amat Berhormat berkenaan dengan selenggara kemudahan sukan. Saya ada beberapa cadangan. Fasiliti sukan dalam DUN Batu Rakit supaya dimasukkan juga dalam list yang perlu diselenggara, antaranya Padang Futsal di Kampung Padang Kemunting, Padang Futsal di Kampung Gong Sekolah dan Padang Futsal di Kampung Wakaf Cagak.

Merujuk kepada perkara 34, CSR pertanian dan perikanan. Saya ingin mencadangkan bantuan-bantuan kebajikan seperti ini dilibatkan juga secara langsung dengan Pusat Khidmat Masyarakat ADUN supaya ia dalam perhatian dan makluman ADUN dan JPKK setempat. Seterusnya perkara yang ke 48, membangunkan kawasan industri. Untuk makluman Dewan semua, Batu Rakit

mempunyai 178 hektar tanah industri di Kampung Mengabang Panjang sebagaimana yang telah dimaklumkan oleh Kerajaan sesi lepas dalam Dewan yang mulia ini. Antara tanah industri yang belum lagi dibangunkan, maka saya mencadangkan supaya ianya juga berada dalam senarai perlu dibangunkan segera dan sebagai pilot projeklah. Saya berpandangan untuk perkara ini, saya cadangkan di sana ada kilang sawmill atau kilang kayu yang berada di Kampung Mengabang Telong yang sekarang ini berhadapan dengan aduan pencemaran habuk perlu dialihkan. Jadi saya cadangkan alihkan ke tanah industri yang telah kita sediakan di Kampung Mengabang Panjang ini.

Seterusnya merujuk kepada perkara 66 berkenaan dengan menaik taraf masjid. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, sebenarnya agak lama penduduk Kampung Maras inginkan masjid baru. Setelah masjid lama sekarang hampir runtuh kerana dimakan anai-anai. Dan dimaklumkan Kerajaan sebelum ini telah meluluskan bajet untuk bangunan masjid ini. Tetapi wallahu a'lam sehingga kini masih belum dilaksanakan oleh Kerajaan UMNO dulu. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya sendiri sudah mengambil tindakan bersama Pejabat Daerah dan Tanah untuk menyediakan tapak baru masjid ini. Sekarang alhamdulillah lot tanah yang untuk tapak masjid ini sudah diluluskan. Jadi saya mohon pihak Kerajaan Negeri luluskan peruntukan untuk pembinaan Masjid Kampung Maras ini. Seterusnya perkara 111 berkenaan dengan naik taraf fasiliti Kerajaan. Saya cadangkan supaya fasiliti di bawah Pejabat Daerah yang wujud di kampung-kampung juga perlu dinaik taraf termasuk dewan-dewan sivik dan dewan balai raya JPKK. Di Batu Rakit ada satu balai raya dan satu dewan sivik yang perlu dinaik taraf iaitu balai raya Gong Sekolah dan..

Timbalan Yang di-Pertua

Tiga minit lagi ye.

Mohd Shafizi bin IsmailPAS · PNBatu Rakit

dan Dewan Sivik Batu Rakit.

Timbalan Yang di-Pertua

Tiga minit lagi Wakil Batu Rakit.

Mohd Shafizi bin IsmailPAS · PNBatu Rakit

Ye insya-Allah, saya rasa sedang molek kot. Sebenarnya sudah menjadi keperluan di kampung-kampung, adanya pusat pentadbiran sendiri seperti balai raya atau dewan serba guna. Saya lihat masih banyak lagi JPKK yang tiada balai raya

dan ada yang sudah ada tetapi dimiliki oleh parti UMNO, dijadikan sebagai markasnya kerana tanahnya adalah milik persendirian dan ada yang diguna pakai oleh tadika dan sebagainya. Jadi, di sini bukan saya nak minta supaya halau pelajar tadika itu, tidak. Saya minta, saya mohon pihak Kerajaan ambil perhatian secara menyeluruh atas perkara ini. Biar selesaikan masalah yang berlaku di peringkat JPKK.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, akhir sekali saya mohon Kerajaan Negeri dan juga JPS Negeri memberi perhatian penuh terhadap projek breakwater yang sedang dalam progres di persisiran pantai Telipot, Batu Rakit supaya ia berjalan lancar walaupun ia di bawah Kerajaan Federal kerana saya bimbang berlaku sebagaimana sebelum ini, Kerajaan telah membelanjakan sebanyak lebih RM6 juta untuk projek Beach Nourishment, tambatan pasir di Pangkalan Maras tapi pasirnya hilang begitu sahaja dibawa arus ombak walaupun dikatakan telah dibuat kajian sebelum dilaksanakan projek itu.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, inilah sahaja ucapan dan permohonan daripada Batu Rakit. Akhir sekali saya menyokong penuh Bajet yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga menyokong penuh cadangan Wakil Seberang Takir tadi, Timbalan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Batu Rakit.

Kalau sebut awal sokong, Batu Rakit mungkin saya tambah lima minit lagi. Ni kabo hujung doh. Ada mana-mana Wakil lagi yang nak berucap, dipersilakan. Wakil Rantau Abang, sila.

Mohd Fadhli Rahmi bin ZulkifliPAS · PNRantau Abang

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang

Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, tuan-tuan dan puan-puan, hadirin hadirat yang dirahmati oleh Allah Taala sekalian, saya mulakan ucapan perbahasan saya pada hari ini dengan firman Allah Subhanahu Wa Taala:

• “Berkata Nabi Yusuf agar kamu bercucuk tanam tujuh tahun berturut-turut sebagaimana biasa kemudian apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkan di tangkainya kecuali sedikit untuk kamu makan. Kemudian setelah itu akan datang tujuh tahun yang sangat sulit, yang menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan”.

(Surah Yusuf Ayat 47-48)

Alhamdulillah, pertama saya memanjatkan setinggi-tinggi ucapan syukur kepada Allah Subhanahu Wa Taala yang telah memberi peluang dan ruang untuk kita bersama-sama di dalam Dewan yang mulia ini, untuk berbincang dan berbahas demi menjaga kepentingan agama, rakyat dan Negeri Terengganu yang tercinta ini. Semalam, kita telah mengikuti secara keseluruhan Ucapan Pembentangan Bajet bagi tahun 2024 oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Bajet yang bertemakan “Meneraju Era Baharu Terengganu”. Dalam menghadapi cabaran pentadbiran semasa, kita melihat Kerajaan Negeri dalam Bajet semalam telah membentangkan idea-idea baharu yang pada hemat saya sungguh bersemangat dan terus maju ke hadapan dengan tiga fokus iaitu Memperkukuhkan Keberkesanan Kerajaan, Mempelbagaikan Sumber Kekayaan dan Menyejahterakan Kehidupan Rakyat. Berdasarkan laporan keadaan semasa yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar juga, kita dapat melihat cabaran dan kejayaan yang telah dicapai oleh Kerajaan Negeri sehingga hari ini. Cabaran akan sentiasa ada dan mudah-mudahan ianya menjadi asbab kepada kekuatan Kerajaan Negeri Terengganu di masa akan datang.

Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar ada menyentuh secara khusus di dalam fokus yang pertama, Memperkukuh Keberkesanan Kerajaan iaitu berkenaan peranan yang boleh dimainkan oleh DUN Belia dan Akademi Al-Fateh. Keterbukaan pihak Kerajaan Negeri dalam menggilap anak-

anak muda sebagai pelapis di masa hadapan adalah satu usaha yang tepat menghadapi ujian kepimpinan di masa ini dan menjadi pemimpin di kala ini adalah suatu ujian yang amat dahsyat. Dunia di hujung jari dan pembunuhan jiwa boleh berlaku tanpa belas kasihan. Bahana dunia tanpa sempadan memerlukan pembinaan jiwa insan yang kental, mahir dalam kepimpinan, bijak dalam pengurusan dan pendidikan serta berpandangan jauh dalam pembangunan politik. Sebagai seorang anak muda, saya melihat ianya satu langkah ke hadapan yang diambil secara serius oleh pihak Kerajaan Negeri dalam membina tokoh-tokoh baharu untuk ditawarkan kepada rakyat di Negeri ini.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, di dalam fokus yang kedua, Mempelbagaikan Sumber Kekayaan, saya mengira ada 27 inisiatif pihak Kerajaan Negeri dalam mempelbagaikan sumber kekayaan ini. Di antara perkara yang menarik perhatian ialah berkenaan tanah-tanah rezab yang terbiar yang bakal dioptimumkan penggunaannya menerusi pembangunan Taman Kekal Pengeluaran Makanan, padang ragut dan Zon Industri Akuakultur. Saya percaya, sekiranya tanah-tanah ini dimajukan dan dibangunkan maka ia akan memberi peluang ekonomi kepada DUN-DUN di Negeri ini. Kita telah melihat kejayaan demi kejayaan yang ditunjukkan oleh Yang Berhormat EXCO Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Negeri dalam membina amalan pertanian baik atau dengan izin good agricultural practices gap. Terengganu telah menyerlahkan keupayaan dalam memastikan pengeluaran hasil pertanian berkualiti dan selamat dimakan. Sebagai contoh kutipan dari sinarharian.com.my., Terengganu menyenegeri pertama keluar beras ada sijil MyGAP bertarikh 7 September 2023. Tahniah kepada Yang Berhormat EXCO. Kita berharap agar inisiatif ini dapat diperluaskan kepada DUN-DUN yang ada di negeri ini mengikut kesesuaian dan peranannya.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, fokus yang ketiga menyejahterakan kehidupan rakyat. Terdapat 20 tindakan yang telah diambil dan bakal diperkasakan di dalam Bajet 2024. Saya mengira dengan kemenangan total pada PRU ke-15 yang lalu dan insya-Allah kemenangan juga untuk PRK Kemaman nanti saya mengira rakyat Negeri Terengganu telah memberi signal yang jelas kepada Kerajaan Negeri untuk menjadikan Islam sebagai gaya hidup. Inisiatif untuk mengangkat masjid menjadi pusat ilmu dan aktiviti masyarakat akan menambahkan lagi kefungsian rumah Allah Subhanahu Wa Taala ini.

Bahkan inilah yang dituntut dalam agama sepertimana yang dikandung dalam sirah-sirah Islam. Di masjid ini kita dapat lihat beberapa masjid di negara kita ini sudah menjadi pusat tumpuan masyarakat. Solat berjemaahnya hebat, aktivitinya banyak dan kebajikannya juga mantap. Antara yang terkenal boleh disebutkan seperti Masjid Al-Bukhro di Merbok, Kedah dan Masjid Temerloh Jaya, saya percaya kita juga mampu untuk menggembleng kekuatan bagi mengangkat martabat masjid dengan memperhebatkan program-program dan aktiviti-aktiviti masyarakat di rumah Allah Subhanahu Wa Taala ini. Perhatian yang serius mungkin boleh dicadangkan kepada masjid-masjid yang berada di laluan musafir.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya yakin dengan apa yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dalam Belanjawan kali ini mampu memberi impak yang positif kepada khalayak ramai terhadap tiga fokus yang disebutkan tadi iaitu Memperkukuhkan Keberkesanan Kerajaan, Mempelbagaikan Sumber Kekayaan, dan Menyejahterakan Kehidupan Rakyat.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya kira inilah sahaja ucapan yang boleh saya sampaikan sebagai ucapan perbahasan yang menyokong Bajet 2024 ini. Saya sekali lagi merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar Terengganu di atas inisiatif yang ditawarkan melalui Bajet 2024. Saya kira Bajet 2024 ini benar-benar menepati apa yang dimahukan oleh rakyat Negeri Terengganu dan saya berdoa agar Allah Subhanahu Wa Taala mengurniakan Negeri Terengganu ini sebagai negeri yang terus Maju, Berkat dan Sejahtera. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Wakil Rantau Abang mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Wakil Rantau Abang. Terima kasih kerana mengambil masa yang kurang daripada yang ditentukan dan ini akan memungkinkan untuk kita memberi ruang yang lebih banyak kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain yang nak berbahas. Saya bercadang untuk petang ini kita habiskan lima orang lagi pembahas dan yang selebihnya kita sambung pagi esok. Jadi saya buka kepada mana-mana Ahli-ahli Yang Berhormat yang nak membahas sila bangun. Terima kasih. Wakil Bukit Besi sila.

Ghazali bin SulaimanPAS · PNBukit Besi

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Mesyuarat Negeri Terengganu, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan, Ketua-ketua Jabatan, pegawai-pegawai, pemerhati, rakan media dan semua yang hadir pada sidang Dewan sekalian. Alhamdulillah pertama di Dewan yang serba indah ini saya ingin melahirkan perasaan syukur kepada Allah Subhanahu Wa Taala atas kurniaNya mengizinkan saya berada dalam Mesyuarat Kedua Penggal Persidangan Pertama bagi mendengar dan membahaskan ucapan Belanjawan 2024. Tahniah dan syabas atas ucapan Belanjawan yang didengar semalam yang disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, dengan tajuk “Meneraju Era Baharu Terengganu” bagi membina masa depan Negeri Terengganu yang kita cintai.

Alhamdulillah setelah kita memerhatikan Buku Dewan yang tebal ini dengan tiga fokus utama, 10 sasaran strategi dan 116 inisiatif yang ditawarkan dalam Buku Belanjawan yang telah dibentangkan semalam. Alhamdulillah dalam penelitian yang kita dapati di buku yang dibentang kepada kita dalam sehari yang lepas. Alhamdulillah beberapa pemerhatian khusus kita padatkan dalam perbincangan kita yang mana kita perhatikan tiga fokus utama digariskan dalam belanjawan lepas iaitu Memperkukuhkan Keberkesanan Kerajaan, Mempelbagaikan Sumber Kekayaan dan Menyejahterakan Rakyat.

Berdasarkan Jabatan Perangkaan Malaysia kadar pengangguran negeri, kadar pengangguran peringkat nasional sebanyak 4.7% dan tahniah kepada Negeri Terengganu yang menyasar dengan sasaran 3.3% berjaya menggunakan, guna tenaga penuh namun begitu dianggarkan lebih kurang 16,000 rakyat kita yang masih lagi menganggur. Justeru Kerajaan perlu berusaha membuka peluang dan penempatan pekerjaan yang baharu kepada rakyat demi menambah baik infrastruktur dan logistik kawasan-kawasan perindustrian serta menerokai dan mengeksploitasi kelebihan-kelebihan di kawasan yang berorientasikan eksport dan domestik.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan serta Yang Berhormat sekalian sepertimana yang saya pernah sebut dalam Mesyuarat Penggal Pertama yang lepas adalah penting bagi Kerajaan Negeri mempertimbangkan untuk menambah kawasan industri di Terengganu agar pertumbuhan ekonomi kita semakin rancak, kebergantungan kita pada hasil minyak dapat dikurangkan pada masa yang akan datang. Kita perlu mengupgradekan lagi kawasan industri Batu 5 di Paka. Kita juga kena memastikan kawasan industri MGS sekarang ini dalam keadaan lebih sunset industry. Kalau kita perhatikan perlu kita gemblengkan balik kita kena upgradekan balik kawasan industri yang saya sebutkan tadi, alhamdulillah.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Suka saya menyatakan bahawa KDNK Terengganu sebahagian besarnya masih lagi bergantung kepada industri minyak dan gas anggaran hasil kita pada 2023 sebanyak RM1.8 billion dan daripada jumlah tersebut 80% melebihi 80% anggaran hasil Kerajaan Negeri Terengganu diperolehi daripada royalti petroleum iaitu sebanyak RM1.525 bilion. Malahan kebergantungan Kerajaan Negeri terhadap hasil minyak ini bukanlah perkara yang baru kalau kita perhatikan tahun 2013 hasil Terengganu lebih besar daripada hasil negeri Selangor iaitu sebanyak RM2.78 billion berbanding Selangor iaitu ketika itu adalah RM2.1 billion sahaja. Pendapatan besar Terengganu pada tahun 2013 jika dilihat 80% adalah hasil daripada royalti petroleum. Kebergantungan kepada hasil minyak sebanyak 80% ini adalah sesuatu perkara yang merisaukan kita dan mampu memberi kesan buruk dalam tempoh jangka masa panjang. Nauzubillah semoga Allah Subhanahu Wa Taala jauhi kita daripada hal ini. Bayangkan Yang di-Pertua jika hasil bayaran royalti petroleum tidak kita tidak dibuat kelak kita akan mengalami keadaan yang defisit RM1 billion setahun.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, fokus kedua dalam mempelbagaikan sumber kekayaan perlu diambil kira bagi menjamin kestabilan kedudukan kewangan negeri dengan memastikan bahawa pelaksanaan yang dibuat tidak membebankan rakyat dan adil kepada semua. Daerah Dungun dan Kemaman merupakan dua kawasan di dalam negeri ini yang berpotensi mempunyai isu sumber mineral emas selepas posisinya berada di jalur emas yang keempat dan ini diakui oleh Presiden Institusi Geologi Malaysia, Abdul Rasyid Jaafar yang menjelaskan terperinci adalah di Bukit Besi dan Cheneh.

Oleh itu, pembangunan industri mineral memerlukan satu anjakan agar kita tidak hanya menumpukan kepada proses pengasetkan bahan mentah semata-mata dasar dan polisi komprehensif berkaitan mineral negeri perlu diperkemas dan sesuaikan dengan potensi ekonomi dan kelestarian alam sekitar semasa. Integrasi pemegang taruh dan pakar-pakar berkaitan dengan agensi-agensi pusat dan negeri, industri, pengajian tinggi dan penyelidikan, pertubuhan akademik perlu diperhebat serta dikongsi dengan umum dan kita juga Kerajaan Negeri dicadangkan agar menubuhkan akademi bagi memainkan peranan dalam industri mineral, perlombongan dan galian seperti adanya Akademi Sains Malaysia (ASM). Hal ini membolehkan orang awam dan pertubuhan profesional berkaitan memahami aspirasi hala tuju serta berpeluang menyuarakan pandangan berkaitan industri mineral negara, perlombongan dan galian dengan lebih berkesan. Kajian ini membolehkan sesuatu isu berkaitan diselesaikan dengan mengambil kira potensi ekonomi dan kelestarian alam secara bersama.

Kesemua dasar dan polisi yang dirancang ini dilaksana perlu disokong dengan aspek pemantauan, perundangan dan tadbir urus berkesan dengan agensi penguatkuasaan yang berkaitan. Manakala alam dan manusia tidak dapat dipisahkan kewujudan dan saling berkaitan antara satu sama lain. Mineral hadir daripada aktiviti perlombongan dan pengkuarian. Al-Quran secara jelas memperikan kepentingan mineral dan manusia sebagaimana dalam Surah Al-Hadid yang bermaksud;

“Sesungguhnya kami telah mengutus rasul-rasul kami dengan memberi bukti-bukti yang nyata dan kami telah turunkan bersama mereka Al-Kitab dan neraca supaya manusia dapat melaksanakan keadilan dan kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manafaat kepada manusia supaya mereka mempergunakan besi itu dan supaya Allah mengetahui dan sesiapa menurut agamanya dan rasulnya padahal Allah tidak melihatnya. Sesungguhnya Allah maha kuat lagi maha perkasa.

Al-Hadid ayat ke 25.

Maka benarlah tanpa industri sumber mineral, ketamadunan dan kehidupan harian manusia seperti yang ada hari ini mungkin akan terkesan secara menyeluruh. Oleh yang demikian, sama-samalah kita menghargai nikmat kemakmuran kita pada hari ini.

Timbalan Yang di-Pertua serta Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, program melalui CSR Tani yang dibentangkan semalam dan juga termasuk CSR Ternakan, CSR Perikanan perlu diteruskan agar rakyat dapat meneruskan aktiviti harian bagi menyara kehidupan mereka dengan lebih sempurna. Biarlah kita menyediakan joran kepada mereka. Oleh itu, saya mencadangkan supaya Kerajaan Negeri menyediakan penternakan baka ayam kepada penternak untuk dibela supaya mampu memberi nilai tambah pada kegiatan komersial dengan menyediakan di rumah masing-masing. Ayam dan telur sama seperti daging dan seumpamanya bagi menampung pasaran permintaan makanan yang berasaskan protein tersebut.

Bantuan input pertanian dan peralatan untuk pertanian, bantuan pemuliharaan hasil pertanian, bantuan pembenihan dan perikanan serta bantuan pemuliharaan ternakan haruslah diambil kira oleh Kerajaan Negeri dan sebahagian kita maklum antara DUN Bukit Besi merupakan kawasan perindustrian yang agak luas dan memerlukan bantuan mula daripada pertanian itu sendiri. Sidang Dewan yang saya kasihi sekalian, Kerajaan perlu terus berusaha untuk memberi pelbagai inisiatif kebajikan kepada rakyat walaupun kita diuji dengan tekanan dan cabaran luar insya-Allah dengan kebajikan yang kita lakukan akan dibalas ganjaran di sisi Allah Subhanahu Wa Taala insya-Allah. Sebagaimana ayat yang tertera pada Buku Belanjawan semalam.

Barangsiapa yang bertapa kepada Allah nescaya dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberikan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.

Dalam ayat ini diterangkan bahawa Allah Subhanahu Wa Taala akan menghilangkan bahaya dan memberikan jalan keluar bagi orang-orang yang bertaqwa padaNya.

Akhir daripada saya ada sepantun, insya-Allah

Bunga kemboja di atas para, Baunya wangi tidak terkira, Jari disusun maaf dipinta, Andai terkasar tersilap bicara.

Dengan ini Bukit Besi menyokong Pembentangan Belanjawan 2024 dalam menerajui “Era Baharu Negeri Terengganu”.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Bukit Besi.

Dewan bercadang untuk memberi ruang kepada empat orang lagi untuk berbahas untuk petang ini. Walau bagaimanapun saya nampak ramai yang dah kuyu belaka jadi kita ada 1 jam setengah 15 minit untuk setiap pembahas ia akan mengambil masa 1 jam. Jadi oleh kerana itu Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian saya tangguhkan sementara Dewan ini akan disambung semula pada pukul 3.45 petang. Terima kasih.

DEWAN DITANGGUHKAN PADA PUKUL 3.30 PETANG

PUKUL 3.45 PETANG

Timbalan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, mesyuarat disambung semula. Sesi perbahasan terhadap Enakmen Perbekalan 2024 diteruskan dan saya dengan segala hormat dan sukacitanya menjemput Yang Berhormat seterusnya yang ingin membahaskan. Sila.

Haji Mohd Yusop bin MajidBERSATU · PNPermaisuri

,

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan, saya mengambil peluang juga untuk sama-sama turut menyokong Usul yang telah dibawa oleh Yang

Berhormat Sura pagi tadi. Kita tahu bahawasanya apa yang berlaku pada Palestin pada hari ini bukanlah dalam bentuk perang semata-mata, ia adalah berbentuk pembunuhan etnik yang melanda kepada umat Islam dan orang Arab di Palestin. Mengikut sejarah, negara Israel yang telah ditubuhkan oleh orang Yahudi di Palestin adalah dalam bentuk rampasan tanah. Ia bukan dalam bentuk kalau kita lahir semuanya mempunyai surat beranak, ada sejarah tersendiri. Tetapi apa yang berlaku di Palestin seolah-olahnya negara yang tidak ada surat beranak. Kita tahu asal usul orang Yahudi (Bani Israel) ini daripada Mesir, berterabur di dunia sehingga di Ethiopia dan sebagainya, begitu juga di Arab Saudi. Tetapi, akhirnya selepas daripada perang dunia, mereka mengisytiharkan bahawa Bumi Palestin ini adalah sebahagian daripada tanah air mereka. Dan akhirnya pembunuhan etnik berlaku dan menimpa kepada umat Islam pada hari ini yang begitu dahsyat tanpa mengira usia, gender dan sebagainya. Oleh sebabkan itu, Permaisuri turut sama menyokong usul yang telah dibawa oleh ADUN Sura pada pagi tadi.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan, saya ingin menyentuh Bajet yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada hari semalam. Bajet yang begitu padat, bernas demi untuk melihat Terengganu Maju iaitu Meneraju Era Baharu Terengganu. Dalam Bajet tersebut secara ringkas saya ingin membacakan satu petikan ayat Al-quran Firman Allah Subhanahu Wa Taala

Terima kasih Yang di-Pertua.

Sesungguhnya kaum ataupun rakyat Negeri Terengganu ini dalam mempunyai satu sikap berdikari dalam merentasi perjuangan ekonomi, politik dan sebagainya untuk terus maju dan mara ke hadapan. Di dalam pembentangan Bajet yang telah disampaikan semalam, saya ingin menyentuh satu aspek yang telah disentuh oleh Yang Amat Berhormat iaitu penempatan ataupun pulangan daripada hasil pelancongan yang banyak didedahkan dengan sumber-sumber ataupun benda-benda baharu dalam industri pelancongan yang ada di dalam Negeri Terengganu daripada yang sedia ada dan sehingga yang terbaru. Contohnya, baru-baru ini Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan turun ke Setiu melihat sendiri apa yang dikatakan sebagai Wetlands (tanah basah) yang ada di Setiu. Kawasan tanah basah di Setiu ini

untuk pengetahuan ahli-ahli, rakan-rakan Yang Berhormat adalah tanah basah yang bukan sahaja kita dapat melihat dari segi aspek persekitarannya sahaja dengan lagun, dengan bakau dan sumber-sumber yang ada tetapi kawasan tersebut adalah kawasan yang suatu masa dahulu telah mencipta satu sejarah dimana Kuala Setiu, Kampung Payang pecah akibat daripada banjir yang besar sekitar tahun 60-an dulu. Sehinggakan apa yang berlaku di kawasan tersebut yang tinggal sungai-sungai itu dulu adalah kampung yang penuh dengan bangunan-bangunan kerajaan iaitu Imigresen, Kastam, Mahkamah, Balai Polis dan sebagainya. Tetapi, pada hari ini kita lihat kosong, tidak ada apa-apa lagi. Kalau di situ juga kita rasa perkara yang perlu menjadi satu sumber ataupun perkara baru dalam industri pelancongan ialah sejarah, perkara-perkara yang hilang satu masa dahulu dan sampai hari ini tidak kembali lagi sehingga geran-geran ataupun surat milik-surat milik tanah yang ada pada hari ini sudah tak boleh dipakai kerana surat tanah tersebut tempat duduknya di dalam sungai dan juga di dalam laut. Jadi tidak boleh diguna lagi pada hari ini.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh secara ringkas dan juga secara umum di dalam usaha kita untuk melihat Bajet yang telah disampaikan itu akan sampai kepada matlamat yang kita sama-sama idamkan, baik daripada atas sampai kepada peringkat bawah. Ada tiga perkara yang telah difokuskan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk menjayakan Bajet sebagaimana yang disentuh oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar iaitu fokus yang pertama ialah Memperkukuh Keberkesanan Kerajaan, fokus yang kedua ialah Mempelbagaikan Sumber Kekayaan dan fokus yang ketiga ialah untuk melihat Kesejahteraan Kehidupan Rakyat. Kesemua perkara ini saya rasa pada pandangan saya perlu dipertingkatkan ataupun diusahakan secara menyeluruh daripada segenap aspek ataupun lapisan yang terlibat di dalam agenda untuk menjayakan Bajet tersebut. Saya ingin menekankan kepada perkara yang mana secara peribadi saya melihat bahawa sikap rakyat perlu berubah. Kalau dulu kita tahu rakyat di Terengganu ini kadang-kadang merasa selesa dengan sumber-sumber yang ada sebelum ini. Daripada petroleum, kita dapat bantuan, macam-macam bantuan, hari raya dapat bantuan hari raya, sumbangan banjir. Begitu juga dengan hari-hari yang lain, dengan pakaian anak-anak sekolah, kasut sekolah dan berbagai-bagai yang telah diberikan oleh pihak Kerajaan kepada rakyat dan ini menjadi suatu rasa selesa. Sikap selesa rakyat kepada nikmat-nikmat yang telah diberikan oleh Allah Subhanahu Wa Taala melalui petroleum. Jadi, Setiu ingin menyatakan perkara sebegini atas beberapa faktor untuk kita sama-sama kongsi dan kita lihat dalam menjayakan

agenda ataupun kesinambungan hasrat daripada pihak Kerajaan Negeri Terengganu.

Kita lihat bahawa Kerajaan sentiasa berusaha untuk melaksanakan, untuk meningkatkan pendapatan dan ekonomi rakyat dari semasa ke semasa. Namun begitu, masih terdapat juga kesedaran dan perubahan sikap yang tidak berubah dan juga peluang pekerjaan yang diberikan masih difikirkan sebagai sikap rakyat sebagai makan gaji. Sehingga hari ini kita melihat berapa ramai masyarakat daripada luar negara dari Indonesia, Bangladesh, Myanmar dan sebagainya sanggup datang ke negara kita mencari rezeki dan berapa banyak wang negara kita keluar mengalir ke luar negara kerana mereka menghantar pulang pendapatan untuk keluarga mereka di luar sana. Tetapi kita tengok berapa ramai anak-anak muda kita yang kita tengok masih berpeleseran, tidak ada pekerjaan walaupun kita tengok kadar pengangguran di Negeri Terengganu makin berkurangan. Mungkin ramai yang sudah berhijrah ke Kuala Lumpur dan sebagainya dan saya rasa dan saya yakin kita perlu mengambil satu inisiatif baru supaya peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat Negeri Terengganu ini diberi keutamaan tetapi, mereka juga perlu mematuhi beberapa syarat supaya hasil kerja mereka ini benar-benar berkesan dan mendatangkan manfaat serta meningkatkan pendapatan Negeri Terengganu itu sendiri.

Oleh sebab itu saya dalam hal ini tak perlu saya buat banyaklah contoh-contoh yang berlaku kerana beberapa kegagalan yang berlaku sebelum ini, kita lihat berpunca daripada sikap pekerja yang malas, datang lewat, yang seronok, kurang bekerja dan sebagainya, tidak boleh ditegur dan beberapa perkara lain lagi yang boleh kita buat sebagai contoh. Oleh sebab itu, saya ingin menyatakan bahawa agensi yang terlibat hendaklah mengutamakan dari aspek disiplin, pematuhan kerja yang tinggi dan sebagainya. Pekerja-pekerja hendaklah sentiasa dijaga dengan tidak membiarkan mereka bekerja tanpa pengetahuan daripada majikan. Saya tidak berhasrat untuk menyatakan bahawa pekerja-pekerja kita ini adalah malas dan seumpamanya tetapi hasrat untuk memastikan mereka bekerja dengan penuh tanggungjawab manakala pemantau pula hendaklah jujur menilai kerja dan tanggungjawab mereka. Contohnya saya dapat maklumat bahawa di McCormick ladang lada hitam di kawasan Bidong, bos, kita panggil boslah ketua dia itu, orang putih, orang Jerman bila time habis kerja dia turun sendiri tepi jalan dia tengok anak-anak muda yang pulang daripada kerja itu berlumba-lumba motosikal. Itu yang berlaku dan oleh kerana dia sendiri yang control benda ini kita berharap benda

ini tidak akan berlaku. Inilah saya maksudkan sikap-sikap pekerja-pekerja kita. Seterusnya,

Timbalan Yang di-Pertua

Satu minit lagi Wakil Permaisuri.

Haji Mohd Yusop bin MajidBERSATU · PNPermaisuri

Seterusnya saya ingin menyatakan bahawa galakan dan insentif hendaklah diberikan kepada pekerja-pekerja yang berinovasi serta menjadi pemangkin dan galakan serta contoh kepada pekerja yang lain. Inovasi yang seperti ini, saya ingin tegaskan bahawa kita tidak perlu buat di peringkat Negeri bahkan di peringkat syarikat dan juga di peringkat daerah perlu dibuat penganugerahan kepada pekerja-pekerja yang berinovasi supaya mereka tidaklah begitu leka dengan kerja-kerja nampak ada satu matlamat lain untuk membuktikan keupayaan ataupun mereka cipta satu benda baru, peluang baru untuk terus maju dikalangan pekerja-pekerja yang ada. Sebab itu kita melihat hari ini ramai di antara pekerja-pekerja kita, anak-anak bangsa kita ini tak terlibat dengan kerja-kerja yang dikatakan sebagai berat, susah, kotor dan bahaya. Jadi kerja-kerja yang seperti ini diambil ruang oleh orang lain dan perkara yang seterusnya ialah program meningkatkan ilmu pekerja-pekerja itu sendiri. Kena sentiasa buat kursus, kena latih mereka dan mereka dihantar berkurusus bercuti untuk melihat projek-projek yang lain yang telah berjaya supaya ada satu sikap, saya minta izin tambah sikit masa, satu sikap untuk membina peribadi pekerja itu sendiri supaya lebih bertanggungjawab dalam menimba pengalaman dan juga ilmu serta perkara-perkara baru dalam bidang mereka.

Timbalan Yang di-Pertua

Sila simpulkan Yang Berhormat…

Haji Mohd Yusop bin MajidBERSATU · PNPermaisuri

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua

Timbalan Yang di-Pertua

Wakil Permaisuri.

Haji Mohd Yusop bin MajidBERSATU · PNPermaisuri

Jadi panjang lagi saya ini tapi okaylah. Saya nak simpul di sini bahawa seandainya perkara yang saya sebut tersebut mungkin terdapat lagi unsur-unsur yang kita semua perlu dapat fikirkan bersama tidak dapat dan gagal, saya rasa unsur-

unsur itu dapat kita gunakan sebagai sumbangan daripada pandangan Permaisuri untuk sama-sama terlibat memajukan ataupun sama-sama kita fikir bagaimana Bajet ataupun Belanjawan Terengganu pada tahun 2024 ini turut sama-sama mencapai matlamat dan kejayaan. Sekian saya minta maaf kalau ada salah silap.

Permaisuri turut menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Wakil Permaisuri. Ada Wakil-Wakil lain yang ingin berucap? Kuala Berang atau air Putih? Atau… Sila Air Putih.

Mohd Hafiz bin AdamPAS · PNAir Putih

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat-Yang Berhormat, pegawai-pegawai kerajaan, pemerhati yang dirahmati Allah sekalian.

Dari Binjai ke Jabor Perasing, Singgahlah solat di Cheneh Baru, Bila umarak ulama berganding, Harumlah nama Negeri Terengganu.

Kalau puan mencanting batik, Biar cantik dengan seninya, Budaya subur negeri pun cantik, Terpikat hati kerana budinya.

Alhamdulillah, syukur kita kepada Allah Subhanahu Wa Taala kerana dengan izinnya kita dapat bersama dalam Dewan yang mulia ini. Kita berbicara dan mengupas berkaitan Bajet yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar semalam. Berdasarkan ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, jelas menggambarkan kepekaan dan kecaknaan yang mantap dan jitu. Mengolah Belanjawan berdasarkan situasi semasa adalah sesuatu yang

bijaksana dan berkeyakinan. Memenuhi kedudukan kewangan dengan kekangan yang ada pastinya memerlukan kecerdikan mengurus yang profesional. Tertarik dengan tema “Meneraju Era Baharu Terengganu” dalam usaha menjadikan Negeri Terengganu tercinta ini memiliki masa hadapan yang cemerlang dan berintegriti. Maka identiti perlu dibina dan dicerminkan dengan jelas semua pihak dari bawah hingga ke atas perlu menyahut dan bekerja dengan bertanggungjawab dan beramanah. Terselit maksud yang begitu dalam apabila Yang Amat Berhormat Menteri Besar mengutarakan dengan jelas konsep perhambaan kita kepada Allah Subhanahu Wa Taala sama ada kita pemimpin, kita rakyat kita wajib berjalan dan bekerja yang bukan sahaja melaksanakan tanggungjawab kita kepada kerja kita tetapi memastikan kerja dan tanggungjawab itu jelas diterima dan diredhai Allah Subhanahu Wa Taala. Inilah satu gejala yang sepatutnya dibina bagi memastikan kita rakyat Terengganu benar-benar beriman kepada Allah Subhanahu Wa Taala bukan sekadar slogan, bukan sekadar fatamorgana tetapi ianya nyata bahawa rakyat Terengganu di bawah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Yang di-Pertuan bagi Negeri Terengganu Darul Iman serta jajahan takluknya adalah rakyat yang benar-benar beriman dan dirahmati Allah Subhanahu Wa Taala.

Belanjawan yang berstrategi dengan sepuluh sasaran yang jelas dan berfokus sudah tentu akan mewujudkan satu era pentadbiran baru yang berjalan dan dimercukan dengan arah yang bermatlamat. Tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu dan kita insya-Allah akan bekerja gembeling tenaga dan idea bagi menyahut dan merealisasikan „Terengganu Maju Berkat Sejahtera’. Syukur Alhamdulillah, jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah mengemukakan satu Bajet berimbang dan ini menjadi satu cabaran dan tanggungjawab berat dan jelas kepada kami Wakil Rakyat dan juga para pegawai untuk mengurus bajet ini dengan telus dan berhemah agar ianya mencapai sasaran dan menepati hasrat untuk menerajui “Era Baharu Terengganu”.

Mengulas satu kerjasama strategik dan amalan hedonisme yang adil dan saksama yang dilihat jika ia berjalan dengan baik dan adil maka perjalanan kita akan berjalan dengan lancar bagi mencapai semua sasaran dan olahan Belanjawan yang dibentang. Dengan ini dengan hasil yang dianugerahkan serta berbelanja dengan bijak adalah satu perkara yang hebat. Air Putih merasa

tercabar dengan identiti “Era Terengganu Baharu” seperti yang dibentangkan bagaimana memahami sebaik dan sejelas mungkin hasrat kerajaan yang berkesan. Pemimpin, pegawai kerajaan dan penjawat awam yang berintegriti serta rakyat yang diperkasakan kuncinya hanya beriman sahaja yang boleh dan mampu meneroka hasrat ini untuk dicapai. Kita mahu rakyat dapat menikmati hasil daripada Bajet yang disalurkan atas kesejahteraan rakyat terus berkekalan.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua,

Air Putih Baru Bertatih, Mengejar Mimpi Dan Tinggi Khayalan, Air Putih Tak Kan Letih, Sehingga Tercapai Segala Impian.

Berlandaskan Al-quran dan As sunnah kita mengharapkan pecutan Meneraju Era Baharu Terengganu ini akan menjadi contoh dan wibawani akan disegani, kita peringat dan hadam bahawa apa sahaja kita lakukan dan dilaksanakan biarlah ianya tidak tiris dan bocor. Jelas kita di Terengganu inilah yang boleh dan mampu menjaga Islam, yang boleh menjaga melalui Islam, yang boleh menjaga bukan Islam, yang boleh menjaga semuanya jika kita berpegang teguh kepada ajaran Islam dan takut kepada dosa bagi yang tidak telus dan berkeyakinan bahawa semua yang kita lakukan, jika ianya baik maka akan diberi ganjaran oleh Allah Subhanahu Wa Taala.

Air Putih juga mahu seiring dan bersama menerajui Era Baharu Terengganu, Air Putih yang luas kawasannya, yang pelbagai lapisan rakyatnya, pelbagai latar belakangnya ada di hulu, ada hilir-hilir dan ada yang di sempadan dengan bentuk muka bumi yang unik serta pentadbiran di bawah KETENGAH, di bawah FELDA dan pelbagai lagi agensi lain, maka sudah tentu kepelbagai ini menjadi satu cabaran bagi kami memastikan pentadbiran kami berjalan dengan lancar. Meneraju Era Baharu Terengganu, Air Putih ingin bersama, Air Putih tidak mahu terpinggir dalam mengecapi dan mengharungi cabaran ini, Air Putih masih dahagakan pembangunan sama ada pembangunan fizikal, mahupun pembangunan rohani.

Melihat kepada Bajet satu infrastruktur tanaman padi yang dianggar RM3.5 juta, Air Putih ada dua kawasan yang menjadi tempat tanaman padi iaitu di

Paman dan Dadong dan sedikit di Air Putih dan jangan pinggirkan Air Putih. Yang kedua pembangunan pelancongan RM2.9 juta sudah diberi gambaran potensi yang ada di Air Putih sebelum ini seperti di Bukit Mentok Hiking Park, Tasik Biru, Sungai Kemaman, Jeram Kota, Jeram Tanduk dan beberapa tempat lagi, mohon Air Putih juga tidak ketinggalan. Yang ketiga projek-projek jalan baharu di Negeri Terengganu, RM1.690 juta, Air Putih amat memerlukannya. Yang Keempat, perumahan Negeri Terengganu RM5 juta, Air Putih terdesak kerana ramai rakyat Air Putih yang masih tidak memiliki rumah. Yang kelima membina dan menaik taraf gelanggang futsal RM2.1 juta sudah nyata kami di Air Putih amat daif gelanggangnya setelah setiap tahun kami diuji dengan musibah Monsun Timur Laut, mohon agar kali ini Air Putih mendapat keutamaan kerana amat banyak gelanggang yang perlu diperbaiki. Enam, pusat perpindahan banjir seluruh daerah, kami Air Putih setiap tahun menghadapinya. Tujuh, infrastruktur kemudahan sukan RM4.450 juta, amat jelas kami Air Putih amat kekurangan dengan kemudahan sukan. Moga kali ini kami mendapat manfaatnya.

Air Putih juga melihat Bajet untuk kemudahan awam dan projek khas dengan keluasan DUN Air Putih, kami memerlukan satu lagi mercu kemudahan sukan di bahagian tengah Air Putih. Juga kami memerlukan sebuah Sekolah Agama kerana luasnya Air Putih.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua,

Jambatan Teladas Disebut Orang, Penanda Arah Di Musim Tengkujuh, Tribulasi dan Mehnah Satu Cabaran, Membina Daulat Yang Semakin Kukuh.

Sekali lagi Air Putih ingin menyuarakan beberapa isu dan keluhan untuk dilihat oleh pihak Kerajaan.

Pertama, Monsun Timur Laut musibah dan ujian banjir hampir setiap tahun ianya berlaku, menjadi perbahasan dan rungutan setiap kali apabila berlakunya banjir, yang pertama khusus untuk anggota keselamatan yang bergerak bagi misi menyelamat sama ada pihak PDRM, APM ataupun pelbagai agensi lain.

Isu bekalan makanan mereka yang sering kali terlepas pandang dengan ketiadaan bajet untuk mereka dan bajet dari JKM, hanya untuk mangsa banjir sahaja. Maka ada ketika mereka ini kelaparan dan keletihan. Terkadang mereka bergerak sehingga dini hari dan dalam suasana musibah dan kelam kabut ini dimana mereka ingin mendapatkan bekalan makanan untuk mereka. Perkara ini akan selesai sehingga satu bajet untuk bekalan makan minum mereka disediakan.

Yang kedua pusat perpindahan sementara, dengan dasar, NADMA yang baru khususnya dalam masalah bantuan bencana masih lagi diperbahaskan. Kekurangan PPS untuk menampung mangsa banjir masih lagi belum memenuhi kehendak dan masih juga menyukarkan pergerakan mangsa. Kedua, ECRL bayangkan baru hujan lebat sehari rumah atau taman di sepanjang landasan ECRL yang sebelum ini tidak pernah dilimpahi air, sudah dilimpahi. Saat ini bolehlah kita berbincang dengan pihak ECRL, kerana ECRL belum lagi siap. Bagaimana satu hari nanti jika ECRL itu sudah siap dan beroperasi dan landskap banjir sudah berubah, apakah kita sudah bersedia? Oleh itu Air Putih mencadangkan agar pihak Kerajaan dan ECRL mencari jalan penyelesaian yang kekal. Yang kedua lanjutan mengenai ECRL Air Putih melihat kerangka bandar baru di laluan keluar Cukai, di sini ada dua laluan jika laluan penumpang dan laluan kargo, Air Putih memohon agar satu institusi pengajian diwujudkan di laluan penumpang ini kerana dengan adanya institusi pengajian tinggi yang akan melibatkan pelajar luar, maka laluan ini akan hidup. Begitu juga dengan laluan kargo perlunya satu langkah bagi memastikan kepesatan kawasan tersebut. Akhir sekali Air Putih mengharapkan Kerajaan dapat merealisasikan semua tawaran yang telah kita janjikan dalam Pilihan Raya yang Ke-15 baru-baru ini, ini kerana rakyat akan melihat dan menilainya bagaimana kita menunaikan janji-janji kita. Air Putih mengharapkan belanjawan yang baru yang dibentangkan ini akan dapat menzahirkan tema Meneraju Era Baharu Terengganu. Air Putih mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Wakil Air Putih, saya mahu menjemput mana-mana Yang Berhormat lagi yang belum berbahas untuk meneruskan perbahasan kita pada sesi petang ini. Sila mana-mana, Wakil Kemasik dipersilakan.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Yang Berusaha ketua-ketua jabatan dan agensi, para pegawai dan kakitangan Kerajaan Negeri semua tetamu para media, hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

Pertama, dan utamanya marilah kita sama-sama merafakkan setinggi-tinggi syukur kepada Allah Subhanahu Wa Taala kerana masih lagi terus beri kebaikan dan kesihatan kepada kita walaupun apa cabaran kita yakin kita mampu bersama untuk menggembleng tenaga bersatu hati untuk menghadapinya secara bersama insya-Allah.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Kemasik mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Terengganu di bawah pimpinan PAS di atas segala kejayaan yang telah berjaya dicapai dengan pelbagai rekod positif yang direkodkan. Kepercayaan rakyat akan terus kita sempurnakan walaupun di sana sebagai semua maklum kita ditekan dengan sikap dan tindakan yang tidak demokrasi oleh Kerajaan yang dipilih rakyat melalui sistem demokrasi dan kelihatan berundur ke belakang. Bajet yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar terus bersikap positif untuk merealisasikan seluruh perancangan yang telah disusun menerusi Belanjawan 2024 ke arah Menuju Era Baharu Terengganu. Bagi membina suatu masa hadapan yang lebih cerah, untuk Negeri Terengganu yang kita cintai ini. Mengambil kira realiti semasa prospek masa hadapan, cabaran dan peluang serta keperluan juga kemampuan negeri ke arah Meneraju Era Baharu ini, tiga identiti digariskan untuk sama-sama kita miliki dari pihak Kerajaan, para pemimpin, pegawai, penjawat awam serta seluruh rakyat.

Yang Berhormat Timbalan Yang di Pertua, sepuluh sasaran dan strategi utama telah digariskan. Kemasik ingin bercakap mungkin dua daripadanya yang pertama sebagaimana sasaran kedua pada muka surat 11 iaitu melahirkan lebih ramai usahawan baru yang berjaya sekurang-kurang 80 orang menerusi

pemerkasaan program pembangunan usahawan-usahawan dengan hasil jualan berjumlah sehingga RM4.2 juta sekali gus menjadikan lebih 200 peluang pekerjaan. Signifikasinya untuk bumiputera yang masih ketinggalan dan tidak seimbang. Beberapa cabaran masih dihadapi oleh komuniti bumiputera termasuk kesenjangan pendapatan yang melebar, pemilihan ekuiti korporat yang rendah, kekurangan penglibatan bakat keusahawanan dan kelemahan daya saing perniagaan bumiputera. Menurut data daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, kesenjangan pendapatan penengah bulanan isi rumah antara bumiputera dan bukan bumiputera masih besar. Misalnya ketidaksamaan pendapatan penengah bulanan isi rumah antara bumiputera dan kaum cina, meningkat hampir 4 kali ganda daripada 497 pada tahun 1989 kepada 1,971 pada tahun 2019. Jurang pendapatan ini tidak wajar, tidak hanya wujud dalam kalangan etnik tetapi juga ketara pada peringkat negeri. Analisis peringkat negeri menunjukkan bumiputera membentuk majoriti terbesar dalam kumpulan isi rumah berpendapatan B40. Lebih daripada 54% isi rumah di negeri seperti Kelantan, Pahang, Perak, Terengganu, Perlis, Kedah, Sabah dan Sarawak tergolong dalam kategori B40. Pada peringkat nasional, bumiputera membentuk peratusan tertinggi isi rumah dengan pendapatan bulanan antara RM2,000 hingga RM3,000 dan peratusan terendah untuk pendapatan bulanan lebih daripada RM20,000. Dalam aspek pemilikan ekuiti pula bumiputera jauh ketinggalan di belakang bukan bumiputera dan warga asing sejak 50 tahun lalu dan tidak mencapai sasaran 30% pemilikan ekuiti yang ditetapkan di dalam dasar ekonomi baharu. Sejak dekad lepas, pemilikan ekuiti bumiputera jatuh menurun daripada 22% pada tahun 2008 kepada 16% pada tahun 2015 berbanding pemilikan asing yang meningkat daripada 38% kepada 45% dalam tempoh yang sama. Dalam komitmen berterusan kerajaan untuk menangani cabaran yang dihadapi bumiputera, Kerajaan Negeri Terengganu harus dengan pelbagai agensi dan inisiatif termasuk di bawah peneraju agenda bumiputera ataupun TERAJU yang telah memulakan pendekatan rundingan bagi tujuan membangunkan Tindakan Pembangunan Bumiputera 2030 (TPB 2030). TPB 2030 adalah hala tuju 10 tahun mungkin bersesuaian dengan Terengganu punya 2030 PITAS dan insya-Allah, garis perkara-perkara strategi-strategi yang digariskan melalui projek terperinci serta inisiatif yang boleh memperlihatkan kesan signifikan yang bermakna kepada khususnya bumiputera. Dengan penetapan garis panduan yang jelas kepada projek dan inisiatif serta keteguhan pelaksanaan dan mekanisme pengurusan prestasi akan menjadi pemangkin perubahan status sosial ekonomi bumiputera ini khususnya untuk rakyat Terengganu dan Malaysia secara amnya.

Yang Berhormat Timbalan Yang di Pertua, di dalam sasaran kelima iaitu usaha dengan komitmen yang tinggi diberikan Kerajaan Negeri dalam merancang dan melaksanakan penambahbaikan infrastruktur dan logistik di kesemua 28 kawasan perindustrian serta meneroka dan mengeksploitasi kelebihan di kawasan sempadan negeri sangat-sangat dihargai. Di samping itu, stesen-stesen ECRL perlu diguna sepenuhnya dalam memangkin dan merancakkan industri berorientasikan eksport dan domestik. Ia penting supaya sasaran mempertingkatkan jumlah dan imbangan dagangan antara 5 hingga 7% berbanding tahun 2022 dapat direalisasikan dan seterusnya akan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan dan menyediakan ekosistem pelaburan yang lebih kompetitif.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar meletakkan tiga fokus utama ditetapkan dalam merealisasikan dan menjayakan sasaran untuk meneraju era baharu Terengganu ini. Ia melibatkan memperkukuhkan keberkesanan kerajaan. Fokus pertama ini sangat penting dan sangat mustahak kerana ia menjadi suatu fokus bagi memastikan segala perancangan dan tindakan dapat direalisasikan dengan hasil yang terbaik. Ia sudah pasti akan lebih baik dan efisien apabila dikuatkan lagi dengan teknologi dan pendigitalan rangka tindakan ekonomi tindakan digital Terengganu perlu dibangunkan sejajar dengan rangka tindakan ekonomi digital Malaysia (MyDigital) yang telah menetapkan hala tuju ekonomi digital yang membina asas untuk mendorong pendigitalan di seluruh negara. Di harap Terengganu menjadi antara negeri utama yang terlibat langsung bagi memastikan kejayaan terhadap segala pelan tindakan yang telah digariskan dengan usaha dan inisiatif yang akan dilaksanakan sehingga tahun 2030. Seterusnya fokus yang kedua, mempelbagai sumber kekayaan pula perlu terus kehadapan dan lebih berdaya saing. Dengan adanya Pelan Induk Teknologi Hijau (PITiH) Perkara 33 dalam muka surat 19 Dasar Pembangunan Pelaburan Perindustrian Negeri Terengganu Perkara 47 pada muka surat 23 diharap mampu merancakkan dan meningkatkan lagi sumber baharu pertumbuhan ekonomi negeri. Antara perkara yang boleh menjadi tumpuan negeri dalam menambah sumber pendapatan baharu dan meningkatkan sumber baharu pertumbuhan ekonomi adalah dalam sektor pemerangkapan penggunaan dan penyimpanan karbon atau Carbon Capture, Utilization and Storage dengan izin, CCUS. Terengganu perlu bersama mendahului negeri-negeri lain di Malaysia, dalam komitmen mencapai aspirasi pelepasan gas rumah kaca (GHG) bersih

sifar seawal tahun 2050. Bagi tujuan itu, salah satu inisiatif yang dikenal pasti adalah menerusi teknologi pemerangkapan penggunaan dan penyimpanan karbon. CCUS akan digunakan untuk memerangkap dan menyimpan kekal CO2. Daripada punca pelepasan CO2 yang utama khususnya bagi hard to abate industries, dengan izin. Teknologi CCUS merupakan antara kaedah nifigasi penting dalam mengurangkan pelepasan CO2 dan dapat membantu negara mencapai objektif perjanjian Paris.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, kalaulah boleh diumpamakan seperti peti sejuk lah, isi-isi penuh awalnya, kita keluarkan sampai habis dan dengan CO2, well ataupun perigi-perigi yang telah kita ambil hasilnya akan kosong. Kekosongan itu boleh sebagai contoh kita mula keluarkan minyak dan gas lebih kurang tahun 1970 lebih kan, 78, 79, 82 naik pertama di Kertih. Sehingga sekarang 2022 lebih kurang dah 40 tahun kita keluarkan minyak dan gas. Begitulah besar kapasiti untuk kita fill balik, kita masukkan balik dan begitulah juga masanya mungkin boleh kita guna bagi memastikan sumber pendapatan baharu. Cumanya, bagaimana kita Negeri Terengganu khususnya berebut ataupun mengambil kesempatan supaya manfaat yang terbaik mampu kita ambil daripada sumber ataupun ekonomi baharu melalui CCUS ini, Insya-Allah.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, sebagaimana yang terdahulu saya sentiasa sebut berkenaan dengan Airport Kertih. Antara peluang ataupun sumber-sumber baharu, kekayaan baharu Negeri Terengganu, mugkin boleh dieksploit, boleh dikenal pasti di samping sektor penerbangan secara konvensional. Kita juga boleh mengenal pasti sektor baharu. Antaranya adalah kapal terbang dengan bateri. Ada beberapa syarikat yang telah menjalankan usaha tersebut dan saya yakin Kerajaan Negeri Terengganu boleh mengenal pasti pendekatan ataupun peluang baru ini dan sudah pasti ia juga bakal menjadi sumber ekonomi baru dan peluang baru kepada Kerajaan Negeri.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan juga untuk bercakap sedikit berkenaan dengan Kemasik. Yang pertama berkenaan dengan Projek Curve, Kemasik. Tiga kali pilihan raya, tiga kali masuk TV, masih tidak dapat disempurnakan, diselesaikan menyebabkan muka kuala cetek dan tidak mampu ataupun mengganggu nelayan-nelayan untuk masuk. Saya berharap untuk disegerakan penyiapan projek tersebut seterusnya dapat kerja-kerja menggali muara tersebut dapat dilaksanakan bagi memastikan nelayan dapat menyimpan masuk bot-bot mereka dengan lebih selamat.

Seterusnya berkenaan RTB tanah. Penggal lepas kita berjaya sebagai contoh Kemasik telah berjaya menyerahkan lot-lot tanah hampir tiga belas RTB diserahkan. Cabarannya adalah kawasan yang kita serahkan hampir keseluruhannya berpaya, memerlukan suatu kos yang tinggi. Jadinya isu utama yang paling utama untuk menyediakan rumah kediaman amat tidak dapat dicapai. Akhir dua tiga tahun ini, saya dapat dengar, saya dapat lihat, telah ada sebahagian yang menerima menjual tanah-tanah tersebut kerana mereka tidak dapat membina rumah untuk kediaman. Seterusnya saya memohon untuk sedikit tambahan masa, Timbalan Yang di-Pertua. Berkenaan memperkasakan Industri Pelancongan, Kemasik memohon untuk melihat balik Air Terjun Menderu…

Timbalan Yang di-Pertua

Dua minit.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Air Terjun Menderu yang menjadi tumpuan, mungkin di Kemaman itu antara yang paling dekat ialah Air Terjun Menderu. Mohon dilihat untuk menambah baik bagi kebanjiran pelancong. Bukit Harimau Menangis antaranya. Seterusnya berkenaan pelbagai sumber kekayaan, di Kemasik ada satu rumah mampu milik Gong Chengal Fasa Satu yang berjumlah 446 unit yang telah siap sekian lama. Mohon untuk pertimbangan Kerajaan bagi membina lot-lot kedai dan juga dewan orang ramai bagi menampung tambahan 200 lot baharu nanti yang bakal siap, menyebabkan keseluruhan 660 orang ataupun rumah perlu kepada kedai-kedai, dewan orang ramai, seterusnya padang-padang dan taman rekreasi. Di samping juga saya ingin menyatakan berkenaan dengan infrastruktur jalan khususnya dan keselamatan di lokasi-lokasi penting khususnya Kertih terutama daripada pelan di Kawasan Perindustrian Petronas ke Kemasik. Terdapat dua spot ataupun dua lokasi yang pada saya beberapa kali telah saya utarakan berkenaan bahaya lokasi-lokasi tersebut dan saya memohon untuk sekali lagi dalam Dewan ini untuk mengambil kesempatan menyatakan satu lokasi daripada TCOT, mungkin orang sana tahulah. TCOT dan OGT Pelabuhan dan juga daripada KOP Dua ke Kampung Baru Kemasik, mungkin nanti boleh merujuk kepada lokasinya.

Seterusnya berkenaan dengan padang-padang bola. Saya rasa bukan sahaja DUN Kemasik, malah DUN-DUN lain, padang-padang bola yang ditinggalkan tidak boleh kita guna, kerana padang keras. Kalaulah di Kemasik, sebagai

contoh hampir lapan padang bola yang tidak boleh kita main, kalau main tu harapnya, jawabnya cederalah. Justeru, ada padang tetapi perlu dinaik taraf bagi memastikan sebagaimana yang digariskan dalam penggalakan sukan dan kecerdasan bagi kita tambah baik padang-padang bola khususnya dan seterusnya saya mengambil kesempatan juga untuk mendapatkan perhatian daripada Kerajaan selaku penaung kepada Persatuan Hoki Terengganu bagi meluluskan peruntukan kerana dah hampir empat bulan dah kita tidak bayar elaun kepada pemain-pemain kita, dan pemain-pemain dah mula bercakap ataupun bising kerana kekangan ataupun elaun tidak dibayar macam biasa dan saya berharap perhatian dan sokongan daripada Kerajaan Negeri dapat diberikan.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih kepada semua pihak atas sokongan dan dukungan bagi sama-sama membina Terengganu yang lebih baik, insya-Allah. Kemasik memohon menyokong Belanjawan 2024.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Wakil Kemasik.

Kita ada masa yang tak berapa panjang dah. Jadi kalau ada siapa-siapa, Wakil-Wakil yang nak berucap saya masih boleh bagi seorang. Ada? Kalau tidak ada yang nak berucap petang ini, saya rasa kita tangguh sahaja dahulu untuk petang ini dan sambung esok. Kerana saya dimaklumkan orang Kemasik pun nak balik Kemasik petang ini. Orang Air Putih pun nak balik Air Putih, orang Kijal pun, Wakil Kijal pun nak balik ke Kijal petang ini. Dan ramai yang nak ikut Wakil-wakil Rakyat empat DUN bawah Parlimen Kemaman ini untuk balik ke sana, jadi oleh kerana itu kerana tidak ada lagi yang ingin berbahas untuk petang ini. Maka saya berpandangan cukup dulu untuk petang ini dan kita tangguh dulu untuk disambung Perbahasan Enakmen Perbekalan 2024 ini ke esok hari pukul 9.30 pagi. Marilah sama-sama kita membacakan Tasbih Kaffarah dan Surah Al Asr.

DEWAN DITANGGUHKAN PADA PUKUL 4.40 PETANG