Terengganu · 30 November 2023
15th Assembly, 1st session, 2nd meeting · 144 turns · 15,552 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalTerengganu publishes one PDF per meeting, with the written answers appended. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
Soalan-Soalan LisanQuestions
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Ketua-ketua jabatan serta seluruh para pemerhati, mesyuarat akan disambung semula. Sebelum kita memulakan persidangan pada pagi ini, marilah sama-sama kita membukanya dengan membaca Ummul Kitab Al-Fatihah.
(Al-Fatihah)
Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua jabatan, para pemerhati, suka saya mengalu-alukan pemerhati kita pada pagi ini daripada Khairunnisa’, Sekolah Menengah Kebangsaan Menerong, adik-adik kita seramai 48 orang, seluruh Pusat
Khidmat Masyarakat Air Putih, Kemasik, Ajil, Sura, Langkap, Hulu Besut, Bukit Besi, Kuala Besut, Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu, Pertubuhan Kebajikan Wanita Sepakat Terengganu, Pusat Khidmat Masyarakat Batu Rakit, ahli Skuad Waja Wanita serta seluruh para pemerhati yang saya hormati sekalian.
Soalan-Soalan LisanQuestions
Mesyuarat pagi ini diteruskan dengan soalan-soalan lisan. Berikut adalah Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberi Notis untuk mengemukakan soalan-soalan lisan pada hari ini, 30 November 2023:
1. Yang Berhormat Wakil Telemong 2. Yang Berhormat Wakil Bukit Tunggal 3. Yang berhormat Wakil Bukit Besi 4. Yang Berhormat Wakil Sura 5. Yang Berhormat Wakil Bandar 6. Yang Berhormat Wakil Jertih 7. Yang Berhormat Wakil Buluh Gading 8. Yang Berhormat Wakil Kemasik 9. Yang Berhormat Wakil Ladang 10. Yang Berhormat Wakil Pengkalan Berangan 11. Yang Berhormat Wakil Manir 12. Yang Berhormat Wakil Seberang Takir 13. Yang Berhormat Wakil Permaisuri 14. Yang Berhormat Wakil Hulu Besut 15. Yang Berhormat Wakil Rantau Abang 16. Yang Berhormat Wakil Batu Rakit 17. Yang Berhormat Wakil Langkap 18. Yang Berhormat Wakil Air Putih
Seterusnya saya persilakan Yang Berhormat Wakil Telemong untuk mengemukakan soalan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Makan nasi di rumah Pak Ama Soalan saya yang pertama
Apakah status terkini “Zon Bebas Cukai” di Tasik Kenyir Hulu Terengganu, dan apakah perancangan Kerajaan Negeri di masa hadapan?
Terima kasih Telemong, Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Amat Berhormat, rakan-rakan EXCO, ADUN-ADUN, pegawai kerajaan, pemerhati dan juga rakan media yang dirahmati Allah sekalian. Soalan seperti yang tertera dalam skrin. Jawapannya seperti berikut:
Status terkini Zon Bebas Cukai di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu masih berkuatkuasa bermula 1 Februari 2017 sehingga sekarang dan Kerajaan Negeri berhasrat untuk membuat semakan semula berhubung keberkesanan Zon Bebas Cukai di Tasik Kenyir. Terima kasih Dato’ Speaker.
Sila Yang Berhormat Telemong.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, daripada penilaian saya sebagai Wakil Telemong hari ini dan saya pun telah bertanya kepada Wakil Kijal sebelum ini pun, kita dapati bahawa kelambatan kawasan pembinaan Pulau Bayas ni telah lama tinggal dah. Tak berjalan dah dan difahamkan RM500,000,000.00 lebih, hampir setengah bilion lebih telah dibelanjakan tetapi progressnya tak ada. Jadi apakah ini boleh kita katakan sebagai satu antara projek yang diwar-warkan, satu projek yang ketidakcerdikan Kerajaan dahulu buat umpama ambil duit, buang laut. Bolehkah saya katakan ini adalah perkara pokok yang berlaku hari ini iaitu akan berlaku satu pembaziran. Kerana tak ada progress. Terima kasih.
Yang Berhormat Kijal.
Terima kasih Dato’ Speaker. Bukan ambil pitih buang dalam laut, ambil pitih buang dalam tasik. Kenyir tadok laut, ada tasik. Terima kasih kepada soalan tambahan. Saya nak bagi penjelasan berkenaan dengan pakej-pakej yang telah dilaburkan di Tasik Kenyir.
Pakej Pertama: Adalah kerja-kerja membina dan menyiapkan bangunan terminal utama jeti penumpang, jeti servis dan kerja-kerja berkaitan untuk pembangunan Kenyir Trade Centre di Pulau Bayas, Tasik Kenyir Hulu Terengganu. Syarikat dia nama Rimbun Tekad Premix Sdn. Bhd. Kos asal RM70,993,030.30. Harga kontrak terlaras RM79,685,413.55. Status kemajuan fizikal, 80.84%. Mutual termination, dengan izin pada 30 November 2022.
Pakej Kedua: Kerja membina dan menyiapkan kompleks membeli belah dan kerja-kerja berkaitan untuk pembangunan Kenyir Trade Centre di Pulau Bayas, Tasik Kenyir Hulu Terengganu. BP Trading & Construction Sdn. Bhd. Kos asal RM57,950,500.00. Harga kontrak terlaras RM63,638,092.00. Status kemajuan 55.04%. Mutual termination dengan izin pada 30 November 2022.
Pakej Ketiga: Kerja-kerja membina dan menyiapkan pencawang elektrik, sistem agihan bekalan voltan tinggi dan rendah dan kerja-kerja berkaitan untuk pembangunan Kenyir Trade Centre, di Pulau Bayas, Tasik Kenyir Hulu Terengganu. ARCHPAC Corporation Sdn. Bhd. Kos asal RM8,915,000.00 status kemajuan 74.45%. Juga mutual termination pada 30 November 2022.
Pakej Keempat: Kerja-kerja membina jalan servis, laluan pendaratan bot, hentian rehat, buggy station, buggy laybay sistem paip air kumbahan dan kerja-kerja berkaitan. Bina Winfir (M) Sdn. Bhd. Kos asal RM23,128,786.00. Status kemajuan fizikal, siap hundred percent. Projek siap.
Pakej Kelima: Kerja-kerja membina dan menyiapkan sistem rawatan air. Sistem rawatan kumbahan dan kerja-kerja berkaitan untuk pembangunan Kenyir Trade Centre di Pulau Bayas, Tasik Kenyir Hulu Terengganu. Mutual Termination pada 30 November 2022. Terminate jugok ni. Kos nama syarikat Jati Kenali Tren. Kos asal RM13,283,94.80 juta. Harga kontrak terlaras RM 21,280,185.50 juta. Status kemajuan 79.09%.
Pakej keenam: Cadangan pembinaan jalan servis PPU ke SSU di Pulau Bayas, Tasik Kenyir. Nama syarikat Anna Salju Sdn. Bhd. Kos asal RM 11,300,000 juta. Status kemajuan siap sepenuhnya.
Kerajaan Negeri telah menandatangani perjanjian penamatan bersama-sama pihak kontraktor bagi pakej satu, dua, tiga dan lima pada 30 November 2022 yang dinamakan Mutual Termination. Kerajaan Negeri sedang mengenal pasti untuk mencari kaedah yang terbaik untuk mengoptimumkan sumber yang ada, yang ini kewangan Kerajaan Negeri yang sedia ada bagi mengenal pasti pelabur yang berpotensi untuk membangunkan Pulau Bayas di Tasik Kenyir. Request For Proposal RSP akan dimuktamadkan dan dikeluarkan dalam masa terdekat mana-mana pelabur yang berminat untuk membangunkan Pulau Bayas dalam bentuk kerjasama bersama Kerajaan Negeri akan diberi pertimbangan yang sewajarnya. Kerajaan Negeri juga merancang untuk membuka peluang kepada pelabur-pelabur yang mengemukakan cadangan pelaburan di Pulau Bayas, Tasik Kenyir serta mempromosikan Tasik Kenyir sebagai Geopark bertepatan dengan pengiktirafan oleh Jawatankuasa Geopark Kebangsaan pada 30 Mei 2023. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Dato Yang di-Pertua, boleh saya bertanya soalan sikit?
sila-sila
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Berkaitan dengan pencawang elektrik ke Pulau Bayas. Kita tahu bahawa projek ini telah dibuat Mutual Termination tadi so ada hasrat tak untuk kita achievekan kerana line yang ada ini, pertama perlu maintenance dari segi menara dan line juga. So kita bimbang ada vandalisme atau pun kecurian kepada line-line tersebut kerana dia tidak tak ada karen di dalam dia. So adakah pihak Kerajaan Negeri bercadang untuk menyiapkan projek ini dengan segera.
Proses projek sedang dikaji sebab itu saya kata kita mengalu-alukan pelabur untuk hadir ke Pulau Bayas sebab itu Kerajaan Negeri membuka seluas-luasnya pelabur-pelabur yang
berminat untuk membuat joint venture dan smart partnership dengan agen-agen ataupun GLC Negeri Terengganu untuk memastikan Pulau Bayas diteruskan dan kita telah menerima beberapa syarikat yang berminat dan insya-Allah kita akan teruskan seperti mana cadangan Yang Berhormat Kuala Berang. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kijal.
Seterusnya saya mempersilakan Yang Berhormat Bukit Tunggal.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya nombor satu-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan bagi memelihara dan memberi sinar kepada perusahaan pembuatan bot tradisional di Pulau Duyung yang semakin malap?
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan, terima kasih kepada Wakil Bukit Tunggal yang bertanya berkenaan dengan perancangan memelihara dan memberi sinar kepada perusahaan pembuatan bot tradisional di Pulau Duyung. Insya-Allah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan bagi memelihara dan memberi sinar pada perusahaan pembuatan bot tradisional di Pulau Duyung melalui pelan penyelarasan kolaborasi produk-produk pelancongan Pesisir Sungai Terengganu yang melibatkan pelbagai produk pelancongan pesisir air di sekitar Bandaraya Kuala Terengganu termasuk Syahbandar, Pesisir Payang, Seberang Takir, Pulau Duyung, Pulau Warisan, Kampung Budaya Terengganu, TTI, dan lain-lain khasnya untuk memartabatkan industri pembuatan bot tradisional di Negeri Terengganu. Sekian.
Soalan tambahan Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua.
Ya sila
Bagi mewujudkan suatu persekitaran ekonomi yang kondusif penawaran dan juga permintaan mestilah diwujudkan secara seimbang. Jadi soalan saya adakah Kerajaan ada menyediakan latihan secara intensif kepada anak Terengganu yang berminat dalam pembuatan bot dan ada juga Kerajaan ada menyediakan Tabung Pusingan Modal bagi tujuan pembuatan bot. Terima kasih.
Terima kasih. Ya, Kerajaan Negeri ada mempunyai perancangan bagi penyediaan latihan dan kursus bagi pembuatan bot tradisional. Bagi Tabung Pusingan Modal Kerajaan Negeri melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) ada menawarkan Skim Pembiayaan No Riba di bawah Tabung Usahawan Terengganu (TUGAS) dengan had maksimum sebanyak RM50,0000 tertakluk kepada terma dan syarat. Antara skim pembiayaan dan geran perniagaan yang boleh dipohon termasuklah sektor warisan pembuatan bot tradisional. Pihak Kerajaan Negeri merancang untuk bekerjasama dengan Jabatan dan Kementerian Pelancongan serta Malaysian Timber Industry Board (MTIB) bagi penyediaan latihan serta kursus yang berkaitan pembuatan bot tradisional. Buat masa ini Kerajaan Negeri telah menyediakan latihan ukiran kayu di Desa Ukiran Kayu di Besut. Sekian.
Terima kasih Yang Berhormat Alur Limbat. Persilakan Yang Berhormat Bukit Besi.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya soalan nombor satu-
Sejauh manakah tahap inklusiviti digital dalam kalangan penduduk Hulu Dungun dan apakah kajian telah dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri?
Dipersila Yang Berhormat Kota Putera.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Besi dan bertanya soalan sepertimana yang dipaparkan di skrin. Jawapan pada pihak Kerajaannya, pihak Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mewujudkan pusat ekonomi digital ataupun ringkasannya (PEDi) di seluruh Malaysia. PEDi adalah satu projek di bawah inisiatif pemberian perkidmatan sejagat PPS yang telah diperkenalkan sejak tahun 2007 oleh MCMC. Objektif utama PEDi adalah untuk menyediakan capaian internet secara kolektif kepada masyarakat dan kawasan yang kurang mendapat liputan jalur lebar, sekali gus mempertingkatkan tahap literasi digital masyarakat setempat. PEDi juga merupakan pusat sehenti dalam melaksanakan kursus dan latihan berasaskan ICT, keusahawanan, multimedia, e-pembelajaran dan program kesedaran serta penglibatan komuniti sebagai usaha ke arah meningkat taraf sosioekonomi dan memperkasakan modal insan. Sehingga hari ini 66 buah PEDi telah dibina di Negeri Terengganu dan 8 buah PEDi telah berada di Parlimen Dungun dan 1 di Bukit Besi. Terima kasih.
Soalan tambahan jadi kita dengar jawapan itu daripada Pusat PEDi. Adakah daripada Kerajaan Negeri macam itu dalam permasalahan yang sama sumber daripada Kerajaan Negeri?
Okey terima kasih Wakil Bukit Besi.
Okey terima kasih sekali lagi Wakil Bukit Besi atas soalan tambahan. Ya Kerajaan Negeri sedar akan ada kelompangan yang masih berlaku walaupun ada satu penyelesaian daripada pihak Kerajaan Persekutuan. Oleh kerana itu Kerajaan Negeri sekarang ini sedang menilai satu kerjasama dengan pihak swasta untuk menggunakan ataupun menyelesaikan permasalahan itu untuk khususnya di luar bandar dengan dua penyelesaian iaitu menggunakan satelite dan juga solar. Jadi, kita di peringkat awal proposal sekarang ini dan insya-Allah kaedah ini saya rasa boleh menyelesaikan banyak bukan sahaja di kawasan Bukit Besi dan begitu juga di kawasan DUN-DUN yang luar bandar, insya-Allah. Jadi perkara ini kita akan terus
teliti dan cuba cari penyelesaian dan akan memberikan perkhidmatan jalur lebar semaksimum kawasan yang boleh di dalam Negeri Terengganu. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Putera. Seterusnya saya mempersilakan Yang Berhormat Sura.
Terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua Dewan. Soalan saya soalan nombor 1-
Apakah program-program kebajikan untuk imam dan bilal mukim?
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih kepada Wakil Sura yang mengemukakan soalan tentang program-program kebajikan untuk Imam dan Bilal Mukim. Jawapannya ialah program yang dilaksanakan untuk Imam dan Bilal adalah Program Tahsin Pegawai Masjid bagi memastikan setiap Imam dan Bilal dapat menambah baik mutu bacaan dan segala tugasnya. Program ini diadakan di setiap daerah yang dianjurkan oleh Pejabat Agama Daerah sebanyak tiga kali setahun dengan peruntukan daripada MAIDAM. Terima kasih.
Ada soalan tambahan? Tak dok?
Ada sedikit Dato’ Yang di-Pertua. Adakah YB bersetuju sekiranya Kerajaan Negeri ataupun MAIDAM dapat meneliti potongan SOCSO, PERKESO dan KWSP lah kepada semua Imam-imam kita agar kebajikan mereka terjaga dan terbela ataupun potongan tabung kebajikan yang lain?
Sebenarnya di sana ada beberapa program ataupun insentif kebajikanlah kepada
imam dan bilal ini. Antaranya ialah sumbangan one-off sebanyak RM600.00 kepada dua orang Iman dan tiga orang Bilal daripada JAKIM, adapun daripada Kerajaan Negeri one-off kepada imam yang ketiga. Setakat ini peruntukan negeri masih tiada kelulusan lagilah. Doakanlah insya-Allah. Adapun caruman PERKESO kepada semua Imam dan Bilal telah diberikan melalui peruntukan JAKIM dan telah selesai dibuat bayaran pada tahun ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat kawasan Batu Buruk. Seterusnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Bandar.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, Cik De Cik We Soalan saya nombor 2-
Apakah Kerajaan Negeri mempunyai mekanisma kawalan bagi mengelakkan hasil padi Terengganu daripada dijual ke kilang padi di negeri lain?
Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Wakil Bandar. Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Padi Negeri Terengganu mempunyai mekanisme kawalan bagi menghalang dan mengelakkan padi-padi daripada sawah-sawah di Negeri Terengganu dihantar untuk diproses di kilang padi negeri lain. Jawatankuasa Padi ni di bawah Kerajaan Negeri dipengerusikan EXCO Pertanian melibatkan jabatan, agensi dan badan-badan yang berkepentingan dalam kluster padi Negeri Terengganu. Untuk makluman Dewan, Terengganu merupakan satu-satunya negeri yang mengawal hasil padi daripada dihantar ke negeri lain. Di atas justifikasi kawalan ini disebabkan ketidakcukupan bekalan padi untuk pengilang-pengilang padi tempatan dalam negeri. Tahun 2018, Besut sebagai jelapang padi utama Negeri Terengganu ada dua kilang padi. Masa tu padi tidak cukup kilang sehingga terpaksa dihantar ke negeri lain malah ada yang dihantar sehingga ke Kedah untuk diproses dan dikilangkan. Agenda untuk mencukupkan kilang padi ni di antara fokus besar kita ketika itu dan alhamdulillah sekarang ini telah ada empat buah kilang padi di Besut yang dikira mencukupi. Maka Kerajaan menilai adalah tidak adil
selepas kita undang mereka melabur, buka kilang di Terengganu, kepentingan mereka kita tak mampu nak jaga. Di atas justifikasi ini dan Kerajaan Negeri melalui Bahagian Kawal Selia Padi dan Beras Negeri Terengganu melaksanakan beberapa langkah. Yang pertama, pembekuan semua permit pemindahan padi untuk dihantar ke kilang padi negeri lain dan sebarang pemindahan tanpa permit adalah suatu kesalahan yang boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Padi Beras 1994. Yang kedua, BERNAS tidak akan membayar subsidi kepada petani yang menghantar padinya diproses di kilang padi negeri lain dan yang ketiga, Bahagian Kawal Selia Padi dan Beras membuat pemeriksaan dan kawalan berkala di sempadan bagi memastikan tiada pelanggaran peraturan dan kesalahan yang dibuat dan yang keempat, Bahagian Kawal Selia juga mengadakan pemeriksaan di kilang-kilang bagi memastikan pengilang membeli padi daripada petani dengan harga lantai tak kurang daripada harga lantai RM1,300.00 per tan. Dengan makna lain, kita tidak mahu setelah kepentingan pengilang kita jaga mereka aniaya petani dengan membeli padi di bawah daripada harga lantai. Ringkasnya win-win situation cuba diwujudkan oleh Kerajaan Negeri. Kepentingan pengilang kita jaga dan kepentingan petani pun kita nak jaga. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Ada soalan tambahan? Okey.
Yang Berhormat EXCO, terima kasih. Oleh kerana kita menghadapi krisis baru-baru ini berhubung dengan bekalan beras, adakah di sana boleh kilang membeli hasil padi daripada para petani dengan harga melebihi daripada harga lantai seperti mana yang disebut tadi RM1,300.00 per tan? Terima kasih.
Bila berlaku saya istilahkan perebutan untuk mendapatkan bekalan padi di kalangan pengilang, memang akan ada kilang yang menawarkan harga yang lebih tinggi daripada harga lantai dan tidak ada apa-apa kesalahan kerana Kerajaan hanya menetapkan harga lantai tetapi tidak menetapkan harga siling tetapi pengilang yang membeli padi dengan harga yang tinggi mereka akan berhadapan dengan masalah apabila nak jual beras nanti kerana beras tempatan tetap perlu dijual dengan harga kawalan RM2.60 per kilogram. Jadi yang beli harga tinggi mereka akan berdepan dengan kerugian kerana mereka tidak boleh jual beras dengan harga mahal disebabkan beli padi dengan harga tinggi. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat.
Seterusnya, saya persila Yang Berhormat Jertih.
Terima kasih Dato’ Speaker. Jertih memilih soalan satu-
Nyatakan jumlah terkini bilangan institusi Pendidikan pra sekolah yang berdaftar dengan Kerajaan Negeri?
Paka, sila.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan Jertih bertanyakan tentang institusi pendidikan pra-sekolah yang berdaftar dengan Kerajaan Negeri? Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, untuk makluman sebanyak 284 yang berdaftar, 927 yang tak berdaftar. Terima kasih.
Ada soalan tambahan? Daripada mana-mana Yang Berhormat.
Soalan tambahan YB EXCO.
Sila Yang Berhormat Jertih.
Apakah inisiatif yang diberikan kepada guru-guru pra-sekolah kita. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, untuk di bawah Yayasan Islam Terengganu ada 18 buah yang berdaftar dengan Kerajaan Negeri dan mereka ini mendapat orang panggil elaun pembayaran yang dibuat oleh Yayasan Terengganu termasuk tadika PASTI yang juga berdaftar melalui Yayasan Islam Terengganu yang berjumlah
RM266. Jadi, kita telah menyediakan Skim Mus’ab Bin Umair yang melibatkan pengajaran Al-Quran di peringkat pra sekolah yang mana mereka ini mendapat suntikan secara langsung oleh pihak Kerajaan Negeri. Juga termasuk dengan pendidikan yang melibatkan pendidikan Al-Quran yang juga termasuk di bawah pentadbiran Tabika KEMAS dan juga Perpaduan. Pihak Kerajaan Negeri juga meluaskan Skim Mus’ab Bin Umair yang melibatkan tadika tersebut yang berdaftar dengan di bawah Kementerian, Jabatan Perpaduan, dan terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Paka. Seterusnya saya persilakan Yang Berhormat Buluh Gading.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan nombor satu-
Selain daripada latihan fizikal, adakah aspek kerohanian juga diambil kira dalam program latihan atlet negeri khususnya melibatkan program Majlis Sukan Negeri Terengganu selaku agensi pelaksana program kecemerlangan sukan negeri?
Soalan nombor 1.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih juga kepada Yang Berhormat Buluh Gading yang telah menimbulkan soalan aspek kerohanian yang diambil kira dalam program latihan atlet negeri khususnya melibatkan melibatkan program Majlis Sukan Negeri Terengganu.
Untuk makluman Dewan, semangat di atas kesukanan ini tentu sekali kita mengambil bimbingan daripada Nabi Muhammad yang telah memberikan ajaran dengan menyatakan;
“Ajarkan anak-anak kamu berenang, memanah dan juga menunggang kuda.”
Ini adalah aspek fizikal. Dalam aspek kerohanian, Nabi juga pernah menyebut dalam sebuah hadith
“Bukan dikatakan itu seseorang hebat kerana pandai bergusti tetapi yang dikatakan seseorang itu hebat apabila dia mampu mengawal dirinya ketika marah.”
Inilah aspek kerohanian dan inilah juga program kecemerlangan sukan negeri dengan menekankan semua aspek latihan iaitu latihan fizikal, latihan kekuatan mental dan juga pemantapan kerohanian. Bagi menzahirkan kesungguhan pelaksanaan dalam aspek latihan kerohanian, Kerajaan Negeri telah melantik seorang Pegawai Khas untuk memandu dalam aspek kerohanian dengan melaksanakan program-program keagamaan yang bersifat pembangunan dan kekuatan kerohanian serta motivasi buat atlet, jurulatih dan juga pihak pengurusan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat.
Yang di-Pertua, soalan tambahan. Boleh Kerajaan Negeri nyatakan apakah bentuk program-program kerohanian yang telah dan sedang dilaksanakan dan adakah kehadiran ke setiap program yang disusun itu diwajibkan atas semua atlet ataupun diberi pilihan sama ada nak hadir ataupun tidak. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan, antara program kerohanian yang dilaksanakan di bawah Majlis Sukan Negeri Terengganu antaranya:
i) Kelas Fardhu Ain berkala bagi atlet yang menginap di Asrama. ii) Solat Zohor dan Asar berjemaah setiap hari bekerja di Dewan Arena Majlis Sukan Negeri Terengganu.
iii) Program Motivasi Kerohanian secara berasingan untuk setiap sukan. iv) Kelas Pengajian Quran setiap Isnin dan Rabu.
v) Solat Dhuha dan Solat Hajat setiap Khamis.
vi) Pengajian Kitab setiap pagi Khamis vii) Qiamullail setiap kali Kem diadakan viii) Amalan Doa dan Zikir Harian ix) Program Ihya Ramadhan xi) Solat Tasbih dan seumpamanya.
Inilah di antara beberapa program yang dikelolakan di bawah Unit Bimbingan untuk membentuk atlet kita yang berkualiti. Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa kita tidak berdabik dada mendakwa atlet kita terbaik. Ada atlet dari negeri-negeri lain yang juga pamerkan penampilan yang baik dan budi pekerti yang tinggi. Dan kita juga cemburu kepada atlet-atlet seperti ini. Tetapi penjelasan yang kita kemukakan pada hari ini adalah untuk menggambarkan tanggungjawab yang telah dimainkan oleh pihak Kerajaan untuk melahirkan atlet-atlet yang berkualiti tinggi dan juga memiliki kecemerlangan dunia dan akhirat. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tepoh. Seterus, Yang Berhormat Kemasik.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua,
Pantai Kemasik cantik berbatu Soalan nombor satu
Apakah definisi dan hala tuju portfolio pendapatan baharu dalam portfolio Kerajaan Negeri?
Yang Berhormat Kota Putera.
Dato’ Yang di-Pertua, saya tak dok pantun nak balas. Tapi balas dengan baca jawapan je la. Yang ditanya berkenaan dengan Portfolio baru yang diwujudkan
dalam penggal ini iaitu Portfolio Pendapatan Baharu ditanya sepertimana yang terpampang di skrin dan definisi portfolio baru ini.
Definisi pendapatan baharu dalam Portfolio Kerajaan Negeri ialah hasil yang diperolehi daripada sumber sedia ada dan baharu yang berpotensi menjana hasil pendapatan kepada negeri, selain mengurangkan kebergantungan kepada royalti minyak serta krisis kekurangan simpanan minyak.
Bidang tugas bagi Portfolio ini adalah bertanggungjawab merancang, menyelaras dan menjayakan Pelan Perjalanan Pendapatan Baharu Negeri serta membangunkan industri baharu selain daripada minyak dan gas seperti galian dan sumber alam sekitar. Dua fokus utama terkini adalah dalam sektor Teknologi Hijau dan Unsur Nadir Bumi (REE).
Pada tahun 2030, permintaan minyak di Terengganu dijangka menurun sebanyak 25%. Sehubungan dengan itu, satu Pelan Penjanaan Pendapatan Baharu Negeri telah diluluskan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan (PITAS) bertarikh 17 Januari 2023 dengan tujuan merangka strategi menjana pendapatan baharu kepada negeri.
Hala tuju pendapatan baharu adalah dengan mengoptimumkan sumber negeri sedia ada, mengeksplorasi sumber baharu negeri serta mencari peluang jana pendapatan baharu. Terdapat tujuh strategi yang telah dirancangkan iaitu
(1) Kajian semula cukai-cukai yang sedia ada (2) Serahan GLC yang lebih berdaya saing (3) Sumber galian dan mineral perlu dieksplorasikan (4) Sumber batuan yang peralihan batu cuba dipertingkatkan pendapatannya (5) Sumber air, (6) Sumber hijau serta (7) Fi pelancongan dan rekreasi.
Terima kasih.
Dato’ Yang di-Pertua, soalan tambahan saya, apakah sasaran yang ditetapkan Kerajaan untuk dicapai daripada sumber pendapatan baharu ini untuk perkara kali ini?
Okey, terima kasih Kemasik. Portfolio ini adalah sebagaimana yang disebutkan tadi adalah menjadi pemantau ke arah dan mencadangkan ke arah penambahbaikan dan kerjasama daripada semua Portfolio bagi kita melihat keberkesanannya, keadaannya kita ada keberkesanannya dan improvise dengan izin untuk kita beranjak kepada suatu benda yang baharu. Kalau dalam pembentangan Bajet yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar menggambarkan pendapatan negeri sekarang ini hanya RM169 juta berbanding dengan pendapatan petroleum kita RM1.6 Juta. Jadi, sasaran sepenggal yang telah dicadangkan oleh Portfolio ini meningkatkan daripada kadar sekarang kepada RM800 ke RM1 billion. Pakat-pakat doalah itu bukannya benda yang mudah tetapi kita cuba dan kerjasama daripada semua Ahli Yang Berhormat agar kita boleh mencapai jumlah itu di penghujung penggal kita insya-Allah.
Terima kasih Kota Putera.
Seterusnya saya persilakan Yang Berhormat Ladang.
Soalan saya telah dijawab semalam, gabung dengan Rantau Abang.
Takut ada nok tambah lagi?
Oh, takdok.
Takdok? Kita beri utama sikit Yang Berhormat Ladang. Yang Berhormat ADUN Pengkalan Berangan. Tolak. Yang Berhormat Manir. Senyum Yang Berhormat Manir.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 1-
Apakah agenda atau program pembangunan sukan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri hanya melibatkan atlet bersekolah sahaja?
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Manir yang bertanyakan tentang agenda atau program pembangunan sukan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri, adakah ianya hanya melibatkan atlet bersekolah sahaja? Untuk maklumat Yang Berhormat, program pembangunan sukan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Negeri Terengganu bukan hanya melibatkan atlet pelajar sekolah sahaja malah program yang dilaksanakan bermula kepada kanak-kanak seawal usia 4 tahun sehingga tiada had umur, selagi atlet tersebut mahu bergiat secara aktif dalam sukan prestasi tinggi. Terima kasih.
Sila Yang Berhormat Manir.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, minta pihak Kerajaan mendetailkan penerangan program-program yang telah disediakan tersebut dan jika sekiranya ada bentuk-bentuk bantuan kebajikan yang disediakan oleh pihak Kerajaan kepada atlet-atlet di Negeri Terengganu? Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, antara program yang dilaksanakan adalah seperti:-
i) Terengganu Kids Champ
Kejohanan yang berkonsepkan 'mari mencuba’ yang melibatkan atlet prasekolah dari seluruh negeri. Hasil daripada program ini telah menyemarakkan minat kanak-kanak untuk menyertai aktiviti kesukanan yang menyihatkan serta mengasah bakat mereka bagi menyertai kejohanan-kejohanan peringkat umur yang bersesuaian.
ii) Program Tunas Harapan, Bakat dan Pelapis
Program latihan berstruktur ini melibatkan atlet berumur bawah 12 tahun bagi Tunas Harapan, 13 hingga 17 tahun untuk Program Bakat dan atlet berumur 18 hingga 21 tahun bagi program pelapis.
iii) Program Persediaan Kontinjen SUKMA
Atlet yang telah melalui program pembangunan Majlis Sukan Negeri Terengganu akan dipilih bagi dimasukkan ke dalam program ke tahap program persediaan atlet yang lebih tinggi iaitu Program SUKMA Negeri yang melibatkan atlet berumur bawah 21 tahun.
iv) Program Peringkat Kebangsaan
Bagi atlet yang berumur melebihi 21 tahun, program kecemerlangan atlet akan diambil alih oleh Persatuan Sukan Kebangsaan, Majlis Sukan Negara Malaysia dan Majlis Olimpik Malaysia.
Agensi-agensi ini akan menyediakan pelan latihan dan kejohanan yang sesuai disertai oleh atlet-atlet berdasarkan sasaran pencapaian yang mereka tetapkan di berbagai peringkat kejohanan antarabangsa. Dalam aspek kebajikan, untuk maklumat Yang Berhormat, Majlis Sukan Negeri Terengganu telah menubuhkan:-
1) Sekretariat Kebajikan Atlet Terengganu (SUKANT)
Dengan memberikan fokus kepada bekas-bekas atlet Terengganu yang berjasa kepada negeri dan juga negara di samping atlet yang masih aktif untuk bantuan khairat kematian, perubatan, bantuan peralatan rawatan seperti kerusi roda, katil hospital serta bantuan kelengkapan rumah dan makanan. Pendaftaran di dalam sistem e-SUKANT setakat ini seramai 4,733 orang atlet dan bekas atlet. Tahun 2023, seramai lima orang telah dibantu dengan pelbagai bantuan utama seperti khairat kematian dan perubatan hospital melalui Sekretariat ini. Data penerima bantuan akan ditapis dalam
sistem ini untuk menentukan taraf bantuan yang layak untuk diterima.
Beberapa orang bekas pemain bola sepak Terengganu yang mewakili negeri dan negara yang terdahulu juga mendapat perhatian untuk dibantu melalui Sekretariat ini selain atlet-atlet daripada pelbagai jenis sukan. Sekretariat ini juga bekerjasama dengan pihak atau agensi dari Kerajaan Negeri seperti Tabung Darul Iman, MAIDAM, Pejabat-pejabat DUN, Parlimen juga Kerajaan Pusat seperti PERKESO, KWSP dan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB).
2) Bantuan Persekolahan dan Pendidikan Atlet Terengganu
i.
Biasiswa Sukan Majlis Sukan Negeri Terengganu
Diberikan kepada atlet SUKMA yang masih bersekolah 8 tahun hingga 19 tahun sebanyak RM50.00 sebulan sebagai perbelanjaan tambahan di sekolah seramai 200 orang di seluruh Negeri Terengganu.
ii. Yuran Asrama Sekolah
Subsidi bayaran yuran asrama sebanyak RM35.00 sebulan sebagai bayaran tambahan setiap atlet Terengganu yang mewakili SUKMA yang masih bersekolah seramai 120 orang seluruh negeri seluruh Malaysia.
iii. Bayaran Tuisyen
Bantuan kepada pihak sekolah mahupun atlet SUKMA untuk diadakan kelas tambahan kepada atlet SUKMA yang berada di tahun peperiksaan awam, SPM ataupun STPM bagi menghadapi peperiksaan awam.
iv. Perlindungan Insurans Atlet
Sebanyak RM65,370.00 setahun sebelum, semasa dan selepas pertandingan ataupun kejohanan.
Rawatan Hospital Kerajaan dan Swasta dan Perubatan sekiranya atlet perlu mendapat rawatan segera.
Dan banyak lagi kebajikan-kebajikan yang ditawarkan kepada atlet untuk kita memastikan mereka terjamin dan terpelihara. Terima kasih.
Terima kasih pada Yang Berhormat Tepoh. Seterusnya saya persilakan Yang Berhormat Seberang Takir.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan nombor 1-
Berapakah jumlah kes tangkapan khalwat di Terengganu mengikut daerah dalam tahun 2022 dan 2023?
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Wakil Seberang Takir yang mengemukakan soalan tentang jumlah kes tangkapan khalwat di Terengganu mengikut daerah pada tahun 2022 dan 2023. Jawapannya ialah:-
DAERAH 2022 (Januari – Disember) 2023 (Januari – Oktober) Kuala Terengganu 24 kes 23 kes Kemaman 44 kes 36 kes Dungun 29 kes 26 kes Besut 16 kes 18 kes Setiu 10 kes 4 kes Marang 36 kes 31 kes Hulu Terengganu 6 kes 9 kes Kuala Nerus 8 kes 10 kes Jumlah Keseluruhan 173 kes 157 kes
Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Ada soalan tambahan?
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Nampak tidak ada perbezaan yang ketara antara dua tahun tu. Ada sikit penurunan. Cuma saya nak tahu dari segi cara operasi, bagaimana tangkapan ini dibuat kerana ada sesetengah tempat tu kita dapat laporan ada kegiatan-kegiatan ini berlaku dan masyarakat mengadu macam di sekitar pantai dan juga dataran di Seberang Takir, Dataran Jambatan Gantung dan sebelum ini saya dapat aduan daripada masyarakat di Bandar Baru Kuala Nerus tu tapi lepas tu saya dimaklumkan ada tangkapan dibuat selepas laporan tu. Jadi saya nak tahu kekerapan operasi ini dibuat berdasarkan laporan ke ataupun Jabatan memang dah ada jadual secara berkala dari masa ke semasa? Terima kasih.
Sila Yang Berhormat kawasan Batu Buruk.
Terima kasih Seberang Takir. Yang pertamanya sebagai mengulas persoalan yang disebutkan tadi, tanggungjawab Amar Makruf dan Nahi Mungkar ini adalah tanggungjawab bersama, sama ada daripada pihak Kerajaan mahupun rakyat secara keseluruhannya supaya kita mendapat keberkatan daripada Allah Subhanahu Wa Taala. Adapun apa yang dikemukakan tadi, dari segi jawapannya, ya memang penguatkuasa syariah dari segi jumlahnya seramai 101 orang di seluruh Negeri Terengganu, kalau ikut jumlah ini masih lagi tidak mencukupi. Namun di antara langkah proaktif yang diambil ialah operasi bersepadu dengan pihak-pihak berkuasa lain seperti PDRM, JPJ dan seterusnya. Maknanya jika sekiranya operasi itu operasi yang melibatkan mencegah maksiat dan kemungkaran maka penguatkuasa syariah yang akan mengetuai operasi tersebut yang disertai oleh agensi-agensi yang saya sebutkan tadi. Di mana dari segi bahagian penguatkuasaan memang telah mempunyai senarai-senarai tempat tumpuan di seluruh Negeri Terengganu yang mempunyai rekod berlakunya perbuatan tidak bermoral. Oleh itu, bahagian penguatkuasaan telah melakukan rondaan berkala bagi tujuan penguatkuasaan dengan kekerapan tiga hingga empat kali seminggu. Di samping itu memang terdapatlah tempat-tempat yang tertentu yang selalu berlaku perkara-perkara yang tidak bermoral ini seperti di drawbridge
dan kawasan sekitarnya dan Kuala Ibai, Dataran Pulau Sekati, Tok Jembal dan lain-lain lagi, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat.
Seterusnya saya persila Yang Berhormat Permaisuri.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya nombor satu-
Apakah kaedah serta aturan yang telah dibuat oleh Kerajaan Negeri terhadap wang sumbangan bagi tabung-tabung masjid daripada orang ramai dan sejauh manakah ianya berkesan?
Terima kasih Yang Berhormat Permaisuri yang bertanyakan tentang aturan yang telah dibuat oleh Kerajaan Negeri terhadap wang sumbangan bagi tabung-tabung masjid daripada orang ramai dan sejauh manakah ianya berkesan. Jawapannya ialah peraturan garis panduan dan bengkel telah dikuatkuasa dan dilaksanakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu bagi mengurus dan mengawal selia kutipan sumbangan dan perbelanjaan wang tabung masjid. Antaranya ialah:
1. Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Terengganu 2001. 2. Peraturan-peraturan Hal Ehwal Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Jawatankuasa Masjid) 2004 3. Garis Panduan Penggunaan Wang Khairat Masjid Negeri Terengganu. 4. Kursus ataupun Bengkel Pengurusan Kewangan Masjid Kepada Ahli-ahli Jawatankuasa Masjid.
Terima kasih.
Soalan tambahan, terima kasih Yang Berhormat. Daripada jumlah-jumlah kutipan yang ada di masjid-masjid, adakah terdapat satu kaedah supaya satu laporan dibuat kepada pejabat agama daerah-daerah dan sebagainya untuk kita dapat melihat perbelanjaan itu dibuat bukan hanya sekadar berhemah tetapi menepati kehendak penderma-penderma, penyumbang-penyumbang kepada masjid termasuklah untuk
membaikpulih mana-mana bahagian-bahagian masjid yang rosak dan sebagainya. Terima kasih.
Terima kasih Permaisuri. Ya, memang ada peraturan-peraturan ataupun apa cara yang disebutkan tadi saya bacalah sebahagian daripada peraturan-peraturan tersebut, antaranya ialah wang masjid bolehlah digunakan untuk perkara-perkara berfaedah bagi menjalankan aktiviti-aktiviti keagamaan termasuklah pembelian peralatan dan penyelenggaraan masjid.
Yang kedua bendahari boleh dibenarkan menyimpan wang tunai tidak lebih daripada RM300 pada suatu masa. Wang yang lebih dari jumlah itu hendaklah dimasukkan ke dalam bank yang dipersetujui oleh jawatankuasa dalam tempoh tiga hari dan ada beberapa lagilah yang tertera di sini, itu sebahagian daripada ini, terima kasih.
Terima kasih, kita akan berada kepada soalan yang terakhir. Saya bagi ruang kepada Hulu Besut.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, Hulu Besut soalan nombor dua-
Apakah status pembinaan Masjid Pak Sik, Hulu Besut yang pernah diluluskan orang Kerajaan Pusat pada 2022 yang lalu?
Terima kasih Hulu Besut. Dato’ Yang di-Pertua, soalannya apakah status pembinaan Masjid Pak Sik, Hulu Besut yang pernah diluluskan orang Kerajaan Pusat pada tahun 2022 yang lalu. Jawapannya Kerajaan Pusat tidak pernah meluluskan cadangan bagi permohonan pembinaan baru Masjid Pak Sik, Hulu Besut. Permohonan masjid ini telah diangkat oleh mantan Menteri Agama, Yang Berhormat Dato’ Haji Idris bin Ahmad di atas Lot 3220, GM 1590 Mukim Hulu Besut seluas 0.4962 Hektar kepada Ketua Pengarah ICU, JPM pada September 2022. Cadangan masjid adalah untuk kapasiti 500 jemaah dengan anggaran kos RM5 juta. Pejabat Pembangunan Negeri Terengganu telah menjalankan siasatan tapak ke atas permohonan cadangan pembinaan baru Masjid Pak Sik, Hulu Besut pada 26 Oktober 2022. Hasil siasatan mendapati status tanah berkenaan masih di peringkat perwataan di bawah
Seksyen (4) Akta Pengambilan Tanah 1960 oleh Pejabat Tanah Besut. Justeru permohonan berkenaan tidak dapat dipertimbangkan. Keluasan tanah sekitar 1.2 ekar juga didapati kurang sesuai untuk pembinaan sebuah masjid berkapasiti 500 jemaah. Pembinaan masjid baru di kawasan berkenaan juga perlu mengambil kira penyediaan fasiliti pusat perpindahan sementara disebabkan kecenderungan kawasan terbabit mengalami banjir setiap kali musim tengkujuh, terima kasih.
Terima kasih. Ada soalan tambahan, Hulu Besut? takdok? Ada, takdok? Ade? Takdok? Terima kasih kepada semua, kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat yang telah mengemukakan soalan dan sempat mengemukakan soalan pada hari ini. Terima kasih kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang telah menjawab. Untuk makluman kita semua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya tangguhkan sementara Dewan ini dan disambung semula pada pukul 11.00 pagi, insya-Allah. Kita tangguh dengan membaca surah Al-„Asr dan tasbih kaffarah.
DEWAN DITANGGUHKAN PADA PUKUL 10.30 PAGI
PUKUL 11.00 PAGI
Enakmen Perbekalan 2024Bill
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, mesyuarat disambung semula. Sesi pergulungan ke atas Enakmen Perbekalan 2024 diteruskan. Saya mempersilakan Wakil Kerajaan untuk membuat pergulungan. Silakan. Yang Berhormat kawasan Batu Buruk, sila.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Yang Berusaha Ketua-ketua Jabatan dan Agensi, para pegawai dan kakitangan Kerajaan Negeri, semua tetamu, petugas media dan pemerhati yang dirahmati Allah Subhanahu Wa Taala sekalian. Terutamanya, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu di atas pembentangan ucapan Belanjawan 2024 yang bertajuk “Menerajui Era Baharu Terengganu”. Mudah-mudahan semua perancangan yang dirangka dipermudahkan oleh Allah Subhanahu Wa Taala.
Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih saya ucapkan kepada semua Yang Berhormat yang menyentuh porfolio Jawatankuasa Penerangan Dakwah dan Pemerkasaan Syariah. Sama ada dalam bentuk cadangan mahupun kritikan membina. Suka untuk saya nyatakan di sini, antara penambahbaikkan yang dibuat pada sesi ini, ialah mengangkat slogan „Índahnya Hidup Bersyariat’ sebagai satu moto bagi meninggikan agenda pemerkasaan syariah di Negeri Terengganu tercinta ini. Kita mahu tanamkan semangat ini ke dalam diri seluruh rakyat Terengganu. Seiring dengan doa iftitah yang dibaca dalam solat,
Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya kepada Allah Subhanahu Wa Taala.
Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Tunggal, yang menyentuh unit-unit tubuh agar diperkasakan khususnya Unit Penerangan Darul Iman (UPDI) dan DUAT. Kedua-dua unit ini sangat penting bagi memperkasakan agenda dakwah dan penerangan dalam Negeri Terengganu. DUAT sebagai contoh menyediakan kursus-kursus pendek bagi meningkatkan keupayaan para Da’i dalam ilmu-ilmu yang menjadi keperluan masyarakat seperti ilmu Faraid dan Ilmu Falak di samping ilmu fardhu ain yang menjadi teras. Ada pun UPDI, beberapa langkah penambahbaikan sedang diambil antara lain ialah,
1. Pemerkasaan web tv bagi menampung sebaran menyeluruh agenda kejayaan Kerajaan Negeri kepada masyarakat.
2. Melakukan kerjasama dengan beberapa agensi media terkini, bagi memenuhi keperluan semasa penerangan yang semakin canggih.
3. Bagi maklumat sebaran luar Negeri Terengganu, agenda penerangan SG4 melibatkan empat negeri juga kita telah aktifkan melalui kerjasama awal antara UPDA, Urusetia Penerangan Negeri Kedah, UPNKT, Urusetia Penerangan Negeri Kelantan, dan UPNP, Urusetia Penerangan Negeri Perlis.
Yang Berhormat Jertih mencadangkan konsep dakwah agar agrotourism dengan izin, insya-Allah, Kerajaan Negeri menyahut cabaran ini dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan elemen-elemen pemerkasaan.
Kita bertuah kerana Terengganu mempunyai tokoh-tokoh dakwah yang terkenal di peringkat nasional bahkan nusantara. Seperti Da’i Sejuta Ummah, Ustaz Azhar Idrus, Syed Norhisyam, Ustazah Asma Harun dan lain lain lagi. Program-program berimpak tinggi akan diteruskan mengikut kemampuan kewangan yang ada.
Yang Berhormat Rantau Abang dan Hulu Besut menyentuh tentang pemerkasaan institusi masjid, khususnya dalam konteks pelancong-pelancong yang datang ke Negeri Terengganu agar ia menjadi satu kemudahan dan tarikan kepada pelancong untuk datang ke Negeri Terengganu. Saya sangat bersetuju dengan saranan tersebut. Kerana ia selari dengan agenda Kerajaan bagi memperkasakan insitusi masjid. Firman Allah Subhanahu Wa Taala,
Hanya se-nya yang layak memakmurkan yang ini yang menghidupkan masjid-masjid Allah itu, ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, serta mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, dengan adanya sifat-sifat yang tersebut, maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan orang-orang yang mendapat petunjuk.
Surat At-Taubah Ayat 18.
Kerajaan Negeri akan meneruskan kerja-kerja menyelenggara dan menaik taraf masjid-masjid yang sedia ada di seluruh negeri. Berkenaan masjid negeri yang baharu, berkonsepkan Smart Township Mosque, juga akan dilaksanakan. Kerja-kerja awal pembinaan dan bakal menjadi pusat bagi Bandar Baru Bukit Besar. Berkenaan dengan institusi masjid ini juga bagi menambah jawapan pertanyaan daripada Yang Berhormat Telemong, Yang Berhormat Bukit Besi, dan Yang
Berhormat Sura. Berkenaan kebajikan untuk imam dan bilal. Kerajaan Negeri sentiasa berusaha bagi memastikan kebajikan imam dan bilal di negeri ini terus dijaga. Selain daripada peruntukan one-off daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kerajaan Negeri juga dalam usaha bagi memberikan peruntukan one-off juga kepada imam ketiga, memandangkan peruntukan daripada JAKIM hanyalah kepada imam 1 dan imam 2 sahaja. Kita juga sedang mengkaji untuk memberikan kenaikan imbuhan dan elaun imam dan bilal yang tanpa pendapatan tetap dan juga kemudahan-kemudahan lain yang boleh dipertimbangkan. Di samping itu turut dilaksanakan juga Program Tahsin pegawai masjid, bagi memastikan imam bilal dapat menambah baik mutu bacaan dan tugas masing-masing.
Dato’ Yang di-Pertua, saya kira, rata-rata Ahli-ahli Yang Berhormat menyentuh tentang konflik Palestin, Zionis-Israel dan juga usul yang sama-sama kita luluskan. Khususnya apa yang berlaku di Gazzah, yang sangat menyentuh hati sanubari umat Islam. Saya ingin mengajak Ahli Yang Berhormat juga, memberi perhatian terhadap isu besar yang berlaku dalam negara kita, iaitu hak undang-undang syariah di Malaysia, yang dicabar oleh pihak-pihak tertentu. Kita agak pelik, di mana apabila kita orang Islam yang merupakan umat Islam majoriti dalam negara kita. Islam adalah agama Persekutuan. Seolah-olah kita tidak boleh untuk bercakap membela hak-hak kita. Adapun mereka di luar sana kononnya di atas nama hak asasi manusia dan seumpamanya dengan mudah mereka mempersoal berkait dengan hak-hak umat Islam khususnya berkait dengan Undang-Undang Syariah yang dilaksanakan di Tanah Melayu ini sejak ratusan tahun dahulu. Apa signifikan isu pencabaran Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) 2019 (Kelantan) yang dibawa ke Mahkamah Persekutuan sekarang ini dengan Enakmen Kesalahan Syariah yang sedang berkuat kuasa di Negeri Terengganu. Sebagai tambahan, Undang-undang ataupun Enakmen Kesalahan Syariah yang kita sama-sama saksikan diluluskan di dalam Dewan Yang Mulia ini tahun 2001 di mana hari ini juga akan tercabar. Bukan sahaja diluluskan bahkan diwartakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu. Untuk makluman seluruh Ahli-Ahli Yang Berhormat, 14 daripada 20 peruntukan yang dicabar itu ada dalam peruntukan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu. Sedikit sebanyak keputusan kepada kes itu sekiranya memihak kepada pempetition akan memberi impak kepada perundangan syariah di negeri kita juga iaitu DUN selaku badan legislatif tidak lagi mempunyai kuasa meluluskan apa-apa Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah kerana bercanggah dengan perlembagaan. Ia bukan sahaja soal pertindihan kuasa antara Kerajaan
Pusat dan Kerajaan Negeri sebagaimana naratif yang dibawa oleh setengah pihak bahkan lebih daripada itu ia akan menghakis kuasa Dewan Undangan Negeri untuk menggubalkan Enakmen Jenayah Syariah jika sekiranya keputusan berpihak kepada mereka. Perlu disedari pihak yang menyokong dan mendokong agenda ini adalah kalangan mereka yang membawa agenda liberalisasi dan prolisasi agama serta tidak mahu Undang-undang Syariah Islam ditegakkan di Malaysia.
Kita perlu menyedari bahawa Perlembagaan Persekutuan yang diamalkan pada hari ini adalah kesinambungan perundangan Islam yang telah berakar di Tanah Melayu ini sejak ratusan tahun. Sebagai contoh di Negeri Terengganu, sebelum adanya Perlembagaan Persekutuan bahkan semangat Perlembagaan Persekutuan itu khususnya Islam agama Persekutuan diambil daripada Undang-undang Tubuh negeri-negeri wilayah-wilayah di dalam Malaysia ini. Di Negeri Terengganu dinamakan Wilayah Islamiyah Malayawiyah yang mana batu bersurat menjadi saksi Undang-undang Jenayah Syariah telah diamalkan di Negeri Terengganu ini sejak ratusan tahun. Begitu juga Undang-undang Tubuh Negeri Terengganu, Itqan Al-Muluk Bi Ta'dil As-Suluk. Jika kita berdiam diri tidak mustahil fasal yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan pun akan dicabut suatu hari nanti. Dengarlah amaran Nabi kepada umatnya di akhir zaman.
Pasti akan terungkai simpulan Islam satu persatu, setiap kali satu simpulan terungkai, manusia akan berpaut kepada simpulan yang lain. Simpulan pertama terungkai ialah hukum dan simpulan akhir ialah solat.
Hadis Riwayat Imam Ahmad.
Mohon mencelah…
Yang Berhormat…
Celah…Yang Berhormat
Silakan.
Sila…
Terima kasih Yang Berhormat Batu Buruk, Yang Berhormat Dato’ Speaker Dewan. Kumpulan litigasi strategik ini sedang menggebur peranannya sedang merancang program-program termasuk mengganggu urusan Mahkamah Syariah sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Batu Buruk dan kita kena mengambil satu peranan yang serius kerana negeri kita pernah melakari sejarah pada tahun 1950. Iaitu isu Maria Hertogh ataupun Natrah yang dipelihara ibu angkatnya Mak Minah daripada Kemaman. Inilah kumpulan litigasi strategik ini berjaya untuk memurtadkan Natrah di Mahkamah Singapura 1950. Jadi adakah dalam maklumat atau pengetahuan Yang Berhormat Batu Buruk, adakah peguam-peguam ini berasal daripada Terengganu atau luar Terengganu? Sebab seingat saya tahun 2005 di Mahkamah Syariah Kampung Raja iaitu kes Ustazah Che kamariah Che Ali yang mengisytiharkan murtad di Mahkamah Syariah Kampung Raja bersama pengikutnya tahun 2005. Jadi adakah peguam-peguam ini berasal daripada Negeri Terengganu?
Terima kasih Yang Berhormat Jertih. Sebagaimana yang kita maklum kumpulan ataupun golongan ataupun individu-individu ini memang membawa agenda yang berselindung di sebalik hak asasi manusia bukan sahaja di Negeri Kelantan bahkan mereka akan bergerak ke negeri-negeri yang lain. Walaupun buat masa ini belum ada lagi daripada Negeri Terengganu tidak mustahil jika sekiranya senario yang saya sebutkan tadi maka ia juga akan berlaku di Negeri Terengganu. Saya sambung balik Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, daripada apa yang saya sebutkan tadi, justeru Kerajaan Negeri telah mengambil langkah proaktif dengan menganjurkan Wacana Perundangan Syariah Terengganu pada 16 November lepas. Insya-Allah Kerajaan Negeri juga akan mengadakan satu Himpunan Munajat Perdana bagi memberikan kesedaran kepada rakyat akan bahaya ancaman ini terhadap umat Islam. Kalau semalam Yang Berhormat Batu Rakit cadang supaya buat himpunan untuk kita dapat balik royalti, Batu Rakit cadang supaya Yang
Berhormat Paka jadi tok imam solat hajat. Jadi untuk himpunan ini kita cadang Batu Rakit jadi imam, insya-Allah. Insya-Allah, tak akan berlaku solat dua imam.
Yang Berhormat, boleh saya celah sikit ya? Terima kasih Yang di-Pertua. Kita hari-hari ini melihat cabaran-cabaran yang dibuat oleh golongan yang tidak suka kepada agama kita Islam dan ada yang kita tengok kes yang melibatkan Maria Hertogh ataupun Natrah suatu masa dahulu ia berpunca daripada kelompongan ataupun kelemahan undang-undang kita kerana kes itu melibatkan law of the missouri dengan izin Dato’ yang di-Pertua dan hari ini juga saya rasa dan saya berpandangan bahawa mereka ini juga sedang mencari lompang-lompang dalam peruntukan undang-undang di peringkat perlembagaan negara dan juga di negeri supaya mereka cuba untuk mencabar dan hari ini kita melihat kumpulan-kumpulan ini sedang menguasai Kerajaan Pusat sehingga membenarkan kalau kita kira bahawa Malaysia ini sebuah negara Islam yang mana Islam agama rasmi tetapi mereka membawa budaya-budaya yang tidak baik seperti cold apa itu, konsert yang semacam itu. Ini adalah untuk memalingkan pemikiran generasi muda pada hari ini untuk lari ataupun kurang dan lebih minat, cenderung kepada liberalisme, minta komen daripada Yang Berhormat.
Saya setuju dengan Yang Berhormat Permaisuri yang boleh masukkan dalam ucapan saya. Komen saya kita doakan mudah-mudahan umat Islam dapat menguasai dua per tiga kerusi Parlimen kerana untuk memperkasakan Islam agama Persekutuan, untuk merubah apa-apa sahaja berkait dengan polisi khususnya berkait dengan Agama Islam perlukan kepada dua per tiga yang saya sebutkan tadi. Insya-Allah saya yakin jika sekiranya umat Islam dapat dua per tiga kita akan dapat memperkasakan perkara-perkara yang berkait dengan Agama Islam termasuklah yang berkait dengan Perundangan Islam itu sendiri.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, sebelum saya mengakhiri ucapan ini, suka untuk saya menyampaikan seloka ringkas.
Punahnya negara ini Bila pemimpin bertopeng reformasi Kononnya penjulang demokrasi Tetapi dirobek-robek
Demi periuk nasi sendiri
Punahnya negara ini Bila pemimpin bertopeng kesaksamaan Kononnya pejuang kesamarataan, Tetapi disekat-sekat Suara yang bertentangan
Punahnya negara ini Bila pemimpin bertopeng integriti Kononnya bersih tak perlu disyaki Tetapi dilepas bebas Teman sebantal tanpa konklusi.
Punahnya negara ini Bila pemimpin bertopeng keadilan Kononnya adil dalam pengurusan, Tetapi ditekan-tekan Pasukan lawan disekat peruntukan.
Bukan reformasi Tapi hipokrisi "Anda sokong, kami beri."
Mereka gadaikan prinsip integriti.
Bukan adil Tapi jahil "Kerajaan kami, ikut suka kami"
Tetapi mereka berdegil.
Bukan bersikap terbuka Tapi menganiaya "Kami mahu guru dipantau!"
Laung mereka demi kuasa.
Kononnya menjunjung tinggi sistem demokrasi,
Tetapi mereka merobek demokrasi untuk kepentingan sendiri.
Kononnya memperjuang kebebasan bersuara, Tetapi menyekat suara yang bertentangan dengannya.
Kononnya mengutamakan pentadbiran berintegriti dan bebas rasuah, Tetapi sendiri memejam mata bila melibatkan rakan sebelah.
Kononnya adil dalam pengurusan, Tetapi sendiri mengamalkan politik dendam dan menekan.
Akhirnya sekali lagi saya mengucapkan tahniah kepada YAB Menteri Besar yang telah membentangkan Bajet 2024. Semoga Allah merahmati dan memberkati Kerajaan dan rakyat Terengganu. Batu Buruk menyokong. Sekian
Terima kasih Yang berhormat Batu Buruk, seterusnya saya mempersilakan Yang Berhormat Kijal.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-pertua, yang berhormat Menteri Besar, Pengerusi Ahli-ahli EXCO, Yang Berhormat-yang berhormat ADUN, Pegawai-pegawai dan Ketua-ketua Kerajaan, pemerhati dan rakan-rakan media, hadirin yang dihormati sekalian. Alhamdulillah bersama kita memanjat kesyukuran kepada Allah Subhanahu Wa Taala masih lagi diberi kesihatan yang sempurna kepada kita di penghujung Sidang DUN Terengganu insya-Allah.
Terima kasih saya ucapkan kepada yang Yang Berhormat-yang berhormat yang menyentuh isu-isu portfolio saya, Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan juga Perubahan Iklim. Ada Yang Berhormat memberi nasihat, ada Yang Berhormat memberi cadangan dan ada Yang Berhormat menanyakan soalan-soalan dan insya-Allah saya akan menjawab sebaik mungkin. Yang Berhormat ADUN Seberang Takir, mengenai penyusunan semula jeti bot penambang Seberang Takir beliau membangkitkan berkaitan dengan kedudukan Jeti Bot Penambang Seberang Takir
yang tidak tersusun, jalan yang sempit dan bagaimana untuk tingkatkan pendapatan operator bagi melalui aktiviti river cruise, dengan izin. Perkara ini berada di dalam makluman Pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), di mana Pihak MBKT sedang membuat perancangan untuk menyusun semula pembangunan di sini, termasuklah untuk menyediakan gerai-gerai dan juga kiosk-kiosk yang bersesuaian. MBKT akan membuat pembentangan kepada saya insya-Allah berkaitan perancangan ini, isu-isu dan langkah ke hadapan sektor pelancongan di Kuala Terengganu pada 3 Disember 2023 nanti. Antara perkara yang akan dibincangkan adalah Cadangan Penyusunan Semula Jeti. Namun demikian kita sedar bahawa isu utama di sini, adalah berkaitan dengan isu-isu tanah yang antaranya perlu dibuat pengambilan balik. Kerajaan Negeri sedar pendapatan operator bot penambang telah banyak terjejas apabila Jambatan Sultan Mahmud dan Jambatan Angkat, Kuala Terengganu disiapkan. Bot penambang bukan lagi menjadi medium pengangkutan seperti dahulu. Bot penambang mesti bertukar fungsi daripada medium pengangkutan kepada aktiviti pelancongan, khususnya untuk aktiviti river cruise. Bagi tujuan ini, Kerajaan Negeri sedang berusaha untuk mengintegrasikan bot penambang dengan Payang Walk dan Beca Warisan Terengganu. Ianya perlu dibangunkan sebagai satu pakej pelancongan di Pusat Bandaraya Kuala Terengganu. Antara cadangan adalah untuk menambah atau memanjangkan tempoh operasi bot penambang sehingga ke waktu malam bagi memudahkan capaian pelancong untuk ke Pasar Payang dari Seberang Takir. Hal ini dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas dan masalah parkir di kawasan Pasar Payang atau Payang Walk terutamanya pada hari hujung minggu. Pelaksanaan ini perlu juga mengambil kira faktor-faktor keselamatan bot penambang terutamanya dari segi pencahayaan pada waktu malam dan ketersediaan bot penambang untuk beroperasi di waktu malam.
ADUN Sura, membangkitkan isu cukai pelancongan dan bag tax. Cukai pelancongan adalah di bawah Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Persekutuan mengagihkan kembali hasil kutipan cukai melalui Pemberian Cukai Pelancongan kepada Kerajaan Negeri sebanyak 50%, daripada hasil kutipan cukai bagi tahun yang sebelumnya. Cukai Pelancongan merupakan cukai ini dikutip daripada pelancong-pelancong asing iaitu sebanyak RM10.00 untuk satu malam ke atas pelancong asing yang tinggal di hotel atau tempat penginapan yang berdaftar. Terimaan cukai pelancongan di Negeri Terengganu bagi tahun 2019 sehingga September 2023 seperti berikut:
2019 - RM1,026,000.00 2020 - RM1,014,934.50 2021 - RM211,000.00 2022 - RM14,050.00 2023 - RM5,340.00
Antara faktor yang menyumbang penurunan cukai pelancong adalah disebabkan oleh yang pertama, Kesan daripada Pandemik COVID-19 yang melanda negara menyebabkan kurangnya pelancong luar datang ke Negeri Terengganu, pengecualian cukai pelancongan ke atas pelancong asing yang menginap di premis penginapan berdaftar sehingga 31 Disember 2022, telah berkuatkuasa semula bermula 1 Januari 2023, wujudnya premis-premis penginapan yang tidak berdaftar seperti homestay dan juga inap desa dan lain-lain lagi.
ADUN Telemong membangkitkan isu Air Terjun Sekayu, berdasarkan kepada Notis yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu (JPNT), kawasan Taman Eko – Rimba mula ditutup kepada pengunjung awam bermula 1 November 2023 sehingga 28 Februari 2024. Penutupan ini adalah selaras dengan Monsun Timur Laut (MTL), penutupan pada musim musim Monsun Timur Laut (MTL) ini adalah disebabkan dikhuatiri pengunjung lebih terdedah kepada risiko kemalangan di lokasi terbabit berikutan kejadian pokok tumbang, terputus hubungan, kepala air dan tanah runtuh boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Justeru itu, bagi mengelakkan berlaku kejadian yang tidak diingini, maka JPNT mengambil keputusan pencegahan dengan menutup termasuk Hutan Simpanan Kekal bagi aktiviti pendakian dan juga rekreasi. Walau bagaimanapun, ia mungkin menimbulkan sedikit perasaan ketidakpuashatian pihak tertentu, namun demi keselamatan serta kebaikan bersama, Jabatan perlu bertindak tegas sebelum kejadian buruk berlaku. Pelan mitigasi untuk dijadikan Sekayu kembali popular sebagaimana dahulu kala. Hutan lipur adalah kawasan hutan yang dikhaskan untuk dibangunkan sebagai kawasan peranginan yang terbuka kepada umum untuk tujuan berehat, berkelah, beriadah, berkhemah dan sebagainya. Pembangunan hutan lipur di dalam kawasan hutan simpan adalah selaras dengan Dasar Perhutanan Negara 1978 dan Akta Perhutanan Negara 1948 bagi tujuan mewujudkan suatu kawasan yang mencukupi dan sesuai bagi tujuan rekreasi, eko-pelancongan dan sebagai tujuan pendidikan terhadap masyarakat mengenai fungsi
perhutanan dan kepentingannya. Taman Eko-Rimba Sekayu merupakan antara kawasan rekreasi yang telah dibangunkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu sejak tahun 1985 lagi. Berkeluasan lebih kurang 813 hektar dan terletak di Hutan Simpan Hulu Terengganu Tambahan. Kawasan ini terletak lebih kurang 55 kilometer daripada Kuala Terengganu dan 16 kilometer daripada Bandar Kuala Berang. Antara ciri tarikan utama pelancongan di kawasan ini ialah kemudahan infrastruktur yang lengkap dan baik. Contoh kemudahan infrastruktur adalah perkhidmatan pengangkutan atau ketersampaian, penginapan, bekalan air, kuasa letrik dan telekomunikasi. Jarak perjalanan yang dekat dengan Kuala Terengganu menjadikan Sekayu sebagai antara pilihan utama pengunjung untuk berekreasi. Selain itu, aliran sungai di Sekayu merupakan tarikan utama pengunjung bagi menjalani aktiviti riadah dan mandi-manda.
Walau bagaimanapun, kesan daripada aliran puing, puing.. ayat… Cikgu Awi boleh kabo puing apa bende… telah menyebabkan berlakunya banjir besar sekitar hujung bulan Februari dan Disember tahun 2022. Banjir besar ini telah mengakibatkan runtuhan dan hakisan di sepanjang sungai Sekayu. Terdapat juga kemudahan yang rosak termasuk jambatan gantung, tapak khemah, laluan pejalan kaki dan pondok rehat. Hal ini telah mengurangkan tarikan dan memberi kesan kepada keselamatan pengunjung yang datang untuk berekreasi.
Pada tahun 2023, peruntukan untuk penyelenggaraan kemudahan di Sekayu adalah menggunakan peruntukan Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Hutan sebanyak RM80,000.00. Peruntukan yang terhad ini digunakan untuk pembaikian kemudahan sedia ada yang telah rosak. Sehubungan dengan itu, JPNT telah mengambil inisiatif untuk mengadakan lawatan tapak bagi melihat hakisan dan kerosakan di Sekayu bersama dengan Timbalan Pengarah Pembangunan Negeri Terengganu, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran, Pengarah Lembaga Muzium Negeri, Yang Di-Pertua Majlis Daerah Hulu Terengganu merangkap Pegawai Daerah Hulu Terengganu telah diadakan pada 12 September 2023. Hasil dari lawatan tersebut, satu kertas kerja permohonan peruntukan sebanyak RM5.2 juta bagi Pembangunan Semula Sekayu telah dikemukakan kepada Pejabat Pembangunan Negeri Terengganu. Sebagai perancangan pada masa hadapan, jabatan memohon peruntukan kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya di bawah RP5, RMKe-12, Tahun 2025 bagi Projek Pembangunan Semula Kemudahan Pelancongan di Eko-Rimba Sekayu, Kuala Berang, Negeri Terengganu. Permohonan ini akan memberi penekanan kepada menaiktaraf kemudahan asas antaranya pembaikan struktur sungai, membaikpulih jambatan gantung, laluan
trekking, tapak khemah, tandas, bilik air, chalet rumah rehat dan lain-lain kemudahan. Terdapat juga penambahan tarikan baru iaitu pembinaan canopy walk, tapak caravan, kolam semulajadi, taman herba dan orkid termasuk burung, taman burung, serta ruang pameran perhutanan.
Kadar bayaran tiket. Sebagaimana yang terdapat dalam Kaedah-kaedah Hutan, bermula 1 Januari 2013, Sekayu telah dikenakan tiket masuk. Kadar bayaran kemasukan di kawasan ini adalah RM2.00 sahaja untuk dewasa dan RM1.00 untuk kanak-kanak. Berdasarkan rekod pengunjung, terdapat pertambahan pengunjung daripada tahun 2017 seperti berikut:
Tahun Jumlah Pengunjung 2017 31,409 2018 37,239 2019 36,440 2020 31,649 2021 20,702 (kurang kerana COVID-19) 2022 27,854 (banjir besar berlaku di Kuala Berang, sebab tu dia sikit 2023 44,100 (naik balik)
Ni berpandukan kepada tiket, kutipan tiket. Hok dok bayar tiket tu kita tak masuk dalam senarai.
ADUN Permaisuri, mengaitkan isu berhubung Setiu Wetlands. Setiu Wetlands yang merupakan Taman Negeri. Terengganu mempunyai sembilan ekosistem berbeza di dalam satu kawasan iaitu laut, pesisir pantai, kawasan berlumpur, lagun, muara sungai, sungai, pulau, rimba pesisir air dan rimba paya bakau. Keunikan Setiu Wetlands di mana ianya merupakan satu-satunya tanah bencah, tanah lembap, tanah berair di mana di Malaysia yang mempunyai ekosistem seperti ini yang saling berhubung iaitu laut, pantai, lumpur, lagun, muara sungai, pulau, hutan di sepanjang pantai dan paya bakau. Tanah lembap Setiu bukan sahaja unik, malah ia adalah satu kawasan yang cantik dan kaya dengan flora dan fauna digabungkan dengan laut, air yang bersih, haiwan di hutan dan juga bukit. Apa yang menarik, manfaat daripada ekosistem yang terdapat di Setiu Wetlands dari sudut pelancongan alam semulajadi adalah wujudnya produk-produk yang boleh
diketengahkan seperti menyusuri sungai Setiu, berkayak, mencari kepah, lokan dan aktiviti menyusuri hutan paya bakau melalui Setiu Boardwalk. Produk-produk ini dapat dijual sepanjang tahun termasuk monsun iaitu bulan November sehingga Februari melalui pengenalan baharu, dia satu aktiviti baru di Setiu Wetland ni iaitu Mandi Hujan, Dato’ Speaker. Sape nak mandi hujan, kita gi Setiu Wetlands. Bersih, cantik, dok gatal, insya-Allah. Pakej ini merangkumi makanan tempatan yang popular seperti kepoh masak lemak, lokan bakar dan kerabu nipah. Selain itu, aktiviti lain yang boleh dijalankan seperti kokok remis selain produk tradisional Kampung Pelancongan di Negeri Terengganu. Pakej ini melibatkan pengusaha-pengusaha tempatan dan juga penduduk kampung yang menjadi produk community based tourism yang mana hasil jualan tersebut memberi pulangan kepada komuniti dan akan menyumbang kepada peningkatan jumlah kedatangan pelancong Terengganu pada musim hujan. Dalam faktor keselamatan, insya-Allah pakej yang ditawarkan adalah selamat daripada risiko banjir dan kepala air. Di samping itu pemain industri yang menjual pakej ini juga turut diberi kursus dan mempunyai sijil dalam water safety bagi memastikan keselamatan pelancong adalah terjamin. Antara pakej aktiviti musim monsun, kokok remis, jala ikan pantai, river cruise, daytrip Setiu Wetlands, ATV ride tour, charity monsoon activities, Wetlands school activities, aktiviti Warung Bangsal Buluh, aktiviti Desa Pancaran Delima. Jumlah data, jumlah kedatangan pelancong di Setiu Wetlands. Saya ambil jumlah terus. 35,351 orang sehingga Oktober baru-baru ini. Jumlah pelawat ke Setiu Wetlands daripada tahun 2019 sehingga 2023 sebanyak 36,000. Jumlah hasil kutipan business 2019 sehingga sehingga 2023 adalah RM108,240.00 sahaja.
ADUN Kemasik, berkaitan dengan Air Terjun Menderu dan Bukit Harimau Menangis.
Insya-Allah kita turun tengok kekgi.
ADUN Bandar Jertih, membangkitkan, memberi nasihat kepada kita.
Insya-Allah kita patuh sebagaimana SOP yang sedia ada. ADUN Kuala Besut kaitkan isu Pulau Perhentian. Kerajaan Negeri komited dengan pembangunan pelancongan di Negeri Terengganu termasuklah di DUN Kuala Besut. Antara permohonan projek pembangunan berskala tinggi di Pulau Perhentian dan Kuala Besut yang telah mendapat kelulusan dasar daripada Kerajaan Negeri adalah;
1) Pembangunan Pora-Pora Bay Resort, Pulau Perhentian di atas Lot 470 PN7652 Mukim Pulau Perhentian, Daerah Besut, Terengganu Darul Iman.
2) Pembangunan Resort Di Atas Tanah Kerajaan Yang Bernombor seluas 13.286 ekar di Pulau Perhentian, Daerah Besut, Terengganu Darul Iman.
3) Cadangan Membina dan Menyiapkan 20 Unit Chalet Sementara Dua Tingkat Jenis Kontena Di Atas Lot 394 GM 142, Pulau Perhentian, Daerah Besut, Terengganu Darul Iman.
4) Cadangan Permohonan Tanah yang terletak di Mukim Kuala Besut, Daerah Besut, Terengganu Darul Iman oleh Ocean Paragon Sdn Bhd.
5) Cadangan Pembinaan Hotel JW Marriott oleh Ikhasas Land.
6) Pembinaan Jeti Persendirian di bawah JW Marriott di kawasan Kompleks LKIM, Besut dan Pembinaan Hotel Transit Kawasan Kompleks LKIM, Besut.
ADUN Hulu Besut kaitkan isu berhubung tempat penginapan bertaraf empat atau lima bintang yang kurang di Negeri Terengganu dan cadangan untuk mengadakan program-program bertaraf antarabangsa pada tahun 2024 seperti Monsun Cup. Antara hotel lima bintang yang akan dibina di Negeri Terengganu ialah pembinaan Hotel JW Marriott oleh Ikhasas Land di Pulau Perhentian..
Ada pencelahan daripada Manir.. boleh?
Tak habis lagi… Angkat tangan macam...
Yang kedua, Pembangunan Strawberry Park di Kijal oleh Ikhasas Land Sdn Bhd dan pengoperasian resort oleh Courtyard By Marriott. Memorandum Persefahaman (MoU) melibatkan projek di atas tanah milik Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT) telah diadakan pada 10 Ogos 2023 bertempat di Resort World Kijal, Kemaman, Terengganu. Kijal tu dengar sikit. Program-program lain atau acara antarabangsa akan dipertimbangkan untuk dilaksanakan di bawah peruntukan galakan pelancongan pada tahun 2024 tapi kita rahsia dulu. Sila..
Sila Yang Berhormat Wakil Manir.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Nok tanya hok kedian skali tu dah jawab doh dakpe sebab berhantu lama dohkan [ketawa] hok tukang jual ubi beli dulu
Okey-okey. Jawab doh okey la tu. ADUN Pengkalan Berangan isu berhubung Community Base Tourism yang perlu diperkasakan lagi pada tahun hadapan, insya-Allah. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu amat memberi tumpuan dan galakan kepada pewujudan Community Based Tourism, CBT di Negeri Terengganu. Maklumat CBT sedia ada di Negeri Terengganu merangkumi CBT yang aktif dan juga tidak aktif. Daerah Kuala Terengganu, jumlah CBT 5, CBT aktif 3 hok dok aktif 2. Dungun jumlah dia 2 hok aktif jumlah…Kemaman jumlah 4, CBT aktif 4 hok dok aktif kosong. Dungun jumlah dia 2, aktif 2 dok aktif kosong, Besut jumlah 5, aktif 3 dok aktif 2. Hulu Terengganu jumlah 5, aktif 5 dok aktif kosong. Marang 5 jumlah yang aktif 5 dok aktif yillek kosong. Setiu 1, aktif 1 kosong dok aktif, Kuala Nerus 5, aktif 5 kosong dok aktif. Jumah semua sekali 29, yang aktif 25, 4 dok aktif. Cadangan untuk CBT-CBT yang berkualiti akan dipergiatkan pada tahun 2024, insya-Allah melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu.
Yang Berhormat Wakil Pengkalan Berangan menyebut Merchang Lestari, Dataran Batu Putih dan Jenang, hokni tempat yang sangat cantik Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dan insya-Allah Merchang Lestari kita dah buat lawatan baru ini kita insya-Allah kita akan adakan 2024 ini sukan air start di Pengkalan Berangan, insya-Allah. Tapi walau macam manapun CBT ini kita kena ambil berat tentang kebersihan. Kalau CBT yang kita angkat, kampung jadi CBT, tempat itu kotor Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, tahi-tahi lembu banyak, tahi kambing banyak, jadi orang tak berapa minat sebab itu ada CBT yang tak aktif kerana takdok pelancong mari. Justeru itu, kita nak minta supaya YB-YB ADUN itu melihat pakat molek dengan Tok Mulu itu supaya check kawasan itu biar bersih supaya ramai pelancong mari.
ADUN Bukit Tunggal, isu berhubung monumen TTI dan apa perancangan Kerajaan Negeri untuk baik pulih TTI. Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu telah meluluskan peruntukan sebanyak RM5 juta kepada Perbadanan
Memajukan Iktisad Negeri Terengganu bagi membaik pulih dan menyelenggarakan Taman Tamadun Islam termasuklah RM2,762,200.00 bagi penyelenggaraan dan menaik taraf monumen-monumen yang memberi nilai tambah kepada tarikan pengunjung. Pelan penyelarasan produk-produk pelancongan di Taman Tamadun Islam akan diberi nilai tambah dengan kepelbagaian aktiviti seperti Program Hujung Minggu, Persembahan Kebudayaan, Gerai Pameran dan Jualan Makan Tradisional dan Pameran Interaktif dan lain-lain. Saya cuma nak minta satu kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat yang bagi sumbangan kepada NGO-NGO, untuk tahun 2024 ini beri sumbangan kepada JPKK untuk melawat TTI itu tengok monumen-monumen dalam itu sebagai salah satu punca kuasa sebagai Duta Pelancongan Negeri Terengganu. Begitu juga kepada pelajar-pelajar, bagilah sumbangan untuk pergi melihat apa yang ada di TTI, jangan kita beri sumbangan nak pergi luar negeri sampai Krabi apa semua takdok faedah blake tu mari tempat kita, jadi sekurang-kurangnya tambah pendapatan TTI.
Kerajaan Negeri juga merancang untuk mewujudkan sebuah Galeri Arkeologi Maritim bagi menempatkan artifak bersejarah daripada beberapa bangkai kapal yang karam (shipwreck) di dasar perairan Negeri Terengganu. Pembinaan galeri ini juga akan memberi nilai tambah kepada Taman Tamadun Islam sebagai sumber rujukan kepada generasi. Kita difahamkan Yang Berhormat Dato’ Speaker, 300-400 tahun dahulu perairan Terengganu popular dengan laluan Kapal Dagang. Ini bermakna orang Terengganu memang hebat dalam perdagangan. Ada beberapa Kapal Dagang yang tenggelam di perairan kita seperti Longquan di perairan Pulau Redang, Sintiel di perairan Pulau Perhentian, Wanli di perairan Tenggol, Japanese Wreck di perairan Pulau Kapas. Yang terkini dinamakan Pulau Bidong „Shipwreck’ yang berusia 500 tahun, belum tahu asal tapi kayu lantai berasal dari…kayu lantai jenis dia meranti. Jadi meranti ini saya dengar cerita ada di Terengganu, di Malaysia dan di Thailand sahaja, bermakna kapal itu ada kemungkinan Kapal Malaysia. Jadi banyak artifak yang ada dalam kapal dan ada yang dah diambil yang dah dihantar ke Muzium dan ada yang belum diambil. Justeru itu, kita rancang untuk wujudkan galeri ini supaya kita ambil barang-barang artifak lama ratus-ratusan tahun ini, bubuh dalam galeri di TTI dan menjadi bahan rujukan maka dalam masa yang sama jadi nilai tambah kepada pendapatan TTI…
Panjang lagi Yang Berhormat Wakil Kijal?
Akhir dah, boleh sikit lagi? Nak jawab hok Bukit Tunggal, boleh?
Ya sila-sila.
Dan seterusnya, nilai tambah yang insya-Allah kita akan gunakan ialah Jeti TTI. Sekarang ini Jeti telah digunakan untuk feri-feri ke pulau-pulau dan sekarang kita nak angkat satu, kita rancang untuk kegunaan pelancong sungai River Tourism dengan izin. Mungkin masih baru di Terengganu kita, insya-Allah akan bermula di TTI. Ianya berbentuk kembara menggunakan mini houseboat dengan izin. Banyak yang dapat dinikmati di pesisir sungai Negeri Terengganu alam semulajadi, hidupan liar, budaya warisan, gastronomi dan macam-macam lagi kita ada Kampung Budaya, kita ada Jambatan Angkat dan lain-lain. Yang menariknya ramai hok dok tahu, sungai Kuala Terengganu ini tersenarai sebenarnya antara sungai yang terbaik untuk dimajukan River Tourism di samping Sungai Kinabatangan, Sungai Rajang dan juga Melaka, kita tersenarai yang terbaik. Di Eropah, disediakan houseboat dan telah maju ke depan seperti Perancis, Itali dan Belgium lain-lain dah lama dah dan popular juga di negara Asia seperti India, Nepal, Pakistan, Thailand dan lain-lain. Insya-Allah kita akan efisyenkan lagi servis jeti di TTI sebagai aktiviti tambah nilai untuk masa hadapan.
Dato’ Yang di-Pertua, itulah sahaja pembentangan saya. Cuma saya nak ingatkan sebagai penutup Belanjawan Berimbang, Bajet Berimbang RM1.860 billion menuju “Era Baharu Terengganu”. Intipati yang perlu ditekankan kepada kita semua ialah meringkaskan prosedur. Itu penting. Banyak ADUN-ADUN sebut pasal banyak sangat birokrasi. Ini tertera dalam Buku Bajet MB baca hari tu. Kreatif, inovatif dalam kita buat kerja. Dan yang ketiganya berdikari dengan keupayaan kita sendiri. Dan yang paling win sekali, Bajet tersebut Dato’ Yang di-Pertua, MB dok sebut, tak perdetail bajet-bajet, jumlah-jumlah yang diberikan kepada EXCO-EXCO. Dan ini menunjukkan betapa telusnya Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar selaku calon P040. Kita dengar cerita kelmarin, Perdana Menteri ada turun di P040. Macam-macam janji, tapi MB kita salah satu calon, calon nombor dua tak sebut. Sebab apa? Sebab nak elak takut-takut jadi Pilihan Raya semula sekali lagi. Dok cakak. Wak nyaknye ke rakyat. Jadi justeru itu saya nak mintaklah kepada semua, kita berdoalah supaya Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar akan dinobatkan sebagai. Sebagai apa? Wakil rakyat P040, Kemaman. Jadi justeru itu,
sekali lagi saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker, rakan-rakan sekalian, mudah-mudahan kita semua sentiasa di dalam barakah Allah Subhanahu Wa Taala.
Terima kasih Yang Berhormat Kijal.
YBC dok tepuk mane napok. [Sambil ketawa] Macam ge dok setuju je backbenchers ke guana, sila Yang Berhormat Paka.
Alhamdulillah kita memanjat syukur kepada Allah Subhanahu Wa Taala dan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker yang memberi ruang untuk saya sama-sama mengambil peluang-peluang ini untuk berucap dalam menyokong Ucapan Bajet yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar yang bertema menerajui “Era Baharu Terengganu” dengan Bajet bernilai RM1.860 billion. Saudara-saudara yang dihormati sekalian, apa pun dalam melaksanakan Bajet yang dibentangkan ini berdasarkan anggaran kewangan yang bakal diperolehi oleh Kerajaan Negeri Terengganu. Mahu tak mahu antara sumber yang besar adalah datang daripada royalti petroleum. Dan dengan perkembangan mutakhir yang kita hadapi ini yang kita lalui ini dan kita berdoa insya-Allah ujian dan musibah ini tidak berpanjangan. Tetapi seolah-olah mengulang kembali peristiwa 1999-2004. Saya juga selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Paka ketika itu merasai pengalaman pentadbiran Kerajaan Negeri sehingga ke habis penggal 2004. Hanya sempat sekali sahaja kita menikmati royalti tersebut dan empat tahun kemudiannya tidak dapat mengecapi nikmat royalti tersebut. Termasuklah apa-apa kelebihan daripada peruntukan Kerajaan Pusat. Masa itu Ahli Dewan Undangan Negeri elaun dia RM3,600.00 je.[Sambil ketawa] Nok jaga rakyat mari dumoh. Peruntukan hanya RM50,000.00 sahaja setahun. Tapi alhamdulillah, suasana tersebut sehingga kepada penghujung penggal. Dan ada positifnya apabila pihak Kerajaan mampu untuk menggembelingkan sumber yang sedia ada bagi meneruskan sebaik pemerintahan pentadbiran sehingga ke penghujung penggal. Bahkan meninggalkan sebahagian agok banyok jugok duit cash tunai dalam akaun
Kerajaan Negeri sendiri. Dan kita juga beriman dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah Subhanahu Wa Taala.
Dari segi negatif dan dari segi positif kita harapkan supaya kita mampu untuk membina kekuatan jati diri kewangan ekonomi. Sebab kita lihat banyak negara-negara yang apabila menghadapi berbagai-bagai sekatan, mereka lebih kreatif untuk ke hadapan. Negara Iran contoh. Gaza sendiri di Palestin. Kepungan seluruh dunia dan kelilingnya tapi dia masih lagi mampu sehingga ke hari ini dan lebih dua bulan ke hampir dua bulan ini dengan kuasa-kuasa besar yang ada, kapal-kapal, kapal terbang dan sebagainya kekuatan dunia masih lagi gagal untuk menakluk Negeri Gaza itu walaupun hanya sekadar panjangnya 47km lebarnya hanya 9km. Dan insya-Allah kita sedia maklum apabila kita meletakkan matlamat perjuangan dasar untuk menegakkan syariat Islam. Memikul apa yang ditinggalkan oleh nabi-nabi yang terdahulu. Amanah dan juga khilafah yang terdahulu. Sudah barang pasti akan menghadapi ujian-ujian dan tribulasi. Itu jadi rutin dah. Tak munasabah dalam menegakkan perjuangan itu dihampar dengan karpet merah. Bukan kita minta bukan kita mendoakan tetapi orang panggil berfikiran positif di sebalik daripada itu. Allah Subhanahu Wa Taala sendiri berfirman,
Surah At-Taubat ayat 42
Jelas memperingatkan kepada kita. Jika sekiranya perjuangan tu dekat, cepat, boleh sampai derah, boleh merintah derah, Ramai orang akan ikut kamu berduyun-duyun. Tapi payah, sukar. Menghadapi berbagai-bagai ujian tribulasi. Dulu pun macam tu. Kita ni duk sokong reformasi jeruk kene kecing. [Sambil ketawa] Bukan 5%, sign 20% sedak doh kita dengo. Brok naik hok 5% pun dok bui. Bejeruk kita kena. Dari serbang pah kaki kene kecing. Tapi yalah kita pun beriman dunia ni saja mat. Tapi benda ni berekey sampai ke hari akhirat. Penuh dengan ujian tribulasi. Bersumpah. Ni napok ada lima orang ni dok. Hok parlimen ni. Bila diugut tarik tak diberi peruntukan parlimen. Ni bersupoh blake dulu ni. Nok jadi calon. Supoh ape sebagainya. Mereka bersumpah dengan nama Allah. Sekadar semampu kami. Aku akan bersamamu wahai nabi. Sama dengan perjuangan susah senang berjuang dan sebagainya. Tapi. Sumpah mereka itu akan membinasakan diri mereka
sendiri. Tak semudah itu ni. Orang mukmin orang Islam ni bukan angkat sumpah saja ni mat. Dia bersaksikan Allah Subhanahu Wa Taala. Meletakkan kebinasaan di tangan Allah Subhanahu Wa Taala. Jadi jangan mudah-mudah bersumpah. Apatah lagi di kalangan PAS ni. Calon-calon ni semua bersumpah “wallahi wabillahi watallahi”. Kalau dia khianat apa sebagainya Allah Subhanahu Wa Taala akan membinasakan dia. Janji dia sumpah dia sebut ini akan dibinasakan mereka apabila mereka bersumpah. Kerana dok tahan ni. Dok tahan baru setahun dok. Ahli Parlimen PAS ni lama dah mat. Sejok pilihan raya kali pertama lagi sapa sekarang menghadapi berbagai-bagai ujian tribulasi dipenjara, dibunuh, dibuang daerah. Macam-macam lah. Diskriminasi. Dan Allah Subhanahu Wa Taala mengetahui mereka-mereka ini merupakan golongan-golongan yang pembohong, kazzab, nipu, khianat, sampai masa dia kembali kepada Allah dia akan bawak bendera itu di padang mahsyar. Kazzi, pembohong, khianat di hadapan Allah Subhanahu Wa Taala. . Tapi sebagai seorang mukmin dia ada hati. Kalaulah Nabi Musa Alaihissalam sesat di padang teh 40 tahun, nok boleh masuk bumi Palestin. Kerana ada yang tidak mahu bersama bersedia untuk berjuang. Mengharapkan kemenangan mari senang sepak.
Mung g ah perang nge Tuhanmu. Menang royak ah. Kami akan sokong ah. Kalau kaloh takmboh. Nok macam tu ha. Jenis kera. Kat pokok lebat dia gi. Kat takdok buoh, lari ah dok gi ah. Hai dokleh lagu tu. Kita kena istiqomah lah. Duduk situ, membaja, insya-Allah sapa masa buohlah hasilnya. Sebab kita manusia bukan kera. Tapi janganlah kita ikut orang seperti itu. Begitu juga kita dalam Negeri Terengganu yang kita hadapi, penggal yang lalu kita mendapat peruntukan, tahun ni, penggal ni, kemungkinanlah insya-Allah, tapi kita doalah selepas apa Yang Amat Berhormat kita masuk Parlimen, insya-Allah dok lama doh harap-harap akan dikembali. Buat reformasi sungguhlah. Jangan reformasi macam dulu, bahang kecing pulok kita (ketawa) dan kita beriman Allah Subhanahu Wa Taala menyusun atur dengan peraturan-peraturan yang lebih baik dan lebih lengkap, insya-Allah.
Apapun kita mengharapkan semua pihak, pegawai-pegawai, kakitangan, jabatan-jabatan dan sebagainya perlu sabar, kreatif dan istiqomah. Kita meraikan kepercayaan, amanah rakyat yang memberi kepada kita dan insya-Allah kita usahakanlah semampu yang kita dapat untuk mencapai dan menjayakan Bajet yang telah dibentangkan sebanyak RM1.86 bilion. Apapun kita percaya kalau dahulu sejarah mencatatkan orang melayu Terengganu ni dah hebat dalam perniagaan, dalam pelayaran dan sebagainya. Insya-Allah kita harap generasi-generasi baru ini akan dibangkitkan kembali. Kita percaya anak-anak Terengganu
ni insya-Allah bukan hanya di Terengganu sehingga keluar daripada Terengganu ni untuk mempunyai jati diri dan mempunyai kebebasan dalam ekonomi dan mengupayakan Negeri Terengganu untuk keluar daripada apa-apa halangan dan sebagainya.
Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah “pekerjaan apa yang paling baik”. Rasulullah menyebut, “pekerjaan yang dilakukan hasil daripada tangannya sendiri dan juga setiap perdagangan yang mabrur”. Menggalakkan usaha, kreativiti hasil tangan bukan hanya menadah tapi berusaha. Insya-Allah anak Terengganu melahirkan usahawan-usahawan yang hebat, yang berjaya mengeluarkan anak-anak Terengganu dengan peluang-peluang pekerjaan yang banyak dan insya-Allah dengan perniagaan-perniagaan yang menguntungkan bukan hanya kepada rakyat Terengganu tetapi juga ke Negeri Terengganu kita ni, insya-Allah.
Saya juga ingin menyentuh tentang beberapa komentar Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri yang menyentuh tentang portfolio saya.
Antaranya melibatkan memperkasakan masjid dengan pusat institusi pendidikan. Kerana itu kita melancarkan Pusat Tafaqquh Fiddin yang insya-Allah akan diserahkan siap pembangunan fasa pertama di Pulau Wan Man, yang akan menjadi pusat di peringkat negeri itu. Dan kemudian sebagaimana manifesto dan disebut dalam Bajet yang lalu, kita akan mula perturunkan ke daerah-daerah yang juga merupakan berpusat di masjid-masjid. Bukan hanya pendidikan secara formal tetapi pendidikan keseluruhan melibatkan komuniti masyarakat yang menjadikan masjid sebagai pusat. Insya-Allah kita akan gabung jalinkan di bawah Portfolio Dakwah dan sebagainya yang meletakkan teras pendidikan sepanjang hayat. “Daripada buaian sampai liang lahad”. Insya-Allah akan mengangkat Terengganu ni sebagai pusat pendidikan sebagaimana tersohor dahulunya dan juga sebagai Serambi Madinah.
Juga menyentuh tentang kesalan masih ramai lagi anak-anak muda yang tidak mampu untuk membaca al-Quran. Sebab itulah, pihak Kerajaan Negeri memperuntukkan jumlah yang banyak dengan Skim Mus’ab untuk di peringkat pra-sekolah lagi. Terengganu ni ada lebih daripada 1000 pusat pra-sekolah yang kita rasa kita perlu manfaatkan daripada awal bukan hanya untuk celik al-Quran, tapi juga membaca dan sebagainya. Kalau dahulu zaman-zaman kita, joh satu baru
start baca tapi sekarang ni mereka yang pergi ke sekolah rendah tu dirasakan perlu untuk menyelesaikan ilmu-ilmu akhlak seperti ini.
Alhamdulillah apa yang dimainkan peranan dari kalangan guru-guru Mus’ab ini adalah untuk membebaskan anak-anak kita, peringkat awal apatah lagi dengan penubuhan Sekolah Rendah Islam milik Kerajaan Negeri SRIDI, pelajar yang bermula daripada pagi sehinggalah pukul 4.00 petang. Makna ibu-bapa balik tu ambik hok bereh doh. Dengan al-Qurannya, dengan sembahyang jemaahnya, dengan didikan agamanya, dengan pendidikan konvensional yang sedia ada kita gabung jalinkan. Inilah hasrat kita supaya generasi akan datang ini orang panggil selesai dalam isu-isu yang menjadi amanah dan tanggungjawab yang melibatkan al-Quran ini. Jadi insya-Allah kita harap perkara ini dibudayakan bukan hanya untuk anak-anak tetapi juga melibatkan ibu bapa, keluarga, masyarakat, komuniti dan sebagainya.
Pada pandangan yang juga memberi pandangan supaya SPC itu Skim Pelajar Cemerlang dikembangkan melibatkan UPSRI dan juga thanawi dan sebagainya. Kita memperuntukkan RM5,000,000.00 setahun untuk Skim Pelajar Cemerlang dan memang anak-anak Terengganu ni ramai yang cemerlang. Daripada permohonan-permohonan SPC tu disaring dan ditapis yang kita beri keutamaan B40 dan sebagainya tapi ramai dari kalangan pelajar-pelajar anak Terengganu ni yang cemerlang. Mereka mengekalkan kecemerlangan setiap tahun dan pihak Kerajaan Negeri mengiktiraf dengan memberikan Skim Pelajar Cemerlang ini untuk mereka menyambung pengajian di peringkat yang tinggi. Tu pun dok cukup. Jadi UPSRI ini bagi pelajar yang baru darjah enam, jadi kita memberi setakat inilah. Kita memberi keutamaan kepada mereka yang terlibat dengan peperiksaan awam seperti SPM, STPM dan juga STAM. Apapun pandangan Ahli Yang Berhormat insya-Allah kita ambil kira dan kita untuk masa-masa yang akan datang, insya-Allah.
Ada isu saya juga ingin menyentuh tentang isu vape dan juga ada Yang Berhormat menyentuh tentang beberapa isu ada penyakit kelamin dan sebagainya. Jadi isu vape ini sebenarnya sudah ada fatwa, di mana Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor Husin, dalam Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Hal Ehwal Agama Islam telah memberi fatwa haram pada 22 Disember 2015 dan 23 Mac 1995 sudah ada fatwa tentang haramnya rokok sebab ada pandangan untuk menggabung jalinkan dan pada 17 Julai 2013, fatwa mengharamkan shisha
dan pihak Kerajaan Negeri telah sepakat untuk tidak membenarkan Negeri Terengganu. Isu ni banyak dibangkit termasuklah ibu-bapa dan guru-guru sendiri yang melibatkan sekolah rendah doh. Ada doh bawa vape skoloh dalam apa orang panggil bekas kalam dia tu. Napok macam roba. Cikgu kata tengok macam roba. Sedor-sedor letok, berasap. Rupa apa, vape. Jadi pengedar-pengedar ataupun tauke-tauke vape ni dia letakkan sasaran kader. Kita ingat kita je nok kader Quran apa rupanya dia kader jugak ni ahli dia sapa peringkat sekolah rendah. Membimbangkan.
Nak celah Yang Berhormat, boleh?
Sesama sendiri tu jugak.
Sila.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Isu ini memang isu yang hangat berkait dengan vape, rokok dan yang paling nampak lebih sekarang ni terserlah ialah isu shisha. Kita dapati ada beberapa kedai yang beroperasi dengan shisha ni. Jadi langkah-langkah kita lagu mana kita nok pastikan bahawa apa yang telah kita sama-sama faham bahawa perkara ini adalah perkara yang tidak baik, sekurang-kurangnya tidak baik dan kalau ikut hukum sepertimana Yang Berhormat sebut tadilah. Jadi apa tindakan-tindakan yang boleh kita boleh laksanakan untuk mengekang. Terima kasih.
Untuk Terengganu ni saya rasa shisha ni peringkat-peringkat awal dulu je kot. Masa tu glamour dia naik sket. Lening tadok doh kot. Payoh base tu dengan botol, dengan api, dengan apa-apa ramai orang xmboh, vape ni senang sket, puak jadi lalu, tubek asap lalu, jadi jin lalu srarr berasap. (ketawa). Ni yang jadi itu. Berbanding dengan rokok pun gitu. Rokok tu napok sangat nok wak gi skoloh-skoloh. Vape ni dia boleh susuk dalam benda-benda bentuk macam tu je. Amat bahayalah dan kesan dia cukup merbahaya sebab dia campur macam Yang Berhormat sebut campur kadang-kadang ada unsur-unsur dadah dan sebagainya yang merosakkan. Ada banyak kes yang dimaklumkan oleh pihak hospital. Tapi yang
menyedihkan kita, pada 31 Mac 2023, baru lagi narkotin telah dikeluarkan daripada senarai barang terlarang Akta Racun 1952. Jadi tapi Alhamdulillah kita peringkat Terengganu ini telah memberi tempoh sehingga Disember supaya semua pekedai-pekedai ni untuk diganti dengan jualan lain dan kita haraplah lepas pada ini Kerajaan Tempatan mengambil tindakan yang tegaslah supaya tidak berkembang, berleluasa walaupun ada tindakan-tindakan saman yang diambil tapi dia sanggup lagi bayar kemungkin untung banyak moor, jadi benda ini berterusan lagi dan amat disebut dia itulah khususnya pelajar-pelajar IPT. Kalau kawasan saya tu depan politeknik itu sendiri jual. Jadi pelajar-pelajar. Jadi perkara ini kita harap perkara ini insya-Allah kita harap dapat diambil perjalanan untuk Negeri Terengganu ini.
Saya bangun tanya Yang Berhormat Ladang, jadi dia awal-awal wak begini jadi saya tengok dok faham nape gini ….[ketawa]…. Saya dulu pernah sekali mari lambat sembahyang, jadi saya tengok ada makmum masbuk, saya gi jadi makmum dia sentuh bahu dia takut ye dok tu nok jadi makmum dia. Dia angkat tangan sapp dua kali mat, Doh kata bakpe dia ni bang? Jadi kita sembahyang macam biasa arr jadi makmum tok imam supe ye je. Sudoh tu saya tanya doh wape angkat tangan macam polis nok tahan kereta. Dia kata nok jadi tok imam. Hor ada jugak. Angkat zat zap zap zap hor wat gitu. Dia dok buat berturut-turut takut batal dia kata….[ketawa]…. Jadi Yang Berhormat Ladang buat begitu takut jadi gitu jugok baik buat dua-dua, lalu ….[ketawa]…. Minta maaf Yang Berhormat. Dato’ Yang di-Pertua saya tanya ni
Yang Berhormat, orang perempuan memang dok leh jadi tok imam
hor ye ye ye ….[ketawa]….
Ye puan…
Ya..ya.. saya tanya ini melibatkan data sebab saya rasa kes penyakit kelamin ini kalau dia dengan isteri dia rasa dok timbul benda ini. Dia mesti ada hubungan seks luar nikah atau pun orang panggil romen ramai-ramai ini lior ah LGBT ke apa A&W ke takut ada penyakit ini ….[ketawa]…. Tubik sayang-sayang jeng kita ….[ketawa]…. Ha jadi sebab saya segan kerana kita ini 96%, 97% Melayu muslim.
32 DUN ni PAS belaka sokong ini. Jadi kalau ada isu-isu terpencil tu kita selesaikan secara isu terpencillah. Tapi kalau kes besar, sebab saya ingat zaman 70-an, 80-an, saya duduk dekat sekolah je isu-isu penyakit-penyakit kelamin siplis ini. Kalau benda ini naik semula, data ini banyak, merungsingkan kita juga itu. Wane kes-kes ginim ni mat, orang dulu main gi Golok dulu timbul isu-isu ini. Jadi saya rasa benda ini dok berbangkit doh. Kita harap takut kita anggar isu-isu yang terpencillah. Kita cuba selesaikan, insya-Allah. Sebab ada cadang nak wi kempen ke sekolah. Saya bab kempen ke sekolah ini kita bincang juga peringkat pendidikan ini. Kadang-kadang kita bawa kempen anti dadah bawa ke sekolah. Hasrat kita nok peringat dia jangan hisap dadah dari kalangan remaja orang muda ini keinginan ingin tahu itu lebih tinggi daripada benda hok bahaya dia tengok oh gini ye kata buat dadah, ye balik nok wak nyenggeng dengan saing dia pulok cari batang betik apa sebagainya. Kita rungsing mat, dia keinginan ingin tahu itu tinggi. Jadi kita buat pameran-pameran penyakit ini hok pameran penyakit itu ye dok duli mana hok cara-cara hok nok gi penyakit itu takut ye nok beramal, nol praktik. Itu yang kita bimbang. Banyak apabila mereka ini disabitkan juga dengan kesalahan akhlak. Buat gi ke pusat-pusat akhlak kita ingat bila dia keluar dari pusat akhlak itu lebih baik dok...lebih kelas lagi ye belajor pulok sama-sama dia dalam nu oh balik jadi professional pulok ha kita bimbang, kita berhalus jugok kita kena buat kajian dulu apa-apa yang melibatkan kempen untuk turun ke peringkat apa orang panggil pusat-pusat atau pun sekolah-sekolah kita ini.
Satu lagi yang melibatkan pembangunan dan sebagainya memanglah hasrat kita dan kita pun SRIDI ni nok turun ke 32 DUN. Ada ingin mewujudkan pusat pendidikan dalam DUN masing-masing memang hasrat macam itulah tetapi setakat ini kita banyak sebagaimana dia sebut adalah tempat-tempat yang bersifat sementara. Jadi habis doh bangunan-bangunan hok kita rasa sementara ini. Pengarah JPINT, pejabat JPINT gi round belaka doh tengok kat mana bangunan boleh sesuai nak buat SRIDI apa sebagainya tapi kita mohon sabar, insya-Allah termasuk jugok SMIDI. Tak semudah tu eh kalau kita pakai Jin Baghdad brokk siap senang, dok.. melibatkan kos pulok dengan duit apa dan sebagainya, PKN pening kepala ….[ketawa]….
Insya-Allah apa pun dalam proses ha kita cuba untuk yang penting modul yang kita cadangkan itu dapat diguna pakai, dipraktikkan termasuk madrasah moden kita adakan transformasi untuk kita jadikan SMIDI untuk tahun bermula 2024 nanti,
insya-Allah. Saya rasa sekadar itu kot. Terima kasih dan saya Paka mohon menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Paka.
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang tibalah masanya Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar akan membuat penggulungan terakhir. Saya mempersilakan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar untuk menyampaikan ucapan penggulungan beliau.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, para pegawai, pemerhati dan seluruh yang berada dalam Dewan dan berada di luar Dewan. Terima kasih saya ucapkan kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan dan pertanyaan dalam sidang pada kali ini.
Alhamdulillah sesi kali ini menampilkan semua Ahli Yang Berhormat yang lebih berkeyakinan untuk berucap, lebih teratur fakta dan ulasannya berbanding dengan sidang kita yang lalu, di mana ada beberapa orang yang kelihatan berdebar bicaranya. Biasalah, sebagaimana peribahasa melayu “Alah bisa tegal biasa”. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Bandar atas komitmen untuk memastikan pasukan backbenchers yang diketuai oleh beliau dapat berperanan dengan penuh kapasiti untuk membantu Kerajaan Negeri supaya dapat berfungsi dengan lebih cekap. Menyokong apa yang beliau sebutkan juga sekali lagi saya ingin mengingatkan dan menegaskan kepada semua pemimpin, Ahli-ahli Yang Berhormat, para pegawai dan kakitangan Kerajaan Negeri agar kita semua sentiasa bersikap profesional menghayati dan mendukung aspirasi dalam merealisasikan “Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera” yang diterjemahkan melalui Ucapan Belanjawan tahunan ini. Ingatlah bahawa tugas kita semua adalah berat dan melaksanakan tugas berat ini memerlukan kita membuang ego yang ada dalam diri kita bahawa kita saja yang tahu semua perkara, bahawa saya lebih baik daripada orang lain, bahawa kuasa saya lebih besar dari orang lain dan
seumpamanya. Kita bukan berlawan sesama kita tetapi adalah bekerja secara bersama ke arah objektif yang sama.
Marilah kita sama-sama menghayati apa yang diperingatkan oleh Luqman kepada anaknya. Sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah Luqman oleh Firman Allahu Taala
“Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya dan janganlah engkau memalingkan mukamu kerana memandang rendah kepada manusia dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, sesungguhnya Allah tidak suka pada tiap-tiap orang yang sombong, takbur lagi membanggakan diri.”
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat. Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Bandar, Manir, Seberang Takir, Sura, Bukit Besi, Hulu Besut dan Pengkalan Berangan yang menyentuh tentang hak rakyat Terengganu iaitu royalti petroleum.
Sebagai respon kepada perbahasan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, suka saya nyatakan dua strategi bagi mengukuhkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri. Yang pertama kita akan terus berusaha untuk mendapatkan dana hasil daripada royalti petroleum dan yang kedua kita akan terus menjana pendapatan baharu melalui pemerkasaan sumber sedia ada dan penerokaan sumber baharu yang perlu dilaksanakan dengan cermat dan bersasar. Bagai menghela rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berserak. Tali pun jangan putus kaitan jangan serkah. Mengenai royalti Petroleum walau apa juga nama yang digunakan oleh Kerajaan Persekutuan sama ada Wang Ehsan, Bayaran Tunai Petroleum Atau Dana Khas Kerajaan Persekutuan. Suka saya tegaskan bahawa ia adalah hak rakyat dan Negeri Terengganu. Kerajaan Persekutuan mesti memulangkan dana ini langsung kepada Kerajaan Negeri yang direkodkan sebagai hasil negeri dan mengikut jadualnya seperti yang telah menjadi amalan sejak sekian lama. Ada
orang yang membangkitkan malam tadi bahawa kita tidak berterima kasih kerana menerima royalti petroleum untuk tahun 2023 ini. Mendengar ini saya sebenarnya tidak terkata-kata atau speechless dengan izin dan terus tertanya-tanya siapakah di luar sana yang tidak melaporkan perkara yang sebenarnya. Tidakkah kita semua menjadi saksi bahawa dalam Dewan yang mulia ini juga setiap kali bersidang saya tetap mengungkapkan ucapan terima kasih kepada pihak Kerajaan Persekutuan termasuklah saya juga menyampaikan ucapan terima kasih menerusi surat menyurat dan ucapan-ucapan. Semua ini diungkapkan dengan menggunakan laras bahasa melayu yang jelas ucap ucapan terima kasih pula bukan bermakna kita pasrah seadanya atau redha jua dengan yang setakat apa diberi. Angka-angka yang ada telah menunjukan bahawa jumlah yang diterima oleh Negeri Terengganu sejak tahun 1978 hingga zaman ini tidak pernah mengelirukan kita semua. Untuk rekod dan berdasarkan harga kadar harga minyak yang turun naik. Pada tahun 2018 kita menerima RM1.374 billion, Tahun 2019 RM1.497 billion, Tahun 2020 RM1.226 billion, Tahun 2021 1.287 billion, Tahun 2022 1.393 billion dan hingga saat ini untuk Tahun 2023 RM 0.656 billion. Tindakan bertangguh-tangguh menyerahkannya dan dalam jumlah yang jauh sangat sedikit berbanding yang dianggarkan adalah seperti bayaran ansuran bulanan. Adalah umpama sengaja mahu mengganggu dan menggagalkan pentadbiran Kerajaan Negeri yang kesannya adalah kepada rakyat jua akhirnya. Ya kita akan terus berbincang, berunding dan menuntut hak kita tanpa rasa penat lelah dan putus asa. Kita juga akan mengatur gerak beberapa pendekatan lain berasaskan Perlembagaan dan semangat federalisme sehingga Kerajaan Persekutuan menyerahkan kembali hak ini. Sudah tiba masanya kita semua termasuklah rakan-rakan kita di luar sana untuk meninggalkan budaya politik diskriminasi akibat warna parti politik dan ini adalah salah satu rupa bentuk tragedi atau reform dengan izin yang semestinya berlaku dalam negeri dan negara kita. Jangan kita mendera pilihan rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan. Dek kerana rakyat tidak memilih kita, maka kita mendera rakyat dengan sekatan dengan penyempitan pelbagai perkara. Semua ini adalah budaya lama dan kolot politik balas dendam yang membawa negara kita ke belakang dan jauh dari keharmonian. Kitaran ganas atau vicious cycle dengan izin akan terus berulang dan berulang. Saya menyeru dan mengajak semua pemimpin politik samada di peringkat Negeri ataupun Nasional untuk menghentikan kitaran ganas ini. Sebagai pemimpin kita mesti mempunyai iltizam dan tekad yang kuat untuk menghentikannya. Saya pun bersetuju dengan cadangan Yang Berhormat Seberang Takir untuk kita juga bermunajat dan menyerahkan urusan kepada Allah Subhanahu Wa Taala, tiada upaya kita kecuali dengan kuasaNya kehendak yang
Maha Perkasa yang boleh membuka hati pemimpin-pemimpin negara kita. Insya-Allah, kita akan menganjurkan Program Munajat Rakyat ini pada masa yang akan dimaklumkan nanti.
Semoga Allah Subhanahu Wa Taala memberikan pertolonganNya kepada kita semua. Saya juga ingin mengambil kesempatan dalam sidang pada hari ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana mengumumkan semalam pada 29 November 2023 di Chukai untuk memberi keutamaan bagi menyelesaikan isu perumahan generasi kedua dan ketiga Felda di mana semua peneroka Felda di Negeri Terengganu juga turut menyumbang kepada ekonomi negara. Terima kasih kerana mendengar suara rakyat Felda di Terengganu dan saya berharap agar perkembangan projek ini berjalan lancar dan menjadi kenyataan. Pihak Kerajaan Negeri sentiasa sedia bekerjasama mempermudahkan pelaksanaan projek ini demi kebaikan dan kesejahteraan penduduk terbabit.
Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, dalam sidang pada kali ini juga yang mungkin timbul akibat dari tidak selesanya apabila negeri kita yang tercinta ini sedang dibuli-buli agaknya maka baik Yang Berhormat Sura ada menyebut tentang suatu pengharapan pada saya tentang memperjuangkan hak Terengganu ini ke satu tahap baru di peringkat Nasional sebagai pimpinan di masa depan. Terima kasih di atas doa yang cukup tinggi hasratnya ini. Ini saya jelaskan dan nyatakan dari dahulu sampai sekarang secara peribadi saya berpandangan bahawa tidak wajar tidak boleh untuk mana mana tubuh badan sendiri mempunyai cita-cita atau meletakkan objektif untuk menggalas amanah yang terlalu hebat samada sebagai Menteri Besar atau yang lebih besar daripada itu. Jawatan seperti ini bukan boleh masuk kamus cita-cita yang kita wajar mengejarnya tetapi jika ianya diamanahkan secara kolektif oleh ramai orang, terimalah tugas dan tanggung jawab dengan memohon pertolongan Allah Subhanahu Wa Taala yang mengetahui kelemahan dan kekurangan kita semua. Jawatan ini dan jawatan itu adalah satu amanah bukannya suatu pekerjaan. Ianya tidak sama seperti bercita-cita untuk menjadi seorang guru, menjadi juruterbang, menjadi jurutera, menjadi doktor dan seumpamanya. Ingatlah kita kepada sabda Nabi sebagaimana dalam satu hadis Riwayat Al-Bukhari, kamu semua akan sukakan kepada jawatan tetapi ia boleh jadi penyesalan ketika hari akhirat kelak kerana pada permulaannya terdapat nikmat, namun pengakhirannya ia menjadi pengikat yang jahat.
Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, seperti yang saya nyatakan tadi strategi kedua kita ialah menjana pendapatan baharu melalui pemerkasaan
sumber sedia ada dan penerokaan sumber baharu. Sebagaimana yang telah dibangkitkan juga oleh Yang Berhormat Bandar, Seberang Takir, Sura, Pengkalan Berangan dan Bukit Tunggal. Terima kasih atas pandangan dan cadangan, insya-Allah Kerajaan Negeri akan menelitinya dengan sebaik mungkin. Mengenai hal ini seperti yang saya jelaskan dalam jawapan soalan Yang Berhormat Pengkalan Berangan pada Isnin yang lalu, Kerajaan Negeri telah mempunyai Pelan Penjanaan Pendapatan Baharu Negeri Terengganu yang telah dibentangkan dalam Jawatankuasa Peningkatan Hasil dan Perbelanjaan Hemat Negeri Terengganu pada 27 September 2023 untuk dijadikan strategi utama bagi meningkatkan hasil kerajaan. Kerajaan optimis bahawa kita berupaya untuk meningkatkan pendapatan negeri secara berfasa, namun begitu kita perlu realistik dalam perkara ini. Kesemua perancangan ini ada yang boleh dilaksanakan segera dan ada yang memerlukan masa yang lebih panjang kerana ia melibatkan banyak proses di pelbagai peringkat melibatkan banyak pihak. Oleh yang demikian, untuk memastikan perancangan ini benar-benar bermanfaat dan memberikan keuntungan pada rakyat Negeri Terengganu. Kita akan sentiasa cermat dan tidak tergesa-gesa dalam mengambil tindakan dan keputusan terutamanya melibatkan hasil baharu. Banyak perkara dari kisah lalu sama ada di negeri kita mahupun negeri lain, perlulah dijadikan pengajaran dalam memastikan segala aset dan sumber yang kita ada ini tidak dibazirkan dan dioptimumkan sebaik mungkin. Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, bagi menjamin kejayaan pelaksanaan kesemua program dan projek yang telah saya umumkan. Semua Portfolio dan Jabatan dan Agensi yang terlibat mesti mematuhi beberapa Rule Of Form dengan izin supaya dapat memenuhi keperluan rancangannya dan menyesuaikan dengan kekangan yang kita ada.
Antara yang mahu saya gariskan ialah yang pertama dipandu data or data revamp, dengan izin. Setiap keputusan tindakan yang dibuat mestilah berpandu kepada data yang menyeluruh dan analisis yang mendalam mengenai pelbagai faktor. Penerbitan-penerbitan terutamanya yang dibuatkan oleh DOSM, Parlimen dan kementerian-kementerian hendaklah sentiasa dirujuk. Yang kedua, berasaskan keberhasilan ataupun outcome base, dengan izin. Setiap program atau projek yang ingin dilaksanakan mestilah strategik untuk mencapai matlamat dan sasaran yang ditetapkan serta diukur kejayaannya berdasarkan impaknya. Bukannya dengan selesai pelaksanaanya semata-mata. Bagi Belanjawan tahun hadapan dan seterusnya, Pejabat Perbendaharaan boleh mula mengaplikasikan sepenuhnya outcome base budgeting ini, dengan izin. Ketiga, synergy rentas portfolio atau
cross portfolio synergy, dengan izin. Kerjasama dan penyelarasan antara portfolio dan jabatan atau agensi perlulah dipertingkatkan bagi mengoptimumkan penggunaan sumber dan mengelakkan pertindihan fungsi atau redundancy, dengan izin. Yang keempat, leverage atau leveraging, dengan izin, mengutamakan untuk memanfaatkan program atau projek sediada dengan memperkasa cara perlaksanaannya bagi mengoptimumkan impaknya. Selain itu, mesti juga diambil manfaat daripada dasar serta program ataupun projek yang diperkenalkan atau laksanakan oleh Kerajaan Persekutuan untuk kebaikan rakyat dan Negeri kita. Oleh yang demikian, hubungan dengan kerjasama dengan kementerian-kementerian dan jabatan serta agensi Persekutuan mestilah terus diperkukuhkan. Dan yang kelima, daya tahan jangka panjang atau sustainable Brazilian, dengan izin. Setiap pusat tanggungjawab mestilah memastikan setiap program atau projek yang dilaksanakan ini bukan sahaja bersifat mampu menahan kejutan atau tekanan, bahkan juga mampu mengekalkan kemampanan dan kebolehsuaian untuk masa hadapan. Ini sangat penting untuk kita boleh terus bergerak maju ke hadapan dengan pelbagai program atau projek lain yang lebih memerlukan pada masa itu.
Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum melabuhkan tirai bicara, saya sekali lagi ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus bagi menjayakan Persidangan Dewan Undangan Negeri pada kali ini. Persidangan kita tidak lengkap tanpa kehadiran Ketua-ketua Jabatan, agensi dan unit dari negeri dan Persekutuan, para pemerhati, para bentara, wartawan dan semua individu yang tidak mampu saya sebutkan nama dan peranan mereka sekalian. Semoga Allah Subhanahu Wa Taala jualah yang membalaskan dengan pahala yang berpanjangan. Aamiin Ya Rabbal Alamin. Sekian,
Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar. Kita telah pun selesai membahaskan Enakmen Perbekalan 2024. Sekarang saya buka kepada undian-
Cadangan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang kedua dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan sebulat suara.
RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN BAGI MENGGUNAKAN SEJUMLAH WANG DARIPADA KUMPULAN WANG DISATUKAN UNTUK PERKHIDMATAN BAGI TAHUN 2024 DAN BAGI MEMPERUNTUKKAN JUMLAH WANG ITU UNTUK PERKHIDMATAN BAGI TAHUN ITU
Mesyuarat sekarang menjadi Jawatankuasa.
Dalam Jawatankuasa
RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN BAGI MENGGUNAKAN SEJUMLAH WANG DARIPADA KUMPULAN WANG DISATUKAN UNTUK PERKHIDMATAN BAGI TAHUN 2024 DAN BAGI MEMPERUNTUKKAN JUMLAH WANG ITU UNTUK PERKHIDMATAN BAGI TAHUN ITU TELAH DITIMBANGKAN DARI SATU FASAL KE SATU FASAL DAN TELAH DIPERSETUJUI TANPA PINDAAN DENGAN SEBULAT SUARA
Mesyuarat balik semula.
Bacaan Kali Yang Ketiga
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya memaklumkan bahawa Rang Enakmen ini telah ditimbangkan dalam Jawatankuasa dan telah dipersetujui dengan tiada pindaan. Saya mohon mencadangkan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu.
Rang Enakmen ini telah mendapat sokongan untuk dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan.
Cadangan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang ketiga dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan sebulat suara.
Rang Undang-Undang Bernama Suatu Enakmen Bagi Menggunakan Sejumlah Wang Daripada Kumpulan Wang Disatukan Untuk Perkhidmatan Bagi TahunBill
2024 DAN BAGI MEMPERUNTUKKAN JUMLAH WANG ITU UNTUK PERKHIDMATAN BAGI TAHUN ITU
DIPERBUAT UNDANG-UNDANG INI OLEH KUASA UNDANGAN NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN SEPERTI YANG BERIKUT:
1 (1) ENAKMEN INI BOLEHLAH DINAMAKAN ENAKMEN PERBEKALAN 2024.
(2) ENAKMEN INI HENDAKLAH MULA BERKUAT KUASA PADA 1 JANUARI 2024
Rang Enakmen ini diluluskan dan menjadi Enakmen Perbekalan 2024.
Usul Yang Telah Diberi NotisMotion
Perkara berikut dalam Tertib Pekerjaan Dewan ialah Usul-usul yang telah diberi notis. Dipersilakan Yang Berhormat Dato’ Haji Satiful Bahari bin Mamat (Wakil Paka) mengemukakan usul.
Perbelanjaan Rancangan Pembangunan Negeri Bagi Tahun 2024.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan-
“Bahawa menurut seksyen kecil (3) kepada seksyen (4) Akta Kumpulan Wang Pembangunan Tahun 1996, Dewan Undangan Negeri ini membuat KETETAPAN bersetuju meluluskan peruntukan Perbelanjaan Rancangan Pembangunan Negeri Bagi Tahun 2024 sebagaimana ditentukan dalam JADUAL:
BIL VOT JABATAN LANGSUNG NEGERI (RM) JUMLAH (RM) 1 P02 PEJABAT MENTERI BESAR DAN SETIAUSAHA KERAJAAN 457,215,500.00 457,215,500.00 2 P04 PEJABAT PERBENDAHARAAN NEGERI TERENGGANU 30.00 30.00 3 P10 JABATAN KERJA RAYA NEGERI TERENGGANU 1,500,080.00 1,500,080.00 4 P11 JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI TERENGGANU 500,000.00 500,000.00 5 P12 PEJABAT DAERAH BESUT 500,000.00 500,000.00 6 P13 PEJABAT DAERAH DUNGUN 500,000.00 500,000.00 7 P14 PEJABAT DAERAH HULU TERENGGANU 500,000.00 500,000.00 8 P15 PEJABAT DAERAH KEMAMAN 500,000.00 500,000.00 9 P16 PEJABAT DAERAH KUALA TERENGGANU 500,000.00 500,000.00
10 P17 PEJABAT DAERAH MARANG 500,000.00 500,000.00 11 P18 PEJABAT DAERAH SETIU 500,000.00 500,000.00 12 P19 PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI TERENGGANU 10,931,000.00 10,931,000.00 13 P29 JABATAN PERHUTANAN NEGERI 100,000.00 100,000.00 14 P30 JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI TERENGGANU 150,000.00 150,000.00 15 P31 JABATAN PERTANIAN NEGERI TERENGGANU 115,250.00 115,250.00
16 P32 PELBAGAI PEMBANGUNAN 13,840,140.00 13,840,140.00
17 P35 PEJABAT DAERAH KUALA NERUS 500,000.00 500,000.000
JUMLAH KECIL PERBELANJAAN PEMBANGUNAN 488,352,000.00 488,352,000.00
Butiran lanjut bagi maksud peruntukan-peruntukan ini bolehlah Ahli-ahli Yang Berhormat merujuk kepada Kertas Dewan Bil. 4/2023. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon menyokong usul itu.
Usul ini telah mendapat sokongan.
Sekarang saya buka untuk perbahasan. Ada sesiapa Yang Berhormat yang ingin berucap?
Sekarang saya buka untuk undian-
Usul ini kemudian dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan sebulat suara.
USUL INI DITERIMA.
Dipersilakan Yang Berhormat Haji Hanafiah Bin Mat, Wakil Cukai mengemukakan Usul Rancangan Pembangunan Bekalan Air Bagi Tahun 2024.
Sila Yang Berhormat. Yang Berhormat?
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua saya mohon mencadangkan-
"Bahawa menurut seksyen kecil (2) kepada seksyen (4) Enakmen Kumpulan Wang Perbekalan Air 1966, Dewan Undangan Negeri ini membuat KETETAPAN bersetuju meluluskan peruntukan dari Kumpulan Wang Perbekalan Air Negeri untuk Rancangan-Rancangan Kemajuan Perbekalan Air Negeri Bagi Tahun 2024 sebagaimana ditentukan dalam JADUAL:
JADUAL Tajuk / Perkara Perbelanjaan Negeri (RM) Pinjaman Pusat (RM) Jumlah (RM) Pembangunan Bekalan Air 11,648,000.00 - 11,648,000.00
JUMLAH
11,648,000.00
-
11,648,000.00
Butiran lanjut ini bagi maksud peruntukan-peruntukan ini bolehlah Ahli-ahli Yang Berhormat merujuk kepada Kertas Dewan Bil. 5/2023. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon menyokong usul itu.
Usul ini telah mendapat sokongan.
Sekarang saya buka untuk perbahasan. Ada sesiapa Yang Berhormat yang ingin berucap?
Sekarang saya buka kepada undian-
Usul ini kemudian dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan sebulat suara.
USUL INI DITERIMA.
TangguhanAdjournment
Perkara berikut ialah Tangguhan.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Persidangan Dewan ditangguhkan kepada suatu masa yang akan ditetapkan kemudian.
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, seluruh pemerhati, sebelum saya tangguhkan Dewan ini saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian serta seluruh para pemerhati selama empat hari bersidang.
Saya tangguhkan Persidangan Dewan ini ke suatu masa dan tarikh yang akan ditetapkan kemudian dan marilah sama-sama kita menutupnya dengan membaca Surah Al-’Asr dan tasbih Kaffarah.
DEWAN DITANGGUHKAN PADA PUKUL 12.45 TENGAH HARI