Terengganu · 19 November 2024

15th Assembly, 2nd session, 3rd meeting · 223 turns · 31,087 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalTerengganu publishes one PDF per meeting, with the written answers appended. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

d

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Sebelum memulakan Persidangan Dewan pada pagi ini, marilah kita bersama-sama membaca Ummul Kitab Al-Fatihah.

(Al-Fatihah)

Soalan-Soalan LisanQuestions

Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat sekalian, Ketua-ketua Jabatan dan para pemerhati. Mesyuarat disambung semula. Saya mengalu-alukan semua para pemerhati daripada Pusat Khidmat DUN-DUN dan juga daripada agensi-agensi yang turut sama memeriahkan persidangan kali ini. Mesyuarat pagi ini diteruskan dengan Soalan-soalan Lisan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberi notis untuk mengemukakan soalan soalan lisan pada 19 November 2024 adalah sebagaimana berikut:-

1.

Yang Berhormat Wakil Permaisuri 2.

Yang Berhormat Wakil Hulu Besut 3.

Yang Berhormat Wakil Rantau Abang 4.

Yang Berhormat Wakil Batu Rakit 5.

Yang Berhormat Wakil Langkap

6.

Yang Berhormat Wakil Air Putih 7.

Yang Berhormat Wakil Telemung 8.

Yang Berhormat Wakil Bukit Tunggal 9.

Yang Berhormat Wakil Kuala Besut 10.

Yang Berhormat Wakil Bukit Besi 11.

Yang Berhormat Wakil Sura 12.

Yang Berhormat Wakil Bandar 13.

Yang Berhormat Wakil Jertih 14.

Yang Berhormat Wakil Kuala Berang 15.

Yang Berhormat Wakil Buluh Gading 16.

Yang Berhormat Wakil Kemasik 17.

Yang Berhormat Wakil Ladang 18.

Yang Berhormat Wakil Pengkalan Berangan 19.

Yang Berhormat Wakil Manir 20.

Yang Berhormat Wakil Seberang Takir

Seterusnya saya persilakan Yang Berhormat ADUN Buki Besi untuk mengemukakan soalan.

Ghazali bin SulaimanPAS · PNBukit Besi

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, rakan-rakan Yang Berhormat semua. Soalan saya nombor 3. Insya-Allah.

Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam memberi pendedahan khususnya dari sudut pendigitalan terutamanya bagi golongan warga emas dan penduduk di kawasan pendalaman memandangkan Kerajaan Terengganu telah merasmikan Program Terengganu Smart City dan akan dilaksanakan di seluruh Negeri Terengganu?

Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kota Putera.

Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam memberi pendedahan khususnya dari sudut pendigitalan terutamanya bagi golongan warga emas dan penduduk di kawasan pedalaman memandangkan Kerajaan Terengganu telah merasmikan Program Terengganu Smart City dan akan dilaksanakan di seluruh Negeri Terengganu?

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, seterusnya Ahli-ahli Yang Berhormat dan pemerhati sekalian. Terima kasih kepada ADUN Bukit Besi.

Antara program yang dirangka oleh pihak kerajaan untuk memberi pendedahan kepada pendigitalan terutamanya kepada warga emas dan penduduk di kawasan pendalaman adalah dengan menyediakan Pusat Internet Akses Rakyat (Pintar) yang telah sedia ada sekarang ini dan kita perkasakan lagi. Pusat PINTAR ini menawarkan akses internet percuma kepada rakyat dan turut dilengkapi dengan kemudahan PintarPay di mana PintarPay ini menawarkan pusat perkhidmatan setempat komunikasi sepertimana prepaid reload, postpaid dan pembayaran bil-bil utiliti. PintarPay juga memudahkan proses pembayaran bil tanpa memerlukan pengunjung kepada agensi-agensi berkenaan. Di samping itu juga, untuk pendedahan kepada warga emas dan juga penduduk di kawasan pendalaman aplikasi-aplikasi yang terkini kita cuba gemblengkan dan uar-uarkan kepada masyarakat untuk kepenggunaannya. Permasalahan yang kita hadapi adalah untuk memberikan kesedaran kepada rakyat atas kepenggunaan.

Banyak aplikasi-aplikasi yang telah ada tetapi kepenggunaannya adalah tidak memberangsangkan kerana kesedaran kita sendiri. Pihak Kerajaan akan meneruskan usaha-usaha ini untuk memberikan kesedaran kepada rakyat bagi menggunakan banyak lagi aplikasi-aplikasi yang telah kita sediakan daripada agensi-agensi. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat.

Ada soalan tambahan? Macam mana? Teknikal? Cuba Yang Berhormat Haji Azbi dengan Yang Berhormat Kuala Besut tutup. Tak boleh? Dengan Yang Berhormat Sura. Tak boleh tutup?

Ghazali bin SulaimanPAS · PNBukit Besi

Soalan tambahan. Perkaitan antara e-Tanah dengan Pendigitalan. Saya ingat kena ada kaitan dengan itulah. Jadi saya minta penjelasan tentang program e-Tanah dan juga khasnya untuk kawasan luar bandar. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat.

pedalaman pedalaman

Okey terima kasih ADUN Bukit Besi. Ya, dari segi senarai kita klasifikasikan kepada Digital Ekonomi ini kepada beberapa segmen dan antaranya adalah e-Government itu adalah salah satu daripada elemen-elemen di dalam e-Government ataupun e-Government yang dikenal. Jadi dalam e-Government itu pula elemen-elemennya termasuklah adalah e-Tanah yang baru kita kemukakan bulan lepas dan sekarang ini semua pejabat-pejabat tanah melalui Pegawai Daerah dan kakitangannya sedang memperkenalkan bagaimana penggunaan e-Tanah itu kepada rakyat dan proses ini sudah pastilah bila yang baru ini dia akan ambil masa sedikit. Cuma proses itu berjalan lancar setakat ini selepas migrate berlaku pada awal bulan Oktober kalau tidak silap, pertengahan Oktober dan berjalan baik dan insya-Allah perkara ini akan menjadikan salah satu lagi elemen kita mendepani dalam e-Government ini sendiri. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Kota Putera. Seterusnya saya persilakan Yang Berhormat Kuala Besut.

Haji Azbi bin SallehPAS · PNKuala Besut

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya soalan 1-

Apakah persiapan Kerajaan Negeri untuk menghadapi Musim Tengkujuh?

Yang di-Pertua

Soalan satu Yang Berhormat Kuala Besut digabungkan dengan soalan daripada Kuala Berang. Sila Yang Berhormat.

Haji Hanafiah bin MatPAS · PNCukai

Terima kasih Kuala Besut.

Dato’ Yang di-Pertua, semua Yang Berhormat-Yang Berhormat Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, semua ketua-ketua Jabatan, tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Apakah persiapan Kerajaan Negeri untuk menghadapi Musim Tengkujuh?

Kerajaan Negeri telah membuat perancangan yang baik dan mengambil langkah pencegahan bagi memastikan persediaan negeri bagi menghadapi bencana yang akan datang pada tahap yang optimum. Jabatan Meteorologi Malaysia Negeri Terengganu telah membuat tinjauan cuaca dan menjangkakan MTL 2024,2025 akan bermula pada 5 November 2024. Kerajaan Negeri juga telah melaksanakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri bilangan 2 tahun 2023 pada 1 Oktober 2023 dan semua Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah bagi seluruh daerah di Negeri Terengganu.

Mesyuarat ini bertujuan untuk menyelaraskan dan memperkasakan lagi koordinasi semua agensi yang terlibat bagi menghadapi bencana banjir kali ini berpandukan arahan NADMA nombor satu yang telah berkuatkuasa bermula 1 Ogos 2024.

Di peringkat NGO pula Khidmat Malaysia Terengganu juga telah bersiap siaga dan sudah melancarkan persiapan bagi menghadapi banjir. Di peringkat daerah pula pelbagai latihan program dan latihan amal yang telah dijalankan oleh agensi-agensi penyelamat dan juga agensi terlibat seperti simulasi Pengurusan Pusat Perpindahan Sementara (PPS), yang dianjurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan juga bertujuan untuk mempersiap siaga orang awam dan agensi berkenaan dalam menguruskan pusat pemindahan mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Sebanyak RM 11.2 juta merangkumi peruntukan kecemasan luar jangka, risiko banjir, penyelenggaraan kolam tangkungan banjir dan menaiktaraf infrastruktur mekanikal dan elektrikal untuk kawalan banjir telah disalurkan kepada semua daerah dan dipastikan dibelanjakan untuk menghadapi kerja-kerja kesiap siagaan menghadapi MTL.

Sebanyak 132 stesen hidrologi dipantau untuk mendapatkan data-data hujan dan aras air semasa memastikan 17 siren amaran banjir yang dipasang dapat berfungsi dengan baik. 8 kamera CCTV juga telah dipasang bagi memantau kenaikan paras air sungai dalam keadaan semasa melaksanakan penyelenggaraan dan penaiktarafan ke atas semua struktur sistem saliran termasuk kolam takungan, sistem perparitan, benteng, sistem amaran banjir dan sebagainya bagi memastikan keupayaan takungan dan kefungsian struktur-struktur saliran lebih optimum semasa berlaku waktu puncak tahap penyelenggaran dan penaik tarafan yang dilaksanakan juga mengambil kira hasil kajian dan data-data banjir terkini bagi melihat keberkesanan mekanisme

terbaik untuk menyelesaikan masalah banjir yang kompleks dan berbeza di setiap kawasan.

Sebanyak 36 aset mekanikal dan elektrikal di bawah bahagian perkhidmatan mekanikal elektrikal JPS Negeri Terengganu yang sentiasa berada dalam keadaan siap siaga sebagai persediaan menghadapi bencana banjir iaitu 13 unit pam kekal, 21 unit pam bergerak dan 2 unit portable electrical gen set. Selain itu sebagai rujukan dan persediaan awal kepada orang awam berkaitan kawasan yang sering dilanda banjir, Jabatan Pengairan Saliran, JPS Negeri Terengganu akan mengemaskini dan mengenal pasti 451 lokasi hotspot banjir serta 41 lokasi hotspot air pasang seluruh Negeri Terengganu.

Sehubungan dengan itu kita mengharap orang awam juga, dinasihatkan supaya sentiasa patuhi arahan pihak berkuasa atau agensi-agensi pengurusan bencana banjir dari semasa ke semasa. Susulan daripada itu, susulan daripada amaran hujan berterusan waspada Jabatan Metereologi pada 18 November jam 1 tengah hari diramalkan banjir akan berlaku di Daerah Negeri Terengganu. Yang pertama adalah Besut, Lembangan Sungai Besut, Lembangan Sungai Keluang dan Lembangan Sungai Semerak. Daerah Dungun, Lembangan Sungai Dungun, Lembangan Sungai Paka, Lembangan Sungai Sura dan Lembangan Sungai Jara. Hulu Terengganu, Lembangan Sungai Terenggan dan Lembangan Sungai Marang, di Kemaman, Lembangan Sungai Kemaman, Lembangan Sungai Kertih, Lembangan Sungai Kemasik dan Lembangan Sungai Kijal. Di Kuala Nerus, Lembangan Sungai Nerus. Di Kuala Terengganu Lembangan Sungai Terengganu dan Lembangan Sungai Ibai. Manakala di Marang Lembangan Sungai Marang, dan Lembangan Sungai Ibai dan Sungai Merchang.

Pihak JPS akan membuat pemantauan berterusan dan mengemaskini hebahan amaran banjir Monsoon sekiranya hujan yang seketika terus berlaku di Lembangan Sungai tersebut. Setakat hari ini penerimaan banjir stesen Kuala Dungun 65.5 mm, Stesen Kesihatan Paka 77.0 mm, Kampung Baru Kemasik 107 mm, Stesen JPS Kemaman 62.0 mm, Stesen Kampung Yahya Kemaman 101 mm, Stesen Sekolah Menengah Badrul Hisham Kemasik, 118 mm. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat, ada soalan tambahan? Tak dok??

Sehubungan dengan itu kita mengharap orang awam juga, dinasihatkan supaya sentiasa patuhi arahan pihak berkuasa atau agensi-agensi pengurusan bencana banjir dari semasa ke semasa. Susulan daripada itu, susulan daripada amaran hujan berterusan waspada Jabatan Meteorologi pada 18 November jam 1 tengah hari diramalkan banjir akan berlaku di Daerah Negeri Terengganu. Yang pertama adalah Besut, Lembangan Sungai Besut, Lembangan Sungai Keluang dan Lembangan Sungai Semerak. Daerah Dungun, Lembangan Sungai Dungun, Lembangan Sungai Paka, Lembangan Sungai Sura dan Lembangan Sungai Jara. Hulu Terengganu, Lembangan Sungai Terengganu dan Lembangan Sungai Marang, di Kemaman, Lembangan Sungai Kemaman, Lembangan Sungai Kertih, Lembangan Sungai Kemasik dan Lembangan Sungai Kijal. Di Kuala Nerus, Lembangan Sungai Nerus. Di Kuala Terengganu Lembangan Sungai Terengganu dan Lembangan Sungai Ibai. Manakala di Marang Lembangan Sungai Marang, dan Lembangan Sungai Ibai dan Sungai Merchang.

Dr. Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

Saya nak tanya sikit

Yang di-Pertua

Ya, Kuala Berang, sila…

Dr. Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

Apa ni minta, apa ni… nak beri satu cadangan kita tahu apabila berlakunya banjir…

Yang di-Pertua

Soalan Yang Berhormat…

Dr. Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

Infrastruktur…

Yang di-Pertua

Soalan Yang Berhormat…

Dr. Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

iaitu nak beri cadangan

Yang di-Pertua

Cadangan dalam perbahasan Yang Berhormat.

Dr. Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

Ye, tak apa terima kasih.

Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Bukit Tunggal.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya nombor dua-

Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menerima pakai Akta 672, Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam?

Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat dan seluruh wakil-wakil daripada jabatan, agensi dan juga perwakilan, serta pemerhati yang dirahmati Allah sekalian. Terima kasih pada Bukit Tunggal yang telah pun bertanyakan soalan seperti yang tak dok deh, di skrin? Soalan yang ditanya oleh Bukit Tunggal berkenaan dengan adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menerima pakai Akta 672, Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam?

Untuk makluman Bukit Tunggal dan juga Dewan, Kerajaan Negeri Terengganu telah pun menerima beberapa cadangan daripada pelbagai pihak syarikat untuk cadangan penswastaan perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam mengikut Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 ataupun Akta 672. Buat masa sekarang, Kerajaan Negeri dalam peringkat kajian dan pertimbangan untuk penswastaan perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam mengikut Akta 672 kerana ianya akan melibatkan implikasi terhadap kewangan Kerajaan Negeri dan PBT serta implikasi kepada perundangan yang sedia ada. Kerajaan Negeri juga bercadang untuk mengadakan libat urus dan juga perbincangan bersama dengan pihak Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara atau (JPSAN) bagi mengetahui dengan lebih lanjut proses-proses sekiranya Kerajaan Negeri bersetuju untuk menerima pakai Akta 672 tersebut disamping mendapatkan input-input tambahan daripada negeri-negeri yang lain yang telah pun sedia menerima pakai Akta 672 ini dan insya-Allah kalau tidak ada apa-apa masalah, 2 dan 3 Disember ini saya bersama dengan pasukan portfolio dan juga Datuk Bandar MBKT dan YDP PBT akan pergi ke Putrajaya dan Selangor untuk meninjau dan juga bersoal jawab tentang perkara ini. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat, ada soalan tambahan?

Soalan tambahan, terima kasih berdasarkan

kepada jawapan tadi apakah sekiranya Kerajaan Negeri menerima pakai Akta 672 ini, implikasi dari segi kewangan dan juga implikasi dari segi undang-undang terhadap PBT yang ada? Terima kasih.

Yang di-Pertua

Yang Berhormat..

Terima kasih Bukit Tunggal atas soalan tambahan, untuk makluman Bukit Tunggal dan juga Dato’ Yang di-Pertua serta Dewan. Akan ada implikasi terhadap kewangan dan juga perundangan apabila kerajaan negeri bersetuju menerima akta 672 ini. Implikasi kewangan pada kerajaan negeri ataupun PBT, kita perlu membuat sumbangan kepada Kumpulan Wang Perkhidmatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam di bawah Kerajaan Persekutuan. Sekiranya kita menerima Akta 672 ini, dimana Kerajaan Negeri haruslah memperhalusi implikasi kewangan kerana kawasan-kawasan yang pembangunan baharu perlu juga diserapkan oleh PBT atau Kerajaan Negeri terlebih dahulu. Selain daripada itu, setiap PBT juga perlu mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh untuk atau dalam tempoh 21 tahun ke depan bagi memastikan penerimaan akta tersebut tidak akan membebankan PBT pada masa yang akan datang. Itu dari sudut implikasi kewangan. Sebagai satu contoh setiap PBT sebagai satu contoh banyak mana kos ataupun bayaran yang telah pun digunakan untuk membayar kepada projek-projek ataupun kontraktor yang menguruskan kebersihan di kawasan di PBT berkenaan banyak mana yang telah pun dibelanjakan maka banyak itulah juga yang perlu dimasukkan ataupun diserahkan ke dalam Tabung Kumpulan Wang Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam di bawah Kerajaan Persekutuan. Adapun berkaitan dengan implikasi pada perundangan, kajian secara menyeluruh perlu dilaksanakan sekiranya Kerajaan Negeri bercadang untuk menerima pakai Akta 672 ini kerana Kerajaan Negeri khususnya PBT tidak akan ada lagi kuasa eksekutif bagi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam memandangkan kuasa berkaitan pengurusan sisa pepejal di bawah Akta 171 dan Undang-Undang Kecil PBT itu akan terhapus secara sepenuhnya. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Wakaf Mempelam dan Bukit Tunggal. Seterusnya, saya persilakan Yang Berhormat Telemung. Sila kemukakan soalan.

Mohd Zawawi bin IsmailBERSATU · PNTelemung

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat dan sidang yang dihormati sekalian.

Jalan-jalan jumpa batu Soalan saya nombor satu.

Saya banyak menerima aduan daripada rakyat bahawa kehidupan harian mereka kini terlalu terganggu dengan kehadiran hidupan-hidupan liar. Nyatakan langkah-langkah Kerajaan untuk menangani perkara ini?

Yang di-Pertua

Terima kasih Telemung.

Soalan Telemung digabungkan dengan soalan Hulu Besut.

Datuk Haji Razali bin IdrisBERSATU · PNKijal

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Telemung yang memberi soalan seperti mana yang tertera dalam skrin. Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) sentiasa komited dalam menangani konflik gangguan hidupan liar sehingga memusnahkan tanaman seperti kera, gajah dan harimau. Antara langkah Kerajaan untuk menangani isu kacau ganggu hidupan liar terhadap kebun-kebun rakyat Negeri Terengganu sepertimana berikut. Bagi setiap aduan yang diterima, PERHILITAN akan mengambil tindakan dengan melaksanakan siasatan, pemantauan dan tindakan tembak halau, pemasangan perangkap dan operasi tangkap pindah sekiranya hidupan liar tersebut gagal untuk kembali ke habitat asal mereka. Yang kedua tindakan penakaian, yakni tembak mati akan dilaksanakan ke atas spesies kera dan babi hutan kerana populasi yang amat tinggi dan kebolehan membiak secara pantas. Yang ketiga bagi menangani serangan daripada spesies gajah, pembinaan sistem pagar elektrik (SPEG) telah dilaksanakan di tiga buah lokasi iaitu di Kampung Lawit ke Belukar Bukit, Hulu Terengganu sejauh 29.5 kilometer, Kampung Pelong, Setiu 35 kilometer dan Kampung Payung ke Chalok Barat, Setiu 25 kilometer.

Pembinaan SPEG ini telah dibangunkan melalui RMKe-10 dengan kos sebanyak kurang lebih RM3.5 juta. Kerajaan juga memperuntukkan lebih kurang RM500,000.00 setiap tahun bagi kerja-kerja kontrak pembersihan dan penyelenggaraan SPEG ini agar ianya berfungsi dengan baik dan dapat membantu mengurangkan serangan gajah. Kerajaan Negeri turut menyediakan saguhati di bawah Tabung Bencana Pertanian kepada petani, penternak yang terkesan akibat daripada serangan hidupan liar mengikut kepada keluasan atau bilangan ternakan yang terkesan. Kadar bantuan yang ditetapkan oleh Tabung Bencana Pertanian Terengganu adalah sebanyak RM1,000.00 sehektar dan had maksima setiap permohonan iaitu dua hektar. Jabatan Pertanian telah mengangkat permohonan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Tabung Bencana Negeri dan diluluskan seperti berikut;

Tahun Bilangan Jumlah bantuan 2022 20 orang RM25,450.00 2023 17 orang RM14,760.00

Dato’ Yang Di-Pertua ada permohonan yang masih dalam pertimbangan kerana tanah mereka masih belum mempunyai geran. Oleh sebab itu, kita daripada pihak Kerajaan Negeri sentiasa berbincang dengan Pejabat Tanah Daerah supaya mempermudahkan urusan dan di mana bantuan itu dapat disalurkan dengan tuntas. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Sila Wakil Bukit Besi.

Mohd Husaimi bin HussinBERSATU · PNHulu Besut

Dato’ Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Eh.. Hulu Besut.

Mohd Husaimi bin HussinBERSATU · PNHulu Besut

Tambahan. Soalan tambahan. Apakah faktor yang menyumbang kepada peningkatan konflik hidupan liar dengan manusia?

Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Kijal.

Datuk Haji Razali bin IdrisBERSATU · PNKijal

Dia ada dua faktor. Yang pertama faktor yang dipanggil faktor penolakan dan yang kedua dipanggil faktor penarikan. Faktor penolakan sebenarnya datang daripada pembalakan. Apabila pembalakan berlaku, maka spesies liar seperti gajah dan binatang buas ini, dia lari daripada habitat. Justeru itu, kita juga mencadangkan supaya diadakan pagar elektrik, kalau sekiranya pembalakan berlaku dekat dengan perkampungan. Faktor penarikan ialah tanaman yang ditanam oleh pekebun. Kadang-kadang, tanaman tersebut tanaman yang disukai oleh gajah, harimau dan juga binatang buas yang lain. Maka ia menyebabkan kehadiran binatang liar di setiap kampung kita. Dan baru-baru ini saya dah buat libat urus, di mana yang terkorban Dato’ Yang di-Pertua, seorang penduduk di Kampung Basong, Hulu Terengganu di mana menyebabkan kematian. Oleh sebab itu, kita mengambil keputusan secara tuntas, di mana kita menubuhkan satu pasukan Ranger Basong yang dipengerusikan oleh Tuan Pegawai Daerah Hulu Terengganu. Yang terlibat ialah JPKK, PERHILITAN, PDRM dan juga orang kampung. Dan ini merupakan satu pilot project Dato’ Yang di-Pertua, untuk memastikan keadaan kampung sentiasa terjaga kalau sekiranya berlaku kemasukan gajah liar dan juga binatang-binatang buas yang lain. Kalau sekiranya tidak berjaya Dato’ Yang di-Pertua, kita akan gunakan Akta 55, iaitu tembak mati, tapi setelah ditembak mati, kita tidak perlu melengahkan laporan kepada PERHILITAN iaitu punca kejadian, spesies yang kita tembak ataupun kita bunuh. Yang sebenarnya Dato’ Yang di-Pertua, kita bukan nak bermusuh dengan raja hutan ini, kita hanya ingin menjaga ataupun menyelamatkan rakyat kita terutama sekarang di Basong, Hulu Terengganu memang gajah sekawan lebih daripada 40 lebih ekor berada di sekitar Hulu Terengganu. Sebab itu, Kerajaan Negeri mengambil pendekatan yang terdekat dengan mengadakan solat hajat dengan orang kampung dan menubuhkan satu pasukan Ranger Basong. Insya-Allah selepas daripada ini, kita nak tengok Yang Berhormat Telemung senyum sikitlah dalam Dewan. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Terima kasih.

Dr. Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

Kuala Berang nak tanya Dato’ Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Sila.

Dr. Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat daripada Kijal. Berkaitan dengan keberkesananlah saya nak tanya, kalau kita lihat dari segi sejarahnya, memanglah gajah ini banyak di Hulu Terengganu. 30-40 tahun dulu pun dah ada, dan nampaknya seolah-olah kerja-kerja yang dibuat oleh Kerajaan pada hari ini kurang berkesan, bahkan bertambah teruk. Kalau dulu hanya gajah tapi sekarang ni beruang pun ada, monyet pun ada sehingga orang-orang petani-petani ini mengalami kerugian besar. Jadi saya nak tanya sikit lah, apakah keberkesanan ini, yang saya nampak lah, kurang berkesan, terima kasih.

Datuk Haji Razali bin IdrisBERSATU · PNKijal

Dato Yang di-Pertua, sepertimana yang saya katakan tadi, boleh dikatakan semasa sesi libat urus orang kampung seperti Basong, di sekitar Hulu Terengganu, mencadangkan supaya kita mengambil tindakan membunuh itu. Mengambil tindakan itu, tembak mati. Jadi apabila kita berbincang, gajah yang ada di Negeri Terengganu sekitar 300 ekor, kalau kita membuat satu team pemburu dan membunuh, maka dia akan menyebabkan gajah menjadi kurang dan kita juga tidak mempunyai apa-apa lagi untuk generasi penerus. Justeru itu kita mengambil pendekatan untuk membuat jagaan malam, ha tu Yang Berhormat, kita try dulu, kita try, Yang Berhormat Kuala Berang, kita buat jagaan malam, ranger dan dipersetujui oleh penduduk kampung selama beberapa bulan sehingga akhir tahun. Kalau sekiranya berjaya, kita akan terus melaksanakan program ranger ini di setiap kampung yang terlibat dan melibatkan sedikit bajet dan saya akan cuba angkat kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Kalau tak berjaya jugak, barulah kita ambil pendekatan tembak, yang ni kalau sebut tembak ni, pengarah PERHILITAN marah sangat pasal tembak tetapi berbahaya apabila dia mula membunuh maka kita boleh membunuh. Itu sahaja Yang Berhormat Kuala Berang, terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Kijal, seterusnya Yang Berhormat Langkap, untuk mengemukakan soalan.

Azmi bin MaarofPAS · PNLangkap

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya nombor 1-

Berapakah jumlah tukun tiruan yang dilabuhkan sejak bermulanya program tikun tiruan dan jenis-jenis tukun yang dilabuhkan?

Yang di-Pertua

Soalan Langkap digabungkan dengan soalan Bandar.

Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih kekanda daripada Langkap. Untuk makluman Dewan berkaitan dengan tukun tiruan, Kerajaan Negeri ada menerbitkan sebuah buku dokumentari Tukun Terengganu pada tahun 2021. Di dalamnya terdapat sejarah tukun, reka bentuk, evaluasi yang berlaku termasuklah kajian-kajian tentang keberkesanan tukun Terengganu yang telah dimulakan program ini sejak daripada tahun 2006 lagi. Sehingga tahun 2024 sebanyak 1,579 tukun pelbagai bentuk dan jenis telah dilabuhkan di sepanjang pantai di perairan Terengganu khususnya pada jarak sekitar lima batu nautika daripada pantai. Di antara tukun yang kita labuhkan ialah tukun kuboid penghalang pukat tunda, tukun castle, tukun cheese block. Kita juga bekerjasama dengan syarikat oil and gas khususnya Petronas dan anak-anak syarikatnya untuk melabuhkan tukun rig to reef pelantar minyak yang telah dinyah tauliah yang telah tidak digunakan lagi, dipotong kemudian ditenggelamkan sebagai tukun tiruan. Ada kita labuhkan tukun lobster dan juga tukun sotong daripada paip minyak yang telah tak digunakan lagi menggunakan teknologi daripada Jepun, kobelco. Rekabentuk yang boleh menarik kehadiran lobster dan juga sotong. Kita juga ada tukun daripada bot-bot nelayan asing yang ditahan kerana menceroboh perairan negara kita melalui proses mahkamah dan dijatuhkan, disabitkan bersalah dilucut hak kepada Kerajaan Malaysia dan sebahagian besar daripada tukun bot-bot ini dilupuskan dengan cara ditenggelamkan sebagai tukun tiruan.

Sepintas lalu dari segi keberkesanan program kita boleh diukur dengan peningkatan pendaratan hasil laut. Tahun 2022, jumlah pendaratan hasil laut di Negeri Terengganu sebanyak 33 ribu metrik tan lebih, kemudian meningkat kepada 46 ribu metrik tan pada tahun 2023 dengan kadar peningkatan kira-kira 39% dengan nilaian kira-kira RM553 juta ringgit, lebih daripada setengah billion hasil daripada tangkapan hasil laut kita dan ada satu kajian yang dibuat oleh Jabatan Perikanan Malaysia dengan kerjasama beberapa IPT tempatan yang mengkaji kepadatan ikan di tukun-tukun yang berada di perairan pantai timur

Semenanjung Malaysia - Terengganu, Kelantan, Pahang dan juga bahagian timur Johor. Kepadatan ikan di tukun Terengganu 70.5%, di Kelantan 31.1%, di Pahang 50% dan Johor 60.5%. Jadi kalau kita bandingkan negeri-negeri yang berada di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, kepadatan ikan di tukun Terengganu adalah yang tertinggi. Dia merupakan rahmat tetapi dalam masa yang sama mengundang ramai nelayan-nelayan daripada negeri jiran, juga nelayan asing untuk menceroboh perairan Terengganu. Jadi ada satu kerja keras yang perlu kita buat untuk kita memelihara khazanah anugerah Allah daripada usaha yang kita buat, dalam masa yang sama kita juga perlu basmi pencerobohan demi untuk kita melindungi hak nelayan dan rakyat negeri kita, terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Jabi, ada soalan tambahan? Takdok?

Azmi bin MaarofPAS · PNLangkap

Dato’ Yang Di-Pertua, soalan tambahan sayanya adakah program tukun tiruan ini ianya memberi, orang kata dari segi peningkatan hasil tangkapan ikan kepada nelayan dan juga seterusnya ia memberi peningkatan dalam pendapatan nelayan pantai kita.

Dato’ Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Langkap rasanya apa yang disebut dalam soalan tambahan telah saya rangkumkan dalam jawapan dalam soalan utama tadi, terima kasih.

Yang di-Pertua

Ya, terima kasih Jabi, betul doh.

Seterusnya saya persilakan DUN Batu Rakit, ADUN Batu Rakit.

Mohd Shafizi bin IsmailPAS · PNBatu Rakit

Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya nombor 1-

Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam membangunkan kawasan perindustrian Batu Rakit seluas 178h di Kampung Mengabang Panjang yang telah lama tidak beroperasi dan adakah ianya termasuk dalam perancangan meneroka sumber baru bagi Kerajaan Negeri?

Yang di-Pertua

Kota Putera, sila.

Terima kasih kepada Batu Rakit. Dato’ Yang di-Pertua, Batu Rakit bertanyakan pertanyaan berkenaan Kawasan Perindustrian Batu Rakit, apakah langkah-langkah Kerajaan untuk memajukan kawasan tersebut. Antaranya langkah-langkah yang kita ambil, untuk makluman sidang Dewan yang mulia, kebanyakan kawasan perindustrian kita masih lagi tidak mempunyai infra yang lengkap, hanya ada kawasan sahaja dan tidak ada infra, jalan, parit dan seumpama dengannya yang boleh memajukan ataupun menarik minat pelabur-pelabur untuk datang ke kawasan industri kita termasuklah juga kawasan perindustrian di Batu Rakit. Apa yang kita laksanakan sekarang ini adalah melaksanakan permohonan geran peruntukan di peringkat Kementerian Ekonomi melalui permohonan peruntukan Rolling Plan RMK yang menyediakan infrastruktur bagi kawasan di Batu Rakit.

Yang keduanya adalah kita menawarkan insentif pengurangan harga pajakan yang kompetitif kepada pelabur-pelabur yang berpotensi yang diambil kira berdasarkan kepada asas nilaian jabatan Penilaian yang dikontra dengan anggaran keperluan kos penyediaan kerja-kerja tanah yang perlu dilaksanakan. Maknanya kita bagi insentif kepada pelabur-pelabur. Yang ketiganya adalah penglibatan secara bersama dengan agensi-agensi seperti MIDA, ECERDC dalam mempromosikan kawasan industri yang terlibat pada pelabur-pelabur luar negara dalam menyertai pameran-pameran yang bertaraf antarabangsa seperti baru-baru ini pada pertengahan tahun baru ni kita menyertai Selangor Investment & Industrial Park Expo (SPARK) 2024. Selepas itu kita juga menyertai International Greentech & Eco Product Exhibition and Conference Malaysia (IGEM) 2024 dan kita menyertai beberapa lagi ekspo-ekspo di peringkat antarabangsa untuk mewar-warkan kawasan perindustrian kita termasuk Kawasan Industri Batu Rakit. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih. Ada soalan tambahan?

Mohd Shafizi bin IsmailPAS · PNBatu Rakit

Ada satu soalan. Ada satu kilang sawmill di Wakaf Tengah yang dikatakan kemungkinan akan ditutup kerana aduan pencemaran habuk jadi daripada itu kalau boleh pihak Kerajaan boleh bantu kilang ini untuk bawa ke kawasan perindustrian bagi menghidupkan kawasan itu sebagai pilot project untuk hidupkan kawasan itu.

Okay terima kasih soalan tambahan ADUN Batu Rakit. Kita akan ambil makluman perkara tersebut dan juga kita mengharapkan pihak syarikat boleh berurusan dengan Invest untuk kita jadi pemudah cara kepada peralihan tersebut. Insya-Allah terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima Yang Berhormat Kota Putera. Seterusnya saya persilakan Yang Berhormat Rantau Abang.

Mohd Fadhli Rahmi bin ZulkifliPAS · PNRantau Abang

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Wakil Rantau Abang soalan nombor 1-

Apakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan bagi memajukan kawasan perindustrian di Pulau Serai ini?

Yang di-Pertua

Soalan nombor 1, ADUN Kota Putera.

Okay terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dan juga ADUN Rantau Abang. Pertanyaan yang diberikan adalah berkenaan dengan Kawasan Perindustrian Pulau Serai. Buat masa ini Kerajaan dalam proses melaksanakan pemutihan bagi kawasan perindustrian di Pulau Serai di atas lot-lot yang tidak aktif dan terbengkalai. Untuk makluman sidang Dewan yang mulia kawasan tersebut mempunyai 19 kawasan industri yang pada awalnya telahpun penuh dimiliki dipajak oleh pemain-pemain industri kita tetapi selepas daripada COVID yang kita lalui baru baru ini ada beberapa syarikat yang telah menghentikan ataupun menamatkan pengoperasian mereka disebabkan faktor-faktor ekonomi yang tidak menentu dan sekarang hari ini daripada 19 tersebut

hanya 5 sahaja yang aktif dan pemutihan sedang giat dijalankan dan insya-Allah kita akan ambil beberapa langkah yang perlu bagi mengaktifkan semula kawasan perindustrian ini. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Kota Putera. Okay ada soalan tambahan?

Mohd Fadhli Rahmi bin ZulkifliPAS · PNRantau Abang

Soalan tambahan. Apakah pihak Kerajaan Negeri berhasrat untuk menamatkan syarikat yang tidak aktif dan membuka peluang kepada penyewa baru?

Terima kasih Wakil Rantau Abang. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, ya itulah tujuan pemutihan yang saya maksudkan tadi kita melihat status terkini mereka. Apakah hasrat mereka itu untuk meneruskan ataupun tidak. Jika sekiranya mereka tidak dan kita melihat kepada kontrak yang ada dan kita akan tawarkan kawasan tersebut kepada pemain-pemain industri yang baharu, insya-Allah. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Kota Putera. Seterusnya saya mempersilakan, Yang Berhormat Hulu Besut.

Mohd Husaimi bin HussinBERSATU · PNHulu Besut

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Wakil Hulu Besut ada dua soalan hari ini nak tanya dua-dua boleh?

Yang di-Pertua

[Sambil ketawa] kalau dang boleh rasa, insya-Allah.

Mohd Husaimi bin HussinBERSATU · PNHulu Besut

Kalau tak boleh saya tanya soalan nombor satu-

Yang di-Pertua

Soalan nombor satu digabungkan dengan Wakil Bukit Besi.

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Hulu Besut. Kelas Yang Berhormat Hulu Besut hari ini. Soalan yang berkait dengan usaha yang dibuat oleh Kerajaan untuk memantapkan usahawan IKS melalui modal perniagaan. Kerajaan Negeri melalui Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu telah menyediakan Tabung TUGAS iaitu Tabung Usahawan Terengganu Sejahtera dan di antara pecahannya:

1.

Skim Pembiayaan No-RIBA (TUGAS) ini di antara skimnya

i.

Skim Pembiayaan Peningkatan Terengganu SP3T terbuka kepada semua golongan. Hak pembiayaan: RM7,000.00 - RM50,000.

ii.

TSK (Tabung Siti Khadijah) khusus kepada usahawan wanita. Had pembiayaan: RM7,000.00 - RM50,000.

iii. Skim Pembiayaan Atas Talian Terengganu (SPINT) khusus untuk perniagaan atas talian. Had perniagaan: RM5,000.00 - RM10,000.

iv. Skim Pembiayaan „Mobile Truck’ (SPMT) khusus untuk belian trak sahaja. Had pembiayaan :<RM100,000.00.

v.

Program Peningkatan Kapasiti Perniagaan Terengganu (T’CAP). Khusus kepada usahawan berprestasi Tinggi. Had pembiayaan: < RM200,000.00.

2) Geran Perniagaan di bawah Tabung Usahawan Terengganu Sejahtera (TUGAS) dengan had maksima sehingga RM5,000.00 tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan di mana 80% adalah tanggungan YPU manakala 20% di bawah tanggungan usahawan. Geran perniagaan yang boleh dipohon adalah sebagaimana berikut:

Apakah penyediaan Kerajaan Negeri untuk usahawan IKS dan usahawan atas talian dari segi penyediaan peralatan perniagaan dan modal perniagaan?

i.

Dana Usahawan dan Industri Mikro Terengganu (DUIT). Khusus kepada Ahli Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Negeri Terengganu. Geran maksima RM5,000.00 atau 80% (YPU) mana yang lebih rendah.

ii.

Dana prihatin Terengganu - OKU (D-Hati). Khusus kepada usahawan OKU sahaja. Geran maksima dia RM5,000.00 atau 80% (YPU) mana yang lebih rendah.

Sekian.

Mohd Husaimi bin HussinBERSATU · PNHulu Besut

Soalan tambahan Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Berapakah jumlah usahawan yang telah menerima manfaat daripada Skim TUGAS dan berapakah peruntukan tugas yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan?

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Terima kasih kepada Hulu Besut. Bermula tahun 2019 sehingga Oktober 2024 YPU telah membantu seramai 5010 orang usahawan dan peniaga kecil Negeri Terengganu dengan jumlah peruntukan keseluruhan RM 28,314,957.02. Suka saya nak buat pecahannya:

BIL SKIM PEMBIAYAAN JUMLAH USAHAWAN JUMLAH PERUNTUKAN 1 Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan Terengganu (SP3T) 441

RM8,221,000.00 2 Tabung Siti Khadijah (TSK) 365 RM6,117,000.00 3 Skim Pembiayaan Atas Talian Terengganu (SPINT) 45 RM423,000.00 4 TUGAS- Perantau

26 RM695,000.00 5 Skim Pembiayaan Mobile Truck (SPMT)

5 RM279,850.00 6 Skim Bantuan Asas Tani (DUNIA) 5 RM102,000.00 7 Tabung Pemulihan PKS Terengganu - COVID 19

346 RM5,235,000.00 8 Terengganu Capacity Enhancement Programme 10 RM1,310,000.00

(T’CAP) 9 Skim Pembiayaan Mudah Usahawan (SPMU)

84 RM420,000.00 10 Skim Pembiayaan Khas Bazar Ramadhan

460 RM789,000.00 11 Dana Usahawan & Industri Mikro Terengganu (DUIT) 199 RM835,034.50 12 Dana Prihatin Terengganu – OKU (D-Hati)

102 RM439,672.52 13 Dana PUTERA

2645 RM3,300,000.00 14 Bantuan Khas Usahawan

277 RM148,400.00

JUMLAH KESELURUHAN PEMBIAYAAN 5010 RM28,314,957.02

Untuk makluman pada tahun ini sahaja, 2024 sehingga Oktober, jumlah usahawan 135 dengan peruntukan RM1,753,754.92. Sekian.

Yang di-Pertua

Terima kasih. Seterusnya saya persilakan Yang Berhormat Permaisuri.

Haji Mohd Yusop bin MajidBERSATU · PNPermaisuri

Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya nombor 2-

Mohon pihak Taman Negeri menyatakan gazet kawasan Taman Negeri yang telah diluluskan sementara yang akan diluluskan serta menyatakan sejauh manakah gazet tersebut dibuat dengan hasil penglibatan masyarakat setempat khususnya di dalam daerah Setiu?

Yang di-Pertua

Soalan nombor dua.

Datuk Haji Razali bin IdrisBERSATU · PNKijal

Terima kasih Yang di-Pertua, terima kasih Permaisuri. Sepertimana yang tertera soalan yang dibawa oleh YB Permaisuri.

1.

Kawasan yang telah diwartakan yakni dengan izin, gazet atau diluluskan oleh Taman Negeri adalah seperti berikut:

i. Taman Negeri Setiu Wetlands, Setiu, Terengganu ii. Taman Negeri Kenyir, Hulu Terengganu iii. Taman Negeri Pulau Tenggol dan Pulau Nyireh, Dungun

2.

Kawasan yang diwartakan (gazet) sebagai Taman Negeri, kawasan ialah: i.

Pulau Bidong, Kuala Nerus ii. Pulau Rhu, Besut iii. Pulau Layat dan Pulau Telaga Tujuh, Setiu

3.

Penglibatan masyarakat khususnya di daerah Setiu berkaitan pewartaan Taman Negeri adalah seperti berikut:

Mengadakan beberapa sesi libat urus yang melibatkan jabatan-jabatan kerajaan, pemegang taruh, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan penduduk setempat.

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Ada soalan tambahan?

Haji Mohd Yusop bin MajidBERSATU · PNPermaisuri

Soalan tambahan saya. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Ia melibatkan isu rakyat iaitu kawasan Setiu Wetlands ada beberapa produk menjadi sumber pendapatan rakyat seperti hasil-hasil sungai, lokan dan sebagainya serta daun-daun nipah, pokok-pokok kercut yang merupakan sumber untuk pendapatan rakyat dan juga kolam-kolam sangkar akuakultur dan juga kolam-kolam ikan. Seberapa banyak permit yang telah dikeluarkan kepada penduduk setempat di Setiu Wetlands yang boleh mereka usahakan berkait dengan pendapatan mereka dan satu persoalan penting yang menjadi isu rakyat ialah mengenai kadar kenaikan bayaran sewa kolam ikan iaitu daripada RM350.00 setahun kepada RM3,500.00 setahun yang menjadi masalah dan beban kepada mereka dan apakah solusi yang harus pihak Kerajaan laksanakan?

Datuk Haji Razali bin IdrisBERSATU · PNKijal

Dato’ Yang di-Pertua, soalan tambahan ini membabitkan perikanan. Jadi saya ini pelancongan. Jadi saya nak minta jasa baik Yang di-Pertua untuk meminta sahabat saya perikanan jawab soalan ini supaya meredakan keresahan Yang Berhormat ADUN Permaisuri. Boleh Yang di-Pertua?

Yang di-Pertua

Takpe, Wakil Kerajaan boleh jawab je.

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat Yang Berhormat Kijal, Yang Berhormat Permaisuri. Benar sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Permaisuri. Kawasan Setiu Wetlands khususnya Laguna Setiu adalah di antara zon pengeluaran akuakultur khususnya air payau yang utama di Negeri Terengganu. Di antara spesis yang diternak ialah siakap putih, siakap merah, kerapu hibrid dan juga talapia air payau, talapia air masin.

Kalau ikut data, jumlah pendapatan setahun kepada para peternak di situ sekitar RM4 juta. Satu jumlah pendapatan yang sangat lumayan. Cuma yang menjadi isu sebelum daripada ini, banyak daripada kolam dan sangkar beroperasi secara haram, makna tanpa pemilikan ataupun lesen daripada Pejabat Tanah Daerah. Pengoperasian secara haram ini ada beberapa implikasinya. Di antaranya, kita tak dapat nak daftar. Bila tak dapat nak daftar, dalam senarai penyaluran bantuan kepada para pengusaha akan tercicirlah. Di antara bantuan yang kita bagi macam bantuan input, anak benih, peralatan, makanan ikan, bantuan bencana, bantuan untuk mengembangkan lagi industri penternakan di bawah Skim Bantuan Modal Tani dan beberapa bantuan lain.

Yang kedua, bila kita nak buat pensijilan kualiti khususnya Pensijilan MyGAP (Malaysia Good Agricultural Practices) tak dapat sebab syarat pensijilan mesti status tanah ataupun status kolam itu mesti ada kebenaran daripada Pihak Berkuasa Negeri. Jadi bila beroperasi secara haram, kita tak dapat buat. Kerana itulah kita menjalankan gerakan secara besar-besaran untuk melesenkan semua kolam-kolam dan sangkar-sangkar yang beroperasi secara haram termasuklah di kawasan Setiu Wetlands khususnya di Kampung Gong Batu dan juga di Kampung Fikri dan bila dilesenkan dia akan melibatkan sejumlah bayaran. Bayaran yang dikenakan ini adalah sebagaimana yang termaktub di bawah Terengganu Land Rules 1966 dengan izin, Peraturan-Peraturan Tanah

Terengganu 1966. Bagi tujuan aktiviti komersial, kadarnya ialah tidak kurang daripada RM30.00 sehingga RM300.00 bagi setiap seribu meter persegi. Inilah kadar yang dikenakan dan KOSWEB ataupun Koperasi Setiu Wetlands bertindak sebagai pemudah cara. KOSWEB ini bukan orang lain, KOSWEB ini ialah Koperasi Pejabat Daerah Setiu yang dipengerusikan sendiri oleh Tuan Pegawai Daerah Setiu. Jadi apa yang dilakukan oleh KOSWEB ini adalah sebagai pemudah cara, bukan KOSWEB yang menentukan kadar. Kadar ini termaktub dalam Terengganu Land Rules 1966. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih. Seterusnya saya persila Yang Berhormat Manir.

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Lama iklan Kota Putera ni. Bayor mahal kali.

Yang di-Pertua

Takmboh tanya ke?

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Soalan saya nombor 1-

Apakah perancangan kerajaan Negeri ke atas kawasan yang dikenal pasti mempunyai Mineral Silika, terutamanya di sebelah Terengganu Utara?

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Manir atas persoalan yang diutarakan. Takde bayaran pun YB Manir pada iklan di skrin tu ye? Takut ada orang kata kita bayar.

Pertanyaan Yang Berhormat Manir berkenaan dengan mineral terutama di sebelah Terengganu Utara. Jawapannya adalah ya, Kerajaan memang mempunyai perancangan untuk membangunkan perusahaan mineral khususnya di Terengganu Utara. Untuk makluman Dewan yang mulia, apabila kita menubuhkan Jawatankuasa NIT (New Income Terengganu), kita melihat beberapa pendekatan yang perlu ditambahbaikan. Antaranya kita meletakkan

bahawa meletakkan peningkatan sumber mineral. Sumber galian dan mineral adalah antara peluang ataupun potensi untuk kita menambahkan pendapatan Kerajaan Negeri. Apabila kita melihat juga keadaan yang kita Negeri Terengganu yang kaya dengan hasil mineral dan apabila kita melihat dengan pendapatan Kerajaan Negeri dengan hasil mineral yang ada, sayugia kita membuatkan suatu semakan semula bagi mendapatkan satu jumlah yang sangat signifikan yang agak signifikan dengan orang kenal kita dari segi negeri yang kaya dengan mineral ini. Kalau dengan keadaan sekarang ini, rasa macam tidak bertepatan hasil mineral yang kita diperolehi yang selain daripada Petroleum apabila dicampurkan dengan keadaan yang orang kata kita kaya dengan mineral ini sangat tidak signifikan. Jadi, jawatankuasa telah menilai dan melihat dan Sumber Galian dan Mineral ini perlu kita semak semula untuk kita mendapatkan satu pendapatan yang lebih kepada Kerajaaan Negeri, terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Kota Putera. Sila Yang Berhormat Manir.

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan tambahan. Apakah Kerajaan berhasrat membangunkan sendiri Industri Silika di Negeri Terengganu dan sejauh mana dia akan berlaku ke arah downstream punya perjalanan silika ini ke arah ke hadapan?

Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Wakil Manir. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, sejauh mana memang itu lah antara elemen yang kita melihat untuk kita menceburkan diri di dalam pemprosesan downstream. Setakat ini, kita hanya fokus kepada upstream sahaja iaitu mengeluarkan hasil mineral dan tidak ada proses downstream yang berlaku di dalam negeri kita hanya pergi eksport keluar jadi untuk mendapatkan pendapatan yang lebih dengan kita menceburi dalam bidang downstream dan kita menggalakkan pada pemain-pemain industri kita supaya datang ke Terengganu untuk menghasilkan End-Product dengan izin kepada silika tu sendiri. Pihak portfolio saya telah melihat perkara ini dengan serius dan kita sebenarnya untuk perkongsian Dewan yang mulia sebelum pada ini kita tidak dapat satu gambaran jelas processing mineral

silika ini macam mana. Adakah perlu kita wujudkan kilang itu barulah menjadikan downstream ataupun dengan sedikit proses yang berlaku yang ada di dalam negeri kita ini pun telah menjadikan ianya downstream.

Jadi selepas kita buat kajian dan mendapat maklumat daripada pakar-pakar rupanya tidak semestinya mengadakan kilang baru lah kita wujudkan downstream kita boleh menghasilkan pemprosesan yang peringkat mix-stream sahaja. Sebenarnya daripada mix-stream tu dah boleh terus kepada downstream dah ada End-Product kita yang boleh keluarkan dan itulah yang kita melihat insya-Allah dalam masa terdekat ini kita akan mengadakan satu libat urus kepada agensi-agensi kita supaya lebih menekankan perkara-perkara yang boleh yang disebut selalu oleh pimpinan negeri low hanging fruit yang kita boleh ambil dalam masa yang terdekat ini untuk menjadikan ianya pendapatan kepada Kerajaan Negeri dan perkara itu sudah berada di peringkat akhir dan insya-Allah kita akan laksanakan kalau diizinkan insya-Allah awal tahun depan kita akan war-warkan perkara tersebut, insya-Allah.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Wakil Kota Putera, ucap terima kasih kepada semua Yang Berhormat yang telah mengemukakan soalan dan pihak Kerajaan yang turut menjawab soalan-soalan yang telah dikemukakan. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian saya tangguhkan sementara Dewan ini dan disambung semula pada pukul 11.15 pagi.

MESYUARAT DITANGGUHKAN PADA PUKUL 10.35 PAGI

PUKUL 11.15 PAGI

Rang Enakmen Pembekalan 2025Bill

Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua-ketua Jabatan dan para pemerhati, mesyuarat disambung semula. Ahli-ahli Yang Berhormat pada pagi kemarin Rang Enakmen Pembekalan 2025 untuk bacaan kali kedua telah

mendapat sokongan. Sekarang saya buka untuk pembahasaan sila Yang Berhormat Wakil Bandar.

Terima kasih, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya untuk memulakan Perbahasaan Belanjawan Negeri Terengganu 2025. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Yang Berhormat Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, rakan-rakan Ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan dan Agensi, para pemerhati, Tuan-tuan Puan-puan yang dikasihi sekalian

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin memulakan perbahasaan pada pagi ini dengan membaca sepotong ayat suci Al-Quranur Karim daripada surah Al-Ahzab ayat ke 23.

Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah untuk berjuang membela Islam maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu lalu gugur syahid, dan di antaranya ada yang menunggu giliran dan mereka pula tidak mengubah apa yang mereka janjikan itu sedikitpun.

Solidariti bersama Palestine dan kesiapsiagaan menghadapi Monsun Timur Laut. Pada era ini, kezaliman rejim zionis terhadap saudara kita di bumi Palestine sudah cukup untuk menggambarkan tahap keimanan yang hanya meletakkan kepercayaan sebulat-bulatnya kepada janji Allah Subhanahu Wa Taala. Ketika janji-janji keamanan dan usaha dunia dilihat seperti puin-puin yang tidak bermakna lihat sahaja bagaimana kisah pemimpin Hamas yang baharu As-Syahid Yahya Sinwar, yang berjuang bermati-matian sehingga episod akhir kehidupan beliau menemui Syahid, menggambarkan kejerihan usaha yang meletakkan sehingga ke nafas yang terakhir beliau. Sesungguhnya Israel pada hakikatnya dan berdasarkan lunas prinsip keadilan tidak langsung mempunyai

apa-apa pengiktirafan apatah lagi membela dan mempertahankan diri hakikat kewujudan negaranya adalah di atas tumpah darah saudara-saudara kita di bumi suci Palestine. Penganiayaan, kezaliman, pembantaian yang begitu tragis di luar batas kemanusian, mana mungkin ia diterima oleh akal yang waras. Mengambil semangat dan roh perjuangan Sinwar dan juga saudara-saudara kita di Palestine ini walau apa pun tribulasi semasa asalkan daripada akar iman yang benar. Kita yakin Negeri Terengganu akan terus maju ke hadapan. Kita yakin di bawah kepimpinan di Negeri Terengganu ini khususnya di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar kita terus mengemudi Darul Iman sehabis baik khususnya di dalam mengurus Belanjawan Negeri pada tahun 2025 akan datang.

Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam menguruskan persediaan Monsun Timur Laut khasnya bagi Negeri Terengganu yang dijangka berakhir pada tahun hadapan pada bulan Mac. Di doakan semoga semua petugas yang terlibat dan rakyat Terengganu khususnya direzekikan keberkatan yang berterusan dan keselamatan dan dijauhkan daripada sebarang musibah.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, mengelakkan cukai yang membebankan demi kelangsungan peniaga-peniaga kecil.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Kerajaan Persekutuan dengan bangga menyatakan kenaikan kutipan cukai kutipan hasil pada tahun 2023 sebanyak 314.9 billion. Justeru, merekodkan peningkatan 20.6 billion iaitu 7% kenaikan daripada tahun sebelum ini. Daripada keseluruhan hasil negara, laporan Ketua Audit Negara menyatakan hasil cukai 2023 adalah sebanyak RM229.18 billion, meningkat sebanyak RM20.4 billion atau meningkat 9.8% berbanding tahun sebelum ini. Cukai langsung yang terdiri dari cukai pendapatan sebagai komponen utama untuk menyumbang sejumlah RM171.3 billion meningkat 11.6% berbanding tahun 2022 yang berjumlah RM153.4 billion. Senario ini secara mudah sudah pasti mencerminkan rakyat perlu memberi lebih kepada kerajaan untuk meneruskan kelangsungan, kelestarian negara dan bukan sebaliknya. Nasib malang dan kecelakaan ekonomi ini sudah pasti semakin hari semakin menyempit dada, dan cara pandang rakyat untuk memikirkan nasib mereka, bagaimana ingin menampung hidup yang lebih baik. Melihat daripada angka dan realiti masa, Kerajaan Negeri diharap agar tidak mengambil

pendekatan yang sama dengan menekan rakyat, peniaga-peniaga kecil melalui perletakan cukai ataupun yuran yang membebankan pada mereka.

Pengurangan subsidi merencatkan ekonomi.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Belanjawan Negara 2025 dilihat meriah, menampilkan usaha-usaha pengurangan subsidi seperti subsidi petrol, kesihatan dan pendidikan. Pelbagai naratif yang dimainkan oleh pihak Kerajaan Putrajaya, kononnya langkah ini akan membawa penjimatan yang lebih signifikan seperti penjimatan hasil penyasaran subsidi elektrik, ayam dan diesel yang telah dilakukan. Adakah belum memadai keperitan rakyat berhadapan kenaikan harga barang hasil daripada penyusutan subsidi daripada Kerajaan sebelum ini? Menjadi seorang pemimpin tidak boleh hanya perlu bersandar kepada angka dan laporan sahaja. Berpegang kepada laporan DOSM bahawa inflasi hanya meningkat 2% sahaja pada Mei 2024, iaitu lebih rendah pada bulan yang sama berbanding pada tahun yang sebelumnya. Namun, kepincangan taraf hidup perlu dilihat juga dengan mata kasar kerana mungkin pemboleh ubah yang tidak dilihat, atau terlepas pandang di dalam memutuskan nilai inflasi sekali gus tidak mencerminkan luka parah ekonomi sebenar rakyat.

Dato’ Yang di-Pertua, pengenalan kepada terminologi maha kaya, dan fokus penyusutan subsidi khasnya kepada golongan T15 juga dilihat tidak membantu untuk menaikkan graf ekonomi di negara kita. Pada masa akan datang, memandangkan garis statistik ini dilihat lebih banyak menyentuh golongan kategori pertengahan yang dipenuhi oleh pekerja-pekerja di bidang profesional. Jika bukan golongan ini yang menyokong pertumbuhan ekonomi negara, adakah golongan maha kaya, kartel-kartel yang kerajaan harapkan untuk merancakkan ekonomi-ekonomi negara. Sudah pasti lebih statistik masyarakat baharu T15 dan penyusutan subsidi sama ada bersasar ataupun tidak ini hanya akan mengundang kesusahan dan merencatkan ekonomi negara di masa akan datang.

Jalan keluar penindasan wang royalti.

Dato’ Yang di-Pertua, Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman di dalam surah at-Thalaq:

“Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya, serta memberi rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan ingatlah, sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah mencukupkan baginya untuk menolong dan menyelamatkannya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendaki-Nya. Allah telah pun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.”

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, penindasan yang diterima oleh Kerajaan Negeri Terengganu terhadap penerimaan wang royalti oleh Kerajaan Persekutuan, yang menjadi tempat kebergantungan perbelanjaan bagi memelihara hak dan kebajikan rakyat negeri ini, tidaklah menjadi satu alasan untuk kita berpeluk tubuh. Ini sangat jelas digambarkan pada tahun 2012. Kebergantungan Kerajaan Negeri kepada royalti daripada seluruh perbelanjaan adalah sebanyak 87.41% iaitu berjumlah RM2.35 billion hasil bumi milik rakyat Negeri Terengganu ini dapat dirasai kemanisannya apabila tagihan tersebut seperti Dana Raya, Dana Remaja, Bantuan One-Off dan pelbagai lagi bantuan yang diberi kepada rakyat telah berjaya menggembirakan hari rakyat. Namun, saya dengan bulat hati, dengan penuh keyakinan bahawa kemanisan yang disekat ini akan dikurniakan kemanisan lain yang lebih besar buat rakyat Negeri Terengganu seperti yang dijanjikan di dalam surat at-Thalaq tadi. Berkat asas takwa, kepimpinan yang berintegriti, lagi berkompetensi telah menampakkan jalan yang baharu bagi negeri ini untuk meneroka pendapatan baru. Variasi sumber semula jadi telah diterokai pasca PRU ke-15 ini seperti Unsur Nadi Bumi (REE), hidrogen hijau dan silika, pemain-pemain utama dalam industri ini seperti Korea Selatan, Jepun dan China juga turut menjadi antara tempat rujukan bagi menjadikan unsur bumi ini sebagai sumber pendapatan negeri di masa akan datang. Tidak cukup dengan itu, industri solar dan hidro di Tasik Kenyir, industri maritim dan minyak serta gas melalui kerjasama Brunei dan Oman telah menampakkan usaha yang lebih baik ke arah memperkasakan sumber ekonomi negeri ini. Melihat usaha yang giat dilakukan, saya yakin dengan adanya kekayaan hasil bumi, hasil sumbang saran, brainstorming,

dengan izin, hebat dan berterusan daripada Majlis Pakar Terengganu akan datang, dan pemerkasaan kepimpinan negeri, penerokaan sumber asli ini bakal menjadi jalan keluar bagi penindasan ini sekali gus menjadi negeri contoh kepada negara dan dunia dalam menguruskan menjana hasil.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, agensi sosial kapital menjamin kesejahteraan ukhrawi. Sudah sedia maklum, negeri ini meletakkan imej Islam sebagai rukun dalam pentadbiran Kerajaan Negeri. Justeru segala agenda di dalam usul fokus ketiga, iaitu pengukuhan modal sosial merupakan satu teras yang tidak pernah ditinggalkan sejak hari pertama. Terengganu di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar kita. Atas kesedaran yang berterusan ini, kita dapat melihat melalui statistik terkini daripada Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2023, Terengganu berada di tangga ketiga paling selamat di Malaysia selepas Kelantan dan Sabah, walaupun secara keseluruhan indeks jenayah Malaysia dilaporkan meningkat sebanyak 3.2% tahun lalu. Dengan indeks jenayah keseluruhan yang melibatkan kes serangan dan jenayah harta benda naik kepada 52,444 kes berbanding dengan 50,813 kes pada tahun 2022. Ini merupakan satu perkara yang sangat dibanggakan dan boleh menjadi satu cerminan signifikasi usaha yang lepas dari pihak Kerajaan Negeri di atas rekod yang baik ini.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, ketetapan bagi menganjur karnival induk di seluruh DUN bertemakan Indahnya Hidup Bersyariat merupakan satu tema yang sudah tidak asing di dalam denyut nadi rakyat. Namun kebiasaan ini haruslah dibugarkan dengan program-program rakyat yang lebih mendalami maknanya ibadurrahman solusi kepada kegiatan dunia seperti peluang pekerjaan dan perniagaan, peningkatan rangkaian bersama badan-badan atau perseorangan dan semestinya perlu diwar-warkan lebih awal dan capaian maklumat yang lebih besar kepada sambutan sukarela lebih ramai.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, masa beri berapa minit lagi? Dua minit lagi ye? Okey.

Justeru, penyuburan program-program penghayatan al-Quran digariskan juga dilihat satu usaha yang perlu disambut baik oleh semua pihak ajukan Darul Iman sebagai Negeri Serambi Mekah ini juga adalah wajar untuk diselami masyarakatnya dengan penghayatan al-Quran agar kemuliaan slogan negeri

cantik, budaya menarik, orangnya pun baik-baik kekal dari zaman berzaman akibat asas binaannya kefahaman Islam yang mampan.

Pemberdayaan Masyarakat Usahawan.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, kegawatan ekonomi menyaksikan betapa peniaga kecil, penjaja-penjaja yang tumbuh umpama cendawan selepas hujan. Tekanan ekonomi dan desakan untuk menerus memenuhi keperluan kendiri dan keluarga telah banyak menolak rakyat kita untuk memulakan menceburi arus perniagaan sebagai jalan keluar. Oleh itu, Kerajaan Negeri perlu dilihat lincah dalam menyediakan inisiatif dan beraksi sebagai pemudah cara bagi memastikan para peniaga ini menjadikan usaha mereka sebagai pintu keluar ke arah lebih baik dan bukan sebaliknya.

Kerajaan Negeri melalui syarikat berkaitan dengan GLC dan syarikat-syarikat swasta boleh menjadi satu badan melalui pendekatan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) boleh membimbing dan memberi semangat kepada peniaga seperti menyediakan peralatan sokongan kepada peniaga, tempat berniaga, kiosk-kiosk dengan kadar sewa yang rendah atau sewa beli bagi memudahkan urusan para peniaga kecil ini. Saya juga yakin berbekal latihan dan pembangunan staf yang wujud dalam GLC, input tersebut boleh dikembangkan lagi dengan sesi perkongsian dan bimbingan kepada para peniaga di bawah kelolaan GLC masing-masing.

Dari rakyat kepada rakyat, bukankah konsep ini dilihat cantik apabila GLC ini juga bukan saja fokus menjana kewangan negeri tetapi juga turut membantu rakyat yang sedang dalam kesusahan. Jika dibiarkan sudah pasti peniaga-peniaga kecil ini akan menjadi satu isu besar yang perlu diselesaikan oleh Kerajaan Negeri pada masa akan datang. Masakan tidak penjualan tanpa mematuhi peraturan-peraturan, tahap keselamatan dan kesihatan makanan, sumber asli penggunaan bahan-bahan yang halal perlu diberi garis panduan yang betul-betul agar dalam masa yang sama penyusunan gerai-gerai yang dilihat cantik, menarik pelancong dan juga tidak mengganggu lalu lintas.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua saya penuh yakin sekiranya kita memainkan peranan yang betul-betul, melihat kepada kesusahan rakyat ini maka kita boleh turut membantu mereka di dalam mengembangkan perniagaan walaupun daripada kecil ia akan lebih maju ke hadapan.

Dato’ Yang di-Pertua, dalam usaha ini juga saya ingin sedikit menyebut tentang satu saranan supaya pihak Kerajaan Negeri memperbanyakkan signboard-signboard ataupun papan-papan tanda yang ke arah membina rakyat kita lebih menjaga tatasusila agama, pakaian yang menutup aurat, akhlak di jalan raya dan juga bagaimana mereka berinteraksi di antara satu sama lain, pergaulan di antara lelaki dan perempuan supaya tidak berlaku perkara-perkara yang tidak diizin ataupun yang tidak dibenarkan oleh agama kerana negeri kita merupakan negeri yang berteraskan kepada Islam.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, semua Ahli-ahli Yang Berhormat, mudah-mudahan Bajet yang kita dengar daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita akan terus memaju Negeri Terengganu ke arah yang lebih cemerlang di masa akan datang. Akhir kalam, memetik key success factors iaitu iman yang telah disebut oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar kelmarin merupakan satu kunci yang sangat menarik untuk diaplikasi dan diketengahkan sebagai modal dalam menjayakan segala fokus yang telah digariskan di mana yang pada akhirnya key success factors ini juga akan berbalik kepada iman, I.M.A.N seseorang juga yang menjadi asas pegangan di dalam melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah, integriti, menjauhi salah guna kuasa dan rasuah. Semoga Belanjawan dibentangkan ini akan menjadi pemacu kebajikan dan kegemilangan rakyat Negeri Terengganu. Bagi memenuhi hasrat Dato’ Yang di-Pertua untuk menjawab pantun di sini saya sediakan dua rangkap pantun.

Nelayan pulang penuh hasilnya Anak di sekolah rajin berusaha Belanjawan rakyat fokus utama Demi masa depan Terengganu kita

Pulau Redang tarikan dunia Laut membiru indah dipandang Demi masa depan Terengganu kita Ekonomi kukuh negeri cemerlang

ADUN Bandar mohon menyokong.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Bandar. Saya bagi lebih kepada Yang Berhormat Bandar selaku Pengerusi Backbencher, kita harap Yang Berhormat semua fokus ataupun hadkan masa masing-masing berucap kerana hari ini kita akan tamatkan perbahasan daripada Yang Berhormat-Yang Berhormat untuk bagi ruang kepada Wakil Kerajaan membuat penggulungan pada hari yang seterusnya. Jadi, harap masa kita agak terhad jika masing-masing ambil masa orang, jadi orang lain tu jadi singkatlah, harap ambil perhatian semua. Saya seterusnya mempersilakan Yang Berhormat Sura, jangan tarik mic tu kuat sangat Sura, putus pula macam tadi.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan kerana memberikan laluan kepada Sura untuk berbahas bagi menyokong Usul Belanjawan Negeri Terengganu 2025. Yang dihormati Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar serta seluruh barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Terengganu, yang dikasihi sahabat seperjuangan barisan ADUN Terengganu serta kesemua pegawai-pegawai tinggi kerajaan dan pemerhati yang dirahmati Allah sekalian. Di permulaan ucapan ini, Sura ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Dato’ SUK dan Dato’ Pegawai Kewangan Negeri yang baru sahaja dilantik dan Sura juga ingin merakamkan sekali lagi ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar yang telah membentangkan Belanjawan Terengganu yang berjumlah RM1.8 bilion untuk perbelanjaan mengurus dengan temanya „Demi Masa Depan Terengganu’. Walaupun kita menjangkakan kita akan menghadapi tekanan dengan situasi hasil Kerajaan Negeri yang masih lagi disekat oleh Persekutuan, insya-Allah kita akan hadapi segala ujian dan cabaran ini dengan jayanya dan saya amat yakin dengan kekuatan yang ada kepada saf kepimpinan dan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar untuk mengemudi bahtera negeri ini walaupun berhadapan dengan ribut dan gelombang samudera yang mengganas. Dalam kesempatan ini Sura ingin menyentuh tiga perkara, yang pertama adalah kesamarataan dalam hak pendidikan, yang kedua adalah budaya politik matang dan sejahtera dan yang ketiga adalah isu-isu belia di dalam Negeri Terengganu.

Dato’ Yang di-Pertua Dewan, kesamarataan dalam hak pendidikan, muslim tergenggam belenggu kafir, akhirat luput dunia tercicir, budaya jahil luas membanjir, banyak yang karam tiada tertaksir. Apabila kita menyentuh berkenaan dengan pembinaan masa depan negeri ini, kita tidak boleh lari daripada memperkukuhkan dan memperkemaskan sistem pendidikan dan sokongan kepada anak negeri ini untuk terus semangat menuntut ilmu dan mencapai kecemerlangan dari segi sudut akademik dan pendidikan. Itulah asas kepada pembinaan Tamadun Islam yang pernah menguasai dua pertiga dunia. Berbeza dengan tamadun lain yang ada di dunia yang kebanyakannya dibentuk di tepi delta sungai dan tempat yang subur sebagaimana Tamadun Mesir Purba di Perlembahan Nil, Tamadun Mesopotamia di Sungai Tigris yang dufrik, Tamadun Hindu di tepi Sungai Ganges, dan begitulah sifat-sifat tamadun yang lain melainkan Tamadun Islam. Yang dibina di tengah padang pasir yang kering kontang kerana asas pembinaan tamadun yang berbeza iaitu kekuatan ilmu dan iman bukan lagi kekuatan kebendaan. Dan kalau kita melihat kepada asas Tamadun Melayu yang ada pada hari ini, walaupun sebelum Islam telah datang agama-agama lain, agama Hindu, agama Buddha pernah berkuasa dalam negeri ini. Tetapi agama-agama itu tidak dapat membentuk sebuah peradaban melayu melainkan agama Islam dengan kita lihat bagaimana banyaknya istilah-istilah Islam dan Arab yang telah disadurkan dalam Bahasa Melayu. Dan itulah asas kebangkitan tamadun yang mesti bermula daripada kekuatan ilmu. Seorang penyair pernah menyebut dengan izin, “Old son of the east, don’t you know that the power of the westernest and their domination over you can about through their advance in learning and education and your decline in this domines.” Oleh itu permulaan kepada sistem pendidikan ini, ialah mendidik generasi prasekolah untuk menguasai kemahiran 3M. Membaca, menulis, dan mengira. Walaupun kita tahu hak dan dasar pendidikan sepatutnya berada di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan, tapi kita boleh melihat pada hari ini bagaimana gagalnya Kerajaan Persekutuan untuk menyediakan hak pendidikan awal kepada kanak-kanak. Setiap sekolah rendah hanya mempunyai dua kelas prasekolah. Berbanding dengan darjah satu yang ada lima ke enam kelas. Kita boleh lihat di sini bagaimana lompongnya sistem pendidikan prasekolah dalam negara ini. Menyedari isu ini, pemuda PAS Malaysia telah menyediakan PASTI sebagai satu alternatif kepada pendidikan awal kanak-kanak dalam negara dan negeri ini. PAS bukan sahaja sebuah parti politik, kami adalah Harakatul Ummah sebuah gerakan yang dibentuk bagi membaiki susunan sistem institusi masyarakat bentuk politik keadilan ekonomi dan negara untuk membela kepentingan umat Islam dan rakyat seluruhnya. Menyedari bahawa pembinaan

generasi muda yang memahami Islam dan mempunyai asas 3M yang cukup penting, ditubuhkan PASTI agar setiap rakyat negeri ini mampu akses kepada pendidikan awal anak-anak mereka dan bukan lagi tersepit dengan isu kemiskinan yang menyebabkan mereka kehilangan akses ini. Dibina PASTI dengan jerih perih rakyat Terengganu di peringkat bawah, dikumpul duit derma untuk dibina bangunan, guru-gurunya ikhlas menyampaikan ilmu, tanpa mengharapkan sebarang imbuhan. Bagi mereka generasi muda ini perlu dilantik, perlu dibimbing, perlu dibentuk untuk menjadi pelapis kepimpinan mengisi keperluan profesional membangunkan negeri ini. Bahkan tanpa segan silu saya menyebut bahawa saya sendiri adalah alumni PASTI. Dan mungkin sebahagian daripada ahli Dewan ini yang merupakan alumni PASTI. PASTI menjadi pilihan rakyat Terengganu kerana yang pertama kosnya yang rendah, silibus yang berkualiti dan diajar asas-asas agama dan Fardhu Ain kepada pelajar. Keluar PASTI solat dan doa harian sudah tidak jadi masalah dan tidak pernah disebut pun dalam PASTI untuk diajar tentang politik dan memilih PAS. Nak suruh mengundi PAS, kita tak pernah sebut situ. Dan bahkan ada orang yang UMNO tegar pun ada yang hantar anak-anak dia ke PASTI. Sebab itu saya malang, sebab apa kita nak kacau sangat PASTI. Sedangkan kita melihat ada tadika-tadika KEMAS yang masih lagi berada dalam bangunan daif yang perlu dibaiki. Kalau saya kira contoh bagaimana bangunan kemas dalam DUN saya DUN Sura, bangunan usang ada anai-anai dan bagaimana kita nak memastikan pendidikan anak-anak berjalan dengan cara yang baik kalau dari sudut infra asas pun tidak selesai. Sebab itu malang kalau kita mempolitikkan akses pendidikan ini. Saya ingin menyebut dalam Dewan yang mulia ini, jangan sesekali menjolok sarang tebuan, jangan sesekali mengacau PASTI dalam negeri ini PASTI adalah milik rakyat. Dibina dan didirikan oleh rakyat. Guru-gurunya adalah rakyat negeri ini, kalau dikacau PASTI saya berikan amaran bahawa kami Pemuda-pemuda Islam Negeri Terengganu tidak akan berdiam diri bahkan akan bangkit mempertahankan Institusi PASTI yang telah banyak menyumbang untuk rakyat negeri ini. Tersangat malang apabila institusi pendidikan yang sepatutnya diakses untuk semua rakyat negeri ini sering dipolitikkan. Perbezaan politik antara persekutuan dan negeri menjadikan institusi pendidikan sebagai mangsa perbezaan politik ini. Sampai bila kita nak jadi begini. Bayangkan pemimpin UMNO boleh keluar masuk dengan bebas dalam institusi pendidikan, tetapi kami yang dipilih diberikan amanah dan mandat oleh rakyat dihalang dengan pelbagai alasan. Ada di antara kami yang ADUN Kuala Berang bekas cikgu, Ajil bekas cikgu, Batu Buruk ada PhD, dihalang masuk ke universiti. Dan sampai bila kita nak jadi begini sedangkan

ada penceramah UMNO yang kontroversi di media sosial tidak tahu sejauh mana kelayakan pendidikannya dijemput sebagai pemberi motivasi kepada pelajar dalam Negeri Terengganu. Kami nak masuk bukannya nak bawa mesej politik, hanya sekadar menyantuni dan memberikan semangat kepada anak-anak pelajar yang berada di bawah amanah dan jagaan kami.

Dato’ Yang di-Pertua Dewan, budaya politik matang dan sejahtera, sifat sejarah menurut orang ibarat pentas bermain wayang, cerita lampau dihurai dalam, pabila tamat segera diulang, seorang sejarawan George Santayana pernah menyebut mereka yang mempunyai sejarah pasti akan memenanginya. 2024 genap 100 tahun jatuhnya Khilafah Uthmaniyyah. Kita belajar dari sejarah, antara sebab jatuhnya Turki Uthmaniyyah, bila dipecah perintahkan mereka, tersebarnya semangat nasionalisme dan asabiyyah diapi-apikan semangat perkauman sehingga orang Arab membangkitkan resolusi Arab ingin membebaskan diri mereka daripada Kerajaan Turki Uthmaniyyah. Begitu juga dalam negeri kita, negara kita, British menggunakan strategi pecah dan perintah melemahkan kekuatan umat Islam dalam negeri ini. Dipecahkan kekuatan bangsa melayu dengan Perjanjian Inggris Belanda 1824, Perjanjian Bangkok 1909, tidak termasuk lagi bagaimana Negeri Terengganu dan negeri-negeri melayu yang lain dimiskinkan dan dimundurkan oleh British secara bersistem. Itu pelajaran dari sejarah.

Yang di-Pertua

Satu minit lagu Yang Berhormat.

Sekarang. Sikit lagi.

Yang di-Pertua

Seminit lagi Yang Berhormat.

Mitok dua minit Yang di-Pertua Dewan.

Yang di-Pertua

Satu minit. Satu minit.

Tolong dua minit. Sekarang kita melihat bagaimana agenda pecah dan perintah telah digunakan untuk melemahkan kekuatan negeri kita. Kita berfikir demi masa depan Negeri Terengganu tercinta. Kita

sedar ataupun tidak sedar kita telah diperangkap oleh strategi politik yang memecahkan kita kepada warna politik yang berbeza. Kalau saya sebagai seorang doktor, ada pesakit di hospital, saya tak nak bertanya itu PAS ke UMNO. Kalau PAS tak payah mari spital la. Mu gi berubat la kat lain pun sebab UMNO kang wak spital. Kerajaan Pusat kan bukan Kerajaan PAS. Tapi kita tengok kita takdok pun gitu, sebab kita diajar tentang prinsip keadilan. Kalau kita bercakap dalam konteks kesihatan awam, kita diajar, kami diajar bahawa pesakit kami adalah masyarakat komuniti pesakit kami. Tapi malang dipinggirkan, baru-baru ni ada program Sambutan Hari Lelaki Peringkat Negeri Terengganu. Dibuat di Dewan Aspirasi UiTM Dungun, dibuat DUN Sura. Tetapi ADUN Sura dan seluruh JPKK dalam DUN Sura tidak dimaklumkan berkenaan program ini. Sebab apa. Sebab kami orang PAS. Kami ADUN PAS. Kami tidak pernah dijemput dalam sebarang proses advokasi dan promosi kesihatan di peringkat daerah. Inilah maksud saya bahawa isu yang kritikal pendidikan, kesihatan tidak boleh dipolitikkan. Sampai bila kita mahu begini. Politik baru adalah politik matang dan sejahtera. Politik sekat-menyekat ini politik zaman dahulu kala. Yang penting kita saling simbiosis bekerjasama bukan kita jadi parasit yang mematikan bangsa dan kemajuan negeri ini. Politik ini baru adalah politik ideal. Sebab tu dalam Dewan yang mulia ini saya ingin mencabar Ketua Pemuda UMNO, Ketua Pemuda Harapan. Kita berdebat, kita berdiskusi di depan mahasiswa UNiSZA di depan mahasiswa UMT, kita kembangkan politik ideal dalam generasi muda. Sura tak ada masalah. Tarikh bila, Tajuk apa, Sura sentiasa bersedia. Syaratnya satu kena dibuat dalam UNiSZA dan UMT. Sura bersedia untuk memperkembangkan politik baru ini.

Jadi demi meraikan Dato’ Yang di-Pertua Dewan saya rasa sekadar ini sahajalah ucapan daripada saya walaupun ada satu lagi isu yang ingin saya bahaskan. Sura memohon maaf kerana tiada niat yang lain dihati melainkan kerana kasih dan sayang demi masa depan Terengganu yang gemilang ini. Sura menyokong penuh Bajet Belanjawan Negeri Terengganu 2025 dan pohon untuk mengundur diri.

Terima Kasih kepada Dato’ Yang Di-Pertua.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Sura. Saya tak bercadang juga nak sekat sebab celik mata belaka masing-masing tapi nak wat macam mana masa kita terhad. Seterusnya saya mempersilakan Yang Berhormat Seberang Takir.

Haji Khazan bin Che MatBERSATU · PNSeberang Takir

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan, rakan-rakan, ADUN-ADUN, Ketua-Ketua Jabatan, Para Pemerhati seterusnya tuan-puan-puan yang saya hormati sekalian.

Pertama-tama saya nak ucap tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, yang telah membentangkan Bajet pada pagi semalam. Sebenarnya tidak banyak perubahan dari segi jumlah perbelanjaan dan hasil perolehan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam Bajet yang dibentangkan semalam. Hampir sama dengan Bajet Kerajaan Madani yang menyaksikan sedikit pertambahan iaitu daripada 407.5 billion kepada 421 billion hok Pusat. Bajet Negeri Terengganu 2025 ada sedikit peningkatan daripada anggaran perolehan itu pun dibuat dengan anggaran harga petrol naik atau pun perolehan daripada dana 5% itu bertambah. Walaupun pada hakikatnya ini mungkin belum tentu dapat 100% sebagaimana yang dianggarkan dalam Bajet yang dibentangkan semalam.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, hasil yang dijangka dapat dikutip bagi tahun 2025 melalui pelbagai cukai dan bukan cukai sepertimana yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar semalam, hanyalah 263.35 juta sahaja ketimbang emolumen yang wajib dibayar. Bukan sembang, kecek tipu sembang ni, berbanding dengan emolumen yang wajib dibayar kepada penjawat awam negeri yang jumlahnya RM279.19 juta. Ini menunjukkan bahawa tanpa terimaan bukan hasil iaitu tanpa 5% daripada duit royalti ini, Kerajaan tidak mampu membayar sepenuhnya gaji penjawat awam negeri ini apatah lagi untuk mengumumkan bonus ataupun sagu hati.

Dato’ Yang di-Pertua, ini bukanlah salah Kerajaan hari ini. Sejak daripada Negeri Terengganu menerima 5% hasil petroleum daripada tahun 70-an dulu hingga hari ini, Kerajaan Negeri sejak daripada pimpinan UMNO, Barisan Nasional sehingga hari ini, bergantung lebih 70% perbelanjaan tahunan bergantung kepada duit 5% royalti minyak. Yang kita dapat kurang daripada 20% melalui cukai dan bukan cukai.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, menginsafi realiti inilah saya percaya Kerajaan gigih berusaha mencari hasil baru di samping terus berunding menuntut hak 5% hasil petroleum yang diperolehi daripada kawasan perairan negeri ini. Adalah diharapkan Kerajaan akan mendapat hasil tambahan apabila Yang Amat Berhormat mengumumkan dalam Bajet semalam, Kerajaan akan meminda kadar royalti mineral yang selama lebih 20 tahun tak pernah dipinda dan akan dipinda pada tahun ini walaupun tak disebut berapa kadarnya dan berapa jangkaan yang akan diperolehi melalui kadar baru yang akan diumumkan. Begitu juga Yang Amat Berhormat menyebut bahawa Lembaga Sumber Air Terengganu ataupun LAUT yang baru ditubuhkan, diwujudkan di bawah apa yang telah diluluskan di Parlimen yang mempunyai kuasa berkaitan dengan sumber air negeri apabila Kerajaan akan mengadakan cukai kepada setiap telaga-telaga yang digali nanti maka akan ada hasil baru kepada Kerajaan Negeri. Walau bagaimanapun saya mengharapkan supaya apa yang dikenakan ini tidak akan membebankan rakyat yang menggali telaga untuk pertanian dan sebagainya.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat menyebut untuk mewujudkan pengurusan dana bagi menyatukan dan mengawal sumbangan tanggungjawab sosial atau CSR yang diperolehi daripada anak-anak syarikat Kerajaan ataupun badan-badan berkanun dan juga syarikat-syarikat swasta yang mana Yang Amat berhormat menyebut bahawa disasarkan perolehan untuk dana ini akan berjumlah lebih kurang RM15 juta. Diharapkan Kerajaan selepas ini akan berjaya menghasilkan wang baru untuk Kerajaan Negeri di samping apa yang telah sedia ada dan akhirnya mampu untuk membayar gaji kakitangan tanpa bergantung kepada duit royalti.

Dato’ Yang di-Pertua, bercakap mengenai hasil negeri, saya teringat dalam satu program libat urus dengan anak-anak syarikat Kerajaan Negeri yang diadakan beberapa bulan lalu di KMI. Saya lupa tarikh dan nama programnya tetapi dalam program tersebut dimaklumkan bahawa Terengganu Inc. memperolehi sejumlah RM1.8 billion daripada perniagaannya pada tahun lepas ataupun pertengahan tahun ini. Ia satu jumlah yang besar, lebih besar ataupun sama besar dengan perbelanjaan Bajet kita pada tahun ini yang RM1.8 juga tetapi Dato Yang di-Pertua, dalam soalan yang saya kemukakan pada Dewan ini saya tak ingat akhir tahun lepas atau awal tahun ini, bila saya tanya berapakah terimaan dividen oleh Kerajaan Negeri daripada anak-anak syarikat, jawapan yang diterima daripada pihak Kerajaan kosong tidak ada satu sen pun. Jadi

Dato’ Yang di-Pertua, kalau syarikat kita untung banyak tetapi selaku Kerajaan sebagai stakeholder tidak terima satu sen dividen, saya rasa ini suatu yang tidak wajar. Kalau kita buka sebuah kedai, kita keluarkan modal kemudian kita lantiklah anak saudara kita, pak saudara kita, waris-waris kita jaga kedai itu. Kedai untung, orang hok kerja di kedai kita itu dapat gaji yang munasabah lumayan tetapi kita hok wat keluar modal dop leh sesen habuk. Agak-agak nak terus lagi ke guane. Saya rasa kalau kita tak nak terus kita bagi je, biar dia bayar kedai tu gitu, kita ambil duit modal kita semula. Kalau jalan dengan begitu sahaja maka rasanya rugilah Kerajaan yang mengeluarkan modal, syarikat-syarikat niaga dapat untung tapi kerajaan dok terima satu sen pun dividen setiap tahun tetapi pegawai-pegawai, CEO-CEO dapat dividen, dapat bonus sebulan gaji dua belas bulan gaji, dapat elaun akhir tahun dan sebagainya. Jadi saya rasa Dato’ Yang di-Pertua, dalam usaha untuk meningkatkan hasil negeri, Kerajaan patut juga melihat kepada prestasi kemajuan anak-anak syarikat dan ditentukan biar ada garis panduan. Kalau nak bayar dividen, nak bayar bonus, biar ada limit dia berapa limit yang sepatut boleh. Kalau kita nak bagi kemudahan CSR untuk ahli-ahli lembaga pengarah, sebab ahli-ahli lembaga pengarah ataupun pengarah-pengarah syarikat ini, CE0-CEO atau pun chairman-chairman ini kadang-kadang di antara kita jugak. Biarlah ada limitasi. Jadi untung hok pegang syarikat hak besar macam-macam kemudahan dia boleh, hok pegang syarikat kecik-kecik macam saya ni, boleh elaun bulanan je, tak dok hok lain-lain tu. Jadi saya rasa biar CSR untuk ahli lembaga pengarah biar Kerajaan Negeri kawal dan ada persen yang mesti daripada keuntungan syarikat itu dibayar kepada Kerajaan secara langsung sebagai dividen. Barulah kalau kita buat gini barulah nampak smart sikit Kerajaan kita dan jangan sampai kita duk umum-umum kita untung banyak tapi Kerajaan tak dapat hasil daripada keuntungan syarikat tersebut.

Dato’ Yang di-Pertua, hasil daripada pertanian dan perikanan adalah sumber yang penting bagi rakyat negeri ini. Kalau kita belajar Geografi tahun 70-an 80an dulu, Terengganu ini kita ingat lagi terkenal dengan perikanan, nelayan sebab ramai rakyat Terengganu kalau kerja kampung sama ada petani ataupun nelayan. Sebagaimana Kerajaan membelanjakan pelbagai bantuan kepada petani dan pekebun dengan membina infra, dengan memberi kemudahan modal, dengan menyediakan biji benih dan sebagainya, saya nak mohon supaya Kerajaan juga membantu para nelayan dengan membina dan membaik pulih jeti-jeti yang mereka gunakan. Di Seberang Takir masih banyak jeti-jeti yang dibuat sendiri oleh para nelayan dengan menggunakan kayu sahaja dan

memerlukan kepada penambahbaikan. Usaha ini jika dilaksanakan, bukan sahaja membantu memudahkan kerja-kerja nelayan, bahkan juga akan menambahkan lagi kecantikan dan keindahan pemandangan di sekitar muara Sungai Kuala Terengganu, di sekitar Bandaraya Warisan Pesisir Air. Terengganu kan, hari ini dikenali sebagai negeri pelancongan. Jadi, molek sangat kalau kita baiki jeti-jeti di sekitar muara Kuala Terengganu di Kg. Tanjung, Seberang Takir dan sebagainya.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, dulu setiap pejabat daerah, saya perhatikan mendapat peruntukan untuk pembangunan sekitar RM2 juta lebih atau RM2-3 juta setiap tahun untuk projek-projek kecil di bawah kod B02 atau P02 ataupun P16. Saya perhatikan sejak tahun ini, peruntukan itu telah dikecilkan. Tahun 2024 ini kalau tak silap saya hanya RM500 ribu sahaja peruntukan pembangunan untuk pejabat daerah-daerah seluruh negeri. Jadi saya untuk tahun ini hok dalam Buku Bajet ni saya tak jumpa berapa percent, berapa yang ditentukan. Mungkin takdok ataupun mungkin saya tak dapat baca. Jadi saya nak minta kalau boleh berilah sedikit, dan kalau taknak bagi kerana kita… Saya faham Kerajaan takdok duit tetapi saya rasa bolehlah kalau tambah sikit lagi peruntukan pembangunan kepada wakil-wakil rakyat dan secara spesifiknya saya nak minta supaya wakil-wakil rakyat juga dibenarkan menggunakan peruntukan P16 ataupun P02 ini untuk baik pulih rumah. Sebab hari ini semua urusan baik pulih rumah, rumah baru diserahkan kepada JPP dengan andaian bahawa duit royalti dibayar melalui JPP dan akan dibelanjakan kepada rakyat untuk baik pulih rumah tetapi proses yang digunakan oleh JPP ni, setiap penerima mestilah memohon melalui pendaftaran dengan eKasih. Kadang-kadang kita melawat dalam kawasan, Dato’ Yang di-Pertua, ada rumah yang sangat uzur. Orang ni kalau dia daftar eKasih, mungkin tidak lepas. Sebab anak dia ada kerja Kerajaan, ada makan gaji, dia pun duduk dua orang je dalam rumah tu. Jadi nak tunggu eKasih mungkin tak dapat tapi kalau ada peruntukan khusus untuk wakil rakyat, boleh baik pulih, kita boleh lulus RM7-8 ribu, RM10 ribu untuk baik pulih dengan segera, baiki dapur, baiki dinding dan sebagainya.

Dato’ Yang di-Pertua, akhir sekali saya nak sebut, nak merakamkan ucapan terima kasih yang sekali lagi saya nak minta, yang terakhir yang sebelum akhir ni saya minta dua minit lagi, nak minta supaya banyakkan rumah-rumah PPR dalam DUN-DUN. Di Seberang Takir ada sebuah rumah yang telah siap dibuat oleh Kerajaan di Tok Jembal. Satu lagi ada di DUN Tepoh di Bukit Nenas.

Ramai yang mari jumpa saya menyatakan kekecewaan mereka sebab permohonan mereka tak berjaya sebab bilangan unit rumah yang dibina tu berbanding dengan jumlah permohonan, sangat sedikit. Jadi kalau boleh lepas ni, Kerajaan dok kiralah melalui SEDC, ataupun melalui konsortium perumahan ataupun syarikat-syarikat swasta, minta supaya diperbanyakkan lagi rumah PPR ni kerana rakyat kita memang ramai yang memerlukan rumah dan kita tahu bahawa tanah untuk tapak rumah memang terhad pada akhir ini.

Yang akhir sekali Dato’ Yang di-Pertua, saya secara peribadi nak merakamkan ucapan terima kasih kepada Datuk Bandar Kuala Terengganu dan juga Majlis Bandaraya Kuala Terengganu sebab melalui beberapa permintaan, perkara yang saya sebut dalam Mesyuarat Tindakan Daerah dan surat daripada Datuk Bandar sendiri, akhirnya atas usaha Datuk Bandar, peruntukan sejumlah RM300 ribu lebih telah diluluskan oleh kementerian KPKT dan dua longkang penting yang saya tengok di Seberang Takir ini telah pun dibaik pulih, diselenggara. Satu longkang daripada Kampung Taman Uda ke longkang besar PGA dan satu lagi longkang daripada kawasan yang sama ke Pantai Tok Jembal melalui hok ikan celup tepung dan sebagainya. Saya percaya, apabila siap diselenggara dengan baik, risiko banjir untuk kawasan perumahan Taman Uda Murni tu dapat dikurangkan ataupun dapat diatasi. Jadi saya ucap terima kasih banyak-banyak kepada Datuk Bandar dan harap lepas ni, makin banyaklah peruntukan-peruntukan yang dibuat untuk memaju dan memberi kemudahan kepada penduduk Seberang Takir. Seberang Takir ni dia dekat bandar dah. Dia memang kawasan bandaraya walaupun duduk dalam kawasan daerah Kuala Nerus.

Akhir sekali Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon supaya, saya nak ucap terima kasih kepada Yang Mulia Dato’ Tengku Bijaya Raja, bekas Setiausaha Kerajaan kita yang telah bersara, yang banyak berjasa kepada pentadbiran negeri ini. Mudah-mudahan beliau akan menikmati kehidupan yang aman dan bahagia dan demikian juga saya nak ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Dato’ Nara Setia yang baru dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan yang baru dan Yang Berhormat Dato’ Mohd Azmi Mohamad Daham yang baru dilantik sebagai Dato’ Kewangan yang baru bagi Kerajaan Negeri Terengganu. Mudah-mudahan mereka berdua ini dapat meneruskan usaha-usaha Kerajaan yang telah dibuat sebelum ini dan dapat memberikan khidmat yang lebih cemerlang, amanah dan jujur, setia.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Saya mewakili Seberang Takir juga mohon menyokong Bajet yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Seberang Takir. Susah juga nak hentikan ucapan ni. Seterusnya persilakan Yang Berhormat Jertih.

“Dan orang-orang yang kami berikan kepada mereka kekuasaan di atas muka bumi dan mereka mendirikan solat dan mereka menunaikan zakat dan mereka menyuruh kepada perkara ma'ruf dan mereka mencegah kepada perkara mungkar dan Allahlah kembali segala urusan.”

Surah Al-Haj ayat 41.

Yang dirahmati oleh Allah, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dan seluruh kepimpinan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat-Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, pemerhati-pemerhati sekalian.

Alhamdulillah, pertama dan selamanya, marilah sama-sama kita merakamkan rasa syukur kita kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang telah dan masih memberikan kepada kita dengan nikmat iman dan nikmat Islam. Terutama tugasan menggalang tugas khalifah. Allah menjadikan kita khalifah di atas muka bumi yang ditakrifkan oleh Imam Mawardi

“Menegakkan agama dan mentadbir dunia dengannya.

Satu pertanggungjawaban yang berat, kita akan disoal di akhirat”.

Tuan-tuan sekalian dan saya mengucapkan tahniah dengan Ucapan Belanjawan Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita dan Jertih akan mengupas pula fokus

yang ketiga, Pengukuhan Modal Insan (Social Capital) melibatkan usaha mengukuhkan jalinan ukhwah sosial baik program keagamaan, keilmuan, pendidikan dan pembangunan modal insan serta penglibatan NGO dalam menangani jenayah. Memperkukuh institusi kekeluargaan dan meningkatkan kesejahteraan. Sebagaimana pantang kita sebut Ar-Rasul . Dengan bangga kita menyebut Ar-Rasul Qudwatuna (Ar-Rasul ikutan kami). Bagaimana Nabi membina generasi dan bagaimana pendidikan ataupun jihad ta’lim merupakan proses penting untuk membina sesebuah negara. Dalam Marhalah Makkiyah selama 13 tahun bagaimana sahabat-sahabat dihimpunkan di rumah Arqam bin Abi Arqam daripada Kabilah Bani Makhzum. Apabila kumpulan tersebut semakin membesar, dipecahkan ke Mazhab Sa’id bin Zaid yang merupakan sepupu kepada Saidina Umar Al-Khattab bin Naufal bin Abdul Uzza dan sebelum Nabi kita berhijrah ke Yathrib, ataupun Thoyyibah, Nabi mengirimkan tenaga nuqoba kawasan pencerah, tenaga dan pengajar seperti Mus’ab bin Umar, Abdullah bin Umm Makhtum dan terbitlah institusi pendidikan di Yathrib atau Thoyyibah yang dikenal sebagai Baitul Qurro.

Sidang Dewan yang dirahmati oleh Allah sekalian, bagaimana hijrah Nabi

daripada Mekah ke Yathrib ataupun Thoyyibah, nabi tukar nama kepada Madinah Al-Munawarah (bandar yang bercahaya) dan institusi yang pertama yang dibina adalah masjid. Masjid baginda tuan-tuan adalah simbol kepada penyatuan ummah. Masjid yang membina generasi yang dibina secara gotong-royong 100 hasta panjang, 100 hasta lebar dan satu per tiga bahagian belakang tempat duduknya Ahli Sulfat. Ahli Sulfat ialah kelompok yang belajar dan bagaimana tradisi keilmuan, intelektual ini diteruskan hinggalah ke Zaman Khulafa al-Rasyidin dan menerusi sistem pendidikan yang teratur zaman Khalifah Umar al-Khattab bin Nufayl bin Abdul Uzza di mana sekolah dibina ataupun madrasah dibina dengan umur bermulanya pendidikan pada umur tujuh tahun dan berterusan di zaman Kerajaan Bani Umayyah, Kerajaan Abbasiyah yang berteraskan pada ilmu dan juga intelektual dan kita melihat di zaman Kerajaan Fatimiyah bermula universiti islam pada Jamiyah al-Azhar kita jauh Tamadun Islam mendahului Tamadun Barat hinggalah berlakunya Zaman Renaissance dan zaman kebangkitan semula dan bagaimana persaingan semakin hebat antara Islam dan Kristian dan kita menyaksikan bagaimana Terengganu Darul Iman sepatutnya kita berbangga bagaimana tradisi ilmu ini sangat meriah di tanah leluhur kita di mana pada abad ke-19 pondok-pondok begitu bersemarak daripada Besut hinggalah Kemaman dan antara catatan sejarah bukan sahaja Siam telah sahaja menjajah Bumi Fathoni Darussalam.

Banjiran Ulama-ulama Fathoni telah datang ke bumi Terengganu Darul Iman. Bagaimana tokoh-tokoh agama seperti Tok Pulau Bayas, Tok Pulau Duyung mereka berusaha membina pondok demi pondok dan tokoh-tokoh pejuang-pejuang Negeri Terengganu juga mereka terlibat dengan kegiatan Jihad Taklim menyebabkan Terengganu negeri paling akhir menerima kekuasaan British iaitu J.L. Humphreys.

Dato’ Yang di-Pertua Dewan, bagaimana Terengganu sepatutnya terus menggerakkan pendidikan ataupun Jihad Taklim ini terutama di zaman moden dengan cabaran-cabaran dan kekangan yang semakin sengit kepada usaha untuk membina generasi. Sebab itu dalam keadaan keghairahan kita menerima pelancong-pelancong daripada luar, saya Jertih merasa bimbang melihat banyak event-event untuk menarik anak muda datang melancong ke Terengganu kadang-kadang penganjur juga menyelitkan dengan unsur-unsur hydronism konsert-konsert yang diadakan tanpa kawalan, tanpa batasan kerana mereka tidak memiliki permit untuk menganjurkan sektor program, konsert dan sebagainya. Sebab itu kita kena ketatkan enakmen hiburan kita. Kerana anak-anak muda ini tuan puan sekalian mereka seronok dengan program hiburan santai dalam keadaan juga kita kurang penguatkuasaan atas Enakmen Jenayah Syariah kita. Saya merasa bimbang kerana negeri kita juga kita kena sedar pengaruh dadah juga agak tinggi di tanah air negeri yang tercinta ini sepatutnya kita kena seimbang dan kita bersemarakkan kegiatan pendidikan di seluruh lingkungan sosial masjid-masjid termasuk disebut kita keluarkan belanjawan melalui kita untuk meningkatkan RM6 juta biasiswa kepada pelajar-pelajar agama untuk pendidikan al-Quran dan sebagainya.

Pendidikan al-Quran sangat penting dan kita melihat semenjak Zaman ar-Rasul bagaimana pendidikan al-Quran ini yang Nabi tegaskan kepada umat

:

.Ajarilah anak-anak kamu cintai Nabi kamu, cintai ahli keluarga Nabi kamu, dan membaca al-Quran.

Malang kalau negeri kita yang dijoloki Negeri Terengganu Darul Iman tiba-tiba ada remaja- remaja kanak-kanak yang tidak boleh membaca al-Quran. Jadi penegasan kepada kepada pendidikan sangat penting sebagai teras kepada negeri kita Maju, Berkat, Sejahtera dan usaha kita untuk menggalang pemerkasaan syariah di tanah air tercinta.

ada remaja-remaja kanak-kanak yang tidak boleh membaca al-Quran. Jadi

Yang berikutnya Jertih melihat juga berkaitan dengan sampai bila kita akan bercakap tentang kutipan dana dan kesusahan daripada sekatan royalti kepada negeri kita. Jertih mencadangkan supaya satu tindakan yang agresif perlu dibuat untuk kita menuntut hak kita nafkah kita kerana bagaimana pencabulan kepada semangat federalism yang berlaku. Kita seperti yang disebut oleh ADUN Sura tadi bagaimana Ahli-ahli Yang Berhormat nak masuk ke sekolah-sekolah pun tidak dibenarkan. Walhal ramai di kalangan kita dari sudut akademik sangat kompeten ada PHD sebagainya boleh masuk ke sekolah, hatta untuk menghantar kek hadiah kepada guru-guru sempena hari guru pun tak dibenarkan. Bahkan satu piket yang ekstrim sekatan kewangan kepada kita menyebabkan banyak program-program kita untuk menyantuni rakyat kita terbatas untuk sesi tahun 2025. Jadi Jertih mencadangkan supaya pihak pimpinan utama Kerajaan kita berfikir mesti ada satu langkah yang agresif untuk kita menuntut hak kita, hak royalti. Moga di satu peringkat yang sangat di hujung sana kita mengadakan bantahan awam atau mass demonstration di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur, kita menggunakan seluruh rakyat negara ini Negara Malaysia ini bahawa ada negeri yang dinafikan hak mereka iaitu Negeri Terengganu Darul Iman kerana perbezaan fahaman politik. Saya mencadangkan kepada sahabat-sahabat anggota legislatif supaya kita berfikir satu peringkat kita kena turun ke jalan raya bersama-sama rakyat Terengganu untuk menuntut royalti. Setuju ke tak setuju? Tak ada pilihan kita dalam sejarahnya, Perdana Menteri paling tolol sekali dan saya ulang paling tolol sekali, semenjak kita mendapat kemerdekaan termasuk Rancangan CNN beberapa hari yang lepas yang menyatakan berhaknya kewujudan sebuah negara itu Negara Israel sedangkan sebagaimana kita faham sahabat-sahabat sekalian Israel tubuh di atas Tanah Palestin yang merupakan Abdul Ambia, Bumi Ambia sehabis power Rasul-Rasul yang kita baca al-Quran, pusat pengoperasian mereka. Nabi sulaiman , Nabi Daud , Nabi Ilyas , Nabi Iliyasa , Nabi Zakaria , Nabi Yahya , Nabi Isa , bahkan Israk Nabi Muhammad dan merupakan kiblat pertama kita. Jadi kita mesti memberi penjernihan akal kepada masyarakat bahawa tanah kalau isu lokal kita disekat hak royalti baik isu antarabangsa yang sangat penting seolah darah itu pada Gaza tidak dipedulikan oleh Perdana Menteri kita dengan sikap dua wajah yang menyebut dalam temuramah CNN bahawa bersetuju dengan kewujudan dengan Negara haram Israel dan sahabat-sahabat kita tidak boleh melupakan Tanah Palestin sebagaimana Gaza sebagaimana Gaza hari ini 87% telah hancur berantakan daripada Jabralah daripada Zaitun Gaza City, Khan Younis hinggalah kepada

Rafah dan keadaan kemusnahan juga yang menyebabkan 40,000 telah syahid dan ratusan ribu yang telah cedera. Jertih yang beberapa kali empat lima kali masuk ke Gaza mengesahkan bahawa teruknya keadaan di Gaza oleh kaum-kaum kita yang masih berada di sana memaparkan audio-audio visual yang sangat teruk keadaan di Tanah Gaza..

Yang di-Pertua

Seminit lagi…

…dan sebab itulah sahabat-sahabat sekalian di dalam kita membina kesedaran intelektual untuk kita memperdayakan pendidikan kepada anak-anak Negeri Terengganu kita mesti menyelitkan kefahaman tentang umat ini ialah umat yang bersatu sebagaimana aspirasi al-Quran yang kita baca

Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara.

Apa makna persaudaraan? Cubit peha kanan akan sakit peha kiri dan Nabi bersabda Hadis Riwayat Imam Baihaqi

Barangsiapa yang tidak mengambil berat urusan kaum muslimin maka bukan dari kalangan mereka.

Terengganu dibiarkan susah tuan puan sekalian dengan sekatan, kekangan royalti. Negeri-negeri Pantai Barat yang mereka masih berkuasa mereka beri sebanyak dana termasuk contoh Pulau Pinang 40 billion sebagainya tetapi kita disekat hak kita maka harus anggota legislatif kita mengambil perhatian dan kita buat satu tindakan untuk mendesak supaya royalti dilunaskan kepada Terengganu dan dapat dinikmati oleh rakyat kita. Jertih mohon menyokong Bajet 2025 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

Yang di-Pertua

Terima kasih. Seterusnya saya persilakan Yang Berhormat Ladang.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua-ketua Jabatan, para media, para pemerhati, serta hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian. Setinggi- tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas pengumuman Belanjawan 2025 yang cukup jelas menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat Negeri Terengganu. Bajet 2025 yang bertemakan Demi Masa Depan Terengganu menggariskan lima fokus utama yang dibentang oleh Yang Amat Berhormat semalam menepati hasrat rakyat secara keseluruhannya. Pelbagai bentuk inisiatif keutamaan tinggi meliputi segenap sektor dan perkhabaran ini pastinya menggembirakan seluruh rakyat yang mengharapkan negeri ini terus berkembang maju. Terima kasih saya ucapkan.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, sekali lagi saya zahirkan ucapan tahniah kepada Kerajaan Negeri yang telah merangka dan menggerakkan Pelan Pendapatan Baharu Negeri Terengganu atau New Income Terengganu dengan izin, ini merupakan salah satu bukti bahawa Kerajaan Negeri kita tidak hanya duduk termenung mengenangkan nasib kerana dizalimi dinafikan hak dan disekat royalti petroleum. Bahkan Kerajaan Negeri telah berusaha mencari jalan bagi mendapatkan pendapatan dari hasil baharu negeri yang insya-Allah bagaikan kita sekarang ini bagaikan negeri yang baru yang rancak meneroka sumber tambahan bagi menjana pendapatan negeri demi masa depan rakyat yang lebih terjamin.

Pelan Penjanaan Pendapatan Baharu Negeri Terengganu ini dirangka dengan tiga objektif yang mengandungi tujuh strategi ini dijangka memperolehi pendapatan insya-Allah RM200 juta setahun. Tujuh segmen yang disentuh ialah kajian semula cukai, serahan GLC, sumber galian dan mineral, sumber batuan, sumber air, sumber teknologi hijau dan fi pelancongan dan rekreasi. Berhubung kajian semula cukai-cukai lama yang dilihat tidak signifikan dengan sekarang ini, saya menyokong sepenuhnya usaha Kerajaan Negeri, bahkan saya juga berharap perlu dilakukan kajian untuk merealisasikan kadar-kadar cukai yang difahamkan ada yang telah berusia lebih 30 tahun tidak buat pembaikan. Kiranya sudah tiba masanya Kerajaan melakukan kajian tetapi pastikan ianya tidak membebankan rakyat. Saya yakin, dengan penerangan dan penjelasan kepada rakyat, mereka turut memahami keperluan ini atas dasar kita bina negeri ini bersama. Demi masa depan Terengganu.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Kerajaan Negeri atas usaha berterusan dalam memacu pembangunan Negeri Terengganu. Seiring dengan itu, saya mencadangkan agar Kerajaan mengkaji proses yang dapat meningkatkan kecekapan dalam pembangunan negeri dan mengurangkan karenah birokrasi. Langkah ini bukan sahaja dapat memastikan pembangunan berjalan dengan lancar tetapi tindakan bijak untuk memastikan projek-projek penting untuk rakyat dapat diselesaikan dengan lebih efisien. Saya yakin dan percaya bahawa pendekatan sebegini dapat membantu untuk meningkatkan kecekapan dalam pembangunan negeri, langkah ini meningkatkan daya saing Terengganu sebagai destinasi pilihan pelaburan.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, kedatangan Islam mengangkat darjat wanita dan memuliakannya dengan pelbagai keistimewaan. Islam tidak menghalang untuk golongan wanita keluar bekerja tetapi di sana ada beberapa perkara yang perlu dilaksanakan oleh para pemimpin untuk menjaga maruah, keselamatan dan juga kesejahteraan wanita. Saya pernah mengutarakan isu pemandu wanita pada tahun pertama saya dilantik menjadi ADUN Wanita pada tahun 2018. Alhamdulillah pada tahun 2022 kita telah mengambil seorang pemandu wanita melalui Unit Tubuh Urus Setia Wanita Terengganu (USWA) cetusan dari ini telah membuka banyak banyak mata pihak dan mendapat respon yang sangat baik daripada pegawai-pegawai wanita Kerajaan yang memandang positif perkara ini. Saya mendengar dan cakna dengan pendapat mereka yang menyatakan faktor kurang selesa bila mana perlu bermusafir berdua bersama dengan pemandu lelaki. Kadangkala pegawai wanita terpaksa melakukan perjalanan jauh demi tugasan seperti mesyuarat, program rasmi dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, saya ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri meluaskan lagi prospek perjawatan pemandu wanita di setiap agensi kerajaan di negeri ini supaya kebajikan dan keselesaan penjawat awam lebih terjaga. Penyediaan perjawatan pemanduan wanita ini turut memberikan satu nafas baharu kepada wanita terutamanya kakitangan awam di Negeri Terengganu ini. Bagaimana dengan adanya pemandu wanita ini dapat menjamin keselesaan yang lebih memelihara keadaan dan meraikan fitrah wanita, sebagai seorang pekerja, isteri, ibu dan juga muslimah. Selain itu, ingin saya tegaskan juga di sebalik pengambilan pemandu wanita ini, perlulah seiring dengan aspek keselamatan dan kebajikan mereka. Contohnya, menyediakan

tempat yang mesra wanita di depoh kenderaan serta menyediakan jadual waktu fleksibel bergantung dengan arahan Ketua Jabatan.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Ladang ingin mengucapkan syabas dan tahniah dengan Kerajaan Negeri yang sentiasa konsisten dalam memastikan segala aktiviti dan program yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu berada dalam kerangka patuh syariah. Kewujudan Garis Panduan Hiburan, persembahan kebudayaan, pelancongan dan sukan telah memberikan satu identiti yang selaras dengan nama Terengganu Darul Iman.

Ladang menyambut baik, cadangan untuk memantapkan pelaksanaan garis panduan ini dengan nilai perundangan. Saya kira perlu dilakukan kajian semula untuk menambah baik garis panduan agar negeri kita sentiasa berada dalam rahmat Allah Subhanahu Wa Taala. Saya kemukakan satu contoh, sebelum ini kita membenarkan anak-anak gadis kita di sekolah rendah untuk melakukan persembahan tarian dan sebagainya di hadapan awam, adalah lebih molek sekiranya kita mendefinisikan anak gadis tersebut sebagai kategori baligh dan belum baligh. Ertinya, anak-anak sekolah rendah yang belum baligh sahaja dibenarkan membuat persembahan dan sebagainya di hadapan khalayak ramai, itu cadangan saya, dan saya melihat perkara ini memerlukan penglibatan semua agensi yang berkaitan untuk memastikan pemerkasaan dan pelaksanaan garis panduan ini dilaksanakan dengan penuh integriti dan rasa tanggungjawab. Institusi Kerajaan perlu menunjukkan contoh yang baik supaya menjadi ikutan kepada yang lain. Pelaksanaan setiap program perlu diteliti terutamanya bila berkait dengan persembahan yang melibatkan kaum wanita.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli Dewan yang dihormati sekalian, saya mengambil kesempatan ini untuk membangkitkan dua isu yang membelenggu penduduk dalam kawasan DUN Ladang. Isu yang pertama, kehadiran ribuan burung merpati yang bersarang di dalam siling di Flat Ladang Gemilang bukan sahaja mengganggu keselesaan penduduk, malah telah menyebabkan kerosakan serius pada struktur atap bangunan tersebut. Tinjauan dan lawatan saya bersama dengan EXCO Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan pada bulan Julai tahun ini, mendapati hampir 50 buah rumah yang mengalami kerosakan teruk dan perlu pembaikian segera.

Masalah ini serupa juga berlaku di Flat Ladang Tanjung, di mana burung-burung merpati bersarang di ruang penyelenggaraan pada setiap tingkat, ini

telah mengakibatkan pencemaran yang teruk, khususnya najis burung yang telah mencemari kawasan kolam renang. Najis burung ini bukan sahaja mengganggu pemandangan, tetapi turut mendatangkan risiko kesihatan kepada penduduk yang sering menggunakan kemudahan tersebut. Isu burung merpati ini turut menyebabkan pencemaran yang serius di hadapan parking berhadapan Sekolah Menengah Sultan Zainal Abidin, Sekolah Agama Ladang dan terdapat beberapa masalah serius antaranya najis burung yang mencemari kawasan parkir, menyebabkan kawasan tersebut tidak selesa dan tidak sesuai digunakan oleh orang awam. Manakala sisa makanan burung yang ditinggalkan di kawasan ini mengundang kehadiran makhluk perosak seperti tikus, lipas dan lalat. Meskipun usaha telah dibuat untuk mendidik masyarakat setempat agar tidak memberi makanan kepada burung-burung ini seperti memasang papan tanda larangan dan denda oleh Majlis Perbandaran Kuala Terengganu, namun masih ada orang awam yang terus membuang sisa makanan seperti roti, hampas kelapa, nasi, dan makanan-makanan lain. Malah ada yang membuka jualan makanan burung kepada pengunjung yang hadir. Tindakan ini hanya memburukkan lagi keadaan dan menggalakkan burung untuk terus berkumpul dan bersarang di sekitar kawasan ini. Inilah yang menjadi punca utama ribuan burung merpati masih memenuhi kawasan tersebut. Orang kate, bakpe YB gi ambak burung? Bukan, itukan tempat pelancongan YB Kijal. Ya, betul doh pelancongan tapi, mudarat lebih besor lagi berbanding dengan pelancongan.

Sebab itulah justeru itu, demi kesejahteraan rakyat untuk usaha mewujudkan persekitaran yang lebih bersih, selamat dan sihat, saya merayu agar pihak yang berkaitan mempertimbangkan langkah-langkah yang pertama, menyegerakan pembaikan siling dan struktur atap di Flat Ladang Gemilang FASA 1 dan FASA 2, sehingga kini tiada tindakan yang diambil oleh pihak berkaitan walaupun aduan telah dibuat berulang kali. Yang kedua, mengadakan kempen kesedaran yang lebih menyeluruh untuk mendidik masyarakat supaya tidak memberi makanan kepada burung di kawasan umum serta memahami kesan negatif daripada amalan ini.

Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon tambahan masa satu minit.

Yang di-Pertua

Isu lain pula, isu burung cukuplah, isu lain pula.

Tak, tak, isu lain pula. Saya ingin menyentuh satu lagi isu yang berkaitan Jalan Pasir Panjang. Jalan Pasir Panjang sepanjang 3.4 kilometer telah dikenal pasti sebagai satu jalan yang mencatatkan kadar kemalangan tertinggi di Daerah Kuala Terengganu. Statistik kemalangan jalan raya menunjukkan sejumlah 20 kes direkodkan sepanjang tahun sehingga September 2024. Kepadatan penduduk yang semakin meningkat dan aliran trafik yang tinggi menjadi faktor utama yang menyumbang kepada risiko kemalangan di jalan ini. Infrastruktur sedia ada jelas tidak dapat menampung keperluan semasa. Keadaan jalan yang sempit yang kurang sesuai dengan penggunaan harian pengguna terutamanya semasa masa puncak turut memburukkan keadaan. Oleh itu, saya ingin menyeru Kerajaan Negeri untuk segera meluluskan projek pembesaran Jalan Pasir Panjang. Dengan menaik taraf jalan ini, bukan sahaja dapat menurunkan kadar kemalangan malah memastikan pelancaran aliran trafik serta meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, sebagai penutup kita bertekad bersama-sama membangunkan negeri ini yang kita cintai berasaskan nilai islam. Besar harapan saya, dan besar harapan kita agar kita semua berganding bahu dan lakukan yang terbaik dalam setiap perkara berusaha, berikhtiar, berdoa dan bertawakkal dengan menetapkan pengharapan kepada Allah semata-mata. Bertepatan dengan kalam suci yang dibaca oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar kita semalam,

.Semoga kita sentiasa dikurniakan balasan yang baik di setiap usaha kita, kita jaga negeri kita demi masa depan Negeri Terengganu. Wakil Ladang mohon menyokong.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Ladang. Kita dah bagi ekstra 2 minit. Sila Yang Berhormat Buluh Gading.

Haji Ridzuan bin HashimPAS · PNBuluh Gading

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, rakan-rakan Ahli-Ahli Yang Berhormat PBC, Ketua-ketua Jabatan, para pemerhati, bertawakal dengan menetapkan pengharapan kepada Allah semata-mata

seterusnya hadirin-hadirat sidang Dewan yang dikasihi sekalian. Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua kerana telah memberikan peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Ucapan Belanjawan 2025 yang telah disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu yang bertajuk Demi Masa Depan Terengganu. Sebelum saya memulakan ucapan ini izinkan saya membaca firmah Allah Taala,

Surah Al-A'raf 96

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, ayat yang saya bacakan ini menjadi panduan kepada kita semua untuk mendapat keberkatan daripada Allah Ta’ala, sama ada dalam usaha kita bagi menambah hasil mahsul negeri atau dalam mengurus perbelanjaan negeri. Terdapat dua elemen sebagai syarat penting yang digariskan oleh Allah bagi mendapat keberkatan iaitu Iman dan takwa. Antara makna iman di sini ialah yakin dan percaya bahawa Allah Ta’ala yang memberikan rezeki kepada kita. Bukannya daripada manusia atau mana-mana kuasa yang menentukan. Manakala takwa ialah sikap berhati-hati dan penuh amanah dalam membelanjakan setiap harta yang dikurniakan oleh Allah Ta’ala agar rezeki yang dikurniakan itu, sentiasa bertambah dan berterusan. Inilah yang dikatakan keberkatan dari langit dan bumi. Umpamanya, kalau hari ini hak rakyat Terengganu dirompak dari hasil galian, dari lautan, maka pada hari ini juga, Allah Ta’ala kurniakan hasil galian dari daratan seumpama unsur nadi bumi, hari ini yang akan memainkan peranan penting dalam pelbagai industri moden abad ini daripada elektronik hingga teknologi hijau. Berdasarkan kajian dan penemuan terkini, menunjukkan bahawa Terengganu mempunyai potensi besar untuk kehadiran unsur nadi bumi dalam tanah dan batuan di beberapa kawasan seperti Setiu, Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman. Sekali gus ia membuka peluang besar bagi Negeri Terengganu untuk memanfaatkan sumber dari alam yang kaya ini dalam pembangunan industri dan teknologi. Penemuan ini juga telah membuka peluang ekonomi baharu bagi Negeri Terengganu. Semoga ia diurus dengan penuh amanah dan integriti, bertunjangkan keimanan dan ketakwaan, demi masa depan Terengganu yang lebih baik, yang lebih cerah dan cemerlang insya-Allah. Cuma di sini Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mahukan Kerajaan Negeri berkongsi maklumat dengan rakyat seluruhnya. Tentang perkembangan terkini berkaitan

REE apakah usaha dan langkah-langkah yang telah diambil dan rakyat seluruhnya tentu tertanya-tanya. Bilakah agaknya Kerajaan Negeri akan dapat menikmati hasilnya. Bagi menjana pendapat baharu kepada negeri tanpa lagi bergantung sepenuhnya kepada hasil royalti petroleum.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, dalam soal menguruskan perbelanjaan, bagaimanakah kaedah dan cara untuk kita menguruskannya sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala khususnya dalam suasana kekangan kewangan yang kita hadapi sekarang ini. Berhubung dengan perkara ini, saya ingin membaca dua firman Allah Ta’ala dan Al-Quran Nur Karim, pertamanya firma Allah Ta’ala,

“Dan orang-orang yang apabila mereka itu berbelanjakan, mereka tidak berboros, dan tidak kikir, dan di antara yang demikian itu yang ini antara boros dan kikir adalah jalan pertengahan, yang ini secara berhemah.

Surah Al-Furqan, ayat 67

Yang kedua Firmah Allah Taala.

“Hendaklah berbelanja dan orang yang disempitkan rezekinya maka hendaklah dia berbelanja sekadar apa yang dikurniakan kepadanya.”

Surah At-Talaq, Ayat 7

Kedua-duanya, menjelaskan kepada kita dua prinsip dalam berbelanja. Pertamanya ialah berbelanja berdasarkan kemampuan sebagaimana ayat 7, Surah At-Talaq dan kedua-duanya berbelanja secara berhemah sebagaimana ayat 67 Surah Al-Furqan yang saya telah bacakan kedua-duanya tadi.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mengingatkan perkara ini kepada kita semua kerana setiap sen daripada harta yang kita belanja, setiap sen yang kita usaha dan kita miliki, pastinya akan dihisab di hadapan Allah Subhanahu Wa Ta’ala pada hari akhirat kelak. Sabda Nabi Kedua-dua kaki seseorang hamba tidak akan berganjak daripada tempat berdirinya pada hari kiamat sehingga ditanya empat perkara di antaranya ialah,

berkaitan dengan hartanya, daripada mana dia usahakan, daripada mana sumbernya, dan ke mana pula ia membelanjakan. Oleh itu, saya menyokong penuh, penegasan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dalam Ucapan Berbelanjawan 2025 sebagaimana tercatat dalam muka surat 24 dan 25 ketika menegaskan “Key Succes Factors” yang dirumuskan dalam singkatan I.M.A.N. iaitu Integrity Accountability dan Networking yang natijahnya bukan sahaja kita dapat memastikan kesemua inisiatif dan sasaran yang digariskan dalam Belanjawan 2025 ini dapat direalisasikan dengan jayanya, bahkan di waktu yang sama bakal mengundang keberkatan dan juga rahmat daripada Allah Subhanahu Wa Ta’ala, insya-Allah. Tahniah Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar atas penegasan tersebut.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya juga mengambil kesempatan menyentuh sedikit berkaitan dengan pelancongan. Saya nak mengucapkan syabas dan tahniah kepada kepada Kerajaan Negeri melalui portfolio Yang Berhormat Kijal berserta dengan jabatan-jabatan dan agensi yang berada di bawah ini yang telah bekerja keras mempromosikan Terengganu. Sehingga hari ini Terengganu menjadi antara destinasi pilihan utama para pelancong khususnya pelancong domestik. Pelbagai aktiviti menarik telah disusun di sepanjang tahun, cuma saya nak cadangkan di sini supaya dimasukkan juga acara sukan air ke dalam senarai jadual aktiviti tahunan pelancongan negeri. Acara yang saya maksudkan itu ialah pertandingan lumba perahu panjang berserta beberapa aktiviti sampingan yang boleh kita wujudkan sepanjang pertandingan berlangsung dan DUN Buluh Gading sedia menjadi tuan rumah sekiranya Sungai Nerus menjadi lokasi utama bagi melaksana dan menjayakan acara ini, insya-Allah. Untuk makluman Dewan, DUN Buluh Gading telah menganjurkan beberapa kali program seumpama ini sebelum daripada ini, antaranya ialah Kejohanan Perahu Naga Beautiful Terengganu 2022 pada 29 dan 30 Julai 2022 bertempat di Jeti Pengkalan Perahu Kampung Buluh Gading dengan penyertaan bukan sahaja daripada pasukan tempatan bahkan juga dari luar Negeri Terengganu iaitu dari Penang, Perbadanan Putrajaya, UNISHAMS Kedah, Polis Bukit Aman, DBKL, APM Perlis dan juga Pasukan SUKMA Perak dan yang terdekat ialah penganjuran Festival Monsoon Challenge Perahu Panjang Tanjung Sabtu 2024 DUN Buluh Gading yang akan berlangsung pada 29 hingga 30 November 2024 bertempat di Jeti Tanjung Sabtu bagi merebut gelaran Raja Monsoon. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya percaya jika acara ini dapat dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri pada skala yang lebih besar dengan

penyertaan dari dalam dan luar negeri, pastinya akan merancakkan lagi industri pelancongan sekali gus memberi impak positif dari sudut ekonomi kepada penduduk tempatan melalui aktiviti jualan dan gerai-gerai yang diwujudkan dan lain-lain.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, akhir sekali saya nak memohon penjelasan lanjut berkaitan Pusat Tafaqquh Fiddin Tok Sheikh Duyong. Apakah aktiviti yang dirancang sepanjang tahun agar ia sentiasa hidup dan meriah khususnya dengan program-program ilmu. Apakah perancangan serta hala tuju Kerajaan Negeri untuk jangka pendek dan jangka panjang bagi memastikan Pusat Tafaqquh Fiddin Tok Sheikh Duyong ini benar-benar berfungsi seterusnya mencapai objektif yang digariskan dan apakah pula status penubuhannya di peringkat daerah-daerah? Apakah Kerajaan Negeri bercadang membuat pengambilan pelajar baharu dan menumpang dahulu di mana-mana ruang bangunan atau tempat yang sesuai atau bagaimana?

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih sekali lagi atas peluang yang diberi dan DUN Buluh Gading mohon menyokong.

Yang di-Pertua

Terima kasih, ada mana-mana Yang Berhormat? Yang Berhormat Bukit Tunggal.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat barisan EXCO, rakan-rakan Ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, Pegawai-pegawai Kerajaan, para-para pemerhati dan rakan-rakan media yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah syukur kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan Bukit Tunggal mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua di atas kesempatan yang diberikan untuk sama-sama mengambil bahagian di dalam Perbahasan kali ini

dan Perbekalan 2025 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar bertemakan „Demi Masa Depan Terengganu’. Pembentangan Belanjawan 2025 oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar semalam adalah umpama laut datang memunggah mutiara untuk kita hadamkan dan teliti dengan penuh ketaakulan bagi memastikan setiap sudut perbahasan dapat disentuh dengan mendalam dan membawa impak positif kepada dasar-dasar yang akan dijalankan di dalam usaha untuk memastikan Belanjawan 2025 ini benar-benar bermanfaat kepada semua lapisan masyarakat.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, semasa pembentangan Belanjawan, YAB Dato’ Seri Menteri Besar telah menyatakan bahawa Kerajaan Negeri menetapkan sasaran masa depan Negeri Terengganu untuk tempoh jangka sederhana menjelang tahun 2030 antaranya tahap kebahagiaan negeri dan kesejahteraan rakyat melebihi skor 4.75 tetapi apa yang membimbangkan kita ialah indeks kadar jenayah Terengganu pada tempoh sembilan bulan yang pertama pada tahun ini telah menunjukkan peningkatan sebanyak 24.6%. Ketua Polis Terengganu pada 28 Oktober 2024 telah menyatakan sebanyak 1,272 kes telah dilaporkan sejak awal tahun ini berbanding cuma 1,021 kes dalam tempoh yang sama pada tahun 2023. Walau bagaimanapun pihak Polis Terengganu telah berjaya menyelesaikan sebanyak 77% dari kes jenayah tersebut. Tahniah kepada pasukan Polis Kontinjen Terengganu. Adalah diharapkan kerjasama dari semua pihak bermula dari peringkat kepimpinan Kerajaan Negeri sehingga kepada peringkat Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) akan dapat berusaha di dalam kapasiti masing-masing bagi memastikan sasaran yang telah ditetapkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dapat kita realisasi.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Bukit Tunggal ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Terengganu dan khususnya kepada Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian (PTG), Pejabat-pejabat Tanah seluruh negeri kerana telah berjaya mewujudkan sistem e-Tanah iaitu satu sistem pengurusan tanah secara digital dan bersepadu bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan dalam urusan tanah selaras dengan matlamat Kerajaan Negeri untuk menuju Terengganu Digital 2030. Di antara kelebihan di dalam sistem e-Tanah ini ialah bersepadu dan berintegrasi dengan pelbagai agensi seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Pendaftaran Negara dan lain-lain agensi yang berkaitan. Semua urusan mengenai tanah seperti semakan dan bayaran cukai tanah, permohonan pindah milik, semakan status permohonan dapat dilakukan di

dalam talian dan ciri istimewanya ialah sistem naik taraf ini adalah sebagai single point of contact. Sistem yang memberikan perkhidmatan yang lebih efisien dan memudahkan pelanggan dalam pelbagai urusan berkaitan tanah hanya melalui satu kaunter. Adalah diharapkan dengan terlaksananya sistem e-Tanah ini akan dapat mempercepatkan proses urusan tanah dan dapat membantu pihak Kerajaan untuk membuat keputusan di dalam merancang pembangunan tanah dengan lebih berstruktur serta dapat meningkatkan kutipan hasil kepada Kerajaan Negeri. Menjadi kebiasaan bagi sesuatu perkara yang baru akan ada sedikit yang perlu diperbetulkan dari masa ke semasa sebelum ianya akan menjadi norma baru di dalam urusan tanah di negeri ini. Alah bisa, tegar biasa. Melalui pengalaman sendiri yang telah berjaya melakukan semakan dan transaksi bayaran hasil carian rasmi, permohonan pindah milik dan telah berjaya melakukan pendaftaran hak milik melalui sistem e-Tanah yang terbaru ini. Marilah sama-sama kita gunakan sistem e-Tanah ini.

Yang Berhormat Dato’ Yang-di Pertua, berdasarkan kepada Laporan Audit Negara pada tahun 2022 didapati daripada jumlah 10 tapak pelupusan sisa pepejal (TPSP) seluruh negeri. Penggunaan bagi tiga TPSP telah melebihi jangka hayat yang ditetapkan iaitu di antara 2 hingga 24 tahun. Yang pertama ini TPSP Sungai Ikan, Kuala Nerus telah melebihi jangka masa 2 tahun dengan kapasiti penggunaan sebanyak 90%. Yang kedua TPSP Hulu Terengganu, Batu 22 telah melebihi selama 24 tahun dengan kapasiti penggunaan sebanyak 120%. Dan yang ketiganya TPSP Bukit Takal Mak Chili, Kemaman telah melebihi selama 6 tahun dengan kapasiti penggunaan sebanyak 100%. Melihat keadaan tersebut Bukit Tunggal ingin tahu apakah perancangan Kerajaan bagi mengatasi TPSP yang telah melebihi kapasiti penggunaan dan juga TPSP yang telah melebihi jangka hayat.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, rumah merupakan satu keperluan bagi setiap insan sama ada yang belum berkeluarga dan lebih-lebih lagi bagi mereka yang telah lama berkeluarga tetapi masih lagi belum mampu memiliki kediaman sendiri. Misi 1 Rumah 1 Keluarga perlu menjadi keutamaan bagi Kerajaan Negeri untuk merealisasikan harapan rakyat yang amat memerlukan rumah. Pada 24 September yang lepas, pihak SUK Perumahan telah melakukan lawatan sambil belajar ke Lembaga Perumahan Melaka, yang diketuai sendiri oleh EXCO Perumahan bagi melihat dengan lebih dekat kaedah yang digunakan oleh Lembaga Perumahan Melaka bagi memenuhi keperluan rakyat di Melaka. Daripada pemerhatian yang dilakukan apabila diwujudkan Lembaga Perumahan

ianya akan dapat merancang, menyelaras, melaksana, memantau dan menyelenggara pembangunan projek perumahan di Melaka dan lebih utama. Baik sambung.

Yang di-Pertua

Teruskan

Daripada pemerhatian yang dilakukan apabila diwujudkan Lembaga Perumahan ianya akan dapat merancang, menyelaras, melaksana, memantau dan menyelenggara projek pembangunan perumahan di Melaka dan yang lebih utama Lembaga Perumahan Melaka juga bertindak sebagai One Stop Centre dan menjadikan pusat rujukan dan sumber maklumat perumahan di Negeri Melaka. Mungkin selepas ini Kerajaan Negeri boleh memikirkan untuk menggubal Enakmen Lembaga Perumahan Terengganu selaras dengan saranan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar bagi memenuhi permintaan perumahan terutama bagi kategori Rumah Mampu Milik.

Yang Berhormat Dato’ Yang-di Pertua, Bukit Tunggal menyokong penuh saranan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar bagi cadangan menubuhkan konsortium kedai-kedai runcit mampu milik Koperasi Kariah Masjid bagi memastikan kebolehcapaian terhadap barangan keperluan pada harga yang berpatutan. Di seluruh Negeri Terengganu, kita mempunyai sebanyak 50 buah masjid Kerajaan dan 454 buah masjid mukim. Andaikan setiap masjid ini mempunyai kariah sebanyak 200 buah rumah bagi setiap masjid. Dan setiap rumah membelanjakan RM300.00 sahaja bagi barangan dapur setiap bulan. Maka dengan bilangan 511 buah masjid di seluruh negeri, kita akan mempunyai kitaran ekonomi di RM30,660,0000.00 setiap bulan di dalam Negeri Terengganu. Inilah kekuatan ekonomi yang jarang disedari oleh kita sendiri. Maka tidak hairan apabila kita melihat begitu banyak kedai runcit bak cendawan tumbuh selepas hujan dengan berbagai jenama dibuka di setiap ceruk kampung di dalam negeri ini. Adalah diharapkan dengan wujudnya nanti konsortium kedai-kedai runcit milik Koperasi Kariah masjid di seluruh Terengganu yang akan dapat memastikan kitaran ekonomi yang besar itu akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

Yang di-Pertua

Yang Berhormat panjang lagi ke?

Sikit lagi dua minit lagi

Yang di-Pertua

Kita nak berhenti ini pukul satu orang rehat.

Yang di-Pertua

Masa rehat. Jadi kena sambung selepas ini.

Okay boleh sambung, terima kasih Yang Berhormat.

Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Mesyuarat sekalian. Kita tangguhkan persidangan kita pada tengahari ini dan kita akan sambung semula pada pukul 2:30. Untuk makluman semua insya-Allah jemput semua ke jamuan yang ada pada hari ini. Ada jamuan istimewa. Insya-Allah gulai daging rusa tersedap di dunia ….[ketawa]…. Yang ditaja dan disumbangkan oleh Yang Berhormat Kuala Besut. Mohon semua.

MESYUARAT DITANGGUHKAN PADA PUKUL 12.59 TENGAH HARI

PUKUL 2.30 PETANG

Timbalan Yang di-Pertua

Kita sambung semula mesyuarat pada petang ini dan kita masih lagi dalam jadual membahaskan Ucapan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, berkenaan dengan Bajet. Bagi meneruskan agenda kita saya mempersilakan Wakil Bukit Tunggal untuk menyambung perbahasan yang beliau tidak sempat Ahli-ahli Mesyuarat sekalian. Kita tangguhkan persidangan kita pada tengah hari

tamatkan tengahari tadi. Saya bagi masa dalam lima minit tadi saya ingat dalam lapan minit lebih dah. Silakan.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua lima minit kena tambah sikit sebab orang bang tadi jadi saya sambung berkenaan dengan konsortium kedai-kedai runcit kariah masjid. Jadi kita dengan kekuatan 511 buah masjid kita mempunyai kitaran ekonomi sebanyak RM30.6 juta setiap bulan. Jadi inilah kekuatan ekonomi yang jarang sendiri kita sedari maka tidak hairanlah bila kita melihat begitu banyak kedai-kedai runcit yang tumbuh bak cendawan tumbuh selepas hujan dengan pelbagai jenama dibuka di setiap pelosok ceruk kampung dalam Negeri Terengganu ini. Adalah diharapkan dengan wujudnya nanti konsortium kedai-kedai runcit milik Koperasi Kariah Masjid di seluruh Terengganu ianya akan dapat memastikan kitaran ekonomi yang besar itu akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Bukit Tunggal ingin mencadangkan sebagai permulaannya konsortium kedai-kedai runcit, Koperasi Kariah Masjid dapat diwujudkan di setiap satu di setiap Dewan Undangan Negeri. Maka kita akan mempunyai 32 buah konsortium kedai-kedai runcit milik Koperasi Kariah Masjid pada tahun hadapan.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Bukit Tunggal ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri dan Jabatan Pengairan Saliran Negeri Terengganu yang telah menyegerakan pembinaan Rancangan Tebatan Banjir Sungai Banggol Air Lilih yang juga termasuk pembinaan longkang utama di Kampung Pengkalan Arang yang diharapkan ianya akan dapat disegerakan pembinaannya untuk mengatasi masalah banjir di kawasan sekitar kerana pengambilan balik bagi cadangan laluan longkang tersebut telah lama diselesaikan. Berdasarkan kepada skop kerja di bawah Banggol Air Lilih ini adalah dapati ianya hanya melibatkan pembinaan saliran longkang sehingga Jalan Semarak sahaja. Pertembungan saliran selebar 12 meter 40 kaki ini akan masuk ke dalam saliran parit tanah sedia ada yang hanya selebar 3 meter 10 kaki yang akan berkemungkinan akan menyebabkan banjir boleh berlaku di kawasan tersebut. Maka apakah perancangan Kerajaan Negeri dan JPS Negeri bagi mengelakkan kejadian banjir yang mungkin akan berlaku di kawasan tamatkan tengah hari tadi. Saya bagi masa dalam lima minit tadi saya ingat dalam lapan minit lebih dah. Silakan.

bottleneck dengan izin tersebut? Bukit Tunggal ingin mencadangkan supaya projek RTB ini diteruskan sehingga ke Sungai Buaya yang dianggarkan sejauh 2.5 kilometer sahaja di mana telah ada di dalam skop projek RTB Sungai Tepoh-Banggol Air Lilih ini pembinaan guider gate dengan izin, di Sungai Buaya yang merupakan pintu keluar ke Sungai Nerus.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu yang telah ditubuhkan melalui Enakmen Bil. 2 Tahun 1990 merupakan satu institusi yang sangat penting bagi memastikan visi penubuhannya iaitu menyumbang kepada pendapatan dan pembangunan negeri melalui pengurusan berstrategik harta dan dana tabung. Bagi mencapai matlamat untuk mengurus hartanah dengan pulangan maksima adalah dicadangkan pihak Lembaga Tabung diperkasakan dengan mewujudkan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif yang mempunyai latar belakang korporat yang akan merangka dasar-dasar dan peluang-peluang perniagaan secara lebih sistematik dan menjurus kepada keuntungan serta pulangan secara maksima kepada Kerajaan Negeri. Ini adalah kerana Lembaga Tabung mempunyai land bank dengan izin, yang banyak dan berpotensi untuk dimajukan bagi menjana pendapatan. Pihak Lembaga Tabung boleh merancang untuk membangunkan sesuatu kawasan dengan menggunakan kaedah request for proposal dengan izin, bagi memilih pemaju yang layak dan dapat memberikan pulangan yang paling maksima ke atas sesuatu pembangunan yang akan dilakukan.

Kemudian diharapkan…

Timbalan Yang di-Pertua

Seminit lagi, boleh?

Dua minit. Adalah diharapkan… Minta tolong Tuan Speaker. Adalah diharapkan dengan perubahan dan lonjakan secara tuntas ini akan menghasilkan natijah yang positif kepada Lembaga Tabung sesuai dengan peranan dan matlamat penubuhannya.

Bukit Tunggal ingin mengucapkan tahniah kepada Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) di atas inisiatif „Kemaman Smart Parking’ yang bermula pada 25 September 2024 yang lalu. Aplikasi bayaran tempat letak kereta pintar ini membolehkan pengguna hanya membayar caj bayaran tempat letak kereta pada masa yang digunakan sahaja. Ini adalah contoh caj bayaran yang adil

iaitu pengguna hanya membayar apa yang mereka gunakan sahaja dan yang lebih utama aplikasi ini dibangunkan sendiri oleh pasukan MPK dengan kerjasama universiti awam tempatan. Tahniah sekali lagi kepada Majlis Perbandaran Kemaman. Alangkah baiknya aplikasi seumpama ini dapat dikongsikan dengan PBT di seluruh Negeri Terengganu. Bak kata pepatah, serumpun bak serai, sesusun bak sirih.

Akhir kata, dengan usaha kita untuk menjadikan Negeri Terengganu sebuah negeri yang mempunyai KDNK dan pendapatan perkapita yang lebih baik, kita seharusnya tidak melupakan jati diri serta kepelbagaian kebudayaan yang dimiliki oleh rakyat Terengganu. Bukit Tunggal ingin mengucapkan tahniah kepada Pegawai Daerah Kuala Nerus melalui Pertubuhan Kesenian dan Kebudayaan Daerah Kuala Nerus di atas usaha-usaha yang dilakukan untuk mengetengahkan pelbagai warisan kebudayaan seperti permainan, busana melayu, kraf tangan tempatan dan lain-lain sehingga berjaya menganjurkan untuk kali kedua berturut-turut „Singgoh @ Budaya 2.0 Kuala Nerus’. Program tersebut telah berjaya diadakan dengan kerjasama Lambo Sari Resort Resources dan juga Yayasan Hasanah iaitu sebuah yayasan di bawah Khazanah Nasional.

Yang lama dikelek, Yang baharu didukung.

Akhir kata, marilah kita semua menjadikan Integrity, Mission-driven, Accountability, dan Networking (IMAN) sebagaimana yang disarankan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar sebagai panduan bagi kita sama-sama memastikan kesemua inisiatif sasaran yang telah digariskan dalam Belanjawan 2025 dapat direalisasikan dengan jayanya. Bukit Tunggal mohon menyokong. Sekian.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Wakil Bukit Tunggal. Untuk makluman semua Yang Amat Berhormat, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Ahli-ahli Yang Berhormat, petang ini kita akan menghabiskan sesi pembahasan pada ucapan Bajet yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita dan esok adalah sesi penggulungan. Jadi saya harap ADUN-ADUN, wakil-wakil yang akan berucap selepas ini akan berusaha menepati masa yang diberikan dengan tepat supaya memberi ruang

kepada semua ahli-ahli yang belum berucap dapat berucap dalam sesi kita pada petang ini. Terima kasih dan seterusnya saya persilakan Wakil Telemung. Sepuluh minit.

Mohd Zawawi bin IsmailBERSATU · PNTelemung

Sunyi sepi di waktu malam, Duduk bersimpuh di tepi jalan, Izinkan saya memberi salam, Untuk para hadirin sekalian.

Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan. Yang saya hormati Yang Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan Pusat dan Negeri, para pemerhati terutamanya daripada DUN sayalah, DUN Telemung, selamat datang. Seterusnya tuan-tuan, puan-puan sidang hadirin dihormati sekalian.

Alhamdulillah, syukur kita kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana pada hari ini kita dapat bersama-sama dalam sidang Dewan untuk kali ini di mana saya terutamanya ingin mengucap terima kasih kepada Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan kerana memberi peluang kepada saya untuk berucap tapi kalau ketat sangat undang-undang tu, saya rasa sianlah orang Telemung nuh. Jadi nok kabonya Telemung ni 320 ribu kilometer persegi luas dia. Kalau di Telemung 20 ribu je. Bayanglah 20 ribu dengan 320 hektar luas. Bayanglah banyok mana tu nisbah …

Timbalan Yang di-Pertua

Doh, pengundi berapa ribu?

Kawasan je luas, orang dok ramai kut.

Haji Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Ramai gajah kut.

Timbalan Yang di-Pertua

Gajah pulok katanya!

Mohd Zawawi bin IsmailBERSATU · PNTelemung

Jadi saya…

Timbalan Yang di-Pertua

Hari ini dakyoh cite hal gajah doh. Banyok doh.

Mohd Zawawi bin IsmailBERSATU · PNTelemung

Jadi saya… kita petang-petang ini kita relaks-relaks sikit doh ork? Jadi saya pertamanya ini mengambil peluang ini mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dan Kerajaan di atas telah berjaya semalam membentangkan satu bajet yang saya rasa sangat hebatlah. RM2 bilion, hampir RM2 bilion, RM1.997 bilion. Banyok orh jadi rasanya sangat teruja lah dan saya haraplah, saya harap dengan tema yang diperkatakan dalam Bajet ini iaitu tema Demi Masa Depan Terengganu kita harap, kita harap akhirnya sebagaimana kita tahu rakyat kita hari ini dibebani dengan kehidupan, dibebani dengan kos hidup yang tinggi, dibebani dengan cukai yang pelbagai walaupun ada orang janji menang hari ini esok turun minyak, dok turun-turun pun, koho naik ada. Jadi rakyat kita ini semakin terkesan… terkesan dan dengan kehidupan hari ini. Jadi kita haraplah dengan bajet yang saya tengok hari ini dengan lima fokus yang diberi oleh bajet ini kita haraplah dapat mengurangkan sedikit beban rakyat kita di bawah sana. Cuma saya nak ingatkan juga dalam kita merancang, dalam kita telah perkasakan Terengganu juga, kita haraplah kita jangan lupa pesan orang tua dan nanti jangan kejar tak dapat, yang kendong cicir.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, sebagaimana yang kita sedia maklumlah saya mewakili Telemung hari ini ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih. Terima kasih banyak kepada kerajaan dan juga kepada semua pihak lah, semua agensi yang telah membantu membangunkan juga Telemung. Jadi saya hari ini nok cakap hal lain, saya nok cakap hal Telemung jugoklah saya sebut tadi lah Yang di-Pertua. Ia luas kawasan dia. Kalau orang lain RM1 juta, patutnya saya lebih lagilah sebab bayang Kuala Terengganu 20 ribu hektar, saya 320 ribu hektar luas. Jadi kita harap lah dengan nisbah itu kita harap sepatutnya Telemung boleh diberi satu peluang satu harapan yang lebih baiklah. Maksud saya di mana saya nok nyatakan sini Telemung kita banyak korban kita banyak terima kasih kepada Kerajaan buat pembangunan di Telemung, banyak pembangunan dia buat, buat Kenyir, buat Tasik Kenyir dapat TNB dapat hasil ork buat KETENGAH wi ke KETENGAH banyak mana luas KETENGAH. Kemudian beri hasil kepada Kerajaan Negeri royalti air hampir 300 juta doh sehingga baru ni hasil daripada royalti air di daerah dapat cukai taksiran kemudian yang terbaru ni pulak kita dengar ada dua benda ni, satu di Telemung katanya banyak REE, Nadir Bumi ni betul dok

YB Kuala Berang? Banyak di Telemung ni. Ni hokni sumbangan Telemung kepada hasil Terengganu kemudian yang seterusnya kita dengar juga Telemung ni kita dengar semua semalam Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar bagitahu Perdana Menteri, PMX baru ni ada kata nak buat solar. Solar yang katanya terbesar mungkin di Asia kot 2000 megawatts dapat mengeluarkan hasil kalau Kenyir hari ni tu dam Kenyir yang buat yang pasti sekarang ni di empangan tu cuma 400 megawatts kemudian dengan Empangan Puah dan Empangan Tembat di Telemung tu 250 kilowatt baru 750 kilowatt/megawatts jadi ni nak buat 2000 megawatts jadi banyak sumbangan Telemung korbankan untuk pembangunan Terengganu. Cuma sekarang ni pembangunan untuk orang jadi kita haraplah kita harap kerajaan tengok juga kita sumbang banyak ni wi ah kita etek, dok sebab hasil maksul ni jangan makan sorang je jangan kata tak sumbang kepada yang kita banyak memberi pulangan memberi hasil kepada Kerajaan Negeri.

Jadi saya berharap, saya mewakili, jadi oleh kerana masa tadok ni hari ini saya berharaplah berharap saya membawa beberapa perkara, dua perkara yang diadukan oleh rakyat saya di Telemung mana kita sebut tadi ada yang biasa sebut saya dok pernah miss satu isu ni daripada sejak daripada hari pertama saya masuk Dewan ini sehingga ke baru ni. Isu yang perlu kita lihat di Telemung ni ialah isu masalah gajah tadi kita dengar soalan gajah ni satu isu…

Timbalan Yang di-Pertua

Gajah juga..

Mohd Zawawi bin IsmailBERSATU · PNTelemung

Nok wak gane lagi dok selesai saya nok kena kabo la sebab gajah benda besar Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Kalau besar Timbalan Yang di-Pertua senang pula saya gomol ni besar gajah jadi saya harap la saya jadi terima kasih kepada Dato’ EXCO YB Dato Razali Idris baru ni kita lancar basung renjer ni yang barulah. Kita harap dengan basung renjer ini kita harap dapat kesan yang setimpallah buat sakit pale gajah mari main kat rumah orang mata memandang dengan bahu memikul jauh berat bahu mikul mungkin benda ni isunya toklah macam kat kita berlaku kawasan saya berlaku banyak mari bukan seekor bukan lima ekor kat 40 ekor bayanglah disebab yang mana kita tahu disebut oleh EXCO tadi ialah di mana akibat gajah jadi gini ialah kerana saya nampak antaranya ialah kerana pembukaan hutan tadi penerokaan hutan, pembalakan yang kedua kerana penerokaan hutan yang ketiga buat dam yang keempat ialah ramai orang marah ni buat Kenyir Elephant Village, Kampung Gajah Kenyir

kalau gajah ni untuk makluman kalau tuan puan nak tahu lah gajah ni dia boleh hidu kawan dia 70 kilometer dari sini sampai ke Setiu kot Permaisuri dia boleh hidu kawan dia. Jadi kalau bubuh kawan dia situ babtu dia mari tu jadi haraplah Kerajaan tengok balik ni KEV ni Kenyir Elephant Village ni mengapa buat situ wak jauh skit gok wak dekat nung Telemung luas kan wak dekat Aring ow pasal Telemung lagi kan kita wi lah wak kat Aring ow kawasan Telemung lagi tu dakper kita wi ar wak kat Aring ow supaya dok mari bab gajah ni lain mintok maaf lah kita bukan nok maroh ke gajah ni. Kita nak pastikan rakyat kita tidak terkesan bangun tido gajah depan rumah ai gane YB Ajil dok gajah depan rumah bayanglah. Kemudian apa yang saya nak harap jugalah daripada isu gajah ni kita harap supaya tolong bantulah tolong bantu jangan ketat sangatlah ni ketat tanah halal tanah haram tanah halal okay tanah haram dokleh tanah sunat jadi ketat sangat syarat ini jabatan beri ketat sebab rakyat doh dia habis bayang 10 ekar kelapa sawit 5 tahun usia habis licin banyak mana kos habis. Nak buat gi kerja nak turun padang nak buat semula gajah ada jadi nak makan ape? Orang Telemung kata nak makan ape? Jadi kita haraplah janganlah kita sayang dengan ni akhirnya kita sebut awal tadi kita kejar tak dapat gendong bercicir jadi kita haraplah isu ini boleh saya rasa syarat terakhirlah saya sebut di sini. Kita harap hari ini saya tak nak doh Timbalan Yang di-Pertua banyak kali orang bosan dengar hal gajah ni tapi walau waima apa pong gajah ni perlu ditangani perlu diselesaikan.

Perkara kedua, ialah saya nak sebut hal banjir tengok di Hatyai contoh di Hatyai dulu…

Timbalan Yang di-Pertua

Ringkaskan Yang Berhormat Wakil Telemung, masa dah hampir tamat.

Mohd Zawawi bin IsmailBERSATU · PNTelemung

Banyak lagi nak berhenti guana di Hatyai nung, minta maaf Timbalan Yang di-Pertua. Di Hatyai dulu kalau tuan-tuan tengok dengar sejarah dia sampai ke tingkat atas bangunan 2 tingkat tu oleh gak banjir dulu. Apa yang Kerajaan buat Kerajaan dia menggunakan kuasa Kerajaan buat mesin drain buat dengan gali sungai makna akhirnya kurang dah air mengalir banjir kurang jadi kita nak gitu gok di kawasan saya ada 46 buah kampung yang kena banjir setiap tahun dulu ah tahun nie dok kot 30 kampung lebih, bayanglah dok. Sebab apa antara punca cepat banjir hari ini oleh kerana air sungai dia tohor, cetek. Jadi kena kita sayang nak buat sungai cetek kita sayang nak buat sungai cetek jadi bila banjir

kos banyak habis rumah rosak, jambatan rosak, jalan rosak kena batu lagi banyak gok habis. Jadi apa salah kita korban dulu hari ini untuk akhirnya kita dapat akhir kemudahan yang lebih baik.

Yang ketiga, saya nak sebut juga berkenaan dengan pelancongan saya ringkas pelancongan di Tasik Kenyir dan di Hutan Lipur Taman Pertanian Sekayu ni. Tasik Kenyir hari ini orang rakyat kabo jadi doktaulah tadok program langsung tadok karnival tadok pesta ada Taman Rama-Rama pun tadok rama-rama, Taman Burung tadok burung minta maaflah YB Bandar, YB Adam sebut burung jugok taman burung tadok burung, tengok ape? Tadok.

Jadi ambil burung merpati Ladang buat gi Telemung…

Mohd Zawawi bin IsmailBERSATU · PNTelemung

Terpulang burung merpati ke burung mende ke Timbalan Yang di-Pertua bawa burung mana-mana pun wi gi tengok ha ni burung, ini burung tuyak ini burung puyuh tau dok burung tuyak tu ada Timbalan Yang di-Pertua? Karang cakap bagitau Timbalan Yang di-Pertua apa dia.

Timbalan Yang di-Pertua

Ringkaskan Yang Berhormat Wakil Telemung

Mohd Zawawi bin IsmailBERSATU · PNTelemung

Begitu juga Taman Pertanian Sekayu dengan ini saya kabo acap kali doh tengoklah tolonglah saya pun dok paham doh 5 orang staff pertanian 2 pegawai 3 pra kawasan 200 ekar bayanglah nak buat kerja guana niti bobo lepas hidung. Jadi kita tengoklah dulu orang datang ke Taman Pertanian 100,000 ribu hari ini 2000-3000 je rakyat kabo.. YB kabo tadi Terengganu hari ini datang pelancong hebat ramai tapi kat kami nung Kenyir kurang di Sekayu kurang doh ramai guana jadi pelik orang kampung kata “eh ye ke dok ni?” ramai orang Terengganu tadok pun koho kurang. Jadi itulah jadi dua perkara lagi Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua berkaitan dengan perumahan Bukit Tadok tahun lepas saya ingat Sidang Pertama Dewan saya sebut dulu pohon supaya Kerajaan buat rumah….

Timbalan Yang di-Pertua

Banyak dah makan masa ini cuba ringkaskan saya ingatkan 10 minit….

Mohd Zawawi bin IsmailBERSATU · PNTelemung

Seingat saya di Telemung nie sejarah Telemung tadok lagi saya sebut pasal tadok sebut satu pong pasal perumahan tapi alhamdulillah YB Wakaf Mempelam sebut dia nak bina perumahan di kawasan Bukit Tadok tahun ni 7 tahun dah ni janji ni YB Wakaf Mempelam janji saya takut janji tinggal janji jangan gitu deh. Jadi jawab rakyat tanya guana YB, EXCO janji ni jangan jadi macam deme pulak, janji pelawok jangan jadi gitu. Kemudian akhirnya ialah satu lagi saya nak sebut berkaitan dengan Masjid Kampung Palas, Kampung Palas ini janji macam-macam Kerajaan dulu janji Kerajaan hari ini pun ada buat ni hantar ni la…dulu wat masjid ni, kalau lulus, lulus semualah, tetapi hok ni, ICU ni, dia kata surat komitmen, nak buat lulus buat masjid, Kerajaan Pusat boleh beri 80%, Kerajaan Negeri 20%, kariah kena beri jugak 5%. Jadi pelik lok leni. Pelik sikit la. Dulu kalau kerajaan buat, kerajaan buat jela, leni ada nisbah pulak ni. Jadi kita haraplah untuk Kerajaan Negeri dan kariah ni, tolonglah… sejuta je, tak banyak.. Minta Kerajaan Negeri tolonglah Masjid Kampung Kubang Palas ni… Tak cakak nak dengar dah telinga. Jumpa, masjid, jumpa masjid. Jadi kalau boleh hari ini sidang kali ini, Yang Berhormat Dato’ Menteri Besar boleh lulus sejuta, insya-Allah saya rasa saya pun tahun depan ni saya takmboh cakap doh, terima kasih banyak. Itu saja. Dengan ini Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon maaf banyak kerana ambil masa lebih sikit. Jadi saya dengan ini Telemung memohon menyokong usul ini. Sekian.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Wakil Telemung. Wakil Telemung ni ulang hal gajah sokmo. Jadi saya harap pihak Kerajaan fikirlah sesuatu biar dalam sidang yang akan datang, cerita gajah ni kita tak payah bawak dah. Seterusnya saya persilakan wakil daripada Permaisuri atau... Sila.

Haji Mohd Yusop bin MajidBERSATU · PNPermaisuri

Yang Berhormat Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, rakan-rakan Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan,

pegawai-pegawai tadbir, pemerhati, rakan-rakan media, tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Yang pertama, saya nak mengucapkan tahniah dan syabas ke atas Belanjawan 2025 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar demi masa depan Terengganu.

Satu Belanjawan yang ringkas, padat, bernas, komprehensif, segala-galanya terhimpun di dalam sini dan kita harap Belanjawan ini menjadi satu garis panduan kepada kita semua rakyat Negeri Terengganu ke arah kita sama-sama untuk mencapai hasrat yang dicita-citakan.

Tuan Yang di-Pertua, Belanjawan ini menggariskan lima fokus yang begitu bernas dan kesemua fokus tersebut melibatkan semua lapisan rakyat Terengganu dari atas sampai ke bawah. Yang fokus untuk membentuk, membina dan memperdayakan masyarakat usahawan, ini yang akan saya sentuh dalam ucapan saya yang mungkin tak sampai macam Telemung tadilah.

Timbalan Yang di-Pertua

Perdaya ni maknanya tipu, memperdaya.

Haji Mohd Yusop bin MajidBERSATU · PNPermaisuri

Bukan memperdaya menipu ni, Dato’, empowerment saya nampak di situ, dalam bahasa orang putih, dengan izin, mengupaya. Yang Berhormat Yang di-Pertua, masyarakat usahawan adalah dalam banyak kategori. Yang kita tengok di dalam Negeri Terengganu ini banyak kategori dan juga sektor-sektor, lebih-lebih lagi rakyat hari ini kita tengok berdepan dengan kos sara hidup, yang dulu janjinya lain, hari ini dapatnya lain. Kalau dulu janjinya nak membasmi kos sara hidup rakyat tetapi kita tengok hari ini tak ada pun PTPTN nak dihapus, tetapi hari ni tak dihapus. Begitu juga dengan royalti untuk Kerajaan Terengganu, Negeri Terengganu. Kita bagi 20%. Saya takmboh ulang, tetapi 5% pun tak dapat. Ini semua membantut pembangunan dan juga kesejahteraan rakyat di Negeri Terengganu tetapi kita tak boleh biar begitu sahaja, bukan dalam bentuk kita nak fight, lawan, kutuk dan sebagainya. Usaha yang telah dibuat oleh pimpinan Negeri Terengganu sudah mencapai tahap yang maksimum saya rasa dalam bentuk bukan perlawanan tetapi kita kena juga berdepan rakyat kita juga berdepan dengan satu fakta dan hakikat bahawanya hari ini kos sara hidup, masalah beras tak turun-turun. Masalah minyak yang kata turun, naik. Mungkin petrol akan naik lagi. Diesel sudah naik, dan bagai-bagailah kita tengok dan hari ini saya nak ucap tahniah dan syabas mana-mana agensi-agensi kerajaan yang sama-sama turut membantu meringankan beban rakyat dengan… saya pun tak

ingat dah, dia turun dengan harga rahmah dan sebagainya, banyak manfaat yang dapat diterima oleh rakyat. Alhamdulillah, dan kita harap banyak lagi.

Dalam pada itu kita harap juga rakyat di Negeri Terengganu kita ini kita biasakan, dia sudah berdepan dengan masalah sara hidup dan kita kena biasakan mereka ini untuk mencari peluang pendapatan yang lebih supaya tidak ada kita dapat mengurangkan pengangguran, kita dapat mengisi ruang-ruang kerja dan sebagainya yang di kampung-kampung kita tengok kalau ada tanah terbiar, kita hapuskan tanah terbiar ini di keliling rumah, kita buat tanam-tanaman yang ada potensi sebagai contoh sayur-sayuran. Kalau tanam hari ini kita tengok nak beli serai pergi ke kedai, padahal tanam serai belakang rumah pun boleh. Ini kaedah penjimatan yang saya kira perlu kita galakkan masyarakat kita untuk menambah pendapatan. Banyak segi yang saya sebut tadi, yang saya sebut sektor-sektor dan juga kategori-kategori. Tinggal empat minit setengah lagi dah. Hari ini kita tengok belia-belia semakin ramai. Maka kita jadikan belia sebagai satu sumber tenaga yang boleh sama-sama membantu Kerajaan Negeri Terengganu. Belia yang ada karyawan dan sebagainya, kita lahirkan, ada belia yang lepasan ijazah tetapi tidak ada peluang kerja, kita lahirkan mereka supaya terlibat dalam industri-industri yang memberi satu keuntungan kepada keluarga mereka dan banyak sektor yang boleh dicebur seperti sektor pertanian. Kita tengok ada yang anak-anak muda hari ini tak malu, dia bela ternakan dan sebagainya dan ada juga yang terlibat dengan nelayan, peniaga-peniaga baru. Begitu juga dengan petani. Ramai hari ini di Setiu saya tengok anak-anak muda dah turun ke bendang, sawah, mengusahakan sawah padi tetapi ada juga rungutan. Dia kata tahun ini kalau nak dapat satu tan satu ekar pun susah. Yang Berhormat EXCO Jabi, ada yang merungut kerana padi tak berisi, katanya padi tak berisi. Saya tanya benih, benih daripada siapa? Benih daripada Mat Sabu kata dia, benih tak menjadi. Kita tak boleh nak buat apalah. Kalau macam tu, kita kena ada, saya rasa inisiatif baru supaya Kerajaan Negeri Terengganu kita ini dapat mencari sumber benih yang baik. Kita tok soh pakai la benih yang macam itu. Dah ketinggalan. Dah la nak dapat beras tempatan payah, semua beras import.

Jadi Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan, selain daripada itu kita tengok dalam perusahaan kecil. Perusahaan kecil kita ada ikan, pun sudah ada saya tengok orang yang memproses ikan, membuat isi ikan dan sebagainya, membuat keropok industri hiliran dan sebagainya dan saya rasa banyak lagi yang kita boleh gunakan sumber ikan ini sebagai suatu produk untuk

perusahaan kecil. Kita hari ini tengok di pasar raya-pasar raya kita tengok fishball bukan buatan kita dan kita tengok juga fishcake, bukan buatan kita, juga perkara benda-benda lain yang menjadi asas makanan anak-anak muda pada hari ini, bukan daripada buatan kita, apa lagi kita nak jadikan produk ini sebagai produk halal. Jadi ini merupakan satu peluang. Banyak peluang yang kita boleh anak-anak muda, orang-orang yang belajar hari ini, pergi ke MARDI dan sebagainya, kursus, buat satu industri baru di Negeri Terengganu kita ini berasaskan sumber-sumber yang ada, daging buat burger dan sebagainya. Begitu juga sumber-sumber baru. Kita tengok hari ini ramai orang ternak lembu, ternak kerbau, kambing dan sebagainya tetapi daripada lembu, kita ada lembu susu, daripada kerbau pun, kita juga ada kerbau susu. Kambing pun, ada kambing susu tetapi malang hari ini apabila saya minta contohlah saya buat satu contoh di Setiu saya jumpa pegawai veterinar, saya kata saya nak kambing senen, nak dua ekor sahaja saya nak tunjuk sebagai contoh kepada masyarakat sampai sudah tidak jumpa kambing senen, begitu juga saya tanya pegawai veterinar kalau macam itu, carilah saya, saya nak cari lembu susu, saya bayar. Tak dapat sampai sudah. Jadi, ini kalau tidak ada jaringan yang disebut dalam iman tadi, tidak ada benda ini, usaha kita akan gagal. Yang Berhormat Yang di-Pertua banyak bendalah kalau saya nak sebut, tengok masa dah nak habis..

Timbalan Yang di-Pertua

Satu minit lagi.

Haji Mohd Yusop bin MajidBERSATU · PNPermaisuri

Kita banyak lagi, seperti komoditi baru selain daripada sawit dan getah, saya percaya sumber baru yang boleh kita cebur sudah ditinggalkan di negeri kita seperti koko dan kopi, saya kecil-kecil dahulu orang minum kawo, hari ini dan jumpa pokok kowa pun sudah tidak ada, pokok kopi, koko pun sudah semakin pupus sedangkan kita tengak dalam youtube koko hari ini naik harga, kopi melambung, saya rasa ini juga satu peluang baru yang boleh kita bawa untuk masyarakat kita di kampung-kampung, sama-sama kita memajukan mereka untuk mendapatkan sumber pendapat mereka, begitu juga dengan usaha-usaha pemasaran yang perlu kita perlu buat.

Yang Berhormat Yang di-Pertua dalam hal ini kita perlu kerjasama yang mantap di semua lapisan supaya apa yang kita hasratkan, apa Yang Amat Berhormat Menteri Besar hasratkan dalam Belanjawan ini, supaya kita mencapai matlamat, mestilah ada satu gandingan daripada semua lapisan. Hadis Nabi yang berbunyi,

Bersungguh-sungguh dalam satu-

satu kerja. Kalau kita bersungguh, saya yakin kita akan berjaya. Sebagaimana yang telah disebut konsep iman yang telah disebut oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam pembentangan tersebut. Yang Berhormat di-Pertua, dalam hal ini kebaikan berada di depan kita, kegagalan juga berada di depan kita, kalau kita pilih jalan kebaikan, jalan kejayaan, insya-Allah kita akan mencipta kejayaan, tetapi kalau kita lalai, kita akan berjumpa dengan kegagalan, Allah juga berfirman;

Sesungguhnya Allah Ta'ala itu telah berbuat baik kepada kita dan kita kena berbuat baiklah, mencari jalan kebaikan dan janganlah kita membawa kerosakan, kerana Allah tidak suka orang-orang yang melakukan kerosakan di muka bumi.

Jadi, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Petua, masa saya sudah lebih satu minit, saya minta maaf menyekat ruang orang lain untuk berucap. Sebab itu, satu Belanjawan yang cukup mantap, saya Permaisuri menyokong sepenuhnya 200%. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Wakil Permaisuri, Wakil Permaisuri sokong 200%, seterusnya ada siapa lagi yang nak membahaskan ucapan, sila, Wakil Hulu Besut, ya sila.

Mohd Husaimi bin HussinBERSATU · PNHulu Besut

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat-hormat EXCO, rakan-rakan Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan Persekutuan dan Negeri, para pemerhati terutamanya dari DUN Hulu Besut, media-media.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua memberi ruang kepada Hulu Besut untuk mengambil bahagian dalam perbahasan bajet ucapan Pembentangan Bajet oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar pada

hari kelmarin. Awal kalam marilah kita sama-sama panjat syukur kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana diberi limpah kurnianya dapat memberi peluang kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar membentang Bajet kepada kita semua, dengan harapan agar Bajet pada kali ini dapat direalisasikan oleh Kerajaan untuk rakyat walaupun Kerajaan Negeri menghadapi kekangan akibat permainan politik sempit Kerajaan Persekutuan yang tiada kesudahan. Walau bagaimanapun kita kena terus mendepani cabaran ini demi rakyat Terengganu tercinta insya-Allah, Allah akan bersama-sama dengan kita.

Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih atas segala usaha membantu rakyat terutamanya di DUN Hulu Besut sepanjang tahun 2024, tahniah buat Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar atas penambahan hasil bukan petroleum sebanyak 41.1%, iaitu penambahan sebanyak RM83 juta untuk tahun 2023. Mudah-mudahan hasil tahun 2024 terus meningkat demi untuk kita terjemahkan apa yang impikan oleh seluruh rakyat Negeri Terengganu tercapai. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, pendidikan adalah tunjang kemajuan negara. Ia adalah peranan semua pihak, sama ada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, kedua-duanya mestilah seiring dan berganding bahu bagi mewujudkan pendidikan kondusif. Negeri juga ingin melihat anak-anak pelajar Terengganu terus cemerlang dan berjaya sebab mereka adalah anak-anak kita namun agak menyedihkan kerana mutakhir ini pihak Kementerian Pendidikan sering bermain politik dalam ucapan bahas yang lepas pun saya ada sebut juga, dan sekali lagi saya nak sebut di sini anggota pentadbiran Kerajaan Negeri dihalang dari bersama-sama dengan sekolah dan institusi pendidikan dalam masa yang sama pimpinan politik lain terutamanya dot,dot,dot bermaharajalela di sekolah bebas bersyarah di pentas sekolah, berpolitik, politik kuno dan memang amat tidak bertamadun. Anggota Kerajaan Negeri masuk ke sekolah bukan bercakap politik, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, kita masuk ke sekolah dengan niat untuk bersama-sama membantu kecemerlangan anak-anak Terengganu sama ada bantuan dalam bentuk kewangan ataupun motivasi. Inilah amalan yang tidak matang dan politik dendam yang tidak membawa keuntungan kepada sesiapa yang menjadi mangsa adalah anak-anak pelajar kita sendiri. Di Dewan yang mulia ini, … hilang

Timbalan Yang di-Pertua

Teruskan.

Mohd Husaimi bin HussinBERSATU · PNHulu Besut

Di Dewan yang mulia ini, saya sarankan Kementerian Pendidikan hentikanlah, hentikanlah politik sempit dan kurang cerdik ini, ia tidak akan membawa kita ke mana. Pendidikan di zaman Madani amat mendukacitakan hanya slogan sahaja yang berbunyi hebatnya tetapi tidak berlaku di alam realiti.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya juga mendapat maklum bahawa satu Kolej Matrikulasi akan dibina di Kampung Batu Sembilan, Bukit Payung, Marang. Saya ingin dapatkan kepastian sama ada ianya benar ataupun tidak, isu tentang pembinaan Kolej Matrikulasi di Terengganu ini sudah puluhan tahun dibincangkan tetapi tiada berkesudahan sehingga hari. Ianya masih tidak berjaya dibina. Semua negeri sudah mempunyai Kolej Matrikulasi kecuali di Terengganu. Tanah di Batu 9 amat sesuai untuk dibina kolej ini kerana ianya luas. Jika tidak silap, sekitar 25 hektar serta berhampiran dengan Lebuhraya Pantai Timur yang amat sesuai dibina di situ. Saya harap pihak berwajib dapat bertindak ke arah pembinaan sebuah Kolej Matrikulasi Terengganu dapat direalisasikan.

Untuk makluman semua, antara Stesen ECRL yang terdapat di Negeri Terengganu adalah satunya di Hulu Besut. Syukur alhamdulillah suatu masa nanti stesen ini akan menjadi kawasan tumpuan untuk orang ramai. Ia juga akan menjadi antara kawasan ekonomi berdaya saing. Terengganu akan mempunyai enam Stesen ECRL termasuk di Hulu Besut. Oleh yang demikian, saya ingin mencadangkan kepada pihak Kerajaan Negeri membuat perancangan awal agar kawasan Stesen ECRL ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk meningkatkan ekonomi dan pelancongan domestik terutamanya. Perancangan mestilah dibuat lebih awal bagi memastikan rakyat mendapat laba sepenuhnya kerana Terengganu mempunyai jajaran yang agak panjang iaitu sekitar 200 kilometer lebih dari Besut hingga Kemaman.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, Terengganu juga menjadi antara destinasi pelancongan utama dalam negara kita. Setiap kali musim cuti, kebanyakan hotel, chalet, homestay, penuh. Kawasan riadah, pasar-pasar utama, peniaga-peniaga tepi jalan, peniaga pasar malam, restoran, kedai makan, peniaga-peniaga lain semua mendapat manfaat dari aktiviti pelancongan ini. Sudah sampai masanya Terengganu. Saya mencadangkan Terengganu mempunyai hotel bertaraf lima bintang. Ini adalah bagi memberi ruang kepada pelancong-pelancong yang dikatakan maha kaya tu. Boleh berbelanja dengan lebih ramai

berkunjung ke Terengganu. Orang kaya sudah pasti mempunyai wang yang lebih serta kewangan yang kukuh. Mereka akan berbelanja lebih banyak. Dalam hal ini, Kerajaan Negeri bolehlah mengadakan usahasama dengan mana-mana rangkaian hotel dari seluruh dunia. Boleh mengadakan ataupun membina kemudahan hotel lima bintang di sini. Antara tempat yang saya cadangkan ialah di Taman Tamadun Islam. Begitu juga ucapan terima kasih saya hulurkan kepada Yang Berhormat Kijal baru-baru ini telah meluluskan sedikit bajet untuk pengasingan kolam air panas di Kampung La iaitu di La Hot Spring. Kita sekarang sudah ada dua kolam. Kolam untuk muslimin dan satu kolam untuk muslimat. Langkah yang proaktif dalam meningkatkan pengalaman pelancong yang datang ke sini serta amat bersesuaian dengan syiar Islam. Terima kasih YB Kijal. Nak habis dah. Sikit Lagi. Setiap dari kita perlukan rumah sebagai tempat perlindungan sememangnya perumahan sangat tidak mencukupi untuk rakyat Negeri Terengganu terutamanya di DUN Hulu Besut. Saya sarankan dan mendesak Kerajaan Negeri untuk terus berusaha keras bagi memastikan rakyat kita untuk mempunyai rumah. Kami cukup faham dalam keadaan sekarang. Kerajaan Negeri mungkin tidak mampu untuk membina perumahan rakyat dengan lebih banyak. Sekali lagi kerjasama dengan pihak swasta amat penting mempermudahkan segala prosedur-prosedur untuk mereka membina rumah dan dijual kepada rakyat dengan harga yang munasabah serta berpatutan. Begitu juga dengan anugerah tanah kepada rakyat. Saya ucap terima kasih kepada Kerajaan yang memberikan anugerah tanah kediaman serta tanah di bawah Rancangan Tanah Berkelompok kepada rakyat terutamanya di DUN Hulu Besut. Namun begitu, Kerajaan juga perlu memikirkan keperluan kemudahan infra setelah menganugerahkan tanah kepada mereka. Dalam hal ini, suka saya mencadangkan agar keutamaan tanah diberi kepada mereka yang telah lama memohon. Kita kena bantu pemohon yang layak dalam pada itu juga saya memohon kerajaan mengambil langkah yang segera bagi urusan penanaman batu sempadan setelah menganugerahkan tanah ini supaya penerima-penerima tanah ini tahu kawasan tapak rumah mereka untuk mereka dirikan kediaman masing-masing. Sikit lagi Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua

Dah lebih lima minit dah.

Mohd Husaimi bin HussinBERSATU · PNHulu Besut

Nak habis dah. Seminit.

Timbalan Yang di-Pertua

Mohon segerakan. Ringkaskan.

Mohd Husaimi bin HussinBERSATU · PNHulu Besut

Sikit berkenaan dengan isu baikpulih rumah orang miskin ataupun asnaf. Tadi rakan sebelah saya ni takdok doh. Dia ada sebut tadi. Dok tahu pah mane doh. Perlu diberi keutamaan oleh Kerajaan Negeri. Dalam hal ini, saya sarankan Kerajaan Negeri bersama-sama dengan MAIDAM bincangkan kaedah terbaik untuk mengatasi masalah ini. Rumah-rumah yang uzur lebih lagi di musim tengkujuh ini harus dibaiki bagi memberi keselesaan kepada orang-orang miskin sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Seberang Takir pada pagi tadi. Di kesempatan ini saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak MAIDAM yang memperkenalkan Program Agihan Bakul Makanan dan sebagainya kepada orang miskin ataupun asnaf yang dilaksanakan bersama masjid di seluruh negeri. Saya ingin mencadangkan agar program ini dapat diperbanyakkan semasa rakyat kita susah hendak mencari rezeki seperti musim tengkujuh ini, musim pembukaan sekolah serta dibulan Ramadan. Saya nak sentuh juga dari segi kesihatan. Kebersihan sebahagian daripada iman. Dalam hal ini suka saya mencadangkan Jabatan Kesihatan untuk sentiasa membuat pemantauan yang lebih kerap ke kedai-kedai makan ataupun restoran-restoran bagi memastikan tahap kesihatan berada dalam keadaan yang baik. Saya dapati masih ada lagi kedai-kedai makan yang kurang mengambil cakna tahap kebersihan di premis mereka. Begitu juga dengan keadaan longkang yang berhampiran dengan kedai makan, pihak berwajib perlu membuat pemeriksaan berkala. Kita makan di kedai makan, duduk tepi kedai, bau longkang.

Timbalan Yang di-Pertua

Dok payoh gi la kedai hok lagu tu YB.

Mohd Husaimi bin HussinBERSATU · PNHulu Besut

Dokleh.

Nyaknye dia pulok. Di akhir ucapan saya ini, ingin bertanya kepada pihak Kementerian Pertanian mungkin Yang Berhormat Jabi boleh tolong sampaikan. Sudah hampir setahun berlalu. Bila agaknya rakyat boleh merasai beras tempatan. Di jelapang padi kita ada. Jelapang padi. Mesin hari ni, esok takdok beras tu. Gi mane. Mohon Yang Berhormat Jabi boleh sampaikan kepada pihak atas sana jika ada beras tempatan rakyat boleh menjimatkan sedikit perbelanjaan harian mereka kerana nasi adalah makanan utama rakyat Negeri Terengganu.

Timbalan Yang di-Pertua

Sila ringkaskan. Lebih lima minit YB.

Mohd Husaimi bin HussinBERSATU · PNHulu Besut

Akhir kalam, dengan harapan menggunung Bajet Tahun 2025 dapat direalisasikan. Hentikanlah segala ketidakadilan, kezaliman, penindasan dan politik sempit. Rakyat memilih mana Kerajaan yang dia suka. Hormati kehendak rakyat yang memilih kerajaan. Rakyat menyaksikan apa yang Kerajaan lakukan. Rakyat akan memilih lagi dalam PRU yang ke 16. Oleh itu, marilah kita tunaikan amanah dengan sebaik mungkin. Saya menyeru kepada semua kakitangan awam terutamanya dalam Negeri Terengganu menggembeleng tenaga dan buah fikiran bagi memastikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat Terengganu. Kita kena ingat semuanya akan disoal, jawablah di mahkamah Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Timbalan Yang di-Pertua

Panjang lagi ke tu?

Mohd Husaimi bin HussinBERSATU · PNHulu Besut

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Hulu Besut mohon menyokong. Sekian.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Hulu Besut walau pun dah ambil 5 minit masa orang lain. Saya harap wakil-wakil yang berbahas cubalah gunakan bahasa yang lebih ringkas dan tepat. Saya nampak sebahagian pembahas kita ni, ambil masa nak panas, bila koho hujung tu koho laju cakap. Sila Wakil seterusnya, Kemasik, silakan.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Yang Berusaha

Ketua-ketua Jabatan dan Agensi, Para Pegawai kakitangan Kerajaan Negeri, semua tetamu, para media, hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

Pertama dan utama, marilah kita sama-sama bersyukur dengan segala limpah kurnia yang Allah terus beri kepada kita untuk kita terus nikmati. Semoga kita semua dapat teguh menghadapi bersama menggembleng seluruh tenaga dan sumber bagi sebagai satu pasukan yang saling bekerjasama untuk membawa Negeri kepada suatu kejayaan yang sama-sama kita idami.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, kepercayaan dan amanah rakyat terhadap Kerajaan Negeri Terengganu di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar perlu terus diperkasakan dan diperkuatkan. Pelbagai tekanan dan helah dilakukan Kerajaan Pusat dengan sikap dan tindakan yang tidak demokrasi walau pun Kerajaan ini dipilih oleh rakyat melalui sistem demokrasi yang diperjuangkan ketelusan dan kebebasannya. Belanjawan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Ir Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, terus bersikap positif dan optimis untuk merealisasikan seluruh perancangan yang telah disusun menerusi Belanjawan 2025 bertemakan “Demi Masa Depan Terengganu” yang cerah dan sentiasa diberkati oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Kemasik bercadang untuk membahaskan beberapa perkara daripada Belanjawan ini, antaranya berkenaan dengan keutamaan dan penumpuan dalam berbelanja. Merujuk kepada hasil yang dianggarkan iaitu 1.634 billion daripada keseluruhan hasil 1.997 billion atau 81.8% adalah daripada hasil petroleum. Sehingga kini di bawah pemerintahan Perdana Menteri ke 10 jumlah terimaan adalah di luar kawalan negeri, malah pihak Pusat sesuka hati mereka membuat bayaran dengan jumlah dan kaedah yang pelik dan menyusahkan. Justeru segala bayaran diterima oleh Negeri perlu disusun sebaik mungkin supaya hasilnya mampu memberi impak yang berganda. Inisiatif untuk memperkemaskan pelaksanaan Bajet berasaskan outcome OBB diharap akan memberi impak terbaik dalam berbelanja. Seterusnya penubuhan ICC KBI pula diharap akan terus memacu prestasi dan menggembleng penglibatan pihak kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan dan rakyat.

Belanjawan 2025 Terengganu menggariskan lima fokus. Saya bercadang berucap dalam beberapa fokus yang ditetapkan. Yang pertama berkenaan pada fokus keempat iaitu merujuk kepada pemerkasaan ekonomi berdaya saing (competitive economy). Peluang dan kelebihan yang telah sedia ada perlu

diguna sepenuhnya bagi memastikan kejayaan atas usaha yang dibuat dapat segera dicapai. Kemasik mempunya lapangan terbang yang lengkap bagi pelaburan segmen penerbangan berskala sederhana. Peluang-peluang yang ada antaranya dalam industri dron yang bakal menjadi salah satu daripada alternatif baru dalam bidang penerbangan termasuk segmen pengangkutan. Sebagai contoh teksi udara, pemantauan, pemeriksaan, pencegahan, keselamatan dan lain-lain. Mungkin boleh dijadikan pemangkin kepada hub urban air mobility dengan izin. Kemasik juga berharap peluang ini turut menjadi salah satu pilihan yang akan diberi perhatian ditambah dengan lokasi yang sangat strategik dari segi jaringan pengangkutan darat dan laut iaitu berhampiran dengan KSB. Di samping itu, banyak lagi peluang-peluang lain yang boleh diceburi di segmen penerbangan dengan mengambil kira segala peluang kelebihan yang sedia ada. Malah mampu menjadi keistimewaan tersendiri bagi pembangunan kawasan TOD stesen ECRL Kemasik. Cerita terkini kalau kita boleh lihat antaranya berkenaan dengan teksi udara Air Asia bakal terbang pada 2025. Cerita lain, berkenaan PETRONAS Air Drone To Collaborate On Development and Commercialisation of Drone Best Solution. Cerita lain, Air Taxi Trial Launch In Bangkok yang bertarikh 15 November 2024 lepas. TOD Kemasik jadi bandar masa depan dengan konsep pembangunan yang telah dirancang berasaskan Qalbu Madinah di mana Qalbu itu jantunglah sebagaimana semua maklum merupakan organ utama dalam badan. Qalbu Madinah dijangka menjadi bandar baharu, yang menawarkan gaya hidup mampan dan moden. Keperluan utama bagi pembangunan ini sudah pasti tidak lari daripada keupayaan siber yang tinggi dan juga pusat penyelidikan teknologi dan pembangunan. Institusi-institusi penyelidikan dan pendidikan termasuk TATIUC boleh menjadi institusi negeri yang berperanan besar membantu mempercepatkan lagi usaha merealisasikan sasaran ini.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, fokus kelima berkenaan dengan pemberdayaan masyarakat usahawan. Usahawan-usahawan PMKS perlu terus diperkasakan.

Membangunkan usahawan-usahawan PMKS memerlukan pendekatan yang menyeluruh dan bersepadu melibatkan pembiayaan sokongan pendidikan, teknologi pasaran dan kerjasama industri. Pelbagai peluang pasaran perlu dicipta dan dikembangkan termasuk pergiatkan pembangunan kemahiran usahawan, menggalakkan inovasi dan pengeluaran nilai tambah, mempertingkatkan akses pasaran dan pemasaran, menyederhanakan proses perundangan dan peraturan, meningkatkan infrastruktur juga penggunaan teknologi dan digitalisasi. Ini bukan sahaja akan meningkan produktiviti mereka

tetapi juga memastikan ekonomi yang lebih inklusif dan mampan pada masa hadapan. Kemasik berharap kebersamaan menggembleng penglibatan pihak kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan dan kepimpinan setempat serta rakyat dapat diperkasakan lagi. Program pembangunan kemahiran dan inovasi usahawan diharap dapat dilaksanakan. Kemasik berharap program-program pembangunan modal insan ini dapat diselaraskan di peringkat dun-dun kerana kemungkinan masing-masing dun juga mempunyai perancangan masing-masing untuk diutamakan serta dapat hasil impak yang lebih baik. Sebagai contohlah, minta maaf Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, agensi kerajaan seumpama Yayasan Pembangunan Usahawan, orang kata macam terputus hubungan dengan pihak pejabat-pejabat DUN. Program-program yang disusun di peringkat negeri tidak ada gabung jalin ataupun kerjasama yang dibuat bersama DUN-DUN. Sudah pasti DUN-DUN ada perancangan masing-masing jika ia boleh diperkasakan untuk kebersamaan tersebut, saya yakin dan percaya impak yang boleh kita sama-sama hasilkan dapat diperkasakan dan boleh jadi lebih baik, Insya-Allah.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua,

Daripada 25 inisiatif yang akan diberikan keutamaan tinggi ataupun high priority initiative yang digariskan ataupun diletakkan, saya ingin bercakap berkenaan beberapa perkara. Yang pertama berkenaan dengan hasil baharu daripada peningkatan kadar royalti mineral diharap mampu meningkatkan hasil pendapatan negeri. Tidak ketinggalan sumber-sumber baharu yang diterima dari hasil bumi Negeri Terengganu turut perlu diwujudkan termasuk mungkin royalti daripada nilai carbon credit yang didapati dan diperolehi di Negeri Terengganu akan datang dan disebut juga dalam Bajet berkenaan dengan carbon credit tapi bagaimana royalti perlu dicharge oleh Kerajaan Negeri kepada syarikat-syarikat yang mengusahakan ataupun syarikat-syarikat yang mendapat impak ataupun imbuhan yang tinggi daripada hasil jualan ataupun carbon credit tersebut.

Inisiatif bagi meningkatkan pengeluaran komoditi makanan utama negeri dengan menambah kawasan TKPM baharu juga merupakan satu inisiatif yang baik. Kemasik ingin mencadangkan satu lokasi baharu di Kemasik untuk diangkat sebagai kawasan TKPM baharu dalam daerah Kemaman. Kita adalah satu cadangan lokasi dengan keluasan lebih daripada 60 ekar yang kita

berharap boleh menjadi suatu TKPM baharulah bagi daerah Kemaman. Seterusnya usaha..

Timbalan Yang di-Pertua

Minta diringkaskan..

…menambah populasi lembu..

Timbalan Yang di-Pertua

Minta diringkaskan Yang..

Insya-Allah

Timbalan Yang di-Pertua

Wakil Kemasik

Usaha menambah populasi lembu dan kambing perlu disekali dengan pertambahan kawasan padang ragut. Kalaulah kita tahu, makanan meh tu memang tak mampulah kalaulah pengusaha-pengusaha lembu dan kambing. Justeru dia akan lepas kambing-kambing, lembu-lembu dia untuk dapat ragut rumput-rumput di kampung-kampung. Mari PBT tangkap, kena saman pulok 1000 riya sekor. Jadi akhirnya orang kata rakyat tidak mampu untuk menyempurnakan tanggungjawab ataupun berperanan untuk menghasilkan populasi lembu dan kambing yang besar ini.

Dana pembangunan pendidikan melalui dana pembangunan kecemerlangan pendidikan dalam bidang TVET juga perlu diberi perhatian malah ditingkatkan. TVET antaranya adalah suatu bidang yang memberi peluang cerah dan sudah pasti mereka yang lepasan daripada pengajian TVET akan terus dapat berperanan dalam pengembangan ekonomi di sektor teknikal dalam negeri ataupun negeri kita lah insya-Allah.

Merancakkan lagi pelaburan perindustrian yang bersifat low hanging fruit dengan izin, perancangan dan pelaksanaan yang lebih strategik dalam memastikan pelaburan atau industri yang mempunyai potensi tinggi untuk keuntungan dengan risiko yang relatif lebih rendah diutamakan kerana ia lebih mudah dicapai dan cepat memberi hasil ke arah merancakkan perkembangan pasaran halal secara holistik di seluruh negeri, Kemasik berbesar hati untuk

menawarkan dua kawasan untuk dinilai bagi dibangunkan halal park yang berakreditasikan iaitu yang berlokasikan iaitu di satunya di Kampung Chabang dengan keluasan 18 ekar dan kalu nok besor lagi kita juga ada kawasan yang dipanggil Kampung Api Rokok dengan keluasan lebih dari 50 ekar berhampiran dengan Stesen ECRL Kemasik.

Timbalan Yang di-Pertua

Seminit lagi ye… Yang Berhormat.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya selaku diamanahkan sebagai penaung kepada Persatuan Hoki Negeri Terengganu berharap untuk diberi perhatian khususnya berkenaan dengan kewangan bagi kita membayar segala tunggakan terutama kepada pemain-pemain. Di samping itu juga kita sebagaimana yang disebut pada Perkara 37 pada muka surat ke-18, Kemasik berharap agar padang hoki juga perlu diberi keutamaan untuk dibina di Kompleks Sukan Negeri Terengganu. Di samping itu, kompleks ataupun padang hoki sedia ada di Batu Buruk perlu juga diperbaiki kerana pasukan hoki ataupun pasukan hoki di Negeri Terengganu memang dok nombor satu, nombor dua di Malaysia tetapi perlawanan home based tak boleh buat. Nak main di Terengganu tak boleh. Kena main di Kuala Lumpur jugak walaupun tuan rumah kita ataupun game kita antara Terengganu dengan negeri-negeri lain kerana lampu tidak menyala, stadium tidak boleh menyambut ataupun tidak lengkap. Jadi kita berharap untuk kerajaan beri keutamaan ataupun lihat supaya 4.1.2025 nanti, mula piala baharu untuk tahun 2025, pasukan Terengganu boleh bermain di padang hoki dalam Negeri Terengganu.

Timbalan Yang di-Pertua

Dah hampir lima minit ni lebih masa.

Insya-Allah. Saya rasa dua perkara lagi.

Timbalan Yang di-Pertua

Tambah makin banyak.

Insya-Allah. Yang pertama, berkenaan dengan projek terbengkalai iaitu Curve di Kemasik. Saya berharap perhatian sewajarnya daripada Kerajaan Negeri

untuk menyempurnakan projek tersebut yang sekian lama terbengkalai dan juga yang kedua, berkenaan dengan Masjid Kampung Baru Kerteh. Dok selesai-selesai jugok lagi tu. Minta attention, minta perhatian daripada Kerajaan Negeri. Saya rasa tu lah sedikit daripada DUN Kemasik dan terima kasih kepada semua pihak atas sokongan dan dokongan bagi sama-sama membina Terengganu Maju Berkat dan Sejahtera. Kemasik mohon menyokong Belanjawan 2025.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Wakil Kemasik.

Seterusnya ada siapa lagi. Wakil yang.. sila.

Dr. Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

Kuala Berang

Timbalan Yang di-Pertua

Kuala Berang. Sila.

Sulaiman bin SulongPAS · PNPengkalan Berangan

Kuala Berang duduk dulu. Wi Pengkalan Berangan dulu.

(Ketawa)

Timbalan Yang di-Pertua

Pengkalan Berangan dulu?

Saya.. sila, sila. petang ni lah Kuala Berang.

Sulaiman bin SulongPAS · PNPengkalan Berangan

Minta maaflah Kuala Berang deh.

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya yang berhak menerimanya dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, Allah menyuruh kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan suruhannya itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya

kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar lagi sentiasa melihat.”

Surah An-Nisa: Ayat 58

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, saf Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, rakan-rakan Ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan dan agensi, pegawai media, tidak lupa kepada pegawai Dewan dan pegawai Pusat Khidmat DUN Pengkalan Berangan yang dirahmati Allah. Syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana dapat turut sama dalam persidangan kali ini membincang, berbahas demi memelihara amanah kepimpinan dan amanah rakyat untuk memastikan pengurusan dan pentadbiran negeri dilaksanakan dengan penuh jujur, amanah dan bertanggungjawab agar negeri terus maju, berkat, sejahtera. Mengambill kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat Dato’ Nara Setia yang telah dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baharu, Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham sebagai PKN dan mengalu-alukan kedatangan Yang Berhormat Tuan Mohd Nawawi bin Ismail sebagai Penasihat Undang-Undang yang baharu. Semoga perlantikan ini memberi ruang dan peluang untuk menabur bakti dan meneruskan usaha memakmurkan Negeri Terengganu Darul Iman yang kita cintai ini.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar yang telah menzahirkan satu Belanjawan surplus dengan izin yang julung kali dibentangkan dalam Dewan Yang Mulia ini sepanjang pentadbiran PAS di Negeri Terengganu. Syabas dan syukur di atas nikmat Allah yang telah menjadikan Kerajaan Negeri Terengganu mampu untuk menguruskan kewangan dan ekonomi negeri dengan penuh bijaksana sehingga dapat mempersembahkan Belanjawan 2025 yang sebegini.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, di permulaan ini saya ingin membawa satu kisah yang berlaku di antara Japan Railway dengan izin dan seorang pelajar. Kisahnya bermula bila mana Japan Railway dengan izin bercadang untuk menamatkan perkhidmatan kereta api di Stesen Kami-Shirataki di pedalaman Hokaido, Jepun kerana kekurangan penumpang. Tiba-tiba dalam proses penamatan tersebut, Japan Railway menemui satu penemuan yang cukup istimewa. Seorang pelajar yang menjadikan kereta api di Stesen Kami-Shirataki sebagai satu-satunya pengangkutan yang utama ke sekolah dan

beliau adalah satu-satunya penumpang kereta api tersebut. Penemuan ini menjadikan Japan Railway mengambil keputusan untuk menangguhkan penamatan perkhidmatan kereta api tersebut sehingga tiga tahun kemudian, sehingga pelajar itu menamatkan pengajian, tindakan ini menunjukkan erti kemanusiaan sejati mengatasi lain-lain keperluan termasuk keuntungan perniagaan. Nabi ketika mana menghuraikan erti ihsan menyatakan

Kamu menyembah Allah seolah-olah melihatnya. Jika sekiranya kamu tidak melihatnya, sesungguhnya Allah melihat kamu. Ini menunjukkan kepada kita bagaimana sesuatu pekerjaan hendaklah dilaksanakan dengan ikhlas dan memberi manfaat kepada semua. Maka untuk itu, saya mohon kepada semua syarikat-syarikat utiliti untuk juga melihat perkara ini dalam memastikan kelestarian syarikat dan kelestarian rakyat dinikmati secara bersama. Jangan memikirkan keuntungan semata-mata.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Skim Mus’ad bagi membantu mereka yang mengambil tugas dan peranan sebagai pendidik yang khusus dalam pengajian Quran yang dilantik kalangan guru-guru yang mempunyai asas dan berkemahiran. Terima kasih atas keprihatinan dan sikap tanggungjawab kerajaan dalam memastikan ilmu al-Quran yang sangat penting ini diperkasakan melalui golongan ini. Namun, saya rasa sangat kasihan dan peduli apabila dimaklumkan elaun yang tidak seberapa sepatutnya diterima secara tetap setiap bulan tidak sampai dan diterima sebagaimana sepatutnya. Maklumat terkini memaklumkan bayaran diterima setakat ini sehingga Mei sahaja. Keadaan ini tidak sepatutnya dibiarkan berterusan dalam keadaan kita mengharapkan al-Quran dan kehidupan bersyariat itu berlaku di negeri kita. Saya berharap agar kerajaan melihat pengurusan dana ini dilaksanakan dengan lebih telus, kompeten agar ahli al-Quran yang menjadi asas kepada skim ini dipelihara dan dijaga.

Timbalan Yang di-Pertua, i-MiTS, DUAT dan UPDI…

Mohd Shafizi bin IsmailPAS · PNBatu Rakit

Yang Berhormat, kalau boleh masuk juga Skim Al-Ghazali?

Sulaiman bin SulongPAS · PNPengkalan Berangan

Boleh. Boleh. Boleh. Kalau berlaku perkara yang sama, boleh dimasukkan. Terima kasih Batu Rakit. i-MiTS, DUAT dan UPDI adalah unit tubuh yang ditubuhkan bagi membantu kerajaan dalam memperkasakan agenda

pentadbiran yang telah digariskan melalui PITAS, USWA satu lagi, minta maaf Yang Berhormat Ladang. Oleh itu, unit ini perlu diberi perhatian dan keutamaan dalam memperteguh dan menguatkan pelaksanaan semua agenda berkenaan pembangunan dan pelaksanaan agenda yang sangat penting ini. Namun begitu kakitangan yang dilantik kebanyakan berstatus Ad-Hoc dan tidak mendapat hak dan kebajikan yang selayak dan sewajarnya. Sebagai contoh, satu Pekeliling SUK Bahagian Pengurusan Sumber Manusia yang bertarikh 29 Zulkaedah 1435 bersamaan dengan 24 Zulkaedah 2014. Minta maaf, bulan Islam yang sama 29 Zulkaedah 1435 dan 24 Zulkaedah 2014 yang menyatakan bahawa kakitangan wanita lantikan secara Ad-Hoc yang bersalin tidak diperuntukkan dengan kemudahan cuti bersalin. Oleh yang demikian, setiap kali bersalin, kakitangan wanita tidak dibayar elaun bulanan. Kakitangan Ad-Hoc bukan merupakan pegawai perkhidmatan awam. Oleh itu, mereka tidak terikat dengan mana-mana peraturan yang dikeluarkan oleh kerajaan kecuali syarat-syarat yang telah ditetapkan semasa lantikan. Saya menyeru dan berharap agar kerajaan menilai kembali status lantikan kakitangan ini agar mereka juga mampu untuk memberi tumpuan dan khidmat dengan penuh dedikasi dalam melaksanakan amanah yang diberikan demi kelangsungan sebuah kerajaan yang lebih maju, berkat, sejahtera. Untuk itu dicadangkan ditukar status Ad-Hoc kepada kontrak.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, antara sasaran penting dalam Bajet ini ialah peningkatan pendapatan. Boleh mohon masa sikit Yang Berhormat Timbalan?

Timbalan Yang di-Pertua

Seminitlah kalau boleh.

Sulaiman bin SulongPAS · PNPengkalan Berangan

Insya-Allah kita akan cuba. Hokni last doh ni, isi last doh hokni. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih. Antara sasaran penting dalam Bajet ini ialah peningkatan pendapatan negeri selain royalti minyak adalah sebanyak RM510 juta. Sehubungan itu, saya ingin menyebut perkara untuk menambahkan pendapatan negeri iaitu di kawasan saya, banyak tanah yang diserahkan kepada Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu untuk dimajukan. Tanah-tanah ini adalah asalnya tanah kerajaan yang sebahagiannya ada rentahan penduduk setempat untuk mencari rezeki dengan mengusahakan tanaman kontan dan sebagainya. Tetapi tanah ini diserahkan

kepada Lembaga Tabung Amanah Warisan dengan harapan memberi pulangan maksima kepada Kerajaan.

Dalam masa yang sama saya juga membaca jawapan kepada Soalan Bertulis yang berbunyi, apakah prestasi kewangan syarikat milik kerajaan dalam separuh penggal pertama 2024? Jawapannya berkaitan dengan Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu sehingga berakhir separuh penggal pertama tahun 2024, sejumlah tiga anak syarikat aktif milik Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu mencatatkan keuntungan manakala baki dua lagi anak syarikat aktif mencatatkan kerugian. Saya tidak pasti sama ada salah taip ataupun salah tanda dari sudut tatabahasa dan seumpamanya tapi sebutnya aktif mencatatkan kerugian. Atas dasar ini, saya sebagaimana dimaklumkan, tanah pajakan kepada Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu disewakan kepada individu atau syarikat yang kemudian disewakan pula oleh individu atau syarikat kepada syarikat lain dengan kadar yang agak tinggi sedangkan jumlah bayaran pajakan atau sewaan yang dibayar kepada Lembaga Tabung Amanah Warisan adalah rendah dan tidak relevan. Ini amat merugikan pendapatan negeri yang kini sedang berdepan dengan tekanan kewangan daripada Kerajaan Persekutuan. Jika perkara ini benar-benar berlaku dan dalam pengetahuan Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu, adakah Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu berhak mengambil balik tanah tersebut kerana berlaku sewaan atas sewaan, mohon yang bertanggungjawab mengambil maklum.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, sebelum mengakhiri ucapan menyokong Belanjawan 2025 suka Pengkalan Berangan untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak JKR yang telah mengambil tindakan aktif bagi memastikan laluan Jambu Rokok Rantau Abang bercahaya kembali, andai laluan itu bercahaya seluruhnya lebih banyak lagi rakaman terima kasih dan doa diungkapkan. Mohon perhatian pengarah JKR Negeri Terengganu.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua,

Pandu Kereta sampai ke Meraga, Mari Bersama Saudara Keni, Hemah Bijaksana Amanah Dijaga, Berkat Sejahtera Maju Negeri.

Jalan Jalan Ke Kampung Bari, Tengah Malam Pasang Pelita, Seiring Sejalan Bangun Negeri Insya-Allah Mara Kita Menuju Cita.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Pengkalan Berangan menyokong Belanjawan 2025. Sekian.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Wakil Pengkalan Berangan, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, para pemerhati, tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Sepatutnya kita berehat seketika apabila jam menghampiri pukul 4.00 untuk 20 minit, tetapi memandangkan ada 7 orang lagi wakil rakyat yang belum berucap dan saya dimaklumkan mereka semua nak berucap maka kerana itu saya tidak akan tangguhkan mesyuarat kita untuk berehat seketika dan mesyuarat akan diteruskan sehingga ke saat akhir waktunya. Jadi sesiapa yang ada nak keluar minum air dan sebagainya untuk cicipan bolehlah berbuat demikian keluar seketika, dan mesyuarat akan diteruskan dan untuk meneruskan yang seterusnya saya jemput mana-mana Yang Berhormat yang masih belum berucap lagi, sila, siapa yang bangun awal, wakil itulah yang akan saya persilakan untuk berucap selepas ini, masa terhad saya bimbang ada wakil rakyat yang tak berkesempatan apabila jam sampai pukul 5.00, mesyuarat ini mesti ditangguhkan, silakan Wakil Kuala Besut.

Haji Azbi bin SallehPAS · PNKuala Besut

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat EXCO-EXCO dan Yang Berhormat ADUN-ADUN, Ketua-Ketua Jabatan dan para pemerhati sekalian. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana diberi peluang untuk membahaskan Ucapan Bajet 2025. Tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’

Seri Menteri Besar di atas Pembentangan Bajet kelmarin. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya mewakili Kuala Besut ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua kerana diberi peluang berucap di dalam Dewan Yang Mulia ini.

Alhamdulillah, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar telah membentangkan Bajet 2025 semalam. Tahniah saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dan Barisan EXCO kerana dapat menyempurnakan agenda-agenda di dalam Bajet 2024. Manakala dalam Pembentangan Bajet 2025, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar semalam adalah Bajet yang beriman bertemakan Demi Masa Depan Terengganu dalam pembentangan semalam. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, perbelanjaan bekalan sebanyak RM1.792 bilion iaitu pecahan daripada emolumen sebanyak RM278.19 juta, Perkhidmatan Bekalan sebanyak RM361.49 juta, aset RM23.93 juta, pembelian dan berkenaan bayaran tetap sebanyak RM1.127 bilion dan perbelanjaan lain sebanyak RM1 juta.

Walaupun negeri menghadapi masalah kewangan disebabkan bayaran wang royalti tidak dilunaskan sepenuhnya mengikut perjanjian, Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dapat mengurus dengan baik. Kerajaan Negeri terpaksa menangguhkan segala pembayaran I-Bantuan kepada rakyat yang berhak menerima bantuan tersebut. Saya mengharapkan rakyat bersabar dan sentiasa berdoa agar Kerajaan Pusat berlembut hati untuk membuat pembayaran royalti mengikut jadual seperti di dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, dengan mengejar pembangunan, Kuala Besut ingin memohon beberapa perkara, sistem jalanraya berkembar iaitu jalan Pekan Kuala Besut daripada sempadan Negeri Kelantan, di Kampung Pachakan memandangkan berlaku kesesakan kenderaan di waktu puncak setiap hari dan jalan menghubungkan ke Tok Bali, Pasir Putih Kelantan.

Sistem perparitan di ketiga-tiga Mukim di kuala Besut, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Kerajaan Negeri iaitu melalui agensi kerajaan, Jabatan Kerja Raya, Majlis Daerah Besut, Jabatan Pengairan Dan Saliran sedang menyiapkan sistem perparitan di sekitar Perumahan Taman Seri Intan dan sekitarnya untuk mengalirkan air ke Sungai Nail. Terima kasih sekali lagi kepada Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, cuma terdapat lagi sistem perparitan yang perlu disegerakan.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, sektor pelancongan, bila sahaja disebut Pulau Perhentian ramai yang tahu akan keindahan flora dan fauna di Pulau Perhentian dengan kehadiran ratusan ribu pelancong setiap tahun. Pihak Kerajaan Negeri melalui Agensi Pelancongan Negeri perlu menitik berat hal-hal tersebut iaitu pembinaan jeti yang baru, lengkap dengan kemudahan terkini. Sistem pengurusan di jeti yang lebih efektif kepada pelancong. Sistem pengangkutan dari Terminal Bas ke Pekan Kuala Besut di jeti pelancongan di Pekan Lama Kuala Besut menjadi agenda utama.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya tidak pasti tentang Akademi Al-Fateh yang telah ditubuhkan.

Hakikatnya, objektif penubuhan perlu direalisasikan dengan proaktif dan secara holistik. Sasaran utama akademi ini merupakan belia dan beliawanis. Oleh itu, usaha untuk melahirkan belia Al-Fateh perlu disokong oleh semua pihak. Saya juga melihat beberapa agensi yang wajar bekerjasama dalam menjayakan usaha ini seperti Akademi DUAT, bagaimana usaha untuk melahirkan belia Al-Fateh yang juga perlu menjadi pendakwah muda bagi melaksanakan usaha dakwah, khususnya di kalangan belia. Saya tidak melihat gerak kerja bersama dan bersepadu antara dua agensi ini. Program ADUN Belia yang perlu dijadikan satu aktiviti di Akademi DUAT. Belia yang terpilih daripada kawasan atau DUN perlu digarap dan dididik dalam Akademi Al-Fateh dan juga Akademi DUAT. Belia Al-Fateh merupakan satu generasi yang hebat bukan sahaja pada akhlak tapi peranannya dalam masyarakat pada sudut kepimpinan Islam yang mendukung dasar Kerajaan Darul Iman.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya berbangga dengan kewujudan beberapa kolej seperti Kolej Al-Quran Terengganu, Kolej Yayasan Terengganu, TATI, saya lihat perlu peranan lebih proaktif pihak Kerajaan untuk mengadakan hubungan dengan semua institusi pendidikan dalam dan luar negara. Saya mendapat maklumat Kelantan ada universiti sendiri. Pahang dan beberapa negeri lagi, ada universiti sendiri. Adakah kolej ini bergerak di atas landasan dan hala tuju ke arah pembentukan universiti? Apakah pihak Kerajaan mempunyai cabaran dan halangan-halangan daripada pihak-pihak tertentu.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya mengharapkan Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dapat merealisasikan Moto Kerajaan Terengganu, “Terengganu Maju Berkat Sejahtera” agar PRU ke-16 nanti Kerajaan ini dapat dipertahankan.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Kuala Besut menyokong penuh Bajet 2025 untuk dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Wakil Kuala Besut. Wakil Kuala Besut benar-benar telah menepati masa yang diberikan dan ini tidak mencuri waktu orang lain, dengan erti kata yang lain. Jadi seterusnya saya mempersilakan kalau ada lagi. Ya, silakan Kuala Abang, Rantau Abang. Kalau boleh macam Kuala Besut, 10 minit.

Mohd Fadhli Rahmi bin ZulkifliPAS · PNRantau Abang

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, Tuan-tuan dan Puan-puan, hadirin-hadirat yang dihormati sekalian.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi ucapan syukur kepada Allah SWT yang telah memberi peluang dan keizinan kepada kita untuk bersama-sama di dalam dewan yang mulia ini. Demi menjaga kepentingan agama, rakyat dan Negeri Terengganu yang tercinta ini. Semalam kita semua telah mendengar secara keseluruhan ucapan Pembentangan Bajet bagi tahun 2025 oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar. Bajet yang bertemakan “Demi Masa Depan Terengganu”. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dan seluruh pasukan pentadbiran yang telah berjaya membentangkan satu belanjawan yang jelas mencerminkan misi kita untuk membangunkan negeri ini secara mampan, adil dan progresif.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, dalam usaha kita membawa negeri dan negara ke arah yang lebih maju, saya ingin menarik perhatian Ahli Dewan ini dengan beberapa pesanan sebagai panduan dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah kita. Yang pertama, menjaga integriti. Amanah adalah keutamaan. Sebagaimana sabda Nabi ;

“tidak sempurna iman bagi mereka yang tidak melaksanakan amanah dan tidak sempurna agama bagi orang yang tidak menunaikan janji”

Integriti adalah tonggak utama dalam kepimpinan dan perkhidmatan. Pastikan setiap tindakan dan keputusan kita, bebas daripada sebarang bentuk penyelewengan, salah guna kuasa atau rasuah. Jadilah tauladan kepada masyarakat dengan menunjukkan sifat amanah, adil dan jujur dalam tugasan. Sentiasa ingat bahawa setiap tanggungjawab yang kita pikul pada hari ini adalah satu bentuk amanah, bukan sahaja kepada rakyat tetapi juga kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Yang kedua, kebertanggungjawaban dalam tugas. Kebertanggungjawaban adalah kunci kepada keyakinan rakyat terhadap kita. Pastikan setiap keputusan dibuat dengan teliti berpandukan data dan maklumat yang tepat. Bersedia untuk menerima teguran memperbaiki kelemahan dan memastikan ketelusan dalam semua urusan. Jadilah seorang yang konsisten menyelesaikan tugasan yang diberi dengan penuh dedikasi, tepat waktu dan berkualiti. Yang ketiga membangun jaringan hubungan yang harmoni, keberhasilan pentadbiran yang tidak boleh dicapai secara bersendirian. Libatkan semua pihak termasuk agensi kerajaan, sektor swasta, NGO, dan masyarakat setempat dalam melaksanakan agenda pembangunan. Bina hubungan kerja yang baik dengan rakan sejawat dan kakitangan melalui komunikasi terbuka dan saling hormat-menghormati di antara satu sama yang lain. Sentiasa mendekati rakyat. Dengar pandangan mereka, dan menunjukkan bahwa kita peduli terhadap keperluan mereka. Dalam kita menjalankan amanah kepada rakyat, marilah kita berpegang kepada prinsip politik matang dan sejahtera, tanpa dicemari oleh politik sempit yang hanya merugikan rakyat. Langkah-langkah keterbelakangan yang diambil oleh Kerajaan Pusat sejak akhir-akhir ini telah membuka mata banyak pihak, bagaimana politik yang tidak siap ini bakal memusnahkan keharmonian. Tidak ada tempat untuk diskriminasi politik dalam urusan pentadbiran. Rakyat tidak wajar menjadi mangsa. Hanya

kerana perbezaan fahaman politik antara pemimpin di Pusat dan Negeri. Pentadbiran yang bijak harus melihat kepada matlamat utama, iaitu kesejahteraan rakyat bukan kepentingan parti.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Negeri Terengganu terkenal dengan kekayaan sumber asli. Keindahan alam semula jadi dan budaya yang unik. Namun dalam situasi ekonomi semasa, golongan B40 di negeri ini, menghadapi pelbagai cabaran hidup. Yang menuntut perhatian serius daripada semua pihak. Antara cabaran hidup golongan B40, kos sara hidup yang meningkat. Harga barang asas seperti makanan, keperluan harian, dan bahan bakar terus meningkat, melebihi kemampuan pendapatan golongan ini. Pendapatan tidak mencukupi untuk menampung keperluan keluarga, terutamanya bagi mereka yang mempunyai ramai tanggungan. Ketiadaan simpanan kewangan. Majoriti golongan B40 tidak mempunyai simpanan kecemasan menjadikan mereka rentan yakni terdedah kepada situasi kecemasan seperti penyakit atau kehilangan pekerjaan. Golongan B40 iaitu 40% rakyat berpendapatan rendah merupakan kumpulan yang paling terkesan dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa. Dalam situasi kos sara hidup yang meningkat dan penarikan subsidi telah memberi tekanan ekonomi terhadap golongan ini. Banyak golongan B40 bekerja di sektor tidak formal seperti buruh, penjaja kecil dan pekerja harian yang pendapatannya tidak tetap dan mudah terjejas. Semoga Terengganu yang kita cintai terus dilimpahi dengan keberkatan dan kejayaan termasuk kemasukan pelaburan-pelaburan baharu yang dapat memberi impak besar kepada pembangunan ekonomi negeri.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, selain daripada isu pekerjaan suka untuk saya turut menyentuh mengenai isu perumahan rakyat. Isu perumahan adalah satu keperluan asas yang sangat penting terutama bagi golongan rakyat termiskin yang menghadapi cabaran besar dalam memiliki atau tinggal di rumah yang selesa dan selamat. Program PPRT menjadi harapan utama bagi golongan ini namun terdapat beberapa cabaran dalam pelaksanaan permohonan baik pulih dan pengilang rumah baharu di bawah program ini yang memerlukan perhatian kita. Kita semua sedia maklum mengenai kekangan kewangan yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri pada masa kini berbeza dengan tahun-tahun yang lalu hasil dan pendapatan Kerajaan pada ketika itu melimpah ruah dan Kerajaan Negeri juga telah menunjukkan kesungguhan yang luar biasa dalam menangani isu ini. Namun suara rakyat tetap perlu kita bawa ke Dewan ini agar mendapat perhatian yang wajar dari Kerajaan Negeri agar kes-kes yang kritikal

dapat diselesaikan dengan kadar yang segera. Rumah-rumah daif yang mengalami kerosakan oleh faktor usia dan merbahaya kepada penghuni perlu diberi keutamaan. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, program PPRT adalah manifestasi komitmen Kerajaan untuk memastikan setiap rakyat termiskin dapat menikmati kehidupan yang lebih baik dengan akses kepada tempat tinggal yang sesuai. Program ini dapat memperbaiki kualiti hidup golongan ini dengan memberi peluang kepada keluarga berpendapatan rendah untuk tinggal di rumah yang lebih selesa dan selamat. Rumah yang baik bukan sahaja memberikan perlindungan daripada cuaca dan bencana tetapi juga meningkatkan kualiti hidup mereka. Pada ketika ini sahaja di DUN saya sendiri telah menerima 83 permohonan baik pulih dan 39 permohonan bina baharu PPRT. Ke semua permohonan ini adalah melalui aduan dan permohonan dari JPKK dan pengaduan secara individu.

Timbalan Yang di-Pertua, akhirnya dengan apa yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam Belanjawan kali ini mampu memberi impak yang positif kepada khalayak terhadap lima fokus yang disenaraikan.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya sekali lagi merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu di atas inisiatif yang ditawarkan melalui Belanjawan 2025 dan saya berdoa agar Allah Subhanahu Wa Ta’ala mengurniakan Negeri Terengganu ini sebagai negeri yang Maju, Berkat dan Sejahtera. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Rantau Abang mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Wakil Rantau Abang. Hanya lebih seminit menepati masa dan tidak melampaui terlalu banyak. Saya silakan mana-mana Ahli Yang Berhormat yang mahu membahaskan. Sila, Wakil Manir.

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, rakan-rakan YB, Pegawai-Pegawai Kerajaan dan agensi serta tidak ketinggalan pemerhati sekalian.

Saya mengambil peluang mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak Kerajaan Negeri walaupun dalam keadaan Kerajaan Federal tidak menyalurkan hasil Royalti Petroleum milik Terengganu dengan cara yang sepatutnya sebagaimana yang termaktub di dalam perjanjian Petroleum antara Kerajaan Negeri dan Petronas pada tahun 1978. Akan tetapi Kerajaan Negeri, kita dapat lihat terus berusaha gigih memperkasakan kemajuan negeri dalam semua aspek keperluan.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, dengan tema Demi Masa Depan Terengganu. Dewan yang mulia ini dan rakyat Negeri Terengganu, saya ingin mengetahui berapakah jumlah terimaan hasil Royalti Petroleum yang telah disalurkan yang telah diberikan Kerajaan sehingga ke hari ini. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, majoriti rakan-rakan YB menyentuh dan membangkitkan bahawa Kerajaan Negeri perlu mencari sumber-sumber dan hasil-hasil pendapatan baru bagi menampung keperluan Kerajaan Negeri. Sebenarnya kita melihat berdasarkan Ucapan Bajet yang telah menjelaskan bahawa beberapa perancangan dan program yang akan menghasilkan pendapatan baru bagi Kerajaan Negeri Terengganu seperti hidrogen program karbon kredit solar yang merupakan antara menyokong teknologi hijau, green energy dengan izin yang dipelopori oleh dunia sekarang ini. Begitu juga pendapatan baru yang kita lihat daripada sumber mineral terutamanya silika, REE dan sebagainya. Ini adalah bukti kesungguhan Kerajaan Negeri dalam mendapat dan memperolehi pendapatan baru bagi Negeri Terengganu, dan pihak kerajaan tadi kita ada mendengar menubuhkan NIT, New Income Terengganu dan ini adalah satu contoh kesungguhan Kerajaan Negeri dalam menangani isu yang dialami sekarang.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, perlombongan silika sebagai contoh di Terengganu Tengah, yang telah diterokai semenjak tahun 2020 sehingga sekarang yang saya kira-kira keluasan yang ada pada data yang saya perolehi ialah 1132.994 hektar dan ini adalah satu jumlah yang boleh dikatakan sangat besar jika sekiranya diambil sebagai satu mekanisme perkiraan yang lebih baik. Berapakah jumlah pendapatan daripada keseluruhan keluasan ini kepada Kerajaan Negeri Terengganu, berapa meter yang telah digali, berapa metrik tan kah yang telah dikeluarkan. Semua formula ini saya yakin dan insya-Allah Kerajaan Negeri dengan kepakaran, dan tuan kepakaran yang ada mempunyai formula yang hampir tepat untuk dapat mengukur hasil negeri dengan lebih tepat daripada pengusaha-pengusaha yang berkaitan insya-Allah. Kita

mengharapkan sumber-sumber mineral yang seumpama ini, kerajaan diharap yang sebagaimana kita sebut kerajaan jangan dapat tulang tetapi pemain-pemain industri mendapat semua daging-daging yang bermutu. Kita tidak mahu hasil Kerajaan Negeri dibuat sebegitu rupa kerana yang akan menanggung kerugian adalah Kerajaan Negeri dan rakyat Negeri Terengganu.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, di antara isu yang sentiasa menjadi rungutan penduduk yang berhampiran dengan kawasan perlombongan silika dan perlombongan yang lain adalah bila mana tempat yang digali itu menjadi kolam ataupun tasik yang boleh menyebabkan banjir kepada kawasan yang bersekitar. Oleh kerana itu, ianya seolah-olah tidak selari dengan usaha Kerajaan yang kita sebut sebagai environmental friendly dengan izin makna sesuai dengan suasana yang ada yang kita lihat menyokong usaha Kerajaan. Kalau gali-gali tak timbus balik inilah menjadi sebab dan masalah kepada Kerajaan pada masa yang akan datang. Sebab itu Allah Subhanahu Wa Ta'ala menyebut . Telah timbulkan pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang dilakukan oleh tangan-tangan manusia. Oleh kerana itu dengan amaran daripada Allah Subhanahu Wa Ta'ala ini, pihak Kerajaan sebaiknya mempunyai serta tindakan yang tegas untuk menyokong apa yang kita sebut tadi environment friendly ini dengan izin.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, dengan pengurusan sumber mineral yang lebih baik sudah tentu ia akan meningkatkan peluang pekerjaan dan peluang pekerjaan bertambah adalah satu perkara yang sangat positif kerana kos kenaikan sara hidup di Malaysia adalah sentiasa meningkat.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Terengganu juga tidak ketinggalan dengan kewujudan sumber mineral REE. Saya merasakan pihak Kerajaan juga perlu meletakkan satu garis asas untuk kita bergerak ke arah mengusahakan REE ini untuk mendapatkan hasil yang terbaik buat Negeri Terengganu kerana telah ada pihak-pihak lain yang telah bergerak. Maka mungkin kita boleh menjadi the first untuk mendapatkan hasil yang lebih baik.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, ramai juga yang menyebut tentang kehadiran pelancong bila mana kehadiran yang ramai akan melibatkan kesesakan lalu lintas. Maka, apakah Kerajaan ada planning atau perancangan untuk memperkasakan sistem pengangkutan awam, LRT ataupun sebagainya.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, sebelum akhir, rakyat sangat faham dengan kekangan kewangan Kerajaan Negeri tetapi ada juga yang bersuara tentang beberapa manifesto yang mendapat manfaat langsung kepada rakyat seperti lesen motor percuma, pinjaman pembelian motor secara Qardh al-Hasan dan beberapa manifesto yang lain. Maka mungkin rakyat juga mahu mendengar apakah ada mekanisme pelaksanaan manifesto-manifesto ini agar rakyat melihat bagaimana kesungguhan Kerajaan Negeri walaupun dinafikan kesemua hak royalti tetapi masih berusaha untuk melaksanakan janji-janji manifesto di dalam Kerajaan Negeri Terengganu.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, akhirnya apakah mungkin Kerajaan Negeri membuat satu polisi GLC-GLC yang ada di dalam Negeri Terengganu secara keseluruhannya membayar ataupun memperuntukkan satu amaun duit ataupun yang kita sebut sebagai annual fees, yuran tahunan kepada Kerajaan Negeri tanpa mengira mereka untung atau rugi mesti memberi satu caruman kepada Kerajaan Negeri dan mungkin usaha yang seumpama ini boleh memberikan suatu tekanan kepada GLC-GLC untuk terus berdaya saing dan maju ke hadapan.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, sebelum saya menutup ucapan saya, saya berterima kasih kepada pihak JKR yang sudah menyusun atur perkembangan yang terbaru untuk Jambatan Teluk Menara dan insya-Allah kita mengharapkan perjalanan proses itu dalam masa yang terdekat, insya-Allah. Akhirnya, semoga I.M.A.N yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dapat dijiwai oleh semua dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab di Negeri Terengganu. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Wakil Manir menyokong penuh Ucapan Belanjawan 2025.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Wakil Manir. Ada lagi yang mahu berucap, masa yang kita ada setengah jam lagi. Silakan.

Ghazali bin SulaimanPAS · PNBukit Besi

Tukar tempat.

Timbalan Yang di-Pertua

Sila Wakil Bukit Besi.

Ghazali bin SulaimanPAS · PNBukit Besi

Tukar tempat sikit. Line ni masih lagi rosak tadi.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua-ketua Jabatan dan Agensi-agensi Kerajaan, yang diraikan para pegawai kakitangan kerajaan, petugas-petugas media, barisan pemerhati yang dirahmati oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala sekalian.

Sayang Merpati terbangnya rendah, Terbangnya sambil berkicau-kicauan, Bajet 2025 di persada indah, Barakah dan redha menjadi impian.

Di Dewan yang serba indah ini, Wakil Bukit Besi ingin melahirkan perasaan syukur kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala kerana atas kurnia mengizinkan saya berada dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Ke-15 bagi mendengar dan membahas Ucapan Belanjawan 2025. Tahniah dan syabas atas Ucapan Belanjawan 2025 yang telah disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar dengan membawa tema “Demi Masa Depan Terengganu” bagi mengukuhkan dan memelihara masa depan Negeri Terengganu yang kita cintai bersama. Belanjawan ini jelas dirangka dengan visi untuk memastikan ia benar-benar menjadi belanjawan untuk semua tanpa ada mana-mana lapisan masyarakat atau sektor yang terpinggir. Merujuk definisi berdasarkan Kamus Dewan, pecahan „demi masa depan’. „Demi’ bermaksud adalah pengorbanan atau demi mencapai suatu tujuan yang lebih besar. „Masa’ merujuk kepada tempoh. „Depan’ merujuk kepada masa yang belum tiba atau suatu yang menjadi sasaran masa hadapan. Terengganu of course lah memang nama negeri di Pantai Timur. Gabungan „Demi Masa Depan Terengganu’ membawa maksud

pengorbanan dan usaha yang dilakukan untuk mencapai kemajuan dan kesejahteraan masa hadapan Negeri Terengganu.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, sidang Dewan yang saya kasihi sekalian. Marilah sama-sama kita bersyukur kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala dengan sumber kekayaan dan keharmonian yang dianugerahkan sepanjang kehidupan kita seharian dengan adanya lima fokus Belanjawan dan lima sasaran masa depan Negeri Terengganu menjelang 2030 yang digariskan dalam Ucapan Belanjawan 2025 haruslah direalisasikan bersama demi masa depan Terengganu yang lebih cemerlang. Lima fokus belanjawan adalah:

1. Peningkatan kelestarian fiskal 2. Pembangunan rantaian nilai makanan 3. Pengukuhan modal sosial 4. Pemerkasaan ekonomi berdaya saing 5. Pemberdayaan masyarakat usahawan

Tahniah juga Wakil Bukit Besi ucapkan buat Kerajaan Negeri kerana memperuntukkan sejumlah RM1.88 bilion bagi Belanjawan 2025 untuk mengurus dan meneruskan pembangunan negeri bagi tahun hadapan dan anggaran hasil sebanyak RM1.997 bilion. Belanjawan 2025 Negeri Terengganu yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar berteraskan lima fokus strategi yang mencerminkan usaha komprehensif kerajaan dalam mentadbir sebuah negeri yang lebih maju, lestari dan inklusif. Fokus ini dirangka bukan sahaja untuk menangani cabaran semasa tetapi juga untuk memastikan pembangunan jangka panjang di Negeri Terengganu terus berada di landasan yang tepat.

Timbalan Yang di-Pertua, sidang-sidang Dewan sekalian. Fokus utama iaitu meningkatkan kelestarian fiskal dalam mendepani cabaran ekonomi global dan nasional, kelestarian fiskal menjadi asas utama bagi memastikan kewangan negeri berada dalam keadaan yang stabil dan mampan. Fokus ini menekankan pengurusan sumber kewangan secara berhemah melalui langkah-langkah seperti berikut:

Pertama, memaksimakan hasil tanpa membebankan rakyat sebagaimana yang disebut oleh rakan-rakan Yang Berhormat berucap tadi. Seterusnya yang kedua, memantapkan kecekapan belanjawan awam melalui kawalan ketat

terhadap perbelanjaan. Kerajaan dapat memastikan setiap ringgit yang dibelanjakan memberi impak maksimum kepada rakyat dan pembangunan negeri.

Yang ketiga, mengurangkan ketirisan kewangan dengan memperkukuhkan sistem pemantauan dan akauntabiliti. Ketirisan yang menjejaskan keupayaan kerajaan untuk mencapai matlamat pembangunan dapat diminimumkan. Yang seterusnya, notis amaran atau notis rampasan pada pemilik tanah yang gagal melunaskan bayaran cukai perlu dikuatkuasakan agar mendidik rakyat supaya peka dengan bayaran cukai tanah dan sebagainya. Tahniah diucapkan kepada Kerajaan Negeri atas pelancaran aplikasi Sistem e-Tanah secara menyeluruh di setiap daerah dalam Negeri Terengganu. Walau bagaimanapun, Sistem e-Tanah haruslah diperhalusi lagi bagi meringankan dan memudahkan urusan pemohon terutama kami di pedalaman luar bandar yang mana tahap penguasaan pendetailan masih rendah khasnya golongan warga emas dan kawasan pedalaman.

Seterusnya, kadar royalti mineral yang juga ada disebutkan dalam Belanjawan agar dapat meningkatkan hasil dalam sektor perlombongan sama ada perlombongan bijih besi mahupun industri mineral yang lain. Pada masa yang sama, kami mencadangkan agar rakyat setempat mendapat manfaat melalui CSR daripada syarikat-syarikat perlombongan dan industri mineral. Janganlah orang kampung cuma dapat habuk, hasil dapat pada orang lain. Seterusnya, langkah-langkah ini bukan sahaja memastikan negeri terus kukuh dari segi kewangan tapi juga menyediakan asas yang stabil untuk melaksanakan inisiatif-inisiatif lain yang telah dirancang demi kesejahteraan rakyat Terengganu.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, fokus yang kedua pembangunan rantaian nilai makanan. Tahniah Bukit Besi ucapkan atas peruntukan sektor pertanian sekitar 10.6% berbanding 7.4% sahaja pada 2023. Dengan pengeluaran hasil komuniti makanan utama meningkat antara 4.5 hingga 6% setiap tahun, tahniah. Bagi meningkatkan keupayaan pengeluaran makanan tempatan, usaha haruslah ditumpukan kepada meningkatkan hasil pertanian, perikanan, penternakan untuk memenuhi keperluan makanan Negeri Terengganu. Teknologi moden seperti penanam pintar perlu diperkenalkan dan ditingkatkan penggunaan bagi meningkatkan kecekapan dan produktiviti pengeluaran atau hasil. Begitu juga penekanan kepada penggunaan sumber tempatan yang lestari untuk mengurangkan kebergantungan kepada import makanan haruslah dititikberatkan. Kerajaan juga perlu memperbanyakkan inisiatif yang memudahkan hubungan antara pengeluar makanan, peruncit dan

pengguna. Platform pemasaran digital perlu diperluaskan untuk membantu petani dan penternak memasarkan produk mereka dengan lebih efektif. Dengan adanya…

Timbalan Yang di-Pertua

Dua minit lagi YB.

Ghazali bin SulaimanPAS · PNBukit Besi

kepelbagaian aktiviti perpindahan kemahiran, pengaplikasian teknologi IoT juga disebutkan dalam Belanjawan 2025 sekejap tadi, semalam.

Seterusnya, fokus yang ketiga pengukuhan modal sosial. Ini banyak disebut oleh beberapa YB-YB, rakan-rakan saya yang banyak menyebut tentang modal sosial ialah aset yang tidak ternilai untuk membangunkan masyarakat yang sejahtera, harmoni dan bersatu padu. Dengan Belanjawan ini, Kerajaan Negeri perlu menitikberatkan pengukuhan modal sosial melalui cadangan pendekatan seperti berikut. Alhamdulillah, pembangunan komuniti yang inklusif perlu diperkenalkan menyokong penuh hasrat Kerajaan dalam penganjuran Karnival di 32 DUN yang melibatkan agensi-agensi dan jabatan. Seterusnya, pemerkasaan pendidikan dan kemahiran, Kerajaan perlu memberi tumpuan dalam peningkatan akses pendidikan berkualiti serta menyediakan peluang latihan kemahiran kepada belia beliawanis, memastikan mereka mampu bersaing di pasaran pekerjaan. Seterusnya, pemerkasaan ekonomi berdaya saing. Fokus keempat memberi tumpuan kepada membina ekonomi Terengganu yang lebih berdaya saing dengan keutamaan kepada inovasi, teknologi dan kecekapan sektor-sektor utama.

Timbalan Yang di-Pertua

Minta Bukit Besi ringkaskan. Kita ada soalan lagi dari pembahas.

Ghazali bin SulaimanPAS · PNBukit Besi

Saya disebutkan oleh rakan-rakan saya, kami menyokong yang disebut oleh mereka-mereka terdahulu daripada saya ini. Yang akhir, pemberdayaan masyarakat usahawan. Salah satu komponen utama dalam Belanjawan 2025 bagi menggalakkan keusahawan dalam kalangan rakyat ialah usaha kerajaan untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang berdaya upaya usaha dan berkeupayaan tinggi dalam bidang keusahawanan. Fokus ini menekankan kepada galakan pada usahawan mikro kecil dan sederhana, bantuan modal dan latihan keusahawanan perlu ditingkatkan sama ada di bandar dan di luar bandar.

Timbalan Yang di-Pertua

Bukit Besi, boleh tolong ringkaskan.

Ghazali bin SulaimanPAS · PNBukit Besi

Rumusan, IMAN juga kami menyokong penuh dengan cadangan yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Seterusnya, masalah yang disebutkan oleh Telemung…

Timbalan Yang di-Pertua

Kalau yang dah disebut itu saya rasa cukuplah.

Ghazali bin SulaimanPAS · PNBukit Besi

Telemung… samalah masalah yang di Telemung, masalah di lain-lain tempat juga berlaku dalam DUN kami di Bukit Besi.

Akhir daripada saya sebagai penutup bicara saya pada hari ini, memohon keampunan dan kemaafan sepanjang perbahasan kali ini mungkin ada dok puas dan sebagainya. Serangkap pantun daripada kami di Bukit Besi;

Bunga mawar disuluh pelita, Dipetik oleh si dara jelita, Bicara sudah diakhir kata, Undur diri izin dipinta.

. Bukit Besi mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Bukit Besi.

Kita ada beberapa minit lagi. Jadi yang terakhir saya beri peluang pada Batu Rakit tapi saya minta betul-betul lah tepati masa sepuluh minit yang diberikan.

Kita kena berhenti nak tak nak pukul lima petang atau sebelum pukul lima. Sila Batu Rakit.

Mohd Shafizi bin IsmailPAS · PNBatu Rakit

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, izinkan saya mulakan ucapan saya membaca satu surah daripada Al-Quran Karim.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Kerana kebiasaan aman tenteram kaum Quraisy penduduk Makkah. laitu kebiasaan aman tenteram perjalanan mereka (menjalankan perniagaan) pada musim sejuk (ke negeri Yaman), dan pada musim panas (ke negeri Syam), maka hendaklah mereka menyembah Tuhan yang menguasai rumah (Kaabah) ini, Tuhan yang memberi mereka penghidupan: menyelamatkan mereka dari kelaparan, dan mengamankan mereka dari ketakutan.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, semua Ahli-Ahli Yang Berhormat, Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi-Agensi serta semua para pemerhati sekalian. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar Terengganu atas Ucapan Belanjawan Negeri yang bertemakan Demi Masa Depan Terengganu yang telah meletakkan lima sasaran utama menjelang 2030. Ini selaras dengan Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS) 2030 yang telah dilancarkan sebelum ini. Tema ini jelas menggambarkan komitmen Kerajaan Negeri untuk memastikan kesejahteraan rakyat Terengganu pada masa hadapan.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, surah Quraisy yang saya bacakan tadi. Ini surah bukan ayat yang pendek tapi surah yang pendek saya bacakan tadi menceritakan tentang tanggungjawab sebuah Kerajaan dalam Islam yang menekankan tentang konsep keselamatan dan kesejahteraan rakyat sesebuah

negeri ataupun negara. Oleh itu, marilah kita mengambil konsep surah ini sebagai asas untuk merancakkan aktiviti pembangunan dan kebajikan rakyat di Negeri Terengganu ini.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, antara sasaran penting menjelang tahun 2030 dalam Bajet ini ialah peningkatan pendapatan negeri selain royalti minyak ialah sebanyak RM510 juta setahun. Saya melihat ini sebagai satu agenda penting negeri bagi mengurangkan kebergantungan negeri kepada royalti petroleum semata-mata. Sehubungan itu saya ingin menekan beberapa perkara.

Yang pertama, keperluan meningkatkan kutipan zakat. Kutipan dan agihan zakat merupakan bidang kuasa di bawah MAIDAM, namun saya melihat perlu ada penyelarasan antara agenda kebajikan melibatkan Kerajaan Negeri dan MAIDAM bagi memastikan bantuan yang diberikan secara efisien dan tidak berlaku penindanan dan dalam masa yang sama dana zakat mesti dijadikan alat untuk mengurangkan kemiskinan negeri bukan sekadar bantuan bulanan tetapi juga melalui projek khas yang fokus pada pengurangan kemiskinan.

Yang kedua, pelan New Income Terengganu (NIT). Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Batu Rakit menyambut baik pelan New Income Terengganu (NIT) yang sering disebut oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dalam pelbagai ucapan. Saya berharap pelan ini dilaksanakan dengan penuh kesungguhan oleh semua agensi berkaitan serta memerlukan pemantauan dan laporan berkala. Penekanan pendapatan bukan hanya tertumpu pada peningkatan cukai dan bayaran sahaja tetapi harus juga melihat potensi negeri seperti sumber galian dan sektor pelancongan. Laporan NIT juga perlu dilaporkan kepada sidang DUN secara berkala supaya semua pemegang taruh mengambil serius dalam agenda penambahan pendapatan Negeri Terengganu.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, berdasarkan Undang-Undang Tubuh Negeri, sumber asas perundangan Islam adalah al-Quran, Sunnah, Ijma’ dan Qiyas. Oleh itu, selain pemantapan garis panduan hiburan, persembahan, pelancongan dan sukan negeri, saya mencadangkan supaya prinsip Islam diperkasakan dalam setiap segmen pembangunan negeri termasuk pembangunan infrastruktur dan pembangunan insan. Sebagai contoh pembangunan pusat rekreasi dan pelancongan harus mengambil kira pemisahan antara lelaki dan wanita. Untuk itu, saya mencadangkan supaya

sebuah jawatankuasa khas pematuhan syariah diwujudkan bagi memastikan setiap program dan projek Negeri Terengganu mematuhi prinsip Islam. Jawatankuasa ini perlu bertanggungjawab untuk meluluskan dan memantau pelaksanaan pematuhan syariah di seluruh Negeri Terengganu.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Kerajaan mensasarkan pertumbuhan sektor pertanian sekitar 10.6%. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada EXCO Pertanian atas pencapaian yang memberangsangkan ini. Namun, saya ada satu masalah lambakan buah-buahan seperti duku, langsat, rambutan sering menyebabkan harga jatuh dan tidak memberi pulangan yang baik kepada penanam. Saya mencadangkan agar satu kajian dilakukan dengan kerjasama Jabatan Persekutuan untuk melihat potensi produk hiliran dari buah-buahan ini untuk dipetik serta dipasarkan demi memastikan hasil tidak dibiarkan begitu sahaja dan menggalakkan juga pertanian berskala industri.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, dalam HPI 21 pengukuhan promosi pelaburan dan perdagangan serta kebolehcapaian sektor Pelancongan turut disentuh. Saya ingin menekankan pentingnya pembangunan pelancongan di Pulau Redang yang memiliki potensi besar untuk menarik pelancong dalam dan luar negara. Namun, saya berharap limpahan pelancongan di Pulau Redang dapat dinikmati oleh penduduk pulau tersebut sama seperti Pulau Langkawi. Selain itu, pelancongan Islam harus dijadikan asas dalam pembangunan dan pemerkasaan sektor pelancongan di Pulau Redang. Pelancongan Islam tidak hanya berkaitan dengan pematuhan syariah tetapi juga melibatkan etika, budaya dan suasana yang menyambut pelancong dengan penuh keindahan Islam sesuai dengan tagline Indahnya Hidup Bersyariah.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh isu yang berlaku di peringkat nasional yang sedikit sebanyak memberi kesan kepada kestabilan negara. Isu seperti pelaburan BlackRock dan bendera China berkibar di Perak boleh menggugat perpaduan dalam negara. BlackRock, pengurus aset terbesar dunia telah melabur di Malaysia sejak tahun 1900-an dan kini memiliki aset bernilai RM27.5 billion di negara ini. Walau bagaimana pun, penglibatan syarikat ini dalam sektor-sektor tertentu telah menimbulkan kontroversi terutamanya berkaitan dakwaan sokongan terhadap Israel. Beberapa pihak telah memprotes penglibatan BlackRock dalam projek-projek di Malaysia termasuk pengambilalihan Global Infrastructure Partners (GIP) yang terlibat dalam pengurusan lapangan terbang dalam negara kita. Kerajaan perlu

mempertimbangkan implikasi sosial dan politik daripada penglibatan syarikat-syarikat seperti BlackRock dalam ekonomi negara ini.

Isu bendera China di Perak kebimbangan timbul apabila bendera China dikibarkan di Menara Condong, Teluk Intan, Perak…

Timbalan Yang di-Pertua

Seminit lagi ya…

Mohd Shafizi bin IsmailPAS · PNBatu Rakit

Yang dianggap oleh sesetengah pihak sebagai simbol sokongan kepada China. Perkara ini menimbulkan sensitiviti dalam kalangan rakyat Malaysia yang prihatin terhadap kedaulatan dan identiti negara yang perlu diambil tindakan oleh Kerajaan kita.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, sedikit isu di DUN Batu Rakit, saya difahamkan dalam pelan pembangunan di bawah JKR terdapat isu, terdapat satu perancangan untuk membina jalan baharu dari Kampung Lingai ke Kampung Pecah Rotan, saya amat bersetuju dengan perancangan ini dan mohon maklumbalas pihak JKR menerusi EXCO yang berkaitan untuk memperincikan status pelaksanaan projek ini. Projek ini amat penting untuk kemudahan rakyat di Batu Rakit.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, isu tanah pertanian rentahan haram sebelum ini pihak Kerajaan telah membuka permohonan sebanyak dua kali, namun saya melihat masih ramai lagi yang belum membuat permohonan dan ada yang bermasalah dalam permohonan tersebut, berdasarkan aduan dan cadangan daripada rakyat di DUN Batu Rakit, saya mencadangkan supaya permohonan tanah pertanian rentahan haram ini dibuka untuk kali ketiga bagi memberi peluang kepada rakyat menyelesaikan permasalah mereka.

Timbalan Yang di-Pertua

Seminit lagi ya Yang Berhormat, kita mesti berhenti pukul 5.

Mohd Shafizi bin IsmailPAS · PNBatu Rakit

Seterusnya, berkenaan dengan Pantai Batu Rakit, antara pantai yang agak terkesan dengan hakisan pantai. Alhamdulillah, Pantai Batu Rakit terpilih dalam pelaksanaan pembangunan pemecah ombak break water, dengan kos yang agak tinggi. Namun, ada beberapa persoalan yang ingin dimohon penjelasan daripada pihak

Kerajaan. Pertama adakah pihak Kerajaan yakin pelan pembangunan pemecah ombak dan berbentuk pulau yang sedang dalam progress di Batu Rakit ini mampu untuk menyelesaikan hakisan pantai dalam tempoh yang panjang. Sebagai contoh, projek break water di Kampung Tanjung Gelam yang telah siap, namun hakisan pantai tetap berlaku di antara ruangan kosong antara benteng pemecah ombak tersebut. Ini seolah-olah tidak dapat menyelesaikan permasalahan hakisan pantai dalam tempoh yang panjang dan akan membebankan lagi kos penambahbaikan. Oleh itu, saya mohon sekali lagi penjelasan terperinci daripada pihak Kerajaan berkenaan dengan pro dan kontra konsep pembangunan benteng pemecah ombak ini. Seterusnya dalam perancangan pembangunan benteng pemecah ombak ini juga saya mohon masukkan sekali pembangunan Pengkalan Nelayan Batu Rakit. Untuk makluman Dewan, Pengkalan Nelayan di Batu Rakit adalah pengkalan yang paling lama wujud di Terengganu. Oleh itu, kita mahukan kegemilangan Batu Rakit dikembalikan semula dengan keadaan pantainya yang cantik untuk pelancongan dan mesra nelayan dengan kemudahan pengkalan yang sesuai. Ini akan dapat membantu nelayan dalam meningkatkan hasil pendapatan mereka. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua…

Timbalan Yang di-Pertua

Saya tak ada masa yang panjang dah. Kita kena berhenti pukul 5.00, Jadi saya ingat… seminit je lagi.

Mohd Shafizi bin IsmailPAS · PNBatu Rakit

Biasa akhir dapat aksabah banyak

Timbalan Yang di-Pertua

Pukul 5.00 kita kena berhenti.

Mohd Shafizi bin IsmailPAS · PNBatu Rakit

Okay, sikit lagi..

Timbalan Yang di-Pertua

Seminit je saya bagi. Kalau tidak pun, saya akan suruh duduk dan saya akan tambah

Mohd Shafizi bin IsmailPAS · PNBatu Rakit

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Berkenaan dengan isu utiliti di Batu Rakit, terdapat aduan yang sentiasa berulang melibatkan bekalan air terputus yang kerap berlaku di Kampung Wakaf Tengah. Ini berlaku kerana

paip utama yang uzur dan sentiasa pecah. Jadi saya mohon kepada pihak Kerajaan untuk mempercepatkan projek gantian paip utama bagi menyelesaikan isu bekalan air yang sentiasa terputus ini. Ini bagi memastikan aktiviti harian dan ekonomi rakyat setempat tidak terjejas dan memberi kesejahteraan kepada rakyat di DUN Batu Rakit.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, akhir sekali terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu atas Belanjawan yang komprehensif, saya berharap setiap sasaran dan perancangan yang digariskan dapat dilaksanakan dengan penuh kesungguhan demi masa depan Terengganu yang sejahtera, aman dan makmur. Semoga kita semua diberi kekuatan untuk menjayakan hasrat ini bersama. Batu Rakit menyokong penuh Belanjawan Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Wakil Batu Rakit yang saya anggap pembahas terakhir untuk sesi ini dan juga untuk ucapan Belanjawan Bajet yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu pada pagi semalam. Alhamdulillah, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar Terengganu, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-Ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan dan juga para pemerhati sekalian, kita baru sahaja selesai sesi perbahasan ke atas Enakmen Perbekalan dan saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian membahaskan Ucapan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dan saya percaya wakil-wakil Kerajan telah meneliti dan akan memberi maklumbalas dalam penggulungan yang akan dimulakan esok.

Oleh yang demikian, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekian, dengan ini saya tangguhkan sementara persidangan kita ke esok hari 20 November 2024 dan kita akan mula semula pada jam 9.30 pagi. Marilah sama-sama kita bacakan tasbih kafarah dan surah an-Asr. Terima kasih.

MESYUARAT DITANGGUH PADA PUKUL 4.58 PETANG