Terengganu · 15 April 2025
15th Assembly, 3rd session, 1st meeting · 168 turns · 29,767 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalTerengganu publishes one PDF per meeting, with the written answers appended. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
(Pembukaan)
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli Yang Berhormat sekalian, mesyuarat disambung semula. Sebelum kita memulakan Persidangan Dewan pada pagi ini, marilah kita sama-sama membaca Ummul kitab Al-Fatihah.
(Al-Fatihah)
Ucapan Yang Berhormat Dato’ Yang Di-Pertua Dewan
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian. Perkara pertama di dalam Tertib Pekerjaan Dewan pada pagi ini ialah Ucapan Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua Dewan.
Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, para pemerhati, tuan-tuan dan puan-puan yang saya muliakan sekalian.
Pertama dan selamanya marilah kita Bersama-sama melafazkan rasa penuh syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana dengan limpah rahmat dan inayah-Nya, kita dapat berkumpul dalam Dewan yang mulia ini bagi menyempurnakan Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Ketiga Dewan Undangan Negeri Terengganu Yang Kelima Belas.
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan persidangan ini, khususnya kepada barisan pegawai-pegawai kanan Kerajaan Negeri, Unit 6 Pasukan Simpanan Persekutuan Terengganu & Pancaragam Rejimen 512 (Askar Wataniah), kakitangan Pejabat Dewan, pasukan teknikal dan urus setia, serta semua individu yang telah bekerja keras di sebalik tabir demi memastikan kelancaran istiadat pembukaan ini. Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada tetamu-tetamu jemputan, para pemerhati, serta wakil-wakil media yang telah hadir memberi sokongan dan perhatian terhadap perjalanan sistem demokrasi di negeri ini.
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, dalam suasana Syawal yang masih dirasai, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin, kepada semua Ahli Dewan serta seluruh rakyat Negeri Terengganu. Ramadan yang telah berlalu merupakan madrasah tarbiah yang membina sifat sabar, keikhlasan, dan kesatuan hati. Semoga segala ibadah dan amal kebaikan kita diterima oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Seterusnya, Patik ingin merakamkan ucapan rafak sembah Junjung kasih kehadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu di atas perkenan baginda mencemar duli merasmikan pembukaan persidangan pada kali ini. Sesungguhnya, keberangkatan Baginda adalah lambang keutuhan dan sokongan padu Institusi DiRaja terhadap perjalanan demokrasi serta pembangunan negeri yang tercinta ini.
Patik juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merafak sembah, setinggi-tinggi ucapan tahniah serta selamat berkhidmat kepada Duli Yang Teramat Mulia Yang Dipertuan Muda Negeri Terengganu, sempena program penempatan Baginda di beberapa jabatan Kerajaan Negeri.
Penempatan ini merupakan sebahagian daripada pengisian rasmi yang memberi ruang kepada Tuanku dapat meneliti secara langsung struktur, fungsi dan
amalan tadbir urus di peringkat negeri. Pendekatan ini selari dengan adat dan tradisi institusi diraja dalam memperluas kefahaman tentang urus tadbir negeri, serta memperkukuh hubungan yang harmoni antara institusi DiRaja dan pentadbiran Negeri Terengganu Darul Iman.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, dalam persidangan kali ini, perhatian penuh perlu diberikan kepada Titah DiRaja, yang telah menyentuh pelbagai aspek utama dasar negeri seperti pembangunan ekonomi, sosial, pendidikan, dan kesejahteraan rakyat.
Kajian yang dilakukan oleh Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Parlimen Malaysia dalam laporan "Pengukuhan Badan Perundangan Negeri dan Wilayah" (2022) menyarankan agar semua Titah DiRaja diambil serius sebagai input kepada perancangan strategik Kerajaan Negeri. Maka saya menyeru kepada semua Ahli Yang Berhormat agar mengadaptasikan kandungan Titah ini dalam ucapan perbahasan masing-masing.
Titah ini bukan hanya panduan untuk pihak Kerajaan, bahkan juga menjadi tanggungjawab bersama barisan backbenchers, dalam memastikan bahawa perancangan negeri sentiasa berada dalam kerangka aspirasi rakyat dan kesejahteraan bersama.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, untuk makluman semua sidang hadirin, Dewan Rakyat baru baru ini telah meluluskan Akta Perkhidmatan Parlimen 2025. Ini adalah langkah besar dalam memisahkan pentadbiran Parlimen daripada kawalan eksekutif yang merupakan suatu tuntutan yang telah lama diperjuangkan oleh pakar perundangan dan pengamal demokrasi.
Antara intipati penting akta ini termasuklah:
• Penubuhan Perkhidmatan Parlimen dengan kuasa menguruskan sumber manusia, kewangan dan pentadbiran secara bebas; • Penambahbaikan sistem dan keupayaan penggubalan undang-undang; • Pemerkasaan autonomi Speaker dan Ahli Parlimen dalam melaksanakan tugas tanpa campur tangan luar.
Bagi negeri-negeri seperti Terengganu, akta ini membuka ruang untuk menginstitusikan hal yang sama di peringkat Dewan Undangan Negeri. Tindakan ini sejajar dengan prinsip subsidiariti dalam Perlembagaan Persekutuan, bagi memberi kuasa kepada negeri untuk menambah baik pentadbiran mengikut konteks tempatan.
Saya ingin menyatakan bahawa Dewan Undangan Negeri Terengganu bersedia memulakan langkah-langkah awal ke arah pewujudan akta perkhidmatan yang serupa sekiranya terdapat ruang perundangan dan sokongan dari semua pihak dengan semestinya terlebih dahulu mendapatkan pandangan secara menyeluruh daripada pelbagai golongan berkepentingan.
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya amat berbesar hati untuk memaklumkan bahawa pada sesi kali ini, sebanyak 188 soalan lisan dan bertulis telah dikemukakan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat. Jika dibandingkan dengan sesi tahun lalu, angka tersebut meningkat sebanyak 27%, yang mencerminkan tahap kecaknaan, keprihatinan dan keaktifan Ahli-ahli Dewan yang semakin semangat dan tinggi.
Analisis dalaman mendapati bahawa 40% daripada soalan tertumpu kepada isu-isu infrastruktur dan kemudahan asas, diikuti oleh isu ekonomi dan pekerjaan sebanyak 25%, serta soalan yang berkaitan dengan sosial dan kebajikan sebanyak 15%. Hal ini menunjukkan keseimbangan tumpuan antara pembangunan fizikal dan kesejahteraan rakyat, dan ia perlu dipandang serius oleh pihak Kerajaan Negeri.
Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua Ahli Yang Berhormat atas keprihatinan dan inisiatif ini. Peranan sebagai Ahli Dewan bukan sekadar menyokong atau membangkang, tetapi juga menjadi pemikir dasar, penyampai aspirasi rakyat dan pemantau pelaksanaan dasar awam. Teruskanlah budaya sihat ini dengan semangat, wacana yang matang, adab perbahasan yang tinggi dan semangat kolektif membina negeri.
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, konflik yang berlarutan di Bumi Palestin terus menjadi lambang penderitaan ummah yang perlu menemui keadilan. Dalam menghadapi ketidakadilan ini, kita dituntut untuk bersuara, menzahirkan solidariti dan menyatakan pendirian kita demi membela kebenaran. Terbaru pada April 2025,
serangan udara oleh Rejim Zionis ke atas hospital al-Ahli di Gaza City telah menyebabkan kehilangan nyawa dan merosakkan infrastruktur kesihatan yang sangat diperlukan oleh penduduk Gaza termasuk seorang kanak-kanak yang terkorban akibat kekurangan rawatan perubatan. Lebih memburukkan keadaan pada 18 Mac 2025, Israel telah melanggar gencatan senjata dengan kembali melancarkan serangan udara ke atas Gaza mengakibatkan kematian warga Palestin. Serangan ini telah memperlihatkan ketidakpatuhan terhadap komitmen gencatan senjata yang telah dipersetujui sebelumnya.
Mewakili Dewan Undangan Negeri Terengganu, saya ingin merakamkan solidariti penuh bersama rakyat Palestin yang menderita akibat penjajahan yang berterusan dan keganasan yang tidak berkesudahan. Kita akan terus menyambut baik inisiatif diplomatik yang diambil oleh beberapa negara termasuk kenyataan beberapa negara yang sedang mempertimbangkan pengiktirafan Negara Palestin. Kita juga menggesa Kerajaan Persekutuan Malaysia untuk terus memainkan peranan yang lebih aktif di peringkat antarabangsa dalam memperjuangkan hak-hak rakyat Palestin dan mendesak agar gencatan senjata dipatuhi dengan sebaiknya. Marilah kita bersama-sama menzahirkan solidariti bukan hanya dengan doa dan kata-kata, tetapi juga melalui tindakan diplomatik yang berkesan, bantuan kemanusiaan dan meneruskan perjuangan mengenai isu ini agar ia tetap segar dalam ingatan rakyat Malaysia termasuk dalam Dewan yang mulia ini. Semoga Allah Ta’ala memberi kekuatan, kesabaran dan kemenangan kepada saudara-saudara kita di Palestin dan semoga mereka diberikan keadilan yang sewajarnya.
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, sebelum mengakhiri ucapan ini, saya ingin menegaskan bahawa setiap perbahasan, keputusan dan tindakan yang dilaksanakan dalam Dewan ini hendaklah berpaksikan kepada kepentingan rakyat dan negeri. Persidangan ini merupakan ruang tertinggi dalam sistem demokrasi negeri untuk menggubal dasar, meneliti pelaksanaan dan membentuk hala tuju yang mampan bagi Terengganu Darul Iman.
Sebelum saya menutup ucapan pada pagi ini, saya juga mengambil peluang dengan penuh rasa dukacita saya mewakili seluruh warga Dewan Undangan Negeri Terengganu merakamkan ucapan takziah yang sedalam-dalamnya kepada keluarga Allahyarham Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, mantan Perdana Menteri Malaysia yang Kelima, yang telah kembali ke rahmatullah
semalam. Allahyarham Tun Abdullah telah memimpin negara dari tahun 2003 hingga 2009. Dalam tempoh tersebut, beliau dikenali sebagai seorang pemimpin berjiwa tenang, merendah diri serta menekankan prinsip integriti, kesederhanaan dan amanah dalam pentadbiran negara.
Kepimpinan beliau turut meninggalkan kesan yang signifikan kepada Negeri Terengganu, khususnya dalam memperkukuh hubungan Persekutuan dan Negeri, termasuk dari aspek pembangunan infrastruktur dan pendidikan. Sumbangan Allahyarham dalam menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan awam, memperluas ruang dialog antara rakyat dan kerajaan serta menekankan ketelusan dalam urus tadbir telah memberi manfaat kepada seluruh rakyat, termasuk warga pentadbiran dan masyarakat di Terengganu.
Sebagai seorang tokoh negarawan yang dihormati, jasa dan sumbangan beliau dalam membentuk landskap politik serta memperkukuhkan tadbir urus negara akan terus dikenang dan menjadi teladan buat generasi akan datang. Marilah sama-sama kita mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para solihin. Marilah sama-sama kita bangun dan menghormati dan mengenangi jasanya dalam Dewan Yang Mulia ini dan sama-sama kita membaca Ummu-Quran, Al-Fatihah. .
Sekian. Sebelum menamatkan ucapan sekali lagi saya mengucapkan selamat bersidang kepada semua Ahli Yang Berhormat. Semoga persidangan kali ini berlangsung dengan tertib, diberkati dan menghasilkan keputusan yang membawa kemakmuran dan kesejahteraan kepada seluruh rakyat Terengganu Darul Iman.
Kertas-Kertas Kerja Dan Laporan-Laporan
Perkara seterusnya dalam Tertib Pekerjaan Dewan ialah KERTAS-KERTAS KERJA DAN LAPORAN-LAPORAN.
Kertas-kertas kerja dan laporan-laporan yang dibentangkan ialah:
1.
Penyata Kewangan Bagi Tahun 2023 .
Majlis Bandaraya Kuala Terengganu
(D.U.N. Bil.1/2025)
2.
Penyata Kewangan 2023 Majlis Perbandaran Kemaman
(D.U.N. Bil.2/2025)
3.
Penyata Kewangan 2023 Majlis Perbandaran Dungun
(D.U.N. Bil.3/2025)
4.
Penyata Kewangan 2023 Majlis Daerah Besut
(D.U.N. Bil.4/2025)
5.
Penyata Kewangan 2023 Majlis Daerah Hulu Terengganu
(D.U.N. Bil.5/2025)
6.
Penyata Kewangan 2023 Majlis Daerah Marang
(D.U.N. Bil.6/2025)
7.
Penyata Kewangan 2023 Majlis Daerah Setiu
(D.U.N. Bil.7/2025)
8.
Penyata Kewangan 2023 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu
(D.U.N. Bil.8/2025)
9.
Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan 2023 Yayasan Terengganu
(D.U.N. Bil.9/2025)
10.
Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan 2023 Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu
(D.U.N. Bil.10/2025)
11.
Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan 2023 Lembaga Muzium Negeri Terengganu
(D.U.N. Bil.11/2025)
12.
Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan 2023 Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu
(D.U.N. Bil.12/2025)
13.
Laporan Ketua Audit Negara 3/2024 Terengganu/Oktober 2024
(D.U.N. Bil.13/2025)
14.
Laporan Tahunan dan Kewangan 2023 Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu
(D.U.N. Bil.14/2025)
Soalan-Soalan Yang Telah Diberi NotisQuestions
Perkara berikut ialah Soalan-soalan Yang Telah Diberi Notis:
(1) Soalan-Soalan Bertulis (2) Soalan-Soalan Lisan
Jawapan-jawapan kepada Soalan-soalan Bertulis yang telah diberi notis dan telah dibentangkan di hadapan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian daripada:
1.
Yang Berhormat Wakil Bandar 2.
Yang Berhormat Wakil Jertih 3.
Yang Berhormat Wakil Kuala Berang 4.
Yang Berhormat Wakil Buluh Gading 5.
Yang Berhormat Wakil Kemasik 6.
Yang Berhormat Wakil Ladang 7.
Yang Berhormat Wakil Pengkalan Berangan 8.
Yang Berhormat Wakil Seberang Takir
9.
Yang Berhormat Wakil Permaisuri 10.
Yang Berhormat Wakil Rantau Abang 11.
Yang Berhormat Wakil Batu Rakit 12.
Yang Berhormat Wakil Telemung 13.
Yang Berhormat Wakil Bukit Tunggal 14.
Yang Berhormat Wakil Kuala Besut 15.
Yang Berhormat Wakil Bukit Besi
SOALAN-SOALAN LISAN
Soalan-Soalan LisanQuestions
Sekarang kita masuk kepada Soalan-soalan Lisan. Berikut ialah Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberi notis untuk mengemukakan Soalan-soalan Lisan:
1.
Yang Berhormat Wakil Bandar 2.
Yang Berhormat Wakil Jertih 3.
Yang Berhormat Wakil Kuala Berang 4.
Yang Berhormat Wakil Buluh Gading 5.
Yang Berhormat Wakil Kemasik 6.
Yang Berhormat Wakil Ladang 7.
Yang Berhormat Wakil Pengkalan Berangan 8.
Yang Berhormat Wakil Manir 9.
Yang Berhormat Wakil Seberang Takir 10.
Yang Berhormat Wakil Permaisuri 11.
Yang Berhormat Wakil Hulu Besut 12.
Yang Berhormat Wakil Rantau Abang 13.
Yang Berhormat Wakil Batu Rakit 14.
Yang Berhormat Wakil Langkap 15.
Yang Berhormat Wakil Air Putih 16.
Yang Berhormat Wakil Telemung 17.
Yang Berhormat Wakil Bukit Tunggal 18.
Yang Berhormat Wakil Kuala Besut 19.
Yang Berhormat Wakil Bukit Besi 20.
Yang Berhormat Wakil Sura
Dipersilakan Yang Berhormat Wakil Bandar untuk mengemukakan soalan. Sila.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya soalan pertama.
Dikhabarkan ada pelabur dalam industri LNG akan datang ke Terengganu, apakah status pembangunan LNG dan apakah impak besar kepada negeri dan negara?
Terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, rakan-rakan Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri seterusnya Ahli-ahli Yang Berhormat dan Ahli-ahli Dewan yang dirahmati Allah sekalian. Terima kasih kepada ADUN Bandar dan saya memulakan soalan-soalan lisan untuk bagi sesi Sidang DUN pada kali ini. Soalannya seperti yang tertera, jawapannya ialah satu kerjasama antara Kerajaan Negeri dan E&H Sdn. Bhd. melalui Memorandum Persefahaman (MoU) adalah langkah strategik untuk memperkukuhkan sektor LNG di negeri ini. Berikut adalah beberapa maklumat tambahan mengenai MoU tersebut:
1. Pengukuhan Ekosistem LNG: E&H Energy, dengan pengalaman lebih 15 tahun E&H dalam industri gas ini, akan menyumbang kepada pembangunan ekosistem tenaga di Terengganu. Ini termasuk pembangunan infrastruktur LNG sepertimana terminal regasifikasi dan rangkaian paip secara nyata dan visual.
2. Sokongan Dasar: Kerajaan Negeri Terengganu komited menyediakan kemudahan dan sokongan dasar yang diperlukan untuk menarik pelabur dalam sektor LNG. Ini termasuk insentif untuk pelabur dan pengusaha.
3. Peningkatan Permintaan Global: MoU ini juga bertujuan untuk memanfaatkan peningkatan permintaan global terhadap LNG, yang
dijangka meningkat lebih 50% menjelang 2030. Pasaran LNG global dianggarkan bernilai USD135.21 bilion pada tahun 2023 dan dijangka mencapai USD284.10 bilion pada tahun 2032.
4. LNG dikenalpasti sebagai bahan bakar alternatif yang lebih bersih, membantu mengurangkan emisi karbon dan juga menyokong peralihan tenaga hijau di negara kita.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, antara peralihan daripada fossil kepada tenaga hijau, dilihat LNG adalah medium yang paling baik. Mengenai impak kepada Kerajaan Negeri dan juga kepada negara:
Impak kepada Negeri Terenggganu
1.
Pembangunan Infrastruktur: Projek LNG akan memacu pembangunan infrastruktur seperti terminal regasifikasi, pelabuhan, dan rangkaian paip, meningkatkan kemudahan logistik dan kecekapan operasi di Terengganu.
2.
Pengembangan Industri: Mendorong kemunculan kluster industri seperti petrokimia, teknologi hijau, dan penyimpanan tenaga yang lebih maju di sekitar hab LNG.
3.
Peningkatan Teknologi dan Kemahiran: Memberi peluang latihan kepada tenaga-tenaga kerja kepada anak tempatan dalam bidang teknologi LNG, memperkukuhkan tenaga kerja berkemahiran tinggi.
4.
Daya Tarikan Pelancongan dan Pemasaran Negeri:
Menjadikan Terengganu sebagai destinasi yang lebih menarik bagi pelabur dan pelancong, berikutan pengukuhan imej negeri sebagai hab industri LNG.
Impak kepada Negara
1.
Meningkatkan Kedudukan Ekonomi:
Memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pemain utama LNG di rantau Asia Tenggara dan global.
2.
Pengurangan Imbangan Perdagangan Penghasilan LNG dapat mengurangkan keperluan import bahan bakar, meningkatkan imbangan perdagangan negara.
3.
Sumbangan kepada Sasaran Iklim: LNG sebagai bahan bakar bersih menyokong agenda tenaga hijau dan sasaran pengurangan karbon di Malaysia.
4.
Diversifikasi Tenaga: Mengurangkan kebergantungan kepada sumber tenaga tradisional seperti arang batu, meningkatkan ketahanan tenaga negara.
Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Putera, ada soalan tambahan?
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, soalan tambahan sikit, bolehkah Yang Berhormat terangkan ataupun beritahu perkembangan terkini projek yang disebut tadi dan bila dijangka ianya beroperasi, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bandar, status setakat ini projek ini berada di peringkat rundingan lanjutan antara pihak pelabur dan agensi berkaitan termasuk pihak berkuasa persekutuan, pihak berkuasa tempatan dan juga Kerajaan Negeri. Beberapa komponen penting seperti pelan pelaksanaan pematuhan terhadap peraturan alam sekitar EIA serta keperluan infrastruktur sedang dimuktamadkan dan pada Februari 2025 yang lalu telah berlangsungnya majlis pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara pelabur dan Menteri Besar Incorporated (MBI) Terengganu dan juga perjanjian pajakan tanah antara pelabur dengan EPIC Bhd. Keputusan pelaburan akhir mengenai RGT ini dijangka akan dimuktamadkan menjelang akhir 2025 dan tempoh pembinaan RGT ini dijangka dalam masa 30 bulan dan dijangka beroperasi di negeri kita pada suku pertama tahun 2028, insya-Allah.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Putera. Seterusnya saya persilakan Yang Berhormat Kuala Berang untuk mengemukakan soalan.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan. Pagi-pagi panjat bukit berbatu-batu, soalan saya nombor satu-
Sebagaimana yang telah dimaklumi semua, kejadian tanah runtuh di laluan FT036 antara Kelantan dan Terengganu melalui Felda Aring, Gua Musang dan Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.
Implikasinya, laluan tersebut telah ditutup kepada semua kenderaan bermula November 2024 di lokasi seksyen 89.0. Bilakah kerja-kerja baik pulih akan dijalankan?
Dok jelas mana pantun, sila Yang Berhormat Cukai.
Terima kasih Kuala Berang. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, seluruh Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua jabatan, soalan saya sebagaimana yang tertera. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, kejadian tanah runtuh yang berlaku pada bulan November 2024 di laluan persekutuan FT036 khususnya di Seksyen 89.0 yang menghubungkan Felda Aring, Gua Musang, Kelantan dan Tasik Kenyir, Hulu Terengganu telah menyebabkan penutupan penuh laluan tersebut kepada semua kenderaan. Kejadian ini melibatkan runtuhan cerun dan kerosakan jalan sepanjang lebih kurang 100 meter sekali gus menjejaskan kelancaran perhubungan antara dua negeri tersebut. Tindakan segera yang diambil oleh Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu ialah telah mengemukakan permohonan peruntukan kepada cawangan jalan JKR Malaysia, permohonan tersebut telah diangkat oleh ibu pejabat JKR malaysia kepada Kementerian Ekonomi melalui Kementerian Kerja Raya untuk kelulusan. Kos keseluruhan kerja-kerja pembaikan yang dipohon adalah sebanyak RM36 juta yang melibatkan kerja pembinaan jambatan baharu dilokasi terjejas serta kerja pemulihan cerun yang mengalami runtuhan. Kerja-kerja baikpulih akan dimulakan sebaik sahaja kelulusan peruntukan diterima daripada Kementerian Ekonomi. Pada masa ini pihak JKR sedang menyediakan pelan teknikal dokumen reka bentuk dan menjalankan kerja-kerja awal bagi memastikan proses pelaksanaan dapat dimulakan tanpa kelewatan setelah peruntukan diluluskan. Sebagai langkah interim, pengguna jalanraya yang terkesan daripada kedua-dua arah sama ada
daripada Hulu Terengganu mahupun Kota Bharu bolehlah menggunakan laluan alternatif FT247 ke FT03. Hebahan berkaitan penggunaan jalan alternatif ini telahpun dilaksanakan oleh JKR Negeri Terengganu dan JKR Hulu Terengganu melalui saluran rasmi, media sosial dan hebahan tempatan bagi memastikan maklumat sampai kepada orang ramai. Kerajaan Negeri akan terus memantau perkara ini dengan serius bagi memberikan kerjasama penuh kepada agensi-agensi teknikal bagi memastikan kerja-kerja baikpulih dapat dimulakan dan disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Cukai. Ada soalan tambahan?
Terima kasih Yang Berhormat Cukai. Kita tahu tadi bahawa berlaku total penutupan jalan tersebut. Jadi saya nampak dalam Facebook baru-baru ini ada yang bawa motosikal, tolak motosikal itu di tepi laluan tempat yang runtuh tadi ini, jadi saya nak tahulah, adakah apa-apa laluan sementara yang akan dibina untuk urgent untuk backup segera ini supaya masyarakat daripada sebelah Negeri Kelantan boleh datang ke Hulu Terengganu. Terima kasih.
Terima kasih. Sila Yang Berhormat Cukai.
Ya, Terima kasih.
Setakat ini kerja-kerja penambahbaikan yang dicadangkan adalah seperti berikut, pembinaan jambatan baru sepanjang 150 meter bagi menggantikan laluan jalan yang runtuh. Pembinaan dan baikpulih jalan tuju sepanjang 300 meter bagi memastikan sambungan kepada jambatan baru. Kerja-kerja geotechnical dan perlindungan cerun termasuk pembinaan struktur penahan, pemasangan lampu jalan di sepanjang kawasan terlibat untuk keselamatan pengguna, pemasangan perabot jalan seperti papan tanda, penghadang jalan, dan kemudahan keselamatan, pembinaan sistem perparitan jalan bagi memastikan saliran air yang baik dan dapat mengelakkan hakisan, kerja-kerja pengalihan utiliti seperti kabel paip dan talian yang terlibat dalam kawasan pembinaan dan pembinaan laluan dan jambatan sementara bagi memastikan akses sementara dapat disediakan kepada pengguna sehingga projek siap sepenuhnya, terima kasih.
Itu nampaknya untuk jangka masa panjang, untuk jangka masa pendek? Untuk masyarakat nak lalu ini, sementara ini, itu lah maksud saya.
Laluan alternatif Yang Berhormat?
Yang ini pembinaan laluan dan jambatan sementara bagi memastikan akses. Sepertimana yang saya telah jawab tadi.
Okey Yang Berhormat Cukai.
Seterusnya dipersilakan Yang Berhormat Buluh Gading.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Soalan 1-
Apakah langkah-langkah dan usaha Kerajaan Negeri dalam membantu golongan kurang upaya (OKU) bagi menjana pendapatan mereka?
Yang Berhormat Ajil, sila.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Buluh Gading. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Terengganu. Soalan daripada Buluh Gading berkenaan dengan langkah-langkah dan usaha Kerajaan Negeri dalam membantu golongan kurang upaya (OKU) bagi menjana pendapatan mereka. Kerajaan pada tahun 2007 telah menggubal dasar Orang Kurang Upaya ini, untuk di antaranya ialah menggubal Pelan Tindakan OKU dengan strategi untuk memperkasakan ekonomi Golongan OKU, meningkatkan peluang pekerjaan OKU dalam semua sektor samada sektor awam atau pun
sektor swasta khususnya dasar 1% peluang pekerjaan kepada OKU di sektor swasta dan juga sektor awam. Itu diantara beberapa perkara, beberapa tindakan yang telah digubal dan dikenal pasti dapat membantu menambah pendapatan OKU dan di Negeri Terengganu, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan daripada 2025 iaitu tahun ini iaitu sebanyak RM1.331juta, untuk perbelanjaan mengurus dan pengoperasian Bengkel Pemulihan Kebajikan Marang dibawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu dan juga telah pun mengadakan beberapa seminar improvisasi kesedaran kerjaya untuk membantu orang-orang OKU, khususnya dalam meningkatkan ekonomi mereka terutama golongan yang terlibat dalam PPDK (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti) dan PPKI di sekolah-sekolah arus perdana Program Pendidikan Khas Integrasi dan juga kerajaan juga telah menyediakan EPC iaitu Elaun Pekerja Cacat bagi mereka yang bekerja dan mempunyai majikan sebanyak RM450 satu bulan. Dan ini adalah untuk menggalakkan pekerja-pekerja OKU supaya mereka tidak mengharapkan bantuan semata-mata tapi mereka juga aktif bekerja. Dan pada 6 Mac, MTOT (Majlis Tindakan OKU Terengganu) telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Terengganu dalam menggubal beberapa perkara diantaranya ialah untuk memantau menyelia pelaksanaan Dasar Negara, Dasar Negeri dan Pelan Tindakan yang berhubung dengan OKU supaya kita dapat membuat pengesyoran-pengesyoran yang berimpak positif kepada agensi-agensi untuk memberi sokongan penjagaan, perlindungan, rehabilitasi dan juga pembangunan infrastruktur yang mengambil kira OKU ni dalam melaksanakan, dalam menguruskan diri mereka dan juga untuk menggalakkan peluang pekerjaan dan peningkatan kerjaya bagi OKU dalam pasaran pekerjaan. Jadi banyak juga langkah-langkah dan tindakan telah diambil oleh kerajaan untuk membantu OKU, insya-Allah, ini sebahagian daripada jawapannya. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Ajil. Ada soalan tambahan?
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Saya ucapkan terima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri yang telah mengambil langkah-langkah yang banyak bagi membantu golongan OKU ini yang menunjukkan begitu sekali serius keprihatinan yang ditunjukkan oleh pihak Kerajaan Negeri. Dalam soalan tambahan ini saya nak mengajak kepada satu kes, yang berlaku di sebuah
pasar di Kemaman baru-baru ini. Yang melibatkan OKU Bipolar. Jadi apakah langkah-langkah yang boleh diambil oleh Kerajaan Negeri khususnya dari sudut undang-undang bagi mengatasi masalah seumpama itu supaya tidak berulang di masa yang akan datang. Terima kasih.
Silakan Yang Berhormat Ajil.
Terima kasih soalan tambahan. Pada 5 Februari baru ini kita telah mengadakan mesyuarat khas memanggil agensi-agensi yang terlibat dalam OKU ini termasuk Kesihatan, JPJ, PDRM dan sebagainya. untuk membincang Pelan tindakan terhadap OKU Bipolar ini. Dan OKU Bipolar ini adalah bukanlah penjenayah. Mereka adalah pesakit. Itu yang susah sikit untuk kita bertindak ke atas mereka dan pelaksanaan ke atas mereka tidak dapat dilaksanakan secara undang-undang kerana mereka selalunya bertindak di luar daripada batasan akal. Yang penting ialah kawalan keluarga supaya mereka ini mendapat rawatan yang sepatutnya. Seperti yang berlaku di Dungun yang melibatkan pelajar UiTM yang dilanggar mati oleh seorang pesakit Bipolar itu. Pesakit Bipolar itu tidak pernah mendapat rawatan mental dia. Jadi tindakan dia agak kita kata di luar jangkalah, yakni perlu kepada pihak keluarga dan juga mungkin ahli masyarakat jadi tindakan terhadap OKU Bipolar kita tidak boleh nak bertindak terhadap pelaksanaan undang-undang tetapi untuk orang awam, kita telah ada Akta sebenarnya.
Akta 323 Larangan Memukul ataupun Mendera Ke Atas Orang Awam seperti yang berlaku di Kemaman itu yang melibatkan bipolar, jadi kawalan yang sepatutnya ialah dari sudut undang-undang terhadap orang awam supaya mereka tidak bertindak secara melulu bahkan orang awam sepatutnya lebih waras bertindak berbanding dengan OKU bipolar ini.
Jadi apabila orang awam bertindak diluar jangka, disitu kita nampak bagaimana tahap kesabaran orang awam ini perlu dipertingkatkan dan OKU itu memang dia OKU dah, jadi orang hok tidak OKU ni sepatutnya menjadi pengawal supaya kes-kes penderaan ataupun kes-kes jenayah tidak berlaku. Jadi, OKU bipolar ini mereka boleh saman, sama ada saman sivil ataupun saman jenayah untuk membela diri. Jadi sekadar itu penjelasan, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Buluh Gading dan juga Ajil. Dipersilakan Yang Berhormat Kemasik.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua.
Setiap detik sangat berharga, Soalan Kemasik Nombor Tiga.
Apakah dasar teknologi digital Negeri Terengganu serta bagaimanakah perancangan dan sasaran pembangunan Ekonomi Digital Terengganu tersebut?
Sila Yang Berhormat Kota Putera.
Terima kasih ADUN Kemasik. Dato’ Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri telah dan akan memperkenalkan dua dokumen rasmi dalam agenda pembangunan teknologi digital negeri iaitu yang pertama, Pelan Induk Kerajaan Digital Pintar Terengganu 2021-2030 dan yang keduanya adalah Rangka Tindakan Ekonomi Digital Terengganu (RTEDT) 2025-2030 yang memacu Terengganu ke arah Negeri Digital Pintar.
Pelan Induk Kerajaan Digital Pintar Terengganu 2021-2030 telah dilancarkan pada 28 Oktober 2020 oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar Terengganu yang bertujuan memacu hala tuju strategik agenda pendigitalan negeri Terengganu sebagai rujukan kepada agensi-agensi Kerajaan Negeri dan juga pihak berkepentingan serta memberi gambaran yang jelas kepada rakyat tentang kepentingan agenda pendigitalan kepada kerajaan dan masyarakat. Pelan ini menerangkan struktur tadbir urus pendigitalan negeri dan strategi pembangunan kerajaan digital pintar yang merentasi pelbagai sektor bermula daripada asas teknologi pintar ke sekolah hingga mengaplikasikan dan pengukuhan sistem bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
Sementara itu, dokumen yang kedua, iaitu Rangka Tindakan Ekonomi Digital Terengganu (RTEDT) 2025-2030 pula bakal dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar pada masa terdekat ini, insya-Allah dalam bulan 5 ataupun 6 tahun ini bersama-sama dengan dasar lain yang
menggariskan 4 objektif, 5 teras, 23 strategi dan 84 inisiatif yang menerangkan tentang strategi Kerajaan Negeri untuk mempercepatkan kemajuan negeri Terengganu sebagai sebuah negeri yang technologically-advanced economy and digital-driven state dengan izin selaras dengan agenda ekonomi digital nasional. Dokumen ini akan mentransformasikan cara kerja sektor kerajaan, swasta dan masyarakat.
Dengan pendekatan seluruh negeri, ia akan mengubah struktur ekonomi secara menyeluruh daripada ekonomi berasaskan sumber semulajadi kepada ekonomi yang mampan yang berasaskan teknologi, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Putera, ada soalan tambahan?
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan tambahan. Apakah peranan dan usaha yang perlu dilakukan dan serta keterlibatan di peringkat daerah dan DUN bagi menjayakan perancangan dan sasaran yang telah ditetapkan ini?
Terima kasih Kemasik. Kerajaan telah menggariskan beberapa peranan dan usaha yang perlu diambil oleh semua pihak antaranya, Penyelarasan dan Pelaksanaan Dasar Mengikut Keperluan Tempatan, iaitu menyelaraskan dasar dan perancangan Kerajaan Persekutuan dan Negeri dengan keperluan tempatan khususnya baik di daerah dan di DUN masing-masing.
Yang keduanya, adalah memastikan setiap program dan inisiatif dilaksanakan mengikut garis panduan yang ditetapkan serta mengenal pasti keperluan khusus masyarakat setempat.
Penglibatan oleh pimpinan tempatan, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Pegawai Daerah, Ketua-ketua Kampung, Pengerusi-pengerusi JPKK dan pemimpin masyarakat perlu memainkan peranan aktif dalam memberikan input, menyebarkan maklumat dan menggerakkan komuniti, menjadikan jambatan antara kerajaan dan rakyat dalam menyampaikan maklumat dan maklum balas khusus dalam memberi keperluan yang diperlukan mengikut keutamaan.
Yang seterusnya adalah, Peningkatan Kapasiti dan Infrastruktur, menyokong usaha menaik taraf kemudahan asas khusus bagi capaian internet di kawasan masing-masing dan perkara ini kita bekerjasama pihak MCMC untuk meningkatkan pencapaian internet ini dan yang seterusnya adalah Galakan Penyertaan Komuniti, kerajaan memberi galakan, memberi penyediaan kemudahan-kemudahan yang pentingnya adalah penyertaan di peringkat komuniti dengan menggalakkan penglibatan aktif masyarakat dalam pelbagai program kerajaan khususnya dalam usaha pendigitalan yang dilaksanakan oleh kerajaan dan pihak swasta. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat.
Seterusnya, dipersilakan Yang Berhormat Ladang.
Soalan saya soalan pertama-
Kehilangan beras tempatan di pasaran menjadi isu besar negara. Apakah peranan yang telah dimainkan oleh Kerajaan Negeri bagi meningkatkan pengeluaran beras tempatan?
Yang Berhormat Jabi.
Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Ladang yang prihatin dengan isu padi dan beras negara walaupun kawasan Ladang tak ada sawah padi.
Dato’ Yang di-Pertua, peraturan kawal selia padi dan beras negara terletak di bawah Akta 522 Akta Kawalan Padi dan Beras 1994. Walaupun bidang kuasa kawal selia ini sepenuhnya dibawah Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri memainkan peranan dalam ruang lingkup bidang kuasa yang ada demi untuk meningkatkan pengeluaran padi beras negeri kita. Seimbas lalu, sekarang ini terdapat 5,000 hektar kawasan sawah padi yang terletak dalam jelapang IADA KETARA dengan purata pengeluaran sekitar 5.2 metrik tan per hektar yang
merupakan purata pengeluaran yang kedua tertinggi dalam negara. Paling tinggi ialah 5.6 metrik tan per hektar di kawasan IADA Pulau Pinang dan kita ada 7,000 hektar sawah padi yang berada diluar jelapang dengan purata pengeluaran 3.5 metrik tan per hektar. Jumlah rakyat Terengganu yang menjadikan sawah padi sebagai punca rezeki seramai 4,714 orang.
Kalau kita imbas dari segi kadar cukup sara diri self-sufficiency ratio 2018 43%, 2019 naik kepada 48%, 2020 naik lagi kepada 53% 2021 naik kepada 55.56%, 2022 turun disebabkan banjir besar luar biasa kepada 50 peratus, 2023 naik kepada 56.5% dan 2024 58%. Dan menjunjung Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku , Kerajaan Negeri berusaha untuk meningkatkan pengeluaran hasil padi dengan beberapa strategi yang pertama mengekalkan kawasan sawah padi sedia ada pertimbangan untuk tukar guna syarat tanah padi kepada kegunaan lain kita akan tengok beberapa aspek yang pertama, Rancangan Tempatan Daerah dan Zon guna tanah yang kedua kita akan dapatkan pandangan teknikal daripada jabatan-jabatan seperti Jabatan Pertanian, PBT, Pejabat Tanah, PlanMalaysia dan lain-lain dan yang paling tepat sekali ialah tinjauan sebenar di lapangan dan secara dasarnya kawasan penanaman padi aktif yang terletak dalam jelapang padi (IADA KETARA) adalah perlu dikekalkan sebagai kawasan sawah padi demi untuk kelangsungan sumber bekalan makanan negeri kalau kita tukar syarat bermakna periuk nasi kita akan jadi semakin kemek.
Lama-lama kita tak cukup nasi untuk makan tapi bagi kawasan sawah padi yang tidak lagi aktif bertanam, maka bolehlah dipertimbangkan untuk kegunaan lain seperti lot kediaman ataupun untuk penempatan, strategi yang kedua ialah pembukaan kawasan padi baru diantaranya seluas 500 hektar, kawasan sawah padi organik sedang dalam proses dibangunkan di Durian Mentangau dalam DUN Paka. Yang ketiga, pembangunan kawasan sawah padi terbiar, contohnya 400 hektar sawah padi di Skim Pengairan Jelapang dalam DUN angkat yang dibangunkan dengan kos melebihi RM47 juta sebelum daripada ni terbiar begitu lama sekarang sedang dibangunkan oleh GLC Negeri TADC bersama pelabur tempatan.
Seterusnya, ialah strategi untuk meningkatkan kesuburan tanah melalui program pengapuran dan perataan tanah kerana kita realistik ruang untuk memperluaskan sawah padi sudah agak terhad disebabkan persaingan guna tanah maka kita perlu tingkatkan pengeluaran dari segi metrik tan per hektar
dengan meningkatkan kesuburan tanah. Seterusnya, Kerajaan Negeri memainkan peranan, dari segi pembangunan infra terutamanya saliran dan juga jalan ladang. Tahun 2021, kita peruntukan 2.5 juta, 2022, 700 ribu, 2023, 6.6 juta. Sasaran kita ialah untuk memastikan infra terutamanya sistem saliran dan pengairan serta jalan dilengkapkan dengan sebaiknya dan kawasan-kawasan yang bertanam sekali setahun kita nak upgrade supaya jadi 2 kali setahun. Di antara, yang kita telah berjaya upgrade ialah Skim Padi Paya Dadong dan Paya Paman di Kemaman dan Skim Durian Mentangau di Dungun dan beberapa kawasan dalam skim pengairan di Batu Rakit Kuala Nerus. Dan sukacita, saya maklumkan kepada Dewan permohonan Kerajaan Negeri untuk mendapatkan peruntukan bagi projek (IADA KETARA) fasa 2 telah mendapat kelulusan dasar daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dengan syiling peruntukan RM100 juta. Sekarang dalam proses rekabentuk dan seterusnya ialah proses untuk pengambilan tanah dan apabila projek ini berjalan, insya-Allah dia akan mampu menyelesaikan beberapa isu pengairan sawah padi skim luar jelapang seperti kawasan Bukit Jeruk, Kuala Gajah, Gong Macang, Gong Telipot, Padang Bual, Pelagat, Lembah Setiu dan beberapa kawasan lagi. Dan seterusnya ialah keperluan kepada kilang padi. Pada tahun 2018 di kawasan Besut sebagai jelapang padi utama Negeri Terengganu hanya terdapat 2 kilang padi yang beroperasi menyebabkan menjadi fenomena biasa lori yang bawa padi terpaksa tunggu sehari semalam untuk mendapat giliran masuk kilang untuk nak buang padi. Alhamdulillah, sekarang ni daripada 2 telah bertambah menjadi 4 kilang yang beroperasi yang dikira mencukupi dengan keluasan sawah padi negeri kita, dan kita juga pentingkan kualiti kerana itulah Terengganu telah beberapa tahun berturut-turut memenangi anugerah dengan pensijilan myGAP nombor 1 dalam Malaysia dan penggunaan teknologi moden seperti drone untuk membaja dan meracun dan kita juga menggunakan transplanter bagi kerja-kerja penanaman, kita yakin insya-Allah akan mampu meningkatkan lagi pengeluaran. Jadi walau dalam bidang kuasa, yang terhad kita cuba cari ruang bagaimana untuk kita pastikan sektor keterjaminan makanan ni Kerajaan Negeri turut memainkan peranan. Terima Kasih.
Terima kasih Jabi.
Soalan Tambahan saya sikit je, apakah Kerajaan Negeri melihat langkah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan ini yang menaikkan harga lantai padi daripada RM1,300.00 kepada RM1,500.00 serta pertukaran subsidi sebanyak
RM150 juta ini dalam tempoh 6 tahun akan mampu menyelesaikan isu beras tempatan ini. Terima kasih.
Prihatin dan siap dengan angka. Saya juga mengikuti dengan teliti penjelasan Menteri KPKN di parlimen tempoh hari sebagaimana isu yang ditimbulkan oleh YB Ladang cuma bukan 6 tahun, 6 bulan. Penurunan lantai harga padi dinaikkan daripada 1,300 kepada 1,500 harga beras putih tempatan dikekalkan RM2.60 sekilo gram dan Kerajaan memperuntukkan 150 juta bagi pemberian subsidi dalam tempoh 6 bulan yang disasarkan untuk menghasilkan 24 juta kampit beras. Kita tengok dalam tempoh 6 bulan ni apa kesan pengumuman ini kepada perjalanan sektor padi negara terutamanya apakah dua isu utama terjawab. Dua isu utama ialah isu kehilangan beras putih tempatan daripada pasaran dan isu kedua isu kebajikan pesawah dan petani kita. Sebelum tu, kita faham sikit apa yang dimaksudkan dengan harga lantai dan kajian trend pasaran sebelum daripada ini. Sebelum daripada ini RM1,300.00 macam Yang Berhormat Ladang sebut, tapi sebenarnya pada tahun lepas rata-rata kilang padi di Terengganu telah beli padi dengan harga RM1,550 per tan maknanya pembelian padi tu sudah melebihi harga RM1,500.00 ringgit per tan. Sebab itu kita menjangkakan kenaikan daripada RM1,300.00 kepada RM1,500.00 tidak akan banyak memberikan impak kerana sebenarnya daripada tahun lepas lagi orang dok beli lebih daripada RM1,500.00 per tan. Jadi berdasarkan senario ini itulah situasinya. Seterusnya siapakah pihak yang telah memainkan peranan sehingga beras putih tempatan hampir lenyap terus daripada pasaran. Faktanya ialah, pihak kartel dan industri yang menukarkan beras tempatan menjadi beras super import telah meraih keuntungan yang sangat lumayan di atas beban yang dipikul oleh pesawah oleh rakyat dan oleh pengguna. Sekarang apabila kerajaan mengumumkan pemberian subsidi 150 juta untuk menghasilkan 24 juta kampit bermakna bagi setiap kampit itu kerajaan akan subsidikan RM6.25 untuk mengekalkan harga beras tempatan pada paras RM2.60 per kilogram. Soalnya siapa yang dapat bayaran subsidi ni? tentu sekali bukan kepada pesawah. Yang dapat bayaran subsidi ni ialah pihak kartel dan pihak industri yang sebelum ini telah meraih keuntungan berganda hasil daripada kegiatan menukar beras tempatan jadi beras import apabila diberikan subsidi juga pihak kartel dan industri yang mendapat keuntungan bermakna dalam dua dua keadaan mereka mendapat keuntungan berganda dan tiada apa manfaat yang diperolehi oleh pesawah kita dan beras tempatan 24 juta kampit yang dijanjikan
akan muncul di pasaran sehingga hari ini nampak masih malu-malu untuk nak memunculkan diri. Terima Kasih.
Terima Kasih Yang Berhormat Jabi. Seterusnya saya persilakan Yang Berhormat Pengkalan Berangan.
Soalan nombor satu-
Apakah status terkini “Transit Oriented Development (TOD)” bagi semua stesen ECRL Terengganu khususnya bagi stesen ECRL Kuala Terengganu?
Terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Berangan. Soalan nombor satu kita gabungkan dengan soalan Bukit Tunggal. Sila Yang Berhormat.
Terima Kasih Pengkalan Berangan, soalan sebagaimana yang tertera. Kerajaan Negeri melalui pihak Unit Perancangan Ekonomi telah memperuntukkan sejumlah peruntukan bagi tujuan pembangunan TOD untuk pelaksanaan penyediaan infrastruktur asas sebagai sebahagian daripada insentif pembangunan kawasan tersebut bermula tahun 2025.
Perancangan pembangunan kawasan ini telah diselaraskan bersama PBT yang terlibat merangkumi tiga fasa pembangunan iaitu jangka pendek-satu hingga tiga tahun, sederhana- tiga hingga lima tahun dan panjang lima tahun ke atas. Manakala penyelarasan di peringkat daerah akan dipengerusikan oleh pegawai daerah dan menjadi agenda dalam mesyuarat utama daerah. Penyelarasan bersama agensi-agensi lain seperti MAIDAM, ECER termasuk MRL turut diadakan bagi meningkatkan daya pasaran pembangunan kawasan TOD oleh pihak swasta.
Secara asasnya setiap kawasan-kawasan stesen ECRL mempunyai pelan induk serta perancangan guna tanah untuk dibangunkan mengikut fasa yang dirancang. Anggaran kos pembangunan TOD untuk fasa satu bagi tempoh pelaksanaan satu hingga tiga tahun adalah RM228 juta di semua stesen, enam
stesen merangkumi komponen penyediaan infrastruktur pengambilan balik tanah, kerja tanah dan terminal transit. Terima Kasih.
Terima Kasih Yang Berhormat Cukai. Sila Yang Berhormat Pengkalan Berangan ataupun Bukit Tunggal.
Terima Kasih di atas penjelasan daripada Yang Berhormat Cukai. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan tambahan saya ialah apakah konsep pembangunan TOD yang akan dilaksanakan dalam memastikan fungsi TOD dapat memangkin perkembangan ekonomi setempat dan yang kedua ialah di manakah sumber untuk pembangunan TOD sebagaimana yang kita sedia maklum ECRL ataupun stesen ECRL ini akan mula beroperasi secara sepenuhnya seawal 1 Januari 2027 dan perkembangan TOD yang agak mendebarkan kita, .
Terima Kasih Yang Berhormat Pengkalan Berangan. Pembangunan TOD di sekitar stesen ECRL negeri Terengganu merupakan pendekatan strategik Kerajaan Negeri bagi memacu perkembangan ekonomi setempat secara mampan. Konsep ini menekankan pembangunan prestasi tinggi dan bercampur dalam radius kawasan transit terutama dengan integrasi antara sistem pengangkutan awam, kemudahan awam dan penggunaan tanah pelbagai fungsi. Pihak Kerajaan Negeri telah membuat penyelarasan pembangunan di kawasan TOD bersama pihak berkuasa tempatan bagi penyediaan cadangan pelan pembangunan di sekitar enam stesen ECRL di Negeri Terengganu bagi memastikan Kerajaan Negeri mendapat manfaat yang optimum daripada pembinaan ECRL.
Pelan pembangunan yang dirancang ini bagi memastikan TOD di stesen ECRL di Negeri Terengganu dilaksanakan dengan baik dan efektif selain menjadi sumber maklumat terpenting bagi menarik pelabur untuk melabur dalam pembangunan kawasan berkenaan sekali gus memberi manfaat incitemen kepada ekonomi dan masyarakat setempat.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, perancangan Transit Oriented Development (TOD) di Stesen ECRL di Negeri Terengganu
1. Stesen Jerteh, jenis stesen ialah penumpang, keluasan 38.93 ekar. Konsepnya ialah berkonsepkan penyu sebagai ikon negeri Terengganu. Kawasan TOD ini akan dibangunkan sebagai hab pelancongan yang menawarkan pelbagai aktiviti menarik. Pembangunan ini dinyata dapat meningkatkan jumlah pengunjung, sekaligus merancakkan ekonomi setempat melalui kehadiran pelancong. Selain daripada itu untuk membuka pelbagai peluang pekerjaan secara mampan dan inklusif kepada komuniti tempatan.
2. Bandar Permaisuri, jenis stesen ialah penumpang, keluasan 22.33 ekar, eko pelancongan dengan kepelbagaian sumber semula jadi yang akan menjadi tarikan pelancong.
3. Kuala Terengganu. Jenis stesen penumpang, keluasan 1420 ekar. Transit-Oriented Mixed-Use Development (TAMU) yang mengintegrasikan pelbagai jenis guna tanah komponen dan pembangunan di sekitar stesen.
4. Stesen Dungun. Jenis stesen ialah penumpang dan kargo, keluasan 1733 ekar, kawasan penempatan baru berkonsepkan bandar pintar dan mampan dengan pembangunan guna tanah bercampur yang komprehensif.
5. Kemasik. Jenis stesen ialah penumpang, jumlah keluasan 1191 ekar, Qalbun Medina yang akan menjadikan bandar baharu dan menjadi kawasan tumpuan komuniti melalui kepelbagaian peluang pekerjaan dan kewujudan aktiviti ekonomi sara hidup.
6. Stesen Cukai-penumpang dan kargo. Keluasan 351 ekar, Wadi Al Hud yang akan menjadi bandar baharu dengan penawaran gaya hidup mampan kepada penduduk melalui kepelbagaian peluang pekerjaan dan kewujudan aktiviti ekonomi sara hidup.
Di manakah sumber TOD tersebut? Sumber pembiayaan TOD adalah sebagaimana saluran berikut. Yang pertama, peruntukan kerajaan sama ada Kerajaan Persekutuan ataupun Negeri. Melibatkan pembiayaan awal bagi penyediaan infrastruktur seperti jalan, air, elektrik, utiliti, sistem saliran dan pembentungan. Yang kedua, kerjasama awam swasta. Kerajaan menyediakan tanah atau infrastruktur manakala pihak swasta membiayai dan membangunkan komponen komersial dan kediaman. Yang ketiga, pelaburan swasta. Pemaju hartanah atau pelabur tempatan dan asing boleh membiayai komponen struktur seperti pusat beli belah, hotel, dan kediaman. Terima kasih.
Terima Kasih Yang Berhormat Cukai. Soalan terakhir untuk hari ini. Sila Yang Berhormat Manir.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya nombor satu-
Berapakah keluasan ladang solar di seluruh Negeri Terengganu sehingga kini?
Soalan maknanya digabungkan dengan Yang Berhormat Seberang Takir jadi soalan tambahan saya akan beri kepada Yang Berhormat Seberang Takir jika ada. Sila.
Terima kasih Yang Berhormat Manir. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, sehingga kini keluasan keseluruhan ladang solar di Negeri Terengganu adalah berjumlah 1637 ekar ataupun 662.47 hektar. Terima kasih.
Soalan tambahan. Okey sila.
Keluasan yang dinyatakan itu adalah untuk keluasan yang boleh dibanggakan dan sebagai panduan asas kepada bakal-bakal pelabur yang mungkin masih berminat dalam bidang solar ini. Apakah di sana adanya peraturan-peraturan dan syarat yang terkini yang telah diketengahkan oleh pihak Kerajaan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Manir atas soalan tambahan. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, kalau kita berbicara berkenaan dengan ladang solar ini, bila datang ke negeri kita ada dua kategori kita akan tanya sama ada akan dibuat di daratan ataupun di tasik ataupun di tempat air kerana kita dilihat mempunyai kawasan tadahan air yang luas di kenyir. Jadi dua perkara ini sentiasa kita berikan pandangan kepada pihak pelabur yang datang. Yang pertama, kalau dia berminat untuk di daratan kita sangat memberi keutamaan jika sekiranya pilihan tempat tanah tersebut adalah kawasan yang tidak dapat ditebus guna antaranya seperti kawasan yang sentiasa dilanda banjir ataupun kawasan yang berpaya kerana apabila mereka mendirikan Ladang Solar di sini, kita dapat
menebus guna kawasan-kawasan yang tidak dapat dibangunkan dengan industri lain. Yang keduanya, apabila ramai juga yang berminat untuk terlibat dalam floating solar ataupun ladang solar di dalam tasik. Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, kawasan Tasik Kenyir itu memang luas dilihat kenapa tidak kalau kita bercakap di kampung-kampung orang kata kenapa tidak dibangunkan banyak lagi ladang-ladang solar yang terapung ini. Sebenarnya, kita ada satu kekangan apabila seluruh kawasan Kenyir itu adalah telah diklasifikasikan sebagai kawasan sensitif Alam Sekitar (KSAS) Tahap 1 di mana tidak dibenarkan untuk membuat sebarang pembangunan di kawasan tersebut kecuali mendapat pengecualian. Yang ini yang menjadikan agak kekangan untuk setiap pembangunan yang hendak dilakukan di Tasik Kenyir perlu dapat pengecualian KSAS Tahap 1 itu dan proses inilah yang memakan masa mungkin lebih daripada memakan masa antara 3 hingga 5 tahun. Jadi perkara inilah banyak pelabur-pelabur yang datang, kekangannya kita di situ yang menyebabkan permohonan itu tidak dapat diselesaikan dan tidak dapat melakukan pembangunan dan Alhamdulillah yang dapat di peringkat ada sekarang ni dah ada yang dapat kelulusan tetapi berdasarkan pada permohonan itu memakan masa 3 ke 5 tahun. Jadi itulah kita sentiasa memberi pandangan bukan dasar baru tetapi untuk memudahkan pihak pelabur untuk terlibat dalam industri solar ini, terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Putera, terima kasih kepada semua Yang Berhormat-Yang Berhormat yang telah mengemukakan soalan dan juga Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang telah menjawab soalan-soalan yang dikemukakan pada pagi ini dan kita mohon maaf kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat yang tidak sempat untuk mengemukakan soalan pada pagi ini, insyaAllah kita akan bagi ruang pada esok dan kita tangguh sementara Dewan ini dan akan disambung semula pada pukul 11.15 pagi, insyaAllah.
MESYUARAT DITANGGUHKAN PADA PUKUL 10.43 PAGI
PUKUL 11.19 PAGI
(Selepas Soalan-Soalan Lisan)Questions
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian mesyuarat disambung semula.
Perkara berikut di dalam Tertib Pekerjaan Dewan, ialah Usul Yang Telah Diberi Notis. Dipersilakan Yang Berhormat Dato’ Haji Satiful Bahari bin Mamat (Wakil Paka) untuk mengemukakan Usul.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan
“Bahawa Dewan Undangan Negeri yang bersidang pada hari ini membuat KETETAPAN bersetuju merakam dan merafak sembah Ucapan Penghargaan dan Menjunjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan kerana menyampaikan Titah DiRaja mengenai dasar-dasar Kerajaan bersempena dengan pembukaan Penggal Persidangan Ketiga Dewan Undangan Negeri Kelima Belas dan bersetuju merafak sembah ikrar taat setia Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan bersedia memberi kerjasama yang erat kepada Pentadbiran Negeri supaya dasar-dasar Kerajaan dapat dilaksanakan dengan sempurna demi kepentingan negeri dan rakyat seluruhnya.”
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon menyokong Usul tersebut.
Usul ini telah mendapat sokongan. Sekarang saya buka untuk perbahasan. Sebelum kita mulakan perbahasan, saya suka untuk memaklumkan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat kita akan bagi ruang kepada Penyokong Usul selama 15 minit dan saya akan kemukakan kepada mana-mana Ahli Yang Berhormat untuk berbahas selama 10 minit kerana kita mendapat maklumat semua Ahli-ahli Yang
Berhormat bersedia untuk berucap, tempoh kita agar terhad untuk jawapan-jawapan daripada pihak Kerajaan. Oleh kerana itu, saya mengharapkan agar ucapan-ucapan dapat diringkaskan dengan fakta-fakta yang tepat dan langsung untuk membagi ruang kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat berbahas kepada masa yang telah ditetapkan, insya-Allah. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Wakil Bandar selaku penyokong usul untuk memulakan perbahasan pada kali ini, dipersilakan.
“Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNYa), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu”
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua yang telah mengizinkan saya memulakan sesi perbahasan pada pagi ini. Seterusnya, merakam ucapan Menjunjung Kasih dan merafak sembah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan di atas Titah Ucapan DiRaja sempena Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Kelima Belas. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, rakan-rakan Ahli Yang Berhormat, Yang Berusaha Ketua-ketua Jabatan dan Agensi,
yang dihormati para pegawai dan kakitangan Kerajaan Negeri, para petugas media, para tetamu pemerhati yang dihormati Allah sekalian. Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan pada pagi ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang berada di Dewan Yang Mulia ini dan seterusnya kepada seluruh umat Islam amnya. Semoga segala amal ibadah kita di bulan Ramadan diterima di sisi Allah Subhanahu Wa Ta'ala sebagai amalan soleh yang diberi timbangan berat di hari akhirat, insyaAllah. Di dalam kita meraikan kedatangan Syawal dan meraikan Hari Raya ini dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan dengan diikuti ziarah-menziarahi, kunjung-mengunjungi keluarga, sahabat handai, jiran tetangga bagi memperkukuhkan ukhuwah silaturahim sesama kita sesama muslim. Dalam masa yang sama, kita seharusnya mengambil tahu juga mengambil berat tentang musibah ataupun kesusahan yang dialami oleh saudara-saudara kita sesama Islam.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, kita dikejutkan di dalam bulan Ramadan yang lepas, serangan bertubi-tubi daripada Israel laknatullah terhadap saudara kita di bumi Palestin yang telah mengorbankan banyak nyawa termasuk kanak-kanak perempuan dan warga awam. Di tengah-tengah umat Islam sedang menyempurnakan ibadah puasa sepertimana yang kita ramal Yahudi Israel ini tidak pernah berpegang pada janjinya. Tempoh gencatan senjata yang dipersetujui benar-benar dijadikan strategi untuk mengumpul melengkapkan segala persiapan senjata untuk meneruskan serangan kepada rakyat di bumi Palestin. Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala memberi ketabahan dan kekuatan kepada saudara-saudara kita di bumi Palestin mempertahankan bumi Palestin dan mudah-mudahan Allah Subhanahu Wa Ta’ala membuka pintu hati seluruh pemimpin-pemimpin khususnya pemimpin umat Islam untuk memberi sokongan dan sokongan kepada saudara kita di bumi Palestin.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, matlamat Kerajaan Negeri untuk mencapai pertumbuhan KDNK antara 2.8% sehingga 3.8% insya-Allah akan dapat direalisasikan melalui perancangan pengurusan kewangan secara sistematik dengan kerjasama yang erat dan padu di semua peringkat, walaupun bayaran royalti ataupun istilah lain wang ehsan ataupun dana khas tidak disempurnakan oleh Kerajaan Pusat. Kerajaan Negeri Terengganu harus bergerak terus meneroka apa sahaja peluang bagi menambahkan lagi pendapatan. Kita juga hairan dengan pelbagai alasan yang diberi oleh Kerajaan Madani, Kerajaan Pusat untuk tidak membayar wang yang menjadi hak kepada
Kerajaan Negeri Terengganu. Lebih melucukan lagi apabila seorang Perdana Menteri turun ke Terengganu untuk mengisytiharkan bayaran bonus sebanyak RM500.00 kepada kakitangan Kerajaan Negeri Terengganu yang di mana duit itu adalah memang hak Kerajaan Negeri Terengganu.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, kita baru-baru ini dikejutkan dengan satu kejadian letupan daripada paip gas di Negeri Selangor di Putra Height. Pelbagai spekulasi yang telah dibuat hasil daripada kejadian ini, yang telah mengakibatkan banyak kerosakan harta benda. Saya ingin meminjam satu tulisan daripada netizen yang mengatakan mungkin ini satu isyarat daripada Allah Subhanahu Wa Ta’ala untuk mendedahkan kepada masyarakat di negara ini bahawa gas ataupun bahan api tersebut adalah secara terus datang daripada paip yang disalur daripada bumi Terengganu yang dinafikan hak bayaran royalti.
Dato' Yang di-Pertua, pengukuhan pertanian dan industri asas tani, sektor pertanian dan asas industri tani adalah sektor yang sangat penting di Negeri Terengganu. Tahniah kepada Kerajaan Negeri Terengganu yang telah berjaya melonjakkan pertumbuhan sebanyak 7.4% pada tahun 2023 setelah mengalami kemerosotan 4.7% pada tahun 2020. Kita yakin bahawa lonjakan ini hasil daripada perancangan dan juga pelaksanaan yang teliti dan berkesan. Pun begitu terdapat masih banyak peluang yang ada yang boleh dimanipulasikan oleh pihak Kerajaan untuk memaksimakan hasil pertanian, perikanan dan penternakan. Saya juga ingin mencadangkan di sini agar Kerajaan, pertama, mengemaskini segala data yang melibatkan tanah-tanah yang berpotensi dan juga yang terbiar.
Yang kedua, menyediakan kaedah ataupun pembiayaan ataupun dana kepada para petani dan penternak juga nelayan. Yang ketiga, memberi pendedahan ataupun pengetahuan yang perlu kepada mereka yang menceburi bidang-bidang tersebut. Yang keempat, perlu ada pemantauan kepada pengusaha-pengusaha tersebut dari masa ke semasa dan yang kelima, memberi khidmat bantuan yang diperlukan oleh mereka di dalam memasar hasil-hasil mereka. Saya penuh yakin bahawa Kerajaan telah melaksanakan sebahagian besar daripada apa saya sebutkan ini. Walau bagaimana sekali pun, kita berharap pihak Kerajaan perlu berusaha bersungguh-sungguh apa yang disasarkan.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, kelestarian pelancongan saya juga ingin menyentuh apa yang telah dibangkitkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan di dalam Titah Ucapan Sempena Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Kelima Belas kelmarin. Terengganu merupakan salah satu destinasi yang menjadi pilihan utama rakyat Malaysia khususnya dengan kecantikan alam semulajadi seperti pulau, pantai dan juga tasik yang telah menjadi satu daya tarikan. Begitu juga dengan makanan tradisi yang enak-enak seperti nasi dagang, keropok lekor. Bukti yang jelas di mana di dalam Titah Ucapan Baginda, bahawa Negeri Terengganu telah menerima 7.8 juta pelancong pada tahun 2024 berbanding dengan sasaran asalnya hanya sebanyak 4.5 juta pelancong sahaja. Di dalam menuju tahun melawat Malaysia 2026, pihak Kerajaan telah mengatur pelbagai acara untuk disajikan kepada para pelancong.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya juga ingin mengambil peluang di sini, selain daripada program-program yang telah disusun atur oleh Kerajaan, kita juga perlu memperkasa dan menambah baik tempat dan lokasi-lokasi yang mempunyai nilai-nilai pelancongan. Kita tidak boleh bergantung dan berpuas hati dengan apa yang sedia ada. Bahkan kita perlu menerokai tempat dan lokasi yang baru yang boleh dijadikan destinasi pelancongan di samping kita perlu menambah baik serta menyempurna dan menambah nilai tempat sedia ada mengikut kesesuaian. Saya ingin mengambil contoh, bagaimana sebuah negara di sebelah Semenanjung Arab yang dahulunya miskin terbelakang, tidak ada hasil petroleum hanya bergantung kepada hasil pertanian dan juga sedikit pelancongan tetapi sekarang sudah menjadi negara yang begitu diminati oleh ramai pelancong. Contoh yang saya maksudkan adalah negara Jordan. Negara Jordan 30 tahun yang lalu, tempat-tempat peranginannya terbiar tidak diurus dengan baik tetapi kalau kawan-kawan, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli Dewan semua pergi ke Jordan hari ni, kita akan melihat suatu perubahan yang terlalu dahsyat. Semua tempat-tempat yang saya sebut seperti Gua Al-Kahfi, Bukit Petra atau Gunung Petra, Bahrul Mayyit ataupun Tasik/Laut Masin dan beberapa tempat lain seperti Medan Mu’tah, semuanya sudah diberi suntikan sehingga melihatkan kepada pelancong bahawa tempat ini begitu menarik.
Saya yakin apa yang mereka rancang ini perlukan kepada dana yang agak besar. Tetapi dengan kebijaksanaan kita, usaha yang kita buat, dengan perancangan yang rapi, insya-Allah secara berfasa, secara berperingkat, kita
boleh jadikan tempat-tempat kita, destinasi pelancongan yang ada, lebih menarik dan lebih mendatangkan (microphone problem).
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Kerajaan Negeri yang telah berjaya melaksanakan salah satu tuntutan daripada syariah islam, di mana pada akhir tahun yang lepas, Kerajaan Negeri telah melaksanakan hukuman rotan ataupun sebat. Saya tak berapa pasti perkataan rotan dengan sebat ini mana yang lebih sesuai, kerana perkataan rotan nampak lebih lembut dengan rotan yang halus. Sebat ni biasanya dengan batang yang besar. Walau bagaimanapun, hukuman yang dijalankan di luar penjara yang dilakukan di Masjid Ladang, disaksikan oleh sebahagian khalayak dan telah diberi komen bahawa hukuman tersebut jauh lebih adil dan jauh lebih ringan daripada hukuman sebat yang berlaku di penjara. Tidak ada kesan luka dan tidak nampak kesakitan kepada pesalah, bahkan yang lebih penting ialah pengajaran dan iktibar yang boleh didapati oleh pesalah dan orang ramai. Tahniah sekali lagi pada Kerajaan Negeri Terengganu.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, sebelum mengakhiri ucapan saya pada pagi ini, saya juga ingin mengambil peluang untuk mendapat sedikit penjelasan daripada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar supaya sikit cerita la sikit kepada kita ni, sebab gambaran yang sebenar ni yang dicerita ni, dalam tv ada, dalam Tiktok ada, dalam media masanya, rasa tak seronok ataupun tak lengkap dengan apa yang kita nak tahu daripada batang tubuh Dato’ Seri sendiri. Jadi kejadian yang berlaku di airport Kota Kinabalu baru-baru ni yang diviralkan, kita harap Dato’ Seri boleh cerita sikitlah pada warga Dewan untuk pengetahuan kita semua dan pengetahuan rakyat insya-Allah. Mudah-mudahan Allah Subhanahu Wa Ta’ala memberi kemudahan pada kita semua.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, akhir sekali, patik Menjunjung Kasih merakam rafak sembah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan di atas Titah Ucapan Sempena Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Kelima belas kemarin.
Bandar mohon menyokong.
YANG BERHORMAT Dato' Yang di-Pertua: Terima kasih kepada Yang Berhormat Bandar. Sebelum saya mempersilakan Ahli-ahli Yang Berhormat lain
untuk berbahas, saya mahu memperingatkan tentang Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan, Standard Order agar perbahasan jangan mengulangi apa yang telah disebut oleh Yang Berhormat lain. Sebut secara spesifik tentang isu-isu yang telah disebut kerana masa agak singkat. Telah disebut di antaranya isu palestin, saya rasa Yang Berhormat-Yang Berhormat lain bolehlah ceramah di luar pulak bab Palestin.
Seterusnya saya persilakan Yang Berhormat Jertih untuk menyampaikan perbahasan.
Yang dihormati oleh Allah Yang Berhormat Dato Yang di-Pertua, Yang dihormati oleh Allah Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan seluruh pimpinan negeri. Rakan-rakan Yang Berhormat, Ketua Jabatan Agensi, tetamu dan para pemerhati yang dirahmati oleh Allah sekalian.
.
Pertama dan selamanya marilah sama-sama kita merakamkan rasa syukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang telah dan masih memberikan kepada kita dengan nikmat iman dan nikmat Islam dan peluang untuk kita berhimpun dalam Dewan Undangan Negeri untuk penggal ketiga ini tuan-tuan sekalian dan berhimpun dalam suasana syariat kegembiraan menyambut Syawal kita, bulan kemenangan. Bulan yang menyaksikan banyak siri-siri pertembungan antara iman dan kufur yang berlangsung di zaman Nabi yang kita angkat, kita commemorate satu peristiwa besar, peristiwa Ahzab yang berlangsung pada bulan Syawal tahun kelima Hijrah, sempena raya kita laungkan takbir raya. Ahzab yang musuh yang bergabung, musuh yang bersatu, di mana 10,000 Musyrikin Mekah, Bani Ghatafan, Bani Murrah, Bani Fuzarah, Bani Kinanah, Yahudi Bani Al-Nadhir dan Yahudi Bani Quraizah, mengepung tentera Islam di Madinah. Digelar Perang Khandak/Perang Parit, gali kubu atas parit. Digali keliling Kota Madinah dengan kekuatan seramai 3,000 tentera Islam. Allah Subhanahu Wa Ta’ala merakamkan peristiwa ini dalam Al-Quran, di mana kita semua membaca Surah Al-Ahzab, ayat yang ke 9:
pertembungan antara iman dan kufur yang berlangsung di zaman Nabi yang
.
()
Wahai orang-orang yang beriman, ingatlah kamu ketika datang musuh kepada kamu, mengirimkan kepada mereka ribut taufan yakni angin kencang dan tentera-tentera Allah yang tak nampak yakni tentera malaikat yang turun membantu pejuang Islam.
Peristiwa besar ini tuan-tuan sekalian, angin kencang, ribut taufan, musuh bercempuran lari meninggalkan Madinah. Dengan kegembiraan Nabi, berdiri di atas batu besar bertakbir (takbir raya). Inilah frasa-frasa yang kita ulang dan kita ulang tiap kali menyambut hari raya. Sidang pemerhati dan tamu sekalian dan sahabat-sahabat Yang Berhormat, peristiwa Ahzab merupakan imrah pengajaran kepada kita semua bukan sekadar ungkapan ungkapan yang kita laung tanpa sedar, di mana orang beriman akan dikepung oleh azab sampai kiamat. Disebut tadi tuan-tuan berlaku di Palestin, jangan lupa saudara kita di Yaman, di Syria, bahkan Terengganu pun dikepung, dikekang dengan pelbagai hambatan, halangan kerana apa, kerana iltizam Kerajaan Negeri untuk melaksanakan Islam, untuk menjaga agama bagi memastikan tuntutan kita sebagai ahli-ahli politik, ahli siasah, yang Allah nak tegakkan di atas muka bumi menegakkan agama dan mentadbir dunia dengannya.
Jertih melihat Titah Ucapan Tuanku yang menegaskan soal kebergantungan kita pada oil and gas tuan-tuan sekalian, minyak dan gas tuan-tuan, kerana sumber ini ada tempoh hadnya. Sebagaimana yang diambil Kerajaan Arab Saudi melihat kebergantungan pada minyak dan gas ni tidak lama, jadi mereka juga fokus pada sektor pelancongan. Dan kita lihat Ramadan baru ni tuan-tuan sekalian, seramai atau sebanyak 25 juta visa diberikan kepada pelancong-pelancong ke Arab Saudi dan mereka mendapat imbalan atau imbuhan yang banyak bergantung pada negara mereka 25 juta kali 600 ringgit harga satu visa, tuan cuba bayangkan. Dan inilah paling ramai kehadiran pelancong ke Saudi untuk Ramadan 1446H baru ni, tahun 2025 tuan-tuan. Cuma, Kerajaan Terengganu perlu mengambil satu pengajaran daripada apa yang Arab Saudi, jangan keghairahan kita untuk menarik para pelancong, kita melanggar batas-batas dan syarak. Pelancong kita lagi tidak berdasarkan kepada kepatuhan syariah, ini yang kita kena ambil pelajaran. Lihat sempena Saudi Visit Year yang berlaku tuan-tuan, konsert-konsert hiburan, konsert-konsert hedonisme yang diadakan terlalu banyak di Saudi. Bahkan, apabila saja
dikritik oleh Imam Masjidil Haram, Sheikh Muhammae Saleh Al Talib hingga dipenjarakan di Saudi. Minta maaf Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, kerana contoh kepada sebuah negara yang kita hormat tuan-tuan. Ini satu pengajaran supaya kita tidak silap, datang kumpulan Metallica, konsert Blackpink, datang Justin Bieber, ada puluhan konsert diadakan dan anak remaja perempuan Saudi mula menanggalkan pakaian mereka, ini satu perkara yang memalukan sebagai negara yang menjaga dua tanah haram.
Jadi, Terengganu tuan-tuan, Terengganu kita Darul Iman, negeri kita tuan-tuan, yang sejarah emas para alim ulama menjaga negeri kita, Tok Ku Paloh, Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong, Tuan Guru Haji Musa Minangkabau, ada ratusan ulama-ulama berjasa pada tanah leluhur Negeri Terengganu. Jadi, saya ingin menegur Kerajaan Negeri berkaitan dengan terutama Portfolio Pelancongan tanpa rasa mengurang hormat kepada Portfolio Pelancongan yang berusaha untuk memajukan negeri kita. Contohnya Ramadan baru ini, apabila Program Pelita Raya tuan-tuan sekalian, satu negara kecoh tentang video-video yang dipaparkan Program Pelita Raya. Dalam keadaan kita bulan Ramadan tuan-tuan sekalian, saya faham kesungguhan kita untuk menarik pelancong domestik untuk berkampung di tengah Ramadan tapi perlu ada satu jawatankuasa menapis program kita syarie compliance atau tidak. Tengok tarian yang tak patuh syariah ada, remaja perempuan saya rasa sudah akil baligh walaupun umur 12-13 tahun tuan-tuan sekalian, bandingkan masjid-masjid kita nak banding dengan negeri-negeri lain tuan-tuan sekalian, cuba bayang masjid-masjid kita, jangan tengok di kawasan Kuala Terengganu, tengoklah di Besut, tengok di Setiu, tengok di Hulu Terengganu tuan-tuan sekalian. Ramadan akhir tuan-tuan sekalian, tinggal satu saf, tinggal dua saf tuan-tuan sekalian. Kalau banding negeri lain, minta maaf, jauh tuan-tuan sekalian. Ramadan syahrul maghfirah, Ramadan bulan pengampunan, bulan Allah ampunkan. Allah buka seluas mungkin pintu langit pengampunan maghfirah dengan Ramadan, Allah lipatkali gandakan pahala dalam bulan Ramadan dan fasa paling penting adalah 10 terakhir Ramadan.
Tengok kepada saya Yang Berhormat. Tengok ke saya etek.
Fasa paling penting…
Kena tengok ke Dato’ Speaker..
pelepasan daripada api neraka. Sepatutnya kita kerah beramai-ramai, rakyat kita hadir di masjid, Ihya’ Ramadan, namun tuan-tuan sekalian, yang berlaku di Terengganu, tengok minta maaf dengan izin Dato’ Yang di-Pertua, ramai-ramai kita upload orang tahu gallok, kita sibuk dengan pelita kita, kita mula tuan-tuan sekalian tidak Ihya’ Ramadan, sepatutnya kita qiyamullail beramai-ramai kerana tuan-tuan sekalian, kalau kita letakkan pelancongan patuh syariah tuan-tuan, saya tetap yakin Terengganu akan ramai pelancong-pelancong akan hadir berkampung di Terengganu. Dan saya ucap tahniah pada Program Madinah Ramadan tuan-tuan sekalian, Madinah Ramadan walaupun baru bertatih saya rasa, kalau kita luaskan lagi program-program Daurah Kitab dan sebagainya, imam-imam yang hebat yang dijemput oleh luar negara tuan-tuan, saya yakin dan percaya Madinah Ramadan paling kurang Terengganu boleh bersaing dengan Kelantan untuk menarik pelancong-pelancong domestik berhimpun pada bulan Ramadan.
Ramadan, tuan-tuan sekalian, bukan sekadar syahrul maghfirah, syahrul al-Quran, bulan al-Quran, bulan turun al-Quran, bahkan Nabi sangat rapat, sangat akrab dengan al-Quran dalam bulan Ramadan. Kerana apa? Hatta Nabi ditasmik bacaan oleh Malaikat Jibril tuan-tuan sekalian. Dengan erti kata Nabi musyafahah, Nabi talaqqi dan itu sepatutnya kita berlaku di Terengganu bagaimana Ramadan ini, ni syahrul Quran hebatkan di mana-mana orang membaca al-Quran di mana-mana. Tuan-tuan, Ramadan adalah Quran mukjizat yang paling besar, Al-Huda, Al-Bayan, An-Nuur, At-Tibyan, At-Tanzil, Al-Kitab, Asy-Syifa’, Al-Zikr, Al-Hakim, Al-Furqan. Kalu dok tahu kena paparkan untuk tahu, Menteri Besar baca Quran, EXCO baca Quran, Yang Berhormat-Yang Berhormat baca Al-Quran, Ketua Jabatan, Ketua Agensi Rakyat akan mengikuti agama pemimpin, agama kerajaan mereka, tapi kalau kita pemimpin pun kurang dengan al-Quran, macam mana nak bentuk rakyat kita tuan-tuan? Cuba kita bayangkan, tuan-tuan orang mengundi kita sampai 40-0 Terengganu, inilah manifestasi kecintaan rakyat Terengganu pada agama. Saya mengharapkan supaya tuan-tuan untuk akan datang, kita berhati-hati dengan program-program baik pelancong pastikan pelancongan kita patuh syariah sesuai dengan kita Maju, Berkat, Sejahtera. Kita nak setiap hasil wang yang masukkan ke negeri tuan-tuan hasil yang berkat dan sejahtera, insya-Allah Ramadan syahrul jihad. Patut Terengganu akan dipopularkan Ramadan syahrul Quran, bulan al-Quran, bulan turun al-Quran, bahkan Nabi sangat rapat,
jihad, tengok kita buka kembali sirah Nabi, mengapa berlaku Badar Al-Kubra, peristiwa yang merupakan yang kita baca al-Quran,
“Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah, maka bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur”.
Kita buka balik Fathu Makkah, pembukaan Kota Mekah, 20 Ramadan, 10 ribu orang tawan mekah tanpa perang tanpa tumpah darah. Buka balik kisah Perang Tabuk, Perang Jalut. Biar kita lihatnya, tuan-tuan nak tarik gane, edu-tourism dan merasa Negeri Terengganu sebagai negeri yang kita angkat budaya ilmu, budaya intelektual. Dengan sedikit suara saya bagi mewakili Jertih tuan-tuan dan minta maaf di atas sedikit teguran pada Kerajaan Negeri, apa pun tahniah di atas kesungguhan para pimpinan yang bertungkus lumus untuk menggerakkan Kerajaan Good Governance dengan izin dengan menjalankan tatakelola kerajaan yang baik, insya-Allah.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan, Jertih menyokong Titah Ucapan Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin sempena Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Kali Kelima Belas.
Terima kasih Yang Berhormat Jertih. Maaflah, sambil-sambil tengahari ni, takut mengantuk. Sila Yang Berhormat Buluh Gading.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, rakan-rakan Yang Berhormat BBC, Ketua-ketua Jabatan, para pegawai seterusnya para pemerhati dan seluruh warga Dewan Yang Mulia yang dirahmati Allah sekalian.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian membahaskan Titah Ucapan Tuanku Al-Sultan yang telah sempurna disampaikan pada hari kelmarin. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, hari ini kita bersidang dalam suasana kita masih dalam mood raya Aidilfitri, setelah berjaya menunaikan ibadah puasa Ramadan, yang difardhukan oleh Allah Ta’ala ke setiap orang yang beriman. Sebagaimana firman Allah Ta’ala, . Apa yang penting sebagaimana yang ditegaskan dalam ayat tersebut ialah kesan dan aqidah daripada ibadah puasa itu sendiri iaitulah menjadi insan yang bertakwa kepada Allah Ta’ala. Sifat takwa ini perlu terus dipupuk dan dibajai dengan amal soleh yang berterusan agar ia terus menjadi pakaian perhiasan dalam kehidupan seharian kita. Bukan sahaja di bulan Ramadan bahkan sehingga ke akhir hayat kita. Takwa adalah sebaik-baik pakaian dan sebaik-baik bekalan untuk dibawa balik bertemu dengan Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Firman Allah Ta’ala,
“Dan pakaian takwa itulah yang lebih baik” – Surah Al-A’raf Ayat 26
Dan juga firman Allah Ta’ala,
“Dan berbekallah, sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu ialah takwa”.
Surah Al-Baqarah Ayat 197
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, di kesempatan yang terbatas ini, saya ada beberapa perkara yang nak disebut bagi mendapatkan penjelasan, respon dan maklum balas daripada pihak Kerajaan, yang pertama, berkaitan dengan isu rokok elektronik atau vape.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, kalau tak silap, sebelum ini, dua atau tiga kali telah saya bangkitkan isu berkaitan vape ini, dalam ucapan perbahasan saya di dalam Dewan yang mulia ini, kerana bimbang dengan kesan bahaya daripadanya. Saya yakin dan percaya semua kita, terutamanya para ibu bapa, melahirkan kebimbangan yang sama terhadap anak-anak mereka, khususnya yang masih di bangku persekolahan. Perkara ini dilihat lebih serius apabila Tuanku Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
sendiri menyarankan supaya penggunaan rokok elektronik atau vape diharamkan secara total. Saranan itu dibuat susulan kebimbangan baginda terhadap penggunaan dadah yang semakin meningkat di Pahang, terutama dalam kalangan belia berdasarkan statistik oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). Titah baginda lagi, bahawa antara punca utama golongan muda terjebak dalam ketagihan dadah secara langsung atau tidak langsung adalah bermula daripada penggunaan vape.
Yang berhormat Dato’ Yang di-Pertua, alhamdulillah, Kerajaan Negeri mengambil keputusan yang tepat apabila bercadang untuk mengharamkan penggunaan rokok elektronik atau vape secara total di negeri ini, sebagaimana ditegaskan oleh Yang Berhormat Wakaf Mempelam dalam satu sidang media pada Februari 2025 yang lalu dan mendapat sokongan penuh oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar apabila menegaskan bahawa keputusan tersebut dibuat atas dasar tanggungjawab Kerajaan dalam menjaga kesihatan rakyat, terutama generasi muda, lebih-lebih lagi apabila melibatkan pelajar sekolah yang perlu dilindungi daripada bahaya vape yang semakin berleluasa demi menjamin masa depan hidup mereka ke arah yang lebih baik dan cemerlang.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan di sini mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kerajaan Negeri atas penegasan tersebut dan saya berharap Kerajaan Negeri tetap teguh dengan pendirian itu walau apa pun cabaran yang akan dihadapi. Polisi dan komitmen Kerajaan Negeri ini adalah selari dengan kaedah feqah yang menegaskan . Polisi dan tindakan pemerintah mestilah tertakluk kepada maslahah kepada rakyat. Walaupun mungkin di sana ada keuntungan dari sudut material melalui kutipan cukai ataupun bayaran lesen premis jika dibenarkan beroperasi dan sebagainya. Namun kaedah feqah tetap juga menegaskan menolak kerosakan lebih diutamakan daripada mengambil manfaat. Sehubungan dengan itu Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua saya ingin tahu apakah status pelaksanaan cadangan tersebut sehingga kini, duduk di peringkat mana dah dan bilakah dijangka akan dilaksana atau dikuatkuasakan.
Yang kedua Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua berkaitan dengan pertanian, kemarin Tuanku Al-Sultan banyak menyentuh berkaitan pertanian sebagaimana yang tercatat dari muka surat lima sehingga muka surat lapan, empat muka
surat, cuma di kesempatan ini saya nak merujuk kepada Buku Bajet 2025, pada muka surat sebelas iaitu yang berkaitan usaha Kerajaan Negeri untuk meningkatkan pengeluaran komuniti makanan utama di Negeri Terengganu yang tercinta ini, saya baca sedikit dengan izin Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, penggal yang kedua puluh, muka surat sebelas Ucapan Belanjawan 2025 bagi meningkatkan pengeluaran komuniti makanan utama di negeri kita Kerajaan Negeri akan membuka kawasan baru untuk memperluaskan kawasan bertanam melibatkan tanah terbiar serta membangunkan taman kekal pengeluaran makanan TKPM baharu di setiap daerah selain turut memperkukuh Program Pertanian Komuniti di samping menaik taraf dan menyelenggara infrastruktur di kawasan sawah padi bagi meningkatkan tahap sara diri SSR pengeluaran beras.
Yang pertama saya nak minta penjelasan apakah definisi tanah terbiar dalam konteks pertanian dan beberapa banyak atau berapa luas tanah terbiar yang ada di Terengganu kita sehingga kini, dan yang kedua, daripada ucapan tadi, apakah status atau perkembangan terkini usaha atau langkah-langkah yang telah diambil oleh Pihak Kerajaan Negeri untuk membuka kawasan baru bagi memperluas kawasan bertanam sebagaimana disebutkan tadi. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya juga ingin mengambil kesempatan di sini untuk mendapatkan maklumat perkembangan terkini tentang perlaksanaan Projek Perumahan Rakyat di Kampung Jeram yang terletak dalam kawasan DUN Buluh Gading, saya difahamkan peruntukan telah diluluskan di bawah Bajet Kerajaan Persekutuan melalui KPKT tetapi sehingga sekarang belum nampak kerja-kerja awal dilaksanakan, saya berharap pihak Kerajaan Negeri dapat melakukan sesuatu atau apa-apa tindakan yang perlu bagi memastikan projek Perumahan Rakyat ini dapat dilaksanakan seberapa segera demi keselesaan dan kesejahteraan hidup rakyat.
Akhir sekali, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya bagi pihak warga DUN Buluh Gading khususnya rakyat Kampung Teluk Pasu dan sekitarnya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri khususnya kepada Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Dato’ Nara Setia, SUK Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Dato’ Kewangan Negeri, pihak UPEN, MBKT, Pejabat Daerah dan lain-lain jabatan atau agensi kerajaan yang telah mempermudahkan ke arah pelaksaan Projek Pembangunan Dataran Teluk Pasu fasa 2 dan melibatkan pembinaan medan selera yang terdiri daripada kiosk-kiosk dan gerai jualan di samping beberapa kemudahan infra
yang lain. Projek ini baru sahaja bermula, pembinaannya pada bulan lepas, iaitu Mac 2025. Walaupun peruntukan RM1 juta telah diluluskan dalam Bajet 2023 lagi, namun tertunda pelaksanaannya kerana beberapa isu teknikal dan juga kekangan kewangan yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri atas sebab-sebab yang kita semua sedia maklum. Untuk makluman Dewan yang mulia, pembangunan Dataran Teluk Pasu ini merangkumi di tiga fasa utama. Fasa pertama ialah taman rekreasi yang telah siap dibina pada November 2019. Fasa yang kedua ialah pembinaan Medan Selera yang sedang berjalan pada waktu ini dan fasa ketiga ialah bagi melengkapkan pembangunan kawasan tersebut, ialah pembinaan landscape dan juga jeti. Semoga dengan pembangunan keseluruhan kawasan tersebut, yang terdiri daripada taman rekreasi, kawasan dataran dan medan selera yang terletak di tepi Sungai Terengganu, yang lengkap dengan jeti, yang akan dibina dan ditambah nilai dengan pemandangan indah dan nyaman dengan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa, khususnya pada waktu petang, akan menjadi ikon baru dalam kawasan DUN Buluh Gading, khususnya di Kampung Pasu yang akan menjadi destinasi pelancong sama ada yang datang daripada arah sungai ataupun daripada arah darat. Sekali gus akan merancakkan lagi aktiviti ekonomi penduduk setempat, di samping mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan juga silaturrahim sesama komuniti insya-Allah.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya berharap peruntukan bagi tujuan pembinaan fasa 3 tersebut dapatlah kiranya dimasukkan dalam Belanjawaan 2026 nanti insya-Allah. Nak booking awal-awal, Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih juga Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua atas peluang yang diberi, saya mengambil kesempatan di sini juga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada seluruh muslimin dan muslimat dan warga Dewan yang mulia ini.
Buluh Gading mohon menyokong.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Buluh Gading. Seterusnya saya persilakan Yang Berhormat Ladang.
di samping mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan juga silaturrahim
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua-ketua Jabatan, para media, para pemerhati seterusnya para hadirin hadirat yang dihormati Allah sekalian. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi kesyukuran dan penghargaan terima kasih kerana diberi peluang dalam perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku al-Sultan.
Secara keseluruhannya, tiga perkara yang menjadi intipati utama Titah Ucapan Tuanku al-Sultan semalam iaitu Pengukuhan Pertanian Dan Industri Asas Tani, Penerokaan Sumber Baru Dan Pelaburan serta Kelestarian Pelancongan. Dapat kita rumuskan bahawa Tuanku al-Sultan begitu optimis dan yakin Terengganu akan terus berkembang sebagai sebuah negeri yang makmur serta berdaya saing di bawah pentadbiran Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang kita kagumi dan kasihi. Ladang juga percaya bahawa Kerajaan Terengganu hari ini telah terbukti luas pengalaman dalam mentadbir dan mengurus kuasa yang diamanahkan oleh rakyat. Setiap Titah dan saranan yang penuh kebijaksanaan akan sentiasa dijunjung ke arah menambahbaik pentadbiran Negeri Terengganu demi kesejahteraan rakyat.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, komitmen dan kesungguhan Kerajaan Negeri dalam memacu pembangunan melalui penerokaan sumber ekonomi baru yang mampan dan berdaya saing wajar dipuji. Langkah berani yang berperanan jauh ini membuktikan bahawa Kerajaan Negeri Terengganu bukan saja bergantung kepada sumber asli, sumber minyak dan gas tetapi juga serius meneroka sumber-sumber baru selaras dengan perubahan global yang beralih kepada sistem yang lebih bersih dan mampan. Selain itu, kerajaan juga rancak mempelbagaikan ekonomi seperti pembangunan sektor pelancongan, ekonomi digital, pertanian moden, industri halal, perusahaan kecil dan sederhana, yang dilihat selari dengan arus pembangunan global dan aspirasi negara maju menuju ekonomi berpendapatan tinggi. Pendekatan ini jelas mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap kelestarian ekonomi jangka panjang, peningkatan taraf hidup rakyat serta penyediaan ruang peluang pekerjaan yang lebih luas khususnya untuk golongan muda dan graduan di negeri ini. Dalam masa yang sama, inisiatif ini turut menyokong agenda pemerkasaan sosioekonomi luar bandar dan pengurangan kadar kemiskinan negeri. Yakini
bahawa dengan sokongan padu daripada semua pihak, Terengganu akan terus melonjak maju sebagai negeri contoh yang membangun secara holistik, berintegriti dan juga berkat.
Dato’ Yang di-Pertua, dengan penuh rasa penghargaan dan kesyukuran, dirakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kerajaan Negeri di atas langkah tegas dan berperanan jauh dalam mengharamkan penjualan dan penggunaan rokok elektronik, vape, dengan izin. Saya senada dengan Yang Berhormat Buluh Gading. Saya antara ribuan rakyat yang sujud syukur atas keputusan ini. Polemik ini pernah diutarakan dalam persidangan yang lepas, acap kali saya sebut dan Alhamdulillah semua pihak mengambil peranan yang tuntas untuk memastikan kesihatan dan kesejahteraan rakyat negeri ini terpelihara.
Macam inilah satu tindakan berani dan amat dialu-alukan khususnya dalam usaha menjaga kebajikan dan kesihatan rakyat terutamanya golongan muda yang kini semakin terdedah kepada bahaya penggunaan rokok elektrik. Maka ini selaras, selari dengan tuntutan Islam yang mengutamakan penjagaan nyawa dan kesihatan serta mencerminkan keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap sosial semakin meruncing.
Dato’ Yang di-Pertua, dalam mengejar kemajuan pembangunan negeri, jangan kita terlepas pandang isu pemerkasaan syariat di negeri kita. Saya sangat bersetuju dengan Jertih. Jertih mengutarakan isu pelita raya. Dan Ladang hari ini, mengambil peluang juga untuk nak sentuh sikit isu pesta moreh yang tular sehingga jadi buah mulut baru-baru ini. Tidak dinafikan pesta moreh di Terengganu pada Ramadan baru ini persis cendawan tumbuh selepas hujan. Banyak sangat tempat. Ramai rakyat kita mencari sumber pendapatan dengan menjual pelbagai menu yang viral sehingga menarik perhatian pengunjung dalam dan juga luar negeri Terengganu. Namun, dalam memastikan amalan ini kekal atas dalam landasan Islam, garisan syariat Islam, Ladang menyokong penuh tindakan Kerajaan Negeri mengambil langkah proaktif dengan mengetatkan peraturan khususnya melibatkan larangan aktiviti hiburan untuk menghormati bulan Ramadan.
Oleh itu, saya bertegas sekali lagi, sebarang bentuk persembahan tarian, nyanyian atau hiburan yang boleh mencetuskan suasana lalai atau bercanggah dengan adat Islam dilarang sama sekali. Ini termasuk penggunaan sistem audio yang kuat, persembahan muzik kontemporari atau aktiviti yang menyerupai
pesta hiburan yang tidak sesuai dengan suasana Ramadan. Langkah ini selari dengan gagasan „Indahnya Hidup Bersyariat’ yang diperjuangkan oleh Kerajaan Negeri yang menekankan keseimbangan antara budaya dan ibadah. Larangan ini bukan untuk menyekat kegembiraan tapi memastikan bahawa setiap program diadakan penuh adab dan penuh nilai keinsafan. Tahniah kepada semua pihak yang berusaha untuk mengawal keadaan ini.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Dewan Yang Mulia ini dengan satu isu yang semakin meruncing iaitu berkaitan peningkatan kes jenayah siber di Negeri Terengganu. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Terengganu, sebanyak 1,330 kes jenayah siber telah direkodkan sepanjang tahun 2024 menunjukkan peningkatan sebanyak 93 kes berbanding tahun sebelumnya. Nilai kerugian yang direkodkan juga amat membimbangkan iaitu lebih daripada RM42 juta, satu angka yang besar dan memberi kesan langsung kepada kesejahteraan rakyat negeri ini. Jenayah siber ini melibatkan pelbagai penipuan termasuk pembelian dalam talian, pelaburan palsu, penyamaran sebagai pegawai kerajaan atau agensi kewangan dan juga pencurian data peribadi. Keadaan ini memerlukan perhatian serius dan tindakan segera. Ladang mengalu-alukan inisiatif yang dijalankan oleh agensi-agensi berkaitan di peringkat Persekutuan termasuklah kempen kesedaran, talian penting atau hotline, dengan izin, yang dikendalikan oleh Cyber Security Malaysia, portal Smart Mule oleh Polis Diraja Malaysia yang membolehkan oleh orang awam menyemak nombor akaun bank atau nombor telefon sebelum membuat transaksi dalam talian. Namun begitu, saya ingin menggesa kepada pihak kerajaan agar mengambil langkah yang proaktif, lebih proaktif dan menyeluruh dalam menyantuni isu ini, khususnya dengan memperluaskan program kesedaran keselamatan siber di segenap lapisan masyarakat termasuklah di kawasan luar bandar dan juga kepada golongan berisiko seperti warga emas dan juga pada golongan pelajar sekolah. Melibatkan juga pusat khidmat masyarakat, pihak berkuasa tempatan, masjid dan surau sebagai saluran penyebaran maklumat dan juga kempen celik digital. Dan di samping itu juga mencadangkan juga, menjadikan graf kecil atau sokongan logistik kepada NGO dan juga komuniti yang aktif dalam mendidik masyarakat tentang keselamatan siber. Kita tidak boleh membiarkan rakyat terus menjadi mangsa jenayah moden ini. Teknologi bukan sahaja membawa kepada kemudahan, tetapi juga membawa cabaran baru yang memerlukan pendekatan baru. Usaha pencegahan mesti digiatkan dan peranan Kerajaan Negeri dalam memperkukuh
literasi digital rakyat amatlah penting dan mendesak pada ketika ini dengan merangka satu pelan tindakan holistik untuk membanteras jenayah siber di Negeri Terengganu.
Dato’ Yang di-Pertua, isu terakhir yang Ladang ingin utarakan dalam perbahasan ini ialah satu perkara yang dekat dengan kehidupan rakyat, harian rakyat iaitu keadaan Pasar Bukit Besar yang merupakan nadi ekonomi dan pusat jual beli penting bagi penduduk sekitar DUN Ladang. Setakat ini, terdapat 73 peniaga berdaftar di Pasar Bukit Besar merangkumi pelbagai segi perniagaan. Namun begitu, daripada 97 premis yang disediakan, masih terdapat 24 premis yang belum beroperasi. Semakin hari, pasar ini kelihatan lesu dan semakin kurang pengunjung. Saya ingin menyentuh dua isu utama yang perlu diberikan perhatian segera. Yang pertama isu penyelenggaraan. Cat bangunan pasar yang semakin lusuh bukan saja memberi imej yang kurang menarik malah menjejaskan semangat peniaga serta pengunjung. Sebuah pasar yang ceria dan terjaga mampu meningkatkan keyakinan pengguna serta menambah jumlah pengunjung dan juga kelengkapan tandas yang rosak dan tidak berfungsi dengan baik, aduan daripada peniaga dan pengunjung berkenaan tandas yang tidak diselenggara dengan sempurna ini amat menyedihkan. Kebersihan tandas mencerminkan pengurusan pasar dan juga boleh memberi kesan kepada tahap kesihatan awam.
Yang kedua, isu persaingan. Saya amat prihatin terhadap keluhan rakyat dan para peniaga yang juga terpaksa bersaing dengan penjual-penjual di sepanjang jalan yang semakin hari semakin bertambah seolah olah tiada pemantauan. Justeru itu saya memohon agar pihak berwajib melalui agensi ataupun PBT berkait dapat menyegerakan kerja-kerja baik pulih dan penyelenggaraan serta membuat pemantauan di Pasar Bukit Besar. Kembalikan kegemilangan Pasar Bukit Besar yang ketika itu terkenal dengan “pasar garib” yang menjadi pilihan utama masyarakat sekitar. Saya yakin dengan sedikit usaha penambahbaikan pasar ini boleh menjadi fasiliti lebih menarik, selesa, selamat untuk semua. Ini juga dapat membantu merancakkan ekonomi tempatan sekaligus menyokong pendapatan peniaga kecil yang menjadi tulang belakang ekonomi rakyat.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, akhir kata dengan kesungguhan kita melaksanakan amanah dan tanggung jawab yang terpikul di bahu kita, marilah kita terus berdoa, mudah-mudahan Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Memimpin untuk terus memimpin dan membimbing fikiran serta perasaan kita
semoga kekal di jalan yang diredhai dan sentiasa bermuafakat bersesuaian dengan Ayat 80 Surah Al-Isra’ yang bermaksud:
Dan mohonlah wahai Muhammad dengan berdoa, Wahai Tuhanku, masukkanlah daku ke dalam urusan agamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara yang lebih lagi mulia dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu hujah, ketenangan serta kekuatan, kekuasaan yang menolongku.
Insya-Allah rakyat Negeri Terengganu akan terus selamat, aman, makmur dan maju. Ladang menyokong dan menjunjung kasih titah Duli Yang Maha Mulia Baginda Tuanku Al-Sultan. Sekian.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Ladang. Yang Berhormat Ladang, nanti dulu Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat Ladang atas semangat. Harap Yang Berhormat lain tu berucap lebih semangat daripada Ladang, jangan slow daripada Ladang tengahari ni dan juga boleh celoh di tengah-tengah ucapan agar tidak memboringkan persidangan kita kali ni. Saya ucap syabas kepada Yang Berhormat Ladang dengan semangatnya dan harap Yang Berhormat-yang berhormat lain jangan kurang semangat dari Yang Berhormat Ladang. Sila Yang Berhormat Manir.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Ir. Dato’ Seri Menteri Besar Terengganu, barisan EXCO, YB-YB, pegawai-pegawai kerajaan, pemerhati, petugas-petugas media dan semua yang hadir pada pagi ini di Dewan Yang Mulia ini.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua memberi peluang untuk sama-sama Menjunjung Kasih Titah Tuanku Al-Sultan. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, antara perkara yang disebut di dalam Titah Tuanku Al-Sultan adalah sektor tenaga boleh diperbaharui yang mana Terengganu mempunyai
potensi yang besar, untuk diperluaskan dan dipertingkatkan bagi mencapai target dan menyumbang keperluan Malaysia, bagi memenuhi keperluan Malaysia dilaksanakan dan memperlengkapkan green energy policy dunia. Sebagaimana yang diterangkan di Terengganu dengan jumlah kapasiti solar yang beroperasi melebihi 333 megawat yang disebut di dalam titah Tuanku Al-Sultan semalam menunjukkan Kerajaan Negeri tidak ketinggalan dalam mengambil cakna dan keperluan penjagaan alam sekitar dan perkara ini jelas menunjukkan kesungguhan Kerajaan Negeri dalam memposisikan Negeri Terengganu sebagai sebuah kerajaan yang sentiasa berusaha ke arah yang lebih baik.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Negeri Terengganu juga adalah antara negeri yang menjadi tempat yang terbaik bagi pelaksanaan carbon green. Oleh itu sayugia, Kerajaan Negeri juga memperkasakan satu usaha yang mungkin dianggap remeh iaitu kitar semula, pengasingan sisa pepejal kerana usaha ini walaupun satu usaha yang kecil tetapi ia selari dengan tujuan penjagaan alam sekitar kerana kita melihat sisa pepejal yang mungkin semua mengakui, bahawa tidak dapat dilaksanakan dengan sebaiknya dan dengan sistem kitar semula yang boleh diperkenalkan dan diperbaiki usaha yang telah dilakukan, insya-Allah ianya mengurangkan sisa pepejal yang tidak dapat di recycle semula dan disinilah bagaimana kerajaan barat telah mempromosikan “from waste to wealth” daripada sesuatu yang tidak berharga kepada yang berharga dan di sinilah kita lihat bagaimana negara-negara maju yang telah terkehadapan dalam menjalankan usaha ini. Terengganu dilihat sebuah negeri yang berpotensi kerana kebanjiran pelancong-pelancong luar. Tetapi di dalam masa yang sama, kebersihan perlu dijaga.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya tertarik dengan satu penjelasan yang telah disebut di dalam titah Al-Sultan iaitu perkembangan pembangunan di Dermaga Timur yang dijangka peningkatan kapasiti daripada 4 juta metrik tan setahun kepada 12 juta metrik tan setahun dan kita penuh yakin bahawa ini adalah satu perkembangan yang sangat positif tetapi Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, ada satu kenyataan yang telah dibuat oleh Kementerian Pengangkutan pada 15 Januari 2022 di mana disebut bahawa tempat yang sama, dermaga pelabuhan ini akan dinaikkan taraf dan dikatakan mampu mencecah sehingga 33 juta metrik tan setahun. Apakah perubahan daripada 33 kepada 12 juta itu adalah satu pengurangan kos ataupun ianya suatu perkara yang tidak dapat dinyatakan sebab-sebab pengurangan tersebut.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, sebenarnya dalam Akta Pelabuhan 1993 meletakkan kawalan pelabuhan Negeri Terengganu di bawah kawalan Federal berbeza dengan Sabah dan Sarawak yang mana bidang kuasa Kerajaan Negeri diberikan bagi mengawal selia pelabuhan negeri masing-masing. Persoalannya ialah apakah Kerajaan bercadang untuk mengambil alih kuasa ataupun apa-apa cadangan kepada pihak pusat untuk meluaskan fungsi pelabuhan yang sudah tentu ianya akan mendatangkan hasil yang lebih kepada pendapatan Kerajaan Negeri ini, insya-Allah.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, di kesempatan ini saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang telah mengambil dan melaksanakan tindakan pemutihan ladang-ladang unggas di Negeri Terengganu. Saya melihat usaha ini sangat baik, signifikan dalam senario semasa bagi meningkatkan SSR ataupun self-sufficiency ratio pengeluaran produk ayam dan unggas dalam negeri ini bagi meningkatkan pendapatan usahawan hari ini tetapi dalam masa yang sama, pelaksanaan perundangan ini akan memberikan impak positif ataupun negatif kepada sektor-sektor yang lain. Bila kita lihat bagaimana saya difahamkan penternak-penternak unggas antara yang menyuarakan aduan kepada pihak yang berwajib. Bayangkan antara 157 buah ladang ayam di Terengganu, hanya dua buah ladang sahaja yang memiliki kebenaran merancang. Bayangkan 155 lagi tidak ada kebenaran merancang tetapi bila mana pihak PBT, pihak Kerajaan meminta semua memberikan semula dan menyemak semula kebenaran merancang tiap-tiap ladang tersebut, maka ianya akan memberi kesan yang negatif kepada penternak-penternak ayam unggas di negeri Terengganu. Ianya akan memberi kesan terutamanya kepada bila mana berbincang dengan pihak yang memberi pembiayaan contohnya Agrobank, bila mana penternak-penternak ini, pengusaha-pengusaha ini memerlukan modal tambahan, ia akan gagal kerana tidak mempunyai kebenaran merancang.
Jadi oleh sebab itu jika sekiranya peraturan-peraturan dan ketetapan pihak Kerajaan ini dapat diberikan satu kelonggaran ataupun pengecualian kerana ianya dapat dilihat keselarian perbincangan ini pada Titah Tuanku Al-Sultan yang meletakkan bahawa antara perkara yang penting ialah pengukuhan pertanian dan industri asas tani. Oleh sebab itu kita melihat ianya suatu perkara yang perlu diperhalusi semula dan peningkatan-peningkatan denda jika sekiranya tidak diendahkan saranan daripada pihak Kerajaan-PBT, maka dia
akan dikenakan denda, denda yang boleh mencecah kepada belasan ribu ringgit kepada penternak-penternak ayam unggas ini. Jadi saya mencadangkan agar diadakan semula perbincangan meja bulat di antara pihak yang sepatutnya agar ia menjadi keringanan dan penjelasan yang lebih baik kepada semua pihak, insya-Allah.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Manir mohon Menjunjung Kasih dan merafak sembah di atas Titah Tuanku Al-Sultan sempena Adat Pembukaan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri semalam.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Manir. Seterusnya saya persilakan mana-mana Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Kemasik.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Ir. Dr. Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu, Yang Berusaha Ketua-ketua Jabatan, para media, hadirin-hadirat yang dirahmati Allah sekalian.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada Kemasik bagi merakam dan merafak sembah ucapan penghargaan dan junjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin sepanjang Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Kelima Belas pada kali ini.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Negeri Terengganu terus mencatat pertumbuhan positif ekonominya dari tahun ke tahun. Terengganu perlu terus proaktif dan berdaya saing untuk terus mencatat pertumbuhan positif malah meningkat dengan pertumbuhan yang lebih tinggi. Segala perancangan, pengurusan kewangan, perbelanjaan perlu dilaksanakan dengan lebih agresif, sistematik dan berkesan. Keutamaan dan penumpuan pada sektor-sektor yang
dapat memberi impak yang tinggi dan berganda perlu terus diperkasakan. Bagi memastikan kejayaan pada setiap keutamaan yang disarankan termasuk di bidang pertanian dan industri asas tani, penerokaan sumber baharu dan pelaburan serta pelancongan, segenap usaha dan kekuatan hendaklah digembleng sekuat mungkin bagi memastikan hasil yang setinggi mungkin dapat kita perolehi. Pepatah menyebut jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Segenap pihak dan peringkat perlu bersama-sama menggarap idea, menggembleng tenaga, memerah keringat untuk memastikan kita mampu mencapai hasil yang terbaik bagi setiap keutamaan yang ditetapkan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, sektor pertanian merupakan salah satu tunjang utama pertumbuhan ekonomi Negeri Terengganu dan memainkan peranan penting dalam memastikan keterjaminan makanan. Kemasik turut berharap untuk sama-sama terlibat bagi menjayakan usaha memastikan keterjaminan makanan dicapai dengan mencadangkan suatu kawasan baharu untuk dijadikan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di Kemasik. Lokasi tersebut telah dicadangkan kepada pihak Pertanian Daerah Kemaman dengan pengesahan guna tanah oleh pihak Pejabat Tanah Daerah Kemaman. Usaha ini diharap bukan sekadar dapat mengukuhkan rantaian bekalan makanan yang disasarkan negeri tetapi juga membuka lebih banyak peluang pekerjaan, membangunkan lebih ramai usahawan tani serta merangsang pertumbuhan ekonomi setempat. Sektor hiliran pertanian juga perlu diperkasakan. Petani perlu dibimbing untuk lebih kreatif menghasilkan produk hiliran. Ia bukan sahaja dapat mengurangkan pembaziran hasil pertanian malah mampu menyumbang kepada kelestarian sektor pertanian. Petani perlu terus berinovasi dan mencari peluang baharu untuk memanfaatkan sepenuhnya hasil tuaian mereka. Sokongan dan bimbingan berterusan Kerajaan termasuk dalam segmen pemasaran, penjenamaan produk-produk yang dihasilkan diharap mampu memastikan kejayaan mereka.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, sejak sekian lama, sebagaimana yang disebut dalam Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Tuanku, Terengganu telah dikurniakan Allah Subhanahu Wa Ta’ala dengan kekayaan sumber asli minyak dan gas yang menyumbang kepada sebahagian besar pendapatan negeri. Ia mengesahkan bahawa terimaan hasil Negeri Terengganu daripada kekayaan sumber asli minyak dan gas merupakan terimaan utama negeri sekian lama. Walau bagaimanapun dengan pelbagai cabaran yang telah dan bakal ditempuhi, Kerajaan bukan sahaja perlu terus menuntut haknya
malah dalam masa yang sama perlu meneroka dan membangunkan sumber-sumber baharu yang lestari selaras dengan perubahan global yang beralih kepada tenaga yang lebih bersih dan mampan. Terengganu boleh mengambil panduan sebagaimana pendekatan yang khusus diberikan Kerajaan Malaysia melalui penubuhan PETRONAS pada 17 Ogos 1974 dan dimiliki sepenuhnya Kerajaan dan diamanahkan dengan tanggungjawab untuk membangun dan menambah nilai kepada sumber-sumber minyak dan gas tersebut. Kerajaan Negeri Terengganu perlu menubuhkan suatu entiti khusus bagi meneliti dan memastikan sumber-sumber galian yang ditetapkan seperti silika dan NREE perlu dibangunkan dan diperkasakan bagi memastikan pulangan tertinggi kepada Terengganu, negeri dan berterusan. Dicadangkan agar Kerajaan Negeri mengurus sumber galian ini dengan mengguna sistem Production Sharing Contract, dengan izin seperti dalam Industri Huluan Petroleum dan bukan sistem konsesi yang lazim diguna pakai.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Pasar Payang merupakan destinasi pelancongan ikonik yang begitu sinonim dengan Negeri Terengganu. Selain berperanan sebagai nadi ekonomi serta pusat kebudayaan masyarakat setempat, kelebihan Pasar Payang yang telah kita miliki ini perlu terus diperkasakan, khususnya dalam bidang pemasaran dan bidang pengeluaran, menjadikan Pasar Payang bukan sahaja pusat pemasaran fizikal, malah boleh diperkembangkan kepada pusat pemasaran maya. Kelebihan teknologi dan dasar digitalisasi Negeri Terengganu perlu digembleng sepenuhnya bagi memastikan Pasar Payang bukan sahaja tersohor, tempatan malah antarabangsa. Lebih ramai usahawan hiliran, tempatan juga perlu dibangunkan dan diperkasakan bagi merebut peluang daripada kekuatan Pasar Payang yang merupakan destinasi pelancongan ikonik ini. Pasar Payang juga boleh dijadikan Pusat Bekalan Produk Muslim, Kempen BMF, Buy Muslim First perlu terus dikembang dan diperkasakan. Kempen Boikot Barangan Israel dan sekutunya jangan sekali-kali dihentikan. Israel dan sekutunya terus membantai saudara seagama kita di Palestin siang dan malam tanpa henti. Alternatif kepada produk-produk keperluan harian kita bagi menggantikan produk-produk sekutu Israel, perlu terus diperjuangkan. Sebagai contoh produk minuman daripada Nestle, dengan izin seperti Milo dan sebagainya sepatutnya telah sepenuhnya boleh diganti dengan produk-produk Muslim seperti Air Shedap, Koko Kurma, syarikat-syarikat di Negeri Terengganu, Munif Koko, Tamar Koko dan lain-lain. Semoga usaha murni yang dalam perjuangkan nasib saudara seagama kita ini
akan melayakkan kita untuk diberi Allah, pertolongan Allah, serta diturunkan keberkatan oleh-Nya.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, beberapa perkara bercakap berkenaan dengan DUN Kemasik. Ucapan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat EXCO Kerajaan Negeri di bawah, infrastruktur, utiliti dan pembangunan luar bandar dan seluruh pihak yang telah menyelesaikan masalah Masjid di Kampung Baru Kertih. Alhamdulillah, semoga berita baik yang disampaikan itu dengan pelantikan kontraktor baharu mampu menyelesaikan masalah masjid yang terbengkalai sekian lama dan seterusnya insya-Allah dengan kontrak yang telah dilantik, kontraktor persetujuan sebagaimana dalam kontrak dapat disempurnakan sebaik mungkin seterusnya Masjid di Kemasik ataupun di Kampung Baru Kertih dapat diselesaikan dalam masa yang telah ditetapkan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, pelancongan merupakan elemen terpenting dan perlu menjadi kekuatan, keutamaan negeri sebagaimana yang telah dititahkan dalam ucapan Baginda semalam. Penyu adalah merupakan antara daya penarik utama dan ikonik di Negeri Terengganu. Tidak sempurna jika para pelancong datang ke Terengganu kalau tidak dibawa balik sekali patung penyu sehinggakan penyu dipakaikan dengan helmet istimewanya bagi menjadi buah tangan untuk dibawa balik oleh para peserta Himpunan Permotoran RXZ dan lain-lain. Namun kita tidak boleh leka, kita perlu terus memastikan khazanah berharga penyu hidup yang semakin terancam dan akan semaksimum mungkin selepas tiap kali dilepaskan ke laut akan nanti selepas dewasa mereka boleh balik kembali, pulang bertelur di perairan Terengganu. Kertih juga merupakan lokasi tertinggi pendaratan penyu untuk bertelur dan seterusnya menetas sebelum telurnya dilepaskan kembali ke laut daripada Pantai Kertih. Pusat Santuari Penyu Ma’Daerah dan Chakar Hutan. Banyak ancaman yang perlu diberi perhatian bagi memastikan kelestariannya serta terus terpelihara setiap tahun direkodkan banyak kematian penyu berada di perairan Pantai Kertih. Saya berharap perhatian yang sewajarnya daripada pihak kerajaan serta sokongan daripada semua pihak dapat diberikan bagi membantu untuk memastikan penyu-penyu kita yang kita jadikan ikon ini dapat sentiasa dalam keadaan selamat. Insya-Allah.
Usaha merancakkan kehadiran pelancong untuk melihat dan merasai keistimewaan termasuk Program-program Pelepasan Anak Penyu dan sebagainya juga perlu dirancakkan. Semoga Santuari Penyu Ma’Daerah dan Chakar Hutan di Kertih serta lain-lain lokasi di Terengganu terus dipelihara seterusnya diperkasakan untuk menjadi lokasi utama para pelancong untuk mengenali dan memelihara kelestarian penyu yang terus terpelihara. Diharap aktiviti melepas anak penyu dan Program Care Penyu, Cakna Penyu juga perlu terus diperkasa dan dicadangkan untuk dimasukkan dalam Calender of Event Terengganu 2025.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, mewakili Persatuan Hoki Negeri Terengganu, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan berterusan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat (Malaysia) di atas kelulusan peruntukan untuk membaik pulih Stadium Hoki MBKT Batu Buruk sebagaimana permohonan kami bagi memastikan keselamatan pemain dan penonton khususnya pada kejohanan-kejohanan besar yang dianjurkan. Kami juga mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan berterusan kerajaan dan korporat dalam memastikan Pasukan Hoki Terengganu berjaya mencapai keputusan terbaik dengan membawa balik kesemua tiga piala kejohanan yang dipertandingkan pada perlawanan pada tahun 2025 ini. Kesemua gelaran pemain terbaik perlawanan, penjaring gol terbanyak kejohanan, penjaga gol terbaik kejohanan dirangkul oleh pemain-pemain Terengganu. Terima kasih terdahulu kami ucapkan atas sagu hati yang bakal kerajaan berikan kepada kami. Kami percaya keupayaan bermain dan pasukan Terengganu boleh terus pergi ke peringkat yang lebih tinggi. Justeru kami mencadangkan untuk kerajaan dapat mengembali dan membaik pulih stadium kedua hoki di Kompleks Sukan Gong Badak bagi membolehkan Terengganu menjadi tuan rumah bagi kejohanan lebih besar. Persatuan Hoki Negeri Terengganu telah menyusun untuk menganjurkan Kejohanan Hoki Dalam Dewan bagi tempoh terdekat. Kami telah mengenal pasti Stadium Tertutup di Kuala Terengganu sebagai lokasi yang sesuai untuk dinaik taraf sebagai Gelanggang Hoki Dalam Dewan Negeri Terengganu. Semoga ianya menjadi kenyataan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, dua perkara lagi insya-Allah yang pendek-pendek yang pertama, usaha untuk menyediakan prasarana kepada usahawan-usahawan PMKS. Mohon untuk perhatian Kerajaan Negeri bagi dibangunkan bengkel ataupun kilang-kilang kecil untuk para usahawan kita terus membangunkan usaha mereka dan seterusnya menjadi terus berdaya
saing. Yang kedua Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, berkenaan dengan masalah Sungai Paloh di Kertih. Sungai yang telah bertakung kerana muka kuala keluar daripada sungai tertutup oleh kerana keadaan muka bumi dan pantai. Berharap perhatian sewajarnya daripada Kerajaan Negeri untuk meneliti bagaimana solusi yang terbaik kerana berlakunya banyak beberapa kali banjir kilat khususnya di Rantau Petronas dan kawasan-kawasan sekitar Kampung Baru Kertih. Semoga apa yang dinyatakan ini mendapat perhatian yang sewajarnya daripada Kerajaan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Kemasik merafak dan Menjunjung Kasih dengan Titah-titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia al-Wathiqu Billah Sultan Zainal Abidin. Kemasik mohon menyokong.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Kemasik. Seterusnya saya persilakan kepada mana-mana Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Bukit Tunggal.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat EXCO, rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan, rakan-rakan media, para pemerhati, tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua kerana memberikan ruang kepada Bukit Tunggal untuk sama-sama mengambil bahagian dalam perbahasan ke atas Usul Menjunjung Kasih di atas Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan. Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin dan semoga amalan kita semasa di bulan Ramadan diterima oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan seterusnya kita berdoa segala amalan yang kita lakukan sepanjang bulan Ramadan yang lalu dapat kita terus dan kita pertingkatkan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, semasa Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Tuanku Sultan semalam, Baginda telah menyarankan
kepada Kerajaan Negeri untuk meneroka dan membangunkan sumber-sumber pendapatan baharu selain bergantung kepada hasil minyak dan gas yang mempunyai hadnya, dan Kerajaan Negeri juga secara proaktif telah merangka Pelan Penjanaan Pendapatan Baharu Negeri Terengganu sebagai perancangan jangka panjang untuk menjana pendapatan baru bagi negeri ini. Antara sektor yang diberi tumpuan ialah galian seperti silika, non-radioactive rare earth elements (NREE) dan bauksit. Bukit Tunggal ingin memohon untuk bertanya sehingga akhir tahun 2024 yang lalu, berapakah hasil galian silika yang telah dikutip oleh Kerajaan Negeri berdasarkan kepada keluasan kawasan yang telah diluluskan dan beroperasi yang berjumlah 1029.91 hektar pada tahun 2024 dan sejauh manakah pula keberkesanan penguatkuasaan yang telah dijalankan ke atas semua pengusaha silika bagi memastikan hasil yang sepatutnya dibayar kepada Kerajaan Negeri?
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Rang Undang-Undang Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon 2025 telah diluluskan di Dewan Rakyat pada 6 Mac 2025 yang lalu, dan seterusnya di Dewan Negara pada 25 Mac 2025. Pada pembentangan Belanjawan 2025, Kerajaan Pusat bercadang untuk memperkenalkan cukai karbon ke atas industri besi dan keluli serta tenaga di Malaysia menjelang 2026 bagi menggalakkan penggunaan teknologi rendah karbon. Yang Berhormat Menteri Ekonomi sewaktu menggulung RUU ini telah menyatakan dengan adanya hab CCUS ini, ia akan dapat memanjangkan potensi negeri di pesisir pantai timur terutamanya Kertih di Terengganu sebagai pusat industri. Saya ingin menarik perhatian Dewan Yang Mulia ini, berdasarkan kepada Fasal 7 (1), RUU ini dengan jelas menyatakan penubuhan agensi Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon di Malaysia adalah terdiri daripada :-
1. Pengerusi yang dilantik oleh Menteri 2. Ketua Setiausaha Kementerian yang bertanggungjawab ke atas CCUS 3. Ketua Pengarah Alam Sekitar 4. Sehingga enam anggota lain yang juga dilantik oleh Menteri berdasar kelayakan.
Melihat kepada komposisi anggota agensi CCUS ini, tidak ada wakil daripada Kerajaan Negeri sedangkan nanti industri CCUS ini akan dijalankan di negeri-negeri. Begitu juga dengan Fasal 6 dan 8 RUU ini, memberikan kuasa penuh kepada agensi CCUS bagi menentukan dasar pentadbiran dan kawal selia
industri CCUS termasuk penggunaan tanah dan dasar laut untuk penyimpanan karbon sedangkan Perlembagaan Persekutuan secara jelas telah memperuntukkan hal berkaitan tanah adalah dibawah kuasa negeri. Fasal 25 dan 34 pula, memberi kuasa kepada agensi CCUS ini untuk mengeluarkan permit penilaian geologi luar pesisir dan daratan. Fasal 26 dan 35 membolehkan agensi CCUS ini mengeluarkan lesen penyimpanan karbon. Sekali lagi tidak ada kebenaran yang diperlukan daripada negeri. Maka Bukit Tunggal ingin meminta penjelasan daripada Kerajaan Negeri di dalam usaha kita untuk memastikan kepentingan kita tidak diketepikan semasa sebarang keputusan dibuat di peringkat agensi CCUS ini. Adakah kita telah ada pelan hala tuju berkenaan CCUS ini yang menetapkan strategik jangka panjang atau adakah kita telah atau akan melantik satu syarikat sebagai suatu entiti yang akan bertanggungjawab untuk menguruskan sumber negeri berkaitan CCUS ini dan adakah kita telah ada rancangan untuk menggubal Enakmen khusus seperti peraturan tanah bagi penyimpanan karbon serta Enakmen-enakmen yang berkaitan dengan industri CCUS ini.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, menurut kuasa yang diberikan di bawah Seksyen 13 (1) (2) (a) Kanun Tanah Negara 1965, pihak Berkuasa Negeri Terengganu telah menerbitkan Warta Kerajaan Bil. 1196 pada 14 Oktober 2010 berkenaan dengan kelebaran rizab sungai di seluruh negeri Terengganu. Isu ini pernah Bukit Tunggal bangkitkan pada Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan pada Oktober 2023 yang lalu. Setelah hampir dua tahun isu ini dibangkitkan di Dewan Yang Mulia ini, sehingga sekarang masalah rakyat terutamanya pemilik-pemilik yang berada di sekitar sungai yang bercadang untuk membangunkan tanah masing-masing masih lagi mengalami dilema kerana kelebaran rizab sungai yang memungkinkan tanah mereka menjadi tidak ekonomik untuk dibangunkan. Perbincangan bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah diadakan dan pihak JPS menyatakan bahawa mereka terpaksa patuh kepada Warta 1196 tersebut walaupun pada hakikatnya berdasarkan kepada keadaan semasa di tapak ianya tidak sesuai untuk mematuhi Warta tersebut. Sebagai contoh di Mukim Manir bagi Sungai Alor Sekati, sepanjang sungai yang dinyatakan untuk kelebaran rizab sungai adalah sejauh 5.93 kilometer daripada kuala di Sungai Nerus dengan kelebaran sungai ialah 20 meter rizab setiap tebing 40 meter menjadikan kelebaran rizab sungai adalah 100 meter. Tetapi keadaan di tapak menunjukkan selepas jarak 4 kilometer daripada kuala sungai di Sungai Nerus, kelebaran Sungai Alor Sekati hanyalah 10 meter sahaja. Namun, apabila ada pembangunan yang ingin dibuat di kawasan tersebut,
pemilik masih perlu menyerahkan tanah mereka selebar 40 meter untuk rizab sungai sebagaimana yang dinyatakan di dalam Warta 1196 tersebut. Maka Bukit Tunggal ingin mencadangkan di dalam Dewan Yang Mulia ini agar perkara sebegini dapat dibuat kajian semula bagi memastikan pembangunan di sepanjang sungai dapat dilakukan dan dapat memberikan hasil kepada Kerajaan Negeri tanpa mengabaikan aspek alam sekitar dan pemuliharaan sungai. Cadangan yang dikemukakan ini adalah selari dengan arahan di dalam manual DID, Garis Panduan Melibatkan Sungai dan Rizab Sungai. Sekurang-kurangnya terdapat exit clause dengan izin di dalam membuat pertimbangan sewajarnya berdasarkan realiti semasa di tapak bukan hanya keputusan dibuat berdasarkan apa yang ada di dalam Warta 1196 tersebut.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, kesesakan yang berlaku terutamanya musim perayaan dan juga musim cuti sekolah di sekitar Batu Enam adalah disebabkan oleh antaranya keadaan jambatan Buluh Gading yang telah menjadi bottleneck dengan izin kepada aliran Batu Enam ke Manir aliran trafik. Setelah siapnya pembinaan jambatan Pulau Sekati, aliran trafik tertumpu ke arah jambatan Buluh Gading menyebabkan berlaku kesesakan trafik di waktu puncak pada setiap hari. Wakil Bukit Tunggal ingin mencadangkan agar projek pembesaran jambatan Buluh Gading yang telah berusia melebihi 61 tahun ini dapat disegerakan untuk dimasukkan di dalam Rolling Plan Rancangan Malaysia Ke-13 pada tahun hadapan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Yang Berhormat Menteri Kerja Raya ada lawatan kementerian pada akhir tahun lepas pada dasarnya telah bersetuju untuk meluluskan projek tersebut.
Panjang lagi Yang Berhormat?
Sikit lagi, 2 minit lagi.
Kita sambung petang, ya?
Perabis selalulah? Hok dulu saya kena juga begitu. Sekejap ya, sikit lagi.
Kita kena rehat pukul 1.
Ok, sikit lagi. Saya habis sebelum pukul 1.
Kita kena rehat sebelum pukul 1. Saya nak nak berucap lagi.
Ha, tak apa. Saya sambung. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Tunggal. Insya-Allah kita akan bagi ruang tambahan sikit masa untuk petang ini.
Ucapan terima kasih kepada semua Yang Berhormat-Yang Berhormat yang telah menyampaikan ucapan perbahasannya sepanjang daripada pagi tadi sehingga tengah hari ini dan insya-Allah, kita akan sambung perbahasan kita pada petang ini. Saya juga mengambil kesempatan tengah hari ini untuk mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada semua pemerhati, khususnya warga media, Khairunnisa’, dan daripada semua pihak. Tengah hari ini juga bersama dengan kita dihadiri oleh tetamu yang kita hargai dan hormati iaitu Dr. Abdul Razak Mokri, seorang bekas presiden kepada Gerakan Masyarakat As-Salmi di Al-Jazaer dan juga bersama dengan beliau, Presiden Isma dan pengiringnya, serta seluruh warga-warga yang ada dalam persidangan kali ini. Saya ambil peluang untuk mengucapkan
Kita tutup penemuan kita, persidangan kali ini dengan tasbih kifarah dan kita tangguhkan sementara dan kita akan sambung pada pukul 2.30 petang. Al-Asr dan tasbih kifarah.
MESYUARAT DITANGGUH PADA PUKUL 12.59 TENGAH HARI
PUKUL 2.30 PETANG
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ketua-ketua jabatan dan para pemerhati. Sidang Dewan disambung semula pada petang ini. Dan dengan ini saya mempersilakan, Wakil Bukit Tunggal untuk menyambung semula ucapan. Dipersilakan.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya sekali lagi untuk menghabiskan ucapan pada petang ini. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya menyebut balik isu berkenaan dengan kelebaran sungai, rezab sungai yang saya sebut pagi tadi sebelum kita berhenti. Jadi Warta Kerajaan yang telah diterbitkan pada 14 Oktober 2010. Jadi telah 15 tahun warta ini dan saya rasa perlulah dibuat kajian semula berkenan dengan keberkesanan untuk menangani keadaan semasa bertahun 2025 dan seterusnya.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, berkenaan dengan Jambatan Buloh Gading yang saya sebut tadi telah berusia melebihi 61 tahun dan rasanya juga perlu diganti dan dimasukkan segera dalam Rolling Plan Rancangan Malaysia ke-13 pada tahun hadapan. Demi keselesaan dan keselamatan pengguna jalan tersebut. Untuk makluman Dewan Yang Mulia juga, Yang Berhormat Menteri Kerja Raya pada lawatan ke Terengganu pada akhir tahun lepas secara dasarnya telah bersetuju untuk meluluskan peruntukan bagi projek pembesaran Jambatan Buloh Gading tersebut. Setelah dimaklumkan oleh Yang Berhormat Ahli Parlimen Kuala Nerus berkenaan agensi, dengan izin, projek tersebut dan memohon agar pihak Kerajaan Pusat mempercepatkan projek pembesaran Jambatan Buloh Gading tersebut.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Bukit Tunggal mengucapkan kesyukuran kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan berterima kasih kepada
pihak Kerajaan Negeri kerana telah melaksanakan projek perumahan Rumah Pangsa Mampu Milik (RPMM) di dua lokasi di dalam DUN Bukit Tunggal iaitu di Kampung Banggol Pauh sebanyak 162 unit dan juga di Kampung Pulau Duyung sebanyak 66 unit. Adalah diharapkan dengan siap kedua-dua projek tersebut akan dapat memenuhi impian sebahagian daripada penduduk di dalam DUN Bukit Tunggal untuk memiliki kediaman sendiri. Berdasarkan kepada laporan kemajuan projek semasa di tapak, sehingga Mac 2025 ini, kemajuan fizikal bagi RPMM Banggol Pauh adalah sebanyak 50% dan bagi RPMM Pulau Duyung adalah sebanyak 49%. Kedua projek ini telah menerima lanjutan masa dari pihak Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) jadi Bukit Tunggal ingin meminta kepastian dari pihak Kerajaan Negeri setelah melihat pada kelewatan dan lanjutan masa yang telah diberikan kepada kontraktor terbabit. Bilakah tarikh siap yang baru bagi kedua-dua projek tersebut. Adalah diharapkan dengan pengawasan yang lebih teliti dari pihak penguasa projek dan bayaran kemajuan yang semakin rancak serta kerjasama dari semua pihak yang terlibat. Kedua-dua projek tersebut akan dapat disiapkan dan diserahkan kepada penduduk pada tahun 2026 nanti, insya-Allah.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Bukit Tunggal ingin mengambil kesempatan pada hari ini kita bersolidariti bersama-sama saudara-saudara kita di Palestine untuk mencadangkan supaya baca Qunut Nazilah sekurang-kurangnya pada setiap hari Jumaat di semua masjid dalam Negeri Terengganu, dapat kita lakukan tanda kita sentiasa bersama-sama dengan saudara-saudara kita di Gaza. Kita berdoa agar saudara-saudara kita di sana bersabar dengan ujian ini dan agar usaha kecil kita di sini menjadi hujah di hadapan Rabbul Jalil.
Kajang Pak Malau kajang berlipat, Kajang hamba mengkuang berduri, Dagang Pak Malau dagang bertempat, Dagang dagang hamba di negeri sendiri.
Apa yang berlaku ke atas Yang Berhormat Menteri Besar baru-baru ini, adalah sesuatu yang kita semua tidak dapat menerimanya dan kita semua menanti ingin mendengar penjelasan daripada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar sendiri. Jadi, maka dengan ini Bukit Tunggal memohon untuk menyokong Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Bukit Tunggal. Seterusnya, kita persilakan mana-mana YB yang mahu membahaskan Usul Menjunjung Kasih Kepada Ucapan DiRaja. Silakan Batu Rakit.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya mulakan ucapan saya dengan membaca sepotong ayat al quran nur karim dalam surah Al-ahzab dalam ayat 36 sempena kita masih lagi berada di bulan Syawal membincangkan berkenaan dengan peperangan Ahzab, Allah Subhanahu Wa Taala berfirman:
“Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara, tidaklah harus mereka mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.”
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, ayat ini datang selepas mengisahkan berkenaan peperangan ahzab yang mana Allah Subhanahu Wa Ta'ala telah memberi kemenangan kepada umat islam dan menewaskan tentera musuh golongan ahzab kafir musyrikin yang bergabung dengan yahudi dan munafiqun. Setelah itu Allah Subhanahu Wa Ta'ala menegaskan kepada umat nabi supaya teguh melaksanakan peraturan dan ketetapan Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan rasulNya ketika Allah Subhanahu Wa Ta'ala telah menetapkan dan tiada pilihan lain selepas ketetapan Allah Subhanahu Wa Ta'ala melainkan ia adalah seorang yang sesat derhaka kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, pelaksanaan syariat sebenarnya bukan pilihan, ia adalah kewajipan sebagai hamba terutamanya kita sebagai pemerintah yang mempunyai kuasa, bermula dengan hukum hudud bagi sesiapa yang melanggar batasan antara hamba dengan tuhannya dan hamba
nabi supaya teguh melaksanakan peraturan dan ketetapan Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan rasulNya ketika Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah menetapkan
dengan hamba. Kerajaan bertanggungjawab memberi faham kepada rakyat berkenaan hukum hakam dalam kehidupan sama ada hukum Fardhu Ain, Fardhu Kifayah dan yang lainnya.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, kita perlu sedar islam ini adalah jalan kehidupan iaitu yang merangkumi seluruh kehidupan ia tidak seperti agama-agama dan ideologi-ideologi ciptaan manusia apabila disebut islam ia tidak boleh difaham sebagaimana fahaman barat yang menyekat daripada kehidupan atau dengan kata lain agama suku, urusan dunia suku, dengan istilah yang masyhur iaitu fahaman sekularisme. Satu kefahaman yang direka cipta dan dimasukkan dalam kitab suci Kristian , maksudnya biarlah urusan tuhan untuk tuhan, dan urusan kerajaan untuk kerajaan. Kata-kata ini memisahkan agama dengan kerajaan dan juga urusan politik. Sejarahnya syiar ini dibangkitkan setelah barat yang beragama Kristian memerintah negara dengan penuh kezaliman menyebabkan rakyat melihat pihak gereja yang mewakili agama bila memerintah ia berlaku zalim. Apabila berlaku Revolusi Perancis pada tahun 1789 penduduk barat yang beragama Kristian telah mengangkat syiar ini bagi memisahkan kerajaan dan politik dengan agama. Revolusi ini berjaya dan bertukar kerajaan yang berasaskan gereja kepada kerajaan yang jauh dari agama. Dengan kejayaan ini mereka telah meletakkan asas bahawa agama tidak boleh memerintah maka diterapkan ke seluruh dunia fahaman dan ideologi-ideologi ini. Malangnya, fahaman ini juga diterapkan ke negara-negara umat islam padahal Agama Islam ini tidak sama dengan Agama Kristian dan juga agama-agama lain tetapi fahaman ini telah membarah dalam negara umat islam yang menyebabkan negara kita dan negeri kesayangan kita ini pun tempias dengan barah dan racun fahaman ini, sebagai contoh berapa ramai rakyat kita yang faham politik itu kotor menyebabkan mereka tinggal politik, berapa ramai yang faham orang politik tidak layak bercakap agama dan orang agama iaitu ulama tidak perlu bercakap politik maka berlakulah institusi-institusi agama dilarang daripada orang politik menyertainya sedangkan Rasulullah bersabda:
“Adalah Bani Israel yang mengetuai politik mereka adalah para nabi-nabi .dan Rasulullah sendiri yang mengetuai politik memerintah Madinah dan membuka Kota Mekkah”
Rasulullah bersabda:
dan Rasulullah sendiri yang mengetuai
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, maka saya sarankan supaya Kerajaan sedar dan berusaha ubahkan fahaman ini mengambil tanggungjawab ubahkan fahaman ini kepada fahaman islam yang syumul bagi memartabatkan agama islam yang syumul ini pasti kita akan berhadapan dengan sekatan bahkan serangan yang hebat daripada pelbagai pihak yang memusuhi islam.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, usaha Kerajaan memartabatkan syariat sekarang perlu disokong dan didokong oleh semua pihak bermula di Pejabat Menteri Besar, Jabatan Setiausaha Kerajaan Negeri sehinggalah ke jabatan-jabatan dan unit-unit yang kecil berada di bawah sana bukan berfokus di bawah pejabat EXCO pelaksanaan syariah semata-mata. Programkan ia hingga sampai kepada pejabat-pejabat daerah dan unit-unit kecil bersama penjawat-penjawat awam dan rakyat di bawah.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, isu TCO atau Travel Control Order ia adalah sekatan kawalan perjalanan yang dikenakan ke atas individu yang dianggap berisiko meskipun tanpa bukti kesalahan yang sah. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu telah dikenakan dengan sekatan ini, satu tindakan yang amat mengejutkan dan tidak wajar terhadap seorang pemimpin negeri yang sah dipilih rakyat, ini menimbulkan persoalan besar. Adakah beliau seorang penjenayah? Atau benar-benar mengancam keselamatan negara? Penjelasan pihak Persekutuan setakat ini bercanggah, mengelirukan dan gagal meyakinkan rakyat.
Kami menuntut penjelasan terbuka, telus dan bertanggungjawab, jangan sampai sistem ini disalah guna untuk menekan suara yang berbeza pandangan serta mencemarkan prinsip demokrasi negara. Kami rakyat Negeri Terengganu bahkan mewakili anak-anak muda teguh bersama Yang Berhormat Menteri Besar Negeri Terengganu kami, jangan sesekali ganggu sekat pergerakan MB kami. Wahai Yang Amat Berhormat Menteri Besar kami tidak bersikap sebagaimana Bani Israel yang mengucapkan kepada nabi mereka, “ Pergilah kamu, kata Bani Israel, pergilah kamu dengan tuhan kamu dan kami berada di sini menunggu kamu balik” ini kata yahudi kepada nabi mereka tetapi kami tidak mengatakan begitu kepada pemimpin kami
Pergilah kamu dengan tuhan kamu berjuang, kami tetap bersama kamu berjuang bersama. Inilah jawapan kami kepada Menteri Besar, kami teguh bersama dengan kamu di mana sahaja kamu berada.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua seterusnya, Batu Rakit ingin mengambil peluang yang ada ini ingin memohon beberapa perkara supaya di ambil perhatian oleh pihak Kerajaan terutama isu hakisan Pantai Batu Rakit yang sudah berlarutan sehingga sudah banyak menelan tanah rakyat dan kini menelan jalan perhubungan pantai antara Telipot ke Batu Rakit. Soalan saya kepada pihak Kerajaan apakah Projek Breakwater yang sedang dibina sekarang dan akan siap sepenuhnya tahun 2027 menjamin boleh menyelesaikan isu hakisan ini. Soalan yang kedua dimaklumkan oleh pihak Kerajaan sebelum ini peruntukan projek pembaikian jalan yang telah hakis itu telah diluluskan dan akan dimulakan operasinya selepas MTL iaitu Monsun Timur Laut … sudah memasuki bulan April. Soalannya, bila akan mula projek ini. Yang berhormat Dato’ Yang di-Pertua, senarai mangsa hakisan pantai baru-baru ini telah saya angkat kepada Kerajaan Negeri untuk cadangan bantuan kepada mereka, saya mohon perhatian segera oleh pihak kerajaan untuk meluluskan permohonan ini. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua sekali lagi saya bangkitkan isu kebocoran paip yang teramat teruk di sekitar Kampung Maras dan Wakaf Satu yang perlu diambil perhatian oleh pihak Kerajaan. Pernah berlaku tiap-tiap hari, saya buat aduan kebocoran di lokasi yang sama dan yang berdekatan. Saya dimaklumkan pihak SATU sudah dalam perancangan untuk gantikan paip lama seluruh negeri, maka Batu Rakit mohon sangat-sangat pihak SATU utamakan dahulu kawasan ini.
Seterusnya, isu lambakan tembikai dan buah-buahan kampung. Tiap-tiap tahun menjadi masalah utama di Batu Rakit yang menyebabkan harga terlalu murah, bahkan ada yang berlaku tiada harga terus. Apabila kerajaan ajak rakyat bertani. Alhamdulillah, rakyat sambut baik perancangan kerajaan sehingga kini sektor pertanian antara sektor terbaik yang mencatat lonjakan yang amat memberangsangkan dengan pertumbuhan sebanyak 7.4% berbanding -4.7% pada tahun 2022 sebagaimana yang dititahkan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku semalam syabas dirakamkan kepada Pertanian, cuma Batu Rakit mohon isu lambakkan buah-buahan ini bila tiba musimnya perlu diambil perhatian serius oleh pihak Kerajaan supaya petani kita gembira apabila sampai masa menuai tidak perlu lagi mereka bimbang ke mana mereka nak jual. Hak….
Panjang lagi ke…
Seterusnya, Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua yang terakhir berkenaan dengan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung adalah mata telinga, kaki dan tangan Kerajaan di seluruh negeri yang sedang bergerak bersama rakyat di kampung masing-masing. Segala arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan sebenarnya merekalah orang yang paling penting bagi kita untuk melaksanakan agenda kerajaan untuk rakyat. Kerja mereka mungkin tak sampai, tidak sama dengan kerja kita mereka lebih lagi bila musim banjir merekalah yang awal sekali turun meredah banjir, bila musim kemarau mereka di hadapan jika berlaku kebakaran hutan dan sebagainya, bila berlaku ribut merekalah yang sanggup berada atas bumbung rumah rakyat baiki atap tercabut dan merekalah juga yang turun baiki longkang hingga masuk ke lubang tandas rumah-rumah rakyat. Yang menarik bila terima aduan mereka selesaikan terlebih dahulu sebelum sampai kepada wakil rakyat mereka. Bahkan, bila menerima kecaman merekalah benteng paling dekat untuk menangkisnya tapi Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua bila kerajaan berhadapan sekatan kewangan merekalah juga orang yang pertama terkena tempias di potong peruntukkan mesyuarat dan lain-lain. Batu Rakit berpendapat, dengan kerja buat dan pengorbanan yang telah ditunjukkan oleh mereka tidak sepatutnya kerajaan libatkan mereka dalam pemotongan elaun mesyuarat ini. Jika nak dipotong, potonglah di sektor-sektor lain yang kita lihat ia munasabah. Saya merayu pihak kerajaan kembalikan semula peruntukkan asal kepada mereka bahkan jika mengikut pengorbanan yang telah dicurahkan oleh mereka tadi, tambahkan lagi untuk mereka, insya-Allah mereka teruskan kerja bagi membantu kerajaan kita, insya-Allah.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Batu Rakit merafak sembah menyokong penuh Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin semalam.
Terima Kasih Batu Rakit, saya mohon pembahas-pembahas selepas ini kalau boleh jagalah masa kerana masih ramai lagi yang akan membahaskan Titah Kebawah Duli Yang Maha Tuanku Al Sultan dan supaya semua orang dapat
ruang dan peluang untuk mengambil bahagian. Jadi, seterusnya saya persilakan Wakil mana yang, ya sila Air Putih.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat-Yang Berhormat pegawai-pegawai kerajaan, pemerhati yang dihormati oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Di kesempatan ini saya melahirkan kesyukuran terhadap Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana dengan izin dan inayahNya kita bersama dalam Dewan yang mulia ini bagi menyampaikan Ucapan Menjunjung Kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Al Sultan yang telah menyampaikan Titah sempena Perasmian Persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Kali Ke-15.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua di kesempatan ini juga saya memohon kemaafan pada sidang kerana pada sidang baik yang lalu saya keuzuran teks dan tidak sempat untuk berucap. Sehubungan itu, saya ambil kesempatan sedikit untuk menyatakan mengenai Pembentangan Bajet 2025 yang lalu. Tertarik dengan 5 fokus utama dalam Pembentangan Belanjawan 2025 yang lalu merangkulkan elemen-elemen yang memaparkan kebijaksanaan yang hebat Demi Masa Depan Terengganu. 25 Inisiatif Berkeutamaan Tinggi dan I.M.A.N yang diterjemahkan dengan penyatuan yang hebat. Integrity, Mission-driven (Berpandukan Matlamat), Accountability (Kebertanggungjawaban) dan networking (Jaringan Perhubungan). Air Putih yakin dan percaya kepimpinan yang ada akan terus menjadi keutuhan dan kestabilan masa depan Negeri Terengganu pastinya usaha sememangnya tidak pernah mengkhianati hasil. Syabas dan tahniah kepada Kerajaan Negeri Terengganu di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan seluruh warga kerja Negeri Terengganu. Demi masa depan Negeri Terengganu Yang Berhormat Timbalan di-Pertua pastinya Air Putih melihat pelbagai isu yang ada tentunya berkisar pada isu dalaman DUN Air Putih kerana penyelesaian yang berlaku pastinya akan memberi impak kepada kestabilan dan masa depan Terengganu. Berlari bersama itulah impiannya melihat kepada perkembangan
pelancongan yang menjadi salah satu pemangkin ekonomi negeri dan rakyat Air Putih yang berpotensi bersama menceburi dan menghasilkan produk-produk pelancongan berasaskan alam dan ekosistem yang ada.
Terima kasih kepada EXCO Pelancongan dan pelancongan negeri yang telah memasukkan “Pesta Gagau Udang” dalam Jadual Signature Events Terengganu 2025. Kejayaan menganjurkan “Pesta Gagau Udang” yang mendapat liputan TV Sarawak, menjunjung kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Titah Tuanku pada Pembukaan Sidang DUN yang lalu menjemput Bukit Mentok di Kemaman, maka alhamdulillah, ianya telah berjaya direalisasikan mengemukakan satu aktiviti atau produk baru pelancongan dan saya rasa semua YB yang ada telah rasai keenakan udang galah. Insya-Allah nilai 2025 “Pesta Gagau Udang” bagi kali yang kedua akan dijayakan. Bersama skop pelancongan juga kita telah meneroka satu kawasan yang memiliki punca air panas iaitu cek mek of spring, dan insya-Allah akan diusahakan untuk dibangunkan.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, kesempatan Air Putih mengharapkan 5 fokus utama dalam Belanjawan 2025 dapat dimanfaatkan. Ada 7 madrasah, pondok di DUN Air Putih yang menjadi asas kepada tercapainya asas di fokus 3 pengukuhan moden sosial, fokus 4 kita mengharapkan medan dan ruang yang ada khususnya di exit Chukai, Bandar Wadi Al Hud yang menjadi harapan kepada mercu pembangunan di DUN Air Putih, yang ketiga, Air Putih memerlukan satu dewan serbaguna yang terletak di suatu tempat strategik yang tidak ditenggelami banjir yang akan menjadi satu kemudahan yang lebih baik untuk penggunaan warga Air Putih khususnya di kawasan Binjai.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, oleh kerana bentuk muka bumi Air Putih yang berbukit-bukau dan luas, maka pastinya kemudahan prasarananya juga besar. Kekurangan ini, mohon pihak Kerajaan memberi perhatian sama ada ia boleh diselesaikan di peringkat negeri mahupun ia dapat dirunding untuk diselesaikan di peringkat Pusat. Keperluan tersebut yang pertama sub station TNB di dalam Mak Lagam, simpang Binjai Air Putih sebahagian Cukai dan juga sebahagian Air Putih amat diperlukan dan dimaklumkan telah menghantar peruntukan kepada UPEN dan juga kepada KKDW dengan nilaian RM1.2 juta. Lompat sungai sahaja seberang sana terang benderang tetapi di sini tiada punca elektrik sedangkan perhubungan jalan baik. Impak jika ada elektrik sudah tentu pembangunannya akan pesat membangun apatah lagi kawasan
yang tidak ditenggelami air dan juga mengucapkan terima kasih kepada pihak TNB kerana dimaklumkan CSR TNB akan menyatakan hasrat bekalan elektrik di kawasan ini.
Yang kedua, jalan Mak Lagam Cheneh, yang merupakan jalan alternatif semasa banjir yang perlu dinaiktarafkan dan kita difahamkan, pihak JKR telah mengemukakan anggaran kos RM224 juta untuk dimohon di Rancangan Malaysia Ke-13. Dan ini menjadi jalan perhubungan utama ketika banjir kerana ianya tidak terputus walaupun banjir besar pada tahun 2013.
“Panjang lagi ke tu Air Puteh? Dah habis separuh dohni. Dan kita dalam sesi perbahahasan Titah Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan ini jadi kalau boleh jangan dok sebut langsung perbahasan tu. Nok bahas bajet hok lepas, lepas doh. Insya-Allah saya ingat sikit tu bolehlah.”
Okey…
Sila..
Dua lokasi bagi jalan yang jika diselesaikan maka perhubungan ketika banjir tidak akan terputus iaitu jalan Air Putih Kampung Batu 14 dan juga jalan Air Putih Pokok Sagu dan Tebok. Dua lokasi ini merupakan jalan JKR, merupakan jalan utama dan juga ditinggikan maka saat musibah banjir berlaku masalah perhubungan yang terputus insya-Allah akan dapat diselesaikan. Masalah bekalan air di Kawasan Jabor, Perasing dan juga Bukit Perapit perlu diatasi segera kerana pertambahan penduduk menjadikan keperluan air tinggi. Baru ini, pihak SATU terpaksa menghantar lori tanker untuk mengatasinya sedangkan di sebelah sempadan Pahang penyaluran airnya begitu baik sekali. Isu ini bukan isu baru dan sudah sampai saatnya isu ini dimatikan. Mohon pihak Kerajaan dapat membantu.
Yang seterusnya Air Putih juga memerlukan institusi atau IPTS kerana ia menjadi pemangkin kemajuan DUN diharapkan ianya ditempatkan di Bandar Wadi Al Hud dan di Bandar Baru Cheneh. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, dua isu lagi yang menjadi rungutan dan percakapan rakyat di DUN Air Putih yang semua tahu amat luas dan kami di pihak DUN memecahkannya
kepada tiga zon. Perjalanan di antara hujung ke hujung memakan masa hampir satu jam. Masalah Pusat Kesihatan Klinik di Felda Neram 1 yang menampung keperluan tujuh JPKK dengan bilangan penduduk sudah melebihi lima ribu, sudah tidak mampu menampung keperluan kesihatan para penduduk. Ini perlu diperbesarkan, kecaknaan pihak Kerajaan khususnya Ahli Parlimen, insyaaAllah untuk disuarakan di Parlimen kerana ia melibatkan pihak Kerajaan Persekutuan. Dan juga isu Balai Polis, bayangkan jika ada kematian pihak warga di sini terpaksa turun ke Bandar Cukai memakan masa hampir satu jam untuk melaporkan satu kematian dan juga anggota yang hanya beberapa anggota untuk menjaga keperluan kawasan dan penduduk yang luas. Mohon juga ianya diberikan perhatian.
“YB, YB dok sentuh sikit pun Ucapan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku setakat ni.”
“Nanti..”
Masa ada dua minit lagi..
Kita dalam sesi perbahasan Titah Yang Maha Mulia Tuanku jadi saya ingat tidak elok kalau Yang Berhormat bahas tajuk lain.”
Okey..
Ada dua minit lagi YB, sila..
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua
Sila sentuh sikit dan saya ingat..
Baik. Isu kemanusiaan sejagat khususnya di Palestine, Air Putih mencadangkan tabung khas kemanusiaan untuk Palestine. Melalui tv dan media sosial kita dapat tontoni kehancuran sebuah jalur yang bernama Gazzah. Seolah-olah tiada lagi gedung perniagaan, kegiatan sosial, persekolahan, rangkaian perubatan dan ciri-ciri bagi sebuah kehidupan dan tamadun. Gaza telah menjadi padang jarak padang tekukur yang amat mengharukan pandangan mata saudara seagama
yang prihatin. Belum terlihat tanda-tanda perang di Gaza akan berakhir, namun usaha perlu digerakkan oleh kerajaan dan masyarakat antarabangsa bagi menamatkan kekejaman Israel. Sementara itu, rakyat Gaza perlu diberi, dibantu dari aspek perubatan, makanan dan bekalan air bersih dan keperluan asas yang lain. Justeru itu, Air Putih mencadangkan setiap masjid dan surau di Negeri Terengganu mengadakan tabung khas bantuan kemanusiaan Palestine bagi memudahkan masyarakat memberi sumbangan. Tabung ini janganlah menjadi tabung one-off, sebaliknya hendaklah kekal berada di masjid sehingga keadaan Gaza kembali pulih.
Masa dah..
Okay. Cabaran
Dah tamat
Cabaran dan dugaan di negeri yang dihadapi tentunya besar. Kita diuji dan diadu domba dengan pelbagai karenah dan gejala sama ada ia disengajakan atau tidak, saya percaya dalam kita berhasrat untuk menjadikan Negeri Terengganu negeri contoh dan baik, kita dicabar dengan ujian dari pelbagai aspek. Berdasarkan dasar indek jenayah bagi daerah Kemaman khususnya dalam pelbagai kategori amat mendukacitakan. Meningkat peratusnya berbanding 2023. Apakah kesilapan dan kelemahannya adalah kerana faktor penguatkuasaan yang lemah. Apakah kerana masyarakat yang masih lagi kurang berilmu, di manakah silapnya. Saya yakin dan percaya semua tidak mahu perkara ini berlaku. Sehubungan dengan itu, yang sesuai dengan item yang ada dalam Belanjawan untuk membasmi jenayah yang lebih mantap lagi maka, Air Putih memohon pihak Kerajaan melihat beberapa perkara iaitu yang pertama, penguatkuasaan syariah perlu diperingkatkan dan disemak semula keanggotaannya. Keperluan Indahnya Hidup Bersyariah diletakkan paling atas sebagai role model kepada program atau event yang dilangsungkan oleh Terengganu tercinta. Terengganu tidak ralat menggambarkan hidupnya pelbagai aktiviti program walaupun kita ada aturan, peraturan, undang-undang tetapi kita masih tidak mengadakan satu event atau karnival yang menjadi contoh bahawa event atau karnival itu jika boleh menarik para pengunjung. Dicadangkan karnival hidup bersyarat ini digandakan sebagai satu wardah memberi pendidikan yang lebih baik supaya rakyat agar keterlibatan mereka ke
arah yang tidak baik diminimakan dan diharapkan keberkatannya. Inilah yang dikatakan ibarat menanam sudah dituai, ibarat musafir sudah sampai, umpama belayar telah sampai di pelabuhan, umpama berjalan telah sampai ke destinasi berlafaz kata mencurah rasa demi resah bicara warga mengharap dan mendamba penuh agar Air Putih sejahtera. Saya akhiri dengan Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.
Air Putih memohon menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Wakil Air Putih. Saya minta sekali lagi mana-mana Yang Berhormat yang akan berucap membahaskan Titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku selepas ini. Yang pertama sekali kita jagalah masa sebab tak sampai separuh daripada Ahli Yang Berhormat setakat ini telah membahaskan. Ramai lagi yang belum dan saya harap kita ada masa petang ini untuk memberi ruang pada semua mana-mana Wakil Rakyat yang belum berucap berbahas dapat peluang berucap dan berbahas. Silakan mana-mana yang belum berbahas. Sila.
Saya mulakan ucapan perbahasan pada petang ini dengan mengemukakan sabda Nabi
Maksudnya:
Ketahuilah, setiap kamu adalah pemimpin, kesemuanya bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpinnya. Imam adalah pemimpin ke atas orang ramai dan dia bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpinnya.”
Yang Berhormat Timbalan Yang di Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua kerana telah memberi keizinan dan peluang kepada saya untuk
sabda Nabi
mengambil bahagian dalam Ucapan Perbahasan pada petang ini. Pertamanya, izinkan saya merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua hadirin dan hadirat, semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala menerima segala amal ibadah yang telah kita laksanakan dalam bulan Ramadan yang lalu. Seterusnya, saya ingin mengucapkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi untuk membina ekonomi negeri yang berdaya tahan dan masyarakat yang berkemahiran tinggi.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, kita telah mengharungi ibadah puasa dengan penuh pengisian. Madinah Ramadan kali ini menyajikan kelainan kepada rakyat Negeri Terengganu. Saya masih ingat pada tahun-tahun yang lalu, Madinah Ramadan di tempat saya ditempatkan di kawasan bazar Ramadan.
Impaknya kurang, jelas dan dilihat para asatizah yang menyampaikan tazkirah seolah-olah bercakap seorang diri namun pada kali ini ia sangat berbeza. Madinah Ramadan di Masjid bersebelahan dengan bazar Ramadan, usai solat Asar program dibuat dalam masjid, hadirinnya cukup ramai, di luar masjid suaranya jelas, dengan sound system masjid yang mantap, ianya luar biasa dan nampak hasil yang lebih memberangsangkan. Tahniah diucapkan kepada Kerajaan Negeri dan pihak penganjur, diharap program Madinah Ramadan ini dapat diteruskan di masa yang akan datang. Dan dalam masa yang sama, Rantau Abang ingin mencadangkan dalam usaha untuk kita memperkasakan syariat Islam di negeri ini maka Rantau Abang ingin mencadangkan supaya negeri kita ini diperbanyakkan lagi mini board ataupun papan tanda yang berkait dengan dakwah agar usaha yang kita lakukan ini dapat diterjemah oleh rakyat negeri kita ini insya-Allah.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya menyambut penuh Ucapan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dengan tiga teras utama yang kritikal dalam memacu pembangunan mampan negeri kita ini. Yang pertama, Pengukuhan Pertanian dan Industri Asas Tani. Sektor pertanian yang dinyatakan telah mencatat lonjakan yang amat memberangsangkan dengan pertumbuhan sebanyak 7.4%. Syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang telah mengurniakan kepada kita bumi Terengganu dengan tanah yang subur dan dengan segala macam sumber alam semulajadi. Saya yakin semua ini tidak mudah untuk diuruskan jika tiada usaha yang bersungguh-sungguh. Realiti semasa sektor pertanian menyumbang dalam peratusan yang kecil kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara dan kita masih
bergantung pada import makanan seperti beras dan sayuran dari luar. Langkah yang dibawa oleh Kerajaan Negeri ketika ini amat mengujakan rakyat di luar sana apabila Terengganu mula mengeluarkan makanan sendiri. Saya juga percaya Kerajaan Negeri ada menggerakkan langkah strategik seperti pembangunan teknologi dan inovasi yang lebih baik untuk perkembangan pertanian di negeri ini. Kita mengharapkan agar lebih ramai anak muda yang akan turut menceburi industri pertanian ini dengan menyediakan lebih banyak latihan dan kursus kepada anak-anak muda agar mereka lebih tertarik untuk berada di bidang pertanian. Skim insentif seperti geran untuk usahawan tani boleh dikembangkan bagi menarik lebih ramai pesert. Mengikut apa yang saya dimaklumkan bahawa terdapat lima lokasi projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di negeri ini.
Projek ini dicadangkan sebagai satu strategi di bawah Dasar Pertanian Negara Ketiga untuk menggalakkan pelaksanaan projek pertanian secara berskala besar, komersial dan berteknologi tinggi oleh usahawan Kerajaan Negeri dalam membangunkan dalam usahawan termasuk sektor swasta. Saya mengucapkan tahniah di atas usaha Kerajaan Negeri dalam membangunkan modal insan dan infrastruktur bersepadu yang saya kira bakal mengurangkan import dan meningkatkan eksport agro makanan di negeri ini. Yang kedua, penerokaan sumber baharu dan pelaburan seperti yang kita semua ketahui, negeri kita kaya dengan sumber tenaga boleh diperbaharui seperti solar, hydro dan ada yang dimaklumkan juga bahawa angin ombak Unsur Nadir Bumi (REE) hidrogen, silika serta air telah menjadi sumber bagi negeri Terengganu.
Inilah kurniaan Allah Subhanahu Wa Ta'ala kepada negeri Terengganu yang bertuah. Hasil dari darat dan lautan yang menjadi rezeki agar kita bersyukur dan kita sendiri dapat melihat pembangunan yang semakin rancak di negeri ini. Jika ditempat saya telah tersergam bangunan industri di laluan utama Jalan Persekutuan Rantau Abang, pembangunan seperti ini tentu akan memberi manfaat kepada penduduk sekitar dan pembangunan tenaga kerja profesional dalam bidang-bidang baharu kelak. Saya juga perasan bahawa telah wujud lebih banyak kedai-kedai franchise dari luar bahkan bandar sekecil Dungun telah ada Pasar Raya Giant, Sushi King, Subway, e-Mart dan macam-macam vendor luar yang mula bertapak. Saya berfikir mungkin inilah masanya negeri ini telah mendapat kepercayaan pihak luar untuk bertapak. Negeri Terengganu menuju ke arah negeri yang membangun insya-Allah Terengganu mempunyai
masa depan yang cerah dalam menjadikan negeri ini sebagai hab ekonomi yang mampu menarik pelaburan baharu dalam tempoh 5 tahun mendatang.
Yang ketiga, Kelestarian Pelancongan. Sektor pelancongan adalah antara pemacu utama ekonomi namun ia perlu dibangunkan secara lestari agar tidak merosakkan alam sekitar dan warisan tempatan. Antara strategi yang boleh diketengahkan ekopelancongan berasaskan komuniti, galakan kepada penduduk tempatan untuk menjadi pengusaha homestay, pemandu pelancong dan usahawan kraf tangan agar faedah pelancongan dirasai oleh masyarakat setempat. Kemudian pemuliharaan khazanah, alam dan budaya mempergiat pemuliharaan hutan, laut dan tapak warisan dengan kerjasama NGO dan agensi kerajaan termasuk kawalan pembangunan berlebihan di kawasan sensitif. Promosi pintar dan digital, memperluaskan promosi pelancongan, media sosial, aplikasi mudah alih dan platform e-Dagang untuk menarik lebih ramai pelancong domestik dan antarabangsa. Pelancongan yang mampan mampu mengangkat nama negeri di peringkat global di samping memelihara identiti dan sejahteraan tempatan.
Akhirnya, Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli Dewan yang saya hormati, saya yakin dan percaya dengan hala tuju yang jelas serta keazaman politik yang kuat kita mampu untuk membina sebuah negeri yang maju ekonominya, hijau persekitarannya dan sejahtera rakyatnya. Marilah kita perkasakan pertanian, hidupkan peluang baharu ekonomi dan jadikan Terengganu destinasi pelancongan bertaraf dunia tanpa menggadaikan alam dan budaya kita. Kita bukan sekadar mengurus hari ini tetapi sedang membina harapan untuk esok demi rakyat, demi negeri dan demi Islam, Wakil Rantau Abang menyokong penuh Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Terengganu.
Terima kasih pada Wakil Rantau Abang yang tidak mengambil masa lebih yang banyak. Saya harap Yang Berhormat-Yang Berhormat yang akan berbahas selepas ini pun akan menjaga masa seminit sebelum masa tamat loceng akan berbunyi isyarat. Jadi, tolong beri perhatian dan seterusnya saya persilakan Wakil Permaisuri, sila, ya.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri Besar Terengganu, Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu, rakan-rakan Yang Berhormat, Pegawai Kerajaan, wakil-wakil jabatan, rakan-rakan media serta semua yang berada di dalam Dewan Yang Mulia ini. Pertamanya, ucapan terima kasih kepada Yang di-Pertua Dewan kerana memberi peluang kepada saya selaku Wakil Permaisuri untuk turut mengambil bahagian dalam membahaskan Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu sempena pembukaan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, takut lebih masa saya nak berpantun takut lupa,
Buah cempedak di luar pagar, Ambil galah tolong jolokkan, Saya di bawah sedang belajar, Kalau laju tolong tegurkan.
Alhamdulillah Titah Ucapan yang cukup padat dan menghimpun segala makna demi kemajuan dan Kerajaan Negeri Terengganu. Pastinya kejayaan serta kemajuan kita bukan hanya di dalam satu bidang tertentu sahaja tetapi mencakupi juga pelbagai bidang. Kejayaan masa depan juga bukan hanya dilihat pada perkara-perkara rangsangan kemajuan yang positif sahaja tetapi ia juga digerakkan dengan usaha-usaha mengurangkan perkara-perkara negatif juga. Contoh kemajuan dan kejayaan yang positif serta hasil yang dapat kita nikmati bersama seperti dari sumber perkhidmatan, pendapatan baharu dan pertanian serta pelancongan. Manakala contoh perkara negatif juga perlu diambil kira agar ianya tidak merosakkan serta membazirkan dapatan yang positif seperti kerosakan akhlak generasi hadapan, generasi muda masa hadapan, masalah penyalahgunaan dadah, amalan rasuah serta jenayah lain yang berkaitan dengannya, vandalisme serta kurang peka terhadap harta awam dan sebagainya. Ini kerana perkara yang negatif ini akan memakan secara senyap perolehan yang positif serta akan merugikan banyak pihak. Justeru, marilah kita bersama-sama bergerak merangsang mengurangkan lagi yang
negatif agar pencapaian yang positif akan menjadi lebih memberangsangkan dan lebih bermakna.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Duli Yang Maha Mulia Tuanku ada meletakkan pengharapan agar silaturahim dapat dipereratkan dengan memetik firman Allah di ayat 10 Surah Al Hujurat-
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka perbaikkanlah hubungan persaudaraan dua saudara kamu”
Permaisuri melihat ayat dan seruan ini adalah demi membina penyatuan umat islam sebagaimana firman Allah di dalam ayat yang lain berbunyi
Ia menjadi satu ayat yang kita semua tahu dan ayatnya telah masyhur di kalangan kita menyeru kepada penyatuan umat islam. Maka secara ringkas ingin saya mengemuka satu pertanyaan, di tahap manakah penyatuan umat islam di negara dan di negeri kita hari ini? Pertanyaan lagi, sudahkah kita telah berjaya membentuk penyatuan ini dan jika belum bila lagi? dan jika sudah terlihatkah di mata kita bahawa penyatuan ummah ini telah berlaku dan selesai. Permaisuri menyentuh perkara ini atas pemikiran dan pandangan peribadi yang lemah ini bahawa kekuatan asas kita untuk terus maju ke hadapan adalah berpaksikan kepada sikap kebersamaan kita daripada atas hingga ke bawah. Lonjakan kejayaan ini akan terlaksana yang datangnya dari penyatuan ummah walaupun perkara ini adalah sukar.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, sektor pelancongan telah dititahkan sebagaimana salah satu daripada tiga bidang utama. Amatlah wajar bahawa sektor ini mencakupi banyak bidang dan lapisan masyarakat. Pelancongan hanya dilihat dari sudut bawahan yang masih tercari-cari terjemahannya seolah-olah satu bidang yang sempit. Ia menjurus kepada pulau dan pantai tetapi hakikatnya bidangnya amatlah luas sehingga penerokaan ke angkasa lepas juga adalah pelancongan. Masyarakat desa sudah mulai faham sehingga
mereka menyediakan inap-inap desa, tempat-tempat rekreasi, dataran dan air terjun serta sungai dan gunung daripada air dan makanan bahkan skop pertanian, rumah ibadah, tinggalan sejarah dan sebagainya. Semuanya ini boleh menjadi bahan pelancongan dan hasil manfaat diterjemahkan hasilnya melalui orang-orang yang bijak dan pandai serta kreatif dan berinovasi untuk mengisi ruang yang masih kosong.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, jika saya tumpukan kepada produk pemakanan sahaja, kita terkenal dengan nasi dagang, keropok lekor serta goreng celup tepung. Ramai yang singgah sambil menikmati halwa mata di sekitar sepanjang pantai. Berapa banyak keuntungan yang diperolehi oleh pekedai, peniaga pantai? pastinya banyak. Jika kita undur sedikit kebelakang mari kita buat soalan daripada mana ikan yang dicelup tepung begitu juga udang dan sotong. Pastinya daripada hasil tangkapan nelayan-nelayan kita dan rantaian ini kita katakan bahawa inilah hasil yang menjadi giliran kepada pendapatan asas. Begitu juga dalam bidang yang lain seperti keropok dan nasi dagang yang sedap lagi lazat.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, ingin saya menyeru bahawa saya menyebut bahawa Terengganu sebenarnya mempunyai asas makanan tradisi yang banyak dengan variety yang pelbagai. Walaupun ianya banyak tetapi ianya masih belum diketengahkan secara mantap. Pada pandangan peribadi saya, Terengganu ada mempunyai laksa dan laksam tetapi kuahnya berbeza dari tempat lain. Kita ada nasi kerabu Terengganu tetapi yang masyhur di tempat kita adalah nasi kerabu Golok. Kita ada variety makanan yang makin pupus seperti kuih bobotok, opok-opok. Jarang-jarang terlihat otak-otak, pais, entah dan yang kita nampak seperti satar dan sebagainya. Peluang untuk mengetengahkan produk seperti ini hendaklah dikesungguhkan.
Haa penggunaan bahasa dikesungguhkan, jadikan ia dengan jenama produk Terengganu, produk tradisional Terengganu dan diwartakan ini sebagai contoh. Kalau saya melihat pada masa lampau majalah Warta Berita, Warta Darul Iman keluaran bulan September, Oktober tahun 98 ditulis dalam buku ini dalam berita ini berbentuk..
Yang di-Pertua, boleh tanya sikit dok?
Boleh-boleh.
Boleh.
Jangan panjang sangat.
Kalau Permaisuri duduk boleh aah.
Di kesungguhkannya ambil bahasa daripada mana?
Dia macam ketimbang la saya rasa.
[Ketawa]
Wak sungguh-sungguh lah.
Teruskan Permasuri
Enaknya bobotok, ada. Sekarang saya pun tak kenal dah bobotok ini tapi inilah makanan tradisional Terengganu. Saya akan cari orang ini, kita majukan balik supaya ada balik.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, baru-baru ini Kerajaan telah mensasarkan badan-badan NGO seperti JPKK dengan peruntukan Sejati Madani. Peruntukan sebanyak RM100,000.00 - 1 NGO. Cukup besar, mudah-mudahan kita akan dapat melihat hasilnya. Secara ringkas juga Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin menyebut tentang takwa sebagaimana yang telah disentuh oleh Buluh Gading pagi tadi. Marilah kita sama bertakwa salah satunya bersikap adil. Minta masa seminit supaya kita dapat berlaku adil kerana berlaku adil itu lebih hampir kepada taqwa dan sifat ini
yang akan membentuk satu penyatuan serta kejayaan rakyat di bawah Negeri Terengganu.
Dan satu perkara yang nak saya sentuh ialah satu perkara yang menghairankan kita semua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, bukan akhir-akhir ini saja yang jadi Menteri Besar Terengganu. Sudah 2 tahun, 2 penggal daripada dulu tetapi yang menghairankan kita, apabila sampai di akhir-akhir ini kawalan yang dikenakan ke atas beliau itu telah melampau. Kenapa dulu tidak? Akhir-akhir ini dibuat? Saya mohon supaya cukup-cukuplah kita menggerakkan trend politik kita kerana rakyat kita lebih faham, cuma kita menyebut, saya memohon, Permaisuri memohon supaya Yang Amat Berhormat sentuhlah sedikit dalam Penggulungan nanti.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya ringkaskan ucapan saya dan ingin tegaskan bahawa kita semua hanya mampu merancang. Walau setinggi manapun hasil kejayaan kita tetapi jangan kita lupa bahawa kejayaan itu datangnya daripada Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang akan boleh ditarik dan diruntuhkan pada bila-bila masa jika Ia kehendaki. Ingatlah kepada Dia agar Dia sentiasa ingat kepada kita. Kisah Iskandar Zulkarnain yang telah membina sebuah benteng besi untuk mengelak daripada gangguan Yakjuj dan Makjuj. Sebagai pemimpin berilman, setelah benteng besi dihimpun dengan besi-besi, akhirnya setelah siap Iskandar Zulkarnain menyebut di dalam Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala di dalam Surahtul Kahfi dia ingat kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Semoga Negeri Terengganu Darul Iman terus maju serta membentuk sebuah negeri yang dikatakan insya-Allah.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Permaisuri menyokong.
Terima kasih Wakil Permaisuri. Wakil Permaisuri ada sebut istilah-istilah yang jarang kita dengar dan nama-nama kuih yang jarang kita dengar. Saya rasa urus setia akan mencari semula Wakil Permaisuri untuk mendapatkan nama sebenar kuih-kuih tadi tu. Saya pun dok dang nok ta’kap nama-nama penuh dia tu, nama sebenar.
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya bercadang untuk tidak menangguhkan Dewan kita dan meneruskan dengan perbahasan di atas Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku bagi memberi ruang kepada mana-mana ahli yang belum membahaskan Titah tersebut, mengambil bahagian dan kerana itu mana-mana Ahli Yang Berhormat yang nak segarkan diri, bolehlah keluar seketika tapi tolong jangan keluar secara beramai-ramai, begitu juga semua para pemerhati, ketua-ketua jabatan. Jadi kita teruskan perbahasan dengan menjemput Wakil yang seterusnya, saya persilakan Sura. Ya, Sura silakan.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Dewan yang dimuliakan. Dengan lafaz dan penuh rasa hormat, saya berdiri di Dewan Yang Mulia ini bukan hanya untuk menyambut Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Terengganu tetapi untuk menyuarakan rasa hati rakyat yang makin terbeban dengan cabaran ini.
Titah Tuanku bukan sekadar berkata baik kata yang indah di helaian rasmi tetapi cerminan kasih seorang raja yang dekat di hati rakyat, Titah itu mengajak kita semua para pemegang amanah untuk terus jujur dan ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawab agar kita tidak terbuai dengan kuasa mahupun terleka dengan kedudukan. Sebagai anak jati Terengganu Darul Iman, saya yakin dengan semangat muafakat, kekuatan iman dan nilai budaya yang kita junjung, kita mampu bangkit untuk bersama-sama membawa negeri ini ke arah yang lebih baik. Namun alangkah luluh nya hati ini, bila perpaduan di antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri yang dilaung oleh Tuanku disambut dengan penghinaan oleh tangan-tangan yang rakus di Putrajaya. Di kala kita di sini mengerah tenaga membela rakyat, mereka di sana mengerah kuasa untuk membungkam kuasa suara pemimpin negeri.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya tidak mampu menyembunyikan rasa pilu dan marah apabila Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita, pemimpin yang dipilih oleh rakyat dikenakan satu tekanan politik, seolah olah
beliau adalah penjenayah, seolah-olah beliau adalah pengganas. Dosa beliau cuma satu, hanya berbeza warna politik dengan kepemimpinan di Putrajaya. Beliau dilihat sebagai pemimpin yang ada idea, yang mampu melaksanakan idea, itu sahaja. Wahai Kerajaan Pusat, bukankah kamu pernah melaungkan kamu pejuang demokrasi, bukankah kamu pernah menjerit dunia ini perlu bebas, suara rakyat jangan disekat, lawan tetap lawan tetapi hari ini, kamu hukum lawan kamu dengan bukan dengan hujah tetapi dengan gari sekatan dan kekangan. Di manakah prinsip yang kamu perjuangkan?
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua,
Kerajaan yang dahulu selalu melaung “REFORMASI” hari ini menjadi raksasa yang memangsakan rakyat, menyambungkan suara Ulama yang dikawal, dituduh menghasut, kritikan dibalas dengan tangkapan 3R, isu agama, kaum, raja, bukan lagi garis panduan tetapi hanya dijadikan senjata untuk menyekat satu suara yang jujur. Apa sudah jadi dengan roh keadilan? Apa sudah jadi dengan jiwa reformasi? Lalu yang saya katakan yang dulunya reformasi kini sudah mati. Yang dulunya melaung kebebasan, kini menjulang kekuasaan. Rakyat nampak sekarang siapa yang berjuang untuk keadilan. Siapa yang lawan kezaliman akan disekat. Inilah wajah kerajaan yang takut pada suara rakyat dan inilah saatnya kita menyebut, sebagaimana kata-kata yang disebut oleh Saidina Umar Amirul Amr “kami datang untuk mengangkat keadilan Islam, meruntuhkan kezaliman sistem manusia”.
Saya berdiri teguh pada hari ini bukanlah hanya untuk menyokong titah Tuanku tetapi untuk menyanggah kezaliman. Saya bersuara bersama Yang Amat Berhormat Menteri Besar, saya menolak tekanan politik kepada lawan politik. Saya membantah penyalahgunaan kuasa, „bagaikan menyekat air dari mengalir ke laut’. Suara rakyat takkan dapat dibendung dengan ugutan dan tekanan. Sejarah membuktikan setiap penindasan akan dibalas dengan kebangkitan.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan, namun kita juga sebagai pemimpin yang dipilih oleh rakyat, boleh bermuhasabah, rakyat memilih kita atas nama Parti Islam Semalaysia (PAS), bukan semata-mata kerana warna bendera tetapi kerana mereka yakin Islam lah penyelesaian kepada masalah yang berlaku dalam dunia, dalam negara dan dalam negeri pada hari ini. Maka
jangan sekali-kali kita khianati keyakinan itu dengan dasar dan tindakan yang menjauh dari nur syariah.
Saya berasa dukacita apabila roh Ramadan yang sepatutnya menjadi bulan muhasabah dan penuh dengan rasa kehambaan, dicemari dengan pesta-pesta moreh tanpa kawalan, pelita raya yang berhibur tanpa batas. Mengapa tidak kita satukan semuanya di bawah payung Madinah Ramadan. Biarlah bulan ini, bulan Ramadan itu menjadi satu mercu tanda dakwah dan pelancongan yang mengangkat rasa kehambaan dan syiar Islam. Bukan hanya sekadar simbolik atau acara ceremony.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan, Titah tuanku juga menyentuh mengenai NIT dan PITiH 2030. Ye, garis panduan ini baik tetapi rakyat di bawah mahukan pelan tindakan yang jelas dan berstrategik, kesan dan hasil yang tuntas, bukan sekadar perancangan di atas kertas. Rakyat mahu tahu impak, bukan hanya sekadar pelancaran dan pengumuman pun Kerajaan nyatakan dengan jelas. Apa jadi dengan perkembangan, pembangunan kilang hidrogen. Di mana manfaat ladang solar kepada rakyat? Adakah Silika dan REE ini benar-benar mampu mengganti royalti petroleum. Rakyat tidak makan janji tetapi mereka hanya mahu bukti.
Demi memastikan pembangunan Negeri Terengganu terus melangkah dengan lebih mampan, berstrategik dan lestari, saya ingin mencadangkan agar pendekatan zon pembangunan berasaskan potensi daerah dilaksanakan dengan lebih terancang dan menyeluruh. Daerah Kemaman dan Dungun dengan kelebihan sumber dan infrastruktur, wajar diangkat sebagai hub industri utama Terengganu. Daerah Besut dan Setiu, kaya dengan hasil tani dan agro maritim, selayaknya dijadikan hub makanan negeri, menjamin security makanan rakyat. Daerah Marang, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus yang sarat dengan warisan budaya dan tapak pelancongan harus dimartabatkan sebagai hub pelancongan dan budaya Negeri Terengganu. Manakala daerah Hulu Terengganu nadi khazanah alam dan eko pelancongan harus diposisikan sebagai hub kelestarian alam yang menjaga ekologi negeri. Dengan zon sebegini kita tidak hanya merancang pembangunan tetapi kita menjiwai nadi negeri mengikut kekuatan setempat biarlah menjelang akhir penggal kita ini rakyat dapat melihat hasil biar tidak sempurna asalkan ada bukti kita laksanakan janji kita pada mereka.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan, dan juga saya menyentuh satu persoalan yang besar iaitu persoalan berkenaan dengan pembangunan insan. Hari ini dadah dan vape perisa mushroom telah mula merosakkan akal generasi muda Terengganu jangan biarkan mereka hanyut. Mereka adalah benih masa depan negeri ini, perkara pertama yang kita perlu buat adalah kita kena ini adalah masalah barulah kita boleh merancang bagaimana untuk kita selesaikan masalah ini. Saya pohon agar semua Yang Berhormat setempat dimasukkan dalam Jawatankuasa Tindakan Anti Dadah Daerah. Saya gesa dilaksanakan segera program Terengganu bebas dadah dan vape. Kita sudah ada program Terengganu Bebas Asap Rokok (TBAR) sekarang kita perkasakan balik sebarkan program ini dengan kita perkasakan program Terengganu untuk bebas daripada najis dadah dan vape dan saya rayu undang-undang yang kita cakapkan perlu digubal segera tindakan mesti disegerakan jangan biarkan masa depan negeri ini terbunuh hanya kerana kita lambat bertindak kerana apabila pemimpin gagal bertindak rakyat akan hilang kepercayaan dan apabila generasi muda hancur runtuhlah seluruh bangsa.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan, saya juga ingin menyentuh satu perkara berkaitan dengan apa pembangunan masalah yang berlaku dalam DUN saya. Dalam DUN saya ini, ada satu tempat iaitu Kampung Sura Hujung di mana kampung ini asalnya tempat pertanian tapi sudah berlalu begitu lama daripada tempat kawasan pertanian dibangunkan kawasan-kawasan perumahan, diletakkan di antara parit ini jambatan-jambatan lama yang dibina daripada besi dan jambatan ini sudah tidak kukuh tetapi menjadi nadi utama perjalanan rakyat dan saya mohon agar jambatan-jambatan ini dilihat balik ditukar kepada jambatan konkrit yang lebih kukuh untuk keperluan rakyat yang berada dalam kawasan sekitar DUN Sura. Yang kedua saya ingin juga untuk menyentuh…
Yang Berhormat, minta laluan sikit.
Ya, silakan.
Jambatan-jambatan lama saya cadangkan supaya kita kekalkan kita bina
yang baru supaya hak lama ni menjadi satu sejarah kepada kita, produk pelancongan juga tu, terima kasih.
Produk pelancongan, saya setuju dengan apa yang disebut oleh Wakil Permaisuri dan boleh dimasukkan dalam ucapan saya. Akhir sekali Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan, Sura dengan ini menyokong penuh Usul Menyokong Titah Tuanku tetapi sokongan ini bukan kosong, bukan simbolik, ia datang bersama suara rakyat, ia datang bersama azam yang membara untuk menegakkan keadilan melawan kezaliman dan memartabatkan Islam sebagai rahmah untuk negeri dan negara. Sekian, Sura mohon menyokong.
Terima kasih Wakil Sura, padat dan menepati masa, dan seterusnya saya persilakan Wakil Pengkalan Berangan. Sila.
Sesungguhnya kami telah kemukakan tanggungjawab amanah ini kepada langit, bumi serta gunung ganang untuk memikulnya, maka mereka enggan memikulnya bimbang tidak dapat menyempurnakannya kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya. Dan pada ketika itu, manusia dengan persediaan yang ada padanya sanggup memikulnya. Ingatlah, sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara yang tidak patut dikerjakan.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli Dewan yang saya hormati rakan-rakan media dan yang diraikan para pemerhati sekalian.
Pertama dan selamanya, kita panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran atas limpah rahmat kurniaan Allah Ta’ala untuk kita bersama-sama sekali lagi berhimpun dan berkumpul bagi berbincang dan berfikir ke arah kebaikan rakyat dan negeri
dalam melaksanakan amanah yang telah ditakdirkan kepada kita oleh Allah Azza Wa Jalla. Seterusnya, marilah kita menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan atas Titah Ucapan dan nasihat yang berharga yang disampaikan pada sesi pembukaan sidang DUN semalam. Titah Kebawah Duli Tuanku Sultan, adalah panduan dan motivasi kepada kita semua dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab terhadap negeri yang kita cintai ini.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, dalam usaha kita untuk melestarikan, aset penting negeri adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan bahawa sumber-sumber yang ada di negeri ini diurus dengan baik dan berkesan. Ini termasuklah aset-aset yang berkaitan dengan sumber alam, infrastruktur dan warisan budaya yang merupakan identiti kita sebagai rakyat Negeri Terengganu. Terengganu dengan keindahan alamnya, budaya yang kaya, serta masyarakat yang berbilang latar belakangnya memerlukan perancangan yang teliti dan berkesan untuk memastikan kemajuan dan kesejahteraan rakyat. Oleh itu, adalah tanggungjawab kita untuk merangka dasar yang bukan sahaja relevan tetapi juga mapan bagi generasi yang akan datang. Alam berdasarkan perspektif Al-Quran merupakan ciptaan Allah Subhanahu Wa Taala dan ia dimiliki oleh Allah Subhanahu Wa Taala. Ini berdasarkan Firman Allah dalam Surah Al Hajj ayat yang ke 64,
Segala yang ada di langit dan di bumi adalah kepunyaanNya, dan sesungguhnya Allah, Dialah Jua Yang Maha Kaya lagi Maha Terpuji.
Walaupun manusia mendiami alam ini dan menggunakan sumber-sumber yang terdapat di bumi ini, perlulah diingat bahawa segala yang terdapat di alam ini bukan milik mutlak manusia, tetapi ia dimiliki oleh pencipta alam iaitu Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Manusia tidak boleh sewenang-wenangnya menggunakan sumber-sumber ini dengan melampaui batas. Penjagaan alam sekitar juga dititikberatkan dalam Islam. Ini berdasarkan ayat-ayat Al-Quran yang menyeru manusia untuk menjaga alam sekitar. Tambahan pula, manusia diciptakan dengan satu elemen alam iaitu tanah. Walaupun begitu, ayat-ayat yang terdapat dalam Al-Quran tidak menyebut secara khusus cara-cara untuk menjaga alam sekitar
sebagaimana Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala dalam surah Al-Hud ayat yang ke 61.
Dan kepada kaum Tsamud, kami utuskan saudara mereka Nabi Saleh ia berkata, wahai kaumku, sembahlah kamu akan Allah. Sebenarnya, tiada Tuhan bagi kamu selain daripadanya. Dialah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi serta menghendaki kamu memakmurkannya. Oleh itu, mintalah ampun kepada Allah dari perbuatan syirik, kemudian kembalilah kepadanya dengan taat dan tauhid. Sesungguhnya, Tuhan sentiasa dekat, lagi sentiasa memperkenankan permohonan hamba-Nya.
Justeru itu, adalah menjadi tanggungjawab setiap kita untuk memastikan kelestarian alam ciptaan Allah ini dimanfaatkan dengan sebaiknya dalam mencari keredaan dan keberkatan dalam kehidupan dunia mahupun akhirat.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, dasar pembangunan ekonomi menurut Islam adalah bersifat multi dimensi yang meliputi aspek fizikal, kerohanian dan moral. Penilaian pembangunan adalah berpusat kepada konsep tawhid iaitu Allah sebagai pemilik mutlak dan manusia sebagai khalifah yang bertanggungjawab membangun dan alam semesta berlandaskan kepada Quran dan Sunnah Nabi . Persoalannya, apakah tujuan sebenar pembangunan menurut Islam dan bagaimanakah cara terbaik untuk mengukurnya serta apakah falsafah yang boleh dikaitkan dengan pembangunan menurut Islam. Oleh itu, semua persoalan tersebut akan dirungkai melalui kaedah epistemologi ilmu Islam iaitu kaedah kembali kepada fikh yang asal. Kajian mendapati faktor keimanan dan ketakwaan menyumbang perubahan dalam tingkat pembangunan. Kita perlu memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi yang inklusif melalui pelaksanaan projek-projek infrastruktur yang strategik. Kita dapat meningkatkan daya saing negara ini. Usaha untuk menarik pelabur asing dan tempatan harus dipertingkatkan melalui insentif yang menarik dan penyediaan kemudahan-kemudahan yang mencukupi. Polemik antara Kerajaan Negeri dan pusat yang masih tidak berkesudahan perlu ditangani dengan sebaiknya. Dalam masa yang sama, pergantungan kita kepada sumber
petroleum yang menjadi rezeki kurniaan Allah kepada bumi dan rakyat yang dinafikan dengan angkuh dan sombongnya oleh pihak yang tidak amanah perlu dicari alternatifnya. Aset penting negeri dari sumber asli yang masih banyak perlu diusahahasilkan dengan penuh lestari agar negeri tidak kehilangan hasil disebabkan oleh kaedah pungutan hasil masuk yang tidak efisien dan terkini. Penggunaan teknologi terkini seperti AI perlu dimanfaatkan bagi meningkatkan lagi keberkesanan kaedah pungutan hasil dan jumlah hasil.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, dalam usaha mencapai kesejahteraan dan kecemerlangan ummah, perlu sahaja bukan sahaja aspek pembangunan ekonomi perlu diberi perhatian, malah pelbagai aspek perlu diberi tumpuan di antaranya ialah aspek pembangunan insan. Pembangunan insan merupakan salah satu asas penting kepada pembangunan sebuah masyarakat, negara dan umat keseluruhannya. Kerana kecemerlangan itu bergantung kepada pelaku pembangunan yang bercirikan akhlak-akhlak yang terpuji. Membangun insan hebat, dan cemerlang bukanlah satu perkara yang mudah seperti yang diinginkan, malah memerlukan kepada usaha yang berterusan dan bermula seawal usia seseorang insan. Pelbagai cara telah diperkenalkan dalam mencapai objektif yang digariskan, di antaranya ialah melalui peranan institusi kekeluargaan, sistem pendidikan, penyebaran maklumat di media-media sosial dan sebagainya dalam aspek pendidikan, dalam aspek sosial, pendidikan menjadi teras utama dalam merancang masa depan anak-anak kita. Kerajaan Negeri perlu terus memberikan perhatian kepada pembangunan institusi pendidikan, termasuk pengukuhan pendidikan agama yang seiring dengan perkembangan akademik. Kita ingin melahirkan generasi yang seimbang dari segi intelek dan juga akhlak. Salah satu fokus utama yang perlu dititik beratkan dalam pembangunan negeri kita ini pembangunan pendidikan, latihan, teknikal dan vokasional (TVET), saya ingin menegaskan betapa pentingnya kita memperkukuhkan sistem pendidikan TVET untuk melahirkan tenaga kerja yang terampil dan berdaya saing, ia bukan sahaja membantu mengurangkan pengangguran, tapi juga menyediakan sumber manusia yang diperlukan untuk memacu pertumbuhan ekonomi negeri. Terdapat tujuh belas buah pusat TVET yang berdaftar dalam portal EKPTT yang diselenggara oleh Bahagian Pendidikan Tinggi Yayasan Terengganu. Untuk itu, suka Pengkalan Berangan, mencadangkan agar satu Jawatankuasa TVET Negeri ditubuhkan bagi menyelaraskan fungsi dan program yang disediakan oleh setiap pusat TVET tersebut supaya tidak bersaing antara satu sama lain. Oleh itu, usaha itu perlu dilakukan dengan lebih bersungguh-sungguh, dengan
peruntukan yang secukupnya dalam usaha pembinaan Tenaga Belia Rabbani berasaskan teras enam PITAS 2030.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, langkah Kerajaan untuk menekan dan menghindar penggunaan vape di kalangan masyarakat perlu disokong dan Pengkalan Berangan menyokong sepenuhnya. Yang terakhir, akhir kata, saya menyeru kepada semua Ahli Dewan agar kita bersatu dalam usaha membangunkan Negeri Terengganu ini. Marilah kita bekerjasama demi mencapai visi dan misi yang telah ditetapkan untuk kesejahteraan rakyat dan kemajuan negeri kita.
Raja berdaulat, payung mahkota, Pemimpin berhikmah lestari negeri, Hidup rakyat aman sentosa mencari redha illahi robbi, Marilah kita terus berusaha perkasa watan, ibu pertiwi.
Pengkalan Berangan, mohon menyokong dan junjung kasih, titah ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, semoga Allah memberkati setiap usaha kita. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Wakil Pengkalan Berangan, seterusnya saya buka lagi peluang untuk mana-mana Yang Berhormat yang belum dan ingin mengambil bahagian, silakan, Bukit Besi.
Yang dihormati, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Yang Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua-Ketua
Jabatan, Pegawai-pegawai kakitangan kerajaan, media, barisan pemerhati yang saya kasihi sekalian. Saya mulakan dengan serangkap pantun,
Gunung berbalam, di hujung desa Kabus menyapa pepohon tinggi, Junjung titah tuanku yang mulia, Demi rakyat negeri berkati Ilahi.
Segala puji bagi Allah Ta'ala dan salam sejahtera ke atas junjungan kita Nabi Muhammad . Bersyukur kita kepada Ilahi dengan limpah izinNya, dapat kita meneruskan persidangan dalam Dewan yang penuh barakah dan mulia ini bagi melaksanakan amanah dan tolong menolong dalam mengerjakan kebajikan seperti mana firman Allah Ta'ala dalam surah Al-Ma'idah ayat yang kedua.
Dan tolong menolong kamu dalam mengerjakan kebajikan dan taqwa dan jangan tolong menolong dalam perkara dosa dan pelanggaran, dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat seksaNya.
Timbalan Yang di-Pertua dan Dewan yang saya kasihi sekalian ucapan penuh takzim dan penghargaan atas Ucapan Junjung Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Tengganu yang sangat menyentuh nilai kesedaran dan hubungan silaturrahim kita sesama manusia. Saya berdiri di hari ini menyatakan sokongan penuh terhadap Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan dalam Sidang DUN pada kali ini. Titah Tuanku jelas menjadi kompas dan pedoman kepada kita dalam mempastikan kesihatan rakyat dan kemajuan negeri dan terus terpelihara dalam kerangka Islam, keadilan dan pembangunan mampan.
Isu pertama yang saya ingin sentuh iaitu pertanian dan agro-makanan sebagai teras luar bandar. Kawasan DUN Bukit Besi meliputi seluruh Hulu Dungun iaitu Kampung Minda, Talung, Rendang, Tepus, Jerangau Sungai, Lintang, Padang Ping merupakan kawasan pertanian. Rata-rata bergantung kepada sektor pertanian sebagai punca rezeki. Projek pertanian kontan, integrasi ternakan dan sokongan pembiayaan agro perlu diperluas kepada golongan tersebut khasnya di kalangan belia tani. Kami juga menyokong penubuhan pusat pengumpulan hasil tani untuk meningkatkan akses pasaran. Sehubungan dengan itu,
penggunaan teknologi moden dan bantuan peralatan serta bantuan pemasaran perlu diberi penekanan oleh Kerajaan Negeri, insya-Allah. Di samping halangan cuaca dan halangan musuh tanaman merupakan halangan sementara yang berlaku, bila mana musim buah-buahan.
Yang kedua, pelancongan warisan, perlombongan dan alam semula jadi, Bukit Besi menyimpan sejarah penting sebagai pusat perlombongan bijih besi terbesar di Asia Tenggara, sejak tahun 1920 hingga tahun 1970-an. Lokasi seperti rel lama, terowong hingga tenggelam lombong dan kawasan perkampungan bekas pekerja lombong boleh dibangunkan sebagai produk pelancongan warisan dan pendidikan. Bersama ini, potensi hutan Terengganu, potensi Hutan Jerangau, Air Terjun Cemerong dan kawasan-kawasan rekreasi dalam DUN Bukit Besi seperti Lubuk Kain di Kampung Syukur, Sungai Teleming di Kampung Talong, Sungai Luh, Bumbung Raja di Pasir Raja, termasuk juga Tasik Bukit Besi di Bukit Besi dan beberapa lagi kawasan rekreasi yang lain boleh dimanfaatkan secara lestari sebagai destinasi eko-pelancongan keluarga dan pelajaran. Diharapkan agar kawasan bekas perlombongan yang telah menjadikan tarikan sejarah dan eko-pelancongan harus diberi tumpuan, seperti Tasik Bukit Besi yang ada sekarang perlu diperluaskan dan diinovasikan sebagai tasik buatan yang berdaya saing dan boleh dimanfaatkan untuk pelancongan masa-masa akan datang, insya-Allah. Pelaburan dan kemudahan asas serta promosi pelancongan lestari perlu ditingkatkan agar memberi impak ekonomi pada penduduk tempatan dan membuka ruang dan peluang pekerjaan kepada golongan masyarakat sekitar, insya-Allah.
Yang ketiga, saya ingin sebutkan di sini adalah potensi sumber baharu iaitu REE dan carbon credit sebagai sumber masa hadapan. Peninggalan pelombongan perlu diurus dengan bijak, bukan sahaja sebagai tapak warisan tapi juga sebagai tapak sumber baharu seperti REE, dengan izin. Kajian menyeluruh dan penglibatan komuniti setempat amat penting agar hasil bumi ini memberi manfaat kepada penduduk, bukan menjejaskan alam sekitar yang seharusnya dijaga, dipelihara dengan baik. Saya menyambut baik cadangan pembinaan yang melibatkan tenaga solar dan hidro di Hulu Dungun yang diketahui umum berada jauh dari bandar. Ia bukan sahaja menjimatkan kos, malah menyokong usaha kelestarian alam sekitar.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, isu yang keempat yang saya ingin sentuh iaitu inisiatif tenaga hijau dan carbon credit. Bukit Besi yang dikelilingi
hutan simpan seperti Hutan Simpan Jengai, Hutan Simpan Besul, Hutang Simpan Jerangau memberi peluang besar kepada pelaksanaan projek carbon credit. Penanaman semula hutan serta pembangunan mini-hydro dan solar farm community dengan kerjasama agensi dan anak syarikat perlu digembeling tenaga. Kita boleh memanfaatkan nilai hutan untuk melestarikan ekonomi dan alam sekitar.
Seterusnya yang kelima, pembangunan insan dan kemahiran serta penempatan baru. Sebagaimana disebut oleh wakil daripada Pengkalan Berangan, anak-anak muda Bukit Besi juga perlu diberi akses pada pusat latihan kemahiran iaitu TVET, khusus keusahawanan dan digitalisasi, terutamanya dalam bidang agro-pelancongan, teknologi hijau dan pendidikan Islam yang seimbang. Anak-anak muda perlu diberi akses kepada peluang pendidikan yang menyeluruh agar mereka tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negeri. Begitu juga dengan keperluan perumahan yang mendapat permintaan tinggi dalam kalangan orang-orang muda yang baru mendirikan rumah tangga perlu diberi perhatian dan kecaknaan serta dipertimbangkan oleh pihak Kerajaan.
Sidang Dewan yang saya kasihi sekalian, keperluan Rumah Mampu Milik (RMM) dalam DUN di luar bandar. Titah Tuanku juga memberi isyarat jelas bahawa kesejahteraan rakyat mestilah merangkumi keperluan asas seperti tempat tinggal yang selesa di kawasan luar bandar seperti DUN Bukit Besi. Keperluan terhadap Rumah Mampu Milik amat mendesak khususnya untuk golongan muda yang disebutkan tadi, golongan peladang, penternak, sektor awam, dan buruh kasar. Kami menyokong penuh agar banyak RMM dibangunkan di kawasan luar bandar dengan pendekatan seperti berikut, dengan harga yang betul-betul mampu milik untuk penduduk berpendapatan rendah. Sistem sewa beli bagi mereka yang belum mampu dapatkan pinjaman. Rekabentuk mesra iklim dan budaya setempat. Seterusnya dilengkapi kemudahan asas seperti jalan, lampu, air bersih, dewan dan sebagainya. Kami juga menyarankan agar projek-projek rumah ini menggunakan kontraktor tempatan agar manfaat ekonomi disalurkan semula kepada rakyat tempatan. Dengan adanya RMM yang terancang dan berkualiti, bukan sahaja meningkatkan taraf hidup rakyat malah membantu mengurangkan penghijrahan belia ke bandar. Seterusnya mengekalkan komuniti luar bandar yang harmoni, produktif dan sejahtera.
Isu yang akhir ingin saya pertegaskan iaitu pelaksanaan syariah, akhlak, hikmah dan pendidikan. Kami turut menyokong Titah Tuanku yang agar pelaksanaan
syariah Islam terus dijalankan dengan penuh hikmah, pendidikan dan kasih sayang. Di kawasan luar bandar seperti Bukit Besi, masyarakat mempunyai asas agama yang kuat dan perlu pembangunan akhlak remaja serta institusi keluarga Islam perlu diperkukuhkan.
Sidang Dewan yang saya kasihi sekalian, sebagai penuntut tirai, saya pada petang yang mulia ini dan juga memberi ruang kepada kawan-kawan saya yang ramai lagi yang belum beri ucapan, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dan andai kata tersilap berbicara, saya mohon kemaafan dan akhirnya saya mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin. Akhir saya ucapkan, ada serangkap pantun untuk kita semua,
Bijih digali tinggalan lama, Warisan negara terus dijaga, Titah Tuanku kami junjung bersama, Demi rakyat agama dan masa.
Bukit Besi mohon menyokong penuh Titah Ucapan Tuanku Sultan.
Terima kasih Wakil Bukit Besi. Seterusnya saya persilakan mana lagi Ahli-ahli Yang Berhormat yang ingin menyertai ataupun turut sama membahaskan. Silakan Wakil Langkap.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang berhormat Dato' Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat-Yang Berhormat, Ketua-Ketua Jabatan, para pemerhati, rakan-rakan media, serta tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekian. Terima kasih terutamanya kepada Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan kerana turut memberi peluang kepada Langkap untuk menyampaikan Ucapan Perbahasan dalam Persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Terengganu yang Kelima Belas pada kali ini. Langkap sepertimana Ahli-ahli Dewan yang lain, dengan penuh takzim merakam dan merafak sembah, Ucapan Penghargaan dan Menjunjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan atas perkenan menyampaikan Titah DiRaja, mengenai dasar-dasar Kerajaan bagi Istiadat Pembukaan Sidang kelmarin. Dalam masa yang sama dengan penuh rendah hati, mengulangi rafak sembah ikrar taat setia Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan bersedia memberi kerjasama yang erat kepada pentadbiran negeri supaya dasar-dasar kerajaan dapat dilaksanakan dengan sempurna demi kepentingan negeri dan rakyat seluruhnya.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, menyokongi Titah Diraja mengenai pembangunan ekonomi negeri, Langkap berbesar hati mengucap tahniah kepada kerajaan yang telah mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar dengan nilai mencecah RM38.2 bilion. Sektor Perkhidmatan kekal sebagai penyumbang utama dengan sumbangan sebanyak 50% diikuti oleh sektor pembuatan 36.9% dan sektor pertanian sebanyak 7.5%. Justeru saya berharap agar kerajaan dapat menggandakan usaha bagi meningkatkan KDNK negeri ke tahap yang lebih cemerlang. Insya-Allah. Oleh itu, saranan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dalam segala perancangan, pengurusan kewangan dan perbelanjaan perlu dilaksanakan secara sistematik dan berkesan selaras dengan matlamat mencapai pertumbuhan KDNK antara 2.8% hingga 3.4% bagi memastikan Terengganu terus berdaya saing dalam menghadapi cabaran masa hadapan.
Tuanku juga bertitah, Negeri Terengganu berjaya menarik pelaburan sebanyak RM3.18 bilion yang bukan saja mengukuhkan kedudukan negeri sebagai destinasi pelaburan berdaya saing tetapi juga membuka sebanyak 5,400 peluang pekerjaan baru untuk rakyat berjaya diwujudkan. Saya berharap semoga kejayaan ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan dapat memberi manfaat kepada rakyat Negeri Terengganu. Namun begitu, usaha
Kerajaan tidak akan berjaya sekiranya ada pihak yang mengambil sikap acuh tak acuh atau membelakangi dasar Kerajaan Negeri. Titah Tuanku yang mengingatkan jentera pentadbiran negeri, termasuk penjawat awam supaya bertindak dengan lebih cekap, responsif, pro-aktif dalam memenuhi keperluan pelabur agar signal tegas daripada tuanku agar usaha murni Kerajaan Negeri menarik pelabur dan ekonomi tidak dibelakangi.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin membawa perhatian Dewan kepada potensi besar sektor pertanian khususnya di DUN Langkap, yang bukan sahaja sebagai sumber makanan dan pendapatan tetapi ia juga sebagai pemangkin kepada pembangunan industri kecil dan sederhana (IKS) tempatan. Untuk makluman, daerah Setiu merupakan daerah yang paling tinggi pengeluaran nanas berbanding daerah lain dalam Negeri Terengganu dan Langkap adalah kawasan utama pengeluaran dalam daerah. Sehubungan dengan itu, saya mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya dapat membina pusat pemprosesan produk berasaskan nanas di kawasan industri di Sungai Bari. Insya-Allah dengan wujudnya kilang pemprosesan ini sekaligus ianya dapat membuka peluang pekerjaan dan pertambahan pendapatan kepada penduduk setempat. Selain itu penduduk juga dapat menambah pendapatan dengan mengusahakan tanah terbiar dengan tanaman nanas apabila permintaan telah meningkat.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, seterusnya antara perkara penting bagi penduduk Langkap iaitu keperluan mewujudkan projek perumahan yang terancang dan mampu milik sebagaimana disebut oleh Bukit Besi tadilah. Jadi seiring dengan pertambahan bilangan penduduk di Langkap khususnya dalam kalangan golongan muda dan pasangan yang baru mendirikan rumahtangga, jadi permintaan terhadap rumah kediaman kian meningkat saban tahun. Tambah lagi Langkap mempunyai kelebihan dari segi lokasi dan keluasan tanah yang sesuai untuk pembangunan perumahan. Saya mencadangkan perumahan generasi kedua dibina di Felda Chalok dan Felda Chalok Barat serta perumahan mampu milik di kawasan Kampung Sungai Bari. Keluasan tanah untuk pembangunan perumahan di Felda Chalok Barat telah dirizabkan sebanyak 10 ekar dan di kawasan Sungai Bari sebanyak 40 ekar boleh dimanfaatkan untuk tujuan ini dengan kerjasama agensi Kerajaan seperti SPNB, Lembaga Perumahan Negeri dan juga pihak berkuasa Kerajaan Tempatan. Saya yakin dan percaya dengan adanya komitmen daripada Kerajaan Negeri dan kerjasama strategik pelbagai pihak, impian penduduk Langkap untuk memiliki rumah
sendiri akan menjadi kenyataan sekali gus memperkukuhkan pembangunan sosial dan ekonomi di kawasan ini. Marilah kita sama-sama menjadikan Langkap sebagai model pembangunan luar bandar yang eksklusif, sejahtera dan berdaya khulud.
Seterusnya Lata Ulu Kasar di Setiu yang merupakan destinasi alam semulajadi yang berpotensi tinggi untuk dibangunkan sebagai pusat pelancongan dan rekreasi keluarga. Untuk memaksimumkan potensi pelancongan di Lata Ulu Kasar, saya mencadangkan Kerajaan Negeri menaiktaraf kemudahan yang sedia ada dan menambah baik akses jalan ke kawasan tersebut. Selain itu mempromosikan Ulu Kasar melalui platform media sosial dan kerjasama dengan agensi pelancongan tempatan tentang produk baru.
Projek Santuari Kelah sedang dibangunkan di kawasan Lata Ulu Kasar. Setakat ini 1,000 ekor lebih anak ikan kelah telah dilepaskan di kawasan ini oleh Jabatan Perikanan Negeri Terengganu dan kita menyasarkan lokasi ini sebagai santuari ikan kelah kedua di Negeri Terengganu ini selepas Tasik Kenyir. Dengan pendekatan yang holistik dan bersepadu, Lata Ulu Kasar berpotensi untuk menjadi tarikan pelancong utama di Negeri Terengganu sekaligus menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan sosial di kawasan Setiu.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, ini isu akhir. Untuk makluman, dalam daerah Setiu, telah dikenal pasti tanah seluas 4,000 ekar lebih telah dimajukan oleh FELCRA yang statusnya adalah masih lagi pemilikan tanah Kerajaan sejak berpuluh-puluh tahun. Jadi lebih mendukacitakan kita, hasil daripada usaha tersebut tidak pernah dinikmati oleh rakyat di negeri ini secara adil, sedangkan tanah sepatut dimanfaat untuk kesejahteraan rakyat. Ia telah menyebabkan Kerajaan Negeri kehilangan hasil premium tanah dan cukai tanah yang sepatutnya mendapat hasil pendapatan Kerajaan Negeri dan pulangannya kepada rakyat. Jadi saya menggesa Kerajaan Negeri supaya menjalankan audit menyeluruh ke atas tanah-tanah yang dimajukan oleh agensi luar termasuk FELCRA bagi menentukan status pemilikan dan pulangannya kepada rakyat dan negeri dan saya menyeru agar semua di Dewan ini bersatu memastikan tanah negeri kita tidak lagi diceroboh dan setiap inci dimanfaatkan demi kepentingan rakyat negeri Terengganu.
Akhirnya, Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya akhiri ucapan perbahasan saya pada hari ini dengan sekali lagi dengan penuh takzim
merakam dan merafak sembah Ucapan Penghargaan dan Menjunjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan atas perkenan menyampaikan Titah DiRaja. Langkap mohon menyokong.
Terima kasih Wakil Langkap. Ada beberapa orang lagi YB-YB yang masih belum mengambil bahagian. Jadi saya persilakan sama ada Telemung, Hulu Besut, Kuala Besut… ya, sila Telemung dulu. Insya-Allah kurang mengantuklah sikit. Okey jaga masa ya?
Sepuluh minit dari sekarang.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua Dewan atas peluang dan ruang yang diberi kepada saya yang mewakili DUN N21 Telemung untuk sama-sama membahaskan Usul Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Terengganu semalam.
Yang dihormati Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Ir. Dr. Haji Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Terengganu, yang saya hormati Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu, Ahli-ahli Yang Berhormat, pegawai-pegawai Kerajaan Pusat dan Negeri, para pemerhati, para-para perwakilan terutamanya dari DUN Telemung.
Sebelum saya memulakan sedikit ucapan saya pada hari ini, saya nak pantun dululah. Biasalah, dok sedap dok pantun ni. Petang-petang ni kena pantun.
Naik rakit ke hulu sungai Hanyut bersama riak ke hilir Budi Tuanku Junjung sampai Daulat Tuanku kekal mengalir
Tanam padi di bendang rata Siram kasih tabur budi Rakyat bahagia negeri sentosa Itulah doa kami setiap hari
Alhamdulillah, marilah kita sama-sama hari ini memanjatkan syukur kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala atas nikmat dan rahmat yang diberikan kepada kita. Jadi saya juga ingin pada hari ini sebagaimana disebut oleh rakan kita jugalah. Jadi hari ini sebelum saya terlewatlah untuk saya juga ingin mengucapkan hari ini pada petang ini dengan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh pimpinan dan rakyat kita dengan kata kata mohon maaf zahir dan batin atas segala salah dan silap.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, pada hari semalam kita sedia maklumlah di mana di dalam Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan antara yang disebut oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku ialah di mana perlunya kerajaan negeri memberi tumpuan kepada tiga bidang utama untuk kita pastikan Negeri Terengganu terus berdaya saing iaitu:
1. Pengukuhan pertanian dan industri asas tani 2. Penerokaan sumber baru dan pelaburan 3. Kelestarian pelancongan
Jadi saya di sini ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri selepas ini agar dapat mengambil perhatian sebagaimana saranan Tuanku semalam khususnya berkaitan dengan aktiviti pertanian terutamanya di daerah Hulu Terengganu, bawah saya lah kerana sejak akhir-akhir ini semacam diabaikan, semacam tinggal. Mitok maaflah kalau saya salah. Tinggal. Dulu saya ingat lagi masa saya kecil-kecil dulu, Hulu Terengganu terkenallah Tuan Yang di-Pertua, YB… YB
kawasan bandar, lain ork? Jadi saya kawasan kampung, kawasan pedalaman, kawasan hulu sana… dulu Hulu Terengganu ini memang sangat hebat dengan pertanian ini. Macam-macam ada. Betul dok Wakil Kuala Berang, ork? macam-macam ada.
[Ketawa]
Kuala Berang nok celoh eh, guane?
Minta maaf Timbalan Yang di-Pertua.
Ho, boleh boleh.
Terima kasih. Saya percayalah Hulu Terengganu itu melibatkan Kuala jugalah bukan Hulu sahaja kan? Kuala Berang termasuk jugalah. Memang ada kawasan tanam padi dan sebagainya tapi seolah-olah macam terbiar sekarang.
Ha…
Saya sokong.
Ha… Saya kata doh. Saya kata doh tadi dok? Dulu Hulu Terengganu ni, Kuala Berang khususnya lah memang kita kawasan pertanian tapi hari ini yillek. Contohlah, kita ada taman pertanian macam Taman Pertanian Ajil, Taman Pertanian Sekayu jadi kayu doh. Taman Pertanian kayu doh. Kayu saje doh. Mitok maaflah. Dulu kita ada ladang MARDI, ladang sutera, MAJU ternak, ladang ayam. Paling banyak di Hulu Terengganu dulu. Kita ada padang ragut, bercambah. Kita ada fertigasi Kampung Pela. Betul dok Wakil Ajil? Kampung Pela. Pela. Kampung Pela. Betul deh? Kampung Pela. Takut salah je. Takut salah sebut. Dan macam-macam lagilah. Jadi hari ini kita tengok kita tengoklah kita hari ini semua yang ada ini saya rasa sedih nok kabo, nok kabo takdok apa
yang boleh saya banggakan di Hulu Terengganu hari ini. Takdok apa. Saya pernah bercadang nak bawak menteri dululah ke Hulu Terengganu tapi nok tunjuk apa? Takde ape nok tunjuk. Takdok apa-apa sebagaimana kita tengok di Setiu. Hulu Terengganu 387,000 hektar. Luas Hulu Terengganu ni. Di Setiu 370,000 je. Satu pertiga daripada Hulu Terengganu. Daerah Hulu Terengganu daerah paling besar ni. Tiga kali ganda Setiu. Kuala Terengganu jangan sebutlah, Wakil Cukai. Kuala Terengganu 20,000 hektar je. Kita Hulu Terengganu 387,000 hektar, luas. Saya hari ni kita haraplah satu kaedah, dulu macam-macam pelan ada, pelan induk pertanian, pelan induk ini pelan induk ini tapi hari ini rasanya sangat sedih melihat bagaimana aktiviti-aktiviti pertanian di Hulu Terengganu contohnya jagung. Dulu jagung di Hulu Terengganu, Allah luasnya di Kampung Gaung, luasnya di Kampung Langgar, di Kampung Buluh. Luas… tapi lening takdok. Dok berani doh nok tanam jagung hari ini. Orang kampung dok berani doh nok tanam jagung sebab kera. Terpaksa tunggu, jagung terpaksa kena tunggu. Kena tunggu jagung. Lagi kera dok tidur, kena tunggu. Hari Jumaat kena semayang jumaat orang laki, orang puan pulok tunggu. Bila orang puan tunggu, kera dok takut. Dok takut ke orang puan.
Yang Berhormat, tok laki dok takut ke orang puan tu… kera takut. Berat orang Hulu.
Ya sungguh… kalu orang puan jaga kebun, kera mari ye agoh ke orang puan. Nok kabor. Jadi hari ini saya mencadangkan kepada Kerajaan supaya memikirkan satu kaedah. Antara sebab pertanian di Hulu Terengganu ini terutama di Telemung khususnya tak maju hari ini adalah kerana satu selain daripada banjir itu adalah kerana musuh-musuh tanaman, kera, gajah yang mengakibatkan tanaman mereka musnah. Mereka tidak dapat nak mengusahakan pertanian tersebut. Jadi kita haraplah usaha daripada pihak-pihak tertentu, pihak Kerajaan mengambil beratlah sebab kera ini saya nampak dia bukan mari kampung kita dah, dia mari bandar dah. Jangan biarkan. Tadok masa dah Yang Berhormat. Satu baru. Jadi saya mencadangkan, saya ringkaskanlah mencadangkan supaya Kerajaan mewujudkan skim seperti mana nelayan, nelayan ada Skim Elaun Sara Hidup Darat, Elaun Sara Hidup Nelayan Laut dan Elaun Sara Hidup Penoreh Getah. Jadi kena ada sebab untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, untuk maklumanlah sebab kalau bila musnah bayangkanlah kalau ladang-ladang sawit lima ekar, lima tahun dah usaha tiba-
tiba musnah dalam satu malam saja kerana angkara gajah. Bayangkanlah bagaimana hibanya, sedihnya. Jadi kita haraplah, terima kasih kepada Yang Berhormat Wakil Kijal kerana telah berusahalah membantu kita menubuhkan Pasukan Rangers untuk mengawal gajah-gajah. Timbalan Yang di-Pertua, boleh saya sambung sikit lagi tak?
Sila, tapi ringkaslah..
Saya banyak benda nak kabo hari ini. Dua tiga hari dah nulih ni. Tapi masa pendek sangat. Kalau boleh saya cadangkanlah lain kali kita buat panjang lagi Dewan ini biar ataupun harini kita sambung sampai malam takpe sambung kita minta. Ork? Ke gane? Supaya kita puas sebab 10 minit ini padan mukadimah je. Jadi saya yang keduanya saya nak fokus kepada pembangunanlah. Fizikallah. Jadi kita harap, saya baru ini dapat makluman kepada ketua-ketua jabatan di Hulu Terengganu, ketua jabatan kita mesyuarat ada Ketua Jabatan bagitahu saya sedihlah saya tengok, saya kata saya gi mesyuarat di peringkat negeri, sedih bila tengok sebab senarai tubek tu takdok Hulu Terengganu ataupun adapun ciput-ciput je. Jadi seolah-olahnya sebab Ketua Jabatan daerah ni kecil, bawalah ke negeri. Negeri lebih besar. Jadi negeri tidak sungguh nak bantu Hulu Terengganu. Minta maaf saya cakap kabo kerana adalah keluhan yang diberikan kepada saya dalam mesyuarat kita mengatakan bahawa kita seolah-olah kita tertinggal berbanding di daerah-daerah Pesisir Pantai.
Minta maaflah YB, saya nak kabo sebab ini adalah ini apa yang diberitahu oleh ketua-ketua jabatan di daerah kita di Hulu Terengganu. Jadi kita haraplah lepas ni jangan dipinggirkanlah kita di Hulu Terengganu. Kemudian yang ke seterusnya berkaitan dengan saya nak kabo mende ini. Masa takdok. Minta maaf Yang di-Pertua oleh kerana masa yang terlalu panjang ini, jadi saya terpaksalah pendekkan jadi yang akhirnya saya berharaplah kepada pihak yang berkenaan supaya memberi tumpuanlah juga kepada Hulu Terengganu ini khususnya sebagaimana yang kita tahu di Pulau Poh hari ni, di Pulau Poh itu Kerajaan telah membelanjakan RM330 juta buat jambatan dengan Marina. Marina buat hotel RM100 juta. Buat waterpark RM7.5 juta. 10 tahun doh. Dok gerok. Dengan hampir setengah bilion. Tidak masuk lagi dengan hok bebas cukai itu. Bebas cukai itu hampir setengah bilion. Jadi satu bilion. Kita haraplah Kerajaan mengambil peranan ini supaya memastikan duit belanja itu dapat dimanfaatkan kerana kalau insya-Allah kalau Pulau Poh itu hotel dia dimajukan,
dah berjalan kemudian dengan ada waterpark itu dipulih kembali, saya rasa ia akan memberi pulangan yang baiklah kepada rakyat kita kerana bila perkara ini berlaku, beroperasi insya-Allah pelancong akan datang, ramai dan dapat kepada rakyat kita di bawah sana. Jadi saya rasa itulah sahaja saya nak kabo hari ini kerana masa yang terlalu singkat ini. Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Timbalan Yang di-Pertua di atas ruang yang telah diberkan kepada saya. Jadi saya dengan ini menyokong Usul Titah Ucapan Tuanku. Sekian
Terima kasih Wakil Kuala Berang mewakili Hulu Terengganu, Telemung. Ada tiga orang, empat orang lagi yang belum menyertai. Saya nak bagi kebenaran ruang kepada seorang lagi membahaskan Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia pada petang ini sebelum kita tangguhkan untuk kita sambung semula pagi esok. Jadi saya persilakan sama ada Hulu Terengganu, Hulu Besut. Okey Hulu Besut bangun dah. Sila Hulu Besut.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut sama-sama membahas Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat-Yang Berhormat EXCO, rakan-rakan Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri, para pemerhati dari DUN Hulu Besut terutamanya, rakan-rakan media dan para hadirin yang dirahmati Allah sekalian.
Burung tempua terbang ke langit, Singgah sebentar di dahan rendang, Bukan suara mahu berselit, Tapi jeritan rakyat dari Hulu Besut yang gersang.
Saya berdiri di sini bukan sekadar mewakili kawasan tetapi membawa suara rakyat dari Hulu Besut. Suara yang saban tahun berharap, saban kali menunggu dan saban masa berjuang agar tidak terus tersisih dari arus pembangunan negeri yang tercinta ini. Rintihan jugalah sama dengan Telemung. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Hulu Besut memiliki khazanah alam semulajadi yang mengkagumkan. Contohnya La Hot Spring, Lata Tembakah adalah antara dua destinasi yang mampu menjadi mercu tanda pelancongan negeri jika diberi nafas baharu. Namun realitinya kemudahan masih daif, penyelenggaraan longgar dan infrastruktur pelancongan belum mencapai standard yang meyakinkan. Justeru sudah sampai masanya kita memberikan keutamaan kepada naik taraf kemudahan asas pelancongan termasuk jalan, tandas, surau, ruang rehat dan juga aspek keselamatan. Dalam masa yang sama, perlu ada satu pelan induk landskap pelancongan agar pembangunan tidak merosakkan alam malah memuliakan keindahan alam semula jadi yang dimiliki oleh Hulu Besut. Saya juga mencadangkan pelaksanaan Kempen Hulu Besut Bersih satu pendekatan komuniti agar kebersihan menjadi budaya hidup rakyat bukan sekadar kempen bermusim. Semua agensi berkaitan perlu mengambil peranan masing-masing secara aktif. Apabila alam dihargai, pelancong akan kembali dan apabila pelancong datang ekonomi akan berkembang. Saya juga nak tanya Yang Berhormat Kijal berapa ramai dah kehadiran pelancong ke Negeri Terengganu yang kita cintai tahun 2025 dalam masa tiga bulan ini.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Hulu Besut juga berhadapan masalah akses jalan yang membataskan pergerakan ekonomi penduduk. Pada hari ini Hulu Besut ibarat sebuah cul-de-sacs dalam bahasa perancis dengan izin maksudnya dari kita masuk daripada Jertih, keluar juga ke Jertih. Tiada laluan alternatif menyebabkan mobiliti ekonomi menjadi terhad. Pelabur enggan masuk dan rakyat seolah-olah terpenjara di tanah sendiri. Sambungan jalan dari Keruak ke kawasan luar yang kita perlukan bagi menjana ekonomi penduduk setempat meskipun memerlukan dana yang besar namun inilah keperluan yang sebenar dinantikan oleh semua rakyat di DUN Hulu Besut. Saya mohon Kerajaan Negeri menyegerakan cadangan ini kerana jalan bukan sekadar laluan fizikal tetapi ianya adalah nadi kepada pembangunan ekonomi rakyat pedalaman. Saya ada bawa ini, mungkin boleh diserahkan kepada pihak UPEN ataupun Yang Berhormat Kijal, cadangan permohonan jalan, ada tiga cadangan. Insya-Allah, nanti Bentara boleh bawok.
Kalau jalan tidak bersambung, Mana mungkin untung ditampung, Kalau kampung terus terpinggir, Jangan salah rakyat lari ke bandar yang hampir.
Selain itu, isu telekomunikasi juga menjadi rungutan utama, liputan internet di Hulu Besut masih berada pada tahap yang sangat mengecewakan. Ada kawasan yang anak-anak sekolah terpaksa dari kawasan keluar rumah dan pergi ke kawasan yang jauh semata-mata untuk menyertai kelas Google Meet. Peniaga pula gagal menyiarkan secara langsung produk mereka kerana line tak berapa kuat. Malah ada yang mengadu kepada saya tak boleh berniaga live Tiktok YB, line tak berapa nok kuat. Ini menggambarkan bahawa internet pada hari ini bukan lagi satu kemudahan tambahan, tetapi satu keperluan hakiki untuk pendidikan, ekonomi dan komunikasi. Justeru itu saya mendesak agar pemancar tambahan dibina segera di kawasan yang masih kelabu dan gelap dalam liputan ini. Kerajaan Negeri juga perlu memperkemaskan kerjasama dengan syarikat-syarikat Telco agar semua kampung mendapat liputan internet yang kuat dan stabil. Negeri Terengganu tidak wajar membiarkan rakyatnya ketinggalan dalam era digital ini.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, berkenaan pembangunan modal insan juga, saya ingin tegaskan bahawa anak muda di Hulu Besut bukanlah lemah atau malas. Mereka hanya kehilangan peluang dan arah masa depan. Oleh itu saya menyeru agar Kerajaan Negeri menyediakan pelan pembangunan modal insan yang inklusif. Ini termasuk penganjuran kursus teknikal berkaitan pertanian moden, penternakan pintar dan agro pelancongan. Program inkubasi usahawan tani muda juga wajar diwujudkan dengan bimbingan dan sokongan yang berstruktur. Di samping itu, Pusat Latihan Komunikasi Desa perlu ditubuhkan bagi melahirkan tenaga mahir dan usahawan desa. Biarlah anak muda kita mampu membawa masa depan mereka di tanah kelahiran sendiri tanpa perlu merantau ke kota hanya untuk mencari sesuap rezeki.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh isu komitmen agensi Kerajaan. Rakyat tidak menuntut kemewahan, mereka hanya mahu layanan yang adil dan pantas. Saya tegaskan bahawa agensi Kerajaan wajib bergerak seiring dengan hati rakyat bukan hanya mengikut prosedur ataupun kertas kerja. Jangan jadi gajah birokrasi yang lambat bergerak tetapi makan banyak, jadilah harimau penyelesai masalah, bukan buaya pembawa susah. Rakyat Hulu
Besut sering menyuarakan kebimbangan terhadap sikap segelintir agensi yang lambat bertindak, banyak karenah dan kurang mesra rakyat. Saya percaya sebahagian besar kakitangan kita komited dan berdedikasi namun budaya kerja menunggu gaji tidak lagi diterima rakyat. Kita perlu ubah budaya kerja kepada yang lebih responsif terhadap aduan rakyat. Proaktif dalam menyelesaikan masalah tanpa menunggu arahan dan berintegriti dalam setiap tindakan. Birokrasi yang tidak perlu bukan sahaja membantut pembangunan malah merosakkan keyakinan rakyat terhadap sistem pentadbiran negeri kita. Akhir sekali, saya ingin menyentuh isu utiliti asas iaitu bekalan air dan elektrik. Kami menghargai segala inisiatif Kerajaan Negeri dalam membekalkan kemudahan ini ke DUN Hulu Besut. Namun harus diakui masih terdapat kampung yang belum menikmati bekalan air bersih ini dan elektrik yang sempurna. Lebih menyedihkan ada projek yang telah dimulakan, namun seolah-olah tidak mahu disiapkan. Saya berharap agar pihak Kerajaan dapat mempercepatkan proses yang tergendala, membuat audit semula terhadap lokasi-lokasi yang masih terpinggir dan memastikan tiada kampung yang terus tertinggal dalam keperluan asas ini. Keadilan, pembangunan harus sampai kepada semua. Sebagai penutup, satu rangkap pantun lagi.
Pergi ke dusun memetik langsat, Buahnya ranum tinggi menjulang, Hulu Besut bukan meminta sangat, Cuma mahu keadilan pembangunan yang seimbang.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, Hulu Besut mohon menyokong, sekian.
Terima kasih Wakil Hulu Besut dan terima kasih kepada semua pembahas-pembahas pada petang ini. Wakil daripada Bukit Tunggal yang memulakan, sambung semula pembahasan daripada tengah hari tadi diikuti oleh Batu Rakit, Air Putih, Rantau Abang, Permaisuri, Sura, Pengkalan Berangan, Bukit Besi, Langkap, Telemong dan Hulu Besut. 11 pembahas telah menyempurnakan perbahasan masing-masing, ada tiga sahaja Wakil daripada ADUN-ADUN kita yang masih belum sempat menyertainya, insya-Allah ada ruang selepas sesi
soal jawab pada esok hari. Memandangkan jam telah hampir ke pukul lima, jadi Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli Yang Berhormat.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, standing order.
Saya minta untuk esoklah, kita dok panjang doh ni. Untuk apa?
Nok tanya sikit ni, berkenaan dengan soalan lisan esok, oleh kerana kita tengok jadual yang ada esok, masih dimulakan dengan YB.
Tunggulah sesi soal jawab pagi esok.
Cuma saya nak tanya, kalau ikut jadual esok, bermula dengan YB Bandar jugok, jadi saya mintok cadangan dengan standing order yang ada ini, saya mintok cadangan supaya kalau boleh ambil di tengah Soalan Lisan.
Untuk sesi soalan.
Sesi soalan diambil di tengah jangan diambil di awal, kalau ambil di awal, sianlah kami yang berada duk tengoh ni kalau saya ni di tempat yang ke 13 kalau sahabat Sura dok tahulah takdok sokmolah.
Insya-Allah, insya-Allah, yang ini akan diambil perhatian sama ada saya atau Yang di-Pertua Dewan yang akan mempengerusikan sidang kita pada esok hari. Dalam sidang-sidang yang lepas pun saya rasa kita dah buat yang terbaik, kalau hari ini kita mula daripada kanan esok kita mula daripada kiri. Kalau kita mula daripada kiri, kita mula hari berikutnya dari sebelah kanan, kadang-kadang kita ambil daripada tengah, insya-Allah semua Ahli-ahli Dewan yang mengemukakan soalan akan diberikan peluang untuk mengemukakan soalan mereka paling tidak pun satu atau dua
daripada soalan-soalan yang dikemukakan. Terima kasih Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua jabatan dan para pemerhati sekalian. Saya tangguhkan dahulu sementara Dewan ini dan akan disambung semula pada pukul 9.30 pagi esok. Sekian, terima kasih.
MESYUARAT DITANGGUHKAN PADA PUKUL 4.43 PETANG