Terengganu · 17 April 2025
15th Assembly, 3rd session, 1st meeting · 126 turns · 14,282 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalTerengganu publishes one PDF per meeting, with the written answers appended. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
(Pembukaan)
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Sebelum kita memulakan Persidangan Dewan pada pagi ini, marilah kita bersama-sama membaca Ummul Quran Al-Fatihah.
AL-FATIHAH
Soalan-Soalan LisanQuestions
Mesyuarat pagi ini diteruskan dengan Soalan-soalan Lisan. Berikut adalah Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah memberi notis untuk mengemukakan Soalan-soalan Lisan pada hari ini 17 April 2025:-
1. Yang Berhormat Wakil Bukit Besi 2. Yang Berhormat Wakil Sura 3. Yang Berhormat Wakil Bandar 4. Yang Berhormat Wakil Jertih 5. Yang Berhormat Wakil Kuala Berang 6. Yang Berhormat Wakil Buluh Gading 7. Yang Berhormat Wakil Kemasik 8. Yang Berhormat Wakil Ladang 9. Yang Berhormat Wakil Pengkalan Berangan 10. Yang Berhormat Wakil Manir 11. Yang Berhormat Wakil Seberang Takir 12. Yang Berhormat Wakil Permaisuri 13. Yang Berhormat Wakil Hulu Besut 14. Yang Berhormat Wakil Rantau Abang 15. Yang Berhormat Wakil Batu Rakit 16. Yang Berhormat Wakil Langkap 17. Yang Berhormat Wakil Air Putih 18. Yang Berhormat Wakil Telemung 19. Yang Berhormat Wakil Bukit Tunggal
Silakan Yang Berhormat Wakil Sura untuk mengemukakan soalan.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan sekalian. Soalan Sura soalan nombor 3-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk mewujudkan jeti pelancongan ke Pulau Tenggol?
Soalan nombor 3, Yang Berhormat Kijal.
Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih ADUN Sura. Soalan sepertimana yang tertera dalam screen. Kerajaan Negeri telah merancang untuk mewujudkan satu jeti pelancongan ke Pulau Tenggol melalui permohonan cadangan membina jeti pelancongan awam di Pulau Tenggol serta kemudahan berkaitan di Mukim Kuala Dungun, daerah Dungun, Terengganu dengan anggaran kos projek berjumlah RM5,800,000.00. Projek ini merupakan salah satu keutamaan bagi Kerajaan Negeri Terengganu dalam sektor pelancongan dan telah dikemukakan sebagai permohonan di bawah Rancangan Malaysia ke-13, Rolling Plan pertama kepada Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia (MOTEC). Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.
Terima kasih Kijal. Sila Yang Berhormat, ada soalan tambahan?
Soalan tambahan saya, kalau berbanding dengan pulau-pulau yang lain yang ada dalam Negeri Terengganu. Pulau Perhentian orang kenal dia duduk di bawah Kuala Besut. Kalau Pulau Redang, Batu Rakit. Cuma masalah Pulau Tenggol, macam tak ada promosi di peringkat Kerajaan Negeri? Sedangkan Pulau Tenggol ini merupakan satu aset yang kalau pelancong-pelancong asing, antara salah satu daripada tempat diving yang terkenal dalam negara kita ini. Jadi persoalan saya ialah, apa perancangan Kerajaan Negeri Terengganu untuk mempromosikan Pulau Tenggol sebagai salah satu daripada aset pelancongan Negeri Terengganu.
Sila Yang Berhormat Kijal.
Terima kasih Yang Berhormat Sura. Untuk pengetahuan Dewan, Pulau Tenggol digelar sebagai The Black Seed. Maknanya, permata hitam, yang mana menjadi lubuk kepada
penyelam sama ada dalam negeri ataupun luar negara. Yang Berhormat Sura, antara program promosi utama bagi Pulau Tenggol yang telah dilaksanakan oleh kerajaan adalah seperti berikut. Pertama, penyertaan Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu dalam Malaysia International Dive Expo yang telah berlangsung di MITEC, Kuala Lumpur pada 7-9 Jun 2024 dimana kita menghimpunkan semua pulau-pulau, pengusaha-pengusaha pulau termasuk Pulau Tenggol. Untuk berada di expo tersebut selama beberapa hari. Dan di situ, kita dapat menjual keindahan Pulau Tenggol kepada pengunjung tempatan dan juga antarabangsa terutamanya seperti mana yang saya sebutkan tadi, peminat yang berasaskan marin dan juga aktiviti menyelam. Yang kedua, penganjuran pertandingan Sultan Mizan Underwater Photography Award dipanggil SMOPA2024. Ini bertujuan untuk mempromosikan sebanyak 128 lokasi selaman skuba yang terdapat di 70 pulau di Negeri Terengganu termasuk Pulau Tenggol, Pulau Lang Tengah, Pulau Redang, Pulau Perhentian. Dan pertandingan ini adalah untuk memperluaskan capaian promosi melalui hasil gambar, ambil gambar fotografi dasar laut. Dan kali ini untuk tahun 2024 ditambah lagi video dalam air selama 3-4 minit. Jadi Pulau Tenggol merupakan pulau yang terbaik di Asia Tenggara dan ada beberapa gambar akan dimenangi oleh Pulau Tenggol sebenarnya dan yang ketiganya ialah penyertaan baru-baru ini penyertaan Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu dalam program Dive Resort Travel yang telah berlangsung di Shanghai, China pada 21 hingga 23 Mac 2025 dan penyertaan ini merupakan satu usaha strategik bagi mempromosikan pelancongan marin Terengganu terutamanya Pulau Tenggol sebab Pulau Tenggol ini Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, memang pulau yang terbaik untuk para-para penyelam. Yang terakhir sekali, Matta Fair yang akan berlangsung pada 18 hingga 20 April 2025 nanti di MITEC Kuala Lumpur. Jadi kalau ada peluang saya minta Yang Berhormat Sura, bersama-sama dengan saya untuk hadir ke ekspo tersebut. Terima kasih Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Kijal.
Saya akan memulakan soalan daripada DUN Bandar tapi kali ini untuk meraikan hari terakhir, saya mohon daripada Yang Berhormat, untuk mengemukakan soalan dan tanpa soalan tambahan, melainkan mana-mana soalan yang digabungkan dengan Yang Berhormat-Yang Berhormat lain. Untuk meraikan Yang Berhormat-Yang Berhormat yang ada di belakang biasa tidak sempat pada hari terakhir ini. Saya mulakan dengan Yang Berhormat Bandar. Seterusnya.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya soalan nombor dua-
Berapakah jumlah bot nelayan laut dalam yang berdaftar di Terengganu dan berapa buah yang masih mendaratkan hasil di Terengganu?
Sila Yang Berhormat Jabi.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Jeti LKIM Pulau Kambing berada dalam DUN Bandar dan saya sangat berterima kasih atas keprihatinan Bandar kepada isu-isu yang berkaitan dengan kepentingan nelayan kita. Untuk makluman Dewan, jumlah vessel atau kumpul nelayan bagi Zon A 2,188 buah. Zon A maknanya daripada kosong sehingga lima batu nautika. Zon B ada 99 buah dengan jarak 5 sehingga 12 batu nautika. Zon C ada 188 buah dengan jarak operasi 12 sehingga 30 batu nautika. Dan Zon C2 kita ada 51 buah. Zon operasi untuk C2 ialah 30 batu nautika sehingga kepada EEZ, Economic Exclusive Zone. Kaedah daripada Akta Perikanan, yang besar tak boleh turun ke bawah, yang kecil boleh naik ke atas. Maknanya bot daripada Zon A boleh pergi. Nak memukat dalam Zon C, dalam Zon B sehingga nak pergi kepada EEZ pun boleh. Tapi yang besar dia tak boleh turun ke bawah. Setakat ini, isu pendaratan bot nelayan Terengganu di pengkalan-pengkalan yang bukan dalam negeri menjadi antara satu isu. Asasnya, semua bot nelayan mesti mendaratkan hasil tangkapan di jeti dan pelabuhan di mana ia didaftarkan. Tetapi atas sebab-sebab tertentu, pemilik bot boleh memohon kebenaran khas untuk mendaratkan hasil di jeti ataupun pelabuhan perikanan yang lain.
Bagi Zon C, daripada 188 buah, 18 mendarat di Tok Bali di Kelantan, 8 di Pahang, dan 4 sampai ke Endau di Johor. Untuk Zon C dua, 33 buah saja daripada 51 yang masih mendarat di Terengganu macam Kuala Kemaman, Chukai, Geliga, Kuala Dungun, Chendering. Manakala baki 18 lagi mendarat di Jeti LKIM Kuantan dan juga di Jeti LKIM Tok Bali. Di antara isu utama ialah kedalaman muara dan kemudahan serta infra yang ada di pelabuhan dan jeti. Biasa nelayan kita dia akan tengok kemudahan pasaran, bekalan air batu, bekalan minyak Diesel, bekalan air bersih dan sebagainya yang mempengaruhi di mana mereka akan mendarat. Dan usaha-usaha untuk nak menarik balik bot-bot dengan tender warna hijau ini ke
negeri asal di Negeri Terengganu sedang giat dijalankan di antaranya ialah menaik taraf dan pemulihan pelabuhan LKIM Chendering yang saya maklumkan dalam sidang lepas sekarang ini alhamdulillah untuk peringkat JKR proses VA telah selesai dan insya-Allah akan mula ditender pada Oktober, untuk bahagian JPS dan air insya-Allah akan ditender pada awal tahun depan insya-Allah.
Isu kedalaman muara yang telah ada empat projek mendalamkan muara dan membina benteng pemecah ombak yang sedang berjalan antaranya Muara Dungun yang mendapat kelulusan pada 26 September 2022, Muara Setiu (Muara Mangkuk) pada 16 Januari 2022, dan Muara Merchang pada 15 Disember 2021 semua kelulusan di zaman kerajaan PM di Putrajaya dan yang terakhir sekali ialah Muara Merang di Setiu yang mendapat kelulusan dalam RP3 RM Ke-12 tahun 2023 yang lalu. Jadi dengan isu-isu ini insya-Allah kita harapkan faktor-faktor yang menyebabkan bot-bot ini terpaksa merantau ke negeri lain akan balik semula ke negeri asal, insya-Allah. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Jabi, seterusnya saya persilakan Yang Berhormat Jertih.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, Jertih soalan nombor dua-
Sejauh manakah Kerajaan Terengganu mengenal pasti kawasan baru bagi pembangunan kompleks litar lumba bagi anak muda di daerah-daerah selain Kuala Nerus?
Soalan Jertih nombor dua Yang Berhormat Tepoh.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Jertih. Soalan yang dikemukakan berkenaan dengan kawasan baru bagi pembangunan kompleks litar lumba bagi anak muda di daerah-daerah selain Kuala Nerus. Untuk maklumat
Yang Berhormat, pihak Kerajaan Negeri telah menerima cadangan daripada pihak Majlis Perbandaran kemaman berhubung permohonan pembinaan Kompleks Sukan Permotoran di lot PT 9040 Mukim Banggol, Kemaman. Tapak cadangan melibatkan kawasan seluas 138.280 hektar. Lokasi ini dikenal pasti sebagai kawasan strategik oleh pihak Majlis Perbandaran Kemaman kerana ianya terletak berhampiran laluan utama iaitu Lebuhraya Pantai Timur 2 dan juga Jalan Cheneh Bypass.
Cadangan ini dikemukakan berdasarkan beberapa isu utama yang telah dikenal pasti, khususnya peningkatan kegiatan lumba haram di kawasan setempat. Justeru pembinaan litar ini dilihat sebagai salah satu langkah penyelesaian bagi menyediakan lokasi selamat dan terkawal untuk penganjuran acara perlumbaan yang sah di sisi undang-undang. Selain itu projek ini juga berpotensi menjadi platform bagi mengumpulkan peminat sukan permotoran serta mengenal pasti bakat-bakat baru di kalangan belia. Dari aspek ekonomi, pelaksanaan projek ini di jangka mampu merancakkan aktiviti pelancongan tempatan melalui penganjuran program-program berasaskan pelancongan sukan (sport tourism). Untuk makluman Yang Berhormat, permohonan bagi pembangunan litar permotoran ini telahpun dikemukakan kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu dan permohonan tersebut telah dipanjangkan kepada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia pada 4 Oktober 2020, 14 Disember 2021 dan disusuli permohonan terakhir pada 4 Jun 2023. Namun demikian, setakat ini cadangan projek tersebut tidak mendapat kelulusan daripada pihak Kerajaan Persekutuan.
Sehubungan dengan itu pihak Kerajaan Negeri akan terus meneliti cadangan ini untuk kita menjayakan juga pembangunan litar permotoran dengan lebih menyeluruh termasuk membuka tawaran kepada pihak pelabur-pelabur luar bagi mengambil lokasi ini bagi dibangunkan sebagai litar lumba di Negeri Terengganu. Walaupun demikian walaupun dilihat agak sukar untuk dilaksanakan melihat prestasi semasa pelumba-pelumba muda dan juga pelumba-pelumba cilik seperti Hakim Danish, Qhabil Irfan dan lain-lain. Pihak Kerajaan Negeri dengan kerjasama KBS telah bersetuju untuk menaik taraf litar mini latihan untuk pelumba cilik di Kompleks Sukan di Negeri Terengganu yang bukan dalam kawasan litar lumba sedia ada tetapi satu kawasan litar latihan mini yang ada bersebelahan dengan Stadium Sultan Mizan di Kompleks Sukan Negeri Terengganu. Ini semua untuk menyokong semua pelumba-pelumba cilik supaya mereka terus berdaya saing di peringkat antarabangsa dan mencetak nama mewakili Negara Malaysia dan
menjulang bendera negara kita di podium pada mana-mana perlawanan selepas daripada ini, insya-Allah. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tepuh, seterusnya saya persila, Yang Berhormat Kuala Berang.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan, soalan saya nombor tiga tapi ada sedikit error mungkin masalah komputer jadi izinkan saya baca.
Apakah garis panduan kod pakaian untuk pekerja Wanita di reruai makanan dan kedai francais sesuai dengan pendekatan Kerajaan Negeri hari ini?
Sila Yang Berhormat Wakaf Mempelam.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat sahabat saya ADUN Kuala Berang, seterusnya semua yang hadir pada Persidangan DUN pada kali ini. Untuk jawapan Yang kepada soalan yang ditanya oleh kekanda saya ADUN Kuala Berang, untuk makluman Yang Berhormat, PBT tidak mempunyai sebarang garis panduan kod pakaian pekerja wanita di kedai makanan dan gerai francais kerana ianya adalah di luar bidang kuasa PBT.
Punca kuasa bagi premis makanan, restoran, dan kedai makan adalah berdasarkan peruntukan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) sebagaimana berikut:
i. Undang-Undang Kecil Establishment Makanan Pihak Berkuasa Tempatan. ii.Undang-Undang Kecil (UUK) Pengendali Makanan Pihak Berkuasa Tempatan.
PBT telah menetapkan agar setiap pekerja dan terutamanya pengendali makanan di premis-premis makanan agar mematuhi setiap Garis Panduan Pengendali Makanan di bawah Akta Makanan 1983 iaitu (Akta 281) di bawah syarat lesen, PBT telah menetapkan syarat-syarat seperti memakai penutup kepala, apron, kasut dan sebagainya dan sebagai maklumat tambahan juga, bagi kesalahan pemakaian tidak sopan adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu iaitu bawah Seksyen 34(2), Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Terengganu 2001 iaitu perbuatan atau berpakaian tidak sopan di tempat awam yang boleh dikenakan denda sebanyak tidak melebihi RM1,000.00 atau dipenjarakan selama tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Namun begitu, PBT sentiasa menekankan agar setiap pekerja memakai pakaian yang sopan dan menutup aurat serta mematuhi nilai-nilai budaya tempatan serta prinsip kesopanan dan saya tidak menolak untuk kita mengadakan kerjasama dengan EXCO Pelaksanaan Syariah untuk kita masukkan satu lagi isu iaitu berkenaan dengan pemakaian pekerja-pekerja muslim di premis-premis makanan dan juga kedai-kedai francais untuk kita masukkan isu ini sebagai satu lagi agenda selain daripada agenda-agenda yang telah sedia ada berkenaan dengan hiburan, sukan dan sebagainya lagi. Terima kasih.
Terima kasih, seterusnya sila Yang Berhormat Buluh Gading.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan nombor satu-
Apakah status terkini pencapaian Kerajaan Negeri sebagai hab teknologi hijau?
Soalan Buluh Gading ini akan digabungkan juga dengan Soalan daripada Bukit Besi dan Sura dan saya bagi satu soalan tambahan nanti. Sila..
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih pada Buluh Gading. Kerajaan Negeri telah menyiapkan rangka pelan khas untuk pembangunan teknologi hijau dalam Negeri Terengganu yang dinamakan Pelan Induk Terengganu Hijau Negeri Terengganu (PITiH) 2030.
Terdapat beberapa fasa pelan tindakan yang telah dirancang dalam PITiH ini. Bagi tahun 2025, Kerajaan Negeri sedang meneliti pelaksanaan bagi projek pembinaan loji hidrogen hijau di tiga wilayah kita pecahkan di kawasan Terengganu Utara lokasinya di Besut. Terengganu Wilayah Selatan pelaksanaannya insya-Allah di daerah Dungun dan juga Terengganu Wilayah Tengah di Kuala Berang yang dijangka akan menjana jumlah keseluruhan anggaran tenaga adalah 80MW, tenaga boleh diperbaharui melalui anak-anak sungai yang sedia ada di Negeri Terengganu. Selain daripada itu, kajian kebolehlaksanaan berkaitan tenaga boleh diperbaharui juga akan dilaksanakan seperti penternakan kontrak alga, solar aqua dan juga solar terapung bagi memastikan projek tersebut boleh dilaksanakan di Negeri Terengganu ini. Terima kasih.
Terima Kasih Kota Putera, ada soalan tambahan? Tak dok, Bukit Besi. Buluh Gading.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Apakah pihak Kerajaan mempunyai pelan aktiviti kesedaran kepada pemain industri terhadap teknologi hijau ini? Terima Kasih.
Terima Kasih Wakil Buluh Gading. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, kesedaran untuk penggunaan ataupun kedatangan teknologi hijau di negeri kita ini, perlu ada satu aktiviti kesedaran kepada industri player bagi mengingatkan mereka terhadap ketersediaan mereka. Untuk target kita pada tahun 2030, sebahagian ataupun kalau di peringkat negara meletakkan lebih 50% penggunaan teknologi hijau akan berlangsung. Jadi, kita di dalam Negeri Terengganu juga, perlu diberikan kesedaran kepada industri-industri kita supaya menukar, penjanaan
tenaga mereka daripada yang ada sekarang ni kepada teknologi hijau. Jadi, insya-Allah pihak Kerajaan akan mengadakan libat urus berkenaan, kita akan panggil player-player industri player ini untuk memaklumkan kepada mereka dan mendapatkan apa ni feedback mereka sejauh manakah kesediaan mereka untuk berhadapan dengan situasi ini. Insya-Allah apa ni program itu akan dilaksanakan penghujung bulan Mei ataupun awal bulan Jun nanti, insya-Allah. Terima Kasih.
Terima Kasih Yang Berhormat Kota Putera. Seterusnya, sila Yang Berhormat Kemasik.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, soalan Kemasik nombor 2-
Apakah kaedah yang perlu dilakukan untuk membolehkan Kerajaan Negeri atau mana-mana agensi terlibat membina kawasan perindustrian kecil dan sederhana baharu di kawasan yang dikenal pasti bagi membolehkan lebih ramai usahawan muda berkembang maju dalam perniagaan dan perusahaan mereka?
Sila Yang Berhormat Alur Limbat.
Terima Kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, antara kaedah untuk membolehkan Kerajaan Negeri atau mana-mana agensi terlibat membina kawasan Perindustrian Kecil dan Sederhana (PKS) baharu di kawasan yang telah dikenalpasti adalah yang pertama, penetapan zoning kawasan yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai pusat kawasan Perindustrian Kecil dan Sederhana melalui Rancangan Tempatan Daerah yang dibincang oleh Pihak Berkuasa Tempatan bersama agensi-agensi yang terlibat.
Yang kedua, pembangunan kawasan perindustrian kecil dan sederhana (PKS) adalah secara “Public Private Partnership (PPP)” dengan izin yang melibatkan pembangunan secara kebaikan bersama. Selain itu, agensi juga boleh membangunkan kawasan tersebut dengan penawaran kepada para pelabur yang berminat.
Yang ketiga, mengukuhkan pembangunan infrastruktur di kawasan yang terlibat seperti rangkaian jalan raya dan utiliti elektrik, air dan jalur lebar bagi menarik minat usahawan muda untuk meningkatkan pelaburan dalam sektor perindustrian kecil dan sederhana (PKS). Sehingga Mac 2025, di bawah Yayasan Pembangunan Usahawan sebanyak 145 unit premis telah disediakan khususnya oleh Yayasan Pembangunan Usahawan meliputi Kilang Industri Kecil dan Sederhana (IKS), Inkubator Industri Kecil (IID) serta kilang serta ruang niaga perniagaan yang melibatkan 126 usahawan pengusaha kecil sederhana (PKS) di seluruh Negeri Terengganu. Sekian.
Terima Kasih Yang Berhormat Wakil Alur Limbat. Seterusnya, saya persila Yang Berhormat Wakil Ladang.
Soalan saya soalan 2-
Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam memperkukuhkan lagi penghayatan “Indahnya Hidup Bersyariat” melalui menjaga waktu solat di pasar malam, contohnya seperti adanya unit pemantauan yang pernah dilaksanakan pada tahun 1999 – 2004?
Soalan.
2.
Soalan nombor 2 ni digabungkan dengan soalan daripada Wakil Air Putih. Jadi, saya bagi ruang untuk Wakil Air Putih bagi soalan tambahan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dan semua Ahli-ahli Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat Wakil Ladang yang mengemukakan soalan sebagaimana yang tertera. Jawapannya ialah dalam melaksanakan Dasar “Indahnya Hidup Bersyariat”, kerjasama antara kerajaan antara masyarakat sangat penting khususnya dalam dakwah berkaitan solat fardhu tanpa menafikan tugas semua orang sebagai da’ie. Bagi isu berkaitan solat fardhu ketika pengoperasian pasar malam, Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah telah bermesyuarat dengan Pihak Berkuasa Tempatan untuk meneliti keperluan pemberhentian waktu operasi sementara bagi memberi ruang kepada peniaga dan pengunjung untuk solat. Selain itu, turut dibangkitkan berkaitan penyediaan ruang solat dan tempat wudhu bagi peniaga-peniaga dan pengunjung berdekatan. Sebagai tambahan, sesetengah pasar-pasar malam itu ada surau-surau yang berdekatan, jadi itu lebih mudahlah kepada pengunjung untuk menunaikan solat pada waktu solat.
Seterusnya, agensi-agensi di bawah Portfolio Dakwah dan Pemerkasaan Syariah akan meneruskan kerjasama dengan NGO-NGO dalam memperkasakan dakwah secara langsung di tapak pasar malam bagi mengajak masyarakat untuk menunaikan solat fardhu. Sekiranya ada pihak dengan sengaja tidak menunaikan solat fardhu dan menghasut yang lain untuk tidak solat maka bahagian penguatkuasaan akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan kesalahan di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Terengganu 2001. Terima Kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Wakil kawasan Batu Buruk. Ada soalan tambahan? Sila.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Baru-baru ni saya ada mengadakan sesi libat urus dengan masyarakat belia di Sungai Pergam dan alhamdulillah di antaranya
yang cuba diketengahkan oleh masyarakat belia adalah di antaranya adalah solatlah dan penambahbaikan kepada surau. Jadi, adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk memperkembangkan program “Indahnya Hidup Bersyariat” ini ke Sungai Pergam atau kawasan-kawasan Orang Asli memandangkan suasana hari ini golongan belia ini kita melihat ada kesedaran pada mereka untuk memperkemaskan ataupun untuk menekankan kepada program-program solat ini, insya-Allah.
Sila Yang Berhormat.
Terima Kasih Yang Berhormat Air Putih. Setakat ini terdapat seorang da’ie di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) telah dilantik di Kemaman, bagi menyebarkan dakwah dan syariat Islam di kalangan Orang Asli, kawasan Orang Asli Sungai Pergam. Selain itu bagi komuniti Orang Asli di Hulu Terengganu dan Besut, terdapat guru-guru agama yang menyampaikan dakwah yang disediakan dengan bantuan MAIDAM dan JAKIM. Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri melalui JHEAT dan DUAT dalam perancangan untuk menambah bilang da’ie dalam kalangan Orang Asli dalam masa yang terdekat, insya-Allah.
Yang Berhormat, celah sikit Yang Berhormat, boleh? Bandar.
Tunggu sekejap bagi ruang ke orang lain dulu Yang Berhormat. Seterusnya, Yang Berhormat Pengkalan Berangan.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Soalan nombor 1-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri dalam menangani isu hakisan pantai di Negeri Terengganu dan berapakah keluasan pantai yang telah terkesan oleh hakisan tersebut semenjak dari tahun 2020 sehingga 2025?
Soalan Yang Berhormat Pengkalan Berangan ini akan digabungkan dengan soalan Yang Berhormat Seberang Takir, Yang Berhormat Permaisuri dan Yang Berhormat Batu Rakit.
Terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Berangan. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan seperti mana yang tertera. Tindakan Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Terengganu dalam menangani isu hakisan pantai di Negeri Terengganu seperti berikut. Yang pertama, Pelaksanaan Kajian Pelan Pengurusan Pantai Bersepadu. Antara tindakan jangka panjang dalam menangani isu hakisan pantai Negeri Terengganu adalah Pelaksanaan Kajian Pelan Pengurusan Pantai Bersepadu. Ianya mengambil kira isu berkaitan masalah hakisan, muara dan juga guna tanah sepanjang pesisiran pantai dimana objektif pelaksanaan kajian ini adalah, yang pertama untuk membantu Kerajaan Negeri dan pelbagai agensi negeri dalam membuat keputusan berkenaan pembangunan di kawasan pesisir pantai. Yang kedua, mengurangkan risiko hakisan pantai serta banjir pantai ke atas harta benda awam. Yang ketiga, membantu di dalam pembangunan sektor pelancongan di sepanjang garis pantai. Yang keempat, membantu di dalam pemulihan alam sekitar di kawasan pantai merangkumi flora dan fauna bagi mencapai kualiti air yang baik. Yang kelima, membantu dalam perancangan guna tanah di sepanjang garisan pantai.
Yang kedua, Pelaksanaan Kajian Bagi Penentuan Penyelesaian Jangka Panjang. Kajian ini adalah bagi mendapatkan pendekatan terbaik untuk mengatasi masalah hakisan, dalam masa yang sama mengurangkan impak kepada pantai atau keadaan sekeliling yang berhampiran. Yang pertama kajian kebolehsaknaan dan rekabentuk terperinci kerja-kerja perlindungan pantai di Bukit Chendering, Kuala Marang, Terengganu. Yang kedua ialah kajian dan rekabentuk terperinci kerja-kerja perlindungan pantai sepanjang pantai antara Pantai Tok Jembal, UMT dan pelabuhan Chendering.
Yang ketiga, perunding utama bagi kerja-kerja perlindungan pantai di Pantai Teluk Lipat, Dungun, Terengganu. Yang keempat, kajian untuk projek pengawalan hakisan pantai di Kuala Nerus. Kajian-kajian yang berkaitan dengan pemulihan muara sungai juga mengambil kira risiko kejadian hakisan pantai serta langkah pencegahan.
Antara kajian yang berkaitan pemulihan yang telah dilaksanakan adalah kajian pemulihan muara sungai Dungun. Rekabentuk terperinci kerja-kerja berkaitan dan kerja-kerja penambahbaikan di Sungai Paka. Yang kedua, pelaksanaan kerja-kerja bagi penyelesaian jangka pendek. Penyelesaian jangka pendek yang dicadang bagi menangani masalah hakisan pantai yang menggunakan struktur lapis window, batu ataupun rock rivertment. Muka bentuk ini dicadangkan bukanlah struktur kekal dan ianya bagi memberi perlindungan pantai yang mampu menahan hakisan dan mengurangkan kesan buruk terhadap kawasan yang terjejas. Ketiga, projek pelaksanaan untuk penyelesaian secara jangka masa panjang. Kerajaan sememangnya memandang serius masalah hakisan pantai yang berlaku di seluruh Malaysia. Oleh yang demikian, masalah ini perlu ditangani secara berperingkat memandangkan kos bagi melaksanakan kaedah pengawalan hakisan pantai seperti pembinaan Groyne, penambahan pasir, pembinaan lapis window batu mahupun membina struktur pemecah ombak bagi mencegah hakisan pantai adalah sangat tinggi.
Kerajaan melalui JPS telah mengenal pasti masalah hakisan pantai mengikut tahap kritikal hakisan pantai tersebut dan telah memohon bagi mengawal hakisan pantai di bawah Rancangan Malaysia Ke-12. Antara projek pemulihan pantai yang telah siap dilaksanakan di Negeri Terengganu adalah seperti di Pantai Tok Jembal dan pemulihan Sungai Paka. Berdasarkan kepada pemerhatian secara fizikal, panjang pantai yang sudah terhakis di seluruh Negeri Terengganu adalah 70.43 kilometer. Penentuan keluasan hakisan agak sukar untuk ditentukan dengan tepat memandangkan selepas Monsun Timur Laut, sebahagian daripada pantai akan kembali semula ke pantai, pasir akan kembali semula ke pantai yang terhakis. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Wakil Cukai. Ada soalan tambahan? Sila Yang Berhormat Permaisuri.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Saya suka cakap lagu kappung jah ni. Kita dengar rungutan orang kampung. Kita melihat masalah hakisan ini takkan terhenti, akan berterusan jangka panjang dan dalam soalan saya itu melihat kepada punca berlakunya hakisan tersebut sebagaimana yang dijawab oleh Yang Berhormat Wakil Cukai. Monsun Timur Laut datang lebih kurang sekali setahun tetapi dia bukan baru-baru, Monsun Timur Laut ini sudah lama dulu pun ada, 20
tahun dulu pun ada Monsun Timur Laut tetapi hari ini kita tengok hakisan berlaku akhir-akhir ini semakin parah, seolah-olah bukan alasan ombak besar. Memang ombak besar bukan baharu sudah lama ombak besar terjadi. Tetapi saya rasa mungkin ada punca lain yang menyebabkan hakisan ini dan sehingga mendatangkan kerugian kepada tuan-tuan tanah yang berada di sepanjang pantai. Terima kasih.
Terima kasih di atas maklumat yang diberikan.
Seterusnya, sila Yang Berhormat Wakil Manir.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya nombor 1. Cumanya bila dokleh soalan tambahan ni, kalau boleh YB EXCO sebut tentang kincir bergerak, kincir bergerak ke dok lagi?
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua.
Sila Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Manir, soalan seperti yang tertera. Jawapannya seperti berikut, perkembangan baik pulih Taman Tamadun Islam adalah melibatkan 18 buah projek baik pulih dan berstatus seperti berikut. Sebanyak 16 buah projek telah selesai dilaksanakan. Sebanyak 2 buah projek berstatus dalam pelaksanaan. Kos keseluruhan yang telah dibelanjakan dari tahun 2020 sehingga kini bagi proses baik pulih Taman Tamadun Islam adalah berjumlah RM13,263,861.00. Pasal kincir angin, dia gerak sikit-sikit je sekarang, terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua.
Terima kasih. Seterusnya, Yang berhormat Wakil Seberang Takir.
Soalan saya, saya pilih nombor 2-
Mengapa kedatangan pengunjung ke Tasik Kenyir dikatakan berkurangan 2 – 3 tahun kebelakangan ini?
Seterusnya, sila Yang Berhormat Kijal.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Seberang Takir. Soalan sepertimana yang tertera. Jawapannya seperti berikut. Kedatangan pengunjung ke Tasik Kenyir dikatakan berkurangan dalam tempoh 2-3 tahun kebelakangan ini disebabkan oleh beberapa faktor Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Yang pertama, salah satunya sebab ialah impak daripada pandemik COVID-19 yang telah menyebabkan banyak aktiviti pelancongan terhenti termasuk di Tasik Kenyir, sekatan perjalanan dan pembatalan pelancongan domestik setiap antarabangsa juga memberi kesan besar kepada aliran pengunjung ke destinasi kita. Selain itu, terdapat juga isu kekurangan promosi yang berterusan dan kekurangan pembangunan infrastruktur baharu di kawasan tersebut yang juga menyebabkan daya tarikan Tasik Kenyir tidak dapat bersaing dengan destinasi pelancongan lain yang lebih popular.
Namun begitu, pada tahun 2024, kedatangan pengunjung ke Tasik Kenyir telah menunjukkan peningkatan yang sangat ketara iaitu sebanyak 82 peratus berbanding tahun sebelumnya. Peningkatan ini dilihat sebagai hasil daripada inisiatif yang telah dilaksanakan termasuk penambahbaikan produk pelancongan sedia ada, penganjuran program dan juga aktiviti pelancongan secara konsisten serta juga promosi yang lebih agresif oleh pihak Kerajaan Negeri dan agensi pelancongan yang berkaitan. Ini sekaligus menggambarkan kebangkitan semula Tasik Kenyir sebagai salah satu destinasi pelancongan utama di Negeri Terengganu. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, insya-Allah TI telah melantik Hotel Tamu sebagai operator pengoperasian insya-Allah akan beroperasi sepenuhnya kuarter yang pertama pada tahun 2026, terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua.
pelancongan yang berkaitan. Ini sekali gus menggambarkan kebangkitan semula
Terima kasih, Yang Berhormat.
Seterusnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Wakil Hulu Besut. Hulu Besut.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Hulu Besut pilih soalan nombor dua-
Apakah program yang telah dilaksanakan bagi memberi kesedaran kepada komuniti berkenaan dengan kepentingan pemuliharaan sungai dan alam sekitar?
Sila Yang Berhormat Wakil Kijal.
Hulu Besut dia bertindih soalan banyak sangat jadi kena tengok hok mana. Okay terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua.
Soalan nombor dua.
Soalan nombor dua, nampak. Terima kasih Hulu Besut. Soalan ini gabung Hulu Besut dengan Hulu Besut, dua-dua [ketawa]. Okay jawapannya seperti berikut. Ya, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Terengganu telah melaksanakan kajian pengurusan lembangan sungai secara bersepadu Integrated River Basin Management singkatannya IRBM. Bagi penyediaan pelan pengurusan lembangan sungai secara menyeluruh penyediaan IRBM adalah selaras dengan Seksyen 33 dalam Enakmen Sumber Air Terengganu 2020 ianya merupakan kaedah pengurusan sungai yang memerlukan penglibatan semua pihak berkepentingan. Bagi mencapai objektif iaitu memastikan air mencukupi, memastikan air bersih, mengurangkan risiko banjir dan meningkatkan pemuliharaan alam sekitar.
Pelan IRBM ini adalah antara Sumber Rujukan Kerajaan Negeri dalam merancang sesuatu pembangunan di dalam lembangan sungai berkenaan agar tidak
mengancam kelestarian alam sekitar. Manakala Kerajaan Negeri melalui Lembaga Sumber Air Terengganu (LAUT) masih dalam perancangan untuk membuat beberapa kajian berkaitan lembangan-lembangan sungai dalam Negeri Terengganu termasuklah lembangan pulau-pulau yang terlibat. Namun begitu, LAUT perlu mengambil kira kapasiti sumber manusia dan kewangan yang ada pada LAUT dan memberi keutamaan kepada lembangan yang memberi impak secara langsung kepada ekonomi yang berasaskan sumber air.
Antara langkah proaktif, yang telah dilakukan oleh pihak LAUT adalah memohon peruntukan kewangan dan sokongan daripada Kerajaan Persekutuan bagi pelaksanaan Kajian Pemeliharaan Sumber Air di Selatan Terengganu serta pelaksanaan Sesi Libat Urus Dengan National Water Research Institute of Malaysia (NAHRIM) serta pakar-pakar daripada Universiti tempatan ke arah pengurusan sumber air yang lebih mampan, terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Wakil Kijal. Saya mohon maaf kerana terlepas pandang Yang Berhormat Wakil Permaisuri, sila.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya nombor dua-
Mohon dinyatakan tahap perpaduan serta hubungan antara rakyat serta kaum di Negeri Terengganu hari ini berbanding lima (5) tahun yang lepas dengan mengambil kira imbangan kaum, etnik dan sebagainya dan apakah langkah-langkah dan pendekatan yang telah diambil untuk sampai ke tahap terbaik pada hari ini?
Soalan nombor dua Yang Berhormat Wakil Ajil.
Ingatkan terlepas dah ni.
Terima kasih Yang Berhormat Wakil Permaisuri, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dan juga sahabat-sahabat semua. Soalan daripada Permaisuri ada dua, satu berkenaan dengan tahap perpaduan di Negeri Terengganu dan juga langkah-langkah yang telah diambil untuk mencapai tahap perpaduan tersebut. Untuk makluman semua, tahap perpaduan di Negeri Terengganu secara keseluruhannya menunjukkan satu peningkatan yang agak baik dan tahap perpaduan ini diukur melalui indeks Perpaduan Nasional berasaskan beberapa indikator. Antaranya ialah Tahap Keetnikan Hubungan Sosial Rentas Etnik Etos Bangsa melibatkan sifat ciri sesuatu bangsa dan budaya serta tadbir urus dan juga pembangunan yang melibatkan isu-isu yang berkaitan sekiranya berlaku.
Dan untuk makluman, pada tahun 2022 indeks perpaduan di Negeri Terengganu telah meningkat telah menunjukkan satu peningkatan sebanyak 0.567 pada tahun 2018 berbanding dengan 0.629 pada tahun 2022. Menunjukkan satu peningkatan dan apabila ada peningkatan menunjukkan perpaduan semakin bertambah baik dan di antara program yang telah dilaksanakan di peringkat Jabatan Perpaduan dan juga EXCO Perpaduan. Antaranya ialah Semarak Kenegaraan untuk melahirkan rasa cinta kepada negara dan juga memahami Sejarah Ketamadunan Negara. Contohnya adalah penubuhan Kelab Rukun Negara di sekolah-sekolah dan juga Semarak-Semarak Perpaduan.
Program ini untuk menyemarakkan semangat perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum dan di antara contoh penubuhan Mediator Komuniti dalam komuniti kita untuk menjadi Medium kalau sekiranya berlaku pertelingkahan di antara kaum. Dan juga satu lagi ialah Program Komuniti Rahmah seperti Program Gerak Rahmah Jom Masak Bubur Lambuk yang kita buat di Kemaman baru ini dan juga acara Berbuka Puasa melibatkan bangsa Melayu, Melayu sohehlah Cina dan India juga hadir dalam Majlis Berbuka Puasa berasaskan makanan etnik Melayu. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Wakil Ajil. Seterusnya saya mempersilakan Yang Berhormat Wakil Rantau Abang.
Boleh tambahan dok?
Yang Berhormat Wakil Rantau Abang…
Nak soalan tambahan boleh dok?
Dok-dok
Tade..
Seterusnya Yang Berhormat Wakil Rantau Abang.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Oleh kerana Yang Berhormat EXCO Pendidikan tak bangun lagi jadi Rantau Abang soalan nombor satu.
Memandangkan keperluan kepada Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) terlalu ketara yang mementingkan nilai islam, adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membina sebuah SRIDI di DUN Rantau Abang?
Sila Yang Berhormat Wakil Paka.
Apa kaitan bangun dok bangun Yang Berhormat eh.
Takpe-takpe…jawab.
[ketawa]
Yang Berhormat DUN Rantau Abang bertanyakan tentang isu SRIDI ork. Pihak Kerajaan Negeri ia melalui Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu (JPINT) menyambut baik tentang permintaan dari kalangan ibu bapa yang agak tinggi kepada Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) berdasarkan trend permohonan kemasukkan murid kepada SRIDI sentiasa meningkat. Pada tahun 2020 seramai 696 orang pelajar di SRIDI, pada tahun 2021 seramai 857 orang pelajar, pada tahun 2022 seramai 1,056 orang pelajar, pada tahun 2023 1,349 dan seramai 1,424 orang pada tahun 2024 dan permintaan itu tinggi dan pihak JPINT terpaksa mengadakan temudugalah untuk memilih pelajar-pelajar dan kerana antaranya silibus ataupun modul pengajian kita merangkumi antara Dini dan juga di bawah KPM dan para pelajar kita pulang sehingga pukul 4 dan memberi ruang yang lebih luas kepada anak-anak pelajar kita dalam menyelesaikan isu-isu Al-Quran dan juga KAFA dan juga mata pelajaran-mata pelajaran yang lain dan bersesuaian dengan SMIDI sekarang ini mengunapakai kurikulum baru Dini KBD yang syarat asasnya menggunakan bahasa Arab dan menjadi feeder ataupun kemudahan kepada semua SRIDI-SRIDI yang menggunakan bahasa Arab sebagai asas bermula daripada darjah satu.
Pihak Kerajaan Negeri masih lagi terus berhasrat untuk mewujudkan sebagaimana janji dalam manifesto sebanyak 32 SRIDI satu DUN satu SRIDI dan satu Parlimen satu SMIDI. Sekarang kita ada 11 SRIDI dan empat SMIDI sementara yang tidak ada bangunan kita berusaha untuk mewujudkan ataupun proses permohonan tanah sebagai tempat atau pun bagi pembinaan SRIDI untuk masa akan datang. Bagi yang terdekat pihak Kerajaan ini melalui JPINT akan berusaha untuk mewujudkan di Dewan Undangan Negeri Batu Buruk iaitu SRDI Batu Buruk, insya-Allah dan bagi DUN Rantau Abang tanah sudah diproses iaitu PT28988 iaitu Mukim Kuala Dungun untuk pembinaaan SRIDI dan sekarang ni menunggu PA, Pelan Akui oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dan insya-Allah akan kita usahakan untuk pembinaan untuk masa akan datang. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya mempersila Yang Berhormat DUN Batu Rakit.
kemasukan murid kepada SRIDI sentiasa meningkat. Pada tahun 2020 seramai
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, izinkan saya ajukan soalan saya dengan serangkap pantun-Pagi ini giliran pertama DUN Sura, Takziah Bukit Besi semua soalan ditolak, EXCO PBT ditujukan soalan saya, Soalan nombor satu alhamdulillah tidak ditolak.
Apakah status cadangan perumahan di tapak Kampung Kubur Timah Batu Rakit dan berapa lot yang dicadangkan?
Betul dok betul tu macam dok kena je…
jauh-jauh
Terima kasih kepada adinda YB Batu Rakit atas soalan berkenaan dengan status cadangan perumahan di tapak Kampung Kubur Timah Batu Rakit. Untuk makluman Yang Berhormat Dewan, status cadangan perumahan di tapak Kampung Kubur Timah Batu Rakit adalah dalam proses perhatian penilaian kebolehlaksanaan oleh pihak Kerajaan Negeri. Untuk makluman juga terdapat dua senarai pemaju yang dicadang kepada tapak tersebut. Bagi Pemaju A jumlah keseluruhan lot adalah sebanyak 535 unit rumah bercampur manakala bagi Pemaju B jumlah keseluruhan lot sebanyak 483 unit dan keluasan tapak yang disediakan adalah untuk Pemaju A seluas 65.28 ekar dan untuk Pemaju B seluas 69.6 ekar dan sekarang ini masih berada di flow yang ketiga dalam carta kita dan insya-Allah sekiranya selesai capaian ketiga ini yang merupakan peringkat yang paling penting dalam carta aliran untuk program pembangunan perumahan ini selesai maka ia akan laju lah untuk pergi seterusnya kepada kelulusan di peringkat MMKN. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya Yang Berhormat Langkap.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya nombor dua-
Berapakah jumlah bantuan yang disalurkan oleh MAIDAM bagi tahun 2024 mengikut daerah di Negeri Terengganu?
Nombor dua?
Ya.
Sila.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Langkap yang mengemukakan soalan sebagaimana yang tertera. Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah menyalurkan bantuan kewangan menerusi peruntukan zakat pada tahun 2024 mengikut daerah di Negeri Terengganu sebagaimana jadual dibawah.
BIL. DAERAH BILANGAN PENERIMA JUMLAH 1 Kuala Terengganu 18,011 45,409,342 2 Dungun 10,634 19,727,325 3 Hulu Terengganu 6,410 77,429,181 4 Kemaman 12,116 23,871,285 5 Kuala Nerus 12,442 28,284,179 6 Besut 9,725 15,869,388
7 Marang 10,791 22,420,394 8 Setiu 5,647 8,273,992 JUMLAH 85,776 240,907,060.28
Terima kasih Yang Berhormat.
Seterusnya saya mempersila Yang Berhormat Telemong.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, pantun lawan Batu Rakit ya.
Dato’ Yang di-Pertua orangnya geliga, YB yang hebat dan bertenaga, Soalan Telemung hari ketiga, Soalan pertama je takdok yang kedua.
Tambah usaha, nok tambah sikit, apakah usaha Kerajaan untuk menambah, soalan tadi tambah bilangan CBT di Hulu Terengganu.
Beberapa CBT di daerah Hulu Terengganu yang diusahakan sama ada oleh JPKK atau orang-orang perseorangan telah dilihat agak berjaya dan boleh menarik ramai pengunjung dan pelancong luar hadir. Apakah usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri membantu golongan tersebut?
Sila Yang Berhormat Kijal. Hak kediang tu untuk Yang Berhormat lain jadi Kijal jawab hak Kijal. Tanya SMIDI.
Terima Kasih Yang di-Pertua, Yang Berhormat Telemung. Telemung ni dia pakej slalu sekali yang di-Pertua. Soalan seperti mana yang tertera jawapannya seperti berikut. Antara kelulusan antara usaha Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu di bawah Unit Promosi yang dilakukan adalah seperti berikut:
Yang pertama, memperuntukkan dana untuk pembangunan, yang kedua peningkatan produk pelancongan berasaskan komuniti dan yang ketiga menyediakan latihan dan untuk pengiat pelancongan dan penduduk setempat bagi meningkatkan kemahiran mereka dalam menyambut pelancong. Sebagai contoh pada tahun 2025, sebanyak 200,000 diperuntukkan untuk tujuan ini termasuk meningkatkan infrastruktur dan keselesaan bagi semua pelancong. Selain itu Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu juga turut menyertai pameran pelancongan bertaraf antarabangsa seperti MATTA Fair, ITB Berlin dan World Travel Market (WTM) di London yang mana memberi peluang kepada pengusaha CBT untuk mempromosikan produk mereka secara global. Penyertaan dalam pameran ini memberi impak yang besar bagi memperkenalkan CBT Terengganu kepada pelancong luar negara dan membantu meningkatkan bilangan pengunjung ke negeri kita, insya-Allah.
Soalan tambahan tadi, Kerajaan Negeri sudah pasti melalui Jabatan Pelancongan Terengganu telah mengenal pasti tiga lokasi di Hulu Terengganu yang berpotensi untuk menjadikan CBT. Yang pertama adalah Bukit Balik Hidung Kuala Berang, yang kedua Belukar Bukit Ajil dan yang ketiga Zoo Rimba Razia Kuala Berang. Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu juga akan terus mewujudkan CBT baru kerana ia dapat memberi ruang dan juga peluang kepada komuniti setempat untuk terlibat secara langsung dan tidak langsung di dalam industri pelancongan dengan tujuan seperti berikut:
i.
Platform keusahawanan ii.
Peluang pekerjaan iii.
Penjanaan pendapatan tambahan iv.
Pemeliharaan dan pemuliharaan warisan kebudayaan setempat dan yang terakhir membantu mengekalkan jati diri bangsa yang berteraskan kesenian, kebudayaan dan juga warisan setempat
Terima kasih Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Kijal. Terakhir saya persilakan Bukit Tunggal, sila.
Bukit Tunggal soalan nombor tiga. Terima kasih.
Apakah perkembangan cadangan penubuhan Koperasi Kariah Masjid seluruh Negeri Terengganu?
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Bukit Tunggal.
Pada tahun 2023 Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Terengganu (MAIDAM) menggalakkan pertubuhan koperasi di setiap masjid untuk menjadikannya pusat ekonomi setempat. Daripada jumlah 28 buah masjid yang memiliki koperasi, terdapat beberapa buah masjid sahaja yang benar-benar aktif. Antaranya Masjid Nur Bakti di Kuala Nerus, Masjid Binjai di Kemaman, Masjid Kampung Tebakang di Marang dan Masjid Tok Ku Tuan Besar di Kuala Terengganu. Untuk memperkasakan sektor koperasi pihak jabatan melalui khutbah Jumaat, telah meminta sokongan daripada ahli kariah untuk menubuhkan koperasi di masjid masing-masing. Inisiatif penubuhan koperasi adalah untuk menjadikan masjid sebagai pusat ekonomi setempat bagi menjana pendapatan tambahan untuk manfaat Ahli Kariah dan meningkatkan kesejahteraan ekonomi komuniti setempat. Inisiatif ini selaras dengan dasar koperasi negara yang menyasarkan penglibatan Koperasi Kariah Masjid sebagai agen perubahan sosial dan ekonomi umat Islam di negeri ini.
Untuk maklumat semua ADUN yang bertanya dan semua ADUN-ADUN di seluruh negeri, berikut merupakan senarai masjid-masjid yang mempunyai Koperasi Kariah Masjid di seluruh Negeri Terengganu:
KUALA TERENGGANU: 1.
Koperasi Kariah Masjid Pengkalan Setar Kuala Terengganu Berhad 2.
Koperasi Kariah Masjid Padang Midin Kuala Terengganu Berhad 3.
Koperasi An Nur Surau Ikhwan di Gelong Bilal…global pulok doh ikhwan tu minta maaf hahaha ngelast doh ni… 4.
Kariah Masjid Sultan Ismail
5.
Kariah Masjid Tok Ku Tuan Besar
KEMAMAN: 1.
Koperasi Kariah Masjid Geliga, Chukai 2.
Koperasi Kariah Masjid Binjai Kemaman 3.
Kariah Masjid Ar Rahman Bukit Kuang 4.
Kariah Surau Al-Mawaddah
DUNGUN: 1.
Kariah Masjid Al Azim Felda Kerteh 3, Paka.
BESUT: 1.
Koperasi Ulul Albab (Masjid Kayu) Seberang Jertih 2.
Koperasi Jamek Alor Lintang Besut 3.
Kariah Masjid Alor Teratai 4.
Masjid As-Solihin Kubang Bemban 5.
Masjid Haji Husain 6.
Masjid Al Islah 7.
Masjid Ibnu Abbas
HULU TERENGGANU: 1.
Masjid Madhari di Tok Randok 2.
Masjid Abdul Rahman Limbong di Hulu Terengganu
MARANG: 1.
Masjid Kampung Gong Balai Merchang 2.
Masjid Rawai 3.
Masjid Kampung Tebakang 4.
Masjid Padang Mengkuang
SETIU: 1.
Masjid Kampung Seri Bayas
KUALA NERUS: 1.
Padang Nenas Masjid Nur Bakti 2.
Masjid Jamek Kampung Gong Pok Jin 3.
Masjid Seberang Takir
Jadi ada beberapa kawasan yang agak kuranglah.
Jadi dari segi perkembangannya, di antara langkah yang diambil bagi memastikan Koperasi Kariah Masjid yang ditubuhkan terus kekal aktif dan berdaya saing iaitulah yang pertama, dengan penubuhan konsortium kedai runcit Koperasi Kariah Masjid Negeri Terengganu Kerajaan Negeri dengan kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Terengganu, telah menubuhkan Konsortium Kedai Runcit Koperasi Kariah Masjid Negeri Terengganu pada Februari lalu. Konsortium ini ditubuhkan bertujuan untuk menggabungkan Koperasi Kariah Masjid yang menjalankan aktiviti kedai runcit. Langkah ini diumumkan semasa Ucapan Belanjawan 2025 oleh Menteri Besar Yang Amat Berhormat Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar. Penubuhan konsortium ini dilaksanakan dengan pemantauan dan penyelarasan oleh Jawatankuasa Khas bagi memastikan ia selaras dengan matlamat yang ditetapkan.
Yang kedua, perkembangan terkininya adalah pelancaran Masjid Mart. Untuk makluman Yang di-Pertua dan semua Yang Berhormat, kita juga telah melancarkan sebuah kedai runcit yang dijenamakan sebagai Masjid Mart, sebagai permulaannya di Kampung Tebakang Marang, Terengganu. Masjid Mart ini merupakan inisiatif oleh Koperasi Kariah Masjid Kampung Tebakang Marang Berhad commit sebagai sebahagian daripada usaha memperkasakan ekonomi komuniti setempat, ia beroperasi sebagai kedai runcit yang menawarkan pelbagai barangan keperluan harian kepada penduduk setempat. Kerajaan Negeri menyasarkan penubuhan 150 Koperasi Kariah Masjid baharu, daripada 500 lebih buah masjid dan insya-Allah kita juga menyasarkan 50 buah Masjid Mart dalam masa tempoh 3 tahun akan datang. Masjid Mart ini akan menjadi satu jenama kedai runcit yang akan berkembang di seluruh Negeri Terengganu di bawah Koperasi Kariah Masjid dan alhamdulillah commit di Tebakang Masjid Martnya telah mendapat sambutan yang sangat luar biasa daripada kariah masjid, ahli-ahli kariah. Sekian.
Terima kasih pada Yang Berhormat Alor Limbat serta semua Yang Berhormat-yang berhormat yang telah mengemukakan soalan dan Yang Berhormat pihak Kerajaan yang telah menjawabnya. Alhamdulillah pada pagi ini kita sempat untuk memberi ruang kepada semua Yang Berhormat-yang berhormat untuk mengemukakan soalan bagi
menunjukkan kecaknaan Yang Berhormat-Yang Berhormat kepada rakyat Negeri Terengganu dan pengundi di kawasan masing-masing.
Kampung Baung DUN Telemung TasIk Kenyir indah dan berseri Soalan dikemuka, cakna menyeluruh Jawapan diberi tuntas dan murni
Untuk makluman Yang Berhormat Batu Rakit soalan-soalan yang ditolak berasaskan standing order yang ada. Mohon Yang Berhormat-yang berhormat baca sebelum mengemukakan apa-apa soalan agar tidak ditolak di masa depan. Ucap terima kasih pada semua, kita tangguhkan Persidangan pada pagi ini dan kita akan sambung semula pada pukul 11.10 minit insya-allah.
MESYUARAT DITANGGUH PADA PUKUL 10.40 PAGI
PUKUL 11.10 PAGI
(Selepas Soalan-Soalan Lisan)Questions
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Mesyuarat disambung semula. Kita telah mendengar Penggulungan pada petang semalam dan kita masih menyambung Penggulungan pada hari ini. Seterusnya, saya persilahkan Yang Berhormat Kijal untuk membuat Penggulungan
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Yang Berusaha Ketua-ketua Jabatan dan Agensi, Yang Dihormati Para Pegawai dan kakitangan kerajaan, petugas media, semua tetamu dan pemerhati yang dirahmati Allah sekalian.
Sekali lagi terima kasih Dato’ Yang di-Pertua terlebih dahulu, Yang Berhormat Kijal bagi Pihak Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Negeri Terengganu, merafak sembah setinggi-tinggi menjunjung kasih atas Titah ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu sempena Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri DUN Ke-15 pada 13 April 2025 yang lalu. Sesungguhnya Titah baginda amat tepat pada waktunya dalam menegaskan keperluan untuk Negeri Terengganu terus berdaya saing menghadapi cabaran masa hadapan khususnya melalui penekanan terhadap kelestarian pelancongan. Sejajar dengan itu Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, komited melakasanakan pelbagai inisiatif termasuk pemerkasaan produk pelancongan penyelenggaraan berterusan serta penganjuran acara pelancongan skala besar menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026. Sebagai persediaan dan promosi Tahun Melawat Terengganu 2027 insya-Allah, calendar of event (COE) Terengganu 2025 turut digarak secara strategik bagi menampilkan kekayaan budaya warisan serta khazanah semula jadi negeri yang kaya menjadi daya tarikan utama pelancong. Setiap program yang dirancang akan mengambil kira prinsip pelancongan mesra muslim yang menjadi teras kepada pembangunan pelancongan Negeri Terengganu. Selaras dengan harapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Terengganu, fokus turut diberikan kepada usaha meneroka dan memperkayakan produk pelancongan baharu yang berpotensi dan berdaya saing, supaya Negeri Terengganu terus kekal sebagai destinasi pelancongan unggul di peringkat domestik mahupun antarabangsa. Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, saya juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan soalan-soalan bertulis dan lisan dalam sesi persidangan pada kali ini. Sepanjang Sesi Perbahasan Titah Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan pada kali ini, pelbagai persoalan, teguran dan saranan telah diutarakan oleh Ahli-ahli Dewan yang mulia ini kepada Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.
Sebanyak 20 soalan yang telah diterima namun hanya 5 soalan sahaja sempat dijawab dalam sesi pada kali ini. Bagi soalan-soalan lisan yang tidak sempat dibahas dan dijawab oleh saya, saya telah memberi jawapan yang bertulis secara Whatsapp. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada 15 Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan dan mengemukakan pelbagai isu berkaitan jawatankuasa kita. Bagi memudahkan penjelasan, saya menyusun dan memberi jawapan mengikut topik
utama secara berfokus. Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, penerokaan lokasi pelancongan baru dan menaiktaraf infrastruktur di lokasi pelancongan yang sedia ada.
Fokus yang pertama, terima kasih yang saya ucapkan kepada Yang Berhormat ADUN Bandar, Yang Berhormat ADUN Manir, Yang Berhormat ADUN Air Putih, Yang Berhormat ADUN Sura, Yang Berhormat ADUN Bukit Besi dan Yang Berhormat ADUN Langkap, atas setiap keprihatinan serta cadangan yang amat bernas dalam memperkukuhkan sektor pelancongan Negeri Terengganu. Perbahasan yang telah dibangkitkan dengan jelas menunjukkan kesungguhan semua Ahli Yang Berhormat dalam memastikan pembangunan pelancongan Negeri Terengganu terus maju, lestari termasuk aspek kebersihan lokasi pelancongan, pemuliharaan alam semulajadi serta penerokaan destinasi baharu yang berpotensi tinggi khususnya dalam bidang eko pelancongan. Antara lokasi eko pelancongan yang mendapat perhatian termasuk punca air panas di DUN Air Putih Kemaman, Lata Ulu Kasar Setiu, La Hot Spring Besut, Bukit Besi Dungun. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pada tahun 2025, sejumlah RM3.98 juta telah diluluskan untuk fasa pertama oleh Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) bagi melaksanakan 13 buah Projek Pembangunan Penyelenggaraan Kemudahan Infrastruktur Pelancongan di Negeri Terengganu. Antara projek termasuklah seperti berikut:
(1) Projek Baikpulih dan Naik Taraf Kemudahan Pelancongan di Taman Eko Pelancongan Lata Ulu Kasar Setiu.
(2) Projek Pemuliharaan dan Baikpulih Infrastruktur dan Memorial Batu Bersurat di Kuala Berang, Hulu Terengganu.
(3) Projek Menaiktaraf Kemudahan Infrastruktur di Jeti Pelancongan Bandar Marang, Marang.
(4) Projek Menaiktaraf Kemudahan Pelancongan di Gunung Tebu, Besut.
(5) Projek Menaiktaraf Papan Tanda Pelancongan serta kerja-kerja berkaitan di Daerah Dungun dan lain-lain lagi.
Insya-Allah, Dato’ Yang di-Pertua, dimaklumkan bahawa terdapat beberapa lagi projek tambahan yang dijangka akan berterusan dalam fasa 2 pada tahun 2025 nanti. Dalam masa yang sama, Kerajaan Negeri turut merakamkan setinggi penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan atas kelulusan Projek Menaiktaraf Jeti di Pulau Perhentian dengan peruntukan sebanyak RM3.1 juta, serta di Pulau Redang dengan peruntukan sebanyak RM900 ribu. Ianya menjadikan jumlah keseluruhan kelulusan peruntukan sebanyak RM4 juta. Bagi aspek lokasi pelancongan baharu, Kerajaan Negeri memberi penekanan kepada pembangunan Pelancongan Berasaskan Komuniti atau Community Based Tourism dengan izin sehingga kini terdapat 30 buah CBT yang aktif di seluruh negeri dan kita telah mengenal pasti 11 lokasi baharu di daerah Besut, Dungun dan Hulu Terengganu yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai CBT. Dalam usaha memperkasakan inisiatif ini, Kerajaan akan merangka siri lawatan berfokus bagi menilai secara terperinci cadangan-cadangan pembangunan yang telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat agar pelaksanaan setiap projek nanti benar-benar memberi manfaat kepada rakyat serta memelihara khazanah alam semulajadi kita.
Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, Program Pelita Raya dan Pesta Moreh. Elemen Kebudayaan merupakan salah satu subclass terpenting di bawah kluster pelancongan. Dalam konteks pelancongan, kebudayaan bukan sahaja memperkayakan pengalaman pelancong, malah menjadi tarikan utama yang membezakan sesuatu destinasi daripada destinasi lain. Sehubungan dengan itu, elemen kebudayaan dan keagamaan perlu digerakkan secara seiring bagi merealisasikan hasrat menjadi Terengganu sebagai sebuah destinasi pelancongan mesra muslim dan tidak tergelincir daripada syariat Islam. Terima kasih Yang Berhormat ADUN Jertih, Yang Berhormat ADUN Ladang dan Yang Berhormat ADUN Sura yang telah membangkitkan isu penganjuran Pelita Raya Terengganu dan Pesta Moreh yang dikhuatiri menjejaskan suasana ibadah bulan ramadhan baru-baru ini. Saya bagi dua segmen.
Segmen yang pertama perihal program dan segmen kedua penambahbaikkan program. Untuk Pesta Moreh, semalam sudah dijawab dengan detailnya oleh Yang Berhormat Wakaf Mempelam, saya terus kepada pelita raya. Program Pelita Raya merupakan usaha Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu bagi memartabatkan warisan budaya dan tradisi rakyat terutamanya di dalam bulan Ramadan untuk menyambut Aidilfitri. Untuk makluman, program ini telah memasuki Edisi ke-5 sejak mula diperkenalkan secara talian semasa Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun 2020. Bermula secara maya, ia terus berkembang dan menjadi sambutan luar biasa dari rakyat jelata pelbagai peringkat juga pelancong dalam dan luar negara. Jika dahulu program ini dilangsungkan pada malam 7 likur, kini penganjurannya telah dibuat lebih awal pada minggu kedua dalam bulan Ramadan sebagai satu bentuk penghormatan kepada sepuluh malam terakhir bulan Ramadan yang diketahui umum merupakan masa paling utama untuk memperbanyakan ibadah. Penganjuran Program-Program Pelita Raya Tahun 2025 telah melalui beberapa penambahbaikan ketara. Antaranya penyediaan kemudahan tempat solat, kawasan penganjuran yang lebih luas serta parker yang mencukupi demi keselesaan pengunjung. Selain daripada itu, nilai-nilai murni melalui pembudayaan indahnya hidup bersyariat turut diterapkan. Antaranya, dengan pengisian aktiviti keagamaan, wacana agama dan ada beberapa ustaz dijemput oleh daerah-daerah yang terlibat. Usaha awal ke arah mengantarabangsakan program pelancongan juga telah dimulakan melalui Program Pelita Raya Terengganu 2025. Selaras dengan aspirasi untuk memperkukuhkan jenama pelancongan negeri di peringkat antarabangsa. Edisi kali ini amat membanggakan, apabila bukan sahaja berjaya menarik penyertaan dari negara-negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Myanmar dan Bangladesh, malah turut mendapat sambutan hangat daripada negeri-negeri lain di negara kita termasuk Kelantan dan juga Perlis yang sama-sama menyertai sebagai percubaan. Lebih istimewa lagi, penyertaan masyarakat kaum Cina dan India dari Terengganu serta komuniti Orang Asli dari Sungai Berua, Hulu Terengganu telah menyerlah lagi semangat perpaduan dan keharmonian dalam program ini. Insya-Allah, kejayaan ini akan menjadi pemangkin untuk kita mengembangkan pendekatan serupa dalam melaksanakan program utama pelancongan Negeri Terengganu iaitu Signature Event seperti Program Candat Sotong dan Karnival Pantai agar terus relevan dan menarik minat pelancong dari dalam dan luar negara. Lebih membanggakan lagi penganjuran Program Pelita Raya Terengganu selama empat hari ini telah mencatat jangkaan Return Of Investment (ROI), dengan izin melebihi RM400,000.00, merangkumi aspek seperti penginapan, gerai makanan, pengangkutan dan lain-lain. Ini jelas menunjukkan impak limpahan ekonomi yang ketara kepada rakyat, khususnya usahawan-usahawan tempatan yang mengambil bahagian dalam program ini. Penambahbaikan segmen yang kedua, Kerajaan Negeri sentiasa memberi perhatian serius terhadap keseimbangan antara memartabatkan warisan budaya dan memastikan kesucian ibadah di bulan Ramadan terus terpelihara. Justeru itu, semua program yang dianjurkan akan
terus diperkemaskan dari segi garis panduan pelaksanaan, pemantauan serta penyesuaian masa dan lokasi agar tidak mengganggu suasana ibadah.
Kerajaan Negeri juga ingin menegaskan bahawa pelaksanaan program-program seperti ini tidak dijalan secara bersendirian, sebaliknya ia adalah hasil kolaborasi erat antara beberapa jawatankuasa utama, Jawatankuasa Penerangan Dakwah dan Pemerkasaan Syariah serta Jawatankuasa Tempatan, Perumahan dan Kesihatan merupakan rakan strategik utama kepada Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dalam pelaksanaan program yang diadakan di negeri kita. Sehubungan dengan itu, bagi menyemarakkan lagi Pelancongan Mesra Syariah serta terus memartabatkan Pembudayaan Indahnya Hidup Bersyariah, pihak Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim akan bekerjasama erat dengan Jawatankuasa Penerangan Dakwah dan Pemerkasaan Syariah dalam usaha merangka satu garis panduan khusus bagi pelaksanaan program-program sempena bulan Ramadan, garis panduan ini akan menjadi rujukan utama bagi memastikan semua bentuk penganjuran program kekal selari dengan nilai-nilai Islam, budaya tempatan serta mematuhi enakmen dan garis panduan yang telah ditetapkan.
Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, Program Pelancongan berkaitan Pemeliharaan dan Pemeliharaan Penyu Negeri Terengganu dengan sebahagiannya sudah dijawab oleh Yang Berhormat ADUN Jabi, saya nak tambah sikit pasal ada soalan untuk kolaborasi dengan NGO. Antara kolaborasi pihak NGO, syarikat swasta dan GLC dengan kerajaan yang telah dilaksanakan termasuk di Santuari Penyu Ma’ Daerah, Kertih kerjasama Jabatan Perikanan, WWF Malaysia dan Ineas-PCG Acetyl, menjalankan aktiviti seperti pelepasan anak penyu, Program CSR, Saran Penyu Angkat dan Pencerapan Penyu Habitat Semula Jadi, yang kedua, Pengurusan dan Pemantauan Pantai Pendaratan Penyu oleh SEATRU di Pulau Redang, Bubble Dive Resort dan Fuze Eco-Tail di Pulau Perhentian serta Kapas Turtles, Home Community Project di Pulau Kapas dan Pulau Gemia. Pembelian telur daripada pemajak berlesen untuk dieramkan di hatchery oleh pihak seperti WWF Malaysia, Pemuliharaan Resort World Kijal dan Terengganu Silica. Program Kesedaran Awam seperti Terengganu Turtle Camp dan Kem Penyu bersama Sekolah Angkat di samping Program Pelepasan Anak Penyu yang mendapat sambutan yang menggalakkan. Selain daripada itu, sempena Hari Penyu Sedunia 23 Mei 2025, Kerajaan Negeri akan menganjurkan Program Turtle Tourism, dengan izin, pada 22 hingga 24 Mei, program ini bertujuan ialah untuk meningkatkan
kesedaran awam terhadap pentingnya pemuliharaan penyu, menjadikan Negeri Terengganu sebagai destinasi pelancongan utama berkaitan konservasi penyu dan merancakkan lagi pelancongan berasaskan alam pendidikan. Program ini turut tersenarai dalam Kalender Acara Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Terengganu 2025, yang dijangka akan menarik lebih ramai pelawat serta pelabur yang menyokong Agenda Pelancongan Lestari.
Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, Pelancongan Gastronomi, Yang Berhormat, ADUN Permaisuri telah menyentuh isu yang menarik berkaitan pemerkasaan produk makanan tradisional sebagai sebahagian daripada produk pelancongan atau lebih dikenali sebagai Pelancongan Gastronomi dan disebut dengan satu perkataan, Dato’ Yang di-Pertua dikesungguhkan yang bermaksud, tidak ada maksud dalam Google, tapi maksudnya menggesa supaya Kerajaan bersungguh-sungguh untuk memastikan semua makanan-makanan tradisional ini dapat diangkat sebagai, diangkat ke tahap antarabangsa.
Untuk makluman Dewan Yang Mulia, pelancongan gastronomi merupakan satu bentuk pelancongan yang memberi tumpuan kepada pengalaman merasai, memahami dan menikmati makanan tradisional. Budaya penyediaan makanan serta sejarah kulinari tempatan, ia bukan sekadar memenuhi selera pelancong malah turut memperkenalkan warisan dan identiti setempat. Menyedari potensi besar, pelancongan gastronomi sebagai pemaju ekonomi pelancongan negeri, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu dan kerjasama Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) telah melaksanakan pelbagai langkah strategik dalam memperkenalkan dan mempromosikan kekayaan khazanah makanan tradisional Terengganu baik di peringkat tempatan mahupun antarabangsa. Usaha promosi ini bukan sahaja tertumpu kepada ikonik seperti nasi dagang dan keropok, malah turut merangkumi pelbagai lagi juadah tradisional seperti, sata, loklik, ketupat palas Air Putih, pulut lepe, laksam, laksa Terengganu, nasi kunyit serta kuih-muih tradisional yang unik dan menjadi kebanggaan negeri kita, tidak ketinggalan lemang Kijal dan ikan celup tepung. Selain daripada penganjuran program khas, promosi makanan tempatan juga diperhebatkan melalui aktiviti di Kampung Budaya Terengganu yang menjadi platform penting kepada usahawan tempatan untuk memperkenalkan produk mereka secara terus kepada pelancong dalam suasana yang memperlihatkan warisan budaya dan cara hidup masyarakat Terengganu.
Antara program yang memberi ruang kepada pemain industri pelancongan dan usahawan, gastronomi tempatan termasuklah, Karnival Beautiful Terengganu Malaysia, Pelita Raya, Karnival Pantai, Program Gema Seni Terengganu, Newwor Culture Festival dan pelbagai program-program besar yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri.
Pihak Kerajaan Negeri kini sedang merangka usaha mempromosikan Lemang Kijal dan ketupat palas Air Putih, secara lebih meluas sebagai salah satu produk ikonik Terengganu, terutama khususnya di Kemaman. Sebagai permulaan, satu cadangan awal telah dilaksanakan dengan menempatkan para pengusaha lemang Kijal di kawasan Hentian Rehat Kijal sepanjang bulan Ramadan baru-baru ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Jawatankuasa Keusahawanan Sumber Manusia Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna khususnya Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) di atas sumbangan peralatan warmer, pemanas dengan izin kepada para pengusaha lemang bagi menyokong pelaksanaan inisiatif ini. Insya-Allah, inisiatif ini akan turut dipertimbangkan untuk diperluaskan di kawasan utara negeri khususnya Setiu dan Besut. Sehubungan itu, pihak Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, membuka ruang perbincangan bersama Ahli-Ahli Yang Berhormat bagi memperkasakan lagi potensi signature food dari setiap daerah sebagai daya tarikan pelancongan berasaskan kulinari.
Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, pengoperasian Pulau Poh, terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat ADUN Telemung atas keprihatinan dan cadangan yang telah dibangkitkan berkenaan dengan pengoperasian aset-aset di Pulau Poh, Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir yang berpotensi menjadi tarikan pelancong di Hulu Terengganu. Untuk makluman Dewan Yang Mulia, pada Jun 2003, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu telah memutuskan penyerahan hak bagi pengurusan pengoperasian aset-aset di Pulau Poh, Pengkalan Gawi kepada Terengganu Inc. dan insya-Allah Tamu Hotel sebagai operator pengoperasian telah dilantik oleh TI (Terengganu Inc.) dan hotel tersebut dijangka akan beroperasi sepenuhnya pada suku tahun pertama 2026 dan akan menjadi pemangkin kepada pertambahan jumlah pelawat ke Tasik Kenyir khususnya di Pulau Poh sekali gus mewujudkan limpahan ekonomi kepada masyarakat setempat.
Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, isu kera di Hulu Terengganu. Setelah isu kera di Hulu Terengganu.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, mohon penjelasan sikit. Terima kasihlah YB Kijal sebut tadi berkaitan dengan pembangunan Pulau Poh yang saya sebut dalam perbahasan saya baru ni lah. Jadi saya cuma nak minta penjelasan. Sebab delay sokmo…delay, delay, delay… bila nak dikesungguhkan hok di Pulau Poh ni…waterparknya. Sebab banyak belanja, dah habis 10 tahun dah… Kerajaan belanja dengan beratus juta. Jadi kita harap dikesungguhkan la sikit. Terima kasih.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Tadi kita dah sebut dah tarikh, maksudnya dikesungguhkan dah tu. Selama ini tak sebut tarikh, tadi kita sebut dah tarikh. Suku pertama tahun 2026. Maka operasi di Pulau Poh tu akan terlaksana. 2026 dekat dengan setahun lagilah. Sekarang ini dalam proses untuk membaikpulih. Saya dah bincang dengan TI, insya-Allah, insya-Allah tapi suku tahun pertama. Mungkin bulan satu, bulan dua, ataupun bulan tiga. Yang Berhormat pegang dulu situ neh. Isu kera. Isu kera ini… baru ni isu gajah…
Panjang lagi Yang Berhormat?
Sikit lagi. Kena perabis la
Panjang ke?
Ada dua lagi.
Seminit lagi ya
Ya. Kera je, takdoh dah. Lepas kera habis dah. Sebab hari tu isu gajah. Kita selesai isu gajah dan isu kera ini dibangkitkan oleh ADUN Telemung jugak, dan ADUN Kuala Berang.
Untuk makluman Dewan yang mulia, Dato’ Yang di-Pertua, tahun 2020 hingga tahun 2025, sebanyak 192 aduan berkaitan dengan pengurusan konflik hidupan liar yang melibatkan spesis kera telah diterima oleh Jabatan Pelancongan, Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu. Sebagai langkah penyelesaian,
sebanyak 754 tindakan telah diambil dan sejumlah 3,413 ekor kera telah dilupuskan termasuk melalui kaedah tembak mati serta tangkap lupus yang melibatkan penggunaan perangkap dan suntikan ubat untuk memusnahkan haiwan tersebut. Justeru itu bagi menangani isu ini secara lebih berkesan, Kerajaan Negeri sedang meneliti cadangan untuk mewujudkan satu pasukan keselamatan komuniti berasaskan pendekatan yang telah dilaksanakan melalui penubuhan Basung Ranger di Hulu Terengganu. Pendekatan ini dilihat berpotensi, Dato’ Yang di-Pertua, untuk diperluaskan dengan penglibatan aktif masyarakat setempat dalam usaha pengurusan konflik hidupan liar.
Yang akhir sekali Dato’ Yang di-Pertua, kehadiran pelancong suku tahun pertama 2025 telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat ADUN Hulu Besut terhadap prestasi sektor pelancongan di Negeri Terengganu. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada tahun 2024 kehadiran pelancong dan pengunjung ke Negeri Terengganu telah melepasi sasaran awal yang ditetapkan. Ini menunjukkan prestasi pelancongan cemerlang serta pelancongan negeri hasil daripada usaha berterusan dalam promosi penambahbaikan fasiliti serta produk pelancongan.
Bagi suku tahun pertama 2025, jumlah kehadiran pelancong dan pengunjung yang direkodkan dianggarkan melebihi dua juta. Ini menunjukkan satu permulaan yang memberansangkan dan memberi petunjuk positif bahawa sasaran tahunan juga berpotensi untuk dicapai dan dilepasi. Selaras dengan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan, kehadiran pelancong dan pengunjung ke Negeri Terengganu pada tahun 2024 yang mencatat jumlah yang membanggakan iaitu 7.8 juta orang melepasi sasaran asal sebanyak 4.5 juta orang. Sehubungan dengan itu pada tahun 2025, Kerajaan Negeri telah menetapkan sasaran yang lebih tinggi iaitu 8.5 juta pelancong dan pengunjung sebagai usaha berterusan untuk memajukan sektor pelancongan Negeri Terengganu. Sekali lagi…
Dato’ Yang di-Pertua, minta izin, boleh?
Atas Yang Berhormat Kijal
Sila
Terima kasih ADUN Kijal dan terima kasih Dato’ Yang di-Pertua Dewan. Saya nampak macam tidak ada kesungguhan.
Teruskan soalan.
Pertama tadi diberitahu bahawa berkaitan dengan monyet la ni, ada 754 tindakan yang telah diambil dan 3,000 lebih sikit kera telah dihapuskan. Bermakna ikut tahunan lebih kurang 160 operasi setahun dan 700 ekor kera sahaja dihapuskan. Bermakna satu operasi empat ekor je kera. Ini macam tidak ada satu kesungguhanlah, 4 ekor saja satu operasi.
Okay Yang Berhormat, penjelasan sedikit. Lepas tu penutup.
Sebab itu kita di penghujung tadi, rangkap yang terakhir Yang Berhormat Kuala Berang, kita sebut kita akan tubuhkan satu pasukan sepertimana Basung Ranger. Hok tu tiap-tiap malam. Tiap-tiap malam. Sekarang ini kita dah berjaya untuk bukan menghalaulah. Kita takmboh baloh dengan raja hutan ini, nak sebut, bimbang. Kita halaulah gajah tu melalui Basung Ranger. Setakat ini takdok dah report gajah menghampiri orang kampung. Ni sekarang ini kita buat ni dan kita buat untuk kera la pulak. Saya rasa berjaya. Bukan empat ekor dah ni. Tengok berapa banyak senapang la.
Baik, penutup. Sekali lagi pihak jawatankuasa mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas keprihatinan, perhatian dan sokongan berterusan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat terhadap usaha-usaha untuk memartabatkan sektor pelancongan, kebudayaan, alam sekitar dan perubahan iklim.
Akhir kata, Kijal mohon menyokong, Menjunjung Kasih Atas Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Terengganu. Sekian.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Kijal. Seterusnya sila Yang Berhormat Paka untuk menyampaikan penggulungannya.
Yang Dihormati Dato’ Pengerusi Tetap, eh minta maaf, hok Muktamar tu, minta maaf Dato’ Speaker. Ahli-ahli Yang Berhormat dan juga semua yang hadir di dalam Sidang Dewan Undangan ini. Pertamanya, Paka mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan terima kasih atas Titah Ucapan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan sempena Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Ke-15 dan untuk respon kepada ucapan ahli-ahli yang berhormat, hanya dua isu saja yang saya ingin kongsi dan sentuh. Antaranya yang berkait dengan TVET. Pihak Kerajaan Negeri dan khususnya pihak Yayasan Terengganu memainkan peranan yang penting bagi melaksanakan atau memperkasakan program TVET ini. Antaranya pihak Kerajaan Negeri menyediakan pinjaman sebanyak RM13 juta untuk pendidikan dan RM6.3 juta khusus untuk TVET. Jadi lebih kurang 950 pelajar yang dapat mengambil manfaat daripada pinjaman yang disediakan oleh pihak Kerajaan Negeri dan untuk 2025, pihak Kerajaan Negeri masih lagi mengekalkan jumlah RM13 juta ini dan juga peruntukan untuk TVET. Antaranya juga, kita mengadakan kerjasama dan berkolaborasi dengan institusi-institusi TVET yang ada khususnya di Negeri Terengganu. Dalam masa yang sama, kita berusaha untuk mempertingkatkan infrastruktur serta modul TVET untuk selari dan bersesuaian berdasarkan keperluan semasa dan juga memperluaskan program serta latihan industri yang lebih tersasar dengan syarikat utama di sektor perkilangan, kejuruteraan dan juga teknologi maklumat. Kita juga memperluaskan bidang kemahiran baru khususnya yang melibatkan kejuruteraan dan juga teknologi baru, AI dan sebagainya dan insya-Allah perkara ini berterusan untuk masa-masa yang akan datang.
Yang kedua, keputusan peperiksaan SPM akan keluar 24 April nanti dan pihak Kerajaan Negeri membuka seluasnya untuk pelajar-pelajar kita menyambung pengajian di peringkat IPT milik Kerajaan Negeri khususnya di UCTATI dan juga Kolej Quran Terengganu (KQT), Kolej Yayasan Islam Terengganu (KYIT) dan Kolej Yayasan Terengganu serta beberapa pusat-pusat institusi TVET milik Kerajaan Negeri, TESDEC, Ruane-TATI Skill dan sebagainya. Semoga ianya menjadi pilihan buat pelajar-pelajar anak negeri Terengganu dan pihak Kerajaan Negeri juga
sentiasa memberi komitmen yang tinggi untuk menyalurkan pelajar-pelajar kita ke tempat-tempat yang memberi peluang bagi mereka menyambung career mereka.
Untuk pelajar yang kelulusan SPM 24 April ni, kita akan membuka beberapa tawaran baru. Antaranya pihak Kerajaan Negeri mendapat tambahan peluang pengajian ke Tunisia 10 orang lagi. Makna kita akan mula menghantar tahun ini 20 orang pelajar ke Tunis dan juga Kairouan. Maknanya 20 orang. Yang sedia ada dah 10. Sekarang ni untuk bermula tahun ini khususnya pelajar SPM 24 April nanti kita mengalu-alukanlah membuka tawaran kepada pelajar untuk menyambung pengajian mereka ke Universiti Ez-Zitouna di Tunis dan juga Kairouan. Makna 20 orang pelajar. Di samping kita mengekalkan bilangan 20 orang ke Algeria. Cuma di Tunis ni separuh-separuh. Sepuluh tu, 5 percuma, 5 berbayar. Algeria ni masih lagi free lah. Percuma.
Kita juga akan membuka tawaran pelajar ke Oman dan kuota tambahan yang telah dipersetujui untuk memberi tambahan pelajar ke Oman dan juga kita sedang proses pendaftaran untuk pelajar ke Kuwait pada tahun ini. Kita telah menghantar 4 orang pelajar, yang 1 matrikulasi, 3 sudah berada di Cape Town dan tahun ni kita akan buka untuk yang pengambilan 10 orang pelajar untuk ke Cape Town, insya-Allah. Ada 2 tempat lagi menawarkan percuma bermula SPM ni untuk ke Tripoli, Libya, 30 tempat percuma dan juga ke Baghdad 30 tempat percuma. Makna 60 orang. Berani gi ke dok
dan pelajar pertama kita untuk Imtiaz Tahfiz Mandarin, akan dapat SPM 24 April ini insya-Allah kita akan mula menghantar ke negara-negara yang bersesuaian dengan menggunakan Bahasa Mandarin, insya-Allah dan untuk Pengajian Turath kita akan mula membuka Pusat Tafaqquh di Kuala Berang, sebelah Masjid Kuala Berang, sama dengan Pusat Thijari itu untuk cawangan Tafaqquh Fi Din bagi Kuala Berang. Saya rasa itu untuk maklumat dan terima kasih. Paka mohon menyokong.
Terima kasih pada Yang Berhormat Paka, juga terima kasih kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah berbahas dan menyampaikan penggulungan dalam Usul Menjunjung Kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang tibalah masanya Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar
membuat penggulungan terakhir. Saya dengan ini mempersilakan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar menyampaikan penggulungannya.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Negeri dan Persekutuan, pegawai dan petugas Dewan Undangan Negeri, para pemerhati, rakan media dan semua yang mendengar sidang DUN pada kali ini.
Alhamdulillah, kita telah sampai ke penghujung Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Ketiga, Sidang Dewan Undangan Negeri Kelima Belas pada hari ini. Sebelum meneruskan ucapan, saya ingin mengucapkan, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua dan yang mengikuti persidangan pada hari ini. Mengambil kesempatan pada hari ini juga, mewakili Pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu, saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Perdana Menteri yang kelima, Allahyarham Tun Abdullah bin Ahmad Badawi. Semoga beliau ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang soleh.
Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu. Terima kasih atas semua pandangan, kritikan, cadangan dan persoalan oleh semua Ahli-Ahli Yang Berhormat di sepanjang Sidang kali ini. Saya sentiasa memperingatkan Ahli-Ahli Yang Berhormat bahawa walaupun semua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang ada di dalam Dewan ini adalah dari sebelah pihak kerajaan tetapi ianya tidak menghalang Ahli-Ahli Yang Berhormat untuk memberikan kritikan secara membina kerana kami semua yang diamanahkan ini adalah tidak sempurna. Ada kelemahan dan tidak tahu semua perkara dan yang paling penting ialah kita semua menggalas tugas mengurus tadbir Negeri Terengganu kita yang tercinta ini sebagai sebuah
pasukan. Sebahagian besar persoalan yang dikemukakan dalam Dewan ini sama ada Soalan Lisan atau Bertulis atau yang dibangkitkan semasa perbahasan Titah telah dijawab oleh pentadbiran ini dan juga digulung oleh portfolio masing-masing oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Oleh yang demikian, saya hanya akan menyentuh perkara yang tertentu sahaja untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, selain dari dalam Dewan ini, sudah tentu kita juga menerima pandangan, cadangan dan kritikan daripada yang berada di luar dari Dewan ini sama ada rakyat awam yang datangnya dalam pelbagai bentuk dan kaedah dan berbagai medium komunikasi termasuklah di kedai kopi dan di pasar awam atau di mana-mana jua tempat awam. Pandangan pegawai dan profesional sama ada dari rakyat Terengganu atau sesiapa sahaja, dari kalangan NGO, Kumpulan T10 dan lain-lainnya. Kita mestilah menilai pandangan mereka ini dan menangani semua pandangan mereka dengan dada yang terbuka, jiwa yang kuat dan fikiran yang tenang dengan kefahaman bahawa mungkin ada antara aduan mereka yang betul dan mungkin ada yang tidak betul. Mana-mana yang betul dan berasas, kita jadikannya sebagai nasihat. Mana yang tidak betul, kita jadikannya sebagai rujukan persepsi yang mewajarkan kita menilai kelemahan diri kita sendiri.
Sabda Nabi dalam Hadith Muslim, Abu Daud dan An-Nasa’i yang bermaksud:
“Agama itu merupakan nasihat. Kami bertanya: „Bagi siapa?’ Baginda bersabda: „Bagi Allah, Kitab-Nya, Rasul-Nya, pemimpin-pemimpin orang Islam dan masyarakat semuanya.”
Di masa yang sama, kita juga tidak naif selain dari kritikan yang asli, terdapat juga tulisan nakal yang tidak berasas yang disusun atur dengan serangan bertubi-tubi kepada kerajaan dan saya dengan berunsur adu domba yang ditambah rempah-ratus dan fitnah yang bertebaran. Peribahasa Melayu menyebut, „sudah terang lagi bersuluh, siang bagai hari, terang bagai bulan’. Sungguh jelas kepada kita bahawa apabila dibuat data crawling dan data analytics, dengan izin, dan dipaparkan graf analitik terhadap serangan ini, ianya datang dari tidak lebih dari empat nod utama yang semuanya atau empat punca utama yang semuanya kita kenal dari mana puncanya, yang akhirnya diarahkan untuk melancarkan serangan kerana menyangka ianya adalah point utama untuk menyerang Kerajaan.
Disambut pula oleh cybertrooper idealogical dengan izin dan berbayar ini. Kesimpulan kepada kita bahawa serangan ini adalah serangan dari kelompok yang kecewa perjuangan politik, kurang kasih sayang dan bukannya berlaku secara organik dan bukannya sesuatu yang kita patut tidak lena kerananya. Kepada mereka ini saya ingin nasihatkan dan nasihat ini juga pada diri kita sendiri bahawa semua yang kita lakukan ada perkiraan dosa dan pahalanya. Jangan sampai fitnah yang berlegar seantero dunia ini akan menjadi belenggu api di leher penyebar fitnah di yaumul mahsyar nanti sehingga menjadi muflis pula di sana.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Pengkalan Berangan dan Sura yang telah menyentuh berkenaan dengan amalan federalisme berkait dengan hubungan antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan. Saya ingin tegaskan bahawa adalah menjadi tekad Kerajaan Negeri untuk memperkukuhkan sistem federalisme dan hubungan dengan Kerajaan Persekutuan yang menjadi asas dalam pembinaan negara Malaysia. Konsep federalisme yang diamalkan di Malaysia ini perlu dipertahan dan diperkukuhkan. Federalisme yang berfungsi dengan baik bukan sahaja memupuk pembangunan seimbang antara persekutuan dan negeri bahkan turut menjamin hak rakyat untuk menikmati hasil pembangunan tanpa diskriminasi politik. Namun begitu, kerangka sistem federalisme berdasarkan Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan yang sudah tentunya direka bentuk sebagai asas kemerdekaan Malaysia pada tahun 1957 yang diamalkan dalam negara kita pada ketika ini adalah lebih cenderung kepada centralised federalism, dengan izin, yang telah meletakkan kuasa Kerajaan Persekutuan yang lebih luas dan besar dari sudut bidang kuasa dan sumber kewangan menjadikan Kerajaan Negeri amat bergantung kepada Kerajaan Persekutuan secara amalannya.
Suasana semasa menghadapi tahun awal kemerdekaan 1957 dan penubuhan Malaysia pada tahun 1963, memikirkan prinsip pembahagian kuasa ini adalah sesuai dan tepat pada ketika itu iaitu semasa kita mula merangkak tetapi apabila negara Malaysia pada waktu ini sudah mampu berlari, sudah tentu ada aspek pembahagian kuasa ini yang wajar dinilai kembali. Menurut Dr. Muhammad Fathi Yusof, seorang pakar perlembagaan, dalam tulisannya “68 Tahun Federalisme di Malaysia” menyebut tentang isu kebergantungan Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Pusat sebagai saya kodkan pergantungan ini berpunca dari sumber kewangan cukai dan bukan cukai yang dibenarkan kepada Kerajaan Negeri adalah terhad. Sistem ini juga telah membuka ruang dan boleh dimanipulasi menerusi melalui
tekanan ke atas kerajaan-kerajaan negeri yang dipimpin oleh parti yang tidak sehaluan dari segi politiknya dengan kerajaan di peringkat Persekutuan.
Oleh itu, saya mencadangkan agar sistem federalisme yang ada pada ketika ini perlu dilakukan penambahbaikan dan untuk rekod saya juga pernah membangkitkan hal ini dalam Dewan Rakyat. Dengan penambahbaikan yang mengambil kira suasana dan keadaan semasa yang semakin berkembang, sudah tiba masanya untuk kita melaksanakan reform, dengan izin, sebagai contohnya daripada centralised federalism, dengan izin, kepada cooperative federalism. Pendekatan cooperative federalism yang saya lontarkan ini bukanlah suatu konsep baharu bahkan sudah terbukti keberkesanannya di negara-negara yang mengamalkan sistem persekutuan yang lebih matang. Walaupun tidak sama kedudukannya dengan penubuhan Malaysia, tetapi sebagai contohnya untuk penilaian dan pengetahuan kita bersama adalah seperti yang berlaku di The Tasmanian Commonwealth-State Agreement Principles of Participation dengan izin, di Australia yang menggariskan beberapa prinsip kerjasama seperti memaksimumkan penyelarasan satu-satu keputusan dengan matlamat dan objektif Kerajaan Negeri, meminimumkan birokrasi dan kos pentadbiran dan meminimumkan sebarang sekatan daripada menghalang usaha Kerajaan Negeri untuk berpartisipasi dalam apa jua bentuk kerjasama yang ada.
Melalui pendekatan ini juga, Kerajaan Negeri dapat memainkan peranan yang lebih besar dalam menentukan keutamaan pembangunan negeri masing-masing berdasarkan keperluan setempat. Di samping itu, cooperative federalism, dengan izin, dapat mengurangkan ketegangan politik antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan terutama apabila pentadbiran berada di bawah parti yang berbeza. Objektif yang kita ingin capai ialah memperkukuhkan kestabilan politik dan meningkatkan keyakinan pelabur terhadap sebarang perubahan pimpinan politik dalam negara serta menambah keyakinan rakyat terhadap kecekapan pentadbiran.
Reformasi federalisme kedua yang boleh dilaksanakan adalah dalam bentuk kajian semula pengembalian cukai kepada negeri berdasarkan prinsip kecekapan bagi mengukuhkan fiskal negeri yang juga saya pernah bangkitkan dalam soalan di Dewan Rakyat. Antaranya ialah melalui Tax Sharing Agreement, dengan izin, yang memberikan suatu pecahan tetap melalui formula khusus yang dipersetujui bersama antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.
Reformasi ketiga, saya juga mencadangkan penubuhan satu suruhanjaya khas bagi memberi input serta cadangan reformasi sistem federalisme negara yang lebih realistik dan taktikal, sesuai dengan kepantasan sesebuah negeri dan negara untuk bergerak seiring dalam kitaran global pada waktu ini dan pada masa hadapan. Sekali lagi saya tegaskan, teguran dan pandangan yang saya lontarkan ini adalah untuk memperkukuhkan sistem federalisme yang termaktub dalam perlembagaan supaya negeri dan negara dapat bergerak seiring untuk mencapai kesejahteraan kehidupan dan keharmonian yang lebih berpanjangan.
Yang berhormat Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Wakil Kemasik, Wakil Pengkalan Berangan, Wakil Bukit Besi, Wakil Kuala Besut dan Wakil Bukit Tunggal yang telah menyentuh tentang sumber hasil baharu dan kebergantungan negeri kepada royalti dan saya kira Yang Berhormat EXCO Kota Putera telah memberikan respon berkenaan sumber hasil baharu ini dan pada hari ini saya ingin hanya menyentuh berkenaan kebergantungan negeri kepada royalti. Sebagaimana yang saya jelaskan berkenaan dengan sistem federalisme tadi, masih ada yang tidak faham atau buat-buat tidak faham tentang perkara ini. Sebab itulah apabila kita memperjuangkan isu-isu royalti petroleum, mereka memperlekeh kononnya kita mengemis ihsan Kerajaan Persekutuan. Seolah-olah kita selalu dan terlalu bergantung kepada Kerajaan Persekutuan. Hal ini jelas pendirian kita bahawa royalti petroleum adalah hasil hak negeri walaupun ada pihak di kalangan rakyat Terengganu sendiri yang seolah menafikan hasil bumi bertuah ini. Lebih tersasar apabila mereka memburuk-burukkan kita kononnya kita tiada usaha untuk berdikari dengan mencari hasil lain untuk mengurangkan kebergantungan pada hasil royalti. Oleh yang demikian, saya fikir elok juga saya perjelaskan perkara berkenaan di sini.
Pertama, berdasarkan rekod kewangan Kerajaan Negeri, purata tahunan jumlah hasil cukai dan bukan cukai bagi tempoh 2008 hingga 2013 ialah RM189.1 juta untuk 2008 hingga 2013. Bagi tempoh 2014 hingga 2017 ialah RM234.9 juta. Manakala bagi tempoh 2018 sehingga 2024 meningkat kepada RM256 juta.
Kedua, purata tahunan peratusan royalti atau Dana Khas Kerajaan Persekutuan berbanding jumlah hasil pula bagi tempoh 2008 hingga 2013 ialah 83.9% kebergantungannya, dan bagi tempoh 2014 hingga 2017 ialah 81.3% kebergantungannya. Manakala bagi tempoh 2018 sehingga 2024 selari dengan peningkatan hasil peratusan ini berkurang pada 75.7%. Ini bermakna sepanjang
tahun 2018 sehingga 2024, kebergantungan Kerajaan Negeri terhadap royalti petroleum semakin berkurang berbanding sebelum tahun-tahun kami mengambil alih Kerajaan bagi tahun 2018. Oleh yang demikian, kenapa kami pula yang dikata nista bertubi-tubi seolah-olah kami tidak berusaha mengurangkan kebergantungan.
Ekonomi negeri kita pula bertumbuh secara purata RM22 bilion bagi tempoh 2008 sehingga 2013. RM22 bilion bagi tempoh 2008 sehingga 2013 dan RM31 bilion bagi tempoh 2014 sehingga 2017. Manakala bagi tempoh 2018 sehingga 2023, ia meningkat pada RM35.9 bilion walaupun berhadapan dengan ketidaktentuan ekonomi di peringkat global sepanjang tahun 2020 hingga 2023 akibat pandemik COVID-19 dan perang. Saya tidaklah bermaksud untuk membanding-bandingkan dengan mana-mana pemimpin kerajaan parti sebelum ini begitu sahaja. Sesungguhnya kerajaan sebelum daripada tahun 2018 juga telah memainkan peranan dan memberikan sumbangan yang sesuai dengan keperluan dan cabaran yang dihadapi pada zaman masing-masing dan tentunya ada juga kelemahan mereka. Setiap dari mereka sudah tentunya ada jasa yang tersendiri kepada rakyat Negeri Terengganu. Apa yang saya ingin buktikan ialah bahawa Kerajaan Negeri hari ini tetap mempunyai rancangan dan telah melaksanakan usaha untuk meningkatkan hasil dan mempelbagaikan sumber hasil serta mengembangkan ekonomi.
Antara yang ketara perbezaannya ialah keupayaan syarikat berkait kerajaan (GLC) atau di setengah negara disebut sebagai state owned enterprise di mana di Terengganu telah mencatatkan kejayaan dan menu yang berlipat ganda setiap tahun berbanding sebelum kami mengambil alih Kerajaan pada tahun 2018. Selain daripada itu juga, dalam usaha untuk meningkatkan hasil sekali gus sebagai salah satu hasil baru Kerajaan, sebagai satu contohnya, sebuah syarikat di bawah Terengganu Incorporated (TI) iaitu EPIC Berhad dan anak-anak syarikatnya telah dan sedang melebarkan aktivitinya dengan berkecimpung di dalam syngas minyak dan gas seperti aktiviti hiliran atau downstream, pertengahan (mid stream) dan service huluan atau upstream services. Aktiviti yang sedang disertai adalah seperti penyelenggaraan atau maintenance construction and modification (MCM) dengan izin, logistic, warehousing dengan izin dengan nilai kontrak dalam tangan yang diperolehi sebanyak RM1.8 bilion sehingga 31 Disember 2024.
Bagi melengkapkan keseluruhan Portfolio Petroleum, kumpulan Terengganu Inc. juga sedang dalam proses mengembangkan aktiviti di dalam segmen huluan,
penerokaan dan pengeluaran atau upstream, exploration and production dengan izin bagi melengkapkan penyertaan syarikat GLC Terengganu di dalam keseluruhan rantaian nilai untuk industri minyak dan gas. Terengganu Inc. juga telah mengenal pasti syarikat yang berpangkalan di Oman untuk menjadi rakan strategik dalam aktiviti pengeluaran minyak dan gas ini. Dua lapangan minyak turut dikenalpasti oleh Terengganu Inc. dan rakan strategiknya untuk diambil alih operasinya dan sekarang ini perbincangan awal telah dimulakan oleh pihak Petronas.
Perolehan dari segmen penerokaan dan pengeluaran atau ENP ini dijangka membolehkan matlamat dan kepentingan dicapai untuk melahirkan sebuah entiti Terengganu Petroleum yang mampu bergerak lebih jauh dan akan menjadi penyumbang terbesar kepada pendapatan keseluruhan kluster minyak dan gas syarikat GLC Terengganu seterusnya mengurangkan kebergantungan kerajaan terhadap royalti semata-mata dan ini adalah perkara baru yang tiada sebelum tahun 2018.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, beberapa Ahli Yang Berhormat juga membangkitkan tentang Agenda Pembangunan Negeri sebagai ulangkaji kita bersama, inilah yang kita jenamakan di bawah satu pelan induk atau masterplan dengan izin iaitu Pelan Induk Terengganu Sejahtera 2030 (PITAS 2030) yang merupakan satu perancangan komprehensif dan holistik yang merangkumi pengukuhan ekonomi dan pembangunan fizikal serta spiritual rakyat. Di dalam PITAS 2030 penggal ini, kerajaan telah menyenaraikan 93 program pembangunan berimpak tinggi atau High Impact Portfolio Program (HIPP) dengan izin pada tahun ini dan tambahan baru yang diselaraskan pada setiap Portfolio EXCO. mengikut laporan pencapaian pelaksanaan PITAS 2030 untuk tahun 2024, pihak kerajaan telah berjaya menyempurnakan 32 program atau 34.4%. 38 program atau 40.9% sedang dalam pelaksanaan dan 19 program lagi iaitu 20.43% dalam peringkat perencanaan. Hanya ada empat program atau 4.3% sahaja yang masih di peringkat kertas konsep. Ini dari keseluruhan 93 program yang kita rangkakan.
Pencapaian ini membuktikan kesungguhan seluruh jentera Kerajaan Negeri, agensi teknikal serta rakan strategik kita dalam memastikan manfaat pembangunan dirasai rakyat di seluruh pelosok Terengganu daripada sektor pendidikan dan pertanian hinggalah kepada infrastruktur hijau dan kebajikan sosial. Namun kita tidak boleh merasa selesa dan leka. Kita perlu mempercepatkan pelaksanaan projek dan program yang berada dalam fasa kemajuan 50% dan 80% dengan
meningkatkan kecekapan, mengurangkan birokrasi, memperkemaskan rangkaian bekalan serta memanfaatkan teknologi digital dan pembiayaan inovatif agar semua sasaran PITAS 2030 tercapai lebih awal daripada jadual yang ditetapkan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri juga terus komited menerokai potensi sumber asli secara lestari dan beretika. Khususnya dalam sektor unsur nadi bumi bukan radioaktif atau NREE. Seperti semua sedia maklum, hasil daripada kajian geosains yang telah dijalankan, dan Terengganu telah dikenal pasti mempunyai potensi yang paling signifikan NREE di Malaysia. Namun demikian, pembangunan sektor ini mesti dilaksanakan secara berhati-hati supaya kita tidak mengulangi kelemahan yang berlaku dalam sektor silika dan perkara yang sama juga dibangkitkan oleh Yang Berhormat Seberang Takir dan lain-lain. Dengan keutamaan kepada pematuhan teknikal, pendekatan berhemah dan berfasa dan libat urus komuniti bagi memastikan keseimbangan antara pembangunan ekonomi dan kelestarian alam sekitar. Satu kerangka kerja atau framework dengan izin dan peta jalan road map NREE Terengganu telah dirangka dan dirujuk khusus untuk pembangunan dan tadbir urus mineral yang berharga ini agar manfaat yang terbanyak kembali kepada rakyat negeri ini. Seiring dengan perkembangan global juga, hala tuju negeri di dalam sektor NREE turut dipacu oleh keperluan mengakses loji pemprosesan yang kini banyak dikuasai oleh Negara China. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri sedang giat meneroka kerjasama strategik dengan negara-negara lain seperti Australia, Jepun dan Korea bagi mendapatkan teknologi alternatif yang lebih terbuka dan lestari termasuklah fokus utama adalah pemain industri dan pakar rakyat tempatan.
Matlamat kita jelas iaitu untuk memastikan rantaian nilai industri ini dibina dan kekal di Terengganu. Melalui pengwujudan peluang pekerjaan, pembangunan industri sokongan, pelaburan berimpak tinggi dan pemindahan teknologi yang mampu memacu ekonomi negeri kehadapan. Setakat ini juga, dua kawasan telah diluluskan bagi kerja-kerja persampelan dan kerja eksplorasi NRREE. Manakala beberapa lokasi lain sedang dalam penilaian untuk persampelan. Kerajaan Negeri juga turut berusaha menarik minat pelabur global untuk membangunkan segmen pertengahan dan hiliran industri ini di Negeri Terengganu. Langkah ini dijangka memberi kesan pengganda ekonomi yang besar sekali gus menjadikan sektor NRREE sebagai salah satu sumber pendapatan strategik baharu untuk Negeri Terengganu.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Wakil Bandar, Wakil Bukit Tunggal dan Wakil Batu Rakit, Wakil Permaisuri dan Wakil Sura yang menyentuh berkenaan dengan isu intimidasi dan tekanan politik yang dikenakan kepada saya. Berkenaan dengan hal ini, saya tidak berniat untuk mengulangi kembali ke semua 18 point yang telah saya sebutkan dalam kenyataan media saya sebelum pada ini. Perkara yang dibangkit tularkan di kalangan yang menyerang pula telah secara telah secara tersasar cuba membawa perkara yang tidak berkait dengan point utama yang saya bangkitkan. Seolah lupa bahawa saya berdepan dengan perkara ini hanya dalam tempoh enam bulan terakhir ini sahaja sedangkan saya mula menggalas jawatan ini sejak tahun 2018 lagi. Tentunya kita semua tidak naif, dan saya juga tidak naif maka ditimbulkan seolah saya tidak tahu peraturan Imigresen bahawa TCO ini adalah perkara biasa seperti orang lain juga, bahawa saya tidak tahu kesan sebagai VIP dan berkenaan dengan terma VIP ini juga, agak segan untuk saya disebutkan di sini tapi saya rasa perlu juga saya gagahkan untuk sebutnya, supaya masing-masing tahu pandangan saya berkenaan dengan terma VIP yang mungkin tidak sama dengan pandangan mistrial dengan izin. Sebagai satu contohnya, ia agak privasi tetapi saya sebut jugaklah sebagai pengetahuan dan makluman. Sebagai satu contohnya saya pernah ditanya oleh anak-anak, ketika saya memandu sendiri kereta bersama mereka ke KTCC dan tempat-tempat lain, kenapa saya tidak pernah meletakkan kereta di tempat parkir VIP ketika saya ke sana, tidak pernah, sejak saya menjadi Menteri Besar, itu soalan daripada anak-anak kepada saya. Itu soalan kenapa pergi ke KTCC contohnya tak letak kereta tempat parkir VIP. Jawapan saya kepada anak-anak saya, saya tanya balik, siapa VIP? Abah ke KTCC adalah atas urusan peribadi, bukan urusan rasmi tugas sebagai Menteri Besar dan tentu ada Very Important Person atau VIP lain yang ada keperluan mendesak untuk meletakkan kereta di sini, jadi baru boleh faham bagaimana takrifan dan kefahaman saya berkenaan dengan VIP. Sebelum saya pergi jauh, saya nak nyatakan di sini dan menyeru kepada semua, bersabarlah dengan tohmahan dan cabaran. Jangan sesekali bertindak di luar batas. Hadapilah dengan jiwa yang kental, yakinlah bahawa kebenaran akhirnya akan menang jua. Jika tidak di dunia ini akan sampai juga ke hari pengadilan.
Saya ingin tegaskan dengan penuh keihklasan bahawa saya hanyalah seorang insan kerdil yang tidak mampu untuk menggugat sesiapa, bahawa saya tidak ada masalah sedikit pun dengan mana-mana agensi pelaksanaan pentadbiran atau mana-mana agensi penguatkuasa di bawah Kerajaan Pusat termasuklah pihak Cawangan Khas, tidak ada masalah langsung. Tidak pernah kita merasa tidak
selesa dengan mereka walaupun mereka hadir setiap kali sidang DUN dan sidang media, malah pegawai mereka dan kadang kala elemen yang bekerja dengan mereka yang berada di bilik khusus di atas pada Dewan ini. Perlu jelas bahawa budaya yang kita tegur ialah penggunaan agensi ini sebagai alatan untuk mendapatkan maklumat dalaman politik tanpa ada check and balance dengan izin, untuk kegunaan pihak lawan seterusnya untuk memberikan tekanan tertentu akibat dari perbezaan pandangan politik kepartian.
Ingatlah bahawa kita adalah dari parti politik yang sah berdaftar dalam negara kita ini. Perkara yang paling penting yang kita ingati ialah bahawa seseorang pimpinan boleh datang dan pergi dan tidak ada diantara kita yang boleh menongkat langit berkuasa. Ada ketika kita berkuasa, ada ketika kuasa hilang dari tangan kita. Apa yang kekal ialah sistem dan struktur sesebuah kerajaan. Sistem dan struktur inilah antara perkara yang tidak boleh sekali-kali disalah guna atau dipaksa rela gunakan oleh Political Masters dengan izin, untuk tujuan politik kepartian sebagai salah satu cara untuk mengekalkan kuasa orang politik sebagaimana point 14 hingga 18 dalam tulisan saya. Sekiranya sistem dan struktur ini diganggu, maka kita akan berdepan dengan kitaran ganas atau vicious cycle dengan izin, yang akan berulang-ulang setiap kali perubahan politik berlaku, dan inilah antara punca ketidakselesaan di kalangan penjawat awam, ketidakharmonian dalam masyarakat dan ketidakstabilan dasar yang akhirnya membawa pada terhakisnya keyakinan pihak pelabur kepada kita. Lihatlah bezanya di negara sebelah timur ini contohnya, seperti di Jepun dan Korea Selatan, di mana perubahan politik kepartian berlaku saban ketika, tetapi struktur dan sistem negaranya tetap kukuh dan ketidakketentuan ekonomi berada pada tahap yang sangat minima walau berlaku perubahan politik. Inilah antara bentuk reform dengan izin, yang sudah pasti perlu dilaksanakan mungkin secara berfasa. Sekiranya Kerajaan yang mengemudi Putrajaya bertukar tangan selepas Pilihanraya Umum Ke-16 nanti. Saya ingin tegaskan sudah tentu semua agensi pelaksana, penguatkuasa, pegawainya sama ada pangkat rendah atau tinggi, semuanya akan dinilai dengan penuh keadilan dan akan terus kekal iaitu orang yang sama juga yang akan bertugas menjalankan amanah jika kami diamanahkan oleh rakyat selepas Pilihan Raya Umum Ke-16 nanti di Putrajaya. Sedikit pantun, Burung tempua terbang rendah Sang helang pula mencari mangsa Penggulungan saya hampir sudah Maaflah jika panjang dari biasa
Kalau anda pergi ke sawah Sila singgah di pondok saya Kalau ada ucapan yang salah Mohon kiranya maafkan saya
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, akhirnya sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang berada dalam sidang DUN pada kali ini. Dengan ini saya menyokong dan Menjunjung Kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Terengganu. Sekian,
Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian penggulungan daripada pihak Kerajaan telah selesai, sekarang saya buka kepada undian-
Usul ini kemudian dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan sebulat suara
USUL INI DITERIMA
TangguhanAdjournment
Perkara berikut ialah tangguhan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Persidangan Dewan ditangguhkan kepada suatu masa yang akan ditetapkan kemudian.
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian serta Pegawai-pegawai Jabatan Kerajaan Negeri dan Federal, para pemerhati, sebelum saya tangguhkan Persidangan Dewan ini, suka saya mengambil kesempatan untuk menyampaikan
permintaan jemputan daripada beberapa agensi jemputan rumah terbuka, yang pertama Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Hulu Besut jemput ke Majlis Hari Raya Aidilfitri Peringkat DUN Hulu Besut di Dewan Terbuka Dato’ Seri Haji Idris Jusoh, Kampung Darau hari Sabtu 19 April 2025 mula pukul 8.00 malam sehingga 12.00 malam. 8.00 malam bukan 8.00 pagi. Seterusnya jemputan Rumah Terbuka pada hari ini di Wisma TI, Pejabat Daerah Marang dan juga Pejabat Bersatu di bawah kepimpinan Datuk Yang Berhormat Kijal kita. 22 April 2025 saya mewakili seluruh warga pejabat Dewan Undangan Negeri, menjemput semua untuk Rumah Terbuka Pejabat Dewan Undangan Negeri. 23 April 2025, Rumah Terbuka di peringkat Wisma Darul Iman dan yang paling penting jemput semua, 24 April 2025 hari Khamis, bermula pukul 10.30 pagi, Rumah Terbuka PAS Negeri Terengganu di Dataran Shahbandar. Jemput semua, ini sahaja makluman yang saya dapat. Kalau ada UMNO pun saya maklum jugok bukan PAS saje. Jemput semua pada 24hb Rumah Terbuka PAS Negeri Terengganu, Dataran Shahbandar dan terima kasih kepada semua di atas kerjasama yang telah diberikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, Pegawai-pegawai Kerajaan, para pemerhati dan semua pihak. Akhirnya saya tangguhkan Persidangan Dewan ini ke suatu masa dan tarikh yang akan ditetapkan kemudian dan marilah kita sama-sama membaca tasbih kaffarah dan surah Al-’Asr.
MESYUARAT DITANGGUHKAN PADA PUKUL 12.30 TENGAHARI MESYUARAT DITANGGUHKAN PADA PUKUL 12.30 TENGAH HARI