Terengganu · 7 July 2025

15th Assembly, 3rd session, 2nd meeting · 89 turns · 7,817 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalTerengganu publishes one PDF per meeting, with the written answers appended. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

ဃ Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Sebelum kita memulakan Persidangan Dewan pada pagi ini, marilah kita sama-sama membaca Ummul Quran, Al-Fatihah.

Perkara pertama di dalam Tertib Perkerjaan Dewan pada pagi ini ialah doa oleh Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua.

DOA

Dibaca oleh Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan.

Ucapan Yang Berhormat Dato’ Yang Di-Pertua Dewan

Setiausaha Dewan

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Perkara seterusnya di dalam Tertib Pekerjaan Dewan ialah ucapan oleh Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan.

Yang di-Pertua

ဃ Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-Ketua Jabatan, para pemerhati, tuan-tuan dan puan-puan yang saya muliakan sekalian. Alhamdulillah, marilah kita sama-sama merafakkan kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wa Taala kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya, kita dapat berhimpun pada pagi ini dalam Mesyuarat Kedua, Penggal Persidangan Ketiga, Dewan Undangan Negeri Terengganu Yang Kelima Belas. Saya merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Dewan, pegawai dan tetamu jemputan yang hadir serta terus memberikan komitmen terhadap kelangsungan perjalanan institusi legislatif negeri ini. Sidang Dewan yang saya hormati sekalian, kita kini berada dalam bulan Muharram 1447 Hijrah. Belum terlewat untuk saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada seluruh warga Dewan dan rakyat Negeri Terengganu. Bulan ini bukan sekadar permulaan kalendar Islam, tetapi merupakan lambang perubahan besar dalam sejarah ummah. Peristiwa hijrah Nabi Muhammad bukan sekadar perpindahan tempat tetapi suatu transformasi nilai, semangat

dan hala tuju sebuah tamadun dan perubahan kedudukan politik dunia ketika itu.

Maka sewajarnya, semangat hijrah ini menjadi inspirasi dalam kita melaksanakan amanah sebagai wakil rakyat. Dengan tekad memperbaiki mutu perkhidmatan, menambahbaik dasar yang adil serta memelihara kebajikan seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang. Hijrah mengajar kita bahawa perubahan yang sebenar bermula dengan keikhlasan dan keberanian memimpin ke hadapan.

Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Mesyuarat hari ini walaupun hanya berlangsung dalam satu hari, namun ia sangat bermakna dan signifikan. Mesyuarat yang berlangsung hari ini, walaupun hanya sehari, tidak harus dilihat sebagai sidang yang remeh atau bersifat prosedural semata-mata. Sebaliknya, Sidang ini mengandungi sesi pertanyaan-pertanyaan jawapan lisan, yang merupakan antara teras utama dalam sistem demokrasi berparlimen. Sesi ini membuka ruang kepada wakil rakyat untuk menyuarakan persoalan serta isu yang membelenggu rakyat di kawasan masing-masing.

Inilah antara bentuk amalan demokrasi berparlimen yang menjadi teras kepada peranan Institusi Legislatif. Ia membuktikan bahawa Dewan Undangan Negeri terus hidup, dinamik dan berfungsi sebagai jambatan antara rakyat dan kerajaan, memastikan segala pelaksanaan dasar dapat diperhalusi dan dipertanggungjawabkan dengan lebih telus dan berkesan.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang dikasihi sekalian, saya juga ingin mengambil sedikit ruang untuk memaklumkan kepada Dewan hari ini, bahawa pada tahun 2025 ini, Malaysia dan Parlimen Malaysia khususnya, memegang tanggungjawab besar selaku Pengerusi ASEAN dan Presiden AIPA ke-46. AIPA iaitu Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN, merupakan platform yang menghimpunkan parlimen-parlimen negara ASEAN untuk memperkukuh kerjasama serantau dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi, sosial, undang-undang dan pembangunan mampan.

Sepanjang tahun ini, Malaysia telah berjaya menganjurkan beberapa siri mesyuarat penting AIPA. Antaranya termasuk:

• Mesyuarat Ke-4 Jawatankuasa Penyelarasan Ahli Parlimen Wanita AIPA (WAIPA) di Sarawak Tahun 2025.

• Mesyuarat Perundingan Kedua Ahli Parlimen Muda AIPA di Selangor (Mei 2025) • Mesyuarat Majlis Penasihat AIPA Mengenai Dadah Berbahaya (AIPACODD) di Pahang (Jun 2025)

Kesemua mesyuarat ini merupakan platform membincangkan isu penting seperti peranan wanita, belia, keselamatan sosial dan dadah, serta penyelarasan dasar yang menyokong pembangunan inklusif dan ASEAN yang lestari. Sidang Kemuncak AIPA ke-46 pula dijadualkan berlangsung pada 16–22 September 2025 di Kuala Lumpur, sebagai kemuncak kepada semua sesi perundingan. Ini merupakan medan penting untuk Malaysia mengetengahkan kepimpinan parlimen dalam menjayakan Visi Komuniti ASEAN 2045. Dewan Undangan Negeri Terengganu merakamkan tahniah dan penghargaan kepada Parlimen Malaysia atas penganjuran yang tersusun dan penuh wibawa. Dewan pada hari ini menyatakan sokongan penuh terhadap usaha yang cemerlang ini dan mendoakan agar Sidang Kemuncak AIPA ke-46 mencapai kejayaan gemilang serta memperkukuh kedudukan Institusi Legislatif Malaysia di persada rantau dan antarabangsa.

Akhir kata, saya menyeru kepada semua Ahli Dewan agar terus melaksanakan amanah dengan penuh tanggungjawab, hikmah dan semangat kebersamaan. Gunakan ruang yang ada ini untuk menyalurkan cadangan dan teguran secara berhemah dan berfakta demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan Negeri Terengganu yang kita kasihi sekalian.

Di ruang yang ada ini juga saya mengajak agar kita semua membaca Al-Fatihah dan kita hadiahkan kepada seluruh yang pernah berkhidmat di Negeri ini yang telah menemui Tuhannya termasuk yang hari ini isteri kepada Al-Fadhil Tuan Pengarah IMITS yang telah menemui Tuhannya semoga diampunkan dosa mereka semua.

Semoga setiap usaha kita hari ini mendapat keberkatan dan redha Allah Subhanahu Wa Taala

Sekian, marilah kita sama-sama membaca Al-Fatihah dan kita hadiahkan kepada semua yang pernah berkhidmat untuk negeri ini dan termasuk keluarga kita. Al-Fatihah [dibaca].

Kertas-Kertas Kerja Dan Laporan-Laporan

Setiausaha Dewan

Perkara berikutnya dalam Tertib Pekerjaan Dewan ialah Kertas-Kertas Kerja Dan Laporan-Laporan.

Yang di-Pertua

Kertas-kertas kerja dan laporan-laporan yang dibentangkan ialah:

1. Penyata Kewangan Yayasan Islam Terengganu Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023 (DUN Bil.15/2025)

2. Penyata Kewangan Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023 (DUN Bil.16/2025)

Soalan-Soalan Yang Telah Diberi NotisQuestions

Setiausaha Dewan

Perkara seterusnya di dalam Tertib Pekerjaan Dewan ialah Soalan-soalan Yang Telah Diberi Notis:

(1) Soalan-soalan Bertulis (2) Soalan-soalan Lisan

Yang di-Pertua

Jawapan-jawapan kepada Soalan-soalan Bertulis telah diberi notis dan dibentangkan di hadapan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian ialah soalan-soalan daripada: 1.

Yang Berhormat Wakil Jertih 2.

Yang Berhormat Wakil Kemasik 3.

Yang Berhormat Wakil Pengkalan Berangan 4.

Yang Berhormat Wakil Seberang Takir 5.

Yang Berhormat Wakil Permaisuri 6.

Yang Berhormat Wakil Rakit 7.

Yang Berhormat Wakil Langkap 8.

Yang Berhormat Wakil Air Putih 9.

Yang Berhormat Wakil Telemong 10. Yang Berhormat Wakil Bukit Tunggal 11. Yang Berhormat Wakil Kuala Besut 12. Yang Berhormat Wakil Bukit Besi 13. Yang Berhormat Wakil Sura

SOALAN-SOALAN LISAN

Soalan-Soalan LisanQuestions

Yang di-Pertua

Sekarang kita masuk kepada Soalan-soalan Lisan. Berikut adalah Ahli-ahli yang telah memberi notis untuk mengemukakan Soalan-soalan Lisan pada hari ini 7 Julai 2025: 1.

Yang Berhormat Wakil Bandar

2.

Yang Berhormat Wakil Jertih

3.

Yang Berhormat Wakil Kemasik

4.

Yang Berhormat Wakil Ladang

5.

Yang Berhormat Wakil Pengkalan Berangan

6.

Yang Berhormat Wakil Manir

7.

Yang Berhormat Wakil Seberang Takir

8.

Yang Berhormat Wakil Permaisuri

9.

Yang Berhormat Wakil Hulu Besut

10. Yang Berhormat Wakil Batu Rakit

11. Yang Berhormat Wakil Langkap

Yang di-Pertua

Dipersilakan Yang Berhormat Wakil Bandar untuk mengemukakan soalan seterusnya.

ဃ

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mulakan soalan saya dengan soalan pertama. Terima kasih.

Soalan 1 Setelah lebih setengah tahun 2025, berapakah pencapaian pendapatan NIT Dan berapakah lagi baki untuk mencapai sasaran tahun 2025?

Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Kota Putera.

ဃ

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, rakan-rakan MMKN seterusnya Ahli-ahli Yang Berhormat dan pemerhati sekalian, terima kasih kepada YB Bandar bertanya soalan yang tertera. Berdasar kepada anggaran hasil di bawah NIT (New Income Terengganu) tahun 2025, kutipan hasil sebenar sehingga 15 Jun 2025 dan baki untuk mencapai sasaran adalah sepertimana berikut:

BIL INISIATIF ANGGARAN HASIL 2025 (RM Juta) HASIL SEBENAR BERAKHIR 15 JUN 2025 (RM Juta) BAKI YANG PERLU DICAPAI (RM Juta) 1 Kajian Semula Cukai 107.00 42.43 64.57 2 Serahan GLC 5.70 0.00 5.7 3 Sumber Galian Mineral 77.6 6.6 71 4 Sumber Batuan 0.00 0.00 0 5 Sumber Air 56.30 13.26 43.04 6 Sumber Teknologi Hijau 0.00 0.00 0 7 Fi Pelancongan dan Rekreasi.

15.80 0.07 15.73

JUMLAH 273.80 62.36 200.04

PENCAPAIAN (Peratusan, %) - 23% - Terima kasih, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Terima Kasih Yang Berhormat Kota Putera. Ada soalan tambahan? Sila Yang Berhormat Bandar.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Soalan tambahan, setelah jawatankuasa ini ditubuh, seingat saya dua tahun dan selain daripada apa yang telah diberitahu oleh pihak Kerajaan tadi senarai sumber kita, adakah potensi-potensi baru yang kita dapati boleh menjana pendapatan baru untuk negeri kita? Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat EXCO.

Terima kasih DUN Bandar. Dato’ Yang di-Pertua, sepanjang dua tahun jawatankuasa ini berlangsung kita melihat dan mencari peluang-peluang yang ada cuma mutakhir ini selepas lawatan saya ke Sabah pada lebih kurang dua bulan yang lepas, kita mendapati satu peluang yang ada juga pada kita kerana di Negeri Sabah dan Sarawak sejak sekian lama meletakkan cukai kepada petroleum yang dinamakan cukai petroleum dalam Jawatankuasa NIT yang terkini saya telah bangkitkan perkara ini di bawah penelitian pihak Penasihat Undang-Undang untuk melihat jika sekiranya dengan keadaan yang sama adakah kita boleh mengambil juga cukai petroleum sepertimana yang telah dibuat di Sabah dan Sarawak. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Bandar dan Yang Berhormat Kota Putera. Seterusnya saya persilakan Yang Berhormat Jertih.

Yang dihormati Dato’ Yang di-Pertua, Jertih soalan nombor 2-

Sejauh manakah perkembangan usaha menjadikan Besut dan Setiu sebagai gedung makanan negara ini?

Yang di-Pertua

Soalan nombor 2, Yang Berhormat Jabi.

Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Wakil Jertih, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, rakan-rakan Ahli MMKN, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua jabatan dan semua pemerhati yang dihormati sekalian.

Usaha untuk menjadikan Besut dan Setiu sebagai gedung pengeluaran makanan Negeri Terengganu, Kerajaan menilai bahawa usaha kita sekarang berada di atas landasan yang betul berdasarkan kepada indikator kejayaan projek-projek dan program-program keterjaminan makanan yang sedang dilaksanakan. Sebelum ini beberapa kali telah dibentangkan kepada Dewan senarai 18 projek bernilai hampir RM700 juta yang telah dilaksanakan di Daerah Setiu. Sekarang izinkan saya untuk bentangkan kepada Dewan, projek-projek yang sedang dilaksanakan yang terkini bagi tahun 2025.

Dato’ Yang di-Pertua, Projek utama yang kita sasarkan menjadi Game Changer bagi sektor pengeluaran padi di Daerah Besut ialah kejayaan kita mendapatkan peruntukan sebanyak RM103 juta bagi pelaksanaan Projek IADA KETARA Fasa 2 yang melibatkan pembinaan saliran pengairan saliran daripada Empangan Paya Peda, di Besut sehingga ke Sungai Renek yang sekarang ini berada di peringkat pengambilan tanah dan jangka masa pelaksanaan projek selama tiga tahun. Antara skim pengairan padi luar jelapang yang akan mendapat manfaat ialah Skim Pengairan Kampung Tempinis, Kampung Gong Ubi Keling, Kampung Kepala Gajah, Kampung Bukit Jiruk, Kampung Padang Lengkuas, Kampung Gong Kelikong dan juga Gong Macang. Selepas pelaksanaan Pakej A ini, cadangan untuk meneruskan pelaksanaan Pakej B sehingga sampai ke Skim Pengairan Che Nawi, di Setiu dengan anggaran bajet RM137 juta yang akan dikemukakan kepada bahagian Pengairan dan Saliran Pertanian Kementerian Pertanian.

Yang kedua Dato’ Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri sedang mengorak langkah untuk menyelesaikan isu supaya tanah sawah seluas kira-kira 735 hektar di Skim Pengairan Kampung Jelapang, Langkap yang dibuka dengan kos kira-kira RM47 juta pada tahun 2007 sebahagian besarnya akan terbiar tanpa ditanam dengan padi. Ini sebahagian daripada sawah padi terbiar sedang dimajukan secara berperingkat oleh sebuah syarikat pelabur tempatan, Qudsi Global dengan kerjasama anak syarikat Kerajaan Negeri, TADC. Jadi kehijauan kita nampak mula menghiasi projek yang sebelum ini muram dan suram walaupun puluhan juta telah dibelanjakan.

Yang ketiga Dato’ Yang di-Pertua, Projek Reban Ayam Bara Masin di Besut yang merupakan aset milik Kerajaan Negeri bernilai jutaan ringgit. Infrastruktur reban tertutup ini telah terbiar sejak daripada tahun 2015 lagi dan menjadi mangsa vandalisme. Kos yang besar yang diperlukan untuk memulihkan projek ini menyebabkan ia terbiar agak lama. Terima kasih Kerajaan Negeri ucapkan kepada pihak Kementerian Pertanian yang menyalurkan sebanyak RM700 ribu di bawah dana kerjasama keterjaminan makanan Kementerian Pertanian dan Kerajaan Negeri untuk kita naik taraf dan baik pulih reban ini dan alhamdulillah pada bulan Mei baru-baru ini penghuni pertama sebanyak 26 ribu ekor telah mula menghuni reban yang baru dibaik pulih dan bulan Jun baru ini telah mula dikutip hasilnya.

Dato’ Yang di-Pertua, tahun 2025 juga diperuntukkan sebanyak RM1.3 juta bagi menaik taraf infrastruktur Taman Kekal Pertanian, Taman Kekal Makanan di Tok Dor. RM430 ribu kita peruntukkan untuk TKPM Rhu Tapai, RM400 ribu kita peruntukkan untuk naik taraf skim pengairan padi Pengkalan Nangka dalam DUN Kuala Besut, RM400 ribu untuk naik taraf Skim Pengairan Seri Pinang dalam Kota Putera dan RM 200 ribu untuk skim pengairan di Tok Sabut juga di Kuala Besut. Bagi sektor perikanan pula untuk tahun 2025, Perairan Kuala Besut dan Perairan Merang di Setiu akan dilabuhkan bagi setiap lokasi, 18 unit tukun kuboid penghalang pukat tunda bagi setiap daerah. Daerah lain pun ada cuma fokus jawapan saya pagi ini untuk Besut dan Setiu.

Yang keenam dari segi projek pembenihan ikan marin di Setiu. Antara projek Kerajaan Negeri dalam sektor perikanan akuakultur marin ini yang memfokuskan kepada pengeluaran benih siakap, kerapu hibrid dan juga udang. Udang yang menjadi fokus di sini ialah udang putih dan udang harimau. Pusat pembenihan ini asalnya milik Jabatan Perikanan Malaysia, dipulihkan dan dimasukkan infrastruktur baharu, dilengkapkan dengan sistem saliran air terus daripada laut dan dibina kolam-kolam ternakan yang menelan kos sekitar RM7 juta daripada Dana Laksana Kementerian Kewangan dan perancangan kita untuk mengoperasikan pusat Pusat Hatchery ini ke tahap optimum adalah

agenda lawatan delegasi kerajaan negeri ke China minggu lepas dan anak syarikat Kerajaan Negeri TADC sedang bekerjasama dengan sebuah syarikat pelabur tempatan SNA Berkat yang mendapat sokongan teknikal daripada pengusaha yang berada di China.

Seterusnya Jeti Nelayan Beting Lintang di Besut sepanjang 90 ribu meter hampir siap dibina dengan kos RM500 ribu untuk menyediakan kemudahan berlabuh dan mendaratkan hasil tangkapan bagi nelayan pantai di Beting Lintang. Projek penanaman pisang berangan seluas 120 ekar yang mengandungi 65 ribu pokok sedang dibangunkan di Kampung Pak Kancil, di Setiu. Saya berterima kasih atas keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Yang Dipertuan Muda Terengganu yang mencemar duli melawat projek ini pada minggu lepas.

Seterusnya Projek Penanaman Kelapa di Gong Katup Setiu, 100 ekar usahasama TADC bersama dengan Syarikat Melati Odesi. Projek Penternakan Ayam di Gong Kiong juga di Setiu dibangunkan oleh Syarikat Ayam Toyyib juga kerjasama bersama dengan TADC. Projek Penanaman Kelapa Matag seluas 1,200 ekar oleh Syarikat Ladang Rakyat Terengganu dengan usahasama bersama dengan TADC di Kampung Banggul di Setiu. Ini senarai-senarai projek besar sebagai satu indikator bahawa kita sangat serius untuk menjadikan Daerah Besut dan Setiu sebagai gedung pengeluaran makanan Negeri Terengganu. Tidak disenaraikan lagi projek-projek yang berada di daerah-daerah lain cuma fokus kepada soalan Yang Berhormat Jertih untuk Besut dan Setiu. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Jabi, ada soalan tambahan? Ada soalan tambahan Kuala Besut? Saya tidak sebut Kuala Besut tadi. Takdok? Senyap. Seterusnya, sila Yang Berhormat Kemasik.

ဃ Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, soalan Kemasik nombor 2-

Apakah status pembangunan syarikat atau entiti Kerajaan Negeri yang akan menguruskan pembangunan Non Radioactive Rave Earth Elements (NREE) dan apakah status terkini syarikat tersebut serta perancangannya?

Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Kota Putera.

Terima kasih Kemasik. Dato’ Yang di-Pertua. Status berkenaan anak syarikat Kerajaan Negeri berkenaan Non Radioaktif (NRREE) ini, MBI Terengganu telah melantik dan memberi kuasa kepada anak syarikat milik penuhnya MBI Modal Sdn. Bhd. sebagai pihak pelaksana dan hak eksklusif dan konsesi bagi pembangunan, pengoperasian dan pengkomersialan mineral NRREE di Negeri Terengganu. Sehubungan dengan itu pihak MBI Modal telah menerima dan menilai pelbagai permohonan daripada pemain industri yang berminat untuk terlibat dalam industri NRREE ini di Negeri Terengganu. Penilaian yang terperinci merangkumi aspek-aspek teknikal dan kewangan dijalankan bagi memilih pemain industri dan pelabur yang bertepatan, sekali gus memastikan kedaulatan hasil bumi Negeri Terengganu terpelihara, terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Kota Putera. Sila Yang Berhormat Kemasik.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan tambahan, NRREE perlu dilihat sebagai PETRONAS kedua, satu aset strategik negeri dan negara yang perlu dimiliki dan dikawal oleh kerajaan bukan diserahkan kepada pihak swasta atau pun syarikat asing. Bagaimanakah pelaksanaan yang digerakkan oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan aset yang sangat bernilai ini dapat dimanfaatkan seoptimum mungkin untuk negeri dan rakyat Terengganu, terima kasih Dato’.

Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Kota Putera.

Dato’ Yang di-Pertua, berkenaan dengan bagaimanakah pelaksanaan? Secara ringkasnya saya memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini proses NRREE ini kita kemukakan dengan tiga proses, yang pertama huluan ataupun upstream, yang kedua adalah midstream dan yang ketiga hiliran ataupun downstream. Untuk upstream kita membuka kepada pakar-pakar dan pemain-pemain industri untuk mengambil bahagian. Selepas daripada hasil REE itu diperolehi, di situ di peringkat pertengahan akan dikawal selia sepenuhnya oleh MBI Modal. Untuk memastikan hasil-hasil yang keluar, yang diperolehi itu melalui saluran MBI yang akan melihat, terlibat secara langsung dalam pemprosesan ataupun midstream di mana REE ini dia akan ada berlakunya

‘cracking’ di situ dan MBIM sedang meneliti teknologi-teknologi yang ada di dalam dunia sekarang ini dan selepas daripada itu peringkat downstream-hiliran juga kita akan membuka kepada industry player yang akan terlibat sama di dalam industri ini. Walau bagaimanapun disebabkan beberapa cabaran dan kekangan termasuk lah kekurangan teknologi yang tersedia, di mana Negara China memonopoli 90% teknologi NRREE di dunia, dasar Kerajaan Persekutuan yang melarang eksport bahan REE serta melarang perlombongan di kawasan hutan simpan kekal (HSK) menyebabkan hanya sebahagian kecil permohonan yang berjaya melepasi saringan awal dan diteruskan permohonan mereka ke pihak PTG setakat ini. Wallahu a'lam, terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Kota Putera, Yang Berhormat Kemasik. Seterusnya saya persilakan Yang Berhormat Ladang.

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya soalan kedua.

Soalan 2

Persidangan ADUN Belia Terengganu bagi Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua ADUN Belia Terengganu Siri Ke-3 berjaya diadakan pada bulan Mei baru-baru ini. Bagaimanakah persidangan ini memberi impak kepada kepimpinan belia di negeri Terengganu dan apakah hasil daripada persidangan ADUN Belia sebelum ini

Yang di-Pertua

Soalan kedua, Yang Berhormat Tepoh.

ဃ

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih juga kepada Yang Berhormat Ladang yang telah mengemukakan soalan berkenaan dengan ADUN Belia Terengganu.

Untuk makluman Yang Berhormat, Persidangan ADUN Belia Terengganu bagi Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua Siri Ke-3 yang berlangsung pada Mei 2025 telah memberi impak signifikan terhadap landskap kepimpinan ADUN Belia Negeri. Persidangan ini meneruskan momentum yang sangat positif daripada siri-siri terdahulu, sekali gus memperkukuh peranan belia dalam demokrasi dan tadbir urus negeri. Antara sorotan utama yang memberi kesan langsung kepada pembinaan kepimpinan belia termasuklah aspek pendedahan dan pengalaman berimpak tinggi. Persidangan ini menjadi platform penting dalam memantapkan kepimpinan muda menerusi perbahasan yang berfakta, hujah yang bernas dan pembentangan usul yang menyatukan suara belia dalam dunia demokratik.

Pembentukan generasi kompeten dan yakin diri turut menjadi teras persidangan kali ini. Para ADUN Belia diberi ruang untuk mengasah keyakinan diri, meningkatkan kemahiran komunikasi dan mempersiapkan diri sebagai pelapis kepimpinan masa depan. Bukan sahaja dalam gelanggang DUN ataupun Persidangan Dewan Undangan Negeri sahaja mereka juga turut diberikan pendedahan untuk melakukan kajian secara berfakta melalui kunjungan ke Perpustakaan Awam Negeri Terengganu, menyertai di dalam koleksi Terengganu untuk meneliti ucapan-ucapan bajet yang disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar waktu ini dan juga waktu-waktu sebelum daripada ini, meneliti bajet-bajet dan juga melihat pembangunan perancangan Negeri Terengganu secara keseluruhan. Kesimpulannya, platform ADUN Belia Terengganu tidak lagi bersifat simbolik semata-mata. la berperanan sebagai medan latihan kepimpinan, pengukuhan keyakinan diri dan penglibatan aktif belia dalam wacana pembangunan negeri. Setiap persidangan perlu terus menyumbang kepada dasar dan pelaksanaan sebenar sama ada melalui cadangan ad-hoc berasaskan komuniti setempat atau menerusi pelan jangka panjang seperti Akademi Al-Fateh dan juga PITAS 2030. Pembentukan karakter pemimpin muda yang membawa cadangan bernas, disokong data dan fakta, adalah asas kepada pewarisan kepimpinan negeri yang berwibawa dan bertanggungjawab. Insya-Allah, kita akan terus mengasah bakat-bakat ini untuk menjadi pengganti kepimpinan pada masa yang akan datang, terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Tepoh. Seterusnya saya persila Yang Berhormat Pengkalan Berangan.

Sulaiman bin SulongPAS · PNPengkalan Berangan

ဃ

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan nombor satu.

Soalan 1

Apakah inisiatif baharu dan menyeluruh yang telah atau sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dalam membangunkan modal insan Terengganu, khususnya bagi melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan berdaya saing dalam sektor ekonomi strategik?

Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Paka.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan Yang Berhormat Pengkalan Berangan sebagaimana yang tertera. Antara usaha kerajaan bagi melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan berdaya saing dalam sektor strategik. Antaranya adalah melalui penempatan pekerjaan secara bersasar iaitu melibatkan industri pembuatan dan komunikasi dengan Kerjasama syarikat-syarikat seperti Sony (Selangor), Telekom Malaysia (Terengganu), MyBrush (Johor), Panasonic (Selangor), melibatkan 800 pekerja bermula tahun 2022 sehingga tahun 2024. Program Latihan Pensijilan Juruteknik Pesawat Bertauliah (CAAM Category A1). Program Latihan Persijilan Juruteknik Pesawat Bertauliah dengan kerjasama Yayasan Terengganu, Yayasan Pendidikan MAIDAM dan juga Batik Air selaku pihak industri. Setakat ini Yayasan Terengganu dan juga Yayasan Pendidikan MAIDAM telah menaja 15 orang calon bagi mengikuti program ini, dan seramai 8 orang telah berjaya dipilih oleh Batik Air. Mereka telah memulakan kursus pada 1 Mac 2025. Bagi kohort ke-2, seramai 18 orang menjalani sesi temuduga dan 10 orang telah berjaya mendapat tawaran daripada Batik Air.

Yang ketiga, program Oil and Gas Wakallah Technical Programme (OGWTP). THRDC dengan kerjasama INSTEP dan juga Yayasan Pendidikan MAIDAM (YPM) telah mengadakan program Oil and Gas Wakallah Technical Programme melibatkan 47 orang asnaf. Terdapat dua kemahiran teknikal yang disediakan. Mekanikal dan elektrik instrument dimana pelajar di kalangan asnaf dilengkapkan dengan persijilan kemahiran teknikal serta persijilan yang diperlukan dalam industri oil and gas seperti proses AESP, OGSP dan juga BOFA untuk sediakan bekerja selepas lulus. Seramai 47 orang telah berjaya menamatkan latihan bergraduasi pada Mei 2025.

Kursus latihan Certified Halal Internal Auditing Programme (CHAP), THRDC dengan kerjasama HALAL Development Corporation dan juga UniSZA telah menganjurkan kursus CHAP ini bagi membangun bakat mahir dalam sektor HALAL di Negeri Terengganu. Sebanyak 5 kursus melibatkan 102 orang telah menyertai program ini. Melalui kursus ini, kerajaan berusaha mempersijilkan mahasiswa dan belia dengan Persijilan Profesional Auditor Dalaman Halal yang mempersiapkan mereka sebagai bakat dalam industri halal di Terengganu. Ertinya Program Latihan Kemahiran Industri (PLKI) dengan ECRL. Satu lagi sektor baru yang sedang diteroka adalah dari kereta api rel di mana berikutan pelancaran kereta api Pantai Timur dalam masa terdekat, terdapat permintaan tenaga kerja mahir dalam sektor ini. ECRL telah mengadakan Program Latihan Kemahiran Industri (PLKI) melibatkan program latihan di negara China di mana peluang pekerjaan dalam sektor ini telah disediakan dan penglibatan belia pelajar perlu ditingkatkan melalui program dan koordinasi yang lebih tersusun.

Secara umumnya, peranan dan peruntukan menjalankan latihan persijilan di bawah portfolio pendidikan institusi IPT, Kolej Kemahiran seperti TATI, TESDEC, KKYT, TTITC dan IPT lain dan THRDC menjalankan peranan membuat pemadanan kerja dengan pihak industri selepas tamat belajar. Ada setengah pihak industri yang memberikan latihan dan persijilan tambahan, jadi ini membantu menyelaraskan permintaan tenaga kerja di industri, keperluan latihan tambahan dan sumber perdagangan yang ada dalam mana-mana agensi yang menyediakan dana tersebut seperti Yayasan Terengganu dan juga Yayasan MAIDAM. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Silakan, Yang Berhormat. Soalan tambahan

Sulaiman bin SulongPAS · PNPengkalan Berangan

Terima kasih atas penjelasan. Sedikit berkenaan dengan… Terima kasih dan tahniah kepada Yayasan Terengganu, Yayasan Pendidikan MAIDAM dan kerjasama Batik Air di atas program latihan persijilan juruteknik pesawat bertauliah. Jadi soalan tambahan saya ialah apakah perancangan dan selepas daripada ini untuk Program Persijilan Juruteknik Pesawat Bertauliah dan juga adakah ia perlu untuk dinaik taraf daripada juruteknik kepada engineer. Jadi mohon penjelasan daripada pihak Kerajaan.

Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Paka.

Selepas daripada Batik Air ini kita sedang berkolaborasi dengan SIA. Insya-Allah

akan dapat kita sediakan untuk kohort-kohort seterusnya bagi melahirkan pelajar-pelajar kita yang berkemahiran. Pandangan Yang Berhormat Pengkalan Berangan itu insya-Allah kita ambil maklum. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Paka. Seterusnya saya persilakan, Yang Berhormat Manir.

Haji Hilmi bin HarunPAS · PNManir

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya soalan 1-Soalan 1

Apakah status baik pulih ‘Allah Selamatkan Terengganu’ di Bukit Besar dan berapakah kos baik pulih tersebut?

Yang di-Pertua

Sila, Yang Berhormat Cukai

Terima kasih Yang Berhormat.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalannya sebagaimana yang tertera. Pihak JKR telah dilantik sebagai agensi pelaksana bagi kerja-kerja perobohan dan telah selesai dibuat pada 30 Jun 2025 dengan kos sebanyak RM250,000.00. Untuk cadangan pembinaan semula mercu tanda ini, rekabentuk telah dikemukakan oleh pihak JKR dengan kos RM4.75 juta dan berdasarkan mesyuarat penyelarasan yang telah dibuat oleh pihak UPEN telah bersetuju dengan reka bentuk tersebut setelah mengambil kira kos penyelenggaraan serta teknologi semasa yang lebih kos efektif. Anggaran kos keseluruhan adalah RM5 juta termasuk kerja-kerja perobohan.

Untuk makluman Yang Berhormat Manir, mercu tanda 'ALLAH PELIHARAKAN TERENGGANU' telah dibina sekitar tahun 1991/1992 oleh JKR Negeri Terengganu sebagai agensi pelaksana dengan kos pembinaan pada waktu itu RM1.3 juta. Binaan struktur adalah jenis kerangka keluli dan terletak di atas Bukit Besar, Kuala Terengganu. Walau bagaimanapun, setelah mencapai jangka hayat melebihi 30 tahun, mercu tanda ini dikatakan tidak melalui proses

penyelenggaraan struktur berkala dan terdedah kepada faktor pengaratan kerana ruang udara lokasi terkesan faktor aliran udara air laut lepas. Struktur binaannya telah melebihi jangka hayat rekabentuk dan terhakis akibat kesan pengaratan yang ketara walaupun penyelenggaraan telah dibuat setiap tahun. Kerja-kerja naik taraf pencahayaan penyelenggaraan elektrikal telah dilaksanakan dibawah seliaan oleh JKR Negeri (Cawangan Kejuruteraan Elektrik) dibawah peruntukan Negeri namun terpaksa dihentikan berikutan keadaan struktur platfom yang tidak selamat untuk kerja-kerja berkala dan boleh membahayakan pasukan selenggara melaksanakan tugas. Jumlah peruntukan penyelenggaraan yang akan dibelanjakan daripada tahun 2018-2019 sebagaimana berikut: -

TEMPOH KONTRAK KOS (RM) 2018-2019 128,010.00 2019-2020 144,200.00 2020-2021 151,400.00 2021-2022 (SAMBUNG SEHINGGA JUN 2022) 157,775.00 JUN 2022 - JUN 2023 157,170.00 JULAI 2023-JULAI 2024 99,890.00 JULAI 2024 - JULAI 2025 Anggaran kos RM100,000 (penyelenggaraan mercu tanda tidak dapat dibuat memandangkan struktur mercu tanda telah rosak dan perlu dibaiki terlebih dahulu)

Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu melalui surat bertarikh 28 Ogos 2024 telah mengemukakan dapatan hasil laporan forensik dan nasihat teknikal berdasarkan pemeriksaan dan penilaian visual, kerosakan yang ditemui adalah pengaratan sangat kritikal. Yang kedua, komponen struktur perembat (bracing),

sendi (joint), dan sambungan (connection) telah gagal secara setempat. Yang ketiga, tindak balas pengoksidaan keluli telah tidak dilindungi dalam jangka masa yang panjang, dan yang keempat, kegagalan lapisan yang telah melepasi jangka hayat reka bentuknya. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Ada soalan tambahan Yang Berhormat Manir? Takdok? Seterusnya, saya persilakan Yang Berhormat Seberang Takir.

Haji Khazan bin Che MatBERSATU · PNSeberang Takir

Soalan pertama, Dato’ Yang di-Pertua.

Soalan 1

Berapa peratuskah jumlah Non-Revenue (NRW) yang ditanggung oleh pihak SATU pada tahun 2004 dan berapakah pengurangan yang berjaya dibuat sehingga Jun 2025?

Yang di-Pertua

Sila, Yang Berhormat Cukai.

Terima kasih Seberang Takir. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan sebagaimana tertera. Kadar peratusan NRW pada tahun 2024 adalah sebanyak 40.22%. Manakala kadar peratusan NRW mengikut data terkini jabatan sehingga bulan April 2025 adalah sebanyak 41.32%. Terdapat peningkatan peratusan NRW bagi tahun 2025 dibandingkan dengan tahun 2024 iaitu sebanyak 1.12% sahaja. Namun begitu, perbandingan sebenar kadar peratusan NRW secara tahunan boleh dibuat setelah data NRW 2025 diperolehi sepenuhnya pada akhir tahun ini.

Kadar peratusan NRW tahun 2024 & kadar semasa peratusan NRW tahun 2025 sehingga April ini mengikut daerah:

BIL

DAERAH KADAR NRW TAHUN 2024 TAHUN 2025 (JAN - APR) 1 Kuala Terengganu & Kuala Nerus 46.45% 46.49% 2 Kemaman 35.30% 35.57% 3 Dungun 37.44% 38.10% 4 Besut 39.45% 39.76% 5 Hulu Terengganu 48.52% 47.76% 6 Marang 41.63% 42.17% 7 Setiu 46.27% 45.08% 8 Ketengah 11.77% 16.4%

Kerajaan Negeri melalui Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. (SATU) amat komited dan telah mengambil pendekatan yang lebih holistik dalam mengurangkan kadar air tidak terhasil (NRW) dengan melaksanakan beberapa program dan kerja yang berkaitan. Gerak kerja dan usaha dalam mengurangkan kadar NRW ini telah diberi keutamaan di dalam penyusunan perancangan oleh pihak SATU. Antara program dan kerja yang telah dilaksanakan bagi mengurangkan NRW adalah seperti berikut:

1. Penukaran dan pengaktifan District Meter Zone (DMZ) bagi pemantauan NRW. 2. Penambahbaikan sistem pelaporan dan pembaikian kebocoran paip menggunakan sistem di atas talian Work Order Repair Management System (WORMS) bagi kerja-kerja pembaikian paip.

3. Program penukaran meter berusia melebihi 10 tahun untuk mengurangkan kehilangan komersial.

4. Program pengurusan tekanan bagi mengurangkan jumlah kehilangan air disebabkan "background leak" dan mengurangkan kekerapan paip pecah disebabkan tekanan tinggi.

5. Penggantian "attitude valve" yang rosak di semua tangki untuk mengelakkan berlakunya limpahan.

6. Pengantian paip lama jenis asbestos cement (AC) yang kerap mengalami kebocoran.

Terima kasih.

Haji Khazan bin Che MatBERSATU · PNSeberang Takir

Soalan tambahan sikit sahaja. Saya tengok KETENGAH dengan Daerah Marang antara yang paling rendah, tapi saya diberi maklumat kalau Dungun tadi sampai perbandingan daerah-daerah. Tapi secara purata negeri ini. Berapa paling rendah yang kita pernah capai dan berbanding dengan negeri lain. Yang paling rendah yang boleh dicapai, berapa percent? Kemudian kita ini, bila boleh sampai ke peringkat paling hok rendah secara keseluruhannya berbanding negeri-negeri yang lain. Kalau ada data itu. Terima kasih.

Setakat ini belum ada data itu. Tapi kita akan tengok hujung tahun ini. Hujung tahun ini kita boleh buat perbandingan bukan sahaja dengan daerah tapi dengan negeri-negeri yang lain. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Bagi notis ya, Yang Berhormat pada Cukai. Seterusnya, sila Yang Berhormat Permaisuri.

Haji Mohd Yusop bin MajidBERSATU · PNPermaisuri

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Soalan saya nombor tiga.

Yang di-Pertua

Soalan nombor tiga, Yang Berhormat Jabi.

Soalan 3 Mohon dinyatakan kemunculan industri hiliran berasaskan pertanian yang telah berkembang di Negeri Terengganu, agar usaha pengembangan perusahaan hiliran ini dapat dilaksanakan secara seimbang dengan pengeluaran asas, seterusnya menarik lebih ramai rakyat Terengganu untuk menceburi bidang ini?

Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Wakil Permaisuri. Jabatan-jabatan di bawah Pertanian samada Jabatan Pertanian, Perikanan, Veterinar, FAMA, Mardi, Lembaga Pertubuhan Peladang, LKIM, semuanya mempunyai usahawan-usahawan bimbingan masing-masing. Dan usahawan-usahawan bimbingan ini dibantu dari aspek teknikal, kewangan, pemasaran, dan bantuan-bantuan lain untuk menghasilkan industri hiliran dengan produk-produk yang boleh menjana sumber ekonomi kepada pengusaha. Di antara produk yang dihasilkan manisan kelapa ataupun nisang kerek. Kuih keria daripada ubi vitato, susu kambing berperisa, produk daging tempatan sejuk beku, kepok keping, kepok segera, maruku ikan, ikan dalam tin sardin, kerepek ubi, serunding, jus roselle, pes durian, jeruk, melon manis Terengganu dan banyak lagi. Dan saya melihat ada potensi yang sangat besar dalam konteks industri hiliran ini. Ambil contoh nisan kerek ataupun nisan kelapa. Ada tiga pengeluar utama yang ada di Terengganu. Yang pertama, syarikat Manis Sokmo Enterprise. Yang kedua, syarikat Nur Manis Enterprise dan yang ketiga syarikat Cik Manis Enni Enterprise. Semua manis manis belaka.

Ketiga-tiga syarikat ini dari segi nilai jualannya untuk tahun 2024 mencecah RM2.39 juta. Maknanya jual nisan pun boleh jadi jutawan. Untuk kuih keria daripada Ubi Vitato, pengeluar utamanya adalah syarikat KVG Juta Sdn. Bhd., dengan bahan mentah utama Ubi Vitato daripada Daerah Setiu. Nilai jualan bagi tahun 2024, RM1.016 juta. Jual kuih daripada Ubi Vitato, jadi jutawan.

Dari segi penternakan, di bawah Jabatan Veterinar, ada 80 peserta yang disenaraikan sebagai usahawan bimbingan dan pelbagai bantuan peralatan yang diberi antaranya Chiller, Meat & Bone Saw, freezer, mesin pengadun, oven dan beberapa peralatan lain. Untuk tahun 2024 nilai bantuan yang disalurkan berjumlah RM375 ribu lebih dan kalau tengok hasil jualan yang dikutip oleh 80 orang pengusaha daripada tahun 2021 sehingga 2025 mencecah RM5.399 juta.

Dato’ Yang di-Pertua, ada syarikat milik anak jati Terengganu, orang muda lagi bersemangat tinggi Teen Up Agro-Bussiness yang telah membuka kilang pemprosesan Susu Kambing Berteknologi Tinggi yang pertama di pantai timur bertempat di Pusat Perkhidmatan Veterinar di Jenang, Marang yang menghasilkan produk dengan jenama KAPRIMA dia di antara produk susu berperisa asli, kurma, strawberi, coklat, jagung dan juga produk sampingan sabun daripada susu kambing. Untuk sektor perikanan, biasa rantaian pengeluaran dalam sektor perikanan bermula daripada pemantapan sama ada nelayan laut ataupun nelayan darat, dan juga sumber hasil daripada hasil akuakultur. Hasil ini diproses menjadi produk dalam industri hiliran antaranya

ikan sejuk beku, ikan masin, ikan kering, keropok, sama ada keropok keping, kepok lekor, muruku ikan dan jabatan-jabatan seperti Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan, MARDI, FAMA sentiasa memberikan nasihat dan bengkel ke arah Good Manufacturing Practice atau pun amalan pengilangan yang baik untuk kita menjamin produk kita ini menepati suatu standard yang kita bukan setakat boleh dipasarkan dalam negara dan juga menepati standard antarabangsa , terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Jabi. Seterusnya saya mempersila Yang Berhormat Langkap

Azmi bin MaarofPAS · PNLangkap

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya soalan nombor satu.

Soalan 1 Apakah usaha jangka panjang dan pendek yang sedang atau akan diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menangani isu pencerobohan gajah liar yang merosakkan tanaman penduduk, selain daripada kaedah sedia ada seperti menghalau, pemasangan pagar elektrik dan kaedah tangkap dan pindah?

Yang di-Pertua

Sila, Yang Berhormat Jabi.

Dato’ Yang di-Pertua, berkaitan dengan isu gangguan gajah kepada Sektor Pertanian Negeri Terengganu dan bertepatan kerana Langkap adalah di antara DUN yang paling terkesan. Kalau kita tengok dari segi data jumlah aduan daripada tahun 2020 sehingga 2025 menunjukkan graf menaik. Tahun 2020 ada 54 aduan, tahun 2021 63 aduan turun sikit, tahun 2022 53 aduan, naik semula, tahun 2023 kepada 109 aduan dan 2024 naik kepada 114 aduan dan kawasan Setiu terutamanya DUN Langkap di antara yang mencatat rekod aduan tinggi, 94. Dan tadi sebelum masuk Dewan YB Langkap maklum ada 8 ekor hidup berkeliaran dalam DUN Langkap. Menggambarkan isu ancaman gajah ini agak serius. Walaupun kita dah buat beberapa langkah di antaranya tangkap pindah. Tangkap pindah untuk tahun 2024, 14 ekor kita angkat pindah, 2023 tiga ekor,

2022 lima ekor, kita buat sistem pagar elektrik gajah di Kampung Pelung di Langkap ada 30 km SPAG di Kampung Payung sehingga Chaluk Barat ada 25 km tapi nampaknya masalah masih lagi berleluasa. Dari segi punca kepada gangguan, bila kita dengan Jabatan Perhilitan, punca utamanya kerana gajah ni nak cari makan, bukan suka-suka dia nak rosakkan tanaman milik penduduk. Faktor penarik apabila ladang-ladang dan tebu-tebu dibuka di kawasan pinggir hutan menyediakan sumber makanan yang mudah untuk mereka.

Jadi di antara langkah lain sebagai tambahan ialah kita perlu wujudkan foodbank, bank makanan di kawasan-kawasan yang telah dilakukan kerja pembalakan yang paling simple ialah ditanam dengan napier yang merupakan di antara sumber makanan utama gajah, dan yang kedua di kawasan-kawasan yang menjadi hotspot dipasang lampu kerana gajah ni agak sensitif dengan cahaya bila kawasan itu dipasang lampu biasanya gajah akan menjauhkan diri dan terakhir sekali kita pasang kolar satelit pada leher gajah untuk memantau pergerakan dan tingkah laku gajah. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Jabi. Seterusnya saya persilakan Yang Berhormat Batu Rakit.

Mohd Shafizi bin IsmailPAS · PNBatu Rakit

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, izinkan saya tanya soalan dengan pantun;

Batik Hijau Menarik Perhatian, Masuk Dewan Ceria Berseri, Soalan Batu Rakit Sampai Liburan.

Nombor Tiga Senyum Tenang Yang Amat Berhormat MB Samsuri

Soalan 3 Bolehkah pihak Kerajaan Negeri menyatakan setakat manakah pencapaian PITAS 2030 sehingga kini dan apakah Kerajaan Negeri optimis ianya dapat dijayakan sepenuhnya dengan keadaan situasi ekonomi dan politik kini dengan berbaki lima tahun lagi dari sekarang?

Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin MokhtarPAS · PNMenteri Besar · Ru Rendang

Terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua dan kepada Batu Rakit yang mengemukakan persoalan mengenai PITAS atau yang kita sebut sebagai Pelan Induk Terengganu Sejahtera.

Kerajaan Negeri melalui Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS 2030) telah menyenaraikan 93 Program Pembangunan Berimpak Tinggi atau (High Impact Portfolio Programs) dengan izin, yang merangkumi inisiatif sedia ada serta tambahan baharu yang diselaraskan kepada setiap portfolio EXCO. Sehingga kini, sebab Yang Berhormat bertanya tentang sehingga kini, laporan pelaksanaan semasa adalah, 32 program telah berjaya disempurnakan dan ianya mewakili (34.4%) daripada keseluruhan 93 program. Manakala 38 program sedang giat dalam pelaksanaan yang mewakili (40.9%) daripada keseluruhan program dan 19 program pula berada pada peringkat perancangan yang juga mewakili (20.43%) dan hanya ada empat program sahaja yang masih di peringkat kertas konsep iaitu (4.3%).

Oleh yang demikian secara keseluruhannya, ada 75% program telah siap yang sedang dilaksanakan dan ini membuktikan komitmen Kerajaan Negeri bersama dengan jentera pelaksana, agensi teknikal dan rakan strategik dalam memastikan manfaat pembangunan dapat dirasai oleh setiap rakyat di Negeri Terengganu dan kita sedar tentang cabaran ketidaktentuan ekonomi dan geopolitik.

Walaupun kita berada di Negeri Terengganu dan geopolitik antarabangsa berlaku jauh di sana di Amerika Syarikat dan di Asia Barat dan Eropah sendiri tetapi oleh kerana kekejaman kesalinghubungan antara kegiatan ekonomi

negara-negara yang berada di atas dunia ini tidak dapat tidak ianya yang telah mempengaruhi ketidaktentuan ekonomi dalam negeri kita.

Namun demikian, dengan pendekatan yang perlu aktif dan berdaya tahan Kerajaan Negeri terus melaksanakan pelbagai langkah strategik untuk memastikan PITAS 2030 dapat dijayakan sepenuhnya dalam tempoh berbaki lima tahun lagi ini dan tentunya kita akan melihat dari segi keutamaan ataupun priority mana yang perlu kita dahulukan untuk dilaksanakan. Sekian terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Amat Berhormat, seterusnya saya persilakan Yang Berhormat Air Putih.

Mohd Hafiz bin AdamPAS · PNAir Putih

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya soalan nombor dua.

Soalan 2 Sejauh manakah kemajuan Projek sungai tiruan bernilai RM300 juta (8-9 km) bermula dari Paman ke Tasik Bungkus Ibok bagi mengatasi masalah banjir di Cukai/ Daerah Kemaman dan nyatakan tahap sedia guna dan jangkaan tarikh operasi penuh bermula?

Yang di-Pertua

Soalan nombor dua, Cukai..

Terima kasih Air Putih, Yang Berhormat Dato’ Yang di Pertua, soalan sebagaimana yang tertera.

Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu atau (PLSB) Sungai Kemaman yang diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan dengan kos projek RM300 juta masih di peringkat pra pelaksanaan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia. Objektif projek ini adalah bagi mengurangkan kawasan banjir dan melindungi nyawa serta mengelakkan kerosakan harta benda. Projek ini akan dilaksanakan secara reka dan bina dan ianya di peringkat penilaian

kontraktor oleh JPS Malaysia. Surat setuju terima kepada kontraktor yang berjaya telah dijadualkan akan dikeluarkan pada Disember 2025. Tempoh pelaksanaan projek ini adalah lima tahun, di mana ianya dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2031.

Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu objektifnya mengurangkan kawasan banjir dan melindungi nyawa serta mengelakkan kerosakan harta benda. Skop, satu pembinaan lencongan banjir, kedua pembinaan ban, ketiga komponen elektrikal dan mekanikal dan yang keempat lain-lain kerja berkaitan.

Kaedah perolehan reka dan bina, jangkaan surat niat dikeluarkan November 2025, tarikh pelaksanaan atau makmal kajian nilai (VA) 9-13 Mei 2026. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Cukai, seterusnya saya persila Yang Berhormat Telemung.

Mohd Zawawi bin IsmailBERSATU · PNTelemung

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya soalan pertama ditolak, betul ke wat lolok? Masih ada nombor dua dan tiga, saya nak tanya soalan nombor tiga. Terima kasih.

Soalan 3 Aktiviti pertanian merupakan antara utama sumber rakyat Daerah Hulu Terengganu suatu ketika dahulu tetapi kelihatan suram akhir-akhir ini. Apakah usaha-usaha kerajaan negeri untuk mengembalikan dan memperkasakan semula agenda pertanian ini di Daerah Hulu Terengganu?

Yang di-Pertua

Sila, Yang Berhormat Jabi.

Terima kasih Yang Berhormat Wakil Telemung. Hulu Terengganu antara fokus utama dalam agenda pertanian negeri. Dari segi peruntukan untuk sektor pertanian, penternakan perikanan dan juga naik taraf sistem perairan saliran bagi Daerah Hulu Terengganu, kalau saya boleh senaraikan daripada tahun 2018- RM 430 ribu lebih, 2019- RM 530 ribu lebih, 2020- RM1.044 juta, 2021- RM2.146 juta, 2022- RM1.3 juta, 2023- RM2.19 juta dan 2024- RM5.47 juta.

Sektor akuakultur di antara sumber utama ekonomi di Hulu Terengganu di antara yang mendapat peruntukan terbesar sebanyak RM3 juta dalam tempoh tujuh tahun dan Pelan Strategik Pertanian Terengganu 2024 - 2030 kita telah letakkan satu sasaran untuk mewujudkan TKPM baru di Kampung Pela, Hulu Terengganu. Pelepasan benih ikan juga di antara usaha kita untuk bantu nelayan barat. 2023, kita telah lepaskan lebih 374 ribu ekor anak benih ikan ke perairan hulu, 2024 meningkat kepada 851 ribu ekor lebih dan 2025 yang telah kita selesaikan 596 ribu ekor, dan pengusaha akuakultur ini sebenarnya menjana pendapatan yang cukup tinggi dalam konteks Hulu Terengganu, 2023 kita ada seramai 101 penternak berdaftar yang menghasilkan 381 metrik tan ikan bernilai RM5.2 juta. Untuk 2024, ada 90 penternak aktif menghasilkan 384 metrik tan yang bernilai kira-kira RM5.9 juta.

Dato’ Yang di-Pertua, Taman Pertanian Sekayu di antara fokus dalam Hulu Terengganu umumnya ataupun DUN Telemong secara khususnya yang pernah menjadi di antara lokasi Agro Tourism yang terkenal di Terengganu. Ada banyak aktiviti menarik di sini. Taman tema air, ladang buah-buahan, tapak perkhemahan, asrama penginapan untuk program kem ataupun kursus ada ladang lebah, kelulut, kandang ternakan, aktiviti air dan banyak lagi. Yang menariknya kerana taman tema air di sini bersumberkan air daripada bukit yang mengalir terus bersih dan sejuk. Tapi banjir besar yang melanda pada tahun 2022, serangan gajah liar dan juga fenomena kepala air telah menjejaskan banyak infrastruktur di sini dan mengubah keceriaan menjadi kesuraman.

Sejak tahun lepas Kerajaan Negeri memperuntukkan kira-kira RM2 juta bagi kerja-kerja baik pulih secara berperingkat dan saya sangat berterima kasih kepada jabatan-jabatan kerajaan di Hulu Terengganu seperti Pejabat Daerah, Pejabat JKR, Majlis Daerah, Jabatan Perhutanan, Pejabat ADUN Telemong yang sama-sama membantu Jabatan Pertanian dengan menjadikan bahagian-

bahagian tertentu dalam Taman Pertanian Sekayu ini sebagai kawasan angkat untuk sama-sama menyumbang bagi mengembalikan keceriaan dan seterusnya menggamit semula kehadiran pengunjung. Dalam kunjungan saya yang terakhir bersama Yang Berhormat Telemong kira-kira dua minggu lepas nampaknya Taman Pertanian Sekayu kita ini dalam keadaan bersedia untuk menerima semula kehadiran pengunjung walaupun belum sepenuhnya semua bahagian boleh dibuka.

Dari segi bantuan kepada penternak dalam bentuk input ternakan pembangunan padang ragut, pembangunan juru suntik, pemanian berhadas, Tabung Bencana Pertanian, Bantuan Rezeki Ternak, Program Agropreneur Muda dan banyak lagi berjumlah lebih daripada RM2 juta bagi tahun 2024 dan insya-Allah sebagaimana yang saya umumkan dalam Sidang yang lepas, Daerah Hulu Terengganu di antara sasaran kita untuk diisytiharkan sebagai salah satu Daerah Gedung Pengeluaran Pemakanan Negeri Terengganu. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Jabi.

Mohd Zawawi bin IsmailBERSATU · PNTelemung

Dato’ Yang di-Pertua, boleh tambah soalan dok? Soalan tambahan.

Yang di-Pertua

Kita melebihi daripada 1 jam 45 minit dah.

Mohd Zawawi bin IsmailBERSATU · PNTelemung

Dok bolehlah ni?

Yang di-Pertua

Masa soal jawab saya ucap terima kasih kepada semua Yang Berhormat-Yang Berhormat, Yang Berhormat EXCO yang telah menjawab soalan-soalan. Kita saja menamatkan sesi soalan-soalan lisan. Terima kasih kepada Yang Berhormat yang telah mengemukakan soalan serta terima kasih kepada pihak Kerajaan yang telah memberi jawapan pada kali ini. Seterusnya saya…

Haji Ridzuan bin HashimPAS · PNBuluh Gading

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua…

Yang di-Pertua

Ye, Yang Berhormat Buluh Gading.

Haji Ridzuan bin HashimPAS · PNBuluh Gading

Saya mohon untuk membawa satu Usul Persendirian Di Bawah Perkara 30, Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Kertas Dewan Undangan Negeri.

Yang di-Pertua

Serah tajuk usul tersebut kepada Bentara untuk saya teliti dahulu sebelum saya buat keputusan selepas rehat nanti, insya-Allah. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya tangguhkan sementara Dewan ini dan disambung semula pada pukul 11.20 pagi. Insya-Allah.

DEWAN DITANGGUHKAN PADA 10.45 PAGI

PUKUL 11.20 PAGI

(Selepas Soalan-Soalan Lisan)Questions

Yang di-Pertua

ဃ

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Mesyuarat disambung semula.

Dewan pada pagi ini telah menerima satu Usul Di Bawah Perkara 30 Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri yang disampaikan oleh Yang Berhormat Wakil Buluh Gading. Setelah dibaca dan diteliti saya mendapati usul ini menepati syarat perkara-perkara tertentu dan kepentingan orang ramai dan segera. Oleh yang demikian Usul Di Bawah Perkara 30 Mengikut Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri yang dibawa oleh Yang Berhormat Wakil Buluh Gading boleh diterima dengan syarat mendapat sokongan tidak kurang dari sembilan orang Ahli Dewan. Sesiapa yang menyokong Usul ini, sila bangun. Usul ini cukup sokongannya, Usul ini Di Bawah Perkara 30 telah menerima sokongan lebih daripada sembilan orang Ahli Dewan. Oleh itu saya mempersilakan Yang Berhormat Wakil Buluh Gading untuk membentangkan Usul tersebut.

Haji Ridzuan bin HashimPAS · PNBuluh Gading

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua yang telah memberi laluan kepada saya untuk membentangkan Usul Persendirian Di Bawah Perkara 30 Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri. Terima kasih juga kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan semua Ahli Yang Berhormat yang telah memberi sokongan sehingga membolehkan Usul Persendirian ini dibentangkan di Dewan Yang Mulia ini bersempena dengan Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Yang Kelima Belas.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Usul mengutuk serangan Israel ke atas Iran. Pertama latar belakang isu serangan Israel ke atas Iran bahawa Dewan ini mengambil maklum dan memandang serius tindakan agresif rejim Zionis Israel yang telah melancarkan serangan ketenteraan ke atas Republik Islam Iran baru-baru ini, yang didakwa mensasarkan kemudahan strategik dan infrastruktur penting negara berdaulat tersebut. Serangan ini berlaku di luar Wilayah Israel sendiri dan jelas merupakan satu bentuk pencerobohan yang melanggar Undang-Undang Antarabangsa, Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta Prinsip Asas Kedaulatan Negara-Negara Bebas.

Tindakan Israel ini juga dilihat sebagai usaha untuk mencetuskan ketegangan yang lebih meluas di Rantau Asia Barat menjejaskan kestabilan serantau dan membuka jalan kepada campur tangan kuasa luar demi kepentingan geopolitik mereka. Sikap umat Islam terhadap isu ini bahawa umat Islam di seluruh dunia memandang serangan ini sebagai satu penghinaan terhadap prinsip keadilan, kedaulatan dan keselamatan negara umat Islam, serta satu bentuk penjajahan moden yang semakin berani dan biadab. Umat Islam wajib bersolidariti menolak pencerobohan seumpama ini, menzahirkan pendirian tegas terhadap sebarang bentuk keganasan negara (state terrorism) yang dilakukan oleh Israel, serta menolak sebarang percubaan kuasa besar untuk memecah-belahkan kesatuan ummah melalui konflik proksi dan adu domba mazhab atau bangsa.

Umat Islam harus sedar bahawa penubuhan Israel sendiri adalah hasil projek penjajahan untuk melindungi kepentingan Barat di Timur Tengah, mengawal sumber strategik dan menjadi alat tekanan terhadap dunia Islam. Tindakan yang mesti diambil oleh negeri, Malaysia dan Dunia Islam, bahawa Dewan ini berpendapat dan menyeru, satu, Kerajaan Negeri di bawah SG4 hendaklah menyatakan kecaman tegas dan menolak sekeras-kerasnya serangan Israel ke atas Iran serta apa-apa bentuk pencerobohan ke atas mana-mana negara berdaulat. Kedua, Kerajaan Negeri melalui saluran diplomasi dan NGO Islam

digesa untuk mendukung usaha kesedaran awam mengenai bahaya zionisme dan peranan Israel dalam menaja ketidakstabilan di dunia Islam.

Ketiga, Kerajaan Malaysia hendaklah mengambil pendirian konsisten untuk mengutuk pencerobohan ini di peringkat antarabangsa termasuk dalam Sidang ASEAN, OIC dan PBB, serta mendesak tindakan diplomatik dan Undang-Undang Antarabangsa ke atas Israel.

Keempat, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) hendaklah segera bersidang dan mengeluarkan Resolusi bersama yang tegas termasuk langkah diplomatik dan ekonomi, untuk menekan Israel agar menghentikan sebarang tindakan agresif dan mematuhi undang-undang Antarabangsa dan yang kelima, semua negara Islam diseru untuk mengetepikan perpecahan dalaman dan bersatu menolak campur tangan kuasa luar yang hanya mahu melemahkan kekuatan politik, ekonomi dan ketenteraan dunia Islam.

Penutup, bahawa Dewan ini menegaskan pendirian bahawa sebarang bentuk pencerobohan dan keganasan antarabangsa mesti lah ditolak demi mempertahankan prinsip kedaulatan negara, keamanan sejagat dan maruah umat manusia, khususnya umat Islam. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua.

ဃ

Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat Wakil Buluh Gading. Kita telah mendengar Usul yang telah dibawa oleh Yang Berhormat Wakil Buluh Gading. Walau bagaimanapun saya ingin menetapkan bahawa Usul ini tidak akan dibahaskan. Maksud dan matlamat pembawaan Usul ini sudah jelas, nyata dan difahami. Sekarang Usul ini dibuka untuk undian, siapa bersetuju Usul ini diterima sila angkat tangan. Usul ini diterima dengan sebulat suara.

Setiausaha Dewan

Perkara Seterusnya Di Dalam Tertib Pekerjaan Dewan pada hari ini, ialah Usul Yang Telah Diberi Notis. Dipersilakan Yang Berhormat Dato’ Haji Satiful Bahari bin Mamat, Wakil Paka mengemukakan Usul Penutupan Kumpulan Wang Amanah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Terengganu.

ဃ

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,

“Bahawa menurut subperenggan 10(4)(b) Akta Tatacara kewangan 1957, Akta 61 Dewan Undangan Negeri membuat KETETAPAN bersetuju membatalkan Kumpulan Wang Amanah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Terengganu sebagaimana Lampiran A.

LAMPIRAN A

BIL NO. KOD NAMA KWA BAKI (RM) 1 59115/E0217115 Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Terengganu 3.00 JUMLAH 3.00

Itu sahaja. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Terima kasih.

ဃ

Yang di-Pertua

Sila, ada sokongan?

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu.

Yang di-Pertua

Usul ini telah mendapat sokongan, sekarang saya buka untuk perbahasan. Oleh kerana tiada perbahasan bagi Usul Menutup Kumpulan Wang Amanah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Terengganu, sekarang saya buka kepada undian. Siapa bersetuju dengan Usul ini sila angkat tangan -

Usul ini kemudian dihadapkan kepada mesyuarat dan diterima dengan sebulat suara.

USUL INI DITERIMA.

TangguhanAdjournment

Setiausaha Dewan

Perkara berikut ialah tangguhan.

Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin MokhtarPAS · PNMenteri Besar · Ru Rendang

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Persidangan Dewan ditangguhkan pada satu masa yang akan ditetapkan kemudian, terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian.

Sidang kita pada hari ini turut menerima kehadiran pemerhati daripada pelbagai latar belakang khususnya rombongan pelajar dan guru daripada Maahad Darul Quran, Rusila. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian hadir yang amat kami hargai. Moga-moga anak-anak yang hadir pada program ataupun persidangan kali ini dapat melihat dan mempelajari tentang proses demokrasi serta usaha memperkasakan institusi-institusi Dewan Undangan Negeri sebagai wadah suara rakyat. Saya ucap terima kasih kepada semua pemerhati.

Saya ingin mengambil kesempatan di sini juga ucap terima kasih kepada semua Yang Berhormat-Yang Berhormat dan pegawai-pegawai kerajaan, juga mengucapkan simpati terhadap insiden yang berlaku pada baru-baru ini. Semoga yang sakit disembuhkan dan yang telah meninggal dunia dikurniakan kerahmatan oleh Allah Subhanahu Wa Taala dan keluarga diberikan kemudahan dan kesabaran. Sekarang saya tangguhkan Persidangan Dewan pada suatu masa dan tarikh yang akan ditetapkan kemudian dan marilah kita sama-sama membaca Tasbih kaffarah dan Surah Al-’Asr.

DEWAN DITANGGUHKAN PADA PUKUL 11.35 PAGI.