Terengganu · 13 November 2025

15th Assembly, 3rd session, 3rd meeting · 185 turns · 14,501 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalTerengganu publishes one PDF per meeting, with the written answers appended. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Sebelum kita memulakan persidangan pada pagi ini, marilah kita sama-sama membaca ummul Al-Quran. Al-Fatihah.

Soalan-Soalan LisanQuestions

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, wakil-wakil, seterusnya para pemerhati sekalian. Mesyuarat disambung semula bagi sesi pagi ini diteruskan dengan soalan-soalan lisan. Berikut adalah Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberi notis untuk mengemukakan Soalan-Soalan Lisan pada hari ini 13 November 2025:

1.

Yang Berhormat Wakil Pemaisuri 2.

Yang Berhormat Wakil Hulu Besut 3.

Yang Berhormat Wakil Rantau Abang 4.

Yang Berhormat Wakil Batu Rakit 5.

Yang Berhormat Wakil Langkap 6.

Yang Berhormat Wakil Air Putih 7.

Yang Berhormat Wakil Telemung

8.

Yang Berhormat Wakil Bukit Tunggal 9.

Yang Berhormat Wakil Kuala Besut 10.

Yang Berhormat Wakil Bukit Besi 11.

Yang Berhormat Wakil Sura 12.

Yang Berhormat Wakil Bandar 13.

Yang Berhormat Wakil Jertih 14.

Yang Berhormat Wakil Kuala Berang 15.

Yang Berhormat Wakil Buluh Gading 16.

Yang Berhormat Wakil Kemasik 17.

Yang Berhormat Wakil Ladang 18.

Yang Berhormat Wakil Pengkalan Berangan 19.

Yang Berhormat Wakil Manir 20.

Yang Berhormat Wakil Seberang Takir

Meneruskan Persidangan kita pada pagi ini, saya mempersilakan Wakil Rantau Abang untuk mengemukakan soalan.

Mohd Fadhli Rahmi bin ZulkifliPAS · PNRantau Abang

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Wakil Rantau Abang, soalan No. 3-

Apakah usaha yang sentiasa dan akan dijalankan bagi bagi meningkatkan kefahaman rakyat Terengganu dalam pelaksanaan syariah Islamiah di bumi Terengganu?

Timbalan Yang di-Pertua

Ya. Wakil Batu Buruk.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, rakan-rakan MMKN dan seluruh Ahli-ahli Yang Berhormat. Terima kasih kepada Wakil Rantau Abang yang mengemukakan soalan sebagaimana yang tertera. Kerajaan Negeri telah melaksanakan pelbagai usaha untuk meningkatkan kefahaman rakyat Terengganu dalam pelaksanaan syariah di negeri ini. Antaranya ialah yang pertama, Dialog Pelaksanaan Syariah bersama JPKK, Jawatankuasa Masjid dan Imam Bilal di daerah-daerah bagi menerangkan tanggungjawab melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar di Terengganu. Yang kedua, pemasangan billboard di Negeri Terengganu melibatkan penerangan kesalahan jenayah syariah. Yang ketiga, program kesedaran bersama mahasiswa dan pelajar sekolah menengah. Yang keempat, penganjuran Program Indahnya Hidup Bersyariah di peringkat daerah. Yang kelima, kempen melalui Street Dakwah. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Ada soalan tambahan?

Mohd Fadhli Rahmi bin ZulkifliPAS · PNRantau Abang

Untuk soalan tambahan, dengan kemajuan media sosial yang ada pada hari ini, apakah pihak Kerajaan mempunyai perancangan untuk berkolaborasi dengan ikon anak muda ataupun pempengaruh Terengganu khasnya untuk menarik minat dan menanam kefahaman syariah di kalangan anak muda negeri ini?

Timbalan Yang di-Pertua

Sila Wakil Kerajaan.

Terima kasih, Yang Berhormat Rantau Abang. Berkait dengan soalan yang ditimbulkan tadi, ya, kita di peringkat portfolio, kita melihat pelbagai pendekatan dan cara untuk kita mendekati anak muda, khususnya dalam konteks hari ini, perkembangan media sosial. Justeru pelbagai program kita telah anjurkan untuk kita engage dengan influencer-influencer anak muda termasuk pertemuan secara berkala yang terbarunya ialah kita adakan satu pertemuan yang dianjurkan oleh UPDI dengan Dai Sejuta Ummah, Ustaz Azhar Idrus bersama-sama dengan influencer-influencer tersebut. Insya-Allah kita

akan terus memperkasakan engagement kita dengan anak muda dalam pelbagai cara dan kaedah. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Wakil Kerajaan.

Soalan seterusnya daripada Wakil ADUN Langkap tetapi memandangkan Wakil Kerajaan yang ditujukan soalan kepadanya tidak hadir maka saya nak melangkah kepada soalan berikutnya. Soalan Wakil Langkap akan dijawab secara bertulis. Seterusnya saya persilakan Wakil Air Putih untuk mengemukakan soalan. Minta maaf ya, Wakil Langkap.

Mohd Hafiz bin AdamPAS · PNAir Putih

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker.

Timbalan Yang di-Pertua

Sama-sama.

Mohd Hafiz bin AdamPAS · PNAir Putih

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Soalan saya, soalan No. 2-

Apakah usaha Kerajaan untuk memperkasa peranan JPKK agar lebih berkesan dalam memberi maklumat dan merealisasikan dasar kerajaan serta pelaksanaan program komuniti?

Timbalan Yang di-Pertua

Dipersilakan Wakil Cukai.

Haji Hanafiah bin MatPAS · PNCukai

Terima kasih kepada Air Putih. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Soalan sebagaimana yang tertera. Kerajaan Negeri Terengganu melalui Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (I-MITS) mengorak langkah awal dalam memperkasakan peranan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di seluruh 32 DUN dalam Negeri Terengganu dengan menjadikan JPKK sebagai salah satu daripada 10 sasaran yang ditekankan dalam pembentukan Modul Itqan Insani. JPKK menjadi golongan sasaran

pertama yang disentuh dalam usaha untuk merealisasikan pembudayaan Modul Itqan Insani dalam kalangan rakyat Negeri Terengganu.

Sejak tahun 2018 usaha memperkenalkan peranan JPKK telah diadakan melalui kursus-kursus Itqan Insani. Selepas kursus ini diadakan, pelbagai kursus dan program selingan turut dianjurkan oleh pihak pejabat daerah masing-masing. Terkini, dapat dilihat lebih banyak usaha kerajaan untuk memperkasakan peranan JPKK agar lebih berkesan dalam menyampaikan maklumat, merealisasikan dasar kerajaan serta melaksanakan program-program komuniti. Peranan ini semakin diperkukuh melalui penglibatan semua DUN yang telah mula mengambil inisiatif memperkasakan JPKK dengan sokongan Pejabat Khidmat Masyarakat, I-MITS, DUN, serta agensi-agensi kerajaan yang beroperasi di kawasan masing-masing. Setelah berakhir kursus JPKK kendalian I-MITS yang berasaskan Modul Itqan Insani dapat dilihat semua DUN mula mengambil langkah proaktif dengan mengadakan sendiri kursus atau seminar dalam memperkasakan kursus JPKK di DUN masing-masing tanpa menunggu jemputan ataupun program daripada agensi luar. Setakat ini 15 buah DUN yang telah berjaya mengadakan kursus program penatapan untuk JPKK di bawah seliaan DUN masing-masing. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Wakil Cukai. Ada soalan tambahan?

Mohd Hafiz bin AdamPAS · PNAir Putih

Terima kasih Yang Berhormat EXCO di atas penjelasan yang diberikan. Soalan tambahan saya, apakah langkah dan peranan utama yang akan dimainkan oleh JPKK dalam menghadapi Monsun Timur Laut 2025 -2026 yang kita jangkakan bermula daripada hari ini sehingga Mac 2026. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Sila Wakil Cukai.

Haji Hanafiah bin MatPAS · PNCukai

Terima kasih Air Putih. Kerajaan Negeri melalui Pejabat Daerah dan agensi-agensi berkaitan telah mengarahkan semua JPKK di seluruh Terengganu untuk berada dalam tahap kesiapsiagaan penuh bagi menghadapi monsun timur laut yang dijangka bermula pada hari ini. Dalam konteks ini, JPKK memainkan peranan penting sebagai barisan hadapan di peringkat komuniti bagi membantu memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kebajikan penduduk kampung sentiasa

terpelihara sepanjang musim banjir. Antara peranan utama JPKK dalam menghadapi monsun adalah seperti berikut:

1.

Menyalurkan maklumat awal berkaitan amaran cuaca dan banjir kepada penduduk melalui pelbagai saluran komunikasi.

2.

Memantau kawasan mudah banjir, tanah runtuh dan hakisan sungai serta melaporkan kepada pihak berkuasa daerah untuk tindakan segera. 3.

Membantu menyenaraikan dan memindahkan penduduk berisiko tinggi ke pusat pemindahan sementara (PPS) dengan teratur.

4.

Menyelaras penyimpanan dan pengagihan bantuan asas seperti makanan dan keperluan harian kepada mangsa banjir.

5.

Mengetuai aktiviti pembersihan rumah dan kemudahan awam selepas banjir bagi mempercepatkan proses pemulihan.

6.

Mengumpul dan menyerahkan data kerosakan harta benda serta infrastruktur kampung kepada Pejabat Daerah untuk tindakan lanjut. 7.

Berperanan sebagai penghubung utama antara penduduk dan Agensi Kerajaan dalam pelaksanaan langkah kesiapsiagaan dan bantuan bencana.

Secara keseluruhannya, peranan JPKK semasa musim monsun amatlah penting sebagai mata dan telinga Kerajaan Negeri di peringkat akar umbi, bagi memastikan semua tindakan kesiapsiagaan, tindak balas kecemasan dan pemulihan pasca bencana dapat dilaksanakan dengan pantas, tersusun dan berkesan demi keselamatan rakyat Terengganu. Terima Kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Wakil Kerajaan. Seterusnya, saya persilakan Wakil Telemung untuk mengemukakan soalan. Sila. Harap-harap tidak berkaitan dengan gajah.

Mohd Zawawi bin IsmailBERSATU · PNTelemung

Apa dia Timbalan Yang di-Pertua? Tok dengor.

Timbalan Yang di-Pertua

Saya rasa tak dok soalan gajoh doh sebab dalam perbahasan tu gajah gi Dungun doh kemarin. Sila.

Mohd Zawawi bin IsmailBERSATU · PNTelemung

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, semua hadirin.

Terjun paya cari batu Soalan saya nombor satu

YAB Perdana Menteri telah menyempurnakan Majlis Peluncuran Pembangunan Projek Solar Terapung Hidro Hibrib dan Hub Hidrogen Hijau di Stesen Janakuasa Sultan Mahmud Tasik Kenyir pada Julai 2025 yang lalu. Sila nyatakan status perkembangan pembangunan perkara ini sehingga kini?

Timbalan Yang di-Pertua

Sila Wakil Kerajaan, Wakil daripada Kota Putera. Ini hal tenaga baru solar dan sebagainya.

Terima kasih Telemung. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Soalan berkisar berkenaan dengan status perkembangan pembangunan Projek Solar Terapung Hidro Hibrib dan Hub Hidrogen Hijau yang telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Pembangunan projek ini akan dilaksanakan secara berperingkat dalam tiga fasa, yang melibatkan integrasi antara tenaga solar dan tenaga hidro bagi mewujudkan sistem penjanaan tenaga yang lebih stabil, efisien dan mesra alam. Pada masa ini, proses penilaian terhadap bidaan kontrak sedang dijalankan bagi pelaksanaan fasa satu projek ini. Kerajaan Negeri melalui agensi pelaksana sedang meneliti cadangan daripada syarikat-syarikat yang berpengalaman dalam pembangunan tenaga solar terapung berskala besar.

Fasa pertama ini dijangka akan menjana kapasiti tenaga sebanyak 500 MW yang akan disambungkan ke Grid Nasional bagi menyokong keperluan tenaga negeri serta meningkatkan sumbangan tenaga boleh diperbaharui. Pelaksanaan

kontrak dijangka akan ditawarkan kepada kontraktor yang layak pada suku kedua tahun 2026 dan seterusnya memulakan fasa pembinaan serta pemasangan sistem solar terapung di beberapa zon strategik di Tasik Kenyir. Projek ini juga dijangka akan menjana peluang pekerjaan dan bidang kejuruteraan tenaga dan penyelenggaraan teknologi hijau.

Fasa kedua pula, akan melibatkan pembangunan Hub Hidrogen Hijau yang merupakan salah satu komponen utama dalam membentuk ekosistem tenaga hijau bersepadu di Tasik Kenyir. Ketika ini pihak Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) sedang menjalankan kajian komprehensif serta perancangan awal berhubung dengan cadangan pembinaan kilang hidrogen hijau di kawasan tersebut. Hub ini dijangka menjadi platform penting bagi penghasilan hidrogen hijau berasaskan tenaga solar dan hidro yang boleh digunakan untuk keperluan domestik serta dieksport ke pasaran antarabangsa, sejajar dengan hala tuju Malaysia ke arah neutral karbon menjelang 2050.

Fasa tiga projek ini pula dalam peringkat kajian dan perancangan. Ia dijangka akan melibatkan penambahan kapasiti penjanaan tenaga solar sehingga 1,000 MW ataupun 1 GW. Fasa ini akan memperkukuhkan lagi kedudukan Tasik Kenyir sebagai hub tenaga boleh diperbaharui terbesar di Pantai Timur serta mengintegrasikan sistem solar terapung dengan infrastruktur hidro sedia ada bagi meningkatkan kestabilan tenaga, mengoptimumkan penggunaan sumber air dan mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ada soalan tambahan Telemung?

Mohd Zawawi bin IsmailBERSATU · PNTelemung

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya nak lanjutkan apa yang telah, semalam dijawab oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar berkaitan dengan perkara inilah, cuma saya nak sambung hari ni, oleh kerana sidang Dewan kita pun akan datangnya bulan 4 atau bulan 5 jadi saya nak ulas baliklah tentang perkara ini yang berkaitan, di mana sebagaimana yang kita tahulah, pembinaan solar terapung ini akan memberi satu hasil yang sangat besar kepada Terengganu dan dijangka yang sebenarnya yang ditahu oleh Kerajaan dalam RM100 juta lebih setahun, hasil. Kemudian yang kedua kita juga di Telemung ini. Telemung ni.

Timbalan Yang di-Pertua

Telah dijawab oleh Yang Amat Berhormat kelmarin ni.

Mohd Zawawi bin IsmailBERSATU · PNTelemung

Saya nok kabo dulu, soalan saya beri arr kekgi. Nok kabonye hasil.

Timbalan Yang di-Pertua

Kita ringkaskan soalan.

Mohd Zawawi bin IsmailBERSATU · PNTelemung

Telemung sumbang RM100 juta lebih untuk ini saja, solar terapung. Yang kedua, royalti air Empangan Kenyir. Orang lain takdok ni, kita ada. Lebih kurang dalam, hampir RM30 juta setahun. So, RM30 juta. Lepas tu dok masuk lagi REE. Ni coming soon ni dengar izin, Yang di-Pertua. Balok, KETENGAH ke….

Timbalan Yang di-Pertua

Okey, kita faham dah tu.

Kesimpulan dari soalan tu. Saya rasa sebahagian telah dijawab oleh Yang Berhormat.

Mohd Zawawi bin IsmailBERSATU · PNTelemung

Gini, saya nak bawa daripada rakyat Telemung kepada saya ni suruh sampai kepada Kerajaan. Kita kekgi menyumbang separuh hasil negeri ni daripada Telemung yang akan beri hasil ni kepada Kerajaan Terengganu.

Jadi kita haraplah, kita taknak pengalaman lepas, rakyat Telemung tok undi Kerajaan dulu kerana Kerajaan dulu dok beri kepada Telemung. Jadi sebab tu Telemung dia tukar Kerajaan ni. Dia bukan maroh ke Wakil Rakyat, dia maroh kepada Kerajaan. Kerajaan dokwi, Wakil Rakyat mitok doh tapi Kerajaan dok beri, jadi maroh ke Kerajaan.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalannya. Soalannya.

Mohd Zawawi bin IsmailBERSATU · PNTelemung

Jadi soalannya ialah, saya, dok habis lagi ni Yang di-Pertua nok kabo ni.

Timbalan Yang di-Pertua

Hok tahu doh tu, tu telah diulang-ulang ni. Saya ingat kalau soalan yang berulang pun akan ditolak dalam Dewan biasanya.

Mohd Zawawi bin IsmailBERSATU · PNTelemung

Jadi saya, saya nak nyatakan bahawa apakah, soalan saya apakah kesan langsung dan tidak langsung kepada rakyat tempatan, rakyat saya khusus Telemung daripada perkara inilah? Kita taknak perkara lepas berulang, dengan Tasik Kenyir. Kita korban beratus ribu hektar.

Timbalan Yang di-Pertua

Boleh Wakil Kerajaan jawab ni, ada kesan negatif tak daripada projek-projek solar hidrogen ni?

Mohd Zawawi bin IsmailBERSATU · PNTelemung

Tak habis lagi ni.

Timbalan Yang di-Pertua

Kerajaan dah bersedia nak jawab atau yang berkaitan dengan hasil daripada daerah, kemudian diminta dikembalikan daerah.

Mohd Zawawi bin IsmailBERSATU · PNTelemung

Kita haraplah Kerajaan juga melihat perkara ini supaya tidak berlaku.

Timbalan Yang di-Pertua

Kita minta Wakil Kerajaan jawab. Terima kasih Wakil Telemung. Sila Wakil Kerajaan.

Mohd Zawawi bin IsmailBERSATU · PNTelemung

Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Sila.

Terima kasih Wakil Telemung. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, pertamanya soalan itu dah dijawab direct dah daripada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar untuk mempertimbangkan permohonan pembangunan di Telemung. Dan kalau bagi sayalah, senarai dulu gapo nok, pahtu kita timbangkan. Timbalan Yang di-Pertua, selepas daripada Telemung sebut semalam, habis Yang Berhormat-Yang Berhormat ni mari jumpa kita, tunjuk apa hasil dalam DUN masing-masing dan nak minta direct apa ni sumbangan daripada Kerajaan. Ermm, bagi..

Yang Berhormat, Paka proses gas doh Paka. Kita dok wi doh gas kekgi. [ketawa] DP 56 tu …. Paka. [ketawa]

Mohd Zawawi bin IsmailBERSATU · PNTelemung

Dato’ Yang di-Pertua, di Paka ke Kemasik ke di Cukai ke, dia dapat doh. Kita dok iri hok tu.

Timbalan Yang di-Pertua

Sila, sila ni. Takdok orang yang puas hati dengan apa yang …

Gini Telemung, jawapan

Timbalan Yang di-Pertua

dihasilkan di daerah masing-masing. Sila Wakil Kerajaan.

Jawapan yang saya boleh ni, macam Paka, Kemasik semua dia dapat. Dia tak minta pun, benda tu datang dengan sendirinya. Jadi, inilah kesan limpahan ekonomi apabila pembangunan tu berlangsung berlaku di kawasan masing-masing. Tak yah minta pun insya-Allah, kita sebut dah dalam jawapan kita akan ada limpahan ekonomi dari segi pendapatan kerja pada rakyat setempat.

Timbalan Yang di-Pertua

Peluang pekerjaan.

Hok ni akan dapat ni ke Telemung nanti. Pahtu akan ada hiliran-hiliran lain bila orang ramai nak kedai makan, nak kedai runcit, yang ni akan dapat limpahan ekonomi terus kepada penduduk setempat, insya-Allah. Doa panjang umur, murah rezeki, jumpa tu, insya-Allah.

Timbalan Yang di-Pertua

Okay, Wakil Kerajaan.

Mohd Zawawi bin IsmailBERSATU · PNTelemung

Terima kasih Yang di-Pertua. Saya ambil janji daripada Wakil Kota Putera tadi. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Pertama, senaraikan apa benda yang Telemung rasa dia perlu dapat, layak dapat daripada Kerajaan kerana hasil kononnya yang datang daripada DUN Telemung, kawasan DUN Telemung. Yang selebihnya, Kerajaan dah jelaskan. Ada kelebihan yang Telemung terima, peluang pekerjaan, limpahan ekonomi dan sebagainya. Saya seterusnya nak mempersilakan Wakil Bukit Tunggal.

Mohd Zawawi bin IsmailBERSATU · PNTelemung

Soalan tambahan satu lagi, boleh?

Timbalan Yang di-Pertua

Cukuplah dulu, saya ingat dah panjang tadi tu. Tengok soalan daripada Bukit Tunggal dulu. Sila, Bukit Tunggal.

Lsr. Haji Zaharudin bin ZahidPAS · PNBukit Tunggal

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua.

Lsr. Haji Zaharudin bin ZahidPAS · PNBukit Tunggal

Soalan saya nombor dua-

Apakah status sehingga Oktober 2025 kemajuan projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Tepuh-Banggol Air Lilih, khasnya di kawasan Kampung Pengkalan Arang, Bukit Tunggal yang telah selesai pengambilan balik tanah?

Timbalan Yang di-Pertua

Sila Wakil daripada Cukai.

Haji Hanafiah bin MatPAS · PNCukai

Terima kasih Bukit Tunggal. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, soalan sebagaimana yang tertera. Sehingga 15 Oktober 2025, kemajuan fizikal Projek Rancangan

Tempatan Banjir Sungai Tepuh dan Banggol Air Lilih, Kuala Nerus adalah 18.25% berbanding jadual 17.92% iaitu kehadapan 0.33%. Kerja-kerja reka bentuk telah siap sepenuhnya bagi kawasan Kampung Pengkalan Arang dan kerja-kerja fizikal sedang mula dilaksanakan di kawasan yang berkenaan. Manakala kawasan lain masih di peringkat penyediaan reka bentuk dan proses pengambilan tanah masih dilaksanakan sebelum kerja-kerja fizikal dapat dilaksanakan sepenuhnya di tapak. Bagi kawasan Kampung Pengkalan Arang Bukit Tunggal, pengambilan balik tanah telah diselesaikan lebih awal pada tahun 2020 melibatkan sembilan lot tanah dengan kos keseluruhan RM2.32 juta menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri. Proses kelulusan Seksyen 8 sedang dimuktamadkan oleh Pejabat Tanah Daerah dengan kerjasama JPS. Penyelarasan teknikal sedang dilaksanakan bersama agensi utiliti seperti TNB dan Telekom Malaysia. Kerja fizikal utama dijangka dimulakan secara berperingkat pada suku pertama tahun 2026 tertakluk kepada kelulusan pengambilan tanah. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ada soalan tambahan? Saya ingat satu sudahlah deh.

Lsr. Haji Zaharudin bin ZahidPAS · PNBukit Tunggal

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Baru-baru ini, semasa pembentangan RMK-13 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah memasukkan apa ni Rancangan Tebatan Banjir Sungai Buaya dalam RMK-13 iaitu sambungan daripada Rancangan Tebatan Banjir Sungai Tepuh-Banggol Air Lilih ni yang kita bincang sekarang di mana Tebatan Banjir Sungai Buaya merupakan segmen yang hujung yang paling kritikal yang akan menyempurnakan Projek Tebatan Banjir Sungai Tepuh-Banggol Air Lilih. Jadi soalan saya, apakah dengan peruntukan sebanyak RM200 juta ini hampir RM200 juta untuk Tebatan Banjir Sungai Tepuh-Banggol Air Lilih ini, bilakah agaknya Seksyen 8 akan diselesaikan? Sebab tadi apa Yang Berhormat EXCO ada sebut anggaran untuk mulakan kerja sebab kerja-kerja tidak akan dapat dimulakan sehingga selesai sehingga Seksyen 8 diwartakan. Jadi, bilakah anggaran sebab dia akan menyebabkan apa ni bottleneck nanti untuk Projek Sungai Buaya nanti. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Sila, Wakil Kerajaan.

Haji Hanafiah bin MatPAS · PNCukai

Ya, terima kasih Bukit Tunggal. Terdapat beberapa halangan utama yang dijangka dihadapi bagi pelaksanaan projek ini ialah kerja pengalihan utiliti sedia ada. Proses ini memerlukan penyelarasan rapi antara pelbagai agensi utiliti seperti TNB, SATU dan Telekom Malaysia. Perbezaan keutamaan jadual kerja serta prosedur dalaman setiap agensi utiliti sering menjadi faktor yang menyumbang kepada kelewatan pelaksanaan di tapak. Bagi mengatasi perkara ini, mesyuarat penyelesaian teknikal bersama agensi utiliti berkaitan akan diadakan dari semasa ke semasa bagi memastikan komunikasi dan keputusan dapat dibuat dengan cepat serta berkesan.

Sementara itu, anggaran tarikh pewartaan di bawah Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 1960 masih tertakluk kepada proses di bawah Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian. Pada masa ini, pihak kontraktor sedang dalam proses melengkapkan dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan oleh PTG sebelum tindakan selanjutnya dapat dilaksanakan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih. Seterusnya, saya persilakan Wakil Bukit Besi.

Ghazali bin SulaimanPAS · PNBukit Besi

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Bukit Besi soalan nombor 2. Insya-Allah.

Sejauh mana komitmen Kerajaan Negeri dalam memperkasa pelaksanaan hukum-hukum Islam termasuk Hudud secara berperingkat dan apakah bentuk persiapan dari segi kefahaman masyarakat, sistem sokongan, undang-undang dan kerjasama dengan pihak?

Timbalan Yang di-Pertua

Sila, Wakil daripada Batu Buruk.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Besi yang mengemukakan soalan sebagaimana yang tertera. Jawapannya ialah memaksimumkan peruntukan yang diberikan kepada bidang kuasa negeri dalam menjatuhkan hukuman dalam kesalahan jenayah syariah selaras dengan Akta Mahkamah Syariah Bidang Kuasa Jenayah 1965. Yang kedua, satu pindaan terhadap Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 telah dibuat pindaan iaitu pindaan 2022 yang mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2024. Pindaan ini melibatkan 60% hukuman yang dipinda kepada hukuman maksimum. Dengan pindaan ini, sekurang-kurangnya rakyat dapat memahami konsep undang-undang syariah sebelum dilaksanakan hukuman hudud. Yang ketiga, pelaksanaan hukuman sebat di luar penjara. Pada tahun 2018, bagi kesalahan musahaqah dan bagi kesalahan khalwat berulang pada tahun 2024 juga merupakan suatu langkah dalam memperkasa pelaksanaan hukum-hukum Islam termasuk hudud secara berperingkat dan sebagai persiapan kefahaman masyarakat. Dalam pelaksanaan hukuman tersebut juga, agensi pelaksana mendapat kerjasama yang baik dari semua pihak. Yang keempat, selain itu Kerajaan Negeri Terengganu juga sedang dalam usaha menyemak dan menambah baik garis panduan hiburan, persembahan kebudayaan dan sukan Negeri Terengganu yang telah dilancarkan pada tahun 2020 bagi memastikan aktiviti yang dijalankan mengikut syariat Islam atau patuh syariah. Yang kelima, antara bentuk persiapan dari segi kefahaman masyarakat pula, Kerajaan Negeri Terengganu melalui hasil kerjasama Bahagian Penguatkuasaan Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu telah melaksanakan kempen pencegahan penguatkuasaan syariah di pusat beli-belah, pemasangan papan tanda di tempat awam sekitar bandar Kuala Terengganu. Kempen ini bertujuan mendidik masyarakat memahami undang-undang Islam secara lebih mendalam. Contohnya, kesalahan-kesalahan yang terkandung di dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001. Yang keenam, kempen “Indahnya Hidup Bersyariat” yang diangkat oleh Kerajaan Negeri Terengganu juga merupakan salah satu daripada proses pendidikan dan kempen yang dijalankan dalam memugarkan lagi pemerkasaan syariah di

Negeri Terengganu dan yang terakhir, Kerajaan Negeri Terengganu juga dalam usaha menaik taraf mahkamah syariah. Menambah lapisan mahkamah, latihan pegawai dan sumber manusia untuk menyokong penguatkuasaan syariah yang lebih luas dan menyeluruh. Ini penting kerana selari dengan komitmen kerajaan dalam memartabatkan syiar Islam. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Ada soalan tambahan?

Ghazali bin SulaimanPAS · PNBukit Besi

Ada satu.

Terima kasih atas jawapan yang telah diberikan. Soalan tambahan. 2024 dulu kita dah ada sebatan di luar penjara. Soalan saya, berhubung dengan sebatan tersebut juga. Apakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk menambah lagi untuk biar lebih kefahaman kepada masyarakat, biar masyarakat lebih sedar dan faham tentang hukuman sebat di luar penjara ini.

Timbalan Yang di-Pertua

Sila Wakil Kerajaan. Sebab sekali je baru dok? Maksudnya, jadi ada lagi ke dok dan lagu mana perancangan kerajaan. Sila.

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Besi di atas keperihatinan tentang isu-isu yang berkait dengan pemerkasaan syariah. Insya-Allah kita sentiasa berusaha untuk memperkasakan dalam konteks tersebut. Antaranya ialah beberapa langkah yang kita ambil, pihak MAIDAM sendiri telah mengambil langkah proaktif dengan mewartakan tempat pelaksanaan hukuman sebat syariah di luar penjara sebagai tempat yang sah dan teratur bagi tujuan pelaksanaan hukuman menurut peruntukan undang-undang syariah.

Pewartaan ini membolehkan pelaksanaan hukuman sebat dijalankan secara terbuka dan boleh disaksikan oleh orang awam selaras dengan prinsip pendidikan dan penghayatan hukum Islam yang bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang keadilan dan hikmah di sebalik pelaksanaan hukum tersebut.

Jadi dalam konteks ini, ini antara langkah-langkah yang kita ambil dalam hukuman yang kita laksanakan yang lepas di luar mahkamah kita laksanakan di masjid di mana pihak MAIDAM sendiri telah mewartakan beberapa buah masjid untuk pelaksanaan jika sekiranya ada kes-kes lain selepas daripada ini.

Begitu juga kita dalam usaha untuk mewartakan juga tempat-tempat awam yang lain seperti kawasan rekreasi dan seumpamanya tempat orang awam berkumpul kerana itu penting. Jika sekiranya hukuman ini dilaksanakan di dalam penjara, hanya pihak yang tertentu sahaja yang melihat. Bila kita laksanakan di luar penjara, maka itu memberi satu kesedaran dan pendidikan kepada masyarakat bahawa beza antara hukum sebat sivil dengan hukum sebat mengikut syariat Islam yang lebih adil dan tidak menyeksa. Kita kalau boleh, tak nak adalah kesalahan-kesalahan ini. Lagi kurang kesalahan, lagi baik kerana falsafah undang-undang jenayah Islam ini adalah mendidik. Jika sekiranya lagi kurang, itu lagi baik. Menunjukkan keberkesanan daripada undang-undang yang telah kita luluskan dan telah kita laksanakan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih. Seterusnya saya persilakan Wakil Sura.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Soalan Sura, soalan saya nombor 3 –

Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menjadikan Terengganu sebagai hub pengumpulan dan pengeksport hasil pertanian serta penternakan bagi meningkatkan nilai ekonomi negeri?

Timbalan Yang di-Pertua

Dipersilakan Wakil Jabi untuk mengemukakan jawapan.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih Wakil Sura. Memang kita akui di antara keterbatasan sektor pertanian Terengganu ialah kita tidak mempunyai exit and entry point dengan izin, pintu keluar dan pintu masuk untuk eksport produk kita ke pasaran antarabangsa. Sebenarnya produk pertanian Terengganu memang memasuki pasaran eksport. Antaranya nanas MD2, melon manis Terengganu, tembikai malah hasil laut kita daripada pendaratan ikan merin memang mendapat sambutan yang lebih baik daripada hasil laut yang ditangkap di perairan pantai barat khususnya di Selat Melaka kerana perairan Terengganu ini dikira open sea, laut yang tidak tercemar. Kerana itu, ikan kita menjadi pilihan. Tetapi yang menjadi keterbatasan kita ialah ketiadaan exit point. Inilah di antara punca KDNK pertanian Terengganu agak rendah kerana apabila produk ini dieksport melalui pintu keluar yang berada di negeri lain, maka KDNK dapatlah kepada negeri tersebut. Kalau keluar ikut KLIA dapatlah kepada negeri di mana KLIA berada. Kalau keluar melalui Tambak Johor, dapatlah KDNK kepada negeri di mana Tambak Johor berada.

Kita sebenarnya adalah negeri pengeluar dan menuju ke hadapan. Kita melihat adalah satu keperluan yang sangat penting untuk isu besar ini diatasi secara berperingkat khususnya apabila beberapa projek pelaburan mega dalam sektor pertanian seperti McCormick mula mengeluarkan hasil dan hasil ini adalah hasil untuk pasaran eksport. Sekarang ini TADC sudah mempunyai pusat pengumpulan hasil tani di D.C. di Telaga Papan, Setiu yang beroperasi sebagai hub logistik dan pengumpulan juga sebagai hub pemprosesan yang menghasilkan produk yang berkualiti dan memenuhi piawaian. Dalam masa yang sama, TADC sebagai GLC negeri yang bertanggungjawab dalam sektor pertanian mempunyai satu perancangan besar.

Sejumlah peruntukan telah dipohon dalam Rancangan Malaysia ke-13 bagi tahun 2026 untuk ditubuhkan sebuah pusat fasiliti agro hijau bersepadu dengan izin integrated green agro facilities dengan jumlah permohonan dianggarkan sekitar RM93 juta dan pusat ini akan dibangunkan di kawasan perindustrian Teluk Kalong, di Kemaman yang merangkumi yang pertama, pusat transit dan kuarantin untuk haiwan ternakan. Yang kedua, pusat pengumpulan dan

pembungkusan hasil tani. Yang ketiga, gudang penyimpanan untuk input pertanian. Yang keempat, bangunan penyimpanan untuk produk sejuk beku. Yang kelima, bangunan operasi dan pemeriksaan dan seterusnya sistem integrasi solar. Jadi inilah di antara perancangan besar kita, bagaimana supaya produk-produk hasil pertanian daripada negeri kita dikumpulkan dalam satu hub logistik yang sistematik dan moden serta memenuhi piawaian untuk kita menghasilkan produk yang bermutu dan seterusnya memasuki pasaran eksport di peringkat antarabangsa.

Kita ada bincang dengan pihak DOSM, pihak Jabatan Perangkaan Malaysia dan mereka bersedia untuk membuat penambahbaikan supaya dari segi KDNK sesuatu produk itu dilihat daripada mana origin, daripada mana asalnya, bukan dilihat daripada mana tempat dia keluar sahaja. Kalau begitu, ia akan jadi satu gambaran yang agak tidak adil. Sebagaimana isu yang biasa kita dengar, produk daripada Hi-Tech Kulim dieksport melalui Pelabuhan Pulau Pinang, maka hasil daripada Negeri Kedah, dapatlah KDNK-nya kepada Negeri Pulau Pinang Ini situasi yang ada sekarang ini. Terima kasih

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ada soalan tambahan daripada Sura?

Ada satu soalan tambahan Yang Berhormat EXCO Jabi.

Disebut tentang pembinaan hub logistik di Teluk Kalong. Kalau ikutkan apabila Stesen ECRL siap nanti, di Dungun juga akan ada satu gudang dikhususkan untuk logistik. Jadi saya ingin bertanya kepada Jabi, adakah Kerajaan Negeri ataupun bahagian pertanian dan penternakan bersedia untuk menjadikan Dungun salah satu daripada hub logistik untuk eksport dan kumpulkan hasil pertanian dan perikanan Terengganu ke luar negeri?

Timbalan Yang di-Pertua

Sila, Wakil Kerajaan.

Terima kasih Sura.

Bukan hanya setakat Dungun, malah TOD-TOD yang ada di stesen-stesen lain akan dilihat dari segi potensi dan manfaat untuk kita integrasikan dan pertanian di antara elemen penting hasil daripada negeri kita. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Wakil Kerajaan. Saya ingat kita mungkin sempat beberapa soalan lagi. Saya kembali ikut pusingan ye, kepada Wakil Bandar untuk mengemukakan soalan. Silakan.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Hari ini giliran nombor tiga pulak Yang Berhormat.

Apakah usaha terkini Kerajaan Negeri dalam memperkukuhkan gerak kerja dakwah di peringkat daerah dan DUN khususnya kepada golongan belia?

Timbalan Yang di-Pertua

Ya?

Giliran nombor tiga.

Timbalan Yang di-Pertua

Dipersilakan. Soalan nombor tiga dok? Okey. Dipersilakan Wakil daripada Batu Buruk.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Bandar yang mengemukakan Soalan yang ketiga.

Jawapannya ialah Kerajaan Negeri Terengganu melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Akademi Didik Ulama Amilin Terengganu (DUAT) dan Yayasan Islam Terengganu (YIT) terus memperkukuh gerakan dakwah di setiap daerah dan DUN dengan pelaksanaan pelbagai inisiatif terkini yang lebih tersusun. Antara usaha utama ialah dengan menempatkan seorang pegawai Akademi Didik Ulama Amilin Terengganu (DUAT) di setiap DUN bagi mengkaji pendekatan dakwah yang sesuai dengan keperluan setempat, khususnya dalam mendekati golongan belia. Mereka berperanan menyelaras aktiviti dakwah, menghubungkan masjid, pondok dan institusi pengajian agama di kawasan masing-masing agar mesej dakwah lebih menyeluruh dan berimpak tinggi. Langkah ini bukan sahaja memastikan kesinambungan aktiviti keagamaan di peringkat akar umbi, malah memberi ruang kepada belia untuk terlibat secara

langsung sebagai penggerak dan sukarelawan dakwah. Selain itu, JHEAT juga melaksanakan Kursus Pra-Perkahwinan kepada golongan belia yang akan mendirikan rumah tangga. Semua Pejabat Agama Daerah mengadakan kursus ini secara berjadual dan hampir setiap minggu bergantung kepada bilangan peserta.

Tujuannya memberi ilmu asas perkahwinan.

Yang kedua, mempersiapkan emosi dan mental pasangan muda.

Yang ketiga, mengurangkan masalah sosial dan perceraian. Yang kelima, memastikan perkahwinan dilakukan menurut syariah. Seterusnya JHEAT dengan kerjasama MAIDAM menubuhkan kelas pengajian agama yang dinamakan kelas (SPAIT) atau Sijil Pengajian Agama Islam Terengganu. Fokus kepada golongan belia yang berusia 25 dan ke atas. Kini terdapat 47 buah kelas di masjid-masjid di Terengganu yang sebahagian besarnya juga melibatkan golongan belia. Program lain yang turut dilaksanakan oleh agensi seperti Yayasan Islam Terengganu adalah seperti kelas Al-Quran, Program Kemasyarakatan, sukarelawan dan Program Rekreasi Anak Muda. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ada soalan tambahan?

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Soalan tambahan kepada Yang Berhormat EXCO iaitu adakah di sana disediakan apa-apa sokongan atau peruntukan kepada setiap DUN di dalam melaksanakan aktiviti dakwah, kerana kita tahu bahawa aktiviti dakwah ini dia kena turun kepada masyarakat dan biasanya DUN yang akan melaksanakannya, adakah di sana ada sokongan atau peruntukan yang disediakan kepada pihak DUN? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Sila Wakil Kerajaan.

Terima kasih Yang Berhormat Bandar. Setakat ini kita menggunakan pelbagai cara dan kaedah. Antaranya ialah pemerkasaan jabatan dan agensi yang sedia ada di samping unit-unit tubuh khususnya I-MITS dan DUAT termasuk juga UBSNT. Sebagai contoh, unit DUAT yang berada di bawah Portfolio ini kita mengadakan pelbagai program. Antara program yang kita laksanakan yang terbaru ialah kita menganjurkan satu kursus untuk mengeluarkan DUAT dalam Ilmu Faraid yang mana kita bekerjasama dengan Persatuan DUAT Faraid Malaysia dan Alhamdulillah dalam kursus yang kita

adakan kita telah berjaya mengeluarkan seramai 102 orang DUAT di setiap DUN. Sekurang-kurangnya boleh membantu jabatan yang berkewajiban untuk menyelesaikan isu-isu yang berkait dengan pembahagian harta pusaka dan lain-lain lagi dan di samping itu kita akan meluaskan lagi dalam skop-skop yang lain. Antaranya ialah DUAT dalam Ilmu Falak dan juga sudah tentu berkait dengan engagement dengan anak muda dalam media sosial sebagaimana yang telah saya jawab soalan daripada Rantau Abang sebentar tadi. Di samping itu kita membantu dengan program-program yang kita turun ke peringkat DUN-DUN melalui platform Karnival Indahnya Hidup Bersyariah. Ini adalah bertujuan untuk kita meningkatkan lagi program-program dakwah di semua peringkat supaya ianya sampai ke bawah supaya kita boleh engage dengan setiap lapisan dan segmen dalam masyarakat kita. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya nak bagi soalan yang terakhir.

Saya nak mencadang kepada pihak Kerajaan terutama daripada Yang Berhormat EXCO, pegawai-pegawai yang dihantar kepada setiap DUN ini, mereka tidak ada sebarang peruntukan dan memang mereka akan menggunakan peruntukan kita lah di pusat khidmat. Saya ingin mencadangkan kalau sekiranya boleh disediakan sedikit peruntukan untuk mereka, masuk kok pejabat daerah tak apa. Sekurang-kurangnya mereka ada sikit semangat untuk buat kerja dengan ada sedikit peruntukan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Ya, sila Wakil Kerajaan. Ringkas je tu.

Insya- Allah kita akan kaji dan pertimbangkan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Saya nak bagi soalan terakhir kepada Wakil Jertih untuk sesi pagi ini.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan satu ke dua?

Jertih soalan kedua.

Sejauh manakah pembanterasan perniagaan vape atau rokok elektronik di negeri ini selepas penguatkuasaan pengharaman perniagaan vape?

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan yang kedua. Silakan Wakil daripada Wakil Wakaf Mempelam.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya daripada Jertih. Jertih bertanyakan soalan tentang vape seperti yang tertera di skrin. Jawapannya ialah selepas daripada larangan penjualan produk rokok elektronik atau vape yang berkuat kuasa pada 1 Ogos 2025 yang lalu, semua premis perniagaan vape di bawah seliaan PBT di seluruh Negeri Terengganu telahpun menghentikan penjualan produk tersebut dan hampir semua premis-premis akur dengan pengharaman perniagaan vape yang telahpun dikuatkuasakan oleh Pihak Kerajaan dan dalam masa yang sama pihak PBT sentiasa dengan kerjasama penguatkuasa untuk berterusan melakukan pengawasan dan penguatkuasaan bagi memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap larangan yang telahpun dikeluarkan oleh pihak Kerajaan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ada soalan tambahan daripada Jertih?

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Berapakah jumlah premis vape di seluruh Negeri Terengganu dan juga tindakan penguatkuasaan sebelum dan selepas pengharaman vape, jumlah?

Timbalan Yang di-Pertua

Ya, sila. Ada data tak?

Ya, ada. Untuk makluman Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua dan juga sahabat saya Jertih. Sebelum daripada pengharaman secara total produk rokok elektronik ataupun vape ini, kita mempunyai sebanyak 146 premis jualan produk vape ini. Kalau saya boleh perincikan mengikut PBTnya, di Kuala Terengganu kita ada 40, di Majlis Perbandaran Kemaman kita ada 17 di Dungun kita ada 26, di Besut ada 36, di Hulu Terengganu ada 6, di daerah Marang ada 10 dan Setiu ada 11. Jumlah kesemuanya adalah 146 Tetapi selepas pengharaman total yang diisytiharkan oleh pihak Kerajaan yang bermula pada 1 Ogos 2025, daripada jumlah 146 hanya tinggal berbaki 7 sahaja lagi. Di Kuala Terengganu daripada 40 tinggal 3, di Kemaman daripada 17 hanya tinggal 1, di Dungun daripada 26 tinggal 1, di Besut daripada 36 juga tinggal 1, di Hulu Terengganu daripada 6 jadi 1 dan di Marang daripada 10 kosong (0), begitu juga kosong (0) di Setiu daripada 11. Sebelum daripada pengharaman, penguatkuasaan yang dilakukan sebelum pengharaman secara total, sebanyak 136 notis yang telah dikeluarkan dan 35 kompaun yang juga telah dikeluarkan kepada semua premis-premis yang telah beroperasi ini dan selepas daripada pengharaman secara total, jumlah kompaun yang dikenakan berkurangan daripada 35 kepada 11 dan notis daripada 136 hanya 6 notis sahaja yang dikeluarkan. Jadi Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Jertih, terbukti pengharaman total yang dilakukan oleh pihak Kerajaan ini sangat membantu untuk menyekat penularan produk rokok elektronik ataupun vape ini daripada dijual secara berleluasa dan secara bebas di dalam Negeri Terengganu ini. Insya Allah mudah-mudahan dengan usaha yang telah dilakukan ini akan dapat mensifarkan terus penggunaan vape di Negeri Terengganu. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Wakil Kerajaan, Wakaf Mempelam dan semua Wakil yang terlibat menjawab soalan-soalan daripada Wakil-Wakil Dewan Undangan Negeri kita. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Ketua-ketua Jabatan sama ada di negeri dan persekutuan, para pemerhati dan tuan-tuan puan-puan sekalian, saya tangguhkan dahulu persidangan kita pada pagi ini untuk masa lebih kurang setengah jam dan kita akan sambung semula pada pukul 10.50 pagi, sekian.

MESYUARAT DITANGGUHKAN PADA PUKUL 10.23 PAGI

PUKUL 10.56 PAGI

Yang di-Pertua

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Pertamanya, kita bersyukur pada Allah dan kita akan teruskan dan sambung penggulungan daripada Wakil Kerajaan. Seterusnya saya persilakan Yang Berhormat Paka.

Yang dihormati Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli MMKN dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, pemerhati dan juga hadirin-hadirat yang dihormati sekalian. Pertamanya, alhamdulillah merafakkan rasa syukur kepada Allah Ta'ala dapat sekali lagi kita bersama-sama dalam membahas Ucapan Belanjawan Bajet bagi 2026. Saya mengambil kesempatan ini tahniah dan terima Kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar yang telah berjaya membetangkan Rang Enakmen Pembekalan 2026 yang telah memperuntukkan hampir 2 billion untuk perbelanjaan mengurus bagi Negeri Terengganu Darul Iman dan insya-Allah kita mengharapkan supaya pulangannya akan kembali kepada rakyat demi

kesejahteraan dan mencapai tema “Maju Berkat dan Sejahtera”. Apapun ia berlegar kepada apa yang diperingatkan oleh Rasulullah tentang tanggungjawab dan amanah anak Adam tidak akan lepas setiap kaki anak Adam apabila masuk ke alam barzakh nanti dia akan disoal tentang empat perkara. Antaranya tentang hartanya dari mana dia dapat, ke mana dia dibelanjakan dan itulah konsep asas dalam perbelanjaan dalam Bajet mana sumber pendapatan dan kemudian ke mana kita belanjakan. Insya-Allah hasrat Kerajaan adalah untuk memulangkan kembali kepada pemegang taruh khususnya rakyat Terengganu yang telah memberi kepercayaan dan amanah kepada kita memimpin dan insya-Allah akan dikembalikan semula kepada rakyat sebagai amanah, tanggungjawab kita yang diberikan amanah kepimpinan. Bertemakan “Memacu Potensi dan Melonjak Prestasi”. Ada beberapa perkara yang cuba saya kongsikan bersama antara tujuh pemacu dalam menggerakkan potensi yang sedia ada di Negeri Terengganu Darul Iman, antaranya adalah pemacu yang keempat berkait dengan potensi GLC. Walau sebanyak mana dia meraih pendapatan keuntungan berjuta, ratus juta, bahkan bilion sekalipun tapi yang lebih penting adalah sejauh mana kita berjaya memulangkan kembali untuk manfaat kepada rakyat. Saya ambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada Terengganu Inc. yang pada tahun ini dengan pendapatan yang agak baik telah menyumbang CSR sebanyak 5.73 juta yang kembali kepada masyarakat sumbangan-sumbangan yang menggerakkan komuniti yang boleh bersama-sama berkongsi hasil daripada kecemerlangan anak syarikat ataupun GLC dan juga TI Group yang berjaya mengeluarkan, membantu CSR sebanyak 5.73 juta untuk tahun 2025, juga mengembalikan dalam bentuk pembayaran zakat sebanyak 8.6 juta secara langsung menyumbang dan berbakti membantu asnaf dalam meringankan sara hidup mereka serta khususnya dalam bidang-bidang pendidikan termasuk juga sumbangan kepada Kerajaan Negeri dan juga Yayasan Islam Terengganu sebanyak 5.1 juta melebihi pada tahun-tahun sebelum balik. Termasuklah program Yayasan Terengganu dan TI Young Talent yang telah menyumbang daripada RM500 ribu untuk tahun ini sebanyak RM1 juta. Terima kasih kepada GLC yang turut memberi biasiswa kepada anak Terengganu yang cemerlang, khususnya dalam bidang pendidikan.

Katok Gong Tiup Nafiri Kalau banyak untung, harap-harap tambah lagi.

Insya-Allah. Yang kedua, saya ingin menyentuh tentang pemacu yang keenam iaitu berkait dengan TVET. Hasrat Kerajaan Negeri untuk mewujudkan Majlis TVET Negeri diharapkan dapat memacu agar melahirkan potensi-potensi pelapis khususnya anak-anak Terengganu dalam bidang TVET. Setengah-setengah negara luar contohnya Jepun, ketika berusia 15 tahun mereka telah memilih bidang-bidang masing-masing dan TVET merupakan pilihan pertama mereka. Kat kita ini mu dok rok mu gi TVET lah kemahiran tapi dekat dia merupakan pilihan pertama selepas usia 15 tahun. Dalam masa sama, kita sebenarnya telah mengambil peranan berusaha untuk mengembangkan kemahiran TVET seperti ini. Sebelum pada ini kita dengan kerjasama Yayasan Terengganu telah mewujudkan pondok TVET mengikut daerah-daerah dan insya-Allah, kita akan memperkasakan kembali untuk program kemahiran di pondok-pondok yang sedia ada. Pihak JAKIM juga telah mengembangkan tahfiz TVET dan kita Kerajaan Negeri juga akan mempertimbangkan insya-Allah, kita akan mengembangkan ataupun menggabung jalin institusi-institusi yang sudah sedia ada maahad-maahad tahfiz, institusi-institusi tahfiz dan juga institusi-institusi TVET dalam bagi Kerajaan Negeri Terengganu sendiri. Oleh kerana itu kita mengharapkan kerjasama daripada YB-YB, jabatan-jabatan khususnya rakyat Terengganu supaya mewarwarkan institusi-institusi yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri.

Kerajaan Negeri telah menghabiskan peruntukan pembelanjaan yang tinggi bagi mengurus institusi-institusi ini memberi pinjaman-pinjaman kepada pelajar agar pelajar-pelajar khususnya rakyat Negeri Terengganu diberi keutamaan untuk memasuki pusat-pusat TVET Negeri Terengganu seperti TESDEC khususnya ataupun TTITC di Hulu Terengganu. Telemung, kawasan Telemung dok? Ruane-Tati ataupun TATI Skill Kolej Kemahiran Yayasan Terengganu mahupun Institusi Pengajaran Tinggi UCTATI supaya pelajar-pelajar Negeri Terengganu khususnya memberi keutamaan kepada institusi-institusi dalam negeri kita, secara langsung menjimatkan kos dan juga dapat meraih banyak manfaat yang telah dikeluarkan peruntukan-peruntukan, pinjaman-pinjaman pembelanjaan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu supaya dapat diguna dan dimanfaatkan yang terbaik.

Saya ambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada UCTATI dan TATI Skill. Projek pertama kita apabila kita lancarkan iaitu Fast-Track SPM Yayasan Terengganu bersama dengan TATI Skill. Baru-baru ini sempena graduasi convocation UCTATI pelajar pertama, pelajar sulung kita iaitu Ahmad

Bahauddin Kamal Bahari. Dulu dia mengaji di Pondok lewat, sikitlah umur 21, baru ambil SPM di Fast-Track. Kemudian join masuk UCTATI. Alhamdulillah, dia sudah bergelar sebagai seorang jurutera dan bekerja dengan saya Oil and Gas. Dari pondok menjadi jurutera. Itulah sebenarnya hasrat kita supaya kita dapat meraih lagi, banyak lagi potensi-potensi rakyat Negeri Terengganu untuk diberi ruang dan peluang lebih luas dalam kemahiran dan juga dalam kerjaya, karier masing-masing.

Yang ketiganya saya sentuh tentang pemacu yang ketujuh. Dalam mengoptimumkan penggunaan digital dan juga pentadbiran dan tidak ketinggalan khususnya dalam pendidikan. Satu retreat di Bangi Ketua-ketua Jabatan dan sebagainya yang kita adakan, telah mengambil keputusan untuk mengguna pakai digital ini di peringkat awal pendidikan dan pihak Kerajaan Negeri telah mengambil perjalanan. Antaranya kita membekalkan mewujudkan makmal komputer bermula dengan di SMIDI beberapa tahun yang lepas dan bermula tahun depan awal Januari kita akan memulakan digital ini bermula tahun satu menggunakan iPad dan juga program Apple. Insya-Allah pada 2026 semua pelajar tahun satu di SMIDI, semua pelajar akan menggunakan iPad dan insya-Allah akan diperkasakan daripada tahun ke tahun.

Sebelum pada ini kita sedia maklum semua pelajar-pelajar IMTIAZ di bawah Yayasan Terengganu IMTIAZ telah menggunakan aplikasi ini dan insya-Allah kita mengharapkan supaya sekolah-sekolah milik Kerajaan Negeri tidak ketinggalan dan itu merupakan langkah pertama dan insya-Allah kita berusaha untuk masa-masa yang akan datang untuk kita perturunkan lagi bermula di peringkat sekolah rendah milik Kerajaan Negeri, di SRIDI dan sebagainya. Hasratnya daripada semua pendapatan sumber dan sebagainya kita gembelingkan yang akan memulangkan kepada rakyat khususnya sebagai pemegang taruh kepada Kerajaan Negeri yang sedia ada.

Saya mengambil kesempatan ini, ucap , terima kasih, tahniah kepada pihak Kerajaan Negeri yang telah memulakan bermula tahun ini sumbangan one off kepada pelajar-pelajar yang bakal mengambil peperiksaan awam SPM, STPM dan STAM. Lebih 20,000 pelajar dapat menafaat dengan peruntukan RM2 juta. Walaupun RM100 seorang tapi sebagai rangsangan untuk mereka ini lebih berdaya saing, berusaha, beri semangat untuk cemerlang dalam SPM. Mengekalkan kecemerlangan di dalam peperiksaan awam yang telah kita pegang sebelum daripada ini. Yang kedua kita ucap terima kasih hasrat

Kerajaan untuk mempertingkatkan perkapital khususnya sekolah-sekolah agama rakyat. Kita ada lebih kurang 148 institusi rakyat yang bernaung di bawah payung Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terenggnu (JPINT). Sebahagiannya kita telah memberi perkapital dan kerana isu audit sebagainya kita tukar nama dengan bantuan one-off bermula tahun ini untuk akan-akan datang tapi konsep yang sama sahaja dan ia dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk menambahkan lagi peruntukan tersebut.

Kita ucapkan , dan terima kasih dan juga nampaknya ada subsidi air. Memang kita tak nafilah, antara bebanan pengurusan sekolah-sekolah agama rakyat ini, kos elektrik dan air. Jika pihak Kerajaan boleh memberi subsidi itu suatu perkara yang amat-amat dialu-alukan dan insya-Allah hasrat Kerajaan supaya kita seiring dalam dunia pendidikan ini, sama ada milik Kerajaan Negeri, milik-milik sekolah agama rakyat, institusi-institusi yang kita dapat seiring sekata, jalan bersama untuk membangunkan rakyat Negeri Terengganu ini sendiri insya-Allah.

Juga kita juga insya-Allah akan mengambil kira untuk menambahkan peruntukan-peruntukan pinjaman pelajar bagi pinjaman TVET khususnya sebab bilangan-bilangan yang terlalu kecil dan terhad agar kita beri banyak lagi peluang-peluang dan kita pelbagaikan peluang-peluang dalam bidang-bidang, kemahiran-kemahiran yang tertentu khususnya institusi-institusi milik Kerajaan Negeri. Setakat ini untuk program Fast-Track SPM, TATI Skills kita mengambil 100 orang pelajar. Kita berusaha untuk mempertingkatkan lagi kerana permintaan yang tinggi. Kita berusaha insya-Allah harap kita dapat menambah peruntukan sehingga 200 orang pelajar setiap tahun bagi peluang kepada pelajar-pelajar tahfiz, pelajar-pelajar pondok dan sebagainya untuk mengambil SPM dan mula meneroka bidang yang lebih luas. Saya dimaklumkan pada tahun ini ada seorang Hafizah 30 juzu’ yang sudah berjaya menamatkan di Fast-Track SPM dan sedang menunggu untuk graduasi di UCTATI juga. Ini merupakan produk-produk yang kita rasa dapat menambah nilai kepada pengajian-pengajian yang mereka miliki setakat ini. Yang seterusnya kita juga berusaha untuk mempertingkatkan biasiswa SPC kita, Skim Pelajar Cemerlang sejak 2019 kita memperuntukkan RM5 juta tapi dengan bilangan pelajar yang cerdik ramai, golongan-golongan B40, yang mohon juga ramai, kadang-kadang agak terhad. Lebih kurang 200 orang sahaja setahun kita boleh keluarkan dengan peruntukkan RM5 juta setahun.

Kita sekarang berusaha untuk mempertingkatkan kepada RM6 ataupun RM7 juta. Insya-Allah doa-doakanlah

untuk tahun-tahun mendatang kita boleh mempertingkatkan Yayasan Terengganu dengan biasiswa SPC ini daripada RM5 juta setahun yang kita sekarang kepada RM6 juta ataupun RM7 juta untuk tahun-tahun yang akan datang.

Saya ingin menyebut sedikit apa yang disentuh oleh dari kalangan Ahli-ahli Yang Berhormat ADUN yang menyentuh tentang isu-isu pendidikan. Saya ucap , terima kasih di atas keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, tentang pendidikan anak-anak Negeri Terengganu kita ini. Yang pertama, saya ingin sentuh tentang ADUN Ladang, yang menyentuh tentang isu UPKK, yang mengatakan Negeri Terengganu antara yang terendah daripada keputusan UPKK. Hasil daripada maklumat kita sebenarnya tiada ranking yang dikeluarkan oleh JAKIM. Mungkin YB ada line wane dengan JAKIM nun, dapat maklumat tapi tiada pendedahan awam, umum juga melibatkan ranking ini. Yang pastinya, pencapaian yang dimaklumkan berdasarkan GPS iaitu Grade Purata Score setiap negeri, kebangsaan dan juga sekolah-sekolah.

Jadi pencapaian UPKK Terengganu pada 2024 adalah 100% lulus. Tiada seorang pelajar yang dapat keputusan semua D pada semua subjek. Untuk GPS Kebangsaan, UPKK Kebangsaan 1.85 dan untuk GPS UPKK Negeri Terengganu pada tahun 2024, 2.01 dan untuk sekolah-sekolah milik kerajaan negeri tanggungjawab kerajaan negeri, sekolah-sekolah negeri khususnya SRIDI, 1.24. Saya ambil kesempatan ini ucap tahniah kepada JPINT dan juga SRIDI-SRIDI Negeri Terengganu dengan GPS 1.24 mengatasi GPS Peringkat Kebangsaan dan juga Peringkat Negeri Terengganu. Tahniah. Yang kedua, ADUN Air Putih, saya rasa acap kali nok sekolah baru ni DUN Air Putih ni, jadi macam Telemong gok 3-4 kali nak minta geran, bahagian Telemong.

Untuk makluman Yang Berhormat Air Putih, kita memang bercadang untuk mewujudkan SMIDI baru dan juga SRIDI di DUN Air Putih dan juga bagi Daerah Kemaman. Cadangan tapak sudah diluluskan iaitu Batu 2 ½, Jalan Air Putih Kemaman dengan keluasan 9.43 ekar.

Insya-Allah kita tunggu kelulusan Bajet untuk pembangunan dan akan memulakan persekolahan ini. Sekarang ni memang permintaan tinggi untuk SMIDI mahupun SRIDI. Kadang-kadang nak masuk darjah satu tu, minta syafaat juga EXCO YB apa. Darjah satu apalah nasib lah tapi memang kadang-kadang bila markah rendah sangat dok sapa 80%, takut nyakyer pelajar sebab

SRIDI ni dia akan memulakan pengajian Tahun Satu dengan Al-Quran, Bahasa Arab dan sebagainya, takut dok dang nok ambak, sian gok ke dia. Kita paksa-paksa dia masuk, jadi kita tengoklah hok mane-mane tu, sebab kita limit sangat pengambilan, jadi terpaksa pilih-pilih. Temuduga doh, nak masuk darjah satu, temuduga doh, kekgi nok masuk tadika temuduga gok, berat dok tahulah… tapi memang pilihan sebab pelajar kita balik pukul 4.00 bereh lake doh, ngaji bereh, mayang bereh, Al-Quran bereh. Jadi mak ayah tinggal situ balik kerja pukul 4.00 katrang ambik, bereh lake doh, itulah memang hasrat kitalah tapi setakat ni hasrat kita, satu DUN satu SRIDI, satu Parlimen, satu SMIDI dan juga Kolej Terengganu kita, jadi masih lagi dalam proses pembinaan dan sebagainya.

ADUN Rantau Abang menyentuh tentang isu gejala sosial. Krisis nilai dan akhlak dan menyarankan supaya kembali kepada Pendidikan Islam dan memang itu selari dengan hasrat Kerajaan Negeri dan juga tindakan-tindakan yang kita telah ambil perjalanan. Saya pernah ingatlah yang MB sebut dengan Gen-Z kita ni, generasi baru ni manjalah, apalah.. Zaman-zaman kita dulu baham nampor, baham rotan, cikgu ni normal je… Zaman sekarang rotan sikit, jumpa di mahkamah. Tu nyaknyer orang. Dalam Islam pun suruh anakmu sembahyang umur tujuh tahun. pukul dia umur 10 tahun. Ada seorang cikgu pukul anak murid kerana sembahyang, kena pecat dok stabuk… ni di Negeri Terengganu ni, kena pecat doh macam mana. Zaman saya dulu mak hantar sekolah ye kate, “cikgu ambiklah wat anok murid ni tolok buta dengan patoh je”, ye kabo. Cikgu kata ingat tu mok mu kate mende, buta dengan patoh je, hok lain ikut panda lah tapi tak dok pun sapa buta patoh. Jadi cikgu mengajar dengan roh, dengan jiwa, dengan hati dan perasaan. Dia buat macam anak dia sendiri.

Zaman sekarang sekolah suruh anok nyapuh je, macam kita, kan, seminggu nyapuh kelas, seminggu papan hitam, seminggu bersih tandas. Cikgu suruh nyapuh, mari mok ayah ni kabo, ”Cikgu, bakpe suruh anok saya nyapuh, bersih nih? Saya ator untuk skoloh, blajo bukan mari nyapuh.” Doh, macam mana starang? Warning cikgu apa sebagainya. Ada setempat tu, baham buku lima cikgu, tunggu kat pagor, hok mana cikgu? Hok mana? Cikgu pun, ye dok kenal. Akhir cikgu kata guana, “ikut panda mu ah nok jadi gajah rima pun. Gaji aku jalan.” Jadi dia hanya mengajar fizikal ni sahaja, perasaan, jiwa tak ada. Ini menimbulkan krisis akhlak, nilai dan sebagainya.

Dato’ Yang di-Pertua, mohon mencelah….

Yang di-Pertua

Yang Berhormat Jertih, sila Yang Berhormat...

Terima kasih Yang Berhormat Paka, kita setuju bahawa kita menghadapi kegagalan…

Yang di-Pertua

Semangat sikit Yang Berhormat Jertih.

kegagalan sistem pendidikan negara kita untuk melahirkan insan yang seimbang, jasmani, emosi, rohani dan intellectual dengan bertambahnya kes-kes jenayah gejala sosial di sekolah-sekolah di seluruh negara. So, apakah solusi yang Portfolio Yang Berhormat Paka ingin tawarkan kepada masyarakat?

Antara faktor penyumbang besar masyarakat kita ni, generasi baru ni, dia nak derah, dia nok cepat, dia nak segera. Zaman kita dulu, mok nok masok tengah hari, pukul 10 start doh. Cari kayu api tu apa, lambat. Sekarang ni dia nok cepat. Mee maggi, cepat dimasak, sedap dimakan. Dia nok derah lake. Tu timbul handset ni, handset nok derah okmo, nok derah, nok derah… Orang dulu berkasih ni, sekolah-sekolah dulu berkasih. Dia bercinta, sekolah rendah bercinta doh, dia diam, lepas universiti baru kahwin. Ni baru joh dua, bawa pisau doh, mu nok ke aku dok? Takdok? Sembelih mu… oh berat. Dia nak segera faham, nak macam mana sekarang? Haa, dok sabor, dok tahan. Dia nok derah belake, serba-serba nok derah. Handset gitu gok, nok derah bayor, nak derah apa. Haa, dulu g bank dulu ambil pitih, lening dok, sreh transfer… Derma pun gantung QR tekok, hadohhh, bise.. Nak derma, kabo tak dok pitih ni, wak tubik QR, bapok buh tekok. Zaman moden, nok kata macam mana? Jadi penyelesaian dia, sebagaimana dia cadangkan Yang Berhormat Rantau Abang lah. Islam telah memberi penawaran-penawaran dia dan konsep Islam Pendidikan ni, sepanjang hayat long life learning, daripada buai, sampailah atas. Oleh itu, kita ucap terima kasih kepada semua Institusi, I-MITS, DUAT, jabatan-jabatan, masjid dan sebagainya. Semua perlu mainkan peranan. Jangan kata tugas pendidikan ni, cikgu sahaja, ustaz sahaja ataupun warga

pendidik sahaja, dok semua tanggungjawab, memainkan peranan. Jaga diri kamu, jaga keluarga kamu, daripada api neraka, sebab itu tema kita, Maju Berkat Sejahtera. Sejahtera ni definisi dalam Islam sahaja. Maksudnya, Dunia baik, akhirat baik, selamat daripada api neraka. Inilah sebesar-besar kejayaan dan inilah kita, matlamat masuk pendidikan, pendidikan dan sejahtera PITAS menuju ke arah 2030 ni, ke arah pendidikan sejahtera, insya-Allah.

Cuma semua main perananlah, kita tinggal ni kadang-kadang macam sebut dadoh banyok doh. Nok start basuh, bende berlubang tu doh.. Nok tutup lubang itu. Di samping yang sama, hok baki-baki itu supaya dapat disesuaikan dengan cara yang baik lah. Satu lagi, YB Ladang ada sebut kelmarinlah. Sebab benda bila disebut dalam Dewan ni, bukan untuk semua lah, apatah lagi persoalan-persoalan timbul kalau tidak diberi penjelasan, kita bawa balik lagi ada benda sakkok dalam kepala. Apabila isu pelajar sekolah rendah 12 tahun ke bawah, dalam isu pelanconganlah khususnya. Yang Berhormat tak berapa selesalah apa kata umur 12 ini kadang-kadang besar-besar dah, hok jenis body kasar-kasar tu, boleh jadi bini orang dah tu, duduk depan ngok ngek-ngok ngek lagi tak apa selesalah. Se lagi kadang-kadang media ni, wartawan jangan ambil gambar dekat sangat. Bila nampak dekat, nampak tua, nampak besar. Ambil jauh sikit, nampak kecil sikit. Memang kita pastikan 12 tahun ke bawah. Ini payah juga. Apapun, untuk makluman Yang Berhormat, Enakmen Kesalahan Jenayah kita 2001, Seksyen 63, kanak-kanak yang belum baligh dikecualikan tindakan undang-undang. Dan ta'rif mukallaf yang kita tetapkan adalah mencapai umur 18 tahun. Ta’rif mukallaf, siling dia. Dulu kita bincang, sebab dulu ada kempen kata, ni hudud PAS itu. Bukan hudud islam, bakpe penjenayah yang umur 18 tahun baru kena. Jadi mana ada. Imam Syafie akil baligh. Memanglah akil baligh. Semua ulama’ mazhab, empat mazhab ini, dari segi minima mukallaf ini 9 tahun Hijriyah. Mazhab Syafie ke, Hanafi ke Hambali, Maliki ke. Dan secara fizikalnya, orang puan keluar mani, orang puan keluar haid, orang lelaki keluar mani. Kalau dia umur 40 tahun, jebeng, dok keluar mani lagi, dia tetap, sebab umur maksimum dia, ikut Imam Syafie, 15. Ikut mazhab Maliki, 17 tahun. Ikut mazhab Hanafi, orang lelaki 18, orang puan, 17 tahun. Jadi masa dibincang tu, kita nak letak guana had umur ini. Kalaulah kita letak umur 15, mari orang mazhab Hanafi. Dia kata, saya tak kena, sebab mazhab saya umur 18. Jadi kita ambil keputusan siling. Pihak Kerajaan boleh memilih antara pandangan-pandangan dan mazhab-mazhab untuk berdasarkan lokasi, lokaliti, maslahah setempat untuk meletakkan had

umur 18. Jadi umur 18. Bukan masalah ni hudud PAS apa dok, memang begitulah pandangan-pandangan ulama' sebagainya. Jadi dari segi minima…

Yang di-Pertua

Panjang lagi Yang Berhormat? Panjang lagi ke?

Sikit lagi. Minima dia 9 tahun. Jadi bila 9 tahun, sampai umur 18? Jadi masa kita buat garis panduan syariah ini kan, kita letak umur 12. Kalau kira ada lagi kata umur 15, 18, tapi kita ambil 12. Uruf kita kira di negeri kita, Terengganu ini, sekolah rendah. Kita rasa masih lagi bersesuaian dan ikut peraturan tersebut. Hok kita tak selesa tengok tu hal lainlah. Kita tak boleh makan dhab, kita jangan kata dia biawak haram pulak. Jadi ikut apa orang panggil peraturan-peraturan yang diizinkan.

Satu lagi, ADUN Batu Rakit, menyentuh tentang peruntukan per kapita. Saya dah bincang dengan PKN, dia lulus dah, insya-Allah dua minggu lagi kot. Ataupun memang sebelum pada itu, sebelum akhir tahun kita bayar peruntukan per kapita ini. Sebab ada dah sekolah-sekolah agama rakyat ini ngadulah akhir bulan, akhir tahun ni mepeh dah. Insya-Allah kita akan lepaskan peruntukan per kapita. Tapi masih lagi mengikut bantuan lamalah. Hok MB umum ini bermula tahun depan, insya-Allah penambahan.

Yang kedua, masalah pengiktirafan UPSRI. Ini banyak melibatkan teknikal dan sebagainyalah. Sebab banyak sekolah-sekolah kita, ada yang SABK, bawah KPM, dia melibatkan peraturan-peraturan mereka sendiri dalam memilih kemasukan pelajar-pelajar di sekolah mereka, dan UPSRI kita ini juga pelajar-pelajar sekolah rendah dia, limit dia 5 tahun, ada yang 6 tahun, jadi kesediaan mereka boleh mengambil UPSRI dan sebagainya, perlu juga diambil kira. Dan pihak Kerajaan Negeri juga di bawah JPINT mewujudkan peperiksaan bawah SRIDI, dia panggil SIDI, Sijil Ibtida’e Darul Iman.

Dia juga mengikut syarat-syarat yang kita rasa insya-Allah, boleh digunapakai dan dimanfaatkan. Berkait isu anak Terengganu di Mesir. Sebagai sebuah Kerajaan, jadi semua anak kita belaka, kan dulu kan anak Cina anak kita, anak India anak kita, anak Kadazan, anak kita. Ini sama juga. Jadi bukan anak Terengganu di Mesir sahaja anak kita. Ada ibu bapa yang belajar di Australia, belajar di UK, belajar di Jordan, mereka pun ada anak-anak juga. Jadi setakat

ini kita tak menyediakan polisi di bawah Yayasan Terengganulah. Walaupun dia mengambil pengajian-pengajian Islam dan sebagainya. Tetapi sebelum-sebelum pada ini, Yayasan Pendidikan MAIDAM, MAIDAM mengambil cakna. Berkait dengan zakat dan sebagainya. Sebab sebelum pada ini kita dapati, mereka dapat zakat daripada MAIDAMlah. Jadi dia boleh bincang-bincang dengan pihak MAIDAM, insya-Allah agar memberi kembali sumbangan, bantuan pelajar-pelajar ataupun anak-anak mereka yang mendapat pendidikan, pengajian di Mesir khususnya.

Dan berkait beberapa isu satu lagi, tentang ADUN Besut, ponteng sekolah. Memanglah, kita tak dapat nafilah. Tapi secara keseluruhannya, pelajar-pelajar Terengganu ini masih lagi terkawal. Dengan beberapa isu-isu, isu akhlak, isu jenayah sebagainya. Pelajar-pelajar negeri Terengganu kita ini masih lagi terkawal, dan khususnya pelajar-pelajar Matrikulasi yang akan ke luar negara. Dia masih sebut pelajar-pelajar Terengganu ini masih lagi mengisi pusat-pusat Islam mereka, tapi ada juga yang shock la. Sebab nak gi luar negara dah start dengan apa orang panggil, culture shock dia. Tapi apa pun insya-Allah.

Dan termasuk juga isu TVET. Eh, TVET pulak, vape. Memang itu permintaan guru-guru kita pun cukup bimbang isu vape di sekolah-sekolah. Jadi kita ucap tahniah, terima kasih kepada pihak kerajaan yang telah membuat keputusan mengharamkan di Negeri Terengganu kita dan untuk makluman, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Peringkat Kebangsaan telah mengharamkan, hukum haram penggunaan vape pada Disember 2015. Rokok pun ada. Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Peringkat Kebangsaan telah membuat keputusan dalam mesyuarat Muzakarah kali yang ke-37 iaitu pada 23 Mac 1995, telah memutuskan bahawa penggunaan rokok itu haram.

Jadi masalah penguatkuasaan, inisiatif, masing-masinglah pulak. Atas pelanconganlah pula, insya-Allah. Jadi sekadar itu saja. Terima kasih. . Paka mahu menyokong.

Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat Paka. Hampir 40 minit Yang Berhormat Paka telah buat penggulungan tentang kecemerlangan pendidikan dan peluang-peluang pendidikan yang dikemukakan oleh Pihak Kerajaan. Seterusnya saya,

kita mengakhiri penggulungan pada pagi ini tentang Enakmen yang telah diluluskan bacaan kali kedua oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar. Saya persilakan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar untuk menyampaikan penggulungannya.

Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin MokhtarPAS · PNMenteri Besar · Ru Rendang

Terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua. Semua Ahli-ahli Yang Berhormat, para ketua-ketua jabatan, kakitangan-kakitangan jabatan, para pemerhati dan hadirin sekalian. Alhamdulillah kita dapat menyelesaikan perbahasan dan juga penggulungan pada hari ini insya-Allah dan saya ingin merakamkan jutaan perasaan terima kasih setinggi-tingginya kepada Yang Berhormat Bandar selaku ketua backbenchers bersama dengan pasukan Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberikan pandangan, berbahas mengemukakan soalan-soalan yang dijawab oleh Pihak Kerajaan secara bertulis dan secara lisan dan juga mengemukakan persoalan-persoalan baru yang telah dibangkitkan sepanjang perbahasan. Yang saya kira hampir keseluruhannya telah dijawab oleh anggota Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dalam sesi penggulungan masing-masing yang bermula daripada semalam dan berakhir pada hari ini.

Mana-mana yang berupa cadangan, kritikan pandangan-pandangan itu akan kita tekuni, akan kita teliti satu-persatu diantaranya berdasarkan kepada hansard yang kita ada dan perkara yang dapat kita laksanakan insya-Allah kita akan mengambil langkah bagaimana untuk melaksanakan mengikut keutamaan Pihak Kerajaan.

Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, berbagai perkara telah dibangkitkan berkait dengan persoalan ekonomi, persoalan sosial, pendidikan, infrastruktur, pelaburan daripada luar tentang REE dan sebagainya dan saya kira telah dijawab dengan begitu baik oleh Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan. Saya hanya ingin mengambil masa yang ringkas saja hari ini berbanding dengan penggulungan saya yang sebelum daripada ini, iaitu berkait perkara yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bandar, Ladang, Bukit Besi, Rantau Abang, Hulu Besut, Bukit Tunggal, Permaisuri, Pengkalan Berangan, Manir, Seberang Takir, Telemong dan Batu Rakit yang

membangkitkan secara konsisten berkenaan dengan semangat federalisme dan royalti Petroleum.

Untuk rekod, walaupun sebahagiannya telah dijawab dalam Soalan Bertulis, untuk rekod pada tahun 2024, Kerajaan Negeri hanya menerima RM733.05 juta daripada keseluruhan Royalti Petroleum yang berjumlah RM1.55 bilion dan penerimaan ini Kerajaan Negeri hanya menguruskan 53% daripada hasil Royalti Petroleum selebihnya, telah tidak dihantar direct kepada Kerajaan Negeri dimana Kerajaan Negeri telah hilang otonomi ke atas penggunaan, lebih kurang separuh hanya diberi direct kepada Kerajaan Negeri separuh lagi dibuat membayar secara terus kepada pihak-pihak yang berkenaan. Manakala bagi tahun 2025, iaitu sehingga 2 November 2025, Kerajaan Negeri dicatatkan baru menerima Royalti Petroleum berjumlah RM1.08 bilion atau 66.44% daripada anggaran keseluruhan 2025 berjumlah RM1.63 bilion. Daripada RM1.08 bilion ringgit itu, hanya RM583.35 juta disalurkan terus ke akaun Kerajaan Negeri. Sekali lagi, Kerajaan Negeri hilang otonomi untuk menguruskan 47% daripada hasil Royalti Petroleum sendiri, dan perkara ini berlaku selain daripada berlaku pada tahun 1999 hingga 2004, selepas daripada itu, masa kita mengambil alih Kerajaan pada tahun 2018, ianya tidak berlaku, kita mendapat sepenuhnya Royalti Petroleum ini untuk diuruskan oleh Kerajaan Negeri secara total sehinggalah berlaku pilihan raya pada tahun November 2022. Disitulah bermulanya satu episod baru dalam sejarah pemberian Royalti di Negeri Terengganu yang saya kira, merupakan suatu episod hitam yang tidak patut berlaku lagi pada zaman moden ini di mana kepentingan politik melebihi daripada kepentingan melaksanakan tanggungjawab yang sepatutnya. Secara kumulatif ya, daripada Royalti Petroleum Negeri Terengganu bagi tempoh 2023 hingga 2025, Kerajaan Negeri sebenarnya hanya dibenarkan mengurus 50% saja. Malah penyaluran ini pula tidak mengikut masa yang sepatutnya, tapi mengikut perjanjian iaitu dua kali setahun. Keadaan yang berlaku ini menyebabkan Kerajaan Negeri sukar untuk membuat perancangan dan pelaksana pembangunan negeri, apatah lagi perkara yang berkait dengan rakyat Negeri Terengganu.

Sebab itulah kita sentiasa berjuang supaya keadaan itu dikembalikan kepada asal sebagaimana amalan sebelum November 2023. Bila kita sebut acap kali tentang Royalti Petroleum, maka ada pihak pula mengatakan bahawa tidak ada kerja lain sebut hal Royalti. Memanglah tidak ada kerja lain, sebab itu adalah hak kita, kita konsisten daripada dulu, tak pernah sedikit pun kita merasakan

bahawa ini bukan hak Negeri Terengganu yang telah ditandatangani hasil daripada pembentukan Petronas dan perjanjian antara Kerajaan Negeri dan Petronas dahulu. Tak pernah terdetik sedikit pun ini bukan hak kita. Kerana itu, di mana silapnya sebuah Kerajaan menuntut kembali apa yang sepatutnya diterima. Sudah pasti suasana sebegini amat tidak baik untuk pembangunan dan perjalanan sesebuah negeri. Dan sewajarnya konsep federalisme yang menjadi identiti pada pembentukan Malaysia ini, dihukum dengan penuh profesional dan matang. Saya selalu sebut di pelbagai forum, di pelbagai tempat. Sekiranya negeri-negeri seluruh negara, bukan Negeri Terengganu saja, ingin mencapai, mengurangkan disparity di kalangan negeri ataupun kesenjangan di kalangan negeri-negeri dan negeri-negeri ini juga menyumbang kepada GDP untuk negara kita, KDNK untuk negara kita.

Negeri-negeri haruslah diberikan pertimbangan yang lebih luas dalam melaksanakan apa juga program dan projek di negeri-negeri. Kita bukan lagi hidup pada zaman pembentukan negara Malaysia pada tahun 1957 dahulu, dan kalau kita ingin bergerak pantas, maka sudah tentunya konsep yang saya selalu sebut untuk dikaji kemungkinan cooperatif federalism atau fiscal equalization yang pernah saya sebut, saya bahaskan sebelum ini, perlulah dipertimbangkan untuk dilaksanakan di peringkat Persekutuan, dan saya yakin bahawa sekiranya berlaku perubahan di peringkat nasional, ini adalah antara komitmen kita untuk melakukan perubahan yang sebetul-betulnya, sebenar-benarnya untuk membawa Malaysia ke persada yang lebih baik. Walaupun kita berdepan dengan pelbagai perkara, usikan situ, usikan sini, cubit situ, cubit sini, tetapi kita masih lagi dapat melonjakkan prestasi Kerajaan Negeri dengan pelbagai pencapaian dan pengiktirafan yang lebih baik daripada tahun-tahun sebelum ini. Antaranya yang saya sebut secara ringkas, bagi tempoh RMK-12 dari tahun 2021 hingga 2024, purata hasil janaan negeri meningkat sebanyak 11.9% kepada RM264.88 juta setahun berbanding RM236.77 juta setahun bagi tempoh RMK-11. Manakala ekonomi pula berkembang secara perata 4.1% setahun berbanding 1.9% setahun bagi tempoh RMK-11. Memanglah di luar sana bertebaran pelbagai pos terus perkara-perkara yang tidak benar, dia buat poster dan difitnahkan Kerajaan Negeri dengan pelbagai fitnah.

Yang kedua ialah nilai pelaburan komilitif bagi tempoh RMK-12 sehingga Jun tahun ini meningkat sebanyak 48.2% kepada RM14.3 billion berbanding RM96 bilion bagi tempoh RMK-11.

Yang ketiga, pendapatan Kumpulan Terengganu INC, meningkat daripada RM900 juta pada tahun 2018 kepada RM1.75 bilion bagi tahun 2024. Kalau ini tak dikira sebagai peningkatan yang ketara saya rasa orang yang menuduh itu perlu belajar matematik balik lah. Perlu belajar mengira semula. Benda yang paling basic dan paling simple RM900 berbanding dengan RM1.75 bilion, tentulah jauh beza, dan yang keempat, di samping itu juga skor indeks bahagian rakyat Malaysia yang tertinggi iaitu 86.4 pada tahun 2024 menjadikan Negeri Terengganu sebagai negeri tahap yang sangat bahagia. Jadi ini antara perkara yang kita memang tak puas hati. Memang kita rasa ini bukan the peak of our performance, bukan kemuncak pencapaian negeri kita banyak lagi perkara yang boleh kita buat tapi kita ingin mengambil sikap sentiasa tambah baik. Kita penuh dengan kelemahan, kita akui dalam melaksanakan tanggungjawab ini ada kelemahan-kelemahan dan kita bergerak daripada kelemahan untuk membaiki kelemahan, kita bukan manusia yang sempurna.

Dato' Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, dalam kita menggerakkan negeri kita ini, tentunya tanggungjawab yang telah dilaksanakan oleh para penjawat awam di Negeri Terengganu sama ada kakitangan tetap, kakitangan kontrak, kakitangan ad-hoc adalah merupakan tulang belakang bagi pentadbiran Kerajaan dalam memperolehi segala pencapaian yang saya sebutkan tadi. Ada juga di luar, bila saya bentang Bajet, dia duduk bising. Dia kata Bajet takdok sebut pun tentang adalah, dia kata takdok sebut pun tentang bonus, takdok jumlah, takdok sebut. Kalau tuan-tuan, Ahli-ahli Yang Berhormat baca kembali Pembentangan Bajet saya pada kali ini. Kali ini adalah kali pertama dari tujuh Pembentangan Bajet yang pernah saya buat sebelum ini bermula daripada 2018 dah tujuh kali, inilah kali pertama yang dalam Pembentangan Bajet itu tidak ada angka. Sebelum ini semua ada angka-angka belake sebelum ini ada Bajet, ada berkenaan bonus belake kali kedua tak ada mengenai bonus kerana kali pertama iaitu pada tahun sebelum ini berlaku Pilihanraya Kecil Parlimen Kemaman. Saya tidak mahu menggunakan kedudukan saya sebagai Menteri Besar untuk membuat pengisytiharan bonus dalam keadaan saya berdepan dalam Pilihanraya Kecil Kemaman kerana kita bercakap tentang satu budaya baru yang perlu berlaku dalam negara kita ini, itu satu.

Pada tahun ini juga saya tak sebut tentang angka-angka sebab pada saya, saya ingin membudayakan bahawa Pembentangan Bajet adalah bukan sesuatu dengan izin dalam bahasa inggeris disebut grand standing. Siapa yang nak

google, nak tengok apa maknanya, tengoklah. Grand standing, Pembentangan Bajet bukanlah suatu grand standing dengan izin, bukanlah suatu upacara untuk menunjukkan kebolehan kita bercakap dalam pelbagai bahasa, kita mengutarakan falsafah-falsafah yang gagal difahami oleh orang ramai. Kita ingin bercakap sesuatu perkara yang direct dan jelas kepada rakyat. Berbalik kepada apa yang saya nak sebut tadi di peringkat sebelum pada ini iaitu berkenaan dengan bonus kepada kakitangan awam penjawat awam di Negeri Terengganu pelbagai kategori tadi tak ada dalam pembentangan asal dan saya dah beritahu kepada Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri bahawa saya tak akan sebut dalam Pembentangan Bajet, saya akan sebut semasa penggulungan. Jadi ada orang tak sabar dan saya percaya yang tak sabar itu bukan kakitangan awam di Negeri Terengganu pun. Mereka mungkin tak ada kena mengena pun dengan kakitangan awam di Negeri Terengganu.

Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri bersetuju untuk memberikan bonus kepada penjawat awam Negeri Terengganu dengan jumlah RM500.00, insya-Allah.

Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum melabuhkan tirai bicara saya ingin sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus bagi menjayakan Persidangan Dewan Undangan Negeri pada kali ini, semua pihak terlibat daripada Ahli-ahli Yang Berhormat, pegawai-pegawai termasuklah bentara, mereka yang menyediakan kelengkapan-kelengkapan, menyediakan makanan, saya rasa semuanya berperanan dan dikira sebagai satu amal soleh di sisi Allah. Saya rasa itu sajalah apa yang saya nak sampaikan moga-moga kita mendapat keberkatan di sisi Allah Subhanahu Wa Taala, sekian.

Yang di-Pertua

Terima kasih, kepada Yang Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar. Kita telah pun selesai membahaskan Enakmen Pembekalan 2026. Sekarang saya buka kepada undian-

Cadangan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang kedua dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan sebulat suara.

RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN BAGI MENGGUNAKAN SEJUMLAH WANG DARIPADA KUMPULAN WANG DISATUKAN UNTUK PERKHIDMATAN BAGI TAHUN 2026 DAN BAGI MEMPERUNTUKKAN JUMLAH WANG ITU UNTUK PERKHIDMATAN BAGI TAHUN ITU, DIBACA PADA KALI YANG KEDUA

Dalam Jawatankuasa

Yang di-Pertua

Mesyuarat sekarang menjadi Jawatankuasa.

RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN BAGI MENGGUNAKAN SEJUMLAH WANG DARIPADA KUMPULAN WANG DISATUKAN UNTUK PERKHIDMATAN BAGI TAHUN 2026 DAN BAGI MEMPERUNTUKKAN JUMLAH WANG ITU UNTUK PERKHIDMATAN BAGI TAHUN ITU TELAH DITIMBANGKAN DARI SATU FASAL KE SATU FASAL DAN TELAH DIPERSETUJUI TANPA PINDAAN DENGAN SEBULAT SUARA

Yang di-Pertua

Mesyuarat balik semula.

Bacaan Kali Yang Ketiga

Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin MokhtarPAS · PNMenteri Besar · Ru Rendang

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya maklumkan bahawa Rang Enakmen ini telah ditimbang dalam Jawatankuasa dan telah dipersetujui. Saya mohon mencadang supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu.

Yang di-Pertua

Rang Enakmen ini telah mendapat sokongan untuk dibaca pada kali yang ketiga dan diluluskan.

Cadangan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang ketiga dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan sebulat suara.

RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN BAGI MENGGUNAKAN SEJUMLAH WANG DARIPADA KUMPULAN WANG DISATUKAN UNTUK PERKHIDMATAN BAGI TAHUN 2026 DAN BAGI MEMPERUNTUKKAN JUMLAH WANG ITU.

DIPERBUAT UNDANG-UNDANG INI OLEH KUASA UNDANGAN NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN SEPERTI YANG BERIKUT:

1 (1) ENAKMEN INI BOLEHLAH DINAMAKAN ENAKMEN PERBEKALAN 2026.

(2) ENAKMEN INI HENDAKLAH MULA BERKUAT KUASA PADA 1 JANUARI 2026.

Yang di-Pertua

Rang Enakmen ini diluluskan dan menjadi Enakmen Perbekalan 2026.

Ahli-ahli Yang Berhormat, alhamdulillah kita telah pun selesai meluluskan Bajet 2026 dan akan meneruskan dengan Tertib Pekerjaan seterusnya. Sebelum itu, kita berdoa agar Allah Ta’ala memberikan kekuatan kepada semua pihak bagi melaksanakan Bajet yang telah diluluskan.

Seterusnya, pembentangan Enakmen Kedua, sila Setiausaha.

Setiausaha Dewan

Dipersilakan Yang Berhormat Datuk Razali bin Idris, Wakil Kijal mengemukakan Rang Undang-Undang Yang Kedua.

Enakmen Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu (Bab Yang Pertama) (Pindaan) 2025Bill

Setiausaha Dewan

Bacaan Kali Yang Pertama

Datuk Haji Razali bin IdrisBERSATU · PNKijal

Yang Berhormat Dato’ di-Pertua, saya mohon mencadangkan Rang Undang-Undang Bernama suatu Suatu Enakmen bagi meminda Undang-Undang bagi Diri Kerajaan Terengganu, dibaca bagi kali yang pertama.

Yang Berhormat Dato’ di-Pertua, saya menyokong cadangan tersebut. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Rang Enakmen ini dibaca pada kali pertama.

RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA UNDANG-UNDANG BAGI DIRI KERAJAAN TERENGGANU DIBACA BAGI KALI YANG PERTAMA

Bacaan Kali Yang Kedua

Datuk Haji Razali bin IdrisBERSATU · PNKijal

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan Rang Undang-Undang Bernama Suatu Enakmen bagi Meminda Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu, dibaca bagi kali yang kedua.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Rang Undang-Undang ini (“Enakmen yang dicadangkan”) bertujuan untuk meminda Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu (Bab Yang Pertama) bagi menggantikan Fasal 49A dengan memasukkan peruntukan berhubung dengan penubuhan Mahkamah Utama Syariah.

1.

Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan penetapan permulaan kuat kuasa Enakmen yang dicadangkan.

2.

Fasal 2 bertujuan untuk memasukkan peruntukan berhubung dengan penubuhan Mahkamah Utama Syariah sebagai peringkat tertinggi Mahkamah Syariah dalam Negeri Terengganu, dan selainnya adalah untuk menambahbaik peruntukan sedia ada.

Implikasi Kewangan

Rang Undang-Undang ini akan melibatkan Kerajaan Negeri Terengganu dalam perbelanjaan wang tambahan yang amaunnya belum dapat ditentukan sekarang.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Rang Enakmen ini telah mendapat sokongan bagi bacaan kali yang kedua. Sekarang saya buka untuk perbahasan. Ada sesiapa Yang Berhormat yang ingin berucap?

Oleh kerana tiada perbahasan, kita teruskan pembentangan Enakmen Bagi Meminda Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu. Sekarang saya buka kepada undian-

Cadangan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang kedua dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan sebulat suara.

RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA UNDANG-UNDANG BAGI DIRI KERAJAAN TERENGGANU DIBACA BAGI KALI YANG KEDUA

Dalam Jawatankuasa

Yang di-Pertua

Mesyuarat sekarang menjadi Jawatankuasa.

Bacaan Kali Yang Ketiga

Datuk Haji Razali bin IdrisBERSATU · PNKijal

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya maklumkan bahawa Rang Enakmen ini telah ditimbangkan dalam Jawatankuasa dan telah dipersetujui. Saya mohon mencadangkan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Rang Enakmen ini telah mendapat sokongan untuk dibaca pada kali yang ketiga dan diluluskan.

Cadangan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang ketiga dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan sebulat suara.

Rang Undang-Undang Bernama Suatu Enakmen Untuk Meminda Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan TerengganuBill

Yang di-Pertua

DIPERBUAT UNDANG-UNDANG INI OLEH KUASA UNDANGAN NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN SEPERTI YANG BERIKUT:

1 (1) UNDANG-UNDANG INI BOLEHLAH DINAMAKAN ENAKMEN UNDANG-UNDANG BAGI DIRI KERAJAAN TERENGGANU (BAB YANG PERTAMA) (PINDAAN) 2025

(2)

Enakmen Ini Mula Berkuat Kuasa Pada Tarikh Yang Ditetapkan Oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Melalui Pemberitahuan Dalam WartaBill

Yang di-Pertua

Rang Enakmen ini diluluskan menjadi Enakmen Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu (Bab Yang Pertama) (Pindaan) 2025.

Setiausaha Dewan

Dipersilakan Yang Berhormat Dr. Haji Muhammad Khalil bin Abdul Hadi, Wakil Batu Buruk mengemukakan Rang Undang-Undang Yang Ketiga.

Enakmen Mahkamah Syariah (Terengganu) 2025Bill

Setiausaha Dewan

Bacaan Kali Yang Pertama

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berhubungan dengan penubuhan, bidang kuasa dan pentadbiran Mahkamah Syariah, pelantikan Hakim dan Pendaftar dan mengenai semua perkara yang berkaitan dengan Mahkamah Syariah dalam Negeri Terengganu Darul Iman, dibaca bagi kali yang pertama.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu.

Yang di-Pertua

Rang Enakmen Undang-Undang ini dibaca pada kali yang pertama.

RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN UNTUK MENGADAKAN PERUNTUKAN BAGI PERKARA YANG BERHUBUNGAN DENGAN PENUBUHAN, BIDANG KUASA DAN PENTADBIRAN MAHKAMAH SYARIAH, PELANTIKAN HAKIM DAN PENDAFTAR DAN MENGENAI SEMUA PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN MAHKAMAH SYARIAH DALAM NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN

Bacaan Kali Kedua

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan Rang Undang-Undang Bernama Suatu Enakmen untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berhubungan dengan penubuhan bidang kuasa dan pentadbiran Mahkamah Syariah. Pelantikan Hakim dan Pendaftar dan mengenai semua perkara yang berkaitan dengan Mahkamah Syariah dalam Negeri Terengganu Darul Iman, dibaca pada kali yang kedua.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Rang Undang-Undang Ini dalam (“enakmen yang dicadangkan”) bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berhubungan dengan penubuhan bidang kuasa dan pentadbiran mahkamah syariah, pelantikan Hakim dan pendaftar dan mengenai semua perkara yang berkaitan dengan mahkamah syariah dalam Negeri Terengganu Darul Iman. Enakmen yang dicadangkan ini akan membatalkan Enakmen Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001.

Ringkasan Enakmen ini adalah seperti berikut.

Bahagian I – melibatkan fasal 1 sehingga 3 mengandungi tajuk ringkas pemakaian dan permulaan kuatkuasa serta tafsiran dan kecualian prerogatif.

Bahagian II– melibatkan fasal 4 dan 5 mengandungi penubuhan dan meterai Mahkamah Syariah.

Bahagian III– melibatkan fasal 6 hingga 10 mengandungi Jawatankuasa Mahkamah Syariah.

Bahagian IV– melibatkan fasal 11 hingga 19 mengandungi perkara-perkara berkait dengan pelantikan Mahkamah Syariah.

Bahagian V– melibatkan fasal 20 berkaitan bidang kuasa Mahkamah Rendah Syariah.

Bahagian VI– melibatkan fasal 21 hingga 24 mengandungi perkara-perkara berkait dengan Mahkamah Tinggi Syariah.

Bahagian VII– melibatkan fasal 25 hingga 31 mengandungi perkara-perkara berkait dengan Mahkamah Rayuan Syariah.

Bahagian VIII– melibatkan fasal 32 hingga 37 mengandungi perkara-perkara berkait dengan Mahkamah Utama Syariah.

Bahagian IX– melibatkan fasal 38 hingga 54 mengandungi perkara-perkara AM.

Implikasi Kewangan

Rang Undang-Undang ini akan melibatkan Kerajaan Negeri Terengganu dalam perbelanjaan wang tambahan yang amaunnya belum dapat ditentukan sekarang ini.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua

Rang Enakmen ini telah mendapat sokongan bagi bacaan kali yang kedua. Sekarang saya buka untuk perbahasan. Ada Ahli Yang Berhormat, sila Yang Berhormat Buluh Gading.

Haji Ridzuan bin HashimPAS · PNBuluh Gading

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Rakan-Rakan Ahli-Ahli Yang Berhormat (BBC), Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan. Seterusnya para pemerhati dan Sidang Dewan yang dirahmati Allah sekalian.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, kerana beri peluang kepada saya untuk menyampaikan perbahasan bagi menyokong Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah Terengganu 2025 yang telah dibawa dan dibentangkan oleh pihak Kerajaan Negeri pada Sidang DUN kali ini.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kerajaan Negeri yang telah membawa Rang Undang-Undang ini untuk dibentang dan diluluskan oleh Dewan yang mulia ini. Dalam rangka usaha Kerajaan Negeri memperkasakan lagi pelaksanaan Syariah di Negeri Terengganu Darul Iman yang tercinta.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah Terengganu 2025 ini dibentang dengan beberapa pindaan sebagaimana yang tercatat dalam buku Rang Undang-Undang yang telah diedarkan kepada kita semua bagi menggantikan Enakmen Mahkamah Syariah Terengganu 2021 sebagaimana yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat EXCO sebentar tadi.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, setelah membaca dan meneliti Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah Terengganu 2025 ini, saya dapati antara perkara besar dan utama yang dimasukkan dalam Rang Undang-Undang ini ialah berkaitan penubuhan Mahkamah Utama Syariah bagi Negeri Terengganu di samping Mahkamah Rayuan Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah, dan Mahkamah Rendah Syariah yang sedia ada. Ini sebagaimana yang tercatat

pada bahagian 2 Mahkamah Syariah Fasal 4 Muka Surat 8. Manakala bahagian-bahagian lain dalam Rang Undang-Undang tersebut adalah perkara-perkara yang bersifat teknikal dan berkaitan bidang kuasa mahkamah yang perlu dimasukkan ekoran daripada penubuhan Mahkamah Utama Syariah.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, mengikut peruntukan di dalam Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Terengganu 1986 di bawah Seksyen 29, Mahkamah Syariah dalam negeri ini diwujudkan dalam 3 peringkat iaitu Mahkamah Rayuan Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rendah Syariah. Mahkamah Syariah pula, Mahkamah Syariah mula diasingkan struktur organisasinya daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu pada tahun 1988. Nama gelaran Jawatan Pegawai telah turut ditukar dari nama Kadi atau Kadi Besar kepada Hakim atau Ketua Hakim Syarie dan mahkamah ini mula beroperasi di Tingkat 1 Wisma Negeri. Seterusnya mulai 1 Julai 1994, menyewa di tingkat bawah Wisma Sri Amar. Seterusnya, dalam usaha menambah baik sistem Kehakiman Syariah. Suatu Enakmen iaitu Enakmen Mahkamah Syariah Terengganu 2001 telah digubal menggantikan Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Terengganu 1986. Penubuhan Mahkamah Syariah dinyatakan di Bawah seksyen 4 yang merangkumi 3 peringkat Mahkamah, sebagaimana yang telah disebutkan tadi.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, jika dibandingkan dengan sistem kehakiman sivil yang terdapat 4 peringkat mahkamah iaitu Mahkamah Majistret atau Mahkamah Seksyen, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Maka dapat dilihat berlaku ketidakseimbangan di antara kedua-dua sistem kehakiman. Begitu juga berlaku ketidakseimbangan dalam peluang rayuan bagi kes-kes di Mahkamah Syariah. Tidak sebagaimana peluang rayuan yang ada dalam sistem kehakiman sivil yang mempunyai keseimbangan, 2 kali peluang rayuan bagi kes yang bermula di Mahkamah Tinggi dan 3 kali peluang rayuan bagi kes yang bermula di Mahkamah Majistret. Manakala, bagi kes Mahkamah Syariah peluang rayuan untuk kes yang bermula di Mahkamah Tinggi Syariah adalah hanya sekali sahaja iaitu rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah. Manakala, bagi kes yang bermula di Mahkamah Rendah Syariah mempunyai 2 kali peluang perbicaraan rayuan iaitu boleh merayu ke Mahkamah Tinggi Syariah dan seterusnya ke Mahkamah Rayuan Syariah.

Oleh yang demikian, saya melihat Rang Undang-Undang atau Rang Enakmen ini serta penubuhan Mahkamah Utama Syariah memberi impak yang sangat positif kepada rakyat Negeri Terengganu. Rang Enakmen ini juga memperkasakan struktur dan kecekapan sistem perundangan syariah, menambah baik dalam peringkat rayuan bagi memastikan keadilan yang lebih menyeluruh serta memartabatkan sistem kehakiman syariah ke tahap yang setara dengan sistem kehakiman sivil.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, sebagai penutup saya ingin mengingatkan kembali kepada Dewan Yang Mulia ini bahawa pada 27 November 2023, dalam ucapan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar Terengganu ketika membentangkan Rang Enakmen Perbekalan 2024 sebagaimana yang tercatat pada muka surat 28 perenggan yang ke-60. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar telah menyatakan sokongan terhadap pengukuhan Institusi Kehakiman Syariah di Negeri Terengganu yang tercinta ini. Dalam buku Belanjawan 2024 tersebut iaitu pada fokus 3 menyejahterakan kehidupan rakyat. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar menegaskan bahawa Kerajaan sentiasa serius untuk memperkasakan pelaksanaan Syariah di negeri kita. Oleh itu, Mahkamah Utama Syariah akan diwujudkan sebagai Mahkamah Tertinggi Syariah di negeri kita ini. Alhamdulillah kita bersyukur kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana pada hari ini kita akan dapat realisasikan apa yang telah diucap dan dipertegaskan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar apabila mendapat sokongan sebulat suara dari semua Ahli Yang Berhormat waktu pengundian nanti insya-Allah. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, itu sahaja secara ringkas apa yang sampaikan dalam ucapan perbahasan ini. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih atas peluang dan kesempatan yang diberi . Wakil Buluh Gading mohon menyokong.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Buluh Gading. Ada Ahli-ahli Yang Berhormat lain? Ada? Takdok. Terima kasih. Seterusnya, sekarang saya menjemput pihak Kerajaan untuk buat penggulungan.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar rakan-rakan MMKN dan semua Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya mulakan ucapan penggulungan ini dengan membaca ayat suci Al-Quranul Karim.

“dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil.”

Surah Al-Ma'idah ayat 42.

Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Terengganu) 2025 ini dibentang adalah untuk mendapatkan pertimbangan dan kelulusan Ahli Sidang DUN berkenaan Suatu Enakmen berhubung dengan Pindaan Peruntukan bagi perkara yang berhubungan dengan Penubuhan Bidang Kuasa dan Pentadbiran Mahkamah Syariah, Pelantikan Hakim dan mengenai semua perkara yang berkaitan dengan Mahkamah Syariah di Negeri Terengganu dan seterusnya menggantikan Enakmen Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001. Enakmen Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001 telah digubal hampir 24 tahun yang lepas dan sepanjang tempoh tersebut, peruntukan yang ada di dalamnya belum pernah dibuat apa-apa pindaan sehinggalah sekarang. Oleh kerana berlaku perubahan pada tingkat Mahkamah Syariah iaitu tambahan satu tingkat tertinggi Mahkamah Syariah (Mahkamah Utama Syariah). Cadangan pindaan secara major dicadangkan bagi membuat penyusunan semula bahagian dalam Enakmen ini dan menambah peruntukan yang lain, yang amat perlu untuk memperkasakan Mahkamah Syariah agar selari dengan perkembangan perundangan, teknologi serta faktor persekitaran semasa. Usaha pindaan dan tambah baik dalam Enakmen Mahkamah Syariah 2001 ini juga telah bermula sejak tahun 2021 selepas perkenan dari Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Terengganu. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Terengganu sekali lagi bertitah berhubung penubuhan Mahkamah ini, di dalam titah ucapan Majlis Istiadat Penghadapan, Istiadat Pengurniaan Gelaran dan Darjah Bintang-bintang Darjah Kebesaran Negeri (Hari Kalung), sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-63 Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Terengganu tahun 2025 pada 27 April 2025 seperti mana berikut bagi memastikan peluang keadilan yang setara serta memperkasakan bidang kuasa dan fungsi kehakiman Syariah yang merupakan bidang kuasa eksklusif negeri. Struktur Sistem Kehakiman Mahkamah Syariah Terengganu akan ditambah baik daripada 3 peringkat sedia ada. Sistem ini akan diperluaskan kepada 4

peringkat kehakiman dengan penubuhan sebuah Mahkamah Tertinggi yang dinamakan sebagai Mahkamah Utama Syariah. Pindaan ini melibatkan rombakan pada bahagian dalam Enakmen 2001 dari 4 bahagian kepada 9 bahagian serta pertambahan kepada beberapa peruntukan Seksyen yang baru dari 27 Seksyen sedia ada kepada 54 Seksyen. Setiap peringkat mahkamah juga diasingkan kepada bahagian yang berbeza. Keseluruhan cadangan pindaan melibatkan pindaan hampir 80% kepada kandungan Enakmen yang sedia ada.

Antara penambahbaikan Enakmen adalah seperti:

-Penubuhan dan keanggotaan Jawatankuasa Kehakiman Syariah. - Penambahan jumlah amaun tuntutan Bidang Kuasa Mal yang boleh didengar dan diputuskan di Mahkamah Rendah Syariah iaitu dari tidak melebihi RM100 ribu kepada tidak melebihi RM300 ribu.

-Memasukkan peruntukan baharu berhubung bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah berkenaan dengan penjagaan dan jagaan ahli keluarga dan penjagaan harta bagi ahli keluarga yang tidak berupaya untuk menguruskan diri sendiri dan hal ehwalnya.

-Perkara melibatkan pengangkatan.

-Meluaskan bidang kuasa untuk memberi kebenaran dan mendengar permohonan bagi murojaah ke atas keputusan, tindakan atau peninggalan oleh mana-mana orang atau badan mana-mana orang atau badan yang menjalankan fungsi di bawah undang-undang yang Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa.

-Prosiding melalui teknologi komunikasi jarak jauh dan perkhidmatan elektronik.

Mana-mana keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah Rayuan Syariah sebelum permulaan tarikh kuat kuasa Enakmen ini, hendaklah apabila permulaan kuat kuasa Enakmen ini tidak lagi boleh dirayu, disemak atau dirujuk di Mahkamah Tinggi Syariah, Mahkamah Rayuan Syariah atau Mahkamah Utama Syariah. Mana-mana yang berkenaan seolah-olah Enakmen ini tidak diperbuat. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat kawasan Batu Buruk.

Kita telah selesai mendengar perbahasan dan Penggulungan bagi Suatu Enakmen untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berhubungan dengan penubuhan, bidang kuasa dan pentadbiran Mahkamah Syariah, pelantikkan hakim dan pendaftar dan mengenai semua perkara yang berkaitan dengan Mahkamah Syariah dalam Negeri Terengganu Darul Iman.

Sekarang saya buka kepada undian-

Cadangan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang kedua dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan sebulat suara.

RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN UNTUK MENGADAKAN PERUNTUKAN BAGI PERKARA YANG BERHUBUNGAN DENGAN PENUBUHAN BIDANG KUASA DAN PENTADBIRAN MAHKAMAH SYARIAH, PELANTIKKAN HAKIM DAN PENDAFTAR DAN MENGENAI SEMUA PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN MAHKAMAH SYARIAH DALAM NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN

Yang di-Pertua

Mesyuarat sekarang menjadi Jawatankuasa.

Dalam Jawatankuasa

RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN UNTUK MENGADAKAN PERUNTUKAN BAGI PERKARA YANG BERHUBUNGAN DENGAN PENUBUHAN BIDANG KUASA DAN PENTADBIRAN MAHKAMAH SYARIAH, PELANTIKKAN HAKIM DAN PENDAFTAR DAN MENGENAI SEMUA PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN MAHKAMAH SYARIAH DALAM NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN TELAH DITIMBANGKAN DARI SATU BAHAGIAN KE

SATU BAHAGIAN DAN TELAH DIPERSETUJUI DENGAN SEBULAT SUARA

Yang di-Pertua

Mesyuarat balik semula

Bacaan Kali Yang Ketiga

Yang Berhormat Dato' yang di-Pertua, saya maklumkan bahawa Rang Enakmen ini telah ditimbangkan dalam Jawatankuasa dan telah dipersetujui. Saya mohon mencadangkan supaya Rang Enakman ini dibaca pada kali yang ketiga dan diluluskan.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua

Rang Enakmen ini telah mendapat sokongan untuk dibaca pada kali yang ketiga dan diluluskan.

RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN UNTUK MENGADAKAN PERUNTUKAN BAGI PERKARA YANG BERHUBUNGAN DENGAN PENUBUHAN BIDANG KUASA DAN PENTADBIRAN MAHKAMAH SYARIAH, PELANTIKAN HAKIM DAN PENDAFTAR DAN MENGENAI SEMUA PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN MAHKAMAH SYARIAH DALAM NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN

DIPERBUAT UNDANG-UNDANG INI OLEH KUASA UNDANGAN NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN SEPERTI YANG BERIKUT:

1 (1) ENAKMEN INI BOLEHLAH DINAMAKAN ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH (TERENGGANU) 2025.

(2) ENAKMEN INI MULA BERKUAT KUASA PADA TARIKH YANG DITETAPKAN OLEH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MELALUI PEMBERITAHUAN DALAM WARTA, DAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN BOLEH MENETAPKAN TARIKH YANG BERLAINAN BAGI PERMULAAN KUAT KUASA PERUNTUKAN YANG BERLAINAN ENAKMEN INI.

Yang di-Pertua

Rang Enakmen ini diluluskan dan menjadi Enakmen Mahkamah Syariah (Terengganu) 2025.

Usul-Usul Yang Telah Diberi NotisMotion

Setiausaha Dewan

Dipersilakan Yang Berhormat Dato’ Haji Satiful Bahri bin Mamat, Wakil Paka untuk mengemukakan Usul yang pertama.

Perbelanjaan Rancangan Pembangunan Negeri Bagi Tahun 2026

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan

“Bahawa menurut Seksyen Kecil (3) kepada Seksyen (4) Akta Kumpulan Wang Pembangunan Tahun 1966, Dewan Undangan Negeri ini membuat ketetapan bersetuju meluluskan Peruntukan Pembelanjaan Rancangan Pembangunan Negeri bagi Tahun 2026” sebagaimana ditentukan dalam jadual:-

JADUAL BIL MAKSUD JABATAN LANGSUNG NEGERI (RM) JUMLAH (RM) 1 P02 MENTERI BESAR DAN SETIAUSAHA KERAJAAN 418,259,000.00 418,259,000.00 2 P10 JABATAN KERJA RAYA 2,160,000.00 2,160,000.00 3 P11 JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN 200,000.00 200,000.00 4 P12 PEJABAT DAERAH BESUT 500,000.00 500,000.00 5 P13 PEJABAT DAERAH DUNGUN 500,000.00 500,000.00 6 P14 PEJABAT DAERAH HULU TERENGGANU 500,000.00 500,000.00 7 P15 PEJABAT DAERAH KEMAMAN 500,000.00 500,000.00 8 P16 PEJABAT DAERAH KUALA TERENGGANU 921,000.00 921,000.00 9 P17 PEJABAT DAERAH MARANG 500,000.00 500,000.00 10 P18 PEJABAT DAERAH SETIU 500,000.00 500,000.00 11 P19 PEJABAT TANAH DAN GALIAN 10,000,000.00 10,000,000.00 12 P32 PELBAGAI PEMBANGUNAN 8,960,000.00 8,960,000.00 13 P35 PEJABAT DAERAH KUALA NERUS 500,000.00 500,000.00

JUMLAH KECIL PERBELANJAAN PEMBANGUNAN: 444,000,000.00 444,000,000.00 14 P33 JABATAN BEKALAN AIR 6,000,000.00 6,000,000.00 JUMLAH PEMBANGUNAN BEKALAN AIR: 6,000,000.00 6,000,000.00 JUMLAH BESAR PERBELANJAAN PEMBANGUNAN: 450,000,000.00 450,000,000.00

Butiran lanjut bagi maksud peruntukan-peruntukan ini, bolehlah Ahli-ahli Yang Berhormat merujuk Kertas Dewan Bilangan 18/2025. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Terima kasih.

Mohd Zawawi bin IsmailBERSATU · PNTelemung

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon menyokong Usul ini, terima kasih.

Yang di-Pertua

Usul ini telah mendapat sokongan, sekarang saya buka untuk Perbahasan. Ada mana-mana Ahli-ahli Yang Berhormat yang ingin berucap? Telemong? Takdok?

Mohd Zawawi bin IsmailBERSATU · PNTelemung

Acap Telemong deh.

Yang di-Pertua

Oleh kerana tiada Perbahasan bagi Usul Peruntukan Perbelanjaan Rancangan Pembangunan Negeri Bagi Tahun 2026, sekarang saya buka kepada undian-

Usul ini kemudian dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan sebulat suara.

USUL INI DITERIMA.

Setiausaha Dewan

Dipersilakan Yang Berhormat, Dato' Haji Hanafiah bin Mat, Wakil Cukai, untuk mengemukakan Usul yang kedua.

RANCANGAN-RANCANGAN KEMAJUAN AIR NEGERI BAGI TAHUN 2026

Haji Hanafiah bin MatPAS · PNCukai

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:-

“Bahawa menurut Seksyen Kecil (2) kepada Seksyen (4) Enakmen Kumpulan Wang Perbekalan Air 1966, Dewan Undangan Negeri ini membuat KETETAPAN bersetuju meluluskan peruntukan daripada Kumpulan Wang Perbekalan Air Negeri untuk Rancangan-Rancangan Kemajuan Air Negeri Bagi Tahun 2026 sebagaimana ditentukan dalam JADUAL di bawah ini”:

JADUAL Tajuk/Perkara Perbelanjaan Negeri (RM) Pinjaman Pusat (RM) Jumlah (RM) Pembangunan Perbekalan Air 6,000,000.00 - 6,000,000.00 JUMLAH 6,000,000.00 - 6,000,000.00

Haji Hanafiah bin MatPAS · PNCukai

Butiran lanjut, bagi maksud peruntukan-peruntukan ini, bolehlah Ahli-ahli Yang Berhormat, merujuk kepada Kertas Dewan Bilangan 19/2025. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Terima kasih.

Sulaiman bin SulongPAS · PNPengkalan Berangan

Saya mohon menyokong Usul itu.

Yang di-Pertua

Usul ini telah mendapat sokongan. Sekarang saya buka untuk Perbahasan. Ada sesiapa Yang Berhormat yang ingin berucap? Backbencher ada?

Oleh kerana tiada Perbahasan bagi Usul Peruntukan dari Kumpulan Wang Perbekalan Air Negeri untuk Rancangan-Rancangan Kemajuan Perbekalan Air Negeri Bagi Tahun 2026, sekarang saya buka kepada undian-

Usul ini kemudian dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan sebulat suara.

USUL INI DITERIMA.

Setiausaha Dewan

Dipersilakan Yang Berhormat Dato' Dr. Azman bin Ibrahim, Wakil Jabi untuk mengemukakan Usul yang ketiga.

PENETAPAN MENGENAI PEMAKAIAN DAN PENGUATKUASAAN AKTA PERLEMBAGAAN (PINDAAN) (NO. 3) 2022 [AKTA A1663] (“Undang-Undang Lompat Parti”) UNTUK DITERIMA PAKAI SERTA DIKUATKUASAKAN DI NEGERI TERENGGANU.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan

“Bahawa Dewan Undangan Negeri yang bersidang pada hari ini membuat ketetapan bersetuju meluluskan penetapan mengenai pemakaian dan penguatkuasaan Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 (Akta A 663) Undang-Undang Lompat Parti untuk diterima pakai serta dikuatkuasakan di peringkat Negeri Terengganu.”

Terima kasih.

Dr. Mamad bin PutehPAS · PNKuala Berang

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Kuala Berang mohon menyokong Usul ini.

Yang di-Pertua

Usul ini telah mendapat sokongan. Sekarang saya buka untuk Perbahasan. Ada sesiapa Yang Berhormat yang ingin berucap? Kuala Berang? Kuala Berang? Ada? Tiada?

Oleh kerana tiada Perbahasan bagi Usul Penguatkuasaan [Akta A1663] Undang-Undang Lompat Parti, sekarang saya buka kepada undian-

Usul ini kemudian dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan sebulat suara.

USUL INI DITERIMA.

Setiausaha Dewan

Dipersilakan Yang Berhormat Dato' Haji Ariffin bin Deraman, Wakil Alur Limbat untuk mengemukakan Usul yang keempat.

PELAKSANAAN KAJIAN SEMULA ATAU PINDAAN PERSEMPADANAN KAWASAN DAN PERTAMBAHAN KERUSI DEWAN UNDANGAN NEGERI

Ariffin bin DeramanPAS · PNAlur Limbat

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua Dewan, saya mohon mencadangkan

“Bahawa Dewan Undangan Negeri yang bersidang pada hari ini membuat ketetapan bersetuju meluluskan Pelaksanaan Kajian Semula atau Pindaan Persempadanan Kawasan dan Pertambahan Sembilan Kerusi Dewan Undangan Negeri,”

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon menyokong usul.

Yang di-Pertua

Usul ini telah mendapat sokongan. Sekarang saya buka untuk Perbahasan. Oleh kerana tiada Perbahasan bagi Usul Pelaksanaan Kajian Semula atau Pindaan Persepadanan

Kawasan dan Pertambahan Sembilan Kerusi Dalam Dewan Undangan Negeri, sekarang saya buka kepada undian-

Usul ini kemudian dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan sebulat suara

USUL INI DITERIMA

TangguhanAdjournment

Setiausaha Dewan

Perkara berikut ialah tangguhan.

Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin MokhtarPAS · PNMenteri Besar · Ru Rendang

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Persidangan Dewan ditangguhkan pada suatu masa yang akan ditetapkan kemudian.

Yang di-Pertua

Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar serta Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebelum saya menangguhkan Persidangan Dewan Yang Mulia pada hari ini, suka saya mewakili Dewan ini meraikan dan mengucapkan selamat datang kepada para pengunjung dan pemerhati daripada Pejabat ADUN DUN Bakar Arang, Sungai Petani Kedah, daripada Kedah dan juga saya ucap terima kasih dengan kehadiran pemerhati tetap daripada awal sehingga hari akhir, Dewan Muslimat PAS Terengganu, SEPAKAT, ADUN Telemong, Pejabat DUN Telemong, Pejabat DUN Jabi dan daripada jabatan-jabatan lain. Terima kasih kepada semua pemerhati.

Izinkan saya mengambil kesempatan juga untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas kerjasama, komitmen serta kesungguhan yang ditunjukkan oleh semua Ahli Yang Berhormat sepanjang empat hari kita bersidang pada kali ini. Moga segala keputusan dan perbincangan yang telah dibuat dapat diterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan dasar yang memberi manfaat kepada rakyat dan negeri kita sekalian, insya-Allah.

Di atas meja Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan, PASTI telah menghadiahkan coklat kaya dengan kebaikan, Sawanah PASTI, ke Ketua jabatan dia bagi ke dok doktau. Saya harap boleh bagi hadiah juga kepada Ketua-ketua jabatan yang lain dan saya harap juga mana-mana daripada Yang Berhormat Pertanian

ataupun Usahawan, lain kali bagilah produk-produk untuk diperkenalkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat kita dan Ketua-ketua jabatan kita.

Pertanian ada melon manis tu Dato’ Yang di-Pertua. Pertanian ada melon manis.

Yang di-Pertua

Ada?

Ada.

Yang di-Pertua

Takdok atas meja kita ni.

Nampaknya Speaker, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dok bagi ni. (ketawa) Takpe, terima kasih kepada semua dan semua harap boleh bagi. Bukan kepada Yang Berhormat je, kepada Ketua-ketua jabatan kita yang juga anak buah dia, ahli-ahli kaki tangan dia ramai. Bukan sahaja iklan dan pemberian semata-mata tu, tapi boleh diiklankan dan boleh untuk hubungi pihak yang menaja insya-Allah. Semoga segala keputusan mendapat manfaat kepada kita semua dan rakyat Negeri Terengganu dan diberkati oleh Allah.

Saya sekali lagi mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dan semua Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua jabatan, para pemerhati atas kerjasama dan kesungguhan yang telah dizahirkan, ucap terima kasih. Saya dengan ini menangguhkan Persidangan Dewan Yang Mulia ini ke suatu masa dan tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Sebagai penutup, marilah sama-sama kita membaca Surah Al-Asr dan Tasbih Kaffarah. Mudah-mudahan segala urusan yang telah kita laksanakan sepanjang persidangan ini diberkati dan dirahmati dan dikurniakan ganjaran oleh Allah Subhanahu Wa Taala. Seeru 'ala barakatillah.

MESYUARAT DITANGGUHKAN PADA PUKUL 12.38 TENGAH HARI