Pulau Pinang · 2 June 2022
14th Assembly, 5th session, 1st meeting · 354 turns · 42,114 words · official PDF ↗
ExperimentalPenang publishes one PDF per sitting day with an attendance list, so each sitting shows who was absent. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
Absent: Dato' Haji Abdul Halim Bin Haji Hussain (Batu Maung), Haji Mohd Tuah Bin Ismail (Pulau Betong), Zulkifli Bin Ibrahim (Sungai Acheh), Khaliq Mehtab Bin Mohd Ishaq (Bertam)
(Pembukaan)
Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri. Bacaan doa.
“Bacaan Doa”
Soalan lisan.
Ahli-ahli Yang Berhormat, kita sambung dengan sesi Soalan Lisan dan saya nak jemput Yang Berhormat Bagan Dalam.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya soalan nombor 34. No. 34. Adakah laporan mengenai kemalangan melibatkan pesawat Hawk108 di Pengkalan Udara Butterworth pada November 2021 dihantar/dirujuk kepada Kerajaan Negeri? (a) Adakah Kerajaan Negeri akan berbincang dengan MINDEF tentang aktiviti Pesawat Hawk di kawasan Butterworth yang berkepadatan tinggi dan kesannya kepada keselamatan penduduk, merujuk kepada sejarah insiden-insiden melibatkan pesawat itu?
Ya, EXCO yang jawab?
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya bila saya mula-mula tengok soalan ini saya ingat Yang Berhormat Bagan Dalam ada soalan mengenai filem Top Gun tapi saya tengok di Top Gun tu dia punya pesawat F18 Super Hornet, dekat sini Hawk108. Yang Berhormat Bagan Dalam, sebenarnya aktiviti penerbangan pesawat Hawk ataupun mana-mana pesawat milik TUDM di Pulau Pinang adalah melibatkan isu keselamatan di bawah Kementerian Pertahanan. Setakat ini, tidak ada perbincangan oleh Kerajaan Negeri berhubung sebarang aktiviti atau lokasi Pengkalan Udara TUDM dan mengenai soalan Yang Berhormat Bagan Dalam mengenai kemalangan yang melibatkan pesawat Hawk108, Kerajaan Negeri tidak menerima sebarang laporan mengenai perkara tu. Terima kasih.
Soalan tambahan. Dato’ Yang di-Pertua, apabila kita bercakap tentang isu keselamatan khususnya national security, pembelian-pembelian aset tentera dan sebagainya, kita tidak dapat mempertikaikan ataupun mempersoalkan tetapi apa yang saya lihat kepada insiden tersebut pada hari tersebut yang berlaku adalah saya sendiri nampak pesawat Hawk dalam latihan hari itu terbang rendah dari kebiasaannya dan kita nampak dari tahun 1996, kita ada 9 insiden pesawat Hawk terhempas telah dilaporkan. Pertamanya di Butterworth dan terakhir sekali yang berlaku pada tahun lepas juga di Butterworth. Saya faham ini aspek keselamatan negara Kerajaan Persekutuan tak bagi maklumat dekat Kerajaan Negeri dan sebagainya tetapi apabila ia melibatkan kawasan yang berkepadatan tinggi seperti Butterworth di mana dikelilingi dengan Sungai Dua, Telok Ayer Tawar, semuanya ada kepadatan tinggi so kita nak tahu adakah laporan seperti ini telah dihantar kepada Kerajaan Negeri. Sepatutnya mereka kena hantar kepada Kerajaan Negeri sebab ia juga melibatkan keselamatan penduduk apabila mengenai insiden-insiden so apakah pendirian? Adakah Kerajaan Negeri akan minta laporan daripada Kerajaan Persekutuan ataupun MINDEF untuk berbincang tentang adakah pesawat ini akan terus berada di dalam khidmat ataupun dihentikan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Kerajaan Negeri mengambil maklumlah perkara ini. Itu sahaja.
Terima kasih, dan saya boleh cadang nanti bawa perkara ini kepada Ahli Parlimen Bagan untuk bangkit dalam Parlimen. Mesti dapat jawapan. Dan seterusnya saya nak jemput Yang Berhormat Jawi.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya soalan nombor 35. No. 35. Negeri Pulau Pinang sentiasa mengambil berat tentang kebajikan rakyat, nyatakan bilangan unit RMM A, B dan C telah dibina sejak Pakatan Harapan mentadbir Kerajaan Negeri. (a) Adakah Kerajaan Persekutuan menunaikan janji bagi membina pelbagai RMM di Pulau Pinang. (b) Sekiranya ada, di mana dan bilakah RMM akan dibina?
Selamat pagi dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Dato' Speaker, pada Ahli Kawasan Jawi atas soalan yang begitu penting….(gangguan).
Yang Berhormat, nanti ya. Saya mencelah sedikit. Soalan ini saya rasa Tuan Yang Terutama Tun pun sudah jawab sedikit on behalf of EXCO lah. Kalau boleh pendekkan. Muka surat 16 Ucapan Teks T.Y.T. ada jawapan juga.
T.Y.T. sudah jawab untuk saya. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada beliau.
So honored.
So, saya akan just beri sedikit ulasan dan apa status terkini lah berkenaan pembinaan Rumah Mampu Milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan janji kita. Sememangnya sejak 2008 sehingga kini nombor yang telah pun dijanjikan adalah 76,00 lebih tetapi sehingga sekarang berdasarkan Visi Pulau Pinang 2030 yang melihat pada satu sasaran 220,000 unit kita telah pun capai 136,330 Dato’ Speaker. Di mana perinciannya adalah yang siap telah dibina adalah 45,900 manakala yang sedang dalam fasa pembinaan adalah 18,354 dan baki 72,076 unit dalam perancangan Dato’ Speaker. So kita sememangnya mempunyai agenda untuk penyediaan perumahan mampu milik tetapi perlu juga dibantu oleh Kerajaan Pusat kerana kita di Negeri Pulau Pinang merupakan satu daripada penyumbang cukai yang terbesar di seluruh negara Malaysia dan daripada rekod kita, just for information Dato' Speaker, daripada RMM ataupun Rumah Mampu Milik yang telah dibina adalah 12 peratus daripada semua yang telah dibina di Pulau Pinang melalui agensi-agensinya. Pelbagai agensi ada di dalam jawapan Dato’ Speaker I don’t want to say all that but that is the factual situations at the moment around 12.8 percent has been contributed then we thanked them, kita ucapkan terima kasih kepada mereka dan kita harap yang lain dapat juga diteruskan kerana kita telah menunggu begitu lama. Untuk makluman Dato’ Speaker, kita juga telah pun ada beberapa projek yang kita menunggu daripada mereka yang telah pun kita luluskan seperti Projek PR1MA di Gelugor, Kampung Kastam to be exact it is Kampung Kastam di mana kita harap ia dapat diteruskan dengan secepat mungkin in fact Ketua Menteri pun telah pun telah pun hadir di situ untuk melancarkannya pada tahun sudah dan kita harap ia dapat diteruskan secepat mungkin. So saya ingat inilah apa yang saya hendak maklum, saya tidak mahu ucap terlalu banyak tentang isu ini yang mana saya ingat ramai pun sudah pun sedar apa yang saya ucapkan setiap hari. Thank you very much.
Dato’ Speaker, soalan tambahan. Seperti mana Datok Keramat tadi katakan memang Kerajaan Negeri telah meluluskan satu projek untuk Kerajaan Persekutuan. Boleh tahu tak, dapatkan maklumat yang lebih lanjut berkaitan dengan adakah Kerajaan Negeri pernah identified lot-lot tanah untuk Kerajaan Persekutuan supaya dapat membina rumah RMM untuk rakyat Pulau Pinang dan soalan seterusnya adalah dengan peningkatan inflasi di seluruh dunia, ia telah menyebabkan peningkatan harga bagi barang-barang pembinaan. Adakah ia akan menyebabkan
kos bagi pembinaan Rumah Mampu Milik ditingkatkan dan adakah kemungkinan penyelarasan harga bagi pelbagai RMM di Negeri Pulau Pinang akan berlaku? Terima kasih.
Terima kasih kepada rakan saya daripada Jawi atas soalan tambahan ini yang begitu penting anything very related I might as well respond to this now rather than go on with what everyone already knows. Two things, yang pertama berkenaan dengan apa yang telah pun kita lakukan kita sedang juga menunggu pihak Pusat untuk bantu kita seperti mana saya nyatakan kita dan soalan tadi adalah berkenaan sama ada kita telah pun bantu mereka dari segi penyediaan tanah dan sebagainya. Untuk makluman semua, rakan saya di sini di kelima-lima daerah di Pulau Pinang sememangnya kita telah pun kenal pasti lima (5) plot tanah di setiap daerah tersebut untuk mereka datang ke Pulau Pinang untuk lihat sama ada mereka boleh bina PPR dan juga sama ada kita cadangkan sekarang RMM dalam tanah tersebut kalau boleh. In fact, Yang Berhormat kita daripada Sungai Pinang telah pun nyatakan dalam kenyataan beliau semalam tentang apa yang berlaku satu daripada tanahnya adalah di Kota Giam, that is on the island Daerah Timur Laut Dato' Speaker dan actually sebelum pergolakan politik berlaku sememangnya mereka telah turun daripada KPKT untuk lihat dan semak tetapi selepas itu semua berhenti. So kita hendak melihat apakah hala tuju kita. Kita sedia dengan tanah bukan saja di satu (1) tapak tetapi di lima (5). So itu memang dalam agenda kita there’s no issue about that. Of course, other issue yang dibangkitkan oleh rakan saya daripada Jawi very important dalam keadaan ekonomi sekarang semua pemaju sememangnya sudah pun mempunyai banyak tekanan dari segi harga bahan-bahan naik number one, harga pekerja mereka tak ada pun don’t even talk about harga, pekerja pun tak ada. Mereka sudah balik tak boleh balik semula dan apabila mereka balik we are looking at more than 50 percent increase across the board Dato’ Speaker. For all these things and that has a very very major impact…(dengan izin), kepada pembinaan perumahan mampu milik also. So that is the reason why we have come out with our home ownership campaign dan kita di Pulau Pinang merupakan negeri yang pertama untuk meneruskannya sehingga akhir tahun ini. Kerajaan Pusat telah pun berhentikannya pada tahun sudah. Tetapi kita tidak akan. Kerana ini kita lihat adalah satu cara kita boleh memudah cara dan bantu mereka untuk pastikan ada penyaluran perumahan mampu milik kepada rakyat. So, we will continue with that and we will continue to monitor…(dengan izin), Dato’ Speaker sekiranya diperlukan kita akan lihat. Dalam ownership campaign Dato’ Speaker, apa yang berlaku kita beri insentif, banyak insentif kepada pemaju. Kerana ini adalah perlu terutamanya kepada pemaju rumah mampu milik. Kerana ia akan diberikan pada akhirnya kepada rakyat dan warga Pulau Pinang. Sekian terima kasih.
Terima kasih, saya nak jemput Batu Uban.
Dato’ Speaker soalan saya numbor 36. No. 36. Nyatakan jumlah Taska, Tadika dan pusat penjagaan warga emas yang didaftarkan di Pulau Pinang mengikut daerah. (a) Berapakah jumlah pusat ini yang menjalankan perniagaan secara berlesen dan tidak berlesen?
(b) Apakah langkah yang diambil untuk melesenkan mereka? (c) Adakah Kerajaan Negeri membuat pemantauan terhadap pusat-pusat ini?
Terima kasih Dato’ Speaker dan juga YB. Batu Uban. Soalan Batu Uban ialah “Berapakah jumlah pusat taska, tadika dan pusat penjagaan warga emas yang yang menjalankan perniagaan secara berlesen dan tidak berlesen”, ya. Okey, jawapannya ialah bilangan taska sejumlah ya di negeri adalah 123. Yang lesen ada 123. Tidak berlesen, taska yang tidak berlesen ada 45. Tadika yang berlesen 461. Tidak berlesen 86. Pusat Jagaan Warga Emas yang berlesen 28. Tidak berlesen 56. Lebih tidak berlesen. Jadi soalan part (B), “Apakah langkah yang diambil untuk melesenkan mereka”. Memang banyak langkah telah diambil, telah diusahakan. Utamanya memberi kelonggaran dalam aspek bayaran tukar syarat. Dan banyak lagi. Jadi kita sudah ada satu syarat yang baru dan kita menjalankan advokasi dan memberi khidmat nasihat kepada pengusaha yang tidak berdaftar. Mengadakan taklimat secara sesi dialog bersama pengusaha bagi memberi penerangan berkaitan proses pendaftaran dan juga mengenai syarat-syarat yang baru yang sudah dilonggarkan, dan ketiga. Dan keempat menjalankan sesi konsultasi bagi mengenal pasti dan membantu pengusaha untuk berdaftar. Kita menjemput mereka dan adakan sesi apakah masalahnya dan beri nasihat satu-persatu, tetapi masih ada yang tidak tampil ke depan. Ada yang tak dapat dipemutihkan kerana dia disalah zon dan lain-lain lagi. Dan ketiga, soalan (C), “Apakah Kerajaan Negeri membuat pemantauan terhadap pusat-pusat ini?”. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Pendidikan Negeri sentiasa melakukan pemantauan secara berkala terhadap taska. JKM ialah taska. Kalau tadika di bawah JPN yang daftar ataupun tidak daftar mereka memantau. Bagi memastikan pengusaha segera mendaftarkan operasi mereka serta memantau akta peraturan dan syarat yang ditetapkan dalam pengoperasian. Notis peringatan turut dikeluarkan kepada pengusaha yang tidak berdaftar. Di samping itu, JKM turut memastikan penilaian kendiri dibuat oleh pengendali JPWE melalui system MyKenari. Itu sahaja. Thank you.
Soalan tambahan. Terima kasih YB. Padang Lalang atas makluman yang diberikan dan saya nak tanya walaupun kita sudah memudah carakan syarat untuk mendaftarkan atau proses pemutihan mereka yang tidak mempunyai lesen, namun ada yang masih degil. Maka apakah tindakan Kerajaan Negeri, adakah kita akan menutup premis ini kerana ianya melibatkan soal keselamatan. Kerana kita tahu, kalau mereka tak comply dengan lesen ini dia melibatkan soal keselamatan seperti sekiranya berlaku kebakaran dan juga baru-baru ini bila ada COVID di tempat saya ada pusat penjagaan dia tidak berdaftar. Maka dia tidak didaftarkan sebagai penerima vaksin untuk warga-warga emas. Dan akhirnya berlaku kluster di tempat penjagaan warga emas tersebut. Adakah kita akan mengambil tindakan tegas? Soalan kedua saya, sekarang ini kita faham dalam media sosial berlaku isu panas iaitu kes-kes penderaan bayi, di pusat penjagaan dan juga kes-kes kematian juga melibatkan pusat penjagaan anak dan sebagainya. Maka saya nak tanya apakah usaha dan juga langkah Kerajaan Negeri ke hadapan supaya kita dapat menangani isu ini ataupun masalah ini supaya ia tidak berlaku di Pulau Pinang ini? Terima kasih.
Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat kerana for the soalan tambahan ya. Kita memang tetap memfokuskan kepada keselamatan kerana keselamatan itu sangat penting. Tetapi pada masa yang sama, kita pun menghadapi kekurangan perkhidmatan atau jagaan, pusat jagaan. Sama ada kanak-kanak ataupun warga emas. Dan ini dia tidak sama dengan barangan. Kalau barangan kita ambil tindakan. Kita ambil barang dia. Tapi di sini kita tak boleh ambil bayi ka, kanak-kanak ka atau orang tua, di mana kita mahu letak? Tapi itulah kita menggunakan pendekatan yang sungguh, bukan kata lembut saja tetapi kita nasihatkan, tapi kita pun tegaslah kalau di dalam wrong zone. Zon yang tak betul memang mesti tutup. Jadi kita pun nasihatkan tutup. Tetapi kita mesti juga memastikan pelanggan mereka ada tempat untuk menjaga mereka. Kita akan berusaha ya, kita akan berusaha. Kerajaan Negeri telah berusaha untuk mengadakan lebih banyak pusat-pusat seperti ini. Oleh itu, kita memperuntukkan RM300,000.00 setahun bagi tempoh tiga (3) tahun iaitu sehingga tahun 2023 bagi geran naik taraf taska atau pusat jagaan kanak-kanak. Bagi suku tahun pertama tahun ini Kerajaan Negeri telah meluluskan permohonan geran daripada 11 buah taska atau PJKK yang keseluruhannya berjumlah RM194,000.00. Geran ini adalah bertujuan untuk membantu meringankan beban kewangan pengusaha taska atau PJKK dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka. Ramai yang lihat perkhidmatan ini sebagai satu perniagaan. Tapi saya lihat dia sebagai suatu perkhidmatan sosial. Kerana kerajaan sampai hari ni sama ada Pusat ataupun Negeri, kita tak mampu untuk mengwujudkan perkhidmatan seperti ini. Jadi kita bergantung kepada private sector ataupun ada banyak NGO-NGO juga yang mengadakan, membekalkan perkhidmatan ini dengan bayaran yang sangat rendah ataupun tanpa bayaran pun ada. Jadi saya rasa adalah kita seharusnya melihatnya sebagai dia as a social service. Kita harus memberikan segala bantuan yang kita boleh untuk memudahkan mereka mengwujudkan perkhidmatan seperti ini. Jadi bagi meningkatkan kemahiran dan teknik didikan guru-guru pra-sekolah pula, Whytehouse Education Group Sdn. Bhd. telah membangunkan platform pembelajaran atas talian iaitu pre-school educator.com. yang ini saya rasa mungkin Yang Berhormat Bagan Dalam amat ambil perhatian kerana Bagan Dalam baru ada baru dapat seorang baby boy. Yesterday. Tahniah.
Thank you.
The knowledge inside this ialah untuk ibu bapa yang baru….(gangguan).
Padang Lalang sila fokus pada soalan tambahan sahaja.
Ya, Ya. Iaitu saya rasa di dalam penjagaan sama ada kerana dia melalui manusia. Accidents will happen. Kita mahu semua operator mengambil segala yang boleh untuk memastikan keselamatan bayi ke ataupun kanak-kanak dan juga warga emas. Tetapi accidents will happen. Jadi saya harap kita pun jangan hanya fokus kepada accident. Kerana ini akan menyebabkan banyak operator tidak mahu menjalankan bisnes mereka kerana tanggungjawab yang begitu berat. Itulah saya, kita pun menggalakkan rumahtangga, suri rumah tangga untuk menjaga kanak-kanak di rumah, taska di rumah. Tapi ramai yang enggan kerana mereka merasa tanggungjawab begitu besar. Oleh sebab itu, saya harap kita semua faham accidents will happen, but we want to make sure that all the precaution has been taken, but if accidents still happen, we should also understand. Terima kasih.
Terima kasih.
Soalan tambahan. (gangguan)
Saya bagi Ketua Pembangkang.
Terima kasih Dato’ Speaker.
Minta ruang.
Saya cuma nak minta kepastian dan direkodkan. Pusat penjagaan warga emas. Saya nampak tadi. Banyak yang tak berlesen. Lebih tidak berlesen daripada yang berlesen. 20 lebih dengan 56. Jadi ini merupakan tempat yang kebanyakannya diusahakan oleh pihak swasta, pihak NGO dan ianya kadang-kadang membebankan mereka yang tidak mampu. Kita dah bincang hari tu. Cuma saya nak tanya pihak Padang Lalang, boleh atau tidak, bagi tahun 2023 kita adakan satu perbincangan untuk kita masukkan dalam permohonan peruntukan ataupun cadangan projek untuk kita wujudkan di pihak JKM ataupun di pihak Kerajaan Negeri, pihak Majlis Agama Islam, kita wujudkan satu banyak lebih banyak tempat pusat jagaan warga emas yang mampu, yang boleh menyelesaikan masalah tempat. Soalan dia boleh tak kita masukkan? Saya cadang kita masukkan dalam senarai perancangan kita untuk wujudkan. Terima kasih.
Saya tak boleh jawab boleh atau tidak tapi akan berusaha untuk dibolehkan. Terima kasih.
Terima kasih.
Saya minta laluan. Sebab saya rasa isu penting….(gangguan).
Sesi soalan lisan Yang Berhormat. Isu ini sudah dijawab dan saya nak nasihatkan kepada Yang Berhormat, mungkin kadang-kadang anda terjumpa tajuk yang amat disukai oleh Yang Berhormat lah. Saya minta dalam sesi perbahasan cuba la bawa isu seperti begini. Jangan duk ulang-ulang yang terjun sahaja.
Tak. Tak saya maksudkan. Sebab EXCO Kesihatan tak sempat nak gulung isu kesihatan.
Nanti. Nanti.
Jadi saya nak tanya pasal HFMD yang melibatkan taska dan tadika di Pulau Pinang melibatkan penularan ini….(gangguan).
Cukup. Cukup. Saya nak jemput Yang Berhormat seterusnya. Permatang Berangan.
Terima kasih kepada YB. Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 37. No. 37. Selenggaraan Jalan Negeri dan Jalan Persekutuan. (a) Mohon Kerajaan Negeri senaraikan jalan-jalan di bawah selenggaraan Kerajaan Negeri dan jalan-jalan selenggaraan Kerajaan Persekutuan di sekitar daerah SPU. (b) Nyatakan perbelanjaan tahunan pengurusan jalan negeri mengikut daerah. (c) Senaraikan kawasan-kawasan jalan negeri yang belum, sedang dan telah diselenggara untuk tempoh dua (2) tahun terkini.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Dan terima kasih Yang Berhormat Permatang Berangan. Yang Berhormat, kerja-kerja penyelenggaraan Jalan Negeri dan Jalan Persekutuan senarai jalan-jalan di bawah penyelenggaran Kerajaan Negeri dan Jalan-Jalan di bawah penyelenggaran Kerajaan Persekutuan di Daerah SPU adalah seperti di Lampiran A yang akan diletakkan di atas meja Yang Berhormat kerana panjang. Untuk soalan kedua perbelanjaan tahunan bagi pengurusan jalan negeri mengikut daerah adalah seperti berikut. Untuk daerah Timur Laut (RM1,400.000.00) untuk daerah Barat Daya (RM2,925,000.000) untuk daerah SPU (RM1,580,000.00) untuk daerah SPT (RM9,200,000.00) dan untuk SPS (RM600,000.00) jumlahnya RM15,705,000.00. Secara umumnya, Yang Berhormat, kerja-kerja penyelenggaraan jalan dilaksanakan berdasarkan kepada keadaan semasa jalan tersebut dan berdasarkan keutamaan jalan. Kerja-kerja penyelenggaraan yang akan dilaksanakan adalah bergantung kepada tahap kerosakan jalan dan tertakluk kepada peruntukan tahunan yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri. Senarai kerja-kerja penyelenggaraan jalan yang telah selesai dilaksanakan pada tahun 2021 dan jalan yang sedang dalam kerja-kerja penyelenggaraan pada tahun 2022 adalah seperti di Lampiran B yang akan juga diberi kepada Yang Berhormat terima kasih.
Soalan tambahan, terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua terima kasih Yang Berhormat Tanjung Bunga atas jawapan kepada soalan no. 37. Seperti yang kita ketahui jalan raya merupakan satu infrastruktur dan jalanraya yang elok mampu mengurangkan risiko kemalangan dan melancarkan perjalanan trafik harian. Ini soalan tambahan saya, adakah kos selenggaraan jalan-jalan negeri terikat dalam peruntukan infrastruktur negeri sahaja dan selain daripada tambahan daripada peruntukan MARRIS apakah sumber dana lain yang boleh menampung perbelanjaan untuk pengurusan tersebut dan soalan kedua merujuk kepada jawapan soalan lisan saya no. 11, setakat 30 April tahun ini jumlah peruntukan MARRIS yang diterima adalah sebanyak RM75,353,610.00 dan daripada jumlah tersebut berapakah kos yang telah dibelanjakan bagi tujuan selenggaraan jalan sahaja untuk tahun ini? Terima kasih.
Untuk soalan yang kedua, soalan yang spesifik yang itu terpaksa saya dapatkan maklumat dan bagi kepada Yang Berhormat, untuk soalan pertama, secara amnya MARRIS dan juga peruntukan negeri adalah dua sumber peruntukan yang utamalah untuk penyelenggaraan jalan. Sebenarnya peruntukan MARRIS ini adalah mencukupi khususnya setelah bertambahlah saban tahun dan sekiranya ada apa-apa penyelenggaran yang ingin dilakukan boleh kita mohon melalui peruntukan MARRIS, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Soalan tambahan Dato’ Yang di-Pertua, bercakap tentang jalan ini sebelum saya nak bertanyakan saya nak ucapkan tahniah dan terima kasih kepada Yang Berhormat Tanjong Bunga dan Kerajaan Negeri yang menamakan satu jalan di kawasan saya untuk menghormati lagenda bola sepak negeri dan negara Datuk M. Kuppan, terima kasih.
Dato‘ Yang di-Pertua, soalan saya adalah mengenai jalan Persekutuan di SPU seperti rakan saya daripada Permatang Berangan tanya kita nampak walaupun ada peruntukan MARRIS dan juga dibantu oleh peruntukan Negeri jalan-jalan Persekutuan masih lagi tidak diselenggara dengan elok dan ada kelemahannya macam di kawasan saya jalan Bagan Luar jalan yang utama kerosakannya kerosakan penutup longkang dan road shoulder memang sudah ada di sana for more than 2 years…(dengan izin), tetapi apabila dirujuk kepada JKR, JKR Negeri tidak boleh buat apa sebab tidak ada peruntukan dan perlu dirujuk dengan Persekutuan dan Persekutuan mengambil masa yang lama sampai tidak dapat diselesaikan sehingga kini dan mereka perlu merujuk dana Ahli Parlimen pula RM130,000.00 pula saya kata ini saya tidak setuju RM130,000.00 boleh kita buat surau ka atau kuil ka atau tokong ka itu lebih berguna dana Ahli Parlimen. So bagaimanakah kita nak selesaikan masalah ini di mana Kerajaan Persekutuan nampaknya tidak memberikan dana yang secukupnya untuk pembaikan jalan-jalan Persekutuan dan kerosakan yang berkaitan di jalan Persekutuan minta YB. Tanjung Bunga.
Terima kasih Yang Berhormat, yang ini pun saya rasa perlu dibawa ke perhatian Menteri-Menteri di Parlimen lah dan saya pun setuju sangat dengan Yang Berhormat selalu bila kita ada aduan khususnya di jalan-jalan Persekutuan dia mengambil masa yang lama untuk mendapat pembaikan. Dia sebenarnya untuk jalan-jalan Persekutuan ini Kerajaan Persekutuan telah pun melantik konsesi. Syarikat konsesi untuk membuat penyelenggaraan namun dalam syarikat konsesi pun dia ada dia punya skop sekirannya ada kerja-kerja yang di luar daripada skop itu yang menjadi masalah. Tapi kadang-kadang dalam keadaan kecemasan itu kita juga ada mohon dari segi peruntukan kecemasan daripada JKR Malaysia dan kadang-kadang ada juga diluluskan tapi itulah dari segi effectiveness kurang sedikit kita pun harap Kerajaan Persekutuan dapat memberi perhatian lebih dan saya juga nak tambah sedikit sebenarnya Kerajaan Negeri telah mencuba sewaktu awal tahun 2019 mungkin, Kerajaan Negeri telah membuat permohonan kepada Kerajaan Persekutuan untuk mengambil alih sesetengah jalan Persekutuan di Negeri Pulau Pinang. Namun pada tahun 2020 saya telah menerima maklum balas daripada Yang Berhormat Menteri Kerja Raya setelah Kerajaan bertukar bahawa permohonan tersebut telah ditolak, terima kasih Yang Berhormat.
Seterusnya saya nak jemput soalan daripada Yang Berhormat Pulau Betong, Pulau Betong tidak ada di dalam Dewan maka soalan dilangkau. Saya nak jemput Yang Berhormat Telok Ayer Tawar.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya soalan nombor 39. No. 39. Nyatakan secara terperinci inisiatif Kerajaan Negeri dalam usaha menggalakkan peningkatan hasil pertanian pekebun kecil. (a) Nyatakan kawasan pertanian yang berpotensi untuk diusahakan dalam kawasan DUN Telok Ayer Tawar.
Terima kasih.
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat pagi Kerajaan Negeri amat menggalakkan agar petani dapat meningkatkan hasil pertanian. Terutamanya para pekebun kecil. Antara inisiatif Kerajaan Negeri untuk meningkatkan hasil pertanian ialah seperti berikut, menyediakan perkhidmatan pengembangan tekno-pertanian dengan melaksanakan khidmat pengembangan pertanian melalui pemindahan teknologi sepanjang rantaian nilai dengan kursus-kursus teknikal kepada petani serta model farm yang diwujudkan untuk menjadi panduan kepada para petani. Kedua, melaksanakan program pengukuhan kelompok dengan memberi penekanan dalam penanaman padi yang merupakan tanaman masyarakat bagi memastikan pengurusan aktiviti pertanian dapat dilaksanakan secara bersepadu dan menyumbang kepada peningkatan hasil secara kolektif sebagai contohnya dalam jawapan lisan sebelum ini saya ada sebut yang kita apa ini this program yang smart sawah actually ini melibatkan koperasi-koperasi petani-petani itu sendiri dan juga sebagai contohnya kita tengok di PPK dan lain-lain itu sebab mereka ini kalau buat sawah sebagai contohnya sorang-sorang is very difficult. Sekarang ini teknologi-teknologi yang digunakan sebagai contohnya idea padi care menggunakan soil diagnostics kit di mana nutrient berkenaan dengan tanah sawah sebagai contohnya boleh diambil pegang ja kalau kita pergi tengok kat Kampung Terus kan diorang pegang ja dan just ambil the soil and then boleh print dekat situ it’s a hand-held diagnostic soil detector yang boleh result dapat terus…(gangguan).
Yang Berhormat, untuk jimatkan masa cerita macam mana teknologi itu beroperasi?
Tak, ini sebab soalan dia berkenaan bagaimana nak tingkatkan hasil pertanian pekebun kecil.
Fokus kepada itu.
Ya, saya nak explain perkara yang sedang berlaku sekarang ini teknologi-teknologi yang boleh digunakan untuk meningkatkan hasil maknanya information berkenaan dengan nutrient dengan apa itu dapat even pekebun-pekebun kecil sekarang anak-anak muda yang seperti saya sebut yang buat fertigasi timun, fertigasi cili mengunakan teknologi-teknologi ini yang ada IoT dan goes to the phone the smart phone yang di develop oleh anak-anak muda di kampung.
Okey seterusnya ialah pelaksanaan Malaysian Good Agricultural Practice (myGAP). Kerajaan Negeri juga telah menawarkan Program Farmer to Farmer kepada komuniti seluruh Pulau Pinang. Program ini juga memberi peluang kepada rakyat yang berminat dengan pertanian walaupun bekerja dalam sektor pekerjaan yang lain. Bagi tahun 2021 sebanyak 11 komuniti telah berjaya dalam program ini dan telah mendapat hasil antara komuniti tersebut adalah, Seberang Perai Utara MPKK Bumbung Lima, CCRS Kampung Selamat maknanya mereka yang berada dalam tempat rawatan dadah juga membuat projek Farmer to Farmer kita set up untuk mereka, di Seberang Perai Tengah MPKK Tun Sardon, MPKK Mengkuang Titi, MPKK Jalan Tenggiri, MPKK Kampung Terus dan MPKK Bukit Minyak di Seberang Perai Selatan MPKK Sungai Duri, di Barat Daya dan Timur Laut MPKK Permatang Pasir, MPKK Sungai Rusa dan Unit Nelayan Tg Tokong di mana kita bina greenhouse di situ. Program ini telah membantu rakyat di Pulau Pinang untuk menambah pendapatan mereka dan Program Farmer to Farmer diteruskan lagi pada tahun ini. Program Farmer to Farmer ini masa kita start nak just to explain maknanya orang yang jadi Farmer To Farmer ini dia bukan asalnya farmer dia adalah orang yang ambil accounting orang yang kerja kilang….(gangguan).
Yang Berhormat sekali lagi tak perlu.
Okey, okey saya sambung. Pada tahun 2022, Jabatan Pertanian telah merancang untuk melaksanakan sebanyak 75 Projek Pertanian Bandar. Pecahan projek-projek tersebut melibatkan lapan (8) projek individu, 25 projek komuniti, 31 projek sekolah, lapan (8) projek institusi dan tiga (3) projek pemindahan teknologi yang telah dilaksanakan di semua daerah di Negeri Pulau Pinang. Pecahan Projek Pertanian Bandar mengikut KADUN adalah seperti berikut; Seberang Perai Utara: Penaga ada 3 projek, Bertam 3, Pinang Tunggal 3, Telok Ayer tawar 2, Permatang Berangan 2; Seberang Perai Tengah: Seberang Jaya 5, Penanti 4, Bukit Tengah 3, Padang Lalang 1; Seberang Perai Selatan: Jawi 7, Sungai Acheh 8, Sungai Bakap 4; Barat Daya: Teluk Bahang 6, Pulau Betong 6, Bayan Lepas 1, Batu Maung 2; dan Timur Laut: Tanjung Bungah 1, Air Putih 2, Datok Keramat 4, Padang Kota 1, Air Itam 1, Pantai Jerejak 1, Pulau Tikus 1, Batu Lancang 2, Sungai Pinang 2, jumlah pada 2022 : 75 projek pertanian bandar. Antara kawasan pertanian yang berpotensi diusahakan terutamanya tanaman padi ke arah peningkatan hasil padi 10 tan per hektar di DUN Telok Ayer Tawar merupakan kawasan Permatang Panjang, Permatang Binjai, Gelong Bubu, Pekan Darat dan Telok Ayer Tawar. Selain itu, pertanian bandar, pertanian komuniti dan industri asas tani turut berpotensi dibangunkan di sekitar kawasan DUN Telok Ayer Tawar. Perincian komuniti terdapat dalam lampiran di setiap DUN dalam jawapan soalan lisan terima kasih.
Terima kasih ya.
Soalan tambahan terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, saya melihat apa yang di jawab oleh pihak Penanti. Tugas yang dilaksanakan oleh Jabatan adalah tugas yang sama extention teknikal pengukuhan kelompok memang telah dilaksanakan yang baru saya nampak dari segi pertanian bandar dan juga Farmer to Farmer. Apa yang saya nak persoalkan dalam usaha kita nak memastikan Pulau Pinang ada mempunyai food security keselamatan makanan kita kena pertingkatkan usaha ini kerana Kerajaan Negeri Pulau Pinang kurang tanah. So kita kena pertingkatkan usaha ini fokus kepada perusahaan pertanian bandar, Farmer to Farmer terutama di kawasan yang tak ada tanah, di kawasan Teluk Ayer Tawar tidak ada tanah sawah padi ja banyak dan kawasan taman perumahan kampung sebelah Pekan Darat sahaja dan kalau boleh kita nak bantu saya minta saya minta pandangan ataupun jawapan daripada pihak Penanti boleh atau tidak kita pertingkatkan usaha ini dengan teknologi yang lebih canggih termasuk penternakan ternak air, kita buat konsep macam ini. Saya bercakap lama dah kita nak buat hectare equivalent. Maksudnya macam pertanian bandar. Kita buat satu tanaman bandar komuniti, kita pilih kampung. Kampung ni buat komuniti kucai contohnya. Kucai itu setiap rumah buat kucai. 20 rumah buat kucai so ada marketing dia, pasarkan dalam domestik. So kita boleh selesaikan isu makanan, harga barang dan sebagainya.
Dato’ Berhormat sudah?
Terima kasih.
Kita Farmer to Famer ini sebenarnya teknologi yang kita guna ni tak semestinya perlukan tanam dalam tanah sebab sekarang ini kita set up the fertigasi itu dia in fact macam di sawah kita letak di atas maknanya di kawasan banjir dia kalau di kawasan flat, tanah tu pemaju letak yang berbatu-batu ke kan dia tanam memang tak subur tapi projek-projek fertigasi masih boleh dilakukan sebab semua tanaman itu diletakkan dalam poly bag. Kita juga untuk bangunan-bangunan terbiar di dewan-dewan sebagai contohnya ataupun kalau kawasan yang tak ada dewan pun kita ada mobile mushroom apa ni mobile mushroom ataupun cendawan di mana Jabatan Pertanian Pulau Pinang mendapat nombor satu hadiah inovasi. So, dia rupa dia macam rumah tapi sebenarnya is a mobile dan dewan-dewan macam yang terbengkalai kami gunakan untuk letak bongkah. Contohnya 21,000 bongkah cendawan dan juga last year kita ada beri vertical farm kepada isi rumah yang duduk di flat yang tak ada tanah. So dia boleh tanam, kita bagi kepada 250 B40 sebagai percubaan untuk dia buat vertical farm dan rumah. Dan juga kepada 850 B40 untuk dia kalau dia ada kebun kecil ke kita, yang itu untuk individu yang Farmer to Farmer ini melibatkan komuniti. Kita juga ada projek ternakan ikan secara komuniti dan lestari. 50 kolam yang kita ada 5 komuniti untuk belajar bagaimana nak buat ternakan ikan tanpa pencemaran. Bersama dengan tanaman kita juga ada di Permatang Pauh Agro Park, projek akuaponik di mana di bawah itu ikan atas tu ialah tanah sayur-sayuran.
Terima kasih. Saya nak jemput Seri Delima. Sila.
Terima kasih Dato’ Speaker. Soalan saya soalan nombor 40. No. 40. Isu kekurangan kawasan tempat letak kereta di sekitar kediaman pangsapuri seperti di Greenlane Heights dan Taman Tun Sardon memerlukan perhatian pihak Kerajaan Negeri. (a) Apakah tindakan jangka masa pendek dan panjang akan diambil oleh pihak Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan isu ini?
Terima kasih Dato’ Speaker dan kepada rakan saya daripada Seri Delima berkenaan soalan kesesakan tempat letak kereta dan sebagainya di kawasan beliau. Untuk makluman kawasan perumahan Pangsapuri Greenlane Heights dan juga Taman Tun Sardon mempunyai suatu kepadatan penduduk yang begitu tinggi di mana rata-ratanya mempunyai kenderaan sendiri seperti kereta ataupun motorcycle. Tambahan pula, ruang sekitar di perumahan tersebut adalah terhad untuk tempatkan ke semua kenderaan penduduk. Bagi kawasan di Greenlane Heights, pihak pengurusan adalah wajar selaras dengan undang-undang iaitu Akta 757, Pengurusan Strata. Strata untuk, nombor satu, mewujudkan peraturan yang bersesuaian bagi mengawal jumlah kenderaan yang boleh masuk kawasan pangsapuri mereka ataupun nombor dua, menambah lebih petak parkir di kawasan yang dilihat seperti sesuai di premis mereka. And then bagi kawasan di Taman Tun Sardon, kita telah pun sebenarnya melaksanakan beberapa tindakan seperti berikut iaitu tindakan jangka masa pendek iaitu pengecatan semula garis petak parkir. Nombor dua, penambahan petak parkir di kawasan sekitar yang bersesuaian. Nombor tiga, pemeriksaan dan pengalihan kenderaan usang yang berada di kawasan parkir. Untuk tindakan jangka masa panjang kita akan wujudkan house rules berkenaan petak parkir di mana satu rumah satu parkir sahaja dan membina boomgate dan kawalan akses untuk kawasan perumahan. Sekian, Dato’ Speaker.
Terima kasih. Saya nak seterusnya menjemput soalan daripada Yang Berhormat Bertam. Yang Berhormat Bertam tak ada dalam Dewan. Soalan dibenarkan dilangkau. Saya nak jemput Yang Berhormat Penaga. Sila.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan Penaga nombor 42. Minta EXCO ringkaskan jawapan. No. 42. Mulai bulan Januari 2022, tindakan penguatkuasaan terhadap penternak babi diambil selaras dengan Enakmen Penternakan Sabi 2016. (a) Berapakah ladang babi yang telah ditutup kerana melanggar undang-undang ini mengikut DUN?
(b) Jika tidak ditutup, apakah sebabnya? (c) Berapakah ladang babi moden sistem tertutup yang telah siap dibina
YB. minta ringkaskan.
Ya, ya ringkas.
Tengok begitu baiknya YB.
Okey, okey. Berdasarkan kepada keputusan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Bil. 5/2022 pada bertarikh 23 Februari 2022, ladang-ladang babi yang gagal mematuhi lesen penternakan dan tidak melaksanakan kerja-kerja penambahbaikan, kompaun akan dikenakan ke atas ladang tersebut sehingga tarikh 31 Mei 2022. Berdasarkan rekod Jabatan Veterinar, terdapat sebanyak 54 kompaun telah dikeluarkan manakala 24 buah ladang babi sedang dalam proses untuk ditutup secara sukarela. Selain itu, terdapat satu buah ladang telah ditutup dan satu buah ladang yang telah dikosongkan. Sekiranya ladang yang telah dikompaun tersebut masih gagal untuk mematuhi lesen penternakan babi, notis penutupan operasi ladang akan dikeluarkan pada ladang yang berkenaan bermula pada 1 Jun 2022. Pada tahun 2021, lesen ternakan babi telah diluluskan kepada 142 buah ladang babi. Namun untuk tahun 2022, lesen ternakan babi diluluskan hanya kepada 62 buah ladang babi sahaja out of last year 142 tinggal 62. Keputusan perlesenan ini merupakan pertimbangan daripada jawatankuasa perlesenan yang membuat penilaian berdasarkan hasil pemeriksaan yang dijalankan mengikut kriteria yang terkandung di dalam Enakmen Penternakan Babi 2016 dan Peraturan Perlesenan Penternakan Babi Pulau Pinang pada 2021 terutamanya berkaitan dengan menaik taraf sistem kepada sistem kandang babi tertutup. Bagi ladang babi yang gagal untuk mendapatkan lesen, penternak telah membuat rayuan kepada Kerajaan Negeri selari dengan peruntukan di dalam Enakmen Penternakan Babi 2016. Mesyuarat MMK pada 23 Februari 2022 telah memutuskan bahawa mana-mana ladang yang sedang melaksanakan kerja-kerja penambahbaikan untuk mematuhi syarat lesen penternakan dan penambahbaikan tersebut telah mencapai 50% kemajuan atau lebih, kelulusan lesen penternakan secara bersyarat boleh dipertimbangkan dan ladang terbabit dibenarkan untuk beroperasi. Bagi ladang yang masih gagal mematuhi lesen penternakan dan tiada kerja-kerja penambahbaikan dilaksanakan, kompaun akan dikenakan ke atas ladang tersebut sehingga 31 Mei 2022. Sekiranya ladang tersebut masih gagal mematuhi syarat lesen penternakan, notis penutupan akan dikeluarkan bermula 1 Jun 2022. Walau bagaimanapun sekiranya ladang yang menerima notis penutupan telah membuat penambahbaikan dan mematuhi syarat lesen, lesen boleh dipertimbangkan untuk diberikan kepada penternak tersebut. Berdasarkan rekod JPV Pulau Pinang, terdapat 15 buah ladang babi yang telah dinaik taraf 100% kepada ladang tertutup, 31 buah ladang babi telah mencapai lebih 50% kemajuan, 22 buah ladang dalam proses dinaik
taraf iaitu dengan anggaran antara satu sehingga 49% dan baki 70 ladang babi masih tidak dinaik taraf kepada sistem kandang tertutup. Okey.
Okey. Terima kasih
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua dan terima kasih atas jawapan tadi oleh Penanti sebentar tadi dan saya melihat bagaimana Kerajaan Negeri juga fokus untuk memastikan ladang ternakan babi di Kampung Selamat itu diambil tindakan sewajarnya. Dan isu penternakan babi ini dia ada bersangkut paut dengan isu pencemaran air di Sungai Kereh dan aduan-aduan bantahan penduduk kerana dia melibatkan pencemaran air dan juga bau di sekitar kawasan terbabit. Jadi selain daripada kita memastikan ladang itu mengikut peraturan yang telah kita tetapkan, usaha-usaha untuk memastikan air Sungai Kereh yang tercemar itu dibaikpulih dan boleh juga sepatutnya diberi perhatian oleh pihak YB.
Kampung Selamat, jumlah ladang yang ada di situ 65 ladang dengan populasi babi 111,726 ekor out of jumlah 65, sembilan telah lulus, 22 lulus bersyarat dan 32 gagal, 32 di Kampung Selamat gagal. Inisiatif yang telah diambil untuk membersihkan parit dan Sungai Kereh depan Kampung Selamat ialah, kita telah mengeluarkan surat kepada Pengarah DOE melalui Jabatan Veterinar untuk menanam tahi babi yang telah lama di dalam kolam-kolam itu di atas tanah yang telah dipersetujui dengan Pejabat Tanah. Ada tanah TOL dekat dua (2) ekar di situ di ladang babi, Kampung Selamat itu it self. Jadi kita tak perlu nak tanam jauh-jauh maknannya tanamkan di situ. Dan juga kita dah dapat peruntukan RM800,000.00 dari Kerajaan Persekutuan untuk membersihkan parit di depan di situ. I think parit utama di situ yang akan memulakan kerja pada tahun ini oleh NAHRIM, National Water, ini agensi Kerajaan Pusat.
Terima kasih. Boleh? Okey, saya nak jemput Ketua Pembangkang, soalan.
Soalan saya soalan 43. Terima kasih. No. 43. Bentangkan kedudukan dan kemajuan pembangunan ladang tertutup ternakan khinzir hingga kini. (a) Dalam Rancangan Struktur dan Tempatan, ladang-ladang khinzir akan ditempatkan di dua (2) kawasan dan mendapat bantahan. Apakah perkembangan terkini? (b) Berapakah ladang tertutup yang telah dan belum dinaik taraf serta bilakah tarikh penguatkuasaan pelaksanaan sistem ladang tertutup ini?
Masih soalan yang sama?
Oh!, ni okey, soalan okey. Berdasarkan Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2030, kedudukan kawasan khinzir terbesar di Negeri Pulau Pinang adalah di Kampung Selamat, Seberang Perai Utara dan di Ladang Valdor, Seberang Perai Selatan. Kedudukan kedua-dua kawasan ini adalah di dalam kawasan keutamaan pembangunan. Satu, perancangan penempatan semula khinzir ini. Kedua, lokasi baru telah diuruskan oleh pihak Majlis Bandaraya Seberang Perai. Berdasarkan rekod terkini MBSP, perkara berkaitan bantahan penempatan ladang-ladang khinzir yang telah dinyatakan dalam Deraf Rancangan Tempatan Seberang Perai 2030, pihak MBSP kini dalam peringkat Mesyuarat Jawatankuasa Siasatan Tempatan dan Pendengaran bagi daerah SPU. Sesi bantahan dan pendengaran ini telah bermula pada 10 Mei 2022 dan dijadualkan akan berakhir pada 1 Jun 2022. Tarikh penguatkuasaan pelaksanaan sistem kandang tertutup…(gangguan).
Yang ini sudah jawab
Yang ini dah jawab. Ya betul.
Soalan?
Soalan tambahan. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Rakyat Tasek Gelugor masih lagi menderita akibat pencemaran, tanaman padi menjadi terlalu subur sampai tak mengeluarkan hasil padi. Dia jadi mandul, gabuk orang panggil bahasa gabuk bahasa kampung, dan ikan-ikan banyak mati pencemaran bau, sungai yang tak boleh digunakan oleh rakyat oleh masyarakat di kawasan ini berpunca daripada tempat lain mai ke Tasek Gelugor memang dah lama. Jadi saya cuma nak tanya tentang isu Kampung Selamat tadi ada 111,726 ekor babi yang diternak di situ di bawah 65 kandang. Yang lulus untuk sistem tertutup sembilan (9) dah buat pun 22 lulus bersyarat masih lagi tak laksana sistem tertutup dan 32 gagal. Mengikut syarat perlesenan, saya rasa dia akan dibuat setiap tahun untuk lesen ternakan babi dan mesti termasuk dalam sistem kandang tertutup YB ya. Jadi saya nak kalau boleh saya nak kepastian daripada pihak-pihak YB? Satu tentang kos ladang tertutup siapa yang tanggung penternak tanggung ataupun dia memerlukan bantuan takut dia nak bantuan kita sendiri tak mampu nak bagi bantuan untuk bina ladang tertutup dengan sistem-sistem pengairannya, sistem salurannya, sistem takungan dan sebagainya, siapa tanggung kos. Kedua, kompaun yang dikenakan? Berapa kompaun, kompaun sekadar seribu ka ataupun kompaun kita kenakan secara maksimum mungkin sekali kita bagi warning tangkapan kita bagi rendah lepas tu kita bagi maksimum dan dalam undang-undang dia ada kompaun yang maksimum. Kalau boleh kita kenakan kompaun yang maksimum supaya dia
akan terus melaksanakan ladang tertutup. Dan dari segi pelaksanaan akta ini ataupun enakmen ini kalau boleh tarikh itu jangan diganjak-ganjaklah kalau kata 1 Jun 2022 kita kuatkuasa, kuatkuasakan terus ada yang boleh buat ladang tertutup bukan tak boleh buat…(gangguan).
Yang Berhormat, jelas lah, soalan sudah jelas.
Kalau boleh saya minta penjelasan ni supaya rakyat Tasek Gelugor, kawasan Tasek Gelugor, Pokok Machang, Air Melintas dan sebagainya sampai ke hujung Sungai Kereh tak mengalami masalah ini lagi lepas ni InshaAllah..(gangguan)..
Berkenaan dengan soalan yang pertama yang masuk dalam sawah padi tu pada mesyuarat yang kita adakan di JPS masa tu bersama dengan NAHRIM dan Jabatan-Jabatan Alam Sekitar dan semua masa tu kita telah hantar drone ke ladang-ladang babi untuk melihat affluent dari ladang babi tu dia keluar ke mana jadi masa tu kita dapati dia masuk memang boleh masuk ke sawahlah dan disebabkan itu pihak JPS telah membuat well, telah membuat well supaya air kumbahan itu dialihkan dan tidak masuk ke dalam sawah. Itu yang telah dibuat yang NAHRIM yang sekarang nak apa yang NAHRIM nak buat pada tahun ini ialah untuk bersihkan terus jadi that’s why kita nak tanam tahi-tahi babi tu dan kita juga telah nasihatkan ladang-ladang babi untuk beli solid separator maknanya solid separator tu bukan mengasingkan najis babi dan air so air tu yang boleh dirawat dimasukkan dalam kolam dan najis babi yang solid itu diasingkan untuk dilupuskan ke ataupun dia orang letak kat ladang kelapa sawit mereka ke ataupun dijadikan black soldier fly untuk makanan ternakan babi. Itu beberapa cara yang digunakan. Penguatkuasaan kalau ikut enakmen sepatutnya pada 1haribulan 1 2022 tetapi dalam Mesyuarat EXCO pada Februari 2020 disebabkan ramai banyak sangat ladang babi yang tidak mematuhi dan kalau ikut dia perlu ditutup dan dirobohkan, keputusan diambil untuk berbincang dengan ladang-ladang babi yang terbanyak ni yang 70, 75, 76 ladang babi ni jadi sama ada mereka akan meneruskan ataupun tidak? Kos pembinaan closed farm ditanggung oleh penternak sendiri dan apa yang saya diberitahu Agrobank tidak memberi pinjaman untuk buat closed farm untuk ladang babi. Jadi mereka memang perlu ada bila dalam Jawatankuasa Pelesenan kita dapati yang ada sesetengah ladang tu dia turun-temurun, semua anak dia tak nak teruskan jadi dia tak nak tanggung kos, ada yang pergi ke penternakan ayam, ada yang pergi ke tanaman. Jadi yang kata 31 di Kampung Selamat tu dia memang tarikh dia ialah 1 Jun, jadi dia kena membuktikan yang dia membuat kemajuan kalau tidak memang perlu memang kita tidak akan injak-injakkan lagi hanya sekarang ni kita memang ikut enakmen, enakmen tu tulis 1haribulan 1.2022 hanya apa yang kita buat ialah berbincang dengan penternak sebab-sebab ladang tu terlampau banyak yang perlu ditutup operasinya…(gangguan).
Terima kasih. Saya nak jemput Yang Berhormat Air Putih. Sila Yang Berhormat Air Putih.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, soalan 44. No. 44. Nyatakan tentang cadangan memperluaskan Perpustakaan Digital di semua daerah di Pulau Pinang dan kedudukan tiga (3) buah Perpustakaan Digital sehingga sekarang termasuk kos pembangunan dan pengurusan? (a) Adakah perkhidmatan sepanjang masa 24 Jam akan diteruskan? Jika tidak, mengapa?
Terima kasih Yang Berhormat Air Putih. Kerajaan Negeri telah membangunkan Penang Digital Library (PDL) yang pertama di Jalan Masjid Negeri, Daerah Timur Laut (DTL) pada Oktober 2016. Pada Januari 2019, PDL Fasa 2 dibangunkan berhampiran dengan PDL sedia ada memandangkan terdapat bangunan sedia ada yang kosong dan atas permintaan orang ramai bagi menampung lebih ramai pengguna.
Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah membangunkan sebuah PDL di Daerah Barat Daya dikenali sebagai Batu Maung Digital Library yang terletak dalam Bangunan South Bay Plaza, Batu Maung dan sedang beroperasi sejak 9 November 2019. Manakala, bagi kawasan Seberang Perai, Butterworth Digital Library (BDL) telah dlbangunkan di Daerah Seberang Perai Utara (SPU) untuk membolehkan penduduk di kawasan Seberang Perai mendapat peluang untuk menggunakan perkhidmatan perpustakaan digital. PDL telah dilancarkan pada 17 Oktober 2020. Walau bagaimanapun, pada masa kini Kerajaan Negeri tidak mempunyai sebarang cadangan untuk membangunkan perpustakaan digital tambahan memandangkan konsep perpustakaan digital adalah penggunaan atau akses bahan bacaan elektronik melalui sistem dari mana-mana lokasi atau bangunan. Misalnya, Makerspace yang terletak di Balik Pulau mempunyai satu ruang yang dikhaskan sebagai perpustakaan digital. Kerajaan Negeri bersedia untuk berkerjasama dengan pihak swasta yang berminat untuk mendirikan perpustakaan digital dan memberikan pandangan serta nasihat teknikal bagi penubuhan PDL tersebut.
Kos pembangunan dan kos operasi bagi setiap PDL dari tahun 2017 sehingga tahun 2021 akan diletakkan di alas meja Yang Berhormat. Kerajaan Negeri akan mengkaji semula keperluan bagi pengoperasian 24 jam/ 7 hari sekiranya terdapat permohonan daripada ramai pengguna. Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan permohonan pengoperasian 24/7 dengan mengambil kira pelbagai faktor seperti bilangan kakitangan, kos pengoperasian, isu keselamatan pada waktu malam, penyelenggaraan bangunan, keadaan persekitaran bangunan dan lain-lain yang terlibat secara langsung bagi pengoperasian PDL. Selain itu, terdapat aktiviti-aktiviti yang sukar dikawal oleh pihak pengawal disebabkan oleh pengoperasian 24 jam dan pihak sekolah juga telah membuat aduan mengenai perkara ini. Antara aktiviti tidak sihat yang dilaporkan adalah pengguna menggunakan tempat letak kenderaan sebagai tempat dating dengan meluangkan masa secara berdua-duaan dalam kereta pada waktu malam, pelajar/pengguna merokok dan meminum arak di kawasan PDL. Pihak pengurusan Sekolah Menengah Penang Free juga melaporkan bahawa pelajar asrama sekolah tersebut keluar dari kawasan sekolah pada waktu malam dan berlakunya isu pencerobohan dalam kawasan sekolah disebabkan oleh waktu pengoperasian 24 jam tersebut. Terdapat juga isu di mana gelandangan memasuki bangunan PDL untuk tidur dan mandi pada
waktu malam. Selain itu, bilangan pengguna selepas pukul 11.00 malam adalah dalam lingkungan lima (5) hingga 10 pengguna pada satu-satu masa dan ini menyebabkan pembaziran bekalan elektrik dan juga pembayaran elaun lebih masa kepada kakitangan PDL. Kerajaan Negeri juga memfokuskan Visi Penang 2030 bagi mewujudkan Negeri berteraskan keluarga Family-focused dan pengoperasian PDL 24 jam adalah tidak selari dengan aspirasi visi tersebut. Perkara ini juga pernah dilaporkan oleh ibu bapa bahawa anak-anak mereka meluangkan masa di PDL selepas jam 12.00 tengah malam. Ke semua PDL yang dibangunkan di Pulau Pinang masih beroperasi mengikut tempoh waktu dan standard pengoperasian yang telah diluluskan dan akan dikaji semula sekiranya ada keperluan untuk pengoperasian selama 12 jam sehari. So jadi dalam menjawab soalan ini adalah permintaan supaya kalau-kalau PDL tidak dibenarkan 24 jam saya rasa masa perlu ditingkatkanlah, itu pandangan saya pada masa kini, terima kasih.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin meminta pihak kerajaan mengkaji semula keputusan yang dibuat kerana apabila PDL dilancarkan pada tahun 2016 ia mendapat sambutan yang hangat daripada rakyat Pulau Pinang sehingga mendapat perhatian daripada peringkat Antarabangsa. Seperti yang saya dimaklumkan Puteri daripada Negeri Thailand sendiri pun datang untuk mengunjung dan melawat PDL ini dan juga meminta bahawa nasihat diberikan supaya sesuatu idea sesuatu PDL atau satu perpustakaan digital yang serupa boleh dibina di Bangkok. So tentulah saya agak hairan bila saya dengar sebab-sebab dan juga aduan tentang aktiviti-aktiviti yang tidak sihat yang berlaku, menjadi alasan mengapa ia tidak beroperasi semasa 24 jam 365 hari setahun kerana semua aduan ini tidak wujud sebelum ini atau sebelum pandemik COVID. So sehubungan itu, memang harus diberikan perhatian serius dan masalah yang dinyatakan tapi saya yakin bahawa ia dapat diatasi dengan menambahkan sekuriti dan juga memberikan lampu-lampu untuk cahayakan ataupun supaya kawasan sana boleh jadi lebih terang…(gangguan).
Itu soalan..(gangguan).
Ya, itu soalan saya Dato’ Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri so saya rasa ia tidak harus cari alasan untuk tidak membenarkan PDL menjalankan operasi untuk tempoh 24 jam dan bukan sahaja seperti mana yang diamalkan di Pulau Pinang tapi juga di Butterworth. So saya harap perkara ini boleh dikaji semula supaya ia selaras dengan Negeri Pintar dan menjadi satu lagi tarikan untuk Pulau Pinang. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Air Putih. Saya memang setuju dengan Yang Berhormat Air Putih bahawa perkara, kelakuan murid-murid yang menggunakan itu menjadi alasan tapi apa pukulan turut kepada PDL adalah COVID dua (2) tahun ini yang tu rasa kita tidak boleh elakkan. Disamping itu, saya rasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang menggalakkan PDL dan Penang Digital Library tidak bermakna perpustakaan-perpustakaan ini yang tersedia pun ada juga kompenan digital. So jadi saya rasa bahawa perkara ini perlu dilihat semula dan isu-isu kakitangan, isu
kawalan dan sebagainya saya rasa satu yang ingat biasalah so jadi saya rasa kalau kita adalah dana semua ini terus dikembangkan di Pulau Pinang maka saya terharu dengan pandangan apa ini Yang Berhormat Air Putih…(gangguan). i have no issue…(gangguan)..
Soalan tambahan. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri kerana perpustakaan pertama di kawasan Seberang Perai ada di kawasan saya. Saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang tetapi seperti yang sudahpun dibincangkan tetapi kita nampak ada keputusan-keputusan birokrasi yang dapat melembabkan ataupun melambatkan dan melemahkan Digital Library sepertinya selain daripada 24 jam pada masa kini walaupun Butterworth Digital Library tak pernah buka 24 jam tetapi pada dahulunya dikatakan akan dibuka 7 hari seminggu, kini setiap hari Ahad, hari Isnin ditutup atau mengikut amalan di perpustakaan kita. So saya minta Digital Library ni sangat penting di mana pelajar-pelajar di kawasan Butterworth dan juga daripada Permatang Pauh dari UiTM, Politeknik datang ke sana sebab mereka tak perlu bayar untuk Internet dan mereka tak perlu beli kopi macam di McDonald's dan KFC, so saya minta kalau boleh di Butterworth juga dibuka 7 hari seminggu kalau bukan 24 jam at least sampai pukul 11.00 malam, ini permintaan daripada sebagai ADUN kawasan, Dato’ Yang di-Pertua.
Terima kasih saya rasa saya pun tak perlu jawab soalan itu saya memang dah Perai pun tak ada Digital Library jadi saya pun rasa macam kenapa ada di Butterworth tapi tak ada di Perai, sebab Perai ini adalah separuh industri dan sebagainya. Jadi saya mungkin masa depan kita akan melihat perkara ini, kemudian kita sediakan dana dan saya akan minta apa ini Pejabat SUK mengkaji semula bagaimana kita akan dapat meningkatkan lagi masa kalau tidak boleh 24 jam pun mungkin kita boleh tutup pukul 10.00 malam ke atau 12.00 malam tapi isu kawalan, isu semua ni perlu ditangani lah,ini pun tak ada, tak ada dia jalan lain this is normal la mana-mana tempat…(gangguan suara audio).
Terima kasih, sila Bayan Lepas.
Terima kasih Dato’ Speaker soalan saya No. 45. No. 45. Projek Tambakan Laut Pulau Pinang Selatan (PSR). (a) Berapakah jumlah keluasan tanah di kawasan tersebut yang akan diserahkan kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang bagi pembinaan masjid dan tanah perkuburan Islam dan lain-lain tujuan bagi menjaga kepentingan masyarakat Islam? (b) Apakah Kerajaan Negeri mendapat lebihan pulangan selain membiayai PTMP?
Soalan Bayan Lepas berkenaan PSR jumlah keluasan tanah untuk tujuan Masjid dan tanah perkuburan yang telah dirancang untuk diserahkan kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang bagi pembangunan Penang South Reclamation (PSR) adalah dalam anggaran 8.05 ekar mengikut Pelan Induk Pindaan terkini yang akan dibentangkan untuk pertimbangan Jawatankuasa Perancangan Negeri nanti. Untuk soalan kedua, soalan berkaitan “Apakah Kerajaan Negeri mendapat lebihan pulangan selain membiayai PTMP selain pembiayaan bagi pelaksanaan Penang Transport Master Plan (PTMP)?” Projek PSR akan memberi banyak manfaat kepada Pulau Pinang di mana Kerajaan Negeri merupakan pemilik projek, manfaat-manfaat ini adalah termasuk satu pembangunan ekonomi yang dijangka dari segi penjanaan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebanyak RM2.2 trilion dan Foreign Direct Investment (FDI) melebihi RM70 bilion serta peluang pekerjaan sebanyak 460,000 menjelang tahun 2050. Dua, tanah baru untuk pembangunan, Taman Perindustrian berteknologi tinggi, pembangunan bercampur, komersial, perumahan mampu milik, infrastruktur pengangkutan awam, depot untuk LRT di Bayan Lepas dan lain-lain yang akan membantu mengatasi masalah kekurangan tanah yang selamat untuk pembangunan masa hadapan. Dan tiga, pembangunan tarikan pelancongan bertaraf antarabangsa dan tempatan rekreasi hijau yang baru untuk membangunkan sektor pelancongan dan eko-pelancongan Pulau Pinang yang akan mewujudkan peluang pekerjaan dan perniagaan untuk rakyat setempat. Yang ke 4, Pembangunan Sosial Ekonomi untuk rakyat setempat khususnya nelayan kawasan Pulau Pinang Selatan yang menerima manfaat Pelan Pengurusan Impak Sosial (SIMP) seperti bantuan kewangan (ex-gratia) bot dan enjin baru, peluang pekerjaan dan perniagaan, peluang mengikuti skim latihan dan kemahiran tuisyen untuk anak-anak yang masih bersekolah, skim perumahan dan keahlian dalam koperasi, komuniti Pulau Pinang Selatan yang akan menjana pendapatan tambahan untuk mereka. Dan yang ke 5, Pembangunan Kawasan Hijau Baru khususnya hutan bakau di sekitar Pulau PSR dan tempat-tempat lain di Pulau Pinang di bawah pelaksanaan Program Pengembangan Ekologi PSR (PEOM) yang juga termasuk inisiatif seperti pelabuhan tukun tiruan dan unjam, pelepasan benih ikan dan udang, pembinaan garis pantai mesra alam, (eco-friendly shorelines) yang menggalakkan biodiversiti penyediaan peruntukan untuk kajian ekologi laut penuh dengan tukun dan sebagainya yang juga memberi manfaat kepada nelayan dan sektor perikanan. Melalui manfaat-manfaat ini Kerajaan Negeri akan dapat meneruskan usaha untuk memastikan Pulau Pinang dapat terus maju dan mengekalkan kedudukannya sebagai sebuah destinasi terpilih bagi pelaburan dan pelancongan antarabangsa. Pertumbuhan ekonomi yang lestari adalah pulangan yang diharapkan oleh Kerajaan Negeri agar dapat terus menjamin kesejahteraan rakyat Pulau Pinang.
Jadi daripada penjelasan itu Dato’ Timbalan Ketua Menteri bermakna daripada 4,500 ekar tanah yang ditambak itu hanya 8.05 ekar sahaja akan diserahkan kepada Majlis Agama Islam. So adakah 8.05 ekar ini merangkumi ketiga-tiga Pulau ataupun 8 ekar ni terletak di Pulau B sahaja. Sebab kita dah faham Pulau A ni adalah untuk kawasan perindustrian ataupun masih lagi tiada perancangan macam mana pun, sebab apa yang saya utarakan ini adalah untuk kita menangani persoalan rakyat di luar, Pulau ini bukan untuk kita, Pulau ini untuk orang luar, orang
Melayu akan ni..ni..ni.. jadi sebolehnya jika ada telah ada Pelan Induk ataupun perancangan yang rapi perlu mencakupi semua aspek kalau kata di Pulau A ada tanah 2 ekar, Pulau B ada tanah 3 ekar untuk orang Islam untuk Majlis Agama Islam yang saya rasa lebih, lebih elok lagi kita buat penerangan di peringkat bawahan, terima kasih.
Untuk Deraf Master Plan yang disediakan sekarang hanya 8.05 ekar tu saja yang disediakan setakat ini, mungkin kita akan lihat apabila pelan terperinci susun atur terperinci disediakan pada masa akan datang dan mungkin ada lagi keperluan-keperluan tanah yang akan diserahkan kepada Majlis Agama Islam, setakat ini hanya deraf baru disediakan.
Terima kasih, saya nak jemput soalan Yang Berhormat Sungai Acheh, Sungai Acheh tak ada di dalam Dewan, soalan dilangkau, soalan seterusnya Yang Berhormat Sungai Pinang, sila.
Terima kasih Dato’ Speaker soalan saya soalan No. 47. No. 47. Pusat jagaan ibu selepas bersalin (Confinement Centre) (a) Senaraikan Pusat Jagaan Ibu Selepas Bersalin yang berlesen dan tidak berlesen setakat bulan April 2022 di Negeri Pulau Pinang. (b) Nyatakan status setiap permohonan dan nyatakan masalahnya sekiranya yang tidak berjaya. (c) Nyatakan inisiatif Kerajaan Negeri dalam memastikan pusat-pusat jagaan ini dapat beroperasi secara berlesen.
Terima kasih YB Sungai Pinang dan juga YB. Speaker, selama ini Pusat Jagaan Ibu Selepas Bersalin ataupun dipanggil confinement centre tidak tertakluk kepada mana-mana Akta dan tiada mana-mana agensi yang dipertanggungjawabkan untuk melesenkan Pusat Jagaan Ibu Selepas Bersalin. Jadi untuk soalan (A), senaraikan pusatnya jagaan ibu selepas bersalin yang berlesen, untuk makluman hanya MBPP yang memberi mengeluarkan lesen premis dan iklan bagi aktiviti tersebut, jadi di MBSP ada 12 Pusat Jagaan Ibu Selepas Bersalin yang telah dilesen. Dan satu lagi belum dilesen kerana mereka tidak memohon ya, jadi walau bagaimanapun MBSP pun telah mengambil tindakan ke atas Pusat Jagaan Ibu Selepas Bersalin ini, telah mengeluarkan kompaun dan notis kepada pengusaha. Untuk MBPP memang tak ada data langsung kerana selama ini mereka tidak memberi lesen untuk apa-apa jadi kerana ini MMK saya telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan satu Jawatankuasa yang diketuai oleh Yang Berhormat Sungai Pinang. Selepas 12 kali bermesyuarat jadi Jawatankuasa ini telah menghasilkan satu garis panduan bagi mendaftar Pusat Jagaan Ibu Selepas Bersalin jadi saya nak ucapkan banyak terima kasih kepada YB. Sungai Pinang dan juga Ahli-ahli Jawatankuasa ini.
Garis Panduan tersebut memberi punca kuasa kepada Pihak Berkuasa Tempatan bagi pengeluaran lesen beroperasi dan membantu pemantauan premis perniagaan tersebut. Pemantauan tersebut juga merangkumi aspek perancangan dan reka bentuk bagi memastikan pusat jagaan sedia ada yang sedang beroperasi dan baharu dapat mematuhi aspek teknikal dan keselamatan, seterusnya mendapat lesen perniagaan daripada pihak PBT. Jadi garis panduan ini akan berkuat kuasa pada 1 haribulan Julai tahun ini. Pihak MBSP juga mengambil inisiatif untuk membenarkan aktiviti Pusat Jagaan Ibu Selepas Bersalin untuk beroperasi di premis-premis perniagaan atau bangunan perniagaan tanpa memerlukan permohonan Pelan Kebenaran Merancang bagi memudahkan pengusaha untuk mendapatkan lesen perniagaan, terima kasih.
Terima kasih.
Terima kasih, soalan tambahan.
Sungai Pinang pengerusi Jawatankuasa nak tanya lagi?
Tetapi soalan saya belum ada diluluskan belum ada keputusan lagi. Terima kasih lah saya baru tahu bahawa dia akan berkuatkuasa pada 1 haribulan Julai dan soalan saya adalah apakah inisiatif atau tindakan selanjut Kerajaan Negeri demi menggalakkan pengusaha-pengusaha Pusat Jagaan Ibu selepas bersalin ini untuk mendaftar?
Terima kasih Sungai Pinang, kita akan mengumumkan keputusan ini kepada semua dan sekiranya dan menggalakkan mereka tampil ke depan untuk membuat permohonan, dan saya harap semua Yang Berhormat-Yang Berhormat dapat bekerjasama dengan kita sekiranya ada Pusat Jagaan confinement centre di kawasan mereka bolehlah memohon kepada operator supaya memohon lesen, selepas 1st July, terima kasih.
Terima kasih, sila.
Soalan tambahan. Terima kasih YB. Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Padang Lalang atas jawapan kepada soalan 47 yang dikemukakan oleh Sungai Pinang. Soalan saya adakah perancangan daripada pihak MMK Yang Berhormat Padang Lalang untuk menyediakan perancangan ataupun peruntukan bajet bagi tahun hadapan supaya Pusat-Pusat Penjagaan Ibu Selepas Bersalin ini dapat diberi bantuan untuk memperbanyakkan
pembukaannya di kawasan-kawasan tertentu selain daripada yang kita lihat pusat penjagaan usaha ini kebanyakannya daripada masyarakat Cina. Jadi saya yakin ada juga daripada apa ni, pengusaha-pengusaha ataupun sebahagian kecilnya ada daripada masyarakat Melayu yang turut menjalankan usaha yang sama, cuma tidak mendaftarkan pusat penjagaan itu secara formal dan mungkin rawatan tradisional yang boleh dikembangkan oleh masyarakat Cina dan Melayu dan India juga boleh dipelbagaikan dan dipusatkan di beberapa tempat untuk penjagaan dan boleh dikomersialkan sebagai satu usaha memberi pendedahan yang baik kepada ibu-ibu bersalin, terima kasih.
Terima kasih. Setakat ini kita hanya tumpukan kepada untuk memberi lesen dan pada waktu sekarang, banyak operasi ini ataupun centre-centre ini memang dia mengenakan bayaran yang agak tinggi. RM5,000.00; RM7,000.00; RM8,000.00. Jadi kita menganggap dia sebagai satu perniagaan yang dia boleh, saya rasa dia boleh niaga tanpa memberi bantuan. Tetapi sekiranya ada pusat-pusat confinement centre yang lebih berkomuniti dan dia perlukan bantuan, mungkin kita akan memberikan pertimbangan. Jadi saya harap mereka tampillah untuk berbincang dengan saya. Okey, terima kasih.
Dato’ Yang di-Pertua, saya nak tambah sikit, boleh ya?
Soalan.
Soalan, boleh. Saya setuju dengan cadangan daripada rakan saya dari Permatang Berangan. Yang Berhormat Padang Lalang, kita nampak memang confinement centre ini walaupun mahal, satu keperluan dan kalau bila ada competitive, harganya akan turun secara automatic. So kita minta kalau boleh Kerajaan Negeri melalui PDC ataupun lain-lain cara, kita pun sediakan dana untuk confinement ladies yang membuat secara kecil-kecilan, mereka datang rumah, urut, jaga dan sebagainya. Kalau mereka boleh mengembangkan perniagaan mereka, lebih banyak confinement centre, harganya akan kurang. Boleh tak Kerajaan Negeri sediakan dana khusus untuk tujuan ini? Ini persoalan saya, Dato’ Yang di-Pertua.
Terima kasih. Saya rasa permintaan seperti ini selalunya ada lah. Tapi kita perlu mempertimbangkan kemampuan financial ability of kerajaan, barulah kita boleh kata sama ada boleh atau tidak. Tapi kita akan terus berusaha untuk melihat, mengkaji keperluan ini dan sekiranya boleh kita akan buat. Terima kasih.
Terima kasih. Terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun tanya dan EXCO yang telah pun jawab, maka 1 jam 30 minit untuk Soalan Lisan telahpun tamat selaras dengan Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan. Dan sila Yang Amat Berhormat.
Y.A.B. Ketua Menteri: Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, jawapan kepada Soalan-soalan Lisan yang telah dijawab akan diletakkan di atas meja Ahli-ahli yang bertanya dan akan dimasukkan dalam Penyata Rasmi.
Terima kasih.
Y.A.B. Ketua Menteri: Dan juga Dato’ Yang di-Pertua, selaras dengan Peraturan 6A (i) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri, saya pohon supaya masa persidangan pada hari ini dilanjutkan sehingga jam 6.30 petang.
Sokongan?
Saya mohon sokong.
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telahpun mengemukakan usul di bawah Peraturan 6A(i) untuk melanjutkan tempoh masa persidangan hari ini 2 Jun, hari Khamis, sehingga jam 6.30 petang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju katakan “Ya”.
Ahli-ahli Dewan: “Ya”.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, katakan “Tidak”. Usul dipersetujui semua. Maka Ahli-ahli Yang Berhormat, kita berada dalam sesi penggulungan untuk usul ucapan terima kasih ke atas Tuan Yang Terutama Tun, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang kerana telah berkenan melafazkan ucapan kepada Dewan ini pada hari perasmian dan saya nak silakan Ahli-ahli Yang Berhormat untuk menyertai dalam sesi penggulungan.
Sebelum dimulakan, semalam saya meninjau kesemua Ahli-ahli EXCO yang telah pun mengambil bahagian dalam sesi penggulungan, saya nak mengucapkan terima kasih khasnya kepada Yang Berhormat Tanjong Bunga, satu-satunya penggulungan yang baik, bagus, telus dan perlulah dijadi contoh kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain. Sila.
Assalamualaikum, salam sejahtera. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat, Y.A.B. Ketua Menteri, rakan-rakan EXCO, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan. Saya ingin mengucapkan rakaman terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan ucapan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang yang turut membahaskan isu-isu berkaitan dengan portfolio di bawah seliaan saya. Terima kasih kerana memberikan peluang kepada saya untuk menjawab soalan-soalan tambahan yang telah dibangkitkan sepanjang sesi perbahasan.
Yang Berhormat Dato’ Yang Di-Pertua, untuk sektor industri, seperti yang dah disebut dan diucapkan oleh Ketua Menteri, kita bangga kerana Pulau Pinang telah mencatatkan prestasi pelaburan yang cemerlang. Pulau Pinang telah mencatatkan pelaburan pembuatan sebanyak RM76.2 billion pada tahun 2021 dan sebelum itu RM14.1 billion 2020 dan RM16.5 billion pada tahun sebelumnya iaitu 2019. Dan untuk tahun 2022, mengikut laporan yang dikeluarkan oleh MATRADE setakat Mac 2022 bagi barangan elektrik dan elektronik, Pulau Pinang menghasilkan nilai eksport menghampiri RM26.2 billion iaitu sebanyak 58.5% di peringkat negeri. Tahun 2022 merupakan tahun yang amat istimewa bagi sektor perindustrian Pulau Pinang kerana menandakan ulang tahun ke-50, Transformasi Perindustrian Pulau Pinang dan Kerajaan Negeri telah melancarkan slogan “50 Years of Excellent and Beyond”…(dengan izin), pada Januari 2022 dengan InvestPenang dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) sebagai agensi peneraju. Kerajaan Negeri telah menubuhkan perkongsian awam swasta (public-private partnership) dengan pemimpin-pemimpin industri untuk menggariskan dan menyelaraskan program-program sepanjang tahun untuk menyambut “50th Anniversary of Penang’s Industrialization”, dengan objektif untuk menunjukkan kejayaan transformasi Pulau Pinang dan peluang masa hadapan. Terdapat 13 tema kesemuanya untuk sambutan tahun ini, iaitu Penang’s 50 Years of Manufacturing Excellence, Global Innovation Hub, Talent Development, My Penang My Workplace, R&D, E&E, Medical Technology, Digital Economy & Global Business Services, Food Technology, Space Technology, Local Technopreneurship, Startup dan Environmental, Social & Governance (ESG). Seterusnya cabaran bagi Pulau Pinang ialah 'What is the next thing for Penang?'' selepas kita mencapai kejayaan success story 50 tahun. Cabaran untuk kita, untuk sektor, khususnya untuk E&E ialah sudah sampai masanya SME kita, perusahaan kecil dan sederhana beralih ke satu tingkat pembuatan iaitu daripada Contract Manufacturing (OEM) yang sejak dulu kita mempunyai kekuatan, seterusnya kepada ODM (Original Design Manufacturer) dan Original Brand Manufacturer (OBM). Dari OEM kepada ODM dan seterusnya kepada OBM. Kekuatan kita, kita mempunyai ‘talent pool’ yang besar. Kita mempunyai ribuan IC Design Engineers di Pulau Pinang dan pengurusan selepas ini seperti yang disebut tadi, pertumbuhan kepada R&D, high value investment, sudah tentu dapat mengasah talent yang sama ini, anak tempatan yang bekerja di multinational boleh melatih bakat-bakat baru untuk masa depan lestari sektor industri di Pulau Pinang. Pada masa ini, Pulau Pinang, Malaysia, Thailand dan juga Vietnam adalah tiga (3) di kawasan ASEAN ini, tiga (3) pengeluar utama sektor E&E dan komponen chips di ASEAN.
Taiwan telah menyebut bahawa Pulau Pinang, Malaysia ini adalah boleh menjadi pengeluar, lead producer component yang kita tau chips ini, yang sekarang ini shortage di seluruh dunia. Seterusnya selain daripada tumpuan kepada sektor perkilangan, Kerajaan Negeri juga akan terus memacu pertumbuhan dan pelaburan ekonomi digital di Pulau Pinang. Komitmen Kerajaan Negeri dalam memperkasakan potensi teknologi untuk tujuan transformasi negeri telah bermula sejak 2005 apabila Pulau Pinang menjadi negeri pertama diberi status MSC ataupun Multimedia Super Corridor untuk membangunkan hub teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di Pulau Pinang di samping meningkatkan lagi nilai tambah industri berasaskan knowledge-economy. Bermula dari itu, Kerajaan Negeri telah melaksanakan pelbagai tindakan untuk memacu transformasi teknologi digital di Pulau Pinang melalui Digital Penang bagi menggalakkan pelaburan masuk aktiviti berteraskan ekonomi digital dan yang mempunyai nilai tambah yang tinggi seperti Perniagaan Perkhidmatan Global ataupun Global Business Services, Penyelidikan & Pembangunan (R&D), Design & Development, Industri 4.0, teknologi kecerdasan buatan ataupun AI, analisis data, Internet of Things, Integrated Circuit Design, e-dagang dan sebagainya. Pulau Pinang akan terus menggalakkan syarikat–syarikat baharu dan sedia ada untuk terus menjalankan aktiviti-aktiviti nilai tambah yang berteknologi tinggi dan sehingga kini Kerajaan Negeri telah berjaya menarik pelaburan dari syarikat-syarikat antarabangsa ternama seperti AMD Global Services, Clarivate, Citigroup, Jabil, Teleperformance, Synapse, Starfive, UST Global dan kita akan dianggarkan telah mewujudkan lebih 14,000 pekerjaan bernilai tinggi di Negeri Pulau Pinang setakat ini. Potensi MSC di Negeri Pulau Pinang juga telah berjaya menarik syarikat berteknologi tinggi antarabangsa untuk terus kekal melabur di negeri ini dengan penyediaan utiliti dan infrastruktur yang menyeluruh serta infostruktur untuk syarikat–syarikat antarabangsa ini beroperasi mengikut piawaian yang diperlukan. Justeru, Kerajaan Negeri melalui PDC telah membina GBS@Mahsuri, yang mempunyai ruang pejabat seluas 80,000 kaki persegi untuk memenuhi permintaan syarikat-syarikat yang terlibat dalam industri ekonomi digital. Keseluruhan ruang GBS@Mahsuri telah berjaya disewa kepada syarikat-syarikat GBS terkemuka global yang disebut tadi.
Seterusnya usahawan ke ekonomi digital. Kerajaan Negeri, menjawab soalan Yang Berhormat Permatang Berangan dan YB. Batu Uban supaya memperbanyakkan latihan kepada para usahawan di Pulau Pinang dalam menyambut era ekonomi digital yang berteraskan perniagaan jual beli atas talian, online transaction….(dengan izin). Kerajaan Negeri telah mengambil tindakan memastikan para usahawan tempatan berdaya saing dan sentiasa meningkatkan kecekapan operasi perniagaan mereka. Program dan aktiviti bimbingan usahawan telah dilaksanakan melalui kaedah fizikal dan juga menerusi platform atas talian untuk mencapai penglibatan yang tinggi. Sejak tahun 2019 hingga 2021, MMK Pembangunan Usahawan telah melatih seramai 1,617 usahawan termasuk kursus pemasaran atas talian (online marketing courses) manakala Digital Penang yang ditubuhkan pada 2020 telah melaksanakan beberapa program untuk membimbing para usahawan ke arah pendigitalan seperti berikut: (i) Program Penang SME Go Digital (ii) Program DahDigital; (iii) Program Go E-Commerce Digital Penang; (iv) Program Website-Know How
So seramai, untuk program ini kita telah melatih lebih daripada 6,389 usahawan untuk program-program di atas ini. Penang Halal International telah menjalankan Program Kerjasama Pintar Dengan Penyedia Platform Marketplace Digital E-Commerce Shopee dengan peruntukan berjumlah RM500,000.00 pada tahun 2020. Ini ialah satu usaha membantu usahawan yang
terkesan akibat COVID-19 dan berjaya mendaftar 15,000 usahawan untuk tempoh April hingga 31 Disember 2020 pada waktu COVID, kita ada kerjasama dengan Shopee di mana membolehkan satu micro-site Shopee Penang E-Mall diwujudkan untuk memudahkan usahawan-usahawan terkesan akibat COVID-19 untuk memasarkan barangan-barangan mereka atas talian. Peruntukan dalam bentuk baucar diskaun yang diberikan kepada pelanggan untuk berbelanja di platform digital ini seterusnya membantu usahawan meningkatkan jualan produk mereka melalui platform digital tersebut. Untuk tahun 2021 sebanyak RM1 juta diperuntukkan untuk platform digital yang melibatkan Syarikat Shopee, Pgmall dan Food Panda. Penang E-Mall Microsite Shopee mencatatkan setakat 31 Disember mencatatkan 42,000 merchant berdaftar atas talian. Seterusnya PDC telah menganjurkan pelbagai kursus keusahawanan bagi menambah ilmu dan pengetahuan berkaitan perniagaan. Selain itu, PDC juga menganjurkan pelbagai program kesedaran motivasi usahawan untuk memantapkan perniagaan masing-masing. Bagi tahun 2022, PDC telah mengaturkan program keusahawanan seperti berikut; ‘Kursus Transformasi Perniagaan Ke Arah Pendigitilan’, ‘Kursus Pemantapan Motivasi Perniagaan’ yang telah dirancang dijadualkan pada 19 Jun 2022, ‘Program Memperkasa Usahawan Wanita’ yang dijadualkan pada Ogos 2022, ‘Bengkel Coaching For Great Leaders’ yang dijadualkan pada Oktober 2022 dan ‘Bengkel Pengurusan Kewangan Tip Top’ yang dijadualkan pada Disember 2022. Skim pinjaman PEKA PKS, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, ‘Skim Pinjaman PEKA PKS’ Perusahaan Kecil dan Sederhana diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri sendiri….(gangguan).
Minta penjelasan sedikit. Terima kasih Yang Berhormat Batu Maung. Tadi khususnya telah membangkitkan bagaimana rancaknya terdapat usahawan-usahawan yang menceburi bidang penjualan e-dagang khususnya dengan platform yang telah disediakan bersama dengan rakan kongsi kita Shopee di mana ia ada satu e-mall khususla. Tapi berikutan dengan kegiatan e-dagang ini yang rancaknya kita boleh lihat di mana terdapat isu di mana, tambahannya ada rumah-rumah kedai, juga rumah kediaman kini dijadikan sebagai stor ataupun depo kepada barang-barang yang dipasarkan melalui e-dagang ini. Mungkin, ingin saya sarankan lah, Yang Berhormat Ahli Batu Maung perlukah kita mengadakan perbincangan juga dengan pihak berkenaan supaya kita boleh lihat kepada penggunaan rumah-rumah kedai ataupun rumah-rumah kediaman ini yang dijadikan sebagai depo atau tempat simpanan yang seringkali akan mengakibatkan kesesakan lalulintas apabila kita punya delivery partner datang dan ambil stok itu, itu akan saya rasa khuatir la, mungkin akan menjadi satu isu yang besar. Terima kasih.
Terima kasih Pengkalan Kota kita mengambil maklum akan cadangan tersebut. Sebenarnya kita juga telah berbincang dengan PDC untuk melihat bagaimana unit-unit yang tidak disewa sekarang ini boleh dijadikan storage untuk merchant digital ini, yang bila peningkatan jualan mereka itu bertambah mereka menghadapi kekangan, mana simpanan barang itu. Kita akan ambil, kita akan buat perbincangan lanjutan dan berhubung cadangan yang disebut oleh Pengkalan Kota ini. Terima kasih.
Bagi membantu usahawan yang terkesan akibat COVID, Skim PEKA 1.0 sebanyak RM30 juta dijalankan pada April 2020 dengan enam (6) bulan moratorium dan bayaran balik 24 bulan tanpa faedah dengan jumlah penerima 1,651 dan jumlah pinjaman, pinjaman antara RM5,000.00 ke RM50,000.00. Skim PEKA Pelancongan pula yang mempunyai tabung sebanyak RM10 juta untuk membantu sektor pelancongan yang terkesan akibat COVID-19. Skim PEKA Pelancongan dinamakan Skim PEKA 2.0. Seterusnya pada Mei hingga Ogos kita dapati berlakunya PKP 3.0 yang sekali lagi menjejas usahawan-usahawan mikro dan usahawan-usahawan kecil dan sederhana. Oleh kerana PKP 3.0 yang bermula pada Mei 2021 sekali lagi Skim PEKA 3.0 dibenarkan pada Ogos 2021 dengan jumlah RM5 juta tetapi dikhususkan kepada usahawan kecil dengan jumlah pinjaman RM5,000.00 ke RM20,000.00 dengan jumlah 400 penerima. Ini bagi menjawab soalan Seberang Jaya, oleh kerana kedua-dua skim simpanan skim pinjaman yang menarik ni ini telah menyebabkan skim pinjaman SPH yang sedia ada kurang mendapat sambutan untuk tempoh 2020 dan 2021. Usaha-usaha akan digiatkan untuk selepas ini tahun 2022 meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kewujudan Skim SPH dan kita juga akan melihat semula Pakej SPH ini bagaimana untuk terus membantu usahawan seterusnya.
Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Habis?
Belum lagi.
YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Belum Lagi? Tak sedia?
Untuk perniagaan setempat Kerajaan Negeri memberi prihatin kepada usahawan yang memerlukan tempat perniagaan untuk memasarkan produk mereka ini dibangkitkan cadangan Yang Berhormat Permatang Berangan supaya diwujudkan pusat peniagaan setempat. Ingin saya maklumkan Kerajaan Negeri mempunyai perancangan awal untuk mewujudkan pusat sedemikian. Setakat ini PDC mempunyai perancangan untuk membangunkan satu Kompleks Dataran Usahawan Pulau Pinang di Kawasan Perindustrian IKS khusus untuk usahawan mikro, Kecil dan Sederhana yang meliputi pelbagai sektor dalam kawasan Bangunan PDC di Batu Kawan. Kita juga melihat contoh-contoh Pekan Rabu, Jonkers Walk di Melaka yang mungkin boleh dibuat pertimbangan untuk tujuan ini.
Mohon mencelah.
Sila.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Batu Maung atas penjelasan untuk penggulungan. Berkenaan permohonan dalam perbahasan saya untuk ‘Pusat Sehenti Setempat’ kepada peniaga-peniaga kecil dan usahawan mungkin boleh dicadangkan kepada pihak Kerajaan Negeri untuk melihat kawasan-kawasan mengikut daerah kerana di dalam soalan bertulis saya masih belum terdapat pusat sehenti di kawasan Seberang Perai Utara. Jadi mungkin di pihak MMK, Yang Berhormat Batu Maung boleh mempertimbangkan cadangan untuk mengadakan Kompleks Dataran Usahawan mengikut daerah di semua 5 daerah di Pulau Pinang. Jadi saya amat menyokong cadangan pembinaan kompleks dataran yang disebut di Batu Kawan, mungkin selepas ini Kerajaan Negeri boleh mempertimbangkan untuk daerah lain termasuk SPU. Terima kasih.
Terima kasih Permatang Berangan. Kita memberi perhatian dan mengambil maklum dan ini tertakluk juga kepada belanjawan, kemampuan Kerajaan Negeri untuk usaha tersebut. Terima kasih. Seterusnya berhubung dengan perdagangan menjawab isu yang dibangkit oleh Yang Berhormat Sungai Dua, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan perlu bekerjasama untuk menangani isu kenaikan harga barang ini dah disebut panjang lebar dalam kita dah ada satu apa usul khas tergempar membincangkan isu ini. Cuma nak sebut di sini berhubung dengan kerjasama sebenarnya sejak 2018 kita engagement Kementerian, Pihak Menteri sendiri, baru Kementerian KPDNHEP baru panggil mesyuarat dua (2) kali, Kementerian Pembangunan Usahawan baru sekali, Kementerian MITI tak pernah panggil langsung. Ini macam mana nak kerjasama tapi Alhamdulillah di peringkat Agensi Pusat kita terus mengadakan perbincangan terus secara bersama di Peringkat Kerajaan Pusat dan Negeri di dalam meneraju ekonomi negeri. Kos sara hidup, saya sebut tadi, Sungai Dua kita dah bincang memang apa ni luas dan kita tak nak bangkit lagi, pertama saya minta, saya sebut juga kelmarin yang perlunya subsidi itu mungkin Sungai Dua boleh bangkitkan kepada Perdana Menteri berkenaan subsidi ini diperlukan ditambah dan perlu disegerakan, kerana ini memberi kesan, Pulau Pinang success story bagi pengeluaran ayam, success story melebihi mencukupi tetapi isunya ialah makanan kerana penggantungan kepada bijirin gandum, jagung, soya….(gangguan).
Minta penjelasan sedikit. Sedikit sahaja. Yang Berhormat Batu Maung memang saya tertarik la, dok tunggu-tunggu ni, Yang Berhormat Batu Maung sebut tentang subsidi ni di mana secara jelasnya dari berita semalam kita telah dimaklumkan bahawa semua subsidi ini akan dihapuskan dan akan ditukarkan menjadi satu pelan bantuan secara terus kepada golongan B40 ni seperti mana yang diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan ini. Tapi apa yang mengejutkan lagi usul yang di bawa oleh Yang Berhormat Machang Bubuk adalah menggesa Kerajaan Persekutuan untuk melihat kepada bagaimana kita nak menangani kos sara hidup ataupun kenaikan harga barangan ini tiba pula lah kita ditimpa dengan cadangan
bahawasanya terdapat keinginan daripada Kerajaan Persekutuan untuk memperkenalkan semula cukai GST ini yang mencekik rakyat ini. Jadi saya nak minta pandangan Yang Berhormat Batu Maung tentang isu ini.
Terima kasih. Kita semua concern disebabkan keperluan kita untuk mencapai tahap keberdikarian, self sufficiency saya sebut Department Of Statistic Malaysia (DOSM), Jabatan Perangkaan mengeluarkan bahawa self sufficiency sesebuah negara buat masa ni dari segi pengeluaran beras kita 40% import lagi beras tetapi AP beras tak dimansuhkan, kita masih mengimport 70% cili, kita masih lagi mengimport 80% daging, dan daging, hari ini, yang, itulah untuk langkah sederhana keperluan kepada subsidi itu amat crucial, kita lihat kalau negara jiran kita, stockpile, food safety dia enam (6) tahun, enam (6) tahun. Seorang tokoh politik UMNO baru ini sebut mungkin Sungai Dua tahu, bahawa di Malaysia stockspile food safety kita hanya dua (2) bulan, dua (2) bulan. Itulah kita tak mahu B40 kita, kita saya bangkitkan dalam pertemuan dengan Menteri KPDNHEP dalam mesyuarat 24 Mei baru-baru ini bahawa isu ini serius. Isu ini perlu diberi perhatian segera dan jangan, subsidi jangan, perlu disegerakan dan Menteri Kewangan sendiri sebut dalam Persidangan di Davos baru-baru ini keperluan untuk meningkatkan subsidi kepada RM71 bilion, subsidi minyak saja RM28 billion, itulah saya berharap kerana ini itulah yang saya ucapkan tahniah kerana usul yang dibawa oleh Pulau Pinang, oleh apa yang, Dewan Undangan Negeri bahawa isu ini perlu diberi perhatian oleh Kerajaan Pusat. Seterusnya, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan Pembangunan Usahawan dan Industri. Sejak awal 2020, misi dan ekspo barangan dalam dan luar negara tidak dapat diadakan oleh sebab COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan serta sekatan rentas sempadan, sungguhpun kalender telah dijadualkan. Sejak kelonggaran rentas sempadan dilaksanakan oleh beberapa buah negara seperti Emiriah Arab Bersatu (UAE), MMK Perdagangan Industri dan Pebangunan Keusahawanan telah menyertai Ekspo Dubai di mana kerajaan ini turut serta pada 16 Januari 2022 hingga 23 Januari di bawah Penang Week. Delegasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang terdiri dari saya sendiri yang turut disertai oleh YB. Yeoh Soon Hin, EXCO Pelancongan dan Ekonomi Kreatif dan dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Untuk makluman Batu Lancang, Kerajaan Negeri telah menyertai Expo Dubai 2020 melalui program minggu Pulau Pinang dan PDC merupakan lead agency untuk delegasi ini dan Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) adalah urusetia untuk ekspo ini bagi Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Objektif penyertaan Pulau Pinang ke Ekspo Dubai ini seperti berikut mempromosikan Pulau Pinang sebagai destinasi utama pilihan pelabur untuk sektor pembuatan teknologi berkualiti dan bernilai tinggi khususnya E&E sesuai dengan gelaran Pulau Pinang sebagai Silicon Valley of the East. Seterusnya mempromosikan Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan. Pilihan utama di Rantau Asia termasuk Pelancongan Perubatan, memperkenalkan Pulau Pinang sebagai gerbang industri halal dan produk-produk agrotech, membuka peluang dan memberi pendedahan kepada syarikat-syarikat Pulau Pinang untuk meneroka pasaran peringkat global khususnya Timur Tengah dan Afrika Utara (Middle East dan North Africa) yang mempunyai 577 juta penduduk.
Di Dubai Expo juga Kerajaan Negeri telah mengetengahkan projek-projek PDC Industri Park BKIP2, BKIP3 di Bandar Cassia; Medical Hub – Smart Medical Hub di Bandar Cassia; Linear Waterfront Development atau cadangan kawasan tebus guna, Mixed Development Bandar Cassia Tourism and Mixed Development; Global Business Services Cybercentre di Bandar Bayan Baru dan Bayan Lepas….(gangguan).
Okey, ya, telefon bimbit siapa yang berbunyi, sila padamkan, siapa. Minta tolong. Yang Berhormat, saya minta keluar nanti.
Maafkan Dato’.
Okey, sambung.
Secara keseluruhannya hasil penyertaan Kerajan Negeri dalam Expo Dubai 2020 adalah seperti berikut menandatangani lima (5) Memorandum Persefahaman (MOU) dan dua (2) Memorandum Perjanjian (MOA) yang bernilai USD4,355,228,272 atau RM18,150,000,000.00 mendapatkan 110 “Business Lead” yang melibatkan pelbagai program yang diadakan sepanjang Minggu Pulau Pinang seperti Business Matching dan mesyuarat yang dihadiri iaitu sebanyak USD16,295,034.7 dan RM68,458,747.60; Jumlah keseluruhan “Potential Values” yang diperolehi sepanjang Minggu Pulau Pinang Ekspo 2020 Dubai adalah berjumlah USD4.371,523,306.70 dan RM18,218,458,747.60 Penyertaan Expo 2020 amat bermakna kerana ia menghimpunkan penyertaan 192 buah negara di mana peluang networking dan mempertingkatkan kerjasama dagang antara Pulau Pinang, Malaysia dan pasaran baru. Pada masa ini perbincangan susulan dan komunikasi antara agensi kerajaan dan swasta yang terlibat sedang berlangsung. Antara potensi dan peluang dagang dan pelaburan ialah teknologi hijau, cross-border e-commerce, warehousing dan logistik, waste to energy dan inisiatif halal dan teknologi digital. Seterusnya untuk masa depan pembangunan usahawan. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, dalam mesyuarat MMK Pembangunan Usahawan yang baru lalu kita telah bersetuju untuk memperkenalkan Kempen Keusahawanan Satu Budaya, Penang Entrepreneur bagi tujuan membudayakan semangat keusahawanan dalam kalangan warga Pulau Pinang melalui pelbagai program yang menarik dengan lima objektif berikut, pertama membudayakan keusahawanan, kedua mewujudkan pekerjaan, ketiga membina daya kreatif dan inovasi, menggalakkan keusahawanan sebagai satu kerjaya dan kelima menaik taraf ekonomi bagi meningkatkan pendapatan isi rumah seperti mana yang digariskan dalam Gagasan Visi Penang 2030. Perincian program masih dalam peringkat penelitian Jawatankuasa MMK Pembangunan Usahawan dan akan diumumkan dalam masa terdekat dan pelancaran kempen Keusahawanan Satu Budaya ini dijadualkan bermula pada penghujung Jun 2020 dan di antara program-program yang dicadangkan untuk kempen ini termasuklah seminar dan kursus keusahawanan sebagai satu budaya, Jelajah Usahawan, Minggu dan Ekspo Usahawan Pulau Pinang, Hari Anugerah Usahawan.
Kerajaan Negeri Pulau Pinang, di bawah agensinya Penang Halal International akan menganjurkan acara Penang International Halal Expo & Conference pada 1 – 3 Julai yang bertemakan Building Resillence and Sustainability Towards Stronger Growth. Acara PIHEC ini akan diadakan di Pusat Konvensyen SPICE. Acara ekspo ini akan mempamerkan pelbagai produk dan perkhidmatan halal dari pelbagai syarikat dan pemain industri di Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Vietnam, Thailand, Filipina dan Singapura. Acara Persidangan Forum akan membawakan topik perbincangan tentang keadaan ekonomi dunia selepas pasca endemik Covid-19 terutamanya perubahan dari aspek ekonomi global, kenaikan kadar inflasi, kos perdagangan dan logistik, krisis makanan global serta pertumbuhan ekonomi digital dan teknologi hijau. Setakat ini, pihak PIHEC telah menerima penyertaan dari negara Indonesia, Filipina, Sepanyol, United Kingdom, Singapura, Afrika Selatan, Dubai, Thailand dan Kazakhstan. PIHEC juga turut menerima penyertaan dari Kerajaan Negeri Selangor, Negeri Sembilan, Sabah, agensi Kerajaan Negeri dan juga Pusat. Seterusnya Round Table World Islamic Economic Forum yang dicadangkan dan bakal diadakan pada 27 September 2022, Persidangan Meja Bulat acara World Islamic Economic Forum ini yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Setia SPICE adalah bertajuk Economic Rebound: Transforming the Future. Kita ada juga acara-acara besar yang kita telah diumumkan seperti SEMICON SOUTHEAST ASIA pada Jun ini dan juga acara World Congress on Information Technology yang akan diadakan pada 13 hingga 15 September. Seterusnya setelah melalui 50 tahun pertumbuhan pesat khususnya dalam sektor perindustrian Pulau Pinang telah menjadi destinasi pelaburan utama di rantau ASEAN ini khususnya di bidang elektrik dan elektronik. Pulau Pinang juga menjadi pusat tumpuan pelancongan khususnya di bidang pelancongan perubatan. Dengan pembukaan rentas sempadan dan oleh banyak lagi negara pasca Covid-19, dijangkakan sektor ekonomi Pulau Pinang akan mengalami pertumbuhan yang pesat. Sungguhpun begitu, kita perlu bersedia dengan agenda resilience bagi menghadapi cabaran dan masa depan yang tidak menentu dan kejutan-kejutan di masa depan future shock (dengan izin). Covid-19 adalah satu contoh musibah yang tidak dijangka semua sebab itulah Kerajaan Negeri perlu ada resilience agenda untuk mengekalkan kelestarian dan…(gangguan).
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, cuma saya nak bangkitkan tentang isu halal. Saya bercakap di Dewan ini tentang halal dah banyak kali tentang penyediaan bahan-bahan yang boleh digunakan untuk industri makanan bahan halal gelatin dan sebagainya. Sudah banyak kali saya sebut dan saya nampak perkara ini masih dalam peringkat kita mengusahakan mungkin ada tapi tidak banyak sebab kebanyakan bahan-bahan gelatin dan sebagainya kita import daripada luar. Ini mungkin halalnya itu agak meragukan. Jadi kalau boleh benda ini kita minta saya minta pandangan daripada Yang Berhormat diminta difokuskan lebih sikit untuk kita buat persediaan ini, satu. Kedua tentang industri kilang-kilang dan kita tahu bahawa Pulau Pinang utamanya adalah ekonomi utamanya adalah sumbangannya adalah dari industri termasuklah industri pelancongan dan sebagainya. Cuma saya khuatir dan mungkin nak minta kepastian daripada pihak Batu Maung. Adakah isu yang kita sedang alami sekarang, isu berkaitan dengan air, krisis air termasuk dalam antara perkara yang dijangka berlaku dan yang dibincangkan bagaimana untuk mengatasi isu supaya pelabur akan terus kekal, kos air di kilang-kilang akan rendah tak tinggi sangat kalau kita buat proses air laut dan sebagainya dia akan kos yang cukup tinggi. Ini
saya rasa mungkin boleh dimasukkan dalam perbincangan perkara-perkara yang akan berlaku, kalau berlaku ia akan menyebabkan industri dan juga pelaburan daripada luar daripada Pulau Pinang. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Dua untuk pengeluaran gelatin itu masih kita cuba dulu tapi tidak berjaya. Agensi seperti pihak JAKIM pusat dan pelbagai negeri lagi masih di peringkat penyelidikan dan pencubaan untuk menghasilkan gelatin halal. Kita akan follow up cadangan itu dan kalau berjaya sudah tentunya bagi pihak Kerajaan Negeri juga bersedia untuk menerima dan bekerjasama untuk tujuan tersebut. Seterusnya isu yang disebut tadi tentang air, sebut semalam sebenarnya bila berlakunya US Trade War bila berlakunya Ukraine-Russian War ini, kita dapati semua negara dan negeri mula mempertingkatkan food safety, water safety bukan sahaja itu defend safety dan ini kita di pihak Pulau Pinang juga kena bersedia disebutkan tadi perancangan Kerajaan Negeri ini tentang water supply di mana kita akan dapat? Kalau dulunya penumpuan kepada Negara China sebagai pengeluar bahan mentah dunia dan seterusnya bila berlaku Ukraine dan Russia perang sekali lagi ini adalah pengeluar bahan bijirin utama dunia, 35% dunia, bukan sahaja bijirin tetapi nickel, juga oil dan gas. Semua negara dan negeri telah mula menjadikan isu ini bagaimana kita nak pastikan safety net untuk negeri dan negara ada food safety perancangan food safety supaya berlaku krisis-krisis ataupun kejutan seperti COVID-19 ini ataupun perang, negeri dan negara mempunyai bekalan yang mencukupi sudah dan sebab itulah tanggungjawab bersama Kerajaan Negeri Kerajaan Persekutuan perlu tangani isu ini. Ahli-ahli Dato Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya ucapkan terima kasih atas perkara-perkara dibangkitkan dan InsyaAllah perkara lain yang mungkin tidak diberikan penjelasan kita akan bertemu lagi untuk mengfokus bagaimana kita terus dapat memacu Negeri Pulau Pinang yang kita cintai. Sekian saya dengan ini menyokong.
Terima kasih, Yang Berhormat Batu Maung. Saya nak menjemput Sungai Puyu, sila Sungai Puyu.
Terima kasih Dato’ Speaker, saya mohon mengambil bahagian di sini dengan isu-isu yang telah dibangkitkan dalam Dewan yang mulia ini. Terlebih dahulu saya ingin melahirkan rasa syukur dan terima kasih kerana masih diberi kepercayaan atas menggalaskan tanggungjawab sebagai Pengerusi Jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) Alam Sekitar dan Kebajikan dan menyampaikan ucapan penggulungan bagi isu-isu yang berbangkit daripada alam sekitar di mana seperti semua orang tahu bahawanya sesungguhnya semua isu-isu alam sekitar semakin hari semakin mencabar dan usaha untuk menangani menuntut kerjasama dan komitmen tinggi dari semua pihak. Masalah alam sekitar seperti pencemaran udara, pencemaran air, pembuangan sisa-sisa pepejal dan toksik, penebangan hutan secara haram, penggunaan sumber semula jadi dan sebagainya dan menyebabkan berlaku ketidak seimbangan kepada alam sekitar.
Tragedi tanah runtuh, banjir kilat, pencemaran udara, air, darat, pemanasan global dan sebagainya kesan ketidakstabilan ekosistem yang berpunca daripada perubahan iklim. Isu-isu alam sekitar tersebut merupakan cabaran yang perlu dihadapi dan ditangani oleh kita semua. Di sini memang Ahli Yang Berhormat daripada Sungai Dua mengatakan bahawa tidak nampak apayang dibuat, saya nak beritahu kita Kerajaan Negeri tidak bertelur sebiji riuh sekampung pun. Apa yang kita dah buat pada kini bahawanya daripada JAS, JAS kami telah keluarkan 3,216 saman sejak tahun 2018 sehingga Mei 2022 dengan nilai compound yang dikutip adalah RM6,432,000.00 ringgit, 34 premis dan 36 pertuduhan adalah seperti berikut: untuk air 19, udara 1, pelupusan pembuangan terjadual 1, EIA ialah 8, notis arahan 3, pembakaran terbuka 1, lesen 3. Perincian kompuan ia adalah kenderaan bermotor diesel 448, bunyi bising 459, petrol 1, premis melupuskan pembuangan berjadual 1,744, Effluen Perindustrian 382. Kumbahan 19, Seksyen 28A Pembakaran Terbuka 163. Selain dari itu, JAS mengambil tindakan melalui arahan, arahan yang dikeluarkan kepada premis-premis yang tidak mematuhi peraturan-peraturan yang ditetap. Dasar JAS adalah bahawanya melalui educational enforcements selepas educational enforcementnya sesiapa yang tidak mengikut akan diambil tindakan seperti tindakan-tindakan telah diambil. Ahli Yang Berhormat daripada Sungai Dua, telah juga membuat satu kenyataan di dalam Dewan ini bahawanya Hutan Simpanan Kekal telah dikurangkan. Saya minta maaf kerana itu tidak betul. Jika Ahli Yang Berhormat daripada Sungai Dua, memang minat boleh berunding dengan saya akan tetapi apa yang disebut di dalam Dewan adalah tugas saya di dalam Dewan untuk menjawab. Menjawab soalan yang dibangkit oleh Ahli Yang Berhormat di Sungai Dua Kerajaan Negeri sememangnya amat komited dalam usaha melestari alam sekitar terutama dalam menjamin kepekaan tenaga di hutan di negeri ini. Negeri Pulau Pinang memang adalah 6568 hektar kawasan berhutan yang diwartakan dalam perundangan untuk tujuan lindungi di mana sebanyak 5383 hektar adalah Hutan Simpanan Kekal yang diwartakan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 dan seluas 1182 hektar adalah Taman Negara Pulau Pinang yang diwartakan dibawah Akta Taman Negara 1980…(gangguan).
Sungai Puyu, terima kasih Sungai Puyu. Tadi kenyataan Sungai Puyu menyatakan saya buat kenyataan yang Hutan Simpan dikurangkan. Saya tak tak ingat saya cakap macam itu tapi saya rasa saya tak cakap macam itu sebab saya dah tengok dalam laporan bertulis Jabatan Hutan laporkan memang tambah pada saya dah tengok tak kan saya nak sebut kata dikurangkan saya rasa tak kurangkan. Cuma saya sebut ada kawasan-kawasan hutan sama ada milik sendiri ataupun milik persendrian yang di dibotakkan atapun yang ditarah itu yang perlu kita tengok dan ambil tindakan dan saya ucapkan tahniah JAS banyak ambik tindakan dari segi kompaun dan sebagainya. Cuma saya tekankan dalam ucapan saya berkaitan dengan pembangunan mampan, penjagaan alam sekitar laut dan sebagainya. Itu yang perlu kita beri penekanan. Dalam manifesto Negeri Hijau dan ini perlu kita penuhi jangan kita teruskan benda-benda yang perkara yang merosakkan ekosistem alam sekitar walaupun ada jaminan untuk buat mitigasi tapi kadang mitigasi ini tak kembali kepada asalnya tak kembali kepada keadaan asalnya dia akan ada masalah-masalah yang akan berlaku dia ada kekurangan–kekurangan dia itu yang saya sebutkan kalau Kerajaan Negeri Pulau Pinang nak tengok benda- benda hijau yang nak mengekalkan so perlu pastikan itu berlaku dan ia tak merosakkan.
Jelas.
Terima kasih akan tetapi adakah Ahli Yang Berhormat ingat saya ada biasa jemput menjadi ahli MMK Alam Sekitar dan juga Kebajikan akan tetapi telah ditolak oleh Yang Berhormat. Kalau kita dalam hati yang begitu suci yang nak jaga Negeri Pulau Pinang kami mengetepikan perbezaan politik dan berusaha bersama-sama amat dukacita usaha saya ini telah ditolak oleh Ahli Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa MMK Alam Sekitar Pulau Pinang sudah pun menyenaraikan beberapa usaha sebagai KPI pencapaian pewartaan Hutan Simpanan Kekal dalam menjamin kepeliharaan alam sekitar di negeri ini. Pada 26 Mac 2020 seluas 285.84 hektar hutan di Pulau Jerejak telah diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal. Ini adalah selepas mengambil kira apa yang telah dilupuskan oleh Kerajaan dahulu bakinya saya terus memohon izin dan persetujuan daripada semua MMK bahawa saya nak wartakan dan telah diwartakan walaupun wartakan 285.84 hektar ini bukan satu kadar yang besar tetapi cara yang kita buat ini adalah kali yang pertama selepas 40 tahun, undang-undang ini telah digunapakai di Negeri Pulau Pinang tanah yang diwartakan after 40 years dan ini adalah bahawanya dengan perwartaraan Pulau Jerejak sebagai Hutan Simpan Kekal ini sekaligus telah menambah sebanyak 5.5% kawasan HSK di pelbagai ini iaitu daripada 5,100.93 ke hektar kepada 5,586.44 hektar di bawah pada tahun 2020. Di sini juga kita adalah menyediakan nursery-nursery kerana Pulau Pinang menggalakkan semua NGO-NGO, semua agensi-agensi untuk mengambil bahagian untuk bertanam pokok-pokok supaya boleh menghijaukan Negeri Pulau Pinang. Walaupun kita menghadapi kesulitan di mana sudah ada banyak tempat telah ditanam kita juga cari tempat untuk menanam dan ini adalah satu satu polisi Kerajaan Negeri di mana pokok-pokok ini yang ditanam di tempat orang awam dibagi percuma dan ini juga kami bagi nasihat apa pokok yang sesuai di tempat yang sesuai apa yang hendak ditanam kita juga bagi nasihat daripada segi itu. Persoalan bahawanya ada pencerobohan,ada pencerobohan memang pembalakan haram di Negeri Pulau Pinang ada sedikit sebanyak tetapi ini adalah oleh tuan-tuan yang bersebelah jiran-jiran sebelah bila mereka buka tanah mereka tidak ambil satu perhatian dan terbuka sikit dan saya ada satu senarai di sini bahawa hal yang direkod di Negeri Pulau Pinang adalah satu insiden saja kesalahan hutan yang direkod pada tahun 2016 yang terlibat kes mengambil kayu bakau secara Hutan Simpanan Kekal berapa diambil 50 batang dan kita telah ambil tindakan. Secara keseluruhannya, sebanyak 14 kes kesalahan hutan direkodkan sejak tahun 2010 sehingga 2022 April, April tahun 2022 iaitu di Jadual 2 saya akan berikan bagi kerana panjang lebar saya tidak mahu baca habis semua dan kita telah ambil semua tindakan. Hutan, Jabatan Hutan Perhutanan Negeri Pulau Pinang juga melaksanakan pemantauan kerana begitu luas kita hanya ada 6 anggota untuk 5 daerah. So kami telah menggunakan teknologi yang terkini iaitu kerana melalui udara yang menggunakan drone serta Forest Monitoring Using Remote Sensing (FMRS) iaitu sistem memantau integrasi menerusi satelit yang membangunkan bersama Agensi Remote Sensing Negara (MySA) bagi mengesakan perubahan kegunaan tanah. Jika ada apa kegunaan tanah yang ditelah di di kita akan captured kita akan ambil tindakan dengan segera. Ini adalah saya rasa untuk aktiviti risky di kawasan yang terlibat. Ada apa-apa persoalan?
Tak ada.
Kalau tak ada saya akan teruskan kepada isu-isu berkenaan dengan kera dan babi hutan yang masih berkeliaran. Memang, memang ini adalah satu perkara yang hendak ditangani. Babi Hutan (sus scorfa) dan kera merupakan hidupan liar yang dilindungi disenaraikan dalam Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 iaitu (AKTA 716). This is under so call a control species dan memang mengapa sekarang ada di masuk kampung utama. Persoalan siapa ada di sana dahulu? Siapa ada di sana dahulu apa apa sudah ada satu kejadian mesti kita tanggani persoalan itu letak tepi memang kehilangan habitat di hidupan liar kemandirian survival spesis hidupan liar terutamanya kera, pembuangan sampah tidak teratur iaitu ada satu punca di mana ada banyak orang makan makan buang dekat dia punya rumah dan apabila dia babi hutan tidak ada makanan mereka terus keluar mari, pembangunan tebus guna tanah tanpa ambil kira aspek of hidupan liar tidak ada makanan. Oleh Kerajaan Negeri di mana tempat mereka nak buat jabatan Jabatan Alam Sekitar dan Perhutanan kita minta depa kena buat inventory inventory apa pokok-pokok yang ada di sana apakah binatang apa burung spesis termasuk insect kita jika environment sensitive area khasnya di tempat-tempat yang baru pemaju. Tanah terbiar dan tidak diusaha sikap segelintir pencinta hidupan liar dan kurang kerjasama daripada pengadu. Tidak kerjasama dari pengadu. Mereka panggil telefon dan tak bagi lokasi dan lain-lain nak untuk ini kita untuk babi hutan. Memang ini ada satu decontrol di mana haknya kami haknya pada 1 Julai sehingga 30 Julai Disember ada panggil open season. Open season ada untuk itu control apa population. Saya sendiri sampai 30 Jun adalah probation period. Mereka sapa sapa nak buru mesti minta lesen akan tetapi tahun ini lesen tidak akan dikeluarkan atas nasihat Kementerian. Kementerian telah dan melalui satu suratan satu suratan yang telah dipanjangkan pada PERHILITAN bahawanya tidak dan dalam mesyuarat-mesyuarat tertentu kita akan memohon bahawanya memburu dan mencegah adalah tidak serupanya dan kita akan mencegah mereka jika dapat apa-apa laporan bahawa mereka telah musnahkan tanaman mengacau dan mengganggu kepada taman-taman dan kampung-kampung kita akan musnah. Saya merayu bahawa ini kita kerjasama daripada semua pengadu ini daripada khasnya daripada Pejabat-Pejabat ADUN tempat mana masa selalu di mana supaya kita akan mengambil tindakan. Ini saya janji pada semua. Ini amat penting. Betul tak?
Hantar senarai.
Okey, Sungai Puyu. Isu ini pun memang dah banyak kali dan memang agak serius sekarang ini mungkin sebab pembangunan dibangunkan kawasan dan babi hutan dan kera ini tidak ada tempat lagi sampai saya kena 3 ke 4 biji rumah saya kena buat bumbung balik sebab babi hutan ini dia terjun dia terjun daripada atas pokok bumbung pun bumbung pun dah karat dah. Kera terjun sampai dalam rumah dan terjadi kes satu bukan babi, kera, babi terjun pada atas kalau lah saya rasa jadi satu kes di kawasan YB juga di Kampung Manggis di Sungai Puyu tapi kawasan itu dia terbahagi dua sebahagian Sungai Dua sebahagian Sungai Puyu Kampung Manggis budak kecil ini digigit oleh kera. Kera ini marah sebab mungkin anak dia dulu kera ini dia ada dendam juga anak dia dipukul oleh budak-budak dan dia masuk ke dalam rumah kacau budak ini masuk hospital saya ingat dua (2) minggu tapi Alhamdulillah la tak dia bawa sampai atas pokok.
Jadi benda ini sangat serius ini di kawasan Sungai Dua di kawasan belah Permatang Berangan dan juga di Penaga, di Sungai Acheh juga dan baru ini kita berbincang dengan pihak ICU untuk kita selesaikan masalah ini dan saya nampak usaha-usaha yang dibuat oleh Jabatan Perhilitan Alhamdulillah, baik cuma satu kekangan staf dan mungkin juga kerana kekurangan peruntukan yang itu kita akan bincangkan balik. Peruntukan untuk buat sangkar atau perangkap kepada kera ini itu satu kaedah saja kera ini perangkap nak tembak mungkin masalah satu kasihan. Saya pernah dulu tembak, bukan saya tembak orang lain tembak, saya ada situ. Kera ini jatuh pegang anak dia, dia menangis dia sayang anak dia bagi susu. Oh, saya kata ish, tidak boleh tengok saya tidak boleh tengok. Kera juga haiwan ini juga haiwan yang ada kasih sayang dengan anak dia. Jadi kita mungkin kena usahakan kaedah-kaedah yang lain banyakkan usaha, dan ada satu syarikat dalam mesyuarat tersebut dia sanggup datang tangkap dan beli babi. Itu saya berminat. Dia kata dia nak beli, dia masuk tangkap dan saya akan hubungi syarikat ini untuk kita selesaikan isu babi hutan.
Okey.
Dari segi tembakan operasi juga boleh dibuat tapi kena ada kebenaran daripada polis. Jadi saya ingat benda ini kita kena tengok sama-sama, pihak Kerajaan Negeri juga perlu melihat bersama kerana benda ini sekarang dia masuk di kampung berdekatan tidak mustahil dia akan pergi ke kawasan yang lain di kawasan bandar, dia tidak takut dah. Babi hutan sekarang ini dia tidak takut dekat orang. Dulu dia takut tengok dia lari tapi la dia tak takut.
Terima kasih. Saya ada laporan dalam tempoh yang sama selepas kes budak kecil yang dikacau ganggu oleh kera tetapi telah ambil tindakan. Saya juga melawat keluarga itu dan tindakan telah diambil. Dalam tempoh yang sama pada tahun 2019 sehingga April 2022. Langkah-langkah yang diambil oleh Jabatan Perhilitan Pulau Pinang bagi mengatasi aduan ganggu hidupan liar adalah berdasarkan prosedur dan yang ditetapkan dan beri jaminan kelestarian spesies hidupan liar tersebut melalui tindakan menaikkan dan tangkap hapus sebanyak 5,649 ekor kera telah ditangkap dan dilupuskan. Untuk babi hutan adalah 580. Oleh yang demikian, apabila kita nampaknya bahawa dia tidak cukup berkesan cara-cara pelupusan tapi telah bagi kelulusan seperti dulu kita hanya pakai short gun. Sekarang kami juga membenarkan mereka menggunakan Point 22 yang lebih jauh, lebih kuat dan kita syaratkan bahawa untuk siang hari saja tidak boleh malam kerana berada di kampung dia amat keselamatan penduduk-penduduk juga hendak diambil kira so dengan syarat daripada siapa yang hendak berburu kena mohon lesen iaitu 1 Julai sehingga 31 Disember akan tetapi tetapi kerana kami menghadapi satu cabaran iaitu African swine fever oleh yang demikian kami telah menerima satu arahan daripada kementerian bahawa tidak boleh keluarkan lesen dan seperti tadi saya, saya ada kata mesyuarat kita kata pemusnah hendak dilanjutkan bagi keselamatan orang-orang kampung dan hapuskan kacau ganggu. Bukan itu saja berusaha bersama-sama dengan perhutanan. Kita juga ada cadangan-cadangan untuk pokok buah-buahan yang sesuai ditanam supaya mereka ada makanan. Apabila mereka ada makanan mereka tidak akan kacau ganggu. Betulkah?
Untuk tahun 2020-2021, tambahan senjata sebanyak dua (2) laras senjata apa jenis short gun dan dua (2) selaras senjata api jenis Rifle 0.22 bagi kegunaan kakitangan juga di lapangan. Kami juga berusaha bersama-sama BPEN dan sedang melaksana program bersepadu untuk pengurusan konflik manusia-kera di Pulau Pinang dan sebanyak 18 lokasi dibagi tumpuan dan pelaksanaan program-program ini. Inovasi perangkap babi hutan, smart hog trap oleh syarikat swasta dapat membantu dan bagi salah satu keadaan keberkesanan untuk mengurangi aduan hidupan liar akan tetapi sekarang kerana African swine fever semua-semua babi hutan telah ditangkap atau ditembak mesti dihantar siapa-siapa mesti hantar makmal untuk disiasat ada apakah sakit-sakit di sana. Ahli Yang Berhormat daripada Sungai Dua juga menyoalkan apakah program yang telah dijalankan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman ini alam sekitar khasnya climate emergency, itu kami kata climate change atau kini kami kata climate emergency. Melalui PGC projek-projek activities pada tahun 2019 dan sehingga 2020 April kita melalui Penang Green Agenda kita juga ada jawatankuasa pasukan petugas perbaharui untuk mencekapkan tenaga Pulau Pinang atau renewal energy atau energy efficiency (RENEE) ini telah dijalankan. Sebagai Penang Green Agenda yang adalah negeri, negeri yang terutama Penang Leads di seluruh Malaysia kami ada Penang Green Agenda. Ini akan juga diguna pakai sebagai satu model yang digunakan oleh semua. Saya baru balik Putrajaya untuk bagi laporan kepada Menteri. Itulah usaha Penang Green Council dan juga jadi satu jenama iaitu juga dalam mesyuarat itu juga menteri memuji Negeri Pulau Pinang ada satu negeri yang pertama untuk mengharamkan kegunakan polestrin dan juga keberanian pentadbiran untuk menjaga alam sekitar untuk menaikkan No Free Plastic Beg daripada 20 sen sehingga RM1 di mana ada banyak Kelantan belum hendak jalankan, Pahang hanya 20 sen ada lain tempat tidak berani buat. Pulau Pinang kami buat kerana kita bertanggungjawab untuk menjaga alam sekitar untuk negeri dan negara. Pulau Pinang juga hantar Penang Green Council kerana banyak negeri untuk bagi taklimat dan tunjuk ajar atau kongsi apa kita buat di Pulau Pinang. Bukan untuk Pulau Pinang saja, Pulau Pinang adalah untuk seluruh Malaysia.
Minta penjelasan. Dato’ Yang Di-Pertua, berkenaan Sungai Puyu bercakap tentang No Free Plastic Bag Day. Ini adalah I think satu usaha yang pada awalnya saya pun skeptical saya ingat macam mana ia akan kurangkan kegunaan plastik dan sebagainya untuk 20 sen dan kini RM1.00. Apabila saya pergi ke negeri lain katakan hari itu saya cross over ke Kulim saya pun terperanjat mereka bagi plastik secara percuma dan ini sudah menjadi budaya ataupun amalan orang Pulau Pinang untuk kurangkan kegunaan beg plastik kalau kita perlu belanjakan RM1.00 tetapi jawapan yang saya dapat daripada Sungai Puyu juga jawapan bertulis nyatakan daripada tahun 2018 sehingga 30 April 2012 kita dapat kumpulkan hampir bukan hampir RM8.15 juta daripada dana No Free Plastic Bag tetapi satu saja permintaan saya yang ini kininya digunakan untuk program-program Kerajaan Negeri khususnya program-program aktiviti kebajikan di Negeri Pulau Pinang. Saya tahu Portfolio Sungai Puyu dia dua kebajikan dan juga alam sekitar. Kalau boleh saya minta wang daripada no free plastic bag ini disalurkan kepada program-program alam sekitar ataupun disalurkan kepada Penang Green Council untuk mereka buat lebih banyak program program alam sekitar seperti beri shopping bag dengan free dan sebagainya itu lebih sesuai dari pandangan saya. Ada tak Sungai Puyu bersetuju?
Saya tidak bersetuju kerana saya juga ada peruntukan-peruntukan untuk Penang Green Council dan juga yang mana-mana ADUN hendak jalan program-program alam sekitar, kita siap sediakan.
Tidak cukup.
Tidak biasa minta. Kalau ada minta saya boleh bagi. Saya boleh bagi pertimbangan tetapi sepanjang ini saya tidak biasa dapat permohonan daripada Ahli Yang Berhormat. Saya minta maaf. Dengan ini kami juga Penang Green Council juga terlibat dengan laporan kerajaan impak perubahan iklim di Pulau Pinang. Projek rangka kerja inventory carbon di Negeri Pulau Pinang. Pendidikan dan kesedaran awam pembangunan kapasiti juga anugerah dan insentif yang terlibat dengan program-program antarabangsa iaitu kata Penang Green Council juga ada satu jenama Abase Osaka dan ada banyak kali telah dijemput wakil-wakil daripada Penang Green Council kepada pentas-pentas antarabangsa untuk bagi working paper. This is achievement from Penang Green Council dan juga kami terlibat dengan projek circular, project circular cities dan di sini dan daripada tahun 2019 dan sehingga 2020 kita tidak telah dapat empat (4) anugerah iaitu 2019 JCI Sustainable Development Award 2013, Private Change Penang Green Council International Conference And Exhibition Larger In Northern tahun 2019, MCBC Leadership Assessable Award 2020 Mansion Best Of The Leadership For Inclusion NGO pencapaian terbaik jabatan Kerajaan Negeri Pulau Pinang tahun 2020 dan tahun 2021. This is our achievement. Kerana ini panjang saya skip tetapi sesiapa yang minat boleh akses melalui https: https://pgc.com.my/2020/ boleh pergi sana lihat. Saya menjemput semua ADUN tak kira mana pihak kerana saya tahu semua memang satu hati untuk jaga alam sekitar. So saya jemput masuk pi. Saya juga hendak jemput semua ADUN dan juga pegawai-pegawai ada di sini pada hari Sabtu ini kita ada one upon a time for you. kita akan tunjuk ajar pada kanak-kanak supaya mereka ada join, jemputlah program-program di sana.
Terima kasih. Habis? Nampak gaya sudah habis.
Belum. Baru nak mula. Kebajikan. Kebajikan daripada Ahli Yang Berhormat di Permatang Berangan telah mempersoalkan mengapa, mengapa JKM hendak semua penerima bantuan bulanan, untuk membaharui permohonan mereka. Ini dasar Kerajaan Pusat di mana audit telah buat audit dan ada berapa negeri termasuk Pulau Pinang jugalah. Ada banyak penerima bantuan bulanan daripada Kerajaan mereka telah kembali tetapi keluarganya tidak memaklum kepada di sana dan terus dibayar. Oleh demikian, dalam selepas mendapat laporan ini Kerajaan Negeri mencadangkan kepada Kerajaan Pusat bahawa kena ada orang kata tiga (3) bulan sebelum luput mereka mesti memperbarui ini bukan baru-baru 2022 tetapi 2016 kita telah mula. 2016 telah mula
tetapi hari ini baru tanya sama saya daripada Permatang Berangan. Seolah-olah ini ada satu kejadian yang baru terjadi dan bersoal. Ahli Yang Berhormat dari Sungai Dua hendak bertanya?
Hendak tanya. Saya faham maksud Permatang Berangan itu bukan mempertikaikan isu kajian semula. Perkara ini memang perlu dibuat sebab sekiranya kita tidak buat kajian semula ada yang bantuan bagi berterusan dia sudah meninggal dunia, dia mungkin sudah terkeluar daripada kemiskinan jadi kita teruskan bagi. Jadi ini satu perkara yang perlu dibuat. Cuma yang saya faham dari segi teknik ataupun kaedah kajian semula ini dia ada kadang-kadang pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak sampaikan borang ataupun surat itu kepada pihak-pihak yang terlibat. Kadang-kadang orang tua-tua ini dia duduk seorang-seorang kita kena tengok kumpulan-kumpulan kalau orang tua-tua ini duduk seorang-seorang dia dapat bantuan sampai surat pun dia tidak mampu nak buat pun. Jadi ada certain-certain minta dengan izin ada sebahagian itu kita kena bantu JKM kena tengok pecahan, buat pecahan itu. Okey, yang ini orang tua-tua yang tinggal seorang-seorang ataupun duduk dengan suami dengan isteri yang sudah tua, tak dak dah anak-anak lain kita kena tengok. Kita kena bantu semula. Ada OKU kadang-kadang dia dapat surat mungkin dia buang dan sebagainya. Pihak JKM bila tak dapat ja borang bantuan kajian semula kadang dia terus stop tanpa kita kesan satu dan ada juga yang dipotong terus tanpa makluman ada sebahagian bukan semua. Itu mungkin kesilapan teknik dan sebagainya. Jadi benda ini yang dibangkitkan dari segi konsep kajian semula saya ingat kita perlu buat. Kalau tidak akan timbul masalah macam-macam. Pihak pegawai pun ada kadang-kadang ada masalah dan sebagainya. Jadi ada berlaku kes saya tau saya ada PAC tu saya tengok kes tu.
Jelas.
Jadi, terima kasih.
Ya, terima kasih. Ini saya tak salahkan JKM tetapi saya nak salahkan ADUN tertentu kerana perkara ini. Dasar Kerajaan Negeri memang kami telah ada wujudkan satu dasar di mana kita di sini di Pejabat Daerah ada satu Jawatankuasa Pembasmian Kemiskinan Daerah. Di mana setiap bulan ada bermesyuarat. Kita mengalakkan semua MPKK untuk turun padang untuk buat laporan jikanya ada apa-apa, jika dia ada apa apa orang yang dianggap miskin mereka buat laporan. Penghulu akan turun padang, JKM akan turun padang untuk membentang kes-kes tertentu dan mesyuarat yang ada. Saya juga telah bagi senarai penerima bantuan bulanan JKM kepada semua pusat-pusat khidmat. Mengapa mereka tidak ambil perhatian? Jika ada tak ambil perhatian, mengapa nak salahkan JKM? Mengapa nak salahkan Pejabat Daerah? Walhal Pejabat Daerah bagi pentas, bagi satu pentas bagi satu peluang untuk semua kemukakan masalah-masalah kemiskinan dalam daerah. Mengapa tidak ambil bahagian?
Saya ingat senarai tu saya minta pihak Sungai Puyu bagi sama dekat kami lah.
Saya telah bagi.
Saya tak da senarai tu. Dekat ADUN Sungai Dua tak da?
Jangan kata begitu.
Saya pun tak dapat.
Jangan kata begitu. Pada tahun 2020 apabila saya nak agihkan makanan dan kotak saya bagi senarai pada semua tiap-tiap ADUN kerana saya ada bagi kotak makanan adalah melalui nama senarai di sana. Nama, alamat, IC number dan juga telephone number. Kalau ada kata tak da, ini tak patut. Tak apa. Saya akan arah JKM bagi pada semua lagi satu kali untuk selesaikan masalah ini. Di sini kita juga tentang makanan. Bila makanan ada orang telah persoalkan isu-isu makanan. Memang Kerajaan Negeri ada bagi kotak-kotak ini makanan melalui Penang Mutiara Food Bank adalah diwujudkan pada tahun 2017. Kita daripada makan-makan yang diselamatkan daripada pengusaha dan juga supermarket-supermarket. Ini semua ambil dan kami bagi melalui senarai yang dicadangkan oleh MPKK untuk setiap masa telah dibagi. Pada masa yang telah suntuk akan datang, saya akan edar data pada ada semua ucapan saya di sini. Tetapi ada satu yang saya nak bagi keterangan. Kerana saya telah dapat satu soalan. Soalan daripada Seberang Jaya. Di sini dia highlight kan semua. Soalan rasmi ada di sini. Short and sweet. Untuk soalan, "Berapakah jumlah peruntukan atau sumbangan yang telah diterima Unit Mutiara Food Bank bermula daripada bulan September 2021 hingga April 2022". Jawapan saya pendek sahaja. "Jumlah sumbangan yang diterima oleh Unit Mutiara Food Bank bermulai bulan September 2021 sehingga April 2022 adalah sebanyak 16,000 unit makanan kering dengan perincian seperti di Lampiran A dan nilai anggaran sebanyak RM79,520.00". Tetapi di dalam Dewan yang mulia ini, rakan saya dulu rakan karib. Hari ini bukan rakan karib lagi tetapi right good people in the wrong house. Di sini saya bagi laporan tetapi dalam Dewan ini dia kata dia kata menjawab tentang saya berkenaan bertanya "Berapakah jumlah peruntukan untuk sumbangan yang telah diterima Mutiara Food Bank daripada September 2021 sehingga April 2022" dia baca. Dimaklumkan bahawa telah membeli 12,000 unit. Jawapan saya bila saya ada tulis secara sudah bagi. Dan juga dia ada kata saya pun check iphone saya rupanya calculator saya pun tekan calculator. RM79,520.00 bahagi 3,200 unit satu pek hanyalah RM24.90. Kalau tak salah saya Yang Berhormat Air Putih dulu kata Menteri Kewangan lagi bagi banyak RM30. Sekarang bagi RM24.90. Ini tidak benar dan ini yang misleading di Dewan.
Dato’ Speaker, pada permulaan COVID, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawanya akan bagi RM22 juta kepada kebajikan untuk membeli 1,000 kotak makanan nilai RM100 kepada semua MP di Malaysia. Ini akan diuruskan oleh JKM. Dan mesyuarat saya juga kata saya ingin minta mereka kena ada satu senarai penerima supaya apabila audit senang sikit kita buat. Saya juga tak tau cara nak buat. tiba-tiba apabila nak agih kotak makanan ini. Apa yang terjadi? Telah menerima satu surat daripada menteri. Menteri, Timbalan Menteri yang tidak berkaitan dengan kebajikan mengarah Pengarah Kebajikan Pulau Pinang supaya tidak boleh agih kepada semua semua wakil rakyat daripada PH. Tapi tak boleh. Tuhan ada jaga sikit untuk DTL kerana pejabat itu dapat cepat sikit dia dapat agih 500 kotak kepada setiap-tiap MP di DTL. Yang lain semua tak da. Di Bagan tak da. Langsung hilang. Langsung hilang dan kita juga ambil satu kotak mai buat kira. Nilainya hanya RM30 berbanding dengan apa yang dibagi oleh Kerajaan Negeri di mana saya telah disoal siasat dua jam oleh Unit Audit. Apakah nilainya? Nasib baik Pembantu Khas saya, sebelum saya menerima tawaran daripada Sunshine. Senarai tu sekali pergi kepada tiga supermarket ambil gambar barangan itu buat kira semua. Dan semua barang yang di dalam kotak kami ambil semua nilainya adalah RM60…(gangguan).
Okey Sungai Puyu.
Tetapi ini kena dijelas.
Cukup jelas cukup jelas.
Tak terjelas…(gangguan).
Yang tak kena pun masuklah.
Ia belum jelas. Saya nak tau sama dia, kawan kawan tetapi principal-principal. Saya percaya bahawa dulunya dia tak biasa cakap bohong tetapi apabila dia pi PN apa terjadi pada dia saya tak tau. Oleh itu saya kata….(gangguan).
Yang Berhormat, tak ada satu pun…(gangguan).
Dia satu orang yang bagus. Good people in the wrong house. Masih ada peluang.
Yang Berhormat, saya mohon mencelah Yang Berhormat. Terima kasih yang Berhormat. Saya sebenarnya sedang menunggu jawapan dari Yang Berhormat Sungai Puyu. Perkara yang saya bangkitkan haritu tidaklah misleading sebab saya hanya membaca jawapan yang disediakan sendiri oleh Sungai Puyu. Jumlah figures yang diberikan itu adalah yang diberikan oleh Sungai Puyu. Kalau lihat balik kepada ucapan saya tadi Yang Berhormat bacakan semua bangkit transkrip ucapan saya itu. Saya bangkitkan janganlah nilai RM24.85. Yang saya bangkitkan at least naik kepada samalah RM100. Tapi Yang Berhormat pilih tadi bukan untuk jawab soal kenapa Mutiara Food Bank sedia RM24.85. Yang Berhormat pilih adalah untuk jawab dengan cara mengatakan bahawa agihan tak berlaku. Yang tak berlaku tu mungkin tak dapat dekat Yang Berhormat. Tapi saya difahamkan agihan bakul makanan itu sampai kepada penerima yang layak dan nilainya RM100. Jadi sekarang ini soalan saya adalah kepada Yang Berhormat Sungai Puyu adakah Kerajaan Negeri atau Yang Berhormat sendiri Pejabat Yang Berhormat bersetuju bahawa unit Mutiara Food Bank ini daripada RM24.85 sen itu seharusnya dinaikkan kalau boleh sama RM100 dengan yang disediakan oleh Kerajaan Perikatan Nasional?
Yang lain tak perlu, EXCO jawab sudah.
Dia cakap apa yang dia tidak tahu. Dia hanya bercakap, to speak just to speak supaya draw away the attention. Apa barang yang dibagi kepada apa barangan yang dibagi kepada Mutiara Food Bank adalah dikumpul dan di mana yang pejabat-pejabat ADUN atau MPKK yang mohon kita pack dia. Bukan ini satu pack yang bagi. Ini ada sumbangan-sumbangan yang diterima. Kerana anda tanya peruntukan dan sumbangan. Kerajaan Negeri tidak bagi peruntukan kepada dia. Ini adalah sumbangan dari orang ramai. Dicatit dalam buku dan bukan kita pack satu pack bagi diorang. Tak da. kerana you tak faham, kalau you ada di rumah ni you boleh faham. Kerna you tak ada di rumah ini tak faham langsung dan cakap kosong di luar…(gangguan).
Okey tamat.
Sebab itu Yang Berhormat, saya minta penjelasan. Bila saya dapat jawapan bertulis Yang Berhormat, sebab tu saya minta penjelasan.
Sekarang...(gangguan)
Sekarang dah faham.
Okey.
Maknanya bukanlah RM24.80 betul?
Bukan bukan…(gangguan).
Sebahagian daripada jumlah yang lebih besar.
Just admit your mistakes.
Tak da saya bukan…(gangguan).
Sesiapa yang tidak biasa buat kesalahan....(gangguan)
Apa pula Dato’ Speaker? …(gangguan).
Bukan bertanya. Kenyataan. Kenyataan sebab tanya persoalan tidak serupa.
Dah dah dah. Saya pun jelas dah. Cukup jelas.
Pencerahan. YB. Sungai Puyu setuju dengan saya, kotak RM100 yang disediakan JKM daripada Kerajaan Pusat sebenarnya nilai sebenar tak sampai RM100 pun kotak itu. Dibuka kotak itu. Faktor penyelewengan dari Kerajaan Pusat. Terima kasih.
RM30.
Yang itu bukan tanggunggjawab EXCO. Okey Sungai Puyu, puas hati?
Bukan puas hati, saya kena bagi penjelasan. Baiklah memang jika saya nak teruskan kemungkinan saya ambil satu jam di sini kerana saya nak hormat kepada Dato’ Speaker.
Terima kasih.
Sesiapa yang ingin soalan-soalan yang saya belum menjawab, khasnya daripada Pulau Betong berkenaan dengan JKM saya boleh kata memang kita nak perluaskan di dialysis centre. Di mana pada kini saya ada 14 mesin. Saya ada lagi 82 pesakit di mana ini ada di operate oleh Kerajaan Negeri. Pusat dialysis centre Balik Pulau. Di mana orang-orang miskin dia hanya bagi bayar untuk rawatan RM10 setiap rawatan. Yang lain suplemen semua dibagi oleh Kerajaan Negeri. Ini dah operate dan kerana ada banyak orang lagi hendak mendapat perkhidmatan dan kemudahan ni, kita kena perluaskan. Saya akan pindah JKM ke pejabat atas dan di bawah akan digunakan dengan tambahan lagi 12 mesin dialisis untuk dialysis CAT ini. Oleh yang demikian yang lain-lain saya akan menjawab di Dewan atau secara bertulis kepada saya saya akan menjawab. Saya merayu saja. Negara kita, masyarakat kita menghadapi cabaran yang begitu besar. Selepas COVID, cabaran ini ekonomi dan lain-lain. Marilah kita semua tepikan perbezaan politik. Berusaha supaya orang yang dibagi amanah oleh Tuhan tunaikan kewajipan. Lebih baik saya menjawab di sini daripada saya menjawab apabila saya berjumpa Tuhan. Oleh demikian, saya memohon menyokong terima kasih.
Terima kasih atas kesudian Sungai Puyu mematuhi masa. Saya nak mengumumkan Dewan ditangguhkan dan kita henti rehat untuk makan tengah hari ini dan kita bersidang semula jam 2.00 petang nanti. Terima kasih kepada Sungai Puyu. Dewan ditangguhkan pada jam 12.10 tengah hari.
Dewan bersambung semula pada jam 2.08 petang
Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat, kita dalam sesi pengulungan. Dipersilakan Datok Keramat, masa yang diberi satu jam.
Terima kasih saya ucapkan kepada Dato‘ Timbalan Speaker, thank you very much. Saya telah pun sentuh beberapa perkara dalam beberapa soalan lisan saya yang mana saya harap saya tidak boleh saya tidak mahu untuk ulang saya hendak tahu sekiranya ada soalan berkenaan itu maka ditanya but hari ini I would like to thank everyone in the house for allowing me to speak gembira saya berada di sini sekali lagi kepada semua rakan saya di seluruh rumah in the house today thank you for having us it is an honored to be here and I think the biggest honored yang terbesar untuk saya maklum adalah ingin saya ucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang as you know perumahan adalah dekat di hati saya dan saya telah lihat satu prestasi daripada perumahan Lembaga Perumahan yang baru-baru diwujudkan satu tahun sekarang actually very time flies yang mana telah pun buat banyak program yang mana saya akan ulas sedikit sebanyak in my speech so congratulation to my team. It not easy Dato‘ Timbalan Speaker not easy at all and they have done it and they deserve recognition they should commended and I do that and I want to put that on record and this is the first time we have the Lembaga Perumahan that this year we will be moving forward with our own project that is extremely important. So I want to put that first on record. Dato‘ Timbalan Speaker, actually saya telah pun sentuh beberapa perkara yang terpenting yang ditanya oleh rakan-rakan saya di sebelah. Berapa yang telah dibina, apakah perancangan kita? I just want to keep it very short because saya sudah pun maklum pada Dewan ini tak perlu saya maklum mungkin saya beri perincian sedikit lah. Saya telah nyatakan Dato‘ Timbalan Speaker 136,303 unit pelbagai Rumah Mampu Milik sedang dalam pelbagai proses pelaksanaan 136,303 units of various type of affordable house is in the process…(dengan izin), Dato‘ Speaker. Now let me give you the details if I can that what I want to come, I said this before tetapi mungkin details sedikit, kita ada beberapa jenis Rumah Mampu Milik sepertimana semua tahu. Dalam Rumah Mampu Milik A iaitu yang dahulu Rumah Kos Rendah kita yang sudah siap dibina adalah 18,310 Rumah Mampu Milik B iaitu Kos Sederhana Rendah RM72,500 kita sudah pun siap dibina 15,191 dan pelbagai jenis Rumah Mampu Milik C iaitu Sehingga RM300,000.00 di bahagian Pulau RM250,000.00 di bahagian seberang adalah 12,400 yang membawa kepada satu jumlah besar yang sudah siap dibina di Pulau Pinang. Rumah Mampu Milik kita pelbagai jenis 45,903 units for your information. Yang dalam yang sedang dalam pelbagai peringkat pembinaan kita ada I wont go thru too much details kita ada ke semua A,B dan C tersebut 18,354, Dato‘ Timbalan Speaker.
Dalam perancangan kita ada 72,076 I said this before I just want to repeat give some details dan kita akan teruskan dengan ini one thing that I want to say today when I begin with this adalah kita faham bahawasanya bukan senang walaupun kita ada Rumah Mampu Milik jenis A iaitu yang dahulu dikenal sebagai Rumah Kos Rendah RM42,000 ada ramai yang itu pun tidak boleh access, many cannot even access that. So the problem is we have to see how we can make them access it saya sudah pun letih bincang dengan Bank Negara Malaysia yang tak beri respon berkenaan dengan isu yang terpenting cabaran pertama kita apabila saya tawarkan rumah pada mereka. Mereka tak dapat pinjaman daripada bank. Mereka ini dapat, kalau saya boleh lihat pada apa, siapa yang datang ke pejabat saya setiap hari dan memberi aduan Dato’ Timbalan Speaker, mereka ini mendapat gaji yang begitu rendah. It is unfortunate. So, it is cycle, is very big cycle. Sekarang dalam keadaan ekonomi yang lebih teruk, kita lebih perlu bantu mereka. Jadi saya tanyalah Bank Negara Malaysia apa mereka buat untuk bantu aspek perumahan, perumahan mampu milik kepada rakyat yang perlu? Ada yang ada gaji RM500, RM600. Apa hendak kita buat. Dan ini bukan hari ini, ini sudah 10 tahun sudah. Apabila saya sebut perkara ini saya mungkin marah lah, but let's us be calm and collected and talk about it. Tapi 10 tahun saya telah berbincang dengan empat (4) menteri berkenaan perkara ini, tak ada apa respon. Kita perlu pastikan apa produk yang kita ada itu sampai kepada rakyat dan warga yang memerlukannya. So, kalau Bank Negara Malaysia tak mahu bantu kita dengan melihat kepada bagaimana nak hendak ataupun hendak lihat pada bagaimana nak bantu mereka, maka di Pulau Pinang kita hendak lihat pada kaedah lain. Dan kita sudah pun lihat pada kaedah tersebut. Iaitu kita akan buat kaedah sewa beli. Di mana pada peringkat ini di bawah Visi Pulau Pinang2030 dalam 220,000 unit pelbagai Rumah Mampu Milik yang kita akan bina kita telah pun pastikan bahawa 10% akan dijadikan melalui kaedah sewa beli. rent to own. Dato’ Timbalan Speaker, and for your information my latest report berkenaan itu ada banyak projek yang kita sudahpun lihat yang akan membawa kepada 3,500 lebih unit sewa beli untuk rakyat Pulau Pinang untuk menangani masalah pinjaman tersebut yang saya sebut tadi. Saya teruskan Dato’ Speaker kepada yang lain, of course di Pulau Pinang kita mempunyai satu kekangan. Iaitu kekangan tanah. Sekarang kita ada Penang Southern Development (PSI) yang akan berlaku. Iaitu 3 pulau yang baru, PSI. Yang akan berlaku. Tetapi ia akan berlaku dalam masa yang lama. Easily about ten, maybe 20 year. Half of us probably won’t be here. We all hope, all of us will be here lah. But really likely, not. Now, so in between that you see dalam (PSI) Penang South Islands it’s call, kita ada banyak komponen termasuk perumahan. So, apabila kita ada kekangan tanah di bahagian Pulau yang sedia ada sekarang kita perlu lihat dalam tempoh itu bagaimana kita hendak pelihara warga kita di Pulau Pinang. So, how do we do that? So, one very good way is Urban Regeneration. I spoke about that I think yesterday. And itu sedang berlaku iaitu pembaharuan semula. Satu-satunya blok yang ada 300 unit boleh dijadikan 5,000 atau 2,000 unit. 2,000 atau 5,000 unit. Depending on that block. Can happen. It can happen. Dan itulah apa yang kita hendak buat sementara menunggu sekiranya ada aduan daripada pihak yang lain, saya hendak tahu apakah sebab aduan tersebut. Kerana ini adalah keperluan kepada mereka, setiap rumah yang kita akan tempatkan semula mereka, bina satu rumah lain daripada 300 kaki persegi kita akan bina satu rumah yang adalah 700 kaki persegi atleast. Mungkin even bigger, dengan kemudahan yang lebih dan selain daripada itu kita bagi dia orang one to one, free penduduk asal. And then on top of that warga Penang yang perlu perumahan juga ada peluang, kerana kita ada ruang untuk mereka, ada lebih unit-unit untuk mereka. That is the plan and it is going to happen. It will happen. Dan untuk makluman semua ingin saya nyatakan, thank you again to Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang yang sudah pun berusaha begitu kuat. Thank you so much, you all are doing very-very good job and in very-very short time. Because I always very-very angry and make sure things are done. Kita ada satu Pelan Induk Perancangan Pembangunan Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang. Yang adalah ada jangka daripada tahun 2021 hingga 2025. They started in 2021. Dato’ Timbalan Speaker, so it ends 2025 for this
first phase. Dan sekarang kita ada 14 projek yang telah pun kita rancang dan daripada itu ingin saya nyatakan Dato’ Speaker, kita telah pun lancar actually physically yang pertama di Bukit Gedung di Bayan Lepas baru-baru ini dengan Ketua Menteri saya. So, it is moving, we will continue with that. Dan ada banyak, setiap daerah di seluruh negeri akan kita lihat. Juga di bahagian Seberang, kita tak akan, we will never ever abaikan Seberang, remember that. We will be there and we are going to come down and step there on our new project. It will happen. Let me tell you, it's on the table, is being plan, we will be there. Dan untuk sebagainya kita pun ada pelbagai projek yang lain yang mana saya terus pergi kepada selain daripada merancang perumahan RMM kita juga lihat kepada begitu pentingnya Dato’ Timbalan Speaker. I did not speak about this so far in my lisan, but I think it is important to note. Selain daripada penyediaan perumahan mampu milik yang mana saya sebutkan tadi yang penting juga adalah untuk kita pastikan penyelenggaraan semua skim perumahan awam dan juga yang layak untuk dilihat dan saya gembira untuk laporkan kepada Dato’ Timbalan Speaker, setakat ini daripada 2008 sehingga sekarang April 2022 kita telah pun belanja. Just Penang Dato’ Timbalan Speaker, RM297.57 juta. For your information in Penang under our funds, we have already allocated RM297.57 million ringgit…(dengan izin). Yang melibatkan 32,582 projek di semua perumahan awam dan swasta yang layak. That is what we have done. Of course, ini adalah di bawah empat tabung yang kita ada iaitu satu, Penyelenggaraan Perumahan Awam, kita ada juga penyelenggaraan di bawah kedua-dua pihak berkuasa tempatan dan juga as everyone knows di bawah 80:20. But we help the private sector. So, saya ingin menyatakan kita akan teruskan, saya dapat daripada apa yang saya dengar ada yang meminta berkenaan tabung penyelenggaraan berkenaan penyaluran dana dan sebagainya kita sedang lihat. There is always isu teknikal yang perlu diperjelaskan sebelum itu boleh berlaku. Saya boleh lulus tapi ia akan pergi melalui satu proses yang perlu dibuat, yang perlu dibawa undang-undang. So I hope everyone understand. Sekiranya semua dipatuhi maka kita akan mulakan dengan projek-projek tersebut. Thank you…(gangguan).
Dato’ Speaker.
Ya silakan.
Terima kasih Datuk Keramat. Saya tertarik dengan tabung TPM kerana Batu Uban juga menerima manfaat yang besar setakat ini kita telah menerima kelulusan 38 projek dengan RM16.1 juta. Terima kasih saya ucapkan kepada YB. Datok Keramat dan Kerajaan Negeri. Tetapi saya ingin memberi sedikit cadangan, kalau boleh penambahbaikan. Kerana dulunya selalunya JMB/MC akan menghantar 3 quotation dan quotation itu akan diangkat dan Kerajaan Negeri melalui jawatankuasa akan membuat pemilihan, tetapi sejak kebelakangan ini tugas itu diberikan kepada JKR untuk pergi meneliti dan juga membuat sebut harga. Dan apa yang terjadi kebanyakkannya kosnya menjadi terlalu tinggi, contohnya untuk kita repair tangki air dan sebagainya. Kosnya terlalu tinggi. Dan ini juga akan membebankan kepada penduduk kerana penduduk perlu kongsi 20% itu daripada Tabung Management. So, kalau boleh kita minta go back to the whatever formula that we have earlier. Okey, terima kasih Datok Keramat.
Ya. Terima kasih pada Yang Berhormat Batu Uban. We will continue, kita akan teruskan dalam bantuan kepada Batu Uban dan juga semua Yang Berhormat di seluruh Negeri Pulau Pinang. Isu berkenaan JKR kita sudah pun kenal pasti ada begitu kelewatan di dalam pelaksanaan projek di bawah mereka terutamanya mereka mengambil alih projek-projek yang terbesar di bawah 80:20 iaitu lift. Dan kita sudah ambil alih balik dan sekarang kita harap kita akan dapat percepatkan. There is no issue about that. I think this is happen maybe about six (6) months already now. So, kita akan lihat kalau ada projek yang masih tergendala sila lihat ataupun jumpa saya sendiri dan I will look into that. There is no issue about that. So, Dato’ Timbalan Speaker saya teruskan, apabila kita buat…(gangguan). Silakan
Yang Berhormat, Terima kasih, Terima kasih Dato’ Timbalan.
Kalau tajuk mampu milik 25, 25 tambahkan sudah di..
Isu perumahan sudah selesai. Cuma saya nak sentuh sikit tentang isu rent to own tadi. Saya ucapkan tahniah dan terima kasih la kepada Yang Berhormat Datok Keramat yang begitu prihatin dan melihat bahawa rakyat kebanyakkan B40, M40 tak mampu. Yang A, B memang pemohon dia takkan mampu beli. Rumah yang RMM C yang RM250,000 di Seberang. Jadi adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk mengurangkan RMM C itu. Mungkin kita bagi kelonggaran kepada pemaju untuk buat mungkin RM100,000.00 ke RM150,000.00 untuk C. Bagi special sikit kepada pemaju ini. Pilihan dia boleh buat RMM C macam tu. Mungkin RM150,000.00 ke bawah ada yang mampu. Jadi yang seterusnya tentang RMM C ini memang dia termasuk dalam pecahan mampu milik lah, maknanya kalau dah ada pemaju yang buat RMM C, dia tak perlu buat A, B. Pasal dia dah buat RMM C, itu maksudnya kan. Dalam kategori RMM Mampu Milik dia tak payah buat A, B la. Dia hanya buat RMM C sahaja. Contohnya pemaju tu buat semua RMM C, dia tak perlu buatlah A dan B. Saya nak kepastian yang tu dan keduanya dari segi kuota pembinaan A, B. Pecahan-pecahan dia saya nak pastikan nak minta kalau mungkin boleh bagi kemudian pun tak apa. Yang dibuat oleh swasta berapa? A, B. dan dibuat oleh GLC, PERDA, UDA, PDC dan yang dibina oleh Kerajaan Negeri sendiri jika adalah mungkin. Mungkin sekarang ni tidak ada lagi mungkin dari Lembaga Perumahan akan buat. Saya rasa ada dua, tiga tempat pecahan tu dan bagi rumah projek perumahan swasta adakah ada ketetapan dia perlu siapkan RMM A, B dulu baru O.C boleh dikeluarkan. Ada tak syarat macam tu? Saya dengar khabar angin kata tak ada so saya nak kepastian daripada pihak Yang Berhormat Dato Keramat. Kita mesti wajibkan, kenal pastikan dia buat A,B dulu baru boleh buat yang mahal. Pemaju kadang-kadang dia buat yang mahal dulu supaya dia boleh dapat untung. Mungkin selepas sekian lama dia mohon untuk dikecualikan dan sebagainya. Jadi tu nak kepastian juga daripada pihak Yang Berhormat Datok Keramat. Cuma saya tekankan lagi sekali lah T.Y.T. pun sebut orang, rent-to-own kita cuba tambah, Alhamdulillah ada tambahan dan permintaan daripada saya sendiri A dan B perlu kita tambahkan. Kita dah siap 18,310 dan saya rasa pemohon A dan B ini terlalu banyak. Saya rasa mungkin ada 60,000 lebih itu pun ada sebahagiannya tak dapat pinjaman, yang tu yang masalahnya. Tapi 60,000 lebih tu saya rasa memang sangat memerlukan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Dua.
Terima kasih kepada rakan saya Dato’ daripada Sungai Dua thank you so much for your questions, yang selalu perlu saya beri ulasan kerana yang bernas sekali. First of all, I will start dengan apa yang dinyatakan sama ada pematuhan ataupun syarat untuk dibina rumah kos rendah kos sederhana rendah ini adalah kepada semua iaitu kepada pihak swasta juga. Soalan dia ialah, yes. Sememangnya itu adalah polisi kita, mereka tidak boleh bina samada sekiranya mereka tidak dapat capai itu. So itu adalah satu daripada syarat pematuhan kita, number one. Number two, ingin saya nyatakan kepada pecahan daripada segi Rumah Mampu Milik A dan B kepada semua pemaju iaitu satu soalan yang connected dengan tadi, definitely kita ada. Ia adalah 30 peratus. Ia adalah keperluan kita. Di bahagian Pulau sekarang adalah 40 peratus iaitu 20 dan 20 but still kos rendah dan kos sederhana rendah kita pastikan just for viability untuk mereka nafas. Not easy in Penang that’s why I started out in my conversations just now to tell everyone we have to move forward; we have to move forward. It’s not easy but we will ensure kita teruskan. And the most important question is your first questions. Sama ada kita hendak kurangkan harga. Now, saya ingat itu adalah satu soalan di mana saya perlu nyatakan kita tak boleh kerana kalau saya jawab soalan yang dua tadi sememangnya kita tak boleh kurangkan harga, di peringkat ini kita tetapkan harga. Di lain negeri mereka sudah kurangkan harga, di Pulau Pinang kita masih pada 42, kita masih pada 72 dan masih pada pelbagai harga yang lain. But untuk RMM C mungkin kita boleh lihat dan in fact Dato Sungai Dua, kita telah pun ada 1,2 program atau projek yang akan kita lihat untuk turunkan harga kepada RM150,000.00 and we hope that will happen as soon as possible. Actually, saya setuju dengan Dato’ kalau saya boleh buat lebih kurang lagi baik tapi ia akan menjadi tidak possible tak viable, tak feasible, so we have to be realistic. So that’s why we have to move on and I think your ideas are good. So at the moment, what we have to do is to try and control the price. Other states have gone up to RM60,000.00 Dato’ Timbalan Speaker, untuk low cost. RM100,000.00 Dato’ Timbalan Speaker untuk low medium cost, tak betul. Penang kita tak akan buat, kita akan terus memelihara kepentingan rakyat dan warga Pulau Pinang di mana perumahan adalah yang keutamaan kita and we will continue with that and that is very important to maintain the price that other state are increasing Dato’ Timbalan Speaker. So saya boleh teruskan? Any other questions otherwise? Saya ingin nyatakan tadi saya ada sebut tentang penyelenggaraan. Ingin saya nyatakan satu perkara Dato’ Timbalan Speaker, apabila kita sebut tentang penyelenggaraan, apabila kita telah pun hampir sampai RM300 juta ringgit dari Pulau Pinang sahaja. Untuk makluman Dato’ Timbalan Speaker, kita telah pun mohon kepada Pusat untuk juga membantu kita dalam hal ini dan kita di Pusat ada beberapa tabung juga selain daripada tabung di Kerajaan Negeri dan di Pusat ada dua (2) tabung iaitu satu adalah mereka sebut PPP dan yang satu lagi adalah TPPM. We have two (2), now untuk program penyelenggaraan perumahan PPP dan Tabung Penyelenggaraan Perumahan Malaysia (TPPM), I hope Yang Berhormat Sungai Dua can assist, today I have been hearing that you want to assist us, that is very good. For PPP kita telah memohon untuk 73 kerja yang mana kita sudah sampai 19 kelulusan. 73 kerja itu Dato’ Timbalan Speaker adalah RM50.35 juta dan kelulusan adalah RM3.5 juta. Dia punya jurang is quite big, that’s a problem, I just finish…(gangguan).
Saya minta Yang Berhormat Datok Keramat bagi senarai terus.
I will, I will. I just give the whole thing first then kita ada Tabung Penyelenggaraan Perumahan Malaysia TPPM 126 projek kita minta pada RM84.4 juta sekarang daripada 126 projek itu, cuma 22 sahaja yang kita terima kelulusan pada RM4.95 juta daripada permintaan kita RM84.4 juta. Secara keseluruhan Dato’ Timbalan Speaker, I just put that on record, yang kita telah mohon kepada Kerajaan Pusat adalah untuk 198 projek. We have applied for 198 projects to the Federal Government for the maintenance of housing scheme in Penang at a cost of RM134.76 million. Kita telah pun pohon untuk 198 projek di bawah tabung-tabung di bawah Kerajaan Pusat yang berjumlah RM134.76 juta dan yang dibenarkan ataupun diluluskan adalah cuma 41 setakat ini pada harga RM8.48 juta. So saya harap kita dapat kerjasama kerana saya selalu nyatakan perumahan tidak boleh dipolitikkan dan apabila kerajaan kita sudah pun buat apa yang kita perlu buat sekian lama ini, saya harap menteri yang terbaru yang keempat untuk perumahan dapat mendengar dan melihat kepada bagaimana boleh bantu especially apabila dia satu anak Pulau Pinang. So saya hendak teruskan dengan beberapa perkara lain ada dalam perbahasan kita nyatakan apabila Ketua Menteri saya nyatakan kita sudah capai 90 peratus daripada apa yang ada dalam Manifesto kita. Saya begitu bangga bahawasanya itu berlaku kerana ia berlaku dan saya ingin nyatakan kepada mereka yang ada syak sangka terhadap itu untuk bangkit dan bangun dan dengar dan lihat dan baca apa yang berlaku. Harap kamu pun boleh buat supaya kita boleh pergi ke 100 peratus. Jangan buat pertuduhan liar. Bagaimana boleh kata kita tak. Untuk makluman semua, saya beri portfolio saya. Saya ada tiga (3), saya nak beritahu apa yang kita telah buat. Bukan 100 peratus, mungkin lebih. Daripada perumahan Dato Timbalan Speaker, saya kata tadi 75,351 unit, hari ini kita di 136,330 unit. Siapa nak cabar saya dengan nombor itu? Nombor satu, kalau kita hendak lihat pada penyelenggaraan saya tak mahu repeat apa yang telah saya nyatakan. Selain daripada apa yang telah kita janji, kita telah pun selesai banyak program yang mana status pencapaian semasa adalah 52.59 juta dan penerusan keseluruhannya yang selain adalah 244 juta. So this is very important to put on record. Don’t just come and make claims that they are not realistic. Not based on facts, always say things based on texts. Kita telah pun ada banyak projek seperti rent-to-own, this is just under my housing as I’ve already mentioned kita sudah ada 3,510 beyond the Manifesto. Kita punya Manifesto akan berubah dan akan menjadi lebih canggih very soon. We are seen better things to come but don’t say that we have not achieved that 90 percent because I believed under the Chief Minister leadership, we have achieved more than that and I can give you the whole spectrum of other initiatives. I want to go now to a few of my ADUN, Dato’ Timbalan Speaker who have mention a few things and this is part and parcel daripada apa yang dinyatakan tentang manifesto. It also a part of the parcel. Inisiatif bandar pintar kita. Kita lihat daripada soalan daripada Yang Berhormat Air Putih tentang agenda negeri pintar kita. Can I mention to everyone that we only have in mind initiative kita akan sampai kepada mungkin 90, pada akhir tahun sudah. Sekarang pada bulan ini, kita sudah sampai 102 inisiatif pintar. We are the highest in the while of Malaysia. I hope you understand. Ini telah pun melangkau mencecahi manifesto tersebut. So, I want to understand what it is you talking about. Let me know, come and see me, no issues and if I want to go through it Dato’ Timbalan Speaker, I will go through it until dinner. So, I mean we got pemasangan CCTV, sudah buat. Penukaran lampu jalan LED sudah buat dan sebagainya ada banyak. Ada banyak. Banyak tempat, I don’t want to mention the places that is what is happening, and I think I just want to
mention one thing on this issue. Saya gembira untuk nyatakan bahawasanya ingin saya beri juga satu tepukan kepada team saya daripada Kerajaan Tempatan. Mereka sudahpun bekerja bertungkus lumus, not easy. You know we have having solar panels; we are having LED; we are having CCTV all this is very import why? You can do more numbers, it's okay la. You know the number will continue tetapi mengapa? Kerana kita dilanda cuaca iklim, krisis iklim. So, ini perlu dibuat dan inilah yang sedang kita buat. So, jangan cakap yang sedang kita tak buat. Walhal kita sedang buat dan akan terus buat. Let me get that very clear to everyone here and to all Penang eyes. We are here to ensure that we will address the climate crisis. That is our number one problem today and that is what we are doing true our City Council. Dato’ Speaker, if i have to go on. Ada pun banyak yang lain. Pulau Burung. I don’t see any of the YB is here and I think only mention.
Jawi is here.
Any question from you for that?
From where, Pulau Burung?
He solve the problem already, so no question.
No problem, just regarding the interim contractor or interim contract tender. There is a problem, kita perlu melihat dengan lebih teliti berkaitan dengan kontraktor- kontraktor yang kita akan pilih pada masa akan datang. Terima kasih.
Terima kasih kepada Jawi. Thank you so much. Kita ada satu soalan daripada Sungai Dua. So, I think very important one. Berkenaan homestay. I think I want to talk about that a bit today, if you don’t mind Dato’ Timbalan Speaker? Because thata one I didn’t to speak yet. Saya hendak beri sedikit penjelasan tentang isu ini. Homestay adalah satu isu ataupun satu perkara yang dilihat daripada pihak Persekutuan iaitu MOTAC. Mereka yang memberi lesen kepada homestay. Now, homestay kita ada banyak juga di Penang, di merata-rata tempat. The issue is short term stay. Itu berbeza, berbanding banding beza dengan homestay. Sekiranya kita duduk di satu apartment. Complaint yang lain yang mari kepada saya selain daripada warga asing, sekarang jadi holiday, jadi hotel. Setuju atau tidak? Tell me. If you live in an apartment but I think all of you live in the bungalow. If you live in a apartment, will you agree with that? Sememangnya tak boleh dan saya akan pelihara mereka juga. Tak boleh. Mereka datang satu dua hari sebagai hotel, tak boleh. Kita ada banyak hotel di Pulau Pinang. Dan oleh demikian kita sedang memuktamadkan garis
panduan kita untuk short term stay di mana kita akan tidak benarkan mereka buat sedemikian, tidak akan dibenarkan. Let me tell you that, that is my view and that is the view that I take because that is majority view from the people. They don’t want this. In fact, kita sedang gerak ke hadapan untuk lihat kepada landed properties. Landed properties sudah pun kita lihat ada isu perundangan. I'm looking into it, but its not right, it's not right. You get people coming to your neighbour house and then they make the raucous, kacau ganggu itu, you want that? No. It will not happen under my watch. So, itulah apa yang saya hendak nyatakan. Ada apa soalan daripada Sungai Dua?
Terima kasih Datok Keramat. Saya memang ada soalan, soalan lisan ini tentang homestay cuma yang merisaukan satu tentang isu homestay ini. Kita ada homestay projek di bawah PERDA, di bawah pelancongan. So, kita ada 10, dulu 11 sekarang tinggal 10 dan akan tambah lagi 3,4. Yang kita buat di kawasan kampung. Ini Datok Keramat dah jelas tadi tak terlibat pun tentang projek inap desa ini. Inap desa yang dibuat di kampung-kampung yang bertujuan untuk membangunkan kampung dan juga ekonomi masyarakat di kampung. Saya ingat ini tak ada masalah telah dijelaskan tidak ada kaitan dengan short term rent, rental ini. Cuma, ada bahagian yang landed properties, saya pun tidak setuju kalau high rise, strata ini dibuat homestay. Saya dengar ada kes buat parti, buat parti liar di dalam homestay itu. Jadi ini memang menggangulah. Ini mungkin. Tapi kalau diserahkan garis panduan ini, kuasanya atau pemutusnya kepada Jawatankuasa JMC, badan pengurusan, management body di perumahan itu. Kalau sebahagian besarnya bersetuju dia minta adakah boleh diberi kelonggaran di situ? Saya memang tak setuju pun kalau boleh, tak setuju kalau rumah strata ini dibuat kalau ada kelonggaran, kalau ada permohonan macam itu dan landed properties ini kalau boleh diberi sedikit kelonggaran ataupun ada ruang untuk dia buat sebab saya pun ambil kira juga sebahagian penduduk yang beli rumah, dia beli sendiri , bukan low cost, bukan low medium cost. Rumah dia buat so, dia mungkin orang ada rumah kampung, dia tak duduk rumah itu, mungkin dia hendak buat homestay. Dia nak sewa mungkin sebulan sebulan itu pendapatan itu rendah. Dia sewa sebagai homestay pendapatan dia lebih. Sebulan 4 kali, 5 kali orang buat sewa untuk homestay, orang pergi kenduri daripada luar dan sebagainya, dia dapat juga income. Mungkin landed properties boleh dipertimbangkan dan terima kasih kerana inap desa tidak terlibat dalam garis panduan atau arahan yang akan dibuat.
Terima kasih Dato’ Timbalan Speaker, terima kasih kepada YB. daripada Sungai Dua atas pandangan berkenaan homestay. So, I repeat homestay dengan short stay is totally different. Dia berlainan, ini adalah homestay, penginapan sementara adalah berlainan. Homestay is allowed Tiada masalah. In fact, even homestay ada masalah walaupun dibenarkan ada license. Short stay is not even dibenarkan. So, kita ada garis panduan yang akan datang yang mana kita akan lihat kepada semua isu yang telah dibangkit oleh Dato’ Sungai Dua. Definitely we look into it. You see when you buy a property, apabila kita beli suatu tempat perumahan kita itu, kita ada perlu ada kebertanggungjawaban terhadap semua yang tinggal dekat kita. Please let me say that tak adil kepada mereka kalau macam jadi hotel ada, like you say ada party juga and all this is happening. This is the problem that we have to solve. Dan memang kita sedang lihat at the moment like I said garis panduan kita adalah untuk high rise bertingkat dan kita akan lihat kepada landed kerana ada isu perundangan dan kita akan lihat tetapi mereka juga ada banyak aduan yang mana kita sudahpun ambil tindakan on landed. For your information Dato’ Timbalan Speaker, di Batu Ferringhi actually action was taken on the landed properties in Batu Ferringhi,
but we are looking into having a guideline and that guidelines need to have some legal background as well. So, we are looking into the legal picture as well. Tetapi saya harap semua faham bahawasanya ini perlu ditangani kerana Pulau Pinang menjadi tarikan dan kita you know, you see that last two years. In fact, kita punya kajian was before pandemic, tetapi selepas pandemik semua orang sudah masuk. Today, I'm sure you also will caught in a traffic jam. Everybody is in Penang. So, that is why we have to now move on, with it although we didn't do it for the last two (2) years dan we are going to do it because it is important for the people of Penang to have their security as well. You don’t need outsiders coming in to disrupt your peace, that is the reason why we are looking at it, Dato’ Speaker…(gangguan).
Boleh, mohon laluan. Terima kasih Dato’ Speaker dan YB. Datok Keramat. Saya sangat bersetuju dengan tindakan yang akan diambil untuk short stay kerana saya pun tinggal di apartment juga. Saya faham tentang isu keselamatan kerana kebanyakannya ada juga berlaku scammer-scammer yang menyewa short stay ini untuk mereka melakukan kerja-kerja scammer dan sebagainya, kerja jenayah dan sebagainya. Tapi di kawasan saya, saya nak tanya juga dalam garis panduan ini adakah ini juga termasuk dalam unit-unit yang dikategorikan sebagai SOHO unit? Di kawasan saya ada satu projek Altis di Bukit Gambir, di mana mereka juga mengalami isu short stay, homestay dan sebagainya. Pihak pengurusan tidak dapat mengambil tindakan kerana kita tidak ada satu garis panduan dan akhirnya mereka membawa kes ini ke mahkamah dan saya juga terima notis juga sebagai ADUN kawasan. Mereka kata saya juga tidak dapat membantu tentang isu ini tapi saya telah memberi penerangan dan saya nak mohon adakah SOHO juga akan dimasukkan di dalam kategori ini? Terima kasih.
Thank you so much to Batu Uban on your question actually berkenaan short stay di tempat sebegitu rupa sememangnya SOHO dari mula ada banyak permasalahan, ia disalah guna sebagai hotel. We all know all that and of couse dengan apa yang sedang berlaku ia dalam radar kita. So, kita juga akan lihat kepada bagaimana kita boleh kawal kawasan-kawasan tersebut juga. Saya ada beberapa perkara lain juga. Bolehkah saya teruskan?
Ya, boleh teruskan.
Saya ada beberapa perkara lain I think a few very quick one kepada Yang Berhormat Sungai Dua, yang juga telah pun tanya tentang pusat aktiviti masyarakat kita untuk penduduk bagaimana kita boleh ada pembinaan pasar dan sebagainya. Sememangnya kedua-dua Majlis Bandaraya bukan sahaja di Pulau Pinang tetapi juga di bahagian Seberang, kita sedang lihat selalu untuk bagaimana kita boleh tambah baik yang sedia ada dan juga untuk lihat bagaimana kita boleh sama ada kita boleh buat yang baru it is not an issue tetapi kalau ada input daripada Yang Berhormat kita sedang menunggu untuk terima supaya kita boleh put into the project yang baru yang akan berlaku. Detail saya akan bagi kepada Dato’ Sungai Dua.
Teher is one important question daripada Dato’ Sungai Dua juga kalau boleh saya nak respond sikit iaitu berkenaan pengoperasian kilang yang dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan. Di mana mereka ada isu berkenaan pengezonan dan sebagainya. Now I think that’s a very good question yang mana kita lihat bagaimana kita boleh buat proses pemutihan secepat mungkin dan kita ada dua dokumen yang penting yang akan datang iaitu Rancangan Tempatan Seberang Perai dan Rancangan Tempatan Pulau Pinang. Rancangan Tempatan Seberang Perai sememangnya mengambil kira semua-semua tempat sebegini rupa untuk kita lihat bagaimana boleh diputihkan. Ada banyak tempat Dato’ Sungai Dua yang sememangnya sudahpun menjadi satu tempat industri dan kita hendak lihat bagaimana kita boleh masukkan dia dalam dokumen yang rasmi ini secepat mungkin dan sebelum itu bagaimana kita boleh putihkan dia dan itu dalam proses dan kita harap ia dapat dibuat dengan secepat mungkin Dato’ Sungai Dua…(gangguan).
Yang Berhormat Datok Keramat, saya nak tambah sikit soalan saya tu saya nak sebut tentang kilang pemutihan kilang-kilang haram di Seberang Perai ni banyak kilang-kilang haram yang kadang-kadang dibina di kawasan bendang, kawasan tepi sawah, kawasan tepi sungai yang dia bukan dalam kawasan kedai macam di dalam Sungai Dua sendiri, Taman Desa Murni tu memang ada lot industri yang saya nampak tak sesuai industri yang berat, industri buat lif, industri buat helmet dan sebagainya yang dekat dengan rumah orang tapi dia tak adalah pencemaran cuma besi-besi tu kadang-kadang berselerak tepi jalan. Cuma kawasan kilang haram yang di tepi sawah macam di Sungai Maklom dia buat kertas sembahyang, alat-alat sembahyang untuk kematian masyarakat Cina. Dakwat-dakwat tu dia buang dalam sungai, dakwat kertas yang tulis tu dia buang dalam sungai. Suatu hari orang complaint sungai jadi merah saya kata pasal apa sungai jadi merah rupanya bila saya turun dengan Jabatan Alam Sekitar, pihak kilang buang dakwat lebih tu dia buang dalam sungai dan menyebabkan ia pencemaran sikitlah pencemaran di kawasan tapi di bawah sampai ke bawah. Cuma kilang-kilang haram macam ni kalau kita nak putihkan dia adakah kita akan kekalkan dia di situ, dia bukan kawasan industri dia bukan zon industri pun ataupun kita pindahkan dia ke kawasan industri mungkin pindahkan ke Sungai Lokan, so kita bagi dia Sungai Lokan so tak jauhlah ke zon industri yang berhampiran ataupun mungkin zon industri baru yang baru diwujudkan dalam RT, saya tengok ada zon industri yang baru jangan tempatkan dia di situ lagi jangan putihkan dia tapi dok di situ juga itu masalah kalau boleh tengok dari segi tu cuma dia satu, dua kilang di situ kilang buat di situ kita putihkan dan kekalkan di situ dia akan ganggu banyak sawah padi, ganggu macam-macam, terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Dua, thank you for the question. Sememangnya kita sedang teliti banyak permohonan untuk pemutihan tetapi setiap permohonan itu akan perlu melalui satu proses kita melihat kepada samada mereka menunaikan keperluan dan syarat dan sebagainya tetapi the bigger picture adalah mungkin ada tempat di mana ada banyak sudah pun yang mana kita hendak lihat boleh diputih atau because its already there but maybe this case I will look Sungai Maklom saya akan lihat dan saya akan kaji apa yang berlaku. Berkenaan pencemaran I think this is a very important issue yang Dato’ Sungai Dua bangkit tadi saya akan sarankan pada MBSP untuk ambil tindakan untuk buat semakan untuk ambil tindakan, Can I proceed Dato’ Timbalan Yang di-Pertua Dewan? Saya ada lagi satu soalan iaitu Pembangunan very interesting question.
Also by my rakan saya daripada Yang Berhormat Sungai Dua, thank you berkenaan penyediaan laluan basikal di kawasan Seberang. Actually kita ada satu program penyediaan bicycle lane di seluruh Pulau Pinang yang mana telah pun mula di bahagian Pulau di mana actually kita telah mula daripada Queensbay sehingga sekarang, sampai ke Komtar dan kita ada satu laluan of course not complete but in stages all the way to be looking to Batu Ferringhi and we sebenarnya saya, kita telah pun mohon kepada Pusat untuk sedikit dana untuk itu kerana di situ jalan itu perlu dibuat di bahagian laut, so we need to have that pedestrian walkway together with the bicycle lane that’s on the sea literally….(dengan izin) Dato’ Timbalan Yang di-Pertua Dewan. So masih menunggu itu RM40 juta yang kita telah minta masih tunggu mungkin Dato’ Sungai Dua boleh membantu kerana itu adalah soalan daripada Yang Berhormat Sungai Dua, itulah yang hendak kita buat. Di bahagian Seberang sememangnya kita sedang mengenalpasti in fact already ada, Datuk Bandar kita yang lalu sudah pun buat banyak bicycle lane dan pedestrian walkway di sawah-sawah padi dan sebagainya sudah ada banyak so we will continue with our effort untuk memperluaskan apa yang sudah pun kita ada. It is a very good question tetapi ini adalah penting dan saya akan lihat padanya Yang Berhormat Sungai Dua, thank you very much. If there is no question I will proceed to my next very important question this one Dato’ Timbalan Speaker, daripada Yang Berhormat Air Putih. I think pada pagi ini apakah perbezaan Majlis Perbandaran Seberang Perai menjadi Majlis Bandaraya Seberang Perai. It is a very important question dan ingin saya memberi sedikit ulasan ada banyak, ada banyak perbezaan untuk kami menjadi satu Majlis Bandaraya adalah banyak yang perlu kita patuh first of all selain daripada apa unfortunately dalam pandemik I think they could have manage much better but unfortunately everyone is not in that position tetapi kita untuk menjadi satu Majlis Bandaraya yang pertama, kita perlu meningkatkan jumlah penduduk dan kita lihat daripada pertumbuhan ekonomi di kawasan baru seperti di Batu Kawan sememangnya akan meningkatkan jumlah kediaman baru untuk menampung keperluan sumber tenaga industri dan penduduk di kawasan itu. Setakat ini, untuk makluman semua kadar pertambahan penduduk Seberang Perai adalah sebanyak 2.2% peratus bagi tahun 2020 which is around RM1milion in 2019 1,085,000; 2020 1,108.000 this is the information that I have. Untuk meningkatkan jumlah hasil tahunan sejak MBSP diisytiharkan sebagai Majlis, terdapat satu peningkatan sebanyak 4% hasil bagi 2021 berbanding 2019 dan 2020 di mana kita lihat peningkatan jumlah kediaman di kawasan baru seperti Setia Fontaine dan Bandar Cassia hasil cukai PBT dianggarkan akan meningkat setelah semua kediaman siap dan didiami. So kita ada peningkatan hasil juga Dato’ Timbalan Yang di-Pertua Dewan, so I think it's important to also note that iaitu untuk jumlah hasil tahunan MBSP yang kita ada 2019 pasif adalah RM286 juta; 2020 adalah RM258 juta dan 2021 adalah RM299 juta and of course kita ada penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan which is the most important di mana kita sudah pun tingkatkan kualiti perkhidmatan di semua kaunter MBSP di mana 100 perkhidmatan sekarang sudah pun di atas talian dan kita juga lihat kepada pusat pertumbuhan baru di mana kita ada tujuh (7) kawasan industri baru yang kita sedang lihat di bahagian Seberang Perai, yang melihat kepada justifikasi mengapa yang ia menjadi satu Majlis Bandaraya, Bertam, Jalan Siram di Butterworth, Kampung Hujung Baru, Bukit Juru, Kampung Hujung Bukit Juru, Penang Science Park, Bandar Cassia, Byram dan Timur Batu Kawan. Now this are very important facts for us to justify why it can become a city council. On top of that kita ada banyak yang lain yang sudahpun berlaku seperti penyediaan perkhidmatan bandar, kemudahan infrastruktur, utiliti awam dan sebagainya.
Sebagai pemasangan CCTV as I said just now penukaran lampu kepada LED, pemasangan solar and our kadar kitar semula is the best in the whole country in MBSP and I think this are the benchmark that I think justified what has happened for them to be given that recognition Dato’ Timbalan Yang di-Pertua Dewan…(gangguan).
Yang Berhormat Datok Keramat, ringkaskan 1 jam dah…(gangguan).
I know my time..I know just let me say just few more but I think the rest I can only..gangguan…sekiranya ada soalan daripada sesiapa saya…(gangguan).
Yang Berhormat Datok Keramat, terima kasih. Mungkin tak diulaskan pun tidak mengapa cuma saya nak sentuh tentang dua (2) perkara yang saya dengan Yang Berhormat Barisan dapat bantahan. Satu, bantahan tentang pembinaan pembangunan di kawasan Bertam, saya tahu Bertam dah masuk dalam kawasan industri yang dah lama tak dibangunkan. Bantahan tentang pembinaan kawasan industri, lot industri dan juga kawasan penempatan ataupun CLQ di kawasan yang sama dua lot, ada dua pembangunan, industri dengan pembangunan kuarters berpusat. Bantahan itu diutarakan oleh ramai penduduk dan AJK bertindak dan saya mintalah tolong, tolong daripada pihak Datok Keramat untuk melihat isu ini, walaupun masih belum masuk Pelan Merancang saya rasa tak masuk lagi dalam Pelan Merancang pun. Cuma pihak penduduk ini dapat tahu perkara ini awal dia bangkitkan, dia viralkan dan sebagainya, cuma kita saya juga tidak berapa bersetuju kalau kita tempatkan di situ sebab kawasan itu penuh dengan penduduk, rumah banyak dan sebagainya ia akan menjadi banyak isu macam yang dibangkitkan di Bayan Lepas. Kalau boleh dipertimbangkan sebab di bawah Akta Sumber Manusia, Kementerian Sumber Manusia ini kena buat, perlu buat atau pun boleh dibuat, dalam pihak KPKT rasa tak termasuk dalam keperluan untuk bina di situ, jadi boleh dikaji semula, dilihat semula, boleh dibuat perbincangan bersama. Kita panggil apa, duduk bincang? Libat urus sebelum melaksanakan, buat libat urus untuk bincang tentang pembangunan di Bertam, bangunan kuarters, pekerja dengan industri. Dan kalau boleh industri tu mungkin tak melibatkan industri yang mendatangkan pencemaran, industri yang mungkin agak sophisticated, agak majulah dia tak ada, tak ada kumbahan, tak ada buangan dan sebagainya, tak ada pencemaran asap dan sebagainya mungkin agak tak sesuai dengan penduduk sekitar. Kedua tentang, bantahan kedua kita terima daripada Jalan Sheikh Madar di Air Itam. Saya pun tak tahu puncanya, rupanya tanah itu tanah majlis, tanah MBPP yang diduduki dengan rumah yang dibina oleh MBPP dan secara sewa bulan RM75, jadi dia minta bantahan itu supaya tidak dibangunkan tak dibuat pembangunan dan macam-macamlah. Cuma saya dah faham perkara ini kalau boleh kita settle dah buat libat urus pun dengan sebahagian penduduk ni dan ada yang dah terima untuk keluar dan sebagainya. Cuma ada sebahagian tak terima, mungkin kita boleh melihat kebaikan kedua-dua pihak. Mungkin ada ruang untuk diberi rumah baru tempat ni kalau pembangunan itu dibuat diberi rumah dengan mungkin sedikit pemotongan harga dan sebagainya dan mungkin juga diberi tempat sementara yang sesuai sebelum dipindahkan ke situ dan kita faham perkara ini berkaitan dengan pembangunan kawasan. Mungkin untuk mengelakkan banjir dan sebagainya, jadi ini perkara yang perlu dilihat dan dibincangkan supaya semua pihak dapat faedahnya, Kerajaan Negeri juga ini MBPP juga dapat faedahnya dan selesai
masalah, penduduk di situ dah agak lama ada juga kebaikan dan apa yang depa dapat daripada hasil pembangunan tersebut, jadi ini yang saya perlu kita masukkan juga dalam penggulungan ini, terima kasih.
3 orang nak cakap. You dari awal lagi.
Terima kasih Dato’ Speaker, terima kasih kepada Ketua Pembangkang dan membawa isu yang sepatutnya saya nak tanya juga tentang Kampung Sheikh Madar dan nasib baik lah selepas bantahan demo yang dibuat pada Isnin lalu, saya telah berjumpa dengan Dato’ untuk memaklumkan kepada Dato’ tentang keadaan sebenar dan atas keprihatinan Dato’ barulah perkara sebenar telah dimaklumkan sebab sepatutnya sebagai ADUN saya pun sehingga hari ini tak tahu apakah projek yang bakal dijalankan lagi tapi penduduk di sana telah ada desas-desus bahawa mereka akan dihalau. So, saya di sini berharaplah Kerajaan Negeri atau mahupun MBPP dapat memberikan satu jaminan atau clear picture apa yang kita akan buat di sana agar penyelesaian ini dapat diuruskan, terima kasih.
Tajuk yang sama?
Tak, tak, apa itu…(gangguan).
Tentang rumah juga?
Tadi Yang Berhormat Datok Keramat ada menyebut isu aduan mengenai homestay dan sebagainya, itu pun aduan tak seramai aduan membantah pembinaan hostel. Cuma dalam kesempatan ini saya minta kerjasama daripada Kerajaan Negeri khususnya Datok Keramat kalau kita ikut Pekeliling Garis Panduan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Pulau Pinang itu sendiri pada tahun 2017, saya rasa tak akan jadi masalah dan saya pun tidak akan menentang pemajuan cadangan pembinaan hostel antaranya nanti Datok Keramat refer muka surat 4, perancangan pertapakan “Asrama pekerja hanya dibenarkan di dalam zon perniagaan dan zon industri, zon industri hanya dibenarkan pada zon industri ringan dan sederhana sahaja. Yang kedua zon yang dibenarkan itu ini bertujuan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas dan pekerja-pekerja boleh berjalan kaki ke tempat kerja”. Banyak lagi lah kalau saya nak baca cuma disebut pasal zon contoh di 1435 dan 1437 zon asalnya adalah zon perumahan am tetapi untuk menjadikan ianya halal telah direzoningkan untuk menjadi menjadi perniagaan am jadi saya rasa ini tidak adil kepada penduduk di sana.
Dan yang kedua adalah kalau dilihat disini zon perumahan adalah tidak dibenarkan kalau menimbulkan pelbagai masalah dan tak ada juga zon penampan, zon penampan antara kalau ada tingkat di Teluk Kumbar tu tak ada zon penampan antara cadangan compund area tu nak dibuat dengan penduduk-penduduk yang sedia ada. Jadi saya minta Kerajaan Negeri kalau kita tadi boleh terima aduan awam inap desa dan sebagainya homestay dan sebagainya kita minta Kerajaan Negeri juga refer balik garis panduan ni dan kalau boleh garis panduan ini janganlah diubah-ubah, kalau ubah-ubah susahlah kan kalau kita ikutkan selera ataupun nak bagi dia jadi juga jadi saya mintalah saya yakin Kerajaan Negeri tidak akan menghampakan harapan kita supaya kita dapat hidup aman damai, InsyaAllah, terima kasih.
Mohon mencelah, saya meminta izin untuk tambah sikit ja tentang isu memorandum bantahan yang disuarakan oleh Persatuan Penduduk Jalan Sheikh Madar saya ada membahaskan isu ini tetapi waktu itu Yang Berhormat Datok Keramat tidak ada dalam Dewan cuma mungkin saya boleh tambah sikit rungutan dan rintihan yang dibawa oleh sekumpulan wakil daripada persatuan tersebut adalah berkaitan memperbaharui kontrak perjanjian yang mana setiap kali tempoh penyewaan yang asal adalah tiga (3) tahun tetapi apabila tiba tempoh tamat tiga (3) tahun mereka diminta untuk memperbaharuinya secara bulanan, jadi itulah menjadi kesulitan kepada penduduk di situ untuk berulang-alik untuk memperbaharuinya secara bulanan, jadi mungkin boleh dibincangkan untuk kaedah yang lebih baik untuk memudahkan mereka, terima kasih.
Boleh saya beri sedikit ulasan Dato' Timbalan Speaker, terima kasih, thank you. Kepada semua yang tanya soalan berkenaan yang pertama berkenaan Sheikh Madar di Air Itam sememangnya kita tahu apa yang sedang berlaku itu adalah satu tanah milik Majlis Bandaraya Pulau Pinang di mana kita ada mungkin perancangan tetapi apa pun tidak diputuskan cuma dari segi perancangan tetapi sekiranya ia berlaku ia adalah satu daripada urban regeneration kita di mana saya, saya pasti dan yakin mereka yang duduk di situ akan mendapat unit-unit yang lebih besar, yang lebih selesa. Itulah objektif hasrat dan visi kita apabila kita buat projek sebegini rupa. Tetapi saya masih berbincang dengan Majlis Bandaraya Pulau Pinang kerana ini adalah tanah mereka dan kita akan lihat apa yang berlaku. Saya lihat kepada apa Yang Berhormat Permatang Berangan nyatakan tadi, saya harap dapat faham apa yang kita hasratkan iaitu untuk kebaikan masa depan mereka, anak-anak mereka dan sebagainya. That’s what we are doing. Kita perlu move forward itulah apa yang kita buat di Pulau Pinang. Untuk SHeikh Madar, also thank you to Air Itam, saya selalu mendapat input daripada Yang Berhormat Air Itam perkara yang sedang berlaku di situ dan kita sedang memantau selalu, apa yang berlaku dan we will always take into consideration, kita akan pertimbangkan semua keluhan yang ada daripada penduduk di situ untuk kita pertimbangkan and I think pendekatan Kerajaan Negeri kita selalu bersedia untuk ada libat urus supaya kita boleh dengar apa keluhan itu kerana mungkin tak ada maklumat ataupun information yang tepat kepada mereka yang perlu, yang terlibat supaya kita perlu nasihat mereka akan apakah kita nak buat, nombor satu. Nombor dua Dato’ Timbalan Speaker, berkenaan apa yang ditanya tadi, I think kita ada banyak soalan berkenaan…(gangguan).
Bayan lepas. dormitory.
Sorry.
Bayan Lepas dormitory.
Yes, I coming there berkenaan dengan pembinaan asrama pekerja, yang mana saya hendak, saya hendak selesaikan sekarang. Saya sudah nyatakan pendirian kita adalah, adalah banyak aduan daripada rakyat dan warga Pulau Pinang tentang warga asing duduk di dalam Skim Perumahan, there is too many complaints by Penangites on foreigners staying, foreign workers, staying in their housing scheme. So, itulah mengapa kita buat ini, tiada sebab lagi, itu sahaja satu sebab dia dan kita sudah pun ada dua (2) yang telah pun siap dibina dan for the record and I have to put it on the record kita ada dalam pertimbangan kita 10 skim yang lain, yang mana kita sedang lihat tetapi langsung tak dilulus lagi dan kebanyakannya adalah di Seberang Prai Tengah, untuk saya nyatakan iaitu tujuh (7) projek di Seberang Perai Tengah, di Daerah Barat Daya 3 projek, di Daerah Timur Laut adalah satu projek, semua tak bantah, semua tak bantah. Semua minta supaya dipercepatkan kerana mereka tahu apa yang sedang berlaku. Jadi saya harap Bayan Lepas dapat faham. Wait! hold on, I’m not, sit down, sit down, sit down first, saya ucap you sit down. So saya harap ini dapat fahamkan dan saya harap semua dapat dengar apa yang Bayan Lepas akan ucap sekarang kerana kalau tidak mahu, ia adalah kerana Yang Berhormat kita di situ tetapi majoriti mahu projek sebegini rupa, tak ada YB. lain yang bantah, saya hendak tahu actually what is the problem? You can always come and see me and talk about it properly.
Saya pun tak faham siapa yang tak bantah sedangkan demonstrasi-demonstrasi penduduk telah dibuat, kita pun telah hantar memorandum, saya sendiri pun jumpa CM dan sebagainya, siapa yang tak bantah? Kita bukan bantah isu untuk buat perancangan ini yang bagus, saya faham untuk buat penginapan warga asing ini, memang bagus, tapi apa yang kita lawan, apa yang kita tak nak penempatan itu tak sesuai dengan cadangan tersebut, itu sebab saya cakap, lihat balik Garis Panduan Tahun 2017 ini Jawatankuasa Perancangan Bandar dan Desa yang di revised pada tahun 2018, tak dinyatakan macam-macam masalah yang akan timbul terdapat juga supaya pembinaan ini tidak berlaku di kawasan perumahan ataupun di kampung-kampung. Dan dicadangkan supaya dibuat di kawasan industri. Bukan di kawasan yang telah ada orang? Jadi kalau sudah ada garis panduan, kenapa tak nak ikut? Kalau kita rasa kita nak buat benda yang baik, sepatutnya, ikutlah garis panduan yang kita buat sendiri. Ini nak masuk sampai 35,000 orang. Satu bas 40 orang, kalau 20,000 orang, 500 bas satu shift. Itu yang kita tak mau. Apa yang terjadi di Permatang Damar Laut? Masalah dia sekarang? Bas-bas kilang parking di luar, ganggu orang ramai, orang dok complaint. Jadi kita tak nak benda-benda ini terjadi di kawasan kita. Dan juga tak dak kawasan, kalau di Tingkat Teluk Kumbar itu, tak dak, macam tak dak border terus, dia rapat terus dengan tempat-tempat orang duduk, low cost, low
medium cost. Di manakah dia zon penampan? Yang itu kita persoalkan. Kita tak kisah kalau nak buat di tempat lain yang sesuai, yang tak ganggu kehidupan. Kita pun ada Penang2030, untuk kebolehdayahunian dan sebagainya tapi kita cakap, tu saya kata, cakap tu biarlah serupa bikin. Kita buat yang terbaik. Jadi saya minta kerjasama Kerajaan Negeri supaya utamakanlah orang di Teluk Kumbar, orang di Sungai Batu, orang di Barat Daya. Kita pun rakyat Negeri Pulau Pinang dan kita pun nak juga ekonomi itu berlangsung dengan baik…(gangguan).
Terima kasih Bayan Lepas.
Minta laluan.
Dalam perbahasan Bayan Lepas pun telah bangkit isu ini. Minta Datok Keramat kalau boleh buatlah satu mesyuarat bersama dengan kerajaan, jabatan-jabatan yang terlibat dan timbang la balik semula.
Timbalan Dato’ Speaker.
It is regarding Byram, I mean Bayan Lepas?
One minute.
Regarding to dormitory, asrama pekerja.
I think EXCO can answer the question.
One minute. Saya cuma untuk makluman dalam Dewan yang mulia ini, kita faham, saya rasa pada tahun 2016 atau 2017, memang satu pekerja, asrama pekerja, bukan pekerja asing, asrama untuk pekerja kilang-kilang telah dimulakan di kawasan Bukit Tambun, di Jalan Bukit Minyak. Pada masa ketika itu, saya sebagai Ahli Majlis duduk dalam ahli jawatankuasa
OSC. Memang terdapat banyak bantahan daripada penduduk di sekeliling taman. Saya rasa YB. Tambun pun boleh jadi sebagai orang saksi dan pada masa itu memang orang risau tetapi dengan reka bentuk, dengan rancangan, perancangan di bawah yang seperti yang apa yang Bayan Lepas katakan tadi, saya rasa dengan kelengkapan syarat-syarat asrama pekerja ini memang penting dan memang akan memberi manfaat khasnya kepada kawasan penduduk-penduduk kediaman di mana saya sering terima panggilan ataupun aduan di mana penduduk-penduduk membuat aduan terhadap pekerja asing yang duduk di merata-rata taman. Terutamanya jangan lupa semasa waktu PKP, tiap-tiap hari kita terima panggilan. YB, YB, ini pekerja asing sudah lari keluar, ini sudah lari keluar, dia orang tak duduk rumah. Banyak, terutamanya di Taman Bukit Panchor, Lorong Empat, Lorong Lima, Lorong Enam. Lebih daripada 30 rumah telah dijadikan asrama pekerja. Sebagai ADUN kawasan, saya pun mengalu-alukan kalau investor-investor yang nak melabur ataupun yang nak membina asrama pekerja asing boleh datang ke Nibong Tebal, Bukit Panchor disebabkan kawasan Bukit Panchor terdapat juga Industri Bukit Panchor. Saya tidak mahu, perkara pekerja-pekerja asing yang duduk di taman-taman, rumah kediaman akan menjadikan masalah, membawa masalah yang besar kepada penduduk tempatan. Terima kasih.
Dato’ Yang di-Pertua, saya nak…(gangguan).
Sekarang ini, Jawi sudah offer, baguslah. Mereka ada idea tak sama.
Bayan Lepas, harus ingat sebab terdapat lokasi-lokasi, lokaliti di Bukit Panchor ke Bayan Lepas agak jauh. Kalau nak duduk Bayan Lepas, nak duduk van dari Nibong Tebal susah…(gangguan).
Cuba lihat garis panduan.
Diminta duduk semua.
Kenapa kita nak cari masalah? Kenapa kita nak cari masalah? Tempat tak sama, lokasi tak sama. Datok Keramat pun mungkin dia offer…(gangguan).
Garis panduan ini, Jawatankuasa OSC akan merujuk kepada segala-gala garis panduan yang sedia ada. Kita ada…(gangguan).
Kalau semua garis panduan nak diubah, baik tak payah buat garis panduan.
EXCO akan jawab.
Tak, kita membawa suara rakyat…(gangguan).
Try to wind up as soon as possible.
Tolonglah, tolong turun padang nak buat macam mana.
Ada beberapa isu lain ingin saya juga akhiri dengan, thank you for your views daripada Bayan Lepas. Kita akan ambil kira selalu tetapi saya percaya bahawasanya agenda kita untuk tempatkan pekerja kita dalam satu tempat dan suasana yang kawal dan tersusun adalah satu agenda yang baik kerana ini adalah permintaan rakyat jelata kita dan kita akan teruskan dengan itu. Don’t worry, kalau ada isu berkenaan syarat-syarat dalam garis panduan, let us know tapi garis panduan ini telah pun diperkemaskan. Dan ia mengikut bukan syarat daripada Malaysia, in fact Malaysia ikut Pulau Pinang kerana Pulau Pinang ikut antarabangsa. Do you know that or not? I don’t want you to say…(gangguan).
Sebagai kerajaan, kita kena ikut juga pandangan rakyat. Bukan boleh ikut kita sahaja.
I’ve heard that so agreeable move on, I’ve few other things to speak about.
Yang Berhormat, 1 jam 22 minit dah, boleh ringkaskan.
Mungkin satu isu, kalau bolehlah. Just give me a couple of minutes. Almost there. Saya ingin juga mengatakan bahawasanya agenda kita di Kerajaan Tempatan, Dato’ Timbalan Speaker juga penting dari segi melihat kepada krisis iklim yang sedang melanda bukan sahaja Pulau Pinang, bukan sahaja Malaysia tetapi seluruh dunia dan ingin saya memberi satu tabik kepada mereka kerana penanaman pokok di Pulau Pinang, kita telah sampai sebanyak 421,932 batang pokok di keseluruhan lima daerah di Penang. We’ve already reached that, Dato’ Speaker. And of course, target kita selain daripada the 421,932 that has been done since 2008 until now, we have a target which I think we will also exceed yang menunjukkan manifesto kita ini sememangnya sudah pun lebih daripada 90% di mana setiap tahun kita akan buat 100,000 tetapi kita sudahpun cecah dan thank you to jabatan-jabatan dan agensi yang buat sedemikian because kepada saya ini begitu penting sekarang. Dan ini adalah satu perkara yang perlu diteruskan. And of course, another thing also just to finish off in relation of what we call climate crisis. One more thing, baru-baru ini kita sebelum ini hendak membuat penarafan kepada bangunan-bangunan kita di Pulau Pinang iaitu Green Building dan kita ada satu penarafan yang diiktirafkan iaitu Green Building Index. Tetapi gembira saya nyatakan bahawasanya setelah perbincangan dibuat, kita sudah pun sekarang mengiktirafkan beberapa what we called penarafan yang lain. So bukan sahaja GBI (Green Building Index) tetapi yang lain seperti GreenRE dan sebagainya akan juga diperkenalkan untuk diiktirafkan yang akan membawa kepada kita melihat kepada lebih bangunan hijau di Negeri Pulau Pinang. Itu yang penting dalam konteks apa yang sedang berlaku dalam krisis iklim kita. Thank you very much Dato’, that’s all I have to say, saya memohon untuk menyokong. Thank you very much.
Terima kasih Datok Keramat. Dipersilakan Padang Lalang.
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa bersama Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam usaha untuk memperkasakan masyarakat dalam aspek pembangunan sosial, ekonomi dan kepimpinan bagi mewujudkan sebuah negeri yang inklusif dan harmoni. Sepertimana yang semua sedia maklum, pada 15 September 2020, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah membuat suatu rombakan kecil dan portfolio saya telah dipertingkatkan kepada MMK Pembangunan Sosial. Melalui rombakan ini, Kerajaan Negeri tidak lagi hanya melihat kepada aspek wanita dan keluarga sahaja, malah akan memberi tumpuan kepada keperluan semua golongan masyarakat yang terpinggir seperti kanak-kanak, warga emas dan Orang Kurang Upaya. Dasar yang baik dan pelaburan dalam infrastruktur merupakan kunci bagi mewujudkan masyarakat yang berkembang maju dan mampan. Setiap individu di dalam komuniti mampu memainkan peranan masing-masing untuk membawa perubahan. Oleh itu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengambil pendekatan secara menyeluruh ataupun whole-society approach dengan melibatkan lebih banyak Badan Bukan Kerajaan (NGO), syarikat swasta dan agensi kerajaan dalam melaksanakan serta menjayakan sebarang inisiatif. Pada masa ini, Kerajaan Negeri akan mengutamakan Pembangunan Awal Kanak-Kanak dan Penuaan Aktif (Active Aging). Selain daripada penganjuran program, kami juga sedang melaksanakan kajian bagi membantu dalam penggubalan dasar-dasar yang berkaitan, penyediaan fasiliti dan mekanisma yang dapat membantu meningkatkan kualiti hidup golongan
masyarakat yang terpinggir. Walaupun demikian, usaha MMK bersama Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC) dalam melaksanakan Dasar Keterangkuman Gender dan program-program memperkasakan wanita masih diteruskan supaya tiada yang ketinggalan. Bagi melihat secara lebih menyeluruh dalam fokus Pembangunan Awal Kanak-Kanak dan Penuaan Aktif, pada 28 Mac tahun ini, MMK Pembangunan Sosial telah melaksanakan satu bengkel konsultasi bersama rakan strategik melibatkan NGO, agensi Kerajaan, syarikat swasta serta institusi pendidikan. Melalui bengkel tersebut, kita dapat melihat cabaran-cabaran yang sering dihadapi dalam aspek pembangunan awal kanak-kanak dan penuaan aktif seterusnya beberapa program, aktiviti mahupun cadangan-cadangan penambahbaikan telah kita peroleh hasil daripada bengkel tersebut. Antara program yang sedang dilaksanakan adalah seperti Preschooleducator.com serta pertandingan fashion amal…(dengan izin), yang diuruskan oleh golongan warga emas dari Rose Charities. Beberapa lagi program hasil daripada bengkel tersebut masih dalam peringkat perancangan dan akan dipertimbangkan untuk dilaksanakan. Kerjasama strategik kita, iaitu teras utama MMK Pembangunan Sosial. Ini membuktikan bahawa kerjasama bersama rakan strategik dan entiti korporat adalah jalan untuk kita mara ke hadapan bagi memenuhi rangkaian yang lebih luas dalam komuniti. Melalui pendekatan ini, kita dapat menyediakan program yang berkualiti serta memastikan golongan masyarakat di akar umbi juga dapat menerima manfaat. Salah satu usaha kerjasama yang bermanfaat di antara pihak kerajaan dan swasta adalah Tadika@Techdome - sebuah inisiatif bersama Whytehouse Education Group. Sejak tadika ini dibuka pada Januari 2020, sebanyak 76 kanak-kanak di mana ibu bapa mereka merupakan kakitangan kerajaan, telah mendapat manfaat melalui inisiatif ini. Lebih daripada RM630,000 subsidi pendidikan termasuk yuran bulanan serta kos bahan pembelajaran dengan anggaran RM1,700 sebulan telah ditanggung oleh Whytehouse bagi mengurangkan beban kewangan ibu bapa yang mendapatkan perkhidmatan pendidikan awal kanak-kanak di Tadika@Techdome. Ini adalah kerjasama yang baik dalam usaha mengurangkan ketidaksamarataan (inequality) dalam pendidikan. Pusat Komuniti di Padang Tembak, satu lagi kerjasama bermanfaat yang juga telah dilaksanakan adalah penubuhan Pusat Komuniti Padang Tembak yang melibatkan Pusat Jagaan Kanak-Kanak ataupun PJKK Padang Tembak, perpustakaan digital serta dewan serbaguna bagi menjalankan aktiviti sukan. Perjanjian selama tiga (3) tahun telah ditandatangani antara tiga (3) pihak iaitu MBPP, Buddhists Tzu-Chi Merits Society Malaysia dan PWDC yang mewakili Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Pusat ini akan diuruskan oleh Tzu Chi dan kita berharap kemudahan dan aktiviti yang disediakan di pusat ini akan membawa faedah kepada komuniti sekitar yang merangkumi belia, dewasa, kanak-kanak khususnya daripada golongan B40. MMK Pembangunan Sosial sentiasa terbuka untuk bekerja dan menyokong program-program berfaedah untuk masyarakat khususnya golongan yang terpinggir. Jadi mana-mana NGO yang mempunyai program yang baik dan berfaedah kepada komuniti, saya mengalu-alukan mereka ya tampil untuk bekerjasama dengan pejabat saya. Kerajaan Negeri akan meneruskan inisiatif untuk bekerjasama dengan agensi dan Jabatan Kerajaan Persekutuan dan swasta dalam meningkatkan kualiti jagaan dan pendidikan awal bagi kanak-kanak yang terjejas akibat pandemik COVID-19 ini. Peranan guru adalah amat penting dalam pembangunan awal kanak-kanak kerana mereka ini lah yang akan membina asas dan pembangunan holistik kepada kanak-kanak ke fasa pendidikan dan kehidupan yang seterusnya. The Whytehouse Education Group Sdn. Bhd. telah membangunkan sebuah platform pembelajaran dan pengajaran dalam talian iaitu Preschooleducator.com. Platform ini bertujuan untuk berkongsi ilmu berkaitan pendidikan awal kanak-kanak melalui video-video yang disediakan untuk meningkatkan kemahiran dan teknik mendidik anak-anak. Portal pembelajaran ini merupakan satu panduan yang bermanfaat kepada guru-guru prasekolah dan juga ibu bapa
yang mempunyai anak berumur 6 tahun ke bawah. MMK Pembangunan Sosial telah sekali lagi bekerjasama dengan The Whytehouse untuk membiayai yuran keahlian selama satu tahun bagi platform tersebut untuk 1,000 orang guru prasekolah dan ibu bapa di Pulau Pinang yang berminat. Saya menyeru golongan yang berkelayakan untuk merebut peluang ini untuk mendaftar, sementara masih ada kekosongan. Laman web preschooleducator.com akan dilancarkan secara rasmi pada 1 Julai 2022. Pejabat MMK juga telah meneruskan kerjasama dengan The Whytehouse untuk menerbitkan "Edisi Khas - Buku Sensori Bayi". Fasa tahun awal (early years) adalah penting untuk perkembangan kanak-kanak kerana pengalaman awal akan membawa perbezaan yang ketara dalam menentukan bagaimana sel-sel otak berkembang serta mempengaruhi pembelajaran sepanjang hayat mereka. Buku Sensori Bayi akan dicetak dalam empat (4) bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Mandarin dan Tamil dan mengandungi compilation aktiviti permainan sensori (sensory play) sebagai panduan kepada ibu bapa dan pengasuh untuk membantu perkembangan dan kemahiran motor halus bayi. Buku ini dijangka siap di hujung bulan Jun tahun ini dan akan diedarkan kepada ibu baru bersalin di hospital, pusat jagaan ibu bersalin serta pusat jagaan kanak-kanak di sekitar Negeri Pulau Pinang. Jadi sesiapa ya YB. yang ada anak di bawah 12 months old, ini adalah satu buku yang saya rasa akan berguna untuk to berinteraksi dengan bayi ya. Ketika peringkat umur awal kanak-kanak, pembelajaran dan perkembangan mereka dari segi mental, emosi dan sosial adalah amat kritikal. Disebabkan itulah, pendidikan awal kanak-kanak dianggap sebagai pelaburan yang cukup penting oleh ibu bapa buat anak mereka. Di Malaysia, pendidikan awal kanak-kanak merangkumi prasekolah, taska, tadika atau tabika yang melibatkan kanak-kanak berumur di bawah enam tahun dan telah diletakkan di bawah Kementerian yang berbeza. Untuk makluman Ahli Dewan yang mulia, Singapura mempunyai sebuah agensi yang dipanggil Early Childhood Development Agency (ECDA) dan ia telah menunjukkan penyelarasan yang lebih sistematik dalam membangunkan garis panduan program dan kurikulum untuk kanak-kanak prasekolah berumur 3 hingga 6 tahun. Justeru itu, saya berpandangan Kerajaan Persekutuan juga harus menyelaraskan sistem pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia. Saya pernah mencadangkan penubuhan sebuah agensi di peringkat pusat bagi Pembangunan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, sebagai satu badan untuk menyatukan keseluruhan sistem penjagaan dan struktur pendidikan awal kanak-kanak yang kita ada di Malaysia. Ini akan memastikan setiap kanak-kanak mendapat akses kepada perkhidmatan penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak yang komprehensif, berkualiti dan berpatutan. PWDC dan Penang Institute telah menjalankan satu soal selidik sepanjang Januari sehingga Mac tahun ini untuk mengenalpastikan keperluan ibu bapa yang bekerja dan mempunyai anak berumur 0 sampai 7 tahun dengan memberi pengkhususan kepada kanak-kanak yang membesar pada era endemik. Menurut kajian ini, 65% daripada golongan ibu bapa masih memerlukan perkhidmatan pusat penjagaan kanak-kanak dan bantuan akses kepada bahan-bahan pengajian, pengajaran agar mereka dapat mendidik anak-anak mereka dengan lebih sempurna. Ibu bapa juga mengambil kesempatan ini untuk mencadangkan agar Kerajaan Negeri meningkatkan kualiti pendidikan dan penjagaan kanak-kanak di Pulau Pinang. Bagi meningkatkan penyertaan wanita dalam sektor pekerjaan, Kerajaan Negeri amat menggalakkan penubuhan taska-taska baru di Negeri Pulau Pinang bagi memudahkan khususnya golongan ibu mendapatkan perkhidmatan asuhan. Kerajaan Negeri melalui PWDC telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan sebuah lagi Taska D’Komtar bagi menawarkan perkhidmatan asuhan kepada anak-anak kakitangan Kerajaan Negeri mahupun Persekutuan di KOMTAR. Taska D’Komtar pertama kali ditubuhkan pada tahun 2014 dan selama lapan (8) tahun dalam pengoperasian, permintaan penempatan untuk kanak-kanak kian meningkat sehingga mencapai kapasiti maksimum. Sehubungan dengan itu, penubuhan sebuah lagi Taska D’Komtar adalah bagi
menampung permintaan asuhan yang kian meningkat ini. Taska D’Komtar baru ini dijangka akan mula beroperasi dalam tahun 2023. The Active Aging Policies, selain daripada wanita dan kanak-kanak, MMK Pembangunan Sosial telah memberi tumpuan kepada golongan warga emas juga. Berdasarkan statistik…(gangguan).
Yang Berhormat Padang Lalang, minta laluan.
Okey.
Yang Berhormat, tadi semasa jawab soalan lisan pun, Yang Berhormat telah menyatakan bahawa Kerajaan Negeri akan menyediakan, telah menyediakan RM300,000.00 sejak tiga (3) tahun lepas untuk pembaikan, untuk geran dan sebagainya untuk taska dan tadika. Adakah geran ini juga digunapakai untuk tadika-tadika kerajaan seperti ‘Tadika Perpaduan’ dan sebagainya ataupun khusus untuk tadika atau taska persendirian? Sebab saya tanya yang ini Yang Berhormat sebab bukan sahaja taska persendirian yang tidak ada dana, menghadapi masalah, malah tadika-tadika perpaduan yang pinjam bangunan daripada MBSP, daripada KRT ataupun MPKK pun menghadapi masalah, kita nampak ini pun perlu dibantu. Ada tak ianya akan turut dimasukkan dalam tersebut dan satu lagi adalah tentang Taska D'Komtar. Salah satu taska yang saya pernah lihat adalah di MBSP semasa saya menjadi Ahli Majlis dan sangat berjaya. Dan kita nampak memang telah meningkatkan produktiviti, ibubapa pun tidak perlu bimbang sangat tentang keselamatan anak mereka, kalau boleh kesemua jabatan kerajaan perlulah sediakan facilities seperti ini dan Kerajaan Negeri ataupun Persekutuan perlu menggalakkan pihak-pihak swasta khususnya MNC yang nak datang melabur di Malaysia, bolehlah menyediakan tempat ini, boleh dijadikan salah satu skop, InvestPenang bolehlah nyatakan kepada mereka supaya sediakan, kalau kita lihat di negara-negara barat memang sudah ada practice ini. Kenapa tidak lagi? So kalau kita nak contohi Singapura, antarabangsa dan sebagainya ini pun kita kena contohi dan swasta pun perlu sediakan taska-taska sebegini. Ini pandangan saya Yang Berhormat. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Bagan Dalam. Beberapa isu ya, yang pertama saya bersetuju kita nak galakkan semua agensi ataupun pejabat kerajaan untuk mendirikan, mempunyai atau mewujudkan pusat jagaan kanak-kanak ataupun taska dan dalam perkara ini Kerajaan Pusat sejak YB. Air Putih menjadi Finance Minister, beliau telah membagikan peruntukan RM10.0 juta dan tahun ini ialah RM30.0 juta untuk agensi kerajaan mendirikan pusat jagaan, mereka mesti pohon la. Kita pun telah pohon untuk mendirikan TASKA D’Komtar yang kedua ini. Kita pun pohon, saya harap ia akan diluluskan, kalau tidak diluluskan pun kita akan mencari dana untuk mewujudkannya, yang pertama. Yang kedua memang kita nak wujud, nak galakkan juga pihak swasta, khasnya mereka yang MNS (Multi National Company) memang mereka pun minat nak wujudkan pusat jagaan di dalam kawasan mereka tetapi kita ada banyak syarat tempatan, saya rasa kita mesti kaji semula ya, yang di MBSP dan MBPP macam mana
kita boleh membantu untuk membolehkan pusat jagaan kanak-kanak ini diwujudkan di dalam kawasan industri…(gangguan).
Yang Berhormat, satu saja, sikit. Saya nak tanya MBPP ada tak sediakan taska sebegini, PDC, PBA ada tak? Sebab kalau dana sudah disediakan sejak pemerintahan Pakatan Harapan, kenapa saja kita tidak laksanakan di Pulau Pinang, di agensi-agensi kita sendiri, MBPP, PDC, PBA dan sebagainya.
Ini agensi-agensi mesti mengambil inisiatif sendiri untuk wujudkan ya. Tapi di dalam KOMTAR, yang mereka semua agensi yang di dalam KOMTAR, mereka boleh menggunakan ini, TAska D’KOMTAR. Tapi saya pun harap saya rasa PDC dahulu ada, sekarang saya tidak tahu sama ada atau belum dibuka semula selepas COVID-19. Jadi saya setuju bahawa Pusat Jagaan Kanak-Kanak di tempat kerja akan meningkatkan produktiviti, jadi saya harap semua agensi kerajaan ambil inisiatif untuk mewujudkan taska di dalam tempat kerja masing-masing ya. MMK Pembangunan Sosial telah memberi tumpuan kepada golongan, kita memberi tumpuan kepada yang sangat muda ya dan juga yang tua kerana mereka memerlukan, mereka merupakan golongan yang memerlukan lebih penjagaan. Berdasarkan statistik daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, Negeri Pulau Pinang kini merupakan Negeri Masyarakat Penuaan or ageing society yang kedua di Negara Malaysia selepas Perak. Perak nombor satu (1), Penang nombor dua (2). Data yang sama menunjukkan pada tahun 2040, populasi warga tua di Pulau Pinang akan meningkat kepada 26.2% dan mengambil tempat Perak sebagai Negeri Masyarakat Penuaan Pertama di Malaysia dalam tempoh 20 tahun. Kita selalu lead lah in 20 years time, we also akan lead lah dalam ageing society ya. Saya berterima kasih dan setuju dengan cadangan ADUN Berapit dan Bayan Lepas bahawa Kerajaan Negeri perlu memandang serius isu pusat penjagaan warga tua. Pulau Pinang mempunyai perkhidmatan penjagaan swasta dan Kerajaan Negeri boleh melihat bagaimana untuk bekerjasama dalam menangani isu ini khususnya bagi warga emas yang memerlukan rawatan medical. Ini merupakan satu masalah yang bukan begitu senang untuk ditangani. Tetapi saya rasa kita perlu mula dari sekarang how to, how to face it kerana kita akan, kita semua di sini akan tua pada satu hari ya.
Dah tua dah.
Is a matter of time saja.
Kita dah tua dah.
Ya, jadi kita active ageing means you must, you must stay active and stay healthy.
Minta penjelasan, terima kasih Yang Berhormat.
Table to move around.
Terima kasih Yang Berhormat Padang Lalang tadi yang membangkitkan tentang satu statistik, saya pun terbaca tentang kajian tersebut di mana selepas lebih kurang 20 tahun Negeri Pulau Pinang ini bakal dijangkakan dapat menjadi nombor satu lah. Kita akan kalahkan Negeri Perak sebagai sebuah negeri yang mempunyai ageing population…(dengan izin), yang paling tinggi. Tapi saya lihat kepada statistik tersebut, sebenarnya saya rasa ada benda yang kita boleh buat untuk mengatasi situasi ageing population tu, sebab saya merujuk kepada satu artikel yang memetik statistik yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Padang Lalang tadi. Sebenarnya isu itu merujuk kepada sekiranya kita tidak dapat mewujudkan peluang pekerjaan yang dapat menarik lebih ramai khususnya golongan belia untuk kekal di Negeri Pulau Pinang, maka itu akan menjadi satu realitilah di mana kita akan cuba untuk menambahkan demografik, ataupun populasi golongan belia untuk memastikan the ageing group itu tidak terlalu ketaralah. Tetapi saya pun turut bersetujulah dengan pandangan Yang Berhormat Padang Lalang tentang kita patut lihat kepada mungkin penubuhan pusat bagi menjaga mereka yang going to the ageing ataupun warga emas ni. Terima kasih.
Ya, terima kasih. Saya rasa ini merupakan, saya haraplah semua kita bekerjasama dan untuk tak pernah lah kerana tak pernah lagi Kerajaan Negeri mengadakan polisi ageing dan juga tak pernah mengeluarkan peruntukan untuk mengwujudkan senior care centre. Jadi ini merupakan satu pre-precedence apabila kita mau buat benda seperti ini, kita memerlukan kajian dan kita perlu meninjaukan our ability, finance ability. Jadi ini ini saya rasa mungkin akan mengambil satu masa yang agak panjang untuk mewujudkan facilities seperti ini, tapi kita akan berusaha. Kajian daripada Centre for Health Technology and Services Research menunjukkan bahawa active ageing dapat mengekalkan peranan warga emas dalam keluarga dan masyarakat sebagai individu yang masih mampu berdikari, sihat, aktif, produktif dan positif. Yang lebih penting ialah sihat dan produktif. Secara tidak langsung, ia akan membantu pihak kerajaan untuk mengurangkan perbelanjaan dalam aspek rawatan kalau tak sihat mesti pergi ke hospital dan hospital sekarang pun sudah sangat sesak. Penyediaan kemudahan dan perkhidmatan sosial seperti penyediaan rumah orang tua, bantuan kewangan dan keperluan lain yang sewajarnya. Oleh itu, Kerajaan Negeri melalui PWDC dengan kerjasama Penang Institute sedang merangka satu dasar active ageing di Negeri Pulau Pinang. Dasar ini memberi penekanan kepada kepentingan warga emas untuk terus melibatkan diri dalam penyataan sivik
dan memastikan mereka menjalani kehidupan seharian dengan baik serta menekankan kerjasama antara pihak kerajaan dan bukan kerajaan dalam isu ini. Satu Jawatankuasa melibatkan pihak kerajaan dan bukan kerajaan akan ditubuhkan bagi melaksanakan program-program di bawah dasar ini dan ia dijangka akan dibentangkan di Majlis Mesyuarat Kerajaan pada suku ketiga tahun ini. Jadi mungkin sekarang kita tak boleh kata kita nak nak retire. Kita walaupun retire, bersara tetapi perlu terus proaktif ya, supaya kita terus sihat kerana sekiranya tak sihat, jadi kualiti kehidupan akan tidak begitu baik lah. Jadi kita nak galakkan, kita akan ada program menggalakkan semua orang khasnya mereka yang sudah retire ya, stay active dan juga nak mendidikkan anak-anak mereka jangan suruh ibu bapa mereka yang retire, cepat retired jangan bekerja apa-apa lagi. Nak galakkan mereka terus kalau boleh, kerja. Lebih relax punya kerjalah bukan berhenti langsung semua ya. Macam Speaker. Macam kita semualah sekarang kita mesti pergi bersenam…(gangguan).
Macam Speaker, ADUN, tapi tak boleh bersuara.
Semua orang mesti stay active supaya badan sihat dan minda cergas. Sebagai rangka advocacy untuk meningkatkan kesedaran masyarakat, konsep active ageing telah diangkat sebagai tema kempen Sambutan Hari Keluarga Kerajaan Pulau Pinang yang akan diadakan pada 6 hingga 27 Ogos 2022. Berbagai program dan aktiviti intergenerasi akan dijalankan untuk memberi pemahaman bahawa warga emas boleh menjadi salah satu penyumbang aktif kepada masyarakat dan keluarga. Saya berharap agar semua Yang Berhormat bersama-sama komuniti di kawasan masing-masing dapat bersama-bersama menyertai kempen ini. Saya sentuh tentang pusat jagaan ibu selepas bersalin ya, walaupun saya pun sudah bawa apabila menjawab soalan lisan kepada Sungai Pinang, saya rasa ini merupakan satu trend yang penting dan kita perlu adakan pusat memberikan license kepada pusat seperti ini dan kita pun berjaya mengadakan garis panduan dan sekarang semua pusat confinement centre ini boleh memohon mendapat license melalui MBPP dan MBSP mulai 1haribulan Julai. Jadi saya nak ambil kesempatan ini merakamkan ucapan terima kasih kepada Jawatankuasa Garis Panduan Pusat Jagaan Ibu Selepas Bersalin yang dipengerusikan oleh ADUN Sungai Pinang, di atas kerja keras dan usaha dalam menghasil garis panduan tersebut dengan kerjasama pihak Pejabat Undang-Undang Negeri dan PWDC dan juga beberapa pejabat terus terlibat. Jadi di sini, contohnya, ini saya nak terangkan sedikit, kita jangan kata kita tak ada undang-undang, ataupun tak ada syarat, atau tak ada garis panduan atau pun kerana tak ada punca kuasa tak boleh buat. Sebelum ini, in last sesi, Dewan ini ada soalan, semua tak ada mana-mana pejabat yang kata, yang boleh memberi keterangan ataupun jawapan untuk soalan ini, soalan terlibat dengan confinement centre kerana masing-masing kata ini bukan di dalam jurisdiction mereka. Tak ada kuasa, tak ada kuasa. Jadilah kerana itu kami, sayalah, saya dan YB. Sungai Pinang, kita determine, berazam untuk memberikan punca kuasa ini, kerajaan supaya kerajaan memberi punca kuasa dan saya nak mengucapkan banyak terima kasih kepada rakan-rakan EXCO dan juga kepada Y.A.B. kerana mereka pun setuju, ini mesti adakan satu garis panduan supaya kita menjaga keselamatan ibu-ibu selepas bersalin yang choose memilih untuk recover in this kind of centre. Kerana bukan semua ibu ada, ibu yang menjaga mereka. Dahulu ada la sekarang ibu tinggal di kampung, jadi memerlukan pusat confinement centre. Jadi saya rasa…(gangguan).
Minta penjelasan Padang Lalang.
Ya.
Terima kasih, Padang Lalang atas penggulungan terhadap confinement centre. Memang pun confinement centre ini satu permintaan yang sangat tinggi dan baru-baru saya tau sahaja kita adakan garis panduan yang akan bermula pada 1haribulan Julai itu. Saya tidak tau tentang detail tetapi ada juga soalan saya, disebabkan confinement centre di seluruh Malaysia atau di Pulau Pinang kita adakan di kawasan perniagaan dan juga kawasan kediaman dan bagi saya, pusat penjagaan tidak kira untuk ibu dan bayi atau orang tua, atau kanak-kanak. Sebenarnya kalau adakan satu pusat jagaan yang boleh dikatakan dia mesti satu pelan yang boleh diterima di dalam kawasan kediaman juga sebab itu merupakan satu permintaan tidak boleh dipisahkan dengan penghuni di kawasan tertentu tetapi juga kita akan terima aduan daripada orang tempatan, jadi saya minta penjelasan daripada Padang Lalang, adakah dengan garis panduan yang baru kita boleh terima kedua-kedua pusat sorry, pusat jagaan di kedua-dua tempat. Terima kasih.
Saya belum tahu sama ada boleh atau tidak kerana kita akan laksanakan dan tengok apakah response tapi saya rasa ini ada di dalam garis panduan kot.
Kalau pendirian Padang Lalang adakah ini seharusnya dijalankan?
Saya rasa ada satu proses dalam mendirikan mana-mana pusat jagaan. Dia ada satu proses untuk jiran-jirannya untuk memberi pandangan sekiranya jirannya tidak setuju jadi mungkin dia ada mungkin akan ada halangan ini yang masalah la. Ya Sungai Pinang.
Minta penjelasan. Ya memang bila kita draf garis panduan itu kita ada mengambil, we consider. Sebab memang kalau di taman ada keperluan itu di tempat perumahan maka adalah jenis bangunan untuk seperti rumah sesebuah banglo rumah berkembar adalah dibenarkan tetapi dia ada syarat-syarat tertentu la kan. Jadi syarat-syarat itu kita akan saya rasa EXCO Kerajaan Negeri akan beritahu maklumkan selepas itu. Terima kasih.
Kita akan war-warkan garis panduan ini supaya semua orang lebih faham tentang garis panduan ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan T.Y.T. yang menekankan kepentingan Dasar Keluarga Selamat semasa ucapan beliau. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada YB. ADUN Bayan Lepas, Pulau Betong dan Sungai Pinang kerana menyokong dasar ini. Betul, dasar ini hanya terdapat di Pulau Pinang dan penubuhan First Support Points Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga semakin berkembang. Ini hanya di Pulau Pinang. Tadi di confinement centre Negeri Selangor sudah ada. Baru-baru ini juga mereka sudah meluluskan juga syarat-syarat ataupun garis panduan macam mana boleh mendapatkan license. Kini di samping 43 First Support Points daripada Badan Bukan Kerajaan dan komuniti, agensi kerajaan juga menunjukkan komitmen mereka dalam isu ini. Pada tahun 2022, sebanyak enam (6) bengkel latihan pembangunan kapasiti telah dijalankan kepada agensi-agensi kerajaan seperti Polis DiRaja Malaysia, lima (5) Pejabat Daerah dan Tanah serta Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang untuk meningkatkan kemahiran pengendalian kes keganasan rumah tangga. Tempat kerja juga dilihat sebagai satu tempat yang boleh menyediakan bantuan kepada mangsa keganasan rumah tangga. Misalnya di negara Brazil, syarikat Magalu telah membantu 700 orang pekerjanya yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga dengan mewujudkan talian kecemasan keganasan rumah tangga. Justeru itu, pada masa hadapan, Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan majikan-majikan swasta dalam mewujudkan sokongan dan bantuan kepada mangsa keganasan rumah tangga. Sejak Mei 2021 sehingga sekarang, terdapat lebih daripada 20 sesi kesedaran telah dilaksanakan oleh PWDC yang melibatkan lebih daripada 1000 peserta daripada pihak bukan kerajaan, pertubuhan keagamaan, institusi perubatan, kumpulan komuniti dan institusi pendidikan swasta. Saya menyeru supaya lebih ramai pihak termasuk Institusi Pendidikan Awam untuk mengadakan sesi tersebut, demi meningkatkan lagi kesedaran rakyat tentang kempen menghentikan keganasan rumah tangga. Untuk makluman semua Ahli Yang Berhormat, khutbah Jumaat pada 11 Mac 2022 juga telah menyentuh berkenaan aspek wanita di mana ia telah memberi kesedaran kepada kaum muslimin untuk menjaga hubungan baik dalam keluarga secara aman tanpa menggunakan keganasan. Khutbah tersebut adalah sempena Hari Wanita Sedunia bertemakan “Wahai Suami, Isterimu Tiket ke Syurga”. “Wahai Suami, Isterimu Tiket ke Syurga”. Saya rasa ini merupakan satu perkembangan yang baik untuk menjaga kesejahteraan keluarga dan juga masyarakat dan saya harap lebih banyak lagi akan diadakan pada masa akan datang…(gangguan).
Boleh sambung sikit. Syurga isteri di?
Syurga isteri pun di dalam tangan suamilah. Ini compliments each other. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang atas keprihatian dan kesudian mereka untuk membawa kempen menghentikan keganasan rumah tangga serta memberi kesedaran kepada orang ramai untuk lebih menghargai dan menghormati kaum wanita. Sebagai salah satu inisiatif dalam memperluaskan sokongan dan bantuan yang diberikan kepada mangsa dan keluarga mangsa keganasan rumah tangga, satu aplikasi mudah alih Penang Stop Violence telah dibangunkan oleh PWDC dan Jabatan Penang GIS. Aplikasi ini bertujuan membantu mangsa-mangsa keganasan rumah tangga dengan memaparkan lokasi pihak-pihak yang boleh membantu. Aplikasi mudah alih ini telah dianugerahkan oleh Geospatial World Forum Excellence Awards 2022 dalam kategori keselamatan. Keselamatan Awam
pada World Geospatial Forum di Amsterdam, Belanda baru-baru ini. Pengiktirafan antarabangsa ini merupakan testimoni keprihatinan Kerajaan Negeri dalam membanteraskan isu keganasan rumah tangga. Jadi saya harap apps ini dipelihara dengan baik supaya sesiapa yang carinya yang mahu download boleh download ya. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, penularan wabak COVID-19 telah menyaksikan banyak Rumah-Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) yang mempunyai sumber turut menghulurkan bantuan kepada komuniti setempat yang terjejas. RIBI-RIBI ini juga turut menyediakan tempat perlindungan semasa bencana banjir kilat yang berlaku di Pulau Pinang. Ini menunjukkan bahawa RIBI-RIBI di Pulau Pinang mampu untuk bersama-sama dengan Kerajaan Negeri dalam membangunkan komuniti. Meski pun begitu, terdapat juga RIBI yang terkesan akibat daripada penularan wabak COVID-19. Susulan daripada itu, Kerajaan Negeri telah menyalurkan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM1,000 one-off kepada RIBI di Pulau Pinang. Sebanyak RM600 dan RM1,000 telah disalurkan kepada 600 dan 1,000 RIBI Pulau Pinang di bawah Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang 2.1, manakala RM324,000 telah disalurkan kepada 324 RIBI Pulau Pinang di bawah Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang 3.1. Kerajaan memang sediakan dana untuk lebih 1000 RIBI tetapi yang yang pohon kali ini hanya 324. Justeru itu, bertepatan dengan Visi Penang2030, di bawah Tema C "Memperkasakan Rakyat Bagi Meningkatkan Penyertaan Awam", Kerajaan Negeri berhasrat untuk menjadikan RIBI sebagai rakan strategik dalam pembangunan sosial dan mengiktiraf RIBI sebagai Pusat Komuniti di Pulau Pinang sebagai dasar Kerajaan Negeri yang menggalakkan penganjuran program-program komuniti yang bermanfaat kepada masyarakat setempat. Dalam perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Islam ialah agama bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan. Justeru itu Kerajaan Negeri amat menitikberatkan mengenai kegiatan dan pengurusan Rumah-Rumah Ibadat Bukan Islam yang terdapat di Negeri Pulau Pinang. Saya menyokong isu dan cadangan yang dibangkitkan oleh YB. Air Itam, sebagai sebuah negeri yang mempunyai penduduk berbilang kaum dan agama, isu RIBI harus mendapat perhatian kita dan jalan penyelesaian jangka masa panjang perlu dimajukan. Saya juga mengambil maklum bahawa satu usul telah dibentangkan di Mesyuarat Penuh Majlis Bandaraya Pulau Pinang oleh Encik John Ooh selaku Ahli Majlis mewakili NGO untuk merangka Garis Panduan Pemutihan Bangunan RIBI bagi membantu dan memudahcarakan RIBI memperolehi Sijil CCC Penyiapan dan Pematuhan atau dalam Bahasa Inggeris “Certificate of Completion and Compliance.” Kerajaan Negeri mengambil berat mengenai isu-isu yang dihadapi oleh RIBI. MMK Hal Ehwal Bukan Islam telah menubuhkan Jawatankuasa Penyelarasan Dasar RIBI di kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan. Jawatankuasa ini bertujuan untuk melihat secara keseluruhan isu-isu yang berbangkit khasnya di peringkat PBT yang berkait rapat dengan RIBI serta mengesyorkan inisiatif atau cadangan penyelesaian kepada Jawatankuasa MMK Hal Ehwal Bukan Islam. Jawatankuasa di peringkat MBPP dipengerusikan oleh YB. Sungai Pinang manakala Jawatankuasa di peringkat MBSP dipengerusikan oleh YB Bagan Dalam. Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa MMK Hal Ehwal Bukan Islam juga telah mengambil langkah proaktif dengan membangunkan Sistem eRIBI Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang bakal dilancarkan pada masa terdekat. Sistem eRIBI merupakan satu sistem yang mengumpul data dan maklumat RIBI di Pulau Pinang secara menyeluruh, lengkap dan berpusat. Dengan berbekal maklumat yang tepat, akan membolehkan garis panduan mahupun polisi-polisi yang dirangka sesuai untuk kita menangani isu RIBI dan mengenai keharmonian dan perpaduan antara pelbagai agama. Malaysia memiliki komposisi penduduk yang terdiri daripada kepelbagaian budaya dan bangsa. Hubungan harmoni yang terjalin sesama kaum ini akan memperkukuhkan lagi kedaulatan dan pembangunan negara. Keharmonian yang terhasil daripada perpaduan antara rakyat merupakan satu keistimewaan dan juga daya tarikan kepada
pelabur asing untuk melabur. Pelbagai inisiatif dan program telah dianjurkan oleh Penang Harmoni Corporation ataupun HARMONICO untuk memupuk masyarakat yang inklusif dan harmoni. Baru-baru ini minggu harmoni Pulau Pinang atau Penang Harmony Week telah dilancarkan dengan beberapa siri program yang memaparkan keharmonian Pulau Pinang sebagai sebuah negeri yang majmuk yang kaya dengan pelbagai budaya. Sambutan perayaan keagamaan juga dianjurkan bersama pelbagai pertubuhan keagamaan dan turut dihadiri oleh orang ramai. Selain itu HARMONICO juga telah melancarkan kempen eksplorasi keagamaan or religious exploration sebagai usaha untuk memperluaskan pemahaman dan pengetahuan tentang rumah ibadat yang berlainan di Pulau Pinang serta menukar perspektif orang ramai yang mempunyai perasaan was-was untuk melawat rumah ibadat selain daripada agama yang dianuti masing-masing. Usaha ini adalah selaras dengan Pelan Induk Pelancongan Pulau Pinang di mana ia dapat menawarkan satu alternatif produk pelancongan domestik dan antarabangsa dengan menarik minat penduduk tempatan dari luar negeri dan juga pelancong asing yang tertarik dengan keunikan RIBI di Pulau Pinang. Semua inisiatif ini adalah langkah dan usaha Kerajaan Negeri untuk memupuk persefahaman antara pelbagai kaum dan agama kerana kita percaya kesefahaman ini merupakan asas kepada kehormatan dan keharmonian antara satu sama lain. Justeru itu usaha untuk mencapai keharmonian dan keterangkuman di Pulau Pinang adalah usaha bersama peranan KADUN dan komuniti sebagai rakan strategik adalah penting bagi mencapai agenda perpaduan dalam kepelbagaian, unity in diversity. Penularan pandemik COVID-19 telah menjejaskan kehidupan semua orang khasnya kanak-kanak dan wanita dalam keluarga berpendapatan rendah. Oleh itu, demi menilai kesan pandemik COVID-19 terhadap wanita dan kanak-kanak khasnya mereka yang daripada golongan isi rumah berpendapatan rendah, Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) sedang menjalankan satu kajian berkenaan isu tersebut. Kajian ini dijalankan oleh Penang Institute bermula pada Januari dan dijangka akan disiapkan pada akhir tahun ini dengan mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh golongan tersebut dan keberkesanan Kerajaan Negeri dalam menangani situasi ini. Kajian penyelidikan ini dijangka akan menunjukkan penemuan pandangan baru dan cadangan dasar untuk meningkatkan kecekapan Kerajaan Negeri dalam kebajikan sosial di Pulau Pinang. Kajian seperti ini penting dalam memberi pemahaman kepada negeri kepada Kerajaan Negeri tentang cabaran yang dihadapi oleh keluarga khasnya selepas pandemik COVID-19. Persekitaran keluarga harmoni adalah sangat penting dalam perkembangan pembesaran kanak-kanak khasnya yang berumur di bawah 7 tahun. Menurut kajian dari negara Australia pada tahun 2021 hubungan keluarga yang erat dan sihat dapat meningkatkan daya tahan resilient kanak-kanak dan mereka dapat bersiap sedia untuk menghadapi cabaran hidup. Ini sangat penting terutamanya apabila kita berada di dalam era pandemik yang penuh dengan kekangan hidup. Sepanjang bulan Mei terdapat lapan (8) orang yang telah terjun dengan niat membunuh diri di Jambatan Pulau Pinang. Saya amat sedih dengan berita ini dan ingin berterima kasih kepada ADUN Batu Uban dan KOMTAR kerana membangkitkan isu yang sangat hangat pada waktu sekarang. Oleh itu saya ingin menekankan sekali lagi kepentingan persekitaran keluarga yang harmoni dalam membina daya tahan kanak-kanak supaya mereka dapat mengatasi tekanan hidup di masa depan dan tidak mengambil jalan yang mudah is not jalan mudah actually it is a jalan sangat susah tapi mereka tidak tahu apabila mereka menghadapi kekangan hidup. Ini dapat dilihat melalui kajian daripada Asia-Pacific Psychiatry Tahun 2021 yang mendapati bahawa persekitaran dan komunikasi dalam keluarga sangat penting dalam mengenal pasti sokongan yang perlu diberikan kepada ahli keluarga untuk mencegah kes bunuh diri. Ibu bapa perlu memberi lebih banyak perhatian terhadap emosi anak-anak mereka.
Oleh itu selaras dengan Visi Pulau Pinang 2030, Kerajaan Negeri akan meneruskan usaha untuk menjalankan program yang dapat mengukuhkan institusi keluarga. Negeri Malaysia berada dalam kedudukan yang 104 di World Economic Forum Global Gender Gap Index 2020 dan berada di tangga kesembilan di Asia Tenggara. Walaupun Malaysia telah mencapai parity gender dalam beberapa faktor tetapi negara kita masih jauh apabila dilihat dari segi literasi ekonomi dan politik. Oleh itu Kerajaan Negeri dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia akan menjalankan kajian ini untuk membentangkan senario yang lebih mendalam dan mencerminkan pembahagian kerja di rumah mengikut perspektif gender dalam konteks norma baru. Pembangunan sosial ini menjadi asas supaya segala proses modenisasi tidak memberi kesan sampingan ke atas kesejahteraan masyarakat yang bermatlamatkan kesejahteraan rakyat. Walau bagaimana pun pembangunan sosial bukan menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri semata-mata kerana tanggungjawab semua golongan masyarakat serta agensi-agensi swasta mahupun NGO. Justeru saya menyeru supaya Ahli-ahli Yang Berhormat semua dapat bersama-sama dengan Kerajaan Negeri dalam menggembeling tenaga untuk mencapai kesejahteraan rakyat. Itulah kita perlukan the whole society approach. Semua orang ada tanggungjawab. Akhir kata saya merakamkan ucapan terima kasih atas pandangan dan cadangan yang telah disuarakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat berkaitan portfolio saya dan juga saya nak ucapkan pasukan saya yang menyediakan ucapan ini. Jadi saya memohon untuk menyokong. Sekian terima kasih.
Terima kasih Padang Lalang. Dipersilakan Perai.
Terima kasih Timbalan Speaker, terima kasih memberi peluang supaya saya akan penggulungan akibat perbahasan di Dewan ini dan secara umumnya yang selalu diperkatakan atau yang sering dikatakan adalah isu pengangguran di Pulau Pinang dan sekarang isu ini bukan pengangguran. Isu adalah ketiadaan pekerja untuk industri-industri. Jadi kalau kita banding pada tahun 2021 kita ada pengangguran ini walaupun zaman pandemik 30.6% telah turun kepada 30.3% pada tahun 2022, ini mungkin awal 2022 dan rasa mungkin ini lagi kurang sebab kita rasa isunya ketiadaan pekerjaan lebih-lebih kita tidak ada pekerja yang mahir, yang berbakat dan sebagainya. Lagi satu isu adalah berlatar belakang gaji minima yang sering dirujuk yang diperkatakan yang juga di debate kan ialah RM1,500 yang telah diperkenalkan pada 1 Mei 2022. Jadi saya dalam dilema ini gaji minima ini ialah satu yang saya rasa tidak cukup walaupun ini merupakan gaji minima yang rasmi dikeluarkan oleh Kerajaan Pusat tapi gaji minima ini saya pandangan saya tidak bermakna sebab saya rasa memandangkan kepada isu kenaikan harga inflasi dan sebagainya maka ini tidaklah bermakna walaupun ada juga mereka katakan bahawa oleh kerana gaji minima maka harga-harga barang semua naik. Tapi apa yang perlu bukanlah gaji minima tapi gaji yang cukup yang selaras dengan apa ini kadar ekonomi terutama golongan bekerja sebagainya. Jadi saya terus pergi kepada YB. Sungai Dua yang tanya soalan mengenai peruntukan tahunan kepada sekolah-sekolah Agama, sekolah Cina, sekolah Tamil dan sebagainya dan khususnya kepada yang sebenarnya kita gunakan ini peruntukan ini tahun 2009 kalau saya tak silap dan ini dapat diteruskan ini akan diteruskan selama Kerajaan Pakatan Harapan ini ada di
Pulau Pinang dan peruntukan dia supaya kita pergi kepada kemudahan fizikal dan pembangunan di sekolah-sekolah. Apabila kita fokuskan kepada sekolah agama, apakah kriteria yang ditanya oleh Sungai Dua? Bagi peruntukan ialah mereka mesti di sekolah-sekolah ini mesti wajib didaftar dengan MAINPP. Kemudian bilangan guru, berapa guru dan juga bilangan pelajar? Inilah secara kasar tiga (3) kriteria yang digunakan supaya untuk menentukan peruntukan kepada sekolah agama rasa ini tak beza dengan sekolah-sekolah lain. Jadi inilah satu program yang kita teruskan dalam di Kerajaan Pakatan Harapan dan saya rasa ini telah memberi satu kebaikan, satu manfaat yang begitu besar kepada sekolah-sekolah yang seperti sekolah Cina. Inilah sekolah-sekolah yang kita katakan bahawa bantuan modal. Bantuan modal dan saya rasa inilah satu sumbangan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri supaya untuk memenuhi kehendak sekolah-sekolah ini sebab sekolah bantuan modal ini kebanyakan besar Sekolah Cina, sekolah Tamil adalah bantuan modal dan saya rasa Kerajaan Pusat cuma menyediakan gaji guru-guru. YB. Air Itam ini memang mungkin dia kesal apabila disebut tentang lost generation ataupun The Last of The Mohicans apabila COVID dalam dua tahun ini COVID ini apabila bahawa banyak pelajar-pelajar ini mungkin tercicir dan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Pulau Pinang khususnya Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang? Saya ingat banyak ini apa maklumat yang kita dapat walaupun saya rasa apabila kerajaan tukar pada tahun 2020 maka hubungan antara Kerajaan Negeri dengan Jabatan Pendidikan ini bukanlah sesuatu yang bukan-bukan tidak apa-apa tidak mungkin tak ada hubungan sebenarnya tapi walaupun kita dapatlah maklumat dan sebagainya. So jadi apakah bagaimana sini soalan ini bagaimana JPN ini memantau dan ambil tindakan supaya keciciran ini boleh dibendung dan sebagainya adalah kaunseling latihan kepada guru-guru pemantauan, bimbingan kelas, kelas pemulihan, saringan kepada murid-murid, menubuhkan jawatankuasa kerja, beberapa apa ni perancangan khas telah diadakan supaya untuk apa ni membendung ataupun tangani masalah keciciran. Tapi ya, sama ada ini adakah ini lost generation ini saya tak pastilah. Tapi ini yang digunakan oleh YB. Air Itam tadi. YB. Bagan Dalam telah menimbulkan sekolah kenapa ini JNP ini JPNPP, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang ini, tidak membenarkan mereka masuk ke sekolah, premis sekolah? Dan saya rasa ini satu yang kita alami bukan sekarang, tapi dulu juga apabila kerajaan, kerajaan ini di mana kerajaan ini Kerajaan Negeri adalah Kerajaan Pembangkang dari peringkat Pusat. Dan maka kita mengalami masalah ini, sebelum sekarang. So, jadi apakah isu ini? Menurut JPNPP ini, bahawa sebelum seorang kenamaan masuk ke kawasan atau kampus sekolah ini, mesti dapat kebenaran daripada Pengarah Pendidikan Malaysia. So, jadi ini adalah satu respon yang formal apabila kita tanya JPNPP. Tapi ini memanglah satu yang saya rasa bermasalah sebab saya rasa adakah ini bermakna kita tidak boleh jumpa PIBG, mungkin inikah di mana kita tidak boleh jumpa LPS dan sebagainya. Tapi saya tidak tahu sama ada, ada arahan daripada Kerajaan Pusat khususnya Kementerian Pelajaran, supaya mereka tidak apa ini menerima, menerima pihak maksudnya dari Kerajaan Negeri untuk melawat sekolah dan sebagainya. So, jadi ini merupakan satu problem, satu masalah yang besar dimana, bagaimana kita akan buat program misalnya pada sebelum apabila Pakatan Harapan adalah Kerajaan Pusat masa itu, kita buat banyak program dengan sekolah-sekolah. Kita buat apa ni Maker Lab dan sebagainya mana peruntukan lebih RM3 juta telah disediakan untuk Sekolah Kebangsaan dan sebagainya. Ini dapat dialu-alukan oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang. Tapi ini saya rasa, bertukar selepas Kerajaan Pakatan Harapan jatuh di Putrajaya.
So, maka kita balik kepada peranan yang dahulu supaya kita tapi, walau bagaimanapun saya rasa kita ambil contoh ini Program STEM Council. STEM Council ini kita ada beberapa kluster. Mereka saya rasa, tidak ada apa-apa masalah menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang supaya buat program-program. Jadi, apabila so jadi kita bagi laluan kepada mereka. Di sini saya tidak campur tangan dalam hal ini tapi, kita bagi program seperti STEM Council, seperti Science Cluster, seperti Tech Dome dan sebagainya. Apabila mereka menghubungi, mereka tidak ada masalah-masalah jadi macam contoh di Penang Science Cluster ini dia buat banyak program dengan apa ni sekolah-sekolah kebangsaan melalui JPNPP. So, jadi kita galakkan. Kita galakkan, walaupun saya rasa susah untuk macam saya atau YB. apa ini Bagan Dalam ataupun CM sendiri, kita tidak boleh. Maka mereka rasa bukan, bukan mereka bermusuh sama kita tidak. Cuma mereka rasa mungkin ada arahan dan sebagainya. Mungkin mereka segan dan sebagainya. Kita faham. Ya silakan.
Perai.
Ya.
Saya ucap terima kasih kerana aktiviti STEM, Penang Science Cluster dan sebagainya melibatkan sekolah-sekolah mungkin Sekolah Kebangsaan. Cuma saya nak kepastian, nak satu data senarai sekolah yang dilibatkan dalam STEM dan juga apa-apa program pendidikan di bawah Kerajaan Negeri. Sebab saya ada minta dalam soalan, soalan bertulis. Tapi bagi tak lengkap sangat jawapan, kalau boleh diberikan senarai sekolah yang mungkin juga melibatkan sekolah di kawasan saya, saya pun tak tau. Dan terima kasihlah kalau ada, terima kasih banyak. Kedua, tentang isu tak boleh masuk sekolah. Saya pernah bangkitkan dalam perbahasan hari itu. Dan saya dah sebut dalam yang lepas tak tau hari ini mungkin senario politik ka ataupun keadaan politik ka dan sebagainya. Yang juga berlaku zaman saya pun berlaku, zaman PH pun berlaku. Saya tak boleh masuk sekolah, samalah. Keadaan yang sama berlaku, saya pun pelik juga. Saya pun rasa pelik, saya tak boleh pi tengok result UPSR. Saya tak boleh masuk masa sekolah dibuka. Saya tak boleh pi rasmi PIBG. Saya tak boleh macam sama. Keadaan tu berlaku macam tu juga. Jadi kita masih tak berubah dari segi itu. Saya ingat, saya boleh masuk ke sekolah di kawasan saya lah. Dan dia berlaku, YB. Perai. Jadi tak boleh kita nak salahkan siapa. Mungkin, mungkin orang-orang politik ni tak tau lah. Saya, kalau saya jadi Menteri Pendidikan, saya bagi. (Dewan menepuk meja) Saya tak ada masalah. Sebab kita nak…(ganggua).
Calon Parlimen Tasek Gelugor.
Kita kena bagi ruang bersama-sama. Bukan ada politik pun. Dan tentang isu pembahagian peruntukan tadi. Ada soalan saya buat, tentang kalau boleh.
Jawab apa ni, ketua pembangkang. Saya perlu, saya rasa kalau di JPN ada individu seperti Ketua Pembangkang, kita mengalu-alukanlah. Seorang yang terbuka idea, isu jangan, jangan apa ni mempolitikkan pendidikan dan sebagainya. Tapi realiti ini adalah berbeza. Ini kita mengalami apabila Pakatan Rakyat masa tu mengambil alih Kerajaan Pulau Pinang pada tahun 2008, dan kita terus mengalami masalah ini. Kita tidak pergi ke sekolah. Tapi kita boleh berinteraksi dengan PIBG bukan di, bukan di sekolah di luar sekolah. Luar sekolah, jadi kita rasa walau bagaimanapun, kita mesti salurkan bantuan kepada sekolah-sekolah yang bermula daripada tahun 2009. Dan baru-baru ini, just habiskan ini. Baru-baru ini, saya rasa ini bukan di peringkat JPN atau apakah arahan yang diberikan kepada sekolah. Tapi kita ada masalah, apabila kita minta sekolah supaya kata buat satu program, kita boleh faham. Kita tidak mahu susahkan apa ini Guru Besar di sekolah. Mereka enggan, mereka tidak mahu sebab-sebab ada satu peristiwa di mana seorang Guru Besar telah ditukar. Tukar ke Sekolah Sains sebagai satu, satu tindakan, tindakan oleh kerana masa itu adalah mantan CM, saudara Lim Guan Eng dan saya pergi ke sekolah, kerana itulah hukuman Guru Besar. So, jadi, kenapa ini berlaku. Itu saya agak apakah arahan mereka. So, jadi isu ini mungkin Pengarah JPN ini mesti ikut arahan itu. So, jadi saya, saya tidak tahu. Tapi walau bagaimanapun, saya rasa walaupun kita mungkin tidak boleh memberi bantuan lain, tapi semasa Pakatan Harapan memerintah kita memang memberi program untuk Sains macam Maker Lab, kita memperuntukkan lebih RM3 juta dan sebagainya. Kerjasama masa itu begitu baik, begitu erat. Tapi sekarang tak ada. Tapi, apa yang kita buat secara tidak langsung supaya kita minta agensi-agensi di bawah kerajaan sebab apa pun kita tidak boleh lupakan pelajar-pelajar di Sekolah Kebangsaan. Betul tak? So, maka kita minta mereka buat program, buat aktiviti dengan Sekolah Kebangsaan dan, dan saya rasa mereka tidak ada masalah dapat kebenaran daripada Jabatan Pendidikan Negeri. Ya, Satees.
Air Itam. Air Itam dulu. Tentang JPN. Nak tanya tadi. Saya sambung. Air Itam one.
Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Perai, sekarang kita nak bangkitkan adalah bukan daripada segi program. Daripada segi sumbangan pula, kita nak bagi untuk membantu sekolah tu agar budak-budak dapat dalam satu environment yang lebih bagus untuk belajar, pun tidak boleh juga.
Malah baru-baru ini, adalah satu arahan yang telah diviralkan dalam WhatsApp iaitu apabila sesiapa YB. Parlimen atau YB. ADUN nak masuk sekolah untuk memberi sumbangan, perlu menulis kepada Pengarah JPNPP untuk mendapatkan kelulusan untuk menyerah kepada PIBG juga. So, adakah ini satu yang betul-betul berlaku dalam keadaan sekarang? Dulu kita terus PIBG, kita boleh masuk. Sekarang kena masuk melalui JPN Pengarah, baru boleh masuk juga. So, ini tidak adil untuk budak-budak sekolah yang memerlukan keperluan tu, contohnya kerusi, meja dan sebagainya. Kalau JPN atau Kementerian Pendidikan dapat bekalkan, tak perlulah ADUN masuk. Betul tak? Terima kasih.
Yang Berhormat Perai, saya sambung. Ini perkara yang kami pun telah bincang pada ADUN-ADUN. Arahan terbaru adalah supaya apa-apa bantuan daripada YB. Parlimen ka, ADUN ka, perlu dapat kelulusan daripada Pengarah, Ketua Pengarah Pendidikan Negeri. Bagi saya, ini tak masuk akal. Kenapa Pengarah Pendidikan Negeri nak datang control benda ni. Sebenarnya, khususnya pada sekolah-sekolah bantuan modal, Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Kebangsaan Jenis Kebangsaan Tamil. Sebab, namanya pun sekolah bantuan modal, kerajaan hanya beri modal sahaja iaitu gaji guru dan sebagainya. Yang sangat sedikit tetapi, tanah, infrastruktur lain, meja, kerusi semuanya dicari sendiri oleh Lembaga Pengelola Sekolah dan PIBG. Sekarang mereka dihalang. Dia kata PIBG tak boleh lagi terima. So, ini akan memberikan satu kesukaran kepada pihak-pihak sekolah khususnya sekolah-sekolah di pedalaman juga, bantuan modal. Saya nak tanya di sini, apa yang ditakutkan oleh Jabatan Pendidikan. Adakah mereka tidak mahu Wakil Rakyat mengetahui keadaan sebenar di dalam sekolah itu? Sebab, saya pernah masuk dalam sekolah ada pernah lihat sistem wiringnya yang sudah lama, boleh terbakar, ada risiko kebakaran. Mungkin adakah Jabatan Pendidikan tidak mahu wakil rakyat tempatan, tahu tentang benda ni? Bila sudah menjadi kebakaran, baru kita akan tahu. Ini, ini keadaan sebenar. Dan adakah sama seperti Air Itam, kita nak tanya kalau JPN boleh salurkan bantuan kepada sekolah-sekolah ni, tak perlulah kami pergi bantu. Mereka pun datang kepada kami, ADUN-ADUN ataupun Kerajaan Negeri, sebab mereka tidak dapat bantuan. Untuk menjayakan sukan sekolah mereka pun perlukan bantuan daripada ADUN-ADUN. Kalau mereka JPN Pulau Pinang kata, perlu dapat kelulusan daripada kita dulu. Kalau kita tak lulus, tak boleh terima. Adakah JPN Pulau Pinang akan berikan bantuan yang diminta ini? Ini soalan kedua. Dan adakah Perai sebelum ini, at least sebelum ini mereka boleh terima walaupun tak bagi, kita masuk dalam sekolah. Mereka datang pejabat kita, terima bantuan ataupun pintu pagar. Kita beri bantuan di pintu pagar. Sekarang dia kata, tak boleh ambil langsung daripada ADUN ataupun Ahli Parlimen. So, adakah Perai bersetuju kalau saya cakap, perkara ini adalah sesuatu yang sangat-sangat tak munasabah dan tak masuk akal. Ini soalan saya, terima kasih.
Terima kasih. Saya rasa kedua-dua soalan tadi daripada Air Itam dengan apa ni Bagan Dalam, lebih kurang sama. Dan saya setuju, bahawa tidak, tidak ada sebab yang munasabah untuk wujudkan halangan-halangan sebab kita Kerajaan Negeri mahu bantu Sekolah-Sekolah
Kebangsaan ka, Sekolah Sekolah Cina ka, Agama Rakyat ka ataupun Sekolah Tamil. Kita membantu mereka, tapi oleh kerana mereka tidak kita tidak dibenarkan untuk memberi sumbangan ini, kita perlulah melalui mungkin agensi-agensi lain di bawah Kerajaan Negeri supaya mereka ada hubungan dengan Jabatan Pendidikan dan sebagainya. Saya bagi satu kes, just finish this one. Ada kes baru-baru ni sekolah, sekolah, SMK di Bagan ya, SK Assumption yang mungkin ditutup. Ditutup, mungkin saya tanya apa ini, pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan saya hantar surat kepada mereka, katakan apa, kenapa mahu tutup sekolah dan sebagainya. Jawapan adalah, YB. terus hubungan dengan pusat jangan hubungan melalui, kalau kita dapat surat, kita akan hantar. So, jadi JPN mau jadi macam pos office. Jadi, saya pun tak faham. Saya rasa apa ni, sedihlah sekolah ini telah ditutupkan, ditutupkan dan pelajar-pelajar ini disalurkan dalam beberapa sekolah. Jadi, isu ini yes apa ni Pulau Tikus, ya.
Yang Berhormat Perai, just nak tanya dan tambah juga dan juga merayu kepada rakan-rakan dari pihak Pembangkang yang berada di pimpinan yang parti sekarang yang berada di pimpinan di Persekutuan sekarang, sebab kita sudah masuk satu fasa dalam sejarah kita bahawa anak-anak, cucu cicit kita sekarang kebanyakan ibu bapa sudah hilang keyakinan. Sebab mengapa? Sebab senang saja pendidikan asyik dipolitikkan oleh mereka yang berada di tahap pimpinan Persekutuan dan saya rasa kita sudah sampai satu tahap bahawa ini patut budaya ini patut ditukar sebab sejak kita sampai satu tahap bahawa kalau ini berterusan dia akan membawa lebih banyak akan beri banyak masalah kepada masyarakat pada masa akan datang. Kerana kalau setiap ahli politik yang menjadi Menteri Pendidikan ini cuba nak membawa polisi atas dasar-dasar mereka sebab untuk kepentingan politik dia sendiri. Dan pada masa akan datang apa berlaku kepada negara kita? Sekarang pun boleh nampak dah banyak ibubapa sedang nak hantar anak mereka pergi ke sekolah antarabangsa. Oleh itu saja nak tanya tadi yang isu dibangkit oleh Yang Berhormat Air Itam tadi, adakah itu memang arahan di Pulau Pinang atau hanya satu just a rumor only ni or just a viral message? Sebab apa yang saya tahu tadi pejabat saya telah check dan pihak JPN cakap tak ada arahan ini. So saya nak tanya kalau Yang Berhormat Perai pun boleh mendapat clarification siapa betul siapa salah sebab sekarang banyak confusion ada yang cakap benar ada yang cakap tak benar juga?
Terima kasih.
Sehingga hari ini saya pun tidak tahu samada surat hitam putih arahan daripada Kementerian Pelajaran apa Pendidikan kepada di Jabatan Pendidikan Negeri di Pulau Pinang atau mana-mana. Adakah arahan tapi saya fikirlah walaupun saya belum tengok arahan mereka mungkin ada juga mungkin bukan yang bertulis mungkin ada juga arahan secara lisan dan sebagainya supaya mereka tidak kerjasama dengan apa ini dengan Kerajaan Negeri ataupun dengan apa ini wakil rakyat sama ada mereka ADUN ataupun Member Parliament.
So ini jadi adalah satu isu dan isu ini bukan serba baru. Ini sudah bangkit selepas kita 2008 masa itu kita ada sekolah. Macam contoh saya ada bagi tadi apabila saya dan mantan Ketua Menteri pergi sekolah sebelum guru besar kena tukar serta-merta. Ya serta-merta. So jadi mungkin adalah ada sesuatu yang mungkin kita belum ketahui. So jadi walau bagaimanapun saya ingin tegaskan di sini walaupun ada kekangan-kekangan ini tidak ada hubungan yang hubungan antara Kerajaan Negeri dengan Pejabat Pendidikan dengan Jabatan Pendidikan tapi banyak program-program dijalankan melalui agensi-agensi yang kita letak di bawah STEM. Jadi ada juga lagi satu soalan daripada Bagan Dalam kebocoran data calon SPM, JPN. Tapi saya tidak apa-apa jawapan. Mereka kata bukan mereka. Itulah soalan Bagan Dalam kan? Kebocoran?
Yang Berhormat, saya nyatakan bagaimana kerana kolej-kolej swasta di luar sana boleh dapat data lepasan SPM sebelum keputusan keluar. Saya telah nyatakan ini keluar daripada sekolah. Dibocorkan daripada sekolah tetapi perlu ada tindakan. Sebelum ini pun saya pernah bawa dalam akhbar juga tetapi tiada tindakan dan kita lihat kolej swasta sebelum mereka dapat keputusan SPM, mereka tawarkan kursus-kursus yang tidak relevan. Yang low quality courses to these students. So dari mana berlakunya breach of data ini. This is what I asked, YB. Prof.
(Sistem audio tidak dibuka) Sorry, bagaimana dari pihak kolej swasta tau inilah calon-calon mungkin akan gagal akan lulus? Tapi mereka dapat dari mana mereka dapat ini? Jadi ini satu yang saya rasa terus berlanjutan tapi apa yang kita dapat tau bahawa JPN ini merekalah sumber kebocoran nama-nama. So…(gangguan).
Just want to add something. Pertama, actually saya tak salahkan JPN. Saya katakan sekolah ada individu dalam sekolah kalau bukan guru sekolah, siapa lagi? First thing that. Berbalik kepada isu masuk ke dalam sekolah. Kita berbincang di sini, ada rakan dari luar hantar. Nampaknya hanya ahli-ahli wakil rakyat daripada Kerajaan Negeri sahaja dihalang masuk ke dalam sekolah. Dato’ Ketua Pembangkang 17 April ada masukkan dalam Facebook. Masuk bukan sahaja Dato’ Ketua Pembangkang dengan Ketua Dato’, Yang Berhormat Datuk Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor dengan Setiausaha UMNO Bahagian Tasek Gelugor. Ini parti. Kami ADUN kawasan. Kami tak bawa panji parti. Kami tak bawa identiti parti. Saya nak tak pergi masuk pun tak pa. At least bagi kami nak bagi bantuan. Ini pun nak halang. So kita nak tanya balik kepada Menteri Pendidikan…(gangguan).
Dato’ Ketua Pembangkang bekas murid sekolah tu.
Ha okey? Lani macam nilah. Itu dalam viral apa tu? Facebook?
Ya, Facebook.
Dalam Facebook? 17 April baru ni? Mungkin laporan tu tulis jawatan bahagian. Tapi tu lah. Dalam keadaan ni pun saya cerita balik. Kita tak boleh salahkan JPN ataupun Guru Besar. Dia kadang-kadang bila kerajaan yang memerintah Persekutuan sebab saya pun merasai juga apa yang tuan-tuan rasa tak boleh masuk sekolah, tak boleh bagi bantuan. Tapi saya syukurlah tak boleh bagi bantuan sebab masa tu tak ada peruntukan…(gangguan).
Bukan Kementerian Pendidikan, bolehkah kita salahkan UMNO?
Saya tak tau ini bolehkah kita salahkan UMNO keadaan politik yang dimasukkan yang jadi macam tu. Dia takut. Yang ni yang kita tak berapa suka sebab bila politik ni…(gangguan).
Ketua pembangkang, mesti ada pihak yang bertanggungjawab dalam hal ini. Siapa yang buat arahan?
Ha itulah saya pun tak tau. Mungkin siapa yang buat arahan. Kadang bukan arahan...(gangguan).
Ketua pembangkang setuju tak kalau ada ADUN-ADUN dibenarkan masuk ke dalam sekolah?
Fahaman pihak sekolah dan sebagainya bila kerajaan yang macam ni, akan ikut macam ni. Kadang-kadang dia jadi macam tu. Saya takut lagu tu la. Arahan mungkin secara bertulis tak dak pun. Sapa nak buat arahan bertulis. Parti-parti ni sekolah tak boleh masuk sekolah. Tak dak arahan….(gangguan).
Kita akan balik ke isu ini, saya rasa ini tidak dapat diselesaikan dalam hari ini.
Ketua Pembangkang, actions speak louder than words. Okay? Cukuplah.
Saya pun kena. Kalau saya tak kena takpa. Saya pun sama.
Terima kasih. bila ini? Cakap saja, bila kena?
Saya masa PH saya pun kena. Itu saja.
Kalau macam tu, sekarang satu ketidakadilan berlaku kepada kita. Kita janganlah buat dekat orang lain. Sama. Sekarang kalau bagi saya, UMNO ka apa ka. ADUN sebagai wakil rakyat patut dibenarkan masuk. Ini Setiausaha UMNO boleh masuk kenapa tidak wakil rakyat?
Ini nak selesai…(gangguan).
Memang ini berlaku. Sebagai ADUN Sungai Bakap pun kalau nak bagi bantuan sekolah, saya panggil Guru Besar datang ke pejabat saya. Depa kalau nak transfer 24 jam saya akan pergi ke sekolah.
Boleh saya teruskan. Saya pergi kepada soalan yang telah dibangkitkan oleh YB. Seberang Jaya mengenai hab pendidikan di daerah Barat Daya iaitu 1.322 ekar yang adalah dimiliki oleh CMI. Ini telah disediakan untuk zon pendidikan. So apa yang jadi. Jadi saya rasa pada tahun 2019 iaitu 2 Disember iaitu Kerajaan Negeri telah tandatangani satu MOU dengan Asian Women Leadership University (AWLU) supaya mereka akan binakan kampus di kawasan ini. Oleh kerana kelambatan mereka untuk memperolehi lesen ini maka ada satu kes perundangan oleh pihak yang tertentu supaya kenapa proses ini lambat dan mereka juga bawa ke mahkamah. Kes ini yang dalam sikit. So jadi apa yang kita terima daripada AWLU adalah supaya bukan mereka minta license yang baru tapi satu pembaharuan. Dia beli license tu balik daripada pihak lain supaya mereka minta license daripada Kementerian Pendidikan. Jadi apabila AWLU mendapat licence sini saya rasa kolej ini boleh dimulakan di Pulau Pinang. Perkara kekurangan pekerja. Banyak isu-isu kekurangan pekerja ini telah dibangkitkan semasa perbahasan. Ini bukanlah sesuatu yang spesifik supaya dan daripada pandangan Kerajaan Negeri ini memang merupakan satu yang isu nasional. Dan dari segi Kerajaan Negeri
ini memang kita di Pulau Pinang ini isu ini adalah talent ataupun pekerja mahir yang perlu kita lahirkan. So jadi oleh kerana isu talent ini sangat sangat penting pada masa kini maka saya sendiri telah membuat satu perbincangan melalui webinar, melalui Penang Institute sebagainya, supaya kita keluarkan dengan satu laporan bagaimana Kerajaan Pusat boleh membantu Pulau Pinang supaya kita dapat pekerja-pekerja ataupun ada apa-apa halangan yang boleh dihapuskan dan sebagainya. Jadi ini laporan ini yang saya sebut semasa soal jawab ini kita hantar kepada Ketua Menteri kemudian Ketua Menteri akan hantar kepada Kerajaan Pusat ataupun mana-mana bahagian yang relevan. YB. Berapit juga timbulkan isu testimonial ataupun certificate yang kita berikan kepada mereka anak-anak yang menyertai program TVET dan saya rasa sangat setuju dengan cadangan ini saya rasa satu yang kita juga memikirkan dalam waktu Council STEM supaya apabila kita bagi sijil kepada mereka ini akan mengalakkan ibu bapa mereka supaya memberi sokongan kepada program TVET dan sebagainya. Isu yang dibangkit oleh Berapit adalah isu PDL dan mungkin pagi ini saya ada bagi jawapan yang soalan yang ditanya oleh YB. daripada Pasir Putih dengan, Air Putih. Soal operasi PDL di Pulau Pinang. Isu adalah waktu sekarang 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Ini adalah akibat COVID. Pandemik COVID di mana kita terpaksa menghadkan masa Penang Digital Library. Jadi adalah permintaan supaya ini dapat ditingkatkan ataupun 20 jam, 24 jam. So jadi saya telah bincang dengan CMI yang sebenarnya memiliki Penang Digital Library ini supaya bolehkah kita longgarkan masa untuk Penang Digital Library. Kita ada di Pulau Pinang, kita ada di Seberang Perai kita ada di Barat Daya dan sebagainya. Jadi saya rasa tidak ada apa-apa halangan maka cuma ni menentukan sama ada kita ada pekerja, kita ada bajet dan sebagainya. Jadi ada apa ni kesediaan supaya kita boleh tambah mungkin daripada 9.00 pagi ke 10.00 malam kemudian kita akan meningkatkan masa dia dari fasa ke fasa. Jadi saya rasa itu bukan suatu isu yang besar kepada Penang Digital Library. Tapi isu Digital Library telah bermakna di perpustakaan, perpustakaan di Pulau Pinang. Perpustakaan Kerajaan Negeri memang kita ada juga ada bahagian digital so tidak bermakna bahawa digital library kita mesti menubuhkan digital library tapi ada juga perpustakaan-perpustakaan ada komponen digital dan sebagainya. Jadi saya rasa mungkin saya akan membawa isu ini kepada CMI dan juga bahagian SUK supaya kita lihat bagaimana kita boleh tambah masa untuk PDL. Saya tak ada, dari segi prinsip, saya tidak ada apa-apa halangan.
ADUN Perai.
Ya.
Boleh saya tanya soalan berkenaan dengan tenaga kerja?
Ya, boleh.
Terima kasih, sebabkan tadi saya terlepas daripada apa yang disebutkan oleh Perai tentang tenaga kerja di Negeri Pulau Pinang. Betul, ia memang satu isu kebangsaan tapi mengikut apa yang saya lihat pada jawapan bertulis yang kedua berkaitan dengan kekurangan tenaga kerja di Negeri Pulau Pinang yang sebanyak 33,609 orang di semua sektor ekonomi di Negeri Pulau Pinang. Tentang kekurangan tenaga kerja ini, saya juga ada lihat, ada tanya soalan tentang ini, jumlah bilangan pelarian Rohingya yang ada di Negeri Pulau Pinang ini mengikut jawapan kita ada 20,000 lebih pelarian Rohingya di Negeri Pulau Pinang ini. Adakah boleh kita mengambil pelarian tersebut untuk mengisi kekosongan-kekosongan di sektor-sektor yang berkenaan supaya kita boleh mengurangkan gap yang di mana banyak sektor ekonomi yang telah terpaksa tidak dapat menambah produktiviti termasuk sektor pertanian yang memerlukan ramai tenaga pekerja. Bolehkah pihak Kerajaan Negeri menyelaraskan supaya pelarian-pelarian Rohingya itu dapat memberi, menyumbang tenaga mereka kepada sektor ekonomi di negara kita. Minta penjelasan daripada Perai.
Saya ingat itu satu pemikiran yang saya rasa saya boleh terima sebab Menteri Perladangan dengan Komoditi, Zuraida Kamaruddin juga bangkit isu, tak tau, mungkin dalam satu (1), dua (2) bulan lepas. Maka, kita boleh gunakan juga banduan daripada penjara supaya oleh kerana kekurangan tenaga. So, apabila dia juga sebut apabila kita gunakan banduan daripada penjara sebagai pekerja so jangan anggap ini sebagai force labor ataupun buruh paksa. Lepas tu saya pun tidak tau apa yang jadi tapi permintaan daripada kawasan Machang Bubuk. Baik, bukan sahaja Rohingya, siapa-siapa pekerja asing yang tanpa dokumentasi mereka boleh digunakan oleh kerana kita ada satu kekurangan pekerja ini yang sangat serius di negara ini. Tapi, Kerajaan Negeri boleh cadang. Kita boleh cadang kepada Kementerian tetapi ini adalah satu posisi yang perlu diambil oleh Kabinet Kerajaan Pusat. Itu bukan tugasan ataupun di mana Kerajaan Negeri boleh ambil. Tapi saya rasa saya memang terbuka hal ini, kenapa, why not? Boleh apa. Tapi, bolehkah apa ini Kerajaan Pusat memikirkan tentang isu supaya kita ambil macam Rohingya, macam pekerja lain yang tidak ada dokumentasi. Ini memang boleh apa. Apa salah tapi adakah mereka ada satu pendirian buat demikian. Itu satu yang saya kena tau. Ini bukan saya rasa hal Kerajaan Negeri, hal Persekutuan. Okey, saya teruskan. YB. Sungai Pinang juga bangkit tentang dan YB. Pengkalan Kota isu peluang pekerja belia warga tempatan dan, saya ini memang adalah satu objektif yang diambil oleh Kerajaan Negeri supaya kita menggunakan, kurangkan pekerja asing melalui kita beri penggalakkan kepada anak tempatan dan sebagainya. So, maka salah satu adalah pemadanan kerja, job matching di mana semua ini telah dilakukan semasa pandemik, ini bukan sahaja Kerajaan Negeri melalui InvestPenang tetapi ini juga dilakukan oleh PERKESO. Dan ini juga dilakukan oleh beberapa badan sukarela dan sebagainya, pemadanan pekerja, job matching. So, jadi, di sini kita memberi peluang kepada anak tempatan, golongan belia dan sebagainya. Dan sama ada ini memberi satu kejayaan atau tidak, saya tidak begitu pasti tapi oleh kerana kita ada kekurangan pekerja sekarang dan mungkin saya pun dengar juga daripada kilang-kilang, mereka juga telah menukar cara mereka untuk pengambilan melalui apa dikatakan pendekatan yang lebih fleksibel supaya memberi galakan kepada pekerja tempatan supaya kerja mereka bukan biasa macam lapan hingga lima tetapi lebih satu sistem yang lebih fleksibel kepada mereka. Jadi, ada, inilah isu-isu yang pokok yang telah ditimbulkan mengenai portfolio saya semasa di perbahasan dan ada juga banyak isu ini lebih umum, mengenai pekerja, pengangguran, isu ini bakat pekerja dan sebagainya tetapi saya cuba beri jawapan kepada ini
dan saya rasa kalau saya ada ketinggalan apa-apa soalan yang ditanya oleh Ahli-ahli Dewan ini, mungkin boleh bangkitkan sekarang, kalau tak ada saya terus menyokong.
Terima kasih Perai. Dipersilakan Pinang Tunggal.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera. Timbalan yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. (Bacaan doa). Yang Amat Berhormat. Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang, Ahli-ahli Yang Berhormat. Alhamdullillah. Syukur kita kepada Allah SWT dapat menghadiri Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Keempat Belas. Terlebih dahulu izinkan saya untuk merakamkan penghargaan dan terima kasih di atas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk menggulung perbahasan dan sampaikan ucapan penggulungan bagi isu-isu berkaitan portfolio saya yang telah dibahaskan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan dan memberikan cadangan-cadangan untuk sama-sama kita menambah baik perancangan Kerajaan Negeri dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat Negeri Pulau Pinang. Selaku Pengerusi Jawatankuasa MMK Hal Ehwal Agama Islam, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat atas sokongan yang diberikan kepada Kerajaan Negeri dalam usaha untuk memartabatkan agama Islam sebagai agama rasmi Pulau Pinang selaras dengan perkara 5(1) Perlembagaan Negeri Pulau Pinang. Setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas komitmen yang ditunjukkan dalam memperkasakan Syiar Islam di negeri ini. Penyediaan peruntukan sebanyak RM71.13 juta bagi tahun 2022 adalah peningkatan sebanyak RM6.97 juta berbanding tahun 2021. Hal ini sudah tentu amat signifikan dalam menangani kemaslahatan seluruh umat Islam di negeri ini. Setiap tahun, pelbagai majlis rasmi peringkat Negeri Pulau Pinang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) seperti Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran, Sambutan Maal Hijrah, Maulidur Rasul dan Festival Nasyid dengan peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri tahun ini berjumlah RM718,250.00. Penganjuran majlis-majlis ini adalah amat penting bagi meraikan peristiwa-peristiwa penting dalam Kalendar Islam di samping memilih calon-calon ataupun wakil yang akan mewakili Negeri Pulau Pinang di peringkat Kebangsaan. Sukacita juga saya umumkan pada tahun hadapan, 2023, InsyaAllah Kerajaan Negeri telahpun bersetuju untuk Pulau Pinang menjadi hos Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan. Pelaksanaan program di bawah MMK Agama turut disalurkan Kerajaan Negeri setiap tahun berjumlah, tahun ini berjumlah RM762,550.00 Peruntukan ini bagi memastikan semua jabatan dan agensi-agensi agama di Negeri Pulau Pinang dapat menganjurkan program-program bermanfaat kepada umat Islam. Kita sentiasa komited dengan pelaksanaan Agenda Khaira Ummah 2030 seperti yang saya telah bentangkan sebelum ini bertunjangkan usaha “Mempersiap Umat Islam Terbaik Untuk Pulau Pinang Menjelang Tahun 2030”. Gagasan besar demi mempersiapkan umat, atau satu generasi manusia ini pastinya bukan kerja yang mudah. It is not an overnight job, but we have to start somewhere, somehow.
Dalam usaha mempersiapkan umat Islam bagi mengharungi cabaran kehidupan pada tahun-tahun yang akan datang, Agenda Khaira Ummah 2030 memberikan fokus utama kepada pembangunan keilmuan/keintelektualan dan pengimarahan institusi masjid untuk berfungsi secara maksimum. Untuk merealisasikan hasrat murni ini, ke semua lapan (8) agensi-agensi Islam di bawah MMK Agama iaitu MAINPP, Zakat Pulau Pinang, KITAB, Wakaf Pulau Pinang, JHEAIPP, Jabatan Kehakiman Syariah dan Jabatan Pendakwaan Syariah serta Yayasan Islam Pulau Pinang perlu turut diperkasakan dan memainkan peranan masing-masing. Yang Berhormat Sungai Dua bertanyakan tentang sumber peruntukan yang telah digunakan KITAB untuk tujuan lawatan ke luar negara. Untuk makluman, KITAB merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Milik Penuh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP). Pendaftaran KITAB sebagai Institusi Pengajian Tinggi tertakluk di bawah Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Akta 555) bukan buku 555, di bawah seliaan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT). Segala kos pengurusan dan pengoperasian KITAB adalah dari peruntukan Majlis Agama Islam Pulau Pinang. Justeru lawatan ke luar negara bagi mengadakan kerjasama strategik akademik juga dari peruntukan tahunan yang diperuntukkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Sebagai Institusi Pengajian Tinggi Swasta, KITAB perlu memenuhi kriteria-kriteria yang telah ditetapkan dalam MyQUEST (Malaysian Quality Evaluation System for Private Colleges) di bawah pantauan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT). Salah satu cabang kriteria yang diperlukan MyQUEST adalah pengantarabangsaan. Sehubungan dengan itu, bagi tujuan memenuhi blueprint pelan strategik KITAB 2030 iaitu untuk menaik taraf KITAB kepada sebuah Kolej Universiti seterusnya menjadi sebuah Universiti, maka kerjasama dengan institusi-institusi pengajian tinggi di peringkat antarabangsa adalah amat wajar. KITAB telah mengorak langkah dengan menjalinkan kerjasama bersama dua (2) buah universiti terkemuka dunia iaitu Universiti al-Azhar di Mesir dan World Islamic Sciences Education (WISE) di Amman, Jordan bagi mengiktiraf lepasan diploma KITAB untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda secara pemindahan kredit. Pada masa yang sama, terlibat dengan rombongan Kerajaan Negeri ke Penang Week, Ekspo Dubai 2020 bagi tujuan promosi KITAB di Timur Tengah untuk tujuan kerjasama dengan beberapa universiti-universiti di sana. Bagi merealisasikan mercu tanda pendidikan Islam di negeri ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang bersama-sama dengan KITAB telah menubuhkan Penang Islamic Digital Library (PIDL) – Perpustakaan Digital Islam Pulau Pinang dan juga Al-Hady Centre – Pusat Kajian Pemikiran dan Ketamadunan Islam Negeri Pulau Pinang. Penubuhan PIDL di bawah kendalian KITAB akan menjadi platform terbaik bagi menyalurkan ilmu dan maklumat dalam pelbagai bidang terutamanya Sains Keislaman kepada seluruh masyarakat dalam bentuk digital. Di samping itu, PIDL tentunya menjadi saluran terbaik dalam memperkasa aspirasi Kerajaan Negeri meningkatkan aksesibiliti dan ekuiti ke arah melahirkan ‘komuniti pintar’ dan membangunkan masyarakat berilmu. Pelancaran PIDL amat bertepatan dalam usaha Kerajaan Negeri melahirkan modal insan yang berilmu, berkemahiran, berintegriti, beretika tinggi, kualiti serta berdaya saing yang mampu menjadi pemangkin pembangunan negeri dalam mencapai matlamat Pulau Pinang sebagai sebuah Negeri Pintar menjelang tahun 2030. Selain itu, KITAB juga telah dipertanggungjawabkan untuk mengemudi penubuhan Al-Hady Centre oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Al-Hady Centre ini merupakan sebuah Pusat Kajian Pemikiran dan Ketamadunan Islam Negeri Pulau Pinang yang mengintegrasi pemikiran dan ketamadunan bagi tujuan penyelidikan dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan sains & teknologi dari perspektif Islam. Pusat Kajian ini dinamakan sebagai Al-Hady Centre oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang sempena nama seorang Tokoh Pembaharuan Pendidikan Terkemuka di Negeri Pulau Pinang suatu masa dahulu iaitu Syed Syeikh AlHady. Pelancaran penubuhan Al-Hady Centre ini adalah
selari dengan Visi dan Misi Gagasan Khaira Ummah 2030 iaitu “Mempersiap Dan Memberdayakan Umat Islam Yang Terbaik Untuk Pulau Pinang” menerusi program Pembangunan Keilmuan. PIDL dan Al-Hady Centre kini merupakan mercu tanda baharu Negeri Pulau Pinang dan diposisikan di satu-satunya IPT Islam di Pulau Pinang milik penuh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Mercu tanda ini melambangkan keintelektualan ke arah sebuah IPT Islam yang terunggul di Pulau Pinang. KITAB yang dahulunya bermula sebagai sebuah Maahad Tahfiz meneruskan usaha dan menyambung susur galur sejarah Pendidikan Islam yang telah lama bertapak di negeri ini. PIDL dan Al-Hady Centre ini juga menjadi lambang kebersamaan Kerajaan Negeri dan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang melalui KITAB ke arah usaha melahirkan masyarakat yang berpengetahuan sejajar dengan usaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang iaitu Gagasan Khaira Ummah 2030
Yang Berhormat Dato' Timbalan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sungai Dua juga turut memaklumkan KITAB perlu mencari sumber dana lain dan tidak bergantung kepada sumber kewangan daripada pihak zakat sahaja. Sebagai makluman kepada Yang Berhormat, eko-sistem zakat adalah berkaitan dengan kutipan dan agihan. Kutipan daripada yang mempunyai kekayaan dan mengagihkannya kepada yang memerlukan daripada lapan (8) asnaf yang telah digariskan di dalam Islam. Salah satu daripada pembahagian asnaf adalah asnaf fisabilillah. KITAB adalah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam yang diwujudkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulalu Pinang pada tahun 2004 yang merupakan kesinambungan sebuah Ma’ahad Tahfiz Al Quran Negeri Pulau Pinang kendalian MAINPP sejak tahun 1995. Maka menjadi tanggungjawab MAINPP menyediakan peruntukan bajet tahunan kepada KITAB melalui peruntukan agihan zakat sesuai dengan perkembangan dan pembangunan KITAB dari masa ke semasa. KITAB merupakan sebuah Institusi Pendidikan Tinggi Islam yang termasuk dalam kategori asnaf fisabilillah. Pandangan para cendekiawan Islam yang kontemporari seperti Syeikh Dr. Yusof al-Qardawi, al-Imam al-Kasani dan Syeikh Mahmud Syalthut, yang menyatakan bahawa pengoperasian dana zakat dalam asnaf fisabilillah merangkumi makna yang lebih luas pada zaman ini termasuklah pembinaan bangunan-bangunan sekolah, Islamic Center, masjid-masjid, organisasi dakwah dan lain-lain lagi. Mereka juga menafsirkan fisabilillah iaitu segala sesuatu yang berhubung dengan kebaikan umum bagi umat Islam. Maka selama lebih 25 tahun beroperasi, pada hari ini rakyat Pulau Pinang khususnya dapat melihat penonjolan KITAB melalui peranan eko-sistem zakat yang bersistematik. Selain daripada sumber zakat, KITAB juga telah menerokai wakaf. Bagi memastikan kelestarian KITAB pada jangka masa yang panjang, KITAB telah menjalinkan kerjasama dari sudut kutipan dana wakaf dengan Wakaf Pulau Pinang (WPP) yang diberi nama Wakaf Pengajian Tinggi KITAB. Pelancaran Wakaf Pengajian Tinggi KITAB (WPTK) telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang pada 26 Oktober 2021 yang lepas. Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri juga membantu bajet pembangunan KITAB dengan membiayai kos pendawaian semula elektrik di kompleks sedia ada dan juga menggantikan bumbung baharu Bangunan Akademik KITAB yang dilaksanakan pada tahun 2020 dan 2021.
Sebagai jawapan kepada Yang Berhormat Telok Bahang, satu mesyuarat telah diadakan pada 15 April, ini untuk status terkini Masjid Air Putih. Satu mesyuarat telah di adakan pada 15 April 2022 yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Barat Daya dengan kehadiran wakil daripada Bahagian Perancang Bandar dan Desa, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Affin Bank, MTT Properties Sdn. Bhd. dan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) bagi membincangkan pelepasan gadaian dan penyerahan tapak masjid di Projek Botanica CT. Pihak Affin Bank telah bersetuju untuk pelepasan gadaian kepada pihak MTT Properties Sdn. Bhd. dan pihak MTT Properties juga memaklumkan bahawa pihaknya telah melantik peguam bagi proses
dokumentasi untuk pelepasan gadaian dengan pihak bank. Seterusnya, pihak MTT Properties Sdn. Bhd. akan membuat pindah milik lot tanah tersebut kepada MAINPP. Berhubung perkembangan Program KAFA Menengah Yayasan Islam Pulau Pinang, sebagai jawapan kepada Yang Berhormat Sungai Dua, KAFA menengah telah dirintis pelaksanaannya pada tahun 2019 bermula dengan tiga (3) buah KAFA Menengah di tiga (3) buah masjid di daerah Seberang Perai Utara. Pada tahun 2021, Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) telah memulakan langkah baru setelah diberikan mandat oleh MMK Agama bagi melaksanakan program KAFA Menengah Pulau Pinang yang merupakan penerusan pendidikan Islam bagi peringkat sekolah menengah. Pulau Pinang menjadi negeri kedua melaksanakan program KAFA Menengah selepas Negeri Johor. Pihak Yayasan Islam Pulau Pinang telah mendapat kerjasama padu dari Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) bagi memastikan program ini mencapai matlamat iaitu memberikan pendidikan Islam tambahan kepada pelajar di peringkat sekolah menengah yang merupakan remaja. Seperti yang sedia maklum, remaja terdedah dengan pelbagai pengaruh dan suka mencuba perkara baru. Sekiranya tiada penekanan diberikan kepada remaja Islam kita amat risau sekiranya mereka terjerumus ke perkara yang tidak sihat seperti dadah dan masalah sosial yang lain. Sehingga kini sebanyak 11 buah masjid telah melaksanakan KAFA Menengah di seluruh Negeri Pulau Pinang. Pada tahun 2022, YIPP (Yasasan Islam Pulau Pinang) bercadang untuk memperluaskan program ini kepada lebih banyak masjid. Maklum balas penerimaan ibu bapa dan pelajar juga begitu memberangsangkan. Sebagai contoh di Masjid Al Bukhary, Jelutong mencatatkan 98% kehadiran pelajar sepanjang suku pertama 2022. Ini menunjukan pelajar dan ibu bapa memberikan sokongan penuh terhadap program ini. Sebagai makluman tambahan, Yayasan Islam Pulau Pinang pada tahun ini telah mula meneroka program baru bagi membantu pelajar tahfiz di Pulau Pinang untuk menduduki peperiksaan SPM. Sehingga kini terdapat 46 buah pusat tahfiz telah mendaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP). Kepelbagaian kurikulum dan kaedah pengajian Al-Quran telah menyebabkan terdapat tahfiz yang hanya menumpukan pada hafalan Al-Quran sahaja tanpa mengambil peperiksaan SPM. Ini menyukarkan lulusan tahfiz untuk mendapat peluang pekerjaan ataupun menyambung pengajian di institut pengajian tinggi. Maka pihak YIPP, telah memulakan usaha untuk melaksanakan Program Iltizam Huffaz, iaitu program kelas tuisyen khas untuk pelajar tahfiz bagi menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Justeru, saya ingin menyeru kepada semua pusat tahfiz agar mengambil peluang yang disediakan oleh pihak kerajaan ini untuk memastikan peluang dan nasib pelajar lebih terjamin dengan adanya pensijilan SPM. Yang Berhormat Dato Timbalan Yang di-Pertua, sebagai menjawab kepada persoalan Yang Berhormat Sungai Dua juga berkaitan…(gangguan).
Penjelasan. Terima kasih Pinang Tunggal. Terima kasih Dato Timbalan Yang di-Pertua. Saya cuma nak sentuh tentang KITAB tadi yang telah dibentangkan. Terima kasih di atas pembentangan yang begitu detail tentang vision, wawasan KITAB ke arah nak menjadi universiti. KITAB ini satu institusi yang cukup banyak jasanya kepada Pulau Pinang ini masa penubuhan yang melahirkan ramai tahfiz. Di Permatang Buluh ada anak cikgu Usop tu ada dua (2) orang memang daripada KITAB. Sekarang jadi cikgu dan jadi Imam, penceramah dan sebagainya. Banyak hasil daripada KITAB yang konsep asalnya dulu dan kita nak pergi ke arah universiti dan dalam konteks ini saya rasa kita perlu buat banyak persediaan, banyak benda yang perlu kita penuhi untuk kita sampai ke tahap dia punya pengiktirafan itu kena ada memenuhi keperluan dan ada syaratlah kita kena penuhi, kriteria dan syarat-syarat.
Jadi, persediaan kita, saya takut kita nampak jauh kita nak buat pelbagai kursus mungkin pelbagai bidang mungkin kita nak pergi ke bidang bukan tahfiz sahaja mungkin kita nak buat bidang lain. Kita kata antarabangsa mungkin negara lain juga akan masuk kita ada twins dengan mana-mana Al Azhar dan sebagainya yang untuk tarik nanti dapat naik taraf. Cuma saya risaukan persediaan kita nak pergi ke tahap itu. Persediaan kita, kepakaran kita, tenaga kerja kita dan sebagainya perlu dikemaskinikan diperkuatkan sat lagi kita kata nak yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. Takut kita rugi sahaja. Saya nak lahirkan satu KITAB nak buat KITAB buat sesuatu yang cukup hebat dan kalau boleh budak tahfiz ni ada ruang untuk sambung belajar di situ. So, depa tak habis ke situ sahaja saja ada ruang untuk di sambung lagi. Makna ada link antara KITAB ini dengan tahfiz-tahfiz yang banyak di Pulau Pinang dan mungkin di kawasan lain. Jadi, itu satu bab. Tentang KAFA Menengah tadi, jadi terima kasih atas penjelasan. Cuma KAFA Menengah ni mungkin tidak ada peperiksaan lah cuma kalau boleh kita nak pastikan ada juga peperiksaan untuk memastikan yang budak menengah ini dia tertinggal KAFA Rendah, so dia banyak benda yang dia tak tau bab-bab sembahyang dan sebagainya jadi kita mungkin ada juga bentuk peperiksaan daripada mereka ni supaya mereka ini pun ada benda yang depa betul-betul belajar untuk faham dan ada, bukan kita nak based on peperiksaan, tak. Tapi kena ada satu kaedah lain untuk kita pastikan KAFA Menengah ini berjaya. Peringkat umur ini yang cukup bahaya. Kalau KAFA Menengah ni boleh membuktikan ia berjaya, Alhamdulillah. Terima kasih banyak.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Dua.
Terima kasih Sungai Dua. Untuk menjawab tentang persediaan yang telah dibuat oleh KITAB, memanglah seperti yang saya sebutkan tadi dan antaranya adalah kriteria MyQUEST itu dan kemudian KITAB juga telah pun menyediakan pelan pembangunan. Kita telah pun menyediakan pelan pembangunan kampus baru di Batu Kawan dan dari segi persediaan kewangannya saya sebutkan tadi kita telah menerokakan sumber-sumber baru wakaf misalnya untuk kita dapatkan memenuhi peruntukan keperluan belanjawan untuk menaikkan KITAB ke satu tahap yang lebih tinggi lagi dan persediaan dari segi kokurikulum, dari segi tenaga pengajar juga sedang diusahakan oleh pengurusan KITAB dan untuk kampus yang sedia ada juga kita perlengkapkan dengan PIDL, dengan Pusat Pemikiran Al-Hady Centre semuanya adalah pelengkap-pelengkap yang dapat menaikkan taraf KITAB yang sedia ada tu. Jadi semua ni adalah persediaan-persediaan yang telah dibuat untuk meningkatkan kemampuan KITAB sesuai dengan namanya. Namanya sebenarnya telah dimulakan dari dulu lagi bukan setakat tahfiz saja tapi ada international, kolej international kat situ, international dan teknologi. Jadi itulah bidang-bidang yang kita perlengkapkan KITAB untuk menjadi satu pusat penyelidikan terkemuka di Pulau Pinang pada suatu masa akan datang, InshaAllah. Baik, saya teruskan, kat mana saya tadi, KAFA Menengah. Kepada persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Dua juga, Kompleks Warga Emas dibina di bawah pembiayaan Yayasan Bukhary ini untuk sebagai menambah pusat jagaan yang berkonsepkan Darul Hanan di daerah-daerah lain. Jadi kompleks Darul Hanan dibina di bawah pembiayaan Yayasan Bukhary dibina di atas sebahagian tanah yang dimiliki oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang untuk penempatan dan penjagaan warga emas. Antara prasarana yang disediakan adalah bangunan asrama, anjung terapi, dewan makan, surau, wad telantar, dewan
serbaguna dan bilik seminar. Kompleks ini boleh menampung jumlah maksimum warga emas seramai 150 orang dan mula beroperasi pada 1 Februari 2010. Cadangan penambahan lokasi adalah satu cadangan yang baik kepada Yang Berhormat, namun pihak MAINPP pada masa sekarang tidak mempunyai cadangan tersebut lagi. Walau bagaimanapun, kita mengalu-alukan dan kita bekerjasama dengan beberapa buah pusat jagaan swasta dan kita membiayai beberapa orang asnaf yang memerlukan kos bayaran di pusat-pusat penjagaan tersebut.
Isu Tapak Pembinaan Surau, Keluasan Yang Kecil Dan Sudut Tidak Sama Dengan Arah Kiblat. Menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bayan Lepas, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) merupakan salah satu agensi teknikal Mesyuarat OSC di Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP). Oleh yang demikian, Majlis Agama Islam akan mensyaratkan setiap pemaju yang merancang untuk membangunkan perumahan baru di Seberang Perai supaya menyediakan tempat ibadat Islam secukupnya sama ada tapak masjid atau bangunan surau bagi pembangunan perumahan dan bilik solat bagi pembangunan komersial. Manakala untuk MBPP (Majlis Bandaraya Pulau Pinang), MAINPP tidak menganggotai Mesyuarat OSC. Walau bagaimanapun MAINPP dijemput untuk memberikan ulasan mengenai penyediaan kemudahan ruang ibadah bagi projek-projek baharu. MAINPP masih berurusan dengan MBPP untuk menganggotai mesyuarat OSC supaya memudahkan pelaksanaan semakan keperluan tersebut.
Isu Qariah Masjid Diminta Untuk Adaptasi Sistem Masjid pro Yang Perlu Dibeli Oleh Pihak Masjid.
Menjawab kepada persoalan Yang Berhormat Sungai Acheh, melalui surat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) bertarikh 18 Februari 2022, masjid-masjid di seluruh Negeri Pulau Pinang disarankan bukan diwajibkan untuk menggunakan perkhidmatan Syarikat Myrich Dynasty Networks Sdn. Bhd. iaitu pembekal yang telah berjaya membangunkan Sistem MasjidPro yang telah dilaksanakan di beberapa buah masjid secara sukarela dan mereka ni mula dulu beberapa buah masjid di Seberang Perai Utara, Kepala Batas dengan usaha masjid-masjid tersebut sendiri. Untuk makluman, pihak MAINPP tidak memaksa mana-mana kariah, tidak mewajibkan mana-mana kariah untuk menerima Sistem ICT Pengurusan dan Pentadbiran MasjidPro tersebut menggunakan perkhidmatan tersebut. Sungguhpun begitu, jika pihak masjid berkenaan menggunakan sistem di atas, ianya akan dapat dimanfaatkan untuk diwujudkan satu pangkalan data (database) yang menyeluruh dan seragam untuk memudahkan pentadbiran dan pengurusan serta pemantauan segala aktiviti di kariah berkenaan oleh pihak Pentadbir Agama Daerah, JHEAIPP, MAINPP serta agensi-agensi termasuk Zakat Pulau Pinang, Wakaf dan sebagainya. Setakat sesi penerangan yang telah diadakan di lima daerah pentadbiran Agama, adalah didapati ianya tidak ada sebarang bantahan dan mendapat maklum balas yang baik daripada pentadbiran kariah-kariah masjid. Kos yang perlu dibayar setiap masjid adalah RM10,550.00 dan yuran tahunan sebanyak RM699.00. Walau bagaimanapun, yuran tahunan sebanyak RM699.00 telah pun dimansuhkan oleh pembekal. Walau bagaimanapun, Mesyuarat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang Bil.2/2021 telah memutuskan supaya Zakat Pulau Pinang (ZPP) membiayai sebahagian daripada kos yang terlibat iaitu dengan memberi sumbangan RM500.00 bagi setiap masjid yang menggunakan Sistem MasjidPro ini. Pihak MAINPP tidak membiayai sepenuhnya kos pelaksanaan sistem ini supaya masjid-masjid mempunyai inisiatif sendiri di samping menggalakkan anak kariah berkomunikasi secara dua hala dengan pengerusi masjid dan
memastikan penglibatan sepenuhnya oleh semua masjid supaya sistem ini dapat digunakan/diaplikasi sebaiknya. Jadi MasjidPro ini adalah aplikasi telefon bimbit dan juga system database.
Menjawab kepada persoalan Yang Berhormat Seberang Jaya, Pihak Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) telah mengadakan kerjasama dengan melantik Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) sebagai Project Management Office (PMO) bagi projek Hospital Islam Pulau Pinang. PDC telah melaksanakan kajian penilaian semula bagi projek ini dan sedang di dalam proses penyediaan hasil kajian tersebut. Cadangan Pembinaan Penang, last sekali saya ingin menyentuh tentang yang hangat diperkatakan pada hari ini perkara yang hangat dibahaskan iaitu tentang CLQ (Central Labour Quarters) ataupun asrama pekerja. Ini ada kaitan dengan Penang Technology Park di Pinang Tunggal ataupun di Bertam. Cadangan pembinaan Penang Technology Park merupakan cadangan tapak-tapak industri (industry lots) di satu kawasan berkeluasan 800 ekar yang telah pun diluluskan untuk pemajuan industri di dalam kawasan pembangunan bandar Bertam di dalam DUN Pinang Tunggal. Kelulusan awal adalah sejak tahun 2004 lagi namun ianya tidak diteruskan hingga baru-baru ini apabila sebuah syarikat mengambil alih sebagai pemaju baharu dan mengemukakan permohonan Kebenaran Merancang untuk Fasa 1 seluas 250 ekar lebih kurang kepada Majlis Bandaraya Seberang Perai. Seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Sungai Dua Kebenaran Merancang yang telah dikemukakan belum lagi termasuk asrama pekerja. Kerajaan Negeri menyokong cadangan pemajuan ini kerana ia dapat mewujudkan peluang pekerjaan untuk penduduk Bertam dan Kepala Batas serta membantu negeri menyediakan kawasan industri baharu yang terancang. Untuk makluman Dewan ini, pembangunan Bertam Estate seluas lebih kurang 4000 ekar dan juga beberapa buah pembangunan baru di dalam kawasan tersebut sehingga kini tertumpu kepada pembangunan perumahan sahaja, tidak ada sedikit komersial lah untuk compliment pembangunan perumahan dan setakat ini lebih kurang 20,000 unit telah pun diduduki dan untuk makluman juga, permohonan cadangan projek ini adalah tertakluk untuk cadangan projek teknologi park ini juga tertakluk kepada semua syarat-syarat teknikal termasuk penyediaan Kajian Impak Trafik (TIA), Kajian Impak Sosial (SIA), Laporan Kajian Kesan Alam Sekitar (EIA) dan lain-lain syarat teknikal. Jadi, kalau di Bertam ni dengan begitu banyak perumahan penduduk yang menduduki kawasan Bertam setiap pagi start kereta pi kerja di Juru, di Batu Kawan di Bayan Lepaskan jadi sekiranya ada peluang pekerjaan yang banyak di Bertam sendiri tentu akan dapat memudahkan perjalanan ke tempat kerja setiap hari dengan itu meleraikan masalah trafik di Bertam sendiri dan mungkin juga dapat menyumbang kepada membaiki kesesakan trafik di Seberang Perai…(gangguan).
Terima kasih. Pencelahan Yang Berhormat, saya nak tanya Pinang Tunggal sama ada setuju kebenaran merancang dah masuk kawasan itu dan dizonkan kawasan industri 800 ekar. Setuju ataupun tidak jika asrama pekerja ni, CLQ ni dibina di situ? Setuju ataupun tidak kalau kita pastikan bahawa bentuk industri yang akan dibina di situ, akan dilaksanakan di situ merupakan bentuk industri yang tidak berkaitan dengan pencemaran, asap tak keluar banyak, mungkin dari segi kumbahan pun tak banyak dan sebagainya yang akan menyebabkan penduduk di kawasan itu terkesan sebab dekat sangat, Padang Kota dekat sangat ada yang lebih kurang dalam 50 meter tak sampai pun dan sekitarnya tu lebih kurang 5 kilometer penuh dengan kawasan perumahan. Jadi penduduk di situ pun bukan golongan-golongan biasa-biasa, golongan yang kita agak pertengahan dan juga elit. Pensyarah saya duduk di situ, pensyarah saya dulu di UUM saya
mengaji tua sikit dia muda pada saya, pensyarah saya Dr. Shukri, Profesor Madya Dr. Shukri ni dia merupakan antara pengerusi bertindak di situ, saya risau juga takut macam jadi macam di Bayan Lepas. Dia jadi masalah kepada Pinang Tunggal sendiri esok ni saya tak tahu. Terima kasih.
Saya pun risau juga kan tapi ada cara dia untuk kita menangani kerisauan tersebut. Kalau macam 800 ekar ini adalah kawasan yang telah pun dikenal pasti yang diperuntukkan untuk industri. Jadi dan kita harapkan peluang pekerjaan yang akan diwujudkan dapat dipenuhi oleh orang tempatan, orang situ juga berkerja jadi tidak ada keperluan nak wujudkan apa nama penempatan kakitangan industri di situ ka. Tak perlu tapi kalaulah orang situ tidak ada talent sebab sesuai dengan nama Penang Technology Park, namanya pun kerajaan telah bersetuju untuk menggunakan Technology Park bermakna ini bukan industrial park yang biasa-biasa. Biasa-biasa macam Sungai Dua sebut tadi. Jadi Penang Technology Park sebab tu namanya pun dah technology dah maknanya hi tech, jadi kita mengharapkan industri yang akan masuk ke dalam kawasan ini adalah industri yang tidak menggunakan labour yang banyak talent yang tinggi kan misalnya apa nama computer ka, research ka kan, hi end punya apa nama industrilah. Jadi kalau itu berlaku InshaAllah akan dimanfaatkan oleh orang tempatan yang akan mendapat manfaat yang lebih. Tapi yang pertamanya kalau dapat dimanfaatkant oleh penduduk tempatan adalah lebih baik. Nombor dua, sekiranya diperlukan talent di luar kita mengharapkan local talent bukan foreign bukan orang asing.Walau bagaimanapun, kalaulah orang asing diperlukan juga untuk bekerja di situ nanti, maka di situlah perlunya penempatan yang khas ini. Kita tak mahu orang asing ini duduk bersama-sama dengan penduduk tempatan yang ada sekarang…(gangguan).
Saya ingat macam ni lah Pinang Tunggal, saya harap kalau kita buat dapat buat satu libat urus oleh pihak Kerajaan Negeri dan Pihak Majlis, buat libat urus bincang tentang benda ni dan kalau boleh saya memang tak setuju projek ini. Walaupun saya duduk Tasek Gelugor tapi saya kesian kat orang belah nu saya tak mahulah, kilang tu okey. Saya nampak kilang tu boleh beri kebaikan, bagi pekerjaan dan sebagainya kepada masyarakat sekitar termasuk Tasek Gelugor termasuk kawasan Pulau Pinang ini. Tapi asrama tu saya kalau boleh minta dipertimbangkan seribu kali lah nak buat ka tak buat. Terima kasih.
Dah mula kempen Parlimen kot.
Baik, terima kasih. Terima kasih Sungai Dua di atas saranan tersebut. Di pihak Kerajaan Negeri memang kita sedarlah tentang perkara ini dan kita telah pun mengambil langkah yang awal lebih awal in fact dengan menubuhkan satu jawatan kuasa memantau di bawah EXCO yang melaporkan kepada EXCO yang saya sendiri mempengerusikan jawantankuasa ini terdiri daripada YB. Phee Boon Poh, YB. Dato’ Haji Abdul Halim dan juga agensi-agensi lain yang terlibat misalnya MBSP, JAS dan lain-lain lagi yang terlibat untuk memastikan cadangan Technology Park ini mematuhi kehendak Kerajaan Negeri. Termasuklah kan dalam pencemaran, jenis industri yang akan diadakan dan satu lagi PGC juga akan terlibat dalam jawatankuasa ini.
Dan langkah awal yang kita ambil sekarang adalah kita akan Insha Allah akan membuat road show ataupun libat urus Town Hall yang telah pun diatur pada mungkin pertengahan bulan ini supaya pandangan orang yang terlibat penduduk di sekeliling itu akan kita dapat perolehi InshaAllah, dan kita consider pandangan-pandangan tersebut. Baik saya teruskan dan saya ingin menekankanlah bahawa jika ianya dibenarkan. Misalnya asrama ini dibenarkan semua aspek-aspek teknikal akan diambil kira termasuklah buffer zone, kemudahan yang perlu diadakan untuk penempatan ini tak semestinya asrama CLQ. Mungkin penempatan-penempatan kakitangan dalam corak yang lebih kelasnya yang lebih tinggi dengan fasiliti komersial, dewan riadahnya kan bukan sekadar asrama sahaja. Jadi penyediaan asrama pekerja ini kita akan pastikan memenuhi Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja (Penginapan dan Penginapan Berpusat) 2020 Akta 446 dan juga garis panduan. Garis panduan yang telah pun dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Kerajaan Negeri. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, seperti yang saya sebutlah apa yang kita harapkan orang Bertam sendiri, orang Kepala Batas sendiri akan dapat bekerja di situ. Jadi kita tak perlu lagi mengadakan asrama ka, mengadakan tempat penginapan ka, kan jadi semuanya adalah untuk orang-orang tempatan, itu yang kita harapkan, kalau itu yang berlaku, Alhamdulillah. Saya berharap penerangan tadi dapat menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bayan Lepas, Yang Berhormat Bertam dan Yang Berhormat Penaga dan juga Sungai Dua. Saya sentuh sedikit mengenai MMK Koperasi. Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, pemerkasaan Koperasi di Negeri Pulau Pinang adalah penting dalam usaha memberi sumbangan positif terhadap ekonomi dan sosial kepada masyarakat di Pulau Pinang. Menurut Suruhanjaya Koperasi Malaysia Pulau Pinang (SKMM), sehingga Disember 2021 terdapat 776 buah koperasi telah didaftarkan di Pulau Pinang dengan peningkatan 22 buah koperasi berbanding tahun 2020 dengan pendaftaran keanggotaan sejumlah 191,202 anggota berbanding 152,172 pada tahun sebelumnya. Prestasi aset koperasi di Negeri Pulau Pinang telah menunjukkan peningkatan 8.75 peratus berbanding tahun sebelumnya dengan jumlah aset sebanyak RM1.07 bilion pada tahun 2021. Selain itu, prestasi perolehan juga menunjukkan peningkatan sebanyak 4.18 peratus dengan jumlah perolehan sebanyak RM283 juta pada tahun 2021. Peningkatan prestasi ini di dorong oleh beberapa faktor antaranya pemberian bantuan kepada koperasi bagi merancakkan semula aktiviti perniagaaan dan kempen membeli barangan serta produk yang dikeluarkan oleh koperasi dalam penganjuran program Pasar Koop di Pulau Pinang. Sebagai sebuah Kerajaan Negeri yang prihatin terhadap pembangunan koperasi, Kerajaan Negeri Pulau Pinang turut meneruskan bantuan Penang2030 Coop Grant bagi merangsang dan membantu ekosistem koperasi untuk lebih kompetitif dalam menghadapi norma baru ini. Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memperuntukkan dana bantuan sebanyak RM300,000.00 kepada Koperasi-Koperasi Kecil di Negeri Pulau Pinang pada tahun 2022 ini. Sebagai makluman, Penang2030 Coop Grant ini mula diperkenalkan pada tahun lepas dan dana permulaan yang diperuntukkan adalah RM300,000.00. Dengan jumlah dana ini setiap tahun Kerajaan Negeri dapat membantu sekurang kurangnya 20 hingga 30 koperasi yang aktif di Negeri Pulau Pinang. Saya sentuh sikit MMK Pemerkasaan Komuniti. Sehingga 31 Mei 2022 sebanyak 375 MPKK telah diluluskan penubuhan seperti berikut: (a) Timur Laut - 92 (b) Barat Daya - 59 (c) Seberang Perai Utara - 84
(d) Seberang Perai Tengah - 84 (e) Seberang Perai Selatan - 56
Berjumlah 375 MPKK dengan ahli 5,625. Kerajaan Negeri di bawah portfolio Pemerkasaan Komuniti telah mengambil inisiatif untuk mengadakan Takaful Kemalangan Peribadi Secara Berkumpulan (Group Personel Accident Takaful) untuk Ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di Negeri Pulau Pinang. Kerajaan Negeri telah melantik Etiqa Insurance & Takaful bagi menyediakan Takaful Kemalangan tersebut. Takaful Kemalangan ini diberikan kepada semua 375 MPKK sedia ada yang melibatkan seramai 5,625 ahli tadi. Pampasan akan dibayar kepada ahli MPKK bagi sebarang jenis kemalangan dan dilindungi dalam tempoh 24 jam. Tuntutan bil hospital boleh dituntut setiap kali kemasukkan ke hospital berdasarkan jumlah bil dan maksima bayaran sebanyak RM500.00. Bayaran tuntutan pampasan akan dimasukkan terus ke dalam akaun penerima. Pecahan pampasan adalah seperti berikut: (a) Kematian - RM20,000.00 (b) Kecacatan Kekal - RM20,000.00 (c) Hospital - RM500.00 (d) Urusan Pengebumian - RM1,000.00 Selain daripada itu bagi tahun 2022 Kerajaan Negeri di bawah Portfolio Pemerkasaan Komuniti turut menganjurkan Kursus Pengurusan Bencana Majlis Pengurusan Komuniti Kampung yang diadakan bertujuan untuk menambahkan ilmu pengetahuan berkaitan tatacara pengurusan bencana di kalangan MPKK seluruh Negeri Pulau Pinang. Kursus Pengurusan Bencana bagi setiap daerah telah dan akan dilaksanakan mengikut pecahan daerah dan tarikh seperti berikut: (a) Barat Daya - 29 Mac 2022 (b) Timur Laut - 6 Mac 2022 (c) Seberang Perai Utara - 26 Jun 2022 (d) Seberang Perai Tengah - 25 Jun 2022 (e) Seberang Perai Selatan - 2 Julai 2022 Dalam usaha memantap dan memperkasakan kepimpinan wanita MPKK, MMK Pemerkasaan Komuniti dengan kerjasama PWDC telah berjaya mengadakan dua (2) sesi Bengkel Pembangunan Kepimpinan Wanita. Program ini berjaya mengumpul lebih 200 peserta dari kepimpinan Wanita MPKK dan JPWK untuk menyertai bengkel tersebut. Bengkel ini telah berjaya dilaksanakan pada 28 Mei 2022 di bahagian Seberang Perai dan 29 Mei 2022 di bahagian Pulau. Sebelum saya mengundur diri…(gangguan).
Minta penjelasan Pinang Tunggal berkaitan dengan takaful untuk MPKK. Saya nak tahu bila takaful itu bermula berkuat kuasa dan setakat ini adakah tuntutan telah dibuat, sebarang tuntutan telah dibuat di antara MPKK-MPKK di Pulau Pinang ini. Itu sahaja saya nak tahu. Thank you.
Terima kasih Machang Bubuk. Takaful kemalangan peribadi ini dimulakan pada tahun lepas dan dianjurkan pada sehingga pada tahun lepas telah pun expired pada 30 April namun kita telah lanjutkan mulai 1 Mei hingga 30 April 2023 bagi tempoh setahun yang kedua dan beberapa tuntutan telah pun dibuat kepada takaful ini dan telah pun diuruskan lah. Saya tak dapat nak bagi jumlah yang sebenar mungkin saya ingat kematian pun ada dan juga tuntutan hospital dan cuma kecacatan kekal…(gangguan).
Pinang Tunggal, mungkin boleh dapatkan jawapan bertulis selepas ini. Terima kasih.
Saya akan berikan jawapan bertulis kepada Machang Bubuk, Insha Allah. Dengan itu saya ingin mengucapkan, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan saya kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri, Bahagian Khidmat Pengurusan, semua Pejabat Daerah dan Tanah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Majlis Bandaraya Seberang Perai dan semualah yang terlibat di dalam urusan yang pejabat saya berurusan untuk melaksanakan tugas kami. Semoga kerjasama yang terjalin ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang bagi kemajuan dan kemakmuran Negeri Pulau Pinang. Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong.
Terima Kasih Pinang Tunggal. Ahli-Ahli Yang Berhormat mesyuarat ditangguhkan dan dewan akan bersidang semula pada hari Jumaat 3 haribulan Jun 2022, 9.30 pagi. Sekian, terima kasih.
Dewan ditangguhkan pada jam 6.15 petang.