Pulau Pinang · 20 November 2025

15th Assembly, 3rd session, 2nd meeting (Budget 2026) · 469 turns · 37,418 words · official PDF ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPenang publishes one PDF per sitting day with an attendance list, so each sitting shows who was absent. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

Absent: Dato‘ Seri Reezal Merican bin Naina (Bertam), Kumaresan a/l Aramugam (Batu Uban), Lee Khai Loon (AHLI-AHLI YANG HADIR MENGIKUT BAHAGIAN I BAB 3 PERKARA 6A), Dato’ Seri Haji Zulkifli bin Long (Setiausaha Kerajaan Negeri), Dato’ Wan Nor Sakina binti Saad (Penasihat Undang–Undang Negeri), Dato’ Zabidah binti Safar (Pegawai Kewangan Negeri)

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri. Bacaan Doa. Doa. Soalan lisan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Selamat pagi Ahli-ahli Yang Berhormat. Untuk pagi ini, kita akan mula dengan soalan 41. Memandang soalan 41 telah pun dijawab bersama dengan soalan 26, maka kita ke soalan 42. Soalan 42 pun telah dijawab, bersamaan dengan soalan 34. Maka, saya nak menjemput Yang Berhormat Permatang Berangan.

Mohd Sobri bin SalehPAS · PNPermatang Berangan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Selamat Sejahtera. Dato’ Seri Yang di-Pertua, soalan saya nombor 43.

No. 43 Apakah status sebenar projek tebatan banjir di kawasan Labuh Banting yang

menjadi pertemuan Sungai Perai, Sungai Kulim, Sungai Jarak dan Sungai

Kereh?

(a) Nyatakan jumlah peruntukan disalurkan dan baki yang diperlukan untuk

projek tebatan banjir?

(b) Bilakah pelaksanaan penuh akan bermula, serta siap sepenuhnya bagi

menamatkan penderitaan penduduk akibat banjir?

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Dato’ Seri Speaker dan Permatang Berangan. Kawasan Labuh Banting yang menjadi pertemuan Sungai Perai, Sungai Kulim, Sungai Jarak dan Sungai Kereh adalah termasuk di dalam RTB Sungai Kulim dan Sungai Perai. Cadangan projek RTB ini telah pun dikemukakan dalam Rolling Plan pertama RP1 Rancangan Malaysia ke-13.

Walau bagaimanapun, kelulusan peruntukan masih belum diterima untuk pelaksanaan projek ini. Tiada peruntukan yang diluluskan lagi untuk RTB Sungai Perai dan perancangan pelaksanaan projek akan dimuktamadkan setelah permohonan peruntukan diluluskan di bawah RMK-13. Jadi kita masih lagi mencuba, Yang Berhormat.

Mohd Sobri bin SalehPAS · PNPermatang Berangan

Soalan tambahan, Dato’ Seri Yang di-Pertua. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai data tentang kerugian yang ditanggung oleh mangsa-mangsa banjir ni, sama ada banjir besar ataupun banjir kilat.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Makluman itu bukan dalam bidang kuasa JPS, Yang Berhormat Dato’ Speaker. Namun, kalau ingin nak dapatkan maklumat itu, kita kena bincanglah sebab itu di luar daripada bidang kuasa. JPS hanya fokus kepada infrastruktur, sungai dan perparitan. Dari segi lain daripada itu, mungkin lebih kepada kebajikan. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Sila.

Mohd Sobri bin SalehPAS · PNPermatang Berangan

Dato’ Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya tadi, sebabnya kita bila berlaku sesuatu banjir, kita sama ada Kerajaan ataupun rakyat akan mengalami kerugian kan? Dan sepatutnya kita ada satu kajian yang menentukan berapa jumlah kerugian yang kita tanggung setiap kali banjir berlaku.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Biasanya.

Mohd Sobri bin SalehPAS · PNPermatang Berangan

Supaya kita, kita boleh justify dengan permohonan.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Ya. Terima kasih.

Mohd Sobri bin SalehPAS · PNPermatang Berangan

Peruntukan tebatan banjir tadi.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Faham. Biasanya sekiranya peruntukan diluluskan dan kemudian perunding dilantik untuk membuat reka bentuk, dan biasanya dalam reka bentuk itu perunding akan masukkan jugalah elemen apa ni dari segi impak banjir ke atas penduduk dan kadang kala ada juga diletakkan mungkin dari segi berapa keluarga yang apa ni terlibat dan kerugian ekonomi itu kadang kala ada, kadang kala bergantung kepada skop yang diberikan pada perunding.

Tapi, biasanya sekiranya ramai penduduk yang terkesan, dia itu menjadi faktor yang utamalah. Kita nak, nak objektif kepada projek-projek tebatan banjir adalah untuk membantu seberapa banyak keluarga dan rumah yang mungkinlah. Itu menjadi objektif utama.

Zulkefli Bin BakarBERSATU · PNPenanti

Soalan tambahan. YB, semalam YB ada maklumkan bahawa ada satu Pelan Tindakan Banjir oleh JPS. Saya cuma ingin bertanya berkenaan dengan pelan tindakan tersebut, adakah dimasukkan isu pampasan ke dalam pelan tersebut? Seperti yang terjadi di kawasan saya, di mana tanah-tanah pesawah diambil untuk dibuat parit. Tetapi bayaran yang belum dijelaskan sehingga mereka tutup balik parit-parit tersebut, ini menyebabkan air

limpahan banjir tidak dapat pergi ke situ. Di Kampung Padang Tembusu, Kampung Padang Ibu dan Kampung Gua Jering.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Saya perlu semak, tapi biasanya kalau sekiranya ada tanah milik yang diambil untuk mana-mana projek kerajaan, semestinya ada pampasan. Kecuali itu bukan tanah miliklah. Kalau rizab kerajaan tu tiada pampasan, Yang Berhormat.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Maka saya nak ke soalan 44, dari Bertam. Bertam tak ada, sudah mohon cuti. Maka soalan ini dilangkau. Penanti sila.

Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat kawasan Penanti yang telah menanyakan tentang isu wad bersalin. Untuk makluman Dewan yang Mulia ini, wad wad bersalin yang dimaksudkan dalam soalan lisan yang ditujukan oleh Yang Berhormat Penanti, sebenarnya merujuk kepada projek pembinaan Blok Wanita dan Kanak-Kanak bagi Hospital Pulau Pinang.

Untuk makluman Dewan yang Mulia ini, blok baharu ini akan menempatkan perkhidmatan obstetrik dan juga ginekologi serta pediatrik, yang dijangka akan menambahkan 164 katil bagi pediatrik dan juga 165 katil untuk tujuan O&G. Jadi, projek pembinaan Blok Wanita dan Kanak-Kanak Hospital Pulau Pinang ini, dijangka siap sepenuhnya pada 19 Januari tahun 2027, setelah mengambil kira lanjutan masa EOT yang ketiga yang telah pun diluluskan.

Kelulusan EOT adalah berikutan daripada penambahan keluasan lantai kasar ataupun GFA, hasil sesi Room Data Interaction (dengan izin), bersama dengan pihak pengguna bagi menampung keperluan pengoperasian semasa dan pematuhan kepada standard kesihatan terkini.

Walau bagaimanapun, kerja-kerja pembinaan kini sedang berjalan lancar mengikut jadual, dan agensi pelaksana senantiasa memantau rapi kemajuan projek bagi memastikan ia dapat disiapkan mengikut tarikh yang telah pun ditetapkan. Terima kasih.

Zulkefli bin BakarBERSATU · PNPenanti

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Zulkefli bin BakarBERSATU · PNPenanti

YB, okay. Walaupun YB telah menerangkan apa yang akan dilakukan, tetapi apakah ada perancangan lain dalam penambahbaikan di masa hadapan untuk mengurangkan kesesakan di wad bersalin tersebut, yang mana menyebabkan hari ini ramai yang saya rasalah dah tak pergi ke hospital bersalin, tapi pergi ke klinik swasta. Sebab kalau tengok daripada angka statistik ibu-ibu mengandung yang melahirkan anak di Hospital Pulau Pinang, Hospital Bersalin ni dah menurun. Maknanya 2023 dengan 2024, lebih banyak 2023 daripada 2024. Jadi, mohon ataupun ada perkara benda lain seperti pengangkutan percuma ke hospital ke apa, kita perlu tahu jugalah kalau ada. YB, terima kasih.

Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Penanti. Tadi dalam soalan tambahan beliau, beliau telah menyatakan dua faktor yang berlainanlah. Satu adalah sebenarnya berbeza dengan mungkin perubatan penyakit yang lain, misal katanya oncology dan sebagainya. Sebenarnya wad bersalin, walaupun saya belum berumah tangga, belum ada bini lagi tapi saya taulah sebenarnya proses untuk bersalin itu, dia bukan dia bukan. Saya tunggu bagi, saya jawab soalan ni. Bagi saya jawab soalan ni.

Zulkefli bin BakarBERSATU · PNPenanti

Sekejap YB. Saya setuju YB.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Ini sudah offer. Ini sudah offer.

Zulkefli bin BakarBERSATU · PNPenanti

Prevention is better than cure.

Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Tak.

Zulkefli bin BakarBERSATU · PNPenanti

Jadi prevention Dato’, (kurang jelas). Prevention untuk orang mengandung macam mana tu.

Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Tunggu sat, saya belum masuk saya belum masuk jawapan lagi. Tunggu sat. Tapi berbeza, berbeza dengan penyakit yang lain. Sebenarnya proses untuk bersalin ini, kelazimannya dia tidak perlu mengambil satu tempoh masa yang panjang. Tak sampailah, itu ibu mengandung nak bersalin kena duduk dalam wad tiga minggu, empat minggu. Tidak. Proses dia cepatlah. Jadi, step down dia pun proses dia pun cepat. Itu akan sebenarnya untuk lihat kepada kapasiti untuk wad bersalin kita.

Yang kedua, sebenarnya kalau kita lihat walaupun betul, memang ada statistik pengurangan daripada kadar bersalin tersebut. Sebenarnya ada beberapa faktor yang menyumbang. Satu adalah memang ada kemudahan di hospital swasta yang menawarkan perkhidmatan bersalin ini, disebabkan mungkin ada yang ada caruman insurans dan sebagainya dan mereka merasakan mereka nak ambil perkhidmatan untuk bersalin di bawah hospital swasta, itu salah satu.

Dan keduanya adalah sebenarnya itu dari segi production lah, populasi kita lah. Itu saya tak boleh control lah, ada tambah kurang ke. Kita cuba menggalakkan, kita cuba untuk menggalakkan. Tapi, itulah itu adalah keputusan yang dibuat oleh keluarga dan sebagainya.

Ada beberapa faktor yang akan menjejaskan jumlah kadar kelahiran tersebut. Namun demikian, seperti mana yang saya katakan buat masa kini di Negeri Pulau Pinang, sebenarnya buat masa kini kita ada sejumlah 174 wad bersalin, iaitu 58 di Hospital Pulau Pinang, 70 di Hospital Seberang Jaya, di Hospital Bukit Mertajam kita ada 20, Hospital Kepala Batas ada 22, Hospital Sungai Bakap ada 2, dan juga Hospital Balik Pulau juga ada 2 wad bersalin.

Namun demikian, seperti mana tadi saya jawab dengan tambahan katil melalui projek pembangunan baharu blok wanita dan Kanak-Kanak ini, kita dijangkakan akan tambah 165 katil untuk tujuan O&G. Jadi, kita harap itu dapat menyelesaikan isu kesesakan yang dimaksudkan tersebut. Terima kasih.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Nak panggil (kurang jelas) ini menggalakkan EXCO kahwin kot.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Dato’ Seri Speaker, saya tertarik dengan Padang Lalang. Dia kata bahawasanya, dia belum lagi. Tapi you kena belajar dengan Bagan Dalam, baru lepas. Okay.

Yang di-Pertua (Speaker)

Soalan.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Soalan dia di Hospital BM dekat dengan Padang Lalang. Di Hospital BM, dulu tempat bersalin ni adalah khas untuk bersalin. Sekarang ni, sebelah bersalin, setengah sekat orang tua-tua, wanita. Adakah pihak ADUN Padang Lalang ambil tindakan untuk yang untuk baguslah untuk untuk tempat ibu bersalin ni?

Patut ibu bersalin ni dia tak boleh bercampur dengan pesakit wanita, pesakit kronik pun ada situ dan juga sebelah tempat bersalin. Makna dia infect penyakit tu baby yang baru lahir ni, bermasalah. Sekian, terima kasih.

Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Terima kasih Yang Berhormat Telok Ayer Tawar. Memang kita mengambil maklumlah, memang Hospital Bukit Mertajam tadi Yang Berhormat sebut dekat. Sebenarnya bukan. Hospital Bukit Mertajam dalam kawasan DUN Padang Lalang. Memang saya ambil, memang dalam hati saya lah. Memang perkembangan hospital yang telah kini berusia 135 tahun sebenarnya. Memang ada perancangan untuk kita lihat pembangunan blok baharu, seperti mana yang kita pernah bangkit dalam Dewan yang Mulia ini, kita dapat mengenal pasti sebidang tanah yang sesuai untuk kita meneruskan permohonan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk membangunkan blok baharu, bagi kita memindahkan sesetengah perkhidmatan yang sedia ada di dalam blok sedia ada di dalam Hospital Bukit Mertajam tersebut, untuk ke blok baharu yang dirancang tersebut dan sememangnya cadangan tersebut telah pun memperolehi persetujuan dan kelulusan daripada Jawatankuasa Tanah Kementerian Kesihatan Malaysia, dan ini perkara memang kita dalam susulilah. Saya pun berharap bukan saja selaku EXCO Kesihatan, selaku ADUN kawasan Padang Lalang, projek itu dapat direalisasikan dalam penggal saya juga. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih dan Seberang Jaya, sila.

Izhar Shah bin Datuk Arif ShahBERSATU · PNSeberang Jaya

Menyarung batik segak bergaya,

Berbekal azam teguh ditanam,

Terima kasih Speaker yang bergaya,

Soalan saya 46.

No. 46 Apakah perancangan/tindakan Kerajaan Negeri bagi membangunkan semula

projek/landmark terbiar di Seberang Jaya, iaitu Tapak Ekspo, Bazar Perdana

Bandar Perda dan Projek Perumahan Kampung Bagan Serai?

(a) Apakah status semasa dan halangan pembangunan setiap projek

tersebut?

(b) Adakah pelan pemulihan/pengambilalihan telah dirangka?

(c) Bilakah pelaksanaan dijangka bermula dan siap sepenuhnya?

Dato’ Hj Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Terima kasih Seberang Jaya. Dato’ Seri Yang di-Pertua. Kerajaan Negeri mengambil maklum berhubung beberapa projek dan kawasan terbiar di Seberang Jaya, yang melibatkan pelbagai agensi dan pemilik tanah.

Ringkasan status semasa dan tindakan yang sedang diambil adalah seperti berikut:

(i) Tapak Ekspo Seberang Jaya adalah di bawah penyelenggaraan Perbadanan

Pembangunan Pulau Pinang yakni PDC. Pihak PDC kini dalam perancangan untuk

membangun tanah bagi Tapak Ekspo Seberang Jaya dengan pembangunan

bercampur. PDC kini dalam proses memperhalusi butiran perjanjian jual beli bagi

tujuan pembangunan tanah berkenaan, yang turut merangkumi komponen

pembangunan usahawan dalam cadangan keseluruhan.

Tiada isu pelan pemulihan atau pengambilalihan kerana tanah tersebut merupakan milik penuh PDC. Jangkaan pelaksanaan projek ini adalah tujuh (7) tahun bermula daripada tarikh perjanjian jual beli dimeterai. Pemilikan tanah atau aset seluas 17.2519 ekar di atas Lot 340 Tapak Ekspo Seberang Jaya Mukim 1, Daerah Seberang Perai Tengah telah diluluskan pemberi milikannya kepada PDC melalui Mesyuarat Jawatankuasa Tanah Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 16 Mac 2022 dan disahkan pada 25 Mac 2022.

Bazar Perdana Bandar Perda. Bazar Perdana Bandar Perda merupakan pembangunan berstrata yang diuruskan oleh Badan Pengurusan Bersama (JMB) bazar, Bazar Perdana. Status tanah semasa adalah halangan pembangunan. Status semasa dan halangan pembangunan projek ini tertakluk kepada pengurusan dalaman JMB memandangkan bangunan ini beroperasi di bawah struktur pemilikan bersama.

Antara cabaran yang dihadapi termasuklah isu pelanggaran bangunan dan kadar penghunian yang rendah. Sehingga kini, tiada pelan pemulihan atau pengambilalihan rasmi oleh Kerajaan Negeri bagi Bazar Perdana memandangkan ia bukan di bawah bidang kuasa atau pemilikan langsung Kerajaan Negeri. Tempoh pelaksanaan pembangunan semula belum dapat ditentukan kerana ia tertakluk kepada keputusan dan kemampuan pihak pengurusan bangunan serta pemilik-pemilik unit yang berdaftar.

Projek perumahan Kampung Bagan Serai. Semalam ni saya dah jawab, tapi tak apalah, kita jawab sekali lagi. Projek perumahan Kampung Bagan Serai terletak di lot persendirian milik pemaju JKP Sdn Bhd. Sehingga kini, tiada permohonan kebenaran merancang dikemukakan oleh pemaju. Projek ini akan dibangunkan secara usaha sama antara JKP selaku pemilik tanah dan Perda Ventures (PVISB), anak syarikat penuh Perda. Laporan kajian kebolehan pembangunan kini sedang disediakan dan akan menjadi asas kepada pemuktamadan perjanjian usaha sama tersebut. Jumlah asal unit yang bakal dibina akan ditentukan setelah konsep pembangunan diperakukan sepenuhnya.

Berdasarkan maklumat yang diberi oleh JKP, tapak ini pada asalnya dihuni oleh sekurang-kurangnya 117 keluarga atau pemilik struktur tidak sah. Semua keluarga tersebut telah mengosongkan tapak berkenaan dan JKPSB kini menanggung kos sewaan bulanan bagi semua keluarga tersebut sehingga unit gantian siap dibina. Pelan pemulihan baharu sedang dirangka oleh JKPSB. Selepas cadangan rakan usaha sama terdahulu gagal, proses memuktamad perjanjian usaha sama dengan PVISB sedang dijalankan bagi

membolehkan pembangunan diteruskan. Konsep pembangunan baharu kini berada di peringkat penilaian akhir. Kerja pembangunan dijangka dimulakan selewat-lewatnya pada tahun 2026, mungkin pertengahan dan siap sepenuhnya menjelang 2030. Kerajaan Negeri akan, Kerajaan Negeri akan memantau pelaksanaan projek ini secara berterusan bagi memastikan kepentingan serta kebajikan penduduk yang terlibat terus terpelihara dan semalam saya menghubungi Perda dan memang mereka di peringkat akhir dan katanya Insya-Allah dan mereka juga ambil kira tentang 170, 117 keluarga yang akan dibina satu bangunan, bangunan penghuni untuk mereka di kawasan tersebut. Maklumat terakhir saya dapatlah dan Insya-Allah saya akan dapat seterusnya pada hari ini.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Izhar Shah bin Datuk Arif ShahBERSATU · PNSeberang Jaya

Yang Berhormat Dato’ Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Sungai Acheh atas penjelasan-penjelasan projek ataupun landmark terbiar dalam kawasan Seberang Jaya yang semakin membangun ini. Pertama, mengenai tapak ekspo saya difahamkan sepertimana yang dijelaskan oleh Yang Berhormat Sungai Acheh, saya mohon dipertimbangkan cadangan wakil rakyat bukan sahaja saya malah wakil-wakil rakyat sebelum ini berkenaan tapak ekspo ini untuk mempertimbangkan cadangan supaya menjadikan sebahagian tapak ekspo ini sebagai logistik ataupun mobility hub sebagai extension kepada Penang Sentral di mana dari segi connectivity nanti dapat dihubungkan Penang Sentral ke Tapak Ekspo Seberang Jaya yang mungkin juga boleh dibangunkan tapak parkir centralised di situ yang boleh menyelesaikan beberapa masalah seperti di Imigresen dan juga di Hospital Seberang Jaya yang berdekatan. Yang kedua, berkenaan Bazar Perdana sepertimana yang saya sebutkan harap kita dapat sama-sama mengepalai sebuah jawatankuasa untuk membantu pemilik-pemilik ini menyelesaikan masalah dengan apa jua aparatus daripada yang ada oleh Kerajaan Negeri.

Yang ketiga, sehingga hari ini masih belum saya terima sebenarnya kronologi mengapa Kampung Bagan Serai ini lewat dibangunkan. Daripada saya rasa dah hampir satu dekad, lebih satu dekad berlalu, 13 tahun to be exact, perkara ini masih tidak difahami oleh penduduk mengapa ia lewat. Jadi, saya mohon supaya pihak Kerajaan Negeri dapat

memberikan kronologi. Mungkin tak ada pada hari ini tapi mungkin boleh dapat diberi secara bertulis kemudiannya. Itu soalan tambahan saya supaya dapat diberikan kronologi. Terima kasih.

Dato’ Hj Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Terima kasih Seberang Jaya. Apa cadangan daripada Seberang Jaya ini kita akan bawa ke perbincangan di peringkat Kerajaan Negeri. Mungkin tentang tapak ekspo, mungkin akan diputuskan oleh PDC dan sebagainya dan tentang saya nak respon tentang apa Bazar Perdana. Mungkin kalau diberi apa kuasa sikit untuk jadi pembincang, Insya-Allah saya akan turun berbincang bersama dengan YB kawasan dan pemilik strata untuk bantu dari segi dengan Perda dan sebagainya. Saya nampak dan saya sendiri berasa perlu ada Jawatankuasa Khas untuk membantu. Insya-Allah kita pihak Kerajaan Negeri, kita akan melihat dan kita akan cuba bantu sebaik mungkin dan untuk kronologi ini saya akan dapat dalam masa dua tiga hari lagi dan saya akan maklum kepada YB kawasan. Ya, terima kasih.

Zulkefli bin BakarBERSATU · PNPenanti

YB Speaker, berkenaan dengan Bazar Perdana ni YB, saya dulu Pengerusi MPKK dan Pengerusi JKK kawasan tu. Jadi Bazar Perdana ni dah menyebabkan banyak masalah di kawasan tersebut yang mana ada di antara orang yang telah beli bazar tu dah jatuh bankruptcy sebab buat pinjaman duit bank untuk bayar tetapi bangunan tak siap. Jadi, mohon benda ni diambil serius oleh pihak EXCO dalam menangani masalah ini.

Dato’ Hj Rashidi bin ZinolUMNO · BNSungai Acheh

Baik terima kasih Penanti. Saya akan ambil maklum dan Insya-Allah kita akan cuba mencari jalan penyelesaian terbaik.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sudah. Sudah lebih dari tiga.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Sikit. Sikit.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sikit pun tak boleh. Sikit pun tak boleh. Soalan seterusnya dari kawasan Air Putih. Air Putih tak ada, maka soalan dilangkau dan saya nak menjemput Sungai Dua. Sila.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Dato’ Seri Speaker, soalan saya soalan nombor 48.

No. 48 Bagaimana kerajaan menilai keberkesanan dan keadilan perkhidmatan Bas

Percuma CAT?

(a) Berapakah peratus pengguna warganegara berbanding bukan

warganegara?

(b) Sejauh mana kerajaan mempertimbangkan caj nominal kepada bukan

warganegara?

(c) Bagaimanakah liputan laluan mengutamakan B40, OKU dan kawasan

luar bandar?

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Dato’ Seri Speaker dan terima kasih pada Sungai Dua. Kerajaan Negeri sentiasa menilai keberkesanan dan keadilan pelaksanaan perkhidmatan bas percuma CAT sama ada perkhidmatan CAT Bridge mahupun CAT George Town melalui pemantauan data pengguna. Tahap liputan laluan serta impak sosial dan ekonomi terhadap komuniti setempat.

Jumlah bilangan penumpang akan dikemukakan oleh pihak operator setiap minggu dan jumlah ini akan dipantau oleh pihak Kerajaan Negeri sama ada meningkat ataupun menurun. Trend peningkatan dan penurunan ini akan dikaji oleh pihak Kerajaan Negeri bagi meningkatkan prestasi perkhidmatan bas percuma CAT. Melalui data bilangan penumpang ini juga, bilangan bas akan ditentukan dan laluan-laluan yang lebih berpotensi dapat diteliti dengan lebih baik.

Buat masa ini Yang Berhormat, tiada data rasmi yang membezakan peratusan pengguna warganegara dan bukan warganegara bagi perkhidmatan bas percuma CAT memandangkan Kerajaan Negeri berhasrat menyediakan perkhidmatan percuma kepada seluruh penduduk Pulau Pinang. Namun yang demikian, berdasarkan rekod Rapid Penang, 39.8% daripada jumlah penumpang terdiri daripada pengguna Pas Mutiara dan Pas Mutiara ini hanya layak dinikmati oleh warganegara. Mengambil kira penggunaan pembayaran secara tunai dan juga penggunaan pas lain, anggaran keseluruhan pengguna warganegara dianggarkan antara 55% hingga 60% bagi laluan berbayar termasuk bas percuma CAT.

Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk mengenakan tambang charge nominal kepada bukan warganegara bagi perkhidmatan bas percuma CAT. Namun, memandangkan Negeri Pulau Pinang merupakan negeri berorientasikan pelancongan, pendekatan yang lebih mesra pelancong menjadi keutamaan bagi mengekalkan imej negeri sebagai destinasi yang mudah diakses dan mesra pengunjung. Pihak Kerajaan Negeri masih mengkaji kebolehlaksanaan cadangan pengenaan caj nominal ini dan kajian terhadap mekanisme caj berperingkat masih dijalankan dengan mengambil kira keseimbangan antara keperluan sosial, ekonomi dan juga daya tarikan pelancongan.

Rangkaian liputan laluan diatur oleh Rapid Penang dengan memberi keutamaan kepada kawasan berpendapatan rendah B40, komuniti OKU, pelajar dan kawasan luar bandar. Kawasan yang terdapat banyak perumahan kos rendah sering diberi keutamaan dengan rangkaian bas yang bersepadu dan efisien. Contohnya di Padang Tembak, Paya Terubong, Farlim, Relau, Bayan Baru, Tanjung Tokong, Teluk Bahang dan juga Bukit Mertajam.

Bagi kawasan luar bandar dengan kadar penggunaan yang lebih rendah, pendekatan berasaskan frekuensi bersasar bagi perkhidmatan bas dan juga perkhidmatan Rapid On-Demand turut dilaksanakan bagi memastikan akses kepada jaringan pengangkutan awam yang lebih inklusif. Terima kasih Yang Berhormat.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Soalan tambahan Dato’ Seri.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Tanjung Bungah. Adakah Kerajaan mengkaji dan juga membuat satu pemakluman perjalanan bas Rapid ni kepada kepada rakyat kita. Memandangkan masyarakat kita ini saya dapati mereka kurang mendapat makluman tentang perjalanan bas ini. Supaya warganegara kita dapat menggunakan bas ini dengan sepenuhnya supaya jalan-jalan yang kita hadapi sekarang yang sesak ni dapat orang kata apa dikurangkan kenderaan ni dengan penggunaan bas ini. Kemudian satu lagi, berkenaan dengan adakah Kerajaan mengkaji tentang stesen-stesen untuk dilalui oleh bas perantara. Maknanya, bas ni tak ambil tempat lain dia mengambil kepada stesen-stesen tertentu untuk menghubungkan dengan Penang Sentral supaya dari Penang Sentral tu apa nama pengguna-pengguna ni boleh menaiki feri dan seterusnya menuju ke destinasi yang mereka nak tujui. Terutamanya pekerja-pekerjalah. Kita lihat kalau musim hujan ni memang teruklah pengguna yang datang daripada Padang Serai melalui kawasan saya sungai, Sungai Dua begitu juga dengan dekat Lahar Yooi sangat sangat sesak jalan tersebut. Jadi kalau sekiranya bas perantara ini boleh orang kata apa diwujudkan dan hanyalah pick up ataupun ambil penumpang-penumpang di

stesen yang tertentu sahaja mungkin ini apa nama boleh mengurangkan sedikit. Kemudian yang ketiganya ialah berkenaan dengan stesen park-and-ride, tempat meletak kenderaan, kemudian mereka seterusnya naik bas perantara ini. Adakah Kerajaan mengkaji untuk maknanya mewujudkan park-and-ride ini di kawasan-kawasan yang kita lihat atau kawasan-kawasan yang sesaklah. Kawasan-kawasan yang boleh menyuraikan sedikit kesesakan trafik ini. Terima kasih.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Dua. Mengenai jadual bas dan juga maklumat mengenai perkhidmatan-perkhidmatan bas yang disediakan di Negeri Pulau Pinang ini, siapa-siapa sahaja boleh akses maklumat tersebut melalui laman Facebook Rapid Penang. Itu adalah salah satu dan juga aplikasi Pulse, Rapid Pulse ya. Boleh dimuat turun dan digunakan untuk dengan adanya aplikasi tersebut boleh check lah semua laluan-laluan dan juga masa bas bagi setiap laluan. Selain daripada tu, Google Map juga boleh digunakan di Negeri Pulau Pinang ini.

Untuk cadangan bas perantara ini Yang Berhormat, itu satu cadangan yang baik khususnya apabila menjelang LRT akan diadakan di Penang Sentral. Jadi, saya rasa perlu juga ada perkhidmatan bas perantara. Yang ni kita akan lihat dan bincang. Selain daripada bas juga ada pilihan-pilihan lain, Rapid On-Demand contohnya, boleh guna e-hailing dan sebagainya. Itu menjadi opsyen-opsyen jugalah untuk pengguna tapi dengan mewujudkan lebih park-and-ride dan juga perkhidmatan perantara daripada station tertentu kepada hab seperti Sungai Nibong ataupun Penang Sentral tu adalah satu cadangan yang baiklah. Terima kasih Yang Berhormat.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Bagan Dalam. Sila.

Kumaran a/l KrishnanDAP · PHBagan Dalam

Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua. Soalan saya soalan nombor 49.

No. 49 Apakah peranan yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang

dalam membantu menyelesaikan isu dua projek Rumah MutiaraKu (RMKu),

iaitu Projek RMKu A Sri Bayu dan Projek RMKu C3 Quinton melibatkan lebih

600 pemilik yang tergendala di Daerah Barat Daya?

Terima kasih Dato’ Seri Speaker dan terima kasih YB Bagan Dalam. Dato Seri Speaker untuk pengetahuan Dato’ Seri Speaker, soalan 49 dengan 52 saya sudah pun jawab semasa sesi gulungan. Sebagai rumusan untuk soalan 49 kita sudah pun kenal pasti satu white night untuk menjalankan projek. Projek dijangka mula sukuan tahun depan dan siap dalam tempoh satu tahun dan untuk soalan ke-52.

Yang di-Pertua (Speaker)

52 nanti.

Memang saya minta pembeli jumpa kita. Kita bagi dia faham prosedurnya. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih, Sungai Puyu, sila.

Phee Syn TzeDAP · PHSungai Puyu

Terima kasih, Dato’ Seri Speaker, soalan saya 50.

No.50 Apakah langkah-langkah kesiapsiagaan yang sedang dilaksanakan Kerajaan

Negeri bagi menghadapi kejadian bencana alam dan luar jangka seperti banjir

kilat, ribut, hakisan tanah dan wabak penyakit?

(a) Berapakah jumlah peruntukan yang telah dan sedang

dibelanjakan bagi tujuan mitigasi risiko, pelan tindakan

kecemasan dan bantuan kepada rakyat terkesan sejak tahun 2020?

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Terima kasih kepada Dato’ Seri Speaker dan kepada Sungai Puyu. Kerajaan Negeri komited dalam melaksanakan langkah kesiapsiagaan selaras dengan arahan NADMA nombor satu melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD), yang merangkumi agensi seperti Bomba, PDRM, APM, ATM, Kesihatan Negeri, JKM, JPS, MET Malaysia dan lain-lain. Antara langkah yang diambil adalah memantau risiko bencana dan mengemas kini data kawasan-kawasan berisiko, pembangunan keupayaan sumber manusia dan kompetensi, meningkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai bencana terhadap masyarakat, menyediakan inventori logistik yang lengkap, mengemas kini pelan komunikasi bencana, memperkukuh pelan koordinasi tindak balas bencana.

Selain itu, antara langkah kesiapsiagaan utama yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi menghadapi kejadian bencana alam dan luar jangka adalah seperti berikut: Satu, banjir kilat dan ribut. Kerajaan Negeri telah mengenal pasti sebanyak beberapa lokasi hotspot banjir di seluruh negeri yang pernah mengalami banjir sekurang-kurangnya tiga (3) kali dalam tempoh tiga (3) tahun. Satu, melaksanakan beberapa projek tebatan banjir melalui kerjasama dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) termasuk pembinaan rumah pam dan kolam takungan banjir. Yang kedua, dalam menghadapi fenomena seperti La Nina, semua agensi teknikal dan pasukan penyelamat dikerahkan. Sistem saliran dan sungai dikemas kini, pam air dan kunci rumah pam dipastikan berfungsi serta Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sedia diaktifkan. Untuk hakisan tanah, cerun dan tanah runtuh, Kerajaan Negeri memberi tumpuan kepada pemantauan cerun berisiko sepanjang musim hujan. Sebagai contoh, penggunaan sensor geoteknikal di kawasan cerun seperti di Jalan Tun Sardon, Balik Pulau, untuk mengesan kegagalan cerun awal.

Yang ketiga, wabak penyakit. Bagi menghadapi kemungkinan wabak penyakit. Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menubuhkan Fever Center di hospital bagi menumpukan rawatan kepada kes demam yang berisiko:

(i) Melaksanakan pengasingan laluan pesakit penyakit berjangkit dan tidak berjangkit di Jabatan Kecemasan dan Trauma bagi mengelakkan penularan. (ii) Selain itu, Pelan Bencana Hospital turut diaktifkan apabila berlaku lonjakan kes, dengan penyediaan Disaster Zone, penambahan katil serta mobilisasi petugas kesihatan secara dalaman. (iii) Langkah-langkah pencegahan penularan dalaman turut diberi penekanan bagi mengelakkan jangkitan silang kepada pesakit lain yang tidak menghidap penyakit berjangkit. (iv) Kes-kes yang dikesan di hospital dilaporkan melalui sistem Surveillance Severe Acute Respiratory Infection iaitu SARI kepada Pejabat Kesihatan Daerah untuk tindakan pencegahan awal. (v) Pada masa sama, pemantauan terhadap bekalan oksigen, ubat-ubatan dan peralatan perubatan sentiasa dilakukan bagi memastikan sumber mencukupi sekiranya berlaku peningkatan kes luar jangka.

Keempat, Kerajaan Negeri menyediakan bantuan kewangan kepada agensi pengurusan bencana dan juga mangsa bencana iaitu:

(i) Bantuan kewangan kepada mangsa-mangsa bencana melalui Tabung Bencana Negeri Pulau Pinang, sebelum ini yang dikenali sebagai Tabung TYT Negeri Pulau Pinang. Kerajaan Negeri memperuntukkan bayaran bantuan kewangan sebanyak 10% daripada nilai kemusnahan atau kerosakan sebenar atau nilai maksimum RM5,000.00 atau minimum RM200.00 kepada setiap ketua isi rumah mangsa bencana. (ii) Kerajaan Negeri juga menyediakan Wang Panjar Khas Akaun Amanah Krisis Negeri untuk membiayai perbelanjaan bagi maksud melaksanakan operasi menangani sesuatu krisis bagi survivor di peringkat daerah. Setiap daerah diberikan Wang Panjar Khas Krisis berjumlah RM10,000.00 bagi setiap Pejabat Daerah dan Tanah.

Kerajaan Negeri dengan kerjasama NADMA menyediakan peruntukan bagi pengurusan pengoperasian Monsun Timur Laut. Pembelian bot enjin dan jaket keselamatan. Peruntukan bagi kerja-kerja baik pulih dan naik taraf Pusat Pemindahan Sementara serta pemberian bantuan bencana kepada mangsa bencana. Kesemua peruntukan tersebut telah diagihkan kepada setiap Pejabat Daerah dan Tanah bagi tujuan

kerja-kerja kecemasan dan bencana sepanjang tahun 2019 dan 2020 hingga 2023 dan 2024 seperti di Lampiran A yang akan diletakkan di atas meja Yang Berhormat selepas sesi Soalan Lisan. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Phee Syn TzeDAP · PHSungai Puyu

Terima kasih. Soalan tambahan. Kita selalu dengar sejumlah peruntukan yang besar telah dijalankan bagi pelaksanaan projek tebatan banjir. Tetapi banjir masih berlaku di kawasan sama. So, adakah Kerajaan Negeri melakukan audit teknikal terhadap projek-projek yang mungkin gagal berfungsi dengan baik. Terima kasih.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Soalan tambahan daripada Sungai Puyu, dia nampaknya more on tebatan banjir. Maka saya, JPS semestinyalah, JPS semestinya ada buat pengauditan bagi semua projek yang dijalankan serta kajian. Ini adalah salah satu langkah untuk memastikan keberkesanan dan penambahbaikan projek masa hadapan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Zulkefli bin BakarBERSATU · PNPenanti

Soalan tambahan saya. YB, baru-baru ini ada terjadi bencana banjir lumpur di salah satu tempat di kawasan saya, Taman Penanti, Taman Guar Perahu. Jadi, adakah istilah bencana untuk dapatkan bantuan daripada kita kenali sebagai apa, ni Bantuan Tabung Bencana boleh diperolehi oleh mereka?

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Terima kasih daripada Penanti. Memang daripada kalau dikatakan bencana Tabung Bencana yang diadakan adalah untuk seperti kebakaran, kemalangan yang how do you say that natural disaster. Tetapi banjir itu dia boleh berlaku, selalu boleh berlaku kan? Jadi dia tidak, dia susah nak dinilaikan. Maka dia tidak dalam, tidak ada disenaraikan dalam Tabung Bencana ini. Ya, terima kasih.

Teh Lai HengDAP · PHKomtar

Soalan tambahan. Selamat pagi, Dato’ Yang di-Pertua. Saya ingin tanya tentang langkah-langkah kesiapsiagaan untuk menghadapi gempa bumi. So, walaupun gempa bumi seperti apa yang dalam ucapan perbahasan saya walaupun dengar jauh, tetapi di Malaysia pun berlaku beberapa kali gempa bumi di Johor dan di Sabah. So gegaran itu pun jika berlaku di Sumatera, so akan juga mempunyai gegaran di Pulau Pinang. So, apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menghadapi masalah ini?

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Ya, seperti yang saya maksudkan tadi, memang gempa bumi adalah nampaknya sangat jauh tapi dia kemungkinan akan berlaku, maybe tak tahulah kan. Jadi memang di bawah, memang ada kesiapsiagaan. Saya rasa dengan di bawah arahan NADMA nombor satu melalui dia memang ada Jawatankuasa Pengurusan Bencana oleh di bawah ada jawatankuasa seperti agensi seperti Bomba, ada APM, ATM, semua ni. Saya, dia memang ada di bawah jawatankuasa ini. Saya nampak mereka memang ada, sebab ini bukan bidang kuasa saya, cuma saya cuba untuk memberi, Jawatankuasa Bencana akan aktif bila-bila. Bilik gerakan. Dia memang ada jawatankuasa ini untuk bencana dan gempa bumi memang satu soalan yang sangat bernas dan kita perlu bersiap sedia sebelum sesuatu berlaku. Terima kasih.

Teh Lai HengDAP · PHKomtar

Mungkin orang ramai tak tak tahulah semasa gempa bumi apa yang mereka perlu buat. Lari ka? Duduk diam-diam ka? Tunggu ka? So mungkin ada satu satu kesedaran, perlu ada satu kesedaran untuk orang ramai lah.

Yang di-Pertua (Speaker)

YB jawab, cari dalam AI. AI bagi tahu semua. Terima kasih. Saya nak jemput Penaga.

Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua. Soalan Penaga nombor 51.

No. 51 Apakah bilangan permohonan lesen nelayan yang ditolak di Pulau Pinang

sejak 2023?

(a) Apakah program bantuan minyak negeri sementara untuk nelayan

yang tiada lesen aktif?

(b) Bagaimanakah Kerajaan Negeri membantu kelayakan lesen agar

nelayan kembali layak subsidi Persekutuan?

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Dato’ Seri Speaker, untuk pengetahuan Yang Berhormat Penaga, bagi urusan Lesen Sampan Khas (LSK) akan dikeluarkan oleh pihak Jabatan Perikanan. Untuk rekod dan juga hanya akan diberikan kepada nelayan yang layak. Dan juga mereka perlu hadir ke temu duga serta tapisan vesel layak layar dengan lulus semakan dokumentasi. Untuk rekod sahaja 12 November 2024 sebanyak 504 nelayan telah dibatalkan lesen mereka kerana mereka tidak memperbaharui lesen ni selama tiga (3) tahun berturut-turut. Untuk rekod bagi 2024, sebanyak 76 permohonan telah berjaya dikeluarkan kepada nelayan yang layak. Manakala pada tahun 2025, sebanyak 174 permohonan diterima bagi fasa satu dan lapan (8) telah ditolak. Bagi tahun fasa dua tahun 2025, sebanyak 50 permohonan telah diproses untuk diberikan lesen LSK ini, dengan seramai 296 orang yang layak dan juga 319 orang tidak layak. Kita masih membuka, Jabatan Perikanan masih membuka kuota sebanyak 154 untuk nelayan-nelayan ini memohon, dengan mereka mengikut syarat yang telah ditetapkan. Bagi bantuan subsidi diesel dan juga minyak, akan diuruskan oleh pihak LKIM. Hanya nelayan yang layak sahaja boleh menerima subsidi diesel dan juga petrol ini. Dan juga nelayan perlu memohon lesen vesel kepada DOF untuk mereka menikmati bantuan di bawah skim minyak bersubsidi diesel dan juga petrol ini. Terima kasih.

Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Pantai Jerejak atas jawapan yang telah diberikan berkaitan dengan nelayan dan juga lesen nelayan. Untuk makluman Yang Berhormat Pantai Jerejak, di Penaga ada lima (5) unit nelayan dan unit nelayan yang paling ramai ahli dia adalah Unit Nelayan Kuala Muda. Dalam tempoh terdekat ini, banyak juga aduan yang saya terima daripada unit-unit nelayan ni. Satunya isu anak-anak muda yang buat permohonan untuk dapatkan lesen ni, sebab dia daripada satu generasi ke satu generasi. Tok Wan dia pun dulu, turun ke ayah, sekarang ni cucu pula. Ramai yang masih menunggu sebab belum dapat lagi lesen untuk mereka turun memukat ataupun mencari apa dia hasil di laut, ikan dan seumpamanya. Dan kadang-kadang bila Penguatkuasaan Maritim ni kan, depa kena tangkap dan ada yang bot disita dan depa kena bayar denda, itu masalah yang dibangkitkan. So, saya minta kepada Yang Berhormat EXCO untuk melihat dan kalau sebagai disebut tadi, saya rasa mungkin ada pemutihan. Nelayan-nelayan yang tak renew lesen ni semua tu dibatalkan, mungkin kuota itu boleh diberikan kepada nelayan-nelayan anak-anak muda ni.

Dan satu lagi, isu yang dibangkitkan adalah soalan tambahan saya, apabila sekarang ni kita ada subsidi minyak BUDI, jadi nelayan yang tidak ada lesen ni mereka tidak dapat, mereka tidak dapat dan mereka tidak layak untuk menerima subsidi diesel atau petrol ni. Ini menjadi satu masalah juga. Sebab dalam keadaan mereka tak ada apa, terpaksa beli diesel ataupun minyak untuk ke laut tu dengan dalam keadaan tidak ada subsidi, kos semakin tinggi dan ini memberi bebanan kepada mereka. Mohon perhatian.

Fahmi bin ZainolPKR · PHPantai Jerejak

Terima kasih. Kita maklumkan sebanyak 154 kuota masih ada. Insya-Allah sekiranya betul fakta yang diberikan oleh Penaga di mana ramai anak muda mohon dan menunggu, Insya-Allah saya akan cuba berbincang dengan Ketua Pengarah Jabatan Perikanan untuk menimbang tara, kerana bukan senang kita nak memperolehi nelayan yang muda ni kan, untuk mendahului mereka dan Insya-Allah juga kita akan lihat setakat ini kita hanya memberi kepada nelayan yang mempunyai lesen yang aktif dan juga lesen yang betul sahaja. Kita minta mereka memohon lesen ini. Kita masih ada 154 kuota. Insya-Allah saya akan bantu Penaga dan juga bantu nelayan muda di kawasan Seberang Perai Utara. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Soalan 52 telah pun EXCO jawab dalam penggulungan melainkan ada soalan tambahan ataupun makluman tambahan. Kalau tak ada, saya nak mohon dilangkaukan soalan ini. Soalan 53, soalan dari Bukit Tengah. Sudah jawab pun melainkan ada soalan tambahan ataupun makluman tambahan yang ingin disampaikan. Sila.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Saya rasa Yang Berhormat EXCO telah pun banyak menjawab. Cuma saya

Yang di-Pertua (Speaker)

Masih tak puas.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Bukan. Saya harap bahawa Yang Berhormat EXCO masih boleh mempertimbangkan untuk negeri mengeluarkan atau merangka pelan induk tersendiri luar daripada apa yang telah pun dilakar oleh kementerian dan juga saya berharap, saya juga meminta agar Yang Berhormat boleh memberi saya satu salinan bertulis laporan pelan induk yang telah pun disediakan oleh kementerian yang sedia ada yang telah pun disiapkan. Itu sahaja. Terima kasih Yang Dato' Seri.

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada soalan daripada rakan saya daripada Bukit Tengah berhubung dengan soalan lisan ke-53. Sememangnya betul. Kalau ikutkan pelan induk tersebut sebenarnya disediakan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang. Sebenarnya di bawah Kerajaan Negeri buat masa kini memang kita ada satu mekanisme untuk kita melihat bagaimana kita nak untuk kita mengembangkan lagi khasnya dari segi pembangunan infrastruktur kesihatan. Sebenarnya melalui Jawatankuasa MMK Kesihatan memang perkara itu memang dibincangkan. Namun saya ambil apa yang disarankan oleh Yang Berhormat Bukit Tengah untuk kita melihat bagaimana secara holistiknya kita boleh lihat bagaimana dari segi perangkaan dan juga

perancangan untuk ke satu arah masa depan yang jauh lebih baiklah. Tapi saya ingin nak tekankan lagi sebenarnya untuk isu ini, seperti mana yang saya pernah bangkit semalam di mana kalau kita lihat kepada situasi sebenar di Negeri Pulau Pinang. Betul. Di sekitar di bawah kesihatan awam memang kita kini mempunyai lebih kurang 2,000 katil, tapi kita jangan lupa juga katil sebenarnya ada pun secara fizikalnya di Negeri Pulau Pinang yang telah lebih daripada sebenarnya apa yang disarankan di bawah WHO. Cumanya sepertimana yang saya tekankan reformasi kesihatan yang ditekankan di dalam Kertas Putih Kesihatan tu. Cuma kita perlu lihat bagaimana kita nak address the financing part supaya rakyat jelata tidak kiralah mereka di bawah kategori B40 juga turut dapat menikmati apakah perkhidmatan dan juga kemudahan yang ditawarkan di sektor kesihatan swasta. Tapi saya nak ambil kesempatan ini untuk jawab bahagian B oleh soalan Yang Berhormat Bukit Tengah. Bagi Pelan Induk Infrastruktur Kesihatan Pulau Pinang, perancangan projek pembangunan RMK ke-13 iaitu dari tahun 2026 hingga tahun 2030 untuk Bahagian Kesihatan Awam adalah dengan menaik taraf dan membina baharu beberapa projek seperti berikut.

Yang pertama, Kompleks Kesihatan Kubang Semang itu merupakan satu klinik gantian. Kompleks Kesihatan Jalan Perak. Ini selalu ditanya oleh rakan saya daripada Batu Lancang. Itu pun klinik gantian. Klinik Kesihatan Butterworth, ini dekat di hati Bagan Jermal dan Bagan Dalam. Kompleks Kesihatan Bukit Panchor. Dan Klinik Kesihatan Jenis 2 Batu Maung. Itu klinik baharu serta Klinik Kesihatan Machang Bubok. Itu pun merupakan klinik gantian. Itu sahaja Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih dan saya nak mohon Bukit Tambun.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Dato' Seri Speaker, soalan saya soalan nombor 54.

No. 54 Huraikan pelaburan pembuatan ke Pulau Pinang bagi tahun 2024 dan 2025.

(a) Huraikan nilai eksport melalui Pelabuhan Pulau Pinang dan LTAPP

bagi tahun 2024 dan 2025.

(b) Huraikan peruntukan yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan

bagi tahun 2024 dan 2025.

(c) Apakah perkembangan tuntutan 20% dari sumber hasil cukai yang

dikutip dari Pulau Pinang?

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Tambun yang menanya tentang pelaburan dan isu-isu berkaitan. Untuk makluman Dewan yang Mulia ini, berdasarkan sumber Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia atau MIDA, jumlah pelaburan dalam sektor pembuatan di Pulau Pinang bagi tahun 2024 direkodkan sebanyak RM17.3 bilion ringgit. Seterusnya bagi tempoh sehingga September 2025 yang baru diumumkan oleh Menteri pada Jumaat yang lalu, nilai pelaburan sektor yang sama bagi tempoh sehingga September telah mencecah RM15.78 bilion bagi Negeri Pulau Pinang.

Menurut sumber DOSM bagi tahun 2024, nilai eksport melalui Pelabuhan Pulau Pinang direkodkan sebanyak RM60.8 bilion ringgit. Manakala, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang mencatatkan nilai eksport sebanyak RM411.1 bilion ringgit. Bagi tempoh Januari hingga Ogos 2025, nilai eksport melalui Pelabuhan Pulau Pinang direkodkan sebanyak RM37 bilion. Manakala, melalui Lapangan Terbang Antarabangsa adalah sebanyak RM310.9 bilion ringgit. Maka, kita ada angka sampai Ogos sahaja. Masih ketinggalan kalau berbanding tahun 2024. Sebab 2024 adalah untuk tempoh satu tahun. Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sebanyak RM50 juta bagi tempoh 5 tahun kepada Kerajaan Negeri bagi pelaksanaan inisiatif Invest Penang iaitu Penang Silicon Design 5KM+. Peruntukan ini diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 7 September 2024 semasa merasmikan pelancaran inisiatif ini. Oleh yang demikian, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Ekonomi telah menyalurkan sebanyak RM3.6 juta ringgit pada 11 Disember 2024 dan RM8 juta ringgit pada 19 Mac 2025 kepada Kerajaan Negeri bagi memastikan pelaksanaan inisiatif ini berjalan lancar. Penyaluran peruntukan ini adalah mengikut kemajuan projek berkenaan. Jadi, maksimum dia adalah angka yang disebut tadi untuk tempoh 5 tahun.

Berhubung dengan hasil pulangan cukai yang dikutip dari Pulau Pinang oleh Kerajaan Persekutuan saya sendiri telah banyak kali mengutarakan sama ada menerusi pertanyaan soalan serta perbahasan di Dewan Rakyat dan juga kenyataan-kenyataan media yang dikeluarkan dari semasa ke semasa. Semasa menjawab soalan saya di Dewan Rakyat pada 25 Ogos 2025, Timbalan Menteri Kewangan menyatakan bahawa pihaknya akan membawa usul berkenaan untuk semakan semula di bawah Perlembagaan Persekutuan ini ekoran cadangan yang dibangkitkan oleh saya bahawa menjadi keperluan Kerajaan Persekutuan membuat semakan serta menambah baik modal perkongsian hasil Persekutuan-Negeri yang dipraktikkan kini kepada semua negeri. Yang ini menjadi satu agenda penting untuk Select Committee yang diterajui oleh Yang Berhormat Bukit Tengah.

Sebagai tambahan, pada perbahasan Belanjawan Persekutuan 2026 bertarikh 15 hari bulan Oktober di Dewan Rakyat, sekali lagi saya menekankan bahawa sudah tibanya masa sebuah perjanjian yang telus dan luhur antara Persekutuan serta Negeri dimeterai berhubung perkongsian hasil cukai negeri atau pulangan kembali kepada setiap negeri. Turut ditekankan pada perbahasan tersebut adalah pada Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Bilangan 147 bertarikh 7 Oktober 2025, memorandum cadangan semakan modal perkongsian hasil di antara Persekutuan dan Negeri melalui penubuhan Suruhanjaya Geran Persekutuan-Negeri yang disediakan oleh Kerajaan Negeri juga tidak diterima untuk dibentangkan dalam mesyuarat berkenaan. Sehubungan itu, Pulau Pinang mencadangkan agar ditubuhkan sebuah suruhanjaya khas bagi mengkaji cadangan ini bukan hanya untuk Pulau Pinang tetapi juga semua Negeri di Malaysia. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Terima kasih penjelasan daripada Yang Amat Berhormat Padang Kota. Memang kita sedia maklum terutamanya Yang Berhormat Bukit Tengah selalu mengutarakan Kerajaan Persekutuan mengutip lebih kurang 7 hingga 8 bilion daripada Pulau Pinang dan pulangan yang kita terima sekitar 100 juta. Tetapi baru-baru ini, semua negeri majulah seperti Johor, ada menuntut 30%. Kita menuntut 20%. Sabah pula dalam perlembagaan 40% dan Sarawak sebenarnya sudah dapat, agak banyak, daripada Kerajaan Persekutuan. Sebagai

Ketua Menteri dan ahli politik yang berpengalaman, adakah tuntutan 20% hingga 40% daripada negeri-negeri ini termasuk Pulau Pinang boleh melemahkan kesepaduan Malaysia sebagai sebuah Negara persekutuan, itu soalan pertama.

Kedua, dalam cadangan Yang Berhormat Bukit Tengah, kita menuntut penurunan kuasa bagi sesetengah kementerian atau ini bidang kuasa terutamanya bagi saya adakah lebih realistik kalau kita menuntut penurunan kuasa untuk mengurus pelabuhan dan juga lapangan terbang memandangkan kedua-dua ini adalah sebahagian daripada ekosistem pelaburan dan perindustrian kepada Negeri Pulau Pinang. Sebab kedua-dua elemen ini menjana pendapatan kepada negeri dan juga negara. Itu persoalan saya. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Tambun yang telah mengemukakan soalan-soalan tambahan yang menguji pengalaman seorang ahli politik yang berpengalaman. Saya rasa kekuatan Persekutuan datangnya daripada kekuatan negeri-negeri. Sebab Persekutuan dianggotai oleh negeri-negeri. Maka kalau negeri kuat, Persekutuan kuatlah. Negeri-negeri lemah, Persekutuan itu lemahlah. Jadi, apa yang diutarakan oleh beberapa buah negeri berhubung dengan perkongsian hasil adalah demi mencapai satu keseimbangan daripada penjanaan hasil dari negeri dan dapat dikongsikan sebahagian hasil daripada apa yang disumbangkan oleh Negeri kepada Persekutuan. Jadi kalau lihat dari perspektif ini, maka permintaan-permintaan ini sebenarnya tidak melemahkan Persekutuan tetapi membolehkan negeri-negeri satu kebebasan dengan menggunakan perkongsian hasil itu untuk merancakkan pembangunan di negeri masing-masing. Kita tidak dapat menafikan kita memerlukan bantuan sokongan daripada Persekutuan untuk kebanyakan projek tadi apa yang kita bincang pun tak dapat dilaksanakan kerana kurang kelulusan dari Persekutuan. Maka, pertalian Persekutuan-Negeri tidak boleh diputuskan. Cuma, perlulah ada usaha untuk saling memperkukuhkan, itulah agenda kita. Jadi, kita menyambut baik di bawah pimpinan Perdana Menteri sekarang telah mengamalkan satu sikap yang lebih terbuka berbanding dengan lepas. Perjanjian MA63, banyak perkara telah direalisasikan di bawah pimpinan sekarang, bukan pimpinan sebelum itu. Dengan semangat

ini, kalau MA63 itu dapat direalisasikan oleh pemerintahan sekarang, maka lain-lain isu, saya percaya Persekutuan di bawah pimpinan sekarang mengamalkan sikap yang terbuka untuk menimbang dan meneliti dan apa yang berlaku dengan Sabah, itu pun satu hala tuju yang baik sebab ianya termaktub dalam Perlembagaan. Kalau negeri-negeri lain tidak dapat pengongsian hasil ini kerana tidak ada dalam Perlembagaan, hujahan kami di sini, saya di Parlimen, Perlembagaan itu boleh dikaji semula untuk memasukkan unsur-unsur pengongsiankan, perkongsian hasil Persekutuan dan Negeri.

Dan ada mekanisme-mekanisme tertentu. Saya baca dalam sosial media rakyat Sabah kata, ya, 40% mesti bagi. Tetapi jangan kurangkan peruntukan pembangunan. Itu, itu satu pandangan. Tetapi dalam rundingan, ianya boleh diselaraskan. Maka, mungkin seperti cadangan, sebahagian bidang kuasa diperturunkan ataupun negeri boleh mengemukakan satu senarai wishlist. Dan kelulusan diberi dengan bayaran daripada pengongsian hasil itu pun satu mekanisme dapat kita terokai. Jadi kita jangan putus asa. Kita kerajaan sekarang kalau kita tak lakukan, siapa akan lakukan. Ini ucapan dari ahli politik yang berpengalaman. Retorik-retorik, ya. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Maka saya nak jemput Yang Berhormat Kebun Bunga, sila.

Lee Boon HengPKR · PHKebun Bunga

Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua. Jalan-jalan ke Seri Delima, soalan Kebun Bunga nombor 55.

No. 55 Apakah usaha dan strategi Kerajaan Negeri bagi meningkatkan hasil negeri

yang signifikan pada masa hadapan?

Yang di-Pertua (Speaker)

PWCC pergi.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Terima kasih kepada Yang Berhormat Kebun Bunga atas soalan mengenai hasil negeri. Pada masa ini, Kerajaan Negeri memberi tumpuan kepada sembilan (9) strategi utama peningkatan hasil negeri yang telah dibentangkan sebelum ini sebagai rangka kerja utama ke arah memperkukuh kedudukan kewangan negeri. Strategi tersebut memberi penekanan kepada aspek penyelarasan dasar hasil, pemantapan mekanisme kutipan dan kecekapan pengurusan kewangan seperti di Lampiran A yang akan diletakkan di atas meja Yang Berhormat dan akan saya hujahkan dalam penggulungan nanti.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga melaksanakan pelbagai usaha penambahbaikan secara berterusan seperti memperkukuhkan sistem pemantauan kutipan hasil melalui pendigitalan dan integrasi data kewangan negeri. Mutakhir ini, sudah ada satu dashboard di Jabatan Kewangan Negeri. Pada saat-saat apa pun, kita dapat mengikuti perkembangan kutipan hasil dan juga perbelanjaan. So, at the press of a button, we know our financial position real time. Saya tak umumkan sekaranglah, nanti sesi penggulungan saya akan memberi makluman yang terkini lah berhubung dengan hasil dan perbelanjaan bagi tahun 2025 ini.

B. Kita akan menambahkan proses kutipan tunggakan. Tunggakan pun satu masalah yang besar, bagaimana kita dapat memberi insentif bagi mengutipkan tunggakan-tunggakan ini. Ada berita yang melaporkan jawapan bertulis bahawa dari 2020, negeri telah menyita tanah-tanah yang tidak membayar cukai tanah. Itu antara lainnya last resort, last resort. Saya selalu tak suka memberi kelulusan kepada Jabatan Kewangan Negeri lah untuk me, me, me apa. Write off tunggakan-tunggakan itu. Tetapi memandangkan sudah pun dirampas tanah-tanah itu, kita perlu luputkan tunggakan itu. Kita mahu tahu mengapa orang tidak membayar cukai tanah sehingga tanah mereka akan dilucutkan hak dia. Tetapi ini membabitkan banyak jenis tanah-tanah. Mungkin sebahagiannya adalah tanah lapang yang tidak dipindah hak milikan, pemaju pun tak tahu dan sebagainyalah. Ada beberapa sebabnya. Ini bukan menunjukkan Kerajaan Negeri zalim untuk rampas tanah rakyat, inilah last resort.

Perkara C, kita optimumkan aset milik negeri bagi menjana pulangan tambahan. D, meneroka sumber hasil baharu. Beberapa Ahli Yang Berhormat telah pun memberi sedikit cadangan tentang macam mana kita boleh menjana hasil yang baharu. Dan usaha ini

dijalankan secara berfasa bagi memastikan pertumbuhan hasil negeri dapat dicapai secara mampan dan tidak membebankan rakyat. Sekian, terima kasih.

Lee Boon HengPKR · PHKebun Bunga

Soalan tambahan. Terima kasih, Yang Amat Berhormat. Cuma saya nak tahu juga, bagaimana kerajaan nak imbang antara sebab kita tahu kutipan cukai kerajaan, Kerajaan Negeri, kutipan hasil Kerajaan Negeri banyak daripada kutipan cukai tanah. Dan bagaimana kerajaan nak mengimbang dengan perbelanjaan kebajikan terutama perbelanjaan i-Sejahtera yang akan semakin tinggi. Dan untuk tempoh 15 tahun ni saya percaya kerajaan telah belanja sebanyak RM700 juta untuk i-Sejahtera.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Terima kasih kepada Yang Berhormat Kebun Bunga dan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang prihatin tentang kedudukan kewangan negeri. Banyak kali saya sebut perbelanjawan mengandungi dua (2) bahagian yang besar. Hasil dan perbelanjaan. Selalunya kita kalau tekan kepada perbelanjaan, maka kita merasakan khuatir seperti peruntukan untuk i-Sejahtera akan menambah setiap tahun memandangkan warga emas yang didaftarkan itu akan tambah dengan aging society. Itu satu sudut yang penting, saya tak nafikan. Tetapi kalau lebih positif kita juga perlu lihat dari segi penjanaan hasil untuk mencapai satu keseimbangan. Maka, banyak langkah diambil saya ucapkan terima kasih atas kerjasama semua agensi-agensi terhadap usaha yang dilaksanakan oleh Jabatan Kewangan Negeri untuk mengawal perbelanjaan di samping menjanakan hasil. Dan nampaknya pada tahun ini, setelah kita memperketatkan dan memantau dengan rapi sejak tahun 2024, 2025, kita dapat melihat sedikit harapan di di akhir terowong. Walaupun terowong tidak suka dinyatakan. Cahaya di akhir terowong bagi tahun 2026, mungkin 2027, kita dapat memperbaiki kedudukan kewangan negeri dan saya masih pegang kepada janji saya. Bila saya tamat perkhidmatan saya, saya perlu memastikan RM1 bilion berada dalam akaun apa, hasil dipersatukan. Itulah consolidated fund, masih ada RM1 bilion. Terima kasih.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Soalan tambahan. Soalan tambahan. Terima kasih, Dato’ Seri.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Jangan tanya peruntukan.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Pertama saya nak tanya tentang adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menubuhkan sebuah syarikat yang hanya fokus kepada aktiviti menjana ekonomi. Dan dia tak terjadi di Penang lah. Macam kita tengok di Selangor, Kumpulan Perangsang. (gangguan) Yalah.

Yang di-Pertua (Speaker)

No, different, different, different.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Setiap negeri ada kekuatan dia. So, maksudnya ekonomi tak, tak ter, kita tak tak. Penang only lah. Makna around the Malaysia lah, sorry.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Terima kasih atas cadangan Yang Berhormat. Sebenarnya kita sudah ada cukup banyak GLC di negeri yang boleh memainkan fungsi sedemikian. Kita ada Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang dan ada anak-anak syarikat dia. Kita ada Invest Penang yang menerajui pelaburan dan mengembang sektor pembuatan, sektor perkhidmatan. Sekarang sudah masuk IC Design dan sebagainya. Kita ada CMI yang bukan besar peranannya tetapi penting untuk menguruskan aset-aset negeri untuk menukar aset-aset yang tidak bergerak kepada tunai dan sebagainya.

Memang cadangan-cadangan bank Pulau Pinang oleh Yang Berhormat Pulau Tikus dan lain-lain, kita akan teliti dengan, dengan baiknya untuk senantiasa memastikan kita dapat berada dalam satu kedudukan kewangan yang selesa untuk kita menumpu perhatian untuk isu-isu pembangunan negeri dan tidak selalunya dibelenggui oleh angka-angka. Tema kali ini ramai memetik apa yang dinyatakan oleh Allahyarham Tun Abdullah Badawi

dalam mukadimah saya. Bukan sekadar angka tetapi satu amanah ataupun satu peluang untuk kita menggunakan sumber-sumber yang ada untuk membawa kesejahteraan kepada rakyat apabila kita dapat membangunkan negeri kita. Sekian, terima kasih.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Dato’ Seri Speaker. Yang ketiga.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ada lagi.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Satu, dua, tiga, okeylah. Tapi untuk pengetahuan Yang Berhormat Padang Kota, dalam jawapan yang saya tanya tentang GLC ini, disebut bahawa kebanyakan - kebanyakan GLC ni semua orientasi non-profit. Sebab tu saya tanya tadi dan yang akhir sekali nak tahulah, sekiranya CM berakhir dengan tak dapat himpunkan RM1 bilion itu, so apa akan jadi.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Saya akan, (gangguan) okeylah. Sebenarnya saya mahu jawab. (gangguan) Sebenarnya saya mahu jawab saya akan hentilah. Sebab tak dapat capai saya perlu henti. Tapi ada cadangan saya teruskan, saya ambil kira jugalah.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ni, ni, ni Pinang Tunggal.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Ya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Bawa usul pinda Perlembagaan. Terima kasih, melawak. Apa nama, Pengkalan Kota. Sila.

Wong Yuee HarngDAP · PHPengkalan Kota

Terima kasih, Dato’ Seri Yang di-Pertua. Soalan mengenai SUKMA 2026. Soalan saya 56.

No.56 Apakah perkembangan terkini persiapan kontinjen Pulau Pinang bagi

menghadapi SUKMA Selangor 2026, memandangkan tempoh masa tinggal

hanya satu tahun lagi sebelum temasya berlangsung?

Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua. Terima kasih rakan saya daripada Pengkalan Kota yang menanyakan tentang persediaan kontinjen Negeri Pulau Pinang untuk kita berhadapan dengan temasya sukan SUKMA yang akan berlangsung pada tahun depan di negeri Selangor. Jadi untuk makluman Dewan yang mulia ini, dalam tempoh kurang daripada 300 hari ini, setiap hari adalah amat berharga. Masa yang singkat ini perlu dimanfaatkan dengan perancangan yang lebih teliti, latihan yang lebih fokus dan pendekatan yang saintifik. Perbincangan secara berkala bersama dengan Persatuan Sukan Negeri serta jurulatih melalui Mesyuarat Jawatankuasa Prestasi Tinggi dilihat dapat membantu menilai prestasi terkini atlet-atlet skuad latihan SUKMA.

Fokus utama kita bukan sahaja untuk membina kekuatan dan kemahiran, tapi juga untuk menggalak, mengelakkan kecederaan serta memastikan atlet berada pada tahap prestasi tertinggi semasa kejohanan berlangsung. Mesyuarat ini juga adalah medium untuk kita menilai prestasi semasa atlet yang berlatih dalam skuad latihan sebelum dibawa untuk mengambil bahagian dalam SUKMA nanti.

Kecederaan adalah musuh utama prestasi. Di mana satu kecederaan kecil boleh mengubah seluruh perjalanan latihan dan menggugat peluang kejayaan. Oleh itu, kita perlu menekankan aspek pencegahan kecederaan melalui pemantauan beban latihan, teknik

pemanasan dan juga penyejukan yang betul serta sokongan fisioterapi dan pemulihan yang konsisten.

Jadi, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang turut komited untuk mengintegrasikan sains sukan dalam setiap aspek persediaan atlet. Kita akan memastikan atlet mendapat akses kepada kepakaran dalam bidang pemakanan sukan, psikologi prestasi, fisiologi latihan dan juga analisis biomekanik. Latihan kini bukan saja sekadar untuk kita meningkatkan kecergasan fizikal, tapi melibatkan pemantauan berterusan menggunakan teknologi seperti analisa video, GPS dan ujian makmal bagi menilai kemajuan dan beban kerja atlet secara objektif. Dengan pendekatan ini kita dapat mengoptimumkan prestasi atlet secara selamat, meningkatkan kecekapan tenaga, memperbaiki teknik serta mengurangkan risiko kecederaan akibat latihan berlebihan.

Dan dalam kegairahan mengejar kemenangan, kita juga tidak boleh mengetepikan kepentingan keseimbangan dan pemulihan badan. Rehat yang mencukupi, tidur yang berkualiti dan pemakanan seimbang adalah sebahagian daripada latihan dan juga persediaan kita untuk menghadapi SUKMA yang akan datang. Atlet perlu mematuhi rutin pemulihan yang disarankan oleh Pegawai Sains Sukan agar tubuh sentiasa dalam keadaan optimum.

Jadi, pemantauan prestasi melalui sistem KPI, ujian kecergasan dan pemeriksaan kesihatan berkala akan terus dijalankan bagi memastikan tiada atlet yang mengalami simptom keletihan kronik ataupun tekanan mental yang boleh menjejaskan prestasi. Jadi, jurulatih juga merupakan salah satu tunjang utama bagi kita menjayakan persediaan untuk SUKMA ini. Oleh itu, jurulatih perlu mengamalkan komunikasi terbuka dengan Pegawai Sains Sukan dan Perubatan bagi menyelaraskan beban latihan yang lebih efektif. Kita mahu setiap keputusan latihan dibuat berasaskan data dan pemerhatian saintifik, bukan sekadar intuisi ataupun pengalaman semata-matanya. Jadi pasukan sokongan termasuk fisioterapis, ahli pemakanan dan pakar psikologi sukan akan terus memain peranan penting memastikan setiap atlet bersiap sedia secara menyeluruh dari segi fizikal, mental dan emosi. Dan apa yang paling penting sekali adalah selain daripada latihan fizikal, kita perlu juga membina budaya juara. Budaya yang menuntut disiplin, ketekunan, keazaman dan kerjasama berpasukan. Kita mahu setiap atlet bukan sekadar berlatih untuk menyertai, tetapi berlatih untuk menang dengan maruah. Setiap titik peluh hari ini adalah pelaburan menuju detik gemilang esok.

Jadi mental, sepertimana saya sebut tadi, memang adalah satu aspek yang kita tekankan dalam persediaan kepada temasya sukan Malaysia tahun depan di mana Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang bersama dengan syarikat Global Edge Consultancy dan Global Edge Pharma akan menganjurkan persidangan ketahanan mental bertemakan "Malaysia's First Mental Fitness Sports Conference" pada 21 dan 22 November tahun ini di Bayview Hotel George Town. Jadi, persidangan ini bertujuan untuk menekankan kepentingan kesihatan mental sebagai komponen utama dalam pembangunan atlet dan kesejahteraan masyarakat.

Jadi, dalam merealisasikan usaha untuk mencapai keunggulan di SUKMA tahun 2026, pelaburan peruntukan subsidi daripada Majlis Sukan Negeri juga mula difokuskan kepada sukan-sukan yang bersasar yang mampu menyumbang lebih pingat emas tanpa mengabaikan lain-lain sukan yang turut dibantu secara menyeluruh. Jadi kita akan, kita telah pun sediakan pembiayaan mengikut tier berdasarkan kepada jumlah pungutan pingat yang telah berjaya dilaksanakan pada SUKMA yang lalu tahun 2024. Jadi, kita akan juga fokus kepada acara-acara yang, yang pertama, menawarkan lebih banyak pingat untuk dipertarungkan. Yang kedua adalah kita ada potensi dan juga kita ada atlet yang dapat berjaya untuk mendapatkan lebih banyak lagi kemenangan dan kejayaan daripada itu.

Jadi sebagai tambahan pula, melalui Jawatankuasa Pembiayaan Program IMPACT yang dimulakan awal tahun ini, walaupun sepertimana ada Ahli-ahli Yang Berhormat yang tanyalah, mungkin peruntukan yang disalurkan kepada Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang tidak mencukupi. Namun demikian, kita mengambil inisiatif melalui Jawatankuasa IMPACT yang saya sebutkan tadi, kita juga merangka dan merancang strategi yang bersesuaian bagi mendorong penglibatan sektor swasta dalam menyalurkan bantuan kewangan kepada pihak Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang. Jadi, setakat 10 November tahun 2025, Jawatankuasa ini telah berjaya memperolehi sejumlah RM180,000.00 untuk disalurkan kepada program pembangunan dan kebajikan atlet-atlet negeri dan sukan-sukan tertentu. Jadi sebagai penutup, saya ingin menegaskan, dalam tempoh kurang daripada 300 hari ini, masa untuk fokus, disiplin dan penyatuan tenaga seluruh kontijen sukan Negeri Pulau Pinang. Jadi, dengan harapan perancangan strategik, kawalan kecederaan yang berkesan serta penggunaan sains sukan secara menyeluruh, saya yakin atlet kita mampu untuk mencapai prestasi cemerlang dan membawa kejayaan yang akan membanggakan negeri kita. Jadi, Pulau Pinang nekad untuk menghasilkan kemenangan 60 pingat emas di dalam menyahut seruan dan cabaran yang diilhamkan oleh Yang Amat Berhormat Padang Kota.

Kemenangan 41 butir pingat emas di SUKMA Sarawak 2024 yang lalu akan kita atasi dengan sebaik mungkin. Jadi, marilah kita bekerjasama dengan satu pasukan bersama dengan saya ingin mengajak juga Ahli-ahli Yang Berhormat berikan sokongan yang penuh kepada Persatuan Sukan Negeri, kepada atlet untuk kita menjayakan misi kontijen Negeri Pulau Pinang menjelang SUKMA tahun 2026. Terima kasih.

Wong Yuee HarngDAP · PHPengkalan Kota

Terima kasih soalan tambahan Dato' Seri Yang di-pertua. Kita dah dengar usaha-usaha dan juga latihan yang berdisiplin termasuk soft approach, termasuk apa ni, tidur dengan lena dan sebagainya ataupun yang mencukupi. Dan sekarang kita nak tahu tentang sasaran 60 pingat tersebut. Jadi, apakah cabaran yang mungkin menjadi penghalang untuk pencapaian tersebut, iaitu sasaran 60 pingat emas di SUKMA? Terima kasih.

Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Kota, memang itu adalah satu sasaran yang kita telah tetapkan. Memang terdapat cabaran dan juga isu-isu tertentu yang kita perlu juga bersiap sedia yang antaranya kalau berbanding dengan penganjuran SUKMA pada tahun 2024, dari segi acara sukan yang ditawarkan, yang akan dipertandingkan, sebenarnya ketika SUKMA yang akan datang pada Selangor pada tahun 2026, acara sukan tu ada tapi mungkin acara-acara kecil di dalam satu jenis sukan tersebut akan dikurangkan berbanding dengan apa yang telah pun dipertandingkan di temasya SUKMA pada tahun 2024. Jadi, apabila kita mengambil seruan daripada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri untuk menukarkan pingat perak yang kita berjaya telah kutip, mungkin salah satu cabaran yang kita anggarkan adalah jumlah bilangan acara yang dipertandingkan nanti tidak sebanyak berbanding dengan SUKMA tahun 2024. Namun demikian, kita masih akan teruskan usaha untuk memastikan sasaran ini dicapailah. Satu lagi adalah kini banyak berlaku khasnya kita di Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang sering kali berusaha juga untuk memastikan atlet-atlet negeri kita tidak digasak oleh negeri-negeri yang lain. Itu pun salah satu aspek yang amat penting. Kita harap yang mereka yang kini menjalani latihan bersama dengan kita dan sebagainya, akan terus untuk menampilkan diri ketika SUKMA tahun 2026 mewakili Negeri Pulau Pinang dan bukan negeri lain. Kadang kala ini antara cabaran yang kita perlu lihatlah untuk memastikan atlet itu kekal bersama dengan Negeri Pulau Pinang. Dan juga ada atlet kita yang mungkin kini ada yang berlatih di negeri lain, kita harap mereka

akan kembali untuk mewakili Negeri Pulau Pinang apabila bersaing di SUKMA tahun 2026 nanti. Ini antaranya cabaran, tapi memang dari segi strategik dan sebenarnya ada jugalah resipi ramuan yang tidak saya boleh, saya tidak boleh kongsikan di sini sebab mungkin Majlis Sukan Negeri lain akan curi dengar apakah resipi kejayaan kita. Tapi, kita memberi jaminanlah memang di bawah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang bersama dengan persatuan-persatuan sukan negeri, kita di dalam usaha untuk menjayakan cabaran kita di SUKMA tahun 2026. Terima kasih.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Soalan tambahan.

Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Jangan tanya resipi.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Tak ada resipi ni. Sebab SUKMA 2026 ada 30 acara teras, 7 acara tambahan. So, adakah bolehkah kita ketengahkan satu sukan, satu ADUN angkat? Ya, menjadi bapa angkat kepada sukan. (kurang jelas) (ketawa)

Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Terima kasih. Terima kasih. Sebenarnya saya sangat bersetuju dengan apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Bukit Tambun. Jangan jadi ini bapa angkat saja. Termasuk peruntukan jugalah. (ketawa) Bantu, kalau boleh bantu untuk salurkan kepada persatuan sukan yang berkenaan dan saya harap dengan dengan harapan tersebut kita semua dapat sama-sama untuk kita menjayakan kontijen sukan Negeri Pulau Pinang untuk SUKMA tahun 2026. Nanti saya bagi borang, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. KOMTAR, sila.

Teh Lai HengDAP · PHKomtar

Selamat pagi, Dato’ Seri. Soalan saya, soalan 57.

No.57 Pada masa kini, kenderaan elektrik telah semakin diperluaskan kegunaannya

di pasaran. Apakah perkembangan terkini infrastruktur stesen pengecasan

kenderaan elektrik (EVCB) dalam Negeri Pulau Pinang?

(a) Berapakah kadar penggunaan stesen pengecas kereta elektrik ini?

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Terima kasih Dato’ Seri Yang di-pertua. Terima kasih KOMTAR yang bertanya berkaitan dengan pengecasan kenderaan elektrik di negeri Pulau Pinang. Perkembangan Electrical Vehicle Charging Bay iaitu EVCB di Negeri Pulau Pinang terus menunjukkan kemajuan selaras dengan usaha Kerajaan Negeri untuk memperkukuh ekosistem mobiliti hijau. Terdapat sebanyak 264 unit EVCB telah dipasang oleh pihak swasta di kawasan pentadbiran MBPP buat masa ini. Selain itu, pihak MBPP sedang melaksanakan RFP yang melibatkan pemasangan 158 unit EVCB tambahan dan dengan 62 unit EVCB telah dipasang dan sedang beroperasi. Baki unit EVCB dijangka dapat siap dipasang sepenuhnya menjelang akhir tahun 2025. Manakala, bagi kawasan pentadbiran MBSP pula, terdapat sebanyak 134 unit EVCB telah dipasang oleh pihak swasta buat masa ini. Selain itu, pihak pengusaha yang dilantik oleh MBSP sedang melaksanakan kerja-kerja pemasangan sebanyak 74 unit EVCB tambahan.

Untuk kadar penggunaan EVCB di Negeri Pulau Pinang menunjukkan variasi mengikut kawasan pentadbiran dan peringkat pelaksanaan semasa. Bagi kawasan pentadbiran MBPP, kadar purata penggunaan EVCB adalah antara 1% sehingga 13% bergantung kepada lokasi dan tahap penggunaan oleh orang awam. Sementara itu, bagi kawasan pentadbiran MBSP, kadar penggunaan EVCB masih belum dapat direkodkan memandangkan kemudahan berkenaan masih dalam proses pemasangan oleh pengusaha yang dilantik oleh MBSP dan belum beroperasi sepenuhnya. Untuk pihak swasta pula, memang data penggunaan adalah di luar kawalan PBT. Terima kasih.

Teh Lai HengDAP · PHKomtar

Soalan tambahan. Tadi tak silap dengar kut kadar penggunaan 1% hingga 13% saja. Betul?

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Ya, memang betul.

Teh Lai HengDAP · PHKomtar

Mengapa kadar tersebut agak rendah lah? Soalan pertama. Dan bagi menyokong inisiatif ini, apakah usaha yang telah dilaksanakan oleh kedua-dua Majlis Bandaraya di Pulau Pinang dalam menunjukkan teladan yang baik ke arah penggunaan teknologi hijau inilah?

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Terima kasih KOMTAR. Untuk kadar yang ditunjukkan 1% sehingga 13%, saya percaya banyak pengguna EV Car dia akan charge di rumah kediaman masing-masing. Dan untuk makluman, di mana di setiap pangsapuri ataupun high-rise dengan izin, memang kebanyakan management committee ataupun perbadanan pengurusan memang mereka menunjukkan inisiatif sendiri untuk untuk deploy EVCB untuk mengadakan EVCB di kawasan, even di strata area. Dan untuk bagi soalan yang bertanya dengan daripada KOMTAR adalah aspirasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang ke arah penggunaan teknologi hijau. Saya rasa untuk MBPP memang kita telah mengarah ke arah untuk menggunakan lebih banyak kenderaan EV. Contoh, saya bagi contoh, di Jabatan Penguatkuasaan MBPP telah mengadakan 30 unit skuter elektrik semasa menjalankan tugas. Dan untuk Jabatan Perkhidmatan Perbandaran, 10 unit juga skuter elektrik yang sedang digunakan oleh Jabatan Perbandaran. Di mana MBPP selain daripada motor elektrik yang digunakan oleh Jabatan Penguatkuasa, juga ada dua (2) buah kenderaan elektrik jenis BYD yang dilengkapi dengan sistem ANPR (Automatic Number Plate Recognition) bagi tujuan untuk penyemakan pembayaran cas tempat letak kereta. Di mana penguatkuasa menggunakan ANPR dengan kereta BYD elektrik kereta ini untuk menjalankan semakan kalau sesiapa yang parking tanpa bayaran melalui ANPR ini kita dapat untuk kesan dan kita akan isukan saman. Inisiatif

ini secara keseluruhannya bukan sahaja membantu untuk mengurangkan pelepasan karbon dan pencemaran bunyi, tetapi juga meningkatkan kecekapan operasi dan imej hijau bagi bandaraya Pulau Pinang.

Wong Yuee HarngDAP · PHPengkalan Kota

Okey, Soalan tambahan. Sebab saya ada soalan bertulis.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey lah, last.

Wong Yuee HarngDAP · PHPengkalan Kota

Terima kasih. Terima kasih, Dato' Seri Yang di-Pertua. Saya merujuk kepada jawapan bertulis yang juga soalan yang berkenaan pengecasan kenderaan. Sebanyak 147 unit di MBPP bagi petak parkir dan 100 unit petak parkir di kawasan MBSP telah dikeluarkan demi stesen pengecasan kenderaan ini. Dan soalan saya adalah, apakah penilaian kos faedah ataupun cost-benefit yang telah dijalankan oleh pihak Kerajaan Negeri sebelum meluluskan pemasangan stesen EV tersebut? Khususnya berhubung pengambilan ruang parkir awam dan pengorbanan ruang parkir ini, adakah benar-benar berbaloi mengambil kira kadar penggunaan bilangan pemilik EV di negeri ini dan kesan untuk pengguna kenderaan biasa. Terima kasih.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Terima kasih kepada Pengkalan Kota, bukan Padang Kota. Okey, terima kasih Pengkalan Kota. Saya cuma nak tanya, adakah Pengkalan Kota menyokong tentang inisiatif untuk mewujudkan EVCB di Negeri Pulau Pinang? Di bawah arah tuju di bawah KPKT memang di setiap negeri dia ada satu target, iaitu 600 biji, 600 petak EVCB ataupun 600 di Negeri Pulau Pinang. 300 di Pulau dan 300 di Seberang Perai. Tadi yang Pengkalan Kota mengatakan bahawa adakah satu penilaian untuk menggantikan tempat letak kereta yang sedia ada, tukar kepada EVCB? Memang kita ambil kira juga kerugian apabila kita dapat convert daripada petak sedia ada kepada EVCB. Akan tetapi, untuk menunjukkan proaktif

Penggulungan Rang Undang - Undang Perbekalan Tahun 2026 Dan Usul Anggaran Pembangunan TahunBill

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

kita, memang kita terpaksa untuk lihat kebolehlaksanaan bagi menggantikan tempat letak kereta yang sedia ada tukar kepada EVCB.

Sebab ini sebagai satu inisiatif, saya pernah berjumpa dengan banyak syarikat-syarikat yang menjual kereta EV. Mereka tanya adakah inisiatif daripada Kerajaan Negeri untuk mewujudkan lebih banyak EVCB ini. Sebab ini dia ada berkaitan dengan ayam dan telur lah. Mana akan datang dahulu? Adakah kereta EV yang dijual dalam pasaran, mereka mempunyai tempat infrastruktur untuk bagi mereka, bagi pelanggan mereka yang memiliki EV car ini untuk charge? Oleh sebab itu, kita terpaksa lihat menggunakan tempat letak kereta yang sedia ada tukar kepada EVCB, dan dalam pembangunan yang baru, memang dalam di kawasan komersial memang kita letakkan syarat 1% perlu menyediakan tempat letak kereta sebagai EVCB.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Jawi. 1 jam 30 minit untuk soalan lisan telah pun tamat selaras dengan subperaturan 26(7), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Dato' Seri Yang di-Pertua, jawapan kepada soalan-soalan lisan yang telah dijawab sebentar tadi akan diletakkan di atas meja ahli-ahli yang bertanya dan akan dimasukkan dalam penyata rasmi.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Maka kita berada dalam sesi penggulungan atas Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2026 dan Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2026. Dan saya nak mempersilakan Yang Berhormat Dato' Keramat, sila.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Selamat pagi dan salam sejahtera Dato' Seri Tuan Speaker. Kepada semua yang hadir, rakan-rakan saya Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan semua Yang Berhormat

lain yang turut hadir, tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Salam sejahtera, Salam Penang2030 dan Salam Malaysia MADANI.

Sukacita saya ambil bahagian dalam penggulungan pada pagi ini yang mana saya akan cuba singkatkan. Di mana di bawah portfolio saya ada beberapa isu yang penting yang perlu saya kemukakan untuk pengetahuan semua yang hadir. Di mana kalau ingin saya nyatakan dan terus pergi kepada kedudukan kita Negeri Pulau Pinang sebagai satu negeri yang begitu pesat dalam industri dan sains dan teknologi, jadi kita sudah pun di jenamakan Silicon Valley of the East. Dengan izin Dato' Speaker, Dato' Timbalan Speaker.

Dan kita akan terus beri komitmen ke dalam pelaburan industri Elektrik dan Elektronik (E&E) dan semikonduktor global yang telah pun kita buat sejak tahun 70-an. In fact, I've said this before, tapi saya hendak ulangi, kawasan Free Trade Zone yang utama di Pulau Pinang, iaitu di Bayan Lepas sudah pun sekarang berusia 55 tahun. Dan kita sudah pun ada beberapa kawasan lain yang kita telah kenal pasti untuk kita majukan sebagai Industrial Park juga, iaitu saya sudah nyatakan Batu Kawan ada tiga (3) fasa dan juga kita ada di Bertam di Seberang. Dato' Seri Speaker, data terkini menunjukkan sumbangan Negeri Pulau Pinang yang sangat dominan dalam industri semikonduktor di peringkat nasional dan global. Malaysia, khususnya kita di Pulau Pinang memainkan peranan kritikal dalam rantaian bekalan semikonduktor global. In fact, walaupun kita negeri yang kedua terkecil di negara Malaysia, bukan sahaja di Malaysia, bukan sahaja di rantau Asia Tenggara, tetapi di seluruh dunia, produk-produk semikonduktor yang kita bekalkan adalah 7% at the moment, 7%. But saya pasti dengan perkembangan industri, ia boleh mencecah kepada 10%. That is worldwide, Dato' Seri Timbalan Speaker. So, kita bukan sahaja satu pusat pengeluaran, malah turut terlibat dalam pembungkusan dan pengujian cip. Now that's extremely important dan secara ringkasnya industri semikonduktor adalah nadi kepada ekonomi digital dan moden dan bukan sahaja memacu pertubuhan ekonomi melalui eksport dan pelaburan, tapi juga membolehkan kita menikmati kemudahan teknologi dalam kehidupan seharian kita.

Now, Dato' Seri Timbalan Speaker, menurut laporan Silicon Vision yang dikeluarkan oleh Kementerian Ekonomi dan kajian oleh Institute of Strategic and International Studies (ISIS) Malaysia, negara Malaysia telah kuasai kira-kira 13% daripada pasaran global bagi perkhidmatan pemasangan, pengujian dan pembungkusan (Assembly, Testing and Packaging) dengan izin, iaitu seksyen penting dalam rantaian nilai

semikonduktor. Angka yang membanggakan ini disumbangkan secara langsung oleh industri perindustrian yang pesat sepertimana saya nyatakan di Pulau Pinang yang mencatat 58% daripada keseluruhan jumlah eksport E&E Malaysia dan kita akan teruskan dengan pencapaian ini hasil perancangan strategik sokongan dasar kerajaan yang konsisten dan modal insan mahir yang telah kita pupuk sejak sekian lama. Itu yang penting juga Dato' Seri Timbalan Speaker, modal insan yang mahir dan bakat yang diperlukan industri itu kita akan pastikan ada bekalan dia. Now, apakah hala tuju pembangunan modal insan itu? Dato’ Seri, Dato' Timbalan Speaker, dunia teknologi yang berkembang pada kadar yang sangat pantas sekarang perlu kita untuk lihat kepada teknologi baru digital dan Kecerdasan Buatan ataupun Artificial Intelligence (AI) Dato' Seri Speaker. Seperti mana kita tahu Dato' Timbalan Speaker, Strategi Semikonduktor Nasional (NSS) telah dilancarkan pada Mei 2024. Dan dalam usaha untuk realisasi, realisasikan matlamat tersebut, kita tidak terlepas daripada cabaran. Now, Dato' Timbalan Speaker, persaingan serantau semakin sengit dalam menyeimbangkan kesediaan tenaga kerja mahir dan bakat dan peluang pekerjaan serta membina strategi untuk menghadapi ketidaktentuan dasar perdagangan global. We can see what is happening globally.

Namun, saya selalu menyatakan satu perkara Dato' Timbalan Speaker, kita sebagai satu di tempat kita Pulau Pinang, kita lihat ada trade war di antara China dan Amerika yang itu hangat sekarang. We can see that. But we are in the center of it all and kita merupakan satu negeri yang neutral, I would say, di mana akan jadi pilihan kepada dunia untuk datang ke sini dan melabur. That is the beauty of Penang, Dato' Timbalan Speaker. So, we are still confident where we are, we will continue with that. Coming back to pembangunan modal insan Dato' Timbalan Speaker, daripada kedudukan industri yang kita ada, hampir 500 MNC (Multinational Company) dan lebih daripada 7,000 SME. Now, keperluan untuk bakat dan kemahiran itu begitu, the demand is so great. Kerana teknologi di Pulau Pinang sekarang bukan high tech. We talk about science and talk about technology, we usually talk about high tech, but actually the world has gone one step further and I want to repeat and say, ia sekarang dipanggil deep tech. That is where we are, it's gone one step further. Dan di Pulau Pinang, when we talk about industry, science and tech, that is where we are, and why am I saying this, kerana ia balik kepada bagaimana kita hendak, you know, dapat how can we embrace the challenge, if I can say dengan izin, dengan ada kemahiran dan bakat yang tinggi. Dan we come back to modal insan, now that is important.

Now for your information Dato' Timbalan Speaker, sasaran kita actually earlier this year daripada industri, permintaan daripada industri untuk bakat dan kemahiran itu ya, that means high-skilled workforce dengan izin, was 60,000. But now the numbers that I'm getting, our office has been notified, it's gone beyond double that. We are looking at a need of nearly 150,000. Now, how do we, how do we even be able to achieve that? Bagaimana kita boleh capai 150,000? Kita ada 1 universiti di Pulau Pinang, Negeri Pulau Pinang, Universiti Sains Malaysia. Yes, kita ada banyak kolej. Yes.Now Inilah institusi pendidikan yang akan melahirkan bakat dan kemahiran tersebut. But you want to reach 150,000 menjelang 2030 Dato' Timbalan Speaker, it is not possible. So, what we have to do is kita perlu ada satu kolaborasi dengan semua pihak. Of course, kita sebagai Kerajaan Negeri, kita akan buat dasar-dasar yang tersebut yang perlu. Dan kita kerjasama dengan institusi pendidikan. Yes. But that's not enough, like I said, so what do we do? Now, come back to Bayan Lepas as an example Dato' Timbalan Speaker. 55 tahun. Kalau 55 tahun, takkan kita tak ada pekerja di situ yang berpengalaman? Betul? Dan kalau industri selalu datang ke pejabat saya, Jagdeep mana tenaga dan bakat mahir tersebut? Because they want high-skilled technicians, high-skilled engineers. Then saya bagi tahu, you kalau you hendak itu, mesti kerjasama dengan kita. You can use your pekerja yang sudah berpengalaman untuk latih mereka yang hendak ceburi industri tersebut. Very simple. Dan mereka telah setuju. Now, itu pencapaian yang pertama, yang penting. In fact, Dato' Timbalan Speaker, ada satu syarikat di Pulau Pinang, yang mana of course dia punya tapak besarlah. Dia ada satu kolej universiti dalam syarikat itu, di Seberang. And then mereka sedang latih begitu dengan begitu agresif untuk dapat bakat dan mahir itu, kemahiran itu. That is what's happening. And of course, ada banyak syarikat-syarikat gergasi yang lain di Pulau Pinang daripada seluruh sudut dunia yang sudah pun bertapak di sini dan mereka juga secara prinsip sudah bersetuju. And what is important, Dato' Timbalan Speaker, is this. You see when you go and take your degree, kalau kita ada degree atau diploma, at the end apabila kita selesai latihan ataupun pendidikan tersebut, apa yang kita akan dapat. Kita akan dapat satu sijil, degree or diploma or whatever, certificate to show that we have gone through that course. Now, the problem is, when I talk to industry, okay mereka boleh bantu dalam melatih mereka yang perlu diberi bakat dan kemahiran tersebut. Satu soalan mereka akan tanya, tapi kita tak boleh beri accreditation. They can't give that accreditation to the murid yang mereka latih tersebut. So, saya juga the second step bincang dengan Kementerian Pendidikan di mana menteri telah setuju untuk beri satu sijil kepada mereka yang dilatih tersebut. Now, that is very important in this whole plan that we have.

Dato' Timbalan Speaker, dan we hope with that kolaborasi dengan semua pihak, kita dapat capai sasaran keperluan hampir 150,000 sekarang bakat dan kemahiran tersebut.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Datok Keramat boleh celah.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Silakan, of course. Go ahead.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Terima kasih Dato' Timbalan Speaker. Kita bercakap tentang bakat, dan Datok Keramat sebut tadi tentang telah 55 tahun industri di Pulau Pinang. Saya melihat kebanyakan syarikat antarabangsa di Pulau Pinang ni yang dari US ataupun Europe, dah lama dia mengambil orang tempatan sebagai Managing Director, Pengarah Urusan. Tapi syarikat Jepun ni dia masih lagi orang Jepun juga. Adakah kerana dia tak percaya kemampuan orang tempatan?

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Now, I think that's a very important question, soalan yang penting kerana apabila saya pun melawat pada semua industry ya, kita lihat kita selalu menyatakan pada mereka bahawa tumpuan mesti diberikan pada masyarakat kita. Either Penangite first, of course, priority or Malaysians. So, I think even majority company sudah pun sekarang have a policy of fully having local talent. Maybe the top tier sahaja mereka perlu daripada luar untuk pastikan dapat ada they can train the ones below. But majority, more than 90% of all the industry that I've been, majority of the workers are all local. That is important, including the ones from Japan. So you must understand that, that is the position now. That is nombor satu. Nombor dua, one more thing, saya selalu apabila saya melawat industri, I am also very concerned about keterangkuman gender. That means mesti ada keseimbangan kerana wanita pun mesti diberi peluang. And I'm so happy to tell Dato' Timbalan Speaker, ada banyak yang sudah pun lepas 50% adalah wanita. Sehingga saya pun pergi satu company baru-baru ini, I think it was 90% wanita. So, saya saya macam outnumbered lah. Saya was

looking around mana mana kita punya lelaki-lelaki semua. But that is how it is. So, yes, I agree with you fully Pinang Tunggal that priority must and will be given, dengan izin Dato' Timbalan Speaker, kepada kalangan warga kita, Pulau Pinang of course, keutamaan and then of course warga Malaysia kita. That is definitely happening at the moment as I speak. So, you have asked the right question, and I'm happy to share with you what is happening here in Penang. Terima kasih.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Datok Keramat, mohon.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Ya. Silakan, silakan.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Datok Keramat, this time for Dewan, I look your face, ah. Oh, now you've changed. You've changed, ah.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

YB Telok Ayer Tawar nak jet apa pulak ni.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Change your look, your face. Macam hero Hindustan. Ah, maksud I, lagi handsome. Datok Keramat ada cakap lebih kurang 150,000 orang yang kursus mendapat certificate dan sijil. Berapa ramaikah daripada di kalangan yang telah kursus dan dapat sijil, dapat certificate daripada pihak yang Datok Keramat bilang tadi, berapa ramaikah mereka ni dah kita bawa mereka ke persada dalam perindustrian ni, sebagai engineer ataupun technician selama ni. Mesyuarat yang lepas pun Datok Keramat cakap amount yang banyak ni juga. Saya ingat dengan saya. Tapi saya mohon Datok Keramat jelaskan yang 150 org ni.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

150,000 tu untuk tahun 2030.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Ni berapa ramaikah depa dah masuk. 150,000, 150,000 orang ni berapa ramaikah Kerajaan Negeri pantaukan mereka ini yang masukkan dalam perindustrian industri ni. Terima kasih, Datok Keramat.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

The last time I think I mentioned 60,000. Now, dari masa itu sampai sekarang, permintaan dia sudah naik sehingga 150,000 lah, 150,000. So kepada that is the keperluanlah industri sekarang, ya. Then of course kepada soalan Dato' Telok Ayer Tawar, definitely I agree. I don't have the exact number because remember I just now apa yang saya nyatakan, ini latihan dan kursus di dalam industri. That means daripada syarikat-syarikat ini semua, baru-baru ini sahaja, dalam saya ingat dua bulan sahaja, Menteri setuju untuk keluarkan certificate ini. So dalam pada itu, training-training ini, just like a degree or diploma, bukan enam bulan. Dia akan ambil masa setahun atau dua tahun, you know, and then they can say, okay, you are certified technician or certified engineer. And then they will get the certificate. So, at the moment, the certificate question, that part is happening. So, we have to wait for that time to pass for the new trainees. Tapi yang sudah pun what they call dilatih tersebut, ya, yang bakat dan kemahiran yang diperlukan oleh industri, sememangnya telah pun diserap ke dalam industri. Exact number, I can't tell you, but like I said, if I said the last time 60,000 keperluan that was pada waktu yang sebelum ni, and then now ya sudah meningkat kepada 150,000. Secara positif, saya boleh nyatakan at least half of the 60,000 sudah pun diserap, because they they started their training much much earlier. But the process continues, you see, this is what we are trying to do. Dan kita hendak jadikan proses itu dapat diselaraskan dari segi permulaan di mana mereka dilatih oleh siapa mereka dilatih dan akhir latihan itu mendapat satu sijil, that is the whole ecosystem that we are working on. Thank you for the question. So, Dato' Seri Speaker, Dato' Seri Timbalan, Dato’

Chee Yeeh KeenDAP · PHBagan Jermal

Datok Keramat boleh mencelah sedikit.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Come, come, sure.

Chee Yeeh KeenDAP · PHBagan Jermal

Ya. Saya rasa kemahiran tinggi memang demi persediaan kita untuk memacu industri AI dan juga ekonomi digital kita ke hadapan. Dan kita pun telah pun ada satu apa tu Digital Economy Master Plan, DEMP 2025. Dan di sini, adakah saya, saya nak tanya, adakah Kerajaan Negeri kan memang merancang untuk menggabungkan kedua-dua maksudnya Digital Economy Master Plan dan juga teknologi AI menjadikan satu majlis ekonomi ataupun satu task force ekonomi digital dan AI Pulau Pinang untuk memacu dan menyelaraskan sebagai contohnya pelaburan AI, 5G, Digital di bawah satu payung strategik, dan juga mempercepatkan pembangunan AI melalui kerjasama dengan universiti tempatan dan menjadikan macam Perai ataupun Zon Bayan Lepas sebagai perindustrian 5G untuk industri automasi dan smart manufacturing, dan juga seperti yang sekarang kita sedang buat, memang kita sudah ada macam startup SkyChip, Ace Silicon yang sudah menempah kejayaan. Tetapi, apakah yang kita akan lakukan untuk accelerate proses ini. Jadi, ini persoalan yang saya nak tanya kepada Yang Berhormat Datok Keramat. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Tanya pun panjang jawab pun lagi panjang. Tanya panjang.

Lee Boon HengPKR · PHKebun Bunga

Datok Keramat. Datok, okey. Soalan berkaitan. Soalan berkaitan. Baru-baru ini, Johor dia telah tubuhkan satu AI Council di Johor yang berkaitan dengan Bagan Jermal. So, adakah Kerajaan Negeri juga bercadang untuk tubuhkan satu AI Council ataupun Jawatankuasa AI untuk kita selaraskan industri-industri yang nak melabur di Malaysia yang berkaitan dengan AI.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Yes, Dato' Timbalan Speaker dan kepada rakan saya daripada Kebun Bunga dan juga daripada Bagan.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Bagan Jermal.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Bagan Jermal, thank you very much for your question. Yes, I think generally apa yang sedang berlaku, of course, kita sudah pun, as you as I've said, you know, when we talk about Bayan Lepas, you talk about Perai, these are the matured industrial areas in Penang. We are coming up Batu Kawan, we are coming up with Bertam, many other places also. One day down the line apabila Penang South Island siap, that will become even more industrial. But like I said, we are not high-tech only, we are deep-tech now. We are at that level. And what is that. What does that mean. It means kita perlu ceburi dan cekupi AI, because that is the way it is. But you know what, Dato' Timbalan Speaker and to all my friends here, AI one day will become obsolete. It'll be taken over. I always say this, today's technology is redundant tomorrow, dengan izin. Saya selalu menyatakan itu. Then that's the reason why I fully support and agree that we must have, we have many many industry players already who are working on this. That's why we say we are the highest, one of the, this, the smallest state, second smallest state tapi 7% product semicon di dunia and this semicon products are all AI based for it to be produced in the first place. That's the reason why we come back to it very closely connected, science and technology, perlulah bakat supaya ini dapat kita pastikan dapat dicapai. Dan oleh yang demikian, kita baru-baru ada Penang International Science Fair. Lebih daripada 60,000 peserta, Dato' Timbalan Speaker. Baru-baru. And in that science fair there was the suggestion that yes, we must have a council to look specifically into the needs of this deep technology that we are moving towards. I agree with you. And now at the moment, of course, it is a loose sort of combination. Yes, there's a digital blueprint that we have, of course, but all that is part and parcel of maybe a bigger committee that we should have, and I fully agree that, that task force will be formed dengan secepat mungkin, dengan izin Dato' Timbalan Speaker. So, I support what you have said. Thank you very much. Saya teruskan.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Sila. Sila.

Jagdeep Singh Deo a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Datok Keramat

Tak banyak lagi. Now, saya balik pada pembangunan ekosistem industri berteknologi tinggi, which is exactly what we are talking about. Now, kita akan teruskan pembinaan ekosistem industri yang jitu yang sepenuhnya menyokong pembangunan bakat dalam konteks penyediaan fasiliti, infrastruktur, pembiayaan dan kerjasama strategik pihak industri serta latihan yang berkesan sepertimana saya telah nyatakan supaya kita dapat melahirkan pelapis baru yang kompeten dan berkemahiran tinggi. Now, Dato' Timbalan Speaker, berdasarkan data terkini daripada Perangkaan Malaysia, Jabatan Perangkaan Malaysia, DOSM pada 2024, jumlah tenaga buruh berpendidikan tinggi di Pulau Pinang adalah seramai 380,000 orang. In fact, to answer Telok Ayer, Telok Ayer Tawar tadi, that is the perangkaan yang kita ada. Sebanyak 93.9% daripada jumlah tersebut bekerja dalam kategori pekerjaan berkemahiran tinggi. That is 93.9% which is the dalam kategori pekerjaan berkemahiran tinggi. Now, Dato’ Timbalan Speaker, ini menunjukkan para graduan kita bekerja mengikut bidang dan kemahiran, mengikut kelayakan. Masih terdapat baki 6.1% yang bekerja di bawah tahap kelayakan, or therefore, the job mismatch is 6.1%. Walau bagaimanapun, i would, i would like to inform everyone, although it is 6.1% a mismatch, that is much better than the national mismatch, which is 15.8%. So, Penang has the least compared to the entire country. Now, ini membuktikan, Dato’ Timbalan Speaker, bahawasanya strategi pembangunan ekosistem industri berteknologi tinggi yang mampan oleh Kerajaan Negeri selama ini berhasil.

Di samping itu, Dato’ Timbalan Speaker, kejayaan syarikat tempatan yang telah pun membangunkan, for an example, cip (HBM3E) High Bandwidth Memory 3rd Generation Extended pertama di Malaysia, yang just now, I think the, if I'm not mistaken, Bagan Jermal mentioned by SkyeChip in July of this year, menunjukkan, Dato’ Timbalan Speaker, kemajuan ekosistem digital dan teknologi tinggi di negeri Pulau Pinang. Selari dengan inisiatif besar kita, I think my Chief Minister has mentioned the PSD at 5 kilometer, which is the Penang Silicon Design, telah pun kita adakan, di mana ia menyediakan satu pusat penyelidikan dan reka bentuk cip serta pembungkusan yang termaju di Pulau Pinang, bertujuan membangunkan kapasiti modal insan tempatan dalam penyelidikan dan

pembangunan serta inovasi teknologi cip elektronik, which is akan menyokong dan mendokong apa kita hendak buat dari segi dan sudut teknologi AI yang akan membangunkan bakat tempatan yang mahir dan berbakat dalam reka bentuk cip dan pembungkusan termaju.

Salah satu lokasi yang telah dilancarkan ialah Silicon Research and Incubation Space (SRIS) di Taman Perindustrian Bayan Lepas yang berfungsi sebagai pusat sehenti untuk syarikat permulaan dan syarikat reka bentuk IC tempatan. Dato’ Timbalan Speaker, selain daripada pusat penyediaan penyelidikan tersebut, kita juga telah pun membina pusat pemantapan kemahiran melalui Penang Skills Development Centre (PSDC), iaitu program IC - Integrated Circuit Design Mastery yang dilaksanakan di bawah Penang Chip Design Academy (PCDA), which is part of the PSD at 5 kilometer program and strategy.

Dato’ Timbalan Speaker, saya ingin juga nyatakan bahawasanya kita akan teruskan dalam usaha-usaha kita dalam pendidikan STEM dan TVET, which is extremely important for our industry, dengan kita sudah pun sekarang memohon dan ada perbincangan. Kebanyakan I would say aduan, or the cabaran terbesar adalah ramai murid-murid tidak ceburi diri mereka dalam bidang sains dan teknologi. And the problem is, we have identified, they are taught about science and technology mungkin tingkatan tiga. Last time was Tingkatan 3 to tingkatan onwards, and then they decide, okay, maybe they want to go into industry. Now, we have decided that it should start at least in Form One. Now, ini Jabatan Pendidikan Negeri telah pun setuju, dan ada perbincangan sekarang dengan Kementerian Pendidikan, where I facilitated that meeting. So at least in Form One, but the we are going even further. There is a, there is a discussion now, Dato’ Timbalan Speaker, untuk kita mulai di sekolah rendah. That means we try and get, you know, memupuk kesedaran tentang sains dan teknologi dan sebagainya kepada murid-murid di sekolah rendah pun. That is in the discussion at the moment. But at least I can say that to start that means to put it in the syllabus from Form One is going to happen. And we are talking about things like STEM education, of course TVET. And we have GLC in Penang, ada beberapa GLC seperti Tech Dome, kita ada Penang Science Cluster, Penang Math Platform, dan Penang STEM yang merupakan tunjang utama untuk usaha kita dalam menjadikan ini satu hakikat pada waktu yang tidak lama lagi.

For information, Dato’ Timbalan Speaker, sebagai bukti kepada impak positif daripada inisiatif yang kita jalankan itu, PSDC telah pun melahirkan 243 graduan pada 2024

dan 2025. Dan daripada mereka, 93% telah pun mendapat penempatan pekerjaan dan melanjutkan pengajian ataupun melanjutkan pengajian mereka di sini di Pulau Pinang. That is a proof of the work that we are doing.

Daripada itu, Dato’ Speaker, Dato’ Timbalan Speaker, ingin saya nyatakan apabila kita lihat lebih jauh ke hadapan untuk 2026, 2026, ada beberapa inisiatif baru yang kita telah rancang seperti penganjuran Pertandingan Robotik Antarabangsa bersama Pusat Sains di rantau, semua di negeri, di negara di rantau ASEAN, Experiential Robotics, National AI Challenge, AI Wiz Kids, AI On Wheels, Experience AI, Project Ignite the Coolest Projects in Malaysia, First Tech Challenge, Computer Science Core Schools, Advanced Maker Lab Tracks, AI Data Science, dan pembelajaran kemahiran teknikal, matematik dan sebagainya.

Dato’ Seri Speaker, Dato’ Seri Timbalan Speaker, saya ingin nyatakan bahawa sejak tahun 2023 juga, untuk pendidikan STEM, 17 buah syarikat teknologi tempatan telah terlibat secara aktif dalam dalam menyokong pelaksanaan program STEM dan inisiatif-inisiatif pendidikan digital. And we are, we are continuing to engage with more. We have 184 buah sekolah yang telah pun menerima melalui inisiatif pembelajaran digital ini, yang dilaksanakan oleh Penang Tech Centre, dan 297 buah sekolah melalui anjuran Penang STEM, dan juga Penang Science Cluster untuk pelbagai aktiviti seperti bengkel digital dan STEM, pertandingan, kem dan sebagainya.

I mentioned just now about the (PISF), Penang International Science Fair, yang telah berlangsung pada 8 dan 9 November yang mendapat sambutan yang begitu menggalakkan sekali, more than 60,000, Dato’ Timbalan Speaker, dengan participation daripada 73 buah syarikat untuk menjayakan program itu. Dan ia akan kita teruskan juga pada tahun yang akan datang. But on top of that, that is just one or two example, contoh yang saya berikan. For this year alone, kita sudah pun anjurkan lebih daripada 50 program yang melihat dan menitikberatkan STEM, TVET, Sains, dan sebagainya, more than 50 just this year alone.

Saya tidak mahu ambil terlalu banyak masa, Dato’ Speaker, Dato’ Timbalan Speaker. But when we talk about sektor perindustrian, I just want to end by saying that we are also having very close contacts with the rest of the world, because the rest of the world is here. That's why I always say, saya selalu nyatakan kita di Pulau Pinang, actually kita world class. So, we cannot, we cannot take lightly the, the need for that collaboration with the world. And that is the reason why we have many a meeting with them. Most of them they come here

because they are already based here, and they want to expand. Mereka hendak expand dengan izin, perluaskan industri mereka, ataupun yang tidak datang, hendak datang. So kita perlu pastikan ada ruanglah untuk mereka, and that is happening. Just, I think, yesterday or day before, I was, I met up with a whole contingent from Germany. They are already here, the big companies that are here, you know, from, from Germany. They, they want to expand, first of all. And then on top of that, there are some from Germany that want to come and open up. So itu penting.

Of course, my Chief Minister, Ketua Menteri saya, sudah pun bincang dengan pihak negara yang besar-besar seperti China, dan mereka akan datang juga dengan nombor-nombor yang lagi besar. Itu adalah berkenaan pelaburan. Of course, my Chief Minister, he will elaborate on the numbers, he already has just now. And we are talking about so many other countries, not just Germany from Europe, tapi banyak negara lain. Then of course, India is the biggest player, one of the biggest, and they are already showing more interest on top of what they already have here in Penang, they are showing more interest to come here. So, it is extremely important to understand that in this ecosystem of being a, the top industrialised state in Malaysia, we have to work together and we are working together with the rest of the world, because the world is already here.

So, Dato’ Timbalan Speaker, saya ingin sudahi dengan menyatakan kita akan teruskan dengan usaha kita untuk memperkasakan lagi industri kita di Pulau Pinang. Dan of course sains dan teknologi and the most important way to do that is to ensure ada bakat dan kemahiran, and therefore modal insan itu begitu penting. Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong. Thank you very much.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Datok Keramat. Sebelum kita ke penggulungan oleh Batu Maung, saya nak maklumkan kita akan berhenti rehat sebaik sahaja Batu Maung habis sesi penggulungan dan akan disambung semula pada jam 2:30 petang. Jangan Batu Maung lajak sampai dekat pukul 2:00 sudah. Nanti kita lunch setengah jam saja. Ah, dan juga saya ambil kesempatan dari pada pagi ini mengalu-alukan kehadiran JPWK DUN Bayan Lepas, sila bangun. Dan juga komuniti MADANI yang hadir pada pagi ini untuk menyaksikan persidangan DUN kita. Terima kasih. Dan seterusnya persilakan, Batu Maung.

Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam Penang2030, dan salam Malaysia MADANI. Alhamdulillahhirabbil 'alamin, wassalatu wassalamu 'ala asyraf al-anbiya' wal-mursalin, wa 'ala alihi wa sahbihi ajma'in.

Terima kasih, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, ketua-ketua jabatan, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang atas pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan 2026 sempena Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Kelima Belas pada 14 November lalu yang dirangka berdasarkan visi Penang2030 untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri pintar dan hijau, berteraskan keluarga, inspirasi negara, yang juga selari dengan aspirasi Malaysia MADANI yang dinyatakan dalam ucapan belanjawan tahun 2026 oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Utama Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia. Hal ini juga seiring dengan Agenda Pembangunan Agama Islam 2030 Pulau Pinang.

Saya juga merakamkan ucapan tahniah kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah turut serta mengambil bahagian dalam sesi perbahasan sempena Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Kelima Belas pada kali ini.

Pada kesempatan ini saya juga ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada pelajar-pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Pulau Pinang yang menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia bermula dari 3 November 2025 sehingga 23 Disember 2025 yang melibatkan seramai 20,056 orang calon SPM bagi seluruh Negeri Pulau Pinang. Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan selamat maju jaya juga kepada para pelajar Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) yang sedang menghadapi peperiksaan bermula pada 17 November, iaitu Isnin lalu, hingga 20 November 2025, iaitu pada hari ini.

Dato' Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, melalui portfolio Pembangunan Agama Islam, Kerajaan Negeri Pulau Pinang terus memperkukuhkan dasar

serta pelaksanaan program berkaitan agama Islam secara menyeluruh melalui Agenda Pembangunan Agama Islam Pulau Pinang 2030 yang merangkumi lima (5) teras, 14 strategi, dan 70 pelan tindakan. Agenda ini telah dijenamakan semula sebagai kesinambungan kepada gagasan Khairul Ummah agar ianya lebih bersesuaian dengan arah tuju pembangunan negeri di bawah Visi 2030 Negeri Pintar dan Hijau berteraskan Keluarga Inspirasi Negara.

APAI 2030 memberi fokus kepada pemerkasaan syiar Islam, pengukuhan tata kelola institusi agama, serta pemeliharaan Maqasid Syariah dalam bentuk masyarakat yang sejahtera, progresif, dan berdaya tahan. Melalui kerangka ini, pembangunan Agama Islam negeri digerakkan secara lebih tersusun, inklusif, dan berfasa, merangkumi teras pembangunan sosioekonomi, pembangunan pendidikan, pembangunan keluarga, pembangunan anak muda, serta pembangunan dakwah dan tarbiah yang menjadi teras utama pembangunan ummah di Pulau Pinang.

Pada Jumaat yang lalu, Ucapan Belanjawan 2026 oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri turut menekankan kesinambungan Agenda Pembangunan Agama Islam 2030, khususnya dalam teras pembangunan pendidikan serta teras pembangunan dakwah dan tarbiah. Sokongan Kerajaan Negeri dizahirkan melalui komitmen jelas terhadap pembangunan dan pengubahsuaian masjid serta surau di seluruh negeri Pulau Pinang sejak 2023 sehingga 2025 ini. Pulau Pinang kekal sebagai sebuah negeri yang menyalurkan peruntukan 30% daripada keseluruhan kos bagi pembinaan masjid baharu bagi mengangkat martabat institusi masjid sebagai pusat keilmuan, perpaduan, dan pembangunan masyarakat yang mampan.

Dato' Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, izinkan saya untuk membahaskan menggulung berkaitan dengan pembangunan sosioekonomi. Di bawah teras pertama, pembangunan sosioekonomi ummah digerakkan melalui strategi APAI 2030 yang memberi perhatian terhadap pemilikan dan pembangunan hartanah milik ummah yang diuruskan oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Antara projek-projek yang akan dilaksanakan di atas tanah wakaf termasuk pembangunan pangsapuri dan unit komersial di Bayan Lepas, pembangunan perumahan kos sederhana dan pangsapuri di Permatang Damar Laut, di Permatang Tok Kandu, serta pembangunan bercampur di Bagan Lalang, melalui Akaun Amanah Bumiputera yang telah pun diluluskan oleh Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri dengan jumlah dana Ringgit Malaysia 145 juta.

Selain itu, kutipan zakat di Negeri Pulau Pinang turut menunjukkan perkembangan yang amat memberangsangkan. Hasil daripada usaha dan komitmen berterusan Zakat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Sehingga Oktober tahun ini, kutipan telah mencecah sebanyak RM134,145,481.56 berbanding RM120,087,255.00 bagi tempoh yang sama pada tahun lalu. Peningkatan ketara ini membuktikan keyakinan umat Islam terhadap pengurusan zakat negeri serta keberkesanan agihan dan program pembangunan ummah oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Oleh yang demikian, berdasarkan unjuran semasa, Pulau Pinang berada pada landasan tepat, Insya-Allah, untuk mencapai sasaran yang diletakkan pada tahun ini sebanyak RM200 juta bagi tahun 2025. Keseluruhan pelaksanaan pelan tindakan ini membuktikan bahawa wakaf dan zakat sebagai instrumen pemerkasaan teras pembangunan sosioekonomi yang mampu menjadi pemacu ke arah merealisasikan hasrat dan objektif APAI 2030.

Dato' Timbalan Yang di-Pertua dan ahli-ahli Yang Berhormat, teras pembangunan pendidikan terus dipacu melalui penekanan aspek digitalisasi, kecerdasan buatan, dan pemerkasaan ekosistem pembelajaran yang kondusif yang menggunakan konsep Integration of Knowledge dengan izin, iaitu Integrasi Ilmu / Pengetahuan, bagi memenuhi tuntutan keperluan semasa yang semakin dinamik. Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang melaksanakan program berimpak tinggi seperti penajaan peranti tablet bagi memastikan murid-murid mempunyai akses pembelajaran digital yang setara. Sebanyak 8,740 unit tablet telah diagihkan kepada 263 buah sekolah di seluruh Negeri Pulau Pinang melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM6,511,300.00. Peranti ini digunakan sebagai akses kepada buku teks digital Kementerian Pendidikan Malaysia, khususnya bagi murid-murid sekolah rendah daripada keluarga B40 yang tergolong dalam kategori asnaf fakir, miskin, dan juga Asnaf Fisabilillah.

Kerajaan Negeri turut mengalu-alukan kolaborasi pintar dengan pelbagai pihak yang berkepentingan dalam bidang pendidikan. Program Bantuan Cermin Mata umpamanya, yang dilaksanakan melalui Yayasan Sahabat Bina Negara dan Etiqa General Takaful, yang melibatkan jumlah kos sebanyak RM500,000.00 terdiri daripada RM475,000.00 daripada Etiqa General Takaful dan RM25,000.00 daripada Yayasan Sahabat Bina Negara. Inisiatif ini melibatkan dana sebanyak RM100,000.00 di setiap daerah yang memanfaatkan seramai 500 murid. Hal ini menjadikan keseluruhan 2,500 murid sekolah rendah yang telah menerima manfaat daripada bantuan ini. Inisiatif ini bukan sahaja memberi sinar baharu kepada murid-murid yang memerlukan, malahan ianya turut menyokong proses

pembelajaran asas melalui penyediaan alat bantu penglihatan yang berkesan yang digerakkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dengan Pejabat Timbalan Ketua Menteri 1 bekerjasama dengan rakan-rakan korporat.

Usaha pendigitalan pendidikan turut diperkasakan melalui kerjasama erat antara Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, dan syarikat-syarikat korporat bagi mengenal pasti sekolah yang memerlukan sokongan kemudahan digital. Langkah ini selari dengan aspirasi Kerajaan Persekutuan untuk melengkapkan semua sekolah dengan MakerLab menjelang 2030. Sehingga kini, usaha digerakkan dengan kita mencapai 136 daripada 396 buah sekolah telah dilengkapkan kemudahan MakerLab, manakala selebihnya sedang dirancang untuk dipertingkatkan secara berfasa, Insya-Allah, agar seiring dengan keperluan pembelajaran abad ke-21.

Pulau Pinang terus memperkukuh agenda pendigitalan pendidikan melalui penyerahan lebih 100 unit SmartBoard kepada sekolah-sekolah kebangsaan, sekolah-sekolah menengah kebangsaan, sekolah-sekolah menengah kebangsaan agama, dan sekolah-sekolah agama bantuan kerajaan di bawah Program Aspirasi Pemimpin bagi meningkatkan kemudahan pembelajaran berasaskan teknologi. Pada bulan April lalu, Menteri Pendidikan turut mengumumkan bahawa Pulau Pinang telah menjadi negeri pertama di Malaysia mencapai 100% ketersediaan sekurang-kurangnya satu SmartBoard bagi sekolah menengah kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia, sekali gus mengukuh kedudukan negeri ini sebagai peneraju dalam pendidikan digital negara.

Usaha ini diperkasa dalam Karnival EduTech 2025 apabila Wakaf Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang menyerahkan agihan manfaat Wakaf Pendidikan berjumlah RM75,789.00 kepada sekolah-sekolah terpilih bagi tujuan pembelian SmartBoard, pemasangan penghawa dingin, dan menaik taraf bilik mesyuarat. Selari dengan strategi digitalisasi APAI 2030, Kerajaan Negeri melalui kerjasama dengan korporat, Wakalah Zakat turut akan mengedarkan lagi 85 unit SmartBoard dengan kerjasama kita pada Disember ini, termasuk sekolah-sekolah KAFA serta beberapa sekolah kebangsaan yang terpilih agar institusi pendidikan kebangsaan dan institusi pendidikan Islam turut menikmati kemudahan pembelajaran moden.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Batu Maung mencelah. Peruntukan yang disebutkan oleh Batu Maung tadi ini, peruntukan dia ambil daripada mana?

Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Itu yang saya sebutkan tadi, kerjasama dengan syarikat-syarikat korporat. Iaitu syarikat-syarikat korporat ini, mereka membayar zakat dan mendapat pelepasan/penolakan cukai korporat. Jadi apabila mereka membuat pembayaran zakat kepada Majlis Agama Islam melalui zakat ini, kita memberikan kembali kepada mereka 50% daripada jumlah zakat yang dibayar oleh korporat, dan kita bekerjasama dengan mereka kembali untuk diagihkan, umpamanya yang saya sebut tadilah, smartboards.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Maknanya, Batu Maung itu adalah duit zakatlah?

Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Ya, korporat.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Daripada zakatlah? Makna program-program ini dibiayai daripada duit zakat?

Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Zakat korporat. Pulau Pinang terus memperkukuh Program Bantuan Bahan Pembelajaran turut diutamakan, yang saya sebutkan tadi, melalui inisiatif ini bersama dengan korporat supaya dipulangkan kembali kepada Negeri Pulau Pinang, iaitu Wakalah Zakat dan kerjasama strategik antara Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Etiqa General Takaful, dan Penerbit Mahir. Pada tahun ini juga, bantuan buku latihan kepada murid-murid B40 dilaksanakan bagi mengukuhkan asas pembelajaran di sekolah. Melalui inisiatif Wakalah Buku ini, sebanyak 4,261 set buku koleksi soalan percubaan SPM telah

disumbangkan oleh Etiqa General Takaful bernilai RM382,231.25, manakala set buku tambahan turut disumbangkan oleh Penerbit Mahir bagi memastikan penyediaan bahan pembelajaran lebih inklusif yang melibatkan kaum dan juga agama yang lain. Edaran awal set buku tersebut sebelum peperiksaan percubaan Ogos lalu membolehkan calon SPM memanfaatkan bahan tersebut secara optimum sebagai persediaan menghadapi peperiksaan SPM dengan lebih berkesan. Inilah satu bentuk kerjasama strategik yang memberi impak positif di antara Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dengan syarikat-syarikat korporat ke arah pembangunan pendidikan holistik di negeri Pulau Pinang.

Dalam memastikan ekosistem pendidikan tinggi Islam terus diberi perhatian, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang melalui Institusi Pendidikan Tinggi Islam miliknya, iaitu KITAB Pulau Pinang, menjadi institusi pendidikan tinggi Islam Kerajaan Negeri yang memberi peluang dan manfaat khususnya kepada anak-anak Pulau Pinang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Terkini, asrama baharu KITAB yang berkapasiti 300 pelajar telah mula diduduki sejak Julai 2025 bagi memastikan keselesaan dan kebajikan pelajar di KITAB adalah setara dengan IPT-IPT yang lain. Pembinaan asrama ini bermula melalui kelulusan Mesyuarat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang Bilangan 2/2020, iaitu pada 23 Jun 2020. Projek ini dilaksanakan dengan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) bertindak sebagai Project Management Consultant. Asrama lima tingkat ini membuktikan komitmen serius Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang menyediakan kemudahan pembelajaran yang kondusif dan selesa kepada para pelajar selaras dengan teras pembangunan pendidikan yang terkandung di dalam APAI 2030.

Melengkapkan komitmen pendidikan tinggi ini, MAINPP turut meningkatkan agihan dermasiswa pengajian tinggi dengan peruntukan sebanyak RM20 juta pada tahun 2025, iaitu tambahan RM500,000 berbanding tahun sebelumnya. Penstrukturan semula Bahagian Akademik dan Pendidikan di bawah MAINPP pada tahun lalu membolehkan skim bantuan ini diperluas, termasuk bantuan pelajar diploma politeknik serta bantuan one-off untuk pelajar Tingkatan 6 yang sebelum-sebelum ini tidak diberikan kepada pelajar-pelajar politeknik.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Batu Maung mencelah. Dato' Timbalan Speaker. Jadi dermasiswa yang disebutkan oleh Dato' tadi ini, siapakah yang mendapat manfaat ini? Kerana kita, saya dapati ada pelajar-pelajar di Mesir, ada juga maknanya pelajar di Mesir ada yang mengatakan bahawa ada yang tidak dapat apa faedah ataupun manfaat daripada dermasiswa yang telah apa nama ni disebut oleh Batu Maung.

Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Baik. Dermasiswa ini yang melibatkan keseluruhan yang saya sebut tadi.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

On button.

Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

RM20 juta ini termasuk untuk pelajar-pelajar Timur Tengah iaitu Mesir, Jordan termasuklah di tempat-tempat Timur Tengah ni. Jadi kalau ada yang mengatakan bahawa ada pelajar yang tak dapat, saya perlukan maklumat itu kerana dermasiswa kepada pelajar-pelajar Universiti Al-Azhar juga termasuk dalam dermasiswa ini.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Ni Batu Maung, selain daripada itu pelajar daripada Yaman dan juga pelajar daripada universiti-universiti yang lain, saya rasa perlu maknanya dilihat kerana mereka juga ada orang kata apa sepatutnya manfaat itu mereka juga dapat orang kata mereka terima daripada apa yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar yang lain.

Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Negeri maknanya Yaman dengan.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Yaman, Syria kita ada lagi pelajar-pelajar kita yang lain yang menuntut di sana. Mungkin Majlis Agama Islam boleh melihat pelajar-pelajar kita yang belajar di Timur Tengah di Yaman, di Syria dan juga di negeri yang lain perlu juga dilihat supaya mereka dapat manfaat ini.

Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Ya, tadi kalau sebut Mesir tadi Mesir termasuk. Sebab tu saya kata bahawa keperluan kita untuk penambahan dana zakat ini yang sebelum-sebelum ini tidak ada dana yang kita berikan kepada pelajar diploma di Politeknik. Sebab itu bila kita melihat keperluan untuk kita menambah peruntukan dana ini, kita berikan kepada pelajar-pelajar diploma bagi meningkatkan penyertaan pelajar-pelajar Bumiputera Islam ini dalam bidang-bidang STEM. Sebagaimana yang dicadangkan oleh Sungai Dua berkaitan dengan negara-negara Timur Tengah yang lain termasuk Syria, Yaman, Maghribi itu Morocco juga kita akan lihat semula untuk ditambah dari segi dana dermasiswa ini.

Selaras aspirasi pendidikan jangka panjang negeri, pelbagai inisiatif strategik turut digerakkan antaranya usaha pengantarabangsaan KITAB, pembangunan kampus pintar KITAB Bandar Cassia di Batu Kawan, penaiktarafan Pusat Latihan Zakat iaitu PULAZA di Pantai Acheh kepada Institut Latihan Islam Pulau Pinang sebagai langkah awal ke arah pembentukan Universiti Islam Pulau Pinang serta komitmen endowment RM5 juta bagi Kursi Al-Azhar dan RM5 juta bagi pengukuhan (ILIPP) iaitu Institusi iaitu Institut Latihan Islam Pulau Pinang. Selain itu, pelancaran Tabung Wakaf Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan kenaikan elaun guru Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Sekolah Menengah Agama Rakyat, Sekolah Rendah Agama Rakyat, Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dan Tadika Islam (TADIS) turut memperkukuh ekosistem pendidikan Islam negeri ini yang lebih mampan. Kerajaan Negeri amat mengalu-alukan penyertaan lebih banyak badan korporat untuk bersama-sama membela asnaf melalui pembayaran zakat di negeri ini.

Di samping itu, dalam usaha memperkukuh asas Pendidikan Islam di negeri ini, tumpuan turut diberikan kepada pembangunan Sekolah Agama Rakyat. Keseluruhan kos pembinaan dua Sekolah Agama Rakyat ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri iaitu Madrasah Al-Ittihadiyah Al-Wataniah di Cherok Tok Kun, Daerah Seberang Perai Tengah

bernilai RM3.85 juta serta Sekolah Agama Rakyat Masjid Teluk Air Tawar, Daerah Seberang Perai Utara bernilai RM4.01 juta. Selain itu, tiga (3) projek Sekolah Agama Rakyat sedang dalam fasa pembinaan melibatkan Madrasah An-Najah di Kampung Selamat Daerah Seberang Perai Utara, Sekolah Agama Rakyat Nurul Falah Taman Berjaya Nibong Tebal Daerah Seberang Perai Selatan serta Sekolah Agama Rakyat Masjid Bandar Baru Air Itam Daerah Timur Laut melibatkan keseluruhan nilai peruntukan pembangunan daripada Kerajaan Negeri sebanyak RM15.07 juta.

Selain itu, Pulau Pinang turut mencapai perkembangan signifikan melalui pelaksanaan modul pembelajaran STEM dalam Al-Quran yang disebut sebagai STEM-Q. Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang telah meluluskan RM2.5 juta bagi pelaksanaan modul ini di Institusi Pendidikan Islam negeri. Modul STEM-Q yang mengintegrasikan tadabbur Al-Quran dengan pembelajaran STEM dilaksanakan di 28 sekolah SABK dan SMAR Sekolah Menengah Agama Rakyat melibatkan 1,650 pelajar Tingkatan 1 hingga 3. Seramai 151 orang guru telah mengikuti latihan pelaksanaan modul ini sepanjang 2025 bagi meningkatkan minat pelajar-pelajar Melayu Islam ini untuk menjurus ke dalam bidang STEM apabila mereka memilih jurusan pada Tingkatan 4. Perbekalan Al-Quran Mufiq lengkap dengan kod QR STEM, buku rujukan dan buku aktiviti STEM-Q turut diagihkan bagi memastikan proses pembelajaran dilaksanakan secara sistematik dan efektif. Pelaksanaan penuh modul ini di semua sekolah yang terlibat dijangka dilaksanakan pada tahun 2026 melalui pengawalan dan pengawasan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Ya Batu Maung, saya tak mahu tertinggal dalam bab pendidikan ni. Dalam Gagasan Khairul Ummah yang dulu yang didokong oleh Timbalan Ketua Menteri sesi yang lalu, beliau telah mewujudkan iaitu KAFA Menengah. Tapi kita terdengar KAFA Menengah ini tak pernah dengar dah. Adakah KAFA Menengah ini masih lagi diberikan perhatian oleh kerajaan sekarang kerana kita melihat KAFA Menengah ini salah satu daripada perkara yang perlu untuk dikembangkan, memberi peluang kepada iaitulah pelajar-pelajar yang mungkin tidak mengikuti pendidikan secara orang kata apa secara langsung dalam arus perdana membolehkan mereka meneruskan pendidikan agama ini di peringkat KAFA Menengah.

Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Baik, dalam Gagasan Khairul Ummah yang melibatkan teras dengan ringkasan Hebat itu dijenamakan semula dalam APAI ini iaitu Hebat iaitu hikmah di bawah di bawah teras pendidikan dan salah satu daripadanya adalah KAFA Menengah dan diletakkan dalam manifesto sebenarnya manifesto Pakatan Harapan iaitu Perpaduan. Maka itu menjadi asas iaitu janji untuk kita perkasakan KAFA, bukan sahaja di peringkat KAFA Rendah tapi KAFA Menengah. Cuma dalam konteks KAFA Menengah ini kita sedang membuat kajian semula bersama dengan JAKIM kerana dia melibatkan fasiliti-fasiliti yang perlu untuk kita tingkatkan. Sambutan yang yang yang baik daripada KAFA Menengah menyebabkan ada beberapa masjid membuat rungutan berkaitan dengan fasiliti yang disediakan untuk KAFA Menengah. Sebab itulah kajian semula sedang dibincangkan di antara Yayasan Islam Pulau Pinang dengan JAKIM untuk kita adakan program tambahan kepada KAFA Menengah ini dalam bentuk MyInsaniah yang ditawarkan oleh JAKIM. Jadi respon saya kepada Yang Berhormat Sungai Dua, KAFA Menengah diteruskan dengan Insya-Allah penambahbaikan.

Saya mencelah sikit, Yang Berhormat Batu Maung berhubung dengan KAFA Menengah ni yang saya bangkitkan dalam perbahasan tempoh hari. Oleh kerana saya mendapat maklumatlah sudah dua tahun berturut-turut tidak ada pengambilan pelajar baru untuk KAFA Menengah, termasuklah pengambilan tahun depan pun masih belum dibuat. Sebagaimana yang telah diberi penjelasan tadi, saya sangat bersetuju dan minta diperkasakan bagi KAFA Menengah.

Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Sebab dia melibatkan kos yang agak tinggi juga kerana sekarang ini telah melibatkan kos RM800,000 sebab itu kita sedang membuat kajian semula tentang permintaan dan mungkin akan ditambah lagi dari masa ke semasa maka kita akan bangunkan satu kurikulum di antara KAFA Menengah yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri dengan mengambil kurikulum daripada Selangor dengan program ataupun projek MyInsaniah yang ditawarkan oleh pihak JAKIM, Insya-Allah.

Baik, kerajaan menjawab persoalan Yang Berhormat Air Itam berkaitan latihan khas berhubung kesihatan mental pelajar dan kemahiran lain yang bermanfaat untuk para guru mengenal pasti pada peringkat awal gejala buli di kalangan pelajar sebelum kejadian yang tidak diingini berlaku. Kerajaan Negeri melalui JPN iaitu Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang telah mengadakan program pemerkasaan latihan Pengurusan Minda Sihat kepada semua guru bimbingan dan kaunseling melalui modul intervensi Minda Sihat PRISMA sejak tahun 2023. Setiap tahun bengkel diadakan berkaitan dengan Pengurusan Minda Sihat. Selain itu, jabatan negeri Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang sentiasa bekerjasama dengan pihak Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang bagi memberi latihan kepada semua guru bimbingan dan kaunseling seperti Bengkel Psikologi First Aid, Pengurusan Program Pencegahan, Pemulihan dan Krisis. Dalam hal buli, dapatan daripada Inventori Tret Personaliti dijadikan alat ukur untuk mengenal pasti tindakan devian seseorang murid. Begitu juga peranan dapatan psikometrik dalam menguruskan tingkah laku positif murid.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, izinkan saya meneruskan penggulungan dalam hal yang berkaitan dengan pembangunan keluarga. Selaras strategi pembangunan keluarga holistik dan dinamik, Kerajaan Negeri memberi perhatian serius terhadap kesiapsiagaan negeri menghadapi fenomena negara menua. Pulau Pinang kini merupakan antara negeri tertinggi nisbah warga emas di Malaysia dan situasi ini menunjukkan perancangan jangka panjang yang lebih tersusun, bersepadu dan berimpak besar terhadap kesejahteraan keluarga serta struktur sosial negeri. Sehubungan dengan itu, pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam Belanjawan 2025 lagi telah disahut oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Majlis Agama Islam untuk KWAP bekerjasama dengan negeri-negeri dalam konteks Majlis Agama Islam Negeri membangunkan tanah wakaf dan juga tanah Baitulmal sehubung dengan isu atau pun sehubung dengan Rumah Warga Emas Mandiri. Maka, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang mengorak langkah yang pertama menjadi perintis membuat perbincangan dengan Kumpulan Wang Persaraan sehinggakan pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam Belanjawan 2026 berhubung peruntukan sebanyak RM35 juta daripada keseluruhan RM300 juta melalui Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) bagi merintis projek Rumah Warga Emas Mandiri di Pulau Pinang untuk mengangkat usaha negeri ke tahap yang lebih kukuh dalam membangunkan model penjagaan warga emas yang lebih tersusun dan mampan.

Pemilihan tanah Baitulmal MAINPP di Pongsu Seribu sebagai tapak perintis menunjukkan keyakinan terhadap keupayaan negeri menyediakan ekosistem sokongan menyeluruh merangkumi kesihatan, kebajikan, sosial dan spiritual bagi warga emas yang memerlukan perlindungan. Permatang Berangan berminat rumah warga emas dekat sebelah dengan Permatang Berangan lah. Pongsu Seribu yang sekarang ni kita ada Darul Hanan dan kerjasama strategik di antara MAINPP dan KWAP melalui anak syarikat (KWEST), Kumpulan Wang Amanah Pencen Estate Management ini turut melengkapkan aspirasi negeri dalam memperkukuh modul Darul Hanan yang sekian lama menjadi contoh pengurusan kebajikan warga emas berasaskan pendekatan seimbang fizikal psikososial dan kerohanian dimana Darul Hanan ini telah dibangunkan melalui kerjasama di antara Majlis Agama Islam dengan Yayasan Al- Bukhari yang dapat disiapkan pada tahun 2012. Pembinaan Pusat Jagaan Warga Emas Mandiri ini dijangka menyediakan fasiliti penjagaan jangka panjang yang lebih sistematik khususnya bagi warga emas asnaf, berisiko dan mereka yang memerlukan perlindungan institusi. Pembangunan ini juga berpotensi merangsang pertumbuhan ekonomi perak (silver economy) melalui peluang pekerjaan baharu dalam bidang penjagaan, kesihatan, terapi dan perkhidmatan sokongan lain sambil membuka ruang kepada generasi muda untuk menceburi sektor yang semakin berkembang ini dan telah pun Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang menandatangani MoU dengan KWAP yang disaksikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 8 November dalam Majlis Peluncuran Masjid MADANI di Permatang Pauh.

Kerajaan Negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam terus memberi tumpuan kepada pembinaan keluarga muslim yang holistik, stabil dan dinamik dengan menekankan aspek pengurusan rumah tangga, kesejahteraan emosi, literasi undang-undang kekeluargaan dan penyediaan khidmat sokongan yang lebih tersusun kepada masyarakat. Jadi berkaitan dengan perkhidmat memperkemas perkhidmatan perkahwinan dan rumah tangga, sistem e-Munakahat Penang terus diperkasa sebagai platform pendaftaran nikah, cerai dan rujuk secara sistematik. Dan usaha ini dilaksanakan dengan kerjasama Bahagian Teknologi Maklumat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Pejabat Agama Daerah serta Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

Program pembangunan keluarga turut diperkaya, diperkasa melalui tiga (3) siri program khusus berkaitan dengan Program Santuni Anak Istimewa melibatkan 150 ibu bapa dengan kerjasama NGO-NGO seperti IKRAM. Program Pola Asuh Positif melibatkan 200 peserta dengan sokongan Jabatan Kebajikan Masyarakat serta Program Sembang Sihat

Keluarga Hebat melibatkan 200 ahli qariah dengan penyertaan empat (4) buah masjid dan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang. Ketiga-tiga program ini, memberi penekanan kepada ilmu pengasuhan, kesejahteraan mental, kesihatan keluarga dan sokongan komuniti. Selain itu, program Kem Bestari Solat MADANI 2025 telah menghimpunkan 300 pelajar Sekolah Kebangsaan Sungai Kecil, Nibong Tebal serta peserta antarabangsa dari Indonesia, Kemboja, Brunei, dan Thailand melalui penyertaan secara dalam talian. Penganjuran ini memperkukuh pendidikan asas ibadah, disiplin, serta pembentukan sahsiah dalam kalangan pelajar. Banyak lagi program dijalankan antaranya berkaitan dengan Program Literasi Undang-Undang dalam dua siri penyertaan 30 pegawai pendaftar. Manakala program Tafaqquh Munakahat, sebanyak enam siri telah dihadiri oleh semua penolong pendaftar perkahwinan, perceraian, dan rujuk orang Islam. Program Kursus Profesionalisme Jurunikah, juga dilaksanakan untuk meningkatkan kompetensi 30 penolong pendaftar perkahwinan, perceraian, dan rujuk orang Islam. Tatacara pengurusan akad nikah juga, terus dipantau melibatkan 22 orang penolong pendaftar perkahwinan, perceraian, dan rujuk orang Islam di seluruh negeri bagi memastikan pematuhan kepada prosedur syariah.

Simposium Keluarga Bahagia Peringkat Negeri Pulau Pinang, dianjurkan bersama pelancaran Baiti Jannati Care. Dan ini menghimpunkan pelbagai agensi termasuk Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam MAINPP dan JAIPP sebagai medan membina rangka kerjasama dalam isu kekeluargaan negeri.

Di bawah komponen khidmat nasihat Baiti Jannati, sebanyak lapan (8) pusat BJC iaitu Baiti Jannati Care yang dilengkapi dengan 16 kaunselor berdaftar serta 22 penolong pendaftar perkahwinan, penceraian, dan rujuk orang Islam beroperasi di seluruh negara. Kursus Kemahiran Kaunseling diadakan, kepada 30 pegawai bagi meningkatkan kecekapan memberi bimbingan kepada masyarakat. Program outreach BJC bertema “Keluarga Empati, Hidup Harmoni” dilaksanakan sebanyak tiga (3) siri merangkumi pelbagai lokasi dengan penyertaan 200 peserta memberi pendedahan tentang pendekatan empati dalam pengurusan konflik keluarga.

Keseluruhan program-program yang saya sebutkan tadi, sebagai contoh menunjukkan komitmen kita memperkukuh institusi keluarga melalui sokongan khidmat nasihat, pendidikan kekeluargaan, perkhidmatan munakahat, serta penglibatan komuniti yang lebih meluas. Pelaksanaan teras pembangunan keluarga ini, memastikan setiap

keluarga di Pulau Pinang mendapat akses kepada bimbingan, sokongan, dan intervensi yang tersusun bagi membina kehidupan rumah tangga yang lebih sejahtera, harmoni, dan berdaya saing.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, izinkan saya terus dengan teras pembangunan anak muda dalam agenda pembangunan agama Islam ini, Kerajaan Negeri memberi tumpuan kepada pembentukan generasi muda Islam yang berdaya saing, berdisiplin, memiliki jati diri yang kukuh. Pembangunan ini dilaksanakan melalui pendekatan yang menyeluruh merangkumi sahsiah, kepimpinan, kemahiran sosial, dan kesedaraan, kesedaran tanggungjawab terhadap masyarakat.

Program-program yang dianjurkan pada tahun ini, bertujuan membuka peluang kepada remaja dan belia untuk mengasah potensi, mengetengahkan bakat, serta meningkatkan keyakinan diri. Pada masa yang sama, peningkatan ini turut menerapkan nilai hormat, ihsan, semangat kesukarelawanan, serta rasa kekitaan dalam kalangan belia daripada pelbagai latar.

Sepanjang tahun 2025 ini, kita memperkukuhkan jaringan kerjasama di antara Pejabat Agama Daerah, Masjid Daerah, agensi kerajaan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri, Majlis Belia, serta NGO. Dan kerjasama ini amat penting, bagi menyediakan sokongan sosial lebih menyeluruh dan memastikan belia negeri ini dibimbing melalui saluran yang teratur dan berimpak. Antaranya, pembangunan yang kita laksanakan, Program Belia Madani Merdeka menghimpunkan 250 peserta di antara usia 18 sehingga 30 tahun di Masjid Daerah Barat Daya. Program ini menumpukan kepada pembinaan sahsiah, sebagaimana yang saya sebutkan tadi. Program pembangunan kepimpinan turut diperkasa melalui Next Gen Mukmin Mantop yang melibatkan 250 belia dari Seberang Perai Utara. Program Next Gen Mukmin untuk remaja SMAR dan anak-anak kariah berusia antara 14 hingga 16 tahun. Program ini memberi tumpuan kepada pembinaan kepimpinan, ketahanan mental, disiplin diri, serta pembentukan karakter melalui aktiviti kerohanian dan aktiviti luar yang dirancang secara sistematik. Turut dianjur ialah Kem Remaja Jiwa Sakinah yang melibatkan 80 pelajar SMAR dalam modul dua hari satu malam di Batu Kurau. Kem ini memberi fokus kepada pengukuhan akhlak, pengurusan emosi, pembinaan sahsiah, kerjasama berkumpulan, serta pemantapan daya kepimpinan melalui suasana pembelajaran yang tersusun.

Kerajaan Negeri yakin bahawa generasi muda Pulau Pinang, akan terbentuk sebagai golongan yang berdaya saing, berakhlak, berdisiplin, serta bersedia memainkan peranan penting dalam pembangunan masyarakat dan masa depan negeri melalui usaha-usaha yang dirancang dan terancang, Insya-Allah.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, pembangunan dakwah dan tarbiah merupakan teras yang kelima. Memberi tumpuan kepada pembangunan dakwah dan tarbiah, sebagai asas pembinaan masyarakat Islam yang berilmu, berakhlak, dan berdaya tahan dalam menghadapi cabaran semasa. Penekanan diberikan kepada pengukuhan institusi masjid, penyelarasan pendidikan Islam, pembangunan bahan ilmu, kolaborasi bersama pemegang taruh, serta adaptasi teknologi digital dan AI, iaitu Kecerdasan Buatan dalam penyampaian dakwah.

Selaras konsep Masjid Ummatik, Kerajaan Negeri dan MAINPP terus memperkasa peranan institusi masjid sebagai pusat pembangunan komuniti Muslim. Antara komitmen terbesar, termasuk pembinaan dan pengubahsuaian masjid serta surau di seluruh Pulau Pinang. Pada tahun ini, lima (5) buah masjid telah siap dibina, iaitu Masjid Papan, Masjid Taman Sungai Dua Utama, Masjid Bandar Cassia, Masjid Sungai Kecil Nibong Tebal, dan Masjid Mengkuang Titi dengan komitmen Kerajaan Negeri sebanyak RM9.8 juta. Sebuah lagi masjid, iaitu Masjid Bandar Putra Bertam dijangka siap tahun ini dengan peruntukan tambahan sebanyak RM2 juta. Tiga (3) masjid lagi sedang dalam pembinaan, iaitu Masjid Lama Sungai Bakap, RM6 juta di Sungai Bakap, Masjid Cerok Tok Kun Bawah, dan Masjid Permatang Tinggi. Pembinaan Masjid Bandaraya Pulau Pinang di tapak Smart City Campus KITAB, Bandar Cassia turut sedang dilaksanakan melalui kerja penyiasatan tanah dan penyediaan reka bentuk oleh Jabatan Kerja Raya Negeri.

Melengkapkan ekosistem pembangunan dakwah, MAINPP turut memperkukuh kerjasama bersama NGO, institusi pendidikan, masjid, Jabatan Kerajaan, serta pemegang taruh yang lain. Seiring...

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Batu Maung. Izinkan saya mencelah dalam bab pembangunan dakwah ni. Kita lihat hari ini, hari Jumaat orang ramai tak sembahyang Jumaat. Masyarakat yang tak

sembahyang Jumaat ni, hari ni duduk di kedai kopi. Orang dah khutbah nak habis dah, duduk kedai kopi melewaq merata. Ini suasana yang berada dalam, dalam negeri kita.

Jadi apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak MAINPP, pertama dari sudut penguatkuasaan. Yang kedua dari sudut pendidikan. Pendidikan kepada masyarakat yang meninggalkan sembahyang Jumaat. Kita tengok macam jadi satu trend, yang sekarang ini tidak mengendahkan solat Jumaat.

Kalau solat waktu, mungkin kata dia buat di tempat-tempat yang lain. Tetapi, ni solat Jumaat orang masjid sedang berkhutbah dah nak habis dah, kita melihat yang dok melewaq merata hari ni cukup ramai. Tak menunaikan solat Jumaat. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh MAINPP dalam situasi yang sedang melanda di negeri kita?

Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Baik. Saya akan respons itu, sebab ini dalam penggulungan dan juga dibangkitkan oleh Sungai Dua dalam perbahasan, supaya flow tu nampak cantik, saya akan sampai kepada bab tersebut.

Melengkapkan ekosistem pembangunan dakwah, MAINPP turut memperkukuh kerjasama bersama NGO, institusi pendidikan, masjid, Jabatan Kerajaan serta pemegang taruh. Seiring perkembangan teknologi masa kini, strategi digital, AI turut diterapkan dalam ekosistem dakwah negeri. MAINPP memperkenalkan penggunaan platform digital, pembangunan kandungan Islamik elektronik, sistem maklumat masjid serta latihan kepada imam, guru takmir dan pegawai masjid bagi meningkatkan keberkesanan penyampaian dakwah. Pendekatan ini memastikan mesej dakwah lebih bersifat interaktif, mudah dicapai dan dapat disesuaikan dengan pelbagai lapisan masyarakat terutama golongan muda.

Inisiatif pembangunan dan cetakan Mushaf Al-Quran Pulau Pinang, mengukuhkan lagi komitmen negeri dalam memartabatkan tradisi keserjanaan Al-Quran melalui kerjasama strategik antara MAINPP, Yayasan Restu, dan agensi berkaitan. Inisiatif ini merangkumi penyediaan manuskrip, seni kaligrafi, proses pentashihan, dan penyelidikan berkaitan pengajian Al-Quran. Selain itu, Pulau Pinang turut melakar satu pencapaian penting dalam penyelarasan sekolah-sekolah Islam melalui pelantikan rasmi Jemaah Pengurusan Sekolah (JPS) bagi sekolah bagi seluruh Sekolah Islam di negeri ini.

Untuk julang, julung kalinya, semua pengerusi dan setiausaha JPS dihimpunkan dalam satu majlis rasmi pada penghujung Jun 2025 dan Insya-Allah akan diadakan dari masa ke semasa bagi merapatkan saf di antara Majlis Agama Islam, Jabatan Agama Islam sebagai pengurusan yang diberikan oleh Majlis Agama Islam dengan JPS ini.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Batu Maung, himpun tu satu benda yang baik. Tapi, jangan kacau lah. Ini kita. Kita nak hadir. Saya nak hadir sekolah, saya bangunkan sendiri. Ada sekolah yang kita bangun sendiri, kita tak boleh hadir. Ni apa cerita? Kita harap jangan ada gangguan macam ni. Kita kena kena positif lah dalam ni. Jangan orang kata ganggu tengok kepada warna politik. Warna politik, ini semua kita ada warna politik masing-masing.

Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Baik. Baik.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Biar kita positif, profesional dalam dalam dalam pengurusan. Jangan kita ganggu. Ni ganggu, orang tu tak boleh, orang ni tak boleh. Ini satu perkara yang tak sepatutnya berlaku. Saya berharap, maknanya dalam perkara ini jangan ada gangguan.

Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Dan saya, saya ingat apa saya pun dah jawab dalam penggal yang lepas berkaitan dengan gangguan dan campur tangan ini. Sebab, dari sudut pengurusan yang dibuat berkaitan dengan JPS ini terhadap Sekolah Menengah Agama Rakyat dan Sekolah Agama Rakyat, diuruskan oleh JPS. Dan JPS ini dilantik oleh pendaftar. Jadi, dari sudut hal yang melibatkan perjumpaan dan istimak yang diadakan ini, diuruskan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang melalui pendaftar, iaitu Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Jadi, saya ingat tidak ada sekolah yang terkecuali dalam jemputan. Walau bagaimanapun, sekiranya ada yang terkecuali boleh merujuk kepada Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang selaku pendaftar, dan

Insya-Allah kita akan jemput. Kalau ada benda ini, boleh saja maklumkan kepada kita sendiri secara direct.

Sebab, saya tengok ada juga yang pimpinan-pimpinan politik yang tidak secara langsung lah terlibat dan datang hadir pada program yang kita adakan pada hari itu. Kalau tercicir, maklumkan kepada saya sendiri pun tak apa, Sungai Dua.

Next, kat mana dah? Kejayaan penganjuran Ihtifal KAFA peringkat Negeri Pulau Pinang 2025, menjadi bukti komitmen Kerajaan Negeri asas terhadap pembentukan jati diri dan sahsiah anak-anak KAFA. Selain menggalakkan penguasaan ilmu agama melalui pertandingan yang sihat, program ini turut memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan laluan pengajian pendidikan Islam yang lebih luas. Kerajaan Negeri terus komited dalam mengangkat martabat guru-guru KAFA melalui Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, dengan meningkatkan elaun KAFA sebagaimana yang kita sedia maklum dan diumumkan termasuk dalam Dewan Undangan Negeri pada bulan, pada penggal yang lalu.

Keseluruhan pelaksanaan strategi dan pelan tindakan di bawah teras pembangunan dakwah dan tarbiah ini, adalah hasrat murni kita bagi mengukuh kedudukan masjid sebagai pusat ilmu dan perpaduan. Memastikan pendidikan Islam berkualiti, menyemarakkan budaya ilmu Al-Quran, serta memperkukuh jaringan dakwah negeri selaras aspirasi besar APAI 2030, yang perlu digerakkan bersama untuk membentuk masyarakat Islam Pulau Pinang yang progresif, berilmu, dan bersatu padu. Menjawab penyata pertanyaan Yang Berhormat Sungai Dua dan Sungai Bakap berkaitan dengan agar Kerajaan Negeri meneliti dan mengeluarkan semula garis panduan kepada syarikat-syarikat di Negeri Pulau Pinang dalam mewajibkan pekerja Muslim untuk melaksanakan solat Jumaat serta penguatkuasaan kepada Muslim yang tidak mengerjakan solat Jumaat.

Kerajaan Negeri menerima baik cadangan ini dan untuk makluman semua, Kerajaan Negeri sentiasa melaksanakan pemantauan secara berkala melalui Pegawai Penguat Kuasa Agama Wanita Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang. Lelaki tak boleh lah sebab hari Jumaat. Mengikut daerah dan lokasi aduan. Pemantauan ini lebih kepada advokasi, menasihati orang lelaki untuk menunaikan solat Jumaat. Namun begitu, tangkapan dan dakwaan tidak dapat dibuktikan kerana menurut Seksyen 14 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996, seseorang itu akan disabit kesalahan seksyen ini jika kesalahan tiga kali berturut-turut, ni Tahun 1996 dilaksanakan.

Jadi, dok main kira tiga kali. Jadi ya, mungkin bincangkan semula ya. Kalau usul ni dibawa semula, minta supaya Yang Berhormat untuk dapat sokong usul pindaan tiga kali berturut-turut. Walau bagaimanapun, Bahagian Penguat Kuasaan JAIPP sentiasa mengambil cakna terhadap aduan dan pemantauan berterusan, bagi kesalahan di bawah Seksyen 14 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 ini.

Selanjutnya, Kerajaan Negeri berpandangan garis panduan yang sedia ada sudah memadai. Namun, setiap majikan, syarikat, kilang di Pulau Pinang haruslah prihatin terhadap pekerja Muslim yang tidak melaksanakan solat Jumaat, dan melaporkan segera ke Bahagian Penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang untuk tindakan selanjutnya.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Dato’ Batu Maung, mencelah sikit. Tadi disebut bahawa ikut enakmen, kita hanya boleh sabitkan kalau dia tak mai, dia tak hadir solat dia tak hadir (selawat).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri

Jumaat.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Jumaat, tiga kali berturut-turut. Jadi, kalau tengok dah hampir 30 tahun.

Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Empat kali dah.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Kenapa kita biarkan enakmen ni, macam tu selama ni?

Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Baik. Insya-Allah kita akan bincang, kaji, dan akhirnya akan diangkat kepada Penasihat Undang-Undang untuk semakan, dan akhirnya dibawa ke Dewan Undangan ini.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Satu lagi, macam puasa, kan? Kalau dia tak puasa, kita boleh charge dia bawah tak menghormati, kan? Boleh tak, kita chargekan yang tak solat Jumaat ni sebagai tak menghormati?

Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Bincang.

Mohamad Shukor bin ZakariahPAS · PNPulau Betong

Dato’ Yang di-Pertua. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Saya nak dapatkan sedikit pencerahan daripada Dato’ Batu Maung mengenai cadangan Pulau Betong, iaitu kesalahan jenayah syariah tentang tidak solat lima waktu.

Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Akan sampai sebab ni dalam.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri

Perbahasan.

Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Perbahasan.

Mohamad Shukor bin ZakariahPAS · PNPulau Betong

Okay.

Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Baik. Dimana dah tadi? Akta Kerja 1955, mewajibkan majikan untuk memberi pekerja Islam masa yang mencukupi untuk menunaikan solat Jumaat. Ia menetapkan sekurang-kurangnya satu jam 30 minit untuk solat Jumaat. Manakala, solat waktu lain memerlukan sekurang-kurangnya 20 minit setiap waktu. Bagi pelepasan untuk solat Jumaat, Seksyen 60A (1) Akta Kerja 1955 memperuntukkan bahawa majikan hendaklah memberikan pekerja Islam, pelepasan untuk solat Jumaat selama sekurang-kurangnya 1 jam 30 minit. Manakala pelepasan untuk solat waktu, diperuntukkan sekurang-kurangnya 20 minit untuk setiap waktu solat. Ya, sila Sungai Bakap.

Abidin bin IsmailPAS · PNSungai Bakap

Minta mencelah Batu Maung. Terima kasih banyak. Pertama saya nak ucap jutaan terima kasih, di atas maklumat yang bagi tadi. Enakmen perlu dikaji semula, hampir 30 tahun sebab isu solat ini amat penting. Memang kita bertanggungjawab hal ini. Tentang solat Jumaat ni, kalau boleh kita buat yang terbaik untuk umat. Jika ini yang terbaik, Insya-Allah akan dapat seorang Muslim yang baik, Insya-Allah na. Terima kasih.

Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Insya-Allah. Terima kasih atas pandangan itu, Sungai Bakap. Oleh yang demikian adalah.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Dato’ Batu Maung. Sikit lagi nak tambah.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri

Saya rasa, dah cukup kot hal solat Jumaat tu.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Ni. Ni. Penting. Ni, penting.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri

Panjang lagi ni.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Sikit, nak, nak. Penting ni. Sebab isu solat Jumaat ni.

Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Semua penting.

Bukhori bin GhazaliPAS · PNPinang Tunggal

Sebab isu solat jumaat ini bukan setakat dari segi tak menghormati, dia beri imej yang tak baik pada orang bukan Islam terhadap kita. Sebab tu saya kata, benda ni penting.

Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Ya. Ya, betul. Semua setuju benda ni.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Ni, solat Jumaat ni penguatkuasaan.

Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Dari tadi dah cakap.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Kelmarin, ya.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri

Dak tadi, Batu Maung dah jawab semua.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Saya punya ni, saya punya isu, bila masuk saya nak respond juga lah supaya penguatkuasa ni dilakukan. Kita boleh melibatkan orang perempuan, orang perempuan tak sembahyang Jumaat.

Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Dah jawab. Dah jawab. Saya dah jawab tadi, bahawa melibatkan penguatkuasa wanita.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Ia pendidikan.

Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Cuma, nak dakwa sebab berkaitan dengan enakmen yang kita akan kaji dan semak semula sejak 1996.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Sebab ni.

Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Ya, ya dah jawab.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Kes-kes soal sembahyang ni termasuk dalam tuntutan Allah Taala tau.

Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Betul.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Membaca potongan ayat Al-Quran.

Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Saya teruskan.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri

Batu Maung.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

“Orang yang kami beri kuasa pemerintahan, Maka mereka mestilah mendirikan sembahyang”. Maknanya kerajaan kena, kena titik berat soal ni.

Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Ya. Itu yang.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri

Okay.

Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Dibincangkan, setelah saya maklumkan tadi. Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab pekerja untuk tidak mengambil kesempatan daripada tempoh rehat yang dibenarkan ini, dengan sengaja melambatkan solat dan kesannya akan memberi kesan kepada produktiviti pelaksanaan tugas yang telah dipertanggungjawabkan. Walau bagaimanapun, jika terdapat aduan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang akan mengambil langkah-langkah seperti berikut, menjalankan siasatan awal dan mengambil tindakan yang sesuai, sama ada melalui nasihat, kaunseling agama, atau merujuk kepada pihak berkuasa berkaitan seperti Jabatan Tenaga Kerja, sekiranya melibatkan majikan yang menghalang pekerja Muslim daripada menunaikan kewajipan solat.

Selain itu, Yang Berhormat Sungai Dua dan Penaga ada menyatakan kepada Kerajaan Negeri untuk mencetak semula Kalendar Hijriah bagi masyarakat Islam di Pulau Pinang, khususnya kepada golongan yang berusia sering bergantung kepada penggunaan takwim Hijri. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Mufti yang cetak takwim Hijrah ni adalah Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang. Jadi, kita dapatkan maklumat ini semula daripada Jabatan Mufti telah mencetak takwim ni saya pun tengok sikit sangat, 1,000. 1,000 naskah dengan melibatkan kos RM6,500.00. Saya kata 500 surau campur dengan 200, 45 masjid termasuk ghairu jamek, satu masjid 10 ja lah kot. Jadi saya kata tak apa, kena semak semula dari sudut cetakan ini kerana melibatkan potongan bajet kepada jabatan-jabatan. Tapi, saya kata untuk takwim ni kita kena tingkatkan semula, dan untuk cetak kerana ada yang perlu. Walaupun dari segi promosinya kita promote digital, tapi sebagaimana Sungai Dua sebut dan bukan kata orang tua saja, orang muda juga nak tengok. Tapi tak apa, itu kita akan semak semula untuk buat cetakan.

Baik. Namun demikian, Kerajaan Negeri sentiasa cakna lah ya dan pihak Jabatan Mufti akan menambah jumlah cetakan bagi terbitan takwim pada tahun berikutnya, agar keperluannya dipenuhi dengan lebih baik tanpa menjejaskan usaha digital yang sedang digerakkan.

Seterusnya menjawab pertanyaan Yang Berhormat Sungai Dua, Telok Bahang, dan Penaga berkaitan isu pemilihan Jawatankuasa Kariah Masjid dan permohonan semakan semula Garis Panduan Pemilihan Ahli Jawatankuasa Kariah Masjid di Negeri Pulau Pinang. Untuk makluman Dewan, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang selalu di saya

tegaskanlah yang ini berulang kali bahawa tiada campur tangan politik, sebenarnya dalam pemilihan Jawatankuasa Kariah. Dan prosesnya dijalankan secara telus serta demokratik. Ahli-ahli kariah diberi hak sepenuhnya mencalonkan 20 orang calon untuk diangkat bagi pertimbangan Jawatankuasa Pencalonan Peringkat Daerah, yang ditubuhkan di peringkat daerah melalui kaedah 4-1 lah. Ini berkaitan dengan enakmen, saya tak mahu ulang kalau saya sebut enakmen mungkin Yang Berhormat kata saya akan sebut enakmen lagi. Tapi, pencalonan ini dibuat oleh anak-anak kariah. Anak-anak kariah yang berfungsi untuk dan diangkat kepada Jawatankuasa Pencalonan Peringkat Daerah, iaitu JAPEK. JAPEK yang dipengerusikan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah, untuk meneliti senarai lengkap pencalonan ahli kariah dan mencadangkan 15 orang calon ke Bahagian Pengurusan Masjid. Daripada JAPEK inilah yang dipengerusikan oleh PTA, ada penghulu, ada wakil Pejabat Daerah, wakil polis, wakil Majlis Agama pun bukan ahli Majlis Agama, yang wakil tu adalah pegawai-pegawai Majlis Agama melibatkan Pengurus Baitulmal, apa ni Unit Latihan, pegawai N41 dan juga 44. Jadi senarai nama calon yang telah diluluskan dalam JAPEK, akan diangkat ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang, seterusnya dikemukakan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam untuk diangkat kepada Yang di-Pertuan Agong. Dan seingat saya, Mesyuarat ini telah berlalu pada bulan 10, pada bulan 10 yang lalu. Saya ingat dalam tempoh tak sampai 30 minit kot, diangkat oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang setebal itu dan terus kita, kita luluskan dan angkat kepada Tuanku dan telah pun diperkenankan.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Batu Maung. 15 orang yang dimaksudkan oleh Batu Maung tu adalah senarai yang dipilih oleh anak kariah tanpa ada penambahan yang yang lain. Kalau kata maknanya senarai tu dari daripada pemilihan Majlis Agama Islam, daripada kariah sendiri tanpa melibatkan ada orang-orang lain yang ditarik masuk, dan 15 itu okay lah. Kan? Tapi kalau sekiranya ada lagi orang-orang yang lain ditarik, ditarik pula oleh orang yang tak mengenali anak kariah tu sendiri, ni satu perkara yang tak sepatutnyalah.

Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Baik. Sebab benda tu belum lagi diedarkan. Kalau ada, buat aduan nanti kita tengok. Kan? Jadi belum lagi dikeluarkan, itu lebih kepada rumus dan juga persepsi yang ditimbulkan kerana ini memang secara demokratik dipilih oleh anak kariah dan dihantar

kepada JAPEK. JAPEK ni pun saya baru tau. JAPEK istilah JAPEK tu, Jawatankuasa Pemilihan Daerah. Jap, bagi saya habiskan yang ni nanti Pinang Tunggal bangkitkan pandangan. Kaedah ini digubal bagi mengekalkan prerogatif Majlis Agama Islam, memastikan mereka yang dilantik benar-benar berupaya menggalas tanggungjawab dan selaras dengan dasar pembangunan agama negeri, khususnya bagi menjamin keseragaman kegiatan keagamaan serta penyatuan umat Islam di Pulau Pinang. Kaedah ini bertujuan mengehad, mengehadkan hak-hak kariah, tetapi sebagai satu bukan mengehadkan hak kariah. Tapi, sebagai satu langkah memastikan pemilihan dibuat secara berhemah, tersusun dan berlandaskan kepentingan komuniti masjid seluruh negeri. Sebab tu, kalau Yang Berhormat sedar bahawa penstrukturan semula pengurusan masjid-masjid daerah dengan yang sebelum ini dipengerusikan oleh Pegawai Daerah, dan distrukturkan semula bermula pada bulan 1 dengan meletakkan hak pada Pegawai Tadbir Agama Daerah yang mempengerusikan Jawatankuasa Pengurusan Masjid Daerah. Kerana PTA kita anggap lebih dalam bidangnya dalam pengurusan, maka dipersetujui oleh Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri, termasuk Masjid Negeri Pulau Pinang yang sebelum ini dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri, dan kini dipengerusikan sendiri oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang, dalam memperkasakan urus tadbir dan pengurusan masjid-masjid daerah dan masjid negeri.

Bagi sesi pelantikan kariah 2026 sehingga 2028 yang melibatkan 208 masjid, makna masjid daerah tak termasuk, masjid negeri tak termasuk. Dan proses pencalonan telah berlangsung bermula 18 Julai 2025 hingga 14 September 2025, melalui Mesyuarat Agung Pencalonan Kariah dan seterusnya Jawatankuasa Pencalonan Peringkat Daerah iaitu JAPEK. Dan semua calon telah diperakukan dan diluluskan oleh Mesyuarat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Bilangan 10 kali ke-272 pada 27 Oktober 2025 dan diangkat kepada Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan. Dan proses ini, akan kita ikuti dan pelantikan akan mula dibuat Insya-Allah paling lewat awal bulan 12, paling lewat akan dikeluarkan. Keanggotaan JAPEK yang saya sebut tadi, merangkumi pelbagai pihak berkecuali seperti Polis Diraja Malaysia, Penghulu Kawasan, wakil MAINPP yang saya sebut tadi iaitu pegawai N41, dululah gred yang dulu dan juga 44 dan 48. Penyelaras pentadbiran Masjid Daerah, iaitu lantikan JAKIM, dan penyelia kariah selaku Setiausaha Jawatankuasa merangkap wakil JAIPP yang gred N19, yang dipengerusikan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah bagi menjamin ketelusan dan keseimbangan dalam pemilihan calon.

Kaedah menetapkan senarai lengkap tujuh (7) orang calon, yang dicadangkan oleh kariah dan lapan (8) calon tambahan oleh JAPEK bagi melengkapkan 15 yang senarai ini, diambil daripada 20 orang calon yang dicadangkan oleh kariah. Bagi memastikan ketelusan dan kefahaman masyarakat, beberapa tindakan telah diambil antaranya tatacara pencalonan telah diterangkan secara menyeluruh melalui tiga sesi taklimat rasmi, kepada semua pengerusi dan setiausaha kariah bagi setiap daerah tarikh 27 haribulan lima (5) (Mei) Masjid Daerah Barat Daya, 28 haribulan lima (5) (Mei) Kompleks Darul Hidayah, 4 haribulan (6) (Jun) 2025 di Masjid Daerah Seberang Perai Tengah dengan disertai oleh pengerusi dan setiausaha kariah Daerah Barat Daya dan Timur Laut, Daerah Kepala Batas, dan juga Butterworth dan Daerah Seberang Perai Tengah, dan Seberang Perai Selatan.

Tatacara ini turut dipamerkan di papan kenyataan semua masjid dan surau, semua dah dipamerkan. Disebarkan melalui media sosial, untuk memastikan anak kariah dapat memahami keseluruhan proses sebelum Mesyuarat Pencalonan diadakan. Tatacara ini juga telah digubal dengan mengambil kira pengalaman sebelum ini, serta perbandingan dengan negeri-negeri lain agar selaras dengan amalan terbaik di Malaysia. Dengan tindakan hebahan, Yang Berhormat banyak lagi na.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri

Kita langkau.

Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Baik. Selanjutnya Kerajaan Negeri menerima baik cadangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Sungai Dua, atas cadangan pembentangan Laporan Tahunan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Negeri Pulau Pinang. Sebagaimana dalam sesi yang lepas, jadi tidak ada masalah untuk Majlis Agama Islam membekalkan kepada PAC melalui DUN sekiranya ada permintaan. Tapi, sehingga hari ini tak ada permintaan secara rasmi, bertulis sebagaimana Jabatan Audit Negara memohon Penyata Kewangan Beraudit disampaikan, dihantar kepada mereka melalui permohonan secara bertulis dan telah pun dihantar daripada Jabatan Audit Negara. Jadi, tak ada halangan perkara itu.

Namun, selama ini daripada sejak penggal sejak Dewan Undangan Negeri ada, tidak dibekalkan Laporan Penyata Kewangan kepada Dewan Undangan Negeri kerana ini berdasarkan kepada enakmen, sebab untuk perbandingan, terdapat Badan-Badan Berkanun seperti PDC, sebab tu ada Laporan Kewangan PDC, Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang, yang memang mempunyai peruntukan khas dalam enakmen masing-masing yang mewajibkan laporan tahunan dan akaun mereka kepada Dewan. Namun dalam konteks MAINPP, Enakmen Pentadbiran Agama Islam tidak memperuntukkan kewajipan pembentangan. Namun sekiranya ada permintaan, tidak menjadi halangan untuk Majlis Agama Islam membekalkan laporan tersebut.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Kita mintalah supaya bekalkan kepada ADUN-ADUN ni.

Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Ya. Selanjutnya, menjawab persoalan yang dibangkitkan Yang Berhormat Telok Bahang menyentuh berkaitan dakwaan pertukaran anak kariah secara automatik, ringkas ceritanya bila dibangkitkan oleh Telok Bahang berkenaan ini saya terkejut juga sebab yang meluluskan ini adalah Pengerusi Kariah, bukannya Majlis Agama Islam. Adalah disebut dalam ini berkaitan dengan tatacara berkaitan dengan pertukaran anak-anak kariah yang melalui proses yang secara terbuka dan telus yang mesti melalui proses yang diluluskan oleh Pengerusi Kariah sendiri.

Seterusnya, menjawab persoalan Yang Berhormat Telok Bahang lagi berkaitan dengan pembinaan masjid perlu melihat kepada keperluan anak kariah. Ya, memang ada tatacara berkaitan dengan untuk pembinaan untuk masjid baru. Perkara perlu dipertimbangkan ada lebih kurang dalam tujuh (7) prosesnya untuk diwujudkan masjid-masjid di kawasan-kawasan dan di daerah-daerah tertentu. Justeru, MAINPP sentiasa cakna dan peka terhadap keperluan masyarakat Islam terutama dan membangunkan tempat ibadah yang selesa. MAINPP akan mengambil tindakan segera bila mana wujud keperluan penyediaan tempat ibadah kepada umat Islam di negeri ini. Di samping itu, Kerajaan Negeri menghargai kebimbangan Yang Berhormat Pulau Betong berkaitan dengan solat lima waktu dan tindakan penguatkuasaan. Untuk makluman Dewan, pada masa ini tiada peruntukan undang-undang lagi jenayah syariah di negeri ini yang

memperuntukkan hukuman terhadap kesalahan meninggalkan solat fardhu. Namun, pendekatan Kerajaan Negeri melalui JHEAIPP terhadap isu solat fardhu adalah berteraskan pendidikan dan kesedaran dan bukannya bersifat penguatkuasaan undang-undang. Berkaitan isu peniaga dan pengunjung Islam di pasar malam tak menunaikan solat Maghrib, ketika ini tiada program khusus yang menyasarkan kempen solat di kawasan pasar malam. Namun, pendekatan JHEAIPP adalah bersifat menyeluruh dengan memberi penekanan kepada kesedaran umum terhadap kewajipan solat lima waktu bukan hanya solat Maghrib semata-mata. Antara usaha yang sedang dan terus dilaksanakan, peningkatan kesedaran masyarakat melalui nasihat, bimbingan, peringatan berkala, kerjasama komuniti kariah, hebahan dakwah melalui media sosial masjid, menyampaikan mesej berkaitan solat dalam platform sedia ada seperti khutbah, kuliah, ceramah umum, program masjid, masjid-masjid di seluruh negeri juga sentiasa menghebahkan kepentingan solat termasuk galakan menunaikan solat berjemaah di masjid. Menjawab Itulah, tak ada dalam enakmen nak ambil tindakan.

Mohamad Shukor bin ZakariahPAS · PNPulau Betong

Jadi, itulah kalau boleh kita nak minta daripada pihak MAINPP kan.

Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Kita akan semak.

Mohamad Shukor bin ZakariahPAS · PNPulau Betong

Berunding dengan pihak PBT supaya 15 minit bukan lama pun. Bukan rugi pun perniagaan depa.

Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Ya, ya.

Mohamad Shukor bin ZakariahPAS · PNPulau Betong

Bahkan dia berkat lagi. Kan, jadi sebab kita akan selamatkan. Jadi kalau orang tahu, time sembahyang pukul 7 Maghrib, automatik semua yang pembeli dia depa dia takkan pi ke pasar malam sebab depa tahu dan depa dah set dalam otak depa pukul 7 malam, kami tak kan pi. Pasal apa, time tu time sembahyang. Kalau sekarang ni bebas. Orang duk azan duk beli belah lagi. Kita harap... (gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Okey, teruskan Batu Maung, kita tak ada masa tak cukup.

Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Sebab tu dulu orang tua-tua cadang pasar malam tepi masjid dan fikir kenapa untuk berhenti sembahyang di masjid. Tapi tak apa, dalam soal tu kita akan bincang, semak, bengkel untuk tindakan seterusnya.

Mohamad Shukor bin ZakariahPAS · PNPulau Betong

Begitu juga dengan sembahyang tadilah. Kalau boleh kita minta MAINPP gazetkanlah enakmen.

Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Ah yang tu, itu yang saya sebut tadi tu, bawa perbincangan. Menjawab perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Permatang Pasir berkaitan di mana anak kariah akan ambil berkaitan dengan Masjid Madani. Untuk makluman Yang Berhormat penubuhan Masjid Madani ini di Taman Arowana sebagaimana yang diucapkan oleh Perdana Menteri, ini adalah inisiatif daripada Yang Amat Berhormat Dato' Seri Utama Anwar Ibrahim melibatkan peruntukan RM75 juta daripada individu dan juga tokoh korporat dan pemimpin luar negara yang tidak mengambil satu sen pun yang sebagaimana yang diumumkan oleh Yang Berhormat Kerajaan, Yang Berhormat Perdana Menteri. Namun, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang

berjaya menyediakan tapak ini dan membuat pengambilan tanah, pengambilan tanah untuk tujuan pembangunan Masjid Madani.

Justifikasi pembinaan Masjid Madani ini dibangunkan dengan mempertimbangkan perkara-perkara berikut, pertambahan jumlah anak kariah ekoran pembinaan projek perumahan oleh JKP di Kampung Bagan Serai dan Projek Seetee Aisah 2 mempunyai 2 blok dan unit rumah sebanyak 572 unit. Mewujudkan sebuah kariah yang mempunyai sebuah masjid di Pulau Pinang yang terletak di Lebuhraya Utara Selatan akan menjadi mercu tanda Islam di tanah besar Pulau Pinang. Lokasi masjid yang strategik memudahkan pengguna jalan raya dari utara ke selatan untuk melaksanakan ibadah. Ini kerana sebelum ini tiada masjid di Pulau Pinang yang terletak di tepi Lebuhraya dari utara ke selatan yang menyukarkan pengguna jalan raya menunaikan ibadah dan terpaksa beribadah di surau, stesen minyak.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Ni Batu Maung, adakah maknanya melibatkan pecahan kariah sebab masjid ni dia kena ada ahli kariah dia. Pecahan kariah tu adakah berlaku. Adakah Jabatan Mufti sudah pun membuat pewartaan untuk pecahan kariah sebab masjid ni didirikan dalam kariah. Kalau tak ada ahli Jumaat, ahli jumaat nak ambil mana. Kariah takkan kita nak pi gagau merata macam tu saja.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Okey, Batu Maung, silakan.

Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Dah selesai pecahan kariah itu. Kalau tidak tak boleh nak buat masjid, kena pecah kariah itu. Proses tu kena buat dulu, baru boleh buat masjid. Sebagaimana yang saya sebut tadilah jawapan kepada Teluk Bahang. Perancangan Kerajaan Negeri dalam memastikan penglibatan secara pentadbiran masjid dan anak kariah tersebut seperti masjid akan diurus tadbir oleh MAINPP dan JHEAIPP. MAINPP akan mewujudkan pejabat MAINPP cawangan Seberang Perai yang akan menguruskan semua perkara berkaitan hal ehwal agama Islam di Masjid Madani itu. Semua aktiviti, program pengimarahan dan kebajikan akan

dilaksanakan seperti di masjid-masjid lain di negeri ini dengan melibatkan penyertaan anak-anak kariah dalam kariah masjid. Menjawab persoalan Yang Berhormat Matang Pasir berkaitan dengan pihak kerajaan merancang untuk menempatkan Pejabat Agama Daerah Seberang Perai Tengah dan sekolah di kawasan Masjid Madani yang akan dibangunkan. Untuk makluman Dewan, Kerajaan Negeri tiada perancangan untuk menempatkan Pejabat Agama Daerah SPT dan sekolah agama di kawasan Masjid Madani. Cuma dari sudut pentadbiran, Majlis Agama Islam di sebelah Seberang Perai dari segi cawangannya. Dan hal ini kerana pada masa ini pembinaan bangunan baru Pejabat Agama Daerah SPT adalah dalam fasa pra pelaksanaan dan akan dibangunkan di atas sebahagian Lot 2763 Mukim 10, Daerah Seberang Perai. Menjawab persoalan Yang Berhormat Matang Pasir, berapakah jumlah peruntukan yang telah dan akan diperuntukkan kepada NGO. Tidak ada spesifik kepada NGO, dia melalui permohonan case by case, tetapi ada diberikan kepada gabungan NGO contohnya Hidayah Centre Foundation Pulau Pinang, Islamic Propagation Society International yang melibatkan peruntukan RM50,000.00. Namun, sekiranya ada NGO yang membuat permohonan akan diluluskan case by case basis.

Secara, selanjutnya, menjawab soalan Yang Berhormat Matang Pasir, banyak juga Permatang Pasir ini berkaitan langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri dalam menangani isu Islamofobia. Banyaklah program-program yang dilaksanakan oleh JHEAIPP. Program dakwah secara lisan dan bil hal, memperluas kerjasama dengan masyarakat bukan Islam, kebersamaan Kerajaan Negeri dalam majlis rasmi, penyertaan merentas kaum dan agama dalam program agensi, mesej perpaduan dan kesejahteraan dalam khutbah, kuliah, dan media dakwah, kerjasama antara agensi kerajaan, JHEAIPP bersedia kerjasama dengan JPNPP, Pejabat EXCO, PDRM, JPENIN (Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional) dan agensi lain dalam konteks yang disebutkan ini.

Menjawab persoalan Yang Berhormat Penaga berkaitan isu bantuan perumahan kepada individu melalui kelulusan khas melangsaikan baki hutang rumah yang diberikan kepada individu yang bernama Zamri bin Ahmad dan individu ini telah menerima bantuan khas skim perumahan, makanan bulanan, kewangan bulanan dan lain-lain bantuan one-off dan jumlah bantuan yang diterima setelah dilangsaikan rumahnya adalah RM187,868.60. Adakah kelulusan bantuan sebesar ini dibawa dahulu ke Jawatankuasa Perumahan Zakat MAINPP sebelum diputuskan oleh Ahli Lembaga Pengarah Zakat MAINPP. Mengapakah bantuan sebesar ini hanya diluluskan di peringkat Ahli Lembaga Pengarah. Mengapakah

kelulusan jumlah yang besar untuk individu. Mengapakah bantuan sebesar ini disalurkan terus kepada akaun isteri individu tersebut.

Untuk makluman Yang Berhormat dan Ahli Dewan sekalian, individu yang dimaksudkan adalah Encik Zamri bin Ahmad yang menetap di Taman Seri Serdang, Kepala Batas, Seberang Perai Utara dan telah meninggal dunia pada 15 November 2025. Sebelum ini, beliau berkhidmat sebagai Pembantu Awam di Pusat Perkhidmatan Veterinar. Namun, ujian hidup datang tanpa diduga. Beliau telah disahkan menghidap masalah kegagalan jantung dan strok yang secara langsung menjejaskan keupayaan beliau untuk meneruskan tugas. Atas faktor kesihatan yang semakin merosot, laporan daripada Lembaga Perubatan (Medical Board) yang ditubuhkan oleh Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang pada 19 Julai 2022 telah memutuskan bahawa beliau tidak lagi berupaya secara kekal untuk menjalankan tanggungjawab jawatannya. Penamatan perkhidmatan ini bukan sahaja memberi kesan kepada kerjaya beliau tapi juga kesejahteraan hidup seharian beliau dan keluarganya. Pendapatan keluarga hanya melalui pencen ilat sebanyak RM1,518.97 sebulan dan perlu menjelaskan bayaran bulanan pinjaman perumahan sebanyak RM1,340.00 sebulan. Perbelanjaan bulanan hanya berbaki RM178.00. Atas keadaan ini, pihak Zakat Majlis Agama Islam telah menjalankan siasatan terhadap keperluan dan situasi yang dihadapi maka beliau telah dipertimbangkan bantuan dan merupakan penerima Skim Kewangan Bulanan Zakat MAINPP sebanyak RM500.00 sebulan dan Skim Agihan Makanan Keperluan Asas RM200.00 sebulan mulai Ogos dengan kajian semakan laporan dibuat dalam tempoh 3 bulan, 4 bulan sebelum bulan Ogos itu. Isteri beliau Siti Fatimah binti Syarif, pernah menceburi bidang perniagaan makanan sebagai usaha untuk menambah pendapatan dan mengurangkan beban kewangan keluarga, buat meniaga, antara yang disebut meniaga aiskrim. Namun disebabkan masalah kesihatan yang dialami, perniagaan tersebut tidak dapat diteruskan. Pasangan Zamri bin Ahmad dan Siti Fatimah binti Syarif telah diuji dengan masalah kesihatan berkaitan kesuburan.

Namun begitu, demi memenuhi naluri kasih sayang terhadap cahaya mata, mereka telah mengambil dua orang anak angkat dan mendaftarkan mereka pada tahun 2014. Anak-anak tersebut ialah Nur Fatihah Najwa binti Abdul Malik dan Muhammad Najwan bin Abdul Malik yang kini menjadi penyeri dan penguatkuasa semangat dalam kehidupan seharian mereka. Tindakan murni ini mencerminkan keikhlasan serta ketabahan pasangan ini dalam membina keluarga yang harmoni dan penuh kasih sayang. Anak pertama, Nur Fatihah Najwa binti Abdul Malik baru saja menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia yang lalu,

beliau merupakan seorang pelajar yang tabah, berdedikasi, walaupun pernah melalui ujian kesihatan yang berat apabila mengalami kegagalan fungsi buah pinggang. Kini, beliau hanya bergantung kepada satu buah pinggang sahaja untuk meneruskan kehidupan seharian. Keadaan ini memerlukan perhatian dan pemantauan kesihatan berterusan serta memberi kesan besar terhadap kesejahteraan beliau dan keluarga. Manakala anak kedua, Muhammad Najwan bin Abdul Malik, kini berada di Tingkatan 2 dan sedang menuntut ilmu di peringkat menengah. Beliau merupakan seorang pelajar yang rajin dan bersemangat menunjukkan usaha dalam pelajaran walaupun berdepan dengan cabaran kehidupan keluarga. Melihat kepada keperluan dan kesukaran yang dihadapi oleh Encik Zamri bin Ahmad khususnya berkaitan dengan kediaman dan tempat tinggal, kes beliau telah diangkat. Dan setiap saban bulan beliau memohon untuk bantuan one-off untuk tambahan kepada bantuan RM500 dan RM200 itu kerana tidak mencukupi disebabkan tekanan membayar bulanan kepada apa ni bank.

Maka, laporan diangkat ke Mesyuarat Jawatankuasa Perumahan dan Fasiliti Zakat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang Bilangan 2/2025. Dan pihak Jawatankuasa Perumahan dan Fasiliti Zakat telah meneliti terperinci kesukaran yang dihadapi oleh pihak Encik Zamri bin Ahmad dan memutuskan dengan peruntukan yang terhad di bawah skim perumahan, kalau langsai RM80,000.00 dia tidak menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh saudara Almarhum Zamri ini. Maknanya ada lagi baki. Maka mengikut kadar kos bina rumah Zakat MAINPP bagi tujuan mengurangkan baki pinjaman yang perlu dibayar dan baki awal sebelum penyelesaian adalah sebanyak RM103,967.00 yang menggunakan peruntukan asnaf Gharimin. Namun setelah penyelesaian akhir dibuat terhadap pengurangan penyelesaian baki sebanyak RM98,368.60. Walau bagaimanapun, kelulusan dan cadangan ini tertakluk kepada kelulusan dan perakuan yang perlu diluluskan oleh Mesyuarat Lembaga Pengarah Zakat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang di mana peruntukan Gharimin yang diperuntukkan untuk tahun 2025 adalah RM5,910,000.00. Jadi, sehubungan dengan itu, pihak Zakat MAINPP telah mengangkat kertas cadangan dan kelulusan berkaitan Mesyuarat Lembaga Pengarah pada 23 Jun setelah dibawa masuk ke dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perumahan dan Fasiliti tadi.

Pihak Lembaga Pengarah Zakat MAINPP telah meneliti dengan kritis dan menyeluruh dan telah meluluskan kertas cadangan kelulusan agihan khas kepada Encik Zamri bin Ahmad seperti yang dibentangkan. Mesyuarat juga turut bersetuju supaya rumah tersebut tidak boleh dijual (caveat) untuk tempoh 10 tahun selepas penyelesaian. Hasil

keseluruh, kelulusan tersebut, jumlah keseluruhan bayaran adalah sebanyak RM178,368.60 dalam dua (2) peringkat bayaran. Yang pertama, bayaran sebanyak RM80,000.00 telah dibuat pada 10 September 2025 secara terus ke akaun pembiayaan perumahan atas nama Siti Fatimah binti Syarif, isteri beliau. Manakala, bayaran baki sebanyak RM98,368.68 telah dibuat pada 17 September 2025 secara terus ke akaun pembiayaan perumahan Fatimah binti Syarif.

Ini resit dia. Cuma saya terkejut juga ada saya ada di Dewan. Bila tunjukkan kata dibayar kepada akaun peribadi beliau tak betul. Sebab memang recipient account number itu adalah nombor yang sama iaitu 7000142885 yang bayaran kedua juga kepada akaun 7000142885. Cuma bila tulis payment details ini mungkin Yang Berhormat Penaga lihat pada pembayaran akaun dibuat ke akaun isterinya. Tetapi dibayar.

Sikit, sikit sikit celahan. YB Batu Maung isu melangsaikan apa dia, baki hutang rumah asnaf ini. Sebenarnya telah saya bangkitkan dalam perbahasan. Soal dia ataupun isu yang saya bangkitkan adalah isu integriti, isu ketelusan, tatacara ataupun tatakelola urus tadbir kewangan di peringkat Zakat. Kalau melihat kepada asnaf, sememangnya kita di Pulau Pinang ini ramai dan banyak isu-isu kalau yang sebagaimana di di didetailkan tadi oleh YB Batu Maung, banyak di Penaga saya boleh bawa. Kalau kata itu diberi keutamaan, ramai lagi asnaf yang sangat-sangat memerlukan.

Melangsaikan baki hutang, tak pasti rumah yang dia beli, rumah yang dibeli itu rumah jenis apa. Tetapi baki hutang pun berjumlah RM178,368.00. Ini satu persoalan, amount yang besar. Saya tak pasti Board mana yang meluluskan itu tadi, sama ada di peringkat Lembaga Zakat ataupun Majlis Agama. Dan adakah dirujuk dahulu minta pandangan Jawatankuasa Fatwa. Sebab ini menggunakan wang zakat, wang zakat bukan dana wakaf dan lain-lain. Dengan jumlah yang besar, kemudian dimasukkan sebagaimana disebut tadi, akaun itu memang nama Siti Fatimah, akaun peribadi. Saya pun beli rumah dan memang akaun itu atas nama saya. Tapi kalau masuk dalam akaun tu, bank takkan potong terus. Dia akan potong bulanan-bulanan. So saya nak pastikan jumlah yang telah dimasuk dengan dua pembayaran telah dibuat melalui asnaf miskin. Peruntukan RM80,000.00 dan asnaf gharimin RM98,000.00 lebih itu dengan jumlah keseluruhan ada RM178,368.60 itu, adakah

sekarang ni bank telah ambil semua dan dan dan telah langsai ataupun masih berbaki dalam akaun itu. Dipotong setiap bulan. Ini persoalan yang saya bangkitkan.

Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Ya, itu yang saya jawab tadi bahawa penyelesaian kepada akaun perumahan dah langsai. Jadi apa ini Yang Berhormat Penaga boleh semak akaun tersebut telah ditutup. Telah ditutup. Maknanya pembayaran telah dilangsaikan. Berkaitan dengan kelulusan itu dibuat di peringkat Jawatankuasa Perumahan dan diangkat ke dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah kerana peruntukan untuk gharimin ini yang saya sebutkan peruntukan dia adalah RM5,910,000.00 sehingga bulan enam. Jadi keputusan itu dibuat di peringkat.

YB, sedikit pencelahan.

Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Itu yang sedang jelas ini.

Di sudut tatacara kewangan ini, urus tadbir kewangan ini. Adakah boleh dikeluarkan dengan jumlah yang besar itu tidak direct ke atau tidak diselesaikan terus tetapi masuk kepada akaun peribadi. Dan adakah tatacara ini diguna pakai ataupun ini kes kali pertama ataupun sudah ada kes sebelum ni dengan jumlah yang besar RM178,000.00 ini dikeluarkan kepada dia.

Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Bukan akaun peribadi. Akaun perumahan atas nama isteri beliau.

Ya, satu lagi. Nama itu pun satu masalah juga. Jadi, rumah itu bukan rumah asnaf Zamri ini tetapi adalah dibeli atas nama isterinya. Itu pun satu persoalan yang perlu difikirkan juga ataupun di diberi perhatian oleh pihak Zakat sebab asnaf ni Zamri, bukan isterinya. Isterinya saya difahamkan hari itu bekerja.

Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Tak, tak bekerja.

Ini asnaf.

Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Ini yang dibincang yang.

Jadi (gangguan) kita melangsaikan baki hutang kepada yang bukan asnaf sebab nama itu nama isterinya. Ini juga satu persoalan dan ramai asnaf-asnaf lain bangkitkan, tak puas hati. Kenapa isu ini.

Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Ini yang saya dah bincangkan tadi bahawa dalam kronologi kes Zamri bin Ahmad dinilai dalam tempoh pada tahun 2023 dan akhirnya diberikan taraf asnaf miskin itu kepada Zamri bin Ahmad iaitu pada bulan lapan. Bermula bantuan bulanan kepada beliau. Jadi untuk nak menyelesaikan isu yang dihadapi oleh beliau kerana pembayaran rumah itu ditanggung oleh oleh Zamri daripada akaun daripada dana pencen dia yang RM1,500.00 itu ditolak RM1,300.00 lebih sebagaimana yang saya sebutkan tadi berbaki RM178.00. Jadi tak boleh nak hidup. Jadi akhirnya dia yang membayar dana dana akaun rumah tersebut

yang dibayar oleh asnaf ini atas tanggungan yang dibuat oleh Zamri. Maka diangkat dalam Mesyuarat.

Sedikit pencelahan.

Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Jawatankuasa.

Sedikit pencelahan.

Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Bagi saya jawab habis dulu.

Sikit, sikit, sikit pencelahan Batu Maung. Baik, saya nak nak nak selesaikan ataupun saya nak pastikan isu ini sebab isu besar sebagaimana saya sebut. Kalaulah baki hutang dengan RM178,000.00 ini saya lebih nampak dan ramai yang berpandangan bahkan di luar sana pun yang berpandangan lebih baik rumah ni dijual. Selesaikan baki hutang, rumah tu dijual dan asnaf Zamri ini diberi rumah asnaf yang nilainya RM80,000.00. Siapkan rumah RM80,000.00 itu bagi dia duduk dengan keluarga dia. Jadi rumah yang dia beli dengan jumlah yang besar ini, lebih baik dijual dan di di dilangsaikan hutang. Itu yang lebih baik. Bukan selesaikan baki hutang.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Okey, Penaga. Okey Batu Maung, teruskan.

Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Jadi, dia dari segi tatacaranya akhirnya dibawa ke Jawatankuasa dan diangkat kepada Lembaga Pengarah daripada peruntukan yang diluluskan dan dibincangkan dengan kritis secara menyeluruh. Dan dalam kes-kes yang melibatkan jumlah yang besar juga bukan hanya kepada Zamri sebenarnya daripada segi kesnya. Sebagai makluman, contohnya adik Khayla Adha Mirza binti Imran yang dilahirkan pada 16 September 2016 berumur 9 tahun menetap di Taman Pauh Jaya, Perai. Beliau mengalami fracture, patah tulang.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Ini masalah dia, kita sebenar sebenarnya kita tak boleh nak quote individu terus. Kita tak.

Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Tapi kena.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Tapi masalah bila nak buat penjelasan itu.

Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Kelulusan yang dibuat oleh oleh Lembaga Pengarah iaitu sebanyak RM180,000.00 dan bayaran sewa rumah sebanyak RM1,100.00 sebulan mulai Ogos 2025 bagi memastikan kesihatan adik tersebut tidak terganggu sehingga terpaksa berpindah ke rumah sewa yang lain.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Okey, Batu Maung teruskanlah. Saya nak.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Batu Maung, Batu Maung. Sebelum itu saya nak juga. Jadi, ini menjadi kes akan menjadi kes rujukan. Di sana ini ada orang bermasalah, berlambak orang yang menjadi masalah kesusahan begitu. Apa keistimewaan kes-kes ni. Apa kaitannya. Sehinggakan dia mendapat keistimewaan ni?

Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Termasuk adik, termasuk adik yang saya sebutkan tadi. Maknanya dalam kes ini dan contohnya.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Ada kes lain ka.

Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Ada kes lain lagi iaitu menerima bantuan sebanyak RM125,741.00 dan ada lagi kes yang menerima bantuan sebanyak RM158,970.00. Dan hari ni saya minta maklumat daripada Zakat ada 542 orang dalam tempoh lima (5) tahun ini. Pembayaran dan contoh yang boleh saya berikan kepada kepada Yang Berhormat Penaga RM193,389.00. Ini kes-kes yang yang terpencil dan kes-kes yang diangkat dari masa ke semasa. Sebab itu kalau dalam kes-kes tertentu sebagaimana Yang Berhormat Penaga sebutkan tadi ataupun Yang Berhormat Sungai Dua boleh boleh memohon secara spesifik dan dipertimbangkan oleh oleh Zakat.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Okey.

Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Selanjutnya menjawab Yang Berhormat Penaga berkaitan tanah yang dibeli atau dikenal pasti oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, tanah yang dijual dan dipanjang

kepada MAINPP. Itu berkaitan dengan soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Penaga dan menunjukkan surat bertarikh 11 Ogos sehingga hari ini telah mencecah tiga (3) bulan. Saya minta dia orang semak tapi tak dapat. Sekiranya boleh, tanah yang berkeluasan 204,000 kaki persegi di Mukim 6 Pondok Upih, Daerah Barat Daya, adakah dan bolehkah pihak MAINPP buat pertimbangan dengan membeli tanah tersebut dengan nilai RM11,251,000.00 ataupun joint venture kan. Kerajaan Negeri melalui Majlis Agama Islam, saya minta semak banyak kali. Dia orang semak tidak menerima tawaran jualan tanah melalui surat yang disebutkan bertarikh 11 Ogos. Jadi yang dibangkitkan.

Batu Maung. Kalau surat itu ada pada saya, saya akan panjangkan.

Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Ya, terima kasih. Walau bagaimanapun, berdasarkan perkara yang dibangkitkan, kita akan teliti. MAINPP boleh pertimbangkan tawaran yang dikemukakan kerana memang itulah tujuan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang sekarang ini adalah untuk menambah milik tanah yang boleh dibangunkan ataupun disimpan sebagai land bank pada masa depan. Menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Penaga berkaitan dengan isu guru takmir dalam memainkan peranan. Jadi, memang Jabatan Agama Islam sentiasa komited dalam memperkukuh peranan guru takmir di negeri ini. Sehubungan dengan itu, banyaklah langkah penambahbaikan telah dan sedang dilaksanakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

Kajian penambahbaikan kadar elaun Guru Takmir turut dipertimbangkan dari masa ke semasa oleh pihak JAKIM berdasarkan kepada kemampuan kewangan serta keputusan di peringkat Persekutuan memandangkan Skim Elaun Guru Takmir adalah di bawah bidang kuasa JAKIM. Bagaimanapun, pihak MAINPP sentiasa membantu dengan menyediakan bayaran sagu hati tambahan kepada Guru Takmir yang dibayar dua (2) kali setahun. Menjawab persoalan Yang Berhormat Penaga berkaitan isu pembelian tanah sebagai aset kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang menggunakan dana zakat iaitu pembelian tanah di Sungai Bakap bermula tahun 2023 hingga 2025. Berapa banyak lot atau keluasan tanah yang dibeli oleh MAINPP menggunakan wang Zakat. Apakah tatacara sekiranya

benar, mengapakah MAINPP membuat keputusan tanpa mengambil kira pandangan Jawatankuasa Fatwa yang sedia jelas tidak bersetuju membeli tanah tersebut.

Untuk makluman Yang Berhormat, menurut bilangan lot tanah yang dibeli menggunakan dana tawaqquf Zakat dari tahun 2023 hingga 2025 iaitu sebanyak tiga (3) lot iaitu di Sungai Bakap. Satu lot itu, Jawatankuasa putuskan iaitu tebus iaitu di Bagan Jermal. Dan satu (1) lot lagi, pengambilan iaitu di Mengkuang Titi. Jadi keseluruhan lima (5) lah. Kalau untuk kata beli tiga (3). Satu (1) pengambilan, satu (1) adalah tebus, tebus balik. Dan tatacara dan kaedah pembelian yang digunakan adalah seperti berikut. Terima tawaran jualan dan rekod maklumat penjual, alamat lot, nombor geran serta cadangan harga. Siasatan awal dan lawatan tapak untuk menilai potensi penggunaan dan mengenal pasti isu teknikal. Permohonan penilaian rasmi kepada JPPH untuk menentukan nilai pasaran semasa. Due diligence perundangan dan teknikal termasuk semakan status geran. Sekatan kalau ada termasuk wakaf, hak milik pihak ketiga, cukai dan pemeriksaan alam sekitar. Penyediaan kertas kerja lengkap yang menggabungkan laporan lawatan, laporan JPPH, ulasan perundangan dan analisis kewangan dan cadangan syarat pembelian. Dan pembentangan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Hal Ehwal Tanah dan Aset MAINPP untuk perakuan.

Pembentangan kepada Mesyuarat MAINPP bersama perakuan Jawatankuasa Pengurusan Hal Ehwal Tanah dan Aset MAINPP untuk kelulusan muktamad dan penetapan syarat. Permeteraian perjanjian jual beli dan pemeteraian perjanjian jual beli (SPA) dan urus niaga pindah milik melalui Borang 14A selepas syarat dipenuhi dan peruntukan kewangan diluluskan. Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bilangan 1/2024 yang disahkan pada 16 dan 17 Mac 2024 dan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang Bilangan 4/2024 bertarikh 15 Oktober 2024 telah merumuskan kertas cadangan yang dibentangkan oleh Setiausaha MAINPP dan Ketua Unit Pentadbiran Tanah MAINPP di peringkat awal ditangguhkan untuk perbincangan di peringkat MAINPP dengan lebih terperinci dan komprehensif terhadap penggunaan tanah yang dibeli untuk manfaat kepada asnaf.

Mesyuarat MAINPP Bilangan 12/2024, kali ke-260 bertarikh 20 Disember 2024 telah mengambil kira dan mengambil maklum pandangan Fatwa yang diputuskan berkait dengan perancangan komprehensif penggunaan tanah untuk manfaat asnaf serta membincangkan dengan lebih lanjut pembelian tanah dengan menitikberatkan aspek maqasid syariah dan

maslahah umum. Sahibus Samahah Mufti yang merupakan Ahli MAINPP menerima pandangan daripada Ahli MAINPP berhubung keperluan untuk pembelian lot tanah ini semasa perbincangan lanjut dibuat dalam mesyuarat MAINPP tersebut.

Namun, memang terdapat kes-kes yang tertentu MAINPP menangguhkan pelaksanaan pandangan ataupun keputusan fatwa dengan alasan yang munasabah seperti aspek pengurusan, kewangan dan sosial. Sebagai contoh, seperti keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Bilangan 2 pada 29 dan 30 mengharuskan solat Jumaat di Surau Hospital Seberang Jaya. Tetapi Mesyuarat MAINPP menangguhkan keputusan pelaksanaan bagi mengkaji semula polisi dan proses kebenaran. Ini satu contoh yang kita tangguh tak laksanakan keputusan Fatwa.

Mesyuarat MAINPP melihat terdapat keperluan untuk segera membuat pembelian lot-lot tanah tersebut kerana ada pemilikan lain, pemilik lain yang berhasrat untuk menjual tanah tanpa menitikberatkan berkaitan soal pemilikan hartanah oleh orang Islam. Malahan, Mesyuarat MAINPP mengambil kira perakuan yang dibuat oleh Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Hal Ehwal Tanah dan Aset MAINPP Bilangan 1 bertarikh 20 Februari 2024 yang dipengerusikan oleh Timbalan Yang di-Pertua MAINPP semasa membincangkan tawaran penjualan lot tanah ini. Sebagai makluman, keahlian Jawatankuasa Pembangunan Hal Ehwal Tanah dan Aset MAINPP adalah terdiri daripada ahli MAINPP sendiri dan wakil-wakil dari pelbagai agensi seperti Pejabat Daerah dan Tanah daripada semua daerah, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Majlis Bandaraya Seberang Perai, Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri, Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang, dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

Tidak timbul isu pertindihan kepentingan kerana salah seorang pemilik lot tanah yang dibeli oleh MAINPP ini mengisytiharkan kepentingan dan keluar daripada mesyuarat masa perbincangan berkaitan tawaran penjualan lot tanah kepada MAINPP, sama ada dalam Mesyuarat MAINPP dan juga Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa. Beliau isytiharkan kepentingan dan keluar daripada mesyuarat. Merujuk kepada jawapan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang sendiri, jap saya habiskan yang ini. Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang tidak menolak pembelian tanah tersebut, tidak menolak, dengan mengeluarkan hukum tidak harus. Dia tak keluarkan hukum, dia tidak menolak pembelian tanah tersebut. Ini dikeluarkan sendiri oleh Jabatan Mufti dari segi ulasannya. Ke atas hasrat MAINPP untuk menggunakan wang tawaqquf bagi membeli tanah di atas lot-lot 240, 264

dan 265 Mukim 3 Seberang Perai Selatan. Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang melalui kertas Bilangan 6-6/4/2024 adalah berbunyi tidak bersetuju dengan cadangan penggunaan wang tawaqquf oleh MAINPP bagi membeli tanah tersebut kerana pulangan dianggarkan sebanyak RM17,000 setahun. Ini yang Yang Berhormat sebut tentang 100 tahun. Kerana penelitian yang dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa berdasarkan kepada kertas tersebut. Fatwa tidak akan membuat keputusan melebihi daripada apa yang disebut dalam kertas pada masa itu. Maka, keputusan ini adalah berdasarkan faktor pertimbangan pulangan balik yang tidak efisien. Itu keputusan berdasarkan kepada kertas. Tapi itu bukan hukum. Dan dia bukan Irsyad Fatwa pun. Dia ada beza. Satu dari sudut Fatwa Irsyad. Satu lagi adalah berkaitan fatwa yang diwartakan. Fatwa Irsyad adalah fatwa yang dikeluarkan berkaitan dengan hukum. Jadi kuliah pulak ni.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Kuliah Zuhur.

Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Berkaitan dengan hukum. Tapi, tapi ini bukan Fatwa Irsyad. Ini pandangan daripada Jawatankuasa Fatwa sendiri bahawa tidak bersetuju dengan cadangan berdasarkan kepada laporan dalam kertas cadangan. Dan Jabatan Mufti mengatakan bahawa, keputusan ini adalah berdasarkan pertimbangan yang disebut tentang pulangan balik yang tidak efisien. Dan bukannya didasarkan kepada isu keharusan atau ketidakharusan. Ini daripada Jabatan Mufti secara syarak. Keputusan tersebut memberi isyarat bahawa Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang masih harus untuk membeli tanah tersebut, sekiranya terdapat justifikasi yang lebih aslah, iaitu lebih baik untuk meneruskan pembelian tersebut.

Sikit celahan Dato' Batu Maung, sikit celahan. Penjelasan yang telah diberi tadi saya puas hati.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Puas hati na?

Cuma nak confirm, nak confirm. Konflik kepentingan tu memang individu tak berada dalam mesyuarat.

Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Tidak, ya keluar.

semasa keputusan tu dibuat. Itu confirm.

Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Confirm.

Baik. Yang kedua. Saya juga melihat kalau Nas, Jawatankuasa Fatwa pun telah menyebut surat ni memang tidak bersetuju pembelian tanah tersebut menggunakan

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Bukan hukum.

Dana zakat, duit tawaqquf lah. So, Majlis Agama rai tak oleh kerana pandangan fatwa tak perlu untuk membeli tanah tersebut dengan dana zakat?

Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Kita rai. Kita rai kerana ada garis panduan yang diluluskan oleh Jawatankuasa menggunakan dana tawaqquf bagi pembelian tanah bagi tujuan pembangunan asnaf. Dan

keputusan dan garis panduan daripada Jawatankuasa Fatwa sampai ke tahap ini boleh menggunakan Dana Tawaqquf Zakat. Bukan untuk tujuan pembangunan asnaf.

Ya.

Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Dan dikira sebagai Qard, iaitu pinjaman.

Bagi meraikan pandangan ini.

Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Ya.

Majlis Agama sepatutnya menggunakan ataupun membeli tanah tersebut bukan daripada duit Tawaqquf Zakat, tetapi mungkin Dana Wakaf.

Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Baik.

Oleh kerana fatwa telah melihat berdasarkan kertas yang dikemukan. Kalau nak maka kertas kedua perlu di bawa masuk semula (kurang jelas).

Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Sebab itu, sebab itu Jabatan Mufti, minta dibincangkan semula. Dilanjutkan semula dalam mesyuarat MAINPP untuk dibuat ketetapan. Maka di dalam itu ada, ada tiga. Dato' Mokhtar keluar. Saya tersebut nama. Minta maaf. Tarik balik. Semalam pun sebut.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Jangan sebut nama.

Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Jadi ada saya sebut nama. Ada Pegawai Agama Istana yang juga ahli Jawatankuasa Fatwa dalam mesyuarat tersebut. Dan ada Sahibus Samahah Mufti dalam mesyuarat Majlis Agama. Keputusan Jawatankuasa Fatwa bukan keputusan fatwa. Keputusan Jawatankuasa Fatwa bukan maknanya menolak. Cuma tidak bersetuju. Cuma diangkat balik kepada mesyuarat MAINPP. Bincanglah.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Okey, Profesor kita faham dah

Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Kerana dari sudut undang-undang.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Ustaz, faham.

Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Kerana pertimbangan dia. Pertimbangan dia Yang Berhormat Penaga. Saya sebut juga di sini dengan izin.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Penaga, Penaga.

Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Tanah Seetee Aisah umpamanya yang diwakafkan oleh Siti Aisyah pada 30 September 1901, 120 tahun yang lalu tidak strategik, tidak efisien, berada di tengah-tengah bendang. Yang Siti Aisyah tak tahu pun bahawa tanah ini akan berada di jalan utama Lebuhraya Utara Selatan. Diwakafkan oleh Siti Aisyah. Maka kita bincang untuk dijadikan land bank kepada Majlis Agama Islam untuk pembangunan ummah. Dan kita mencadangkan juga pada peringkat ini sebagaimana yang kita bangunkan di Tanah Ara Kuda untuk pertanian, untuk pembangunan asnaf, bukan asnaf fakir dan miskin sahaja, tetapi termasuk untuk Asnaf Fisabilillah, termasuk mahasiswa-mahasiswa yang boleh memanfaatkan bagi membangunkan tanah ini.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Dah habis dah, dah habis dah.

Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Atas pertimbangan inilah dibincang panjang lebar dengan mengambil pandangan garis panduan yang difatwakan Harus oleh Jawatankuasa Fatwa berkaitan dengan penggunaan dana Zakat Tawaqquf ini boleh diguna pakai untuk tujuan pembangunan asnaf. Sekiranya tidak untuk pembangunan asnaf, maka ia dikira sebagai pinjaman kepada Dana Tawaqquf. Ini keputusan garis panduan Dana Tawaqquf oleh Jawatankuasa Fatwa.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Okey Batu Maung, landing, landing.

Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Berhormat... (kurang jelas). Terima kasih banyak. Yang selalu, Yang Berhormat, Penaga, dan…

Abidin bin IsmailPAS · PNSungai Bakap

Yang Berhormat Batu Maung.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Sungai Bakap cukup dah

Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Berkaitan dengan elaun dan juga insentif kepada individu yang bertugas untuk pengurusan jenazah dan penggali kubur akan dipertimbangkan, Insya-Allah, berdasarkan kepada kemampuan kewangan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Sebagai penutup, Dato' Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat,

Abidin bin IsmailPAS · PNSungai Bakap

Dato’ Batu Maung, tadi (kurang jelas).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Okey cukup.

Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Kesamaan pelaksanaan di bawah agenda pembangunan agama Islam ini, kita akan pacu, Insya-Allah.

Abidin bin IsmailPAS · PNSungai Bakap

Tadi, saya duk tunggu tadi.

Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Dan Kerajaan Negeri yakin bahawa

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Duduk, duduk.

Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Semua usaha ini membentuk asas kukuh untuk negeri ini menzahirkan masyarakat yang lebih baik, berpengetahuan, berdaya saing, bertanggungjawab dan berakhlak mulia. Selaras dengan identiti Pulau Pinang sebagai sebuah negeri yang inklusif, progresif, dan berteraskan nilai-nilai keluarga inspirasi negara. Sebagai ADUN Batu Maung, ambil kesempatan juga berucap tadi sebagai EXCO Agama. Izinkan saya menambah bahawa komitmen Kerajaan Negeri dalam pembangunan komuniti setempat turut dizahirkan melalui penyempurnaan Dewan Serbaguna DUN Batu Maung yang diserahkan minggu lepas. Saya ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang membina Dewan Serbaguna DUN Batu Maung di bawah kawalan selia saya, iaitu sebagai ADUN Batu Maung. Dan kira-kira dua minggu selepas saya mengangkat sumpah sebagai Timbalan Ketua Menteri Satu, Alhamdulillah, projek ini berjaya disiapkan lebih awal pada 27 Oktober 2025 dengan kos RM 4,975,424.32 yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Batu Maung, Batu Maung.

Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Dengan demikian, saya merakamkan penghargaan kepada

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Speaker nak mencelah pun tak bagi ini.

Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Dato' Seri Abdul Halim bin Hussain, mantan ADUN Batu Maung. Saya kena beri penghargaan kepada mantan ADUN Batu Maung.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Baiklah, saya izin lah.

Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Dato' Seri Abdul Halim bin Hussain, Jabatan Kerja Raya, dan kontraktor atas penyempurnaan projek ini. Yang kini telah mula menerima permohonan penggunaan daripada penduduk setempat. Fasiliti ini diyakini akan menjadi pemangkin dalam melaksanakan agenda mantap Batu Maung, merangkumi aspek muhibbah, anak muda, nelayan, taman akademik, dan progresif. Dan seterusnya sedang kita akan bangunkan perumahan di atas tanah wakaf di Permatang Damar Laut yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri dengan peruntukan RM75 juta daripada akaun Amanah Bumiputera yang diputuskan oleh Mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Sekali lagi ADUN Batu Maung mewakili rakyat di Batu Maung mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Batu Maung, nak celah sikit? Speaker nak mencelah boleh. (ketawa) Begitu jugalah, Bayan Lepas pun mengharapkan Masjid Bayan Lepas dapat disegerakan. (ketawa)

Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Termasuk satu projek berkaitan dengan pembangunan tanah wakaf juga Insya-Allah dalam pertimbangan Mesyuarat EXCO sebanyak peruntukan RM30 juta bagi membangunkan tanah wakaf di Bayan Lepas yang diwakaf oleh pewakaf pada tahun 1948.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Saya nak mencelah sedikit. (ketawa) Kita minta tanah perkuburan di Sungai Dua diselesaikan (gangguan).

Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Saya berterima kasih kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Zakat Pulau Pinang, dan semua agensi-agensi terlibat dalam Agenda Pembangunan Agama Islam Pulau Pinang 2030. Akhir kata, sebagai sebuah negeri yang memacu ke arah peningkatan kualiti hidup berteras Misi dan Visi Penang2030, Kerajaan Negeri sentiasa komited melalui usaha bersepadu dan kolaboratif antara semua pihak dalam mewujudkan keseimbangan dan kestabilan ekonomi dan sosial, di samping memartabatkan nilai dan akhlak moral yang tinggi dalam kalangan penduduk di negeri ini. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri menyeru semua pihak agar menghormati dan meraikan kepelbagaian agama dan bangsa dalam negeri ini agar keharmonian dan keamanan yang dikecapi ini akan sentiasa terpelihara serta diwarisi kepada generasi yang akan datang. Sekian. Batu Maung mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Batu Maung. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Penggulungan ditangguhkan dan akan disambung pada jam 2:30 petang ini. Terima kasih.

Dewan ditangguhkan pada jam 1.26 tengahari

Dewan bersidang semula pada jam 2:30 petang

Setiausaha Dewan

Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat, kita bersidang semula dan kita sampai ke sesi penggulungan yang terakhir. Silakan, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Penang 2030. Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua-ketua Jabatan, rakan-rakan media serta tuan-tuan, puan-puan yang dihormati sekalian.

Dengan penuh semangat dan keyakinan terhadap masa depan negeri yang kita cintai ini, izinkan saya memulakan penggulungan hari ini dengan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala pandangan bernas, kritikan membina dan cadangan penuh visi yang telah dikemukakan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat Dewan dalam sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2026. Perbahasan yang berlangsung bukan sekadar pertukaran pandangan tetapi merupakan bukti jelas komitmen kita bersama untuk membawa Pulau Pinang menuju pencapaian lebih gemilang.

Sesungguhnya Belanjawan 2026 yang dibentangkan ini merupakan salah satu batu asas penting dalam usaha kita merealisasikan Visi Penang2030, Negeri Pintar dan Hijau berteraskan keluarga, inspirasi negara yang juga selari Aspirasi Malaysia MADANI, sebuah visi yang bukan hanya memacu pembangunan fizikal tetapi juga mengangkat martabat kehidupan rakyat, memperkukuh institusi keluarga serta menanam masa depan yang lebih cerah untuk generasi akan datang.

Maka, penggulungan ini akan memperjelas tindakan-tindakan strategik Kerajaan Negeri, memperkukuh komitmen terhadap keempat-empat teras Visi Penang2030 dan menggariskan bagaimana setiap cadangan yang dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat akan diterjemah menjadi hasil nyata untuk rakyat.

Dato’ Seri Yang di-Pertua. Berdasarkan makluman ekonomi terkini, KDNK Negeri Pulau Pinang bagi tahun 2025 dianggarkan berjumlah RM121.5 bilion ringgit selaras dengan kadar pertubuhan ekonomi negeri sebanyak 4.8%. Angka ini mencerminkan prestasi kukuh sektor pembuatan berteknologi tinggi, elektronik dan elektrik serta aktiviti perdagangan luar yang terus menjadi pemacu utama ekonomi negeri kita.

Seiring itu, KDNK per kapita Pulau Pinang direkodkan sebanyak RM76,033 ringgit bagi tahun 2024 menjadikan Pulau Pinang antara negeri dengan pendapatan per kapita tertinggi dalam negara melepasi rekod nasional sebanyak RM56,734. Pencapaian ini menggambarkan daya saing ekonomi negeri, kecekapan struktur industri serta keupayaan Pulau Pinang menarik pelaburan bernilai tinggi.

Senario Pelaburan.Prestasi pelaburan sektor pembuatan Negeri Pulau Pinang bukan sahaja kekal kukuh, malah terus meletakkan negeri ini sebagai peneraju utama pelaburan teknologi tinggi di Malaysia. Data daripada tahun 2009 hingga suku ketiga 2025 menunjukkan dengan jelas bahawa Pulau Pinang berada pada kelasnya tersendiri dalam menarik pelaburan langsung asing. Merujuk kepada data MIDA, jumlah pelaburan dalam sektor pembuatan bagi tahun 2009 hingga 2018 ialah sebanyak RM65.67 bilion. Sementara itu, bagi tahun 2019 hingga suku ketiga tahun ini, jumlah pelaburan pembuatan telah meningkat kepada RM217.42 bilion ringgit. Peningkatan lebih tiga kali ganda ini mencerminkan peningkatan tahap keyakinan pelabur terhadap Negeri Pulau Pinang. Ini bukanlah satu kebetulan. Kejayaan ini terhasil daripada penetapan dasar yang konsisten, perancangan yang teliti dan keyakinan pelabur global terhadap kestabilan serta keupayaan negeri ini.

Pada masa sama, pelaburan domestik terus menunjukkan komitmen yang kukuh. Aliran masuk pelaburan langsung domestik yang stabil menggambarkan kepercayaan syarikat tempatan terhadap arah tuju ekonomi Pulau Pinang. Situasi ini mencerminkan pertubuhan industri negeri tidak hanya bergantung kepada FDI semata-mata tetapi turut diperkasakan oleh kekuatan pemain tempatan. Sehingga September tahun ini, negeri telah merekodkan pelaburan pembuatan mencecah RM15.79 bilion ringgit. Suatu pencapaian yang membuktikan ketahanan ekonomi kita walaupun dunia sedang berdepan isu tarif, ketidaktentuan geopolitik dan tekanan rantaian bekalan global. Pulau Pinang kukuh sebagai pilihan selamat untuk pelabur yang mementingkan kestabilan, berdaya saing dan berorientasikan masa hadapan.

Kerajaan Negeri komited memastikan momentum ini diteruskan. Kita akan terus memberi tumpuan kepada pelaburan berkualiti tinggi, automasi, digitalisasi, penyelidikan dan pembangunan serta teknologi strategik yang mampu menjamin daya saing negeri dalam jangka panjang. Kita bukan sekadar mahu menjadi peneraju tetapi penanda aras kepada negeri-negeri yang lain.

Bank Pembangunan Pulau Pinang. Dato’ Seri Yang di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kerajaan Negeri mengucapkan terima kasih atas cadangan yang dikemukakan mengenai penubuhan Bank Pembangunan Pulau Pinang oleh Yang Berhormat Pulau Tikus. Cadangan tersebut adalah selaras dengan Aspirasi Kerajaan Negeri untuk memperkukuh pembangunan infrastruktur, sektor perindustrian serta menyokong inisiatif pemulihan bandar dan pelancongan. Malah ianya juga amat bertepatan dengan cadangan penubuhan Pusat Kewangan Antarabangsa Pulau Pinang (PIFC). Kerajaan Negeri ingin memaklumkan bahawa cadangan ini akan diteliti secara terperinci bagi menilai keberkesanan dan kesesuaian model pengurusan kewangan yang dicadangkan dengan kerangka dan polisi kewangan Kerajaan Negeri. Proses penilaian ini termasuk kajian ke atas model pengurusan syarikat berkaitan negeri atau GLC pembangunan yang telah berjaya di peringkat antarabangsa serta penyesuaian dengan peraturan dan keperluan undang-undang negara.

Mengenai kewangan, seperti semua sedia maklum, Rang Undang-Undang Perbekalan 2026 telah dibentangkan oleh Kerajaan Negeri bagi melaksanakan anggaran perbelanjaan berjumlah RM1.087 bilion dan anggaran perbelanjaan pembangunan 2026 berjumlah RM318,622,100.00 ringgit. Anggaran hasil negeri 2026 adalah berjumlah RM1.068 bilion ringgit. Sebagai penggulungan, izinkan saya menekankan pencapaian fiskal Kerajaan Negeri yang amat membanggakan. Berdasarkan anggaran terkini, defisit bagi tahun 2026 dijangka hanya RM19.92 juta, manakala tahun 2025 mencatatkan RM33.63 juta. Ini adalah penurunan yang ketara jika dibandingkan dengan defisit tahun-tahun sebelum ini yang kumulatif berjumlah RM514 juta ringgit bagi 1 tempoh 10 tahun kebelakangan ini. Pencapaian ini jelas membuktikan keberkesanan dasar pengurusan kewangan negeri dan langkah-langkah penambahbaikan hasil, kawalan perbelanjaan secara berhemah dan perancangan fiskal yang teliti telah membolehkan negeri mencatatkan defisit terendah dalam rekod sejarah terkini.

Akaun Hasil Disatukan. Dato’ Seri Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya ingin maklumkan bahawa sehingga 20 November, iaitu hari ini, Kerajaan Negeri telah mencatatkan kutipan hasil sebanyak RM927.63 juta. Kutipan ini telah melebihi sasaran tahun 2025 yang berjumlah RM906.59 juta, sekali gus meletakkan Kerajaan Negeri pada landasan yang tepat untuk meningkatkan baki terkumpul Akaun Hasil Disatukan. Dengan perkembangan terkini, jumlah defisit yang diunjurkan pada awal tahun atau semasa pembentangan bajet 2025, iaitu RM33.63 juta, kini hanya RM12.59 juta. Dengan komitmen berterusan Anggota Perkhidmatan Awam Negeri ini, Kerajaan Negeri optimis untuk mencapai kutipan hasil keseluruhan melebihi RM1 bilion ringgit sebelum penutupan akaun akhir tahun ini, sepertimana kali terakhir yang pernah dicapai pada tahun 2016 di mana pada masa tersebut kita mencatatkan kutipan hasil berjumlah 1.029 bilion ringgit. Sudah banyak tahun kita tidak dapat kutip hasil melebihi RM1 bilion ringgit. Mungkin tahun ini kita dapat mencapai melebihi RM1 bilion ringgit. Tiada permintaan ya.

Merujuk kepada perbahasan oleh Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Kerajaan Negeri mengambil maklum dan tidak menafikan bahawa Akaun Hasil Disatukan atau AHD telah mencatatkan penyusutan pada setiap tahun daripada baki pada 31 Disember 2019 yang berjumlah pada masa itu RM1.15 bilion ringgit kepada RM155.94 juta ringgit pada 31 Disember 2024. Dalam konteks ini, Kerajaan Negeri lazimnya merekodkan lebihan hasil sebanyak RM80.21 juta pada tahun 2019 sebelum mencatatkan defisit mulai tahun 2020 hingga 2024. Prestasi tersebut menunjukkan jumlah perbelanjaan kerajaan telah melebihi kutipan hasil dalam tempoh 5 tahun berkaitan, iaitu dari tahun 2020 hingga 2024. Kumulatif defisit dalam 5 tahun ini sudah menjadi RM998.88 juta dekat RM1 bilion.

Menjawab kepada dakwaan Yang Berhormat Ketua Pembangkang bahawa kita wang itu hilang, macam siapa pakai itu wang, hilang begitu. Saya menegaskan di sini bahawa tidak berlaku apa-apa kehilangan. Sebaliknya wang tersebut telah dibelanjakan melalui pelbagai program kebajikan dan insentif yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat. Khususnya dalam tempoh wabak atau penyakit COVID-19.

Antara program yang dilaksanakan adalah i-Sejahtera, bantuan Pulau Pinang lawan COVID-19, bantuan kepada sekolah agama rakyat, sekolah Cina, sekolah Tamil, insentif pembantu teksi dan pengusaha bas, subsidi kepada pelbagai perkhidmatan bas percuma, subsidi tambang feri, dan sebagainya. Termasuk projek-projek pembangunan tempatan banjir. Butiran perbelanjaan ini adalah sebagaimana yang saya pernah bentangkan di

Dewan yang Mulia pada persidangan lepas. Kita pilih-pilih, itu pun jumlah RM1 bilion. Mungkin lebih daripada itu, saya tak senaraikan. Jadi kalau wang itu hilang dari Akaun Hasil Disatukan, tetapi dia sebenarnya sampai ke poket rakyat jelata melalui program-program kebajikan. Strategi mencapai RM1 bilion reserve negeri. Dato’ Seri Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Padang Kota, boleh sebelum ni. Saya ada agak keliru sikit dalam perkara 21 dalam apa nama ni dalam Ucapan Belanjawan Padang Kota. Menyebut tentang peningkatan ketara apa ni perbelanjaan lain OA 50,000 tahun 2026 sebanyak RM9.96 juta. Kelmarin ni Padang ni Padang Kota, Padang Kota pula Tanjong Bunga dalam penggulungan menyebut iaitulah sebanyak RM10 juta itu. Dalam ni sebut RM10 juta itu bayaran, bayar pulangan balik, bayaran pinjaman Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang PBAPP. Tanjong Bunga menyebut tentang PBAPP sendiri yang bayar. Bukan kerajaan. Saya minta penjelasan.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Dalam penggulungan saya. Tanjong Bunga akan sebut tentang air. Saya sebut tentang kewangan. Atas isu yang sama. Semasa sesi penggulungan Sidang Dewan yang lepas, saya buat janji untuk menyerahkan tampuk kepimpinan negeri ini dalam keadaan yang sempurna dengan kedudukan kewangan kukuh. Secara khususnya RM1 bilion dalam AHD. Kedudukan terkini baki AHD sehingga hari ini adalah sebanyak RM397.71 juta. Berbanding baki tahun 2025 atau 2024 lah, bukan tahun 2025. AHD sebanyak RM155.4 juta. Jadi, walaupun jumlah ini bukan muktamad lagi, sebab masih ada satu bulan lebih untuk mengambil kira perbelanjaan dan pindaan kepada Kumpulan Wang Pembangunan yang masih dilaksanakan sehingga penutupan akaun akhir tahun 2025. Prestasi ini membuktikan bahawa Kerajaan Negeri sedang berusaha untuk meningkatkan semula baki AHD melalui strategi peningkatan hasil negeri di samping melaksanakan perbelanjaan fiskal secara ideal. Maksudnya, dari RM155 juta baki pada akhir tahun 2024. Mula-mula kita bajetkan baki dia cuma dalam lingkungan RM50 juta. Tetapi penutupan yang selepas penutupan, tinggal RM155 juta pada akhir tahun 2024. Setakat ini jumlah ini sudah dinaik sampai RM397 juta. Jadi kalau mengikut kutipan dan hasil dan perbelanjaan, tidak mustahil angka ini mencecah RM400 juta baki dalam AHD. Maka, ini menunjukkan usaha-usaha

dalam dua tahun ini sudah nampak hasilnya. Saya berterima kasihlah atas pengorbanan untuk jangan belanja lebih dari apa yang kita boleh tanggung untuk mencapai keadaan ini.

Pemaju utama peningkatan reserve adalah daripada peningkatan kutipan hasil cukai dan bukan cukai. Termasuk hasil premium tanah, bayaran lesen serta dividen daripada pelaburan. Selain itu, langkah penjimatan perbelanjaan dan pengurusan kewangan berhemah oleh Kerajaan Negeri turut menyumbang kepada peningkatan reserve ini. Kerajaan Negeri melaksanakan pelan tindakan yang berteraskan kepada prinsip kecekapan hasil, pengurusan berhemah, dan pengukuhan sumber baharu hasil negeri. Usaha ini ditumpukan melalui pelaksanaan sembila (9) strategi utama peningkatan hasil negeri dan beberapa inisiatif penambahbaikan hasil yang masih dalam pelaksanaan secara berperingkat.

Inisiatif peningkatan hasil cukai oleh Pejabat Tanah dan Galian merangkumi strategi peningkatan hasil cukai tanah dan cukai petak dalam tempoh 5 tahun akan datang. Yang merangkumi kutipan tunggakan cukai dan perampasan tanah, penyediaan garis panduan lelong tanah-tanah yang telah dirampas akibat tunggakan cukai, semakan cukai tanah, perwartaan kawasan bandar meliputi perluasan 10 bandar sedia ada dan mewujudkan 25 bandar yang baharu. Semakan fi urus niaga dan bukan urus niaga kaedah-kaedah Tanah Pulau Pinang atau Penang Land Rules. Merangkumi semakan kadar bayaran lesen pembentukan sementara TOL, kadar premium pemberi milikkan, perlanjutan tempoh pajakan, dan lain-lain dan juga. Semakan Cukai Petak Strata dengan penumpuan kadar baharu yang lebih sepadan dengan Skim Strata Mewah, iaitu kondominium, pangsapuri perkhidmatan dan kompleks perniagaan. Secara keseluruhan, inisiatif ini dijangka menyumbang kepada peningkatan hasil cukai tanah dan cukai petak daripada RM140 juta hingga RM145 juta yang boleh kita kutip sekarang, naik kepada RM300 juta hingga RM350 juta setahun dalam tempoh 5 tahun seterusnya. Manakala hasil bukan cukai iaitu premium, fi-fi transaksi, fi kebenaran, dan sebagainya dijangka meningkat daripada RM300 juta setahun kepada RM400 hingga RM450 juta setahun dalam tempoh yang sama. Manakala, inisiatif penambahbaikan hasil bukan cukai melibatkan inisiatif mengoptimakan kutipan hasil pelbagai agensi. Antaranya, kenaikan fi pelesenan ladang unggas, semakan kadar sewaan perkhidmatan oleh jabatan-jabatan berkaitan serta cadangan kenaikan fi hotel. Kerajaan Negeri optimis bahawa pelaksanaan bersepadu ini akan membolehkan sasaran RM1 bilion dicapai menjelang tahun 2028.

Bagi memantau kemajuan sasaran tersebut, empat indikator prestasi utama atau KPI yang ditetapkan adalah seperti berikut;

(a) Pertumbuhan hasil negeri pada kadar sekurang-kurangnya 5%

hingga 7% setahun.

(b) Kutipan sebenar melebihi 95% daripada anggaran;

(c) Pengurusan reserve secara berhemah selaras dengan kedudukan fiskal

semasa; dan

(d) Pemantauan hasil secara masa nyata atau real time bagi meningkatkan

keberkesanan perancangan. Jadi KPI-KPI ini perlu diperoleh sebelum kita

dapat sasaran mencapai RM1 bilion menjelang 2028.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Padang Kota mohon mencelah. Tadi saya ada menerima memorandum dari Persatuan Pembayar Cukai Pulau Pinang. Dia ada beberapa perkaralah tentang kenaikan cukai ni. Kenaikan cukai tu mungkin ini hasrat kerajaan untuk nak menambah ni. Tapi dalam masa yang sama kita melihat ada perkara-perkara yang mungkin akan membebankan kepada golongan-golongan yang rendah kan. Di sini ada cukai-cukai yang disenaraikan. Mungkin nanti perkara ni akan sampai kepada Ketua Menteri. Ini perlu disemaklah. Kalau sekiranya cukai sampai peringkat rakyat sendiri pun teruk dibebankan dengan satu bebanan yang menyebabkan mereka terkesan. Macam contoh macam cukai bendang, bendang buat nak dapat 4 tan dia dapat 2 tan saja. Contoh tu tak dapat modal. Mereka juga nak bayar kemudian ada perkara-perkara yang lain.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Ini sebahagian dari jawapan saya. Sebenarnya pemimpin Persatuan Pembayar Cukai pernah buat kenyataan apabila saya umumkan kenaikan cukai, cadangan kenaikan. Dia tak bantah, tetapi minta dikuatkuasakan pada tahun depan atau 1, 2 tahun berikutnya, bukan sekarang. Dia dia terima bahawa 30 tahun kita tak semak pun. Berapa tahun lagi nak menunggu. Itulah. Kalau bukan sekarang,

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Bila.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Kalau bukan saya,

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Siapa.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Persoalan dia jangan lompat, lompat terlalu tinggi. Orang tak sampai.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Okay, saya sambung. Seterusnya, berhubung dengan perkongsian hasil penjualan tanah PDC kepada Kerajaan Negeri, satu perkara hangat yang dibangkitkan. PDC bersama Kerajaan Negeri terus memainkan peranan penting dalam merancang dan memacu pembangunan sosial ekonomi Pulau Pinang. Kerjasama ini memberi tumpuan kepada menarik pelaburan berkualiti, membangunkan kawasan strategik dan pada masa yang sama menjana hasil kepada negeri. Projek-projek tebus guna di persisiran Queensbay merupakan contoh jelas sinergi ini. Yang bukan sahaja mengubah landscape kawasan tersebut, tetapi turut membuka peluang ekonomi baharu serta meningkatkan nilai hartanah dengan manfaatnya kembali kepada rakyat melalui bahagian kepentingan Kerajaan Negeri. Berdasarkan unjuran semasa, Projek World City dan yang terbaharu Projek Penang Linear Waterfront dijangka menjana hasil sehingga RM1.31 bilion kepada Kerajaan Negeri. Sekali gus mengukuhkan kedudukan fiskal negeri dan menyokong lebih banyak program pembangunan untuk kesejahteraan rakyat. Walaupun hasil ini perlu ambil masa beberapa tahun supaya dapat direalisasikan.

Seterusnya, Yang di-Pertua serta Ahli-ahli Yang Berhormat, tunggakan hasil. Merujuk kepada soalan Yang Berhormat Ketua Pembangkang berkaitan faktor penyumbang peningkatan tunggakan hasil Kerajaan Negeri tahun 2024 berbanding tahun 2023. Berdasarkan pekeliling perbendaharaan WP 10.6 Pengurusan Akaun Belum Terima atau ABT. Takrifan ABT adalah amaun yang sepatutnya diterima tetapi belum diterima oleh kerajaan yang wujud daripada peristiwa lampau. Manakala, tunggakan ditarifkan sebagai amaun ABT yang belum diterima yang melampaui tempoh matang yang telah ditetapkan. Pada tahun 2024, ABT Kerajaan Negeri berjumlah RM315.8 juta. Jumlah ini, ya betul apa yang dicakap oleh Ketua Pembangkang, meningkat sebanyak RM221.15 juta iaitu 233% kenaikan tunggakan Akaun Belum Terima itu. Berbanding RM94.65 juta pada tahun 2023. Ini adalah disebabkan mula tahun 2024, pelaburan ABT mengambil kira hasil premium tanah. Sebahagian besar ABT ini adalah dari cukai tanah berjumlah RM71.58 juta, premium tanah berjumlah RM203.44 juta ringgit, dan sewaan serta caj penyelenggaraan perumahan di bawah penyeliaan Lembaga Perumahan berjumlah RM17.77 juta ringgit. Maka, tunggakan ABT bagi tahun 2024 adalah berjumlah RM274.8 juta.

Peningkatan ABT 2024 adalah disebabkan tawaran premium tanah diambil kira dalam pelaburan ABT, berdasarkan perbincangan dan persetujuan bersama Jabatan Audit Negara, Jabatan Kewangan Negeri, Pejabat Tanah dan Galian, dan semua Pejabat Daerah dan Tanah. ABT premium tanah ini adalah meliputi 64% daripada jumlah keseluruhan ABT yang dilaporkan. Walau bagaimanapun, pelaburan premium tanah sebagai ABT ini telah disemak semula, dan Kerajaan Negeri telah mengeluarkan polisi berkaitan titik pengiktirafan hasil premium tanah, dan tawaran premium tanah tidak akan dilaporkan sebagai ABT disebabkan ketidaktentuan atau uncertainty pada nilai dan masa terimaan yang tertakluk kepada unsur rayuan, pengecualian, pembatalan, pelucutan, dan sebagainya. Jadi, apabila dikeluarkan kategori ini dari ABT, ABT sebenarnya bagi tahun 2024 adalah RM122.35 juta, dan bukan RM274 juta sebelum ini. Memandangkan apabila kita memberi kelulusan pemberimilikan atau penjualan, premium dikenakan, ia dicatatkan serta-merta sebagai terimaan, walhal ianya masih tertakluk kepada proses rayuan oleh orang yang diberi milikan, orang yang ditawarkan tanah berkenaan. Dia boleh buat rayuan, dia timbang, dia mungkin minta bayar secara ansuran tiga tahun, ataupun dia mungkin kata dia tak mampu dan dia tidak terima tawaran itu. Tetapi, hasil itu pun sudah dicatatkan sebagai terimaan, sebaik sahaja kelulusan diberikan, dia diambil kira. Jadi, kita sudah menyatakan ini tidak memberi satu gambaran yang betul, dan kita keluarkan bahagian ini daripada accounts tunggakan itu. Harap ini dapat menjelaskan keadaan.

Peruntukan MARRIS. Merujuk kepada pertanyaan oleh Yang Berhormat Bagan Jermal dan mungkin lain-lain Yang Berhormat juga berminat tentang peruntukan MARRIS daripada Kementerian Kewangan (MOF). Berdasarkan rekod Jabatan Kewangan Negeri, jumlah terimaan MARRIS terus meningkat saban tahun, yang mana Kerajaan Negeri telah menerima sejumlah RM208.76 juta pada tahun 2021, RM208.77 juta pada tahun 2022, RM210.95 juta tahun 2023, dan bagi tahun 2024 terimaan adalah RM221.72 juta. Bagi tahun 2025 pula, jumlah yang diterima setakat ini adalah RM207.3 juta, iaitu kira-kira 93% daripada anggaran jumlah peruntukan yang akan diterima iaitu sebanyak RM223 juta. Sebagai makluman kepada Dewan yang Mulia ini, penyaluran peruntukan MARRIS oleh MOF kepada Jabatan Kerajaan Negeri adalah secara bulanan. Tiap-tiap bulan dia akan turunkan wang itu. Berkaitan keperluan tambahan peruntukan MARRIS kepada MBSP, Jabatan Kewangan Negeri bersedia memberi pertimbangan, tertakluk kepada prestasi perbelanjaan peruntukan yang telah disalurkan sebelum ini.

Seterusnya, hasil baharu. Dato' Seri Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat. Merujuk kepada soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Lancang, status penilaian dan pengurusan deposit elemen nadir bumi bukan radioaktif di Pulau Pinang kekal sebagaimana yang telah dilaporkan sebelum ini, iaitu berasaskan kajian tinjauan awal yang telah dijalankan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG). Berdasarkan kajian tersebut, Pulau Pinang memiliki sumber NRREE di beberapa kawasan bukit termasuk Teluk Bahang, Balik Pulau, Bukit Mertajam, dan Bukit Panchor. Jumlah sumber teragak atau inferred resource di negeri ini dianggarkan sekitar 1.7 juta tan metrik, dengan anggaran nilai kira-kira 21 bilion US Dollar, tertakluk kepada pengesahan melalui kajian terperinci. Potensi sumber ini mampu menjadi salah satu pemacu ekonomi baharu negeri, seiring dengan strategi untuk mempelbagai asas hasil dan memastikan model pendapatan yang lebih mampan untuk jangka panjang.

Selaras dengan perkembangan tersebut, Kerajaan Negeri sedang menyediakan peraturan-peraturan mineral Negeri Pulau Pinang, sebagai rangka kawal selia penting sebelum sebarang aktiviti penerokaan atau pembangunan sumber dilakukan. Kerajaan Negeri juga terbuka kepada cadangan daripada mana-mana pihak sama ada tempatan mahupun antarabangsa yang berminat meneroka potensi NRREE di Pulau Pinang. Setiap cadangan pastinya akan dinilai secara profesional oleh Jabatan Teknikal berkaitan.

Mengenai pinjaman yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ketua Pembangkang, justifikasi komitmen dan kesan kepada bajet Kerajaan Negeri untuk bayaran balik pinjaman PBAPP. Ia berlaku di bawah penstrukturan semula perkhidmatan air dengan Kerajaan Persekutuan. Suka saya nyatakan di sini bahawa pulangan balik ini tidak membebankan Kerajaan Negeri kerana jumlah tersebut merupakan peruntukan PBAPP sendiri yang akan dipulangkan oleh Kerajaan Negeri. Ini adalah susulan daripada perjanjian penstrukturan semula kerangka kerja industri perkhidmatan air 2011, yang mana Kerajaan Negeri mendapati sebanyak RM88.76 juta disalurkan oleh PBA kepada Kerajaan Negeri bagi menjelaskan pinjaman melibatkan bekalan air kepada Kerajaan Persekutuan. Jumlah tersebut pula perlu dipulang balik kepada PBA setelah adanya perjanjian pajakan antara PBA dengan Pengurusan Aset Air Berhad. Pendek kata, PBA bayar dua kali. Jadi Kerajaan Negeri pulangkan apa yang lebih itu, dan kita akan bayar RM10 juta setiap tahun untuk lebih kurang 8 tahun.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

40 tahun itu PBA bayar lah.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Itulah yang PBA bayar.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Jadi sebab ada dalam dalam 21 ni dan dalam apa sebab tu saya tanya tu.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Ya.

Muhammad Fauzi bin YusoffPAS · PNSungai Dua

Maknanya bukan duit kerajaan lah maknanya duit ni duit PBA.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

PBA. Ya. Kita pulangkan balik apa yang dia bayar dua kali sebenarnya. Berhubung dengan pendahuluan Kerajaan Persekutuan sebanyak RM100 juta kepada Kerajaan Negeri yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ketua Pembangkang, sebenarnya sudah pun dijelaskan sebelum ini. Sebagai balasan, MOF akan membuat offset. Yang Berhormat pun sudah tahu, offset terhadap empat (4) jenis pemberian kepada Kerajaan Negeri, iaitu pemberian mengikut kepala, bayaran perkhidmatan, senarai bersama, dan pemberian tahap, masing-masing sebanyak RM33 juta ringgit bagi tahun 2027, 2028, dan RM34 juta bagi tahun 2029. Wang ini sekarang di akaun amanah. Kita tak perlu gunakan wang itu. Apabila kita buat permohonan, pada masa itu kita jangka mungkin berlakunya defisit, tetapi akhirnya seperti saya terangkan tadi, kita anggarkan baki kita, akaun hasil disatukan tinggal RM50 juta, tetapi sebenarnya tinggal RM155 juta. Jadi kita tak gunakan wang pendahuluan itu, dan diletakkan dalam akaun amanah. Dan bila sampai 2027, Pusat akan meneruskan penyaluran wang-wang ini, dan mereka akan potong RM33 juta 2027, RM33 juta 2028, dan 34 juta 2029. Jadi, dia kurangkan untuk dapat balik RM100 juta yang mereka dahulukan kepada negeri. Pada masa itu ianya akan dicatat sebagai hasil untuk digunakan.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Yang Berhormat, boleh saya just mendapat pencerahan untuk mendapat penjelasan. Yang Berhormat tadi ada sebut tentang tahap juga, bayaran tahap. Soalan saya adalah, walaupun kita setiap tahun kita menerima tahap, adakah Kerajaan Persekutuan mendedahkan, menjelaskan bagaimana kiraan tahap ini, formula yang dikira setiap tahun kepada negeri-negeri termasuk Negeri Pulau Pinang, dan juga ecological fiscal transfer itu. Sebab, walaupun duit ini kita menghargai tetapi sehingga sekarang kita tidak tahu bagaimana kiraan ini dibuat memandangkan Pulau Pinang menyumbang banyak dari segi sumbangan ekonomi kepada negara kita. Terima kasih.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Melainkan peruntukan per capita grant. Per capita grant adalah berdasarkan bilangan penduduk setiap negeri. Itu akan ada perbezaan. Sekiranya negeri yang mempunyai populasi yang lebih tinggi dia dapat lebih banyak dari negeri seperti contoh Perlis, dia akan terima kurang sedikit. Tetapi peruntukan tahap dan lain-lain memang ada

formula dia, tetapi saya tak dapat jelaskan. Perbezaan antara negeri adalah tidak banyak. Jadi saya boleh simpulkan bahawa ianya tidak diberikan berdasarkan sumbangan negeri kepada Persekutuan. Dia tak ambil kira itu lah. Mantan Menteri Kewangan ada sini, mungkin boleh bantu menjelaskan.

Mengenai pertanyaan Yang Berhormat Bukit Tengah, pinjaman RM100 juta yang diberikan kepada PDC adalah untuk membiayai sebahagian kos projek GBS By The Sea, yang bernilai RM208 juta ringgit. Projek ini dibangunkan bagi memenuhi keperluan industri terhadap ruang pejabat berstatus MSC Malaysia dan kini telah mencapai status MSC Malaysia Tier 1. Sekarang pun sudah penuh disewa sepenuhnya. Sebab pada masa itu PDC merasakan kalau projek ini menggunakan pembiayaan bank, ia akan meningkatkan kos projek yang menyebabkan dia tak berapa kompetitif dari segi kadar sewaan. Jadi mereka minta Kerajaan Negeri menyumbang RM100 juta supaya dia akan dapat menurunkan financial cost projek itu. Dan saya percaya kita masih tak salurkan sepenuhnya lah. Mungkin setakat RM70 juta sahaja. Sebab pada masa kini mungkin PDC pun tak perlu penyaluran itu lah. Itu boleh dirunding semula. Tetapi pada masa itu pertimbangan adalah untuk memastikan projek itu viable dan kalau pakai pinjaman bank ia akan meningkatkan financial cost projek berkenaan.

Isu lawatan ke luar negara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Sepanjang tahun 2025, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri telah menjalankan 22 lawatan kerja ke luar negara. Bukan sekali gus lah, masing-masing ada program masing-masing. Keseluruhan perbelanjaan bagi melaksanakan lawatan tersebut adalah RM2.9 juta. tetapi ianya termasuk RM1.4 juta yang dibiayai oleh PDC kerana Ekspo Dunia Osaka dan RM0.22 juta disalurkan oleh MITI untuk memberi sokongan kepada program di Osaka. Lawatan kerja ini antara lain bertujuan mengembangkan kerjasama serantau serta meneroka peluang pasaran antarabangsa dalam sektor pertanian, teknologi, industri halal dan pelancongan, selain menarik pelaburan langsung asing (FDI) ke Pulau Pinang sebagai usaha memperkukuh pertumbuhan ekonomi negeri. Antara pencapaian utama hasil lawatan kerja adalah pemeteraian tiga Memorandum of Persefahaman (MoU), antara PDC dengan FedEx, DHL, serta Synz International and Atlantic Blue dengan nilai potensi pelaburan berjumlah RM426 juta. MoU tersebut dimeterai semasa penganjuran Penang Week di World Expo Osaka. Selain itu, dari aspek impak ekonomi, Penang Week turut membuka ruang kerjasama strategik melalui 20 sesi pemadanan perniagaan atau business matching,

melibatkan syarikat dari Jepun, sekali gus memperluas jalinan pelaburan dan perdagangan bagi Pulau Pinang.

Penyertaan wakil Kerajaan Negeri dalam Malaysia International Halal Showcase atau MIHAS di Shanghai, China baru-baru ini turut menyaksikan pemeterainya dua Memorandum Persefahaman melibatkan syarikat Pulau Pinang iaitu Nashmir Capsule Sdn Bhd dan Hang Tuah Sdn Bhd bersama rakan usaha sama dari China dengan nilai perjanjian sebanyak RM23 juta. Kerjasama ini bukan sahaja memperluas pasaran halal Pulau Pinang ke China, malah turut memperkukuh kedudukan negeri dalam rantaian bekalan global. Kerajaan Negeri juga telah berjaya memperkukuh kerjasama dalam sektor penerbangan bagi membuka dan menghubungkan semula laluan-laluan antarabangsa strategik dan EXCO Pelancongan terlibat dalam banyak lawatan sebab ingin merunding direct flight ke Negeri Pulau Pinang dan akhirnya kita nampak dan saksikan hasilnya banyak penerbangan baru telah diperoleh. Antara bandar yang mempunyai hubungan penerbangan terus dengan Pulau Pinang termasuk Xiamen, Shanghai, Shenzhen, Chengdu, Dubai, Chennai, Yangon, Doha dan beberapa destinasi akan datang, coming soon, landing soon.

Berkaitan pertanyaan Yang Berhormat Pinang Tunggal, susulan lawatan saya ke Kumamoto. Sebenarnya saya melakukan Investment Mission dengan Invest Penang ke Kumamoto dan saya tahu ada perkara ini dan memasukkan dalam itinerary kitalah. Untuk melihat sumber air bawah tanah. Bandaraya Kumamoto menggunakan underground water sehingga 95%. Bekalan air dia datang dari underground water 95%. Jadi susulan lawatan itu, bahagian kawalan, Kawal Selia Air Pulau Pinang telah kemukakan permohonan peruntukan di bawah RP 1 RMK bagi tujuan pemetaan serta pembangunan sumber air bawah tanah di Pulau Pinang kepada JMG Malaysia. Namun, permohonan tersebut tidak tersenarai dalam kelulusan RP 1 RMK-13 yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Ekonomi baru-baru ini. Walau demikian, Kerajaan Negeri akan terus menyusuli dan mengemukakan semula permohonan ini untuk dipertimbangkan di bawah RP seterusnya, memandangkan kajian dan pembangunan sumber air bawah tanah merupakan komponen penting dalam perancangan jangka panjang bagi menjamin kelestarian sumber air negeri.

Seterusnya, projek di Seberang Perai Selatan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Tambun. Kerajaan Negeri tidak pernah mengabaikan Seberang Perai Selatan termasuk Bukit Tambun. Seperti mana saya pernah nyatakan sebelum ini, the future of Penang is in Seberang Perai, the future of Seberang Perai is in Batu Kawan and Bukit

Tambun. Bukit Tambun adalah di dalam kawasan Batu Kawan. Saya tak pilih kasihlah itu natural cause. Di bawah RP 1 RMK-13, sebanyak 30 projek sambungan sedang dilaksanakan dengan kos keseluruhan RM1.06 bilion. Sebab ada banyak projek sambunganlah mungkin yang baru tidak diluluskan. Bagi kesinambungan pelaksanaan, RM125 juta telah diperuntukkan bagi tahun 2026 manakala baki RM506.4 juta akan diteruskan mengikut jadual dan keutamaan pembangunan. Antara projek berimpak tinggi adalah Rancangan Tebatan Banjir Sungai Jawi, menaik taraf Jambatan Sungai Kerian dan membina jejambat merentasi persimpangan Jalan Persekutuan ke Jalan Transkrian dan lain-lain. Selain itu, PDC bertindak sebagai katalis pembangunan di Batu Kawan melalui pelaksanaan projek-projek utama seperti Sekolah Bandar Cassia, Pasar Awam Batu Kawan, Dataran Usahawan GBS @ Bandar Cassia, Jambatan Batu Kawan, Bandar Cassia Technology Park Fasa 1 dan pembaikan Jalan Valdor dan lain-lain. PBA juga komited meningkatkan keupayaan bekalan air di SPS melalui lapan (8) projek jangka pendek dan sederhana bernilai RM532 juta. Tambahan pula, pemeteraian MoU projek Air Pulau Pinang Perak baru-baru ini melengkapkan perancangan jangka panjang bagi menjamin bekalan air yang mampan di Seberang Perai Selatan.

Seterusnya berhubung dengan projek tambakan tanah di Bagan Ajam dan Telok Ayer Tawar. Untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, Kerajaan Negeri telah menandatangani perjanjian konsesi dengan Rayston Consortium (Butterworth) Sdn Bhd pada 16 Jun 1999. Zaman Yang Berhormat Telok Ayer Tawar. 35 tahun dahulu kan, 25 tahun, 25 tahun dahulu, untuk projek Butterworth Outer Ring Road. Melalui perjanjian tambahan ketiga iaitu pada 23 Mei 2022, Rayston diberi hak menebus guna tanah seluas 582 hektar. Harus diberi makluman kepada Dewan bahawa perjanjian asal itu tak ada timeline luput. Tak ada tarikh bahawa kalau you tak laku apa-apa pun dia masih tak luput. Tarikh tidak ada dalam perjanjian. Jadi, menjelang tahun 2022 apabila kita runding semula dengan syarikat maka masukkan tarikh untuk menunaikan pematuhan untuk mulakan tambakan. Kalau tidak ianya boleh ditamatkan. Jadi, ini satu kejayaan bagi pihak Kerajaan Negeri kita letakkan timeline untuk mulakan projek. Dahulunya memang tak ada timeline. Bila tunggu sampai sampai tak tahulah. Jadi hasil beberapa perbincangan.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Padang Kota, mohon celah pasal projek tu. Masa saya, Sidang Dewan yang lepas dua yang lepas, Padang Kota kata projek tu diserah balik kepada Kerajaan Negeri. Saya

ada bawa usul tu pasal tanah tu. Dia kata pihak projek tidak menjalankan projek dan diserah balik kepada Kerajaan Negeri.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Kalau boleh saya sambung dan, dan akan dapat tahu hasil akhirnya. Jadi setelah beberapa perbincangan, Rayston memaklumkan projek tebus guna tersebut berdepan kekangan ketara termasuk kos tebus guna yang tinggi, beralihan tapak ke utara akibat pengembangan pelabuhan Pulau Pinang serta sekatan had ketinggian berkaitan operasi Pangkalan TUDM Butterworth. Jadi, itu kekangan yang akan dihadapi oleh projek ini. Kerajaan Negeri telah putuskan untuk tidak melanjut tempoh konsesi dan perjanjian ditamatkan selepas 31 Mei tahun ini berikutan kegagalan Rayston membuktikan kebolehlaksanaan projek ini. Notis penamatan kepada pihak pemaju telah dikeluarkan pada 22 September tahun ini. Jadi penamatan perjanjian ini dibuat sebelum sebarang pelaksanaan projek tambakan dimulakan. Justeru, tiada post-mortem dijalankan seperti dicadangkan oleh Yang Berhormat Machang Bubok. Mengambil kira semua faktor, projek ini memerlukan usaha yang jauh lebih kompleks dan melebihi keupayaan pemaju. Justeru, penamatan perjanjian merupakan langkah terbaik bagi memastikan perancangan pembangunan negeri kekal realistik, mampan dan memberi manfaat sebenar kepada rakyat. Rancangan strategi ke hadapan, Kerajaan Negeri masih terbuka dalam menerima permohonan perancangan oleh mana-mana syarikat yang berminat tentang projek tambakan tanah di Bagan Ajam dan Telok Air Tawar. Itulah kita batalkan konsesi hak itu pulang kepada negeri untuk lantik baharulah kalau ada. Itu maksud dia, pulang hak itu pulang kepada negeri lah untuk menawarkan konsesi yang baru. Tetapi kita masih tak terima rayuan daripada Rayston, mungkin mereka akan rayu.

Mengenai Pulau Silikon, Pembangunan Pulau Silikon bukan sekadar satu projek fizikal tetapi merupakan strategi jangka panjang untuk memastikan Pulau Pinang kekal sebagai hab industri teknologi tinggi dan pusat pertumbuhan ekonomi negara. Pulau Silikon dibangunkan sebagai pelanjutan ekosistem industri negeri yang terus menyokong permintaan pelabur antarabangsa serta pengembangan syarikat teknologi sedia ada khususnya dalam sektor E&E dan rantaian bekalan semikonduktor global. Saya rasa saya boleh lompat dari beberapa perenggan ini.

Mengenai hasil yang Ketua Pembangkang bangkitkan. Kajian awal menunjukkan bahawa Pulau Silikon bakal mencetuskan pelaburan berjumlah RM74.7 bilion iaitu apabila Green Tech Park itu mula dijualkan serta menyumbang sehingga RM1.1 trilion kepada KDNK Malaysia menjelang tahun 2050 dengan potensi mewujudkan lebih 220,000 peluang pekerjaan langsung dan tidak langsung. Bagi hasil fiskal langsung, Kerajaan Negeri dijangka menerima premium tanah tidak termasuk bayaran lain semasa pemberian hak, di samping kutipan cukai tanah tahunan secara berterusan sepanjang tempoh pembangunan dan operasi. Selain itu, Kerajaan Negeri turut bakal menjana hasil signifikan melalui perkongsian hasil perolehan tanah dengan nisbah 70:30 antara Silicon Island Development dan Kerajaan Negeri. Pada 24 Julai baru-baru ini, Kementerian Kewangan telah meluluskan pakej galakan cukai bagi pembangunan Pulau Silikon. Kelulusan ini adalah berdasarkan penilaian terhadap nilai pelaburan yang dibuat, jumlah peluang pekerjaan yang dijana, penggunaan bekalan dan perkhidmatan tempatan, pelaksanaan projek tanggungjawab sosial korporat oleh pihak syarikat dan peluang latihan industri kepada pelajar tempatan sepanjang tempoh galakan cukai. Manakala galakan cukai bagi pelabur atau pemain industri di dalam kawasan Pulau Silikon akan dipertimbang mengguna pakai galakan cukai sedia ada di bawah MIDA serta akan menggunakan pakai penilaian Rangka Kerja Insentif Pelaburan Baru yang akan mula dilaksanakan pada tahun 2026. Maksudnya syarikat akan menerima insentif dari MOF semasa tambakan dan apabila tanah ini dijualkan kepada pelabur, pelabur akan menerima insentif di bawah MIDA seperti lain-lain kawasan.

Pulau Andaman. Ini pun cerita yang panjang, 35 tahun dahulu. Pada 4 Oktober 1990, Kerajaan Negeri telah menandatangani satu perjanjian konsesi bersama KGN PDC sekarang diambil alih oleh Tanjung Pinang Development Sdn Bhd bagi tebus guna tanah seluas 1,131.72 ekar di Tanjung Tokong, Daerah Timur Laut. Keseluruhan kos pembangunan termasuk penyediaan infrastruktur adalah di bawah tanggungan pemaju. Terdapat dua fasa tebus guna iaitu Fasa 1 sudah siap pada tahun 2005 seluas 240 ekar. Manakala Fasa 2 yang dikenali sebagai Pulau Andaman dijangka akan selesai tebus guna pada tahun 2028 seluas 760 ekar. Terdapat dua buah jambatan yang menghubungkan pulau dan daratan iaitu Jambatan Andaman dari Seri Tanjung Pinang dan juga Jambatan Gurney dari Persiaran Gurney ke Pulau Andaman. GDV bagi pembangunan adalah di lingkungan RM60 bilion. Dan apakah hasil yang mungkin diperoleh oleh Pihak Berkuasa Negeri adalah melalui permohonan Pemberimilikan Tanah dan dijangka jumlah premium yang kita boleh anggarkan adalah RM561 juta. Ada sebahagian sudah diterima, ada yang

belum terima. Bagi kiraan cukai pula, berdasarkan Pelan Induk keseluruhan, anggaran kutipan cukai tanah dan petak di atas pembangunan Pulau Andaman adalah lebih kurang RM5.18 juta setahun.

Pentadbiran Tanah. Dato’ Seri Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, pindaan sempadan bandar dan mukim di seluruh Negeri Pulau Pinang. Pihak Berkuasa Negeri telah wartakan pindaan kepada sempadan bandar-bandar sedia ada dan mewujudkan bandar-bandar baru selaras dengan Seksyen 11(CA) dan Seksyen 11(D) Kanun Tanah Negara dan diisytiharkan melalui Warta Kerajaan Negeri pada 4 September 2025. Melalui pindaan ini, kita telah memperluaskan sempadan 10 bandar sedia ada dan mewujudkan 25 bandar yang baharu. Pindaan sempadan bandar dan mukim akan melibatkan lebih 210,000 hak milik tanah dan 180,000 hak milik strata di seluruh negeri. Pindaan ini akan menyaksikan perubahan kadar cukai tanah dan cukai petak dalam hak milik masing-masing mulai tahun 2026. Keputusan negeri ini adalah didasari keperluan penyelarasan semula klasifikasi tanah-tanah di seluruh negeri agar seiring dengan kepesatan pembangunan ekonomi serta sosial dan guna tanah semasa di kawasan-kawasan terbabit.

Contoh kawasan-kawasan yang masih berstatus tanah desa sehingga kini adalah Bayan Baru. Nama dia Bandar Baru Bayan Baru, tetapi dia kategori desa. Bukit Jambul, Seberang Jaya, Bandar Perda, Bandar Cassia, Simpang Ampat, Telok Air Tawar dan Bertam. Pindaan ini juga sebenarnya amat penting dalam usaha Kerajaan Negeri untuk meningkatkan kecekapan pentadbiran tanah, mengelakkan ketirisan hasil dan mewujudkan sistem percukaian tanah yang lebih adil dan saksama kepada semua pemilik tanah di Pulau Pinang. Bagi mengurangkan beban pemilik-pemilik petak strata akibat perubahan kadar cukai petak strata, Pihak Berkuasa Negeri telah setuju untuk menangguhkan perubahan kadar cukai petak strata kepada lebih 184,000 hak milik strata sehingga tahun 2027. Ini bermakna semua pemilik petak strata di Pulau Pinang dengan bilangan hak milik strata berjumlah 300,000 akan terus membayar kadar cukai petak sedia ada pada tahun 2026. Maksudnya, apa perubahan cuma akan berkuat kuasa 2027 bagi hak milik strata.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Minta pencerahan, Dato’ Seri Speaker. Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Berdasarkan kepada jawapan soalan bertulis saya, sehingga akhir tahun 2024, baki

tunggakan cukai petak adalah RM13.9 juta. Kita berjaya kutip balik dalam 10 bulan pertama RM2.4 million. Baki sehingga Oktober masih lagi RM11.48 juta. Mengapakah cukai petak ini, kadar tunggakannya begitu tinggi? Sebab tunggakan cukai tanah RM27.45 juta, tunggakan cukai petak pula RM13.9 juta. Agak tinggilah dari segi ni.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Pengarah Tanah dan Galian merasakan ini adalah kurang kesedaran pemilik petak. Yang mereka sangka dia cuma bayar cukai pintu sahaja dan tidak melibatkan cukai tanah. Sebelum ini cukai tanah dibayar oleh MC atau JMB sebelum title dikeluarkan. Tetapi setelah title strata dikeluarkan, mereka sebenarnya perlu bayar cukai petak. Jadi oleh kerana tahap kesedaran masih kurang, maka pembayaran cukai petak itu masih dalam keadaan yang membawa kepada tunggakan yang hampir RM10 juta sekarang. Jadi kita akan menghebatkan lagi kesedaran dan publisiti berhubung dengan tanggungjawab pemegang hak milik strata supaya mereka juga tahu tanggungjawab mereka untuk membayar. Kenaikan kadar cukai tanah selepas semakan. Berhubung pertanyaan Yang Berhormat Ketua Pembangkang, sukacita saya jelaskan bahawa Kerajaan Negeri telah ambil kira semua faktor berkaitan dalam menetapkan kadar baharu cukai tanah. Pendekatan ini dirangka agar kenaikan tidak membebankan masyarakat, di samping memastikan objektif semakan cukai dapat dicapai dengan seimbang. Berikut adalah contoh simulasi kadar cukai selepas semakan dibuat. Kes pertama, katakan kita gunakan kes pertama. Tanah sawah seluas 4.98 hektar di Mukim 4, Seberang Perai Utara. Sebagai contoh, kadar cukai tanah semasa adalah RM50 setahun mengikut satu lot. Di bawah kadar baharu, jumlah cukai menjadi RM75 iaitu peningkatan 50%. Berdasarkan rebat 32.5% pada tahun 2026, kadar bayaran yang perlu dijelaskan oleh pemilik ini adalah sebanyak RM51. Sekarang RM50, tahun depan RM51 kerana ada rebat. Kalau tak ada rebat, RM75. Jadi, saya rasa apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat, kesan dia bukan seperti mana kita bayangkan. Contoh kedua, misalnya tanah kelapa sawit seluas 7.66 hektar, itu belasan ekar. Tadi pun tak sampai 10 hektar tanah sawah baru RM50 sekarang. Kes kedua, tanah kepala sawit (gangguan) saya bukan lapar ya (ketawa) kelapa sawit 7.66 hektar di Mukim B, Daerah Barat Daya, Balik Pulau. Kadar cukai tanah semasa RM378 setahun. Belasan ekar dah. RM378 setahun, dengan kadar baharu RM792, kenaikan 106%. Selepas rebat, dia hanya perlu bayar kurang dari RM535. Jadi kenaikan dia dalam RM100 lebih untuk 7.66 hectar of oil palm land. Itu keadaan dialah. Manakala bagi hartanah kediaman yang terlibat dengan semakan kadar cukai serta pengkelasan semula bandar.

Sebagai contoh, sebuah lot rumah seluas 195 meter persegi di Seberang Jaya. Kadar cukai tanah semasa ialah RM43. Di bawah kadar baharu selepas pengkelasan bandar, cukai menjadi RM106. Sebab dia dua-dua keadaan, satu pengkelasan desa ke bandar, satu semakan cukai. Mengikut jumlah keseluruhan bagi kes ini adalah RM137 iaitu kenaikan 218%. Selepas pemberian rebat, jumlah yang perlu dibayar adalah RM93. From RM43 to RM93. Dalam keadaan kediaman yang biasa, teres, from RM43 to RM93. Sebagai makluman Dewan yang Mulia ini, sebelum melaksanakan kenaikan cukai tanah, Kerajaan Negeri telah melaksanakan penilaian yang melibatkan impak sosioekonomi terhadap sektor pertanian, perumahan dan perniagaan kecil seperti perbandingan kadar cukai antara negeri-negeri lain. Analisis kemampuan bayar dengan menilai kesan kepada pemilik tanah mengikut kategori penggunaan tanah. Sesi libat urus bersama pihak berkepentingan di mana penilaian oleh PBT dan wakil komuniti bagi mendapatkan maklum balas langsung dan penilaian langkah mitigasi dengan mencadangkan mekanisme rebat, pengecualian dan kadar minimum bagi melindungi kumpulan B40 dan pesawah kecil. Umumnya, Kerajaan Negeri berpandangan bahawa semakan cukai tanah ini perlu dilaksanakan sekarang memandangkan kadar cukai tanah ini tidak pernah disemak sejak 30 tahun yang lepas. Ini menyebabkan Kerajaan Negeri tidak menerima peningkatan hasil cukai tanah dalam tempoh yang panjang. Sebab itu tunggakan cukai tanah dan ketirisan kutipan cukai tanah juga meningkat kerana pemurnian data cukai tidak dapat dilaksanakan secara menyeluruh. Boleh dikatakan dalam dua tahun ini, PTG dan semua Pejabat Daerah telah melakukan kerja yang saya menghargai dengan membersihkan semua data-data, memurnikan data-data untuk menggambarkan kegunaan yang sebenarnya di lapangan. Ketiga, seterusnya pemberian insentif kepada semua pemilik. Kita tahu bahawa sebarang semakan semula akan membawa impak dan kita telah memutuskan mekanisme rebat 32.5% untuk tahun pertama dan diikuti oleh rebat 20% pada tahun 2027 dan 20% bagi tahun 2028. Maksudnya pada tahun 2029, kesan penuhnya semakan ini akan berlakulah, 3 tahun kemudian. Rebat bayaran cukai tanah ini akan memberi manfaat kepada semua pemilik tanah di Pulau Pinang tanpa mengira kategori dan kegunaan tanah. Walau bagaimanapun, semua pemilik tanah yang menikmati rebat perlu membayar kadar cukai tanah sedia ada sekiranya amaun bayaran cukai tanah selepas rebat diberikan adalah lebih rendah daripada amaun sedia ada yang dibayar pada tahun 2025. Tadi saya beri contoh, dia cuma bayar kerana rebat cuma RM1.00 lebih dari apa yang dibayar sekarang. Ada kes-kes yang kurang dari apa yang dia bayar sekarang. RM50.00 mungkin dia bayar RM47. Itu tak boleh berlakulah. Jadi kalau kes-kes ini berlaku, dia masih bayar RM50.00. Sebab rebat dia lebih kurang dari apa yang dia bayar sekarang.

Lain-lain insentif adalah pengecualian bayaran denda ke atas tunggakan cukai tanah dan cukai petak sebanyak 100% bagi sepanjang tahun 2026. Jadi siapa yang ada tunggakan boleh ambil kesempatan, dapat pengecualian bayaran denda. Lagi, ada pemberian diskaun 50% kadar premium untuk pertukaran kategori tanah pertanian kepada bangunan bagi tujuan kediaman sahaja. Sebab kita dapati banyak tanah-tanah pertanian tidak lagi menjalankan aktiviti pertanian tetapi sebaliknya ada rumah-rumah. Tetapi cukai dia masih pertanian. Tapi dia boleh ambil kesempatan ini untuk tukar kategori tanah kepada bangunan dan sepastinya tanah itu akan bernilai sebagai tanah kediaman dan bukan pertanian. Jadi, kita akan bagi diskaun 50% dari premium. Sekiranya ambil kesempatan ini untuk tukar kategori penggunaan. Kerajaan Negeri berharap dengan cadangan semakan cukai tanah bagi tahun 2026, hasil cukai Kerajaan Negeri akan meningkat dengan ketara dan Kerajaan Negeri akan lebih berupaya untuk menyediakan lebih banyak insentif kewangan dan bantuan sara hidup kepada seluruh rakyat Pulau Pinang untuk tempoh jangka masa panjang. Merujuk kepada isu bayaran pampasan yang belum dijelaskan kepada tuan tanah di Jalan Gua Jering, Mukim 21, SPT yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Kerajaan Negeri sedang menyelaraskan permohonan peruntukan pada tahun 2026 untuk tujuan pembayaran kepada tuan-tuan tanah yang terlibat.

Isu berhubung dengan Perbadanan Ketua Menteri atau CMI yang dibangkitkan, CMI telah merekrut perjawatan utama seperti Akauntan dan Pegawai Pelaburan serta merancang untuk menubuhkan unit teknikal. Langkah ini bertujuan mengukuhkan keupayaan memantau projek, melaksanakan projek di bawah kerjasama awam dan swasta (PPP), menarik pelaburan dan memantau kedudukan kewangan 18 GLC di bawah CMI dan SSI, sekali gus meningkatkan keuntungan serta mengurangkan kebergantungan kepada geran Kerajaan Negeri. CMI sentiasa memberi keutamaan kepada kawalan dan pemantauan prestasi kewangan GLC melalui penyaluran bajet dan semakan penyata kewangan secara suku tahunan selain mewajibkan setiap GLC kemukakan penyata kewangan beraudit kepada SSM dan Jabatan Audit Negara. Bagi menyokong usaha penjanaan hasil, Kerajaan Negeri juga telah setuju untuk meminda Memorandum and Article of Association (M&A) beberapa GLC yang membolehkan syarikat menjana pendapatan sendiri. Pindaan sedang dilaksanakan melibatkan Penang Convention and Exhibition Bureau (PCEB), Digital Penang dan PWDC dan akan diperluas kepada GLC lain secara berperingkat. CMI turut melantik perunding dari USM bagi menjalankan kajian penyelarasan dan penyeragaman GLC bagi menilai skop operasi serta keupayaan penjanaan hasil setiap

syarikat. Selain itu, Akaun Kumpulan Wang Disatukan CMI telah diwujudkan dan akan diaktifkan pada Januari 2026 selaras dengan kelulusan bajet mengurus berbentuk geran tahunan mulai tahun 2026. Pengurusan akaun CMI juga akan dilaksanakan secara profesional mengikut Sistem Perakaunan Standard bagi Agensi Kerajaan atau SAGA dengan sokongan syarikat luar bagi penyediaan sistem dan latihan selama 6 bulan bagi memastikan tadbir urus kewangan yang cekap, teratur dan mematuhi piawaian semasa.

Seterusnya. Dato' Seri Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat. Kerajaan Negeri menyambut baik pembukaan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Seberang Perai yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bagan Dalam, yang telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini. Inisiatif ini pastinya memberi nilai tambah kepada rakyat dan saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah merealisasikan projek ini. Sehubungan itu, tuduhan di lapangan bahawa saya menentang pembinaan UTC Seberang Perai adalah tidak berasas. Sejak awal lagi, saya telah menjelaskan termasuk melalui jawapan bertulis dan lisan pada sidang DUN bertarikh 24 Mei 2024, bahawa keputusan mengenai pembinaan UTC adalah sepenuhnya di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan, khususnya Kementerian Kewangan (MOF). Sebuah UTC bukanlah projek kecil. Berdasarkan Klausa 4 Garis Panduan Penubuhan dan Pengurusan UTC, MOF perlu menanggung kos ubah suai, naik taraf bangunan, penyediaan peralatan dan kelengkapan agensi, di samping menanggung kos sewaan, penyelenggaraan dan pelbagai kos operasi. Maka sememangnya wujud keperluan untuk meneliti implikasi kewangan sebelum keputusan dimuktamadkan. Atas dasar ini, Kerajaan Negeri telah mengambil pendekatan pragmatik iaitu kita memberikan kerjasama penuh, namun pada masa yang sama menghormati proses penilaian dan keputusan Kerajaan Persekutuan selaku pihak yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pembiayaan dan operasi UTC. Saya ingin menegaskan bahawa Kerajaan Negeri tidak pernah menghalang malah sentiasa menyokong apa juga inisiatif Persekutuan yang membawa manfaat langsung kepada rakyat Pulau Pinang. Pembukaan UTC Seberang Perai adalah salah satu contoh kerjasama baik ini dan Kerajaan Negeri akan terus komited memainkan peranan sebagai rakan strategik dalam pembangunan negeri. Sebelum ini pun, Kerajaan Negeri melalui PDC telah belanjakan lebih RM10 juta bagi menjayakan penubuhan UTC di Komtar.

Seterusnya, status undang-undang Pulau Pinang dan bayaran kepada Kedah.

Kumaran KrishnanDAP · PHBagan Dalam

Yang Berhormat, mohon laluan. Terima kasih Yang Amat Berhormat Ketua Menteri atas penjelasan tentang UTC. Tidak pasti pihak mana yang lemparkan tuduhan itu tapi di sini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat dan juga penghargaan khusus kepada Yang Berhormat Ahli Parlimen Bagan kerana telah membawa permohonan kita Kerajaan Negeri kepada perhatian Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, seterusnya membolehkan kita mendapat UTC yang ke-24 di Pulau Pinang. Yang pentingnya rakyat Seberang Perai kini dapat mendapatkan perkhidmatan daripada sembilan (9) jabatan Kerajaan dan ini mendapat sambutan yang baik daripada pihak rakyat di sebelah sana. Terima kasih.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Terima kasih. Saya cadang masukkan ucapan dalam ucapan saya. Untuk makluman Dewan yang Mulia ini, kedudukan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri dalam Persekutuan adalah jelas, dan tidak pernah dipertikaikan dari sudut perundangan. Ulang, adalah jelas! (Dewan ketawa). Ulang tiga kali. Adalah jelas! (Dewan ketawa) (gangguan). Saya pun sudah hilang mana (Dewan ketawa) Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan dengan tegas menyenaraikan Pulau Pinang sebagai sebuah sebagai salah sebuah negeri dalam Malaysia, sama taraf dengan negeri-negeri lain. Isu berhubung dakwaan sewaan atau bayaran kepada Kedah juga tidak timbul di peringkat Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Berdasarkan Perjanjian 1869 antara British dan Kedah serta peruntukan Perkara 167(7) dan Perkara 169(A) Perlembagaan Persekutuan, apa-apa komitmen bayaran tahunan yang wujud pada zaman pemerintahan British telah berpindah menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan, dan bukan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Sehubungan itu, dari sudut undang-undang, Pulau Pinang tidak mempunyai apa-apa obligasi untuk membawa membayar sebarang bentuk sewaan, pampasan atau bayaran kepada Kedah. Dan kedudukan ini adalah selaras dengan evolusi perlembagaan negara serta struktur Persekutuan Malaysia. Sempadan negeri juga telah ditetapkan secara muktamad melalui Akta Kedah dan Pulau Pinang (Pengubahan Sempadan) 1985 (Akta 325) yang digubal di Parlimen mengikut peruntukan Perkara 2 Perlembagaan Persekutuan. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri menolak sekeras-kerasnya sebarang naratif provokasi atau message kebencian yang dimainkan oleh pihak-pihak tidak

bertanggungjawab sehingga mampu menggugatkan keharmonian awam. Kesimpulannya, Pulau Pinang ialah sebuah negeri yang berdaulat dalam Persekutuan, dan segala komitmen kewangan sejarah yang melibatkan Kedah adalah urusan Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Negeri akan terus menghormati kedudukan Perlembagaan Persekutuan dan memastikan hubungan antara negeri terpelihara berdasarkan lunas undang-undang.

Gunung Jerai megah berdiri, Bukit Bendera tenang dipandang, Jika timbul sengketa negeri, dengan undang-undang kita bersidang.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Yang Berhormat Padang Kota, sebelum gulung nak celah sikit. Dah habis. Terima kasih Padang Kota kerana memberi kerjasama kepada penjawat awam dengan bonus 0.75. Tadi Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengutip begitu melonjak hasil Kerajaan Negeri dan beri pula pada Persekutuan. Persekutuan pulangkan balik dengan sikit. Tadi Padang Kota kata, kalau negeri kerja kuat, Persekutuan kuat. Kalau negeri lemah, Persekutuan lemah. Di sini saya tengok Kerajaan Negeri Pulau Pinang begitu prihatin, cari wang dengan naik cukai, naik segala-gala untuk nak cari sumber kewangan. Tapi saya tengok, kalau di segi bola Pulau Pinang ni jatuh ke ceruk bawah. Kalau dari segi.

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Tarik balik, sangkaan jahat. Kita bukan tercorot bawah. Tarik balik Telok Ayer Tawar. Sangkaan jahat.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Bukan bawah sekali.

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Tadi Yang Berhormat cakap, tercorot tak boleh la.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Saya tak cakap bawah sekali, saya cakap corot bawah.

Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Semak dulu (gangguan). Tarik balik, tarik balik.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Nombor lapan ka lima ka corot juga. Nombor satu baru di atas.

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Tak, tak, tak. Tarik balik.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Antara bawah dan tengah. Hari ini kita tengok pula, kita bagi sumber kepada Kerajaan Persekutuan banyak. Tapi gaji CM tercorot bawah sekali, nombor 13. Apa Ahli Jawatan, Ahli Jawatankuasa Dewan buat apa. EXCO buat apa.

Teh Lai HengDAP · PHKomtar

Ini fakta betul, ini fakta betul.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Tercorot bawah nombor 13. Malu. Cari duit banyak bagi Federal, gaji CM bawah. Negeri yang kecil, negeri yang kecil. CM kata negeri kecil, lebih banyak. Lebih lagi dekat setengah dengan CM. Hasil tak banyak mana bagi Federal. Ini Ahli Jawatankuasa Desa, Ahli Jawatankuasa Dewan kena kaji. Benda ini

Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Telok Ayer Tawar, boleh duduk mai sini dah, duduk sini la (gangguan).

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB Fahmi Bin Zainol

Isi borang, isi borang, isi borang, isi borang

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Kena kaji (gangguan). Saya bercakap bukan atas faktor DUN-DUN, saya cakap CM saja. Saya cakap untuk CM. Saya tak cakap DUN-DUN (gangguan). Tapi fikirlah balik (gangguan). Sikit lagi, sikit lagi. Tapi kalau dah kalau dah pembangkang boleh kata lagu itu, jangan lupa peruntukan kat kami. Sekian, terima kasih (gangguan).

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Saya adalah Ketua Menteri yang amat bertuah. Ada pembangkang yang amat sayang saya. Mahu gaji saya dinaikkan. Terima kasih. Ada barisan backbencher yang.

Azmi bin AlangBERSATU · PNTelok Ayer Tawar

Tengok, paling bawah siapa yang (gangguan).

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Ya. Okey, okey. Ada backbencher yang mahu saya sambung perkhidmatan saya. Saya amat bertuah hari ini.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sebab gaji kurang.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Jadi, walau, walau apa pun saya perlu beri penutup juga. Sebagai penutup, Dato’ Seri Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin menegaskan bahawa Belanjawan 2026 yang dibentang bukan sekadar angka di atas kertas tetapi manifestasi komitmen Kerajaan Negeri untuk kesejahteraan rakyat, pertumbuhan ekonomi berdaya saing, dan pengurusan kewangan yang bijak. Dengan anggaran defisit terendah dalam sejarah terkini, kita membuktikan bahawa disiplin fiskal dan keberanian membuat keputusan strategik bagi membolehkan kita menyalurkan sumber dengan lebih berkesan kepada pembangunan infrastruktur, pendidikan, kesihatan dan program sosioekonomi yang memberi manfaat langsung kepada rakyat.

Oleh yang demikian, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas komitmen dan hubungan erat antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, pemimpin, jabatan, agensi dan GLC yang menjalankan amanah untuk negeri kita. Saya akhiri ucapan dengan serangkap pantun.

Pohon Pinang tegak berdiri,

Lambang warisan negeri sendiri,

Bajet 2026 dibaca berstrategi,

Visi Penang2030 gemilang menjadi realiti.

Sekian. Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Apa nama, Telok Ayer Tawar, Telok Ayer Tawar, Telok Ayer Tawar. Saya rasa apa yang disebut Telok Ayer Tawar itu, saya selaku Yang di-Pertua Dewan, kita akan kajilah dalam Jawatankuasa Dewan nanti (gangguan). Sebab memang ada rasionalnya dan dan saya fahamlah yang itu. So, relax. Kita tunggu, kita kaji dan kita hantar ke apa nama peringkat yang boleh diputuskan.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Ini akan membunuh career saya dah. Naik cukai untuk naik gaji.

Pembentangan Rang Undang-UndangBill

Gooi Zi SenDAP · PHPadang Lalang

Bahaya Telok Ayer Tawar. Bahaya (gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Sebenarnya, ada asasnya lah. Tapi kita kena lihatlah. Kita kena lihat sebab kronologi, sebab apa gaji CM tidak dinaik pada waktu ketika itu, boleh kita kita tengok baliklah (gangguan). Perlembagaan apa, bila bila pun boleh (gangguan). Yang you all pembangkang ini sayang sangatlah nak bagi. Okey, okey, okey.

H'ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Sayang tetap sayang. Peruntukan tetap tak ada. Lain kali mai belah sini.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey, okey, okey, okey. Order, order, order, order. Ahli-ahli Yang Berhormat, maka masalah yang kita hadapi sekarang adalah Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2026 dibacakan bagi kali yang kedua. Ahli-ahli yang bersetuju katakan ya.

Ahli-Ahli Yang Berhormat Dewan Undangan Negeri:

Ya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang tidak bersetuju katakan tidak. Memang sokong semua. Ya lebih banyaklah.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang bernama. Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2026 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu.

Yang di-Pertua (Speaker)

Maka Rang Undang-Undang telah dibacakan bagi kali yang kedua. Rang Undang-Undang sekarang akan dipertimbangkan di dalam peringkat Jawatankuasa.

Setiausaha Dewan

Jadual.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kepala B.01. Pejabat Ketua Menteri dan Pejabat Setiausaha Kerajaan. RM188,432,328.00 sahaja. Bahawanya sejumlah wang RM188,432,328.00 sahaja. Untuk kepala B.01. Adakah menjadi sebahagian daripada Jadual.

Ahli-Ahli Yang Berhormat Dewan Undangan Negeri:

Ya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kepala B.02. Pejabat Tanah dan Galian. RM19,067,245.00 sahaja. Bahawanya jumlah wang sebanyak RM19,067,245.00 sahaja. Untuk kepala B.02. Adakah menjadi sebahagian daripada Jadual.

Ahli-Ahli Yang Berhormat Dewan Undangan Negeri:

Ya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kepala B.03. Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Timur Laut. RM9,053,156.00 sahaja. Bahawanya jumlah wang sebanyak RM9,053,156.00 sahaja. Untuk kepala B.03. Adakah menjadi sebahagian daripada Jadual.

Ahli-Ahli Yang Berhormat Dewan Undangan Negeri:

Ya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kepala B.04. Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Barat Daya. RM8,821,926.00 sahaja. Bahawanya jumlah wang sebanyak RM8,821,926.00 sahaja. Untuk kepala B.04. Adakah menjadi sebahagian daripada Jadual.

Ahli-Ahli Yang Berhormat Dewan Undangan Negeri:

Ya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kepala B.05. Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Seberang Perai Utara. RM11,028,612.00 sahaja. Bahawa jumlah wang sebanyak RM11,028,612.00 sahaja. Untuk kepala B.05. Adakah menjadi sebahagian daripada Jadual.

Ahli-Ahli Yang Berhormat Dewan Undangan Negeri:

Ya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kepala B.06. Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Seberang Perai Tengah. RM11,289,972.00 sahaja. Bahawa jumlah wang sebanyak RM11,289,972.00 sahaja. Untuk kepala B.06. Adakah menjadi sebahagian daripada Jadual. Ahli-Ahli Yang Berhormat Dewan Undangan Negeri:

Ya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kepala B.07. Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Seberang Perai Selatan. RM8,913,438.00 sahaja. Bahawa jumlah wang sebanyak RM8,913,438.00 sahaja. Untuk kepala B.07. Adakah menjadi sebahagian daripadanya.

Ahli-Ahli Yang Berhormat Dewan Undangan Negeri:

Ya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kepala B.08. Jabatan Pengairan dan Saliran. RM44,668,490.00 sahaja. Bahawa jumlah wang sebanyak RM44,668,490.00 sahaja. Untuk kepala B.08. Adakah menjadi sebahagian daripada Jadual.

Ahli-Ahli Yang Berhormat Dewan Undangan Negeri:

Ya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kepala B.09. Jabatan Perhutanan. RM4,754,044.00 sahaja. Bahawa jumlah wang sebanyak RM4,754,044.00 sahaja. Untuk kepala B.09. Adakah menjadi sebahagian daripada Jadual.

Ahli-Ahli Yang Berhormat Dewan Undangan Negeri:

Ya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kepala B.10. Jabatan Taman Botani. RM6,083,768.00 sahaja. Bahawa jumlah wang sebanyak RM6,083,768.00 sahaja. Untuk kepala B.10. Adakah menjadi sebahagian daripada Jadual.

Ahli-Ahli Yang Berhormat Dewan Undangan Negeri:

Ya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kepala B.12. Jabatan Kerja Raya. RM50,000,972.00 sahaja. Bahawa jumlah wang sebanyak RM50,000,972.00 sahaja. Untuk kepala B.12. Adakah menjadi sebahagian daripada Jadual.

Ahli-Ahli Yang Berhormat Dewan Undangan Negeri:

Ya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kepala B.13. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam. RM27,084,588.00 sahaja. Bahawa jumlah wang sebanyak RM27,084,588.00 sahaja. Untuk kepala B.13. Adakah menjadi sebahagian daripada Jadual.

Ahli-Ahli Yang Berhormat Dewan Undangan Negeri:

Ya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kepala B.14. Jabatan Kebajikan Masyarakat. RM11,451,955.00 sahaja. Bahawa jumlah wang sebanyak RM11,451,955.00 sahaja. Untuk kepala B.14. Adakah menjadi sebahagian daripada Jadual. Ahli-Ahli Yang Berhormat Dewan Undangan Negeri:

Ya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kepala B.15. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa. RM5,938,135.00 sahaja. Bahawa jumlah wang sebanyak RM5,938,135.00 sahaja. Untuk kepala B.15. Adakah menjadi sebahagian daripada Jadual.

Ahli-Ahli Yang Berhormat Dewan Undangan Negeri:

Ya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kepala B.16. Jabatan Kewangan Negeri. RM609,089,932.00 sahaja. Bahawa jumlah wang sebanyak RM609,089,932.00 sahaja untuk Kepala B16. Adakah menjadi sebahagian daripada jadual?

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Ya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kepala B17, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, RM9,346,874.00 sahaja. RM9,346,874.00 sahaja untuk Kepala B17. Adakah menjadi sebahagian daripada jadual?

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Ya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kepala B18, Jabatan Pertanian, RM10,644,454.00 sahaja. Bahawa jumlah wang sebanyak RM10,644,454.00 sahaja untuk Kepala B18. Adakah menjadi sebahagian daripada jadual?

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Ya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kepala B19, Jabatan Mufti, RM3,032,575.00 sahaja. Bahawa jumlah wang RM3,032,575.00 sahaja untuk Kepala B19. Adakah menjadi sebahagian daripada jadual?

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Ya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kepala B20, Jabatan Kehakiman Syariah, RM10,139,188.00 sahaja. Bahawa jumlah wang sebanyak RM10,139,188.00 sahaja untuk Kepala B20. Adakah menjadi sebahagian daripada jadual?

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Ya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terakhir sekali, Kepala B21, Jabatan Pendakwaan Syariah, RM2,034,032.00 sahaja. Bahawa jumlah wang sebanyak RM2,034,032.00 sahaja untuk Kepala B21. Adakah menjadi sebahagian daripada jadual?

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Ya.

Setiausaha Dewan

Fasal 1.

Yang di-Pertua (Speaker)

Fasal 1 adakah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang?

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Ya.

Setiausaha Dewan

Fasal 2.

Yang di-Pertua (Speaker)

Fasal 2 adakah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang?

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Ya.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen bagi Menggunakan Sejumlah Wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk Perkhidmatan bagi tahun 2026 dan bagi Memperuntukkan Jumlah Wang Itu untuk Perkhidmatan bagi Tahun Itu.

Yang di-Pertua (Speaker)

Tajuk penuh dan fasal yang mengundangkan adakah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang?

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Ya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Dewan bersidang semula.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan, saya mohon melaporkan bahawa Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2026 telah pun dipertimbangkan sefasal demi sefasal dalam Jawatankuasa dan dipersetujui tanpa pindaan. Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini sekarang dibaca bagi kali yang ketiga serta diluluskan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Pada Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah yang kita hadapi sekarang adalah Rang Undang-Undang dibacakan bagi kali yang ketiga serta diluluskan. Ahli-ahli yang bersetuju katakan ya.

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Ya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang tidak bersetuju katakan tidak. Ya lebih banyak.

Setiausaha Dewan

Enakmen Perbekalan Tahun 2026. Maka dengan ini adalah diperundangkan oleh Kuasa Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Maka Rang Undang-undang telah dibacakan bagi kali yang ketiga dan diluluskan (tepuk meja). Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah yang kita hadapi sekarang adalah usul yang telah dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri yang berbunyi:

Bahawanya Dewan ini meluluskan perbelanjaan sebanyak RM318,622,100.00 sahaja yang tertera di dalam Anggaran Pembangunan Tahun 2026 yang telah dibentangkan sebagai Risalah Dewan Undangan Negeri Bilangan 4 Tahun 2025 dan menetapkan bahawa jumlah yang tersebut hendaklah digunakan bagi tujuan-tujuan yang ditetapkan dalam Anggaran Pembangunan Tahun 2026 itu. Maka Ahli-ahli yang bersetuju katakan ya.

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Ya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang tidak bersetuju katakan tidak. Saya kira ya lebih banyak. Usul dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri, (Saraan) (Pindaan) 2025.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2025 bagi pindaan ke atas Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri, Saraan 1980 yang disebut Enakmen Ibu, dibaca bagi kali yang pertama.

Yang di-Pertua (Speaker)

Boleh.

Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, saya mohon menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2025 bagi pindaan ke atas Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri, Saraan 1980 yang disebut sebagai “Enakmen Ibu” dibacakan bagi kali yang pertama.

Yang di-Pertua (Speaker)

Maka Rang Undang-Undang telah dibacakan kali yang pertama.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Yang Berhormat Yang di-Pertua, mengikut Subperaturan 59 Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, saya mencadangkan bacaan kali yang kedua Rang Undang-Undang ini diteruskan dengan serta-merta.

Yang di-Pertua (Speaker)

Boleh.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2025, bacaan bagi kali yang kedua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2025 bagi pindaan ke atas Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) 1980 yang disebut “Enakmen Ibu”, dibaca bagi kali yang kedua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Mohon menyokong. Ucapan dulu.

Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Sorry.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Dato’ Seri Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, terima kasih atas peluang yang diberikan kepada saya untuk membentangkan Rang Undang-Undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2025 di Dewan yang Mulia ini. Seperti Dato’ Seri Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, kita telah kehilangan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri, iaitu mantan Yang Berhormat Sungai Bakap, Allahyarham Nor Zamri, pada 24 hari bulan Mei 2024. Dan ini juga merupakan kali pertama sejak tahun 2018 di mana kita kehilangan seorang ADUN ketika beliau masih berkhidmat.

Menerusi penelitian Enakmen Anggota Pentadbiran Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) 1980, Subseksyen 9 (1) Enakmen tersebut secara ringkasnya memaklumkan bahawa pencen terbitan atau ganjaran terbitan boleh dibayar kepada waris atau ahli keluarga Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri yang layak menerimanya. Walau bagaimanapun, jadual pertama Enakmen tersebut tidak memperuntukkan cara pembahagian syer pencen terbitan dan ganjaran terbitan.

Memandangkan terdapat keperluan penambahbaikan pengiraan pembahagian syer pencen terbitan dan ganjaran terbitan bagi Anggota dan ADUN, Dewan yang mulia ini telah bersidang pada 19 Mei 2025 dan meluluskan Kertas Statut Pencen dan Ganjaran Terbitan serta Keistimewaan bagi Anggota dan ADUN, di mana telah dicadangkan:

(A) Pembahagian Syer Pencen Terbitan:

(1) Balu atau duda, Anggota atau ADUN layak menerima dua

bahagian atau syer; dan

(2) Anak Anggota atau ADUN layak menerima satu bahagian atau syer. Dan.

(B) Pembahagian Syer Ganjaran Terbitan:

(1) Balu, duda, atau anak Anggota dan ADUN layak menerima sebanyak

sembilan daripada sepuluh bahagian syer atau syer. Sekiranya

Anggota atau ADUN tersebut tidak lagi mempunyai ibu bapa yang

masih hidup, balu, duda, atau anaknya layak menerima ganjaran dalam

kadar penuh; dan

(2) Sekiranya Anggota atau ADUN tersebut masih mempunyai ibu bapa

yang masih hidup, ibu bapa layak menerima ganjaran terbitan

sebanyak satu daripada 10 bahagian. Sekiranya Anggota atau ADUN

tersebut tidak mempunyai balu, duda, atau anak, ibu bapa beliau akan

menerima ganjaran dengan kadar penuhnya.

Sebagai tambahan, pembahagian syer bagi pencen terbitan dan ganjaran terbitan kepada isteri dan anak hendaklah dibuat secara sama rata sekiranya terdapat lebih daripada seorang penerima.

Dato’ Seri Yang di-Pertua, berdasarkan penjelasan saya sebentar tadi, saya dengan hormatnya membentangkan Rang Undang-Undang Enakmen Pindaan untuk meminda Enakmen tersebut seperti berikut:

(a) Dengan menggantikan perkataan Speaker di mana-mana jua terdapat dengan

perkataan Yang di-Pertua;

(b) Dengan menggantikan perkataan Timbalan Speaker di mana-mana jua

terdapat dengan perkataan Timbalan Yang di-Pertua; dan

(c) Dengan memasukkan selepas Subseksyen 9(2) Subseksyen 9(3) hingga

Subseksyen 9(5) berhubung pembahagian syer pencen terbitan,

pembahagian syer ganjaran terbitan dan pembahagian syer bagi pencen dan

ganjaran terbitan jika lebih daripada seorang penerima.

Dato’ Seri Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, usaha ini menzahirkan komitmen Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk memastikan kebajikan dan hak pasca perkhidmatan Anggota Pentadbiran serta Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menabur khidmat dan jasa kepada rakyat negeri ini terus terpelihara. Sekiranya Rang Undang-Undang Enakmen ini diluluskan dengan pindaan am dan pindaan Subseksyen 9 seperti yang dicadangkan, Enakmen ini akan mula berkuatkuasa pada 25 September 2024. Sekian, terima kasih.

Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, saya mohon menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Maka Ahli-ahli Yang Berhormat, kita berada dalam sesi perbahasan atas Rang Undang-Undang Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2025. Ahli Yang Berhormat, kalau sesiapa yang ingin bahas, saya persilakan. Saya lihat ada satu usaha untuk kita kemaskinikan Enakmen ini supaya kesemua yang boleh dapat itu selaras dengan undang-undang lah. Sila, kalau ada. Tak ada, saya nak jemput Yang Amat Berhormat buat penggulungan.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya ucapkan terima kasih atas sokongan Ahli-ahli Yang Berhormat terhadap pindaan yang dibawa pada petang ini. Dan saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada urus setia yang telah memastikan proses penyediaan serta pembentangan Rang Undang-Undang ini berjalan dengan langsung. Maka dengan ini, saya mohon agar Rang Undang-Undang Enakmen ini diluluskan oleh Dewan yang Mulia ini.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah yang kita hadapi sekarang adalah Rang Undang-Undang Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) (Pindaan 2025) dibacakan bagi kali yang kedua. Ahli-Ahli yang bersetuju katakannya ya.

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Ya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang tidak bersetuju katakannya tidak. So, kita semua setuju.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang bernama Satu Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri, Saraan dan Pindaan 2025 bagi pindaan ke atas Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri, Saraan 1980 yang disebut sebagai “Enakmen Ibu”.

Yang di-Pertua (Speaker)

Maka, Rang Undang-Undang telah dibacakan kali yang kedua. Rang Undang-Undang ini sekarang akan dipertimbangkan dalam jawatankuasa.

Setiausaha Dewan

Fasal 1.

Yang di-Pertua (Speaker)

Fasal 1 adakah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang?

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Ya.

Setiausaha Dewan

Fasal 2.

Yang di-Pertua (Speaker)

Fasal 2 adakah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang?

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Ya.

Setiausaha Dewan

Fasal 3.

Yang di-Pertua (Speaker)

Fasal 3 adakah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Ya.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang bernama Satu Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri, Saraan dan Pindaan 2025 bagi pindaan ke atas Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri, Saraan 1980 yang disebut sebagai “Enakmen Ibu”.

Yang di-Pertua (Speaker)

Tajuk penuh dan Fasal yang Mengundangkan adakah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang?

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Ya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Dewan bersidang semula.

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Yang Berhormat, Yang di-Pertua, saya mohon melaporkan bahawa Rang Undang-Undang Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri, Saraan Pindaan 2025 telah pun dipertimbangkan sefasal demi sefasal dalam Jawatankuasa dan dipersetujui tanpa pindaan. Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini sekarang dibaca bagi kali yang ketiga serta diluluskan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Maka Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah yang kita hadapi sekarang ialah Rang Undang-Undang dibacakan bagi kali yang ketiga serta diluluskan. Ahli-ahli yang bersetuju katakannya ya.

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Ya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang tidak bersetuju katakannya tidak. Tak ada. Kita semua setuju. Usul Rang Undang-Undang diluluskan.

Setiausaha Dewan

Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri, Saraan dan Pindaan Tahun 2025. Maka dengan ini, adalah diperundangkan oleh kuasa Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

Yang di-Pertua (Speaker)

Rang Undang-Undang telah dibacakan bagi kali yang ketiga dan diluluskan.

Dewan Ditangguhkan

Chow Kon YeowDAP · PHKetua Menteri · Padang Kota

Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Dewan ini ditangguhkan sekarang.

Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul HamidPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Batu Maung

Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, saya mohon menyokong.

Setiausaha Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah mencadangkan supaya Dewan ini ditangguhkan dan usul telah mendapat sokongan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat. Sekali lagi ucapan terima kasih atas kerjasama sepanjang perjalanan persidangan Dewan kali ini. Maka dengan itu Dewan ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Dewan ditangguhkan pada jam 4.35 petang.